Jumaat, 1 Oktober 2010

Pemuda Gua Musang sokong Ku Li calon Galas

Pemuda Umno bahagian Gua Musang menyokong cadangan supaya ahli parlimennya, Tengku Razaleigh Hamzah diletakkan sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Ketuanya, Bazlan Baharuddin berkata, pemilihan Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li, amat sesuai kerana beliau mempunyai penyokong yang ramai di kawasan tersebut.

Galas adalah antara tiga DUN dalam Parlimen Gua Musang yang diwakili Ku Li yang ketua Umno berkenaan. Dua lagi ialah Nenggiri dan Paloh yang dimenangi oleh BN.

Cadangan tersebut dibuat oleh ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang percaya Ku Li tokoh yang sesuai dengan keadaan politik semasa untuk memulihkan DUN Galas dan keyakinan rakyat kawasan itu kepada BN.

Anuar dilaporkan berkata, berdasarkan keupayaan Ku Li menjadi ahli parlimen Gua Musang selama lebih 30 tahun, cadangan itu wajar difikirkan oleh pucuk pimpinan parti demi masa depan rakyat Gua Musang dan Kelantan amnya.
Semalam, BN melantik Ku Li (kanan) ilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil tersebut yang bakal diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya dari PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, kerana barah usus, 27 September lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008, allahyarham memperoleh 4,399 undi menewaskan Mohamad Saufi Deraman dari BN dengan majoriti 646 undi.

Mohd Saufi memperolehi 3,753 undi. Dun Galas mempunyai komposisi kaum dengan majoriti Melayu seramai 6,200, Cina (1,900), India (170) dan Orang Asal (2,000).
Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan PAS tentang Ku Li, Bazlan berkata, parti itu bertindak demikian kerana 'gelabah' dan takut dengan keupayaan Ku Li rampas semula kerusi tersebut dari PAS.

"Ku Li lebih arif tentang kawasannya. PAS hanya main sentimen sahaja. Mereka takut dengan keupayaan Ku Li merampas kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau juga menyifatkan tindakan PAS memainka isu royalti minyak "sebagai mendahului keputusan mahkamah".

Kerajaan negeri Kelantan, dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, telah memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.

Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan.

“Kesinambungan Perjuangan” - Tema Mustafa Kamil

Mustaffa Kamil Ayub mengumumkan keputusan bertanding jawatan timbalan presiden PKR pada sidang media petang ini.

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub dengan meletakkan tema “Kesinambungan Perjuangan”, hari ini secara rasmi menawarkan diri bertanding kerusi timbalan presiden parti itu. Dengan keputusan itu pemilihan jawatan nombor dua PKR akan menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Azmin Ali, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa.
“Saya dengan rasa rendah diri menawarkan diri untuk kerusi timbalan presiden,” kata beliau pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di sini petang ini.
“Saya yakin, kesinambungan perjuangan perlu untuk meneruskan sumbangan yang bagi saya cukup besar oleh timbalan presiden Senator Dr Syed Husin Ali.
“Saya berharap anggota-anggota parti boleh membantu saya memperkukuh kepimpinan parti bersama Saudara Anwar dan Dr Wan Azizah,” katanya lagi.
Dari segi pencalonan, Azmin dan Zaid berada di depan berbanding Mustaffa.
Mustaffa mempunyai 23 pencalonan setakat sementara 34 cabang akan mengadakan mesyuarat tahunan esok dan luas - pusingan terakhir daripada tiga minggu.
Pemilihan pucuk kepimpinan akan bermula secara berperingkat mulai minggu ketiga dan keputusan akan diumumkan pada Kongres PKR November ini.
Mengenai pencalonan, Mustaffa berkata mengakui dua calon lain di depan, tetapi menjelaskan beliau yakin dengan kebijaksanaan ahli-ahli membuat pengundian terbaik.
“Bercakap mengenai pencalonan, pada tahun 2007 saya menduduki tempat keenam dari segi pencalonan tetapi dari segi undi terbanyak, saya muncul tempat ketiga.
“Jadi percaya pada kebijaksanaan pengundi dalam membuat keputusan. Saya kalah di Pasir Salak, tetapi mendapat pencalonan untuk jawatan timbalan presiden,” kata yang beliau yang pernah tewas dalam pemilihan jawatan timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan PKR pada 2001.
“Saya tahu mereka ada kekuatan, mereka juga kelemahan. Saya pun ada kekuatan dan saya pun ada kelemahan. Saya yakin ahli-ahli akan membuat keputusan yang bijak,” katanya lagi.
Pada 2004 beliau memenangi pemilihan jawatan naib presiden dan dikekalkan tiga tahun lalu.
Mustaffa Kamil Ayub
Mustaffa, 48, berkata beliau akan mengunjungi Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Syed Husin petang ini untuk menyatakan secara peribadi keputusannya mahu bertanding jawatan timbalan presiden. Ditanya ada beliau akan berusaha mendapat sokongan kumpulan Syed Husin, Mustaffa secara berseloroh berkata, “saya mahukan sokongan beliau, sokongan semua pemimpin dan ahli parti.”
Beliau menemui kedua-dua mereka selepas sidang media yang turut dihadiri sekitar 200 penyokongnya yang turut melaungkan “lawan tetap lawan” dan “Hidup Mustaffa, Hidup PKR.”
Mustaffa yang tewas pemilihan ketua bahagian Pasir Salak minggu lalu berkata, dalam kempen kali ini beliau tidak mahu bertanding atas semangat “berpuak”.
“Saya ajak semua kita angkat politik nilai, saya pohon teman-teman dalam parti, bantu saya untuk sama-sama kita angkat nilai moderat, inklusif, sederhana, kasih sayang, perpaduan parti, semak dan imbang dalam parti sempena pemilihan kali ini,” katanya lagi.
Pengerusi PKR Perak ini berkata sekiranya diberikan amanah memikul jawatan timbalan presiden beliau akan memperkukuhkan politik ini sebagai satu kesinambungan perjuangan PKR.
Ketika ditanya sama ada kemungkinan akan berkompromi dan menarik diri daripada bertanding kelak, Mustaffa berkata, keputusannya hari ini adalah muktamad.
“Tidak tidak... ini keputusan muktamad, saya tidak akan tarik diri,” katanya lagi.
Mustaffa juga berkata sebagai calon beliau tidak menolak kemungkinan juga Umno akan “jadikan lagi beg tinju untuk mencalar imej parti masa depan ini.”
“Tetapi saya yakin PKR dan kematangan kita mampu menangani semua cabaran ini,” katanya lagi.

'Politik nilai' cagaran Mustafa Kamil

Seorang lagi calon timbalan presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub melancarkan manifestonya dengan menggariskan empat misi utama, antara lain mahu menyemarakkan politik baru berteraskan prinsip nilai, khidmat serta amanah.


Dalam manifesto (kiri) yang diedarkan bermula hari ini, Mustafa berhasrat memantapkan ruang demokrasi dalam PKR dengan mengetengahkan suara anak muda, wanita dan "suara-suara terpinggir".

Manifesto tersebut diedarkan kepada media dan penyokongnya petang ini di Kelab Sultan Sulaiman sempena pengumuman beliau untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden.

Kira-kira 50 penyokongnya dari seluruh negara - terutamanya daripada kubu kuatnya di Perak - hadir memberi sokongan terhadap kepimpinannya.

Setakat 159 cabang yang telah mengadakan mesyuarat, Mustaffa Kamil - kini naib presiden PKR - memperolehi 16 pencalonan untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Dua lagi tokoh - yang kini mendahului pencalonan - Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim masing-masing memperolehi 90 dan 33 pencalonan.

Dalam manifesto itu juga, Mustaffa Kamil juga mahu memastikan kesinambungan PKR agar bertambah kuat, imej yang meyakinkan serta menjadi wadah politik masa depan negara.

Beliau berjanji mahu memasyarakatkan proses pendidikan, latihan dan tarbiah dalam parti di semua peringkat agar melahirkan ahli dan pemimpin yang berhemah, profesional dan berbudaya ilmu.

Sementara itu, dalam sidang medianya Mustaffa yakin manifestonya dapat diterima oleh ahli dan yakin bahawa "politik nilai" dapat diketengahkan dalam parti.

Katanya, sebagai pengerusi Akademi Keadilan, pihaknya sedang melahirkan kira-kira 2,000 ahli dari akademi tersebut yang menekankan mengenai politik nilai dan tadbir urus yang baik.

"Sepanjang satu tahun saya memimpin akademi itu, mereka dalam proses kepimpinan dan ada sinaran harapan baru. Saya yakin bahawa politik nilai (dapat) diketengahkan," katanya.

Mustaffa Kamil mendakwa rakyat sudah muak dengan politik perkauman, mengadu domba dan politik wang.

DUN Galas: Ku Li terima lantikan pengarah jentera pilihan raya

October 01, 2010

Tengku Razaleigh Hamzah
KUALA LUMPUR, 1 Okt — Umno Gua Musang berkata Tengku Razaleigh Hamzah telah menerima pelantikannya sebagai pengarah pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dikatakan telah menerima panggilan daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan perkara tersebut.
“Beliau (Tengku Razaleigh) telah dimaklumkan akan pelantikan ini dan telah menerima jawatan tersebut.
“Beliau sendiri yang menghubungi saya dan memaklumkan Timbalan Perdana Menteri menghubunginya tentang pelantikan tersebut dan menerimanya,” kata Timbalan Ketua Umno Gua Musang Mat Yusoff Abdul Ghani ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Menurut Mat Yusoff, pelantikan Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN Galas adalah satu keputusan luar biasa dibuat parti.
“Parti membuat satu keputusan luar biasa dengan melantik Tengku Razaleigh kerana sebelum ini biasanya Timbalan Perdana Menteri yang akan menjadi pengarah pilihan raya.
“Dalam mesyuarat sebelum ini kita mencadangkan agar Tengku Razaleigh dilantik sebagai pengarah pilihan raya. Parti setuju tapi dengan syarat Tengku Razaleigh setuju.
“Dalam perbualan bersama Tengku Razaleigh baru-baru ini, beliau telah mengarahkan supaya Umno Bahagian (Gua Musang) untuk bersiap sedia dan membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihan raya kecil kerusi DUN Galas,” katanya.
Mat Yusoff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri berkata Umno Bahagian Gua Musang yakin akan memenangi semula kerusi tersebut yang sebelum ini dimenangi PAS.
“Kita yakin untuk menang di sini (Galas), lagipun ini memang kubu kuat Umno-BN cuma dalam pilihan raya lepas kita hanya bagi pinjam sahaja kepada PAS.
“Tetapi kali ini kita akan rampas balik kerusi Galas dan dengan persiapan rapi yang dibuat sebelum ini kita boleh menang,” katanya.
Kelmarin, Muhyiddin mengumumkan bahawa Tengku Razaleigh telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya Umno-BN di Galas.
Ia salah satu kerusi DUN dalam bahagian Parlimen yang diterajui Tengku Razaleigh.
Muhyiddin berkata keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno. Pengerusi Perhubungan Umno negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pula dilantik timbalan pengarah dengan dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat.
Muhyiddin berkata, beliau yakin dengan kepimpinan Razaleigh yang amat berpengalaman, berpengaruh lagi amat dihormati pengundi di DUN Galas.
Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat barah usus, Isnin lalu. Kekosongan kerusi itu membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008.
DUN Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam pilihan raya lalu Che Hashim berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.
Tambah Mat Yusoff, pelantikan Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya kecil merupakan satu kelebihan kepada Umno untuk merampas semula DUN Galas.
“Beliau (Tengku Razaleigh) memang dikenali di sini (Gua Musang), boleh dikatakan beliau dan Gua Musang sudah sinonim.
“Jadi dengan pelantikan ini ia merupakan satu kelebihan kepada kita untuk menang,” katanya.

In accusing Azmin, Zaid reveals his own cartel

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

PKR vice president Dr Lee Boon Chye denies the existence of an “Azmin cartel” but pointed out that his accusers have shown themselves to be part of one.

“There is no such Azmin cartel but there seems to a Zaid cartel with Jeffrey Kitingan, Gobalakrishan and Manickavasagam,” Boon Chye told Malaysia Chronicle.

“What needed to be highlighted to all members has been highlighted. It is now for them judge for themselves who is true and who is not. The results will show.”

The Zaid-Jeffrey Kitingan-John Soh cartel

Boon Chye had in his capacity as the PKR vice president issued a statement on Thursday to tick off FT Chief Zaid Ibrahim for badmouthing the party in the press including the Umno-owned newspapers.

Indeed, many PKR members have been shocked by Zaid's petulant and divisive campaigning methods. They had expected a steadier hand, not the barrage of loose canons that the former Umno leader has shot out so far.

There has also been widespread alarm among many members that he and his cohorts, Sabah chief Jeffrey Kitingan and businessman John Soh Chee Wen, were trying to 'hijack' the party because this is the first time it is holding direct elections.

Last month, Transparency International warned of money politics, which could be used by unsatisfactory people to buy their way into positions of power at PKR. And at the meetings held last weekend, the ruckus caused by saboteurs at several divisions lent credence to these suspicions.

In the past week, the party grapevine has been abuzz with all sorts of speculation as to which supreme council or divisional leader had been "bought over" and by whom.

Nonetheless, secretary-general Saifuddin Nasution has confirmed he has not received any complaints so far but warned the party would be keeping a close watch.

“I want to make it very, very clear. There have been a lot of accusations of money politics but until I get a black-and-white, I won’t act on it. In the meantime, let me warn all candidates and their supporters, don’t cause trouble because we are watching and we will be strict,” Saifuddin told Malaysia Chronicle.

“I also wish to add that there is no such thing as an Azmin cartel. If there is, then there is also a Zaid cartel. The fact is in any political contest, there will be supporters and people who hope to gain. That’s fine. The fact that Dr Lee can issue a statement and Zaid’s team can issue a rebuttal shows democracy is at work in PKR. If there is not, either Azmin or Zaid would have been stopped from contesting already. But has this happened? So think carefully - both camps-  do not make false accusations and make things worse for yourself.”

A barrage of loose canons

Meanwhile, Padang Serai MP N Gobalakrishnan told Malaysia Chronicle he was not part of a Zaid support group. However, he implicated PKR de-facto head Anwar Ibrahim as part of the Azmin cartel.

“Judging by the statements coming out from our very own leaders, including the Ketua Umum who warned of Trojan horses in the party, I can only conclude that these people are all in one group — the group which wants Azmin to defeat Zaid for the deputy’s post,” Gobala said.

Meanwhile, Jeffrey Kitingan whose patchy relations with the national leadership is an open secret accused Dr Lee of issuing the statement to coincide with the timing of the final batch of divisional nominations.

“My statement came out on Thursday. Jeffrey’s statement came out on Friday. The final 39 divisions are meeting on Saturday and Sunday. Who are the ones timing their responses for their own benefit? Let the members decide. Let the members read through my statement, go through the facts that I have laid out and decide for themselves,” Boon Chye rebutted.

Boon Chye also pointed out Zaid is already trailing far behind vice president Azmin Ali in the race for the deputy presidency with 33 nominations versus Azmin's 90. There are only 39 divisions left which have not made their nominations yet. Even if Zaid sweeps all 39, he would still be far behind Azmin.

"I don't think Azmin needs me to help him swing any nominations. If you look at the results, Zaid may be the one who needs to drum up some support," Boon Chye said.

Kapar MP S Manikavasagam was also part of the Zaid group. “I urge other senior party leaders such as Dr Lee Boon Chye to retain a neutral ground and stop issuing statements to attack other contenders, including Zaid Ibrahim,” Manikavasagam said.

However, there were many other PKR members who felt that it was Zaid who started the attacks against the party with the ill intention of portraying himself as the savior PKR needed.

“Whatever it is – free for all or whatever you call it - I just want to remind everyone that unless you wish to leave the party, please conduct yourselves above board. There are rules and guidelines, please follow. In your campaigning - both Azmin camp and Zaid camp - please present your best profile but don't attack others or make use of the party to serve your own purposes,” Saifuddin said.

S'gor jadi tumpuan minggu akhir AGM PKR

Mesyuarat agung cabang PKR pada minggu akhir ini tertumpu kepada beberapa cabang yang diketuai nama-nama besar dalam parti yang berdepan dengan saingan sengit untuk mempertahankan jawatan masing-masing.
Selain memilih barisan kepimpinan cabang, mereka juga akan memilih calon jawatan tertinggi peringkat pusat - presiden, timbalan presiden dan naib presiden.
Perhatian utama antaranya ditumpukan ke Selangor, khususnya di cabang Kuala Selangor - diketuai Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga menteri besar di negeri itu.

Sekiranya sentimen akar umbi menjadi ukuran, Khalid dijangka menghadapi ujian berat dari anggota partinya sendiri dalam pertandingan empat penjuru.

Beliau dicabar bekas ketua wanita cabang tersebut Fauziah Sulaiman, bekas ketua penerangan AMK Selangor Mazli Saring, dan seorang pencabar baru, Muhammad Kamil Vaanan Abdullah.

Turut menjadi tumpuan ialah cabang Gombak yang bakal menyaksikan ujian ke atas kewibawaan ketuanya Azmin Ali - yang menerima pencalonan terbanyak bagi bertanding jawatan timbalan presiden November ini.

Beliau yang juga merupakan ketua PKR Selangor dan ahli parlimen Gombak, akan berdepan dengan pencabarnya - Abu Bakar Ninggal.
.
Di Kelana Jaya pula timbalan pengerusi majlis pimpinan negeri (MPPN) Selangor Syed Shahir Syed Mohamud akan mempertahankan jawatan ketua. Regu beliau ialah Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga ADUN Petaling Jaya Selatan yang bertanding timbalan ketua cabang.

Syed Shahir dicabar oleh Abdul Rakaz Mohamed Talil manakala Nik Nazmi bakal berdepan S Vigneswaran.

Di cabang Padang Serai pula, naib presiden N Gobalakrishnan yang juga ahli parlimen kawasan menghadapi tentangan daripada dua pencabar - V Sandra Sekharan dan Shamsul Anuar Abdullah - untuk mempertahan jawatan ketua cabang.

Tumpuan kali ini agak luar biasa memandangkan beberapa nama besar PKR telahpun tumbang dalam pemilihan peringkat cabang pada hujung minggu lalu.

Dua anggota exco Selangor - Elizabeth Wong and Rodziah Ismail - masing-masing tewas ketika merebut jawatan untuk mengetuai cabang masing-masing di Petaling Jaya Utara dan Kota Anggerik.

Di Negeri Sembilan pula, Datuk Kamarul Baharin Abbas pula gagal dalam percubaannya merebut jawatan ketua cabang Teluk Kemang.

Kamarul yang juga ahli parlimen kawasan itu menyimpulkan, kekalahannya itu merupakan satu isyarat dari akar umbi bahawa beliau tidak lagi layak mewakili mereka.
Signifikannya, Elizabeth dan Rodziah merupakan 'team player' utama dalam pasukan Khalid Ibrahim dalam pentadbiran Selangor.

Sekiranya sentimen akar umbi menjadi ukuran, ternyata Khalid menghadapi ujian berat daripada anggota partinya sendiri dalam pertandingan empat penjuru kali ini.

Cabang Kuala Selangor mempunyai 6,000 ahli yang layak mengundi pemilih barisan kepimpinan cabang serta calon untuk jawatan pucuk pimpinan pusat. Mesyuarat yang pada awalnya dijadualkan diadakan di sebuah dewan, kini dipindahkan ke Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Ia difahamkan untuk mengelak kebanjiran ahli untuk mengundi, sepertimana yang berlaku dalam mesyuarat di cabang lain hujung minggu lalu, yang mengakibatkan berlaku kekecohan di sekurang-kurangnya tujuh cabang, sehingga terpaksa ditangguhkan.

Bukan Melayu peralat Melayu dalam perniagaan – DPMM


datuk syed amin aljeffri Oleh Muda Mohd Noor
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin organisasi perniagaan Melayu hari ini mendakwa banyak syarikat bukan Melayu memperalatkan kelemahan orang Melayu dalam bidang itu.
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur, Datuk Syed Amin Aljeffri berkata, sebaliknya orang-orang Melayu itu tidak pula memperalatkan peniaga kaum lain.

Bagaimanapun, tokoh perniagaan veteran itu tidak menyalahkan kaum bukan Melayu yang bertindak sedemikian.
“Saya tidak boleh menyalahkan mereka (memperalatkan perniaga Melayu). Mereka memperalatkan kita kerana kelemahan peniaga Melayu sendiri.
“Kita (peniaga Melayu) mengambil jalan mudah kerana kita masih pada tahap perintis dalam bidang ekonomi,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.
Menurutnya, antara kelemahan utama ialah ketiadaan pengetahuan mencukupi dalam perniagaan.
Syed Amin berkata, penguasaan orang Melayu dalam industri kecil dan sederhana (IKS) hanya 20 peratus dari kira-kira sejuta orang.
Katanya, sepatutnya penguasaan peniaga Melayu dalam IKS mencapai tahap 35 peratus.
Sehubungan itu, beliau meminta peniaga Melayu mempelbagaikan bidang perniagaan bukan hanya tertumpu kepada sektor pembinaan sahaja, yang bergantung kepada tender kerajaan.

Henti mengkritik sesama calon – Manikavasagam

Manikavasagam PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR S Manikavasagam hari ini mengeluarkan kenyataan yang pedas bercampur nasihat mengenai "perang mulut" yang berlaku sesama anggota parti terutama mereka yang bertanding untuk jawatan tinggi.
Beliau menasihat Naib Presiden Dr Lee Boon Chye supaya mengambil sikap neutral dan berhenti dari mengeluarkan kenyataan-kenyataan bernada serangan terhadap calon-calon lain, termasuk serangan ke atas Ketua PKR Wilayah Persekutuan, Dato’ Zaid Ibrahim.

"Dr Lee mesti sedar bahawa beliau juga dalam pertandingan untuk merebut jawatan tinggi dalam parti dan beliau tidak harus dilihat sebagai menjalankan kempen untuk meraih undi dengan memperlekeh orang lain," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Semalam Dr Lee mengeluarkan kenyataan membidas Zaid kerana mengkritik parti sendiri dalam satu wawancara eksklusif yang tersiar dalam akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia Ahad lalu.
Mengenai pemilihan parti di peringkat Cabang yang sedang berlangsung, beliau berkata, "saya rasa parti dan ahli-ahli jawatankuasanya gagal untuk menegak prinsip asas demokrasi iaitu dengan mengadakan pemilihan yang bebas dan adil.
"Walaupun saya menjangkakan terdapat beberapa masalah timbul ekoran dari mengendalikan pilihan raya bercorak baru ’satu ahli satu undi’, saya merasa sedih apabila mendapat tahu keseluruhan proses pemilihan telah dicemari oleh anasir-anasir tertentu," katanya.
Manikavasagam yang juga Ahli Parlimen Kapar berkata, "saya berharap parti dapat mententeramkan keadaan bagi menghadapi pemilihan Cabang pada hujung minggu ini supaya parti kita tidak menjadi bahan ketawa di negara ini.
"Saya menyeru semua pihak supaya mengendalikan pemilihan ini dengan bersih dan adil. Kita tidak seharusnya mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai cara mereka mengendalikan pilihan raya-pilihan raya di negara ini apabila kita sendiri tidak dapat melaksanakan tugas itu dengan baik," ujar beliau.

Benarkah Zaid dipinggirkan dalam PKR? atau Zaid mula meminggirkan diri......


Gobalakrishnan PETALING JAYA: Kenyataan Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye semalam yang mengkritik Ketua PKR Wilayah Persekutuan dan juga calon Timbalan Presiden Dato’ Zaid Ibrahim disiarkan oleh media arus perdana hari ini.
Menurut N Gobalakrishnan dalam satu kenyataan media, "malahan The New Straits Times menggunakan isu ini sebagai tajuk utama muka depan hari ini, dalam usaha untuk memperkecilkan hasrat kita mara ke Putrajaya."

"Apakah sebabnya Dr Lee mengeluarkan kenyataan sedemikian?  Adakah beliau ingin menonjolkan dirinya sebagai hero PKR dengan kenyataan itu atau beliau diarah oleh seseorang untuk terus menyerang Zaid?," soal Ahli Parlimen Padang Serai itu.
Beliau berkata, "ini bukan kali pertama kenyataan ‘anti-Zaid’ dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin parti.  Malahan pengarah komunikasi parti, Nik Nazmi Nik Ahmad turut menyerang Zaid, merendahkan kedudukan beliau (Nik Nazmi) sendiri yang sepatutnya bersikap neutral.
"Dan kemudian kita dapati Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali menyertai serangan ini.  Selepas itu, Naib Presiden R Sivarasa, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan pengarah strategik Tian Chua juga terus melancarkan serangan terhadap Zaid," katanya.
"Yang peliknya, kesemua pemimpin ini bercakap dengan media tentang hal ini.  Kenapa Dr Lee menyerang Zaid kerana bersedia dirinya diwawancara oleh media?," soal beliau lagi.
Sentimen ‘anti-Zaid’
Ahli Parlimen PKR itu berkata, "kini agak jelas, Zaid sedang dipinggirkan dalam parti. Insiden-insiden yang berlaku ketika pemilihan Cabang di seluruh negara dalam tempuh dua minggu yang lalu menunjukkan sentimen ‘anti-Zaid’ didalangi oleh seseorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam parti.
"Persoalannya, siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini? Berdasarkan kenyataan-kenyataan yang datangnya daripada para pemimpin kita sendiri bahawa mereka ini berada dalam satu kumpulan – kumpulan yang mahu (Naib Presiden) Azmin Ali menewaskan Zaid untuk jawatan timbalan presiden," terang beliau.
Beliau bertanya, "adakah saya salah membuat andaian sebegini? Dilihat apa yang berlaku dalam parti, saya tidak berfikir begitu. Kini saya mula yakin dengan cerita mengenai komplot Azmin sekarang ini.
"Ia merupakan satu hari yang malang buat parti jika kita harus melupakan matlamat dan prinsip perjuangan, hanya semata-mata untuk memberi laluan mudah kepada Azmin untuk sampai ke jawatan yang tinggi itu.
"Saya berharap saya tidak melihat hari itu.  Biar PKR kekal bebas dan merdeka," ujar beliau.

MTAC: Petunjuk sokongan kepada jawatan tinggi

posterpicDRX_thumb Oleh Muda Mohd Noor
PETALING JAYA: Mesyuarat pemilihan peringkat cabang PKR yang dicemari kekecohan berakhir Ahad ini akan menjadi petunjuk terhadap sokongan calon-calon yang bertanding jawatan tinggi parti.
Bagaimanapun, tujuh cabang akan mengadakan mesyuarat semula berikutan kegagalan untuk mengadakan mesyuarat terdahulu.

Minggu lalu, mesyuarat Kota Raja dicemari kekecohan dengan kedua-dua calon yang bertanding jawatan ketua cabang – Dr Xavier Jeyakumar dan S Kottappan – masing-masing membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan mesyuarat tersebut.
Kottappan turut dimasuk dan mendapat rawatan di hospital ekoran pergaduhan dalam mesyuarat tersebut.
Polis mengumumkan akan menyiasat laporan perjalanan mesyuarat tersebut.
Protes dan rasa tidak puas hati terhadap perjalanan mesyuarat cabang juga dilapurkan berlaku di tempat-tempat lain termasuk di Sabah.
Sehingga ini, Azmin mendapat 90 pencalonan manakala pesaing utamanya, Dato’ Zaid Ibrahim mendapat 32 bagi jawatan timbalan presiden PKR – kerusi paling panas dalam parti kali ini.
Jawatan Presiden hampir pasti tidak dicabar
Jawatan presiden yang disandang oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak penubuhannya pada 1999 hampir pasti tidak dicabar. Beliau setakat ini mendapat 111 pencalonan.
Hujung minggu ini, ada beberapa cabang yang bakal menarik perhatian bukan sahaja di kalangan ahli dan penyokong PKR tetapi
peminat politik di seluruh negara.
Gombak pasti paling menjadi tumpuan kerana Azmin akan dicabar oleh seorang peniaga buku hantu, Bakar Ninggal yang telah berusia 72 tahun.
Bakar merupakan salah seorang pengasas bersama Azmin menubuhkan PKR Gombak pada 1999 dan pernah menjadi timbalan kepada ahli parlimen Gombak itu.
Saingan bukan sahaja tertumpu kepada ketua cabang tetapi juga siapakah yang akan dicalonkan oleh Gombak untuk jawatan timbalan presiden PKR.  Adakah Azmin atau pesaing utamanya, Zaid?
Adakah Gombak akan menolak Azmin sebagaimana beberapa cabang penyokong kuat naib presiden itu seperti Telok Kemang dan Subang?
Satu lagi cabang yang dijangka menarik ialah Kelana Jaya yang akan ditandingi oleh Presiden MTUC, Syed Shahir Mohamud untuk jawatan ketua cabang.
Adakah beliau akan menerima nasib seperti rakannya dari PSM, R Sivarasa yang kalah untuk jawatan ketua cabang?
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan bertanding di Kuala Selangor, yang mana sebahagian ahli dan penyokong PKR pernah menolak kepimpinannya satu ketika dahulu.

Perebutan ketua cabang MATC: Ahli Parlimen, Adun PKR jadi tumpuan

Oleh Fazy Sahir dan Jamilah Kamarudin

PETALING JAYA: Kedudukan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli parlimen menjadi tumpuan pemerhati pada pemilihan PKR cabang pada hujung minggu ini sama ada mereka mampu mempertahankan sokongan mahupun sebaliknya.
Pemilihan pada esok dan Ahad ini seperti dijadualkan merupakan Mesyuarat Agung Tahunan (MATC) PKR cabang yang terakhir selepas 173 cabang selesai menjalankan tanggungjawab memilih dan memutuskan calon masing-masing.

Tujuh cabang yang bermesyuarat minggu lalu terpaksa ditunda ekoran berlakunya masalah teknikal dan gangguan bantahan.

Antara 33 cabang di enam negeri yang bakal menjalankan mesyuarat pada minggu ini ialah Selangor (13 cabang), Sarawak (8), Johor (9), Sabah (Penampang), Kedah (Padang Serai) dan Pulau Pinang (Bukit Gelugor).

Cabang yang menjadi tumpuan termasuklah Gombak, Kuala Selangor, Ampang, Kelana Jaya, Hulu Selangor dan Padang Serai.

Nasib Azmin ditentukan Ahad

Naib presiden Azmin Ali yang kini mendahului pencalonan timbalan presiden bakal dicabar ahli, Abu Bakar Ninggal yang menawarkan diri bertanding jawatan ketua cabang Gombak.

Ramai pemerhati menjangkakan Azmin bakal menang besar di cabang tersebut. Adun Batu Caves Amirudin Shari pula turut menghitung nasib sama bagi jawatan timbalan ketua cabang.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bertanding jawatan ketua cabang Kuala Selangor juga dikatakan bakal mendapat tentangan hebat daripada tiga calon pesaing lain.

Nasib ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan pula dalam pertaruhannya merebut jawatan ketua cabang bakal diketahui Ahad ini selepas mesyuarat cabang itu pada asalnya terpaksa ditangguhkan sejak dua minggu lalu.

Manakala perebutan jawatan ketua cabang Kelana Jaya bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru antara presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud dengan Abdul Rakaz Mohamed Jalil.

Mesyuarat cabang PKR Hulu Selangor yang berlangsung esok dijangka 'panas' dengan tujuh pencalonan (paling ramai setakat ini) bakal berentap merebut jawatan ketua cabang, sementara Ketua Wanita PKR Pusat Zuraida Kamaruddin juga bakal berhadapan satu lawan satu bagi kerusi cabang Ampang.

Cabang Sabak Bernam pula akan menentukan sama ada Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat Badrul Amin Bahrom atau dua calon lain akan bertanggungjwab menggalas jawatan ketua cabang.

Cabang bermasalah tangguh sehingga Kongres?

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Cheah berkata, mesyuarat cabang yang didapati bermasalah dan tertangguh akan ditunda sehingga ke tarikh yang ditetapkan semula kelak.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat mesyuarat cabang yang didapati bermasalah itu akan ditangguhkan sehingga dua bulan dan hampir kepada tarikh Kongres Pemilihan Parti yang akan diadakan pada hujung November depan di Shah Alam, Selangor.

"Kami akan menilai semula semua laporan daripada pengawas, selain memanggil individu dan pihak yang terlibat sehingga timbulnya kekalutan semasa mesyuarat.

"Kemudiannya kami akan putuskan tarikh baru bagi mesyuarat cabang yang tertangguh itu, manakala bagi individu yang didapati bersalah JPP akan mengambil tindakan termasuk menggantung keahliannya," katanya ketikam dihubungi FMT.

Cabang yang bakal bermesyuarat pada 2 dan 3 Oktober 2010:

SELANGOR:

  • Sabak Bernam
  • Sungai Besar
  • Hulu Selangor
  • Serdang
  • Puchong
  • Kelana Jaya
  • Tanjong Karang
  • Kuala Selangor
  • Selayang
  • Gombak
  • Ampang
  • Pandan
  • Hulu Langat
JOHOR:

  • Tenggara
  • Kota Tinggi
  • Tebrau
  • Pasir Gudang
  • Johor Baharu
  • Pulai
  • Kulai
  • Gelang Patah
  • Pontian
KEDAH:

  • Padang Serai

PULAU PINANG:

  • Bukit Gelugor
SABAH:

  • Penampang
SARAWAK:

  • Lawas
  • Hulu Rejang
  • Mambong
  • Santubong
  • Bandar Kuching
  • Batang Lupar
  • Saratok
  • Sarikei

Stop 'anti-Zaid' attacks, pro-Azmin group warned

By Teoh El Sen


PETALING JAYA: PKR leaders have been urged today to stop the "incessant attacks" on deputy presidential contender Zaid Ibrahim.
Said party vice-president Jeffrey Kitingan: "I read PKR vice-president Dr Lee Boon Chye's statement yesterday and feel that the timing of the statement was unfortunate, especially with the crucial final round of divisional elections this weekend."
Jeffrey said in a statement that Zaid was not "playing victim" as suggested by Lee. Rather, Zaid's various press interviews "contain his hopes for the party and nothing else".

"I think all party leaders should welcome any concrete suggestions made by anyone to improve the party. Some of Zaid's suggestions can help us achieve our aims for the people," he said.

He added that PKR needed more "reform-minded” and “open-minded" leaders so that the party could move forward.

Meanwhile, Padang Serai MP and supreme council member N Gobalakrishnan said it was clear that Zaid was being "continuously marginalised" in the party.

"The various incidents during PKR divisional elections around the country in the past two weeks showed that the 'anti-Zaid' sentiment is being stirred by someone high up in the party," he said.

Azmin cartel


Gobalakrishnan said judging by the various statements of leaders, including Anwar Ibrahim's "Trojan horse" claim, "these people are all in one group – the group which wants Azmin Ali to defeat Zaid for the deputy's post."

"Am I wrong in making this assumption? Based on what's happening in the party, I don't think so. I am starting to believe the stories about the Azmin cartel now."

He said Lee was not the first party leader to issue "anti-Zaid" statements, adding that communications director Nik Nazmi Nik Ahmad also attacked Zaid instead of being neutral.

"Then we had deputy president Dr Syed Husin Ali joining the fray. Later, others too – vice-president R Sivarasa, Wanita chief Zuraida Kamaruddin and party strategist Tian Chua – continued with the attacks."

Gobalakrishnan hoped PKR would remain free and independent and that it would be a "sad day" if the party forgot its aims and principles, "all to ensure Azmin is given a free ride to the top post".

"I hope not to see that day," he said.
Elections being hijacked
PKR supreme council member S Manikavasagam urged senior party leaders to "retain a neutral ground" and stop making damaging statements against other contenders, including Zaid Ibrahim.

"I am very disturbed by the recent events in the party –  right from the ruckus and voting manipulations at the divisional elections to the recent statement issued by party vice-presdient Dr Lee Boon Chye against FT chief Zaid Ibrahim," the Kapar MP said in a media statement.

Manikavasagam said Lee must realise that he was also contesting for a top post and should not be seen as trying to campaign to win votes by undermining others.

He added that although he had expected some teethering problems with the new direct elections, he was saddened by the fact that the election process has been "hijacked by certain people".

"I feel the party and its office bearers have failed to uphold the fundamental principles of democracy in holding a free and fair elections," he said.

"I hope the party can put its house in order for the coming divisional elections this weekend so that our party does not become the laughing stock in the country.

“We should not be criticising the Election Commission over how it conducts elections in this country when we ourselves can't do a good job," he said

Ahli PKR Belum Biasa Corak Pengundian Langsung

KUALA LUMPUR 1 OKT : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Molly Cheah mengakui  ahli akar umbi parti masih belum biasa dengan amalan pengundian langsung pada proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat  (PKR).
Pada kenyataan media hari ini, beliau menerangkan terdapat  46 jawatan dipertanding pada pemilihan kali ini berbanding dengan pilihan raya atau pemilihan lain.
"Berbeza dengan pilihan raya umum, seseorang pengundi hanya perlu mengingati dua nama atau satu logo sahaja, di pemilihan pKr 2010 peringkat Cabang, mereka harus pilih sehingga 46 calon,” katanya.
Menganggap peratusan mengundi adalah tinggi, beliau mengakui wujud  masalah logistik pada pemilihan peringkat cabang dan  PKR sudah mengambil perhatian berhubung isu berkenaan terutama memastikan pemilihan berlangsung lancar dan aman.
"Kami ingin semua calon dan pimpinan cabang bekerja untuk mencapai ke arah ini dan membantu beri kerjasama kepada Sekretariat Keadilan dan para sukarelawan," kata Molly.
Pemilihan Cabang minggu ini adalah yang terakhir dengan 23 cabang iaitu  14 dari Selangor, Sarawak (4), Johor (2) dan masing-masing satu dari Sabah dan Kedah dan Pulau Pinang akan  menentukan kepimpinan cabang masing-masing sehingga 2013.

Khalid tak percaya Azmin ingin jatuhkannnya..ada orang lain yang nak musnahkan PKR Selangor..!!

Tan Sri Khalid Ibrahim
SHAH ALAM, 1 Okt — Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau tidak percaya bahawa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mahu menjatuhkannya seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.
Ketika diminta mengulas pendedahan seorang bekas pemimpin PKR semalam mengenai perkara itu, beliau berkata : “Kita tidak boleh terima berita itu terutama tentang kesahihannya. Saya tidak percaya yang Azmin lakukan perkara itu.”
Khalid berkata walaupun wujud banyak perbezaan pendapat dalam PKR, parti itu mencari jalan penyelesaian terbaik dengan cara yang tertib dan teratur melalui perbincangan oleh Biro Politik PKR.
Ketika diminta mengulas mengenai persediaan bagi pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor yang diketuainya pada Ahad ini selepas berlaku kekecohan pada pemilihan di beberapa cabang parti tersebut baru-baru ini, Abdul Khalid berkata beliau telah meminta pasukan sukarelawan dari cabang itu untuk membuat beberapa persediaan supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. — Bernama

Saingan ‘berpuak’ dalam PKR makin jelas, pro-Zaid bidas kumpulan Azmin

October 01, 2010

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Persaingan berpuak dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mula memuncak dengan dua pemimpin pusat parti itu menggesa agar Datuk Zaid Ibrahim, yang menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden, tidak dipinggirkan menerusi serangan bertubi-tubi.
Naib Presiden Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) N. Gobalakrishnan yang mempertahankan Zaid (gambar) daripada serangan kumpulan yang memihak Azmin Ali mempersoalkan kenyataan terbuka Naib Presiden Dr Lee Boon Chye.
Azmin yang mendahului senarai pencalonan juga merupakan naib presiden.
“Sungguh aneh pemimpin-pemimpin ini bercakap kepada media mengenai isu ini. Mengapa sekarang Lee mengkritik Zaid (hanya) kerana memberi temu bual kepada media?” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Ahli Parlimen Padang Serai ini mendakwa “adalah jelas Zaid secara terus-menerus dipinggirkan dalam parti.”
Cabang Padang Serai akan mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan Ahad ini selepas ditangguhkan dua minggu lalu.
“Pelbagai insiden ketika pemilihan cabang PKR di seluruh negara sejak dua minggu lalu menunjukkan bahawa sentimen anti-Zaid sedang diatur sedemikian rupa dalam parti oleh mereka yang berjawatan tinggi dalam parti,” kata beliau lagi.
Gobalakrishnan berkata, persoalan sekarang ialah siapa yang bertanggungjawab terhadap perkembangan tersebut sekarang ketika PKR mengadakan pemilihan secara langsung.
“Menilai daripada kenyaatan-kenyataan yang datang daripada pemimpin kita sendiri termasuk Ketua Umum yang memberi amaran kewujudan kuda-kuda Trojan dalam parti, saya hanya boleh merumuskan bahawa orang-orang ini sememangnya dalam satu kumpulan — kumpulan yang mahukan Azmin menewaskan Zaid dalam saingan jawatan timbalan presiden,” katanya lagi.
Gobalakrishnan seterusnya berkata adalah “saya salah dalam membuat andaian ini?”
“Berdasarkan apa yang berlaku dalam parti, saya rasa tidak. Saya sudah mula mempercayai cerita-cerita mengenai Azmin adalah betul sekarang,” katanya yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden.
Katanya, adalah sesuatu yang menyedihkan buat parti kerana terpaksa melupakan tujuan dan prinsip hanya kerana mahu memastikan Azmin menang mudah dalam pemilihan bagi jawatan tertinggi parti.
“Saya berharap ia tidak berlaku. Biarkan PKR kekal bebas dan terbuka menghadapi pemilihan,” katanya lagi.
Kata Gobalakrishnan, ini bukan kali pertama kenyataan-kenyataan sentimen anti-Zaid muncul di kalangan pemimpin parti.
“Malah pengarah komunikasi parti seperti Nik Nazmi Nik Ahmad memilih untuk menyertai serangan ke atas Zaid Ibrahim, yang memperlekehkan jawatannya yang sepatutnya kekal berkecuali.
“Dan, kita ada timbalan presiden Dr Syed Husin Ali yang menyertai senarai (yang mengecam Zaid). Kemudian Naib Presiden R. Sivarasa, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi Tian Chua yang meneruskan serangan,” katanya lagi.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan bertajuk “lebih banyak pemimpin pembaharuan diperlukan, Jeffrey menggesa kesemua pemimpin agar menghentikan serangan bertubi-tubi terhadap persaing jawatan timbalan presiden Zaid.
“Saya ada membaca kenyataan naib presiden Dr Lee Boon Chye semalam dan saya merasakan kesesuaian masa kenyataan itu sungguh malang sekali khususnya dengan mesyuarat cabang sedang berlangsung hujung minggu ini,” kata beliau.
“Saya juga ada membaca pelbagai wawancara yang diberikan oleh Zaid kepada media.
“Saya merasakan ia membawa aspirasi beliau kepada parti. Beliau tidak mempersalahkan sesiapa (dalam menghadapi saingan) sebagaimana dikatakan oleh Lee,” kata pemimpin dari Sabah ini.
Justeru tegas Jeffrey, kesemua pemimpin parti perlu mengalu-alukan saranan-saranan konkrit oleh mana-mana pihak untuk memperbaiki perjuangan parti.
“Sesetengah saranan Zaid boleh membantu kita untuk mencapai matlamat buat rakyat.
“Parti memerlukan lebih banyak pemimpin yang mahu membawa pembaharuan. Ia juga memerlukan pemimpin berfikiran terbuka, yang boleh bergerak ke depan,” katanya lagi.
Semalam, Zaid menjadi tumpuan kenyataan dua pemimpin kanannya ekoran beberapa tulisan dan pandangan terbuka beliau yang dilihat sebagai menjejaskan imej parti itu termasuk pemilihan secara langsung “bersejarah” yang sedang berlangsung.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu yang mengadakan mesyuarat Biro Politik malam tadi tidak memutuskan sebarang tindakan disiplin ke atas Zaid berhubung kenyataan beliau baru-baru ini mengenai pemilihan yang sedang berlangsung.
“Biro Politik menegaskan juga bahawa tiada arahan, aduan mahupun apa–apa keputusan yang telah diambil untuk apa–apa tindakan displin terhadap Zaid Ibrahim dan menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini.
Dalam kenyataannya bertajuk “Membalas kritikan terbaru Zaid Ibrahim terhadap PKR dan pemilihan parti” berkata, parti itu kebingungan dengan keluhan anggota Majlis Pimpinan Pusat itu yang tidak habis-habis kepada pihak akhbar tentang parti dan pemilihan parti yang sedang berlangsung, termasuklah wawancara eksklusif dengan Mingguan Malaysia yang pernah disebut beliau sebagai akhbar “Gestapo”.
“Apakah beliau lupa bahawa dirinya merupakan subjek kempen kotor Utusan, selama pilihan raya kecil Hulu Selangor dulu?
“Apakah beliau lupa serangan bertubi–tubi Utusan terhadap Pakatan Rakyat yang menyebabkan Pakatan tidak mengendahkan akhbar tersebut?” kata beliau yang dicalonkan untuk mempertahan kerusinya.
Lee menambah, Zaid turut membuat sindiran kasar bahawa sesetengah pemimpin termasuk Tian Chua dan Gobalakrishnan telah dihalang daripada bertanding jawatan cabang PKR sedangkan mereka mereka bebas bertanding dan berkempen sesuka mereka.
Sementara 34 cabang akan mengadakan mesyuarat esok dan lusa dalam pusingan terakhir manakala pusat pula mulai hujung bulan ini.

Ahmad Maslan: Galas jadi medan tebus kekalahan BN di Manik Urai

KUANTAN, 1 Okt — Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dilihat sebagai medan untuk Barisan Nasional (BN) menebus kekalahan tipis parti itu kepada PAS bagi kawasan Manik Urai tahun lepas.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, dengan persiapan rapi dan kerja sama semua parti komponen BN, beliau yakin kemenangan akan berpihak kepada Umno, sekaligus merampas kerusi yang dipegang Pas selama lebih 20 tahun itu.
“Kita yakin dengan persiapan rapi, kita boleh menang di Galas, jika di Manik Urai kita tewas dengan 65 undi, kita berazam untuk jadikan Galas sebagai medan menebus kekalahan itu,” katanya kepada pemberita pada majlis pemimpin bersama penduduk Felda Sungai Panching Selatan di sini hari ini.
Pada 14 Julai tahun lalu, calon Pas Mohd Fauzi Abdullah, 50, mengalahkan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, pada pilihan raya kecil DUN Manik Urai.
Ahmad berkata pilihan raya kecil DUN Galas penting kerana mampu memberikan kemenangang kepada BN berdasarkan empat sebab utama, antaranya penglibatan pelbagai komposisi kaum yang melambangkan sentimen rakyat iaitu mahu hanya satu kerajaan pemerintah.
“Sebab kedua Galas penting untuk kita ialah kerana dari situ, kita boleh lihat penerimaan rakyat terhadap dasar-dasar baru di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beliau berkata sebab ketiga ialah pemilihan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya Umno/BN bagi pilihan raya kecil berkenaan, yang dianggap tepat kerana anggota Parlimen Gua Musang itu sudah sinonim dengan kawasan tersebut, selain tidak pernah kalah setiap kali bertanding, baik atas tiket BN mahupun Semangat 46.
“Sebab keempat adalah penduduk yang sudah serik hidup di bawah jajahan PAS yang gagal memberikan pembangunan di tempat mereka dan juga bandar Gua Musang, sebaliknya hanya mampu menaburkan janji-janji manis setiap kali berceramah kepada penduduk,” katanya.
Ahmad berkata DUN Galas merupakan kubu asal BN dan beliau yakin kerusi itu boleh dimenangi dalam pilihan raya kecil ini jika semua parti komponennya bekerjasama menggerakkan jentera secepat mungkin.
“Kita akan turun segera ke Galas dan akan buat semua kerja yang berkaitan bukan saja ceramah tapi mengedarkan risalah, sembang petang dengan penduduk, ceramah kecil dan sederhana bagi memastikan hal-hal berbangkit dapat kita selesaikan seperti hal pembangunan di Gua Musang,” katanya.
Pilihan raya kecil itu perlu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Galas, Chek Hashim Sulaiman, 46, daripada PAS akibat barah usus. — Bernama

Umno Jadikan Datuk Bandar KL Kuda Tunggangan


SHAH ALAM 1 Okt - Tindakan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail yang secara terang-terangan membenarkan dirinya menjadi kuli kepada Umno amat dikesali sedangkan sebagai penjawat awam, beliau sepatutnya bebas dari kekangan atau pengaruh orang politik.
Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen berkata ini terbukti apabila Umno Bahagian Titiwangsa secara terang-terangan meletakan gambar wajah beliau dalam semua banner bagi program Rumah Terbuka Bahagian itu yang dijadualkan berlangsung pada 3 Oktober ini.
"Apakah maksud gambar beliau diletakan dalam banner itu? selalunya gambar yang diletakan dalam mana-mana banner itu mempunyai kaitan terus dengan organisasi yang mengeluarkannya, sama ada dia sebagai pemimpin atau ahlinya.
"Program berkenaan adalah anjuran Umno Titiwangsa dan Persatuan Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang," kata Herman.
Menurut Herman lagi, apa yang pasti, Ahmad Fuad bukanlah penghuni rumah PPR atau ahli jawatankuasa persatuan penduduk berkenaan.
Tidak ada keperluan gambar beliau diletakkan di situ walaupun PPR berkenaan di bawah pentadbiran DBKL melainkan beliau mempunyai kepentingan peribadi melibatkan Umno.
"Sebagai penjawat awam yang menjadi orang nombor satu dalam DBKL beliau sepatutnya bebas dari kekangan politik atau pengaruh orang politik walaupun yang menjadi Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar adalah orang kuat Umno Wilayah.
"Beliau gagal menunjukkan imej bebas dan melanggar peraturan penjawat awam yang tidak membenarkan pegawai dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk terlibat dalam politik kecuali bagi guru sekolah.
"Jika kerajaan mahu berlaku adil, peraturan yang melarang penjawat awam terlibat dengan politik ini perlulah dimansuhkan serta merta," tegas beliau.
Dalam pada itu, DPPWP katanya kesal kerana kerajaan membelakangkan peraturan yang mereka ciptakan dan pengharaman itu jelas terhad kepada penjawat awam yang menyokong Pakatan Rakyat dan sebaliknya mereka ini diberikan kebebasan politik yang mutlak.
"Kita berharap agar beliau sedar bahawa beliau seharusnya berkhidmat dengan adil bagi semua rakyat dan wajib memberikan kerjasama kepada semua ahli parlimen di Kuala Lumpur yang majoritinya adalah dari Pakatan Rakyat.
"Beliau seharusnya menghabiskan lebih banyak masa dengan wakil rakyat yang dipilih rakyat bukannya dengan Ketua-Ketua Bahagian Umno. Tambahnya lagi, jawatan Menteri Wilayah yang dilantik melalui 'pintu belakang' juga harus sedar bahawa jawatan yang dipegangnya itu adalah untuk berkhidmat bagi semua rakyat bukannya untuk kepentingan Umno sahaja.

Zaid: Saya mampu hubungkan Pakatan

Datuk Zaid Ibrahim berkata, sekiranya diberi kepercayaan dalam pemilihan PKR kali ini, beliau mampu memainkan peranan menghubungkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Parti (PKR) perlu mempunyai kekuatan tersendiri; kita juga perlu mempunyai hubungan akrab dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

"Saya mampu memainkan peranan ini dengan lebih berkesan supaya kekuatan parti terjamin," katanya yang kini turut bertindak sebagai penyelaras gabungan parti pembangkang - DAP, PKR dan PAS.

Sehubungan itu, Zaid berkata, kerajaan negeri pimpinan DAP dan PAS akan diberi peranan besar supaya usaha menguasai rakyat bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang dapat digerakkan secara bersepadu.

Mengumumkan 'manifestonya', Zaid yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR menegaskan, kekuatan parti itu sangat penting bagi memastikan penyatuan dan keutuhan Pakatan berterusan.

"Hakikatnya, PKR perlu menguasai lebih kerusi di Parlimen supaya melayakkan kita menjadi tunggak kepada Pakatan Rakyat selain bertindak sebagai ketua pembangkang yang berkesan," coret Zaid dalam blognya hari ini.

Janji sukar ditolak: Wang
Sementara itu, dalam janji lima perkara itu juga, Zaid memberikan komitmen yang nampaknya sukar ditolak oleh akar umbi PKR, antaranya bantuan tenaga dan kewangan berterusan kepada cabang.

"Hari ini banyak cabang 'hidup segan mati tak mahu' disebabkan faktor kekurangan sokongan kewangan.

"Saya mampu menghidupkan kembali kekuatan cabang ini, termasuk mencari jalan mengisi tabung cabang supaya kita mempunyai jentera yang kuat dan bersemangat," katanya bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Zaid juga berazam mengundang 'reformis sebenar' kembali ke PKR dan memberikan mereka tanggungjawab dan peranan yang lebih besar.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan menjadikan parti itu lebih inklusif, lebih bersemangat, dinamik dan bukan berkisar kepada isu lama.

"PKR memerlukan lebih banyak keahlian dari yang ada sekarang dan aktiviti kemasukkan ahli-ahli baru mesti digiatkan. Kita perlu mempelawa sesiapa saja yang berkebolehan dan ingin memberi sumbangan, tanpa mengira baru atau lama, atau yang sudah 'ditarbiah' atau pun belum.

"Meritokrasi dalam parti kita sama pentingnya dengan laungan meritokrasi dalam manifesto pilihanraya," katanya yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Pemimpin kanan tolak

Selain itu, Zaid juga mahu berusaha melenyapkan prejudis dan syak wasangka antara kumpulan, kaum dan agama bermula daripada dalam PKR, sesuai dengan kedudukannya sebagai parti berbilang kaum.

Beliau mengingatkan, seseorang pemimpin tidak akan berkesan sekiranya mempunyai masalah yang banyak, sama ada dalam politik atau peribadi.

"Masanya akan lebih banyak tertumpu untuk penyelesaian perkara-perkara ini dari melunaskan masalah yang membabitkan parti dan rakyat. Saya berkeyakinan saya mempunyai kemampuan untuk memberi tumpuan secukupnya kepada hal ehwal parti," katanya.

Bagaimanapun, perkara itu mungkin tidak mudah buat Zaid.

Menurutya "ramai pemimpin kanan dalam parti yang menolak gagasan dan wawasannya dengan berbagai-bagai alasan".

"Itu sebenarnya tidak penting bagi saya tetapi saya menyedari rakyat dan ahli-ahli parti telah cukup matang untuk melihat dan menilai setiap pemimpin yang ada," tegas Zaid lai.

"Maka terpulanglah kepada ahli-ahli menilai gagasan yang saya bawa ini."

Mustafa 'berkeras' tanding timbalan PKR

Naib Presiden PKR Mustafa Kamil Ayub tetap 'berkeras' bertanding jawatan nombor dua parti itu walaupun agak ketinggalan menerima pencalonan daripada cabang berbanding pesaingnya Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim.

Mustafa mengambil keputusan itu, antaranya supaya dapat terus menyumbang ke peringkat yang lebih tinggi dalam PKR.

Mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi, Mustafa berkata, walaupun ketinggalan dalam pencalonan bahagian, beliau yakin akan mendapat sokongan pada hari pengundian nanti.

"Ini kerana, satu ahli mempunyai satu undi," kata bekas aktivis NGO Islam itu.

Ditanya sama ada kekalahannya di peringkat cabang akan menjejaskan peluangnya, Mustafa menjawab kekuatan di cabang tidak menggambarkan kekuatan di peringkat nasional.

Lagipun, cabang beliau Pasir Salak tetap mencalonkannya bertanding jawatan timbalan presiden walaupun tewas sebagai ketua cabang, jelas Mustafa.

'Pucuk pimpinan mesti henti serang Zaid'

Walaupun dikritik pemimpin kanan partinya sendiri, pesaing bagi jawatan timbalan naib presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim dilihat berjaya meraih simpati dan sokongan daripada wakil rakyat parti itu.


Menurut Ahli parlimen Kapar S Manikavasagam (kanan), 'serangan' Naib Presiden Dr Lee Boon Chye terhadap Zaid berhubung isu kritikan terbuka kepada parti tidak sepatunya berlaku.

"Saya gesa pemimpin kanan parti seperti Dr Lee Boon Chye kekal tidak memihak dan berhenti mengeluarkan kenyataan menghentam pesaing lain, termasuk Zaid Ibrahim.

"Dr Lee kena sedar, beliau turut bersaing untuk jawatan tertinggi parti dan beliau patut tidak dilihat cuba berkempen untuk menang dengan mengugat orang lain," kata Manikavasagam yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Dr Lee hari ini dilaporkan 'menyelar' Zaid yang didakwa menyimpang daripada haluan parti, ekoran aduannya kepada media tentang perjalanan pemilihan PKR.

Katanya, sebagai pengerusi PKR WIlayah Persekutuan dan anggota biro politik PKR, Zaid sepatutnya sedar bahawa beliau juga sebahagian daripada kepimpinan parti.

Dalam satu kenyataan hari ini, Manikavasagam berharap PKR memastikan fenomena itu tidak lagi berlaku sempena pemilihan cabang minggu terakhir (bermula esok) "supaya parti tidak menjadi modal ketawa" dalam negara ini.

"Saya juga menggesa semua orang memastikan pemilihan kali ini dijalankan dengan penuh bersih dan sopan.

"Kita tidak patut mengkritik jawatankuasa pemilihan berhubung tatacara pengendalian pemilihan jika kita sendiri tidak melaksanakan kerja dengan baik," katanya.

Keputusan Samy Vellu bakal wujudkan era baru kepada MIC, kata Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin
PUTRAJAYA, 1 Okt — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan Datuk Seri S. Samy Vellu meletakkan jawatan sebagai Presiden MIC pada Januari depan, bakal mewujudkan era baru kepada parti itu yang akan terus berperanan menjadi rakan penting dalam Barisan Nasional (BN). Timbalan Presiden Umno itu berkata beliau percaya keputusan Presiden MIC itu sekaligus meningkatkan keyakinan masyarakat India terhadap perjuangan BN yang menjadi sebahagian daripada tanggungjawab parti tersebut.
“Saya percaya beliau pastinya sudah pun membuat penilaian berdasarkan perkembangan yang berlaku dalam MIC. Kita sedar beliau adalah antara tokoh politik yang cukup berpengalaman dan telahpun memberikan khidmat kepada parti dan kerajaan dengan cukup baik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Majlis Sosial Negara.
Muhyiddin berkata Samy Vellu pastinya telah mengambil kira pandangan daripada pemimpin MIC dan masyarakat India dalam membuat keputusan itu demi kebaikan MIC sekaligus membantu memperkukuhkan BN.
Semalam, Samy Vellu mengumumkan peletakan jawatannya sebagai orang nombor satu parti itu pada Januari depan sekali gus menjawab teka-teki yang berlanjutan dalam pelan peralihan kuasa MIC.
Menurutnya langkah itu sebagai memberi peluang kepada timbalannya Datuk G. Palanivel untuk membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang selaku Presiden MIC.
Samy Vellu, 74, adalah pemimpin paling lama pernah memegang jawatan tersebut apabila menjadi Presiden MIC selama 31 tahun.
Muhyiddin berkata, peletakan jawatan Samy Vellu pada Januari nanti amat baik kerana membolehkan pemimpin sedia ada meneruskan khidmat cemerlang yang telah dilaksanakannya malah mungkin lebih baik.
“Saya fikir beliau seorang yang amat faham dalam situasi politik dan dari sudut yang lain bahawa beliau mahu MIC menjadi rakan yang penting dalam BN.      
“Sekali gus langkah itu memberikan ruang dan peluang kepada pemimpin muda untuk menerajui MIC di masa akan datang khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum (akan datang),” katanya. — Bernama

Najib: Pemimpin mesti keluar cara terhormat

Kongsi 0
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghormati keputusan Datuk Seri S Samy Vellu untuk meletak jawatan sebagai Presiden MIC pada Januari tahun depan.

Samy Vellu, 74, adalah pemimpin paling lama memegang jawatan itu apabila menerajui parti itu selama hampir 32 tahun.

"Saya hormati keputusan Datuk Seri Samy kerana saya berpendapat setiap orang sedar sebagai ahli politik akan tiba masanya apabila kita perlu meninggalkan pentas itu," katanya kepada pemberita ketika diminta megulas keputusan Samy Vellu.

"Tapi adalah penting apabila kita meninggalkan pentas itu, pertama-tama kita tinggalkan, satu legasi, dan keduanya kita tinggalkan sebuah parti yang kuat dan ia perlu menjadi semangat bagi setiap orang."

“Ia bukan sahaja terpakai kepada Datuk Seri Samy tapi terpakai kepada kita semua bahawa pada satu hari nanti kita juga perlu meninggalkan pentas itu, tapi kita perlu keluar secara terhormat,” kata Najib.

Beliau ditemui selepas melawat pameran pertandingan reka bentuk sebuah hospital kerajaan di Kementerian Kewangan di Putrajaya.

"Dan pada masa yang sama apa yang paling penting adalah bagi kita meninggalkan rekod perkhidmatan yang baik dan sudah pasti ada seseorang atau pengganti kita yang mampu meneruskan misi atau perjuangan itu.”

Beliau berkata meninggalkan pentas itu secara tiba-tiba juga tidak baik "kerana pada ketika itu parti akan berada dalam keadaan berubah-ubah."

“Anda mesti pastikan ada kesinambungan dalam kepimpinan. Ia tidak mengira apakah tempoh masa dan tidak ada apa yang dikatakan tempoh masa tetap tapi apa yang penting ialah kita tahu bila masa yang sesuai untuk berundur dan pada masa yang sama menyediakan barisan pengganti.”

Ketika ditanya sama ada beliau sedar mengenai pengumuman itu, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata, "beliau telah menjangka mengenai pengumuman Samy itu."

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau. Kita sepatutnya tidak lupa bahawa sejak bertahun-tahun, beliau telah menyumbang kepada MIC dan begitu juga kepada kerajaan," kata Najib.

Semasa mengumumkan keputusan itu semalam, Samy Vellu, yang dilahirkan di Kluang, berkata timbalan dan bekas setiausaha akhbarnya Senator Datuk G Palanivel akan menggantikan beliau.

Samy Vellu mengambil alih kepimpinan parti itu sebagai timbalan presiden pada 13 Sept 1979 berikutan kematian kematian Tan Sri V Manickavasagam.
-Bernama

Selepas Sekolah Harapan, Ada Pusat Baru Untuk Yang Mengandung

Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mencadangkan kerajaan untuk menubuhkan pusat bersepadu bagi membantu golongan remaja perempuan yang melahirkan bayi tanpa berkahwin.

Isteri Perdana Menteri berkata, pusat itu diperlukan di negara ini berikutan kes pembuangan bayi yang kian meningkat.

Sehubungan itu, katanya beliau akan melawat "Centre of Integrated Family Welfare" di Brussels, Belgium semasa mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Kelapan di Brussels selama dua hari bermula Isnin ini.

"Lawatan itu akan membolehkan saya mengetahui cara dan langkah sewajarnya untuk mengelakkan berlakunya pembuangan bayi," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku bertajuk "Perkembangan Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia 1978" yang diterbitkan Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) di sini, hari ini.

Beliau berkata pusat itu, yang ditubuhkan di bawah kerajaan Belgium, bertujuan untuk mendekatkan lagi perhubungan ibu dengan anak di mana remaja yang tidak berkahwin ini akan diberikan latihan bagi menjalankan kehidupan seperti biasa. 

Sumber: Berkata

Anwar Kini Menjelajah Dunia Terangkan Isu Fitnah Liwat

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam kempen global bagi mendapatkan sokongan antarabangsa berhubung perbicaraan kes liwatnya yang didakwa tidak mempunyai asas dan bermotifkan politik.


Bercakap di Berlin, semalam selepas pertemuannya dengan ahli parlimen dan aktivis politik Jerman, Anwar berkata beliau menggunakan peluang tempoh pembebasan singkatnya sekarang ini untuk menerangkan kepada dunia berhubung kesnya itu yang dianggap wabak rasuah di Malaysia dan sistem perundangan yang berat sebelah.

"Kerajaan berkata kes ini tidak ada kaitan dengan mereka, tetapi fakta yang dikemukakan menunjukkan sebaliknya,” katanya.

Anwar kini menghadapi pertuduhan meliwat pembantunya yang mungkin bakal mengugat kerjaya politiknya jika dihumbankan semula ke penjara. Sebelum ini, bekas timbalan perdana menteri itu telah menjalani penjara enam tahun atas pertuduhan liwat yang lain.

Anwar yang berjaya menambahkan bilangan kerusi PKR dan parti pembangkang yang lain pada pilihan raya umum 2008, kini menimbulkan kebimbangan kepada BN mengenai kemungkinan gabungan itu ditumbangkan setelah memerintah negara sejak mencapai kemerdekaan.

Anwar berkata dakwaan terbaru yang dibuat oleh seorang pembantunya itu adalah usaha kerajaan persekutuan pimpinan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menambahkan tekanan tekanan politik ke atasnya.

Homoseksual - atau hubungan sejenis, termasuk meliwat adalah satu jenayah di Malaysia. Jika terbukti salah, ketua pembangkang itu boleh dihumban ke penjara sehingga 20 tahun dan dilarang menyertai politik.

Anwar dan penyokongnya berjumpa dengan ahli parlimen dan pegawai kerajaan di Brussels dan akan berlepas ke London, Barcelona, New York dan Jakarta sebelum perbicaraannya bersambung pada 14 Oktober ini.

Anwar menerima sokongan meluas di kalangan ahli parlimen Jerman ketika di Berlin, meskipun beliau tidak mengadakan mesyuarat rasmi dengan kerajaan.

Pejabat Kementerian Luar Jerman juga tidak memberikan sebarang respon ketika diminta maklumat mengenai lawatan Anwar ke negara itu.

- dpa

INI BENTUK PENJARA

INI RUPA RUMAH PASONG DARI DALAM



nota:
ini lakaran zunar yang
tidak komidi - tapi
kita melihat semuanya
dalam negara ini sudah
jadi kartoon kah kah kah

TPM: BN sedia timbang Ku Li calon Galas


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah boleh dipertimbang sebagai calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Katanya, BN sedia membincangkan perkara itu kerana beliau percaya Tengku Razaleigh merupakan calon paling tepat dan sesuai berdasarkan pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang.

Namun, katanya, soal sama ada Tengku Razaleigh mahu bertanding atau terdapat calon yang lebih sesuai untuk dicadangkan kepada pucuk pimpinan, terpulang kepadanya.

"Sebagai mana biasa kita beri lebih ruang pada beliau (selaku pengarah pilihan raya kecil BN bagi kerusi untuk senaraikan (calon) dan kalau fikir ada nama paling tepat, sesuai dan boleh beri kemenangan cemerlang di situ, kita akan berikan keutamaan," katanya.

Muhyiddin memberitahu pemberita demikian di Putrajaya hari ini ketika diminta mengulas cadangan Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian yang Tengku Razaleigh diletak sebagai calon BN kerana beliau mampu merampas semula kerusi tersebut daripada PAS.

Mengenai dakwaan PAS kononnya pelantikan Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya BN bagi kerusi Galas memberi kelebihan kepada PAS kerana beliau turut menyokong tuntutan royalti minyak, Muhyiddin berkata, PAS sebenarnya sedang "gundah-gulana".

"Dia (PAS) kata beri kelebihan pada dia sebab isu royalti sebenarnya mereka gundah-gulana dengan pengaruh besar yang ada pada Tengku Razaleigh sebagai pemimpin parti yang cukup berpengalaman, sudah sebati dan sinonim dengan Gua Musang.

"Tengku Razaleigh mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat Melayu, Cina dan India kerana sudah biasa mengenalinya secara peribadi, soal isu royalti kita boleh jelaskan lebih-lebih lagi Tengku Razaleigh pastiya bukan sahaja faham tapi pakar dalam soal itu," katanya.

Muhyiddin berkata sebenarnya PAS sangat tertekan selepas mengetahui Tengku Razaleigh merupakan calon paling tepat yang dipilih sebagai Pengarah Pilihan Raya DUN Galas.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima, 46, daripada Pas di Kuala Lumpur pada Isnin lepas akibat barah usus.

Dalam pilihan raya umum 2008, Che Hashim berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya parlimen Gua Musang daripada BN dengan majoriti 646 undi.

Selain Galas, dua lagi DUN yang terletak dalam Parlimen Gua Musang ialah Nenggiri dan Paloh.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN akan meletakkan calon yang terbaik bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.

Mengenai cadangan pembangkang supaya BN tidak meletak calon di Galas, Najib berkata: "Sukar bagi kita tidak bertanding. Mengikut amalan demokrasi, sesuatu kerusi bila kosong atas sebab kematian perlu diadakan pilihan raya kecil,” katanya.

“Sekali saja kita tidak buat kerana bila sengaja dikosongkan kita rasa membazir dari segi kewangan,” katanya merujuk kepada kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Bercakap kepada media selepas melawat pameran pertandingan reka bentuk hospital kerajaan di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata bagi kawasan Galas terdapat keperluan untuk menggantikan wakil rakyat bagi kawasan tersebut.

“Jika kita tidak bertanding maka rakyat di Galas tiada pilihan. Bila bertanding sekurang-kurangnya mereka ada pilihan sama ada mereka mahu BN atau PAS. Jadi itu amalan demokrasi yang sihat di negara kita.”

Ditanya tentang pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya kecil itu dan tidak sebagai calon, Najib berkata, “Saya gembira bahawa beliau sedia dan beliau komited untuk bekerja keras bagi memastikan BN menang.”

"Kita tidak mahu cakap mengenai calon pada peringkat ini. Saya masih tunggu senarai bakal calon. Saya tidak mahu ramal siapa bakal tetapi kita mahu letak calon yang paling sesuai," kata Najib.

Mengenai momentum yang dicipta parti pembangkang untuk mengambil alih Putrajaya, Najib berkata, "Itu urusan mereka wujudkan ini dan adalah menjadi urusan kita untuk wujudkan momentum tersebut bagi pihak kita kerana kadangkala mereka wujudkan momentum yang palsu.”

"Seperti yang anda tahu dua tahun lepas, mereka kata mereka akan tawan Putrajaya dan ia tidak berlaku. Kegagalan 16 September sama sekali di pihak mereka. Malah jangan lupa mereka boleh wujudkan semangat palsu bahawa perkara (pilihan raya) bergerak ke arah mereka (berpihak kepada pembangkang)."

"Tetapi apa pun, adalah penting untuk BN bekerja keras dan dapatkan keyakinan rakyat," kata Perdana Menteri.

- Bernama

Ku Li dalam dilema

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Akhbar politik Siasah menjadikan dilema yang dihadapi oleh anggota parlimen Gua Musang yang juga ketua Umno bahagian itu, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai  cerita muka depan.

Ini kerana, selepas Ku Li dilantik sebagai pengarah oleh BN dalam pilihan raya itu, apakah pendekatan yang akan diambil olehnya dalam menghadapi isu-isu utama yang bakal meletuk di situ.

"Apakah Ku Li akan berada di pihak Umno untuk menentang PAS atau kekal berpegang kepada prinsip beliau yang senada dengan PAS dalam isu royalti minyak," lapor Siasah dalam keluaran terbaru yang ada di pasaran hari ini.

Dilema Ku Li ini kerana beliau bersama dengan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS dalam isu ini dan bertembung dengan rakan-rakannya dalam BN termasuk ketua perhubungan Umno Kelantan sendiri.

Galas: Isu setempat bakal dominasi kempen

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang kini Penyelaras Pakatan Rakyat meramalkan isu setempat akan mendominasi kempen bagi pilihan raya kecil Dun Galas yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Menurut Zaid, kedua-dua pihak (PAS dan Umno) pastinya akan menumpukan kepada isu tempatan samada persoalan keperluan asas, infrastruktur, bantuan, soal kehidupan harian masyarakat disana dan isu kebajikan.

Mengulas mengenai peluang PAS menang di kawasan kubu kuat Umno itu, beliau bagaimanapun tidak mahu menyatakan samada PAS mampu atau sebaliknya.

Tetapi beliau mahu Pakatan Rakyat bekerja keras kerana pastinya dalam pengamatan PAS mahupun pimpinan Pakatan Rakyat bahawa BN akan menggunakan segala macam strategi 'jahat' untuk mendapatkan undi.

"Di sana politik nasional saya rasa kurang relevan, sebaliknya isu setempat.Siapa yang berjaya selesaikan masalah setempat, dia ada kelebihan, saya sarankan kerajaan negeri perhalusi benda ini," katanya dalam sessi cakap-cakap di pejabat Harakah pagi ini.

Ditanya mengenai pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Pengarah Jentera Pilihan Raya Umno/BN di Dun Galas, Zaid berkata 'persoalan Ku Li' bukan keutamaan.

Sebaliknya rakyat di sana mahukan bantuan, kebajikan dan siapa yang mampu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, katanya.

Galas sebuah kawasan pedalaman yang pastinya merangkumi isu-isu setempat yang tidak ada dibandar, katanya.

Tambahnya, cuma di Kelantan ada sedikit faktor individu yang boleh mempengaruhi geo politik disana iaitu kelibat Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun tidak boleh dipastikan samada kawasan yang dahulunya begitu tebal dengan sokongan kepada Umno/BN ini sudah berjaya ditembusi PAS sewaktu Allahyarham Che Hashim Sulaima menjadi wakil rakyat, katanya.

Justeru beliau mengharapkan PAS dan jentera Pakatan Rakyat bekerja kuat lebih-lebih lagi Galas mempunyai 65 peratus undi Melayu yang boleh dimanipulasi oleh Umno/BN.

Kadar Keluar Mengundi Tinggi Punca Masalah Logistik


SHAH ALAM 1 Okt - Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berkata masalah logistik yang dihadapi oleh beberapa cabang semasa proses pemilihan hujung minggu lalu disebabkan tahap kehadiran pengundi yang tinggi.
Ini ditambah pula dengan sesetengah ahli yang tidak begitu faham dengan sistem baru pengundian yang dilaksanakan melalui kaedah 'satu ahli satu undi'.
"Berbeza dengan pilihan raya umum di mana seorang pengundi hanya diperlukan memilih setakat dua calon atau kebiasaannya hanya satu logo. Di dalam pemilihan KEADILAN, seroang pengundi perlu memilih sehingga 46 calon.
"Oleh itu proses sebenar memangkah dan membuang kertas undi di dalam peti undi memakan lebih banyak masa berbanding PRU. Apabila seseorang pengundi itu buta huruf pula ini menambah kepada cabaran yang dihadapi," kata Pengerusi JPP, Dr Molly Cheah dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Molly berkata pemilihan pada peringkat cabang melibatkan pengundian bagi jawatan-jawatan di dalam Jawatankuasa Cabang,  Jawatankuasa Wanita Cabang dan Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang.
Ini bermakna sekiranya ada pertandingan sebanyak 46 jawatan akan menjadi rebutan iaitu:
 a.  Jawatankuasa Cabang – Ketua Cabang (1), Timbalan Ketua Cabang (1), Naib Ketua Cabang (1) and Ahli Jawatankuasa Cabang (15);
 b.  Jawatankuasa Wanita Cabang – Ketua Wanita Cabang (1), Timbalan Ketua Wanita Cabang (1), Naib Ketua Wanita Cabang (1) and Ahli Jawatankuasa Wanita Cabang (7); dan
 c.   Jawatankuasa AMK Cabang – Ketua AMK (1), Timbalan Ketua AMK (1), Naib Ketua AMK (1) and Ahli Jawatankuasa AMK Cabang (15).
 Beliau menambah pusingan ketiga dan terakhir Mesyuarat Agung Tahunan serta pemilihan peringkat cabang akan berlangsung pada 2 dan 3 Oktober ini membabitkan 38 cabang dengan 23 cabang berlakunya pertandingan iaitu di Selangor (14); Sarawak(4); Johore (2); Sabah (1); Kedah (1) dan Pulau Pinang (1).
 "JPP mengambil perhatian terhadap semua isu berbangkit dan mengambil langkah bagi memastikan pengundian berjalan lancar dan teratur.
"Kami menyeru semua calon dan penyandang jawatan supaya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Sekretariat KEADILAN serta petugas," kata beliau.

Team Abim fields candidate for PKR’s No 2

October 01, 2010
KUALA LUMPUR, Oct 1 — PKR vice-president Mustaffa Kamil Ayub has finally declared his intention to contest the party deputy presidency, paving the way for a three-cornered fight with Datuk Zaid Ibrahim and Azmin Ali. The former president of a Muslim students group, PKPIM, is seen to be leading a major faction in the party made of former leaders of influential Islamic youth group Abim.
He told  a press conference here today that he would continue the legacy of outgoing deputy president Senator Dr Syed Husin Ali.
Mustaffa was part of the Team Abim led by its former president Dr Muhammad Nur Manuty in Parti Keadilan Nasional’s first party election in 2001.
The party later took in ex-members from Parti Rakyat Malaysia and changed its name to Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Muhammad Nur, however, lost the contest for party presidency, joining other former Abim leaders who were wiped out in the election.
Mustaffa also lost the contest for the PKR Youth deputy chief in 2001.
Abim leaders, who played a major role in the 1998 Reformasi movement, found themselves in a tough position when former Umno leaders in the party turned the contest into “Abim versus Keadilan” fight.
The outcome of the election resulted in the Abim leaders rejecting appointments to the party’s supreme council.

AGM PKR: JPP jamin pemilihan esok, Ahad berjalan lancar

October 01, 2010
KUALA LUMPUR, 1 Okt — Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR akan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan perjalanan pemilihan parti itu yang akan berlangsung hujung minggu ini — esok dan Ahad — dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan campur tangan pihak luar.
Ketuanya Dr Molly Cheah berkata pihaknya telah memanggil semua calon dan pemimpin parti di setiap peringkat cabang untuk bekerjasama dengan JPP.
“Kita telah meneliti masalah yang berlaku sebelum ini dan kita akan memastikan perjalanan pemilihan parti hujung minggu ini dapat berjalan dengan lancar.
“Kita juga telah meminta semua calon dan pemimpin parti untuk memberikan kerjasama. Kita juga memanggil Sekretariat Keadilan dan sukarelawan untuk bekerjasama,” katanya dalam satu kenyaataan hari ini.
Cheah (gambar) berkata pemilihan parti di peringkat cabang akan berakhir pada hujung minggu ini.
“Mesyuarat agung tahunan dan pemilihan peringkat cabang akan berakhir pada minggu ini.
Mesyuarat agung ini akan berlangsung di 38 cabang dan pemilihan pula di 23 cabang termasuk Selangor (14), Sarawak (empat), Johor (dua), Sabah (satu), Kedah (satu) dan Pulau Pinang (satu).
“Selain itu, beberapa masalah logistik yang berlaku di beberapa cabang minggu lalu akan diatasi.
“Masalah ini terjadi kerana ahli tidak biasa dengan sistem baru yang diperkenalkan parti,” katanya.
Minggu lalu beberapa kekecohan telah berlaku di beberapa cabang termasuk cabang Klang, Kapar dan Kuala Langat.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata kekecohan yang berlaku itu dipercayai akibat langkah pihak-pihak yang telah kecewa mahu memburukkan nama anggota gabungan Pakatan Rakyat itu.
Saifuddin berkata, partinya ada menerima rakaman video dan gambar menunjukkan kekecohan di bahagian-bahagian terbabit.
Beberapa dalang kejadian itu dilihat meraikan tindakan mereka merosakkan peti-peti undi, kata beliau.
Katanya, laporan awal yang diterima JPP menunjukkan insiden semalam disebabkan oleh mereka yang bukan ahli.
PKR, parti pelbagai kaum terbesar di negara ini, meminda perlembagaan tahun lalu bagi membolehkan ia mengadakan pemilihan langsung membabitkan 400,000 ahlinya.

Pemilihan 2010: Mengukuhkan PKR untuk masa depan Malaysia

Saya telah pun mendapat pencalonan dari Cabang-cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.  Saya akan membuat pengumuman untuk menerima tawaran ini tidak lama lagi.  Jika dipilih, berikut adalah antara cadangan yang akan saya laksanakan jika perubahan ini mendapat persetujuan pemimpin parti yang lain:
1. Mengambil inisiatif untuk mempelawa ramai lagi menyertai parti dan merangka perjuangan parti supaya lebih semangat dan dinamik, dan bukan berkisar kepada isu lama.  Keadilan memerlukan lebih banyak keahlian dari yang ada sekarang dan aktiviti kemasukkan ahli-ahli baru mesti digiatkan.  Kita perlu mempelawa sesiapa saja yang berkebolehan dan ingin memberi sumbangan, tanpa mengira baru atau lama, atau yang sudah "ditarbiah" atau pun belum.  Meritokrasi dalam parti kita sama pentingnya dengan laungan meritokrasi dalam manifesto pilihanraya.  Parti ini perlu lebih inklusif dari apa yang ada sekarang.  Beberapa bekas ahli-ahli dan mereka yang berdiam diri ataupun kurang minat kepada parti (antara yang saya anggap "reformis sebenar") perlu dijemput kembali.  Mereka yang berkebolehan mesti diberi peluang memikul tanggungjawab dan peranan yang lebih besar.
2. Kegiatan akar umbi menjadi ukuran penting kejayaan sesebuah parti politik.  Cabang-cabang parti perlu diberi tenaga dan dokongan kewangan yang berterusan. Hari ini banyak Cabang "hidup segan mati tak mau" disebabkan faktor kekurangan sokongan kewangan.  Saya mampu menghidupkan kembali kekuatan Cabang ini, termasuk mencari jalan mengisi tabung Cabang supaya kita mempunyai jentera yang kuat dan bersemangat.  Dengan itu, Cabang dapat berfungsi dengan baik dan berkesan terhadap rakyat dan ahli-ahli parti yang lain di cabang masing-masing.  Saya telah mengenalpasti punca utama kelemahan cabang-cabang disebabkan oleh kekurangan dana untuk menggerakkan kegiatan parti disemua peringkat walaupun pemimpin-pemimpinnya bersemangat tinggi.
3. Kekuatan Keadilan sangat kritikal bagi penyatuan dan keutuhan Pakatan Rakyat.  Hakikatnya, Keadilan perlu menguasai lebih kerusi di Parlimen supaya melayakkan kita menjadi tunggak kepada Pakatan Rakyat selain bertindak sebagai Ketua Pembangkang yang berkesan.  Parti perlu mempunyai kekuatan tersendiri; kita juga perlu mempunyai hubungan akrab dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.  Saya mampu memainkan peranan ini dengan lebih berkesan supaya kekuatan parti terjamin.  Kerajaan negeri yang dipimpin oleh rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat juga akan diberi peranan besar supaya usaha menguasai pelbagai lapisan rakyat bagi memastikan kemenangan besar dalam pilihanraya akan datang dapat digerakkan bersama secara bersepadu.
4. Keadilan adalah parti berbilang kaum dan agama.  Keunikan ini juga merupakan suatu kekuatan kita.  Kejayaan kita menyatupadukan ahli-ahli dari kepelbagaian kaum, agama dan budaya ini adalah pengukur kejayaan usaha penyatuan kaum di negara ini.  Sedangkan usaha penyatuan kaum ini ternyata gagal dilaksanakan oleh pemerintah sekarang walaupun telah lebih 53 tahun merdeka.  Kita mempunyai ruang dan peluang yang terbuka luas untuk membuktikan bahawa impian kita untuk menyatukan kaum-kaum akan menjadi kenyataan oleh lebih 28 juta rakyat di negara ini.  Ruang ini perlu diisi, peluang ini perlu direbut.  Masanya telah tiba untuk melenyapkan prejudis dan syak wasangka antara kumpulan, kaum dan agama ini dari terus menguasai minda rakyat.  Dasar pecah dan perintah sebagaimana diamalkan oleh pemerintah sekarang bukanlah cara berpolitik yang sihat dan progresif.
Justeru, sebagai sebuah parti politik masa depan, Keadilan perlu menghidangkan wadah perjuangan politik yang lebih terbuka dan demokratik yang melepasi sempadan kaum, agama dan budaya dalam konteks perlembagaan yang sedia ada supaya semua kepelbagaian ini dapat dimanfaat oleh seluruh rakyat di negara ini.
5. Seseorang pemimpin tidak akan berkesan kalau ia mempunyai masalah yang banyak (sama ada berbentuk politik atau peribadi).  Masanya akan lebih banyak tertumpu untuk penyelesaian perkara-perkara ini dari melunaskan masalah yang membabitkan parti dan rakyat.  Saya (Zaid Ibrahim, gambar kiri) berkeyakinan saya mempunyai kemampuan untuk memberi tumpuan secukupnya kepada hal ehwal parti.
Memanglah, saya tahu ramai pemimpin kanan dalam parti yang menolak gagasan dan wawasan saya ini dengan berbagai-bagai alasan.  Itu sebenarnya tidak penting bagi saya tetapi saya menyedari rakyat dan ahli-ahli parti telah cukup matang untuk melihat dan menilai setiap pemimpin yang ada.  Maka terpulanglah kepada ahli-ahli menilai gagasan yang saya bawa ini.
Pemilihan 2010 adalah mercu tanda dalam sejarah negara dan untuk Keadilan.  Dan jika ahli-ahli parti bersehaluan dengan cadangan-cadangan yang telah saya ajukan di atas, saya yakin yang perubahan dalam parti PKR mampu menjadi batu loncatan untuk mengubah Kerajaan kita.
*Tulisan blog Zaid Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijangka akan mengumumkan keputusannya untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR, dalam masa terdekat.