Ahad, 24 Oktober 2010

Termasuk seorang balu parti utama selesai umum calon Galas, Batu Sapi

Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) mengangkat tangan calon parti itu bagi pilihan raya kecil Batu Sapi, Ansari Abdullah (tengah). Turut sama (dari kiri) Pengerusi DAP Sabah Dr Hiew King Cheu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden PKR Azmin Ali. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 24 Okt — Empat parti politik utama selesai mengumumkan nama bakal calon masing-masing termasuk seorang wanita untuk bersaing pada pilihan raya kecil serentak di Galas dan Batu Sapi. Buat pertama kali, pilihan raya kecil sejak Mac 2008 menyaksikan seorang calon wanita diturunkan oleh parti politik utama.
Barisan Nasional (BN) meletakan sandaran pada Timbalan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Elopura Datin Linda Tsen Thau Lin sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi.
Tsen, 54, merupakan balu kepada penyandang kerusi itu yang meninggal dunia awal bulan ini.
Datuk Edmund Chong Ket Wah iaitu penyandang kerusi Parlimen Batu Sapi meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lepas.
Pengumuman Tsen dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman bersama pemimpin komponen BN Sabah pada sidang akhbar di Hotel Sanbay, Sandakan 3 petang tadi.
Semalam, SAPP pula memilih presidennya Datuk Yong Teck Lee sebagai calon pilihan raya kecil berkenaan.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi dan kerusi Dewan Undangan Negeri Galas akan diadakan Selasa ini dan pengundian 4 November.
Dalam pada itu, bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Ansari Abdullah dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat untuk bersaing dengan Tsen.
Pengumuman pemilihan Ansari sebagai calon pilihan raya kecil itu dibuat oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Hakka, Sandakan.
Ansari, seorang peguam kanan profesional, juga merupakan ketua cabang PKR Tuaran.
Beliau mengakui pilihan raya kecil Batu Sapi kali ini adalah sengit, namun yakin mampu memberi saingan kepada BN berdasarkan jumlah undi yang diperoleh pada pilihan raya umum ke-12.
Calon BN kerusi Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin dipeluk penyokongnya pada majlis pengumuman calon di Sandakan hari ini. - Foto Bernama
Pengumuman juga menyaksikan bagi pilihan raya kawasan DUN Galas. Selepas tiga hari, hari ini BN menamakan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff akan membawa cabaran perikatan tersebut.
Aziz menganggap pemilihannya sebagai calon BN pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bukan anugerah sebaliknya satu tanggungjawab yang perlu dipikul dengan baik.
Aziz, 49, berkata beliau tidak akan mampu membawa kemenangan kepada BN jika tidak mendapat sokongan daripada semua pihak.
Justeru beliau mengharapkan semua pihak agar redha dengan pemilihannya dan berkerjasama bagi merampas kembali kerusi DUN itu.
“Saya redha dengan ketetapan ini (terpilih sebagai calon) dan saya harap semua pihak juga redha.
“Tetapi saya bukan faktor utama untuk mencapai kemenangan, saya memerlukan sokongan daripada semua,” katanya ketika berucap selepas diumum sebagai calon kerusi DUN Galas oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Gua Musang kira-kira 3 petang tadi.
Aziz, dari Kampung Bertam Baru, Gua Musang dan juga bekas pengurus pejabat operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu berkata beliau hanya mengetahui namanya dipilih sebagai calon pagi ini.
Sementara itu, Tengku Razaleigh meminta anggota Umno dan BN bersatu hati dalam memberikan sokongan kepada calon yang dipilih.
“Kita mahu kemenangan besar, bagilah sokongan bulat kepada calon yang dipilih,” katanya. Beliau berkata pilihan raya kecil itu perlu dijadikan sebagai titik permulaan untuk mengubah negeri Kelantan untuk masa depan yang lebih baik.
Aziz akan berhadapan dengan saingan Dr Zulkefli Mohamad dari PAS, calon yang pernah bertanding di kerusi Parlimen Gua Musang pada 2004 dan 2008.
Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff diisytihar sebagai calon BN bagi kerusi DUN Galas hari ini. - Foto Bernama
Semalam, Presiden PAS  Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya yakin calon mereka mempunyai kelebihan pada pilihan raya kecil Galas walaupun pernah dua kali tewas ketika bertanding kerusi Parlimen Gua Musang menentang Tengku Razaleigh sebelum ini. Hadi memberitahu, kali terakhir bertanding kerusi Parlimen Gua Musang iaitu pada pilihan raya umum 2008, undi yang diperoleh Dr Zulkefli di DUN Galas melebihi undi tokoh veteran Umno itu.
Selain calon parti-parti utama, kedua-dua pilihan raya kecil ini dijangka akan menyaksikan cabaran calon Bebas.
Hari ini, kerajaan negeri Kelantan mengumumkan 4 November iaitu Khamis depan sebagai hari cuti peristiwa sempena pilihan raya kecil Galas.
Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias menerusi surat pekeliling arahan pentadbiran kepada Bernama di sini hari ini.
Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Che Hashim berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.
Dalam pada itu, Chong memenangi kerusi tersebut setelah menewaskan calon Bebas Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708. Mendiang memperoleh 9,479 undi manakala Chung meraih 5,771 undi.

Pakatan sandar harapan pada Ansari Abdullah

Pakatan Rakyat hari mengumumkan pemilihan ketua cabang PKR Tuaran, Ansari Abdullah sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini.
Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berusia 56 tahun itu adalah seorang peguam lulusan Universiti Malaya.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pencalonan Ansari itu di satu majlis di Dewan Persatuan Hakka Sandakan petang ini.
Antara yang hadir ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; naib presiden PKR, Azmin Ali; pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh dan pengerusi DAP Sabah, Hiew King Cheu.

Ahli parlimen DAP Lim Kit Siang tidak dapat hadir hari ini kerana tidak sihat.

Kira-kira 2,000 menghadiri majlis tersebut sambil melaungkan "reformasi" selepas pengumuman itu dibuat.
Ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan berlaku perpecahan undi di kalangan pembangkang apabila Parti Maju Sabah (SAPP) turut bertanding, Anwar memberitahu Bernama bahawa soal itu tidak timbul kerana SAPP tidak pernah menyifatkan diri mereka, termasuk di Parlimen, sebagai pembangkang.

Katanya SAPP adalah parti bebas yang boleh menyokong mana-mana pihak dan sehubungan itu undi mungkin berpecah di kalangan calon bebas.

Ansari pula mengakui pilihan raya kecil di Batu Sapi kali ini adalah
sengit namun yakin mampu memberi saingan kepada BN berdasarkan jumlah undi yang diperoleh pada pilihan raya umum ke-12.

Pengerusi DAP negeri Ir Hiew King Cheu juga mengakui pilihan raya kecil berkenaan adalah sengit.

BN hari ini mengumumkan pemilihan Timbalan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah Bahagian Elopura Datin Linda Tsen Thau Lin, sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi.

SAPP pula memilih presidennya Datuk Yong Teck Lee sebagai calon pilihan raya kecil berkenaan.

Pilihan raya kecil Batu Sapi diadakan berikutan kematian penyandangnya, mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lepas.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan pada Selasa ini dan pengundian pada 4 November

Umpan Plastik


Barua UMNO, buat kerja giler apabila mengisytiharkan PRK di kedua-dua tempat iaitu N45 Galas dan P185 Batu Sapi diadakan serentak pada tarikh 4 November. Itulah bacul dan busuk perutnya SPR!!

Apa kejadahnya buat PRK pada hari, berkerja kalau tak ada udang di sebalik batu?? Serentak pulak tu!! Orang nak meraikan demokrasi.... mereka nak kekang orang daripada pergi buang undi. Tak ke bangang??

Apa-apa pun, bagi memberi lebih peluang kepada rakyat Galas, terutama yang berada dan bekerja di Kelantan, Tok Guru telah mengisytiharkan 4 November sebagai hari cuti. Bagi mereka yang berada di luar Kelantan.... ambil cuti dan laksanakan hak dan tanggung jawab anda sebagai pengundi dengan mengambil cuti. Balik mengundi. Balik jangan tak balik...

Bagi PRK N45 Galas, calon PAS iaitu Dr Zulkifli akan berhadapan dengan kononnya, orang kuat Ku Li iaitu Aziz Yusuf. Lain-lain calon entah.... ia hanya akan diketahui pada hari penamaan calon nanti iaitu pada 26 Oktober. Tunggu ajer lah... Pertandingan berapa penjuru pulak agaknya??

Kini.... setelah kita tahu profile calon daripada UMNO/BN, banyak yang membandingkan kedua-dua calon ini, terutama dari segi latar belakang pendidikan mereka. Yes, mungkin dari segi pendidikan... calon PAS mempunyai kelebihan, tetapi don't underestimete the other guy. Baca sini.

Kekadang, orang tak tengok sangat kelulusan, tetapi... sama ada dia boleh perform well atau tidak, sebagai wakil rakyat. Sebagai wakil rakyat, dia boleh deliver dengan baik atau tidak, amanah yang diberikan kepadanya?? Rakyat mahukan wakil yang boleh perform dan boleh deliver. Kelulusan yang tinggi itu hanya merupakan satu advantage yang dapat membantu seseorang calon.

So , PAS jangan terlalu ghairah menyerang latar belakang pendidikan si Aziz. PAS mesti tonjolkan kemampuan Dr Zulkifli sebagai seorang pemimpin yang boleh diharapkan oleh rakyat di DUN Galas. Aha... pemimpin rakyat untuk rakyat!! Pemimpin yang ikhlas, jujur, amanah serta komited pada tugas dan tanggung jawab terhadap rakyat.

Walau pun, PAS ialah juara bertahan di DUN Galas, tetapi ia masih dianggap underdog. UMNO/BN mempunyai banyak kelebihan dari segi jentera pilihan raya dan wang ringgit untuk memancing undi.

Tengok... belum apa-apa lagi, mereka telah memulakan kempen mereka dengan melancarkan serangan ke atas calon PAS. Mula-mula lancarkan peluru fitnah!! Dr Zul berkahwin setelah kononnya ditangkap berkhalwat dengan Ramlelah Mat Jusoh yang kini menjadi isterinya.

Bangang!! It turned out, yang berita tersebut tak betul. Fitnah!! Ramlelah Mat Jusoh ialah emak Dr Zul dan bukan isterinya. Pang!! Ambik sebijik penampar Arab. Padan muka... Baca sini.

Then... si Muhyiddin pulak akan umumkan projek perumahan untuk rakyat miskin di Kelantan, khususnya di Galas dengan peruntukan sebanyak RM180 million. Fullamaakk!! Gula-gula sudah mula ditaburkan di Galas. Aha.... Melion-melion komer!! Baca sini.

Orang Galas jangan pagut lagi gula-gula tersebut. Itu gula-gula silap mata. Jangan mudah terpedaya. Jangan jadi macam Manek Urai. Melion-melion... pelbagai gula-gula ditaburkan. Menang atau kalah Manek Urai akan tetap jadi 'anak angkat' kerajaan UMNO/BN. Itu janji mereka. Sekarang apa sudah jadi?? Mana dia gula-gula yang ditaburkan?? Ha.. ha.. ha... ia bukan gula-gula tetapi telah bertukar menjadi 'taik UMNO'.

Sebab tu, jangan percaya dengan gula-gula yang ditaburkan oleh UMNO. Puak-puak ni, pandai berlakon. Yang mereka tabur tu adalah gula-gula plastik!! Umpan plastik untuk memancing undi!

Sebelum ini.... orang asli kena buli, kaum-kaum lain dihina serta dicaci dan bangsa Melayu pulak tidak dipeduli, mampuih pi mu. Apabila PRK muncul... baru mereka tunjuk muka dengan pelbagai janji. Mana mereka sebelum ini?? Galas yang terpencil dibiarkan hidup bersendiri tanpa simpati. Masih nak percaya janji-janji puak-puak gerombolan ini??

Katakan TAK NAK!! Katakan SORI!! Katakan SORI dan TAK NAK kepada UMNO/BN.

A Mum Of Three Mohd

Betulkah Hak Melayu Tidak Akan Hilang?

TEGAS Mohd Najib Razak kedudukan hak istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera lain yang termaktub dalam perlembagaan tidak akan terusik kerana ianya terkunci kemas. Sesiapa yang cuba memindanya tidak akan terusik walaupun setitik. Apa-apa perubahan yang hendak dibuat mestilah kena persetujuan majlis Raja-Raja Melayu, katanya.

Memahami penegasan Najib itu bermakna orang Melayu tidak perlu rungsing tentang kuasa dan juga hak keistimewaan Melayu. Ia tidak akan hilang selagi Raja-Raja Melayu ada. Kalau takdir Pakatan Rakyat mendapat kuasa majoriti dan memerintah negara ini, kerajaan baru itu tidak akan dapat mengubahnya. Ertinya orang Melayu dalam keadaan status quo kuasanya. Tidak perlu walang dan tidak perlu cemas.

Bahawa Raja-Raja Melayu menjadi kunci dan benteng kepada kedudukan hak istimewa orang Melayu itu. Mudah faham, pertahankan raja maka kekalkan kuasa orang Melayu?

Jadi kalaulah benar begitu kenapa Umno harus susah payah hendak mempertahankan kerajaan. Mengusik dan memomokkan orang Melayu kononnya kalau Umno pupus dan kalah kuasa Melayu akan hilang? Melayu akan hina dina di negeri sendiri. Ada kepelikan dan kegajilan mengenai pengegasan Najib ini dengan hakikat yang ada dan tersurat itu. Semacam kontradik saja.

Soalnya apakah penegasan Najib itu benar? Sejauh manakah perlembagaan itu suci dan tidak akan terganggu oleh kuasa politik? Bukankah apa yang difahami sekarang ini Raja-Raja Melayu bukan mutlak dan mereka adalah raja berperlembagaan? Tidakkah hak ataupun keistimewaan raja-raja (imuniti) telah dirampas sendiri oleh Umno? Kita telah saksikan kejadian bagaimana raja-raja Melayu diaibkan oleh Umno di zaman Mahathir Mohamad.

Justeru bagi saya kata-kata Najib itu satu ancaman dan peringatan, tidak lebih dari itu. Ancaman kepada bukan Melayu manakala ingatan kepada orang Umno. Najib cuba memberi mesej kepada bukan Melayu bahawa usahlah berusaha untuk merampas hak Melayu kerana ia sia-sia saja. Manakala kepada orang Melayu pula diingatkan kononnya selagi ada Umno Melayu akan ada dan dalam pada itu Umno perlu dikekalkan.

Sekiranya kata-kata Najib itu benar dan terhakikat begitu nampak sangat Najib telah menggunakan kuasa keramat yang tidak perlu dipermainkan oleh sesiapa itu untuk kepentingan Umno. Najib tidak harus menggunakan kuasa keramat yang ghaib itu untuk dijadikan sandaran agar orang Melayu terus menyokongnya? Itu satu kebodohan rasanya.

Sebenarnya peringatan itu sudah tidak bererti lagi kalau orang menerima penegasan itu sebagai mutlak dan benar. Apakah orang Melayu akan terpanggil untuk membuat kerja sia-sia itu? Tentu sekali tidak. Dan kalau orang Melayu merasakan kedudukan mereka selamat dengan adanya raja-raja, maka orang Melayu tidak perlu mempertahankan Umno cukup mempertahkan raja-raja saja. Tugas mempertahankan raja-raja adalah tugas hak semua orang Melayu.

Di sini saya rasa Najib telah terperangkap dalam kata-katanya sendiri. Bila beliau berdepan dengan bukan Melayu beliau akan mengeaskan hal itu. Bila berdepan dengan Melayu beliau akan meminta orang Melayu membimbangi keadaan itu. Tetapi bila beliau berdepan dengan realiti (kedua-dua entiti) di sinilah beliau akan terkial-kial bagaimana hendak menjelaskannya.

Pada saya tetap yakin bukan Melayu akan terus mengungkit mengenai hak keistimewaan Melayu sampai kapan pun kerana itu termasuk dalam intipati perjuangan mereka baik secara tersirat atau tersurat. Tegasnya kalau orang Melayu mahu mengekalkan kedudukan hak istimewa mereka bukan dengan cara mengancam dan mengugut mana-mana pihak tetapi orang Melayu harus bersatu dan berpadu.
MSO

Ansari Ketua Keadilan Tuaran wakili Pakatan di Batu Sapi

SANDAKAN, 24 Okt — Ansari Abdullah, seorang peguam kanan yang banyak membela nasib penduduk Batu Sapi dalam kes tuntutan tanah dan ketua Keadilan Tuaran dipilih mewakili Pakatan Rakyat di kerusi Parlimen Batu Sapi.

Beliau adalah pendokong gerakan Reformasi sejak 1998 serta pengasas utama keadilan di Sabah. Ansari juga memegang jawatan utama kepimpinan keadilan Sabah dan MPP Pusat.

Namanya diumumkan oleh Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar yang dihadiri bersama Presiden Pas Yb Ust Hadi Awang.


Aziz Wakili BN Lawan Dr.Zul Dari PAS Di Galas


Setiausaha Umno Gua Musang Aziz Yusof dipilih bagi mewakili Barisan Nasional (BN) merampas kerusi DUN Galas daripada penguasaan PAS.

Pemilihannya diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini sebentar tadi.

Tiga hari lalu, pengamal perubatan yang juga pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus 27 September lalu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Fitnah: Dr Zulkefli akan ambil tindakan undang-undang

GUA MUSANG, 24 Okt: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Dr Zulkefli Mohamad berkata, isu beliau ditangkap khalwat yang  dibangkitkan Umno-Online adalah dilakukan dengan sengaja bagi memfitnahnya.
Sehubungan dengan itu, beliau bersama peguamnya, akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu tidak ditarik balik.
“Tindakan pertama ialah meminta supaya didropkan fitnah itu daripada web Umno-Online, dan sekiranya tidak dipatuhi maka tindakan selanjutnya akan menyusul.
“Kedua, tempoh bagi tindakan adalah bergantung kepada tindakan dilakukan Umno-Online terhadap permintaan yang pertama itu,” katanya pada sidang media semalam.
Turut hadir Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk  Abdul Halim Abdul Rahman dan Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Hadir sama ialah Peguam Abu Daud Wan Abdul Rahim dari Azmi & Co.
Terbaru selepas diisytiharkan calon PAS bagi Dun Galas, Dr Zulkefli dilaporkan media Umno-Online bahawa Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang itu pernah ditangkap khalwat dengan ‘isterinya’ sekarang, Ramlelah Mat Jusoh.
Bagaimana pun, Dr Zulkefli dengan tegas menafikannya kerana Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya, sedangkan isterinya ialah Zainab Jalar.
“Berkenaan dengan hak yang dikeluarkan dalam Umno-Online yang dikatakan saya terlibat dalamkes khalwat, kemudian diletak pula nama Ramelah binti Mat Jusoh.
“Ramelah binti Mat Jusoh itu adalah sebenarnya emak saya, dan untuk kes khalwat ini sepatutnya dibuat semakan di mana-mana Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah untuk dipastikan, dan (kes yang dibangkitkan ini) saya menafikan sekeras-kerasnya.
“Sebenarnya tidak ada kes ini, (hanya) dibangkit sebagai fitnah saja,” tegasnya.
 Sementara itu, Abdul Halim Abdul Rahman ketika mengulas perkara itu berkata isu timbul tanpa ada asasnya.
“Sengaja diada-adakan isu,” katanya.

DIA SABOTAJ - KITA PUN BOLEH SABOTAJ

GUA DAN MUSANG



nota:
galas ialah
batu galas yang
akan menenggelamkan ku li
menang mampos
kalah lagi mampos

tak adalah insan yang paling hina
dalam dunia ini melaiankan orang yang
ditipu oleh muhyiddin yassin kah kah kah







KELANTAN ANNOUNCES HOLIDAY FOR GALAS VOTE
- minsider

KOTA BARU, Oct 24 — Kelantan has declared the polling day for the Galas state by-election on November 4 as a public holiday, State Secretary Datuk Mohd Aiseri Alias said in a circular.

“The state government has agreed to declare Thursday, November 4, as a ‘cuti peristiwa’ (occasional holiday) for the whole state in conjunction with the by-election,” he said.

The by-election was called following the death of its incumbent Chek Hashim Che Sulaima on September 27.

Nomination is on this Tuesday.

KAH KAH KAH

woit… HAJAR GEROMBOLAN SIKIT…. kah kah kah..

kah kah kah… SPR INI BARUA…. SENGAJA TAK HENDAK BUAT CUTI…. kah kah kah…

kah kah kah… SENGAJA NAK SABOTAJ…. kah kah kah..

kah kah kah…. NANTI BILA MAT MONGOL ISTIHAR PILIHANRAYA… JANGAN LAYAN…. kah kah kah..

kah kah kah… KELANTAN… SELANGOR… KEDAH.. PULAU PINANG…. JANGAN AMBIL POT…. kah kah kah…

kah kah kah… ADA TIGA TAHUN LAGI MANDAT RAKYAT…. kah kah kah…

nota:
bila mat mongol ajak maian bola
kita ajak main guli
bila mat mongol ajak main gasing
kita ajak main konda kondi

kalau kita ikut apa mat mongol cakap
kita jadi bodoh macam sama

dia tetap kan tarikh pilihnaraya
dia tetapkan padang mana boleh ceramah
dia tetapkan besar mana poster
cakap dengan mat mongol
pergi lanchowlaaaa
kah kah kah

Kantoi : Persidangan Agung UMNO, Semua Dangdut Kat KL Penuh Dengan "Orang UMNO"...??

Wah! Macam dayak dapat senapang ker..? Maklumlah dah berjauhan dengan anak bini…, dah macam trend pulak kalau pegi outstation mesti nak enjoy!

Dengar cerita bila sesi pagi ramai yang datang lambat, sebab malam tadi perwakilan laki2 banyak pegi enjoy, tumpuan of course la ke Dangdut kat KL nie…

Ade member cerita pagi tadi, bila dia dengan geng dari Penang pegi dangdut nie terserempak dengan kawan2 UMNO, bila pegi dangdut yang lain pulak pun jugak ramai “kawan kawan” UMNO….

Hmmmmm enjoy la bang, sesekali…!

Ada Masyarakat India Nak Protes Kedatangan Manmohan Rasmi Little India


Protes jika Manmohan rasmi

RAWANG – Badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Kemajuan Pelajar-pelajar Tamil Malaysia (PKPPTM) tidak bersetuju dengan cadangan perasmian Little India di Brickfields akan dilakukan Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh(gambar) 27 Oktober ini.

Presidennya, M S Arjunan berkata, pihaknya bersedia dengan sekitar 5,000 hingga 6,000 ahli badan bukan kerajaan (NGO) untuk memprotes sekiranya majlis itu tetap dirasmikan Manmohan.

Katanya, protes bukan sahaja melibatkan ahli PKPPTM yang seramai 12,000 di seluruh negara setakat ini, tetapi akan bergabung dengan ahli daripada 15 NGO India tempatan lain.

“Jika Manmohan datang juga merasmikan Little India, kami wakil bagi masyarakat India di Malaysia akan memakai baju hitam dan mengibarkan bendera hitam sebagai membantah secara aman perasmian berkenaan.

“Kami tidak bantah kedatangan beliau ke Malaysia, tetapi lebih baik Perdana Menteri, atau orang tempatan sendiri dalam kalangan pemimpin India sendiri misalnya boleh datang merasmikannya,” katanya, semasa pertemuan berhubung isu berkaitan, di sini, semalam.

Hadir sama dalam perjumpaan berkenaan ialah Ketua Angkatan Muda PKPPTM, A Kalaimughilan.

Mengulas mengenai perkara itu, Arjunan berkata, ia kerana ketidakpuasan hati terhadap pemimpin itu berikutan banyak perkara belum dapat diselesaikan oleh Kerajaan India.

“Perkara ini termasuk berkaitan dengan masyarakat keturunan India di Malaysia dan beliau (Manmohan) akan mendapat jawapan sekiranya melawat estet di luar bandar.

“Selain itu, Little India adalah salah sebuah pusat membeli belah oleh masyarakat India, tetapi banyak bangunan di situ dimiliki oleh orang lain, manakala bayaran sewa begitu tinggi.

“Sebab itu kita harap Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan memainkan peranan penting menukar hak milik tempat ini kepada peniaga (India), di sini,” katanya.

Katanya, ini disebabkan peniaga cuma ada ruang untuk berniaga sahaja, tetapi tiada kuasa untuk memiliki tempat berkenaan.

Kalaimughilan berkata, sebagai Perdana Menteri India, Manmohan seharusnya membantu dan campur tangan dalam banyak perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan kuasa yang beliau ada, tetapi malangnya beliau tidak berbuat demikian.

“Jadi, kedatangan Manmohan ke negara ini tiada erti bagi kami. Sedangkan kami negara kecil masih dapat menolong negara lain seperti Afghanistan, Palestin dan Bosnia,” katanya. -SH


Perdana Menteri India Mulakan Lawatan Tiga Hari Ke Malaysia Mulai Selasa Ini

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri India Dr Manmohan Singh akan melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia mulai Selasa ini bagi membalas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara itu Januari lepas.

Dr Manmohan yang akan diiringi oleh isteri beliau Gursharan Kaur, mengetuai anggota delegasi seramai 16 orang.

"Lawatan itu menandakan satu lagi usaha dalam perkembangan hubungan dua hala Malaysia-India bagi mengukuhkan keyakinan dan persefahaman bersama antara kedua-dua negara, menurut kenyataan Wisma Putra di sini.

"Malahan lawatan itu juga akan membolehkan kedua-dua Perdana Menteri mengadakan tindakan susulan mengenai perjanjian dan persefahaman yang dicapai semasa lawatan Najib ke India," tambah kenyataan itu.

Sejak 53 tahun lepas, kedua-dua negara menikmati hubungan sangat baik dan teras hubungan persahabatan ini adalah hubungan rakyat-ke-rakyat yang begitu lama serta hubungan sejarah dan ekonomi.

Semasa lawatan itu, Dr Manmohan akan diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana, Putrajaya, diikuti dengan mesyuarat delegasi di mana kedua-dua Perdana Menteri dijangka membincangkan isu berkaitan hubungan dua hala, rantau dan antarabangsa.

Najib dan Dr Manmohan juga dijadual menyaksikan majlis menandatangani beberapa perjanjian kerajaan-ke-kerajaan dan memorandum persefahaman.

Dr Manmohan dan isteri akan juga menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Istana Negara.

Salah satu kemuncak atur cara lawatan itu adalah pelancaran bersama 'Little India di Brickfields' oleh kedua-dua Perdana Menteri.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan menjadi hos majlis jamuan makan malam untuk tetamu itu di Seri Perdana, Putrajaya.

Wisma Putra menyatakan bahawa Najib dan Dr Manmohan dijadual melancarkan mesyuarat pertama Forum Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia-India, Perdana Menteri India itu juga dijangka menyampaikan satu syarahan pada Khazanah Global Lectures.

-- BERNAMA

UKM Digesa Jangan Jadi Balaci Umno


logo-ukmSHAH ALAM 24 Okt - Isu penglibatan dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Perhimpunan Agung Umno 2010 baru-baru ini sebagai suatu perkara yang harus dipandang serius oleh semua pihak khususnya pentadbiran UKM.

Gabungan Mahasiswa UKM memberitahu bahawa kedua-dua mahasiswa berkenaan dipercayai pelajar Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina didapati telah mengambil bahagian dalam perbarisan perasmian Perhimpunan Agung Umno.

"Kita bersimpati dengan nasib kedua mahasiswa ini yang jelas dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu atas kepentingan agenda politik mereka.

"Kedua-dua mahasiswa berkenaan tidak harus diarahkan ke program tersebut atas kapasiti badan beruniform yang dianggotai mereka kerana ia dilihat mencabuli etika disiplin badan beruniform tersebut yang seharusnya bersifat non-partisan," kata GMUKM dalam kenyataannya Jumaat lalu.

GMUKM telah menyatakan pendirian mereka bagi menangani isu ini dengan lima tuntutan, yang pertama mendesak pihak pentadbiran UKM menjalankan siasatan secepat mungkin  bagi menjawab persoalan yang timbul berikutan isu ini.

Kedua, menggesa pihak pentadbiran UKM memberikan penjelasan bagaimana sebuah universiti yang sepatutnya bersifat bebas partisan bertindak untuk pihak tertentu mempergunakan mahasiswa dalam program parti politik mereka.

Ketiga, meminta pihak pentadbiran UKM dan Kementerian Pengajian Tinggi memberi penjelasan sama ada mahasiswa tersebut akan diambil tindakan sama seperti empat mahasiswa UKM yang didakwa di bawah Auku kerana didakwa melibatkan diri dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor April lalu.

Keempat, menggesa pihak Kementerian Pengajian Tinggi khususnya Datuk Seri Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan kes ini.

Kelima dan terahkir ialah mendesak pihak Kementerian Pengajian Tinggi menubuhkan satu suruhanjaya siasatan khas bagi menyiasat dakwaan bahawa ada kakitangan pentadbiran UKM terang-terangan pernah menyatakan sokongan terhadap sebuah parti politik dalam sebuah majlis rasmi di dalam UKM.

Justeru itu, GMUKM berpendirian tegas bahawa mahasiswa tidak wajar dijadikan alat parti politik kerana mahasiswa mempunyai idealisma tersendiri dan seharusnya bebas daripada cengkaman mana-mana parti politik.

GMUKM juga amat berharap kampus UKM akan sentiasa mengekalkan identiti universiti itu sendiri sebagai pusat ilmu yang unggul.

In Batu Sapi, SAPP sees path to glory

October 24, 2010
Yong hopes Sabahan disenchantment with Putrajaya will buoy him to victory in Batu Sapi and beyond. — Bernama pic
 
KUALA LUMPUR, Oct 23 — Batu Sapi hopeful Datuk Yong Teck Lee is turning to the old playbook — Sabah for Sabahans — which once propelled him and Tan Sri Pairin Kitingan to power in 1985.
Beginning with the Tambunan by-election of that year, Pairin had leveraged local discontent with the federal system and successfully ousted the Berjaya government of Datuk Harris Salleh, landing him the spot as Sabah’s first Christian chief minister the year after.
Then, Yong had-been a fresh-faced 27-year-old lawyer in the hopscotch team that Pairin eventually led to victory, and saw his nascent PBS defeat all the Berjaya state ministers it challenged.
Harris himself was toppled by another new face, Malaria inspector Kadoh Agundong, who became an overnight celebrity as the “giant killer”.
Later in 1994, Yong along with other PBS leaders like Tan Sri Bernard Dompok and Tan Sri Joseph Kurup took part in defections engineered by then Umno deputy president Datuk Seri Anwar Ibrahim, which consigned Pairin to winning the state election but still losing control of the administration.
Yong went on to form SAPP and enjoyed his term as Sabah chief minister, along with Dompok and others under the state’s rotation system that Tun Dr Mahathir Mohamd enforced for Sabah in order to placate the state’s various ethnicities.
At the same time, Umno also co-opted the Usno founded by Sabah veteran Tun Datu Mustapha Harun, into its fold.
Following Election 2004, when Muslims mustered the majority to rule Sabah, the rotation system was abolished and political power passed firmly to Muslim Sabahans, both indigenous and recent arrivals.
Since then, Chief Minister and head of Sabah Umno Tan Sri Musa Aman, has kept a firm hold of the East Malaysian state.
Today, Yong is hoping to rekindle that magic of his youth by contesting in Batu Sapi, a mixed but primarily Muslim (60 per cent) seat with a sizeable Chinese vote.
The by-election was called following the death of incumbent Datuk Edmund Chong Ket Wah (PBS) in an accident on October 9.
In the Batu Sapi vote, Yong sees the tinder to re-ignite the same flame of discontent as in 1985.
“He sees it as another Tambunan,” the veteran said. “He and others are all political offspring of Tambunan. It’s in their psyche.”
“I think he is wrong,” he added.
Musa has kept a firm hold on Sabah since coming to power.
Nonetheless, Yong’s supporters argue that whether there is a wave or not, the public mood is turning ugly and Sabahans are again looking for another Pairin to rise and fly the “autonomy” flag. It is also a platform that Yong had tried to stand on following the political upheaval of Election 2008.
In that year, Anwar, invigorated by his sterling performance at the ballot box, re-entered Sabah politics and re-connected with Yong, who was to have provided the genesis of the eventual botched takeover of Putrajaya on September 16 then.
Yong failed to deliver largely because of Musa Aman’s sway over the state’s MPs, so much so that Yong could not even convince his two SAPP lawmakers to defect — they preferred to be “independents” rather than join Pakatan Rakyat.
Undeterred, Yong saw in the aftermath of the September 16 takeover attempt the seedlings of adventurousness in Sabahans.
“Sabahans have changed governments before, and in 2008, they were in the mood to change not only in Sabah but at the federal level,” a Sabah veteran politician said.
“Yong was a forerunner of that movement. Where MPs failed, he felt the people — given a fair chance at the polls — would make the change,” the veteran said. “He believes (in 2008) that a wave is forming in Sabah and hopes to ride it.”
Other Sabah leaders, both veterans and newcomers, have been unable to fill the “Sabah for Sabahans” vacuum, leaving Yong as the unlikely candidate.
Since he pulled SAPP out from Barisan Nasional (BN) in August 2008, he has been a one-man-band for Sabah autonomy trying to whip up a wave ahead of the 13th general election.
“He (Yong) speaks of nothing but autonomy but while the sentiments are there, people are not really biting,” a PBD leader said.
“The reason might be because Sabah, whether you like it or not, is Muslim majority now. Muslims are happy with the current set-up,” he said. “They are happy with Musa Aman as chief minister.”
“So whipping up a wave is difficult; the political demography has changed,” the PBS leader said.
However, Yong’s supporters insisted that anti-West Malaysia sentiment was simmering and there was deep unhappiness over how easily foreigners in the state were given citizenships.
“Sabahans want a permanent solution to immigrant problems and to rising crime,” said one supporter.
“People don’t feel safe,” he added. “SAPP has been raising these and other autonomy issues like oil royalty and a bigger share of the nation resources for Sabah’s development.  We are getting good reception,”
“Yong is the man to bravely raise these issues, he can save Sabah,” he continued.
Beyond Batu Sapi, Yong also wants to contest 40 of the 48 seats in Sabah state assembly and hopes to capture the state from BN in the upcoming general election.
“We are growing and mustering public support. We can defeat BN,” Yong told The Malaysian Insider.
“Before, in BN, we were seen as a mosquito party but now as an opposition party we are the main challenger to BN here. People know we can form the next government.”
Yong’s ambitions, however — not only in Batu Sapi, but also the coming general election — has set him on collision path with Pakatan Rakyat (PR), who are seeking to capture Sabah and Sarawak to realise their dreams of entering Putrajaya.
If he makes good on his promise to contest in the 40 seats, the opposition vote would be split between SAPP and PR — as it will be in Batu Sapi — giving BN a clear advantage.
But Yong feels he has a tryst with destiny.
“It is [his] duty to rally Sabahans and make the changes — from autonomy to an immigrant-free Sabah. Neither he nor Sabahans are expecting Peninsular leaders to do the job for us,” Yong ally said.
“We are home-grown, we want autonomy and we want to take back the country from the immigrants. It’s our job, we have to do it,” one SAPP leader said.
“Sabah voters will know what to do.”

IGP: Everything under control in Desa Mentari

By Teoh El Sen
PETALING JAYA: Police are maintaining a heavy presence in the areas near Desa Mentari following clashes between Malay and Indian groups in the area in the past week.
Commenting on the increased of patrols and roadblocks, including the light strike force personnel, Inspector-General of Police Ismail Omar said that the clashes were "sporadic" incidents.

"What happened was sporadic. When there's a situation, we respond to control it...there is nothing extraordinary here." he said. " Everything is under control."

Checks by FMT yesterday showed that Desa Mentari and the areas nearby, namely Taman Medan, Taman Sri Manja, and Jalan Klang Lama, were calm.

Residents in the area admitted that dangerous rumours were being spread following a violent fight last week, but they were quick to dismiss them as baseless.

In the early Sunday morning melee last week, it was reported that a gang of some 20 men wielding parangs and wooden sticks had fought with a smaller group of about four men.

Recounting the incident, lorry attendant S Nagesrau, 30, said he was not in any group but had came home at about 1.45am at the Desa Mentari flat when 20 to 30 men came upon him.

"They attacked me at the motorcycle parking lot without any reason. Some were holding sabits and I think some were also Indonesians," said Negesrau, who was slashed more than seven times all over his body. He required some 50 stitches for his wounds.

A friend of Negesrau, M Yogaiah, 41, said when he saw the group he ran and fell and grazed his arm. He said another man wounded by the same group is still recovering in the hospital.

One arrested, five questioned

Last Friday, a 14-year-old boy was set upon by a group of about six youngsters with wooden sticks at about 2pm. He was sweeping the floor alone in the home when they knocked on the door and pulled him out when he opened it.

The boy's elder brother told FMT that the attack was sparked off by an earlier argument.

"My brother had confronted a group of boys after they shot my youngest brother with a toy gun. One of them threatened him with a knife but the whole situation was diffused by the Rukun Tetangga people. But the next day, they came again.

Meanwhile, Petaling Jaya district police chief Arjunaidi Mohamed said the first case was caused by a misunderstanding while the second was "personal" in nature. He said one person was arrested for the Sunday case while five boys were questioned for the second.

A resident in the area, businessman Ravi said: "We heard about Kampung Medan rumours but that's totally untrue. But since that night, everyday there would be road blocks. Police would be patroling from 12 to 8am. Yesterday, some plainclothes policemen came and check our ICs, both Malays and Indians."

However, Ravi said he felt comforted by the police's concern. "We feel safe with their presence."

"It's always misunderstandings, never racism. If I see Malay boys on bikes I would also be mad, " said another resident, Che'An Osmar, 50, a shopkeeper.

On Wednesday, several police officers, including Selangor deputy police chief A Thaiveegan, visited the flats and spoke to residents. A dialogue with Arjunaidi was also held on Thursday. Seri Setia state assemblyman Nik Nazmi Nik Ahmad said several politicians also visited the area. He urged the public not to get excited by rumours.

Not racial in nature

Federal internal security and public order director and outgoing Selangor police chief Khalid Abu Bakar told FMT that eventhough there has been some fights and quarrels, they were not racial in nature.

"It is not so bad (as you think). But we not taking any chances," said Khalid.

"We are taking extra precaution. The whole area has always been under our close scrutiny. The situation right now is exactly like in Sri Muda, where Sabahans and Indians clashed. But there is nothing to be worried about."

"The incidents were simply caused by drunkards and naughty boys. We don't want it to escalate. We are taking all necessary precausions so that the situation won't be taken out of context and blown sky high," he said.

Asked when police patrols will return to normal, he said until he was satisfied that "everything was alright".

Tee Keat's renewed PKFZ push sparks talk of a move to Pakatan

Tee Keat - unable to change MCA
Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

When former Transport minister Ong Tee Keat revealed that 4 out of the 10 questions he submitted to Parliament were directly related to the RM12.5 billion Port Klang Free Zone financial debacle, he inadvertently lit a fire of speculation that he was set to join Opposition Leader Anwar Ibrahim's Pakatan Rakyat soon.

“Might as well Tee Keat does it and the sooner the better. There is no role left for him in the MCA and he can serve the country and his constituents better outside of the BN, rather than be marginalized and slowly squeezed out from the party,” was among the common responses from the Chinese community.

The 54-year Tee Keat is the former MCA president, but was ousted midway through his 3-year term that began in October 2008, by his deputy Chua Soi Lek.

Indeed, the temperamental but gifted Tee Keat had exasperated Malaysian Chinese with his non-stop high-profile bickering with Soi Lek. His belligerence led to his downfall, although there is also some evidence that he was betrayed by some of the people he trusted the most, as he himself has claimed.

PKFZ and Tee Keat's ouster

Even so, Tee Keat still commands high respect for refusing to back off from exposing the PKFZ scandal and many MCA members compare him favorably against Kong Cho Ha, the new Transport minister and Soi Lek's ally. On his very first day at work in the Transport ministry, Cho Ha had already disappointed by insisting there was no need to continue the government's probe into PKFZ.

 Integrated ports project, PKFZ fell to massive cost over-runs
Billed the biggest scandal in Malaysian financial history, PKFZ is a complex tale of high-level Umno-BN intrigue and corruption with the involvement of MCA leaders who allegedly fronted the project.

Despite repeated hints from Prime Minister Najib Razak, who is also Umno president, to drop the investigation, Tee Keat had stubbornly clung on. In the end, Najib took PKFZ away from the Transport ministry's charge and placed it under a special taskforce headed by the government’s Chief Secretary.

Tee Keat was slowly ousted from MCA, removed as Transport minister and his supporters cut off from influential positions.

Ling's arrest - a warning to MCA

A few months later, with Soi Lek fully ensconced in the MCA leadership, another former president Ling Liong Sik was arrested for his involvement in the PKFZ scandal. In typical fashion, the Najib administration leaked out news that Liong Sik was just the first in a series of top Umno-BN leaders to be hauled up over PKFZ. But so far, there have been no other high-profile arrests.

Ling's arrest - a warning to MCA not to expose BN scandals
“Liong Sik was arrested as a warning to MCA not to be funny or try to be too independent and raise the PKFZ issue or blow the whistle on any other BN scandal again. It was a clear reminder from Umno of who’s the boss. The whole anti-corruption thing was just a sham put out by Najib’s advisers. It may have confused the ordinary folk but I think MCA leaders are in no doubt what the message meant,” PKR strategic director Tian Chua told Malaysia Chronicle.

Not surprising then, the MCA grapevine has been buzzing with talk that Liong Sik, who still wields significant influence, is extremely upset with Tee Keat. Meanwhile, MCA watchers say Soi Lek - who has always been on bad terms with Tee Keat - is also eager to shut the door on his nemesis once and for all.

They believe that the MCA leadership will not select Tee Keat to stand for Pandan or any other seat in the coming general election. He has been the Pandan Member of Parliament since 2004, and before that was MP for Ampang Jaya for 4 consecutive terms.

Given the MCA's dismal electoral performance in the March 2008 general election and its failure to reform and re-brand itself, pundits say Tee Keat would have a much better chance of retaining the Pandan seat if he competed under a Pakatan ticket rather than a BN one. 

Siti Nurhaliza bertudung tapi nampak bra


Tengah-tengah hangat isu Rosmah Mansor yang ditentang hebat oleh umat Islam di Malaysia, kerana Festival Busana Muslimnya yang mengarut lagi mencarut, timbul pulak isu Datuk K suami Siti Nurhaliza yang turut serta bersekongkol dengan Rosmah Mansur untuk menganjurkan Festival bodoh si Rosmah tu. Maka tak hairanlah Siti Nurhaliza sedari dulu pakai tudung tak pernah nak lengkap. Malah kalau dilihat di dalam gambar ini, Siti memakai baju yang terlalu nipis sehingga menampakkan bra di sebalik bajunya.

Korang jangan tengok lama-lama pulak, nanti marah datuk K! Bini orang tu! Inikah gaya Busana Muslim hasil dari usaha sama Datuk K dan Rosmah Mansor? Apa kata Rosmah? Adakah ini juga fashion yang sesuai dipakai oleh muslimah dan semua wanita secara amnya? Sejak ReJaM© mengetahui berita tentang Datuk K yang bersekongkol dengan Rosmah Mansor, tawar betul hati ini untuk meminati Siti Nurhaliza.

Melayu - kedudukan terjamin?

Umnoreform.

Semenjak Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO, isu Melayu bangkit kembali. Kali ini ahli dengan nada yang lain. Kali ini ahli UMNO dimaklumkan bahawa – soal hak keistimewaan Bumiputera dan hak Melayu tidak akan tergugat kerana peruntukkan perlembagaan dan kuasa Raja-Raja Melayu ada untuk memastikan ia kekal. Ahli UMNO dimaklumkan bahawa kedudukan Melayu akan tetap terbela dan kuasa Raja-Raja ini adalah kuasa mutlak yang menjaga kedudukan orang Melayu.
Polemik timbul, sekiranya hak dan kedudukan Melayu sudah terpateri kukuh oleh peruntukan perlembagaan dan ini di jaga oleh Kuasa Raja – apa perlu orang Melayu takutkan lagi, apa perlu perjuangan mempertahankan hak dan apa perlu usaha kaum lain menuntut hak  kerana ini TIDAK boleh diubah.
Jangan gusar kerana menurut Najib Tun Abdul Razak kedudukan Melayu sudah terkunci mati. Ini mungkin menjadikan kita Melayu tidak lagi gusar dengan kenyataan ini TETAPI berbeza dengan pendapat beberapa ahli dalam persidangan itu dan juga beberapa komen yang di terima dalam saya melontarkan pendapat di FB saya. Hadir komen dalam FB saya yang mengatakan bahawa krisis perlembagaan dan pindaan mengenai kuasa Raja–Raja tahun 1983 dahulu telah menunjukkan bahawa ketetapan perlembagaan boleh di ubah dan dipinda mengikut persetujuan di Parlimen.  
Diingatkan, pada tahun 1983, tindakan telah diambil untuk meminda Perlembagaan supaya sekurang-kurangnya kuasa Yang dipertuan Agong menolak rang undang-undang yang di lulus oleh Parlimen dibatalkan. Usaha ini berjaya tetapi tidak sepenuhnya. Yang diluluskan akhirnya ialah kuasa Yang dipertuan Agong menolak rang undang-undang Parlimen dikurangkan sedikit dengan mengadakan peruntukan baru bahawa Baginda boleh merujuk balik kepada Parlimen jika Baginda enggan menandatangani rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Jika Parlimen meluluskannya sekali lagi, sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangka masa 30 hari (Perkara 66(4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatangani oleh Yang dipertuan Agong.
Ini bagi mereka yang memberi pendapat di FB saya menunjukkan tidak ada yang tersimpul mati  dan usaha untuk mempertingkatkan kedudukan Melayu adalah usaha berterusan dan tidak seharusnya terbantut dengan peruntukkan yang ada. Apa pun perjuangan Melayu bagi saya bukan setakat mempertahankan perlembagaan tetapi meningkatkan kedudukan Melayu secara menyeluruh dari semua aspek. Maruah bangsa penting untuk di pertahankan dan dalam pada itu Melayu tidak boleh rasa begitu terjamin dengan hanya ada peruntukan dalam perlembagaan. Kita perlu sedar cabaran Melayu bukan hanya boleh di tepis oleh perlembagaan tetapi cabaran Melayu merangkumi lebih dari itu. Ingat sekali lagi pesanan Dato Onn Jaafar:

Political power without Economic power is a shadow. The industrial and commercial mechanism is the means by which a country satisfied the necessaries of life according to its standards of living. Those who control a vital factor in it can, if they wish, obstruct or cut off the supply of the necessity and so being decisive pressure to bear upon the political authority.
 
Dato Onn Jaafar CO 537/4785, Memorandum National Services for Malays ( Muka 220 Dato Onn Pengasas Kemerdekaan - Prof Ramlah Adam
Oleh itu adalah perlu untuk kita mengambil iktibar bahawa kedudukan Melayu perlu dilihat bukan sahaja berasaskan peruntukan Perlembagaan tetapi juga kedudukan Melayu dari sudut kekuatan ekonomi dan keseimbangan sosial kemasyarakatan. Melayu harus memastikan bahawa ketuanan yang dilaungkan bukan dari sudut peruntukan perlembagaan tetapi dari sudut kedudukan Melayu dalam struktur kemasyarakatan.
Kita harus sedar implikasi kehadiran hak Melayu yang tidak digunakan sepenuhnya atau terseleweng akan hanya meletakkan Melayu selangkah ke belakang setiap kali kaum-kaum lain maju ke hadapan. Kedudukan Melayu perlu diperjuangkan termasuk dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Sekiranya tidak kuasa yang ada mungkin terlepas dan hak yang ada mungkin tergugur. UMNO sebagai wadah perjuangan Melayu harus serius memperjuangkan isu ini dan Melayu juga perlu membuka mata melihat wadah UMNO sebagai wadah utama untuk tujuan ini. UMNO sendiri perlu sedar dan perlu bahawa serangan hari ini amat menyeluruh dan penjajahan minda adalah penjajahan yang lebih kritikal yang mampu melakukan mencairkan erti bangsa Melayu.

Kelantan isytihar 4 Nov hari cuti peristiwa

KOTA BARU, 24 Okt — Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan 4 November iaitu Khamis depan sebagai hari cuti peristiwa sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas.
Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohd Aiseri Alias menerusi surat pekeliling arahan pentadbiran SUK kepada Bernama di sini hari ini.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandang wakil rakyat daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus 27 September lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Oktober ini. — Bernama

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlu "Benar-Benar" Berubah Andainya Benar Jujur Dan Ikhlas Mahu Teruskan Agenda Perubahan Itu Sebenarnya !!

Pemilihan PKR 2010 semakin hampir sekarang. Rata-rata calon kini mula mengorak langkah bagi memasuki fasa terakhir kempen mereka. Masimg-masing mahu pastikan "satu ahli satu undi" berpihak kepada mereka. Dalam sibuk berkempen, nampaknya masih ada beberapa kerat pemimpin yang terleka dan terlupa matlamat asal perjuangan mereka. Jika dulu, ramai yang dilihat ikhlas berjuang untuk membawa agenda perubahan buat rakyat. Kini, hari demi hari nampaknya Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terkeluar daripada landasan peruangannya. Benarlah katanya oleh Blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan Hishamuddin Rais (Tukar Tiub) sebelum ini agaknya. Teguran ikhlas mereka terhadap parti dianggap "tidak manis" bagi sesentengah pemimpin, namun bagi rakyat itu adalah tanggungjawab sebenarnya. Kami juga melihat, PKR kini semakin hari semakin alpa dengan matlamat asalnya. Pemimpin yang ada hari ini, majoritinya sudah melihat pengaruh dan kuasa itu menjadi pokok utama perjuangan mereka. Malah, mereka tidak segan silu menawarkan diri untuk menjadi pemimpin utama biarpun "ilmu di dada" masih tidak berada ditahapnya. Ada juga pemimpin yang selama ini tidak mahu ke depan, kini mula "terhegeh-hegeh" ingin berada di barisan utama. Kuasa dan pangkat kini menjadi tajuk utama mereka, sedangkan perjuangan asal untuk membawa agenda perubahan kepada rakyat itu diketepikan buat seketika. Pada awalnya, permainan ini tidak ketara. Namun, mutakhir ini ia semakin terasa dan mereka seolah-olah semakin lupa tentang hakikatnya. Inilah yang menjadi persoalan dan apa yang amat ditakuti oleh rakyat. Mereka takut PKR yang berubah, bukan agenda perubahan yang mahu dibawa kepada rakyat itu.

Tinggalkan Amalan Jahiliah Jika Mahu Berubah

Inilah yang menjadi persoalan dikalangan rakyat sekarang ini. Pemimpin PKR perlu jujur dan ikhlas mahu berubah. Rakyat diatas pagar yang menyokong mereka sebelum ini, bukanlah dek kerana melihat PKR itu secara keseluruhannya. Mereka mengundi PKR kerana melihat parti itu benar mahu melakukan agenda perubahan dan dalam masa yang sama mereka benci serta ingin menolak UMNO Barisan Nasional. Begitu juga dengan ahli PKR sendiri, mereka masuk ke dalam parti atas alasan melihat serta mahu parti yang didokong ini lebih baik dari parti lama zaman jahiliah mereka dulu. Maka yang dari UMNO mahu PKR lebih baik dari UMNO. Mana yang dari MIC, MCA, GERAKAN pun begitu juga. Mereka seboleh-bolehnya mahu melihat PKR sebagai wadah perjuangan baru buat rakyat. Mereka mahu keluar dari zaman kebathilan dan kembali ke landasan kebenaran. Namun, jika mereka melihat segala kebobrokan yang ditinggalkan itu kini terpalit semula kepada PKR maka, jangan salahkan mereka jika dalam PRU13 nanti mereka tidak mahu lagi mengundi PKR atau Pakatan Rakyat khasnya. Maka, siapakah yang harus dipersalahkan?. Jika dulu, amalan seperti politk wang, gila kuasa, cantas mencantas, kutuk mengutuk, fitnah menfitnah, lobi melobi menjadi alasan untuk mereka meninggalkan parti lama mereka. Kini, mereka kian panik dan gusar apabila amalan itu sewenangnya berada pula dalam PKR yang kini menjadi parti pilihan mereka untuk meneruskan perjuangan. Pemimpin PKR harus sedar bahawa, jika mereka benar mahu berubah semua itu harus ditinggalkan. Soalnya sekarang, amalan itu kini menular dalam PKR terutamanya menjelang hari kemuncak pemilihan 2010 ini. Sama ada ia disedari atau tidak, itulah realitinya. Sukar untuk dinafikan ia berlaku, kerana masing-masing sibuk mahu mengangkat pemimpin masing-masing. Kempen memburukkan pihak lawan walhal sesama parti kini menjadi amalan dan mainan penyokong calon yang bertanding. Apakah ini budaya yang ingin dibawa dalam sebuah parti yang kononnya mahu membuat perubahan?. Perubahan apa yang mahu dibawa jika meniru semula amalan lama dalam parti yang pernah mereka sanjung dulu. Kini, rakyat semakin bingung melihat senario yang berlaku. Soalnya, siapakah yang harus dipersalahkan jika amalan ini semakin parah dan menjadi wabak berbahaya dan akan merebak dalam parti itu nanti. Bukankah, lama kelamaan parti akan hancur dek budaya ini?.
PDO.

Tiada Jodoh: Rozaliya Kembalikan RM3,000 Dan Cincin Tunang


Putus tunang: Kedua sekeluarga sepakat

KEMAMAN: Sah putus. Pertunangan Rozaliya Mat Lazim, 20, dengan pasangannya Mohd Helmi Mohd Noor, 24, putus selepas keluarga kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenainya, semalam.

Bapa Mohd Helmi, Mohd Noor Juah, 53, yang tiba dari Kampung Sebaso Paya Redan, Muar, Johor kira-kira jam 3 petang bersama isteri, Mariani Hussin, 46, berkata dia datang ke rumah Rozaliya di Bandar Cheneh Baru, di sini, kerana menunaikan permintaan gadis itu dan keluarganya bagi memutuskan pertunangan berkenaan.

Katanya, mereka menghormati permintaan keluarga Rozaliya yang meminta mereka datang untuk memutuskan pertunangan seperti disiarkan dalam akhbar beberapa hari lalu, sekali gus menyelesaikan segala salah faham antara dua keluarga itu.

“Kami datang dengan cara baik untuk berbincang demi kepentingan anak saya, Mohd Helmi dan Rozaliya. Namun jika itu keputusan (memutuskan pertunangan) diambil, kami menerimanya dengan hati terbuka dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Mungkin setakat ini hubungan Mohd Helmi dan Rozaliya kerana jodoh sudah tiada dan semuanya berakhir di sini, apatah lagi semua yang berlaku sekarang adalah berdasarkan kata putus mereka berdua. Kami sebagai ibu bapa menghormati keputusan itu,” katanya.

Mohd Noor berkata, sebelum ini keluarganya tersinggung dan menanggung malu dengan jiran dan saudara mara di atas tuduhan dilemparkan keluarga Rozaliya yang mengatakan Mohd Helmi melarikan anak gadis mereka.

“Hanya Allah tahu perasaan kami ketika itu kerana semua penduduk kampung, khususnya saudara mara, mempunyai tanggapan negatif terhadap Mohd Helmi dan keluarga kami.

“Kami membacanya dalam akhbar dan sedih dengan tuduhan sebelum ini mengatakan Mohd Helmi dikatakan melarikan Rozaliya dan kami datang untuk bersemuka serta berbincang,” katanya.

Sementara itu, Mariani berkata, apa diharapkan ialah keputusan memutuskan pertunangan itu dapat memenuhi kehendak Rozaliya dan keluarganya serta berharap segala masalah yang timbul dapat diselesaikan.

“Biar mereka berdua menentukan sendiri masa depan mereka selepas ini dan kita sebagai ibu bapa ada kalanya perlu menghormati keputusan mereka,” katanya.

Mohd Helmi ketika ditemui pula berkata, dia menerima keputusan memutuskan pertunangan itu dengan hati terbuka dan menganggap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

“Saya menyayanginya tetapi apakan daya, takdir yang menentukan segala-galanya dan hubungan saya dengan Rozaliya hanya sampai di sini,” katanya.

Pada pertemuan itu Keluarga Rozaliya memulangkan wang tunai sebanyak RM3,000 yang juga sebahagian daripada wang hantaran berjumah RM6,000 yang diberi kepada keluarga itu sebagai persediaan majlis perkahwinan, termasuk sebentuk cincin pertunangan. -metro

Updates:-BN/PKR P185 Batu Sapi

Sabah Political Correspondent Bugi Wijaya
Sandakan :  Reliable sources has confirmed that the Barisan Nasional (BN) candidate for the parliamentary seat of P.185 Batu Sapi will Datin Linda Tsen Thau Lin, the wife of the late MP Datuk Edmund Chong Ket Wah.  The announcement which will be made at 2.00pm  by the BN Sabah Chairman YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman will pit a new comer against a giant in Sabah Progressive Party (SAPP) President Datuk Yong Teck Lee who will also be contesting the seat.
Sandakan has been a hive of activities with Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) having its Sabah State National Delegates Conference at the community centre here. BN leaders and supporters have also been arriving to lend a hand in the campaign for the by-election.
Pakatan Rakyat Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is also expected in Sandakan to announce their candidate in making it a minimum three corner fight for the seat which fell vacant following the fatal accident of the incumbent.

JANGAN BUKA CERITA MELAYU !

SUDAH TAUBAT



nota:
sumpah i tak entot dia
kalau tak caya cuba cek
kalau tak cayajuga you
tanya saifool jangan tanya
suami i nanti dia hentak kaki
bergegar bumi kah kah kah




HENTI BAHAS HAK MELAYU
- melayau

Najib Razak meminta semua pihak supaya berhenti mempersoal dan membahaskan mengenai hak istimewa Melayu serta pada masa sama mengulangi bahawa ia dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Presiden nya, seperti yang ditegaskan beliau baru-baru ini, soal hak istimewa Melayu dan bumiputera adalah sesuatu yang telah terpateri dan terkunci kemas dalam Perkara 153 Perlembagaan dan tidak mungkin dipinda.

KAH KAH KAH

woit… OKAY … SET… TAK BINCANG HAL MELAYU… kah kah kah

woit… BETUL LAH… BUAT APA HEBOH HEBOH HAL MELAYU… kah kah kah..

kah kah kah… HANYA SATU NAK TANYA…SIAPA ENTOT ALTANTUYA DULU… kah kah kah..

kah kah kah… RAZAK BAGINDA ENTOT DULU… ATAU NAJIB RAZAK ENTOT DULU…. kah kah kah.

woit… MENGIKUIT SURAT SUMPAH BALA…. NAJIB RAZAK ENTOT DULU…kah kah kah..

kah kah kah… KEMUDIAN PASS PADA RAZAK BAGINDA…. kah kah kah..

kah kah kah…. NAMPAKNYA RAZAK BAGINDA INI SAMA NAJIB RAZAK…. kah kah kah..

kah kah kah… SUKA BARANG TANGAN KEDUA… kah kah kah…

kah kah kah…. HAIRAN….PELIK.. AHLI GEROMBOLAN YANG RAMAI RAMAI DI PWTC… kah kah kah…

kah kah kah…TAK ADA YANG TANYA SOALAN SIAPA ENTOT ALTANTUYA… kah kah kah

kah kah kah... SELALUNYA BILA MELAYU BERKUMPUL.... RAMAI YANG BUKA CERITA ENTOT...kah kah kah...

kah kah kah... INI MELAYU BARU KOT.... kah kah kah

NAJIB TAKUT-TAKUTKAN ORANG MELAYU

Photobucket


DALAM PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2010 KELMARIN NAJIB BERKATA…UMNO SANGGUP KEHILANGAN NYAWA DEMI MEMPERTAHANKAN PUTRAJAYA. BELIAU SEOLAH-OLAH MEYAKINKAN KEPADA RAKYAT BAHAWA RAMPASAN KUASA AKAN BERLAKU.…WALAUPUN TIDAK MENYEBUT SIAPA YANG AKAN MELAKUKAN RAMPASAN KUASA TERSEBUT TAPI BOLEH DIAGAK… IA DIMAKSUDKAN KEPADA PAKATAN RAKYAT!!

SEKALI LAGI NAJIB CUBA TAKUTKAN ORANG MELAYU,.. SEOLAH-OLAH PAKATAN RAKYAT AKAN MERAMPAS PUTRAJAYA SECARA GANAS ATAU PAKSAAN. SEDANGKAN RAKYAT TAHU SEMUA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT TERDIRI DARI KALANGAN CENDIAKAWAN ATAU CERDIK PANDAI YANG BERSIH JIWA DAN SEMANGAT PERJUANGANNYA SEBAGAIMANA TERBUKTI DI EMPAT NEGERI YANG DIPERINTAH OLEH PAKATAN RAKYAT KETIKA INI!!

SUDAH PASTI PENGAMBILALIHAN PUTRAJAYA DILAKUKAN SECARA TERHORMAT IAITU MELALUI DEMOKRASI PILIHANRAYA DAN KERTAS UNDI. TAK USAHLAH NAJIB NAK MEMPERBODOH DAN MENAKUT-NAKUTKAN RAKYAT TERUTAMA ORANG MELAYU!!

KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA ! PENULIS UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT PILIHANRAYA UMUM KE-13 DAN SELAMAT MENGUNDI!! WALAUPUN NAMPAK MACAM JAUH LAGI TETAPI SEBENARNYA DAH DEKAT DAH!!
PERCAYALAH!! PILIHANRAYA UMUM KE-13 AKAN DIADAKAN LEBIH AWAL DARI TAHUN 2013

Oleh : rahimothman

Umno, Najib dan mesej

Awang Selamat


24 OKT — Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam meninggalkan kesan yang bukan kecil kepada parti itu bahkan kepada masyarakat Melayu.
Awang bersyukur kerana perhimpunan tersebut memperlihatkan Umno semakin kukuh. Rata-rata perwakilan pulang dengan semangat dan keyakinan baru. Sama ada disedari atau tidak, perpaduan dan penyatuan Umno kian kental.
Itulah mesej utama daripada perhimpunan kali ini biarpun ketika banyak pihak terutama pembangkang terus mengasak Umno.
Awang ingin mengucapkan tahniah kepada Presiden Umno, Mohd Najib Tun Razak, timbalannya, Muhyiddin Yassin dan para pemimpin serta seluruh perwakilan kerana dapat menjana keyakinan masyarakat Melayu terhadap parti tersebut.
Segala keresahan bahawa Umno sudah lesu agenda Melayu dan Bumiputera kerana terlalu berhati-hati dalam landskap politik terkini, terjawab. Ia sama sekali menyangkal persepsi bahawa kepimpinan Umno tidak lagi ke hadapan untuk membela kepentingan kaumnya.
Dalam perhimpunan tersebut, seruan agar Umno terus memperjuangkan untung nasib bangsa, masih kuat bergema dan dominan. Ramai pembahas tidak teragak-agak menyentuh hal tersebut meskipun beberapa kerat pemimpin Umno mula terikut rentak pembangkang — takut dilabel rasis kononnya.
Yang menjadi kemuncak ialah amanat Presiden. Ramai yang melihat ucapan beliau pada perhimpunan kali ini, terbaik. Beliau dengan lantang dan hujah konkrit, membuktikan komitmen sebagai peneraju Umno untuk terus membela kepentingan Bumiputera.
Jika ada yang menjangka Najib akan mengambil jalan tengah, mereka tersilap. Sebaliknya, beliau telah memberi ledakan untuk membuka mata semua pihak bahawa anak mantan Perdana Menteri Kedua, Tun Razak Hussein itu jangan diambil mudah.
Naik mendadak semangat Awang. Ucapannya yang menyentuh Perlembagaan, mengejutkan banyak pihak. Beliau memberi peringatan tegas agar semua kaum tidak mempersoalkan hak dan kedudukan orang Melayu. Kedudukan istimewa itu sudah terkunci kemas dan tidak boleh diubah. Mana-mana pihak yang mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen tidak mampu mengubah hak Melayu tanpa kebenaran Majlis Raja- Raja Melayu. Begitu juga kedudukan bukan Melayu termasuk status kerakyatan, sudah terpelihara.
Langkah Najib membangkitkan isu itu adalah suatu keberanian. Nada tegas dan lantang menekankan perkara itu dalam ucapannya turut mencerminkan beliau serius. Ia memberikan mesej yang jelas kepada Melayu supaya jangan terlalu bimbang.
Kepada kaum lain pula, berhentilah mempersoal kontrak sosial.
Awang berharap peringatan Presiden Umno berhubung Perlembagaan itu setidak-tidaknya meredakan polemik mengenainya. Malah ia tamparan hebat kepada gerakan yang diatur oleh pembangkang dan pihak tertentu untuk menulis semula Perlembagaan.
Seperti biasa, pembangkang bingkas bertindak mengelirukan pemikiran ramai kononnya Najib telah memberikan isyarat yang salah. Hujah yang digunakan ialah jika kedudukan Melayu sudah terjamin maka tiada salahnya orang Melayu menyokong pembangkang dan Umno tidak lagi relevan.
Pada Awang, jawapannya mudah. Melayu mesti terus menyokong BN terutama Umno yang berpaksikan Perlembagaan negara kerana kedudukan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu akan lebih terjamin. Setakat ini, Umno sahaja yang terbukti paling komited untuk mempertahan dan menterjemahkannya dalam semua keadaan.
Sedangkan pembangkang terutama DAP dan PKR telah melakukan pelbagai usaha untuk menafikan kepentingan ketiga-tiga tunjang itu dalam Perlembagaan. Untuk apa menyokong parti politik yang matlamat akhirnya diketahui untuk menjadikan Malaysia sebuah negara republik suatu hari nanti.
Awang tidak terkejut dengan apa sahaja putar belit yang dimainkan oleh pembangkang. Itu memang budaya mereka. (Seperti kata wakil Kelantan, Md. Alwi Che Ahmad, usaha pembangkang untuk menumbangkan BN yang diterajui oleh Umno umpama sejarah Perang Ahzab apabila Nabi Muhammad SAW diperangi satu pakatan besar-besaran dan dahsyat, yang diketuai musyrikin Quraisy.)
Lebih-lebih lagi pembangkang takut Umno akan memperhebatkan agenda Melayu. Selagi Umno kental dalam perjuangan untuk orang Melayu, selagi itulah ia sukar digugat kerana akan terus menjadi sandaran utama.
Awang lega sesungguhnya para pemimpin utama Umno dalam perhimpunan kali ini responsif kepada suara orang Melayu dan ahli Umno di akar umbi. Agenda Melayu tetap subur biarpun parti itu perlu lebih bijak mengurus aspirasi kaum lain dalam landskap politik lebih mencabar. Ucapan Muhyiddin pada perasmian persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri juga cukup baik dan sendat dengan mesej. (Cuma anehnya, buat pertama kali, ucapan Timbalan Presiden tidak mendapat liputan siaran langsung daripada RTM)
Sebarang kelesuan Umno dalam pembelaan Melayu akan dihukum oleh orang Melayu. Umno tidak boleh terperangkap dengan muslihat politik parti pembangkang dan komponen lain dalam BN menerusi konsep sama rata dan keadilan tafsiran politik mereka. Mengapakah Umno tidak boleh mempertahankan kepentingan Melayu sedangkan parti-parti lain makin agresif melonjakkan perjuangan kaum masing-masing. Untuk kaum Cina sahaja, setidak-tidaknya ada tiga parti utama yang sedang berlumba-lumba iaitu DAP, MCA dan Gerakan.
Maka Umno mesti menjadi pergerakan politik yang menyakinkan dalam apa keadaan sekalipun. Keyakinan itu semakin dirasakan di bawah kepimpinan Najib. Dalam ucapan penggulungannya semalam, nada Najib lebih pedas dan tajam yang menyerlahkan lagi karisma beliau. Namun Najib perlukan masa dan sudah tentu juga lebih pengertian, untuk memberi impak lebih besar.
Janganlah hanya membaca yang tersurat daripada segala tutur kata dan gerak tindaknya. Banyak juga yang tersirat perlu diamati. Awang sentiasa yakin Najib ada cara untuk memperkasa Umno sambil melakar keharmonian untuk semua kaum.
Sejak dulu lagi, Umno atas sifat kemurahan hati Melayu menjadi penaung yang baik dan selamat buat bukan Melayu. Malah kaum Cina terus menguasai ekonomi negara di bawah kepimpinan Umno.
Apa pun, percayalah Umno mempunyai keupayaan untuk terus berkuasa asalkan orang Melayu bersatu dan Umno terus kuat. Inilah tuntutan sebenar Umno apatah lagi pada era kritikal ini. Seperti kata Dato Onn Jaafar pada Kongres Melayu pertama, 4 Mac, 1946.
“Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha.”
Perhimpunan Agung Umno 2010 sudah memberikan petunjuk dan semboyannya termasuk mempertahankan kerajaan pusat. Ayuh, apa lagi ... — Mingguan Malaysia

2011 sama penting buat Najib, antara PRU-13 dan pemilihan Umno

Gandingan Najib dan Muhyiddin di akhir Perhimpunan Agung Umno 2010 petang semalam. Kedua-dua mereka akan turun padang untuk bertemu ahli dan penyokongnya tahun depan. — Foto Bernama
ANALISIS, 24 Okt — Sementara banyak pihak sudah bermain teka-teki sama ada 2011 yang akan menjelang tiba dalam dua bulan lagi sebagai tahun pilihan raya, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat tafsiran. “Mereka boleh membuat pelbagai tafsiran, tapi apa yang penting ialah bagi kami untuk bertemu dengan rakyat,” kata Najib semalam mengulas sama ada kenyataannya turun padang ke negeri-negeri tahun depan bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai membayangkan pilihan raya umum ke-13 semakin menghampiri.
Najib buat julung kali mengumumkan kepada publik bahawa beliau dan Muhyiddin akan turun padang ke seluruh negara mulai tahun depan, dipercayai antara lain untuk berjumpa dengan rakyat serta menyusun jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Beberapa penganalisis dan pemerhati politik membentuk tanggapan kemungkinan itu sudah mula kelihatan.
Penganalisis politik Profesor A. Aziz Bari mengakui beliau tidak menolak tahun 2011 sebagai tahun pilihan raya.
“Kita boleh lihat program tinjauan (turun padang) Datuk Seri Najib sebagai usaha awal mempersiapkan partinya dan BN untuk menghadapi pilihan raya umum,” kata beliau sambil menimbulkan persoalan sama ada pilihan raya negeri Sarawak dan umum akan diadakan serentak.
Pakar perundangan ini melihat kemungkinan pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan awal.
Beliau juga bersetuju bahawa program turun padang pemimpin Umno itu akan mengambil masa tiga sehingga empat bulan untuk dilengkapkan.
“Ya, biasanya program turun padang akan mengambil masa sekitar tiga bulan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Mengimbas amalan-amalan lalu, program turun padang menjelang pilihan raya mengambil masa sekitar tiga bulan untuk dilengkapkan.
Pendekatan itu juga pernah digunakan oleh bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jika pilihan raya negeri Sarawak tidak diadakan dalam dua bulan ini, maka 2011 akan semakin menarik untuk diperhatikan dan ia akan menjadi semakin menarik, kata beliau.
Sebenarnya mandat semasa kerajaan negeri Sarawak akan berakhir Julai 2011. Di tengah-tengah spekulasi bila pilihan raya negeri ini akan diadakan, ramai meramalkan pilihan raya umum ke-13 kemungkinan akan diadakan tahun depan.
Selain itu, Umno juga dijadual untuk mengadakan pemilihan pertama tanpa berasaskan sistem kuota tahun depan, susulan pindaan perlembagaan parti itu tahun lepas.
Tanpa menyebut bila pilihan raya umum akan diadakan, Perdana Menteri berkata beliau juga mahukan para pemimpin Umno turut “turun padang dan sentiasa berada di atas padang”.
“Mulai tahun depan, kami akan turun ke negeri-negeri, jumpa dengan Umno dan rakyat.
“Saya nak Umno sediakan sebaik-baik supaya lawatan kami mendapat sambutan sebaik-baiknya. Balik buat persiapan,” tegas arahan kepada kepimpinan negeri dan bahagian.
Selaku Presiden Umno, Najib berkata, beliau juga akan membuat perubahan dalam kepimpinan Umno di peringkat tertentu supaya parti itu lebih bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum kelak.
Keperluan mengubah pucuk kepimpinan negeri khususnya di negeri-negeri yang pengerusinya diimport dari negeri lain juga dibangkitkan perwakilan.
Pada perhimpunan agung tahunan yang sama, Muhyiddin pula berkata Umno perlu meningkatkan kerjasama di kalangan anggota supaya proses transformasi politik dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Beliau berkata inisiatif untuk melakukan transformasi itu merupakan langkah penting yang tidak boleh diabaikan kerana mahu atau tidak, Umno tetap akan berdepan dengan rakyat jelata yang akan menilai dan membuat keputusan dalam menentukan nasib parti pada pilihan raya akan datang.
“Masa yang ada di hadapan kita tidak banyak lagi, saya kurang pasti bila presiden parti nak umum tarikh pilihan raya, tetapi kalau pun tidak diumumkan pasti kita tahu tinggal beberapa bulan sahaja lagi ke hadapan,” kata timbalan perdana menteri.
Esok, Najib akan membuat pengumuman penting mengenai program Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).
Pun begitu, Dr Mahathir berpendapat pilihan raya umum ke-13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat meskipun terdapat gesaan daripada Najib agar perubahan-perubahan parti dilakukan dengan segera.
“Saya tak ingatlah akan cepat. Ada masa lagi,” katanya.
Mengambil kira kenyataan Najib, Muhyiddin dan Dr Mahathir itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian juga tidak menolak bahawa “tahun 2011 sama-sama penting bagi Najib.”
“Tahun 2011 akan kelihatan tahun persiapan Najib bagi menghadapi pilihan raya umum dan pemilihan parti,” kata beliau.
Mahu tidak mahu, Najib kena turun padang untuk menemui ahli-ahlinya.
Pokoknya, Najib sudah tidak boleh mengharapkan kelebihan sistem kuota, yang sudah pun dimansuhkan.
Jadi beliau tiada pilihan melainkan turun padang lebih awal sebelum mesyuarat cawangan dan persidangan bahagian bersama Muhyiddin untuk mencari sokongan atas faktor gandingan bersama — Najib-Muhyiddin.
“Jadi, bagi Najib sokongan ahli parti perlu diutamakan dalam menghadapi pilihan raya umum,” kata penganalisis ini.
Justeru beliau berpendapat BN memerlukan sekurang-kurangnya setahun sebelum boleh dianggap sudah bersedia.
“Pilihan raya Sarawak tidak wajar diadakan sekali dengan pilihan raya umum. Sarawak boleh menjadi penanda aras walaupun mengadakan pilihan raya negeri boleh memberi kelebihan kepada BN dari segi penyusunan strategi.
“Dalam satu tahun akan datang, BN perlu memahami apa keperluan dan kemahuan rakyat dan menilai cara fikir rakyat untuk memulihkan kepercayaan,” kata beliau yang turut menimbulkan persoalan apakah indikator yang digunakan BN untuk mengadakan pilihan raya dalam waktu terdekat.
“BN perlu bertanya mengapakah rakyat perlu mengundi mereka?
“Apakah keunikan BN yang memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat ke atas mereka?” katanya.
Sivamurugan berpendapat bahawa ia tidak boleh bergantung kepada kelemahan lawan tetapi kekuatan mereka sebagai persediaan pilihan raya.
“BN tidak boleh mengadakan pilihan raya sekarang tanpa ada hasil akhir pelan transformasinya (ETP dan GTP).
“Ia boleh dikatakan bersedia jika satu undi Najib diterjemah kepada satu undi kepada BN kerana populariti beliau mampu menjana sokongan terutama di kalangan pengundi bukan Melayu,” katanya.
Kata beliau, kenyataan hak Melayu di bawah perlembagaan mengukuhkan sokongan orang Melayu kepada beliau terutama pengundi tradisi.
Dengan menekankan bahawa Perhimpunan Agung Umno kali ini lebih banyak memfokus soal hak-hak orang Melayu yang tidak wajar dikhuatiri oleh mana-mana sebab ia termaktub jelas dan terkunci sebagaimana dikatakan oleh Najib, Aziz juga berpendapat bahawa Umno mahu memfokus menarik sokongan pengundi atas pagar agar beralih kepada Umno-BN.

Rasional SAPP bertanding di Batu Sapi

NAMPAK gayanya PRK Parlimen Batu Sapi sudah tidak dapat dielakkan lagi untuk barisan pembangkang SAPP dan PKR untuk bertembung sesama sendiri selain BN yang mempertahankan kerusi itu yang kosong berikutan kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah.
Meskipun pucuk kepimpinan PKR terutamanya, de’facto Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen dua hari lepas mengesahkan bahawa PR memberi mandat kepada PKR untuk meletakkan calonnya pada PRK Parlimen Batu Sapi, namun beliau (DSAI) masih mengharapkan agar SAPP turut memberikan laluan kepada PKR.
Manakala di suatu pihak kepimpinan SAPP sudah membuat kata putus menerusi mesyuarat Ahli Majlis tertinggi parti bahawa SAPP tetap akan meletakkan calonnya di PRK Parlimen Batu Sapi atas kehendak dan restu semua peringkat kepimpinan terutamanya di peringkat akar umbi SAPP, khususnya di Parlimen Batu Sapi.
Berdasarkan fakta dan rekod, pengundi Melayu agak menonjol sebagai pengundi majoriti di kawasan itu dengan mencecah lebih 60 peratus, namun pengundi Cina turut mengekori jumlah peratusan tersebut tetapi jika dikira secara rawak, perolehan sokongan pengundi Melayu antara pembangkang dengan BN akan melihat lebih menonjol kira-kira 40 peratus berpihak kepada BN.
Manakala pengundi Cina dan bangsa lain sudah pastilah akan berpihak kepada SAPP jika mereka dapat menonjolkan seorang calon dari kalangan pemimpin Cina yang dikenali di situ serta digeruni kewibawaannya. Perkiraan ini berlandaskan keputusan perolehan undi yang diperolehi pada PRU12 mengikut keputusan daerah-daerah mengundi.
Sekiranya perkiraan ini akan menjadi trend, sudah pastilah SAPP paling layak bertanding di kawasan tersebut berdasarkan fakta perkiraan sokongan walaupun belum ada kepastian yang jelas daripada sentimen para pengundi Parlimen Batu Sapi, namun maruah dan objektif perjuangan SAPP sebagai sebuah parti pembangkang tempatan; tidak boleh tidak untuk menidakkan kehendak rakyat atau mengalah begitu sahaja.
Sedangkan, rakyat yang selama ini telah meletakkan parti itu sebagai suatu sandaran bagi rakyat pelbagai kesukuan dan agama dalam memburu keadilan dan demokrasi yang semakin terhakis, termasuk usahanya memulihkan kuasa autonomi di Sabah jika SAPP terus diberi mandat oleh rakyat Sabah pada PRU13 kelak.
Apa pun, barisan pembangkang terdiri daripada PR dan SAPP dan kemungkinan Parti Bersekutu tidak perlu menghukum SAPP sebagai tidak berkerjasama mahu pun menikam kawan dari belakang atau mungkin SAPP dilabel sebagai bersekongkol dengan BN sebagai ejen pemusnah PR di Sabah.
Ungkapan tersebut tidak seharusnya timbul kerana dalam perjuangan yang melibatkan kepercayaan rakyat, demi negeri dan Negara, sudah pasti ia bukan trend bagi pemimpin-pemimpin sesebuah parti politik yang berfikiran matang bertindak sedemikian rupa, lebih-lebih lagi tunggak kepimpinan SAPP yang dipenuhi para pemimpin yang matang dan berpengalaman.
Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee merupakan pemimpin yang serba boleh kerana boleh berinteraksi dengan semua kaum di negeri ini tanpa mengira anutan agama, malah beliau merupakan seorang pemimpin yang berani serta lantang menyuarakan sesuatu isu yang tidak disenangi rakyat Sabah termasuk pengabaian kandungan 20 Perkara.
Beliau yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ketika dalam kerajaan BN (sistem penggiliran) banyak membuka ruang perniagaan khusus untuk masyarakat Bumiputra, penempatan masyarakat Murut yang tidak bertanah dalam hutan simpan kerajaan FMU, malangnya baru-baru ini semua rumah yang ada di FMU diroboh kerajaan dan dibakar, manakala penghuninya diusir keluar.
Rakyat Sabah percaya dan yakin bahawa suatu hari nanti para pengundi akan faham bahawa hanya dengan memperkasakan perjuangan mereka menerusi parti pembangkang untuk memulihkan maruah dan ketidak senangan hati mereka terhadap kepimpinan kerajaan BN sekarang yang semakin menjadi-jadi akan dapat dihancurkan.
Rakyat telah sedar dan faham bahawa PRK Parlimen Batu Sapi bukanlah dapat merobah corak pemerintahan kerajaan di Sabah mahupun di Malaysia, tetapi dengan bakal kekalahan BN di Parlimen Batu Sapi melalui PRK ini, dunia dan rakyat Malaysia akan mengerti bahawa rakyat sudah mula menunjukkan taring untuk mengambil alih teraju kerajaan dari kebuasan BN pada PRU13.
Oleh: PAK MAIL (sabahkini)