PETALING JAYA: Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu.
Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom.
“Betul... saya telah meletakan jawatan demi hubungan baik dengan Wales (University of Wales),” katanya, Rabu.
Dalam Twitter berkenaan Fazley turut menjelaskan dia akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas segala perbincangan dilakukan dengan Ahli Lembaga Pengarah FIC dan juga peguamnya.
Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.
Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School tetapi ia sebenarnya adalah palsu.
University of Wales telah menandatangani perjanjian dengan FIC pada tahun 2007 dan terpaksa menggantung hubungan berkenaan sehingga satu siasatan dijalankan.
Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan.

Loke yang juga ahli Parlimen Rasah berkata, ini kerana Umno bermati-matian menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan wang judi untuk memberi bantuan kepada orang miskin di negeri itu.
KOTA BHARU 10 Nov - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V dan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan rukun Islam kelima hari ini.
KUALA LUMPUR 10 Nov - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata tindakan yang diambil terhadap pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husin yang menghamburkan kata-kata berunsur perkauman tidak menyelesaikan masalah politik perkauman sempit.

KUALA LUMPUR, 10 Nov: “PAS berpandangan inilah jenis pemimpin 5 tahun sekali, dekat dengan rakyat apabila hampir dengan pilihan raya, apabila lepas pilihan raya muka tidak nampak,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.