Rabu, 6 Oktober 2010

RACUN MULA MENJALAR DALAM TUBUH PAKATAN

Kira-kira 20 lelaki yang mendakwa ahli DAP dan penyokong ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran mengadakan demonstrasi di depan ibu pejabat DAP Perak mengutuk kepemimpinan pengurusi DAP Perak yang dituduh mengetepikan kaum India.


Mereka yang berkumpul sejak 10.45 pagi itu juga mendesak Kulasegaran yang juga timbalan pengerusi DAP Perak supaya keluar daripada parti itu.

Penyokong berketurunan India itu berkumpul di hadapan pejabat parti itu di Medan Istana di Ipoh sambil membawa beberapa sepanduk menyatakan sokongan kepada Kulasegaran selain mengecam kepimpinan DAP Perak.

Jurucakap kumpulan itu, Azman Mubarak, 24, berkata seramai 300 anggota DAP dari Buntung sedia mengikuti Kulasegaran yang juga ahli parlimen Ipoh Barat itu meninggalkan DAP kerana kecewa dengan kepimpinan negeri yang menyisihkan Kualasegaran dan penyokong keturunan India.

Seorang lagi anggota kumpulan DAP itu, Alex Raj, 22, berkata perhimpunan itu bagi menyuarakan sokongan kepada Kualasegaran serta mengutuk Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham kerana didakwa mengamalkan nepotisme dan kronisme dalam memimpin DAP Perak.

"Kami penyokong keturunan India berasa ditipu oleh DAP. Mereka hanya memerlukan undi kami pada pilihan raya," katanya.

Kulasegaran kini berada di Nepal dan dijangka pulang selepas seminggu.

Terdapat laporan bahawa berlaku perbalahan antara beliau dan Ngeh serta Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming sehingga Kulasegaran mengugut untuk meletak jawatan.

- Bernama

GALAS: PAS Tetap Lawan.



PAS tetap lawan biarpun Ku Li calon Galas

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November nanti.

Mursyidul Am PAS itu berkata, jika Tengku Razaleigh ingin menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pasti beliau sudah bertanding ketika Ahli Parlimen Gua Musang itu menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Bagaimanapun, TG Nik Abdul Aziz, berkata PAS tidak akan memberi kemenangan percuma jika Tengku Razaleigh menjadi calon dalam pilihan raya kecil itu biarpun Ahli Parlimen tersebut pernah memberikan sokongan kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS berhubung isu tuntutan royalti minyak.

"Tuntutan royalti dan menentang calon dalam pilihan raya adalah perkara yang berbeza," katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Lapan Briged di sini, hari ini.

Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, di Kuala Lumpur akibat barah usus pada 27 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari ini bahawa penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan pada 26 Oktober dan pengundian pada 4 November.

Mengulas tarikh mengundi pilihan raya kecil itu, TG Nik Abdul Aziz berkata, jentera PAS sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.

"Bagi PAS akan yakin menang juga sekalipun yang dicalonkan itu Tengku Razaleigh," katanya.

Mengenai pemilihan calon PAS, beliau berkata, pihaknya sudah mempunyai calon yang sesuai untuk diketengahkan.

"Calon memang ada dan sekarang ini makin ramai orang layak jadi calon, kerana kita tunjuk secara fizikal dan praktikalnya di Kelantan, yang menyebabkan orang Melayu, orang Cina pun sudah tertarik," tambahnya. - BERNAMA

Zaid buat pengumuman penting esok


Adakah Zaid akan bertanding jawatan Presiden?
Adakah Zaid akan bertanding Timbalan Presiden?
Adakah Zaid akan menarik diri dan memberi laluan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim?
Ataupun,
Adakah Zaid akan mendedahkan sesuatu yang memeranjatkan?
Tunggu tengahari esok. Jam 12 tengahari.
Zaid Ibrahim akan mengadakan satu sidang akhbar yang menjanjikan sesuatu yang penuh sensasi.

Sidang meja bulat `wanita pertama’ 10 Okt

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Solidariti Wanita Muda Malaysia (SWiMM) akan menganjurkan sidang meja bulat khas membincangkan isu perlabelan "wanita pertama" terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor.
Sidang bertajuk "Kewajaran Rosmah Mansor Sebagai Wanita Pertama Malaysia" itu akan diadakan pada 10 Oktober dengan menampilkan pakar perlembagaan Prof. Dr Aziz Bari yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai panelis.
Tiga lagi panelis bersama adalah wakil Ahli Parlimen wanita Pakatan Rakyat dan dua wakil dari NGO wanita negara.
SWiMM dianggotai beberapa pertubuhan wanita, manakala anjuran sidang meja bulat tersebut adalah dengan kerjasama Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat.
Menurut Ketua Koordinator program tersebut Aiman Atirah A-Jundi, penganjuran program tersebut bagi membincangkan kewajaran serta kesan penggunaan label "wanita pertama" isteri perdana menteri dari sudut perlembagaan, belanjawan dan adab susila rakyat negara ini.
"Kita bangkitkan isu ini bukan sebab Rosmah Mansor, tetapi kerana ianya satu pelanggaran kepada perlembagaan kita yang dah ada. Kita mengamalkan konsep raja perlembagaan bukan republik.
"Artilkel 32 (2) menyatakan bahawa pemimpin utama negara adalah Yang Di Pertuan Agung. Tidak ada ungkapan wanita pertama dalam perlembagaan, yang ada hanya Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong," katanya.
Bagaimanapun menurutnya, tempat program akan diumumkan kemudian dan akan diadakan di sekitar Lembah Klang.
Selain implikasi kepada sejarah negara, perbincangan meja bulat itu juga jelasnya akan menumpukan kesan terhadap bajet negara menanggung kos dan perbelanjaan program "wanita pertama".
"PM ke luar negara pun akan disentuh dalam bajet, dan tentunya sebarang program "wanita pertama" akan melibatkan peruntukan besar sedangkan ianya tidak termaktub dalam peruntukan bajet negara.
"Dan terbaru dia pergi ke Belgium atas sifat dia sebagai wanita pertama, adakah wang yang dibelanjakan itu dikira sebagai kos melepas belanjawan negara di mana rakyat lebih memerlukan?" soalnya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa SWiMM akan mengadakan sidang media membuat bantahan rasmi ke atas perlabelan Rosmah sebagai wanita pertama.
Mereka berpendapat, tindakan Rosmah termasuk pihak yang mempromosikannya sebagai "wanita pertama" adalah derhaka dan secara tidak langsung membelakangi konsep raja perlembagaan dan Permaisuri Agung.
"Apa yang Rosmah Mansor buat ini adalah bukan konsensus dari rakyat dan tidak pun dibincangkan dan ini melanggari tata susila adab bangsa kita.
"Ini satu pelanggaran dan penghinaan yang didiamkan, dan atas rasa hormat kita kepada yang Permaisuri Agong, kita bangkit mempertahankan baginda.
Sebelum ini banyak pihak membantah penganjuran sidang kemuncak First Ladies oleh Rosmah yang dijadual berlangsung 11 hingga 13 Oktober ini yang disifatkan sebagai 'tidak sopan' dan membelakangkan kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Teguran sama sebelum ini juga pernah dibuat selepas iklan berwarna dua halaman penuh memaparkan Rosmah di akhbar New York Times pada April lalu.
Ianya sebagai ucapan tahniah kepada isteri perdana menteri itu dengan tajuk 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Polis Cuba Perangkap Ean Yong dan Nie Ching


Oleh Frederick Lucas   
gobind_ean_yong_teo_and_lim_lip_eng_in_IPP_kajangKAJANG 6 Okt - Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mendakwa polis cuba memerangkapnya dengan mengajukan soalan yang tiada kaitan dengan siasatan terhadap dirinya tetapi mengalih perhatian kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Nie Ching berkata kebanyakan soalan tertumpu kepada kenyataan Ean Yong dalam sebuah portal berita di mana beliau meminta Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyiasat terlebih dahulu sebelum mengenakan tindakan ke atas surau dan ahli jawatankuasa surau yang dilawati oleh rakannya tidak lama dahulu.

"Kami dipanggil untuk memberi keterangan kerana terdapat laporan polis daripada pihak Umno terhadap kami, tetapi apa yang menghairankan pihak polis tidak bertanyakan berkenaan insiden yang berlaku kepada saya tetapi lebih menekankan mengenai kenyataan media Ean Yong," jelas Teo kepada media selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Kajang Sabtu lalu.

antara lain kata beliau, polis bertanyakan pandangan beliau mengenai tindakan Mais terhadap surau berkenaan.

"Bagaimana saya patut menjawab soalan tersebut? Kalau saya bersetuju, itu menunjukkan saya tidak prihatin terhadap kebajikan masyarakat kawasan saya dan sebaliknya jika saya tidak bersetuju, itu menunjukkan seolah-olah saya menderhaka terhadap Sultan kerana membangkang titah baginda," tegas Nie Ching lagi.

Beliau seterusnya menjelaskan pegawai penyiasat yang mengambil keterangan beliau juga bertanyakan samada beliau sedar atau tidak tindakannya telah membawa ketidakharmonian di dalam masyarakat dan menyebabkan rasa tidak puashati di kalangan masyarakat Islam.

"ASP Badrul tidak sepatutnya bertanyakan soalan seperti itu kerana itu seperti menekan saya untuk menerima dakwaan-dakwaan tersebut sebagai benar.

"Beliau juga tidak mahu nyatakan samada saya disiasat ataupun di bawah seksyen mana saya disiasat. Jawapan yang saya terima hanyalah 'bagi membantu siasatan'," kata Teo yang jelas tidak berpuashati terhadap tindakan polis.

Sebelum ini, isu Nie Ching memasuki ruang solat sebuah surau, digembar-gembur media arus perdana tetapi tidak pula dilaporkan berita mengenai tindakan sama yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan.

Ean Yong pula memberitahu terdapat dua anggota Cawangan Khas (SB) yang turut bersama semasa keterangan beliau diambil.

"Saya telah beberapa kali diambil keterangan tetapi ini kali pertama dua anggota SB turut serta dan saya berasa sangsi terhadap tujuan sebenar kehadiran mereka semasa keterangan saya diambil," kata Ean Yong.

Beliau berpendapat kehadiran anggota SB berkemungkinan kerana laporan terhadapnya lebih berbaur politik kotor dan bukan kepentingan awam.

Nie Ching dan Ean Yong ditemani Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang hadir untuk memberikan nasihat perundangan dan sokongan moral.

Penstrukturan Air, Kerajaan Pusat Ambil Sikap Bermusuh

SHAH ALAM 6 Okt : Kerajaan Selangor menyarankan kerajaan Pusat supaya tidak mengambil sikap bermusuh dalam menyelesaikan rundingan penstrukturan semula industri air di negeri ini  yang tertangguh hampir dua tahun.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini memandang serius ugutan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Tenaga, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui yang akan menyaman kerajaan negeri jika isu kelewatan pembinaan loji rawatan air Sungai Langat 2 gagal diselesaikan.

"Kerajaan Selangor mengulangi pendirian bahawa projek loji rawatan air Sungai Langat 2 tidak perlu disegerakan kerana bekalan air untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencukupi sehingga 2019.

"Kerajaan Negeri juga berpendapat metodologi yang digunakan oleh kajian Majlis Sumber Air Negara 2000-2050 yang telah mewajarkan kajian ini. Oleh itu, lebih tepat jika Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Tenaga menyelesaikan rundingan penstrukturan semula dalam masa dua bulan ini," jelasnya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Ir Yaakob Sapari, Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, serta Puan Teresa Kok,  Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan.

Khalid turut mempersoalkan sikap Kerajaan Pusat yang mendahulukan projek loji rawatan ini seolah-olah ia amat penting dalam menyelesaikan masalah perkhidmatan air di Selangor.

"Jika pun pembinaan itu bermula, ia hanya akan dapat beroperasi dalam masa tiga tahun. Ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapai pada hari ini.

"Walaubagaimnapun, Kerajaan Selangor tidak menolak sepenuhnya projek loji rawatan air ini. Selepas rundingan penyusunan semula industri air ini selesai, barulah Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat menimbang untuk projek membina loji rawatan air," jelasnya.

Khalid berpendapat Kerajaan Negeri adalah entiti terbaik untuk mengambil alih industri air di Selangor yang menghadapi pelbagai masalah yang disebabkan oleh syarikat konsesi.

"Syarikat yang mengutamakan keuntungan lebih besar dan gagal memberi perkhidmatan memuaskan kepada 5 juta pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak harus dibenarkan untuk meneruskan operasi air," jelasnya

Ketika ditanya sekiranya Kementerian terbabit masih ingin meneruskan saman tersebut, Khalid menjawab dengan mengatakan bahawa perkara tersebut dijangka tidak akan berlaku.

"Itu bukan isunya, kerana saya rasa kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri senada, dari segi untuk mencari penyelesaian untuk rakyat. Jawapannya ialah, selesaikan dahulu penyusunan semula. Barulah kita dapat usahakan untuk mengadakan loji dan sebagainya," kata Khalid.

Latheefa Nafi Dakwaan Rahimi, Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

latheefa2 SHAH ALAM 6 Okt - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Latheefa Koya menafikan sekeras-  kerasnya  dakwaan Rahimi Osman bahawa beliau memaksa bekas pembantu Datuk Seri Anwar itu menandatangani dua akuan bersumpah berhubung pembabitan Perdana Menteri dan isterinya dalam konspirasi Fitnah II terhadap Ketua Oposisi.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan apa-apa paksaan ke atasnya. Dia pada ketika itu adalah salah seorang saksi berkaitan kes DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Sebagai peguam pasukan pembelaan, kami hanya semata-mata menyediakan kenyataan untuk saksi-saksi yang berkenaan. Ini merupakan cara lazim dalam sesuatu pembelaan. Dia telah secara sukarela bekerjasama pada setiap masa," kata Latheefa dalam satu SMS kepada Suara Keadilan petang tadi.

Latheefa berkata adalah tidak masuk akal dan ganjil Rahimi menunggu lebih dua tahun untuk mengatakan beliau dipaksa menandatangi surat akuan yang tidak pun pernah digunakan sebagai bukti dalam perbicaraan Fitnah II terhadap Anwar yang berjalan kini.

"Saya mendapati kenyataannya adalah fitnah dan berniat jahat dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Saya akan memanggil satu sidang akhbar untuk penjelasan lebih lanjut perkara ini," jelas beliau.IMG_5363

Rahimi yang pernah bekerja di pejabat Ketua Umum sebagai pembantu petang tadi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kelang berhubung dakwaannya terhadap Latheefa.

Beliau mendakwa terpaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008 yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai dalang di belakang konspirasi liwat terhadap Anwar melalui bekas pembantu yang juga rakan baik Rahimi, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Masihkah Anda Ingat: Pemimpin Umno pernah iktiraf syarikat judi negara, Sport Toto



Kerajaan Umno melalui pemimpinnya Datuk Hishamuddin Hussein pernah mengiktiraf anugerah tahunan yang diwujudkan oleh syarikat judi terbesar negara, Sport Toto..gambar menunjukkan beliau 'mencemar maruah' dengan menjadi penyampai anugerah ini kepada bapa seorang bekas pemain skuasy negara menjelang Sukan SEA 2001..

Sodomi ala-Malaysia Boleh


Anwar liwat lagi??

Isy... betul ke ni??

Kali ini, si Rahimi dakwa kononya, dia mangsa sodomi Anwar Ibrahim.

What?? Lagi...??

Pelik... kononya diliwat lama dulu, tetapi kenapa cerita ini baru muncul kini?? Dan cerita sebegini, selalu muncul apabila ada pilihan raya?? Dulu Sayfool mengaku diliwat dekat pilihan raya kecil Permatang Pauh. Sekarang... apabila PRK Galas akan menjelma, timbul lagi cerita sodomi. But, kali ini mangsanya, si Rahimi.

Geli pulak rasa hati. Kali ini konspirasi siapa pulak la. Siapalah punya kerja ni?? Dulu punya cerita, dibangkit semula setelah tiga tahun berlalu. Mengapa dulu tidak ditimbulkan?? Mengapa dulu laporan tidak dibuat?? Aha... ini mesti ada something fishy!! Something's not right.

Dulu, dia berhenti kerja kerana nak concentrate pada perniagaan. Dia pass kerja dia pada si Sayfool. Then... dia buat SD, yang ada kaitan dengan kes liwat Anwar dalam Sodomi 11. Lepas tu, dia senyap. Tak berbunyi. Tup-tup hari ini, dia kata... dia dipaksa buat SD tu. Gila lu!! Siapa mau percaya?? Bangang!!

Kalau Rahimi dipaksa, mengapa dia diam membisu sekian lama?? Kenapa dia tak dedahkan dulu lagi? Mengapa tetiba sekarang, baru dakwa diri dia dipaksa? Tak masuk akai. Semua ini, bullshit belaka!!

Weh.... awat hang buat kerja bodoh ni sekarang?? Business hang dah tak menjadi ke?? Udah nak bankrupt ke?? Hang dah sengkek kot?? Desperate sangat, ek??

Jadi... demi survival, dia kena ler ikut nasihat Najib. Ubah gaya hidup!! Aha... ubah gaya hidup dari kelihatan sengkek kepada terus ada 'gaya' dan ada 'glamor'. Lantaran itu... terpaksalah cari jalan mudah untuk dapat duit segera. Yes...!! Satu cara yang praktikal adalah belajar dan ikut cara Sayfool. Aha... bagaimana nak jadi jutawan segera dalam sekelip mata!!

Eleh.... senang jer. Mengaku jer bontot kena sondol!! Itu bukan ke trend popular dan berkesan untuk cepat jadi kaya. Senang jer.... sebab sasarannya sudah sedia ada. Siapa?? Anwar Ibrahim!! Sekarang.... siapa pemangsa dan siapa sebenarnya jadi mangsa??

Kah... kah... kah... kah...

Sekarang, kalau ada sesiapa nak cepat jadi jutawan segera, buatlah nego dengan pihak yang berkenaan melalui dua malaon tersebut. And then, baru buat laporan polis yang kononnya ngkorang disondol oleh Anwar Ibrahim. Tetapi... before that, pastikan duit dah masuk ke dalam akaun. Jangan pakai akaun sendiri. Bahaya... Nanti orang boleh kesan. Cari proksi yang boleh dipercayai.

Sodomi pesen baru ini... tak banyak songehnya. Ngkorang boleh dakwa disondol, dulu... kini... dan in the future. Katakan saja disondol oleh Anwar Ibrahim, dia orang pasti percaya punyer!! Ghani Petai akan kata... " Ada kes. So... pendakwaan boleh dilakukan."

Inilah dia sodomi ala-Malaysia Boleh!! 
 
A Mum Of Three Mohd

Kes liwat: Blogger umno pembohong besar, fitnah anwar meliwat Rahimi Osman



Blog 'Gelombang Wangsa Maju' dikatakan antara blog pro-Umno yang terawal menyebarkan fitnah kononnya Anwar telah meliwat seorang lagi pembantu peribadi beliau..tanpa diselidiki, berita ini kemudiannya di jaja ke merata tempat oleh rakan-rakan mereka..

Tajuk yang jelas merupakan satu fitnah oleh blogger fanatik Umno ini, "PANAS BERDENTUM : RAHIMI OSMAN PULA MANGSA LIWAT TERBARU ANWAR IBRAHIM !"

Sedangkan berita sebenarnya bukanlah meliwat, tetapi 'terlewat'...boleh baca di SINI..

Setakat laporan ini, blog dan facebook 'Gelombang Wangsa Maju' masih belum mengemukakan permohonan maaf apatah lagi memperbetulkan tuduhannya terhadap Anwar Ibrahim..beginilah watak para blogger Umno, sanggup 'membuat main' dengan perkara sebesar ini..dasar penyebar fitnah dan pemecahbelah ummah...

p/s: update isu Osman Rahimi akan menyusul....

BLOGGERS BERPERANG UNTUK NAIKKAN PEMIMPIN, TAPI TETAP PERTAHANKAN PARTI

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

AKU terbaca di dalam satu blog yang tidak menyokong YB Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR tetapi teramat simpati dengan Dato Zaid yang kununnya teruk diserang oleh YB Azmin. Blog itu juga menyebut bahawa di dalam `Top Five' Blog PR, kesemuanya tidak menyokong YB Azmin. Aku tidak semak pun kebenaran dakwaan itu, tetapi jika benar tiada masalah pun kerana Blogger ada hak untuk menyokong sesiapa pun.

Sejak dari awal lagi aku mengaku bahawa aku sememangnya menyokong YB Azmin untuk dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR dan jika beliau tewas juga, aku mengharapkan Sdr Mustafa Kamil menang di dalam pertandingan kali ini. Di dalam blog aku ini pun aku wujudkan Poll buat pengunjung bagi memilih siapakah yang mereka sokong, dan sehingga artikel ini ditulis nampaknya Dato Zaid masih unggul di depan. Aku tidak tergamak untuk mengubah atau meminda keputusan Poll semasa itu walaupun aku penyokong YB Azmin. Itu hak para pengunjung dan aku perlu jujur dengan mereka.

Apakah aku tidak suka atau anti Dato Zaid? Jawapannya tidak, cumanya aku tidak sokong beliau sebagai Timbalan Presiden PKR, itu saja. Tentang tulisan aku sebelum ini yang mengkritik Dato Zaid hanyalah apabila Dato Zaid juga mengkritik Ketua Umum, Presiden dan Timbalan Presiden PKR dengan kritikan yang pada aku tidak beradab. Apabila YB Azmin pula `menyerang' Dato Zaid, aku fikir memang wajar beliau berbuat demikian setelah Dato Zaid yang memulakan `game' ini. Dato Zaid gunakan media Utusan yang terkenal `anti PR' itu untuk berkempen, maka jangan salahkan YB Azmin gunakan Berita Harian pula. Namun begitu pada aku, sebaiknya kedua-dua media itu jangan dipedulikan langsung oleh mana-mana pemimpin PKR.

Sewaktu PRK Hulu Selangor, ketika itu PKR belum menetapkan calon mereka di situ, blog ini secara terbuka menyokong Us Dr Badrul Amin sebagai calon di Hulu Selangor. Namun, setelah diputuskan bahawa Dato Zaid sebagai calon, blog ini terus berperanan setakat mampu untuk memberikan sokongan padu kepada Dato Zaid. Segala fitnah dari Umno termasuk cerita-cerita peribadi dari blog-blog pro Umno tentang Dato Zaid sedaya upaya aku tentang melalui blog ini. Ini bererti aku bukan anti Dato Zaid, bahkan aku dari Kuantan datang ke Hulu Selangor untuk bersama rakan-rakan membantu kemenangan Dato Zaid di sana.

Pada pemilihan parti kali ini, tentulah aku punyai penilaian lain yang menyebabkan aku menyokong YB Azmin pula. Jika dahulu sokongan untuk parti, kali ini sokongan untuk pemimpin parti pula. Mengapa perlu ada serang menyerang? Mengapa dikatakan YB Azmin menyerang Dato Zaid? Ingin aku bertanya pula, adakah Dato Zaid tidak menyerang sedikit pun, sedangkan Ketua Umum, Presiden dan Timbalan Presiden pun diserang olehnya. Jika dikatakan serangan itu adalah satu kritikan kepada parti, maka adillah juga serangan YB Azmin juga dilihat satu kritikan. Apakah Dato Zaid tidak boleh dikritik sedangkan dalam masa yang sama beliau menggelar Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussin Ali sebagai `nyanyuk'?

Katakanlah Dato Zaid dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PKR, maka aku pun terpaksa akur juga. Dan, jika beliau sudah menjadi Timbalan Presiden PKR dan ada pemimpin lain yang menggelarkannya sebagai `nyanyuk', aku rasa aku patut juga kritik pemimpin tidak beradab itu. Justeru itu, terpulanglah kepada sesiapa untuk menyokong sesiapa asalkan tetap menerima keputusan ahli.

Jika Poll di dalam blog ini memaparkan Dato Zaid unggul di atas, belum tentu Dato Zaid akan menang. Begitu juga walaupun berpuluh blog tidak menyokong YB Azmin, belum tentu YB Azmin tewas. Pembaca blog sekarang cerdik, mereka tidak terpengaruh dengan buah fikiran empunya blog. Jika blog anda menyokong Dato Zaid, jangan terasa hati blog lain menyokong YB Azmin./wfauzdin.blogspot.com

Zaid gesa PKR laksana tujuh perkara baiki proses pemilihan pusat

October 06, 2010
PETALING JAYA, 6 Okt – Datuk Zaid Ibrahim yang dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden dan naib presiden hari ini menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR agar melaksanakan dengan segera tujuh perkara bagi membolehkan beliau memutuskan sama ada menerima pencalonan bersaing pada pemilihan kali ini.
“Saya berharap permintaan ini akan diluluskan secepat mungkin. Ini memudahkan saya membuat keputusan sama ada mahu menerima pencalonan atau tidak,” kata beliau dalam surat yang dialamatkan kepada Pengerusi JPP Dr Molly Cheah.
Dalam surat bertarikh  5 Oktober itu Zaid berkata, PKR mestilah mampu menepati standard minimum yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kalau tidak, sukar bagi kita untuk mendesak SPR supaya menepati standard antarabangsa,” kata Zaid yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR.
Perkara-perkara yang disyorkan Zaid terdiri daripada:
* Calon dibenarkan melantik seorang wakil calon dan empat wakil sebagai ‘polling and counting agent bagi setiap pusat mengundi
* Kertas undi mesti bernombor siri
* Peti undi mestilah telus cahaya dan dapat dilihat oleh semua pihak
 *Ruang membuang undi hendaklah diasingkan bagi mengelak gangguan manakala pengawas tidak boleh berada di tempat pembuangan undi kerana ia akan mempengaruhi ahli yang ingin membuang undi
* Senarai ahli yang sahaja digunakan dan senarai yang sah mestilah mempunyai jumlah ahli dan nama ahli yang sama, yang diberikan kepada calon  dan tidak ada perbezaan dari segi jumlah atau pun nama-nama ahli tersebut
* Masa mengundi mestilah dipatuhi dan pengawas tidak boleh menangguhkan atau melanjutkan masa pembuangan undi
* Bagi ahli yang sudah membayar yuran semasa mesyuarat agung tahunan cabang tempoh hari, nama mereka sepatutnya ada dalam senarai ahli yang berhak mengundi
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang ditemui hari ini mengesahkan penerimaan surat Zaid itu sambil menjelaskan, pihaknya akan melaksanakan beberapa perkara yang boleh diambil dengan segera.
Katanya,  sesetengah perkara tidak boleh dilaksanakan seperti peti undi telus cahaya disebabkan kos.

Kalau Razaleigh Calon BN, Pas Akan Turunkan Orang Asli

TENGKU Razaleigh Hamzah dijangka akan tiba di KLIA pagi lusa, (Sabtu). Katanya persiapan telah dibuat untuk menyambut kepulangan Razaleigh. Sekurang-kurang dua pihak akan bergabung menyambut kepulangan itu. Umno dan para penyokong setia Razaleigh. Dijangka sebuah NGO terlebih Melayu juga dijangka akan hadir sama untuk meramaikan sambutan kepulangan itu.

Katanya berbagai sepanduk sudah disediakan. Orang dalaman pejabat Razaleigh pula tidak dapat mengesahkan apakah ada sambutan atau tidak. Tetapi katanya mungkin memandangkan sudah ramai orang menggilai Razaleigh ke belakangan ini, sambutan itu tidak dapat dielakkan.

Razaleigh dijangka akan membuat pengumuman penting di KLIA sebaik setibanya di lapangan terbang itu. Berita ini menjadikan kepulangan beliau dinanti-nantikan. Orang menanti apakah yang akan dinyatakan oleh Razaleigh. Dua persoalan yang bermain di kepala umum ialah apakah beliau sedia menjadi Pengarah Pilihan Raya kecil Dun Galas atau menerima tawaran Umno menjadi calon.

Menurut sumber dalaman mengatakan Razaleigh tidak akan keberatan untuk menerima tawaran sebagai pengarah pilihan raya. Alasannya dia adalah ketua bahagian Umno Gua Musang. Seperti mana saya ulas sebelum ini Razaleigh seorang beradat dan berdisiplin tinggi. Kesetiaannya kepada Umno juga tinggi menggunung. Tidak ada sebab untuk beliau menolak tanggungjawab itu sedangkan beliau masih ketua bahagian.

Atas kedudukan itu Razaleigh akan menerimanya. Kalau Razaleigh menerima tawaran itu tentulah ia mengira 'jihar'nya dalam Umno akan pulih kembali. Razaleigh akan mengira Umno akan menyokong beliau balik. Pada saya kalau inilah yang dikejarnya Razaleigh akan kecewa sekali lagi. Beliau harus ingat kepada sejarah, sejauh mana ahli Umno mengenang budinya.

Persoalannya apakah kalau Razaleigh jadi pengarah ia merimaskan Pas? Ada kenyataan dari pihak tertentu Pas gentar untuk berdepan dengan Razaleigh. Rasanya bagi Pas apa saja peranan Razaleigh ia tidak mengelisahkan Pas. Pas akan hadapi Razaleigh atas kedudukan apa saja selagi Razaleigh bersama Umno.

Soal menuntut royalti minyak Pas boleh bersama Razaleigh kerana itu aspirasi bersama untuk membela rakyat Kelantan. Tetapi kalau soal Umno susah bagi Pas.

Ahli jawatankuasa Agung Pas, Husam Musa sudah membayangkan Pas akan menurunkan Orang Asli. Katanya kalau ada Orang Asli berkelayakan Pas mungkin mengambil menjadi calon, ujarnya dalam satu kenyataan. Kita faham kepada siapa Husam tujukan cadangannya itu. Saya mengira kalau Razaleigh jadi calon Pas, adalah sesuai kalau Pas menerima cadangan Husam itu. Carilah tok Batin mana-mana dan letak beradu kekuatan dengan Razaleigh.

Bayangkan macam mana kalau berlaku pertandingan antara Razaeigh dengan Orang Asli. Ia akan menjadi sejarah dan berita menggempar. Seorang anak raja berlawan dengan Orang Asli. Bagaimana hendaklah dielakkan kejadian ini dari berlaku kerana ia boleh mengaibkan banyak pihak. Tidak elok sangat kalau tiba-tiba Razaleigh tokoh veteran berlawan dengan Orang Asli.

Baiklah siapakah calon dari BN kalau Razaleigh menolak tawaran keemasan Umno itu. Ada beberapa nama atau tokoh Umno Gua Musang yang sedang menayang diri untuk jadi calon. Salah seorangnya ialah Ketua Pemuda, Bazlan Baharuddin. Beliau juga dikenali orang kuat menyokong Razaleigh. Bazlan ini juga yang membuat kenyataan agar menolak Ibrahim Ali kalau bekas ahli Umno itu mahu diterima semula ke dalam Umno.

Sudah tentu kalau Bazlan jadi calon NGO terlebih Melayu itu 'rohok' sedikit untuk menyokong BN kali ini.

Selain Bazlan, Ketua Wanita, Wan Huzani Wan Md Noor (foto atas) juga berminat untuk menjadi calon. Tetapi Wan Huzani tidak mungkin akan dipilih kalau pengarahnya Razaleigh. Tok Empat Umno Kelantan, Mustapa Mohamed sudah membayangkan soal calon akan ditentukan oleh pengarah. Awal-awal lagi Mustapa sudah dapat merasakan dia tidak berperanan dan tidak berkuasa dalam menentukan calon.

Sudah tentu kalau Razaleigh menjadi pengarah beliau akan memilih orang kanannya di bahagian iaitu Setiausaha Umno bahagian Gua Musang sekarang ini. Inilah beberapa nama yang disebut dan kemungkinan akan diturunkan Umno kecuali Razaleigh sendiri.

Di pihak Pas yang pastinya calon yang tidak merokok. Nik Aziz sudah memberi tahu awal-awal kriteria calonnya mereka yang tidak merokok. Ada dua nama setakat ini menjadi sebut sebutan, Hussein Embong iaini pegawai Halaqah Gua Musang dan Dr Zulkifli Mohamad. Zulkifli merupakan calon Pas dalam dua pilihanraya 2004 dan 2008. Beliau pernah bertanding di kerusi Parlimen Gua Musang, kedua-dua kalah.

Dalam pilihan raya 2004 beliau kalah dengan kekurangan undi sebanyak 6,598. Manakala dalam tahun 2008 sekali kalah dengan kekurangan undi 4,394. Kekalahan itu bagaimana pun tidak boleh dijadikan ukuran. Pilihan raya Dun dan Parlimen berbeza. Lagipun yang ditentang Dr Zulkifli itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah.

Baik Hussein atau Dr Zulkifli mereka ini juga dikatakan disenang penduduk Galas. Bukan saja Melayu tetapi orang Cina dan Orang Asli juga senang mendekati mereka. Apa lagi Zulkifli yang mempunyai klinik di Gua Musang menyebabkan beliau dikenali ramai dan khidmatnya juga menjadi sebutan.
MSO.

Ayooo.. Sudah talak boleh pakai loh!!


Itulah nasib orang tua. Apabila usia sudah meningkat tua, dipinggirkan begitu saja. Macam barang yang dah tak boleh pakai. Orang tak pandang lagi. Nasihatnya juga dianggap sudah ketinggalan zaman. Ha... ha... Not relevan anymore!!

Itulah nasib yang menimpa mantan presiden Gerakan, Lim Keng Yaik. Anak didiknya pun tak mahu dengar nasihat dia lagi. Memang biut betul si Koh Tsu Koon. Ketegaq...!! Tak nak dengar kata dan pandangan 'tok guru'nya. Mentang-mentanglah dia dah pencen. Segala nasihatnya pun nak di'pencen'kan juga. Alahai.. kesian the old man.

Lantaran itu, Lim Keng Yaik mengambil tindakan untuk berundur daripada menjadi penasihat kepada parti Gerakan. Tu la.... Dia dah merajuk dah!! Refer kat sini.

Si Koh Tsu Koon ni pun satu hal, tak tahu prioriti langsung. Masalah dalaman parti semakin meruncing tapi dia buat nohen jer. Tak ambil pot langsung. Dah diberi nasihat ....tetapi masih buat tak tahu. Langsung tak nak memikul tanggung jawab untuk mengukuhkan semula parti dan menjernihkan semula yang keruh. Itu namanya.... tak bertangung jawab!!

Mana tidaknya.... Dia lebih rela menghadirkan diri ke majlis MCA daripada EGM Gerakan di Pulau Pinang yang sedang bergelut dengan krisis kepimpinan. Apa punya presiden la dia ni?? Patutler mantan @ penasihat parti Gerakan, kecewa gilerr babi dengan dia. Tak boleh diharapkan.... Very disappointing!!

Ini ke rupa orang yang Najib lantik untuk duduk dalam kabinet dapur dia. Jadi menteri yang jaga KPI tetapi KPI sendiri?? Aha... KPI sendiri sebagai presiden sebuah parti yang menjadi anggota BN pun haprak, macam mana nak jaga KPI pihak lain. Tak boleh jadi.... Tak boleh jadi..

Apa-apa pun, Gerakan Wilayah Persekutuan telah sepakat mengatakan "pooraahhh" kepada Lim Keng Yaik!! Sebaliknya, mereka menyatakan sokongan kepada Koh Tsi Koon. Gerakan 'muda' menolak Gerakan 'tua'!! Baca sini. Pasti terguris lagi ler, hati orang tua tu!!

Namun demikian, perletakan jawatan Lim Keng Yaik sebagai penasihat parti telah ditolak oleh jawatan kuasa pusat parti itu. Baca juga di sini. Tetapi, semalam... dalam berita di TV, aku ada terdengar Lim Keng Yaik kata, keputusan dia adalah final. Dia tak akan berganjak dengan keputusannya. itu.

Fuuhhh.... Merajuk dan kecewa sakan orang tua tu!! Susah nak pujuk kalau orang tua dah merajuk. Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat senario seterusnya, sama ada Lim Keng Yaik akan buat U-Turn atau kekal mengundurkan diri.

Tunggu.....
 

Kereta Lama Akan Ditamatkan Hayatnya. Orang Miskin Makin Menderita.


Proton sokong dasar kenderaan tamat hayat pada Bajet 2011

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd berharap kerajaan menimbang melaksanakan dasar kenderaan tamat hayat (ELV) dalam Bajet 2011 bagi menampung industri automotif negara.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata dasar ELV itu memberi impak segera terhadap keseluruhan ekosistem seperti yang dilaksanakan menerusi pakej rangsangan setahun yang lalu.

"Kami faham ia adalah satu proses yang mahal, dan kami bersedia berbincang dengan kerajaan untuk mencari kaedah bagaimana peserta industri dan kerajaan boleh memainkan peranan," katanya pada rumah terbuka Aidilfitri Proton di sini, hari ini.

Syed Zainal berkata, kenderaan lama perlu ditamatkan hayatnya apabila jumlah industri automotif mencapai peringkat ketepuan.

Beliau berkata, sudah sampai masanya untuk kerajaan menyediakan pakej dan insentif bagi memastikan kereta-kereta lama yang tidak selamat dan tidak mesra alam, tidak berada atas jalan.

"Ini boleh dilihat di negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Indonesia.

"ELV membabitkan kereta dan trak ringan yang dianggap sampah dan perlu dilupuskan," katanya.

Syed Zainal berkata, kerajaan juga perlu menyediakan insentif untuk penggunaan teknologi hijau serta geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mempromosi inovasi, sejajar dengan Model Baru Ekonomi.

Langkah itu, katanya, akan menggalakkan aktiviti R&D dalam negara dengan harapan teknologi itu boleh dikomersilkan.

"Itu setidak-tidaknya sebagai pemangkin oleh kerajaan dalam memudahkan peserta automotif seperti Proton, serta pengguna, untuk mula peka terhadap kenderaan berteknologi hijau," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Dasar Kenderaan Tamat Hhayat (ELV) hendak dilaksanakan bagi menampung industri automotif negara. Dalam bahasa yang mudah "memaksa rakyat untuk membeli kereta baru". Supaya Proton terus dapat hidup. Kerana jumlah industri automotif mencapai peringkat ketepuan.

Kereta lama dikatakan tidak selamat dan tidak mesra alam.

Namun, kita ingin pihak Proton dedahkan statistik kemalangan jiwa yang berlaku setiap hari. Apakah lebih banyak kereta lama atau kereta baru?

Daar ELV yang ingin diperkenalkan satu lagi dasar kerajaan BN yang mencerut leher rakyat marhain.

Ktakan TIDAK kepada BN!

Sekolah Harapan sambut kelahiran bayi pertama..ha.ha..tahniah Pak Ali dah jadi bapa..he.he.!!!

JASIN, 6 Okt – Sekolah Harapan yang menempatkan remaja hamil di sini menyambut kelahiran bayi pertama – lelaki seberat 3.6 kilogramme.
Bayi itu dilahirkan pada pukul 8 pagi, Isnin lepas di Hospital Jasin, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah itu.
“Saya difahamkan bayi tersebut akan diambil oleh keluarga kepada remaja perempuan itu,” katanya kepada pemberita hari ini.
Mohd Ali berkata di samping memberi perlindungan kepada remaja hamil, penubuhan sekolah itu juga dapat mengelakkan kes pembuangan bayi.
Sekolah itu mula dibuka pada 17 September lepas, kini menempatkan sembilan lagi remaja yang sedang hamil.
Sekolah berasrama itu dikendalikan Majlis Agama Islam Melaka. – Bernama

Laporan Rahimi: Saya 'dipaksa' libatkan Najib, Rosmah

Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim - Rahimi Osman - mendakwa dia dipaksa untuk menandatangani dua akuan bersumpah berhubung tuduhan yang Anwar telah meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut laporan polis Rahimi hari ini, akuan bersumpah pertama
ditandatangani pada 28 Jun 2008 di Hotel Quality, Shah Alam dan yang kedua ditandatangani beberapa hari kemudiannya di Petaling Jaya.

Pada hari itu, Anwar dan para penyokongnya berkumpul di Hotel Quality, beberapa jam selepas Saiful membuat laporan polis, mendakwa dia diliwat oleh Anwar.

Rahimi mendakwa akuan bersumpah kedua telah dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.

"Kandungan kedua-dua akuan bersumpah itu adalah tidak benar sama sekali. Dan saya dipaksa untuk menandatanganinya. Saya juga tidak diberikan sebarang salinan kedua-kedua akuan bersumpah tersebut.

"Disebabkan akuan bersumpah itu tidak benar, saya sekarang ingin menceritakan perkara yang sebenarnya, maka saya telah membuat satu akuan bersumpah yang baru hari ini yang mengandungi cerita benar," laporan polis Rahimi dipetik.

Menurut Rahimi, dia telah mengemukakan akuan bersumpah tersebut bersama laporan polisnya.

Bimbangkan keselamatan

Dakwanya, dia terpaksa menurunkan tandatangan pada akuan bersumpah tersebut kerana risaukan keselamatan dirinya, memandangkan ketika itu "ratusan penyokong dan orang kanan Anwar berada di keliling hotel".

Menurutnya, dua peguam Anwar - Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli - menahannya di hotel tersebut selama beberapa hari bersama seorang rakan.

Dalam laporan itu lagi, Rahimi mendakwa mereka telah memintanya menandatangani akuan bersumpah itu walaupun "saya tidak langsung bersetuju dengan kandungannya".

Menurut laporan itu lagi, Rahimi mendakwa dia telah dihubungi oleh Latheefa beberapa bulan yang lalu melalui telefon untuk menandatangani satu lagi akuan bersumpah.

"Dia mengatakan bahawa akuan bersumpah yang telah saya tandatangani sebelum ini telah hilang. Namun saya tidak melayan mereka dan cuba sedaya upaya menjauhkan diri dari mereka."

Dalam laporan polisnya, Rahimi juga meminta perlindungan kerana bimbangkan keselamatan dirinya dan keluarganya.

Ketika dihubungi, Latheefa berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar berhubung perkara itu. Beliau adalah ketua penerangan PKR.
Sementara itu, Saiful Izham, ketika dihubungi, menyatakan rasa terperanjatnya terhadap dakwaan tersebut.
Bagaimanapun, katanya, beliau perlu melihat kenyataan Rahimi terlebih dahulu, sebelum membuat sebarang ulasan.

Dah berulat bontot baru sedar kena rogol

Nasib baik bukan cerita Norhayati Mohamad Yusuf..
kalau cerita dia.. tentu Rahim Thamby Chik lagi tau

Anwar ni pun satu hal jugak ..
lain kali ambil pembantu yang umur 92

Rahimi memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008.

Peguam Rahimi - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.

Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut.

Laaa.... hai.. dah berulat bontot.. baru nak nafikan.. baru sedar kena paksa.. !!

... Tanya sikit.. berapa dapat upah? .. 
Bila ada pilihan raya kecil ... ada le penjaja bontot

'Tak boleh pakai lagi' sedia jumpa 'burung unta'

Tun Dr Lim Keng Yaik, yang melepaskan jawatan penasihat parti Gerakan semalam, berkata beliau sedia menemui presiden parti itu, Tan Sri Koh Tsu Koon untuk mendengar penjelasannya tentang isu yang menimbulkan perbalahan antara mereka walaupun buat masa ini beliau tidak terfikir untuk mengubah pendiriannya.

Lim dipercayai mengambil pendirian itu berikutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Gerakan semalam yang menolak peletakan jawatan beliau sebagai penasihat dan mahu Koh mencari penyelesaian terhadap isu yang timbul antara beliau dan Lim.

Kini, semua pihak ingin melihat sama ada Koh mampu memujuk dan kembali menjalin hubungan harmoni dengan mentornya itu.

Sumber parti itu berkata beberapa pemimpin mencadangkan kepada Koh agar beliau mengadakan perjumpaan dengan Lim selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti itu di Pulau Pinang pada 10 Oktober ini untuk meredakan keadaan dan menetapkan rancangan peralihan kepimpinan parti itu.

Bagaimanapun, beberapa anggota parti itu berkata Koh mungkin menghadapi laluan sukar untuk berdamai dengan bekas orang kuat Gerakan itu berikutan kenyataan Lim pada Isnin yang seolah-olah melancarkan perang terhadap beliau.

"Saya mahu lihat sama ada beliau berani datang berjumpa saya atau terus berperangai seperti burung unta yang menyembunyikan kepalanya dalam pasir.

"Kalau anda rujuk kepada kenyataan lima perenggannya semalam, tiga perenggan pertama menunjukkan beliau (Koh) masih cuba mewajarkan perangainya seperti burung unta itu," katanya.

Ahli politik veteran itu juga berkata Koh tidak pernah menghubunginya selepas perjumpaan terakhir mereka lebih dua minggu lalu.

Seorang pembantu Koh bagaimanapun berkata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu telah cuba menghubungi Lim dan anaknya, Lim Si Pin yang juga Ketua Pemuda Gerakan sejak Isnin tetapi tidak berhasil.

Koh enggan mengulas tentang tentang tindakan Lim yang melabelkan beliau sebagai burung unta tetapi menurut beberapa pemimpin parti, beliau amat sedih dengan kenyataan terbaru bekas presiden Gerakan itu bahawa parti itu hamapir hancur di bawah kepimpinan sekarang.

"Kenyataan tentang burung unta itu tidak mengecewakan beliau (Koh). Tapi kata-kata bahawa parti ini kini di ambang kehancuran, sangat mengecewakan beliau.

"Beliau tak boleh menerimanya. Oleh itu, kami tak pasti sama ada beliau akan sedia berjumpa dengan Lim," kata Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow.

- Bernama

Akuan sumpah: Peguam Anwar sangkal Rahimi, PKR dakwa ‘konspirasi Galas’

Rahimi Osman menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat berhubung akuan bersumpah ditandatangani Jun 2008 pada sidang media di Klang hari ini. – Gambar oleh Choo Choy May
KLANG, 6 Okt — Peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair dalam reaksi segera menafikan dakwaan Rahimi Osman bahawa bekas pembantu Ketua Umum Pakatan Rakyat itu telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah berkaitan kes liwat akhir Jun 2008. Sankara berkata, Rahimi menandatangani akuan bersumpah itu secara sukarela selepas mengadakan pertemuan dengan peguam-peguam Anwar di Quality Hotel dua tahun lalu.
“Saya hendak menegaskan di sini bahawa Rahimi tidak dipaksa menandatangani akuan bersumpah. Dia menyediakan akuan bersumpah secara sukarela yang memihak kepada Anwar,” katanya.
“Dia (Rahimi) dengan bebas memberi maklumat... saya hadir bersama dengan beberapa peguam semasa dia menerangkan apa yang sebenarnya telah berlaku,” kata beliau kepada The Malaysian Insider petang ini.
Sankara juga berkata Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya, yang juga salah seorang peguam kes Anwar dalam kes liwat terbaru sekarang ditanggungjawabkan untuk mendapatkan tandatangan Rahimi pada akuan bersumpah yang dimaksudkan.
Petang tadi, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dalam kes liwat kedua dihadapi Anwar dengan menandatangani dua akuan bersumpah.
Rahimi berkata beliau telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008, yang mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Saiful mendakwa dia diliwat Anwar beberapa hari sebelum itu dan kes itu sedang berlangsung.
Laporan polis dibuat Rahimi kira-kira 3.03 petang tadi.
Dalam laporan itu, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Latheefa dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008.
Dalam pada itu, anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Badrul Hisham Shaharin menyifatkan Rahimi melancarkan kempen pilihan raya kecil Galas bagi pihak Umno hari ini selepas parti dominan BN itu sudah panik dengan kemungkinan pertembungan di kawasan majoriti Melayu.
“Dalam keadaan mereka sedang melakukan perang saraf memaksa semua percaya bahawa Melayu sudah benci Pakatan Rakyat dan mencintai Umno melalui Perkasa yang mendapat hak francais pembakar suhu perkauman, sudah tentu pilihan raya kecil di kawasan Melayu ini mencemaskan mereka,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan menerusi blognya.
“Galas sukar buat Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi tetapi akan cuba yang terbaik.
“BN cemas dan mengarut bermula dengan nak lantik pemimpin yang mereka pinggirkan selama ini, Ku Li sebagai pengarah, Umno panik kerana kalau tewas Galas, maka retorik konon mereka dipuja Melayu akan hancur,” katanya.
Bakal calon kerusi Angkatan Muda Keadilan ini berkata, faktor pengikat Pakatan Rakyat, Anwar kini berada di Itali dan tanpa perlu menantinya serangan dituju kepada ketua pembangkang itu.
“Kempen BN sempena Galas bermula hari ini dengan ‘kick offnya’ dimulakan oleh Rahimi, bekas kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.
“Rahimi ini kononya hari ini hadir di ibu pejabat Balai Polis Klang dengan menyatakan dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah palsu,” katanya lagi.
Badrul yang turut dikenali sebagai “Chegubard” menambah, strategi menggunakan Rahimi sudah dihidu beberapa hari lepas, kononnya akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat.
“Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah kedua ini.
Katanya, mungkin ‘perancang jahat’ juga sedar perkara ini, maka Rahimi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu.
“Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononnya takut, maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi.
“Sepanjang dijaga selama kira-kira enam hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas untuk menonton perlawanan bola sepak ketika itu.
“Malah ketika berbual dengan teman-teman yang menemani, beliau diberitahu betapa dia sedih kerana bagaimana Saiful boleh buat sedemikian rupa zalim terhadap Anwar,” katanya.
Badrul menyoal, “kalau dia kena paksa kenapa sekarang, kenapa dekat dengan Galas?”

Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..



Oleh: Pria Malaya

Entry penulis kali ini adalah rentetan dari isu Judi Piala Dunia yang hangat diperkatakan ketika ini..selain itu, entry ini juga bertujuan untuk menghimpunkan segala berita/isu yang berkait antara UMNO sebagai sebuah parti Melayu dan JUDI perkara yang diharamkan di dalam Islam di dalam satu entry khas bagi memudahkan rujukan penulis di masa hadapan...penulis sebelum ini telah mewujudkan entry 'Koleksi Umno dan ARAK' di sini..

InsyaAllah, entry 'Koleksi Umno dan arak' dan 'Koleksi Umno dan judi' ini akan sentiasa dikemaskini setiap masa..mohon pada rakan2 yang mempunyai maklumat, gambar, video dan sebagainya yang berkaitan Umno dan judi supaya menyatakan/melampirkan kepada penulis utk diupdate di sini..

Akhir kalam, semoga entry berbentuk 'koleksi' ini akan memudahkan rujukan kita termasuk anak generasi kita di masa hadapan utk mengenali lebih mendalam siapakah itu yang bergelar Parti Kebangsaan Melayu Bersatu, UMNO...sama2 muhasabah dan mengambil iktibar...wallahua'lam...

1. Umno dan Magnum Corporation Sdn Bhd:



Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting yang pengerusinya ialah bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Haji Mohamed Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D. Ini menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat.

Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad ini, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di dalam 4D.

Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan sebanyak 1,666,666 saham. Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334 saham.

Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan pemerintah Umno sebagai penggalak kepada aktiviti `pelaburan mingguan bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.

Sumber: TKO

2. Umno dan Genting Berhad



Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.

Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

Sumber: TKO

3. Umno dan Sports Toto


(sekadar gambar hiasan)

Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir MohamadPengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memegang 3.5 juta saham dalam Sports Toto melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees.

Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport TotoDatuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor adalah Pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 292,336,584 dalam Sports Toto.

Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis. Dipetik daripada buku ‘Malaysia, Darul Kasino’ oleh Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Sumber: Suara Keadilan

4. Umno dan loteri



Gambar: Keratan surat rasmi penyerahan wang loteri dari Setiausaha Agung Umno kepada Bendahari Umno Tahun 1953, Sheikh Ahmad Sheikh Hashim, bapa kepada Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

Surat ini telah yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar. Surat Resmi ini dikeluarkan pada 1953, menandakan UMNO semenjak itu sudah beramal dengan judi sehingga ke hari ini.

Sumber: Buletin Online

5. Ulamak Pulau Pinang fatwa haram 'Loteri Umno'



Gambar: Keratan Akhbar Utusan Melayu (jawi) bertarikh 1951 diatas menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM. Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951:
Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Qur’an.

Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai.
Sumber: visi-sufi.com

6. Pengedaran 'nombor ekor' (judi) semasa mesyuarat Umno Bahagian







Ahli UMNO edar ‘nombor ekor’ semasa mesyuarat bahagian TEMERLOH – Perwakilan UMNO yang hadir pada mesyuarat bahagian semalam dikejutkan dengan gelagat salah seorang ahli parti itu yang mengedarkan tiket ‘nombor ekor’ kepada perwakilan dan pemerhati..

Kamu Keluar Dari Ketiak UMNO Dulu Laa!

Aduyai!!! keje macam ni pun ada!!!

Wakakakaka!
Apa sebenarnya maksud Pak Syeikh ni?

Boleh sesiapa terangkan??

Wakakakak!

Ekor berterabur UMNO!

sunsnake 06102010

Nakhaie gesa pimpinan Najib keluar ‘ketiak’ pengaruh Barat

Nakhaie mendakwa pemikiran pemimpin-pemimpin Malaysia dikongkong oleh pengaruh Barat.

PETALING JAYA, 6 Okt — Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad menggesa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya tidak terperangkap dengan pengaruh Barat dan memastikan pentadbiran negara berpandukan ajaran Islam.

“Sekiranya Islam mahu bebas dari penjajahan, pemimpin negara perlu memastikan segala pentadbiran negara perlu bebas daripada pengaruh dan jaringan dari Barat. “Jika kita mahu memastikan Islam menjadi keutamaan dalam pentadbiran negara, maka pemimpin-pemimpin kita perlu berubah dan memastikan supaya tidak terperangkap dengan pengaruh Barat,” kata beliau pada forum perdana Islam sempena Persidangan Antarabangsa Islam Dalam Masyarakat Malaysia di Universiti Malaya malam tadi.

Kerasnya Hati Rosmah!


Teman pun tak faham..
Apa yang benar-benar menghijab hati orang-orang UMNO ni nak melaksanakan hukum Islam.
Sedangkan mereka mengaku Islam.. Mengaku Muhammad SAW sebagai Nabi..
Mengaku Allah SWT itu satu..

Islam itu sendiri adalah lengkap dan hanya Islam yang sesuai dengan kehidupan manusia..
2/3 isi kandungan Al Quran adalah berkenaan dunia!
Bermakna segala permasalahan didunia ini WAJIB diselesaikan dengan menggunakan isi Al Quran..
Allah SWT sebagai engineer yang menjadikan manusia... pastinya juga dia bekalkan manusia dengan 'manual' untuk kehidupan..

Seperti bila kita beli set TV Toshiba.. Pastinya disertakan sekali dengan manual nya..
Mana mungkin kita setting TV Toshiba menggunakan manual TV Sony?
Mana mungkin?

Namun itulah yang sedang UMNO gunakan untuk merepair manusia di Malaysia ni..
Sanggup meniru eropah yang sudah jelas nyata kehancuran budaya dan nilai-nilai peribadi mereka!

Yang heran tu.. ada lagi golongan yang bertaraf ulama' masih menyokong UMNO?
aduyaiii.. Bersyukurlah bagi mereka yang terlepas daripada UMNO...

sunsnake 06102010
PAS: Rosmah minta 'sedekah' di Belgium

Hajat Rosmah Mansur melawat pusat remaja hamil di Brussel hari ini untuk mendapatkan input bagi menangai masalah pembuangan bayi adalah tidak munasabah dan menggambarkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea, kata PAS.

Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, isteri perdana menteri tidak sepatutnya merujuk kepada Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) kerana keadaan iklim dan sosial budayanya berbeza dengan negara ini. "Tindakan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah untuk merujuk negara Belgium bagi mengatasi masalah anak luar nikah, seolah-olah anak yatim yang kaya dengan harta peninggalan bapanya, tetapi masih lagi meminta sedekah kepada orang ramai.

"Begitulah juga tindakan Datin Rosmah ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan kita mempunyai rujukan iaitu Islam," kata Idris lagi.

Majalah Economist Jangka Muhyiddin Lawan Najib Untuk Jawatan Presiden Umno


Oleh Fazli Othman   
najib-muhyidin_440xSHAH ALAM 6 Okt - Laporan terkini Economist Intelligence Unit (EIU) menjangkakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal mencabar bosnya, Datuk Seri Najib Razak untuk merampas kerusi Presiden Umno pada pemilihan parti itu tahun depan dan senario ini akan menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik di Malaysia.

"Umno dilihat lebih cenderung kepada pertarungan dalam merebut jawatan tertinggi parti itu tanpa menghiraukan kepentingan parti lain dalam komponen Barisan Nasional dan ini bakal berlaku ketika kedudukan kuasa BN mula terancam.

"Dalam situasi begini, pergolakan politik akan menjadi halangan terbesar untuk mereformasikan ekonomi. Usaha memperlecehkan kredibiliti Perdana Menteri, Najib Razak sehingga pada satu tahap meletakkan beliau dalam risiko bagi menggantikannya sebagai Presiden Umno sekaligus mengambilalih tampuk pemerintahan," kata EIU  dalam laporan terbaru mereka.

Ia ternyata jelas apabila Muhyiddin tidak pernah benar-benar menyokong mana-mana dasar Najib semenjak hari pertama beliau memegang jawatan Perdana Menteri walaupun mereka berdua dilihat berkempen sebagai satu pasukan semasa pemilihan Umno 2009.

Pada ketika itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendahului pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden mengumumkan berundur diri daripada pertandingan itu bagi memberi laluan kepada Muhyiddin, yang mendapat sokongan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kini, Muhyiddin dan Dr Mahathir telah bersatu tenaga dengan pertubuhan ultra Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan gandingan ini dilihat mempunyai kuasa yang lebih besar di dalam Umno berbanding Najib.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Senator Dr Syed Husin Ali dalam reaksinya menyifatkan perkara itu sebagai perkembangan terbaru yang menarik apabila Dr Mahathir mula menyalahkan barisan kepimpinan Najib sebagai punca utama 'Wawasan 2020' yang diasaskannya sukar dicapai.

"Nampaknya, Dr Mahathir mula mengkritik dan menyindir kepimpinan Najib sementara Najib yang terdesak mula menyalahkan mentornya dan Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca sehingga menyebabkan parti itu terjerumus di dalam masalah yang lebih besar.

"Ini semuanya menunjukkan perkembangan politik yang semakin menarik dan wajar diikuti," ujar beliau melalui twitternya.

Populariti Najib Merudum Akibat Sikap 'Flip Flop'


Oleh Fazli othman   
najib-popularitiSHAH ALAM 6 Okt - Satu kajian yang dijalankan oleh sebuah laman web pro-Umno, nobisha.com mendapati tahap populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jatuh menjunam di kalangan pengundi Melayu hampir 30 peratus dalam masa tiga bulan.

Dalam kajian bertajuk “Analisis Malaysia”, hanya 56.5 peratus atau 1,383 responden yang terdiri daripada kaum Melayu atas pagar berpuas hati dengan kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.

Kajian terbaru ini sekaligus menyanggah kajian yang dijalankan Merdeka Centre pada Mei 2010 yang mengatakan 78 peratus pengundi Melayu berpuas hati dengan kepimpinan Najib.

Ahli Parlimen Datuk Johari Abdul yang dihubungi Suara Keadilan berkata beliau bersetuju dengan pandangan tersebut kerana apa yang diuar-uarkan oleh Najib melalui slogan 1 Malaysia hanya retorik semata-mata.

Menurutnya, apa yang dilaungkan Najib mengenai 1 Malaysia hanyalah omongan kosong kerana mengamalkan dua polisi yang berbeza dalam melayan kehendak swaya, Petubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

"Dalam pada Najib menghebah-hebahkan semangat 1 Malaysia, pada masa yang sama beliau melayan permintaan Perkasa yang ekstrimis dan tidak munasabah.  Malahan, beliau nampaknya tidak konsisten dalam isu Perkasa dan dilihat semakin menjadi-jadi menyemarak sentimen perkauman.

"Beliau kena buktikan 1 Malaysia  kerana rakyat boleh baca Najib hanya bermain politik semata-mata untuk memancing undi.

"Saya tidak berasa was-was jika sokongan orang Melayu merundum kerana sikap dan dasar 'flip-flop' beliau sehinggakan pemimpin Umno turut tidak mempercayai beliau," ujarnya.

Kata Johari lagi, Najib sekarang ini diibaratkan seperti masuk ke dalam tanah jerlus, terperangkap dan berada di dalam keseorangan tanpa sesiapa pun ingin membantu beliau.

Pengendali web berkenaan, Norizan Sharif yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif INMIND, sebuah organisasi pemikir bagi kerajaan negeri Selangor semasa di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional, mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam pengurusan organisasi termasuk terlibat secara langsung dalam aktiviti penyelidikan, penulisan dan latihan.

Beliau juga membuat pengkhususan dalam bidang Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi.

Kajian beliau tersebut adalah siri projek kajian pendapat awam komuniti atas talian yang dilaksanakan menerusi blog “Bicara Nobisha” http://www.nobisha.com.

Kajian tersebut dijalankan bagi mengetahui pendapat komuniti atas talian terhadap isu sosio-politik bagi mengalakkan perbahasan isu secara berhemah; sekaligus mematangkan proses politik di negara ini.

Siri pertama kajian ini memaparkan pandangan 1,383 responden berbangsa Melayu dalam soal kepimpinan negara dan politik Malaysia dari sejumlah 1,483 responden berbilang bangsa.

Kajian itu juga mendapati hanya 28 peratus responden berpuas hati dengan prestasi anggota Kabinet secara keseluruhannya manakala hanya 36.4 peratus berpuas hati dengan cara mereka menguruskan isu dalam negara.

Dalam kajian pendapat awam tersebut, sejumlah besar responden iaitu 42.8 peratus tidak berpuas hati dengan cara anggota Kabinet menguruskan isu dalam negara manakala 20.8 peratus lagi tidak pasti mengenai hal itu.

Menurut laman web tersebut, antara yang dipertikaikan ialah perlantikan Senator sebagai Menteri dan parti komponen Barisan Nasional yang kalah diberikan tempat yang banyak dalam Kabinet.

Selain itu percanggahan keputusan antara seorang Menteri dan seorang Menteri yang lain seperti pengumuman pemindahan Parlimen ke Putrajaya, pembatalan keputusan kerajaan dalam isu kenaikan harga minyak, perbezaan pendapat antara Menteri dan Timbalan Menteri dalam isu isu Akta Universiti dan Kolej adalah antara perkara yang menjadi perhatian komuniti atas talian.

Umno tidak berubah

Sebanyak 43.7 peratus responden tidak bersetuju bahawa Umno telah berubah menjadi sebuah parti yang lebih baik selepas Pilihan Raya Umum ke-12 sementara 20.4 peratus lagi menjawab tidak pasti.

Hanya 35.9 peratus sahaja responden bersetuju Umno telah berubah menjadi lebih baik.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna Pakatan Rakyat boleh berada dalam keadaan yang cukup selesa.
Ini kerana hampir separuh iaitu 48.1 peratus responden tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa Pakatan Rakyat telah memenuhi harapan pengundi, manakala 27.9 peratus lagi merasa tidak pasti.

Hanya 24.0 peratus responden sahaja yang setuju Pakatan Rakyat telah memenuhi harapan pengundi.

Sebanyak 66.8 peratus responden berpendapat, Barisan Nasional akan kekal mentadbir Kerajaan Persekutuan, manakala 33.2 peratus responden lagi berpendapat Pakatan Rakyat akan menang dalam PRU-13.

Keputusan kajian ini juga menunjukkan kerajaan mengawal dan mengongkong organisasi media utama di negara ini tanpa memberi ruang kepada kebebasan media menyebabkan rakyat memperolehi maklumat yang terhad.

Sebahagian besar responden iaitu 86.0 peratus yang berpendapat BN akan membentuk kerajaan pada PRU-13, mendapat sumber utama dari akhbar (media cetak) dan radio serta tv (media penyiaran).

Bagaimanapun, jawapan responden yang mengatakan sumber utama mereka ialah internet berpendapat Pakatan Rakyat akan membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU-13 ialah sebanyak 48.3 peratus.

Ini bermakna media maya akan menjadi lapangan pertarungan utama kepada parti-parti politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

POTONG STIM PUNYA RAHIMI!

Si Rahimi Osman Bukannya Kena Liwat, Tapi Gawat..Sebab Itulah Jadi Pelakon Tambahan UMNO Kenakan Anwar

Rupa-rupanya si bekas Setiausaha Sulit Anwar ini bukannya diliwat, tapi buat laporan polis kerana kononnya dipaksa buat akuan bersumpah kata dia dipaksa oleh orang Anwar untuk suruhnya beri keterangan di mahkamah kononnya Sayfooooool berbohong. Haha sekarang terbukti bahawa blogger UMNO menfitnah dan suka mengaibkan orang. Satu lagi nampak sangat UMNO telah upah mamat kurus ni untuk serang Anwar menjelang PRK Galas.

Yaakob Sapari: Benarkan Mahasiswa Aktif Dalam Aktiviti Politik

Mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Mohamad Khaled Nordin yang tidak menghalang mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) untuk terlibat dalam politik sewaktu pilihan raya sekiranya mengikut garis panduan yang ditetapkan menimbulkan kekeliruan kepada mahasiswa.
Ironinya kenyataan menteri itu mencerminkan sikap tidak konsisten kementerian dalam isu membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik.
Garis panduan yang dicadangkan oleh pihak kementerian dilihat sebagai usaha terdesak dalam meraih publisiti murahan daripada kalangan mahasiswa dalam pilihan raya DUN Galas yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Ini amat jelas apabila Kabinet sendiri memutuskan menghalang pelajar terlibat dalam apa juga bentuk aktiviti politik .
Alasan tumpuan pelajar akan merosot apabila terbabit dengan politik sama sekali tidak berasas.
Ini kerana dengan kegiatan aktif mahasiswa dalam politik dapat menerapkan nilai murni dan mampu manjadi warganegara yang bertanggung jawab.
Walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti telah dipinda pada tahun 2008, namun pindaan dilihat bias kerana perlu mendapatkan kebenaran Naib Canselor universiti.  Sekaligus menafikan hak mahasiswa dalam membuat keputusan secara bebas dalam memilih aktiviti politik.
Justeru, pihak kementerian didesak agar memansuhkan AUKU demi melahirkan mahasiswa yang lebih berketerampilan untuk menjadi pemimpin masa hadapan.
*Kenyataan media oleh Yaakob bin Sapari selaku EXCO Kerajaan Negeri Selangor (Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar).

Sogokan, Akta dan Pemilikan: Hata Wahari menongkah arus

Dalam hidup, menolak godaan ada kalanya lebih sukar berbanding dengan menentang paksaan.  Mereka yang berkeras kepala di depan kuasa, akhirnya berlembut hati juga dengan wang ringgit.  Di sini kuasa mula meluaskan pengaruhnya, setelah mengubah wajahnya dalam sampul surat.
"Wang saku" bukanlah sesuatu yang baru, malah mungkin sesuatu yang lumrah dalam bidang kewartawanan - disogokkan atas nama "penghargaan", tetapi pada hakikatnya ia lebih merupakan "pengaiban" terhadap kerjaya ini.  Duit raya, angpow, wang saku dan sebagainya, dihulurkan kepada wartawan tanpa perlu menyebut apakah motif di sebaliknya.
"Saya wartawan senior, saya lihat budaya ni semakin menjadi-jadi.  Dulu, kita pergi function ada bagi door gift.  Itu tak apa, tapi ada ahli perniagaan yang kasi duit buat liputan, dalam envelope (sampul) ada RM100 ke, RM200 ke..." Hata Wahari, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) baru, yang sudah 15 tahun berkhidmat sebagai wartawan di Utusan Malaysia berkongsi pengamatannya.
Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, beliau sempat berjenaka ketika mengulas isu ini, "Tapi masalahnya, itu ke value (nilai) kita sebagai wartawan?  RM100, RM200, kalau nak kasi bagilah 20 ribu!"
Justeru itu, beliau sering menasihati wartawan junior agar tidak menjaja "roh" dan "nilai" wartawan kepada mereka yang menyogoknya.  Hata Wahari (gambar kiri) menyedari bahawa seseorang wartawan itu sebenarnya mengundang masalah, seandainya wang itu diterima.
"Kalau story (berita) tak keluar?  Orang (yang menyogok) akan tanya kenapa story (berita) tak keluar.  Kalau kita ambil duit daripada dia, dia akan tanya kenapa tulis dengan angle (sudut) negatif, lebih baik tolak saja.  Saya lihat, mereka yang datang cakap dengan saya, kita memang tidak terima," kata Hata Wahari.
Kita jual maruah kalau...
Jangka beliau berkecimpung dalam bidang kewartawanan yang panjang mencungkil minat wartawan untuk bertanya, sama ada beliau pernah ditawarkan wang untuk membuat liputan atau menulis sesuatu laporan?
"Kalau (ikut) prinsip saya, kalau mereka bagi duit saya tidak akan tulis.  Apa benda ni?  Saya pegang etika ni sampai bila-bila.  Semasa saya berkhidmat di Biro Seremban Utusan Melayu, ada seorang pemenang Anugerah Guru Cemerlang datang pejabat untuk tulis story (berita) dia, saya pun interview (temuramah) macam biasa.  By the end (akhirnya) dia selok koceknya, keluarkan dompet bagi saya duit.  Saya cakap, apa benda ni?  On the spot (di situ juga), saya cakap tak apa, pakcik simpan duit tu.  Saya tak ambil duit tu.  On the spot saya buang itu story, buat apa story kat dia?  Itu saya punya prinsip hidup."
Sebagai kesimpulannya, Hata Wahari berkata, "Saya tak boleh layan orang yang melihat saya sebagai penulis upahan, tahu?  Lepas interview (temuramah) kasi RM200.  Eh, gila ke, apa benda ni?"
Peristiwa PRK Kuala Terengganu pada tahun 2009 kemudiannya diungkit semula.  Wartawan MerdekaReview (gambar kanan) pada ketika itu membuat laporan polis bahawa wartawan disogok sampul yang mengandungi RM300 di dalamnya.  Tindakan ini dipertikaikan sesetengah wartawan, yang berpendapat bahawa wartawan hanya perlu memulangkan wang, tidak usah untuk buat laporan polis; sementara sesetengah merungut bahawa tindakan ini akan menyebabkan peluang untuk mendapat hadiah atau wang akan berkurang pada masa depan.
Ketika mengulas isu ini, Hata Wahari berkata, "Wartawan state (negeri) lain, terlampau rapat dengan ahli politik, yang itu kita tak mahu tu.  Apabila kita terlampau rapat dengan ahli politik, kita kenal dengan Ketua Bahagian, itu jadi masalahnya.  Prinsip saya senang saja, saya pergi buat laporan, kata (saya perkenalkan diri) 'Datuk, saya Hata Wahari dari Utusan...'.  Saya tidak ada hubungan peribadi, tak ada nak ajak makan minum, tak ada pergi rumah individu minta ini itu, tak pernah buat begitu.  Tapi di state negeri kecil, (wartawan) kenal dengan semua ahli politik, pembangkang dan BN."
Bagaimanapun, Hata Wahari menambah, "Mungkin niat ahli politik nak kasi duit minyak ke apa-apa, tapi kita tak patut ambil apa-apapun.  Kita menjual maruah kita."
90% ahli NUJ tidak berbuat demikian
Wartawan cuba memanjangkan perbincangan kepada duit raya.  "Perkara ni memang banyak berlaku, macam Menteri-Menteri buat majlis buka puasa, akan bagi door giftDoor gift tak apa, dalam tu kebanyakan adalah makanan, tapi sesetengah pada akhir majlis mereka bagi duit raya pulak.  Saya boleh cakap majoriti wartawan akan balik tanpa duit raya tu.  Tak ada yang beratur untuk ambil duit RM100 atau 200 itu.  Saya pernah pergi, ramai yang balik, tak adalah yang nak beria-ia sangat," katanya.
"Saya rasa wartawan sekarang ini lebih telus, mereka menyuarakan pendapat.  Kita perlukan sesuatu kebebasan, kita tak nak involve (terlibat) dalam reporting yang biased, kita nak hidup dalam dunia wartawan ini lebih lama, kita nak hubungan yang baik antara semua orang, kita nak baik untuk pemimpin pembangkang dan pemimpin Barisan Nasional..."
"Itu konsepnya.  Kalau mereka nak spoil (jejaskan) kita dengan bagi gift (hadiah) dan duitlah, kita rasa tidak selesa dengan dia.  Kalau pergi jumpa Menteri, alamak Menteri bagi duit, kita kena tulis benda yang lebih baik, kerana dia dah bagi duit, itu yang kita tak nak," tegas Presiden NUJ baru ini yang yakin bahawa 90% ahli-ahlinya tidak berbuat demikian.
Mekanisme untuk membanteras sogokan
Ketika ditanya sama ada wujudnya mekanisme untuk membanteras budaya sogokan, Hata Wahari berkata, "Dalam Perlembagaan, NUJ boleh ambil tindakan disiplin terhadap wartawan, kalau kita terima aduan bahawa wartawan tersebut ambil duit.  Kita boleh panggil dia, kita boleh beri surat nasihat, itu peruntukan dalam perlembagaan NUJ."
"NUJ sebelum ni tidak berbuat demikian, panggil wartawan dan beri nasihat, kita pun tidak ada jalankan kursus etika kewartawanan.  Kita punya etika kewartawanan Malaysia sudah wujud lama, semasa kita bersama Konfederasi Wartawan ASEAN (Confederation of ASEAN Journalists), dah ada etika kewartawanan sejak 1978.  Ada banyak fakta, tak boleh biased (berat sebelah), tak boleh ambil wang, diperkuatkuasa oleh NUJ, Indonesia, Filipina, Thailand, negara ASEAN lain."
"Itu yang kita pakai sekarang, katakan dia langgar etika ini.  Dalam perlembagaan kita boleh panggil, kalau dia masih nak di bawah NUJ, dia kena patuh etika ini, kalau dia bukan lagi jadi member (ahli) kita, kita tak boleh buat apa-apa lagi," kata Hata Wahari.
Penjajah British pun tidak menguasai media!
Di samping itu, Hata Wahari mengulangi pendiriannya untuk memansuhkan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984, malah menggesa agar parti politik menarik diri daripada pemilikan media.  Mungkin pengalaman Hata Wahari dalam Watan sebelum ini, sedikit sebanyak menjurus kepada pendirian sedemikian.
Hata Wahari, graduan Fakulti Komunikasi Institut Teknologi Mara (sekarang UITM), pernah berkhidmat di Watan, yang pada ketika itu dimiliki Tengku Adnan Tengku Mansor, iaitu Setiausaha Agung UMNO sekarang.  Watan antara akhbar yang ditutup di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang, dan menarik nafas baru pada tahun 1993.  Bagaimanapun, akhbar ini terpaksa dihentikan dua tahun kemudian.
Pengalaman ini meyakinkan Hata Wahari bahawa media tidak seharusnya dimiliki oleh ahli politik.  Malah, ketika mengulas bagaimana MCA terpaksa melepaskan semua saham-nya dalam Media Chinese International Limited, Hata Wahari mempersoalkan mengapa parti politik yang lain gagal berbuat demikian, sedangkan MCA mampu melakukannya?
Mengimbas sejarah penubuhan Utusan Melayu, Hata Wahari berkata Melayu diizinkan untuk memiliki akhbar ini walaupun pada ketika zaman penjajahan British.  Hata Wahari mempersoalkan, mengapa perlu kerajaan sekarang menguasai media, sedangkan penjajah British pun tidak berbuat demikian pada tahun 1939?
Hata Wahari menyatakan tekadnya untuk mengembalikan kegemilangan NUJ, malah menekankan bahawa perjuangan NUJ Malaysia tidak akan berjaya tanpa sokongan rakyat. (Bahagian ketiga, tamat)