Ahad, 3 Oktober 2010

100 Ekor Beruk..!!!!

Petang tadi hadiri majlis rumah terbuka member di Sunway Kayangan, dalam riuh rendah hu..hua..hua.. sembang dengan member2, salah sorang member (bekas setiausaha politik Dato Zain ??? - orang kuat umnoapco kota damansara), buat satu cerita gempak...

Semua orang beri tumpuan kepadanya, katanya semalam Lim Guan Eng balik dari Australia di sambut oleh 100 ekor beruk..., masing2 pakat kutuk bertalu-talulah.... ha..ha..ha... gua dah agak dah... sah ada maksud tersirat, gua bertanya... betul ke bro... lu punya cerita ni..., dia kata betullllll... tak caya cari dalam internet (blog)..

Sebelum gua tulis n3 ni... gua tercari2 juga, maklumlah sejak dua tiga hari nih gua agak sibuk dan ketinggalan dengan dunia cyber nih.., update blog pun tak seperti kebiasaan...

Cari punya cari... akhirnya gua jumpa juga kat sini, perghhh... memang betullah cerita member gua tu...

Kini dia pun dah tak aktif lagi dengan politik, bosan dan buang masa katanya. Puak2 umnoapco nih.. semuanya gila kuasa dan tsunami duit dalam poket masing2, itu jer.. yang diorang tau.]
IkutSukaAku

Majistret Berumur 28 Tahun Dipenjara 6 Tahun & Denda RM40,000


Majistret dipenjara 6 tahun, denda RM40,000 kerana rasuah

KOTA BHARU: Seorang Majistret dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan berkaitan rasuah.

Mohd Firdaus Ramlan, 28, baru bertugas selama dua tahun sebagai Majistret di Mahkamah Kuala Krai dan Machang.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memperoleh rasuah berupa wang tunai RM3,000 daripada Md Shani Ishak di sebuah stesen minyak Esso, Machang, kira-kira 10.30 malam, 11 Oktober tahun lalu.

Wang suapan itu dikatakan diperoleh sebagai dorongan baginya melepaskan lelaki berkenaan daripada kesalahan jenayah yang dilakukan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

Bagi tuduhan kedua, Mohd Firdaus didakwa meminta rasuah RM5,000 daripada Md Shani di Bilik Majistret, Mahkamah Majistret Kuala Krai di sini, pada 6 Oktober tahun lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang juga boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa, dan Mohd Firdaus diwakili peguam Datuk Shukri Mohammed.

Bagi tuduhan pertama Mohd Firdaus dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000, dan jika tidak dibayar denda, beliau boleh dipenjarakan sehingga 12 bulan, manakala bagi pertuduhan kedua beliau dikenakan hukuman penjara tiga tahun, denda RM25,000, dan jika denda tidak dibayar beliau boleh dihukum penjara 18 bulan.

Hakim Sabariah Othman mengarahkan agar perintah penjara ditangguhkan sehingga Mahkamah Rayuan mendengar dan memutuskan rayuan.

Hukuman denda pula ditangguh tiga bulan dengan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin. - BERNAMA

Ulasan GB

Apa yang menarik di atas?

Umur majistret berkenaan. Baru 28 tahun. Dah berkhidmat selama 2 tahun. Bererti beliau telah menjawat jawatan majistret tatkala berumur 26 tahun.

Ini bererti juga bahawa di negara kita perlantikan majistret hanya bersandarkan kepada kelayakan di atas sijil. Tidak memperdulikan latabelakang dan pengalaman seseorang.

Untuk seseorang yang jawatannya begitu penting, adalah tidak menasabah samasekali untuk melantik seseorang sebagai majistret pada umur yang terlalu muda disamping belum mempunyai pengalaman yang mencukupi di dalam soal-soal kehakiman dan perundangan.

Saya turut merasakan seseorang majistret itu sepatutnya dilantik dari kalangan mereka yang lebih senior, contohnya 5 tahun di dalam perkhidmatan ke atas. latihan guaman selama beberapa tahun sepatutnya menjadi kriteria sebelum seseorang itu dilantik sebagai majistret.

Pemilihan Cabang Kuala Selangor Aman....

AMAN...Suasana tenang ketika Anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat pemilihan calon pemimpin semasa proses mengundi Pemilihan Pemimpin Cabang PKR Kuala Selangor di Shah Alam, Ahad.

Lagi YB tumbang di Bukit Gelugor

Sebanyak 18 cabang PKR di Selangor, Johor dan Sarawak akan menjadi yang terakhir mengadakan menyuarat agung tahunan dan pemilihannya bermula pagi ini.

Cabang-cabang itu, tujuh di Selangor, tiga di Johor dan lima di Sarawak dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Kedah dan Pulau Pinang.

Tumpuan hari ini sekitar Selangor - yang menyaksikan penyertaan tokoh-tokoh besar PKR bertanding jawatan tertinggi di peringkat cabang - melibatkan Gombak (Azmin Ali), Kuala Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim), Selayang (William Leong) dan Ampang (Zuraida Kamarudin).

Di Pulau Pinang, pertandingan di Bukit Gelugor antara kumpulan "Berjiwa Rakyat" pimpinan ADUN Batu Uban S Raveentharan dan kumpulan "Progresif" yang dipimpin bekas ADUN Datuk Keramat Lim Boo Chang.

Setakat semalam, berdasarkan keputusan yang berjaya diperoleh, kerusi tumpuan timbalan presiden menyaksikan Azmin Ali mendahului degan 93 pencalonan, Datuk Zaid Ibrahim 35, Mustafa Kamil Ayub 17, Tian Chua 5 dan Khalid Ibrahim sebanyak 4 pencalonan.

Berikut perkembangan semasa pencalonan PKR di seluruh negara:
7.31pm Bendahari PKR William Leong menang jawatan ketua cabang Selayang.

7.24pm Di Bukit Gelugor, difahamkam Raveentharan dan pasukanya "Berjiwa Rakyat" kalah teruk oleh gelombang "Progresif" yang dipimpin bekas ADUN Datok Keramat Lim Boo Chang.

5.02pm Peti undi untuk cabang Kuala Selangor ditutup pada jam 4 petang tadi, sekali gus bermakna proses pengiraan (kanan) sudah bermula.

Dalam pemelihihan cabang itu, sekurang-kurangnya 1,400 kertas undi dikeluarkan.

Ketua pengawas bagi pemilihan cabang ini Abdul Manaff Yusof ketika ditemui berkata, keputusan akan dapat diketahui lebih awal sekiranya calon untuk jawatan tertinggi bersetuju untuk membuka peti undi mereka terlebih dahulu.

"Ada yang mahu buka peti untuk jawatankuasa lebih dulu, untuk ketua cabang paling akhir sebab mereka mahu keputusan yang klimaks," katanya lagi.

4.08pm Khalid tolak pencalonan untuk bertanding jawatan timbalan presiden setelah dicadangkan oleh anggota cabangnya Kuala Selangor hari ini.

12.37pm Di Kuala Selangor, pusat pengundian untuk jawatankuasa cabang PKR sesak dengan anggota cabang yang berpusu-pusu memasuki kawasan pengundian di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Sejak tengahari, kira-kira 1,000 orang daripada 6,218 yang layak mengundi telah keluar mengundi.

Khalid yang juga menteri besar Selangor mempertahankan jawatan ketua dicabar bekas ketua penerangan AMK Selangor Mazli Saring.

Seorang lagi pencabarnya ialah M Thamilvaanan @ Muhammad Kamilvaanan Abdullah.

11.41am Keputusan rasmi untuk pemilihan Kelana Jaya semalam pertembungan sengit apabila aktivis kesatuan sekerja Syed Shahir Mohamud (penyandang) menang tipis untuk jawatan ketua dengan enam undi.

Syed Shahir mendapat 422 undi, manakala pencabarnya Razak Jalil mendapat 416 undi.

Manakala regunya ADUN Seri Setia menewaskan pencabarkanya Dr S Vigneswaran dengan hanya 22 undi. Beliau mendapat 423 manakala pencabarnya sebanya 409.

Pemilihan itu penuh warna-warni apabila penyokong Razak meraikan 'kemenangan' mereka lebih awal apabila kiraan baru undi mencecah 400, dakwa sumber yang rapat dengan regu Syed Shahir-Nik Nazmi.

Difahamkan juga terdapat puluhan orang memakai baju bertulis "I am a Trojan Horse (saya musuh dalam selimut), dipercayai menyindir kumpulan tertentu.

11.15am Pemilihan sudah bermula di Gombak. Manakalah mesyuarat agung tahunnya dijadual pada jam 2 petang ini.

Sebanyak 7320 ahli layak mengundi. Peraih undi pelbagai pihak masing-masing kelihatan sibuk mengedarkan 'chai' (senarai regu masing-masing).

10.45am Keadaan masih tenang di Hotel De Palma Ampang, tempat PKR Gombak melangsungkan mesyuarat agungnya. Kelihatan beberapa anggota parti mula mendaftar perlahan-lahan.

Terkini : Azmin 102, Zaid 38, Mus 17, Tian 5, Khalid 4

8.18pm Azmin Ali mendapat pencalonan ke-102 bagi bertanding jawatan timbalan presiden daripada cabang Ampang.

Untuk jawatan presiden, cabang itu mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Manakala untuk jawatan naib presiden, Ampang mencadangkan Abdullah Sani, Fuziah Salleh, Shamsul Iskandar Md Akin dan Yusmadi Yusoff.

Azmin Kekal Ketua Cabang Gombak


GOMBAK 3 OKT: Penyandang, Mohamed Azmin Ali secara rasmi diumum kekal sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Gombak apabila menewaskan Bakar Ninggal, dengan majoriti agak besar.
Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Gombak itu memperoleh 324 undi berbanding pencabarnya yang mendapat 60 undi pada persaingan kerusi berkenaan.

Bagi jawatan timbalan ketua, kerusi itu dimenangi Amiruddin Shaari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves apabila menerima 327 undi, menewaskan lawannya, Jamaluddin Abdul Karim (65 undi).
Pengiraan bagi kerusi naib ketua yang melibatkan pertandingan dua penjuru, sehingga jam 7.30 malam masih dijalankan.
Jafrien Muhammad pula menang tanpa bertanding bagi posisi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang manakala kerusi Ketua Wanita Keadilan cabang berkenaan, dimenangi Endok Sempo.

Jika Pas Ikhlas, Berikan Dun Galas Kepada Umno - Perkasa

"Jika Pas benar-benar ikhlas tentang soal perpaduan, Pas perlu memberi ruang kepada Umno untuk menang percuma dalam PRK N45 Galas. Pas tak perlu bertanding, jika ada calon bebas, Pas perlu menyokong BN dalam pilihanraya kecil tersebut, ini sebagai mengulas kenyataan Exco Pas Kelantan (Takiyuddin) yang melarang Umno bertanding demi perpaduan Melayu"

Pas mencadangkan supaya UMNO tidak meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, atas nama perpaduan orang Melayu.

"Ini kerana Pas sudah mempunyai 2/3 kerusi DUN dan jika BN menang sekali pun ia tidak memberi apa-apa makna atau perubahan kepada senario politik Kelantan, oleh itu demi perpaduan Melayu Nik Aziz perlu menasihatkan Pas supaya tidak bertanding."

" Sebelum ini Pas berjaya mempertahankan kerusi Manik Urai dengan majoriti 65 undi dan sampai sekarang Pas gagal membawa sebarang kemajuan kepada Manik Urai"

" Kini setelah 20 tahun memerintah, rakyat Kelantan mula terasa amat gelisah, Pas gagal menangani pelbagai masalah dalam negeri Kelantan.

Antaranya ialah krisis air yang semakin meruncing, isu pekerjaan yang menyebabkan anak Kelantan terpaksa berjirah keluar , Pas juga gagal membawa masuk pelaburan asing atau pelabur tempatan untuk mengembangkan ekonomi Kelantan. Mujurlah Kerajaan Persekutuan banyak membawa masuk pembangunan kepada negeri ini, tanpa kerajaan BN ekonomi Kelantan mati."

"Setakat hari ini, Pas hanya berjaya membawa masuk Tesco sahaja dan juga projek raksasa mereka iaitu Projek Ceramah Perdana yang tidak pernah henti sejak 20 tahun lalu."

" Pas Kelantan sebenarnya bijak menutup masalah-masalah dalaman dengan membawa isu nasional seperti royalti minyak untuk menutup isu air yang tak pernah berkesudahan. Isu-isu nasional yang selalu dimainkan oleh Pas Pusat telah berjaya menutup segala kelemahan, krisis dalama kepimpinan Pas Kelantan".

Demikianlah kenyataan Presiden Perkasa YB Dato Ibrahim Ali dalam sidang media di Taiping dalam majlis perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri Perkasa Daerah Taiping hari ini. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama Y.Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Dr. Haji Wan Mohd. Isa b. Dato' Seri Haji Wan Ahmad dan juga Dato Khalid Nasir bekas Adun Kamunting dan juga Presiden Kelab Veteran Umno Taiping.

Terkini : Azmin 101, Zaid 38, Mus 17, Tian 5, Khalid 4

7.26pm Azmin terus mendapat pencalonan, kali ini daripada Selayang dan Hulu Langat, menjadikan keseluruhan 101 pencalonan diterima.

Kedua-dua cabang itu mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Bagi cabang Selayang, untuk jawatan naib presiden, mereka mencalonkan Tian Chua, Fuziah Salleh, Lee Boon Chye dan Yahya Sahri.

Bagi cabang Hulu Langat pula, Xavier Jayakumar, S Manikavasagam, R Sivarasa dan Khalid Ibrahim untuk jawatan naib.

7.14pm
Azmin Ali pencalonan ke-99 bagi bertanding jawatan timbalan presiden daripada cabangnya sendiri di Gombak.

Untuk jawatan presiden, cabang itu mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Manakala untuk jawatan naib presiden, Gombak mencalonkan Dr Lee Boon Chye, Dr Xavier Jayakumar, Dr Mansor Othman dan Baru Bian.

Azmin juga mempertahankan jawatannya sebagai ketua cabang itu.
5.20pm Datuk Zaid Ibrahim mendapat pencalonan ke-38 bagi bertanding jawatan timbalan presiden daripada cabang Bukit Gelugor, Pulau Pinang.

Untuk jawatan presiden, cabang itu mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Manakala untuk jawatan naib presiden pula, Bukit Gelugor mencalonkan Azmin Ali; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; TKM Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
4.39pm Azmin Ali menerima pencalonan ke-98 bagi bertanding jawatan timbalan presiden daripada cabang Pontian.

Untuk jawatan presiden, cabang itu mencalonkan Datuk Zaid Ibrahim.
Ini bermakna beliau mendapat pencalonan ketiga untuk jawatan itu.

Manakala untuk jawatan naib presiden pula, mereka menamakan Mustaffa Kamil Ayub, Dr Lee Boon Chye, Fuziah Salleh dan Saiman Marzuki.
4.23pm Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim gagal mendapat pencalonan untuk kerusi timbalan presiden apabila cabang Kuala Selangor mencadangkan nama Datuk Seri Wan Azizah Ismai.

Cabang yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim itu juga mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden PKR.

Manakala untuk jawatan naib presiden pula, cabang itu mencalonkan Azmin, Khalid, Suresh Kumar dan Mustafa Kamil Ayub.

3.55pm
Azmin Ali mendapat pencalonan ke 97 untuk jawatan timbalan presiden daripada cabang Kulai.

Cabang itu turut mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti itu.

Bagi jawatan naib pula, empat calon yang dipilih ialah Setiausaha PKR Johor Saiman Marzuki, Tian Chua, S Manikavasagam dan Datuk Zaid Ibrahim.

3.46pm Di Gelang Patah, Datuk Zaid Ibrahim mendapat pencalonan yang ke-37 bagi bertanding jawatan timbalan presiden.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat pencalonan ke-14 untuk jawatan presiden.

Untuk jawatan naib presiden, cabang itu mencalonkan Shamsul Iskandar Md Akin, Fuziah Salleh, Datuk Dr Chua Jui Meng dan Nurul Izzah Anwar.

Perkembangan sebelum ini:
Naib presiden Azmin Ali dan ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim menambah pencalonan masing-masing untuk bertanding jawatan timbalan presiden November ini.

Azmin menambah tiga lagi pencalonan menjadi 96 manakala Zaid pula menambah satu lagi pencalonan kepada 36.

Ahli parlimen Gombak itu memperolehi pencalonan terbaru dari cabang Sungai Besar dan Serdang - kedua-duanya di Selangor - dan cabang Santubong, Sarawak.

Zaid mendapatkan pencalonan terbaru dari cabang PKR Tenggara, Johor.

Sebanyak 18 cabang PKR bermesyuarat hari ini - iaitu minggu terakhir pemilihan peringkat cabang dan pencalonan jawatan tertinggi pusat.

Seorang lagi calon, ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub, kekal dengan 17 pencalonan, ahli parlimen Batu Tian Chua (5) dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (4).

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendapat dua pencalonan, manakala ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masing-masing dengan satu pencalonan.

Port Dickson Bandar Angkatan Tentera Atau Bandar Maksiat?

TAUKE RESORT/KONDOMINIUM DAN PELAJAR POLITEKNIK PORT DICKSON/PELATIH JURURAWAT SANGAT KAMCING. BAGAIKAN AUR DENGAN TEBING

PROJEK usahasama ini sebenarnya telah lama menjadi bualan orang, terutama penduduk dan pekerja resort serta kodominium di tepi pantai Port Dickson. Projek melibatkan segelintir pelajar Politeknik Port Dickson/pelatih jururawat dan tauke tempat penginapan di pantai peranginan itu menjayakan musim penggalakan maksiat!


Setiap kali hujung minggu atau cuti semester, ada sahaja projek usahama termeterai! Banyaklah bilik yang sebahagian besarnya kosong, kembali penuh. Diskaun untuk menginap secara berpasangan, tanpa larangan datang melimpah ruah. Banyaklah pasangan terutama bermotosikal masuk kondominium yang sebahagian besarnya kelihatan seperti bangunan yang hidup segan mati tak mahu. Mereka datang berpasang-pasang, bermodalkan duit pinjaman masuk melampiaskan nafsu semahu-mahunya.

Ini bukan cerita fitnah untuk memburukkan institusi pengajian tinggi, apatah lagi untuk memburukkan anak bangsa sendiri. Minggu lalu, cerita 'rakan kongsi' ini terbongkar apabila seorang saudara lelaki menarik keluar adik perempuannya dari sebuah bilik di kondominium yang dihuni bersama teman lelakinya.

Desak punya desak, terbongkarlah cerita rupanya bukan adik perempuannya sahaja yang sering berbulan madu dengan teman lelakinya, tetapi banyak pasangan melibatkan pelajar institusi itu dengan pasangan lelaki yang telah bekerja duduk berenak-enak di kondominium itu.

Menurut cerita teman yang terlalu bengang itu, dia bertanyakan hal serupa kepada petugas yang menyewakan bilik di kondominium berkenaan. Alangkah terkejutnya dia apabila diberitahu memang perkara itu sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan pelajar.

Malah petugas itu mengakui pula tanpa segan silu yang perniagaannya banyak bergantung kepada kedatangan pelajar, terutama pada cuti hujung minggu atau permulaan cuti semester.

Modus operandi dalam projek usahasama menggalakkan maksiat itu rupanya jarang diketahui orang. Rupanya tauke kondominium tidak pernah mengambil tahu apa yang berlaku di bangunan itu. Sebaliknya banyak pihak berniaga dengan memajak beberapa bilik daripada tuan punya kondominium. Bilik-bilik yang dipajak itu kemudian disewa pula kepada pasangan, termasuk pelajar politeknik dan sebuah kolej jururawat berdekatan untuk dijadikan tempat pertemuan dengan pasangan masing-masing!

Berbalik kepada saudara lelaki seorang pelajar (kini telah berhenti) politeknik tadi. Dia ternyata amat berang kerana petugas yang berniaga menyewakan bilik di kondominium itu tidak langsung mempunyai tanggungjawab sosial, sebaliknya hanya mementingkan keuntungan.

Katanya, mereka sepatutnya menegur golongan muda terutama yang sedang belajar agar tidak menyewa bilik berkenaan. Sebaliknya, sikap mereka yang kadang-kala memberi diskaun termasuk memberi sewa mengikut jam amat tidak bertanggungjawab. Ia seolah-olah menggalakkan lagi pelajar yang mash muda hanyut dalam gejala sosial.

Selepas ini pihak berkuasa, terutama jabatan agama negeri itu mesti bertindak lebih tegas. Periksa bilik di semua kondominium yang dari luar nampak macam bangunan tidak bernyawa. Tapi di dalamnya ada yang sedang bersenyawa!

Projek usahasama di antara golongan muda dengan tauke/pemajak bilik kondominium ini untuk merancakkan lagi kadar maksiat di Port Dickson mesti dihentikan segera.

[Sumber]

Let's unite to counter BN lies, distortions in Galas, says Zaid


By Sam Lini

PETALING JAYA: PKR and DAP will have to keep aside their respective internal problems and work hard to ensure PAS retains the Galas state seat, said Pakatan Rakyat's coordinator Zaid Ibrahim today.
“It is important that we (PKR and DAP) help out PAS to ensure this seat remains in the hands of Pakatan,” he told FMT today.

He added that the three parties will have to put up a strong show together to counter Barisan Nasional/Umno's “campaign of lies and distortions”.

Both PKR and DAP are facing internal turmoil right now which is threatening to derail their respective attempts to strengthen their power base in order to topple BN from Putrajaya.

PKR, which is in the midst of holding its party elections, has been rocked by rifts in the party as a result of different camps fighting for posts. Even a senior leader like Zaid has been a victim of lies and personal attacks.

DAP meanwhile will hold its party polls in December but it also faces internal strife in both Selangor and Perak, involving its top national leaders.

The third member of Pakatan Rakyat, PAS, lost its state assemblyman in Galas, Che Hashim Sulaima, 48, last Monday.

Observers believe the contest there will be a tight race considering the volatile voting pattern. In 2004, Umno won the seat and in 2008, Che Hashim won with a thin majority of 646 votes when he received 4,399 votes against BN's Saufi Deraman who polled 3,753 votes.

While Umno has said that it would pit a local leader for the post, it nevertheless faces uncertainty over the choice of its elections director.

Although veteran leader Tengku Razaleigh Hamzah has been named by the party for the post, the Kelantan prince has not officially accepted the responsibility. Calls have also been made for Razaleigh to be named as Umno's candidate.

Razaleigh is the Gua Musang MP and Galas falls under this constituency. Two other state seats under the constituency are held by BN.

The Election Commission will meet on Oct 6 to determine the nomination and polling dates.

To visit Galas next week
“We realise that Razaleigh will be a big factor for BN in the by-election but we will have to be prepared to counter BN and Umno, not just Razaleigh,” said Zaid, who added that he will be making a visit to Galas next week.

He added that just like all by-elections faced by Pakatan partners, all big wigs from the three parties will hit the ground to campaign.

“I am sure PAS will pick a candidate who is best equipped to retain the seat. In order for us to keep the seat, all of us – all national and state leaders from PKR and DAP – must turun padang,” he said.

He also said that it was time to put aside differences among PKR leaders to ensure they work together to help PAS in the by-election.

“I have no issues with this. I have no problems with any party leaders. I can go for a ceramah in Galas with Anwar or Azmin, or with anyone else,” he said.

Both Zaid and vice-president Azmin Ali are facing off for the deputy president's post but party advisor Anwar Ibrahim has been accused of silently backing the latter to win the post.

Most of the senior leaders in the party have also thrown their support behind Azmin, causing many Zaid loyalists to claim the existance of a cartel to ensure Zaid's defeat.

Khalid Tolak Pencalonan Timbalan Presiden

KUALA SELANGOR 3 OKT: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak cadangan dari cabang pimpinannya untuk dicalonkan bagi persaingan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau sebaliknya berkata akan hanya membuat pengumuman mengenai jawatan yang bakal ditandinginya pada 5 Oktober ini.

“Untuk bertanding jawatan apa, saya akan umumkan pada 5 Oktober ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menjernihkan kekeliruan, beliau menyatakan menambah enggan menerima pencalonan timbalan presiden parti apabila mendapati Datuk Seri Wan Azizah turut dicalonkan bagi jawatan berkenaan.
"Datuk Seri Wan Azizah orang yang lama dalam perjuangan parti. Tapi kita tidak menolak untuk meraikan demokrasi di dalam parti untuk mencalonkan sesiapa," katanya tetapi menyatakan beliau tidak menolak pencalonan timbalan presiden dari cabang lain.
"Ini tak akan menyekat saya kalau saya nak bertanding timbalan presiden. Saya dah dapat lebih dua pencalonan (minimum)," kata Khalid lagi.
Pada mesyuarat, cabang berkenaan  mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden parti, sementara Datin Seri Wan Azizah sebagai Timbalan Presiden.

Bagi jawatan Naib Presiden, cabang itu mencalonkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor, Azmin Ali; Ketua Biro Latihan dan Antarabangsa, Mustafa Kamil Ayub,  Pengerusi Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.

Shamsul Iskandar Mohd Akin dicalonkan sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan dan Khairul Anuar Ahmad Zainudin sebagai Timbalan Ketua Ketua.

Proses pengundian bermula sejak  jam 10 pagi berjalan lancar dengan dihadiri lebih 2,000 ahli bagi memilih pimpinan cabang bagi sesi 2010-2013 di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

“Sehingga kini, tidak ada apa-apa kejadian yang tidak diingini. Dengan kehadiran ramai ahli, jelas menunjukkan PKR mendapat sokongan yang kuat di kawasan ini.

"Inilah buat pertama kalinya dalam sebuah negara di Malaysia bahkan di Asia, yang menjalankan pemilihan akar umbi pimpinan parti secara undi langsung." Katanya lagi.
.
Pegawai pemerhati dari Bandar Tun Razak, Osman Karim memaklumkan, proses pengiraan akan bermula selepas tempoh pengundian tamat jam 4 petang tadi.

Syed Shahir, Nik Nazmi beat Soh-Zaid faction for Kelana Jaya

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

It was a thrilling fight of near epic proportions at the much-watched Kelana Jaya PKR divisional election, with MTUC president Syed Shahir Mohamud and communications director Nik Nazmi Nik Ahmad winning by the skin of their teeth.

Kelana Jaya is a core division in Selangor, the jewel in the PKR crown. Both Syed Shahir and Nik Nazmi did well to stave off a stubborn attack from Abdul Razak Jalil and Dr S Vigneswaran, who teamed up against them for the posts of division chief and deputy chief respectively.

Syed Shahir
In the end, after recounts, Syed Shahir retained the Kelana Jaya chief post by 422 votes against Razak’s 416. Nik Nazmi took the deputy chief post with 423 votes against Vigneswaran’s 409.

But what happened at Kelana Jaya on Saturday was more than just an overly aggressive fight, marred by money politics. It symbolizes the challenge for control that is taking place at key divisions throughout the PKR network nationwide. Although PKR may still be in its infancy without the established structures of DAP and PAS, it is a desired brand name and not least because of its Reformasi platform that gave seed to the political tsunami of March 2008.

“What happened at Kelana Jaya Jaya shows how desperate the saboteurs are and how deeply they have infiltrated themselves into the party. It is time for Anwar Ibrahim to take drastic action. He is not just the PKR de-facto head but also the de-facto head of Pakatan Rakyat. If these guys manage to rampas or hijack PKR, the whole Pakatan structure is jeopardized. No need to wait for 13th GE, straightaway Umno-BN wins,” a Kelana Jaya division insider told Malaysia Chronicle.

When relations turn sour

He was referring to factions perceived to be aligned to the Soh Chee Wen-Zaid Ibrahim camp, which has been accused of trying to wrest control of the party at all costs. Zaid himself is locked in a bitter dogfight with vice president Azmin Ali for the PKR deputy presidency. But what initially appeared to be personal rivalry or a clash of personalities has turned out to be something more sinister and Zaid has expressed intention to go for the presidency itself.

Nik Nazmi
Zaid’s ambition could have been acceptable to members even though he has been in PKR for only slightly more than a year, but the methods he employed including enlisting the Umno-controlled media to hit back at his party and party mates have alienated them much more than he realizes.

And this was apparent in Kelana Jaya. Both Abdul Razak and Vignes are known to be part of the Soh-Zaid camp. In fact all four of them are former BN members. Abdul Razak was a former Umno MBPJ councillor when Soh was the Petaling Jaya BN chairman. Vigneswaran is an ex-MIC leader while Zaid was the former Umno Law minister.

Abdul Razak
Kelana Jaya MP Loh Gwo-Burne is also a part of their team. On Saturday, both Loh and Abdul Razak ferried in bus-loads of their supporters, who wore t-shirts stating 'I am a Trojan Horse' as a show of support for Zaid. But despite their co-ordination slicked by a rumored budget of RM300,000, they underestimated the loyalty of division members to Anwar, Syed Shahir and Nik Nazmi.

According to members who were present at the polls, when supporters of Abdul Razak and Gwo Burne realised that it would be a close call and not the “sure-win” they had expected, they tried to intimidate those who went over to the booths belonging to Syed and Nik.

When counting got underway, it soon became clear that the Syed–Nik team had made a clean sweep of the Youth, Women and division committee positions. The cliffhanger was of course the division chief's post and the counting of the ballots was intensely monitored by all sides.

When Abdul Razak reached 400 votes, he started to punch the air, fully confident that victory was his. Gwo Burne and his supporters even hoisted him in the air for a victory lap, but at the final count, it was Syed Shahir who beat him by two votes. A recount was then immediately ordered for both the No.1 and No.2 spots. This time, Syed Shahir beat Abdul Razak by 6 votes and Nik Nazmi beat Vignes by 14 votes.

“To an extent Anwar must accept responsibility because he took Soh and Zaid into PKR. I remember when we heard Soh was joining, there were a lot of objections because of his stock market scandals and his association with Daim Zainuddin. As for Zaid, there were concerns because he is very temperamental and everyone knows his biggest weakness is his big ego. Now both men have turned out not only to be blanks as far as PKR is concerned but even outright enemies of the party," the Kelana Jaya insider said.

"There is also a lot of talk about a third force. By all means, Zaid and Soh should form a new party if they have the political interest and they don’t want to return to BN. But they should not spoil their own chances with the public by creating trouble in PKR when it is obvious PKR members don't want them anymore."

Kelana Jaya members also nominated Dr Wan Azizah Wan Ismail for the presidency,Azmin Ali for the deputy presidency, and for the 4 vice-presidencies Tian Chua, Dr Xavier Jayakumar, Dr Mansor Othman and Mustaffa Kamil Ayub.

Gombak Calon Gandingan Wan Azizah-Azmin Sebulat Suara

GOMBAK 3 OKT: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali terus menambah pencalonan bagi persaingan kerusi timbalan presiden parti, apabila dicalonkan cabang pimpinannya sendiri.
Seperti Azmin, cabang berkenaan juga mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai presiden sebulat suara.
Bagi pencalonan kerusi naib presiden pula, cabang itu menamakan Dr Mansor Othman, Dr Lee Boon Chye, Baru Bian dan Dr Xavier Jeyakumar.

Di Cabang HULU SELANGOR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalon sebagai presiden manakala isterinya, Wan Azizah sebagai timbalan presiden
Bagi jawatan naib presiden pula, cabang itu mencalonkan Azmin, Khalid Ibrahim, Suresh Kumar dan Mustafa Kamil Ayub.

Aziz Bari: Usah 'Hukum' Usaha Pulih Demokrasi Parti

SHAH ALAM 3 OKT - Penganalisis politik, Profesor Aziz Bari berpendapat tidak adil bagi pihak tertentu untuk 'menghukum' Parti Keadilan Rakyat (PKR) semata-mata wujud masalah pada proses pemilihan peringkat cabang parti itu.

Menganggap ia sebagai perkara baik dalam memperkasa demokrasi kepada rakyat Malaysia, beliau berkata, sebarang masalah mahupun kelemahan adalah petunjuk kedudukan kuasa rakyat dipulihkan.

"Di mana-mana negarapun, (perkara) yang baru diperkenalkan akan berhadapan masalah tetapi saya harap pada masa depan, ia akan bertambah baik," katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Aziz mengulas paparan negatif media arus perdana memapar dan membesar-besar masalah pada proses pemilihan di beberapa cabang PKR walaupun 95 peratus cabang lain di seluruh negara, berjalan lancar.

Sebagai parti politik yang baru dan tidak memiliki prasarana lengkap, Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata,  rancangan pemilihan langsung harus dilihat sebagai langkah positif.

"Ini kali pertama pemimpin dipilih ahli parti secara terus. Kedua, kedudukan PKR itu dengan sendirinya terdedah pada sabotaj dan pendedahan media yang negatif. Malah, ramai ahli begitu teruja untuk menggunakan hak mereka.

"Kerana tidak ada pengalaman, maka kekecohan dan mungkin salah prosedur serta masalah lain berlaku. Ini perkara biasa," katanya.

Beliau berharap prosedur sistem pemilihan dapat diperbaiki pada masa depan supaya PKR mampu menerajui budaya politik baru dalam proses demokrasi di negara ini, dengan menghakis anasir asing baik dalam mahupun pihak luar.

"Saya rasa kalau prosedur sistem itu telus, mereka yang nak mensabotaj itu akan berasa malu dan menghentikan kerja mereka. Pada saya, sabotaj dibolehkan selagi sampai ke tahap jenayah," katanya.

Dimensi Tarbiah Amat Perlu Diperluaskan - GB


Tarbiah agenda paling penting jemaah Islam

MARANG, 3 Okt: Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010 berakhir hari ini dengan enam deklarasi.

Enam deklarasi itu disampaikan Timbalan Ketua DPPP, Azman Shapawi Abdul Rani, selaku pengarah program.

Deklarasi itu antaranya ialah DPPP bertekad untuk memperkasakan tarbiah di kalangan pemuda.

"Pemuda mesti memahami semua peringkat tarbiah dalam parti kerana tarbiah merupakan agenda yang paling penting dalam jemaah Islam," kata Azman di majlis penutup ijtima' di Masjid Rusila.

Majlis penutup disempurnakan oleh Ahli Parlimen Mesir dari Ikhwan Muslimin, Sheikh Al-Syed Abdul Mas’ud Mohamed Asqar.

DPPP turut bersetuju untuk mengukuhkan program usram sebagai asas kepada segala gerak kerja parti.

Selain itu, program ijtima' akan dijadikan sebagai program tahunan DPPP sebagai salah satu langkah untuk mengukuhkan tarbiah di kalangan pemuda di semua peringkat.

DPPP turut mengulangi pendirian mereka sebelum ini untuk memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan ulama yang merupakan tunjang kepada PAS yang memperjuangkan Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Menurut Azman juga, DPPP berazam untuk membina sahsiah dalam diri setiap pemuda dengan mendalami segala ilmu pengetahuan merangkumi ilmu dunia dan juga ilmu akhirat.

Selain itu, DPPP akan menjadikan tarbiah merentasi tanzim iaitu semua gerak kerja parti adalah berorentasikan tarbiah bagi mengukuhkan kekuatan dalaman setiap ahli.

Azman dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada semua pemuda dan pemudi yang berjaya menghadirkan diri sehingga ke akhir program berkenaan.

Kehadiran peserta yang mencecah 5,000 orang disifatkan sebagai kejayaan awal DPPP dalam memobilisasi seluruh pemuda ke setiap program dan gerak kerja.

"Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada peserta yang hadir dan istiqamah sehingga berakhirnya program.

"Kehadiran peserta ternyata melebihi jumlah yang kita sasarkan dan ini menunjukkan kejayaan awal DPPP dalam menganjurkan program sebegini," katanya.

Beliau turut memberitahu, ijtima' pemuda pada tahun hadapan akan diadakan di Pulau Melaka, Kelantan.



Ulasan GB

GB telah mengulas mengenai Ijtima' Tarbawi itu di SINI.

Persepsi negatif yang timbul dari segi jawatankuasa penganjur Ijtima' berkenaan berkisar kepada pimpinan yang dilihat dijemput hanya mereka yang dikaitkan dengan gagasan kerajaan perpaduan.

Itu Pemuda punya agenda. GB tak mahu sentuh. Ia perlu diperbaiki di masa muka sebelum nanti menjadi barah yang kronik menyerang jemaah.

Tetapi soal tarbiah yang diberikan penekanan di dalam Ijtima', izinkan GB untuk mengutarakan saranan supaya kurikulum tarbiah yang henk dilaksanakan benar-benar dapat melahirkan petugas yang mampu menggalas cita-cita perjuangan.

Selain daripada aktiviti-aktiviti konvensional seperti usrah yang di dalamnya terkandung pengisian seperti membaiki bacaan Al-quran, pemahaman kitab-kitab haraki, perbincangan isu semasa, namun bagi GB, ruang lingkup tarbiyah hendaklah dibuka dimensinya dengan mengambil-kira aspek fizikal selain dari aspek pembangunan rohaniah dan aqliah. Corak usrah yang dilakukan kini terlalu rigid dan terlalu semalam.

Maksud GB di sini ialah perlu diwujudkan aktiviti baru yang menjurus kepada pemupukan kerjasama, ketabahan, keyakinan diri, serta ketahanan mental dan fizikal.

Antara aktiviti yang GB maksudkan termasuklah seperti ’Flying Fox’ yang menghendaki para peserta menyeberangi arus sungai yang deras dengan menggunakan tali yang direntang.

Selain daripada itu, boleh diadakan aktiviti-aktiviti tahan lasak seperti berjalan di permukaan batu kerikil yang tajam, berenang di sungai, menuruni tebing batu yang curam, jungle tracking, compass marching, perlumabaan mengayuh perahu, memanjat tembok, pokok, persilata, tae kwan do dan seumpamanya.

Pemahaman terhadap undang-undang negara juga perlu dilakukan untuk mempastikan pemuda tahu apa yang boleh dan apa yang tidak wajar dilakukan di dalam konteks hidup bernegara. Satu sessi penerangan dan soal-jawab tentang dan bagaimana bertindak apabila berdepan dengan provokasi atau tatkala ditahan oleh pihak berkuasa.

Ini penting. Pemuda sering berdepan dengan tribulasi hebat tatkala menggalas perjuangan seperti di dalam menyertai demo dan seumpamanya. Mereka berdepan dengan tekanan, hambatan malah siksaan dari pihak yang telah diarah untuk melakukan kezaliman ke atas ahli dan pemimpin PR khususnya.

Tanpa keyakinan diri, tanpa kemantapan fizikal dan spiritual, kita khuatir para amilin ini akan menjadi seperti umat Islam di tragedi Tak Bai satu ketika dulu, diangkat dan dicampakkan ke atas lori pihak berkuasa dengan mayat bergelimpangan walaupun ilmu Al-Quran penuh di dada.

Ini sesuai dengan firmanullah:

Dan bersedialah untuk menghadapi mereka (musuh-musuh Islam) dengan segala jenis kekuatan yang termampu, daripada kuda-kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedangkan Allah mengetahuinya.. [Surah al-Anfal: 60]

Rasulullah bersabda, “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada mukmin yang lemah walaupundalam keduanya ada kebaikan”.

Selain daripada itu, pendedahan teknik dan teknik "perang baru" perlu diderikan penekanan seperti bagaimana berstrategi di dalam berblogging, konsentrasi isu, dan ketangkasan menangani serangan lawan dan sebagainya.

Muga Ijtima' Tarbawi memberhasilkan sesuatu yang lebih bermakna buat pemuda.

"Kami (Allah) ceritakan kisah mereka kepada engkau (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Rab (Tuhan) mereka, dan Kami (Allah) tambahkan kepada mereka petunjuk.

Dan Kami (Allah) telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri, lalu mereka berkata: "Rabbuna (Tuhan kami) adalah Rab (Tuhan) langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Rab (Tuhan) selain Dia (Allah), kerana jika demikian, sesungguhnya kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran".
Al-Kahf : 13-14

Kelana Jaya PKR polls: Abdul Razak's membership questioned

Abdul Razak
Malaysia Chronicle

In the aftermath of the bitterly-fought Kelana Jaya PKR divisional polls, questions have arisen as to the authenticity of the membership data of Abdul Razak Jalil, who had failed to wrest the division chief’s post from incumbent Syed Shahir Mohamud on Saturday.

According to PKR sources, the membership list at headquarters show Abdul Razak joined PKR in December 2007, but that could be impossible because Umno records show he was a still registered Umno member in 2009.

Not only that, in the March 2008 general election, Abdul Razak had also actively campaigned for BN - only switching sides after PKR won Kelana Jaya.

"All these happened during the tenure of of the previous secretary-general Salehuddin Hashim. And I think everyone knows the close relationship Salehuddin has with Soh Chee Wen," the Kelana Jaya source told Malaysia Chronicle.








The Soh Chee Wen-Zaid Ibrahim factor

Salehuddin, a former high-flying businessman, resigned from PKR earlier this year after falling out with de-facto head Anwar Ibrahim and Selangor Mentri Besar Khalid Ibrahim. Apparently, Salehuddin was unhappy because he was not given a high-salaried job at one of the business subsidiaries owned by the Selangor state government.

Salehuddin
Salehuddin is also believed to have been involved in brokering the defections of several PKR members to Umno or becoming BN-friendly lawmakers in Parliament. He appeared at their press conferences and joined them in castigating the party.

Among those who left PKR include former Penanti assemblyman Fairuz Khairuddin, Bayan Baru MP Zahrain Hashim, Kulim Bandar Bharu MP Zulkifli Noordin and Nibong Tebal MP Tan Tee Bang.

During his time in PKR, his close associate was controversial businessman Soh Chee Wen, who has also fallen out with Anwar. It is unclear if Soh is still a PKR member although many of his loyalists are still with the party. These include FT Chief Zaid Ibrahim and Sabah vice-president Jeffrey Kitingan.

Genuine or phantom members?

On Saturday, despite ferrying in bus-loads of supporters to vote for him, Abdul Razak lost to Syed Shahir, the MTUC president, by six votes.

Abdul Razak had previously claimed to have signed in 4,000 members. He teamed up with former MIC leader Dr S Vigneswaran to capitalize on the Indian vote against Nik Nazmi Nik Ahmad, who ran as Syed Shahir’s deputy. By comparison, Syed Shahir has only recruited into PKR 2,000-odd members.

Zaid
“This opens the question of how genuine are the 4,000 members Abdul Razak brought in. His camp has openly promised MP, ADUN and councilorship positions should they win. But the biggest joke is that his Umno membership was still active. In the end, we were told Abdul Razak had to beg Umno Kelana Jaya to release a letter stating that he had left the party,” the source said.

Indeed, this is not first case of discrepancy in membership data. Bukit Lanjan assemblywoman and Selangor state exco Elizabeth Wong lost to Lee Chin Cheh in a four-cornered fight for the Petaling Jaya Utara division chief’s post last weekend.

According to Eli, she has proof that Lee only transferred his membership to PJU in August, two months past the June deadline for eligibility. She has filed an appeal, claiming an “inside job”.

Suasana Hari Terbuka Pas Pusat 3 Okt. 2010

TG Nik Aziz, TG Hj. Hadi, Lim Kit Siang, Dato' Tuan Ibrahim dan Salahuddin menjamu selera.

Lim Guan Eng, Mustaffa Kamal, Subky Latif dan Teressa Kok juga kelihatan.

Persembahan Dikir Barat dari Jen Endoro

TG Presiden, Dato' Hasaan Ali dan Dato' Musttafa Ali.

TG Nik Aziz, TG Presiden dan pimpinan Pas Pusat melayani tetamu yang hadir.

Dun Galas : Pemuda Umno usaha ahli balik mengundi

Pergerakan Pemuda Umno akan memastikan lebih 1,000 ahlinya yang berdaftar sebagai pengundi di DUN Galas, Kelantan, pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil DUN itu nanti.

Pengerusi biro keahlian dan daftar pemilih Pemuda Umno Hisamudin Yahya berkata sekiranya semua ahlinya yang berada di luar Galas terutama di ibu negara dapat pulang mengundi, peluang calon BN untuk menang dalam pilihan raya kecil itu cerah.

"Dalam pilihan raya umum yang lepas, kerusi DUN Galas dimenangi calon PAS dengan majoriti undi sebanyak 646 undi sahaja.

"Mereka (PAS) hanya menang dengan jumlah undi yang cukup kecil sahaja dan sekiranya kita mampu memastikan kepulangan pengundi luar khasnya di kalangan Pemuda, pasti kerusi DUN Galas akan dapat dirampas kembali," katanya kepada pemberita selepas program ziarah Pemuda Umno bersama-sama penghuni Rumah Amal Nur Kasih Bestari di Bota Kanan di Parit hari ini.

Beliau berkata Pemuda Umno Bahagian Gua Musang telah diminta menyerahkan senarai nama anggota Pemuda yang berada di luar Galas terutama ibu negara untuk dikesan dan dihubungi oleh pihak biro.

"Selain memastikan mereka (anggota) dapat pulang untuk mengundi, seperti biasa kita juga akan menghantar sekumpulan petugas untuk membantu jentera pilihan raya di DUN Galas," katanya.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS Chek Hashim Sulaima, 46, pada 27 Sept lepas akibat barah usus.

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan bermesyuarat Rabu ini untuk menetapkan hari penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas.

- Bernama

Pemimpin DAP Perak ambil langkah ‘tutup mulut’ selesai krisis

October 03, 2010
Nga berkata keputusan mendiamkan diri ini disarankan oleh Lim Guan Eng. — gambar fail
IPOH, 3 Okt — Pemimpin-pemimpin DAP Perak mencapai persetujuan awal untuk mengambil pendirian menutup mulut berhubung krisis kepimpinan sementara menanti kepulangan timbalan pengerusi negeri, M. Kulasegaran yang kini berehat di Nepal. Kulasegaran dijangka pulang selepas seminggu.
Dalam kenyataan bersama pagi ini, Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan naibnya A. Sivanesan menekankan bahawa pergolakan kepimpinan negeri harus diselesaikan secara dalaman.
Kedua-dua mereka mendakwa keputusan itu dilontarkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika perbincangan dengan Ngeh.
“Lim, yang berada di luar negara kerana lawatan rasmi, bercakap dengan Ngeh sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (semalam).
“Kami bersetuju dengan saranan Lim bahawa perkara-perkara berkaitan dengan DAP Perak seharusnya ditangani secara dalaman,” kata kedua-dua mereka dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
“Oleh itu, kami tidak akan membuat sebarang kenyataan terbuka atau menjawab persoalan media mengenai isu ini,” kata Ngeh dan Sivanesan dalam kenyataan itu.
Mereka menambah bahawa pemimpin-pemimpin parti seharusnya menunggu kepulangan Kulasegaran dari Nepal sebelum membuat keputusan lanjut.
“Kami juga akan menunggu Lim memanggil satu mesyuarat, yang akan turut dihadiri (Penasihat DAP) Lim Kit Siang,” kata kedua-dua pemimpin itu.
Kulasegaran, Ahli Parlimen Ipoh Barat kini sedang mempertimbangkan semula ugutannya mahu melepaskan jawatan dalam DAP Perak ekoran permintaan rakan dan penyokongnya.
Kulasegaran membatalkan sidang media — yang dijadualkan pagi semalam untuk mendedahkan perkara-perkara yang membawa kepada keputusan mahu meninggalkan kepimpinan negeri parti.
“Ahli-ahli dan penyokong meminta saya mempertimbangkan semula pendirian saya ini. Saya akan berada (di luar negara) selama seminggu dan akan saya memaklumkan jika ada keperluan,” tambah Kulasegaran.
Pemimpin veteran ini, yang dilihat sebagai musuh ketat kepada dua sepupu dalam DAP Perak — Ngeh dan setiausaha Nga Kor Ming — kelihatan keluar daripada mesyuarat khas malam kelmarin susulan pertempuran mulut dengan kedua-dua mereka.
Menurut seorang ahli jawatankuasa yang menghadiri mesyuarat malam tadi, pertemuan itu dipanggil sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyatukan kedua-dua kumpulan Kulasegaran dan “Ngeh-Nga” yang bertelagah.
“Tetapi perbincangan perpaduan yang didakwa hanya cakap-cakap saja. Mereka (Ngeh-Nga) tidak pernah berpegang pada apa yang mereka cakap, janji-janji mereka,” katanya lagi.
Pemimpin itu menambah, perbincangan perpaduan tersebut yang digerakkan oleh pemimpin kedua-dua kumpulan bertujuan memastikan konvensyen dan pemilihan yang dijadual bulan depan berlangsung dengan lancar.
“Ada satu bentuk perjanjian agar kedua-dua pihak tidak cuba untuk menghabiskan satu sama lain... tetapi mereka  (Ngeh-Nga) terus-menerus memburuk-burukkan kami (puak Kulasegaran),” kata pemimpin itu.
Masalah antara Kulasegaran dan kedua-dua sepupu berkenaan bukan sesuatu yang baru, sebaliknya berterusan lama.

Kantoii..Jawapan Najib di Parlimen,Pemuda Umno Perlu Letak Muka Dalam Tong Taikk..!!

DAP pusat mencabar agar kesemua wakil rakyat Umno, di seluruh negara, dengan segera memulangkan elaun mereka terima kepada Perbendaharaan ekoran pendirian pihaknya mempertikaikan sumber dana wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dalam membuat gesaan ini hari ini berkata, kontroversi terbaru dicetuskan pemimpin-pemimpin politik Umno sejak kebelakangan ini menunjukkan sikap hipokrit dalam usaha mereka mahu kekal berkuasa.
Selain itu, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, kalau tidak kerana Pakatan Rakyat, pentadbiran Najib belum tentu akan menarik balik lesen perjudian sukan yang diberikan kepada Tan Sri Vincent Tan.
Pua menambah, Najib selaku Menteri Kewangan telah menjawab soalan Ahli Parlimen DAP dari Rasah Anthony Loke pada 9 Jun lalu bahawa kerajaan tidak membezakan antar cukai yang diterima daripada pelbagai sumber sama ada yang halal ataupun bukan halal.
Pua memetik jawapan yang diberikan Najib iaitu “untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan... bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam
Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.”
“Ini menunjukkan kesemua cukai yang dikutip dimasukkan ke dalam satu dana Akaun Wang Disatukan,” kata Pua.

Juragan : Sudah Terang Lagi Bersuluh...Kah3..pemuda Umno
perlu letak kepala kau orang dalam tong taikk untuk cover balikk..kuah3

Baha Zain tumbang presiden PENA

Selepas dua tahun menerajui Persatuan Penulis Nasional (PENA), sasterawan terkenal Datuk Baharuddin Zainal atau lebih dikenali sebagai Baha Zain tumbang ketika merebut jawatan nombor satu dalam mesyuarat agung NGO penulis terkemuka itu hari ini.


Tempat Baharuddin (kiri) sebagai presiden kini digantikan pensyarah pengajian media Universiti Malaya (UM) Mohamad Saleeh Rahamad yang memenangi kerusi itu dalam perlawanan satu lawan satu di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pagi tadi.

Berikut senarai penuh pemenang dalam pemilihan tahbunan PENA hari ini:

Presiden: Mohamad Saleeh Rahamad
Timbalan presiden: Amiruddin Ali
Setiausaha agung: Syed Mohd Zakir Syed Othman (SM Zakir)
Timbalan setiausaha agung: Shamsudin Othman
Bendahari: Rahimidin Zahari

Manakala ahli jawatankuasa yang terpilih pula seperti berikut: Dr Mohd Razali, M Lutfi Ishak, Ariff Mohamad, Dr Ibrahim Ghafar dan Raja Rajeswary Setharaman.

Pergolakan Dalam PKR Buka Mata Rakyat

KUALA TERENGGANU: Pergolakan yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama berhubung pemilihan dalam parti itu membuka mata rakyat mengenai perjuangan sebenar parti itu.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu berkata, rakyat dapat melihat apayang berlaku dalam PKR dan akhirnya menilai sendiri parti mana lebih baik untuk mereka.
"Sebab itu Umno perlu terus bekerja keras untuk rakyat dan memastikan parti keramat ini terus memenangi hati mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Marang dan Bahagian Kuala Nerus Empat Peringkat di sini, Ahad.
Sementara itu, Hishammuddin berkata beliau akan memastikan Umno Terengganu mengambil iktibar kekalahan pada Pilihan Raya Umum 1999 sehingga negeri itu jatuh ke tangan PAS dan mengelak ia daripada berulang.
Katanya, beliau akan turut mengadakan pertemuan dengan semua lapan bahagian di negeri itu untuk berbincang mengenai peranan dan cara membawa Umno Terengganu dalam konteks hubungan kaum, agenda Melayu dan kedudukan survival parti.
"Sudah sampai masa untuk kepimpinan turun ke bawah secara bersama untuk menemui rakyat dan bekerja untuk rakyat," ujarnya. - BERNAMA

Tarbiah agenda paling penting jemaah Islam

MARANG, 3 Okt: Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010 berakhir hari ini dengan enam deklarasi.
Enam deklarasi itu disampaikan Timbalan Ketua DPPP, Azman Shapawi Abdul Rani, selaku pengarah program.
Deklarasi itu antaranya ialah DPPP bertekad untuk memperkasakan tarbiah di kalangan pemuda.
"Pemuda mesti memahami semua peringkat tarbiah dalam parti kerana tarbiah merupakan agenda yang paling penting dalam jemaah Islam," kata Azman di majlis penutup ijtima' di Masjid Rusila.
Majlis penutup disempurnakan oleh Ahli Parlimen Mesir dari Ikhwan Muslimin, Sheikh Al-Syed Abdul Mas’ud Mohamed Asqar.
DPPP turut bersetuju untuk mengukuhkan program usram sebagai asas kepada segala gerak kerja parti.
Selain itu, program ijtima' akan dijadikan sebagai program tahunan DPPP sebagai salah satu langkah untuk mengukuhkan tarbiah di kalangan pemuda di semua peringkat.
DPPP turut mengulangi pendirian mereka sebelum ini untuk memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan ulama yang merupakan tunjang kepada PAS yang memperjuangkan Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.
Menurut Azman juga, DPPP berazam untuk membina sahsiah dalam diri setiap pemuda dengan mendalami segala ilmu pengetahuan merangkumi ilmu dunia dan juga ilmu akhirat.
Selain itu, DPPP akan menjadikan tarbiah merentasi tanzim iaitu semua gerak kerja parti adalah berorentasikan tarbiah bagi mengukuhkan kekuatan dalaman setiap ahli.
Azman dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada semua pemuda dan pemudi yang berjaya menghadirkan diri sehingga ke akhir program berkenaan.
Kehadiran peserta yang mencecah 5,000 orang disifatkan sebagai kejayaan awal DPPP dalam memobilisasi seluruh pemuda ke setiap program dan gerak kerja.
"Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada peserta yang hadir dan istiqamah sehingga berakhirnya program.
"Kehadiran peserta ternyata melebihi jumlah yang kita sasarkan dan ini menunjukkan kejayaan awal DPPP dalam menganjurkan program sebegini," katanya.
Beliau turut memberitahu, ijtima' pemuda pada tahun hadapan akan diadakan di Pulau Melaka, Kelantan.

MB Selangor: Jangan cerca lawan, kempen secara tertib

October 03, 2010
Khalid berkata penting bagi pemilihan PKR diadakan secara tertib supaya PKR menerima kepercayaan rakyat. — gambar fail 
 
KUALA SELANGOR, 3 Okt — Walaupun kecewa dengan insiden pergaduhan yang berlaku semasa proses pengiraan undi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Sabak Bernam malam tadi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan ia sebagai pengajaran berguna dalam menguruskan pemilihan parti pada masa akan datang.
Beliau berkata anggota parti mesti matang untuk menerima keputusan  pemilihan sama ada kalah atau menang dan ia ditentukan menerusi kertas undi.
“Dalam kempen juga, ia mesti dilakukan dengan tertib, tidak boleh  mencerca lawan sebaliknya berbincang bagaimana calon boleh meningkatkan  prestasi parti.
“Saya percaya kalau ini dilakukan sudah tentu rakyat memberi kepercayaan  kepada parti untuk menerajui mana-mana negeri atau negara,” kata beliau yang ditemui ketika meninjau proses pemilihan PKR cabang Kuala Selangor di Stadium Tertutup di sini hari ini.
Setakat pukul 12.30 tengah hari proses pemilihan masih berjalan dalam  keadaan aman dan lancar.
Ditanya kekecohan terbaru pada pemilihan PKR cabang Sabak Bernam, Khalid yang mempertahankan jawatan Ketua PKR Cabang Kuala Selangor enggan mengulas kerana ia adalah tanggung jawab Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).
“JPP telah dilantik untuk membuat laporan dan mencadangkan apa-apa  keputusan yang boleh diambil untuk menyelesaikan perkara ini.
“Ia  kemudian tertakluk kepada Jawatankuasa Politik Pusat untuk pelaksanaan seterusnya,” katanya.
Mengenai pencalonan di peringkat Majlis Pimpinan PKR Pusat (MPP) Ahad depan dan diikuti kempen untuk menentukan pemilihan pemimpin tertinggi parti selepas itu, Khalid berharap pemilihan dilakukan secara tertib dan kemas sebagai  contoh kepada masyarakat bahawa PKR dapat memilih pemimpin yang akan ditentukan oleh 400,000 anggota parti.
Beliau berkata Selangor adalah kawasan terpenting dalam pemilihan MPP  kerana ia mempunyai 100,000 orang keanggotaan.
“Ini bermakna lebih 25 peratus daripada pengundi adalah di Selangor dan sudah tentu mempunyai kuasa pemilihan yang besar berbanding 12 kawasan lain.
“Jadi, sudah tentu kita akan menghadapi satu kempen yang hebat di  Selangor,” katanya.
Pada pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor kali ini, Khalid dijangka ditentang dua bekas pemimpin PKR cabang iaitu bekas Ketua AMK, Mazli Saring dan bekas Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, selain seorang anggota biasa bekas guru, Muhammad Kamil Vaanan Abdullah.
Seramai 6,123 ahli PKR Cabang Kuala Selangor layak mengundi pada kali ini.

Kecoh Di Mesyuarat Pemilihan. Mampukah PKR Berbeza Dengan UMNO?


PKR Sabak Bernam kecoh, wartawan jadi sasaran

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Dua beranak dan dua wartawan termasuk seorang jurukamera diserang sekumpulan lelaki yang tidak dikenali semasa proses pengiraan undi pemilihan Parti Keadilan Rakyat cabang Sabak Bernam, Sabak Bernam malam tadi.

Dalam insiden bermula 8.15 malam tadi, sekumpulan lelaki dikatakan menyerang calon Timbalan Ketua Cabang Sabak Bernam, Abu Talib Bujang yang berada dalam Dewan Tun Razak, tetapi beliau dapat mengelak serangan itu.

Bagaimanapun anaknya Mohd Fadli, 24, yang ingin menyelamatkannya telah dihentak dengan kerusi di kepala, menurut isteri Abu Talib, Siti Zubaidah Husni yang turut menyaksikan kejadian itu.

Mohd Fadli dan Abu Talib dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam dengan ambulans, kata Siti Zubaidah yang juga Setiausaha Wanita Keadilan Sabak Bernam.

Dalam pada itu, beberapa penyokong parti itu bertindak ganas dengan menyerang dan cuba merampas kamera yang digunakan.

Menurut maklumat Sinar Harian, ketika proses pengiraan undi menyebabkan keadaan semakin huru-hara apabila sekumpulan penyokong parti itu yang hilang kawalan emosi bertindak memaki-hamun dan mengugut petugas media sebelum mengejar mereka.

Berikutan suasana tegang itu, wartawan Sinar Harian melarikan diri ke surau berhampiran kerana bimbang keselamatan dirinya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian, salah seorang jurugambar sebuah akhbar berada dalam dewan berkenaan sedang merakam suasana kekesohan berlaku ketika proses pengiraan undi sebelum beberapa penyokong parti itu menyerang dan cuba merampas kamera yang digunakan.

“Cuba untuk menyelamatkan kameranya, jurugambar berkenaan lari dan dikejar sekumpulan penyokong parti yang gagal mengawal emosi. Mereka hanya berjaya merampas ‘flash’ berharga RM1,500 dan merosakkannya dengan menghempas ke lantai,” katanya.

Laporan polis dibuat mangsa terdiri daripada jurugambar Kosmo dan wartawan Sinar Harian di Balai Polis Sabak Bernam pukul 9.40 malam kerana bimbang keselamatan mereka.

Difahamkan, keputusan pemilihan cabang berkenaan yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Ketua Cabang, Ketua Wanita Keadilan dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dibatalkan.

Bernama melaporkan tinjauan mendapati kerusi di dalam dewan berkenaan berada dalam keadaan tunggang langgang sementara tiga anggota polis dilihat mengawal dewan berkenaan.

Kekecohan dan pergaduhan turut berlaku semasa pemilihan Cabang PKR Kelana Jaya malam tadi di Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya di Seksyen 15.

Difahamkan laporan polis telah pun dibuat berhubung kejadian tersebut.

Kekecohan di cabang Kelana Jaya dipercayai timbul ekoran rasa tidak puas hati dengan keputusan rasmi pemilihan yang diumumkan sekitar 11 malam tadi memihak kepada barisan penyandang ketua cabang Syed Sharir Syed Mohamud.

Syed Sharir menang tipis dengan mengalahkan pencabarnya Razak Jalil dengan perbezaan enam undi. Razak memperoleh 416 undi manakala Syed Shahir mendapat 422 undi.

Bagi kerusi timbalan ketua cabang, Nik Nazmi Nik Ahmad memperoleh 423 manakala seorang lagi pesaing jawatan itu Dr S. Vigneswaran mendapat 409 undi.

Bagi jawatan naib ketua cabang itu gandingan Syed Sharir Keshminder Singh mengekalkan jawatannya dengan memperoleh 447 berbanding pencabarnya Zulkifli Abdullah menerima 396.

Nik Nazmi juga merupakan Pengarah Komunikasi PKR.

Barisan Syed Shahir-Nik Nazmi turut menang jawatan Angkatan Muda Keadilan, Wanita dan 14 dari 15 kerusi ahli jawatankuasa cabang.

Razak dikatakan telah meraikan kemenangannya apabila mendapati undi beliau mencecah 400 undi bersama-sama penyokongnya di pekarangan Dewan MPSJ SS15.

“Apabila kiraan pertama mendapati Syed Shahir menang dengan dua undi, pasukan Razak minta kiraan semula dan akhirnya Syed Shahir didapati menang dengan enam undi,” kata seorang pemimpin kepada The Malaysian Insider sebelum membawa kepada suasana kecoh kemudian.

Ulasan GB

Belum pun menjadi kerajaan pusat, mesyuarat PKR sana-sini sudah menunjukkan kekecohan yan begitu mencalarkan nama parti.

Jika sudah memerintah dan PKR mendominasi Pakatan Rakyat, bagaimanakah agaknya rupa mesyuarat pemilihan nanti?

Parti politik yang tidak menjadikan "pahala" dan "dosa" sebagai nilai perjuangan akan memudahkan para ahli terjebak di dalam kegelojohan merebut sangkar dunia. Maka kecoh sekecoh-kecohnya di dalam mana-mana pemilihan mengangkat ketua.

Jika hal demikian berlaku apa bezanya PR dengan BN?

Dengan sebabnya Allah menangguhkan perarakan PR ke Putrajaya.


Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan, maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam. (Surah An-Nisa : 172)

Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat Umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Dia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Dia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya). (Surah Al-Fath:27)

Pengiraan Kuala Selangor bermula

Sebanyak 18 cabang PKR di Selangor, Johor dan Sarawak akan menjadi yang terakhir mengadakan menyuarat agung tahunan dan pemilihannya bermula pagi ini.

Cabang-cabang itu, tujuh di Selangor, tiga di Johor dan lima di Sarawak dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Kedah dan Pulau Pinang.

Tumpuan hari ini sekitar Selangor - yang menyaksikan penyertaan tokoh-tokoh besar PKR bertanding jawatan tertinggi di peringkat cabang - melibatkan Gombak (Azmin Ali), Kuala Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim), Selayang (William Leong) dan Ampang (Zuraida Kamarudin).

Di Pulau Pinang, pertandingan dijangka sengit dijangka di Bukit Gelugor antara kumpulan "Berjiwa Rakyat" pimpinan ADUN Batu Uban S Raveentharan dan kumpulan "Progresif" yang dipimpin bekas ADUN Datok Keramat Lim Boo Chang.

Mesyuarat dijadual bermula pada jam 10 pagi manakala keputusan pemilihan pula dijangka diperoleh pada jam 6 petang ini.

Setakat semalam, berdasarkan keputusan yang berjaya diperoleh, kerusi tumpuan timbalan presiden menyaksikan Azmin Ali mendahului degan 93 pencalonan, Datuk Zaid Ibrahim 35, Mustafa Kamil Ayub 17, Tian Chua 5 dan Khalid Ibrahim sebanyak 4 pencalonan.

Berikut perkembangan semasa pencalonan PKR di seluruh negara:
5.02pm Peti undi untuk cabang Kuala Selangor ditutup pada jam 4 petang tadi, sekali gus bermakna proses pengiraan (kanan) sudah bermula.

Dalam pemelihihan cabang itu, sekurang-kurangnya 1,400 kertas undi dikeluarkan.

Ketua pengawas bagi pemilihan cabang ini Abdul Manaff Yusof ketika ditemui berkata, keputusan akan dapat diketahui lebih awal sekiranya calon untuk jawatan tertinggi bersetuju untuk membuka peti undi mereka terlebih dahulu.

"Ada yang mahu buka peti untuk jawatankuasa lebih dulu, untuk ketua cabang paling akhir sebab mereka mahu keputusan yang klimaks," katanya lagi.

4.08pm Khalid tolak pencalonan untuk bertanding jawatan timbalan presiden setelah dicadangkan oleh anggota cabangnya Kuala Selangor hari ini.

12.37pm Di Kuala Selangor, pusat pengundian untuk jawatankuasa cabang PKR sesak dengan anggota cabang yang berpusu-pusu memasuki kawasan pengundian di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Sejak tengahari, kira-kira 1,000 orang daripada 6,218 yang layak mengundi telah keluar mengundi.

Khalid yang juga menteri besar Selangor mempertahankan jawatan ketua dicabar bekas ketua penerangan AMK Selangor Mazli Saring.

Seorang lagi pencabarnya ialah M Thamilvaanan @ Muhammad Kamilvaanan Abdullah.

11.41am Keputusan rasmi untuk pemilihan Kelana Jaya semalam pertembungan sengit apabila aktivis kesatuan sekerja Syed Shahir Mohamud (penyandang) menang tipis untuk jawatan ketua dengan enam undi.

Syed Shahir mendapat 422 undi, manakala pencabarnya Razak Jalil mendapat 416 undi.

Manakala regunya ADUN Seri Setia menewaskan pencabarkanya Dr S Vigneswaran dengan hanya 22 undi. Beliau mendapat 423 manakala pencabarnya sebanya 409.

Pemilihan itu penuh warna-warni apabila penyokong Razak meraikan 'kemenangan' mereka lebih awal apabila kiraan baru undi mencecah 400, dakwa sumber yang rapat dengan regu Syed Shahir-Nik Nazmi.

Difahamkan juga terdapat puluhan orang memakai baju bertulis "I am a Trojan Horse (saya musuh dalam selimut), dipercayai menyindir kumpulan tertentu.

11.15am Pemilihan sudah bermula di Gombak. Manakalah mesyuarat agung tahunnya dijadual pada jam 2 petang ini.

Sebanyak 7320 ahli layak mengundi. Peraih undi pelbagai pihak masing-masing kelihatan sibuk mengedarkan 'chai' (senarai regu masing-masing).

10.45am Keadaan masih tenang di Hotel De Palma Ampang, tempat PKR Gombak melangsungkan mesyuarat agungnya. Kelihatan beberapa anggota parti mula mendaftar perlahan-lahan.

Khalid: Kecoh jadi pengajaran pada PKR

Walaupun kecewa dengan insiden pergaduhan yang berlaku semasa proses pengiraan undi pemilihan PKR cabang Sabak Bernam malam tadi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan ia sebagai pengajaran berguna dalam menguruskan pemilihan parti pada masa akan datang.

Beliau berkata anggota parti mesti matang untuk menerima keputusan pemilihan sama ada kalah atau menang dan ia ditentukan menerusi kertas undi.

"Dalam kempen juga, ia mesti dilakukan dengan tertib, tidak boleh mencerca lawan sebaliknya berbincang bagaimana calon boleh meningkatkan prestasi parti.

"Saya percaya kalau ini dilakukan sudah tentu rakyat memberi kepercayaan kepada parti untuk menerajui mana-mana negeri atau negara," katanya yang ditemui ketika meninjau proses pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor di Stadium Tertutup, di Kuala Selangor hari ini.

Setakat pukul 12.30 tengah hari proses pemilihan masih berjalan dalam keadaan aman dan lancar.

Ditanya kekecohan terbaru pada pemilihan PKR Cabang Sabak Bernam, Abdul Khalid yang mempertahankan jawatan Ketua PKR Cabang Kuala Selangor enggan mengulas kerana ia adalah tanggung jawab Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

"JPP telah dilantik untuk membuat laporan dan mencadangkan apa-apa keputusan yang boleh diambil untuk menyelesaikan perkara ini. Ia kemudian tertakluk kepada Jawatankuasa Politik Pusat untuk pelaksanaan seterusnya," katanya.

Mengenai pencalonan di peringkat Majlis Pimpinan PKR Pusat (MPP) Ahad depan dan diikuti kempen untuk menentukan pemilihan pemimpin tertinggi parti selepas itu, Abdul Khalid berharap pemilihan dilakukan secara tertib dan kemas sebagai contoh kepada masyarakat bahawa PKR dapat memilih pemimpin yang akan ditentukan oleh 400,000 anggota parti.

Beliau berkata Selangor adalah kawasan terpenting dalam pemilihan MPP kerana ia mempunyai 100,000 orang keanggotaan.

"Ini bermakna lebih 25 peratus daripada pengundi adalah di Selangor dan sudah tentu mempunyai kuasa pemilihan yang besar berbanding 12 kawasan lain.

"Jadi, sudah tentu kita akan menghadapi satu kempen yang hebat di Selangor," katanya.

Pada pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor kali ini, Abdul Khalid dijangka ditentang dua bekas pemimpin PKR cabang iaitu bekas Ketua AMK, Mazli Saring dan bekas Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, selain seorang anggota biasa bekas guru, Muhammad Kamil Vaanan Abdullah.

Seramai 6,123 ahli PKR Cabang Kuala Selangor layak mengundi pada kali ini.

--Bernama

Khalid: Saya tidak tolak sepenuhnya timbalan

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau menolak pencalonan untuk jawatan timbalan presiden daripada cabangnya kerana mendapati Datuk Seri Wan Azizah Ismail turut dinamakan untuk jawatan itu.

Khalid yang juga bekas pengerusi PKR Selangor berkata, beliau telah meminta supaya cabangnya Kuala Selangor mencadangkan Wan Azizah sebagai presiden tetapi sebaliknya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dipilih.

"Bila terdapat pertandingan antara Wan Azizah dan saya, saya rasa Azizah lebih lama lebih pengalaman," katanya Khalid (kanan).

Tambahnya, keputusan itu tidak bermakna beliau menolak sepenuhnya pencalonan sebagai timbalan presiden.

"Saya nak tunjukkan, baguslah parti namakan Wan Azizah, tapi ini tak akan menyekat saya kalau saya nak bertanding timbalan presiden. Saya dah dapat lebih dua pencalonan (minimum)," katanya lagi.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Selangor hari ini, Khalid berkata, beliau akan memutuskan pada 5 Oktober ini sama ada akan bertanding untuk jawatan tersebut atau tidak.

Setakat berita ini ditulis, Khalid kini telah mendapat empat pencalonan untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu, di belakang Azmin Ali (98), Datuk Zaid Ibrahim (37), Mustaffa Kamil Ayub (17) dan Tian Chua (5).

Dalam perkembangan berkaitan, ketika peti undi ditutup pada jam 4 petang tadi, sekurang-kurangnya 1,400 kertas undi dikeluarkan. Cabang itu mempunyai 6,218 pengundi.

Untuk pertandingan di peringkat cabang, Khalid ditentang bekas ketua penerangan AMK Selangor Mazli Saring.

Amacam Bung! Tayanglah Yang Pertama Juga


Bung timbul lagi. Bung timbul kerana menafikan Bung menceraikan isteri pertamanya, dan Bung menganggap ia sebagai khabar angin kosong sahaja. Ek-ele, siapa buat cerita begini, kalau bercerai-bercerai hangpa nombor wahid. Tak tahulah kalau Bung tidak bercakap benar.

Walaupun Bung mendapat pucuk baru, Bung masih lagi setia dengan yang lama. Orang yang membuat cerita begini kena kasihankan juga isteri pertama Bung. Makan hati berulam jantung dia nanti. Zizie juga berkata hubungan dengan kakak madunya itu tiada sebarang masalah. Walaupun saling jeling-menjeling, itu perkara biasalah.

Sejak-sejak kahwin juga Zizie dapat membuka syarikat pernibatan sendiri iaitu 2121 Vision Pictures, dia akan menjadi penerbit drama atau filem. Syukurlah, abang Bung kan berduit.

Bung dan Zizie juga masih berpeluh-peluh untuk mendapatkan cahaya mata. Harap-harapnya dapat cepatlah ek! Cuma yang tak seronoknya Bung tak pernah pula menayangkan isteri pertamanya, asyik-asyik Zizie sahaja, kasihan Nor Asidah Alimuddin.


Sumber :
mStar Online

UMNO jangan ludah ke langit

JELUTONG- UMNO dinasihatkan supaya tidak meludah ke langit yang akhirnya akan jatuh ke muka sendiri berhubung tuduhan bahawa wang yang diberikan kepada penduduk miskin di Pulau Pinang adalah daripada hasil judi.

Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamarudin berkata, UMNO sepatutnya menyedari kekurangan diri yang setelah 51 tahun menguasai Pulau Pinang, mereka dilihat gagal menjaga dan menghargai warga emas di negeri itu.

“Sudahlah gagal menjalankan amanah rakyat dengan baik, mereka juga terus menerus membebankan rakyat dengan palbagai cukai dan kos kehidupan yang tinggi. Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng melaksanakan satu program yang tidak pernah difikirkan UMNO, ianya seolah-olah memberi satu tamparan hebat kepada mereka.

“Mereka sedar dengan pelbagai program yang dilaksanakan PR akan menguburkan impian mereka untuk merampas semula Pulau Pinang. Oleh itu, mereka terus mencari jalan menfitnah dan mengelirukan rakyat negeri ini terutama orang Melayu agar terus membenci PR,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sudah mendapat penjelasan daripada Exco Alam Sekitar, Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh bahawa Kerajaan Negeri masih menyimpan RM2.4 juta wang peruntukan untuk Rakan Anti Kemiskinan (RAK) tanpa menggangu peruntukan untuk Program Penghargaan Warga Emas.

“Perkara itu turut diperkuatkan dengan penjelasan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus yang mengatakan wang sumbangan RM2 juta dari Penang Turf Club itu tidak akan disalurkan kepada umat Islam dalam program RAK.

“Oleh itu, PKR Cabang Jelutong mencabar UMNO mendedahkan dengan cara apa Kerajaan Pusat membelanjakan wang hasil kutipan cukai judi daripada Magnum, Sports Toto, minuman keras, kasino dan sebagainya,” katanya.

Khairil berkata, rakyat jangan terpedaya dan terpengaruh dengan fitnah yang dimainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).