Isnin, 11 Oktober 2010

Gambar ngeri sekitar tragedi 10-10-10 di Melaka..(18SG)















sumber gambar: Mohd Safuan Bin Salahudin
















































Sumber gambar: dari pelbagai sumber

Fuhh..Tengok ni,PolisTrafik Malaysia Pakai Harley Davidson!! Jangan buat melawa dah la..!!

Empat daripada lapan buah motosikal berkuasa tinggi, Harley Davidson didermakan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman di sini, S hari ini.

Sultan Johor berkenan menyempurnakan Majlis Derma Kurnia Motosikal dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia melibatkan lapan buah motosikal berkuasa tinggi dan enam buah kereta jenama Holden buatan Australia telah didermakan kepada PDRM.

Felda Diminta Jangan Tipu Peneroka Berhubung Isu Tabung Tanam Semua

Oleh Fazli Othman   
SuSSHAH ALAM 11 Okt - Pengerusi Biro Felda dan Hal Ehwal Orang Asal KEADILAN Pusat, Suhaimi Said berkata tindakan peneroka menyaman Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) adalah disebabkan keengganan agensi itu membayar wang Tabung Tanam Semula yang dipotong setiap bulan.

Mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan kononnya tindakan menyaman Felda hanya merugikan peneroka Suhaimi berkata tindakan undang-undang diambil kerana sikap agensi itu yang menyebabkan peneroka hilang sabar dan mengheret isu ini ke mahkamah.

"Bagi kita, saman itu juga tidak penting, yang pentingnya Felda harus bersikap adil kepada peneroka. Isu wang Tabung Tanam Semula, masih ramai lagi peneroka yang belum menerimanya, cuma separuh daripada mereka yang menerima bayaran itu. Perkara inilah yang harus Felda selesaikan.

"Mengenai peneroka kemuka saman berhubung bayaran Tabung Tanam Semula di mahkamah, perkara ini bukan baru tetapi sudah lama mereka minta tapi tidak diberikan.

"Kalaulah Felda bersikap adil kepada peneroka, kita pun tidak perlu mengemukakan saman dan kita minta Felda jangan tipu peneroka," tegas beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.

Katanya, selepas mahkamah mengeluarkan perintah kepada Felda membuat bayaran kepada peneroka terbabit barulah agensi itu bertindak membuat bayaran.

"Sampai mahkamah pun minta supaya Felda jangan tipu peneroka, bukan sahaja Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan bahkan Mahkamah Persekutuan pun minta agensi itu jangan menipu peneroka.

"Saya nak cakap kepada Ahmad Maslan, yang kemukakan saman ini, bukan hanya peneroka pihak pembangkang sahaja, malahan terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai parti dan juga dari kalangan ahli Umno sendiri.

"Ini bukan masalah pihak pembangkang tetapi adalah masalah peneroka," tegas beliau lagi.

Sementara itu, Suhaimi berkata pihaknya juga akan mengemukakan saman terhadap artikel di majalah Felda yang didakwa memfitnah peguam yang mewakili peneroka kononnya menerima bayaran RM5,000 bagi setiap peneroka untuk mengemukakan saman terhadap agensi itu.

"Jangan cuba nak kelentong sebab peguam cuma ambil RM50 dari setiap seorang peneroka, itu pun bukan untuk yuran guaman tetapi untuk proses ke mahkamah, kita akan saman atas kenyataan berbaur fitnah terhadap peguam kita ini," jelas Suhaimi.

Tambahnya, artikel itu turut menuduh peguam yang mewakili peneroka ini datang menaiki kereta mewah sambil menginap di hotel mewah bagi menemui peneroka di kawasan Felda.

Beliau turut mencabar Ahmad menyatakan jumlah bayaran kepada peguam untuk agensi itu mengemukakan saman kepada lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan dan sumber dana bagi membayar khidmat peguam itu yang juga bertindak sebagai peguam Umno.

"Adakah RM100,000 atau RM200,000 dan daripada manakah wang untuk membayar khidmat peguam ini?" cabar Suhaimi.

Parlimen Tolak Soalan Berhubung Pembelian Puluhan Ribu Senjata Untuk Pemuda Umno

lks2SHAH ALAM 11 Okt - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata soalan beliau kepada Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini telah ditolak berhubung tindakan kerajaan membeli jumlah peralatan senjata dalam jumlah yang amat banyak daripada sumber pasaran haran di luar negara dan hubungannya dengan latihan separa tentera Pergerakan Pemuda Umno.

Kata Kit Siang, Parlimen juga menolak soalan beliau mengenai sikap Menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaan yang masih menolak konsep 1Malaysia walaupun setelah 18 bulan gagasan itu diperkenalkan.


Bagaimanapun soalan beliau berkaitan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya diletakkan pada kedudukan nombor empat soalan lisan.

Ia berbunyi," Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]  minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tarikh/jenis laporan-laporan polis yang dibuat terhadap adik-beradik peguam yang disyaki terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai Datuk Sosilawati di Banting, serta tindakan terkini terhadap laporan-laporan polis berkenaan."

"Saya tetap akan menanyakan dia soalan yang ditolak itu sepanjang sidang Parlimen kelak," kata beliau.

CAP: Harga rokok patut naik RM30 sekotak..sebab kerajaan dah miskin...!!!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berpendapat, bagi mengawal tabiat merokok, harganya perlu dinaikkan kepada RM30 sekotak.

Presidennya SM Mohamed Idris berkata, harga produk tembakau itu harus dinaikkan lebih tinggi untuk mencegah orang ramai membelinya.

"Membeli dua kotak sehari masih mampu kepada kebanyakan orang, jadi harga sekotak rokok perlu dinaikkan kepada RM30.

"Rakyat Singapura membayar RM35.40 sekotak dan rakyat Norway RM22," kata SM Mohamed (kiri).

Pada 5 Oktober lalu, kerajaan menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuatkuasa 1 Oktober.

Dengan kenaikan itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan.

Sebelum ini, kadar duti eksais bagi rokok ialah 19 sen dan 20 peratus sebatang.

Lesen kepada peruncit
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata kenaikan hampir 70 sen sekarang tidak menjadi sebarang perbezaan kepada poket perokok.

"Jadi apakah langkah yang dilakukan ini sejak ia dilaksanakan dua minggu yang lalu?

"Adakah ia telah menyebabkan lebih ramai orang meninggalkan tabiat buruk, tidak sihat dan boleh membunuh ini? Atau menambahkan lagi pendapatan kerajaan?" soalnya.

SM Mohamad berkata, rokok tidak seharusnya dibenarkan untuk dijual di tempat awam seperti restoran, kedai kopi, pasar raya atau kedai runcit atau di tempat tumpuan remaja.

Beliau turut mencadangkan kedai runcit diberikan lesen khusus yang tertakluk kepada pembaharuan setiap tahun.

"Hanya dengan cara ini maka ia (usaha membanteras rokok) akan dipandang serius," kata SM Mohamad sambil menyenaraikan pelbagai kesan negatif akibat merokok.

Mengambil contoh negara lain, beliau juga memberitahu terdapat, Australia telah menetapkan rokok mestilah dijual dalam kotak biasa yang kosong dan tidak menarik menjelang 1 Julai 2012.

N3 Merafu Fetang Isnin.

(Zunar lukis logo umnoapco kena ronda 7 balai polis, 
yang ni pulak, polis tangkap ayam tu bawa pi ronda 14 balai... kah..kah..kah...)

Dalam negara kita, pemimpin dok sibuk berbalah nak perintah negara. Diorang ni benar benar nak memimpin negara atau nak kaut kekayaan negara sebenarnya??? Siapa yang perintah, dia kaya??? Cuba tengok rumah masing masing..  terutamanya rumah pemimpin umnoapco... ada ke yang duduk rumah teres biasa???

Cuba tengok kereta.. ada ke yang biasa2??? Mana datangnya duit semua tu??? Buat bisnes... helllooooo... dah jadi pemimpin pun masih sempat berbisnes ke...??? Tapi kata takda masa untuk diri sendiri ??? Banyak habiskan masa untuk rakyat.. hehehe.. yea... ke?? gua no komen laaaa.. hahaha.

Gua tak tau la kat mana yang masing masing dok kata jujur, amanah dan berkorban untuk negara...  Yang gua tau apabila negara di timpa krisis, asyik2 Rakyat jer... yang disuruh berjimat dalam segala hal... berbelanja secara berhemah konon.. yang kena potong gaji dan di buang kerja rakyat juga. Asyik Rakyat dok gilababas berkorban untuk negara.

Pemimpin pulak macammana...??? Pandai menasihat rakyat, tapi diorang macam haramjadah..., sepatutnya diorang dulu yang kena potong gaji dan elaun serta blaaa... blaaa.. blaaa..., dah kaya bertambah kaya... macam sial wa cakap lu..., macam tu nak di anggap dan di angkat sebagai Pemimpin... WTF.. jelah...

Siapa sebenarnya yang rugi selama ini??? Kita atau mereka bila berbalah??? Siapa yang dok gelak terbahak -bahak tengok kita berbalah sesama sendiri??? Hurmmmm... gua kecewa gilerrr siut .. Nasib baik la kebelakangan ni ada isu isu yang memeranjatkan negara berlaku... macam cerita sosilawati... PRK Galas... kalau tak..???

Ambik contoh macam sorang pemimpin nih... dalam sembang2 kedai kopi pasti ada sebut nama dia... dah lama gua tau tapi tak berani nak sentuh sebab gua takda bukti, tapi kalau ikut perumpamaan "kalau takda berok negara takan nama dia orang sebut kan...???"

Dalam kes sosilawati... nama dia pun terpalit... dalam kes PKFZ... pun nama dia terpalil... dalam kes rembat tanah orang kampung Pulau Indah... nama dia pun ada jugak... cuma dia tak buat istana jer... macam mamat yang jaga rel dan gate keretapi tu... manyak helan woooo..., dapat jadi pemimpin umnoapco boleh cepat kaya woooo... itu baru satu contoh di antara pemimpin kecil-kecilan berok negara.. yang besar2 bapak2 jerung gergasi tu macam mana pulak yeaaaaa... 

Jom.. lah... kita sepakat wehh.. demi bangsa pun boleh, demi negara dan yang paling penting sekali  demi  ISLAM !!! Tapi kalau dah demi ISLAM, yang menjadi perkara utama... sudah tentu2 kita kena tolak umnoapco dan barisan berok negara... betul tak...???

Sebab umnoapco mana ada mengutamakan ISLAM sebagai perjuangan diorang... yang diorang tau memekak pasal Islam kat atas pentas dan depan wartawan dengan slogan2 yang ntah apa2 jer... apa lu orang ingat Islam boleh tertegak dengan slogan dari umnoapco jer ke... takkan lu orang nak tengok sebuah lagi negara ISLAM tumbang kot..???  Itu pun kot yea... Malaysia ni sebagai sebuah negara ISLAM... hahaha...

Dah la sekarang ni.. makin banyak isu HALAL tapi HARAM  dan HARAM yang di HALALkan. Di mana mana boleh tengok .. terang terang depan mata.. nak kongkek tepi jalan pun boleh...  tonggeng jer... balun... hahaha... kata negara ISLAM .. di mana keISLAMannya???

Di mulutkah??? atau dalam surat beranak... macam si roswah hehe..

Aaahhhh.... banyak sangatlah kalau nak dipersoalkan dengan kerajaan Berok Negara ni... macam sial jer... segalanya...gua cuma risau generasi anak2 gua nanti... apa yang gua nampak generasi muda akan datang semakin hancus... jangan pulak suatu hari nanti... kena cari Ali Rustam untuk jadi wali nikah beb.... payahhhhhh......

Wallahu'alam ..

Dewan Rakyat Bakal Tumbang Apabila Speaker Semakin Senget.


Adakah isu yang menyelubungi kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Perkasa, BTN dan 1Malaysia begitu sukar ditangani oleh kerajaan?

Nampaknya begitulah, apabila 16 ahli parlimen pembangkang, kebanyakan dari DAP, termasuk seorang ahli bebas berdiri untuk memprotes di Dewan Rakyat hari ini mendakwa soalan-soalan mengenai isu-isu ini ditolak tanpa "sebab yang kukuh".

Kisah bermula apabila pemimpin veteran Ahli Parlimen DAP-Bukit Gelugor, Karpal Singh berkata, soalan beliau meminta Perdana Menteri Najib Tun Razak menjelaskan pendiriannya sama ada beliau merupakan "rakyat Malaysia dahulu atau Melayu dahulu" ditolak.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pernah berkata, beliau adalah Melayu dahulu (pertama) dan rakyat Malaysia kemudian (kedua) manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz berkata, beliau adalah rakyat Malaysia dahulu (pertama) dan Melayu kemudian (kedua).

"Saya tidak faham kenapa soalan saya ditolak?" Kenapa beri perlindungan istimewa kepada perdana menteri?…..boleh saya mendapat penjelasan daripada Speaker?" soal beliau.

Rakan sejawatnya, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor) juga menerima nasib yang sama, apabila soalannya tentang Biro Tata Negara (BTN) yang "rasis" tidak dilayan oleh perdana menteri.

"Saya bertanya perdana menteri, kenapa, selepas 18 bulan sejak pengenalan 1Malaysia, para pegawai kanan kerajaan masih gagal menerima elemen perpaduan dalam konsep ini,?" soal beliau, merujuk kepada penolong pengarah BTN, Hamim Husin.

Hamim mencetuskan kemarahan orang ramai baru-baru ini apabila beliau melabel orang-orang Cina dan India sebagai "mata sepet" dan "kaki botol" berbaur perkauman dalam mesyuarat tertutup bersama Puteri Umno.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chien Jen juga tidak terkecuali, apabila soalannya berhubung dengan harta kekayaan milik Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud ditolak oleh kerajaan.

"Saya hanya bertanya sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil sebarang tindakan, berdasarkan laporan Sarawakreport.org yang mendakwa Ketua Menteri memiliki hartanah bernilai jutaan ringgit di luar negeri.

"Soalan-soalan ini adalah sahih kerana isu-isu ini telah dilaporkan…… saya hanya ingin tahu sama ada siasatan telah dibuat. Tetapi kenapa ia ditolak? Adakah kerajaan terlalu bimbang dengan Taib? Adakah soalan-soalan begini menjadi taboo?" soal beliau.

Soalan tentang Utusan, Perkasa juga ditolak

Teo Nie Ching (DAP-Serdang) juga menerima nasib yang sama apabila soalannya tentang akhbar Utusan Malaysia yang didalangi oleh Umno ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri.

Beliau yang menimbulkan kontroversi berhubung tindakannya memasukki ruang solat di sebuah surau dekat sini tanpa memakai tudung, mendakwa Utusan sengaja mencetuskan ketegangan antara kaum dengan menggunakan isu ini.

"Saya bertanya Menteri Dalam Negeri kenapa tiada sebarang tindakan diambil terhadap Utusan kerana mengapi-apikan sentimen perkauman apabila mereka menuduh saya memberi tazkirah dalam surau itu.

"Mereka juga menerbitkan berita-berita palsu, mendakwa suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya merupakan ahli seumur hidup DAP.

"Sehingga hari ini, kementerian berkenaan tidak mengambil sebarang tindakan dan saya hanya meminta penjelasan daripada menteri," katanya.

Sementara itu, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) juga memprotes apabila soalan mengenai sayap kanan NGO Melayu, Perkasa tidak dilayan oleh Kementerian Dalam Negeri.

"Saya cuma bertanya Kementerian Dalam Negeri sama ada mereka akan mengambil tindakan terhadap Perkasa dan Utusan berhubung kenyataan-kenyataan berbaur perkauman dan menyakiti kaum-kaum lain di negara ini.

Jika tidak, saya meminta kementerian memberi penjelasan. Tapi soalan-soalan ini diabaikan," katanya.

Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok), yang juga mendapati soalannya ditolak atas sebab teknikal berkata, Parlimen harus menjelaskan prosidurnya dalam menjawab soalan-soalan.

"Siapa yang mempunyai kata putus mengenai soalan-soalan ini, kerajaan atau Parlimen? Jika Dewan Rakyat dipengaruhi oleh keputusan kementerian untuk tidak menjawab soalan, apa peranan kita? Harus ada timbang dan periksa (check and balance) dalam institusi ini," katanya.

Setelah mendengar aduan, Speaker Pandikar Amin Mulia berkata, beliau akan mengkaji perkara ini, dan akan menyedia "jawapan-jawapan yang perlu" kenapa ianya ditolak.

"Saya sedang menumpukan perhatian kepada permasalahan ini dan akan memberi sebab-sebab disebaliknya. Malahan saya menjadi orang pertama untuk menyokong apa-apa cadangan yang baik yang dicadangkan oleh anda," katanya, bagaimanapun tidak menyebut tentang tempuh masa.

Ahli Parlimen lain yang mendapati soalan mereka ditolak termasuk Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka), P Ramasamy (DAP-Batu Kawan), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), Wong Ho Leng (DAP-Sibu), M Manogaran (DAP-Teluk Intan), Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang), Loh Gwo Burne (PKR-Kelana Jaya) and Chua Soon Booi (Bebas-Tawau). -FMT


Anggota Parlimen mengadu soalan ditolak

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Tidak puas hati apabila beberapa soalan untuk pertanyaan jawab lisan mereka ditolak, seramai 17 anggota Parlimen daripada parti pembangkang dan anggota Bebas bangkit mempersoalkan perkara itu menyebabkan persidangan Dewan Rakyat tertunda hampir 45 minit.

Mereka terdiri daripada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching), Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka), William Leong Jee Keen (PKR-Selayang), Teo Nie Ching (DAP-Serdang), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Prof Dr P. Ramasamy (DAP-Batu Kawan) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Gwo Burne Loh (PKR-Kelana Jaya), Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok), Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang), Datuk Chua Soon Bui (BEBAS-Tawau), Wong Hong Leng (DAP-Sibu) dan M. Monagaran (DAP-Telok Intan).

Kesemua mereka menuntut penjelasan mengenai soalan-soalan yang dikemukakan, iaitu secara purata antara satu hingga empat soalan bagi setiap anggota Parlimen ditolak.

Isu itu berbangkit selepas selesai majlis bertakafur bagi menghormati kematian Datuk Edmund Chong Ket Wah (PBS-Batu Sapi) apabila Karpal Singh mengemukakan Peraturan Mesyuarat 23(1)(h) bagi mempersoalkan tindakan Parlimen menolak soalannya yang menyentuh mengenai Gagasan 1Malaysia.

“Soalan saya kepada Perdana Menteri meminta beliau untuk menyatakan setakat mana Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh beliau diterima dan sama ada beliau seorang Melayu dulu atau Malaysia dulu,” katanya.

Chong Chieng Jen pula mengadu soalannya mengenai sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat siasatan berhubung dakwaan pemilikan harta Ketua Menteri Sarawak yang besar di luar negara juga ditolak.

Turut ditolak soalan yang dikemukakan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mengenai tindakan Utusan Malaysia dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwa sering membangkitkan isu bersifat perkauman, manakala Nasharuddin kecewa kerana soalannya berhubung bahasa kebangsaan turut tidak tersenarai sebagai pertanyaan jawab lisan pada persidangan kali ini.

Mengulas isu soalan anggota Parlimen ditolak, Pandikar Amin berkata, beliau memandang serius perkara itu kerana ia membabitkan Peraturan Mesyuarat.

“Anggota Parlimen harus yakin pemilihan soalan ini adalah berdasarkan prosedur Parlimen sedia ada...hanya saya, timbalan speaker dan pegawai Parlimen yang meneliti soalan itu,” katanya sekali gus menjawab soalan dikemukakan Nasharuddin yang meminta penjelasan mengenai prosedur sama ada kerajaan atau hanya institusi Parlimen yang menentukan sesuatu soalan diterima untuk dijawab.

Pandikar Amin berkata, beliau menganggap soalan-soalan yang dikemukakan oleh semua anggota Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang adalah soalan daripada rakyat.

Bagaimanapun beliau meminta sedikit masa untuk merujuk semula soalan-soalan yang dikemukakan itu sebelum beliau memberikan alasan kepada anggota Parlimen berkenaan. – Bernama


Ulasan GB

GB cadangkan supaya wakil rakyat pembangkang bentang usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Jika di tolak usul tidak percaya kepada Speaker.

Usul dikemukakan hendaklah berterusan bertubi-tubi setiap kali ditolak sehingga ia diterima!

Tetapi dimana Anwar dan Wan Azizah? Kenapa tak balik-balik lagi?

Disiplinkan dahulu semua ahli parlimen PR tanpa mengira kedudukan.

Jika tidak apa-apa tindakan PR pun bakal menemui kegagalan.

HUKUM QISAS: Penjelasan Kepada yang Keliru dan yang ditutup mata serta telinga oleh musuh ISLAM...!!


Penjelasan Hukum Qisas Menurut Perspektif Islam
1. Pertamanya saya ucapkan terima kepada semua di atas komentar yang diberikan, terhadap artikel saya sebelum ini  yang bertajuk [ Mencari Keadilan Melalui Syariat Islam ] semoga ianya mencambahkan lagi perbincangan secara tanpa emosi, tetapi lebih akademik dan berfakta tentang realiti Qisas yang sedang dibincangkan ini.
Secara ringkas point yang dilontarkan oleh mereka yang  mempertikai artikel saya sebelum ini berkisar tentang 3 perkara penting, iaitu 

  • adakah Qisas boleh dilaksanakan di dalam konteks kes pembunuhan Dato’ Sosilawati, 
  • adakah hudud hanyalah hukuman (Hudud is merely the punishment),  dan 
  • ketiganya punca korupsi puncanya adalah akhlak individu pemerintah, bukan sistem.

2. Berkenaan point pertama, realiti hukum Islam, isu sama ada non-muslim tertakluk kepada hukuman Islam atau tidak , ia bukanlah satu isu yang dilihat secara bundle dan ia juga tidak lah distandardizekan ke atas semua jenis kesalahan, tetapi ianya berbeza mengikut case by case.
Dalam kes Qisas yang melibatkan pembunuhan dan begitu juga kecederaan, maka non-muslim yang terlibat dalam jenayah tersebut turut tertakluk kepada hukuman jika keluarga mangsa  [ muslim ] menuntut supaya hukuman dilaksanakan. 
Ini kerana, Maqasid dan Hikmat pengsyariatan hukuman Qisas antaranya ialah untuk menjadikan mangsa kes berpuas hati  yang diistilahkan sebagai Al-Jabr di dalam Fiqh Islam. Justeru itu, hukuman itu dipilih dan diputuskan oleh keluarga mangsa, bukan oleh penjenayah sebagaimana yang digambarkan oleh sebahagian pihak yang mempertikaikannya.
3. Justeru itu, tidak timbul dalam kes Dato’ Sosilawati hukuman ini tidak praktikal atau tidak relevan jika di dapati pembunuhnya adalah non-muslim, justeru pemutus hukuman itu ialah keluarga Dato’ Sosilawati, bukan pembunuh dan penjenayah.
Ini adalah realiti hukum Qisas ,  terdapat perbezaan dengan sebahagian hukum hudud. Sebagai contoh, kesalahan meminum arak hukumannya adalah hudud. Kes ini menggariskan syarat pesalah yang tertakluk kepada hukuman Hudud berbeza dengan pesalah kes Qisas, di mana pesalah yang tertakluk kepada hukuman ini hanyalah golongan muslim . [ tidak kepada  non-muslim. ]
Titik perbezaan ialah, kesalahan membunuh bukan sahaja diakui oleh Islam sebagai jenayah, tetapi juga diakui oleh semua agama, semua bangsa, semua kaum, semua etnik dan semua manusia. Ini berbeza dengan kesalahan meminum arak, di mana kesalahan itu hanya menurut agama Islam dan beberapa agama samawi, tetapi ia tidak dianggap kesalahan bagi agama yang lain dan juga bagi mereka yang tidak beragama, sehinggalah kemabukan  yang hasil dari minum arak itu membawa kepada kemalangan atau jenayah.
4. Justeru itu, dalam bab meraikan kebebasan beragama dan berfahaman, kerajaan Islam tidak boleh menghalang golongan non-muslim meminum arak apatah lagi menjatuhkan hukuman hudud bagi non-muslim yang meminum arak. Ini kerana, kesalahan itu bersifat kesalahan agama, maka hukuman hudud dalam kes ini hanya tertakluk kepada orang Islam, bukan kepada non-muslim. Ini sebenarnya bagi merealisasikan maksud firman Allah swt di dalam surah Al-Baqarah ayat 256 yang berbunyi ‘tiada paksaan dalam agama’.
Jadi, semua kes yang melibatkan kesalahan dari sudut pandangan agama seperti tidak bersolat jumaat, tidak berpuasa dan seumpamanya, ia hanya melibatkan muslim , sementara non-muslim tidak terlibat langsung dalam kes seperti ini .
Tambahan pula, dalam kes Qisas terdapat mangsa yang memerlukan pembelaan, manakala di dalam kes Hudud arak, tidak terdapat mangsa yang memerlukan pembelaan. Yang ada hanyalah pesalah, iaitu peminum arak yang muslim, tetapi bukan mangsa.
5. Berkenaan point ke dua pula, adakah hudud hanyalah bersifat hukuman semata - mata  sehingga tidak melibatkan penyiasatan dan lain-lain . 
Jawapannya ialah, perundangan Islam seperti hudud, qisas dan ta’zir bukan sahaja bersifat penjatuhan hukuman, tetapi ia adalah sistem yang lengkap, iaitu bermula daripada berlakunya pembunuhan, penyiasatan, pembuktian, pendakwaan, penghakiman, penjatuhan hukuman dan sehinggalah kepada kesan penjatuhan hukuman seperti isu siapakah yang akan menanggung keluarga mangsa dan keluarga pesalah selepas si pesalah di jatuhkan hukuman bunuh. Sememangnya banyak media terutamanya media arus perdana milik pemerintah  banyak memomokkan hanya point ‘bunuh balas’ dengan ‘pancung dikhalayak ramai’ sehingga hukum Islam ini menjadi ‘alergik’ yang ditakuti oleh masyarakat bukan sahaja khusus kepada non-muslim, tetapi juga ditakuti oleh orang Islam yang ‘jahil agama’.
6. Artikel saya yang lepas,  sememangnya saya mengfokuskan tentang isu hak pendakwaan dan penyiasatan yang merupakan sebahagian daripada sistem lengkap perundangan Qisas. Di situ saya membezakan antara hak keluarga dan mangsa dalam sistem perundangan Qisas dibandingkan di dalam sistem perundangan konvensional. Di mana hak asli [tulen] penyiasatan, pembuktian dan pendakwaan adalah hak keluarga mangsa dan dibantu oleh kerajaan. 
Namun reality perundangan konvensional, keluarga mangsa bukan sahaja tidak berhak terlibat di dalam penyiasatan, pembuktian dan pendakwaan, malahan tidak berpeluang untuk akses kepada bukti dan cara siasatan.
Lantaran itu , apa yang didakwa [ oleh  beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan undang - undang Islam ] bahawa pegawai penyiasat, polis dan hakim boleh dirasuah dan terdedah manipulasi kes sebagaimana dalam sistem hari ini tidak akan berlaku.
Perbezaannya ialah, dalam sistem Islam, siasatan boleh dilakukan sendiri oleh keluarga mangsa jika  mereka berkemampuan. Jika mereka tidak berkemampuan, mereka boleh melantik golongan atau pihak yang berkemampuan, sama ada dengan sukarela atau dengan upah. Jika mereka tidak mampu mengupah disebabkan tiada kewangan, maka pada masa itu menjadi kewajipan ke atas kerajaan membantu keluarga mangsa seperti menyediakan kewangan dan kepakaran.
Mereka yang terlibat dengan pembuktian dan penyiasatan mempunyai interest atau kepentingan dengan keluarga mangsa, justeru mereka dilantik atau diupah oleh keluarga mangsa sendiri, bukan oleh pihak kerajaan. Maka, bagaimanalah pemimpin yang korup boleh merasuah dan menyuap pegawai penyiasat sebagaimana yang boleh berlaku di dalam sistem konvensional, kerana authority siasatan dilakukan sendiri oleh keluarga mangsa, atau orang yang dipercayai yang dilantik oleh keluarga mangsa.
7. Berasaskan kepada kenyataan ini ,  tidak timbul isu AG’s Chamber dan polis terdedah kepada sogokan supaya men’declare’kan NFA (no further action) dan ‘lack of evidence’ kerana mereka tidak berauthority membuat pengisytiharan tersebut. Yang berauthority menentukan sama ada NFA atau sebaliknya, atau menentukan ‘lack of evidence’ atau sebaliknya adalah keluarga mangsa, bukan AG’s Chamber atau polis sebagaimana di dalam sistem konvensional.
Dalam kes mendiang Al-Tantuya sebagai contoh, ruang-ruang penyelewengan terbuka cukup luas. Saya terlebih dahulu menghormati keputusan mahkamah dan tidak mahu mempertikaikan keputusan yang telah dibuat. Tetapi apa yang saya cuba bangkitkan di sini ialah, kita tidak boleh menolak keraguan dan hak mereka yang meragui beberapa isu di sebalik realiti yang berlaku. 
Keraguan itu timbul seperti tanda tanya adakah disebalik mereka yang didapati bersalah terdapat dalang yang lain atau tidak? Apakah kepentingan mereka-mereka yang didapati bersalah dengan mendiang Al-Tantuya? Adakah mereka yang didapati bersalah akan diampunkan? Jika dijatuhkan hukuman, boleh atau tidak kemungkinan mereka sebenarnya akan dibebaskan dengan senyap-senyap dan akan diberikan kemewahan di luar negara?
8. Kesemua kebarangkalian ini sebenarnya boleh berlaku. Jika orang politik yang terlibat, tidak mustahil mereka akan merasuah pegawai penyiasat untuk menutup bukti terhadap dalang di sebaliknya, tidak mustahil lembaga pengampunan akan memberikan keampunan jika mereka mempunyai hubungan dengan mereka-mereka yang terlibat dengan jenayah, tidak mustahil mereka yagn didapati bersalah dikatakan telah dijatuhkan hukuman tetapi sebenarnya dilepaskan dengan diberikan kemewahan di luar negara seperti Australia dan lain-lain. Semua kemungkinan ini boleh timbul dalam realiti sistem perundangan konvensional.
Semua kebarangkalian ini boleh berlaku justeru disebabkan keluarga mangsa bukan sahaja tidak berhak terlibat di dalam penyiasatan dan pembuktian, tetapi sehinggakan tidak berhak untuk akses kepada maklumat pembuktian. Tambahan pula, keluarga mangsa lansung tidak ada hak dalam pengampunan si penjenayah dan juga tidak terlibat sewaktu hukuman di jatuhkan.
9. Berbeza dengan sistem perundangan Islam, semua kebarangkalian ini akan tertutup justeru keluarga mangsa adalah pemilik asal kepada authority untuk menyiasat dan mengumpulkan bukti, tidak sebagaimana di dalam sistem konvensional. Mereka juga adalah pemilik asal terhadap hak untuk membuat pendakwaan jika cukup bukti dan menarik  semula pendakwaan dan pertuduhan jika bukti tidak mencukupi. 
Jika tertuduh di dapati bersalah, maka hak mengampunkan adalah hak asli  [ tulen ] keluarga mangsa yang mempunyai interest atau kepentingan dengan si mangsa, bukan lembaga pengampunan yang tidak mempunyai interest atau kepentingan dengan mangsa dan keluarganya. Maka jika keluarga mangsa ingin menuntut qisas, maka perlaksanaan boleh dilakukan sendiri oleh keluarga mangsa, bukan oleh pihak penjara.
10. Dalam kes contoh ini, saya menghormati keputusan mahkamah dan tidak  mahu mempertikaikan keputusan mahkamah dalam isu ini. Tetapi saya cuba membangkitkan tanggapan-tanggapan yang boleh timbul berkenaan isu ini sebelum  ia di bawa ke mahkamah dan selepas diputuskan oleh mahkamah, bukan keputusan mahkamah itu sendiri. 
Begitu juga dengan hakim yang bukan sahaja perlu seorang yang layak menurut ciri-ciri Islam, tetapi juga mendapat persetujuan daripada mereka yang tertuduh dan menuduh. Ini seperti hakim dalam kes penghukuman terhadap Bani Quraizah dan Saidina Ali yang menuduh seorang Yahudi mencuri baju besinya. Hakimnya adalah bukan sahaja seseorang yang adil dan baik yang mencukupi syarat hakim, tetapi ianya dipersetujui oleh kedua-kedua pihak yang terlibat.
11. Di dalam Islam, kadangkala penyiasatan boleh berlaku secara terbuka yang melibatkan saksi yang ramai bagi mengelakkan berlakunya manipulasi bukti dan kerelaan saksi dan tertuduh yang terlibat. 
Di dalam kitab Tabsirah Al-Ahkam ada meriwayatkan tentang seorang lelaki yang  membawa harta yang banyak mengembara dengan sekumpulan lelaki. Tiba-tiba, lelaki tersebut tidak pulang bersama-sama rombongannya. Rombongan tersebut memberitahu kepada anak lelaki tersebut bahawa ayahnya telah meninggal. Anak itu bertanya ke manakah pergi hartanya yang banyak? Mereka menjawab tidak ada.
Kemudiannya anak kepada lelaki yang hilang tersebut membawa kes itu kepada Saidina Ali yang merupakan khalifah pada waktu itu. Mereka yang terlibat disoal-siasat seorang demi seorang secara berasingan. Soal siasat itu dihadiri oleh bukan sahaja keluarga mangsa, tetapi dihadiri juga penulis keterangan, saksi-saksi  bebas bagi memastikan perjalanan soal siasat itu berjalan dengan adil.
Seorang demi seorang mereka yang tertuduh disoal dan memberikan jawapan dihadapan khalayak. Setiap tertuduh diambil dan ditulis maklumat tentang bagaimanakah keadaan lelaki yang mati itu, pada hari apakah beliau bertolak, dimanakah beliau singgah, apakah punca kematian, apa yang berlaku kepada hartanya yang banyak, siapakan yang memandikannya, siapakah yang mengkapankannya, siapakah yanag menyembahyangi jenazahnya, di manakah ia dikuburkan dan lain-lain soalan. Setiap seseorang menjawab di hadapan orang ramai dengan jawapan yang berlainan.
Setiap kali selesai penyiasatan setiap individu, Saidina Ali bertakbir yang juga turut disambut oleh orang ramai. Ini menyebabkan, tertuduh-tertuduh yang tidak mengetahui apakah jawapan sahabatnya yang sedang disoal siasat menyangka takbir tersebut dilaungkan oleh Saidina Ali dan orang ramai bersamanya justeru sahabatnya yang sedang disoal siasat sudah mengaku perbuatannya. 
Dalam pusingan berikutnya, Saidina Ali dan orang-orang yang bersamanya melakukan perkara yang sama, iaitu melaungkan takbir di setiap akhir sesi soal jawab. Setiap tertuduh terbabit merasakan sahabat-sahabatnya telah mengaku dan setiap mereka akhirnya menceritakan perkara sebenar, iaitu mereka telah merampas harta lelaki tersebut dan seterusnya membunuhnya.
11. Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah, sewaktu soal siasat itu berlansung, ia bukan sahaja di hadiri oleh keluarga si mangsa, tetapi juga di hadiri oleh saksi-saksi bebas, guna bagi mengelakkan manipulasi bukti dan statement pengakuan oleh mereka yang dituduh dan yang terlibat.
Realitinya, di dalam sistem perundangan konvensional langsung tidak memberikan hak keluarga mangsa untuk mengakses bukti-bukti dan juga statement-statement saksi dan tertuduh, berbeza dengan sistem Qisas Islam. Inilah dia ruang rasuah, korupsi dan manipulasi yang terdapat dalam sistem konvensional, tetapi tidak terdapat di sistem Islam.  
12. Adapun berkenaan dengan point yang ke tiga, iaitu korupsi yang berpunca daripada akhlak individu, bukanlah sesuatu yang dinafikan. Tulisan  saya yang lepas, tidak pernah sama sekali menafikan tentang akhlak  menjadi punca korupsi yang berlaku di dalam negara. Tetapi apa yang ditekankan di dalam tulisan tersebut ialah kita perlu keluar daripada kotak pemikiran bahawa punca korupsi itu hanyalah semata-mata berpunca dan disebabkan oleh moral dan akhlak mereka yang terbabit.
Di samping bersetuju dengan akhlak dan sikap korup individu pemerintah adalah antara punca korupsi, dalam masa  yang sama saya mengajak orang ramai berfikir kepada perkara yang di luar dari kotak permasalahan tersebut, iaitu bagaimana sistem hari ini memberikan ruang dan peluang kepada golongan korup melempiaskan hawa nafsu mereka.
13. Realitinya ialah , akhlak sahaja tidak memadai untuk memastikan negara tidak korup tanpa  wujudnya sistem yang baik. Jika apa yang disebutkan pengkritik artikel saya sebelum ini , bahawa semua individu terdedah kepada korup tanpa mengira muslim atau non-muslim adalah satu reality tanpa mengira muslim atau non-muslim, ini bermakna sesiapa sahaja yang kita lantik susah untuk dipastikan dia tidak korup, justeru korup atau tidak hanya terbukti selepas ia memerintah. Kalau yang baru naik memerintah itu cerdik politik , korupsinya akan terselindung, kalau dia ‘bodoh politik’, atau ‘cerdik politik’ tapi pembangkang lebih kuat dan lebih cerdik dari pemerintah, maka korupsinya akan terdedah juga.  
14. Dalam statement pengkritik [ yang mengkritik artikel saya yang lalu ] , bahawa semua  orang terdedah kepada korup. Kenyataan itu bermaksud kalau kita tukar pemimpin UMNO sekarang yang kita anggap sebagai korup, adakah kita boleh yakin pemimpin yang akan menggantikan UMNO dalam sistem UMNO yang sama tidak korup macam UMNO?  
Pula , kalau kita yakin bahawa muslim atau non-muslim sama ada di dalam PAS, PKR , DAP dan lain-lain parti terdedah kepada korup, lalu bagaimana kita boleh yakin mereka boleh menggantikan UMNO?
Jika non-muslim dan muslim sendiri dalam kontek Malaysia tidak boleh dijamin mereka tidak korup, dan juga justeru tidak ada alat untuk scan bahawa pemimpin alternative tidak korupsi sebagai yang sedia ada, maka di sinilah relevannya saya mengajak semua rakyat Malaysia berfikir tentang sistem yang boleh menutup ruang naiknya golongan yang korup sebagai pemerintah atau menutup ruang korupsi atau paling kurang tidak memberikan ruang yang luas bagi golongan korup yang terlantik melempiaskan nafsu korupsinya. 
15. Dalam Islam, pemerintah adalah “pengurus bagi pihak rakyat” dan ia bukan owner kepada negara, sama ada bukan owner terhadap harta negara, tetapi juga bukan owner kepada perundangan negara. Pemimpin di dalam Islam seperti ‘pengurus kedai runcit’, di mana ia bukan pemilik kepada hasilan jualan dan juga bukan pemilik kepada sistem dan peraturan syarikat yang diuruskannya justeru dia tidak berhak mengubah sistem dan peraturan yang telah ditetapkan oleh tuannya.
Tuan dan pemilik  rangkaian - rangkaian perniagaan kedai runcit yang bijak, ia akan lebih menekankan sistem yang digunapakai seperti 'Pos System', mempertingkatkan Standard of Procedure (SOP), memasang CCTV di kaunter wang dan lain-lain, guna untuk memastikan pengurus tidak menyalahgunakan kuasa dan  melarikan wang jualan. Lalu, sistem itu mestilah sistem yang boleh memberikan peluang yang minimum atau mensifarkan peluang kepada pengurus untuk melakukan penyelewengan. Kemudian barulah isu akhlak dan moral pengurus dibangkitkan.
16. Kalau owner kepada rangkaian runcit tadi hanya memikirkan pekerjanya yang terbukti sudah menyeleweng, kemudian memikirkan siapakah bakal calon yang akan ditemuduga tidak menyeleweng, bagaimana mahu dikenalpasti bakal pengganti kepada pengurus rangkaianya yang telah dibuang disebabkan penyelewengan, maka masalah penyelewengan dalam business yang besar tidak akan selesai melainkan ownernya juga mesti mencari sistem dan cara terbaik untuk menutup ruang penyelewengan pengurus-pengurus yang dilantik.
Oleh kerana itu, kita  melihat kedai-kedai runcit kecil yang biasapun sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi membeli sistem audit dan sistem rekod seperti Pos Sistem dan lain-lain, guna bagi mengelakan berlakunya penyelewengan.
17. Begitulah ibarat yang boleh dilihat dalam kontek mengenengahkan pentingnya sistem di samping akhlak dan moral mereka yang memegang amanah dan tanggungjawab. Bahkan sebenarnya, sistem yang baik di dalam negara adalah jauh lebih penting berbanding sistem yang baik di dalam rangkaian perniagaan justeru urusan negara jauh lebih rumit, besar dan penting berbanding urusan perniagaan.
Ringkasnya, step utama dan pertama yang terbaik untuk menangani korupsi ialah sistem itu sendiri mestilah dipastikan dapat meminimumkan atau mengsifarkan peluang perasuah dan penyeleweng dariapda merasuah dan melakukan penyelewengan. Selepas kita memastikan sistem kita adalah sistem terbaik, barulah kita pergi kepada moral dan akhlak mereka yang mengunakan, menjalankan atau terlibat dengan sistem tersebut.
Tambahan pula, korupsi atau tidak seseorang pemerintah bukanlah sesuatu yang senang untuk dikesan. Hari ini, kita mungkin tidak berpuashati dengna moral dan akhlak pemimpin UMNO, selepas ini kita belum tahu pemimpin yang akan kita lantik ,. tidak seperti akhlak dan moral pemimpin UMNO pada hari ini justeru tidak ada alat yang boleh scan dan detect hati dan niat seseorang, sama ada dia adalah orang yang korup, berkepentingan atau tidak. Adalah tidak wajar kita hanya memperjudikan nasib kita untuk menunggu orang yang kita lantik terbukti korup atau tidak tanpa kita juga bergantung kepada sistem yang baik.
18. Menurut Islam, mencegah berlakunya rasuah dan korupsi itu bukan sahaja nilai moral dan akhlak individu pemegang amanah. Tetapi benteng utama penutupan pintu rasuah dan korupsi ialah sistem, kemudian barulah individu pelaksana sistem. Justeru itu, isu korupsi yang terdedah dalam kes pembunuhan, terlebih awal dicover oleh sistem Qisas itu sendiri bagi menutup mereka yang korup, berkuasa, kaya dan sebagainya memanipulasi kes yang akhirnya menjadikan mangsa jenayah tidak terbela.
Justeru itu, rakyat sepatutnya diajak berfikiran lebih terkehadapan, iaitu selain kita memikirkan untuk mencari pemimpin yang bermoral dan berakhlak, kita perlu mula memikirkan tentang sistem terbaik bagi menggantikan sistem yang sebenarnya sudah terbukti kegagalannya dalam mencegah jenayah, menginsafkan penjenayah dan juga menutup ruang pemimpin korup melempiaskan nafsu mereka.
19. Saya sebenarnya sangat bersetuju dengan beberapa pandangan pengkritik , yang menyatakan punca korupsi hari ini ialah moral mereka yang terbabit. Tetapi apabila  mereka menyatakan muslim corrupt, non-muslim juga corrupt, llalu macamana sebenarnya kita nak mencegah corruption ini? 
Jika non muslim tidak corrupt, kita boleh melantik non-muslim. Kalau non-muslim  juga korup, lalu kita nak lantik siapa? Kalau tidak ada orang  yang tidak terdedah kepada korup dan tidak ada alat yang boleh scan siapa corrupt dan siapa tidak corrupt, jadi bagaimana kita  mahu mengatasi korupsi ini ? 
Justeru persoalan-persoalan ini sebenarnya menyebabkan artikel saya yang lepas mengajak rakyat supaya menganjak paradigma daripada berbincang tentang korupsi individu-individu pemimpin kepada perbincangan sistem terbaik di samping isu akhlak dan moral pemerintah.
20. Saya berpendapat bahawa, sistem yang korup melahirkan pemimpin yang korup dan memberikan peluang yang luas kepada golongan korupsi melempiaskan nafsu mereka. Manakala sistem yang baik menjadikan orang yang korup tidak berpeluang  melakukan korupsi manakala orang yang bijak menyembunyikan korupsinya juga tidak  berpeluang untuk melempiaskan nafsu korupsinya.
Sejarah Islam seperti yang diceritakan di dalam surah Saba’, pemimpin yang korup jika ingin melempiaskan nafsu korupsinya, maka perkara pertama yang dia perlu buat ialah, membuang sistem Islam tersebut. Selepas sistem itu tidak ada atau tidak diguna pakai, kemudian barulah pemerintah yang korup boleh melempiaskan nafsu korupsi dan menyembunyikannya daripada orang ramai.
21. Terakhirnya ialah, pengalaman ‘dark age’ barat yang menjadi mimpi ngeri sehingga menyebabkan mereka terlalu takut untuk menyebut ‘god’s law’ , tidak boleh di samakan dengan sistem pemerintahan Islam. 
Cuma saya tidak mahu panjangkan isu sejarah ini untuk tidak melarikan fokus asal berkenaan dengan Qisas dan perbandingannya dengan realiti undang-undang konvensional. Selepas selesai isu ini, jika ada kelapangan masa yang sesuai , kita boleh bincangkan perbezaan besar  realiti God’s Law di dalam sejarah Eropah dan Shariah Law di dalam sejarah Khilafah Islam.
PENUTUP.
Ringkasnya, negara yang adil, kuat dan makmur akan tercapai bukan sahaja bergantung kepada pemerintah yang bermoral, tetapi juga bergantung kepada sistem yang diguna pakai.
Oleh itu, apabila jenayah yang semakin menjadi-jadi, korupsi semakin jelas kelihatan, pemerintah yang korup tidak berhenti bahkan bersilih ganti. Maka tibalah masanya kita sama-sama membuka dan menganjak paradigma kita untuk memikirkan tentang sistem. Lalu saya cadangkan sistem Islam sebagai sistem terbaik jua sebagai alternatif di atas kegagalan sistem yang sedia ada untuk membendung rasuah dan jenayah .
Juga apa yang saya seru ialah, supaya kita semua cuba berbahas perkara dan realiti ini secara harmoni, tanpa prejudis, tanpa meletakkan ‘taji’ dikaki, supaya kebenaran dapat dinilai tanpa ada pihak yang terguris.

Peneroka Desak Ahmad Tarik Balik Tuduhan

IMG_5742KUALA LUMPUR 11 Okt - Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman hari ini mendesak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menarik balik tuduhan tidak berasas terhadap peneroka Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) yang menguruskan kebun mereka sendiri yang digambarkan seperti hutan yang penuh dengan babi, ular sawa, tikus dan kumbang.

Mazlan berkata kenyataan Ahmad itu disifatkannya sebagai tidak bertanggunjawab dan tidak wajar sebagai seorang yang bergelar menteri.

Ahmad katanya turut mendakwa wang tanam semula RM17,000 diguna peneroka membeli motor, kereta dan membaiki rumah.

"Beliau mesti menarik balik kenyataan yang mengguris perasaan lebih 14,000 peneroka sawit yang mengurus kebun mereka secara persendirian dengan kadar segera.

"Jika tidak laporan polis besar-besaran akan dibuat di seluruh negara," tegas beliau.

Dalam pada itu, Mazlan turut mempersoalkan sama ada Felda memberi kebebasan kepada peneroka untuk mengurus kebun secara persendirian.

"Felda pada masa yang sama telah mengeluarkan pekeliling melarang peneroka berbuat demikian. Kalau tiada paksaan, kenapa agensi itu mengeluarkan pekeliling mengugut peneroka agar mencabut anak sawit yang telah ditanam secara persendirian?" soalnya.IMG_5752

Apa yang mengecewakan menurut beliau, terdapat peneroka yang telah menanam sendiri hampir 10 tahun, namun wang tanam semula yang dijanjikan tidak diperolehi.

"Kita mendesak Ahmad dan Felda jangan berdolak dalik, sebaliknya menjelaskan bayaran wang tanam semula dalam masa tiga bulan.

"3,000 peneroka di Pahang sekarang ini masih lagi menunggu wang tanam semula mereka. Jika mereka melunaskan janji tersebut, kita akan atur rombongan peneroka setiap minggu ke Ibu Pejabat Felda di jalan Semarak setiap minggu," katanya lagi.

Katanya, kumpulan pertama yang akan dihantar adalah dari Felda Gugusan Sungai Dusun Ulu Selangor yang dijanjikan wang tanam semula oleh Felda pada pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

"Jika tidak dapat wang tanam semula, peneroka tidak teragak-agak membawanya ke mahkamah.

"Mahkamah adalah jalan terakhir setelah perundingan yang dibuat begitu lama namun sehingga kini belum lagi dibayar,"  tegas Mazlan dalam sidang media yang diadakan bersama rombongan peneroka di lobi parlimen, hari ini.

Turut hadir dalam sidang tersebut, wakil-wakil peneroka yang menanam sendiri dan bekas kakitangan yang bekerja hampir 30 tahun Felda.

Walaupun Guna Rahimi Umno-BN Tidak Mampu Sekat Kemaraan PR

johari1SHAH ALAM 11 Okt - Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman dipaksa menandatangani akuan bersumpah kes Fitnah II sebagai terlalu kerdil untuk menyekat gelombang kemarahan rakyat terhadap Umno-Barisan Nasional. "Bagi saya, ini lebih merupakan serangan politik dan bukannya pertuduhan jenayah.
"Apa yang terjadi adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan menggunakan taktik dan skrip yang sama yang dilakukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa konspirasi menjatuhkan timbalannya ketika itu.
"Dr Mahathir menggunakan seluruh jentera kerajaan termasuk pihak polis dan peguam negara untuk bersengkokol dengan beliau," ujar beliau. Menurut Johari, serangan politik itu telah menyebabkan Umno-Barisan Nasional kehilangan lima buah negeri serta dua pertiga majoriti di Parlimen.Tindakan serupa yang dibuat Najib akan menyebabkan Umno-BN akan kehilangan satu Malaysia.
"Najib nampaknya tidak belajar daripada kesilapan. Kehidupan manusia ini singkat tetapi nilai kemanusiaan itu akan berkekalan. "Rakyat akan terus bercakap dan perkara yang difikir secara logik akal dan tidak boleh diterima akan ditolak," kata Johari kepada Suara Keadilan.

Sidang Kemuncak Wanita Pertama Satu Pembaziran


azan10SHAH ALAM 11 Okt - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menganggap Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang menjadi projek idaman isteri Perdana Menteri, Dati Seri Rosmah Mansor yang berlangsung esok adalah pembaziran semata-mata dan tidak sensitif kepada kesengsaraan kehidupan rakyat yang dibelenggu masalah ekonomi dan bebanan kos barangan yang meningkat.

Beliau menganggarkan kos untuk menganjurkan sidang kemuncak tersebut termasuk kos pengangkutan Wanita Pertama dan delegasi masing-masing ke Kuala Lumpur, penginapan, makan dan minum, keselamatan, hiburan dan kos berkaitan adalah sekitar RM20 hingga RM30 juta untuk acara tiga hari tersebut.

"Ini jelas satu pembaziran kerana di tengah-tengah ekonomi negara sedang 'sakit' isteri Perdana Menteri mengadakan acara bertaraf negara yang difikirkan tidak perlu dan tidak sesuai dengan agenda memulihkan ekonomi negara.

"Dari mana datangnya semua perbelanjaan sidang kemuncak tiga hari ini kali tidak dari perbendahraan negara. Saya anggap mereka datang ke sini lebih untuk melancong yang dibayar oleh rakyat Malaysia daripada menghasilkan sesuatu yang betul-betul konkrit.

"Apakah objektif sebenar sidang kemuncak ini? Kalau hendak berbincang mengenai isu pendidikan kanaka-kanak tidak perlu adalah sidang kemuncak. Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempunyai kepakaran masing-masing dan boleh diadakan simposium atau seminar. Mengapa mahu belanja berjuta-juta untuk tujuan ini?," kata Azan kepada Suara Keadilan.

Melihat kepada aturcara program tiga hari tersebut yang dipaparkan dalam laman sesawang www.firstladiessummit.org, Wanita Pertama, Menteri dan pegawai kanan mereka akan dihidangkan dengan pelbagai acara sepanjang mereka berada di Malaysia.rosmah_altantuya

Antaranya persembahan kebudayaan, pertunjukan fesyen, Pusat Pendidikan Awal Permata di Putrajaya dan diakhiri dengan lawatan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Seramai 16 wanita Pertama mengesahkan kehadiran mereka dari Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.

Lapan lagi negara iaitu Azerbaijan, Ecuador, Equatorial Guinea, Guinea Bissau, Indonesia, Sudan, Thailand dan Tunisia menghantar menteri bagi mewakili wanita pertama negara masing-masing manakala tujuh negara, Oman, Qatar, Turki, Emiriah Arab Bersatu, Yaman, Afghanistan dan Iran turut menghantar menteri bagi menyertai persidangan itu.

Rosmah akan mempengerusikan sidang kemuncak bertemakan ‘Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok’ yang bertujuan memperkasakan kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa depan.

ETP: PM Digesa Jelaskan Langkah Kerajaan Peroleh RM454 Billion Dalam Ucapan Bajet 2011 Jumaat Ini

IMG_5695KUALA LUMPUR 11 Okt - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bagaimana kerajaan Umno-BN bercadang mendapatkan sejumlah RM454 billion untuk kesemua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar mereka dapat melaburkan wang tersebut dalam Pelan Transformasi Ekonomi (ETP). Katanya, penjelasan itu hendaklah dibuat pada ucapan Bajet 2011 yang akan dibentangkan Najib pada Jumaat ini termasuk menerangkan tentang apa tindakan kerajaan untuk memastikan pelaburan sebanyak RM850 billion daripada sektor swasta dapat diperolehi.
Menurut beliau, sebanyak RM1.44 trillion diperlukan bagi melaksanakan 131 pelan pembangunan ETP seperti dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang dipengerusikan oleh Datuk Idris Jala di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Daripada jumlah itu, katanya kerajaan Umno-BN mengharapkan 60 peratus sumbangan pelaburan daripada sektor swasta sepenuhnya dan 32 peratus daripada GLC, manakala baki 9 peratus akan ditanggung oleh kerajaan Umno-BN.
"Kita perlu mengetahui sama ada GLC dapat menampung RM454 billion atau 32 peratus seperti yang diharapkan oleh kerajaan Umno-BN.
"Jika dilihat kepada jumlah modal pasaran yang dipunyai oleh 20 syarikat GLC teratas yang disenaraikan di Bursa Saham, hanya berjumlah RM266 billion, maka bagaimana kerajaan Umno-BN bercadang mendapatkan bakinya?" soal Tony dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.
Tambah beliau, hanya ada dua cara sahaja GLC dapat menampung kos ini iaitu pertama, setiap GLC mengambil pinjaman berjumlah ratusan juta ringgit atau kedua untuk memastikan kesemua pemegang kepentingan dalam GLC berkenaan mengeluarkan ratusan juta ringgit dari poket sendiri.
"Saya tidak mempertikaikan kemahuan politik kerajaan Umno-BN tetapi saya tidak faham bagaimana kerajaan Umno-BN boleh meletakkan harapan sebegitu tinggi sedangkan angka sebenar penilaian GLC langsung tidak menggambarkan sebegitu?" tegas beliau.
Menurut Tony, 20 GLC terbesar itu juga menanggung hutang sebanyak RM38.65 Billion yang juga perlu dilunaskan, maka GLC terpaksa menanggung bukan sahaja beban pelaburan tetapi juga beban hutang setiap tahun.IMG_5710
Sementara itu bercakap dalam sidang media yang sama, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mempertikaikan percanggahan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui ketika menjawab soalan beliau di Parlimen yang menyatakan kerajaan Umno-BN masih belum membuat keputusan berkenaan cadangan pembinaan loji nuklear.
Katanya, beliau mendapati pembinaan logi nuklear telahpun dimasukkan sebagai salah satu daripada 131 projek ETP yang dicadangkan oleh Pemandu di bawah JPM.
"Ini sama seperti projek pembangunan Kuala Lumpur yang dikatakan masih dalam perancangan tetapi telah pun disertakan di dalam ETP, maka saya ingin bertanya adakah ini hanya satu janji manis Umno-BN memuaskan hati rakyat?
"Dan juga untuk menunjukkan bahawa kerajaan Umno-BN kononnya sedar dan sentiasa akan mengambil langkah yang hanya akan membawa kebaikan kepada rakyat?" soal Santiago lagi.
Beliau bagaimanapun turut mempersoalkan sejauh mana kejayaan pelan pembangunan ETP yang dibentangkan oleh Pemandu dapat dijayakan kerana sehingga kini tiada bukti atau sumber yang dapat menyatakan pelan-pelan ini dapat menggerakkan ekonomi di masa hadapan.
"Apa yang saya lihat hanya pelan 'hypothetical', pelan yang mungkin boleh dan bukannya pelan yang terbukti akan berjaya menggerakkan ekonomi," jelas beliau.

Impian Najib suatu pembohongan

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Rakyat, khususnya bukan Melayu dinasihatkan supaya tidak terpengaruh oleh impian terbaru yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam di Perhimpunan Tahunan Agung MCA ke-57.
Demikian peringatan daripada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mustaffa Kamil Ayub.
Najib, Perdana Menteri berkata, BN mesti disokong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya Malaysia boleh dipacu menjadi negara kelas pertama abad ke-21 melalui Program Tranformasi Ekonomi (ETP) sekarang.
Selepas Strategi Reformasi Inisiatif (SRIs), iaitu bahagian pertama dari Model Ekonomi Baru (MEB) yang berakhir pada Mac lalu mendorong pentadbiran Najib mengunjurkan pertumbuhan KDNK 6 peratus melalui ETP.
“Saya tidak ada masalah dengan sasaran 6 peratus untuk 2011-2020 yang mahu dicapai kerana itu adalah suatu impian,” kata Mustaffa kepada Harakahdaily.
Tetapi, katanya kalau melihat pada pertumbuhan KDNK pada Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8) dan RMK9 yang masing-masing adalah 4.7 peratus dan 4.2 peratus; adakah impian Najib ini suatu yang realistik, atau sekadar mahu menipu rakyat semata-mata.
Sepatutnya, kata beliau Najib mesti mempunyai komitmen yang lebih dalam menangani kepincangan nilai dalam urus tadbir negara.
Beliau menambah, rasuah, kronisme, politik perkauman yang ekstrem merupakan antara faktor utama yang menghalang dunia melihat Malaysia sebagai hub pelaburan yang sihat.
Selagi Umno BN menjadi parti rasis dalam negara, ujarnya selagi itu rakyat masih dibelenggu dengan budaya Zenofobia atau semangat membenci orang-orang asing.
Katanya lagi, aksi mengarak kepala lembu, bakar dan vandalisme surau serta rumah ibadat adalah antara fenomena zenofobia yang sedang memisahkan dunia dengan negara.
“Sebab itu, rakyat perlu meninggalkan Umno BN pada PRU13 kelak. Impian Najib bertujuan menipu rakyat pada PRU13 nanti,” ujarnya.
Justeru, beliau mengajak rakyat supaya mengangkat politik nilai dan menolak politik pembohongan Najib.

Info Tak Enak Dato' Rahman Palil, Suspek Terbaru Kes Bunuh Sosilawati

Abdul Rahman Palil..tiba-tiba namanya jadi gah hari ini. Gah bukan kerana apa, tapi gah kerana kes bunuh. Dia dilaporkan oleh Malaysiakini sebagai individu yang melindungi suspek kes bunuh Sosilawati. Lagipun dia merupakan pengarah syarikat yang dibawahnya turut disertai oleh suspek. Kalau nak tubuh syarikat, mesti ada kenal satu sama lain. Jadi nampaknya si Rahman Palil ni kena bebenor dengan suspek pembunuh ini.
Dan sebelum ini pun, bekas Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Selangor yang mula jawat jawatan sejak 2004 ini seringkali terpalit dengan kes roswah dan penyelewengan. Antaranya :
Didapati bangkrap kerana menipu dalam urusan jual beli tanah (sini)
Skandal PKFZ. Beli RM 3 sekaki, jual pula RM 29.. (sini)
Bahkan dia sebenarnya menang free dalam Pilihanraya Umum lalu kerana ada seekor mamat PKR yang tak hadir hari penamaan kerana pergi 'bercuti' di Port Dickson. Bahkan dikatakan mamat berudu yang cepat sangat bertukar katak ini sebenarnya dibeli oleh adun umngok sementa ini..
Apalagi polis, jadikanlah dia ni sebagai suspek juga. Sebab nampak sangat si suspek pembunuh ini dilindungi oleh orang 'besar' yakni orang politik. Untung-untung kalau mahkamah dapati dia bersubahat dalam pembunuhan bersiri peguam itu, maka ber'PRK' lah kita buat kali ke-14. Ye lah, dia pun pernah kata tak nak bertanding PRU 2008 lepas (sini)..tut, tup..dia bertanding juga sebab tahu dah menang free..

Gred baja Felda diragui

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Bekas kakitangan Felda, Khamis Saad hari ini mendedahkan bukti mengenai penipuan Felda dalam gred baja yang dibekalkan kepada peneroka.
Beliau yang juga Pengerusi Alumni Bekas Peneroka Felda berkata, baja yang dibekalkan oleh Felda telah dicampur dengan pasir menyebabkan kandungan aslinya berkurangan.
"Baja yang datang daripada Jerman yang dibekalkan kepada peneroka yang dibekalkan melalui syarikat-syarikat tertentu di Malaysia, kemudian dibungkus balik poleh Felda kemudian dicampur dengan pasir yang menyebabkan kualiti berkurangan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di parlimen hari ini yang diiringi Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
Menurutnya, zat tambahan yang terdapat dalam baja asli dapat meningkatkan pengeluaran minyak sawit dan getah.
"Daripada saya bekerja daripada tahun 70-an sehingga 90-an inilah baja yang kami pakai yang tidak berkualiti menyebabkan pengeluaran tidak memuakan," katanya.
Menurut Mazlan pula, salah satu sebab peneroka enggan mengikuti program tanam semula dengan Felda adalah kerana faktor baja yang didedahkan itu.
"Kenapa salah satu sebab peneroka tidak mengikuti program tanam semula kerana Felda membekalkan baja yang sangat diragui kualitinya.
"Potongan yang dibuat sangat tinggi dalam setiap bulan lima hingga tujuh ratus untuk baja sahaja dan untuk setiap tahun tujuh hingga lapan ribu sedangkan hasilnya begitu rendah," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Mazlan turut menyentuh isu wang tanam semula yang belum dilunaskan oleh Felda seperti yang dijanjikan kepada peneroka.
Turut bersama dalam sidang media itu ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli yang juga Bendahari PAS Pusat.