Sabtu, 23 Oktober 2010

Bottom 70% of poor Malays put off by Pakatan meritocracy talk

A greater need to assure the poor
The road to Putrajaya is built on the trust and confidence of the bottom 70 percent of Malays still struggling with basic needs.

And this confidence cannot be won if Pakatan Rakyat continues to bandy about terms like 'meritocracy' that scare Malays who still make up the bulk of the bottom 40 percent of society, said PSM's sole MP Dr Jeyakumar Devaraj.

"In my constituency (in Sungai Siput) some Malays can't afford to pay their electricity bill and some can't send their children to school because they can't afford the bus fare.

"You talk about taking away Malay scholarships, they get worried. DAP's Malaysian Malaysia is scary to them,” he said at the Socialism 2010 conference today.

He added that when Pakatan Rakyat attacks bumiputera quotas, mostly due to its enrichment of the better-off Malays, they end up also attacking those who are struggling.

"Think of the class struggle and approach each class differently...Many of the poor Malays were exploited by Malay contractors too," he said

In his presentation at the PSM's conference at the Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall, Jeyakumar said that Malay society is split into four classes - the bottom 70 percent Melayu marhaen (lower class Malays), middle class employees, contractors and the corporate class.

Weary of meritocracy talk

Of these four, Malay contractors, too, are wary of talk of meritocracy, said the PSM founding member, as they have much to lose in opportunities to receive government contracts.

Socialism 2010"Between the years 2005 and 2010 RM1.2 billion worth of projects were awarded to Class F bumiputera contractors.

"When (Prime Minister Najib Razak) talks about transparency and open tenders, this group is unhappy as they may have to share," he said.

According to Jeyakumar, it is the unhappiness of this lot that Malay rights group Perkasa, vocal against the abolishing of bumiputera quotas, is exploiting.

"Perkasa is the mouthpiece of the Malay contractor class. For impact, they will have to mobilise the poor Malays using things like Article 153 (of the federal constitution) and Islam, to say these have been challenged," he said.

"The next general election depends on whether Pakatan Rakyat can prove that they can be relied upon to continue programmes for the betterment of the (poor Malays)," he said.

System overhaul neeeded

Jeyakumar's seemingly reasonable advice to the opposition coalition, however, comes with a dose of scepticism.

"(Najib's) New Economic Model is similar to Pakatan's economic agenda. They believe in competing globally and finding our niche, and that we can all live as a capitalist society.

"That is why (PSM) cannot join Pakatan, but we are their friends. We will join them to take out the BN," he said.

Dr Jeyakumar, who is also a PSM central committee member, said that beyond that, it would require a total overhaul in ideology and systems.

"Otherwise it would be just be like changing kings," he said.  -  Malaysiakini

Gambar malam Ahad: Tak haram tengok ...?

Rahsia tambat hati suami ...?
Kah, kah kaahhh ...?

Si Abu Nawas Dalam Umno

PENGGULUNGAN di perhimpunan agung Umno tidak banyak berbeza dengan perhimpunan perhimpunan yang sudah-sudah. Acara memuja pemimpin merupakan tradisi yang sukar untuk dibuang. Masa yang terhadap itu disendaki dengan pujian melangit. Nampaknya budaya angkat dan ampu tidak pernah habis. Bukan saja dari kalangan perwakilan atau pembahas yang ingin dilihat sebagai bakal calon pilihan raya tetapi pemimpin tertinggi sendiri turut terjeruk dalam sindrom masuk lif tekan sendiri.

Saya akan memfokuskan ulasan ringkas ini kepada penggulungan oleh tiga Naib Presiden, Shafei Afdal, Hishamuddin Hussein dan Ahmad Zahid Hamidi. Dari ketiga-tiga tokoh ini yang ada kelas dan kualiti perbahasan kali ini atau berpijak di bumi nyata hanya Shafei. Walaupun beliau dipersendakan sebagai anak lanun Semporna Sabah, tetapi beliau tetap cemerlang kali ini. Anak lanun berjaya mengatasi anak Jawa dan anak Turki.

Shafei tidak memuja presiden dan timbalan presiden membuta tuli seperti Zahid Hamid. Beliau memperkatakan kebimbangan dalam Umno yang merupakan satu realiti. Beliau membangkitkan soal sikap orang Melayu yang tidak mahu mendaftarkan diri sebagai pemilih. Shafei tanpa komromi mendedahkan kelemahan Umno dalam mendaftar anak muda selaku pengundi.

Baginya sikap ini boleh memberi kesan buruk kepada Umno. Perbandingan yang diberikan antara orang Cina dengan orang Melayu (Umno) yang mendaftarkan diri sebagai pengundi menunjukkan bagaimana orang Melayu tidak bersemangat dan alpa kepada tanggungjawab. Katanya juga usaha pembangkang terutamanya DAP mendaftar mengundi jauh lebih baik dari Umno dan Melayu. Keadaan itu sangat membimbangkannya yang diberita tugas sebagai orang bertanggungjawab menambahkan pengundi.

Dalam pada itu beliau mahu ahli Umno memberi tumpuan kepada mendaftar ahli. Salah satu langkah katanya masjid boleh digunakan untuk mempublisitikan tujuan itu. Apakah cadangan ini akan dilaksanakan nanti. Tidak mustahil kalau Umno merasakan tertekan dengan keadaan itu mereka akan menggunakan mimbar masjid untuk meminta anak muda Melayu mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Hishmuddin pula lebih bercrita soal kehebatan Umno dan para pemimpin terdahulu. Uncapan dan penggulungan Hishamuddin adalah copyright daripad ucapan pada perhimpunan tahun lepas. Baginya tidak habis-habis menjual dan menceritakan Umno sebagai parti Melayu terbaik. Kepadanya hanya Umno yang mampu membela orang Melayu.

Demikian juga dengan Ahmad Zahid Hamid penuh dengan gurau senda dan kendangkalan idea. Beliau tidak banyak mengemukakan idea sebaliknya lebih kepada jenaka yang tidak berbobot. Diawal pembukaan bicara lagi beliau sudah meminta perwakilan memberi tempokan untuk Rosmah Mansor. Pemujian Zahid kepada Rosmah tidak pernah lekang dan menjadi satu kewajiban. Seolahnya nyawa dalam hirerki kepimpinan Najib berada digenggam Rosmah.

Walaupun Hishmuddin cuba mengutuk Anwar Ibrahim tetapi kutukan Zahid lebih jelas dan ketara apabila beliau mengatakan ada orang yang tergila-gilakan kuasa dan meminta Anwar bertaubat. Tidak tahu apakah Zahid terpaksa berkata demikian untuk mendapat markah dari sudut mata Najib. Tetapi sesungguhnya apa yang beliau sarankan itu sepatutnya dipraktikan olehnya dulu. Sebelum meminta Anwar bertaubat Zahid dulu kena bertaubat atas dosa-dosanya sebelum ini. Dr Mahathir rasanya setuju dengan saranan ini.

Cerita lima orang Abu yang dikemukakan Zahid menarik dan boleh dijadikan iktibar. Kisah ini menggambarkan Zahid hampir dengan kisah-kisah suri teladan dari negara Arab. Beliau nampaknya membuat study mendalam mengenai watak berkenana untuk dipadan dengan fiil perangai orang Umno dan Melayu. Apa yang diperkatakan Zahid rasanya ramai yang setuju.

Memang dalam Umno ada Abu Bakar, Abu Talib, Abu Sufiah, Abu Hurairah dan Abu Jahal. Cuma satu subjek terlupa untuk dihuraikan Zahid mengenai dirinya sendiri. Di antara Abu Abu itu di manakah beliau berada? Apakah dia sebenarnya Abu Nawas dalam politik Umno kerana sering muncul dengan jenaka bangsawannya pada perhimpunan agung Umno daripada mengemukakan idea bernas untuk memartabatkan Islam dan bangsa.
MSO.

Resolusi Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu

Menyedari bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada di ambang keruntuhan dalam menghadapi pelbagai masalah luaran dan dalaman, sedang PAS Negeri Terengganu terus melangkah memperkasakan kekuatannya bagi memenuhi harapan besar yang diberikan oleh rakyat bagi membawa perubahan kepada negeri Terengganu.
Berasaskan hakikat ini, Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-14 yang diadakan pada 23hb Oktober 2010, bersamaan 15 Zulkaedah 1431H yang bertemakan “Demi Kedaulatan Islam; Perkasakan Jihad” dengan sebulat suara membuat gagasan dan resolusi bahawa saf kepimpinan PAS Negeri Terengganu di semua peringkat beriltizam untuk:
Bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13, maka jentera pilihan raya mestilah digerakkan bermula dari sekarang di semua peringkat mengatasi perancangan dan gerak kerja Umno BN dengan memberi tumpuan kepada pengemaskinian urusan pemilih dan keahlian serta penguasaan ke atas pengundi sasaran.
Meningkatkan kefahaman dan penghayatan petugas-petugas PAS di semua peringkat bagi mengikis penyakit atau budaya negatif seperti futur, isti’jal, ukhuwah yang longgar dan seumpamanya.
Menegaskan bahawa setiap anggota jemaah sama ada pemimpin, petugas atau ahli parti, hendaklah memperkukuhkan sifat-sifat kualiti peribadi dan meningkatkan keupayaan diri dalam memperkasakan jihad dengan memperkukuhkan wala’, thiqah dan intima’ terhadap pimpinan dan jemaah.
Merealisasikan agenda PAS mengganti Umno dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan.
Menyokong, meneruskan dan memperkukuhkan kerjasama politik di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat melalui kaedah tahaluf siyasi tanpa menggadai prinsip perjuangan di samping menjadikannya sebagai satu ruang dakwah.
Menerus sumbangan dan komitmen semua petugas dan kepimpinan yang sedia ada dalam memperkasakan PAS benar-benar sebagai sebuah gerakan Islam yang syumul.
Meneruskan proses pembudayaan petugas-petugas PAS dengan gerak kerja berasaskan kepada perancangan yang sistematik dan berstrategi membina keyakinan masyarakat terhadap PAS sebagai kerajaan alternatif ataupun kerajaan menunggu.
Memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima’ dengan perjuangan kita bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.

Ringkasnya, tutup cerita Perlembagaan, UMNO pertahan kuasa

Lim Hong Siang

Kenyataan "Perkara 153 terkunci kemas, tidak disinggung biarpun darurat" mengundang respon spontan daripada pembangkang bahawa UMNO tidak diperlukan lagi untuk mempertahankan kedudukan istimewa Melayu.  Bagaimanapun, Presiden UMNO, Najib Razak menyangkal kenyataan ini dalam ucapan penggulungannya, sebelum Perhimpunan Agung UMNO ke-61 melabuh tirai, hari ini.
Najib (gambar kanan) merujuk Pakatan Rakyat (PR) sebagai "pihak di sebelah sana", malah menyifatkan pemimpin PR sebagai "pakar pusing" tanpa menyebut nama, "Dia pusing, orang putih kata spinning, dia very good at spinning.  Dia kata pula, kalau sudah terkunci, tersimpul mati, jadi tak perlulah UMNO berkuasa.  Sebab orang Melayu, kalau alih kuasa pun, orang lain boleh pertahankan.  Sebab sudah ada peruntukan dalam Perlembagaan."
Najib menyanggah kenyataan ini, "Ini adalah satu pandangan yang tidak benar sama sekali, kerana walhal peruntukan itu sudah terkunci kemas, tapi kuasa politik perlu di dalam tangan UMNO untuk menterjemahkan prinsip, semangat peruntukan Perlembagaan itu."
"Sebab itulah dalam ucapan saya bab kedua, ketiga penghujungnya sekali, saya tutup ucapan saya dengan mengatakan dalam apa jua keadaan, Putrajaya mesti kita pertahankan!"
Dalam ucapan dasarnya yang bertemakan "Mendaya Bangsa Menerajui Kemakmuran" ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO ke-61 pada 21 Oktober 2010, Najib (gambar kiri) berkata, "Berpasaklah kepada parti UMNO.  Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional.  Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa.  Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"

Najib terus menuduh bahawa pembangkang memutar-belitkan maksudnya.  "Apa mesej tu?  Janganlah sampai dia benak... Dia benak, atau orang Negeri Sembilan kata bangang."
"Inilah masalah kita berdepan dengan pembangkang yang selalu memutar sesuatu kepalsuan untuk mengelirukan rakyat jelata.  Kita beritahu bahawa UMNO akan menyelamatkan masa depan Melayu dan negara kita yang tercinta..."  Beliau menambah selepas disambut tepukan gemuruh, "Tak ada orang lain boleh (melakukan itu)."
"Habis cerita, Tutup buku"
Najib sempat mengusik musuh partinya, PKR, apabila berkata, "Nak kata dia boleh, dulu sibuk dengan reformasi, sekarang ni sibuk baling kerusi.  Saya tak sebut si itu, ya?"
"Dalam perhimpunan ini, soal perlembagaan ini tak usah lagilah.  Tak usah bangkit oleh sesiapa lagi.  Habis, tutup cerita.  Kita mara ke depan.  Dah habis cerita, tutup buku," katanya.
Bagaimanapun, Perdana Menteri ini cuba meyakinkan orang ramai bahawa agenda Melayu, kedudukan bumiputera akan terus diperjuangkan oleh pimpinan UMNO dan kerajaan.  Beliau mengungkit kenyataannya ketika merasmikan persidangan MCA baru-baru ini, "Saya kata dalam sebuah negara, kalau majoriti dalam negara itu memiliki sebahagian kecil daripada kekayaan, itu tidak adil dan tidak menyumbang kepada kestabilan politik tanahair kita."
Malah, beliau meminjam "peringatan" perwakilan, bahawa beliau sebagai anak kepada "pencetus Dasar Ekonomi Baru", iaitu Perdana Menteri kedua Allahyarham Abdul Razak.  Najib berkata, "Takkan saya anakandanya, darah yang mengalir dalam badan saya, tidak meneruskan semangat dan prinsip perjuangannya itu?"
Pindaan dalam perlembagaan
Najib yang mengambil alih tampuk pimpinan UMNO sejak Mac 2009, tidak lupa untuk menceritakan pembaharuan yang dibawanya ke dalam parti, iaitu pindaan perlembagaan parti.  Malah, beliau menyifatkan pindaan perlembagaan parti ini sebagai salah satu daripada tiga peristiwa yang sangat besar ertinya dalam sejarah UMNO, seiring dengan penubuhan UMNO dan pengharaman UMNO.
"Dia menukar sama sekali asas pemilihan, proses menentukan kepimpinan UMNO yang lebih demokratik dan lebih inklusif, termasuk jawatan Presiden UMNO pun.  Nasib Presiden UMNO di tangan 140 ribu (ahli).  Tak boleh bersandar lagi kepada kuota.  Dulu ada kuota, 58 bahagian mencalonkan, baru layak lawan Presiden.  Tuan-tuan ingat senang nak dapat (pencalonan) 58 bahagian?"
Najib berkata, "Saya betul-betul menyerah nasib saya, Tan Sri Muhyiddin (gambar kiri, kiri), Naib-Naib Presiden kepada saudara-saudara sekalian untuk menentukan.  Ini dia UMNO.  Kita kembalikan kepercayaan ahli, supaya ahli boleh menentukan, dia (calon) boleh buat kerja tak boleh buat kerja?  Kalau tak boleh buat kerja dia akan hantar signal (isyarat), kami tidak mahu terus berkuasa tanpa dilihat, dinilai sebagai pemimpin yang boleh berjasa dan berbakti kepada bangsa, ugama dan tanahair."
Hasil perjuangan UMNO
Selain itu, Najib juga menyahut cadangan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk menjenamakan UMNO, supaya "dividen politik" daripada perjuangan UMNO kembali kepada parti itu.  Khairy ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung UMNO menyebut bahawa orang sudah lupa perjuangan UMNO, sehingga hasilnya dituai parti lain.
Khairy (gambar kiri) memberi contoh, "Saya ingin cadangkan, oleh kerana hari ini kita ada banyak inisiatif kerajaan yang semua baik-baik belaka, ETP, NKEA, NKRA, GTP dan segalanya, tetapi semua ini adalah kerja kerajaan.  Saya risau, dividennya tidak dapat kepada UMNO dan Barisan Nasional.  Perlu kita jenamakan UMNO sebagai penggerak tranformasi rakyat menjelang pilihan raya yang akan datang."
Dalam ucapan Najib selepas itu, beliau juga mendakwa bahawa "UMNO tak bawa, atau tidak jual cerita" tentang apa yang telah dilakukan, kerana sudah lama berkuasa sebagai "kerajaan".  Beliau mengingatkan, "Ini adalah hasil perjuangan UMNO, bukan orang lain!"
Juara social network
Di samping itu, walaupun Perhimpunan Agung UMNO kali ini tercalar apabila menghalau wartawan beberapa media internet untuk membuat liputan sebermulanya, Najib tetap berbicara soal media baru, "Kita mesti jadi juara media baru juga.  Jangan puak-puak sana saje.  Masing-masing mesti ada Facebook, mesti ada Twitter, macam-macam mesti buat."
Beliau menambah, "Zaman sekarang ni pakai IT, pakai Facebook, social network.  Kita ni mesti jadi juara social network.  Mesti!"
Sindiran "depan belakang"
Apa yang menarik, Najib, malah beberapa pemimpin dalam UMNO tidak melepaskan kesempatan untuk menyindir Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat terhadapnya, biarpun tidak menyebut nama.
Misalnya, ketika Najib menyifatkan pembangkang "memusing" (spin) kenyataannya, beliau berkata "dalam bab tu dia pusing juga".  Malah, semasa Najib mengisahkan bagaimana dirinya menyatakan pendiriannya di depan Presiden MCA, beliau beberapa kali menekankan "di depan", mengundang gelak di bawah pentas.
Nasihatnya untuk "jaga orang di bawah", disusuli dengan "jangan main di atas sahaja", kemudian dicelah Pengerusi Tetap UMNO, Badruddin Amiruldin (gambar kanan), "belakang pun jangan".
Ketua sayap Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mengulangi gelaran "Cerberus" terhadap Pakatan Rakyat, menyindir dengan berkata "satu kepala mahu menubuhkan negara Islam, satu lagi kepala nak tubuhkan negara sama rata, sama rasa.  Satu lagi kepala nak tubuhkan negara depan belakang sama sahaja."

Anwar Lancar Jentera PRK Pakatan Rakyat P185 Batu Sapi Esok

sabahSANDAKAN 23 Okt - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat(KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan jentera pilihan raya kecil Batu Sapi dalam lawatan kerja beliau sehari ke Sabah esok.
Sebelum itu Anwar djadualkan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah pada pukul 9.00 pagi sejurus mendarat di Lapangan Terbang Sandakan.
Pelancaran jentera pilihan raya kecil KEADILAN Batu Sapi akan berlangsung pada pukul 11.00 pagi di pejabat cabang di Bandar Ramai-Ramai.
Majlis pelancaran akan dirancakkan dengan ucaptama Anwar selain pimpinan parti termasuk Naib Presiden, Azmin Ali, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat, Fauziah Salleh, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin, Pengerusi MPN Sabah Ahmad Thamrin Jaini dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Chua Jui Meng.
Sekretariat Pakatan Rakyat PAS Sabah pula akan menganjurkan Himpunan Isu Tanah Sabah di Dewan Hakka di Batu 5, Jalan Utara sebagai kemuncak kepada lawatan Anwar ke Sabah.
Himpunan itu akan turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. program tersebut akan diisi dengan pembentangan kertas kerja berhubung tanah adat (NT), tayangan video serta pelancaran Deklarasi Tanah Sabah.
Pada pukul 5.00 petang Anwar bersama Abdul Hadi dan Kit Siang akan melancarnan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat Batu Sapi di lokasi yang sama.

Polis Lepaskan Tembakan Selepas Keretanya Dipotong


Gara-gara cuba potong memotong ketika memandu kereta, seorang lelaki cedera di punggung selepas dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi semalam di Batu 2, Jalan Kuala Krai dekat sini, mangsa yang berusia 20-an itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II akibat kecederaan yang dialaminya dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan kecemasan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi (gambar) berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama dua rakannya menaiki kereta jenis Perodua Kancil melalui Jalan Kuala Krai.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta yang dinaiki mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kereta Perodua Kelisa yang dinaiki dua anggota polis terbabit.

“Pada masa sama berlaku potong memotong dan secara tiba-tiba anggota polis terbabit dikatakan melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta mangsa. Tembakan itu mengena bahagian punggung dan mangsa mengalami luka,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata, pemandu kereta yang dinaiki mangsa kemudian berhenti di tempat kejadian dan anggota polis terbabit kemudian keluar dari kenderaannya lalu memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

“Selepas kejadian anggota polis terbabit kemudian melarikan diri dan mangsa kemudian dibawa ke HRPZ II oleh rakannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu.

"Sebaik menerima laporan, polis Kelantan membuat semakan terhadap kereta Perodua Kelisa dan mendapati kenderaan itu milik seorang anggota polis yang berusia 28 tahun," katanya.

Menurutnya, anggota polis terbabit bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan, Pahang dan datang ke Kelantan untuk urusan perbicaraan di mahkamah.

“Polis Kelantan juga sudah menghubungi IPD Pekan dan memaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya.

Katanya, pihaknya kini mengesan anggota polis terbabit dan sudah mengarahkan tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota berkenaan.

Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh. Jika sabitkan kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun,” katanya. -SH

Masa depan Melayu bukan di tangan proksi Rosmah!

Jaga-jaga! Jangan dok buat tak tentu hala! Umno tengah dok rasa dia kuat sangat ni. Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad pun dok rasa ucapan penggulungan proksi Datin Seri Rosmah Mansor selaku presiden parti membangkitkan semangat Umno. Wow!

Jangan cari fasal, orang-orang Umno yang baru balik dari perhimpunan agung mereka tu macam-macam budak-budak belasan tahun yang baru keluar panggung wayang selepas tengok cerita Bruce Lee. Dek kerana menonton cerita Bruce Lee dengan penuh perasaan, budak-budak tu keluar panggung wayang dengan membajet diri mereka penuh macho, penuh gagah sebab depa dok perasan depa pun kuat macam Bruce Lee jugak. Tu dia!

Begitulah juga orang-orang Umno yang baru keluar dari dewan perhimpunan depa tu.

Yang nak tergelaknya ialah apabila proksi Rosmah, Datuk Seri Najib Tun Razak repair balik ucapan dia semasa menyampaikan ucapan dasar dalam ucapan penggulungannya tadi. Kenyataan beliau dalam ucapan dasar itu dengan sendirinya membuka jalan kepada orang-orang Melayu untuk menghambat Umno dari terus merembat harta negara untuk kepentingan sendiri dengan menyalahgunakan kuasa yang kian menyebabkan ia mabuk dan gila.

Kerana terlajak cakap, proksi Rosmah mungkin kena hentam di belakang tabir oleh-orang Umno bila dia kata hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan orang-orang Melayu dah 'terkunci kemas' dalam perlembagaan. Dalam ucapan penggulungannya tadi, proksi Rosmah jadi histeria dalam usahanya nak repair kenyataannya dalam ucapan dasarnya Khamis lalu.

Malangnya, walaupun jenuh memutarkan lidahnya, usaha proksi Rosmah nak repair ucapannya sebelum itu langsung tidak meyakinkan. Dia tak boleh buat apa-apa lagi dah. Hari-hari kita akan ratib sungguh-sungguh bahawa orang-orang Melayu boleh menukar kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 kelak kerana hak-hak mereka terkunci kemas dalam Perlembagaan Malaysia. Hari-hari kita akan ratib sungguh-sungguh bahawa Umno tidak relevan malah tidak diperlukan sama sekali untuk menjaga kepentingan orang-orang Melayu.

Apa perlunya Umno jika hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan orang-orang Melayu dah 'terkunci kemas' dalam perlembagaan? Tak perlu, tak perlu, tak perlu! Sudahlah, tak perlu lagi Umno menjadi timbunan sampah yang menghalang usaha memerdekakan orang-orang Melayu dari cengkaman para pemimpin parti perasuah itu.

Umno mesti dihambat oleh rakyat dari tampuk kuasa kerana parti itu sudah ke peringkat beyond repair. Hakikat bahawa parti perasuah itu tak boleh diperbaiki lagi awal-awal telah dinyatakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Dalam berita bertajuk "Ku Li claims Umno assembly no catalyst for reforms", Malaysian Insider 12/10/10 melaporkan:
Tengku Razaleigh Hamzah yesterday shot down any chances of Umno reforming itself during its upcoming annual general assembly, amid his sudden popularity within the party recently.
Ketika ditanya sama ada beliau menjangkakan apa-apa perubahan besar pada perhimpunan agung Umno kali ini, Razaleigh dengan jelas memberikan undi tak percayanya apabila berkata:
"Ia akan sama sahaja. Akan ada perbahasan dan disusuli dengan gelak ketawa. Saya tidak melihat akan ada apa-apa kelainan".
Kalau Umno pun tak boleh direformasi atau dilakukan perbaikan oleh Najib, tidak ada jaminan langsung proksi Rosmah itu boleh mentransformasikan negara ini.

Orang-orang Melayu makin hari makin ramai yang meluat sangat dah melihat proksi Rosmah di tampuk kuasa. Masa depan orang-orang Melayu bukan di tangan Najib dan Umno yang nampak sangat menjadi proksi Rosmah terutama dalam Belanjawan 2011 yang dibentang baru-baru ini. Dengan memanfaatkan apa yang dah terkunci kemas dalam perlembagaan, masa depan orang-orang Melayu di tangan Allah s.w.t.

Bukan Umno, sama sekali bukan, tetapi keimanan yang tinggi kepada Allah dan tahap keilmuan serta kemahiran yang tinggi yang boleh meneguhkan langkah orang-orang Melayu di masa hadapan sekaligus mengangkat harkat dan martabat mereka.

Memang, hilang sokongan Melayu yang diperbodohkan, hilanglah Umno! Hancur Umno!
PB.

Najib: Kuasa politik mesti di tangan Umno walaupun hak Melayu sudah ‘terkunci’ dan "mendayakan bangsa"

October 23, 2010
KUALA LUMPUR, 23 Okt – Datuk Seri Najib Razak menegaskan walaupun hak kepentingan orang Melayu dan Bumiputera sudah termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan, namun kuasa politik perlu berada dalam genggaman Umno supaya ia tidak dicabar oleh mana-mana pihak khususnya Pakatan Rakyat.
Ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Umno 2010, Presiden Umno (gambar) itu berkata, kepentingan orang Melayu dan Bumiputera akan terus diperjuangkan oleh parti Melayu terbesar itu.
“Kepentingan orang Melayu dan Bumiputera sudah terkunci dan tersimpul rapi dalam Perlembagaan yang tidak boleh dipinda oleh mana-mana pihak tanpa persetujuan Raja-raja Melayu.
“Malah saya tidak nampak Raja-raja Melayu akan meminda Perlembagaan.
“Namun ada juga pihak (pembangkang) yang suka pusing, mereka kata kalau sudah terkunci mati tidak perlu lagi Umno berkuasa kerana ia sudah dijamin dalam Perlembagaan,” kata beliau sambil menambah ia sebagai pandangan yang tidak benar sama sekali.
“Walaupun terkunci rapi, tapi kuasa politik perlu ada di tangan Umno untuk terus memperjuangkan orang Melayu,” kata Najib yang juga Perdana Menteri.
Beliau berkata pembangkang seolah-olah tidak mengerti apabila diberitahu bahawa Putrajaya akan terus dipertahankan daripada mereka.
“Di akhir ucapan, saya ada cakap, Putrajaya harus dipertahankan, apa mesej itu? Adakah mereka benak atau bangang, saya tanya kepada isteri saya apa maksud bangang dan dia cakap bodoh tahap paling rendah.
“Mereka (pembangkang) faham tapi buat-buat tak faham, inilah pembangkang yang suka pusing,” katanya.
Dalam ucapan dasarnya yang disampaikan kelmarin, Najib berkata:
“Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan.”
“Berpasaklah kepada parti Umno. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional.
“Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!” kata beliau.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat selain menyifatkan ucapan Najib itu sebagai satu bentuk ugutan dan penghinaan terhadap demokrasi menekankan, kenyataan Presiden Umno dan Pengerusi BN itu menunjukkan hak orang Melayu dan Bumiputera tetap akan terpelihara meskipun Umno-BN sudah tidak lagi menerajui kerajaan pusat.
Dalam ucapan penutupnya, Najib yang juga Perdana Menteri keenam berkata, agenda orang Melayu akan terus diperjuangkan oleh Umno dan minta supaya isu Perlembagaan Persekutuan tidak lagi dibangkitkan.
“Soal Perlembagaan ini jangan dibangkitkan lagi, kita terus ke depan. Tutup buku.
“Agenda Melayu akan terus diperjuangkan Umno, ia memang akan diperjuangkan oleh kita.
“Dalam Umno, MCA dan MIC mesti tegakkan keadilan sosial dalam negara,” katanya.
Menurut Najib, perjuangan Umno selama ini memungkinkan banyak perkara terjadi bukannya disebabkan oleh parti lain.
“Inilah keindahan Umno, cuma kita tak pandai nak cerita, tak pandai bawa cerita. Kita kena jual cerita.
“Kita mesti war-warkan (hebahkan) di semua tempat bahawa ini perjuangan Umno bukan orang lain,” kata Ahli Parlimen Pekan ini.

Najib tinjau seluruh negara tahun depan, dilihat bayangan PRU-13


KUALA LUMPUR, 23 Okt – Dilihat sebagai bayangan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan mengadakan tinjauan ke seluruh negara untuk bertemu dengan ahli-ahli Umno dan rakyat mulai tahun depan.
Najib mengumumkan programnya itu ketika banyak pihak mengandaikan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan suku kedua tahun depan walaupun mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013.
Ia dilihat sebagai kunjungan menyeluruh pertama beliau sejak dilantik sebagai perdana menteri 18 bulan yang lalu.
Beliau telah pun mengunjungi sebahagian besar negeri sebelum ini.
“Mulai tahun depan, saya mengambil keputusan bersama timbalan presiden, kami akan turun ke negeri-negeri... kami akan berjumpa ahli-ahli Umno dan rakyat, saya mahu Umno sediakan, lawatan kedua-dua kami supaya lawatan ini cukup memberangsangkan.
“Balik ini buat persiapan, persiapan di negeri (masing-masing),” kata beliau yang juga Presiden Umno ketika menutup Perhimpunan Agung Umno 2010 kira-kira 6 petang tadi.
Bagaimanapun Najib tidak menyebut tarikh khusus dan negeri pertama yang akan dikunjungi bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.
Cuma beliau meminta agar kepimpinan Umno negeri membuat persiapan.
Beliau juga mengumumkan akan melakukan perubahan kepimpinan negeri selepas ini.
“Saya akan membuat perubahan kepimpinan peringkat negeri. Moga dengan susunan yang akan datang ini, akan lengkapkan persediaan kita, saya akan berunding dengan timbalan presiden dan naib-naib presiden, saya nak kita cukup kuat.
“Jadi, kita akan turun padang dan sentiasa berada di padang,” kata beliau.
Pada Rabu lalu, perwakilan Pemuda Umno dari Kedah menggesa agar kepimpinan parti menukar pengerusi-pengerusi perhubungan yang ‘diimport’ dari negeri lain sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dari Sabah kini merupakan pengerusi Umno Kedah.
“Datuk Seri Shafie ini orang hebat, dia mampu menangkan negeri Kedah ini. Tapi kita kena realistik.”
Shafie dilantik sebagai pengerusi Kedah bersama dengan dua naib presiden lain iaitu Datuk Seri Hishammudin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang masing-masing menerajui kepimpinan Umno Terengganu dan Pulau Pinang.
Najib pula merupakan pengerusi Umno Selangor manakala Muhyiddin mengetuai Umno Wilayah Persekutuan.
Perhimpunan Agung Umno sejak 19 Oktober lepas bermula dengan perasmian serentak tiga sayap parti iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri oleh Muhyiddin manakala Perhimpunan Agung Umno dirasmikan Perdana Menteri kelmarin.
Dalam ucapan penutup, Najib juga berkata, model politik baru yang diusulkan beliau baru-baru ini akan bertemakan “Umno Dahulukan Rakyat”.
Dengan mengambil kira elemen itu, Presiden Umno berkata, pihaknya telah memulakan usaha dengan meminda perlembagaan parti tahun lalu.
“Kita sudah memulakan transformasi dengan kita meminda perlembagaan,” kata beliau dengan menekankan bahawa dalam sejarah enam dekad lalu Umno telah melalui tiga detik penting iaitu penubuhan parti, parti diharamkan dan pindaan perlembagaan tahun lalu.
Pindaan perlembagaan telah membolehkan sistem kuota dimansuhkan dan pucuk kepimpinan pusat dipilih oleh 140,000 ahli bukannya 2,500 perwakilan.
Menurut Najib, model politik baru Umno akan bertunjangkan tujuh teras iaitu mengutamakan maruah dan kepentingan parti berbanding maruah dan kepentingan diri, bekerja sebagai satu pasukan besar, memenangi pemikiran hati dan jiwa rakyat dengan amalkan aspek inklusif, muncul juara media baru, memikat pengundi baru, menuju sifar masalah dan Umno mesti mendahulukan rakyat.

Mahathir tak yakin PRU-13 waktu terdekat

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat pilihan raya umum ke-13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat meskipun terdapat gesaan daripada Presiden parti Datuk Seri Najib Razak agar perubahan-perubahan parti dilakukan dengan segera.
“Saya tak ingatlah akan cepat. Ada masa lagi,” katanya ringkas ketika ditemui selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno 2010 di sini hari ini.
Menyentuh mengenai ucapan penggulungan Najib selaku presiden parti, Dr Mahathir berkata ia bukan sahaja membangkitkan semangat Umno yang dahulu malah turut menjawab banyak persoalan yang dibangkitkan dan menghapuskan kekeliruan.
Beliau turut menyokong rancangan Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turun padang melawat lebih 20,000 cawangan Umno di negeri-negeri kerana ia akan merapatkan perhubungan antara pemimpin dengan rakyat.
Mengulas mengenai pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan yang diumumkan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, Dr Mahathir berkata ia adalah perubahan yang baik namun ia perlu dilaksanakan dengan tegas. Muhyiddin, dalam sesi penggulungan perhimpunan antara lain mengumumkan bahawa mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013, selain dijadikan mata pelajaran teras di peringkat sekolah rendah.  – Bernama

TPM bayangkan p'raya mungkin beberapa bulan lagi

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggambarkan bahawa pilihan raya umum mungkin akan dilakukan dalam masa beberapa bulan saja lagi.


"Masa di depan kita tidak banyak lagi. Saya tidak pasti bila PM hendak umum pilihan raya tapi hanya tinggal beberapa bulan saja ke hadapan.

"Mahu tidak mahu kita kena hadapi rakyat dalam pilihan raya akan datang," katanya ketia menyampaikan ucapan penggulungan dalam mesyuarat agung Umno 2010 hari ini.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak pula masih berteka-teki tentang kemungkinan pilihan raya umum akan dijalankan dalam tempoh yang dekat.

Katanya, pada masa ini beliau masih perlu memberi tumpuan kepada "kerja-kerja kerajaan."

Perdana menteri menambah, sekarang ini negara masih berdepan dengan krisis ekonomi yang serius.

"Jadi bila kita dah selesai (baru adakan pilihan raya)," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno hari ini.

Katanya lagi, beliau melihat bahawa pemulihan ekonomi yang dijalankannya berjalan dengan mantap.

"Pelan transformasi pun dah kita rumuskan dengan begitu teliti.

"Insya-Allah hari Isnin ini akan ada pengumuman yang besar berhubung GTP (Pelan Transformasi Kerajaan) dan bererti segala perancangan kita dah sedia untuk dimulakan," katanya lagi.

Tambahnya, beliau dan timbalannya juga akan mengikuti program untuk bertemu dengan rakyat di seluruh negara.

Ditanya sekiranya program itu merupakan petanda bahawa pilihan raya akan berlangsung tidak lama lagi, Najib berkata langkah itu boleh diinterpretasikan dalam banyak cara.

"Saya ada susunan dalam menjalankan sesuatu," katanya lagi.

Giliran Malaysia Chronicle Pula Disiasat SKMM

KUALA LUMPUR, 23 Okt :- Selepas  akhbar web portal, Malaysiakini disiasat  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana berhubung laporan berita yang disiarkan semalam berkaitan perhimpunan Agung UMNO, penuliis blog berita Malaysia Chronicle, Wong Choon Mei pula memaklumkan bahawa beliau juga dikenakan tindakkan yang sama.
Choon Mei, yang menerbitkan blog berita bahasa Inggeris, dalam tulisannya berkata walaupun sudah acapkali beliau di'ganggu' oleh pihak berkuasa kerana berita-berita dan tulisan artikel di blognya, namun beliau tidak dapat menyembunyikan kesedihannya dengan 'kepantasan dan kerakusan' kerajaan UMNO BN bertindak terhadap pengkritik atau pembangkang.
Beliau menambah tindak-tanduk UMNO-BN terbabit mencerminkan betapa rendahnya kebejatan gabungan parti tersebut telah rebah.
"Tiada siapa yang tahu siapakah yang mengarahkan tindakan terhadap blog saya. Saya difahamkan SKMM juga menyiasat Malaysiakini tengahari tadi (semalam) dan juga Malaysian Insider sebelum itu," kata beliau dalam tulisan di blog beritanya.
Beliau seterusnya merumuskan memang banyak pihak yang berang terhadapnya dan mereka termasuk Perdana Menteri Najib Razak, Isterunya, Rosmah Mansor, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan juga MCA.
Dengan nada sinis, Choon Mei menyindir SKMM dengan menyatakan bahawa apabila beliau bertandang ke pejabat SKMM di Cyberjaya pada pagi 25 Oktober ini , kemungkinan pegawai suruhanjaya terbabit akan menyoal siasat beliau berkaitan ucapan " mayat bergelimpangan', 'nyawa yang hilang', "pembasmian etnik" yang dilaungkan oleh Najib.
Semalam, akhbar portal Malaysiakini  dan The Malaysian Insider dilaporkan disiasat oleh SKMM berhubung ucapan pembukaan perhimpunan agung yang ke 61 parti berkenaan oleh presidennya, bertajuk "We must defend Putrajaya at all costs: Najib and PM moves to snuff out racial debates".
Pegawai SKMM, yang menjalankan siasatan, Mohd Syukri Jamaluddin telah berkunjung ke pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama tengahari semalam dan menghabiskan masa kira-kira 30 minit untuk merekodkan kenyataan daripada Ketua Editornya, Steven Gan.
Menurutnya, Malaysiakini disiasat di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Malaysiakini dalam laporan beritanyanya melaporkan bahawa Mohd Syukri sebagai berkata beliau tidak tahu siapa yang membuat laporan terhadap akhbar portal berkenaan.
Dalam pada itu, Gan menyifatkan siasatan yang dijalankan oleh SKMM sebagai 'membuang masa' sambil berkata, " Ia sesuatu yang tidak masuk akal, SKMM menyiasat kedua-dua laporann berita yang disiarkan kerana ia adalah berasaskan ucapan Najib sendiri".

P'raya bila selesai 'kerja kerajaan', kata PM

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak masih berteka-teki tentang desas-desus tarikh pilihan raya akan dijalankan dalam tempoh yang dekat.

Katanya, pada masa ini beliau masih perlu memberi tumpuan kepada "kerja-kerja kerajaan."

Perdana menteri menambah, sekarang ini negara masih berdepan dengan krisis ekonomi yang serius.

"Jadi bila kita dah selesai (baru adakan pilihan raya)," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno hari ini.

Katanya lagi, beliau melihat bahawa pemulihan ekonomi yang dijalankannya berjalan dengan mantap.

"Pelan transformasi pun dah kita rumuskan dengan begitu teliti.

"Insya-Allah hari Isnin ini akan ada pengumuman yang besar berhubung GTP (Pelan Transformasi Kerajaan) dan bererti segala perancangan kita dah sedia untuk dimulakan," katanya lagi.

Tambahnya, beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan mengikuti program untuk bertemu dengan rakyat di seluruh negara.

Ditanya sekiranya program itu merupakan petanda bahawa pilihan raya akan berlangsung tidak lama lagi, Najib berkata langkah itu boleh diinterpretasikan dalam banyak cara.

"Saya ada susunan dalam menjalankan sesuatu," katanya lagi.

Anak Rais Yatim Dino kena dakwa di Mahkamah

Ini lagi sorang pemimpin UMNO yang bangang! Sebelum ni sebok buat laporan Polis tentang Blogger Rocky Bru apabila blogger tersebut mendedahkan perihal anak beliau yang dikaitkan dengan penyelewengan duit. Rupanya blogger Rocky Bru tak buat fitnah pun. Rais sendiri yang sasau! Mabuk! Entah Hapa-hapa! Walaupun ReJaM© tidak sehaluan dengan Rocky Bru dari segi ideology di dalam berblogging (Beliau pro BN), namun perkara yang dilihat ada kebenaran kami perlu sejalan. Berikut laporan akhbar tentang kes anak Rais Yatim di Mahkamah.

KUALA LUMPUR: The Civil High Court here this morning was the setting for a case involving a telecommunications company, where the son of a minister in charge of the industry, was mentioned.

Dino Rais, son of Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim, was named in an affidavit filed by businessman Abdul Razak Mohd Nor and Nor Aishah Harun against respondents Magic Telecom Sdn Bhd, Sejahtera Saluran Sdn Bhd and Looh Siong Chee.

The affidavit had stated that in January this year, Looh, a shareholder and director with Magic Telecom, had proposed to Abdul Razak that Dino be given a five per cent shareholding in Magic Telecom to ease the obtaining of the spectrum approval and other necessary licences.

The affidavit also stated that they both allowed the involvement of Dino to assist other employees in Magic Telecom from Jan to July.

In the petition filed, Abdul Razak and Aishah had enclosed a copy of the EGM dated Oct 11, signed by Looh.

Abdul Razak, in the petition, also stated he believed the EGM was being called with ill-intentions.

He said despite him giving a notice on Oct 4 to Looh and the other directors of Sejahtera to refrain from requisiting any EGM because Sejahtera was not a valid shareholder of Magic Telecom but just a temporary loan borrower, he did not get a reply from Looh.

Abdul Razak said he believed Looh's action to call for the EGM was to extend his intention to take over Magic Telecom via Sejahtera.

An originating petition was filed by Numix Engineering Sdn Bhd, Abdul Razak and Aishah against respondents Magic Telecom, Sejahtera Saluran and Looh on Oct 8.

The prayers in the petition included an injuction restraining or preventing Sejahtera Saluran and Looh from exercising any powers and rights as directors or shareholders of Magic Telecom and also to declare the additional issuance of RM4 million, which was allotted on July 21, 2010 as ordinary shares in Magic Telecom as null and void.

He also pleaded for an order of rectification of the share register of Magic Telecom to delete the shareholdings of Sejahtera Saluran of RM4m shares in Magic Telecom.

He is also claiming for an order of damages against Sejahtera Saluran and Looh or in alternative, an order to buy out Magic Telecoms shareholdings at a fair value to be determined by the court.

He is also seeking an order that the petitioners buy out at the total of RM350,350 shares of Looh at a fair value to be determined by the court.

In the alternative, an order to wind up Magic Telecom under the provisions of the Companies Act 1965 and that the official receiver be appointed as liquidator.

The injunction hearing of the petition will be heard on Nov 18.

In an SMS response to The Malay Mail this morning regarding the mention of his name in the afidavit Dino said: "I don't have anything to do with Razak. I was merely invited by Desmond (Looh) to advise him in terms of Malay write up and Malay social ethic since his Bahasa vocabulary is not that generous.

"Furthermore his partner (Abdul Razak) is Malay and I was only giving personal views regarding simple matters. I never touched on business dealings and I've never owned a telecommunications company as mentioned lately.

"Perhaps Razak is not happy with certain things hence he is claiming 'names' as a stepping stone to wrestle things his way."
Sumber: MMail

Najib umum 'rombakan' untuk pilihan raya

Demi menghadapai pilihan raya umum akan datang, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berjanji akan membuat perubahan kepimpinan parti itu di peringkat tertentu.

"Dalam masa terdekat ini saya nak buat perubahan pada kepimpinan Umno di peringkat tertentu. Moga akan lengkaplah (barisan kita)," katanya yang juga perdana menteri.

Dalam ucapan penggulungan dalam mesuarat agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini, Najib bagaimanapun berkata akan merundingkannya terlebih dahulu dengan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga naib presiden parti itu.

"Bincang dengan Jawa, Turki dan lanun semua apa formula terbaik," katanya berseloroh merujuk kepada ketiga-tiga naib presiden - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal - yang masing-masing mempunyai darah bangsa dan kaum yang disebutkan itu.

Perkara itu ternyata mencuit hari ketika-tiga pemimpin kanan Umno itu serta perwakilan yang hadir.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara jelas peringkat tersebut.

Bagaimanapun, kemungkinan besar perubahan itu akan melibatkan jawatan pengerusi perhubungan negeri ekoran beberapa teguran daripada perwakilan sepanjang tiga hari persidangan Umno pada tahun ini.

Najib juga menggesa anggota parti itu "tidak malas untuk menang di Galas dan tidak jadi batu api untuk menang di Batu Sapi."

PBS to woo 'sworn enemies'


By Michael Kaung

KOTA KINABALU: It wasn't so long ago that Sabah government leaders trained their guns on migrant workers from Indonesia and the Philippines who became “new Malaysians”. Short of murder, the leaders blamed them for all the state's woes.
But over the next few days, these new Malaysians will be wooed for their votes. And the reason is that they are among the 25,582 registered voters in the Batu Sapi parliamentary constituency.

Parti Bersatu Sabah (PBS), a Barisan Nasional (BN) component party, is contesting the seat. The irony is that PBS is a sworn enemy of these “foreigners”.

The tables have turned. BN and PBS need the votes of these so-called workers of foreign origin or new Malaysians as they hold the key to a comfortable BN victory in the Nov 4 election.

Local politicians estimate the number of new Malaysians at 5,000 among the 25,582 eligible voters on the electoral rolls that were updated on Oct 9 and will now be used in Batu Sapi

Election observers noted that the Umno election machinery is actively trying to locate this group of voters, half of whom are believed to be staying outside the constituency.

If they are successful, Umno could easily claim on paper to have about 6,500 voters including 1,500 postal votes in the bag prior to polling day. This gives PBS-BN a head-start before nominations on Oct 26, said a local politician.

PBS journey

The new election rolls, however, shows a shortfall of about 500 voters compared to the one used in the 2008 general election.

Batu Sapi has 25,582 voters, of whom 24,047 are ordinary voters and 1,535 postal voters, with 15,099 or 59.02% of the voters being Muslim Bumiputeras, 689 non-Muslim Bumiputeras (2.69%), 9,737 Chinese (38.06%) and others, 57 (0.22%).

Whichever way one looks at it, the coming election is incongruous for PBS, the born-again BN component party.

The Christian-dominated PBS ruled Sabah for nine years from 1985 to 1994. It first joined the BN a year after toppling the Berjaya government of Harris Salleh.

After a troubled relationship with the ruling coalition and on the eve of the 1990 general election, its president Joseph Pairin Kitingan abandoned BN and teamed up with Semangat '46 led by Tengku Razaleigh Hamzah.

Then Prime Minister Dr Mahathir Mohamad, the BN chairman, described the PBS move as a stab in the back and ordered Umno's entry into Sabah where it has since become the dominant political party.

PBS won that election comfortably but its coalition partners at the federal level failed to deliver the goods.

In 1994, Pairin, facing growing federal government pressure for his BN betrayal and tied up with legal problems over “negotiated” contracts, called for state election days before the verdict in his corruption trial.

PBS again won with a narrow margin, taking 25 seats against the BN's 23.

However, due to defections by members of PBS, such as Bernard Dompok and Joseph Kurup, who formed new parties aligned to BN shortly after the election, PBS was forced out of power resulting in the BN forming the state government.

The outcome of this election and the defections gave birth to the term “katak” (frog) to explain the “jump” from party to party by politicians who had campaigned under a different party.

One of those who remained with Pairin after several of his assemblymen jumped ship was the late Edmund Chong Ket Wah who allegedly turned down large sums of money as an enticement to quit the floundering opposition party.

Phantom voters

Stunned by their removal from power, PBS leaders claimed that their poor showing in the election was because large numbers of migrants from the Philippines and Indonesia were hastily empowered to vote.

They claimed that the “extraordinary” population growth during the last few decades with illegal immigrants said to have been given citizenship based on false statutory declarations under the so-called “Project M or Project Mahathir” has changed Sabah’s ethnic make-up.

Politicians are said to have made use of “phantom voters” to decide the outcome of Sabah elections.

PBS supreme council member, Chong Eng Leong, now with PKR, marshalled an impressive array of facts and figures in a documentation of the illegal immigrants and phantom voters.

"It is feared that there will be 'a reverse takeover' of the state one day by foreigners, that is, if it is not already happening," he said in a book “Lest we Forget” he published recently.

After sitting on the sidelines for 12 years as an opposition party and shrilly but futilely protesting the steadily growing presence of migrant workers in the state, Pairin brought the party back into the BN fold once again in 2002.

In 2001, the High Court in Kota Kinabalu even ordered former Sabah chief minister Yong Teck Lee, the Sabah Progressive Party (SAPP) president, to vacate his state assembly seat, ruling that he won it in 1999 with the help of “phantom voters”.

Fast-forward to the present time, and Chong, who was by now PBS treasurer-general, won the Batu Sapi parliamentary seat uncontested.

In the 2008 general election, political observers said Pairin ironically depended on Umno's Muslim votes for the same seat when Chong had to fend off independent candidate, Chung Ong Wing.

Chong won the seat in the 2008 general election by a 3,708-majority after polling 9,479 votes against Chung's creditable 5,771 votes, nearly all of which were said to have come from the Chinese community.

Wooing Chinese voters

In this by-election, Sandakan politicians believe the Chinese will continue their rebellious streak given the anti-Umno sentiment at federal and state levels.

Small businessmen from the Chinese community are also chaffing at not getting a fair share of contracts from the administration of Chief Minister Musa Aman, the Sabah Umno chairman.

One Sandakan businessman had alleged that Musa and his boys are scooping even minor projects in the east coast for themselves.

He asked: “Do you know what Umno stands for? … Under Musa No Opportunities."

Musa, the neighbouring Sibuga assemblyman and election director of Batu Sapi election, is expected to spend lavishly to woo not only the Muslim votes but also the Chinese, given the disillusionment there.

He will be using his Sandakan hometown Chinese business partners, Sabah MCA chief Edward Khoo, former SAPP deputy president, Raymond Tan who is now in  Gerakan and party-less deputy chief minister Peter Pang to bring in the Chinese votes.

The first to benefit will be the Chinese independent schools. A dinner has already been planned in Sandakan tonight for distribution of the funds.

One political observer said the pressure is on Musa to deliver.

"He will be in a tight spot if he fails to get a bigger majority" in this by-election, the 13th in the country and the first in Sabah since the 2008 general election.

To win comfortably, BN will have to get at least more than half of the Chinese votes and three-quarters of the Muslim votes in a multi-cornered fight with SAPP and PKR candidates in the fray and with independents also expected to be fielded.

Pakatan Rakyat has appointed Sabah DAP chairman and Kota Kinabalu MP Hiew King Cheu to make sure that the Chinese votes do not go to PBS and the SAPP.

SAPP will name their candidate today and PBS and PKR candidates will be named tomorrow.

Chong's death earlier this month in a road accident triggered the Nov 4 by-election.

ROSMAH MANSOR GADAI MARUAH ISLAM ?

Photobucket

Tindakan Datin Seri Rosmah Mansor selaku Penaung Penganjur Festival Busana Muslim di Monte Carlo baru-baru ini secara amnya dilihat bagus, tetapi malang seribu kali malang ... Fesyen Busana Muslim yang hendak ditonjolkan terbabas dan menyimpang jauh dari yang sepatutnya. Sekadar berpakaian labuh tetapi terdedah disana sini, apakah itu ciri-ciri pakaian seorang wanita muslim?

Jelas sekali Rosmah selaku Penaung dan Penganjur telah membelakangkan syariat Islam dan dalam masa yang sama menghina Rasullullah SAW.
Amat tidak wajar perkataan Muhammad dalam bahasa Arab telah di peragakan dengan sewenang-wenangnya ditubuh badan wanita yang boleh dikatakan suku bogel itu.

Adakah Rosmah terlalu jahil sehingga perkara begini boleh berlaku?. Kalau pun beliau jahil, tidakkah beliau mahu merujuk kepada mana-mana imam muda UMNO yang dikatakan hebat itu? Atau pun bertanya kepada Jamil Khir menteri yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama?

Nampaknya Datin Seri Rosmah isteri Perdana Menteri telah menunjukkan sikap berani dan melampaunya yang amat keterlaluan !! ...... Inikah Malaysia negara Islam? seperti yang dilaung-laungkan oleh UMNO dan Najib selama ini? Jauh sekali !! Bertaubatlah Datin ! sebelum tersesat lebih jauh !

Penulis amat mengalu-ngalu dan menyokong Dewan Pemuda PAS dan lain-lain NGO yang hendak mengadakan himpunan aman pada 22/10/10 Jumaat ini sebagai tanda membantah Festival Busana Muslim tersebut. Mari kita turun beramai-ramai sebagai menunjukkan tanda protes!!

Oleh : rahimothman

Realisasi agenda PAS ganti Umno

KUALA TERENGGANU, 23 Okt: Agenda PAS menggantikan Umno hendaklah direalisasikan oleh pendukung parti dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan.
Demikian antara resolusi Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu ke-14 yang diadakan di perkarangan Surau Kampung Tanjung Batu Rakit, yang berakhir petang ini.
Di samping itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS hendaklah diperkasakan sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima’ dengan perjuangan PAS bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.
Berikut ialah resolusi penuh.
Menyedari bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada di ambang keruntuhan dalam menghadapi pelbagai masalah luaran dan dalaman, sedang PAS Negeri Terengganu terus melangkah memperkasakan kekuatannya bagi memenuhi harapan besar yang diberikan oleh rakyat bagi membawa perubahan kepada negeri Terengganu.
Berasaskan hakikat ini, Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-14 yang diadakan pada 23hb Oktober 2010, bersamaan 15 Zulkaedah 1431H yang bertemakan “Demi Kedaulatan Islam; Perkasakan Jihad” dengan sebulat suara membuat gagasan dan resolusi bahawa saf kepimpinan PAS Negeri Terengganu di semua peringkat beriltizam untuk:
Bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13, maka jentera pilihan raya mestilah digerakkan bermula dari sekarang di semua peringkat mengatasi perancangan dan gerak kerja Umno BN dengan memberi tumpuan kepada pengemaskinian urusan pemilih dan keahlian serta penguasaan ke atas pengundi sasaran.
Meningkatkan kefahaman dan penghayatan petugas-petugas PAS di semua peringkat bagi mengikis penyakit atau budaya negatif seperti futur, isti’jal, ukhuwah yang longgar dan seumpamanya.
Menegaskan bahawa setiap anggota jemaah sama ada pemimpin, petugas atau ahli parti, hendaklah memperkukuhkan sifat-sifat kualiti peribadi dan meningkatkan keupayaan diri dalam memperkasakan jihad dengan memperkukuhkan wala’, thiqah dan intima’ terhadap pimpinan dan jemaah.
Merealisasikan agenda PAS mengganti Umno dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan.
Menyokong, meneruskan dan memperkukuhkan kerjasama politik di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat melalui kaedah tahaluf siyasi tanpa menggadai prinsip perjuangan di samping menjadikannya sebagai satu ruang dakwah.
Menerus sumbangan dan komitmen semua petugas dan kepimpinan yang sedia ada dalam memperkasakan PAS benar-benar sebagai sebuah gerakan Islam yang syumul.
Meneruskan proses pembudayaan petugas-petugas PAS dengan gerak kerja berasaskan kepada perancangan yang sistematik dan berstrategi membina keyakinan masyarakat terhadap PAS sebagai kerajaan alternatif ataupun kerajaan menunggu.
Memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima’ dengan perjuangan kita bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.
“Marilah kita sama-sama meletakkan komitmen untuk melaksanakan resolusi-resolusi yang mewakili hampir keseluruhan cadangan dan lontaran idea yang telah diberi oleh perwakilan dan ulasan pimpinan bertunjangkan kepada ucaptama Tuan Guru Presiden,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Resolusi ijtimak, Mohd Draman ketika membacakan resolusi itu.

Warisan Merdeka: New political battle

The controversial 100-storey Warisan Merdeka skyscraper announced during the 2011 budget is fast becoming the latest battleground for voter support between Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR). The project, which promises to be a symbol of a modern and developed Malaysia, has been viciously attacked on all front by the opposition as well as ordinary Malaysians online since the proposal was mooted by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak last Friday.
Backed into a corner, BN lawmakers have insisted that the project would help drive the nation’s economy forward, while PR representatives have flayed the government for introducing yet another “white elephant” and falling into the trap of previous government administrations of introducing grandiose but otherwise underutilised projects.
The Najib administration has yet to explain how the projects would help drive the economy forward despite the huge building costs.
DAP Socialist Youth Chief (DAPSY) Anthony Loke confirmed today that PR will be using this issue to rally more public support to pressure the government to abandon the plans of the construction of  RM5 billion Warisan Merdeka.
He said as of right now, PR viewed the matter as a number one priority and will be bringing it up in Parliament whenever possible, as well as the Galas and Batu Sapi elections.
“All of the Pakatan component parties are united and have a common stand on this issue…we feel that it is a complete waste of funds and is completely unnecessary.  Although we will focus on other issues, this will be the most attention-seeking issue to be raised in Parliament as it has generated a lot of public response.
“We are not using this to score political points. If the widespread opposition to this project is any indication, then Najib must back off from building this building,” Loke told The Malaysian Insider.
The Rasah MP said that PR would go on nationwide speeches to educate constituents on the issue at hand, in an effort to pressure the Najib administration to abandon the plans for Warisan Merdeka.
“This will be highlighted during campaign speeches, mainly on BN’s wasteful spending, but it won’t be the main issue in Galas or Batu Sapi.
“We believe that if enough people oppose this project, we can stop it from being approved. judging from our experience with the sports betting licence, where the government did a u-turn on it, we believe that the government will eventually back down. Najib has a tendency of u-turning at the most crucial times,” said Loke.
PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar echoed Loke’s remarks, stressing that PR would “milk” this issue for all it was worth.
“Of course we will be following PKR Youth on a nationwide campaign to educate people because this involves everyone’s interests. Every chance we get, at every campaign, every speech we will make sure that the need to oppose this project is highlighted. What’s more it’s already mentioned online that a lot of people are against the Warisan Merdeka,” said Mahfuz.
Mahfuz told The Malaysian Insider that he had already brought up in Parliament the need for a Parliamentary Select Committee to review the Warisan Merdeka proposal before going ahead with the construction.
“I have mentioned in the Dewan Rakyat the need for a Select Committee to review and discuss the proposal before going ahead with any rash decisions…this committee should be headed by both BN and PR MPs, and at the end of the day we want ti make sure that the project actually benefits Malaysians, not just the government,” added Mahfuz.
BN parties, namely Umno have rallied behind the push for mega projects at its annual assembly and accused PR of being against growth for opposing the government’s plan to spend itself out of a stagnating economy.
Malaysians, who were recently declared the world’s heaviest users of Facebook, have turned to the social networking site to express their dismay over the proposal.
An anti-Warisan Merdeka page on Facebook called “1M Malaysians Reject
100-storey Mega Tower” has been signing up fans at an astonishing rate of over 1,000 fans per hour on Wednesday. It had 60,408 fans at 11.50 am yesterday, and hit 83,002 fans as at 10.01am this morning.
In his Budget 2011 speech, Najib said the rationale for the Warisan Merdeka tower was similar to that of the iconic Petronas Twin Towers, in that it would serve as a symbol of a modern and developed Malaysia.
Najib stressed that the project would also have a “multiplier effect” on the economy and help drive it forward, in addition to providing an attractive commercial centre for Bumiputera and non-Bumiputera businesses alike.
The 19-acre development area of the mega project — which includes a condominium and a shopping mall — is sited on the car park and land adjacent to Stadium Negara and Stadium Merdeka.
BN representatives remain optimistic of the project’s prospects but have admitted that the government administration needed to be more transparent on the issue.
“I admit, we need to provide more details for the proposal to build this skyscraper. The Prime Minister must explain the total benefits of the project. And from what I’ve heard there are over 90,000 people who are against this..we need to explain to them the benefits of Warisan Merdeka,” said Deputy Minister in the Prime Minister’s department Datuk S.K Devamany.
Devamany said that the government would not have introduced such a project without first going through its benefits or weaknesses.
“The project will boost the tourism industry as well as development. I believe that the Prime Minister would not have proposed the project without going through the pros and cons. PM would not allow one project to undermine his administration,” said Devamany.
The MIC vice-president however was non-committal when asked whether the government would scrap the project if there was widespread opposition.
“That, I cannot say. Anything will be possible. If there is enough pressure, the government will review it,” said Devamany.
Umno MP Datuk Nur Jazlan Mohamed reiterated Najib’s views that the project would be as beneficial as past mega-projects like the KLCC and the Petronas twin towers.
“If you go back 12 years ago no one thought the Petronas towers would bring profits. But today its become a centre for Kuala Lumpur to attract foreigners. Foreigners are looking for an international office space, a venue and Warisan Merdeka can offer that. We need a building that meets international standards.
“I think its about timing, where we need to be concerned also about the future, not just today. I believe that once the project delivers results, the attacks against it will stop,” Nur Jazlan told The Malaysian Insider.

Spreading Najib's message or damage control?

Malaysia Chronicle

It looks like Prime Minister Najib Razak is worried after sparking controversy with his Umno opening speech, where he clearly exposed his willingness to adopt extremist measures including the use of violence, even 'crushed bodies' and 'lost lives', to cling to power.

His credibility has already been wearing thin after failing to achieve any significant economic, social and political progress for a Malaysia, now waiting at a crossroads.

After 5 decades of rule by the Umno-BN, the chances are high the people will give their mandate to Opposition Leader Anwar Ibrahim and his Pakatan Rakyat coalition in the next general election.

No wonder then that his party vice president Zahid Hamidi, who is also the defence minister, is keen to 'spread Najib's message'  (see Bernama report below).

But it is certainly strange that Zahid also said both Malays and non-Malays "seemed to have understood clearly and responded positively" to Najib's speech.

If so, why then the need for the nation-wide roadshows where the odds are the meetings will be segregated into Malay and non-Malay ones.

Is this the latest Umno-BN strategy - telling different stories to different folk?


Najib's Message To Be Spread: Zahid

KUALA LUMPUR, Oct 22 (Bernama) -- The message from Umno President Datuk Seri Najib Tun Razak when launching the general assembly will be passed on to the grassroots, party Vice-President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said.

This would be done through Umno information bureaus and be part of the Juara Rakyat (People's Champion) programme, he told reporters here.

He said that the Umno members who could not attend the assembly would in this way be able to understand fully the message that Malay rights as enshrined in the Federal Constitution could not be questioned.

"We will go to the ground, not only at the state level, but also divisional level, where branch leaders as well as Youth, Wanita and Puteri members will be invited to listen to the briefings," he added.

Ahmad Zahid, who is also Defence Minister, said the efforts to pass on the message would be carried out soon after the Batu Sapi parliamentary by-election and Galas state by-election, to be held simultaneously on Nov 4.

He said the explanation on the message would also be for non-Malays, who are also the targeted voters.

"The non-Malay voters seemed to have understood clearly and responded positively to the President's speech," Zahid said.

"Najib's leadership deserves our complete trust because his agenda is not only for the Malays, but for Malaysians as a whole."  - BERNAMA

Is Wayne Rooney now playing in PKR?

Goh Keat Peng

I am into rugby more than football- more goals, action, spills and thrills. But whatever sports you may fancy, these days you will no doubt know that WR is the fellow who used to score a lot of goals for Mancester United but his goal-scoring days seem to have frozened up for quite some time now both for his club and country.

To everybody’s concern and mystification, he has just not been living up to his own potential or expectations of the paying fans these days. So during the extended period of his goal drought how has WR been using his time? He has found a lot of faults with his club, manager and team members.

For example, he has given a different version of his state of fitness. His world famous manager said he had an ankle injury and therefore had to be benched for a few key matches. But WR said to the whole world in direct contradiction to his manager that there was nothing wrong with his ankle. Next thing we know he aggravated that ankle injury during training and missed a key match.

So more time on the bench with lots of time to find some more fault with his club. He has been bad-mouthing his team-mates that they weren’t good enough to ensure that the club will continue to win trophies. Meaning only he is good enough and others in the team don’t quite match up to his performance and ambition for the club. And mind you saying all this when he has not scored a field goal since last March- not at the World Cup nor the Premiership!


Well there are twists and turns in the football world and the WR who said he wanted out has now made a sudden sharp u-turn and extended his contract for the club instead.

Guess what? Am I hallucinating or seeing things? Please someone wake me up but I seem to think these days that I can distinctly see WR playing in PKR’s “Old Trafford”! If it isn’t WR himself, there seems to be someone in PKR who sure plays like a WR with all the maneuverings, twists and u-turns not to mention the bad-mouthing of his team-mates which WR himself would have admired or envied. Not to mention disrespecting the club and manager and team-mates and even more so, the fans who will have a very hard time trusting you again.

Don’t get me wrong. The most faithful and loyal players and fans should, for the sake of the club they love, criticize and raise critical issues for the advancement and improvement of their beloved club. But you should do so in the space which the club has provided you. Turn up for training and all the meetings afforded you and be brave enough to say your piece to your own club people in the forums provided but you don’t go to Chelsea to make your case, if you see what I mean.

And one more thing: never ever think that you are the only player who can deliver, who has done all the thinking and strategizing and passing and scoring. There were others before you and there will be others after you.

If I have any influence at all in PKR, I will want to remind all concerned: before Rooney there were Giggs and Scholes in Manchester United. The football team that wins has eleven players on the field. You can’t score if some others don’t lay good passes to you and even when you do score, you still need to have good defenders to keep the other side from scoring.

No matter how good you think you are, there is always someone better than you. And if you do think the grass in the other side's stadium seems greener, and you will have more say, better position, superior contract terms, please go.

- http://ongohing.wordpress.com

Ulama muda Umno patut nasihat, bukan kipas

KUALA LUMPUR, 23 Okt: "Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah," kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini.
Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Festival Fashion) itu melihat pertunjukan tersebut bercanggah dengan Islam.
"Apa yang kita bantah ialah pertunjukkan fesyen  yang kita saksikan melalui satu siaran yang disiarkan oleh CNN dan juga melalui laman web IFF sendiri," katanya ketika dihubungi tadi.
Beliau memberitahu bahawa Pemuda PAS dan NGO Islam bukanlah bertindak melulu tetapi Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.
"Sering kali orang pertikai kenapa bantah mungkar itu, kenapa tidak tanya dulu penganjur dan penaungnya?
“Kalau saya tanya kembali masa putuskan (untuk) menganjurkannya mengapa tidak tanya ulama dahulu?
"Sepatutnya sebelum buat kena tanya dulu, bukan dah buat orang kena tanya mereka (penganjur dan penaung) mengapa mereka buat," katanya.
Beliau juga melihat tindakan Fathul Bari mempertahankan Rosmah itu sebenarnya akan terus mengheret pemimpin itu kekal dalam maksiat.
Ulama muda Umno tersebut juga dilihat cuba membersihkan Rosmah yang menaungi penganjuran itu agar kesalahan itu ditanggung oleh penganjur.
"IFF boleh terus berkarya menghasilkan reka fesyen selama mana ia tidak bertentangan dengan Islam dan Datin Seri Rosmah boleh menaunginya tanpa halangan selama mana ia tidak mengulangi penganjuran seperti di Monte Carlo," tambahnya.
 Dewan Pemuda PAS juga, ujarnya akan memberikan pandangan bertulis yang berasaskan Islam kepada penganjur mengenai perkara itu.
Timbalan Ketua Lajnah Ulama Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Azhar Yahya dalam kenyataannya pula menganggap tindakan IFF itu secara spontan telah mengguris perasaan para pecinta Rasulullah s.a.w. dan pendokong syariat Islam.
Katanya, sekiranya Rosmah tidak mahu bertanggungjawab jangan sesuka hati hendak menjadi penaung kepada program seperti itu.
"Fathul Bari bila dikalungkan sebagai ulama muda, maka pastinya akan mempertahankan pengalungnya.
"Kini isteri pengalungnya sedang dipaliti najis iblis yang dinamai kononnya Islamik, maka tidak hairanlah Fathul Bari muncul dengan megahnya di PWTC membelai manja para perwakilan kononnya pembangkang tidak berakhlak Islam," katanya.

Jangan takut gertakan Najib

BUTTERWORTH, 23 Okt: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, biarlah Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap ikut rentaknya sendiri sebelum bersara sebagai Perdana Menteri yang keenam apabila Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya.
"Biarkan Najib bercakap ikut rentak sendiri kononnya mahu menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dengan nyawa dan badannya. Ini menunjukan dia dah bimbang, cuma takut nak khabarkan," ujarnya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Tabung DAP di Raja Uda, malam tadi.
Tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, jika rakyat mahukan pembaharuan dalam pentadbiran, mereka perlu berani ke hadapan mengundi Pakatan Rakyat untuk ke pusat pentadbiran negara buat pertama kali dalam sejarah.
Katanya, kemegahan seorang Perdana Menteri harus dikikis seandainya mahu menjiwai rakyat jelata, bukan menambah parah kewangan negara dengan memperelokan penginapan rumah sehingga RM65 juta.
"Rakyat sudah muak dengan kelakuan Perdana Menteri sama ada yang lepas atau pun yang kini sedang memerintah negara.  Habis wang rakyat digunakan untuk kepentingan diri dan keluarga," tegas beliau.
Sekarang ini, kata Anwar, bukan isu pengubahsuaian rumah Perdana Menteri sahaja hangat diperkatakan malahan tanah perkuburan baru sebelah Makam Negara yang menempatkan 250 orang Islam dan kenamaan bukan Islam menelan belanja RM70 juta.

Jawapan Buat Ulamak Muda UMNO Mengenai Isu "Nasihat kepada Rosmah"


IFF: Ulama muda 'pertahan' Rosmah, selar pembangkang

Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.

Semalam, sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang.

Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesautu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.

"Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum. Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," kata Fahtul Bari.

"Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)."

Memetik pendapat seorang tokoh terkenal mazhab Shafie, Fahtul Bari berkata, pemerintah patut didoakan dengan kebaikan dan bukannya dengan maki hamum dan caci maki.

Menurut anak bekas mufti Perlis itu lagi, ini kerana Islam meletakkan adab dan etika tertentu untuk menegur seseorang.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, beliau bagaimanapun menegaskan tidak bersetuju 100 peratus program seperti itu dikaitkan dengan Islam.

"Saya cuma tekankan tadi soal adap menasihati pemimpin," katanya. -mk

Ulasan GB

Sungguh berbahaya kenyataan "ulamak muda" ini. Ia seperti mempertahankan "kemungkaran" yang berlaku di depan mata.

Katanya, yang perlu dipersalahkan ialah penganjur IFF itu bukannya Rosmah. Rosmah hanyalah sebagai Penaung, tambahnya.

Saya bertanya, apa tugas Penaung? Menaungi kegiatan penganjur untuk menghina Islam? Dan kemudian menaungi ulamak-ulamak muda seperti kamu yang mempertahankan kegiatan mungkar itu?

Persoalan kini bukan persoalan nasihat kuat atau nasihat halus. Persoalan kini ialah pakaian yang digunakan itu seolah-olah sengaja mencabar umat Islam dengan menghina Nabi Mohd apabila terteta kalimah Mohd di bahgian dada pemakainya. Kemudian di lengan dan di belakangnya terdedah tanpa ditutupi. Fesyen apa itu jika bukan jahiliyah dan dijenamakan di atas nama Islamic Fashion? Dan ia bukan saja akan mengelirukan umat Islam, malah bukan Islam juga yang akan menganggap ia sebagai "fesyen" yang Islamik.

Rosmah Penaungnya. Mengapa tak lantik penasihat peribadi bab agama jika jahil bab agama. Nak nasihat bisik-bisik apa lagi kat Rosmah sedangkan hal kemungkaran telah berlaku dan agama Islam telah pun tercemar lantarannya. Dan jika tidak dinasihat secara kuat, nanti ada yang menerima fesyen yang telah ditayangkan itu sebagai fesyen Islam. Itu sebab mengapa umat Islam menyuarakannya secara lantang sehari dua ini. That the fashion worn and shown wasn't Islamic at all!

Di dalam Islam adalah jelas. Al-Quran dan Hadith terlalu banyak mengajar kita berkenaan menentang kemungkaran ini. Firman Allah:

Hendaklah ada di antara engkau semua itu suatu ummat -golongan – yang mengajak kepada kebaikan, memerintah dengan kebaikan serta melarang dari kemungkaran. Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.” (ali-lmran: 104)

Allah Ta’ala berfirman lagi:
“Adalah engkau sekalian itu sebaik-baik ummat yang dikeluarkan untuk seluruh manusia, kerana engkau semua memerintah dengan kebaikan dan melarang dari kemungkaran.” (ali-lmran: 110)

Allah Ta’ala juga berfirman:

“Orang-orang mu’min lelaki dan orang-orang mu’min perempuan itu, setengahnya adalah kekasih setengahnya, kerana mereka memerintah dengan kebaikan dan melarang dari kemungkaran.” (at-Taubah: 71)

Allah Ta’ala berfirman:

“Orang-orang kafir dari kaum Bani Israil itu terkena laknat dari lidah Nabi Dawud dan Isa anak Maryam. Hal itu disebabkan kerana mereka derhaka dan melanggar aturan. Mereka tidak saling larang-melarang kemungkaran yang mereka kerjakan, sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka lakukan itu.” (al-Maidah: 78-79)

Adapun Hadis-hadisnya ialah:

Pertama: Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa di antara engkau semua melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah mengubahnya itu dengan tangannya, jikalau tidak dapat -( dengan atau kekuasaannya), maka dengan lisannya -(dengan jalan menasihati orang yang melakukan kemungkaran tadi )-dan jikalau tidak dapat juga – (dengan lisannya), maka dengan hatinya – (maksudnya hatinya mengingkari serta tidak menyetujui perbuatan itu). Yang sedemikian itu – (yakni dengan hati saja) – adalah selemah-lemahnya keimanan.”
(Riwayat Muslim)

Kedua baginda s.a.w. bersabda:

“Jangan demikian, demi Allah, nescayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, kemudian menghentikan kezalimannya – serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh-sungguhnya. Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka nescayalah Allah akan memukulkan – membencikan – hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati – mengutuk – engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka – Bani Israil.”

Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Ini adalah menurut lafaznya Imam ‘Abu Dawud. Adapun lafaznya Imam Tirmidzi ialah:

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ketika kaum Bani Israil sudah terjerumus dalam berbagai kemaksiatan, lalu alim ulama mereka itu pun melarang mereka, tetapi mereka tidak menghentikan perbuatan mereka itu. Kemudian alim ulama tadi mengawani mereka dalam duduk, makan dan minumnya – sebagai menyetujui kemungkaran yang dilakukan itu.
Kerana itu Allah lalu memukulkan – membencikan – hati setengah mereka terhadap setengahnya serta melaknat mereka atas lidahnya Nabi Dawud dan Isa anak Maryam. Yang sedemikian itu adalah kerana mereka telah melanggar aturan.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. duduk dan sebelum itu beliau s.a.w. bersandar, lalu meneruskan sabdanya: “Jangan demikian. Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya. Laknat itu pasti datang, sehingga engkau semua mengembalikan orang-orang yang berbuat kemungkaran itu kepada kebenaran yang sesungguh-sungguhnya.”


Ketiga sabdanya lagi

"Apabila berlaku satu kemungkaran sedangkan umatku berdiam diri, maka ke atas laknat Allah".

Seterusnya, apabila gejala-gejala sedemikian berlaku tanpa sebarang teguran dan sekatan, maka kelak sepertimana dinyatakan di atas bencana dan musibah dari Allah akan tiba. Apabila bencana Allah tiba ia bukan sahaja menimpa pesalah-pesalahnya tetapi menimpa juga orang-orang yang tidak bersalah kerana gagalnya orang-orang yang tidak bersalah ini membasmi kemungkaran itu.

"Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata..." -HR. Ahmad

Dari Abu Bakar as-Shiddiq r.a. katanya: “Hai sekalian manusia, sesungguhnya engkau semua tentu membaca ayat ini – yang ertinya: “Hai sekalian orang-orang yang beriman, jagalah dirimu sendiri, tidaklah akan membikin bahaya kepadamu semua orang yang sesat itu, jikalau engkau telah memperolehi petunjuk.” (al-Maidah: 105), tetapi sesungguhnya saya juga mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya para manusia itu apabila melihat orang yang zalim, lalu tidak mengambil atas kedua tangannya — tidak menghentikan perbuatannya, maka hampir saja Allah akan meratakan terhadap seluruh manusia tadi dengan menurunkan siksaNya.

Diriwayatkan oleh Imam-Imam Abu Dawud, Tirmidzi dan Nasa’i dengan isnad-isnad yang shahih.

Terima bala selepas ini. Ulamak-ulama muda UMNO mahu bertanggungjawab ke atasnya?