Khamis, 11 November 2010

Penawaran lebih dari penghunian: Pembinaan menara 100 tingkat tidak praktikal

Lebih 200 ribu pengguna laman sosial, Facebook menyertai page "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" - hanya dalam tempoh dua minggu selepas Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Najib Razak mengumumkan pembinaan Menara Warisan Merdeka, ketika membentangkan Belanjawan 2011.  Menara 100 tingkat ini dijangka siap bina pada 2015, oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.
Kos RM5 bilion bukanlah sesuatu yang sukar untuk PNB yang bermodal besar.  Menurut laporan kewangan tahunan 2005 (laporan terbaru yang disiarkan di lamannya), syarikat pelaburan berkait kerajaan (GLIC) ini memiliki wang tunai berjumlah RM1.1 bilion, keuntungan bersih tahunan sebanyak RM575 juta, dan keuntungan tertunggak setinggi RM8.9 bilion.  Malah, angka kewangan ini berkembang dalam jangka lima tahun kebelakangan ini.
Namun demikian, kemampuan untuk membina dan keperluan untuk membina adalah persoalan yang berbeza.  Dua persoalan pokok di sini,
Persoalan pertama, pembinaan menara 100 tingkat ini lebih memberi makna dari segi praktikal, atau dari segi lambang?  Jikalau jawapannya praktikal, apakah ia bermakna ruang pejabat Kuala Lumpur tidak mencukupi sekarang?  Atau, apakah kerajaan meramalkan bahawa keperluan penghunian akan melebihi penawaran dalam pasaran, untuk lima tahun yang akan datang?
Persoalan kedua, mengapa pembinaan menara 100 tingkat ini dipertanggungjawabkan kepada PNB?  Apakah ia dipertimbangkan kerana kepakarannya, atau kemampuan kewangannya?  Jikalau jawapannya kemampuan kewangan, ada tidak pilihan yang lebih sesuai?  Atau, apakah terdapat agenda tersirat di sebaliknya?
Lebih penawaran daripada penghunian
Biar kita mengandaikan bahawa perancangan kerajaan ini dibuat untuk membawa makna dari segi praktikalnya, iaitu untuk menyelesaikan masalah pasaran pejabat di ibu negara.  Namun, Kuala Lumpur tidak berdepan dengan masalah hilang imbang dalam pasaran, di mana keperluan penghuniannya melebihi penawaran, sebaliknya apa yang berlaku adalah lebih penawaran daripada keperluan.
Menurut perangkaan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), ruang pejabat (kerajaan mahupun swasta) yang sedia ada di Kuala Lumpur mencatat 6,751,659 meter persegi, namun kadar penghuniannya hanya mencecah 80.5% (atau 5,436,144 meter persegi).  Dengan kata lain, pasaran ruang pejabat di Kuala Lumpur mempunyai kekosongan 19.5% (atau 1,315,515 meter persegi).
Seandainya ditumpukan dengan lebih khusus kepada pusat bandaraya Kuala Lumpur, maka kita akan mendapati ruang pejabat yang dikosongkan adalah setinggi 26.6%, sehingga September 2010.
Perlu diingatkan bahawa perangkaan ini belum termasuk ruang pejabat yang sedang dibina sekarang, dan bakal memasuki pasaran dalam tempoh tiga atau empat tahun yang akan datang.  Menurut statistik NAPIC, bekalan baru yang bakal disediakan dalam pasaran mencatat 967,135 meter persegi (atau 20 buah bangunan pejabat).  Antaranya, 795,372 meter persegi (atau 17 buah bangunan pejabat) dalam pembinaan, dan 171,763 (atau 3 buah pejabat) baru sahaja dimulakan pembinaan.
Keadaan lebihan penawaran semakin ketara
Dari sudut penawaran, Kuala Lumpur langsung tidak memerlukan Menara 100 tingkat.  Tiada makna dari sudut praktikalnya yang dibawa Menara 100 tingkat ini, sebaliknya menjadikan masalah kekosongan ruang pejabat yang lebih ketara, terutamanya di pusat bandaraya.
Di samping itu, dari segi nisbah penghunian pejabat, antara 1998 hingga September 2010, penawarannya bertambah 2,083,278 meter persegi, atau bersamaan dengan 160,252 meter persegi setiap tahun.  Namun, dalam tempoh yang sama, penghunian pejabat hanya bertambah 1,603,826 meter persegi, atau 123,371 meter persegi setiap tahun.  Jelas, kadar penawarannya lebih tinggi berbanding kadar penghuniannya di pasaran.
Justeru itu, seandainya Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat, pelaburan swasta dalam negeri yang mekar, malah kemasukan pelabur asing (syarikat transnasional mendirikan cawangan atau pusat perkhidmatan serantau-nya di Kuala Lumpur) yang berpusu-pusu, barulah permintaan ruang pejabat melonjak dengan kadar yang besar pada masa depan.  Dan hanya dengan inilah kerajaan boleh mendakwa bahawa mereka membina Menara 100 tingkat untuk memenuhi keperluan masa depan.
Seandainya diimbas zaman sebelum kemelut ekonomi tahun 1997, Malaysia pernah mengalami pertumbuhan ekonomi yang memeranjatkan, puratanya 9.1% setiap tahun dari 1990 hingga 1997.  Malah, pelaburan swasta mencatat pertambahan purata 16.2% setiap tahun dalam tempoh yang sama.  Dalam suasana sebegini, penghunian pejabat di Kuala Lumpur melambung dari 93.8% pada tahun 1990 kepada 98.1% pada tahun 1997.
Penggunaan Menara Petronas KLCC pada tahun 1998 boleh dikatakan meredakan keadaan di mana lebih permintaan daripada penawaran ketika itu.
Namun demikian, ekonomi Malaysia merudum selepas kemelut 1997.  Malaysia hanya mampu mengekalkan pertumbuhan purata 5.5% setiap tahun, antara 2000 hingga 2008.  Pelaburan bidang swasta mencatat kadar pertumbuhan kompaun tahunan (CAGR) yang merudum dari purata 16.2% setiap tahun (antara 1991 hingga 1997), kepada 1% (antara 2000 hingga 2008).  Malah, pelaburan langsung asing (FDI) hanya mencatat purata 1% setiap tahun dari 2000 hingga 2007.
Suasana ekonomi yang suram menyaksikan penurunan kadar penghunian pejabat yang menjunam, di mana kadar kekosongan kekal di paras dua angka dari tahun 1998 hingga 2009, dan mencatat 19.5% pada September 2010.
Hanya jikalau ekonomi Malaysia pulih ke tahap sebelum krisis ekonomi 1997 dalam masa lima tahun ini, barulah kadar penghunian pejabat boleh ditingkatkan ke paras lebih 90%, malah menjangkau kemuncaknya 98.1% pada tahun 1997.  Namun, seandainya kadar kekosongan kekal pada paras dua angka, maka bukan sahaja Menara 100 tingkat gagal memainkan peranan seperti Menara Petronas pada tahun 1998, malah akan menjadi beban yang mengakibatkan penawaran lebih daripada keperluan.
Projek "Gajah Putih"
Walaupun kerajaan Najib cuba melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP), yang dikatakan bakal mengunjurkan pelaburan sejumlah USD444 bilion melalui 131 EPP dan 60 peluang niaga di bawah 12 NKEAs.  Namun, perubahan ini memerlukan syarat ekonomi dan politik yang baik.
Misalnya, ranking Malaysia menunjukkan pola menurun, ketika Bank Dunia mengumumkan kedudukan negara mengikut kemudahan berniaga (The Ease of Doing Business) pada tahun 2010 - dari prosedur untuk memulakan perniagaan, melaksanakan perjanjian dan sebagainya.  Walaupun Malaysia berkedudukan ke-23 antara 183 buah negara, namun kemudahan untuk berniaganya tidak begitu baik, berbanding dengan pesaing negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
Pada masa yang sama, senarai yang sama diumumkan Forbes pada tahun 2010 pula, menyaksikan bagaimana Malaysia menurun dari kedudukan ke-25 pada tahun 2009, hingga ke-31 pada tahun 2010.  Sembilan daripada 11 perkara yang dinilai menunjukkan Malaysia mundur ke belakang.  Ini belum lagi termasuk indeks rasuah yang jatuh dari ranking 38 kepada 45, birokrasi yang menurun dari 42 kepada 66 - yang sememangnya merumitkan lagi prosedur dan membebankan kos berniaga.
Mustahil pelaburan swasta dalam negeri dan asing kembali ke paras sebelum krisis ekonomi tahun 1997, melainkan seandainya perubahan keseluruhan dilakukan dalam masa lima tahun ini.  Dari angka-angka yang dinyatakan di atas, pembinaan Menara 100 tingkat ini hampir tidak membawa apa-apa makna dari segi pratikal, melainkan sekadar menyuntik semangat "Malaysia Boleh!"

Ketirisan Punca Ekonomi Negara Ketinggalan Berbanding Singapura



 SHAH ALAM 11 NOV :  Antara faktor utama peningkatan ekonomi Singapura dengan pesat berbanding negara ini ialah kekurangan ketelusan dan ketirisan serius dalam sistem pentadbiran negara, ujar Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa.
Malahan kelemahan ketara ini menjadikan Malaysia semakin ketinggalan di rantau ini apabila bersedia dipotong Singapura sebagai kuasa ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara selepas Thailand dan Indonesia tahun hadapan.
"Dari sudut ketelusan, ketirisan dapat dilihat dalam sistem Singapura sendiri sedangkan masalah di Malaysia ini sendiri bukanlah sangat Malaysia ini tidak kaya dan tidak mampu tapi ketirisan yang begitu ketara berlaku dalam pengendalian dana awam menyebabkan kita tidak dapat melonjak ke tahap sepatutnya kita melonjak," katanya ketika dihubungi TV Selangor.
Menurut laporan Bloomberg semalam, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura tahun ini bakal mencecah USD 210 Billion berbanding Malaysia yang kadarnya hanya USD 205 Billion.
Bagaimanapun jika dikira dari segi saiz dan sumber negara, Singapura beratus kali lebih kecil dari Malaysia dan tidak mempunyai sumber yang pelbagai dan sekaya Malaysia.
Mujahid berkata perbezaan 'Good Governance' dari segi pentadbiran sehingga hilangnya kepercayaan pelabur asing mengakibatkan kejatuhan 81 peratus dari segi Kadar Pelaburan Terus Asing atau FDI pada tahun lalu.
Apa yang dihadapi sekarang ini berbanding dengan Singapura ialah soal pentadbiran baik tidak ada dalam negara kita sehingga kita tidak mampu memecut atau memacu ekonomi kita ke tahap yang lebih maju dan ini saya kira ataran faktor yang selama ini menjadi hambatan dalam ekonomi kita.
Mujahid turut mengulas betapa kepimpinan Malaysia di bawah Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak yang terus mengikis rakyat dengan memperkenalkan projek besar dan pada masa sama tidak meningkatkan malah memiskinkan lagi rakyat biasa.
Bagi Mujahid, ironi inilah perlu dilihat rakyat dalam memilih kepimpinan pada masa hadapan.
"Saya setuju dengan ironi itu pada waktu sama mereka membazir duit dengan projek mewah ini sedangkan masa sama kata rakyat kena berjimat, subsidi dah tak ada, rakyat perlu lebih peka kepada semua ini sedangkan mereka hidup dengan begitu mewah sekali," katanya.

Politik Wang Galas, Batu Sapi BERSIH Gesa Ambil Tindakan


PETALING JAYA 11 NOV - Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berpendirian tegas agar amalan rasuah dan korupsi yang berleluasa di Pilihan Raya Kecil(PRK) Galas dan Batu Sapi yang berlaku baru-baru ini perlu diambil tindakan.
Bagaimanapun beliau mendedahkan dalam pertemuan delegasi BERSIH 2.0 dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelmarin, hal itu tidak dapat dilakukan kerana Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) mendakwa tiada kuasa melaksanakan undang-undang tersebut.
"Pendirian kami amat jelas. Rasuah dan korupsi adalah satu kesalahan, dah bertanya kepada SPR, mengapa tidak boleh mendesak pertuduhan di mahkamah kerana itu. Jawapan mereka ialah SPR tidak ada kuasa penguatkuasaan," jelas Ambiga kepada para wartawan selepas pelancaran BERSIH 2.0 di Dewan Sivik MBPJ malam tadi.
Ambiga bagaimanapun menyatakan terdapat peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan SPR 'mendapatkan' bantuan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu melaksanakan Undang-Undang Pilihanraya.
"Tapi di bawah Perlembagaan, SPR boleh memanggil bantuan Pihak Berkuasa untuk membantu dalam apa jua situasi pilihanraya. Jadi kami mahu SPR untuk bertindak memberi tekanan kepada mereka dan jadi serius untuk menghalang korupsi dan rasuah," kata beliau.
Oleh itu, menurut Ambiga lagi, SPR tidak perlu pasif dan takut kerana keperluan kerjasama agensi berwajib amat penting dalam menghapuskan amalam rasuah dan korupsi terutamanya ketika pilihanraya.
"Sebagai contoh mereka boleh meminta bantuan polis samada di pusat pengundian atau tempat lain. Seperti di India, apabila pilihanraya, semua pihak berkuasa bersatu tenaga membantu untuk Pilihanraya tapi di sini ia tidak terlalu menyeluruh. Tapi memang ada peruntukan perlembagaan untuk perkara ini," kata beliau.
PRK Galas dan Batu Sapi dicemari tuduhan salah laku pilihan raya dan rasuah apabila wartawan mendedahkan pemberian wang daripada Wanita Umno kepada para pengundi di Batu Sapi namun tidak dijawab langsung oleh SPR.
Malah pemberian projek-projek segera yang berlaku bagi meraih undi juga dilihat berleluasa terutamanya di Galas apabila Timbalan Perdana Menteri tiba-tiba mengumumkan pembinaan Projek Perumahan Kos Rendah bernilai RM 180 juta di Galas.

TPM, Shahrizat didesak mohon maaf kepada pegawai Kerajaan Kedah !


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin dan Menteri Pembangunan Wanita Dato’ Seri Shahrizat Jalil didesak memohon maaf kepada para pegawai Kerajaan Negeri Kedah kerana mengeluarkan kenyataan yang menguris hati dan perasaan mereka yang bertungkus lumus menjalankan tugas dalam menangani kedatangan banjir besar baru-baru ini.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa yang juga selaku Pengarah Bilik Gerakan Banjir PAS Kuala Kedah.

Muhyidin sewaktu lawatannya ke Kedah baru-baru ini menuduh Kerajaan Negeri berlepas tangan dalam menangani isu banjir manakala Shahrizat pula mendakwa Kerajaan Negeri sebagai lembab bertindak.
“Kenyataan seumpama ini bukan sahaja menyakiti pihak Kerajaan dan Parti, bahkan ia telah menguris hati para pegawai pelbagai agensi negeri yang telah bertungkus lumus memberi bantuan dan diberikan gambaran seolah-olah mereka tidak menjalankan tugas dan mereka hanya makan gaji buta,” ujar Mohd Nasir.

MP BN: Peniaga Melayu mahu jaminan

imagesOleh Muda Mohd Noor
PARLIMEN KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan hari ini mahu kerajaan memberi jaminan kepada orang Melayu supaya dapat menjalankan perniagaan secara kekal di komplek-komplek perniagaan besar khususnya di ibu kota ini.
Datuk Baharum Mohamad (BN-Sekijang) berkata, jika jaminan tidak diberikan nasib mereka akan menjadi tidak menentu seperti mana peniaga Melayu di KLCC dipinggirkan oleh pihak pengurusan pusat membeli belah terbesar itu.

"Di KLCC, ada peniaga Melayu yang menjalankan perniagaan di situ telah dipinggir dan dikeluarkan. Manakala di Alamanda, Putrajaya seorang usahawan Bumiputera telah diarah keluar kerana tidak dapat mencapai jualan RM100,000 sebulan sebagaimana ditetapkan oleh pihak pengurusan.
"Mereka diarah keluar bukan kerana tidak membayar sewa tetapi kerana tidak boleh menjual RM100,000 sebulan," katanya dalam perbahasan sidang Dewan Rakyat hari ini.
Sehubungan itu, kata Baharum, peniaga Bumiputera mesti diberi tempat dan diberi jaminan supaya nasib mereka terbela.
"Saya mahu tanya pihak mana yang akan memberi jaminan kepada mereka. Saya tidak mahu mereka dihalau dan tidak ada pihak yang membela mereka," katanya.
Katanya, bagi peniaga besar yang boleh menjual dengan jumlah yang besar perkara ini tidak menjadi masalah tapi bagi peniaga Melayu yang baru bermula, yang baru merangkak ia menjadi satu masalah kepada mereka.
Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dalam perbahasan itu mencelah sebelum ini orang Umno kata kerajaan Pulau Pinang meminggirkan peniaga Melayu.
"Putrajaya adalah kawasan Setiausaha Agung Umno (Datuk Seri Tengku Adnan Mansor) dan KLCC milik Petronas. Jadi dalam hal ini siapakah yang meminggirkan peniaga Melayu?," soal beliau.

Tiada lagi rumah ibadat berdekatan kawasan perumahan

Khalid PkrOleh Rahmah Ghazali
DUN SELANGOR SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan tiada lagi pembinaan tempat atau rumah ibadat bukan Islam berdekatan kawasan-kawasan perumahan di negeri itu bagi mengelak kemungkinan berlakunya ketegangan kaum.
Keputusan ini dicapai pada ketika timbul kontroversi kuil Hindu ditempatkan semula di kawasan majoriti orang-orang Islam di Seksyen 23, Shah Alam hingga mencetuskan protes secara ofensif kepala lembu lebih setahun yang lalu.

Menurut Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim, kebanyakan pembeli rumah tidak dapat menjangka bahawa terdapat rumah ibadat bukan Islam di kawasan mereka, walaupun telah diberitahu sebaliknya dalam perjanjian dengan para pemaju.
"Kebanyakan pembeli rumah terperanjat tentang hal ini tapi mereka sedikit pun tidak tahu bahawa para pemaju tahu tentang perkara ini," kata Khalid pada sidang Dewan Undangan Negeri, sebagai menjawab soalan Ismail Sani (BN-Dusun Tua) hari ini.
Bagaimanapun, Khalid menegaskan bahawa pembinaan tempat-tempat ibadatbukan Islam tidak harus menjadi isu lagi, memandangkan penempatan semula kuil Sri Mahamriamman yang berusia 150 tahun berjaya dipindahkan ke Seksyen 23.
"Sebagai contoh, kami telah menempatkan semula kuil itu ke tempat yang lebih sesuai…..terdapat 20 lagi kes yang sama dalam negeri ini yang akan diselesaikan," tambah beliau.
Walaupun peringkat kemajuan pembinaan kuil tersebut tidak diketahui, bagaimanapun, adalah difahamkan bahawa kerajaan negeri akan meneruskan dengan usaha penempatan semula kuil di Seksyen 23 ke tempat perindustrian yang lebih jauh dari kawasan perumahan.
Protes hangat dan kritikan
Pada September tahun lalu, keputusan kerajaan Selangor untuk memindah kuil itu menerima protes hangat dan kritikan daripada penduduk Islam dari Seksyen 23, yang mahu kuil itu dibina ditempat cadangan asal di Seksyen 22.
Ini menyebabkan menteri besar membatalkan projek itu selepas persetujuan dicapai ketika mesyuarat di dewan bandaraya, hingga mencetuskan perang mulut di antara kerajaan negeri dan para penduduk.
Namun demikian Khalid dikritik hebat oleh para pembangkang (Barisan Nasional) yang mendakwa perkara ini belum selesai lagi.
Menurut Ismail, para penduduk majoriti Muslim di Taman Lagenda Suria di Hulu Langat meluahkan rasa bimbang mengenai cadangan pembinaan kuil Hindu 20 meter dari rumah mereka.
Kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional yang meluluskan tapak ini pada 2001.  Kelihatan seolah-oleh keputusan yang dibuat adalah betul kerana tidak ada pembangunan atau projek perumahan di kawasan itu pada ketika itu.
"Tapi sekarang, setelah semuanya telah dibangunkan, mereka memutuskan untuk membina kuil di kawasan itu. Kenapa tidak mereka bina ketika kawasan itu masih kosong?" soalnya.
Beliau berkata terdapat bangkangan kuat daripada para penduduk, yang mendesak kerajaan negeri menangguhkan permohonan untuk memelihara keamanan dan keharmonian di kawasan itu.
"Kami harap kerajaan negeri boleh menimbang permohonan ini untuk mengelak berlaku lagi ketegangan kaum," tambahnya.

ITU DIA MUNCUL SUDAH AHLI UMNO DLM PKR...




Bekas ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendedahkan bahawa beliau akan menubuhkan 'Keadilan Baru' jika dipecat daripada parti itu ekoran pertelagahannya dengan ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden Azmin Ali.


KAHKAHA...WOI..HANYA ORG BODOH SAHAJA YG SURUH ANWAR TURUN....
HANYA ORG YG BODOH SHJ YG NAK HALAU KETUA PEMBAGKANG..KAHKAH

WOI...PKR TU DITUBUHKAN OLEH MAMAT ANWAR NI...
TAK DA MAMAT ANWAR NI, MANA MUNGKIN PKR ADA...

SEKARANG LU NAK HALAU TAUKE RUMAH PULAK...
TAK PUAS HATI DGN ANWAR KELUAR PKR...
MASUK PAS...TAK PUN MASUK UMNO BALIK....

INILAH KELEMAHAN ANWAR,,,YG SEMUA ORG DUK KATA
AMBIK MAT JAMBU...JADI PEMBANCUH KOPI...
AMBIK MAT ZAID JD CALON HULU SEL...

APA RA PUNYA BUTA TAK NAMPAK MAMAT NI...
DIA NI DATANG JUAL JUBUR JE... LEBIH TU
BUAT KECOH... HABIS CERITA...

ADA HATI PULAK NAK TUBUH PARTI BARU...KAHKAH
LAWAK BIN CAKUN...

Zaid Ibrahim Semakin Keseorangan

Mustaffa jauhi Zaid

Satu persatu pemimpin PKR tampil mempertahankan ketua umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi sasaran bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu, Datuk Zaid Ibrahim.

Dalam satu kenyataan hari ini, calon timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub (kiri) berusaha menjauhkan diri dari Zaid, dengan mengatakan bahawa beliau menyokong sepenuhnya kepimpinan Anwar.

"Saya ingin menyatakan bahawa sokongan penuh saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden Keadilan tidak pernah berubah.

"Pendirian tersebut memang sedia diakui oleh kebanyakan ahli parti berdasarkan rekod saya yang sentiasa konsisten mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang 12 tahun saya terlibat dalam perjuangan reformasi.

"Saya percaya bahawa Keadilan, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia seluruhnya amat memerlukan kepimpinan Datuk Seri Anwar sebagai tokoh pembaharuan yang mampu membawa perubahan besar kepada negara," tegas Mustaffa.


Sebelum ini Mustaffa dilihat sehaluan dengan Zaid apabila kedua-
duanya menggesa supaya proses pemilihan pucuk pimpinan PKR ditangguhkan kerana mendakwa berlaku penyelewengan dan penipuan.

Mustaffa menghadiri sidang akhbar di kediaman Zaid pada hari Selasa, di mana beliau mengeluarkan kata-dua 48 jam kepada ibupejabat parti itu supaya menangguhkan pemilihan.

Mustaffa beredar sebelum Zaid (kanan) mula mengedarkan kenyataannya, yang menuduh Anwar dan naib presiden Azmin Ali sebagai punca masalah dalam PKR. Hari ini Mustaffa menegaskan bahawa beliau tidak menyokong serangan Zaid terhadap ketua umum PKR itu.

"Saya disalah petik '

Beliau juga mendakwa akhbar Berita Harian melakukan kesilapan dalam keterangan gambar yang bertulis "Mustaffa Kamil (kiri) dan Zaid menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Azmin supaya berundur, pada sidang media di kediaman Zaid di Kuala Lumpur, semalam".

"Saya membantah sekeras-kerasnya laporan yang salah di dalam caption gambar tersebut kerana memorandum yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut bukan sama sekali untuk mendesak Datuk Seri Anwar dan Sdr Azmin berundur.

"Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, memorandum yang saya hantar pada 9 November 2010 tersebut adalah untuk meminta pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan Keadilan 2010 dan kandungannya diketahui oleh Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah.

"Sidang media memaklumkan penyerahan memorandum mengenai JPP dihadiri oleh Datuk Zaid dan setelah selesai, saya meninggalkan sidang, yang kemudian diteruskan oleh Datuk Zaid tanpa kehadiran saya," tegasnya.

Bagaimanapun, sehingga ini, Mustaffa masih belum menyentuh tentang kata-dua 48 jam yang diberikannya kepada ibupejabat PKR.

PKR yang hebat

Walllawoiii... hebat betul la PKR nih... begini punya banyak aduan yang keluar dimuka akhbar dan blog, begitu banyak juga bantahan disuarakan, tapi PKR tetapi tidak akan menangguhkan pemilihan parti 2010.
Pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung sekarang akan diteruskan walaupun ada gesaan agar ia dibatalkan dan diadakan semula proses pengundian ekoran dakwaan kepincangan dan kecacatan. Ketika dihubungi petang ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Molly Cheah berkata ia antara keputusan yang dicapai pada mesyuarat Biro Politik yang diadakan semalam.

Keputusan itu ekoran memorandum yang dikemukakan oleh salah seorang calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub kelmarin. Dr Cheah berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Mustaffa tengah hari tadi untuk menjelaskan keputusan, antara lain meminta bukti dan penjelasan berhubung aduan-aduan yang dikemukakan dalam memorandum beliau.
Mustaffa memberitahu beliau akan mengadakan sidang media pagi esok untuk mengumumkan pendiriannya ekoran keputusan yang disampaikan oleh JPP.

Kena Tang Anak Buah, Terus Kata Tak Syirik


 

Letak ancak: Mufti Perak kata Zambry tak syirik

Tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meletakkan ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar, bulan lalu tidak melakukan syirik dan khurafat, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Harussani seperti dilapor Berita Harian berkata, Zambry tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik.

"Menteri Besar memaklumkan beliau hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai. Tiada jampi mentera, sebaliknya hanya membaca doa selamat.

"Beliau cuma melakukan itu (menaikkan tiang seri) atas permintaan orang ramai, malah dia pun tak tahu ancak dan mengatakan tak ada niat pun. Jika begitu, itu bukan melakukan syirik dan khurafat," kata Harussani, semalam.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim berkata Harussani sebenarnya belum menjawab apa yang dipersoalkan oleh pemuda PAS Perak, mengenai upucara itu sama ada bercanggah dengan Islam atau tidak.

"Jawapannya juga saya lihat untuk menyelamatkan Zambry. Namun bagaimana mereka yang hadir pada hari itu,"
katanya kepada HarakahDaily.

Dewan Pemuda PAS baru-baru ini menghantar memorandum kepada Harussani mendakwa Zambry melanggar ajaran Islam dengan menghadiri upacara meletakkan ancak pada tiang seri rumah.

"Sesudah ini adakah bermakna siapapun boleh hadir dalam apa sahaja yang bercanggah dengan hukum Islam, asalkan tidak mempunyai niat melakukan perkara itu?," soalnya.

Khalil yang juga ADUN Titi Serong berkata, apa yang aneh apabila Zambry beria-ia mempertahankan tindakannya dengan mengungkit perbuatan beliau dan Datuk Seri Muhammad Nizar yang memegang lilin pada sidang akhbar berkaitan kematian Teoh Beng Hock.

"Saya menafikan dengan keras bahawa kami melakukan upucara sembahyang. Seingat saya ia sebagai tanda protes kepada kezaliman sehingga menyebabkan kematian seorang warganegara Malaysia yang sepatutnya tidak berlaku.

"Namun dalam soal ini Harussani ternyata tidak adil dengan berpandukan kepada gambar semata-mata dan soalan yang dikemukakan oleh wartawan dia terus mengatakan tindakan kami itu haram," katanya lagi.

Harussani sebelum ini berkata tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama.

Perbuatan itu juga ujarnya menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian.

"Kalau begitulah kenapakah tindakan Zambry tidak dikatakan oleh Harusssani adalah menggambarkan ajaran agama Hindu dan juga hukumnya haram.


"Sebenarnya memegang lilin dalam masyarakat Cina tidak sekadar merujuk kepada pemujaan, atau berkabung.

"Sebaliknya, dalam masyarakat Cina, memegang lilin tidak sekadar dilakukan di kala berlaku kematian, bahkan ia digunakan sebagai satu simbol dalam melakukan sesuatu protes," katanya.

Sehubungan itu, disebabkan perbuatan Zambry yang dakwanya serius dan menyangkut akidah umat Islam, beliau turut mencadangkan agar Jawatankuasa Fatwa mengeluarkan fatwa.

Ulasan GB

Siapa berbohong ni? Beliau berkata : "Menteri Besar memaklumkan beliau hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai.

Dalam gambar JELAS SANGAT, ukan sekadar tolak tiang, Zambry siap ikatkan bendera merah kat tiang. Sama-sama melakukan perbuatan syirik itu.

Ini Islam pakai niat sahaja pun satu hal jugak. Patutlah UMNO BN rampas negeri tak mengapa. Tak da niat nak rampas.

Kena batang hidung sendiri baru ler ternganga. Kalau perompak masuk rumah Mufti dan rompak semua yang ada termasuk anak isteri, lalu perompak itu kata, tak da niat nak rompak...

Pegawai forensik sebak ceritakan kedudukan mayat Aminulrasyid

SHAH ALAM, 11 Nov — Perbicaraan kes kematian Aminulrasyid Amzah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini hening seketika apabila seorang pegawai polis dari unit forensik sebak ketika memberitahu mahkamah mengenai kedudukan mayat mangsa apabila beliau tiba di tempat kejadian pada 26 April lepas.
Terdahulu, Cif Ins. Mazli Jusoh @ Che Kob dari Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang merupakan penyiasat tempat kejadian memberitahu mahkamah bahawa beliau melihat mayat mangsa dalam keadaan tertiarap dengan mukanya tersembam pada tempat duduk pemandu manakala badannya berada di luar kereta Proton Iswara Aeroback berwarna putih.
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, Mazli berkata beliau dimaklumkan oleh pegawai penyiasat asal ASP Ahmad Fauzi Mohamed Zin bahawa mayat mangsa telah dialihkan oleh anggota MPV polis dan kemudian telah diperiksa oleh pihak ambulans.
“Pada pendapat saya kedudukan mayat telah dialih daripada kedudukan asalnya dan mayat pada masa itu dalam keadaan kedudukan yang begitu menyedihkan. Bagi saya cara itu...,” kata Mazli sebelum beliau tiba-tiba terdiam dan menundukkan wajahnya.
Saksi ke-25 pendakwaan itu kemudian dengan sebak memohon kepada Hakim Latifah Mohd Tahar agar memberikan beliau masa selama lima minit untuk menenangkan dirinya sebelum terus berdiri dan berjalan keluar dari kamar mahkamah dengan matanya yang kelihatan agak kemerahan dan berair.
Latifah seterusnya menangguhkan seketika prosiding perbicaraan berikutan permohonan Mazli itu.
Mazli memberi keterangan pada perbicaraan anggota polis Koperal Jenain, 48, yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini, antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi, pada 26 April lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepalanya.
Menyambung keterangannya, Mazli berkata beliau memutuskan untuk meletakkan mayat mangsa dalam keadaan lebih baik iaitu dengan membaringkannya di atas tanah yang berumput kerana siasatan beliau di tempat kejadian mungkin akan mengambil masa agak lama.
Ditanya Mohd Dusuki sama ada beliau ada mengambil gambar mayat mangsa, saksi itu berkata beliau terlupa untuk berbuat demikian.
Mazli berkata beliau kemudian membuat pemeriksaan dan penandaan pada kesan-kesan tembakan dan barangan yang dijumpai pada kereta bernombor pendaftaran BET 5023 itu termasuk sebilah parang serta mengambil kesan tumpahan cecair disyaki petrol.
Saksi itu berkata berdasarkan kesan petrol yang ditemui di tempat kejadian, beliau mendapati kereta itu dipandu laju dan bergerak dengan lurus sebelum melanggar sebatang pokok menyebabkan kereta itu berubah sedikit arahnya menghala ke tembok dinding rumah No: 2 di Jalan Makyong 11/2G.
Kereta itu kemudian melanggar tong sampah plastik depan tembok tersebut sehingga kereta itu berhenti.
Seterusnya Mazli berkata pada 28 April lepas (dua hari selepas kejadian) beliau telah diminta oleh pegawai penyiasat ASP Abd Halim Ismail (pegawai penyiasat yang menggantikan Ahmad Fauzi) untuk merakam gambar keseluruhan kereta tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Beliau juga merakam gambar tempat kejadian bagi melihat kesan-kesan tanah yang dikatakan kereta itu kemungkinan cuba untuk mengundur semasa kejadian.
“Saya dapati tidak ada kesan tanah yang terhasil akibat daripada tayar berpusing. Di tepi longkang berhampiran tayar kiri yang tergantung (semasa kejadian) juga tidak ada kesan tayar bergesel dengan permukaan kasar.
“Pada pendapat saya kesan-kesan tanah berlaku lebih kepada apabila kereta terbabas dan kemudian ditarik keluar dari tempat kejadian,” katanya.
Ditanya Mohd Dusuki mengapa beliau tidak menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh pada hari kejadian, Mazli berkata pada permulaan beliau menerima taklimat daripada Ahmad Fauzi bahawa mangsa ditembak semasa cuba mengundur setelah terbabas ketika dikejar oleh polis, maka siasatan pihaknya adalah lebih terarah kepada kawasan tempat kejadian kereta terbabas.
Ditanya mengapa beliau mengambil masa lewat dua hari untuk menjalankan pemeriksaan semula di tempat kejadian, saksi itu berkata pihaknya menjalankan siasatan lanjut pada 28 April apabila diminta pegawai penyiasat.
Mengenai keadaan kereta tersebut ketika beliau menjalankan pemeriksaan keseluruhan, Mazli berkata kereta itu diletak di tempat letak kereta awam di IPD Shah Alam tanpa sebarang garisan polis.
“Kebiasaannya barang kes untuk buat pemeriksaan tidak diganggu oleh eksibit lain. Pegawai penyiasat akan memasang garisan polis jadi anggota polis lain yang tiada kaitan dengan kes akan faham bahawa kereta itu tidak boleh dihampiri atau diganggu.
“Kalau tiada garisan polis kemungkinan ada anggota polis lain atau orang awam boleh menghampirinya,” katanya.
Mazli seterusnya berkata pada tarikh yang sama (28 April) pihaknya turut diminta oleh pegawai penyiasat untuk mencari kelongsong peluru dan serpihan anak peluru bermula dari Bulatan Kayangan, Seksyen 11 sehingga ke tempat kejadian bagi mengetahui dari mana tembakan dilepaskan berikutan terdapat dua anggota polis yang telah melepaskan tembakan dalam kes itu.
Saksi itu berkata daripada pemeriksaan di kawasan tersebut pihaknya menemui sejumlah 15 kelongsong peluru dan dua sepihan anak peluru.
Perbicaraan bersambung pada 22 Nov ini. — Bernama

Ada Ura-ura Nak Pecat Zaid?

Pecat Zaid dari PKR tidak timbul

PETALING JAYA: "Apa yang saya tahu, sekurang-kurangnya hingga ke hari ini tidak ada sebarang cadangan untuk memecat Datuk Zaid Ibrahim dari PKR".

Demikian ujar Pengerusi PKR Pahang, Dato Fauzi Abdul Rahman ketika mengulas laporan sebuah akhbar portal yang memetik Zaid sebagai berkata beliau akan menubuhkan Parti Keadilan Baru jika dipecat dari PKR.

"Saya percaya PKR bukanlah sebuah parti yang dengan sewenang-wenangnya memecat ahlinya hanya kerana wujudnya perbezaan pendapat.

"Kita dalam PKR bukan macam Umno, akan memecat ahli atau pemimpinnya kerana wujudnya percanggahan pendapat," kata beliau kepada FMT hari ini.

Mengulas enam resolusi yang diputuskan melalui Rapat Anak Muda yang dianjurkan oleh calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) yang diserahkan kepadanya, beliau menjelaskan ia satu niat baik dari anak-anak muda untuk parti.

"Mereka memilih saya mungkin disebabkan saya bersikap neutral terhadap mana-mana calon dalam pemilihan parti ini. Saya rela bertindak sebagai ‘Mr Postman’ untuk menyampaikan hasrat yang baik ini kepada pemimpin tertinggi parti," kata beliau lagi.

Gobalakrishnan, Chegu Bard sependapat

Sementara itu, ketika dihubungi FMT, Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dan Chegu Bard sependapat bahawa Zaid tidak akan dipecat dari PKR.

"Saya tidak percaya ia akan berlaku (memecat Zaid). Kalau benar berlaku sekali pun, saya akan tetap bersama PKR yang ada sekarang," kata Gobalakrishnan.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard pula berpendapat langkah memecat Zaid dari parti adalah tindakan yang merugikan parti.

"Saya percaya parti tidak akan memecat Zaid hanya kerana perbezaan pendapat. Apatah lagi, langkah memecat Zaid hanya merugikan parti kerana kehilangan seorang lagi pemimpin yang berwibawa," kata Chegu Bard.

Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim dilaporkan pernah berkata baru-baru ini, Zaid tetap mempunyai peranan dalam PKR.

Berani bertindak di luar dugaan

Sementara itu, beberapa pemerhati politik tanah air berpendapat Zaid merupakan ahli politik yang berani bertindak di luar dugaan.

"Ketika sebagai seorang Menteri yang menawarkan pelbagai kelebihan politik dan kuasa pun beliau boleh tinggalkan, apatah lagi dalam PKR yang tidak menawarkan apa-apa selain soal prinsip.

"Tapi kalau PKR sendiri sudah tidak berpegang kepada prinsip-prinsip yang diperjuangkan, keadilan untuk semua dan sebagainya, maka sukar orang seperti Zaid untuk terus kekal dalam PKR,"
ulas beberapa pemerhati politik baru-baru ini di beberapa akhbar tempatan.

Zaid sebelum ini pernah meletakkan jawatan sebagai Menteri Kehakiman demi mempertahankan prinsip yang didukungnya dalam beberapa isu terutama berkaitan ISA. -FMT

Anwar Dicabar Lawan Zaid Dalam Pemilihan PKR

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bebas kawasan Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin hari ini mencadangkan supaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding menentang Datuk Zaid Ibrahim dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.
Zulkifli berkata Anwar wajar menyahut cabaran itu sekiranya beliau benar-benar mengamalkan prinsip demokrasi seperti yang sering diperkatakan dan menyerahkannya kepada anggota parti untuk membuat keputusan.
"Dia (Anwar) cakap mengamalkan demokrasi, bertanding tidak tetapi hendak jadi ketua. Sepanjang yang saya kenal dia (Anwar)...dia adalah seorang yang ego dan tidak boleh ditegur.
"Saya cabar Anwar lawan Zaid kalau berani satu lawan satu, kalau anak jantan lawan...kita tengok siapa yang akan menang, tetapi terlebih dulu senarai ahli untuk mengundi perlu dibersihkan daripada sebarang penyelewengan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.
Zulkifli turut mendakwa Ketua Pembangkang itu tidak mengamalkan prinsip demokrasi kerana memegang jawatan dalam parti tanpa perlu melalui sebarang pemilihan.
Mengenai cadangan Zaid yang ingin menubuhkan parti Keadilan baru sekiranya dipecat daripada parti, Zulkifli berkata Zaid tidak perlu berbuat demikian kerana PKR akan memanipulasi perkara itu selain menuduh Zaid menjadi alat kepada UMNO.
Isnin lepas Zaid yang dicalonkan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, menarik diri daripada pertandingan itu selepas mendakwa amalan pemilihan tidak adil dan berlaku salah guna kuasa.
Dalam perkembangan lain, Zulkifli meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN)menyiasat taraf kewarganegaraan Beginda Anak Minda atau Nor Azman Abdullah, yang anaknya dirotan kerana membawa makanan berlaukkan sosej babi ke sekolah.
"KDN kena siasat bagaimana seorang warganegara boleh mempunyai dua identiti yang berbeza dan mesti siasat sama ada pemberian dokumen rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak betul atau pemberian kepada pendaftaran nikah kahwin tak betul...tidak mungkin kedua-duanya betul..salah satu mesti palsu...ini membabitkan masalah keselamatan dalam negeri," katanya.
Menurutnya, Nor Azman pernah bertanding atas tiket PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili dengan menggunakan nama Islam "Nor Azman Bin Abdullah atau Beginda" semasa Pilihan raya Negeri Sarawak 2001.Namun, Nor Azman tewas teruk, dengan memperoleh 173 undi, kepada calon Barisan Nasional (BN) Toh Heng San (3,845 undi).
Menurutnya, Nor Azman turut bertanding bagi kerusi Parlimen Kapit atas nama yang sama mewakili PKR semasa pilihan raya umum pada 1999, tetapi hanya mendapat 843 undi berbanding lawannya dari BN Alexander Nanta Linggi yang mendapat 12,157 undi.
Zulkifli yang pernah mengenali Nor Azman semasa menjadi antara peguam kes perbicaraan Anwar pada 1998, berkata pihak Berkuasa Agama Negeri Sarawak dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu menjalankan siasatan menyeluruh sama ada "Nor Azman atau Beginda" telah melakukan jenayah murtad.
Akhbar pada 5 Nov lepas melaporkan seorang ibu, Angela anak Jabing membuat aduan bersama sayap wanita PKR kepada Jabatan Pelajaran Sarawak dengan mendakwa anaknya berusia 10 tahun dirotan penolong kanan sebuah sekolah di Sarawak kerana membawa nasi goreng berlaukkan sosej babi ke sekolah. - BERNAMA

Pergolakan PKR Memuncak, Wan Azizah Membisu

KUALA LUMPUR: Pergolakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan bekas calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim mendesak Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Mohamed Azmin Ali, yang juga calon timbalan presiden, meletakkan jawatan masing-masing, belum menunjukkan tanda-tanda akan reda.
Anggota parti itu yang menghadapi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), yang menurut Zaid tidak telus, menunggu bentuk tindakan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam menyelesaikan kemelut yang melanda parti itu.
Isnin lepas, Zaid mengumumkan menarik diri daripada pertandingan dan melepaskan jawatan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan serta semua jawatan-jawatan lain dalam parti.
Berikutan itu, seorang lagi Naib Presiden parti yang juga pengerusi PKR Negeri Perak Mustafffa Kamil Ayub turut mendesak supaya pemilihan parti yang bermula 29 Okt lepas dibatalkan kerana dakwanya berlaku kepincangan dan beliau berjanji akan mengambil "tindakan" sekiranya memorandumnya kepada parti tidak dilaksanakan.
Tempoh 48 jam yang diberikan kepada parti oleh Mustaffa tamat petang ini. Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Molly Cheah memberitahu pemberita petang ini, pemilihan itu tetap akan diteruskan.
"Pemilihan itu tidak boleh dihentikan dengan begitu mudah semata-mata kerana ada pihak mendakwa berlaku kepincangan dalam sistem pemilihan. Orang kena faham untuk membuat sesuatu keputusan perlu ambil masa, setiap aduan kita perlu teliti dahulu," katanya.
Penganalisis politik berpendapat bahawa sikap Wan Azizah dalam menangani permasalahan parti berkemungkinan dipengaruhi faktor antara kesetiaan terhadap parti atau kepada suami.
"Sepatutnya sebagai presiden yang sah dan memiliki kesahan, beliau (Wan Azizah) perlu menyatakan pendiriannya supaya dilihat tidak tunduk kepada bayangan suaminya.
"Tanpa sebarang kenyataan daripada Wan Azizah, parti akan dilihat sekadar bergantung kepada presiden boneka dan jika itu keadaannya, barangkali Wan Azizah perlu melepaskan jawatan kepada Anwar daripada Anwar sekadar menjadi pemimpin de facto parti," kata Dr Sivamurugan Pandian kepada Bernama di sini, hari ini.
Pensyarah Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata: "persoalannya sekarang ialah adakah Wan Azizah sanggup menyanggah Anwar dan Mohamed Azmin serta mengutamakan kepentingan parti?."
Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas anggota Umno mendakwa dirinya telah tersilap apabila menawarkan diri untuk bertanding kerana menganggap PKR parti yang membawa politik progresif, mengembangkan demokrasi dan meningkatkan ketelusan.
Sebaliknya, beliau mendakwa sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.
Selasa lepas, Zaid menyatakan Anwar dan Mohamed Azmin perlu berundur dari parti kerana dakwanya mereka adalah punca segala masalah dalam parti. Pada hari sama Mustaffa tampil membuat pendiriannya.
Sivamurugan berkata tindakan mendiamkan diri, juga membuat orang bertanya adakah Wan Azizah boleh diibaratkan seolah-olah menyokong gesaan Zaid supaya Anwar dan Mohamed Azmin berundur dari PKR.
Persoalan lain yang timbul ialah apakah pemilihan MPP parti itu mampu memberikan nafas baru kepada PKR serta menjadikannya benar-benar menepati fungsinya sebagai parti pembangkang yang berkesan.
Pemilihan MPP yang berakhir 21 Nov ini menyaksikan 131 daripada keseluruhan 218 cabang bakal mengadakan pemilihan mereka bagi menentukan nasib kepimpinan baru yang akan menerajui parti bagi tempoh 2010-2013.
Sehingga Ahad lepas, sebanyak 87 cabang telah mengadakan pemilihan di mana Mohamed Azmin mendahului saingan jawatan timbalan presiden dengan memperoleh 6,467 undi, manakala Zaid (3,988) dan Mustaffa Kamil (1,215). - BERNAMA

Sah, PKR tidak tangguh pemilihan walaupun aduan banyak, kata pengerusi JPP


PETALING JAYA, 11 Nov – Pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung sekarang akan diteruskan walaupun ada gesaan agar ia dibatalkan dan diadakan semula proses pengundian ekoran dakwaan kepincangan dan kecacatan.
Ketika dihubungi petang ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Molly Cheah berkata ia antara keputusan yang dicapai pada mesyuarat Biro Politik yang diadakan semalam.
“Ya, ia hasil mesyuarat Biro Politik, dan diputuskan pemilihan tidak akan ditangguhkan, akan diteruskan seperti yang telah dijadualkan dan diputuskan sebelum ini,” kata Dr Cheah.
Keputusan itu ekoran memorandum yang dikemukakan oleh salah seorang calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub kelmarin.
Dr Cheah berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Mustaffa tengah hari tadi untuk menjelaskan keputusan, antara lain meminta bukti dan penjelasan berhubung aduan-aduan yang dikemukakan dalam memorandum beliau.
Mustaffa memberitahu beliau akan mengadakan sidang media pagi esok untuk mengumumkan pendiriannya ekoran keputusan yang disampaikan oleh JPP.
“Ada masanya kita kena amalkan (prinsip) ambil dan beri, saya akan umumkan pada sidang media esok,” kata Pengerusi PKR Perak ini.
Ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan keputusan itu, Mustaffa yang kini merupakan Naib Presiden PKR berkata: “Ya, puas hati.”
Mustaffa berkata pertemuan dengan Dr Cheah berlangsung kira-kira sejam.
Ketika ditanya sama ada Mustaffa diberikan sebarang tempoh untuk mengemukakan bukti dan penjelasan yang diminta, Dr Cheah berkata beliau berharap ia akan dikemukakan dalam waktu terdekat.
Ditanya hujung minggu ini, kata beliau, “ya, saya harap beliau akan kemukakan dengan segera.”
Dr Cheah juga yakin pemilihan membabitkan baki cabang mulai esok akan berjalan dengan lancar memandangkan tiada masalah besar setakat.
Dalam laporan pagi tadi, The Malaysian Insider melaporkan, Biro Politik PKR yang mengadakan mesyuarat khas malam tadi untuk membincangkan memorandum kata dua calon timbalan presiden berhubung pemilihan pusat tidak membuat keputusan muktamad atas alasan memerlukan bukti kukuh dan keterangan susulan.
The Malaysian Insider difahamkan mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berlangsung kira-kira dua jam, memutuskan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripada pengadu.
Memorandum yang diserahkan oleh Mustaffa menggesa parti mengambil tindakan segera dalam 48 jam - tempoh yang akan berakhir petang ini.
Ia menggesa agar proses pemilihan dibatalkan dan digantikan dengan pengundian baru walaupun 87 cabang sudah selesai mengadakan pengundian sepanjang lima hari pertama, sehingga Ahad lalu.
Sehari sebelum itu seorang lagi calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding atas alasan wujud banyak kepincangan dan kecacatan dalam proses pemilihan.
Malah Zaid juga melepaskan semua jawatan dalam parti dan menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang lagi calon timbalan presiden Azmin Ali keluar parti.
Biro Politik mengadakan mesyuarat mingguan malam tadi tetapi calon-calon yang bertanding pada pemilihan kali ini termasuk Mustaffa sendiri tidak hadir.
Dr Cheah yang dipetik Bernama menyebut, pemilihan parti tidak boleh dihentikan dengan begitu mudah semata-mata kerana ada pihak mendakwa berlaku kepincangan dalam sistem pemilihan.
“Orang kena faham, untuk membuat sesuatu keputusan ia perlu ambil masa, setiap aduan kita perlu teliti dahulu,” katanya.
Pemilihan pusat yang berlangsung pada 29 Oktober lepas dan akan berakhir 21 November ini melibatkan sebanyak 218 cabang. Ia disusuli dengan Kongres Nasional Tahunan PKR selama tiga hari mulai 26 November di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor.
Esok, sebanyak 12 cabang akan mengadakan pemilihan iaitu empat di Kelantan dan lapan lagi di Kedah dan 41 lagi pada Sabtu ini.

Usah Peduli Orang Mabuk

Murai tidak termakan buah 'megeding' - jadi Murai tidak mabuk. Suara Murai juga nyaring dan jelas seperti ritu-ritu - dulu-dulu, konsisten gitu. Kalau Murai mabuk sudah pasti Murai tidak dapat berkicau dengan mengenalkan nada dan irama semulajadi. Dan tentu juga akan berkawan dengan orang yang mabuk.

Kalau Murai mabuk sudah tentu kicauan mMurai juga akan songsang menyebabkan orang dengar tidak berapa betul atau dirasakan ganjil dan pelik. Jadi confirm Murai tidak mabuk.

Maka Murai dapat membaca segala laporan dengan siuman. Memahami maksudnya dan dapat ke mana hujung jatuhnya. Termasuk yang tersirat dan tersurat. Murai tidak berfikiran songsang, naik ke rumah orang nak halau tuan rumah dan kita pula jadi tuan rumah. Pada Murai itu sikap orang mabuk dan biadab. Kalau sudah mabuk dunia jadi terbalik dan tunggang langang. Sebenarnya orang mabuk merasakan dia betul dan orang lain salah.

Semua orang tidak betul, semua orang tidak bersih, semua orang tidak adil. Yang betul dan bersih hanya diri dia saja. Orang mabuk dia tidak faham apa yang dibuat. Cakapnya merapu-rapu dan mulutnya berlenja dengan air mulut.... macam orang mengidam anak pertama. Cuba tanya sifit kali-kali dua kepada orang mabuk apakah jawabannya betul?

Orang mabuk sudah hilang tumpuan, hilang segala arah. Orang mabuk juga tidak boleh dilantik jadi imam sembahyang. Hatta syahadatnya juga tidak dapat diteriam kerana meragukan apakah benar atau tidak. Sumpah, janji dan ikrar orang mabuk tidak akan diterima (valid).

Makanya kalau jumpa orang mabuk kena sejukkan dulu. Mandikan dia. Sebaik-baiknya aimbil air sejuk atau air hujan jirus sampai dia menggeletar. Kalau dia nak jadi baik dia akan kebah. Kepalanya akan jadi dingin dan dia akan hilang merapu. Tetapi kalau selepas jirus air dia masih merapu, nak buat itu dan ini maka si mabuk itu sudah payah untuk pulih. Elok panggil polis atau bomba tangkap dan kurung saja dalam lokap. Orang ramai juga tidak digalakkan berdekatan dengan orang mabuk.

Seperkara Murai hendak pesan sesiapa pun jangan buat berkira dengan orang mabuk. Orang mabuk dia tidak gila, tetapi pemikirannya sudah jadi macam orang gila. Cuma bezanya orang mabuk akan pulih selepas dosa mabuknya berkurangan. Manakala orang gila sukar untuk dipulihkan kerana kebanyakannya mereka menjadi gila kerna genetik atau baka.

Jadi usahlah dengar dan kecewa dengan rapuan orang mabuk. Anggap saja dia tidak siuman atau dia tidak sedar. Dia sendiri tidak faham apa yang dia cakap sebenarnya. Apabila dia masuk rumah orang tiba-tiba beperasaan dia adalah tuan rumah, jelas dia mabuk. Mabuk.... adik beradik dengan babuk. Perlukah dikesiankan kepada orang mabuk kerana kenapa dia jadi begitu kerana pilihannya sendiri.

Murai: Pernah mabuk pinang kosi.

Nama Zaid Akan Dikeluarkan Dari Kertas Undi - JPP


PETALING JAYA: Nama Datuk Zaid Ibrahim akan dikeluarkan dari kertas undi calon timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Biro Politik parti menerima penarikan diri bekas Pengerusi Perhubungan Wilayah Persekutuan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Dr Molly Cheah berkata, pengurusan parti telah menerima penarikan Zaid.
"Bila sudah ada keputusan itu maka kita akan keluarkan nama beliau daripada kertas undi dalam proses pengundian.
"Itu keputusan Zaid untuk tarik diri. Kita terima dengan tindakan itu," katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.
Bagaimanapun Molly berkata, beliau tidak pasti sama ada nama Zaid sudah dicetak pada kertas undi atau tidak.
"Itu saya kena dapatkan butiran lanjut. Jika belum, kertas undi itu akan dipastikan tidak lagi mencetak namanya," katanya.
Zaid dalam blognya awal pagi Isnin mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada merebut jawatan timbalan presiden dan melepaslan semua jawatannya dalam parti itu.
Tindakan itu ekoran kekecewaannya terhadap penyelewengan dan penipuan yang berlaku dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung.

Zaid Hairan Peribadi Jadi Sasaran Anwar

KOTA BAHRU: Datuk Zaid Ibrahim yang menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat berkata beliau hairan dengan perbuatan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerang peribadinya.
"Saya hanya ingin bertanding dan pada waktu yang sama ada laporan mengenai kecacatan timbul pada pemilihan parti di peringkat cabang parti, jadi saya suarakan perkara itu. Apabila saya bersetuju untuk bertanding, tiba-tiba hal peribadi saya diserang, saya perlu jawab untuk pertahankan diri saya.
"Saya tidak tahu apa yang dia takut, saya bukannya masyhur seperti dia yang terkenal seluruh dunia," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini, Khamis.
Pada Isnin lepas Zaid mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada pemilihan parti dan juga melepaskan semua jawatan dalam PKR dengan alasan terdapat penipuan dalam pemilihan.
Beliau kemudiannya meminta Anwar berundur daripada parti itu.
Zaid berkata menjadi tanggungjawab kepimpinan parti untuk menyiasat laporan mengenai dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan dan bukan dirinya yang harus membuktikan kepada Anwar mengenai penyelewengan itu.
"Saya rasakan inilah taktik kepimpinan parti untuk alihkan isu sebenar dari mata umum, dengan menyerang saya. Hakikatnya bukan saya seorang sahaja yang bersuara, ada lagi pemimpin parti lain menyuarakan masalah yang sama," katanya.
Zaid berkata Anwar tidak wajar menjadi pemimpin negara, jika pakatan pembangkang memerintah, kerana penasihat PKR itu hanya pandai mereka cerita terhadap individu yang tidak disukainya tanpa sebarang bukti. - BERNAMA

PKR Ada Cara Selesai Kemelut: Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: Calon naib presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar berkata PKR mempunyai cara tersendiri dalam menangani kemelut dalaman yang melanda parti itu sekarang tanpa melibatkan campur tangan pihak luar.
Anggota Parlimen Lembah Pantai itu berkata PKR telah bermesyuarat bagi menangani perkara itu selain mengenal pasti beberapa langkah segera untuk diambil.
"Kita mengamalkan perbincangan secara tertutup...kita rasa dalam mana-mana parti yang melangsungkan pemilihan tidak ada yang berani mengamalkan sistem terbuka dan kita sedang memperbaiki dan menghalusi sistem yang kita akan gunakan dan saluran yang ada," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas teguran Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib yang mahu PKR, rakan PAS dalam pakatan pembangkang, segera menyelesaikan masalah dalamannya segera terutamanya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Mengenai gesaan dari pelbagai pihak agar pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) ditangguhkan, Nurul Izzah berkata keputusan untuk berbuat demikian perlu dirujuk kepada Biro Politik parti itu.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata PAS meminta PKR menyelesaikan kemelut yang dihadapi parti itu secepat mungkin kerana ia turut memberi kesan kepada pakatan pembangkang.
"Sebagai satu keluarga besar dalam pakatan sudah pasti apa yang berlaku dalam PKR ini akan memberikan implikasi terhadap masa depan dan juga keyakinan rakyat terhadap keupayaan Pakatan Rakyat," katanya. - BERNAMA

Anwar: Pembangkang meletakkan calon muka baru dan muda pada PRU-13

SINGAPURA, 11 Nov – Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang beribu pejabat di Malaysia bercadang meletakkan muka baru dan muda sebagai calonnya pada pilihan raya umum ke-13 negara itu akan datang.
Pemimpin umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini adalah strategi terbaik parti itu yang akan dilakukan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang yang dipercayai diadakan tidak lama lagi.
Pilihan raya umum ke-13 Malaysia mestilah diadakan pada 2013 atau sebelum 2013.
Berucap pada ceramah yang dianjurkan oleh Persatuan Koresponden Asing Singapura (FCA) di sini hari ini, beliau berkata calon PKR mungkin berumur dalam lingkungan 20-an atau 30-an kerana mereka akan menjadi tarikan kepada pengundi.
Anwar berkata ini adalah selaras dengan jolokan parti itu sebagai parti “Reformasi”, dan juga pengalaman sebelum ini menunjukkan calon muka lama PKR berkemungkinan tewas pada pilihan raya.
Semasa sesi soal jawab dengan kira-kira 50 hadirin yang terdiri daripada wartawan asing yang berpangkalan di Singapura, diplomat dan bukan pertubuhan kerajaan (NGO), Anwar berkata PKR akan mula bekerja keras untuk memenangi pilihan raya umum akan datang dengan menjelajah ke seluruh negara menemui orang ramai mulai bulan depan.
Sambil menyatakan beliau optimistik dengan pilihan raya umum akan datang, Anwar berkata beliau gembira jika pilihan raya itu diadakan tidak lama lagi, berikutan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan dan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah pada 4 Nov lepas.
Beliau yang juga ketua pembangkang berkata campuran pembangkang, terdiri daripada PKR, PAS dan DAP, akan bermesyuarat selepas Hari Raya Haji untuk mengkaji semula keseluruhan program dan strateginya dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Mengenai dakwaan bekas calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkaitan penipuan dalam pemilihan parti, Anwar berkata beliau tidak terbabit dengan pemilihan itu dan menggesa Zaid mengemukakan aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan parti.
Anwar juga membidas beberapa media Malaysia seperti TV3 dan Utusan serta pemimpin Umno yang menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu bahawa negara ini akan diperintah oleh bukan Melayu jika pembangkang mengambil alih kerajaan. – Bernama

Tiga Binatang Ganjil


3 Binatang Ganjil

Kes 1

BEIJING - Seekor anak kura-kura dilahirkan dengan mempunyai dua kepala di sebuah taman hidupan liar di Hefeia, selatan China, lapor sebuah akhbar semalam.

"Kedua-dua kepala kura-kura itu berfungsi dengan sepenuhnya dan ia makan berasingan dan kelihatan amat gembira," kata seorang penjaga di Taman Hidupan Liar Xiaoyaojin, Hefeia.

Menurut para penjaga haiwan itu, satu sahaja masalah yang dihadapi oleh kura-kura tersebut apabila ia dilihat tidak sehaluan semasa mahu memutuskan arah perjalanan. - Agensi

Kes 2

Katak 1.3kg 'teman baik' budak 5 tahun

TEMAN ISTIMEWA...Muqri menunjukkan katak digelar ‘Chica’ yang dibelanya.
PASIR MAS: Berbanding kanak-kanak seusianya yang lebih gemar memelihara burung atau kucing sebagai haiwan peliharaan, Mohd Muqri Ramli, 5, pula mempunyai minat pelik apabila menjadikan katak seberat 1.3 kilogram (kg) sebagai ‘temannya’.


Menurutnya, meskipun ramai geli melihat apatah lagi memegang katak tetapi dia tidak sedikit pun berasa sedemikian kerana menganggap amfibia jinak itu sebagai comel dan tidak berbahaya.

Harian Metro yang berkunjung ke rumahnya di Kampung Chica Tinggi itu mendapati ramai penduduk datang melihat katak terbabit berikutan saiznya agak besar berbanding katak biasa ditemui.

Mukhriz berkata, katak belaannya itu sentiasa menjadi perhatian ramai termasuk rakan-rakannya yang singgah daripada sekolah tetapi kebanyakan daripada mereka takut memegangnya.

“Saya tidak berasa geli memegangnya kerana sudah biasa malah menganggapnya sebagai teman baik dan memanggilnya dengan gelaran ‘Chica’.

“Walaupun orang ramai geli tetapi bagi saya katak ini istimewa kerana tidak mengganggu orang lain yang datang membeli di kedai runcit emak saya,” katanya.

Sementara itu, bapa Muqri, Ramli Jaafar, 53, berkata dia pada awalnya menemui katak itu berdekatan sekolah dan membawanya pulang untuk ditunjukkan kepada anaknya.

Katanya, kerana tidak mahu membuangnya, dia memberinya kepada Mohd Muqri untuk dijadikan peliharaan kerana menganggapnya sebagai istimewa berdasarkan saiznya yang luar biasa.

“Memang ada rakan daripada bangsa Cina dan Siam yang mahu membelinya tetapi ditolak kerana anak saya tidak membenarkannya.

“Sehingga kini, katak terbabit dijaga olehnya kerana menganggapnya sebagai teman istimewa malah turut disayanginya,” katanya mengenai katak sepanjang hampir 0.4 meter itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan Kelantan, Pazil Abdul Patah, berkata katak ditemui di Pasir Mas itu jenis katak biasa iaitu daripada spesis Limnonectus yang boleh mencapai tumbesaran antara 10 hingga 15 sentimeter.

Kes 3

Ayam Betina Berubah Jadi Jantan

Ayam betina milik Rudi ini pernah bertelur puluhan kali, tetapi sejak beberapa bulan terakhir berubah. Ayam ini senang berkokok di pagi hari dan bentuk fisikalnya pun menyerupai ayam jantan.

TANJUNGPINANG, KOMPAS.com - Aneh tapi nyata. Seekor ayam kampung betina yang sudah pernah bertelur berkali-kali, berubah bentuk menjadi seekor ayam jantan. Perubahan fisikal ayam milik pasangan suami isteri Rudi Ramlan dan Susanti ini, terus menjadi heboh warga sekitar.

Ditemui di rumahnya di Jalan Salam Gg. Salam III No 157, Kecamatan Bukit Bestari, Tanjungpinang, Selasa (9/11/2010), Rudi mulai menyadari perubahan bentuk fisikal dari ayam jantan tersebut sejak tiga bulan lalu. Saat itu, jengger ayam betina tersebut mulai membesar seperti ayam jantan.

Tak hanya itu, ceker di kakinya pun mulai berubah bentuk mirip ayam jantan.

Puncaknya, ayam betina tersebut menunjukkannya kejantanannya dengan berkokok saban pagi layaknya ayam jantan. "Awalnya saya hairan, mungkin ada ayam berkokok di kandang ayam saya. Padahal, semua ayam saya adalah betina," kata Rudi.

Merasa ganjil, purnawiran Angkatan Darat ini pun terus menjenguk ke kandang ayam miliknya untuk mencari asal kokok tersebut. Betapa terkejutnya Rudi ketika mendapati yang berkokok adalah ayam betina kesayangannya.

Hab pendidikan: Hanya 1 rumah Melayu diroboh

Hanya 10 peratus atau 1 daripada 10 rumah yang terlibat dalam rancangan pembinaan hab pendidikan Pulau Pinang di Pondok Upeh, Balik Pulau adalah milik orang Melayu, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Lim berkata, berdasarkan statistik ini jelas membuktikan Umno sengaja memainkan isu perkauman untuk menghasut orang Melayu membenci kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum di negeri ini.

“Fitnah dan tohmahan Umno ini terus dilakukan walaupun rancangan murni kerajaan negeri Pulau Pinang itu melahirkan lebih ramai cendiakawan tempatan dan mengelakkan lebih banyak warga tempatan berbakat keluar bekerja di luar negara.

“90 peratus atau 9 buah rumah lagi adalah milik orang bukan Melayu sejak sekian lama dan semua penduduk yang terdiri daripada 10 rumah akan menerima pampasan mengikut nilai pasaran semasa sekitar RM160 juta,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, hari ini.

Rancangan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membina hab pendidikan di Pondok Upeh itu menjadi isu panas sehingga mencetuskan demonstrasi di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini kerana didakwa kononnya sebahagian strategi DAP untuk mengusir orang Melayu di kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, Lim berkata, isu yang cuba dimainkan oleh Umno mengenai hab pendidikan itu membuktikan secara jelas bahawa kerajaan BN kini ketandusan idea dan bankrap isu untuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat.

Pada 2 November lalu, sekumpulan kira-kira 100 orang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang membantah isu pengambilan tanah di Balik Pulau untuk pembinaan sebuah universiti swasta.

Perang mulut kemudian tercetus apabila kedua-dua pihak - Pakatan Rakyat dan BN saling menuduh orang yang memanjat pintu pagar sewaktu protes Selasa lalu di luar bangunan DUN Pulau Pinang adalah ahli PAS dan bukannya Umno.

Mengenai keputusan beliau untuk tidak menduduki kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Teratai walaupun telah hampir tiga tahun menduduki kerusi Ketua Menteri, Lim berkata bangunan tersebut masih dalam tempoh pengawasan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan.

“Apa yang lebih penting, kos yang perlu dibelanjakan untuk pembaikan dan pengubah suaian seharusnya digunakan untuk kepentingan rakyat dan saya rasa bukannya masa sekarang untuk menghabiskan duit rakyat dan saya memilih pun jimat wang dalam hal ini,” katanya.

Pelaburan cukong dalam PKR

PKR pada ketika ini sedang mencuba melebarkan dan memperkukuhkan ruang demokrasi. Ini dilakukan dengan memberi hak kepada semua ahli-ahli PKR untuk mengundi. Setiap anggota PKR boleh mengundi dan memilih pimpinan dari ranting, cabang hingga ke pusat - satu angota satu undi. Bunyinya cukup gah!

Tetapi hakikat yang berlaku ketika ini tidak segah mana. Kelam dan kabut sedang berlaku di mana-mana. Masih belum jelas apakah tujuan PKR memperkenalkan sistem satu ahli satu undi ini.


Pemilihan ini telah masuk ke minggu ke tiga. Setiap minggu semakin sesak dan terdesak masalah yang mucul. Rungutan dan tidak puas hati semakin lantang kedengaran. Saranan terakhir agar pemilihan ini di tangguhkan - kerana tidak diyakini ketelusannya - bukan datangnya dari orang luar parti tetapi dari Mustaffa Kamil Ayub (gambar kanan, tengah), naib presiden PKR sendiri.

Dalam tulisan pertama dahulu saya telah menulis bahawa dalam masa terdekat PKR ini akan dibajak oleh para cukong. Kali ini saya ingin menyambung dan memikrokan lagi hujah saya itu.

Pada minggu pertama pemilihan saya telah mengamati proses pengundian di beberapa cabang di Selangor. Saya mendapati cukup jelas sistem struktur sistem pemilihan ini telah memperlihatkan keterbukaan di mana bibit-bibit politik wang boleh menerobos masuk dan menjadi barah.

Kalau dalam sistem perwakilan 'cukong (kapitalis) penaja politik' hanya melabur dan membeli undi ahli perwakilan sahaja. Dalam sistem satu anggota satu undi 'cukong' ini perlu melabur dengan lebih lumayan untuk membeli setiap ahli dari satu negeri ke satu negeri.

Justeru, ada hujah yang mengatakan bahawa tidak mungkin ada cukong yang akan melabur untuk membeli ke semua 400,000 anggota PKR. Justeru sistem satu anggota satu undi ini lebih telus. Sistem ini lebih kukuh dan kalis pembajakan (rompakan). Ini cakap cakap dari ibu jari kaki saya - masuk telinga kiri keluar ke lubang hidung.

Sabah, Selangor kunci kemenangan

Orang yang memiliki pandangan sedemikian kurang arif dalam ilmu politik ekonomi. Tidak memahami kepentingan kaum pemodal. Hujah yang tidak berasaskan kelas dan kepentingan kelas. Kaum pemodal dan para cukong juga memiliki fikrah. Jika diri mereka lembab berfikir maka dolar mereka boleh mencari dan mengupah juru fikir. Kaum pemodal, para cukong dan juru fikir mereka akan menghitung untung rugi sebelum melabur. Untuk kaum pemodal yang menjadi rukun imam mereka ialah keuntungan.

Para cukong akan melihat Selangor negeri Pakatan yang terkaya di Asia Tenggara kini di bawah puncuk pimpinan PKR. Ada berbilion dolar dan dinar sedang dilabur dalam negeri Selangor. Bayangkan, kaum pemodal dan para cukong apabila melihat Selangor pasti meleleh air liur seperti melihat 'China Doll' berkemban di tepi katil.

Apakah tidak masuk akal jika para pelabur ini menaja tiga empat orang calon untuk menerobos ke dalam pucuk pimpinan PKR. Ini pelaburan berjangka pendek dan berjangka panjang. Para cukong melihat PKR dalam Pakatan Rakyat seperti anak dara sunti yang memiliki masa depan yang cerah. Masuk akal jika mereka melabur sekarang sebagai 'faedah simpanan berjangka panjang' jika United Malays National Organistaions tersungkur rebah.

Strategi untuk menang cukup enteng. Pada ketika ini pemusatan ahli terdapat di Sabah dan Selangor. Justeru apa yang wajib dilakukan ialah memastikan ahli-ahli parti di Selangor dan Sabah turun di hari pengundian. Kunci kemenangan ialah siapa yang berjaya menyusun dan membawa turun ahli ke meja undi maka si malaun ini akan menang.

Pada tahap ini sang cukong hanya perlu mengeluarkan dana untuk dua buah negeri ini sahaja. Kerja politik, kempen di negeri lain adalah kerja sampingan. Undi dari wilayah ini dianggap bonus. Hadiah yang wajib dimenangi datang dari Sabah dan Selangor. Khalas (selesai).

Wahai Dr Watson, ini elementri Dr Watson.

Hakikatnya dalam masa yang tidak lama lagi sesiapa yang bernawaitu untuk kerusi pimpinan PKR wajib memiliki modal yang banyak. Bermodalkan semangat perjuangan dan air liur adalah kerja gila dalam istilah politik PKR hari ini. Sosok yang memiliki kualiti pimpinan, memiliki fikrah yang cerah , jujur dan telus tidak semesti akan naik dalam struktur perlembagaan PKR yang ada masa ini.

Tiada wang, lupakan PKR

Untuk mereka yang memiliki semangat juang dan ingin berbakti kepada nusa dan bangsa tetapi tidak berdolar - jawabnya lupakan sahaja PKR sebagai wadah perjuangan. Struktur yang diwujudkan tidak akan membenarkan cita-cita ini tercapai.

Sabar! Abang dan kakak bersabar dahulu. Jangan cepat putus asa. Jalan masih luas terbuka. Biar saya tarbiahkan sejujur mungkin cara untuk menang. Ini tarbiah ringkas dari saya. Senang sahaja: Sila cari cukong untuk menaja kempen anda!

Jangan risau hati, jangan gundah gulana bukan susah untuk mencari sang cukong. Para cukong ini sedang berkeliaran untuk mencari sosok yang baik, jujur dan berketerampilan untuk dimenangkan. Ada cukong pembuat bangunan, ada cukong pasir, ada cukong simen, ada cukong DVD, ada cukong internet, ada cukong papan iklan - ada seribu satu macam jenis cukong yang mahu projek dan lesen mereka diluluskan.

Para cukong yang berkeliaran ini amat bersedia melabur dolar dan riyal untuk memastikan calon mereka menang. Malah para cukong ini melihat bahawa besar kemungkinan sosok yang menang ini nanti akan mendapat tempat sebagai ahli majlis. Tak perlu menjadi ADUN - menjadi ahli majlis tempatan sahaja sudah memadai kerana 'rezeki' akan datang mencurah-curah. Sila kira berapa banyak lembaga majlis tempatan di Selangor?

Untuk melelehkan air liur, sidang pembaca sekalian, biar saya ceritakan disini bahawa belanjawan Majlis Perbandaran Petaling Jaya lebih besar daripada belanjawan negeri Perlis. Pasti meleleh air liur basi sang cukong sekali lagi.

Mungkin tulisan saya ini akan dianggap pesimis seolah-olah kita tidak memiliki jalan keluar daripada di bajak oleh cukong dan para pemodal. Biar saya ceritakan di sini secara jujur dan ikhlas bahawa nawaitu dan pegangan dalam real politic tidak mencukupi. Real politic bukan tentang niat dan pegangan.

Dalam real politic niat yang baik tidak semestinya membawa kebaikan. Mari kita bersama-sama menerima hakikat bahawa kemusnahan dalam dunia ini banyak bermula daripada niat dan cita cita untuk membawa kebaikan.

Justeru apakah tidak ada jalan keluar untuk umat manusia dari terus di cengkam oleh kaum pemodal? Jawabnya pasti ada. Manusia memiliki fikrah. Selagi manusia boleh berfikir maka manusia akan mencari jalan keluar.

Hishamuddin Rais

Bazir Projek Mega, Kakitangan Awam Diabai : Mahfuz


KUALA LUMPUR 11 NOV : Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar  kesal dengan jawapan Datuk Nazri Aziz yang mengambil remeh perbelanjaan tinggi kepada kakitangan awam namun tidak memandang serius pembaziran projek mega.
"Saya sangat kesal pendirian kerajaan untuk kakitangan awam selalu kerajaan akan berhujah bahawa ia akan memberi implikasi kewangan besar. Tuntutan bonus yang dibuat CUEPECS kerajaan beri jawapan sama termasuk pola tuntutan dalam parlimen," tegas beliau pada sidang media di lobi parlimen.
Menurut Mahfuz implikasi kewangan besar sering dijadikan alasan kerajaan untuk tidak mengendahkan unjuran pembangkang menaikkan pola elaun kakitangan kerajaan sekurang-kurangnya RM100 setiap bulan. 
Beban peningkatan kos hidup kakitangan sektor awam tidak memadai dengan bayaran RM500 oleh kerajaan berbanding pertambahan elaun sebanyak RM1,200 setahun seperti yang dicadangkan. 
Dalam pergulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 Dewan Rakyat petang semalam, Nazri menolak cadangan Mahfuz menaikkan elaun sara hidup kakitangan kerajaan dengan alasan akan memberi implikasi besar terhadap kewangan negara.
Menurut beliau, jangkamasa lama akan diambil sekiranya kerajaan mahu mengkaji semula skim gaji kakitangan awam berbanding pelaksanaan pola elaun yang dicadangkan pembangkang.
Tambah Mahfuz lagi, kerajaan bukan hanya menjaga kepentingan peribadi malah tidak berusaha membantu meningkatkan pendapatan rakyat yang semakin dibebani kos kehidupan tinggi.
"Jadi apa keperluan kepada kehidupan satu keluarga Perdana Menteri yang memerlukan ada pembinaan tambahan kepada Seri Perdana untuk diperbaharui? Tidakkah ini memberi implikasi kewangan yang sangat besar yang tidak ada keperluan," tambah Mahfuz.
Bercakap kepada media, Mahfuz turut kesal sikap Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengenepikan perunding arkitek tempatan dalam cadangan projek Menara Warisan justeru beliau turut mengecam peruntukan RM70 juta untuk pusara individu kenamaan. 
"Kenapa perlu perunding luar negara? Di mana perunding-perunding yang ada dalam negara kita. Bagi saya ini satu pembaziran sebaliknya kerajaan harus melihat cara meningkatkan taraf hidup rakyat dari sudut meringankan beban rakyat menambah pendapatan," ujar beliau lagi. 

Kenyataan rasis: Perkasa pertikai tindakan ke atas dua pengetua, pegawai BTN

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Perkasa mempertikaikan tindakan menggantung tugas terhadap pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) dan dua pengetua sekolah, yang sebelum ini didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis.
Justeru Perkasa meminta kerajaan mengkaji semula hukuman tersebut yang disifatkan tidak adil terhadap kedua-dua kakitangan awam itu.
Pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra Kulaijaya, Siti Aishah Mansor dan penolong pengarah BTN Wilayah Persekutuan Hamim Husain didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis.
Siti Inshah didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di negara ini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai pelajar-pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menjijikkan.
Hamim pula didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis pada satu majlis tertutp anjuran Puteri Umno September lalu.
Kedua-dua mereka telah dikenakan tindakan disiplin dengan digantung daripada tugas masing-masing.
“Perkasa sangat kesal dengan tindakan kerajaan ini yang begitu pantas mengambil tindakan terhadap mereka sedangkan banyak isu-isu perkauman yang dibangkitkan orang bukan Melayu tidak pula diambil sebarang tindakan.
“Jadi kita minta supaya kerajaan mengkaji semula tindakan tersebut kerana nampak wujudnya ‘double standard’ dalam isu menjatuhkan hukuman dalam hal-hal berkaitan perkauman.
“Perkasa merasakan ia seolah-olah berat sebelah, apa sahaja yang disuarakan orang Melayu dianggap semua salah tapi apa yang dibangkitkan orang bukan Melayu yang dilihat mencabar Perlembagaan Persekutuan pula tiada sebarang tindakan diambil,” kata Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar ketika sidang media di sini.

MP tuntut gaji menteri pertahanan dipotong RM10

Sebuah usul dikemukakan di Dewan Rakyat supaya gaji Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipotong sebanyak RM10 berhubung kenyataannya bahawa masyakat bukan Melayu kurang menganggotai angkatan tentera kerana kurang semangat patriotik.

“Ketidak-sensitif Zahid dan tuduhan tanpa asasnya di Parlimen telah menghiris perasaan bukan Melayu,” kata M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), yang mengemukakan usul berkenaan.

Zahid menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat pada Selasa lau apabila membuat kenyataan bahawa golongan bukan Melayu kurang semangat patriotik dalam penjelasannya mengenai kurangnya rekrut bukan Melayu dalam angkatan tentera negara.

Beliau mendedahkan rekruit berbangsa Cina dan India masing-masing hanya berjumlah 1.2 peratus daripada jumlah yang diterima sepanjang tahun 2008 dan 2009.

Pembangkang yang tidak puas hati dengan kenyataan itu membidas Zahid yang didakwa mempersoalkan kesetiaan masyarakat bukan Melayu, manakala MCA pula mendakwa ada masalah dengan perkhidmatan ketenteraan yang menyebabkan golongan itu meminggirkan kerjaya di angkatan tentera.

Zahid semalam menjelaskan beliau tidak mempersoalkan kesetian masyarakat bukan Melayu dan menegaskan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak pernah ada prasangka kaum dalam pengambilan anggotanya dan oleh itu tidak timbul persoalan bukan Melayu kurang semangat patriotisme.

Katanya rakyat daripada semua kaum boleh menyertai ATM dan berpeluang menyandang jawatan berpangkat tinggi.

"Sebagai buktinya, ada beberapa Jeneral dalam Tentera Darat, dua Jeneral dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan satu Jeneral dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di kalangan bukan Melayu pada masa ini," katanya.

PKR Wilayah gesa badan bebas siasat dakwaan Zaid, Mustaffa


KUALA LUMPUR, 11 Nov – PKR Wilayah Persekutuan menggesa ibu pejabat parti itu menubuhkan satu badan bebas untuk menyiasat dengan segera segala aduan bagi memastikan proses pemilihan berjalan dengan adil dan telus.
Memandangkan kedua-dua Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub - calon jawatan timbalan presiden mendakwa lebih 160 aduan masih belum disiasat, maka parti harus memulakan siasatan, kata Ketua Penerangan PKR Wilayah Persekutuan Osman Karim ketika dihubungi The Malaysian Insider.
The Malaysian Insider difahamkan aduan-aduan itu meliputi pemilihan peringkat bahagian dan mesyuarat agung tahunan cabang.
“Oleh kerana kedua-dua Datuk Zaid dan Mustaffa mengumumkan bahawa banyak aduan yang belum disiasat oleh jawatankuasa pemilihan pusat, maka kami membuat resolusi agar aduan-aduan ini disiasat segera.
“Jadi, kami merasakan kalau betul ada aduan yang pernah dibuat, tetapi tidak disiasat lagi, kami minta agar ditubuhkan satu badan untuk siasatan, dalam parti sendiri,” kata Osman lagi.
Keputusan itu dicapai pada mesyuarat khas PKR Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.
Menurut Osman, keputusan mesyuarat malam tadi itu akan dikemukakan kepada ibu pejabat esok.
“Proses pemilihan kepimpinan parti 2010 diteruskan, walau bagaimanapun PKR Wilayah Persekutuan mahu parti menubuhkan satu badan bebas untuk menyiasat segera segala aduan bagi memastikan proses pemilihan berjalan dengan adil dan telus,” kata PKR Wilayah Persekutusan dalam satu kenyataan terlebih dahulu.
Bagaimanapun Osman menolak tanggapan bahawa pendirian yang diputuskan ada kaitan dengan proses pemilihan di Wilayah Persekutuan yang akan berlangsung Sabtu dan Ahad ini.
Wilayah Persekutuan mempunyai kira-kira 25,000 ahli.
“Tidak, tidak. Ia tiada kaitan dengan pemilihan hujung minggu ini. Kami hanya meminta agar diadakan badan siasatan khas bagi menyiasat aduan-aduan lama (didakwa oleh Zaid dan Mustaffa,” katanya lagi.
Selain Zaid, menarik diri daripada saingan jawatan timbalan presiden, seorang lagi calon timbalan presiden Mustaffa mengemukakan memorandum kepada pucuk kepimpinan parti dan jawatankuasa pemilihan pusat agar proses pengundian semasa dibatalkan dan pemilihan baru diadakan.
Zaid merupakan bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.
Bagaimanapun Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menafikan wujudnya kecacatan dan kepincangan dalam proses pemilihan.
Osman menambah PKR Wilayah Persekutuan juga memutuskan untuk memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan Anwar dan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta kepemimpinan parti.
Selain itu kata beliau, pihaknya juga bersetuju agar Dr Idris Ahmad, timbalan kepada Zaid, memikul tugas sebagai pemangku pengerusi Wilayah Persetuan sementara menunggu pelantikan pengganti jawatan tersebut oleh Presiden.