Rabu, 29 September 2010

Galas: Dewan Himpunan Penyokong PAS tawar calon

September 29, 2010
KOTA BARU, 29 Sept – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bersedia menggalas tanggungjawab jika parti itu mahu meletakkan calon berbangsa Cina bagi bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, jika itu yang telah diputuskan pucuk pimpinan parti itu.
Ketua dewan itu Hu Pang Chaw berkata pihaknya tidak ada masalah untuk meletakkan calonnya pada pilihan raya itu memandangkan mereka mempunyai calon yang sesuai dengan kedudukan pengundi di kawasan itu.
“Kami tidak meminta pucuk pimpinan PAS memilih wakil kami sebagai calon, tetapi kami bersedia untuk calonkan wakil kami dalam pilihan raya kecil itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa parti itu tidak menghadapi masalah dalam pemilihan calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.
Menteri Besar Kelantan itu, dalam kenyataannya hari ini menyatakan ini ditambah pula apabila PAS sudah mempunyai sayap baru daripada kalangan masyarakat Cina, iaitu DHPP yang boleh menangani masalah itu jika diperlukan.
Menurut Hu, dalam politik semua perkara tidak mustahil boleh berlaku  terutama apabila seorang ahlinya yang juga pengundi Cina di Gua Musang pernah membantu Adun PAS DUN Galas yang meninggal dunia, Chek Hashim Sulaima, ketika menerima rawatan di China beberapa bulan lepas.
Tambahan pula, katanya, individu terbabit juga mempunyai kenalan dan pengaruh yang tidak kurang kuatnya di kalangan pengundi bukan Melayu di kawasan berkenaan.
Kerusi DUN Galas itu kosong berikutan kematian Chek Hashim Sulaima, 46, di Hospital Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur berikutan penyakit barah usus dua hari lepas.
Bagaimanapun, sebagai sayap keempat PAS selepas Dewan Pemuda, Ulama dan Muslimat, DHPP menerima apa saja keputusan pucuk pimpinan membuat pilihan terbaik dalam pemilihan calon pada pilihan raya kecil itu. – Bernama

‘DNA’ pemimpin Umno: Ibrahim mahu dedah tapi tidak mahu ditekan

September 29, 2010
KUALA LUMPUR, 29 Sept – Datuk Ibrahim Ali menegaskan beliau hanya akan mendedahkan rahsia pemimpin Umno - dua ahli Parlimen dan seorang menteri – apabila tiba sama yang sesuai tetapi hanya mahu ikut rentak mereka sekarang.
“Sama ada nak dedah rahsia mereka, terpulang kepada saya kerana saya hanya akan menari ikut rentak.
“Kalau cakap pasal mereka makna adalah sesuatu yang saya tahu,” katanya ketika sidang media di pejabat Suara Perkasa Sdn Bhd di sini di sini.
Presiden Perkasa itu berkata bahawa beliau bersedia menghadapi apa sahaja kritikan daripada mana-mana semua pihak termasuk pemimpin Umno.
“Saya bukan penakut, saya sedia hadapinya jadi tidak perlu nak paksa saya.
“Kalau saya cakap akan dedah maknanya akan dedah, saya nak tengok siapa tekan siapa dulu,” katanya.
Ketiga-tiga pemimpin Umno tersebut adalah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Sebelum ini, Nazri mencabar Ibrahim supaya mendedahkan apa saja rahsia yang beliau dakwa ada sekarang.
Beliau menegaskan, ugutan Ibrahim baru-baru ini sama sekali tidak membimbangkannya, sebaliknya tindakan wakil rakyat Bebas itu memperkuatkan beliau dalam menentang sikap “rasisme” yang dibawa oleh Perkasa.
Dalam program Perkasa di Pasir Mas baru-baru ini, Ibrahim memberi amaran kepada tiga pemimpin Umno tersebut supaya tidak lagi mempersoalkan perjuangan pertubuhan Melayu itu yang ditubuhkan dua tahun lalu untuk mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.
Ketiga-tiga pemimpin tersebut pernah mendakwa Perkasa boleh menjadi punca kepada BN kehilangan sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.
“Saya kenal siapa mereka, mereka sepatutnya tidak salahkan Perkasa,” kata beliau sambil mendakwa, “Saya tahu DNA mereka.”
“Kalau saya dedahkan nanti, jadi berperang pula,” kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.
Ketika ditanya mengenai isu kenyataan seorang pagawai kanan Biro Tata Negara yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman Isnin lalu, Ibrahim mempertahankan pegawai tersebut sambil mengkritik tindakan sesetengah pemimpin yang telah menjatuhkan hukuman terlebih dahulu sebelum perkara itu disiasat.
“Benda ini masih lagi baru, kita pun belum tahu sama ada perkara ini benar atau tidak.
“Jadi tidak seharusnya pemimpin politik menjatuhkan hukuman kepada pegawai tersebut, biar pihak berwajib menyiasat terlebih dahulu perkara ini.
“Kalau belum apa-apa dah jatuhkan hukuman macam mana kita nak melahirkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai isu perpaduan ini,” katanya.
Kelmarin, Timbalan Pengarah BTN Wilayah Persekutuan Hamim Hussain telah mengeluarkan kenyataan bahawa hak orang Melayu adalah untuk menerajui negara dan boleh bersatu untuk menghadapi apa jua ancaman sebelum pilihan raya umum akan datang.
“Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas,” kata Hamim pada majlis dialog anjuran Puteri Umno baru-baru ini.
“Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran,” tambah beliau.
Hamim juga berkata orang Melayu tidak boleh memerintah negara ini tanpa bekerjasama dengan -masyarakat bukan Melayu memandangkan setiap rakyat hanya membawa satu undi.
“Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC,” katanya lagi.
“Si mata sepet yang tidak pernah pergi ke masjid atau ke surau juga hanya mempunyai satu undi.
“Si botol yang hanya tahu naik dan turun Batu Caves juga hanya mempunyai satu undi,” kata beliau merujuk kepada masyarakat Cina dan India negara ini.
“Jadi, Puteri Umno mesti berkawan dengan golongan muda bukan Melayu,” kata beliau.
Kenyataan yang dibuat Hamim dikecam pemimpin-pemimpin MIC dan DAP sambil menyifatkan konsep 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  menjadi ‘mangsa’ tindak tanduk pihak di sekitarnya sendiri.
Penasihat DAP Lim Kit Siang juga berkata tindakan timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong BTN secara terbuka sebelum ini juga memudaratkan idea 1 Malaysia digerakkan perdana menteri.
Dalam pada itu, Subramaniam yang juga Naib Presiden MIC sebelum inijuga mengecam kenyataan-kenyataan bersifat menghina masyarakat bukan Melayu itu hari ini.
Beliau juga menggesa agar kerajaan menjalankan siasatan mengenai perkembangan tersebut.

Subramaniam bimbang kenyataan-kenyataan itu akan dianggap sebagai menggambarkan pendirian pentadbiran Najib, yang sudah tentu akan merosakkan imej beliau selaku perdana menteri.
Selain itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga mengecam kenyataan yang dibuat Hamim sambil menyifatkan ia adalah imej sebenar Umno untuk memecah-belahkan semua kaum di negara ini.
Pagi tadi Pemuda MIC menggesa Ketua Setiausaha Negara mengambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai kanan awam termasuk yang terbaru Hamim, yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman agar ia menjadi pengajaran kepada kakitangan kerajaan lain.
Ibrahim yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas juga mencadangkan agar kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap seorang paderi di Sarawak yang didakwa menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak.
“Kita cadangkan agar ISA digunakan terhadap paderi itu kerana telah menyampaikan ceramah yang disifatkan tidak bertanggungjawab dan menyinggung perasaan orang Islam.
“Perkasa memang kesal dengan paderi itu dan kita harap kerajaan dapat bertindak pantas dan tegas bagi menangani isu ini,” katanya.
Beliau berkata kerajaan juga perlu menggunakan ISA terhadap mana-mana individu yang melakukan perkara berbaur perkauman dan keagamaan.
“Kita mahu kerajaan bertindak pantas dalam isu kerana sebelum ini banyak isu perkauman yang berlaku namun tindakan terhadap mereka lambat dan mengambil masa yang lama.
“Jadi kita mahu kerajaan memandang serius akan perkara ini. Kalau kerajaan menggunakan prosedur biasa ia agak lama dan lebih baik jika ISA digunakan.
“Saya percaya kalau kerajaan tidak mengambil tindakan dalam isu ini rakyat mungkin akan mengambil tindakan sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan tindakan seorang paderi yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad dan agama Islam dalam satu ceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak yang disiarkan di internet.
The Malaysian Insider difahamkan polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat perkara tersebut.

Khalid hadapi ujian gentir di cabang Kuala Selangor

Oleh Fazy Sahir
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata bagi memastikan kelancaran pemilihan di cabang Kuala Selangor Ahad ini, pihaknya akan meningkatkan aspek keselamatan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku seperti yang yang terjadi di beberapa cabang minggu lalu.
Menurut Khalid, persediaan aspek keselamatan ini diambil bagi memastikan semua ahli yang mengundi selamat sepanjang proses pemilihan dijalankan.

"Bagi memastikan proses bergerak dengan licin semasa pemilihan Ahad ini, kita akan mencari sukarelawan untuk menjaga tempat-tempat undi dan kawalan bagi mereka yang boleh keluar masuk seperti dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kami turut mengalu-alukan pemerhati, dan persediaan akan diambil dengan mengambil kira kejadian yang berlaku pada minggu lepas." katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco di sini hari ini.

Pemilihan cabang minggu lalu menyaksikan beberapa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang di beberapa cabang termasuklah di Klang, Kapar, Petaling Jaya Selatan dan Kuala Langat terpaksa ditangguhkan kerana berlakunya gangguan oleh anasir luar.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail kelamarin berkata pihak JPP turut menerima tiga laporan kotak undi pecah di cabang Klang, Kapar dan Kuala Langat.

Khalid ditentang tiga calon

Sementara itu, pada pemilihan cabang Kuala Selangor Ahad ini akan ditentang hebat tiga calon lain iaitu Fuziah Sulaiman, Mazli Saring dan M Thamilvaanan@ Muhammad Vaanan Abdullah.

Pemilihan ketua cabang ini bakal memberi tekanan buat Khalid ekoran tiada 'tiket emas' bakal diperoleh walaupun beliau merupakan seorang menteri besar mahupun seorang ahli parlimen.

Ini kerana jika diukur pada pemilihan minggu lalu, yang tertewas di cabang masing-masing termasuk ahli Dewan Undangan Negeri Elizeberth Wong, ahli parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Bahrin serta naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub.

Khalid turut menjelaskan bahawa akan menyatakan pendiriannya 5 Oktober depan sama ada mahu bertanding timbalan presiden atau sebaliknya.

"Kita akan umumkan 5 Oktober ini," jelasnya ringkas.

Khalid secara rasminya layak untuk bertanding jawatan timbalan presiden apabila menerima empat pencalonan setelah 150 cabang selesai bermesyuarat minggu lalu.

Ahli parlimen Gombak Azmin Ali terus unggul di hadapan apabila menerima 90 pencalonan diekori Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim (33), Mustaffa Kamil Ayub (16) dan ahli parlimen Batu Tian Chua (4).

Bagaimana peluang Khalid?


FMT turut mendapatkan beberapa ulasan daripada ahli-ahli PKR Kuala Selangor mengenai pemilihan cabang Kuala Selangor.

Sebahagian yang dihubungi menjangkakan Khalid akan tewas pada pemilihan kali ini ekoran mereka kurang senang dengan pendekatan dilakukan oleh beliau.

Menurut ahli tersebut yang enggan namanya disiarkan, Khalid akan tewas kerana beliau gagal mentadbir politik dengan sebaiknya.

"Menteri besar akan tewas kerana dia tidak mahir mentadbir politik dengan baik, kami disini menolak kepimpinan politik beliau.

"Tetapi dari segi korporat dia menjaga negeri beliau memang bagus, itu tidak dinafikan. Dari segi politik memang beliau kurang," katanya yang dihubungi FMT.

Namun sebaliknya bagi ketua penerangan cabang Kuala Selangor Ibrahim Mahiden yang menyifatkan pertandingan ini sebagai pertandingan kekeluargaan.

Beliau turut menjangkakan kemenangan kali ini agak seimbang, memandangkan calon yang bertanding mempunyai kelebihan masing-masing.

"Masing-masing ada pendekatan tersendiri, malah Tan Sri Khalid sebagai pemimpin negeri turut membuat gerak kerja dan turun padang. Calon-calon lain buat ceramah dan bertemu ahli-ahli.

"Maka saya lihat kemenangan akan seimbang bagi semua calon," katanya yang juga bertanding timbalan ketua cabang.

Sir Richardson Tibai Mat Monggol

"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini.

"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya .

Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.

...

"Jika Malaysia lebih liberal, lebih ramai orang akan melabur. Jika anda pemimpin yang berani, anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara,” kata Branson.

Dr M: Wawasan 2020 mungkin tidak tercapai...eh..eh..apa dah jadi..???

Arkitek Wawasan 2020 Tun Dr Mahathir Mohamad percaya sasaran untuk mencapai matlamatnya pada 1991, berkemungkinan tidak menjadi kenyataan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

"Sama ada Wawasan 2020 boleh dicapai atau tidak, kebimbangan saya ialah ianya tidak dapat dicapai pada tahun 2020 ... mungkin kemudiannya," katanya, mengulangi pandangannya yang pernah disuarakanya sebelum ini.

Namun, Dr Mahathir (kiri) berkata, sasaran matlamat tersebut masih boleh dicapai jika kerajaan menukar cara bertindak dan mencari "halatuju baru dan strategi yang berbeza", daripada terus bergantung kepada
pelaburan langsung asing.

Beliau juga menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang sebagai tidak cukup kuat untuk memastikan kestabilan.

Walaupun angka pertumbuhan ekonomi agak baik pada kadar 6 peratus, Dr Mahathir berpendapat bahawa cabarannya ialah supaya rakyat dapat merasainya.

Kenyataan Branson: Wan Azizah gesa kerajaan buat reformasi system

September 29, 2010
KUALA LUMPUR, 29 Sept - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PKR mengalu-alukan kenyataan Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berhubung kes Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil diharap ia menjadi indikator buat Umno-BN untuk melaksanakan reformasi sistem.
Presiden Parti Keadilan Rakyat berkata partinya konsisten mempertahan prinsip kedaulatan undang-undang melalui sistem kehakiman yang telus dan saksama.
“Yang kekal dikecam ialah penyalahgunaan proses mahkamah dan memperalatkan jentera dan instrumen kerajaan untuk memfitnah sewenangnya.
“Saya merakamkan penghargaan di atas kenyataan yang dibuat oleh Sir Richard Branson, usahawan terkemuka Britain yang menyatakan pandangan ikhlas beliau mengenai konspirasi dan fitnah ke atas Anwar,” katanya.
Pada satu seminar di ibu negara kelmarin, Branson berkata perbicaraan liwat melibatkan Anwar telah menjejaskan reputasi Malaysia.
Dalam komennya semalam pula, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia akan menjadi lebih menarik kepada pelabur jika negara ini tidak dicemari kes seperti itu.
“Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik. Maka, biarlah mahkamah menentukannya... lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita.
“Jika ditanya secara peribadi, jika saya mahu melihat kes ini terjadi dalam mahkamah Malaysia, saya tidak mahu ianya berlaku di mahkamah Malaysia. Saya ingin agar Malaysia bebas daripada semua ini tetapi ini bukannya disebabkan oleh kerajaan,” katanya.
Katanya beliau yakin pendapat Branson itu bukan bertujuan untuk mencampuri urusan dalam Malaysia sebaliknya bertujuan membantu inisiatif Malaysia.
Dr Wan Azizah berkata, kenyataan Branson di ibu negara kelmarin, tuntasnya senada dengan kenyataan tokoh-tokoh besar dunia seperti Sheikh Yusuf Al-Qardhawi, Sheikh Taha Jabir Al-alwani dan Maulana Ihsan Hendriks yang mengecam perbicaraan berat sebelah kes konspirasi kedua ke atas Anwar.
“Penekanan beliau mengenai keperluan Malaysia menjadi lebih terbuka wajar dipandang serius oleh pemerintah,” katanya.
Dr Wan Azizah berkata ketika imej negara sekian lama dicemar dengan ketidakadilan, senario ini jika dibiar berterusan, pastinya mengesani persepsi masyarakat dunia ke atas imej Malaysia.

Harapan ibu bapa...nukilan Ustaz Farhan....

HARAPAN IBUBAPA

SATU HARI NANTI APABILA KAMU MELIHAT KAMI MENJADI TUA, LEMAH, BERKEDUT, PELUPA, HODOH, BURUK, TIDAK CERGAS,NANYUK DAN TIDAK BERMAYA BERSABARLAH WAHAI ANAKKU DAN CUBA MEMAHAMI DIRI KAMI
JIKA KAMI MAKAN, BERSELERAK, MENGOTORKAN MEJA, MEMECAHKAN PINGGAN KERANA TIDAK MAMPU MEMEGANG PINGGAN LAGI, KAMI TIDAK MAMPU UNTUK MENYUAPKAN NASI KE MULUT KAMI, JANGANLAH MEMAKI HAMUN KAMI SEPERTI ANJING KURAP DAN INGATLAH KETIKA KAMU MASIH KECIL KAMI MENYUAPKAN MAKANAN KE MULUT KAMU DENGAN HARAPAN KAMU MENJADI ANAK YANG SIHAT DAN DAPAT MENERUSKAN KEHIDUPAN, BERBEZA DENGAN KAMU YANG MENYUAPKAN NASI KE MULUT KAMI YANG MENGHARAPKAN KAMI MATI SEGERA.

JIKA KAMI TIDAK MAMPU UNTUK MEMAKAI BAJU DAN MENYIKAT RAMBUT KAMI LAGI NANTI KERANA TERLALU LEMAH DAN SAKIT, JANGANLAH MENGHERDIK KAMI SEPERTI KANAK-KANAK KECIL DAN INGATLAH KETIKA KAMI MEMAKAIKAN KAMU BAJU DAN MENYISIR RAMBUT KAMU SEWAKTU KAMU MASIH KECIL DENGAN PENUH KASIH SAYANG.

JIKA KAMI BERCAKAP DENGAN KAMU, KAMI MENGULANGINYA LAGI CERITA DAN BENDA YANG SAMA, JANGANLAH TIDAK MEMPEDULIKAN KAMI TUMPUKAN PERHATIAN KEPADA KAMI KERANA KETIKA KAMU KECIL KAMI MEMBACA BUKU CERITA YANG SAMA SEHINGGA KAMU TERTIDUR TANPA RASA JEMU DAN BOSAN.
JIKA KAMI TIDAK MAHU MANDI DAN JANGANLAH MEMALUKAN KAMI DAN MEMARAHI KAMI. INGATLAH KETIKA KAMU KECIL KAMI MENYURUH KAMI MANDI DAN KAMU MEMBERIKAN PELBAGAI ALASAN. KAMI TETAP BERSABAR DENGAN KARENAHMU WAHAI ANAK-ANAKKU.

JIKA ADA BENDA-BENDA BARU YANG KAMI TIDAK TAHU, AJARLAH KAMI DENGAN LEMAH LEMBUT. INGATLAH KAMI TELAH BANYAK MENGAJAR PERKARA-PERKARA BARU KETIKA KAMU KECIL. MAKAN DENGAN BETUL, MEMAKAI BAJU DENGAN BETUL, BERSOLAT, MEMBACA AL-QURAN, MENUTUP AURAT, BERSABAR, JANGAN BAKHIL DAN JANGAN TAKUT BILA MEMPERJUANGKAN ISLAM.

JIKA KAMI TIDAK MAHU MAKAN, JANGANLAH TERLALU MEMAKSA KAMI. KAMI AKAN MAKAN BILA SAMPAI MASANYA. HULURKAN TANGAN SEWAKTU KAMI TIDAK MAMPU BERJALAN SEPERTI KAMU BARU MULA BELAJAR BERJALAN.

JIKA KAMI SELALU “ MEREPOTKAN ” KAMU ATAU MELECEHKAN KEHIDUPAN KAMU SEBAB KAMI SUDAH TIDAK PRODUKTIF LAGI JANGANLAH MENGHANTAR KAMI KE RUMAH ORANG TUA-TUA KERANA DI SITU MERUPAKAN TRANSIT KAMI YANG TERAKHIR SEBELUM KAMI BERPINDAH KE ALAM KUBUR, INGATLAH KETIKA KAMU KECIL KAMU SELALU “ MEREPOTKAN ” KAMI DAN KAMI SENTIASA BERJAGA MALAM UNTUK MEMASTIKAN KAMU SENTIASA SELESA DAN DAPAT TIDUR DENGAN NYENYAK.

JANGAN KAMU MARAH AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU BENCI AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU SESALI AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU MALU AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU MEMANDANG HINA AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU MEMANDANG JIJIK AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU PERLEKEHKAN KAMI. JANGAN KAMU CACI MAKI KAMI. JANGAN KAMU CERCA KAMI……………KERANA BILA KAMU SUDAH MENJADI SEPERTI KAMI, KAMU AKAN FAHAM AKAN KEADAAN KAMI.

HANYA YANG MENJADI HARAPAN KAMI WAHAI ANAKKU ………………………SEDEKAHKAN AL-FATIHAH SEKIRANYA KAMI TELAH BERPINDAH KE ALAM BARZAKH, DOAKAN KESEJAHTERAAN KAMI SETIAP KALI SELESAI MENUNAIKAN SOLAT SEPERTI YANG DIAJARKAN OLEH ALLAH S.W.T “ YA ALLAH AMPUNKAN DOSAKU DAN DOSA KEDUA IBU BAPAKU DAN RAHMATILAH KEDUA-DUANYA YA ALLAH KERANA KEDUA-DUANYA TELAH MENDIDIKKU SEMASA KECIL SEHINGGA AKU MENGENALIMU YA ALLAH ” DAN AKHIRNYA ANAKKU…….. JANGANLAH KAMU MELAKUKAN KEMAKSIATAN KEPADA ALLAH KERANA IANYA AKAN MENYEBABKAN KAMI AKAN DISIKSA OLEH MALAIKAT-MALAIKAT ALLAH LANTARAN DARI KEALPAAN DAN KELALAIAN KAMI MENDIDIK KAMU DAHULU.

“ YA ALLAH MANFAATKAN KAMI DI ATAS APA YANG ENGKAU AJAR KEPADA KAMI, AJARKANLAH KEPADA KAMI YA ALLAH DENGAN PERKARA-PERKARA YANG BERMANFAAT BAGI KAMI.

PANDANGLAH KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANGMU DAN JANGANLAH ENGKAU PANDANG KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN KEMURKAANMU.

KAMI MERENDAHKAN DIRI KAMI YANG HINA DINA INI YA ALLAH, YANG JAHIL INI YA ALLAH, YANG LEMAH INI YA ALLAH, YANG BANYAK MELAKUKAN DOSA INI YA ALLAH.

AMPUNKAN DOSA KAMI YA ALLAH, SIAPAKAH YANG DAPAT MENGAMPUNKAN DOSA KAMI YANG BANYAK KALAU BUKAN ENGKAU YA ALLAH. AMPUNKAN DOSA KEDUA IBUBAPA KAMI YA ALLAH. AMPUNKAN DOSA AYAH KAMI YA ALLAH, AYAH YANG TELAH MEMBANTING TULANG EMPAT KERATNYA MEMBESARKAN KAMI SEHINGGA MENJADI MANUSIA YANG BERGUNA. AMPUNKAN DOSA IBU KAMI YA ALLAH,KERANA DARIPADA PERUTNYA YANG MULIA LAHIRLAH KAMI SEHINGGA KAMI MENJADI HAMBA YANG SUJUD KEPADAMU YA ALLAH.

AMPUNKAN DOSA ADIK-BERADIK KAMI YA ALLAH, KALAU MEREKA MASIH TIDAK MENYEMPURNAKAN KETAATAN MEREKA KEPADAMU YA ALLAH. AMPUNKAN DOSA SAUDARA-MARA KAMI YA ALLAH KERANA MASIH RAMAI DI KALANGAN SAUDARA-MARA KAMI YANG MASIH JAUH DARIPADA AGAMAMU YA ALLAH. AMPUNKANLAH DOSA TOK-TOK GURU KAMI, USTAZ-USTAZ KAMI, GURU-GURU KAMI YANG TIDAK PERNAH JEMU-JEMU MENDIDIK KAMI, MENTARBIYAH KAMI, MENEGUR KAMI DAN MEMPERBETULKAN KAMI.

YA ALLAH JADIKANLAH ANAK ZURIAT KAMI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH. JADIKANLAH ANAK-ANAK KAMI, ANAK-ANAK YANG BOLEH MENGUSUNG KERANDA KAMI KE KUBUR KALAU KAMI MATI KELAK. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH, ANAK-ANAK YANG TAHU MEMBACA AL-FATIHAH SEBAGAI SURAH PENTING BILA BERLAKU KEMATIAN. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH, ANAK-ANAK YANG BOLEH MEMBACA SURAH YAASIN KETIKA KAMI SEDANG SAKRATUL MAUT. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH ANAK-ANAK YANG MAMPU MEMANDIKAN MAYAT KAMI DENGAN KELEMBUTAN DAN KASIH SAYANG. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH, ANAK-ANAK YANG TIDAK KEKOK UNTUK MENDIRIKAN SOLAT JENAZAH DENGAN EMPAT KALI TAKBIR JIKA KAMI MATI YA ALLAH. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH,ANAK-ANAK YANG TIDAK BAKHIL UNTUK MENDOAKAN KSEJAHTERAAN KAMI YA ALLAH JIKA KAMI BERPINDAH KE ALAM BARZAKH.

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM,YA TUHAN KAMI.

JANGAN ENGKAU UJI KAMI, KALAU ENGKAU UJI KAMI, ENGKAU AKAN BUKA KELEMAHAN KAMI, ENGKAU AKAN KOYAKKAN TABIR-TABIR KELEMAHAN KAMI DAN ENGKAU AKAN AZAB KAMI.

WAHAI ALLAH YANG MEMBALIK-BALIKKAN HATI, TETAPKANLAH HATI KAMI DI ATAS AGAMAMU, TETAPKAN HATI KAMI DI ATAS KETAATAN KEPADAMU DAN TETAPKANLAH HATI KAMI DI ATAS KETAATAN RASULMU.

BUAT KALI TERAKHIRNYA YA ALAH, SEKALI LAGI KAMI SEBAGAI HAMBA YANG HINA-DINA INI,YANG JAHIL MURAQAB INI, YANG TIDAK BERDAYA INI, YANG LEMAH INI………PANDANGLAH KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN RAHMATMU, DAN JANGANLAH ENGKAU PANDANG KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN KEMURKAANMU.KAMI MENGHARAPKAN KEAMPUNAN DAN KERIDHAANMU YA ALLAH. “

NUKILAN DAN DOA PENULIS DARI DIDIKAN ILLAHI YANG MENGASIHI, AJARAN NABI YANG MENYINARI, KESUNGGUHAN IBU BAPA YANG BERDEDIKASI, PENGAMATAN HATI SENDIRI, PENGALAMAN HIDUP YANG MENYAYATI HATI, AIR MATA KEINSAFAN YANG MEMBASAHI PIPI, PERKONGSIAN HARAPAN YANG TIDAK BERTEPI, KEPERITAN KEHIDUPAN YANG PERNAH DILALUI. BUAT TATAPAN KOTAK JIWA YANG SEPI DAN MELEMBUTKAN NAFSU YANG MASIH KELIRU DAN TERCARI-CARI MATLAMAT SEBENAR KEHIDUPAN INSANI.

IKHLAS,
KAMALULHYSHAM@FARHAN

SPRM..... hangpa dok buat apa??


Lim Soo Nee...
Mai la keluar daripada PKR!!

Jangan banyak pikiaq...
Hang boleh jadi kaya!!
RM 5 juta hang dapat buta ja...
Tak cukup pi runding dengan Najib

Lim Soo Nee...
Mai la keluar daripada PKR!!

Hang tunggu dalam tu hang dapat apa??
Hang keluar hang jadi kaya
Projek pun menanti dua tiga
Kaya raya beb!!

Lim Soo Nee....
Mai la keluar daripada PKR!!

SPRM, hangpa dok buat apa??
Bukti dok ada depan mata...
Hangpa buta ka??
Dakwa la
Segera!! Segera!! Segera!!

Orang dok mengata hangpa
SPRM... makan gaji buat ka apa??
Kerja sambil lewa
Pi cari la Mahazir Khalid
Dakwa dia segera!!

Najib macam mana pula??
Hangpa berani nak siasat dia??
Hangpa berani nak dakwa dia??
Nama dia pun
Mahazir Khalid ada sebut!!

Kata dia...

Lim Soo Nee....
Mai la keluaq daripada PKR!!

Kami bagi hang RM5 juta
Tak cukup kalu, pi bincang dengan Najib...
Dia sebut nama Najib.

SPRM??
Hangpa ada berani ka??
Nak pi cari Najib??

Kah... kah... kah... kah...

Tak tau nak kata la...
Mahazir Khalid pun depa tutup mata
Inikan pulak Najib Razak...
Piem 1Malaysia.

Kah... kah... kah.. kah...

SPRM...
Sah... hangpa lembu!!
Lembu kena cucuk hidung.
Lembu balaci UMNO/BN!!

Tasik Kenyir kawasan bebas cukai 2012..cara-cara membelasah duit rakyat..!!! darul runtuh dan darul bengong...!!

Terengganu akan maju setapak lagi apabila tasik buatan manusia, Tasik Kenyir di Hulu Terengganu akan menjadi kawasan bebas cukai mulai tahun 2012.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata Tasik Kenyir akan menjadi tarikan kepada lebih ramai lagi pelancong dengan pengwujudan kawasan bebas cukai itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Kuala Terengganu hari ini, beliau berkata Tasik Kenyir yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai kawasan bebas cukai minggu lalu akan diwartakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengambil masa kira-kira 18 bulan untuk menyediakan kompleks bebas cukai, kompleks kastam dan sebagainya.

Selain itu, 300 unit chalet dan hotel bertaraf tiga hingga lima bintang akan dibina bagi memudahkan pelancong menginap di Tasik Kenyir.

Katanya, untuk tujuan itu juga kerajaan negeri akan menyambung bekalan elektrik dari Kampung Kepah ke Pulau Bayas di Hulu Terengganu dengan kos kira-kira RM27 juta.

Ahmad berkata, dengan adanya beberapa daya tarikan pelancong di Tasik Kenyir seperti taman burung, taman rama-rama, taman gajah dan lain-lain akan lebih menarik perhatian pelancong.

"Tambahan pula, dengan siapnya Lebuhraya Pantai Timur (LPT) akan memudahkan lagi pelancong datang ke Tasik Kenyir," katanya.

- Bernama

Polis: Tiada tindakan kerana PERKASA beri kerjasama

Polis tidak bertindak terhadap PERKASA semalam kerana mereka memberi kerjasama kepada pihak polis, kata ketua polis Dang Wangi, ACP Mohd Zulkifli Abdul Rahman.

Kira-kira 50 anggota PERKASA berhimpun di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur/Selangor (KLSCAH) di ibunegara semalam, kerana membantah kehadiran rapper kontroversi Namewee sebagai penceramah di forum anjuran dewan tersebut di situ.

Zulkifli Mohd memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa polis terpaksa campurtangan dan meminta pihak penganjur memendekkan forum tersebut kerana ia mungkin mengganggu ketenteraman awam.

Namewee menjadi panel di forum tersebut bersama dengan ketua pegawai eksekutif KLSCAH Tan Ah Chai.

"Untuk bersikap adil terhadap kedua-dua pihak penganjur dan mereka yang menyertai bantahan tersebut, kami memberi mereka masa untuk bersurai," tambah Mohd Zulkarnain.

Sementara itu, Pemuda KLSCAH kesal dengan tindakan PERKASA mengadakan protes di depan bangunannya di Kuala Luampur semalam.

Terkini DUN Galas : Tengku Razaleigh Terperangkap.


Nampaknya Tengku Razaleigh Hamzah terperangkap dengan mainan pimpinan umnoApco. Maknanya segala desas desus dari pihak Pakatan Rakyat kononnya Tengku Razaleigh akan bercakap atas pentas PAS semuanya tak bermakna apa2 pun.... ha..ha..ha...

Dalam situasi politik semasa, sejak kebelakangan ini beliau banyak memihak kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS, dan ini sedikit sebanyak menggusarkan kepimpinan umnoApco. Bagi membuktikan kesetiaan beliau maka..... ha...ha....ha.....

Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya PRK Dun Galas. Sementara Pengerusi Perhubungan umnoApco Kelantan iaitu Mustapha Mohd di lantik sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya.

Ini berita yang diumumkan oleh Muhyiddin Yasin sebentar tadi dalam mesyuarat berkaitan PRK DUN Galas yang kosong semenjak wakil rakyatnya meninggal dunia beberapa hari lepas.

Di bawah ini adalah kenyataan dari Harun Taib (Pesuruhjaya PAS Terengganu) yang bermimpi di siang hari... ha..ha..ha...
“Kita yakin Tengku Razaleigh sendiri akan memberi sokongan kepada calon PAS pada pilihan raya kecil itu. Tengku Razaleigh orang bijak berpolitik. Biasanya dia melihat suasana dan realiti,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Pas Terengganu, di sini hari ini. - Bernama.

Pengurusan FELDA Tidak Perlu Berdalih Lagi


Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

Sepuluh peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi. - Harakahdaily


Ada Pihak Didakwa Hasut Peneroka Ambil Tindakan Mahkamah Kepada Felda

ALOR GAJAH, 27 Sept (Bernama) -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa ada pihak yang kini menghasut peneroka Felda supaya mengambil tindakan saman ke mahkamah berhubung isu manipulasi perahan buah kelapa sawit.

Beliau mendakwa isu peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan yang memenangi kes terhadap Felda baru-baru ini telah dijadikan kes rujukan oleh pihak tertentu untuk menghasut peneroka-peneroka Felda lain untuk mengambil tindakan yang sama.

"Saya nak maklumkan berhubung kes saman (peneroka ) Felda Kemahang 3 itu bukan satu kes rujukan kerana kali ini Felda akan lebih bersedia dalam menghadapi kes-kes saman ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Malam Himpunan Budi sempena Ulang Tahun ke-50 Felda Tun Ghafar Machap di Bukit Bulat, di sini malam tadi.

Dalam kes itu, 354 peneroka Felda Kemahang menerima RM11 juta daripada Felda kerana manipulasi gred buah kelapa sawit berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 26 Ogos lepas yang menolak permohonan Felda yang dibuat oleh panel lain pada 19 Jan lepas, yang menafikan kebenaran rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Baharu.

Pada 13 Jan 2008, Mahkamah Tinggi itu telah memerintahkan supaya Felda membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka itu apabila peguam agensi tersebut gagal hadir di mahkamah semasa saman berkenaan didengar dan mahkamah membuat keputusan memihak kepada peneroka selepas menerima keterangan tiga saksi.

Ahmad berkata agensi itu memikul amanah besar untuk membina dan membantu para peneroka.

"Kita mempunyai pakar daripada jawatankuasa teknikal kemajuan rancangan sehingga jawatankuasa perunding peneroka di peringkat Wilayah dan Ibu Pejabat untuk meneliti isu perahan dan gred buah kelapa sawit ini," katanya.

Beliau juga berkata Felda akan memanggil semua pengurus dan pemimpinnya di seluruh negara dalam masa terdekat bagi menghadiri satu penerangan mengenai isu-isu yang membabitkan Felda. -- BERNAMA


Ulasan GB

Kita berharap kemenangan ini tidak dicabar lagi atau dirayu lagi oleh pengurusan Felda seperti kes terdahulu.

Dan kita berharap tiada suara sumbang dari Felda lagi bahwa kononnya peguam Felda tidak hadir.

Bayar segera sebelum Felda dikenakan saman lagi kerana mengingkari perintah mahkamah.

Nik Aziz wants Malays to be in one party

KOTA BAHARU: PAS spiritial leader Nik Abdul Aziz Nik Mat today suggested that the Malays should belong to only one political party that is Islamic-based in the interest of Malay unity.
The Kelantan Menteri Besar said there was no need for them to belong to many Malay political parties, but to one that is Islamic-based as "Islam covers all races, be it Malay, Chinese or Indian".

"As PAS is an Islamist party, all the Malays should therefore be in PAS," he said after handing over computer lap tops to 200 students of the Masterskill College Metro Campus, Kota Baharu, today.

Also present was the chief executive of the college, Ahmad Nazir Abdullah.

Nik Aziz was earlier asked by reporters to comment on the proposal by PAS deputy secretary-general Takiyuddin Hassan for Umno to compromise by not contesting in the upcoming Galas state seat by-election, for the sake of Malay unity and to avoid prolonged friction between the two main Malay political parties, Umno and PAS.

The Galas seat is now vacant following the death of its incumbent Che Hashim Sulaima, 48, from PAS, on Monday from cancer.

Nik Aziz said he fully supported Takiyuddin's statement.

"Not just by-elections....Umno should not contest in any election at all and should stay in one party, that is, PAS. There's no need for a party for the Malays other than PAS," he said, adding that he had wished for this a long time ago.

On the party's candidate for the by-election, Nik Aziz said PAS had no problem in choosing one.

"As a party which is always in a state of preparedness, whether there's going to be an election or not, the candidate would have long been identified but to be decided by the party' top leadership.

"Furthermore, PAS has non-Muslim supporters who are Chinese and can be fielded as candidates in the elections if necesary, but again the party leadership will decide," he said.

- Bernama

PKR to kick out Zaid? - FMT


By FMT Staff
KUALA LUMPUR: PKR deputy presidential contender Zaid Ibrahim may end up being suspended or sacked from the party, according to a posting on the popular blog Haris Ibrahim.
Haris, blogging in his People’s Parliament, quoted “someone high up” in PKR, as saying:

“If Zaid cannot be persuaded to pull out after nominations are closed, they’ll find a way to disqualify Zaid from contesting.

“A charge of misconduct, money politics, or of bringing the party into disrepute will be trumped up, and Zaid will be either suspended or sacked.”

According to the blogger’s source, party supremo Anwar Ibrahim and Zaid's rival Azmin Ali would ensure that Azmin would win the deputy presidency uncontested.

“Both Anwar and Azmin realise that even if Azmin pulls off an impressive tally of nominations for the No.2 post, that in no way guarantees that the members’ vote will go the same way,” Haris quoted the PKR man as saying.

According to the latest reports, 90 PKR divisions have nominated Azmin and 33 have nominated Zaid.
In recent weeks, Zaid has given interviews to the mainstream media in which he had questioned Anwar's role as the party advisor, urging him to contest for the president's post.

He has also spoken about lies and attacks hurled at him by certain party leaders following his decision to contest for the deputy's post.
Anwar's dream team
Haris’s article also strengthened rumours that Anwar will eventually announce his candidacy for president.

Claiming that he got his information from insider sources, the blogger said Anwar’s dream team would consist of Azmin as deputy president, Rafizi Ramli as youth chief, Zuraidah Kamaruddin as women’s chief, Mansor Othman, Lee Boon Chye, R Sivarasa and someone from Sabah or Sarawak as elected vice presidents, and Fuziah Salleh, Chua Jui Meng and another candidate from Sabah or Sarawak as appointed vice presidents.

Haris alleged that Anwar and Azmin were trying to undermine Zaid’s popularity in the East Malaysian states. He said his PKR source confirmed this and quoted him as follows:

“Zaid’s frequent trips to Sabah and Sarawak and his increasing popularity there got both Anwar and Azmin concerned.  In fact, I know that ex sec-gen Salehuddin (Hashim) had remarked to Zaid on one of those trips that he (Zaid) was finished in the party.

“Last year, when Anwar directed Zaid not to go to Sabah for the Hari Raya celebration, and Zaid defied the former, it became clear to Anwar that Zaid would not and could not be controlled.”

Proof that the MACC is a component member of Barisan Nasional

The MACC was not set up to combat corruption. Just like the PDRM, SPR, AGC, and others, the MACC has proven to be just another component member of Barisan Nasional. Two years ago, Lim Soo Nee made a report that he was offered a bribe of RM5 million to jump ship. This is the MACC Early Investigation Report on the matter. The case, however, was finally marked NFA.


Raja Petra Kamarudin



Galas :Ku Li paling sesuai…dan apa macam kalau nama Kickdefella masuk senarai




Cerita pasal kemungkinan pilihan raya kecil DUN Galas bukanlah cerita baru.Malah ketika jentera BN dan pakatan pembangkang khususnya PAS sedang ‘berperang’ di DUN Manik Urai, kisah pilihan raya kecil DUN Galas turut jadi topik perbualan.Tambahan pula ada pihak tidak bertanggungjawab sebar khabar angin kononnya Adun Galas, Che Hashim Sulaima, daripada PAS sudah meninggal dunia.Padahal beliau masih hidup walaupun kesihatan terjejas akibat kanser usus.
Jika tidak silap, sekurang-kurangnya tiga kali penyebaran berita dan sms palsu kononnya Che Hashim sudah meninggal dunia termasuk pertama kali selepas wakil rakyat itu terbabit kemalangan jalan raya.
Ketika berkempen di Manik Urai dan tersebar berita kononnya beliau semakin tenat selain ada mendakwa sudah meninggal dunia, ada pihak mula mencongak siapakah calon paling sesuai bertanding di Galas.
Nama yang jadi sebutan hangat adalah Tengku Razalegh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang.
Kebetulan DUN Galas dalam kawasan parlimen pemimpin veteran UMNO berdarah raja itu.
Ada pendapat, Ku Li boleh menang besar kalau bertanding.
Tidak timbul soal beliau sudah jadi ahli parlimen kerana dalam pembangkang, ramai juga pemimpinnya bertanding dan menang dua kerusi termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim , Lim Guan Eng dan Azmin Ali.
Pendapat lain sekiranya Ku Li bertanding dan menang, beliau boleh menjadi Ketua Pembangkang BN di Kelantan serta dapat menggerakkan jentera parti dengan lebih berkesan bagi menghadapi pilihan raya ke 13.
Cerita lain pula kononnya Ku Li bolehlah dilantik sebagai Menteri Besar jika menang pilihan raya umum nanti.
Bagaimanapun, selepas Che Hashim benar-benar kembali ke rahmatullah petang Isnin akibat kanser ususnya itu, pilihan raya yang sudah jadi sebutan sejak setahun lalu tidak dapat dielakkan.
Cuma siapa akan dipilih BN untuk mengalas cabaran menentang calon PAS masih belum diputuskan pucuk pimpinan tertinggi UMNO dan BN.
Namun rasanya nama Ku Li pasti akan disebut-sebut jika BN mahu menang dengan menjadikan pilihan raya kecil Bagan Pinang yang dimenangi Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai ukuran.
Otai UMNO Negeri Sembilan itu memastikan BN menang besar dan tidak mustahil Otai Kelantan ini juga boleh memastikan kemenangan bergaya itu berulang.
PAS pula awal-awal lagi nampak yakin dapat mengekalkan kerusi DUN Galas kalau kenyataan Naib Presidennya Salahuddin Ayub diambil kira.
Beliau melahirkan keyakinan kerana parti itu sudah membuat persiapan yang rapi dalam menghadapi pilihan raya umum, sekali gus jentera parti juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil tersebut.
Tetapi peliknya Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan tiba-tiba menyarankan supaya BN berrkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil DUN Galas.
Alasannya langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.
Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.
Selain itu katanya untuk jimatkan kewangan kedua-dua pihak sekiranya diadakan pilihan raya kelak.
Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.
Entah mimpi apa pemimpin PAS itu tiba-tiba sebut soal perpaduan Melayu sedangkan parti itu sebelum ini menolak rundingan perpaduan Melayu yang dihulur oleh pemimpin UMNO.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang paling keras menentang malah Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa teruk kena ‘hentam’ kononnya beliaulah yang terbabit mahu rundingan perpaduan tersebut.
Sebenarnya UMNO boleh tidak meletakkan calon bertanding di Galas kerana jika menangpun, ianya tidak dapat menganggu gugat kerajaan PAS Kelantan.
Namun PAS tidak boleh diberikan laluan mudah untuk mengekalkan kerusi kawasan itu.
Setidak-tidaknya ada calon lain atau calon Bebas yang berani turun gelanggang menentang PAS.
Mungkin yang paling sesuai jadi calon adalah penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz ataupun lebih dikenali sebagai Kickdefella.
Bekas Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu adalah calon paling layak untuk berdepan dengan mana-mana calon yang diletakkan PAS bertanding di Galas.
Pertembungan mereka pasti ibarat buku bertemu ruas.
Bayangkan nanti jika berkempen, bagaimana Kickdefella ‘melondehkan’ satu persatu kepincangan dalam PAS terutama di Kelantan seperti pernah didedahkan mengenai menantu Nik Aziz sehingga Abdul Ariffahmi Abdul Rahman terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Pegawsalah guna kuasa dan pecah amanah.
Beliau juga yang mendedahkan bagaimana kroni-kroni Nik Aziz dapat konsesi balak serta peruntukkan RM4 juta untuk memburukkan imej Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Semua ini pasti menarik dijadikan bahan kempen dan tentu ramai pemimpin PAS akan 'panas punggung'.
Cuma yang ramai hendak tengok adalah Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa berani ‘turun padang’ berkempen dan menafikan apa yang Kickdefella akan dedahkan nanti kerana orang PAS tahun mereka berdua cukup akrab.
Seperti biasa, mari kita tengok siapa yang kena.
AD.

AUKU Kepala Bapak UMNO..!

Pelajar IPT tetap dilarang berpolitik
2010/08/11

KUALA LUMPUR: Kerajaan tetap mengekalkan larangan berpolitik kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam walaupun ada gesaan supaya mahasiswa dibenarkan terbabit secara aktif dalam parti politik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum ini sudah memadai kerana ia memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara di kampus.

Larangan itu kekal. Tidak ada perkembangan terbaru mengenai cadangan membenarkan mahasiswa berpolitik. Mereka terikat dengan AUKU yang sebenarnya sudah dipinda dan memberi agak lebih kebebasan untuk mereka bersuara.
*Keterangan Gambar: UMNO berpolitik di Universiti tak mengapa... Gambar diambil di UNiKL City Campus, KL... AUKU Kepala Bapak UMNO...!!!

PERKOSA - PENDEKAR TAHI MINYAK ATAU SAMSENG KAMPUNG DUSUN?

`Pendekar Tahi Minyak atau `Samseng Kampung Dusun'?
Oleh: WFAUZDIN NS

`PENDEKAR Taik Minyak' Perkosa akan mengikuti seluruh program yang dijalankan oleh Namewee, seorang pemuda yang telah berjaya menggerunkan NGO yang kununnya terlalu tinggi semangat `Melayu-Kelayuannya' itu. Bayangkan sebuah NGO yang dipimpin oleh raja katak yang kununnya hebat dipuja pula oleh mantan PM Tun Mahathir, punyai `standard' berdepan dengan seorang pemuda bernama `Namewee'? Memalukan. Baca di sini.

Memalukan lagi apabila Namewee pernah mencabar sesiapa sahaja termasuk Perkosa untuk berdebat dengannya berkaitan isu yang dikatakan mencemar kedaulatan negara serta mempunyai unsur-unsur perkauman itu, malangnya seperti biasa Perkosa bukan anak jantan. Anak jantan bukan bererti pandai menyalak di luar halaman orang. Setakat pandai menyalak, anjing betina kurap pun boleh menyalak.

Sebelum ini pun Perkosa mempamirkan sifat `betina'nya apabila enggan menyahut cabaran YB Nurul Izzah untuk berdebat tentang isu Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan. Jika dengan YB Nurul Izzah seorang wanita muda pun Perkosa kecut perut, apatah lagi untuk berdepan dengan ayahandanya DS Anwar. Itulah sebenar wajah Perkosa yang menuduh kununnya Namewee berselindung di sebalik pihak Polis. Siapa yang menjemput Polis datang? Bukan Namewee, tetapi pihak Polis tahu untuk bertanggungjawab. Siapa pula yang `mengadu' dengan Polis apabila YB Nurul Izzah mencabar Perkosa berdebat? YB Nurul Izzah cabar berdebat, Perkosa pun lintang pukang membuat laporan Polis. Pendekar kah itu? `Pendekar Taik Minyak' atau pun `Samseng Kampung Dusun'? Kesihan Perkosa serendah itu.

Bukan kita mahu menyebut Namewee itu benar, tetapi kita mahu sebut bahawa cara Perkosa itu bukan cara `anak jantan'. Kita tidak tahu bila masa Perkosa akan menjadi `jantan sejati'. Mungkin selama-lamanya Perkosa akan terus pandai `menyalak' walaupun gigi taringnya tiada.

Apa sangat boleh dibanggakan dengan Melayu?

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Bukanlah suatu hal yang sangat sukar difahami apabila Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengatakan beliau tidak begitu berbangga menjadi orang Melayu.

“Saya mengaku Melayu, tetapi saya tidak berasa bangga kerana apa, bagi saya bangsa ini serupa. Ia pemberian Allah. Sebab itu kalau nak kahwin dengan orang Cina boleh, saya boleh terima gadis Cina Muslim jadi isteri. Ertinya dia serupa dengan saya. Lelaki Cina boleh kahwin dengan anak saya, Melayu,” media pada Rabu (22 September) memetik kenyataannya.

Beliau dipercayai menegaskan semula kenyataannya dalam dialog bersama wartawan beberapa hari sebelum itu bahawa beliau tidak bangga berbangsa Melayu. Baginya, bangsa itu datang secara automatik sebagai ciptaan Allah dan ia bukan hasil usaha yang dilakukan manusia.

Bagai diduga, kenyataan itu dipanjangkan media kroni Barisan Nasional (BN). Ia disambut pula dengan reaksi negatif beberapa pemimpin Umno yang membidas Menteri Besar Kelantan itu. Sama ada mereka sukar memahami dengan betul kenyataan beliau, atau memang berhasrat memesongkan hakikat kejadian manusia, kedua-duanya mendedahkan sifat mereka yang amat prejudis terhadap pemimpin parti lawan.

Media memetik kenyataan dua pemimpin politik Kelantan, seorang dari Umno dan seorang lagi dari sebuah pertubuhan Melayu yang kini menjadi bahan perselisihan pendirian di kalangan pemimpin Umno sendiri.

Bagaikan ada kesepakatan, kedua-dua pemimpin itu membidas Nik Abdul Aziz bersandarkan hujah serupa. Mereka memetik hujah agama bahawa soal berbangga dengan bangsa adalah sesuatu yang tidak salah di sisi Islam.

Mereka merujuk kandungan ayat al-Quran bahawa Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa untuk mengenali antara satu sama lain. Lalu dengan mudah salah seorang mereka menafsirkan, “manusia yang tidak kenal bangsanya adalah manusia yang tidak mengenali dirinya dan ia membawa kepada tidak mengenal Allah”.

Seorang lagi pula memetik mafhum hadis Rasulullah s.a.w. yang membayangkan Baginda berbangga sebagai seorang berbangsa Quraisy. Baginya, penegasan Rasulullah s.a.w.itu adalah bukti Islam mengiktiraf kewujudan sesebuah bangsa, sekali gus membayangkan bahawa pendirian Mursyidul Am PAS itu tidak menepati ajaran Islam.

Setakat ini dua pemimpin Umno itu mungkin merasa seronok kerana dapat memanipulasi kenyataan Menteri Besar negeri mereka untuk merobek kepercayaan orang Melayu terhadap PAS. Bagaimana pun mereka terlupa satu hakikat, bahawa penukilan dalil mereka itu sebenarnya hanya separuh jalan.

Ayat al-Quran dan hadis yang mereka rujuk itu sepatutnya dibaca hingga ke akhir, barulah dapat kita fahamai secara lebih tepat maksud atau kesimpulan firman Allah dan pengakuan Rasulullah s.a.w. itu.

Ayat itu diakhiri dengan penegasan Allah bahawa “yang terbaik di kalangan kamu (manusia yang diciptakan berbangsa-bangsa itu) ialah yang paling bertaqwa di antara kamu”.

Manakala sambungan hadis tadi memperhalusi sebab-musabab mengapa Rasulullah s.a.w. menyebut beliau cintakan Arab. Bukan sahaja kerana beliau berbangsa Arab (Quraisy), tetapi juga kerana bahasa al-Quran dan bahasa ahli syurga adalah bahasa Arab.

Bekas Presiden PAS, Almarhum Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor dalam satu kuliahnya ada menghuraikan hadis ini. Ketika itu topik utama perbualan pentas politik negara ialah isu asabiyyah perkauman.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sebilangan pihak kononnya hadis tadi sebagai bukti pengiktirafan Rasulullah s.a.w. terhadap perjuangan menjulang bangsa atau kaum. Sebaliknya, kata Almarhum, hadis ini sebenarnya memberitahu umat Islam bahawa kecintaan Baginda s.a.w. terhadap Arab itu adalah semata-mata kerana kaitannya dengan Islam.

Justeru sebagai pengajaran dari ayat dan hadis tadi, jika kita mahu berbangga dengan bangsa Melayu, kita perlu memastikan ianya berkaitan dengan ketaqwaan kepada Allah dan kemuliaan Islam itu sendiri.

Namun, apakah itu realiti yang dihadapi bangsa Melayu di tanahair kita dewasa ini? Akuilah ada senarai agak panjang mengenai kelemahan, keaiban dan kebejatan membabitkan bangsa Melayu yang mungkin menghakis rasa bangga kita terhadap bangsa sendiri, terutama jika dinilai dari kacamata Islam.

Contohnya, empat daripada lima pelajar perintis mendaftar di sekolah hamil luar nikah di Melaka minggu lalu adalah remaja Melayu. Apakah itu suatu yang membanggakan?

Bagaimana dengan perangkaan kes kelahiran bayi luar nikah dikeluarkan pelbagai pihak, termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum ini? Jangan berbohong betapa jumlah Melayu jauh mengatasi lain-lain kaum.

Kemudian, turun lah ke jalan raya. Perhatikan mat rempit dan samseng jalanan. Tatapi juga perangkaan mereka yang terbabit dadah sama ada sebagai penagih atau pengedar. Bukankah bangsa Melayu juaranya?

Melayulah juara mengejek dan menghina hukum Allah. Melayu lah paling lantang memusuhi ulama, mempersenda pejuang Islam dan menyulitkan kerja-kerja mendaulatkan syariat.

Kerajaan dipimpin orang Melayu lah bertanggungjawab meroboh masjid dan surau secara rakus. Pemimpin politik Melayu jugalah paling kuat berdendam dan mendiskriminasi sesama bangsa.

Senarai kebobrokan Melayu itu masih terlalu panjang. Justeru, apa sangat boleh dibanggakan dengan Melayu?

Kenali Bakal Calon Umno Dun Galas

Ketua Pemuda bahagian Umno Gua musang, Bazlan Baharuddin seorang yang banyak mendapat tender2 kantin dan asrama sekolah2 di Kelantan serta mempunyai syarikat kawalan keselamatan, mamat ni memang liar dalam mendapat kan apa2 kepentingan KERAjaan melalui Umno dan melobi orang2 atasan Umno, dia mempunyai ramai musuh2 kalangan penender2 kantin dan asrama sekolah.

BAZLAN SECURITY SDN BHD
ALAMAT:
PT 7742 Aras 1,Taman Mesra,
Jalan Persiaranraya,
18300 Gua Musang,

BAZLAN BIN BAHARUDDIN

MOF No: 357-00018831
Address: No 39,Perumahan JPN 18300 Gau Musang,Kelantan
State: Kelantan
Country: Malaysia
Contact Person: Bazlan Baharuddin
Phone: 09-5667465

Ketua Pemuda bahagian, Bazlan Baharuddin ketika dihubungi berkata, mesyuarat itu akan membincangkan antara lain persiapan jentera parti dan pemilihan calon.

Katanya, mesyuarat itu akan dihadiri oleh semua ketua Pemuda, Wanita dan Puteri dari 24 cawangan Umno di DUN Galas.


"Parti mahu mendengar pandangan akar umbi secara menyeluruh mengenai pilihan kecil ini termasuk aspek persiapan jentera, peruntukan kewangan, logistik dan calon.

"Kita tahu Galas kubu kuat BN, tidak pernah kalah kecuali 2008, yang mana sebabnya tidak jelas hingga sekarang," katanya.

Mengenai pemilihan calon, Bazlan berkata, ia terserah kepada Tengku Razaleigh dan pucuk pimpinan Umno lain.

*Bagaimanapun, menurutnya, rata-rata pengundi di Galas mahu calon di kalangan orang muda dan yang boleh sentiasa bersama rakyat.

"Dari tinjauan kita (Umno), mereka mahu calon tempatan, sentiasa turun padang dan sesekali boleh minum bersaam pengundi di kedai kopi," katanya.

Di Kuala Lumpur, Timbalan Perdana Menteri berkata, seorang pemimpin tempatan akan dipilih sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Galas.

Wah ! nampak, apa bazlan kata, calon muda beb, sapa lagi kalau bukan dia ?, permulaan rentak umno gua musang sudah bermula, dia juga di katakan tidak sebulu dengan ketua bahagian Ku Li dalm isu pencalonan melawan presiden Umno dan isu royalty petroleum dan gas Kelantan.

Lagi menyusul perihal mamat ni…….

Siapalah ulama' di hati UMNO...


Malang sungguh nasib golongan ilmuwan Islam didalam UMNO..
Dapat kita lihat sejak dahulu..
Tokoh-tokoh yang hebat ilmu Islamnya..

Ustaz Firdaus misalnya..
Bekas Imam Besar Masjid Negara..
Seorang yang sangat teman 'ikon'kan sedari kecik teman mengenalinya melalui media TV..
Dimana beliau sekarang di dalam UMNO?

Adakah sebelum nyaris-nyaris melaksanakan Judi Bola hari tu..
Ada Kabinet Najib meminta pandangannya?

Dan yang paling malang, beranikah mereka bersuara menentang segala bentuk tindakan UMNO yang jelas salah dari segi Syara'?

Dan apabila mereka tidak berani, jadilah mereka sekadar 'balaci' yang hanya akan digunakan apabila UMNO terpaksa menghalalkan perbuatan mereka!

Sesungguhnya Ilmu Islam ini sangat luas melampau logik akal manusia!

Didalam UMNO, golongan 'ustaz' ini tidak lebih sekadar Tukang Baca Doa diawal mahupun diakhir majlis sahaja!
Didalam UMNO, golongan 'ustaz' ini tidak lebih sekadar akan diminta bersuara apabila keadaan terdesak!

Sedangkan sepatutnya, golongan ini adalah mereka yang sepatutnya diletakkan diatas sekali!
Sebagai rujukan awal dan rujukan akhir sebelum sesuatu tindakan atau keputusan dibuat sesuai dengan tingginya ilmu Islam yang mereka miliki!

Jarang-jarang kita dengar golongan agamawan ini menjadi pimpinan tertinggi didalam UMNO, malahan seolah-olah tiada!
Bahkan golongan yang dikenali dengan rasuah,tabiat buruk dan pelbagai masalah pula yang semakin dijulang tinggi. Sebegitu ramai pimpinan UMNO yang ada sekarang bergelumang dengan rasuah didalam pemilihan parti yang lepas dan ini disahkan oleh pihak penyiasat UMNO sendiri! Itu rasuah didalam parti, yang diluar parti? Wallahua'lam...

Oleh itu, sangat wajar golongan agamawan di dalam UMNO merenung kembali siapakah mereka dihati UMNO sebenarnya...

sunsnake 29092010
JK munajat royalti: Ulama muda seperti 'balaci' Umno

Pengganjur munajat royalti Rakyat Kelantan hari ini menyelar keras tulisan seorang ulama muda Umno - yang berpendapat salah menetapkan angka, masa dan tempat bagi berdoa - memperlihatkan mereka seperti "balaci" parti itu dalam melawan tindakan yang tidak sealiran. "Diharapkan ulama muda Umno kembali kepada niat asal mereka menyertai Umno seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu membaiki Umno, dan mahu menjadi penegur Umno," kata jawatankuasa misi tersebut. Semalam, Fathul Bari Mat Jahya menulis dalam kolumnya di Malaysiakini bahawa menetapkan angka, masa dan tempat bagi doa yang tidak terdapat dalam Al-Quran dan Al-Sunnah adalah perbuatan yang menyanggahi petunjuk Rasul. Graduan hadis daripada Jordan dan Madinah itu berkata sekiranya rakyat Kelantan merasakan hak mereka dirampas, doa orang yang dizalimi sudah cukup mustajab.

Koh Tsu Koon? Gerakan?? Apa tu?

Ada nampak Gerakan dan Tsu Koon kat bawah jambatan tuh???

Lohhh...
Teman ingatkan dah takde dah dua nama ni..
Maklumlah.. di Pulau Pinang..
Jelas.. hanya UMNO je yang tinggal memekak-mekak..
Siap fitnah-fitnah bagai kepada Kerajaan negeri..

Kalau tak silap Bro ni yang jaga KPI kan?
wakakakak!

Ada ke orang nak dengar cakap lu apek??

Itu cina-cina Penang pun sudah humban lu masuk laut bawah Penang Bridge!!
Lu ingat UMNO punya olang mau layan lu punya cakap ka??

Makan loti loo!!!

sunsnake 29092010

Koh: Jangan bertindak keterlaluan dalam isu kaum, agama

KUANTAN, 29 Sept — Rakyat diingat agar tidak bertindak keterlaluan dan mengikut perasaan ketika tercetus masalah melibatkan kaum dan agama bagi menjaga perpaduan dan keharmonian negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata masalah pasti timbul apabila wujud kepelbagaian masyarakat namun rakyat perlu bijak menanganinya.
Berita Penuh

Isu BTN: Pemuda Gerakan mahu Hamim dilucut jawatan

KUALA LUMPUR, 29 Sept — Pemuda Gerakan menggesa supaya Hamim Husin dilucutkan jawatan Timbalan Pengarah Belia Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan ekoran kenyataannya bersifat perkauman, perkembangan yang dikhuatiri boleh menjejaskan perpaduan kaum. Setiausaha Agungnya Dr Dominic Lau berkata kenyataan yang dibuat Hamim adalah tidak berasas dan keterlaluan.
“Saya mahu supaya beliau (Hamim) dilucutkan jawatan tersebut kerana beliau dilihat sebagai tidak tahu matlamat sebenar konsep 1 Malaysia.
“Kenyataan yang dibuat beliau secara terbuka telah merendahkan orang Malaysia bahkan ia bertentangan dengan matlamat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam satu kenyataan.

Hakim Pun Kena Hasut Ka Dato' Maslan?

Gelap.. segelap kasutnya!!!

Tahniah, Syabas dan Hebat!
Itu je yang teman leh ucapkan buat para peneroka yang sangat-sangat berani membuat tindakan menyaman Felda ni..

Bukan senang peneroka-peneroka ini nak buat keputusan ambil tindakan saman Felda nih!
Terlalu hebatnya cabaran dan risiko yang terpaksa mereka tempuh!
Lebih-lebih lagi tekanan pimpinan Felda a.k.a UMNO setempat!
Kompom!!!

Yang dah Berjaya.. Alhamdulillah.. gunakanlah hak kamu itu sebaik-baiknya!
Yang belum berjaya.. Berusaha dan jangan lupa pertalian dengan Allah SWT!
Kerana Dialah sebaik-baik tempat mengadu!

Jangan mengadu kat Ahmad Maslan!
Dia kan Ketua Kegelapan UMNO Malaysia!!!

Kalau ikut dia.. semua penghasut!!
Mungkinkah hakim mahkamah tinggi Kuantan ni pun mangsa hasutan?

err.. kalau Peneroka dihasut menyaman Felda,
siapa pula yang hasut Felda? UMNO? ke Ahmad Maslan?
Wakakakaka!!!

sunsnake 29092010

Peneroka menang lagi kes saman Felda
KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.

Berita Penuh

Ahmad Maslan dakwa peneroka dihasut saman Felda

ALOR GAJAH 27 Sept. - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mendakwa, ada pihak yang kini menghasut peneroka Felda supaya mengambil tindakan saman di mahkamah berhubung isu manipulasi perahan buah kelapa sawit. Beliau mendakwa, isu peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan yang memenangi kes terhadap Felda baru-baru ini telah dijadikan kes rujukan oleh pihak tertentu untuk menghasut peneroka-peneroka Felda lain untuk mengambil tindakan yang sama.

UMNO KRITIKAL

 Image
 
Politik Ras adalah untuk menarik balik/menarik sokongan politik kepada sesuatu parti politik, kata Tun Dr Mahathir yang video temu bual beliau di papar dalam FB Kelab Chedet. Mungkin ini melibatkan semua parti politik di Malaysia. Ada yang cuba menarik balik sokongan Melayu kepada parti mereka lalu memainkan isu Melayu dan ada yang cuba mendapatkan sokongan politik kaum lain lantas memainkan isu ras untuk tujuan tersendiri. Tetapi HAKIKAT yang perlu kita terima adalah kita terdiri dari berbagai-bagai bangsa, kaum dan keturunan.
Isu kaum memang tidak boleh dipisahkan – apa yang perlu dibuat adalah untuk secara berkesan menangani isu tersebut dengan baik dan menguntungkan semua pihak. Untuk isu tersebut ditangani dengan berkesan faktor utama adalah dengan kefahaman. Melayu faham kedudukan orang Cina dan India dan orang Cina dan India faham mengenai kedudukan kita sebagai Melayu. Yang lain seharusnya bertindak atas perjuangan progresif bagi memartabatkan bangsa masing-masing dengan kerajaan yang akan memastikan semua kaum terbela.
Kita merujuk cara menangani tersebut dengan tindakan efektif melihat dari sudut kemanusiaan – dan keperluan - yang miskin diutamakan, pelajaran didahulukan dan kedudukan sosioekonomi di tingkatkan. Kefahaman perlu juga dilihat dari segi toleransi dan keadilan harus nilai dari sudut kemanusiaan bukan semata-mata dari sudut kuantitatif. Kita perlu menerangkan hakikat yang ada untuk kefahaman bagi semua bangsa – menerima dan memperakukannya. Kita harus menilai semula apa yang di takrif sebagai satu kesalahan dalam konsep 1 Malaysia. Jangan menyimpan dengan meletakkan 1 Malaysia sebagai asimilasi semua kaum menjadi 1. Kita ambil 1 Malaysia sebagai langkah bila merealisasikan matlamat besar negara – meningkatkan perekonomian, memperbaiki taraf kehidupan rakyat, menyempurnakan pendidikan dan melengkapkan keperluan asas yang didefinisikan menurut keadaan semasa. Jangan 1 Malaysia diguna untuk mencabar hak dan dalam mempertahankan hak pula kita cabar kedudukan yang lain. Itu tidak tepat dan salah.
Berbalik kepada diskusi yang di buat atas isu di atas – UMNO KRITIKAL, banyak pendapat baik dalam FB dan SMS mengatakan bahawa UMNO memang kritikal.  Ukuran kritikal itu tidak pula dirujuk kepada indeks hari ini tetapi dilihat dari sudut iklim politik hari ini. Iklim politik boleh berubah dan apa yang berlaku pada Tsunami politik adalah gandingan masalah yang ada – serta rentetan masalah yang timbul sewaktu kepimpinan Dr Mahathir. UMNO kena membuat penilaian yang menyeluruh dalam memastikan keadaan ini. Adakah benar UMNO kritikal atau sebaliknya. 
Umno Reform.

KAHKAHKAH UMNO CARIK AHLI SAMPAI DALAM LUBANG JAMBAN!

Apa kes nih?

Cerite tak sopa bikin? kahkahkah

Umno kate jangan makan babi.. Tapi dia makan... kahkahkah

Rasuah tu macam makan babi mader kata... hahaha

meh aku story sikit...

Ini berite dari BERITE HAIRAN tapi jangan HAIRAN ini lidah RESMI UMNO!

Pelajar IPT tetap dilarang berpolitik
2010/08/11

KUALA LUMPUR: Kerajaan tetap mengekalkan larangan berpolitik kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam walaupun ada gesaan supaya mahasiswa dibenarkan terbabit secara aktif dalam parti politik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum ini sudah memadai kerana ia memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara di kampus.

Larangan itu kekal. Tidak ada perkembangan terbaru mengenai cadangan membenarkan mahasiswa berpolitik. Mereka terikat dengan AUKU yang sebenarnya sudah dipinda dan memberi agak lebih kebebasan untuk mereka bersuara.

kendian korang nengok gambar nih...
Korang agak-agak JAMBAN mana UMNO g carik ahli nih? kahkahkah

Korang tau kat mana nih? 

UMNGOK CARIK AHLI DEKAT UNIKL CITY CAMPUS KL... 

UNIKL tu menatang JAMBAN atau UNIVERSITI? Kahkahkah BODO2..!

Dr. Molly Cheah: Chairperson Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP)

Media Statement:
28 September 2010

The Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) has been given the task of supervising the conduct of the internal Keadilan elections at the division and national level.

This task includes dealing not just with complaints and objections raised prior to elections at the division level but also post election complaints.

The JPP will not hesitate to invalidate results at the division level if we are convinced that the election process was compromised or if there were acts of intimidation or violence that distorted the conduct of the elections.

We will also not hesitate to recommend disciplinary action including sacking against party members if we are presented with strong evidence that they had been involved in acts of violence or disrupted the smooth conduct of elections on the ground or engaged in any irregular conduct (e.g. vote-buying).

In coming to our decision we will consider reports from members as well as reports from secretariat staff and party volunteers who have conducted the elections under our supervision.

We urge any member who has concerns about the conduct of the elections at the division level to raise his/her concerns with the JPP in a formal manner so that these concerns can be given the attention they deserve. Individuals dissatisfied with the conduct of the elections should use this channel rather than making allegations in the media against either the JPP or the Keadilan secretariat.

166 divisions have held their annual meeting and elections over the past two weekends and the JPP is pleased to note that in the vast majority of cases division elections have proceeded in a smooth and orderly fashion.

Dr. Molly Cheah
Chairperson
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP)

~~~~~~~~~~~~~~~
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Mahasiswa Bakal Bawa Kemusnahan Umno-BN Pada PRU-13

Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 29 Sept - Mahasiswa yang dicengkam dan ditindas oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 bakal memastikan Umno-Barisan Nasional tersungkur pada Pilihan raya Umum Ke-13 nanti.
Peguam kanan dan pakar Perlembagaan Dr Samarudin Rejab berkata mahasiswa yang ditekan dan ditindas dengan akta tersebut akan bangkit menentang sebagaimana sebelum Auku diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengekang kekuatan mahasiswa.
Katanya, Auku digunapakai oleh Umno-BN bagi memastikan pergerakan pelajar dapat dikekang dalam usaha membonsaikan intelektual pemikiran golongan itu daripada menyampaikan buah fikiran yang kritikal.
Contohnya dalam kes 'UKM4' yang membabitkan empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia jurusan sains politik, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak rayuan mereka terhadap penggunaan Auku dalam pendakwaan ke atas mereka.
Mereka di dakwa melibatkan diri dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu tetapi menafikannya atas alasan kehadiran mereka di kawasan tersebut adalah sebahagian daripada keperluan pengumpulan mahkumat untuk kursus yang diambil.
Dr Samarudin yang juga bekas Presiden Kesatuan Pelajar Institut Teknologi Mara di tahun 1970an berkata, Umno-BN akan berdepan dengan jumlah mahasiswa yang celik maklumat begitu besar dan signifikan yang mendaftar sebagai pengundi pada pilihan raya umum akan datang.
"Walaupun ditekan begitu rupa oleh Auku sejak hampir 40 tahun, pergerakan pelajar di peringkat universiti tidak lemah, masih dinamik dan ada kekuatan kerana jumlahnya yang besar. Misalnya, jika sebuah universiti mempunyai 5,000 pelajar, jika 10 buah universiti, di situ sudah ada 50,000 pelajar.
"Sekarang ini, di Malaysia kita ada kira-kira 20 hingga 30 buah institut pengajian tinggi awam termasuk swasta. Ini adalah jumlah yang sangat besar, bermakna lebih kurang 100,000 hingga 200,000 pelajar dan mereka ini adalah satu kekuatan yang tidak boleh diketepikan.
"Dalam konteks demokrasi dan pilihan raya, mereka inilah bakal pengundi yang signifikan tetapi dari segi kepimpinan, mereka ini tersekat oleh kerana adanya Auku yang menyekat pergerakan mereka," ujar beliau.
Menurut Dr Samrudin lagi, rakyat Malaysia yang telah mencapai syarat umur untuk mengundi dalam proses demokrasi tidak kira sama ada pelajar, pekerja atau pun masyarakat umum berhak mengambil bahagian secara aktif dalam proses demokrasi kerana hak tersebut telah diberikan oleh Perlembagaan Negara.