Isnin, 8 November 2010

PRK GALAS : FAKTA YANG ANDA PASTI INGIN TAHU

Pengundi Melayu :
BN 49 %
PAS 51 %

Pengundi Orang Asli :-
BN 78 %
PAS 22 %
(90 % pengundi Orang Asli keluar mengundi berbanding hanya 70 % pada PRU 2008)

Pengundi Cina :-
BN 51 %
PAS 49 %

Undi Pos :-
BN 72 %
PAS 28 %

Majoriti BN 1,190 undi, 1,001 undi datang dari undi Orang Asli dan 121 dari undi Pos dan selebihnya dari pengundi Cina.

Secara ringkasnya faktor kemenangan BN ialah datangnya dari undi Orang Asli dan Undi Pos yang tuan-puan teramat faham bagaimana BN mengeksploitasikan kedua-dua pengundi tersebut.

Usahlah Ke Putrajaya, Kita Ke Pudu Raya Ajalah...



Berita yang kita dengar berkaitan PKR lebih macam-macam berbanding PAS dan DAP. Berita kali ini akan digunakan semahunya akhbar BN untuk menghentam PR. Hari ini Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

Masalahnya seperti di dakwa Zaid. Apa yang didakwa Zaid akan laku juga walaupun dia agak kalah berbanding Azmin. Mungkin juga untuk menutup kekalahannya. Ntahlah!Permasalahan dalam pemilihan ini pasti menjadi tajuk utama dengan tujuan menggugah kepercayaan masyarakat awam, maksudnya bukan penyokong totok sesebuah parti politik. Kalau dia totok senang ceritalah.

Kita perlu ingat aura Obama hanya bertahan 2 tahun, sekarang Obama hanya menjadi biasa-biasa juga. Mawi...jangan ceritalah, tak dengar khabar sekarang. Kita takut aura PR juga akan menjadi biasa-biasa juga selepas ini. Kita juga perlu ingat PR menang banyak negeri kerana mereka tak sukakan Pak Lah dan PR menang bukannya kerana penyokong totok PR. Hendak menjadi totok juga agak payah. Kalau mengharapkan penyokong totok PR tak ke mana juga. Yang kita risaukan sokongan yang ramai-ramai yang tidak totok itu mudah beralih arah kerana mereka akan beranggapan "Huh! PR pun sama juga" disebabkan oleh masalah-masalah sebegini. Walaupun ia dianggap kecil oleh PR, yang kecil itulah akan diperbesarkan-besarkan oleh BN.

Kalau masalah-masalah begini tetap timbul, usahlah ke Putrajaya, kita ke pudu Raya ajalah, tengok bas!

Bersahabat dengan DAP bukan beban

Abd Shukur Harun

8 NOV — Walaupun calon kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat di Batu Sapi, Sabah dan Galas, Kelantan kalah, namun ada sesuatu yang sangat memberansangkan bahawa ketiga-tiga parti dalam Pakatan tersebut terus berpadu erat bahkan semakin kukuh.
Tidak ada sebarang perpecahan di kalangan mereka, walaupun pihak musuh politik Pakatan Rakyat berhempas pulas melaga-lagakan antara PAS dan DAP serta PKR dengan melancarkan kempen berterusan bahawa kononnya PAS diperalat oleh DAP dengan tujuan mereka supaya orang Melayu tidak menyokong PAS.
Ternyata kempen fitnah ini tidak berjaya, bahkan terbukti ketiga-tiga parti ini berpadu tenaga, bersama-sama berkempen baik di Galas mahupun di Batu Sapi.
Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat telah membanjiri sekitar Galas dan Batu Sapi di hari penamaan calon - menjadikan jumlah penyokong Pakatan Rakyat di kedua-dua tempat itu mencecah lebih 10,000 orang.
Kerjasama erat penyokong ketiga-tiga parti berterusan sepanjang kempen hingga menjelang hari mengundi, bahkan pada hari mengundi pendukung ketiga-tiga parti ikut sama dalam gelombang memberikan semangat, bahkan bersama merayu undi dengan penuh riang ceria.
Walaupun BN menang di dua kawasan itu, namun sudah tentu ada rasa kekecewaan di kalangan pemimpin Barisan Nasional apabila melihat tidak ada perpecahan di kalangan Pakatan Rakyat.
Inilah sebenarnya kekuatan Pakatan Rakyat yang tidak mudah tergugat walaupun menghadapi pelbagai cabaran berat. Kekuatan ini dibina hasil dari semangat setiakawan di kalangan warga Pakatan Rakyat sendiri.
Di semua pentas kempen ceramah, baik di Batu Sapi mahupun di Galas, sentiasa disertai oleh pemimpin PAS, DAP dan PKR, sementara di peringkat lapangan — di ground level — petugas ketiga-tiga parti saling bekerjasama erat, mengambil peranan dan tugas masing-masing.
Ini bermakna tahaluf-siasi — kesepakatan parti politik dalam Pakatan Rakyat — benar-benar terlaksana bukan saja di peringkat pimpinan bahkan di semua peringkat. Justeru jika momentum kesepakatan ini dapat dikekalkan maka ia akan benar-benar menjadi kekuatan Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU Ke-13 nanti.
Dengan adanya persepakatan dalam Pakatan Rakyat ini tentu sekali menjadi bukti bahawa Pakatan Rakyat telah berjaya meruntuhkan tembok perkauman, sekurang-kurangnya di kalangan penyokong Pakatan Rakyat.
Di peti undi di mana majoriti kalangan pengundi Cina, umpamanya di kampung baru Cina, DAP ke depan dalam berkempen dengan dibantu oleh petugas PAS dan PKR. Mereka bertugas dengan penuh gigih dan ceria dengan sambutan meriah dari rakyat.
Begitu juga di kawasan penduduk Melayu, PAS dan PKR ke depan dengan dibantu oleh petugas DAP di mana sambutan begitu menggalakkan. Benar ada terdapat di mana pengundi Cina memberi sokongan lebih kepada BN disebabkan isu tertentu, tetapi hal ini hanya berlaku di tempat tertentu, tidak pada keseluruhan kawasan pengundi Cina.
Demikian juga di kawasan Orang Asli di mana isu pengambilan tanah mereka menyebabkan ramai Orang Asli menyokong BN.
Namun begitu, pada keseluruhannya sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat tetap utuh. Dengan kukuhnya kesepakatan PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat maka tidak benar dakwaan musuh Pakatan Rakyat bahawa kononnya PAS menanggung beban berat kerana bersahabat dengan DAP.
Dakwaan ini semata-mata dengan niat politik mereka supaya PAS menarik diri dari Pakatan Rakyat dan berjuang sendiri yang akhirnya membuka peluang untuk bekerjasama dengan Umno.
Saya yakin, dengan keputusan tiga Muktamar Tahunan PAS — di Ipoh, Shah Alam dan Kota Baru tidak lama dulu — PAS tidak akan berjuang bersendirian, bahkan akan terus bersama Pakatan Rakyat.
Dengan itu, cita-cita pihak musuh Pakatan Rakyat dan golongan yang sealiran fikiran dengan mereka untuk melihat perpecahan dalam Pakatan Rakyat, tidak akan berlaku dengan izin Allah s.w.t.
Ternyata persahabatan PAS dengan DAP dan PKR memberi peluang luas kepada PAS untuk menerangkan dasar Islam, khususnya mengenai keadilan Islam kepada orang bukan Islam umumnya, khususnya di kalangan DAP.
Dengan keterbukaan PAS ini orang bukan Islam, khususnya di dalam DAP, tidak lagi menganggap PAS sebagai “musuh” yang menakutkan, tetapi sebagai sahabat yang wajar didekati, ramah dan penuh pengertian.
Lebih dari itu mereka mengkagumi akhlak pendukung PAS yang berjuang dengan penuh ikhlas dan bersikap amanah. Ini mesej Islam yang telah berjaya disampaikan oleh PAS kepada masyarakat umum, khususnya bukan Islam.
Justeru persahabatan PAS dengan DAP dan PKR bukanlah suatu beban kepada PAS seperti yang didakwa oleh musuh Pakatan.
Sementara itu, dalam masa yang sama perhatian PAS kepada pengundi Melayu sama sekali tidak berkurangan sedikit pun, malah kekal seperti sediakala, justeru tidak ada sebab untuk dibimbangkan.
Oleh itu, apa yang penting sekarang bagi Pakatan Rakyat ialah membuat persiapan secukupnya untuk menghadapi PRU Ke-13 dengan membuktikan Pakatan Rakyat terus utuh. Penerangan mengenai perjuangan Pakatan mesti disebarluaskan supaya semua rakyat mengetahui kebaikan Pakatan Rakyat.

Umno-BN Eksploitasi Rakyat Miskin Sebagai Simpanan Tetap Untuk Menangi Pilihan Raya

MS1KULIM 8 Nov - Sejak lebih 50 tahun, Umno-Barisan Nasional telah mengeksploitasi rakyat miskin, peneroka Felda, Felcra serta undi pos melalui penipuan, ugutan, rasuah dan penyelewengan bagi mengekalkan tampuk kekuasaan

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Sabu berkata Umno-BN menganggao golongan rakyat miskin terutamamnya dikalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak sebagai simpanan deposit yang boleh diguna pakai apabila ingin memenangi pilihan raya.

Ini dapat di lihat ketika pilihan raya kecil di Galas di mana Umno-BN telah menggunakan pendekatan hiburan terlampau untu mendapat undi Orang Asal sehingga sanggup membekalkan minuman arak dan konsert di tengah-tengah hutan.

Begitu juga di Batu Sapi, Umno-BN trelah mengerahkan seluruh jentera dan agensi kerajaan untuk memenangi pilihan raya kecil itu dengan apa cara sekali pun.
Bagaimanapun Mohamed berkata BN sebenarnya sedar hakikat bahawa majoriti rakyat sudah pun menolak parti itu sejak PRU-12 lalu di mana Pakatan Rakyat memperolehi hampir 52 peratus undi popular di Semenanjung.

"Menyedari hakikat kurangnya sokongan yang BN terima, maka mereka pergunakan deposit tetap yang ada dengan memperalatkan undi pos serta masyarakat miskin sepertimana yang kita sedia maklum untuk mendapatkan sokongan.

"Begitu juga dengan apa yang berlaku di Sabah. Masyarakat Bumiputera Sabah yang miskin dan melarat menjadi taruhan mereka untuk digula-gulakan bagi meraih sokongan melalui pelbagai janji pilihan raya.

"Apakah pembelaan terhadap nasib masyarakat miskin hanya terbela apabila menjelangnya pilihan raya sahaja. Inilah yang menjadi amalan pimpinan BN selama mereka menerajui kepimpinan negara, " kata Mohamed ketika berucap pada majlis jamuan makan malam anjuran PAS kawasan Kulim-Bandar Baharu di Dewan Putra semalam.

Ujar beliau lagi, dengan mengekalkan kemiskinan kepada sebahagian besar masyarakat di pedalaman seperti Sabah itu, maka sokongan bagi mendapat undi menjelang pilihan raya sudah sedia ada melalui janji-janji politik.

Namun begitu kekalahan yang diterima dalam PRK Galas dan Batu Sapi bukan penamat kepada kebangkitan Pakatan Rakyat untuk terus menumbangkan kerajaan Umno-BN yang sedia ada.

Tambahnya lagi, amalan demokrasi secara berat sebelah yang menjadi amalan pemerintahan Umno-BN dalam negara ini harus segera dikekang supaya rakyat tidak lagi terpedaya dengan sifat hipokrit dan penipuan licik BN bersama-sama agensi kerajaan yang mereka peralatkan.

"Oleh kerana itu untuk menewaskan BN bukanlah satu perkara mudah untuk meneruskan agenda Pakatan Rakyat menuju Putrajaya. Kesedaran kepada rakyat terutamanya di kawasan pedalaman dan golongan miskin harus dilipatgandakan supaya BN tidak terus memperkudakan
golongan ini bagi mengekalkan kuasa mereka, " katanya lagi.

Selangor peruntuk RM1.43 bilion bajet 2011

Sebanyak RM1.43 bilion diperuntukkan dalam belanjawan negeri Selangor yang dibentangkan di Dewan Undang Negeri itu oleh menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM830 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus mankala sebanyak RM600 juta selebihnya diperuntukkan untuk pembangunan negeri.

Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding jumlah RM1.3 bilion dalam belanjawan 2010 dan dinyatakan sebagai belanjawan berimbang bertemakan "Hasil Negeri Untuk Rakyat."

Di bawah perbelanjaan mengurus, sejumlah besarnya sebanyak RM333 juta (40.12 peratus) diperuntukkan untuk perkhidmatan dan bekalan, manakala RM282 juta (33.98 peratus) akan digunakan untuk bayaran emolumen.

Selebihnya; sebanyak RM208.5 juta (25.12 peratus) diperuntukkan untuk pemberian dan bayaran tetap, RM5.7 juta (0.69 peratus) untuk pembelian aset dan RM800 ribu untuk perbelanjaan lain.

Di bawah peruntukan pembangunan pula, menteri besar dan setiausaha kerajaan negeri menerima peruntukan paling besar berjumlah RM225 juta, diikuti jabatan kerja raya sebanyak lebih RM153 juta.

Jabatan agama Islam turut merupakan antara penerima peruntukan paling tinggi sebanyak RM110.6 juta, selain jabatan pengairan dan saliran sebanyak RM45 juta serta jabatan pertanian yang menerima RM15 juta.
Dalam ucapan pembentangannya pagi ini, Khalid berkata kerajaan negeri turut menjangkakan peningkatan kutipan cukai sebanyak 15.42 peratus (RM70,960,000) melalui kutipan hasil cukai bagi 2011.

Khalid juga berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negeri Selangor untuk tahun 2010 diunjurkan berada pada tahap 6.1peratus berbanding penguncupan 1.2 peratus pada tahun 2009.

Katanya lagi, KDNK Selangor disumbangkan lima sektor utama, paling utama melalui sektor perkhidmatan (60.5 peratus) dan pembuatan (32.4 peratus).

Sumbangan daripada kedua-dua sektor ini membolehkan ekonomi Selangor tumbuh lebih baik berbanding pertumbuhan yang dicatatkan oleh negara Malaysia antara 2007 hingga 2009, katanya.

Menurut Khalid, empat strategi dirangka untuk merealisasikan tema belanjawan kali ini, antaranya melalui pengurusan sumber negeri secara bijaksana dan pengurusan perbelanjaan yang cekap.

Ia turut menggariskan strategi bagi mendorong pembangunan modal insan serta memantapkan pembangunan negeri.

KDN Enggan Jawab Surat Terbuka Mat Zain




KUALA LUMPUR 8 NOV: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang hari ini membidas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein apabila mendapati beliau enggan menjawab isu berhubung kes “Mata-Lebam”  yang dibuat melalui pendedahan surat terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim.
Mat Zain, bekas Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam surat terbuka itu meminta Menteri membuka semula kertas siasatan kes berkenaan.
Kit Siang yang bangkit ketika Menteri mengakhiri hujah pergulungan perbahasan kementeriannya berkata isu tersebut adalah berkaitan dengan kewibawaan PDRM yang membabitkan pegawai tertinggi dalam badan itu.
Hishamuddin ketika membalas hujah tersebut berkata perkara itu tidak dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur dalam perbahasan sebelum ini.
Katanya, melalui maklumat yang diterima, tidak ada butiran berhubung isu berkenaan di dalam perbahasan.
Kit Siang yang tidak berpuas hati mempersoalkan mengapa pegawai yang diarahkan kementerian tersebut tidak membuat catitan berhubung isu yang beliau telah bangkitkan semasa perbahasan Bajet 2011, minggu lalu.
Hishamuddin kemudiannya memberikan alasan kononnya atas faktor kekurangan masa untuk berbahas dan akan memberikan jawapan secara bertulis berhubung soalan yang dibangkitkan itu.

MB: Bajet 2011 tumpu masyarakat luar bandar

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ciri utama yang boleh diperhatikan dalam bajet 2011 ialah tumpuan untuk "merakyatkan ekonomi" bagi masyarakat luar bandar.

Tiga program utama yang dimuatkan dalam Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) pada peringkat ini ialah Skim Kredit Mikro, Skim Kesihatan Wanita dan Takaful Orang Kelainan Upaya

"Skim Kredit Mikro memperuntukkan RM50 juta kepada Yayasan Qardhul Hasan untuk menangani kemiskinan luar bandar manakala Skim Kredit Mikro Miskin Bandar (MIMBAR Selangor) diperuntukkan RM20 juta.

"Peruntukan RM70 juta ini disalurkan oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) hasil dari penyelesaian hutang Syarikat Kumpulan Talam.

"Ini bukan sebahagian daripada peruntukan bajet tetapi daripada beberapa hutang yang dikutip daripada Talam Corporation. Kita telah iktiraf ini sebagai satu hutang dan diserahkan kepada MBI.

Hutang berjumlah RM392 juta itu dipindahkan kepada kerajaan negeri secara geran melalui bajet tambahan yang diluluskan DUN Selangor pada November tahun lalu.

"Sekarang hutang ini sudah dibayar dan MBI ditugaskan untuk beri peruntukan untuk skim ini," katanya lagi dalam sidang media selepas membentangkan bajet tersebut di DUN Selangor hari ini.

Dalam kenyataannya, beliau juga berkata kerajaan negeri menyediakam peruntukan agak besar berjumlah RM15.5 juta untuk pembangunan kampung, termasuk untuk penyediaan kemudahan asas di desa dan penyelenggaraan jalan kampung.

Di samping itu, kerajaan negeri juga mengekalkan bantuan pendidikan kepada rakyat Selangor melalui RM34.84 juta untuk bantuan ke sekolah agama rakyat, sekolah Cina dan Tamil.

Jumlah itu juga akan digunakan bagi program tuisyen rakyat, hadiah anak masuk universiti serta untuk menyediakan latihan kemahiran kepada remaja yang tercicir dari persekolahan.

DUN P Pinang kecoh dengan perang mulut

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disambung hari ini selepas ditangguhkan untuk sambutan perayaan Hari Deepavali, bermula pagi ini dengan perang mulut antara barisan pembangkang dan wakil kerajaan negeri.

Perang mulut itu bermula selepas Ng Wei Aik (DAP-Komtar) mengemukakan usul tergempar bagi menangguhkan mesyuarat untuk membincangkan demonstrasi yang berlaku di luar bangunan DUN pada Selasa lalu.

Dalam membentangkan usul, Ng berkata usul itu perlu dibincangkan dengan segera kerana demonstrasi liar dan ganas dianggap mengganggu perjalanan mesyuarat serta menghina DUN.

"Tindakan seorang penyokong demonstrasi yang merantai dirinya pada pintu pagar DUN dianggap satu tindakan yang amat ganas dan liar. Adakah ini bertujuan untuk mengurung semua ADUN termasuk dari pihak pembangkang?" katanya ketika membentangkan usul itu.

Ng turut menamakan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, sebagai antara yang bertanggungjawab terhadap demonstrasi itu.

Ketika membahaskan usul itu RSN Rayer (DAP-Seri Delima) mengeluarkan keratan akhbar tempatan yang memaparkan gambar Norman dalam demonstrasi tersebut.

Rayer juga menuduh bahawa wang sumbangan kepada warga emas itu yang hendak dipulangkan kepada kerajaan negeri berkemungkinan wang Umno.

Katanya ucapan Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) pada Perhimpunan Umno yang baru lalu di Kuala Lumpur, telah mencetuskan demonstrasi itu.

Muhammad Farid bingkas bangun dan minta Rayer mengemukakan bukti bahawa ucapannya membawa kepada demonstrasi.

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) cuba membantah dengan mengatakan Rayer tidak memahami usul yang dibincangkan kerana ia adalah mengenai demonstrasi minggu lalu dan bukannya isu wang sumbangan.

Rayer mencabar barisan pembangkang supaya mengemukakan nama, alamat dan nombor kad pengenalan warga emas yang terlibat memulangkan wang RM100 yang diberi kerajaan negeri.

Pemangku ketua Pembangkang Datuk Seri Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata bahawa dalam isu pemberian wang sumbangan itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri telah mengelirukan rakyat.

"Mungkin disebabkan kekeliruan rakyat tentang kenyataan Lim yang membawa kepada demonstrasi minggu lalu," katanya.
Selasa lalu, lebih 100 orang, kebanyakannya penduduk Kampung Genting, Balik Pulau dan anggota Pemuda Umno mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan DUN bagi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang kerana gagal menyelesaikan isu berkaitan tanah di Balik Pulau dan pemberian wang sumbangan itu yang didakwa berpunca daripada hasil judi.

- Bernama

Pakatan to hold protests if water bondholders bailed out

Pua said the government should direct the concessionaires to resolve the matter with Selangor instead of bailing them out. — file pic
KUALA LUMPUR, Nov 8 — Pakatan Rakyat (PR) lawmakers have threatened to hold a nationwide road show should the Najib administration proceed with a multi-million ringgit bailout of the privatised water industry in Selangor. DAP national publicity secretary Tony Pua and PAS central committee member Dr Dzulkefly Ahmad claimed that such a bailout would only rescue Barisan Nasional (BN) “cronies” who have profited “tremendously” from the government’s privatisation exercise.
“The federal government’s admission on the likelihood of a bailout of the water concessionaires smacks of a collusion with BN which clearly prioritises the interests of its cronies over that of the rakyat.
“Datuk Seri Peter Chin must declare in no uncertain terms that there will be no bailouts of the financially-troubled water companies and instead direct them to reach a settlement with the state government over the water industry restructuring exercise.
“Should the federal government proceed with the mega-bailout at the end of the year by undertaking the existing bonds with triple-A government-backed ones without first resolving the restructuring issue, Pakatan Rakyat will immediately organise a nationwide road show to protest against the action and let the rakyat know how the government privatises all the profits, but socialises all the liabilities and losses,” said Pua today, in response to Chin’s remarks made last week.
Chin told The Malaysian Insider last week that the federal government may come to the rescue of Selangor water bondholders by undertaking a bond swap if no headway is made soon in stalled water consolidation talks.
The minister for energy, green technology and water revealed then that swapping existing bonds with triple-A government-backed ones was one option on the table to buy stakeholders more time as state and federal governments try to break the current impasse.
Selangor’s water players — Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) and Konsortium ABASS — are at risk of debt payment default as water bonds approach their December 31 maturity date.
The looming debt service problem started when Syabas was barred from implementing a 37 per cent tariff hike agreed upon in January 2009, after the Selangor government claimed the sole water distributor had not done enough to reduce leakages which cost the state millions.
This in turn led to payment problems between Syabas and water treatment concessionaires PNSB, Splash and Konsortium ABASS, who supply it with treated water.
All four term loan borrowers are already in technical default following their inability to maintain six months’ worth of reserves in a special account used to pay bondholders. The shortfall is understood to be some RM50 million, although this deficit could double in six months.
Chin last earlier last week warned that the Water Asset Management Company (PAAB) could not raise bonds worth RM10.98 billion as that would lead to “rocketing” tariff hikes and said the wholly-owned Ministry of Finance Inc company was only willing to offer RM1.1 billion for Selangor’s water assets.
Today, Pua insisted that the National Water Services Commission (Span) was empowered to intercede in cases where water companies faced financial difficulties.
“Span has powers under the Water Services Industry Act (WSIA) 2006 Sections 113 and 114 to intervene... Span has to date refused to intervene particularly in Syabas who has threatened to stop the maintenance of water pipes in the state due to the lack of funds,” claimed Pua.

Khurafat: Zambry dinasihat segera bertaubat

IPOH, 8 Nov: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain (gambar) menasihatkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir segera bertaubat dan mengakui kesilapannya yang terpalit dengan perkara khurafat.
Menurutnya, adalah tidak wajar jika Menteri Besar Perak itu masih mempertahankannya sedangkan ianya jelas bercanggah dengan akidah umat Islam.
Zambry juga jelasnya cuba mengalihkan kesilapannya meletak ancak di tiang seri rumah dengan membangkitkan isu menyalakan lilin memperingati kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang disertai Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan Khalil Idham Lim (Adun Titi Serong).
"Zambry sepatutnya mengakui kesilapan dia dan segeralah bertaubat.
"Perbuatan meletak ancak ke tiang seri, mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi, emas, perak, tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut adalah khurafat.
"Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan agar rakyat Perak menjauhi amalan tersebut, atau mana-mana amalan yang boleh menggugat akidah umat Islam.
"Akidah merupakan perkara teras dalam kehidupan umat Islam, jika akidah tergugat maka seluruh amalan yang lain turut tidak diterima Allah SWT," katanya.
Zambry semasa program Projek Infra Bina Upaya di Kampung Guar, Manong di Kuala Kangsar pada 17 Oktober lalu dilaporkan meletak ancak di tiang seri rumah kononnya untuk mengelakkan gangguan jin dan syaitan.
Ekoran itu juga, Dewan Pemuda PAS Perak mendesak Mufti negeri, Tan Sri Harussani Zakaria memberi teguran kepada Zambry yang didakwa telah mengadakan upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
Mereka juga telah menyatakan kesediaan bertemu Menteri Besar Perak itu bagi menjelaskan juga beza antara ritual yang lakukan Zambry dengan program menyalakan lilin yang disertai Nizar.

RM34.84 juta untuk bina jaringan intelektual

uniselPembentangan Bajet 2011 Selangor
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor memperuntukan sebanyak RM34.84 juta pada 2011 untuk membina jaringan intelektual bagi menggalak percambahan idea dan ilmu yang boleh memacu kemajuan di negeri ini.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata peruntukan ini bakal digunakan untuk mempertingkat kualiti pembelajaran dan prasarana pendidikan.

Beliau berkata, "sebanyak RM500,000 disediakan kepada Universiti Industri Selangor (UNISEL) untuk penyelidikan berkaitan teknologi hijau.
"Jumlah ini adalah tambahan kepada RM500,000 yang diperuntukkan tahun lalu untuk menggiatkan aktiviti penyelidikan bio-teknologi," katanya ketika pembentangan Bajet 2011 Selangor di sini hari ini.
Universiti milik kerajaan negeri ini kini dalam proses rundingan dengan tiga universiti terkemuka dunia untuk melatih tenaga pengajar UNISEL.
Tiga universiti terbabit, Universiti Cambridge, Universiti Manchester dan Kolej Imperial London juga memeterai perjanjian persefahaman untuk membolehkan pengajian pasca siswazah untuk graduan lulusan UNISEL.
"UNISEL turut menjalin kerjasama dengan Universiti Al-Azhar dalam program pembangunan penyelidikan berkaitan peralatan saintifik untuk produk halal. Tidak ketinggalan, pendidikan rendah dan menengah juga mendapat perhatian kerajaan negeri," katanya.
Prasarana sekolah agama rakyat
Khalid berkata bantuan sebanyak RM6 juta akan disalurkan kepada pembangunan dan penambahbaikan prasarana sekolah-sekolah agama rakyat.
Siasatan kerajaan negeri mendapati sekurang-kurangnya 50,000 pelajar Sekolah Agama Rakyat di Selangor diusahakan oleh badan-badan bukan kerajaan dan individu prihatin dalam suasana pembelajaran yang amat daif.
Khalid berkata ketidakpedulian pentadbiran lampau (ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional) untuk memperkasa pendidikan sekolah-sekolah agama rakyat antara faktor kegelinciran modal insan hari ini.
"Mengapa selama 52 tahun, kebajikan mereka tidak mendapat perhatian kerajaan sedangkan kita sentiasa merintih masalah kejatuhan moral anak-anak muda," kata Khalid.
"Kerajaan hari ini bersedia melabur RM6 juta dalam pembangunan siasah anak-anak Selangor daripada menanggung kos menyelenggara anak-anak rosak akhlak di pusat-pusat serenti yang mungkin melibatkan kos berlipat kali ganda 10 tahun akan datang," terang beliau.
Sekolah aliran Tamil dan sekolah aliran Cina masing-masing disediakan dengan peruntukan RM4 juta dan RM6 juta.
"Ini sejajar dengan janji kita untuk mengembang dan memajukan penggunaan bahasa ibunda, Jawi dan bahasa Arab," jelas Khalid.
Pusat Tuisyen Rakyat
Sebagai langkah susulan, sebanyak RM3.45 juta diperuntukkan untuk memperkasa program Pusat Tuisyen Rakyat yang menawarkan khidmat tuisyen percuma kepada golongan pendapatan RM1,500 ke bawah.
Penyelenggaraan, pembinaan dan penambahan koleksi perpustakaan komuniti dan desa juga diberi perhatian dengan peruntukan sebanyak RM13.84 juta, bagi menghilangkan dahaga ilmu anak-anak muda.
Sebagai insentif kepada para pelajar, kerajaan negeri memperuntukkan RM7.7 juta lagi untuk program Hadiah Anak Masuk Universiti, berupa insentif RM1,000 kepada anak-anak Selangor yang berjaya melanjutkan pengajian ke universiti.
Dalam perkembangan yang sama, kerajaan negeri melahirkan rasa prihatin dengan peratusan tinggi para pelajar yang tidak berpeluang mendapatkan pendidikan tinggi.
Bagi membantu golongan ini, kerajaan negeri mengarahkan Pusat Latihan Vokasional INPENS menyediakan latihan kemahiran tanpa mengira latar-belakang.
"Setakat ini, hampir 600 pelajar berjaya mengikuti program ini dengan jumlah RM2 juta diperlukan bagi melatih 200 pelajar pada satu-satu masa selama enam bulan," jelas Khalid.
Selangor menjadi lokasi pilihan 87 kolej swasta, 13 kolej universiti, empat universiti awam dan 17 universiti swasta.

RM130 juta untuk Fasa 1 & 2 MES

908406Pembentangan Bajet 2011 Selangor
Oleh Mohd Hafiidz
SHAH ALAM: Sekurang-kurangnya RM130.1 juta diperuntukkan tahun hadapan bagi menggiatkan lagi keberkesanan dan capaian Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Pada pembentangan Belanjawan 2011 Selangor hari ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata peruntukan ini meliputi program-program fasa pertama dan kedua MES yang dilancarkan tahun lalu.

Fasa pertama dan kedua meliputi tujuh program induk iaitu Tabung Warisan Anak Kelahiran Selangor (Tawas), Bekalan Air Percuma 20 meter padu, Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) bagi membanteras keganasan domestik, Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang,
Kemudahan Cuti Bersalin 90 hari, Kemudahan Cuti 14 Hari Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin dan Cuti Kematian Suami 30 Hari.
Menteri Besar juga memaklumkan Dewan Undangan Negeri bahawa program MES bakal memasuki fasa ketiga, dengan penumpuan kepada Skim Kredit Mikro, Skim Kesihatan Wanita, dan Takaful Orang Kurang Upaya (OKU).
Khalid dalam pemerinciannya berkata sebanyak RM34.5 juta diperuntukkan bagi tahun hadapan untuk menampung skim air percuma 20 meter padu bagi rakyat Selangor yang menggunakan meter air individu.
Skim air percuma
Berita baik untuk penghuni rumah bertingkat, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM8 juta lagi bagi menampung skim air percuma bagi meter-meter pukal.
"Jumlah ini lebih kecil daripada RM100 juta yang diperuntukkan sepanjang tahun 2009 dan 2010 kerana kita menjangka rundingan penstrukturan semula industri air Selangor selesai hujung tahun ini," kata Khalid.
Manakala bagi skim Tawas, sebanyak RM7.5 juta diperuntukkan tahun hadapan. Kira-kira RM7.7 juta diperuntukkan untuk skim Hadiah Anak Masuk Universiti, RM21.4 juta untuk SMUE, RM50,000 untuk OSCC, dan RM1 juta untuk Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang.
"Keseluruhan program ini bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Selangor," tegas Khalid.
Katanya, "kerajaan Negeri Selangor sedar betapa amanah yang ada harus mencerminkan kerajaan daripada rakyat kepada rakyat, dan bukan jenis kerajaan yang memaksa dan membeli rakyat".
Skim Kredit Mikro SKIMSEL
Bagi Fasa ketiga MES, Khalid berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan RM50 juta untuk Skim Kredit Mikro SKIMSEL yang bakal memberi fokus kepada kumpulan-kumpulan sasaran di luar bandar.
Bagi menangani kemiskinan bandar pula, Skim Kredit Mikro Miskin Bandar atau MIMBAS bakal dibentuk dan beroperasi dengan peruntukan RM20 juta.
"Peruntukan RM70 juta ini disalurkan oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) hasil dari penyelesaian hutang Syarikat Kumpulan Talam," jelas Khalid.
Menyedari pentingnya kaum Hawa kepada perkembangan ekonomi dan insan Selangor, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta untuk membantu kaum wanita menjalani pemeriksaan kanser payudara percuma.
Manakala Skim Takaful OKU bakal dimasukkan bersama Skim Mesra Usia Emas, bagi memperluaskan lagi capaian skim ini.

PKR: Zaid secara sah masih bertanding

Calon timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim dianggap masih bertanding jawatan tersebut sehingga Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) membuat keputusan berhubung penarikan beliau.

"JPP akan buat keputusan. Tidak ada surat rasmi (daripada Zaid). Selepas diterima, JPP akan membuat keputusan... Beliau kena tulis surat (penarikan diri)," kata timbalan setiausaha agung Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman.

Sharifah Shahidah berkata JPP dijangka mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan perkara tersebut.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung status kedudukan Zaid yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan yang menarik diri bertanding jawatan timbalan presiden pagi ini.

Zaid membuat pengumuman mengejut menarik diri bertanding jawatan timbalan presiden dan melepaskan semua jawatannya dalam PKR kerana mendakwa sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penyelewengan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

Pada sidang media di ibu pejabat parti, Sharifah Shahidah berkata beliau terkejut dengan keputusan Zaid yang mengundurkan diri setelah hanya 87 daripada 222 cabang PKR selesai mengadakan pemilihan yang memasuki minggu kedua berakhir semalam.

Ditanya mengenai dakwaan terdapatnya tuduhan penyelewengan pemilihan yang menyebabkan Zaid berbuat demikian, Sharifah Shahidah enggan mengulas.

Pada sidang media yang sama, Sharifah Shahidah juga mengumumkan keputusan rasmi 78 daripada 87 cabang yang selesai mengadakan pemilihan mereka.

Keputusan rasmi bagi jawatan timbalan presiden, Azmin Ali mendapat 4,378 undi, manakala Zaid memperolehi 3,410 undi dan Mustaffa mendapat 1,181 undi.

"Esok kita akan mengemaskini keputusan untuk 87 cabang itu," katanya sambil menambah ibu pejabat parti sedang menunggu kertas keputusan rasmi daripada sembilan cabang.

Sembilan cabang berkenaan adalah Kota Kinabalu, Sandakan, Libaran, Sepanggar, Sipitang, Putatan, Beluran,Tawau dan Pasir Mas.

Bagaimanapun semakan Malaysiakini bagi 87 cabang yang berakhir semalam - keputusan tidak rasmi - Azmin terus di depan dengan majoriti 2,620 undi.
Nurul mendahului

Beliau secara keseluruhan mendapat 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 manakala Mustaffa pula mendapat 1,215 undi.
Bagi jawatan naib presiden, empat pemimpin yang mendapat undi terbanyak adalah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar 4,845 undi; ahli parlimen Batu Tian Chua 3,933 undi, timbalan ketua menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman 3,552 undi dan ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh 3,370.

Bagi jawatan ketua Angkatan Muda PKR (AMK) penyandangnya Shamsul Iskandar mendapat 1,455 undi. Manakala pencabarnya ahli MPP Badrul Hisham Shahrin mendapat 1,428 undi.

Bagi jawatan Ketua Wanita PKR pula Zuraida Kamaruddin terus mendahului dua pencabarnya dengan mendapat 1,568 undi.

Dua lagi Animah Ferrar mendapat 489 undi manakala Suraya Sudin memperolehi 570 undi.

Zaid: Notis blog sudah cukup, buat apa perlu surat rasmi


KUALA LUMPUR, 8 Nov — Sambil mendakwa sudah tidak lagi diperlukan oleh kepimpinan parti, Datuk Zaid Ibrahim tidak akan menghantar notis rasmi memaklumkan yang beliau sudah pun menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR.
“Mengapa harus saya berbuat demikian? Saya sudah pun membuat pengumuman dalam blog saya. Itu sudah cukup bagus.
“Jika saya tidak menghantar notis (rasmi), apa yang mereka akan lakukan,” tanya Zaid (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Menjawab soalan bahawa beliau masih merupakan calon dalam saingan jika tidak berbuat demikian, Zaid menolak tanggapan itu dengan menekankan bahawa beliau tidak nampak keperluan menghantar sebarang surat rasmi kepada kepimpinan parti.
Dalam kenyataan terdahulu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, Zaid masih dalam saingan timbalan presiden memandangkan sekretariat pemilihan parti masih belum menerima notis yang beliau telah menarik diri daripada bertanding.
Bercakap kepada The Malaysian Insider Saifuddin berkata, pengumuman dibuat menerusi blognya pagi ini bukan satu notis rasmi untuk menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua itu.
“Sehingga beliau menghantar notis rasmi, beliau masih kekal dalam persaingan. Media hanya memetik pengumuman beliau daripada blognya,” kata Saifuddin.
Saifuddin menjelaskan, Zaid perlu menghantar notis rasmi kepada parti berhubung perkara tersebut.
Katanya, parti tiada rancangan untuk mengadakan sebarang mesyuarat untuk membincangkan keputusan Zaid menarik diri daripada bertanding ataupun dakwaannya bahawa wujud manipulasi dan kecacatan dalam proses pemilihan.
Awal pagi tadi, Zaid berkata, beliau meletakkan semua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden di sebalik siri dakwaan pemilihan parti dicemari kecacatan dan tidak telus.
Zaid berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana tiada usaha di kalangan pucuk kepimpinan parti untuk menangani pelbagai isu manipulasi dan amalan-amalan pemilihan tidak adil meskipun isu terbabit telah dibangkitkan berulang kali.
“Saya ingin mengumumkan keputusan saya menarik diri daripada sebagai salah seorang calon yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan kesemua jawatan yang dipegang dalam parti,” katanya.
Dalam komen susulan tengah hari ini, Zaid berkata, beliau tidak mahu menulis kepada parti mengenai keputusannya memandangkan aduan-aduan sebelum ini mengenai kecacatan proses pemilihan tidak diambil tindakan.
“Apabila saya menulis kepada mereka mengenai kecacatan dalam pemilihan, adakah mereka respons kepada saya?
“Saya sudah pun membuat aduan saya, tetapi mereka tidak bertindak ke atas aduan itu.
“Jadi, mengapa perlu saya membalas kepada mereka sekarang? Mereka boleh bermain mengikut apa jua cara yang mereka suka,” kata beliau yang sejak Julai lalu diberi tanggungjawab mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.
Zaid menambah, dari awal lagi beliau sudah pun mengemukakan aduan kepada parti menggesa kepimpinan menghentikan kelemahan dan kekurangan yang dikesan dalam proses pemilihan.
“Bermula dari hari pertama, saya mengatakan kita harus menghentikan ini. Jadi, bukannya saya tidak mengatakan apa-apa langsung.
“Walaupun saya mendahului saingan, saya masih mahukan perkara ini dihentikan.
“Saya tidak mahu menang dalam saingan macam ini,” kata Zaid yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik, kedua-dua jawatan turut dilepaskannya hari ini.
Zaid mengakui keputusannya itu meletakkan para penyokong beliau dalam kekecewaan termasuk dirinya sendiri kecewa dengan apa yang berlaku.
Zaid juga menekankan bahawa mereka dalam saingan jawatan itu akan mendakwa beliau sudah “merajuk” kerana bukan lagi mendahului saingan.
Beliau berada di depan selama dua hari pertama pemilihan pusat, tetapi dipotong Azmin Ali pada hari ketiga dan seterusnya sehingga sekarang.
“Jika saya kalah kemudian, mereka akan mengatakan sesuatu. Jika saya menang (pun), mereka akan kata sesuatu.
“Kita tidak boleh menghalang orang daripada membuat spekulasi, membentuk pendapat mereka mengenai saya. Apa saya boleh buat?,” katanya.
Zaid juga berkata, beliau tidak mahu mengatakan apa-apa mengenai isu ini sambil berharap keputusannya akan diterima dan membiarkan beliau.
“Saya merasakan sudah cukup banyak diperkatakan, tiada apa-apa yang hendak dikatakan lagi,” kata beliau dalam nada ‘suram’.
“Saya tidak fikir sesiapa mahukan saya sekarang,” kata Zaid sambil menegaskan, beliau akan kekal sebagai ahli biasa PKR - komponen Pakatan Rakyat.
“Saya akan kekal (dalam parti). Itu yang boleh saya lakukan buat masa sekarang,” katanya yang mewakili PKR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.
Zaid juga merupakan penyelaras Pakatan Rakyat.

Tiada pegawai Kelantan rasuah sejak 1990

KOTA BHARU, 8 Nov: Sejak PAS menerajui Kelantan pada Oktober 1990 sehingga sekarang tidak ada pegawai kerajaan yang didapati terbabit dengan kesalahan rasuah.

Nombor sifar itu diberitahu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob (gambar) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini.

Pegawai terbabit dari golongan profesional dari gred N41 hingga N54.

Bagaimanapun menurutnya bilangan kakitangan sokongan dari gred N1 hingga 28 yang terbabit dengan kesalahan rasuah dicatat sebanyak 15 kes.

“Bagi kes jenayah pula hanya mencatat lima kes membabit pegawai profesional negeri sejak 1990 sehingga 2010.

“Manakala bagi kakitangan sokongan pula sebanyak 14 kes bagi kesalahan jenayah,” katanya menjawab soalan Zulkifli Mamat (PAS-Pulai Chondong).

Timbalan Menteri Besar berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada dasar Membangun Bersama Islam yang diterap kerajaan negeri kepada kakitangan awam sejak 1990 sehingga sekarang.

Katanya, dasar itu berjaya diselami dalam jiwa setiap kakitangan kerajaan negeri sehingga mengelakkan diri daripada kegiatan rasuah dan jenayah.

Menjawab soalan tambahan Mohamed Mustapha (PAS-Demit) katanya, buku panduan dasar Membangun Bersama Islam akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

“Kita lakukan selaras dengan tuntutan agama,” katanya.

Banjir di Kedah bukan gelanggang politik

Konsensus Bebas memandang jijik dan mengutuk sekeras-kerasnya apa-apa tindakan atau aktiviti yang bertujuan untuk mempolitikkan usaha membantu mangsa banjir di negeri Kedah.
Kedah kini menghadapi paras banjir yang tertinggi dalam tempoh seratus tahun.  Akibatnya beratus ribu keluarga terpaksa dipindahkan dari rumah-rumah mereka.  Empat nyawa terkorban susulan kenaikan paras air.  Rakyat jelata negeri Kedah sekarang di dalam kesusahan yang amat sangat akibat bencana alam yang tidak dijangka keterukannya.
Tatkala waktu yang amat kritikal ini, di mana rakyat memerlukan pertolongan dan segala jenis bantuan dengan segera, ada pula pihak-pihak yang telah mengambil kesempatan untuk mempolitikkan keadaan dan cuba mengaut "markah politik" (political points).  Ini amatlah menyedihkan dan menyakitkan hati sesiapa yang waras.
Konsensus Bebas menyeru semua parti-parti politik untuk serta-merta mengenepikan perbezaan fahaman dan sikap hendak mengaut keuntungan politik di dalam krisis banjir Kedah.  Kesemua pihak mestilah meletakkan bantuan kepada rakyat yang dilanda kesusahan sebagai objektif tunggal dan utama.  Menghulurkan bantuan dari bot yang mengibarkan bendera parti yang besar sambil diiringi jurukamera dan wartawan akhbar adalah perbuatan keji berbau politik dan tidak bermoral yang wajar dihanyutkan dan ditenggelami bersama air banjir sahaja.
Sehubungan itu, kritikan dan tuduh-menuduh antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tatkala rakyat sedang merana menjadi mangsa banjir amatlah dikesali.  Apa yang dikehendaki rakyat jelata adalah sokongan dan kesediaan dari kerajaan persekutuan untuk membantu kerajaan negeri ketika bantuan amat diperlukan oleh rakyat negeri Kedah.
Konsensus Bebas menyeru semua pihak untuk memandang serius dan mengambil iktibar saranan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah untuk mengenepikan fahaman dan perbezaan politik, dan segera tampil untuk memberi bantuan kepada semua mangsa banjir di Kedah.  Kesukaran rakyat akibat bencana alam bukanlah gelanggang untuk persaingan politik.
*Kenyataan media oleh Konsensus Bebas, yang terdiri daripada Zahrain Mohamed Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru), Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal), Zulkifli bin Noordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai).

Sultan Kelantan, Nik Aziz dan Mustapa berlepas menunaikan haji rabu ini

Sultan Kelantan dan Nik Aziz (kanan) akan berlepas ke Mekah Rabu ini. — gambar fail
KOTA BARU, 8 Nov — Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke V akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji Rabu ini, menurut Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad. Baginda akan berangkat bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
“Ini menunjukkan sikap Tawadak KDYMM Tuanku yang begitu memberi perhatian kepada agama,” kata Abdul Halim dalam kenyataan di sini hari ini.
Sultan Kelantan, Nik Aziz dan Mustapa yang akan ke Mekah menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dijangka pulang ke tanah air pada 23 November ini, katanya. — Bernama

Qazaf: Anwar fail permohonan pinda rayuan tuduhan


KUALA LUMPUR, 8 Nov — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan untuk meminda notis rayuannya berhubung pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Syariah di sini.
Anwar yang hadir bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Mohammad memfailkan notis itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah melalui peguamnya yang diketuai Kamar Ainiah Kamaruzaman.
Beliau yang turut diwakili peguam Dorina Abdullah, memohon untuk memindanya dengan memasukkan perkataan “keseluruhan” yang dikatakan telah tercicir dalam notis rayuan yang dibuat pada 23 April lalu.
Ketika ditemui pemberita, Kamar Ainiah memberitahu pihaknya memfailkannya selepas mendapati perkataan “keseluruhan” itu tiada, selain memastikan proses berjalan lancar pada hari hujahan rayuan itu yang dijangkakan pada Januari depan.
“Pihak kami memfailkan pindaan itu berhubung satu perenggan yang menyatakan tidak berpuas hati terhadap keputusan mahkamah,” katanya.
“Dan, pada hari ini pihak kami memohon untuk meminda dengan menambah perkataan ‘keseluruhan’ yang menjadikan; ‘... tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan mahkamah...’”, katanya.
Anwar (gambar), 63, sebagai perayu menamakan tiga responden dalam permohonan itu iaitu Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain, Pengarah Jabatan Agama Islam (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.
Pada 23 April lepas, Anwar, menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang menolak permohonannya supaya memerintahkan pendakwaan yang diwakili Shamsuddin, meneruskan pertuduhan qazaf terhadap Mohd Saiful, 25.
Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Pada 3 November lalu, Anwar telah memfailkan 14 alasan rayuan dengan menyatakan antaranya Hakim Mahkamah Tinggi telah melakukan kekhilafan dari segi undang-undang dan fakta apabila membuat keputusan mengenai merit dan isu substantif pada peringkat bantahan awal.
Beliau juga mendakwa, keputusan oleh mahkamah itu iaitu dengan mengenepikan permohonan tanpa didengar dan dibicarakan telah menyebabkan berlaku ketidakadilan terhadap dirinya.
Dalam alasannya juga menyatakan hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila meletakkan kuasa Ketua Pendakwa Syarie adalah besar dan luas yang menyamai kuasa Peguam Negara sedangkan beliau hanyalah seorang pegawai di bawah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. — Bernama

Berita fitnah BH: Kit Siang saman NSTP

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini menfailkan saman fitnah terhadap The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) kerana menyiarkan artikel berunsur fitnah semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di akhbar Berita Harian pada 2 November lepas.
Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, melalui Tetuan Karpal Singh & Co, di sini, petang ini.
Dalam pernyataan tuntutannya, Lim mendakwa NSTP telah secara salah dan berniat jahat menyebabkan artikel bertajuk “Tindakan Kit Siang tuduh Umno kafir melampau” yang mengandungi perkataan-perkataan fitnah dicetak dan disiarkan di akhbar Berita Harian.
Lim (gambar) berkata artikel itu antara lain bermaksud beliau telah berucap di satu ceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, di Kelantan, di mana beliau telah menuduh orang Melayu Umno kafir dan beliau adalah seorang ahli politik yang berniat jahat untuk mewujudkan perasaan saling benci-membenci di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Lim mendakwa penyiaran perkataan-perkataan fitnah itu, telah merendahkan kedudukan beliau sebagai seorang ahli politik serta penghinaan awam, dan sehubungan itu beliau menuntut ganti rugi teruk, teladan, faedah dan kos.
Lim mendakwa defendan langsung tidak memohon maaf kepadanya walaupun mereka sememangnya mengetahui keadaan sebenar, malahan ralat yang disiarkan oleh NSTP pada akhbarnya keesokan hari, adalah tidak ikhlas dan menjadikan kesan lebih teruk kepada plaintif. — Bernama

Pemilihan PKR: Mustaffa Kamil juga tarik diri?

Seorang lagi calon timbalan presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub masih mempertimbangkan sama ada untuk menarik diri jika parti itu gagal menagani dakwaan “kelemahan dan penyelewengan” dalam pemilihan langsung PKR.

"Saya tidak tolak kemungkinan menarik diri. Ia bergantung kepada jawapan terhadap memo saya berhubung rungutan akar umbi yang melihat sendiri kelemahan dan penyelewengan dalam pemilihan parti,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Mustaffa juga mengulangi gesaannya supaya PKR menangguhkan proses pemilihan sehingga segala kepincangan dan kelemahan di atasi.

Katanya, beliau akan menyerahkan memo kepada presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Chia memberikan butiran teroperinci seperti tarikh dan bentuk 'kepincangan' itu.

Naib presiden PKR itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tetapi berkata beliau akan mengadakan sidang media menjelaskan perkara berkenaan apabila memo sudah dihantar.

PERKASA

1. Saya ucap terima kasih kerana ramai yang melawat blog saya dan membuat komen menyokong atau menolak.  Ramai juga yang bercakap berkenaan bahagian-bahagian Perlembagaan yang tidak boleh dipinda (entrenched).  Tetapi ramai yang tidak ambil kira tentang peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan yang begitu adil.  Tiada perlindungan bagi hak sesuatu kaum yang tidak diimbangi dengan hak kaum-kaum lain.
2. Demikian apabila agama Islam dijadikan agama rasmi negara Malaysia, susulan daripada itu perlembagaan memperuntukkan bahawa agama-agama lain boleh dianuti dan dipraktik oleh penganut-penganut agama berkenaan tanpa gangguan.
3. Apabila bahasa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi negara, tetapi bahasa-bahasa lain boleh digunakan sebagai bahasa ibunda dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.
4. Apabila sekolah kebangsaan ialah sekolah yang mengguna bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, sekolah-sekolah jenis nasional boleh mengguna bahasa Cina (bahasa kebangsaan China) dan bahasa Tamil (bahasa suku kaum Tamil).
5. Perlembagaan juga melindungi hak memiliki hartanah semua kaum supaya pengambilan tanah oleh Kerajaan tidak boleh dibuat tanpa pampasan.
6. Yang jelas ialah Perlembagaan Malaysia adil bagi semua kaum.  Apabila keistimewaan diberi kepada satu kaum, kaum lain juga diberi keistimewaan dan dilindungi.  Perkara yang harus diingati oleh semua ialah hak istimewa bukan bagi Melayu atau Bumiputera sahaja.
7. Perlembagaan boleh dipinda tetapi ianya hendaklah dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli-ahli Dewan Rakyat.  Demikianlah keahlian dewan dari segi agihan antara kaum, tidak mungkin mana-mana kaum dengan sendirinya meminda perlembagaan untuk menghapuskan hak istimewa Bumiputera atau bukan Bumiputera.
8. Berkenaan dengan Dasar Ekonomi Baru pula, agihan kepada Bumiputera hanyalah daripada bahagian ekonomi yang tumbuh dan tidak dengan merampas apa yang telah dimiliki bukan Bumiputera untuk diberi kepada Bumiputera.
9. Dalam pada itu raja-raja juga perlu memberi persetujuan jika kedudukan negeri-negeri mereka tersentuh.
10. Benarlah seperti kata Najib dalam mesyuarat Perhimpunan Agong UMNO bahawa tuntutan untuk meminda perlembagaan untuk melucutkan keistimewaan mana-mana kaum tidak mungkin dilakukan dan berjaya.  Tuntutan ini hanya akan memburukkan hubungan antara kaum tanpa memberi manfaat kepada sesiapa.
11. Jika PERKASA dianggap rasis (dan saya juga rasis kerana bersekongkol dengannya) kerana mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu, mereka yang bercadang untuk melucutkan hak orang Melayu tetapi tidak hak istimewa mereka sendiri tentulah bersifat rasis juga.
12. Hanya mereka yang bercadang melucutkan hak istimewa semua kaum sahaja yang tidak rasis.
*Tulisan ini dipetik dari blog bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad (gambar kanan).

Nurul Izzah: Dia bukan Anwar kalau tak berjuang untuk kepercayaannya

Saya dizalimi, Nurul Izzah.  Bapa akan lawan.  Bapa akan pastikan keadilan terlaksana..."  Demikianlah kata-kata yang ringkas, disampaikan melalui telefon oleh Anwar Ibrahim kepada anak sulungnya, Nurul Izzah pada malam sebelum 2 September 1998.
Peristiwa yang berlaku selepas panggilan telefon itu mengubah hidup seorang penuntut semesta pertama Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak.  Berakhirlah fasa hidup Nurul Izzah sebagai anak Timbalan Perdana Menteri, memulakan pengalaman hidup yang baru - menyaksikan bagaimana bapanya dizalimi oleh satu regim yang disertainya untuk 16 tahun.
Ironinya, Nurul Izzah hanya bangga sebagai anak Anwar Ibrahim selepas peristiwa pemecatannya dari jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan.  Nurul sebenarnya berasa malu, agak segan untuk diketahui identitinya sebagai anak TPM.  "Kita tak tahu sama orang berkawan dengan kita, kerana dasar diri kita ataupun latar belakang ayah kita, keluarga kita?  Jadi tentunya saya lebih selesa mengamalkan hidup yang low profile itu...," jelasnya.
Kebanggaan jadi anak Anwar Ibrahim
"Tetapi selepas ayah saya diperlakukan dengan zalim, menjadi tahanan politik, baru saya merasai kebanggaan menjadi anak Anwar Ibrahim," katanya dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 3 November 2010, yang berlangsung di kafe ahli Parlimen untuk kira-kira 45 minit.
Nurul Izzah (gambar kanan) meneruskan, "Kerana saya nampak... Saya nampak dengan mata saya sendiri bagaimana beliau begitu berani perjuangkan prinsip, berani tidak meletakkan jawatan, berani melawan, semua ini yang kita harapkan daripada ayah dan ibu kita untuk mengajar kita.  Mereka tak boleh melindungi kita selama-lamanya.  Mereka hanya boleh beri contoh bagaimana nak menangani cabaran."
Namun, Nurul semestinya tidak naif pada usia 18 tahun ketika itu, dan sudah tentunya beliau mampu meramalkan apa risikonya untuk melawan satu regim yang berkuasa untuk puluhan tahun.  Apakah niat timbul untuk memujuk agar bapanya tidak melawan?
Dengan tegas Nurul menjawab, "Tidak.  Saya kenali ayah saya.  Dan beliau adalah seorang yang amat tegas dan berpendirian.  Maksudnya, kalau beliau sudah bertekad untuk melakukan sesuatu, kita selaku anak perlu menghormati keputusan beliau, seperti beliau menghormati keputusan saya.  Kerana saya fikir, he will not be Anwar Ibrahim if he doesn't fight for his belief. (beliau bukan Anwar Ibrahim kalau beliau tidak memperjuangkan kepercayaannya)."
Apa guna kalau jiwa terpenjara?
"Dan memang, tentunya ada ketika kita mahu beliau selamat.  Tidak ada siapa yang mahu ayahnya dipenjara atau dalam keadaan bahaya.  Tapi apa gunanya kalau dia selamat tapi jiwanya terpenjara?  Jiwanya tidak bebas, tidak merasakan... macam pasrah dengan keadaan.  Kita tidak boleh pasrah dalam mana-mana keadaan sekalipun," kata Nurul Izzah, yang diberi gelaran "Puteri Reformasi" pada zaman gerakan ini bergelora.
Liku-liku kehidupan selepas tahun 1998 mengubah seorang gadis "yang agak apolitical" dahulu, kepada seorang wakil rakyat sekarang.  Ketempangan dalam sistem kerajaan bukan wujud hanya pada tahun 1998, dan kepincangan ini pernah dibangkitkan oleh rakan sebayanya, kemudian dipanjangkan dalam perbincangan informal antara dirinya dengan bapanya.  Namun, "real life experience" lebih memberi hikmah.
"Pada saya, saat yang paling menyayat hati dan memeritkan adalah apabila kali pertama (berjumpa dengan Anwar) selepas ayah ditahan di bawah ISA.  Kami berjumpa dengan beliau di mahkamah dan melihat mata lebam.  Kerana kami tak tahu ayah hidup atau tidak..." Nurul menceritakan betapa terkejutnya keluarganya pada saat-saat tersebut, sedangkan mereka dijamin bahawa Anwar Ibrahim akan berada dalam keselamatan ketika dihantar ke Balai Polis Bukit Aman.
"...Bayangkan, ayah kami yang...saya tak boleh... Saat itulah saat yang saya tak tahu nak kata apalah.  Maksudnya, tak terkata apa, nak bayangkan keperitan yang dihadapi dan kita sebagai anak kita, kita nak lakukan apa?  Tak terdaya.  Tak boleh nak bantu, tak boleh nak menjerit, tak boleh...apa yang kita boleh buat?  Pada ketika itulah...kesakitan yang teramat bagi saya melihat beliau dalam keadaan begitu."
Saat paling menyayat hati
Nurul menunjukkan dengan jari, bagaimana Anwar bergerak dari kiri ke kanan di depan mereka ketika itu.  Wawancara dijalankan di dalam kafe yang agak riuh-rendah, meskipun dalam bangunan parlimen, kedengaran bunyi ketawa yang terbahak-bahak daripada ahli parlimen yang bersembang dalam kafe - menjadi latar belakang kebetulan ketika peristiwa ini dikisahkan.
"Sempat tak bercakap dengan beliau?" Wartawan cuba mencungkil ingatan Nurul Izzah.  "Kami terus menangis...memang.  Dan, ayah kata, tak apa, dan dia terus memperincikan bagaimana dipukul di mahkamah," jawab Nurul, dengan sedikit kemerahan dalam matanya, yang tidak pasti puncanya sama ada keletihan mahupun kesedihan.
Dari satu segi, Nurul Izzah sebenarnya tidak memiliki kelebihan selaku anak Anwar Ibrahim.  Beliau tidak diperincikan mengapa bapanya membuat keputusan untuk tidak meletak jawatan sebelum ini, dan hanya mengetahuinya melalui ceramah bersama orang awam.  Beliau tidak sempat mengetahui punca mata lebam ayahnya sebelumnya, yang hanya diperincikan ketika Anwar tampil dalam mahkamah.
Nurul mengakui bahawa dirinya tidak terkejut ketika pertuduhan liwat terhadap bapanya dibacakan dalam mahkamah, kerana ia sudah didedahkan dalam ceramah politik sebelumnya.
"Kerana pada saya, bila kita dah tahu, kita yakin dengan keikhlasan, tahu ayah tak bersalah, yang lain itu datang dengan lebih mudah-lah.  Memanglah kita menyampah (dengan tuduhan tersebut)..." Maka, ketika tilam dinaik-turunkan, apa yang terlintas dalam otak Nurul adalah mengumpulkan bukti untuk menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa bahawa bapanya dizalimi oleh sistem keadilan.
Apabila pertuduhan ini berulang dengan Saiful Bukhari (gambar atas) sebagai watak utamanya, 10 tahun kemudian, Nurul berkata, "Saya fikir, lebih kepada marah, marah in the sense that...pada saya tak terkejut, kerana pada saya regim yang sama masih memerintah negara.  Jadi, rasional kita bahawa selagi regim ini memerintah, tentunya tidak ada reformasi menyeluruh.  Dan selagi tidak ada reformasi menyeluruh dilaksanakan, maka tentunya perkara yang sama, kezaliman yang sama akan diulangi..."
Beliau meneruskan, "Saya lebih marah kerana tidak tersangka bahawa kejahatan manusia itu tidak ada berbandingnya.  Tapi kita perlu letakkan dalam konteks sekarang kita berhadapan dengan masa depan yang benar-benar memungkinkan kejatuhan UMNO dan BN.  Sebelum ni tidak.  Saya rasa tahun 1999 ada saat di mana kita berfikir mungkin BN akan jatuh.  Ini kali kedua, bila selepas tahun 2008 yang memberikan keyakinan bahawa BN mungkin jatuh..."
Ringkasnya, Nurul cuba meletakkan keperitan yang berlaku di depan matanya dalam satu konteks yang sarat dengan harapan, memudahkan dirinya untuk menerima realiti tersebut.  Maka tidak sukar untuk menjangkakan kesedihannya apabila "konteks besar" itu mendatangkan kekecewaan sebaliknya, misalnya PRU ke-11 pada tahun 2004.
PRU ke-11 yang menyedihkan
"Saya sedih kerana pada ketika itu parti juga hanya mempunyai satu kerusi parlimen, dan nampak seolah-olah tidak ada harapan lagi.  Memandangkan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi juga menang begitu besar, lebih 90% daripada kerusi di parlimen.  Dan sokongan rakyat begitu melonjak naik untuk beliau, dan kepimpinanan, dan juga janji-janji palsu kepada reformasi..." katanya.
"Jadi tentunya, memang saat ini saat yang sukar untuk kami, kerana kita memang sentiasa berharap, kita optimis, tapi kalau apa pun, pemenjaraan ayah dan keadaan ayah yang pada ketika itu memang sudah menggunakan kerusi roda, sudah merasai kesakitan belakang yang teramat sangat, jadi semua ini memberi saya rasa... Ya, amat sedih kerana... Yalah, kita berdepan dengan pelbagai cabaran, dengan pelbagai bentuk, kan?"
Beliau menyambung, "Persada politik sudahlah merudum, sangat sedih keadaannya.  Dan secara peribadi juga tidak banyak yang dilakukan... Kerana kita tahu, mana-mana negara sekalipun, di luar dunia antarabangsa, sokongannya tidak konsisten.  Kekuatan kita adalah dalam negara."
"Apakah keputusan PRU pada tahun 2004 ditafsirkan sebagai Anwar telah dilupai?" tanya wartawan MerdekaReview.
"Saya tidak.  Beginilah.  Sememangnya sebagai seorang simbol, Anwar Ibrahim (gambar kanan), batang tubuh beliau yang sangat kuat, tapi tentunya ia terpaksa juga digandingkan dengan keupayaan kita untuk mengubah hidup rakyat, memberikan alternatif yang lebih baik untuk rakyat.  Jadi, segala-galanya perlu seimbang."
Nurul berkata, "Jadi kalau asyik kalah saje dalam pilihan raya, tak banyak yang boleh kita tawarkan untuk rakyat.  Kekangan itu luar biasa terhadap pimpinan.  Bayangkan tahanan politik... Bila (Parti) Keadilan mula merudum?  Keadilan mula merudum setelah enam orang pimpinan kami ditahan di bawah ISA..."
"Sama seperti Parti Rakyat Malaysia.  Kalau dibiarkan kami hidup, tanpa tangkapan, tanpa kekangan... Jadi kalau you biar demokrasi itu subur tanpa kekangan, saya pasti Keadilan akan mendapat lebih kepercayaan daripada sekarang."
Sokongan yang memahat ingatan
Namun, di sebalik kegelapan sifat manusia, tetap ada cahaya yang meneranginya.  Dan detik-saat inilah yang memahat hati Nurul Izzah, ketika mengharungi peristiwa yang menyayat hati itu.
"Semasa saya terpaksa menghadapi peperiksaan akhir, final paper.  Semasa ayah dipecat.  Saya tak boleh tunda peperiksaan akhir saya.  Dan saya fikir yang paling terpahat di fikiran saya adalah betapa banyak sokongan diberikan oleh teman-teman.  Semesta pertama kita baru kenal, kita baru kenal orang, kan?  Kawan saya semuanya, tanpa kecuali beri sokongan yang begitu menyeluruh termasuk juga para profesor, para lecturer, pensyarah yang pada saya sesuatu yang tak mungkin dinikmati oleh mangsa-mangsa tahanan Ops Lalang dulu..."
Nurul menganggap dirinya bernasib baik, pada ketika beliau memerlukan pemahaman orang di sekitarnya, "Kadang-kala manusia ni mungkin dari senyuman, mungkin dari satu pandangan bila kita tengah sedih, tidak perlu buat banyak.  Tapi semuanya memberi mesej yang (berbunyi) 'saya bersama kamu'."
"BN tak boleh rampas saat-saat indah bersama ayah!"
Sesungguhnya, "Keluarga Reformasi" ini enggan menyerah ketika menghadapi musuhnya.  Segala yang bersifat kebendaan boleh dirampas, malah jasad tubuh badan boleh dikurung, tetapi bukan kebahagiaan mereka.
"Setiap kali kami ke penjara, tidak ada berita yang sedih yang dikhabarkan.  Kami sentiasa optimis kalau dalam penjara, dipenuhi dengan gelak ketawa.  Walaupun (tahun) 2004, walaupun ayah sakit...apa pun, dipenuhi dengan gelak ketawa.  Kerana itu masa kami.  Dan kalau BN hendak menghancurkan dan merampas kegembiraan kami, BN tak boleh merampas saat-saat indah bersama ayah, walaupun setengah jam, sekali seminggu!"
Jawapan ini cukup untuk mengalahkan musuhnya.  Namun, di sebalik ketabahan, mustahil kesedihan tidak menjelma, dan ia diakui Nurul Izzah.
"Memang, setiap kali memang ada kesedihan.  Tetapi kami cuba fikirkan, kami kena fikirkan, yang kena tahan ISA tu juga sedih.  Tahanan ISA, keluarga mereka juga...jadi it s not only about us.  Kita merasa ada orang lain... Aung San Suu Kyi di Burma, suaminya meninggal dunia, tak dapat berjumpa pun.  Dan anak-anaknya tidak bersama beliau, keseorangan... Jadi, semua ini membawa kami kepada perspektif baru, di mana bukan kita sahaja keseorangan dalam kesengsaraan ini."
Ketika diminta untuk menilai ibunya Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah memberi jawapan sebaliknya, "Ayah saya adalah seorang lelaki yang paling bernasib baik di dunia ini," katanya sambil ketawa.
Bagaimana pula Anwar Ibrahim (gambar kiri) sebagai ayah dari kaca mata Nurul?
Ketika ditanya, Nurul berkata, "Beliau seorang yang amat penyayang, dan sentiasa mencuri masa untuk menaburkan kasih kepada keluarga.  Setiap orang anak-anaknya.  Dalam kesibukan semasa (menjadi) Timbalan Perdana Menteri, setiap malam beliau akan mengucapkan selamat malam kepada kami semua.  Bayangkan, walaupun tak jumpa lama tapi ucapan selamat malam, makan bersama itu adalah rutin harian," katanya, sambil menambah bahawa bapa yang tidak mahu memanjakan anak-anaknya ini "memang mengutamakan perjuangan, tapi kasihnya itu tidak pernah dilupakanlah."
Bagaimana pula selaku seorang ahli politik?  "Saya fikir, sebagai orang politik, beliau menunjukkan karisma dan stamina yang terbaik antara banyak pemimpin.  Mungkin yang terbaik kalau dibandingkan dengan pimpinan lain.  Nobody work as hard as Anwar Ibrahim.  Itu yang saya nampak."
"Saya pun tak terlawan.  Masa dia bantu, termasuk Dato Zaid di Hulu Selangor (pilihan raya kecil), tidak ada siapa, dia kerja lebih keras daripada calon.  Saya boleh sebut, itu caranya," kata Nurul, yang mengadu letih - "I am so tired" sepanjang wawancara, kerana terpaksa berhempas pulas sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi.
"Tapi tentunya, untuk mana-mana pemimpin, dia perlukan dokongan.  Sokongan strategi, sokongan daripada pimpinan nombor dua.  Timbalan Presiden contohnya, dan Naib-Naib Presiden.  It's not a one man show," katanya, yang sudah tentu kasihan melihat bapanya yang kini berusia 63 tahun, terpaksa berulang-alik dari mahkamah ke Batu Sapi untuk kerjaya politiknya.
Beban yang terlalu berat di bahu Anwar
Nurul merendahkan suaranya, "Dan pada saya, yang mencetus kesedihan saya adalah bila masa beliau..segala-galanya permasalahan negara, harapan Pakatan Rakyat, harapan pembangkang letak di atas bahu beliau.  Dan saya fikir tidak adil.  Mana-mana pemimpin pun, perlu mendapat sokongan dan dukungan yang teguh.  Kerana itu BN menggunakan strategi kotor menyerang peribadi, menyerang beliau di mahkamah.  When you attack him personally, dia akan cuba menggagalkan Pakatan Rakyat, menggagalkan perancangan lain."
"Bayangkan kalau kita tidak ada kes mahkamah, bukankah beliau dilihat sebagai seseorang yang amat berjaya, tidak ada langsung masalah, problem, konflik, benar tidak?  Tapi bila menggunakan cara kes (mahkamah), mencetus lompatan dan sebagainya... Kepada saya mudah, Saiful juga mempunyai maklumat dari segi mereka yang hendak melompat.  Dia bekerja dalam pejabat.  Jadi, bayangkan semua ini terikat satu sama lain..."
Calon Naib Presiden PKR ini cuba merungkai bahawa tuduhan liwat Saiful Bukhari bukan serangan peribadi terhadap Anwar semata-mata, tetapi bersangkut-paut dengan maklumat parti, malah politik negara dalam satu lingkungan yang lebih besar.
"Jadi, apapun, masalahnya sekarang, saya fikir tiba masanya pimpinan-pimpinan lain memberikan sokongan, dukungan dan strategi ke depan untuk membantu beliau sampai ke Putrajaya.  Jangan harap beliau seorang.  Kita bantu.  Beliau itu kuat, karismanya itu meyakinkan, tapi jangan harap, jangan expect dan berikan bebanan berterusan.  Itu kerja pemalas.  Maaf..." luahan yang jujur Puteri Reformasi, yang juga anak sulung kepada Anwar-Azizah.

Hooray! Rosmah tetap de facto PM selepas pilihan raya ke-13

Semalam, dalam artikel bertajuk "Play the game according to the ‘rules’ or else quit the game," Raja Petra Kamarudin tulis:
Zaid has to be consistent. If he wants to be seen as a man of principles, and if he claims that the party election is fraudulent, then there are no two ways about it. Zaid must walk the talk or else be known as a man who pulls his principles out of his pocket only when it works against him but will leave his principles hidden in his pocket when he can profit from it.
Hari ini, selepas mengumumkan menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim dipetik oleh Malaysian Insider sebagai berkata:
"I don’t think anyone wants me now ... I will stay on (as a PKR member). But that is all I can do for now" (lihat "Zaid: I don’t think anyone wants me now")
Dari awal lagi, dengan usaha habis-habisan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden PKR dan segala amalan yang nampak tidak adil dan tidak bersih kian menjadi-jadi dalam pemilihan PKR terutama pemilihan jawatan nombor duanya, ramai yang yakin Azmin pasti akan menjadi Timbalan Presiden. Saya dah lama yakin 100 peratus.

Saya tidak suka Azmin. Tetapi kalau demokrasi memilih Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR, saya tak boleh buat apa-apa sambil menyimpan rasa tak suka.

Ia sama seperti saya tak suka Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri ketika mereka memegang jawatan itu dahulu (zaman Tun Hussein Onn atau dua Perdana Menterui sebelumnya naik, saya tak berapa ketahuan lagi bab-bab politik ni). Ia sama seperti saya tak suka Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu. Ia juga sama seperti saya tak suka Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri kini atau Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Saya benar-benar tak suka. Tetapi oleh kerana demokrasi telah memilih mereka, saya terpaksa merelakan status quo walaupun rasa tak suka bengis membara.

Sambil itu, saya tetap mempersoalkan proses demokrasi yang mengangkat mereka. Saya tetap tidak yakin proses demokrasi negara ini berjalan adil dan bersih. Tak yakin langsung.

Begitu juga, saya tetap tidak yakin proses pemilihan di dalam PKR berjalan adil dan bersih. Tetapi, tentulah kita tidak boleh mengharapkan Tian Chua memimpin demonstrasi Bersih di hadapan pejabat PKR di Merchant Square.

Ketika demokrasi berdarah dan bernanah di dalam PKR dan PAS pula sedang basah berpeluh bermain kejar-kejar dengan undi Melayu, saya tertarik dengan komen di bawah tulisan Zaid bertajuk "Withdrawal from Deputy President contest" di dalam Malaysia Today hari ini:
BN and especially Najib/Rosmah are laughing their way to PUTRA JAYA again come next GE.
Memang benar, jika orang-orang Umno tidak jatuhkan Najib, Datin Seri Rosmah Mansor akan tetap menjadi Perdana Menteri de facto selepas pilihan raya umum akan datang.

Menghadapi keadaan itu, ramai kawan yang marah kat saya apabila saya kata kita undi calon yang tak karut-marut sahaja. Yang karut-marut tak payah pergi mengundilah dan kalau mereka bertanding di tempat kita, kita pergi tempat lain untuk membantu calon-calon yang tak karut marut. Namun mengundi mereka apa lagi calon Barisan Nasional (BN), na'zubiLahi min zalik.

Saya bernasib baik kerana tidak mengundi di Gombak, Gombak Setia atau Sala umpamanya (sekadar menyebut beberapa contoh dan dengan mengambilkira jika wakil Pakatan Rakyat yang menawarkan diri kelak masih lagi orang yang sama seperti pilihan raya 2008 lalu). Saya harap Nurul Izzah Anwar yang saya dan isteri saya undi di Lembah Pantai tidak berubah menjadi buruk kelaku.

Baca ini:
Zaid’s political secretary Rashid Azad Khan said the polls should be called off in view of allegations of irregularities and claims of phantom voters.

“For example, our polling agent reported that the voter turnout in Kubang Pasu was only 84.

“But the initial vote tally showed that Azmin clinched 80 votes while Zaid garnered 76 votes.

“Where did the additional 72 votes come from? Could they be phantom voters?’’ he asked.

Rashid also said the agents had reported that there was a 30-minute blackout immediately after balloting ended at 4pm Friday.

“Candidates’ agents were not allowed in, and the ballot boxes were not sealed at the time,’’ he claimed, adding one of the election officer was caught on camera wearing Azmin’s campaign badge raising questions over their impartiality.

Rashid claimed that following complaints, the election monitor decided that the Kubang Pasu result should be a tie of 81-81.

“I am appalled. How can the results simply be amended?’’ he asked (baca selanutnya dalam The Star 30/10/10 "PKR polls: Zaid leading amidst allegations of phantom voters, irregularities")

MB Kedah Bidas Muhyiddin Politikkan Isu Banjir

Azizan bidas Muhyiddin, dakwaan tidak berasas

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana lewat melawat mangsa banjir yang disifatkan terburuk pernah berlaku di negeri ini.

Beliau berkata, sebagai pemimpin nombor dua, sepatutnya Muhyiddin tiba lebih awal untuk meninjau nasib penduduk Kedah, termasuk melawat bilik operasi banjir negeri untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini.

“Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (beliau) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar,” katanya sebelum memulakan konvoi melawat mangsa banjir ke lima pusat penempatan sekitar daerah Kota Setar dan Anak Bukit.

Lima pusat penempatan banjir itu ialah Sekolah Wawasan Taman Aman, Sekolah Kebangsaan (SK) Sematang Gunong, Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan, SK Seberang Nyonya dan Kuarters Polis Taman Derga Jaya.

Mengulas kenyataan Muhyiddin kelmarin, kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat, Azizan berkata, itu dakwaan tidak berasas kerana semua agensi bawah Kerajaan Negeri termasuk Pusat bekerjasama dengan baik menangani bencana ini.

“Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung,” katanya.

Azizan berkata, kenyataan itu hanya berdasarkan laporan pemimpin UMNO yang sengaja mahu mencetuskan isu, sebaliknya Muhyiddin tidak ke lokasi yang betul bagi mendapatkan maklumat tepat.

“Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata,” katanya.

Ditanya mengenai desas-desus kononnya setiap mangsa banjir akan memperoleh RM500 seorang, Azizan berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menjanjikan bantuan seperti itu, seeloknya dirujuk kepada Pusat mengenai dakwaan tersebut.

“Rujuklah kepada Kerajaan Pusat, mungkin mereka yang mahu beri. Kita cuma sampaikan bantuan secara keseluruhan,” katanya. -SH

Serbuan Sultan, Gobind diarah keluar dewan

Ahli parlimen Puchong, Gobind Singh hari ini diarahkan keluar dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana terus mengasak menuntut jawapan daripada Menteri Dalam Negeri, berhubung serbuan polis ke atas bekas Sultan Kelantan.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum itu mendakwa persoalan berkenaan tidak perlu dijawab kerana tiada dalam senarai perbahasan bajet yang dibentangkan.

Gobind bagaimanapun bertegas dan mahu Hishamuddin menjawab sama ada ada atau tidak siasatan dijalankan.

Speaker bagaimanapun berkata menteri mempunyai hak untuk tidak menjawab soalan yang dikemukakan.

Gobind bagaimanapun bertegas dan terus menyoal speaker jika di dewan yang mulia ini dia tidak dapat jawapan di mana lagi beliau harus bertanya.

Pandikar Amin, kemudian meminta Gobind keluar dan berehat.

Sebelum keluar Gobind berkata lebih baik keluar daripada terus berada di dewan ini dengan menteri tidak dapat memberikan jawapan.

"Besok saya datang dan saya akan tanya soalan yang sama untuk mendapatkan jawapan dari menteri," kata Gobind.

Kata-kata itu menyaksikan speaker yang pada mulanya hanya menyuruh Gobind supaya keluar sepanjang masa rehat dari jam 1 petang hingga 2.30 petang menukar keputusannya dan menggantung Gobind sehingga berakhir sesi hari ini.
Pada serbuan polis Mei lalu, Tengku Muhd Fakhry Petra yang ketika itu adalah Tengku Temenggung juga ditahan untuk satu malam.

Selain baginda, beberapa pengawal peribadi Sultan Kelatan ketika itu juga ditahan sejurus beberapa minit mereka meninggalkan Istana Kubang Kerian, di Kota Bharu.

Tengku Fakhry dilaporkan berada di konvoi mengiringi ayahhanda dan bodannya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, dalam perjalanan ke Hospital Mount Elizabeth di singapura untuk mendapatkan rawatan susulan.

Anwar: Keputusan Zaid kerana kekalahan di Sabah

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Zaid Ibrahim mungkin telah membuat keputusannya untuk mengundurkan diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden parti itu berikutan prestasi yang mengecewakan pada pemilihan di Sabah pada hujung minggu lalu.

Namun beliau tidak mahu menglas lanjut status Zaid sehingga membaca apa yang ditulis oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu di blognya.

"Saya tidak mahu ulas lanjut hingga saya baca apa yang ditulis oleh Zaid kerana bimbang mungkin salah tafsirnya.”

Berhubung dakwaan Zaid, beliau menarik diri kerana PKR membenarkan penyelewengan dan penipuan pada pemilihan itu bagi mencapai tujuan mereka, Anwar berkata isu berkenaan telah ditangani oleh setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, Saifuddin telah menjelaskan secara panjang lebar berhubung dakwaan penipuan undi oleh penulis blog, Haris Ibrahim dengan menjelaskan bahawa kertas undi yang berlainan warna dikeluarkan setiap minggu.

"Saya sendiri tidak tahu (warna kertas undi itu). Ia langkah bijak oleh pihak parti,” katanya.

Turut mengiringi Anwar adalah presiden PKR yang juga adalah isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar berkata Zaid tetap mempunyai peranan dalam PKR di sebalik hasratnya untuk melepaskan semua jawatan dalam parti.

Beliau ditemui selepas memfailkan beberapa pindaan berhubung notis rayuan qazaf supaya pihak pendakwaan mengenakan tindakan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Perebutan jawatan timbalan presiden PKR menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Zaid, dua naib presiden PKR - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub.
Sabah, sebelum ini disebut sebagai kubu kuat Zaid bagi mendapatkan undi setelah ketinggalan hampir 700 undi pada minggu lalu.
Namun perkara itu tidak menjadi kenyataan tetapi sebaliknya, selepas lebih satu pertiga daripada kira-kira 200 cabang PKR melangsungkan pemilihannya, Azmin terus mengungguli jawatan nombor dua dalam parti itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang yang telah mengadakan pemilihannya, Azmin - di depan dengan majoriti 2,620 undi.

Beliau secara keseluruhan mendapat 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 manakala Mustaffa pula mendapat 1,215 undi.