Rabu, 3 November 2010

PAS di Galas, PKR di Batu Sapi untuk kesejahteraan

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Para pengundi sekalian wajar menggunakan kesempatan dalam pilihan raya kecil (PRK) esok untuk menjadi hakim yang adil dalam satu proses demokrasi.
Justeru, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru mereka agar hendaklah memilih untuk bersama dengan PAS di Galas dan PKR di Batu Sapi untuk kesejahteraan rakyat dan masa depan yang lebih baik.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
Saya ingin melahirkan perasaan amat gembira di atas kesempatan untuk bertemu mata dan mengunjungi penduduk di kawasan Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Kelantan dan kawasan Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah sepanjang tempoh kempen pilihan raya di kedua-dua kawasan yang berhadapan dengan pilihan raya kecil ini.
Apa yang boleh saya simpulkan ialah: Para pengundi sekalian wajar menggunakan kesempatan ini untuk menjadi hakim yang adil dalam satu proses demokrasi bagi memilih untuk bersama dengan PAS di Galas dan PKR di Batu Sapi pada hari esok Khamis, 4 November 2010 untuk kesejahteraan rakyat dan masa depan yang lebih baik.
Kepada pengundi di DUN Galas: Kita sudah melihat kejayaan PAS memerintah Kelantan selama 20 tahun terbukti menerusi kepimpinan beramanah dalam menguruskan hasil negeri, menguruskan pentadbiran dan melaksanakan pembangunan seimbang kepada seluruh rakyat. Tidak ada sebarang kes rasuah atau salahguna kuasa melibatkan kepimpinan kerajaan negeri. Ia berbeza sama sekali dengan pemerintahan Barisan Nasional yang begitu mendarah daging dengan kes rasuah.
Oleh itu, sewajibnya pengundi di Galas memberi undi kepada PAS bagi  meneruskan usaha pentadbiran kerajaan negeri membina kemajuan kepada seluruh masyarakat ketahap yang lebih baik.
Buat pengundi di Parlimen Batu Sapi: Tuan puan sekalian sudah melihat bagaimana penyakit pemerintah yang tidak amanah telah berlaku sehingga menyebabkan Sabah yang asalnya adalah sebuah negeri yang kaya dengan hasil buminya, tetapi telah dipinggirkan oleh kerajaan BN dari sudut kemudahan asas dan infrastruktur.
Jalan raya, bekalan air dan elektrik yang belum selesai dalam keadaan negara sudah merdeka lebih 50 tahun. Maka amanah untuk memimpin rakyat ini harus diberikan kepada Pakatan Rakyat.
 Suara rakyat di Batu Sapi khususnya mestilah didengarkan di Parlimen tanpa ada sekatan dan kebimbangan jika wakil rakyat yang dipilih daripada Pakatan Rakyat. Jika Barisan Nasional terus diberi pilihan, maka suara mereka tidak bebas di parlimen kerana tertakluk kepada kehendak parti pemerintah.
Sekian. Terima kasih.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS.

Asri: Nasihat saya untuk ‘dinosaur politik’ Umno bukan hanya Anwar

Dr Asri
KUALA LUMPUR, 3 Nov — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ramai ‘dinosaur’ dalam Umno pun perlu bersara bagi memberi ruang kepada muka-muka baru seiring dengan landskap politik semasa negara ini. Justeru tegas beliau, nasihatnya agar Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersara daripada politik tidak hanya terhad kepada bekas timbalan perdana menteri itu.
Semalam, pemimpin-pemimpin muda dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sambil menyifatkan kepimpinan Anwar masih “relevan” berkata, pandangan bekas mufti Perlis itu sebagai “tidak realistik”.
“Pandangan saya yang tajam dan terbuka kepada Umno (dan) BN itu sebenarnya lebih banyak, saya pernah minta dinosaur-dinosaur politik dalam Umno supaya bersara awal untuk memberi laluan kepada muka-muka baru,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.
Beliau yang juga pensyarah pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia berkata, AMK sebagai sayap pemuda PKR sepatutnya tidak melenting apabila orang awam sepertinya memberi nasihat kepada Anwar, penasihat PKR.
Ini kerana kata beliau, politik baru yang dipopularkan oleh PR sejak tsunami politik pada 8 Mac 2008 sepatutnya tidak menafikan hak mana-mana pihak untuk memberikan pendapat dan hujah demi kepentingan negara.
Katanya lagi, saranannya semalam agar Anwar bersara dari menjadi ahli politik sebenarnya tidaklah bermaksud untuk memadam segala rekod sumbangan ketua pembangkang itu kepada negara.
Namun, rekod sumbangan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak bermakna boleh menafikan bakat pemimpin-pemimpin muda yang lain untuk mengepalai PR, lalu mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Umno-BN kelak.
Sehubungan itu, Asri yang dikenali sebagai tokoh rentas parti turut membetulkan persepsi tidak tepat oleh dua calon Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham Shaharin berhubung konotasi ‘bersara’ yang ditujukan kepada Anwar semalam.
“Saya kata bersara bukan dalam erti kata dia (Anwar) tidak boleh memberi pandangan dalam berpolitik, ramai tokoh-tokoh politik yang bersara masih boleh memberikan pandangan.”
Menurut beliau, pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika era pascabersara sebagai Perdana Menteri sekarang tetap dihormati dan berpengaruh dalam menentukan iklim politik negara.
“Pendapat Tun Dr. Mahathir sehingga hari ini terus didengar oleh Umno walaupun beliau sudah bersara kerana bersedia memberi laluan kepada muka-muka baru,” ujarnya.
Begitu juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, kata Asri sambil menambah, bekas perdana menteri itu dianggap hebat kerana bersara pada masa sesuai demi melancarkan survival politik BN.
“Tun Abdullah bukan tidak hebat, (pilihan raya umum ke-11) 2004 imejnya yang sederhana berjaya menenggelamkan populariti beberapa pemimpin pembangkang,” ujarnya.
Pun begitu, beliau menafikan spekulasi umum bahawa nasihat terbuka kepada Anwar itu ekoran perbicaraan kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekarang.
“Saya antara yang bersimpati dengan ujian Allah yang menimpa dia (Anwar), saya antara yang meminta supaya perbicaraan kes dia dibicarakan secara adil dan bermaruah,” tegasnya.
“Apa pun dalam masa yang sama saya tetap menuntut perbicaraan yang adil untuk Datuk Seri Anwar, jangan dinafikan hak beliau,” katanya lagi sambil menambah, Anwar tidak boleh dilayan sebagai penjenayah atau dianggap bersalah melainkan setelah dibuktikan bersalah.
Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa PR memerlukan kepemimpinan muda yang baru sekiranya mahu mengambil alih Putrajaya daripada Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.
“Kalau pembangkang mahu momentum atau anjakan baru dalam politik tanah air, pembangkang sebenarnya memerlukan tokoh-tokoh baru,” jelasnya.
Dalam reaksinya semalam, Shamsul Iskandar menyifatkan kenyataan Asri sebagai tidak relevan kerana Anwar baginya adalah pencetus pada gelombang PR pada pilihan raya umum yang lalu.
Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai “Chegubard” turut menolak nasihat Asri kerana masih menganggap Anwar sebagai pemangkin pada perubahan landskap politik Malaysia, di samping tidak menafikan soal faktor kesedaran di kalangan rakyat sendiri.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pula berkata, Asri bebas memberi pendapat tetapi hanya rakyat dan ahli yang menentukan sama ada Anwar bersara atau tidak.
Namun anak sulung Anwar ini berkata, nasihat Asri itu tidak akan mematahkan semangat Ketua Umum PR itu untuk membawa PR menumbangkan Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.
“Prinsip Datuk Seri Anwar untuk lawan tetap lawan sama ada ada jawatan politik atau tak seperti dalam penjara dulu,” ujarnya.

Ratusan beratur di panas terik untuk dapat RM100

Ratusan orang hari ini beratur di pejabat MCA di Sandakan awal pagi ini apabila mendapat tahu bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi.

Kebanyakan yang beratur ini adalah masyarkat Cina yang terdiri daripda golongan berusia dan wanita. Mereka berkumpul di sekitar tangga menuju ke pejabat MCA di tingkat empat di Greenview, di pinggir Sandakan.
Mereka mendakwa 'ada orang' yang memberitahu bahawa MCA akan mengagihkan RM100 kepada setiap pengundi jika mereka datang mendaftar dan menunjukkan Mykad mereka.
Barisan itu sejak pagi tadi dikatakan hampir tidak bergerak namun ia tidak mematahkan semangat orang ramai yang terpaksa beratur di bawah panas terik sementara menunggu giliran mereka.

Antara mereka yang beratur itu mendakwa ada beberapa kes di mana golongan tua pengsan kerana panas terik.

"Kalau nak beri duit, buatlah secara teratur. Macam mana orang tua nak berdiri dan beratur sebegitu lama?” soalnya.
Bagaimanapun menjelang jam 3 petang, pengumuman dibuat bahawa tidak ada wang akan diagihkan.

Keputusan itu dipercayai ada kaitan dengan lawatan ADUN Sri Tanjung, Jimmy Wong ke pejabat MCA itu.

Beliau turun beberapa minit kemudian dalam memberitahu dalam bahasa Haka dan kantonis bahawa tiada wang yang diberikan dan mengarahkan orang ramai supaya pulang.
Beberapa pekerja parti MCA juga kemudian turun dan memaklumkan kepada orang ramai bahawa tiada bayaran akan dibuat.

Usaha ke pejabat MCA juga tidak berhasil kerana tidak ada sesiapa yang dibenarkan ke atas.

Ramai yang kemudiannya meninggalkan pejabat itu dengan keadaan marah.

“Sepatutnya hantar seorang perwakilan turun dan bagi tahu kami sama ada mereka nak bagi duit atau tidak. Ini biarkan kami tunggu begitu lama tanpa tahu apa yang sebenarnya berlaku,” marah seorang penjual daging.

BN Letak Calon PBS, Parti Yang Mengkhianati Umat Islam Di Sabah

IMG_3898SANDAKAN 2 Nov - Kegagalan Umno-Barisan Nasional mentadbir negeri Sabah sejak menyertai gagasan Malaysia 47 tahun lalu, telah menyebabkan rakyat negeri terkaya pada satu masa dahulu menjadi seperti pelarian yang merempat di bumi kelahiran mereka.

Ini kerana ketika Parti Bersatu Sabah (yang kini menjadi rakan kongsi BN) memerintah negeri itu sebagai pembangkang mereka telah menganiaya masyarakat Bumiputera-Islam dengan menghilangkan kad pengenalan mereka sehingga status mereka sebagai rakyat Sabah diragui.

"Siapa yang tidak kenal PBS dan apa yang mereka telah lakukan kepada umat Islam di Sabah. Ketika mereka perintah Sabah, mereka telah merampas ratusan ribu kad pengenalan orang islamn dan membuangnya menyebabkan sehingga kini ratusan ribu masyarakai Islam di Sabah tidak diketahui status kerakyatan mereka. Bila tidak ada kad pengenalan, anak-anak mereka juga tidak ada surat beranak maka rakyat Islam Sabah imenjadi seperti pelarian yang tidak bernegara di bumi kelahiran mereka sendiri.

"Inilah penghianatan PBS yang kini didakap oleh dan merestui pengkhianatan mereka terhadap umat Islam. Kini BN letak calon PBS di Batu Sapi minta pengundi Islam menerima calon parti yang mengkhianati mereka. Sungguh zalim dan tidak bermoral pemimpin Umno kerana demi kuasa mereka sanggup berpakat dengan orang yang menzalimi kaum mereka sendiri," tegas Anwar.

Beliau berkata kemiskinan yang tersebar luas di Batu Sapi terutamanya di kawasan penempatan majoriti masyarakat Bumiputera-Islam sepatutnya menyedarkan pemimpin Umno-BN untuk melakukan sesuatu untuk menyelesaikan bencana ini tetapi sebaliknya mereka terus merompak kekayaan Sabah tanpa belas kasihan.

"Balak berpuluh bilion tapi jambatan roboh tidak mampu di baiki di kampung orang miskin. Mereka fikir orang kampung bodoh maka dengan itu mereka senang di beli dan dijadikan macam hamba dan pada masa yang sama pemimpin Umo dan Bn hidup senang lenang dalam istana-istana mereka hasil rompakan kekayaan negeri ini.IMG_3888

Bercakap dalam ceramah kelompok di Taman Khong Lok malam tadi, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau amat terkejut dengan keadaan yang sungguh dhaif di Pasar BDC ketika melawat kawasan tersebut petang semalam.

Suara Keadilan yang menyertai rombongan beliau mendapati pasar yang berusia lebih sedekad itu dalam keadaan amat usang.

Pasar itu tidak mempunyai bekalan air dan eletrik malah bumbungnya berlubang-lubang dan sesetengahnya tidak mempunyai bumbung langsung.

Disebabkan kawasan Sandakan berada di penghujung benua Borneo, matahari terbit lebih awal dan terbenam pada kira-kira pukul 6.00 petang.

Peniaga terpaksa menjalankan urusan perniagaan mereka dalam keadaan gelap gelita sehingga pukul 7.00 malam.

Tanah di pasar tersebut pula berlecak dan berlopak selepas hujan menjadikan keadaan lebih menyukarkan kepada pelanggan.

Menurut seorang peniaga di situ, tidak pernah Ahli Parlimen Batu Sapi atau Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan tersebut melawat keadaan di pasar tersebut.

"Walaupun kami sudah berpuluh kalim meminta sedikit bantuan untuk memperbaiki bumbung yang bocor dan menyediakan kemudahan asas, semua permintaan kami tidak dilayan malah ditolak.

"Selalu berlaku pelanggan tersalah beli barangan makanan mereka, mahu beli ayam terbeli daging, mahu beli sawi terbeli kailan sebab berjual beli dalam keadaan gelap ," kata peniaga itu dalam nada kesal.

IMG_3891Sehubungan itu kata Anwar pemimpin Umno-BN tidak berminat langsung mendengar keluhan peniaga Melayu di pasar tersebut kerana selagi mereka miskin dan hidup melarat maka mudahlah mereka menindas, mengugut dan memastikan undi rakyat Batu Sapi berpihak kepada mereka.

"Apa salahnya guna setakat RM20,000, RM30,000 untuk perbaiki prasarana pasar ini. Hasil balak puluhan bilion tapi bumbung pasar bocor pun tidak mampu dibaiki. Ke mana semua peruntukan yang diberi kepada wakil rakyat?

"Sebab itulah pilihan raya kali ini penduduk Batu Sapi kena ajar Umno-BN supaya mereka sedar sikit," tegas Ahli Parlimen Pernatang Pauh itu.

Siapa Rosmah Mahu Baca Ucapan Perdana Menteri

DSC_0701SANDAKAN 2 Nov - Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong membidas tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang membaca ucapan Datuk Seri Najib Razak bagi pihak kerajaan Malaysia di majlis sambutan perayaan Deepavali peringkat nasional.

Dr Tan menegaskan perbuatan Rosmah telah melanggar protokol kerajaan dan membelakangkan Kabinet Malaysia seterusnya urusan pentadbiran kerajaan yang bukan dalam bidang tugasnya sebagai seorang isteri pemimpin negara.

"Ini adalah majlis rasmi kerajaan Malaysia peringkat kebangsaan mengapa Rosmah masuk campur? Mengapa Najib membenarkan isterinya membaca ucapan rasminya pada satu majlis rasmi anjuran kerajaan.

"Semasa saya dalam kerajaan, jawapan di Parlimen umpamanya hanya boleh di jawab oleh Menteri, kalau Menteri tidak ada tugas itu diberi kepada Timbalan Menteri atau pun Setiausaha Parlimen.

"Kita faham Najib tidak sihat tetapi mengapa tidak diwakilkan kepada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin atau Menteri Kanan. Oleh kerana ini perayaan Deepavali sepatutnya diwakili oleh Datuk Dr S Subramaniam bukannya hantar Rosmah yang tidak ada kena mengena dengan pentadbiran kerajaan.

Justeru Dr Tan yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat menasihati Rosmah supaya sedar akan kedudukan beliau sebagai hanya isteri Perdana Menteri dan jangan memandai-mandai berlagak seolah-olah wakil rasmi Perdana Menteri.

"Sekarang ini sahlah apa yang dikatakan oleh rakyat sejak Najib memegang jawatan, sebenarnya Rosmah yang menjadi 'Perdana Menteri" dan bukannya Najib.

"Amat malang bagi seorang Perdana Menteri daripada Umno yang takutkan isterinya," kata beliau lagi.
Rosmah dibidas kerana dilihat gilakan kuasa membaca ucapan Perdana Menteri di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield Ahad lalu.

Tidak Ada Alternatif Kepada Barisan Nasional Selain Pakatan Rakyat

Ikuti temuramah eksklusif bekas penaja Umno Sabah, Datuk Karim Ghani mengenai politik Sabah dan masa depan Barisan Nasional serta prospek Pakatan Rakyat dalam landskap politik Malaysia.

IMG_3244Bahagian Pertama

Boleh Datuk terangkan sebab-sebab mengapa keluar Umno?

Saya pengasas Umno di Sabah, Ketua Penerangan Umno Sabah, saya juga dilantik Senator mewakili Umno serta pernah menjadi Naib Presiden Usno.

Apa yang dijanjikan kepada kami ketika menyertai Umno. Pada 1976 Usno kalah, 1981 tinggal tiga kerusi, 1985 16 kerusi, 1986 pula 12 kerusi, jadi ciri-ciri ini tidak membolehkan Usno berkuasa lagi.

Jadi sayakan kita hanya berboleh berkuasa melalui Umno dengan meresapkan Usno ke dalam Umno dan saya janji kepada Usno ketika itu dua perkara melalui Umno iaitu berkuasa dan dijaga.

Sebelum itu selepas pilihan raya 1985 kita ada persetujuan dengan PBS (Parti Bersatu Sabah) untuk menumbangkan Berjaya tetapi apabila Berjaya tumbang, PBS khianat kepada Usno tidak menunaikan janji.

Pada 1990 pula PBS khianat kepada Barisan Nasional dan dalam 1994 apabila Usno sudah berkumpul di dalam Umno dan lawan PBS, 'kapal' PBS pecah. Pairin dan kawan-kawannya berada dalam air hampir nak mati tapi Umno pergi 'kahwin' dengan PBS dan letakkan balik Pairin dan kawan-kawan di kapal besar BN sementara kami di suruh duduk di hujung 'dapur'. Oleh sebab saya pengasas Umno di Sabah, apa yang boleh saya katakan, seperti kita kahwin orang jalang, apa yang diberitahu ibu bapa kita. Takkan nak beritahu suami saya, isteri saya orang jalang, sudah tentu akan dipuji hingga ke langit. Tetapi kalau benar suami atau isteri kita jalang, tidak pelihara kita, tidak tunai janji
akhirnya akan meletup juga. Bila meletup bercerai, itulah 18 Oktober saya umumkan saya keluar dari Umno.

Yang pasti saya sudah bercerai dengan Umno, pada saat saya buat pengumuman itu ramai bekas ahli-ahli Usno hubungi saya dan lantik saya sebagai penasihat, mereka mahu hidupkan semula Usno. Parti Keadilan Rakyat pun ajak saya sertai mereka, Sapp (Parti Maju Sabah) pun begitu, jadi tindakan saya keluar Umno memberi kesan begitu besar di Sabah tanpa mengira bangsa, agama kerana saya hanya perjuangkan apa yang sepatutnya kepunyaan Sabah.

Minyak kami hanya dapat lima persen, itu harta kami tapi saya katakan beri kami 20 persen.

Apa pandangan Datuk terhadap prinsip perjuangan Pakatan Rakyat yang juga menjanjikan royalti minyak 20 persen kepada Sabah dan Sarawak?

Itulah saya katakan tadi, buah itu berduri, cium bau durian, rasanya pun rasa durian, perlukah akhirnya saya cakap ini durian, tidak perlu. Orang semua tahu.

Kalau saya minta minyak naik daripada 5 persen kepada 20 persen, kalau saya minta siapa yang memerintah (kerajaan pusat) hari ini, besok turunkan harga minyak, saya minta otonomi, saya minta Usno dihidupkan semula, kalau Pakatan Rakyat kata daripada 28 permintaan saya itu, mereka bagi 10 saya ikut. Permintaan saya ini tidak mungkin Barisan Nasional bagi, itu antara sebab saya keluar. Kalau dia (BN) nak bagi hidup (semula Usno) tenntu dia sudah beri hidup, kalau dia nak beri minyak, sudah berpuluh tahun (kami menunggu). Jadi sebab saya keluar dari BN - untuk perubahan.

Kenapa Datuk ambil masa yang panjang untuk keluar Umno?

Saya orang tua, 'start' lambat tetapi sekali dah 'start' tak berhenti (ketawa). Sudah dekat 20 tahun, bukan tempoh yang lama dalam politik. Orang Usno minta saya buat kajian apa terjadi kepada orang-orang, pemimpin Usno setelah masuk Umno. Saya buat kajian dan kesimpulannya orang-orang Sabah tidak mahu Umno dan kedua minta dihidupkan semula Usno. Saya tanya mengapa mahu hidupkan semula Usno sebab kalau sudah sokong Umno tidak perlu lagi Usno. Mereka kata mahu hidupkan Usno kerana tidak mahu Umno. Mereka kata kepada saya, "Datuk yang 'responsible bawa Umno ke Sabah". Janjinya dulu dua perkara - kami berkuasa dan kepentingan kami dijaga tetapi apabila kami berkuasa kami disuruh duduk di dapur.

Pairin, Kurup, Dompok semuanya di letakkan di tempat yang mana kami pejuang-pejuang, kalau kamu duduk ditempat tinggi berilah kami duduk diatas bangku tapi tidak begitu, diketepikan sahaja. Jadi apabila kesimpulannya begitu, rupa-rupanya saya yang dilihat bertanggungjawab bawa Umno masuk dan janji kepada kami tidak dikotakan hampir 20 tahun. Semua pejuang-pejuang dan pemimpin Usno disingkir dan dipinggir oleh Umno.

Jadi pendam rasa hampir 20 tahun tapi selepas 18 Oktober saya dengar CNN pun laporkan berita saya keluar Umno, YB Anwar (Ibrahim) pun bangkitkan dalam Parlimen, jadi seluruh Malaysia keributan kerana pengasas, penaja, ketua penerangan Umno sabah keluar parti. Saya masih Pengerusi Nippon Paint, jadi kalau saya keluar sudah tentu saya kena 'potong'. Kalau 'potong' saya orang Melayu kenapa tidak pecat Timbalan Ketua Menteri orang Cian, dia juga keluar dari LDP dan jadi bebas.

Bekas anggota Usno kata kalau saya bertanggungjawab bawa Umno masuk sabah saya juga bertanggungjawab hantar Umno pulang. Apa perlu saya buat? Jadi misi saya sekarang kerana saya yang bawa datang, insyaAllah satu hari saya juga akan hantar Umno pulang.

Apa pandangan Datuk mengenai senario politik negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13?

Di Malaysia cuma ada dua parti yang akan bertanding di pilihan raya umum akan datang iaitu BN dan Pakatan Rakyat, tidak ada parti lain. Yang boleh memerintah Malaysia cuma dua, BN atau Pakatan Rakyat.

Kalau mahu terus budaya cium tangan, angkat kaki, 'please stay with BN' tapi kalau mahu perubahan, 'reform' undilah Pakatan Rakyat. Bukan soal saya suka YB Azmin atau YB Anwar tapi isunya begini, kalau saya tidak mahu BN, Pakatan Rakyatlah pilihan saya, 'no choice' Kalau ada 'Parti Karim Ghani' saya undi parti itu (ketawa) tapi tidak ada 'third force', cuma dua ini sahaja. Panggillah apa konsep sekali pun, sistem dua parti atau apa sahaja tapi hakikatnya dua sahaja pilihan rakyat Malaysia - BN atau Pakatan Rakyat.

Anggota parti seperti Sapp, mereka parti negeri. Kalau ditakdirkan mereka memerintah, dia nak sekolah, dia nak minyak, dia nak hospital dia terpaksa minta daripada kerajaan 'federal' tapi kalau dia tidak selari satu tim dengan kerajaan 'federal' jadi macam Kelantan waktu belum ada Pakatan Rakyat, seperti PBS waktu belum dalam BN.

Jadi saya minta orang Sabah khususnya dan rakyat Malaysia, kalau mahu 'business as usual', mahu angkat kaki cium tangan, please duduk dengan BN. Mahu perubahan sokonglah Pakatan Rakyat. Itu sahaja, tidak payah gaduh, tidak payah maki hamun. Dalam kajian saya, dulu di Semenanjung kalau kita cakap pasal PAS depan orang Cina terus mereka palingkan muka tapi sekarang mereka kata 'we don't care, Cina, India, Kadazan ke, kalau BN lawan Pakatan Rayat, kita akan sokong Pakatan Rakyat'. 'The wind of change have come'.

IMG_3260Sebagai tokoh politik yang disegani di Sabah, apa peranan yang akan dimainkan Datuk setelah keluar daripada Umno?

Saya mahu sabah juga sealiran dengan kerajaan 'federal'. Oleh sebab saya tidak mahu lagi kerajaan BN, ke mana saya hendak pergi, ke mana saya hendak minta rakyat Sabah sokong? Saya sudah tinggalkan BN sudah tentu saya akan minta rakyat sokong sebelah sana (Pakatan Rakyat). Sekarang ini tidak ada lagi parti yang mampu memerintah Malaysia kecuali Pakatan Rakyat - kalau tidak mahu masuk KEADILAN, bole masuk PAS, tidak mahu PAS masuk DAP asalkan jangan kita gaduh sama sendiri. Boleh puji PAS bagus KEADILAN, DAP bagus tapi jangan kata sesama sendiri, yang tidak bagus hanya BN.

Apa pandangan Datuk peranan Usno sekiranya parti itu berjaya dihidupkan semula?

Fakta pertama yang harus kita ingat 95 peratus ahli umno di Sabah sekarang adalah bekas ahli Usno. Yang saya dijanjikan iaitu berkuasa dan dijaga tidak ditunaikan BN. Kalau Usno dihidupkan apa akan jadi kepada Umno, sudah tentunya mati. Jadi saya fikir tidak ada orang akan beri senjata untuk bunuh dirinya sendiri. Kemungkinan Usno dihidupkan tipis, tidak mungkin di bawah BN tetapi kalau semangat perjuangan dan prinsip Usno itu betul, tidak ada siapa boleh jel dia, kunci dia, Usno akan terus hidup. Bekas ahli Usno minta Pakatan Rakyat hidupkan semula Usno, kembalikan Amanah Saham Sabah. Saya katakan kalau hari ini Pakatan Rakyat memerintah, rakyat Sabah boleh datang ambil sijil saham itu. Beza dengan amanah saham Tun Mustapha dulu, kali ini amanah saham Sabah akan beri sijil kepada setiap rakyat Sabah yang berumur 18 tahun ke atas. Duit cukup sebab ada 20 persen royalti minyak, tidak ada masalah langsung pasal duit.

Apa gesaan Datuk kepada bekas ahli Usno yang berada dalam Umno?

Saya datang ke Sandakan untuk pilihan raya kecil dan di Sandakan saya akan katakan hanya dua sahaja parti yang boleh memerintah. Saya sudah tinggalkan BN dan siapa yang boleh tawarkan apa yang saya minta untuk Sabah itulah yang saya minta rakyat Sabah sokong. Saya tidak mahu bertaekwando tapi mahu bersilat. Bila kita bersilat kita gunakan tenaga musuh untuk mengalahkan musuh.

Apa pandangan Datuk berhubung ucapan Presiden Umno pada Perhimpunan Agung parti itu yang lalu?

Bagi saya ucapan Datuk Seri Najib itu yang membangkitkan isu mempertahankan hak Melayu, raja Melayu tapi pelikmya saya tidak pernah dengar KEADILAN atau DAP atau PAS kata mereka mahu hapuskan hak istimewa Melayu, hak Raja, agama, tidak pernah saya dengar sekalipun. Jadi kenapa Najib mahu teriak-teriak pasal apa? Najib bangkitkan soal perkauman yang sudah tidak laku, orang Sabah sudah tidak mahu dengar, apa yang mereka mahu dengar adakah royalti minyak akan dinaikkan, mahu bagi otonomi atau tidak, kami tidak mahu mahu Ketua Menteri di cucuk hidung seperti apa yang berlaku sekarang, kami mahu pilih Ketua Menteri sendiri yang sealiran dengan kerajaan yang kita pilih. Saya nampak di Malaysia, Umno sudah mati. Umno bagai bunga yang cantik, manis, kembang, disembah oleh semua orang. Bunga yang kembang akan kuncup, yang kuncup akan kereput, yang kereput akan kering dan yang kering akan mati. Umno yang dulu kuat, disembah dan tidak ada orang berani lawan kemudiannya berpecah dua dengan PAS. Kalau dalam pilihan raya kawasan itu 'solid' pengundi Melayu PAS menang. Umno dan BN hanya boleh memang kalau ada 35 persen Cina dan India. Lepas itu KEADILAN wujud, orang Melayu pun masuk KEADILAN, kebanyakannya dari Umno, jadi Umno kuncup lagi. Bila Cina dan India tinggalkan Umno, mati tak Umno? Jadi di Semenanjung Umno sudah mati!

Di Sabah katakan kepada rakyat, " Kalau kapal isu sudah pecah, kamu mahu tunggu lagi? Kalau kamu tunggu jangan salahkan orang kalau kamu mati". Ini saya cakap daripada pengalaman saya. Pada tahun 1975 saya pegawai tinggi kerajaan (Setiausaha Tetap Kementerian), bila Usno dipecah belahkan oleh Tun Razak, saya bilang Usno akan mati dan akhirnya benar-benar mati. Begitu juga di Semenanjung, Umno sudah mati atas sebab yang saya katakan tadi.

Umno selalu berkata, "Melayu bersatu, bersatu!" Atas alasan apa? Kalau Melayu itu bersatu dalam KEADILAN atau bersatu dalam PAS pernah dengarkah kita mereka mahu hapuskan hak Melayu, Sultan, agama? Jawapannya tidak ada. Retorik-retorik begini kalau kita fikir memang bunyinya bagus. Bersatu, bersatu memang ada dalam Islam, Islam suruh kita bersatu tetapi tidak ada dalam Islam suruh kita bersatu dalam Umno atau PAS. Tetapi kalau orang Melayu bersatu dalam KEADILAN atau PAS apa yang terkandung di dalam Perlembagaan tidak boleh terkacau. Tetapi Perlembagaan sekalipun siapa kata tidak boleh dipertikai. Kalau ada dua pertiga majoriti boleh dipersoalkan, ini bukan Al Quran, ini kita tidak boleh persoalkan.

Yang penting kerajaan yang akan ditubuhkan itu stabil. Kalau Pakatan Rakyat memerintah, mahukah orang Melayu dalam Pakatan Rakyat katakan, "hapuskan hak Melayu, Bahasa Melayu, Sultan? 'No way' mereka akan berbuat demikian. Kalau BN memerintah bolehkah mereka mengatakan, "kami mempertahankan matahari naik dan timbul, kami berjuang biar pun nyawa habis kami akan pertahankan. Itu retorik yang bagus didengar tapi kalau kamu tidak pertahankan matahari tetap naik dari timur. Begitu juga di Malaysia sudah termaktub di Malaysia dalam Perlembagaan hak-hak orang Melayu, tidak boleh digugat.

Adakah Najib kini terlalu 'desperate' sehingga terpaksa berucap dalam nada yang demikian?

Ya, terlalu 'desperate', antaranya mahu bikin lagi dua menara. Menara sekarang pun saya dengar kosong, sekarang mahu bikin lagi menara RM5 bilion. Nanti bila 'negotiate' kontrak bukannya' negotiate down' tetapi 'negotiate up'. Dalam Umno-BN ada budaya, ada sistem, ada praktik. Pemimpin-pemimpin termasuk Najib berkata, "the change in leaders only result in the change of style', sistem, budaya, praktik tetap sama. Sistem nepotisme, kronisme, korupsi; budaya cium tangan angkat kaki tidak akan berubah. Kalau mahu berubah semua ini satu sahaja iaitu alternatif kepada BN ialah Pakatan Rakyat.

Pada pandangan Datuk sejauh mana BN yakin menghadapi PRU-13 nanti?

Saya dengar ada ura-ura nak bubarkan Parlimen awal tapi kalau BN bubarkan Parlimen, saya yakin Pakatan Rakyat tidak akan bubarkan Dewan Undangan Negeri di mana ia berkuasa. Ini satu dilema. Kalau BN bubarkan Parlimen tetapi negeri Pakatan Rakyat tidak turut bubar masa itu Ketua Menteri dan Menteri Besar Pakatan Rakyat masih berkuasa, jadim itu satu kemudaratan kepada BN.

Yang kedua, konsep 1Malaysia perlukan pilihan raya seluruh negara serentak tapi kalau nak serentak menjelang April DUN Sarawak mesti bubar, kalau Sarawak bubar tapi Parlimen tak bubar apa maknanya 1Malaysia? Kalau Sarawak bubar negeri Pakatan Rakyat bubar apa jadi dengan konsep 1Malaysia?

Sebab itu saya tidak setuju sama sekali kerana satu Malaysia 13 negeri. Waktu kita sertai Malaysia, satu Malaysia bukan 13 negeri tapi 5 wilayah - Sabah, Sarawak, Brunai, Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu. Jadi ada lima komonen - semuanya hak yang sama, perkongsian yang sama dan status yang sama kata Tunku Abdul Rahman. Kalau kongsi seratus peratus kami Sabah sepatutnya dapat 20 peratus. Bila Brunai tak ikut jadi setiap satu komponen ada saham 25 peratus dan bila Singaoura kena tendang, sepatutnya kami dapat 33 peratus tapi dalam konsep 1Malaysia  bila ada 13 negeri, pembahagiaan sudah jadi pak pandir, pembahagiaan bujang lapuk - satu Sabah, satu Sarawak , 11 Semenanjung. Ini bukan yang dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak. Keranna itu saya minta kita kembali kepada semangat 1963, saya tidak minta satu sen lebih atau satu sen kurang.

Saya tahu kerana saya terlibat dalam proses penilaian samada mahu sertai Malaysia atau tidak dalam 'Cobbold Report'. Saya juga terlibat dalam menterjemahkan memorandum yang dikemukakan dan saya juta terjemahkan 'Cobbold Report', jadi saya tahu semua ini.

Masa itu Tunku janji disebabkan kita miskin, pernah dijajah dan tidak membangun, maka jika kita sertai Malaysia, Sabah dijanjikan bebas daripada penjajahan, kaya seperti Semenanjung dan juga maju seperti Semenanjung.

Tapi 47 kemudian kami yang paling miskin. Kami bukan miskin - kami ada kayu balak, minyak dan segalanya. Jadi Malaysia bagi kami adalah 'a failed promise as far as Sabah is concerned'. Ini mesti diperbetulkan sebab saya sayang Malaysia.

Saya percaya kalau Pakatan Rakyat memerintah, kalau 28 perkara yang saya tuntut, kalau 10 ditunai cukup bagus tapi 3 atau 4 pun alhamdulillah.

Mat Sabu ingatkan PAS jangan jadi Umno

imagesOleh Abu Bakar Haq
KUALA LUMPUR: Kalau PAS hendak mengganti tempat Umno dengan mewarisi tingkah laku parti itu, biarlah Umno terus berkuasa sampai bila-bila, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.
"Slogan kita tegakkan tamadun Islam di atas keruntuhan jahiliah," kata beliau dalam tulisan terbarunya.

Menjelaskan penegasannya itu, Mohamad berkata, antara cara Umno membina harta ialah melalui tender runding sesuatu projek.
"Melalui wang yang dikumpul itu, (Umno) membina bangunan, menyertai pilihanraya, membiayai perjalanan parti.
"Saya harap PAS tidak mengganti Umno dalam membina kewangan seperti melalui tender runding untuk faedah kewangan individu atau kewangan parti (termasuk) untuk membina bangunan menjalankan perjalanan parti atau membiayai pilihan raya," katanya.
Jika PAS membuat seperti perkara di atas, katanya lagi, "maka kita benar-benar menggantikan Umno".
"PAS mesti berazam untuk mengikut contoh pemerintahan khalifah ar-rasyidin khasnya Umar Ibnu Khattab, yang membina kekuatan Baitul Mal untuk faedah umum bukan kekuatan individu atau kekuatan puak," katanya.
"Hasil hutan, khazanah bumi, tanah dan sebarang bentuk transaksi hendaklah pergi ke Baitul Mal bukan kepada individu, puak atau parti," tegas Mohamad.
Membina kekuatan jamaah
Bagi beliau, konsep pembinaan kekuatan parti atau jamaah mesti datang dari wang infak atau zakat atau lain-lain sumber yang tidak boleh ditafsirkan sebagai rasuah.
"Kalau wang transaksi daripada sesuatu projek pergi kepada parti politik pemerintah dibenarkan maka pihak pemerintah (PAS) hendaklah memberi habuan kepada semua parti politik yang berdaftar di Malaysia.
"Dengan ini barulah PAS tidak dianggap mengganti Umno," katanya. Sekiranya PAS dijulang oleh rakyat untuk menjadi peneraju utama kepada kerajaan baru selepas Barisan Nasional (BN), Mohamad menyatakan beliau "amat berharap PAS tidak menggantikan Umno" Menurut beliau, menggantikan Umno bererti mewarisi stail kepimpinan yang memperalatkan pembangunan untuk pembinaan kekuatan parti dan hala tujunya.
"Umno membina kekuatan mereka semangat perkauman, janganlah PAS membina kekuatan mereka di atas asobiah agama, sedangkan Islam sebagai ad-Din," beliau mengingatkan.
PAS mesti membela kebenaran walaupun datang dari sesiapa dan menolak kemungkaran walaupun datang dari sesiapa, katanya.
"Asobiah agama mesti ditolak terus, Islam sebagai addin mesti dijulang dan dimartabatkan," tegas Mohamad.
Beliau bagaimanapun yakin evolusi pemikiran umat Islam dan rakyat Malaysia secara umum tidak mengizinkan monopoli mana-mana parti politik selepas Umno-BN kehilangan kuasa.
"Reformasi rakyat akan mengubah dengan segera mana-mana pemerintah yang cuba menggantikan peranan Umno-BN.
"Yang kita perlu tonjolkan ialah Islamic Civilisation (tamadun Islam) bukan asobiah Islam," katanya.

'Orang Upahan' Umno-BN Dalang Demonstrasi Hadapan Sidang DUN Pulau Pinang ?












Sekumpulan orang yang membuat demonstrasi di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pagi semalam dipercayai orang upahan Umno-BN dalam usaha menjatuhkan imej Pakatan Rakyat di negeri itu.
Kumpulan itu menimbulkan kekecohan di hadapan dewan kononnya mahu menzahirkan ketidakpuasan hati mereka terhadap pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.
Exco Kerajaan Pulau Pinang, Malik Kassim berkata pihaknya mendapati demonstrasi itu hanya mahu mengalihkan pandangan rakyat daripada mengikuti pembentangan belanjawan kerajaan negeri yang banyak memberi manafaat kepada rakyat.
"Mereka buat demonstrasi ini supaya anggapan mereka besok nanti dalam surat khabar tidak akan tersiar berita-berita tentang ucapan belanjawan ini malahan akan tersiar berita tentang demonstrasi mereka."katanya.
Tegas Malik Kasim lagi, "Jadi inilah saya nampak taktik mereka melakukan ini supaya dapat blackout atau pun super seat berita ucapan belanjawan yang banyak mementingkan pemberian kepada rakyat."
Pagi tadi kira- kira 100 orang kononnya peniaga dari Komtar dan ahli Parti Cina Malaysia berdemonstrasi dihadapan dewan undangan negeri pulau pinang kerana mahu membantah lima perkara bersabit dengan keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang.

SPR: Kami ada kuasa tentukan tempat kira undi, PAS boleh bantah jika mahu

GUA MUSANG, 3 Nov — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa dalam menentukan tempat mengira undi sama ada di pusat-pusat pengundian ataupun di tempat lain termasuk pusat penjumlahan undi jika difikirkan perlu dalam kes-kes khas. Sambil menasihatkan mana-mana pihak tidak bimbang, Timbalan Setiausaha SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata, langkah sedemikian diambil dalam keadaan cuaca tidak menentu.
Sehubungan itu, SPR memberi jaminan kepada PAS bahawa tiada penipuan akan berlaku ketika proses pengiraan undi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas membabitkan empat kawasan Orang Asli yang didakwa PAS semalam.
“SPR mempunyai kuasa untuk tentukan macam mana nak kira kertas undi.
“Dalam isu Orang Asli ini, kita bawa balik ke pusat penjumlahan kertas undi selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk cuaca.
“Kalau cuaca sekarang yang tidak menentu dan hujan, kalau kira di sana, bila masa baru kita akan balik ke sini. Bukankah ia akan lebih melambatkan?” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.
Petang semalam, PAS menggesa SPR mengkaji semula keputusannya mahu membawa peti undi dari empat kawasan Orang Asli — yang mempunyai 924 pengundi — tanpa dikira terlebih dahulu di pusat pengundian terbabit.
PAS akan memfailkan bantahannya berhubung keputusan SPR itu hari ini — sehari sebelum pengundian diadakan.
Empat kawasan tersebut adalah Belatim, Balar, Bihai dan Hau yang mana SPR akan menggunakan khidmat helikopter untuk mengangkut kertas undi sebelum dikira di pusat penjumlahan undi di sini.
Noordin berkata, PAS boleh memfailkan bantahan sekiranya merasakan perlu.
“SPR ada cara untuk mengira undi, kalau sesuatu proses itu melambatkan kita akan bawa ke pusat pengumpulan kertas undi.
“Kalau PAS nak failkan bantahan tiada masalah. Lagipun ini bukan kali pertama kita bawa balik kertas undi dan kira di pusat penjumlahan undi.
“PAS nak risau buat apa? Kita bawa naik helikopter. Dalam helikopter itu nanti ada polis yang bertugas, tidak akan berlaku penipuan,” katanya lagi.
Justeru, Noordin meminta PAS supaya tidak terlalu risau dengan perkara itu kerana pihaknya akan menjalankan tugas dengan baik.
“Tidak perlu risau, kita akan jalankan tugas dengan baik.
“Kita cuma bawa balik dengan helikopter nanti ketika buat pengiraan ejen calon pun ada bersama, tiada masalah pun,” katanya.
Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun semalam, bantahan itu akan dibuat hari melalui peguam partinya.
“Kita tidak mahu ia dibawa ke pusat pengumpulan kertas undi (Dewan Pusat Sivik Gua Musang), kita mahu ia dikira di sana terlebih dahulu,” katanya.
Menurut Abdul Fatah, SPR tidak memaklumkan perkara itu kepada pihaknya terlebih dahulu.
Tambah Noordin, sekiranya selepas pilihan raya kecil selesai dan PAS masih tidak berpuas hati mereka boleh memfailkan petisyen di mahkamah.
Kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu di mana Barisan Nasional (BN) meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala PAS, yang mewakili Pakatan Rakyat, meletakkan Dr Zulkefli Mohamad yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang.
Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi pada pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Insiden di Galas: Kumpulan TBH tuduh Heng berbohong

Gerakan 'Malaysian for Beng Hock' hari ini mengeluarkan gambar-gambar untuk membuktikan bahawa salah seorang anggotanya telah dikasari oleh seorang pemimpin MCA Gua Musang Sabtu lalu.

Penyelarasnya, Ng Yap Hwa berkata, gambar-gambar tersebut
membuktikan bahawa anggotannya itu, Soh Cher Hai, jelas ditolak dengan ganas oleh seorang individu yang dikenalpasti sebagai setiausaha MCA bahagian Gua Musang.

Gerakan itu berkata, gambar tersebut merupakan bukti bahawa Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie, telah membuat kenyataan yang mengelirukan mengenai kejadian tersebut.

Heng telah mendakwa bahawa Soh tidak benar-benar jatuh ke tanah dan beliau telah memastikan keselamatan Soh sebelum beredar dari situ.

Ng berkata, gambar-gambar tersebut juga menjukkan Heng tidak sahaja menyaksikan insiden itu, tetapi beredar tanpa memperdulikan Soh, yang terjatuh di tanah, hanya beberapa kaki sahaja darinya (kanan).

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di ibunegara, beliau mendesak MCA supaya memecat setiausaha bahagian yang bertindak ganas itu, dan mengambil tindakan displin terhadap Heng kerana didakwanya berbohong.

Soh turut hadir di sidang akhbar tersebut. Sabtu lalu, Soh cuba menemui Heng selepas satu majlis di Gua Musang, di mana timbalan menteri itu berkempen untuk BN dalam pilihan raya kecil Galas.

Ekoran insiden kekasaran terhadap Soh itu, masyarakat Cina di Gua Musang telah menyuarakan rasa tidak senang mereka terhadap MCA berhubung apa yang berlaku itu.Dalam usaha untuk meredakan keadaan, Heng mengeluarkan
kenyataan semalam untuk menunjukkan sokongannya terhadap salah satu isu yang dibangkitkan oleh gerakan tersebut, iaitu penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teoh.

PAS beri SPR amaran, kira undi Orang Asli di pusat mengundi

GUA MUSANG, 2 Nov – PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula keputusannya mahu membawa peti undi dari empat kawasan Orang Asli – yang mempunyai 924 pengundi – tanpa dikira terlebih dahulu di pusat pengundian terbabit.
Ia akan memfailkan bantahannya berhubung keputusan SPR itu esok iaitu sehari sebelum pengundian diadakan.
Empat kawasan tersebut adalah Belatim, Balar, Bihai dan Hau yang mana SPR akan menggunakan khidmat helikopter untuk mengangkut kertas undi sebelum dikira di pusat penjumlahan undi di sini.
Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun berkata, bantahan itu akan dibuat esok melalui peguam.
“Sekarang peguam kita sedang buat persiapan terakhir untuk buat bantahan kepada SPR.
“Bantahan ini kerana kita melarang SPR bawa pulang kertas undi dari empat kawasan Orang Asli itu.
“Kita tidak mahu ia dibawa ke pusat pengumpulan kertas undi (Dewan Pusat Sivik Gua Musang), kita mahu ia dikira di sana terlebih dahulu,” katanya pada sidang media di Markas Pilihan Raya PAS DUN Galas di sini petang tadi.
Menurut Abdul Fatah, SPR tidak memaklumkan perkara itu kepada pihaknya terlebih dahulu.
“SPR tidak beritahu empat peti undi itu akan dibawa ke pusat pengumpulan kertas undi sebelum dikira.
“Sebelum ini (2008) undi ini dikira di sana terlebih dahulu, kali ini ia berbeza di mana ia akan dikumpulkan di pusat pengumpulan (kertas undi) pula.
“Kita ambil keputusan ini kerana bimbang semasa ia dibawa dengan helikopter, apa sahaja yang boleh berlaku.
“Lagipun pemerhati kita tidak berada bersama, jadi peluang penipuan itu masih ada,” katanya.
Tambah Abdul Fatah, sekiranya SPR menolak bantahan itu pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara itu ke mahkamah.
“Kita akan buktikan kesungguhan kita dalam perkara ini dan sekiranya SPR menolak kita akan membawanya ke mahkamah,” katanya.
Kata beliau, pihaknya beranggapan sekiranya kertas undi itu tidak dikira di tempat mengundi, tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.
“Undi-undi dari empat kawasan itu mesti dikira di pusat pengundian masing-masing,” katanya.
Kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu di mana Barisan Nasional (BN) meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala PAS, yang mewakili Pakatan Rakyat, meletakkan Dr Zulkefli Mohamad yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang.
Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi pada pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Tiada pertemuan semuka, Hillary hubungi Anwar sentuh kes liwat


SANDAKAN, 2 Nov – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tiada pertemuan empat mata dengan Hillary Clinton, tetapi beliau memaklumkan yang Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu ada menghubunginya malam ini untuk bertanya tentang keadaan beliau, isterinya dan juga kes liwat kedua yang sedang dihadapinya.
Ketika ditemui wartawan di sini malam ini, Anwar (gambar) memberitahu, Clinton meminta maaf kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana gagal bersapa dengan beliau pada satu majlis di ibu negara pagi tadi.
“Beliau bertanya tentang saya dan Azizah dan juga meminta maaf kerana pada majlis pagi ini, beliau hanya diberitahu tentang kehadiran Azizah selepas berakhirnya majlis itu.
“Dan, beliau meminta saya menyampaikan salamnya dan meminta maaf kerana tidak menyedari kehadirannya ketika dialog pagi ini,” kata Anwar selepas satu majlis kempen di sebuah restoran di sini malam ini.
Anwar menambah, Clinton juga memperlihatkan keprihatinan berhubung kes liwat kedua yang sedang dilaluinya sekarang dan memaklumkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat mengikuti dengan rapat kes tersebut – yang kedua dalam sedekad ini.
“Beliau bercakap mengenai keadaan saya dan saya memberitahu beliau bahawa saya perlu melalui proses perundangan sewajarnya.
“Beliau mengatakan bahawa Amerika Syarikat ambil berat dan mahu kerajaan Malaysia menghormati lunas perundangan,” kata Anwar lagi.
Anwar berada di sini dalam siri kempen pilihan raya kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah.
Pengundian berlangsung Khamis ini.
Terdahulu, Bernama melaporkan kerajaan tidak mempunyai halangan bagi Clinton untuk menemui ketua pembangkang itu kerana sudah menjadi adat bagi para pemimpin untuk bertemu kedua-dua pemimpin kerajaan dan pembangkang dalam mana-mana lawatan negara.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagaimanapun berkata tindakan itu pada masa ini tidak akan membawa petanda baik memandangkan perbicaraan kes liwat Anwar masih berjalan dan kerajaan tidak mahu ia memberi isyarat yang salah kepada rakyat.
“(Tambahan pula) kerajaan Barisan Nasional (BN) kini menghadapi pilihan raya kecil di Galas (Kelantan) dan kawasan Parlimen Sabah (Batu Sapi) jadi kita tidak mahu individu atau pihak tertentu untuk menyalah tafsir bahawa Amerika Syarikat atau Setiausaha Clinton membantu orang ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar bersama dengan Clinton di Putrajaya hari ini.
Clinton, yang tiba malam tadi, adalah dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia. Sebelum itu, Anifah dan Clinton mengadakan mesyuarat dua hala berhubung isu antarabangsa dan serantau untuk kepentingan bersama.
Clinton, ketika ditanya sama ada beliau akan bertemu Anwar lewat hari ini berkata: “Saya tidak dapat berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) hari ini kerana beliau sakit dan ia memberi kesan kepada jadual saya di Kuala Lumpur.”
“Para pegawai dari Amerika Syarikat dan Jabatan Negara sentiasa berhubung dengan Anwar, kami akan terus berhubung dengannya dan kami memantau kesnya dan seperti apa yang disebut Menteri Luar mengenai perbicaraan yang terbuka dan bebas, itu yang sebenarnya kami jangkakan,” katanya.
Beliau berkata perkara mengenai pendakwaan Anwar, yang didakwa sebagai bermotifkan politik oleh sesetengah pihak, juga dibincangkan dalam mesyuarat.
“Sudah diketahui umum bahawa Amerika Syarikat percaya adalah penting bagi semua aspek kes ini untuk dikendalikan dengan adil dan telus dan sebaliknya yang meningkatkan keyakinan dalam kedaulatan undang-undang di Malaysia.
“Kedutaan kami mengekalkan hubungan baik dengan parti pemerintah dan pembangkang memandangkan disiplin penting dalam proses demokrasi di Malaysia dan kami akan terus menyokong pembangunan pesat Malaysia dalam mengukuhkan institusi demokrasi dan kedaulatan undang-undang,” katanya.
Anifah juga mengulangi bahawa beliau akan memastikan Anwar mendapat perbicaraan yang adil kerana jika wujud “pendakwaan berunsur politik’’ ia boleh berlaku kepada sesiapapun.

BN diramal menang, PKR mampu ketepi SAPP

Ramalan awal oleh sebuah pusat penyelidikan bebas menunjukkan BN mampu mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi, tetapi dengan jumlah undi dan majoriti yang lebih kecil.

Centre for Strategic Engagement (Cense) - sebuah organisasi penyelidikan polisi politik dan awam - dalam satu laporannya mengenai Batu Sapi, meramalkan BN boleh memenangi pilihan raya kecil itu dengan memperolehi 7,394 undi atau 45 peratus daripada anggaran 18,273 pemilih yang keluar mengundi Khamis ini.

Dalam pilihan raya umum 2008, calon BN Edmund Chong Ket Wah, yang meninggal dunia tiga minggu lalu dalam kemalangan jalan raya, menang kerusi parlimen itu dengan memperolehi 9,479 undi, untuk menewaskan calon bebas Chong Kwong Wing, yang mendapat 5,771 undi.

PKR pula dijangka menduduki tempat kedua dalam persaingan sengit dengan SAPP. PKR dijangka memperolehi 4,597 atau 28 peratus undi, manakala SAPP pula dianggarkan mampu mengautkan 4,282 atau 26 peratus undi.

Laporan tersebut, yang dibuat didasarkan "sentimen semasa", mengambil kira 15 peratus peralihan sokongan di kalangan pengundi Cina - daripada BN kepada pembangkang - tambahan kepada lima peratus peralihan sokongan pegundi majoriti bumiputera Islam kepada pembangkang.

Cense
bagaimanapun menegaskan bahawa anggaran peralihan sokongan itu adalah pada paras minimum, dengan kemungkinan peratusannya akan lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

Laporan itu menjelaskan bahawa PKR dijangka mengetepikan SAPP untuk berada di tempat kedua, berdasarkan kepada usaha berterusan Pakatan Rakyat untuk menembusi kubu BN di kalangan masyarakat bumiputera Islam itu, yang terdiri daripada hampir 60 peratus daripada 25,582 pengundi berdaftar di Batu Sapi.

Manakala SAPP pula dijangka mampu mengekalkan sokongan majoriti pengundi Cina yang seramai 9,737 orang, yang dilihat lebih berpihak kepada pembangkang.

Situasi ini, bagaimanapun, boleh memberi kelebihan sokongan kepada pembangkang secara umumnya, dengan sokongan untuk BN
berpotensi merosot di kalangan pengundi Cina ketika tempoh kempen hanya tinggal 24 jam lagi.

Perutusan PRK N.45 Galas

Salam persaudaraan semua Pengundi Galas.

Bersyukur kepada Allah SWT yang memberi peluang untuk kita semua bertemu dalam pilihan raya kecil N.45 Galas, Gua Musang.

Semoga semua Pengundi Galas daripada orang Melayu, Cina, Orang Asal sampai kepada orang India berada dalam sihat dan ‘afiat.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan pengharapan agar Pengundi Galas dapat menghayati jasa dan bakti serta ketulusan pihak Kerajaan Negeri Kelantan bersempena panggilan keluar mengundi pada hari Khamis, 27 Zulkaedah 1431 bersamaan 4 November 2010 nanti.

Maka, undilah Calon Kito, Dr. Zul dari Parti PAS, iaitu Parti Kerajaan yang mentadbir Negeri Kelantan hari ini.

Sesungguhnya, ambillah pengajaran daripada tujuan Allah SWT menciptakan manusia ini "lelaki dan perempuan, dan berbangsa-bangsa, supaya kita semua berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu dengan yang lain". (intisari maksud Al-Quran, Surah Al-Hujurat 49:13).

Justeru Allah menciptakan manusia semua adalah dari satu keturunan, iaitu Nabi Adam.

Ini bermakna asal-usul sesuatu kaum itu, tidak kira Melayu, Cina, India dan Orang Asal adalah dari seorang manusia bernama Adam yang kemudian berkembang menjadi pelbagai keturunan, bangsa, bahasa, budaya, warna kulit dan pelbagai adat resam.

Maka Islam memandang tinggi dan memberi kemuliaan di atas semua perbezaan, asalkan mereka beriman dengan Allah SWT.

Memahami ciptaan Allah itu, saya dapati Saudara Dr. Zul selaku Calon Kito telah memberi kesanggupan untuk berkhidmat kepada semua rakyat, Pengundi Galas, termasuk Melayu, Cina, Orang Asal dan India.

Ini sesuai dengan perintah Allah SWT, agar kita semua sentiasa menjadi
orang-orang yang menegakkan keadilan, menerangkan kebenaran dan jangan timbul rasa kebencian terhadap sesuatu kaum sehingga melakukan
ketidak-adilan ke atas kaum itu (intisari maksud Al-Quran, Surah Al-Maidah 5: 8).

Inilah misi dan matlamat sebenar Kerajaan Negeri di bawah Kepimpinan Ulama’ tatkala berkuasa– sedia membantu dan menyelesaikan permasalahan rakyat– sentiasa utamakan prinsip keadilan untuk semua.

Begitu pula dari segi kemasyarakatan, Allah SWT melarang perbuatan saling cemuh-mencemuh dan rendah-merendah terhadap kaum tertentu. Ini mungkin kaum yang dicemuh itu lebih baik.
Dan kita harus mengelakkan daripada panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk (intisari maksud Al-Quran, Surah Al-Hujurat 49:11).

Oleh itu, semua Pengundi Galas sama ada orang Melayu atau Cina, India atau Orang Asal hendaklah saling hormat-menghormati.

Prinsip ini telah menjadi pendirian dan dasar sosial Kerajaan Negeri Kelantan sepanjang mentadbir Negeri ini sejak pilihan raya umum 1990 lagi.

Maka prinsip ini menjadi panduan Wakil Rakyat yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan (dari Parti PAS/Pakatan Rakyat) menjalankan tugas dan berkhidmat kepada rakyat.

Saya yakin Saudara Dr. Zul bersedia
mengamalkan khidmat terbaik untuk rakyat Galas berpandukan prinsip
tersebut.

Sesungguhnya, pilihan raya kecil Galas berlaku pada saat Kerajaan Negeri Kelantan sedang menyambut 20 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam.

Dalam tempoh 20 tahun itu, banyak usaha pembangunan sudah dibuat dan sedia dinikmati oleh semua rakyat.

Aspek kebajikan rakyat, kepentingan dan hak rakyat menikmati hasil pembangunan adalah keutamaan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat.

Termasuklah, Pengundi Galas sudah menerima banyak perubahan hasil daripada pembangunan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri di Jajahan Gua Musang.

Justeru itu, tiada pilihan lain bagi Pengundi Galas, melainkan bersetuju untuk mengundi Calon Kito, Dr. Zul yang sanggup memberi khidmat terbaik bagi menyambung usaha Wakil Rakyat sebelum ini, malah sedia menjadi penghubung dan pemudah-cara antara rakyat dengan Kerajaan Negeri.

Semua Pengundi Galas harus menerima hakikat bahawa segala rancangan pembangunan akan berjalan lancar apabila Dun Galas ini mempunyai Wakil Rakyat yang mewakili Kerajaan Negeri. Ini kerana banyak urusan pembangunan adalah tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

Di antaranya rancangan pemilikan tanah, pembinaan jalan, bekalan air paip, pembinaan rumah, bangunan perniagaan dan kebajikan serta kesejahteraan rakyat.

Maka, pesanan saya, janganlah mudah percaya kepada janji pemimpin BN yang jelas menentang Kerajaan Negeri, kononnya mereka ada kuasa untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah atau bekalan air, atau pun perumahan rakyat.

Semua urusan ini tidak akan selesai tanpa kerjasama Wakil Rakyat dari Parti yang mewakili Kerajaan Negeri.

Memahami keadaan yang sedemikian, apa pasal kita nak pilih calon BN?

Natijahnya calon BN tidak akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri.

Ini kerana kebelakangan ini, ramai pemimpin BN yang terlibat dengan rasuah, kroni dan pilih kasih yang jelas berlawanan dengan ajaran agama, bercanggah dengan hasrat rakyat dan tidak sehaluan dengan dasar-dasar Islam yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Maka seruan saya, berilah keyakinan dan kepercayaan kepada Calon PAS, Dr. Zul sebagai Calon Kito yang sedia berkhidmat untuk semua Pengundi Galas.

Keluarlah beramai-ramai untuk mengundi dan undilah bulan.

“Pertahan Galas Kito”

Calon Kito, Dr. Zul – Cakno & Mesra