Khamis, 21 Oktober 2010

Pakatan ramal kos menara Warisan Merdeka naik 100%

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Pemimpin Pakatan Rakyat mendedahkan kos pembinaan menara Warisan Merdeka, yang bakal muncul sebagai bangunan tertinggi dengan 100 tingkat, akan mencecah dua kali ganda berbanding RM5 bilion diumumkan Jumaat lalu.
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (gambar) berkata beliau menjangkakan kemungkinan itu berdasarkan kenaikan kos membina Istana Negara yang sedang dibina – daripada RM400 juta kepada RM935 juta.
Beberapa projek awam sebelum ini juga berakhir kos tambahan daripada yang dirancang.
“Menara Warisan Merdeka 100 tingkat dijangka melebihi RM10 bilion dan bukannya RM5 bilion seperti mana yang diumumkan sebelum ini berdasarkan kenaikan kos perbelanjaan Istana Negara baru daripada RM400 juta kepada RM935 juta,” kata beliau.
Awal hari ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK), sayap muda PKR, mengumumkan akan melancarkan Kempen Bantah Bajet Anti Rakyat peringkat nasional untuk mengutip tandatangan rakyat membantah projek menara Warisan Merdeka ini.
“Sebelum ini di bawah Menteri Kerja Raya yang lama, Datuk Seri S. Samy Vellu, kos pembinaan Istana Negara baru adalah RM400 juta.
“Baru-baru ini Menteri Kerja Raya yang baru, Datuk Shaziman Abu Mansor dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, kosnya telah naik lebih sekali ganda kepada RM935 juta,” kata Lim di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, perancangan dan anggaran awal yang begitu tidak berprofesional ini bermakna kemungkinan besar Warisan Merdeka bukan sekadar RM5 bilion seperti mana yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2011, tetapi adalah melebihi RM10 bilion.
Oleh itu katanya, ia menimbulkan keraguan sama ada kerajaan persekutuan berkomited kepada rasional Bajet 2011 “Transformasi Ke arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi”.
“Ataupun kembali ke fokus zaman silam menjalankan projek mega yang hanya manfaatkan kroni-kroni tertentu dan bukannya rakyat jelata,” kata beliau.
Lim menambah, negara harus belajar daripada pengalaman era Firaun yang berjaya membina piramid yang maha besar atas darah dan titik peluh rakyat yang diperas dengan begitu zalim tetapi kini hanya tinggal piramid sedangkan Firaun sudah lama berkubur.
“Belanjawan 2011 berusaha memulihkan pelaburan swasta agar menjadi jentera pembangunan ekonomi.
“Kejatuhan pelaburan luar negeri sebanyak 81 peratus pada 2009 berbanding 2008 kepada RM1.4 bilion daripada RM7.3 bilion menimbulkan tanda tanya macam mana kerajaan akan berjaya menarik RM2.2 trilion dalam masa 10 tahun di mana 92 peratus akan datang daripada sektor swasta,” katanya.
Semalam, PNB berkata pihaknya yakin langkah membangunkan projek hartanah bercampur Warisan Merdeka bakal menyediakan pulangan pelaburan jangka panjang menguntungkan kepada kumpulan itu.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, pembabitan PNB dalam projek hartanah yang bakal menjadi mercu tanda terbaru di Kuala Lumpur itu adalah sebahagian usaha kumpulan itu meningkatkan pendapatannya menerusi penerokaan dalam sektor ekonomi menguntungkan.
Hamad Kama Piah turut menolak tanggapan sesetengah pihak yang menganggap projek bangunan 100 tingkat itu akan menyebabkan lebihan penawaran ruang pejabat dan komersial di Kuala Lumpur seperti yang berlaku ketika ini.
Projek yang menempatkan bangunan tertinggi di Malaysia itu akan dibangunkan anak syarikat milik penuh PNB, iaitu PNB Merdeka Ventures membabitkan kos RM5 bilion.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP menambah, negara perlu melabur lebih banyak dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang kini hanya pada tahap 0.7 peratus KDNK sedangkan yang disyorkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan negara maju ia adalah pada tahap 2.5 peratus KDNK.
“Saya bukan minta kita ikuti contoh Korea Selatan yang membelanjakan empat peratus KDNK pada R&D tetapi negara harus melipatgandakan perbelanjaan dalam R&D dan bukannya berbilion-bilion untuk membina bangunan 100 tingkat,” kata beliau.
Lim menjelaskan akhirnya adalah penting kerajaan persekutuan berjaya dalam memantapkan penyampaian perkhidmatan awam seramai 1.3 juta orang.
“Kita harus memastikan produktiviti dan keberkesanan dapat dipertingkatkan.
“Dasar ekonomi perlu menggalakkan pengusaha bukanlah kroni, memperbanyakkan ‘innovators’ bukanlah Little Napoleons,” katanya lagi.
Lim juga mencadangkan agar belanjawan ini menarik balik pengenaan cukai perkhidmatan yang akan membebankan rakyat sebanyak RM759 juta.
“Macam mana Bajet 2011 berkepentingan rakyat sungguhpun telah memotong duti import, kerajaan masih  mengutip lebihan cukai RM97 juta kerana menaikkan cukai perkhidmatan kepada enam peratus ini?” katanya.

SAPP tetap tanding di Batu Sapi

Datuk Yong Teck Lee (kiri) bersalaman dengan William Leong (tengah) selepas mengadakan pertemuan bagi membincangkan pilihan raya kecil Batu Sapi di Penampang hari ini. Memerhatikan ialah Timbalan Pengerusi PKR Sabah Christina Liew (kanan). – Foto Bernama
PENAMPANG, 21 Okt – Harapan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mencapai persetujuan dengan Parti Maju Sabah (SAPP) agar pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN), tidak menjadi kenyataan apabila SAPP bertegas dengan pendiriannya untuk meletakkan calon sendiri. Dua parti itu mengadakan rundingan selama sejam di sini hari ini, dengan PKR diwakili bendahari agungnya William Leong Jee Keen dan SAPP oleh presidennya Datuk Yong Teck Lee.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak berkempen menentang satu sama lain dan menjadikan BN sebagai sasaran bersama dengan harapan pilihan raya kecil pada 4 November itu boleh dijadikan “sumber rujukan” oleh parti pembangkang apabila mengadakan rundingan pada masa akan datang.
Sapp akan mengumumkan calonnya Sabtu ini, manakala Leong sekadar berkata PKR akan mengumumkan calonnya “sedikit masa lagi”.
BN akan mengumumkan calonnya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) Ahad ini.
Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah daripada PBS dalam nahas jalan raya di Tanjung Aru pada 9 Oktober.
Kawasan Parlimen itu mempunyai 25,582 pengundi berdaftar, termasuk 1,535 pengundi pos.
Hari penamaan ialah pada 26 Oktober.
Dalam pada itu, BN tidak mempunyai masalah dalam meletakkan calon untuk pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di
Sabah kerana ia mengamalkan konsep pemuafakatan di kalangan parti komponen, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun Umno mempunyai anggota terbanyak di kawasan itu, kerusi itu bagaimanapun sudah ditetapkan untuk PBR dan Umno akan bekerja keras menyokong calon daripada PBS.
“Bagi kita, BN tidak jadi masalah kerana kita sudah ada konsep muafakat kerana kerusi ini adalah kerusi PBS. Walaupun di situ Umno mempunyai jumlah ahli terbanyak tetapi disebabkan muafakat, kita setuju akan bekerja sokong calon PBS yang kita akan namakan nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN berkata apa yang penting ialah supaya BN terus bekerja keras untuk memperoleh kemenangan dalam pilihan raya kecil itu.
Beliau berkata pertelagahan di kalangan parti pembangkang itu sebenarnya tidak akan memberi keuntungan kepada pengundi di situ.
“Walau sesiapa pun (calon pembangkang) bertanding di dalam kawasan itu, dia akan kata dia sepakat tetapi sebenarnya dia tidak sepakat.
“Dan pasti akan ada pihak-pihak yang mensabotaj dan (ini) tidak beri keuntungan kepada pengundi di situ,” katanya. – Bernama

A RM30 billion hole that wasn’t – Finance Minister and the Treasury should be censured

Finance Minister Dato’ Seri Najib Tun Razak and the Treasury should be censured for misleading the Parliament with its shoddy preparation of a budget document that shows a RM 30 billion hole that wasn’t, as well as an attempt to hide a RM 2 billion figure from the public.
On page 41 of Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011 (http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2011/anggaran_perbelanjaan2011.pdf) the Peruntukan Asal Tahun 2010 (original allocation) column shows that the total budget allocated for 2010 was RM 221 billion (RM221, 585, 772,800) which includes an operating budget of RM 168 billion (RM168, 366, 115, 800).
The Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2010 (http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2010/cadangan_anggaran.pdf) allocated a total of RM 191 billion (RM 191, 498, 805, 000) which includes an operating budget of RM 138 billion (RM 138, 279, 148, 000).
If these figures are correct, this would mean there exists a RM 30 billion hole and a 16 percent overspend.
Scrutinising each line I have found that the figures in the 2011 document are not accurate. There was no change in the original allocation amount, although according to the Economic Report 2010/2011, the 2010 budget was 7 percent overspent and now stands at RM 205 billion, as opposed to the original RM 191 billion.
Anggaran Perbelanjaan Persekutuan is the actual budget document to be approved by the Parliament, legally binding, as opposed to the Finance Minister’s budget speech in Parliament, which is essentially an exercise in public relations.
The Treasury must own up to the unacceptable, albeit technical, mistake, failing which the entire budgetary process in Parliament is rendered meaningless. The Finance Minister must apologise to the Parliament and request an amendment to the document.
The Finance Minister should also apologise to the Parliament for his ostrich-like act to hide a RM 2 billion figure from the public in his budget speech to the Parliament on Friday 15th October 2010.
The Finance Minister announced in the Parliament (paragraph 113) that the total allocation for Budget 2011 is RM212 billion, which, according to him, is 2.8% higher than the allocation for 2010.
Both figures are wrong!
First, for all preceding years before this budget, the allocation for “simpanan luar jangka” (emergency reserve) is considered part of the global figure. For 2011, RM 2 billion is allocated for that purpose which the Finance Minister is attempting to hide from the public. The actual total is RM 213,987,217, 000 or RM 214 billion.
Second, RM 214 billion is a huge increase from the RM 191 billion originally allocated for 2010. It is a 12 percent increase.
For the sake of preserving the integrity of the budget processes and the sanctity of the Parliament, I call on the Finance Minister and the Treasury to correct their mistakes.

Yb Liew Chin Tong

Umno rosak kerana pemimpin syok sendiri bukannya ahli, kata perwakilan

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Mengambil iktibar amanat Presiden Umno pagi tadi, seorang perwakilan Umno Melaka menyifatkan pemimpin parti Melayu itu seperti “syok sendiri dengan angin-angin syurga” yang dihamburkan kepada diri mereka sehingga lupa tanggungjawab terhadap rakyat.
Ahli Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof berkata, masalah yang membelenggu Umno selama ini adalah disebabkan kerana sikap pemimpin.
“Masalah yang timbul dalam Umno bukan kerana ahlinya tapi kerana pemimpin.
“Kerana akhir-akhir ini pemimpin kita cukup syok dengan angin-angin syurga yang dihamburkan, pengampu dan hipokrit.
“Orang yang macam ini yang pemimpin kita kayakan. Mereka ini bila kaya tidak turun ke bahagian, tidak turun ke cawangan, mereka tidak bantu akar umbi,” katan beliau pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.
Mohd Said berkata, pemimpin Umno perlu menyelesaikan segala masalah yang berlaku dalam parti itu sebelum musnah kerana angkara sendiri.
“Sebagai pemimpin kita kena tegas, jangan syok dengan peribahasa sahaja tanpa ambil tindakan.
“Adakah mahu tunggu semua hancur baru nak respons? Lebih baik kita perbaiki apa yang lemah,” katanya.
Sambil mengambil kira keruntuhan kerajaan Kesulatnan Melayu Melaka, Mohd Said juga menegaskan parti itu perlu kuat untuk mengharungi apa sahaja cabaran.
“Kita perlu memastikan Umno terus kuat, jangan jadi macam Melaka dulu. Semua berpecah, bila kena serang kita kena jajah.
“Berapa ratus tahun kita dijajah dulu, kita pasti tidak mahu perkara sama berlaku.
“Jadi apa yang penting sekarang kita perlu bersatu, kuatkan parti supaya dalam pilihan raya ke-13 nanti kita mampu menang besar,” katanya.
Menurutnya, pemimpin parti itu perlu berusaha lebih keras untuk mendapatkan semula sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.
“Saya seru supaya semua pemimpin lakukan kerja, balik buat kerja dengan rakyat. Kalau tidak, hilang Umno hilanglah Melayu.
“Pergilah buat kerja, pergilah mana-mana undi yang kalah atau nak kalah. Jumpa orang-orang kampung, buat kerja.
“Ini politik, janganlah nak tunjuk sangat.. Kita kena turun ke bawah bantu rakyat,” katanya.
Perwakilan Terengganu Saiful Bahri Baharuddin yang kecewa dengan sikap pemimpin PAS dan PKR, yang seolah-olah mengetepikan Islam kerana kepentingan sendiri, menyifatkan kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat itu tunduk terhadap DAP.
“Sekarang kita lihat PAS dan DAP tunduk dan melutut di kaki DAP, malah pemimpin mereka mendengar apa sahaja yang dikatakan parti itu (DAP).
“Jadi Umno sebagai sebuah parti Melayu harus menggunakan pendekatan menyerang secara agresif terhadap parti-parti pembangkang terutamanya DAP yang sememangnya anti-Islam,” katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa tiada parti lain di negara ini yang dapat mempertahankan Perlembagaan Persekutuan kecuali Umno.
“Umno tidak boleh mengharapkan orang lain untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
“Kita perlu berjuang untuk mempertahankan Perlembagaan dan agama Islam sebagai agama rasmi.
“Jadi kita perlu mempertahankan orang Melayu dan Perlembagaan negara kita,” katanya.
Saiful Bahri juga mencadangkan agar ekuiti Bumiputera dinaikkan kepada 65 peratus dengan berdasarkan pecahan kaum di negara ini.
“Saya mencadangkan agak ekuiti dinaikkan sehingga 65 peratus berdasarkan pecahan kaum di negara ini.
“Ini berdasarkan prinsip kesaksamaan dan hak asasi,” katanya.
Ketua Umno Parit Sulong Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, Umno sentiasa mengiktiraf peranan kaum lain dalam usaha membangunkan negara dan menerima hakikat ditakdirkan bersama dalam satu negara untuk menjunjung cita-cita dan berkongsi masa depan.
Kata beliau, untuk mencapai matlamat itu, semua pihak perlu berkorban dan mengenepikan kepentingan diri jika perlu.
“Setiap orang diminta membuat pengorbanan, tetapi tidak seorangpun atau satu kumpulan etnik pun yang diminta mengorbankannya semua sekali.
“Orang Melayu bukan mahu bolot kesemuanya,” katanya.
Ahmad Zahri, yang mewakili Badan Perhubungan Umno Johor mencadangkan supaya bagi membolehkan semua kaum memperoleh kesejahteraan maka sewajarnya kumpulan majoriti yang ketinggalan diberi tumpuan dan pembelaan.
“Bantuan dan sokongan kepada yang miskin dan teramai mestilah ditingkatkan daripada melonggokkan peluang kemewahan kepada yang sudah meraih kejayaan,” katanya.
Beliau turut mencadangkan enam perkara untuk dibincangkan oleh anggota perwakilan iaitu:
* Menyedarkan anggota parti mengenai lanskap politik yang perlu ditangani dengan kebijaksanaan dan pendekatan baru;
* Mendesak supaya keluhuran perlembagaan dipertahankan;
* Memperakui betapa pentingnya kerajaan Barisan Nasional yang menerajui pimpinan negara supaya pelan transformasi kerajaan dan ekonomi berlandaskanperlembagaan;
* Menyokong kesungguhan Presiden melaksanakan transformasi bagi menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (PTE) dan Rancangan Malaysia ke-10.
* Menyeru pemimpin Umno dan parti komponen di semua mengambil langkah segera untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan mereka serta ahli-ahli dalam melakukan transformasi parti bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dan;
* Menggesa seluruh anggota Umno dan parti komponen memberi tumpuan kepada gerak kerja pilihan raya agar Barisan Nasional mendapat mandat penuh rakyat untuk memimpin negara.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita Bahagian Kapar Norliza Ahmad, yang menyokong usul itu, meminta supaya perkara-perkara teras yang menjadi asas pembentukan negara 53 tahun lalu dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan diberi perhatian dan disematkan dalam diri generasi muda.
Katanya berkata hakikat ini perlu dijelaskan kepada golongan pelapis itu supaya mereka dapat menjadi pemimpin yang baik pada masa akan datang.
“Golongan muda kini terdiri 43.3 peratus rakyat dan mereka lah yang sedang cuba mencorak, menukar dan menerajui kepimpinan negara pada zaman akan datang.
“Jadi mereka perlu menerima dengan hati terbuka dengan landskap kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan menganggap bahawa kemajmukan ini merupakan satu keistimewaan dan kelebihan kepada negara,” katanya.

Jeddah Bakal Miliki Menara Tertinggi Di Dunia

DUBAI 21 OKT : Perusahaan Arab Saudi, Kingdom Holding Co, bercadang untuk membangunkan menara tertinggi di dunia sebagai bagian dari proyek senilai 75 milion riyal di kota Jeddah, sebuah laporan surat khhabar Kamis. Akhbar Alsharq Al-Awsat, mengutip anggota keluarga Kerajaan, Pangeran Alwaleed bin Talal, mengatakan perusahaan secara resmi akan mengumumkan proiek tersebut pada konferen pers dalam tiga minggu mendatang.

Pencakar langit ini akan menjadi pusat dari proyek campuran yang akan membentang lebih dari 3.5 juta meter persegi luasnya,tambah berita tersebut. Ia juga mengatakan Kingdom Holding antara perancangan lain ialah, pembangunan di ibu kota Riyadh dengan nilai investasi 25 milion riyal. Ini akan mencakup sebuah taman, hotel, dan elemen hiburan lainnya, serta 10 ribu unit rumah.

Kingdom Holding adalah perusahaan investasi milik pangeran raja jutawan Saudi, yang mencatat 5.6 persen kenaikan pendapatan kuartal ketiga pada hari Isnin, didorong oleh hasil investasi yang lebih tinggi. Perusahaan ini 95 persen sahamnya dimiliki oleh keponakan penguasa Saudi, Raja Abdullah, dan memiliki saham minoriti di beberapa perusahaan top dunia, antara lain Citigroup. Bangunan tertinggi di dunia saat ini adalah 828 meter Burj Dubai Khalifa, yang dikembangkan oleh Emaar Properties. (AK)

Pembangkang hanya jaguh retorik


KUALA LUMPUR – Pembangkang hanya mengamalkan politikus bermusim dengan agenda utama yang membawa kepada keresahan rakyat sehingga sanggup memporak-perandakan negara demi kepentingan peribadi untuk ke Putrajaya.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, niat utama beberapa pemimpin pembangkang bukan untuk kestabilan dan kesejahteraan Malaysia, tetapi demi kepentingan peribadi untuk berkuasa.

“Mereka tidak peduli sama sekali kemalangan-kemalangan ngeri yang berlaku di atas jalan raya politik ini, rakyat yang terkorban dan rakyat yang dikorbankan.

“Kepada pembangkang,’the ends justify the means’. Malangnya, rakyat jelatalah yang menjadi ‘casualty’ kepada rempuhan politik zalim ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Pergerakan Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Dewan Tun Hussien Onn, di :Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Shahrizat berkata, beliau begitu bersimpati ke atas nasib rakyat di negeri pentadbiran pembangkang yang kini hidup tertekan dan dahagakan untuk kembali kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN).

“Kerinduan rakyat terhadap BN ini sungguh menyayat hati kerana di kawasan- kawasan pembangkang, mereka dibiar begitu sahaja selepas tsunami politik pada tahun 2008.

“Umpama cinta monyet, semasa kempen pilihan raya pengundi dijanjikan dengan kata-kata manis, dinodai dengan asmaradana dan khalayan fantasi politik yang memabukkan. Harapan rakyat dilambungkan ke angkasaraya tetapi selepas itu pengundi ditinggalkan begitu sahaja,” katanya sambil diiringi tepukan gemuruh perwakilan.

Beliau berkata, pembangkang tidak seharusnya berbuat demikian kerana urusan politik dan pentadbiran kerajaan tidak boleh dipermainkan kerana jika silap langkah akan hancur satu-satunya negara milik semua rakyat Malaysia.

“Jelas dengan tabiat pembangkang, mereka hanya pandai mengkritik dan jaguh retorik dan gimik semata-mata,” katanya.

Shahrizat turut mengingatkan kepimpinan Wanita UMNO bahawa rakyat menjadi ‘silent majority’ sentiasa menunggu, melihat, mendengar serta berharap bahawa UMNO akan menjalankan tugas dengan baik, bijak dan berhemah agar mereka terus menyokong kepimpinan.

Pengundi baru: Umno kena agresif macam Pakatan

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Angka dan sifat agresif pembangkang dalam mendaftar pengundi baru perlu dilihat sebagai satu amaran dan tidak lagi boleh menganggap ia “satu keadaan biasa” pada Umno.
Wakil Terengganu Saiful Bahri Baharuddin berkata sekiranya anggota Umno masih sayang kepada agama, bangsa, parti dan impikan masa depan lebih baik, mereka perlu berbuat sesuatu agar angka-angka yang “tidak selesa” itu tidak menghantui pengikut parti.
“Survival Umno bergantung kepada angka. Saya berasa sangat khuatir kerana di kalangan orang Umno ramai yang masih menganggap ‘satu keadaan biasa’, sedangkan angka-angka semasa sepatutnya menggerakkan kita dalam mood peperangan.
“Kita tidak mahu orang lain mengambil alih tempat kita di Putrajaya hanya kerana kita lalai dalam memberi perhatian terhadap angka,” katanya ketika membahaskan Usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.
Beliau berkata terdapat 11.2 juta pengundi berdaftar di Malaysia tidak termasuk 4.3 juta yang layak mengundi tetapi masih belum berdaftar. Daripada jumlah itu 1.9 juta adalah orang Melayu yang layak mengundi tetapi masih belum berdaftar.
“Umno perlu mengambil kira angka tersebut kerana sekiranya mereka berdaftar apakah mereka akan mengundi Barisan Nasional (BN) dan apakah tindakan untuk memastikan mereka memilih parti yang memerintah, yakni BN,” katanya.
Beliau berkata fakta itu berkait dengan statistik pendaftaran pengundi baru di mana setakat Jun lepas Umno dan BN terlalu jauh ketinggalan dalam pendaftaran pengundi baru berbanding pembangkang.
Statistik menunjukkan dari Januari hingga Jun tahun ini DAP berjaya mendaftar 55,321 pengundi baru diikuti Umno (54,000); PAS (38,000), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (13,000) manakala MCA dan MIC masing-masing 3,000 dan
1,000.
“Kita nak buat macam mana kalau parti komponen juga langsung tidak berusaha? Jadi, Umno harus memimpin. Justeru saya ingin menyeru semua pimpinan cawangan dan bahagian memberikan sokongan kepada Wanita, Pemuda dan Puteri supaya kita dapat mendaftar lebih ramai pengundi baru sebelum pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Perwakilan Wilayah Persekutuan Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff ketika mengambil bahagian dalam perbahasan mendakwa wujud anggota DAP dan PKR dalam parti komponen BN yang bertujuan untuk memecahbelahkan parti.
Merujuk peristiwa yang berlaku semasa pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Mustafa Kamal, yang juga Ketua Umno Bahagian Seputeh, meminta pucuk pimpinan parti dan BN menyiasat perkara itu.
Perwakilan Selangor Datuk Ir Mohd Bashro Mat Johor, yang juga Ketua Umno Bahagian Subang, berkata pencalonan wakil rakyat haruslah tidak terbatas kepada hirarki Umno bahagian sahaja tetapi turut memberi peluang kepada anggota dipercayai dan diyakini rakyat.
“Kalau Ketua Bahagian tidak layak, kita naikkan Naib Ketua Bahagian dan kalau tidak layak juga, beri kepada sesiapa yang layak supaya kita boleh menang,” katanya. – Bernama

Sayap baru Umno; 'Briged Musang Berbulu Ayam'' dan 'Briged Sesumpah'

Kadangkala bila membaca berita dan cerita tentang parti 'usang' Umno macam membaca sebuah hikayat, maklumlah sebuah parti purba..

Pemimpin Umno tidak mahu menerima kejelekan yang berlaku adalah dek kerana perangai mereka yang suka hidup bermewah-mewah sesuai dengan pengakuan mereka bahawa mereka lah 'Tuan-Tuan Melayu'.

Sebab itu, sekiranya parti Umno ada lagi pada tempoh 50 tahun akan datang, pemimpinnya akan terus melaungkan dan berbahas dengan begitu bersemangat tentang perjuangan Melayu. 

Nak buat macamana, parti tu dah ggitu, tak ada modal nak buat bercakap, tak ada modal nak buat berniaga, ‘wa emma’ 100 atau 200 tahun lagi pun, Perhimpunan Agung Umno akan wat modal niaganya, Melayu…Melayu…. Melayu….

Dengan buat modal Melayu lah selama ini Umno boleh hidup, sebab itu Tun Mahathir walaupun sudah acap sakit-sakit dan ‘keluar –masuk’ Umno macam naik turun lif, tapi itu menjadi penyokong tegar Ibrahim Ali

Kalau zaman penjajah British, orang-orang di Malaya baik Melayu, India atau Cina akan memanggil 'Tuan' kepada pegawai-pegawai Inggeris

Sekarang, British sudah menurunkan 'tarikat' itu kepada Umno, maka Umno akan terus memperjuangkan 'ketuananan Melayu'.

Jadi, kalau rakyat buat salah, tersalah ‘berkasih’ dengan anak-anak mereka, mereka bukan berikan keizinan dan mengahwinkan dengan segera, supaya mengelak maksiat kerana mereka juga mengaku Islam.

Tapi rakyatlah yang akan dipersalahkan; tersalah tegur, tersalah panggil, tersalah ‘gelar’, tersalah memilih anak pemimpin Umno sebagai orang yang dicinta, Mamat Melayu kampung yang 'bangsat' akan menerima nasib seperti filem P.Ramlee, rakyat semua tahu filem ‘Antara Dua Darjat’.

Rata-rata pemimpin Umno yang ada pada hari ini bukannya pejuang rakyat, jauh sekali diantara mereka yang masih berbaki sebagai pejuang kemerdekaan.

Kebanyakkan yang memimpin Umno sekarang ini mewarisi 'takhta dan kuasa' dari ayahanda mereka, kerana ayahanda mereka telah menjadi pemimpin Umno sebelum ini, maka dengan mudah mereka masuk dan diangkat, kemudian mendapat pangkat.

Mereka tidak pernah merasa kesusahan rakyat, mereka bersekolah disekolah yang terpilih, masuk universiti luar negara, kerana bapa mereka orang ternama, walaupun mereka bukan pelajar kelas pertama dan tak layak terima biasiswa, tapi boleh semacam.

Ada di merata-rata, pemimpin Umno yang SPM pun tak ada, tapi boleh hidup mewah kaya raya, ada duit berjuta-juta, rumah gedung dan kereta besar.

Lalu mereka berbangga, inilah nikmat kemerdekaan selama 53 tahun, apakah kamu tidak bersyukur?

Inilah kekayaan negara, yang diagih sama rata, kata mereka, sedang rakyat dikampung-kampung yang berjaya, lulus cemerlang dalam periksa, payah nak dapat biasiswa.

Bahkan ramai rakyat yang berjaya, lulus cemerlang, tetapi tdak akan dianggap sebagai gemilang dan terbilang, kerana mereka menyokong pembangkang!

Pemimpin Umno meletakkan diri mereka seolah-olah setaraf dengan dewa-dewa dikayangan (kalau ada), tinggal diistana-istana, tidak berjalan melainkan menaiki kenderaan yang  bergerak laju umpama ‘terbang’, kalau pun tidak pergi-mari dengan manaiki kapal terbang.

Sebab itu mereka mesti berjuang, bukan untuk membela rakyat, tetapi mengekalkan diri mereka sebagai ‘Tuan-tuan’ Melayu. Lalu mereka namakan perjuangan mereka adalah untuk ‘Ketuanan Melayu’.

Oleh kerana itu tidak hairan kalau mereka sudah berkuasa, mereka boleh kata macam-macam kepada orang yang dikuasainya, macam kisah raja-raja, kisah ‘Musang Berjanggut…..

Tapi yang di Terengganu dia tidak panggil begitu, Cuma dia ‘gelor’ ahli-ahlinya sendiri sebagai ‘Musang Berbulu Ayam’…… maknanya Dato’ Sri Hishamuddin Hussein tak percaya kepada ahli-ahli Umno Terengganu.

Sebab itu dia panggil ‘Musanggg…… yang makan dan gemuk dalam Umno’…. ??11

Mungkin dia sendiri tak jumpa si Musang itu, kalau dia jumpa mengapa dia tak temmbak atau perangkap Musang itu?

Kalau dia jumpa si Musang yang berbulu ayam dalam Umno, yang makan dan gemuk dalam Umno, tetapi Hishamuddin tak buat apa-apa…. itulah sebabnya beliau gagal memimpin Umno Terengganu…….

Itu  kurang sikit, kira O.K jugalah, sebab binatang ‘Musang’ni sebenarnya ada juga faedahnya dalam rantaian hidup pemangsa dan menjadi mangsa.

Di tepi jalan menuju ke rumah ambe, ada sebatang pokok ciku, yang berbuah sokmo sepanjang tahun, ada sokmo buah.

Nak tahu apa rahsianya, si Musang lah......

Tapi ini musang buah, nak menunjukkan kebesaran Allah SWT.

Setiap malam pasti musang itu ada dibawah pokok ciku, mengambil rezeki dari Allah, mungkin ada bini dan ada anak yang makan buah dari pokok yang sama

Musang jenis ini Hishamuddin tidak akan tembak atau perangkap, kerana dia setia dan tepat waktu 'jemba' ke pokok ciku, mahu mengisi perutnya yang lapar.

Perut-perut yang lapar jugalah yang menjadi ikatan Umno Terengganu, sebab itu ada bemacam-macam dana ditabur keliling-kelalang.

Yang tua, fesyen dengan tua, dana bantuan itu dan ini.

Yang muda cara orang muda, dengan dana bakti remaja.

Jadi tidak selesaian, sehingga baru-baru ini, Ketua Umno Setiu, Dato' Mat Jidin kata, jumlah orang miskin di kawasan Setiu 'kohor' ramai, bukan semakin berkurang!.

Walau bagaimana pun, mantan ketua pemuda Umno, si Hishamuddin tidak sehebat Ketua Pemuda si Khairy Jamaluddin yang belajar di Oxford

Hebatnya dia sampai dia gelor Pakatan Rakyat sebagai seeekor haiwan 'Cerberus' yang orang Melayu tak pernah tengok dengan mata kepala.

Punyalah hebatnya Khairy punya imiginasi, sampai cerita dongeng 'Heraclus' (Herculis) pun masuk dalam perhimpunan agung Umno.

Mungkin pengalaman lalu, samada dia atau anak-anaknya ketakutan tengok cerita tentang haiwan itu sehingga lekat di 'kepala'nya.

Lalu kerana ketakutan itu, dia mengumpamakan Pakatan Rakyat sebagai 'Cerberus' yang berkepala tiga.

Tapi adakah patut, dia menggelar pemimpin umno dengan seekor haiwan kecik 'peh' yang dipanggil sesumpah.

Mungkin dia kurang mengenali haiwan sesumpah kerana belajar dinegeri orang putih.

Jadi, kalau si Khairy nak mengkaji lebih lanjut tentang haiwan yang bernama 'sesumpah', dia perlu tubuhkan satu lagi makmal yang dikendalikan oleh pemuda Umno di Putrajaya.

Tak susah untuk cari pakar tentang sesumpah ni, panggil saja si Ezam atau Zahit Mat Arip, mereka dengan beberapa kawan-kawan sewaktu dengannya, memang cukup 'arif' tentang sesumpah.

Oleh itu, ambe cadangkan, dua sayap baru untuk Umno dalam usaha umno untuk mendekati pengundi muda; Briged 'Musang Berbulu Ayam' dan 'Briged Sesumpah'!

“Tengku Razaleigh tidak sesuai bersama UMNO”



SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dinasihatkan supaya keluar dari perjuangan sempit perkauman yang telah ’membulinya’ selama ini dan menghabiskan sisa usianya bersama-sama perjuangan Islam.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, individu yang mempunyai integriti seperti Tengku Razaleigh tidak sesuai duduk di dalam UMNO kerana ia tidak memberi sebarang nilai kepada parti itu.

“Sikap UMNO terhadap Ku Li umpama kera mendapat bunga. Bertahun-tahun dihina oleh UMNO, apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas tiba-tiba kosong, UMNO bagaikan pungguk rindukan bulan menanti Ku Li pulang daripada bercuti di luar negara.

“Berpuluh-puluh orang berpura-pura menanti kepulangan Ku Li di KLIA. Kalaulah DUN Galas terletak di Kota Baharu, sudah tentu nama Ku Li sudah tenggelam bersama gua dan musang-musangnya,” katanya dalam satu kenyataan kepada: Sinar Harian:, semalam.

Beliau berkata, suatu ketika dulu, nama Tengku Razaleigh tidak dihiraukan oleh UMNO ketika Pilihan Raya Kecil Manik Urai dalam Parlimen Kuala Krai bersebelahan Gua Musang.

“UMNO jelas tersepit di Galas. Jika tidak mendapat kerjasama daripada Ku Li maka UMNO akan menerima padah. Pilihan UMNO hanya satu sahaja, melantik Ku Li sebagai Pengarah PRK DUN Galas dan sekali gus menjadi calon.

“Saya menjangkakan bantuan Ku Li kepada UMNO di Galas kelak umpama menolong anjing tersepit. Jika UMNO dapat menawan Galas, maka nama Najib lah yang akan disanjung. Sebaliknya jika UMNO kalah di Galas maka nama Ku Li yang akan dipersalahkan. Itulah hukum rimba yang ada dalam UMNO yang sudah busuk sampai ke usus,” katanya.

Suhaizan berkata, integriti yang ada pada Tengku Razaleighakan dihargai dalam Pas dan Pakatan Rakyat (PR) serta mengalu-alukan penyertaan veteran politik itu bersama-sama memperjuangkan nasib rakyat dan agama Islam.

“Kalaulah Ku Li boleh bersama Tun Musa Hitam, rakan karib kelab malam semasa zaman mudanya, mengapa tidak boleh bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan rakan-rakan lain dalam memperjuangkan royalti minyak di Kelantan?:

“Sudah tiba masanya Ku Li keluar daripada kepompong sedia ada. Membuat perubahan besar dengan penuh keberanian sebagaimana beraninya beliau mengepalai sebuah GLC sebesar Petronas ketika usia mudanya dulu,” katanya.

Lagi Sekor Sundal umnoapco. Bercakap Macam Bhaghal Mabuk Todi.

Cakap pong pang pong pang.... last sekali dia sendiri tak paham apa yang dia cakapkan... itulah pasalnya layak jadi badut lawak umnoapco... kah..kah..kah...


Sekoq lagi sundal umnoapco, Md Alwi Che Ahmad (gambar) berkata, Menteri Besar Kelantan sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan Umnoapco.
“Kita perlu pertahankan Islam, adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz?

“Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.

“Beliau sudah buang semua ini (Islam), beliau berkawan dengan syaitan kerana benci kepada Umno,” kata beliau ketika membentangkan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Lanun Agung umno apco yahudi laknatullah 2010 hari ini.
Ha..ha..ha.... ayat dan percakapan orang yang takda atau tak belajar agama macam itulah bunyinya.... bercakap pulak kepada geng2 dia dalam dewan tu... patut la semuanya jadi bangang siputbabi...

Part yang paling best bagi gua apabila dia cakap;
“Jadi kita perlu kembali kepada Islam, apa yang penting adalah kita perlu menjaga dan mempertahankan akidah,” katanya.
Ha..ha..ha.... apabila si bhaghal bercakap tanpa menoleh kepada First Ladynya... "mempertahankan akidah (Islam)" akidah yang macam mana bro.... adakah akidah yang sebegini;


ha..ha..ha.... ularrrmakkkkk... itu tuan presiden dengan lakinya laaaaa.... inilah akidahnya yang perlu umnoapco pertahankan (gambar) ... hehehe.. bukan gua cakap aaarrrr.... itu bhaghal umnoapco dari Kelantan yang cakap..., lagi apa dia cakap tau....
“Umno perlu balik kepada Islam, tidak akan ada orang Melayu kalau tidak kerana Islam.
Ayat ni.... gua blurrrrr... sikit (saja buat2 blurrrr... untuk bacaan puak2 haramjadah tu...haha..) lu orang fahamkan betul2 ayat dia tu...., yang gua tau kat Filiphina, Kemboja berlambak orang Melayu... tapi Islamkah mereka...????

Kesimpulannya... itulah mentaliti puak2 bangang yang syok sendiri apabila dapat mikropon... jenis otak lembu... melalak atas pentas macam bhaghal....

Bikin jatuh kemaluan First Lady jer.... kah..kah...kah..... wooiiittt semua orang Melayu kena ingat tuuuuu.... "Tidak akan ada orang Melayu kalau tidak kerana Islam"..... perghhhhhh....

Part... "umnoapco perlu balik kepada Islam" yang ini gua alu-alukan... itupun kalau ikhlas laaaaa.... ha..ha..ha.... pasal puak2 jahiliyah ni... mana nak kepada Islam.... malabu malami beramai2 diorang nak laaaaa....

muakakakakaaaaa..... umnoapco...umnoapco.... tiap2 tahun melalak benda yang cakap tak serupa bikin dalam bangunan Pirates World Trade Centre tuuuu..... kanciang manyak kuat... wooooo...!!!!

Lastly.... gua ucapkan terima kasih jelah pada bhaghal umnoapco kelantan nih... kerana dia akui juga kebenaran bahawa;
“Saya nak tanya kenapa kerajaan PAS rakyat sayang? Kenapa Umno tidak?
Ini kerana PAS berjuang kerana Islam."
Thank you... thank you... terima kasih... terima kasih... nandri...nandri... hehe.. cina cakap terima kasih apa aaarrrr...???? 
ISA.

Helah Pemimpin UMNO Takut Penyelewengan Dan Rasuah Terdedah

KUALA LUMPUR 21 OKT :Kenyataan tegas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak supaya hak keistimewaan kaum Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan tidak dibahas secara terbuka adalah hanya untuk menutup amalan rasuah dan penyelewengan kuasa oleh pemimpin Umno sendiri. 
Najib Razak berkata demikian dalam ucapan perasmian Agong UMNO di PWTC hari ini. 
Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat menegaskan tidak ada pihak, termasuk DAP, mempertikaikan hak orang Melayu. Yang dibantah oleh gagasan pembangkang itu adalah amalan rasuah dan kronisme Umno yang memperkayakan segelintir kenalan pemerintah manakala sebilangan besar rakyat masih dicengkam kemiskinan dan sara hidup semakin tinggi.
 Akibatnya saham bernilai 52 bilion ringgit yang diperuntukkan kepada orang Melayu dibolot oleh segelintir kroni Umno yang menggunakan Dasar ekonomi Baru untuk menghalalkan amalan mereka itu.
 Dalam ucapannya kepada perwakilan Umno, Najib mengupas hubungan kaum di negara ini yang beliau akui semakin tercabar.
 Menurut beliau, tidak ada pihak yang harus membahaskan hak dan keistimewaan untuk orang Melayu kerana selain perkenan Raja-raja Melayu, tidak ada sesiapa yang boleh mengubah peruntukan itu. Perbahasan mengenai hak orang Melayu, kata Najib bakal mengundang kekacauan dan menyebabkan ketidakstabilan di Malaysia. 
Malah Najib mendakwa perbahasan sedemikian akan membawa kepada kezaliman amat dahsyat. Dalam reaksi ini,Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nizar Jamaluddin yang dihubungi TV Selangor berkata ugutan yang dibuat oleh Najib Razak itu hanya untuk menutup ketidakadilan yang dilakukan oleh Umno sendiri terhadap orang Melayu
 "Saya rasa ini menunjukkan despratenya UMNO dan Najib sehingga tidak membenarkan dalam dunia tanpa batasan, dunia moden ini membenarkan perkara-perkara sedemikian dibincangkan (kontrak sosial)," 
 Tegas Nizar lagi,"kita bincang bukan untuk pertikai tapi bincang nak bagi orang faham,apa yang diucapkan dalam perhimpunan itu melambangkan ketakutan UMNO dan bimbang mereka terhadap rakyat akan tolak dalam pilihanraya akan datang '

Kontrak Sosial: Umno Lesapkan Wang, Saham Melayu

KUALA LUMPUR 21 OKT : Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, saranan Presiden Umno yang menuntut semua pihak untuk tidak mempersoalkan kontrak sosial, tidak mencerminkan ketelusan dalam tindakan oleh pimpinan Umno-Barisan Nasional(BN).

"Kontrak sosial menerusi tanggapan apa?.Adakah kontrak sosial membenarkan seseorang untuk makan rasuah?

"(Kalau) kerajaan nak cakap tentang kontrak sosial, kita nak tanya apa sudah jadi dengan saham berjumlah RM52 bilion yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu dan orang bumiputera miskin," soalnya.

Beliau mengulas konsep kontrak sosial yang diungkapkan oleh Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno, hari ini.

Dalam teks ucapan Najib tersebut, dipetik menyorot peristiwa berkaitan perbalahan yang membabitkan perkauman pada abad ke-20 yang menyaksikan paparan kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi “holocoust” di Benua Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda.

Najib turut dikatakan menyeru kepada generasi rakyat Malaysia yang mengambil pendirian untuk mempersoalkan kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka sebelum ini.

Dalam pada itu, Guan Eng turut mempertikaikan parti tunjang Barisan Nasional itu, apabila tidak menunjukkan sebarang langkah atau inisiatif yang proaktif diambil untuk membela nasib golongan miskin Melayu dan bumiputera.

"Mengapa tidak ada Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengenalpasti siapa yang melesapkan wang ini. RM52 bilion sudah kena 'kebas'. Takkanlah mereka tak ambil peduli langsung. Itu yang jadi tanda tanya dan persoalan utama. Kontrak sosial untuk siapa. Untuk diri sendiri atau untuk rakyat?

"Kalau untuk diri sendiri, itu yang kita tentang, kerana kalau kita cakap tentang RM52 bilion, dia (Umno-BN) sendiri akui RM54 bilion yang diberikan tinggal RM2 bilion. Siapa yang ambil," soalnya.

Oleh kerana itu, Guan Eng mempersoalkan tindakan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menghukum mereka yang didapati menyeleweng dan khianat kepada amanah yang diberikan.

"Kita tahu ini semua pemimpin dan kroni BN dan Umno yang dapat. Adakah kerana itu mereka tak mahu buat sebarang siasatan," dakwanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

MEMALUKAN: Kebebasan media Malaysia terburuk dalam 9 tahun di bawah pentadbiran Najib-Rosmah!



Oleh: Pria Malaya

Selepas negara kita dimalukan dengan berita FDI negara merudum, (baca di sebelah "MEMALUKAN: FDI Filipina mengatasi Malaysia pertama kali dalam sejarah!"), hari ini media melaporkan pula tahap kebebasan media Malaysia merudum ke tahap yang paling rendah dalam tempoh 9 tahun!..sungguh memalukan!

Apa lagi kini yang boleh dibanggakan oleh penyokong fanatik Umno, khususnya penyokong setia Najib dan Rosmah Mansor??..wallahua'lam..


Kebebasan media M'sia: Terburuk dalam 9 tahun

Kedudukan Malaysia jatuh 10 anak tangga kepada 141 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2010 - yang terendah dalam tempoh sembilan tahun - dalam senarai 178 negara.

Malaysia gagal memanfaatkan peningkatan kedudukannya pada tahun lalu yang naik satu anak tangga - dari 131 kepada 132.

Isu-isu yang mungkin menjejaskan kedudukan Malaysia termasuk siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap video kepala lembu Malaysiakini, penangkapan penulis blog dan pengharaman buku kartunis Zunar.

Yang menariknya, Singapura (136) buat pertama kalinya mengatasi
Malaysia sejak badan pemantau Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mulai mengeluarkan senarai tersebut pada tahun 2002.

Antara 10 negara anggota Asean, Malaysia berada pada kedudukan lebih tinggi daripada dua negara yang dianggap medianya lebih bebas - Thailand (153) dan Filipina (156).



RSF mengaitkan puncanya dengan kejadian keganasan politik.

"Thailand - tempat dua wartawan terkorban dan kira-kira 15 lagi cedera, ketika membuat liputan operasi tentera terhadap gerakan 'baju merah' di Bangkok - jatuh 23 anak tangga," kata RSF, yang menerbitkan indeks tahunan kesembilannya hari ini.

Filipina jatuh 34 anak tangga ekoran pembunuhan lebih 30 wartawan pada hari penamaan calon jawatan gabenor daerah Maguindanao di Mindanao.

Sementara itu, Finland, Iceland, Belanda, Norway, Sweden dan Switzerland pula berkongsi tempat pertama. Manakala Amerika Syarikat kekal di tangga ke-20.

Berada di kedudukan tercorot ialah Korea Utara (177) dan Eritrea (178).

Selain Korea Utara, tiga lagi negara regim komunis di Asia - China (171), Vietnam (165) dan Laos (168) - merupakan antara 15 negara di kedudukan terendah dalam indeks tersebut.

Mengapa PR Lupakan Peranan Media Reformasi?


Media Reformasi Semakin Dilupakan?

Oleh Shaharul Shafie.

Penulis tiba-tiba terkenang zaman bermulanya gerakan reformasi di negara kita hampir 12 tahun lalu apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (ketika itu Datuk Seri) daripada kerajaan Malaysia. Sebelum pemecatan itu, portal-portal berita di internet yang ada hanyalah milik akhbar-akhbar terkemuka di Malaysia seperti Utusan Online, The Star Online, Harian Metro dan beberapa portal lagi.

Namun begitu, selepas pemecatan Anwar dan tidak sampai seminggu selepas itu, muncul beberapa laman web reformasi yang bertindak pemangkin berita alternatif di internet yang dihoskan menggunakan ruang maya yang percuma seperti Tripod.com, Geocities.com, Xoom.com dan sebagainya. Rakyat Malaysia ketika itu banyak bergantung kepada World Wide Web yang majoritinya untuk memeriksa emel sahaja dan pencarian maklumat masih di peringkat minimum. Setelah kejadian pemecatan itu, orang ramai terutamanya golongan muda dan celik IT mula merujuk bahan berita di dalam Internet untuk berita-berita dan maklumat mengenai ’sebelah bukan kerajaan’ untuk aktiviti-aktiviti reformasi di seluruh negara terutamanya di ibu kota. Terima kasih kepada kerajaan ketika Tun Mahathir kerana mengawal laporan berita di dalam media massa kepunyaannya yang menyebabkan laman-laman reformasi wujud

Antara laman-laman web reformasi yang banyak berjasa kepada pertubuhan-pertubuhan berkaitan reformasi antara tahun 1998 ke 2000 adalah seperti ADIL, PKN dan seterusnya berkembang menjadi PKR pada hari ini ialah Laman Mahazalim, Laman Reformasi Nasional (RN), Doi Moi, Laman Marhaen, Mahafiraun 2020, Komentar, Keadilan Dot Org, Anwar Online, Tranungkite, Reformasi Ummah dan Wartawan Rasmi Laman Reformasi yang mula mengambil tempat di hati pencari maklumat reformasi di internet ketika itu. Hanya Laman Wartawan Reformasi dan Tranungkite sahaja yang masih kekal sehingga hari ini dan boleh dikatakan paling lama bertahan hampir 10 tahun.

Penulis masih ingat lagi pada tahun 1999 apabila ada pihak mengambil kesempatan mencetak berita-berita dari Laman RN setiap pagi di Kuala Lumpur untuk dijual dengan harga RM1 senaskah untuk mereka yang kurang celik IT dan mereka yang tidak mempunyai kemampuan memiliki sambungan Internet. Harga sewaan Internet yang lembap ketika itu menggunakan sistem Dial Up Connection dan harga sebuah komputer yang agak mahal menyebabkan golongan tersebut mengambil kesempatan mencetak dan menjual berita reformasi di Internet. Ketika itu, laman-laman Malaysiakini, The Malaysian Insider, Merdeka Review, Malaysia Today dan Free Malaysia Today belum wujud sepenuhnya lagi dan hanya wujud selepas tahun 2001. Namun begitu disebabkan dengan jumlah dana yang mampu dikumpul mereka telah membolehkan laman mereka kini berkembang maju dan semakin ‘mahal’ pada hari ini.

Sekarang, golongan pencetak ini tidak mampu membuat urusniaga seperti 11 tahun lalu. Ini kerana sudah ramai rakyat Malaysia mampu milik komputer dan mempunyai sambungan Internet yang berkelajuan tinggi dengan Jalur Lebar sekurang-kurangnya. Bukan itu sahaja, semua orang sudah mula kenal dengan blog apabila banyak syarikat blog antarabangsa menyediakan perkhidmatan blog percuma seperti Blogspot dan Wordpress di samping dengan pengenalan laman-laman kenalan seperti Facebook dan Myspace yang mula digilai oleh rakyat Malaysia sejak tahun 2005.

Tujuan penulis menceritakan sejarah lama media reformasi bukannya sekadar ingin mengenangkan masa-masa yang lalu yang penuh dengan nostalgia dan semangat perjuangan. Laman-laman yang disebut di atas (perenggan ketiga) banyak menyumbang peluang kepada pejuang-pejuang politik yang kita kenal hari ini untuk menulis buah bicara, maklumat, berita dan manifesto perjuangan mereka untuk diketahui oleh umum. Dahulunya mereka hanyalah pejuang di jalanan yang berlari bertempiaran disembur gas pemedih mata dan air gatal dari meriam air FRU dan kini mereka sudah memegang jawatan penting sebagai wakil rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri dan juga Parlimen.

Malah, ada yang turut memegang jawatan Exco kerajaan negeri dan pemimpin kanan beberapa kerajaan negeri. Penulis masih ingat lagi, laman-laman web reformasi digunakan untuk tujuan mengumpulkan para pendemo jalanan untuk turun ke jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dan dengan hasil kerjasama laman-laman web reformasi inilah menyampaikan maklumat kepada umum, program-program demo menentang kerajaan berjalan dengan baik dan mendapat sambutan ramai. Malah penulis atau pengendali Laman Malaysia Today iaitu Raja Petra Kamaruddin dan penulis-penulis seperti Mohd Sayuti Omar, Badrul Amin Bahron, Hishamudin Rais, Allahyarham Rustam Sani, Saifuddin Nasution, mendiang M.G Pillai, Aziz Bari, Chandra Muzaffar (ketika itu bersama gerakan reformasi) dan ramai lagi pernah memberi sokongan dengan menyebarkan bahan penulisan mereka di laman-laman reformasi lama yang popular seperti RN, Mahazalim, Laman Marhaen dan banyak lagi.

Itu adalah kisah hampir sedekad lalu yang tidak akan dilupakan oleh penulis yang berada seangkatan dengan mereka di zaman awal reformasi bermula. Kini, wujud pula laman-laman web ’reformasi’ yang bergerak secara profesional dari segi laporan berita dan artikelnya sebagai portal berita seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider, Malaysian Digest, Malaysian Chronicle dan banyak lagi. Gaya penulisannya yang dilihat professional mampu menarik banyak pembaca terutamanya mereka yang tergolong di kalangan warga kota. Laman-laman ini adalah hasil usaha oleh bekas wartawan dan penyunting berita berbangsa bukan Melayu. Hanya baru-baru ini pula, Laman KL-Today.com mula memasuki pasaran dan laman ini yang bersifat pertengahan mengenai politik negara merupakan laman portal berita bersifat professional milik Melayu yang pertama setakat ini.

Meskipun begitu, laman-laman web reformasi yang kini masih dianggap ’jalanan’ sedangkan bekas-bekas penulis dan penyumbang artikelnya kini selesa memegang tampuk kuasa di negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) dan menjadi ahli-ahli Parlimen. Laman-laman reformasi ’jalanan’ ini masih lagi cuba merelevankan perjuangan mereka walaupun digugat oleh laman-laman portal professional pro-reformasi seperti Malaysiakini. Memang sukar untuk mereka mengekalkan kewujudan mereka sejak tsunami politik yang melanda negara ini pada pilihanraya umum tahun 2008. Kini, mereka seolah-olah sukar mendapat perhatian daripada ’mereka’ yang pernah ’terhutang budi’ kepada perjuangan laman-laman reformasi yang menaikkan mereka ke tahap sekarang.

Bila mereka menang dan membentuk kerajaan, laman-laman reformasi ini dilupa dan disisihkan. Mereka lupa bahawa keadaan mereka yang ada hari ini yang mentadbir banyak negeri disebabkan kesan fenomena maklumat berterusan yang disalurkan oleh laman-laman reformasi yang didirikan dengan sukarela dan penat lelah tidak berbayar kerana ikhlas di dalam perjuangan. Kini, laman-laman pro reformasi mengharapkan berita yang dikutip dari laman web professional seperti Malaysiakini, Malaysian Insider dan lain-lain lagi untuk disiarkan. Namun begitu, laman pro reformasi jalanan ini masih mendapat pujaan rakyat Malaysia untuk menyampaikan berita setempat dan pandangan mereka. Hanya selepas PRU 2008, kini laman reformasi boleh dilihat bukan sahaja menyajikan berita dan pandangan yang berbeza mengenai kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi juga ada yang mula menyajikan pandangan rakyat marhaen mengenai ketidakpuasan hati mereka kepada kerajaan-kerajaan negeri PR sendiri.

Biarlah saya berterus-terang di sini. Dalam ayat yang mudah, saya kira kecewa dengan sikap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang lupa akan jasa baik laman-laman reformasi yang telah membawa mereka sehingga ke tahap ini. Apabila mereka memiliki kuasa pentadbiran, mereka sudah lupa akan tanggungjawab mereka untuk meneruskan hubungan baik yang penuh simbiosis dengan laman-laman pro-reformasi. Kini, setelah bergelar ahli Parlimen dan Exco kerajaan negeri terutamanya di negeri Selangor, mereka mengorak langkah menggunakan sumber baru penyampai maklumat seperti TVSelangor, Selangorkini dan media-media portal berita yang terkemuka sahaja seperti Malaysiakini, Malaysian Insider dan Merdeka Review sebagai wadah komunikasi mereka dengan rakyat. Laman-laman portal ini seringkali mudah mendapat jemputan untuk ditemuramah, menerima kenyataan akhbar untuk penyiaran, maklumat serta berita aktiviti parti dan kerajaan bagi menyiarkan bahan-bahan maklumat mereka. Jika dahulunya, apabila mereka mengadakan program dengan rakyat, mereka tidak akan lupa untuk emelkan kepada laman reformasi bagi menyiarkan bahan mereka secara terus. Tetapi kini para webmaster laman reformasi kena mencari sendiri bahan dan mengharapkan ihsan orang ramai yang mengirim berita dan gambar program yang dilakukan.

Kenapa saya kata PKR dan bukannya DAP dan PAS? Setakat ini, hubungan laman pro reformasi masih dihargai oleh PAS dan DAP. Pemimpin PAS terutamanya naib-naib presidennya selalu mengadakan sidang media dengan menjemput wakil-wakil dari media reformasi. Pemunya laman web pro reformasi juga dijemput untuk makan malam penghargaan dan program-program kerajaan di negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. DAP walaupun dilihat sebagai parti majoriti Cina juga terus menghargai laman-laman web pro reformasi milik Melayu dan selalu meraikan mereka di program-program parti dan masyarakat. Untuk PAS pula, walaupun mereka sudah mempunyai jentera komunikasi yang berkesan melalui HarakahDaily.com, mereka tetap menghargai pejuang laman reformasi.

Tetapi bagi pemimpin-pemimpin PKR yang mungkin mabuk kuasa dan hanya mahu mencapai kedudukan jawatan di dalam kerajaan, dalam tempoh dua tahun ini, kebanyakan laman web reformasi seakan-akan dilupakan apabila mereka mempunyai jentera media baru terutamanya di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Bukan itu sahaja, pemimpin PKR negeri mempunyai masalah komunikasi bagi menerangkan isu-isu parti dan nasional melalui media-media alternatif kepada rakyat. Media-media alternatif di sini bukan sahaja media internet yang pro reformasi tetapi juga media bercetak yang pro reformasi seperti yang ada di pasaran hari ini seperti Siasah dan Kabar.

Saya mendapat maklumat yang meyakinkan mengenai ada beberapa pegawai atau setiausaha akhbar kepada para pemimpin PKR yang menjawat jawatan di dalam kerajaan negeri gagal memainkan peranan di dalam penyebaran maklumat selain dari masalah sukar dihubungi. Jika ditinjau siapa pegawai-pegawai ini, kebanyakan setiausaha akhbar ini adalah bekas pemimpin mahasiswa yang kebanyakannya berumur di pertengahan ke lewat 20an. Mereka ini bukan sahaja tidak berpengalaman atau lemah di dalam mengatur program komunikasi dengan para wartawan tetapi juga angkuh dan pilih bulu bila berhadapan dengan para wartawan media reformasi.

Bagi saya, tidak hairanlah ’budak-budak muda’ ini angkuh atau lemah di dalam peranan mereka sebagai pegawai akhbar. Jika diikutkan umur mereka, saya yakin ketika awal bibit reformasi bermula 1998, mereka mungkin masih berada di awal sekolah menengah dan di akhir sekolah rendah. Kejiwaan mereka sebagai generasi reformasi adalah kurang dan ini menyebabkan mereka tidak menghayati sejarah reformasi sendiri dan akur akan peranan media alternatif di dalam membawa parti dokongan mereka ke tahap yang ada pada hari ini.

Saya tidak berkata semua pemimpin PKR sedemikian rupa tetapi berani saya katakan majoriti daripada mereka sudah lupa jasa media alternatif. Mungkinkah jika mereka kalah dalam pilihanraya umum akan datang dan kehilangan negeri Selangor akan menyebabkan mereka kembali ke ’jalanan’ dengan media-media alternatif ’jalanan’ sebagai wadah komunikasi dengan rakyat? Itu satu persoalan yang saya mahukan pemimpin PKR Selangor rungkai sendiri. Saya juga diberitahu pemimpin-pemimpin yang pernah berjuang di jalanan yang dulunya mudah didekati tetapi kini sudah sukar pula dihubungi. Malah, pegawai-pegawai akhbarnya juga mengalahkan ketuanya yang ’Yang Berhormat’ juga sukar ditemui atau dihubungi oleh pihak media alternatif jalanan. Mengalahkan bapa menteri kerajaan BN untuk ditemui walaupun hanya memegang jawatan ahli Parlimen dan pemimpin kerajaan negeri. Bagi wartawan jalan ini, jika bernasib baik bolehlah dijumpai di lobi Parlimen sahaja kalaulah dapat bolos pengawal Parlimen.

Saya menulis di sini atas kapasiti individu dan tidak mewakili mana-mana pengendali atau wartawan media ’jalanan’ di negara ini. Namun begitu, saya yakin ramai daripada mereka mungkin bersetuju dengan saya mengenai sikap beberapa pemimpin PKR yang mula menjauhi media web reformasi. Malah, setiap kali mesyuarat agung PKR selepas era tsunami 2008, ramai daripada mereka ini sebenarnya merasakan dipinggirkan dan berita-berita semasa perhimpunan itu pun dikutip dari laman web portal alternatif yang terkemuka ataupun dari laman Suara Keadilan dengan ikhlas menyiarkan bagi tatapan umum.

Walaupun PAS sudah cukup baik memiliki HarakahDaily sebagai sumber maklumat internet dan akhbar tetapi mereka masih membuka ruang kepada pengendali laman web reformasi untuk hadir untuk membuat liputan Muktamar mereka. Program-program rakyat dengan DAP di Pulau Pinang terutamanya dengan orang Melayu Pulau Pinang juga dapat dihadiri oleh wartawan jalanan ini kerana dijemput. Boleh dikatakan, sejak tahun 2008, liputan-liputan laman web reformasi lebih banyak yang melaporkan berita-berita berkaitan pemimpin DAP seperti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng dan pemimpin PAS jika dibandingkan dengan pemimpin PKR sendiri.

Kita tidak tahu di mana silapnya di dalam PKR itu sendiri. Siapa yang silap? Sama ada kelemahan jentera penerangan PKR sendiri ataupun sikap pemimpin PKR yang sudah berangan-angan besar menjadi pemimpin negara yang hanya memandang tinggi portal berita profesional seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang mereka yakin mempunyai pengaruh yang lebih besar. Saya kiranya tidak menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana saya yakin beliau amat menghargai peranan media reformasi yang banyak membantu membangunkan imejnya yang runtuh pada tahun 1998.

Anwar adalah manusia biasa dan kini mempunyai banyak perkara lain yang perlu dihadapinya sebagai pemimpin utama pembangkang dan juga isu dakwaan Liwat II. Beliau hargai peranan media reformasi yang berjaya menangkis imej dan persepsi buruk yang cuba diterapkan oleh kerajaan melalui media kerajaan tetapi kini apabila PKR melangkah satu lagi langkah selepas PRU 2008, media reformasi kini makin dilupakan. Andaikata, Anwar ada membaca artikel ini, moga-moga beliau menasihati pemimpin-pemimpin di bawahnya di dalam PKR supaya mengenang semula masa lampau perjuangan bersama media-media reformasi jalanan.

Meskipun laman web reformasi jalanan kini tidak lagi ’diiktiraf’ oleh kebanyakan pemimpin PKR pada hari ini, perlu diingatkan rakyat masih berpusu-pusu masuk ke dalam laman web reformasi pada hari ini walaupun portal professional seperti Malaysiakini terus digemari. Laman-laman reformasi seperti Perisik Rakyat, Kerajaan Rakyat, Tranungkite dan lain-lain lagi yang masih kekal pada hari ini akan terus dilihat sebagai pasak kepada perjuangan reformasi di negara ini. Tidak kira sama ada PR mampu menawan Putrajaya atau tidak, laman-laman ini akan terus kekal hidup dalam masyarakat reformasi hari ini dan di masa akan datang. -kl-today

Ulasan GB

Terima kasih kepada sdra Shaharul Shafie di atas tulisannya di atas yang menunjukkan masih ada yang simpati dan mengerti kepada kami, para reformis jalanan.

Soalnya, mereka melupakan kami? Merekalah yang bakal terima bahananya. Kami, insyaAllah macam biasa meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan, bukan menegakkan Anwar atau TG Hadi Awang atau mana-mana batang tubuh seseorang.

Waktu PR menang besar pada 1999 dan 2008, YB-YB ini kebanyakan tidak menyedari siapa yang menyebabkan mereka memperolehi kemenangan. Maka sebab itu mereka tidak pedulikan nasib kami lagi. Mereka tiba-tiba menjadi takbur dan menyombong diri.

Selain itu timbul pula tukang ampu tukang bodek YB-YB ini. GB pula jadi sasaran caci maki, kononnya tak ikhlas diri. Mereka ini reformis palsu malah tukang komen dan kritik di blog-blog seperti blog GB ini. Pantang lambat atau tidak menyiarkan komentar mereka, terus mereka melenting kata GB ni gitu gini. Mereka ini sebenarnya tidak pernah pun menjadi reformis, hanya tukang perhati tukang caci. Tak pernah kena belantan FRU di demontrasi, tak pernah masuk lokap dan tak pernah masuk ICU macam yang telah GB alami. Mereka ini penakut sebenarnya, tak penah dedah identiti hanya berani membalun belakang GB.

GB pernah mengulas isu ini di SINI dan SINI

Dulu GB pernah berpesan:

Blogger telah membuktikan kemampuan mereka memberi kemenangan kepada Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah atau mana-mana juga pemimpin PKR. Namun blogger juga mampu membawa kekalahan kepada sesiapa yang dilihat sudah lari dari perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. InsyaAllah.

PAS cadang JK Khas Parlimen pantau projek 

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen ditubuhkan bagi memantau setiap kelulusan projek pembinaan melibatkan kos yang tinggi.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mencadangkan demikian ekoran cadangan pembinaan Menara Warisan oleh Kerajaan Barisan Nasional dalam bajet 2011.
"Saya minta kerajaan meneliti mengenai cadangan pembinaan menara ini dan satu Jawatankuasa Khas Parlimen ditubuhkan untuk meneliti projek-projek besar sebelum mendapat kelulusan khas berkaitan projek pembinaan menara dan sebagainya," kata beliau dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut mengenai cadangan pembinaan menara itu, Mahfuz mempersoalkan penjelasan pengerusi eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman bahawa pembinaan menara itu tidak melibatkan dana unit amanah saham dalam syarikat GLC itu.
"Beliau (Hamad Kama Piah) mengatakan pembinaan ini tidak menyentuh dana unit amanah.
"Pembinaan ini menggunakan dana khas iaitu hasil keuntungan daripada pelaburan-pelaburan yang dibuat oleh PNB tapi saya nak mengingatkan beliau bahawa nilai saham amanah dikumpulkan oleh PNB ialah RM115 bilion daripada amanah saham bumiputera yang pelbagai," jelasnya.
Tambahnya, adalah mustahil PNB mempunyai dana yang lebih besar daripada unit amanah yang dikumpulkan daripada pelbagai peringkat masyarakat.
"Kecuali pada masa penubuhan PNB dulu memanglah ada sejumlah wang daripada kerajaan yang diberi sebagai modal awal pusingan, selepas itu diwujudkan amanah saham dan sebagainya.
"Jumlah RM115 bilion ini kita nak tahu berapa jumlah keuntungan dalam tempoh 30 tahun hasil pelaburan yang telah pun dibuat oleh PNB. Jadi saya nak tegaskan bahawa secara langsung atau tidak langsung ia melibatkan unit amanah," katanya lagi.
Tegasnya, adalah tidak adil keuntungan PNB itu digunakan untuk membina menara berkenaan, yang hanya memberi keuntungan kepada segelintir pihak sahaja.
"Sepatutnya hasil keuntungan itu diberi sebagai dividen kepada pemegang-pemegang saham ini.
"Kalau hasil keuntungan itu hanya nak digunakan untuk pembinaan menara 100 tingkat saya fikir itu tidak adil dalam keadaan kita sudah pun mempunyai ruang bangunan pejabat yang sudah banyak.
Beliau juga bimbang pertambahan menara akan menyebabkan lebihan ruang yang menyebabkan permintaan berkurangan dan akhirnya mengakibatkan krisis ekonomi.
"Saya beri contoh Menara City Bank yang sudah menurunkan kadar sewaan daripada RM7 satu kaki persegi turun kepada RM6 hingga 6.50 satu kaki persegi.
“Pengurangan kadar sewa ini menunjukkan permintaan sudah berkurangan sehingga mereka terpaksa menawar kadar yang rendah. Bagaimana selepas ini akan berlaku ruangan yang lebih banyak?
"Ini menyebabkan lebihan ruang dan saya bimbang akan mencetuskan krisis ekonomi seperti mana yang berlaku di Amerika," katanya.
Sebelum itu, Mahfuz dalam Dewan Rakyat membahaskan Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.

War of 'banners' breaks out in Parliament

By Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: A “war of the banners” has broken out at the Parliament compound. Pakatan Rakyat MPs this morning put up a banner on the Galas by-election and another one depicting their chief Anwar Ibrahim, while across the battle line several Umno banners were also in place.
Pakatan leaders said this was a litmus test to see who actually has control over Jalan Parliament.

Dewan Rakyat Speaker Pandikar Amin Mulia yesterday told Pakatan MPs that he had no authority over the banners hung by Umno despite protest from the opposition. Pakatan MPs had argued that Parliament should be free of political leanings.

Amin said the responsibility for Jalan Parliament was with Kuala Lumpur City Hall (DBKL) and his authority as speaker was limited to Parliament House.

Pakatan MPs led by Teresa Kok (DAP-Seputeh), Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) and Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) tied up a banner at the railings to the entrance of Parliament. The banner showed the party's campaign activities for Galas.

And on an unoccupied lamp post, Chong Cheang Jen (DAP-Bandar Kuching) hung a banner of Anwar.

Pakatan decided to put up the banners in retaliation against Umno which had strung up its banners “advertising” its current annual general assembly at Putra World Trade Centre.

Said Kok: "This means that all politicians can do anything... If Umno can hang its banners on Jalan Parlimen, so can we.

"And we would like to know what the speaker or the administrators in Parliament had to say on this.”

Tit-for-tat

According to Hatta, they also want to know "how far they (DBKL) will go" in allowing the opposition to place its banners.

Abdullah Sani (PKR-Hulu Langat) said the tit-for-tat action may seem "childish" in the public eye, but the people should be aware that Umno is not a government party.

"If Umno is allowed to do such a thing, then other parties should also be permitted to do it and this includes the Independents and Pakatan MPs," he said, adding that it would be "unfair" if DBKL were to pull down the opposition banners because DBKL had “set a precedent”.

Johari Abdull (PKR-Sungai Petani) said Parliament as an independent constitution should be free of political influences.

He also said Jalan Parlimen should be included in the Parliament compound over which the Speaker should have an authority.

When asked if Pakatan had applied for permission to hand up their banners, he said: "We respect the constitution. If Umno is allowed to do that, it just opens up a floodgate and anyone could hang a banner there."

Battle Putrajaya: With our lives we'll keep the traitor at bay


UMNO AGM

KUALA LUMPUR: Prime Minister Najib Tun Razak today sounded a strident clarion call for Umno members to defend the administrative capital from Opposition Leader Anwar Ibrahim.
Although he did not name Anwar in his speech at the Umno annual general assembly here, it was clear that the premier was referring to him when he used the term "traitor".
"Are we willing to give our beloved Malaysia to this traitor of race and nation?" he asked, drawing a thunderous "no" from the audience.
Umno leaders had constantly branded Anwar, who was once their deputy president and now PKR supremo, as someone who had turned his back on the Malay race.
Anwar, who was sacked as deputy premier in 1998, was also, among others, accused of being an American agent.
In another swipe at the opposition leader and Pakatan Rakyat, Najib said those who trample upon each other for power cannot be trusted to govern the country.
"Can we believe Malaysia's success can be maintained by them. Can Malaysians trust those who have shown nothing but the desire to take the throne?" he asked.
Najib also called on Umno members to defend Putrajaya at all cost from the opposition onslaught in the next general election, even if it meant laying down their lives.
"Even if our bodies are crushed and our lives lost, brothers and sisters, whatever happens, we must defend Putrajaya," stressed the Umno president.
Malay rights fully protected
Meanwhile, Najib also assured that the privileges and rights of the Malays are fully protected under the Federal Constitution and cannot be disputed, and this fact should be accepted by all races in the country.
He said this fact was agreed upon by the founding fathers representing all the races in the country when it gained independence.
"Even if the two-thirds majority is gained in Parliament, nothing can be changed without the consent of the Council represented by the nine Malay Rulers.
"In other words, it would be pointless to quarrel and use this provision on citizenship to threaten the other races because the provision enshrined is so concrete even if an emergency were to be declared, it still cannot be touched," he was quoted as saying by Bernama.
In his speech with the theme 'Empowering the Race to Lead Prosperity', Najib pointed out that efforts by certain groups to question the position of the Malays as a race whose privileges are protected, had clearly caused uneasiness and dissatisfaction towards the Malays who are noted for their accommodating attitude.
"This feeling of discontentment has begun to spread and may destroy the racial harmony which we have nurtured for so long," he said to loud applause from the more than 4,000 delegates and observers.
Najib said that after gaining independence for 53 years and that Malaysians were now facing relentless pressure on the main thrusts in racial relations which had existed all this while, this national polemic could possibly pose a threat to national solidarity.
"What poses a problem under these circumstances is that there will be tension when history is ignored or forgotten as time goes by, or when there are irresponsible groups who try to re-interpret all this to suit their interests or narrow agenda," he said.
Najib said the Malays had actually made the biggest sacrifice to achieve independence, when they were willing to share the ownership of 'Tanah Melayu', which was their motherland, with the other races.
Three phases of recovery
Najib also said that Umno will have to undergo three phases of recovery in order to continue shouldering the responsibility of building the future and empowering the Malays.

First and foremost, he said, Umno should acknowledge weaknesses and problems faced by the party, engage in soul-searching to find the remedies, and thirdly, to launch an efficient party machinery.

"It is important that the party goes through these phases in an orderly and organised manner. Otherwise all the changes and transformation plans will not come to a successful fruition,” he said.

"Like it or not, the Malays of this century should face the reality in order to achieve success. What is the use of quota, reserves and permits if these are taken for granted. What is the use of opportunities if they are pawned for short-term gains," he said.

Najib said that to face challenges, Umno would be steadfast in its struggle for the race, religion and country through concrete initiatives, policies and programmes.

"Umno will not forsake the Malays, Umno will not let them be sidelined and become wanderers in their own country. We are committed not only to doing our best but also doing the right thing for the Malays. We cannot afford to be lulled by our past," he said.

Dr Yusuf al Qaradhawi menarik diri dari Persidangan Doha kali kelapan disebabkan kehadiran Yahudi!!

photo

Dr Yusof Al-Qaradawi @ PICC Putrajaya 

19 Oktober- Dr Yusuf al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim SeDunia, mengumumkan tidak akan menyertai Persidangan Doha kali kelapan (Dialog Antara Agama) yang akan diadakan di Qatar. Menurut sumber yang diterima, beliau menolak penyertaan persidangan ini bukan disebabkan faktor agama Yahudi akan tetapi faktor politik.

Terdahulu, pejabat rasmi Dr al-Qaradhawi semalam telah mengeluarkan kenyataan, bahawa beliau sebelum ini telah mengambil bahagian dalam persidangan pertama, kedua dan ketiga, ketika berlansungnya dialog antara Islam – Kristian. Pada persidangan kelapan ini pula bakal disertai oleh Yahudi dan beliau mengambil pendirian untuk menarik diri dari persidangan ini kerana bersalahan dengan firman Allah s.w.t “ dan janganlah kamu berbahas Dengan ahli Kitab melainkan Dengan cara Yang lebih baik, kecuali orang-orang Yang berlaku zalim di antara mereka; dan Katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) Yang diturunkan kepada Kami dan kepada (Taurat dan Injil) Yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, Kami patuh Dengan berserah diri." Surah al Ankabut : 46

Tambahan beliau (pejabat rasmi al Qaradhawi), tidak perlu kita berdialog dengan Yahudi yang telah melakukan kerosakan di muka bumi, menumpahkan darah, mencabuli kehormatan Islam dan memusnahkan penempatan umat Islam. Sebelum duduk bersama di atas satu pentas, selayaknya diselesaikan segera Isu Umat Islam di Palestin. Itu yang lebih patut dan wajar untuk dilaksanakan pada waktu sekarang.

Pihak pemberita cuba menghubungi al Qaradhawi tetapi tidak berjaya dan dimaklumkan oleh sumber terdekat bahawa beliau ketika ini sedang berada di Bosnia. Disamping itu, sumber terbabit mengesahkan akan tidak keterlibatan al Qaradhawi pada persidangan tersebut.

Sumber itu menunjukkan bahawa Al-Qaradawi tidak menolak berdialog dengan orang-orang Yahudi kerana agama mereka, kerana sebelum ini pernah menerima kunjungan dan perbincangan bersama delegasi kumpulan (Natory Carta). Mereka adalah orang-orang Yahudi yang menolak prinsip-prinsip Zionisme dan pendudukan tanah-tanah kaum muslimin.

Pandangan al Qaradhawi mendapat sokongan dari ulama al Azhar mengenai isu ini. Dr Abdul Mu`ti Bayumi, ahli Akademi Penyelidikan Islam al Azhar Syarif berkata kepada pemberita: “ Saya tidak lihat keperluan untuk berdialog dengan Zionis. Seandainya mereka dikalangan Yahudi yang menolak pendirian Zionis Israel, seharusnya kita berdialog dengan mereka ”.

Tambahan beliau, kita tidak menutup ruang perbincangan bersama Yahudi sehinggakan tiada lansung medan perbincangan dapat dilakukan. Perbincangan bersama Zionis yang zalim tidak wajar dilakukan kerana sifat angkuh dan tamak mereka yang banyak melakukan kerosakan dan kezaliman terhadap umat Islam.


Disunting dan di olah dari sumber: almasry alyoum

Kunci pembuka fitnah politik Umno

Nurul Izzah Anwar

21 OKT — Perdana Menteri yang juga Presiden Umno telah membuat beberapa kenyataan sempena Perhimpunan Agong Umno 2010 hari ini.
Kenyataan beliau yang paling penting pada hemat saya adalah pengakuan bahawa hak Melayu sudah “terkunci kemas” di dalam Perlembagaan sehingga seandainya mana-mana pihak mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun tidak mampu mengubah hak Melayu tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat pula memegang kunci tersebut untuk membuka ruang-ruang baru yang akan mensejahterakan semua rakyat dan mendemokrasikan negara yang berbilang kaum ini.
Kunci ini juga mesti membuka kontrak politik baru dimana undang-undang anti-demokratik seperti ISA, AUKU, PPPA dan sebagainya mestilah dihapuskan segera. Kunci ini juga menentukan bahawa undang-undang anti-demokratik ini tidak lagi diperlukan kerana hak Melayu telah dikunci kemas melainkan undang-undang anti-demokratik bukan sahaja untuk mengunci tetapi merantai rakyat untuk kepentingan Umno sahaja.
Kunci ini juga mendedahkan fitnah politik Umno yang mengatakan bahawa Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno tidak benar sama sekali kerana kunci ini terletak di tangan Raja-Raja Melayu yang sebenarnya adalah Raja-Raja semua rakyat Malaysia.
Fitnah politik Umno ini hanya digunakan untuk menguntungkan golongan Umno yang kecil dan memiskinkan rakyat jelata yang ramai seperti yang didedahkan oleh Ketua Pemuda Umno sendiri dimana setelah 53 tahun Merdeka, 60 peratus orang Melayu luar bandar masih dilanda kemiskinan.
Dengan itu saranan Presiden Umno untuk terus mempertahankan Putrajaya sebaliknya menjadi panggilan keramat untuk rakyat membebaskan Putrajaya daripada Umno.
Sudahlah dan cukuplah kerana tiba masanya semua Raja and rakyat memegang kunci ini dan bukan Umno, yang menjadi pemfitnah dan hipokrit perjuangan bangsa.

* Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Mampukah Malaysia selesaikan hutang RM101.65 bilion dalam 3 tahun?

Kerajaan Malaysia dijangka berdepan dengan saat-saat gentingnya untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM101.65 bilion dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, apabila Sekuriti kerajaan Malaysia (bon kerajaan) dan Sukuk yang berjumlah ratusan bilion ringgit ini sampai tarikh tebusannya.
Nilai yang mencakupi 30% daripada jumlah hutang awam dalam negeri ini tidak termasuk hutang negeri asing yang bernilai RM6.2 bilion dan pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berjumlah RM7.2 bilion, juga perlu diselesaikan dalam tempoh tersebut.
Di samping itu, menurut perangkaan dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, KWSP menjadi "khazanah" terbesar untuk kerajaan persekutuan, apabila membekalkan pinjaman sejumlah RM56.59 bilion kepada kerajaan persekutuan dan GLC (Syarikat berkaitan kerajaan).  Badan-badan ini masih berhutang RM48.36 bilion daripada KWSP sehingga hari ini.
Seandainya jumlah ini ditambah pula dengan RM93.11 bilion yang dilaburkan oleh KWSP ke atas bon kerajaan, maka jumlah dua angka ini mencakupi 40% daripada jumlah dana yang ada dalam KWSP.  Dengan kata lain, KWSP menggunakan 40% wang pencen yang disimpan oleh pekerja Malaysia untuk menampung perbelanjaaan kerajaan persekutuan atau GLC.
Hutang RM101.6 bilion perlu dijelaskan
Perhitungan kasar MerdekaReview mendapati hutang sekuriti kerajaan Malaysia dan Sukuk yang sampai ke tarikh tebusannya antara tahun 2010 hingga 2012 berjumlah RM101.65000 bilion, iaitu 30% daripada jumlah hutang awam dalam negeri.  Jumlah hutang dalam negeri telah mencecah paras RM348.6 bilion pada hujung tahun 2009.
Menurut Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, hutang Bil Perbendaharaan yang bernilai RM10 bilion akan tiba tarikh tebusannya pada tahun ini, namun kerajaan persekutuan masih belum menjelaskan RM4.32 bilion daripadanya.  Selain itu, hutang sukuk yang bernilai RM5.0 bilion yang harus dijelaskan pada tahun 2012, masih dihutang RM4.9 sehingga kini.
Sementara itu, Sekuriti Kerajaan Malaysia bernilai RM92.4 bilion yang belum dijelaskan akan sampai ke tarikh tebusannya, mulai tahun ini hinggalah tahun 2012.  Apa yang menarik, bon yang bakal sampai tarikh tebusan ini diterbit oleh kerajaan Malaysia antara tahun 2001 hingga 2009, dan melibatkan angka yang besar.
Akibat daripada pembaziran 10 tahun lalu
Ia sebenarnya mencerminkan pembaziran dan kekurangan disiplin ketika kerajaan mengendalikan kewangan negara sejak kemelut ekonomi pada tahun 1997.  Sepanjang 10 tahun yang lalu, kerajaan persekutuan tidak bersungguh-sungguh untuk mengurangkan defisit dan hutang yang dipikul, menjurus kepada akibat hari ini, di mana kita berada pada saat genting untuk membayar hutang dalam tiga tahun ini.
Kerajaan Malaysia sebenarnya berpeluang untuk mencapai keseimbangan belanjawannya dalam tempoh 10 tahun yang lalu, namun kerajaan masih memilih untuk mengekalkan defisit pada paras 4.3% secara puratanya.  Pada masa yang sama, hutang kerajaan persekutuan melonjak secara mendadak selepas kemelut ekonomi Asia, dari RM90 bilion (atau 32% berbanding KDNK) pada tahun 1997, kepada RM306.4 bilion (atau 41.5% berbanding KDNK) pada tahun 2008.
Pada ketika angka defisit dan jumlah hutang semakin melambung, kerajaan mengemukakan pakej ransangan ekonominya dengan RM67.0 bilion.  Defisit kewangan terus melonjak dari 4.8% pada tahun 2008 kepada 7.4% pada tahun 2009.  Pada masa yang sama, hutang kerajaan persekutuan berkembang dari RM306.4 bilion (atau 41.5% berbanding KDNK) pada tahun 2008, kepada RM362.5 bilion (atau 52.4% berbanding KDNK) pada tahun 2009.
Menurut seorang juruaudit, kerajaan Malaysia agak bermasalah dalam disiplinnya ketika mengendalikan kewangan.  Pada hakikatnya, kerajaan Malaysia berupaya untuk menyeimbangkan belanjawannya pada ketika harga pasaran antarabangsa minyak melonjak.  Namun, kerajaan persekutuan telah terlepas peluang keemasan ini.
Ekonomi Malaysia telah menurun, jikalau dibandingkan dengan beberapa tahun yang lalu.  Kini, kerajaan bukan sahaja berdepan dengan masalah kekurangan pendapatan, malah perlu mengekalkan perbelanjaan yang besar untuk merangsang ekonomi.  Jadi, adalah sukar untuk kerajaan mencapai matlamat menyeimbangkan belanjawan.
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

Hek Eleh! UMNO Pertikai Duit Pemuda PAS?


Wakakakaka!

Tergelak teman bila baca yang UMNO Kelantan pertikai Pemuda PAS Kelantan berjaya beli bekas Bangunan UMNO Kelantan!

Wehhh!! Ketam marah Kancil jalan lurus!!

UMNO ingat dia kaki seleweng..
Semua orang pun seleweng macam dia laaa!!

Mungkin UMNO jarang dengar perkataan "kutipan amal"..
Mungkin UMNO jarang dengar perkataan 'Tabung Jihad"..
Mungkin UMNO tak pernah dengar pun perkataan 'infa'!

Yang UMNO biasa dengar "undertable"..
Yang UMNO selalu dengar "duit tepi"...
Yang UMNO nak sangat dengar "direct nego"!!!
Yang UMNO teringin sangat dengar 'mark up harga"!!!

Wakakakakakak!!
sunsnake 21102010

Dana Pemuda Pas Kelantan diguna beli bangunan UMNO Kota Bharu

KOTA BHARU 20 Okt. - Dewan Pemuda Pas Kelantan menjelaskan wang sebanyak RM4.5 juta yang digunakan untuk membeli Bangunan UMNO Kota Bharu daripada Datuk Zaid Ibrahim adalah hasil kutipan dana yang dilakukan sejak 10 tahun lalu di samping pinjaman bank.

Pencak Terakhir Najib Sebelum UMNO BN Disemadikan


Najib: Pertahan Putrajaya walau apa terjadi, 2011 tahun ‘unik’

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Meskipun Datuk Seri Najib Razak tidak membayangkan tahun depan sebagai tahun pilihan raya umum tergempar, tetapi memberitahu ahli-ahli Umno hari ini bahawa “tahun 2011 bukanlah sembarangan” tahun.

“Laksamana Hang Tuah menyebut, takkan Melayu hilang di dunia. Begitulah, bangsa Melayu terutamanya dirantau ini, telah menjelajah zaman dan menempuh rangkaian suka duka.

“Ketahuilah, tahun 2011 yang bakal menjelang bukanlah sembarangan. Ia menandakan genapnya tempoh lima ratus tahun, semenjak kejatuhan empayar Melayu Melaka.

“Di sini, kita harus mengambil pengajaran kenapa sebuah empayar begitu hebat di Kepulauan Melayu yang menjadi persinggahan perdagangan dua benua telah rebah dijajah Portugis,” kata beliau yang merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan 2010 dengan acara perbarisan dan menaikkan bendera Umno di Dataran Putra sebelum itu.

Banyak pihak membuat spekulasi pilihan raya umum ke-13 tergempar kemungkinan diadakan selepas suku kedua tahun depan walaupun mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013.

Dalam ucapannya bertemakan “Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran”, Najib berpesan bahawa walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti dipertahakan.

“Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan.

“Berpasaklah kepada parti Umno. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional.

“Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!” kata Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN. petikan dari TMI

Ulasan GB

Menarik ucapan Najib, Presiden UMNO diperhimpunan kali ini. Ia mendedahkan satu pengakuan dari hati kecil Najib sendiri bahawa UMNO BN kini berada di dalam situasi amat kritikal. Lalu beliau terpaksa menyuarakan setulus hatinya

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa"...

yang menunjukkan bahawa UMNO BN kini sudah berada di tubir jurang keruntuhan.

Roda kehidupan berputar. Sememangnya itu adalah satu ungkapan akhir dalam mana-mana perjuangan dan rasanya Najib akan menutup tirai pemerintahan UMNO BN selepas pilihanraya kali ini.

Kuasa Tuhan - siapakah yang mampu menandingiNya?
Di situlah dimana pemimpin-pemimpin UMNO lupa.

UMNO Hayati Lagu 'Warisan'??? Untuk Apa?

Puteri UMNO nak pertahankan warisan macam ni ka??
Ka macam ni???
Macam ni???
Macam-macam ni?
macam ni kot?
Haaa!!! warisan macam ni??? terbaekkk!
hohoho! macam ni??
Uikksss!!!Gigilllll!!! macam ni?
Wow!!! warisan macam ni??
Haaa... bangang macam ni?
Perffghhhhh!! Warisan macam ni terbaekkk!!.
Hidup Melayu!!!
Sial! Macam ni???
Grrrrr...!! Macam ni ha??
Wo wo wo!!! macam ni??

Teman kadang-kadang pelik al confuse dengan UMNO nih!

Dok melolong-lolong perjuangan bangsa melayu..
Apa yang nak diperjuangkannya?
Apa yang berat sangat?

Yang paling heran,
perjuangan melayu apanya?

Perdana Menteri Malaysia sejak merdeka tak pernah pun dari kalangan bukan melayu..
Tak pernah pun dari kalangan bukan UMNO..
dan tak pernah pun dari kalangan ahli PAS!

Apa yang mereka slogankan?
Hidup Melayu?
Tak jugak melayu terbela!

Dok canang Hidup Melayu... Singapore bagi free kat lee Kuan Yew!
Dok canang Hidup Melayu... Penang yang majoriti UMNO menang kerusi DUN pun bagi jawatan Ketua menteri kat Gerakan??
Abis?? siapa yang sebenarnya selama ini menghalang UMNO nak memartabatkan melayu?

Contoh di Bandar Rawang ni...
53 tahun UMNO menerajui negara..
Boleh kira sebelah tangan pemilik bangunan rumah kedai orang melayu!
Mamak lagi ramai pemilik bangunan kedai daripada melayu!

Malangnya di Rawang ni.. tiada Arked Mara..
Kalau ada barulah ada pemilik premis kedai melayu...

Salah siapa semua tu?
Salah PAS?
Salah DAP?
Salah PKR?

Salah melayu?
Salah Cina?
Salah India?
Aduyaiii!!!

Siap menyanyi lagu Warisan lagi tuhh!!
Wakakakkaak!
bab melalak karaoke memang UMNOlah juaranya bro!!!
sunsnake 21102010