Jumaat, 22 Oktober 2010

Desak Najib Letak Jawatan Jer...

Banyak Mufti yang bersikap seperti hanjing... para mufti di Malaysia dilihat lebih takutkan pemimpin Umno daripada Allah swt. Segala kesialan dan perbuatan mempersendakan Islam yang dilakukan oleh pemimpin Umno dibiarkan berleluasa tanpa apa-apa bantahan resmi daripada Mufti.

Mereka jadi bisu kerana banyak menjilat kencing dan menyedut lendir Umno!!!

Semakin ramai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan tampil membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu.




Atau minta peguam negara siapkan fail pendakwaan, dakwa Rosmah Mansor di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menghina agama islam. Juga di bawah Seksyen 298A iaitu menyebabkan rasa tidak damai, perpecahan dan rasa tidak senang hati, prejudis kerana menghina agama. Dan jika Rosmah didapati bersalah, maka dia boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan berdasarkan peruntukkan itu. Itupun jika Pejabat Peguam Negara tak jadi kangaroo.

Jika pejabat peguam negara bacul dan takde maruah, maka tugas dakwa Rosmah boleh diambil alih oleh pendakwaraya syarie. Dakwa si Rosmah ni bawah Seksyen 7 dan Seksyen 8 di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Ini peruntukkan kedua-dua seksyen ini. Klik Justice For All.

Atau kita ramai2 desak Najib Razak letak jawatan sebagai PM, kerana gagal memberikan imej yang baik kepada Islam dan sebab bini dia terlebih gedik dan perosak Agama Islam.

Kalau dulu boleh buat desakan kepada Pak Lah supaya letak jawatan.... ini apa ada hal dengan Najib pulak...
ISA.

TOLONG JANGAN BUAT FITNAH

DAKWAAN ADUN KUALA NERANG DIIISTIHAR MUFLIS TIDAK BENAR - melayau

22/10/2010 3:33pm

ALOR SETAR 22 Okt. – Dakwaan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim diisytihar muflis seperti dilaporkan oleh portal berita, Malaysian Insider baru-baru ini adalah tidak benar.

Pegawai Khas ADUN itu, Sobri Sudin berkata, isu itu sengaja direka-reka oleh parti pembangkang dan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan Syed Sobri dan sekali gus mahu mengambil alih kerusi ADUN itu melalui pilihan raya kecil.

Katanya, Syed Sobri juga tidak menghadiri prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 15 Oktober lalu seperti yang disiarkan oleh Malaysia Insider dan laporan bahawa mahkamah itu mengisytiharkan muflis ke atas ADUN itu juga tidak benar.

"Soal pembayaran hutang syarikatnya masih dilakukan oleh Syed Sobri bermula 2002 hingga sekarang.

"Saya kira ada pihak yang sengaja hendak menjatuhkan beliau dan mahu mengambil kerusi ADUN daripada beliau,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.
Rabu lalu, laporan Malaysian Insider menyatakan Syed Sobri diisytihar muflis minggu lalu ekoran syarikatnya gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sekali gus membuka ruang kepada pilihan raya kecil. – Bernama


TOLONG JANGAN SEBAR FITNAH DALAM INTERNET




nota:
dokumen tipu
tersebar di internet
macam macam orang buat
masa ini
hanya satu sahaja tak leh buat
kalau dah janda beranak lima
macam mana nak jadi
anak dara sekali lagi kah kah kah
kah kah kah

Ditangkap Khalwat dan Ditangkap Basah ...?

Ditangkap khalwat dengan Ibu Sendiri ...?
Kah, kah kaahhh ... UMNO-ngok ...?

Ditangkap basah dengan isteri sendiri ...?
Kah, kah kaahhh ... UMNO-ngang ...?

MP Kota Samarahan Hilang : Satu Lagi Pilihan Raya Kecil?

KUALA LUMPUR 22 OKT- Desas desus bertiup kencang di negeri Bumi Kenyalang berhubung keberadaan anak Ketua Menteri, Sulaiman Abdul Rahman Taib yang tidak kelihatan dikhalayak ramai sejak bulan Ramadan lalu.

Misteri 'kehilangannya' menimbulkan pelbagai spekulasi terutamanya dalam blog dan internet.

Antara berita angin yang tersebar luas di Sarawak ialah kemungkinan Sulaiman akan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kota Samarahan dan seterusnya membuka laluan kepada pilihan raya kecil, yang kedua di Sarawak selepas Sibu sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Malah laman web sarawakreport yang sentiasa mendedahkan mengenai kekayaan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarga, kaum kerabat serta kroni mereka mendakwa Sulaiman kini mendapat rawatan di Kanada (ada yang mengatakan di Australia) bagi mengubati penyakit 'gaya hidup' dan keadaan kesihatan beliau dikatakan dari 'membimbangkan' hingga ke 'tenat'.

Bagaimana pun persoalan yang lebih penting ke mana Sulaiman pergi menghilang sehingga rakan Dewan Rakyat, Charles Santiago daripada Pakatan Rakyat

mewakili DAP mengatakan beliau akan cuba mendapatkan jawapan Speaker Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab nanti.

Beliau dikatakan tidak pernah sekali hadir pada persidangan Parlimen lalu lantas menimbulkan pertanyaan dikalangan anggota Dewan Rakyat yang lain.

Sulaiman adalah Ahli Parlimen Samarahan, memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu dan terus dilantik oleh Perdana Menteri sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.

Kritikan dalam media terhadap sikap beliau yang tidak menunjukkan minat di dalam tugas kementerian akhirnya membawa kepada perletakan jawatan Sulaiman pada Disember tahun lepas.

Alasan yang diberikan oleh ayahnya adalah kerana Sulaiman masih bersedih atas kematian ibunya, Puan Sri Laila Taib pada 29 April 2009.

Ketika dihubungi, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak, Baru Bian mendakwa Sulaiman telah tidak kelihatan di kawasan pengundinya sejak Jun 2009.

"Kami pun tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada beliau. Apa yang kami dengar hanyalah khabar angin bahawa beliau sakit," kata Baru.

Setiausaha MPN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh pula berkata penduduk di Kota Samarahan sudah mula meungut disebabkan ketiadaan wakil rakyat mereka sekurang-kurangnya sejal tujuh bulan lalu.

"Sesuatu perlu dilakukan. Tidak adil bagi rakyat yang memilih beliau tetapi tidak mendapat perkhidmatan darinya. Parlimen juga harus berbuat sesuatu," kata Abang Zulkifli.

TAK ELOK JERIT-JERIT DALAM RUMAH - CHEGU BARD

Majlis menghantar borang setuju tanding

Pada ahad lepas sah saya telah hantar borang untuk bertanding jawatan Ketua AMK Pusat memenuhi kehendak teman-teman yang memberikan pencalonan. Terima kasih dan amat hargai kepercayaan teman - teman semua.

Malam minggu itu saya masih memenuhi program Pakatan Rakyat di Langkawi pagi itu sebaik selepas subuh bergegas ke jeti ambil feri paling awal. 9.30 pagi dari Kuala Kedah memecut ke Damansara menuju ibupejabat untuk menghantar borang persetujuan bertanding. Hanya berkemeja T kerana baju kemeja yang ada satu lagi untuk dipakai bagi program malam nanti iaitu di dua tempat Sg. Petani dan Gurun Kedah.

Sampai saja YB Lih Kang dan teman - teman lain sedia menanti. Zulkifli Ibrahim, selaku ko ordinator yang dilantik sibuk memastikan semua borang teman-teman di isi dengan betul. Borang cheGuBard diserahkan hahaha baru nak di isi. Keadaan meriah , bagus semua meraikan demokrasi ada yang berarak dengan penyokong dengan banner tertulis nama - nama negeri dari seluruh negara (haha walaupun yang bawa bukan dari negeri itu).

Ada juga yang main selamat dengan bisik ke telinga 'cikgu, saya sokong cikgu tapi kena duk berarak sama sebab nanti susah sebab 'dia' yang bantu saya jadi ahli majlis dan bla ...bla ...bla...'

'saya terpaksa sebab segan dia yang lantik saya...' hahaha macam ni pun ada dalam KEADILAN ?

Tapi ada juga yang bisik, cikgu susah nak menang sebab depa pakai isu tolak cheGuBard sebab bawa cina untuk jadi timbalan hahahaha....... saya kata kalau sebab bawa YB Lih Kang saya menjadi risiko tak mengapa risiko itu dah ditanggung 12 tahun dulu bila masuk KEADILAN kerana Umno tuduh nak jual Melayu bila masuk parti perbagai kaum.

satu lagi ramai yang kecewa, bab ni cheGuBard minta maaf pada mereka. ramai yang tunggu untuk che'GuBard berarak dengan penuh provokasi....rupanya ada yang syok tunggu untuk tengok.... tapi cheGuBard datang sempoi je pakai kemeja T biasa jalan biasa dengan teman - teman.... bila depa tanya cheGuBard jawab ' kalau lawan regim cheGuBard pasti akan berani berarak, provok dan seumpamanya, kalau untuk lawan regim pasti cheGuBard buat kemeja T seragam dan banner menarik ..... ini bersaing adik beradik tak payah le sungguh - sungguh terjerit berarak belanja besar lagipun FRU bukan ada

Ingat pesan mak tak elok jerit - jerit dalam rumah..../chegubard.blogspot

SKMM sasar Malaysiakini lagi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan satu lagi siasatan terhadap Malaysiakini - kali ini berhubung dua laporan mengenai perhimpunan agung Umno (AGM) yang disiarkan oleh portal berita bebas itu semalam.

Laporan tersebut, kedua-duanya mengenai ucapan presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan AGM ke-61 Umno di PWTC semalam yang bertajuk - We must defend Putrajaya at all costs: Najib dan PM moves to snuff out racial debates.

Pegawai penyiasat SKMM, Mohd Syukri Jamaluddin (atas, kiri) datang ke pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama petang ini untuk merakam kenyataan dari ketua pengarang kumpulan, Steven Gan (atas, kanan).

Katanya, Malaysiakini sedang disiasat mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Act 1998.

Menurut Shukri lagi, beliau tidak tahu siapa yang membuat laporan terhadap Malaysiakini.
NONE
Gan pula menyifatkan siasatan SKMM itu sebagai "membuang masa".

Katanya adalah keterlaluan bagi SKMM menyiasat dua laporan tersebut yang pada umumnya adalah daripada ucapan Najib.

"Kami tidak memutarbelitkan apa yang beliau kata. Semua yang dilaporkan oleh Malaysiakini diambil dari ucapannya," kata Gan.

Shukri berada selama 30 minit di pejabat Malaysiakini di mana beliau bertanya Gan soalan berkaitan dengan laporan tersebut.

Ini bukan kali pertama SKMM menjalankan siasatan terhadap Malaysiakini.

September lalu, suruhanjaya itu menyiasat Malaysiakini berhubung dua klip video mengenai protes kepala lembu di Shah Alam.

Dalam insiden itu, sekumpulan penduduk berarak membawa kepala lembu kerana memprotes cadangan memindahkan sebuah kuil Hindu
ke kawasan mereka.

Selepas kemarahan awam, 12 daripada peserta protes tersebut didakwa di mahkamah di bawah akta hasutan dan menyertai perhimpunan haram.
Mereka didenda RM1,000 tiap seorang oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam Julai lalu selepas mengaku bersalah mengambil bahagian dalam perhimpunan haram.

Bagaimanapun, empat daripada mereka dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan menghasut selepas pihak memutuskan untuk tidak meneruskan kes tersebut.

Busana Islam: Asri, Pemuda PAS gesa penganjur termasuk isteri PM minta maaf

Rosmah Mansor tertarik melihat rekaan pakaian yang dipamerkan oleh pereka fesyen pada Festival Fesyen Dunia Melayu Dunia Islam 2010 di Melaka 9 Oktober lalu, tetapi ia tidak menimbulkan kontroversi. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 22 Okt — Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pemuda PAS menggesa umat Islam yang terlibat dalam penganjuran Festival Busana Islam (IFF) di Monte Carlo Ogos lalu, termasuk isteri Perdana Menteri yang dipertikaikan Pakatan Rakyat dan NGO Islam, agar memohon maaf kepada umum. Bekas mufti Perlis itu juga meminta agar mengisytiharkan program itu yang didakwa menghina Islam sebenarnya bukanlah ‘Islamik’.
Sehubungan itu beliau menegaskan, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama terlibat dengan hal-hal yang seperti itu.
Pemuda PAS pula mendakwa IFF yang dianjurkan itu sama tarafnya dengan festival fesyen di barat, bahkan mungkin lebih teruk lagi.
Dengan wanita-wanita yang berpakaian seksi sudah tentu imej Malaysia tercalar, kata sayap muda PAS itu dalam kenyataan berasingan.
Pada 9 Oktober lalu, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung IFF merasmikan satu Festival Fesyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2010 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Melaka, Melaka.
Dalam capannya, Rosmah berkata, usaha lebih gigih perlu dilakukan oleh pereka fesyen dan usahawan busana Muslim di rantau ini bagi memperkembangkan lagi industri fesyen dengan bertunjangkan kepada kreativiti dan inovasi.
Bagaimanapun Pemuda PAS dan beberapa NGO mempertikaikan majlis Ogos lalu.
Menurut Asri, penganjuran itu akan memberi mesej Islam salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.
“Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.
“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya Muslim,” kata beliau yang kini berada di Qatar dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Justeru, Asri beliau mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan ‘fesyen Islamik’ mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu.
“Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak,” kata beliau.
Asri memberitahu berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan.
“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka ‘Islamic design’ dan ‘Islamic fashion’ hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.
“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.
“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri,” kata beliau.
Asri juga menambah, penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.
Asri mengeluarkan kenyataan ketika Dewan Pemuda PAS bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan mengadakan Perhimpunan Aman Membantah Festival Busana Islam (IFF) di beberapa bahagian di Semenanjung
Bagaimanapun Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membatalkan tindakan mereka yang sepatutnya diadakan di pekarangan Masjid Kampung Baru di sini selepas solat Jumaat tadi.
Sebaliknnya, Dewan Pemuda Wilayah berrcadang mengambil pendekatan lain selain perhimpunan, kata Ketua Penerangannya Fadhil Osman dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun perhimpunan aman diteruskan di negeri-negeri lain iaitu di Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka.
Demonstrasi anjuran Dewan Pemuda PAS di pekarangan Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu hari ini.
Baru-baru ini, Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) melahirkan rasa kesal dengan penglibatan Rosmah sebagai penaung kepada IFF.
ILMAM menyeru kepada seluruh umat Islam membantah dan mencela IFF.
Dalam kenyataan berasingan, Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Fadhil Osman berkata, pihaknya merasa kecewa kerana penganjur langsung tidak menjaga sensitiviti agama Islam khususnya penganut agama Islam.
“Kalaulah niat dan tujuannya untuk menonjolkan syiar dan syariat Islam, mengapa perlu peraga-peraga fesyen memakai pakaian yang menjolok mata.
“Sedangkan Islam secara tegas menjaga persoalan aurat umatnya khususnya golongan wanita.
“Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mempersoalkan, apakah nilai Islam yang hendak ditonjolkan hasil dari IFF itu,” kata beliau.
Beliau menambah apakah mesej yang hendak disampaikan khususnya kepada golongan anak-anak muda di Malaysia selain memberi kesan negatif terhadap gejala sosial yang semakin parah.
“Lebih dikesalkan lagi, ada model yang memakai baju yang bertulis nama Rasulullah SAW dalam keadaan terbalik dan diletakkan di dada wanita yang tidak menutup aurat.
“Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan merasakan ada tujuan dari pihak tertentu yang mahu menghina Rasulullah SAW dan agama Islam itu sendiri.
“Lebih menyedihkan, ia dilakukan di dalam negara umat Islam seperti Malaysia dan direstui oleh isteri Perdana Menteri sendiri,” kata Fadhil lagi.
Kata beliau, pihaknya meminta penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berhubung penganjuran festival ini.
“Dewan Pemuda PAS Wilayah juga mendesak Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung festival ini bertanggungjawab dan meminta maaf kepada semua umat Islam di Malaysia di atas penganjuran festival maksiat ini.
“DPPWP juga memberi amaran kepada pihak kerajaan khususnya yang menjaga hal ehwal umat Islam agar perkara sebegini tidak berlaku di masa-masa akan datang,” katanya.

Ribuan himpun bantah festival busana Islam


Sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS di adakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Demontrasi itu berlangsung Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan di Pahang dan Masjid Pengadang Baru di Kuala Terangganu. Manakala dua lagi bantahan berlangsung di Pulau Pinang iaitu di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh dan Masjid Hashim Yahya.

Semua bantahan itu diadakan selepas solat Jumaat yang disertai oleh ahli jamaah yang selesai menunaikan solat berkenaan.

Umumnya, ucapan yang disampaikan oleh pemimpin Pemuda PAS menegaskan tindakan penganjuran festival yang memaparkan model yang memperagakan pakaian dengan tulisan "Muhammad" secara terbalik dalam tulisan Arab adalah satu penghinaan kepada Islam.
Tak sempat berucap

Di Masjid Sultan Ahmad Shah, bantahan berkenaan diketuai oleh ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan, yang turut disertai antaranya ketua Pemuda PAS negeri Suhaimi Said.
Perhimpunan yang berlangsung selama setengah jam bermula 1.50 petang disertai kira-kira 1,000 jemaah termasuk penyokong parti sebelum kira-kira 15 anggota polis mengarahkan perhimpunan itu dihentikan.

"Saya tidak sempat hendak berucap. Polis mengarahkan kira berhenti. Kita mematuhi arahan polis dan tiada tangkapan dibuat," kata Nasrudin kepada Malaysiakini petang ini.

Sementara itu, di Masjid Pengadang Baru, bantahan aman diketuai oleh ketua Pemuda PAS negeri Mohd Nor Hamzah. Beliau juga adalah ADUN Bukit Payung.

Ahli jawatankuasa PAS Terengganu Azman Shapawi Abd Rani turut menyampaikan ucapan berhubung isu tersebut sewaktu dalam perhimpunan itu diadakan.

"Tidak sepatutnya festival ini dianjurkan oleh orang Islam. Ia nampak seolah-olah penghinaan kepada Islam.

Kita kata festival fesyen Islam, tapi model berpakaian menjolok mata. Ia satu penghinaan dan tidak sepatutnya berlaku di dunia," katanya.

Perhimpunan selama 30 minit itu, itu dihadiri kira-kira 1,500 yang selesai menunaikan solat Jumaat, berlangsung dengan aman tanpa kehadiran anggota polis.

Sementara itu, ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah mengetuai kira-kira 200 ahli jamaah dan penyokong parti itu dalam perhimpunan aman di Masjid Permatang Janggus.
Mufti, ulama muda Umno dicabar
Dalam ucapannya antara lain mencabar semua mufti dan ulama muda Umno untuk menjelaskan isu berkenaan yang didakwanya menghina Islam dan Rasulullah SAW.
Bantahan itu berlangsung selama 30 minit tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.

Sementara itu, beberapa buah negeri antaranya Perlis dan Kedah dikatakan masih merancang mengadakan demonstrasi kerana "rakyat perlu mengambil masa untuk memahami isu berkenaan".

Manakala Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membatalkan hasrat mereka mengadakan bantahan. Mereka, sebaliknya mengambil pendekatan untuk berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan menghantar memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

AGM Umno dakwa bukan Melayu BN tidak ikhlas bantu Melayu


Mohamad Farid: Jika tidak, lebih cepatlah orang Melayu diusir. Hari ini tanah milik orang Melayu di daerah timur laut (Pulau Pinang) hanyalah 1.16 peratus saja. - Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 22 Okt — Perwakilan Umno Melaka mendakwa masyarakat bukan Melayu tidak ikhlas sebagai sahabat apatah lagi bekerjasama dalam Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno. Datuk Hasnoor Sidang Husin berkata, apabila orang Melayu mulai leka, orang bukan Melayu kelihatan mengambil kesempatan untuk memonopoli ekonomi negara.
“Adakah kuota 30 peratus untuk Bumiputera terlaksana?
“Pada pendapat saya, kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah kerana orang bukan Melayu tidak bantu pencapaian tersebut.
“Sehingga hari ini, bukan sahaja tidak bantu, sebaliknya mempertikaikan dasar tersebut,” kata beliau ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.
“Pada pendapat saya pacal yang hina, orang bukan Melayu tidak ikhlas sebagai sahabat kita dalam BN,” kata Hasnoor yang juga pemimpin Umno Bukit Katil.
Menurut Hasnoor, kerajaan perlu mewujudkan ekosistem ekonomi yang bersandarkan keadilan sosial dan bukan ditentukan oleh pasaran semata-mata.
“Mengagihkan kek ekonomi hendaklah seperti permainan golf, bukan seperti permainan ragbi yang semuanya dalam keadaan ganas.
“Betulkan ini, pasaran tak sempurna. Wujudkan padang permainan yang sama rata.
“Sektor swasta mesti dipatikan jadi pemacu ekonomi dan menghapuskan diskriminasi terhadap kaum bumiputera,” katanya.
Terdahulu, wakil Negeri Sembilan menyarankan agar kuota pembahagian kerusi BN dikaji semula bagi menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Ketua Umno Jelebu Datuk Jalaluddin Alias yang senada dengan saranan beberapa pemimpin Umno sebelum ini berkata sekiranya sesebuah kawasan itu calon popularnya adalah orang Melayu, meskipun kerusi itu dimiliki oleh parti komponen lain, calon Umno perlu diletak untuk bertanding bagi memperolehi kemenangan.
“Untuk menebus “pertukaran kerusi” itu, calon yang tidak bertanding pula masih boleh dilantik ke jawatan Menteri dan Timbalan Menteri dengan perlantikan sebagai senator,” katanya.
Beberapa pemimpin Umno termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini berpendapat BN tidak perlu lagi meletak calon di sesuatu tempat cuma untuk memenuhi kuota tanpa mengambil kira penerimaan rakyat di kawasan berkenaan.
Sementara laporan Bernama menyebut, keadaan orang Melayu di Pulau Pinang sangat kritikal terutama dalam isu pemilikan tanah dan ketika ini kira-kira 7,000 penduduk negeri berhadapan dengan risiko diusir dari rumah yang mereka duduki.
Wakil Umno Pulau Pinang Mohamad Farid Saad mendedahkan hasil maklum balas kajian Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang yang dikumpul dari 13 ketua bahagian berkata, penduduk dari 60 perkampungan di Pulau Pinang didapati akan kehilangan tempat tinggal kerana tanah rumah yang didiami sekarang bukan milik mereka.
Katanya kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP dilihat semakin melampau apabila mereka mula membuka tanah yang selama ini dipertahan, untuk dibangunkan, dan beliau memberi contoh satu lot tanah yang di Sungai Burung yang dikhaskan untuk sawah  dikeluarkan dari gazet, dan satu lagi kes yang membabitkan sebahagian daripada Taman Negeri yang dibuka untuk dibangunkan sebagai kawasan perumahan.
“Kes ini akan membuka laluan kepada pembukaan kawasan-kawasan lain dari kategori yang sama. Ini semua adalah penyalahgunaan kuasa yang mesti dihentikan,” kata Ahli Umno Balik Pulau itu ketika membahaskan usul ucapan presiden.
Mohamad Farid berkata apa yang berlaku di Pulau Pinang sekarang merupakan contoh kes pengusiran melalui polisi dasar, selain berlakunya pengusiran secara fizikal, psikologi dan terang-terangan.
Mohamad Farid berkata kerajaan perlu mempunyai kuasa untuk menghalang pembangunan di kawasan yang digazet, seperti kawasan-kawasan yang sensitif dalam menjaga alam sekitar di semua negeri.
“Jika tidak, lebih cepatlah orang Melayu diusir. Hari ini tanah milik orang Melayu di daerah timur laut hanyalah 1.16 peratus saja, tanah di Balik Pulau hanya 15.07 peratus, di Seberang Perai 44.2 peratus, Seberang Perai Tengah 23.5 peratus dan di Seberang Perai Selatan 18.09 peratus sahaja milik orang Melayu,” katanya dan menambah ketika ini hanya 20.41 peratus sahaja tanah di Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah milik orang Melayu.
Beliau berkata orang Melayu sudah lama bertapak di Pulau Pinang, tetapi hari ini, sedikit demi sedikit tanah yang dimiliki turun temurun dijual dan bertukar tangan.
Menurutnya jika generasi dahulu boleh bertolak ansur, generasi baru tidak ada lagi belas kasihan, di mana yang ada kini hanyalah ‘you keluar dari sini, kalau tak puas hati jumpa di mahkamah nanti’.
Mohamad Farid berkata hakikat yang perlu diterima ialah keadaan ini berpunca daripada kealpaan “pemimpin dahulu”.

"Lim Guan Eng Fitnah Lagi!!"

Itulah kerja Lim Guan Eng..."Fitnah" manjang...

Berani dia tuduh Najib dan Umno lesapkan saham melayu?

Lim Guan Eng ni pun satu...Umno cuma bagi2 saham2 tu sesama (melayu) mamu aje...Ali Abul Hasanpun melayu apa? Reezal Naina Mericanpun melayu apa? Nor Mohamadpun melayu apa? Che Dead lagilah melayu....Khir Toyo aje jawa!! He he...

Kontrak sosial: Umno lesap saham Melayu?Okt 22, 10 10:41am

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, saranan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang menuntut semua pihak supaya jangan mempersoalkan kontrak sosial, tidak mencerminkan ketelusan oleh pimpinan Umno-BN.

"Kontrak sosial menerusi tanggapan apa? Adakah kontrak sosial membenarkan seseorang untuk makan rasuah?

"(Kalau) kerajaan nak cakap tentang kontrak sosial, kita nak tanya apa sudah jadi dengan saham berjumlah RM52 bilion yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu dan orang bumiputera miskin?" soalnya.

Lim mengulas konsep kontrak sosial yang diungkapkan oleh Najib pada ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno, semalam.

Pada ucapannya Najib menyorot peristiwa berkaitan perbalahan yang membabitkan perkauman pada abad ke-20 yang menyaksikan paparan kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi “holocoust” di Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda.

Najib turut dikatakan menyeru kepada generasi rakyat Malaysia yang mengambil pendirian untuk mempersoalkan kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka sebelum ini.

Dalam pada itu, Lim mempertikaikan parti tunjang BN, apabila tidak menunjukkan sebarang langkah atau inisiatif yang proaktif untuk membela nasib golongan miskin Melayu dan bumiputera.

"Mengapa tidak ada Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengenalpasti siapa yang melesapkan wang ini? RM52 bilion sudah kena 'kebas'. Takkanlah mereka tak ambil peduli langsung. Itu yang jadi tanda tanya dan persoalan utama. Kontrak sosial untuk siapa. Untuk diri sendiri atau untuk rakyat?

"Kalau untuk diri sendiri, itu yang kita tentang, kerana kalau kita cakap tentang RM52 bilion, dia (Umno-BN) sendiri akui RM54 bilion yang diberikan tinggal RM2 bilion. Siapa yang ambil?" soalnya.

Justeru, Lim mempersoalkan tindakan pihak bertanggungjawab yang sepatutnya menghukum mereka yang didapati menyeleweng dan khianat kepada amanah yang diberikan.

"Kita tahu ini semua pemimpin dan kroni BN dan Umno yang dapat. Adakah kerana itu mereka tak mahu buat sebarang siasatan?" bidas Lim yang juga adalah ahli parlimen Bagan.

UMNO Hanya Mampu Memfitnah, Geram PAS Letak Calon Wibawa,


Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.

Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.

"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.

Ulasan GB

Kalau tak memfitnah, bukan UMNO namanya.

Banyak Pak Pandir Umno Di Kelantan

SAYA tertarik dengan anologi yang dibuat oleh jurucakap Umno Kelantan, Alwi Che Ahmad (foto) supaya orang Umno tidak jadi macam Pandir. Rasanya anologi itu tepat bagi menggambarkan apa yang wujud dalam Umno sekarang ini, terutamanya Umno Kelantan. Pandir yang hendak diketengahkan oleh Alwi ialah seseorang yang bekerja tidak mempunyai maklumat tepat dan segala perbuatannya sia-sia dan dicemuhi rakyat.

Saya ingin menambah sedikit bukan saja mereka yang tidak mempunyai maklumat boleh dianggap Pandir, tetapiyang bebal maklumat juga termasuk dalam kategori Pandir. Begitu juga yang penakut ataupun tidak berapa berani membuat keputusan, juga termasuk dalam species Pandir. Malahan yang mengampu tidak tentu fasal juga adalah golongan Pandir.

Memang apa yang dibimbangi Alwi itu sudah pun wujud. Ia bukan saja satu kebimbangan tetapi sudah benar-benar berlaku dan terjadi dalam Umno. Dalam konteks Umno Kelantan nampak begitu jelas sekali. Banyak Pandir bergelewat di sana - mereka mencari makan dan bukan berjuang untuk rakyat.

Tengok mengenai pilihan raya kecil di Galas. Perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya adalah menunjukkan ciri-ciri kepandiran itu. Ketua Umno Kelantan ialah Mustapa Mohamed di mana beliau sepatut mengepalai jentera pilihan raya. Tetapi atas dasar Tengku Razaleigh ketua Umno Gua Musang dan tokoh lama di situ maka ia diserahkan kepada Tengku Razaleigh. Ia tidak salah, tetapi nampak kepandirannya.

Cuma dalam kes di Galas ini saya tidak tahu siapa yang menjadi lebih pandir? Apakah Tengku Razaleigh atau pun Mustapa Mohamed atau kedua-dua sekali. Mustapa bukan main lagi bila nama Tengku Razaleigh disebut akan menjadi ketua telah melompat gembira dan cepat-cepat menyusun jari sepuluh merafat sembah menyokong. Khabarnya pada pagi menyambut kepulangan Tengku Razaleigh dari luar negeri Mustapa tidak tidur sampai ke Subuh, bimbang takut tidak sempat untuk menyambung Tengku Razaleigh. Apakah ini bukan pandir?

Seperkara lagi dan ini paling parah dalam Umno kalau seseorang itu sudah tahu dirinya pandir dia terus membiarkan dirinya dipandirkan. Misalnya Mustapa sudah tahu yang dia tidak layak, kirang baja ataupun tidak disegani sebagai ketua, kenapa harus menjadi ketua lagi? Sepatut beliau lepaskan jawatan dan berikan kepada orang lain. Tetapi disebabkan ada perangai pandir lagi, beliau cuba juga untuk berkhidmat walaupun kurang maklumat dan keberanian maka beliau sanggup mengheretenya dirinya menjadi pandir.

Demikian juga halnya protes Umno Kota Bharu kepada Zaid Ibrahim yang menjual bangunan Umno Kota Bharu di Jalan Sultanan Zainab kepada Dewan Pemuda Pas. Wah... bukan main lagi Umno Kota Bharu termasuk, ketuanya Fatmi Che Salleh menuduh Zaid menjual harta Umno. Nampak kritikan dan protes ini kerja pandir? Keraja orang yang tidak ada maklumat yang mudah diperbodohkan dan sesia.

Saya nampak dalam hal penjualan bangunan Umno ini baik Fatmi dan ahlijawatankuasa lain kena jual atau kena lelolong kepada Zaid. Kalau benarlah aset itu hak Umno dan Zaid menjualnya ini bermakna baik Fatmi dan yang lain sudah menjadi pandir. Pandir yang ditipukan oleh Zaid. Kalau diri kita sudah jadi pandir apakah layak untuk jadi pemimpin lagi? Pandir biasanya bukan duduk di depan tetapi menjadi bandut penglipur lara dengan keletah kebodohan dan kebebalannya saja.

Kalau mereka tidak pandir mereka tidak akan lepaskan begitu saja aset berkenaan. Mereka akan mempertahankan juga dengan apa cari sekalipun. Apakah tindakan memprotes itu sebahagian daripada kerja pandir. Mereka tidak tahu bahawa Zaid sudah pun menguasai bangunan itu secara diam-diam? Kalau Fatmi atau Umno Kota Bharu kena tipu ia bukan salah mereka tetapi salah perangai pandir mereka semua.

Tidak timbul Zaid menjual harta orang dan Pemuda Pas membeli harta yang tidak betul. Negara ini ada undang-undang. Orang Umno sangat mempercayai kepada undang-undang negara dan keadilan yang ditegakkan. Logiknya mahkamah sudah menentukan siapa milik bangunan berkenaan. Zaid tidak akan menjualnya kalau ia bukan haknya mutlak, dan begitu Pemuda Pas tidak akan membelinya kalau ia harta yang beluk?

Jadi kritikan Fatwi dan ahli Umno bahagian Kota Bharu itu sia-sia saja. Ia dibuat tanpa pengetahuan serta maklumat mendalam. Dan usaha mereka itu samalah kerja pandir yang dibimbangi dan diperintatkan Alwi di dalam perhimpunan itu. Jadi cerita pandir yang bodoh ini, bukan baru tetapi sudah lama wujud dalam Umno Kelantan. Tegasnya kalau Umno Kelantan tidak pandir masakan Kelantan terus berada dalam tangan Pas selam 20 tahun, di mana Pas hanya dianggap Mat Jenin saja oleh Umno. Antara Mat Jenis dan Pandir ternyata Mat Jenin lebih bijak dan berjaya.
MSO

Mohon maaf dan lantik penasihat syariah, kata Asri

Mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.

Meskipun tidak menamakan sesiapa, namun kenyataan Dr Asri itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan yang membidas tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung yang Festival Busana Muslim itu.

“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini,” katanya.

Menurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.

“Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.

“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Asri yang kini di Doha, Qatar mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan fesyen Islam supaya mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu.

“Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak,” katanya lagi.

Pada festival di Monte Carlo itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
Rosmah, pada pembukaan majlis itu dilaporkan berkata Fesyen busana Muslim kian pesat berkembang menjadi perniagaan menguntungkan dengan pasaran semasa kini dianggarkan bernilai lebih US$96 bilion (RM302 bilion) setahun.
Bernama juga melaporkannya sebagai berkata: "Festival Fesyen Islam ini sebenarnya bertujuan memberi noktah kepada kelaziman bahawa wanita Islam tidak mempunyai citarasa gaya.

“Sebaliknya, pakaian berkonsepkan Islamik mempunyai gaya yang tersendiri, dan hari ini ia mulai menarik semakin lebih banyak perhatian, kerana trend arus perdana semakin menjadi tidak senonoh, mengghairahkan dan provokatif, tidak menarik kepada lebih ramai pengguna konservatif," katanya.

Mufti Wanita Pertama ...?

Gambar hiasan.

Siapa mufti wanita pertama di dunia...?
Fatwa pertamanya `Busana Pakaian Wanita Islam` ...?
Kah, kah kaahhh ...?

Mufti wanita pertama tentunya sebok ...
Sebab, dia memang kaki sebok ...
Kah, kah kaahhh ...

Mufti wanita pertama tentulah berpangkat ...
Sebab, dia memang gila pangkat ...
Kah, kah kaahhh ...?
Hancuzs ...?

Galas: Pengalaman lebih dua tahun beri kelebihan

GUA MUSANG, 22 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu adalah platfom baik buat PAS dalam menghadapi semula PRK itu 4 November nanti.

Menurutnya, kemenangan lalu itu memberikan kelebihan pada PAS untuk lebih mengenali masyarakat di kawasan itu dan tahu selok belok permasalahan mereka.

Kelebihan itu penting katanya, kerana PAS bukan saja berdepan dengan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi juga berdepan dengan jentera Kerajaan Persekutuan.

“Tidak syak lagi mereka itu menggunakan jentera-jentera kerajaan.

“Oleh sebab itu kita terpaksa bekerja lebih kuat,” katanya kepada media selepas majlis perisytiharan calon malam tadi.
PAS meletakkan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad sebagai calon mereka.

Perisytiharan calon itu dibuat sempena ceramah sambutan 20 tahun Membangun Bersama Islam Kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Selain Mursyidul Am PAS, turut hadir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham dan kepimpinan Pakatan Rakyat lain.

“Umno sudah tidak ada kelebihan, berada pada peringkat bertahan dan itu faktor untuk Umno yang bersifat ‘basuh tangan’ terhadap kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan selama ini.

“Mengenai isu-isu yang  dibawa PAS pada PRK Galas, itu terpulang kepada ‘gendang yang dipalu’ Umno-BN, namun kita tidak terikat dengan gendang mereka,” katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa  tidak nampak pengundi di Dun Galas akan terpengaruh dengan isu-isu yang dimainkan Umno-BN.

“Bahkan isu yang ditonjolkan Umno BN  itu akan memberi kesan yang negatif kepada mereka sendiri, ini kerana mereka mengulangi kesilapan-kesilapan yang lama di samping mendepani masalah yang belum dapat diselesaikan,” katanya.

Festival busana: Mana dia ulama muda Umno

PERMATANG PAUH, 22 Okt: "Di mana perginya 40 ulama muda Umno dan mana dia mufti yang selalu tangkas mengeluarkan kenyataan bila berlaku sesuatu peristiwa yang menyebelahi Umno," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam perhimpunan aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus selepas solat fardhu Jumaat tadi.
Seramai 200 orang jemaah mengadakan bantahan secara aman terhadap Festival Busana Muslim yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan bakal diadakan lagi pada bulan depan.
Tegasnya, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengecam sekeras-kerasnya tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan penaung festival berkenaan kerana sanggup menggadai agama Islam semata-mata untuk mendapatkan publisiti.
“Kenapa ulama muda dalam Umno dan mufti di negeri-negeri membisu tanpa mengeluarkan sesuatu kenyataan yang membela Islam dan mendesak Rosmah Mansor memohon maaf pada umat Islam di dunia atau khasnya di Malaysia,” ujarnya.
Katanya, Rosmah yang juga mendapat gelaran baru 'First Lady' tidak wajar bertindak membelakangkan para agamawan disebabkan mahu namanya berada di kemuncak.
"Jelas isteri Datuk Seri Najib menghina Islam menerusi penganjuran festival yang berselindung di belakang nama Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak mengenakan pakaian yang sesuai dengan tema ketika merasmikan program tersebut,” katanya.
Di Pulau Pinang, dua masjid dijadikan lokasi bantahan berkenaan iaitu di Masjid Jamek Hashim Yahya, Jelutong dan Masjid Jamek Permatang Janggus bagi zon Seberang Perai.

Perhimpunan Agung Umno 2010: Satu Pandangan

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Seperti biasa, setiap hari Khamis saya akan menulis untuk ruangan ini untuk disiarkan oleh Sinar Harian pada hari Jumaat. Biasanya, saya akan menjawab soalan-soalan yang dihantar, ataupun kadang-kala mencoretkan tentang perjalanan saya ke negara tertentu. Pagi Khamis saya agak kelam kabut. Saya terpaksa menulis seawal jam 4 pagi kerana pagi ini saya akan bermusafir ke Dubai dan sehari selepas itu ke Doha. Ada forum di kota tempat tersebut mengenai Islam, Melayu dan Masa Depan Malaysia. Saya terlibat sebagai seorang dari panelisnya.

Forum itu dianjurkan oleh golongan professional rakyat Malaysia yang berada di sana. Ratusan rakyat kita dengan gaji yang besar hidup di kedua negara tersebut. Mereka akan pulang dan mampu mempengaruhi keluarga dan sahabat. Mereka ingin mendengar isu-isu tanahair secara langsung dari tokoh-tokoh yang mereka jemput. Alhamdulillah, saya turut dijemput. Di samping itu saya juga ada beberapa siri ceramah yang lain di sana.

Sebenarnya, sehari dua ini saya menghadiri Persidangan Agung UMNO. Saya menjadi tetamu jemputan semasa perasmian sayap-sayap UMNO oleh YAB Timbalan Presiden UMNO. Juga saya menghadiri ucapan dasar YB Ketua Pemuda UMNO. Pada hari ini (Khamis), saya juga mendapat jemputan untuk ucapan dasar Presiden, cumanya saya terpaksa berangkat ke Dubai. Semalam (Rabu) saya menjadi panel siaran langsung di Awani memberikan pandangan apa yang saya lihat dan nilai mengenai Perhimpunan Agung UMNO berasaskan ucapan-ucapan dari sayap-sayap parti tersebut.
Ya, kehadiran saya dalam Perhimpuan Agung UMNO menimbulkan banyak persoalan dari wartawan, rakan-rakan dan selain mereka. Apakah saya ingin menyertai politik? Saya enggan mengulas hal ini. Politik kita sepatutnya pergi lebih jauh daripada sekadar mengisi borang ahli. Politik bukan sekadar dalam kepungan pagar-pagar kepartian. Politik sepatutnya berteraskan pemikiran dan idea. Jika politik diukur dengan pandangan dan idea, saya kira saya telah cuba melakukannya selama ini.
Namun, saya juga ingin berterima kasih kepada UMNO, maklum saja, pandangan-pandangan saya kebelakangan ini agak ‘tajam’ buat UMNO terutama yang membabitkan isu-isu agama di mana saya menentang penafsiran sempit tentang isu bukan Islam masuk masjid, berdoa untuk bukan Islam, isu wang judi untuk fakir miskin dan lain-lain. Namun, UMNO masih menjemput saya. Ruang menerima perbezaan nampaknya masih ada dibandingkan dengan sesetengah kumpulan politik yang lain. Bahkan saya menjadi panel semasa forum anjuran Kelab UMNO luar negara di PWTC dua hari sebelum Persidangan Agung parti itu bermula. Ruang kesediaan mendengar pandangan luar terutama ‘pihak ketiga’ yang tiada kepentingan merebut kerusi harap disuburkan lagi oleh UMNO dalam usaha membaik pulih parti tersebut.
Di sini, saya ingin berkongsi dengan pembaca saya di sini beberapa pandangan tentang politik kita dalam negara ini khusus apa yang saya lihat dalam Perhimpunan UMNO tersebut. Saya sebenarnya tertarik dengan isi ucapan YB Ketua Pemuda UMNO yang saya rasa melakarkan politik yang lebih terbuka dan politik era baru. Sayap-sayap yang lain –minta maaf- pada saya masih lagi dalam ‘rentak semalam’ dan belum menggambarkan politik era baru.
Namun, ucapan pemuda menuju kepada inspirasi politik masa hadapan. Politik yang berani menilai tindakan parti sendiri, bukan ‘pak turut’, politik yang merentasi sempadan perkauman dan tafsiran agama secara sempit, politik yang berteraskan ketajaman idea, bukan kerakusan kuasa. Gesaan untuk gerakan politik berasaskan ‘perang idea’ bukan ugutan menggunakan kuasa adalah sesuatu yang diperlukan di masa kini. Cuma saya masih tertanya, mampukah UMNO melaksanakannya.
Saya ingin menyebut beberapa perkara di sini yang berkait dengan sudut agama;
1. Kita mengharap parti-parti yang diwujud dalam negara ini bersaing secara sihat. Mereka hendaklah menjadi pasaran idea yang menguntungkan negara. Mereka hendaklah bak pasar terbuka yang menyediakan barangan segar dan berkualiti yang dapat dinikmati oleh rakyat. Sesiapa yang berjaya menyediakan barangan yang terbaik dan memenuhi inspirasi rakyat akan mendapat tempat. Rakyat akan membeli mereka sokongan kesetiaan dan undi dalam pilihanraya. Maka, setiap parti hendaklah bertungkus-lumus menyediakan idea-idea politik dan kenegaraan yang berkualiti dan praktikal untuk sebuah negara bernama Malaysia. Ini politik Ulul Albab, politik golongan yang matang dan masak fikiran mereka. Serasi dengan firman Allah: (maksudnya)
“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).
2. Jika ini dijadikan asas, maka tiada seorang pun boleh tampil menjadi pemimpin politik sedangkan dia katandusan idea dan karisma kepimpinan. Hanya mereka yang amanah dan berkemampuan sahaja layak memimpin. Pemimpin politik dikenali dengan ketajaman idea dan ketokohannya, bukan dengan gaya mewah dan hartanya. Firman Allah (maksudnya):
“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas: 26)
3. Bukan kerja sesebuah parti politik itu sekadar untuk menceritakan kelemahan lawannya, sedangkan dia sendiri kontang idea. Politik menuding jari kepada kesalahan orang lain tanpa mampu membukti kemampuan diri adalah politik adu-domba yang tidak sesuai untuk sebuah negara yang aman dan merdeka. Politik yang sekadar menceritakan hal ‘kain orang’ sehingga terlupa diri sendiri, tidak akan mampu membawa kita ke mana. Kehebatan ceramah atau ucapan politik bukanlah apabila ia sarat dengan mengutuk lawannya, tetapi kehebatan apabila mampu memberikan pandangan dan idea yang dapat membangunkan rakyat dan negara.
4. Islam adalah teras politik orang melayu, bahkan semua mereka yang mendakwa dirinya muslim. Kejayaan kita hanyalah apabila kita kembali berpegang dengan Islam yang tulen seperti mana yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Tiada siapa yang patut berbeza pendapat dalam hal ini. Tokoh-tokoh politik muslim dalam negara ini hendaklah mendalami dan mempelajari politik dalam kacamata Islam. Politik dalam Islam sangat luas, fleksibel dan praktikal, namun sentiasa bertunjangkan wahyu. Bukan semua cakap ‘ustaz’ tentang politik itu boleh ditelan. Politik ada disiplinnya yang tersendiri yang memerlukan keluasan pengetahuan tentang maqasid syarak (tujuan syarak) yang memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara. Sekadar mempelajari beberapa hal dalam agama belum tentu dalam mendalami maksud politik dalam Islam.
5. Tafsiran politik sempit sekalipun atas nama Islam hendaklah ditolak. Politik dalam Islam tidak sempit tetapi luas dan lebar berteraskan maslahah rakyat. Persis seperti kata Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):
“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).
6. Justeru, UMNO atau selain mereka dalam memilih pandangan-pandangan agama dalam negara yang berbilang bangsa dan agama ini, hendaklah memilih pandangan yang paling kuat dari segi dalil dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan suasana negara. Islam akan menjadi mangsa jika isu-isu agama dimainkan mengikut selera politik. Dukacita –pada pandangan saya-UMNO kebelakangan ini memainkan isu-isu yang menjadikan UMNO seakan PAS di era 80an. Ketika PAS mula menonjolkan diri lebih terbuka dan cuba mengambil pandangan-pandangan yang lebih relevan untuk partinya, UMNO pula memainkan isu-isu yang ‘lekeh’. Isu-isu bukan muslim tidak boleh masuk masjid, tidak boleh berdoa untuk bukan muslim, isu wang judi dan seumpamanya menjadikan UMNO kelihatan mengadaptasi pandangan-pandangan sempit dan tidak relevan untuk sebuah pemerintahan yang bersifat pelbagai kaum dan agama. Media-media pro-UMNO menonjolkan pandangan-pandangan agama ‘jalur keras’ yang dibuat oleh tokoh-tokoh agama yang dipilih seakan berpihak kepada UMNO. Akhirnya, Islam menjadi mangsa, UMNO dipandangkan berbahaya.
7. Maka, politik idea dan ilmu hendaklah dimakmurkan.Politik ‘yes man’ tanpa memikirkan apa yang diungkapkan hendaklah dielakkan. Inilah yang terjadi apabila slogan Islam Hadari dilaungkan dan yang lain hanya mengangguk tanpa memberikan pandangan yang kritis. Akhirnya, slogan itu memakan diri UMNO.
Inilah pandangan saya yang ikhlas dan sepintas lalu untuk UMNO dan juga parti-parti politik yang lain.

PAS harap UMNO belajar menjadi orang kalah

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Najib Razak selaku Presiden UMNO yang hendak mempertahankan kemenangan UMNO-BN, mestilah dengan cara demokrasi, bukan dengan bermain di padang yang tidak sama dan mengubah tiang gol.  Ucapan beliau di perasmian persidangan agung UMNO di PWTC, yang meyebut "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa.  Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"
PAS berpendapat ucapan ini membayangkan mimpi ngeri pemimpin UMNO untuk menghadapi kebangkitan rakyat dalam pilihanraya akan datang.  Mereka membayangkan apa akan terjadi kepada rumah banglo mewah mereka, kereta mewah mereka dan perniagaan mereka jika kerajaan BN jatuh.  Sebenarnya mereka bukan takut rakyat tidak boleh makan, bukan takut hak Melayu akan hilang.  Kerana selama ini pun mereka tidak pedulikan rakyat.  Banyak perwakilan UMNO telah membangkitkan bagaiamana pemimpin UMNO yang tidak mempedulikan rakyat selama ini.  Turun berjumpa rakyat hanya ketika hendak pilihanraya.
PAS mengharapkan supaya UMNO belajar menjadi orang kalah, kerana dalam negara demokrasi ada masa turun naik.  PAS hendak tahu juga apa maksud ucapan Presiden UMNO "walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!  Apakah kalau BN tidak mendapat suara majoriti adakah mereka tidak mahu menyerah kuasa juga?  Demokrasi apakah ini?
Belajarlah daripada PAS yang pandai menghormati demokrasi di negara ini.  PAS pernah memerintah Kelantan pada tahun 1959, tapi tewas pada tahun 1978 walaupun dengan taktik undang-undang darurat, namun PAS menyerahkan kuasa kepada UMNO, kemudian kembali memerintah pada tahun 1990 hingga kini.  PAS juga pernah menang 1959 dan kalah di Terengganu pada tahun 1961 melalui taktik kotor.
Kemudian menang pada tahun 1999 dan tewas pada tahun 2004.  Walaupun pada ketika itu emosi penyokong PAS tidak boleh menerima kekalahan ini, namun kebijaksanaan pemimpin PAS telah berjaya menenangkan rakyat supaya menghormati suara rakyat.  Begitu juga dengan peristiwa jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak walaupun dengan cara tidak demokratik, namun PAS dan Pakatan Rakyat terus bersabar dan akur dengan keputusan ini.
Najib Razak kena sedar bahawa Malaysia ini bukan harta pusaka UMNO BN yang telah diwasiatkan melalui Amanah Raya, tetapi ia adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan di negara ini melalui pilihanraya.
*Kenyataan media oleh Idris Ahmad selaku Ketua Penerangan PAS Pusat.

Menara Warisan Merdeka 100 tingkat di Kampung Baru?

Bahang bantahan terhadap pembinaan Menara Warisan Merdeka 100 tingkat semakin terasa, apabila hampir 100,000 orang menyertai kumpulan dalam laman sosial facebook untuk menyatakan pendirian mereka.  Malah, Angkatan Muda Keadilan,  bersama sayap pemuda dalam Pakatan Rakyat telah mengumumkan bahawa mereka akan berkempen untuk mengumpul tandatangan sebagai protes terhadap projek mega yang membazir ini, semalam.
Perwakilan UMNO bagaimanapun mempertahankan keputusan tersebut, ketika usul ekonomi dicadang dan disokong dalam Perhimpunan Agung UMNO, hari ini.
Razali Ibrahim: "Dia jual dulu..."
"Ada pemuda di kalangan kita nak buat demonstrasi menentang.  Mereka ni tahu tentang saja.  Dulu kita bina Putrajaya, dia (pembangkang) kata apa?  Dia nak jual Putrajaya kalau dia jadi kerajaan.  Hari ni dah lupa.  Nak berlumba-lumba ke Putrajaya.  Yang bina Putrajaya tu kita.  Yang dia nak jual dulu, tapi hari ini dia pulak kata nak pergi Putrajaya," kata Razali Ibrahim, yang mewakili Pergerakan Pemuda.
Naib Ketua Pemuda UMNO (gambar kiri) meneruskan, "Dulu kita bina Jambatan Pulau Pinang, 'Oh! Bangkrap negara.' Hari ini dia minta Jambatan kedua.  Dulu kita bina SIC (Litar Sepang Antarabangsa).  Hari ini yang kata SIC ni bagus, tu, yang dituankan, Singapura mengatakan bahawa Singapura sepatutnya dah ada track litar dari dulu lagi sepatutnya.  Jadi ini pengiktirafan.  Tapi masa nak cadang tu memanglah susah, tapi janganlah bakar benda yang kami cadang.  Dah-lah dia tak buat.  Dia nak hapuskan.  (Apabila) dah berjaya, dia kata dia pula nak."
Razali Ibrahin yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan menambah, "Yang ini kita kena pastikan bahawa Menara ini ada banyak maknanya.  Yang buat ni PNB, bukan duit kerajaan.  Dia bentangkan ketika itu lebih kurang 200 berapa bilion tu, tak sebut pun perbelanjaan itu.  Yang nak maksud ini, negara maju, banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak swasta.  Bukan kerajaan lagi."
Awang Adek: Cuma Malaysia yang menentang bangunan tinggi
Sebelum ini, Awang Adek Hussin sebagai pencadang usul ekonomi cuba menjustifikasikan pembinaan menara 100 tingkat ini dengan alasan untuk menyediakan infrastruktur agar memenuhi keperluan perkembangan sektor perkhidmatan.
"Perlunya infrastruktur ini akan menjadi lebih terdesak, terutamanya selepas liberalisasi sektor perkhidmatan menjelang 2015.  Sebab itulah kita perlu ada projek MRT, KLIA2, Pusat Kewangan Baru, Pembangunan Sg, Buloh dan Menara Merdeka PNB."
Timbalan Menteri Kewangan (gambar kanan) ini berkata, "Kita jangan tertipu dengan pembangkang kerana mereka memang tidak mahu melihat kadar pertumbuhan ekonomi kita tinggi, supaya mereka boleh menghasut rakyat untuk benci kepada kerajaan.  Perlu diingatkan, di negara-negara maju, tidak ada pun orang yang mempersoalkan projek-projek besar.  Bangunan pencakar langit, bukan satu atau dua, bahkan hampir semuanya adalah bangunan-bangunan tinggi.  Tak ada masalah pun!"
"Cuma di Malaysia saya kita dengar cerita-cerita seperti ini.  Dulu tak setuju dengan Jambatan Pulau Pinang, Bangunan berkembar Petronas dan Putrajaya.  Sekarang bukan saja rakyat perlu kepada jambatan kedua Pulau Pinang, tetapi pembangkang pula tak sabar-sabar nak masuk Putrajaya."
Ahli Majlis Tertinggi yang juga wakil Bahagian Bachok, Kelantan ini berkata, "Inilah hipokritnya sikap pembangkang.  Cakap tak serupa bikin.  Kita tak boleh, mereka tak apa."
Kira-kira 100,000 orang pengguna laman sosial facebook telah menyertai satu kumpulan untuk membantah pembinaan Menara Warisan Merdeka.  Kumpulan ini disertai lebih daripada 80,000 orang dalam masa 144 jam, menuntut agar suara mereka didengar seandainya Perdana Menteri Najib Razak berpegang kepada slogan 1Malaysia-nya, "Rakyat didahulukan".
Menara 100 tingkat di Kampung Baru?
Di samping itu, ketika wakil Wilayah Persekutuan, Johari Abdul Ghani membahaskan usul ekonomi, beliau mencadangkan agar Menara Warisan Merdeka dibina di Kampung Baru, Kuala Lumpur.  Sebelum mengakhiri ucapannya, perwakilan dari Bahagian Titiwangsa ini meminta agar Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Najib Razak untuk mempertimbangkan cadangan ini, walaupun tidak perlu membuat keputusan pada hari ini.
Beliau melontarkan cadangannya yang disambut dengan tepukan, "Apalah salahnya Menara Warisan Merdeka 100 tingkat ini, dinaikkan di tengah-tengah tanah orang Melayu di Kampung Baru?"
"Kerana PNB mempunyai tanah di stadium itu 22 ekar.  Di Kampung Baru, kita mempunyai 230 ekar.  Jadi, 10% daripada tanah itu saya percaya orang-orang Melayu di Kampung Baru ini akan bersetuju sungguh kalau YAB dapat memikirkan membawa Menara Warisan Merdeka 100 tingkat ke Kampung Baru, supaya dia menjadi mercu kejayaan orang Melayu di Tanah Melayu."
Johari Abdul Ghani menyambung, "Seperti mana hari ini kita lihat KLCC menjadi satu kebanggaan.  Seluruh kawasan tanah KLCC menjadi mahal.  Hari ini dengan wujudnya mercu Menara Warisan Merdeka ini saya percaya 220 ekar tanah Kampung Baru ini dalam masa 10, 30, 40 tahun akan datang, menjadi satu harga yang ternilai bagi orang Melayu."

Melayu pengasas Umno manusia progresif

 A. Kadir Jasin

22 OKT — Semalam, Presiden Umno Mohd Najib Abdul Razak, membuka Perhimpunan Agung Umno 2010 dengan memberi pidato berjudul “Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran” yang puitis, emotif, menyentuh hati dan membakar emosi.
Buat masa ini, saya hanya ingin mengulas atau, lebih tepat, terpaksa mengulas, satu hal sahaja demi memperbetulkan dan seterusnya mempertahankan maruah serta kewibawaan generasi pengasas Umno.
Khasnya Allahyarham ayah saya yang hidup matinya dengan Umno. Walaupun beberapa tahun sebelum kembali ke rahmatullah dua raya dulu hatinya tawar terhadap kepemimpinan Umno, namun cintanya kepada Parti Kebangsaan Melayu Bersatu tidak pernah luntur.
Penegasan saya — ahli pengasas Umno adalah progresif. Hasil sikap progresif merekalah, maka mereka mementang Malayan Union dan bergabung menubuhkan Umno.
Lama sebelum Umno ditubuhkan, orang Melayu sudah cukup progresif dan tinggi kesedaran politiknya. Mereka menubuhkan pelbagai pertubuhan dan kesatuan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan mereka. Persatuan dan pertubuhan ini bergabung menubuhkan Umno.
Maka mengatakan penolakan cadangan Presiden pengasas Umno, Onn Jaafar, supaya keahlian Umno dibuka kepada bukan Melayu adalah kerana idea itu terlalu progresif kepada mereka adalah tidak tepat.
Dalam ucapannya, Mohd Najib berkata: “Jika dihimbau sebenarnya, pada awal tahun 1950an, Presiden Umno ketika itu, Allahyarham Datuk Onn Jaafar, telah mengenengahkan idea untuk membuka pintu keahlian parti kepada orang bukan Melayu kerana beliau melihat realiti, bahawa kemerdekaan, tidak mampu dicapai tanpa kaum-kaum yang ada bersetuju berkongsi kuasa.
“Namun, rancangan Datuk Onn pada masa itu adalah terlalu progresif bagi ahli Umno yang merasakan kedudukan bangsa Melayu masih belum kuat. Hasilnya ia telah ditentang oleh majoriti ahli dan pemimpin Umno.....”
Orang Melayu menolak cadangan itu bukan kerana ia terlalu progresif, tetapi atas beberapa sebab. Antaranya:
1. Umno adalah parti kebangsaan orang Melayu dan anak peribumi;
2. Majoriti orang bukan Melayu pada waktu itu bukan warganegara Tanah Melayu atau warganegara negeri-negeri Melayu (state citizens);
3. Majoriti orang bukan Melayu yang mempunyai kesedaran politik ketika itu lebih mengutamakan politik negara ibunda mereka. Pendatang Cina dengan politik Negeri China dan India dengan nasionalisme India. Malah, pendatang Cina yang menyokong Parti Komunis China dan Parti Kebangsaan Kuomintang pernah bergaduh menggunakan senjata kerana fahaman politik tanah besar China.
Sejarawan Cheah Boon Kheng, dalam bukunya “The Masked Comrads” antara lain menulis: “MCP-KMT rivalry involving the ABH (Ah Bin Hoay secret society) came to a head in December 1946, in the bloody outbreak at Pangkor.”
(Persaingan MCP-KMT membabitkan ABH (Ah kongsi gelap Bin Hoay) memuncak pada bulan December 1946 dengan pertumpahan darah di Pangkor.)
4. Orang bukan Melayu menyokong Malayan Union. Cheah Boon Kheng mengulas lagi: “The idea of a single state or a large union which combined all the Malay states and the Straits Settlements appealed, in fact, only to the British and the non-Malays but not to the Malays who were still extremely parochial in their attitude.”
(Idea sebuah negeri atau kesatuan yang besar yang menggabungkan negeri-negeri Melayu dengan negeri-negeri Selat pada hakikatnya menarik minat Inggeris dan orang bukan Melayu sahaja, tetapi tidak orang Melayu yang masih kuat perasaan kenegeriannya.)
Walaupun Melayu bersemangat kenegerian, tetapi melalui Umno mereka meluaskan pandangan dengan berjuang atas landasan kebangsaan Melayu; dan
5. Orang Cina Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu terbahagi kepada tiga kumpulan – Cina pendatang, Cina kelahiran tempatan dan Cina Baba. Yang jelas mahu menjadi warganegara Tanah Melayu merdeka adalah Cina Baba yang sudah berabad lamanya menetap di bumi Melayu.
Jadi adalah songsang pendapat mengatakan orang Melayu menolak saranan Onn Jaafar kerana idea beliau terlalu progresif bagi orang Melayu.
Sebaliknya, kerana orang Melayu progresif dan dalam kefahaman politiknya, maka mereka menolak cadangan itu, tetapi mereka tidak pula menolak kerakyatan orang bukan Melayu asalkan mereka mengikrarkan taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa orang Melayu pada waktu itu adalah cukup progresif dan melepasi keadaan masa dan persekitaran mereka. Mungkin juga mereka lebih progresif dan berilmu daripada sesetengah Melayu yang ada hari ini.
Yang pasti, mereka lebih kenal diri, lebih tinggi jati diri dan lebih berkeyakinan mengenai hak dan kedudukan mereka sebagai peribumi. Mereka tidak berasa bersalah atau apologetik menjadi Melayu dan peribumi.
Mengenai pidato Mohd Najib keseluruhannya, mesej saya kepada beliau mudah saja. Kotakanlah kata-kata yang panas menyala. Jangan umpama tahi ayam yang hangatnya hanya seketika.
Tetapi sebagai budak kampung, saya tahu tahi ayam pun berguna. Disimpan lama ia jadi baja. Sebaliknya buaian dongeng saudagar mimpi akan membuat orang Melayu hilang jadi diri dan akhirnya bangsat di negara sendiri. Barang dijauhkan Allah. — kadirjasin.blogspot.com

Pemimpin BN hidup susahkan rakyat, mati pun bebankan rakyat

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/anwarceramah.JPGGUA MUSANG - Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahi mendedahkan berdasarkan buku belanjawan negera terdapat satu projek baru yang dipanggil sebagai 'pusara negara'.

“ada projek baru nyang Ada projek baru namanya pusara negara, berapa lubang kubur (ada) 500 lubang kubur,

” 250 lubang kubur untuk VIP Islam dan 250 lubang kubur untuk VIP bukan Islam,”katanya ketika menyampaikan ceramah mpena sambutan Kelantan Membangun Bersama Islam di sini semalam.

(Gambar - Anwar turut mencucapkan selamat berjaya kepada calon PAS bagi PRK DUN Galas, Dr. Zul)

Menurutnya, projek pusara negara tersebut akan dibangunkan dikawasan tanah bersebelahan Tugu Negara Kuala Lumpur.

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/anwartahniahdrzul.JPGPembinaan pusara negera khusus untuk pembesar-pembear negara itu kata neliau akan menelan perbelanjaan dari wang cukai rakyat sebanyak RM70 juta.

" jumlah peruntukkan untuk buat pusara bagi pembesar-pembesar ini (adalah) RM70 juta, maknanya satu orang (pembesar) mati, harga kuburnya RM140,000,"ujatrnya.

Oleh itu menurutnya, untuk meneruskan hidupnya, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak membelanjakan RM65 juta bagi membaik pulih kediaman perdana menteri di Putrajaya.

Manakala apabila matinya pemimpin-pemimpin negara, diperuntukkan pula sebanyak RM70 juta untuk membina kubur-kubur mereka.

"(pemimpin BN) hidup menyusahkan rakyat bila mati pun menyusahkan rakyat,"katanya

Namun begitu, jika dibandingkan dengan peruntukan untuk membangunkan seluruh masjid dan surau seluruh negara, kata Anwar, hanyalah RM14.3 juta.

Diakhir Majlis sambutan 20 tahun Kelantan Membangun Bersama Islam tersebut, Mursyidul Am telah mengumumkan calon PAS yang dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat bagi bertanding ddalam PRK DUN Galas

Histeria: Kini Pelajar Sekolah Di Mersing Pula


Mersing: Suasana kelam kabut menyelubungi Sekolah Menengah Kebangsaan Anjung Batu (SMKAB) di sini apabila 15 pelajar termasuk seorang tukang sapu mengalami serangan histeria, semalam.

Kejadian itu berlaku pada jam 9.30 pagi apabila beberapa pelajar tingkatan tiga sekolah berkenaan tiba-tiba menjerit dan menangis ketakutan.

Salah seorang guru sekolah berkenaan yang enggan dikenali berkata, pihak sekolah terpaksa memanggil beberapa pengamal perubatan tradisional untuk memulihkan pelajar terbabit daripada gangguan yang menimpa mereka.

Menurutnya, pada mulanya hanya seorang pelajar yang mengalami histeria tetapi kemudian ia berjangkit kepada sepuluh pelajar.

“Bagaimanapun saya bersyukur dengan bantuan tiga pengamal perubatan tradisional, semua pelajar terbabit dapat dipulihkan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, pada masa yang sama kesemua ibu bapa dan keluarga pelajar terbabit dihubungi pihak sekolah untuk memaklumkan kejadian yang menimpa anak masing-masing.

Sementara itu salah seorang daripada tiga pengamal perubatan tradisional yang dipanggil, Wahid Junid berkata, salah seorang pelajar terbabit mengalami histeria sejak Jumaat lalu.

Menurutnya, dia terpaksa meminta bantuan dua lagi rakannya untuk memulihkan pelajar yang mengalami gangguan makhluk halus berkenaan.

“Selepas memulihkan beberapa pelajar yang mengalami gangguan berkenaan, saya tidak berdaya dan memanggil dua rakan lagi bagi membantu, kerana lebih ramai pelajar terbabit terkena gangguan berkenaan,” katanya.

Wahid berkata, dia dan rakan akan cuba berusaha untuk mengelakkan gangguan makhluk halus berkenaan supaya tidak lagi berada di situ bagi mengelak perkara yang sama berulang dan mengganggu pelajar lain di sekolah tersebut. -SH

Ulasan GB

GB dah ulas mengenai punca histeria dari sudut sains di SINI

CALON KITA : BIODATA CALON PAS DI GALAS

Biodata Zulkefli:

Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.

Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978.

Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak.

Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya.

Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.

Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.

Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.

Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.

Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.

Meskipun begitu, beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau tetap menghadapinya dan sedia memikul tanggungjawab parti.

Justeru, masyarakat dan parti menilainya sebagai seorang pemimpin yang ikhlas, taat dan rela berkorban demi perjuangan Islam.

Umno KL mahu menara Warisan Merdeka dibina di Kg Baru


KUALA LUMPUR, 22 Okt — Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan mahu kerajaan membangunkan projek  Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat di Kampung Baru sebagai mercu tanda orang Melayu.
“Saya mencadangkan memohon fikir menara Warisan Merdeka 100 tingkat ini dinaikkan di tengah-tengah tanah orang Melayu
“Permodalan Nasional Berhad ada 220 ekar tanah, 203 ekar 10 peratus adalah orang Melayu akan setuju jika menara Warisan Merdeka ini menjadi mercu kejayaan orang Melayu di tanah Melayu,” kata Datuk Johari Abdul Ghani ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.
Dalam Bajet 2011 yang dibentangkan di Parlimen Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembinaan projek bersepadu Warisan Merdeka dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
Warisan Merdeka akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.
Projek itu bagaimanapun ditentang hebat pelbagai pihak, terutama pemimpin Pakatan Rakyat.

Dakwaan ADUN Kuala Nerang muflis tak benar

Dakwaan bahawa ADUN Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim diisytihar muflis seperti dilaporkan oleh portal berita, Malaysian Insider baru-baru ini adalah tidak benar.

Pegawai Khas ADUN itu Sobri Sudin berkata isu itu sengaja direka oleh parti pembangkang dan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan Syed Sobri dan sekaligus mahu mengambil alih kerusi ADUN itu melalui pilihan raya kecil.

Katanya Syed Sobri juga tidak menghadiri prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 15 Okt lalu seperti yang disiarkan oleh Malaysia Insider dan laporan bahawa mahkamah itu mengisytiharkan muflis ke atas ADUN itu juga tidak benar.

"Soal pembayaran hutang syarikatnya masih dilakukan oleh Syed Sobri bermula 2002 hingga sekarang.

"Saya kira ada pihak yang sengaja hendak menjatuhkan beliau dan mahu mengambil kerusi ADUN daripada beliau, " katanya kepada pemberita pada sidang media di Alor Setar hari ini.

Rabu lalu, laporan Malaysian Insider menyatakan Syed Sobri diisytihar muflis minggu lalu ekoran syarikatnya gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sekaligus membuka ruang kepada pilihan raya kecil.

Sobri berkata isu itu sengaja dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan Syed Sobri pada Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung.

"Ada laporan yang menyatakan Syed Sobri dihalang masuk bagi menyertai perhimpunan Agung Umno yang berlangsung semalam ekoran status beliau yang muflis juga tidak benar.

"Ini kerana beliau turut serta dalam perhimpunan itu dan mendengar ucapan perasmian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Beliau berharap tiada lagi pihak-pihak yang membuat kenyataan yang tidak berasas sehingga boleh menjatuhkan imej ADUN Kuala Nerang itu.

- Bernama

Calon PAS: Tuduhan khalwat fitnah semata-mata..Umno makin terdesak...!!!

Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.
Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.
Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.
"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.
Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.
"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.
Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon PAS oleh Nik Aziz di Gua Musang malam semalam.

Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas.

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.

Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992.

Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang atau 16.35 peratus.

The power of surah Yasin

Ketahui dan nikmati kelazatan dari surah Yasin! Berapa ramai antara kita yang berjaya menghafal surah Yasin? Namun, berapa ramai pula yang tahu dengan mendalam maksud dalam surah Yasin?

Bukankah lebih bermakna dan berkat ibadah yang kita lakukan jika dapat mendalami maksud yang disampaikan dalam surah Yasin.

Izinkanlah kehadiran buku kecil bertajuk ‘The power of surah Yasin’ ini membantu anda dalam memahami isi yang terkandung dalam surah Yasin. Terdapat beberapa poin penting yang terdapat dalam buku ini seperti berikut:

1.Pengertian secara terperinci setiap ayat dalam surah Yasin
2. Sebab nuzul ayat
3. Huraian dan pengajaran dalam surah Yasin
4. Setiap huraian disokong dengan penjelasan al-Quran dan Hadis.
5. Fadilat dalam membaca surah Yasin

Ilmu penyuluh jiwa, gapailah manfaat dalam membaca Yasin justeru pahalanya menyuluh jiwa anda. Mudah-mudahan ibadah anda lebih mantap selepas membaca setiap helaian dalam buku ini serta dapat memberi informasi bermanfaat kepada anda tentang surah Yasin.

Buku tafsir surah yasin ini adalah karya Dr. Abdul Wahab Mohd Salleh. Beliau merupakan mantan pensyarah Jabatan Pengajian Al-Quran & al-Sunnah, UKM.

Buku ini adalah terbitan terbaru dari Kemilau Publika Sdn Bhd. Jika anda ingin memilikinya sila hubungi 03-61573314/emel: sales@kemilau.com.my atau dapatkan di kedai-kedai buku rangkaian MPH, Popular dan kedai buku berhampiran anda. Layari www.kemilau.com.my

Bangunan pencakar langit perlu pacu ekonomi

awanga dek
Oleh Fazy Sahir
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata penyediaan infrastruktur seperti pembinaan bangunan pencakar langit cukup penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan II menyifatkan dakwaan pembangkang sebagai ‘cuba menghasut’ rakyat daripada melihat negara terus maju ke hadapan.

Menurut Awang Adek, di negara-negara maju rakyatnya tidak mempersoalkan tentang projek-projek besar seperti pembinaan pencakar langit, tetapi ia hanya kedengaran di Malaysia.
"Kita jangan tertipu dengan pembangkang kerana mereka memang tidak mahu melihat kadar pertumbuhan ekonomi kita tinggi, supaya mereka boleh menghasut rakyat untuk benci kepada kerajaan.
"Perlunya infrastruktur bagi memacu sektor perkhidmatan termasuklah pengangkutan, kewangan, perniagaan borong. Sebab itulah kita perlu ada projek MRT, KLIA2, Pusat Kewangan Baru, Pembangunan Sungai Buloh dan Menara Warisan Merdeka PNB.
Semua bangunan tinggi di negara maju
"Perlu diingatkan, di negara-negara maju, tidak ada pun orang yang mempersoalkan projek-projek besar. Bangunan pencakar langit bukan satu atau dua bahkan hampir semuanya adalah bangunan-bangunan tinggi.
"Tak ada masalah pun……cuma di Malaysia saja kita dengar cerita-cerita ini," katanya dalam ucapan pembentangan usul ekonomi di Persidangan Agung Umno hari ini.
Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2010 pada 15 Oktober lalu mengumumkan pembinaan projek bangunan 100 tingkat yang bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia.
Namun projek tersebut mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak termasuklah Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak pembangkang.
"Dulu tidak setuju dengan jambatan Pulau Pinang, Bangunan Berkembar Petronas dan Putrajaya. Sekarang bukan sahaja rakyat perlu kepada jambatan kedua Pulau Pinang, tetapi pembangkang pula tidak sabar-sabar nak masuk Putrajaya.
"Inilah hipokritnya sikap pembangkang. Cakap tak serupa bikin. Kita tidak boleh……dia tak apa," katanya dalam nada sinis.