Selasa, 12 Oktober 2010

Razaleigh tetap jadi saksi tuntutan royalti

KOTA BHARU, 12 Okt: Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Tengku Razaleigh Hamzah tetap akan menjadi saksi berhubung tuntutan royalti minyak kerajaan negeri terhadap Petronas.
Katanya, kedudukan Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Umno BN Dun Galas perkara yang berbeza dengan kedudukannya sebagai saksi dalam tuntutan royalti itu.
“PAS tidak akan berkompromi berhubung perkara itu, lawan tetap lawan,” ujarnya ketika menjawab soalan media kemungkinan PAS akan bertolak ansur dalam pilihan raya kecil itu.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata Umno Pusat tidak yakin dengan kemampuan sendiri menyebabkan pemimpin tertinggi parti itu bertegas meletakkan Ku Li yang anggota Parlimen Gua Musang sebagai pengarah pilihan raya kecil itu.
Tambahnya, tidak sebagaimana biasa, mana-mana pilihan raya kecil akan diketuai Timbalan Presiden Umno sendiri termasuk pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai.
Katanya, oleh kerana Umno sendiri tidak yakin dengan peluang mereka di Dun Galas, menyebabkan mereka melantik Ku Li sebagai pengarahnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Dewan Harian PAS negeri di JKR 10, di sini petang tadi.

Brahim Ali Di Jumpai Di Papua New Guinea.

Spesies baru ditemui di pergunungan terpencil di Papua New Guinea. Hampir 200 spesies baru ditemui dalam masa dua bulan kajian. Berikut antara gambar yang menarik spesies yang baru ditemui itu. Disebabkan tak tahu nama bagi spesies tersebut, maka gambar je la yang boleh tolong explainkan..

Ekpedisi ini dijalankan oleh Conservation International dengan kerjasama Papua New Guinea's Institute for Biological Research dan Rocha International.




Lu orang.., ambillah seminit dua untuk melafazkan kalimah Subhanallah, Maha Suci Allah yang menciptakan semua ini, masih banyak lagi yang tersirat disebalik kejadian alam ini walau berjuta tahun diciptakan dan masih tersembunyi serta tidak ditemui manusia.

Kalau lu orang nak tengok lebih banyak lagi spesies2 baru dan bukan setakat suku sakat brahim ali jer... suku sakat maslan ahmad, ezam, zul nordin dan puak2 umnoapco pun banyak... klik sini.

Hanya Negara Afrika Turut Serta Sidang Wanita Pertama?


Kenapa hanya 14 wanita pertama sertai sidang?

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Mengapa hanya 14 negara dan hanya dari negara-negara Afrika sahaja menghantar wanita pertama mereka ke persidangan pertama Wanita Pertama Dunia menjadi tanda tanya.

Bagi Speaker Dun Selangor, Teng Chan Kim, jawapannya hanya satu sahaja iaitu tuan rumah sidang ini bukannya wanita pertama Malaysia iaitu Raja Permaisuri Agung.

"Kecuali Laos, tidak ada negara di Asia yang menghantar Wanita Pertama mereka ke sidang pertama Wanita Pertama. Ia lebih sesuai di namakan Sidang Wanita Pertama Afrika," kata Teng Chang Kim.

Sidang pertama ini dianjurkan oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Dr Rosmah Mansur. Sebelum ini, Rosmah menimbulkan kekeliruan apabila menyiarkan iklan bernilai RM1.5 juta di akhbar The New York Times di Amerika dan menamakan beliau sebagai wanita pertama Malaysia.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terpaksa membuat penjelasan di Parlimen dan mempertahankan gelaran untuk isteri beliau itu.

Persidangan Wanita Pertama yang bermula hari ini di hotel Palace of The Golden Horses disertai 14 wanita pertama iaitu kira-kira 7.3 peratus dari 192 negara di dunia. Ia turut dihadiri enam perwakilan wanita pertama dan 20 menteri.

Antara negara yang menghantar wanita pertama mereka adalah Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.

Sidang hari ini bermula dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Perbincangan panel membabitkan lima wanita pertama yang terdiri daripada Ernestina Naadu Mills dari Ghana, Lorna Golding dari Jamaica, Nyama Koroma dari Sierra Leone, Mercedes Lugo De Maidana dari Paraguay dan Thandiwe Banda dari Zambia.

Mayat Jururawat Hampir Membusuk di Jumpai..

Mayat seorang wanita separuh bogel, dipercayai jururawat yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas, dijumpai dihumban ke dalam sebuah longkang pada Selasa. Mayat itu sudah mula menjadi busuk ketika dijumpai oleh beberapa penduduk Taman Kingfisher kira-kira 11 pagi.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah SAC Tan Kok Liang berkata siasatan awal menunjukkan mangsa mengalami kecederaan di kepala.Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan mayat itu adalah jururawat dari Kudat yang sebelum ini dilaporkan hilang.
"(Bagaimanapun) masih terlalu awal untuk menentukan sebab kematian," katanya sambil menambah bedah siasat akan dijalankan di Hospital Queen Elizabeth (QEH).
Sabtu lepas, jururawat Annie John Dismas, 39, dilaporkan hilang selepas dia berbual menerusi telefon dengan tunangnya kira-kira 3 petang.
Dia dilaporkan memberitahu tunangnya yang dia akan pergi ke Universiti Terbuka Malaysia untuk menghadiri kursus, dan kemudiannya ke QEH untuk melawat neneknya.
Annie tidak pulang ke rumah malam itu.Keesokan harinya, kereta Perodua Kancil milik Annie ditemui kira-kira 2 pagi di Lorong Dewan, berhampiran Hotel Garden di pusat bandar raya.
Bapa mangsa, John Dismas berkata Annie dan tunangnya tiba ke bandar raya ini pada 30 Sept, dari Kudat, tempat dia bekerja.
Pasangan itu menginap di rumah tunang Annie di Kampung Mahandoi, Penampang dekat sini.

'Perhimpunan di Bkt Jalil tiada kaitan dengan Galas'..orang tak tanya lu susah hati ade makna lee..!!

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal menolak tanggapan bahawa program pelancaran Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar oleh perdana menteri hari ini merupakan pembuka tirai bagi kempen pilihan raya kecil DUN Galas.

Sebaliknya, kata beliau, pelan yang dilancarkan hari ini telah dirancang sejak "berbulan-bulan" lamanya.

"Manalah kita tahu kawan tu (ADUN Galas) meninggal dunia. Pelan ini telah diminta oleh perdana menteri dalam tempoh setahun.


"Jadi kita buat pelan ini dah berbulan-bulan," katanya lagi dalam satu sidang media selepas pelancaran tersebut hari ini.

Galas adalah antara tiga DUN dalam parlimen Gua Musang. Kerusi tersebut kosong selepas kematian ADUN dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September, kerana barah usus.

Allahyarham memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum 2008 dengan mengalahkan Mohd Saufi Deraman dari BN, dengan majoriti 646
undi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 11,553 pemilih layak mengundi dalam pilihan raya kecil Galas 4 November yang melibat 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos.

Dalam pada itu, beliau berkata agensi yang bertanggungjawab menyelia pembangunan luar bandar kini masih belum diselaraskan.

Katanya, penyelarasan perlu dijalankan supaya tidak berlaku pertindihan fungsi antara jabatan dan agensi terlibat dan juga tiada pembaziran dilakukan.

Kira-kira 8,000 orang ketua kampung hadir di majlis pelancaran tersebut di Stadium Putra Bukit Jalil yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rahimi Buat Akuan Sumpah Secara Sukarela

Latheefa2KUALA LUMPUR 12 OKT - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Latheefa Koya dan peguam, Saiful Izham Ramli hari ini memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung aduan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman.

Mereka diwakili peguam, N Surendran dan R Sivarasa hadir di Cawangan Komersial ibu pejabat polis Bukit Aman, pukul 11 pagi tadi.

Mereka disiasat di bawah seksyen 199 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 3 tahun jika disabit kesalahan memberi kenyataan palsu.

Keterangan mereka diambil oleh pegawai polis, Superintendan Baharuddin Idris dan Krisnan Nair.

Latheefa yang ditemui selepas selesai memberikan keterangan menafikan dakwaan kononnya beliau bersama Saiful Izham telah memaksa Rahimi menandatangani akuan bersumpah bagi mengaitkan nama Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak dan isteri dalam kes fitnah 2 terhadap Ketua Oposisi itu.

"Saya rasa tiada perkara baru tapi saya mahu maklumkan bahawa Pesuruhjaya Sumpah, S Selvarajah mengesahkan Rahimi menandatangani akuan tersebut di hadapan beliau dan ianya dibuat secara sukarela.

"Rahimi hadir dengan kereta berasingan ke pesuruhjaya sumpah pada 1 Julai 2008 untuk menandatangani akuan bersumpah kedua di hadapan Pesuruhjaya Sumpah selain akuan pertama yang dibuat 29 Jun 2008 disaksikan bekas ahli parlimen KEADILAN, Wee Choo Keong di Hotel Quality, Shah Alam.

"Namun begitu, saya dan Saiful Izham tidak dibenarkan mendapat salinan akuan bersumpah terbaru oleh Rahimi," ujar beliau.

Sementara itu, Surendran yang mewakili Latheefa berkata adalah menjadi satu kesalahan jenayah sekiranya individu menukar akuan bersumpah bertentangan dengan kenyataan yang dibuat sebelum ini.

"Kita mengesa pihak polis agar menyiasat Rahimi secepat mungkin dan mendakwa beliau membuat akuan bersumpah palsu.

"Rahimi mengambil masa dua tahun untuk menukar kenyataan dan ini menjadi tanda tanya, saya percaya tentu ada dalang di sebalik konspirasi ini.

"Ingat ini adalah versi Rahimi yang dibuat selepas dua tahun selepas kejadian. Adakah dia ditahan di Quality Hotel selama dua tahun? tidak. Dia bebas seperti burung. Jadi apa yang membuatkan beliau tidak keluar membuat laporan polis," tegas beliau.

Menurut Surendran lagi, pihaknya juga telah menghantar surat kepada Rahimi Jumaat lalu dan memberi beliau masa 24 jam untuk beliau memberikan maklumbalas berhubung laporan tersebut.

Bencana Sungai Rejang Akibat Ketamakan Pemimpin BN Sarawak


rejangBINTULU 12 Okt - Ratusan ribu padu balak dan sisa kayu yang kini memenuhi sepanjang 50 kilometer Sungai Rejang di Sarawak adalah akibat ketamakan pimpinan Barisan Nasional yang secara sistematik merompak hasil perhutanan di negeri itu sejak hampir 50 tahun.

Lebih menyedihkan punca bencana alam ini dipercayai disebabkan oleh pembalakan secara besar-besaran di kawasan seluas Singapura bagi projek hidrolektrik Bakun oleh syarikat pembalakan yang menjadi kroni dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan BN Sarawak di bawah Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.

Menurut seorang penulis blog, Calvin Jemarang yang mengendali blog www.bintulu.org, tragedi dahsyat yang menimpa sistem ekologi sungai serta alam sekitar di sungai terpanjang dan terbesar di Sarawak itu berlaku bagi kali ketiga.

"Saya pertikaikan kenyataan Ketua Menteri yang mengatakan kejadian ini adalah yang pertama kali berlaku di Sarawak. Bagaimanapun Menteri Pembangunan Tanah, Datuk Seri Dr James Masing dilaporkan dalam media sebagai berkata kejadian ini adalah kali ketiga  berlaku. Pertama adalah pada tahun 2008 di Nangga (Kuala) Sg Gat dan Tutoh Apoh pada tahun lepas.

"Kejadian di Sungai Rejang ini adalah yang terburuk dan membuktikan dengan jelas kegagalan pengurusan hutan di Sarawak yang dikaitkan dengan ketamakan seorang pemimpin itu Tan Sri Taib Mahmud," kata Calvin kepada Suara Keadilan.

Calvin berkata timbunan sampah kayu dan balak yang menyekat laluan pengangkutan di sungai seluas satu kilometer itu telah memberi kesan amat mendalam ke atas ratusan ribu rakyat negeri itu yang bergantung hidup kepada Sungai Rejang.20185_gross

"Kehidupan penduduk disepanjang sungai ini terganggu kerana aktiviti harian mencari rezeki, perniagaan dan pengangkutan terhenti sama sekali. Bot-bot ekspres tidak langsung boleh melalui jalan air menyebabkan ribuan penduduk terkandas dan anak-anak tidak boleh ke sekolah. Bekalan makanan dan penghantaran barangan dan logistik juga tidak beroperasi sama sekali.

"Ratusan ribu ikan yang berharga seperti empurau, kelah dan patin juga musnah disebabkan kemusnahan habitat mereka hasil penurunan tahap oksigen di dalam air," jelas beliau lagi.

Kematian ribuan ikan empurau yang mencapai harga sehingga RM800 sekilo telah menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Pusat, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Ketua Menteri Sarawak perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap malapetaka yang menimpa Sungai Rejang.

"Beliau pergi ke Universiti Oxford beberapa bulan lalu dan diberi gelaran 'Bapa Alam Sekitar Sarawak' tetapi lihat apa yang berlaku di bawah pentadbirannya.

"Keadaan ini amat menyedihkan dan saya menyeru rakyat Sarawak supaya berfikir secara mendalam apa yang sedang berlaku demi masa depan anak-anak. Buatlah keputusan yang terbaik bagi Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang," tegas Dr Tan yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.

SKMM beri hak spectrum teknologi 4G kepada 9 syarikat telekomunikasi


KUALA LUMPUR, 12 Okt — Sembilan syarikat telah diberikan hak bagi jalur spektrum 2600MHz untuk menawarkan perkhidmatan jalur lebar wayarles menggunakan teknologi 4G menjelang 1 Jan, 2013, demikian diumumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini.
Syarikat berkenaan termasuk syarikat 3G dan WiMAX sedia ada, dan sebuah syarikat baru. Syarikat berkenaan ialah Celcom Axiata Berhad, Maxis Broadband Sdn Bhd,  DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U-Mobile Sdn Bhd, Asiaspace Sdn Bhd, Packet One Networks (M) Sdn Bhd, RedTone Marketing Sdn Bhd, YTL Communications Sdn Bhd dan Puncak Semangat Sdn Bhd.
4G merujuk kepada generasi keempat bagi standard wayarles selular. Ia adalah pengganti kepada standard kumpulan 3G dan 2G Keputusan untuk memberikan hak itu kepada sembilan syarikat berkenaan dibuat selepas proses perundingan dan perbincangan dengan pelbagai kumpulan teknikal, menurut SKMM dalam satu kenyataan di sini.
SKMM menegaskan syarikat berkenaan perlu membayar yuran bagi membolehkannya menggunakan jalur spektrum itu dan tidak akan menerima sebarang bentuk geran daripada SKMM atau Dana Penyedia Perkhidmatan Universal (USP) bagi penggunaan spektrum itu. (Dana USP diwujudkan untuk pembangunan dan penyediaan kemudahan komunikasi untuk pembangunan luar bandar).
Sementara itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi terhadap penulis blog dalam dua blog iaitu Taikors and Taikuns dan bigdogdotcom, yang mendakwa anak lelakinya merupakan seorang daripada penerima geran kementerian  RM1 bilion untuk meningkatkan akses jalur lebar di negara ini.
Rais juga dipetik oleh The Malay Mail semalam sebagai berkata dakwaan yang dipaparkan dalam blog berkenaan bertujuan menyerang peribadinya.
Katanya sepanjang 40 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam, beliau tidak pernah cuba atau membenarkan dirinya melakukan perbuatan “sepertimana dakwaan palsu dan liar itu”.
Rais berkata juga amat menyedihkan dan amat malang sekali kerana penulis blog berkenaan turut membuat spekulasi berhubung dakwaan salah laku Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan pegawai kerajaan yang lain.
Menteri itu berkata beliau juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasatan dapat dijalankan. — Bernama

Lagi Kes Buang Bayi


BALING 12 OKT : Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan dibungkus dengan tuala, ditemui ditinggalkan dalam semak di tepi pagar berdekatan sebuah Taman Asuhan Kanak Kanak (Taska) di Kampung Titi Teduri, Mukim Pulai di sini hari ini. 
Bayi yang terdapat kesan luka di badan akibat terkena duri, ditemui pekerja dan pemilik Taska berkenaan pukul 10 pagi ini dan kemudian membuat laporan polis.
 Bayi seberat tiga kilogram itu dengan tali pusatnya sudah dipotong ditemui dalam keadaan lemah dan terdapat semut di badannya. Bayi lelaki berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui dan turut ditemui bersama bayi itu adalah urinya yang diletakkan berdekatan bayi itu.
 Kesan darah turut ditemui dalam kawasan pagar taska itu serta di kawasan bayi ditinggalkan. Pemilik taska terbabit, Siti Hawa Othman, 40, berkata dua guru di taska itu terpandang tompokan darah ketika membantu pelajar memberus gigi di kawasan itu sebelum bayi berkenaan ditemui dalam jarak tiga kaki dari mereka berdiri.
 Berpandukan tompokan darah di atas simen dalam kawasan Taska terbabit, dua guru terbabit membuat siasatan hingga menemui bayi yang berbungkus dengan sehelai tuala dalam semak di sebelah pagar taska itu.
 Siti Hawa yang mengambil dan membersihkan kotoran yang terlekat di badan bayi berkenaan kemudian membuat laporan polis. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Baling Amelia Shatirah Dorahim berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Daerah Baling selepas pemilik Taska membuat laporan polis.
 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Supt Mohd Daut Md Hasan mengesahkan polis menerima laporan penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan ibu bayi itu dan pasangannya serta individu terlibat. Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani petang ini untuk rawatan lanjut berikutan jangkitan kuman.

Jangan Biarkan Lebih Ramai Terkorban


Usah biar lebih ramai terkorban Oleh Ratinawati Rasidi(BH)



SUDAH terhantuk baru terngadah, pepatah yang sesuai untuk menggambarkan tahap kesedaran pengguna jalan raya di negara ini. Menurut kajian, 60 hingga 70 peratus kemalangan berpunca daripada sikap pemandu. Selebihnya, membabitkan masalah kenderaan dan persekitaran jalan raya.

Adakah perlu untuk kita melihat lebih ramai lagi terkorban dek kelewatan melaksanakan apa juga bentuk peraturan dan polisi. Kerajaan berusaha sedaya mungkin memperkenalkan peraturan mahupun jalan penyelesaian, tetapi adakah ia memadai? Sejauh manakah semua peraturan itu benar-benar difahami dan diamalkan. Adakah perlu kita gunakan alat perakam maklumat seperti kotak hitam atau menguatkuasakan penggunaan had kelajuan kenderaan untuk memantau sikap pemandu.

Tidakkah semua ini dilihat umpama memantau kanak-kanak yang belum mampu mengerti apa itu bahaya, mahupun kematian. Berapa banyak lagi akta atau peraturan yang perlu kita perkenalkan semata-mata memantau pelakuan pemandu atau pihak berwajib bersikap acuh tak acuh dalam menguatkuasakan undang-undang.

Baru kelmarin kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri meragut 12 nyawa dan mencederakan 40 penumpang bas, kereta, van dan seorang penunggang motosikal.

Ops sikap ke-22 lalu mencatatkan 16,817 kemalangan berlaku dan angka ini sudah cukup membuktikan betapa pengguna jalan raya kurang mengambil iktibar daripada setiap kemalangan yang berlaku. Benar ia dilaporkan menurun 9.5 peratus, berbanding Ops Sikap ke-21 tetapi kemalangan ngeri tetap berlaku dan ia sebenarnya mampu dikurangkan jika semua pihak bekerjasama.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata tidak ada sesiapa yang mahukan kemalangan berlaku tetapi tragedi tetap berlaku atas sebab dan alasan tersendiri. Apa yang pasti, polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sedang menyiasat secara terperinci kemalangan itu.

“Di negara ini, apabila sudah berlaku kemalangan, baru orang sibuk memperkatakan siapa yang bersalah, ngerinya kemalangan dan punca kemalangan. Sebaliknya, kita gagal mengambil iktibar. Kita tidak pernah mengharapkan semua ini berlaku dan kita tidak mahu pun ia berlaku. Apa yang penting, sudah tiba masanya pengguna bekerjasama dengan kerajaan. Kerajaan tidak mampu bertepuk sebelah tangan dan jangan hanya memandang ia sebagai tragedi,” katanya.

Prof Dr Ahmad yakin sudah tiba masanya semua pengusaha bas mempraktikkan secara keseluruhan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (SHE) bagi mengurangkan kemalangan terutama bas ekspres. Kod amalan itu, mencakupi komitmen pengurusan tertinggi syarikat terhadap keselamatan, pengurusan pemandu, pengurusan kenderaan, pengurusan risiko dan perjalanan dan pengurusan dokumen pengurusan kenderaan.

SHE tertakluk di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994). Kod ini diperkenalkan pada 2007 dan Kabinet memutuskan untuk mewajibkan semua pengusaha kenderaan melaksanakan Kod Amalan SHE.

Mengulas penggunaan Alat Sistem Kedudukan Global (GPS), Prof Dr Ahmad berkata, penggunaan ‘technology in a vacuum’ bukanlah sesuatu yang digalakkan kerana Kod Amalan SHE dilihat lebih sesuai berbanding kebergantungan terhadap alat elektronik.

Walaupun diperkenalkan tiga tahun lalu, masih ramai pengusaha bas tidak memahami kod amalan SHE, apatah lagi untuk menjadikannya sebagai salah satu syarat wajib lesen. Perkara ini pernah didedahkan Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

“Apabila kita ambil keputusan jadikan SHE syarat lesen, rupanya hampir semua syarikat tak faham apa itu jawatankuasa dan polisi SHE, inikan pula nak tubuhkan audit dalaman... mereka tak faham apa patut dibuat. Oleh kerana mereka tidak faham, kita tak dapat kuatkuasakan SHE.

“Jadi, sekarang kita nak beri kefahaman kepada mereka dulu. Justeru, selepas kita selesai memberi penerangan kepada mereka mengenai SHE, kita akan beri mereka tempoh tiga bulan untuk bangunkan ketiga-tiga elemen ini dan kemudian baru boleh kenakan tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Berikut ialah senarai nama mangsa yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam kelmarin:

R Ramachandra, 52 – pemandu bas Ekspres Delima (Alamat: Batu 3 Kampung Tengah, Klebang Besar, Melaka)
Muhammad Farizuddin Talib, 19 – penumpang bas (Balai Panjang, Malim, Melaka)
Azizi Ajis, 20, – penumpang bas (Kampung Japis, Nyalas, Melaka)
Norazmi Abdul Karim, 24 – penumpang bas (Kampung Pondok Kempas, Selandar, Melaka)
Sharene Sofia Fadzry Tan, 18 – penumpang bas (Taman Semabok, Melaka)
Nur Shafika Baba, 19 – penumpang bas (Jalan Pokok Mangga, Melaka)
Ng Sok Kuan, 52 – penumpang bas (Sungai Udang, Melaka)
Pau Khaw Tual, 21 – penumpang bas (Warga Myanmar)
Kam Khaw Tual, 19 – penumpang bas (Warga Myanmar)
Cin Chwen Tuang, 30 – penumpang bas (Warga Myanmar)
Goo Chuan Heng, 34 – pemandu van Toyota(Taman Maju, Batu Pahat, Johor)
Pang Shi Moe, 57 – penumpang kereta Honda Accord (Taman Segar, Segamat, Johor)

Mangsa dirawat (mengikut hospital)

Hospital Tuanku Jaafar, Seremban – 23 orang (4 parah, 19 cedera ringan)
Hospital Melaka – 11 orang (2 parah, 9 cedera ringan)
Hospital Kuala Lumpur – 1 orang (parah dan kritikal)
Hospital Pantai, Melaka – 3 orang (parah dan kritikal)

Dun Galas " Padang Permainan Biarlah Rata

Oleh Ahmad Zawawi
Istilah ” Padang Permainan Yang Tidak Rata” bermaksud dua pihak yang sedang bertanding tetapi hanya sebelah pihak dibenar tidak mengikut syarat dan peraturan. Didalam pertandingan Tinju umpamanya jika pertandingan diperingkat lightweight pesertanya hendaklah yang berada dalam Kelas tersebut kerana apabila bertarung kedua-dua peserta itu akan memiliki peluang yang sama untuk menang. Kaedah serupa juga patut diamalkan dalam politik.
Apabila nama Tengku Razaleigh dicanang oleh berbagai pihak dalam UMNO sebagai calun yang paling ideal bertanding diDUN Galas, nampak sangat UMNO cukup desperate mahu memenangi Pilihanraya Kecil tersebut.


Melihatkan begitu ramainya pemimpin UMNO berbagai peringkat diAirport menyambut kepulangan Tengku Razaleigh dari London ianya menjadi sudah terang lagi bersuluh. Inilah dilemmanya bila ahli tersangat ramai (3 juta lebih).
Teori sebegini juga sudah terbukti berjaya iaitu diBagan Pinang. Walaupun BN boleh menang hands down kerana undi pos yang melambak-lambak, mereka lebih yakin kepada calun heavyweight. Yang sedihnya orang-orang lain tertutup peluang nak jadi YB. Dalam apa calculation pun saya tidak percaya Ketua UMNO Bahagian Gua Musang tersebut bersedia terjun sampai kedasar untuk menyelamatkan parti. Peranan beliau sebagai Ahli Parlimenpun sudah lebih daripada cukup bagi mewakili masyarakat disitu.
Dengan andaian yang disebutkan ini Parti PAS dilihat dengan mudah boleh kekal diDUN Galas tambahan pula ada ura-ura hendak meletakan calun dari kalangan Orang Asli. Walau apapun perkembangan yang akan berlaku diGua Musang dalam waktu terdekat ini, mata kita tidak akan dapat mengelak daripada melihat terlalu ramainya orang menGALAS beg. Mereka yang dimaksudkan terdiri daripada para Wartawan, Penganalisis Politik dan kaum Bloggers.
Kepada para pengundi Dewan Undangan Negeri Galas…….Bukakan Tirai dan mulakan Pesta kerana anda akan diminta memperbaharui mandat.

Kecohh..Kerajaan Kelantan Rampas Tanah Rakyat Di Gua Musang??

Kerajaan Kelantan hari ini menafikan dakwaan ia merampas tanah rakyat bagi memajukan Program Pembangunan Ladang Rakyat, termasuk di Gua Musang. Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub berkata sebaliknya ada antara tanah yang dimajukan untuk program itu adalah tanah kerajaan yang diduduki peneroka secara haram dan tidak sah.
Beliau berkata tanah yang dibangunkan menerusi program itu terutama di Gua Musang diusahakan dengan tanaman kelapa sawit di tanah milik kerajaan negeri.
“Mungkin ada antara rakyat yang terlibat dengan pembukaan tanah bagi melaksanakan program itu tinggal di situ secara haram dan tidak sah, yang terpaksa akur berpindah dari situ lalu mendakwa kerajaan rampas tanah mereka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini hari ini.
Ahmad, yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat berkata, peserta Ladang Rakyat diberi dividen RM200 sebulan hasil keuntungan melalui program itu sejak berpuluh tahun lalu.


Juragan :
GALASS..Kempen Jahat Umno kini telah pun bermula.

Bongkar: Laporan Insiden Ahli PKR Cabang Paya Besar Keluar Parti Ialah Satu Lagi Pembohongan UMNO Menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Galas !!

KUANTAN, 12 Okt - Puak-puak UMNO Pahang nampaknya semakin terdesak dan ketandusan idea, apabila membuat propaganda kononnya seramai 215 orang ahli PKR Cabang Paya Besar telah bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini. Kes berkenaan telah disiarkan dalam Berita Terkini TV3 jam 4.00 petang tadi. Ia telah mengejutkan ramai pihak dan seolah-olah menggambarkan rakyat sudah mula menolak Parti Keadilan itu sendiri. Kami cuba mendapatkan maklumar lanjut berkenaan isu ini dan telah berjaya membongkarkan beberapa penipuan yang telah dilakukan oleh puak-puak UMNO Paya Besar tentang hal berkenaan. Menurut salah seorang pemimpin PKR Pahang yang dihubungi mengatakan bahawa mereka tidak terkejut dengan laporann berkenaan kerana itu sahajalah cara UMNO ingin menagih simpati rakyat kepada mereka. "Sungguh melucukan, wakil kumpulan berkenaan iaitu Abdul Rahim Darus sebenarnya bukanlah ahli PKR.. tetapi ahli UMNO tegas di Lepar Utara. Malah keahlian PKR di ranting itu hanyalah sekitar 115 orang, maka bagaimana mereka melaporkan ada 215 orang keluar parti", katanya. Malah beliau tidak terkejut dengan tindakan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman (foto) itu. "Beliau merupakan pemimpin yang talam dua muka. Selama ini beliau adalah orang yang banyak membocorkan rahsia kerajaan negeri, UMNO dan Felda kepada parti pembangkang. Ketika namanya merudum akibat krisis dengan MB ketika itu, beliau sering berhubung dengan pemimpin PKR untuk memaklumkan tentang banyak perkara termasuk isu Felda. Mungkin Tajuddin kini agak seronok untuk mengampu Dato' Nan dan juga Tengku Razaleigh Hamzah susulan pilihanraya kecil DUN Galas tidak lama lagi. Malah, beliau pernah membawa Ku Li ke Paya Besar satu ketika dulu. Maka itu kita tidak hairan beliau sanggup menipu hal ini", tambah beliau lagi.

[Malah menurut pemimpin terbabit, ketika ditolak oleh MB Adnan Yaakob dulu Tajuddin terpaksa merintih simpati rakan-rakan dari kalangan parti pembangkang. Banyak maklumat sulit telah disalurkan untuk dihebahkan oleh pembangkang. Malah, isu Felda bangkrap yang hangat diperkatakan sekarang ini juga antara rahsia sulit yang telah didedahkan kepada pembangkang. "Pendek kata Tajuddin adalah Spy UMNO yang bertanggungjawab dalam pendedahan tersebut. Kami difahamkan kini hubungannga dengan MB telah kembali pulih, dan beliau juga telah mendapat projek bernilai jutaan ringgit yang ditawarkan oleh Adnan di kawasan Rompin. Maka itu, inilah masanya dia ingin memulihkan kembali imejnya di mata rakyat. Dengan membuat pembohongan kononnya 215 orang ahli PKR sertai UMNO, ia seolah-olah meningkatkan kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi parti terhadap dirinya" tambahnya. Kami difahamkan, PKR Pahang tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab ini].
PDO

PRK Galas : Pengundi Pos Undi Awal


GUA MUSANG 12 OKT : Seramai 127 pengundi pos membabitkan anggota polis yang bertugas semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas boleh mengundi lebih awal iaitu selepas hari penamaan calon pada 26 Okt.  
  Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah berkata pihaknya memerlukan masa untuk mencetak kertas undi itu sebelum dibawa ke Gua Musang dan tidak ada masalah untuk mereka mengundi nanti. 
 Beliau berkata, sudah menjadi peraturan untuk memberi kebenaran kepada petugas pilihan raya termasuk anggota polis mengundi lebih awal sebagai pengundi pos. 
  "Kita belum dapat menetapkan tarikh sebenar untuk pengundi pos itu tetapi kita jangka tidak lama selepas penamaan calon nanti," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat persiapan pilihan raya kecil DUN Galas di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, di sini, hari ini.  
 Noordin juga berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan di Gua Musang sama ada di tempat penamaan calon, pusat pengundian dan tempat perjumlahan undi. 
 Beliau berkata pilihan raya kecil itu akan membabitkan 13 pusat pengundian dengan 25 saluran termasuk di Pos Orang Asli di pedalaman Gua Musang.
 "Di tempat pengundian Orang Asli, kita sediakan helikopter bagi memudahkan urusan menghantar dan membawa balik kertas undi sebaik sahaja lepas mengundi pada petang hari," kata Noordin. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS Chek Hashim Sulaima, 46 akibat barah usus pada 27 Sept lepas.
 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 26 Okt sementara 4 Nov ialah hari mengundi.

Tarikh pilihan raya Batu Sapi diumum Jumaat ini

Tarikh pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah akan diumumkan pada Jumaat ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas.
SPR dalam satu kenyataannya berkata, notis kekosongan kerusi berkenaan diperoleh daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini.

"SPR akan mengadakan mesyuarat khasnya Jumaat ini di ibu pejabat SPR di Putrajaya dan satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas itu bagi mengumumkan tarikh pilihan raya kecil berkenaan," kata kenyataan itu.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah daripada Barisan Nasional (BN) pada Sabtu lalu kerana terbabit dalam kemalangan motosikal.
Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.
Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.
Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

Tok Guru Akan Tunai Haji Bersama Sultan Mohamad Ke V...adakah UMNO akan anggap RASUAH juga..!!!

HASRAT Tok Guruku, Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menunaikan fardu haji tahun lepas yang terhalang atas kehendak Allah juga inysaAllah akan tertunai pada musim haji kali ini. Tok Guru dijangka akan berangkat ke Makkah awal bulan depan. Tarikh pemergian beliau masih belum ditetapkan.

Maklumat yang diterima dari sumber tertentu sama dengan maklumat yang diterima dari Kuala Lumpur. Jadual penerbangan beliau sedang diuruskan oleh pihak Tabung Haji. Seorang kakitangan Tabung Haji memberi tahu tarikh pemergian itu sekitar 9 atau 10 November. Ini bermakna selepas pilihan raya kecil Galas sekiranya ia berlaku pada 4 Nov.

Apa lebih mengharukan dan manisnya lagi pemergian beliau bersama dengan Tuanku Sultan Mohamed Ke- V. Samada pemergian itu bersama atau satu rombongan tidak dapat disahkan. Sumber-sumber memberi tahu Sultan Mohamad Ke V juga akan berangkat menunaikan haji pada tahun ini.

Ada hikmah besar kenapa Allah menggerak hati orang tertentu mencetuskan isu pemergian Tok Guru ke Makkah tahun selepas sehingga beliau membatalkan pemergian itu dalam keadaan sedih. Rupa-rupanya Tok Guru akan mengeliling Kaabah bersama banginda Sultan Mohamad Ke V, Tengku Mohammad Faris Petra.

Sama-sama kita mendoakan semoga Tok Guru diberikan kesihatan dan kekuatan untuk ke Makkah. Muda-mudahan tidak adalah pula sesiapa yang cuba mempolitikkan pemergian beliau kali ini. Selamat berangkat Tok Guru!
MSO

Sekolah mengandung : Bendung bukan Ramaikan lagi yang Mengandung..


Baru-baru ni heboh isu sekolah mengandung tajaan umno yang dah pun dibukak di melaka dalam satu lagi rancangan ali rustam kononya prihatin isu remaja.Maka bermulalah sekolah itu walaupun mendapat tentangan dari ramai pihak.Selepas jer kenyataan itu dibuat oleh ali rustam terdengar pulak satu kenyataan media yang aku rasakan sungguh menghina generasi muda terutamanya wanita muda Malaysia.Ketua Puteri UMNO Malaysia kata dalam respon untuk isu itu ialah dia kata " sekiranya perkahwinan dikalangan generasi muda yang akhirnya akan membuatkan kadar penceraiaan meningkat,lebih baik dibiarkan sahaja mereka meneruskan pengzinaan"itu ayat yang keluar dari pimpinan muda tertinggi umno dan korang bayangkan apa perasaan aku ketika itu.

Aku bidas kenyataan beliau dalam beberapa surat khabar dan laman web sebab aku rasakan ia satu penghinaan kerana bagi aku ia tak sepatutnya dilafazkan.Pertama aku nak jelaskan kenapa aku bidas pembukaan sekolah tersebut kerana bagi aku korang tanya kan pada kerajaan berapa banyak rumah-rumah penyanyang dan titian kasih yang dibuka untuk menangani isu ini tapi apa yang berlaku semuanya sepi duit peruntukan setiap tahun habis entah kemana.Yang aku persoalkan lagi ialah dimana fungsi jabatan agama islam yang sepatutnya ditugaskan untuk membendung dan mencegah ia dari berlaku bukannya terima beban selepas ia berlaku namun apa jawapan jabatan agama islam itu bukan tugas mereka,so apa korang harap lagi dengan kerajaan yang ada.

Lepas tu aku tawarkan diri untuk duduk berbincang bersama puteri umno untuk isu ini tapi sampai sekarang diaorang tak berani sebab mereka hanya bagi kenyataan jalan penyelesaian dan juga makanisma pencegahan takde langsung.Dan kerana itu sehingga sekarang sya tetap bidas mereka yang lepas tangan dan ambil remeh isu ini.

"Sebab itu aku tekankan yang paling penting sekarang ialah BENDUNG dan bukan ramaikan lagi yang MENGANDUNG"

Perjanjian Pangkalan Sungai Besi Tanpa Surat Tawaran Dan Faktor Keselamatan Negara

KUALA LUMPUR 12 OKT : Cadangan memindahkan pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke lokasi lain  yang tidak strategik akan  menimbulkan pelbagai masalah termasuk keselamatan dalam negara.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata pihak terbabit perlu mengambil kira samada keselamatan ibunegara ini akan terjejas memandang hanya segelintir saja negara di dunia ini tidak mempunyai perlindungan keselamatan kepada ibunegara negara terbabit sambil memberi contoh pangkalan udara Andrews di Maryland Amerika Syarikat hanya terletak 13km dari pusat pentadbiran Washington DC.
Pandangan beliau juga disokong oleh ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar  yang menggesa kerajaan membentangkan kertas putih berhubungan cadangan menempat semula pangkalan Sungei Besi memandangkan tiada petanda yang menunjukkan wujud kawasan lain yang sama strategik untuk dibina pangkalan yang baru.
Sebelum itu, Tian mempertikai rasional di sebalik tindakan kerajaan tdak mengeluarkan sebarang surat tawaran (Letter of Intent)  sambil menyifatkan projek kontroversi pembangunan semula pangkalan Sungei Besi lebih banyak menimbulkan persoalan.
Beliau memberikan reaksi tersebut selepas menerima jawapan bertulis oleh Menteri Pertahan Datuk Ahmad Zahid Hamidi dalam sesi soal jawab di Parlimen hari ini.
Dalam jawapan bertulisnya, Datuk Ahmad Zahid berkata, kerajaan pada dasarnya telah menerima cadangan oleh syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimana badan penasihatnya dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak namun tiada sebarang surat tawaran dikeluarkan.
Merujuk kepada jawapan bertulis yang diberikan, Tian Chua berkata 1MDB telah menandatangani perjanjian dengan Mubadala Development dari Abu Dhabi untuk membangunkan pangkalan seluas 458 ekar berkenaan Jumaat lalu.
Menurutnya, perjanjian tersebut yang disaksikan oleh Najib membabitkan pembangunan semula pangkalan udara moden yang pertama di negara ini di Lembah Kelang kepada sebuah pusat kewangan antarabangsa (KLIFD) bernilai lebi RM26bilion.
"Jika benar 1MDB menandatangani perjanjian  tersebut, maka jawapan yang diberikan oleh Zahid adalah mengelirukan memandangkan sesuatu projek itu tidak boleh ditawarkan kepada sebuah syarikat tanpa surat tawaran," katanya lagi.
Tian Chua menambah, kerajaan juga perlu jelas dengan dasarnya berhubung perkara ini kerana jika alasan utama mereka ialah kerana harga tanah di kawasan tersebut adalah tinggi, maka tiada apa yang boleh menghalang mereka untuk memindahkan lagi pangkalan udara tersebut jika harga pasaran hartanah meningkat lagi.

Helikopter Sebagai Ambulan Udara Atasi Kelewatan


KUALA LUMPUR 12 OKT : Isu kelewatan ambulans yang didakwa tiba selepas tiga jam nahas ngeri di Kilometer 223 Projek Utara-Selatan (PLUS) Ahad lepas perlu dilihat secara serius kewajaran Malaysia menggunakan helikopter sebagai ambulans udara. 
Selain dapat mengatasi masalah kelewatan berikutan kesesakan lalulintas , penggunaan ambulans udara adalah cara terbaik untuk menyelamatkan mangsa terutama yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan kadar yang lebih pantas. 
 Dengan peralatan yang lengkap, seperti sebuah hospital bergerak, pastinya kerja menyelamat awal dapat dilakukan dengan lebih sempurna sebelum sampai ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.
 Komander Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Chuah Ghee Lye berkata sudah tiba masanya Malaysia mempunyai ambulans udara sendiri sepertimana yang dimiliki oleh negara-negara maju antaranya Amerika Syarikat. 
 "Cadangan penubuhan ambulans udara itu sesuatu yang sangat baik kerana ia sangat membantu dalam mempercepatkan penghantaran mangsa ke hospital selain mendapat rawatan awal di dalam ambulans udara tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 
 Beliau berkata walaupun kos penubuhan ambulans udara sangat tinggi, namun harus dilihat kegunaannya untuk jangka masa panjang serta keberkesanannya terutama dalam menangani situasi cemas seperti kemalangan yang berlaku di Kilometer 223, PLUS pada Ahad lepas. 
 "Kerajaan atau Kementerian Kesihatan mungkin sudah menilai dari insiden-insiden yang telah berlaku sebelum ini untuk melihat perkara ini dengan lebih serius.
 "Tidak semestinya kerajaan sahaja, pihak swasta juga saya lihat boleh membantu dengan mewujudkan ambulans udara mereka sendiri yang boleh digerakkan ketika kecemasan," katanya. 
 Beliau berkata buat masa ini bantuan PDRM melalui unit udara sangat terhad kerana boleh digerakkan sebagai pesawat pengangkut sahaja kerana tidak mempunyai kelengkapan yang cukup untuk menjalankan kerja menyelamat.
 "Terpulang kepada kerajaan untuk menetapkan siapa yang perlu lead the team, jika diberikan tanggungjawab itu kepada kami (polis), kami akan melaksanakannya sebaik mungkin," katanya. 
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Noordin Razak berkata kewujudan ambulans udara sangat dinanti-nantikan terutama dalam meningkatkan kecekapan dalam operasi menyelamatkan mangsa. 
 Beliau berkata pihaknya sedia membantu terutama dalam menyalurkan idea serta tenaga perubatan yang mahir dalam melakukan kerja-kerja menyelamat. "Memang amat memerlukan ambulan udara untuk mempercepatkan lagi misi menyelamatkan mangsa terutama dalam kes membabitkan kemalangan jalan raya. 
"Sekiranya kerajaan berhasrat mewujudkan ambulans tersebut, PBSM sedia membantu kerana kita mempunyai anggota yang ramai serta berpengalaman luas dalam kerja-kerja menyelamat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 
 Mengulas tentang kelewatan seperti yang didakwa anggota keluarga mangsa nahas kemalangan Ahad lepas, Noordin berkata ia berpunca daripada sistem perhubungan. Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan melalui talian 999 yang agak lewat menyebabkan bantuan kecemasan lambat digerakkan.
 "Kelewatan ambulans ke tempat kejadian sepatutnya tidak boleh dipersalahkan kerana kita menerima maklumat lambat seperti kejadian yang berlaku baru-baru ini di mana kejadian berlaku pukul 6.45 petang tapi kita terima maklumat pukul 10 malam.
 "Orang awam yang ada di tempat kejadian minta bantuan dengan 999...tapi kita terima maklumat daripadanya (999) lambat dan menyebabkan bantuan juga lambat ," katanya. 
 Keluarga salah seorang mangsa nahas yang terkorban berkata, ambulans hanya tiba kira-kira pukul 9.30 malam sedangkan kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.45 petang. 
 Dalam kejadian Ahad lepas, seramai 12 orang terbunuh, manakala kira-kira 40 orang dilaporkan cedera termasuk parah dalam kemalangan ngeri membabitkan dua buah bas, sebuah van dan tiga kereta yang berlaku pada pukul 6.50 petang. 
 Bas ekspres Delima tersebut dikatakan dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas serta melanggar pembahagi lebuh raya lalu melambung ke laluan bertentangan dan melanggar van, bas serta menghempap dua buah kereta.

Tarik Balik Akta Pekerja Adalah Kejayaan Rakyat

SHAH ALAM 12 OKT: Tindakan kerajaan Umno-BN menarik balik pindaan Akta Pekerja daripada dibahaskan di sidang Parlimen hari ini merupakan satu kejayaan untuk rakyat. 
"PSM menyambut baik tindakan kerajaan Umno-BN menarik balik pembentangan bil Akta Pekerja yang dijadualkan untuk dibentangkan pada hari ini," kata pengerusi PSM, Dr  Mohd Nasir Hashim. 
Katanya lagi, tindakan kerajaan yang membentangkan bacaan pertama secara senyap dan kini tergugat pula untuk meneruskan bacaan kedua, ekoran bantahan pelbagai pihak menunjukkan kerajaan Umno-BN gagal memahami pandangan rakyat pada awalnya.
 "BN tidak mendahulukan rakyat kerana patut adakan perbincangan dahulu dengan jutaan rakyat yang akan menerima kesan daripada pindaan ini. "Kami berharap akta tersebut yang pro kapitalis akan terkubur sama sekali," tegas Dr Nasir. 
Jelas beliau, tanggapan PSM ialah kerajaan Umno-BN bersifat memihak kepada golongan kapitalis dan majikan yang tidak akan segan silu mencari peluang untuk membentangkannya sekali lagi.
 Kata beliau lagi, tindakan ini menunjukkan jika rakyat bersatu, kerajaan pasti mendengar suara rakyat. Beliau seterusnya menggesa kerajaan bertindak untuk mengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin dengan serta merta. 
"Satu perangkaan dari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang dipanggil Ginie Coefficient yang digunakan untuk mengukur perbezaan pendapatan antara golongan kaya dan miskin menunjukkan Malaysia berada di tempat pertama dengan nilai tertinggi di Asia Tenggara dan kedua tertinggi di rantau Asia," jelas beliau. 
Menurut Dr Nasir, keadaan ini membuktikan golongan miskin yang rata-ratanya pekerjalah yang akan tergugat apabila krisis ekonomi melanda negara. Maka bagi menjamin kebajikan golongan pekerja, beliau menggesa kerajaan agar melaksanakan Akta Gaji Minima dengan memberikan contoh sebuah syarikat tempatan, TimeDotNet Sdn Bhd yang berjaya melaksanakan polisi gaji minima. 
"PSM juga meminta kerajaan Selangor untuk melaksanakan gaji minima kepada semua GLC di bawah kerajaan negeri Selangor. 
"Kerajaan Selangor boleh berbuat demikian memandangkan GLC adalah kepunyaan kerajaan negeri, mengapa tidak boleh dilakukan?" tanya beliau lagi. Katanya lagi, sekiranya kerajaan Selangor berjaya melaksanakan gaji minima, ia akan menjadi teladan kepada kerajaan negeri dan GLC lain.

Campur tangan PDRM: KDN tak cadang siasat..cara mudah tutup cerita...!!!

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bercadang untuk membuat siasatan ke atas dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat campur tangan pihak ketiga dalam urusan polis.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kementerian juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan ke atas dakwaan berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu hasil siasatan dakwaan bekas Ketua Polis Negara itu, pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 6 September lalu, Musa melahirkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

Kementerian berkenaan kemudiannya menafikan dakwaan berkenaan.

- Bernama

Projek pangkalan udara Sg Besi dimeterai tanpa LOI

Jawapan bertulis daripada Kementerian Pertahanan berhubung pembangunan semula pangkalan udara Sungai Besi di Kuala Lumpur di Dewan Rakyat hari ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan berhubung projek kontroversial itu.

Menurut kementerian pertahanan, kerajaan pada dasarnya telah menerima cadangan daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah menterti kewangan.

Bagaimanapun, tidak ada surat menyatakan hasrat atau letter of intent (LOI) dikeluarkan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu).

Chua berkata malah, 1MDB juga telah memeterai perjanjian dengan Mubadala Development yang beribu-pejabat di Abu Dhabi bagi membangunkan semula pangkalan udara seluas 458 ekar itu.

Perjanjian yang dimeterai pada Jumaat lalu itu akan menyaksikan pembangunan semula pangkalan udara di Lembah Klang itu untuk dimasukkan ke Wilayah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIFD).

Projek yang dikenali sebagai 'Greater Kuala Lumpur ' itu dijangka menelan belanja RM26 bilion. Permeteraian kedua-dua syarikat itu disaksikan oleh Najib.

"Jika benar 1MDB memeterai perjanjian minggu lalu, jawapan Zahid adalah menggelirukan kerana sesebuah projek tidak boleh diberikan kepada sesebuah syarikat tanpa LOI," kata Chua.

Tambahnya lagi, keselamatan negara juga menjadi satu isu kerana pemindahan pangkalan udara itu juga akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk mencari tapak atau lokasi yang strategik.

"Kita terpaksa kaji bagaimana tindakan itu akan menjejaskan keselamatan sesebuah bandaraya. Ada beberapa negara di dunia yang tidak mempunyai perlindungan ketenteraan udara bagi melindungi ibu negara mereka,” kata Chua sambil memberikan contoh, pangkalan udara Andrews di Maryland, Amerika Syarikat yang terletak 13 kilometer dari ibu negara pentadbiran negara itu di Washington DC.

Exco K'tan: PAS tak bawa isu royalti di Galas

PAS tidak akan membawa isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap Petronas dalam kempen pilihan raya kecil DUN Galas, kata Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, lapor Bernama.

"Kita akan menggunakan isu bagaimana parti ini dapat meneruskan dasar perjuangannya berteruskan prinsip Islam selain mengekalkan rekod perkhidmatan Chek Hashim Che Sulaima, sepanjang perrkhidmatan sebagai wakil rakyat kawasan itu," lapor Bernama yang memetik Mohd Amar memberitahu pemberita demikian di Kota Bharu hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan ekoran kematian ADUN dari PAS, Chek Hashim, 46, pada 27 September lepas akibat kanser.

Mohd Amar yang juga exco kerajaan negeri dilaporkan berkata, walaupun mengikut peguam, isu royalti itu boleh dibangkitkan dalam kempen dan ianya tidak subjudis walaupun perkara itu telah dibawa ke mahkamah, PAS tidak akan membawa isu berkenaan.

ADUN Panchor itu juga menolak dakwaan yang PAS menurunkan kain pemidang yang menggesa rakyat menyokong tuntutan royalti itu kerana kononnya ia tidak menguntungkan PAS dalam pilihan raya kecil itu.

Mohd Amar berkata beliau yakin PAS akan menang dengan majoriti lebih baik dalam pilihan raya kali ini berdasarkan penerimaan rakyat terhadap parti itu di kawasan berkenaan.

- Bernama

Musa, Gani Bohong Mengenai Siasatan Salahguna Kuasa Mahathir - Mat Zain Ismail


KUALA LUMPUR 12 OKT : Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan dan peguam negara Gani Patail dituduh menjadi punca kehancuran sistem keadilan dalam negara ini dengan memalsukan bukti terhadap Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 lalu.
Mereka juga didakwa kemudiannya telah berbohong dalam satu siasatan terhadap tuduhan penyalahanguna kuasa oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir.
Dalam satu surat terbuka yang disiarkan oleh portal Malaysia Today, bekas Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ismail mendedahkan bahawa beliau telah menulis surat kepada Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar pada Mei lalu dan juga kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein supaya mengkaji semula siasatan terhadap bukti palsu yang digunakan dalam kes 'mata lebam' Anwar 1998 lalu. 
Mat Zain mengetuai siasatan kes tersebut dan setelah mengesyorkan supaya Ketua Polis ketika itu, Tan Sri Rahim Noor didakwa atas tuduhan jenayah mencederakan Anwar ketika beliau berada dalam tahanan lokap di ibu pejabat polis di Bukit Aman. 
Belia berkata, Musa dan Gani dalam laporan akhbar telah mendakwa bahawa kertas siasatan terhadap Mahathir telah diserahkan kepada peguam negara ketika itu Mokhtar Abdullah pada Februari 2000 lalu yang kemudiannya telah membuat keputusan tiada kes untuk disiasat. 
Mat Zain berkata kenyataan yang dibuat kedua-dua mereka adalah tidak berasas kerana menurutnya kertas siasatan tersebut hanya dibuka pada Jun 2000 dan dihantar ke pejabat peguam negara pada November tahun yang sama. 
Dalam suratnya bertarikh 8 Oktober, Mat Zain menuduh Musa, yang baru bersara sebagai Ketua Polis Negara dan juga Gani telah berbohong mengenai siasatan terhadap Mahathir yang dituduh menyalahgunakan kuasa.
 Beliau (Mahathir) dituduh telah menyalahguna kuasa dengan mengarahkan siasatan rasuah terhadap Ketua Unit Perancang Ekonomi, Ali Abul Hassan bin Sulaiman.
Dalam serbuan yang dilakukan, pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) menemui wang tunai sejumlah RM100,000 dalam laci mejanya. 
Mat Zain membuat pendedahan ini dalam suratnya kepada Datin Kalsom Taib, isteri kepada bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Shafee Yahya, merujuk kepada buku tulisan Kalsom yang mengutarakan soalan, 
"Apa jadi dengan siasatan terhadap Dr Mahathir?" Mat Zain berkata kenyataan akhbar kedua-dua Musa dan Gani tidak masuk akal dan palsu kerana adalah mustahil kertas siasatan tersebut dihantar ke kamar peguam negara pada 15 Februari 2000. 
Katanya lagi, Gani dan Musa Hassan telah menghancurkan sistem keadilan jenayah kerana berbohong dan memalsukan bukti memandangkan siasatan kes berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh Anwar hanya dimulakan pada 13 Jun 2000. 
“Malah, kertas siasatan bersama dengan kertas siasatan BPR yang dirampas dari badan tersebut hanya dihantar kepada peguam negara pada 9 November 2000," katanya dalam surat tersebut. Beliau juga tidak menolak kemungkinan bekas ketua polis dan peguam negara terbabit bermaksudkan tarikh 15 Februari 2001. 
Namun katanya lagi, walaupun Musa Hassan dan Gani sememangnya berkata 15 Februari 2001, ia menjadi lebih tidak muasabah kerana Tan Sri Mokhtar tidak mungkin memeriksa dan menghentikan kes berkenaan pada tarikh tersebut kerana beliau bukan lagi peguam negara pada masa itu. Beliau menambah , jawatan peguam negara telah diambil alih oleh Datuk Ainum Mohammad Said pada 1 Januari , 2001. 
 Mat Zain juga mengandaikan bahawa Musa Hassan dan Gani Patail langsung tidak berusaha untuk mengubah tarikh berkenaan kerana individu yang dimaksudkan sudah pun meninggal dunia.
 “Jika Tan Sri Musa Hassan and Tan Sri Gani Patail tidak membuat kenyataan yang tidak masuk akal itu, sekaligus kes ini tidak akan berterusan."
Hakikatnya ialah mereka telah membuka laluan mengenai persoalan tentang integriti penyiasatan yang dijalankan polis," tulis beliau lagi dalam surat tersebut. 
Kedua-dua mereka, katanya lagi telah menjejaskan penyiasatan terhadap kes tersebut dan juga membiarkan bukti yang dipalsukan dalam kes 'mata lebam' Anwar ketika beliau dipukul dalam lokap oleh Rahim Noor.

Kenyataan rasis: KSN enggan dedah tindakan disiplin ke atas pengetua

October 12, 2010
KUALA LUMPUR, 12 Okt – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan tidak mahu mendedahkan bentuk tindakan disiplin dikenakan terhadap dua pengetua yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis terhadap pelajar mereka dua bulan lalu.
Beliau bagaimanapun menegaskan, setiap tindakan disiplin yang diambil itu akan mengikut prosedur yang ditetapkan.
“Perkara ini kita kena ikut lunas-lunas tatacaranya.
“Ada prosedur yang kita perlu ikut dan saya akan pastikan ia diikut dengan sepenuhnya.
“Seperti yang saya kata tindakan itu mestilah ikut prosedur,” kata beliau ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada program Muzakarah Pakar “Pemahaman dan Penghayatan Nilai Menjana Kepada Prestasi” di Institut Kefahaman Islam Malaysia di sini.
Semalam Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin menolak perbahasan terhadap usul yang dibawa DAP berhubung kenyataan rasis dibuat oleh dua pengetua atas alasan tindakan sudah pun diambil ke atas mereka.
Bagaimanapun beliau tidak memberi butiran berhubung tindakan yang dikatakan sudah diambil ke atas kedua-dua pengetua berkenaan.
Di bawah Peraturan Mesyuarat 18(12), menurut Pandikar, tidak perlu usul tergempar meskipun tiada pengumuman rasmi mengenai tindakan-tindakan yang telah diambil ke atas pengetua-pengetua dari Kulaijaya, Johor dan Bukit Selayang, Kedah.
“Saya telah meneliti perkara ini dan ia ada kepentingan awam.
“Bagaimanapun, saya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengambil tindakan ke atas dua individu ini... jadi tidak ada keperluan untuk usul ini.
“Dengan itu saya menolak usul ini,” kata Pandikar ketika menolak usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang.
Pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra Kulaijaya, Siti Aishah Mansor didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Dia didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di sini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menjijikkan.
Di Kedah, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau Ungku Aznan Ungku Ismail di Sungai Petani juga mencetuskan suasana tidak senang ekoran kenyataan berbaur perkauman.
Bagaimanapun pengetua berkenaan yang didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat rasis terhadap kira-kira 10 muridnya telah memohon maaf kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata Kementerian Pelajaran tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana pegawai perjawatan tetap kerajaan seperti pengetua sekolah dan menyerahkan kepada Ketua Setiausaha Negara
Ketika ditanya mengenai kenyataan perkauman yang dikeluarkan pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan Hamim Husin, Mohd Sidek berkata prosedurnya sama sahaja dengan kes dua pengetua tersebut.
“Samalah juga,” katanya.

35 cabang PKR gagal serah pencalonan

Sebanyak 35 cabang PKR gagal menyerahkan pencalonan untuk jawatan tertinggi parti itu setelah tarikh akhir untuk berbuat demikian tamat pada 10 Oktober lalu.
Pentadbir pemilihan, pkr national congress 301108 delegate swearingRaden Shamsulkamar Raden Shamsudin berkata, walaupun pihaknya mengambil pelbagai inisiatif dengan membuat panggilan bagi memperingatkan perkara itu dengan kerap, masih ada yang gagal berbuat demikian.

Bagaimanapun, menurutnya lagi, perkara itu tidak menjejaskan peluang anggota parti yang berminat bertanding jawatan tertentu di peringkat pusat PKR.

"Tidak ada jejaskan peluang mana-mana pihak. Kalau serah pun tak ada orang baru dapat. Ia hanya menambahkan bilangan pencalonan calon sedia ada," kata Raden Shamsulkamar.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Raden Shamsulkamar juga memberitahu, daripada 195 cabang parti itu di seluruh negara, sebanyak 160 berjaya menghantar keputusan pencalonan tepat pada masanya.

Sebanyak 10 cabang lagi yang gagal bermesyuarat dianggap tidak aktif, tambahnya.

pkr congress ceramah 291108 supportersSementara itu, beliau juga mengesahkan tiga orang telah layak bertanding jawatan presiden, tujuh timbalan presiden dan sebanyak 209 untuk anggota majlis pimpinan pusat.

Menurut Raden Shamsulkamar juga, semua calon yang layak akan mengesahkah menerima pencalonan pada 16 Oktober ini di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

"Ini acara media, semua dijemput datang," katanya.

Tarikh pemilihan jawatan tertinggi bagi cabang akan dijalankan secara berperingkat mulau 30 Oktober ini. Kongres tahunan PKR pula akan berlangsung selama tiga hari pada 26 November depan.

Rang undang-undang pinda Akta Kerja ditarik-balik

Kerajaan telah menarik balik rang undang-undang bagi meminda Akta Kerja 1955 yang sebelum ini dibidas oleh kumpulan hak asasi manusia dan juga kesatuan sekerja.

Sejurus sebelum sesi soal-jawab di Dewan Rakyat, pagi ini, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan memaklumkan bahawa rang undang-undang kerja itu telah ditarik-balik.

Tiada alasan yang diberikan oleh Maznah bagi keputusan terburu-buru itu.

Sebelum ini, kerajaan mendakwa pindaan Akta Kerja itu menguntungkan pekerja kerana ia akan memperkembangkan undang-undang itu agar meliputi pekerja separuh masa, ganguan seksual, perlindungan gaji dan termasuk juga perkara berhubung kebajikan dan cuti tahunan.
Rang undang-undang itu adalah untuk meminda tiga undang-undang pekerjaan iaitu Akta Pekerjaan 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Namun, ada juga yang kurang berpuas hati dengan beberapa klausa yang didakwa merugikan pekerja kontrak dan mereka yang dalam tempoh percubaan.
Mereka menganggap cadangan pindaan itu yang paling buruk dalam sejarah pekerja di Malaysia dan semua pindaan berkenaan didakwa hanya akan menguntungkan majikan sahaja.

Kemunculan Sukuk Bukti Kewangan Islam Semakin Penting Di Dunia : Zeti Akhtar

KUALA LUMPUR, 12 OKT : Kepentingan kewangan Islam dalam mengukuhkan hubungan kewangan semakin jelas dengan kemunculan instrumen sukuk sebagai aset kelas baharu yang menarik untuk para pelabur dan menjadi satu bentuk pembiayaan yang berdaya saing untuk perniagaan. 
 Dalam menyatakan demikian, gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata pasaran sukuk global pada masa ini berjumlah hampir US$130 bilion, dengan kadar pertumbuhan tahunan purata kira-kira 40 peratus.
 "Memandangkan kini ia telah menjadi segmen yang paling rancak dalam kewangan Islam, pasaran sukuk telah berkembang menjadi pasaran antarabangsa sebenarnya, menarik aliran sempadan bersilang yang amat signifikan dengan dana dikumpul melangkaui pasaran kewangan domestik,"
 kata beliau dalam ucapannya semasa majlis makan tengah hari Mesyuarat Tahunan IMF-Bank Dunia di Washington pada 10 Okt. Teks ucapannya dikeluarkan di sini hari ini.
 Zeti juga berkata yang pasaran sukuk Malaysia telah menarik para pelabur dari serata dunia. "Penerbitan sukuk kedaulatan Malaysia bernilai US$1.25 bilion pada bulan Mei tahun ini, menyaksikan lebihan langganan enam kali dengan asas pelabur yang meluas dari Asia, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat meskipun dengan keadaan pasaran berterusan yang tidak menentu.
 "Seiring dengan kita meneruskan usaha dengan lebih gigih, agenda pertumbuhan dan pembangunan seimbang, kita mempunyai potensi untuk memanfaatkan peranan kewangan Islam yang kian meningkat dalam menyumbang kepada pertumbuhan global dan kestabilan kewangan," tambah beliau.
 Dalam pada itu, beliau berkata yang kewangan Islam juga boleh dimanfaatkan untuk menjalinkan aliran kewangan yang lebih kukuh keseluruhan sempadan untuk menyumbang ke arah agenda meningkatkan pertumbuhan bersama dan agenda pembangunan untuk mencapai aspirasi global mapan diri, seimbang dan perkembangan serta pembangunan ekonomi yang bertahan lama. 
 Menurut Zeti, kewangan Islam, sebagai pengantaraan kewangan yang begitu pesat berkembang, telah memperlihatkan kedaya tahanannya semasa krisis kewangan global dengan setiap potensi ke arah meningkatkan agenda pertumbuhan dan perkembangan. 
 "Sebagai satu bentuk pengantaraan pembiayaan, kewangan Islam menggabungkan beberapa elemen yang membimbing proses menggerakkan dan memperuntukkan dana untuk menjana aktiviti ekonomi yang produktif dan pembangunan terangkum," kata beliau. 
Zeti turut menyatakan yang mengantarabangsaan kewangan Islam bukan sahaja membenarkan kepelbagaian risiko seterusnya tetapi turut menyumbang kepada peruntukan dana yang lebih cekap di keseluruhan sempadan dengan sebahagian besar kepada rantau dengan peluang-peluang pelaburan. 

Persidangan Wanita Pertama Dunia Ketiga kah ini?



KUALA LUMPUR 12 Okt. - Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama hari ini bermula dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Seramai 15 Wanita Pertama menghadiri Sidang Kemuncak dengan tema “Anak Hari ini, Pemimpin Hari Esok” yang diadakan buat julung kali, turut dihadiri enam perwakilan Wanita Pertama dan 20 menteri.

PANAS: Mesyuarat khas Umno Gua Musang ditangguh

Mesyuarat khas Umno bahagian Gua Musang yang dijadual diadakan malam ini, telah ditangguhkan ke tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Ini ekoran Tengku Razaleigh Hamzah yang juga ketua Umno bahagian berkenaan mempunyai urusan di Kuala Lumpur, juga berkaitan dengan pilihan raya kecil DUN Galas.

"Saya diberitahu oleh setiausaha bahagian bahawa mesyuarat itu ditangguhkan," kata ketua Pemuda Umno bahagian itu, Bazlan Baharuddin.

Beliau memberitahu Malaysiakini petang ini, Tengku Razaleigh - yang lebih mesra dipanggil 'Ku Li' - kemungkinan pulang ke Gua Musang petang esok atau pagi lusa.

"Kita tunggu beliau pulang (untuk tindakan selanjutnya)," katanya.

Tengku Razaleigh juga adalah pengarah pilihan raya kecil DUN Galas.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Umno bahagian Gua Musang akan mengadakan mesyuarat khas malam ini dan dijangka mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil tersebut 4 November ini.

Mesyuarat khas itu juga dijangka membincang persediaan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.

Galas adalah antara tiga DUN dalam parlimen Gua Musang. Kerusi tersebut kosong selepas kematian ADUN dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September, kerana barah usus.

Allahyarham memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum 2008 dengan mengalahkan Mohd Saufi Deraman dari BN, dengan majoriti 646
undi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 11,553 pemilih layak mengundi dalam pilihan raya kecil Galas 4 November yang melibat 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos.

Peguam PKR: Wee Choo Keong saksi SD

Bekas pemimpin PKR yang kini menjadi ahli parlimen Bebas, Wee Choo Keong dikenal pasti sebagai saksi ketika bekas pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Rahimi Osman - menandatangani akuan bersumpahnya.

Dua peguam yang didakwa oleh Rahimi “memaksanya” menandatangani akuan bersumpah itu - ketua penerangan parti itu, Latheefa Koya dan ketua Pemuda PKR Kedah, Saiful Izham Ramli - berkata akuan itu ditandatangani di hadapan Wee, yang ketika itu adalah ahli parlimen PKR di Wangsa Maju.

"Rahimi tandatangan akuan bersumpah pertama pada 29 Jun 2008, di Quality Hotel di Shah Alam. Dia tandatangan secara sukarela di hadapan peguam, ahli parlimen dan pesuruhjaya sumpah Wee Choo Keong.

"Dakwaannya, kami 'kurungnya' di Quality Hotel adalah lucu dan tidak benar. Dia berada di situ atas kerelaannya sendiri sepanjang masa dan secara suka rela menawarkan maklumat bagi membantu kami dengan kes Anwar,” kata Latheefa dalam kenyataan kepada polis.

Beliau bersama Saiful Izham, sebelum memberikan salinan laporan polis berkenaan, disoalsiasat selama sejam di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan di Bukit Aman.

Mereka turut diiringi peguam masing-masing, N Surendran and Rashid Ismail.

Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 199 Kanun Jenayah kerana didakwa membuat akuan palsu dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Rahimi memberi keterangan kepada polis semalam.

Dalam pendedahannya pada 6 Oktober lalu, Rahimi mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada 2008 yang memalit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan perbicaraan Anwar yang sedang berlangsung.

Dakwanya, kedua-dua Latheefa dan Saiful Izham "menahannya" di sebuah hotel untuk beberapa hari selepas itu.

Saya Bukan Calon DUN Galas - Tengku Razaleigh

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan spekulasi beliau akan dicalonkan mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 November ini.

Sebaliknya, Tengku Razaleigh berkata, tiada keputusan dibuat untuk menentukan calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas pertemuan beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Pengarah Pilihan Raya Kecil BN bagi DUN Galas itu memaklumkan, keputusan siapa calon akan diumumkan oleh Najib yang juga Pengerusi BN selepas Perhimpunan Agung UMNO yang akan berakhir 23 Oktober ini.

“Tiada sebarang keputusan yang dibuat,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.

Ketika ditanya mengenai harapan BN di Galas, beliau berkata, setiap pertandi- ngan pasti ada pihak yang menang dan kalah, namun beliau berharap BN akan memperoleh kemenangan.

Turut serta dalam perbincangan tersebut ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Terdahulu, Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh untuk memaklumkan secara rasmi mengenai pelantikannya sebagai Pe- ngarah Pilihan Raya BN Galas tetapi tiada keputusan dibuat mengenai pemilihan calon.

Najib sementara itu berkata, berkaitan soal calon, ia akan dimaklumkan pada masa yang sesuai dan bukannya sekarang.

Panas: Benarkah Ada 205 Ahli PKR Ranting Lepar Utara Cabang Paya Besar Keluar Parti Dek Kerana Hilang Kepercayaan Terhadap Pucuk Pimpinan !!

KUANTAN, 12 Okt - Ini berita yang baru diterima, katanya seramai 215 orang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Paya Besar telah bertindak keluar parti akibat hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti. Menurut sumber, satu majlis penyerahan borang UMNO telah dilakukan kepada Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Tajuddin Sulaiman di Pejabat UMNO dekat sini pagi tadi. Kesemua mereka yang dikatakan keluar parti itu adalah dari Ranting Lepar Utara. Menurut wakil kumpulan terbabit, Abdul Rahim Darus mereka menyertai UMNO kerana hilang kepercayaan kepada pucuk kepimpinan parti. Kami cuba akan cuba menghubungi Ketua Cabang Paya Besar, Hj.Zahari Mamat (foto) untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dengan perkara ini. Rakyat diminta bersabar sebelum maklumat sebenar didedahkan. Berita ini pastinya akan disiarkan oleh media secara besar-besaran bagi membuktikan ahli PKR kini sudah mula benci kepada parti gara-gara pemilihan yang sedang berlangsung. Difahamkan laporan ini telah pun disiarkan di media arus perdana online dan Buletin Terkini TV3 petang tadi. Maka, pastinya ia akan jadi tajuk besar dalam Buletin Utama TV3 malam ini. Harapan kita semoga semua pihak dapat bersedia dengan propaganda terbaru yang dimainkan UMNO.

[Nantikan pendedahan eksklusif kami berkenaan perkara ini. Cabang Paya Besar telah dimenangi oleh Hj.Zahari Mamat dalam pemilihan peringkat cabang baru-baru ini. Beliau merupakan orang kanan AJK Bahagian UMNO Paya Besar sebelum bertindak menyertai PKR. Kemasukannya telah memberi tamparan hebat kepada Ketua Bahagian, Tajuddin Sulaiman (foto) yang sedang menghadapi krisis dengan MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob ketika itu. Tajuddin telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri, apabila kecewa namanya tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi DUN Lepar yang diwakilinya sebelum ini. Namun, beliau menang dalam pemilihan Ketua Bahagian, menewaskan Ahli Parlimen Paya Besar, Manan Ismail. Khabarnya kini beliau sibuk mengipas MB Pahang dan mula serasi. Susulan dari itu, ketiga-tiga ADUN di Parlimen Paya Besar mula gusar kedudukan mereka diancam oleh Tajuddin. Umum masih ingat, Ketua Bahagiaan dan semua ADUN terbabit telah dikenakan tindakan displin oleh parti gara-gara terbabit kesalahan dalam pemilihan parti itu. Kemasukan Hj.Zahari dan beberapa orang kanan Tajuddin ke dalam PKR menyebabkan beliau terlalu kecewa dan berjanji akan mengajar mereka. Sebelum ini, Tajuddin dikatakan telah mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa orang pemimpin PKR untuk menyertai parti itu. Namun, dek kerana urat darah dalam tubuhnya berpaksikan merah UMNO, maka akhirnya dia kembali kepada parti karat itu bairpun tiada jawatan wakil rakyat seperti yang lain].
PDO.

Lebih ramai ahli Gerakan akan sertai Pakatan, PCM

Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Gerakan Pulau Pinang yang berakhir Ahad lalu dilihat masih belum meredakan krisis kepimpinan parti itu. Ia berikutan beberapa bahagian yang tidak berpuas hati, mengugut untuk menyertai parti lawan.

Menurut bekas naib presiden Gerakan, Huan Cheng Guan, parti yang baru ditubuhkannya, Parti Cinta Malaysia (PCM) telah didatangi oleh beberapa ahli Gerakan yang bercadang membubarkan bahagian mereka kerana tidak berpuas hati dengan keputusan EGM berkenaan.

EGM pada 10 Oktober lalu memutuskan bahawa lebih separuh daripada 322 perwakilan yang mengundi menyokong Datuk Dr Teng Hock Nan kekal sebagai ketua Gerakan Pulau Pinang. Beliau menang dengan kelebihan 29 undi, manakala 145 perwakilan mahu Teng dilucutkan jawatannya. Terdapat satu undi rosak.

Di sebalik kemenangan Teng, ada perwakilan yang berpendapat rasa tidak puas hati terhadap mereka yang mahu beliau dipecat diberikan tumpuan khas agara pembaharuan dapat dilakukan.

Huan yang sekarang ini adalah naib presiden PCM berkata beberapa pemimpin peringkat bahagian dan cawangan juga telah menyatakan minat mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat atau PCM.

Antara mereka, dakwanya adalah Kebun Sireh yang bercadang membubarkan bahagiannya bagi membolehkan ahlinya menyertai PKR manakala ahli bahagian Bukit Tengah pula dikatakan berminat menyerati DAP.

"Lebih banyak bahagian akan mengambil tindakan yang sama dan membubarkan bahagian masing-masing dan anggota mereka akan menyertai PCM. Orang yang patut dipersalahkan ialah diri Teng sendiri, kerana mengamalkan politik berpuak-puak,” Kata Huan.

Ketika dihubungi, ketua bahagian Kebun Sireh, Sim Chooi Kung mengesahkan anggota bahagiannya bercadang meninggalkan Gerakan kerana tidak berpuas hati Teng kekal ketua parti itu meskipun mereka mengundi menentangnya.

Menurut Sim, anggota Kebun Sireh yang dianggarkan berjumlah 250, bebas menyertai mana-mana parti tetapi kebanyakan mereka memilih PKR, meskipun parti itu tidak mempunyai bahagian di kawasan itu.

“Kami bercadang letak jawatan beramai-ramai dan menubuhkan bahagian PKR yang baru. Ahli akan bermesyuarat minggu ini sebelum kami mengumumkan keputusan rasmi,” katanya.

Ketua bahagian Bukit Tengah Lee Nam Sim pula keberatan untuk mendedahkan rancangan pembubaran bahagian itu tetapi memberitahu mereka akan bermesyuarat dalam sehari dua ini bagi membincangkan tindakan susulan.

"Selepas berbincang, kita akan membuat keputusan rasmi,” kata Lee.

Sementara itu, Teng berkata beliau tidak mempunyai maklumat berhubung desas desus ada bahagian yang mahu meninggalkan Gerakan berikutan EGM berkenaan.

"Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Saya juga tidak akan memanggil untuk bertanyakan mengapa mereka mahu meninggalkan Gerakan. Kita akan lihat apa yang terjadi selepas ini,” katanya ketika dihubungi.

Adalah dipercayai ketua bahagian Kepala Batas Gerakan Jeffrey Beh meletakkan jawatannya hari ini bersama 300 penyokongnya.