Ahad, 7 November 2010

Tsu Koon janji lebih tegas, mahu guna ‘kung fu mentadak’

Koh berkata beliau sudah mampu ‘berkeras’ apabila perlu berbuat demikian. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 7 Nov — Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini berjanji akan lebih tegas dalam segala tindakan dan pandangannya terhadap sesuatu isu, yang sebelum ini dilihat anggota parti sebagai terlalu lemah lembut. Mengibaratkan kepimpinannya sebelum ini seperti kung fu “tai chi” yang lemah lembut, Koh berkata beliau akan menggunakan seni mempertahankan diri yang lebih  keras iaitu kung fu “mentadak”.
“Saya mungkin terlalu tai chi kerana saya belajar kung fu ini sejak umur sembilan tahun. Tetapi sekarang, saya telah belajar kung fu ‘mentadak’ yang mana adik saya merupakan jurulatih kepada saya.
“Maka saya boleh menjadi ‘keras’ pada masa yang diperlukan kerana ia merupakan satu jenis kung fu yang nampak ‘keras’, katanya semasa menggulung perbahasan pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-39 di sini.
Bagaimanapun, Koh berkata cara yang terlalu keras berkemungkinan besar akan membawa kesan negatif terhadap parti itu.
“Misalnya, sifat angkuh seperti Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teik Lee menyebabkan beliau tewas di dalam pilihan raya kecil Batu Sapi.
“Sehubungan itu, kita perlu tahu mendapat keseimbangan supaya bertindak lembut atau keras dalam masa memerlukannya,” katanya. — Bernama

GERAKAN: Cuaca ekonomi, politik masih buruk

Walaupun kerajaan memperkenalkan gagasan 1Malaysia dan beberapa pendekatan ekonomi, cuaca ekonomi dan politik sedunia masih buruk dan terumbang-ambing, kata presiden GERAKAN Tan Sri Koh Tsu Koon.


"Lautan masih bergelora, dengan bongkah-bongkah batu dan ais yang membahayakan, dalam erti kata (lain) kehidupan kita masih terbelenggu dengan pandangan yang berbeza dan ekstrimis dan bersimpang-siur yang memperlihatkan ketidaktentuan senario politik dan keresahan emosi, serta legasi-legasi lama yang masih menghantui kita," kata Koh.

Sehubungan itu, diibaratkan krew kapal yang dalam keadaan bahawa, Koh menyeru semua pihak dalam parti itu tidak saling bergadung dan menuding jari antara satu sama lain.

"Pertengkaran sedemikian sudah tentu akan membahayakan kapal itu. Sekiranya kapal itu tenggelam, kita semua akan turut lemas, tidak kira siapa yang memenangi pertelingkahan dan pergaduhan itu," kata Koh.

Menyampaikan ucapannya dalam persidangan perwakilan nasional parti itu ke-39 di Kuala Lumpur hari ini, Koh menekankan keperluan semangat keterangkuman (inklusif) - senada dengan laungan Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno sebelum ini - dan kesederhanaan dalam gabungan BN.

"Kita harus melakukannya dengan sekadar segera disebabkan, dalam beberapa bulan kebelakangan ini, suara-suara melampau semakin meninggi dan cuba menarik perhatian ramai.

"Ini telah mengakibatkan reaksi buruk, bukan sahaja di media dan internet, tetapi juga telah mencetus rasa resah dan marah di kalangan rakyat," kata Koh yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bercakap di harapan perwakilan GERAKAN daripada seluruh negara, Koh juga dilihat cuba menaikkan kembali semangat ahlinya yang mungkin pudar ekoran kekalahan teruk mereka dalam pilihan raya umum lalu, yang menyebabkannya hilang penguasaan di kubu kuat sendiri di Pulau Pinang.

"Pengkritik-pengkritik kita cuba memaparkan GERAKAN sebagai sebuah parti 'tak berguna' dan parti tidak mempunyai harapan. Kalau begitu, mengapakah kita terdapat tiga wakil rakyat bebas yang memilih untuk memasuki parti kita, dan bukannya memasuki parti-parti yang lain yang lebih besar, dalam tempoh masa satu setengah tahun ini?

"Kalau begitu, mengapakah seramai 20,000 orang dari semua negeri telah menjadi ahli baru, dan 5,000 orang lagi dalam proses permohonan? Bukankah kerana mereka tertarik kepada ideologi dan impian parti, track record dan prestasi parti kita?" kata Koh.

Banjir: BN hanya berlakon, tuduh melulu

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Dakwaan Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan Negeri Kedah melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa banjir di negeri itu adalah tuduhan melulu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sejak dari awal banjir melanda negeri itu, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan membantu mangsa banjir termasuk memastikan pusat penempatan sementara mencukupi.
(Gambar: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak turun bertanya khabar mangsa banjir di pusat pemindahan)
"Tuduhan mengatakan kerajaan Negeri Kedah tak ambil tahu masalah mangsa banjir satu tuduhan yang sangat melulu, yang dibuat oleh Barisan Nasional.
"Kerajaan negeri menyediakan bantuan untuk diagihkan kepada mangsa banjir termasuk sumbangan daripada PAS sendiri, wakil-wakil rakyat dan sumbangan orang ramai," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini.
Ujarnya, media hanya membuat laporan berdasarkan kenyataaan pempimpin Umno, tanpa mengikuti sendiri perkembangan dan usaha yang dilakukan kerajaan negeri.
"Media juga memberikan laporan yang tak betul. Kata tak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang turun dan sebagainya. Media tak pernah pun ikut kita. Kita pun tak fikir waktu banjir ini nak panggil media, tak sempat nak tunggu media datang untuk kita redah kawasan banjir.
"Kalau nak tunggu media datang baru nak pergi kawasan banjir, bermasalah juga. Mana nak jaga orang media, mana nak bawa bantuan, bot pun tak cukup.
"Kita tak ada masa nak ambil gambar, nak berlakon, jadi kita pergi semata-mata untuk bagi bantuan. Sharizat datang sehari dua sahaja, bukan pergi semua kawasan pun," katanya.
Menurutnya juga, keadaan banjir di negeri itu sudah semakin pulih namun ada beberapa kawasan yang masih ditenggelami air.
Beliau memberitahu, kerajaan negeri masih meneruskan pemberian bantuan khususnya bekalan makanan dan air bersih.
"Banjir makin pulih dan sebahagian besar mangsa sudah pulang.Tapi masak dan makan minum masih di pusat penempatan. Dijangka esok sebahagian besar mangsa akan pulang ke rumah masing-masing.
"Bantuan masih diperlukan kerana kita nak pastikan setelah pulang dari pusat pnempatan, mereka dapat bagi tumpuan untuk cuci rumah yang mengalami banyak kerosakan dan harta benda.
"Kita akan bagi apa-apa sumbangan yang ada dalam stok kita khususnya air bersih kerana di kawasan tertentu bekalan air terputus," katanya lagi.
Mahfuz juga memaklumkan, misi bantuan banjir di kawasannya akan bergerak ke Kampung Empa dan Kampung Seberang Paya di Dun Bukit Lada hari ini untuk menghantar bantuan kepada mangsa di kawasan itu yang terputus hubungan dengan kawasan lain sejak beberapa hari yang lalu.
"Penduduk di sana terputus hubungan dengan kawasan lain. Bomba pun tak berani nak pergi sebab bot mereka kecil dan arus deras," jelasnya.
Bekalan makanan juga akan dihantar ke Dun Bukit Pinang hari ini.

Awang Selamat wartawan pendusta

Saya ingin melahirkan kekesalan terhadap tulisan Awang Selamat di dalam Mingguan Malaysia pada hari ini (7 November 2010) yang jelas melakukan serangan peribadi kepada al-Mursyidul Am PAS, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran kegagalan PAS mempertahankan Dun Galas di dalam pilihanraya kecil 4 November yang lalu.
Di bawah tajuk ‘Maafkan Nik Aziz’, Awang Selamat yang tidak diketahui identiti sebenarnya ini memulakan serangan ke atas PAS kononnya mempunyai penyokong yang seringkali melakukan provokasi.
Barangkali kerana sering berlindung di bawah lumut dalam tempurung sempit Umno, Awang Selamat telah buta atau membutakan matanya sendiri untuk melihat telatah penyokong Umno yang jelas sekali lebih gemar melakukan provokasi. Butakah Awang Selamat untuk melihat telatah penyokong Umno yang secara tidak berakhlak melakukan tindakan yang tidak bermoral sama ada sewaktu penamaan calon mahupun hari pengundian bagi mencetuskan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat?
Di dalam isu wang zakat yang dianggap rasuah oleh Umno, wartawan pengecut Awang Selamat ini nampaknya terus keliru untuk membezakan wang zakat dan rasuah. Wang zakat yang mencetuskan kontroversi itu diberikan kepada orang-orang asli yang memeluk agama Islam. Sememangnya ia diberikan semenjak dahulu lagi dan tidak menunggi saat pilihanraya kecil diadakan sahaja. Wang kertas yang dihulurkan tersebut bukanlah kepunyaan YAB Menteri Besar Kelantan yang disifatkan oleh Awang Selamat sebagai ‘sedekah’ itu, tetapi merupakan salah satu peruntukan asnaf zakat yang dikeluarkan oleh  pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JHEAIK). Ia bukanlah seperti pemimpin Umno yang merompak hasil royalti minyak Kelantan lalu dihulurkan di atas nama wang ehsan seperti yang dilakukan oleh beberapa kerat pemimpin Umno sanjungan Awang Selamat.
Jika ia merupakan rasuah, pihak Umno dicabar untuk membawa kes ini ke mahkamah dan jangan hanya berselindung di sebalik nama murahan Awang Selamat yang melacurkan pena wartawan untuk kepentingan ‘perut’ semata-mata.
Awang Selamat seterusnya memfitnah Tuan Guru Nik Abdul Aziz di dalam isu pertikaman lidah dengan salah seorang ulama besar Umno iaitu Mohd Nor Deris. Menurut Awang Selamat, “Nik Aziz kelihatan  melenting dan enggan bersalam dengan Mohd Nor”.
Untuk pengetahuan si wartawan pendusta ini, insiden ini bermula apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menghulurkan salam kepada Mohd Nor Deris lalu tidak disambut oleh Mohd Nor Deris dengan alasan PAS berkawan dengan DAP. Ini disahkan sendiri oleh Mohd Nor kemudiannya dengan menyatakan tangan Tuan Guru ialah tangan syaitan menerusi kasyafnya. Sekali lagi dinyatakan, Mohd Nor Deris yang tidak menyambut huluran tangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Tulisan ini hanyalah sebagai satu respons kepada Awang Selamat yang telah sekian lama berlindung di sebalik nama samaran dan menyembunyikan identiti yang sebenar. Jika beginilah sikap penulisan wartawan yang bertugas di Utusan Melayu (M) Berhad ini, jangan disalahkan pihak kami jika wartawan mereka tidak dibenarkan membuat sebarang liputan mahupun mendekati pejabat Menteri Besar Kelantan nanti.
Yang benar,
Ahmad Fadhli Shaari,
Setiausaha Akhbar,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh: 7 November 2010

Selepas pemilihan 1/3 cabang, Azmin kekal di depan

Selepas lebih satu pertiga daripada kira-kira 200 cabang PKR melangsungkan pemilihannya, calon timbalan presiden Azmin Ali terus mengungguli jawatan nombor dua dalam parti itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang (78 setakat semalam dan sembilan hari ini) yang telah mengadakan pemilihannya, Azmin - kini naib presiden - di depan dengan majoriti 2,620 undi.

Azmin secara keseluruhan mendapat 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 manakala Mustaffa pula mendapat 1,215 undi.

Semalam, Azmin di depan dengan dengan majoriti 1,619 undi. Beliau mendapat keseluruhan 5,027 undi diekori Zaid dengan 3,408 dan Mustaffa pula 1,197 undi.

Ini bermakna, walaupun Sabah dianggap banyak pihak sebagai kubu kuat Zaid, Azmin membuktikan berjaya memperoleh peningkatan majoriti sebanyak 1,001 undi hari ini.

Bagaimanapun, menurut sumber dalaman parti, terdapat perbezaan kecil daripada jumlah angka yang mana Azmin dikatakan mendapat 6,502 undi, Zaid mendapat 3,973 dan Mustaffa pula sebanyak 1,208 undi.

Berdasarkan sumber ini, Azmin di depan dengan majoriti besar 2,529 undi.

Bagaimanapun, dalam kehangatan pemilihan berdasarkan konsep '1 anggota 1 undi' ini, makin banyak muncul dakwaan salah laku dalam proses pemilihan ini. Kesemuanya dinafikan PKR.

PKR dijadual mengumumkan keputusan rasmi pemilihan untuk minggu ini dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu tengah hari esok.

Berikut keputusan mengikut cabang:
Tawau Azmin (553), Zaid (4), Mustaffa (0)

Sepanggar Azmin (114), Zaid (49), Mustaffa (10)

Sipitang Azmin (83), Zaid (65), Mustaffa (1)

Putatan Azmin (28), Zaid (112), Mustaffa (2)

Beluran Azmin (9), Zaid (37), Mustaffa (0)

Kota Marudu Azmin (173), Zaid (65), Mustaffa (2)

Tuaran Azmin (178), Zaid (74), Mustaffa (4)

Tenom (311), Zaid (4), Mustaffa (0)

Pensiangan Azmin (49), Zaid (87), Mustaffa (0)

Hidup gerila

Lebih kurang tujuh tahun lalu, saya bernasib baik kerana diperkenalkan dengan Mohd Yunus Lebai Ali yang lebih dikenali dengan panggilan Yunus Ali.

Mungkin ramai yang mengenalinya dan ramai juga yang tidak pernah mengetahui tentang kewujudan manusia hebat ini.

Yunus adalah bekas aktivis mahasiswa sekitar tahun 70-an. Beliau juga seorang 'korban' Operasi Lalang yang menyaksikan lebih 100 orang pemimpin parti pembangkang dan NGO menjadi mangsa kerakusan kerajaan pada ketika itu.


Selain seorang pensyarah sambilan, tidak ramai yang tahu bahawa beliau merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang menjadi anggota unit komando Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di bawah pimpinan Yaser Arafat!

Senator Yusuf Husin, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng dan Datuk Mahfuz Omar adalah teman-teman baik beliau semasa di Kem Tahanan Kamunting.

Selain itu di pihak pemerintah, Ahmad Zahid Hamidi, Ismail Sabri Yaacob dan Ahmad Shabery Cheek adalah teman rapat beliau sewaktu bersama dan selepas memimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM).

Saya tidak pernah menyangka bahawa pertemuan itu akan mengubah perjalanan hidup saya. Pada ketika itu, Amerika Syarikat sudah setahun dua menjajah Iraq.

Ayat pertama Yunus Ali kepada saya sebaik saja kami diperkenalkan adalah: "Kalau aku muda macam kamu ini, dah lama aku pergi Iraq."

Kenyataan itu menyebabkan saya berminat untuk mengenali beliau dengan lebih mendalam.

Yunus pada waktu itu adalah pengarah eksekutif kepada Pusat Janadaya atau Empower, sebuah NGO yang melaksanakan kerja-kerja mempromosi demokrasi dan hak asasi manusia.

Selain itu, NGO tersebut turut menjalankan program-program bagi membantu mangsa tsunami di Kuala Muda, Sungai Petani dan Pulau Langkawi, Kedah.

Yunus mengundang saya dan kawan-kawan untuk membantunya menjayakan program-program Empower di Kuala Muda dan Langkawi.

Pada waktu itu, fokus Empower untuk menjalankan program untuk kaum ibu dan remaja.

Menubuhkan NIEI

Sewaktu bekerja, saya dapat melihat kehebatan Yunus. Sifatnya yang lemah-lembut menawan hati peserta-peserta program termasuklah kami di pihak penganjur. Yunus juga seorang penyabar dalam mengurus organisasi.

Saya dan kawan-kawan yang agak "liar" pada ketika itu dapat beliau tangani sehinggakan kami berubah untuk menjadi manusia yang lebih baik. Hubungan beliau dengan peserta tidak kurang hebatnya.

Sehingga kini, jika kami beritahu Pak Teh di Kuala Muda tentang niat untuk ke kampungnya, beliau akan pastikan ikan-ikan laut yang terbaik hasil tangkapannya di masak oleh Mak Teh untuk kami. Begitulah hebatnya saudara Yunus Ali.

Saya berani katakan jika pilihan raya diadakan di Kuala Muda atau Pulau Langkawi terutamanya di kawasan-kawasan dimana program-program dilaksanakan oleh Empower, sesiapa yang menentang Yunus pasti akan hilang "wang depositnya".

Selepas selesai program membantu mangsa Tsunami di Kedah, saya mendekati Yunus untuk bersama-sama menubuhkan sebuah NGO yang bekerja untuk demokrasi dan pilihan raya.

Kami menubuhkan Institut Integriti Pilihan Raya (NIEI) bersama dengan berberapa rakan-rakan aktivis yang lain. Pada 4 Julai 2007, NIEI secara rasminya didaftarkan.

Pada waktu itu, Yunus hanya memberikan satu pesan kepada saya iaitu, perlu ada istiqamah dalam perjuangan. Pada mulanya, saya tidak faham mengapa beliau berkata demikian, akan tetapi apabila waktu bergerak seiring dengan perjalanan NIEI, barulah saya faham apa yang beliau maksudkan.

Di dalam perjuangan untuk membangunkan NIEI sebagai sebuah organisasi, banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Yunus. Beliau memberikan tumpuan sepenuh masa kepada NIEI dan meninggalkan kerja-kerja lain.

NIEI mula mendekati masyarakat dengan menganjurkan program pendidikan pengundi di Sabah.

Sebulan selepas itu NIEI memulakan program yang pertama di Sabah dengan kerjasama PACOS-Trust, sebuah NGO besar di Sabah. Program kami mendapat sambutan dan diperluaskan ke daerah-daerah lain. Pada tahun 2008, program dikembangkan ke Sarawak. Kami berjaya menganjurkan program di Kuching, Bintulu dan Miri.

Selain itu, NIEI turut melibatkan diri dalam melakukan pemantauan terhadap perjalanan proses pilihan raya kecil (PRK) seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Penanti dan banyak lagi.

Tidak kira ada dana atau tidak, Yunus akan mencari wang termasuk menggunakan wang peribadinya untuk memastikan NIEI ikut turut serta dalam setiap PRK.

Arena antarabangsa

Di arena antarabangsa, NIEI dijemput menjadi ahli kepada Asian Network for Free Election (ANFREL). Kami menghantar wakil untuk bersama-sama ANFREL ke Afghanistan, Bangladesh, Cambodia, Filipina, Indonesia, Korea Selatan, Nepal, Pakistan, Sri Lanka, Singapura, Taiwan dan Timor Timur.

Pada tahun 2007, sewaktu membantu ANFREL menjayakan misi pemantauan di Autonomous Region of Muslim in Mindanao (ARMM) di Filipina, Yunus memperlihatkan kepimpinannya di arena antarabangsa.

Kefahamannya yang mendalam terhadap masalah yang berlaku di Mindanao menyebabkan pemerintah Filipina, media dan pihak yang bertelagah senang hati dengan kehadiran ANFREL.

Sidang akhbar ANFREL selepas selesai misi pemantauan dibanjiri oleh media tempatan dan antarabangsa. Yunus diwawancara secara langsung oleh BBC dan Channel News Asia.

Yunus sebenarnya menghidap penyakit SLE atau digelar "lupus". Penyakit ini sama bahayanya dengan penyakit leukimia. Selain itu, Yunus turut menghidap penyakit gout yang menghalang dirinya untuk sering makan daging kambing bakar kegemaran.

Yunus kegeringan

Namun semangat yang ada pada Yunus sangat tinggi. Setiap kali sebelum NIEI mempunyai kerja-kerja penting baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa, Yunus pasti akan menjaga kesihatannya bagi memastikan beliau dapat bersama. Begitulah kuatnya semangat orang yang bernama Yunus Ali.

Penglibatan terakhir Yunus dalam misi ANFREL adalah sewaktu pilihan raya presiden pada tahun 2009. Saya pada ketika itu membantu ANFREL sebagai penyelaras bagi pemantau-pemantau jangka panjang (LTO).

Sesampainya Yunus di Kota Kabul sebagai ketua delegasi dari Malaysia, beliau terus jatuh sakit. Sepanjang misi, seorang pemantau dari Thailand, Air telah menjaganya dengan baik seperti mana anak gadis menjaga seorang ayahnya.

Menurut isteri kepada Yunus, Maria Chin yang juga seorang aktivis hak wanita yang terkenal di Malaysia, semenjak pulang dari Afghanistan, kesakitan Yunus tidak pernah sembuh.

Pada pertengahan bulan September tahun ini sewaktu saya berada di Beijing, China bagi mengikuti program Building a Better Asia (BABA) anjuran The Nippon Foundation, saya menerima SMS dari seorang teman, yang juga anggota NIEI.

SMS tersebut berbunyi, "Yunus sudah berhenti bernafas, doktor sudah mengesahkannya".

Saya terus lari keluar dari International Center, University of Peking, tempat program berjalan. Saya membuat panggilan kepada berberapa orang termasuk Hishamuddin Rais, teman seperjuangan Yunus semenjak zaman mahasiswa.

Selepas sah Yunus meninggal dunia, saya berjalan perlahan-lahan menggelilingi universiti. Sedar tak sedar air mata berlinang akhirnya tangisan menjadi semakin kuat sepertimana tangisan Michael Corleone dalam filem The Godfather 3 apabila anak perempuannya mati ditembak.

Gadis-gadis cantik, mahasiswa universiti yang tinggi lampai yang berada berhampiran turut bersedih tetapi pasti tidak mengerti mengapa saya menangis.

Selepas Yunus tiada lagi

Sehingga kini saya masih belum percaya bahawa Yunus telah meninggal dunia. Saya belum kuat untuk bertemu dengan Maria Chin dan anak-anak Yunus.

Saya akan cuba kuatkan diri untuk pergi bertemu dengan mereka secepat mungkin untuk menyelesaikan segala perkara yang tertunggak. Janji saya kepada diri, cita-cita Yunus Ali untuk melahirkan sistem pilihan raya yang baik dan demokratik akan saya teruskan.

NIEI akan terus berdiri sebagai sebuah badan yang independen tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik. Kami tidak peduli soal siapa yang akan memerintah, yang penting, perjalanan pilihan raya di Malaysia, bebas dan adil untuk semua pihak.

Segala pelajaran yang diberi oleh Yunus akan saya kongsikan kepada anak-anak muda yang berminat untuk bersama perjuangan NIEI. Dalam usia yang masih muda dan terkontang-kanting membina hidup, bukanlah satu perkara yang mudah untuk menjadi pengerusi NIEI.

Akan tetapi, berkat tunjuk ajar dan bimbingan yang diberi oleh Yunus Ali, seorang sahabat dan pemimpin yang amat dikasihi, cabaran akan disahut untuk terus berjuang bagi memastikan Malaysia akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Untuk pengetahun semua pembaca, ini adalah artikel yang paling susah untuk disiapkan. Ianya memakan masa hampir dua bulan. Artikel ini mula di tulis di China, kemudian diteruskan di Malaysia dan alhamdulillah akhirnya berjaya disiapkan di Thailand.

Selamat jalan Yunus Ali. Kita pasti akan bertemu lagi. Kami akan terus merinduimu. Al-Fatihah. Pelajaran yang paling penting yang saya pelajari dari Yunus Ali adalah bagaimana untuk melaksanakan segala kata-kata.

Sepertimana kata Rendra, seorang penyajak ulung dari Indonesia, "perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata".

Semoga Yunus aman disana. Bersama-Nya. Bersama Dr Burhanuddin Helmy, Ahmad Boestamam, John Lennon Che Guavara. Dan yang paling penting bersama Muhammad SAW dan Ali bin Abi Talib.

by Amin Iskandar

TPM: Dengar degup jantung rakyat

MuhKUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,  apabila pilihan raya umum hampir tiba, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  pasti akan bertanyakan kepada beliau tentang situasi di bawah serta keadaan parti-parti komponen.   
"Dia (Perdana Menteri) dapat maklumat tetapi saya kena maklumkan kepada beliau juga di mana kekuatan kita, di mana kelemahan kita, kalau Umno, Gerakan, MIC dan lain-lain ada kelemahan saya bagitahu sebab kita semua dalam satu. 

"Bila Gerakan hadapi masalah dan kelemahan, ia ibarat cubit paha kiri paha kanan pun rasa sakit.   
"Kalau Gerakan sakit, saya lebih sakit, bila Gerakan pulih, semangat saya pun sudah pulih," kata timbalan perdana menteri..   
Beliau berkata walaupun BN memenangi dua pilihan raya kecil baru-baru ini, parti itu tidak harus selesa kerana masih banyak lagi usaha yang perlu digerakkan bagi memastikan semangat dan sokongan rakyat akan terus kekal bersama BN.  
"Kita perlu turun ke bawah, pasang telinga, dengar denyut dan degup jantung rakyat, apa yang mereka sebut dan bangkitkan, apa isu yang biasa mereka tanggungjawab sosial dan ekonomi," katanya berucap merasmikan persidangan Gerakan di sini hari ini.

Parti komponen BN diminta turun padang selesaikan masalah rakyat sebelum PRU

Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin (depan) melambai tangan ke arah petugas media sambil bersalaman dengan perwakilan semasa tiba bagi merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) ke-39 di Dewan Wawasan Menara PGRM di sini, hari ini. — Gambar Bernama
KUALA LUMPUR, 7 Nov — Semua pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta supaya sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat agar mereka tahu bahawa BN merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat.  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata urusan untuk menggerakkan program parti ke peringkat akar umbi adalah tanggungjawab bersama kerana ia juga merupakan langkah persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Saya cadangkan semua parti komponen parti turun lihat keadaan yang ada di bawah, cari jalan penyelesaian masalah mereka dan ambil tindakan yang lebih sesuai untuk bantu rakyat.
“Ini supaya mereka tahu bahawa BN adalah satu-satunya parti yang terus memperjuangkan kepentingan mereka dan akan menjamin masa depan mereka yang lebih baik lagi,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan 2010 di Dewan Wawasan, Menara PGRM di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN sendiri akan turun ke setiap negeri untuk memastikan setiap masalah yang dihadapi rakyat dapat diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.
“Pimpinan BN komited dengan apa yang nak kita lakukan, tentukan kita bekerja untuk memenuhi tuntutan rakyat, ini teras kepada apa yang kita lakukan, saya berbangga kerana inisiatif sudah bermula, tetapi langkah yang ada di hadapan kita adalah amat jauh sekali.
“Kita tidak boleh persiakan gerakan-gerakan yang dilakukan pihak di sana (pembangkang), masalah-masalah yang timbul hari ini baik ada hubung kait dengan sosial, ekonomi, politik dan pendidikan perkara ini kita akan uruskan, saya beri jaminan bukan saja saya akan dokong tetapi kita akan berusaha bersama-sama,” katanya.
Muhyiddin, yang membayangkan bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam “masa terdekat”, berkata yang menjadi ukuran terhadap segala usaha dan inisiatif BN adalah rakyat kerana merekalah yang akan menentukan sama ada parti ini akan terus berkuasa pada masa hadapan.
“Yang penting kita tinggal dua tahun lagi, saya sebut ini bukan sebab saya tahu bila pilihan raya, saya tidak tahu, Perdana Menteri yang lebih tahu, tetapi saya tidak kira tahun tetapi bulan, 30 bulan pun bulan juga.
“Jadi kita sebagai orang politik yang kita ambil kira selalunya kita kerja macam mana kuat sekalipun yang jadi ukuran adalah rakyat di bawah, sampai lima tahun dia pangkah ke tidak BN itu yang kita tentukan,” katanya. — Bernama

PKR sec-gen: No leaked ballot papers, no polls manipulation

By Rahmah Ghazali and Fazy Sahir
PETALING JAYA: PKR secretary-general Saifuddin Nasution Ismail today rubbished claims that the party's ongoing elections have been compromised by leaked ballot papers.
Talking to reporters in a hastily arranged press conference at the party headquarters, Saifuddin said all ballot papers contained a high level of security to ensure transparency in the polling process.
He added that the ballot papers for all top positions have serial numbers and are in booklet formats. They are also printed on coloured papers to distinguish the different polling weeks.
He was responding to claims made by blogger Haris Ibrahim in his People's Parliament blog that the ballot papers were available even before the weekend elections and could result in manipulation of votes cast.
Quoting a party source, Haris wrote that he was provided with 1,000 white-coloured ballot papers. He added that the ballot papers will be used to boost the votes of certain candidates in the event of a low voter turnout.
Saifuddin, however, was adamant in stating that the ballot papers used in the just-concluded weekend polls and those for next weekend are different from those papers used a week ago.
He said that the ballot papers used for a specific week cannot be brought forward to another week and that each division produces different serial numbers.
“It is impossible to manipulate the elections by using these so-called leaked ballot papers.”
"For example, the ballot papers used in Kuala Kedah division cannot be used in Bachok or Machang, and we use colour-coding. First week of polling, we used white colour, this week is blue colour.
"If Haris obtained 1,000 white-coloured ballot papers, I don't think these can be used for this week. We will also have a different colour for next week. But I wouldn't reveal now because Haris might find out," he said, jokingly.
"By using colour-coding alone, this avoids any possibility of reusing or recycling the ballot papers to ensure victory for any candidate," said Saifuddin, adding that they have used "the most transparent system" for the elections.
Two possibilities for a leak
Despite his strong belief that the system could not be manipulated, Saifuddin was also open to the possibilities of a leak in the system which enabled Haris to get hold of the ballot papers.
"There are two possibilities. If I am a party member, I will give my identification card or my membership card to the election monitor before I cast my vote. I would then take the ballot paper given to me.
"I could then take the ballot paper out (from the election centre) and not cast my vote, because voting is a right.
“The other possibility is that there could be unused ballot papers that have not been completely disposed of by the monitor that could have caused the leak," he said.
Based on Saifuddin's explanations, the leaks, however, could not jeapordise the election process due to the security aspects in place.
He also said that "wild accusations" of irregularities in the elections will not force the party to thwart its elections process, which has entered its final lap.
"I will not postpone or stop the election process just because of Haris' wild accusation against us. It does not impact the process. We only have next week left to complete the process," he said.
'Non-members' out to tarnish our image
Also present at the press conference were outgoing deputy president Syed Husin Ali and party president Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Syed Husin, while admitting that there could be certain weaknesses in the manner the elections were being conducted, lashed out at "non-members" who were out to tarnish the party's image.
"And these people never came up with any concrete evidence. They only made general accusations without any details... there is no way these ballot papers can be manipulated," he said.
Wan Azizah also added that the party was working hard to make the election process transparent and just for candidates.
"We do not apply any corrupt elements in our elections. In these inaugural direct elections, we strive hard to uphold the integrity of party polls," she said.
No manipulations in Libaran and Sandakan
On another matter, Saifuddin also ruled out any discrepancies in the Libaran division election in Sabah yesterday.
The division had overwhelmingly voted in favour of Azmin Ali ahead of Zaid Ibrahim for the deputy president's post. However, allegations were raised that the counting process was manipulated to ensure a victory for Azmin.
Saifuddin said the counting process was done at a different place as the venue of the election was only booked until 5pm.
“After that we had moved the ballot boxes to the nearby Sandbay Hotel after reaching consensus with the monitors and the division leader. And we started counting at that hotel. This is not against the party's election regulations," he said.
He also clarified that there was "no problem" with the Sandakan division election where similar claims of irregularities were made.
The race for the deputy's post sees a neck-and-neck race between Azmin and Zaid. At the end of polling yesterday, Azmin was leading by about 230 votes. The third candidate, Mustaffa Kamil Ayub, is stranded way behind.

Pemilihan Keadilan ‘halal’ dihentikan segera

Parti Keadilan Rakyat menafikan siri dakwaan aktivis sosial Haris Ibrahim bahawa kertas-kertas undi pemilihan pusat parti itu, yang berlangsung sejak 29 Oktober lalu, kini dijual oleh kem Azmin Ali.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan dakwaan itu sebagai “kenyataan liar Haris.”
“Borang yang Haris dedahkan itu adalah minggu lepas punya, sepatutnya sudah dihapuskan.
“Lagipun, warna borang minggu ini adalah berbeza dengan warna minggu lepas. Kalau (didakwa) ada jual beli kertas undi, mana kertas undi minggu ini,” kata beliau.
Selain itu kata beliau, Jawatankasa Pemilihan Pusat (JPP) juga tidak menerima apa-apa aduan walaupun sistem pemilihan kali ini membolehkan setiap calon yang bertanding menghantar ejen proses pengundian dan pengiraan undi (PACA) di setiap pusat pengundian.
“Kalau ada anasir jual kertas undi, tentunya PACA paling awal menyerang JPP, bukan seorang blogger liar,” kata beliau lagi.
Pentadbir Pemilihan Keadilan Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin juga menafikan perkara itu dengan menegaskan, beliau juga ingin tahu butiran lanjut mengenai tuduhan itu.
“Tidak benar... sebenarnya saya pun nak tahu dari mana, berapa banyak kertas undi boleh dibeli, harganya, tetapi kami telus (dalam mengendalikan pemilihan),” kata beliau
Calon jawatan naib presiden Nurul Izzah Anwar melihat dakwaan itu sebagai sesuatu yang berat.
“Saya memandang berat dakwaan ini dan saya menggesa agar siasatan mendalam dijalankan berhubung perkara ini,” kata Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika ditanya tulisan Haris semalam.
Pada masa yang sama beliau meminta ahli-ahli parti bertenang dan berkata, parti harus mengambil tindakan tegas dengan menjalankan siasatan rapi.
“Sebaik sahaja siasatan selesai, parti harus mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mencuri harta parti, selain kerana telah membenarkan sekuriti dilanggar,” katanya lagi.
Sebanyak 68 cabang telah selesai mengadakan pemilihan pucuk kepimpinan pada hujung minggu lalu - pusingan awal tiga hari pertama - dengan Azmin kini mendahului Datuk Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub bagi pemilihan timbalan presiden.
Pada sidang media minggu lalu, Saifuddin telah memberi penjelasan berhubung kesilapan pada pengumuman keputusan rasmi yang menunjukkan Zaid, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, pada Isnin lalu mendahului saingan tiga penjuru jawatan nombor dua itu buat seketika.
Dalam blognya kelmarin di bawah tajuk PKR, and its ballot papers, up for sale (PKR, dan kertas undi untuk jualan), Haris berkata, beliau akan menemui seseorang yang mendakwa mempunyai kertas undi, yang boleh digunakan dalam pemilihan kali ini dan akan menyerahkan kepadanya sebagai bukti.
Dalam tulisan susulan bertajuk “Kak Wan, what do you want me to do with these ballot papers? (Kak Wan, apa yang anda mahu saya lakukan dengan kertas-kertas undi ini) semalam, Haris berkata, beliau menemui lelaki berkenaan yang menunjukkannya kertas undi bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
“Kertas undi bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden semuanya membawa nombor siri manakala kertas undi MPP tidak.
“Dia memiliki 100 keping kertas undi kesemuanya,” tulis Haris dalam blognya The People’s Parliament.
Haris berkata, beliau bertanya pihak yang bertanggungjawab mengeluarkannya tetapi dia enggan menjawab.
“Dia menjelaskan pengawas pemilihan JPP boleh memanipulasi senarai ahli yang menghadiri proses pemilihan, di mana peratusan keluar mengundi adalah rendah, diubahsuai ke arah peningkatan, dan dimasukkan kertas undi tambahan ke dalam peti undi,” katanya lagi.
Malah kata beliau lagi, di tempat tertentu tiada langsung senarai kehadiran ahli, keadaan yang membolehkan kertas undi tambahan dimasukkan ke dalam peti undi.
Haris memberitahu, lelaki berkenaan mengakui dia mendedahkan perkara berkenaan kerana kepimpinan yang dia memihak dilihat ditipu.
Malah menurut Haris, lelaki itu bertindak sedemikian dengan harapan sesuatu akan dilakukan untuk membetulkan keadaan itu dan jika tidak, tiada gunanya kekal dalam PKR.
Haris juga berkata, apabila ditanya siapa di belakang kejadian itu, lelaki berkenaan mendakwa Azmin dan sekretariat ibu pejabat dan beberapa anggota JPP di mana pengerusinya Dr Molly Cheah tidak lagi mempunyai kawalan ke atas jawatankuasa berkenaan.
Haris, peguam yang berpejabat di Bentong juga menunjukkan kertas undi yang didakwa diperoleh daripada lelaki terbabit dan mempersoalkan sama ada terdapat banyak lagi kertas undi di luar pada masa sekarang.
Haris juga bertanya sama ada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berjaya mempertahankan jawatannya tanpa cabaran akan melakukan sesuatu untuk mengatasi isu terbaru ini.
Malah dalam mesej Twitter semalam, Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali pula berkata, “anggota-anggota PKR harus waspada terhadap blog-blog dan laman-laman web yang menabur pelbagai fitnah untuk gagalkan pemilihan parti.”
“Mereka punya agenda buruk,” kata beliau yang tidak mempertahankan jawatannya kali ini.
Hari ini (7 November) masuk hari kelima pemilihan dilangsung dan tinggal lima hari lagi.
Sharpshooter - Majoriti anak muda amat malu dengan perkembangan terkini dalam pemilihan Keadilan 2010. Pemilihan Keadilan 2010 wajar dihentikan segera. Jangan hina blogger setelah berkuasa, bukankah dahulu bloggerlah yang menjadi rujukan dan media alternatif Pakatan Rakyat sejak tahun 1998? Luahan terkini Mat Saman Kati di sini dan anak muda di sini.
Sepatutnya pemimpin atasan Keadilan insaf dengan kekalahan di Galas dan Batu Sapi. Sepatutnya mereka ambil pengajaran dari keputusan kekalahan dalam pilihanraya kecil tersebut dengan bermuhasabah dengan hukuman rakyat bukannya saling salah menyalah umno dan bn. Soal umno dan b-end gunakan media, jentera kerajaan, wang, pembangunan segera dan sebagainya itu perkara biasa. Sejak bila umno dan b-end tidak guna wang dalam pilihanraya?
Sharpshooter selaku penyokong Penerus Perjuangan Reformasi team Chegubard telah membuat beberapa laporan secara dalaman walaupun team Chegubard sedang mendahului. Ini bermakna bukan soal siapa menang siapa kalah tetapi ini soal ketelusan dalam keadilan. Ini soal masa depan Parti Keadilan Rakyat bukan soal individu yang bertanding.
Pemimpin boleh datang dan pergi, tidak akan ada pemimpin yang kekal sebab semuanya akan menemui ajal. Janganlah hanya kerana seorang pemimpin, rosak semua imej Perti Keadilan Rakyat. Biarlah ahli menentukan siapa pemimpin mereka tanpa dipaksa. Inilah pesanan Chegubard yang berjaya memikat hati anak muda Keadilan, Chegubard juga selalu berpesan, ini bukan soal Chegubard menang atau kalah, jangan taksub dengan Chegubard, jangan fanatik dengan Chegubard tetapi ayuh bersama Chegubard jika anak muda merasakan Chegubard boleh memimpin dan menegur pimpinan atasan. AMK wajib diberi nafas baru.
Akhir kata, kepada Saifudin Nasution, bertindaklah secara adil, siasatlah segala laporan secara adil, telitilah segala laporan dengan teliti sesuai dengan sifat anda yang memang amat teliti dengan angka dan fakta. Yang salah katakan salah, tidak ada kompromi.
Semoga Keadilan dapat bertindak segera sebab rakyat sudah menyampah dengan sesetengah pemimpin Keadilan. Ubah sebelum parah...ubah demi maruah.

Pemilihan PKR: Dakwaan Haris berniat jahat

PETALING JAYA, 7 Nov: Sistem keselamatan dan integriti yang diperkenalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerlahkan bahawa dakwaan Haris Ibrahim adalah berniat jahat.
"Dengan ciri-ciri ini, dapat menolak dakwaan bahawa kertas-kertas undi ini digunakan semula," ujar Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Begitupun, katanya PKR tidak akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Haris, pemilik blog The People's Parliament, http://harismibrahim.wordpress.com kerana menganggap dakwaan liar untuk membantu proses mematangkan parti.
Dakwaan itu selepas aktivis sosial Haris yang mendakwa wujudnya jual beli kertas undi kepada kem Azmin Ali sejak 29 Oktober lalu disifatkan Saifuddin mengeluarkan kenyataan liar, semalam.
Menurut Saifuddin, kertas undi tersebut mungkin dikeluarkan dari pusat pengundian oleh pengundi berdaftar itu sendiri.
"Membuang undi bukanlah sesuatu yang wajib, mungkin pengundi sendiri membawa keluar kertas undi," ujarnya pada sidang media di ibu pejabat PKR petang ini.
Katanya, kedua-dua kemungkinan itu masih tidak boleh mengakibatkan berlakunya manipulasi pada proses pengundian.
Ahli Parlimen Machang itu menambah, setiap kertas undi untuk pemilihan jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua AMK dan calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) terdapat nombor siri.
Katanya, kertas undi di Kedah tidak boleh dibawa ke Sabah kerana nombor siri berbeza.
Begitu juga, jelasnya warna kertas undi pada minggu ini berbeza dengan minggu lalu.
"Kalau Haris ada kertas undi warna putih (minggu) lalu, ia tidak boleh digunakan pada minggu ini.
"Saya tidak boleh beritahu warna kertas undi minggu depan, takut Haris cetak," ujarnya seloroh.

"Musuh PKR ialah mereka yang tidak mahu keadilan"

Zaid 3Oleh Muda Mohd Noor
KUALA LUMPUR: Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan yang juga Penyelaras Pakatan Rakyat , Datuk Zaid Ibrahim berkata musuh utama  PKR ialah orang yang tidak mahu melakukan keadilan.
"Musuh kita bukan A, B, C, D tetapi musuh kita ialah orang yang tidak mahu melakukan  keadilan.
"Kalau hendak buat reformasi mesti bermula dari  diri kita dahulu,  diri kita mesti betul.

"Kita semua membuat pengorbanan cuma berbeza sahaja. Pengorbanan bukan dilakukan oleh seorang sahaja tetapi semua orang," kata bekas menteri undang-undang.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pertemuan dengan pemimpin PKR Wilayah Persekutuan malam tadi.
Zaid yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR menegaskan sejak mula lagi beliau sangsi dengan proses pemilihan PKR.
Menurutnya, beliau yakin ada  yang tidak betul berlaku dalam pemilihan PKR kali ini.
Katanya, Jawatankuasa Pemilihan (JKP) melakukan tanggungjawab dengan telus tetapi tidak kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).
"Saya dukacita kerana banyak bantahan, segala kepincangan dan kelemahan  tetapi sampai hari ini tidak ada  tindakan yang diambil.
"…(Dan) Parti tidak mengambil tindakan," katanya.
Zaid berkara, pemilihan PKR bukan soal kalah menang tetapi mengenai demokrasi dan kebertanggungjawaban.
Dalam pemilihan semalam Zaid menang di cabang Kota Belud, Pasir Mas, Kudat dan Keningau.
Dua lagi yang bertanding jawatan timbalan persiden PKR ialah Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub.
PKR melaksanakan pemilihan secara langsung di mana ahli peringkat akar umbi terlibat secara langsung.

PKR nafi jual kertas undi pemilihan

Kewibawaan jawatankuasa pemilihan PKR teruji lagi apabila berdepan dakwaan terbaru berlaku manipulasi melibatkan penjualan kertas undi kepada calon tertentu.

Bagaimanapun, menjawab dakwaan seorang penulis blog terkenal Haris Ibrahim dalam blognya kelmarin, setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dengan tegas menafikannya.

"Itu tuduhan jahat Haris. (Dakwaan itu) tak betul," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam tulisan di blog berjudul 'PKR, and its ballot papers, up for sale' (PKR, dan kertas undinya, untuk dijual), Haris mendakwa telah menemui seorang lelaki yang mempunyai bukti salah laku itu.

Dakwa Haris, dia diberitahu, pengawas pemilihan PKR boleh memanipulasi peratusan keluar mengundi dengan menambah kertas undi bagi memanipulasi keputusan.

Haris juga mendakwa, selepas ditanya, lelaki berkenaan menuduh calon timbalan presiden Azmin Ali, sekretariat ibu pejabat PKR dan beberapa anggota Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) terlibat.

Haris - seorang pengamal undang-undang - juga memuatkan gambar kertas undi yang didakwa diperoleh daripada lelaki itu dan mempersoalkan sama ada terdapat banyak lagi kertas undi lain.

Sidang media tergempar

Sementara itu, bagi menjawab tuduhan itu, Saifuddin mengadakan sidang media tergempar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya sebentar tadi.

Hadir bersama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Dr Syed Husin Ali, Saifuddin menjelaskan mekanisme dan sistem pemilihan yang diperkenalkan PKR itu sukar untuk dimanipulasi ekoran beberapa kawasalan keselamatannya seperti berikut:

  • Kertas undi yang dikeluarkan mempunyai nombor siri dan warna berbeza mengikut hari, tempat pemilihan dilangsungkan dan jawatan yang dipertandingkan.
  • Kertas undi tanpa cop daripada pengawas pemilihan dianggap tidak sah.
  • Setiap calon bertanding berhak melantik wakil masing-masing untuk memerhatikan proses pengiraan.
  • Sebelum diserahkan kepada ibu pejabat, kertas keputusan akan ditandatangan oleh pengawas pemilihan dan wakil calon.
"Dengan ciri-ciri ini, dapat menolak dakwaan bahawa kertas undi ini digunakan semula," katanya.

"Dengan tohmahan tersebut, ia tidak akan sama sekali menjejaskan perjalanan pemilihan parti. Dan kita tidak akan hentikan pemilihan ini."

Bagaimanapun, menurut Saifuddin, PKR tidak akan mengambil tindakan undang-undang kepada penulis blog.

Sementara itu, Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang pagi ini ketika dihubungi Malaysiakini, turut mengulas laporan mengenai seorang ketua cabang di Sabah yang "membuat kacau" sewaktu pemilihan parti di cabang Kudat semalam.

Saifuddin menjelaskan setakat ini, beliau belum menerima laporan lengkap daripada pengawas tentang perkara insiden tersebut.

"Saya belum menerima laporan lengkap mengenai perkara tersebut," katanya.

PKR tidak kompromi ciri keselamatan kertas undi, kata Saifuddin

Saifuddin berkata tanggapan bahawa kertas undi PKR boleh diguna semula adalah palsu. — gambar fail
PETALING JAYA, 7 Nov — Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekali lagi menafikan dakwaan sesetengah pihaknya bahawa kertas undi pemilhan boleh didapati di “pasaran terbuka” sambil menegaskan, parti itu telah mengambil segala langkah bagi memastikan ciri-ciri keselamatannya tidak dikompromi sama sekali. Sehubungan itu, Setiasusaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan aktivis Haris Ibrahim bahawa sebanyak 1,000 kertas undi yang tidak digunakan minggu lalu boleh dibeli dan digunakan semula dalam pusingan pengundian berikutnya.
PKR sedang melangsungkan pemilihan langsung yang pertama bersejarah dan kini memasuki peringkat pengundian kedua untuk memilih pucuk kepimpinan pusat.
Saifuddin menafikan dakwaan aktivis itu dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider awal pagi ini.
“Parti ingin memaklumkan semua ahli ahli dan calon-calon bertanding bahawa kesemua kertas undi yang sudah digunakan minggu lalu, tidak boleh digunakan lagi minggu ini ataupun pada minggu depan,” kata Saifuddin pada sidang media tergempar di ibu pejabat PKR petang ini.
Justeru, Saifuddin menekankan, PKR telah menggunakan empat pendekatan keselamatan untuk menangani tindakan sedemikian dan untuk mempertahankan integriti proses pemilihan.
Salah satunya ialah mengadakan nombor siri pada kertas undi yang dikeluarkan, kata beliau.
Selain itu jelas beliau, setiap cabang akan dibekalkan kertas undi pada jumlah yang terhad dengan nombor siri masing-masing yang tidak boleh digunakan di mana-mana cabang lain.
Sehingga semalam 78 cabang sudah selesai mengadakan pengundian manakala sembilan lagi hari ini.
Selain itu kata Saifuddin, kertas-kertas undi dicetak pada warna yang berbeza setiap minggu.
“Yang warna putih minggu lepas, dan warna biru minggu ini,” kata beliau.
Pengundian semalam dan hari ini adalah minggu kedua PKR mengadakan pemilihan peringkat pusat. Ia akan berlangsung dua minggu lagi meliputi hari keenam hingga hari ke-10.
“Kod warna ini tidak akan dimaklumkan kepada mana-mana pegawai pemilihan sehingga hari pengundian.
“Oleh itu, tanggapan yang diwujudkan bahawa kertas undi boleh digunakan semula atau dikitar semula adalah tidak benar sama sekali,” kata Saifuddin lagi.
Saifuddin menjelaskan, kesemua kertas undi perlu dicap sebelum diberikan kepada pengundi-pengundi yang layak pada hari pengundian.
“Mana-mana kertas undi tanpa cap adalah tidak sah,” katanya.
Selain itu kata beliau, ketika proses pemilihan, calon-calon jawatan timbalan presiden, ketua Wanita dan ketua Angkatan Muda Keadilan boleh mendaftarkan wakil mereka untuk memantau keseluruhan proses.
“Kesemua calon boleh mendaftar wakil mereka sebagai ejen proses pengiraan bagi jawatan mereka bertanding,” katanya lagi.
Saifuddin juga berkata, setiap pegawai pilihan raya akan mengisi borang penjumlahan undi, yang perlu ditandatangani oleh beliau sendiri dan juga wakil-wakil calon.
“Helaian penjumlahan undi akan mempunyai keputusan, bilangan kertas undi yang telah dikeluarkan, bilangan kertas undi dimasukkan dan bilangan kertas undi yang rosak.
“Ejen-ejen terbabit sebenarnya akan hadir sepanjang keseluruhan proses dan menandatangani helaian-helaian penjumlahan terbabit,” katanya lagi.
“Sistem ini sangat telus,” tambah Saifuddin pada sidang media yang turut dihadiri Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Senator Dr Syed Husin Ali.
Saifuddin berkata ada dua kemungkinan kertas-kertas undi minggu lalu didakwa boleh dibeli.
Katanya, kemungkinan ahli yang diberikan kertas undi tidak membuang undi dan membawanya keluar.
Selain itu kata beliau, kemungkinan pegawai pemilihan tidak memusnahkan kertas-kertas undi selepas berakhirnya proses pengundian mingguan minggu lalu.
Haris dalam blognya People’s Parliament mendakwa kertas undi pemilihan pusat parti itu, yang berlangsung sejak 29 Oktober lalu, kini dijual oleh kem Azmin Ali yang bertanding jawatan timbalan presiden.
Dalam komennya kepada The Malaysian Insider semalam, Saifuddin menyifatkan dakwaan itu sebagai “kenyataan liar Haris.”
Menerusi tulisan kelmarin di bawah tajuk “PKR, and its ballot papers, up for sale” (PKR, dan kertas undi untuk jualan), Haris berkata, beliau akan menemui seseorang yang mendakwa mempunyai kertas undi, yang boleh digunakan dalam pemilihan kali ini dan akan menyerahkan kepadanya sebagai bukti.
Dalam tulisan susulan semalam bertajuk “Kak Wan, what do you want me to do with these ballot papers?” (Kak Wan, apa yang anda mahu saya lakukan dengan kertas-kertas undi ini) semalam, Haris berkata, beliau menemui lelaki berkenaan yang menunjukkannya kertas undi bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
“Kertas undi bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden semuanya membawa nombor siri manakala kertas undi MPP tidak.
“Dia memiliki 100 keping kertas undi kesemuanya,” tulis Haris.
Haris berkata, beliau bertanya pihak yang bertanggungjawab mengeluarkannya tetapi dia enggan menjawab.
“Dia menjelaskan pengawas pemilihan JPP boleh memanipulasi senarai ahli yang menghadiri proses pemilihan, di mana peratusan keluar mengundi adalah rendah, diubahsuai ke arah peningkatan, dan dimasukkan kertas undi tambahan ke dalam peti undi,” kata Haris lagi.
Malah kata beliau lagi, di tempat tertentu tiada langsung senarai kehadiran ahli, keadaan yang membolehkan kertas undi tambahan dimasukkan ke dalam peti undi.
Haris memberitahu, lelaki berkenaan mengakui dia mendedahkan perkara berkenaan kerana kepimpinan yang dia memihak dilihat ditipu.
Haris juga bertanya sama ada Dr Wan Azizah yang berjaya mempertahankan jawatannya tanpa cabaran akan melakukan sesuatu untuk mengatasi isu terbaru ini.

9 lagi cabang PKR di Sabah tentukan nasib calon

Pemilihan PKR pada minggu kedua diteruskan hari ini dengan sembilan lagi cabang - kesemuanya di Sabah - akan mengundi memilih pucuk pimpinan parti termasuk pemimpin-pemimpin sayapnya.

Cabang berkenaan adalah Tawau, Pensiangan, Kota Marudu, Tuaran, Sepanggar, Putatan, Sipitang, Beluran dan Tenom.

Dalam pemilihan semalam, keputusan tidak rasmi daripada 78 cabang yang diperoleh Malaysiakini, Naib Presiden Azmin Ali terus menjarakkan kedudukan dengan dua pencabarnya bagi jawatan timbalan presiden.

Azmin yang juga ahli parlimen Gombak mendapat 5,027 undi.

Pencabar terdekatnya Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 3,408 manakala Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,197 undi.

Ini bermakna, setakat ini, Azmin masih mengungguli - sejak minggu pertama - dengan majoriti 1,619 undi.

Walaupun hanya sembilan cabang di negeri itu mengadakan pemilihannya hari ini, Sabah tetap dianggap sebagai negeri tumpuan kerana mempunyai bilangan anggota terbesar dalam PKR, selepas Selangor.

Sehubungan itu, pencapaian seseorang calon bertanding di negeri itu bakal menentukan sebahagian besar nasibnya dalam perjalanan panjang pemilihan sehingga 21 November depan.

Sebelum ini, dalam persaingan merebut kerusi nombor dua dalam PKR itu, Zaid sebagai bekas menteri dianggap lebih popular daripada Azmin - bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, jika corak daripada keputusan semalam berterusan - yang mana Azmin terus menggungguli di depan - tanggapan ini mungkin tidak kekal lama.

Seramai kira-kira 400,000 angggota PKR daripada leboh 200 cabangnya akan terlibat dalam pemilihan berdasarkan sistem "1 undi 1 anggota" yang diperkenalkan buat pertama kali itu.

ROSMAH PEMANGKU PM?

PARIT BUNTAR, 4 November :- Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.

Menurut seorang peguam terkenal, Malik Imtiaz Sharwa, beliau mempersoalkan bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM.

Senario ini telah menjadikan pentadbiran BN semakin pelik, isteri perdana menteri bukan seorang ahli parlimen, adakah Malaysia ini milik najib dan rosmah, kejadian ini sedikit sebanyak membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia ini sememangnya sentiasa “Malaysia boleh” dalam apa jua hal termasuklah juara kejadian pelik dan aneh.

Satu ketika dahulu, jika Datin Seri Dr. Wan Azizah juga dipersoalkan tentang hal yang sama dalam hal “mengganti” DSAI ketika beliau meringkuk dalam penjara, persoalan ini tidak wajar kerana Datin Seri Dr. Wan Azizah bertanding di Parlimen Permatang Pauh dan menang seterusnya layak selaku ahli parlimen, ini suatu yang sememangnya hak beliau untuk berada di posisi pemangku suaminya.

Akan tetapi Datin Seri Rosmah langusung tiada kaitan dengan sebarang jawatan dalam pepimpinan Negara, ahli parlimen juga tidak senator jauh sekali, masih ramai lagi mentari lain jika TPM juga tidak dapat hadir bagi mengganti PM yang berada dalam kondisi kesihatan yang kurang baik.

“Saya mencadangkan beliau (Rosmah) perlu bertanding di mana-mana parlimen terlebih dahulu jika berminat lagi mahu menjadi “pemangku” PM lagi selepas ini,” ujar Drs. Khalil Idham Lim ADUN Titi Serong yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak ketika ditemui di sini.

Saya juga ingin mencadangkan agar beliau (PM) seharusnya peka dengan kewajipan melantik mana-mana menteri bagi mengganti beliau jika sekiranya beliau tidak sihat sekalipun dalam ketidaksanggupan hadir ke manamana jemputan, ini bagi menjaga imej PM Malaysia itu sendiri.

Azmin kuasai undi hari ke-4, dakwaan manipulasi terus hantui PKR

KUALA LUMPUR, 7 Nov — Azmin Ali menyapu bersih undi dari Sabah dan satu cabang di Kelantan termasuk 881 undi dari Libaran — keputusan tidak rasm hari keempat semalam — tetapi pemilihan PKR kelihatan masih belum bebas daripada dakwaan manipulasi undi.
Sebanyak 881 undi yang diperoleh Azmin di Libaran, Naib Presiden PKR semalam, adalah yang tertinggi daripada satu-satu cabang setakat ini oleh mana-mana calon.
Bagaimanapun proses pengundian semalam turut menjadi pertikaian sesetengah calon khususnya penyokong Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa wujud elemen manipulasi dan penyelewengan, antaranya 'kehilangan' peti undi dan perubahan tempat pengiraan undi melibatkan cabang Libaran dan Sandakan.
The Malaysian Insider difahamkan pasukan Zaid akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas menerima laporan lengkap daripada cabang-cabang berkenaan.
Di Libaran, yang proses pengiraan selesai sekitar 2 pagi tadi, Zaid hanya menerima enam undi manakala Mustaffa Kamil Ayub pula lapan undi.
Libaran menyumbangkan Azmin (gambar) sebanyak 881 undi manakala Sandakan pula memberikan beliau 417 undi, Ranau (153) dan Papar (124) dan Beaufort (223).
Undi dari cabang-cabang besar di Sabah itu terus meletakkan Azmin di depan dalam pemilihan kali ini.
Zaid memperoleh undi terbanyak dari cabang Kota Kinabalu (162), Kota Belud (133), Keningau (169) dan Kudat (138).
Secara keseluruhan, Azmin dipercayai menerima 1,976 undi semalam dan disusuli oleh Zaid pula 879 undi dan Mustaffa pula sekitar 50 undi.
Keputusan rasmi akan dikeluarkan pagi esok oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media mingguannya.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider awal pagi tadi, Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin menafikan wujud elemen manipulasi dan penyelewengan yang didakwa sesetengah pihak.
Kata beliau, pihaknya belum menerima aduan daripada pihak-pihak terbabit.
“Pada keseluruhannya, proses pengundian berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar,” kata beliau ketika ditanya dakwaan peti undi 'dilarikan' dan pusat pengiraan undi diubah pada minit-minit terakhir.
“Tidak ada elemen peti undi dilarikan. Hanya melibatkan perubahan tempat kira undi itupun di Libaran, tetapi perkara ini sudah pun dimaklumkan terlebih awal sebab pusat pengundian hendak digunakan untuk tujuan lain selepas proses pengundian selesai.
“Peti-peti undi dipindahkan dengan perhatian ejen calon dan pengawas pemilihan, jadi tak timbul peti undi hilang,” kata beliau lagi.
Sebanyak 10 cabang selesai mengadakan pemilihan semalam termasuk satu di Kelantan iaitu Pasir Mas.
Di Sabah, Azmin mengumpulkan 1,941 undi berbanding Zaid (826) dan Mustaffa (39).
Pasir Mas menyumbang Azmin 35 undi manakala Zaid pula menerima 53.
Keputusan setakat tiga hari pertama menunjukkan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, memperoleh 3,051 undi manakala Zaid menerima 2,529 undi manakala Mustaffa yang juga Naib Presiden PKR, mengumpulkan 1,149 undi.
Pengumuman keputusan rasmi tiga hari pertama Isnin lalu juga menimbulkan sedikit kekeliruan dan tanda soal apabila dimaklumkan bahawa kedudukan awal Zaid mendahului dua calon lain adalah satu kesilapan manusia dalam memasukkan data.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, perubahan kedudukan adalah ekoran kesilapan manusia dalam memasukkan data keputusan.
“Ia kesilapan manusia,” kata beliau.
Hari ini cabang-cabang dari Sbaha sahaja mengadakan pemilihan iaitu Tawau, Pensiangan, Kota Marudu, Tuaran, Sepanggar, Putatan, Sipitang, Beluran dan Tenom.
Setakat semalam 78 cabang sudah selesai mengakan pengundian.
Cabang Penampang dan Silam telah menangguhkan pemilihan sehingga 20 November.
Raden Shamsulkamar berkata pemilihan Silam yang sepatutnya diadakan semalam ditangguhkan ekoran masalah logistik untuk mendapatkan lokasi pemilihan.
“Penampang akan mengadakan mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan pusat serentak pada 20 November,” katanya.

Dalam pada itu, Azmin berkata, Sabah telah menyumbangkan undi terbanyak, sekali gus menjarakkan lagi majoritinya.
“Alhamdulillah. Sabah penyumbang undi popular yang terbesar untuk saya sebagai timbalan presiden. Majoriti melonjak dari 500 kepada 1,667,” kata beliau dalam mesej menerusi Twitter awal pagi ini.
Mesej susulannya pula berbunyi, “cabang Libaran bersebelahan Batu Sapi memberi majoriti terbesar kepada saya sebagai timbalan presiden.”
Malah Azmin juga menulis beliau masih berada di Sabah hari ini dan sedang menuju ke Tenom, yang turut menyaksikan pemilihan hari ini.
“Sedang melalui Banjaran Crocker, Kimanis menuju ke Tenom melalui Keningau. Tiga jam perjalanan dari Kota Kinabalu,” katanya lagi.

Analisa Ringkas Terhadap PR Selepas Pilihanraya Kecil Galas Dan Batu Sapi




Pada saya, saya gembira dengan keputusan kali ini setidak-tidaknya ia boleh mengejutkan PR sebelum Pilihan Raya Umum supaya ia masih belum terlambat. Sedikit analisis saya terhadap Pilihanraya Kecil di Galas dan Batu Sapi...


Sedikit analisis saya terhadap Pilihanraya Kecil di Galas dan Batu Sapi:

1) Pertandingan banyak pepenjuru langsung tidak menguntungkan Pakatan Rakyat. Hal ini juga diketahui pemimpin Pakatan namum sikap mementingkan parti sendiri tetapi tidak melihat kepada gambar yang lebih besar akhirnya mendatangkan kesan buruk kepada PR sendiri. Pertandingan banyak pepenjuru telah memberikan imej kepada rakyat bahawa PR tidak bersedia untuk mengambil-alih kerajaan kerana mereka juga tidak dapat menyelesaikan masalah dalaman mereka.

2) Pelan mee segera yang juga ditawarkan oleh Pakatan ternyata tidak akan mendapat sambutan dari orang ramai, pemberian tanah pada saat terakhir tidak mendapat penghargaan daripada rakyat. PR harus mempunyai satu pelan yang berkhidmat kepada rakyat pada bila-bila masa, bukannya menyelesaikan masalah tersebut pada saat pilihan raya sahaja. Perkara ini hanya memberikan imej kepada rakyat bahawa PR adalah sama seperti BN.

3) Kekecohan dalam parti komponen Pakatan sendiri mencemarkan imej PR. PAS yang kecoh dengan pro-UMNO dan pro-PR, perebutan kuasa dalam parti DAP seperti insiden di Perak dan Selangor, pemilihan parti PKR sedang giat berlancar dimana pemimpinnya bukannya berbahas dengan matlamat dan bagaimana mereka membawa parti mereka ke satu tahap yang lebih tinggi sebaliknya menghentam antara satu sama lain. Nyata-nyata pemimpin parti komponen berasakan apabila mereka dapat memenangi jawatan penting dalam parti bermakna mereka mungkin diberikan jawatan penting di Putrajaya kerana mereka percaya pada satu hari kerak PR akan memerintah Malaysia, malangnya perkara yang sebaliknya kini berlaku, hal ini merupakan permulaan kejatuhan PR.


4) Sokongan penduduk asli ternyata tidak mengalakan. Bukan sahaja itu tetapi sokongan penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman tidak berpihak kepada PR. Ada juga penduduk asli seperti di Hulu Selangot masih ingat kerajaan selangor sekarang masih diperintah oleh BN. Apakah strategi PR? Adakah PR mengambil langkah untuk berkenalan dengan mereka bermula dari hari ini? Kerana ramai sudah berasakan Pilihan Raya Umum akan berlangsung kelak.

5) Cara promosi PR tidak langsung ditingkatkan. Media masa masih dikontrol oleh satu pihak sahaja. Rata-rata berita negatif terhadap PR sentiasa muncul ketika pilihanraya kecil. Ramai juga yang tidak tahu apakah langkah yang diambil oleh kerajaan PR di Pulau Pinang dan Selangor dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat seperti biasiswa untuk pelajar universiti di Selangor, wang untuk warga emas dan seterusnya. PR harus menubuhkan satu pasukan sama ada radio atau surat akhbar untuk mempromosikan PR kepada rakyat terutamanya penduduk di kawasan luar bandar. Media PR bukannya hanya menghentam BN tetapi harus memberitahu rakyat bahawa apa yang telah dilakukan oleh PR. Peratusan penduduk yang dapat mengakses kepada Internet masih kurang di Malaysia dan hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja maka PR harus memikirkan untuk menenbusi kawasan luar bandar kerana kebanyakan kerusi Parlimen di Malaysia adalah kerusi kawasan luar bandar.

6) Menerima kritikan daripada blogger ataupun penganalisis semasa. Jangan sekali-kali menuduh pengkritik PR bahawa mereka khianat kepada PR kerana rakyat mempunyai hak untuk mengundi sama ada PR atau BN. Harus diingatkan rakyat memilih PR pada pilihanraya yang lepas bukan kerana PR melakukan polisi yang mendapat hati PR tetapi kerana rakyat tidak mahu mengundi BN. Siasat sama ada dakwaan blogger seperti Raja Petra dalam blognya mempunyai kebenarannya ataupun tidak. Sejak awal lagi Raja Petra telah menjangkakan PAS akan kalah di Galas kerana rasa tidak puas hati penduduk terhadap kerajaan pimpinan PAS seperti isu ketua kampung, merobohkan gereja orang asli dan sebagainya.

7) Strategi terbaru BN dengan menggunakan 1Malaysia untuk menarik undi dan menganggu jumlah penduduk yang hadir ke ceramah PR nampaknya berjaya. PR harus memikirkan strategi baru untuk menangkis taktik ini. Pakaian 1Malaysia dan perarakan 1Malaysia yang dilancarkan sedikit sebanyak memberikan keyakinan kepada rakyat.

8) Sikap sesetengah PR yang hanya menyalahkan orang lain ketika kekalahan. Mereka tidak sedar keperluan rakyat dan hanya salah rakyat kerana tidak mengundi PR. Sikap ini harus diubah.


9) Janji-janji yang ditaburkan oleh PR tidak dilaksanakan. Rakyat masih menunggu janji PR seperti Pilihanraya ketiga iaitu Pilihanraya Tempatan. Sekiranya ia tidak dilaksanakan, rakyat akan menyalahkan kerajaan negeri atas ketidakberkesanan majlis dalam sesuatu urusan kerana ia dilantik oleh kerajaan negeri.


10) Isu negara tidak mendapat sambutan di luar bandar. Isu yang digunakan oleh PR kali ini tidak mendapat menarik undi dari penduduk luar bandar kerana pada mereka, isu seharian seperti mencari makan dan sebagainya lebih mendapat perhatian mereka.

11) Sikap PR yang selalu menyalahkan BN dalam segala hal. PR asyik menyalahkan BN dalam kesilapan mereka dan tidak melihat kepada diri mereka sendiri. Mungkin taktik ini boleh digunapakai pada masa dulu tetapi kini PR merupakan kerajaan di 4 negeri maka selalu menyalahkan BN tidak akan mendapat sambutan daripada pengundi. PR harus membandingkan BN dengan polisi mereka di negeri perintah mereka dan menunjukan kepada rakyat bahawa mereka lebih relevan kerana mendengar suara rakyat.

12) Strategi BN lebih berkesan. Rata-rata rakyat dapat melaungkan slogan 1Malaysia walaupun ia dilaksanakan atau tidak. Ia memberikan satu imej yang mendalam kepada pengundi. Tetapi apa imej yang ada dengan PR? Rakyat masih kabur dan cuma tahu mereka merupakan kerajaan di beberapa buah negeri sahaja. Saya mencadangankan PR menggunakan Perpaduan Kaum dalam strategi mereka.


Beginilah pendapat saya terhadap PR. Harap pemimpin PR memikirkannya. Senario BN mendapat semula sokongan rakyat sekiranya tidak diambil berat maka ia boleh merebak ke satu negara. Pada saya, saya gembira dengan keputusan kali ini setidak-tidaknya ia boleh mengejutkan PR sebelum Pilihan Raya Umum supaya ia masih belum terlambat.

Sekian Terima kasih,

Yang Benar,
GoMalaysian

Zaman kebangkitan?

Saya tak faham sikap masabodo pemimpin UMNO. Hanya kerana kita menang di Batu Sapi dan Galas, maka ramai pemimpin sudah mengistiharkan UMNO dan BN sudah pulih. Para penganalis pula menyatakan perkara yang serupa. BN sedang mara dan parti pembangkang kian luntur. Sabar dulu tuan tuan. Jangan biarkan kesukaan mengatasi reality.
Kita menang di Batu Sapi, punca nya mudah di cari. Jutaan Ringgit di belanjakan, banyak pengundi yang ada IC baru mengambil bahagian. Yang berlaku di Batu Sapi adalah direct opposite yang berlaku di Galas.
Apa yang kita celebrate di Batu Sapi? Kita pilih seorang calun balu kepada mendiang AP yang dulu. Kita tak boleh diskaun undi simpati kepada makcik ini. Orang Bajau pun ramai tidak keluar mengundi. Yang berIC baru datang ' bersyusun susyun'  mengundi BN. Projek demi projek di istiharkan. Duit entah banyak mana.
Yang menjulang si datin ini bila menang ialah puteri2 UMNO. Penyokong parti dia sendiri mana? Saya rasa orang UMNO tak malu menjulang seorang pemenang yang tidak tahu berbahasa Melayu. Dalam bab ini, pahlawan2 nasionalis bahasa membisu pulak.
Di planet mana si Datin ni diami? Its not like Batu Sapi tu macam satu enclave kampung Cina seperti di desa Pulai Gua Musang. Saya harap, dia akan segera belajar bahasa Melayu. Kalau tak, apa dia nak buat dalam parlimen?
Apa nak buat, kalau BN sudah pilih makcik ni. Saya tidak dapat membayangkan apa dia nak cakap dalam parlimen nanti. Jika ini kualiti AP yang di tawarkan kepada rakyat, bagaimana kita boleh kata BN sudah di yakini kembali?
Tolong perhatikan kenaikan peratus meningkat PKR. Yong Tek Lee bekas CM Sabah pun tidak dapat mengatasi PKR. Apa yang di tunjukkan oleh perkara tersebut? Ia menunjukkan bahawa PKR boleh mencabar BN di Sabah.
Jadi, sebelum kita galak sangat mengonfirmkan Sabah FD untuk BN, elok kita slow sedikit. Parti pembangkang bukan melihat kepada menguasai Sabah atau Sarawak. Mereka berminat untuk mendapat tambahan kerusi parlimen. Sebab mereka tahu, itu kunci kepada peguasaan Putarajaya. Dato Najib menjerit kuat mana pun, jika kerusi parlimen UMNO dan BN berkurangan, orang lain akan tawan Putrajaya dan orang lain jadi PM.
Jadi, kemenangan Batu Sapi kepada saya, tidak ada bearing kepada politik akan datang di negara ini. Kemenangan Datin adalah localized issue.
Kemenangan BN di Galas lebih signifiken. Daripada minus kepada positif. Dari deficit kepada surplus yang melebihi majority yang di perolehi oleh arwah wakil rakyat yang terdahulu. Tapi ada kita dengar ucapan terima kasih dari UMNO kepada pengarah PRK Galas? Ku Li?
Tidak ada. Kerana setiap pemimpin UMNO takut pada bayang bayang sendiri. Mustapha Mohamad dan imam2 perang UMNO lain tidak pun mengucap tahniah kepada Ki Li. Sebab setiap mereka mahu menempa nama dalam kemenangan tersebut. Semua mahu claim mereka sudah banyak berbakti kepada UMNO.
UMNO menang Galas kerana 2 faktor besar. Pertama kerana ketokohan Ku Li. Kedua, kerana strateji kempen yang berlainan. Bukan baru, tapi berlainan.
Jadi jangan kita nak sandiwara kata ini petanda UMNO pulih. UMNO belum pulih jika jentera UMNO tidak mengobah cara kerja mereka. Saya berpendapat, jika di takdirkan UMNO jatuh tersungkur, ia akan mengambil masa yang lama untuk bangkit semula. Ini kerana, UMNO sekarang ini, tidak mempunyai budaya kesukarelawan. Budaya UMNO ialah ada duit abangku sayang, taka da duit, abang melayang.
Saya tidak mahu sebut starteji ini strateji charm offensive. PM Najib pun buat perkara yang serupa dengan walkabout nya. Dia jalan sana dan jalan sini. Tapi orang tidak pula membeli pendekatan PM secara meyeluruh dan jawapan kepada masaalah. Masih ada orang kata, ini cara buat buat. Kita jalan kat Petaling Street setahun sekali atau sekali dalam beberapa tahun. Lepas iti, semua di lupakan.
Pendekatan yang di lakukan oleh Ku Li di Galas ialah pendekatan memuliakan rakyat sebagai manusia. Manusia yang mempunyai harapan dan kegelisahan. Harapan yang menuntut di puaskan, kegelisahan yang menuntut di redakan. Kita engage pengundi sebagai manusia yang mahukan permuliaan. Dan cara kita lakukan, orang boleh membaca sama ada ianya ikhlas dan jujur.
KU LI dan jentera nya menghabiskan masa berjam jam lama nya berinteraksi dengan rakyat tanpa menunjukkan bosan dan letih. Rakyat appreciate pendekatan ini.
Jika UMNO hendak memulakan zaman kebangkitan ia mesti melihat kepada mengemukakan pimpinan yang kredibel dan cara kempen yang berlainan.


Kota Damansara berlendir dosa,,Mana JAIS dan PBT..??

Kota Damansara khabarnya berlendir dosa (lihat Malaysia Today 6/11/10 "Kota Damansara, Selangor’s new Sin City"). Saya tak terkejut. Banyak tempat dalam negara ini yang menjadi lubuk dosa, lembah dosa.

Yang sakit hatinya ialah apabila dikaitkan fenomena hanyir itu dengan buruk kelaku orang-orang Pakatan Rakyat (PR) mentekedarah rasuah dari duit lendir dosa itu.

Rumah urut, pub dan bar tumbuh macam cendawan. Apabila pegawai penguatkuasa hendak bertindak, celaka-celaka dari PR dikatakan menghalang mereka. Setan-setan ini mesti diajar.

Saya rakyat yang berusaha memastikan negara ini adalah negara yang selamat untuk didiami anak cucu saya. Bunyinya selfish - mementingkan diri. Tetapi kalau anak cucu aku mendapat kerajaan yang tak kurang ajar sangat, anak cucu orang lain pun dapat.

Insya Allah, saya akan mengumpul beberapa kawan-kawan untuk melakukan apa yang terdaya. Langkah pertama, kumpul kawan-kawan dulu. Lepas tu kita bincang nak buat apa. Kemungkinan mengadakan demonstrasi tidak ditolak.

Sementara itu, kalau Perkasa ka, Umno ka nak buat demonstrasi, suka hati hampalah. Asal niat baik kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah, insya Allah dapat pahala.

Malaysia Akan Punah Jika PKR Ke Putrajaya...

Saya mohon penjelasan tuntas daripada sdra. Azmin Ali dalam isu ini. Saya juga menuntut penjelasan ikhlas daripada sdra. Anwar Ibrahim bagi menepis segala kecelaruan yang semakin jelas dalam parti pimpinannya.

Kalau dalam pemilihan parti seperti ini kepimpinan parti PKR gagal berlaku jujur dan ikhlas, bagaimana mungkin mereka akan ikhlas dalam pentadbiran jika mereka berjaya menawan Putrajaya! Malahan jika dalam pemilihan ini mereka sunggup menipu, apakah jaminannya mereka tidak menipu dalam kes liwat!!! Mungkin Anwar Ibrahim memang benar telah meliwat tetapi cuba menepis tuduhan tersebut melalui hujahan licik para peguamnya.

Saya mempunyai alasan untuk tonggeng dan kencingkan pemimpin-pemimpin PKR jahaman yang membohongi rakyat.

Kalian baca sendiri apa yang telah ditulis oleh blogger ini:

Aku sudah muak dengan segala kepincangan yang semakin nyata kebenarannya dan terus berlarutan dalam pilihan parti PKR. Zaid Ibrahim ditomah dengan segala macam hinaan palsu yang bersendikan husutan daripada Azmin Ali.

Permainan Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin jelas dalam mencaturkan kepimpinan PKR dengan cara yang amat hina.

Kalau dulu ahli parti hanya mendengar rungutan dan cacian daripada penyokong Umno/BN terhadap PKR, sekarang ahli dan pemimpin parti PKR sendiri telah sedar akan segala penipuan dan permainan kotor oleh Azmin Ali dan dibiarkan berleluasa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Sokongan terbuka terhadap Azmin Ali dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden parti oleh pejabat Anwar Ibrahim bukan rahsia lagi. Banyak email-email propaganda yang membodek Azmin dihantar kepada para wartawan dan blogger daripada pejabat PKR. Syed Hussein, Khalid Jaafar dan Biro Komuniakasi, Parti Keadilan Rakyat adalah antara agent yang samada secara "terpaksa" atau sukarela telah menatang dan menjunjung Azmin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden. Tidak cukup dengan itu, hujan fulus daripada Dato' S Khan memastikan gurkha-gurkha Azmin terus lena bertilamkan RM.

Dengar sini Anwar Ibrahim!! Kalau gini cara pemilihan parti PKR dijalankan, maka kamu dan pencacai-pencacai parti kamu tidak layak untuk mengkritik SPR atau mana-mana badan kerajaan yang menyeleweng. Parti kamu, Parti Keadilan Rakyat adalah Parti PENIPU Rakyat!

I asked if he was representing any of the candidates and was that why he was exposing this to me, as the person or persons he was supportive of were being affected.

He admitted that he was doing this because the leadership he favoured were being cheated, but he also said that he was doing this in the hope that something would be done to stop this cheating and, if nothing was in fact done, he saw no reason to remain with the party any longer.

I asked if he knew who was behind this.

Without hesitation, he named Azmin, aided, he said, by the party HQ secretariat, and certain members of the central election committee over which the chair, Dr Molly Cheah, no longer has any control.
Aku tak paham apa yang si Haris Ibrahim tulis ni. Kau semua orang cerdik pandai, kau baca sendiri kat sini.


Pakatan Rakyat leaders brushed aside the recent by-election losses in Galas and Batu Sapi as part and parcel of the long and arduous journey to Putrajaya.

Sudahlah, jangan berangan untuk menawan Putrajaya. Lagi baik berusaha untuk tawan hati ahli yang semakin menyampah kepada PKR!!!

Nanti Rosmah Pun Teringin Juga


Bantal yang menggambarkan gambar wanita AS pertama Michelle Obama, direka oleh Arpita Kalra, dipamerkan di sebuah kedai di New Delhi, India, pada Sabtu, November 6, 2010 untuk memperingati kunjungan Pasangan Pertama Amerika Syarikat Presiden Barack Obama ke empat negara Asia termasuk India.

Rosmah yang tak 'sadar' diri mengaku dirinya wanita pertama Malaysia, akan teringin jugalah bantal sebegitu untuk dijadikan koleksi (hangpa mau kaa...). Kalau Michelle Obama tidak pernah meminta untuk dibantalkan dan Arpita Kalra merasakan boleh mendatangkan keuntungan dengan ciptaannya, mungkin Rosmah Najib terpaksa mencari pereka mencipta sesuatu seumpamanya dan itu pun akan diberi percumalah...kan wanita pertama.

What happened to the Chinese votes?

By Syed Jaymal Zahiid

GUA MUSANG: Many observers and analysts shared a common sentiment that the Chinese votes in the country were securely in the bag of the opposition. In the case of Galas, they were wrong. It was the Chinese votes that gave the constituency away to the Barisan Nasional (BN).
A quick reading of the polling data of the Galas by-election, the 12th since the 2008 general election, showed a startling and perhaps worrying trend for the opposition.
The data revealed that all the predominantly Chinese enclaves in Galas backed BN. The most damning data came from Kampung Baru Gua Musang polling streams.
In the 2008 general election, the Islamist party won Galas by a majority of only 646 votes. The turnout then was slightly lower than Thursday's by-election, which saw 81% of the constituents in Galas cast their ballots.
BN's Abdul Aziz Yusoff defeated PAS' Dr Zulkefli Mohamed with a majority of 1,190 votes.
Chinese support for PAS in the 2008 polls was at 55%. PAS did not do well in three Chinese enclaves but dominated all four polling streams in Kampung Baru.
But on Thursday, the voters of Kampung Baru Gua Musang turned their backs on PAS.
PAS was betting on a slight swing in Chinese votes of at least 3% to its side. This would have helped it counter the anticipated decrease in Orang Asli votes from its original 35%.
The Islamist party was also hoping to bag the young Malay voters, who formed a sizeable chunk in the Galas electorate. This did not happen. To make it worst, PAS had nothing to fall back on now that their Chinese votebank had been robbed.
1Malaysia magic won the Chinese?
What happened? MCA deputy president Liow Tiong Lai would like to believe that the Chinese voters are warming up to Prime Minister Najib Tun Razak's 1Malaysia concept.
"They are responding to his 1Malaysia call and they believe that the prime minister wholeheartedly means it. This means we can strengthen unity as we have worked hard to achieve it," he told FMT when reacting to the news of the BN victory.
Liow gave a standard reply. He has every right to believe in it. But the fact of the matter is, the shift in Chinese feelings against PAS, particularly in Kampung Baru Gua Musang, is something new and hard to explain.
The campaigning methods of the MCA were not exactly brilliant. They were even recycled. Was this responsible in the decline of Chinese support for PAS? Hardly so.
And did PAS do anything different from before? Not really. Issues like land which have been close to the hearts of the Chinese settlers here have been more or less resolved. Their way of life has not been threatened by the brand of Islam espoused by a party its rivals love to portray as "Taliban-like".
Ku Li may have played a role
Some analysts say it could be due to the personality of the BN Galas election director Tengku Razaleigh Hamzah, the British-educated gentleman statesman. He, and not Umno, is hugely popular in Galas. This could have swayed the Chinese voters to abandon PAS.
But until the specific polling data is revealed, there can be no real answer. Nevertheless, the defeat in Galas has got the opposition in jitters over possible shift of loyalty among the Chinese voters.
The opposition camp knows that if this trend is replicated at the national level, Pakatan Rakyat, which has so far rode on an anti-establishment wave among the Chinese voters, may find it difficult to defend seats should snap polls be called.
And Najib may be convinced that the day of reckoning has come. Snap polls is now likely. And if it happens in this inauspicious climate, we may see the Chinese mandate given to the opposition expire.
It all may have started from a sleepy nobody-knows-Chinese town of Kampung Baru Gua Musang.

PAS kalah kerana faktor calon


drzulkeflimohamadGALAS: Mengapa PAS kalah teruk dalam pilihanraya kecil Galas pada hari Khamis lalu? Dr Zulkifli Mohammad kalah 1.190 kepada Abdul Aziz Yusof.
Aziz mendapat 5,324 undi, Dr Zulkifli 4, 134 undi. Aziz adalah setiausaha Umno Gua Musang, Dr Zulkifli pula ketua PAS Gua Musang.
Cakap-cakap di Galas ialah Dr Zulkifli sebenarnya bukan calon pilihan pengundi PAS untuk Galas. Ia calon pucuk pimpinan PAS.

Dalam undian untuk memilih calon, Dr Zulkifli bukan nama yang berada di tempat teratas. Menjadi dasar PAS untuk mengundi beberapa nama sebelum diputuskan untuk menjadi calon PAS.
"Orang yang dapat tempat teratas ialah Ketua Pemuda PAS Gua Musang, Abdullah Husin. Orang panggil dia Ustaz Abdullah.
"Orang PAS Galas hendak Ustaz Abdullah lawan Aziz. Tetapi tiba-tiba menjadi calon.
"Dr Zul (panggilan untuk Dr ZuIkifli) bukan calon pilihan pengundi PAS Galas tetapi pilihan pemimpin," kata seorang pemimpin PAS ketika ditemui di bandar Gua Musang, pagi Jumaat lalu.
Beliau berkata, jika parti memilih calon yang bertentangan dengan kehendak pengundi, akibatnya calon berkenaan akan kalah.
Katanya, walaupun pada pandangan mata pemimpin calon itu baik tetapi pengundi mempunyai cita rasa mereka sendiri.
"Dalam kes Dr Zul, ramai pengundi PAS berkata beliau tidak sesuai lagi menjadi calon Galas kerana sudah kalah dalam pilihanraya lalu ketika bertanding kerusi parlimen Gua Musang.
"Ini kawasan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah). Mana boleh kita letak calon sembarangan.
"Jangan kata kita menang di Galas pada 2008 kerana kita akan kuat selalu. Itu faktor nasib," katanya.
Dalam pilihanraya umum 2008, calon PAS Che Hashim Sulaima mengalahkan calon BN, Saufi Deraman.
Bagaimanapun Che Hashim meninggal dunia 29 September lalu akibat barah.