Sabtu, 6 November 2010

Is Pakatan going to Putrajaya or Balik Kampung?

In the aftermath of the two by-elections which BN won handsomely, suddenly everybody seemed to know what had gone wrong with Pakatan. Literally everybody; from the dishwasher, the Ah Long, the fruits seller, the mamak selling roti canai, the office staff and his manager, the old Ah Pek gossiping in the coffee shop, the housewife…you ask them and without hesitation; they’ll tell you one thousand reasons why Pakatan lost.
Everyone had somehow become a man of wisdom. Some have basis and some don’t. So, with humility, allow me to share my “wisdom”. This is not a post mortem; just my “coffee shop” talk…

Batu Sapi has been a two-term BN stronghold and it still is. The two challengers who came to evict the lion from its den obviously thought they were dealing with a pussycat. Well, shy and gentle housewife Linda Tsen turned out to be anything but a pussycat. The person who should have been there; but was not; was Jeffery Kittingan, the numero uno of PKR Sabah. Strange that the contest was held right there on his turf and he wasn’t there to give moral support. If your own boss is not even here to support you, that’s saying a lot. Whatever his reasons, that was the first mistake; - underestimating the enemy.

From the beginning, Ansari, a lawyer from Tuaran, was not the locals’ choice. They had wanted PKR to field the Sabah PKR liaison chief, Ahmad Thamrin. Nope; that’s not going to happen, said Anwar. What can be worst than to reject the “people’s choice”? That’s the second mistake - not listening to the rakyat.

Saying the wrong things seems to be the forte of PKR nowadays. Ansari, in his own words, “I’ve never work THIS hard in my entire life!” What?!! So, it looks like he was NOT looking forward to work hard for the Batu Sapi folks if he had won! What a thing to say! It would have probably made more sense if he had said, “I’m working very hard to educate the local folks on the need for a strong opposition and I’ll work even harder to address the various needs of our Batu Sapi folks. The day I’m elected, I will stay here, and live here, and work here – and THAT is a promise I will fulfill!”

Admittedly, the late Edmund Chong, my sincere condolences, must have done a good job to hand such a resounding victory to BN and to a lady who has literally nothing to show except being a housewife. As for T L Yong, his meager harvest should tell him where his political future lies.

Galas is another turf waiting to be taken. BN played their cards well by NOT having Najib led the assault. KuLi, although with BN, is a person the Kelantanese somehow view as a “friendly foe”. The on-going fight with the federal government on the “oil royalties for Kelantan” issue has won him much respect even among PAS members. HE was the reason why PAS lost Galas.

Let’s go back a little bit…back to 08 March 2008…

That was the day when millions of Malaysians REALLY rejoiced. The impossible had happened. The atmosphere was almost like 31st August 1957. Suddenly ANYTHING was possible. No one expected it; least of all the opposition.

Indeed it was like winning the first prize lottery. Flushed with money, Pakatan didn’t know how to react. They’d never seen so much money before. In the process, they began to act stupid. Suddenly, everything they had done was RIGHT! And by extension, everything that they will henceforth do would ALSO be right. That was, and still is, their mistaken belief. Because they’ve forgotten that the money was from a lottery; they never really earned it.

The money from that lottery was the people. THE PEOPLE WERE THE DIVIDENDS.

Ever since that fateful day, many Pakatan leaders have been spending the dividends recklessly. Instead of carefully managing their unexpected windfall; which would have increased their wealth substantially, Pakatan chose to lead a life of arrogance and senseless waste. Slowly but surely, we can see Pakatan’s dwindling dividends. If they continue to spend as they did before, most of their dividends will dry up by the next GE. And they will return to a life of poverty and hopelessness.

The winds of change are blowing. Make sure it leads you to Putrajaya and not back to your kampong.

Spend your dividends wisely Pakatan.

 by StraightTalking

GERAKAN lulus 18 deklarasi

Persidangan Perwakilan Nasional ke-39 Gerakan hari ini meluluskan 18 deklarasi yang membabitkan hal ehwal parti, politik, ekonomi, sosial dan masyarakat.

Deklarasi itu dibentangkan speaker persidangan Tan Sri Dr Chin Fook Weng sebelum diluluskan sebulat suara oleh 1,360 perwakilan di Menara PGRM di Kuala Lumpur.

Antara deklarasi yang diluluskan oleh persidangan itu ialah menyokong bahawa Perlembagaan Persekutuan harus diinterpretasi dan difahami secara inklusif dan komprehensif selain dihormati, didukung dan dipertahankan oleh setiap warganegara Malaysia.

Perwakilan turut menyokong penuh gagasan 1Malaysia yang mesti disebar luas, diinstitusikan, direalisasikan dan digunakan sebagai panduan terpenting dalam dasar dan pelbagai program kerajaan bagi mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional.

Selain itu, perwakilan juga berpendapat bahawa Rukun Negara haruslah diperkuat, diperakui dan diberi
penekanan semula.

Bagi deklarasi berhubung politik, perwakilan menolak segala bentuk politik ekstremis dan berpolitik melebih-lebih tanpa batas yang bukan acuan Malaysia dan menyokong politik bersifat kesederhanaan, kerjasama dan konsensus yang telah diperjuangkan oleh pengasas-pengasas negara terdahulu.

Ia turut menggesa BN mencipta semula iltizamnya supaya menjadi sebuah perikatan yang lebih inklusif dan memperkasakan semangat kesaksamaan dan kerjasama yang termaktub sejak pembentukannya pada 1974.

Perwakilan juga berazam memperbaharui dan menyegarkan semula parti itu bagi memastikan ia tetap kekal relevan dan berkeupayaan sebagai sebuah kuasa politik, serta mengemukakan pendirian dasar dan jalan penyelesaian pragmatik yang bukan berbentuk perkauman tetapi bersifat progresif supaya dapat menjadi suara dan pilihan bagi seluruh warganegara Malaysia.

Mengenai ekonomi, perwakilan Gerakan berpendapat konsep keadilan sosial yang memastikan tidak ada warganegara Malaysia dipinggirkan, adalah satu matlamat penting bagi kerajaan dalam menggubal dan melaksanakan dasar-dasar yang akan memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif.

Ia turut menggesa penyemakan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang lain yang menghadkan kebebasan demokratik sejajar dengan nilai sejagat hak asasi manusia dan seiring dengan kebebasan asas yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, di samping memastikan pemeliharaan keamanan, keharmonian dan ketenteraman awam.

--Bernama

BN mungkin rampas semula kubu yang ditembusi

Kemenangan 2-0 dalam PRK Galas dan Batu Sapi mungkin petanda kebangkitan semula Barisan Nasional, meramalkan potensi regim ini untuk merampas semula kawasan tradisionalnya yang ditembusi Pakatan Rakyat pada 8 Mac 2008.
PRK pada 4 November 2010 memberi isyarat bahawa PR mungkin gagal mempertahankan kerusi yang dirampasnya dari BN, dan terpaksa menyerah semula kepada BN pada PRU akan datang.  Ini kerana PR tidak bersungguh-sungguh untuk memperluaskan pengaruhnya di kawasan tradisional milikan BN setelah memenanginya, kata pengkaji politik Phoon Wing Keong (gambar kanan) ketika dihubungi MerdekaReview.
Pada masa yang sama, PRK ini menyaksikan bagaimana undi Melayu mula kembali ke BN, menambah risiko PR untuk kehilangan kawasan-kawasan sedemikian.  Dari apa yang diamati dalam PRK ini, meskipun pengundi Cina masih menyokong PR, tetapi undi tersebut gagal dipertingkatkan lagi.  Secara keseluruhannya, Phoon Wing Keong menganggap kecenderungan perubahan ini tidak memihak kepada PR.
SAPP kehilangan kuasa berunding
Seorang lagi pengkaji politik, Wong Chin Huat menganggap keputusan PRK Batu Sapi menunjukkan bahawa tiada perubahan dari segi asas struktur undi, sama ada untuk BN mahupun PR, termasuk SAPP.  Sebaliknya, retakan wujud antara PKR dengan SAPP, dan PKR akhirnya berjaya mengatasi SAPP dalam PRK ini.
Wong Chin Huat (gambar kiri) ketika dihubungi MerdekaReview menjangkakan bahawa SAPP akan tetap bekerjasama dengan PR, dan tidak kembali ke pangkuan BN.  Bagaimanapun, SAPP kehilangan sedikit sebanyak kuasa untuk berunding seterusnya, seandainya mahu bekerjasama dengan PR untuk berdepan dengan PRU yang akan datang.
Sementara itu, keputusan PRK Batu Sapi memperlihatkan sokongan pengundi terhadap parti yang lebih bersifat nasional, daripada sesebuah parti politik yang terhad kepada pengaruh tempatan.  Justeru itu, SAPP mungkin perlu mempertimbangkan cadangan untuk mengubah langkah dirinya agar menjadi sebuah parti politik bersifat nasional.

Menang Galas dan Batu Sapi: BN kini merapatkan jurang dengan 5-8

Barisan Nasional akhirnya berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar, sementara merampas kerusi DUN Galas dari PAS-Pakatan Rakyat, dalam Pilihan Raya Kecil yang diadakan pada hari ini.  Kemenangan 2-0 ini semestinya memberangsangkan pemimpin dan penyokong BN, setelah sekian lama diselubungi kesuraman sejak dilanda "tsunami politik" pada 8 Mac 2008.
Malah, kemenangan BN ini berjaya memperbaharui rekod pertarungan antara BN dengan PR kepada 5-8, dalam 13 PRK yang diadakan sejak Pilihan Raya Umum ke-12.
Majoriti 6,359 undi di Batu Sapi
Di Batu Sapi, calon PBS-BN, Linda Tsen Thau Lin meraih 9,773 undi, menang dengan majoriti 6,359 undi.  Ansari Abdullah dari PKR memperolehi 3,414 undi, mengatasi calon SAPP Yong Teck Lee yang hanya mendapat 2,031 undi.  Bagaimanapun, jumlah undi Ansari Abdullah dengan Yong Teck Lee hanya 5,445 undi, iaitu 914 undi lebih kurang daripada undi majoriti.  Di samping itu, terdapat 372 undi rosak mengikut perkiraan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Jumlah pengundi berdaftar Batu Sapi adalah 25,582 orang, terdiri daripada 15,099 orang bumiputera Islam (59.02%), 689 orang bumiputera (2.69%), 9,737 orang Cina (38.06%) dan kaum lain 57 orang atau 0.22%.  Peratus mengundi pada hari ini mencatat 61.47%, atau 15, 774 orang, agak dekat dengan 61.45% pada PRU ke-12.
Dalam PRU ke-12 pada 8 Mac 2008, 61.45% pengundi tampil melaksanakan tanggungjawab mereka.  Edmund Chong Ket Wah dari BN meraih 9,479 undi, mengalahkan calon bebas Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.  Mendiang Edmund Chong meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada 9 Oktober 2010.
PRK Galas: Undi PAS menurun
Sementara di Galas, calon UMNO-BN Abdul Aziz Yusoff memperolehi 5,324 undi, menewaskan calon PAS-PR Zulkefli Mohamed dengan majoriti 1,190 undi.  Dalam PRU ke-12 pada 8 Mac 2008, Allahyarham Chek Hashim Sulaima (PAS) berjaya meraih 4,399 undi, menewaskan Saufi Deraman (UMNO-BN) dengan majoriti 646 undi.  Allahyarham Chek Hashim Sulaima meninggal dunia pada 27 September 2010, memberi laluan kepada PRK ke-12 selepas PRU ke-12.
Di Galas, jumlah pengundi berdaftar seramai 11,553 orang, terdiri daripada 7,125 orang Melayu (61.67%), 2,317 orang Cina (20.06%), 1,839 orang asli (16.35%), 185 orang India (1.6%), 10 orang bumiputera Sarawak (0.09%) dan kaum lain-lain 27 orang atau 0.23%).  Peratus mengundi adalah setinggi 83%, iaitu 2% lebih tinggi daripada PRU ke-12.
Menurut perkiraan DAP, undi Cina yang diperolehi PAS menurun kira-kira 2% hingga 3.5%.  Malah, undi yang diperolehi PAS jelas berkurang berbanding PRU ke-12, seandainya dibaca dari perbezaan antara menang dengan majoriti 646 undi, dengan kalah 1,190 undi - membawa kepada kehilangan 1,836 undi, mengikut perkiraan kasar.
BN bangkit dari tsunami politik?
Seandainya diimbas kembali, sentimen rakyat jelas menyebelahi Pakatan Rakyat (PR), untuk satu jangka yang agak panjang selepas PRU ke-12.  Situasi ini dapat diperlihatkan apabila PR memenangi dua PRK selepas PRU ke-12, iaitu Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih besar, dan Kuala Terengganu dengan rampasan kerusi dari BN.
BN hanya berjaya mempertahankan satu kerusi di DUN Batang Ai, Sarawak pada 7 April 2009.  Namun, kemenangan ini sedikitpun tidak menceriakan BN, khususnya Najib Razak yang baru mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan, memandangkan dua PRK yang berlangsung serentak, iaitu Bukit Gantang (Perak) dan Bukit Selambau (Kedah) kekal dalam genggaman PR.
Kekalahan demi kekalahan ini mungkin antara faktor yang membelenggu BN, sehingga tidak menurunkan calon dalam PRK Penanti, yang berlangsung pada 31 Mei 2009.  Bagaimanapun, kekalahan tetap menghantui UMNO-BN apabila tewas sekali lagi di PRK Permatang Pasir, kira-kira tiga bulan selepas itu.
Undi Melayu kembali ke UMNO?
Bagaimanapun, UMNO-BN hampir mengecapi kemenangan dalam PRK Manek Urai pada Julai 2009, apabila berjaya menghakis undi majoriti PAS dari 1,352 ke 65 undi, tetapi tetap gagal untuk menembusi kubu PAS.  BN hanya berjaya menikmati manisan kemenangan pertamanya di Semenanjung Malaysia, melalui Mohd Isa Samad apabila mempertahankan DUN Bagan Pinang dengan majoriti lebih besar pada Oktober 2009.
Sejak itu UMNO-BN kembali dengan keyakinan bahawa undi Melayu telah balik ke pangkuan UMNO.  Dakwaan ini diperkukuhkan apabila BN merampas kerusi parlimen Hulu Selangor dari PKR-PR, pada April 2010.  Namun, kegembiraan ini tidak kekal lama, apabila DAP-PR mencipta keajaiban dengan merobohkan kubu BN di Sibu, Sarawak sebulan kemudian.
Kini, BN berjaya merampas DUN Galas, sementara mempertahankan Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar.  Keputusan ini sekurang-kurangnya melegakan BN di Sabah, sementara merunsingkan PR di Semenanjung Malaysia.  Kemenangan BN pada malam ini lantas mengundang spekulasi bahawa pilihan raya umum kilat mungkin diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Kalau saya masih dalam PKR, saya akan pilih Zaid Ibrahim

Tidak salah sebenarnya untuk mengangkat seseorang yang ada latar belakang kepimpinan UMNO atau BN sebelum ini ke posisi tertinggi yang mungkin dalam PKR.  Dalam kehangatan kempen pemilihan PKR sekarang, isu ini tidak sewajarnya dimainkan, lainlah jika ada orang yang boleh menemukan persamaan antara susuk Zaid Ibrahim dengan mana-mana "tokoh" dalam Konsensus Bebas di parlimen.
Kita kena ingat, Nabi Musa lahir dari dokongan Firaun.  Sebagaimana Masyitah, si tukang sisir puteri Firaun yang Muslim dalam istana Firaun, Zaid juga ketika masih lagi di dalam UMNO sudah menunjukkan bahawa dia menganut banyak agenda yang diperjuangkan PKR, termasuk Negara Berperlembagaan, mengangkat keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang serta mempertahankan doktrin pemisahan kuasa.
Ini dibuktikannya bila sewaktu menjawat jawatan Menteri Undang-Undang (baca: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri), Zaid telah meluluskan pembayaran gratuiti kepada bekas-bekas hakim yang telah dipecat di era Mahathir, termasuklah Salleh Abbas, yang sudah sah seorang ahli PAS, pernah bertanding sebagai calon PAS dalam pilihanraya, dan pernah menjadi Exco Hisbah dalam Kerajaan Negeri Terengganu di bawah kekuasaan PAS dari 1999 – 2004.  Nyata prinsip yang dipegangnya melangkaui taksub politik.
Masyitah bersama anak-anaknya direbus hidup-hidup oleh Firaun, Zaid Ibrahim dipecat dari UMNO.  Tetapi bila Zaid memilih untuk mencari ruang kepimpinan dalam PKR, apakah akan ada orang PKR pula yang mahu "merebus" Zaid?
Memang mungkin Zaid ada cerita gelap pasal hobi peribadinya satu ketika dahulu.  Zaid ketika itu hidup dalam istana UMNO, secara umumnya saya boleh katakan Nabi Musa, ketika hidup di istana Firaun, makan apa yang Firaun makan, minum apa yang Firaun minum.  Tetapi selepas wahyu kenabian, Nabi Musa adalah manusia baru yang dibersihkan Tuhan.
Maka ketika dalam istana UMNO, Zaid juga makan apa yang UMNO makan, minum apa yang UMNO minum.  Saya suka membaca biografi, saya membaca biografi Almarhum Tunku, saya juga membaca biografi Allayarham Dr. Ismail, kedua-duanya dicerita sebagai "peminum", harus dinyatakan di sini, biografi Almarhum Tunku yang saya baca adalah tulisan Ramlah Adam, yang dikenal sebagai profesor UMNO, buku itu pula diterbitkan oleh DBP.
Cerita Nabi Musa dan Masyitah mungkin contoh yang terlalu besar untuk digandingkan dengan Zaid.  Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga bekas pemimpin kanan UMNO, bahkan lebih kanan dari Zaid yang kini sedang diyakini memimpin PKR tidak pernah diperdebatkan kesetiaannya.  Kamaruddin Jaafar, juga bekas pemimpin UMNO, pernah dipercaya untuk menjadi Setiausaha Agung PAS, jauh sebelum itu, Kampoo Rajoo, bekas pemimpin BN/Perikatan, pernah beralih ke pembangkang dan kemudiannya menjadi pemimpin aliran kiri yang disegani dan dihormati.
Lalu, kenapa Zaid Ibrahim tidak boleh diberi peluang?
Mungkin saya kelihatan berat sebelah, kerana saya pernah mempertikai perlantikan Fauzi Abdul Rahman, seorang lagi bekas pemimpin kanan Umno (dikenal sebagai sahabat rapat Anwar) sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang.  Saya tidak kisah apa yang orang lain kata, kerana saya punya pengalaman peribadi dengan "permainan politik" Fauzi Abd Rahman ini sehari sebelum hari penamaan calon Pilihanraya Umum 2004 (ketika itu Fauzi masih di dalam UMNO).  Apa kisahnya saya rasa tidak perlulah saya perturunkan di sini, cukuplah saya katakan tokoh-tokoh dalam PKR Negeri Pahang masih ada untuk menjelaskannya, mereka ialah bekas Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Pahang, Jefri Rashid, dan Cikgu Dzul, bekas calon Parlimen Indera Mahkota dalam PRU2004 itu, boleh juga bertanya Ezam yang ketika itu Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.
Saya menyokong Zaid Ibrahim bukan kerana saya kenal rapat dengannya, tidak!  Cuma saya memang membaca bukunya, Saya Pun Melayu.  Saya juga menyokong Zaid bukan kerana saya benci Azmin, saya tidak punya ikatan atau apa-apa pertalian dengan kumpulan yang menggelarkan diri mereka ABA (Asal Bukan Azmin) itu.
Premis kempen Zaid bahawa ahli perlu melihat parti melangkaui Anwar mengundang sokongan saya, kerana sejak sekian lama, saya juga berpendapat begitu.  Sudah tiba masanya ahli PKR secara bersungguh-sungguh memikirkan bagaimanakah bentuk parti ini selepas era Anwar, adakah ia kekal seperti hari ini?  Sebuah parti pelbagai kaum dengan dominasi Melayu, PKR membina penampilan yang begitu mempengaruhi persekitaran politik Malaysia kerana bentuk demografiknya benar-benar mewakili bentuk komposisi kaum di Malaysia.
Untuk kekal dalam keadaan begini, PKR mesti terus wujud sebagai parti pelbagai kaum yang dipimpin tokoh Melayu.  Saya bukan rasis, bahkan saya begitu menghormati pimpinan-pimpinan muda dalam PKR dari kaum Tionghua seperti Chang Ming Kai dan Jonson Chong, tetapi kita di sini bercakap soal politik "real" di Malaysia.
Persoalannya, siapakah dari barisan kepimpinan Melayu sedia ada dalam PKR yang mampu mengambil-alih dan memimpin parti ini secara "stand alone" dalam ketiadaan Anwar dan Syed Husin, serta dapat pula diterima secara terbuka dan lapang dada oleh fraksi pelbagai kaum yang wujud sekarang ini?  Saya tidak mengatakan Azmin Ali tidak hebat, saya juga tidak menafikan kredibiliti Mustafa Kamil Ayub, tetapi saya harus memaksa ahli PKR berfikir apakah akhirnya PKR akan berkesudahan seperti Gerakan?  Sebuah parti yang asalnya diasaskan oleh kepimpinan profesional Melayu, dek kerana tiada pelapis pimpinan Melayu yang mampu dominan secara "stand alone" selepas itu, demografik kepimpinan Gerakan akhirnya berubah.  Hari ini Gerakan sudah menjadi parti yang dianggap kecil dan tidak berpengaruh.
Mengenali Zaid dari jauh, dialah bagi saya yang berupaya menghalang nasib PKR menjadi seperti Gerakan, kalau tidak, tidak usahlah menggamit mimpi Putrajaya, tidak kesampaian pun!
*Zukri Aksah ialah bekas aktivis keADILan (PKN - PKR), pernah terpilih sebagai Exco AMK selama dua penggal.  Beliau meninggalkan PKR pada tahun 2007, kini sebagai kolumnis Harakahdaily.

MCA pertikai sekolah rotan murid bukan Islam bawa makanan tak halal

November 06, 2010
KUALA LUMPUR, 6 Nov — MCA menggesa Kementerian Pelajaran bertindak tegas ke atas sebuah sekolah rendah di Sarawak yang didakwa menguatkuasakan dasar makanan halal, mendakwa tindakan itu bercanggah dengan hak pelajar-pelajar bukan Islam.
Parti komponen Barisan Nasional (BN) kedua terbesar ini berkata guru-guru sekolah awam tiada hak untuk mengenakan nilai agama mereka ke atas murid lain.
Gesaan itu dibuat Timbalan Ketua Biro Publisiti MCA Loh Seng Kok (gambar) dengan merujuk kepada insiden membabitkan pelajar Basil Baginda yang dirotan 10 kali di tangan oleh penolong kanan Sekolah Kebangsaan St Thomas, Kuching kerana membawa bekalan nasi berlauk sosej khinzir ke sekolah 15 Oktober lalu.
Ibunya Angela Jabing membawa isu berkenaan ke perhatian media selepas gagal memperoleh penjelasan memuaskan daripada pentadbiran sekolah.
Pada sidang media di Kuching minggu lalu, Angela dipetik berkata penolong kanan terbabit pada pertemuan 19 Oktober lalumemberitahunya bahawa beliau tidak boleh ingat insiden itu lalu meminta agar tidak membesar-besarkan isu itu atas alasan terlalu sensitif.
“Jika tuduhan itu betul, tindakan harus diambil terhadap penolong kanan dan pengetua sekolah terbabit,” kata Loh dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Tegasnya lagi, pengetua sekolah dan penolong kanan terbabit turut didesak supaya meminta maaf kepada pelajar dan Angela.
Ini kerana, kata beliau, pelajar yang berusia 10 tahun itu mengalami trauma akibat layanan tidak adil tersebut.
Kata Loh, tindakan penolong kanan terbabit memberi amaran kepada waris pelajar supaya tidak membesar-besarkan insiden tersebut turut dipertikai.
Penolong kanan terbabit memberi amaran kepada waris agar jangan membesar-besarkan hal kerana ini isu yang cukup sensitif di kalangan orang Islam, kata Loh memetik laporan portal berita semalam.
Beliau yang juga ahli jawatankuasa MCA pusat berkata, sekiranya pelajar bukan Islam membawa makanan tidak halal ke sekolah dianggap sebagai sensitif, pihak berwajib sepatut menghalang juga pelajar membawa daging lembu kerana ia dianggap menyentuh sensitiviti penganut Hindu dan Buddha.
Untuk menghormati semua sensitiviti agama, Loh berkata, daging ayam pun sepatutnya dilarang dan digantikan dengan makanan berasaskan sayur-sayuran demi menghormati penganut Buddha.
“Ini hanya akan mengakibatkan situasi kecoh,” ujar beliau menyindir cara pihak sekolah berdepan dengan budaya makanan pelajar-pelajar bukan Islam.
Sepatutnya isu yang melibatkan hak masyarakat bukan Islam, kata Loh, tidak wajar dianggap sensitif dan disembunyikan begitu sahaja.
Ini kerana katanya, guru tidak boleh sewenang-wenangnya memaksa nilai-nilai agama mereka ke atas pelajar bukan Islam.
Bahkan jika pengumuman melarang pelajar membawa makanan tidak halal ke sekolah dibuat sekalipun, pihak sekolah tidak boleh beranggapan bahawa setiap murid hadir pada hari itu atau memahami arahan.
“Pengumuman itu harus diikuti dengan surat edaran bertulis kepada waris,” nasihat Loh.
Oleh itu kata Loh, beliau berharap pihak berwajib memelihara aspek kepelbagaian kaum yang menjadi identiti sekolah tersebut, yang juga terkenal di bandar Kuching.

Pemilihan PKR Diadakan Juga Walaupun Tengah Kontroversi


Pemilihan PKR yang memasuki minggu kedua hari ini menyaksikan sebanyak 12 cabang lagi akan meneruskan pengundian mereka bagi memilih calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan pemimpin sayap-sayap parti.

Cabang tersebut meliputi dua negeri - 11 di Sabah dan satu cabang di Pasir Mas, Kelantan akan menjalankan pemilihan mereka pagi ini.

Proses pengundian akan berjalan antara 10 pagi hingga 4 petang. Keputusannya pula dijangka lebih awal berbanding minggu lalu ekoran jumlah cabang yang terlibat lebih sedikit.

Selain bagi menentukan nasib calon bertanding, peratus keluar mengundi antara tumpuan pemerhati politik hari ini.

Minggu lalu, kehadiran dalam pemilihan PKR amat rendah apabila hanya 9 peratus sahaja yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

PKR mempunyai kira-kira 400,000 anggotanya di seluruh negara.

Manakala sebanyak sembilan cabang - kesemuanya di Sabah - lagi akan mengadakan pemilihan mereka keesokan hari.

Daripada 68 cabang yang telah mengadakan pemilihan mereka minggu lalu, naib preisden Azmin Ali mendahului bagi jawatan timbalan presiden dengan sejumlah 3,051 undi.

Manakala pesaing rapatnya, Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim pula memperolehi 2,529, sementara Ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 1,149 undi.

Ulasan GB

Sekalipun telah diminta oleh calon Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayub supaya pemilihan ditangguhkan supaya semua isu yang dipertikaikan diselesaikan terlebih dahulu, PKR nampaknya seperti memekakkan telinga terhadap tuntutan itu.

Samalah seperti gesaan beberapa pihak supaya PKR menangguhkan pemilihan semasa kempen pilihanraya N45 Galas berlansung kelmarin. Lansung tak diindahkan.

GB pun dah sebut banyak kali, tangguhkan! Pergi cari kat arkib.

Malah pemilihan berlansung juga sewaktu pertandingan akhir bolasepak Juara Malaysia 2010 diadakan dan negeri yang dijadikan pilihan untuk pengundian pusingan pertama di dalam pemilihan pula ialah Kelantan yang terlibat di dalam perlawanan akhir tersebut! Selain itu timbul pula masalah logistik, tong undi kata mereka tersalah hantar! Punya ler banyak alasan untuk mempastikan Zaid tewas.

Ia seperti mahu segera agenda/konspirasi mereka terlaksana. Menggambarkan juga betapa kemaruknya pimpinan PKR untuk mempastikan calon-calon pilihan mereka cepat-cepat dinobatkan ke jawatan-jawatan yang ditentukan.

Bila keputusan diumumkan, bertukar 3 kali. Sekejap Azmin mendahului kemudian Zaid, Azmin balik. Kecoh sekecoh-kecohnya. Yang bikin kecoh siapa? Itu Setiausaha Agungnya yang sepatutnya tidak masuk campur dalam soal pemilihan, tetapi nak sangat konspirasi pihak atasan terlaksana, tebal muka jalankan jugak.

Sekarang ni musim banjir. Tangguhkanlah pemilihan. Kerah semua tak kira siapa, calon ke tidak, pergi bantu mangsa-mangsa banjir. Laksanakan yang utama terlebih dahulu. Untuk rakyat. Untuk kemanusiaan. Kerana Tuhan. Bukan berebut jawatan. Takut sangat Zaid menang dan Azmin kalah. Apa ler punya manusia yang ada di dalam barisan pimpinan tertinggi PKR ni?

Hari keempat PKR mengundi, dijangka tidak lebih 25 peratus

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Sementara beberapa pemimpin dan calon secara peribadi turun di Sabah hari ini, peratusan keluar mengundi diramal tidak mencecah 50 peratus sebagaimana disasarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR sebelum ini.
Berdasarkan maklum balas yang diterima sejak 10 pagi tadi daripada beberapa pengawas lantikan JPP, jangkaan rambang The Malaysian Insider berhubung peratusan keluar mengundi, umumnya dilihat tidak akan melebihi 25 peratus.
Pengundian hari keempat hari ini juga akan berakhir 4 petang ini.
Pengelola JPP Raden Shamsulkamar Raden Samsudin sebelum ini melahirkan keyakinan untuk mencapai sasaran kira-kira 20,000 anggota dari 26 pusat pengundian di Sabah dan Pasir Mas, Kelantan yang turun mengundi hari ini dan esok.
Hari ini pengundian dilangsungkan di Kota Belud, Kudat, Kota Kinabalu, Papar, Beaufort, Keningau, Libaran dan Ranau.
Proses pemilihan juga diadakan di Pasir Mas iaitu hanya satu cabang di Kelantan.
Hari ini beberapa pemimpin PKR termasuk yang bertanding dikatakan turut turun di Sabah untuk menggerakkan ahli supaya keluar mengundi.
“Saya di Beaufort memberikan sokongan moral kepada anggota dalam pemilihan MPP.
“Singgah di Pesta Bagandang di Pekan Beaufort,” kata Azmin Ali, naib presiden yang bertanding jawatan timbalan presiden, dalam mesej menerusi Twitter pagi ini.
Malah dalam mesej Twitter, Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali pula berkata, “anggota-anggota PKR harus waspada terhadap blog-blog dan laman-laman web yang menabur pelbagai fitnah untuk gagalkan pemilihan parti.”
“Mereka punya agenda buruk,” kata beliau yang tidak mempertahankan jawatannya kali ini.
Sasaran yang dinyatakan ketika peratusan keluar mengundi pada tiga hari pertama pengundian — Jumaat, Sabtu dan Ahad minggu lalu menyaksikan kira-kira sembilan peratus ahli dari 68 cabang mengundi berbanding secara purata 20 peratus ketika pemilihan peringkat cabang sebelum ini.
Peratusan keluar mengundi itu membabitkan cabang di Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Menurut Pengawas Pusat Pengundian Kota Belud, Abdul Rahman Rahim, dijangkakan 10 peratus atau kira-kira 220 anggota dari 2,250 keseluruhan ahli akan turun mengundi.
“Jangkaan saya tidak pasti, mungkin kurang daripada 10 peratus,” kata Abdul Rahman kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun katanya, jangkaan itu adalah tidak pasti walaupun pasukan JPP agresif berkempen supaya peratusan turun mengundi meningkat berbanding peratusan turun mengundi minggu lepas.
Begitu juga dengan Hezryiani Mahzan yang dipertanggungjawabkan mengurus pusat pengundi Kudat.
Menurut Hezryiani, pasukannya menjangkakan sekitar 300 orang sahaja yang akan turun mengundi di pusat pengundian tersebut hari ini.
“Kira-kira 300 orang sahaja yang akan mengundi, ini jangkaan sahaja, itu pun tak pasti lagi,” ujar beliau.
Jangkaan itu membayangkan hanya 13.53 peratus dari 2,216 keseluhuhan anggota di cabang Kudat akan turun mengundi hari ini.
Di pusat pengundian Beaufort pula, pengawasnya Zikri Fadzil menganggarkan sekitar 400 hingga 450 anggota dijangka turut bagi memilih pucuk pimpinan pusat.
“Kita di sini menjangkakan keluar mengundi dalam 400 hingga 450 (anggota) sahaja,” kata Zikri kepada The Malaysian Insider.
Jumlah maksimum yang dijangkakan itu membawa pada 11.88 peratus daripada 3,785 keseluruhan anggota di cabang itu.
Pengawas pusat pengundian Papar, Zarina Zainol pula memberitahu, sekitar 500 anggota dijangk menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Angka tersebut berdasarkan maklum balas daripada Ketua Cabang Papar J. Ghani sendiri, katanya.
“Kita belum jangka lagi tetapi menurut Ketua Cabang (Papar) J. Ghani, sekitar 500 anggota akan turun (mengundi),” ujar Zarina.
Jangkaan rambang The Malaysian Insider sendiri adalah peratusan turun mengundi hari ini mungkin berkurangan ekoran kelahan calon PKR Ansari Abdullah pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi yang berakhir kelmarin, sedikit sebanyak mengganggu momentum anggota keluar mengundi.
Namun, Badrul Hisham Shaharin yang bertanding jawatan Ketua AMK Rabu lalu menjangkakan bahawa peratusan keluar mengundi di Sabah meningkat ekoran momentum pilihan raya kecil itu.
Esok, proses pembuangan undi dijadualkan di cabang Penambang, Sandakan, Silam, Tawau, Tauran, Sepanggar, Kota Marudu, Pensiangan, Putatan, Kimanis, Sipitang, Tenom, Beluran, Batu Sapi, Kinabatangan, Semporna, Kalabakan dan Labuan setelah JPP membuat penangguhan sebelum ini ekoran pilihan raya kecil.
Selain esok, proses pengundian dijadualkan pada 13, 14, 20 dan 21 November ini.
Tumpuan paling panas pada hari ini dan esok dijangkakan masih pada kerusi Timbalan Presiden yang menjadi perebutan antara Azmin Ali, Mustaffa Kamil Ayub dan Datuk Zaid Ibrahim.
Keputusan sulung berdasarkan tiga hari pengundian minggu lalu menyaksikan Azmin berada di depan berbanding Zaid. Mustaffa jauh ketinggalan di belakang.
Kerusi Ketua Wanita turut menjadi perhatian apabila penyandangnya Zuraida Kamaruddin dicabar oleh Animah Ferrar dan Dr Suraya Sudin.
Begitu juga dengan kerusi AMK, iaitu sayap pemuda parti yang menyaksikan Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai “Chegubard” agresif mencabar penyandangnya Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Zuraida dan Badrul Hisham berada di depan pada saringan peringkat masing-masing.
Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua turut di depan meninggalkan 16 calon Naib Presiden lain iaitu Ansari, Nurul Izzah Anwar, Baru Bian, Dominique Ng, Fuziah Salleh, N. Gobalakrishnan, James Ghani, Jonson Chong, Datuk Mansor Othman, R. Sivarasa, S. Manikavasagam, Saiman Marjuki, R. Suresh Kumar, Dr Xavier Jayakumar, Yahya Sahri dan Yusmadi Yusoff merebut empat kerusi Naib Presiden.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kekal mempertahan jawatan Presiden kerana tiada pencabar.

Bermaruahkah BN menang di Galas, Batu Sapi?

Akhirnya BN diisytiharkan menang di Galas dan Batu Sapi. Di Galas BN merampas kerusi yang dimenangi oleh PAS tahun 2008 dulu. Manakala di Batu Sapi mereka mempertahankan kerusi yang mereka menangi tahun 2008 dahulu.
Maka tersenyumlah Najib dan Muhyiddin. Lebih penting lagi Rosmah tersengeh-sengeh. Tidak sia-sia Rosmah menggalas tugas suaminya merasmikan program besar negara. Tidak sia-sia beliau bertemu dengan pemimpin luar negara sebagai menggantikan suaminya. Tidak rugi beliau meminta peruntukan RM111 juta untuk Permata Negara berbanding hanya RM 95 juta untuk SAR. Tidak ada kesan apa-apa menaikkan harga minyak petrol 5 sen beberapa hari yang lalu. Semuanya bahkan menaikkan undi BN lagi.
Muhyiddin pula dan BN, tidak segan-segan meratah jentera kerajaan sepuas-puasnya. Habis sekolah, dengan murid-muridnya, guru-guru, ibu bapa, polis, tentera, pegawai kesihatan, hospital dan pelabagai agensi dikerah bagi berkempen untuk Umno. Dengan pelbagai janji manis dan peruntukan dari langit melimpah ruah jatuh ke Galas. Semuanya digunakan semaksimum mungkin tanpa rasa malu dan segan.
Hampir tergelak sekalian rakyat yang cerdik telatah SPR yang diperkudakan BN. Kalau PAS buat, semuanya ditohmah rasuah, walaupun ianya zakat. Tapi yang dibuat BN, depan mata dengan sogokan berjumlah RM250, RM100, RM1,000 dan pelbagai rasuah wang dianggap bersih. Kesian SPR yang masih hitam dari udara demokrasi.
Di Batu Sapi, apakah keburukan yang tidak dilemparkan oleh BN terhadap pembangkang khususnya Pakatan Rakyat? Naik jemu kita mendengar pujian melangit media terhadap kepemimpinan Perdana Menteri dan BN. Kononnya hanya BN layak perintah negara. Pembangkang pula - lembaplah, rasuahlah, tidak cekaplah, tidak peduli rakyatlah, tiada wawasanlah dan macam-macam lagi perkataan buruk dilemparkan.
Sekiranya inilah trend kerajaan BN dalam berkempen yang tidak mempedulikan etika dan menjaga kebebasan media, maka sukarlah indeks kebebasan akhbar negara untuk meningkat. Labih jauh lagi, bagaimana Malaysia akan diiktiraf dunia sebagai negara yang mengamalkan demokrasi yang sebenar.
Apakah yang BN hendak dibanggakan dengan kemenangan ini. Mereka perlu bertanya diri mereka sendiri, bermaruahkah kemenangan ini dengan segala macam penyelewengan yang dilakukan secara terang-terangan? Berselindung disebalik jentera kerajaan untuk berdepan dengan jentera parti Pakatan Rakyat, adil dan beranikah BN?
Bagi Pakatan Rakyat, kekalahan ini memberi makna bahawa Galas dan Batu Sapi akan kembali dimenangi dalam Pilihanraya Umum akan datang sebagaimana terjadi di Dun Pengkalan Pasir, Kelantan dan Dun Ijok kerana Pilihanraya Kecil bukanlah ukuran kekuatan BN melainkan sebagai ukuran kekuatan jentera kerajaan yang menggempur Pakatan Rakyat!

Galas: PAS nafi sabotaj dalaman punca gagal, tapi diperangkap ‘faktor Ku Li’


KUALA LUMPUR, 6 Nov — Pemimpin-pemimpin PAS menyangkal tanggapan sesetengah pihak bahawa kekalahan PAS mempertahankan kerusi DUN Galas kelmarin disebabkan wujudnya unsur sabotaj dalaman parti dan strategi berkempen PAS yang terlalu defensif terutama ketika menghadapi jentera diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman memberitahu The Malaysian Insider, khabar itu adalah permainan umum di sesawang Internet sahaja.
“Saya rasa soal strategi tidak ada ada kaitan. Isu itu main dalam pasaran (Internet),” jelas beliau.
Penegasan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu sekali gus menafikan dakwaan seorang blogger PAS Abdul Rahman Talib kononnya kekalahan tersebut berpunca oleh pemimpin PAS sendiri membantu “propaganda Umno” di Galas.
Abdul Rahman Talib yang lebih dikenali sebagai “Tulang Besi” dalam blog Malaysia Waves berkata, pemimpin yang dimaksudkan adalah Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din dan Datuk Dr Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Exco Kerajaan Selangor.
“Kempen PAS begitu ‘mandom’ dan defensif. Serangan utama Umno kepada PAS yakni PAS dipergunakan DAP, tidak dijawab langsung ataupun dibiarkan tanpa jawapan yang baik dan jelas.
“Saya tidak terkejut kerana tuduhan Umno itu turut diungkapkan dalam nada yang sama oleh pemimpin dalaman PAS seperti Hassan Ali dan Datuk Harun Din,” dakwa penulis itu.
Tengku Razaleigh
Bagaimanapun Abdul Halim berkata, pendirian PAS Kelantan tidak menyerang Tengku Razaleigh sebenarnya ekoran daripada arahan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan. “Itu tidak betul kerana kita tidak mahu menyerang peribadinya kerana Tok Guru (Nik Aziz) sendiri,” ujarnya.
Pun begitu, kata beliau, PAS tetap dengan strategi tradisinya iaitu menjelaskan tentang kepentingan menyokong perjuangan Islam serta menyerang amalan rasuah serta penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno.
Ujarnya lagi, strategi lain PAS yang boleh dikatakan berjaya untuk menghadapi Umno-BN antaranya menawarkan RM250 duit tambang balik kepada pengundi luar.
“Kita berjaya memanggil 57 peratus (pengundi luar) balik,” ujarnya.
Di sebalik kekalahan di Galas, beliau seakan mengaku yang PAS gagal menjawab beberapa isu malar segar seperti isu tanah di Lojing, pembalakan haram, pembangunan untuk Orang Asli, manfaat dari Ladang Rakyat serta dakwaan penyelewengan dalam PMBK Sawit sebagaimana yang diserang Umno.
Bagaimanapun kata beliau, kegagalan itu sepatutnya ditujukan kepada kerajaan Kelantan, bukan jentera pilihan raya diketuainya.
“Itu kena kerajaan negeri yang jawab, penceramah kena jawab... itu bukan saya yang kena jawab,” tegas beliau yang juga pengarah jentera PAS di Galas sambil memberitahu The Malaysian Insider bahawa analisis holistik PAS boleh diperoleh 13 November ini.
Bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad turut menafikan bahawa wujudnya sabotaj kempen di kalangan pemimpin PAS.
Menurut beliau, Tengku Razaleigh lebih bijak berpolitik apabila PAS mengambil sikap untuk tidak menyerang bekas Presiden Parti Semangat 46, yang telah dibubarkan 14 tahun lalu.
“Mana ada sabotajnya, Ku Li sebenarnya bijak dalam mengambil kesempatan politik ini,” ujarnya.
Beliau yang Ahli Parlimen Kuala Selangor berpendapat, jentera PAS seakan keliru apabila berdepan dengan “politik damai” yang direstui Tengku Razaleigh yang juga merupakan Ketua Umno Gua Musang dan Ahli Parlimen bahagian itu.
Akibatnya, pengundi gagal diajak menolak calon BN Abdul Aziz Yusoff walaupun terlalu banyak pengkhianatan Umno ke atas kerajaan negeri dan rakyat Kelantan.
“Kenapa tidak perjelaskan terma penerangan PAS iaitu satu undi kepada Umno adalah menyokong pengkhianatan BN tidak memberi royalti minyak kepada rakyat Kelantan.
“Itu bukan menyerang Ku Li, itulah isu yang paling besar untuk mengajak Ku Li sendiri untuk bersama-sama rakyat dan kita (PAS) menyerang Umno,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini.
Oleh kerana jentera PAS gagal menggamit emosi rakyat terhadap isu utama itu, kata beliau, jentera PAS induk gagal menguruskan keseluruhan jentera penerangan dan kempen di Galas.
Mahfuz Omar
Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula berkata, beliau tidak mengetahui bahawa wujudnya sabotaj kempen di kalangan pemimpin PAS seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena memberitahu The Malaysian Insider bahawa kemenangan BN di Galas berpunca oleh “faktor Ku Li” sendiri.
“Ketokohan dan strategi Ku Li memang nampak ‘underdog’, di luar dugaan kita tetapi saya anggap veteran Umno itu ancaman paling besar (bagi) saya (Pakatan Rakyat).
“Kita sebenarnya yang membuka peluang kepada pasukan Ku Li untuk mengeksploitasi beberapa strategi kita sehingga kita menjadi begitu defensif,” ujarnya lagi.
Beliau berkata, kejayaan Tengku Razaleigh merampas DUN Galas sepatutnya menjadi “wake-up call” kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
“Ini satu ‘wake-up call’, parti tidak boleh duduk diam, bukan sekadar memberi tahu orang ramai yang kita sedang bermuhasabah, sangat malang kalau kita tidak menyedari orang yang bukan sebarangan seperti dia (Ku Li),” ujarnya.
Lebih membimbangkan kata beliau, sekiranya ketokohan Tengku Razaleigh ini dianggap mengetuai Umno dan BN pada pilihan raya umum ke-13 kelak.
“Jika berlaku ledakan dalaman di dalam Umno untuk mengangkat Ku Li ke kerusi nombor satu (Presiden) Umno-BN, ia adalah sesuatu malapetaka paling besar, yang saya tidak dapat bayangan bagi membenamkan PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13,” ujarnya lagi.
Disebabkan itu, beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat bernasib baik kerana BN dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN.
“Kalau saya, saya suka Najib memimpin Umno dan BN sehingga pilihan raya umum ke-13,” kata beliau berjenaka kepada The Malaysian Insider.
Di Galas, Abdul Aziz mendapat 56 peratus atau 5,324 undi untuk menewaskan calon PAS Dr. Zulkefli Mohamad dengan kelebihan 1,190 undi.
Daripada 11,553 pengundi berdaftar, seramai 9,555 pengundi atau 82.71 pengundi turun bagi menunaikan tanggungjawab mengundi masing-masing pada pilihan raya kecil DUN Galas.
Peratusan keluar mengundi itu meningkat dua peratus jika dibandingkan peratusan turun mengundi pada pilihan raya umum lalu iaitu 80.6 peratus.

Asri: PKR, PR perlu lapang dada terima nasihat, jangan meradang

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Sambil menekankan pentadbiran Barack Obama juga hilang momentum dalam dua tahun, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan anggotanya PKR “berlapang dada” menerima nasihatnya agar dinosaur politik termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar bersara daripada politik.
Dalam kes Anwar, bekas mufti Perlis meminta Ketua Umum PR bersara agar memastikan perikatan berusia dua tahun itu kekal mantap dengan memberi laluan kepada pemimpin lapisan berkualiti.
Selain PKR, PR dianggotai DAP dan PAS, dibentuk selepas pilihan raya umum ke-12.
Kata Asri (gambar), jika hendak menjadi penguasa, ahli-ahli parti politik perlu belajar untuk “berlapang dada dengan rakyat jelata.”
“Bukan semua yang berbeza itu menzalimi anda!,” kata beliau dalam kenyataan disiarkan di blognya hari ini.
Kata Asri, apabila beliau menyatakan banyak dinosaur politik dalam BN dan PR yang perlu memberi ruang kepada orang lain, nama Anwar hanya disebutkan sebagai contoh.
“... seperti biasa mereka melenting, buruk sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan.
“Saya kata bahawa jika tidak berlaku perubahan, momentum politik yang berkesan akan habis dan politik berkualiti akan sukar dicapai.
“Mereka (PKR) enggan terima hakikat ini dan meradang serta membuat serangan peribadi,” kata beliau dalam tulisannya bertajuk “Jangan buruk sangka, berlapang dada: Jika tidak, bagaimana nak jadi penguasa saksama?”
Kata Asri, namun hari ini hanya beberapa hari kemudian para penganalisis politik juga mengakui PR sudah kehilangan momentum, dengan merujuk kepada tulisan dalam The Malaysian Insider bertajuk “Polls wins reveal a focused Umno, floundering Pakatan, say analysts”.
“Sebagai rakyat bawahan yang melihat permainan politik dalam negara ini, dengan sikap ‘buta warna parti’, saya dapat rasakan sejauhmanakah pertarungan itu di sudut ketangkasan dan ‘manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat’.
“Momentum sesebuah aliran politik bukan selamanya. Rakyat bukan sahaja akan terikat dengan ‘kenangan semalam’, sebaliknya mereka juga terikat dengan ‘realiti hari ini’ dan ‘impian masa depan’,” kata Asri.
Susulan komen pemimpin muda PKR, semalam seorang lagi pemimpin senior parti itu membidas Asri dengan mempertikaikan motif beliau menggesa Anwar bersara daripada politik.
“Persoalannya sekarang, kenapa beliau diminta berundur,” kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Dr Muhammad Nur Manuty dalam satu kenyataan hari ini.
Tegas beliau, Asri sepatutnya menasihatkan kepemimpinan Umno BN yang memerintah kerajaan persekutuan terlebih dahulu.
Asri menambah, aliran politik yang mampu menyedarkan tentang “kisah semalam”, membuktikan kebaikannya pada realiti hari ini, dan dapat memberikan keyakinan tentang mimpi hari esok akan mempunyai momentum yang kuat di persada politik demokrasi.
“Maka, membentangkan kepada rakyat sejarah politik lepas, mempertontonkan kepada rakyat ketinggian nilai politik yang disanjung dan membuat perancangan jelas untuk masa depan, akan menjadi pilihan rakyat yang bijak.
“Atau, jika itu tiada pada mana-mana parti, rakyat akan memilih apa yang mereka rasa paling mendekati unsur-unsur tersebut,” kata pemimpin agama ini.
Sebab itu, katanya, jangan hairan jika “momentum” Presiden Barack Obama boleh surut dalam hanya masa dua tahun apabila dilihat gagal merealisasikan impian rakyat seperti yang dijanjikan.
“Walaupun kempennya hebat, tetapi apabila dia berada di pentas realiti, penilaian rakyat mula berbeza.
“Apakah mereka yang kurang momentum daripada Obama dan gagal memperlihatkan keharmonian dan kesantunan dalam parti sendiri mampu meneruskan momentum yang lepas?
“Ertinya, jika ini berterusan, PR mula kehilangan momentum,” kata Asri lagi.
“Banyak sebab, mungkin. Salah satunya ubat bagi saya, keperluan ‘mentajdidkan’ pemain utama.
“Jika tidak, mungkin negara kita hilang keseimbangan politik antara pemerintah dan pembangkang,” kata beliau.

PAS, DAP nafi ‘keluhan Batu Sapi’ setiausaha politik Anwar


KUALA LUMPUR, 6 Nov — PAS dan DAP menafikan sekeras-kerasnya dakwan ‘keluhan Batu Sapi’ kononnya kedua-dua komponen Pakatan Rakyat (PR) itu tidak memberi bantuan setimpal bagi memastikan kemenangan calon PKR Ansari Abdullah pada pilihan raya kecil baru-baru ini. Keluhan itu didakwa dibangkitkan oleh Abdul Rahman Yusof, setiausaha politik Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi laman sosial Facebook semalam iaitu sehari selepas pilihan raya kecil Batu Sapi dan Galas.
Tetapi, tinjauan The Malaysian Insider petang tadi di Facebook sendiri mendapati tulisan Abdul Rahman hanya berkisar tentang kritikan umum terhadap Umno dan BN sempena pilihan raya kecil Batu Sapi dan Galas.
Bahkan, komentar terbarunya pada dinding Facebook Abdul Rahman petang ini meminta supaya mana-mana pihak terus menghubunginya untuk mendapatkan maklum balas rasmi.
“Pandangan saya dalam Facebook ini hanya pandangan peribadi. Ia bukan pandangan rasmi mana-mana pihak. Untuk mengambil pandangan dari Facebook saya adalah tidak wajar sama sekali.
“Sekiranya pandangan rasmi ingin diambil, harap dapat hubungi saya secara peribadi,” kata beliau pada akaun Facebook.
Abdul Rahman yang dihubungi The Malaysian Insider kemudian berkata, komentarnya berhubung bantuan PAS dan DAP di Batu Sapi, yang dipercayai menyinggung kedua-dua parti itu,  dibuat bukan mempunyai apa-apa niat buruk.
“Tak ada apa-apa lah, tak ada isu apa-apa... saya saja-saja tulis.
“Itu adalah pandangan peribadi saya, tidak rasmi dan boleh jadi betul atau salah, pemerhatian saya boleh jadi salah atau benar.
“Saya sendiri tidak tahu kerja PAS, kerja DAP, saya tidak tahu... itu adalah urusan mereka,” jelas beliau.
Abdul Rahman yang juga bekas Ahli Parlimen Kemaman turut menegaskan, hasil pemerhatian yang ditulisnya dalam Facebook tidak mewakili mana-mana pihak, termasuk PKR.
Terdahulu seorang pembaca The Malaysian Insider yang menamakan dirinya Abdul Aziz Anon menulis bahawa setiausaha politik itu menyatakan rasa tidak puas hati beliau terhadap PAS dan DAP dalam membantu kempen pilihan raya yang melibatkan calon PKR di Batu Sap.
“Abdul Rahman dalam akaun Facebook beliau pada 5 November (semalam) mengatakan bahawa jika PKR membantu kempen pilihan raya yang ditandingi PAS dan DAP, parti itu akan membiayai semua kegiatan kempen mereka walaupun kerusi itu ditandingi parti rakan dalam Pakatan Rakyat seperti di Sibu, Bukit Gantang, Kuala Terengganu, Bagan Pinang mahupun Galas.
“Apabila PKR bertanding di Batu Sapi, PKR dipaksa untuk membiayai jentera PAS dan DAP kerana parti PAS dan DAP langsung tidak memberi peruntukan kepada jentera mereka untuk membantu kempen pilihan raya yang ditandingi PKR.
“Penulis merasakan sebagai setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar tidak perlulah mengeluarkan kenyataan seperti ini kerana boleh mengundang rasa kurang senang rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
“Hubungan baik Pakatan Rakyat mesti sama-sama kita pelihara untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya ke-13 nanti,” katanya.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika ditanya tentang  ’keluhan Batu Sapi’,  mencadangkan PKR membuat bedah siasat dalaman berhubung pilihan raya kecil Batu Sapi dengan memanggil bersama wakil PAS dan DAP.
Langkah itu, kata beliau, membolehkan parti-parti rakan dalam PR mendengar sendiri  ’keluhan Batu Sapi’ oleh Abdul Rahman sebelum ini secara peribadi.
‘Keluhan Batu Sapi’  itu selepas calon PKR Ansari Abdullah yang mendapat 3,414 undi, dikalahkan oleh calon BN Datin Linda Tsen yang menerima  9,773 undi manakala Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,031 undi.
“Saya tak tahulah yang beliau (Abdul Rahman) anggap kita tidak menolong partinya, tetapi kita (PAS) memang ada bilik gerakan di (DUN) Sekong sebab kita diamanahkan untuk tumpu kempen di sini.
“Apa pertimbangan beliau untuk mengatakan yang tidak ada bantuan dan sokongan, tetapi kalau perlu bedah siasat,  bersama itulah yang terbaik,” ujar beliau kepada The Malaysian Insider sambil percaya Abdul Rahman berniat baik kepada PAS dan DAP.
Sambil melahirkan rasa pelik, beliau berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pun beberapa hari sebelum hari penamaan calon telah memberikan arahan khusus supaya ahli-ahli Parlimen PAS menyusun jentera bantuan di sana.
“Apabila dia mendakwa demikian, saya sendiri secara peribadi agak pelik sendikitlah,” kata Mahfuz lagi.
Bahkan, katanya lagi, Abdul Hadi sendiri menyertai siri kempen bersama Ansari.
“Sebelum penamaan calon dan selepas penamaan calon pun, Presiden PAS turun di sana (Batu Sapi), saya pun turun beberapa kali kerana kemenangan Ansari, kita anggap sebahagian daripada kita (PAS),” katanya.
Selain dirinya, Mahfuz berkata, Nasharudin Mat Isa selaku Timbalan Presiden PAS, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria yang mengepalai jentera Dewan Pemuda PAS antara yang bergilir-gilir berkampung di Sekong - salah satu kerusi DUN dalam bahagian Parlimen Batu Sapi.
Pun begitu, beliau berkata, penggemblengan jentera PAS tidaklah ditumpukan di Batu Sapi kerana PAS mempertaruhkan Dr Zulkefli Mohamad untuk mempertahankan kerusi DUN Galas yang pilihan rayanya serentak dengan Batu Sapi.
“Cuma penggemblengan gelombang peringkat nasional dari kita (PAS) tidaklah ramai kerana kita beri tumpuan di Galas,” katanya lagi.
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw ketika dihubungi turut menafikan dakwaan tersebut.
“Kita (DAP) memang ada memberi sokongan kuat kepada calon PKR, begitu juga saya lihat PAS,” ujar Dr Tan.
“Macam mana dikatakan tidak memberi sokongan, kita turun di semua tempat (berkempen), jadi itu (dakwaan) tak betul,” tegas beliau lagi.
Selain Penasihat DAP Lim Kit Siang sendiri komited menyertai kempen PKR, Dr Tan yang juga Ahli Parlimen Kepong memberitahu, Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chien Jen dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo antara pemimpin utama DAP yang lama berkampung di Batu Sapi.
“Apabila dia mendakwa demikian, saya sendiri secara peribadi agak pelik sendikitlah,” kata Dr Tan.

Galas: Ku Li bingkas pimpin Umno

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Kemenangan jentera Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas mungkin akan mendorong ahli-ahli Umno untuk bingkas mereformasikan parti mereka dengan memastikan bekas Menteri Kewangan itu memimpin parti tersebut.
"Prestasi Razaleigh dalam pilihan raya itu merealisasikan impian Umno yang tercari-cari pemimpin yang boleh menyatukan semua pihak tanpa berhempas pulas untuk menjadi semua benda kepada semua orang," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz melihat kemenangan jentera Razaleigh di Galas sebagai kejayaan peribadi beliau dalam usahanya untuk mengajar pemimpin-pemimpin Umno hari ini tentang kepimpinan yang diterima oleh semua bangsa.
"Ketika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) bersusah payah dalam usahanya untuk menyogok konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Apco Worldwide kepada ahli-ahli Umno yang jelas lebih tertarik kepada Perkasa yang dipromosikan oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), Razaleigh dengan mudah membuktikan bahawa stail kepimpinannya adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh Umno untuk membolehkan parti itu diterima oleh semua kaum," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Beliau membangkitkan khabar yang tersebar luas yang mendakwa Perkasa disokong kuat di belakang tabir oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan pelbagai pesanan kepada presiden pertubuhan itu, Datuk Ibrahim Ali supaya terus berjuang.
Menurut Mahfuz lagi, faktor Razaleigh yang menjadi penyebab kemenangan jentera pimpinannya di Galas itu merupakan bukti yang jelas bahawa kepimpinan beliau diterima oleh akar umbi Umno dan BN.
Lebih menarik lagi, kata Mahfuz, Razaleigh yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dan kuasa di dalam kerajaan untuk menaburkan wang dan projek berjaya menghimpunkan ahli-ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk berhempas pulas di belakangnya bagi menggerak dan menguatkan jenteranya di Galas.
"Bukan sahaja beliau tidak mampu menjanjikan kekayaan dan projek kepada mereka yang membantu jenteranya dalam pilihan raya kecil itu, malah beliau sendiri menerima bantuan yang sangat minimum dari para pemimpin dan tokoh-tokoh besar Umno.
"Tidak seperti pilihan raya kecil Hulu Selangor dahulu, tidak ada sokongan habis-habisan Najib yang datang berkali-kali untuk berkempen, tidak ada Dr Mahathir datang berkempen, namun Razaleigh tetap berjaya membuktikan kemampuannya dengan peratusan majoriti yang jauh lebih baik dari yang dicapai oleh pasukan yang diketuai Najib di Hulu Selangor," katanya.
Mahfuz juga membayangkan jika Umno dan BN dipimpin oleh Razaleigh yang mahir, handal, berhemah dan tidak ada baggage, Pakatan Rakyat (PR) perlu mengkaji strateginya untuk berhadapan dengan keadaan itu.
"Bagamaimana pun, kita harap perkara itu tidak berlaku kerana kita merasa lebih baik kita berhadapan dengan Najib dan Muhyiddin yang semakin ketara berlainan arah," katanya.

Mengapa PAS kalah di Galas

Pilihan raya kecil (PRK) N.45 Galas sudah berlaku pada 4 November lalu. Kekosongan kerusi yang berlaku sejak 27 September 2010 sudah diisi oleh seorang wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN). Proses pengisiannya berlaku melalui pengundian yang tidak menyebelahi PAS. Kesannya membawa kemerosotan pencapaian PAS yang lebih teruk daripada pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai 2009 yang lalu. Ia juga suatu gambaran penggunaan secara salah jentera Kerajaan Pusat di Galas yang mungkin bakal merebak dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Justeru itu, PAS yang mengawal sebuah ‘kerajaan kecil’ di Negeri menerima kekalahan di Galas. Mungkinkah ini punca sebenar kekalahan PAS dan Pakatan Rakyat di Galas?
Punca PAS kalah
Banyak jawapan yang boleh diberi oleh jentera kempen PAS semasa post-mortem bagi merasionalisasikan punca PAS kalah di Galas. Namun latar belakang punca kekalahan PAS pada asasnya perlu dilihat dahulu aspek kekuatan sebenar PAS di Galas. Pencapaian PAS tahun 1999 dan 2004 antara ukurannya.
Pada dua pilihan raya itu, kekuatan PAS hanya sekitar 36 peratus sahaja. Sedangkan pada pilihan raya umum 2008 PAS mencapai kemenangan pada paras 54 peratus.  Berlaku penambahan peratus sokongan kepada PAS sebanyak 18 peratus. Apakah punca kemenangan itu?
Banyak pihak bersetuju, ia berlaku atas faktor calon sebagai peribadi yang mewakili PAS pada pilihan raya umum 2008 itu. Tokohnya ialah Arwah Che Hashim, seorang yang popular berkhidmat kepada rakyat dan diterima baik oleh semua pihak termasuk masyarakat Cina dan Orang Asli. Khidmatnya bermula sebaik sahaja beliau kalah dalam pilihan raya umm 2004. Maka tidak harianlah beliau berupaya menang ‘terkejut’ apabila mengalahkan penyandang wakil rakyat Galas ketika itu, Saufi Deraman.
Namun kemenangan PAS pada 2008 itu bukan bergantung sepenuhnya kepada faktor calon. Malah suatu faktor yang lebih bersifat strategik ialah gerakan kepartian dan penyusunan gerak kerja pilihan raya PAS di Galas antara 2004 sehingga pilihan raya 2008. Di antaranya nilaian strategik yang berjaya dilakukan ialah pendaftaran pemilih baru kalangan warga Galas, termasuk yang berada di perantauan. Hasilnya, pihak PAS dikatakan berjaya mendaftar lebih 1,000 orang pengundi baru. Justeru undi PAS tahun 2004 (kira-kira 3,000 undi) dijadikan teras ukuran sokongan rakyat apabila dicampur dengan 1,000 pengundi baru, maka logiknya PAS mencapai 4,000 undi pada pilihan raya umum 2008. Natijahnya, PAS mencapai kemenangan di Galas pada 2008 adalah tepat pada angka sokongan sebanyak 4,399 undi atau pada undi popular 53.96 peratus (54 peratus). Sedangkan undi popular PAS pada 2004 hanya 36 peratus. Bermakna PAS berjaya mencapai lonjakan agak besar iaitu 18 peratus.
Sehubungan itu, sumbangan 1,000 pengundi baru yang berjaya didaftarkan sepanjang 2004-2008 itu adalah bernilai 22.73 peratus apabila dinisbahkan dengan undi yang dicapai 4,399 pada pilihan raya umum 2008. Namun, selepas 2008 didapati usaha mendaftar pengundi baru tidak berlaku secara baik. PAS dikatakan hanya berjaya mendaftar sekitar 500 orang sahaja. Sedangkan pihak BN dikatakan berjaya mendaftar kira-kira 1,000 pengundi baru. Maka secara matematiknya, pihak BN sudah berjaya menyeimbangkan nilai undi yang dicapai tahun 2008 yang hanya kalah sebanyak 646 undi pada 2008. Justeru itu, semasa pilihan raya kecil Galas ini kekuatan PAS dan BN berada pada paras 50:50 dan pihak BN hanya memerlukan sedikit tambahan undi ke arah meraih majoriti.
Di atas rasionalisasi strategik tersebut, adalah amat mudah bagi BN meraih tambahan undi. Pendekatan rasional BN tidak lain ialah dengan cara memfokuskan faktor kekuatan dan peluang bagi BN meraih sokongan undi tambahan. Faktor kekuatan BN adalah jentera Kerajaan Pusat dan peluang bagi BN ialah pengundi Orang Asli dan pengundi terapung kalangan orang Melayu dan Cina. Pilihan raya kecil Galas kali ini jelas menyaksikan nilai rasionalisasi BN berjaya menggunakan sepenuhnya kekuatan jentera Kerajaan Pusat sekali gus berupaya meraih tambahan undi baru kalangan Orang Asli dan pengundi terapung orang Melayu dan Cina. Logiknya, inilah punca kekalahan PAS.
Meskipun diketahui PAS turut berusaha melakukan pendekatan terbaik bagi memenangi hati Orang Asli dan sejumlah pengundi terapung. Apa yang jelas, jentera kempen PAS hanya berjaya mempertahankan jumlah undi yang dicapai pada 2008 sekitar 4,000 undi. Sedangkan pencapaian BN melebih 5,000 undi adalah disumbangkan oleh peningkatan undi di semua saluran mengundi.
Keputusan pilihan paya kecil (2010)
Walau bagaimanapun, pilihan raya kecil kali ini menyaksikan PAS mendapat 4,134 undi berbanding BN memndapat 5,324 undi. Maka BN ialah 1,190 undi. Pilihan raya kali ini pula menyaksikan 83 peratus atau 9,950 keluar mengundi dan 132 undi rosak.
Menariknya daripada trend pengundian kali ini ialah tingginya keluar mengundi seperti mana juga pilihan raya umum 2008. Hal ini juga mempunyai penilaian politik tersendiri dalam konteks menjawab kenapa PAS kalah pada pilihan raya kecil Galas kali ini. Antara yang jelas adalah penggunaan jentera Kerajaan Pusat, khasnya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia yang berjaya memunggah, mengumpul dan menjamu pengundi Orang Asli secara teratur sejak awal sebaik sahaja gendang pilihan raya dipalu.
Analisis mendapati jumlah keluar mengundi kelompok Orang Asli meningkat agak besar, 7.73 peratus, iaitu daripada 77.79 peratus (2008) kepada 85.52 peratus (2010). Sedangkan di semua peti undi bukan Orang Asli peningkatan agak kecil hanya 0.50 peratus, iaitu daripada 81.05 peratus (2008) kepada 81.55 peratus (2010). Menjadikan peningkatan keseluruhan keluar mengundi sebanyak 1.65 peratus, iaitu daripada 80.57 peratus (2008) kepada 82.22 peratus (2010).
Faktor agensi kerajaan pusat
Melihat kepada sosioekonomi di Galas adalah berada dalam situasi pesat membangun dengan penduduknya sekitar 37,600 orang. Ekonomi yang berasaskan ekonomi tradisi (perladangan, perkebunan, pembalakan, perlombongan dan perniagaan) membolehkan perkhidmatan agensi dan jabatan Kerajaan Pusat berperanan secara langsung menguruskan sosioekonomi rakyat Galas. Paling berkesan ialah agensi yang mewakili Kerajaan Pusat - Lembaga  Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Lembaga Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) serta Jabatan Hal Ehwal Orang Asal Malaysia (JHEOA).
Istimewanya Tengku Razaleigh dalam mencipta kemenangan semula BN ialah mengarahkan kesemua agensi Kerajaan Pusat sebagai agen BN. Kesan daripada peranan agensi Kerajaan Pusat telah banyak melakukan pendekatan pengundi kerana semua agensi tersebut memiliki peralatan cukup bagi membujuk dan menarik sokongan politik untuk manfaat calon BN.
Menggunakan kekuatan agensi seperti Risda telah mampu menguasai semula minda ekonomi politik pengundi Cina di Kampung Pulai yang rata-ratanya adalah pekebun getah. Demikian pula Kesedar telah mengumumkan perumahan rakyat bernilai RM180 juta dan JHEOA membuat kurungan khas (menjamu) pengundi Orang Asli sebelum mereka dihantar ke pusat mengundi. Sementara agensi seperti jabatan KEMAS, Penerangan, Pembangunan Wanita, RELA dan tidak ketinggalan Jabatan Pendaftaran Negara telah secara terang-terangan digunakan untuk tujuan kempen terhadap pengundi mahu pun menyediakan perkhidmatan meraih sokongan pengundi.
Keseluruhan faktor agensi di bawah Kerajaan Pusat itu dilihat berperanan, maka kemudahan termasuk peralatan dan kewangan telah disalurkan untuk kepentingan kempen BN di Galas.
Prestasi 2010 dibanding 2008
Punca PAS kalah di Galas secara mudah boleh difahami daripada prestasi undi yang raih antara dua pilihan raya, iaitu daripada pilihan raya umum 208 kepada pilihan raya kecil 2010. Jadual 1 berikut menunjukkan PAS berkurang undi hanya 265 undi sahaja. Ini mungkin faktor undi terapung yang beralih kepada  BN.  Puncanya ialah kerana kekuatan jentera kempen PAS yang tidak dapat menguasai undi terapung yang pernah dicapai 2008. Maka nilai 265 undi itu jika dinisbahkan dengan undi PAS 2008 ialah 6 peratus. Impaknya PAS kekurangan undi popular 10.25 peratus.
Jadual 1: Keputusan bandingan pilihan raya
2008-2010
Pilihan raya
PAS
BN
Beza
%PAS
2008
4,399
3,753
646
53.96
2010
4,134
5,324
-1,190
43.71
Perubahan
-265
1,571

-10.25




Apa pun disebabkan upaya BN menarik 1,571 undi atau 41.85 peratus dibandingkan dengan undi BN 2008, maka undi terapung, malah undi peribadi yang pernah dicapai Arwah Chek Hashim telah beralih kepada BN.
Demikian pula, analisis khas seperti Jadual 2 mendapati populariti PAS kalangan pengundi Orang Asli didapati hanya merosot pada kadar 17 peratus atau 66 undi dinisbahkan dengan undi PAS 2008 sebanyak 387 undi. Berbeza dengan BN yang mencapai lonjakan 75 peratus atau 567 undi dinisbahkan dengan undi BN 2008.
Jadual 2: Bandingan trend undi Orang Asli pilihan raya 2008-2010
Pilihan raya
PAS
BN
Beza
%PAS
2008
387
755
-368
33.89
2010
321
1,322
-1,001
19.54
Perubahan
-66
567

-14.35
Realiti tersebut membuktikan penggunaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia dikira berkesan membawa kepada lonjakan undi maksimum pengundi Orang Asli keluar mengundi BN. Apakah isu ini wajar diamalkan dalam sistem demokrasi di Malaysia?
Sehubungan itu, pilihan raya kecil Galas kali ini menyaksikan suatu kerakusan kuasa state ke atas aparatusnya demi survival dominasi BN dalam mengukuhkan hegemoni! Jelas punca kekalahan PAS kali ini banyak disumbangkan oleh penggunaan maksimum jentera Kerajaan Pusat selain kelemahan persiapan dalaman PAS sendiri dalam menghadapi pilihan raya kecil.

Wan Nik Wan Yussof,  
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Bala akui tandatangan akuan bersumpah palsu

Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyelar kerajaan kerana menutup kes berhubung dua akuan bersumpah yang dibuatnya sebelum ini.

Dalam surat terbukanya kepada Peguam Negara Abdul Gani Patail yang salinannya dihantar kepada Malaysiakini, Balasubramaniam berkata, beliau "terkejut" walaupun mengakui menandatangan akuan bersumpah (SD) yang palsu, polis masih tidak menjumpai sebarang bukti perlakuan salah.

"Pihak polis, saya percaya, menyiasat keadaan seputar pembikinan dua SD bawah Seksyen 199 Kanun Acara Jenayah, untuk kesalahan yang boleh dikenakan hukuman tiga tahun penjara atau denda.

"Ini bukan kesalahan remeh."

Sehubungan itu, katanya, beliau amat terkejut apabila pihak polis gagal menemui sebarang salah laku daripada bukti-bukti yang dikumpulkan mereka.

Mengakui akuan dalam SD keduanya tidak benar, Balasubramaniam mendesak kerajaan membuka kembali kesnya.

Letih di Batu Sapi, PKR Silam tangguh pemilihan

PKR cabang Silam, Sabah menangguhkan pemilihan mereka hari ini kepada 20 November depan disebabkan ahli jawatankuasanya yang terlibat kempen pilihan raya kecil Batu Sapi baru-baru ini telah keletihan.

"Cabang Silam telah membuat penundaan pemilihan kerana ahli jawatankuasa sibuk dengan kempen Batu Sapi.

"Jadi mereka perlu rehat," kata ketua cabang itu Johani Halim.

Beliau berkata pihaknya mengemukakan permohonan penundaan pemilihan itu kepada ibu pejabat parti kelmarin (4 November) melalui sepucuk surat yang difakskan kepada ibu pejabatnya di Petaling Jaya.

Pada hari yang sama, tambahnya ibu pejabat memberikan kelulusan terhadap permohonan mereka itu melalui panggilan telefon.

Silam merupakan cabang PKR yang kedua menunda pemilihan mereka selepas Pasir Mas yang gagal mendapat tempat sesuai bagi melangsungkan pemilihan parti.

Bagaimanapun, cabang di Kelantan itu berjaya mengadakan pemilihannya hari ini.

Galas, Batu Sapi loceng amaran bangkit PRU 13

Parti Islam Se-Malaysia mengangap kekalahan PAS di Dun Galas dan PKR di Parlimen Batu Sapi sebagai satu loceng amaran untuk terus bangkit dan muhasabah terhadap kerja parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).
PAS menerima kekalahan di Galas sebagai satu adat perlawanan. Pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi merupakan satu siri pilihan raya yang menampakkan ketempangan demokrasi dan pencabulan media terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.
Keputusan di Galas bukan satu yang mengejutkan kerana, sebelum ini pilihan raya kecil Manek Urai yang merupakan kubu kuat PAS pun, hampir PAS tewas dengan majoriti 65 sahaja.  Begitu juga sebelumnya ketika PRK Pengkalan Pasir merupakan kubu kuat PAS tewas dan dapat tawan kembali dalam PRU 12.
Insya Allah, PAS akan membuat muhasabah ke dalam dengan melihat masalah-masalah yang perlu diperbaiki. Sebagai sebuah parti Islam, kekalahan ini akan memberi satu pengajaran yang berguna, kerana setiap musibah ada hikmahnya.
Kemungkinan Allah tidak mahu kita leka dengan kemenangan cemerlang PRU 12 sehingga menimpa kekalahan yang mengejutkan dalam PRU 13.
Kekalahan PAS di Galas, bukan bererti kita menjadi malas untuk berjuang, sebaliknya kita mesti bersemangat untuk menggalas amanah ummah di negara ini untuk menggantikan Umno sebagai wadah perjuangan orang Melayu di negara ini. PAS tidak akan membiarkan rakyat menjadi mangsa kezaliman Umno terhadap rakyat sehingga kualiti hidup rakyat semakin teruk.
Kenaikan harga barang, jenayah bunuh meningkat, perzinaan dan  buang bayi meningkat. PAS mesti berusaha untuk bekerja dengan lebih kuat. Kita perlu sekat kemenangan mereka, dengan kita mesti bekerja kuat untuk menangkis fitnah dan menerangkan wadah perjuangan kepada masyarakat.
Sudah cukup mandat yang mereka perolehi selama 53 tahun menyebabkan anak cucu kita terutamanya yang akan menanggung beban.
Kegigihan PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang bekerja dalam pilihan raya  tanpa diupah adalah merupakan satu kekuatan, berbanding dengan Umno. Mereka hanya menumpang tuah jentera kerajaan, jika diharapkan jentera Umno maka sudah lama Umno akan berkubur.

Kita lunas dalam PRU nanti – Wan Azizah

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Pakatan Rakyat akan melunaskan dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kekalahan kepada BN pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dun Galas.
Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, meskipun terpaksa berhadapan dengan sogokan pengundi, penyalahgunaan jentera dan dana kerajaan, dan serangan bertubi-tubi media arus perdana, Pakatan Rakyat tetap mencatatkan keputusan yang memuaskan.
Keputusan semalam, katanya menyaksikan undi golongan muda kepada Pakatan Rakyat meningkat di kedua-dua kerusi Batu Sapi dan Galas.
Ini juga, ujarnya yang diperlihatkan secara konsisten dalam 7 kemenangan Pakatan Rakyat dalam siri-siri pilihan raya kecil usai 2008 lagi.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah buat jentera pilihan raya yang begitu komited dan bertungkus-lumus bekerja tanpa mengenal penat lelah demi memastikan kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat.
“Tewas bukan bererti kita harus akur pada situasi semasa, hakikatnya ia menjadi satu ruang untuk kita memperkemaskan jentera dan juga mengenal pasti kekurangan yang perlu ditambah baik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sekalung tahniah buat para petugas Keadilan khususnya dan Pakatan Rakyat amnya di Batu Sapi dan Galas, katanya.
Tambahnya, kepada rakyat yang memberikan undi kepada PKR di Batu Sapi, sokongan mereka dihargai sepenuhnya.
Menurutnya, ia jelas membuktikan bahawa Sabah, meskipun disebut sebagai ‘fixed deposit’ bagi BN, bukan lagi tapak selesa bagi mereka.
“Insya Allah kita lunaskan dalam pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.

PRK Galas, Batu Sapi bukti Pakatan teguh

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi telah membuktikan kepada rakyat keteguhan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan usaha musuh hendak memecahbelahkan Pakatan.
“Kekalahan bukan bermakna perjuangan kita suatu yang tidak benar, sebaliknya lawan kita menguasai segala jentera kerajaan dan berjaya memanipulasi keadaan sehingga mereka beroleh kemenangan.
“Walaupun kita menghadapi kekalahan di kedua kerusi ini, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang menentang kebatilan BN di masa hadapan,” ujar Presiden PAS itu dalam satu kenyataan, hari ini.
Berikut kenyataan beliau.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua jentera PAS di semua peringkat, ahli-ahli yang membantu daripada segi tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi pilihan raya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.
Begitu juga dengan jentera Pakatan Rakyat, DAP dan PKR yang tidak penat membantu dalam keadaan kita berhadapan serangan dahsyat jentera lawan.
Walaupun kita menghadapi kekalahan di kedua kerusi ini, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang menentang kebatilan BN di masa hadapan.
Apapun pilihan raya ini telah membuktikan kepada rakyat keteguhan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan usaha musuh hendak memecahbelahkan Pakatan.
Kekalahan bukan bermakna perjuangan kita suatu yang tidak benar, sebaliknya lawan kita menguasai segala jentera kerajaan dan berjaya memanipulasi keadaan sehingga mereka beroleh kemenangan.
Namun kita tidak menolak untuk mengkaji segala kelemahan di pihak kita yang perlu diberi perhatian. Semoga ia akan menjadi lonjakan kepada kita bagi berhadapan dengan pilihan raya lebih besar tidak lama lagi.
Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera PAS dan Pakatan Rakyat, para penyumbang wang ringgit dan tenaga, pengundi-pengundi yang setia mengundi Pakatan, semoga usaha tuan-tuan akan diberkati Allah SWT.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS.