Rabu, 20 Oktober 2010

Cina,India dah Janji Nak sokong.. Melayu?


Hari tu kaum Cina di Galas dah ikrar nak teruskan sokongan kepada PAS..
Hari ni kaum India di Galas pulak..

Hmm.. kalau ditakdirkan PAS kalah kelak..
macam dah tahu siapa punya angkara!!!

wakakakakak!

Kompom orang asal ke? wakakaka

Silap-silap Orang Asal pun pangkah PAS!!

Kalu cenggitu? Siapa lagi???
sunsnake 20102010

Rosmah.. PM In Waiting?


Wakakakak!

Teman dah makin confuse dengan peranan yang Kak mah ni mainkan..
Sebagai Isteri PM?
Sebagai Isteri Najib?
Sebagai '1st lady'?
Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri??
Sebagai Menteri di Kementerian?
Sebagai Menteri permata?

Kalau dah dalam belanjawan negara pun ada allocation untuk Kak Mah ni..
Kira hebat laaa!!
Sehebat-hebat Kak Siti Hasmah dulu pun..
Takat Badminton je yang dia terserlah..

Allahyarhamah Hendon pun..
Takat hal-hal batik Malaysia je yang dia joint..

Mari sampai Kak mah ni..
Dengan badminton.. dengan batik.. dengan Kementerian punya kerja pun dia sapu!!
Perghhh!!
Nak kata Senator tak senator..
Nak kata YB tak YB..

Bayangkanlah..
sampaikan time kempen PRK pun dia turun berkempen!!
Something yang Kak Siti Hasmah dan Allahyarhamah Hendon tak terfikir pun nak buat gamaknya!

wakakakaak!

Makin menyampah lak rakyat tengok!
sunsnake 20102010
Peningkatan Peruncit Asing Ubah Persekitaran Industri Runcit Negara, Kata Rosmah
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Peningkatan peruncit asing telah mengubah perkitaran perniagaan runcit dalam negara, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata perniagaan runcit asing telah memudahkan pengembangan, memodenkan dan menambah baik kecekapan industri runcit domestik.

"Meskipun dengan perubahan ini, peruncit kecil atau peruncit masih relevan dan mewakili perkhidmatan penting kepada komuniti dan ini dapat dilihat dengan pertumbuhan 13 peratus jumlah kedai sehingga Jun 2009, sedangkan hipermarket atau pasar raya besar berkembang tujuh peratus pada tempoh yang sama.

KJ: Budaya sate antara 10 ciri negatif Pemuda Umno mesti kikis

KUALA LUMPUR, 20 Okt  –  Sikap suka melihat dan mengambil kesempatan dengan turut sama melontarkan kritikan ketika anggota parti dikritik lawan perlu dikikis dalam Umno, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Katanya, sikap tidak bertanggungjawab itu perlu dikikis dan dielak dari dijadikan amalan oleh anggota parti kerana perbuatan tersebut tidak selaras dengan model politik baru yang ingin diperkenalkan parti.
“Kita perlu ada tanggungjawab bersama, bukan suka tengok orang lain kena hentam. Kalau pembangkang, sekiranya ada orang dalam parti mereka kena serang, mereka akan pertahankan tetapi dalam parti kita seolah-olah kurang sedikit,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggariskan 10 ciri negatif yang perlu dikikis bagi memastikan Pemuda terus dihormati semasa menggulung perbahasan perwakilan Pemuda pada perhimpunan agung pergerakan itu di sini, hari ini.
Antara ciri-ciri lain ialah Pemuda perlu mengikis sikap elitis dan egois dengan menganggap rakyat adalah keutamaan, budaya syok sendiri, budaya kad perakam waktu – daftar masuk dan keluar, yang bertujuan menonjolkan diri, budaya sate dan budaya baling batu sembunyi tangan yang bermaksud sentiasa memandang sinis apa yang dilakukan orang lain.
Beliau berkata, walaupun perkara itu sudah menjadi kebiasaan tetapi ia perlu sentiasa diingatkan kerana semua ciri-ciri tersebut akan hanya terhakis melalui penonjolan teladan yang baik di kalangan pemimpin.
“Sekiranya ketua-ketua Pemuda bahagian termasuk saya dapat mengamalkan perkara tersebut dengan politik ikhlas dan jujur, saya rasa perkara ini dapat dielakkan, cuma saya perlu ingatkan banyak kali kerana perkara ini telah jadi kelaziman pada mana-mana parti politik,” katanya.
Sementara itu Anggota Majlis Tertingi (MT) Umno Datuk Ahmad Shabery Cheek ketika berucap mewakili MT berkata, kemampuan pembahas Pemuda amat mengagumkan dengan banyak perkara, harapan, permintaan diutarakan yang mana kesemuanya berkisar supaya Umno kuat, Umno menang dan terus menjadi tunggak pemerintahan dalam negara.
Beliau berkata, semua pandangan itu akan dibawa kepada perhatian Majlis Tertinggi parti dan beliau sendiri sebagai anggota kabinet akan membawa pandangan-pandangan tersebut di dalam forum-forum dan tempat yang sesuai supaya harapan dan pandangan di kalangan Pemuda dapat dicernakan.
Katanya, mereka bersedia untuk menerima golongan muda bukan sahaja daripada buah fikiran tetapi juga bersedia untuk menerima kepimpinan generasi muda kerana salah satu faktor untuk menggambarkan negara itu maju ialah kesediaan untuk menerima pemikiran orang muda.
Sebanyak 30 isu dibahaskan oleh 13 wakil Pemuda daripada keseluruhan 795 perwakilan. – Bernama

Mesej Umno: Kami tetap juara bela Melayu

G Manimaran

20 OKT – Dalam usul yang dibawa hari ini, Pergerakan Pemuda menegaskan, Umno yang menjadi parti tunggak kerajaan perlu dilihat lebih adil kepada orang Melayu terutama dalam memperjuangkan bidang-bidang yang mereka masih ketinggalan.
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menekankan sekalipun prinsip perjuangan Umno adalah berteraskan kepada keadilan untuk semua kaum, namun perjuangan membela hak Melayu perlu lebih diutamakan.
“Kesamarataan dan kesaksamaan tidak bermakna keadilan, tapi keadilan akan menjamin kesamarataan dan kesaksamaan,” kata Ketua Penerangan Pemuda Umno.
Beliau menggariskan perkara ini ketika membawa usul menyokong ucapan terima kasih ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada persidangannya hari ini.
Menurut Reezal Merican, tindakan pihak tertentu yang membangkitkan soal kesamarataan dan kesaksamaan sebenarnya masih keliru atau mempunyai agenda tertentu dengan apa yang mereka mahu perjuangkan.
Pendirian yang dibawa Pemuda Umno ini menggambarkan pendirian yang diketengahkan oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno sejak kebelakangan ini.
Malah, perkara yang sama turut ditekankan oleh Muhyiddin dalam ucapan perasmian persidangan tiga sayap Umno - Pemuda, Wanita dan Puteri -malam tadi.
Kata Muhyididn, Umno menerima hakikat kepelbagaian ras sebagai sesuatu yang fitrah dan sahih.
“Umno mengakui bahawa dalam sebuah negara majmuk, kerukunan hidup hanya boleh dicapai sekiranya semua kaum mendapat jaminan hak yang sah dan berpeluang mengecap nikmat kemakmuran secara adil.
“Justeru itu, Umno berjuang membela nasib bangsa Melayu dan memartabatkan agama Islam tanpa mengabaikan hak dan kepentingan kaum-kaum lain,” katanya.
Seiring dengan nada Muhyiddin, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga cuba menyampaikan yang sama kepada pihak-pihak yang mempersoalkan pendirian Umno dan kerajaan dalam soal agenda ekonomi bangsa.
Dalam menitikberatkan keperluan naratif baru ekonomi dan politik, Khairy berkata: “Janganlah pula hanya semata-mata kerana kita menilai semula pendekatan atau manhaj agenda perjuangan bangsa, tuduhan pengkhianat dilempar.”
“Jangan pula hanya kerana kita mahu meningkatkan lagi keberkesanan dasar atau mengenalpasti kelemahan pelaksanaan DEB, orang Melayu dihasut kononnya kerajaan BN tidak lagi peka dan prihatin terhadap nasib bangsa.
“Janganlah anak-anak muda Melayu ditakut-takutkan seolah-olah Melayu akan hilang dari muka bumi semata-mata kerana manhaj atau pendekatan perjuangan direkayasa untuk mencapai hasil yang lebih baik,” kata Ahli Parlimen Rembau.
Khairy seterusnya berkata, jika ikhlas dan mahu melihat pencapaian maqasid – matlamat – perjuangan bangsa, yakni Bumiputera yang maju dan berjaya atas kekuatan dan usaha sendiri, ahli-ahli Umno dan orang Melayu pada amnya harus berani mengaku apa yang baik dan apa yang kurang baik dalam pendekatan dasar itu.
“Apabila Model Baru Ekonomi diumumkan, ramai yang menzahirkan kebimbangan mereka bahawa agenda bangsa seolah-olah hilang dan lenyap, seumpama satu manifestasi lapuk yang tiada tempat dalam dunia tanpa sempadan.
“Terdapat segelintir orang Melayu yang merasa tercabar hingga beranggapan seolah-olah kita diserang dari pelbagai sudut sehinggakan usaha murni untuk mengkaji semula pelaksanaan dasar ini dipandang serong dan dianggap sebagai satu lagi cubaan untuk menghakis hak dan kedudukan istimewa Bumiputera,” kata beliau.
Mereka menzahirkan suara yang sama.
Pendirian yang diperlihatkan Umno semalam dan hari ini menggambarkan bahawa parti ini mahu memberikan mesej yang tegas lagi jelas kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, yang melaungkan mereka membela kepentingan orang Melayu dan Bumiputera, parti poltik berusia lebih enam dekad ini tidak pernah mengabaikan matlamat asal perjuangan.
Sejak pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu Umno sebenarnya berhadapan dengan desakan dan asakan dari pelbagai penjuru. Satu pihak menggesa agar Umno berubah menjadi sebuah parti inklusif dengan mengambil kira kepentingan dan  kaum-kaum lain.
Mereka menggesa kerajaan pusat diterajui BN dengan Umno selaku parti dominan agar melakukan perubahan dalam dasar-dasar ekonomi. Bagaimanapun di satu pihak lain, Umno dan kerajaan berhadapan dengan tekanan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan agar tidak berubah sama sekali daripada perjuangan asal membantu orang Melayu dan Bumiputera.
Mereka bimbang Umno dan kerajaan dari hari ke hari tunduk untuk memenuhi tuntutan dan permintaan, yang disifatkan keterlaluan dan melampau.
Pertubuhan-pertubuhan ini khususnya Perkasa dan Majlis Perundingan Melayu (MPM) mendakwa Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan oleh Najib selepas dilantik sebagai Perdana Menteri awal tahun dikhuatiri akan menjejaskan kepentingan agenda ekonomi bangsa.
Perkasa memberi kata dua kepada Umno dan BN bahwa ia akan kehilangan sokongan dalam pilihan raya umum ke-13 jika aspek ini diabaikan dan tunduk kepada tuntutan kaum-kaum bukan Melayu.
Selepas dua hari pertama sempena Perhimpunan Agung Umno 2010 – Umno nampaknya menegaskan satu perkara penting iaitu asas perjuangan Melayu yang dibawa sejak enam dekad lalu, khususnya selepas negara merdeka, tidak diketepikan dan tidak akan diabaikan.
Umno cuba memenuhi kehendak orang Melayu dan bukan Melayu, dan pertubuhan bukan kerajaan Melayu dan parti-parti politik lain dalam BN.
Umno juga cuba menyampaikan mesej bahawa ia mengamalkan kesederhanaan atau moderat sebagaimana ditekankan oleh pemimpin-pemimpin Umno semalam dan hari ini.
Khairy menekankan bahawa dalam arena politik semasa – apatah lagi dengan gagasan 1 Malaysia menjadi pegangan bersama – rakyat Malaysia mahu melihat semua parti BN mengamalkan pendekatan yang muhibbah, adil dan saksama.
“Pada masa yang sama, janganlah pula memasang tanggapan bahawa pendekatan inklusif yang berjalan di atas landasan wasatiyyah ini adalah hanya suatu sandaran untuk menang pilihan raya.
“Sekiranya ia satu taktik politik semata-mata, matlamat untuk mewujudkan negara yang bersatu dan harmoni tidak akan tercapai.
“Politik moderat atau siyasah wasatiyyah ini perlu menjadi pegangan kita kerana keharmonian rakyat Malaysia adalah kunci kesejahteraan bersama,” kata Khairy.
Kita boleh menjangkakan bahawa mesej yang sama kemungkinan ditekankan oleh Najib apabila menyampaikan ucapan dasar beliau yang kedua selaku Presiden Umno esok.

Belanjawan Selangor 2011 Sasar Kerjasama dan Defisit Sifar

Belanjawan Selangor 2011 yang akan dibentang pada November depan berteraskan kepada belanjawan defisit sifar dan mengeratkan kerjasama ekonomi antara Kerajaan Negeri dan Pusat.
Penjimatan dari strategi defisit sifar ini dan pendapatan dari kerjasama Selangor-Putrajaya akan digunakan untuk memacu pembangunan semula kawasan bandar, mewujudkan sistem pengangkutan cekap dan membangunkan potensi komersil di sepanjang tebing Sungai Klang.
"Kerajaan negeri merasakan usaha pembangunan di Kuala Lumpur Raya adalah usaha yang patut mendapat sokongan dari Kerajaan Negeri. Kita mahu bekerjasaman dengan Kerajaan Pusat untuk merangka dan melaksana sistem pengangkutan efisien yang memberi penekanan kepada pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa," kata Khalid.
Selain dari memanfaatkan program-program pembangunan yang direncana Kerajaan Pusat, Tan Sri Khalid berkata Selangor merancang untuk menjayakan beberapa projek yang direncanakan dalam pakej stimulus Selangor.
"Kita merasakan program pembangunan semula kawasan bandar adalah salah-satu cara untuk merangsang ekonomi Malaysia, yang terkesan dengan aliran pelaburan asing yang berkurangan," tegas Khalid.
Kerajaan Negeri bagaimanapun mengambil langkah cermat dan berhati-hati supaya pengemblengan sektor hartanah tidak akan membebankan pengguna dan pembayar cukai Selangor.
Selain itu,Khalid juga ingin melihat projek pemulihan dan kemajuan Sungai Klang berjalan lancar, menjadikannya koridor pelbagai fungsi untuk pembangunan hartanah, komersil, pengangkutan dan pembekalan air.
"Usaha untuk memperindah dan membangunkan Sungai Klang adalah selari dengan rancangan Kuala Lumpur Raya," kata Khalid.
Menteri Besar Tan sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri mengambil iktibar dari Belanjawan Nasional 2011 dan menjadikannya sebagai panduan untuk menghasilkan belanjawan yang lebih baik.
Beliau berpendapatan Belanjawan Nasional yang dibentang Perdana Menteri Najib Tun Razak boleh diperbaiki lagi terutamanya dari aspek menjimat perbelanjaan dan mengurangkan defisit.
"Kita harus mengambil iktibar bagaimana negara-negara Barat seperti United Kingdom yang juga mengambil langkah untuk mengurangkan defisit perbelanjaan. Walaubagaimanapun ini tidak dilakukan dalam Belanjawan Nasional 2011" kata Khalid.

Muhyiddin Tidak Tahu Beza Kaum Dan Perkauman - Azan Ismail


KUALA LUMPUR 20 OKT: Seorang individu yang berkedudukan tinggi dalam kerajaan dan memegang jawatan Menteri Pelajaran yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal pendidikan sepatutnya dapat memahami maksud perkauman, 'racial dan 'racist'. 
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang ditemui di Parlimen petang tadi berkata beliau terkejut apabila mendengar kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Perhimpunan Agung UMNO malam semalam bahawa Umno adalah parti yang bersifat 'kaum' tetapi bukan 'perkauman'. 
"Saya terkejut besar apabila mendengar kenyataan Muhyiddin menyatakan Umno bukannya parti yang bersifat 'racist' kerana menurut beliau soal 'racist' dan 'racial' merupakan dua isu berlainan. "Jika kenyataan itu dibuat atas dasar politik Umno, Muhyiddin sepatutnya memberitahu bahawa beliau bercakap atas kapasiti politik dan bukannya dalam kapasiti sebagai Menteri Pendidikan," tegas beliau.
 Beliau menjelaskan, malang bagi sistem pendidikan Malaysia jika Muhyiddin sememangnya bercakap dalam kapasitinya sebagai Menteri Pendidikan kerana kelihatan Muhyiddin tidak faham maksud sebenar 'racist', perkauman ataupun 'racial'.
 Katanya lagi, Muhyiddin mendakwa Umno bukan bukan parti yang membawa isu 'racial' sedangkan Umno merupakan sebuah parti yang mewakili satu kaum sahaja.
"Parti yang mewakili satu kaum sahaja sememangnya sebuah parti yang bersifat perkauman. Jadi, mengapa Muhyiddin mahu katakan parti yang berasaskan perkauman itu tidak sama sekali bersifat 'racial' ataupun perkauman. "Jika begitu, sifat Umno sebenarnya sebagai parti apa?" kata Azan kepada TV Selangor.
 Beliau menerangkan, sepatutnya Muhyiddin menyatakan secara jujur bahawa parti Umno sememangnya parti berasaskan kaum kerana bangsa lain tidak boleh menyertai Umno. 
"Beliau patut menjelaskan Umno tidak perlu membawa isu-isu berkepentingan perkauman kerana isu itu boleh memusnahkan perpaduan kaum, bukannya menafikan dengan berkata bahawa Umno bukan parti bersifat 'racial' dan sebagainya," kata Azan lagi. 
Beliau seterusnya berkata, tindakan itu tidak akan menyelesaikan masalah Umno sebaliknya hanya akan memusnahkan kredibiliti Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran.
 "Sepatutnya sebagai Menteri Pelajaran Muhyiddin perlu melangkaui sempadan politik dan memberitahu bahawa maksud parti perkauman pastinya berasaskan kaum dan jika boleh parti berasaskan kaum jangan mengapi-apikan isu perkauman, bukan menafikan seperti itu," jelas beliau.
 Beliau berkata lagi, Muhyiddin patut memberitahu warga bangsa Malaysia apa yang dimaksudkan dengan 'racial' dan maksud parti berasaskan kaum tetapi Muhyiddin tidak ambil kesempatan itu, lebih buruk lagi Muhyiddin telah menjejaskan kredibilitinya sendiri sebagai Menteri Pelajaran. 
"Saya terkejut dan bersimpati kerana ulasan sebegitu tidak patut datang daripada Menteri Pelajaran. Kalau (yang mengatakan sebegitu) menteri perdagangan, menteri luar tida apa tetapi bukan dari menteri pendidikan dan untuk itu saya bersimpati dengan beliau," kata Azan.

Melaka Maju Ditimpa Bala Monorel Terhenti Tiba-tiba

 Tidak sampai empat jam ia dilancarkan, perkhidmatan monorail di Stesen Hang Jebat, Taman Rempah di sini terhenti secara tiba-tiba ketika orang ramai berada di dalamnya.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.30 petang tadi, sebaik sahaja pengangkutan awam termoden di negeri ini itu dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini pada pukul 1 petang.

Ketika kejadian, terdapat kira-kira 20 penumpang di dalam monorel tiga gerabak itu yang terhenti secara tiba-tiba kira-kira 100 meter selepas bertolak dari Stesen Hang Jebat, Taman Rempah.

Tinjuan di stesen tersebut pada pukul 5.15 petang ini mendapati sebuah jentera 'sky lift' sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembaikan di gerabak monorel tersebut yang masih berada dilandasannya. 

Bagaimanapun difahamkan, kesemua kira-kira 20 penumpang berjaya dipindahkan ke kawasan selamat menggunakan 'sky lift' kira-kira pukul 4.45 petang.

Monorel Mina-Arafah Diuji Hari Ini


MAKKAH: Sistem monorel yang baru siap dibina akan digunakan buat pertama kali pada musim haji tahun ini bagi mengangkut jemaah untuk perjalanan antara Arafah dan Mina.

Wartawan Malaysia yang dipimpin pengurus pasukan media Tabung Haji (TH) Malaysia, Ahmad Fadzil Ghazali, berpeluang melihat sistem itu dilaksanakan secara percubaan hari ini.

Bagaimanapun, difahamkan pada peringkat permulaan sistem pengangkutan itu akan hanya dibuka kepada jemaah haji tempatan.

Sistem itu penting bagi mengatasi kesesakan lalulintas setiap musim haji terutama ketika jemaah bergerak menuju ke Padang Arafah untuk melakukan wukuf di sana - satu daripada rukun haji yang mesti dipenuhi oleh setiap jemaah.

Wukuf kali ini ialah pada 15 November, bersamaan 9 Zulhijjah.

Jemaah haji dari Makkah akan bertolak ke Arafah dengan berpakaian ihram pada 8 Zulhijjah dan bermalam di sana.

Di Arafah, jemaah ditempatkan mengikut benua dan kemudian negara. Khemah disediakan oleh Muassasah, badan kerajaan Arab Saudi yang mengurus haji.
Seramai 26,000 jemaah haji Malaysia musim ini akan dibawa dengan bas ke Arafah untuk bersama jutaan umat Islam lain.

Pasukan wartawan Malaysia turut melihat persiapan untuk kemudahaan jemaah di Arafah, Mudzalifah dan tempat melontar di Mina.

Kerja penyelenggaraan dan mencantikkan Arafah yang terletak kira-kira 21.9 kilometer dari Makkah giat dilaksanakan. - BERNAMA

BERITA MUSIM HAJI TAHUN LALU


Ratusan Pekerja Monorail Mekah berasal dari Cina Masuk Islam

Makkah – Setelah menunaikan tahallul, kelihatan beberapa orang jamaah haji di Mina mengganti kain ihram mereka dengan mengenakan t-shirt bertulikan, “Alhamdulillah, ana muslim jadid” (Alhamdulillah, saya seorang muslim yang baru). Menurut harian Al-Madinah, (2/12/2009), Rabu, mereka adalah para mualaf yang berkesempatan menunaikan ibadah haji tahun ini. Jumlah mereka sekitar 150 orang, datang dari beberapa bandar di Arab Saudi.

Dari sejumlah muslim baru tadi, kelihatan beberapa pekerja monorail yang beasal dari negeri Cina yang sedang bekerja di Makkah. Kebanyakkan , mereka masuk Islam sejak bulan Ramadhan yang lalu .

Menurut Christian, Salim Vorchy, dan Abdul Rahim muallaf asal Filipina, mereka masuk Islam setelah berbincang dan membaca buku-buku Islam yang diterjemahkan ke dalam bahasa mereka sendiri.

Bagi mereka, perjumapaan jutaan manusia di Arafah dan Mina menjadi pemandangan yang indah dan mempesonakan.

Salah seorang jamaah, Mendosa Jamal yang semula memeluk agama Katholik, mengatakan bahawa haji dan Islam itu terlalu indah. Ia berkali-kali bersyukur kepada Alah yang telah mengurniakan nikmat keimanan pada dirinya.












Perghh..Shahrizat Nak Pertahankan Keistimewaan Melayu...


Wanita Umno berazam akan terus melindungi hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Bumiputera di negara ini seperti mana termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pergerakan itu tidak akan berkompromi dengan tuntutan sesetengah pihak untuk mencabuli peruntukan yang termaktub dalam Perlembgaan Persekutuan.
"Pada masa yang sama, Wanita Umni akan melindungi kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
"Wanita Umno tidak akan membiarkan kemuliaan dan keluhuran Perlembagaan Persekutian dicabuli atau dicemari. Perkara 153 jelas melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Rabu.

Juragan : Melayu hanya tinggal Ketapi Tanah Melayu dan Baju Melayu...kuah3

Halau wartawan Malaysiakini: UMNO tidak memegang prinsip, NUJ

LATAR BELAKANG:
Malaysiakini diminta dikeluar dari bilik media di perhimpunan agung UMNO kerana tidak memiliki pas media yang dikeluarkan oleh sekretariat parti itu.  Semua lapan wartawan portal berita bebas itu diberitahu tidak dibenarkan menggunakan kemudahan bilik media oleh seorang pegawai sekretariat perhimpunan itu.
NUJ Malaysia juga menerima aduan dari beberapa ahli yang mendakwa permohonan  mereka untuk mendapat pas untuk membuat liputan pada perhimpunan agung itu ditolak walapun permohonan itu dibuat melalui organisasi media yang dikuasai oleh UMNO.  Sebab-sebab mengapa sesetengah wartawan tidak dikeluarkan pas perhimpunan agung tidak dinyatakan semasa penolakan tersebut.
PENDIRIAN NUJ MALAYSIA:
NUJ Malaysia merasa kesal serta dukacita dengan tindakan UMNO menghalau wartawan Malaysiakini dari pusat media Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan melihat tindakan ini merupakan tindakan ke belakang dalam mendukung kebebasan media.
Tindakan UMNO ini juga memperlihatkan sikap tidak mesra media dan tidak selari dengan ucapan Presiden UMNO, Najib Razak semasa berucap menutup Forum Antarabangsa Mengenai Pembentukan Warga Global: Librasasi Media dan Realiti Politik Baru semalam yang berkata, bahawa Media boleh memainkan peranan penting bagi menghapuskan ektremis di dunia.
Malangnya, UMNO yang diketuai oleh Najib Razak tidak memegang prinsip yang dilaung-laungkan dan sikap-sikap itu terbukti dengan tindakan menghalau wartawan Malaysiakini dari berada di Pusat Media Perhimpunan Agung UMNO.
Sehubungan itu NUJ Malaysia mendesak agar larangan kepada Malaysiakini dan wartawan-wartawan portal alternatif untuk membuat liputan itu ditarik balik dan mengembalikan status quo agar setiap organisasi media dapat membuat liputan tanpa halangan.
NUJ Malaysia meminta Presiden UMNO bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ini dan mengeluarkan arahan kepada Setiausaha Agung UMNO agar tindakan menghalang organisasi media untuk membuat liputan pada perhimpunan agung itu di tarik balik dengan segera.

*Kenyataan media oleh Hata Wahari selaku Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia.

Khalid: Lampu hijau rakan parti diperlukan untuk "guling" MB

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim mendakwa dirinya tidak tahu sama ada wujudnya cubaan daripada Naib Presiden PKR, Azmin Ali untuk menggulingkan beliau, tetapi hanya meneka bahawa pengikut Azmin atau mereka yang berminat mungkin menyimpan niat ini.  Bagaimanapun, Khalid mengingatkan bahawa bukan mudahnya untuk menggulingkan seseorang Menteri Besar, kerana perlu mendapat lampu hijau daripada rakan parti Pakatan Rakyat.
Demikianlah kata-kata Khalid Ibrahim yang baru menarik diri dari pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR pada 16 Oktober 2010.  Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di pejabat Menteri Besar pada 18 Oktober 2010, Khalid Ibrahim ditanya sama ada benar Azmin Ali (gambar kanan) cuba menggulingkannya, sebagaimana yang tergambar dalam persepsi umum.
"Dia (Azmin Ali) tak boleh senang (melakukannya).  Ini bukan satu perkara yang senang boleh menggulingkan Menteri Besar.  Itu sebab orang ingat satu parti Keadilan boleh menggulingkan Menteri Besar, ini tidak benar.  Walaupun parti Keadilan saya mewakilinya, untuk pemilihan Menteri Besar dia perlu mendapat sokongan dan cadangan dari ketiga-tiga parti, iaitu Keadilan, PAS, dan juga DAP.  Ketiga-tiga mesti bersetuju yang ini dilakukan.  Kemudian mereka juga akan meminta ehsan dari Tuanku Sultan supaya perkara ini dipersetujui," katanya.
Beliau menyambung, "Sudah tentulah, seseorang itu nak menggulingkan Menteri Besar, dia mesti mendapat persetujuan dari pihak DAP dan juga dari pihak PAS.  Kalau mereka tidak mendapat persetujuan, maknanya sukar untuk dilakukan."
"Kedua, keadaannya di Selangor, parti Keadilan dan DAP agak sama dari segi jumlahnya.  Dan oleh sebab itu, kalau ada kehilangan kerusi oleh parti Keadilan, sudah tentu mungkin DAP ingin mencadangkan ahlinya," sebelum beliau menambah, "Suratkhabar memang senang boleh membuat andaian, tetapi perlaksanaannya bukan senang..."
Beliau ditanya lagi sama ada wujudnya cubaan untuk menggulingkannya, Khalid Ibrahim menjawab, "Itupun saya tak tahu cubaan dia.  Tapi boleh jadi pengikut-pengikut daripada Azmin Ali ataupun yang berminat.  Tapi saya rasa, kalau orang pandai dari segi political administration dan sebagainya, perkara ini bukan boleh dibuat dengan sesenang mungkin."
Tidak khuatir kalau Azmin menang
Wartawan menyusul dengan soalan sama ada Khalid Ibrahim yakin untuk mendapat sokongan dari PAS dan DAP dalam perkara ini?
"Itu sebab saya juga mesti dengar pandangan daripada PAS, pandangan daripada DAP, pandangan daripada Parti Keadilan.  Kalau saya agak, terlalu tertumpu kepada Parti Keadilan, nanti PAS dan DAP akan mempunyai pandangan yang lain.  Jadi, oleh sebab itulah saya mesti menunjukkan profesionalisme saya, maknanya untuk membolehkan saya memerintah ataupun mentadbir di negeri Selangor dengan adil, (menjaga) kehendak Parti Keadilan, kehendak PAS dan kehendak DAP," jawabnya.
"Tapi saya bernasib baik.  Ketiga-tiga parti ini mempunyai kehendak yang sama, supaya mentadbir dengan baik, dengan amanah, dan juga memberikan keutamaan kepada kebajikan mereka yang perlu ditolong, dan menumpukan kepada pembangunan dan pendidikan.  Dan semua ini sudah kami jalankan."
Namun demikian, adakah Khalid Ibrahim risau bahawa kedudukannya mungkin tergugat seandainya Azmin Ali terpilih sebagai Timbalan Presiden?
"Tak ada, saya tak ada risau.  Sebab ini akan berlaku selepas PRU ke-13.  Bukan sekarang.  Jadi maknanya untuk ini, sampai ke pilihan raya ke-13, saya rasa perkara itu tak tergugat.  Tapi perkara itu akan berlaku selepas itu.  Selepas itu pun, mesti ada persetujuan ketiga-tiga parti."
Dalam Kongres Tahunan yang berlangsung pada Mei 2010, PKR diselubungi suasana muram lantaran kekalahan dalam PRK Hulu Selangor.  Kehilangan kerusi parlimen dalam negeri yang ditadbir parti sendiri seolah-olah satu tamparan kepada PKR sendiri.  Lebih-lebih lagi, skandal kecurian pasir di negeri Selangor terdedah pada ketika itu, lantas Khalid dijadikan tumpuan kritikan dalam parti.
Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan ahli jawatankuasa Biro Politik, Chua Jui Meng pada ketika itu mendesak agar jawatan dalam anak syarikat kerajaan negeri dibuka untuk anggota PKR.  Mengimbas peristiwa tersebut, MerdekaReview bertanya sama ada Khalid Ibrahim merasakan kedudukan dirinya tergugat pada ketika itu?
"Tak ada, sebab saya rasa saya mesti, you must be humble (kamu mesti rendah diri).  Kerana saya tahu, dari segi kerja, saya tidak bimbang.  Tetapi dari segi pemahaman terhadap kemahuan politik umum, saya mungkin tidak mempunyai pengalaman yang luas dan lama.  Jadi, dalam konvensyen di Kota Bahru menunjukkan...."
Beliau meneruskan, "Pertama, saya menghargai komen mereka, kehendak mereka, keperluan mereka.  Tetapi, saya tidak harus menggadaikan keperluan rakyat Selangor semata-mata untuk menggembirakan mereka.  Jadi, saya harus menyeimbang antaranya.  Tetapi saya perlu mendengar.  Sebab, kalau kamu seorang pemimpin kumpulan kamu, kamu perlu mendengar kepada kehendak dan komen mereka."
"Namun, saya juga perlu memastikan, hasil daripada reaksi saya terhadap segala-gala ini tidak akan menjejaskan kebajikan dan kepercayaan seluruh rakyat Selangor, yang mana harus saya kendalikan.  Jadi saya harus mencari kesimbangan antaranya," jelas beliau.
Menerima kritikan
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim cuba meredakan suasana ketika itu, sambil mempertahankan Khalid sebagai Menteri Besar dengan syarat beliau menunjukkan prestasi yang unggul menjelang kongres parti pada hujung tahun.  Jadi, apakah perubahan selepas empat bulan?
Khalid berkata, beliau telah membuka peluang kepada seluruh anggota untuk menilai pentadbiran negeri Selangor, misalnya dialog bersama rakyat, dan rundingan dengan rakyat sebelum merangka Belanjawan 2011 negeri Selangor.  Di samping itu, beliau cuba memberi ruang kepada penyertaan anggota parti dalam kerajaan negeri Selangor, tetapi tetap berpegang kepada prinsip bahawa tiada tempat untuk anggota parti yang tidak berkemampuan.
Ketika ditanya sama ada beliau berada dalam dilema ketika mengendalikan isu ini, Khalid Ibrahim berkata, "Tapi, kita hanya mendapat dilema jika perkara itu tidak dilakukan dengan betul.  Umpamanya, walaupun seseorang itu boleh, mendapat tanggungjawab dalam pentadbiran negeri, tetapi dia mesti berasaskan kepada prinsip kebolehan dan keupayaan.  Kalau ahli kita tidak mempunyai keupayaan, kita tidak boleh memberikan peluang tersebut."
"Kedua, kita juga mesti menolong negeri, sebab, kalau orang yang tak berkebolehan, dia akan menyusahkan negeri, bukan menolong negeri.  Jadi, ketiga, sudah tentulah orang-orang parti komponen kita, PAS dan juga DAP akan juga menilai sama ada keputusan kita itu dibuat secara profesional atau tidak."
Beliau berkata, "Jadi pada saya, permintaan oleh Chua Jui Meng dan Azmin Ali adalah valid, adalah valid.  Kita mesti mengutamakan rakan-rakan kita.  Tetapi hanya dia kata, mereka-mereka ini mempunyai keupayaan dan kebolehan sahaja.  Kalau tidak, dia akan juga merosakkan persatuan dan pembangunan yang kita lakukan."
Melihat kepada barisan pemimpin yang dilantik untuk bekerja bersama Khalid Ibrahim, seperti Elizabeth Wong dan Syed Shahir, malah anggota Jawatankuasa Khas yang dilantik seperti Tian Chua dan Irene Fernadez, barisan yang berasal dari latar balakang badan bukan kerajaan (NGO).   Wartawan bertanya sama ada ia menggambarkan tekad Khalid Ibrahim untuk menyerap pemimpin NGO ke dalam politik dirinya?
Beliau menjawab, "Salah satu daripada sebab saya nak masuk politik ialah memberikan nilai tambahan kepada rakyat.  Saya terima perkara tersebut.  Sudah tentulah mereka-mereka yang saya sebut nama ini ada sangat mesra memperjuangkan idealisme untuk rakyat."
Beliau menyambung, "Kedua, mereka ini bukan 100% dari parti tapi daripada NGO.  Betul.  Tapi bukan satu kumpulan yang sama.  Ada kumpulan yang berbeza-beza.  Tapi inginkan keadilan dan memperjuangkan demokrasi.  Itu betul.  Jadi pada saya, kedua-duanya penting dalam zaman politik yang akan datang, bukan sahaja kita berpolitik, tetapi kita mesti ada idealisme dari segi pembangunan masyarakat."
Malah, Khalid Ibrahim mengakui dirinya berkecimpung dalam politik pada peringkat yang agak lewat.  Dari segi pentadbiran, beliau mempunyai pengalaman yang banyak.  Tetapi dari segi pemahaman politik, beliau mengakui bahawa dirinya memerlukan nasihat dan pengalaman mereka.
"Itu sebabnya saya memilih kumpulan ini.  Ia lebih daripada politik untuk kepentingan politik, tetapi politik untuk untuk mengimplementasikan idealisme yang didukung," kata bekas tokoh korporat ini.
Menteri besar atau menteri kabinet?
Jawapan beliau mencungkil minat wartawan untuk bertanya, sama ada beliau yang biasa berkecimpung dalam dunia korporat, berasa kecewa apabila berdepan dengan taktik-taktik kotor dalam arena politik?
"Tak ada, ini satu cabaran baru.  Tapi orang mesti mengkaji daripada latar belakang saya.  Saya sudah menjadi ahli korporat dan sudah lama bekerja.  Pada saya, penyertaan saya dalam politik negara adalah untuk memberi sumbangan kepada negara.  Dan juga kepada parti yang saya ungkit tadi.  Dan, saya bukan mempunyai ambition (cita-cita) untuk pergi lebih jauh.  Kerana, dalam kerjaya saya, saya telah mencapai satu tahap, yang menjadi kebanggaan untuk kebanyakan orang."
Beliau berterus-terang, "Jadi, saya tak dapat kerja pun tak ada apa.  Tapi saya hanya melakukan satu-satu kerja yang sesuai supaya menjaga nama baik saya dan juga menjalankan tugas dengan baik.  Jadi kalau saya, katalah tak ada bekerja, saya tidak jadi masalah dalam kerjaya saya."
"Saya berada pada kedudukan yang tiada kehilangan apa-apa (no lost position).  Jadi saya tidak berminat untuk menjual diri atau orang lain semata-mata untuk kerja itu.  Maknanya kalau orang suruh buat, satu perkara yang tidak betul, kerana saya nak jaga jawatan Menteri Besar, saya tidak akan buat, sebab saya lebih pentingkan perkara yang betul."
Malah, Khalid Ibrahim menekankan, "Saya tidak berminat untuk cuba mengekalkan kerjaya saya kalau saya rasakan ia akan menjejaskan sejarah posisi saya.  Jadi saya tak ada takut.  Itu sebab saya senang."
Ketika ditanya sama ada Khalid Ibrahim akan menjadi Menteri Besar atau menteri kabinet, seandainya Pakatan Rakyat menang dalam PRU yang akan datang, Khalid Ibrahim berkata, "Itu terpulang.  Saya tidak mahu membuat keputusan sekarang.  Itu terpulang.  Sebab saya nak tengok apa keputusan rakyat.  Itu yang paling penting.  Bukan kerana saya.  Keputusan rakyat.  Pilihan raya yang ke-13 ialah satu keputusan rakyat yang mesti kita timbang dulu sebelum kita buat keputusan-keputusan.  Sebab, serupa juga pada pilihan raya yang ke-12, kita kena tunggu keputusan rakyat."
"Tsunami (politik) 2008 ialah hasil daripada keputusan rakyat.  Lepas keputusan rakyat, barulah ada Pakatan Rakyat.  Sebelum tu belum ada lagi Pakatan Rakyat, walaupun ada...," beliau sambung, "Jadi kita perlu tunggu.  Saya rasa keputusan itu akan memberikan kita peluang untuk kita merancang, dan menubuhkan satu pasukan yang mantap sebab kita tahu kehendak rakyat.  Jika perlu saya jadi Menteri Besar.  Saya jadi Menteri Besar.  Jika perlu saya jadi Menteri dalam (kabinet), kalau kita menang di pusat, saya juga bersedia.  Tapi saya tidak nak buat apa-apa keputusan sekarang."
Wartawan cuba membangkitkan cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk mengehadkan agar calon Pakatan Rakyat hanya bertanding sama ada kerusi DUN atau Parlimen sahaja, sebagai cubaan untuk mendapatkan jawapan dari mulut Khalid.
Namun beliau tetap tidak memberi jawapannya, "Itupun kita akan buat sebelum pilihan raya.  Tak boleh kita buat sekarang.  Jadi maknanya kita mesti tahu, strategi dan taktik kita mesti betul.  Kalau kita dedahkan strategi dan taktik kita sekarang, ia akan menjejaskan kami sendiri."

Seruan politik baru seolah tiada sambutan

Perhimpunan agung tiga sayap Umno tahun ini bermula dengan seruan daripada ketua-ketua sayapnya supaya anggota parti mengamalkan budaya politik baru ke arah kesederhanaan.

Namun indikasi yang ditunjukkan daripada para perwakilan setakat ini dilihat masih belum menunjukkan bahawa saranan berkenaan diterima dengan baik.

Istilah yang diperkenalkan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam ucapan dasarnya seperti "manhaj" (kaedah) dan "maqassid" (tujuan) dalam mencapai "politik baru" itu juga nampaknya diabaikan oleh para perwakilan di perhimpunan Pemuda petang ini.

Sebaliknya tumpuan dalam perbahasan perwakilan antaranya berkisar kepada wakil Pemuda Kedah, Basorri Hassan dalam menilai prestasi Khairy sebagai ketua pergerakan tersebut.

Basorri nyata kesal apabila Khairy tidak berjaya memperkukuhkan pergerakan pemuda di negeri itu. Keadaan ini dikhuatirinya akan menjejaskan peluang Umno untuk merampas kembali pentadbiran negeri itu.

Malah, beliau juga seolah-olah cuba mencabar seruan oleh Khairy supaya pergerakan itu mengambil pandangan yang lebih sederhana dalam memperjuangkan isu melibatkan kepentingan Melayu.

Tanpa berselindung, Basorri dalam sesi perbahasan ucapan dasar ketua pergerakannya petang ini berkata, Khairy lebih banyak "bergaduh" dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) daripada menjalankan usaha untuk "memperkasakan" pergerakan itu di Kedah.

"Pemuda sendiri di pusat jangan tengok kawan di bawah kecil, tapi kena ingat yang bawah juga tengok orang di atas kecil," katanya yang seolah-olah kecewa kerana menyokong Khairy dalam pemilihan lalu.

Basorri berkata, beliau merupakan satu-satunya ketua pemuda di negeri itu yang menyokong Khairy sebagai ketua sayap pergerakan tersebut.

3G - gemuk, gempal dan gebu

Umum mengetahui, Kedah dipengaruhi kuat oleh Datuk Mukhriz Mahathir -- anak kepada bekas presiden Umno yang sering dianggap tidak sebulu dengan Khairy.

Khairy dalam ucapan penggulungannya kemudian memulangkan paku buah keras kepada Basorri.

Dengan sinis, Khairy menyimpulkan bahawa pandangan seperti itu merupakan antara sikap yang patut dikikis oleh pemuda Umno sekiranya anggotanya ingin memperkukuhkan pergerakan tersebut.

Menurut Khairy, ramai di kalangan anggota Pemuda yang menyatakan bahawa mereka sayang kepada parti, namun lebih banyak berfikir untuk memenangi pemilihan parti.

Katanya lagi, anggota parti sebaliknya perlu mencontohi kesepakatan yang ditunjukkan dalam Pakatan Rakyat -- "Kalaupun mereka tidak sokong (pemimpin tertentu) dalam parti, kalau ada orang parti mereka kena serang, mereka akan bangun pertahankan."

Sementara itu di sayap Puteri pula, tahap perbahasan perwakilannya dilihat agak mengecewakan untuk perhimpunan seperti ini.

Isu yang menarik perhatian dan dilaporkan agensi berita ialah isu "3G" -- iaitu keadaan fizikal anggota pergerakan tersebut yang "gemuk, gempal dan gebu."

Perkara itu dibangkitkan wakil Perak yang mengaitkannya dengan tahap obesiti di Malaysia.

"Bagaimanapun bukan wanita saja yang ada 3G tetapi lelaki pun ada 3G siap tambah 2G lagi, iaitu gendut dan gondol, jadilah 5G," katanya, seperti dilaporkan Bernama.

Anak Sosilawati Rita sertai Puteri Umno

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Anak sulung Allahyarham jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Bukhari, 25, hari ini secara rasminya menyertai Pergerakan Puteri Umno serta dilantik menjadi anggota Biro Pembangunan Usahawan dan Pemantapan Ekonomi pergerakan itu.
Borang keahlian beliau diserahkan kepada Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Bercakap kepada pemberita selepas penyerahan borang berkenaan, Erni Dekritawati, yang lebih mesra dipanggil Rita, berkata penyertaannya yang didorong oleh rakan-rakannya itu bertujuan untuk meneruskan legasi arwah ibunya.
“Saya rasa saya boleh membantu usahawan-usahawan wanita untuk terus maju ke hadapan dan mempraktikkan segala ilmu yang diajar oleh ibu saya kepada orang lain.
“(Ini) cara untuk menghargai jasa ibu saya yang sebelum ini banyak menolong ibu tunggal serta wanita kurang upaya... ia menjadi satu platform untuk saya lebih senang menolong orang,” katanya.
Selepas menyerahkan borang, Rita hadir kira-kira 10 minit untuk mengikuti perbahasan persidangan Puteri Umno yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail.
Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Pada 12 Sept lepas, polis mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. – Bernama

Jerebu paras bahaya, TPM nasihat sekolah Muar tutup

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan pihak pentadbiran sekolah di daerah Muar, Johor untuk menutup sementara sesi persekolahan berikutan keadaan jerebu yang berada pada tahap bahaya di daerah itu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata langkah itu perlu bagi mengelakkan situasi jerebu yang berlaku memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar.

"Kalau ia sudah sampai tahap bahaya, maka pihak pentadbiran, pengetua atau guru besar sekolah boleh mengambil langkah untuk menutup sekolah untuk sementara.

"Itu kalau sudah mencecah (bacaan IPU) 400, sudah dianggap bahaya, maka mestilah ditutup, sehingga situasinya bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas bersama Majlis Keselamatan Negara berhubung situasi jerebu di Muar, di pejabatnya di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Masalah jerebu di daerah Muar yang berlarutan sejak beberapa hari lalu bertambah serius apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu pada 11 pagi tadi mencecah tahap 432, iaitu dalam kategori bahaya.

Muhyiddin berkata walaupun bacaan IPU menurun bawah paras 300, sekolah di daerah berkenaan masih dinasihatkan untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti kokurikulum di luar kelas.

Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menghantar 10,000 unit penutup mulut dan hidung ke daerah Muar hari ini untuk diagihkan kepada penduduk terutama ke sekolah-sekolah.

Selain itu, bekalan air mineral juga akan dihantar untuk memastikan penduduk mendapat bekalan air bersih.

Muhyiddin berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat bagi memantau dan mengawal keadaan jerebu selain menggerakkan semua jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah yang terbabit.

"Langkah yang pertama adalah untuk memaklumkan kepada penduduk daerah Muar, maklumat ini kita kena maklumkan supaya langkah-langkah untuk mengawal kesihatan ini diambil oleh penduduk yang berada di daerah Muar terutama tentang pemakaian topeng mulut," katanya.

Sementara itu, katanya Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Unggah Embas juga berhubung dengan rakan sejawatnya dari Indonesia untuk memohon kerjasama bagi mencari penyelesaian bersama berhubung perkara itu.

Menurutnya Malaysia juga bersedia untuk menyediakan sebarang bentuk bantuan termasuk bantuan logistik bagi memastikan keadaan itu tidak terus berlarutan.

"Menurut laporan yang kita terima, ia (jerebu) berpunca dari sana (Indonesia), ini bukan kita mahu buat tuduhan tapi kita mahu langkah diambil sebelum merebak dan memberi kesan lebih buruk kepada Malaysia," kata Muhyiddin.
Bilik gerakan jerebu dibuka

Sementara itu, di Muar, bilik gerakan jerebu dibuka berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar kawasan itu mencatat bacaan 432 iaitu mencapai tahap berbahaya.

Pegawai Daerah Muar Mislan Karmani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Muar berkata jawatankuasa yang turut dianggotai Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kesihatan itu akan menyelaras tindakan yang perlu dibuat mengikut pelan tindakan yang ditetapkan bergantung kepada situasi semasa.
"Catatan IPU pada tengah hari ialah 432. Kami akan memantau keadaan kualiti udara dan bacaan IPU setiap jam," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata orang ramai dinasihat memakai topeng penutup mulut ketika berada di luar rumah atau bangunan bagi mengelak mengalami masalah kesihatan.

Pengarah Pelajaran Johor Sufaat Tumin berkata pihaknya akur dengan nasihat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran agar pentadbiran sekolah di daerah ini menutup sementara sesi persekolahan berikutan keadaan jerebu yang berada pada tahap bahaya.

Sufaat berkata pihaknya akan menghubungi Pengetua dan Guru Besar malam ini bagi memastikan mereka mematuhi arahan Menteri Pelajaran berhubung penutupan sekolah.

"Kita juga akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Daerah, Jabatan Kesihatan, Jawatankuasa Bencana Daerah bagi memantau keadaan terkini di Muar," katanya.
STAM bermula esok
Beliau berkata ketika ini hanya ada satu pusat peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Muar tetapi keputusan sama ada untuk meneruskan peperiksaan itu esok bergantung kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri Dr Robia Kosai berkata belum ada laporan penyakit berkaitan jerebu diterima pihaknya setakat ini.

"Keadaan masih terkawal. Kami menasihatkan orang ramai terutama yang menghidap penyakit berkaitan paru-paru seperti lelah supaya tidak keluar dari rumah ataupun memakai topeng muka bagi mengelak terdedah kepada habuk," katanya.

Robia berkata buat masa ini pihak sekolah tidak digalak mengadakan aktiviti di luar bangunan.

Pengerusi Persatuan Nelayan Melayu Parit Jawa Zainal Abdul Jalil pula berkata sebuah bot nelayan hampir berlanggar dengan kapal dagang apabila tidak dapat mengesan kehadiran kapal berkenaan disebabkan jarak penglihatan yang terhad.

"Kebanyakan nelayan menggunakan GPS (peranti sistem kedudukan global) bagi membolehkan mereka pulang ke pangkalan dengan selamat tetapi apa yang membimbangkan ialah kemungkinan berlaku perlanggaran dengan kapal lain berikutan jarak penglihatan pada masa ini kurang dari 50 meter.


"Sehubungan itu bagi mengelak kejadian tidak diingini, pihak persatuan menasihatkan nelayan supaya tidak turun ke laut ketika jerebu teruk," katanya.
- Bernama

Razali: Jangan celarukan kepala 'itik' Pemuda

Mesyuarat agung tahunan Pemuda Umno hari ini ditangguhkan dengan dengan kedua-dua pemimpin nombor satu dan nombor dua dalam pergerakan itu sepakat menolak 'politik cucuk' dan atau 'politik sate'.

Memulakan ucapannya dengan menegaskan "hubungan serasinya" dengan Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Umno Datuk Razali Ibrahim menegaskan mereka sepakat berkhidmat bersama demi parti dan negara.

"Jangan cucuk (kami berdua). Bab cucuk ini yang tak tahan," katanya sambil meminta semua pihak memberitahu perkara sebenar daripada 'mencucuk' orang lain.

Ketika menyampaikan ucapan penggulungannya lewat petang ini, Razali yang juga timbalan menteri beliau dan sukan itu berkata anggota pergerakan itu tidak sepatutnya membiarkan bosnya itu "pening kepala".

"Jangan biar beliau celaru sebab dia ada musuh lagi di luar sana," katanya.

Sementara itu, Khairy pula tambil di pentas selepas itu dengan mengaku pemimpin Pemuda Umno di semua peringkat mestilah nampak macam itik yang sentiasa nampak gah.

"Di atas nampak steady (bersedia), tetapi tuhan sahaja yang tahu (gelora) di bawah paras air," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada perwakilan Pemuda Umno yang berani melontarkan buah fikiran dan menegurnya dengan ikhlas dengan tujuan mempertingkat prestasi bersama.

Menyenaraikan sepuluh sikap negatif di kalangan anggota Pemuda, Khairy menegaskan menolak politik sate yang didefinisikannya sebagai budaya "cucuk, api dan kipas."

"Terima kasih pada saudara Razali kerana tidak hendak jadi politik sate dengan saya," katanya.

Menurut Khairy lagi, antara sikap buruk yang perlu dikikis itu: sikap elitis dan ego, syok sendiri, budaya punch card depan pemimpin, 'masuk frame' untuk publisiti, menjadi pak turut kepada bos, talam dua muka dan sikap oportunis.

Nurul Izzah says fight for Anwar still relevant


KUALA LUMPUR, Oct 20 – Nurul Izzah Anwar said today that PKR’s struggle to secure justice for her father Datuk Seri Anwar Ibrahim remained relevant as it was “symbolic” of the country’s corrupt judiciary.
However, the Lembah Pantai MP also defended Datuk Zaid Ibrahim’s latest outburst against the party, saying that the PKR leader was just stressing the need to be “proactive” on all aspects of party affairs.
“The current unjust persecution of our de factor leader remain an issue as it symbolizes the state of (our) corrupt judicial affairs.
“(However) I believe Datuk Zaid is just affirming the need to be proactive on all front(s),” Nurul Izzah (picture) told The Malaysian Insider.
Zaid had said yesterday that securing justice for Datuk Seri Anwar Ibrahim should not be PKR’s sole struggle as it was “unworthy” to become a “one-issue party”.
In what appears to be a part of his campaign strategy for the PKR deputy presidency race,  Zaid claimed that the party needed first to fix itself before thinking about fixing the nation.
“Our coalition partners deserve better from us. While we need to secure justice for Datuk Seri Anwar Ibrahim, there are so many more injustices facing the people of this nation that require our attention,” he charged.
In response to Zaid’s remarks, Nurul Izzah defended today the 12 year-old opposition party, saying that it had made “great strides” since its formation in 1998 in proving that it was not a “single-issue” party.
She said that PKR’s current efforts in introducing the country’s first ever direct elections indicated the party was moving to introduce more reforms for the country.
“I believe the fact that Keadilan is implementing direct elections proves that our struggle takes on many fronts. We are moving to further democratise the party in line with our efforts to democratise Malaysia,” said Nurul Izzah via a text message to The Malaysian Insider.
In a blog posting yesterday, Zaid stressed that PKR needed to pay attention to those they sought to represent, reminding members that the people were clamouring for economic and social justice and the right to be treated with respect and dignity.
Zaid had also previously warned that PKR would turn into a second Umno if its present pool of leaders were not changed.
He also rejected outright Anwar’s warning to bypass Umno-owned media like Utusan Malaysia and insisted that the paper’s relentless attacks against the PKR de facto leader could have stemmed from the boycott.
He has also made explicit insinuations that supporters of Azmin Ali, his leading rival in the three-way deputy presidency race, were responsible for the hurdles he was facing in his tilt for the number two post.

Menara 100 tingkat : "Kami ada duit" - PNB

Permodalan Nasional Bhd (PNB), yang akan membangunkan mercu tanda Warisan Merdeka bernilai RM5 bilion, menyatakan ia mempunyai keupayaan untuk membiayai projek pembangunan bersepadu itu daripada dananya sendiri.

"Bagaimanapun, kami boleh mendapatkan pinjaman daripada pasaran selagi kami boleh memaksimumkan pulangan kami," kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman pada taklimat media diKuala Lumpur, hari ini.

Beliau juga menyangkal spekulasi yang projek itu akan dibiayai kerajaan atau sumbernya didapatkan daripada dana amanah sahamnya.

PNB, sebuah syarikat pegangan pelaburan, ketika ini menguruskan dana bernilai lebih RM140 bilion. Ia mempunyai kepentingan besar dalam lebih 300 syarikat tersenarai dan tidak tersenarai.

Rancangan bagi projek berkenaan terdiri daripada tiga fasa yang dijangka selesai sepenuhnya menjelang 2020, diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan bajetnya minggu lalu.

Projek pembangunan bersepadu itu yang terletak di kawasan berdekatan Stadium Merdeka dan Stadium Negara, akan terdiri daripada menara 100 tingkat, dengan pembinaan bermula tahun depan. Ia dijangka siap pada 2015.

- Bernama

Iya Ke Umno Ada Masalah Di Gua Musang?

KALAU tidak ada aral merintang malam esok saya akan turun ke Galas untuk menyaksikan majlis pengumuman calon Pas. Tentunya ramai orang tertumpu ke sana. Pas sendiri memerlukan sokongan yang kuat untuk menghadapi pilihan raya berkenaan. Nama calon Pas sudah pun ada dalam minda dan genggaman saya. Ai? Kalau nak tahu call lah saya..

Sejak awal saya konsisten dengan calon ini. Saya tampak dialah paling layak. Pas nampaknya tidak bermasalah dalam menentukan calon. Konsesus didapati awal-awal lagi. Apakah ini sebagai petanda Pas akan mengharungi pilihan raya kecil ini dengan tenang. Atau para puak dalam Pas rela dan ikhlas untuk tidak menimbulkan masalah kerana lawan mereka - Tengku Razaleigh Hamzah. Atau kerana takut kenan di Manik Urai dulu. Eloklah kalau begitu, ia meringan beban dan tidak menimbulkan banyak kerenah.

Kehadiran Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang malam esok juga akan memeriahkan lagi majlis pengumuman calon itu. PKR dan DAP perlu menunjukkan sokongan padu. Kekalahan pilihan raya kecil itu akan turut merecit kepada mereka juga.

Pas dalam menghadapi plihan raya ini tidak berapa manggak - confident. Pas turun sebagai under dog dengan nisbah 48:52. Pas mengambil petunjuk apa yang berlaku di Manik Urai lalu di mana undi popular Pas menurun sekitar 4 atau 5 peratus. Jadi petunjuk itu dijadikan penanda aras untuk Pas memulakan gerak kerja di Galas. Sebab itu Pas letak 48. Kalau undi popular Pas kekal seperti mana pilihan raya umum tetntu Pas berkelebihan sekitar 51.5%.

Sudah tentu kalau peratus undi popular Pas terus turun Pas mungkin akan menangis di Galas kali ini. Sebaliknya kalau kedudukan 48:52 itu kekal dan Pas boleh tambah sedikit, giliran Tengku Razaleigh akan menangis dan mendapat penghinaan besar. Jadi perancangan tokoh Umno Kuala Lumpur untuk menggas Tengku Razaleigh akan berhasil.

Kita ulas dan kaji semula soal itu.

Yang jelasnya dalam Pas sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya itu, BN masih lagi terkial-kial. Sehingga kini BN belum dapat menentukan siapakah calon mereka. Apakah ianya dari kalangan orang Tengku Razaleigh atau Umno Gua Musang atau sebaliknya. Katanya berlaku pertikaian mengenai calon. Tengku Razaleigh mahu meletakkan orangnya tetapi dibantah atau kurang disenangi oleh pihak lain.

Dalam barisan kepimpinan Umno Gua Musang hari ini, sebahagiannya tidak menyokong kepimpinan Tengku Razaleigh. Ini jadi masalah. Ketua Wanita, Wan Hazani Mohd Noor dan Ketua Pemuda Bazlan dikatakan tidak berapa bersetuju angin dengan Tengku Razaleigh. Ada juga desakan agar orang mereka diambil.

Pertelingkahan ini menyebabkan Umno masih belum dapat mengumumkan calonnya. Tetapi apapun Tengku Razaleigh mempunyai kuasa besar untuk menentukan calonnya. Kuasa sebagai pengarah akan digunakan untuk membuat keputusan. Apa dibimbangkan kalau calon orang Tengku Razaleigh akan berlaku protes secara senyap.

Bekas Timbalan Ketua Umno Gua Musang dan juga bekas Adun Galas, Saufi Deraman dikatakan tidak sejalan dengan Tengku Razaleigh. Manakala Ketua Pemuda Umno, Bazlan pula selalu kelihatan bersama orang-orang Pas di Gua Musang. Betulke atau satu provokasi?

Saufi yang mengetahui kelemahan dan kekuatan Umno Gua Musang dikatakan sudah bertukar maklumat dengan bilik Gerakan Pas. Pas sudah mendapat rahsia dan masalah Umno Gua Musang. Apakah erti ini semua? Tanda-tanda ini menunjukkan bahawa Umno berhadapan masalah perpaduan dalam menghadapi pilihan raya kecil itu.

Ekoran berlaku perebutan calon ada cadangan agar calon alternatif diambil bagi mendamaikan kedua-dua pihak. Bekas ADO Gua Musang dikatakan disebut-sebut akan diletak sebagai calon. Tetapi sejauh mana ia disetujui sangat meragukan. Kalau kedua pihak sedia berkorban memberi laluan kepada orang luar ia boleh menyelamatkan Umno tetapi kalau sebaliknya Umno akan tertumus.

Sejauh mana kebenaran berita dan perkhabaran itu tidak boleh diyakini sepenuhnya kerana Umno kini sibuk berperhimpunan. Mungkin Tengku Razaleigh sengaja memperlewatkan kleadaan kerana memberi tumpuan kepada perhimpunan agung Umno. Tetapi bagi saya di antara PWTC dan Galas sepatutnya Tengku Razaleigh mementingkan Galas. Ini penting bagai mengelakkan Umno tewas di Galas seperti pilihan raya-pilihan raya kecil yang lepas.
MSO

PAKATAN UMNO DAN PARTI KOMUNIS CHINA .

Delegasi Parti Komunis China (CPC) hari ini percaya UMNO yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara mampu melakukan perubahan untuk berdepan cabaran khususnya meraih sokongan generasi akan datang.
 
Ketua delegasi CPC, Huang Xiangyao berkata walaupun UMNO khususnya Barisan Nasional (BN) menerima tamparan pada pilihanraya umum lalu namun menerusi perubahan-perubahan yang dilakukan, BN mampu meraih semula sokongan rakyat.

Malah beliau turut mengakui berminat untuk mendapat pengetahuan bagaimana UMNO melakukan perubahan tersebut.

Pada kunjungan delegasinya kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO hari ini, beliau juga melahirkan rasa gembira kerana hubungan kedua-dua parti terus dapat dieratkan.

Ini katanya dibuktikan menerusi jemputan UMNO kepada CPC yang bukan sahaja untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2010 tetapi juga turut serta dalam forum antarbangsa yang diadakan bermula Isnin lalu.

“Pihak CPC amat menghargai kerjasama yang telah dijalinkan bukan saja kerjasama diplomatik dan perdagangan antara China dan Malaysia tetapi hubungan antara kedua-dua parti yang terus terjalin erat”, katanya.

Dalam kunjungan selama hampir satu jam itu juga delagasi CPC turut diberi penerangan ringkas tentang sistem organisasi parti, situasi semasa perjalanan perhimpunan agung UMNO dan juga persiapan UMNO bagi menghadapi dua pilihanraya kecil iaitu di Dewan Undangan Negeri Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Huang turut menyatakan harapan besarnya agar UMNO termasuk kerajaan Malaysia mengambil kesempatan kerjasama erat ini untuk terus menerokai peluang baik dari sudut ekonomi, teknologi dan perniagaan yang sedia ada negara republik berkenaan.

“Malaysia adalah rakan lama China dan hubungan kedua-dua pemimpin sememangnya menjanjikan peluang yang cukup besar untuk manfaat kedua-dua negara”, ujarnya.


Sementara itu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula kerjasama UMNO dan CPC sebenarnya cukup erat apatah lagi kedua-dua parti telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Beijing, 5 Ogos lalu.

“Sewaktu mengadakan perbincangan, menterinya memaklumkan bahawa mereka amat kagum terhadap cara UMNO menangani masalah perkauman dan ingin mempelajari daripada kita bagaimana mengatasi masalah-masalah berkaitan etnik yang wujud,” katanya.

Jelas beliau lagi walaupun China mengamalkan sistem satu parti namun di negara tersebut terdapat lebih 50 masyarakat etnik.

“Sebagai sebuah negara besar tentunya mereka mempunyai pelbagai masalah dan percaya bahawa kaedah yang diambil dari Malaysia sedikit sebanyak boleh digunapakai dan boleh ditokok tambah untuk disesuaikan dengan pentadbiran negara mereka,” jelasnya.

Katanya, beliau turut menyebut minat UMNO bagi menghantar generasi muda khususnya di kalangan pergerakan Pemuda dan Puteri untuk mempelajari bagaimana CPC melaksanakan program-program mereka. -MediaUMNO

Dukacita dengan tindakan Umno menghalau wartawan

Hata Wahari


20 OKT – NUJ Malaysia merasa kesal serta dukacita dengan tindakan UMNO menghalau wartawan Malaysiakini dari pusat media Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)  dan melihat tindakan ini merupakan tindakan kebelakang dalam mendukung kebebasan media.
Tindakan UMNO ini juga memperlihatkan sikap tidak mesra media dan tidak selari dengan ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap menutup Forum Antarabangsa  Mengenai Pembentukan Warga Global: Librasasi Media dan Realiti Politik Baru semalam yang berkata, bahawa Media boleh memainkan peranan penting bagi menghapuskan ektremis di dunia.
Malangnya, UMNO yang  diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memegang prinsip yang dilaung-laungkan  dan sikap-sikap itu terbukti dengan tindakan menghalau wartawan Malaysiakini dari berada di Pusat Media Perhimpunan Agung UMNO.
Sehubungan itu NUJ Malaysia mendesak agar larangan kepada Malaysiakini dan wartawan-wartawan portal alternatif untuk membuat liputan itu ditarik balik dan mengembalikan status quo agar  setiap organisasi media dapat membuat liputan tanpa halangan.
NUJ Malaysia meminta Presiden UMNO bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ini dan mengeluarkan arahan kepada Setiausaha Agung UMNO agar tindakan menghalang organisasi media untuk membuat liputan pada perhimpunan agung itu  di tarikh balik dengan segera.
LATAR BELAKANG: Malaysiakini diminta dikeluar dari bilik media di perhimpunan agung Umno kerana tidak memiliki pas media yang dikeluarkan oleh sekretariat parti itu. Semua lapan wartawan portal berita bebas itu diberitahu tidak dibenarkan menggunakan kemudahan bilik media oleh seorang pegawai sekretariat perhimpunan itu.
NUJ Malaysia juga menerima aduan dari beberapa ahli yang mendakwa permohonan mereka untuk mendapat pas untuk membuat  liputan pada perhimpunan agung itu ditolak walapun permohonan itu dibuat melalui organisasi media yang dikuasai oleh UMNO.
Sebab-sebab mengapa sesetengah wartawan tidak dikeluarkan pas perhimpunan agung tidak dinyatakan semasa penolakan tersebut.
* Hata Wahari adalah Presiden NUJ Malaysia

3 projek utama gagal kerana kronisme

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak melaksanakan transformasi ekonomi seperti yang diwar-warkan sebaliknya masih mengamalkan kronisme dan rasuah dalam pentadbiran.
Ini terbukti dengan pendedahan ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengenai tiga projek yang mengalami kegagalan dalam kepada kroni Umno BN mengaut keuntungan.
Tiga projek berkenaan ialah pembinaan Hospital Shah Alam, Institut Kanser Negara dan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2 dari Jabor ke Gemuruh, Terengganu.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sebelum ini mendedahkan mengenai penyelewengan dalam projek berkenaan memberitahu, Umno BN masih menyerahkan pembinaan hospital itu kepada syarikat kroni walaupun subkontraktor sedia ada, GM Health Sdn Bhd bersedia memberikan diskaun RM3 juta serta menjamin hospital disiapkan dalam tempoh yang lebih awal.
"Ini adalah kontraktor Bumiputera kelas A tetapi ditamatkan kontraknya oleh kontraktor utama, Sunshine Fleet kerana pertikaian berhubung pembayaran progresif. Lalu GM Health menawarkan kepada kerajaan untuk meneruskan projek ini dengan diskaun RM3 juta dan sanggup menyiapkan projek dalam tempoh 18 bulan.
"Walaupun syarikat itu telah membayar komisen kepada Sunshine Fleet tetapi ia masih sanggup untuk menerukan projek tersebut," kata beliau dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu, Saifuddin Nasution (PKR-Machang) pula mendedahkan, kos pembinaan Institut Kanser Negara meningkat dua kali ganda daripada tawaran asal RM340 juta kepada RM690 juta.
Ini berlaku kerana Umno BN masih mengamalkan budaya kronisme dan 'untung atas angin' (rent seeking) walaupun menjanjikan kepada rakyat pendekatan tender secara terbuka akan diamalkan dalam Model Ekonomi Baru.
Menurut Saifuddin, acara pecah tanah telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 9 Januari 2007 di Putrajaya dan menjadi sebahagian daripada projek dalam Rancangan Malaysia Ke-9.
Projek tersebut yang merupakan inisiatif kerajaan untuk pesakit kanser dijangka siap dalam tempoh 30 bulan.
"Pada 10 Mac 2009, Timbalan Menteri Kesihatan pada waktu itu, Datuk Dr Latiff Ahmad menyebut kerajaan berada di tahap akhir untuk membina institut tersebut dengan kos sebanyak RM700 juta.
"Ertinya, selepas 24 bulan diumumkan, harganya sudah pun meningkat 100%," ujar beliau.
Menurut Saifuddin, pihaknya telah melakukan siasatan dan mendapati projek itu telah diberikan kepada Kiara Teratai Sdn Bhd dan dalam penyata akaun tahunan syarikat tersebut pada tahun 2009 mengesahkan ia telah memperolehi surat tawaran untuk membina institut pada Januari 2008.
Satu lagi projek yang menjadi mangsa salah laku Umno BN iaitu pembinaan Lebuh raya Pantai Timur (LPT) 2 apabila dua pakej projek pembinaan bernilai RM59.2 juta gagal disiapkan oleh sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang ahli jawatankuasa Umno Hulu Terengganu.
Abdul Wahid Endut (PAS-Kuala Terengganu) dalam sidang media sama berkata, syarikat kepunyaaan kroni Umno itu hanya menyiapkan 15.1 peratus sahaja Pakej 9B yang diberi dalam tempoh lebih dua tahun sejak 2007.
"Apa yang syarikat ini berminat ialah menebang semua balak di dalam kawasan pembinaan lebuh raya itu dan menjualnya untuk keuntungan mereka.
"Apabila projek terbengkalai kerajaan sekali lagi membuka tender dan serahkan kepada satu lagi syarikat kroni dengan kenaikan kos pembinaan sebanyak 20 peratus," kata Abdul Wahid
Tambah beliau, sehingga Jun LPT2 yang bermula dari Jabor di Terengganu hingga Temerloh di Pahang hanya siap 70.4 peratus berbanding 82 peratus dalam perancangan awal.
"Sebab lambat ialah kerana kerajaan memberi projek secara rundingan terus dan kemudiannya syarikat berkenaan meninggalkan projek,” ujarnya.
Katanya, LPT2 membabitkan kos yang tinggi iaitu RM3.7 bilion dan lebih 50 peratus kosnya datang daripada dana khas negeri Terengganu.
Projek itu, ujarnya mempunyai 17 pakej dan dua daripadanya diberi kepada sebuah syarikat, Arah Jitu Sdn Bhd milik  AJK Umno Hulu Terengganu.
“Beliau diberi Pakej 9B dan Pakej 8. Di Terengganu, Umno selalu beri projek kepada OKU, bukan orang kurang upaya tapi 'Orang Kuat Umno'," ujar beliau.

Bloggers fight back against Rais over his son's graft allegations

Now, he may really have to!
KUALA LUMPUR: A new association called Bloggers For Malaysia was set up last night in response to a recent police report lodged by Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim after denying corruption allegations involving his son.

Protem president blogger Syed Akbar Ali (outsyedthebox) said the group was formed at the National Press Club Malaysia here after a meeting, held by several prominent bloggers, concluded there was no proper association to help protect and to represent bloggers in the country.

"Bloggers have no one to turn to. They just look at each others' faces without having anyone to defend them as there are no laws protecting them when they merely write or express their views on an issue they're interested in.

"We are sure to get a minimum of 500 bloggers to join and they can be rest assured they have us to defend them."

Akhramsyah M.U. Sanusi is the association's deputy president, Tony Yew (muststopthis) is the secretary, Mohamad Firdaus Abdullah is deputy secretary and Zakhir Mohamed (bigdogdotcom) the treasurer.

The committee members are Datuk Ahirudin Attan (RockyBru), Shamsul Akmar Musa Kamal, The Malay Mail chief operating officer Endie Shazlie Akbar and Eric Woon (iamamalaysian).

Commenting on Rais' police report, Syed Akbar said: "Bloggers and blogging are a worldwide phenomena which follow universal rules. Everyone blogs to share their two cents worth of opinion. As the Communications Minister, Rais should have engaged directly with the bloggers, not by blocking the new media."

Yew said: "If this was the manner all ministers and the Cabinet behave, many average citizens will be prosecuted. The question now is, how do they pick and choose out of the millions?

"Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has been attacked but we do not see him taking any action. There are going to be a lot of people saying all kinds of things and the action by Rais is more like a stand-alone action, no one has spoken up for him. Bloggers do not blog without first identifying the source."

Akhramsyah said neither the government nor anyone could stop a person from using media used internationally to pass on or get information regarding an issue.

"There are many social networking sites such as Twitter and FaceBook which work faster. At least in blogs, people get the chance to engage should they have inquiries or just want to share their views, especially to bloggers who do not blog anonymously."

Following the report by Rais, Zakhir was questioned by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) yesterday from 2.30pm till 4pm. Zakhir said MCMC was very professional and courteous in conducting the interview.

Ahirudin was called in by the MCMC to give his statement last Wednesday from 11.30am till 1pm. The police report by Rais stemmed from blog posts by TnT and bigdogdotcom on Sept 27 claiming the telecommunication company of Rais’ son was one of nine companies which had benefited from a government grant to develop broadband connectivity in the country.

This was followed by Ahirudin’s blog post, Who gets Santa Rais’ RM1 billion handout?, on Oct 9. Rais lodged a report against Ahirudin, Zakhir and TnT on Oct 12.

In our report yesterday, TnT blogger — identified only as Tony — had told The Paper That Cares: "We at TnT were alerted to the issue by a source and we will do anything to protect this source. As bloggers, we have our way of verifying claims.

"The minister mentioned we made allegations, but that is not true. We certainly did not mention anybody doing anything. It was a teaser and not intended to harm anybody.

"The minister can go ahead and make a report against us, but we don't care."

Rais has yet to lodge a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) on what he has described as baseless claims, despite threatening to do so earlier.

The issue of "false news" had made headlines recently, in particular the case of The Malay Mail's entertainment and lifestyle executive editor Irwan Abdul Rahman, who was charged in court over his blog post 'TNB To Sue WWF Over Earth Hour', penned under his blogger name, Hassan Skodeng. The charge has been met with ridicule and disdain by the blogging community as well as the legal fraternity, who have labelled it "frivolous".  -  Malay Mail

Kamu kafir 100%

 

Takut Dituduh Muslim, Obama Hindari Kunjungi Kuil Sikh Gunakan Sorban

sumber (eramuslim.com)

Kunjungan oleh Barack Obama ke tempat paling suci kaum Sikh berupa kuil dapat dibatalkan karena penasihatnya tidak ingin Presiden AS tersebut harus mengenakan semacam sorban - takut hal tersebut bisa menyulut rumor bahwa ia adalah seorang Muslim secara rahasia.
Setiap orang yang memasuki Kuil Emas di kota Amritsar India utara harus menutupi kepala mereka, dan penasihat Presiden AS takut hal itu bisa menjadi bahan bakar rumor palsu bahwa ia adalah seorang Muslim.
Sebagian besar wisatawan menutupi kepala mereka dengan selembar kain (seperti sorban), sementara banyak laki-laki Sikh, dan beberapa wanita mereka, mengenakan sorban yang dililit secara rumit dikepala mereka.
Obama telah merencanakan untuk melihat kuil suci kaum Sikh tersebut ketika ia berencana bepergian ke India bulan depan tetapi penasihatnya mengatakan telah mengesampingkan opsi penggunaan sorban, karena khawatir bahwa dalam pikiran beberapa orang, hal itu akan menghubungkan dirinya dengan kelompok Islamisme militan.
Untuk menghindari hal tersebut menjadi amunisi untuk kampanye hitam terhadap dirinya di internet dan sindiran dalam talkshow radio dari lawan politiknya, yang menunjukkan bahwa Presiden AS adalah seorang Muslim yang memasuki Gedung Putih dengan sembunyi-sembunyi, para penasehatnya menyarankan ia harus memakai topi baseball dalam kunjungannya ke sana.
Namun menurut pimpinan kuil Sikh, pemakaian topi baseball dilarang di dalam kuil yang dianggap suci tersebut.
Para penjaga kuil mengatakan kepada The Times kemarin bahwa ada sedikit kemungkinan pengecualian yang dibuat bagi pemimpin dunia.
"Kami tidak membuat persiapan khusus untuk kedatangannya, karena semua orang sama di mata Tuhan. Ini adalah tradisi kami untuk menutupi kepala ketika Anda berada di kuil," kata S. Ram Singh, dari Komite Parbandhak Shiromani Gurdwara, yang mengelola pemeliharaan kompleks kuil.
Sebelumnya tokoh terkemuka lain telah diizinkan masuk ke kuil memakai pilihan mereka sendiri berupa topi. Prince of Wales, misalnya, memakai sebuah panama.
Sebuah pertemuan darurat para politisi India, pejabat kuil dan diplomat Amerika akan berlangsung hari ini, juru bicara komite mengatakan, untuk melihat apakah kompromi itu mungkin terjadi.
Sumber-sumber pemerintah India mengatakan jadwal final untuk Obama belum diputuskan, tetapi menyarankan bahwa kunjungan ke Amritsar, yang akan membawanya ke dalam perjalanan satu jam Pakistan, adalah tidak mungkin untuk "alasan logistik".
Gedung Putih mengatakan kemarin (19/10) bahwa belum ada pembatalan atas rencana kunjungan Obama ke kuil itu. Ajudan Obama tidak menutup kemungkinan adanya kunjungan ke Amritsar tetapi mengatakan bahwa program kunjungan Obama masih sedang tahap penyelesaian.
Obama diperkirakan akan tiba di India pada tanggal 6 November dan mengunjungi Mumbai dan Delhi selama kunjungan empat-harinya. Ini akan menjadi perjalanan pertamanya ke negara tersebut , di mana AS berusaha untuk menumbuhkan negara penyeimbang regional untuk Cina dan mencari sekutu anti-terorisme.(fq/times)