Isnin, 18 Oktober 2010

UEM dan KWSP: Pampasan RM5 bilion jika tol tidak naik

"Pampasan maksima RM5 bilion" menyusul, sebaik sahaja rakyat diumumkan khabar baik bahawa "kadar tol empat lebuhraya PLUS tidak dinaikkan untuk lima tahun", ketika Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan tahun 2011, Jumaat lalu.
Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim Siang Chai ketika ditanya selepas pembentangan Belanjawan 2011 oleh Najib Razak, berkata kerajaan tidak perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi, lantaran keputusan untuk tidak menaikkan tol selama lima tahun.  Namun demikian, Donald Lim enggan mengulas lanjut berhubung isu ini.
Bagaimanapun, kenyataan ini bertentangan dengan apa yang diumumkan oleh UEM Group (yang dikuasai Khazanah Nasional) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam sidang media pada hari ini.  UEM Group dan KWSP mengambil-alih PLUS Expressways Berhad dengan RM 23 bilion pada 15 Oktober.
Menurut UEM Group dan KWSP, kerajaan telah berhutang dengan syarikat konsesi lebuh raya sejumlah RM2.5 bilion, setakat 30 Jun 2010.  Malah, kerajaan dianggarkan perlu membayar pampasan maksima RM5 bilion seandainya tidak menaikkan kadar tol untuk lima tahun, mengikut perjanjian konsesi asal.  Dengan kata lain, kerajaan mungkin perlu membayar RM7.5 bilion dalam masa lima tahun yang akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group, Izzaddin Idris (gambar kanan) berkata,  UEM Group dan KWSP telah mengambil-kira risiko komersialnya ketika mencadangkan pengambil-alihan dengan nilai RM23 bilion.  Jadi, penawaran RM4.60 untuk seunit saham telah mengambil kira faktor "kadar tol tidak dinaikkan untuk lima tahun".
Bagaimanapun, pihak UEM Group dan KWSP bersedia untuk berunding dengan kerajaan dalam isu perjanjian konsesi baru dan pampasan dalam tempoh beberapa bulan yang terdekat.
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Disedut, diterjemah dan disunting oleh Lim

Cabaran Bajet 2011: Menterjemah Perancangan Kepada Realiti

1. Bajet yang dibentangkan minggu lalu menampakkan kesungguhan Kerajaan menjaga kepentingan rakyat dan juga menyediakan jalan pantas mencapai Wawasan 2020.
2. Saya fikir antara perkara yang paling baik ialah peruntukan hampir RM 1.3 bilion untuk program-program meningkatkan kemahiran rakyat.  Sebanyak RM 500 juta bagi proses peningkatan kemahiran dan mempelajari kemahiran baru di bawah Program Latihan 1 Malaysia.  Peruntukan ini penting dalam melatih semula golongan pekerja sedia ada terutamanya yang berpendapatan rendah meningkatkan kemahiran tertentu seterusnya membolehkan mereka meningkatkan taraf pekerjaan dan pendapatan mereka.
3. Selain itu, seperti mana yang harapkan oleh blog ini minggu lalu, kerajaan turut memperuntukkan hampir setengah bilion ringgit (RM) untuk mereka yang tidak dapat ke institusi pengajian tinggi mendapatkan peluang pembelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional.
4. Adalah menjadi harapan agar anak-anak muda yang berada di luar sana dapat meninggalkan aktiviti yang tidak berfaedah dan mengambil peluang ini bagi meningkatkan kebolehan dan kemampuan diri.  Saya percaya jika peruntukan sedia ada habis digunakan, kerajaan boleh memberi peruntukan tambahan dengan syarat ia dibelanjakan dengan baik dan menampakkan hasil yang baik.
Belanja Pengurusan Yang Tinggi
5. Selain itu, apa yang meriasaukan saya ialah dalam Bajet 2011 ialah peruntukan pengurusan yang begitu tinggi berbanding peruntukan pembangunan.  Daripada RM 212 bilion Bajet 2011, sebanyak RM 162.8 bilion ringgit digunakan sebagai bajet pengurusan.  Hanya RM 49.2 bilion digunakan untuk perbelanjaan pembangunan.
6. Adalah penting pada masa hadapan kerajaan dapat meningkatkan perbelanjaan pembangunan dan mengurangkan perbelanjaan pengurusan bagi membolehkan ekonomi negara berkembang dengan lebih pesat.
7. Kerajaan juga perlu mempertimbangkan perbelanjaan untuk subsidi terutamanya membabitkan subsidi dalam bidang pertanian dan subsidi petrol sebagai perbelanjaan untuk pembangunan bukannya pengurusan.  Ini kerana subsidi seperti ini bertujuan merancakkan pembangunan ekonomi negara.
8. Secara keseluruhannya Bajet 2011 merupakan satu janji yang sangat cantik dan menarik untuk rakyat.  Cuma kekhuatiran ramai orang ialah apakah ia akan dilaksanakan secantik dibentangkan.
9. Ini semua memerlukan sokongan dan iltizam bukan sahaja kabinet tetapi juga pelaksana utama agenda Bajet ini, yakni kakitangan kerajaan.  Tanpa kesungguhan, komitmen dan kejujuran kakitangan kerajaan dari Ketua Setiausaha Negara sehingga ke pekerja am, maka Bajet 2011 ini sekadar cantik di Parlimen tetapi tidak memberi impak besar kepada rakyat.
10. Amatlah malang jika apa yang dirancang ini dan sepatutnya menjadi pemangkin kemajuan negara gagal menjadi kenyataan kerana sikap "tidak apa" dan "business as usual" di kalangan pegawai tertinggi kerajaan.
11. Saya (Khir Toyo, gambar kiri) bukan mahu menyalahkan pegawai kerajaan 100% atau mencari musuh di kalangan pelaksana polisi.  Namun adalah penting untuk para pegawai kerajaan memahami aspirasi dan kehendak kerajaan kerana Menteri sahaja tidak mungkin mampu menjayakan setiap polisi yang dirangka jika tidak mendapat komitmen kumpulan pelaksana.
12. Kerajaan mungkin tidak memberi bonus kepada kakitangan kerajaan kali ini.  Namun pemberian bantuan kewangan sebanyak RM 500 bagi pegawai gred 54 dan ke bawah merupakan satu usaha kerajaan mengurangkan beban kakitangan awam terutamanya yang bergaji rendah.
13. Memang benar kakitangan kerajaan tidak mendapat bonus sebulan gaji seperti yang dituntut oleh Ceupacs.  Namun dengan perbelanjaan pengurusan yang telah membesar sedemikian rupa kakitangan kerajaan tidaklah boleh mengharap bonus setiap tahun.
14. Berbanding majoriti rakyat Malaysia, mereka yang memasuki jawatan kerajaan merupakan kumpulan yang paling bertuah.  Di luar perkhidmatan kerajaan mereka terpaksa bekerja keras untuk menyara kehidupan tanpa faedah kesihatan, pendidikan dan jaminan jawatan seperti mana yang dinikmati oleh kakitangan kerajaan.  Pada bila-bila masa mereka boleh kehilangan jawatan biarpun bertungkus lumus bekerja.  Sebaliknya dalam kerajaan jarang sekali kehilangan jawatan kecuali jika melakukan jenayah.
15. Justeru saya berharap kakitangan kerajaan dapat melupakan isu bonus ini dan memberi perkhidmatan yang terbaik bagi meningkatkan pendapatan negara.  Insyallah, jika ada kemajuan lebih baik mungkin pada masa akan datang kerajaan akan memberi bonus mengikut kemampuan.
16. Apa yang penting melaksanakan Bajet 2011 dengan jayanya.
*Tulisan ini dipetik dari blog Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor, kini sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor.

Homoseksualiti dan tahap kematangan rakyat Malaysia

Dalam minggu yang lalu, dua peristiwa yang mendobrak minda telah belaku di Kuala Lumpur.  Konsert Adam Lambert di Stadium Putra, Bukit Jalil dan program Seksualiti Merdeka di Annexe, Pasar Seni.
Pertama sekali mari kita teliti kekecohan yang berlaku berhubung konsert sulung "Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010".  Adam Mitchel Lambert merupakan seorang artis pop dari California.  Lambert merupakan "idola baru America" dalam rancangan popular American Idol.  The Times mengenalpasti Lambert sebagai artist pop gay pertama yang mengaku secara terbuka akan kecenderungan seksnya.
Pada malam konsert tersebut, pelajar Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), serta Komuniti Mahasiswa Kerinchi telah hadir berdemonstrasi di depan stadium.  Terlebih dahulu, kami ucapkan syabas kepada anak-anak muda yang ada pendirian dan berani ini.  Namun, kami amat hampa dengan kualiti pemikiran mereka, kami amat bimbang kerana kami khuatir golongan ini adalah golongan yang cuba lari dari realiti dan mengelak masalah sebenar dengan menipu diri sendiri dan orang ramai yang mempercayai mereka.
Gay budaya Barat?
Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dzulkefly Ahmad (gambar kiri) berkata "Saya yakin rakyat sependapat dengan PAS iaitu hiburan adalah tuntutan naluri manusia dengan ada tatasusila ketimurannya dan tidak menyimpang dari norma-norma agama di Malaysia".  Adakah ini suatu kebenaran atau ketidakupayaan untuk mengakui hakikat?  Berapa lama lagi akan masyarakat kita terus mempercayai fakta-fakta yang tidak benar sebagai hakiki?  Terus menipu diri dan menyalahkan Barat untuk segala macam perkara yang kita lihat sebagai negatif.
Farish A Noor seorang sejarahwan terkemuka di Malaysia, Singapura dan Indonesia telah mengkaji Hikayat Panji Semirang, suatu manuskrip kuno yang menceritakan tentang cinta sejenis, telah menjelaskan bahawa homoseksualiti bukanlah suatu konsep dari barat.  Menurutnya geografi seks sebelum kedatangan Islam ke Asia Tenggara adalah bukti kepada apa yang kini kita gelar budaya negatif Barat.
Beliau turut menjelaskan bahawa seperti Kama Sutra, Serat Centini satu manuskrip yang merekodkan hubungan sejenis pada waktu itu adalah bukti cinta sejenis sudah berakar dalam budaya kita sejak kurun ke-15.  Menurut beliau lagi, pada ketika itu budaya itu dilihat sebagai sesuatu yang normal.
Sikap membuat kenyataan seolah-olah masyarakat kita membenci dan menghina gay kerana budaya itu adalah asing adalah cuba melarikan diri daripada hakikat semata-mata untuk menipu diri sendiri.  Budaya cinta sejenis ini sudah lama dalam masyarakat kita, dan kita tidak perlu menyalahkan Barat.  Mengapa begitu sukar untuk kita mengakui kebenaran bahawa budaya homoseks bukanlah asing dan masih segar dalam masyarakat kita?  Masyarakat kita dalam diam mengetahui akan kecenderungan seks beberapa artis terkemuka Negara kita sendiri.  Mengapa lagi kita terus dalam penafian?

Royal College of Psychiatrists institut penyelidiakan mental di London telah menyatakan pada 2007 bahawa tidak ada bukti untuk menyokong cadangan bahawa cara mendidik anak atau pengalaman waktu muda memainkan peranan dalam kecenderungan seks seseorang.  Kecenderungan ini adalah bersifat biologi dan oleh yang sedemikian bukanlah suatu pilihan.  American Academy of Pediatrics pula dalam suatu laporan perubatan pada tahun 2004 menerangkan bahawa kecenderungan seks ditentukan oleh pelbagai kombinasi faktor genetik, hormon, dan pengaruh persekitaran.
Kecenderungan seks gagal dikawal
Bidang ilmu sains menjelaskan bahawa kecenderungan seks adalah satu perkembangan yang tidak dapat dikawal.  Ini bermakna sesorang tidak boleh menjadi gay, sebaliknya kecenderungan itu bermula sejak kecil lagi secara semulajadi.  Oleh yang sedemikian mengapa rakyat kita khuatir seolah-olah orang muda akan terus menjadi gay dengan menonton konsert Adam Lambert?  Mengapa isu seksualiti menjadi kegemaran rakyat Malaysia?  Adam Lambert telah menghormati rakyat kita dengan bersetuju untuk tidak membuka baju dan melakukan adegan ciuman homoseksnya.  Tapi sebilangan orang muda di Negara kita tidak dapat menghargai hormat diberikan itu dan membalasnya dengan memijak poster Lambert dan mencercanya secara halus.  Sedangkan budaya homoseks itu subur di Malaysia sejak dahulu lagi.
Malahan menjadi rahsia terbuka, di mana cerita hubungan intim sejenis di asrama-asrama sekolah agama bukanlah sesuatu yang menghairankan.  Tanya sahaja kepada anak-anak yang belajar di institusi-institusi tertentu.  Mungkin dalam himpunan protes itu sendiri ada beberapa mahasiswa yang masih tidak berani mengakui kesongsangan seksualiti mereka dan sebagai reaksi melihatkan homophobia yang tinggi.  Tekanan dan diskriminasi yang dihadapi oleh golongan yang songsang kecenderungan seksnya adalah amat membimbangkan.
Pada 28 September yang lalu Seth Walsh seorang kanak-kanak berusia 13 tahun dari California telah membunuh diri kerana tidak tahan dibuli oleh rakan-rakan sekelas kerana kecenderungan seksualnya yang songsang.  Adakah ini yang kita mahu berlaku di Negara kita?  Sudah tiba masa kita berhenti menuding jari dan mengakui masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat kita.  Jika kita tidak boleh menyelesaikanya maka kita harus cuba memahaminya sebaik mungkin.  Mereka juga manusia, mereka juga menpunyai maruah, mereka juga mempunyai perasaan, dan mereka juga bergelar warganegara.
Walaupun kecewa dengan sebab mengapa protes dan demostrasi memijak poster Lambert itu dijalankan, kami sempat meninjau satu aktiviti yang didedikasi kepada isu seksualiti.  Pesta Seksualiti Merdeka telah menghimpunkan hampir 300 rakyat pelbagai bangsa dan agama untuk merayakan seksualiti masyarakat kita yang majmuk.  Dalam pesta itu, mereka tidak mengadakan hubungan seks tetapi cuba mendidik masyarakat tentang kesedaran hak seksualiti, selain menceritakan kesukaran hidup golongan gay, lesbian, trangender dan sebagainya yang sering didiskriminasi.
Seandainya golongan muda yang berdemonstrasi itu adalah kerana konsert ini merupakan suatu pembaziran, dan terang-terang adalah satu lagi usaha puak pemodal mencari keuntungan, maka kami akan berbangga dan berasa kagum dengan tahap kematangan mereka.  Barangkali bukan ini salah mereka, tetapi salah universiti awam kita.
Baru-baru ini salah seorang daripada UKM 4 telah dilucutkan anugerah dekan, sedangkan mahkamah belum mendapati mereka bersalah.  Nampaknya UKM bertekad untuk memusnahkan masa depan pelajar-pelajarnya yang kritikal dan berani.  Jika beginilah Universiti tidak hairanlah kualiti mahasiswa yang dilahirkan hanya mampu obses dengan seksualiti songsang artis asing, dan gagal melihat isu-isu yang lebih penting.
*Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh ialah penulis bebas.

2 Pengetua Rasis Telah Digantung Tugas Serta Merta - Nazri


KUALA LUMPUR: Dua pengetua sekolah yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman sudah ditukar ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Pengetua SMK Tuanku Abdul Rahman Putra, Kulai telah ditukar ke Jabatan Pelajaran Johor sementara Pengetua Bukit Selambau telah ditukarkan ke Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda,” katanya ketika Sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan lisan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) berhubung tindakan kerajaan terhadap pengetua yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini.

“Dalam kes membabitkan pengetua dari Kulaijaya tindakan telah diambil dengan pegawai kanan itu sudah pun digantung perkhidmatan bermula 13 Oktober lalu.

“Dalam tempoh prosiding siasatan, kakitangan kerajaan terbabit telah dilarang daripada meneruskan perkhidmatannya. Bagi kes pengetua Johor, terdapat ramai saksi (yang menghadiri) perhimpunan sekolah ketika insiden didakwa berlaku, justeru banyak keterangan perlu diambil,” katanya.

Mohamed Nazri menegaskan, kerajaan kini dalam proses akhir untuk mengambil tindakan terhadap kedua-dua guru berkenaan.

“Semua pihak harus faham ini adalah kali pertama seorang pegawai kerajaan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

“Jadi ia makan masa sedikit untuk menyiasat dan ambil tindakan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang ingin tahu mengapa kerajaan lambat mengambil tindakan terhadap guru-guru terlibat.

Jelasnya, situasi ketika kejadian juga perlu diambil kira sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan, sama ada guru berkenaan benar-benar mempunyai niat menghasut atau berada dalam keadaan marah.

Bagi kes di Bukit Selambau, Mohamed Nazri berkata, guru itu telah diberi amaran oleh Kementerian Pelajaran dan dia telah memohon maaf secara terbuka.

“Paling penting, mereka telah digantung tugas serta-merta bagi membolehkan siasatan dijalankan. Siasatan perlu mendalam sebelum mereka boleh disabitkan dengan pertuduhan.

“Kita tak mahu penyiasatan yang ‘flip-flop’ akhirnya menyebabkan keputusan yang dibuat tidak memuaskan hati,” katanya.

Felda: Menteri Angkuh, Ketepikan Keluhan Peneroka

KUALA LUMPUR 18 OKT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Menteri dan Timbalan Menteri yang bertanggungjawab terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bersikap angkuh dan semborono dengan mengetepikan sahaja keluhan peneroka yang mengadu berkenaan lembaga berkenaan.

Sebelum ini, pada 7 Oktober lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menyatakan Felda bersedia memberikan wang tanam semula sebanyak RM17,000 kepada peneroka tetapi dengan syarat peneroka perlu membuat tanaman semula mengikut panduan yang ditetapkan.

Dalam hujah beliau di Dewan Rakyat pagi tadi, Anwar menjelaskan tindakan ini bermaksud bantahan dan isu yang diketengahkan oleh para Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berkenaan Felda selama ini berjaya menarik perhatian pihak yang bertanggungjawab terhadap organisasi berkenaan.

"Saya tidak pertikai maksud baik awal Rancangan Felda dan beberapa faedah serta nikmat yang diperolehi, tetapi seperti mana yang kita tekankan, wajar diberikan penilaian dan pertimbangan semula kerana lebih ramai masyarakat Felda merasakan ada bentuk ketidakadilan berlaku," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Katanya lagi, wang tanam semula tidak diberikan sebelum ini bagi mengelakkan wang tersebut disalah gunakan oleh para peneroka.

"Persoalannya sekarang, adakah benar ini akan dilaksanakan? Kita menuntut, rakan-rakan kita nak tanya, bila nak laksanakan?

"Kenapa ada peneroka yang telah menanam sendiri lima, malah sepuluh tahun, wang tanam semula tidak diperolehi?" kata beliau.

Anwar seterusnya menyatakan jika isu ini berkenaan membantu keluarga dan rakan Umno-Barisan Nasional(BN), segera dilakukan tetapi perihal membantu masyarakat kampung termasuk kaum Melayu sendiri tidak kesampaian walaupun menunggu sepuluh tahun.

Katanya lagi, para peneroka terpaksa menyaman Felda kerana kegagalan Felda membayar wang penanaman semula walaupun rundingan dibuat begitu lama.

"Ini keluhan yang mereka (peneroka Felda) keluarkan. Mengapa para peneroka Felda berani bawa kes ini ke makhamah?" tegasnya.

Sebabnya mudah dakwa Anwar, kerana mereka terdesak, bawa ke Felda tiada harapan.

Guna Wang KWSP: Kerajaan Perlu Beri Penjelasan

KUALA LUMPUR 18 OKT: Pemimpin Pakatan Rakyat menuntut kerajaan menjelaskan kepada umum tujuan cadangan pelaburan dana 20 peratus dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM75.3 juta ke luar negara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang ditemui di lobi parlimen berkata, kerajaan seolah-olah tidak menyedari pendirian yang diambil dahulu bagi mempertahankan dana awam agar tidak berlaku kerugian namun tetapi cadangan di dalam parlimen baru-baru ini adalah sebaliknya.

Azan turut mempersoal keputusan kerajaan mengambil risiko melabur sejumlah wang rakyat keluar negara berbanding domestik yang boleh membantu peniaga-peniaga kecil dan sederhana menjana ekonomi negara.

"Satu masa dahulu, kerajaan menghadkan pelaburan bersifat portfolio asing kerana bimbang kerugian akibat pertukaran wang asing tapi pada minggu lepas kita lihat satu keputusan di luar jangkaan dan tidak munasabah sama sekali kerana dalam keadaan kita menghadapi risiko kerugian akibat tukaran wang asing, kita telah membuat pusingan U yang memberi kebenaran melalui cadangan dalam parlimen," jelas beliau.

Jelas Azan lagi, adalah lebih baik RM75 bilion itu dilaburkan dalam negara. Ia boleh menyebabkan pertumbuhan dalaman, peniaga-peniaga kecil boleh mendapat pinjaman daripada nilai pelaburan sekaligus menjadikan ekonomi Malaysia tumbuh kerana yang kita hadapi ialah ekonomi dalaman yang merosot.

Azan berkata kerajaan membuat satu keputusan yang salah sekiranya cadangan ini diteruskan dengan mengenepikan kepentingan umum dan secara tidak langsung meletakkan beban kepada KWSP bagi menampung penyenaraian saham di Bursa Saham New York (NYSE).

"Ini ibarat dengan segaja mengambil RM75 billion duit rakyat dan meletakkan kepada tempat yang berisiko tinggi yang boleh menyebabkan seluruh dana itu akan lesap dan hilang," tegas beliau.

Menurut Azan, beliau bimbang sekiranya dana pelaburan asing luar negara mengalami kerugian maka kesannya akan diterima oleh kerajaan termasuk rakyat seperti yang berlaku pada tahun 90an di mana Bank Negara mengalami kerugian sebanyak RM30 bilion dalam pelaburan wang asing.

Azan berkata berdasarkan fakta yang diperolehinya, Pakatan Rakyat akan menggenakan tekanan maksima kepada kerajaan berhubung isu pelaburan ini selain menjalankan aktiviti penerangan di seluruh negara memberi maklumat kepada rakyat secara terperinci.

Beliau menyeru agar seluruh rakyat yang menyumbangkan wang kepada dana KWSP mengambil berat isu pelaburan ini agar tidak ditindas oleh kerajaan.

KEHEBATAN NAJIB!!?

Photobucket

Sebagai penilaian umum, mari kita renungkan beberapa kehebatan Dato’ Najib Tun Razak …. setelah menjadi perdana menteri kira-kira dua tahun yang lalu…. Antara kejayaan beliau,..

1. Berjaya mengetuai sekumpulan lanun UMNO memancing tiga ADUN di Perak. Selepas puas memancing akhirnya mereka memasang jerat dan berjaya memerangkap 3 ADUN tersebut. Ketiga-tiga ADUN akhirnya melompat dari PR, kini menyokong BN. Ini satu kejayaan besar UMNO BN yang sangat dibenci oleh rakyat Perak!!

2. Dengan memiliki kuasa dan sedikit pengaruh istana terutama semasa di Pahang, Najib berjaya mempengaruhi Sultan Perak. Akhirnya kerajaan Perak berjaya dirogol dan dirompak . Mereka berjaya merampas kuasa kerajaan negeri Perak dengan cara yang cukup ganas sebagaimana yang berlaku ketika dalam sidang dewan negeri satu ketika dulu. Awas PR !!. Najib sedang berusaha untuk mencipta satu lagi kejayaan iaitu merampas kerajaan Selangor negeri termaju di Malaysia.

3. Berjaya menyelamatkan dirinya serta orang kuatnya Razak Baginda daripada tuduhan membunuh Altantuya Syariibuu wanita warga Mongolia yang tidak berdosa.

4. Berjaya mencipta slogan hampehh untuk kerajaan pimpinannya iaitu,.. 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Tetapi hakikat sebenarnya rakyat sangat menyampah kerana cakap tak serupa bikin. Apa yang tertulis dan diucap bertentangan dengan apa yang berlaku. Sesama ahli UMNO bertelagah, sesama parti gabungan bersengketa!! Keselesaan hidup, dan hak–hak keperluan utama rakyat tidak didahulukan sebagaimana dalam slogan!

5. Berjaya memuaskan kehendak-kehendak sang isteri dibelakang tabir, terutama tentang sesuatu projek atau program. Rakyat sangat BERBANGGA ! kerana PM mempunyai seorang isteri yang bersikap lebih senduk dari mangkok.

6. Berjaya meletakkan darjat isteri tersayang sebagai first lady yang sepatutnya gelaran tersebut hanya dipunyai oleh Raja Permaisuri Agong.

7. Berjaya menggembirakan beberapa kerat JKKK/JKKKP. Imam-imam dan guru KAFA tanpa mempedulikan rakyat terramai yang tinggal dikampong-kampong. Mereka tak dapat apa-apa manafaat pun dari bajet 2011 yang dibentang oleh Najib Jumaat lalu.

8. Berjaya menghampakan 1.2 juta penjawat awam yang mengharapkan dua bulan bonus. Setelah dua tahun tak dapat tuah bonus untuk membantu keluarga, usahkan mengharap dua bulan, setengah bulan pun jauh panggang!! Kesian penjawat awam!!

9. Berjaya mencipta rekod !! Kelima-lima PM sebelumnya belum pernah mengadakan Pilihanraya Kecil sebanyak 13 kali, tetapi diera Najib beliau berjaya melaksanakannya.. (tapi 80% tewas)

10.Akhir sekali Najib berjaya memecah rekod Mahathir kerana mengikut bajet 2011 beliau ingin membina projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang akan mewujudkan menara tertinggi - 100 tingkat mengatasi KLCC yang hanya 88 tingkat. Apa komen Madey agaknya ya!! …… (Hey!! Celaka lu! Mau lawan tokey ka?)

Oleh ; rahimothman

Cuti bersalin 90 hari Najib menipu kaum wanita!


Macam biasalah Najib Razak ni memang kaki kencing, konon kerajaan baik hati bagi cuti bersalin 90 hari bergaji penuh, tapi kaum wanita kena tipu rupanya! Berikut kenyataan penjelasan budget 2011 yang lalu diumumkan oleh Najib tentang cuti bersalin.

Menurutnya walaupun tiada pemberian bonus, kerajaan memberikan ganjaran lain yang memberi faedah kepada penjawat awam seperti cuti bersalin tidak melebihi 90 hari.

Ini turut memberi faedah kepada guru wanita yang merupakan hampir 70 peratus daripada 400,000 guru di seluruh negara, katanya.

“Cuti bersalin ini satu hadiah untuk kaum wanita. Tapi kalau tak nak ambil 90 hari pun boleh juga...itu terpulang kepada mereka,” katanya. -Malaysianinsider

Apa yang jelas sekali di sini kalau dahulu cuti bersalin hanya 60 hari namun penjawat awam dibenarkan cuti sebanyak 5 kali kelahiran, bermakna 60 hari x 5 kelahiran = 300 hari cuti bergaji penuh.

Kali ini Najib spin sikit supaya kaum wanita rasa gembira, lihat baik-baik,

Memberi fleksibiliti dengan menentukan cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari - Najib

Kaum wanita dibenarkan cuti bersalin 90 hari tetapi dalam had 300 hari sahaja, maka sama sahaja dengan yang lama 300 hari juga sepanjang tugas penjawat awam! Najib memang kaki klentong!

ReJaM©"Kaum wanita penjawat awam sabar ye... PRU depan kita tumbangkan kaki klentong nih!"


Janji di Manek Urai belum selesai

PENDUDUK di kampung Manek Urai hairan tiba-tiba dua papan iklan projek Barisan Nasional (BN) didirikan berhampiran jambatan menuju ke Kampung Manek Urai Lama.
Pada awalnya hanya di sebelah kampung baru dipasang papan tanda projek tertera gambar dacing. Tidak lama kemudian dipasang pula papan projek BN di Kampung Manek Urai Lama.
Namun papan tanda yang didirikan di Kampung Manek Urai Lama tidak tertera nama kontraktor, sedangkan di kampung baru ada nama kontraktor iaitu Salabumi (M) Sdn Bhd.
Kata orang kampung mengapa seperti tergesa-gesa sangat sehingga ada kepincangan di sana-sini. Lebih mengelikan lagi apabila rumah kontena pula diangkut ke tanah milik penduduk tidak jauh dari jambatan sedia ada Sabtu lepas.
Kemungkinan besar pemilik tanah tersebut pun belum dimaklumkan mengenai penggunaan tanahnya dijadikan tapak pejabat kontraktor.
Lebih menghairankan segala permohonan ke Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai bagi pengambilan tanah belum dibuat sehingga sekarang.
Malah difahamkan cadangan projek berkenaan juga tidak dibawa ke pejabat JKR Kuala Krai.
Menurut sumber mesyuarat mengenai cadangan membina jambatan baru yang dijanjikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Julai 2009 dibincang pada mesyuarat di JKR Kesedar di Tanah Merah semalam.
Perbincangan itu katanya hanya melibatkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan JKR Kesedar.
Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, jelas kelihatan projek jambatan baru di Manek Urai dibuat dalam keadaan tergesa-gesa sehingga kelihatan banyak kecacatan.
”Orang kampung sedar pada awalnya papan tanda projek pembinaan jambatan tidak dilekatkan nama kontraktor, tetapi beberapa hari kemudian baru ditampal.
”Penduduk yang tinggal berdekatan dengan projek pun belum diberitahu pengambilan tanah yang akan dibuat. Ini betul-betul projek mee segera kerana pilihan raya kecil di Galas,” katanya di sini.
Bagaimanapun kata beliau sekiranya projek itu benar-benar menjadi kenyataan, ia dapat memberi keselesaan kepada penduduk kerana jalan di atas jambatan menjadi dua lorong.
Namun hairannya mengapa baru ketika kehangatan kempen pilihan raya di Galas JPP tergesa-gesa mahu memberitahu penduduk janji membina jambatan baru tetap ditunaikan.
Agak melucukan juga cadangan pembinaan kompleks sukan di Manjor yang disebut menteri sudah siap 20 peratus, rupa-rupa baru diratakan tanah.
Kerja-kerja menyodok pula baru dilakukan seminggu dua ini. Jauh sekali untuk sampai 5 peratus.
Bahan-bahan binaan seperti kayu atau besi pun tidak kelihatan. Ini keanehan yang dipamerkan Umno dalam suasana menghadapi pilihan raya kecil Galas.
Belum sempat segala janji di Manek Urai menjadi kenyataan tiba-tiba dinukil pula janji baru di Gua Musang.
Projek perumahan rakyat bernilai RM300 juta ditabur pula di Gua Musang. Projek itu dijangka akan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri pada 24 Oktober ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti, Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman berkata, sebelum menabur janji-janji baru lebih baik kerajaan pusat mempercepatkan pembinaan jambatan Sultan Yahya kedua yang sudah melewati tempoh.
Isu yang cuba digimikkan di Gua Musang hanya terbeban di bahu pengarah pilihan raya BN di Galas, Tengku Razaleigh Hamzah.
Banyak pihak hairan dengan kemunculan Ku Li secara tiba-tiba.
”Mengapa tiba-tiba baru sekarang pemimpin tertinggi Umno mahu cari Tengku Razaleigh Hamzah,” tulis veteran Umno, Tan Sri Abdullah Ahmad dalam sebuah akhbar baru-baru ini.
Abdullah juga menulis seorang pegawai tadbir memberitahunya, dahulu Umno berpeluang baik tetapi perkembangan muktahir dalam situasi Kelantan nampaknya tidak memihak kepada Ku Li dan Umno.
Ku Li galas beban Umno
Nampaknya percaturan Umno menghadapi pilihan raya kecil diletak sepenuhnya di bahu anggota parlimen Gua Musang.
Ada pihak berhujah taktik tersebut menjadi penyambung hayat kepada Ku Li dalam karier politik. ”Menang Ku Li di Galas bermakna masa depan politik masih ada, tetapi kalau sebaliknya, ’hayat’ politiknya berakhir di situ,” kata seorang penduduk dari Kampung Batu Papan.
Kampung tersebut merupakan kubu kuat Umno di Gua Musang. Namun pada pilihan raya umum Mac 2008, PAS mendapat kedudukan agak selesa dengan sokongan 54.03 peratus.
PAS mendapat kelebihan 92 undi di ketiga-tiga saluran mengundi di kubu tradisi Umno di Batu Papan.
Sedangkan sebelum itu PAS sukar menembusi kubu tersebut. Malah tenaga pengkuliah agama kerajaan negeri juga tidak mendapat ruang untuk mengajar di masjid dan madrasah kampung berkenaan.
Penempatan terbabit mempunyai kira-kira 500 rumah.
Seorang pendakwah, Mohd Zaki Mat Zin, 38 berkata, guru agama dari Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan belum mendapat ruang mengajar di kampung tersebut.
”Sehingga sekarang Unit Dakwah Halaqat tidak diberi peluang biar pun di tempat-tempat lain masalah seperti itu tidak timbul,” katanya ketika ditemui sini.
Seorang warga emas Harun Majib, 67 mengakui Batu Papan menjadi kubu tradisi Umno sejak zaman berzaman.
Katanya, kawasan itu sukar ditembusi PAS kecuali pada pilihan raya umum lalu apabila Chek Hashim Sulaima menang.
”Itu merupakan satu sejarah. Pakcik melihat itu kelebihan yang ada pada Chek Hashim sehingga mudah diterima penyokong Umno,” katanya.
Bagaimanapun di tujuh peti undi lain terutamanya membabitkan pengundi di kalangan Orang Asal, kekuatan PAS di bawah 40 peratus, kecuali di Unit Peti Undi (UPU) Hau.
Kekuatan PAS juga agak seimbang berbanding Umno/Barisan Nasional (BN) di UPU Kampung Pulai iaitu 47 peratus.
PAS juga mempunyai kedudukan agak selesa di kawasan pengundi bercampur Melayu dan Cina.
Umno benar-benar mengharapkan sentuhan Ku Li bagi mendapat kekuatan baru di Galas, selepas tercicir ke tangan PAS pada Mac 2008.
Malah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Ku Li.
Sebaik sahaja Chek Hashim meninggal dunia, Muhyiddin membuat kenyataan melantik Ku Li sebagai pengarah pilihan raya BN di Galas.
Biar pun kenyataan itu melukakan perasaan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed, namun dalam situasi Gua Musang, pemimpin Umno di Kuala Lumpur belajar ’meluntut’ semula kepada Ku Li.
Mustapa perlu menerima hakikat Gua Musang bukannya Jeli yang menjadi kubunya sejak dua penggal lalu.
Namun dalam konteks Gua Musang Mustapa perlu membisu dan hanya akur segala arahan Ku Li sebagai pengarah pilihan raya BN.
Bagaimanapun mengapa pula tiba-tiba Ku Li menafikan mempunyai hubungan dingin dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri terbabit.
Ku Li vs Mustapa
”Saya tidak ada masalah bekerja dengan Mustapa bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Galas,” kata Ku Li sekembali dari bercuti di London.
Penafian Ku Li itu mengundang rasa pelik. Kata orang kalau tidak ada angin masakan pokok boleh bergoyang.
Inilah realiti yang berlaku di Kelantan sekarang. Ku Li pernah dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan ketika menghadapi pilihan raya umum 1999.
Namun tidak lama selepas Ku Li gagal mengulangi kejayaan merampas Kelantan pada 1978, Mustapa pula menggantikan Ku Li di Perhubungan Umno.
Peristiwa lama Mustapa ’merebut’ tempat Ku Li menyebabkan luka lama berdarah kembali. Maka tidak hairanlah tiba-tiba Ku Li menyebut hubungan dengan Mustapa elok.
Kecamuknya dapat juga dilihat apabila Ku Li Isnin lalu memberitahu pucuk pimpinan Umno belum lagi membincangkan soal siapakah calon BN pada pilihan raya kecil Galas.
"Belum ada sebarang keputusan dibuat, tiada perbincangan mengenainya," kata Ku Li selepas mengadakan pertemuan dengan Najib di parlimen.
Malah katanya calon yang bakal mewakili BN akan diumumkan selepas Perhimpunan Agung Umno yang akan berakhir 23 Oktober nanti.
"Pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri," ujar Ku Li kepada media.
Konflik menentukan calon BN di Galas lebih ketara berbanding pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai tahun lepas.
Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Hishamuddin Hussien memberitahu pucuk pimpinan parti menyerah kepada Ku Li untuk memutuskan sama ada bersedia menjadi calon atau sebaliknya.
Penglibatan langsung Ku Li di Galas juga memberi ruang isu royalti minyak geger semula. Namun, kata Ku Li tiada siapa berhutang dengan sesiapa pun dalam isu royalti.
“Saya ke depan dalam isu itu kerana Allahyarham Tun Abdul Razak mahu rakyat di Pantai Timur memperoleh manfaat dari pendapatan minyak," katanya.
Pusingan awal ini menampakkan isu calon menjadi stigma agak kronik bagi Umno.
Ku Li juga sedia mempertaruhkan anak didiknya iaitu setiausaha bahagian, Abdul Aziz Yusof atau Naib Ketua Pemuda Gua Musang, Zamzani Harun boleh menjadi galang ganti dirinya di Galas.
Apa yang seakan pasti Ketua Pemuda, Bazlan Baharudin atau Ketua Wanita, Datuk Hazani Mohd Nor bukan pilihan Ku Li.
Sebaliknya situasi berlainan berlaku dalam PAS. Tidak kedengaran ribut kecuali sekadar kocakan air dalam cawan.
PAS Gua Musang tidak ketandusan tokoh muda. Pemangku Yang Dipertua (YDP) kawasan, Dr Zulkifli Muhamad, 44, Naib YDP, Husin Embong, 45 dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Abdullah Husien, 38 boleh menjadi pilihan terbaik.
Kesemua mereka lulusan universiti dalam dan luar negara. Dr Zulkifli lulusan perubatan Universiti Malaya. Pernah berkhidmat di Hospital Kota Bharu dan terakhirnya di Pusat Kesihatan Ciku 3. Sekarang mengendali klinik sendiri di Cikuu 3.
Hussin pula lepasan bidang kejuruteraan di England. Kini seorang ahli perniagaan yang berjaya di Gua Musang.
Ustaz Abdullah pula lepasan Universiti Al Azhar, Mesir. Selama lima tahun beliau belajar agama di Mesir. Pernah menekuni ilmu di Pondok Kandis Bachok.
Sekarang berkhidmat tenaga pengajar di Unit Dakwah Halaqat. Isterinya, Ramlah Abu Samah juga lepasan Al Azhar.
Biar apa pun calon PAS dijangka diketahui pada malam 21 Oktober ini. Ceramah perdana pengisytiharan calon tersebut turut menampil Penasihat Keadilan, Datuk seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Apa yang pasti pusingan awal memperlihatkan Umno tenggelam dengan masalah dalaman. Silap percaturan misi Umno gagal lagi di bawah Ku Li.

BAJET 2011: Kontrektor Yang Bina Istana Negara Milik Kroni Umno

Oleh: MSO

KETIKA Ibrahim Ali sedang bertarung dengan maut di Hospital Ampang Putri kerana melalui pembedahan jantung, Anwar Ibrahim berucap membahas ucapan belanja 2010 di Parlimen. Mungkin kalau Ibrahim ada di Dewan beliau dapat mendengar beberapa pendedahan menarik yang dibuat Anwar di mana memungkinkan beliau akan bersetuju dengan Anwar dalam beberapa perkara.

Salah satu didedahkan Anwar ialah mengenai misteri di sebalik pembinaan istana negara yang baru di mana banyak perkara-perkara diungkitkan Anwar menimbulkan tanda tanya dan keganjilan. Seolah ketelusan yang dijanjikan perdana menteri semuanya nihil kabne nihil belaka di sebalik projek raksasa berkenaan.

Misalnya dedah Anwar mulanya projek pembinaan istana negara itu berharga RM394.8 juta kemudian dinaikkan kepada RM649 juta. Manalala semasa kontrak itu diberikan pada Oktober 2008 ia dinaikkan kepada RM811 juta. Ini bermakna kenaikan kos projek itu sebanyak tiga kali.

Pembeian projek itu tanpa tander juga banyak melanggar syarat-syarat yang sepatutnya dipenuhi oleh kontrektor berkenaan. Tetapi kerana ianya milik kroni Umno semua syarat dan peraturan di langgar begitu saja.

Bukan itu saja yang mungkin memeningkan kepala rakyat berhubung dengan status syarikat yang memperolehi projek berkenaan iaitu Syarikat Mayamaju Sdn Bhd. Status syarikat ini meragukan. Menurut Anwar dari semakan dengan SSM syarikat berkenaan tidak pernah menjalankan perniagaan dan akaunnya domen. Ini menunjukkan syarikat berkenaan bukan syarikay berwibawa dan tidak layak menerima projek itu.

Syarikat itu juga tidak mempuyai sijik atau lesen daripada Pusat Khidmat Kontrekto (PKK) dan juga CIDB di mana lazimnya syarikat atau kontraktor seharusnya mempunyai lesen dari kedua agensi itu baru boleh ditawarkan projek apa lagi sebesar itu.

Paling pelik dan ganjil lagi projek berkenaan diberikan kontrak itu pada Oktober 2007 sedangkan ianya didaftarkan Ogos 2008?

Syarikat itu adalah milik bekas bendahari Umno Merbok, Haji Man bin Mat.

Anwar akan menyambung perbahasann disebelah petang nanti apabila Dewan bersambung. Insyaallah saya akan menyorotnya.

Usah Mengemis


Rasanya.... tak silap aku, sudah tiga tahun kakitangan awam kerajaan tidak diberi bonus. Apa yang mereka dapat cuma sagu hati. Itu pun 'taik gigi' jer...

Setiap tahun, menjelang pembentangan bajet, CUEPACS akan merayu pihak kerajaan agar kakitangan awamnya diberi bonus. Malangnya... hampa. Namun demikian, CUEPACS akan terus merayu bagi pihak ahli-ahlinya. Kesian.... macam pengemis minta simpati untuk mendapatkan sedikit habuan.

Di pihak kerajaan pula, mereka akan beri pelbagai alasan untuk menolak permintaan CUEPACS. Ekonomi negara tak begitu baiklah. Kerajaan mengalami defisit yang seriuslah. Kerajaan tak mampulah. Pemberian bonus seperti yang diminta oleh CUEPACS akan mendatangkan implikasi besarlah... Macam-macam lagilah!! Semua alasan tersebut untuk menjustifykan penolakan mereka terhadap permintaan CUEPACS.

Well... siapa tak nak duit kan?? Dalam keadaan rakyat tengah kesempitan dengan kenaikan kos sara hidup, duit yang diperoleh dapat banyak membantu meringankan beban. Tetapi... janganlah nampak sangat macam mengemis.

Para pemimpin kita yang hidupnya kaya raya, tidak akan dapat memahami peritnya kehidupan rakyat marhaen, baik yang makan gaji, mau pun yang bekerja sendiri . Terutama.. yang bergaji kecil dan sederhana serta mereka yang kerja kampung. Susah hidup mereka weh...

Pemimpin jenis tak berhati perut ini, hanya mementingkan ego mereka saja. Dalam keadaan ekonomi negara masih tak menentu, mereka ada hati nak bina bangunan mencakar langit. Fuiyo... Bukan calang-calang bangunan, 100 tingkat, beb!! Bagi duit ratusan juta untuk program bini, boleh saja... macam duit tu mak bapak dia punya. Kakitangan awam?? Ternganga!!

Terpaksa terus mengemis minta tambahan kepada apa yang telah diberi. Ciitt!!! Buat malu jer.... Macam pengemis!!

Woit..... toksah mengemis-mengemis. Pilih alternatif lain yang boleh memahami keperitan hidup rakyat terbanyak. Ajar banyak mereka-mereka yang ego, yang duduk di puncak kuasa tu. Rentap mereka turun dengan kuasa yang kita ada. Undi hak kita. Guna undi kita untuk AJAR MEREKA!! Tunjukkan kepada mereka siapa yang berkuasa.

Kakitangan kerajaan kena bijak. Dalam negara demokrasi, kerajaan boleh silih berganti. Ngkorang berhak memilih untuk berkhidmat dengan kerajaan mana. yang ngkorang suka. Ingat, ngkorang kakitangan awam kerajaan tetapi ngkorang juga ialah rakyat. Rakyat yang ada hak demokrasi. Ngkorang berhak mengundi dan memilih pihak yang ngkorang yakin dapat menjamin kesejahteraan ngkorang sebagai kakitangan awam. Itu kuasa yang you all ada!!

Jadi... jangan bagi muka lagi kepada kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang ego dan tak prihatin ini. Cuba yang baru... Test dulu... Kalau baik dari yang dok ada, kita terus sokong mereka,. Tetapi.... jika 2X5 jer... terpulang ler. Undi ngkorang, hak ngkorang!!

Nasihat M3M... jangan mengemis lagi. Ajar saja mereka!! PRU13 nanti... nyahkan mereka daripada takhta kerajaan. Pilih dan cuba yang baru!! Tak rugi apa-apa pun....

Apa kata baca di sini dan bagi peluang kepada mereka untuk membela kita. Daun serai daun tebu. Belum try belum tahu. Kita cuba dulu!!

Usah Cari Lagi Perisian Cetakrompak Di Plaza Low Yat


Plaza Low Yat halau penyewa disabit kesalahan cetak rompak

KUALA LUMPUR: Plaza Low Yat akan menghalau penyewa yang disabitkan dengan cetak rompak bagi menyokong usaha anti-cetak rompak kerajaan.

Pengurus Besar Pengurusan Hartanah dan Operasinya, Michael Lee, berkata langkah proaktif itu akan melengkapkan kempen anti cetak rompak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang dilancar pada Mei tahun lalu.

"Inisiatif ini menyaksikan tindakan kami untuk terus komited menjadi pusat beli-belah teknologi maklumat yang tulen 100 peratus.

"Kami gembira mendapat sokongan daripada kerajaan dan juga gergasi perisian seperti Microsoft," katanya pada pengumuman untuk meneruskan kerjasama dengan Microsoft bagi memerangi cetak rompak di sini hari ini.

Lee berharap inisiatif Plaza Low Yat itu dicontohi plaza IT lain.

"Kami menyeru semua pusat beli-belah di Malaysia menyertai kami memerangi cetak rompak ini," katanya.

Pengurus Besar Pengeluaran Kelengkapan Asli Microsoft Malaysia, Low Sin Yip, berkata berdasarkan kepada penyelidikan International Data Corp, pasaran cetak rompak bernilai AS$453 juta setahun. - BERNAMA

Menang atau kalah, Ku Li terus teraju Umno bahagian

Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau sama sekali tidak akan berundur daripada terus menerajui Umno bahagian itu walaupun sekiranya beliau gagal mengembalikan DUN Galas ke tangan BN dalam pilihan raya kecil 4 November ini.

Tengku Razaleigh yang juga pengarah jentera pilihan raya BN bagi pilihan raya DUN itu berkata, adat pertandingan memang ada menang dan kalah kerana ia bergantung kepada sokongan pengundi.

"Saya bagaimanapun yakin perubahan besar akan berlaku dalam masyarakat di DUN Galas sejak kebelakangan ini dan BN mampu merampas semula kerusi itu dari tangan PAS.

"Saya cukup yakin dengan apa yang berlaku sekarang di mana pengundi kembali memihak kepada kita (BN) tetapi kita tidak boleh berdiam diri dan hendaklah bekerja kuat lagi bagi mendapat majoriti lebih besar," katanya.

Beliau yang juga ahli Umno Gua Musang menegaskan demikian semasa berucap di majlis perjumpaan dengan petugas peti undi Bandar Lama Gua Musang, di Gua Musang hari ini yang turut dihadiri pengarah jabatan pembangunan persekutuan Kelantan (JPPK), Makhtar Mustapha.

Ahli parlimen Gua Musang itu berkata pengalamannya lebih 50 tahun dalam Umno membuatnya yakin untuk mengatur strategi terbaik supaya
rakyat lebih yakin dengan perjuangan BN.

"Kita tidak mahu lagi rakyat khususnya pengundi di DUN Galas dihantui dengan pelbagai hasutan dan halangan kerana tidak ada apa yang mereka risaukan sekiranya terus menyokong calon BN nanti," katanya.

Katanya, beliau tidak pernah membuat janji dan bercakap kosong kepada rakyat dan mereka akan lihat segala yang di janjikan tetap berjalan untuk faedah rakyat di DUN itu.

Beliau berkata, pengundi juga boleh membuat perbandingan sendiri antara pemimpin BN dengan PAS yang mempunyai konsep perjuangan berlainan tetapi hanya BN sahaja yang mampu memberi kemudahan kepada rakyat sejak dahulu sampai sekarang.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lepas.

Allahyarham memenangi kerusi DUN Galas itu selepas menewaskan calon BN, Mohamad Saufi Deraman pada pilihan raya umum lalu dengan
majoriti 646 undi.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Galas itu ditetapkan pada 26 Oktober dan hari pengundian pada 4 November.

- Bernama

Datuk Karim Ghani keluar Umno

Ahli politik veteran yang membawa Umno ke Sabah, Datuk Karim Ghani, hari ini mengumumkan keluar parti itu.

Beliau adalah antara bekas pemimpin parti Usno, termasuk Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan penting membawa Umno ke negeri itu pada 1990-an.

Usna dibubarkan untuk memberi laluan kepada Umno bertapak di Sabah.

Karim berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada ibupejabat Umno di Kuala Lumpur dan pejabat parti itu di Kota Kinabalu, awal hari ini.

Beliau berkata, keputusannya untuk meninggal Umno itu berkuatkuasa serta-merta.

Katanya, beliau akan kekal tanpa parti sehinggalah menemui parti politik yang sesuai untuk disertainya.

Karim berkata, beliau sudah bosan dengan kegagalan Umno untuk memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah.

- Bernama

Anwar dakwa SPR terima peruntukan 2010 RM250 kendali PRU-13

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disediakan dengan peruntukan besar hampir RM250 juta untuk perbelanjaan tahun depan, didakwanya sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum tergempar.
Anwar membangkitkan perkara ini ketika wujud spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 kemungkinan diadakan tahun depan.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga mendakwa Bajet 2011 yang diumumkan Jumaat lalu sebagai “bajet pilihan raya”.
Selain itu, SPR juga sedang membuat persiapan untuk mengadakan pilihan raya negeri Sarawak, yang mandat kerajaan negeri akan berakhir Julai 2011.
Ketua Pembangkang memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau dimaklumkan oleh “sumber-sumber dalaman” mengenai peruntukan tersebut dan menuntut penjelasan daripada kerajaan.
“Kami ada menerima maklumat. Dan, saya ingin mengetahui perkara sebenar... bahawa SPR telah dimaklumkan peruntukan sebanyak RM250 juta disediakan kepada agensi itu sebagai perbelanjaan tahun depan,” kata beliau ketika membahaskan ucapan Bajet 2011 hari ini.
Kata beliau, ia berbeza daripada angka peruntukan RM35 juta yang akan disalurkan kepada suruhanjaya itu oleh Kementerian Kewangan.
Anwar juga mempersoalkan mengapa peruntukan yang melambung kepada SPR itu tidak dimasukakn ke dalam perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri, yang diumumkan Jumaat lalu.
“Mengapa peruntukan ini disediakan sebelum bajet diumumkan, tetapi tidak dimasukakn ke bajet,” kata beliau.
“Adakah (peruntukan ini) bermakna persiapan ke arah pilihan raya tahun depan? Kemungkinan Menteri Pertahanan tahu sesuatu sebab beliau senyum, jadi saya merasakan beliau ada maklumat,” katanya.
Anwar juga mempersoalkan ketelusan perbelanjaan SPR dan menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agar memantau kewangan suruhanjaya itu.
“Kami ada menerima maklumat dalaman bahawa ada sesetengah proses tidak telus dan kurang akauntabliti,” katanya lagi.
Justeru kata Anwar, SPRM harus menyiasat SPR agar ia menguruskan kewangannya dengan baik.
“Integriti SPR sudah pun terjejas ekoran campur tangan politik yang keterlaluan,” katanya lagi.

Tengku Muhammad Fa-iz Petra pewaris kesultanan Kelantan


KOTA BAHARU, 18 Okt – Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, adinda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V, dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan pewaris takhta kesultanan Kelantan berkutkuasa serta merta.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias berkata keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang bermesyuarat hari ini dengan dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.
Istiadat penyerahan watikah pelantikan gelaran Tengku Mahkota Kelantan berlangsung di Istana Negeri di Kubang Kerian pada 2 petang tadi.
Mohd Aiseri memberitahu satu sidang akhbar bahawa mesyuarat MPN itu dihadiri oleh 14 daripada 15 anggotanya kecuali Tengku Razaleigh Hamzah yang tergugur secara automatik sebagai anggota kerana tidak hadir mesyuarat sebelum ini tanpa keizinan majlis itu.
Tengku Muhammad Fa-iz, 36, adalah anakanda kedua Sultan Ismail Petra daripada empat beradik. Dua lagi ialah Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A-Ishah Putri.
Tengku Muhammad Fa-iz, yang diputerakan di Istana Kota Lama pada 20 Jan 1974, dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan pada 30 Mac 1989 dan menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sejak 21 Jun 2009.
Mohd Aiseri berkata, mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz bakal menjadi raja atau Pemangku Raja apabila baginda Sultan Kelantan berangkat ke luar negara melebihi 12 bulan atau tidak boleh menjalankan tugas sebagai Sultan dalam tempoh berkenaan.
Beliau juga berkata, mesyuarat MPN itu tidak membincangkan mengenai pelantikan Tengku Temenggong kerana mesyuarat hari ini adalah untuk menentukan pewaris yang bakal menjadi Raja.
“Pelantikan Tengku Temenggong hanya sebagai pelengkap sahaja dan tidak melibatkan pewaris yang bakal mewarisi takhta kesultanan Kelantan,” katanya.
Gelaran Tengku Temenggong sebelum ini adalah milik Tengku Muhammad Fakhry Petra namun ia ditarik balik oleh Sultan Muhammad ke-V baru-baru ini. – Bernama

Pengundian MPP jadi tumpuan, jawatan timbalan paling menarik

pemilihan 2010 Oleh Fazy Sahir
PETALING JAYA: Setelah mesyuarat agung tahunan cabang (MTAC) selesai awal Oktober lalu, kini tumpuan kembali kepada pengundian  pimpinan pusat yang  bermula pada 29 Oktober ini.
Pengundian ini membabitkan jawatan utama seperti presiden,timbalan presiden, naib presiden, Wanita, AMK dan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kekal milik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila menang tanpa bertanding bagi jawatan itu.
Manakala bagi jawatan timbalan presiden menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara pemimpin kanan Naib Presiden Azmin Ali:  Mustaffa Kamil Ayub dan  Datuk Zaid Ibrahim.
Kelantan dan Kedah yang akan memulakan proses pengundian, dengan 10 cabang di negeri masing-masing bertanggungjawab memilih calon-calon bagi MPP terbabit.
Proses pengundian bagi MPP ini adalah sama seperti yang dilakukan dalam MATC sebelum ini.
Pemilihan bagi naib presiden menyaksikan beberapa muka baru dan lama tersenarai dalam 18 calon yang mengesahkan tiket bertanding jawatan tersebut.
Daripada lima kerusi naib presiden, empat daripadanya melalui proses pemilihan manakala satu kerusi akan dilantik.
Jawatan naib presiden dijangka mendapat saingan hebat memandangkan calon-calon yang bertanding terdiri daripada pelbagai latar pendidikan, politik serta mempunyai kriteria masing-masing.
8 calon ahli parlimen tanding kerusi naib presiden
tian fauziahKeenganan Naib Presiden, Dr Lee Boon Chye dan Datuk Dr Jeffry Kitingan untuk mempertahankan jawatan, dilihat memberi peluang cukup terbuka buat 18 calon lain.
Daripada keseluruhan calon, lapan daripadanya menjawat jawatan sebagai ahli parlimen.
Fokus masih tertumpu kepada ahli parlimen Subang R Sivarasa yang masih mahu mempertahankan jawatan naib presiden selain turut mengesahkan pencalonan bagi ahli MPP.
Selain Sivarasa, ahli parlimen Batu Tian Chua serta Fuziah Salleh (Kuantan) diuar-uarkan calon pilihan dalam mengisi empat kerusi jawatan ketiga tertinggi itu.
Manakala calon muda yang tersenarai seperti anak sulung Wan Azizah dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff dijangka mampu memberi saingan sengit kepada pemimpin senior lain.
Di satu kem lain, ahli parlimen Kapar S Manikavasagam, N Gobalakrishnan (Padang Serai), R Suresh Kumar dan ADUN Kota Raja Dr Xavier Jayakumar memperlihatkan pertandingan hebat sesama mereka.
Gobala dianggap calon pilihan dan bakal menerima saingan daripada Xavier, namun sama ada mereka dapat menyaingi Sivarasa masih terlalu awal untuk ditafsirkan.
Calon PKR Sabah menyaksikan dua calon iaitu Datuk James Ghani dan Ansari Abdullah yang turut bertanding dalam ahli MPP.
Wakil daripada Sarawak-Baru Bian dan Dominique Ng.
Adun Penanti yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, bekas Pengarah Komunikasi PKR Johnson Chong dan calon dari Johor yang juga Setiausaha Jawatankuasa Johor- Saiman Marjuki masih berpeluang menempah tempat kerusi naib presiden tersebut.
Peluang terbuka bagi calon ahli MPP
saham Setakat ini dari 136 senarai calon, hanya 20 kerusi dibuka bagi pemilihan untuk jawatan ahli MPP dan selebihnya melalui perlantikan.
Daripada keseluruhan calon itu, 16 daripada masih mengekalkan jawatan masing-masing.
Antaranya ialah; Badrul Amin Bahron, Cheah Kah Peng, Christina Liew, Dominique Ng, Felicia Ling, Hee Loy Sian, Ismail Yusop, Khalid Jaafar, Nik Mahmood Nik Hassan, Mohd Noordin Mahmood, Osman Abdul Rahman, Syed Shahir Syed Mohamud, Dr Tan Kee Kwong, Usaili Alias, Zainon Jaafar dan Zakaria Abd Hamid.
Animah Ferrar dan Suraya Sudin turut mengesahkan pencalonan bagi bertanding jawatan ketua wanita PKR yang kini disandang oleh Zuraida Kamaruddin.
Muka baru bagi calon ahli MPP termasuklah ketua penerangan PKR Latheefa Koya, Ketua Srikandi Siti Aishah Shaik Ismail, Adun-adun seperti; S Manikumar (Bukit Selambau), S Kesavan (Hutan Melintang), M Ravi (Port Dickson), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Haniza Talha dan Nazar Yakin yang mendakwa dirinya menang bagi jawatan ketua cabang Hulu Selangor.
Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, Johari Abdul (Sungai Petani), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya) turut menyertai senarai calon yang sah bertanding.
MS Arjuna yang terkenal atas dakwaan ke atas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M  Saravanan sebelum ini turut menyatakan hasrat sama bertanding jawatan tersebut.
Manakala calon seperti pemimpin tertinggi Hindraf K Vasantha Kumar dan bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Kalakau Untol yang baru menyertai PKR Februari tahun ini bakal memberi saingan bagi menempatkan diri dalam kelompok 20 teratas.
Ketua AMK-saingan sengit antara Chegu Bard dan Shamsul
gambar yg last Sementara itu, bagi jawatan Ketua AMK menyaksikan pertandingan dua penjuru dengan Shamsul Iskandar Md Akin dan Badrul Hisyam Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard sah bertanding jawatan tersebut.
Bagi timbalan ketua AMK turut memperlihatkan pertandingan antara Adun Teja Chang Lih Kang dan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.
Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin bakal diberi saingan sengit daripada dua calon; Animah Ferrah dan Suraya Sudin.
Namun spekulasi di kem wanita menyatakan keyakinan mereka untuk Zuraida kekal menerajui jawatan itu.
Melalui pemerhatian FMT, daripada keseluruhan jawatan yang dipertandingkan dalam MPP ini, hanya 15 calon dalam kalangan wanita.
Manakala ia lebih dikuasai pemimpin lelaki terutama membabitkan jawatan timbalan presiden, naib presiden dan ahli MPP.
Ia bukan perkara pokok dalam penentuan pengundian MPP kali ini, tetapi ia lebih kepada mencari calon berkaliber dan memahami ideologi parti yang berdemokrasi serta melestarikan cita-cita mereka menawan kerajaan kelak.
Walaupun ia bukan perkara mudah bagi PKR, namun di sebalik calon yang bertanding diharapkan dapat memantapkan parti sekaligus menepis kepincangan yang berlaku sebelum ini.
Yang pasti pemilihan kali ini bakal memberi lembaran baru dalam PKR, dalam mempersiapkan parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Gempa Di Tawau Lemah Seperti Petunjuk PR Tak Bersedia Di Batu Sapi


Gempa lemah dikesan di Tawau

TAWAU: Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Richter dikesan berlaku di Tawau kira-kira jam 4.37 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kira-kira jam 5.05 pagi tadi di sini menyebut bahawa pusat gegaran itu dikesan di latitud 4.4 Utara dan longitud 118.1 Timur iaitu lapan kilometer dari barat laut Tawau.

Menurut kenyataan itu, gegaran lemah dapat dirasai di sekitar Tawau dan jabatan itu sedang memantau perkembangan berkenaan dan akan memaklumkan orang ramai jika ada perkembangan terbaru. - BERNAMA


Batu Sapi: DAP, PKR belum putus wakil bakal tanding

SANDAKAN, 17 Okt — Dua parti pembangkang, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini belum memutuskan wakil mereka dalam Pakatan Rakyat untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi.

Pengerusi DAP Sabah Dr Hiew King Chew berkata parti itu akan berbincang dengan parti lain dalam pakatan tersebut di negeri ini sebelum memutuskan nama calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti.

Katanya nama calon yang bakal diputuskan untuk mewakili Pakatan Rakyat akan diumumkan selepas dikemukakan kepada penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

“Biarlah pucuk pimpinan menentukan, kami tidak mengira calon daripada parti mana dalam Pakatan Rakyat yang akan dihantar bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan mesyuarat di Pejabat Pehubungan DAP Sandakan di sini hari ini.

Belia berkata DAP sudah bersedia menggerakkan jentera dari akar umbi untuk berkempen dan pelbagai isu akan dibangkitkan dalam pilihan raya kecil itu nanti bagi membolehkan mereka mendapat sokongan daripada masyarakat secara keseluruhannya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu adalah pada 26 Oktober dan jika ada pertandingan pengundian didakan pada 4 November ini. — Bernama



Calon Batu Sapi; PKR dalam dilema

SANDAKAN: Ketua Cabang PKR Batu Sapi Hasnar Ibrahim hari ini mempertikaikan cara Pakatan Rakyat (PR) memilih calon untuk pilihan raya kecil(PRK) Batu Sapi.

Menyifatkannya sebagai tidak mengikut cara yang betul dan menimbulkan pelbagai persoalan, beliau memberi amaran kepada pemimpin PR mengenai kesan serius jika mereka mahu menampilkan calon pilihan dan terus mengenepikan calon tempatan.

Beliau berkata, PKR Sabah minggu lalu mengadakan satu pertemuan tertutup untuk menentukan calon bagi kawasan Parlimen tersebut.

Selian dirinya sendiri, Hasnar mendakwa PKR Sabah mempunyai empat calon lain yang berada dalam senarai, selain diberikan mandat untuk menentukan calon sendiri bagi Batu Sapi.

Mereka adalah Ketua PKR Sabah Thamrin Jaini, Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah, Christina Liew (Kota Kinabalu) dan Kong Hong Ming (Tawau).

Bagaimanapun namanya dan Ansari dikatakan telah disingkirkan dan digantikan dengan penyandang Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Kalakau Untol.

Hasnar juga kecewa apabila tidak dimaklumkan daripada menghadiri mesyuarat Sekretariat PR Sabah pada tengahari semalam di Hotel Sandbay.

Berhenti layan kami seperti boneka

Beliau juga mendakwa Thmarin telah membatalkan perjumpaan mesyuarat seperti yang dijadualkan namun meneruskannya di tempat lain tanpa pengetahuannya.

Malah, beliau juga diberitahu mesyuarat tersebut kekurangan korum.

"Ini tidak betul dan kami terutamanya Cabang PKR Batu Sapi tidak mengalu-alukan Jeffrey dan Kalakau," katanya yang menyifatkan kedua-dua pemimpin itu mempunyai ‘fikiran tajam’ dan sukar dijangka.

Hasnar percaya namanya dan Ansari digugurkan daripada senarai asal calon Batu Sapi disebabkan percaturan yang menginginkan Thamrin dicalonkan mewakili parti itu.

"Saya mendapat maklumat terdapat seseorang dalam jawatankuasa yang mencalonkan Thamrin, namun ia bertentangan dengan kehendak ahli dan penyokong PKR Batu Sapi yang lain," katanya yang turut mendakwa ada beberapa nama calon yang lebih layak menjadi pilihan cabangnya.

Bekas tahanan ISA yang ada kaitan dengan pendedahan krisis kad pengenalan palsu rakyat Malaysia pada awal tahun 90-an itu turut mengingatkan pemimpin PR supaya menghormati janji untuk mengembalikan kuasa autonomi kepada pemimpin PR Sabah untuk menentukan isu tempatan.

"Berhenti melayan kami seperti boneka," tegas beliau.

Beliau juga menggesa pemimpin PKR Pusat agar berhati-hati terhadap pemimpin yang menjadi ‘gunting dalam lipatan’ parti itu.

Peruntukan tambahan RM147 juta bina istana baru

photo

Kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan tambahan RM147 juta untuk pembinaan istana baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Ini menjadikan kos keseluruhan pembinaan komplek Istana Negara sebanyak RM797 juta.
Kos yang ditetapkan sebelum ini untuk membina Kompleks Istana Negara seluas 100,000 meter persegi ialah RM650 juta.
Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Kementerian Kerja Raya berkata kos itu tidak melibatkan beberapa skop komponen projek yang sepatutnya diambil kira untuk melengkapkan keseluruhan istana tersebut.
"Sehubungan itu, kerajaan telah bersetuju meluluskan peruntukan tambahan RM147 juta, menjadikan keseluruhan projek pembinaan Kompleks Istana Negara ini adalah RM797 juta," katanya.
Menurutnya, tambahan peruntukan itu diperlukan bagi menampung kos-kos yang tidak termasuk dalam kontrak asal.
Ia antaranya termasuk untuk meningkatkan sistem kawalan keselamatan, bayaran 'capital contribution' kepada syarikat-syarikat utiliti dan lain-lain kos berkaitan termasuk hiasan dalaman.
Menurut jawapan itu lagi, pembinaan kompleks Istana Negara memerlukan jalan akses yang sempurna.
Berikutan, kos kontrak bagi pembinaan jalan susur keluar masuk ke Kompleks Istana Negara telah ditetapkan seperti berikut:
1. Persimpangan bertingkat Istana Negara dari/ke Jalan Duta RM106 juta - berbanding dddengan kos asal RM130 juta.
2. Menaik taraf jalan Changkat Semantan (Pintu 2) RM32.5 juta.
Menurut jawapan bertulis itu lagi, kos operasi dan pengurusan Kompleks Istana Negara akan ditentukan setelah keseluruhan projek tu disiapkan sepenuhnya pada 30 Jun tahun depan.

Cina kumpul duit bantu Chek Hashim berubat di China

GUA MUSANG, 18 Okt: Biarpun hanya sempat dua tahun lebih bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), namun nama Allahyarham Che Hashim Sulaima tidak lekang dari bibir masyarakat Galas.
Sikapnya yang bertanggungjawab, rendah diri, suka menolong dan tidak berkira dengan rakyat, menjadikan kehilangannya seperti sukar dicari ganti.
Tidak hairanlah jika rata-rata masyarakat sama ada Melayu, Cina, India mahupun Orang Asli sangat sayang kepada Adun PAS tersebut.
Menurut Penghulu Kampung Bandar, Chong Loi San, 60, (gambar) Allahyarham Chek Hashim seorang yang mudah didampingi dan tidak pernah berlagak seperti seorang Yang Berhormat.
"Saya kenal dia lebih 20 tahun, dia orang bagus, bukan senget-senget punya.
"Dia dulu jual rotan, saya beli dengan dia buat niaga kerusi.
"Dia suka tolong sama kita. Pagi ke, petang ke, malam ke, bila kita panggil dia mesti sampai.
"Banyak kaum Cina undi dia sebab dia mudah kira," ceritanya menggambarkan peribadi Allahyarham semasa hayatnya.
Tambah Chong lagi, beliau mengenali bekas Adun Galas itu seorang yang pemurah dan melayan masyarakat berbilang kaum di kawasannya dengan adil.
Antara jasa paling besar Allahyarham katanya, adalah menyelesaikan masalah geran tanah kepada masyarakat Dun itu.
"Kita Cina, India, Melayu Gua Musang bukan nak kaya sangat, kita nak tanah ada geran dan YB ni banyak bantu kita dapatkan geran," tambahnya lagi.
Kehilangan Allahyarham jelasnya sangat dirasai kaum Tionghua Gua Musang yang banyak terhutang budi pada beliau.
"Dia meninggal memang orang Cina sayang sangat. Waktu dia sakit, kita orang Cina kumpul duit nak bawa dia pergi berubat dekat negeri China.
"Saya sendiri suruh sepupu saya teman dia pergi sana sebab Chek Hashim tak tahu cakap Cina," katanya.
Biarpun hanya dua tahun Allahyarham sempat menjadi wakil rakyat mereka, namun tempoh itu katanya sudah cukup membuktikan Adun PAS boleh diberi mandat.
"Kalau YB PAS memang tidak ada masalah. Dia tolong kita, dan kita mesti tolong dia," ujarnya menggambarkan sokongan.
Chek Hashim Sulaima meniggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang 21 September lalu akibat kanser usus.
Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman.
Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November ini sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas, manakala 26 Oktober hari penamaan calon.
Secara tradisi, kerusi Dun tersebut adalah milik BN, namun berjaya dirampas PAS pada tsunami politik PRU ke-12 lalu.

Mahathir: Diktator pun boleh buat baik

Pemerintahan secara diktator boleh juga memberikan kebaikan kepada rakyat, kata bekas perdana menteri Tun Dr Dr Mahathir Mohamad yang pernah dituduh memperkenalkan kepimpinan autokratik di negara ini.

Menjawab tuduhan itu, Dr Mahathir semasa berucap dalam sebuah forum antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur hari ini secara nakal berkata:

"Malaysia dikatakan pernah diperintah oleh seorang diktator selama 22 tahun. Saya menikmatinya (gelaran itu)."

"Tetapi sekurang-kurangnya kita semakin maju. Bangunan ini (PWTC) dulu tidak pernah ada di sini," katanya.

Beliau memberikan contoh negara China yang menurutnya pemerintahan autokratik lebih berjaya daripada negara demokrasi yang dipilih oleh rakyat.

"Tiada demokrasi di China tetapi sistem kerajaannya boleh memberikan banyak manfaat kepada rakyatnya," katanya sambil menambah bahawa pertukaran tampuk kepimpinan di negara itu lebih aman berbanding negara demokrasi lain. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan, Dr Mahathir menyentuh tentang peranan media yang didakwanya telah menjadi hampir di luar kawalan berikutan kemajuan teknologi masih boleh ditangani dengan cara tertentu.

Pilihan raya untuk editor
"Sudah tentu, ia semakin sukar tapi ia tidaklah terlalu teruk kerana kerajaan perlu bersiap sedia bagi memastikan mereka melakukan perkara yang betul. Jika tidak, media boleh menjadi kritikal.

"Jika media membuat tuduhan palsu, kerajaan perlu menjawab," beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata kerajaan perlu berhati-hati kerana ada orang lain yang mengawal media untuk kepentingan mereka bukan untuk kepentingan negara ini.

"Kerajaan boleh ditukar tetapi kita tidak boleh mengadakan pilihan raya bagi mana-mana pegawai yang mengendalikan media. Siapa yang memilih pemilik surat khabar, penyunting, editor dan wartawan? Adakah kita mengadakan pilihan raya untuk para editor?" soalnya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata kerajaan perlu mendedahkan penyalahgunaan media secara terang-terangan oleh mereka yang mempunyai agendanya yang tersendiri.

"Ada seseorang yang mengawal media, ia tidak mungkin kerajaan tetapi apabila kamu mempunyai kerajaan yang mengawal media, sekurang-kurangnya kerajaan dalam sebuah negara demokrasi, (media itu) akan dikendalikan oleh mereka yang dipilih rakyat," katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional.

Jika DAP Kafir harbi..habis UMNO apa pulak..???

DAP KAFIR HARBI?

Umno melalui penceramah-penceramah upahan mereka tidak habis-habis menghentam DAP dengan tuduhan kafir harbi iaitu kafir yang tidak layak dan tidak boleh dibuat kawan. Umno pula mengiyakan bahawa MCA, MIC dan lain-lain adalah kafir zimmi yang baik dan wajib dibuat sahabat.

Saya bukannya membela dan menghentam DAP secara membuta tuli tetapi saya ingin mengajukan beberapa soalan kepada penceramah dan pemimpin Umno tentang DAP. Soalan saya :-

1) Berapa ramai orang Islam yang telah dibunuh oleh DAP setakat ini.?? Sedangkan setahu saya 14 orang telah syahid di Memali kerana dibunuh oleh orang atau badan tertentu.

2) Berapa luas tanah orang Melayu yang telah dirampas oleh DAP?? Sedangkan tanah rezab Melayu semakin hari semakin kurang jika dibandingkan dengan 50 tahun dahulu ketika negara mula-mula merdeka. Siapa yang menggadaikan tanah rezab melayu ini???

3) Berapa banyak masjid dan surau yang telah dirobohkan oleh DAP??? Sedangkan semua orang tahu telah begitu banyak masjid dan surau dirobohkan oleh pihak berkuasa BN di Terengganu, Selangor dan lain-lain.

4) Berapa saham dan projek untuk orang Melayu dirampas oleh DAP??? Sedangkan projek dan saham ini dibolot oleh kroni-kroni orang tertentu!!

5) Berapa banyak hak dan kedaulatan Melayu di ragut di rampas oleh DAP??? Sedangkan semua orang tahu Hak Keistimewaan Raja-Raja Melayu telah dihadkan melalui pindaan perlembagaan pada era 90-an.

6) Berapa banyak hukum agama yang telah dihapuskan oleh DAP??? Sedangkan kerajaan sekarang yang diterajui oleh pemimpin Islam terus meminggirkan Hukum Islam, mengamalkan riba, meluluskan lesen judi, rumah urut, tempat maksiat dan sebagainya.......

Banyak lagi tak larat nak tulis............
http://mutaligat.blogspot.com

BIAR LAH ADA YANG MATI

AIR PUN DAPAT PERCUMA

MUHYIDDIN LANCAR RUMAH RAKYAT 24 OKTOBER – berita hairan

GUA MUSANG: Projek perumahan rakyat membabitkan 1,500 unit kediaman untuk penduduk berpendapatan rendah bernilai RM300 juta di bandar ini, akan dilancarkan Sri Muhyiddin Yassin, 24 Oktober ini.

Kediaman yang akan ditawarkan dengan harga antara RM33,000 hingga RM35,000 seunit itu akan dibina di kawasan tapak berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, di sini, bagi mengatasi masalah pemilik rumah

KAH KAH KAH

kah kah kah... BETUL TAK... kah kah kah..

woit… INILAH BAIK NYA ADA YB YANG MATI… kah kah kah..

kah kah kah… LIHAT ..DENGAN TETIBA ADA PROJEK PERUMAHAN… kah kah kah..

woit… KALAU SETIAP BULAN ADA YANG MATI…. BAYANGKAN BETAPA BAIKNYA NEGARA INI…. kah kah kah..

kah kah kah… DI MANEK URAI… DAPAT JAMBAN TAN… kah kah kah..

kah kah kah… DI KUALA TERANGGANU…. PELAJAR DAPAT LAP TOP… kah kah kah..

kah kah kah... DI TELOK KEMANG DAPAT TANAH SEKOLAH TAMIL... kah kah kah..

kah kah kah… DI SIBU DAPAT BERTUS JUTA UNTUK TEMBOK SUNGAI… kah kah kah..

kah kah kah... PALING TERAKHIR DI HULU SELANGOR... PENDUDUK SUNGAI BUAYA SETIDAK TIDAK NYA DAPAT JANJI... kah kah kah..

kah kah kah... DAPAT JANJI PUN KIRA KIRA OK... DARI TAK ADA LANGSUNG.... kah kah kah

nota:
untuk yb yb
pengorban yang diperlukan
ialah tuan tuan semua mati
seorang demi sorang

berkorbanlah demi kesempuraan kehidupan rakyat
pandulah kereta dengan cuai
makanlaaa gula banyak banyak
pergi main di tepi jalan
kalau ada masa minumlah racun tikus kah kah kah


nota:
hanya satu tolak bala
mita minta bik mama
tak datang sama
kalau datang runtuh dewan
dan bergegar bumi macam di hulu selangor !

TT.

Anwar: Projek mega Najib petanda empayar BN bakal runtuh

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Sambil mengkritik pentadbiran Najib juga sudah mula boros dengan projek-projek mega atas alasan mahu merancakkan ekonomi negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia petanda awal empayar Barisan Nasional (BN) kini di ambang keruntuhan.
“Keghairahan kerajaan untuk menunjukkan elemen mega (dengan membina monumen) adalah petanda kejatuhan empayar mereka. Kami akan berdoa agar ia akan terjadi,” kata ketua pembangkang (gambar) ini di Dewan Rakyat ketika membahaskan ucapan Bajet 2011 hari ini.
“Tindakan terburu-buru untuk melaksanakan projek-projek mega, yang kononnya bagi menggambarkan kemegahan negara, kini diulangi oleh kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) semasa,” kata beliau.
“Di sini, saya hendak bertanya mengenai kebijaksanaan Permodalan Nasional Berhad menerima arahan daripada kerajaan untuk melibatkan diri dalam projek raksasa ini,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini.
Dalam Bajet 2011 yang diumumkan Jumaat lalu, Najib antara lain mengumumkan projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Lembah Klang yang akan dilaksanakan mulai tahun hadapan.
Projek itu dengan anggaran kos pelaburan swasta kira-kira RM40 bilion dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020.
Sebuah lagi projek utama yang akan dilaksanakan adalah pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh seluas 2,680 ekar. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan pembangunan bercampur melibatkan kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana. Keseluruhan pembangunan ini, dianggarkan bernilai RM10 bilion dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025.
Turut diumumkan ialah pembinaan projek bersepadu “Warisan Merdeka” dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
Najib berkata, “di sudut yang lain, kita berasa sungguh berbangga, bahawa, ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas yang menjadi ikon negara.”
“Ia merupakan satu monumen kepada semangat Malaysia Boleh. Hakikatnya, kekuatan negara adalah adunan dan bauran sejarah kelmarin dan harapan hari esok. Jadi, sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan negara menjelang 2020, Permodalan Nasional Berhad akan mula membangunkan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka.
“Ia akan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan pembinaan sebuah menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia. Keseluruhan  projek ini bernilai RM5 bilion, di mana, menaranya dijangka akan siap pada tahun 2015,” kata Najib.
Anwar pula berhujah, pembinaan Menara Berkembar Petronas pada 1990-an dengan sendiri telah menelan kos RM6 bilion.
Kata Penasihat PKR ini ia tidak termasuk kos tanah sebanyak RM900 juta, taman KLCC RM200 juta dan Dewan Filharmonik Petronas yang menelan RM500 juta.
“Kos keseluruhan lebih RM10 bilion dan ini tidak termasuk kos penyelenggaraan RM250 juta setiap tahun.
“Adakah ini (yang dimaksudkan) kemegahan negara? (Juster) adakah kita memerlukan satu lagi menara 100 tingkat di Malaysia?” soal beliau.
Anwar memberitahu, sebanyak RM5 bilion yang dicadangkan untuk projek menara Warisan Merdeka boleh digunakan untuk membina 1,667 sekolah pada kos RM3 juta setiap satu.
“Tetapi tidak, yang itu tidak penting. Tetapi, apa yang penting ialah menunjukkan elemen mega,” kata beliau.

Selamatkan Melayu daripada jerangkap samar perpecahan

Alias Mohamed


18 OKT — Sejarah telah ditulis dan akan terus ditulis beberapa kali lagi bahawa Umno, bukan PAS, yang sebenarnya bertanggungjawab dan banyak membela nasib orang Melayu.
Pertama sekali, sejak merdeka sistem politik di negara ini dikuasai oleh orang Melayu sehingga sukar difikirkan ke mana dan di mana PAS jika bukan Umno yang mendominasikan sistem politik negara dan memberi peluang kepada parti itu untuk bernafas.
Bahkan Umno-lah yang mewujudkan keamanan dan kestabilan untuk membolehkan orang Cina menikmati dan menguasai ekonomi negara sehingga hampir 70 peratus berbanding tak sampai 20 peratus yang dikuasai oleh orang Melayu.
Natijahnya, tawaran kerjasama PAS dan orang Cina, khususnya DAP, tidak lain tidak bukan hanya gimik dan propaganda baru PAS untuk menguasai kerajaan dan dewan-dewan negeri dengan sekutu-sekutunya kerana dengan kudrat dan kekuatannya Pas tidak mampu berbuat demikian.
Seandainya rancangan mereka untuk memerintah secara bersama dengan PKR dan DAP berjaya, rakyat Malaysia akan menyaksikan perebutan kuasa, konflik dan kontroversi demi kontroversi di kalangan mereka pada hari pertama lagi mereka mentadbir negara.
Untuk memantapkan kerajaan gabungan ideologi Islam, PKR-isme dan chauvinisme Cina serta Buddhisme/Kristian dalam sebuah negara yang diisytiharkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "Negara Islam", mereka terpaksa merebut kuasa untuk mempertahankan ideologi dan dasar masing-masing.
Ketika orang Melayu diancam untuk ditukar oleh Malayan Union kepada taraf 'Malayan' pada tahun 1946 dahulu, tiada pembela Melayu yang muncul menyelamatkan orang Melayu, kecuali Umno.
Semasa Perlembagaan Persekutuan dibentuk, sekali lagi tiada golongan Melayu dapat menyelesaikannya dengan orang Cina, kecuali Umno. Sungguhpun Pas sudah ditubuhkan pada waktu itu, parti ini (selepas 1951) gagal meyakinkan pemimpin-pemimpin Umno, apatah lagi meyakinkan British, tentang kedudukan orang Cina di Tanah Melayu.
Berpuluh-puluh tahun selepas 1951, penyelesaian PAS terhadap orang bukan Melayu ialah "menghantar mereka pulang ke negara asal" atau, seperti kata Dr. Burhanuddin, "jadikan mereka Melayu", iaitu dengan cara menjadikan mereka orang Islam.
Hari ini Pas bukan saja menerima orang Cina dengan selesa, malah membenarkan mereka menentang Perlembagaan negara. Semasa orang Melayu hampir hilang kuasa kepada orang Cina pada tahun 1969, sekali lagi Umno tampil ke hadapan menyelamatkan orang Melayu, termasuk PAS, daripada perkauman dan chauvinisme DAP dan orang-orang Cina yang bersekongkol dengan mereka.
Ramai pemimpin Pas hari ini beranggapan jika "Kerajaan Perpaduan dengan Barisan Nasional" ditubuhkan akan ada di antara pemimpin-pemimpin Pas yang hilang jawatan. Ini kerana perubahan yang dicetuskan oleh PAS (iaitu sekiranya ia bergabung dengan BN) parti itu mungkin perlu menyesuaikan diri dengan keadaan baru.
Tetapi ia bukan perubahan yang diledakkan oleh BN semata-mata. Namun yang pasti, perubahan ini adalah kehendak atau tuntutan dari dalam PAS sendiri yang sedar dan insaf tentang kehilangan kuasa Melayu. Pas mungkin ingin menyelaraskan jawatan-jawatan dalam parti dan kerajaan tanpa dipengaruhi oleh Umno/BN.
Kebimbangan bahawa jawatan-jawatan yang dibayar gaji dan elaun ini akan dimanipulasi oleh Umno sebenarnya 'spectre' atau omongan yang direka-reka oleh pemimpin-pemimpin individu Pas yang berkepentingan yang takut hilang kuasa dan elaun. Bayangkan menteri besar kerajaan yang dipimpin oleh Pas takut dan khuatir gaji dan elaunnya diberi kepada tokoh lain. Tetapi yang pasti keputusan itu bukan keputusan Umno/BN.
Beberapa kerat pemimpin Pas yang menikmati kedudukan kewangan yang kukuh hari ini bimbang tempat mereka akan dirungkai oleh perubahan yang dicetuskan oleh perpaduan dan kerjasama BN-Pas kelak. Kebimbangan ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh kepentingan diri, bukan kepentingan umat Melayu yang menghadapi cabaran daripada vulnerability (kerapuhan) sistem politik.
Seperti yang diketahui, pada tahun 1987 arkitek "perpecahan Melayu" tahun 1977-1978, Tan Sri Mohd. Asri Muda, Presiden Pas keempat, menyertai UMNO selepas tidak tahan dengan 'demogog-demogog' revolusi Iran yang menyelinap dalam Pas pada waktu itu.
Dengan hanya mengendurkan sedikit sikap bongkak, pseudo-fatwa, dan sentimen kepartian dan kepuakan yang berlebih-lebihan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan dapat menyelamatkan orang Melayu daripada jerangkap samar perpecahan Melayu yang menakutkan.
Faedah dan nikmat daripada perpaduan Melayu dalam saat-saat genting ini akan dinikmati bukan berpuluh tetapi beratus tahun lamanya oleh generasi akan datang. — Utusan Malaysia
* Penulis presiden Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia