Sabtu, 13 November 2010

Even the 'dead' voted in Batu Sapi

By Queville To

KUALA LUMPUR: There were 156 voters who were more than 100 years old whose names appeared in the electoral rolls of the recently concluded Batu Sapi by-election.
But they were also found to be dead, with death certificates issued by the National Registration Department (NRD).
Tawau MP Chua Soon Bui revealed this in Parliament when questioning the competence of the Election Commission (EC) during the debate on Budget 2011 last week.
“We were told that the electoral roll has been cleaned up, but how come these names were still there? How many of these had been found to have voted in the recent Batu Sapi by-election? Please explain why such cases are still happening,” she asked.
She also demanded to know why more than 20 people were prevented from voting in Batu Sapi with their names replaced in the electoral roll with those of others but using their MyKad numbers.
Chua was also dissatisfied with the answer given by the EC officials in Batu Sapi that they could do nothing about it and that the affected voters should check their MyKad with the NRD.
She described such an answer as being irresponsible on the part of the EC, citing that in the first place the mistakes were made by them, hence it was their responsibility to rectify it with the NRD, instead of making the complainants run around.
“I hope the EC would view it seriously because these voters demand a satisfactory explanation,” she said.
She also wanted to know why government officers such as the navy, police and General Operations Force personnel who had been posted away from Batu Sapi were still allowed to cast their postal votes there.
“What is the EC policy on these serving officers who have been moved to other constituencies? Why aren't their postal votes transferred to the new constituencies of their current posting?” she asked.
Chua also asked how much money was spent by the EC in the Batu Sapi and Galas by-elections.

Ini Gambar Wartawan Kurang Ajar

Berapa Agaknya Upah Untuk Mereka Berdemo? Zaid Tentu Ada Jawapannya..

BANTAH... Sebahagian daripada kira-kira 150 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR), berdemontrasi membawa sepanduk mahukan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presidennya, Mohamed Azmin Ali berundur dari parti itu di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

Gambar Rosmah Mansor terkini...



Oleh: Pria Malaya

Fuh, berseri dahi RM kita ya...siap bermanik lagi..

(Klik gambar utk paparan lebih jelas)

Gambar ni dirakam ketika Majlis Malam Amal BAKTI 7 November lalu..berlangsung di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur secara tertutup..

Rosmah Mansor adalah Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti)...

Siapa artis jemputan utk 'hiburkan' para isteri2 menteri dan Timb. menteri ni?..tak mainlah artis dlm negeri, nun artis dari India, DATUKKK Shah Rukh Khan...;)














*Lagi gambar boleh lihat di SINI dan si SINI...

Wan Azizah puji cara Chegubard tangani krisis Keadilan

Ekoran, 'kontroversi' dalam pentadbiran pemilihan Keadilan, Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan pemimpin parti itu supaya mengelakkan kritikan peribadi sesama sendiri.

Menurutnya, ini kerana perkara sebegitu hanya akan "membuka ruang kepada musuh". "Apa yang berlaku ini merupakan proses mematang dan memantapkan parti.

"Kita yakin ini akan menatijahkan semangat dan kekuatan baru kepada ahli dan parti," katanya yang menang tanpa bertanding sebagai presiden dalam pemilihan langsung kali pertama itu.

Dalam satu kenyatan hari ini, Wan Azizah memberi jaminan bahawa Jawatankuasa Pemilihan Pusat Keadilan dan beliau sendiri akan memberi perhatian serius terhadap kritikan yang dibuat melalui perbagai cara.

"Bahkan kita telah pun memulakan tindakan dan tumpuan diberikan kepada kes-kes yang mempunyai petunjuk yang jelas. "Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahi etika yang digariskan," katanya.

Semalam, Pengerusi Keadilan Pahang Datuk Fauzi Abd Rahman menyerahkan "Resolusi Rapat Anak Muda Malaysia" bertarikh 10 November 2010.

Resolusi enam perkara itu berkaitan perjalanan pemilihan pimpinan parti yang sedang berjalan.

Wan Azizah juga menyifatkan tindakan menyerahkan resolusi itu merupakan proses yang baik mengikut saluran yang tepat dan menunjukkan kematangan anggota dalam menangani isu-isu berbangkit.

Sharpshooter - Inilah cara terbaik untuk menangani masalah dalaman parti bukannya menyerang parti di media perdana. Jangan keruhkan lagi suasana yang ada dengan menyerang mana-mana individu hingga ada yang cabar untuk berdebat tetapi bila Chegubard pelawa berdebat tentang misi dan visi AMK, diam membisu pula.

Ingatlah, tidak mustahil Parti Keadilan Rakyat akan menerima nasib seperti Umno lama yang diisytiharkan sebagai pertubuhan haram pada tahun 1988 sekiranya tiada tindakan segera diambil untuk mengatasi kemelut dalam pemilihan yang sedang berlangsung.
Kes pengharaman Umno 1988
Untuk rekod, pada Jun 1988, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 ahli Umno yang dinamakan sebagai ‘Umno 11′.
Kumpulan ini telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung Umno April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal serta tidak mempunyai kesan.
Akibat daripada tindakan kumpulan Umno 11 tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika itu, Harun Hashim telah mengisytiharkan Umno sebagai pertubuhan haram-FMT

Kepada semua pencinta dan pendokong Parti Keadilan Rakyat, janganlah terlalu emosi hingga membawa kes parti ke mahkamah. Berilah ruang kepada pimpinan parti menyiasat dan mengambil tindakan. Fikirlah hati rakyat yang terluka dan nasib rakyat marhaen bukannya hanya memikir tentang kepentingan diri sendiri hingga mahu manghancurkan parti.

Chegubard tidak sekali-kali akan berkompromi dengan mana-mana individu yang mahu membawa kes ke mahkamah atau ingin keluar parti dan menubuhkan parti baru.

Kepada pimpinan atasan parti, bertindaklah atas dasar keadilan dan kebenaran bukannya atas dasar untuk kepentingan individu kesayangan. Pemimpin boleh datang dan pergi tetapi parti mesti diutamakan dan imej parti wajib dipulihkan kembali dengan kadar segera.

Amizudin Ahmat (Din Binjai)

Kata-kata Pejuang Tulen


"There is a time to be quiet and a time to talk. People must work in unison. Only then can we achieve our goal"

Kepada semua para pemimpin dan akar umbi serta para penyokong Parti Keadilan Rakyat, hayatilah kata-kata Aung San Suu Kyi pejuang kebebasan dan demokrasi Burma ini sebagai iktibar dan jadikan ia panduan dan pedoman dalam perjuangan kalian menegakkan keadilan sejati untuk semua.

Berita pembebasan tokoh pejuang demokrasi Burma ini dapat dibaca di sini:

Burma releases Aung San Suu Kyi

BN bimbang kesan 'pembaziran' Yayasan S'gor

BN Selangor hari ini bimbang mengenai mengenai masa depan generasi muda di negeri ini berikutan pembaziran dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pengurusan institusi pengajian milik kerajaan negeri itu, kata Timbalan Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Noh Omar.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat menghadiri majlis sambutan ulangtahun ke-40 Yayasan Selangor di Kuala Lumpur Isnin ini selepas dukacita apabila dimaklumkan kos perbelanjaan yang tinggi untuk majlis itu.

Noh berkata Yayasan Selangor ditubuhkan BN bagi menjaga kebajikan anak-anak luar bandar dan ia telah berjaya menghasilkan ribuan anak Selangor yang berjaya di dalam pelajaran.

"Apabila pentadbiran baru mengambil alih, cara mereka tadbir Selangor tidak pentingkan pendidikan rakyat Selangor," katanya.

Beliau mempersoalkan pembaziran dalam penganjuran majlis itu yang didakwa bukannya melebihi RM300,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi melebihi RM800,000.

Sebelum ini, Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki dilaporkan berkata kos sebenar majlis itu adalah RM285,000 bagi menampung penyediaan makanan untuk jemputan khas seramai 200 orang kenamaan dan 2,000 tetamu lain.

Ilham berkata Yayasan Selangor terpaksa menyewa tiga khemah besar selain belanja hiasan, kad jemputan, gimik persembahan dan sistem siar raya.

Bagaimanapun, Noh berkata jika kos sewa khemah besar itu mahal, banyak lagi dewan-dewan milik kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan yang boleh digunakan.

Pembaziran yang dilakukan oleh Yayasan Selangor di dalam aktiviti-aktivitinya cukup banyak dan Noh mendakwa BN mempunyai bukti.

Beliau berkata ini menunjukkan perbelanjaan besar yang dikeluarkan oleh Yayasan Selangor tidak memberi faedah kepada rakyat negeri ini.

"Umno Selangor melihat bukan sahaja Yayasan Selangor menuju kehancuran tetapi masa hadapan generasi muda juga menuju kehancuran kerana kerajaan Selangor tidak prihatin kepada pembangunan pendidikan Selangor.

"Unisel (Universiti Industri Selangor) kita nak tunggu, saya dapat maklumat ini juga akan menuju kehancuran kerana kos tidak langsung pengurusan menghadapi masalah," katanya.

Noh yang juga Menteri Pertanian Industri Asas Tani berkata beliau bersedia untuk berhadapan dengan semua Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor bagi menjawab segala pertanyaan mengenai program pembangunan pertanian termasuk isu masalah padi angin yang dikatakan antara punca hasil tuaian padi menurun.

Beliau berkata adalah tidak adil kerana isu itu dibangkitkan di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor minggu lepas dan beliau sebagai Menteri Pertanian tidak dapat menjawabnya kerana platformnya berlainan.

--Bernama

Protes Cabang Kuala Nerus


KENYATAAN MEDIA
Sabtu 13hb November 2010.
Kami amat menyesali dengan tindakan ini tetapi demi mempertahankan prinsip keadilan, prinsip yang diyakini bahawa kami dipihak yang benar dan Setiausaha Agung (Saifudin Nasution Ismail) serta pihak JPP dan Jawatankuasa Disiplin telah, dengan sengaja, mengkhianati dan menzalimi kami dengan sokongan tangan-tangan ghaib diperingkat pusat yang sejak dari mula lagi terlibat dengan manipulasi dalam urusan Pemilihan Cabang.

Setelah Setiausaha Agung, Saifudin Nasution Ismail mengambil alih mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Jawatankuasa Disiplin PKR yang asalnya diketuai oleh Dr. Molly Cheah dan dianggotai oleh diantaranya Malek Hussain, Sabaruddin, Raden Shamsul Akmar, beliau membuat keputusan untuk mengadakan semula Pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) di Cabang Kuala Nerus dengan memasukkan semula nama calon Ketua Cabang iaitu Muzafeq yang mana sejak dari mula lagi telah dibatalkan oleh JPP kerana penama tersebut hilang kelayakkan oleh sebab-sebab seperti yang telah dimaklumkan dalam lampiran bukti ‘Borang Bantahan Pencalonan’ tempohari. Dan Jawatankuasa Disiplin pula tidak mengambil sebarang tindakan keatas individu-individu yang terlibat memulakan serta melakukan pergaduhan dan kekecohan pada Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.

Semasa Mesyuarat Agung Tahunan tersebut, pihak Pengawas Pemilihan JPP yang telah dihantar oleh PKR Pusat seramai (4) empat orang yang diketuai oleh saudara Faizul Latif, telah dengan sengaja tidak melapurkan kejadian dan situasi sebenar kepada Pusat, dan telah membuat keputusan yang amat tidak rasional dan diluar autoriti beliau (kerana telah diugut) sepertimana yang telah diarahkan oleh Raden Shamsul Akmar (SUK Pusat cum Penyelaras JPP). Ini adalah satu agenda JAHAT DAN KHIANAT yang telah dilakukan oleh mereka. Semoga mereka yang terlibat dilaknat Allah swt. Kami sedikitpun tidak akan Redha dengan perkara ini.

Setelah Surat Protes Rasmi yang menceritakan keadaan sebenar yang berlaku di MATC pada 25hb September yang lalu dan Lampiran Laporan Polis yang telah dibuat, pihak SUA dan JPP telah tidak mengambil kira aduan tersebut dan ini merealisasikan sikap sebenar mereka dan ‘double-standard’ yang diamalkan oleh individu oportunis dan hipokrit di Pimpinan Pusat yang didalangi sepenuhnya oleh Saifuddin Nasution Ismail (SUA) .

Sebagaimana kenyataan media dari JPP pada 29hb September 2010 oleh Dr.Molly Cheah dan arahan dari Presiden bahawa JPP akan bertindak tegas dan memecat ahli yang terlibat mencetuskan kekecohan dan pergaduhan pada MATC lalu nampaknya hanya retorik semata-mata.
Majlis Pimpinan Wanita dan seluruh Jawatankuasanya yang berhak hadir dalam MATC telah memutuskan untuk tidak bersetuju diadakan semula Pemilihan di MATC kerana mereka mengalami kesan trauma dengan keganasan yang dicetuskan pada hari tersebut.

Kami berpendapat pihak SUA dan JPP serta mana-mana individu yang terlibat, telah meremeh dan merendahkan minda, moral dan maruah kami. Kami rasa perjuangan menegakkan keadilan dinegara ini tidak akan terlaksana selagi golongan opportunis seperti ini terlibat didalam PKR yang mana individu-individu ini hanya muncul apabila tiba masa memungut, merampas hasil titik peluh, jerih payah yang telah disemai,dibaja dan dituai oleh kami sejak dari zaman reformasi lagi.

Oleh itu, diatas sebab persoalan tentang ketelusan, kepincangan dan berat-sebelah pihak Pusat, kami seluruh Pimpinan dan Jawatankuasa Cabang, bersama dengan seluruh Pimpinan Wanita dan AMK, dengan berat hati mengisytiharkan Perletakan Jawatan dalam Parti peringkat Chabang berkuatkuasa serta merta dan memutuskan untuk menarik diri dari bertanding semua jawatan dalam Pemilihan Chabang dan menyerahkan urusan pentadbiran Cabang Kuala Nerus kepada Majlis Pimpinan Negeri Terengganu.

Lawan tetap Lawan.

Sekian.

Wan Bukhari Wan Mohamad.
Keahlian No. T030000378.
(Ketua Cabang Kuala Nerus).


Raduan Bistaman.
Keahlian No. T030000390.
(Setiausaha)

Jam 9 malam : Pemilihan PKR: Azmin 8,368, Mustaffa 1,915

Sebanyak 41 lagi cabang PKR di seluruh negara mengadakan pemilihannya hari ini, melibatkan sembilan negeri di seluruh negara.

Di Pulau Pinang lima cabang terlibat, Terengganu (8), Perak (7), Wilayah Persekutuan (6), Sabah (5), Johor (4), Sarawak (3), Melaka (2) dan Selangor (1).

Pengundian yang masuk hari kedua dalam minggu ketiga, kali ini agak berbeza kerana kerusi tumpuan - timbalan presiden - kini tinggal dua penjuru apabila Datuk Zaid Ibrahim menarik diri.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 114 cabang - 99 semalam dan 15 yang diperoleh setakat ini - Azmin Ali kekal di depan dengan majoriti 6,453 undi.

Beliau mendapat keseluruhan 8,368 undi manakala Mustaffa pula dengan 1,915 undi.

Keputusan rasmi dijadual diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution setiap pagi Isnin.

Berikut keputusan tidak rasmi mengikut cabang yang diperoleh setakat ini:
Wangsa Maju Azmin (27), Mustaffa (16)
(44 daripada 1,368 anggota keluar mengundi)

Jasin Azmin (92), Mustaffa (9)
(102 daripada kira-kira 1,100 anggota keluar mengundi)

Kota Melaka Azmin (28), Mustaffa (25)

Kepong Azmin (17), Mustaffa (4)
(21 daripada 500 anggota keluar mengundi)

Titiwangsa Azmin (24), Mustaffa (8)
(32 daripada kira-kira 1,200 anggota keluar mengundi)

Bayan Baru Azmin (72), Mustaffa (31)

Balik Pulau Azmin (139), Mustaffa (3)

Bukit Bendera Azmin (50), Mustaffa (1)

Nibong Tebal Azmin (19), Mustaffa (62)

Setiawangsa Azmin (14), Mustaffa (32)

Muar Azmin (19), Mustaffa (3)
(22 daripada 619 anggota keluar mengundi)

Pasir Salak Azmin (60), Mustaffa (110)
(170 daripada kira-kira 1,500 anggota keluar mengundi)

Bagan Datok Azmin (79), Mustaffa (66)
(151 daripada kira-kira 1,600 anggota keluar mengundi)

Teluk Intan Azmin (33), Mustaffa (46)

Batu Azmin (46), Mustaffa (57)
(106 daripada kira-kira 1,500 anggota keluar mengundi)

JAIS tiada rekod Baginda Minda peluk Islam

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Sarawak Datuk Daud Abdul Rahman berkata, Jabatan Islam Sarawak (JAIS) akan menyiasat status agama Norazman Abdullah @ Beginda Minda dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Daud, JAIS akan bekerjasama dengan Jakim kerana tidak mempunyai rekod Norazam - bapa kepada budak sekolah yang dirotan kerana membawa sosej babi ke sekolah - memeluk Islam, lapor Bernama.

"Kita akan menyiasat bagi menentukan status agama bapa berkenaan," katanya yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Isu itu turut dibangkitan di persidangan Dewan Rakyat.

Pada 10 November lalu, kerajaan mengarahkan bahagian penyelidikan Jakim menyiasat status agama Norazman Abdullah ekoran keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu beragama Islam.

Bagaimanapun, Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat Jakim tidak berhak masuk campur menyiasat status itu kerana di bawah kerangka federalisme yang diterima oleh perlembagaan, Islam adalah bidang kuasa negeri.

Semalam, theStar melaporka Norazam mengaku telah murtad.

GAMBAR PELOK CIUM YG TAK MENJEJASKAN EKONOMI NEGARA...

Dulu,
Peluk Irma Tak Jejas Ekonomi Negara... malah nak kongsi kegembiraan saja.. tak sengaja tu... betul.. tapi tak salah sayang kan irma...

Sekarang,
Ini tak real nih... mesti ada copy paste and edit.. kahkahkah nampak sideburn taksama kan... kan.. kan... walaupun perempuan tu muka die pun cam Qasha... ntah ye ke idak.. kahkahkah

ngeee... kalau cium dan pelok jejas tak ekonomi negara?

hakhakhak itu kalau artis... kalau orang biase pun lagilah tak jejas ekonomi negara.. yedak... tapi... kalau... kalau orang tak biasa? contoh...

yang nih??
1st LADY peluk cium ngan Number 1 badminton player cenggana? ada affect tak ekonomi? kahkahkah

kalau camni lak ini lak..
2 orang mantan menteri gomen mesia peluk2 nangis ok tak? share kesedihan ke kegembiraan? kahkahkah

kalau camnih kire apa lak?
Bini no 2 menteri cium bukan laki dia camner? ada tak kusut ekonomi negara? Wahai UMNGOK tolong answer pls... kahkahkah

HEBAT KERETA ANAK PEMIMPIN UMNGOK TUAN PUAN...

AKU PETIK BERITA LAMA DULU-DULU...

PARTI LIAR ANAK VIP 

Semalam kecoh di Hilton apabila Zeta Bar, Hotel Hitlon Kuala Lumpur, Malaysia Darul UMNO telah ditempah untuk sebuah private party.Parti yang dikatakan bermula jam 10.30 malam itu dikatakan adalah parti harijadi anak seorang pemimpin tetinggi Umno.Parti ini juga mendapat liputan meluas apabila ramai orang yang menunggu di lobby Hilton untuk melihat siapa yang hadir ke majlis itu.

Ramai yang cuba untuk memasuki parti itu tetapi tidak dibenarkan kerana nama tiada dalam senarai jemputan.Orang yang pertama sampai ke Hilton adalah Dafi ( anak Ismail Sabri Bin Yaacob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ) tiba dengan kereta harrier putih,tidak lama selepas itu Jamil Jidin (anak kepada Ahli Parlimen Setiu) tiba dengan kereta BMW putih.Yang menggemparkan bila Ashman Najib (anak PM Malaysia) tiba dengan Bentley hitam bersama pasangannya,diikuti Alissa Hishammudin ( Anak kepada hishamuudin hussin onn) yang tiba slepas itu dengan Alphard hitam bersama pasangannya iaitu anak kepada Datuk K ( laki siti norhaliza).Jam 11 malam pula suasana menjadi panas apabila Aizat Fikri (anak kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus) tiba dengan VW merah apa yang menambah hangatnya lagi ialah pasangan beliau yang dikatakan dan kelihatan seperti seorang pelakon dipercayai Tiz Zaqyah (pelakun drama Nur Kaseh ). Jemputan yang akhir tiba adalah dipercayai anak kepada Nazri Aziz tiba dengan porsche putih.

Parti itu dikatakan tamat jam 2 pagi dan dipercayai lebih 100 orang hadir ke parti itu.Apa yang menyedihkan apabila parti itu dikatakan bertukar menjadi parti liar apabila semua tetamu keluar dari hotel dan berjalan dengan mabuk disekitar hotel dan muntah muntah.ini memang melambangkan perangai yang tidak senonoh!fikir-fikirkan lah WAHAI RAKYAT MALAYSIA KHASNYA penduduk FELDA YANG PANGKAH UMNO - warta365

So aku list kan kat bawah nih agar korang nampak..

1. DAFI & WHITE HARRIER 

2. JAMIL JIDIN & WHITE BMW

3. ASHMAN NAJIB & BLACK BANTLEY

4. ALISSA HISHAMMUDIN & BLACK ALPHARD

5. AIZAT FIKRI & RED VOLKSWAGAN

6. NAZRI AZIZ & PORSCHE

Tuan Puan ini baru seba sedikit kereta anak menteri.. belum tengok lagi menteri-menteri yang lain... dan bagaimana kereta bapak-bapak dan mak-mak mereka pulak..? pastinya taknak kalah dari anaknya kan... kereta gomen PERDANA jer paling busuk pun.. tapi kereta persendirian..HUH... Kalah kereta ananda krishnan.. kahkahkah

Bagaimana dengan kehidupan orang Malaysia yang terdiri dari orang kebanyakan?

7. ORANG MALAYSIA & KEMISKINANNYA

PAS Bidas Media Umno-BN Putar Belit Pemilihan Keadilan



SHAH ALAM 13 NOV : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas tindakan media Umno-Barisan Nasional yang sengaja memperbesar-besarkan isu berhubung perjalanan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung ketika ini.
Beliau berkata media Umno-BN sengaja mengambil kesempatan melaporkan secara tidak benar yang menurutnya menjadi tradisi media di negara ini.
Malah media kongkongan Umno-Bn mengambil kesempatan memburuk-burukkan imej Parti Keadilan Rakyat untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap keupayaan PKR selepas membuat kejutan dalam PRU-12 lepas.
"Noktah yang kecil, mereka jadikan bukit yang besar yang menjadi amalan pengamal media dan seperti yang kita diketahui tidak semua yang dilaporkan benar.
Hadi berkata demikian selepas program 'Terus Terang' TV Selangor yang diwawancarakan  Dr Aziz Bari di sini hari ini.
"Oleh kerana kebanyakkan media daripada awal melaporkan sebegitu rupa maka terdapat tanggapan negatif daripada persepi rakyat tetapi tidak semuanya yang disiarkan media Umno-BN diterima oleh rakyat," ujar beliau.  
Abdul Hadi dalam pada itu berkata walaupun terdapat sedikit kelemahan di dalam PKR, ini adalah disebabkan parti itu masih lagi baru dan kebanyakkan anggota parti memerlukan sokongan agar lebih memahami perjuangan membela rakyat yang sebenar.
"Apa yang penting, PKR selepas ini  diharap akan  melakukan reformasi dalaman dan apa yang terjadi dapat memberikan pengalaman berharga bagi PKR membuat pembetulan pada masa yang akan datang," tambahnya.

Anwar, Azizah Dan Nik Aziz Tersenarai 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia 2010



KUALA LUMPUR 13 NOV : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat tersenarai dalam 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia untuk tahun 2010.
Buku ' The Most Influential Muslims 2010' Edisi ketiga itu diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre.
Dalam laporan itu Anwar disifatkan sebagai seorang ahli politik yang dikenali di peringkat global dengan pendirian Islam serta sangat berpengaruh kalangan generasi muda.
"Empat buah negeri di bawah kerajaan Malaysia berada di penguasaan Anwar. Jika Anwar memimpin dalam pilihanraya yang adil, Anwar akan memenangi pilihanraya umum 2013 ini.
" his excellency dr anwar Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is the former deputy prime minister of Malaysia, former finance minister and is currently the leader of the Malaysian opposition coalition.He is well-known for his liberal Islamic stance on politics, and is incredibly influential as a leader and role model for young people. Ibrahim's coalition now controls four of 13 state governments. If led by Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013." 
Sementara itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut disenaraikan untuk tahun 2010.
"Dr Wan Azizah Wan Ismail is the president of Parti Keadilan Rakyat (People's Justice Party). She was Leader of the Opposition Party until she stepped down for Anwar Ibrahim.
Menteri Besar Kelantan  Datuk Nik Aziz Nik Mat juga antara yang tersenarai dalam 500 individu Paling Berpengaruh 2010.
Menurut buku itu, Nik Aziz disifatkan sebagai pemimpin yang sudah memerintah Kelantan 20 tahun yang mempunyai sokongan ahli PAS hampir 1 juta ahli.
"Nik Aziz telah memerintah negeri Kelantan kira-kira 20 tahun dan beliau memegang kuasa yang sangat penting dalam tempoh berkenaan di mana sokongan ahli PAS hampir satu juta ahli"
"Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat is a Malaysian politician, an Islamic scholar and has been the chief minister of the State of Kelantan for the past 20 years. He holds the position of Mursyidul Am-the religious guide-within the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS). As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. Nik Mat's fundamentalist party has close to one million members and enjoys strong support from the northern rural and conservative states such as Kelantan and Terengganu."
The Most Influential Muslim 2010 dibahagikan kepada 15 kategori ,antaranya kategori ulama, politik, cendekiawan, pemuda, media, sains, teknologi, perubatan, undang-undang, seni dan radikal.
Penyenaraian ini bukti kepimpinan politik dan peranan besar yang disumbangkan tokoh tersebut mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Kenyataan Nurul Izzah Berkaitan Pemilihan Jawatan Naib Presiden


Salam buat semua,

Saya telah mengambil keputusan untuk terus bertanding jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) walaupun terdapat dakwaan penipuan yang telah menyebabkan calon Timbalan Presiden Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada pertandingan ini.

Biarlah saya sebutkan di sini bahawa saya menaruh kepercayaan penuh pada kebijaksanaan kesemua anggota parti, yang diberi kuasa mengundi secara demokratik, untuk menetapkan arah tuju parti ini. Oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab saya kepada anggota-anggota parti yang telah mencalonkan saya, dan juga kepada mereka di luar parti yang turut menaruh harapan dan kepercayaan pada parti, untuk saya meneruskan pertandingan ini.

JPP telah memberi jaminan yang ia akan mengkaji semula proses dan keputusan-keputusan dalam Pemilihan 2010. Saya pasti pihak JPP akan mengambil langkah-langkah yang betul untuk menangani dan menjawab dakwaan-dakwaan yang ditimbulkan.

Seandainya saya memenangi kepercayaan dan mandat anggota parti untuk menjadi salah seorang dari empat Naib Presiden, saya akan mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan berani untuk memartabatkan Politik Harapan dan Pembebasan, langsung lebih mengukuhkan parti ini dengan asas-asas demokrasi dan keadilan yang menjadi impian semua rakyat Malaysia.

Teman-teman sekalian – masanya telah tiba untuk kita semua menuntut suatu budaya politik berasaskan nilai yang bersih lagi tinggi darjatnya. Sesungguhnya, hanya melalui tuntutan inilah kita akan berjaya membina sebuah negara Malaysia yang lebih baik.

Akhir sekali, setelah proses pemilihan ini tamat, marilah kita ketepikan perbezaan, bak pepatah – “carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua”. Marilah kita teruskan kerjasama dengan teman-teman Pakatan, bersama-sama menuju ke hadapan demi memenuhi segala hasrat dan impian seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita maju ke hadapan, demi Malaysia yang lebih baik.

Persepsi 'Melayu lemah' mainan politik Umno

SHAH ALAM, 13 Nov: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata slogan 'Ketuanan Melayu' yang dimainkan Umno dengan menanam persepsi Melayu lemah adalah tidak berasas sama sekali.
Buktinya, kata beliau sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 penguasaan kerusi Melayu di parlimen terus meningkat dari 108 kepada 130 kerusi pada PRU 2008.
"Kita telah tunjukkan dan amat jelas statistiknya bahawa kedudukan politik Melayu dari sudut itu adalah kuat.
"Maka yang sebenarnya sebab Melayu dilihat lemah ini ialah kerajaan Umno BN yang dibentuk selepas PRU 2008 itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.
Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan kertas kerja ‘Umno dan Krisis Ketuanan Melayu’ pada Seminar PAS Ganti Umno, di sini, hari ini.
Katanya, yang lemah bukan Melayu tetapi Umno, khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Menurutnya, Umno sengaja mewujudkan persepsi tersebut selepas hilang sokongan Melayu pada PRU ke 12.
Ianya ditambah pula dengan beberapa negeri dominan Melayu seperti Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor dikuasai Pakatan Rakyat.
"Krisis politik Umno hari ini mempunyai dua punca utama iaitu masalah ekonomi orang Melayu dan masalah undi orang Melayu," katanya lagi.
Umno, katanya, sedar bahawa dasar baru yang dibuat selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) tamat pada 1990 sehingga kini tidak banyak menaikkan taraf hidup orang Melayu.
Mereka juga sedar bahawa dasar-dasar politik mereka juga sudah tidak dapat diterima Orang Melayu.
Beliau turut menyenaraikan semula 17 bukti Umno pengkhianatan Melayu yang pernah didedahkannya sebelum ini.
Antaranya melemahkan institusi raja Melayu, melemahkan sistem kehakiman, menarik royalti Terengganu dan menyekat royalti Kelantan, memperkenal PPSMI, menarik peruntukan Sekolah Agama Rakyat dan terbaru mahu menggadai tanah Kampung Baru kepada bukan Melayu.
Namun segala krisis Umno itu diterbalikkan dan dituding kepada Pakatan Rakyat sebagai yang bersalah dalam 'permainan politik' mereka.
Beliau memberi contoh bagaimana kerajaan PR Selangor dan Perak menjadi mangsa serangan Umno kerana kedua-dua negeri ini mempunyai adun bukan Melayu lebih ramai khususnya dari DAP dan PKR.
"Ladang ternakan babi di Selangor, walaupun dirancang semasa BN, tetapi digambarkan sebagai projek PR yang dipengaruhi DAP.
"Di Perak, dasar menukar status tanah TOL kepada tanah miilik kepada masyarakat Cina yang berpuluh tahun mendudukinya, dikaitkan sebagai kekuatan DAP dan kelemahan PAS," katanya.
Permainan politik Umno BN juga disifatkannya sebagai berjaya dengan membawa imej sederhana apabila parti-parti pembangkang ditonjol sebagai ekstremis.
Rakyat kini, katanya sedang menilai kredibiliti BN dan akan terus menyokong PR jika PAS, PKR dan DAP mampu membuktikan bahawa mereka boleh duduk bersama.

Jalan mati untuk Zaid kembali ke Umno

Umno tidak akan menerima bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim untuk menyertai semula parti itu, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Zaid, kita buang dia. Kita nak bawa dia balik buat apa?" kata Tengku Adnan ketika ditanya peluang Zaid sekiranya ingin kembali kepada Umno.

"Dia juga akan bagi masalah. Kita tidak suka orang yang beri masalah.

"Kita hendak orang yang masuk parti kita, parti komponen BN, orang-orang yang menjiwai perjuangan bukan untuk mencapai sesuatu bagi diri masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvo Kanak-kanak Tabika/Taska KEMAS sekitar Putrajaya, hari ini.

Pada 8 November lalu, Zaid telah menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan meletak semua jawatannya dalam parti itu berikutan dakwaan bahawa pemilihan parti itu tidak telus.

Namun, Zaid yang dipecat dari Umno pada Disember 2008 dan menyertai PKR enam bulan selepas pemecatannya, sehingga kini belum menyatakan untuk kembali ke pangkuan Umno dan hanya dilaporkan bercadang untuk menubuhkan parti politik yang baru.

--Bernama

Peratusan mengundi di cabang Zaid amat lembab

Proses pengundian di cabang PKR Wangsa Maju berlangsung dengan baik walaupun kehadiran anggota untuk memilih anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan sayap parti amat lembab.

Bagaimanapun, rata-rata anggota akar umbi yang ditemui Malaysiakini di tempat pengundian di Taman Melati menafikan faktor penarikan ketua cabang mereka sebelum ini Datuk Zaid Ibrahim menjadi faktor kurangnya kehadiran pengundi.

Malaysiakini difahamkam, sehingga jam 4 petang tadi apabila peti undi ditutup, hanya 44 daripada 1,368 anggota keluar memilih pucuk pimpinan parti.

Ini bermakna keputusan keluar mengundi hanya kira-kira 3 peratus, kemungkinan antara yang terendah setakat ini.

Menurut Ketua Pemuda PKR (AMK) Wangsa Maju Mohd Hamdi Mohd Said, kehadiran pengundi perlahan, bukan disebabkan penarikan diri Zaid bertanding jawatan timbalan presiden.

"Mungkin mereka (anggota) mempunyai urusan lain... Cabang Wangsa Maju telah mengadakan mesyuarat, kita tidak ada masalah (dengan penarikan Zaid).

"Kita terus berjuang kerana sebelum ini pun berjuang tanpa beliau," katanya ketika ditemui Malaysiakini di pusat pengundian itu tengah hari tadi.

Mohd Hamdi - antara pengasas cabang berkenaan - sebelum ini menjangkakan lebih ramai akan keluar mengundi selepas jam 2 petang.

Bagaimanapun, ia terbukti meleset akhirnya.

Terlalu kecewa
Manakala timbalan ketua cabang Wangsa Maju Mazlan Abdul Jalil pula berkata akar umbi di cabang itu kecewa dengan keputusan Zaid mengundurkan diri.

"(Malah) kenyataan beliau sebelum ini (pun) juga tidak sealiran dengan ahli yang berjuang sejak awal reformasi dahulu," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat membaca pilihan hati akar umbi sama ada akan menyokong Azmin Ali atau Mustaffa Kamil Ayub.

Pada pandangannya, rata-rata akar umbi di sini akan memilih "tokoh reformis yang betul-betul memperjuangkan hasrat parti".

Sementara itu, pemimpin ranting di cabang itu Mazlan Harun pula kelihatan terlalu kecewa dengan bekas bosnya di cabang itu.

"Saya lebih suka dia (Zaid) keluar PKR. Kami berjuang 24 jam pada parti. Dia orang baru, kita ini orang lama," katanya.

Pada minggu pertama pemilihan PKR, peratusan keluar mengundi hanya sekitar sembilan peratus manakala pada minggu kedua pula meningkat kepada 12 peratus.

100 berdemo depan ibu pejabat PKR

Kira-kira seratus orang bersama kanak-kanak berhimpun di depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini untuk 'protes' singkat 30 minit mendesak parti itu menghentikan pemilihannya yang sedang berlangsung.

Bagaimanapun, sebahagian besar daripada 'penunjuk perasaan' yang hingar bingar yang dibawa datang dengan tiga bas itu nampaknya tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku.

Penganjurnya P Jenapala mendakwa sekumpulan anggota PKR hadir ke situ bagi membantah "sangat tidak gembira"terhadap dakwaan salah laku dalam perjalanan pemilihan parti itu.

Bagaimanapun ketika ditanya oleh pemberita, kumpulan itu dilihat tidak berapa pasti berhubung perkara itu dan status keanggotaan mereka dalam PKR.

Kamisah Arippin, 75, sambil menunjuk kepada seseorang, berkata beliau datang selepas dijemput untuk 'acara' 30 minit.

Kawannya, Kamariah Bapu, 70, dan Zaleka Mohd Ashin, 72, mengakui mereka bukan anggota PKR dan hanya mengecam Jenapala yang pernah dilihat mereka beberapa kali di kaca televisyen.

Bagaimanapun, menurut Jenapala, kesemua mereka anggota PKR yang "sangat sedih dengan pemilihan parti".

"Tetapi saya tidak nafikan sebahagian kecil daripada mereka mungkin dibayar untuk terlibat dalam program ini untuk sabotaj saya," dakwanya.

Pemilihan cabang PKR Kuala Nerus tergendala kerana boikot

KUALA TERENGGANU, 13 Nov — Pemilihan pusat dan peringkat cabang PKR Kuala Nerus tergendala kira-kira dua jam ekoran tindakan “memulau” sekumpulan pemimpin yang tidak berpuas hati dengan keputusan ibu pejabat mengarahkan pemilihan dan mesyuarat agung tahunan bahagian itu diadakan semula.
Ekoran tindakan kumpulan berkenaan, yang didakwa menutup pejabat pagi ini, pemilihan dan mesyuarat terpaksa dipindahkan ke lokasi lain yang berhampiran.
Kuala Nerus adalah antara 41 cabang PKR mengadakan pemilihan hari ini — hari ketujuh dalam siri pemilihan pusat parti itu.
Ibu pejabat memutuskan untuk meneruskan pemilihan pusat meskipun sebelum ini ada desakan agar pemilihan ditangguhkan ekoran dakwaan kecacatan dan manipulasi dalam proses pengundian.
Pemilihan yang sepatutnya bermula pukul 10 pagi tadi ditunda dua jam bagi mencari lokasi alternatif.
“Ya, macam itulah. Ada sedikit masalah, rasa tidak puas hati ekoran keputusan ibu pejabat agar mesyuarat tahunan dan pemilihan bahagian diadakan semula,” kata seorang pemimpin yang enggan namanya dipetik.
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengarahkan agar cabang Kuala Nerus mengadakan semula mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang ekoran pertikaian calon yang sepatutnya bertanding jawatan ketua cabang September lalu digugurkan daripada senarai pemilihan.
Oleh kerana cabang itu diarahkan mengadakan mesyuarat bahagian dan pemilihan bahagian, maka proses pengundian bagi pemilihan pusat juga diadakan serentak.
Ekoran tindakan memboikot oleh kepimpinan yang dipilih September lalu selain turut meletakan jawatan dalam parti pagi ni, JPP terpaksa memindahkan pusat mengundi ke satu premis pejabat di Batu 6 atas ihsan seorang ahli parti dengan membenarkan pejabatnya digunakan untuk tujuan pemilihan.
Semua ahli jawatankuasa cabang Kuala Nerus telah mengambil tindakan drastik dengan meletak jawatan berkuat kuasa pagi ini dan surat letak jawatan telah diserahkan kepada kepimpinan negeri dan pusat untuk tindakan lanjut.
Pada pemilihan kali ini hanya jawatan Ketua, timbalan dan naib serta jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan dan ahli jawatankuasa Wanita cabang dipertandingkan.
Jawatan-jawatan lain dimenangi tanpa bertanding semasa pencalonan September lepas.
The Malaysian Insider difahamkan kumpulan penyokong ahli jawatankuasa yang meletak jawatan turut memboikot pemilihan hari ini.
“Dalam dua jam pertama hanya 30 hingga 40 orang yang keluar mengundi,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Cabang itu mempunyai sekitar 600 ahli.

Mesyuarat, pemilihan PKR di Kuala Nerus tertangguh lagi

Mesyuarat agung PKR Kuala Nerus dan pemilihan anggota majlis pimpinan pusat (MPP) di cabang itu tergendala dua jam susulan pejabatnya didapati berkunci.

Seorang pemimpin kanan PKR di cabang itu memberitahu Malaysiakini, mereka mengesyaki perkara itu berpunca daripada sekumpulan ahli jawatankuasanya yang tidak berpuas hati apabila nama yang dikatakan tidak layak bertanding dicetak dalam kertas undi.

"Jadi kumpulan ini tidak berpuas hati. Mereka memboikot dengan tidak terlibat dengan pemilihan cabang. Pejabat cabang itu tidak dibuka," kata pemimpin itu yang enggan namanya disebut.

Bagaimanapun, tambahnya, mesyuarat agung dan pemilihan MPP itu berjaya dilangsungkan di tempat lain yang terletak kira-kira lima kilometer daripada pejabat cabang berkenaan.

Sehubungan itu, acara yang dijadual bermula pada jam 10 pagi itu dilangsungkan pada jam 12 tengah hari tadi.

Sumber itu juga memaklumkan, kumpulan 10 orang itu juga meletakkan jawatan serta-merta dan menghantar surat rasmi kepada ibu pejabat parti itu sejurus selepas itu.

Bagaimanapun, kata pemimpin itu lagi, mesyuarat dan pemilihan di tempat baru berjalan dengan lancar.

Mesyuarat Kuala Nerus yang sepatutnya diadakan September lalu ditangguh ke hari ini ekoran berlakunya perbuatan vandalisme serta masalah teknikal.

Sementara itu, usaha Malaysiakini bagi mendapatkan penjelasan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berhubung insiden itu setakat ini belum berhasil.

PKR bakal senasib Umno lama?

pkrOleh Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Tidak mustahil Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima nasib seperti Umno lama yang diisytiharkan sebagai pertubuhan haram pada tahun 1988 sekiranya tiada tindakan segera diambil untuk mengatasi kemelut dalam pemilihan yang sedang berlangsung.
Demikian pandangan Pensyarah Kanan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Che Norliah Mustafa kepada FMT hari ini berhubung kecelaruan yang berlaku dalam Pemilihan PKR.

Menurut beliau, setiap individu dalam negara ini bebas berpersatuan seperti yang dijamin dalam perkara 10/1C Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menjelaskan, bagaimana pun setiap individu yang berpersatuan itu, tertakluk pula kepada Perlembagaan Pertubuhan yang disertainya.
Tindakan undang-undang boleh diambil
"Tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya ada berlaku perlanggaran Perlembagaan Parti PKR itu sendiri ketika pemilihan.
"Jika pihak yang ingin mengambil tindakan undang-undang ini berjaya memperolehi bukti dan saksi apa yang dikatakan pengundi hantu, penipuan dan sebagainya, maka ia boleh terjadi.
"Jika mahkamah mendapati terdapat unsur-unsur penipuan ketika pemilihan berlangsung maka PKR akan menghadapi masalah ketika itu," kata beliau lagi.
Kemungkinan PKR diisytiharkan pertubuhan haram
Dr Che Norliah tidak menolak kemungkinan PKR bakal menghadapi nasib seperti yang menimpa Umno lama yang diisytiharkan sebagai pertubuhan haram pada tahun 1988.
Sebelum ini, terdapat desas-desus kuat mengatakan sekumpulan ahli PKR dari beberapa cabang PKR seluruh negara mengadakan pakatan sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap apa yang didakwa penipuan dalam Pemilihan PKR.
Kumpulan yang mendakwa diri mereka daripada ahli-ahli tidak kurang dari 25 cabang setakat ini dikatakan sedang giat bergerak di Sabah, Kelantan dan dua negeri lagi di utara tanah air bagi mengumpul bukti.
Kumpulan yang dikatakan melibatkan beberapa peguam tanah air ini dijangka akan ‘keluar dari kubu’ mereka apabila semua bahan bukti dan saksi telah berjaya dikumpulkan.
Kes pengharaman Umno 1988
Untuk rekod, pada Jun 1988, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 ahli Umno yang dinamakan sebagai ‘Umno 11′.
Kumpulan ini telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung Umno April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal serta tidak mempunyai kesan.
Akibat daripada tindakan kumpulan Umno 11 tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika itu, Harun Hashim telah mengisytiharkan Umno sebagai pertubuhan haram

Nurul Izzah Terus Tanding Naib Presiden PKR


KUALA LUMPUR 13 NOV : Calon Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar terus bertanding atas jawatan tersebut walaupun sebelum ini pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap Pemilihan Keadilan 2010 ini.
Dalam satu kenyataan medianya, Nurul Izzah menegaskan mengambil keputusan untuk terus bertanding jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) walaupun terdapat dakwaan penipuan yang telah menyebabkan calon Timbalan Presiden Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada pertandingan ini.
Katanya "Biarlah saya sebutkan di sini bahawa saya menaruh kepercayaan penuh pada kebijaksanaan kesemua anggota parti, yang diberi kuasa mengundi secara demokratik, untuk menetapkan arah tuju parti ini,". 
"Oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab saya kepada anggota-anggota parti yang telah mencalonkan saya, dan juga kepada mereka di luar parti yang turut menaruh harapan dan kepercayaan pada parti, untuk saya meneruskan pertandingan ini." katanya lagi.
Menurut Izzah Jawatankuasa Pemilihan Parti telah memberi jaminan yang ia akan mengkaji semula proses dan keputusan-keputusan dalam Pemilihan 2010 dan pasti pihak JPP akan mengambil langkah-langkah yang betul untuk menangani dan menjawab dakwaan-dakwaan yang ditimbulkan.
"Seandainya saya memenangi kepercayaan dan mandat anggota parti untuk menjadi salah seorang dari empat Naib Presiden, saya akan mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan berani untuk memartabatkan Politik Harapan dan Pembebasan, langsung lebih mengukuhkan parti ini dengan asas-asas demokrasi dan keadilan yang menjadi impian semua rakyat Malaysia." ujar Izzah.
Tegas Izzah lagi masanya telah tiba untuk semua menuntut suatu budaya politik berasaskan nilai yang bersih lagi tinggi darjatnya. Hanya melalui tuntutan inilah kita akan berjaya membina sebuah negara Malaysia yang lebih baik.
Ujar Izzah lagi, "Setelah proses pemilihan ini tamat, marilah kita ketepikan perbezaan, bak pepatah - "carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua". Marilah kita teruskan kerjasama dengan teman-teman Pakatan, bersama-sama menuju ke hadapan demi memenuhi segala hasrat dan impian seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita maju ke hadapan, demi Malaysia yang lebih baik,".

Harga Getah Sukar Diramal Walaupun Masih Tinggi


KUALA LUMPUR 13 NOV : Pengambilan untung mungkin melanda pasaran getah Malaysia minggu depan setelah harga melonjak ke paras tertinggi masing-masing minggu ini sejak 1972, kata peniaga. 
Mereka berkata sukar untuk diramalkan hala tuju pasaran minggu depan dengan pelabur-pelabur semakin berwaspada terhadap kepesatan kenaikan harga kebelakangan ini, ditambah pula dengan bekalan tunai yang terus berkurangan dipetik Bernama.
Kekurangan bekalan mendorong peningkatan harga berikutan keadaan cuaca yang semakin tidak memberangsangkan di Thailand, yang telah melumpuhkan usaha penorehan dan merosakkan inventori sedia ada, manakala letusan Gunung Merapi di Indonesia memberikan tekanan selanjutnya ke atas harga. 
Bagaimanapun, kata seorang peniaga, harga boleh menjadi stabil kerana musim hujan di negara-negara pengeluar biasanya berakhir sekitar Disember, dan kebimbangan tentang bekalan biasanya reda sekitar tempoh itu. 
"Bekalan masih terhad manakala permintaan tidak tinggi kerana pelabur-pelabur mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' selepas harga mencecah paras tertinggi dalam sejarah," kata peniaga itu.  
Pasaran tempatan akan juga memantau dengan teliti trend di pasaran hadapan getah Tokyo dan pasaran hadapan getah Shanghai.
Dalam minggu ini, harga getah Malaysia kekal teguh pada paras tertinggi. 
Bagaimanapun, pasaran kehilangan sebahagian daripada apa yang diraihnya sebelumnya, sejajar dengan kejatuhan harga komoditi lain. 
Pada akhir dagangan minggu ini, harga tengah hari tunai rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 naik kepada 1,342 sen sekilogram daripada 1,231 sen.
Khamis lepas manakala harga susu getah pukal meningkat kepada 862 sen sekilogram daripada 808 sen sebelumnya. Pasaran ditutup Jumaat lepas bagi perayaan Deepavali.
Harga penutupan tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 mengukuh kepada 1,328 sen sekilogram daripada 1,242 sen Khamis lepas manakala harga susu getah pukal naik kepada 860 sen sekilogram daripada 813 sen sebelumnya. 

Umno-BN mesti undur secara hormat jika kalah PRU-13, kata Hadi

SHAH ALAM, 13 Nov — Sambil menyifatkan pemimpin-pemimpin Umno tidak patuh terhadap undang-undang, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendesak parti Melayu terbesar itu berundur secara terhormat jika kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
Hadi berkata Umno yang merupakan teras kepada Barisan Nasional (BN) sepatutnya perlu bersikap terbuka dalam menerima kekalahan dalam pilihan raya, bukan dengan berusaha mencari taktik untuk menang dan bertindak macam di Perak tahun lalu.
“Saya minta Umno undur diri secara terhormat sekiranya kalah, mengaku kalah sahaja. Jangan nak cari jalan menang. Macam di Perak dulu, sudah kalah terima sahajalah, begitu juga dengan undi Orang Asli.
“Parti yang memerintah kalau menghadapi masalah kenalah berundur, beri peluang kepada kita untuk memerintah.
“Kita tahu Umno ada masalah tapi masih cuba nak tutup tapi akhirnya akan terdedah juga,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan program PAS Sedia Ganti Umno di sini hari ini.
Perak merupakan antara lima negeri dimenangi Pakatan Rakyat tetapi jatuh ke tangan BN awal tahun lalu.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2010 berkata Putrajaya — merujuk kepada nadi pentadbiran kerajaan persekutusan — “mesti dipertahankan walau apa pun terjadi.”
Pakatan Rakyat pula secara menggerakan tema kempen “Bergerak Menuju Putrajaya”.
Hadi (gambar) yang juga Ahli Parlimen Marang juga menggesa jentera parti itu supaya memperkuatkan parti Islam itu dalam menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.
“Kita kena rancang strategi, kita perlu tingkatkan kekuatan parti dalam menghadapi pilihan raya.
“Kita nak capai kemenangan dengan kekuatan sendiri bukan kerana kelemahan lawan.
“Justeru, program yang kita anjurkan hari ini amat penting supaya jentera memahami polisi dan strategi parti,” katanya.
Terlebih dahulu dalam ketika merasmikan program tersebut, Hadi berkata PAS perlu mempunyai kekuatan dan strategi yang baik untuk menghadapi Umno-BN dalam pilihan raya.
“Kita berlawan dengan Umno macam berlawan dengan orang bodoh, orang gila. Tiada undang-undang.
“Kalau nak lawan kita kena ada kekuatan sendiri, kena ada strategi sendiri, kena ada cara untuk berlawan denga musuh dan kita kena gerakkannya di peringkat akar umbi.
“Umno tidak boleh memerintah selama-lamanya, siapa yang boleh ambil alih negara? Sebab itu kita tawarkan diri, biar Umno berehat,” katanya.
Beliau yang juga bekas menteri besar Terengganu meminta supaya jentera parti itu mendapatkan sokongan daripada semua pengundi termasuk orang bukan Melayu dan juga ahli Umno.
“Kita tidak boleh menang dengan hanya undi dari ahli PAS, tetapi undi daripada bukan ahli juga (diperlukan). Kita juga perlu undi daripada ahli Umno juga.
“Sebab itu kita kena rancang strategi dan gunakan pendekatan untuk membawa mereka kepada kita. Kita harus bersikap terbuka dalam perkara ini,” katanya.
Progam sehari itu disertai kira-kira 1,200 ahli PAS termasuk pimpinan PAS peringkat negeri.

PAS perlu menang dengan kekuatan sendiri

SHAH ALAM, 13 Nov:
PAS perlu menang dalam pilihan raya dengan kekuatan sendiri bukan menumpang kelemahan Umno BN, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Katanya, biarpun Umno lemah namun kekuatan itu perlu dibina kerana cabaran paling besar adalah bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk mengisi kemenangan.
"Kita mahu supaya parti kita mencapai kejayaan dengan kekuatan kita sendiri, bukan dengan kelemahan yang ada pada lawan kita.
"Kita sedar bukan sahaja mahu menang, tapi mengisi kemengan," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar 'PAS Sedia Ganti Umno' di sini hari ini.
Antara pemimpin PAS Pusat yang hadir pada seminar itu ialah timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib, Salahuddin Ayub, ketua muslimat, Nuridah Mohd Salleh, setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, pengarah pilihan raya, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman,
Dalam ucapan sebelum itu, beliau menggariskan tiga perkara bagi membina kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara.
Pertama, katanya adalah kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli.
Ianya termasuk persoalan akhlak, ibadah dan tarbiyah yang mantap untuk melalui perjuangan yang penuh liku.
"Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita tidak akan menang," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Kedua, ujarnya adalah kekuatan pada organisasi yang baik termasuk cawangan yang banyak dan bergerak dan ahli yang ramai.
Antara sebab kawasan PAS kalah pada pilihan raya, katanya adalah kerana tidak mempunyai cawangan yang banyak dan tidak bergerak.
"Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila dan bodoh.
"Orang gila dan bodoh tak boleh buat undang-undang, tapi Umno boleh buat apa sahaja untuk menangkan mereka. Sebab itu kita kena kuat," tambahnya lagi.
Manakala perkara ketiga katanya adalah strategi yang baik dan digerakkan ke akar umbi.
Strategi di semua peringkat jelasnya perlu diselaras agar memberi kesan yang besar pada setiap tindakan yang dibuat.
Umno berundur secara terhormat
Selain itu beliau turut meminta Umno mengaku kelemahan mereka dan berundur secara demokratik dengan memberi laluan kepada PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara.
Ia kerana parti itu sudah jelas lemah dan tidak mampu mengurus rakyat dan negara dengan baik.
"Hari ini Umno adalah teras kepada kepimpinan negara. Kita tahu masalah yang dihadapi walaupun cuba nak sembunyi dengan pelbagai undang-undang tapi akhirnya terdedah.
"Sebab itu kita mintak secara terhormat dan demokratik seperti berlaku di negara-negara lain, pilihan raya adil dan bebas di mana parti pemerintah yang mengalami masalah, sedia berundur. Tapi keadaan ini tak berlaku dalam negara kita," katanya.
Beliau bagaimanapun turut menggesa ahli agar meneruskan usaha dakwah kepada rakyat termasuk ahli Umno agar melakukan perubahan.
Menurutnya, PAS tidak akan menang dengan hanya mengharapkan kepada undi ahli sahaja malah juga memerlukan undi orang Umno.
Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad akan membentang kertas kerja bertajuk "PAS Ganti Umno; Rasional dan Tindakan".
Manakala AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar akan membentangkan tajuk "Umno dan Krisis Ketuanan Melayu".

Selangor Mahu Agong Halang Putrajaya 'bailout' Syabas



KUALA LUMPUR  13 NOV : Kerajaan Selangor akan mengadakan himpunan protes mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada 5 Disember ini berhubung kemungkinan usaha kerajaan pusat mahu menyelamatkkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dengan menyediakan “bailout”.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) memaklumkan The Malaysian Insider malam tadi bahawa tindakan itu sebahagian daripada usaha kerajaan negeri mengenakan tekanan ke atas pentadbiran Najib agar tidak meneruskan langkah “bailout” industri air negeri tersebut.

Menurut pemimpin-pemimpin itu, perhimpunan dan ceramah di seluruh Selangor sudah dirancang untuk menggerakkan sokongan ke atas protes yang akan diadakan di pekarangan Istana Negara di sini awal bulan depan.

“Kami merancang untuk menghimpunkan 100,000 orang pada 5 Disember bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu air. Tempatnya Istana Negara pukul 12 tengah hari.

“Butiran memorandum belum diputuskan tetapi intipatinya ialah mendesak agar hak air diberikan (dikembalikan) kepada rakyat, antipenswastaan.

“Kami mahu syarikat-syarikat berkaitan dengan air disepadukan dengan negeri,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (gambar).

Setiausaha Publisiti DAP ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa kerajaan negeri membuat perancangan untuk mengadakan 60 majlis bermula minggu ini sehingga 5 Disember.

“Kami sudah memulakan kempen untuk mewujudkan kesedaran berhubung isu ini, menyediakan sekitar 60 ceramah di seluruh negeri sepanjang tiga hingga empat minggu akan datang.

“Ceramah-ceramah yang akan diadakan merangkumi kumpulan-kumpulan fokus khas, pertubuhan-pertubuhan madani dan juga kumpulan-kumpulan gereja,” kata beliau lagi.

Sebelum ini, beberapa sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa pemegang bon air melibatkan Selangor akan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya campur tangan dalam usaha melindungi agar bon-bon yang terbabit terus berhadapan tindakan penurunan gred.

Pemegang-pemegang bon utama terbabit termasuklah CIMB Principal Asset Management, Hong Leong Investment Bank dan GreatEastern Life — yang dikatakan telah merangka surat bersama untuk dikemukakan kepada Najib meminta kerajaan pusat agar menyelamatkan Syabas dengan pinjaman RM1 bilion.

Pua berkata, langkah penyelamat RM1 bilion akan memberi gambaran tidak baik terhadap pentadbiran Najib.

“Kita mesti lebih berdaya saing, telus. Apa yang berlaku sekarang bertentangan dengan konsep di mana era kerajaan tahu segala-galanya, sudah berakhir.

“Kerajaan mengambil wang kerajaan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang lemah,” kata Pua lagi.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa respons awal terhadap majlis ceramah yang diadakan sekarang masih “dingin”, antara lain disebabkan kurangnya perancangan di pihak penganjur.

Ceramah telah dimulakan Selasa lalu dengan lokasi pertama ialah Dewan Hamzah, Klang.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok mengesahkan pendekatan kerajaan negeri itu.

“Saya mengesahkan maklumat itu, ya. Saya mencadangkan anda datang dan membuat liputan majlis antara Menteri Besar dan ahli-ahli majlis tempatan dan Ketua Kampung di Selangor esok, pukul 3 petang di dewan pejabat tanah Klang.

“(Maka) anda akan lebih tahu,” kata Kok.

Kedua-dua Kok dan Pua merupakan pemimpin kanan dalam DAP yang membentuk PR bersama PKR dan PAS.

Syarikat industri air Selangor — Syabas, Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS — berhadapan dengan risiko pembayaran balik hutang memandangkan bon air menghadapi tempoh kematangan.

Rabu lalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri mahu supaya kenaikan tarif air bagi pengguna air di Selangor hanyalah 15 peratus sahaja dalam proses penstrukturan industri air di Selangor yang masih dalam rundingan.

Menurut perjanjian pengswastaan industri air Selangor yang ditandatangani oleh Syabas pada 2004, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri menetapkan kenaikan tarif air dengan kadar 37 peratus pada 2009, 25 peratus pada 2012 dan 20 peratus lagi pada 2015.

Kerajaan negeri tidak bersetuju kadar tarif air dinaikkan kerana beliau mendakwa Syabas tidak mematuhi syarat-syarat perjanjian konsesi air itu.

Jika disusun semula konsesi air industri air ini kenaikan tarif air dapat dikurangkan dan harga bekalan itu dapat distabilkan, katanya.

Mengenai status perundingan, Khalid berkata ia kini di tangan kerajaan pusat kerana menurut pemahamannya kerajaan pusat dan kerajaan negeri perlu menyelesaikannya menjelang akhir tahun ini.

Kerajaan negeri mahukan supaya aset air termasuk paip-paip yang ditaksir bernilai lebih RM10 bilion diambil kira di dalam rundingan penstrukturan semula industri air itu.

'Anu dalam botol': PAS mahu penjelasan

Dewan Pemuda PAS menyatakan kekesalannya dengan penerbit dan pengarah filem terkenal Raja Azmi Raja Sulaiman yang bersungguh-sungguh ingin menayangkan filem ...Dalam Botol yang didakwa berunsurkan tema gay.

Sehubungan itu, Ketuanya Nasrudin Hassan mahukan Raja Azmi menjelaskan apakah motif utama pembikinan dan penyiaran filem berkenaan?

"Adakah ia merupakan isu atau fokus penting dikalangan masyarakat terutamanya golongan belia pada hari ini?

"Malah, Pemuda PAS juga hairan mengapa pihak beliau pada asalnya menamakan judul filem berkenaan Anu Dalam Botol?

Dalam satu kenyataan hari ini, Nasruddin berkata, walaupun dalam perbahasan fekah seksualiti bukanlah tabu, tetapi daripada sudut perfileman, industri itu mestilah membangunkan minda masyarakat dengan penerbitan filem "berkualiti" dan canggih.

Menurut takrif dewan itu, filem yang berkualiti terhasil melalui jalan cerita atau pengisian yang yang menjadikan masyarakat lebih baik.

Menurut Nasrudin lagi, sesuatu karya juga mesti kira pertimbangan agama, budaya dan nilai yang perlu diterapkan kepada masyarakat.

"Pihak DPPP berharap agar industri perfileman giat memproduksi filem-filem yang memberikan nilai-nilai positif selain menyentuh isu yang melibatkan kepentingan umum supaya ia dapat menjadi agen yang efektif untuk membantu negara dalam melahirkan rakyat yang tinggi nilai jatidirinya, kukuh pegangan agama dan prinsipnya, hidup dalam budaya ilmiah serta kuat sifat patriotiknya," katanya.

Bantahan terbaru Pemuda PAS terhadap isu filem itu dilihat selari dengan perhimpunan bantahan mereka terhadap konsert artis 'gay' terkenal Amerika Syarikat Adam Lambert di Kuala Lumpur sebelum ini.

Raja Azmi sebelum ini dilaporkan berkata, ...Dalam Botol merupakan inspirasi kisah benar yang mengisahkan 'derita' mereka yang bertukar jantina tetapi ingin kembali kepada asal.

Presiden PKR larang ahlinya kritik pemilihan secara terbuka


KUALA LUMPUR, 13 Nov — Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengeluarakan arahan agar tiada mana-mana pihak dalam partinya membuat kritikan terbuka berhubung pemilihan terus yang julung kali diadakan di sebalik siri dakwaan wujudnya kecacatan dan manipulasi.
Dr Wan Azizah berkata, beliau memutuskan demikian selepas mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak termasuk yang terbaru Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, yang dilantik sebagai orang tengah oleh penyokong calon jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin semalam.
“Pada 12 November (semalam), Datuk Fauzi Abd Rahman telah hadir berjumpa dengan saya dengan membawa sebuah resolusi Rapat Anak Muda Malaysia bertarikh 10 November 2010.
“Resolusi tersebut mengandungi enam perkara berkaitan perjalanan pemilihan pimpinan parti yang sedang berjalan ketika ini.
“Saya difahamkan resolusi tersebut adalah hasil dari temu rapat anak muda yang didorong oleh rasa cinta dan iltizam kepada perjuangan,” kata Dr Wan Azizah (gambar) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Beliau yang mempertahankan jawatannya tanpa cabaran berkata, ia merupakan satu proses yang baik mengikut saluran tepat dan menunjukkan kematangan para ahli dalam menangani isu-isu berbangkit.
“Pimpinan parti, khususnya saya sendiri dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat akan memberi perhatian serius resolusi enam perkara tersebut dan semua memorandum serta surat aduan yang telah diterima dari akar umbi.
“Bahkan kita telah pun memulakan tindakan dan tumpuan diberikan kepada kes-kes yang mempunyai petunjuk yang jelas. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahi etika yang digariskan.
“Dengan jaminan ini, saya berharap tidak akan ada kritikan berbentuk peribadi sesama pimpinan dan ahli secara terbuka kerana ini akan membuka ruang kepada musuh,” kata beliau.
Dr Wan Azizah berkata, apa yang berlaku sekarang merupakan proses mematang dan memantapkan parti.
“Kita yakin ini akan menatijahkan semangat dan kekuatan baru kepada ahli dan parti,” katanya.
Resolusi yang diluluskan Rabu lalu antara lain meminta agar media tidak harus digunakan sebagai medan perdebatan, pemilihan parti seharusnya berasaskan idea segar, nilai dan rekod ke arash memperkasa anggota dan rakyat, memperakui pemilihan kali ini mempunyai banyak masalah, parti dengan segera memperberhentikan proses pemilihan yang sedang berlangsung sehingga semua aduan disiasat dan meminta semua calon atau pemimpin di semua peringkat tidak mengambil tindakan meletakkan jawatan atau menarik diri daripada bertanding.
Ketika ditemui selepas pertemuan itu di Petaling Jaya semalam, Dr Wan Azizah menolak dakwaan bahawa JPP tidak mengambil tindakan menyelesaikan aduan mengenai kepincangan dan kecacatan dalam proses pemilihan pusat sambil merayu agar diberikan peluang untuk meneruskan proses pengundian yang sedang berlangsung.
Kontroversi pemilihan pusat PKR tercetus awal minggu ini, menyaksikan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding dan melepaskan kesemua jawatan dalam parti.
Selain itu, seorang lagi calon mengemukakan memorandum memberi kata dua kepada parti agar menyelesaikan kesemua aduan termasuk membatalkan dan mengadakan semula pemilihan.
Bagaimanapun beliau pagi semalam memutuskan untuk kekal dalam saingan manakala JPP pula berkata pemilihan pusat akan diteruskan.
Kumpulan Badrul pula malam kelmarin mengadakan perhimpunan meluluskan enam resolusi antara lain melantik Fauzi agar membawa perutusan meminta pucuk kepimpinan parti menangguhkan pemilihan yang diadakan sekarang.
Proses pengundian pemilihan pusat masuk hari ketujuh hari ini sedang berlangsung. Ia akan berakhir 4 petang ini.