Isnin, 4 Oktober 2010

Dakwa Nik Aziz ‘gila’, PAS mahu Umno Besut minta maaf


KUALA LUMPUR, 4 Okt — PAS Besut memberi tempoh 24 jam kepada Umno Besut agar memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran ceramah “DAP Anti Islam” Jumaat lalu yang mengaibkan Mursyidul Am PAS itu.
Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad berkata, pihaknya terpaksa membuat desakan itu setelah mengambil kira dan meneliti laporan kandungan ucapan penceramah jemputan, Abdullah Sa’amah yang didakwa memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan dengan “kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis.”
Wan Azhar berkata penceramah jemputan tersebut dikatakan telah melabelkan Nik Aziz (gambar) “sebagai Tok Guru Gilo”.
“PAS Besut yakin situasi ini tidak mungkin berlaku sekiranya penganjur program tidak mengheret dan mewarnai emosi dan pemikiran penceramah tersebut ke arah mewujudkan satu bentuk ketegangan yang boleh menjurus kepada isu keagamaan dan perkauman,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari tadi.
Sehubungan itu, PAS Besut memberi tempoh sehingga 12.30 tengah esok kepada Umno Besut memohon maaf.
Ceramah itu menurut beliau telah di Padang Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh.
“PAS Besut juga akan menghantar nota bantahan kepada pengurusan Jabatan Pelajaran Terengganu kerana membenarkan premis sekolah digunakan oleh parti politik yang jelas mempunyai tendensi dan kecenderungan memupuk budaya liar dan samseng di kalangan masyarakat setempat,” kata beliau.
“Sehubungan itu, sekiranya Umno Besut gagal berbuat demikian sebelum 12 tengah hari 5 Oktober (esok), maka PAS Besut tidak akan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat guaman dalam mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang berkaitan,” katanya lagi.

Keraaaa... Keraaajaaan Barisan Nasional.


Kebelakangan ini kebanyakkan n3 gua semua mengarut2... tapi kali ini gua serius beb... gua nak ajak lu orang semua supaya menolak pemerintahan keraa.. keraaajaan barisan nasional dan buat perubahan kerajaan malaysia untuk sekali ini sahaja. Jika parti baru dapat memerintah dan gagal melaksanakan aspirasi rakyat... maka natijah/nasib yang sama akan menimpa mereka.

Kerana kita sebagai rakyat mempunyai hak untuk memilih dan menentukan siapakah Kerajaan akan mewakili kita sebagai Rakyat. Di mana dalam ertikata sebenar "Rakyat adalah Kerajaan" bukannya Barisan Nasional ataupun umnoApco. Jangan takut dan gentar dengan ucapan Najib Razak baru2 ini seperti di bawah:
"PM 1Malaysia Najib Razak mengingatkan kepada semua rakyat supaya mengambil iktibar bahawa kehilangan kuasa Barisan Nasional (BN) di beberapa negeri telah memberi kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat."
Apakah rasional dan logiknya dengan kenyataan beliau itu. Apa yang gua nampak beberapa negeri yang beliau maksudkan itu semakin kukuh, dan ianya di akui oleh Jabatan Audit Negara. Tidak seperti negeri2 yang dibawah barisan nasional di mana kebanyakkan akaun/perbelanjaan negeri mengalami pembaziran dan banyak yang diragui.

Inilah masalahnya dengan pemimpin yang takut dengan bayang2 sendiri, mereka telah melakukan kesilapan selama 53 tahun, dalam tempoh itu rakyat cerdik menilai dan para pemerintah ini masih tidak menyedarinya. Mereka tetap asyik dengan slogan dan lagu dondang sayang melayu, membuat dakwaan yang menakutkan rakyat. Itu tidak termasuk lagi dengan ucapan2 dari mantan yang tersunkur di Australia yang sejak dulu, kini dan tak berapa lama dah lagi masih dengan kenyataan dan ucapannya yang berbaur ugutan kepada melayu.

Mereka mendendangkan cerita ciptaan sendiri yang dilihat merendahkan akal dan fikiran rakyat. Mereka bercakap soal kehilangan kuasa Melayu, hilang hak pembangunan dan macam2 lagi, dengan segala andaian yang menyulitkan rakyat dan berunsur perkauman. Padahal mereka telah diberikan peluang berpuluh tahun. Mereka telah disokong berpuluh tahun. Rakyat meneliti, generasi muda juga meneliti. Mereka masih mahu bertahan dan mempertahankan kuasa yang ada tetapi masih berhujah di takuk lama. Masih lagi dalam ruang lingkup untuk memperbodohkan rakyat.

Come on... laaaa, Malaysia kini sedang menuju perubahan, umno/bn kini sedang menghadapi sakaratul maut.... mereka kini berada dalam keadaan yang cukup nazak. Zaman bagi mereka membodohkan rakyat dan menyembunyikan berita/cerita dari rakyat telah berakhir. Kita berada dalam abad ke 21, zaman millenium, zaman IT di mana segala maklumat kebobrokkan mereka dihujung jari sahaja.

Kini mereka sudah mula mengelabah, dan logiknya rakyat akan menghukum Najib dan keraaaajaan barisan nasional dalam PRU-13 yang akan datang, insyallah.., nak tanya juga kepada Najib, apa manfaat yang rakyat dapat daripada usaha BN selama ini, dari aspek;

Sara Hidup Rakyat: Dahlah 60% pendapatan perkapita seisi keluarga negara ini, dengan purata RM3000 sebulan hanya setakat boleh hidup jelah... harga barangan pula semakin mahal, kesihan pula pada golongan pendapatan rendah dengan harga barangan dan kos kehidupan yang tinggi, bergelut pula dalam rumah yang sempit.

Keselamatan Rakyat: Adakah kita selamat...???? Apakah tindakan pencegahan jenayah dari Kerajaaaan.. ??? Setakat slogan Polis Mesra, Cepat dan Betul boleh pakai kaaa..??? Yang gua tau semakin ramai rakyat yang anti-sosial polis. Polis jadi kuda ahli/parti politik Keraaajaan. Rakyat nak polis buat kerja untuk rakyat dan negara, bukannya berkerja dengan umno. Contoh kes Sosilawati... dah berapa ramai yang kena bunuh, dan repot di buat, kenapa tiada sebarang tindakan sebelum ini..???

Kes budak hilang, Adik Sharlinie... apa kesudahannya..??? Kes anggota polis menghilangkan dadah dari dalam balai... apa ceritanya..??? Kalau bab Polis makan rasuah tak payah ceritalah.... semua orang pun tau... setakat batch slogan "Kami Benci Rasuah" yang terpamir di dada setiap anggota, bunyi macam bagus saja, tapi rakyat tau itu semuanya slogan kosong.

Kualiti Pembelajaran Rakyat: Baru2 ini gua berbual dengan seorang Ahli Perniagaan Cina Muallaf, beliau mencadangkan supaya gua menghantar anak2 gua belajar di sekolah Cina kerana mengikut katanya, mutu sistem pembelajaran di sekolah Cina lebih advance jika dibandingkan dengan sistem sekolah kebangsaan.

Tapi apabila gua fikir2 kan kembali dan mengimbas pengalaman gua menjalankan temuduga kerja, gua dapati ada juga budak2 yang straight A's yang keluar dari Universiti... ada yang nak tulih surat pun tak tau, nak bercakap dan buat presentation dengan penuh confident pun tak boleh, apalagi jika nak suruh diorang perah kepala otak berfikir, perghhh.... jauh sama sekali laaaa.... ini semuanya akibat sistem pembelajaran yang di berikan rendah mutu dan tahapnya kepada melayu, apatah lagi dengan sistem AUKU yang sedia ada. Di mana otak/pemikiran para pelajar dibelenggu oleh kuasa politik pemerintah.

Banyak lagi jika hendak dipersoalkan kepada Keraaa... Keraaajaaan barisan nasional ini, cukuplah buat masa ini. Padahal jika di perhalusi, sejak merdeka sehingga kini Melayu tak habis-habis dikelentong oleh umno/bn.

Bagi generasi melayu yang lahir selepas tahun 1968 kian cerdik dan mula mencabar kuasa umno, sedangkan umno tetap dengan kalimah Melayu akan hilang kuasa dan bla..bla..bla... untuk menakut-nakutkan melayu bawahan yang tak ubah sebagai pencacai dan barua kepada mereka yang berkepentingan.

Pada hakikatnya yang akan hilang kuasa itu adalah melayu2 umno sahaja. Sedangkan melayu rakyat bawahan telah lama tertindas dan dimomokkan oleh slogan2 dari pemimpin2 melayu yang gila kuasa, sementara itu dalam masa yang sama semua melayu2 elitis umno sebat habis kekayaan negara buat diri dan kroni masing2.

Kadang-kala tulis panjang berjela macam ni pun tak berguna wa cakap lu... hanya membuang masa.

Why....??? Because... all those moron's never learn... akhirnya rakyat juga yang disalahkan. Parti Pembangkang yang menuntut perubahan juga yang disalahkan.

Apakah Keraaa... Keraaajaaan barisan nasional dan umnoapco itu sentiasa betul..??? Renung2 kan lah... 
IkutSukaAku

UUM larang mahasiswa terlibat dalam PRK Galas

galas PARIT: Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak akan bertolak ansur terhadap mahasiswanya yang melibatkan diri dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, kata Naib Canselor UUM Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak.
Beliau berkata pihak pengurusan universiti akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung mahasiswa terbabit.

Bercakap kepada Bernama pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pengerusi Taman Teknologi Malaysia, Datuk Nasarudin Hashim di sini hari ini, beliau berkata tindakan tegas terpaksa diambil bagi memastikan pengajian mereka tidak terjejas akibat sibuk berpolitik.
"Sebagai mahasiswa, mereka perlu mematuhi Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang melarang penglibatan pelajar dalam parti politik serta kesatuan sekerja.
"Akta tersebut digubal demi kepentingan mahasiswa itu sendiri bagi memastikan pengajian mereka tidak terjejas. Tamatkan dulu pengajian masing-masing sebelum melibatkan diri dalam politik atau berdepan dengan tindakan undang-undang termasuk digantung pengajian mereka sebagai mahasiswa," katanya.
Kerusi DUN Galas di Kelantan kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lepas.
- Bernama

Selepas MATC, pemilihan pimpinan pusat jadi tumpuan

pemilihan 2010 Oleh Fazy Sahir
PETALING JAYA: Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) sudah melabuhkan tirainya semalam dan kini fokus utama membabitkan pemilihan pimpinan pusat bagi jawatan tertinggi seperti presiden, timbalan presiden, naib presiden dan majlis pimpinan pusat (MPP).
Pemilihan bagi peringkat nasional ini akan bermula hujung Oktober melibatkan beberapa buah negeri seperti Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Sabah, Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Kira-kira 450,000 ahli sekali lagi akan menjalankan tanggungjawab mengundi bagi memilih jawatan tertinggi dalam parti itu.
Setelah tiga minggu pemilihan cabang dilaksanakan, pelbagai corat-coret berlaku bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menginjak lapan tahun penubuhannya secara rasmi sejak 2004.
PKR yang pertama kalinya memperkenalkan sistem ’satu ahli satu undi’ turut menyaksikan 13 cabang ditangguh mesyuaratnya. Ini disebabkan beberapa insiden timbul seperti; masalah teknikal bagi kertas undi, kekacauan yang didakwa wujud anasir luar, pergaduhan di beberapa cabang serta bantahan oleh calon-calon yang bertanding.
Antara 13 cabang itu termasuklah Selangor (Kapar, Klang, Petaling Jaya Selatan, Kuala Langat), Johor (Pasir Gudang, Tebrau, Kota Tinggi), Sarawak (Saratok, Lubuk Antu, Serian) Kedah (Jerai dan Merbok) dan Terengganu di Kuala Nerus.
Uji kematangan anggota
Ekoran masalah yang tercetus ini, sedikit sebanyak menguji kematangan anggota dan parti dalam melaksanakan sistem baru itu.
Daripada 204 cabang seluruh negeri, 141 daripadanya berjaya mengadakan mesyuarat seperti biasa tanpa sebarang masalah.
Pemilihan pada kali ini juga menyaksikan beberapa nama besar tewas kepada pencabar masing-masing bagi jawatan ketua cabang.
Mereka ialah Ketua PKR Perak, Mustaff Kamil Ayub; ahli parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Bahrin Abas; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizaberth Wong dan Adun Batu Uban, Raveentharan Subramaniam.
Ironinya apabila Raveentharan tewas kepada peguam Lim Boo Chang yang menyapu bersih undian bagi jawatan ketua cabang Bukit Gelugor.
Manakala calon ‘pilihan’ seperti ahli parlimen Gombak Azmin Ali, N Gobalakrishnan-Padang Serai, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Zuraida Kamaruddin-Ampang, William Leong-Selayang berjaya mempertahankan jawatan ketua cabang masing-masing semalam.
Memetik laporan Bernama, Azmin kini mendahului pencabar utama Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim dengan 92 pencalonan bagi jawatan timbalan presiden. Zaid pula memperoleh 35 undi diikuti Mustaffa dengan 17 pencalonan.
Manakala Pengarah Strategik PKR Tian Chua mendapat dua undi dan ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh menerima satu pencalonan untuk jawatan timbalan presiden.

Formula Pertama MBE – Pendidikan

izzah Bahagian Kedua
Oleh Nurul Izzah Anwar
Saya sedang menyiapkan formula ‘4E’ supaya bersesuaian dengan akonim yang diperkenalkan oleh kerajaan baru-baru ini.  Saya dapati akronim sebagai tanda peringatan adalah berguna untuk menganjurkan berbagai konsep bagi merangka idea yang lebih besar seperti Model Baru Ekonomi (MBE atau, NEM – New Economic Model).
Formula ‘4E’ untuk menjayaan MBE ialah Pendidikan + Pemberian Kuasa + Kelicinan = Pertumbuhan Ekonomi (MBE).

Teras utama formula 4E ialah "Pembinaan Kapasiti" untuk tujuan produktiviti, inovasi dan berdaya tahan melalui pelaburan besar kerajaan yang dijalankan serentak – sama seperti Projek Angkasa Lepas Amerika Syarikat, dalam pendidikan, pembangunan dan penyelidikan, reformasi politik dan dasar-dasar yang berkesan.
Selain dari nilai pelaburan yang besar, kita juga perlu mengurangkan pembaziran melalui ketidak-efisyenan dan ketelusan supaya setiap ringgit yang dilaburkan dalam "Pembinaan Kapasiti" menghasilkan pulangan yang optima untuk faedah semua rakyat.
E Yang Pertama: Education (Pendidikan)
MBE menggariskan keperluan kepada sekurang-kurangnya 3.3 juta tenaga pekerja. Ini termasuk lebih separuh daripada mereka yang memiliki diploma dan ijazah pertama.  Untuk mengeluarkan tenaga pekerja yang berkualiti memerlukan kepada pendidikan yang berkualiti.
Sebelum saya teruskan, saya ingin menyatakan bahawa pengumuman baru-baru ini oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran bahawa pengajian vokasional akan dirombak semula adalah dialu-alukan.
Langkah-langkah yang perlu diambil ialah dengan mengasingkannya dari pengaruh politik.  Kenyataan Muhyiddin bahawa beliau tiada bidang kuasa untuk mengambil tindakan ke atas dua pengetua sekolah yang mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kerana sebab prosidur pentadbiran menunjukkan perlunya kepada pemisahan di antara ahli-ahli politik dengan perkhidmatan awam.
Adalah diharap konsep mengasingkan politik ini meliputi semua kementerian dan juga termasuk bidang kehakiman dan institusi-institusi.  Saya berharap ianya tidak dilaksanakan bagi matlamat politik.
Memansuhkan Akta Kolej dan Universiti (AUKU) akan menyuburkan budaya inovasi dan meningkatkan standard kualiti pengajian tinggi untuk memenuhi objektif MBE.
Pembaikan Pendidikan Peringkat Pra-Sekolah, Sekolah Rendah dan Menengah: Menyediakan pendidikan pra-sekolah kepada semua rakyat. Pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) di mana 54,569 murid-murid telah mendapat faedah dari 1,358 kelas pra-sekolah adalah satu langkah yang tepat.
Bagaimanapun, usaha ini hendaklah dipercepatkan untuk meliputi sekurang-kurangnya 1.5 juta murid dalam lingkungan umur pra-sekolah.
Tingkatkan kapasiti pengajaran
Meningkatkan kapasiti pengajaran: mengambil lebih ramai guru dan pembantu pada kadar 50%, meningkatkan tahap profesionalisma dan kelayakan dan meningkatkan gaji sebanyak 50%.
Meningkatkan kurikulum sekolah: langkah ke arah pendekatan berfikir secara kreatif dan kritikal termasuk untuk soalan-soalan peperiksaan.
Menambah jumlah jam pembelajaran: Menambah 45 minit sehari untuk meningkatkan pencapaian akademik secara signifikan.
Satu sesi persekolahan: Membina lebih banyak sekolah-sekolah baru dan kelas-kelas tambahan di sekolah-sekolah yang sedia ada dan menyediakan prasarana ICT secukupnya.
Kemampuan, Kemudahan Akses dan Kualiti Pendidikan Pengajian Tinggi.  Kesimpulannya, beberapa aspek yang disebut di bawah harus dipertimbangkan untuk mencapai kecemerlangan pendidikan pengajian tinggi.
Autonomi yang lebih luas, Program Phd yang lebih banyak untuk staf akademik, peningkatan kapasiti pembangunan dan penyelidikan, menambah gaji, Mengambil Bakat Staf Akademik dari Luar Negeri, memperkenalkan sistem ranking, menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa, menyediakan subsidi dan lebih banyak biasiswa.
Kesemua langkah ini memerlukan "kesungguhan politik" dan pertambahan dalam pembiayaan awam untuk mencatat kejayaan.
Kesungguhan politik untuk mengasingkan politik dari pendidikan dan mendemokrasikan pendidikan dengan membubar AUKU akan memperlihatkan keikhlasan dan komitmen kerajaan bagi menjayakan MBE untuk faedah semua dan bukan hanya untuk segelintir masyarakat.
Dari perspektif kewangan awam, sungguhpun langkah-langkah di atas akan menambah perbelanjaan pendidikan kerajaan sebanyak 4.5% dari sejumlah 9% setahun dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tempuh 10 tahun akan datang, ia memberi gambaran kepada rakyat dan masyarakat antarabangsa mengenai keazaman kita untuk mencapi matlamat MBE.
Untuk sumber dana, saya telah pun mencadangkan sebanyak 30% dari keuntungan setahun Petronas diperuntukkan kepada Dana Pendidikan Nasional.
Ini termasuk pelaksanaan Pelan Pengagihan Semula Ekuiti Bumiputera Dasar Ekonomi Baru di mana 25% dari pegangan ekuiti Bumiputera buat masa ini, dalam syarikat-syarikat tersenarai dan syarikat sektor swasta dijual pada harga nilai par, yang menjadi kriteria berhubungan pengiraan rasmi pemilikan ekuiti) sama seperti entiti Dana Pendidikan Nasional.

Kait polis dengan kes bunuh Sosilawati, Shamsul beri keterangan esok

Shamsul 2Oleh Fazy Sahir
PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin bersedia memberikan keterangan kepada polis kononnya beliau mendakwa mengaitkan kepimpinan tertinggi pasukan polis dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.
"Beliau akan memberi keterangan berhubung hal itu di Ibu Pejabat Daerah Shah Alam, jam 11 pagi esok," kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi oleh FMT hari ini.

Beliau berkata, "Dia (Shamsul) dah berjanji nak datang ke IPD Shah Alam esok untuk beri keterangan. Kita akan melihat perkembangannya esok."
Shamsul Iskandar ketika dihubungi hari ini pula berkata, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis, namun menafikan beliau membuat dakwaan itu seperti yang  disiar oleh media sebelum ini.
"Saya akan hadir di IPD Shah Alam esok dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.
"Siasatan dan keterangan ini berkaitan dengan dakwaan saya yang mengaitkan pegawai tertinggi dalam kes itu dan saya menafikan membuat dakwaan tersebut," katanya.
Katanya lagi, beliau akan ditemani dua peguamnya iaitu Yusmadi Yusoff dan Fadiah Nadwa Fikrie.
Media sebelum ini melaporkan, Shamsul Iskandar menerusi siaran berita portal TV Selangor pada 13 September lalu mengaitkan kepimpinan tertinggi pasukan polis sebagai yang didakwa terbabit dalam pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga lagi rakannya.
Shamsul Iskandar dalam temuramahnya bersama portal berita itu turut mempersoalkan sama ada wujud pertalian antara bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dengan suspek.
Ini kerana tiada sebarang tindakan diambil terhadap peguam yang bergelar ‘Datuk’ itu walaupun mempunyai empat rekod berkait pembunuhan sama sebelum ini.
Sosilawati, 47, bersama pemandu, Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang 30 Ogos lalu sebelum ditemui mati dibunuh di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.
Disebabkan laporan itu juga dua wartawan termasuklah Editor TV Selangor sebelum ini turut dipanggil memberi keterangan.
Nafi tidak dapat dihubungi
Sementara itu, Shamsul Iskandar turut menafikan bahawa beliau gagal dihubungi seperti kenyataan Khalid sebelum ini.
"Mereka (polis) menghubungi saya ketika waktu pejabat, saya masa tu berada dalam mahkamah. Mereka ada menghubungi saya, dan saya perjelaskan kepada mereka.
"Malah pada Rabu minggu lepas polis hadir ke rumah saya meminta saya hadir ke balai polis memberi keterangan," katanya.
Menurut Shamsul, setakat ini pihaknya hanya menerima notis yang mahu beliau hadir memberikan keterangan dan tiada waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.
"Pihak polis telah mengeluarkan notis di bawah seksyen 111 Kanun Acara Jenayah bagi memastikan kehadiran saya sebagai saksi dalam hal ini. Maka soal waran tangkap tidak timbul kerana beliau hanya menerima notis setakat ini," katanya lagi.

PRK N45 Galas: SU Ku Li Pulak Dah Calon BN

06 Ramai sungguh calon2 umno Lu Musang bagi Dun Galas nih, terkini dan yang lain semua nya mengarut jah.
Dalam jawatan kuasa umno bahagian Lu Musang tiada  sorang pun yang berkaliber dari RAKIT Ku Li, baik wanita, pemuda, naib dan lain lagi, yang mana melibat kan jawatan yang pilih.
Hanya satu2 nya jawatan lantikan yang di lantik sendiri oleh Ku Li ada harapan, ia itu setiausaha umno bahagian Aziz Yusuf.
Selain itu ada lagi yang bercita2, seperti pengurus besar KESEDAR pun nak juga, begitu juga sorang di pejabat pendidikan daerah dan naib ketua pemuda.
Ada yang tukang promote, tukang bodek, mereka ni nanti akan jadi ejen kerat mengerat dan CAH Keting.
Apa nak kisah, umno hanya perlu sediakan duit seberapa banyak, buat macam biasa di mana2 PRK atau PRU, beli jah,,,,,,,,,,,,,,,,,,melayu tak mahal harga nya, kalau dengan kambing, kambing lagi mahal, time ni tak yah janji2 jambatan, buah kalau2, direct beli jangan segan2, kerana melayu biasa dengan menjual maruah.
Lagi pun umno mana ada istilah dosa pahala, tengok saja tokguru “GILO”, dek kerana bayaran lumayan lah sanggup naik pentas terus memaki hamun, tanpa ada muladdimah serta ilmu yang boleh di pegang sebagai pedoman, kalau macam tu la… tahap bawah tapak kaki aku jah laa, IQ zero, pengetahuan am ntah apa2 hanya tahu senario keliling badan dia jah yang tahu, keluar dari tumpat atau jauh sikit kat Jertih dah macam kera sumbang dan rusa masuk kampong, iq orang macam ni berlambak kalau nak ambil kira, tapi umnoApco boleh terima dan siap CIUM2 tangan lagi……kah kah kah…..

Padah Beristeri Dua

KULIM - Beristeri lebih tidak menjamin hidup semestinya indah, lebih-lebih lagi bagi yang berpoligami secara rahsia. Setidak-tidaknya, itu sudah menjadi kenyataan bagi seorang penjawat awam berusia 40-an di sini.

Dia yang berkahwin baru senyap-senyap, bertindak melulu menghalau isteri pertamanya dari rumah apabila wanita itu ‘naik angin’ selepas mengetahui dirinya dimadu.

Setelah itu, si suami membawa isteri barunya tinggal di rumah yang sama, barangkali menyangka dia akan hidup lebih bahagia bersama wanita itu.

Namun, panas yang disangka akan berterusan hingga ke petang, rupa-rupanya tidak menjadi kenyataan.

Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kecederaannya agak parah menyebabkan dia tidak lagi boleh berjalan.

“Sejak itu, kehidupannya banyak bergantung kepada isteri muda. Pada mulanya, tidak jadi masalah apa-apa namun lama kelamaan, wanita itu mungkin berasa agak terbeban dengan tanggungjawab barunya itu lalu mulai bertindak bukan-bukan terhadap suaminya,” kata sumber kepada Sinar Harian.

Menurut sumber itu, antara yang dilakukan termasuk memukul dan mendera.

“Tidak tahan dengan tindakan isteri barunya, lelaki itu menghubungi isteri pertamanya meminta bantuan,” katanya.

Isteri pertama pula dikatakan telah membuat laporan polis untuk mengambil semua barang yang ada di dalam rumah yang diduduki lelaki itu bersama isteri barunya selain berusaha untuk mendapatkan semula hak ke atas rumah itu.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim ketika ditemui mengesahkan menerima laporan berkaitan perkara itu.

Harga Rokok Naik Lagi !! Kerajaan Malaysia Prihatin !

sebuah kempen gagal ?


Pada asalnya saya taknak cerita banyak fasal tajuk nie. Cuma saya ingin terangkan, inilah satu cara kerajaan mendapatkan bajet tambahan. Di bawah akan saya tunjukkan berapakah urusniaga rokok dalam sehari? berapa pula jumlah urusniaga jual-beli rokok dalam negara untuk tempoh sebulan?

Sesiapa sahaja kalau ditanya atau dibincang mengenai kerajaan, pastinya mereka akan katakan kerajaan telah mengalami kekeringan wang dan cara segera untuk memperolehi wang adalah dengan menaikkan cukai secara serta merta. Dapat saya baca, kenaikkan kali ini berkait rapat dengan persediaan menaburkan pelbagai jenis rasuah ke bumi Galas, dan itu kita akan cerita dalam entri yang lain. Entri kali ini membicarakan soal keikhlasan kerajaan menangani masalah perokok tegar.

Saudara dan saudari sekalian, tanggal hari ini harga rokok telah dinaikkan sebanyak 7% menjadikan RM10 bagi setiap kotak 20batang. Mari kita lihat fakta ini dan sila betulkan saya sekiranya ada kesilapan perkiraan.

Malaysia mempunyai 7juta perokok tegar yang boleh menghabiskan sekotak dunhill 20 dalam masa sehari. Oleh itu, urusniaga pembelian rokok adalah RM70juta sehari. Bagi kenaikkan cukai sebanyak 7%, maka pendapatan tambahan kerajaan untuk sehari(setelah kenaikkan harga rokok) adalah RM4.9juta dibundarkan menjadi RM5juta sehari!

Jika jumlah 7 juta pembeli dunhill 20 adalah keterlaluan maka saya akan buat pengiraan semula. Kali ini kita andaikan secara pukul rata, 5 juta pembeli tegar harian untuk rokok setara dunhill 20. Maka ia akan menghasilkan urusniaga sebanyak RM50juta sehari dan apabila kita kiri jumlah untung segera kerajaan dalam kenaikkan 7 peratus, berikut adalah jumlahnya;

7% x 50j = RM3.5juta sehari

3.5j x 30hari = RM105 juta sebulan.

Persoalannya di sini, apakah yang kerajaan lakukan dengan RM105juta (sebulan) lebihan daripada cukai yang ditambah sempena kenaikkan harga rokok hari ini?

Salah satu objektif utama kerajaan menaikkan harga rokok ialah bagi mengurangkan jumlah perokok. Mengapa ingin dikurangkan jumlah perokok dan mengapa kempen besar-besaran 'Katakan TAKNAK kepada rokok' dibelanjakan adalah kerana rokok menyebabkan pelbagai penyakit yang membawa banyak kerosakkan pada organ manusia dan seterusnya membawa maut.

Justeru persoalan di atas, ingin saya cadangkan mengapa tidak RM105 juta ini disalurkan kepada hospital untuk digunakan ke satu segmen bagi mengawal statistik jumlah perokok. Dengan RM105 juta lebihan cukai rokok ini juga, dapatlah pihak kerajaan menawarkan skim 'Mari Berhenti Merokok' dengan alat bantuan berhenti merokok (yang agak mahal harganya) melalui hospital dan klinik kesihatan kerajaan. 

Tidak salah rasanya, para perokok membayar lebihan harga rokok untuk keperluan perokok itu sendiri dan sekiranya sampai masanya, dana tersebut dipusingkan kepada si pembayar cukai rokok. Cadangan ini bukanlah bertujuan untuk menggalakkan orang ramai rancak merokok tetapi ia bertujuan untuk menjana sebuah dana yang akhirnya memberikan khidmat percuma kepada perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok. Ia pasti sesuatu yang membantu rakyat kerana alat bantuan berhenti merokok yang memberi kesan positif berharga RM350 bagi setiap perokok. Semoga akan lebih ramai yang berhenti merokok di atas galakan seperti ini.

Kerajaan Malaysia harus kembali kepada asas mengapa kenaikkan harga rokok itu berlaku setiap tahun. Objektif untuk mengurangkan jumlah perokok melalui kenaikkan harga cukai rokok, mahupun puluhan juta dihabiskan untuk kempen demi kempen anti rokok telah terbukti tidak berkesan. Timbul pula persoalan sejauh mana ikhlasnya keperihatinan kerajaan dalam menyelamatkan rakyat Malaysia dari penyakit bawaan rokok, atau apakah sebenarnya kerajaan hanya mahukan keuntungan semata-mata dari cukai rokok yang sangat tinggi?

Alasan menaikkan cukai rokok untuk mengurangkan jumlah perokok sudah tidak relevan. Rakyat semua tahu keuntungan cukai rokok yang tinggi menjadi faktor utama cukai rokok dinaikkan setiap tahun. Pernah seorang rakan mengatakan kepada saya, sekiranya kerajaan benar-benar mahukan rakyatnya sihat maka adalah lebih baik kerajaan mengharamkan terus penjualan rokok di negara ini berbanding menaikkan cukai rokok setiap tahun, lantas membebankan sejumlah 6 juta rakyat Malaysia yang merokok. Janganlah dilupa bahawa 6 juta jumlahnya itu juga adalah rakyat dan ia mewakili 25 peratus atau satu per empat populasi negara.

Oleh demikian, dengan kenaikkan cukai hari ini, kerajaan harus peka betapa perlunya lebihan keuntungan itu dipulangkan kepada perokok yang membayar cukai tambahan ini. Menyediakan sebuah pusat berhenti merokok di setiap daerah atau negeri dengan menawarkan alat berhenti merokok secara percuma ( percuma untuk kali pertama bagi setiap seorang perokok) adalah sesuatu yang harus dipertimbangkan.

Sekiranya kerajaan masih menaikkan harga rokok dengan alasan lapok, maka bolehlah saya katakan bahawasanya Kerajaan Malaysia adalah sebuah kerajaan yang tidak boleh diharap dalam menguruskan cukai yang dikenakan terhadap rakyat, tidak prihatin apabila membuat untung dari kesusahan rakyat, dan tidak berperikemanusiaan dengan menjadikan kaedah kapitalis sebagai landas pemerintahan. Kerajaan serupa ini, harus kita ajar dengan kuasa undi !! LAWAN TETAP LAWAN !!!

Adalah menjadi resam untuk pejuang seperti kita menentang segala jenis kenaikkan harga barang yang tidak munahsabah! - juga tidak relevan !


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

Melayu dan Islam?

CATATAN ANUAR MOHD NOR -  Ada pendapat yang mengatakan PRK Galas adalah pilihan raya yang akan menentukan kemenangan antara politik Melayu dan politik Islam. Persoalan Melayu dan Islam sejak akhir – akhir ini menjadi topik hangat yang semakin lama semakin mengelirukan. Perjuangan bangsa dikatakan tidak konklusif untuk politik hari ini dan perjuangan berasaskan Islam adalah perjuangan yang didakwa di terima oleh orang Melayu hari ini.
Perbezaan sengaja di buat dalam usaha untuk terus memecahkan Melayu, seakan mahu memisahkan Melayu dengan batasan perjuangan bangsa dan agama. Adakah dengan meninggalkan perjuangan berasaskan kaum itu maka nasib bangsa akan terbela dan agama Islam dapat di martabatkan. Diskusi mengenai perjuangan yang mana satu yang perlu di perjuangkan sering dilakukan. Bila sahaja kita menyebut mengenai penyatuan bangsa, ada yang menafikannya dengan mengatakan penyatuan dalam Islam adalah lebih penting dan apabila kita menyebut pula mengenai perjuangan bangsa – maka ada turut menafikan kepentingannya dengan mengatakan bahawa perjuangan Islam sebagai perjuangan utama.  
Sudahlah Melayu itu terpisah sehingga menjadikan majoriti itu minoriti dari sudut tertentu, pemisahan arah perjuangan  dalam bangsa dan agama ini turut menyumbang kepada mengecilkan kekuatan Melayu itu sendiri. Nama sahaja majoriti tetapi kuasa tercair dalam konteks demokrasi dan pungutan suara. Kenapa tidak ada yang mengangkatkan kedua-dua perjuangan bangsa dan agama sebagai satu kemestian utama – satu ke rangkuman bagi memastikan perjuangan berjaya. Kenapa ia mesti dipisahkan – yang penting adalah perjuangan agama dan bukan bangsa dan ada pula berpendapat perjuangan bangsa perlu bagi memartabatkan bangsa sekali gus memartabatkan agama.
Terlampau banyak perincian dalam Melayu itu sendiri akan pasti menyulitkan perjuangan dan seterusnya menjadikan Melayu itu terpencil kerana perpecahan. Kenapa tidak kita lihat dalam kaum-kaum lain – perbezaan agama dalam kaum itu sendiri tidak menjadi penghalang penyatuan tetapi atas nama kaum – perjuangan terus di satukan. Adakah kita akan terus terpisah, terbelenggu dan terperangkap dalam membincangkan yang mana lebih penting untuk perpaduan Melayu itu sendiri, sehingga diskusi itu sendiri melengahkan usaha penyatuan lantas tertinggal dalam perpaduan dan seterusnya terpencil dalam memegang kuasa demokrasi dalam negara ini? 
UmnoReform.

Sultan: Golongan pertikai hak Melayu cetek akal

Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini mengingatkan badan kehakiman dan mahkamah supaya berhati-hati dalam mengadili kes-kes sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat termasuk melibatkan kuasa raja.

Sultan Ibrahim bertitah kes sensitif yang tidak sesuai untuk dibicarakan hendaklah ditolak kerana dikhuatiri ia boleh mendatangkan rasa tidak puas hati kepada sesuatu pihak.

"Kes-kes mahkamah yang tidak sesuai untuk dibicarakan hendaklah ditolak kerana jika mahkamah mendengar kes tersebut dan membuat keputusan, sudah pasti ada pihak yang tidak berpuas hati.

“Oleh itu, adalah lebih baik jangan dilayan kes-kes sensitif terutama yang melibatkan kuasa raja-raja," titah baginda pada perasmian seminar Perlembagaan Malaysia peringkat negeri Johor di Johor Baharu hari ini.

Baginda bertitah, sebarang bentuk perbahasan dan pertelingkahan mengenai isu sensitif juga hendaklah dielakkan oleh semua pihak kerana ia hanya akan menambahkan lagi jurang perselisihan terutama antara agama dan bangsa.

Menurut Sultan Ibrahim segala kekeliruan yang timbul perlu diperjelaskan dengan teliti supaya rakyat dapat hidup dengan harmoni, aman damai dan saling menghormati.

Baginda turut membidas sikap segelintir pihak yang ghairah memperjuangkan kaum sendiri dan mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub sekian lama dalam Perlembagaan negara.

Menyifatkan golongan tersebut sebagai cetek akal, Sultan Ibrahim bertitah tindakan yang hanya bercakap mengikut selera sendiri tanpa meneliti sejarah pembentukan Perlembagaan persekutuan itu akan merosakkan keharmonian kaum di negara ini.

"Kita perlu ingat, keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu tidak menghalang hak kaum lain, malah kaum lain juga diberi hak dan jaminan dalam Perlembagaan. Ini semua terbentuk hasil dari sikap toleransi yang tinggi pemimpin-pemimpin kita dahulu.

"Belajarlah daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang mana kedamaian negara tergadai akibat hilangnya sikap toleransi dan wujudnya golongan pelampau atau ekstremis.

“Golongan inilah yang menjadi dalang merosakkan kedamaian sesebuah bangsa," titah baginda.

- Bernama

Nazri pertahan modul BTN, nafi galak sentimen perkauman

October 04, 2010
KUALA LUMPUR, 4 Okt – Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mempertahankan peranan Biro Tata Negara (BTN) dengan mendakwa bahawa modul kursus agensi kerajaan itu tidak menggalakkan sebarang bentuk sintimen perkauman.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kenyataan “rasis” yang didakwa dibuat oleh penolong pengarah BTN  Hamim Husain tidak menggambarkan kedudukan sebenar kandungan kursus yang dikendalikan oleh agensi itu.
“Tiada modul di BTN yang menggalakkan (sentimen) perkauman. Kita perlu melihat apa isunya di sini.
“Dalam kes ini, modulnya bukan isu, tetapi personal,” kata Nazri (gambar) dalam respons berhubung soalan sama ada kursus BTN harus dirombak ekoran perkembangan minggu lalu.
Nazri mengakui bahawa tindakan harus diambil ke atas mereka yang membuat kenyataan-kenyataan “tidak bertanggungjawab”.
“Kenyataan-kenyataan ini dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab, oleh itu tindakan harus diambil ke atas mereka,” kata Nazri kepada pemberita hari ini.
Timbalan Pengarah BTN Wilayah Persekutuan Hamim Husin hari ini membuat laporan polis terhadap The Malaysian Insider dan wartawannya dipercayai berhubung laporan berita yang mendakwa beliau telah membuat kenyataan berbaur perkauman minggu lalu.
Bagaimanapun, ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan itu di Balai Polis Daerah Sentul di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini, Hamim enggan mengulas mengenai kandungan laporan itu.
Pegawai kanan BTN itu telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman pada sesi tertutup dengan Puteri Umno 27 September lalu.
Berikutan laporan itu, Kabinet telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat perkara itu terlebih dahulu sebelum tindakan susulan diambil.
Ahli Parlimen Padang Rengas ini mempertahankan bahawa pentadbiran Najib tidak membenarkan sebarang bentuk kenyataan berbaur perkauman meskipun ia dibuat oleh pegawai-pegawai kerajaan.
“Kabinet, dalam mesyuarat minggu lalu sudah pun mengeluarkan kenyataan tegas kepada pegawai-pegawai kerajaan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan kenyataan berbuar perkauman,” katanya lagi.
“Perdana Meneteri Datuk Seri Najib Razak sendiri dalam ucapannya di Perhimpunan Agung PBB mengatakan bahawa kesederhanaan perlu diutamakan... ia bukan sahaja merujuk kepada peringkat antarabangsa, tetapi juga dalam konteks negara kita,” kata Nazri.
Mengenai laporan polis, Nazri berkata ia adalah hak Hamim untuk berbuat demikian.
“Sesiapa sahaja boleh membuat laporan polis. Kemungkinan beliau memikirkan bahawa beliau tidak diperlakukan dengan adil... kemungkinan beliau mahu mempertahankan diri beliau.
“Apa jua keadaan, tindakan akan diambil sebaik sahaja siasatan selesai,” kata beliau.
Hamim telah mengeluarkan kenyataan bahawa hak orang Melayu adalah untuk menerajui negara dan boleh bersatu untuk menghadapi apa jua ancaman sebelum pilihan raya umum akan datang.
“Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas,” kata Hamim pada majlis dialog anjuran Puteri Umno.
“Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran,” tambah beliau.
Hamim juga berkata orang Melayu tidak boleh memerintah negara ini tanpa bekerjasaam dengan masyarakat-masyarakat bukan Melayu memandangkan setiap rakyat hanya membawa satu undi.
“Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC,” katanya lagi.
“Si mata sepet yang tidak pernah pergi ke masjid atau ke surau juga hanya mempunyai satu undi.
“Si botol yang hanya tahu naik dan turun Batu Caves juga hanya mempunyai satu undi,” kata beliau merujuk kepada masyarakat Cina dan India negara ini.
“Jadi, Puteri Umno mesti berkawan dengan golongan muda bukan Melayu,” kata beliau.
Kenyataan yang dibuat Hamim dikecam pemimpin-pemimpin MIC dan DAP sambil menyifatkan konsep 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  menjadi “mangsa” tindak tanduk pihak di sekitarnya sendiri.

NAJIB BODO! Sebab MENGAKU! ABIS GENG MERICAN NGAMUK!!

Berikut adalah apa kata DS Najib apabila menjawab soalan ahli parlimen dari Rasah iaitu YB Loke.
“untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan... bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.”
Dengan kata-kata Najib ini, maka sudah terang lagi bersuluh hasil cukai negara telah bercampur aduk dari yang halal kepada yang haram. Jadi apakah perbezaannya antara dua kerajaan ?
quot dari Edyes

BODOH CIK NAJIB NIH... CARA DIA NGAKU NIH... ABIH GENG MERICAN 1MESIA akan MENGAMUK nak pulangkan GAJI MEREKA.... Kesian mereka serta Anak bini, MEREKA nak makan ape lepas nih? Dah biasa makan hasil-hasil GOMEN dah sebelum nih!

Sebab apa? Aku tengok yang melompat perkara sebeginih bukan ULAMAK PAS atau 40ULAMAK MUDA UMNO tapi GENG2 MERICAN... taktaulah aku zaman NABI DULU dia maki ABIS, pasai NABI TERIMA HADIAH dari YAHUDI... Tak caya tanya DR ASRI... 

Ketika NABI MUHAMMAD S.A.W terima duit dari sumber bukan cara ISLAM (SEPERTI YAHUDI YANG MENJALANKAN RIBA) geng MERICAN letak muka kat mana? Simpan mana? Nak kata NABI takpe? Orang biasa tak boleh? ADOI LA....! 

At last but not least!Sape nak tau SAPE GENG MERICAN nih serta SEJARAHNYA leh ke LINK aku beri.. NANTI LU all semua jangan lupa komen kat blog aku lepas dah baca SEJARAH GENG MERICAN.. (LINK GENG MERICAN)

AKU CADANG LGE TUKAR NAMA JALAN NIH...!
AKU CADANG DIA BUANG BAJU MELAYU PAKAI SARI SENANG SEBAB TAK PAHAM BAHASA MELAYU!

Orang Asli dakwa diganggu dan dibuli

Sekumpulan Orang Asli dari Kampung Sebir berhampiran Seremban di Negeri Sembilan hari ini mendakwa mereka 'diganggu dan dibuli' oleh polis dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

NONE"Kami berasa sedih dan terhina dengan tindakan ke atas kami sebagai Orang Asli,” kata Zurdi Baharu, yang mewakili komuniti kaum itu di Kampung Serbir.

Lebih kurang 15 daripada penduduk kampung itu berjumpa dengan wartawan ketika sidang media di bangunan Majlis Peguam di Kuala Lumpur untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Pada 30 September lalu dan beberapa hari selepas itu, kumpulan berkenaan mendakwa mereka diganggu oleh polis dan pegawai JHEOA yang mengarahkan mereka memohon permit bagi 'perjumpaan adat' yang mereka cadang anjurkan.

NONEOrang Asli berkenaan mendakwa sebelum ini mereka belum pernah diminta memohon permit atau kebenaran bagi sebarang 'perjumpaan adat' mereka.

Menurut mereka, gangguan terbaru itu dipercayai cubaan mengagalkan usaha mereka membincangkan pindaan Akta Orang Asli 1954 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Beberapa pemimpin Orang Asli mendakwa mereka tidak dirunding berhubung pindaan Akta Orang Asli dan bimbang pindaan tersebut akan menjejaskan kehidupan mereka.orang asli protest putrajayaMelabelkan gangguan polis ke atas Orang Asli itu sebagai 'pelik' perwakilan Jawatankuasa Kampung Orang Asli Negeri Sembilan, Tijah Yok Chupin yang turut hadir pada sidang media ini berkata tindakan pihak berkuasa adalah melarangnya daripada bercakap dengan penduduk kaumnya di Kampung Sebir.

"Saya dijadualkan bercakap kepada mereka pada mesyuarat itu. Mereka mahu tahu berhubung maklum balas kerajaan berhubung protes yang diadakan pada Mac lalu di Putrajaya berhubung pindaan Akta Orang Asli.

orang asli protest in putrajaya"Jika saya tidak dijemput, mereka akan dibuli oleh polis,” kata Tijah.

Beliau juga percaya tindakan pihak berkuasa itu bertujuan menghalang Orang Asli daripada membincangkan pindaan akta berkenaan.

'Si sepet, si kaki botol': Hamim buat laporan polis

Penolong Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husain hari ini membuat laporan polis terhadap portal berita The Malaysian Insider dan seorang wartawannya berhubung isu kenyataan 'rasisnya'.

Beliau hadir membuat laporan itu di balai polis Sentul kira-kira jam 1 petang dengan diiringi Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah.

Hamim (kanan) bagaimanapun enggan bercakap sepatah pun kepada media, termasuk kandungan laporannya.

Beliau sebaliknya hanya membaca surah al-Fatihah dan berdoa untuk perpaduan umat Islam dan pemimpinnya di luar balai selepas membuat aduannya.

Hamim kemudian beredar daripada tempat itu tanpa mempedulikan wartawan yang mengejarnya sampai ke kereta.

Bagaimanapun, tampil berpakaian serba hitam - termasuk berkaca mata gelap - pegawai kerajaan itu sempat melambai dan tersenyum kepada pihak media yang menunggunya kira-kira sejam.

Menurut Arman Azha, laporan polis Hamim itu dibuat terhadap akhbar dan wartawan portal itu Boo Su-Lyn yang didakwa menyalahtafsirkan kenyataannya dan menyelinap dalam program tertutup mereka.

Menurut Arman Azha (kiri) lagi, tindakan Boo Su-Lyn itu yang "menyalahtafsirkan" kenyataan Hamim itu boleh "menggugat muhibah dan keamanan kaum".

"Kami PERKASA berdiri teguh di belakang beliau (Hamim). Itu adalah program tertutup. Media harus hormat," kata Arman Azha lagi.

The Malaysian Insider dalam laporannya minggu lalu mendakwa Hamim menghina dan melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata' dan 'si kaki botol'.

Pegawai kanan BTN itu juga dilaporkan oleh Boo sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.

Pas Besut beri 24 jam kepada Umno

PAS Besut hari ini memberikan tempoh selama 24 jam kepada Umno Besut agar memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Abd Nik Aziz Nik Mat di atas penganjuran ceramah yang bertajuk ’DAP Anti Islam’ pada 1 Oktober yang lalu.
Di dalam kenyataan akhbar PAS Besut oleh Yang Dipertua PAS Besut, Haji Wan Azhar Wan Ahmad (gambar) memaklumkan mengenai kandungan ucapan ceramah yang dilakukan oleh penceramah jemputan program berkenaan, Abdullah Sa’amah yang dikatakan memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Mursyidul Am PAS tersebut dengan kata-kata yang biadap dan penuh prejudis.
Program ceramah itu diadakan di padang sebuah sekolah di Jerteh, Terengganu. Abdullah dikatakan menyebut Nik Aziz sebagai Tok Guru Gilo (Gila) berulang-ulang kali semasa menyampaikan ceramahnya.
PAS Besut menyifatkan situasi ini tidak mungkin berlaku sekiranya penganjur program tidak mengheret dan mewarnai emosi dan pemikiran penceramah tersebut ke arah mewujudkan suatu bentuk ketegangan yang boleh menjurus kepada isu keagamaan dan perkauman.
Selain itu, pihaknya juga akan menghantar nota bantahan kepada pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu kerana membenarkan premis sekolah digunakan oleh parti politik.
Sekiranya pihak UMNO Besut gagal memohon maaf sehingga jam 12 tengahari 5 Oktober 2010 (esok), pihak PAS Kawasan Besut akan mendapatkan nasihat guaman dalam mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang terbabit.

Janji Manek Urai akan hantui BN di Galas, kata PAS

Ketua penerangan PAS Idris Ahmad berkata, peningkatan sokongan terhadap calon Umno semasa pilihan raya kecil Manek Urai tahun pada 2008 bukan disebabkan apa-apa modul tertentu yang unik kepada pilihan raya itu saja.

azlan"Dalam mana-mana pilihan raya juga sama, mereka hanya ada satu modul iaitu gunakan sumber kewangan dan menabur janji-janji," katanya dan menambah, janji tersebut termasuk pembinaan satu jambatan baru di Manek Urai.

Jambatan dua lorong dianggarkan bernilai RM7 hingga RM10 juta itu diumumkan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kempen pilihan raya kecil tersebut, bagi menggantikan satu jambatan merentasi Sungai sedia ada di kawasan itu.

"Kita akan dedahkan balik janji-janji ini di Galas," kata Idris lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Kesan daripada janji jambatan tersebut, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang tipis untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan kelebihan 65 undi sahaja, berbanding 5,283 undi yang diperolehi calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

manek urai by election result 140709 05Mengulas keputusan tersebut, ada di kalangan pemimpin PAS tempatan beranggapan bahawa ianya disumbang daripada pengundi muda yang tidak mempunyai sikap politik yang jelas dan mudah disogok dengan janji-janji BN.

Melihat realiti semasa pula, Idris berkata Manek Urai bukanlah penanda aras sebenar bagi sokongan daripada golongan pengundi muda.

Jelasnya, pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai tahun lalu berlangsung ketika Pakatan Rakyat masih baru membentuk kerajaan di negeri-negeri yang dikuasainya.

"Ketika pilihan raya umum ke-12, anak muda kita telah tunjukkan kelainan sikap mereka (apabila ramai yang mengundi calon Pakatan Rakyat).

NONE"Tapi kita baru bentuk kerajaan sendiri, kesannya belum kelihatan (oleh mereka)," katanya lagi.

Ketika ditanya, beliau juga berkata PAS setakat ini masih belum mempunyai apa-apa senarai calon untuk pilihan raya kecil Galas.

Ditanya lanjut, beliau berkata mesyuarat PAS Pusat semalam juga tidak membincangkan perkara itu.

Katanya lagi, PAS Pusat menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab untuk memilih calon kepada PAS negeri.

"PAS negeri akan mesyuarat (mengenai calon Galas) selepas SPR umumkan tarikh untuk pilihan raya kecil (Galas)," katanya lagi.

BETAPA GENTARNYA PERKASA KEPADA AZMIN

Oleh: WFAUZDIN NS

PERKASA juga tertarik dengan pemilihan di dalam PKR. Kenyataan PERKASA yang mahukan ahli-ahli PKR menyokong Sdr Mustafa Kamil Ayub sebagai Timbalan Presiden PKR menunjukkan PERKASA sememangnya berminat di dalam politik dan bagusnya pertubuhan itu mula tertarik dengan PKR. Ini bererti kenyataan Presiden PERKASA sebelum ini bahawa PERKASA tidak berminat di dalam politik hanyalah sekadar bunyi `Ong...Ong...Ong...' katak memanggil hujan sahaja.

Mengapa PERKASA begitu anti dengan YB Azmin? Ini semua bermula apabila YB Azmin menyelar Tun Mahathir sewaktu beliau merasmikan Mesyuarat PKR Cabang Gombak semalam. Apabila YB Azmin menyerang Tun Mahathir yang dianggap seperti `Sammy Vellu di dalam MIC' oleh PERKASA, maka sudah tentu layak YB Azmin diserang oleh PERKASA. Persoalannya, tercederakah YB Azmin dengan serangan umpama `cubitan' dari PERKASA itu?
Siapa takut dengan pengaruh PERKASA sekarang? PERKASA hanya layak mencabar seorang individu bernama `Namewee' sahaja. Itulah standard PERKASA.

Bagi saya, hebatnya YB Azmin tentulah mendatangkan ketakutan kepada sesiapa sahaja yang memusuhi PKR dan PR. Mereka sudah tahu prinsip YB Azmin dan mereka sedar bahawa MP Gombak ini adalah pelapis kepada kehebatan DS Anwar. Mereka percaya, apabila DS Anwar disumbatkan ke penjara kelak PKR akan berkubur dengan syarat tiada orang seperti YB Azmin menggantikannya. Apakah Sdr Mustafa Kamil tidak hebat? Beliau juga anak didik DS Anwar tetapi kehebatan YB Azmin di dalam aspek `menyerang' Umno/Bn amat ditakuti oleh mereka.

Pemimpin yang baik bukan sahaja boleh mengurus atau mentadbir parti dengan baik, tetapi mesti tahu strategi dan berani menyerang musuh pada waktu dan ketikanya. Terlalu banyak bertahan dengan serangan musuh bukan satu strategi yang bijak dan berkesan. Apabila YB Azmin menyerang Umno sekaligus menyerang PERKASA, ini yang membuatkan mereka gerun dan gentar dengan kebolehan YB Azmin.

Kepada sesiapa yang ingin menyokong Sdr Mustafa Kamil, mereka boleh meneruskan sokongannya tetapi bukan kerana kehendak PERKASA yang jelas ada agenda politik mereka. Sokongan terhadap Sdr Mustafa Kamil juga baik kerana tidak akan merugikan parti kerana beliau juga adalah anak didik DS Anwar. Sekiranya ingin menyokong YB Azmin pula, teruskanlah sokongan anda bukan kerana beliau dikatakan orang kuat DS Anwar, tetapi beliau telah membuktikan komitmennya terhadap perjuangan ini samada DS Anwar di luar mahu di dalam penjara.

PSM Desak Batalkan Pindaan Akta Berhubung Pekerja, Untungkan Golongan Kaya Sahaja

SHAH ALAM 4 Okt - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendesak kerajaan membatalkan cadangan pindaan terhadap Akta Kerja dan tiga lagi akta berkaitan pekerja yang dianggap  menjaga kepentingan golongan pelabur dengan mengorbankan hak dan kebajikan kaum pekerja.
Setiausaha Agung PSM, S Arutchekvan dalam satu kenyataan media berkata Malaysia kini terus mengamalkan dasar kos buruh yang rendah demi menarik pelaburan langsung asing (FDI) tetapi pada masa yang sama mahu memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.
"PSM bersama-sama MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia), Badan Peguam Malaysia, Jerit, Suaram, nadan swadaya wanita dan pelajar menggesa Menteri berkenaan supaya membatalkan segera cadangsn pindaan terhadap Akta Pekerjaan pada sidang Parlimen akan datang.
"Sebaliknya kami menggesa kerajaan untuk melulus dan melaksanakan undang-undang yang telah lama didesak oleh kaum pekerja terutamanya Tabung Permberhentian Pekerja, Akta Gaji Minima serta pendaftaran automatik kesatuan sekerja.
"Berhubung Akta Gaji Minima tidak ada kehendak politik yang kuat dari kerajaan dan adalah menjadi dasar kerajaan tidak mahu melaksanakannya kerana ia ditentang oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF)," tegas PSM.
Tambah PSM, beberapa pindaan kepada Akta Kerja akan dibentang untuk bacaan kalikedua pada persidangan Dewan Rakyat Oktober depan disamping cadangan untuk meminda Akta Hubungan Perusahaan 1967, Akta Pekerjaan 1955 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.
"Setiap pindaan kepada akta-akta ini adalah untuk menarik FDI tetapi pada masa yang sama menghakis hak-hak pekerja," kata PSM lagi.
PSM menambah cadangan pindaan tersebut hanya menguntungkan sektor korporat dan pasaran dengan meminggirkan rakyat.
Menurut kajian yang dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia, hampir 34 peratus atau 1.3 juta pekerja di negara ini mempunyai pendapatan kurang daripada RM700 sebulan.
Kajian itu juga memetik penyelidikan Bank Dunia yang menyatakan aliran gaji hanya merekodkan pertumbuhan sebanyak 2.6 peratus setahun sepanjang tempoh 10 tahun lalu berbanding peningkatan kos kehidupan dalam tempoh yang sama.

Lim Keng Yaik Mahu letak Jawatan Sebagai Penasihat Gerakan


.Kecewa dengan Koh, Lim letak jawatan penasihat

Penasihat dan bekas presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik akan menulis memaklumkan kepada parti itu berhubung keputusannya untuk meletakkan jawatan pada Rabu ini.

Katanya, beliau kecewa dengan cara presiden parti itu sekarang, Tan Sri Koh Tsu Koon menangani konflik yang melanda parti berkenaan.

"Beliau seseorang yang tidak suka campur tangan dalam menyelesaikan konflik kerana bimbang akan menyentuh perasaan orang lain,” katanya ketika menghadiri konvokesyen Universiti Terbuka Wawasan di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Lim, sikap Koh yang sentiasa 'melepaskan tangan' telah mendatangkan banyak masalah dalam parti. -mk

Ulasan GB

Baru saja GB mengulas hal Koh Tsu Koon yang hanya mampu mengeluh dalam sendu di dalam isu rasisma.

Lim Keng Yaik sebelum ini pernah membuat pengakuan bahawa tidak mungkin Gerakan boleh merebut Pulau Pinang kembali.


Lim Keng Yaik, who headed Gerakan for 27 years, believes that Gerakan has lost Penang for good.

“Should it (regain Penang)? No! We missed our chance. In cricket, they say you had a good innings and 39 years is a long and good one. What more do we want?” said Lim in his office in Bandar Utama in Petaling Jaya recently. -The Edge


Koh Tsu Koon, tewas di kerusi Parlimen Batu Kawan kepada calon DAP, Prof Dr P Ramasamy dengan majoriti 9,485 undi, dijadikan menteri di JPM di atas tiket Senator.

Dan beliau kini hanya mampu mengeluh saja di dalam BN. UMNO tetap rasis dulu, kini dan selamanya. Apa tah lagi sekarang kini UMNO udah ada Perkasa yang menyediakan bahan bakar untuk api perkauman bersemarak lebih tinggi.

GB bertanya Tsu Koon, apakah beliau tak ingat bagaimana UMNO memperlakukan beliau sewaktu beliau berkuasa di Pulau Pinang dulu? Dan pemimpin UMNO yang koyakkan gambarnya itu sudah bebas sekarang malah diangkat wira lagi. Cuma Gerakan masih mahu terhegeh-hegeh bersama BN sebab Tsu Koon nak kekalkan jawatan menterinya di atas nama seorang yang bergelar senator.

Dia sudah tidak hiraukan Gerakan lagi. Nanti miss syuru.

HERO FILEM TAMIL ATAU FILEM BANGLA ?

SIAPA DI BELAKANG CERMIN MATA PETALING STREET INI ?




PENGGANTI MGR ?


ATU GUBARAK SINGH DARI DACCA?


nota:
sila teka
siapa malaon ini
dimana songkok tingginya
kah kah kah

Weiii... Lu Siapa...????

Cerita 1 :

Weiii.... Lu siapa mau arah parti orang lain. Lu jaga lu punya perkasam sudah la.... apa punya lawak bhaghal la mamat busybody sekor nih....

Takan lu sakit hati kat Azmin pasal dia sebut Sultan Perkasa tersungkur kat Australia, lu dah melompat macam katak tertelan petrol... apasal bangang sangat jibauk nih...


Diri dan keluarga sendiri pun tak terurus lagi mau cakap pasal Abim dan Islam...!!!

Weiiii... piiirahhh main jauh2 dengan lu punya Raja Katak... toksah menyemak urusan parti orang lain, jaga lu punya Perkasam yang rasis tuh...., takda kerja lain asyik nak buat onar melaga-lagakan orang lain. Tak pasal2 nama Mustaffa Kamil Ayub kena jual dengan malaun cilakes ni....

Cerita 2 :


Doakan semoga kesihatan Sultan Perkasa bertambah sembuh dan dipanjangkan umur sehingga berakhirnya PRU-13.... insyallah... jika tiada tunggul kayu melintang halangan, dapat juga Sultan Perkasa melihat Batu Nisan umnoapco.... ha..ha..ha.....

Semoga doa Almarhum Ustaz Fadhil Noor di makbulkan....
Al-Fatihah.

GALAS : UMNO AKAN TERUS SOGOK, UGUT DAN RASUAH PENGUNDI

·
Barisan Nasional (BN) negeri akan menggunakan modul di Manek Urai pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang bakal diadakan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Awang Adek Hussin berkata, modul dan gerak kerja serta kempen politik di Manek Urai adalah yang terbaik pernah dicapai oleh BN sebelum ini berbanding pilihan raya kecil lain yang pernah diadakan di negeri ini.

Jika begitulah keputusan Umno maknanya Umno akan terus menyogok, merasuah, membeli dan memfitnah dan membohongi pengundi untuk memancing undi. Umno juga akan terus menggunakan jentera kerajaan dan kakitangan kerajaan untuk berkempen sebagaimana yang mereka laksanakan di Manek Urai dan lain-lain Pilihanraya Kecil dan Umum sebelum ini.

Ternyata Umno tidak pernah serik dan tidak insaf dengan segala kejahatan dan kezaliman mereka menggunakan harta dan wang rakyat untuk berkempen.

Dengan ini saya yakin rakyat Galas akan menolak Umno dan BN yang jelas tidak segan silu membaham harta rakyat untuk kepentingan politik mereka.

Perkasa gesa ahli PKR pilih Mustaffa timbalan presiden, tolak Azmin...ha.ha..PERKOSA ni ahli PKR ke..!!!

October 04, 2010
Arman: Azmin hanya sesuai untuk jadi budak kopi Anwar
KUALA LUMPUR, 4 Okt — Pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa yang kecewa dengan kenyataan Azmin Ali semalam, menggesa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mengundi naib presiden itu yang bertanding jawatan timbalan presiden parti, sebaliknya meminta memilih Mustaffa Kamil Ayub.
Ketua Pemuda Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah berkata, Mustaffa adalah calon paling layak bagi jawatan timbalan presiden kerana latar belakangnya dari Abim.
“Mustaffa dari Abim, beliau mempunyai agenda Islam dan berjuang untuk kebaikan orang Melayu... Azmin di sebelah lain tidak berminat untuk memperjuangkan kepentingan komuniti orang Melayu,” kata beliau.
“Azmin hanya sesuai untuk jadi budak kopi Anwar,” kata  Arman.
Pemimpin Perkasa ini kecam Azmin berhubung kenyataannya ketika berucap pada mesyuarat agung tahunan cabang PKR Gombak semalam.
“Azmin seharusnya menunjukkan hormat kepada negarawan atas sumbangan beliau kepada negara. Azmin tidak layak untuk menjadi ahli politik,” kata Arman.
Dalam ucapannya pada mesyuarat agung tahunan cabang Gombak semalam, Azmin berikrar akan melawan habis-habisan Perkasa dan individu berselindung di sebalik pertubuhan itu kerana memperjuangkan perkauman sempit.
“Ikrar saya akan melawan Perkasa habis-habisan termasuk juga individu yang sedang ‘tersungkur’ di Australia,” katanya.
Azmin bagaimanapun tidak menyebut siapa yang dikatakan tersungkur di Australia itu.
Difahamkan, ia merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne semalam bagi menerima rawatan akibat jangkitan kuman pada saluran pernafasan.
Tambah Azmin, selagi Perkasa tetap memperjuangkan kepentingan perkauman sempit, maka selama itulah mereka akan dilawan oleh PKR.
Jawatan timbalan presiden PKR setakat ini dijangka ditandingi oleh Azmin, Mustaffa dan anggota Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim.
Mustaffa dan Azmin merupakan naib presiden PKR.
Mustaffa mengesahkan akan bertanding kerusi timbalan presiden Jumaat lalu.
Dari segi pencalonan Azmin berada di depan berbanding Zaid dan Mustaffa.
Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor dipercayai menjadi pilihan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan timbalan presiden.
Kecuali cabang-cabang yang bermasalah, hampir 200 bahagian sudah pun mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan masing-masing.
Pengundian peringkat pusat akan bermula hujung bulan ini selama tiga minggu.

PERKASA sokong Mustaffa Kamil timbalan PKR..nape tak sokong Zaid " Aku Melayu Juga"...

Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah meminta semua anggota PKR menolak Azmin Ali sebagai timbalan presiden PKR, sebaliknya mengalihkan sokongan mereka kepada Mustaffa Kamil Ayub.

Ini kerana, menurut Arman Azha, Azmin sebagai naib presiden parti itu sekarang didakwa tidak berpendirian dan hanya bertindak sebagai "budak kopi" kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya harap semua anggota PKR memilih Mustaffa Kamil Ayub sebagai timbalan presiden. Beliau daripada ABIM (Angkatan Beliau Islam Malaysia), (beliau) ada agenda Islam," kata Arman Azha (kiri).

Beliau juga mendakwa, sebanyak 35 peratus NGO Melayu dengan keanggotaan 300,000 orang itu turut merupakan anggota PKR.

Dalam persaingan merebut jawatan nombor dua parti itu, Mustafa merupakan salah seorang yang menawarkan diri bertanding, di samping Azmin dan Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun, menurut keputusan pencalonan yang telah diketahui, beliau agak di belakang dengan 17 pencalonan. Azmin pula jauh mendahului dengan 102 pencalonan dan Zaid sebanyak 38.

Turut dicalonkan ke jawatan itu Pengarah Strategik PKR Tian Chua, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Pilihan Raya Fuziah Salleh dan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Bercakap kepada pemberita selepas mengiringi Penolong Pengarah Biro Tata Negara (BTN) membuat laporan polis berhubung isu kenyataan 'rasis' di balai polis Sentul di Kuala Lumpur, Arman Azha juga menyelar Azmin kerana didakwa mengkritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Baru setahun jagung jadi wakil rakyat, beliau (Azmin) harus prihatin. Dr Mahathir telah 22 tahun menjadi perdana menteri," katanya sambil menafikan cuba mencampuri urusan dalaman PKR.

Kelmarin, ketika menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Gombak, Azmin dilaporkan berikrar akan melawan habis-habisan PERKASA dan individu berselindung di sebalik pertubuhan itu yang kini 'tersungkur' di Australia.

Ketika ditemui pemberita selepas itu,Azmin dilaporkan mengakui pemimpin yang dirujuknya itu adalah Dr Mahathir yang juga penasihat PERKASA.

Azmin juga menyatakan, perkataan tersungkur itu langsung tidak kasar tetapi sebaliknya amat sesuai dirujuk kepada pemimpin berkenaan.

Kegagalan Pindaan Akta Kerja Menangani Isu Gangguan Seksual Secara Berkesan

SHAH ALAM 4 Okt - Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak Bagi Kesamarataan Gender (JAG) menggesa Kementerian Sumber Manusia menghentikan cadangan Bacaan Kedua di Parlimen berhubung pindaan kepada seksyen mengenai gangguan seksual dalam Akta Kerja yang dianggap amat tidak memuaskan.
Dalam satu kenyataan media Jumaat lalu JAG berkata pindaan-pindaan yang disyorkan tidak memberi perlindungan yang sewajarnya kepada mangsa gangguan seksual dan perlu kepada perundingan yang lebih terperinci.
"Apa yang paling merungsingkan adalah seksyen mengenai gangguan seksual telah mengalami pindaan yang amat kurang memuaskan, jika dibandingkan prosedur-prosedur yang sedia ada dalam Kod Amalan Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual di Tempat Kerja di mana Kementerian Sumber Manusia sendiri telah menggubal Kod Amalan tersebut pada tahun 1999.
"Justeru itu, kami akan mengemukakan permasalahan yang terkandung dalam pindaan-pindaan tersebut dengan jelas untuk renungan bersama,kata JAG.
Di dalam Kod Amalan Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual di Tempat Kerja gangguan seksual didefinisi sebagai:
"Sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal; yang, atas sebab munasabah, boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai mengenakan syarat berbentuk seksual ke atas pekerjaannya; yang, atas sebab munasabah boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai satu pencabulan maruah, atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya tetapi tiada hubungan terus dengan pekerjaannya."
Bagaimana definisi gangguan di dalam cadangan pindaan S2(f) adalah seperti berikut:
"sexual harassment means any unwanted conduct of a sexual nature, whether verbal, non-verbal, visual, gestural or physical, directed at a person which is offensive or humiliating or is a threat to his well-being, arising out of and in the course of his employment.”
 "Definisi yang sediada digunakan di bawah Kod Amalan Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual di Tempat Kerja adalah lebih menyeluruh dan telah diputuskan selepas perundingan teliti bersama pihak Kementerian Sumber Manusia, badan-badan bukan kerajaan serta kesatuan sekerja.
"Namun, definisi yang terkandung dalam pindaan terbaru tidak mengambil kira tanggapan mangsa yang mengalami penderaan seksual, sepertimana yang termaktub di dalam Kod Amalan. Seringkali, gangguan seksual dianggap sesuatu yang remeh, namun apabila terdapat garis panduan yang jelas, gangguan seksual dapat dikesan dan membolehkan pekerja atau majikan membuat laporan dan bertindak ke atas pelaku tersebut. Kami mendapati tiada sebab munasabah untuk mengubah definisi yang sudah diguna pakai dan lengkap," JAG mmebantah.
Badan itu mencadangkan agar definisi yang terkandung di dalam Kod Amalan sediada terus digunapakai.
 Kata JAG lagi Akta Kerja hanya melindungi golongan pekerja-majikan secara terhad.
Namun, pada realitinya situasi pekerjaan melibatkan lebih ramai pihak seperti pekerja kontrak, juru runding, intern (pelajar praktikal), pelatih serta relawan yang tidak mungkin dilindungi oleh akta tersebut.
Ini juga termasuk sektor seperti kontrak dan sub-kontrak yang kini menjadi lumrah di tempat kerja terutamanya untuk golongan wanita, namun status perhubungan perkerjaan seperti ini tidak dirangkumi di dalam pindaan tersebut.
"Kod Amalan mampu meluaskan definisi gangguan seksual tempat perkerjaan kerana dapat meliputi situasi bukan-pekerjaan, contoh seperti sub-kontraktor diupah sebuah syarikat yang mengganggu pekerja syarikat tersebut atau pun perhubungan guru dengan seorang pelajar," kata JAG lagi.
Sehubungan itu JAG mencadangkan kementerian menggubal satu definisi yang dapat merangkumi pelbagai situatsi kerja agar setiap individu yang bekerja terlindung dari gangguan seksual.
Begitu juga dengan beban bukti yang masih terletak di atas bahu pengadu menjadikannya amat sukar untuk membuktikan niat pelaku.
Tambahan pula kata JAG, pengadu sering kali ingin gangguan tersebut dihentikan dari menyebabkan pelaku tersebut dijadikan penjenayah.
Satu alternatif adalah untuk mewujudkan peluang untuk pengadu memulakan tindakan sivil terhadap pelaku di mahkamah, namun kos yang tinggi menyebab ia di luar kemampuan pengadu.
Dalam hak ini JAG mencadangakan agar diwujudkan tribunal yang terdiri daripada individual yang mempunyai pengalaman dari segi perundangan serta kemampuan untuk menjalankan satu penyiasatan secara cepat dan tanpa terlalu banyak formaliti.
"Memandangkan gangguan seksual membebankan pengadu untuk membuktikan penderaan yang telah berlaku, maka konsep “keberangkalian imbangan” (balance of probability) harus digunakan untuk penyiasatan domestik dari menggunakan “Beyond Reasonable Doubt” seperti mana dilakukan dalam kes-kes jenayah," cadang JAG.
Dari segi prosedur aduan JAG berkata walaupun Seksyen 81B (1) dapat menangani penetapan satu prosedur pengaduan untuk gangguan seksual, pindaan ini tidak peka akan kerumitan yang dihadapi dalam pengaduan gangguan seksual, terutamanya hubungan 'tri-partite' di antara pengadu, pelaku dan pihak pengurusan.
Sehubungan itu kata JAG, mekanisma aduan harus menekankan situasi di mana pengadu dapat tampil ke hadapan tanpa takut atau bahaya ancaman.
Mekanisma juga harus mengambil kira situasi sensitif yang wujud apabila berlaku gangguan seksual dan member jaminan perlindungan kepada mangsa agar penyiasatan dapat dilakukan secara adil dan pengadilan dapat dicapai.
JAG juga menekankan mengenai proses penyiasatan di mana Seksyen 81B (5) meletakkan hak penyiasatan di tangan majikan.
Namun, ada keadaan di mana majikan yang menjadi pelaku.
Justeri itu, Seksyen 81B (5)(b) harus dimansuhkan agar segala pengaduan disiasat secara teliti.
"Bagaimana pula cara untuk memastikan aduan tersebut bukannya berniat buruk? Jika selepas penyiasatan tersebut majikan mendapati aduan itu sebenarnya tidak sahih, barulah kes tersebut boleh diketepikan," kata JAG lagi.
Kata JAG di bawah Seksyen 81B (7) Ketua Setiausaha Sumber Manusia berkuasa untuk menentukan penyiasatan dilakukan untuk aduan mengenai gangguan seksual.
Namun, hak untuk menentukan tidak seharusnya berada di tangan Ketua Setiausaha Sumber Manusia sahaja.
Satu badan bebas harus menentukan hal ini, sepertimana disarankan oleh pihak Empower.
Penyiasatan gangguan tersebut hanya satu cara untuk menangani masalah tersebut.
Matlamat Kod Amalan adalah untuk menentukan prosedur yang sewajarnya dilakukan. Petikan ini merujuk kepada matlamat Kod Amalan seperti di bawah:
“to ensure that adequate procedures are available to deal with the problem and prevent its recurrence. The Code thus seeks to encourage the development and implementation of policies and practices which will ensure a safe and healthy working environment in every place of employment where individual employees, irrespective of status or position, are treated with dignity and free from any form of harassment, humiliation and intimidation of a sexual nature.”     [ http://www.mohr.gov.my/prevention.htm]
"Adalah penting diasaskan satu jawatankuasa gangguan seksual bebas yang meliputi pihak pengurusan dan pekerja dengan perwakilan gender yang saksama. Fungsinya adalah untuk menerima, menyiasat dan menyelesaikan aduan gangguan seksual, sejauh yang mungkin. Keputusan untuk menyiasat atau mengambil tindakan bergantung kepada pihak jawatankuasa tersebut.
Untuk memasukkan satu klausa yang memberi perlindungan yang lebih untuk mangsa. Sebagai contoh, Akta Anti Gangguan Seksual Filipina, 1995 (Republic Act No. 7877) yang menyatakan bahawa:
"When a member of the Committee is the complainant or the person complained of in a sexual harassment case, he/she shall be disqualified from being a member of the Committee."
JAG jug berkata penalti yang dikenakan di bawah Seksyen 81 C tidak membezakan keberatan kesalahan tersebut.
"Untuk kesalahan yang lebih ringan, penalti yang dikenakan haruslah berbentuk denda ataupun digantung kerja tanpa gaji. Tetapi untuk kesalahan yang lebih berat, termasuk kesalahan yang berulang, pelaku harus terus dibuang kerja.
Namun begitu, JAG berpuas hati dengan pindaan di mana pihak majikan juga dipertanggungjawabkan kerana gagal melindungi pekerja mereka dari gejala ini dengan denda sebanyak RM10,000.
Seperti mana tertera di bawah Seksyen 81D (3) berkenaan dengan Ketua Setiausaha Sumber Manusia menyiasat kes-kes di mana hanya pemilik tunggal terlibat, Seksyen 81E menentukan bahawa jika kesalahan itu dapat dibuktikan, kontrak pekerjaan dianggap tamat. Ini seharusnya diambil kira sebagai satu kesalahan dibawah Seksyen 81F sebagai satu bentuk hukuman kepada pemilik tunggal kerana mereka tidak menghadapi tindakan displin," tegas JAG.
JAG juga berkata sebilangan negara mensyaratkan latihan pencegahan dan pembasmian gangguan seksual sebagai satu langkah untuk mencegah gangguan seksual di tempat kerja. Kajian menunjukkan ini dapat membantu menurunkan kemungkinan kejadian gangguan seksual berlaku.
"JAG mencadangkan untuk memasukkan satu klausa mandatori untuk menjalankan latihan pencegahan gangguan seksual setiap tahun untuk semua pekerja untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu ini, mencegah berlakunya gangguan seksual, menjelaskan prosedur yang sewajar, memperkasakan pekerja mengenai hak mereka serta membangunkan cara memberi pendedahan secukupnya mengenai isu ini.
"Justeru itu, kerajaan tidak harus mengenalkan pindaan atau perubahan yang tidak berkesan, dalam menangani masalah gangguan seksual kerana pengadu-pengadu tidak mungkin mendapat pengadilan malah akan takut untuk tampil ke hadapan untuk membuat pengaduan," ujar badan itu.
JAG berkata badan itu sudah menuntut Rang Undang-Undang Gangguan Seksual sejak tahun 2000.
JAG juga mendesak pihak kerajaan mengubal satu Rang Undang-Undang Gangguan yang komprehensif agar setiap individu diberi perlindungan yang cukup serta dapat mewujudkan tribunal khas yang diberi kuasa untuk menyiasat serta mengambil tindakan displin yang sewajar.

Perkauman: Umno tiada pilihan lain

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Tindakan-tindakan perkauman pegawai awam akan berterusan selagi Umno memerintah negara ini, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, Umno tiada pilihan lain untuk terus kekal berkuasa selain terus meniupkan api perkauman seperti mereka lakukan sejak dahulu lagi.

"Apa lagi yang pemimpin Umno hendak cakap selain perkauman? Bila bercakap soal demokrasi, rakyat mencemuh mereka kerana mereka tidak demokratik.

"Bila bercakap soal ekonomi, penyokong-penyokong Umno sendiri mempersendakan mereka seperti yang terjadi kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dicanang-canangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak), " katanya.

Sebab itulah, kata Mahfuz, amaran Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan kononnya kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai awam yang menyentuh soal sensitiviti kaum dan agama tidak lebih dari semata-mata cakap mulut atau 'lip service' sahaja.

"Kalaupun berlaku pegawai kerajaan bertindak mengapi-apikan perkauman, pemimpin Umno di dalam kerajaan akan berdolak-dalik dan tidak mahu mengambil tindakan.

"Lihat saja bagaimana (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berdolak-dalik dan dengan jelas enggan bertindak terhadap seorang pengetua di Kulaijaya, Johor dan seorang guru di Bukit Selambau, Kedah yang didakwa mengeluar kenyataan berbaur perkauman.

"Sedangkan, sudah berpuluh-puluh tahun kita lihat begitu ramai guru dan pegawai kerajaan yang dikenakan pelbagai tindakan tindakan semata-mata kerana menyokong PAS.

"Bila hendak mengambil tindakan ke atas guru-guru dan pegawai awam yang menyokong PAS, tidak pula timbul soal bidang kuasa antara Kementerian Pelajaran atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz bagaimanapun melihat perbuatan mengapi-apikan perkauman itu akan menyebabkan Umno semakin dilihat sebagai jenama yang jijik.

DUN Galas: Ku Li setuju ketuai jentera BN, kata Tengku Adnan..sorang lagi untuk meng iyakan kata-kata TPM.

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Ketua Umno Gua Musang Razaleigh Hamzah telah bersetuju untuk mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas, demikian menurut Setiauasaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan berkata Tengku Razaleigh (gambar) telah menyatakan persetujuan walaupun surat rasmi pelantikan rasmi belum lagi diserahkan kepada beliau.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah pun menandatangani surat pelantikan Tengku Razaleigh.
“Surat itu ada dengan saya sekarang,” kata beliau ketika ditemui pemberita di Putrajaya.
Tengku Adnan berkata beliau percaya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kemungkinan besar akan menyerahkan surat pelantikan kepada Tengku Razaleigh sebaik sahaja beliau kembali dari London Sabtu ini.
Jumaat lalu, Tengku Razaleigh berkata beliau masih belum membuat sebarang pendirian berhubung keputusan Umno yang melantik beliau sebagai pengarah jentera pilihan raya kecil kerusi Galas.
Tengku Razaleigh berkata, beliau hanya akan menjelaskan isu tersebut sebaik sahaja pulang ke tanah air minggu depan.
Beliau dijadual kembali dari London 9 Oktober ini dan akan mengadakan sidang akhbar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya kecil pada mesyuarat khas, Rabu ini.
“Kawan-kawan, saya tidak kata ya atau tidak. Saya akan menjelaskan mengenai (DUN) Galas sebaik sahaja saya balik ke Malaysia,” kata beliau menerusi Twitter lewat petang ini.
Tengku Razaleigh memberikan respons ini sejurus selepas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa beliau adalah calon terbaik untuk merampas kerusi itu daripada PAS.
Tengku Adnan berkata, Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang adalah calon terbaik untuk mengetuai kempen di Galas dan untuk merampas kerusi tersebut kerana beliau mengetuai dengan mendalam keadaan bahagian itu berbanding yang lain.
Mengenai kemungkinan Tengku Razaleigh akan dipilih sebagai calon, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, pihaknya menyerahkan kepada Tengku Razaleigh untuk memutuskan soal itu.
“Kami hendak mendengar siapa yang beliau (Tengku Razaleigh) hendak namakan sebagai calon terbaik,” kata Tengku Adnan.
Malah menurut beliau, partinya selesa dengan sesiapa sahaja yang hendak diturunkan asalkan dapat menang di Galas.
Tengku Adnan mengakui bahawa  secara tradisi kerusi Galas adalah kawasan dikuasai BN dan hanya pernah kalah ketika persaingan Parti Semangat 46 dan dua tahun lalu dengan perbebzaan 600 undi.
“Kami akan melakukan yang terbaik untuk merampas balik kerusi Galas,” katanya.

Antara Ku Li, Ibrahim Ali dan UMNO

Tengku Razali dan Ibrahim Ali adalah dua nama yang masih sinonem dengan peristiwa menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan ditahun 1975 yang lalu. Ibrahim Ali yang ketika itu merupakan seorang pimpinan pelajar di ITM, telah melakukan provokasi dan tindakan-tindakan yang menggembar-gemburkan keadaan di Kelantan sehinggakan Kelantan diletakkan di dalam keadaan darurat dan kerajaan PAS di Kelantan diambil alih oleh Majlis tindakan Negeri.
Sekarang ini kedua-dua mereka sudah tidak diperlukan oleh UMNO. TETAPI tiba-tiba sahaja Tengku Razali dipilih oleh UMNO untuk menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas. Dalam keadaan Tengku Razli yang sudah mulai bosan dengan karenah UMNO dan menghampirkan dirinya dengan Pakatan Rakyat, UMNO memanggil beliau untuk mengetuai satu peperangan penting menentang Pakatan Rakyat di Galas. Memang umum mengetahui, PAS dan Pakatan Rakyat tidak gentar sedikit pun, siapakah yang mereka tentang. Tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu perlu juga diambil kira apakah yang bakal berlaku jika Tengku Razali mendapat tawaran hebat dari UMNO?
Tengku Razali pula melihat ‘kawan karib’ beliau, Ibrahim Kataki telah berpatah arang dengan PAS? Apakah Tengku Li boleh menggunakan peluang ini dengan kerjasama Ibrahim Kataki, bagi mengkucarkacikan barisan pertahanan Pakatan Rakyat.
Sekarang ini Tengku Li berada di luar negara. Kalau jadi perkiraannya, sudah tentu satu sambutan besar-besaran akan diadakan bagi menyambut kepulangi beliau dan inilah peranan Ibrahim Kataki di Kelantan…
Tetapi jikalau Tengku Li menolak pelawaan UMNO, UMNo_APKO AKAN GILA SEPERA…. dan DUN Galas menjadikan pertarungan yang menarik diantara PAS dan Najib-Muhyiddin.. Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku nanti…