Selasa, 26 Oktober 2010

Transformasi RM1.392 trilion..hutang dari mana...tabung mana nak dipecahkan..???


Najib Tun Razak bersalaman dengan Dr. Abdul Aziz Al-Hinai (dua dari kiri) sambil diperhatikan Raja Dr. Nazrin Shah dan Dr. Zeti Akhtar Aziz semasa Global Islamic Finance Forum di Hotel Mandarin, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 25 Okt. – Malaysia memerlukan pembiayaan berjumlah RM1.392 trilion bagi menjayakan program transformasi ekonomi untuk dekad akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, sebahagian daripada pembiayaan itu akan ditampung melalui penerbitan Sukuk, memandangkan kewangan Islam adalah pilihan pembiayaan yang layak dan kompetitif untuk menampung pertumbuhan ekonomi di Asia.
Selain itu katanya, kos pembiayaan tersebut juga akan ditampung oleh sektor swasta, sektor awam dan syarikat milik kerajaan (GLC) dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.
“Dana ini akan digunakan untuk menjayakan pelbagai projek yang sudah dirangka, dari rangkaian kereta api massa hinggalah kepada penggunaan tenaga nuklear pada masa hadapan.
“Ini kerana aspirasi kita untuk muncul sebagai negara berpendapatan tinggi tidak boleh dilakukan secara berasingan dan adalah penting pertumbuhan serta pembangunan dilaksanakan secara inklusif dan berterusan,” katanya.

Ibu maafkan dosa Siti Faezah


DARI kiri: Siti Faezah, Hazmain dan Siti Rohani bersama Siti Norafida (di atas pangkuan) kelihatan ceria setelah dipertemukan di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Ibu kepada Siti Faezah Abu Baka bertekad untuk membawa keluarga anaknya yang sebelum ini hidup merempat di bawah jambatan di sebatang lebuh raya di sini pulang ke rumahnya di Segamat, Johor bagi memulakan hidup baru.
Siti Rohani Abdullah, 52, berkata, dia gembira kerana selepas enam tahun berpisah dengan anak keenam daripada 10 adik-beradik itu, mereka akhirnya dipertemukan dengan bantuan Biro Aduan Komuniti UMNO.
Siti Rohani telah dibawa ke sini oleh ahli-ahli biro itu dari rumahnya di Ladang Sungai Selarut, Segamat kira-kira pukul 11 pagi semalam untuk dipertemukan semula dengan Siti Faezah, 27.
Pertemuan itu adalah rentetan daripada usaha membantu keluarga Siti Faezah, suaminya, Hazmain Abdul Jalil, 28, dan anaknya yang baru berusia setahun, Siti Norafida yang ditemui merempat di kolong jambatan Lebuh Raya Maju Expressway di sini sejak empat bulan lalu.
“Kami terputus hubungan selepas telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi. Saya pun selalu berharap dia menelefon saya kerana dia tahu nombor saya.
“Kali terakhir kami berjumpa adalah pada bulan puasa tahun 2004,” ujar Siti Rohani selepas dipertemukan dengan Siti Faezah di sini semalam.
Sebelum ini, menurut Siti Rohani, dia sudah lama mencari anaknya itu termasuk cuba mendapatkan maklumat daripada rakan rapatnya di Johor, namun tidak berhasil.
Pada pertemuan itu, Siti Faezah dan ibunya tidak dapat menahan kesedihan dan mereka saling berpelukan dan menangis teresak-esak selama lebih 10 minit.

Suhakam lancar kaunter aduan bergerak di Galas

suhakam-logoPETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menubuhkan Kaunter Aduan Bergerak bagi memantau perjalanan proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas dan mula beroperasi hari ini.
Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, kaunter itu ditubuhkan di perkarangan Pejabat Tanah Gua Musang bagi memberi pendedahan mengenai hak asasi manusia dan memastikan proses PRK Galas menghormati hak pengundian sejagat.

"Hak itu termasuklah kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, berpersatuan, akses kepada maklumat dan hak kepada keselamatan sepanjang pilihanraya berlangsung.
"Antara pihak yang akan dipantau termasuklah badan-badan berkuasa, media serta parti-parti politik yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Orang ramai juga boleh mengemukakan sebarang aduan pencabulan hak asasi manusia berhubung PRK Galas melalui emel complaints@suhakam.org.my atau sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun multimedia (MMS) di talian 013-6923826.

BN yakin pembangkang lambat laun terima Menara Warisan Merdeka

bung mokhtarOleh Rahmah Ghazali
KUALA LUMPUR: Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yakin anggota-anggota pembangkang lambat laun akan menerima cadangan pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat itu walaupun buat masa ini mereka menentangnya.
Dalam perbahasan mengenai Bajet 2011, Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) berkata, pihak pembangkang tidak harus mempertikai cadangan ini kerana mereka akan "menelan balik apa yang mereka kata" pada akhirnya.

Sebagai contoh katanya, Pakatan Rakyat, yang mengutuk projek Putrajaya yang menelan belanja berbilion ringgit ketika mula dibangunkan, kini menjadi destinasi impian mereka akhirnya.
"Malahan mereka menyatakan sebelum ini, mereka mahu melelong Putrajayakerana mereka mendakwa membazir wang pembayar cukai. Kini mereka mahu mengambil alih Putrajaya pula.
"Mereka juga pernah mengutuk pembinaan Jambatan Pulau Pinang tapi sekarang mereka mahu jambatan kedua," kata Mohamed dengan sinis.
Pembangkang tidak pernah bersyukur
Menyambut kata-kata Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), beliau berkata pihak pembangkang tidak pernah bersyukur mengenai apa yang kerajaan telah buat untuk negara ini.
Beliau juga mendakwa bahawa mereka telah "memanipulasi fakta" dengan mendakwa syarikat pengurusan dana terbesar negara, Permodalan Nasional Berhad (PNB), akan mengguna wang pembayar cukai.
"Tapi PNB menjelaskan bahawa mereka tidak akan menyentuh wang kerajaan atau dana unit amanah untuk membina bangunan pencakar langit itu.  Malahan mereka akan menggunakan sumber dana dalaman untuk menampung kos pembinaan," kata Bung.
Pakatan Rakyat telah berkempen secara intensif menentang cadangan itu dengan mendakwa projek itu akan menjadi sebuah lagi projek "gajah putih" di negara ini.
Ketika ahli-ahli parlimen bertelagah tentang projek yang kontroversial ini di Parlimen, hampir 170,000 rakyat Malaysia telah menyuarakan bantahan mereka terhadap pembinaan menara ini menerusi laman jaringan sosial Facebook.
Kumpulan itu yang dikenali sebagai "1Malaysia Reject 100-storey Mega Tower" ditubuhkan minggu lalu selepas projek itu buat pertama kali diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam Bajet 2011 pada 15 Oktober lalu.

Bilik Gerakan Utama KEADILAN Mula Beroperasi

 
IMG_3349SANDAKAN 25 Okt - Bilik Gerakan Utama (BGU) Parti Keadilan Rakyat Cabang Batu Sapi sudah bersedia mengalas tanggungjawab menjadi nadi pengerak jentera pilihan raya kecil kawasan parlimen P185 dengan segala persiapan dan tenaga kerja semua peringkat parti siap siaga berdepan dengan hari penamaan calon esok.

Pengarah BGU Zainuddin Hassan berkata pusat yang juga menjadi pejabat tetap KEADILAN Cabang Batu Sapi di Ramai-Ramai telah diubah suai untuk menyesuaikan dengan kegunaan bagi tujuan PRK.

"Kita baru saja membeli pejabat ini dan telah membuat renovasi dengan memasang pendingin hawa dan pendawaian baru. Kemudahan peralatan pejabat dan internet tanpa wayar pun disediakan bagi memudahkan komunikasi dan penghantaran maklumat," jelas Zainuddin.

Beliau berkata aspek keselamatan juga diberi keutamaan terutamanya memastikan kebajikan dan maklumat tidak terlepas kepada pihak lawan.

"Kita juga menyediakan makanan dan minuman bagi petugas KEADILAN yang berjumlah kira-kira 100 orang yang akan melakukan pelbagai gerakIMG_3352 kerja seperti penginputan dan pemeriksaan daftar pengundi. Malah belum penamaan calon sudah ramai pengundi Batu Sapi yang mula datang untuk menyemak nama mereka dalam daftar pengundi," ujar beliau.
Semalam Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah sebagai calon Pakatan Rakyat dalam PRK Batu Sapi 4 November depan.
Barisan Nasional meletakkan balu mendiang Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin sebagai calonnya manakala Parti Maju Sabah (Sapp) mempertaruhkan presidennya, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.

Skyscraper: Opposition barks first, then wags tail

By Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: Based on their track-record, the opposition would eventually warm up to the 100-storey Warisan Merdeka tower despite pouring cold water on the proposal now, said a BN MP.
In his Budget 2011 debate speech, Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) called on the opposition not to crticise the RM5 billion project because they would “eat their own words” at the end of the day.

Previously, he said, the opposition had condemned the construction of the administrative capital of Putrajaya but it had now become their ultimate goal.

"Before this, they even said they wanted to auction Putrajaya because it was a waste of taxpayers' money. Now they want to take over Putrajaya.

"They also used to condemn the construction of the Penang bridge but now they want a second Penang bridge," he told the Dewan Rakyat this afternoon.

Bung: Facts manipulated

Meanwhile, Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) slammed the opposition for not being grateful for the development which the BN government had brought for the nation.

He also accused the opposition of "manipulating the facts" by alleging that the country's largest fund management company Permodalan Nasional Berhad (PNB) would use taxpayers' money to construct the tower.

"But PNB has made it clear that they will not touch the government's money or the unit trust funds to develop the skyscraper. Instead, PNB will use its own private fund to bear the cost," he said.

Pakatan Rakyat leaders had criticised the project, arguing that it would become another BN white elephant.

Some 170,000 Malaysians had also voiced their objection to the project through Facebook. The group called "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" was formed last week.

Nurul Izzah's new challenge to Najib




nurul-izzah-01march2008-usj12-011KUALA LUMPUR - Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar has challenged Umno president Najib Abdul Razak to put his words into action within 30 days - stressing on a free and fair election, repeal of anti-democratic laws and freedom of the press.

"Let these three benchmarks be a test of whether the Umno president has the moral leadership that he has expounded in his speech, and the courage and fair play of Hang Tuah.

"Or would he choose to follow in the delusional steps of a Mat Jenin who by the way according to legend fell off the proverbial coconut tree when he extended his arms to illustrate how big a palace (maybe which was renovated at a cost of RM65 million) he dreamed of living in with his imaginary beautiful princess,” she said in a press statement Monday.

Nurul Izzah, who was commenting on the Prime Minister's speech at the Umno general assembly last week, said Monday that Najib should repeal all anti-democratic laws based on his statement that Malay rights were "tightly locked" and enshrined in the Federal Constitution.

"Therefore, in Parliament, he must repeal all anti-democratic laws such as the ISA (Internal Security Act), UUCA (Universities and University Colleges Act) and PPA (Printing Presses and Publications Act), which are no longer needed to protect those rights,” she said.

The daughter of opposition leader Anwar Ibrahim also said if Malay special rights were protected by the Council of Rulers, as Najib has stressed in his speech, they would still be upheld if Putrajaya fell to Pakatan Rakyat's hand.

Najib should also take measures to ensure that elections are carried out in a free and fair manner since Malays are capable to "compete with the best", Nurul Izzah said.

She also added that Najib should be consistent with his call to Malays to face a "competition of the minds" by ensuring freedom of the press in order to create an informed society.

"Wouldn’t this nurture the people’s mind and soul to face the modern era?” the Lembah Pantai MP asked.

Last month, Nurul Izzah had invited Najib to an open debate related to press freedom and election reforms suggesting that the discussion be focused on a 'political contract' instead of 'social contract'.

The 'political contract' referred to one that is built on a free and fair election supported by a functioning fourth estate (free media).

The eloquent Lembah Pantai MP had also challenged Perkasa Ibrahim Ali to a public debate on the issue of Malay rights, but she was dismissed by the pro-Malay rights group leader as a "small fry."

DAP’s Liew claims RM2b error in Budget 2011

Liew accused Najib of attempting to conceal the existence of a RM2 billion “emergency” fund. — file pic
KUALA LUMPUR, Oct 25 — DAP MP Liew Chin Tong claimed today that the actual allocation for Budget 2011 amounted to RM214 billion — and not RM212 billion as announced by the prime minister on October 15. Liew said that Datuk Seri Najib Razak, in his announcement in Parliament, did not take in a RM2 billion allocation under the country’s emergency reserve, an amount that was “usually” included in yearly budget allocations.
“For all preceding years before this budget, the allocation for “simpanan luar jangka” (emergency reserve) is considered part of the global figure. For 2011, RM2 billion is allocated for that purpose, which the finance minister is attempting to hide from the public.
“The actual total is RM213,987,217,000 or RM214 billion,” said the Bukit Bendera MP.
Liew said that the Finance Ministry and the Treasury have yet to respond to his allegations. which were first raised on October 21.
“The finance minister announced in Parliament that the total allocation for Budget 2011 is RM212 billion, which, according to him is 2.8 per cent higher than the allocation for 2010. Both figures are wrong.
“RM214 billion is a huge increase from the RM191 billion originally allocated for 2010. It is a 12 per cent increase,” added Liew.

Tiada pemantau Galas, hanya Suhakam

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan mana-mana pihak sekalipun supaya tidak cuba mengambil kesempatan untuk memasuki kawasan larangan di tempat penamaan calon di Pejabat Ketua Jajahan pagi Selasa esok dengan menggunakan alasan bahawa mereka adalah dari kumpulan pemantau pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berkata kepada media semasa di Pusat Media di Kesedar Inn telah menegaskan pihaknya tidak melantik mana-mana kumpulan atau badan bukan kerajaan (NGO) untuk memantau perjalanan hari penamaan calon itu. Mereka yang boleh bergerak memasuki dewan penamaan hanyalah petugas yang mempunyai pas kebenaran dari SPR.
Namun begitu, Wan Ahmad meminta mereka yang mendakwa diri mereka pemantau supaya memantau di luar kawasan pejabat dan dewan sahaja bersama-sama dengan lokasi yang disediakan untuk para penyokong yang akan bertanding.
Setakat ini, Wan Ahmad dilaporkan berpuas hati dengan segala persiapan terakhir termasuk langkah keselamatan. Menurutnya lagi, pihak polis telah memberikan ketetapan jarak sejauh 150 meter bagi rombongan parti yang mengiringi calon bertanding bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang buruk boleh berlaku.
Penamaan calon esok akan bermula jam 9 pagi sehingga 10 pagi. Kemudian, dokumen calon akan dipamerkan selama sejam dari pukul 10 pagi ke 11 pagi dan disusuli dengan waktu bantahan sebelum pihak SPR akan mengumumkan nama calon yang layak bertanding.
Dalam perkembangan yang berkaitan, pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memaklumkan akan memantau perjalanan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas di Kelantan sahaja. Suhakam akan melancarkan kaunter aduan bergerak sepanjang tempoh kempen dan hari mengundi nanti dengan pejabat urusetianya di Gua Musang.
Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha’ani Abdullah memberitahu Suhakam akan bertindak memantau badan-badan berkuasa, media serta parti politik terlibat. Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan mengenai hak asasi manusia terutamanya dalam kebebasan bersuara, berhimpin dan akses kepada maklumat serta hak ke atas keselamatan. Selain itu, Suhakam juga bertanggungjawab dalam memastikan proses pilihan raya kali ini menghormati hak pengundian sejagat.
Pilihan raya kecil di Galas  itu yang diadakan pada 4 November ini bakal menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff, 49, dan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad, 44. Selain itu, parti AKIM dijangkakan meletakkan calonnya juga esok. Calon-calon Bebas juga dijangkakan akan mengemukakan borang mereka. Jumlah borang yang diambil ialah 14 borang setakat minggu lepas.

Sewel Punyer Rule


Macam-macam cerita di PRK N 45 Galas.

Lambang PAS.... Boleh!!
Lambang PKR... No!!
Lambang DAP... No!!

Lambang BN.... Yes!!
Lambang parti komponen BN.... Yes!!

Woit!! Apa ini, SPR??

Sewel Punyer Rule!!
 
A Mum Of Three Mohd

IIF Persenda Dan Menghina Agama Islam - Uzar


Awasi Islamic Fashion Show

'Islamic Fashion Show' telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakawan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini.

Namun pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, fesyen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan Islam dan tidak layak diberi nama 'Islamic'. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.

Kita menyedari, pihak penganjur mensasarkan keuntungan jualan lalu cuba meraih perhatian dan kelainan melalui penganjuran ini. Namun mereka sepatutnya lebih sensitif dalam menggunakan nama ‘Islam’ bagi perniagaan dan program mereka. Cuba bandingkan :-

Kita melihat bagaimana kewangan dan perbankan Islam di kawal oleh para ulama sedunia agar apa yang ditawar benar-benar secocok dengan kontrak-kontrak muamalah Islam, sama ada secara mikro dan makro. Itulah yang sewajarnya dilakukan apabila mereka menggunakan nama ‘Islam’ dalam produk perniagaan dan pembiayaan kewangan mereka.

Kita juga dapat melihat sebarang penggunaan tanda halal juga mesti melalui suatu piawaian yang digariskan oleh JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.

Malah penggunaan nama ‘Buffet Ramadhan’ juga dipantau dengan baik sekali oleh pihak JAKIM.

Sesebuah unversiti yang ingin menawarkan apa sahaja kursus yang mempunyai label Islam, mereka akan dipastikan oleh lembaga akreditasi agar mempunyai tenaga pengajar bertauliah dan berkelayakan rasmi dalam ilmu Shari’ah. Susunan silibusnya juga mesti dipantau agar tiada yang menyeleweng.

Organisasi politik yang ingin meletakkan nama Islam pada parti mereka, perlu mendapat restu majlis raja-raja yang merupakan ketua agama bagi negeri-negeri.

Penceramah-penceramah yang ingin berceramah di khalayak awam juga turut dimestikan untuk mendapat tauliah dari jabatan agama Islam negeri.

Namun, dalam kes pertunjukkan fesyen ini, penganjur sewenangnya tanpa mendapat sebarang pengiktirafan dari pihak berkuasa agama dan para ulama, menggunakan nama Islam. Ini jelas satu tindakan yang tidak selari dengan semua item yang disebut di atas.

Pihak penganjur perlu sedar menggunakan label ’Islam’ untuk fashion show mereka adalah tindakan offensive atau menyerang kesucian Islam dan menyakitkan perasaan umat Islam.

Tindakan itu sekaligus menyelewengkan ajaran Islam berkaitan displin pakaian. Ingin saya nasihatkan, kepada penganjur dan semua fashion designer beragama Islam yang terlibat sebelum ini,wajiblah kalian menghentikan penyertaan dalam pertunjukan terbabit di masa akan datang, jika ia masih tidak dikawal. Ia berdasarkan firman Allah :-

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

Ertinya : Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)

Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah.

ENGKAR SENDIRIAN & PROMOSI

Saya pasti, akan ada individu yang mencemik bibir dan ‘meluat’ membaca sebarang saranan seperti ini, kononnya ia menyekat sifat keterbukaan dan ‘close minded’. Ingin ditegaskan, jika mereka tidak suka hukum hakam berkaitan aurat, menuduhnya beku, ketinggalan zaman dan kuno serta lebih suka menyanggahinya dan membuka aurat.

Biarlah dosa itu kekal di peringkat peribadi mereka, untuk ditanggung secara individu di alam barzakh dan akhirat. Jangan sesekali mempromosinya agar orang lain turut menjadi sepertinya.

Apabila itu dilakukan malah di’organisasi’kan, ia telah memasukkannya ke dalam satu sifat dan dosa yang lebih berat. Dari hanya sebuah dosa biasa, berkembang kepada sifat dan ciri laku kaum munafiq, yang mana sifat kumpulan ini adalah suka merosakkan Islam melalui kata-kata dan tindakan, namun dilakukan dengan menggunapakai label Islam agar objektif mereka terselindung.


Contoh jelas sifat ini boleh dilihat di dalam firman Allah berkaitan penubuhan Masjid Dhirar. Ia adalah adalah nama yang diberikan kepada sebuah masjid yang dibina oleh puak Munafiq di zaman Nabi s.a.w. Masjid tersebut hampir-hampir dialu-alukan oleh Nabi sehinggalah Allah swt menurunkan wahyu melarang Nabi dari mendirikan solat di dalam masjid tersebut. Firman Allah swt

وَالَّذِينَ اتَّخَذُواْ مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلاَّ الْحُسْنَى وَاللّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ * لاَ تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

Ertinya : Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan mesjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: ""Kami tidak menghendaki selain kebaikan."" Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) ( At-Taubat : 107)

Allah sendiri menerangkan tujuan dan objektif masjid ini iaitu untuk menimbulkan kemudaratan, kekeliruan kepada umat Islam, dan memecahbelahkan kesatuan umat Islam dengan fitnah-fitnah dan tuduhan mereka sebagaimana yang pernah dilontarkan kepada ummu Mukmini Asiyah r.a.

Dari tindakan Rasulullah menjauhi masjid itu, ini jelas menunjukkan Nabi sendiri menunjukkan sunnah boikot dan menyekat diri dan tentunya para sahabat yang lain dari mendirikan solat di masjid berkenaan. Justeru, majlis pertunjukan fesyen ini adalah persis masjid dhirar, digunakan nama dan label Islam tetapi mengkehendaki kemaksiatan, kemudaratan kepada Islam atau hanya mementingkan ketamakan peribadi tanpa mengira jika ia boleh memudaratkan Islam.

Justeru, ingatan buat penganjur, penaja, fashion designer dan jemputan, dari sepatutnya hanya terhad satu dosa, jangan sesekali menggandakannya kepada ribuan dan jutaan. Penganjuran fashion show yang dilabel dengan nama Islam seperti ini, sesungguhnya amat merosakkan imej sebenar Islam.

PERTUNJUKAN MELAMPAUI BATAS

Islamic Fashion Show, khususnya yang dianjurkan pada tahun bulan Ogos, 2010 yang lalu, bukan sahaja melampaui batasan penutupan aurat yang diajarkan oleh Nabi. Malah ia juga bercanggah dengan kefahaman sebahagian pendokong ajaran Islam liberal itu sendiri. Saya tidak perlu menyertakan gambarnya di sini kerana semuanya berteraburan dan boleh didapati dengan mudah di media dan internet.

Sebagaimana kita faham, sebahagian pendokong Islam liberal tidak meyakini rambut wanita sebagai aurat, justeru hampir semua mereka sama ada tidak bertudung langsung atau bertudung secara tidak sempurna.

Namun apa yang dipersembahkan di Islamic fashion show itu telah lebih jauh melampaui kefahaman kumpulan itu apabila ia bukan sahaja tidak menutup rambut dengan sempurna malah, menggunakan nama nabi Muhammad di pakaian seksi mereka, memaparkan kaki, betis, belahan buah dada, peha, bentuk tubuh, belakang tubuh dan dada secara terangan dan menamakannya sebagai Islam.


Saya telah menyemak kesohihan gambar-gambar tersebut, dan terbukti gambar-gambar yang paling menyeleweng seperti berbaju dengan nama Muhammad, kain singkat, terdedah dada dan yang dinyatakan di atas sememangnya wujud di pesta fesyen 'Islam' di Monaco itu. Ia bukan super impose atau rekaaan menggunakan teknik fotographi. Sebahagian sumber asal gambar terbabit boleh dilihat di sini. Selebihnya anda boleh mencari cari sumber gambar di internet tanpa perlu saya menyertakannya.

Menurut hemat saya tiada pandangan dari mana-mana mazhab Islam yang boleh diguna pakai untuk menghalalkan tindakan tersebut, semuanya pasti mengharamkannya, sama ada kumpulan Wahabi, Salafi, Ahli hadis, Khalafi, Ahbash, Pondok, Pesantren, Syiah, Zohiri, ahli Tasauf dan lainnya.

Saya bimbang selepas ini mereka menggunakan ayat Al-quran di seluar dalam dan bikini rekaan kreatif mereka lalu dipertontonkan kepada umum, menjadi hidangan majlis Islamic fashion show.! Oleh itu fashion show ini bukan sahaja salah di sudut pandangan ulama Islam, malah juga salah pada pandangan kumpulan wanita Islam liberal.

Saya sedari ada fashion designer muslim yang menyertai pertunjukan itu merasakan festival ini adalah medan besar untuk melariskan produk masing-masing, menguatkan jenama dan menambah keuntungan perniagaan. Namun mereka perlu sedar, apabila majlis 'gilang gemilang' itu dicemari oleh unsur penghinaan terhadap Islam, majlis sebegitu bukan menambah keuntungan dan berkat perniagaan, malah memalapkan berkat dan menjauhkan peniagaan dari ruh Islam yang sebenarnya. Nabi pernah menegur individu yang berniaga di dalam masjid dengan kata baginda :

إذا رأيتم من يبيع أو يبتاع في المسجد، فقولوا: لا أربح الله تجارت

Ertinya : Apabila kamu melihat seseorang berniaga di dalam masjid, katakan kepadanya : Semoga Allah tidak memberi keuntungan kepada perniagaanmu” ( Riwayat Al-Tirmidzi)

Adakah peniaga muslim yang menyertai pertunjukan fesyen yang menghina Islam ini, ingin kami katakan demikian kepada perniagaanmu? Sudah tentu ia tindakan yang valid kerana pertunjukan itu lebih berat mudaratnya berbanding meniaga di dalam masjid. Kedua-duanya sama dari sudut menjauhkan manusia dari Allah di tempat yang sepatutnya berzikir. Fikirkan..

JATUH MARUAH

Tidak sedarkah mereka, penganjuran seperti ini sebenarnya menjatuhkan maruah dan kedudukan tinggi wanita. Di manakah pejuang martabat wanita?. Adakah mereka layak dijadikan bahan tontonan lelaki dengan pakaian pelik atas nama fesyen.

Sukakah mereka, penonton lelaki ibarat raja yang dihidangkan pemandangan hamba-hamba wanita dengan pelbagai pakaian, mendedahkan kecantikan masing-masing?.

Lebih pelik, dimanakah isteri-isteri kepada suami yang menghadiri pertunjukan itu. Adakah dia bahagia apabila suaminya hadir dan membandingkan tubuhnya dengan tubuh ramping para model wanita yang tiada malu itu?.

Kalau kita merasa benci dan marah apabila pelukis kartun Denmark mencaci Nabi melalui kartunnya

Ahli parlimen Belanda menghina Al-Quran melalui filem pendeknya, 'Fitna',

Tentera Amerika menghina Islam dengan filem, dokumentari dan serangan roketnya,

Salman Rushdi menghina Nabi melalui tulisannya,

Kini tindakan menganjur, menjaya dan menyertai pertunjukan fesyen ini juga adalah sama kategorinya. Semanya adalah sangat ‘menyerang’ kesucian Allah, Nabi dan Islam, menyelewengkan manusia dari Islam sebenar dan secara sedar atau tidak, menghina Islam.

MENGAPA BARU SEKARANG?

Ada yang bertanya, mengapa sekarang baru bising-bising sedangkan program ini telah berlangsung tahun 2009 bertempat di sebuah hotel di ibu kota, manakala pada bulan Ogos 2010 yang lalu pula dilangsungkan di Monte Carlo, Monaco.

Jawapnya, yang salah tetap perlu ditegur jika disedari, tidak kira sama ada lewat atau cepat. Ia perlu agar ia tidak diulangi pada masa akan datang. Khususnya apabila founder dan pengerusi Islamic Fashion Festival ini adalah seorang lelaki yang saya rasa beragama Islam dari Malaysia. (Baca sini) dan info rasmi Islamic Fashion Festival.

Melihat ia sudah hampir dijadikan upacara tahunan dan pertunjukannya pada tahun 2010 yang lalu menampilkan fesyen yang semakin melampau (berbanding sewaktu festival 24 November 2009). Umat Islam yang prihatin, perlu menyuarakan bantahan ini juga agar penganjur membatalkan road show festival ini atau paling tidak, mengugurkan nama ‘Islam’ pada festival mereka.

Menurut jadualnya ia akan dilaksanakan lagi tahun hadapan di Turki pada 10 februari 2011.

Kita berharap akan ada individu dan pimpinan prihatin yang mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Turki dapat berbuat sesuatu, sebelum Islam dihina sekali lagi oleh penganutnya, disorak sorai oleh musuh-musuh Islam seluruh dunia. Tidak perlu lagi nama nabi Muhammad dan Islam dibusukkan oleh musuh Islam di Denmark atau Belanda, Amerika, Israel dan lainnya. Kini hanya perlukan orang Islam sendiri.

JANGAN SAMPAI MALAYSIA DITUDUH MENGHINA ISLAM

Kita tidak mahu akan sampai satu ketika umat Islam seluruh dunia berdemonstarsi di jalan dan kedutaan Malaysia kerana alasan menghina Islam. Sebagaimana demonstrasi besar-besaran dilakukan kepada kerajaan Denmark dan Belanda suatu ketika dahulu. Jika itu berlaku, imej Malaysia pasti tercalar dengan hebatnya.

Jika ingin diteruskan, mereka mestilah melantik beberapa orang mufti atu cendiakwan Islam sebagai pemantau kepada semua design yang ingin dipamerkan. Jika tiada seorang mufti dan cendikiawan Islam pun yang sudi untuk menjadi pemantau dek kerana semuanya membantah dan menolak, maka tiadalah kelulusan untuk menggunakan nama ‘Islam’ pada pertunjukan fesyen itu.

Kerana itu, semua cendiakawan dan ilmuan Islam, khususnya pihak yang memegangkan tampuk kuasa agama adalah bertanggungjawab untuk menasihatkan sama ada secara sulit atau terbuka, menurut kadar kemampuan mereka.

Saya sedar, apabila isu ini dikaitkan dengan politik, sebarang teguran akan dilihat teguran politik. Hasilnya ia sukar diterima walaupun BENAR. Ia juga akan dipandang berat sebelah oleh segolongan orang, sebab itu saya kira tidak perlu bertubi-tubi mengaitkannya dengan politik kepartian.

Ia adalah hasil sebuah kejahilan global, merentasi politik kepartian dan mesti dibetulkan secara amanah oleh ulama Islam secara global dan tidak tertumpu kepada menyalahkan mana-mana parti politik secara khusus. wallahu'alam. -zaharuddin.net

Nota: Penebalan dan pewarnaan merah kepada ayat adalah dari GB. GB juga telah ulas mengenai isu IIF ini di SINI

Fitnah liwat 2 terserlah lagi dengan laporan perubatan terbaru.

Ketua pasukan peguam bela, Karpal Singh hari ini membantah tindakan saksi iaitu pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim yang mengemukakan salinan laporan perubatan awal yang tidak ditandatangani oleh doktor kepada mahkamah.

Dalam perbicaraan yang bersambung hari ini, Karpal berkata Dr Razali mengemukakan laporan perubatan awal yang tidak ditandatangani sedangkan beliau dalam keterangannya berkata laporan tersebut telah ditandatangani oleh ketiga-tiga doktor yang memeriksa saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum itu, Dr Razali di dalam kandang saksi berkata beliau pernah mengendalikan dua kes liwat sebelum kes ini tetapi ini kali pertama dia diminta hadir memberi keterangan.

Katanya, Saiful diperiksa oleh doktor-doktor HKL untuk selama tiga jam dan sepanjang masa berkenaan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira hadir bersama.

Beliau berkata doktor yang bertugas mencatatkan sejarah perubatan Saiful dan ada pada satu ketika pegawai polis itu juga menceritakan apa yang berlaku.

Menurut Dr Razali, laporan perubatan Saiful disediakan pada pagi 13 Julai 2008 dan beliau diminta menelitinya sebelum diserahkan kepada pihak atasan. Beliau mengaku ada terdapat laporan awal yang lain, selepas pemeriksaan dijalankan.

Disoal Karpal sama ada laporan itu diminta oleh pihak atasan, Dr Razali menjawab “ya”.

Beliau juga berkata laporan polis Saiful terdapat dalam fail berkenaan. Namun semua tiga doktor berkenaan masih belum melihat laporan itu, ketika mereka menyediakan laporan masing-masing.

Karpal kemudian memohon laporan perubatan yang pertama yang disediakan oleh ketiga-tiga doktor berkenaan selepas mereka merawat Saiful pada 28 jun. Laporan itu disediakan sebelum laporan bertarikh 13 Julai yang ditenderkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudiannya berehat seketika dan bersambut petang nanti bagi membolehkan Dr Razali mendapatkan laporan berkenaan.

Di luar mahkamah, Anwar mendakwa pihak pendakwaan menipu mengenai wujudnya laporan perubatan awal.

Selain Dr Razali, dua lagi doktor yang akan disoal-balas adalah patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dan pakar bedah Dr Khairul Nizam Hassan.

Sementara itu, dua pakar dari Australia - profesor yang mengkaji jenayah dan pakar forensik, Dr David Wells serta pakar DNA Dr Brian McDonald - turut hadir bagi membantu pasukan pembelaan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Pada sesi terakhir 14 Oktober lalu, Dr Siew, saksi ketiga memberi keterangan bahawa pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofail tinggi tanpa menggunakan kondom.

Dr Siew juga berkata siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.

Katanya, sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.

"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki,” katanya.

Pada 13 Julai, Razali dan dua rakannya dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) - Dr Khairul Nizam Hassan dan Dr Siew Sheue Feng — telah menyatukan nota-nota pemeriksaan mereka ke atas Saiful — yang telah pun diketengahkan di mahkamah sebagai bukti kes. Bagaimanapun Razali berkata beliau tiada laporan itu dengannya buat masa sekarang.
Justeru, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah mengarahkan prosiding ditangguhkan sementara bagi membolehkan Razali mendapatkan dokumen kontroversi itu daripada HKL.
Seorang lagi peguam pasukan Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa perbicaraan sudah tentu tidak terganggu hari ini sekiranya pasukan pembelaan diberikan dokumen-dokumen penting terlebih awal.
“Pemeriksaan telah dilakukan pada 28 Jun, kami andaikan bahawa beberapa nota telah pun diambil, sejarah perubatan (juga) diambil. Temu bual (dengan Saiful) sudah tentu telah diadakan.
“Berdasarkan pada pemeriksaan, ‘B’ seharusnya telah disediakan,” kata Sankara merujuk kepada laporan awal kontroversi itu.
Peguam ini menekankan, pada laporan 13 Julai, hanya dua baris sejarah perubatan Saiful disebutkan.
Oleh itu tambah beliau, laporan awal diperlukan untuk membuat perbandingan dalam menentukan sama ada apa-apa tertinggal dalam laporan perubatan terakhir, yang dikemukakan kepada mahkamah.
“Jika diberikan kepada kami terlebih dahulu, isu ini sudah pasti tidak timbul,” kata Sankara lagi.
Kata beliau, pasukan mereka akan mengambil langkah-langkah perlu untuk menangani perkara-perkara lain yang memberi kesan ke atas urutan proses mengemukakan soalan nanti.
Selepas kembali ke mahkamah kira-kira satu setengah jam kemudian, Yusof mengumumkan bahawa pegawai penyiasat memerlukan lebih banyak masa untuk mencari laporan asal perubatan pertama.
Pendakwa raya menambah, mereka telah mengemukakan salinan laporan pertama yang tidak ditandatangani, daripada patologi forensik HKL Dr Siew, dan boleh mengemukakannya terlebih dahulu.
Bagaimanapun pasukan pembelaan membantah keras.
“Salinan yang tidak ditandatangani tiada apa-apa kesan,” kata Karpal.
“Saksi memberitahu adanya satu salinan yang ditandatangani oleh kesemua tiga doktor,” kata Karpal.
“Itu yang kami mahukan,” tegas beliau.
Ekoran itu, Zabidin kemudian menangguhkan prosiding sehingga 9 pagi esok.

Sharpshooter - Isyarat jelas Anwar akan terpenjara semula. Anwar yang menjadi pengikat kepada Pakatan Rakyat sudah pasti menggerunkan Najib. mahu tidak mahu Anwar wajib dipenjarakan supaya b-end boleh kekal di Putrajaya.


Amizudin Ahmat (Din Binjai)