Jumaat, 12 November 2010

Tak mungkin...Tak mungkin...


Awang.....
yang kurang cerdik
Awang.....
yang kuat bodek
Awang......
yang bakal tercirit

Bakal Menteri Besar Kelantan??

Kah... kah... kah...

Bakal MB Terlebih Bendul!

Hebat! Hebat sengoti Umno Kelantan atau betul-betul bendul. Awang Adek berkata “kita akan dapat selesai hanya dalam tempoh dua atau tiga tahun sahaja atau paling lewatnya satu penggal (pemerintahan)”. Wakakakamukakaka...dua tiga tahun apa yang nak diselesaikan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Mej (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata liputan air bersih yang sepenuhnya bakal dinikmati rakyat Kelantan selewat-lewatnya pada 2027. Sepenuhnya, maksudnya seluruh Kelantan perlu sehingga 2027. Itu termasuklah bumi luas gua musang nung! Kalaulah apa yang diberitahu Anizam niatnya sama seperti Awang Adek, takkanlah dia akan memberitahu tempoh 17 tahun tersebut.

Namun Awang Adek lagi hebat, dua tiga tahun masalah selesai. Namun dia tidak bercerita seluas mana nak diselesaikannya. Kalau nak nak selesaikan seluruh Bachok pun, belum tentu boleh bercakap bendul begitu. Kalau nak menipu hak bodoh bangang bolehlah! Mungkin juga dia nak selesai air yang dah naik ke kepalanya.

Inilah masalah, kalau membaca berita jangan hanya tajuknya sahaja.

Gimik Mustafa Kamil Tidak Menjadi...

SAYA hanya mampu tersenyum mengenangkan politik Mustapa Kamil Ayub yang membuat gimik Wak Long (badut dalam wayang kulit) dalam PKR tetapi tidak menjadi. Hari ini dia membuat sidang akhbar memberitahu sekalian rakyat yang dia meneruskan hasrat perebutan jawatan timbalan presiden. Walaupun dia protes pemilihan itu yang dianggap tiak adil, tetapi dia teruskan juga.

Pelik bunyinya.. tetapi itulah politik. Mulanya Mustapa Kamil bukan main lagi melepaskan geli gelemannya dengan pemilihan itu yang dianggap tidak adil dan penuh dengan tipu daya. Dia memberi masa 48 jam untuk PKR memperbetulkan kepincangan dalam pemilihan itu kalau tidak dia akan melakukan sesuatu yang mengejutkan. Nada dan bunyi suara Mustafa Kamil sangat tegas, kalau tidak sama dengan suara Malik Zabaniah pun tetapi dekat-dekatlah dengan suara itu.

Dia mengeluarkan kenyataan itu saat dia mendamping Zaid Ibrahim yang membuat penjelasan berhubung tindakannya menarik diri dari bertanding dan meletakkan semua jawatan dipegangnya. Kenyatan itu dibuat di rumahnya (Zaid) di Tropicana. Ini bermakna Mustafa Kamil sengaja melangkah ke rumah Zaid untuk mendampingi Zaid. dan bersekongkol dengan kesucian dan kekudusan politik Zaid.

Jika dilihat kepada kesungguhan itu, Mustafa Kamil semacam turut berkerat rotan dan berpatah arang dengan PKR. Dia akan mengikut jejak langkah Zaid. Tetapi tidak begitu rupanya. Sebaliknya dia dorong ke belakang semula. Belum sempat ayam berkokok dia sudah memalingkan semula niatnya. Mulanya dia membuat kenyataan memberi isyarat masih sokong kepada penasihat dan presiden PKR. Selepas itu beliau...membuat pula kenyataan tetap akan bertanding walaupun menganggap proses pemilihan itu pincang.

Apakah erti kata-kata Mustafa Kamil itu? Budak kecil pun faham mengenai kesongsangan kenyataan itu. Tetapi koner baring Mustafa itu mudah untuk difahami. Dia sudah dapat mengangak bila Zaid lontar bom tetapi tidak meletup maka dia kena cari jalan selamat secepat mungkin. Caranya undur balik ke belakang.

Dalam pengamatan saya, cara Mustafa Kamil mendampingi Zaid itu di sidang akhbar itu dan mengangkat kertas memorandum satu kesilapan besar. Beliau senaga 'mendempetkan' dirinya dengan kebusukan yang ada kepada Zaid. Ingin saya beri tahu Mustafa Kamil beliau tidak akan terlwan dengan cara politik Zaid. Zaid boleh bergerak dengan wang. Mustafa jangan harap kalau hendak menumpang tuah Zaid.

Walhasilnya tindakan Mustafa Kamil bersama Zaid tidak sampai tiga hari itu telah merosakkan reputasi dirinya. Baik-baik dirinya dikenali sebagai seorang ahli politik berpotensi, cendekiwan tetapi julangan itu jatuh bercelabak apabila beliau tidak bijak memilih kawan atau tempat untuk membuat kritikan kepada parti. Dan apabila Mustafa tidak jadi membuat gimik Wak Long itu maka orang pun akan dapat mengukur sejauh mana kebestarian politik seorang Mustafa Kamil Ayub.

YB NURUL BENCI PENIPU, SAYA PUN MELUAT DENGAN PENIPU, TAPI SIAPA PENIPU ITU?

Oleh: WFAUZDIN NS
Dalam Rapat Umum Anak Muda yang dianjurkan oleh Chegubard di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur baru-baru ini.. YB Nurul Izzah berkata "Saya bukan benci Azmin, saya bukan benci Zaid, saya bukan benci Mustaffa, saya bukan benci Pak Lah, saya bukan benci Mahathir tetapi saya benci dengan PENIPUAN." (Petikan dari Anak Sungai Derhaka).

Ya, semua orang benci penipuan termasuk orang yang kaki menipu. Cuba tanya Si Penipu, pastinya dia juga tidak suka ditipu. Saya amat setuju dengan kata-kata YB Nurul Izzah itu. Saya cuba dalami apa yang tersirat di sebalik kata-katanya. Apa yang beliau maksudkan dengan penipuan itu? Saya fikir tentulah penipuan yang beliau maksudkan itu adalah berkaitan proses pemilihan di dalam parti sekarang. Adakah beliau percaya adanya penipuan?

Sekiranya ada, siapa pula yang menipu yang sudah tentunya YB Nurul Izzah akan benci malahan saya juga akan benci dan tuan-tuan semua pun pasti benci. Adakah Ketua Umum, ayahanda YB Nurul sendiri menipu? Atau Presiden iaitu bonda beliau kaki tipu? Mungkin juga Azmin dianggap menipu? Mustahilkah jika Zaid pun dikatakan menipu? Saya merasa lebih tepat jika ingin dilabelkan menipu tentulah JPP kerana badan ini yang mengendalikan proses pemilihan sekarang. Benarkah JPP menipu?

Bagaimana untuk mengetahui seseorang itu menipu? Adakah kita boleh mengatakan seseorang yang bawa cerita kununnya pihak lain menipu sedangkan tiada bukti jelas dan nyata dibawanya, maka orang yang menuduh itu juga `penipu' besar? Bukankah menuduh orang lain tanpa bukti juga boleh dianggap menipu? YB Nurul juga tentu bersetuju jika saya katakan Saiful Bukhari banyak menipu untuk mengaibkan ayahnya. Jika YB Nurul setuju dengan pendapat saya, apakah asasnya beliau percaya? Tentulah kerana tiada bukti jelas dan nyata telah dibawa oleh Saiful, kecuali mungkin bukti-bukti yang direka. Saya bukan benci Saiful, tapi saya tidak suka penipuan apatah lagi fitnah.

Dalam hal ini, hati saya lebih tergerak untuk mengatakan bahawa pihak yang menuduh JPP atau sesiapa sahaja menipu itu adalah `penipu' juga kerana seperti yang disahkan oleh Pengerusi JPP sendiri di hadapan Sdr Mustafa Kamil bahawa tiada bukti kukuh disertakan. JPP telah berjanji untuk menyiasat jika terdapat bukti dan setakat ini masih belum ditampilkan bukti. Maka, tentulah sehingga ini JPP tidak boleh dikaitkan dengan penipuan. Jadi, siapa penipu? Saya juga tidak anggap keputusan YB Nurul bertanding sebagai Naib Presiden PKR sebagai penipu walaupun sebelum ini beliau ada berkata tidak akan bertanding apa-apa jawatan tinggi dalam parti.

Kesimpulannya, untuk mencari penipu tidak perlu bertanya kepada Si Penipu.

Hak Zaid Tubuh Parti Baru - Mustaffa


PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim mempunyai hak untuk menubuhkan parti baru sekiranya beliau dikenakan tindakan pecat oleh pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub.
Beliau berkata, keputusan itu merupakan hak mana-mana individu untuk menubuhkan parti sekiranya mempunyai kelayakan dan memenuhi syarat penubuhan.
"Bagaimanapun, sebagai teman perjuangan dalam PKR, saya berharap dan menasihatkan agar beliau terus kekal dalam parti.
"Beliau seorang pemimpin yang tegas dan mempunyai prinsip. Saya percaya beliau mampu memberi sumbangan kepada perjuangan dalam PKR," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di sini, Jumaat.
Mustaffa berkata, Zaid boleh membuat rayuan kepada Jawatankuasa Disiplin parti sekiranya beliau dikenakan tindakan dipecat.
“Saya yakin Zaid akan mempertimbangkan keputusan itu sedalam-dalamnya sebelum bertindak untuk menubuhkan parti baru,” katanya.
Ketika ditanya sekiranya Zaid menubuhkan parti baru, beliau tidak dapat menjangkakan secara khusus apa yang berlaku mengenai perkara itu.
“Cuma kita melihat politik di negara ini menjurus kepada dua sistem parti iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN). Kalau berlaku keadaan demikian, terserah kepada beliau dalam konteks memilih pendekatan yang ada.
“Kewujudan parti baru boleh dilakukan oleh mana-mana pihak tetapi akhirnya akan menjurus kepada persaingan dua komponen parti utama iaitu Pakatan Rakyat dan BN," katanya.
Zaid pada Khamis tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan parti baru bagi meneruskan perjuangan jangka panjangnya dalam melakukan transformasi politik di negara ini.
Keputusan itu dibuat sekiranya dipecat daripada PKR.

KuasaKuasa baru dalam PKR

Tidak nampak wujud petunjuk pembukaan parti baru – dari cabang-cabang mereka yang mungkin memberontak dan keluar dan menubuhkan parti baru. Sekiranya di buka parti baru untuk menyaingi PKR maka itu satu lagi langkah karut – tambahan pula sekiranya Zaid Ibrahim yang membukanya. Soal pecat Zaid Ibrahim – mungkin akan timbul tetapi pemecatan itu tidak akan menyelamatkan dari apa yang dipanggil pemberontakan dalam PKR – gabungan kuasa baru yang akan memulakan langkah dalam membersihkan PKR dari genggaman kuasa corak lama – corak feudalisme dan corak kronisme. Menurut apa difahamkan kepada kami – ada kuasa baru – sedang dirancang untuk di bentuk – mengumpulkan kekuatan untuk membersihkan PKR dari dalam. Rancangan ini mungkin seiring dengan menggesa Anwar Ibrahim untuk melepaskan jawatan Ketua UMUM dan juga untuk menekan Azmin Ali untuk keluar – kerana konsentrasi Azmin Ali hanya untuk mengangguk kepada Anwar. Dipersoalkan – sekiranya kita keluar dari UMNO dan menolak UMNO kerana budaya dan resam membodek – seolah-olah pemimpin tertingginya adalah tuhan pada ahli UMNO kenapa menerima PKR dan kenapa mahu diwujudkan budaya sedemikian dalam PKR. Mungkin mereka yang lari keluar dari UMNO adalah kerana mereka mahu menjadi tuhan-tuhan baru dalam wadah politik baru – jalannya lebih pantas dari dalam UMNO!  
Kami difahamkan ada kumpulan sudah merangka untuk membentuk kekuatan kolektif dalam PKR untuk menjadi suara pendesak. Adakah Anwar Ibrahim akan terima desakan itu – adakah PKR akan melalui proses yang lebih rumit setelah berusaha mengadakan demokrasi kosong dan berbentuk khayalan. 
UmnoReform.

Kerajaan Negeri Tidak Senarai Hitam Kontraktor



PULAU PINANG 12 NOV: Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Malik Kassim menolak sebarang dakwaan yang mengatakan kerajaan negeri akan menyenarai hitamkan kontraktor yang ada kaitan dengan Umno-Barisan Nasional daripada mendapat sebarang kontrak dari kerajaan negeri.

Beliau berkata penyenaraian itu dilakukan untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan bahawa terdapat kroni Umno-BN memonopoli kontrak sekaligus menaikan peluang kontraktor- kontraktor kecil Melayu yang lain.

Malik berkata, hakikatnya senarai nama kontraktor yang dikatakan ada hubung kait dengan Umno-BN disediakan oleh kelompok kontraktor kecil Melayu Pulau Pinang, bukannya kerajaan negeri. 

"Keluhan kontraktor kecil ini akan ditangani dengan telus oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan mengaplikasikan sistem tander terbuka untuk semua kontrak melibatkan kerajaan negeri," katanya.

Terdahulu Shahbudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) meminta penjelasan kenapa kontraktor-kontraktor lain di Pulau Pinang tidak disenaraikan dan hanya kontraktor yang ada hubung kait dengan Umno Pulau Pinang disenarai.

Tidak Patriotik: Muhyiddin Perlu Nasihati Diri Sendiri



SHAH ALAM 12 NOV: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin perlu menasihati diri sendiri dahulu sebelum menasihati orang lain, kata Datuk Seri Chua Jui Meng.

Chua yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor berkata demikian apabila diminta mengulas berkenaan nasihat Muhyiddin itu kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melabel orang bukan Melayu sebagai tidak patriotik kerana enggan menyertai Angkatan Tentera Malaysia.

"Seorang yang ekstrem nak menasihat seorang yang ekstrem yang lain, nasihatkan diri dululah. Orang bukan Melayu bukan bolasepak, bila-bila awak nak tendang kita,awak tendang. Dia (Muhyiddin) tak tentu arah kadang-kadang baik dengan orang bukan Melayu dan pada masa yang sama dia ekstrem, tidak konsisten," katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Ketika membuat seruan itu, Muhyiddin Yassin berkata penjelasan itu penting bagi membetulkan keadaan.

"Saya tidak membaca atau tidak berada di Parlimen (waktu itu) tetapi daripada kenyataan yang terkeluar dan reaksi daripada beberapa pihak, mungkin Datuk Zahid perlu membuat penjelasan yang sebenarnya dan apa pendirian perkara itu.

"Bagi kita, kita tidak melihat keadaan sebegitu, kalaupun tidak ada penyertaan, saya fikir kita tidak seharusnya mempertikai kesetiaan mana-mana pihak yang menjadi rakyat (negara ini) sama ada Melayu, India, Cina...mungkin ada sebab-sebab yang lain," kata Muhyiddin.

Bagi bekas Menteri Kesihatan itu, Umno keterlaluan dalam pemahaman terhadap kaum dan agama.

"Ramai masyarakat bukan Melayu sudah naik marah, mereka tidak puas hati dengan orang yang jadi menteri dalam jemaah menteri tetapi pendapatnya bercanggah dengan rukun-rukun negara dan sumbangan orang Tionghua, orang India terhadap negara ini," katanya lagi.

Tambahnya, dalam perlembagaan negara jelas menyatakan semua orang adalah samarata di mata undang-undang.

"Bila nak buang undi, nak undi daripada kita, buat baik dengan kita, kita bukan bolasepak," jelasnya.

Zahid  dalam  jawapannya di Dewan Rakyat bagi membalas kritikan terhadap dirinya berkata  faktor-faktor rendahnya penyertaan bukan Melayu dalam angkatan tentera dibuat berdasarkan dapatan kaji selidik ilmiah.

Beliau turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan beliau tidak sensitif dan mempertikai kesetiaan dan integiriti kaum bukan Melayu kerana beliau tidak pernah menyatakan begitu mahupun berniat atau bermaksud berbuat demikian.

Kemelut PKR Johor selesai, kini tumpu PRU-13


chuaOleh Fazy Sahir
PETALING JAYA: PKR Johor yang dikatakan bergolak ekoran beberapa anggota tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pengerusi Negeri Datuk Chua Jui Meng, kini bertambah kukuh dan menjadikan pilihan raya umum ke-13 fokus utama mereka.
Semalam FMT difahamkan lebih lima anggota PKR dari cabang Sembrong yang diketuai bekas Setiausaha Negeri Saiman Marjuki mengumumkan keluar parti.

Bagaimanapun, perkara itu tidak mematahkan semangat PKR yang kini menerima lebih 100 anggota baru.
Menurut Chua, walaupun terdapat percubaan merosakkan parti dengan menggunakan elemen Umno, namun setiap anggota parti di setiap cabang masih utuh menyokong kepimpinan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Katanya, 23 cabang di Johor menyokong penuh kepimpinan tertinggi parti sekaligus membidas kenyataan Drs Mohd Zaid Yusof semalam bahawa 13 cabang menentang kepimpinan beliau di Johor.
"Mesyuarat malam tadi di Johor Bharu membuat ketetapan untuk menyokong kepimpinan Anwar, Azizah, saya serta kepimpinan tertinggi dalam menerajui parti.
"Walaupun wujud individu yang mahu rosakkan parti tapi kita sudah bersihkan mereka daripada parti. Pertemuan semalam memperlihatkan ahli penuh semangat dan berazam untuk kita tawan johor pada PRU ke-13 nanti.
"Malah daripada lima yang keluar parti, semalam kita turut menerima lebih 100 anggota baru," katanya yang dihubungi FMT.
Chua menjelaskan kemelut yang melanda di Johor sebelum ini disebabkan sikap tidak puas hati segelintir anggota terhadap keputusan perlantikan jawatan dalam majlis pimpinan.
"Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Kami semakin bersemangat untuk bawa perubahan. Anggota parti yakin dengan komitmen pimpinan tertinggi parti dalam meningkatkan kekuatan PKR dalam persediaan pilihan raya akan datang," katanya.
Sementara itu menurut Setiausaha Pengelola Zabidie Abas, pertemuan bersama ketua-ketua cabang memperincikan sokongan penuh kepada pimpinan PKR serta Chua.
Beliau turut menolak kenyataan Saiman dan Drs Mohd Zaid bahawa 13 cabang di negeri itu tidak berpuas hati terhadap Chua.
"Saya sudah kenal pasti dan bertemu dengan ketua-ketua cabang terbabit. Mereka menyatakan pendirian dan memberi sokongan penuh terhadap ketua umum, presiden dan Chua.
"Maka dakwaan Saiman dan Zaid bahawa cabang itu menentang Chua tidak berasas sama sekali. Mereka ini perosak dan tindakan Saiman meninggalkan parti amat bijak kerana dapat membersihkan individu seperti ini dalam parti," katanya.

Pemilihan PKR: Aduan akan disiasat, kata Azizah

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini tampil untuk menenangkan para pengkritik perjalanan pemilihan pucuk pimpinan PKR, dengan memberi jaminan bahawa kebimbangan mereka akan diberi perhatian terperinci.

"Kami telah mengadakan mesyuarat dan kami menyerahkan kepada Jawatankuasa Pilihanraya Pusat (JPP) untuk menangani aduan-aduan tersebut," katanya kepada pemberita di ibupejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

Katanya, ini semua merupakan salah tanggapan bahawa JPP tidak mengambil serius terhadap aduan-aduan tersebut.

Dr Wan Azizah berkata pihaknya menyedari bahawa 69 cabang telah membuat aduan berhubung perjalanan pemilihan "dan kami mengambil tindakan sewajarnya".

Beliau menjelaskan bahawa pihaknya kekurangan kakitangan sekretariat dan oleh itu, tidak dapat menghantar surat kepada semua cabang berkenaan untuk memaklumkan bahawa aduan mereka sedang disiasat.

Beberapa pemimpin parti itu telah menggesa supaya pemilihan PKR ditangguhkan, termasuk calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub, calon ketua AMK Badrul Hisham Shaharin dan calon naib presiden Jonson Chong.

Sebelum itu, Badrul Hisham bersama pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman menyerahkan enam resolusi dalam pertemuan Rapat Anak Muda Khamis lalu

3 cabang PKR Kelantan kehadiran rendah

Mesyuarat pemilihan bagi memilih Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di tiga daripada empat cabang yang mengadakan mesyuarat hari ini dilaporkan sebahagian besar pengundi tidak hadir bagi membuat pemilihan itu.

Tiga cabang itu iaitu di Machang, Gua Musang dan Jeli, pengundi dilaporkan tidak hadir itu selain dipercayai penyokong Datuk Mohd Zaid Ibrahim yang baru-baru ini telah menarik diri bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dan juga kerana hujan yang dijadikan alasan ketidakhadiran itu.

Setiausaha Cabang PKR Machang, Mohd Jafri Manan berkata sehingga tamat tempoh memilih pada pukul 5 petang ini, sebahagian besar 1,300 anggotanya tidak hadir mesyuarat bagi membuat pemilihan itu.

"Sebahagian besar pengundinya adalah terdiri kalangan Angkatan Muda yang dilaporkan tidak hadir kerana merupakan penyokong Datuk Zaid Ibrahim," katanya kepada pemberita di Machang, hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun mesyuarat cabang itu berlangsung dalam keadaan baik tanpa sebarang kekecohan.

Ketua Cabang PKR Jeli, Mat Sulaiman pula ketika dihubungi berkata hanya kira-kira 100 daripada 700 anggotanya tidak hadir pada mesyuarat yang telah memberikan alasan hujan penyebab tidak hadir.

"Keadaan mesyuarat berlangsung aman walaupun hanya kira-kira 100 orang sahaja yang hadir daripada 700 orang sepatutnya. Mereka memberikan alasan hujan kerana tidak hadir dan tidak ada pula disebabkan masalah lain," katanya.

Keadaan yang sama juga berlaku di mesyuarat cabang Gua Musang yang sebahagian besar daripada 2,179 anggota tidak hadir dengan turut memberikan alasan hujan untuk tidak hadir.

Ketua cabangnya Hanafi Abdullah berkata hujan yang berlaku di situ terutama anggotanya yang tinggal di kawasan pedalaman agak sukar untuk hadir pada mesyuarat tersebut.

Mesyuarat bagi cabang Kuala Krai bagaimanapun berbeza apabila dilaporkan hampir semua anggotanya hadir membuat pemilihan.

Terdapat 14 cabang PKR di Kelantan dengan 10 daripada cabang itu telah selesai membuat pemilihan pada dua minggu lalu.

Beberapa kekecohan juga dilaporkan berlaku di beberapa mesyuarat cabang sebelum ini seperti campur tangan pemimpin dan juga kelewatan mesyuarat disebabkan berlaku masalah teknikal.

--Bernama

Pemilihan PKR: Peratusan, kedudukan tak berubah

Sebanyak 12 lagi cabang PKR di seluruh negara mengadakan pemilihannya hari ini, melibatkan lapan cabang di Kedah dan empat lagi di Kelantan.

Cabang-cabang itu: Jerai, Merbok, Sungai Petani, Baling, Sik, Jerlun, Padang Terap dan Pendang, Machang, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Pengundian yang masuk minggu ketiga hari ini agak berbeza kerana kerusi tumpuan - timbalan presiden - kini tinggal dua penjuru apabila Datuk Zaid Ibrahim menarik diri.

Setakat keputusan daripada 96 - 87 semalam dan 9 yang diperoleh setakat ini - Azmin terus menambahkan majoriti kepada 5,900 undi, penambahan 648 hari ini.

Beliau mendapat 7,269 undi keseluruhan manakala Mustaffa mendapat 1,369 undi.

Berikut keputusan tidak rasmi mengikut cabang yang diperoleh setakat ini:

Gua Musang Azmin (96), Mustaffa (7)
(103 daripada kira-kira 2100 ahli keluar mengundi)

Machang Azmin (43), Mustaffa (47)
(91 daripada 1,512 ahli keluar mengundi)

Kuala Krai Azmin (134), Mustaffa (27)
(161 daripada 1,368 ahli keluar mengundi)

Jerai Azmin (84), Mustaffa (6)
(82 daripada lebih 800 ahli keluar mengundi)
Sik Azmin (108), Mustaffa (7)

Baling Azmin (82), Mustaffa (14)

Jeli Azmin (49), Mustaffa (20)

Padang Terap Azmin (37), Mustaffa (4)

Sungai Petani Azmin (169), Mustaffa (22)
(202 daripada 3,222 ahli keluar mengundi)

Beri PKR peluang teruskan pemilihan pusat, kata Wan Azizah

Dr Wan Azizah berkata pemandangan bahawa JPP gagal mengambil tindakan adalah palsu. — gambar fail

PETALING JAYA, 12 Nov — Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak dakwaan bahawa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) tidak mengambil tindakan menyelesaikan aduan mengenai kepincangan dan kecacatan dalam proses pemilihan pusat sambil merayu agar diberikan peluang untuk meneruskan proses pengundian yang sedang berlangsung.
“Kita serah kepada JPP untuk mengenal pasti aduan dan masalah yang dikemukakan dalam pemilihan parti. Dakwaan kata JPP tidak ambil tindakan adalah tidak benar.
“JPP telah kenal pasti aduan tersebut dan kita harap parti diberi peluang untuk meneruskan pemilihan kali ini,” kata Presiden PKR selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Fauzi Abdul Rahman dan calon jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Badrul Hisham Shaharin di ibu pejabat PKR di sini.
Ia merupakan kenyataan rasmi pertama sejak kontroversi pemilihan pusat tercetus awal minggu ini, yang menyaksikan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding dan melepaskan kesemua jawatan dalam parti.
Selain itu, seorang lagi calon mengemukakan memorandum memberi kata dua kepada parti agar menyelesaikan kesemua aduan termasuk membatalkan dan mengadakan semula pemilihan.
Bagaimanapun beliau pagi tadi memutuskan untuk kekal dalam saingan manakala JPP pula berkata pemilihan pusat akan diteruskan.
Kumpulan Badrul pula malam kelmarin mengadakan perhimpunan meluluskan enam resolusi antara lain melantik Fauzi, Pengerusi PKR Pahang dan membawa perutusan meminta pucuk kepimpinan parti menangguhkan pemilihan yang diadakan sekarang.
Resolusi yang diluluskan malam kelmarin termasuklah meminta agar media tidak harus digunakan sebagai medan perdebatan, pemilihan parti seharusnya berasaskan idea segar, nilai dan rekod ke arah memperkasa anggota dan rakyat, memperakui pemilihan kali ini mempunyai banyak masalah, parti dengan segera memperberhentikan proses pemilihan yang sedang berlangsung sehingga semua aduan disiasat dan meminta semua calon atau pemimpin di semua peringkat tidak mengambil tindakan meletakkan jawatan atau menarik diri daripada bertanding.
The Malaysian Insider difahamkan Dr Wan Azizah akan mengeluarkan kenyataan rasmi hasil pertemuan itu, esok.
Pertemuan itu turut dihadiri oleh Bendahari Agung PKR William Leong dan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Dr Muhammad Nur Manuty, mewakili Biro Politik.
Biro Politik telah mengadakan mesyuarat khas malam kelmarin dan memutuskan pemilihan pusat akan diteruskan.
Sementara itu, Fauzi yang ditemui selepas menyerahkan resolusi kepada Dr Wan Azizah berkata pertemuan kira-kira satu jam itu adalah satu usaha lebih kepada untuk memperkukuhkan parti.
“Pertemuan ini berjalan dengan baik, saya hanya posmen bagi menghantar resolusi kepada beliau (Dr Wan Azizah).
“Resolusi yang dihantar itu lebih untuk membawa suara di peringkat akar umbi tentang masalah-masalah yang dialami, itu sahaja.
“Bagaiamanapun beliau mengakui bahawa parti ada kelemahan, tapi ia bukan alasan yang boleh membantutkan parti.
“Kita akan usaha mencari jalan penyelesaian,” kata beliau yang enggan mendedahkan isi kandungan resolusi yang diserahkan kepada Dr Wan Azizah hari ini.
Badrul Hisham dalam pertemuan yang dinamakan sebagai “Himpunan Anak Muda Selamatkan Keadilan” malam kelmarin melantik Fauzi sebagai “orang tengah” untuk membawa resolusi tersebut kepada pucuk kepimpinan.
Pertemuan yang disertai sekitar 200 ahli AMK, penyokong Badrul Hisham meluluskan enam resolusi — antaranya dipercayai mendesak parti menangguhkan dan mengadakan semula pemilihan sebagai langkah keluar daripada isu semasa yang beliau sifatkan sebagai “krisis”.
Badrul Hisham pula berkata, resolusi tersebut lebih untuk memperkuatkan dan memperkukuhkan parti dalam menghadapi ancaman politik sedia ada.
“Kita hanya mahu memperkuatkan parti, cari jalan penyelesaian untuk memperkukuhkan parti. Tidak guna kalau kita menang jika parti lemah.
“Dalam pertemuan ini, saya melihat ada signal positif, jadi saya minta semua ahli tidak harus meletakkan jawatan, tarik diri tapi gunakan jawatan yang ada untuk memperkasakan parti.
“Dalam resolusi itu juga tiada tekanan terhadap presiden parti, tiada ugutan kepada parti, hanya niat untuk memperkasakan parti,” katanya.
Jawatan ketua AMK disaingi penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham.
Saingan jawatan ketua AMK masih didahului Shamsul Iskandar dengan 1,849 undi manakala Badrul Hisham mengekori rapat dengan 1,818 undi selepas 87 cabang mengadakan pengundian sehingga 7 November lalu.
Proses pengundian pemilihan pusat diteruskan hari ini buat hari keenam dan esok dan lusat untuk minggu ini.
Hari ini enam cabang melangsungkan pengundian, 41 esok dan 28 lagi Ahad ini.
Badrul Hisham ketika dihubungi kemudian memberitahu The Malaysian Insider bahawa “saya sifatkan pertemuan ini membawa harapan positif, ada tanda-tanda yang positif.”
“Walaupun tidak memutuskan sama ada pemilihan ditangguh atau tidak, kita boleh putuskan bahawa ia ada membawa petanda positif,” kata beliau.
“Bagaimanapun kita tunggu kenyataan rasmi Presiden, yang saya difahamkan akan dikeluarkan seawal pagi esok,” kata Badrul Hisham yang turut memberitahu, salah satu keputusan yang dicapai ialah “tiada sesiapa pun sama ada pemimpin ataupun calon harus meletakkan jawatan ataupun menarik diri daripada kedudukan mereka.”
Ketua PKR Rembau ini menjelaskan kesemua calon dan pemimpin parti perlu bersama parti demi memperkukuhkan kedudukan komponen Pakatan Rakyat ini.

PKR terbit ''Warta Keadilan' ganti Suara Keadilan

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini kembali diterbitkan dengan nama Warta Keadilan setelah permit penerbitannya ditarik balik akhir Jun lalu.

Menurut ketua editornya, Fazallah Pit, terbitan pertama Warta Keadilan sebnayak 32 muka surat berada di pasaran di seluruh negeri bermula hari ini.

Isu utama untuk terbitan pertama ini mengenai perbicaraan kes liwat dan pemiliahan PKR.

"Ahli PKR boleh mendapatkan akhbar ini di pasaran bermula hari ini," kata beliau kepada Harakahdaily.

Warta Keadilan masih mengekalkan harga lama iaitu RM2 senaskhah.

Beliau juga berkata, penerbitan Watra Keadilan adalah secara tidak berkala, iaitu mengikut keperluan semasa.

"Warta Keadilan diterbitkan secara tidak berkala. Kita akan tengok situasi dan bergantung kepada isu," katanya.

Bagaimanapun ujarnya, PKR masih berusaha untuk mendapatkan kembali permit penerbitan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN tidak memperbaharui permit Suara Keadilan sejak 30 Jun lalu setelah akhbar berkenaan menerbitkan artikel bertajuk "Felda Bangkrap".

Sebelum ini Suara Keadilan diterbitkan dengan nama Keadilan dan Utusan Keadilan serta Sinar Keadilan.

Aktivis Hishamuddin Rais turut menjadi salah seorang kolumnis dalam terbitan terbaru ini.

Umno TERGAMAM: Bank dunia sahkan negeri Sabah paling miskin di Malaysia!



Oleh: Pria Malaya

Baru sahaja kerajaan melalui Jabatan Perangkaan Malaysia mengeluarkan perangkaan negeri Sabah sebagai negeri yang paling ramai penganggur di Malaysia...boleh baca pada tajuk "TERBARU: Statistik kadar pengangguran: Kelantan paling rendah, Sabah paling parah!"

Hari ini Bank Dunia pula melaporkan Sabah adalah negeri paling miskin di Malaysia..

Itu pun masih ada penyokong fanatik Umno yg mendakwa segala tuduhan PAS dan PR tentang Sabah adalah keterlaluan, fitnah, tiada bukti dan sebagainya...dituduhnya kembali Kelantan di bawah PAS adalah negeri yang paling miskin dalam serba serbi..

Nah, tak cukup dengan data rasmi dari kerajaan, hari ni kenyataan rasmi dari bank dunia pula ditampilkan...kalau tak boleh juga terima hakikat, sahlah anda (penyokong Umno) adalah kelompok jumudian Umno yang tertutup mindanya...

Akhir kalam, jika blogger Umno berani jawab kenyataan penulis di atas, silakan..penulis tunggu..wallahua'lam...


World Bank confirms Sabah as M'sia's poorest state

The World Bank (WB) in Washington has confirmed through a new study that Sabah is not only the poorest state in Malaysia but it’s likely to stay that way for a considerable length of time given current efforts in poverty eradication.

The bottomline was that Malaysia’s economic planning in Sabah so far has not been for inclusive growth.

The study contained in the World Bank’s 2010 Malaysia Economic Monitor (MEM), the third in its series, was handed over last night to the state government by WB representative Emmanuel Jimenez, also Human Development Sector Director (East Asia and Pacific Region).

“Although efforts by the Government have somewhat brought down the poverty rate, it’s still not enough,” said Jimenez. “The MEM shows that Sabahans continue to struggle to make ends meet. This is more evident in the outskirts of the towns.”

*Baca seterusnya di portal Malaysiakini, klik di SINI...

p/s: Di bawah dilampirkan beberapa foto terbaru keadaan dan suasana di Sabah, negeri jajahan Umno sejak sekian lama..gambar ini dirakam ketika berlangsungnya PRK Batu Sapi baru2 ini..fikir2kan...
















Undi pos: Pemuda PAS masih percaya demo

Dewan Pemuda PAS masih berpendapat, demonstrasi masih merupakan jalan yang berkesan bagi menyampaikan tuntutan terhadap pilihan raya yang bersih dan adil.

Ketua penerangannya Suhaizan Kaiat berkata, walaupun kempen baru NGO - dinamakan BERSIH 2.0 - tidak berhasrat menggerakkan rakyat ke jalan raya seperti sebelum ini, parti politik boleh mengambil alih peranan itu.

"Kalau tuntutan tidak ada hasil, apa penyelesaian?

"Kita turun ke jalan raya kembalilah," katanya sambil menyifatkan pendekatan baru BERSIH 2.0 dan peranan parti politik bergerak seiring.

Suhaizan yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS berkata, pihaknya menghormati kaedah baru BERSIH 2.0 bawah pimpinan pengerusi sekarang Datuk Ambiga Sreenevasan.

"Kita ada cara kita, Ambiga ada caranya dia. (Persoalan tentang) cara mana yang betul, itu subjektif," kata Suhaizan.

Pada 9 Julai lalu, BERSIH 2.0 kembali semula selepas dua tahun melakukan pembersihan dirinya daripada parti politik, dengan ikrar untuk tidak lagi turun ke jalanan untuk mencapai matlamatnya.

Ambiga Sreenevasan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai murni apolitis, tidak berniat menganjur demonstrasi besar seperti sebelumnya, sebaliknya mahu memfokus pada pendidikan awam.

Kempen BERSIH yang pada mulanya turut digerakkan parti politik pembangkang terkenal kerana penganjuran demonstrasi besar melibatkan 40,000 orang di Kuala Lumpur bagi menyampaikan tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Suhaizan bagaimanapun berkata, jika SPR berminat mendapatkan pandangan Pemuda PAS, mereka bersedia menemui pengarahnya Tan Sri Abdul Aziz Yusuf.

Pertemuan itu, katanya, sudah pasti digunakan bagi 'menuntut janji' Abdul Aziz bagi melakukan penambahbaikan sistem undi pos yang selama ini dianggap pembangkang sebagai "deposit tetap" BN.

Melayu Pulau Pinang hilang tanah

Sebuah forum mengenai Penghakisan Tanah Melayu di Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang semalam mendakwa pemilikan tanah milik orang Melayu di negeri itu kini hanya tinggal 20.41 peratus sahaja. Gambar fail rumah-rumah orang Melayu di Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Forum yang dianjurkan ini menggabungkan parti politik tanpa mengira fahaman dan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan untuk mencari jalan bagi menangani isu penghakisan tanah milikan Melayu. Moderator forum ialah pensyarah dari Universiti Sains Malaysia, Prof Amir Hussain Baharuddin.
Maklumat ini didedahkan oleh ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Betong dari Umno, Muhammad Farid Saad yang merupakan salah seorang panel di dalam forum tersebut. Ini menurutnya adalah tidak sejajar dengan kedudukan kaum Melayu yang mempunyai sejumlah hampir 45 peratus penduduk di Pulau Pinang.
Dan turut lebih membimbangkan, menurut Farid, Daerah Timur Laut di atas pulau sendiri iaitu kawasan paling pesat membangun di Pulau Pinang menyaksikan tanah milikan Melayu hanya tinggal 1.16 peratus.
Beliau mendakwa satu kajian UMNO Pulau Pinang juga mendapati terdapat 60 perkampungan Melayu yang mempunyai 7,000 penghuni dibina di atas tanah orang lain yang dimiliki oleh secara persendirian atau syarikat milik kaum lain. Jelasnya, ini membimbangkan kerana mereka ini bakal hilang tempat tinggal mereka pada bila-bila masa sahaja.
Selain dari Farid, terdapat 3 lagi ahli panel forum yang lain. Antaranya ialah Ahli Parlimen Parit Buntar daripada PAS, Dr Mujahid Yusuff Rawa, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff dan juga Presiden TERAS Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Semasa sesi soal jawab forum itu, seorang peserta turut mencadangkan supaya satu fatwa dikeluarkan bagi memastikan tanah milikan Melayu di Pulau Pinang tidak terlepas ke tangan bukan Islam. Ini boleh dikaitkan dengan kefardhuan ibadat seperti mengerjakan solat Jumaat yang tidak akan boleh didirikan sekiranya tidak cukup jemaah pada satu-satu kawasan atau mukim.

Cadangan tersebut nampaknya dipersetujui oleh Farid dan Mujahid sendiri. Mujahid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bersetuju dengan saranan mengadakan fatwa tetapi ia bukan satu jaminan orang Melayu tidak menjual tanah kepada bukan Islam. Selain itu, faktor tawaran harga lumayan memainkan peranan penting dalam urusan jual beli tanah.
Sementara itu bagi Azmi, masalah itu memerlukan komitmen yang lebih kerana jika diwujudkan fatwa sekali pun, urusan penjualan tanah kepada bukan Islam akan terus berlaku.
Salah seorang peserta yang ditemui berkata kepincangan masalah tempat orang Melayu yang berkurangan di negeri itu sudah bermula sejak negeri itu diperintah oleh Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh parti Gerakan. Beliau yakin masalah ini patut mula diselesaikan sekiranya pemimpin-pemimpin Umno negeri semasa pentadbiran BN masuk campur memperbetulkan keadaan di bawah pentadbiran bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
Beliau turut menyatakan masalah ini tidak patut dipersalahkan kepada kerajaan negeri hari ini di bawah pimpinan DAP di dalam Pakatan Rakyat (PR). Ini kerana PR baru sahaja tidak sampai 3 tahun mentadbir negeri itu. Namun begitu,  kerajaan PR perlu diingatkan dengan betapa seriusnya perkara ini dan tidak mengulangi kesalahan yang sama oleh kerajaan terdahulu.

Anak-anak Shamala mesti kekal Islam

Mahkamah Persekutuan secara sebulat suara menolak permohonan seorang ibu yang mahu dua anak lelakinya, yang ditukarkan sebagai Islam oleh suaminya lapan tahun lalu, kekal dibesarkan dalam agama asal mereka iaitu Hindu. Ibu terbabit, S. Shamala mengemukakan permohonan agar mahkamah menentukan kesahihan pertukaran agama kanak-kanak daripada satu perkahwinan sivil kepada agama Islam oleh bapa atau ibu tanpa persetujuan dan pengetahuan pihak yang tidak menukar agama.
Keputusan 5-0 oleh Mahkamah Persekutuan hari ini dilihat sebagai satu lagi ‘tamparan’ bagi pertikaian membabitkan pertukaran agama satu sebelah, yang sekian lama menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat pelbagai budaya dan negara sekular yang agama rasminya ialah Islam.
Panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Azmi juga memutuskan bahawa S. Shamala mesti kembali negara jika mahukan perlindungan mahkamah.
Ibu berusia 38 tahun itu meninggalkan negara bersama dua anak lelakinya pada 2004. Lokasi semasa mereka tidak diketahui.
Mahkamah Persekutuan dipertanggungjawabkan untuk menentukan kesahihan pertukaran agama kanak-kanak daripada satu perkahwinan sivil kepada agama Islam oleh bapa atau ibu tanpa persetujuan dan pengetahuan bapa atau ibu yang tidak menukar agama.
Mahkamah tertinggi itu dijadualkan membuat penghakiman terhadap lima persoalan undang-undang termasuk percanggahan undang-undang Islam dan sivil berkaitan pertukaran agama dan hal ehwal keluarga serta Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama.
Shamala berkahwin dengan Jeyaganesh C. Mogarajah, 41, mengikut undang-undang perkahwinan sivil pada 1998 tetapi empat tahun kemudian, Jeyaganesh memeluk agama Islam dengan nama Muhammad Ridzwan Mogarajah.
Muhammad Ridzwan turut menukar agama kedua-dua anak lelaki mereka, Saktiwaran dan Theiviswaran yang ketika itu berumur tiga dan dua tahun kepada agama Islam tanpa pengetahuan dan persetujuan Shamala.
Satu daripada persoalan yang timbul adalah sama ada Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 yang memberikan hak kepada ibu atau bapa yang menukar agama anaknya daripada perkahwinan sivil tanpa pengetahuan dan persetujuan ibu atau bapa yang tidak menukar agama, tidak konsisten dengan Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961.
Kes hak penjagaan anak Shamala-Muhamad Ridzwan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan persoalan perlembagaan.
Malaysia mempunyai dua sistem perundangan iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah, yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman terhadap orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama.
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 memberikan hak kepada ibu atau bapa yang menukar agama untuk mengubah agama anak-anak hasil perkahwinan sivil mereka tanpa pengetahuan dan persetujuan ibu atau bapa yang tidak menukar agama.
Peruntukan itu bagaimanapun tidak konsisten dengan pindaan Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 yang memberikan hak sama rata kepada ibu atau bapa dalam membesarkan dan penjagaan anak-anak mereka.
Shamala yang memperoleh hak penjagaan terhadap dua anak lelakinya itu diperintah untuk tidak mengajar agama kepercayaannya kepada kedua-dua anaknya itu atau memberi mereka makan babi.
Dalam keputusan hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa ia tidak boleh mengamalkan “doktrin pelarian bahawa memiliki kepala saya menang, ekor anda kalah”, dalam menentukan hak setiap ibu bapa.
“Ibu bapa mesti ada asas yang saksama dan bukannya perwakilan yang tidak adil,” kata Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dalam penghakimannya.
Mahkamah juga memutuskan bahawa suami Shamala juga mempunyai hak sebagai seorang bapa.
Mahkamah dikemukakan lima persoalan undang-undang yang dirujuk oleh Shamala (dengan persetujuan Dr. Muhammad Ridzwan) sebelum rayuan kedua-dua pihak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi didengar di Mahkamah Rayuan.
Pada Mei lalu, peguam M. Menon yang mewakili Dr. Muhammad Ridzwan mempertikaikan kewajaran bekas isterinya mengemukakan isu-isu perlembagaan dalam kes perebutan hak penjagaan dua anak mereka berikutan status wanita itu yang menghadapi perintah menghina mahkamah.
Menon mengemukakan bantahan awal bahawa penghujahan isu perlembagaan itu tidak wajar diteruskan berikutan ketidakhadiran ketiga-tiganya pada prosiding itu kerana dipercayai kini berada di Australia.
Panel hakim dianggotai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria; Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin.
Malah pada prosiding Mei lalu, Datuk Dr. C. V Dass memohon bantahan awal itu ditolak atas alasan isu-isu perlembagaan berkenaan menarik perhatian umum melibatkan hak penjagaan anak bagi ibu bapa yang bercerai dalam keadaan seorang daripada mereka bertukar agama.
Dass berhujah, ia amat penting kerana keputusan mahkamah kelak akan memberi kesan bukan sahaja kepada kes Shamala dan Dr. Muhammad tetapi juga melibatkan keseluruhan masyarakat secara umumnya.
Malah beliau berhujah bahawa mahkamah perlu mentafsir sama ada Seksyen 95(b) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 bercanggah dengan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, Shamala perlu diberi peluang mencabar undang-undang Islam yang memberikan hak kepada bekas suaminya menukar agama anak mereka daripada perkahwinan sivil tanpa pengetahuan dan persetujuannya yang masih beragama Hindu.

Isu babi: Mana maaf terbuka?

Honeymah Dadameah
WAKIL-wakil rakyat dari kedua-dua pembahagian politik di Dewan Rakyat tempik-menempik antara satu sama lain baru-baru ini berkenaan isu seorang budak sekolah rendah di Kuching dirotan oleh gurunya kerana membawa makanan tak-halal ke sekolah.
Sebelum ini kebanyakan akhbar telah meletakkan muka Datuk Zaid Ibrahim di halaman depan mereka dengan berita dia kecewa dengan pesaingnya dalam buruan gelaran timbalan president PKR, Azmin Ali, dan pemimpin parti Datuk Anwar Ibrahim kerana kedua-duanya dikatakan bersubahat manipulasi proses pemilihan PKR.
Namun, berita mengenai pelajar sekolah St Thomas itu tidak langsung diberi ruang di media dan cuma portal berita Malaysian Mirror saja yang telah menyebarkan kisah itu.
Sememangnya, rakyat Malaysia yang berbilang kaum mempunyai pendapat yang berbeza-beza mengenai isu-isu Islam dan agama lain.
Mereka ingin melihat suatu penyiasatan bebas bagi mengenalpasti apa sebabnya guru berkenaan memukul tangan Basil anak Baginda sebanyak 10 kali dan bagaimana pula pihak Kementerian Pendidikan akan menyelesaikan masaalah itu.
Tetapi ibu Basil, iaitu Angela Jabing telah bersekongkol dengan Wanita PKR untuk menghebahkan kejadian tersebut, yang dikatakan berlaku pada 15 Okt, melalui suatu persidangan media di Kuching dan ia kemudiannya di siarkan melalui media di Sarawak dan melalui Malaysian Mirror.
Kita tidak salahkan mana-mana pihak yang hendak mengadu mengenai perkara-perkara yang tidak menyenangkan hati mereka, tapi bila berita itu disiarkan banyak komen diterima yang menyeleweng dari isu sebenarnya dan beralih menjadi komentar anti Islam dan anti-Muhammad s.a.w tanpa dikawal oleh media berkenaan.
Tak usahlah Zaid merasa kecewa dengan parti PKR, banyak perkara lagi telah berlaku yang mengecewakan warga Islam di Malaysia
Di sini dipetikkan beberapa komen dari pembaca Malaysian Mirror:
“Muhammad married Aishah when she was six years old and had sex with her when she was nine years old. Took his son’s wife as his wife.
“Chop people hands and legs and left them to die in agony. Chop the heads of male prisoners and divided their wives and daughters among muslim men.”
Tak perlu saya menterjemah kenyataan di atas yang, mengikut pengkritik yang menulisnya, adalah dari hadith Bukhari dan Muslimin.
Yang perlu orang Muslim berwaspada ialah, ada pihak-pihak anti-Islam yang sengaja menggunakan tafsiran palsu dari hadith dan al-Quran untuk memperlecehkan Islam.
Ini suatu lagi contoh memperlaga-lagakan orang bukan Islam dengan orang Islam.
“I anticipate that soon or later there will be thinkings like :
(1) Muslim doctors cannot treat non-Muslim patients
(2) Muslim patients cannot be use non-Muslim blood during treatments
(3) Muslim cannot breathe in air exhaled by non-Muslims
(4) Muslim nurses cannot take care of non-Muslim patients
Berikut juga satu analisa dari seorang pengkritik bukan Islam, yang bertujuan melemahkan iman orang Islam:
How we know if the money in our wallet is halal or not? Maybe it gone through some pork selller’s hands? Or maybe just came out from casino? are you going to reject the money because it went through the pork seller hands or our from casino or pub jual arak? Of cos not. Because you all (melayu) bangsa TAMAK, SELFISH and STUPID!.
GO and shout to govt to BAN ARAK la.. WHy not?Because u all makan banyak untung from cukai arak, Becus of cukai arak dats why u boleh dapat 12% ASB, ok!.. Why u terima duit haram? memang TAK BODOH tak MELAYU!
Berikut ialah suatu contoh yang sengaja nak mengaibkan orang Islam dengan perbandingan dengan orang Yahudi:
“ they have the the agenda to purge and to propagate their beliefs. by the way, their ‘halal’ is a copycat of the jewish “kosher” of which theirs is inferior to the jews.
Their religious washing is a long standing practice of the pharisiac jews. too bad for them, if their religiousity do not surpassed that of the pharisee, they will never taste heaven.
That is why they hated the jews so much because they cannot compete with the jews to be the chosen people and so they made their chief aim to destroy the jews so that they can proudly claim originality and superiority.
Setelah berdebat-debat hampir seminggu, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin mendedahkan bahawa budak yang membawa makan tak-halal itu mempunyai bapa yang seorang Islam.
Dan bapanya pula, mengikut Zulkifli, adalah di antara ahli-ahli PKR yang sedang bertanding!
Dalam masa yang sama juga, ibu budak itu, Angela Jabing, sekali lagi membuat persidangan akhbar dengan menyatakan guru tersebut telah meminta maaf dan beliau (Angela) telah menerimanya.
Kalau, dari awa, perkara itu dibiarkan untuk diselesaikan oleh pihalk sekolah dan kementerian saja, tidaklah ia menjadi isu yang mengapi-apikan kebencian terhadap Islam.
Tapi, sekarang guru itu telah memohon maaf.
Tiadakah kata-kata maaf kepada orang Islam dari Angela (kalau betul anaknya seorang Muslim) dan pihak-pihak lain yang telah membiarkan isu ini membara dengan begitu kencang sekali?
Jadi kita persoalkan tujuan Angela membuat kenyataan mengenai anaknya itu. Dan ayah budak sekolah rendah itu perlu tampil ke depan meyatakan samada anaknya itu Islam atau bukan Islam.
Pihak yang beria-ia sangat nak menonjolkan isu ini, kemudian berkata: “perkara ini sudah selesai.”
Memang senang berkata perkara ini sudah selesai setelah banyak kerosakan telah berlaku.
Mengikut kata-kata pelawak terkenal Nabil: “Lu fikirlah sendiri.”

Blogger PKR hantar memorandum

KUANTAN – Blogger Pahang Daily, Shukri Mohd Ramli akan menghantar satu memorandum kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan membantah pemilihan PKR sehingga prosesnya lebih bersih dan telus.

Memorandum yang dipersetujui kira-kira 100 blogger pro PKR itu akan dihantar secepat mungkin bagi mendapatkan persetujuan semua pihak berhubung proses pemilihan parti berkenaan.

Shukri yang mendakwa memperjuangkan PKR sejak 11 tahun lalu melalui tulisannya di laman web Pahang Daily Online kecewa kerana masalah dalaman parti menjejaskan pemilihan itu.


“Sebagai pemerhati bebas dalam pilihan raya itu, ada pemimpin dalam parti itu yang sudah terbabit dalam politik wang, lobi melobi dan bergaduh untuk merebut jawatan penting,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar berkenaan perkara itu di sini, semalam.

Beliau berkata, pemilihan itu mesti ditangguhkan supaya tidak berhadapan dengan masalah besar membabitkan dua orang kuat parti itu iaitu Anwar dan Naib Presiden parti itu, Azmin Ali.

“Sememangnya PKR wajar menangguhkan pemilihan dalam parti itu bagi mengelakkan tsunami yang boleh mencemarkan parti itu

“Saya lihat apa yang dituduh kepada Barisan Nasional sebelum ini sudah berlaku dalam Pemilihan 2010 PKR dan saya berpendapat proses itu juga gagal,” katanya.

Beliau turut menyarankan supaya Anwar lebih neutral apabila berlaku krisis dan tidak memihak kepada Azmin semata-mata.

Sebelum ini, katanya, Datuk Zaid Ibrahim sudah membuat teguran mengenai isu pemilihan itu sebelum pemilihan.

“Anwar tidak boleh menuduh Zaid dihantar oleh UMNO untuk menyiasat parti,” katanya.

Katanya, dalam tempoh bersama parti itu, Shukri mendakwa dia berjuang atas dasar percaya kepada pemimpin namun keadaan pemimpinnya yang masing-masing mempunyai impian memegang jawatan.

“Itu adalah kesilapan Anwar sendiri yang menguar-uarkan mahu menakluki Putrajaya menyebabkan masing-masing bermimpi mahu memegang jawatan dalam parti ini,” katanya.

Bercakap mengenai pendiriannya, beliau masih menerima pandangan rakan-rakan lain dalam parti dan akan membuat keputusan sama ada mahu terus bersama parti itu atau tidak mahu terikat dalam parti.

PKR kini dikatakan mengalami masalah dalaman parti selepas Zaid meminta Anwar dan Azmin berundur kerana didakwa menjadi punca masalah dalam parti.


Sinar Harian

Ambil alih saham Star, MCA didakwa CBT

Seorang ahli MCA hari ini membuat laporan polis supaya menyiasat kemungkinan berlaku pecah amanah oleh pemimpin parti itu berhubung pembelian 42.4 peratus saham dalam Star Publications (M) Sdn Bhd oleh badan pelaburannya.

Laporan polis itu dibuat oleh naib pengerusi MCA cawangan Bukit Pasar, Hui Huat di balai polis Seremban semalam.

Dalam laporannya, Hui mendakwa amalan MCA memiliki saham berkenaan daripada badan pelaburannya, Huaren Holdings, adalah bercanggah dengan perlembagaan parti.

“Pemindahan saham ini tidak mendapat kebenaran mesyuarat agung khas (EGM) MCA. Pembelian dan pemindahan saham adalah di atas arahan majlis presiden. Tetapi mengikut Artikel 47, Perlembagaan MCA, majlis presiden tiada kuasa membuat keputusan pembelian,” laporan polis itu dipetik.

Katanya, pembelian itu juga tidak mendapat pengesahan Jawatankuasa Pusat MCA, seperti yang disyaratkan oleh Artikel 45.9 perlembagaan parti berkenaan.

“Oleh hal demikian, pembelian ini adalah satu penyelewengan kuasa yang tidak dibenarkan di bawah Perlembagaan MCA. Transaki pembelian saham ini adalah void ad initio dan satu tindakan pecah amanah terhadap ahli-ahli MCA,” katanya lagi dalam laporan itu.

Menurut Hui, keputusan parti memiliki saham daripada Huaren Holdings yang dimiliki sepenuhnya oleh parti itu sebenarnya adalah tindakan yang tidak diperlukan dan sehubungan itu, mencurigakan.

Katanya, kegagalan mengadakan EGM bagi membahaskan perkara itu, juga melanggar tanggungjawab fidusiari.

Ketika dihubungi untuk ulasan lanjut, Hui berkata parti itu berdepan dengan 'precedence' di mana pembelian besar perlu melalui kelulusan perhimpunan agung parti.

“Semasa zaman (bekas presiden Tun Dr) Ling Liong Sik (pertama dari kiri), EGM diadakan sebelum parti membeli kumpulan penerbitan Nanyang. Tetapi kali ini tidak,” katanya.

Hui juga berkata beliau akan membuat aduan yang sama kepada Pendaftar Pertubuhan kerana ia membabitkan perlembagaan parti.

Pada 5 November lalu, MCA mengesahkan ia memindahkan 313,315,769 saham bernilai RM1 seunit Star Publishing daripada Huaren Holdings kepada parti itu, pada nilai pasaran lebih kurang RM1.3 bilion.

ZAID SEDANG `BERUSAHA' UNTUK DIPECAT, PKR PERLU TUNAIKAN HAJAT BELIAU

Oleh: WFAUZDIN NS
SATU berita yang baik bagi saya apabila dimaklumkan bahawa Dato Zaid kemungkinan besar akan menubuhkan parti baru sekiranya beliau dipecat dari PKR. Itulah harapan yang amat dinantikan kerana dengan parti baru itu nanti Zaid tidak perlu bertanding atau bersaing dengan sesiapa untuk menjadi Ketua. Malang sedikit apabila beliau berkata SEKIRANYA parti pecat beliau. Ertinya apa? Ertinya mungkin beliau kini sedang berusaha sedaya upaya untuk dipecat.

Menurut maklumat , di dalam perjumpaan beliau dengan para penyokongnya di Kedah semalam yang dihadiri lebih kurang 100 orang, beliau telah cuba membayangkan keinginannya itu. Cubaan yang bagus dari Zaid untuk `pancing' atau uji sokongan orang ramai seandainya beliau menubuhkan parti barunya.

Cuma, saya tidak berapa seronok dengar dari maklumat tersebut parti barunya itu mungkin akan menggunakan perkataan `Keadilan' juga. Ada yang kata mungkin namanya `Keadilan Baru'. Macam Umno dulu lah juga bila diharamkan maka wujud `Umno (Baru)'. saya harap maklumat itu tidak tepat, masakan Zaid masih `ada hati' atau kepingin lagi mahu gunakan nama `Keadilan' jika beliau tubuhkan parti baru. Adakah mahu `tumpang berkat'?

Tidak kisahlah apa pun nama parti barunya nanti. Apa yang penting, ramai yang sudah kenal Zaid. Masalahnya nanti, apakah parti barunya itu akan menjadi komponen baru di dalam Bn atau berhajat bersama PR? Atau bukan kedua-duanya? Tentu ramai `tokoh-tokoh wibawa' berminat untuk menyertai parti barunya nanti. Mungkin Zul Kulim, Zahrain dan beberapa lagi spesis katak berminat untuk bersama beliau.

Mudah-mudahan PKR dapat menunaikan hajat Zaid untuk beliau tubuhkan parti barunya. Kesihan juga lihat beberapa ekor katak tu yang masih tidak berparti umpama `roh tidak bertuan'. Sebab itulah roh ini berkeliaran mengganggu di sana sini.

Nasrudin: "Jangan letak calon tua, yang sudah kalah bertanding"


nasaOleh Muda Mohd Noor
PETALING JAYA:  PAS akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang jika terus meletakkan calon yang sudah  beberapa kali kalah bertanding, kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin  Hassan.
Sebaliknya, kata beliau kerusi tersebut diberi kepada calon baru terutama dari kalangan Pemuda.
"Kalau sudah kalah tiga  atau empat kali, orang seperti ini tidak boleh diberi peluang lagi bertanding dalam pilihanraya.

"Pemimpin yang  sudah lanjut usia perlu digugurkan dan beri peluang kepada orang muda," katanya ketika dihubungi hari ini.
Nasharuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai risiko parti Islam itu terus meletakkan calon yang sama setiap kali pilihanraya walaupun telah kalah.
Menjadi tradisi PAS, memberi peluang kepada calon yang sama dalam setiap kali pilihanraya.
"Meletakkan calon yang sama dalam setiap kali pilihanraya telah memberi gambaran negatif kepada parti itu.
"Masyarakat terutama sekali generasi muda akan memberi gambaran bahawa PAS ketandusan pemimpin. Ini boleh menghakis keyakinan meerka terhadap PAS.
"Dari segi parti pula ia menghalang pertumbuhan tunas atau pemimpin baru yang boleh memberi khidmat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen," katanya.
Nasharuddin juga berkata, perkara ini perlu diberikan perhatian kerana kira-kira 50 peratus merupakan pengundi muda.
Katanya, era politik negara kini di mana orang bercakap mengenai transformasi dan ini bermakna memerlukan pemikiran baru dari golongan muda.
"Jadi Pemuda berharap kami diberi lebih banyak kerusi – DUN atau Parlimen – dalam pilihanraya umum akan datang," katanya.
Kalau 2008, kata Nasharuddin Pemuda bertanding di 50 kerusi, harapan kami supaya lebih banyak kerusi diberi kepada Pemuda dalam pilihanraya umum akan datang.
Beliau juga menegaskan sikap Pemuda ini tidak bermakna pergerakan itu mahu melupakan jasa tokoh veteran parti.

Setelah Gagal Strategi Fitnah Umno-BN Kini Cuba Sabotaj KEADILAN Dari Dalam Parti

AI44SIMPANG RENGGAM 12 Nov - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional menerusi agen propagandanya, Utusan Malaysia kini cuba mencetuskan krisis dan suasana tegang dalam parti setelah segala usahanya untuk memfitnah dan mentohmah pemimpinnya menemui kegagalan.

Kata Anwar antara usaha tersebut adalah seruan agar beliau dan Naib Presiden, Azmin Ali mengundur daripada parti yang dibuat oleh individu tertentu dalam KEADILAN atas dakwaan beliau dan Ahli Parlimen Gombak itu punca kepada segala masalah dalam parti.

"Kalau saya umum hari ini,'dengan ini saya Anwar mengisytiharkan keluar daripada KEADILAN' Umno akan buat kenduri besar-besaran esok. Malah mereka akan sambut perayaan korban lebih awal daripda Hari Raya Haji," Anwar berseloroh di depan lebih 1,000 penyokong di majlis ramah mesra anjuran KEADILAN Cabang Simpang Renggam semalam.

Dalam nada yang lebih serius Anwar yang juga Ketua Oposisi menyakinkan kepada anggota parti bahawa segala usaha dan komplot tersebut tidak akan berjaya.

"Semasa saya dalam kerajaan dan pernah memegang jawatan sebagai Pemangku Perdana Menteri, semua tokoh-tokoh kaya yang berpangkat daripada Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, Tun mengelilingi saya dan angguk kepada semua kata-kata saya tetapi selepas saya dipenjarakan, dipukul setengah mati, ditelanjangkan satu satu panggilan kepada Azizah untuk bertanyakan khabar anak-anak pun tidak ada daripada orang seperti ini.

"Siapa yang bantu perjuangan saya, mereka yang tinggal Kampung Kerinci yang setiap malam memasak nasi dan memberi air kepada penyokong, pemandu teksi yang membawa penyokong ke rumah saya tanpa meminta wang tambang dan rakyat biasa yang berkorban tanpa meminta apa-apa pembalasan. Mereka inilah sebenarnya tunggak  kekuatan menegakkan keadilan di negara ini.

"Tokoh korporat yang kaya, bekas menteri yang kaya boleh datang dan pergi dalam parti kita tapi yakinlah kalau parti ini menjaga hak dan kebajikan rakyat bawahan kita akan berjaya, insyaAllah.

"Yakinlah kejayaan adalah hampir jangan kita lupa pada PRU-12 Pakatan Rakyat menang di Semenanjung denga 51 peratus undi, Umno-BN hanya dapat 49 peratus, mereka dah kalah. Kita hanya perlukan 5 peratus lagi dan insyaAllah kita akan ambil alih Putrajaya dan buat perubahan untuk rakyat. Jadi saya menyeru semua anggota parti, pendokong pakatan Rakyat serta rakyat berusaha sikit lagi da bersabar," tegas Anwar bersemangat sambil disambil tepukan gemuruh para hadirin.

Anwar berkata media Umno seperti Utusan Malaysia tidak berhenti-henti menyerang KEADILAN dan juga pemimpin Pakatan Rakyat kerana mereka mengetahui potensi besar yang ada pada Pakatan Rakuyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan selepasd PRU-13 nanti.

"Apa yang mereka tidak serang. Utusan kata saya mula-mula agen Amerika, lepas tu agen Yahudi, kemudian agen Hindu, lagi agen Cina. Jadi sekarang ni Anwar dah jadi macam agen 007 James Bond," beliau ketawa.

Beliau menambah Umno-BN melalui jentera media mereka juga memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu, juga Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kerana memberi geran tanah kepada rakyat Cina miskin dan seterusnya menuduh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengamalkan rasuah.

"Apabila Umno tuduh Tok Guru Nik Aziz rasuah, saya tahu Umno-BN sudah sampai ke penghujung modal mereka untuk memfitnah. Sudah tidak ada apa lagi yang mereka ada jadi mereka cuba sabotaj KEADILAN sekarang dari dalam," jelas Anwar.

Menyentuh mengenai keperibadian yang perlu ada kepada anggota KEADILAN, beliau memuji sikap bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng yang tidak meminta-minta sebarang jawatan dalam parti setelah menyertai perjuangan lebih setahun lalu.

"Saya tanya Datuk Chua samada beliau ingin bertanding, Kata beliau beliau masih baru dalam parti dan mahu membantu mengukuhkan jentera parti terutamanya di Johor sebab kita yakin pada pilihan raya umum akan datang kita yakin mampu mengambil alih Johor. saya lihat beliau menjelajah seluruh negeri Johor dan negara membantu parti tanopa meminta jawatan, kedudukan dan sebagainya. Inilah sikap yang baik
sebagai seorang ahli parti. Jadi tidak semua bekas Menteri tidak baik dan ambil kesempatan," sindir Anwar.

Anwar juga sempat menyentuh mengenai Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 dan menggesa agar anggota parti menggunakan hak yang ada pada mereka dengan bijaksana.

"Saya mahu semua anggota parti keluar mengundi. Gunakan hak dengan sebaik mungkin dan jangan cuai. Sekarang kita ada dua calon Timbalan Presiden iaitu Azmin dam Mustaffa, jadi mereka boleh pilih antara kedua-dua calon ini," kata beliau lagi.

Sebelum ini seorang lagi calon bagi jawatan tersebut, Datuk Zaid Ibrahim telah mengumumkan Selasa lalu bahawa beliau menarik diri daripada pertandingan serta melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan.
Anwar sebelum itu mengadakan sidang akhbar bersama Persatuan Koresponden Asing Singapura dan kemudianya mengadakan pertemuan dengan Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor pada sebelah petang dan diikuti dengan majlis dialog bersama anggota KEADILAN di Pulai.

Dr Idris Ahmad Pangku Pengerusi MPN WP

pkr1KUALA LUMPUR 12 Nov - Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Wilayah Persekutuan mengumumkan perlantikan Ketua cabang Segambut, Dr Idris Ahmad sebagai pemangku Pengerusi MPN WP sementara menunggu perlantikan pengganti jawatan tersebut oleh Presiden.
Perlantikan itu susulan keputusan Datuk Zaid Ibrahim yang merauk diri daripada pertandingan Timbalan Presiden dan melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk Pengerusi MPN WP 9 November lalu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Penerangannya, Karim Othman berkata proses pemilihan kepimpinan parti 2010 akan diteruskan tetapi menggesa Parti menubuhkan satu badan bebas untuk menyiasat dengan segera segala aduan bagi memastikan proses pemilihan berjalan dengan adil
dan telus.

"MPN WP memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Datuk Seri Wan Azizah Dato Wan Ismail serta kepemimpinan parti," kata beliau.

Hamidah Mat Som perosak pakatan rakyat selangor.

Hamidah mendapat tumpuan apabila Ketua Bahagian MCA Kapar Song Kee Chai membuat laporan polis pada 11 Ogos lalu, di mana beliau mendakwa beliau (Hamidah) mengeluarkan surat-surat sokongan bagi membantu syarikat milik suaminya mendapat beberapa kontrak dari MPK.

Manusia seperti Hamidah Mat Som inilah yang merosakkan nama baik kerajaan Pakatan Rakyat.  

Oleh Rahmah Ghazali

DUN SELANGOR SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor hari ini mengesahkan pemecatan ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Hamidah Mat Som yang terlibat dengan kontroversi surat sokongan yang menyelubungi negeri ini sejak beberapa bulan lalu.

Langkah ini diambil berikutan pemecatan terhadap seorang lagi ahli MPK, Tee Boon Hock yang melakukan kesalahan yang serupa Ogos lalu.

Menjawab pertanyaan Yap Ee Wah (BN-Sg Pelek), ahli exco negeri untuk kerajaan tempatan Ronnie Liu memberitahu Dewan Undangan Negeri bahawa keputusan itu dibuat ketika mesyuarat exco kerajaan negeri ke 30, yang tarikhnya tidak pula diketahui.

"Mesyuarat itu mengesahkan bahawa beliau (Hamidah) dipecat dan diputuskan sepucuk surat pemecatan akan dihantar oleh pejabat menteri besar," kata Liu.

Hamidah mendapat tumpuan apabila Ketua Bahagian MCA Kapar Song Kee Chai membuat laporan polis pada 11 Ogos lalu, di mana beliau mendakwa beliau (Hamidah) mengeluarkan surat-surat sokongan bagi membantu syarikat milik suaminya mendapat beberapa kontrak dari MPK.

Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini pernah berkata bahawa laporan audit akan dijalankan terhadap MPK bagi menyiasat dakwaan-dakwaan itu.

Sementara itu, Tee dipecat selepas beliau didapati mengeluarkan surat-surat sokongan kepada sebuah syarikat di mana anaknya mempunyai kepentingan.

BETUL KE NAK DEBAT INI ?

BOLEH LAH KENCING


nota:
sapa pun berani kencing zaid
zaid sudah nak celah

jangan lupa ada jemputan
dari anak muda bukan untuk kencing
tap
i untuk debat kah kah kah







KEMELUT PKR: SHAMSUL CABAR ZAID BERDEBAT - minsider

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim kerana menggunakan media untuk menyerang kepimpinan parti itu.

Berikutan itu, beliau mencabar Zaid untuk berdebat secara terbuka mengenai kepimpinan Keadilan dengannya.

“Tetapkan tempat dan tarikh, pilih mana-mana medium yang dia suka, saya bersama pimpinan Angkatan Muda akan hadir bagi menceritakan perkara sebenar kepada beliau.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… ORANG SUDAH TARIK DIRI… SENANGLAH NAK KENCING…. kah kah kah..

kah kah kah… BOLEH LAH AJAK DEBAT DEBAT… kah kah kah..

woit… INI ADA JEMPUTAN DEBAT UNTUK AMK…kah kah kah..

kah kah kah… NAPA TAK JAWAB JAWAB…. kah kah kah..

woit… NAK DEBAT DENGAN ZAID BUAT TAIK APA?... kah kah kah…

kah kah kah… ZAID NAK BUAT PARTI BARU…. kah kah kah..

kah kah kah… PARTI BARU BERSAMA DR ASRI BEKAS MUFTI…. kah kah kah..

kah kah kah… PARTI BARU BERSAMA ONG TEE KIAT… kah kah kah

woit… DEBAT LAH DENGAN CIKGU BADRUL… kah kah kah..


BACA INI: ULANGAN JEMPUTAN DUA HARI DAHULU UNTUK BERDEBAT DEBAT
Sebulan lalu, saya mewakili cheGuBard dan pasukan Penerus Perjuangan Reformasi telah menghantar perlawaan debat kepada Calon Ketua AMK, Saudara Shamsul Iskandar. Pelawaan ini bertujuan untuk menarik pertandingan ini ke arah politik baru yang berasaskan idea, nilai dan lampiran rekod terdahulu.

Hasil dari debat ini diharapkan dapat membekalkan anggota parti muda dengan maklumat 'manifesto' yang sewajarnya sebelum membuat keputusan. Debat ini perlu untuk menarik pertandingan ini kepada politik baru dan bukan medan mengutuk dan menyerang peribadi individu tertentu. Seorang calon yang bakal menerajui AMK harus tampil dengan idea segar dan praktikal untuk mengemudi AMK itu sendiri bukan sekadar bergantung dan 'berpayung' dalam label kumpulan tertentu juga sentiasa bersenggayut dengan individu tertentu yang bertanding jawatan tinggi.

Namun sehingga kini malangnya tiada sebarang respon diperolehi, kecuali sindiran - sindiran penyokong Shamsul yang mengatakan debat harus diadakan dalam Bahasa Inggeris sebab che'GuBard tak pandai berbahasa Inggeris. Ureka sebuah organisasi yang diasaskan di Perak yang menjadi penganjur Debat Calon Ketua AMK di Taiping baru lepas telah menyatakan kesediaan menganjurkan debat, namun berdasarkan maklumat penganjur pelawaan sudah dibuat tetapi masih tiada respon konkrit dari saudara Shamsul.

Mutaakhir ini kelihatan pemilihan KEADILAN seperti kecoh sedikit ini peluang anak muda keluar sebagai kuasa penyatu. Persaingan harus dari aspek pertembungan idea bukan aspek peribadi. Respon dikalangan massa juga sudah sedikit menggusarkan. Jangan salahkan rakyat jika melihat KEADILAN juga sama seperti parti tua lapok apabila berlaku pertembungan jawatan.

Mewakili pasukan Penerus Perjuangan Reformasi yang menawarkan diri dalam pemilihan AMK KEADILAN 2010 ini sekali lagi mempelawa saudara Shamsul berdebat dengan cheGuBard dan Saudara Khairul Anuar berdebat dengan YB Lih Kang.

Zulkifli Ibrahim
Penyelaras Kempen
Pengerus Perjuangan Reformasi

10 November 2010

ANUGERAH MURID TERBANYAK MENGANDUNG?

Sebelum ini 4 remaja lahirkan anak dan 16 yang lain mengandung dalam 1 sekolah di Kuala Terangganu pada tahun ini.. Difahamkan pelajar perempuan berkenaan yang terjebak dengan gejala sosial belajar di tingkatan tiga dan enam melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak April tahun lalu. Dalam kes terbaru, seorang pelajar tingkatan tiga pula melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu. Harian Metro difahamkan 16 lagi pelajar perempuan sekolah itu kini disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki termasuk rakan sekelas mereka.

Pelajar tingkatan 3 juga pernah memalukan daerah Dungun kerana membuang anak ke dalam tandas ketika baru dilahirkan. Bahkan sudah menular di kebanyakan sekolah-sekolah menengah. Di harapkan agar pihak JPN atau PPD menganjurkan pertandingan dan menyediakan anugerah Sekolah yang terbanyak melahirkan anak luar nikah!!

Kini bala itu menular lagi dan semakin membarah. Yang terkini dan paling mengejutkan bagaimana seorang pelajar di sebuah sekolah rendah di Daerah Dungun melahirkan anak luar nikah dengan pasangan dari kalangan keluarganya sendiri sedangkan beliau baru berusia 12 tahun! Pelajar sekolah rendah yang baru nak mengambil UPSR. Pelajar tersebut dikatakan mengambil peperiksaan UPSR baru-baru ini dihospital. Rasanya Datuk Mat Said boleh mohon Malaysia Book of Records bagi mnyenaraikan Malaysia Boleh. Terengganu Boleh. Kita memecah rekord ibu termuda di Malaysia!.

Itu belum ajar pendidikan reproduksi (seks) ke sekolah-sekolah tu!.. kalau start ajar nanti bertambah alim le... bertambah le praktikal. Makin ramai le anak 1 Malaysia!!!

Alahai! Apa nak jadi ni Datuk Mat Said??? Janganlah dok sibuk berebut jawatan pengerusi Perhubungan UMNO terlupa masalah rakyat? Rakyat dah bagi amanah tu.. janganlah para YB dok sibuk berbalah terlupa nak jaga amanah pulak! -ustazsaifulbahri

Demi Maruah Perjuangan & Parti Saya Tetap Menawarkan Diri Bertanding Timbalan Presiden Walaupun di Dalam Protes

Kenyataan Media 12 November 2010 

Sejumlah anggota-anggota parti di peringkat akar umbi terus meminta parti dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk mengambil tindakan terhadap memorandum yang dihantar pada 9 November 2010 yang lalu bagi memastikan Pemilihan 2010 yang telah dan sedang berlangsung sekarang benar-benar bersih, bebas dan adil mengikut etika Pemilihan 2010 yang dikeluarkan oleh JPP.

Sesungguhnya saya ingin menegaskan bahawa 'demi mempertahankan prinsip keadilan' saya dan rakan-rakan meletakkan keyakinan dan harapan kepada Pengerusi JPP agar segera membuat siasatan terhadap manipulasi pemilihan melalui aduan dan bantahan daripada cabang-cabang yang telah diterima dan yang akan menghantar bantahan seterusnya untuk tindakan praktis daripada JPP.

Sebagai sebuah parti yang berhasrat untuk mewujudkan Politik Baru, Budaya Baru seperti yang pernah dinyatakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pemimpin dan anggota parti 12 tahun yang lalu, ianya hendaklah benar-benar dihayati dan dilaksanakan dalam Parti Keadilan Rakyat termasuklah dalam proses Pemilihan 2010 yang berlangsung kini dengan meletakkan sistem demokrasi yang tulen berlaku dalam parti dan di negara ini.

Kekuatan dan prestasi Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat (PR) terus diintai oleh Barisan Nasional (BN) dan mereka sentiasa mencari usaha-usaha yang berterusan untuk memecah dan melemahkan parti kita dari semasa kesemasa. Saya ingin mengingatkan anggota dan penyokong KEADILAN dan PR supaya jangan terpengaruh dengan manupulasi media tertentu yang sentiasa mencari jalan untuk terus menjatuhkan kredibiliti pemimpin rakyat iaitu Anwar Ibrahim.

Saya sebagai Naib Presiden KEADILAN ingin menegaskan bahawa jasa, sumbangan dan kesan Anwar Ibrahim dalam politik negara ini sangat besar khususnya menggerakkan perubahan rakyat sehingga berlakunya ‘Tsunami Politik 2008’. Keupayaan beliau memperjuangkan isu-isu penyelewengan pemerintah dan penyedaran rakyat terhadap perubahan kepimpinan negara amat diperlukan oleh KEADILAN dan PR di negara ini. Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak sekian lama dan semua rakyat mestilah mendokong kepimpinan beliau.

Sekaligus saya ingin membuat penyataan bahawa tanggapan sebahagian anggota parti mengenai kehadiran saya bersama Zaid Ibrahim meminta Anwar Ibrahim berundur adalah tidak benar sama sekali. Kehadiran saya bersama Zaid Ibrahim seperti termuat didalam akhbar adalah atas prinsip bersama yang meminta JPP berlaku adil dalam proses Pemilihan 2010 ini dan menyekat unsur-unsur manipulasi yang berlaku dalam pemilihan.

Saya sedar dan faham bahawa kehadiran saya itu telah diambil kesempatan oleh pelbagai pihak termasuk sesetengah pimpinan parti untuk menjatuhkan kredibiliti saya. Jangan biarkan politik adu domba, fitnah berlaku dalam parti kita. Jangan kerana saya selaku anggota parti memberikan pandangan berbeda, senang untuk pihak yang tidak bertanggungjawab menfitnah saya dan akar umbi yang menyokong saya.

Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN dan Pengerusi JPP yang telah membuat penelitian mendalam terhadap memorandum yang diberikan dan dibawa ke dalam mesyuarat khas Biro Politik KEADILAN. Hasil pertemuan khusus selama sejam pada tengahari Khamis 11 November 2010 bersama Pengerusi JPP, merumuskan muafakat 3 komitmen utama:-

1. JPP akan diangkat sebagai sebuah badan yang benar-benar berautonomi.

2. Sebuah panel pemantau pakar akan diwujudkan bagi memantau tahap ketelusan dan integriti JPP dalam Pemilihan 2010.

3. Melaksanakan tindakan-tindakan berdasarkan cadangan-cadangan yang di buat didalam memorandum terutamanya mengenai pengendalian aduan-aduan dan bantahan-bantahan yang telah dikemukakan samada diperingkat pemilihan cabang mahupun pusat bagi membaiki kesilapan lalu.

Berasaskan kepada situasi serta bersesuaian dengan “Politik Nilai” sebagai cagaran dan misi saya yang menawarkan diri bertanding Timbalan Presiden KEADILAN, saya menegaskan :-

1. JPP hendaklah segera meneliti dan membuat semakan terhadap aduan dan bantahan yang di terima.

2. JPP hendaklah menjalankan siasatan terhadap ketidakadilan, ketidaktelusan yang berlaku sejak pemilihan MATC dan pemilihan MPP kini.

Sememangnya saya amat memahami rintihan dan keluhan anggota dan pimpinan akar umbi mengenai masalah yang berbangkit serta ketidakpuasan hati yang berlaku, lantas mahu memboikot atau menarik diri dari proses pemilihan, atau memohon menangguhkan Pemilihan 2010, namun demi kepentingan parti jika Pemilihan 2010 tetap diteruskan, saya akan kekal bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden walaupun didalam protes. Tindakan ini juga sebagai menghormati pandangan dan keyakinan anggota-anggota di peringkat akar umbi, yang menginginkan saya terus bertanding bagi Timbalan Presiden KEADILAN.

Saya dengan penuh komitmen mengajak semua anggota parti bersama dengan saya mempertahankan survival dan maruah parti. Sesungguhnya saya merayu kepada semua anggota parti yang mengundi nanti supaya memberikan saya peluang untuk memenuhi harapan rakyat ini.

Sekiranya saya diberi peluang, saya akan melaksanakan polisi rakyat dalam parti dengan mengangkat semula suara rakyat akar umbi, anggota parti dan golongan Reformis sebagai suara utama parti. Saya juga akan memastikan kelangsungan politik nilai dalam parti seperti sederhana,toleransi, kasih sayang serta menolak politik fitnah dan politik wang dalam parti.

“KESINAMBUNGAN PERJUANGAN”

“KEMBALIKAN SUARA RAKYAT”

MUSTAFFA KAMIL AYUB

Naib Presiden KEADILAN

Calon Timbalan Presiden KEADILAN