Khamis, 7 Oktober 2010

Himpunan generasi kedua Felda 10 Okt

SHAH ALAM, 7 Okt: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan mengadakan satu himpunan generasi kedua Felda di perantauan pada 10 Oktober (Ahad) ini di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.
Majlis akan bermula pukul 8 malam itu akan menampilkan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Mazlan Aliman (Pengerusi Anak), Azman Shapawi Abd Rani (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat) dan Khalid Samad (MP Shah Alam).
Menurut pengarah program, Mohd Nasaie Ismail, himpunan itu dibuat untuk melancarkan Anak Lembah Klang dan juga memberi pendedahan isu-isu Felda kepada warga Lembah Klang.
Selain anak, cucu dan menantu peneroka Felda, katanya penganjur juga menjemput orang ramai untuk hadir beramai-ramai bagi mendengar ucapan pimpinan khususnya berkaitan isu Felda dan isu politik negara mutakhir ini.
“Program ini merupakan rentetan usaha-usaha memperjuangkan hak peneroka Felda dan isu berkaitan dengan tanah. Selepas melancarkan Anak generasi kedua Felda), Bapa (Felcra), Anak Lembah Klang ini akan mengukuhkan lagi gerakan menuntut hak-hak peneroka,” katanya.
Menurutnya, pada tarikh yang sama sebelah siangnya akan diadakan pertemuan dengan alumni kakitangan Felda yang turut sama memberi sokongan terhadap usaha itu.

BIJAK TAPI BODOH!! SI BACUL YANG MUNAFIQ !!

DEKAT-DEKAT NAK PILIHHANRAYA NI MEMANG PUNCA REZEKI AMAT BANYAK !!

Photobucket

Setelah dua tahun lebih kes fitnah liwat DS Anuar berlalu tiba-tiba muncul si BACUL ini. Wah dasyat kau ya!! Memang kau bijak !! Selama ini rupa-rupanya kau menunggu-nunggu peluang dan tawaran.

Kini tepat pada masanya ! pilihanraya kecil DUN Galas dah tiba, maka kau pun tak melepaskan peluang nak jadi cepat kaya. Lalu kau pun buatlah laporan polis, kononnya akuan bersumpah yang kau buat dulu tak betul, silap, dipaksa dan entah apa lagi alasan kau !! Semuanya ini bertujuan untuk menjatuhkan DS Anuar, PKR dan Pakatan Rakyat ! Betul tak??.. mustahil kau mengatakan tidak!

Soalan penulis kepada si Bacul ni…
1. Siapa orang UMNO yang suruh kau buat kerja ini ?
2. Berapa banyak habuan wang tunai yang kau dapat? Ratus ribu ? juta?
3. Atau berapa buah apartment mewah yang kau dapat?
4. Atau setidak-tidaknya kau dapat sebuah Mercedes, siap dengan pemandu. Maklumlah ! hidup kau pun memang tak kurang dengan lagak..

Wahai si Rahimi yang se spesis dengan si Saiful!. Teruskanlah pembohongan kau itu. Berbanggalah kau dengan kerja-kerja munafiq kau itu. Dulu kau marah sangat dengan si Saiful! Tapi sekarang dah terbalik pulak ye!. Bila pula kau nak buat laporan polis yang kau juga telah diliwat oleh Anuar?

Semoga dengan izinnya, Allah akan menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat kau Rahimi, lebih-lebih lagi si Saiful.

Oleh : rahimothman

SELOKA GALAS EDISI 1

Dari Kota Baharu pergi ke Galas
Singgah sebentar di Kampung Maras
Mari berjuang jangan malas
Meruntuhkan BN yang zalim menindas

Sungguh indah Kampung Peria
Penduduknya rajin dan juga ceria
Allahyarham Che Hashim banyak berjasa
Diingat dikenang sampai bila-bila

Kampung Paloh Kampung Nenggiri
Kampung Kerinting Limau Kasturi
Jasa Che Hashim terus diingati
Semasa hidup hingga ke mati

Tok Pa Awang Adek cantik rupawan
Kerusi Menteri Besar jadi idaman
Che Hashim Sulaima orang beriman
Disegani lawan dan juga kawan

Ku Li bijak main politik
Pengalaman banyak ilmu tinggi
Setiap saat setiap detik
Mesti bijak atur strategi

Hebat sungguh Gua Musang
Dulu mundur dan juga usang
Kini maju dipandang orang
Banyak pembangunan telah dirancang

Gua Musang manis dipandang
Banyak pembangunan sudah dibuat
Tanpa hiraukan agama dan undang-udang
Jabatan Kerajaan terus diperalat

Galas, Nenggiri dan juga Dabong
Penduduknya rajin tidak malas
Pecah simpanan pecah tabong
Bantu PAS menang di Galas

Pergi ke Gua Musang naik bas
Pergi ke Galas naik kereta
BN gentar lawan PAS
Takut kecundang malu tak terkira

Saufi Deraman bekas Tok Wakil
Kalah sekali menang sekali
BN pening terus berdegil
Cuba pelawa pujuk Ku Li

Angan-angan tinggi menggunung
Nak menang di Galas nak menang Kelantan
Muhyiddin Najib asyik termenung
Ku Li senyap tak bagi jawapan

Habis sepah madu dibuang
Di hina dimaki juga dicaci
Dulu dirinya tidak dipandang
Bila tersepit Ku Li dicari

Tipu rakyat kerja mereka
Sogok dan rasuah wirid harian
Sehingga kini tiada berita
Apakah Ku Li terima pelawaan

Tidak gentar Tidak Takut
Siapa calon pun PAS lawan
BN gelabah dan juga kecut
Rakyat cerdik tak makan umpan

Sekian dulu hamba berundur
Masa lain berjumpa lagi
Kelantan maju tidak mundur
Dapat keredhaan ampunan Ilahi

Nukilan : Mutaligat 2010

Tok Guru Gila : Susulan Laporan Polis Pas Besut,Respon Umno Besut

BESUT – Pas diminta tidak terlalu sensitif terhadap ucapan penceramah dalam program ceramah politik bertajuk DAP Anti Islam di Kampung Padang Luas, 1 Oktober lalu.

Timbalan Ketua UMMO Bahagian Besut, Nawi Mohamad (gambar kiri ) berkata, perkataan gila ke atas Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh penceramah program itu bukan merujuk kepada masalah mental.

Menurutnya, apa yang diperkatakan penceramah jemputan iaitu Pengerusi Jemaah Pondok-Pondok Seluruh Kelantan, Abdullah Saamah bukan bermaksud Nik Aziz gila dari segi mental.

“Gila banyak jenis seperti orang gila motosikal vespa, gila gasing iaitu merujuk kepada minat yang bersungguh-sungguh termasuk gila kuasa,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pas Kawasan Besut yang menuntut UMNO Bahagian Besut memohon maaf dalam tempoh 24 jam berikutan ceramah anjuran UMNO Bahagian itu bertajuk DAP Anti Islam selain gelaran ‘gila’ terhadap Nik Aziz.

Katanya, Pas jangan berfikiran sempit sebaliknya perlu menafsir perkataan itu kepada maksud yang lebih luas.

Mengenai laporan polis yang dibuat Pas Kawasan Besut, semalam susulan tiada tindak balas terhadap desakan mereka, Nawi berkata itu hak mereka untuk berbuat demikian.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Besut, Muhammad Pehimi Yusof berkata, ceramah itu bukan tindakan terdesak UMNO, sebaliknya sebagai penerangan kepada orang ramai agar dapat menilai tindakan parti itu yang boleh menjejaskan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Menurutnya, ceramah itu untuk memberi penerangan kepada orang ramai agar menilai apakah tindakan dilakukan DAP itu benar atau salah.

“Kita tidak paksa orang percaya apa yang diperkatakan, tetapi dengar dan balik fikir semula adakah apa yang diterangkan penceramah benar atau tidak bahawa DAP menentang Islam. UMNO hanya menentang kafir harbi iaitu kafir yang menolak dan menentang Islam iaitu DAP.

“Tapi kita berkawan dan menghormati kafir zimmi kerana golongan ini menghormati Islam sebab itu ceramah itu bukan berunsur perkauman,” katanya.

Menurutnya, tindakan Pas membuat laporan polis kononnya mendakwa ceramah itu berunsur perkauman dan hasutan sebenarnya disebabkan mereka rasa takut dengan kebenaran yang akan dibongkar UMNO mengenai DAP.

“DAP adalah rakan Pas dan sudah tentu Pas takut perkara sebenar terbongkar kerana ia akan mengurangkan sokongan orang Islam terhadap Pas yang menyokong DAP yang secara jelas menentang kerajaan Islam. Pas sebenarnya perlu bersahabat dengan UMNO bukan dengan DAP,” katanya.SH

Ulasan Tinta Hijau DKB

Sejak bila pula Umno pandai menggunakan bahasa kiasan niii,dulu ketika Tok Guru berkias Allah Samseng kemain lagi diorang hentam Tok Guru bila kena tang diorang bahasa kiasan la pulak...betul2 pening la puak ni.Satu hal lagi bab kapir Harbi/Zimmi,adakah rakan komponen bukan Islam Umno dalam BN telah diiktiraf sebagai kapir zimmi? Antara maksud kapir Zimmi ialah bukan islam yang bernaung dibawah kerajaan islam dan bersetuju menerima hukum islam sebagai hukum tertinggi negara serta sudi membayar jizyah kepada kerajaan islam.
Kalau betul mereka kapir zimmi kenapa Umno tidak melaksanakan syariat islam walaupun lebih 50 memerintah negara bersama rakan komponen mereka.Jangan nak hipokrit la.Dap kononnya kapir Harbi,MCA,MIC,Gerakan dan lainnya tu pulak kapir Zimmi.Piiiirah mabuk toksah nak buat lawak la....sebelum buat kenyataan belajar dahulu apa maksud kapir Harbi/Zimmi taklah nanti diketawakan orang....

PEMILIHAN 2010:KELEMAHAN YANG BOLEH DI PERBAIKI

Ketika ini berakhir sudah pemilihan PKR 2010 yang mempeliihatkan beberapa kecacatan yang boleh di perbaiki.Apa pun pemilihan kali ini mencipta satu sejarah tersendiri di dalam lanskap politik MALAYSIA.Mahu tidak mahu PARTI KEADILAN RAKYAT adalah parti yg pertama melakukan proses pengundian bersifat satu ahli satu undi,ia dapat di jalankan walaupun ada kelemahan yg perlu di perbaiki.

Berakhirnya pemilihan perngkat cabang,maka bermulalah era baru kepimpnan yg di plih di setiap cabang.Ujan dan homework yang perlu d selesaikan oleh KETUA CABANG yang baru,KETUA PEMUDA dan tidak ketinggalan KETUA WANTA yang baru akan di perhatikan oleh setiap ahli dan pimpinan cabang masing2.Soal pengurusan cabang dan juga pentadbiran perlu di titik beratkan agar ketua-ketua yang baru ini di lihat berkesan d dalam mentadbir.Soal menang kalah sudah menjadi kenangan,kepada yang menang teruskan kerja kerana banyak mata akan memerhati.

Berbalik kepada isu kontroversi perjalanan pemilihan yang di lihat perlu di perbaiki dengan kadar yang segera.Sememangnya PARTI KEADLAN RAKYAT menyediakan saluran untuk membuat bantahan tetapi adakalanya tidak dapat memuaskan hati banyak pihak.Terdapat beberapa kelemahan di dalam pemilihan PART KEADILAN RAKYAT yang perlu di ambl perhatian agar tidak berulang,seperti kekurangan pengawas ketika proses pemilhan,maksudnya di sini pengawas pemilihan dari luar kawasan yang bertandng,adalah lebih baik dari negeri yang lain.Masalah ini berlaku di beberapa cabang yang mengadakan pemilihan,iaitu pengawasnya terdiri daripada AJK cabang yg bersebelahan cabang yang membuat pemilihan.Sebangai CONTOH pemlihan cabang PADANG SERAI diadakan,pengawas yang bertugas pula kebanyakkannya daripada CABANG KULIM BB.Untuk mudah d fahami cabang PADANG SERAI dan KULIM BB berjiran,semestinya ia menmbulakn ketidakpuasan hati.Ditambah pula ada beberapa dakwaan yang tdak perlu di jelaskan di sini.

Ketegasan pengawas adakalanya di persoalkan,mungkn ini kali pertama dan kita dapat menerima ni sebagai proses pembelajaran yang berguna di masa hadapan.Ini dua perkara yang perlu di ambl perhatan oleh JPP untuk d perbetulkan semoga pemilihan yang akan datang bertambah kualiti dan tersusun.Banyak lagi kelemahan yang tidak perlu saya jelaskan di sini mungkin akan menimbulkan kontrovesi bagi sesetengah pihak.Bagi saya sekalung perhargaan kepada semua AHLI KEADILAN di seluruh MALAYSA yang menjalankan tanggungjawab sebagai ahli dengan baik.

Untuk KETUA-KETUA CABANG yang baru,selamat bekerja dan jangan lupa bahawa barisan andalah yang akan mengharungi PRU13 bersama pmpinan cabang masing-masing....

Rahimi : Mengapa Selepas Tiga Tahun Ubah Pendirian?



oleh Che'guBard..

Kempen Bn sempena Galas bermula hari ini dengan 'kick off' nya dimulakan oleh Rahimi, bekas kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.

Rahimi ini kononya hari ini hadir di Ibu Pejabat Balai Polis Kelang dengan menyatakan dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah palsu.

Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah 2.

Mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi tidak jadi mengaku diliwat tetapi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu. *banyak blog pro Umno termasuk twitter Lokman Adam semua telah umum mangsa liwat Anwar akan buat laporan sebelum pun Rahimi buat laporan polis ternyata semua mereka di update hanya dengan perancangan asal dan bukan plan B sila klik

Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononya takut maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi.

Sepanjang dijaga selama kira - kira 6 hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas untuk menonton perlawanan bolasepak ketika itu.

Malah ketika berbual dengan teman-teman yang menemani beliau diberitahu betapa dia sedih kerana bagaimana Saiful boleh buat sedemikian rupa zalim terhadap Anwar.

Namun cheGuBard secara peribadi lansung tak percaya Rahimi ini, saya pernah sendiri ketika itu bercakap dengan Anwar Ibrahim sendiri mengenai keraguan yang timbul kerana beberapa perkara jelas yang terjadi tetapi Rahimi menipu dengan mengatakan sebaliknya. Rahimi ini cheGuBard tak suka sebab terlalu elit gayanya,sombong sangat pakai kereta mewah dengan pemandu, pakaian jenama hebat dan cakap besar sentiasa. Konon dialah orang yang banyak bantu Anwar itu dan ini termasuk susun pertemuan dan buat ucapan. Dia kata kalau nak anak muda ikut parti kena pakai banyak duit, itulah kata yang cukup menjadikan cheGuBard menyampah dengan dia, cuma dah tugasan ialah 'meneman bukan mendidik' maka teman dan dengar je lah.

Mungkin sharpshooter a.k.a Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal) boleh berkongsi lebih banyak cerita kerana dialah yang bersama Rahimi ke banyak tempat 'berfoya' ketika mereka menemani Rahimi.

Dipaksa ? Gila...... langsung tak wujud paksaan, malah dia sendiri yang cerita itu dan ini termasuk mengaitkan Ezam.

Lama dia hilang tak tahulah buat apa bagi che'GuBard tak nak campur itu urusan pejabat Anwar, che'GuBard tumpu perkasa parti, tak mahu campur urusan pejabat Anwar Ibrahim sebab nanti tak sesuai pula kerana kita tak secerdik mana.

Tiba - tiba beberapa bulan lepas ketika menghantar sepupu Isteri bernikah di Sg. Buloh kami sekeluarga singgah di Denai Alam. Sebab dengar tempat ini boleh tengok kuda maka cheGuBard bawa anak-anak untuk ambil gambar dengan kuda. che'GuBard jumpa Rahimi ini baru lepas naik kuda, biasalah dengan pakaian hebat, boot naik kuda dan cakap besarnya dia menyapa, salam siap nak cium tangan lagi. Kalau dia kena paksa kenapa sekarang ? Kenapa dekat dengan Galas ?

Che'guBard

AYAH PIN TURUN DARI LANGIT MANA JABATAN AGAMA ISLAM? AYAH PIN DATANG DENGAN WAHYU KAH KAH KAH

pix_gal0

Kelantan Mungkin Isytihar 4 Nov Cuti Peristiwa

Galas: Kelantan cadang 4 Nov cuti peristiwa

KOTA BHARU, 7 Okt: Kerajaan Kelantan kemungkinan akan mengisytiharkan cuti peristiwa pada 4 November ini berikutan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas yang jatuh pada hari bekerja, iaitu Khamis.

Gambar: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memukul gong merasmikan Matta Fair peringkat negeri Kelantan sambil diperhatikan Presiden Matta Malaysia, Datuk Mohd Khalid Harun (kiri) di pusat beli-belah KB Mall di sini hari ini. foto:Bernama

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Nik Mat berkata, ianya bagi memudahkan pengundi untuk keluar mengundi, khususnya yang tinggal di luar kawasan.

Katanya lagi, urusan mengundi bukan satu perkara main-main, dan sesuatu yang menyukarkan jika ianya jatuh pada hari bekerja.

“Jadi bila begini tentu sekali akan berlaku kelam kabut dan sebagainya bila hari mengundi jatuh pada hari bekerja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas tarikh penamaan calon dan PRK Dun Galas jatuh pada hari bekerja.

Beliau sebelum itu merasmikan majlis Ekspo Pelancongan 2010 Matta Fair disebuah pasaraya di sini sebentar tadi.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menentukan tarikh penamaan calon dan mengundi pada hari bekerja.

Sambungnya, tindakan itu amat tidak wajar apa lagi Persidangan Dun Kelantan (Belanjawan) masih berjalan.

“Terang-terang saya katakan SPR ni menjaga Umno dan Barisan Nasional (BN), langsung tidak jaga orang lain.

“Sepatutnya tanya juga pihak sini (Kelantan) boleh kah buat tarikh tu, dia (SPR) tahu waktu tu sidang Dun Kelantan sedang berjalan,”ujarnya.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS mendakwa, tindakan yang hanya mementingkan diri dan sebelah pihak tanpa memikirkan orang lain itu akan membangkitkan rasa benci terhadap kerajaan pusat.

Menurutnya lagi, SPR hanya berfikir untuk menyenangkan Umno BN sahja dengan mengenepikan kepentingan pihak lain.

Semalam SPR mengumumkan tarikh penamaan calon 26 Oktober ini, manakala tarikh mengundi pada 4 November.

Isu Rahimi: Karpal akan tuntut lagi senarai saksi

Peguam Karpal Singh akan menimbulkan isu dakwaan mengejut yang dibuat oleh Rahimi Osman apabila perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung semula pada 14 Oktober ini dengan menuntut dibekalkan dengan senarai saksi.

Karpal berkata adalah janggal bagi Rahimi yang hanya membuat dakwaan yang beliau dipaksa membuat akuan bersumpah itu selepas dua tahun berlalu.

"Mengapa dia mahu buat laporan itu sekarang? Pihak berkuasa bukan sahaja sepatutnya menyiasat apa yang didakwanya tetapi juga siasat mengapa dia ambil masa begitu lama dan apa yang mendesaknya berbuat demikian?

"Saya akan juga timbulkan perkara ini apabila perbicaraan bersambung pada Khamis ini. Saya juga akan kemukakan kes bagi pihak pendakwaan membekalkan kami dengan senarai saksi, sesuatu yang mereka gagal laksanakan sejak perbicaraan bermula,” katanya kepada Malaysiakini.

Apabila ditanya, Karpal berkata beliau tidak pasti sama ada Rahimi sekarang akan menjadi saksi pendakwaan berdasarkan perkembangan terbaru minggu ini.

"Saya benar-benar tidak boleh jawab soalan itu kerana kami tidak ada senarai saksi. Namun saya akan timbulkannya pada Khamis ini, kerana amalan membuat laporan polis selepas dua tahun atau lebih mesti dihentikan. Jika polis ataupun mahkamah melayan laporan atau dakwaan sedemikian, ia tidak akan menghalang orang ramai untuk membuat laporan selepas 20 tahun sesuatu kejadian berlaku,” katanya.

Karpal sebelum ini telah dua kli mengadu kerana tidak dibekalkan dengan senarai saksi - sesuatu amalan yang lazimnya dipatuhi dalam kes sivil dan jenayah di negara ini.

Semalam, Rahim mendakwa dalam laporan polisnya yang dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada sekitar Jun 2008 untuk memalit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datuk Seri Rosmah Mansor, dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan Anwar.

Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara, che'GuBard

Badrul Hisham Shaharin, atau lebih suka dikenali sebagai che' GuBard, tidak asing untuk mereka yang terlibat dalam demonstrasi jalanan sebelum "tsunami politik" pada 8 Mac 2008.  Anak muda yang berumur 32 tahun ini menyertai Parti Keadilan Nasional pada awal penubuhannya, malah terpilih sebagai ahli Majlis Tertinggi Pusat pada tahun 2007.
che'GuBard (gambar kanan) menyarung jersi PKR untuk bertanding di kawasan parlimen Rembau, Negeri Sembilan pada PRU ke-12.  Bagaimanapun, beliau tewas kepada Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO sekarang) dengan perbezaan 5,746 undi.
Beliau pernah menerbitkan buku "Di sebalik misteri pembunuhan Altantuya", dan mempunyai "pengalaman" untuk ditangkap, ditahan dan disoal-siasat polis, berikutan keterlibatannya dalam aktiviti politik.  Yang berikut adalah satu wawancara yang dijalankan melalui email, bersama Badrul Hisham Shaharin yang menawarkan diri sebagai calon Ketua AMK.
1. Penilaian anda terhadap situasi/prestasi AMK sekarang.  Pada pendapat anda, apakah masalah pokok yang membelenggu AMK kini?
Prestasi AMK pada hari ini secara umumnya baik.  Sebagai sebuah organisasi baru (AMK ditubuhkan pada tahun 2005), peranan yang telah dimainkan oleh AMK sepanjang musim lepas boleh dibanggakan oleh kerana masih mampu untuk mempertahankan sebuah organisasi yang menyatukan pelbagai kaum, agama dan ideologi.
Akan tetapi, AMK masih boleh dimantapkan jika ada misi dan visi yang boleh menyatukan anggota AMK di seluruh negara.
Apa yang boleh menyatukan anggota AMK di seluruh negara?
Jawapannya adalah AMK harus membawa kembali obor perjuangan rakyat yang telah dicetuskan oleh Anwar Ibrahim dan gerakan reformasi pada tahun 1998 dahulu.  Jika obor perjuangan ini dikembalikan, rakyat Malaysia terutamanya orang-orang muda akan kembali bersama AMK dan Pakatan Rakyat secara umumnya.
Jika AMK bergerak ke depan dengan membawa obor perjuangan, secara tidak langsung, Pemuda PAS dan Pemuda Sosialis DAP akan bergerak bersama-sama dalam memastikan kedaulatan rakyat terus dibela.
2. Ramai pemimpin muda dalam PKR yang agak menyerlah secara individu.  Malah, PKR menjadi pilihan golongan muda selepas PRU ke-12, kerana dilihat sebagai harapan masa depan.  Ironinya, dari segi organisasinya, AMK agak lemah.  Mengapakah situasi ini berlaku?
Masalah ini berlaku oleh kerana ramai yang masih terperangkap dengan politik personaliti.  Di dalam politik personaliti, individu akan menjadi faktor dan akan bergerak dan bertindak seperti seorang celebriti.  Ini telah menyebabkan, kebanyakan pimpinan muda yang menyerlah bergerak secara bersendiri.
Misi saya adalah untuk menjadikan AMK sebagai sebuah organisasi yang dimiliki oleh kesemua orang-orang muda bukan sahaja di dalam PKR, termasuk juga orang-orang muda yang tidak menggangotai PKR.  Kita tahu, sifat orang muda biasanya "rebel".  Saya kenal dengan ramai orang-orang muda yang pintar dan berani dan bersama perjuangan Pakatan Rakyat tetapi tidak berminat untuk bersama parti.
Ini berlaku kerana AMK masih lagi gagal untuk dijadikan sebagai sebuah platform untuk menyatukan anak-anak muda di seluruh negara.

3. Apa yang anda lakukan sepanjang beberapa tahun ini, sebagai cubaan untuk mengatasi masalah yang dikatakan di atas?
Sepanjang berberapa tahun kebelankangan ini, saya dan teman-teman anak muda menubuhkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).  SAMM telah membuktikan bahawa anak muda di luar sana yang tidak berminat dengan parti politik seperti penyajak, Rahmat Haron pernah melibatkan diri dalam aktiviti SAMM.
Pada tahun 2007, ketika SAMM menghantar "bantal" kepada Abdullah Badawi (gambar kiri) oleh kerana sering tertidur ketika menjalankan tugasan negara, Rahmat Haron telah membawa kawan-kawan seniman untuk bersama-sama.  Event ini telah menjadi "world news" kerana turut dilaporkan oleh Washington Post dan New York Times.
Jika menang sebagai ketua AMK, saya dan teman-teman pimpinan akan mengubah imej AMK menjadi sebuah organisasi untuk seluruh anak muda di Malaysia.
4. Anda menonjolkan demonstrasi jalan raya sebagai pendekatan anda.  Tetapi, AMK dilihat lemah dari segi keupayaan untuk memobilisasi sokongan ramai agar turun ke jalan raya, berbanding PAS.  Persoalannya, mengapa situasi ini berlaku, dan bagaimana anda mengatasinya?
AMK tidak lemah.  Seperti yang saya jawab di atas sebelum ini, AMK hanyalah untuk AMK.  Saya akan pastikan, AMK adalah milik semua anak muda di Malaysia.  Selepas ini, tidak akan ada masalah lagi untuk AMK memobilisasi massa.
5. Anda mengandaikan Anwar akan ditahan semula ke dalam penjara.  Lantaran daripada itu, anda mendahulukan "demonstrasi jalan raya" daripada tema "pencerahan" mahupun "menuju Putrajaya" daripada dua orang lagi calon ketua AMK.  Bukankah ia lebih mudah mengundang persepsi bahawa agenda perjuangan AMK sekadar untuk membela seorang individu bernama Anwar Ibrahim?
Di dalam politik, kita mesti realistik.  Daripada trend perbicaraan mahkamah, Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara.  Barang siapa yang tidak berani untuk membicarakan perkara ini, mereka buta politik.  AMK berjuang untuk memantapkan lagi Pakatan Rakyat.  Apabila ketua Pakatan Rakyat yang juga Ketua Pembangkang dihina oleh musuh, apakah AMK harus berdiam diri?
6. Penilaian anda terhadap Gerakan Reformasi sejak tahun 1998.  Pada pandangan anda, apakah bentuk dan halatuju baru untuk Gerakan Reformasi ini, selepas 12 tahun?
Masalah utama kepada gerakan Reformasi semenjak dari 1998, ianya tidak disusun dengan baik.  Jika menang sebagai Ketua AMK, kami akan bersama-sama dengan teman-teman dari gerakan reformasi untuk membincangkan kembali halatuju gerakan Reformasi di Malaysia.
7. Penilaian anda terhadap Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO.  Setujukah anda bahawa beliau memiliki keupayaan bukan sahaja dari segi perbahasan dasar, tetapi juga berpidato ketika dalam ceramah, malah ketika berdemonstrasi?
Pada pandangan saya, KJ mempunyai kelebihan.  Akan tetapi, tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh kerana beliau gagal untuk menggerakkan Pemuda UMNO sekurang-kurangnya menjadi lebih baik daripada Hishamuddin Hussein.
8. Penilaian anda terhadap Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS dan Anthony Loke selaku Ketua DAPSY.  Apakah yang membezakan anda dengan dua orang ketua sayap pemuda dalam Pakatan Rakyat?
Kedua-dua mereka adalah pemimpin yang baik.  Akan tetapi saya berbeze dengan kedua-dua mereka oleh kerana:
PKR merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang menyatukan pelbagai ideologi.  Di dalam PKR, terdapat golongan Nasionalis, Sosialis, Kapitalis dan kelompok agama.  Sudah tentulah, perbezaan-perbezaan ideologi dan pemikiran yang terdapat dalam PKR telah menyebabkan berlaku sedikit kesukaran pada peringkat awal ini.
Akan tetapi, proses evolusi yang sedang berjalan ini memantapkan PKR.  Dalam masa 10 tahun akan datang, selepas perdebatan ideologi dan pemikiran yang terdapat dalam PKR berjaya diselesaikan, PKR akan menjadi sebuah parti politik yang terkuat di Malaysia oleh kerana kejayaannya menyatukan pelbagai kaum di Malaysia seperti  Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi.
AMK pada waktu ini sedang menjalani proses untuk menyesuaikan diri dengan proses evolusi yang sedang berlaku seperti yang saya maksudkan di atas. 
9. Sila nyatakan tiga perkara yang akan anda lakukan dalam tempoh jawatan seandaiya anda terpilih sebagai Ketua AMK.
a. Menyatukan AMK yang terpecah kepada beberapa fraksi sepanjang tempoh pemilihan.
b. Menjadikan AMK sebagai wadah perjuangan bagi anak muda di Malaysia.
c. Menyatukan Pemuda Pakatan Rakyat bagi menghadapi Barisan Nasional di dalam pilihanraya mahupun pilihanjalanraya.
 
10. Pada pandangan anda, apakah kelebihan diri anda berbanding calon Ketua AMK yang lain?
Jika saya menang, saya bukanlah ketua kepada anggota AMK, akan tetapi hamba kepada mereka.  Saya akan cuba untuk berkhidmat dengan sebaiknya.
*Wawancara bersama Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai che'GuBard ini dijalankan melalui email.  10 soalan direka mengikut kesesuaian ketiga-tiga calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, telah dihantar serentak dan dimaklumkan kepada penerima email pada minggu lalu, iaitu che'GuBard, Rafizi Ramli dan Hasmi Hashim.

Jangan buang duit saman Felda, kata Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Felda tetap akan membayar wang Tabung Tanam Semula kepada mana-mana peneroka yang menjalankan penanaman secara sendiri, asalkan mereka mematuhi garis panduan dan syarat yang ditetapkan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, justeru peneroka tidak perlu bersusah payah menggunakan khidmat peguam dan mahkamah bagi menuntut bayaran itu kerana tindakan itu hanya akan merugikan mereka.
“Jangan saman, kalau saman, saudara (peneroka) rugi kerana kena bayar peguam. Orang yang tidak saman pun akan dapat juga (wang tanam semula) dan orang yang saman pun akan dapat juga.
“Selain itu, dia kena bayar pula kos peguam, untuk apa?” kata beliau dipetik Bernama hari ini.
Hadir sama pada majlis itu adalah Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Timbalan Pengarah Besar Felda Suhaimi Zainuddin.
Beliau mengulas mengenai laporan dalam sebuah akhbar baru-baru ini mengenai tuntutan yang meminta Felda membayar pampasan sebanyak RM261.8 juta kepada 11,000 peneroka yang melaksanakan penanaman kelapa sawit secara sendiri.
Katanya, laporan yang dibuat akhbar tersebut mengelirukan kerana Felda telah dan sedang membayar mana-mana peneroka yang membuat penanaman semula secara sendiri dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Felda mempunyai 112,635 peneroka dengan 14,882 atau 13.2 peratus daripadanya merupakan peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka.
Dalam pada itu, Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu-isu yang timbul berkaitan Felda.
Pengerusinya Tan Sri Rozali Ismail dalam kenyataan hari ini berkata jawatankuasa khas seramai 30 orang itu dianggotai oleh golongan profesional seperti peguam, doktor, pakar ekonomi, ahli perniagaan dan badan bukan kerajaan yang terdiri daripada generasi baru Felda.
“Jawatankuasa ini berperanan untuk mengkaji serta menilai permasalahan yang timbul serta membantu meredakan ketegangan ekoran salah faham di antara peneroka dan Felda,” katanya.

Musa Hassan dan Mohd Bakri diperintah hadir di mahkamah pada 28 Okt

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin untuk hadir di mahkamah pada 28 Okt, pada hari keputusan prosiding menghina mahkamah yang dibuat dua lelaki berhubung penahanan semula mereka mengikut Ordinan Darurat 1967.
Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak bersetuju dengan peguam bela Datuk N. Sivananthan bahawa Musa dan Mohd Bakri perlu hadir di mahkamah seperti responden yang lain.
“Pada hari keputusan, mereka perlu hadir di mahkamah, tiada siapa mengatasi undang-undang dan ini adalah mahkamah undang-undang di mana tiada siapa yang diberi pengecualian,” kata Sivananthan.
Mohd Sofian berkata beliau bersetuju dengan Sivananthan bahawa integriti mahkamah perlu dipelihara.
“Saya tidak mahu memberikan mesej yang salah kepada orang awam, tidak kira apa pun keputusan, mereka perlu berada di sini pukul 8.30 pagi pada 28 Okt,” katanya.
Sebelum itu, Peguam Kanan Persekutuan Najib Zakaria memohon panduan mahkamah sama ada Musa dan Mohd Bakri boleh dikecualikan daripada hadir pada hari itu dan akan memastikan kehadiran mereka jika mahkamah menuduh mereka menghina mahkamah pada hari itu.
“Saya dimaklumkan bahawa Musa berada di luar negara mengerjakan umrah di Mekah manakala Mohd Bakri, tidak jadi masalah. Yang membimbangkan saya ialah media, sama ada dituduh atau tidak mereka tetap melaporkannya,” kata Najib.
R. Muniyandi, 26, dari Kluang, Johor dan B. Sasinthiran, 28, dari Kuala Selangor, ditahan mengikut Ordinan Darurat atas dakwaan terbabit dengan gangsterisme dan lain-lain kegiatan jenayah.
Muniandy berjaya mendapatkan writ habeas corpus dari Mahkamah Tinggi di sini pada 10 Jun tahun ini dan dia ditahan semula sebaik sahaja keluar dari Pusat Tahanan Simpang Renggam di Johor pada 23 Jun.
Sementara itu, Sasinthiran mendapat writnya pada 29 Julai dan dia ditaha semula hari berikutnya.
Pada 30 Sept, kedua-dua lelaki itu berjaya dalam usaha mereka untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Musa dan Mohd Bakri kerana tidak mematuhi arahan mahkamah bagi membebaskan mreka.
Semasa prosiding hari ini, Sivananthan berhujah bahawa kedua-dua responden gagal menjawab dakwaan ke atas mereka melalui jawapan dalam afidavit.
“Dalam perkara ini, undang-undang telah jelas di mana mereka mesti menjawab dakwaan itu dan jika anda tidak jawab, anda seperti mengaku kepada dakwaan yan dibuat pemohon-pemohon (Muniyandi dan Sasinthiran).”
“Agak ganjil jika mereka memutuskan untuk berdiam diri dan ia agak mengejutkan, mereka sepatutnya menjawab walaupun kedua-dua mereka memilih untuk tidak hadir di mahkamah,” kata Sivananthan.
Beliau berkata jika mahkamah sangsi dengan tindakan polis, sudah tentu keseluruhan permohonan habeas corpus itu menjadi satu bahan ejekan dan sesuatu yang memalukan.
Sementara itu, dalam hujahnya, Najib berkata permohonan itu tidak mempunyai merit dan dibuat tanpa asas.
“Walaupun jika Musa dan Bakri dikatakan terlibat dalam menangkap pemohon-pemohon itu, tindakan sedemikian tidak boleh merupakan seperti menghina mahkamah.
“Mahkamah tidak boleh menghalang polis menjalankan tugas mereka. Ketua Polis Negara tidak boleh dipertanggungjawabkan menghina mahkamah mengikut doktrin kewajipan wakil,” katanya.
Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa tiada perintah daripada mahkamah untuk menghalang tangkapan berikutnya dan berharap agar mahkamah menolak permohonan itu. – Bernama

Campur tangan politik punca PDRM terjejas

KOTA BHARU, 7 Okt: Pakar undang-undang perlembagaan menyifatkan campur tangan keterlaluan kerajaan (politik) dalam institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyebabkan kredibiliti jabatan itu tercemar dan boleh menghakis kepercayaan rakyat.
Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam antarabangsa (UIAM) berkata, jabatan polis sekarang dilihat dipergunakan parti pemerintah bagi mempertahankan hegemoni politik.
”Maka tidak hairanlah apabila polis terlalu banyak bidang kuasa sehingga kebebasan rakyat untuk bersuara pun terhalang.
“Seharusnya pihak polis perlu bertindak dengan bijak dan bukan menyekat kebebasan rakyat bersuara kerana ia dibenarkan dalam perlembagaan,” katanya ketika ditemui di Bengkel Penjelasan Perlembagaan Mengenai Konsep Federalisme di Bilik Gerakan Negeri di sini, hari ini.
Sebelum ini mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan ada campur tangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam institusi polis sehingga membelakanginya sebagai ketua jabatan.
Menurut Musa ada pegawai-pegawainya dikawal, sedangkan tanpa disedari perbuatan itu salah.
Dr Abdul Aziz berkata, kerajaan pusat mempunyai banyak saluran untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat termasuk Jabatan Penyiaran Malaysia dan media harian.
Sedangkan katanya, pembangkang tidak mempunyai kemudahan tersebut kecuali ceramah politik bagi menjelaskan sesuatu isu kepada rakyat.
Oleh itu, beliau mencadangkan Jabatan Polis dibebaskan daripada tuan politik kerana peranan mereka menjaga ketenteraman awam.
”Jabatan Polis adalah milik rakyat dan mereka lebih memahami kehendak setempat termasuk polisi kerajaan negeri,” katanya.
Beliau juga berpendapat jabatan polis tidak perlu diberi tanggungjawab yang melampaui bidang tugas mereka bagi memperlihatkan kecekapan agensi berkenaan.

Kenaikan harga susu tak dapat dielak..ha..ha.selaraskan poket anda..!! modal biasa UMNO@APCO.....

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kenaikan harga susu di negara ini sekiranya harganya meningkat di pasaran dunia.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata harga penjualan susu termasuk produk tenusu tempatan dijangka meningkat tidak lama lagi disebabkan kenaikan harga bahan mentah di pasaran dunia.

"Kenaikan itu tidak dapat dielakkan memandangkan pengeluar dan pengilang tempatan terpaksa menanggung kos belian import yang tinggi.

"Biasalah, apabila kita beli barang dengan harga mahal, sudah pasti kita terpaksa jual dengan harga yang lebih tinggi. Bagaimanapun, buat masa ini harga susu kita masih dikekalkan seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan di Seremban 2 di Seremban hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung harga tepung susu tanpa lemak yang merupakan bahan mentah tenusu utama dijangka meningkat kepada lebih US$3,000 (RM9,630) satu tan metrik tahun ini berbanding AS$2,100 (RM6,741) satu tan metrik dalam suku keempat tahun lalu.

"Sekatan harga tidak boleh dilakukan ke atas barangan itu disebabkan ia di luar dari kawalan kita. Ini kerana kita membeli barang yang diimport. Perkara ini sudah banyak kali berlaku. Sebagai contoh, bawang putih, harganya terpaksa dinaikkan berikutan harga import dari China turut meningkat," katanya.

Katanya meskipun kementerian akan membentangkan Akta Anti Pencatutan 2010 di Parlimen bulan ini bagi tujuan menyekat peniaga mengaut keuntungan tidak munasabah, ia masih tidak boleh menghalang pengeluar untuk menaikkan harga barang itu.

"Ini kerana sekiranya pengeluar mempunyai bukti bahawa harga bahan mentah itu benar-benar meningkat di seluruh dunia, maka kita tidak boleh menghalang ataupun mengambil tindakan terhadap mereka menaikkan harga susu. Akta ini hanya boleh menyekat dan mengenakan tindakan terhadap peniaga yang menjual barangan untuk mencari keuntungan berlebihan tanpa sebab yang munsabah.

"Sebagai contoh, topeng muka, peniaga beli 30 sen dan jual 50 sen tetapi apabila permintaan meningkat dan mereka masih membeli dengan harga 30 sen sekeping tetapi jual sampai RM5, yang ini memang boleh dikenakan tindakan di bawah akta ini," katanya.

- Bernama

Galas: Utamakan "Mat Jen Pe Cal"

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menggesa ahli Umno, khususnya di DUN Galas, supaya mementingkan empat perkara yang beliau sifatkan sebagai "Mat Jen Pe Cal"

Ahmad berkata, istilah 'Mat' adalah singkatan bagi 'matlamat yang perlu diutamakan oleh ahli Umno untuk merampas semula kerusi tersebut daripada PAS.

Istilah 'Jen' bagi singkatan 'jentera. Sehubungan itu, beliau menggesa Umno di peringkat pusat, bahagian dan cawangan memperkuatkan 'jentera' bagi untuk bersaing dengan jentera parti lawan.

Sementara 'Pe' pula bagi 'perpaduan' untuk menguatkan ahli parti dan 'Cal' bagi 'calon' di mana ia merupa perkara keempat dalam gerak kerja penerangan.

"Ini bermakna aspek matlamat, jentera dan pepaduan dalam parti adalah perkara yang lebih penting daripada memikirkan soal calon," katanya dalam sidang akhbar di ibunegara petang ini.

Katanya, penentuan calon BN di Galas pada 4 November ini merupakan soal perkara yang terakhir yang akan diputuskan.

"Membuat spekulasi tentang calon BN adalah perkara yang tidak produktif dan lebih baik turun berjumpa dengan pengundi," tambahnya.

Ini kerana, tegasnya, pemilihan calon akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti, termasuk Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh juga dilantik menjadi pengarah pilihan raya kecil DUN tersebut oleh pucuk pimpinan parti.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS akibat kanser pada 27 September lalu.

Penamaan calon ialah pada 26 Oktober ini manakala pengundian ialah pada 4 November yang membabitkan 11,553 pemilih berdafatar di Galas.

Padah buruk jika BN terus memerintah

Dalam ucapan pada majlis Malam Sejuta Harapan Ke-6 sempena ulangtahun Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) ke-20 baru-baru ini, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak melahirkan kegusarannya terhadap masa depan negara.

Katanya, jika Barisan Nasional (BN) hilang kuasa memerintah pada Pilihan Raya umum ke-13 akan datang, ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat.

Oleh itu PM menyeru rakyat perlu bijak menggunakan peluang yang ada dalam membuat pilihan kerajaan.

Di sebalik kegusarannya itu, PM secara tidak langsung mengakui bahawa BN kini, tidak lagi kuat dan bila-bila masa sahaja boleh tumbang.

Oleh itu PM cuba membuat ugutan secara halus supaya rakyat mempercayai bahawa hanya BN sahaja yang boleh membawa kemakmuran dan kestabilan.

Apa yang dinyatakan PM itu, bukan perkara baru bagi rakyat. Politik pembangunan sudah menjadi modal kempen BN untuk mengelabui mata rakyat sekian lama.

Hakikatnya PM lupa bahawa rakyat Malaysia semakin bijak. Rakyat tidak lagi boleh digula-gulakan dengan modal politik pembangunan.

Rakyat sudah sedar bahawa politik pembangunan adalah rasuah seketika untuk BN meraih undi sahaja.

BN hanya muncul menjadi juara kebajikan pada saat-saat pilihan raya, selepas menang pilihan raya, kelibat wakil rakyat BN tidak lagi kelihatan.

Politik pembangunan dan kebajikan tatkala pilihan raya sudah tidak laku. Modal yang BN jaja, iaitu hanya BN sahaja boleh membawa pembangunan juga tidak laku lagi.

Rakyat Malaysia bijak menilai dan membezakan di antara tanggungjawab sesebuah kerajaan dengan janji-janji palsu pemimpin BN.

Pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan, bukan jasa-jasa BN. Di negara yang mengamalkan sistem komunis dan sosialis, seperti di China, Rusia dan sebagainya, kerajaan membuat pembangunan yang pesat untuk keperluan rakyat.

Ideologi nasionalisme yang menjadi anutan BN, bukannya ideologi yang boleh menjanjikan keamanan dan demokrasi. Di negara yang mengamalkan sistem komunis dan sosialis, sistem pentadbiran dan politiknya lebih stabil dan demokratik.

Masalah di Malaysia bukan soal kemajuan. Kemajuan negara berjalan seiring dengan kemajuan dunia. Masalah kita ialah, BN mendakwa mereka membawa kemajuan dari segi pembangunan fizikal, tetapi pembangunan minda cuba disekat dan ditutup.

Kuasa yang dinikmati BN sekian lama, menjadikan mereka begitu tamak. Pemimpinnya kaya raya kerana mendapat faedah daripada pembangunan yang dibuat. Di sebalik kepesatan pembangunan, BN menyuburkan amalan korupsi, kronisme dan nepotisme.

Apa ertinya pembangunan jika tiada keadilan dalam pemerintahan. BN menguasai media massa, sehingga suara Pakatan Rakyat ditenggelam dan dinafikan. Media massa menjadi agen propaganda BN, tidak membuat laporan yang seimbang.

Sedangkan di negara-negara yang pesat membangun, setiap parti sama ada dalam kerajaan mahu pun pembangkang mempunyai hak yang sama rata.

Oleh sebab itu kita harus wujudkan sistem dua parti, supaya pemerintah dapat dikawal oleh rakyat. Ada parti yang boleh menjadi check and balance kepada pemerintah.

Maka pada saat ini rakyat amat sedar bahawa bukan BN sahaja yang boleh menjamin pembangunan dan kebajikan. Kini rakyat sudah ada alternatif, iaitu Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat adalah 'kerajaan menunggu' menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, kerana rakyat sudah sedar padah yang akan diterima jika BN dikekalkan lagi.

Semua janji BN di Manik Urai sudah ditunai, kata Kesedar


GUA MUSANG, 7 Okt – Semua projek pembangunan yang dijanjikan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kuala Krai, sebelum ini telah dilaksanakan.
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohd Arshad Ismail berkata sebagai agensi pemantauan bersama-sama dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) beliau bagi pihak kerajaan pusat menegaskan tidak timbul isu kegagalan kerajaan BN menunaikan janjinya yang dibuat dalam pilihan raya kecil itu tahun lalu.
“Sebagai agensi pelaksana, saya dapat mengesahkan semua projek pembangunan yang dijanjikan oleh kerajaan pusat pada pilihan raya kecil itu telah dilaksanakan, meskipun berlaku sedikit kelambatan kerana masalah teknikal,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.
Mohd Arshad berkata, antara projek yang dijanjikan oleh pemimpin Kerajaan Pusat, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri di kawasan itu yang melibatkan kos berjuta-juta ringgit, telah dilaksanakan.
Ini termasuk pembinaan jambatan di Kampung Manik Urai, Masjid Temalir bernilai RM600,000, membaik pulih rumah (RM1.5 juta) dan membina gelanggang sukan di Kampung Manjor  (RM300,000).
“Cuma projek jambatan mengalami kelambatan kerana melibatkan kenaikan kos dari RM8 juta kepada RM17 juta yang menyebabkan berlaku masalah teknikal, seperti reka bentuk dan pengambilan balik tanah.
“Bagaimanapun, semua projek membaik pulih rumah penduduk miskin yang melibatkan kos RM1.5 juta sudah siap dilaksanakan empat bulan selepas pilihan raya itu,” kata Mohd Arshad.
Beliau mengulas mengenai rungutan sesetengah pihak kononnya semua projek yang dijanjikan semasa kempen pilihan raya kecil DUN itu tahun lalu tidak dilaksanakan.
“Oleh itu, tidak timbul isu kerajaan Pusat gagal menunaikan janjinya dalam melaksanakan projek pembangunan semasa pilihan raya DUN Manik Urai, seperti yang digembar-gemnburkan pihak tertentu,” katanya.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan penamaan calon bagi pilihan raya itu akan diadakan pada 26 Oktober, dan jika ada pertandingan pilihan raya ditetapkan pada 4 November.
Kerusi kawasan Galas kosong berikutan kematian wakil rakyat dari Pas, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus, bulan lepas. – Bernama

Rahimi: Saya tak boleh dedah kandungan SD baru

Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim - Rahimi Osman berkata beliau tidak boleh mendedahkan apa yang terkandung dalam akuan bersumpah terbaru yang dibuatnya semalam, selepas membuat laporan polis bahawa dua akuan bersumpahnya yang ditandatangani pada 2008 dibuat dalam keadaan tertekan.

Rahimi, 25, semalam mendakwa dia dipaksa untuk menandatangani dua akuan bersumpah berhubung tuduhan yang Anwar telah meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Rahimi mendakwa akuan bersumpah itu telah dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.

"Kandungan kedua-dua akuan bersumpah itu adalah tidak benar sama sekali. Dan saya dipaksa untuk menandatanganinya. Saya juga tidak diberikan sebarang salinan kedua-kedua akuan bersumpah tersebut.

"Disebabkan akuan bersumpah itu tidak benar, saya sekarang ingin menceritakan perkara yang sebenarnya, maka saya telah membuat satu akuan bersumpah yang baru yang mengandungi cerita benar," laporan polis Rahimi dipetik.

Katanya, buat masa ini, kandungan terbaru akuan bersumpah berkenaan tidak boleh didedahkan.

“Saya tidak boleh didedahkan kerana ia mungkin menganggu kes perbicaraan (liwat) yang sedang berlangsung,” katanya kepada Malaysiakini.

“Saya hanya mahu menarik balik dua akuan bersumpah yang saya buat sebelum ini. Saya tidak mahu ganggu perbicaraan mahkamah sekarang dan saya tidak mahu berpolitik,” kata bekas pembantu Anwar itu yang kini adalah seorang ahli perniagaan.

Rahimi terus mempertahankan apa yang diperkatakannya kepada peguam Latheefa Koya, yang sekarang ini adalah ketua penerangan PKR adalah tidak benar dan beliau mahu kebenaran ditegakkan.

Rahimi, ketika membuat laporan polis semalam, juga melampirkan sesalinan akuan bersumpah terbarunya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai salinan akuan bersumpah lama yang didakwanya dipaksa untuk tandatangani, Rahimi berkata dia tidak diberikan sebarang salinan.

Bekas pembantu itu juga diminta mengulas kenyataan yang dibuat oleh Datuk Zaid Ibrahim yang bakal bertanding pada pemilihan timbalan presiden PKR - yang mendesak polis supaya menyiasat dakwaan Rahimi.

Katanya, dia gembira kerana ada beberapa pemimpin PKR seperti Zaid yang menghormati undang-undang dan hak individu.

“Zaid berfikiran terbuka dan ini yang sepatutnya diamalkan oleh PKR. Saya tiada niat atau berdendam dengan PKR atau mana-mana ahlinya.

“Saya hanya mahu kesilapan lampau (dua affidavit) sebelum ini diperbetulkan,” katanya.

PERJALANAN TERAKHIR...Pak Tam dalam kenangan...

Andai ditanya, Adakah kami kehilangan?.. Jawabnya YA Kami kehilangan!

“Wahai Tuhan ku, dan kerana Engkau adalah ahli yang menepati janji dan kebenaran, maka ampuni dan kasihanilah dia, sesunguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Mengasihani.”

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan sepanjang perjalanan terakhir buat Allahyarham Che Mat Bin Hashim atau Pak Tam yang telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Besar Pulau Pinang pada jam 10.30 malam 06 October 2010 bersamaan dengan 26 Syawal 1431 Hijrah pada usia 63 tahun kerana jangkitan kuman pada paru-parunya.



Jenazah dibawa keluar dari rumahnya





Al-Fatihah..




Jenazah dimasukkan kedalam kereta sorong


Tiba di Perkarangan Masjid Kubang Semang


Dibawa masuk ke dalam Masjid


Disembahyangkan..


Solat Jenazah diimamkan oleh Mujahid Yusoff Rawa


Diturunkan ke liang lahad.


Di dalam liang lahad


Mula ditimbus...


di timbus..


Di Talkinkan..


Bersamalah kita mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman dan Al-Fatihah buat Allahyarham.

Sekalung ucapan Takziah dari kami di PKR Cabang Permatang Pauh dan juga AMK Permatang Pauh buat keluarga Allahyarham..

PEMILIHAN PKR - JIKA JPP GAGAL LAKSANAKAN TUGAS, SERAHKAN KEPADA PAS ATAU DAP SEBAGAI BADAN BERKECUALI

Oleh: WFAUZDIN NS
MASALAH teknikal nampaknya sering menjadikan pemilihan pimpinan di dalam PKR sekarang ini kelihatan huru hara dan kecoh. Sudah tentu apa yang berlaku akan menjadi senjata kepada pihak musuh termasuk media pencacai bagi menggambarkan seolah-olah pemilihan pimpinan di dalam PKR sekarang `indah khabar dari rupa'. Meskipun bilangan kes adalah kecil, namun sewajarnya tidak berlaku sekiranya semua pihak bersikap adil dan profesional.

Terperanjat dengan apa yang dilaporkan oleh Pahang Daily di sini. Di sana dinyatakan seperti ada campurtangan YB Azmin di dalam mengatur pemilihan Ketua Cabang di Hulu Selangor sehinggakan keputusan pemilihan ditangguhkan atau ingin dibuat semula. Benarkah pihak yang bertanggungjawab iaitu JPP berkomplot dengan YB Azmin agar Khalid Jaafar mesti diberi kemenangan di Cabang Hulu Selangor? Jika ini benar, ini satu perkara yang amat memalukan PKR.

Walaupun saya penyokong YB Azmin untuk kerusi Timbalan Presiden PKR, tetapi sekiranya terbukti dakwaan bahawa beliau campurtangan untuk menentukan ketua di mana-mana kawasan sekali pun, bagi saya YB Azmin tidak layak untuk menjadi Timbalan Presiden PKR. Atau, adakah ini satu lagi dakwaan yang tidak berasas yang ingin menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai calon Timbalan Presiden PKR?

Sehubungan itu, JPP mestilah mengadakan siasatan menyeluruh dan terperinci serta umumkan mengapa keputusan pemilihan di Cabang Hulu Selangor itu terpaksa ditangguhkan atau dilakukan semula. Jika benar ada berlaku pertambahan kertas undi, JPP mesti nyatakan mengapa dan bagaimana kertas undi itu boleh bertambah? Bukankah kertas undi itu adalah di bawah tanggungjawab dan seliaan JPP. Sekiranya ada `tangan ghaib' samada dari JPP sendiri mahu pun pemimpin atasan yang bertanggungjawab menimbulkan masalah ini, wajib dikenakan tindakan tegas kerana ianya seolah-olah melakukan sabotaj terhadap parti sendiri.

Mempercayai cakap-cakap para penyokong sudah tentu tidak boleh memberikan keadilan. Apa yang penting, lakukan siasatan secara terbuka dan diumumkan hasil siasatan secara terbuka. Biar semua ahli berpuas hati dengan hasil siasatan. Adalah diharapkan JPP selepas ini lebih peka dengan kekecohan yang berlaku akibat perkara teknikal seperti ini.

Jika mereka gagal menjalankan tugas mereka, adalah lebih baik JPP dibubarkan dan diganti dengan pihak lain yang tiada langsung kepentingannya di dalam parti. Mungkin PKR boleh menyerahkan kuasa JPP ini kepada parti-parti lain samada dari DAP atau pun PAS untuk mengendalikannya.

Lawak Buat umno PRK Galas...!!!! Sepol, Rahimi Dan umnoApco.


Bhai.... gua sekarang terdesak nih... gua perlukan wang besar... wang besar....

Ohhh... tak susah beb... lu mengaku jer.. kena liwat dengan Anwar Ibrahim... pasti bayarannya juta2 beb...

wokeyyyy.... jadik....!!!!

 Lawak bangang buat Sepol, Rahimi dan Semua Pemimpin umnoapco/bn....

FAM Lebih Bijak Dari SPR!


Kalau ada la anugerah "Paling Bangang Di Malaysia",
teman akan calonkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sebagai salah satunya..

Betapa kan tidak? Meletakkan tarikh keluar mengundi pada hari bekerja adalah sesuatu yang sangat-sangat sukar diterima oleh logik akal!

Di hari bekerja, usahkan hendak keluar mengundi, di sesetengah syarikat hendak ke Masjid untuk Solat Jumaat pun susah! Inilah jasa UMNO kepada Islam antaranya...

Mulut manis pengerusi SPR mengharapkan agar pengundi dapat keluar mengundi seramai mungkin agar peratusan keluar mengundi meningkat lebih baik dari PRU sebelumnya..
Mana mungkin??
Dengan kesukaran pengundi-pengundi di luar kawasan hendak pulang di hari bekerja disamping pengundi-pengundi tempatan sendiri, manakan mungkin peratusan keluar mengundi boleh meningkat terutama pengundi luar?

Benar, pengundi luar adalah salah satu faktor kekalahan BN di Kelantan kerana dari segi pengalaman teman sendiri boleh dikatakan 90% anak-anak Kelantan di tempat teman ini adalah pengundi tegar PAS dan PR! Sudah pasti UMNO dan SPR sudah menghidu sepenuhnya kelebihan PAS ini.

Jika kita melihat sejarah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), belum pernah FAM menganjurkan Perlawanan Akhir Piala Malaysia mahupun Piala FA di hari bekerja!
Pastinya malam minggu adalah pilihan mereka bagi meramaikan lagi penyokong ke stadium disamping memudahkan mereka(penyokong) merencana perjalanan pergi dan balik. Tambahan pula esoknya adalah Ahad dimana kebanyakkan negeri bercuti hujung minggu.

Yakinlah, pilihan tarikh PRK Dun Galas ini adalah pilihan UMNO! Dan selaku pengangkut najis No.1 UMNO, pastinya SPR yang diketuai Pengerusinya tidak mahu melepaskan peluang menjilat semahu-mahunya Presiden UMNO kerana peluang sebegini jarang-jarang datang kepada mereka!

sunsnake 07102010

Zaid Ibrahim and his quest

OCT 7 —  Zaid Ibrahim can win if he can convert many to his cause. When two of his supporters asked me about the victor in PKR’s race for number two, I said, Zaid will lose.
This doesn’t mean that Azmin is a better candidate.
Yesterday I wrote about the elusive quality of leadership called character. Azmin has displayed he hasn’t got that.
What he has is undivided personal support and devotion to Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim reciprocates in the same way.
Azmin can win because the majority will support him because of Anwar Ibrahim.
PKR was kept alive all these years because of the memory and idea of an Anwar. The memory of an Anwar that ignited the imagination of many Malaysians.
Progressive, modern and pro-growth Anwar.
The idea of an Anwar who symbolizes the ideals of liberal democracy, the administration of justice, rule of law etc. these two ideas kept the support for Anwar and made PKR.
These ideas attracted many diverse people to PKR according to their levels of understanding. They don’t necessarily agree with each other but they have learnt to stay together cemented by the two ideas.
The group that will prevail are those who shared these ideals and are willing to subvert personal interests in favor of the ideals.
Somehow Zaid doesn’t fit into the scheme of things.
Zaid is a highly independent minded individual finding himself in a setting, where he finds he can’t have his ways all the time.
It takes all kind of people to be in PKR as with other parties. In such a situation, it’s the art of living with and making compromises that count more than the weight of personal ideals.
Zaid is a man full of personal ideals. He talks and lives them. But the more important question, are these shared by a sufficient mass in PKR than can give him a win.
I am not confident that he has the numbers.
We love lovable gadflies and mavericks. These, however, do not translate into political substance sufficient in turn to give power to Zaid.

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri  Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).