Khamis, 18 November 2010

BN Rampas Dua Negeri: Mahathir Enggan Terima Hakikat

SHAH ALAM 18 NOV: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dilihat enggan berdepan dengan hakikat prestasi Umno-Barisan Nasional(BN) yang kurang memberangsangkan kebelakangan ini.

Sebaliknya sekali lagi beliau membuat ramalan bahawa parti perkauman itu mampu merampas kembali satu atau dua negeri daripada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke- 13 nanti.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Sallehuddin Ayub berkata bekas presiden Umno itu kelihatan cemas melihat dokongan rakyat yang semakin ketara kepada gagasan pakatan pembangkang.

Sallehuddin menambah, Mahathir sebenarnya takut pada pengaruh kuat yang ada pada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia hanya mahu sembunyikan perasaan cemas dan tidak boleh terima faktor Anwar sebagai faktor yang besar dalam percaturan politik negara." katanya.

Jelas Sallehuddin lagi, kenyataan Mahathir itu hanyalah menifestasi dalamannya dan beliau sedar akan keretakan parah yang membarah sesama parti kompenan Barisan Nasional.

Naib Presiden PAS itu tidak bersetuju bahawa sokongan rakyat kepada Umno-BN kembali pulih berikutan kemenangan berganda yang diraih parti itu pada PRU Galas dan Parlimen Batu Sapi 4 November lalu.

"Dr Mahathir tahu fakta sebenarnya, kedua-dua pilihanraya itu  tak boleh jadi penggantungan pada Umno. Beliau punya analisa tersendiri, kemenangan itu tidak bagi apa-apa lonjakan pada keupayaan Umno berdepan dengan politik semasa." katanya.

Umum mengetahui PRK Galas dan Batu Sapi dicemari dengan insiden membeli undi secara terang terangan namun tiada sebarang tindakan daripada SPR.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam satu wawancara dengan bloomberg meramalkan Umno-BN mampu  menawan kembali sekurang- kurangnya dua negeri Pakatan Rakyat namun tidak akan mendapat majoriti dua per tiga dalam parlimen.

Pertikai Penasihat Ekonomi Selangor: Cari Populariti Semata-Mata


SHAH ALAM 18 NOV: Tuduhan harus didukung fakta… jika tidak ia tidak lebih daripada fitnah semata-mata, ujar Faekah Husin.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar berkata, ramai pihak menyerang Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semata-mata untuk mengangkat ketrampilan politik masing-masing.

Lantas, pihaknya tidak akan melayan serangan daripada bekas ahli PKR mahupun pemimpin Umno, yang menuduh Anwar tidak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri, sehingga mereka menampilkan fakta yang jelas.

Faekah berkata, kerajaan negeri tidak mahu menjawab tuduhan semberono yang dilemparkan bekas ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Zahid Mad Arip dan bekas pembantu, Anuar Shaari, terhadap Penasihat Ekonomi Selangor itu.

Jelasnya, laporan Utusan Malaysia yang memuatkan kenyataan mereka itu tidak membawa isu-isu yang spesifik, sebaliknya hanya tembakan rambang semata-mata.

“Sekarang ini nak nama satu aja, pertama serang Anwar Ibrahim dan kedua, keluar parti.

“Mereka tidak ada data yang menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbang atau tidak menyumbang, kalau mereka ada data, baik kita akan jawab,” katanya.

Ketika dihubungi TV Selangor, Faekah berkata, beliau juga mengenali individu terbabit, malah membidas kedua-duanya sebagai budak suruhan Umno.

“Mereka itu cuma tukang pukul saja dan berguna semasa pilihan raya, semasa PKR bergolak,” jelasnya.

Ambil Masa Pulihkan Selangor- Ng Suee Lim


SHAH ALAM 18 NOV: Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor dijangka memerlukan masa hampir 10 tahun untuk memperbetulkan kesan salah urus dan penyelewengan dari zaman Menteri Besar, Datuk Ser Dr Khir Toyo dan Barisan Nasional (BN) sebelumnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ng Suee Lim, menyifatkan usaha pemulihan itu bagai menarik rambut dalam tepung, bagi memastikan barah yang berakar sekian lama itu tidak menjejaskan operasi keseluruhan kerajaan negeri.

Ng Suee Lim berkata, Pakatan memperuntukkan sebahagian besar usaha dan masa untuk memperbaiki kerosakan pada sistem urus tadbir kerajaan.

“Untuk merosakkan sistem hanya memerlukan satu hari, sedangkan untuk membaik pulih, memakan masa tiga hingga lima tahun, bahkan kadangkala 10 tahun, cukup memakan masa.

“Bagaimanapun pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, komited untuk memperbetulkan keadaan,” katanya.

Kelmarin, Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa, kononnya kerajaan Selangor sekarang lebih teruk berbanding Umno-BN, merujuk kepada dakwaan salah urus di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor.

Kedua-dua kes itu membabitkan pengawai kanan syarikat dan bukan mana-mana pemimpin Pakatan.

Kerajaan negeri sedang menjalankan siasatan dan bertegas mengambil tindakan terhadap pihak yang didapati bersalah.

Ng Suee Lim berkata, ketegasan yang ditunjukkan ini adalah sebahagian daripada langkah pemulihan urus tadbir anak-anak syarikat kerajaan negeri, yang sekian lama terperangkap dalam budaya pemerintah korup.

“Saya nampak beliau tidak akan minta maaf atas apa yang dilakukan sepanjang lapan tahun memerintah Selangor, kepincangan, rasuah, menjaga kroni – ini semua telah dibuktikan dalam persidangan Selcat, dan didedahkan kepada umum,” katanya.

Tidak Logik Idea Calon Bebas Boleh Membantu PR


SHAH ALAM 18 NOV: Tindakan kumpulan calon bebas yang mengelar diri sebagai 'Third Force' dan mahu menjadi penyelamat kepada Pakatan Rakyat apabila memerintah selepas pilihanraya umum akan datang adalah tidak logik.

Perkara ini ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sewaktu dihubungi TV Selangor.

Antara alasan kumpulan tersebut ialah untuk memastikan peristiwa 'rebutan kuasa' yang berlaku di Perak tidak berulang semula di Putrajaya selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil-alih Putrajaya.

"Ini kerana yang dapat menubuhkan pemerintahan adalah PR, bukan kumpulan calon bebas. Sebab kerajaan PR Perak jatuh juga disebabkan calon menjadi bebas, maka sesiapa yang mencadangkan idea telah mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal," tegas Pengarah Strategik PKR itu.

Beliau turut mempersoalkan kesetiaan yang diuar-uarkan oleh kumpulan ini kerana penyebab utama kejatuhan kerajaan PR Perak adalah kerana calon memilih menjadi bebas.

Kata beliau, kumpulan ini tidak mempunyai 'locus standi' untuk bertanding dan tidak berkait dengan PR, dan PR juga tiada halangan sekiranya mereka mahu meletakkan calon kerana kehadiran calon bebas di parlimen tiada bezanya untuk PR.

"Dia (calon bebas) tak akan membantu PR (dari segi) mengekalkan kedudukannya, baikpun di negeri ataupun di kerajaan pusat kerana calon bebas tak boleh membantu kita (PR) memerintah dan juga tidak boleh mengakibatkan kita hilang kuasa," kata beliau lagi.

Beliau seterusnya menyatakan satu-satunya cara PR boleh menubuhkan kerajaan pusat ialah dengan memenangi majoriti kerusi parlimen dan isu 30, mahupun 80 calon bebas bertanding tidak berkait dengan PR mendapat majoriti dan menubuhkan kerajaan pusat.

Tian Chua berkata, kehadiran calon bebas juga tidak akan membantu mengekalkan pemerintahan PR sekiranya PR berjaya menubuhkan kerajaan pusat selepas pilihanraya umum nanti.

"Kalau kita (PR) nak kekalkan kedudukan di Putrajaya pun, kehadiran ahli parlimen bebas tak membantu dan tiada ahli parlimen bebas pun tidak memberi apa-apa kesan. Maka, saya tidak nampak apa kaitan yang mereka sebutkan," kata beliau lagi.

Sebelum ini, penyelaras kumpulan itu, Haris Ibrahim berkata, matlamat pihaknya menawarkan barisan calon terbaik, yang tidak akan mengubah kesetiaan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan.

Peguam dan blogger aktif ini, yang bekerja rapat dengan kumpulan masyarakat madani bagi menjayakan inisiatif ini juga berkata, kumpulan calon terbabit akan ditawarkan kepada pembangkang persekutuan terlebih dahulu.

TERIMA KASIH ZAID!

Saranan dan gagasan politik baru yang berideakan agenda reform khususnya kepada urus tadbir negara yang telus serta pengagihan adil dan cemerlang bersambut lantaran UMNO-BN gagal dari segala segi. Rakyat gembira dan menanti penuh harapan. 2008 merubah suasana, walaupun federal masih milik UMNO-BN namun Pakatan Rakyat(PR) diberikan peluang mentadbir beberapa buah negeri. Masa bercakap sudah berlalu kini tinggal perlaksanaan.
Walaupun dalam tempoh perlaksanaan ada kekurangan, rakyak tetap sabar dan menunggu penuh harap. Kerana mereka sedar keterbatasan upaya negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat(PR). Selagi federal tidak dikuasai selagi itu ruang untuk UMNO-BN memanupulasi keadaan cukup tinggi khususnya di negeri-negeri yang di perintah Pakatan Rakyat(PR).
Namun ada perkara yang membuat rakyat tidak dapat menahan sabar dan naik muak apabila permainan politik dalaman parti-parti Pakatan Rakyat(PR) masih jelas kelihatan cara UMNO-BN. DAP dengan isu kronisme kepimpinan serta isu pilih bulu dan PAS sekitar isu Erdogan vs Kerajaan Perpaduan, namun PKR lebih menyerlah dan cukup mendapat perhatian UMNO-BN untuk bersama-sama dengan “berbesar hati” menolong menyerlahkan lagi isu-isu dalaman yang berlaku. Paling hebat mendapat perhatian media arus perdana ialah berkenaan isu pemilihan PKR 2010.
Umum tidaklah menghairankan UMNO-BN terliur untuk terus-terusan menganyang PKR kerana di atas dua faktor iaitu faktor penyatu yang ada pada Dato Seri Anwar Ibrahim. Ketokohan beliau mencatatkan sejarah politik tanah air bila mana parti PAS dan DAP sudi duduk bersama PKR membentuk Pakatan Rakyat(PR), kedudukan yang cukup mengancam adikuasa UMNO-BN tambahan menjelang PRU 13 . Sefaktor lagi ialah PKR sebagai pesaing UMNO dari segmen pasaran politik orang Melayu walaupun diakui sasaran keanggotaannya menterjemahkan posisi kaum di Malaysia. Diakui ramai masih terdapat ahli UMNO yang terpikat secara langsung atau tidak langsung kepada parti ini. Cuma keadaan atau suasana yang menghalang mereka untuk memberikan sokongan secara terbuka.
Bagi orang Melayu kategori “fencesitter”, UMNO-BN sudah tidak boleh diharapkan lagi cuma kini terserah kepada PKR dan rakan Pakatan Rakyat(PR) mengolah suasana ini untuk menggarap sokongan sama ada untuk menjadi anggota ataupun menterjemahkan sokongan kepada bentuk undi pada PRU ke 13 nanti. Untuk mereka ini pimpinan Pakatan Rakyat(PR) khususnya PKR perlu mengerti fitrah budaya orang Melayu sebelum boleh menawan hati mereka. Orang melayu, mereka lebih senang dan terkesan dengan suasana aman serta lancar dan ini termasuk bagi perjalanan sesebuah organisasi. Setakat ini PKR belum menunjukkan prestasi yang membanggakan dari segi maksud “aman serta lancar” itu.
Namun harapan untuk aman serta lancar kelihatan masih “jauh panggang dari api” lantaran kerenah pemimpin-pemimpin “nakal” yang mewarnai pemilihan satu undi satu ahli yang julung diperkenalkan. Menghairankan dan lebih mengaibkan adalah “aksi sampingan” berikutan pemilihan ini. Aksi yang menyumbang “talian hayat” kepada UMNO-BN. UMNO-BN memalu gendang, mereka terloncat-loncat menari macam beruk tertelan belacan malah terus berdendangan bersiulan ke serata walaupun gendang telah henti dipalu. Makin hampir ke Putrajaya semakin hilang fokus dan tidak siuman.
Umum dapat melihat bagaimana tidak bersedianya parti untuk mendakap rapat aspirasi politik baru. Lain di mulut lain di hati dan tindakan. Christoper dengan cara Christoper, Rahman dengan cara Rahman. Macam budak tak cukup sifat. Di mana boleh kencing, mereka kencing. Orang melihat apa peduli! Bergaduh sampai adab dikesampingkan. Justeru tidak menghairankan jika ada penembak curi atas nama demokrasi akan menyerang hendap.
Kesudahnya telahan menjadi kenyataan, krisis kini memuncak. Zaid bertindak “membakar jambatan” , seorang lagi “main sembunyi-sembunyi” di sebalik lalang dan seorang lagi a.k.a “anak papa” seperti sedari awal terus-terusan berpaut erat di celah haruman ketiak.
Hakikatnya apa yang terjadi telah pun terjadi cuma apa yang ditunggu oleh ahli, rakan Pakatan Rakyat(PR) dan rakyat umumnya ialah sebaik mana Control Damage yang mampu diambil oleh pucuk kepimpinan PKR. Sejarah politik dunia mengkisahkan kepelbagaian permasalahan yang lebih besar namun jua rakyat melihat kepada ending sesebuah peristiwa itu sebagai garis akhir untuk menilai secara keseluruhan keupayaan serta wibawa organisasi tersebut. Seperti perlawanan bolasepak keputusan akhir yang tetap penting. Terserah, setiap tindakan akan ada reaksi maka jika mengharapkan reaksi yang positif maka seharusnya tindakan yang bakal diambil juga menyenangkan semua pihak.
Namun setakat ini Control Damage diambil “kelihatan” agak baik untuk PKR walaupun persoalan hakiki belum terungkai. Berikutan tindakan Zaid membakar jambatan, pantas diambil sebagai “modal yang maha agung” oleh beberapa pimpinan PKR untuk menyerang wibawa beliau lantas mengalih isu sebenar berkaitan pemilihan. Tindakan bodoh Zaid juga seolah-olah “mengesahkan” apa yang selama ini isu-isu yang dibangkitkan oleh pesaing-pesaing beliau. Serangan tersusun tersebut seolah-olah julap atau pelincir yang mujarab untuk “membantu” Zaid bertindak mengelincirkan dirinya dari PKR . Control damage yang jelek tetapi berkesan. Selepas ini PKR pasti tenang dan ahli serta penyokong akhirnya terduduk faham bahawa si trojan horse inilah punca segalanya, bukan ketidak-profesionalan JPP, bukan dek kelaku anak papa dan juak-juaknya. Maka inilah justifikasi yang dicanangkan kepada ahli bawahan bahawa wajib dan betul tindakan untuk mengelincirkan Zaid keluar dari PKR. Canangan ini telah pun menyusup ke cabang-cabang seluruh Malaysia.
Hari ini anak papa menghela nafas lega, perkara busuk dapat ditampung untuk ke sekian kalinya. Malang Zaid terus-terusan tanpa ikhtibar mengusahakan diri untuk dilihat umum sebagai politikus pondan dan cepat mengalah terus memperlecehkan reputasinya.
Apa pun terima kasih Zaid kerana tindakan bodoh kamu “menyelamatkan” PKR dan kepada si anak papa dan juak-juaknya janganlah terlalu gembira. Majoriti ahli PKR yang cerah otak tahu apa yang berlaku. Tanda “cacat” akan kekal dengan tandanya walaupun sehingga liang kubur. Perjalanan masih panjang! Berubahlah…!

Pemuda umnoApco..., Pekida..., Perkasa... Lu orang Di mana...???

Presiden MCA seorang Pelakon lucah terlampau...
teman sekatil umnoApco...
.... hahahaha ....
KOTA BHARU, 18 Nov: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri. - Harakahdaily.

Nak katakan pundek haramjadah pelakon porno 1Malaysia nih baru datang dengan tongkang dari Cina.., tapi pernah sandang title Menteri. Maknanya dah lama laaaa... tinggal di Malaysia nih..., kalau dah lama tinggal di Malaysia dan sebagai seorang berpengaruh kenapa malaun nih masih tak paham dengan budaya pelbagai kaum di Malaysia.

Apa niat sebenar Cina bangsat nih... ini bukan kali pertama anak haramjadah sialan pelakon porno nih.. cuba menghina umat Islam. Mana puak2 haramjadah yang lain macam pemuda umnoapco geng kepala lembu..??? mana puak2 haramjadah pekida yang meloncat terlompat kat masjid negara pasal isu nama Allah hari tu...??? mana puak2 haramjadah Perkasa... lu orang tak nak buat Solat Hajat lepas Asar ke.. mohon supaya si cina pelakon porno tu pecah perut.. tak pun mampus kena gelek steamroll sebab cuba mencetuskan isu agama dan perkauman.

Yang paling penting... mana teloq si auw..auw... Hishamkemutdin KDN. apasal lu tak sumbat jer... si celaka cina babi tu ke dalam ISA. Apa yang lu orang diamkan... apa yang lu orang takutkan...

Si umnoApco/bn punya bangsat haramjadah, penakut dengan MCA... jadi pencacai dan boneka MCA... pelakon lucah tu pun lu orang masih simpan dan sanjung lagi... gilababi punya melayu umnoApco...

Bayangkan kalau isu seperti itu keluar dari mulut DAP.... hahaha... first sekali akan melalak si popogomo dan kawan karibnya si parpukari tak masak tu... tapi bila kena pada geng yang sewaktu dengan diorang senyap membisu... kenapa ekkkk...

So kepada pengundi2 parlimen pelakon lucah nih... lu orang berhati-hatilah dan pikir dua tiga kali jer.. tak payah nak pikir beratus kali, PRU kali ini tak payah la.. pangkah si bangsat anak haramjadah pelakon lucah ni lagi... itupun kalau lu orang yang mengaku Islam masih sayangkan Islam...

Tapi kalau dah mentaliti Islam Surat Beranak... tak dapek den nak nolong laeeeiiiii..... hahahaha... sama jer.. speasis dengan pelakon cina lucah tu.... muakakakakahhhhhh....

Rapat Umum: Anwar Ibrahim Pengemudi Alaf 21


Perhimpunan Rapat Umum "Anwar Ibrahim Pengemudi Alaf 21" anjuran Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor.


Tarikh: 19 November (Jumaat)
Masa: 8 malam
Tempat: Auditorium MBSA, Tingkat 3, Wisma MBSA, Shah Alam.

Tetamu kehormat YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Semua media dijemput hadir.

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Zaid Bising-bising, Anwar Pening-pening, Umno Ketawa Guling-guling


Zaid dah bising-bising, Anwar mula peninng-pening. Umno ketawa guling-guling. Masyarakat makin pusing-pusing.

Zaid dah menjatuhkan talak tiga dengan PKR. Dia begitu menyampah dengan Anwar dan PKR yang pernah didakapnya semasa seronok-seronok dulu. Kesnya kerana silap membuat kopi tawar, sumpah seranah Zaid.

Dah menceraikan Anwar dan PKR. Masing-masing yang busuk-busuk keluarlah. Kini giliran Anwar pula membidas Zaid. Dulu Zaid bagai anak emas PKR. Zaid merayu masuk PKR (betulkah?), Anwar bagi. Minta peranan Penyelaras PKR dibagi juga. Minta jadi calon Hulu Selangor dibagi juga. Minta pimpin PKR Wilayah Persekutuan dibagi juga. Minta jadi Penasihat PKR, barulah Anwar mula tunjuk penumbuk. Apa-apa diminta Zaid diberi, Zaid seronok. Seronok Zaid menyebabkan dia 'mua' dan merajuk apabila bertanding Timbalan Presiden tapi nak kalah. Cepat kecut! Kalau nak dikira tak betul banyak tak betulnya, mungkin sebabnya baru bertatih pemilihan sebegitu. Zaid kalah dengan Azmin.

Orang yang lama dalam PKR, terasa juga. Minta-minta tapi selalu juga ditunjuk penumbuk. Zaid yang dilebihkan. Apabila jadi macam ini, orang lama memulangkan paku buah keras, kalau kena kepala bincut juga.

Jadinya kalau yang ada nama sedikit masuk parti, janganlah dilebihkan-lebihkan sangat, tak kira PKR, tak kira PAS. Umno 'mampus pi lah', dia banyak benda yang boleh disuap. Kasihan orang lama kalau yang baru dilebih-lebihkan.

Nak tanya juga berapa 'ekor' yang berjaya Zaid masukkan ke dalam PKR. Jawablah...terasa nak dengar juga.

Saya tiada niat nak jahanam PKR atau tubuh parti, tegas Zaid


KUALA LUMPUR, 18 Nov – Datuk Zaid Ibrahim menegaskan, beliau langsung tiada cadangan untuk menubuhkan parti baru susulan tindakannya keluar PKR seperti mana yang diperkatakan sebelum ini.
Bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan (gambar) itu menyifatkan dakwaan mengatakan beliau mahu menubuhkan parti baru adalah taktik untuk memburuk-burukkan dirinya.
“Sebenarnya walaupun Setiausaha Agung PKR (Saifuddin Nasution Ismail) menuduh saya mempunyai ada parti politik baru sebelum pemilihan ini (pemilihan PKR 2010), sebenarnya tidak ada, dan ia hanya cara-cara berpolitik untuk memburukkan lawan.
“Bila kita tanya parti itu namanya apa? Beliau (Saifuddin) kata akan kemukakan pada masa yang sesuai.
“Jadi ini yang kita selalu dengan dari mulut pemimpin yang suka berbohong, kata bukti akan datang sekejap lagi.
“Saya tidak ada rancangan untuk merosakkan PKR atau menubuhkan parti baru kerana pada saya, saya hanya berdepan dengan isu-isu proses politik yang lebih baik,” kata beliau ketika mengambil bahagian dalam program Analisis terbitan Astro Awani hari ini.
Saifuddin sebelum ini mendakwa Zaid sudah pun menubuhkan sebuah parti politik dengan keanggotaannya terdiri daripada orang kanannya.
Zaid yang minggu lalu mengumumkan keputusan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden, Isnin lalu mengesahkan akan keluar PKR yang disertainya 18 bulan yang lalu.
Zaid dalam sesi wawancara itu juga berkata, PKR akan kehilangan kuasa sekiranya tidak melakukan perubahan dan mengamalkan demokrasi.
“Kalau kita kata Barisan Nasional (BN) ini parti yang tidak demokratik, parti yang tidak amalkan demokratik, maka kita mestilah demokratik.
“Kalau kita juga (mengamalkan) politik yang mengawal kuasa, politik yang menentukan siapa yang bakal menggantikan kita dan sebagainya, maka apa bezanya kita dengan BN? Bagaimana kita mahu berjaya? Bagaimana kita mahu menerima sokongan rakyat daripada cara itu?” katanya.
Zaid yang menyertai PKR pada 2009 selepas dipecat Umno pada akhir 2008 menafikan dakwaan beliau adalah seorang penakut dan tidak mampu bertahan.
“Saya selalu baca dalam blog mereka yang tidak suka saya ini mengatakan saya ini orang yang tidak boleh bertahan, penakut dan suka berhenti.
“Tapi sebenarnya mereka tidak ada hujah lain, saya sebenarnya dalam Umno 24 tahun, tak ada pun saya digantung dalam Umno, saya calon BN dan diberhentikan, saya tewas tiga atau empat kali tapi saya tak ada berhenti pun.
“Bila saya berhenti, bukan saya berhenti sebab saya buat silap tapi kerana pandangan saya mengenai ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) tidak boleh diterima dan saya ketika itu sebagai menteri terpaksa melepaskan jawatan kerana prinsip dia menteri mesti bersetuju dengan dasar jemaah menteri.
“Jadi saya terpaksa berhenti bukan kerana saya lari atau penakut,” katanya.
Sehubungan itu, Zaid berkata tindakan menyertai PKR adalah untuk memperjuangkan ketelusan dan proses demokrasi seperti mana yang dikehendaki rakyat.
“Jadi berbalik kepada PKR, saya masuk dengan harapan tinggi bahawa inilah parti yang dikatakan memperjuangkan ketelusan, proses demokrasi dan sebagainya kerana inilah harapan rakyat.
“Jadi bila saya bertembung dengan satu proses yang pada saya jelas berlaku kepincangan yang diatur supaya orang-orang tertentu menang bukan kerana kelemahan organisasi tetapi kerana jahat.
“Maka pada saya, saya tidak boleh terima perkara ini. Jadi timbullah kata saya penakut, Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) kata saya cepat mengalah dan macam-macam.
“Tetapi pada saya inilah perubahan nilai politik yang saya maksudkan, kalau kita di Malaysia mahukan kekuasaan mestilah kuasa itu meyakinkan rakyat bahawa kita tidak akan menyalahgunakan kuasa itu dan kita akan juga menguruskan negara ini dengan terbaik. Ini adalah perkara pokok,” katanya.
Menurut Zaid, kejayaan seorang ahli politik diukur dengan kebolehannya untuk melakukakan perubahan dan menjalankan kewajiban sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat bukan daripada jawatan yang disandang.
“Kalau nak mengukur kejayaan berdasarkan jawatan sudah tentu saya tidak berjaya. Tapi saya mengukur keberkesanan ahli politik negara ini dengan sejauh mana dia dapat mengubah satu proses perubahan dalam cara-cara yang saya sebutkan sebelum ini.
“Ketelusan dari segi demokrasi negara, cara dari segi tanggungjawab pemimpin-pemimpin kita untuk berterus terang, bercakap benar yang mana pada saya itu perkara pokok.
“Saya tahu memang sukar untuk kita mengubah sesuatu keadaan terutama sekali bila keadaan itu mengenai kebiasaan orang dengan sesuatu perkara. Ini kerana perubahan ini ia ada kebimbangannya kerana ia mengikut sesuatu yang baru maka kita selesa dengan apa yang ada,” katanya.
Tambah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kejayaan seseorang ahli politik itu turut diikur dari segi keberkesanannya untuk mendapatkan respons daripada orang lain.
“Saya ada penyokong tapi saya juga ada yang tidak suka saya, tetapi ukuran keberkesanan kita adalah bila kita kata sesuatu dan kemudiannnya kita dapat reaksi.
“Saya melihat sedikit sebanyak apabila Perdana Menteri kata Umno juga perlu berubah. Saya masih ingat lagi, ini yang saya perkatakan 10 tahun dulu bahawa Umno tidak akan berjaya dalam pilihan raya sehinggakan dalam Dewan Rakyat pada 2004 saya disebut sebagai pembangkang.
“Kerana saya merasakan pada masa itu, kalau BN dan Umno tidak berubah, maka akan berlaku kekecewaan yang mana sudah berlaku pada 2008. Pada saya, sedikit sebanyak yang saya perkatakan sudah terbukti,” katanya.
Menurut Zaid, parti-parti politik di negara perlu melakukan lebih banyak perubahan termasuk melibatkan rakyat dalam proses menjayakan amalan demokrasi di negara ini.
“Dalam demokrasi yang berkesan dan efektif kita perlu penglibatan semua lapisan sama ada parti politik, NGO, rakyat dan sebagainya kerana rakyat yang hanya faham dan mahu terlibat dalam perubahan boleh menjayakan demokrasi itu.
“Saya percaya negara kita sudah mencapai ke tahap itu kalau tidak dari segi 100 peratus penglibatan rakyat tapi rakyat sudah mahukan perubahan dalam proses politik. Jadi memang tidak akan kurang mereka yang akan ambil pendekatan menubuhkan parti politik dan kita banyak parti politik di negara ini.
“Dalam Barisan Nasional kita ada 14 parti, dalam Pakatan Rakyat ada tiga dan parti-parti kecil ada empat atau lima. Jadi saya percaya mungkin ada lagi parti lain selepas ini,” katanya.
Beliau juga berkata politik zaman sekarang adalah politik yang dibangkitkan berdasarkan isu dan perkembangan semasa.
“Saya bersetuju 100 peratus kerana zaman sekarang politiknya mesti berkisarkan kepada isu, mesti berkisarkan kepada perkembangan semasa kerana kita tidak mahu ketinggalan.
“Tetapi dalam usaha untuk kita membawa ke cara itu maka sudah tentu cara berpolitik juga mesti berubah. Transformasi itu hanya boleh berlaku apabila ada transformasi politik, begitu juga dalam usaha kita membawa kepada penyelesaian masalah.
“Masa depan negara kita bergantung kepada trasformasi politik kita.
“Dalam perkara ini ada orang yang ambil pendekatan yang agak pratikal daripada saya. Saya lebih suka berkecimpung dalam konsep ini,” katanya.
Zaid sebelum ini mengesahkan akan meninggalkan PKR tetapi belum mengemukakan notis rasmi berhubung keputusannya kepada ibu pejabat parti itu.

Zaid claims PKR practises BN politics


KUALA LUMPUR, Nov 18 — Datuk Zaid Ibrahim continued his attack on his party comrades today by warning that PKR’s reform agenda was doomed to failure if it continued to ape Barisan Nasional’s (BN) patronage politics. The former party number two hopeful claimed that PKR and Pakatan Rakyat (PR) would not be able to oust an entrenched and dominant BN by using a “more or less similar” political approach.
“If we say Barisan Nasional is undemocratic... then our party must be democratic,” he said in an interview on Astro Awani today.
“If we also [practise] political patronage and hang on to power... then how are we different? How are we supposed to gain the people’s support?”
Zaid (picture) said this was the reason he had stressed the importance of process over outcome during the recent PKR direct elections, the results of which will be officially announced next week.
“If we only want to have an election and we use methods... that were rejected by the people in 2008, I don’t see that the party will be able to bring much change,” he warned.
Zaid confirmed this week that he would quit PKR and is expected to make a formal announcement tomorrow.
Last week, the maverick politician dropped out of the party’s deputy presidential race, after claiming irregularities and manipulation in favour of rival Azmin Ali.
Zaid had said he wanted to quit PKR because of the increasing personal attacks by some party members against him, and claimed that he had been targeted merely for asking for a clean, free and fair party election.
He said that right from the start of polling when he was leading the pack in the race for the No. 2 post, he had been calling on party leaders to seriously look into irregularities in the balloting process.
Accusing PKR leaders of being “liars” and “cheats”, Zaid added that he was “sick of the sick leaders” within the party.
He has become increasingly critical of the party leadership in recent weeks, going as far as asking Anwar, the party’s de facto leader, and Azmin to quit their posts for the sake of the party.
The former PKR central leadership council member and Federal Territories chief today also stressed that the nation’s future depended on political change, whether from BN or the opposition.
“There are people who are more practical than me — power, electoral victory and such — but I prefer to delve into this aspect and its effects in the long-term,” he said.
Zaid added that he measured a politician’s success by how effectively he can affect change in the system, and said he would consider himself successful if he brought about some measure of change.
“I gauge the effectiveness of a politician in this country by how far he can change, how far he can be a catalyst... in terms of transparency, our administration, democracy,” he said.
“People worry about change because it is something new. We are comfortable with what exists, so it’s hard for us to change. But, for me, our nation’s progress requires this change so if I can contribute a little to this then I will have been successful.”
When Zaid joined PKR 18 months ago, he was labelled a successor to de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and the only other person capable of keeping the PR coalition and its leaders of different ideologies intact.
He was appointed to the party’s political bureau and once enjoyed the support of many of the PKR supreme council members because of his willingness to resign from the Cabinet to protest the ISA arrest of Selangor executive councillor Teresa Kok, blogger Raja Petra Kamarudin and journalist Tan Hoon Cheng.
Zaid, however, began to lose popularity when he decided to go on leave from the political bureau amid a power tussle in the Sabah PKR leadership.

PAS anjur majlis 25 tahun Memali

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara tokoh yang akan mewarnai sambutan majlis memperingati 25 Tahun Memali, lapor HarakahDaily.

pas muktamar 130610 abdul hadi awangSetiausaha Pemuda PAS Kedah, Mohd Rosli Azmi berkata, perasmian majlis itu akan disempurnakan Abdul Hadi, esok, jam 9 malam. Turut dijadualkan berucap adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan.

Anwar pula akan mengisi pentas pidato pada hari kedua program, pada 20 November ini bersama timbalan pesuruhjaya dan ketua penerangan PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Datuk Amiruddin Hamzah.

Pada malam terakhir, ceramah akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abd Rani dan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Pelbagai acara akan dilangsungkan sepanjang majlis tiga hari itu antaranya konvoi pemuda, persembahan nasyid dan pentomen, tahlil perdana, acara pasti, klinik 'smart' solat, ijtimak ulama dan guru-guru pondok serta ijtimak pelajar Memali.

Turut diadakan juga adalah pameran Memali dan Pendidikan Islam Kedah, kaunter pemeriksaan kesihatan dan perubatan percuma, kaunter daftar pemilih, kaunter keahlian PAS dan sukarelawan pemuda PAS Kedah serta gerai-gerai jualan.

NONESehubungan itu, PAS menjemput orang ramai hadir ke program tersebut yang akan dilangsungkan di Madrasah Islahiah Diniah dan perkarangan rumah Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya di kampung Memali.

Tragedi Memali pada 1982 menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 pengikutnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Mereka didakwa disyaki terlibat dalam kegiatan yang menggugat keselamatan negara.

Menurut kerajaan, semasa operasi tersebut, pihak polis telah diserang oleh pengikut-pengikut Ibrahim dengan bersenjatakan senjata api, parang, pedang dan buluh runcing.

Pihak polis telah menyeru mereka supaya meletakkan senjata dan menyerah diri secara aman tetapi didakwa tidak diendahkan dan demi mempertahankan diri dan mematahkan serangan tersebut, pihak polis mendakwa terpaksa menggunakan senjata api dan melepaskan tembakan.

Peristiwa tersebut, telah mengorbankan empat anggota polis dan 14 orang awam termasuk Ibrahim manakala 23 anggota polis dan 14 orang awam mengalami kecederaan.

Selepas tragedi berdarah kira-kira 25 tahun lalu itu, kerajaan BN sentiasa dikaitkan dengan arahan menembak penduduk kampung tersebut.

Henti Spekulasi Zaid Masuk PAS -Hadi



KUALA LUMPUR 18 NOV: Semua pihak diminta menghentikan spekulasi bahawa Datuk Zaid Ibrahim akan menyertai PAS, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Zaid yang keluar PKR sebelum ini membatalkan sidang media menjadualkan semula sesi bertemu pemberita di rumahnya di Petaling Jaya, pagi esok.

Memetik laporan The Malaysian Insider, Hadi berkata, Zaid sehingga kini masih belum membuat sebarang keputusan secara rasmi sama ada akan keluar PKR ataupun tidak.

Zaid belum buat keputusan untuk keluar PKR atau tidak. Jadi kita tidak tahu apa yang akan beliau lakukan, kata Hadi.

Tambahnya, saya tidak suka kalau bercakap soal kalau sahaja, kita tunggu sahaja apa keputusan yang akan dibuat Zaid nanti.

Ketika ditanya sama ada PAS akan menerima Zaid sebagai ahli PAS, Hadi bagaimanapun berkata “kita perlu tunggu sahaja keputusan Zaid nanti.

“Lagipun beliau tidak minta (masuk PAS), macam mana kita nak tahu.

“Kita tunggu sahajalah apa keputusan beliau nanti, tunggu kata putus daripada beliau dulu,” kata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

PAS walaupun berhadapan dengan hubungan ‘dingin’ dengan Zaid sebelum ini tetapi menyokong dan berkempen untuk beliau ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Kelmarin, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa menafikan laporan yang memetiknya sebagai berkata parti itu akan menerima Zaid, bekas Pengerusi PKR sebagai anggotanya.

Husam berkata laporan Bernama yang memetik beliau berkata demikian adalah tidak tepat.

Zaid sebelum ini mengesahkan akan meninggalkan PKR tetapi belum mengemukakan notis rasmi berhubung keputusannya kepada ibu pejabat parti itu.

Beliau mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang.

Malah kata Zaid, beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pada 8 November lepas mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding selain melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.

Umno Monopoli Kuasa, Tanda Awal Pergolakan BN


SHAH ALAM 18 NOV: 13 parti komponen Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan pemerintahan ala-diktator sekiranya cadangan pindaan perlembagaan parti itu menyerahkan kuasa mutlak kepada Pengerusi BN untuk menentukan calon pilihanraya diterima pakai.

Usul tersebut ternyata bercanggah dengan semangat kompenen BN yang selama ini menyerahkan kepada parti masing-masing dalam menentukan calon yang akan bertanding bagi mewakili BN.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang ditemubual TV Selangor berkata pindaan perlembagaan yang dicadangkan merupakan contoh tipikal kuasa ideologi kumpulan dominan yang cenderung menggunakan kuasa veto justeru menidakkan suara demokrasi.

Tambah beliau, usul ini merupakan simptom awal pergolakan besar parti induk itu bersama komponennya seraya memperlihat keistimewaan dicabuli oleh Umno.

"Kalau pindaan ini berlaku, maka Pengerusi BN mempunyai kuasa muktamad, apa sahaja pandangan dari parti (komponen) tersebut tidak akan diambil kira dan ini akan memberi kesan besar kepada parti-parti komponen selain menyatakan apa guna berada dalam parti BN kalau tidak boleh menentukan siapa calon pilihan mereka," jelas beliau ketika dihubungi TV Selangor. 05:37 - 05:55

Memetik laporan Malaysiakini, BN bercadang meminda perlembagaan parti itu agar kuasa penentu calon-calon terletak pada Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihanraya umum yang dijangka berlangsung tahun hadapan.

Cadangan tersebut mendapat tentangan pemimpin-pemimpin parti komponen termasuk Datuk Seri Samy Vellu namun Umno berpendirian parti komponen seperti MIC tidak mempunyai kuasa kebangkitan tanpa Umno.

Terdahulu, pilihanraya kecil Hulu Selangor menyaksikan calon pilihan MIC, Datuk G. Palanivel digugurkan untuk digantikan dengan P Kamalanathan yang menjadi pilihan Umno.

Shamsul menambah, cadangan tersebut akan memberi tamparan hebat kepada parti-parti komponen BN seolah-olah padangan mereka tiada berkepentingan.

"Ini memperkukuhkan keyakinan kita bahawa pemerintahan Datuk Najib akan menyebabkan berlakunya tindakan politik yang lebih drastik dan ini tentunya memberi kesan besar bukan sahaja kepada Barisan Nasional tetapi juga kepada pemerintahan negara," tegas beliau. 03:13 - 03:35

BN akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi Sabtu ini bagi membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Konvensyen BN yang akan berlangsung 28 November depan dijangka akan membincangkan peraturan baru untuk gabungan komponen itu.

Antara rangka pindaan yang dicadangkan termasuklah kemungkinan membenarkan keanggotaan secara langsung dan kemasukan ahli-ahli baru melalui majoriti undian mudah.

Konvensyen BN kali ini akan diadakan di Wisma MCA, Jalan Ampang

SABAH : PENDATANG LAGI RAMAI DARI ORG TEMPATAN....

Pendatang tanpa izin (illegal immigrants) melebihi penduduk tempatan Sabah

Semua Fellow Malaysians,

Singapura dapat PULAU, Malaysia dapat BATU, adohai Pak Lah sungguh malu tambah sedih. Apa sudah jadi kepada pemimpim pemimpim kita yang tergadai tanah air Malaysia di tangan negara kecil seperti Singapura. Semacam Harimau Malaysia sudah hilang taring kepada Singa”pura”.

Padahal rakyat Malaysia faham Singapura pasti menang di ICJ sebab sebab kelemahan kelemahan kerajaan BN menjaga semua pulau pulau diseluruh Malaysia, Sabah dan Sawarak. Oleh itu Singapura mengambil kesempatan tolong menjaga Pulau Batu Puteh yang langsung kerajaan Malaysia tidak ambil perhatian selama 100 tahun ini.

Adohai, Pak Rais Yatim bilang Malaysia dapat BATU Tengah (Middle Rocks) dalam kedudukan “WIN WIN” untuk “console” sendiri dari muka malu serta kemarahan rakyat terhadap beliau yang kalah ditangan peguam peguam handal dari Singapura. Patut Pak Rais mesti bertanggung jawab berat atas kehilangan Pulau Batu Puteh dimana beliau bilang Malaysia pasti menang sebelum ini yang amat mengelirukan Raja-raja Melayu dan rakyat Malaysia.

Syabas kepada kerajaan Singapura yang sungguh bersih, cekap dan amanah yang dihormati oleh ICJ. Ini pasal kata pepatah Melayu, “lembu punya susu, sapi dapat nama”.

Rakyat Malaysia menyokong Saudara YB Lim Kit Siang menyoal pasal pendatang tanpa izin (illegal immigrants) yang sangat banyak melebihi penduduk penduduk tempatan Sabah. Oleh itu, Projek IC yang dilancarkan oleh kerajaan Sabah agak lemah.

Oleh itu, rakyat Malaysia termasuk Sabah amat risau bahawa negeri Sabah kita tergadai di tangan penduduk penduduk perlarian tanpa izin yang berjuta juta kini di Sabah. Apakah kerajaan Malaysia masih tidur nyenyak tidak risau pasal kedudukan keselamatan dan kehormanian rakyat Sabah kini.

Lambat laun, rakyat Malaysia bimbang negara Indonesia atau Filipina akan pergi ICJ supaya Sabah dituntut oleh rakyat tanpa izin di kedua dua negara tersebut. Mana tahu, penduduk penduduk tempatan Sabah akan hilang di bumi Sabah and tanah Sabah akan tergadai pulak.

Rakyat Malaysia menyokong Pakatan Rakyat dan PBS supaya menyuarakan di Parliamen untuk penubuhan Royal Commissions oleh Yang DiPertuan Agong bagi mencari jalan untuk menyelesaikan isu isu pendatang tanpa izin dari Indonesia dan Filipina di Sabah serta menjaga kedaulatan dan kewibawaan negeri Sabah dan negara Malaysia.

Rakyat Malaysia tidak kira kaum, ugama, fahaman politk dan social patut bersuara kuat dalam isu isu ini supaya kerajaan BN masih tidak sedar genting genting bahaya nya kedudukan social di Sabah kini kalau tidak diambil perhatian serius oleh semua MP di Parliamen.

Bukan saja kita bilang hak-hak Bumiputra dan hak hak bukan Melayu di Sabah hilang di tangan pendatang tanpa izin di masa akan datang kalau kerajaan Malaysia masih tidur nyenyak selama 50 tahun dan akan tidur selama 50 tahun lagi.

Jangan pulak, Orang tanpa izin dapat tanah Sabah, Orang tempatan dapat sejarah Sabah, Negeri Sabah kita tergadai tak lama lagi.

Selamatkan Sabah sekarang sebelum terlambat.

‘Dinasti Azmin’ bakal mendominasi PKR?

azmin-ali2
Oleh Nazli Ibrahim
Pusingan terakhir pengundian Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parit Keadilan Rakyat (PKR) yang berbaki 52 cabang bakal dilangsungkan hujung minggu ini dijangka tidak banyak mengubah kedudukan calon bertanding.
Dengan tinggal dua hari pengundian, jika peratusan yang keluar mengundi pusingan sebelumnya diambil kira, keputusan bayangan beberapa jawatan utama parti sudah dapat diduga.

Antara yang menarik perhatian apabila pemimpin yang dianggap sebagai orang Azmin dilihat mendominasi barisan pemimpin bayangan PKR sekaligus menandakan bermula era ‘dinasti Azmin’ dalam PKR.
Bagi jawatan Timbalan Presiden, hingga saat ini boleh dianggap 99 peratus Azmin Ali hampir pasti dinobatkan ke jawatan nombor dua parti itu.
Ditambah pula dengan penarikan diri pesaing terdekatnya sebelum ini, Dato Zaid Ibrahim hanya memudahkan lagi laluan beliau untuk menduduki kerusi yang dikosongkan oleh Senator Syed Husin Ali.
Bagi Mustaffa Kamil Ayub yang memungut 3,401 undi ketika ini, sudah agak mustahil untuk memintas Azmin yang memperolehi 14,751 undi.
Jawatan Naib Presiden
Pola yang sama turut berlaku dalam persaingan merebut empat kerusi Naib Presiden yang didahului oleh Nurul Izzah Anwar dengan 11,042 undi, Tian Chua (9,524), Fuziah Salleh (7,878) dan Mansor Othman (7,448).
Berada pada kedudukan nombor lima, Gobalakrishnan dengan jumlah undi yang dikutip 5,288 kurang 2,160 dari undi diperolehi Mansor, boleh dianggap kedudukan yang sukar untuk menempatkan diri dalam kelompok empat teratas.
Undian tinggi diperolehi oleh Nurul Izzah daripada peringkat ahli akar umbi ini sekaligus menolak dakwaan negatif sesetengah pihak bahawa beliau bergantung kepada populariti bapanya semata-mata.
Malah dalam dunia politik PKR, kedua-dua tokoh dalam generasi yang berbeza ini turut menampakan perbezaan dari segi sokongan dan pendekatan dalam berpolitik.

Manipulasi undi: Animah Ferrar dipanggil beri keterangan

71919_107007052698040_100001662380589_71215_615502_nOleh Fazy Sahir
PETALING JAYA: Calon ketua wanita PKR Animah Ferrar akan dipanggil memberi keterangan dalam masa terdekat oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berhubung aduannya mengenai kepincangan ketika pemilihan wanita di peringkat cabang dan pusat.
Aduan Animah itu turut mengaitkan salah laku penyandang ketua wanita Zuraida Kamaruddin sepanjang kedua-dua pemilihan yang berlangsung.

Sumber dalaman parti mengesahkan perkara itu kepada FMT dan menjelaskan beberapa saksi akan dipanggil berhubung aduan tersebut. Katanya, hari ini lapan buah cabang telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi JPP, Dr Molly Cheah dan difahamkan ia berkaitan aduan Animah.
"Animah akan dipanggil semula agar pihak JPP dapat mendengar setiap dakwaan mahupun aduannya itu. Saksinya juga akan dipanggil kelak. Setakat ini lapan buah cabang telah bertemu Dr Molly," kata sumber itu.
Ketika dihubungi FMT, Dr Molly enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan bersama lapan cabang tersebut tetapi beliau mengesahkan menerima memorandum Animah melalui e-mail pada 14 November lalu.
"Memang ya, ada cabang yang jumpa saya hari ini, namun saya tidak boleh dedahkan lebih lanjut kepada media.
"Tapi saya sahkan bahawa telah menerima memorandum Animah pada 14 November lalu. Aduan Animah mengaitkan dengan pemilihan dalaman parti, maka aduan itu perlu dinilai dengan adil.
"Saya juga menghantar memorandum Animah kepada beberapa individu yang relevan bagi menyiasat aduannya itu," kata Dr Molly.
Melarang pencalonan
FMT difahamkan, Animah dalam aduannya mendakwa terdapat arahan melarang anggota-anggota mencalonkannya ketika Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Padang Rengas.
Malah ada yang mendakwa penyokong Zuraida merampas kertas ‘caidan’ (senarai calon) daripada penyokong Animah. Animah menerusi memorandumnya itu mengemukakan beberapa nama saksi Bagaimanapun, Animah yang dihubungi FMT enggan mengulas lanjut hal itu dan berkata aduan itu terlalu sulit untuk didedahkan kepada pihak media.
"Aduan ini saya hantar kepada pihak JPP dan ianya sulit untuk pengetahuan media," kata Animah.
Memetik laporan The Star 15 November lalu, Animah mendakwa Zuraida menyalahguna kuasa dengan menggunakan kemudahan parti untuk meraih sokongan dan bertindak mengugut, menipu dan memanipulasi keadaan.
Beliau yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat mahu pemilihan kali ini diisytiharkan tidak sah dan batal berikutan wujud manipulasi undian dan penyalahgunaan kuasa.
Animah turut mendakwa, menjadi saksi ketika di cabang Kulim Bandar Baru dan Sungai Siput, dimana kumpulan Zuraida merampas risalah mahupun kertas ‘caidan’ milik calon lain.

Masa tidak menyebelahi Barisan Nasional

jib Kemenangan "berganda" Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Batu Sapi, Sabah dan Galas, Kelantan, nampaknya memberi suntikan baru dan keyakinan kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 13. Keyakinan ini mencetuskan beberapa siri mesyuarat yang akan di adakan sebagai persediaan.
Sebuah jawatankuasa pengurusan BN akan bermesyuarat esok, diikuti dengan mesyuarat Majlis Tertinggi BN pada Sabtu ini, demikian menurut laporan sebuah akhbar arus perdana hari ini.

Najib, sebagai Pengerusi BN dijangka akan memberi taklimat kepada para pemimpin tentang peranan masing-masing dan apa yang diharapkan daripada mereka termasuk maklum balas mengenai apa yang perlu dilakukan.
Kejayaan di Batu Sapi dan Galas seolah-olah muncul sebagai gelombang baru bagi BN dalam menghadapi asakan kuat Pakatan Rakyat hingga menyebabkan BN hampir "mati lemas" dalam tsunami politik PRU-12 lalu.
Namun kemenangan BN di kedua-dua tempat ini dilihat tidak begitu memberangsangkan memandangkan kawasan-kawasan ini adalah kubu kuat mereka (Galas sebelum 2008), tambahan pula BN menggunakan sepenuhnya segala jentera kerajaan dan menabur wang tunai kepada para pengundi.
Keyakinan Najib ini juga terbit dari ramalan ekonomi Malaysia akan mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan pada kadar 7 peratus untuk setahun penuh 2010 akibat lantunan pemulihan ekonomi tahun lalu.
Najib juga tidak boleh menunggu lama untuk mengadakan pilihan raya kerana sekiranya pilihan raya ditangguhkan lebih lama berkemungkinan ekonomi global mengalami "double dip recession".
Ekonomi Amerika Syarikat masih jauh dari pemulihan akibat krisis "sub-prime", iaitu pendedahan kepada sektor perumahan yang terlalu tinggi dan keruntuhan beberapa empair perniagaan seperti Lehman Brothers dan Enron.
Ekonomi China, ekonomi kedua terbesar dunia sedang menghadapi "property bubble" dan sedang mengambil langkah-langkah perlu seperti membatalkan pinjaman perumahan (bridging loans) kepada empat pemaju utama bagi mengendurkan kerancakan pembinaan
sektor hartanah.
Begitu juga ekonomi Eropah masih menghadapi krisis zon euro.  Negara seperti Greece, Sepanyol, Ireland dan Itali diramalkan tidak dapat membayar pinjamannya mengikut jadual.  Kegagalan empat negara ini keluar dari kemelesetan akan menjejaskan ekonomi
negara-negara Eropah yang lain.
Masalah ekonomi bertimpa-timpa
Oleh itu, untuk mengelak masalah-masalah ini sampai di perairan Malaysia maka Najib tidak boleh menunggu lama ketika mana Malaysia sendiri menghadapi serantaian masalah ekonomi yang tidak bertimpa-timpa akibat kelemahan pentadbirannya.
Defisit belanjawan selama 12 tahun gagal ditangani.  Kedudukan hutang negara semakin meningkat setahun demi setahun dan sehingga penghujung 2009 hutang negara berjumlah RM326 bilion, mencecah 56% dari Keluaran Dalam Kasar Negara.
Pelaburan Langsung Asing (FDI) menjunam 81% dari lebih US$18 bilion tahun 2008 kepada US$9.8 bilion tahun 2009 dan tidak terdapat tanda-tanda bahawa FDI akan melantun semula pada tahun ini.
Banyak lagi masalah ekonomi, jika kita hendak sebut satu persatu di sini.  Pendek kata, ekonomi Malaysia berada pada tahap kacau bilau atau "songsang".
Bagaimana Najib dapat menarik keluar Malaysia dari krisis ekonomi dan membawa negara ini mencapai status negara maju atau ekonomi berpendapatan tinggi dalam tempuh yang amat singkat, iaitu hanya tinggal sembilan tahun sahaja adalah sesuatu yang
menarik untuk direnungi.
Ramai berpendapat Najib hanya pandai berbelanja tetapi tidak pandai mencari wang untuk menambah pendapatan negara.  Malangnya beliau tidak mempelajari ilmu pengurusan wang dan kewangan.
Kalau tidak, masakan beliau meminta nasihat dari Bank Dunia tentang bagaimana hendak mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti mana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar kewangan mingguan baru-baru ini.
Ini adalah merupakan satu perkara yang aneh kerana pada tahap pembangunan dewasa ini, Malaysia seharusnya lebih tahu akan masalah yang dihadapinya sendiri, bukan Bank Dunia atau Dana Kewangan Antarabangsa atau badan-badan lain.
Negara sudah lama terperangkap dalam kepumpung negara berpendapatan sederhana dan sehingga ini belum menunjukkan tanda-tanda bahawa negara dapat keluar dari kepumpung ini.
Masa tidak menyebelahi BN dan Najib. Pilihan raya umum perlu diadakan segera.  Jika tidak tsunami politik pembangkang akan membadai dan menyapu bersih pantai.

Anak syarikat wajib bentang bajet sebelum berbelanja – MB Selangor

khalid bmPETALING JAYA: Kerajaan Selangor hari ini mengarahkan supaya semua anak syarikatnya diwajibkan membentangkan bajet perbelanjaan sebelum diberi kelulusan menganjurkan sebarang aktiviti.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kelulusan tersebut hanya diperoleh daripada Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) untuk sebarang aktiviti termasuk sambutan perayaan atau ulang tahun.

Khalid berkata dengan cara ini kerajaan negeri mampu mengawal perbelanjaan supaya ia munasabah dengan majlis itu bagi mengelak pembaziran wang rakyat.
"Kelulusan tersebut termasuk antara lain kelulusan belanjawan bagi penganjuran majlis, senarai jemputan dan aturcara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan berselindung jika ada pegawai atau kakitangan syarikatnya melakukan penyelewengan atau salah urus tadbir.
Kelemahan pengurusan hal ehwal kewangan
Keputusan kerajaan negeri ini dipercayai respon daripada Konsensus Bebas yang mendesak agar semua agensi kerajaan Selangor diaudit bagi mengesan kelemahan pengurusan hal ehwal kewangan negeri.
Konsensus Bebas dianggotai Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Bharu), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).
Blok ahli parlimen bebas itu dalam kenyataannya Selasa lalu antaranya mendakwa kerajaan negeri membazirkan dana RM9.6 juta untuk menyewa ruang pejabat di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), termasuk RM520,000 untuk menaja perkahwinan angkasawan negara.
Semantara itu, Khalid turut memutuskan bahawa pelantikan syarikat pengurusan acara bagi menguruskan majlis anjuran anak syarikat negeri tidak digalakkan melainkan ada alasan yang kukuh.
"Sebaliknya anak-anak syarikat digalakkan menggunakan tenaga kerja dan kepakaran kakitangan yang sedia ada dan ini secara langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak atasan dan kakitangan bawahan.
"Kerajaan Negeri berpendapat cara ini sudah tentu akan menjimatkan lagi perbelanjaan dan wang yang dijimatkan ini dapat disalurkan ke tempat atau kepada individu yang sepatutnya sejajar dengan konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan Hasil Negeri Untuk Rakyat," katanya.

Wanita chief candidate called to testify; Jenapala files suit over candidacy



By Fazy Sahir

PETALING JAYA: PKR wanita chief aspirant Animah Ferrar would be summoned by the party's central election committee to testify on her allegations that there had been malpractices in the party's wanita wing elections.
Animah's allegations involve the conduct of incumbent wanita chief Zuraida Kamaruddin during the ongoing election process, held to pick division wanita as well as national wanita leaders.
A party source confirmed that Animah had been asked to appear before the committee to explain several details based on her complaints of the alleged wrongdoings.
The source said eight PKR divisions, involving the wanita wings, met the party's central election committee chief Dr Molly Cheah today and it is understood that the meeting "had something do to" with allegations levelled by Animah previously.
"Animah will be called again so that the committee can for themselves hear all the allegations. Witnesses, if any, would be summoned later. In fact today eight divisions met Dr Molly," the source revealed.
Cheah when contacted by FMT refused to comment on the meeting today. However, she confirmed receiving a memorandum on the complaints from Animah, via e-mail, on Nov 14.
"Yes it is true that some divisions met me today but I cannot divulge any details on the purpose of the meeting or what transpired at the meeting.
"But I can confirm receiving Animah's memorandum on Nov 14. Her complaints were about the party's election process. It has to be given a fair consideration. I have also forwarded the memorandum to a few relevant individuals to assist in investigating the claims," said Cheah.
Allegations of abuse by incumbent
It is learnt that Animah in one of her complaints had alleged that there was a ban on members from nominating her at the Padang Rengas PKR division annual general meeting.
The wanita chief aspirant has also accused Zuraida's supporters of grabbing the list of names proposed by Animah to be elected by members from her supporters.
Animah in her memorandum has named several PKR members as witnesses to the incident.
When contacted by FMT, Animah refused to elaborate further on the matter, saying that the issue was too "confidential" to be revealed to the media.
Based on a report in the Star newspaper on Nov 15, Animah had alleged that Zuraida had abused her power, using party mechanism to increase support and threatened, lied and manipulated the situation to win more votes.
Animah, who is also the party's supreme council member, wanted the party to declare the PKR polls invalid due to vote manipulation and abuse of power.
The contest for the wanita chief sees a three-cornered fight between Zuraida, Animah and Suraya Sudin. After three weekends of pollings, and one final weekend left, incumbent Zuraida is leading the race, followed by Suraya.
The PKR elections have been mired with controversy following allegations of electoral fraud. Several candidates have called for the polls to be adjourned until these issues are sorted out but the party is keen to complete the process in time for its national congree at the end of this month.
One high profile candidate to have pulled out of the race is deputy presidential aspirant Zaid Ibrahim who cited electoral fraud for his reason to do so. He has also indicated his intention to quit the party over its failure to stem the fraud.
Suit filed against polls
In another development, former deputy secretary-general P Jenapala has turned to the courts in his attempt to contest for the deputy president's post.

He filed a suit this morning at the Kuala Lumpur High Court registrar to seek a declaration that he is entitled to contest for the deputy's post.

He was disqualified by the party from contesting on the grounds that he was no longer a member. He however disputes this, saying that he had not received any official notice from the party about his sacked status.

He named as defendants party president Dr Wan Azizah Wan Ismail, outgoing deputy president Syed Husin Ali and secretary-general Saifuddin Nasution Ismail.

The race for the deputy's post sees a straight fight between favourite Azmin Ali and Mustaffa Kamil Ayub after the pull out of Zaid Ibrahim.

This coming weekend will see the last round of pollings with official results to be announced during the party's congress at the end of the month.

Jenapala's suit, if successful, will effective mean that the election process would have to be halted and held again, this time with Jenapala as one of the candidates.

Zaid-Anwar truce: 'Azmin main stumbling block'


By Athi Shankar
BUKIT MERTAJAM: PKR deputy president designate Azmin Ali is said to be the main stumbling block for any possible reconciliation between party supremo Anwar Ibrahim and Zaid Ibrahim.
Read: Third Force unlikely to impact Malaysia
Several Penang PKR Youth leaders claimed that Azmin had erected an “impregnable wall” to stop any reconciliation attempts by both leaders for stability and progress of the party.
“Azmin built the wall to protect his own political interests. Anwar will never breach it,” the leaders, who declined to be identified, told FMT today.
According to them, Zaid's departure would be a “gain for Azmin, but a loss for PKR”.
Stopping short of accusing him as the main culprit behind many internal problems, the youth leaders claimed that Azmin had been instrumental in ousting talented leaders from PKR in the past.
They cited the departure of former youth chief Ezam Mohd Nor as an example of Azmin's intense politicking and firm grip on Anwar.
“PKR is now set to lose Zaid merely to safeguard Azmin's interests. . . that’s all,” they said.
The leaders also chided the PKR and Pakatan Rakyat leaderships for putting on a brave front over Zaid’s departure when the truth was worrisome.
They said the emergence of a third political block helmed by Zaid would have a serious impact on Pakatan’s chances to capture Putrajaya.
“The situation is more alarming in Sabah and Sarawak. A third force would affect Pakatan more than Barisan Nasional,” they said.
Anwar slams Zaid
Earlier today, Anwar blamed Zaid for the current PKR imbroglio despite the former minister being given “opportunities and privileges to flourish.”
He listed the party appointments as supreme council member, head of the Federal Territories PKR and Hulu Selangor candidature as examples.
He said that it was Zaid who had asked to be accepted into the party after he was sacked from Umno in 2008.
“Zaid then sought a leadership role within the party,” he told reporters here.
Anwar said that Zaid had also asked to be the party's Hulu Selangor parliamentary by-election candidate.
Although the local division objected, Anwar said the party leadership still gave Zaid the chance.
“When he lost, we gave him the chance to lead Federal Territories PKR,” he added.
Anwar also said that he expected Zaid not to face any hassle in his attempt to register a new party because it would be an advantage for Umno and BN.
The opposition leader also claimed that Zaid was never appointed as Pakatan coordinator.
He said that former party deputy president Syed Husin Ali had even double-checked all minutes of previous Pakatan meetings and confirmed it.
“I chaired all Pakatan meetings and to my knowledge, Zaid was never appointed as coordinator,” he said.
However, a check on the PKR website revealed that Zaid was appointed as head of the Pakatan secretariat, which practically carries the coordinating function.

Third force, harapan baharu liberal Malaysia


Selepas lebih dua tahun Pilihan Raya Umum ke-12, gabungan Pakatan Rakyat semakin banyak dihadapkan dengan realiti politik aliansi yang rumit dan sukar.

Parti-parti anggota PR sendiri secara individu menghadapi masalah masing-masing dalam menguruskan kemenangan dan berdepan permainan politik dalaman.

Kini, satu gabungan baharu kumpulan liberal di Malaysia berazam untuk muncul sebagai kuasa ketiga dalam pilihan raya umum, berpotensi berdepan dengan kedua-dua BN dan PR dalam pilihan raya.

Perkembangan ini menunjukkan kebolehlaksanaan yang terhad apa yang digelar "sistem dua parti," yang menghadkan agenda-agenda dan menggalakkan pemikiran secara kelompok.

Sistem dua parti seperti yang dibayangkan itu mempunyai beberapa masalah yang terkait dengan perkara paling asas dalam politik, yakni ideologi, seperti dijelaskan antaranya, dalam satu artikel diterbitkan di Harakahdaily lebih setahun lalu.

Gabungan liberal dalam kuasa ketiga ini menunjukkan realiti dalam politik, iaitu sistem dua gabungan sangat terhad ruang bergeraknya, kerana kepelbagaian kepentingan amat sukar untuk diterjemahkan melalui gabungan dua parti sahaja.

Kemunculan kuasa ketiga berpotensi memperkuatkan lagi gerakan liberal di Malaysia - sama ada melibatkan Datuk Zaid Ibrahim atau tidak - yang kini bersedia memasuki gelanggang politik pilihan raya.

Sekiranya gabungan ini cukup kuat, ia bakal mempunyai kuasa tawar-menawar yang cukup untuk menjadi satu penentu dalam penubuhan kerajaan pusat, satu kekuatan yang diharapkan oleh kumpulan ini.

Sidang media Zaid diteruskan esok..itulah Zaid flip-flop..keputusan tak stabil..!!!

Selepas beberapa jam membatalkan sidang medianya berhubung pengundurannya daripada PKR, bekas calon timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim mengambil keputusannya mengadakan kembali sesi itu. “Saya mohon maaf dengan ikhlas, sidang media yang dijadualkan pada jam 10.30 pagi esok di rumah Datuk Zaid diteruskan.
“Terima kasih dan maaf atas sebarang kesulitan,” kata seorang pegawainya Muhammad Firdaus Christopher melalui SMS kepada pihak media.
Awal pagi tadi, Zaid membatalkan sidang medianya bagi menjelaskan “semuanya” berhubung pengundurannya daripada parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya itu.
“Sila ambil perhatian, sidang media Datuk Zaid esok dibatalkan ekoran beliau mempunyai hal penting, tetapi ia (penjelasannya) akan dimuatkan di blognya,” kata Muhammad Firdaus pagi ini, juga melalui SMS.
Sebelum ini, merujuk kepada laporan mengejutkan oleh sebuah harian berbahasa Inggeris bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai anggota PKR, Zaid mengesahkan perkara itu melalui blognya.
Bagaimanapun, menurutnya penjelasan lanjut berhubung perkara itu akan dimuatkan dalam blog Zaid untuk Rakyat esok.
Bermula dengan tidak puas hati dengan pemilihan parti, bekas pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan itu sebelum ini turut menyifatkan Anwar dan Naib Presiden Azmin Ali sebagai “punca masalah” dalam PKR.
Sementara itu, Anwar pula esok dijadual menyampaikan “amanat penting” bagi menjelaskan perkembangan semasa dalam parti itu, dijangka berkaitan sekitar kontroversi dalam pemilihan langsung parti.
Azmin – pesaing utama Zaid dalam perebutan jawatan nombor dua parti sebelum ini – mengumumkan perkara itu dalam program ‘kempen’ Pentas Perdana di Shah Alam minggu lalu.
Menurut Azmin, program itu – dinamakan ‘Rapat Perdana Keadilan bersama Kepimpinan Anwar – dijangka disertai 1,500 anggota parti itu.
Menurut laman berita PKR pula, program dua jam bermula 8 malam itu akan dilangsungkan di Dewan MBSA Shah Alam.
Pemilihan PKR masuk minggu terakhir Sabtu dan Ahad ini dalam keadaan diasak daripada pelbagai penjuru.
Selain Zaid, seorang lagi naib presiden dan calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub juga telah dua kali mendesak pemilihan itu dibatalkan kerana pelbagai aduan dan rungutan mengenai ketelusannya diutarakan.

Naib presiden DAP Perak: Kula tolak, Siva terima

Bekas timbalan pengerusi negeri M Kulasegaran menolak tawaran daripada pucuk pimpinan baru DAP Perak supaya memainkan peranan sebagai naib pengerusi.

maika holding shareholders meeting 300807 kulasegaran
"Selepas menimbangkan semua pandangan dan perkembangan dan suasana dalam DAP Perak, saya putuskan menolak tawaran daripada jawatankuasa negeri," kata Kulasegaran dalam satu kenyataan media.

Bagaimanapun, Kulasegaran berikrar akan kekal setia pada DAP dan Pakatan Rakyat.

"Saya berjanji akan memainkan peranan aktif di peringkat negeri dan politik nasional untuk membantu mencapai dua objektif pilihan raya - demi menawan semula Perak dan menuju ke Putrajaya," katanya.

Dalam pemilihan DAP negeri Ahad lalu, hampir semua pasukan Kulasegaran ditewaskan pasukan yang dipimpin pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham.

Ketika memilih 15 ahli jawatankuasanya, Kulasegaran terlepas peluang apabila hanya mendapat tempat ke-16.

Masuk PAS?: Kita tunggu dulu keputusan Zaid, kata Hadi


KUALA LUMPUR, 18 Nov – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua pihak supaya menghentikan spekulasi yang membabitkan Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan akan keluar parti itu.
Zaid yang sebelum ini membatalkan sidang media menjadualkan semula sesi bertemu pemberita di rumahnya di Petaling Jaya, pagi esok.
Malah ketika dihubungi The Malaysian Insider, Hadi (gambar) berkata, Zaid sehingga kini masih belum membuat sebarang keputusan secara rasmi sama ada akan keluar PKR ataupun tidak.
“Beliau (Zaid) belum buat keputusan untuk keluar PKR atau tidak. Jadi kita tidak tahu apa yang akan beliau lakukan.
“Saya tidak suka kalau bercakap soal kalau sahaja, kita tunggu sahaja apa keputusan yang akan dibuat Zaid nanti,” katanya.
Ketika ditanya sama ada PAS akan menerima Zaid sebagai ahli PAS, Hadi bagaimanapun berkata “kita perlu tunggu sahaja keputusan Zaid nanti.
“Lagipun beliau tidak minta (masuk PAS), macam mana kita nak tahu.
“Kita tunggu sahajalah apa keputusan beliau nanti, tunggu kata putus daripada beliau dulu,” kata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.
PAS walaupun berhadapan dengan hubungan ‘dingin’ dengan Zaid sebelum ini tetapi menyokong dan berkempen untuk beliau ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.
Kelmarin, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa menafikan laporan yang memetiknya sebagai berkata parti itu akan menerima Zaid, bekas Pengerusi PKR sebagai anggotanya.
Husam berkata laporan Bernama yang memetik beliau berkata demikian adalah tidak tepat.
Zaid sebelum ini mengesahkan akan meninggalkan PKR tetapi belum mengemukakan notis rasmi berhubung keputusannya kepada ibu pejabat parti itu.
Beliau mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang.
Malah kata Zaid, beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pada 8 November lepas mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding selain melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.
Malah Zaid meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pesaing jawatan timbalan presiden Azmin Ali agar meninggalkan PKR atas alasan mereka punca kepada segala masalah dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu.
Hari ini, Anwar berkata, Zaid bebas untuk meninggalkan PKR jika mahu sambil menegaskan bahawa partinya telah memberikan ruang secukupnya termasuk memilihnya sebagai calon pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.
Kata Anwar, PKR telah memberikan banyak peluang dan layanan khas kepada bekas menteri Kabinet dan bekas pemimpin Umno itu.
Zaid juga disebut-sebut akan menubuhkan parti barunya bagi meneruskan perjuangan politik beliau.

Caruman KWSP kembali 11% mulai Jan

Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus berkuatkuasa gaji bulan Januari 2011.
Caruman itu dibayar kepada KWSP mulai Februari 2011, kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
azlanKadar caruman berkanun pekerja diturunkan daripada 11 peratus kepada 8 peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.
Majikan dinasihat memastikan jumlah caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula daripada caruman bulan Februari 2011.
Beliau berkata ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun itu tidak perlu mengambil sebarang tindakan.
Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus, katanya.
Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan mereka melalui laman web myEPF di Enquiry.
- Bernama

Pemilihan: Bekas timbalan SU Agung saman PKR

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Bekas timbalan setiausaha agung PKR, Jenapala Perumal Subaan menuntut mahkamah mengisytiharkan beliau layak bertanding jawatan nombor dua parti itu pada pemilihan pusat yang sedang berlangsung sekarang.
Jenapala memfailkan saman di Mahkamah Tinggi hari ini.
Beliau juga mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa pelucutan hak untuk bertanding jawatan timbalan presiden diisytiharkan sebagai tidak sah.
Dalam samannya, Jenapala menamakan Presiden Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Senator Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail sebagai defendan.
Pada September lalu, Saifuddin berkata, Jenapala sebenarnya telah tidak lagi menjadi anggota PKR setelah beliau dipecat dari keanggotaan pada Februari tahun lalu kerana mengkritik pimpinan parti secara kasar dan bertindak menubuhkan parti baru.
Oleh itu, Jenapala tidak boleh dicalonkan untuk apa-apa jawatan dalam pemilihan PKR.
Justeru, kata Saifuddin, tindakan Jenapala mempertikai dan mengkritik kewibawaan pemilihan 2010 dengan melontarkan pelbagai tuduhan yang amat tidak berasas, palsu dan bohong dilihat bukanlah perkara yang luar biasa memandangkan beliau telah terbukti sebagai suatu watak yang khianat pada perjuangan.

Usul bincang isu 'kekeliruan' tarikh raya dikemuka

Ahli parlimen Kubang Kerian mengemukakan usul tergempar bagi menangguhkan sidang Dewan Rakyat yang akan bersambung Isnin depan bagi membincangkan isu tarikh Aidil Adha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi.

salahuddin ayub 01 Dalam usul kepada speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Salahuddin Ayub berkata sambutan Aidil Adha di negara ini semalam "sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".

"Perbezaan dua hari sambutan Aidiladha di negara ini yang diambil kira daripada tarikh dan masa wukuf di Arafah yang jatuh pada hari Isnin, 15 November adalah jelas tidak munasabah walaupun dapat kita fahami perbezaan waktu peredaran matahari yang hanya berbeza lebih kurang lima jam di antara Malaysia dan Arab Saudi," katanya.

Naib presiden PAS itu berpendapat, perbezaan tarikh itu turut mengelirukan penentuan hari Tashrik - tiga hari selepas Aidil Adha yang ditetapkan untuk menyembelih korban - di negara ini.

kaabah mekah islam holycity 080307 largeSalahudin juga mempersoal bagaimana pihak pengurusan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri mengurus tadbir isu tersebut.

"Apakah hujah dan alasan yang diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum pengisytiharan tentang tarikh hari raya Aidil Adha dibuat?

"Adakah tidak ada pengurusan, penyelarasan dan perbincangan dibuat untuk menyelesaikan perkara yang sekecil dan semudah ini?" soalnya.

Beliau berpandangan dalam era kecanggihan teknologi komunikasi kini tiada alasan perkara itu tidak dapat diselesaikan.

"Memandangkan perkara ini adalah satu isu yang serius, saya mengambil tanggung jawab untuk Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu dan meminta pihak Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapan dan penjelasan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," katanya.

PKR tak pernah lantik Zaid penyelaras, kata Anwar

BUTTERWORTH, 18 Nov – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Zaid Ibrahim tidak pernah dilantik sebagai penyelaras parti itu.
“Jika dia mendakwa memegang jawatan itu,  itu soal lain, saya tidak mahu berbalah dengannya dalam soal ini (kerana) sehingga hari ini semua  mesyuarat parti masih lagi dipengerusikan oleh saya sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis korban di Masjid Tok Kun di Permatang Pauh di sini hari ini.
Anwar berkata PKR sudah berulang kali menjelaskan mengenai perkara tetapi media masih menggunakannya.
“Dia juga menggunakan rakan-rakan medianya untuk mempromosikan dirinya sebagai penyelaras PKR tetapi sebulan yang lepas apabila Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, membuat semakan, tiada lantikan jawatan itu kepadanya,” kata Anwar.  – Bernama

Pak Lah: Anwar hina tanah air sendiri

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan Malaysia sebuah negara Islam moden sebagai satu penghinaan terhadap tanah air sendiri.

abdullah ahmad badawi pak lah angry anwar look"Mengapa jadi penghinaan? Dia (Anwar) yang menghina, sebab itu dia kata itu penghinaan. Mungkin sudah ada dalam fikiran dia yang kita ini hina...kita tak dapat terima pandangan itu," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Abdullah diminta mengulas mengenai kenyataan ketua pembangkang itu bahawa pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu penghinaan.

Anwar berkata demikian semasa ditemubual Sky News Australia dua hari lalu dalam usahanya mencari sokongan antarabangsa.

Terdahulu, Abdullah mengisytiharkan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Negara di Dataran FRIM, di Kepong.

Dalam ucapannya, Abdullah berkata pengisytiharan itu telah memberi pengiktirafan kepada institut yang ditubuhkan pada 1929 itu sebagai satu daripada institusi penyelidikan perhutanan tropika yang terulung di dunia.

"Ternyata setelah lebih 80 tahun, kawasan FRIM yang dahulunya terdiri daripada kawasan terbiar yang ditumbuhi belukar, telah berjaya dipulihkan.

"Oleh itu kawasan FRIM boleh diisytiharkan sebagai kawasan model pemulihan hutan yang terbaik melalui usaha penanaman dan penjagaan yang teratur," katanya.

Abdullah berkata, FRIM sebagai kawasan hutan buatan manusia yang terbesar di dunia seluas 485.2 hektar perlu meningkatkan dan mengembangkan industri perhutanan negara supaya tidak dilihat hanya tertumpu kepada industri balak semata-mata.

"FRIM mesti bersama dengan Jabatan Perhutanan mewujudkan satu industri perhutanan yang bukan hanya sekadar memberi permit kepada orang untuk tebang pokok tetapi menjadi pusat untuk menghasilkan banyak tanaman yang mempunyai nilai harga dari segi perubatan, ubat tradisional dan farmaseutikal.

"Kita juga berharap FRIM akan mengembangkan usahanya dengan membuka institut penyelidikan yang lebih besar di setiap negeri supaya persekitaran hutan hujan seperti ini dapat kita wariskan kepada generasi akan datang," katanya.

Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abdul Latif Mohmod, pula berkata penggunaan polisterin serta beg plastik akan mula diharamkan di kawasan FRIM mulai Januari tahun depan bagi meningkatkan amalan mesra alam dalam kalangan pengunjung ke FRIM.

"Langkah lain yang mungkin kita akan kuatkuasakan ialah meningkatkan caj masuk ke FRIM dari RM5 ke RM7, (tetapi) jika orang ramai serahkan sampah sarap yang mereka bawa masuk kepada kita di pintu keluar, kita akan kembalikan semula caj tambahan RM2 itu," katanya.

- Bernama

Syabas Dan Tahniah.... Kerajaan Barisan Nasional.

Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar....

Gua sebenarnya terperanjat baboon dan terkezut gilababas... apabila terbaca berita dari Suara Keadilan berkaitan laporan "Transparency Internationals" yang dibahaskan oleh Lim Kit Siang dalam Parlimen.

Seratus peratus hati gua berkata, laporan itu berniat jahat. Mana mungkin Malaysia sebuah negara yang bersih dibawah Kerajaan Barisan Nasional dengan pemimpinnya yang bersih dari noda dan cela yang cekap dan amanah dalam menjalankan tanggungjawap terhadap rakyat dan membangunkan negara ini boleh dilaporkan sedemikian.


Gua tetap tak percaya dengan laporan tersebut. Begitu juga dengan laporan dari Ketua Audit Negara baru-baru ini. Itu semua dakyah untuk memburuk-burukkan Pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional dan umnoapco khususnya.


Sebelum ini, gua mati2 ingat negara India dan Indonesia adalah negara yang paling kuat dengan amalan rasuah... rupa-rupanya tidak... sangkaan gua meleset sama sekali...


Gua tetap tak puashati... dan tetap mengatakan laporan tersebut salah dan bersikap dengki iri hati dengan kemajuan negara serta pemerintahan Kerajaan sekarang ini. Apa diorang tak nampak ke... berapa banyak pelabur2 luar (FDI) yang masuk menderu2 melabur di Malaysia.


Gua ingin memetik kata2 PM 1Malaysia, iaitu "Hanya Barisan Nasional yang mampu MEMERINTAH Malaysia..." tiada kerajaan lain yang seHEBAT barisan nasional....!!!!

Itu semua fitnah... fitnah... fitnah...!!!!


PADA PILIHAN RAYA AKAN DATANG, KITA BUATLAH PILIHAN YANG TEPAT..... KITA KEMBALILAH KEPADA AJARAN AGAMA IAITU:

PILIH CALON JANGAN PILIH PARTI...

KITA PILIH ORANG BERIMAN, BERTAQWA, BERAMANAH, BERPENGETAHUAN, BERPRINSIP DAN BERMARUAH.

Contoh calon-calonnya:
Zul Kulim (Bebas)
Fathul Bari Ulama Muda 40 (BN)
Reezal Naina Merican (Kimma) : eeeeeee.... calon tambahan... eeeeeee.....
Zaid Ibrahim (Parti Baru) : ha..ha..ha...

Dalam keempat-empat calon tersebut, lu orang pilihlah yang paling tidak memudaratkan... siapakah calonnya..??? hahahaha.... (sebagai menjawap soalan komen di sini..)... eeeeee.... yang itu lu orang janganlah pilih.... eeeeeeee..... jijik...

p/s: Ada segelintir individu kalau terkejut diorang akan melatah, tapi gua kalau terkejut akan ketawa... hahahahaaaaaaaaa..... jadi gua memang serius terkejut dengan keHEBATan Kerajaan Barisan Nasional/umnoapco yahudi laknatullah nih... sambung gelak guling-guling.... ha..ha..ha......ISA.

Jangan Sombong


Kata orang, cakap biar berlapik.... beralas. Jangan cakap ikut sedap mulut jer. Tapi.. bagi sesetengah politikus, apabila bercakap jer, fuuuhhh, perasan bagus.

Mari kita lihat apa kata Menteri ehsan ni tentang PKR. Kata dia...
  • PKR merupakan parti rapuh tanpa ideologi dan perjuangan untuk membela nasib rakyat.
  • PKR ditubuhkan tanpa visi, idealisme dan perjuangan untuk rakyat serta negara. Tertubuhnya parti itu hanya untuk mempergunakan parti supaya ada individu tertentu jadi Perdana Menteri
  • Sebuah parti tanpa ideologi seperti PKR tidak akan mampu bertahan lama walau siapa pun yang dipilih selaku pemimpin. Baca lagi di sini
Kalau PKR rapuh, mengapa kamu orang kecoh?? Manusia akan gabra gempaq, kalau berhadapan dengan ancaman. Kalau bukan ancaman... semua akan relax jer. Di mata mereka , PKR nampak rapuh sebab itulah yang mereka mahu imaginasikan dan yang mereka harapkan agar menjadi realiti. Malangnya... PKR masih kukuh dan mendatangkan ancaman kepada mereka. Itu sebab, mereka meroyan gila babi. Kalau rapuh... mereka takkan hairan.

PKR berserta PAS dan DAP, telah menunjukkan pentadbiran yang jauh lebih berintegriti dan boleh dipercayai rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.... jika dibandingkan dengan UMNO/BN. Perjuangan yang bertunjangkan rakyat ini, mendapat sokongan rakyat. Itulah ancaman PKR/Pakatan Rakyat kepada mereka. Jadi... kritikan, sindiran dan tuduhan-tuduhan mereka, sebenarnya menggambarkan rasa takut mereka terhadap ancaman tersebut.

Apa salahnya Anwar jadi Perdana Menteri?? Walau pun, he has his flaws tetapi itu lumrah manusia ler. He may not be perfect. Tapi.... kalau dibandingkan dengan PM-PM yang bermula dari era Mahathir hinggalah yang terkini, Anwar rasanya jauh lebih boleh dipercayai terutama dalam menjaga kebajikan negara dan rakyat. Dia lebih berjiwa rakyat. Dia tak tamak pada kebendaan dan kekayaan duniawi hingga sanggup sapu duit rakyat dengan menggunakan kuasa.

PKR berpegang kepada ideologi demokrasi yang berteraskan keadilan. Ya... keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira batas agama, kaum dan budaya serta fahaman politik dan sosio-ekonomi mereka. Keadilan untuk semua. Bak kata Saifuddin Nasution... PKR ialah parti politik masa depan Malaysia.

Dengan bergabungan dalam Pakatan Rakyat, menjadinya parti yang relevan dengan landskap kaum dan politik di Malaysia. Tak kiralah siapa yang memimpinnya. Anwar tak penting.... tetapi selagi PKR berpegang pada ideologi tersebut... ia akan kekal relevan dan akan menjadi ancaman kepada kelangsungan politik UMNO/BN, kini dan insyaAllah.... selamanya.

Kah... Kah... kah... Kah...

Sebab itu, Opah Ijat, menteri ehsan Kabinet Dapur Najib dan koncu-koncunya..... TAKUUUUUTTT!!!