Sabtu, 16 Oktober 2010

Nik Aziz jumpa dulu calon-calon Galas

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertemu terlebih dahulu dengan mereka yang disenarai pendek untuk dipilih mewakili PAS bertanding pada pilihan raya kecil Galas sebelum salah seorang daripada mereka diisytihar sebagai calon.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun (kiri) berkata ini adalah antara ketetapan yang akan dibuat oleh Menteri Besar Kelantan tersebut.

“Tok Guru (Nik Aziz) akan panggil mana-mana nama calon yang disenarai pendek mungkin untuk menerima amanat daripadanya sebelum seorang daripada mereka diumumkan sebagai calon,” katanya kepada pemberita di kediaman Nik Aziz di Kampung Pulau Melaka di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum itu Abdul Fatah yang juga ADUN Bukit Tuku memberi taklimat kepada Nik Aziz berhubung perkembangan terbaru dan strategi parti dalam menghadapi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri berkenaan pada 4 Nov ini.

Abdul Fatah berkata Nik Aziz juga mungkin akan mengumumkan nama calon PAS lebih awal daripada BN.

"Pada mulanya Nik Aziz dijangka mengumumkan nama calon pada 22 Oktober ini, tetapi mengikut perkembangan terbaru, ia mungkin diadakan lebih awal.

"Mungkin diadakan serentak pada hari pelancaran jentera pilihan raya PAS pada 19 Oktober ini," katanya.

Beliau berkata tiada apa yang hendak dirahsiakan oleh PAS mengenai calonnya di samping ia tidak mempunyai masalah dengan pemilihan calon.

- Bernama

Pemilihan PKR: Azizah kekal presiden, tiga tanding jawatan timbalan presiden

October 16, 2010
PETALING JAYA, 16 Okt - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya tanpa cabaran tetapi kerusi timbalan presiden menyaksikan persaingan tiga penjuru.
Jawatan naib presiden yang menawarkan empat kerusi juga kelihatan panas dengan anak sulung Dr Wan Azizah, Nurul Izzah Anwar mengesahkan bertanding walaupun turut dicalonkan bagi jawatan timbalan presiden.
Walaupun tiga orang dicalonkan bagi jawatan presiden, hanya Dr Wan Azizah menerima pencalonan bagi mengekalkan kepimpinannya yang bermula 11 tahun lalu.
Dua yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Zaid Ibrahim.
Dr Wan Azizah juga dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden. Dua lagi dicalonkan untuk bertanding kerusi itu.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang awalnya menyatakan hasrat bertanding timbalan presiden tidak mengemukakan borang penerimaan pencalonan hari ini.
Hari ini turut menyaksikan perubahan mengejutkan bagi jawatan naib presiden dan ketua Angkatan Muda Keadilan.
Dua naib presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub bersama Zaid mencuba nasib merebut jawatan timbalan presiden yang akan kosong ekoran keputusan Senator Dr Syed Husin Ali tidak mahu mempertahankan kedudukan beliau.
Bagi jawatan timbalan presiden, Azmin dilihat sebagai ‘favourite’ dengan memperoleh lebih 100 pencalonan manakala Zaid dan  Mustaffa Kamil masing-masing 38 dan 17 pencalonan.
Zaid, bekas menteri pusat, menyertai PKR tahun lalu.
Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak sebenarnya bercadang bertanding jawatan timbalan presiden tiga tahun lalu tetapi menarik balik hasratnya saat-saat akhir.
Sesi penerimaan pencalonan ditutup pukul 6 petang tadi. Ia berlangsung sejak 10 pagi seolah-olah ‘pilihan raya mini’ di pekarangan ibu pejabat PKR di sini dan juga di Kuching dan Kota Kinabalu.
Bersama Nurul Izzah seramai 18 calon lain mencuba nasib di peringkat naib presiden.
Saingan jawatan naib presiden juga dilihat terbuka selepas dua penyandangnya Azmin dan Mustaffa Kamil tidak mempertahankan kedudukan masing-masing. Begitu juga seorang lagi naib presiden Dr Lee Boon Chye.
Hanya R Sivarasa, iaitu naib presiden dilantik bertanding kerusi ini tahun ini.
Di Kota Kinabalu, pemimpin PKR Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan menolak daripada bertanding jawatan naib presiden.
“Saya pernah menjadi naib presiden kebangsaan dan saya lihat tidak ada gunanya pada usia sedemikian saya memegang jawatan yang agak junior dan tidak mempunyai kuasa dan terus berdepan dengan keadaan di mana tidak ada siapa mendengar cakap anda,” katanya.
Keputusan Jeffrey itu menjadikan anggota pimpinan pusat dan ketua PKR Tuaran Ansari Abdullah satu-satunya calon dari Sabah bertanding untuk jawatan itu.
Saingan kerusi naib presiden juga menyaksikan Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berada di depan dengan 145 pencalonan. Calon lain termasuklah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Osman dan Pengarah Strategik PKR Chua Tian Chang.
Lain-lain ialah Abdullah Sani Hamid, N. Gobalakrishnan, Yusmadi Yusof, Baru Bian, Dr Xavier Jayakumar,  Jonson Chong, S. Manickavasagam dan Dominique Ng.
Seramai 135 calo, mengesahkan merebut 25 kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
TERKINI @ 10:22:07 PM 16-10-2010
October 16, 2010
PETALING JAYA, 16 Okt - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya tanpa cabaran tetapi kerusi timbalan presiden menyaksikan persaingan tiga penjuru.
Jawatan naib presiden yang menawarkan empat kerusi juga kelihatan panas dengan anak sulung Dr Wan Azizah, Nurul Izzah Anwar mengesahkan bertanding walaupun turut dicalonkan bagi jawatan timbalan presiden.
Walaupun tiga orang dicalonkan bagi jawatan presiden, hanya Dr Wan Azizah menerima pencalonan bagi mengekalkan kepimpinannya yang bermula 11 tahun lalu.
Dua yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Zaid Ibrahim.
Dr Wan Azizah juga dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden. Dua lagi dicalonkan untuk bertanding kerusi itu.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang awalnya menyatakan hasrat bertanding timbalan presiden tidak mengemukakan borang penerimaan pencalonan hari ini.
Hari ini turut menyaksikan perubahan mengejutkan bagi jawatan naib presiden dan ketua Angkatan Muda Keadilan.
Dua naib presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub bersama Zaid mencuba nasib merebut jawatan timbalan presiden yang akan kosong ekoran keputusan Senator Dr Syed Husin Ali tidak mahu mempertahankan kedudukan beliau.
Bagi jawatan timbalan presiden, Azmin dilihat sebagai ‘favourite’ dengan memperoleh lebih 100 pencalonan manakala Zaid dan  Mustaffa Kamil masing-masing 38 dan 17 pencalonan.
Zaid, bekas menteri pusat, menyertai PKR tahun lalu.
Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak sebenarnya bercadang bertanding jawatan timbalan presiden tiga tahun lalu tetapi menarik balik hasratnya saat-saat akhir.
Sesi penerimaan pencalonan ditutup pukul 6 petang tadi. Ia berlangsung sejak 10 pagi seolah-olah ‘pilihan raya mini’ di pekarangan ibu pejabat PKR di sini dan juga di Kuching dan Kota Kinabalu.
Bersama Nurul Izzah seramai 18 calon lain mencuba nasib di peringkat naib presiden.
Saingan jawatan naib presiden juga dilihat terbuka selepas dua penyandangnya Azmin dan Mustaffa Kamil tidak mempertahankan kedudukan masing-masing. Begitu juga seorang lagi naib presiden Dr Lee Boon Chye.
Hanya R Sivarasa, iaitu naib presiden dilantik bertanding kerusi ini tahun ini.
Di Kota Kinabalu, pemimpin PKR Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan menolak daripada bertanding jawatan naib presiden.
“Saya pernah menjadi naib presiden kebangsaan dan saya lihat tidak ada gunanya pada usia sedemikian saya memegang jawatan yang agak junior dan tidak mempunyai kuasa dan terus berdepan dengan keadaan di mana tidak ada siapa mendengar cakap anda,” katanya.
Keputusan Jeffrey itu menjadikan anggota pimpinan pusat dan ketua PKR Tuaran Ansari Abdullah satu-satunya calon dari Sabah bertanding untuk jawatan itu.
Saingan kerusi naib presiden juga menyaksikan Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berada di depan dengan 145 pencalonan. Calon lain termasuklah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Osman dan Pengarah Strategik PKR Chua Tian Chang.
Lain-lain ialah Abdullah Sani Hamid, N. Gobalakrishnan, Yusmadi Yusof, Baru Bian, Dr Xavier Jayakumar,  Jonson Chong, S. Manickavasagam dan Dominique Ng.
Seramai 135 calo, mengesahkan merebut 25 kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

PRK Galas, Batu sapi tak halang pemilihan PKR

Pemilihan PKR bagi peringkat pusat pada 29 Oktober ini akan tetap diteruskan walaupun kempen dua pilihan raya kecil iaitu DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi akan bermula serentak pada 26 Oktober ini.

"Kita akan teruskan walaupun dalam kempen pilihan raya kecil. Pasti!" kata Timbalan Setiausaha Agung PKR Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman pada satu sidang media, petang ini.

Ini kerana, katanya terdapat dua jentera iaitu yang akan menguruskan kempen pilihan raya dan jentera untuk menguruskan proses pemilihan parti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober ini sebagai tarikh penamaan calon bagi kedua-dua kerusi itu. Manakala 4 November depan adalah tarikh pengundian.

Pada sidang media itu juga, Sharifah Shahidah mengumumkan bahawa hanya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah mengemukakan penawaran untuk bertanding jawatan presiden.

Ini bermakna, katanya, Azizah menang jawatan itu tanpa saingan kecuali sekiranya ada bantahan.

Ditanya mengapa Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengemukakan pencalonan bagi jawatan presiden, Sharifah Shahidah sambil tersenyum berkata: "Itu kena tanya beliau (Anwar)."
Khalid tidak kemuka borang

Menurut Sharifah Shahidah, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menyerahkan borang pencalonan, sehingga jam 6 petang ini.
"Jadi kita anggap beliau tidak hantar borang," katanya sambil menambah perjalanan hari penerimaan pencalonan hari ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sharifah Shahidah berkata pihaknya akan mengemaskini keputusan pencalonan sementara ini bermula malam ini, sebelum dimuat-naik di lalam sesawang rasmi parti jam 6 petang esok.

Timbalan setiausaha agung PKR itu juga mengumumkan kepada pihak media bahawa seramai tiga daripada lapan pemimpin yang layak bertanding jawatan timbalan presiden menerima pencalonan untuk bertanding.

Berdasarkan senarai, mereka adalah dua naib presiden Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub serta pengerusi perhubungan negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.

Katanya, selepas pencalonan ditutup pada jam 6 petang ini, seramai 19 individu daripada 30 calon telah menghantar borang mereka untuk bertanding jawatan naib presiden.

Bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pula, sebanyak 135 daripada 211 calon, yang telah menghantar borang pencalonan.

Bagi jawatan Ketua AMK dan timbalan, Sharifah Shahidah berkata masing-masing dua orang calon menyerahkan borang pencalonan.

Berdasarkan senarai tidak rasmi yang diedarkan kepada media, mereka adalah penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dan ahli MPP Badrul Hisham Shaharin yang mana akan bertanding untuk jawatan ketua AMK.

Manakala bagi jawatan timbalan pula, mereka adalah ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan ADUN Teja Chang Lih Kang.

Bagi jawatan bagi jawatan naib seramai 11 orang mengemukakan borang pencalonan, manakala bagi jawatan ahli MPP AMK seramai 61 orang mengemukakan borang.

Bagi jawatan ketua Wanita pusat, sebanyak tiga calon mengemukakan pencalonan.

Mereka adalah penyandangnya, Zuraida Kamaruddin, Animah Ferrar, dan Suraya Sudin.

Manakala bagi timbalan pula seramai dua calon, naib (9) dan ahli MPP Wanita sebanyak 45 calon.

Sharifah Shahidah berkata ibu pejabat parti menetapkan tiga hari bermula 18 Oktober ini sebagai tempoh bantahan, manakala 21 Oktober hingga 23 tempoh memproses bantahan yang diterima.

Pada 24 Oktober adalah tarikh senarai rasmi calon yang bertanding akan dikeluarkan.

"Hukuman Tak Setimpal" - Erni, Anak Sosilawati


Hukuman yang diterima itu tidak setimpal dengan apa yang mereka lakukan ke atas mama dan tiga yang lain,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, selepas dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Banting, Selangor, semalam.

Dia yang mesra dengan panggilan Rita mengaku berasa terkilan dengan keputusan itu, tetapi agak lega kerana pihak yang bertanggungjawab menerima pembalasan walaupun tidak setimpal.

Rita berkata, sepatutnya kedua-dua tertuduh yang mengaku bersalah menghapuskan bukti dengan membakar dan membuang abu mayat ibu dan tiga rakannya ke sungai, menerima hukuman lebih daripada tujuh tahun penjara.

“Kalau betul apa yang mereka lakukan itu, saya rasa semua orang pasti setuju jika hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap tertuduh kerana tindakan menghapuskan bukti hingga tiada mayat dan hanya tinggal serpihan tulang memang tidak berperikemanusiaan terutamanya kepada semua keluarga mangsa.

“Tetapi kalau peruntukan undang-undang sudah sedemikian saya akur dan percaya dengan siasatan dilakukan pihak berkuasa terutamanya polis,” katanya yang ditemui di pejabatnya di Jalan Raja Bot, petang semalam.

Selain itu, ekoran daripada pembebasan beberapa suspek lain yang dikatakan mempunyai kaitan dalam kes berkenaan, dia meluahkan perasaan sedikit gusar kerana selepas apa yang menimpa ibu dan tiga yang lain atau mungkin ramai lagi, banyak perkara yang difikirkan boleh berlaku ke atas diri dan keluarga.

“Bila dengar ada yang sudah bebas, saya berasa agak takut juga kerana mungkin masih ada dendam yang terpendam dan mungkin juga tidak, tetapi kita tidak tahu.

“Apa yang boleh kami lakukan hanyalah mengambil langkah lebih berhati-hati dan kehidupan sosial kini terpaksa dikurangkan,” katanya.

Namun, dia tidak menafikan kalau sesuatu perkara itu ingin berlaku ia akan tetap berlaku walau macam mana pun langkah berhati-hati diambil.

“Tengok macam mama, dia bukan pergi berseorangan tetapi ditemani tiga lelaki, kalau benda hendak jadi macam mana pun akan jadi. Kita terima musibah ini, cuma ambil iktibar dari apa yang sudah berlaku,” katanya. Sementara itu, ditanya adakah dia masih lagi berharap ibunya bukan mangsa pembunuhan kejam itu, dia berkata selagi keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak diumumkan selagi itu masih lagi ada harapan dan kalau betul ibunya sudah tiada dia terima takdir seadanya.

Bajet 2011 tolak tuntutan kesatuan sekerja

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam tidak memenuhi permintaan kesatuan sekerja iaitu pelaksanaan gaji minimum.
"Bajet kali ini tetap tidak menunaikan tuntutan kesatuan sekerja iaitu bonus dua bulan gaji dan RM900 sebulan bagi tuntutan gaji minimum," katanya.
Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena juga dengan sinis berkata, bajet itu merupakan bajet 'seluar dalam' kerana duti import hanya dimansuhkan terhadap barangan yang remeh temeh.
"Ini Bajet 'seluar dalam dan selimut' kerana 'seluar dalam' memainkan peranan penting dalam pemacuan ekonomi berprestasi tinggi, tidak nampak apa-apa perancangan terperinci untuk mencapai ETP (Program Tranformasi Ekonomi).
Berhubung tiada kenaikan kadar tol untuk tempoh lima tahun, beliau berkata, kerajaan tidak memberi jaminan bahawa ia tidak akan dinaikkan selepas tempoh lima tahun.
"Najib hanya memberi jaminan bahawa kadar tol tidak naik selama lima tahun, tetapi tidak ada jaminan berapa peratus kenaikkan selepas itu walaupun kadar peredaran kenderaan kian bertambah setiap tahun," katanya.
Beliau turut mengulas mengenai pengurangan subsidi yang diumumkan Najib.
"Sepatutnya dalam tempoh lima tahun, tidak akan berlakunya pengurangan subsidi atau cadangan melaksanakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan),” ujarnya.
Justeru, beliau menyifatkan Bajet 2011 sebagai bajet untuk persiapan menghadapi pilihan raya.
"Tidak ada penstrukturan gaji, pemberian bantuan RM500 bantuan dan beberapa elaun untuk imam dan lain-lain sekadar suatu bajet sebelum pilihan raya," katanya.
Beliau turut berkata, kerajaan gagal mengenalan beberapa masalah pokok yang menghalang persaing ekonomi di kalangan pelabur.

PERSATUAN BEKAS PEGAWAI TINGGI KERAJAAN PENYOKONG UMNO

To the Malays it is about DAP being in power if Pakatan Rakyat comes in. To the non-Malays it is about PAS being in power if Pakatan Rakyat comes in. So, to one group, it is about the fear of the erosion of Malay dominance while, to the other, it is about the fear of the rise of the dominance of Islam.


Raja Petra Kamarudin
Yesterday, Prime Minister Najib Tun Razak delivered his budget speech in the Malaysian Parliament. It is without a doubt an election budget speech, meant to win over the people of Malaysia and entice them to vote for Barisan Nasional in the next general election that can be expected not too far away.  
Najib has done his homework. He realises that the Barisan Nasional government is not having the people’s support. He also realises that the government is not getting support even from the civil servants and members of the security forces.
The Special Branch has told Najib that the majority of the civil service is not with the government, so says my Deep Throat in Bukit Aman. The Chinese are extremely angry with the government and are going to punish the MCA and Gerakan and bury them for good.
The Indians are also angry with the government and are already punishing the MIC after burying the PPP and sending the party into oblivion. The Chinese and Indian component parties of the Barisan Nasional coalition government are trying very hard to make amends with members of their respective communities.
And that is not too difficult to do. All they need to do is to blame everything on UMNO, which is believable seeing that Umno has not learned its lesson of 8 March 2008 and still remains arrogant gila.
To add to Umno’s problems, the Malays are also very angry with the Barisan Nasional government. But who are they going to blame? Perkasa is already saying that Umno is selling out the Malays. Tun Dr Mahathir Mohamad himself said the same thing many times since 8 March 2008, which you can see from his videos on YouTube.
Najib is trapped. His 1Malaysia is being criticised by both Perkasa as well as Dr Mahathir. His 1Malaysia is not even getting the support of his Deputy, Muhyiddin Yasin.
However, all is not well with the opposition either. So Barisan Nasional will most likely win again in the next election -- not because Barisan Nasional has become popular but rather because the main component of the Pakatan Rakyat coalition, Anwar Ibrahim’s PKR, is showing the same sickness being suffered by UMNO.
And PKR has not even come to power yet. Imagine what it would be like if Pakatan Rakyat comes to power and the sickness in PKR is not just symptomatic but is in fact inherent in all the opposition parties.
It would then make no difference whether the people vote in Barisan Nasional or Pakatan Rakyat.
On another front, Najib has obtained intelligence reports from CUEPACS that only 30% or so of its members support the Barisan Nasional government. 70% of its members, who represent the civil service, are clearly against the government. And the Special Branch agrees with this finding because Bukit Aman too has come to that same conclusion.
This is a very significant number and is very worrisome to Najib. In the absence of Chinese and Indian support, he will therefore need the Malay vote. And if even the Malay civil servants do not support the government then what hope does Umno have?
According to Tan Sri Aseh Che Mat, the former Secretary General of the Home Ministry, people of his rank -- the senior civil servants, the KSUs, TKSUs, KPs and TKPs -- can do something to arrest Umno’s sagging support. These people have headed the various ministries and departments and they would know how these civil servants behave and think. They know what it would take to recapture the support of these government servants.
Aseh and gang have formed a club or association called “PERSATUAN BEKAS PEGAWAI TINGGI KERAJAAN PENYOKONG UMNO”. And they have promised to help increase Najib’s and Umno’s popularity.
So, today, 16th October 2010, Najib will play host to 600 of these ex-senior civil servants at Sri Perdana to demonstrate that they endorse Najib and that Najib in turn endorses the Persatuan.
PKR, DAP and PAS had better wake up and beware! The race card is going to be played to the maximum. These senior civil servants are going to be told that if Pakatan Rakyat forms the next federal government then DAP is going to be very dominant. And once DAP ‘controls’ the federal government the Malays are going to be sidelined and become second-class citizens and slaves in their own country.
The Chinese and Indians are of course being told the same thing. Only this time it is the religion card that is being played. And they are being told, like what MCA said a few days ago, that once Pakatan Rakyat forms the federal government PAS will become dominant and Islam will be the law of the land.
To the Malays it is about DAP being in power if Pakatan Rakyat comes in. To the non-Malays it is about PAS being in power if Pakatan Rakyat comes in. So, to one group, it is about the fear of the erosion of Malay dominance while, to the other, it is about the fear of the rise of the dominance of Islam.
This is a win-win situation for Umno. If they can put the fear of race into the Malays and the fear of religion into the non-Malays then they get the support of both sides. The British call this the strategy of divide and rule. And the British has successfully used this strategy for hundreds of years.
Expect today’s meeting with Najib to be seditious and malicious. The warning of May 13 Version 2 is going to be bandied about. They are going to be told of the conspiracy by the non-Malays to rob the Malays of their own country. The Malays are going to be told that they will soon be reduced to what the natives or Blacks of South Africa once were in the days of Apartheid. They are going to be warned that their rights and privileges are going to be eroded if not abolished. They are going to be cautioned that even the monarchy may be abolished and Malaysia turned into a socialist republic where meritocracy will prevail and which will spell doom for the underprivileged and backward Malays.
And they hope with that Umno will regain the support of the Malays in the coming general election. And they hope with that Pakatan Rakyat will be denied the next federal government and the states currently under Pakatan Rakyat will return to Barisan Nasional. And they hope that Pakatan Rakyat will remain sleeping tonight as Najib and Umno does its song and dance routine and play host to 600 senior Malay civil servants who will be Barisan Nasional’s lifeline in the coming general election.

Bajet 2011: Jangan ada ketirisan, SMM

Najib Razak telah membentangkan Bajet Belanjawan 2011 semalam dengan melakukan beberapa transformasi yang besar di dalam pengagihan wang negara dan kesemua Belanjawan yang dibentangkan untuk 2011 adalah suatu bajet "Mesra Rakyat" dengan mengambilkira beberapa faktor, pengagihan dan kenaikan beberapa elaun kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Saya melihat keprihatinan Kerajaan Malaysia bagi menangani beberapa masalah dan bebanan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dan ini boleh dilihat apabila Perdana Menteri memberikan membuat Gaji Pokok minimum kepada Pengawal Keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011.
Ini merupakan langkah yang bijak dalam menolong golongan berpendapatan rendah dan saya mengharapkan Kerajaan perlu melakukan transformasi kepada seluruh pekerja-pekerja yang sekarang ini masih dibayar gaji RM500 ke bawah.  Dan sudah sampai masanya Kerajaan memikirkan persoalan gaji minimum yang perlu diselaraskan untuk kebaikan dan kebajikan golongan yang berpendapatan rendah.
Mahasiswa juga melihat Kerajaan sudah mula mengiktiraf peranan wanita di dalam negara ini dengan memberikan cuti bersalin bagi penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 Hari.  Ini sedikit sebanyak telah diamalkan oleh Kerajaan Kelantan dan saya melihat ini perlu bagi melahirkan "Keluarga Penyanyang" dan sewajarnya lelaki (suami) diberikan cuti tiga minggu untuk menjaga isteri sewaktu di dalam 'pantang' dan kita ingin lahirkan suami yang sanggup menjaga isteri sewaktu isteri sakit dan berpantang.
Saya juga tertarik untuk meningkatkan daya saing dan juga 'ranking' universiti tempatan, Kerajaan telah melipatgandakan penyelidikan dan inovasi dengan penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
Tetapi, apa yang paling penting bagi mahasiswa, kita ingin Kerajaan umumkan peruntukan khas bagi mahasiswa yang meminjam PTPTN terutamanya agar  diberikan paling kurang separuh pemotongan pinjaman dan perlu juga Kerajaan ke arah memberikan pendidikan percuma buat pelajar dan mahasiswa.
Saya (Mohd Ridzuan B Othman, gambar kanan) ingin melihat Kerajaan komited dan tegas dalam menyalurkan bantuan dan dana perbelanjaan negara ini dan mengena kepada sasarannya.  Kami, golongan mahasiswa tidak mahukan angka-angka yang besar sahaja tetapi raktikalnya iaitu pemberianya hanyalah mengena orang-orang tertentu sahaja.
Kerajaan perlu menjaga dan membahagikan nilai harta negara dan jangan sesekali ada ketirisan dan penyelewengan yang menyebabkan perlunya kepada perbelanjaan tambahan kemudian harinya.  Jika angka-angka ini dapat diatur dengan baik tanpa ketirisan, saya yakin dan percaya kerajaan akan mampu menggunakan hasil negara yang lain untuk manfaat golongan miskin yang lain.
*Kenyataan media oleh Mohd Ridzuan B Othman selaku Setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

BELANJAWAN 2011 TAK DAPAT TUTUP KEBUSUKAN KERAJAAN BN

Photobucket

Betapa cantik pun Belanjawan 2011, keburukan kerajaan BN belum dapat dibersihkan! Hilangnya kepercayaan rakyat belum dapat dipulihkan. Sama ada ini benar-benar belanjawan 2011 atau belanjawan pilihanraya kecil DUN Galas dan Batu Sapi, sama-sama kita tunggu dan lihat !!..
Sekali rakyat ditipu, sepuluh kali mereka tak akan percaya. Puluhan kali rakyat ditipu ratusan kali mereka tak percaya!!

1. Rakyat masih ingat bagaimana pembangkang berjaya mendedahkan rahsia kerajaan menggunakan perkhidmatan syarikat APCO tali barut yahudi. Kerajaan bazirkan wang yang begitu besar semata-mata hendak mendapatkan khidmat nasihat dan perunding imej, padahal yahudi terang-terangan menentang Islam. Akhirnya kerajaan UMNOBN terpaksa mengaku dengan rasa bongkak dan seribu alasan!

2. Masih segar dalam ingatan rakyat seorang menteri kabinet bergelar TUN terlibat dengan penyelewengan dalam kes PKFZ. Ini juga melibatkan sejumlah wang yang amat besar iaitu
billion billion ringgit. Dasar kerajaan BN membiarkan kroni mengaut kuntungan dengan cara rasuah dan menipu amat jelas setelah terbukti ia melibatkan ramai lagi pemimpin BN.Kita pun kurang yakin apakah kerajaan BN benar-benar mahu mengheret mereka yang terlibat kemuka pengadilan

3. Satu lagi kes besar yang tidak mudah padam dalam ingatan rakyat ialah pembunuhan kejam warga Mongolia Altantantuya Shariibuu. Pembunuhan kejam ini melibatkan pemimpin kerajaan dan ia berhubungkait dengan pembelian kapal selam yang dilakukan secara bawah meja. Kes melibatkan ratusan billion ringgit. Untuk menyelamatkan orang penting dalam kerajaan, maka dua anggota polis dikambing hitamkan. Bersihkan kerajaan BN?

Kerajaan boleh menggula-gulakan rakyat dengan belanjawan 2011 ini, tetapi kerajaan tak boleh memperbodohkan rakyat yang semakin cerdik! Jangan ingat rakyat boleh melupakan kebobrokan kerajaan BN selama ini!! Mari kita tumbangkan kerajaan UMNO BN melalui peti undi..

Oleh : rahimothman 8/2010

Peristiwa Kulaijaya Tanda Umno-BN Semakin Runtuh

SH9PETALING JAYA 16 Okt - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Senator Dr Syed Husin Ali berkata hari-hari terakhir bagi sesebuah pemerintahan atau kerajaan menjadi sangat nyata apabila ianya semakin zalim dan korup.

Kata beliau keadaan yang sama amat relevan dengan Umno-Barisan Nasional di  Malaysia di mana negeri Johor yang di anggap sebagai benteng kuat Umno tidak lagi terkecuali.

"Beberapa hari yang lalu, suasana perayaan Aidilfitri anjuran KEADILAN Negeri Johor yang pada mulanya meriah dan berjalan lancar telah menjadi ribut apabila sepasukan polis tiba-tiba menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah persendirian di Kampung Air Manis, Kulaijaya tempat jamuan hariraya itu diadakan.

"Pada malam Sabtu 8 Oktober itu, kira-kira 40 orang anggota polis yang diarah sendiri oleh Ketua Polis Daerah, DSP Zulkefly merampas mikrofon daripada Pengerusia KEADILAN Negeri, Chua Jui Meng ketika beliau sedang berucap.  Selepas itu, mereka merampas pula peralatan siaraya yang lain termasuk dua keping banner di situ. 

"Mengapakah polis yang kononnya “tegas, adil dan berhemah” itu bertindak sebegitu rupa?  Zulkefly Yahya tidak ada jawapan lain kecuali membebelkan 'tidak ada permit'.

"Kalau itulah alasannya, kami ingin bertanya:  berapa ribukah permit yang telah dikeluarkan oleh pihak polis, dan berapa ratuskah majlis rumah-terbuka yang telah mereka serbu sepanjang musim perayaan ini?" tanya Dr Syed Husin dalam kenyataan media beliau Isnin lalu.

Beliau berkata peristiwa polis menceroboh kawasan persendirin atas alasan 'tidak ada permit' sudah pernah berlaku beberapa kali namun kejadian di Sungai Tongkang, Rengit  pada  malam 31 Julai masih segar dalam ingatan di mana ribuan orang sedang menunggu  untuk mendengar ceramah  anjuran KEADILAN di kawasan  Markas PAS.

"Pada masa itulah, ratusan orang polis termasuk dari unit FRU telah dikerah untuk menceroboh masuk ke kawasan yang berkenaan serta memecahkan pintu stor dan merampas peralatan siaraya yang terkunci di dalamnya.  Dalam masa yang sama, mereka juga telah bertindak memukul serta mencederakan sejumlah orang, dan menangkap beberapa yang lain. 

"Semua ini tidak dapat dilupakan. Akan tetapi, mengapakah polis yang sepatutnya profesional bertindak sedemikian rupa?

"Dari dua contoh di atas, saya buat kesimpulan begini:  Pemerintah yang  sudah tidak berupaya, dan institusi kerajaan yang sudah korup serta tidak berwibawa, kedua-duanya akan berpaut erat antara satu sama lain.  Demi survival, mereka akan berganding melakukan apa saja, tanpa mempedulikan nasib serta masa depan negara dan rakyat," jelas beliau lagi.

Tawaran Rasuah Pertama GURKHA Umno PRK N45 Dun Galas

Tak boleh lari dah, kalau dah sebati dengan umno, makan hasil JUDI dan hasil Kilang Arak gak……….peghuk jadi gelak gelemak, umno KASTA mana pun tetap dengan terima rasuah dan memberi menawar RASUAH, dah menjadi darah daging, UMNO=RASUAH RASUAH=UMNO, UMNO=PERKASA PERKASA=UMNO, UMNO=RASIS RASIS=UMNO, UMNO RASIS=PERKASA, PERKASA RASIS=UMNO.
Sedang kan JANJI PRK Manik Urai tak tertunai lagi, dah mula berjanji itu dan ini pulak di GALAS, janji di MU lebih kurang RM10 juta jah pun tak tertunai, tak tahu  lah aku  kalau harga2 papan tanda di Kg. Manik Urai dan Kg. Manjor tu 10 juta, sehari dua yang aku nampak papan tanda jah disamping letak jentolak 2 biji, itu pun terkencing terberak setelah kematian ADUN Galas jah….kalau tak….HARAM….
DSC06673DSC06678 dua papantanda ni RM5 juta, rumah untuk Umno MISKIN dan Masjid Temalir RM5 juta jadi 10 juta, umno bahagian pulak rembat 2 juta……. mampos….PEGI JAHANNAM LAH umno……..
GURKHA ni pun hidup dalam umno kerana MELAYU UMNO FELDA KESEDAR yang  bagi talihayat nya pun…..MELAYU UMNO FELDA  boleh laa nak kelentong, mereka otak orang HUTAN, kalau MELAYU BANDAR, CINA, INDIA Dun Galas jangan main2.
Oiit ! korang tau ke sape Gurkha……KULI laa woi !, KULI=GURKHA GURKHA= KULI, Pegi Jahannam lah umno………

BN Rompak Sarawak, 170,000 Terpaksa Hijrah Ke Semenanjung

IMG_3072MIRI 16 Okt - Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata kegagalan Barisan Nasional membangunkan Sarawak sejak 47 tahun mentadbir negeri yang kaya dengan minyak itu telah menyebabkan lebih 170,000 rakyatnya terpaksa berhijrah mencari pekerjaan di Semenanjung.

Dr Tan yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi keadaan ini adalah amat menyedihkan kerana dasar pemimpin BN Sarawak yang lebih mementingkan diri sendiri, keluarga dan kroni menyebabkan pengagihan kekayaan hanya berlegar dikalangan segelintir golongan elit.

"Sarawak tersangat kaya apatah lagi buminya melimpah ruah dengan minyak dan gas. Sepatutnya negeri ini sudah menjadi negeri yang paling kaya di dalan Persekutuan Malaysia tetapi malangnya ia menjadi negeri keempat termiskin.

"Lebih 100,000 rakyat Sarawak mencari rezeki Kuala Lumpur dan Selangor, 30,000 di Johor manakala lebih 40,000 di Pulau Pinang. Mereka terpaksa merantau jauh dari kampung halaman mereka kerana BN yang diamanahkan mentadbir negeri ini selama hampir 50 tahun telah gagal berbuat demikian," kata beliau pada perjumpaan dengan lebih 70 anggota KEADILAN dari Miri, Baram dan Sibuti.

Sehubungan itu Dr Tan membuat perbandingan antara Malaysia dengan Taiwan dari segi kejayaan ekonomi di mana negera pulau jauh lebih kaya dan maju dari negara ini.

Malaysia mempunyai kelebihan yang mana penduduknya  lebih ramai sebanyak 28 juta berbanding 23 juta bagi Taiwan.

Keluasan negara ini adalah hampir 10 kali ganda daripada pulau tersebut dan malah Malaysia beruntung kerana mempunyai tanah yang landai berbeza dengan Taiwan di mana 60 peratus permukaannya adalah gunung ganang dan hanya 40 peratus sesuai untuk diduduki.

Namun kata mantan Ahli Parlimen Segambut itu, perbezaan itu terhenti di situ kerana walaupun bersaiz kecil ekonomi jauh lebih hebat.

"Di Taiwan hanya 40 peratus tanahnya boleh digunakan untuk pertanian dan penempatan berbanding di Malaysia lebih dua juta ekar terbiar.

"Rizab asing Taiwan adalah keempat terbesar didunia mengalahkan rizab Singapura. Malah lebih hevat daripada itu Taiwan tidak ada hutang luar satu sen pun tetapi Malaysia mempunyai hutang luar lebih RM380 bilion.

"Kita berbelanja membeli peralatan tentera lebih RM180 bilion sejak 10 lalu. Yang peliknya sebegitu banyak peralatan dibeli dengan siapa kita hendak berperang dan adakah rantau ini dalam konflik atau peperangan? Ini semua adalah kerana kerajaan umno-BN adalah sebuah kerajaan yang korup, sebab itu kita jauh ketinggalan dibandingkan dengan sebuah pulau kecil bernama Taiwan," tegas beliau.

Oleh kerana itu, tambah Dr Tan, maka adalah penting rakyat Sarawak memastikan pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti Pakatan Rakyat dapat menubuhkan kerajaan pusat yang baru.

Hanya dengan kerajaan persekutuan di bawah Pakatan Rakyat nasib rakyat Sarawak dapat berubah kepada keadaan yang jauh lebih baik di mana hak rakyat akan dihormati dan pengagihan kekayaan akan lebih adil dan saksama.

"Tidak cukup untuk Pakatan Rakyat menang dan tunuh kerajaan negeri di Sarawak tetapi rakyat negeri ini dan lain-lain negeri di seluruh negara juga mesti berjuang untuk menumbang di peringkat pusat.

"Ini kerana keuasa kerajaan negeri adalah amat terhad. Semua kuasa terutamanya kuasa berhubung kewangan, dasar sosial, keagamaan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya terletak ditangan kerajaan pusat. Kalau kita tidak tukar kerajaan pusat tidak banyak yang boleh kita lakukan di peringkat negeri," jelas Dr Tan lagi.

KEADILAN Raikan Demokrasi Tulen Di Hari Penamaan Calon


Oleh Dzulkarnain Taib   
IMG_3170KUALA LUMPUR 16 Okt - Hari Penamaan Calon Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang berlangsung di ibu pejabat parti hari ini dilihat benar-benar mencerminkan proses menyuburkan amalan demokrasi di dalam KEADILAN.

Hari Penamaan Calon anjuran KEADILAN yang mirip kepada proses sebenar yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan julung-julung kali diadakan oleh sebuah parti politik di negara ini sungguhpun baru berusia satu dekad.

Acara hari ini bertujuan pengesahan pencalonan bagi anggota parti yang layak bertanding merebut jawatan di peringkat MPP daripada Presiden sehinggalah kerusi anggota Majlis Pimpinan Pusat disamping jawatan-jawatan dalam sayap Angkatan Muda dan Wanita.

Dari segi kelayakan, jawatan Presiden menyaksikan seramai tiga calon yang layak iaitu penyandang, Datuk Seri Dr Wan Azizah wan Ismail, Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun dijangka Dr Wan Azizah akan mengekalkan jawatan tersebut tanpa bertanding.

Pertandingan hangat dilihat akan berlegar sekitar kerusi Timbalan Presiden di mana  tujuh jaguh yang sama hebat dan popular dijangka berentap untuk menjadi orang nombor dua kepada Dr Wan Azizah.

Mereka yang layak termasuk Dr Wan Azizah, dua Naib Presiden, Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub, Zaid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.
Di samping itu seramai 209 calon akan bertanding merebut 20 kerusi MPP.

Jawatan Ketua AMK menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu penyandang, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Rafizi Ramli dan Badrul Hisham Shaharin aka CheGuBard sementara Jawatan Ketua Wanita akan di menjadi pertarungan antara penyandang, Zuraida Kamaruddin, Ahli
Jawatankuasa Biro Disiplin Pusat Animah Ferrer dan Ketua Wanita Perlis Dr Suraya Sudin.

Sambutan perayaan demokrasi ini bukan sahaja disambut dengan penuh semangat oleh ahli parti tetapi juga tidak kurang hebatnya oleh calon daripada kalangan pimpinan parti.

Bersama-sama dalam semangat setiakawan dan perpaduan mereka dilihat bergaul dengan penuh mesra sambil menyempurkan proses penerimaan calon di kaunter yang disediakan.

Seperti kempen ala pilihan raya umum, setiap calon diberi masa tiga minit untuk mewar-warkan visi mereka dan mengapa mereka harus dipilih untuk jawatan yang dipertandingkan.

"Saya amat terharu dengan langkah innovatif yang dilaksanakan oleh Parti Keadilan Rakyat. Sejak menyaksi dan mengalami sendiri kesusahan era reformasi baru kini saya melihat kejayaan merayakan reformasi dalam semangat sebenar," kata Rohani Bakar, calon bagi kerusi MPP.

Ketua Cabang Teluk Kemang, M Ravi berkata beliau berbangga KEADILAN mengadakan hari penamaan calon ini kerana ia bukti parti ini adalah parti masa depan dalam erti kata sebenarnya.

"KEADILAN sentiasa mencipta sejarah dalam persada politik negara dan apa yang kita buat hari ini akan memberi keyakinan kepada rakyat bagi kita mentadbir Putarajaya pada PRU-13 nanti," kata Ravi.

Hari penamaan calon yang sama juga di adakan di Sabah dan Sarawak bagi calon-calon yang berada di kedua-dua negeri tersebut.

Pemilihan bagi jawatan tinggi parti akan diadakan dari 31 Oktober hingga 21 November ini, manakala kongres kebangsaan parti dari 26 hingga 28 November.

AMK: Shamsul, CheGuBard Berentap

PETALING JAYA 16 OKT : Persaingan bagi jawatan penting PKR pada Pemilihan 2010 ini bertambah sengit, apabila pertandingan bagi jawatan Ketua Angkatan Muda KEADILAN(AMK), hanya diisi oleh dua orang calon, iaitu Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard.

Sementara itu, dua lagi calon yang disebut-sebut sebelum ini untuk turut bertanding bagi posisi penting tersebut, iaitu Rafizi Ramli dan Hasmi Hashim menarik diri.

Sehingga berita ini ditulis pihak media masih tidak dimaklumkan sebab kedua-dua calon ini menarik diri.

Sebelum ini Rafizi dilaporkan adalah calon pilihan bagi merebut jawatan berkenaan. Manakala Shamsul yang juga seorang peguam sebelum ini mengumumkan untuk merebut jawatan Naib Presiden dan akan memberi laluan kepada rakan-rakannya yang lain.

Shamsul hadir bersama kira-kira 100 orang penyokongnya pada jam 2.00 petang tadi untuk menghantar borang pendaftaran, sementara CheGuBard tiba kira-kira 15 minit kemudian.

Shamsul turut diiringi oleh barisan Exco bayangannya, iaitu Khairul Anuar Ahmad Zainuddin atau Jonah yang bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua AMK dan Chan Ming Kai yang menawarkan diri bagi jawatan Naib Ketua AMK.

Sementara itu, CheGuBard turut diiringi oleh Chang Lih Kang yang menawarkan diri bagi jawatan Timbalan Ketua AMK., bersama-sama Yunus Jamhari, yang menawarkan diri bagi jawatan Naib Ketua AMK.

Dalam pada itu, pendaftaran pemilihan bagi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat masih lagi terbuka, sehingga kaunter pendaftaran ditutup jam 6.00 petang ini.

Keputusan bagi mengesahkan pendaftaran calon-calon yang bertanding bagi jawatan-jawatan tersebut akan diumumkan kira-kira jam 7.00 malam ini.

Hutang Kerajaan BN - Rakyat Terpaksa Tanggung RM15,000 seorang


PULAU PINANG 16 OKT - Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional 2010 yang meningkat lebih 10 peratus berbanding tahun sebelumnya hanya membebankan dan secara tidak langsung terpaksa ditanggung oleh rakyat ekoran ketidakcekapan kerajaan mengurus kewangan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada 2009 ialah RM362 bilion manakala pada 2010 meningkat kepada lebih RM408 bilion.

"Jelas sekali peningkatan lebih RM40 bilion ini hanya membebankan rakyat dan ini juga bermakna 27 juta rakyat di negara ini terpaksa menanggung beban hutang berkenaan," katanya dalam satu sidang media di pejabat Ketua Menteri di Komtar, Pulau Pinang tengahari tadi.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beban hutan berkenaan jika dibahagikan sama rata dengan 27 juta rakyat di negara ini, bermakna setiap rakyat terpaksa membayar anggaran RM15,000 seorang untuk memikul beban hutang yang ditanggung oleh kerajaan.

Dalam buku bajet 2011, jadual 4.6 (Mukasurat 119) Jadual hutang kerajaan pada 2009, mencatatkan hutang dalam negeri  berjumlah RM348 bilion merangkumi Bil Perbendaharaan, terbitan pelaburan termasuk bon simpanan berlandaskan syariah 2009 serta sukuk runcit 1 Malaysia 2010, sekuriti kerajaan dan tabung pinjaman perumahan.

Jumlah hutang negara pula ialah RM13,786 bilion termasuk pinjaman pasaran dan pinjaman projek, namun bagi 2010 jumlah hutang dalam negeri meningkat kepada RM390,724 bilion manakala hutang luar negara pula adalah RM17,454 bilion.

Dalam pada itu beliau juga menolak dakwaan kerajaan Barisan Nasional bahawa tindakan tidak menaikkan kadar tol untuk tempoh lima tahun akan menguntungkan rakyat.

Beliau menambah, jika dilihat pada fakta yang terdapat dalam buku bajet 2011, jumlah pampasan yang diberikan kepada PLUS dari 2006 hingga 2009 berjumlah hampir RM3 bilion.

Jumlah tersebut, katanya adalah RM655 juta bagi 2006, RM698 juta bagi 2007, RM731 juta bagi 2008 manakala 2009 pula sejumlah RM850 juta wang pampasan dibayar oleh kerajaan pada konsesi tol.

"Jika kerajaan mendakwa, kenaikan harga tol dibekukan untuuk tempoh lima tahun, jelas sekali yang menggusarkan saya adalah rakyat sekali lagi bakal menanggung beban yang lebih berat dengan kadar pampasan yang terpaksa dibayar selepas tempoh kenaikan harga tol dibekukan tamat," katanya lagi kepada media.

Menurutnya lagi angka-angka pembayaran pampasan kerana tidak menaikkan kadar tol sebelum ini sekaligus menangkis dakwaan kerajaan Barisan Nasional bahawa mereka mementingkan rakyat dengan tidak menaikkan kadar tol selama lima tahun kerana hakikatnya kerajaan hanya 'cakap kosong'.

"Ini bukan pentingkan rakyat...ini namanya hanya menguntungkan kroni sahaja," tambah beliau lagi.

Beliau seterusnya mengesyorkan supaya kerajaan mengambil alih terus semua konsesi tol di negara ini secara 'one - off' supaya rakyat tidak akan dibebankan dengan isu pampasan kepada konsesi dan juga kenaikan kadar tol.

UMNO Boikot UMNO? Usah Percayalahh!


Satu perangai UMNO yang teman nak puji..
(jangan ingat teman nak tukar khemah pulakkk!!)

Sehebat mana pun mereka bertelagah pasal pilih calon..
Sehebat mana pun mereka bergaduh pasal pilih calon..
Sehebat mana pun mereka berseteru pasal nak pilih calon..

Bila mari time kempen pilihanraya..
Bila mari time kempen hari mengundi..
Mereka kompom akan bersatu!!

So, jangan dok ingat bila mereka bertelagah sesama mereka pasal nak pilih calon..
kerja kita akan senang...
Tarakkkk!!
Sorry bro! Pengalaman telah mengajar...

Kepada Jentera PRK PAS di Galas..
Jangan ingat keje mudah bila UMNO bertelagah sekarang ni..
Jange ingak mudoh wehhh!!!

prediction teman?
Kalau tak kena gaya..PAS kalah... huhuhuhu

sunsnake 16102010


Umno Gua Musang mahu calon mereka
Harakahdaily
GUA MUSANG, 16 Okt: Akar umbi Umno di Gua Musang sedang berusaha keras memujuk pucuk pimpinan mereka di Kuala Lumpur agar memilih calon yang mereka kehendaki untuk pilihan raya kecil Galas.

Usaha mereka ini disokong oleh pimpinan Umno negeri walaupun mereka sudah agak kecewa apabila Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai pengarah pilihanraya kecil itu.

"Kami nak Saufi Deraman bekas Adun kami bertanding sekali lagi. Lagipun dia yang bertungkus lumus berjuang untuk Umno sebelum ini ketika Ku Li memimpin Semangat 46. Tapi selepas Ku Li dipilih oleh parti, dia menikam pemimpin kami ini," kata seorang ahli Umno yang ditemui di bandar Gua Musang.

Beliau merujuk tindakan Saufi, yang ketika itu menjadi ketua bahagian, memberikan laluan untuk Ku Li menjadi Ketua Umno bahagian Gua Musang apabila Ku Li kembali semula ke dalam Umno.

Pusat penternakan jin dalam Belanjawan 2011


"Najib ni dah gila aku rasa".

Begitu antara dakwaan kasar yang saya dengar apabila dalam pembentangan Belanjawan 2011 semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara lain mengumumkan apa yang disebut sebagai projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia, di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Saya harap suami Datin Seri Rosmah Mansor tu tak gila. Kalau dia gila, ia dengan sendirinya bermakna orang gila jadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan negara ini. Saya harap sungguh dia tak gila walaupun macam-macam orang pertikai fasal bangunan tu.

Ada yang kata KLCC pun masih banyak ruang tak berpenghuni, gila apa nak buat lagi bangunan 100 tingkat? Ada yang membangkitkan tentang occupancy rate bangunan-bangunan di Kuala Lumpur. "Banyak yang kosong - banyak rumah hantu," ada yang kata gitu.

"Ah, apa nak heran. Lepas ni Najib paksa la siapa-siapa duduk di situ. Kalau dulu boleh paksa Petronas duduk di KLCC, apa yang susah sangatnya nak paksa orang lain pulak di duduk di banguna 100 tingkat tu. PNB (Permodalan Nasional Berhad) pun banyak anak syarikat," kata yang lain.

Mendengar macam-macam komen tu, saya tiba-tiba teringat salah seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang, mendiang Arokia Dass. Selepas dibebaskan, dia menjadi kontraktor kecil. Satu hari, kami berjumpa beliau ketika beliau baru selesai buat pintu pagar - projek kerajaan. "In the paper, it costs RM2,700. But all I got only RM1,500". Bila ditanya ke mana perginya lagi RM1,200, dia jawab, "As you know la. If not, you cant get the job".

Saya terfikir, kalau buat pintu pagar RM1,500 pun tiris sana sini sehingga kosnya melambung jadi RM2,700, bayangkan RM5 bilion!

Berbalik kepada ulasan-ulasan tentang Warisan Mendeka itu, saya bagaimanapun tidak berkongsi pandangan mereka. Saya nampak bangunan 100 tingkat itu boleh digunakan sebagai pusat pameran antarabangsa macam Guangzhou International Convention and Exhibition Centre. Kita boleh buat pusat pameran terbesar di dunia yang memperaga dan menjual seluar dalam, pakaian malam, kelambu, wangi-wangian, beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...

Ia pasti menjadi tarikan pelancong. Untuk memberi nilai tambah, negara boleh memperkenalkan apa yang boleh dipanggil sebagai Permata Tourism di mana kita juga mengadakan pusat-pusat Permata di bangunan 100 tingkat itu untuk membolehkan para pelancong yang melawat syurga seluar dalam di situ merebut peluang melihat dan mempelajari bagaimana nak membentuk pemimpin masa hadapan. Insya Allah, tak timbul lagi cerita anak dah jadi peguam pun, mak dia malu sangat-sangat nak meraikan perkahwinan anaknya sampai paksa orang lain dan media boikot perkahwinan anak dia.

Saya juga tak nampak mengapa orang mempersoalkan tentang occupancy rate di Kuala Lumpur ni bila Najib nak buat bangunan tersebut. Kepada saya, ia tetap akan jadi tarikan pelancong bila bangunan 100 tingkat itu menjadi pusat penternakan jin.

Janganlah pulak dok kata, "elok juga buat pusat penternakan jin supaya jin di rumah dia ada kawan". Jangan, tak elok kata lagu tu.
PB

Human-trafficking blacklist: Shame on you Malaysia!

Lim Sue Goan

How serious is human trafficking in Malaysia? The detention of seven immigration officers and two foreigners under the Internal Securty Act (ISA) has perhaps explained why the United States included Malaysia in the human trafficking blacklist.

It is certainly correct for the Home Ministry to take the issue seriously as it would not only damage the country's reputation, but also affect foreign investments and threaten national security.

Corruption among immigration and law enforcement officers is one of the factors that cause the surge in illegal immigrants and overstaying foreigners. Terrorists might also take the opportunity to freely enter the country.

However, invoking the ISA might only achieve a short-term deterrent effect, and not get to the roots of the problem. The government still needs to take drastic measures to eliminate the black sheep and resolve problems in the public domain, including corruption and lack of discipline, to curb human trafficking.

Another escape took place at the KL International Airport (KLIA) detention depot on 2 August 2010 and Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein ha given an ultimatum to his secretary-general Datuk Seri Mahmood Adam, and immigration director-general Datuk Abdul Rahman Othman to resolve the matter, warning that they might face the risk of being transferred if its was not properly handled.

Later, newspaper reports claimed that some immigration officers at the Pulau Ketam jetty were bribed with RM60,000 monthly to allow the illegal immigrants to access the island freely. A group of officers was arrested by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) while 20 other officers were transferred.

Although Hishammudin has said that the transfer of Abdul Rahman was part of a normal reshuffle, it is still believed to be related to his performance.

In fact, it is not the first time for the Immigration to be accused of human trafficking. The 2009 US State Department Trafficking in Human Persons (TIP) Report had pointed out that some Malaysian immigration officers have involved in human trafficking and extorted Burmese refugees.

According to the report, Malaysian immigration officers sold the refugees for about US$200 per person to human trafficking syndicates operating along Thailand's southern border.

"In turn, the traffickers demanded ransom — ranging from US$300 for children to US$575 for adults — in exchange for their freedom. Informed sources estimated that 20% of the victims were unable to pay the ransom, and were sold for the purpose of labor and commercial sexual exploitation."

Therefore, the authorities are considered to have acted slow as the involving officers had gone scot-free for some time. Also, the country has suffered humiliation as the crimes were exposed by a foreign country.

Starting from 2007, Malaysia has been put in the human trafficking blacklist along with Myanmar, Papua New Guinea, Fiji and North Korea. The record is better this year as Malaysia has been upgraded to Tier 2 from Tier 3 in the TIP Report for 2010.

Corruption among officials has allowed trafficking syndicates to exploit, abuse and harm illegal workers. Even worse, forced prostitution takes place everyday in the dark. It is a shame to be blacklisted and it is also a label of not respecting human rights.

To remove the label as soon as possible, in addition to implement severe punishment, the MACC should act fast. Who would be afraid of the MACC if too many major cases are left unsolved? Had the MACC been sleeping all the while when immigration officials were taking bribes over all these years?

It has proven the loose discipline in Malaysia immigration and it will cause endless troubles if no drastic improvement is made.  -   Sin Chew Daily

Penduduk bantah surau, pusat asuhan diroboh Kerajaan UMNO@BN

Lebih 100 penduduk kampung mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan masjid Bukit Katil petang semalam kerana membantah tindakan kerajaan negeri Melaka yang bercadang mengambil tanah sebuah pusat asuhan tunas Islam dan surau di kampung berkenaan untuk pembinaan sebatang jalan raya.

Demonstrasi itu anjuran badan bertindak perobohan pusat asuhan tunas Islam (PASTI) dan Surau Bukit Katil.

Menurut pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, penduduk kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah pusat asuhan dan surau berkenaan.

"Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.

“Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk buat jalan mengapa tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai tidak melibatkan surau, PASTI dan rumah rakyat," katanya dengan berang.

Menurut Abdul Ghani, tindakan kerajaan itu disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.

Tunjuk perasaan secara aman ini bagaimanpun diarahkan oleh polis supaya dihentikan kerana didakwa mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit.

Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan telah melucutkan hak rakyat.

"Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri, bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah,"katanya.

Tunjuk perasaan ini juga dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat Melaka yang lain. Antara mereka ialah pengerusi DAP, Goh Leong San; ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; ADUN Bachang, Lim Jak Wong; ADUN Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin.

Mereka kemudian bersurai tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Gambar sekitar demontrasi bantah roboh surau dan PASTI Bukit Katil oleh Kerajaan APCO@UMNO.













































Oleh: Pria Malaya

Cuba kalian bayangkan sejenak, sebuah surau dan tadika kanak-kanak muslim akan dirobohkan di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri..korang rasa apa yang bakal berlaku?..siapa yg akan menyalak dan memekik membabi-buta? apa pula tajuk2 di media2 ampu Umno/BN dan blogger fanatik mereka??

Sudah pastilah segala makihamun, sumpah seranah, fitnah dan isu perkauman dimainkan oleh penyokong rasis Umno dan PERKASA, dibantu beberapa 'ulama muda' mereka, dan sekutu2nya, isu ini dihangatkan dengan tujuan menaikkan sentimen benci rakyat kepada kerajaan DAP dan PR...

Namun, berita ini tidak berlaku di PP, tetapi ianya berlaku di negeri Melaka, negeri yg diperintah oleh Melayu/Islam..diberitakan semalam, satu demontrasi telah diadakan bagi membantah tindakan kerajaan Umno/BN merobohkan surau dan PASTI kepunyaan penduduk kawasan Bukit Katil..

Mana penyokong Umno, mana PERKASA, mana yb Zul? mana blogger fanatik Umno? semuanya senyap membisu kerana ia tidak melibatkan DAP, musuh no. 1 mereka..maka, tiada keperluan bagi mereka utk memperjuangkan isu ini walau Melayu dan Islam diinjak sekalipun..

Ternyata, segala drama2 yg dimainkan mereka sebelum ini dlm media massa khususnya di Pulau Pinang hanyalah lakonan semata-mata, tidak lebih dari itu..semuanya demi kelangsungan politik dan perjuangan asobiyah mereka...fikir2kan..wallahua'lam..

p/s: ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong dan rakan-rakan dari kaum Cina (DAP) turut menghadirkan diri memberi sokongan malah bersama penduduk mengunjuk rasa membantah tindakan zalim pihak kerajaan Umno/BN...siapa YB Khoo Poay Tiong?..baca di SINI..


Sumber gambar: FB 'Khoo Poay Tiong' dan Angakatan Muda Keadilan Melaka