Sabtu, 9 Oktober 2010

Nurul seeks feedback on race for No 2


(The Star) - Not all leaders in PKR think it is wise for Nurul Izzah Anwar to go for the deputy president’s post despite the push by Datuk Zaid Ibrahim.
Party vice-presidents Azmin Ali and Mustafa Kamil Ayub Azmin cautioned Nurul Izzah that public perception might say a family dynasty was forming if mother and daughter held the two top posts in the party. Nurul Izzah’s mother is party president Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.
However, both said they would respect her decision.
Nurul Izzah said Zaid’s “ultimate political sacrifice” to pull out from contesting the number two post if she was contesting the post had caught her by surprise.
“This is news to me. I need to consult the ground as well as party elders before making my official statement,’’ she said.
The Lembah Pantai MP said this in response to Zaid’s announcement on Thursday that he was prepared to pull out of the race to campaign for her.
However, Zaid did not discount the possibility of contesting the presidency if the move would favour Nurul Izzah.
Among those who have qualified to contest the party deputy presidency are Azmin and Mustafa; Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, strategic director Tian Chua and party president Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim.
Nurul Izzah, who has also qualified to contest the vice-presidency, has received nominations from Keningau, Ampang and Pensiangan to contest the deputy presidency.
Zaid had said PKR needed leaders like Nurul Izzah who were “brave, dynamic, professional and outspoken.”

Isu Wang Ehsan, Royalti Minyak Tidak Jejas Peluang BN Di Galas

KUALA LUMPUR: Isu pemberian wang ehsan dan royalti minyak buat rakyat Kelantan tidak akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) untuk memenangi kerusi pilihan raya kecil di Galas, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Sabtu.
Katanya isu itu tidak akan menjejaskan peluang BN dalam pilihan raya kecil itu kerana ianya adalah isu di peringkat nasional.
"Yang penting di peringkat negeri, kita sudah agihkan wang ehsan dan rakyat sudah mulai menerima wang ehsan tersebut, jadi isu ini tidak relevan lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai strategi pembangkang yang bakal membangkitkan isu-isu sensitif termasuk isu wang ehsan dan royalti minyak.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat dari Pas, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lepas.
Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang daripada BN, mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu pada 26 Oktober ini dan jika ada pertandingan tarikh pilihan raya ditetapkan pada 4 November.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata mesyuarat rasmi pertama antara Pengarah Pilihan Raya Kecil Galas iaitu Tengku Razaleigh Hamzah bersama jentera pilihan raya BN Isnin ini.
"Kita akan mengadakan pertemuan besar kemungkinan Isnin ini di mana butir-butir terperinci akan kita bincangkan termasuklah program yang akan kita laksanakan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan ke Galas Rabu ini untuk bertemu dengan jentera pilihan raya bagi membincangkan strategi pilihan raya kecil kali ini, katanya. - BERNAMA

Rosmah Mansor Rampas Hak Raja Permaisuri Agung ?

Gambar hiasan

Isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu dikatakan menghina Raja Permaisuri Agung dengan merampas gelaran yang pada sisi Perlembagaan adalah hak Tuanku Nur Zahirah yang selayaknya digelar Wanita Pertama Malaysia.

"Imej beliau di kalangan Wanita Pertama negara Eropah dan Amerika Syarikat sudah tercalar. Mereka tidak mahu dikaitkan dengan beliau yang terpalit dengan bermacam-macam tuduhan yang memalukan negara.

"Yang peliknya bagaimana seorang yang tidak layak memanggil dirinya wanita Pertama atau First Lady dari segi Perlembagaan Persekutuan boleh menganjurkan sidang kemuncak yang mengumpulkan wanita Pertama negara lain walhal beliau sendiri bukan dalam kedudukan itu. Ini amat memalukan imej negara," kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi Suara Keadilan.

Zuraida berkata tindakan Rosmah membelakangkan Tuanku Nur Zahirah dengan 'menyamar' sebagai wanita Pertama adalah sesuatu yang mencerminkan kejelekan peribadi beliau.

Malah lebih memalukan dakwaan Rosmah yang mengaku sebagai Wanita Pertama Malaysia dipertikai bukan sahaja oleh pakar Perlembagaan dan juga rakyat negara tetapi pernah dibahaskan semasa sidamng Parlimen.

Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Memang kita sudah bawa isu ini di dalam Parlimen dan saya sudah pun membahaskan perkara ini pada sidang yang lepas. Jadi kita akan teliti lagi sekali dan saya akan persoalkan mengapa kerajaan boleh berikan peruntukan dana awam untuk sidang kemuncak ini serta apa peranan dan keperluan penganjuran sidang berkenaan?

"Meskipun telah beberapa kali Rosmah mendapat teguran dan kritikan berhubung sikap beliau yang membelakangi Raja Permaisuri Agong dengan menganggap dirinya sebagai Wanita Pertama negara, namun dia tidak pernah peduli dan ambil kira pandangan dan teguran," tegas Zuraida.

Tambah Zuraida, Rosmah juga masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran terhadap beliau berhubung isu iklan berwarna dua halaman penuh yang memaparkannya di dalam di New York Times pada April lalu.

Iklan tersebut menyebut ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Apa yang menyedihkan kata Zuraida, Perdana Menteri juga menidakkan peruntukan Perlembagaan sambil menyokong Rosmah mengguna gelaran itu dengan mengatakan, 'Wanita Pertama tidak semestinya adalah Permaisuri'.

"Saya nak tanya Najib, nombor satu tu apa, kalau hanya setakat inilah pengetahuan beliau, dia kena belajar balik ilmu kira-kira," sindir beliau

"Ini jelas menampakkan Rosmah tidak menghirau dan menghormati Perlembagaan sedangkan di negara kita memang tidak pernah wujud istilah 'Wanita Pertama'.

"Malangnya apabila Najib dan Rosmah menguasai pentadbiran negara, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan. Mereka tidak ada mengetahui sejarah negara dan tidak peduli kepentingan Perlembagaan," ujar Zuraida lagi.

Sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama mengenai agenda memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.SK

Ibrahim Ali bercita-cita jadi MB Kelantan

Ibrahim Ali ~ kuda tungganggan Mahathir Mohamad

PAS dijangka akan menyambut ulangtahun ke-20 pemerintahan mereka pada bulan oktober akan datang ini. Selain daripada mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berjaya mengemudi Kelantan selama 20 tahun, saya juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan rakyat Kelantan yang berjaya menabalkan seorang Sultan baru mengikut perlembagaan tidak seperti apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN yang juga menabalkan Sultan baru yang dengan dengan kontroversi dalam tahun 1990’an dulu.

Ketika pemimpin-pemimpin PAS Kelantan masih memerlukan Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk terus menerajui Kelantan selepas ini, dilaporkan Ibrahim Ali, Presiden sebuah NGO dikenali sebagai PERKASA mula memberitahu rakyat bahawa beliau bersedia menjadi Menteri Besar Kelantan.

Dilaporkan beliau berkata, “PAS selama ini tidak buat apa-apa. Sebagai contoh masalah air di negeri ini sehingga sekarang masih belum selesai. Jadi kalau nak Kelantan maju, ikut saya. Kalau nak Kelantan maju, saya adalah orangnya kerana saya boleh membawa perubahan kepada negeri ini. Kelantan akan menjadi lebih baik sekiranya beliau menjadi Menteri Besar”

Dalam pilihanraya umum yang lepas, beliau diberikan ‘ehsan’ bertanding kerusi PAS di Parlimen Pair Mas setelah puas mengekori Tuan Guru Nik AbdulAziz dan dan memujuk PAS memberikan laluan kepada beliau bertanding dalam Pilihanraya Umumtahun ke-12 tahun 2008.

Ibrahim Ali memenangi kerusi Pasir Mas buat pertama kali pada pilihan raya umum 1986 diatas tiket UMNO dengan memperoleh 55 peratus atau 15,711 undi dan mempertahankan kerusi itu empat tahun kemudian (1990) atas menggunakan tiket S46. Selepas itu tidak pernah memenangi sebarang kerusi parlimen atau DUN sehinggalah beliau memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-12 atas tiket PAS setelah menewaskan calon Umno dengan majoriti 8,991 undi
Apa yang menarik dalam analisa sepintas lalu ini, Ibrahim Ali tidak ada kekuatan politik di Kelantan hatta di Pasir Mas sendiri yang dikatakan kubunya kerana hanya memenangi kerusi parlimen Pasir Mas tersebut atas tiket UMNO (1986) dan Semangat 46 (1990) serta PAS (2008).
Beliau bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir tetapi hanya mendapat sekitar 500 undi sahaja dan kalah dengan hilang deposit kepada calon UMNO, Hanafi Mamat selepas pilihanraya umum 2004 dalam pertandingan 3 penjuru. Begitu juga dalam pilihanraya umum 2004 bertanding di kerusi parlimen Pasir Mas tetapi tewas kepada Calon PAS Ismail Noh dalam pertandingan 3 penjuru.

Tidak dapat dipastikan bagaimana beliau akan menjadi Menteri Besar Kelantan? Kalau inilah calon Menteri Besar Kelantan yang hendak menggantikan Nik Abdul Aziz, beliau akan mengikut jejak Awang Adek, calon Menteri Besar Kelantan dalam pilihanraya umum yang lepas.

Apakah PERKASA ini akan ditukarkan menjadi sebuah parti politik seperti BERJASA yang beliau juga menjadi perancangnya pada penghujung tahun 1970’an dahulu ketika krisis Asri-Mohd Nasir dahulu? Kita lihat dahulu rentak dan tarinya bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Presiden UMNO yang sudah tidak mendapat tempat dalam UMNO sama seperti IbrahimAli juga.

- kalamperantau

Analisis PRK Batu Sapi..PR Ada Ruang Untuk Lakukan Kejutan

P185 BATU SAPI
Jumlah Pengundi: 26,004 Peratusan Kaum: B/I: 60.14% B/B/I: 2.31% C: 37.21% L: 0.34%
1. Edmund Chong Ket Wah (BN) (9,479) 2. Chung Kwong Win (Bebas) (5,771)
Majoriti: 3,708 Jumlah undi: 15,980 Peratus mengundi: 61.45% Undi rosak: 730
Penyandang: Edmund Chong Ket Wah (BN) (Majoriti: ) Menang tanpa bertanding
PRK Batu Sapi sudah pasti akan dilangsungkan tak lama lagi. Nak tak nak, BN kena berhadapan dengan siri PRK yang ke -13 kerana mengikut perlembagaan, PRK perlu diadakan 60 hari selepas Speaker Dewan laporkan kekosongan luar jangka iaitu kematian mengejut ahli Parlimen. Ini peruntukkan Perkara 54 tersebut.
Perkara 54. Kekosongan di dalam Dewan Negara dan kekosongan luar jangka.
(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Fasal (3), apabila terdapat sesuatu kekosongan di kalangan ahli Dewan Negara atau sesuatu kekosongan luar jangka di kalangan ahli Dewan Rakyat, maka kekosongan atau kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh dipastikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara bahawa ada kekosongan atau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa ada kekosongan luar jangka, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan suatu pilihan raya hendaklah diadakan atau suatu pelantikan hendaklah dibuat dengan sewajarnya:
Dengan syarat bahawa kegagalan membuat apa-apa pelantikan sedemikian dalam tempoh yang dinyatakan dalam Fasal ini tidaklah menidaksahkan apa-apa pelantikan yang dibuat di luar tempoh itu:
Dengan syarat selanjutnya bahawa, jika kekosongan luar jangka di Dewan Rakyat dipastikan pada suatu tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh Parlimen akan terbubar
Jadi sememangnya akan wujud PRK nanti. Apa yang nak difokuskan di sini ialah adakah Pakatan Rakyat mampu untuk membuat kejutan dalam PRK kali ini? Ikuti jawapannya di akhir penulisan saya ini..
Dalam PRU 2008, calon BN, Edmund Chong Ket Wah (BN) telah mendapat 9,479 undi dengan menewaskan calon Bebas, Chung Kwong Win (Bebas) yang mendapat 5,771 undi. Majoritinya adalah 3,708 undi. Apa yang menariknya ialah saingan sengit dalam antara BN dan PR serta Bebas dalam 2 buah dun di dalam Parlimen ini. Iaitu Dun Karamunting dan Dun Sekong.
Walaupun kedua-dua dun itu dimenangi oleh BN, tapi dun Karamunting nyaris-nyaris dimenangi pembangkang jika tiada pertandingan 4 penjuru. Jika dicampur undi yang diperolehi oleh PKR, DAP dan Bebas iaitu sebanyak 3,716 undi, jelas bahawa BN hanya menang majoriti tipis sahaja iaitu 1,455 undi (5,171 (BN) - 3,716). Lagipun kerusi itu menyaksikan sebanyak 53.08% pengundi Cina. Sesuatu yang menggusarkan BN akhir-akhir ini.
N43 SEKONG
Jumlah Pengundi: 11,308 Peratusan Kaum: B/I: 81.05% B/B/I: 2.22% C: 16.58%
1. Datuk Shamsuddin Yahya (BN) (4,271) 2. Datuk Nahalan Damsal (PKR) (2,082) 3. Mansor Mursalim (Bersekutu) (242)
Majoriti: 2,189 Jumlah undi: 6,876 Peratus mengundi: 60.81% Undi rosak: 281
Penyandang: Datuk Shamsuddin Yahya (BN) (Majoriti: ) Menang tanpa bertanding
N44 KARAMUNTING
Jumlah Pengundi: 14,696 Peratusan Kaum: B/I: 44.06% B/B/I: 2.38% C: 53.08%
1. Peter Pang En Yin (BN) (5,171) 2. Sak Cheong Yu (Bebas) (1,455) 3. Tan Shu Tee (PKR) (452) 4. Chok Kon Tack (DAP) (1,809)
Majoriti: 3,362 Jumlah undi: 9,158 Peratus mengundi: 62.32% Undi rosak: 271
Penyandang: Datuk Wong Lien Tat (BN) (Majoriti: 1,579 undi)
Dan jika diikutkan bagi kerusi Parlimen, jelas bahawa Pembangkan atau bebas sepatutnya mendapat 6040, bukannya 5,771. 6,040 adalah diperolehi daripada jumlah semua undi yang PR dapat di dua kerusi dun di bawah Parlimen Batu Sapi (Sekong (2,324) tambah dengan Karamunting (3,716). Jadi majority hanyalah 3,439, bukannya 3,708 yang diperolehi oleh BN dalam PRU 2008. Majoriti 3 ribu bukan mustahil untuk PR kejar kerana ikut pengalaman di Sibu, pada awalnya PR pun kalah dengan majority 2 ribu lebih sebelum menang dengan majority 6 ratus lebih.
Lagipun pada PRU 2008, hanya 61.45% pengundi atau 15,980 daripada 26,004 pengundi sahaja keluar mengundi. Maknanya 10,024 yang tak kuar mengundi. Ini angka yang mengejutkan. Janganlah SPR jadi bodoh piang, buat hari pengundian waktu bekerja sudahlah. Lagi kurang rasanya peratusan mengundi. Jadi tak mustahil untuk PR dapat undi daripada mereka yang tak keluar mengundi ini.
Satu lagi adalah berkaitan dengan komposisi pengundi. Jelas bahawa kaum bumiputera adalah pengundi majority iaitu sebanyak 60.14%, diikuti kaum cina sebanyak 37.21%. Tapi dilihat pada peratusan kaum Cina yang hamper 40 peratus ini, tak mustahil PR boleh lakukan kejutan.
Ditambah dengan isu-isu tempatan dan nasional, maka tak mustahil PR boleh capai kemenangan sepertimana di Sibu. Cuma calon dan isu sahaja yang penting untuk PR rampas kerusi Parlimen ini. Sama ada calon PKR atau DAP, perlulah dilihat aspek moral dan ketelusan. Rasanya calon DAP lebih layak untuk bertanding kerusi ini kerana sudah pasti BN akan letakkan calon berbangsa Cina dalam PRK nanti, sama bangsa seperti mendiang. Jadi mungkin tsunami di Sibu akan beralih pula ke Batu Sapi..mudah-mudahan..

PRK DUN GALAS - JIKA SAYANGKAN KU LI, UNDILAH PAS

Oleh: WFAUZDIN NS
AKHIRNYA Ku Li menerima tawaran pimpinan Umno untuk menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas. Meskipun PAS seboleh-bolehnya tidak mahu berhadapan dengan Ku Li bukan kerana takut, tetapi ingin menjaga hati Ku Li yang tidak kurang jasanya kepada Kerajaan Negeri Kelantan khususnya di dalam isu royalti minyak. Tetapi, takdir telah menentukan bahawa PAS tetap akan berdepan dengan Umno yang akan diterajui oleh Ku Li di Dun Galas.

Di dalam situasi begini, PAS mungkin berada di dalam dilema kerana PAS amat menyanjungi Ku Li biarpun berada di dalam parti yang berlainan. PAS juga mungkin faham, Ku Li juga turut berada di dalam keadaan dilema kerana pimpinan parti telah menyerahkan amanah dan tanggungjawab itu kepada beliau. Akhirnya, prinsip serta dasar perjuangan akan menjadi faktor utama mengapa PAS mesti melawan Umno habis-habisan kerana PAS tidak mungkin akan `membantu' Ku Li dan membiarkan keseluruhan rakyat Kelantan teraniaya.

Demi tanggungjawab kepada rakyat, PAS mesti terus mara ke medan perjuangan. Kita sedar bahawa Umno punyai `niat tertentu' mengapa parti tersebut meletakkan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas. Bukankah sebelum ini amanah tersebut kebiasaannya dipikul oleh Timbalan Presiden Umno (TPM) malahan juga Presiden Umno (PM) sendiri? Sudah tentu ada yang mahu dilihat oleh Najib dan Muhyiddin apa yang bakal terjadi kepada Ku Li nanti. Hakikatnya, Najib dan Muhyiddin tidak lagi mahu dimalukan seperti sebelum ini. Mungkin kali ini giliran Ku Li pula?

Umno kini sudah bersedia dengan alasannya tidak kira Umno menang atau kalah. Jika Umno menang (Na'uzubillah), maka Umno akan berkata, lihatlah, rakyat kini mula menerima Umno dan menolak PAS/PR. Tetapi sebaliknya, jika Umno tersungkur dan dikapankan lagi maka pemimpin Umno akan menuding jari kepada Ku Li dan menyebut betapa Ku Li tidak layak memimpin Umno sedangkan di Gua Musang sebagai kawasannya pun Ku Li boleh tewas. Maka, seandainya Ku Li mencuba nasib bertanding sekali lagi sebagai Presiden Umno di masa akan datang akan dinilai oleh ahli-ahli Umno sebagai pemimpin yang gagal.

Najib, terutama sekali Muhyiddin sudah tentu tidak mahu melihat Ku Li `come back' ke dalam hiraki kepimpinan Umno. Salah satu kaedah yang `paling lembut' untuk melihat Ku Li di`kubur'kan di arena politik Umno adalah dengan `membunuh' kerjayanya di Dun Galas, kemudiannya diluaskan pula di Parlimen Gua Musang. Mungkin Ku Li sudah tahu mainan politik ini, dan tidak mustahil Ku Li juga ada `strategi' tersendiri untuk bermain dengan mereka ini.

Apa yang dikhuatirkan, sekiranya Umno tewas lagi kali ini, akan timbul pula tuduhan Ku Li menjadi punca dan `mensabotaj' parti sendiri. Sebab itulah PAS seboleh-bolehnya tidak mahu Ku Li menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil di Dun Galas, lebih-lebih lagi sebagai calon Umno. PAS tidak sanggup melihat Ku Li terus di `gurkha'kan oleh Umno.

MCA: Pinda AUKU bolehkan mahasiswa sertai politik

KUALA LUMPUR, 9 Ok – Pemuda MCA hari ini meminta agar kerajaan mempertimbang agar beberapa klausa dalam Akta Kolej Universiti dan Universiti (AUKU) 1971 dipinda bagi membenarkan mahsiswa mengambil bahagain dalam politk.
Ketuanya Datuk Dr Wee Ka Siong berkata kerajaan boleh menetapkan hala tuju bagi perjuangan dalam politik dan menggalakkan budaya berpolitik yang sihat daripada menghalang mereka mengambil bahagian agar dengan itu ia dapat menarik sokongan mereka.
“Jika kita bimbang penyertaan mahasiswa dalam politik boleh menjejaskan pengajian dan suasana aman dalam kehidupan mereka di universiti, kita boleh sediakan garis panduan untuk mereka ikuti dan mendidik mereka untuk mendisiplinkan diri sendiri dan bertanggungjawab menjaga kata-kata dan tingkah laku mereka, katanya semasa berucap pada perhimpunan agung tahunan Pemuda MCA ke-46 di Wisma MCA di sini.
Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata mengikut Perlembagan Persekutuan, ia juga merupakan hak generasi muda dengan usia yang sesuai untuk mengambil bahagian dalam politik.
“Tetapi Akta Kolej Universiti dan Universiti 1971 telah menghalang mereka mengambil bahagian dalam politik, dan keadaan ini tidak munasabah.
“Kita tidak boleh menganggap mereka sebagai musuh seolah-olah mereka sudah pasti menentang kita. Ini sudah keterlaluan,” katanya.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu telah membawa perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
“Kita telah memaklumkan kepadanya dan beliau besetuju untuk menelitinya,” katanya. – Bernama

Manipulasi Fakta, 'Pelacuran' Media Makin Keterlaluan

SHAH ALAM 9 OKT: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendapati media arus perdana semakin keterlaluan dalam memanipulasi kenyataan dan memutar belit fakta bagi memburuk-burukkan imej pimpinan Pakatan Rakyat di mata masyarakat.
Secara sinis, Azan ketika bercakap kepada TV Selangor, berkata media sedemikian yang senantiasa dikawal  kerajaan sudah mencapai tahap maksimum  dalam memanipulasi dan memutar belit kenyataan pemimpin pembangkang
"Saya rasa media kerajaan sudah  sampai ke tahap yang orang kata maksimum. Cara manipulasi berita  sampai ke tahap maksimum. Selepas ini tiada lagi kaedah untuk tahap manipulasi yang lebih tinggi," kata beliau ketika ditemui TV Selangor hari ini.
Akhbar seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian dan saluran TV arus perdana seperti RTM, TV3 dan Astro Awani saban minggu cuba menerbitkan laporan yang menimbulkan kemarahan  kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.
Terbaru, calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menjadi mangsa apabila kenyataannya  diputar belit portal MStar yang  cuba melaga-lagakan beliau dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Bagi Azan, beliau langsung tidak hairan kerana bagi beliau inilah cara kerja media arus perdana yang secara terang-terangan melanggar prinsip media dan etika kewartawanan.
"Ini kerja mereka, tak pernah berubah. Sehingga beberapa isu yang sepatutnya dilihat mengutamakan nilai kewartawanan itu sendiri sudahpun digadai."
"Tugas induk dia, iaitu menjatuhkan pembangkang ataupun menghina dan mengaibkan seseiapa saja yang menentang kerajaan dan Barisan Nasional,” katanya.
Azan turut membuat taakulan bahawa media arus perdana akan terus meningkatkan 'serangan' sempena pilihan raya kecil DUN Galas tidak lama lagi.
"Mereka dah lama lacurkan entiti dan etika kewartawanan dan media.
"Kita lihat beberapa hari lagi tentang insiden atau calon pilihan raya kecil Galas, dan mereka akan guna semua kekuatan media sebaik mungkin,” katanya lagi.

Kritikan Ku Li Jadi Modal Kempen Pas

SHAH ALAM 9 OKT: Kritikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terhadap Umno  Barisan Nasional (BN) akan dijadikan modal kempen jentera Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Bercakap kepada TV Selangor, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun tetap menganggap pertarungan DUN itu bersifat pertempuran antara Pas dan Umno-BN, bukannya  individu.

"Beliau banyak kritikan tentang ekonomi dan sebagainya. Itu kepincangan Umno yang beliau sendiri dedahkan. Semua inilah yang menjadi bahan penerangan kami dalam pilihan raya kecil Galas.

"Ku Li seorang ahli politik  veteran dan dalam banyak hal, saya anggap dia sebagai negarawan. Jadi, saya menganggap Galas ini bukan pertandingan antara Pas dan Ku Li. Tidak sama sekali. Kami anggap peperangan ini antara Pas dan Umno," katanya.

Menegaskan Pas tidak gentar berhadapan dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Umno BN DUN Galas walaupun menghormati karisma dan keperibadian Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu.

"Sebagai orang yang sifatnya setia kepada parti, terpaksa menjadi pengarah pilihan raya itu.

Mengulas kesediaan Ahli Parlimen Gua Musang itu 'menerima' tugasan berat, Dzul berpendapat ia menunjukkan betapa Ku Li adalah  seorang negarawan berani, berjasa serta menjadi 'suara' perubahan terhadap Umno.

Kata Dzulkefly, 'tekanan' yang diberi  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan betapa kombinasi ini bertentangan dengan semangat Umno.

"Beliau adalah seorang jauh leboh hebat peribadinya berbanding kedua-dua individu itu. Bila mereka memberi kata dua terhadap Tengku Razaleigh tentang isu kaukus royalti minyak Kelantan,  itu menunjukkan mereka berdua tidak berwibawa dan menekan seorang negarawan,” katanya.

Sentimen sama turut diakui Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang nyata terharu dengan kesanggupan Razaleigh walaupun berhadapan dengan 'perangkap' Umno.

"Saya merasa begitu terkesan dan tersentuh hati saya apabila saya mendengar dia sanggup menerima desakan menjadi pengerusi pilihan raya.

"Maknanya dia menggunakan kebijaksanaannya sebagai Ahli Parlimen Gua Musang walaupun dia tahu tawaran yang diberi Umno itu untuk menjatuhkan dia, seolah-olah menghinakan dia," katanya.

Azan yang juga menganggap Umno tidak tahu menilai pemimpin parti yang berpengalaman luas dan mempunyai keistimewaan lantaran ketamakan dan keghairahan untuk menang.

“Kalau nak bunuh seekor nyamuk, kita tak perlu pakai senapang gajah. Memanglah mungkin boleh capai matlamat tapi peluru senapang gajah itu boleh memusnahkan seluruh kampong. Umno sepatutnya tidak terlalu tertekan hingga mahu gunakan Ku Li demi kemenangan di Galas.

"Sebab itu, sejarah membuktikan, yang pemimpin Umno yang mempunyai legasi, semuanya meninggalkan Umno," kata beliau merujuk kepada  Datuk Onn Jaafar, Tengku Abdul Rahaman Putra dan Tun Hussein Onn.

Pakatan faces 2 tough by-elections before year-end

Malaysia Chronicle

Two tough by-elections await the Pakatan Rakyat before the end of this year – one in Galas, Kelantan and the other in Batu Sapi, Sabah.

Both seats are located in deep BN territory and it won’t be easy for the Pakatan to pry a victory from Prime Minister Najib Razak, whom pundits predict may soon call for national elections.

They expect him to roll out the full barrage of election goodies in order to ensure that his BN coalition enters the 13th General Election with a psychological edge.

In Sabah, the untimely death of Batu Sapi MP Edmund Chong has triggered Malaysia's 13th by-election since March 2008, while the late PAS assemblyman for Galas, Chek Hashim Sulaima, who died of colon cancer, had prompted the 12th.

Galas will be balloted on November 4, while Batu Sapit will have to be held within the next two months. Due to the customary year-end bad weather where flooding and monsoon rains are common, the Election Commission may also declare a November by-election date for Batu Sapi.

“We are of course saddened by such an untimely death and we extend to his family our deepest condolences,” PKR communications director Ronnie Klassen told Malaysia Chronicle.

Edmund
“But there has to be a by-election now, and as far Pakatan is concerned, we will certainly go all out. Mostly likely a PKR candidate will be fielded although DAP is also familiar with the area. Batu Sapi is a mixed semi-urban constituency with a mostly Muslim majority population. So far, it has been a BN enclave."

Two by-elections before year-end

The 54-year Chong had retained his seat with a 3,708 majority, polling 9,479 votes against independent Chung Kwing Wing’s 5,771. According to the 2008 electoral list, there were 26,004 voters. Turnout was 15,980 while spoilt votes 730.

Chong had first won Batu Sapi in 2004 uncontested when his opponent withdrew at the eleventh hour.

Hashim Sulaima
There are two state seats under the Batu Sapi (P185) parliamentary umbrella – Sekong (N43) held by BN’s Samsudin Yahya and Karamunting (N44) held by BN’s Peter Pang.

In Galas, PAS had won the seat by a wafer-slim 646-vote majority in 2008. The constituency is part of the Gua Musang parliamentary seat held by Umno’s Tengku Razaleigh Hamzah since 1969.

Tengku Razaleigh has agreed to be the Umno election director for Galas although he has not accepted the offer to become the by-election candidate. He plans to meet Najib next week before making any decision.

Lik Batu Sapi, Galas is also a mixed seat although the Muslim population dominates.  According to the 2008 list, there are 10,330 voters in the constituency, with 65.4% Malays, 22.3% Chinese, 10.5% Orang Asli and 1.8% India.

Azmin: I won't have lasted if I was loyal to individuals, not ideals

PKR deputy presidential aspirant Azmin Ali met head-on perceptions that have dogged him even before the launch of reformasi, the movement that gave birth to his political party.

In remarks made to some 60 officials from several PKR divisions in Johor at Permas Jaya, Azmin said he was neither sybarite nor spartan in his lifestyle.

He also said his loyalty to the party was more expansive than his critics have claimed, which was that it was Anwar-centric.

“They say I own a Ferrari,” said Azmin on Friday night, a smooth speaker in Bahasa and a competent one in English - he adeptly switched back and forth between the two - while campaigning for votes among divisional leaders who are apt to convey their impressions to other members who did not attend the meeting.

“If I had one I would have driven it here from Kuala Lumpur,” he cracked to his audience.

“And I would have come along for the ride,” chimed Chua Jui Meng, PKR Johor liaison chief (below), to laughter from attendees.

“People saw a friend's Ferrari at my house one day and concluded I owned one,” offered Azmin about the origins of stories of his hedonistic tastes.

Azmin used that entrée to the topic of his sybaritic friends to tackle the perception he had gained from their deep pockets, that as gatekeeper for Anwar Ibrahim when the latter was finance minister, he had leveraged on their largesse.

“Once they cut a cake on my birthday while we were on a flight and there was a bag with half a million Ringgit in it. I told Datuk Seri Anwar that the money should be given back to wherever it came from,” said Azmin, warming to his theme that he was the target of malicious stories.

Even DNA test

Johor PKR chief Jimmy Chua
Eyes glistening with emotion, he said stories circulated about him and his family had reached extents where his wife Shamshida Taharin's fidelity was questioned and he had to send their daughter for a DNA test to ascertain paternity.

“The test confirmed I was her father,” said Azmin (with wife), giving his listeners the impression that in his political career he had endured fortune's slings and arrows to an immoderate degree.

“I have gone through the mill,” asserted Azmin, who alluded to the attacks on his private property, and instances of repression by the powers-that-be that included near-detention under the ISA, and the stories of his supposed wealth and of its dubious origins.

“But through it all, I have stayed loyal to the cause. I have never wavered and true members of PKR have seen that my ordeal could not have been borne if it was limited to individuals and not the party's ideals,” he said to rousing applause.

Still, Azmin acknowledged the need to defend party supremo Anwar Ibrahim against the looming possibility of another round of imprisonment over sodomy charges.

“After the party elections are over, my focus will be to defend Anwar against the threat of imprisonment. We contest each other now and then we reunite to defend him against unjust jailing,” he said.

Internal targets

Shifting his sights to internal targets, Azmin said PKR stalwarts had suffered unjust detention under the ISA long before 'newcomers' to the party – he declined to be more specific – had resigned their government posts to register their protest and join other parties.

Zaid Ibrahim - rival for No.2 post
“I nearly suffered under that law and several of my compatriots have felt the full brunt of it, so we don't need anybody to wear opposition to the law as a badge for promotion up the PKR hierarchy.

“Why should we bargain for a situation where we bear the scars and other get to enjoy the stripes?” asserted Azmin to emphatic applause.

Finally, Azmin assured his listeners that after the party elections, a seminar would be held in Johor where all elected PKR MPs, assemblypersons and other leaders would attend to devise strategy for the party to do well in the next general election.

Later, Chua would take up this theme in his brief speech, giving a satiric twist to the Malay word for bastion ('kubu Umno') such that it was rendered as burial ('kubur Umno') grounds.

At the end of the two-hour plus meeting, Azmin mingled with obviously impressed divisional leaders before hurrying off to Kulai for another support- garnering function. - Malaysiakini

Letak jawatan: Kula tunggu dulu 'formula perpaduan'

Timbalan Pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran akan menunggu 'formula perpaduan' bagi menyelesaikan krisis kepimpinan parti itu di Perak sebelum memberi keputusan muktamad berhubung peletakan jawatannya itu.

Kulasegaran yang juga ahli parlimen Ipoh Barat berkata 'formula perpaduan' akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Memadai saya memaklumkan bahawa keputusan muktamad saya akan bergantung kepada hasil mesyuarat yang akan diadakan tidak lama lagi yang akan mencari formula perpaduan untuk DAP Perak...parti didahulukan dan Kulasegaran perkara kedua," katanya kepada pemberita di Wisma DAP di Ipoh hari ini.

Sidang akhbar hari ini merupakan yang pertama selepas Kulasegaran membatalkan majlis yang sama pada 2 Okt lepas untuk mengumumkan peletakan jawatan dalam DAP Perak selepas didakwa kecewa dengan pelbagai krisis dalaman di bawah pimpinan Datuk Ngeh Koo Ham sebagai pengerusi negeri.

Naib Presiden DAP itu dikatakan mahu mendedahkan segala punca yang membawa kepada krisis kepimpinan dalam DAP Perak selepas mesyuarat khas pada 1 Oktober di Kampung Simee di Ipoh gagal mencari jalan perdamaian dalam sidang media Sabtu lalu itu.

Bagaimanapun, Kulasegaran yang pulang ke Ipoh dari bercuti di luar negara semalam, sehingga kini masih belum dihubungi oleh Ngeh atau setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming untuk mengadakan sebarang pertemuan atau mesyuarat bagi menyelesaikan masalah dalaman kepimpinan DAP Perak.

"Namun begitu, saya dengan Ngeh tidak pernah bermusuh, kerana beliau masih lagi pengerusi saya," katanya.

Katanya beliau juga akan bertemu dengan penasihat DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Ngeh serta semua pemimpin utama DAP dalam satu majlis makan malam yang akan berlangsung di Sungkai esok.

"Saya mengulangi bahawa krisis dalam DAP Perak yang berlaku hari ini perlu diselesaikan segera supaya parti bergerak ke arah misi politik menawan semula Perak dan juga kerajaan Pusat dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Selain itu, beliau turut mencabar Ngeh berdebat secara terbuka mengenai dasar-dasar kepimpinan dan pentadbiran semasa pakatan pembangkang itu mentadbir Perak selama 11 bulan.

"Sudah tiba masanya parti politik di negara ini membincangkan hal-hal dalaman dan dasar parti secara terbuka. Biarlah para pengundi membuat keputusan dengan isu-isu berkenaan," katanya.- Bernama

Pelajar 14 tahun jadi mangsa seks beberapa lelaki

hiasan sahaja

SETIU - Gara-gara terlalu mudah mempercayai lelaki, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun bukan sahaja menjadi mangsa rogol teman lelakinya, malah kehormatannya turut diragut beberapa lelaki lain sejak awal tahun sebelum keluarganya bertindak membuat laporan polis.

Perkara itu terbongkar selepas ibu bapa gadis sunti terbabit mendapati anaknya tiada di rumah dipercayai bermalam bersama teman lelakinya di Kampung Bukit, Sungai Tong, selain gagal tiba di rumah sebelum kedua orang tuanya bangun daripada tidur.

Dalam kejadian Jumaat lalu, teman lelaki mangsa, seorang buruh berumur 24 tahun mengambil mangsa di rumah sekitar jam 2 pagi sebelum menghantar semula pada jam 7 pagi, hari sama selepas dipercayai merogol mangsa.

Bagaimanapun, mangsa yang tinggal di Kampung Pak Kancil enggan pulang ke rumah, sebaliknya melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran kerana bimbang perbuatan terkutuk bersama teman lelakinya terbongkar dan diketahui keluarga.

Namun, selepas hampir 12 jam bersembunyi di kawasan hutan tersebut mangsa berjaya dikesan ahli keluarganya sebelum kedua ibu bapanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu kira-kira jam 7 malam.

Ketika disoal siasat, mangsa mengakui pernah mengadakan hubungan seks dengan beberapa lelaki berbeza termasuk teman lelakinya.
Sehubungan itu, polis kini sedang giat memburu beberapa suspek termasuk suspek utama iaitu teman lelakinya bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Shaik Othman Abdul Hamid ketika dihubungi semalam, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa pihaknya berjaya menahan tiga lelaki dalam lingkungan usia 20-an sejak menerima laporan itu.

“Dua pemuda ditahan di sebuah kedai di Sungai Tong, Selasa lalu, manakala seorang lagi pemuda ditahan kelmarin, bagi membantu siasa-tan dan polis kini sedang giat memburu suspek utama berumur 24 tahun yang juga teman lelaki mangsa,” katanya.

Shaik Othman berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol gadis bawah umur.- sinar harian

Serangan Keterlaluan Ke Atas Zaid Undang Simpati Akar Umbi Terhadapnya


Serangan bertubi-tubi calon Timbalan Presiden, Azmin Ali terhadap lawannya Datuk Zaid Ibrahim menyebabkan kalangan akar umbi kini merasa mual dengan tindakan kumpulan Azmin tersebut.

"Sekalipun didokongi oleh pimpinan tertinggi parti, tidak bererti mereka boleh menerima bulat-bulat apa yang dituduh," kata seorang pengulas politik kepada GB.

"Saya bersetuju dengan pandangan GB bahawa yang ada kini hanyalah lemparan fitnah Azmin terhadap Zaid. Malah pimpinan tertinggi pun terjebak sama. Dari atas sampai ke bawah, tak habis-habis menjaja fitnah," tambahnya lagi.

Zaid mengambil sikap bersahaja terhadap lemparan fitnah dan serangan agresif Azmin. Zaid berkata:

"Pelik sungguh tabiat dan tindakan mereka ini. Semasa saya diterima masuk setahun dahulu saya digelar wira, seorang orang yang berani dan berprinsip, pejuang politik yang tidak mementingkan jawatan dan kedudukan. Dua belas bulan kemudian saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan akan menjual parti kepada Umno. Tuduhan terhadap peribadi saya juga ditingkatkan. Teringat saya semasa di Hulu Selangor dulu, cuma masa itu Umno yang membelasah saya.

Jawapan saya begini: Saya masuk Keadilan kerana saya mahukan parti ini berganding dengan Pakatan untuk mengubah budaya dan kuasa politik di negara ini supaya rakyat Malaysia mempunyai Kerajaan yang berlaku lebih adil dan saksama kepada rakyat jelata. Dalam perjuangan ini, kesetiaan saya tidak berganjak seinci pun. Malah semangat saya lebih kuat. Sebab itu saya ingin menawarkan diri untuk bertanding; manalah tahu kalau ahli-ahli Keadilan terpanggil untuk melihat perubahan dalam parti ini dan menyokong gandingan Anwar Ibrahim-Zaid Ibrahim. Kita tidak boleh mengubah budaya politik dan meningkatkan tahap pentadbiran negara kalau parti kita sendiri tidak mempraktikkan prinsip-prinsip yang kita laungkan itu."

Dan beliau berkata lagi:

"DALAM parti kita perlu berbaik-baik dan tidak perlu berkelahi hanya kerana berbeza pendapat. Hendak kata saya tidak setia, jual parti, pengkhianat dan sebagainya tidak perlulah. Cakap dan pilih sahaja siapa yang lebih baik daripada saya, cukuplah."

Beberapa orang calon di dalam Pemilihan kali ini turut memperlihatkan bahawa tiada apa kesalahan yang dilakukan oleh Zaid.

Calon Timbalan Presiden yang lain, Mustaffa Kamil Ayub secara berterus terang mengulas apa yang disifatkan kelantangan Zaid :

'Kelantangan' Zaid?
Zaid punya prinsip sebab itu beliau sertai PKR. Saya tetap beri (beliau) gambaran positif. Bila beliau sertai PKR, maknanya beliau punya jiwa reformasi PKR, tak tunduk tekanan penguasa politik dan dominasi kuasa politik tertentu. Soal baru dalam PKR, terserah pada anggota untuk buat penilaian. Ada orang cepat belajar dan buat pengesuaian.

Kritikan Zaid pada parti?

Anggota PKR bijak menilai. Saya kurang pasti apa niat sebenar beliau. Saya percaya, anggota PKR bijaksana dalam konteks membuat pilihan kalau mereka rasa (itu) keterlaluan dan bukan pendekatan konstruktuif kepada parti... Berbeza dengan politik Umno, pemimpin mereka tidak boleh dikritik.


Itu pandangan Mustaffa. Jika kita meninjau calon Timbalan Presiden yang telah menarik diri tetapi hanya akab berebut kerusi Naib Presiden, Tian Chua, Tian Chua menyatakan:

Bekas menteri kabinet itu (Zaid) merupakan calon yang telah diberi mandat yang besar oleh cabang-cabang.

"Saya hormati apa sahaja tindakan Zaid dan saya rasa mandat yang telah diberikan kepada Zaid oleh cabang-cabang terlalu besar.


Di pihak Angkatan Muda Keadilan, calon-calon yang bertanding turut memperlihatkaan pandangan yang serupa. Che'guBard menyatakan:

PKR rugi jika menolak orang baru yang mempunyai kewibawaan mempimpin semata-mata kerana statusnya baru menyertai parti

Sebaliknya, kata beliau, belum tentu orang lama dalam parti mampu memainkan peranan dengan baik dalam parti.

"Setiap ahli parti, tidak mengira baru atau lama mempunyai hak untuk bertanding mana-mana jawatan selagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.


Seorang lagi calon Ketua AMK, Rafizi Ramli dalam satu wawancaranya dengan tegas menyatakan sebarang sekatan untuk "ahli baru" bertanding a:dalah budaya lapok UMNO yang takut kepada bayang-bayang sendiri.

kalau ada sekelompok di dalam parti yang cuba menyekat golongan ini aktif di dalam parti, kerana budaya itu adalah budaya lapok UMNO yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Perbezaan kita berbanding dengan UMNO adalah kerana kita meraikan semua pihak dan mengalu-alukan penyertaan golongan berpendidikan dan profesional, sebab itu kita nampak lebih menarik berbanding parti-parti BN di mata rakyat.

Lee Boon Chye yang cuba menyerang Zaid, tetapi Lee Boon Chye sendiri telah disergah oleh S Manikavasagam. Kata Manickavasagam:

"Saya gesa pemimpin kanan parti seperti Dr Lee Boon Chye kekal tidak memihak dan berhenti mengeluarkan kenyataan menghentam pesaing lain, termasuk Zaid Ibrahim.

"Dr Lee kena sedar, beliau turut bersaing untuk jawatan tertinggi parti dan beliau patut tidak dilihat cuba berkempen untuk menang dengan mengugat orang lain," kata Manikavasagam yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.



Zaid: Siapa musuh parti dalam PKR?

Ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim menafikan beliau ditaja oleh ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen untuk menghancurkan parti itu.

Katanya, sejak isu pemilihan timbul, cara berkempen setakat ini adalah melabel mereka yang menawarkan diri tetapi tidak direstui sebagai 'musuh parti'.

“Adakah benar saya ditaja oleh ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen untuk menghancurkan parti? Itukah cara kempen setakat ini? Bahawa saya ini pengkhianat dan saya orang baru?

“Pada pendapat saya, isu kempen sebenarnya mudah sekali. Jika ahli-ahli PKR selesa dan berpuas hati dengan prestasi parti berteras reformasi ini, maka pilihlah calon-calon yang setia dan mereka dari Reformasi 1998. Jika ahli-ahli PKR percaya bahawa semua masalah dan kelemahan parti kita adalah ciptaan dan kerenah Umno, mereka patut memilih pemimpin yang sedia ada sebagai calon,” katanya dalam posting terbaru di blognya.

Menurut Zaid, beliau menawarkan diri sebagai calon hanya jika ahli PKR mahu alternatif dalam membuat perhitungan.

Tak masuk akal

Katanya lagi, beliau sebenarnya tidak mahu menjawab segala tohmahan tetapi tuduhan yang tidak masuk akal terpaksa dijawabnya.

“Soh Chee Wen (kiri), setahu saya, adalah rakan akrab dan setia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan telah membantu PKR. Azmin Ali, Syed Shahir dan (Datuk) Chua Jui Meng tahu hal ini. Saya kenal Soh kerana dia dilantik oleh Anwar untuk menganggotai biro politik PKR sembilan bulan lalu.

“Amat tidak masuk akal untuk Soh digambarkan sebagai orang jahat dengan serta-merta bila berkawan dengan saya, tetapi bila berkawan dengan Anwar, dia orang yang baik. Ini aneh sekali,”
tulisnya.

Zaid sehubungan itu menafikan beliau dibiayai oleh Soh ataupun orang lain.

Nombor dua tak ada kuasa

“Lagipun jawatan timbalan presiden (PKR) itu sebenarnya tidak ada kuasa. Nombor dua dalam politik Malaysia ini hanya untuk glamour dan nama saja, tidak ada banyak kuasa sangat.

“Apa lagi dalam PKR, nombor satu pun tak ada kuasa seperti ketua umum, jawatan yang tidak boleh ditandingi. Jadi, saya tidak faham riuh-rendah pasal jawatan nombor dua ini,” tulisnya secara sinis.

Siapa pun calon Umno, PAS tetap lawan- Nik Aziz

KOTA BHARU, 9 Okt: Seperti pernah beberapa kali dinyatakan sebelum ini, PAS tetap akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas biar siapa pun calon dipertaruhkan Umno.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS bertanding pilihan raya bukan menentang individu tertentu, namun menentang dasar perjuangan selain Islam.

"Kita tetap akan menentang Umno, tak kira siapa pun calonnya, sebab kita menentang dasar perjuangan yang dibawa dan bukannya individu tertentu," ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas jawapan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pagi tadi.

Ku Li dalam penjelasannya berhubung PRK Galas pagi tadi memberitahu menerima tawaran sebagai Pangarah Pilihan Raya namun belum memutuskan untuk menerima tawaran sebagai calon bertanding.

Bagaimanapun menurut Tuan Guru Nik Aziz, PAS akan tetap menyambut baik sebarang keputusan yang akan dibuat Tengku Razaleigh sama ada ingin menerima sebagai calon atau sebaliknya.

Namun katanya, jika Ketua Umno Gua Musang itu menerima tawaran calon tersebut bermakna beliau menerima pihak yang cuba menjatuhkan kedudukannya yang dilihat hanya layak diberi jawatan Perdana Menteri.

Mengulas program Hari Suami Isteri, beliau mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana telah mencetuskan idea baru dalam institusi kekeluargaan di negara ini.

Menurutnya, Kelantan sekali lagi mendahului negeri lain mengadakan program berkenaan sebagaimana lazimnya program Hari Ibu dan Hari Bapa dan seumpamanya diadakan.

Penceramah motivasi terkenal Datuk Dr Fadhilah Kamsah turut diundang menjayakan program berkenaan.

Pemimpin PAS: Ku Li nampak tersepit, bukan ancaman di Galas

October 09, 2010
BANDAR BARU BANGI, 9 Okt – PAS menyifatkan pengesahan Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bahawa beliau menerima pelantikan sebagai pengarah menunjukkan beliau “tersepit” sambil perlu memikul tanggungjawab berat dalam mengetuai Umno-BN menghadapi pilihan raya kecil Galas.
Sambil menegaskan penerimaan Tengku Razaleigh bukan sesuatu yang mengejutkan, pengerusi jawatankuasa strategi PAS bagi pilihan raya kecil DUN Galas, Datuk Halim Abdul Rahman berkata, beliau melihat menjadi satu obligasi bagi Ahli Parlimen Gua Musang itu menerima jawatan tersebut.
Malah kata beliau, kenyataan Tengku Razaleigh pagi tadi bahawa beliau menerima pelantikan sebagai pengarah juga tidak akan memberi “impak dan bukan satu ancaman” kepada PAS dalam bersaing mempertahankan kerusi Galas yang pertama kali dimenangi dua tahun lalu.
“Bagi PAS ia (kedudukan Tengku Razaleigh sebagai pengarah) tidak akan memberi impak, biasa saja...  kami melihat peluang 50:50,” kata Halim sambil merujuk kepada “fenomena 2008” di mana selain PAS memenangi kerusi Galas, Tengku Razaleigh juga gagal mengatasi calon PAS dari segi undi popular dalam saingan peringkat Parlimen.
“Kami PAS, ia tidak ada kesan... tidak ada ancaman kepada PAS, dia orang yang sama sahaja,” katanya lagi.
Halim juga berkata, beliau melihat Tengku Razaleigh tiada pilihan kecuali menerima pelantikan pengarah selaku ketua Umno bahagian dan Ahli Parlimen Gua Musang.
“Saya percaya dia tidak boleh kata tidak, dia kena terima. Ia satu obligasi, kalau tidak terima ia (akan kelihatan sebagai) tidak setia, kewajiban terima.
“Tetapi kalau (dilantik) calon, dia boleh tolak. Itu hak dia.
“Sebagai pengarah, dia kena terima sebab (menggambarkan) sikap yang betul dan tanggungjawab,” kata Halim kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di sini hari ini.
Halim, bekas timbalan menteri besar Kelantan berkata, beliau melihat adalah sesuatu yang ganjil jika Tengku Razaleigh menerima kedua-dua jawatan sebagai pengarah dan juga sebagai calon.
Ramai masih menyebut dan berteka-teki Tengku Razaleigh akan menjadi calon Umno-BN.
“Bukan perkara biasa orang jadi pengarah jadi calon... kalau terima calon, tak patut jadi pengarah.
“Bagaimanapun kita serahkan kepada kebijaksanaan Ku Li,” kata beliau mengulas kenyataan rasmi pertama Tengku Razaleigh sebaik sahaja kembali dari London pagi tadi.
Tengku Razaleigh berkata, beliau menerima pelantikan sebagai pengarah pilihan raya BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas.
Katanya, ia merupakan tanggungjawab sebagai ahli Umno dan Ketua Umno Gua Musang selama hampir 50 tahun, selain Ahli Parlimen kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, persoalan sama ada dilantik sebagai calon tidak timbul kerana beliau perlu bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta bermesyuarat mengenai perkara itu Isnin depan.
Mengenai pendirian PAS bahawa cadangan menamakan beliau sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu adalah tidak wajar selain merendahkan darjatnya, Tengku Razaleigh berkata, beliau menghormati pandangan parti pembangkang itu.
Bagaimanapun, kata beliau, pandangan Umno juga perlu dihormati oleh parti Islam itu.
Halim juga menolak tanggapan bahawa pihaknya berhadapan dengan tekanan dengan pelantikan Tengku Razaleigh.
“Oleh kerana kami turun sebagai underdog, kami tidak risau... pada kami yang tertekan ialah Umno, Tengku Razaleigh sendiri sudah tertekan.
“Kalu tidak menang, sakit beliau. Itu tekanan kalau beliau gagal,” kata Halim yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

1MDB: Stadium dahsyat punya hebat, ahli sukan tak dak

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mendakwa akaun 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) ada percanggahan dan mengalami masalah serius (lihat Malaysian Insider 20/9/10 "Anwar dakwa akaun 1MDB canggah, alami masalah serius" dan "Anwar takes aim at 1MDB’s finances"). Ada Mamat yang dok main dalam dunia korporat kata, apa Anwar cakap tu betul.

Ada juga yang cakap angka yang Anwar sebut tu tak betul. Tapi bila ditanya adakah apa yang dibangkitkan oleh Ketua Umum PKR itu betul atau tak betul, tak pula dia kata tak betul (sebut PKR, nampaknya sakan sungguh puak tu debik-mendebik sesama sendiri - "Anwar sent GWT to secretly undermine Zaid"?)

Saya tak pernah pijak persada korporat. Bukan tak teringin. Teringin. Tapi pasai saya ni sekolah menengah pun tercicir dan jenis pakai selipar pulak tu, saya bimbang puak korporat lari lintang pukang bila saya masuk ofis depa.

Tapi bila Mamat korporat pun tak berani kata dakwaan Anwar tu tak betul, takkan aku yang kutu ni pandai-pandai nak kata sebaliknya.

Ketika tidak ada pun jawapan melampaui keraguan untuk mengkojolkan dakwaan Anwar itu, tup-tup Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan seronok sakan kerana 1MDB dah untung terbahak-bahak (lihat Malaysian Insider semalam "PM says heartened by RM425m 1MDB profit").

Nak sebut sekali lagi, saya tak pernah pijak korporat.

Yang saya nak habaqnya, kalau kutu yang tak pernah dan tak reti nak main korporat ni pun tak percaya 1MDB untung sakan, takkan mamat-mamat korporat boleh percaya. Itu andaian saya la. Saya mana la nak ada peluang menciluk ilmu dari McKinsey atau Boston (ada pula Mamat korporat yang kata, apalah sangat McKinsey tanpa Kenichi Ohmae).

Satu-satunya kejayaan 1MDB yang saya percayai ialah aksi sondol-menyondol di atas (gambar ihsan WorldShowBiz).

Tapi, fikir-fikir pula, takkan 1MDB tak boleh menggondol impian besarnya. Tokoh-tokoh dalam tu khabarnya semua hebat-hebat belaka. Ada orang kata mereka adalah orang-orang terpilih. Khabarnya dipilih oleh Datin Seri Rosmah Mansor. Hampa jangan main-main. Rosmah bukan calang-calang. Dia pernah mengaji di Louisiana State University wo! Aku, tang mana Louisiana tu pun aku tak tau.

Bukan takat tu ja, dia pernah jadi Business Development Manager kat Island and Peninsular. Apa yang dia bisnes, apa yang dia develop, tentu la hebat-hebat semuanya. Dengan kehebatan Rosmah membisnes dan mendevelop, tokoh-tokoh dalam 1MDB sah-sah hebat semuanya. Ada tauke beg tangan dan barang-barang jenama mewah (khabarnya ada isteri pemimpin PAS yang melaram dengan beg tangan LV ketika ikut suami depa pi muktamar. Amboi!). Ada India jual kain baju. Janganlah pulak nak tuduh 1MDB kerjanya mengisi poket, wardrobe dan kerakusan Rosmah.

Apa pun, yang orang dok bercakap, circle "first lady" tentu la hebat-hebat belaka. Jangan dok ambik pot la apa yang Dato' Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz kata, "some have already resigned from the board because they cannot stand excessive meddling". Mampoih pi la berita Malaysiakini 20/9/10 bertajuk "1MDB: Another financial scandal in the making?"

Jangan peduli la hutang sampai US$7 bilion, projek apa pun tak dak. 1MDB lah katakan!

Jangan peduli la jargon-jargon puak-puak ekonomi yang berlambak-lambak dalam fantasi ekonomi Najib dan segala akronimnya seolah-olah macam bagi tau kita yang kerajaan Model Baru Ekonomi (MBE) macam buat stadium dahsyat-dahsyat punya hebat, tapi ahli sukan haram sekoq tak dak. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun takat boleh menujumkan sahaja kemungkinan bajet untuk sumber manusia akan naik. Kalau setakat menujumkan sahaja, ramai pembantu am dan pencari fail di pejabat-pejabat kerajaan yang boleh buat kerja tu.

Dan, jangan peduli la bajet untuk Kementerian Pelajaran dikerat-kerat sepuas-puas hati sampai lebih ciput dari ciput. Jangan peduli la bajet MARA untuk bagi budak-budak mengaji dipotong-potong sesuka hati. Hidup Melayu!

Yang penting, suami Rosmah dah seronok sakan nampaknya dengan keuntungan gigantic 1MDB. 1MDB dah berjaya membuat magic macam yang Syed Akbar Ali kata dalam postingnya, "The strange case of 1Malaysia Development Berhad, Mubadala, Petro-Saudi, Taek Jho Low". Fuh! Hebat! PB.

Azmin: MStar Putar Belit Kenyataan Saya

SHAH ALAM 9 OKT: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali hari ini menyelar sebuah laporan akhbar arus perdana yang menfitnah beliau berhubung cadangan untuk Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden parti.

Laporan portal berita MStar milik akhbar The Star memetik Azmin sebagai kononnya mendakwa PKR akan dikritik jika Nurul menerima cadangan untuk bertanding jawatan kedua tertinggi dalam parti itu.

Azmin berkata akhbar berkenaan telah memutarbelitkan kenyataan beliau dengan niat mencalar imejnya menjelang pemilihan PKR peringkat nasional bulan depan.

Azmin berkata berita laporan Mstar bertajuk PKR akan dikritik jika Nurul tanding jawatan timbalan presiden jelas menyimpang daripada jawapan yang diberikan oleh beliau kepada wartawan berkenaan.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan Mstar dan saya lihat ada usaha putar belit kenyataan saya menjelang pemilihan parti akan dating,"  beliau memberitahu TVSelangor

Azmin yang bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR menegaskan beliau amat jelas dengan jawapannya apabila berdepan dengan soalan yang diajukan oleh wartawan berkenaan.

"Soalan yang ditanya pada saya ialah apakah parti tidak akan dikritik sekiranya sekiranya Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden dan timbulnya isu nepotisme dalam parti.  Itu soalan yang ditanya. saya masih ingat dengan segar," kata Azmin

"Jawapan saya ialah, dalam politik kita kena bersedia utk dikritik. Namun saya menjustifikasi sumbangan Izzah kepada parti. Tidak wujud persoalan nepotisme atau dinasti dalm PKR, sebab  Izzah ada kebolehan tersendiri yang dibuktikan sejak tahun 1999.
"Ketika itu Anwar dalam penjara. Namun pada usia yang begitu muda Izzah mampu beri sumbangan besar pada parti. dengan lonjakkan sokongan … dengan agenda anak muda pada masa itu," tambah Azmin.

Azmin menegaskan bahawa sepanjang wawancara itu, beliau juga menjelaskan perbezaan ketara dalam PKR dan Umno berhubung anggota keluarga yang menceburi bidang politik.

Beliau berkata kemenangan Nurul pada pilihan raya umum 2008 dan rekod beliau ketika ayahnya Anwar Ibrahim difitnah dan dipenjarakan,  menjadi bukti nyata mengenai kewibawaan Nurul sebagai pemimpin generasi muda.

“Saya  tidak  setuju jika dakwaan wujudnya dinasti dalam PKR.  Berbeza dengan Umno-BN, dimana dalam Umno,  pemimpin tertinggi cuba beri laluan dan paksa anak dan menantu masing-masing.  Ini tak berlaku dalam Keadilan kerana izzah mempunyai potensi dan kemampuannya tersendiri.
"Di Lembah Pantai dia dah kalahkan nama besar dalam wanita umno (Sharizat Jalil). Dia ada kekuatan tersendiri dan terserlah ketika bapanya berada dlam penjara," tambah beliau.

Merujuk kepada cadangan supaya Nurul bertanding jawatan timbalan presiden PKR, Azmin berkata beliau menyerahkan kepada ahli parlimen itu  untuk membuat keputusan berkenaan.

Nurul berkata beliau akan memutuskan esok sama ada untuk menimbang pencalonan untuk beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Seorang lagi calon untuk jawatan itu, Zaid Ibrahim berkata beliau sanggup menarik diri dari perlumbaan untuk jawatan itu setelah hanya memperolehi 38 pencalonan berbanding 102 yang di raih oleh Azmin.

Bagaimanapun Zaid, tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan presiden, menentang ibu Nurul, Datuk Seri Dr Wan Azizah, jika Nurul setuju untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden.

Zaid berkata beliau mahu membantu Nurul untuk menjadi Timbalan Presiden namun bersedia  menimbang untuk bertanding jawatan presiden jika, menurut beliau, langkah itu membantu menguatkan parti. 

Ku Li Ketuai Kempen, Pas Anggap Underdog Tapi Yakin Menang

KUALA LUMPUR 9 OKT: Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menganggap parti itu sebagai  'underdog' atau bukan pilihan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, walaupun yakin mampu membuat kejutan bagi mempertahan kerusi berkenaan.

Bercakap kepada TV Selangor, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menyifatkan pilihan raya itu sebagai  pertembungan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN, dan bukannya pertembungan antara individu

"Bagi pilihan raya kali ini, kami menempatkan parti ini (Pas) sebagai 'underdog' walaupun dalam keadaan mempertahankan kemenangan kita. Yang penting ialah meningkatkan kekuatan jentera parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual tvselangor ekoran kenyataan rasmi Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengesahkan beliau menerima jawatan pengarah jentera BN bagi pilihan  raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pagi tadi.

Justeru, Salahuddin menasihati  jentera parti supaya  tidak bersikap 'over confident' sebaliknya bersikap terbuka dengan apa yang bakal berlaku.

Ditanya sama ada pelantikan Tengku Razaleigh akan menjejaskan usaha mengembalikan royalti minyak Kelantan, Salahuddin menganggap ia sebagai cabaran bagi parti dalam menghadapinya secara demokratik.

"Tengku Razaleigh Hamzah telah menunjukkan sikap beliau sebagai tokoh negarawan dalam perjuangan isu royalti minyak. Keadaan ini menunjukkan kita mampu bersama dalam isu ini. Jadi terserah kepada pengundi di Galas untuk membuat perhitungan," katanya.

PM jumpa Ku Li di parlimen Isnin ini

PUTRAJAYA, 9 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pertemuan dengan anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah Isnin ini di Parlimen untuk membincangkan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pertemuan itu nanti akan turut membincangkan mengenai strategi yang akan digunakan bagi memenangi kerusi tersebut setelah Tengku Razaleigh menyatakan persetujuannya untuk menjadi Pengarah Pilihan Raya itu.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Tengku Razaleigh Hamzah (kerana menerima pelantikan tersebut) dan kita akan aturkan satu pertemuan antara Tengku Razaleigh Hamzah dan Presiden parti untuk mereka berbincang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Juara Rakyat dan Kenduri Bahasa sempena sambutan bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Putrajaya 2010, di sini hari ini.
Tengku Razaleigh (gambar) pagi ini mengesahkan menerima pelantikan sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Galas sebaik tiba dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Bagaimanapun beliau berkata cadangan untuk menamakan beliau sebagai calon perlu dibincangkan dengan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional terlebih dahulu.
Sementara itu, Tengku Adnan berkata teguran beliau terhadap Pergerakan Pemuda dan Puteri sebelum ini lebih merupakan teguran seorang bapa kepada anak-anaknya.
Beliau berkata adalah tidak adil untuk menakrifkan kenyataan beliau sebagai ‘‘sweeping statement’’ kerana pihak pengurusan lebih tahu apa yang berlaku di setiap bahagian dan sayap.
“Saya Setiausaha dia. Saya Setiausaha Pemuda, Wanita dan Puteri. Saya nasihat sebagai bapa kepada anak. Siapa yang makan cili dia yang terasa pedas, itu sahajalah,” katanya.
Tengku Adnan sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedih melihat kedua-dua pergerakan itu yang dilihat tidak bermaya dan hanya ghairah merebut jawatan bagi kepentingan peribadi.
Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin semalam menyatakan kekecewaan terhadap kenyataan itu, mengatakan ia tidak seharusnya dikeluarkan di media.
Tengku Adnan bagaimanapun berkata kenyataan yang beliau keluarkan itu hanya sebagai menjawab soalan pemberita. — Bernama

Rahimi ‘bom jangka C4 ‘mahu bunuh karakter Anwar

KUALA LUMPUR, 9 Okt — Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub menegaskan, musuh Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menggunakan bekas pembantunya Rahimi Osman sebagai “bom jangka C4” untuk membunuh karakter politik ketua pembangkang itu selepas “gagal” mempergunakan Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Rabu lalu, Rahimi mendakwa dia telah dipaksa oleh pemimpin dan peguam PKR agar menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes liwat melibatkan Anwar sekarang.
“Dalam firasat saya, kalau Saiful Bukhari gagal dijadikan sebagai peluru hidup untuk membunuh Anwar, Rahimi dengan apa cara sekalipun mesti dijadikan bom jangka C4 untuk membunuh karakter Anwar,” kata Mustaffa dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Oleh itu kata Mustaffa, beliau melihat konspirasi terbaru melibatkan Rahimi ini tidak patut dipandang remeh oleh semua pihak, terutama rakyat.
“Kita sudah tahu, Rahimilah dalang membawa Saiful Bukhari menjadi salah seorang pegawai khas Anwar.
“Tetapi, persoalan yang lebih penting yang tidak pernah kita semua perbincangkan, siapakah yang membawa Rahimi masuk ke ibu pejabat PKR dan menjadi pegawai khas Anwar?” kata beliau.
Calon timbalan presiden PKR ini menambah, alangkah liciknya mainan pembesar-pembesar Umno sehingga anggota parti pun tidak dapat menghidu rancangan busuk dan tidak bermaruah ini.
Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider semalam, Rahimi sambil mempertahankan tindakannya mempertikaikan status dua akuan bersumpah yang menurutnya telah dipaksa menandatanganinya dua tahun lalu menegaskan, dia tidak berniat mahu mengganggu kes liwat kedua dilalui Anwar, yang juga penasihat PKR, sekarang.
Bekas pembantu Anwar itu yang dihubungi The Malaysian Insider hari ini berkata, dia hanya mahu membetulkan “kesilapan” yang dia telah lakukan sebelum ini.
“Saya tiada niat untuk mengganggu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya juga tiada hak untuk menuduh Anwar atau Saiful bersalah ataupun membuat tuduhan-tuduhan palsu,” kata Rahimi.
“Saya hanya membuat laporan ini kerana saya mahu membetulkan kesilapan-kesilapan masa lalu,” kata Rahimi.
Rahimi mendakwa dia telah dipaksa mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes liwat Anwar dengan menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008.
Rahimi mendakwa dia telah dipaksa oleh peguam-peguam Anwar termasuk Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya.
Rahimi berkata dia telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008, yang mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful.
Dalam kenyataan hari ini, Mustaffa yang juga Pengerusi Akademi Latihan PKR menambah, selepas ini beliau sangat yakin orang-orang Najib-Rosmah akan tuduh parti ini tidak bermaruah dan bermasalah.
“Saya sangat yakin orang-orang Najib mahu rakyat melihat parti ini sudah didalangi dalang-dalang politik busuk yang bermasalah.
“Angkat Politik Nilai, tolak dalang politik busuk seperti ‘arwah’ Rahimi dan ‘arwah’ Saiful Bukhari!” katanya lagi.
Mustaffa juga yakin Najib dan Rosmah tidak akan tampil mempertahankan diri apabila Rahimimemburuk-burukkan parti PKR dan peribadi Anwar.
“Saya sangat yakin Najib dan Rosmah terlibat dalam konspirasi ini,” katanya.
Mustaffa juga yakin kenyataan Rahimi menuduh Latheefa dan Saiful Izham Ramli memaksanya menamakan Najib-Rosmah dalam akuan bersumpah keduanya itu semata-mata untuk melindungi kepentingan Najib-Rosmah.
“Rakyat dan anggota parti mahu diperbodohkan lagi dengan memadamkan nama kedua-dua peribadi misteri ini.
“Tidakkah kita hairan Rahimi boleh menafikan akuan bersumpahnya selepas dua setengah tahun beliau membuat akuan itu?
“Tidakkah kita hairan, mengapa Rahimi beriya-iya memadamkan nama
Najib-Rosmah dalam akuan bersumpahnya sekarang?” kata beliau sambil menambah, tidakkah “kita hairan, mengapa Najib-Rosmah begitu berdiam diri dan sangat defensif walhal Rahimi bermati-matian cuba memadamkan nama kedua-dua peribadi itu dalam akuan bersumpahnya.”
Katanya, beliau yakin Rahimi dipaksa membuat tuduhan itu agar rakyat tidak terus menganggap Najib-Rosmah terbabit dalam mencatur Saiful mengenakan Anwar.
Beliau mendakwa mereka mahu Anwar ke penjara dengan apa cara sekalipun kerana Umno sendiri percaya Anwar mampu membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Debat Ketengahkan Visi, Ketokohan Calon Jawatan Tinggi KEADILAN

pemilihanPKRSHAH ALAM 9 Okt - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor akan menganjurkan Debat Visi Pimpinan KEADILAN 2010 di kalangan calon yang akan bertanding dalam pemilihan pimpinan parti di peringkat pusat November depan.

Menurut Koordinator Siri Debat dan Wacana, Mohd Yahya Mat Sahri, siri debat itu akan diadakan di seluruh negara bermula 7 Oktober sehingga pertengahan November iaitu menjelang tamat tempoh pemilihan pimpinan pusat pada 21 November.

Siri debat dan wacana Kepemimpinan itu dianjurkan bersama oleh Forum Tokoh Nusantara (FOKUS), sebuah badan amanah swadaya yang baru ditubuhkan.

"Antara objektif program adalah untuk membolehkan ahli-ahli parti menilai intelektualisme, visi dan kualiti kepemimpinan mereka yang menawarkan diri untuk bertanding memegang jawatan utama dalam parti, di samping membolehkan mereka memperkenalkan diri masing-masing kepada anggota parti di seluruh negara.

"Siri Debat tersebut akan disertai oleh calon yang akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Wanita dan Angkatan Muda," kata beliau yang juga merupakan Ketua Cabang Tanjung Karang.

Malah katanya, calon yang akan bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat juga akan dijemput untuk memperkenalkan diri di pentas Debat tersebut.

"Ianya akan dikendalikan oleh beberapa moderator bebas yang terdiri daripada cendekiawan serta tokoh masyarakat yang tidak terlibat dengan
politik kepartian berdasarkan tema-tema khas yang berkaitan dengan visi dan misi kepemimpinan KEADILAN.

"Siri pertama telah diadakan di Dewan Hamzah Kelang, dengan Tema “Menyiapkan Parti dan Memimpin Rakyat Menuju Putrajaya”.

"Siri Kedua pula diadakan pada 8 Oktober lalu di Dewan Sivik Petaling Jaya dengan tema “Visi Kita Memperkasa Ekonomi Malaysia”." ujar beliau.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai program siri debat ini dan berminat menyertai program ini boleh melayari laman blog, www.DebatVisiPimpinan.wordpress.com