Jumaat, 8 Oktober 2010

Bertanding di Galas: Ibrahim tidak layan Khalid Samad..ha.ha..ada Perkasa ka ni...!!!

PETALING JAYA: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali tidak mahu melayan cabaran ahli parlimen PAS, Khalid Samad supaya beliau bertanding di Galas.
Dalam SMS kepada FMT, ahli parlimen bebas Pasir Mas itu menulis "Tidak penting untuk melayan."
Tokoh politik veteran itu juga tidak memberi respon sama Perkasa akan berkempen membantu BN mendapatkan pengundi Melayu.

Rabu lalu, Khalid telah mencabar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil Galas untuk membuktikan Perkasa tidak disokong Umno.
SPR menetapkan 26 Oktober sebagai hari penamaan calon dan 4 Oktober hari mengundi.
Pilihanraya kecil Galas diadakan berikutan kematian Adun PAS, Che Hashim Sulaima, pada  27 September lalu akibat kanser.
Beberapa pemimpin Umno termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin  tidak senang jika Umno rapat dengan Perkasa.
Sebaliknya mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Umno akan kalah jika mengetepikan pertubuhan itu. 

Perspektif KPRU: Kewajaran Pelaksanaan Gaji Minimum

Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 11 Oktober 2010.  Menjelang persidangan parlimen kali ini, kita sering terbaca paparan-paparan berita yang mengatakan bahawa kerajaan akan mengemukakan dasar berhubung gaji minimum.  Apabila ditinjau kembali sejarah, tuntutan gaji minimum oleh golongan pekerja bukanlah sesuatu yang baru, cuma tindakan berlainan diambil oleh pemerintah berdasarkan pertimbangan politik dan keperluan semasa.
Kali terakhir gesaan sebegitu dibuat secara besar-besaran adalah pada 18 Jun 2007.  Ketika itu, Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk menuntut gaji minimum RM900 dan Elaun Kos Hidup RM300.

Sebelum itu, pada 21 September 2006, Jaringan Rakyat Bertindak (JERIT), sebuah pertubuhan bukan kerajaan, juga menganjurkan satu piket yang melibatkan lebih 1,500 pekerja kilang dari seluruh Malaysia.  Mereka hadir ke Parlimen untuk menghantar lebih 50,000 kad tuntutan yang menuntut Perdana Menteri supaya menggubal Akta Gaji Minimum serta undang-undang yang menjamin hak pekerja.  Kedua-dua desakan langsung tidak dihiraukan oleh kerajaan, malah ramai penuntut gaji minimum tersebut diserbu dan direman oleh polis.
Anehnya, pendirian kerajaan berubah secara drastik pasca 8 Mac 2008.  Daripada pengabaian terhadap tuntutan gaji minimum, kerajaan kini bertukar menjadi "rakan seperjuangan" para pekerja dan tidak bersabar-sabar memperkenalkan dasar gaji minimum.  Pemuda UMNO/BN juga sibuk merancang forum awam bersama MTUC bagi "memperjuangkan" pelaksanaan gaji minimum, seakan-akan terlupa pihak mana terlibat dengan penyekatan pertumbuhan gaji dan penambahbaikan kebajikan pekerja selama empat dekad!<1>

Perkembangan baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa perubahan sikap pemerintah tidak berlaku secara tiba-tiba.  Perubahan ini merupakan produk PRU-12 dan hasil perjuangan pelbagai pihak termasuk kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan, pihak pembangkang dan lain-lain.  Tanpa peniupan angin perubahan yang kencang sehingga mengubah landskap politik Malaysia, segala perkembangan sebegini mustahil berlaku.

Pasca 8 Mac, kita bukan sahaja menyaksikan pembentangan Manisfesto Pakatan Rakyat yang dicorakkan oleh wacana gaji minimum, tetapi juga pelaksanaan dasar berkaitan oleh Kerajaan Selangor.  Kini giliran Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan dasar tersebut.
Bagi sesetengah pihak yang masih mempunyai keraguan terhadap pelaksanaan gaji minimum, mungkin analisis kepada persoalan berikut dapat menyakinkan anda: Adakah pelaksanaan gaji minimum membawa faedah kepada pihak pekerja, perniagaan dan pertumbuhan ekonomi negara?  Mengapakah gaji minimum harus dilaksanakan di Malaysia?
Sebab utama pelaksanaan gaji minimum adalah pendapatan pekerja di Malaysia masih rendah dan sudah lama berada pada tahap hampir beku (stagnation).  Mengikut Laporan Model Ekonomi Baru, sebanyak 40% isi rumah di Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.<2>  Selain itu, kira-kira 442,000 orang atau 34% daripada 1.3 juta pekerja tempatan memperoleh pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM720 sebulan.<3>  Tambahan lagi, Malaysia telah mengalami stagnasi produktiviti di mana mengikut kajian Bank Dunia, pertumbuhan gaji sebenar di Malaysia hanya mencatatkan pertumbuhan 2.6% dari tahun 1994 hingga 2007.<4>
Malaysia juga mengalami cabaran dari segi jurang pendapatan yang semakin luas.  Pendapatan isi rumah 40% terendah hanya mencapai 1/7 daripada 20% isi rumah tertinggi, dan lebih kurang 4 juta warga Malaysia hidup di bawah purata tahap KNK iaitu AS$7,600 setiap tahun atau RM2,200 setiap bulan.<5>  Oleh yang demikian, pelaksanaan gaji minimum adalah kritikal untuk mengurangkan jurang pendapatan golongan berlainan dalam strata masyarakat tanpa mengira kaum, di samping mengimbangi gaji sebenar (real wage) yang tidak mencatatkan peningkatan signifikan dalam tempoh 10 tahun yang lalu.
Dengan kata lain, penetapan gaji minimum bukan sahaja dapat dilihat sebagai salah satu langkah memantapkan jaringan perlindungan sosial untuk golongan miskin (majoriti golongan pekerja), malah juga dapat membantu meningkatkan produktiviti melalui pengenalan faktor tolakan (push factor), iaitu dengan menetapkan gaji minimum dan memaksa majikan mencari jalan penyelesaian untuk meningkatkan produktiviti mereka.  Sesungguhnya, pelaksanaan gaji minimum adalah selari dengan hasrat rakyat untuk mencapai negara berpendapatan tinggi.

Adakah gaji minimum akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara?  Pada tahun 2006, International Labour Organisation (ILO) mengeluarkan satu kertas kerja mengenai dasar gaji minimum.<6>  Kertas kerja tersebut menyebut bahawa kebanyakan kajian tidak menunjukkan impak negatif terhadap peluang pekerjaan selepas pengenalan gaji minimum (walaupun sebahagian kecil menunjukkan begitu), malah terdapat kajian yang menunjukkan kesan positif. <7>
Menyentuh dakwaan bahawa gaji minimum akan memberi impak negatif kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Fiscal Policy Institute di Amerika Syarikat telah menjalankan satu kajian pada tahun 2006 untuk membandingkan kesan gaji minimum terhadap pertumbuhan PKS dan juga tahap gaji antara negeri-negeri di Amerika Syarikat.<8>  Hasil kajian sepanjang tempoh tahun 1998 hingga 2003 menunjukkan prestasi negeri dengan pelaksanaan gaji minimum yang lebih tinggi adalah lebih baik: <9>
1. Pertumbuhan bilangan perniagaan kecil (kurang daripada 50 pekerja) adalah lebih tinggi (5.4% berbanding dengan 4.2% bagi negeri dengan gaji minimum lebih rendah);
2. Pertumbuhan peluang pekerjaan dalam sektor perniagaan kecil adalah lebih tinggi (6.7% berbanding dengan 5.3% bagi negeri dengan gaji minimum lebih rendah);
3. Pertumbuhan jumlah gaji tahunan juga lebih tinggi (24.5% berbanding dengan 21.2% bagi negeri dengan gaji minimum lebih rendah).

Terbukti daripada kajian tersebut bahawa selepas pengenalan gaji minimum, kebanyakan majikan tidak memberhentikan pekerja, sebaliknya melambatkan kadar penambahan sumber tenaga kerja, mengurangkan masa kerja, meningkatkan harga, dan juga mencari penyelesaian lain supaya pekerja mereka menjadi lebih produktif. Tren sebegini juga dikenalpasti oleh Low Pay Commission di British pada tahun 2005 selepas pengenalan gaji minimum sejak tahun 1999.<10>

Sebenarnya, pengenalan gaji minimum selain dapat membantu golongan pekerja yang miskin, golongan pekerja wanita juga banyak mendapat manfaat daripadanya. Statistik menunjukkan 2/3 daripada penerima gaji minimum di British merupakan golongan wanita.

Memang benar bahawa kebanyakan negara maju telah memperkenalkan dasar gaji minimum.  Bersandarkan statistik perbandingan pada peringkat antarabangsa, daripada 197 buah negara, hanya 28 buah negara yang tidak melaksanakan gaji minimum.  Walau bagaimanapun, gaji minimum tidak harus dihadkan sebagai satu-satu kriteria untuk meningkatkan taraf kehidupan para pekerja.  Sebagai contoh, walaupun kebanyakan kerajaan Scandinavia seperti Norway, Denmark dan Finland tidak menetapkan gaji minimum, tetapi majoriti pekerja mereka dilindungi oleh perjanjian ataupun rundingan kolektif antara majikan dengan pekerja dalam pelbagai sektor.<11> <12> Rundingan kolektif tersebut adalah begitu komprehensif di Norway sehingga gaji minimumnya adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada British pada tahun 2008. <13>
Oleh yang demikian, selain daripada memberi tumpuan kepada pelaksanaan gaji minimum, dasar lain juga harus dipertimbangkan dalam memperkukuh hak dan kebajikan pekerja supaya taraf kehidupan pekerja dan mutu kerja dapat dipertingkatkan secara keseluruhannya.  Sebagai titik tolak baru pasca 8 Mac, cadangan berikut wajar diberikan pertimbangan oleh pemerintah sebagai "pakej gaji minimum":
1. Hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa;
2. Penubuhan Dana Penamatan Kerja;
3. Pengenalan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta;
4. Pengenalan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bagi kedua-dua sektor awam dan swasta.
<1> http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bn-youth-mtuc-join-forces-in-fight-for-minimum-wage/
<2> Model Ekonomi Baru, 2010, m.s 35
<3>http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm
<4>http://www.emergingmarkets.org/article.asp?PositionID=2601&ArticleID=2478529&page=1000
<5> Laporan Model Ekonomi Baru, 2010, m.s 41
<6> Minimum Wage Policy, ILO, 2006. http://www.ilo.org/public/english/protection/condtrav/pdf/infosheets/w-1.pdf
<7> “The majority of studies conclude that the minimum wage has – at most – a small negative
effect on employment (there might even be a positive effect).”, ILO, 2006.
<8> States with Minimum Wages above the Federal Level have had Faster Small Business and Retail Job Growth, Fiscal Policy Institute, 2006.
<9> http://www.fiscalpolicy.org/FPISmallBusinessMinWage.pdf
<10> http://www.lowpay.gov.uk/lowpay/report/pdf/DTi-Min_Wage.pdf
<11> http://netti.sak.fi/workinginfinland/en/wages.html
<12> http://www.eurofound.europa.eu/eiro/2005/07/study/tn0507101s.htm
<13> http://www.mirror.co.uk/news/top-stories/2008/10/12/norway-s-minimum-wage-is-double-that-of-britain-115875-20797382/
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://kpru2010.wordpress.com/.
*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang bebas dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.
KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat.  Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

Politik baru maknanya gagasan bertunjangkan idea, Rafizi Ramli

Mohd. Rafizi Ramli, nama yang mungkin tidak begitu terserlah sebelum ini, menjadi tumpuan media selepas menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua Angkatan Muda Keadilan.  Pada usia 35 tahun, beliau kini menyandang jawatan Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.  Dengan kata lain, beliau salah seorang yang berada di sisi Anwar Ibrahim.
Rafizi Ramli (gambar kiri) menyertai PKR pada tahun 2003, dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi Pusat pada ketika itu.  Namun, beliau meletak jawatan pada tahun 2004 sebagai protes, apabila pimpinan parti mengambil keputusan untuk membuka pintu AMK kepada pemudi.
Beliau bertanding dalam pasukan yang menggelar diri sebagai "Generasi Reformasi", mencungkil pertikaian daripada "reformis yang turun ke jalan raya" sebelum ini.  Bagaimanapun, yang berikut adalah satu wawancara yang dijalankan melalui email, bersama Mohd. Rafizi Ramli yang menawarkan diri sebagai calon Ketua AMK dalam pemilihan PKR hujung November ini.
1. Penilaian anda terhadap situasi/prestasi AMK sekarang.  Pada pendapat anda, apakah masalah pokok yang membelenggu AMK kini?
Persoalan asas AMK sekarang adalah persoalan yang sama kepada mana-mana organisasi - apakah peringkat peningkatan yang seterusnya, setelah berjaya membina satu imej dalam masa satu dekad.
Selama sedekad, Pemuda Keadilan/Angkatan Muda Keadilan berada di hadapan membawa isu-isu salahguna kuasa, rasuah dan penyelewengan Barisan Nasional kepada rakyat.
Sumbangan ini banyak membantu PKR dan PR meyakinkan rakyat untuk berubah semasa PRU12.
Atas kejayaan itu jugalah, AMK sekarang berada di persimpangan - setelah berjaya membentuk imej sedemikian rupa, apakah bentuk peningkatan yang seterusnya?
Saya ajukan kepada AMK dan parti bahawa masanya sudah sesuai untuk AMK mencapahkan bentuk-bentuk isu yang diperjuangkan agar meliputi isu mendesak anak muda seperti kos sara hidup, pembiayaan pendidikan melalui PTPTN yang membebankan, kerjaya yang berkualiti, masalah perumahan - walaupun ini bukan isu tradisional yang sebelum ini biasa dengan AMK.  Tetapi kita perlu mengangkat isu ini ke peringkat nasional kerana inilah isu yang menarik minat anak muda di luar, terutamanya 4.6 juta pengundi muda.
Pada masa yang sama, untuk memastikan mesej kita sampai dan diyakini ahli dan pengundi, AMK perlu juga mengukuhkan organisasi di peringkat akar umbi kerana hanya dengan organisasi yang kuat, kita dapat menyampaikan mesej secara berkesan kepada rakyat.
2. Ramai pemimpin muda dalam PKR yang agak menyerlah secara individu.  Malah, PKR menjadi pilihan golongan muda selepas PRU ke-12, kerana dilihat sebagai harapan masa depan.  Ironinya, dari segi organisasinya, AMK agak lemah.  Mengapakah situasi ini berlaku?
PKR lahir di tengah-tengah perjuangan rakyat yang secara tiba-tiba bangkit menentang kezaliman BN, setelah bertahun-tahun diadu-dombakan.
Secara langsung, tekanan kepada PKR dan pemimpinnya juga luar biasa sejak sedekad yang lalu.  Pelbagai bentuk sekatan, ugutan dan tindakan diambil yang menyebabkan rakyat secara keseluruhannya tidak begitu berani mendekati PKR.
Jadi kami membesar dalam keadaan perlu bersuara lantang tetapi tidak cukup sokongan organisasi di belakang.  Sebahagiannya kerana tidak mempunyai sumber dan masa untuk menumpukan perhatian membina organisasi itu kerana isu-isu nasional yang mendesak sering dijadikan keutamaan, sebahagiannya juga kerana tidak ramai yang sanggup tampil ke depan menjadi aktivis dan pemimpin akar umbi kerana tekanannya kuat.
Tetapi keadaan selepas tahun 2008 berbeza kerana kita ramai ahli baru yang berduyun-duyun menyertai PKR dan AMK.  Sebab itu bagi saya ini adalah persimpangan yang baik untuk mula mengukuhkan organisasi, kita tidak ada alasan untuk mensia-siakan dokongan rakyat ini.
3. Apa yang anda lakukan sepanjang beberapa tahun ini, sebagai cubaan untuk mengatasi masalah yang dikatakan di atas?
Saya banyak menumpukan masa membina akar umbi di Terengganu, selain membantu pentadbiran parti dan penggubalan dasar parti di peringkat pusat.
Perkara yang paling saya tekankan di dalam gerak kerja di Terengganu adalah untuk menghidupkan seramai mungkin anggota sedia ada untuk menyumbang dan membina kekuatan akar umbi, kerana PKR juga tidak lari dari masalah sama organisasi yang lain iaitu ramai ahli tetapi sebilangan kecil yang aktif.
Untuk mencapai perkara ini, kepimpinan cabang perlu pastikan seberapa ramai ahli mereka menerima maklumat yang berterusan dan ada aktiviti dari semasa ke semasa yang menghidupkan ukhuwwah sesama anggota di peringkat akar umbi.  Apabila perkara ini berlaku, barulah kita boleh mengenalpasti anggota yang berbakat dan disesuaikan dengan tugasan masing-masing.
Sebab itu, kita tidak boleh rendahkan peranan sistem komunikasi untuk membina jentera akar umbi.  Di Terengganu, kami mensasarkan setiap cabang mempunyai 200 orang anggota aktif yang dijaringkan dengan sistem sms yang berterusan dan email (bagi mereka yang mempunyai email).  Apabila jaringan ini telah wujud, barulah mudah untuk menyebarkan maklumat dan membuat culaan anggota mana yang cergas dan tidak.
Proses ini perlu dilakukan walaupun rumit.  Ia tidak popular dan tidak nampak gah, tetapi inilah bentuk-bentuk kerja akar umbi yang membina organisasi.
4. Anda bertanding atas nama pasukan "Generasi Reformasi", menganjurkan pendekatan yang lebih bercorak "elit", apabila mendakwa zaman berdemonstrasi di jalan raya telah berlalu.  Namun demikian, penindasan dan ketidak-adilan yang berlaku 12 tahun lalu, masih wujud dalam sistem politik negara terkini, misalnya akta draconian yang mengekang kebebasan, mencabul keadilan dan sebagainya.
Persoalannya, apakah reaksi AMK terhadap kewujudan akta draconian, malah, seandainya perlu berdepan dengan senario seperti Anwar dipenjarakan, kenaikan harga minyak dan sebagainya?
Saudara membuat kesimpulan sendiri dan terbawa-bawa dengan tuduhan yang dibuat di blog-blog.
Saya pernah mengajukan soalan ini dalam pertemuan-pertemuan dengan aktivis akar umbi - kalau elit itu dimaksudkan berpendidikan tinggi dan berlatar belakangkan profesional, adalah tidak bertanggungjawab kalau ada sekelompok di dalam parti yang cuba menyekat golongan ini aktif di dalam parti, kerana budaya itu adalah budaya lapok UMNO yang takut dengan bayang-bayang sendiri.  Perbezaan kita berbanding dengan UMNO adalah kerana kita meraikan semua pihak dan mengalu-alukan penyertaan golongan berpendidikan dan profesional, sebab itu kita nampak lebih menarik berbanding parti-parti BN di mata rakyat.
Jadi kalau ada angin-angin tidak sihat di kalangan anggota AMK yang sudah terbawa-bawa dengan perangai takut bayang-bayang sendiri ala UMNO dengan memainkan isu elit ini, saya rasa ia perlu diperbetulkan dan ditentang, jika perlu.
Mengenai demonstrasi, saya juga kesal kerana ada pihak yang cepat melatah dan memutar belitkan kenyataan.  Ini tidak sihat kerana kita dipandang rakyat - dan rakyat yang membaca faham bahawa saya tidak pun pernah mengatakan kita perlu meninggalkan demonstrasi.
Yang saya sebut adalah kita perlu keluar dari imej demonstrasi jalanan semata-mata dan mula juga membawa isu-isu yang selama ini kita tidak begitu dekat, seperti yang saya sebutkan sebelum ini.  Maksud saya kita perlu versatile, hak yang wajib diperjuangkan seperti kebebasan berhimpun dan bersuara perlu terus dibawa, tetapi janganlah itu sahaja yang boleh dibawa oleh AMK.
Pimpinan AMK seharusnya boleh mengapalai rapat umum yang besar (tidak kiralah apa isunya - harga minyak naik atau ISA), tetapi boleh juga duduk di dalam forum ilmiah mengupas isu ekonomi dan sosial secara tersusun dan intelek.  Pimpinan sebegini yang boleh memikat rakyat, sebab itu saya syorkan supaya AMK membuat anjakan supaya mengembangkan lagi pendekatan kita dengan rakyat.
5. Anda cuba menawarkan satu pasukan belia/pemuda yang berkemampuan untuk mengetengahkan dasar yang memanfaatkan rakyat, khususnya dari segi ekonomi.  Namun, matlamat anda akan lebih bermakna seandainya PKR-Pakatan Rakyat berkuasa sebagai kerajaan.  Persoalannya, bagaimana jika ia tidak berlaku? Dan bagaimana pula AMK di bawah pimpinan anda menunjukkan keprihatinan terhadap isu setinggan, remaja dan sebagainya?
Kita bawa politik baru, ia langsung tidak ada kena mengena sama ada kita berada di dalam kerajaan atau tidak.  Politik baru maknanya gagasan yang bertunjangkan idea, apa yang dipanggil thought leadership bukannya ketaksuban kepada tubuh badan pemimpin semata-mata.
Tidak ada parti politik yang patut turun gelanggang dengan prasyarat ia akan berkuasa, gerakan siasah bermakna kita bawa gagasan untuk meyakinkan rakyat - jadi isu sama ada berkuasa atau tidak, bagi saya tidak relevan.
Dari segi keprihatinan kepada isu-isu rakyat, saya rasa sekarang pun, sejak mengumumkan untuk bertanding, Generasi Reformasilah yang mempelopori isu-isu sebegini untuk dibawa kepada anggota AMK dan rakyat.  Kalau tidak, saya sendiri sebelum ini khuatir pemilihan 2010 hanya berkisar kepada persoalan individu (atau individual cultism) semata-mata - sebab itu kami yang paling awal gagaskan beberapa isu rakyat yang pokok yang perlu dijawab oleh calon-calon yang ingin bertanding.
6. Penilaian anda terhadap Gerakan Reformasi sejak tahun 1998.  Pada pandangan anda, apakah bentuk dan halatuju baru untuk Gerakan Reformasi ini, selepas 12 tahun?
Pertama, ia tidak boleh lari dari semangat asas yang mengikatnya dulu iaitu kebersamaan.  Gerakan reformasi pada tahun 1998 tidak pernah membezakan sesiapa dan mengalu-alukan sumbangan semua pihak, maka kita tidak hairan apabila PAS, DAP dan NGOs boleh duduk bersama merancang gerak kerja.
Tetapi kita juga telah melepasi peringkat semangat dan pemahaman, jadi sewajarnya di dekad ini semangat reformasi itu diterjemahkan kepada pelaksanaan, apatah lagi apabila kita sudah menguasai negeri-negeri penting dan di ambang ke Putrajaya.
Sebab itu, manifesto Generasi Reformasi menggagaskan supaya roh reformasi yang diikat oleh semangat kebersamaan itu, diterjemahkan untuk dilaksanakan melalui organisasi yang berkesan di bawah kepimpinan yang berketrampilan.
Jadi jika saudara tanyakan apakah bentuk dan hala tuju baru gerakan reformasi - ia adalah membina keberkesanan melalui organisasi dan menampilkan pimpinan yang berketrampilan, agar ideal reformasi itu dapat dilaksanakan selepas 12 tahun diperjuangkan.
7. Penilaian anda terhadap Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO.  Setujukah anda bahawa beliau memiliki keupayaan bukan sahaja dari segi perbahasan dasar, tetapi juga berpidato ketika dalam ceramah, malah ketika berdemonstrasi?
Saya berpendapat Khairy berkebolehan, tetapi beliau juga berdepan dengan cabaran tertentu di dalam UMNO.  Kebolehan peribadi beliau, kalau tidak berjaya membawa perubahan kepada UMNO, akan sia-sia begitu sahaja.
8. Penilaian anda terhadap Nasrudin Hassan Tantawi (gambar kiri), Ketua Dewan Pemuda PAS dan Anthony Loke selaku Ketua DAPSY.  Apakah yang membezakan anda dengan dua orang ketua sayap pemuda dalam Pakatan Rakyat?
Saya tidak banyak berurusan dengan mereka, apatah lagi mereka pemimpin yang lebih senior dan berpengalaman.  Saya tidak fikir perbezaan antara kami akan menjadi isu, kerana seperti mana PKR, PAS dan DAP saling melengkapi di dalam PR, pemimpin sayap muda ketiga-tiga parti juga akan saling melengkapi.
9. Sila nyatakan tiga perkara yang akan anda lakukan dalam tempoh jawatan seandaiya anda terpilih sebagai Ketua AMK.
Pertama, membina organisasi dengan memastikan selepas 3 tahun, kesemua 202 cabang PKR seluruh Malaysia mempunyai AMK yang berfungsi dan lengkap.
Kedua, meletakkan fokus kepada menampilkan pimpinan bawah 30 tahun sebagai pewaris yang akan mengambil alih kepimpinan AMK sepenggal lagi - maka mereka perlu diberikan ruang sebesar-besarnya untuk diuji dan memimpin.
Ketiga, membawa isu-isu mendesak anak muda yang saya sebut sebelum ini ke peringkat nasional agar ia akhirnya mendapat pembelaan pimpinan tertinggi PR dan BN, bukan sahaja dipandang sebagai isu belia semata-mata.
10. Pada pandangan anda, apakah kelebihan diri anda berbanding calon Ketua AMK yang lain?
Saudara perlu tanya anggota-anggota di bawah, mereka lebih arif dan memahami kerana mereka yang akan memilih.

Saifuddin enggan ulas tindakan Zaid yang mencabar parti...!!

saifuddinnasution1 Oleh  Mat Zahari Ali
PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang ulasan berhubung kenyataan media calon Timbalan Presiden Zaid Ibrahim semalam yang menegur tidakan parti memboikot media arus perdana khususnya Utusan Malaysia.
"Buat masa ini, saya tidak akan membuat sebarang kenyataan dan apatah lagi provokasi ke atas kenyataan Zaid.

"Setakat ini tidak ada laporan atau tindakan yang perlu di buat ke atas beliau," kata Saifuddin ketika dihubungi hari ini.
Dalam sidang  media semalam, Zaid berkata, beliau tidak akan mempedulikan larangan parti itu untuk memboikot media tertentu termasuk  akhbar Utusan Malaysia.
Zaid juga mempersoalkan mengapa Utusan sahaja diboikot sedangkan Berita Harian dan News Straits Times dan lain-lain media milik BN tidak dilakukan demikian.
Pada 3 Oktober lalu, ketua umum PKR, Anwar Ibrahim ketika berada di London, memberi amaran agar calon yang bertanding pada pemilihan PKR tidak menggunakan media perdana yang dilabelnya sebagai musuh Pakatan Rakyat.
Sementara Saifuddin dalam sidang media dua hari lalu juga mengingatkan anggota parti supaya akur dengan arahan yang di keluarkan ketua Umum PKR.

Biro Pengaduan Awam siasat penggunaan perlembagaan palsu oleh BTN.


insidepix1 IPOH:  Biro Pengaduan Awam akan menyiasat dakwaan kononnya Biro Tata Negara (BTN) menggunakan buku perlembagaan palsu semasa mengendalikan satu kursus di Johor baru-baru ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah.   
Beliau berkata kerajaan memandang serius perkara itu kerana isi kandungan perlembagaan itu menyentuh sensitiviti  kaum.   

"Kerajaan telah mengarahkan BPA untuk menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti penulis buku berkenaan. Buku tersebut dipercayai diedar dan digunakan sebagai rujukan dalam ceramah anjuran BTN itu.   
"Bagaimanapun kesahihan perkara itu hanya akan dapat ditentukan sebaik  selesai siasatan," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di sini hari ini.   
Murugiah berkata beliau mengetahui perkara itu berikutan laporan seorang peserta yang mengikuti kursus berkenaan.   
"Peserta terbabit berasa keliru apabila penceramah kursus itu menggunakan perlembagaan palsu yang menyentuh isu sensitif sesuatu kaum. Perkara ini akan merencatkan usaha melaksanakan wawasan Perdana Menteri dalam membentuk gagasan 1Malaysia, dan boleh menimbulkan rasa kurang senang kaum yang dikaitkan dalam perlembagaan palsu itu," katanya.
-Bernama

Solat Isytikharah Petunjuk PAS Tentukan Calon

galas-skGUA MUSANG 8 Okt - Solat istikharah mungkin menjadi pemutus dalam menentukan calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 Nov ini, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun.

Katanya, ini kerana terlalu ramai calon yang berkelayakan dan seimbang yang dicadangkan PAS di peringkat akar umbi sebelum diperhalusi oleh pimpinan tertinggi parti itu.

“Kita percaya solat istikharah yang akan dibuat oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan menjadi kata pemutus untuk menentukan calon PAS pada pilihan raya kecil itu,” katanya kepada Bernama ketika melawat kawasan pilihan raya itu di sini, hari ini.

Abdul Fatah yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri berkata, mengikut amalan biasa yang dinyatakan oleh bekas Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Yahya Othman, parti itu menerima calon yang mempunyai kriteria tidak pernah melakukan dosa besar, seperti zina dan membunuh serta sanggup meninggalkan dosa-dosa kecil, termasuk merokok.

Beliau juga menyokong kenyataan anggota Exco Kerajaan Negeri, bahawa PAS sedia menimbangkan untuk meletakkan Orang Asli sebagai calon pada pilihan raya akan datang termasuk pada pilihan raya kecil Galas.

“Ini semua tidak mustahil boleh terjadi, kerana masyarakat Orang Asli sekarang berbeza dengan sebelum ini kerana mereka kini berpelajaran tinggi dan tidak mudah menerima pandangan orang lain kerana boleh berfikir sendiri,” katanya.

Beliau yang juga anggota DUN Bukit Tuku berkata, pemilihan calon sebenarnya bukan menjadi agenda penting PAS, tetapi lebih besar dari itu untuk menegakkan perjuangan berasaskan prinsip Islam.

“Justeri itu PAS tidak merasakan sesuatu yang sukar dan “pelik” dalam menentukan calon pada semua pilihan raya, termasuk pilihan raya kecil DUN Galas ini,” katanya sambil menyatakan keyakinan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan menerima jika beliau dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada 26 Okt ini dan jika ada pertandingan pengundian akan diadakan pada 4 Nov.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kekosongan DUN itu berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46 akibat barah usus pada 27 Sept lepas.

Surat Layang Tuduh PR Perak Rasuah Tersebar

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan surat layang yang menuduh pimpinan DAP menerima sogokan dari konsesi balak semasa Pakatan Rakyat mentadbir negeri Perak adalah tidak berasas.
Ngeh berkata kandungan surat itu bukan sahaja tidak munasabah, bahkan cuba mengaitkan semua pimpinan DAP, termasuk yang tidak ada kena-mengena dengan urustadbir Perak, seperti Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Ngeh berkata surat layang itu disebarkan kira-kira seminggu lalu, dan semua 19 Adun DAP menerimanya, termasuk juga Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang.
"Surat sampah ini adalah usaha untuk mencemar kredibiliti pemimpin DAP yang terbukti bersih selama ini," kata Ngeh.
Surat tersebar dikala desas-desus kuat mengatakan Pilihanraya Umum ke-13 semakin hampir. Surat tidak bertarikh itu mendakwa DAP menerima 43 konsesi balak selepas menerima sumbangan RM21.5 juta dari firma-firma pembalakan. Surat itu bagaimanapun tidak menamakan penerima sumbangan itu.
Ngeh berkata beliau bagaimanapun enggan membuang masa melayan surat layang tersebut. Beliau menambah surat itu tersebar sebelum perselisihan faham antara beliau dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.
"Sekiranya ada bukti rasuah terhadap kami, sudah tentu Barisan Nasional bertindak terlebih dahulu," kata Ngeh.

TNB Rawang: Tahanan reman dilanjut 24 jam lagi

Tahanan reman ke atas tiga orang yang ditangkap kerana cuba menghalang pekerja Tenaga Nasional Bhd (TNB) membina menara kabel voltan tinggi di Kampung Baru Rawang semalam, dilanjutkan sehingga tengahari esok.

Polis memohon untuk mereman mereka selama empat hari, tetapi majistret hanya membenarkan mereka ditahan reman selama 24 jam lagi.

Menurut peguam mereka, HC Tan, majistret berkata dakwaan kesalahan mereka - menghalang tugas pegawai awam dan merosak harta awam - tidak serius, dan oleh itu tempoh 24 jam sudah memadai untuk polis menjalankan siasatan.

"Polis perlu membebaskan mereka sebelum jam 12 tengahari esok," tambah Tan.

Ketiga mereka ialah adalah A Kumaran dan Alex Gan - pembantu ADUN Rawang Gan Pei Nei - dan penduduk Kampung Baru Rawang, Wan Hang Ming.

Kira-kira 30 penyokong dan penduduk, termasuk anggota exco Selangor, Xavier Jayakumar dan ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Lee Khai Loon, hadir memberikan sokongan mereka.

MPS henti pembinaan

Ketiga-tiga ditangkap ekoran insiden selepas pekerja TNB datang ke kampung itu untuk memulakan kerja pembinaan menara tersebut pada jam 9 pagi semalam, bersama kira-kira 50 anggota polis.

Pertengkaran berlaku apabila penduduk cuba menghentikan kerja
pembinaan itu, mengakibatkan ketiga mereka ditahan.

Ketegangan itu hanya berakhir pada jam 4.30 petang apabila pegawai MPS tiba dan mengarahkan kerja pembinaan itu dihentikan kerana pihaknya belum memberi kelulusan.

TNB berusaha meneruskan pembinaan menara kabel voltan tinggi itu yang terhenti lima tahun lalu, setelah penduduk mencabarnya di mahkamah.

Perkara itu sampai ke Mahkamah Persekutuan di mana keputusannya memihak kepada TNB.

Bagaimanapun, para penduduk masih membantah usaha syarikat berkenaan untuk meneruskan pembinaannya pada bulan Mac.

Kerajaan Selangor kemudian campurtangan dan menawarkan tapak alternatif untuk membina menara tersebut

DAP denies poison pen donation claims, slams BN 'black-hands'

Ngeh with DAP adviser Kit Siang
Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Perak DAP chairman Ngeh Koo Ham has rubbished the contents of a poison pen letter accusing DAP assemblymen and Members of Parliament of having each received a slice of a RM21.5 million kickback from timber operators, slamming the BN especially Umno as being the “black hands” behind the ploy to discredit the state Pakatan Rakyat.

“This has got nothing to do with MP Kulasegaran. We all received a copy of this poison pen letter, which I wish to point out is unsigned and completely rubbish, way before the so-called Kula outburst,” Ngeh told Malaysia Chronicle.

“If there is even a drop of truth in the allegations especially with all the data furnished in the letter so pat and complete-looking, all the Perak DAP, PAS and PKR assemblymen would already be in jail. Or being prosecuted by the Malaysian Anti-Corruption Commission. Just imagine, Zambry doesn’t have to fight Pakatan any more for the control of Perak. Maybe general elections are sooner than we all think after all.”

The surat layang culture

Former Mentri Besar Nizar Jamaluddin has also been following the recent developments with what he described as "great suspicion and fear" that unseen hands were out to finish off the DAP, the lynch-pin in the Perak Pakatan.

Kula and Kit Siang in Parliament
"It is obvious someone is orchestrating the incident. Now Kula may be having his problems with his colleagues but that's their internal affair. This poison pen letter is different. Frankly, it smacks of Umno culture - not Pakatan," Nizar told Malaysia Chronicle..

"If Kula is brave enough to want to hold a tell-all press conference, he won't be so cowardly as not to sign this sort of surat layang. That is not Kula at all. And the biggest joke, this letter has actually been out for a while now but it has been twisted by the reporter in such a way as to make it seem that Kula only now circulated it. Even though he is in Nepal."

Another Najib-Zambry exercise

Perak is now governed by Umno Mentri Besar Zambry Kadir. Despite his efforts, he has found it tough to strike a rapport with the majority of Perakians, who are still sore at the way Prime Minister Najib Razak orchestrated a coup d'etat in 2009 by luring defectors from Pakatan over to the BN.

Najib schemed the Perak power grab
Although, BN has denied approaching Pakatan assemblymen with the view of getting them to switch allegiance, some say with enticements amounting to millions of ringgit, former DAP assemblyman Keshvinder Singh just last week announced he would be joining the PPP - an Indian-based component party that does not have any elected representatives.

"I guess it is all starting again. Zambry has been taking it quiet after it was exposed that he had alienated huge hectares of land to his cronies at the expense of aqua farmers and other villagers. He needs to muddy Pakatan in order to make Umno look good. There is no other way - he has to kill the people's trust for the Pakatan because there is no way he can build trust for the BN," said Ngeh.

Taking advantage of the Kula-Ngeh-Nga row

Last weekend, out-of-blue, a long-simmering row broke out between Kulasegaran and Ngeh. Kula, who is also the Perak deputy chairman, was upset because he felt that Ngeh and his cousin Nga Kor Ming, the Taiping MP, were too domineering and wanted to control all party activities.

Nizar - perhaps the most popular man in Perak
His concerns were that the cousins might steamroll over all other DAP candidates in the party's internal elections due next month. Kula accused Ngeh of closing down historic branches, where the latter did not enjoy strong support and opening new ones in ares where he was popular. Kula threatened to reveal more of Ngeh's misdeeds at a press conference but was ordered by party elders to cancel it.

A similar gag order was slapped on Ngeh and Nga, who had denied Kula's accusations and wanted to do their own tell-all. It ended with Kula going on a scheduled holiday to Nepal on Sunday. Ngeh apologised to the Perak people and to his party mates including Kula for his part of the outburst and a few days later, Kula also expressed remorse.

But the day after Kula posted his message on his blog, a group of about 20 men purporting to be his supporters staged a protest urging him not to allow himself to be bullied. Perak DAP vice-chairman A Sivanesan and Taman Pertama branch chief Tang Yaw Hooi have said none of the group were DAP members after checking through their membership lists.

Who has most to gain

Meanwhile, the poison pen letter was sent out early last week and received by almost every Perak Pakatan assemblyman and Member of Parliament. It claimed that timber operators had donated RM21.5 million in gratitude for receiving timber concessions from the Pakatan state government when it was in power.

Zambry - upset many with his arrogant behavior
It said this sum was split between DAP's 19 state assemblymen and six Members of Parliament. Ngeh has however pointed out that DAP had "only 18 elected representatives in the State of Perak. Satu Lagi Projek BN! (Another BN project)."

The letter also alleged that Nizar's administration had granted 43 timber concessions to DAP and 30 each to PAS and PKR. The unsigned letter also furnished details of the timber companies, the number of lots given for logging, their allocations, as well as the lot numbers of the timber areas.

"It is utter rubbish. Where is the proof? There is so much detail in the letter, how come there is no proof? With so much information, the MACC would have prosecuted us already. This is why I urge all Perakians, stay calm. Think and reason through and it will be very easy to deduce who the real culprits are behind this whole scam? Just ask, who has the most to gain from a Pakatan in disarray?" said Nizar.

Nurul Izzah says will not bow to Umno’s ‘politics of fear’

October 08, 2010
Nurul Izzah: At this present time the politics of fear, which includes threats of a civil war and chaos by Perkasa and Tun Dr Mahathir Mohamed, is being used to defend Umno’s political interests and not the political rights of the Malays. - Picture by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, Oct 8 — Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar claimed today that a new political culture was needed to replace the “politics of fear” being used by Umno to maintain power in the country. Nurul Izzah said that a “political contract” which was based on the Federal Constitution and took into consideration the rights of all races in Malaysia was urgently needed in order to achieve true stability and progress.
“At this present time the politics of fear, which includes threats of a civil war and chaos by Perkasa and Tun Dr Mahathir Mohamed, is being used to defend Umno’s political interests and not the political rights of the Malays.
“The biggest lie in the fight for Malay rights is the assertion Umno is inseparable from the Malays and Malays are inseparable from Umno. What this country needs instead is the politics of hope and liberation to ensure fairness for all,” said Nurul Izzah in a statement today.
The first-term PKR lawmaker’s remarks today come as a response to an editorial by Umno-owned Utusan Malaysia on October 4 titled “Political power is the future of Malays.”
The article warned that Malays would suffer the same fate of Palestinians if they did not unite to strengthen their political power in the country.
According to the article, Malays would lose out their rights in the country to other races if they did not step up to defend what was “rightfully” theirs.
Today Nurul Izzah claimed that the contents of the article was a farce, and that the real concern of Umno was not about Malay rights, but more of political relevance.
“The true future for not only Malays but also the whole of Malaysia lies in a cohesive political contract. This contract is an agreement which involves all citizens to achieve a common goal based on rules of the Federal Constitution.
“Poltical power without a political contract is akin to a game of football without rules or police enforcement without referring to proper laws,” she said.
Nurul Izzah said that efforts towards establishing a political contract should begin with a restoration of the constitution to its “original” form- with the abolishment of anti-democratic laws like the Internal Security Act (ISA) , the Printing Press and Publications Act (PPPA) as well as the University and University Colleges Act (UUCA).
The PKR MP has consistently spoken out against former prime minister and Perkasa patron Dr Mahathir for perpetuating the politics of racial fear to keep the ruling Malay elite in power, which she said was detrimental to the nation’s stability and progress.

Pemuda Umno: P'raya Galas umpama 'peperangan'..fuyooo,...pakai pistol air laa...!!!

Pemuda Umno Kelantan dan bahagian Gua Musang telah diarahkan membuat kajian sikap di kalangan pengundi di DUN Galas, yang bakal menyaksikan pilihan raya kecil 4 November ini.

"Kita mengggerakkan penuh jentera Pemuda. Dan kita menunggu apa-apa arahan tambahan dari pengarah pilihan raya (Tengku Razaleigh Hamzah) selepas ini," kata setiausaha Pemuda Umno Malaysia, Datuk Megat Fairuz Megat Junid.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana "ia adalah ebahagian daripada strategi pergerakan itu" dalam menghadapi pilihan raya kecil tersebut.

"Pilihan raya kecil (Galas) boleh diumpamakan seperti peperangan. Kita tidak boleh maklumkan kekuatan sebenar (kita)," katanya ketika ditemui Malaysiakini di majlis sambutan hari raya Aidilfitri anjuran Umno di PWTC di ibunegara petang ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan ekoran kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaiman pada 27 September lalu akibat penyakit barah usus.

Dalam pilihan raya umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang - yang diwakili oleh Tengku Razaleigh bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.

Seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos, layak memilih ADUN Galas.

Mengulas lanjut, Megat Fairuz yakin dengan kemampuan BN untuk merampas semula kerusi tersebut daripada PAS dalam pilihan raya tersebut kali ini.

Dalam majlis itu juga, ketiga-tiga sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri - menyampaikan anugerah khas kepada bekas ketua ketiga-tiga pergerakan tersebut.

Bagaimanapun, nama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah memimpin Pemuda Umno, tidak disenaraikan.

Ditanya mengenainya, Megat Fairuz berkata pergerakan itu tidak menafikan bahawa ketua umum PKR itu pernah "membuat kebaikan kepada Umno" sewaktu beliau memimpin pergerakan itu suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, katanya, oleh kerana Anwar telah meninggalkan Umno dan memimpin PKR, maka "tidak sesuai" beliau menerima anugerah khas tersebut.

"Sedangkan (pemimpin Pemuda) yang lain-lain setia dengan parti. Sempena dengan cogan kata Umno, bersatu, bersetia dan berkhidmat...

"Di saat anugerah ini (diberikan), beliau tidak lagi bersama dengan perjuangan Umno. Kategori kedua itu (iaitu) bersetia, sudah tidak ada," katanya.

Pengetua rasis: Lim kemuka usul di Dewan Rakyat

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini menghantar satu usul kepada speaker Dewan Rakyat untuk membahaskan kes dua guru besar didakwa menghamburkan kata-kata perkauman dan berbentuk penghinaan kepada pelajar-pelajar mereka pada Ogos lalu.

Lim berkata usul berkenaan terpaksa dikemukakan kerana selepas 57 hari berlalu, kerajaan gagal bertindak.

“Ini satu tamparan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membuat gesaan antarabangsa berhubung keganasan, toleransi sifar terhadap perkauman dan polisi 1Malaysia,” kata Lim.

Usul berkenaan, kata ahli parlimen Ipoh Timur itu dibuat menurut peraturan mesyuarat 18(1) dan dihantar kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Dewan ditangguhkan bagi membolehkan perkara itu dibahaskan.

Berikut kandungan usul berkenaan:

“Bahawa Dewan mengizinkan YB Lim Kit Siang, ahli parlimen Ipoh Timor untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan, iaitu dua orang guru besar dari Kulai, Johor dan Bukit Selambau, Kedah yang melafazkan kata-kata racis dan menghina terhadap pelajar-pelajar mereka di sekolah dalam bulan Ogos tahun ini, sehingga kini tidak dikutuk atau diambil tindakan displin sekeras-kerasnya oleh pihak yang berkenaan selaras dengan semangat 1Malaysia.

“Dua bulan selepas guru-guru besar dari Kulai dan Bukit Selambau berkenaan - yang antara lain, melabelkan pelajar-pelajar bukan Melayu di sekolah mereka sebagai 'pendatang', menggesa pejalar-pelajar kaum Cina supaya 'balik Cina', serta membandingkan benang sembahyang yang dipakai oleh pelajar beragama Hindu sebagai pengikat anjing - menunjukkan sikap rasis tidak sejajar dengan jawatan mereka sebagai pendidik yang berkredibel, timbalan perdana menteri serta menteri pelajaran masih berkeras bahawa beliau tidak berdaya mengambil tindakan untuk memperbetulkan keadaan, sebaliknya mengizinkan kedua-dua guru besar yang berkenaan meneruskan tugas mereka seperti sediakala.

“Di samping itu, ketua pengarah kementerian pendidikan yang mengeluarkan pekeliling kepada semua guru-guru besar dan guru-guru dalam bulan Ogos untuk memberikan amaran bahawa 'tindakan akan dikenakan ke atas mereka yang mengeluarkan kata-kata rasis di sekolah', tidak pula mengenakan tindakan displin ke atas kedua-dua guru besar yang berkenaan sehingga kini, menunjukkan tidak wujud iltizam politik atau falsafah pentadbiran yang betul dalam negara ini untuk membanteras ketaasuban perkauman.

“Semua ini merupakan sindiran langsung terhadap tema hari kebangsaan tahun ini iaitu '1 Malaysia Menjana Transformasi' serta membelakangkan perisytiharan 'toleransi sifar terhadap rasisma' Perdana Menteri sendiri.

“Pada masa apabila Perdana Menteri cuba mengamalkan dasar '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Didahulukan', seluruh pasukan pentadbiran beliau nampaknya tidak serius langsung terhadap dasar berkenaan, malah lebih cenderung untuk mendahulukan budaya rasis Biro Tata Negara - atau lebih tepat sekali, Biro Tentang Negara yang meracuni generasi muda dan para pendidik kita selama ini dengan mesej rasis yang songsang dan lebih
merupakan 'Trojan Horse' dalam usaha kita mencapai perpaduan negara.

“Perdana Menteri yang baru pulang dari Mesyuarat Asia-Eropah Kelapan di Brussels telah membangkitkan sekali lagi gesaan beliau di Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini supaya diujudkan pergerakan sederhana global semua agama yang memainkan peranan penting di dunia yang kini menghadapi ancaman melampau. Gesaan ini sesuai sekali diulangi di negara kita sendiri yang kini semakin terancam oleh anasir-anasir ketaasuban rasis dan pelampau agama yang mengancam ketenteraman negara serta menggoncang semangat majmuk yang merupakan batu asas Malaysia.”


Dewan Rakyat akan memulakan persidangan kali ketiga bagi penggal ini pada Isnin, 11 Oktober ini.

Azmin okay with Nurul in No. 2 race, questions Zaid's motives

KUALA LUMPUR (Malaysian Insider) - PKR deputy presidency candidate Azmin Ali cautioned his party today that criticisms from outside the 12-year old party will mount if Nurul Izzah Anwar decides to run for the party No 2 post.

Azmin, who is PKR vice-president, said that he would not be surprised should there be accusations of PKR being a “family dynasty”, saying that “in politics, criticisms cannot be avoided.”

“Well, in politics criticisms cannot be avoided. We will have to justify the participation of Nurul Izzah in the party, but as far as I am concerned, I welcome any decision,” said Azmin.

PKR deputy presidential candidate Datuk Zaid Ibrahim announced yesterday that he would withdraw from the race for the party’s No. 2 post if Nurul Izzah joins the contest.

Zaid said the Lembah Pantai MP had enough nominations for the deputy presidency to contest.

But Nurul Izzah told The Malaysian Insider last night that she will only decide whether to contest for the PKR deputy presidency this Sunday after consulting with “party elders”.

Azmin claimed today that the issue of nepotism and cronyism did not arise within the party and said that should Nurul Izzah decide to contest for the post, it was because she deserved to do so.

“There is no issue of cronyism or nepotism within the party. Nurul Izzah has articulated her position on many issues, she is an asset to the party. When her father (Datuk Seri Anwar Ibrahim) was behind bars, she contributed a lot to the party.

“Nurul Izzah has a strong appeal, especially with the younger generation,” said Azmin.

But the Gombak MP said that the onus was on the Lembah Pantai MP to decide whether she was “ready” for the deputy presidency.

“Knowing Izzah, she will consult party leaders before deciding on anything,” Azmin told The Malaysian Insider.

The hotly-contested race for the party deputy presidency has resulted in internal chaos within the party, as accusations of sabotage have been thrown around.

Azmin is leading the race in nominations from 102 divisions, followed by Zaid’s 38, and vice-president Mustaffa Kamil Ayub’s 17.

Zaid has claimed that he was a victim of personal attacks within powerful forces in the party who were against his tilt for the party’s No 2 post, to be vacated by incumbent Senator Dr Syed Husin Ali.

Today, Azmin questioned Zaid’s logic for wanting to vacate his candidacy for Nurul.

“None of the party members know what he is up to. Zaid has to explain to the party members what he is trying to do,” said Azmin.

Mustaffa echoed Azmin’s remarks on Nurul Izzah running for the party’s deputy presidency, and added that he had already met her yesterday to discuss the matter.

“I believe that she will have to think carefully before making any decision. And, yes I met her yesterday to discuss on this matter. Not really advice, but (I met her) to share some information...So we will see on October 16 (what happens),” Mustaffa told The Malaysian Insider.

Mustaffa said that Nurul Izzah needed to consider the fact that her mother, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, would most likely retain her position as party president.

“This is a democratic party, and of course you need to think about the consequences and perception because there is a big possibility that Datuk Seri Dr Wan Azizah will most likely retain her post as president, if not Datuk Seri Anwar Ibrahim,” said Mustaffa.

The PKR man claimed that would be some negative perception should the party president and the deputy president come from the “same family.”

Nurul Izzah is currently in the running for one of the vice-president’s post with 26 other qualified candidates.

The eldest daughter of Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and party president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail had defended her bid for the vice-presidency and stressed that she did not plan to continue a family dynasty.

Instead she expressed hopes to pursue her own ideals, which were separate from either of her parents.

Nurul Izzah was popularly called “Puteri Reformasi” in the aftermath of her father’s sacking, arrest and conviction for corruption and sodomy in 1998, successfully parlaying her popularity to win the Lembah Pantai seat in Election 2008.

DULU ZAID GELAR AKHBAR INI `GESTAPO', KINI TIMBUL RASA KASIH DAN SAYANG PULA

Oleh: WFAUZDIN NS

ZAID IBRAHIM tidak setuju pimpinan PR memboikot akhbar termasuk Utusan. Walaupun pimpinan PKR khasnya baru-baru mengeluarkan arahan agar menjauhi Utusan, Zaid berkata beliau tidak peduli arahan itu. Tanpa media, mesej parti tidak sampai katanya.

Saya tidak tahu samada Zaid berkata demikian beliau berada di dalam keadaan waras atau tidak. Jika beliau sebelum ini mendakwa Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussin Ali sebagai `nyanyu' (nyanyok?), masakan beliau juga begitu kerana Zaid jauh lebih muda dari Dr Syed Hussin rasanya, Bukankah beliau pernah berkata akhbar ini sebuah `akhbar GESTAPO '? Apa itu Gestapo? Akhbar yang mengkritikkah atau yang menjalankan fitnah atau yang berniat jahat? Rujuk tulisan Zaid di sini. Adakah beliau lupa apa yang ditulisnya?

Jika akhbar itu bersifat mengkritik, Yes, kita boleh menerimanya kerana akhbar parti kita pun mengkritik juga. Tetapi akhbar yang kita sejak dahulu boikot ini bukan bersikap demikian, dan Zaid pun menjadi mangsa akhbar ini walaupun baru `dua hari' masuk PKR. Itu belum beliau jadi pemimpin seperti DS Anwar lagi. DS Anwar sudah lali dengan mainan akhbar Gestapo ini. Mengapa sekarang Zaid amat senang dengan akhbar ini? Masakan baru diwawancara sempena kempen pemilihan pimpinan PKR oleh Utusan, maka terbit rasa `kasih dan sayang'?

Dato Zaid dialu-alukan bertanding apa juga jawatan di dalam parti. Pedulikan dulu janji-janji beliau untuk tidak merebut jawatan tertinggi di dalam parti. Lupakan saja cakap-cakap beliau akan menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR jika Tan Sri Khalid bertanding jawatan itu. Abaikan pula kenyataan terbau beliau yang menyebut bahawa beliau sedia menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR jika YB Nurul Izzah bertanding jawatan yang sama. Mana satu pun kita tidak tahu.

Tetapi, biarlah, PKR adalah parti demokrasi yang lebih baik dari Umno walaupun tidak mencapai sebaik mungkin lagi. Silakan Dato Zaid bertanding, tetapi kita ingatkan beliau bahawa Utusan itu adalah milik Umno. Dan, Umno sifatnya tidak akan senang dengan PKR dan PR walaupun siapa jua pemimpinnya. Alasan mesej parti tidak sampai kepada rakyat jika memboikot Utusan adalah alasan Dato Zaid untuk menghalalkan tingkah lakunya. Semenjak bila Utusan telus dan jujur menyampaikan mesej parti pembangkang kepada rakyat?

Steep drop in rankings a wake-up call for KL...........Malaysia Boleh Maa..!!!

October 08, 2010
KUALA LUMPUR, Oct 8 — Malaysia’ capital city has dropped eight spots to 48 in a ranking of the world’s most global cities by international management consulting firm AT Kearney, suggesting the Najib administration has to try harder to make Kuala Lumpur a world class city.
New York, London, Tokyo and Paris topped the list of the 2010 Global Cities index which assessed 65 major cities based on the strength of their business, human capital, political, cultural and information assets.
The other Asia Pacific cities that made the top ten were Hong Kong - 5, Singapore - 8, Sydney – 9 and Seoul - 10.
Spurred by the increasing competition between cities which is contributing to a brain drain, government think tank Pemandu, is driving an initiative to make the Greater KL region a world class city.
Its stated goal is to propel KL to the top 20 in the world in both liveability and economic growth by 2020.
The AT Kearney global cities ranking shows however, the amount of catching up that Kuala Lumpur has to do and that other cities have the same idea and are not standing still.
In terms of liveability, KL ranks just 79th out of 130 cities in the Economist Intelligence Unit’s 2010 ranking of easiest places to live and was stagnant at 75th in the Mercer study of best places to live from 2006-2009.
The city also failed to make the list of the top 100 most innovative cities with strong cultural and human infrastructure and global links as assessed by Australian innovation consultancy firm 2thinknow.
Among initiatives planned for KL under the Economic Transformation Programme include a new MRT system to enhance public transportation, rehabilitation of the city’s polluted rivers, more green space, a high speed rail link to Singapore, improved pedestrian linkages and a more vibrant and seamless shopping belt. It is hoped that the better conditions will help attract top talent live in the city, whose population is expected to soar to 10 million in 2020 from 6 million currently.
The city’s attractiveness however is hampered by an absence of world class universities, relatively low salaries, lack of major cultural and outdoor attractions, lack of orderliness and poor maintenance, low levels of sophistication, creeping urban sprawl, crime, unhygienic conditions and traffic congestion.
The next few years will be critical for KL's ambitions to be a world class city as the AT Kearney report notes that the gap between the top cities and those who rank at the “tail” end is increasing.
KL’s 48th position puts it behind Bangkok – 36 and Taipei – 39 but slightly ahead of Manila – 51, Jakarta – 53 and Ho Chi Minh city – 61.
AT Kearney noted that global cities are the urban elite and are shaping the future with new deals and ideas.
“Global cities are where you go to do business, yes, but also to see the greatest art, hear the greatest orchestras, learn the latest styles, eat the best food and study in the finest universities,” said the report.
“They have global corporations. But they also have think tanks, jazz bars and broadband.  In a word, they have clout.”

Pemansuhan PMR, UPSR diumum 'bila-bila masa'

Keputusan sama ada untuk memansuh atau mengekalkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat pada "bila-bila masa", kata Timbalan Menteri Pelajaran, Puad Zarkashi.

Katanya, pengumuman rasmi berhubung keputusan itu akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran.

"Ia akan dibuat pada bila-bila masa sahaja...Sebab (perkara) ini kita tidak perlu buat secara terburu-buru.

"(Kita) perlu buat secara berhati-hati untuk memastikan keputusan yang kita buat itu, adalah keputusan yang terbaik untuk pelajar-pelajar kita.

"Kita belum buat keputusan yang terakhir. (Perkara) ini terserah kepada menteri untuk buat keputusan. Kita telah dimaklumkan laporan itu sudahpun disiapkan. Dan pada saya, elok kita tunggu keputusan (daripada beliau)," katanya dalam satu media di ibu negara pagi ini.

Puad berkata keputusan itu juga perlu mengambil kira objektif pendidikan negara yang mementingkan pembangunan modal insan.

Beliau yang juga ahli parlimen Batu Pahat berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Muhyiddin bahawa pengumuman keputusan untuk memansuhkan atau mengekal PMR dan UPSR akan dibuat selepas raya.

Sebelum itu Puad merasmikan majlis penutupan Kerjasama Malaysia-Australia untuk projek Pendidikan Afghanistan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di Lembah Pantai.

Menurutnya, projek kerjasama itu bertujuan untuk memperbaiki kaedah pengajaran pensyarah dan guru dari Afghanistan.

Malah katanya, projek selama 14 minggu ini juga bertujuan memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris dan penguasaan maklumat dan teknologi di kalangan pendidik di negara tersebut.

Muslimat PAS sedia gempur Galas

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) akan memastikan seluruh jenteranya di semua peringkat terlibat dalam gerak kerja pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas.

Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh berkata, DMPP sudah bersiap sedia memberikan bantuan kepada Kelantan bagi memenangkan calon PAS yang akan ditentutan kepimpinan parti.

"Muslimat sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil Dun Galas dan akan mengarahkan seluruh jentera turun dan mengembeling tenaga semaksima mungkin di seluruh peringkat untuk membantu jentera pilihan raya PAS Kelantan bagi memastikan kerusi Dun Galas dapat dipertahankan," kata Nuridah kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan optimis PAS dapat mempertahankan kerusi Dun Galas dengan majoriti yang lebih besar jika semua isu melibatkan salah laku Umno/BN disebarkan kepada rakyat Kelantan sepanjang tempoh kempen.

"Dewan Muslimat yakin calon PAS akan memperoleh kemenangan dengan majoriti yang lebih besar memandangkan pelbagai isu salah laku Umno/BN terhadap rakyat Kelantan mutakhir ini terutama berkait dengan isu royalti petroleum," katanya.

Ujarnya juga, rakyat Kelantan sudah matang untuk memilih calon yang tepat apatah lagi dengan khidmat cemerlang yang diberikan Adun sebelum ini, Che Hasim Sulaima.

"Dewan Muslimat yakin pengundi Dun Galas bijak memilih dan lebih yakin kepada PAS lebih-lebh lagi khidmat yang cemerlang yang telah dicurahkan oleh bekas Adun Galas Allahyarham Che Hashim sehingga menaikkan imej PAS di mata rakyat khususnya di Dun Galas," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh muslimat agar membuat persiapan seawal mungkin untuk turun ke Galas.

Mesyuarat jentera pilihan raya muslimat (Halwa) akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi menyusun gerak kerja pilihan raya.

Hari membuang undi ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 4 November manakala penamaan calon pada 26 Oktober.

Fikir ‘masak-masak’ jika mahu tanding timbalan, Nurul Izzah dinasihati..jangan masuk perangkap musuh...!!

October 08, 2010
Nurul Izzah
KUALA LUMPUR, 8 Okt — Calon timbalan presiden PKR Azmin Ali mengingatkan partinya bahawa mereka perlu bersedia menghadapi kritikan ‘pedas’ jika Nurul Izzah Anwar bertanding kerusi nombor dua berikutan laluan yang hendak diberikan oleh Datuk Zaid Ibrahim.
Azmin yang juga naib presiden berkata, beliau tidak akan terkejut jika PKR dituduh sebagai parti “dinasti keluarga” sambil menambah, “dalam politik, kritikan-kritikan tidak boleh dielakkan.”
“Memang, dalam politik kritikan-kritikan tidak boleh dielakkan.
“Kita perlu menjustifikasikan penyertaan Nurul Izzah dalam parti, tetapi bagi saya, saya mengalu-alukan apa jua keputusan (Nurul Izzah),” kata Azmin.
Azmin mendakwa isu nepotisme dan kronisme tidak wujud dalam parti dan sekiranya Nurul Izzah memutuskan untuk bertanding jawatan itu, ia semata-mata adalah kerana beliau layak berbuat demikian.
“Tiada isu kronisme atau nepotisme dalam parti. Nurul Izzah bersuara lantang dalam banyak isu, beliau aset kepada parti.
“Apabila ayahnya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berada di penjara, beliau banyak menyumbang kepada parti.
“Nurul Izzah mempunyai ikutan besar khususnya di kalangan generasi muda,” kata Azmin yang buat pertama kali bertanding jawatan timbalan presiden yang kosong selepas penyandang Senator Dr Syed Husin Ali memutuskan tidak mahu mempertahankan kedudukannya.
Bagaimanapun Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak memberitahu, bebannya adalah pada Ahli Parlimen Lembah Pantai itu untuk memutuskan sama ada beliau “bersedia” untuk bertanding jawatan timbalan presiden ataupun sebaliknya.
“Mengetahui tentang Izzah, beliau (pasti) akan berunding dengan pemimpin-pemimpin parti sebelum memutuskan apa-apa,” kata Azmin kepada The Malaysian Insider.
Azmin berada di depan dari segi pencalonan dengan memperoleh sokongan daripada 102 cabang, dan diikuti 38 bagi Zaid, dan seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub sebanyak 17.
Turut dicalonkan dan layak bertanding ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mustaffa melahirkan pandangan yang mirip dengan Azmin sambil mengakui beliau telah menemui Nurul Izzah petang semalam berhubung isu ini.
“Saya percaya beliau akan memikirkan dengan mendalam sebelum membuat sebarang keputusan,” kata Mustaffa kepada The Malaysian Insider dalam temu bual khas.
“Dan, ya, saya bertemu dengan beliau semalam untuk membincangkan soal ini... bukan nasihat tetapi (saya bertemu) untuk berkongsi beberapa maklumat,” kata naib presiden ini.
Ditanya apakah Nurul Izzah tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden, Mustaffa memberitahu:
“Kita perlu menunggu sehingga 16 Oktober,” kata Mustaffa dengan merujuk kepada tarikh akhir penerimaan pencalonan bagi mereka yang berminat bertanding kali ini.
Mustaffa memberitahu, Nurul Izzah perlu memikirkan kemungkinan bertanding kerusi nombor dua secara mendalam memandangkan ibunya, Dr Wan Azizah juga kemungkinan akan mengekalkan kedudukannya sebagai presiden PKR.
“Sesiapa boleh bertanding... ini adalah negara demokrasi dan sudah pasti anda kena fikirkan mengenai kesan dan persepsi memandangkan kemungkinan besar Datuk Seri Dr Wan Azizah akan mempertahankan jawatannya sebagai presiden, jika tidak Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kemungkinan tidak akan turun gelanggang,” kata Mustaffa.
Anwar sudah pun meminta cabang-cabang tidak menamakan beliau untuk mana-mana jawatan parti kali ini.
Sesi bagi cabang menamakan calon masing-masing bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berakhir Ahad lalu.
Mustaffa berkata, jika Nurul Izzah bertanding akan ada persepi negatif sekiranya presiden dan timbalan presiden adalah dari “keluarga yang sama.”
Dalam reaksi kepada The Malaysian Insider semalam, Nurul Izzah berkata, beliau memerlukan masa untuk memikirkan tawaran laluan yang hendak diberikan oleh Zaid bertanding jawatan timbalan presiden parti.
Sehubungan itu kata Nurul Izzah, beliau akan mengumumkan pendiriannya Ahad ini.
Nurul Izzah merupakan antara 27 orang yang layak telah bertanding kerusi naib presiden pada pemilihan secara langsung yang juga kali diadakan oleh PKR.
Kelmarin, Zaid yang juga anggota MPP PKR berkata, beliau bersedia menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu sekiranya Nurul Izzah ingin bertanding jawatan itu.
Sebelum ini Zaid berkata beliau akan turun gelanggang saingan timbalan presiden jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak berbuat demikian.
Khalid yang telah pun mengesahkan bertanding jawatan pusat belum memutuskan sama ada bertanding timbalan presiden ataupun naib presiden.
Ia akan diumumkan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Anwar, dijangka juga Ahad ini.
“Saya difahamkan Nurul (Izzah) akan menawarkan diri sebagai timbalan presiden dan saya difahamkan dia ada cukup pencalonan.
“Jadi kalau dia benar-benar serius dan mahu jawatan ini, saya bersedia untuk menarik diri daripada jawatan timbalan presiden itu supaya Nurul dapat peluang yang seluas-luasnya.
“Saya melihat Nurul sebagai satu nafas baru dalam parti, orang muda yang boleh menarik keahlian baru yang lebih dinamik dan profesional, saya akan menyokong dan membantu beliau serta tidak akan merumitkan peluang beliau menang,” kata Zaid.
Zaid tidak menolak kemungkinan untuk bertanding jawatan nombor satu parti.
“Saya juga ingin menerangkan di sini bahawa ini tidak bererti saya tetap tidak akan bertanding apa-apa jawatan. Kalau dia (Nurul Izzah) tak nak bertanding, saya akan bertanding... jawatan apa bergantung... mungkin lebih tinggi daripada timbalan presiden,” kata Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini.
Nurul Izzah, “Puteri Reformasi”, sebelum ini menegaskan, beliau bertanding kerusi peringkat pusat bukan untuk meneruskan dinasti keluarganya.

Kita bukan gila jawatan, kata ketua Puteri Umno..he.he..!!! Gile Amende...??

Puteri Umno berang dengan kenyataan setiausaha agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor yang menganggap pergerakan itu dan Pemuda Umno seperti tidak bermaya dan ahli mereka hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata beliau sedih dengan kenyataan itu dan akan menimbulkan rasa tidak puas hati mereka pada mesyuarat majlis tertinggi Umno yang akan datang.

Katanya, adalah tidak adil bagi Tengku Adnan membuat kenyataan umum seumpama itu sedangkan hakikatnya ahli Pemuda dan Puteri melakukan apa yang terdaya mereka untuk parti dan kerajaan.

"Ramai di akar umbi bertungkus lumus siang dan malam, membantu parti dan kerajaan, antaranya menjalankan aktiviti politik. Pemuda mempunyai 700,000 ahli manakala Puteri pula mempunyai sekitar 340,000.

"Mustahil semua mereka yang memilih Umno dan BN mementingkan jawatan,” kata Rosmah pada jamuan hari Raya yang dianjurkan bersama oleh Wanita Umno, Pemuda dan puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra, di Kuala Lumpur.

Berita Harian hari ini melaporkan bahawa Tengku Adnan, sedih dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi.

Katanya, masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam kedua-dua pergerakan itu mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam kerajaan.

“Saya sangat sedih dengan Pemuda, mereka ini tidak faham mengenai perjuangan parti kerana mereka tidak datang daripada bawah.

“Mereka ingat apabila sudah mendapat jawatan dalam parti, mereka boleh mendapat tempat dalam kerajaan. Mereka ghairah untuk mendapat jawatan.

“Begitu juga dengan Puteri yang menghadapi masalah sama,” kata setiausaha agung Umno itu.

Menurut Rosnah, yang juga adalah timbalan menteri kesihatan, kenyataan Tengku Adnan (atas, kanan) itu pasti akan melunturkan semangat kedua-dua sayap Umno berkenaan.

"Saya kenali beberapa pemimpin Puteri yang kehilangan jawatan kerajaan mereka kerana perjuangan parti, malah ada yang meninggalkan keluarga mereka untuk tempoh yang lama,” katanya.

Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin pula mengambil pendirian diplomatik berhubung perkara berkenaan.

"Kami terima sebarang maklumbalas, tetapi berikan butirannya. Jangan buat kenyataan umum kerana ia tidak membabitkan semua orang.

"Tiada apa untuk (Tengku Adnan) memohon maaf.

"Kita tidak akan berperang terhadap satu sama lain. Apa gunanya? Kita berbincang secara keluarga, dan saya tidak akan membaling kerusi seperti yang berlaku di Keadilan,” kata Khairy dengan sinis.

Sensasi : Mike Dakwa Ada Bukti Wakil Rakyat Lindung Suspek utama pembunuhan...patutlah la kes nie berpusing-pusing...!!!


Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri didakwa melindungi suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.
Ahli Parlimen S Manikavasagam berkata beliau mempunyai bukti wakil rakyat itu mempunyai kaitan dengan suspek tersebut.
Adalah dipercayai, suspek itu juga terbabit dalam beberapa kes orang hilang sebelum ini.
Manikavasagam berkata beliau hanya akan mendedahkan identiti wakil rakyat itu bila tiba masanya.
"Saya mempunyai bukti, dan saya akan dedah siapa yang terlibat. Saya akan dedah!" kata Manikavasagam.
Sebelum ini, ahli Parlimen itu dibidas polis kerana menganggu siasatan, semasa beliau berkata mahu membawa isteri salah-seorang mangsa suspek ke lokasi pembunuhan.
Manikavasagam berkata, beliau tidak boleh mengelak apabila isteri kepada Allal Kathan Muturaja itu datang menemuinya, meminta pertolongan.
"Usharani datang dari India mencari saya untuk meminta bantuan. Beliau hubungi saya dan saya bantu. Tetapi saya kesal bila dibidas polis, yang kata saya campur siasatan. Saya sekadar mahu membantu dan polis sekurang-kurangnya patut berterima-kasih," kata Manikavasagam.
Beliau turut memaklumkan, Usharani yang telah pulang ke India akan kembali ke Malaysia untuk membawa lebih banyak bukti bagi membantu siasatan polis.
"Usharani akan kembali ke Malaysia. Dia nak bawa bukti, dan saya mahu bantu. Usharani akan bagi kerjasama dengan polis," ujar Manikavasagam.

Cerita Rahimi menurut versi peguam

Masih banyak yang belum diketahui tentang akuan bersumpah Rahimi Osman yang 'penting' itu, antaranya ia didakwa hanya setebal dua hingga tiga halaman sahaja.

Setelah bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tampil mendakwa dipaksa menandatanganinya oleh dua peguam - Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli – kelmarin, lebih banyak persoalan berbanding jawapan yang timbul.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Latheefa yang juga ketua penerangan PKR menceritakan semula apa yang beliau tahu tentang proses merangka akuan tersebut daripada mula hingga akhir.

Berikut apa yang terjadi bermula pada 28 Jun 2008, seperti yang diceritakan semula oleh Lahteefa:

Pada 28 Jun 2008, PKR mengadakan seminar kepimpinan di Hotel Quality Shah Alam, melibatkan hampir semua pemimpin dan wakil rakyatnya.
Laporan polis Saiful Bukhari

Sehari selepas itu, ketua kakitangan pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob mendengar desas-desus khabar bahawa terdapat Mohd Saiful Bukhari Azlan akan membuat laporan polis terhadap bekas bosnya. Maka Rahimi dipanggil untuk mendapatkan maklumat berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, dia tidak dapat dihubungi buat masa itu dan hanya hadir lewat malam itu. Di hotel berkenaan ketika itu ramai penyokong dan petugas media mula berkumpul kerana khabar angin Anwar akan ditahan semula seperti di zaman reformasi sepuluh tahun sebelum itu.
Ramai 'pengawal peribadi' dan anggota parti menempah tinggal di hotel berkenaan. Anwar pula bersetuju 'bersembunyi' seketika di kedutaan Turki di Kuala Lumpur.

Rahimi tiba pada malam 28 Jun itu dengan gementar dan ketakutan. Beliau menceritakan semula apa yang beliau dengar daripada Saiful Bukhari.

Rahimi juga minta tinggal di hotel itu kerana takut dicari polis berikutan kemungkinan namanya turut disebut dalam laporan polis Saiful Bukhari. Pasukan peguam itu bersetuju memberikan perlindungan kepada Rahimi.

Rahimi kelihatan kembali tenang semula setelah beberapa hari Saiful Bukhari membuat laporan polis mendakwa diliwat Anwar.
Bukan di bilik hotel

Beberapa pemimpin PKR yang kebetulan bertugas sebagai peguam ditugaskan menemuramah Rahimi bagi mendapatkan gambaran besar apakah sebenarnya yang berlaku ketika itu.
Selain Latheefa dan Saiful Izman, R Sivarasa turut terlibat.

Proses mendengar penjelasan Rahimi tidak dilakukan dalam bilik hotel, tetapi sebuah lounge peribadi di hotel tersebut. Bagaimanapun, semua draf akuan bersumpah dibuat dan drangka di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Akun bersumpah pertama dibuat secara tidak terperinci kerana mungkin Rahimi tidak bersedia memberitahu banyak perkara, terutamanya pembabitan Mumtaz Jaafar yang juga ibu kepada seorang kenalan sekolahnya.

Tiada pengurungan, Rahimi bebas keluar dan masuk. Malah beliau ada keluar daripada hotel beberapa kali, termasuk bagi menonton perlawanan bola sepak dengan beberapa 'pengawal peribadi'.

Selepas Rahimi dipanggil memberikan kenyataan kepada polis. Dia memberitahu tidak ditanya banyak soalan tetapi diberitahu ada kemungkinan dipanggil semula.
Tidak dapat dihubungi
Kemudian, selepas dipanggil kali kedua, Rahimi memberitahu bahawa dia ditanya sama ada pernah berjumpa dengan Rosmah dan Mumtaz.

Selepas dinasihatkan oleh peguam peribadinya ketika itu Stanley Sinnapan supaya bercakap benar, beliau menceritakan apa yang beliau tahu. Semua ceritanya tiada percanggahan dengan akuan bersumpah yang pertama.

Setiap perjumpaan dengan Rahimi tidak semata-mata berbincang soal akuan bersumpah tetapi bagi membantu pasukan pembelaan Anwar mengumpulkan maklumat.

Rahimi kemudian masuk dan keluar pejabat Anwar seperti biasa dan diberikan beberapa tugas kecil kerana dia tidak lagi bekerja secara rasmi. Dia juga terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh di mana Anwar bertanding.

Tetapi bila perbicaraan hampir bermula, apabila ketua pasukan pembelaan ditukar kepada Karpal Singh, Rahimi tidak dapat dihubungi. Dia tidak menjawap panggilan telefon dan SMS.
Kali terakhir Latheefa dan pemimpin PKR berhubung dengan Rahimi menjelang perkahwinan Rahimi hujung tahun lalu.

Selain Rahimi, terdapat beberapa orang yang berpotensi jadi saksi turut diminta membantu memberikan maklumat.

Tentang akuan bersumpah Rahimi

Akuan bersumpah itu tidak tebal. Ia hanya dua atau tiga halaman sahaja. Sebelum ditandatangan, Rahimi diminta menyemak semula drafnya beberapa kali supaya apa yang dia rasa tidak selesa boleh dibuang.

Ia ditandangan di depan pesuruhjaya sumpah di Petaling Jaya State, bukan Petaling Jaya Old Town seperti yang dinyatakan dalam laporan polis Rahimi kelmarin.

Dia tidak diberikan salinan dokumen itu “sebab tidak memintanya”. Kemungkinan sekarang Rahimi sendiri sudah lupa apa yang terkandung dalam akuan bersumpahnya.

Akuan bersumpan itu mengandungi dua bahagian, bahagian pertama tentang bagaimana dia mengenali Mohd Saiful dan pengalaman mereka bersekolah dan bekerja bersama.

Manakala bahagian kedua menceritakan tentang pertemuan Mohd Saiful Bukhari dengan Najib dan Rosmah.

(Latheefa tidak dapat ingat sepenuhnya kandungan akuan bersumpah itu kerana dokumen itu didakwa telah hilang daripada simpanannya).