Selasa, 28 September 2010

Perkasa

By Syed Akbar Ali


Perkasa is nowhere near ‘Malay supremacy’, ‘Malay dominance’ and the other racist crap that has been played up by the Opposition as well as the MCA. Perkasa is UMNO, more importantly Perkasa is Melayu.


After the 2008 debacle, the Malays are naturally afraid of the possibility that their political power will dwindle. It is a reaction. The fear is that nothing is being done to reverse this possibility. Hence Perkasa. It is not about taking other’s rights but rather preserving one’s own.

Even the ex ABIM President has spoken in favour of Perkasa. How do we explain the fact that there is even a pro UMNO faction now in PAS? PAS realize now that all these years they have actually taken for granted (and they also have been quite comfortable) that there is a Malay Muslim Government in Putrajaya. They merely wanted to replace the UMNO led Malay Muslim Government with their own PAS led Malay Muslim Government.

But with PAS not anywhere being able to form the Government and the existing UMNO led Malay Muslim Government in danger of losing its position, there are now many folks in PAS who don’t mind reaching out to UMNO to preserve the Malay Muslim status quo in Government. Its as simple as that. This is the reason for all the suggestions of unity talks between PAS and UMNO. No rocket science here.

I think folks like the MCA are taking the wrong attitude towards Perkasa. Instead of reassuring Perkasa (read as orang Melayu lah) that Malays will not be eclipsed in this country, the MCA’s confrontational attitude has only fueled even more worry in the psychology that fuels Perkasa. It is not about Malay dominance or Malay supremacy but about self preservation of the Malays. If the MCA cannot see through this, they are dumber than I thought.

Another example of being political silly. I read somewhere - a suggestion to remove Malay Reserve Land. Malay Reserve Land is not an issue. The Chinese and Indians are not complaining that they don’t have enough land in Malaysia. There are millions of acres of land in the country, still occupied by trees and squirrels. Malay Reserve Land was put in correctly by the British to prevent the Malays from being chased into the sea altogether. The Malays had lost so much land to the British and the immigrants. Saying now that Malay Reserve Land must be abolished does not add any value to the Chinese or Indian cause but it will only increase the fears of the Malays that they are being disenfranchised in their own Tanah Melayu. So please stop talking like this. It is wasting time and just aggravating the situation.

The Malays have a real fear of ‘ketuanan bukan Melayu’ or the dominance and supremacy of the non Malays. This is what folks like Ibrahim Ali fear. This fear is very legitimate. Singapore has been lost and the Malays in Penang are perhaps worse off than the Malays in Singapore.

In the next elections, the Indian vote is of little consequence. Post 2008, only 10% or 20% of Chinese votes are expected to accrue to the BN, no matter how much money Najib is giving to the Chinese schools. Therefore the Chinese vote has to be fully discounted. To survive, UMNO (and the BN) have no choice but to fall back on the Malay vote alone. One naughty theory is that Najib giving all that money to the Chinese schools is meant to aggravate the Malays and provoke them to close ranks. Maybe he is doing it unwittingly. I think it is working. Never pick a fight with the Vietnamese. Never play politics with the Malays.

So the maths is very simple, since the Chinese vote is almost completely pro Opposition, the Pakatan will do best if the Malay vote is split. UMNO and the BN will do best if the Malay vote unites to their side. The suggestion “Melayu Undi Melayu” is now going the rounds too. Meaning, if it is not a Malay BN candidate, Malays should still vote for any Malay candidate, no matter what party they represent. They will not vote for non Malays.

If this sentiment picks up steam, there will be an impact on the MCA MPs, especially those from Johor who depend on the Malay vote to win. They are going to be routed. They are not going to get the Malay vote. The next election will likely see the political demise of the MCA and possibly the Gerakan too. If they pull out of the BN, it will hasten their demise even quicker. Hence also the suspicion that the DAP (maybe more savvy) will be fielding more Malay candidates in the next elections.

Will Perkasa field its own candidates in the next elections? They have collected 326,000 membership forms already. By one estimate Perkasa has sufficient clout to field candidates in at least 20 Parliamentary constituencies. This is not an impossible scenario. UMNO boleh ‘terduduk’. It is more likely however that Perkasa will play the role of a ‘voting lobby’ or ‘voting bloc’ pressure group. Like in the US, where the unions and lobby groups endorse certain candidates, Perkasa too may ask its members to support or not support certain candidates.

Nazri Aziz, Khairy Jamaluddin and Tengku Adnan are just some of the people who may not be getting any endorsement from Perkasa. I think we will not (or should not) be seeing anymore of these guys at the next elections and thereafter. Nazri and Khairy may even find friends ready to welcome them on the other side.

So Perkasa is going to have an impact on the Malay vote. This is a certainty. And then what? It will give them clout to “negotiate”.

Notwithstanding Perkasa, UMNO faces serious credibility issues if it fields some Ministers who have lost the support of not just many UMNO members but of Malaysians in general. Talk is a Cabinet reshuffle is “imminent” again in November. But this is only talk. Najib cannot be seriously thinking of going into the next general election with the present set of Cabinet Ministers in his team.

The unpopularity of Ministers like Nazri Aziz, Nor Mohd Yakcop, Zahid Hamidi, Noh Omar, Khaled Noordin, Hishamuddin Hussein and Shahrizat Abdul Jalil is increasing. The UMNO Youth Chief is detested by not just the rank and file but also by the leadership of Pemuda UMNO. I met with some of them not too long ago. It will be quite suicidal for Najib to field these folks in the next elections. On a national level, these names will be serious liabilities. It will become worse if Perkasa does NOT endorse them or speaks against them.

There is also another huge fish lurking just under the surface that can cause serious difficulty for Najib. This is Tun Dr Mahathir Mohammad. The UMNO leaders should not be so “pelupa” to forget that Kedah was lost because of the disrespect shown to Dr Mahathir by the corrupt Slumberjack and his SIL plus also Mahdzir Khaled the Menteri Besar of Kedah at that time. One “bejana” of wisdom has gone so far to say that the next General Elections will be determined by whether Dr Mahathir campaigns for BN or not. If Dr Mahathir does not “turun padang” that may be sufficient to lose votes that may otherwise accrue to the BN. Dr Mahathir will never campaign against the BN but what if he goes off on holiday to the Mediterranean or horse riding in Argentina?

I can make a safe assumption that if Najib goes to the polls with the existing team, he will certainly not get the support of the UMNO Bloggers. Please do not discount the Bloggers. Don’t make the same mistake twice. Who do you think created names like Down’s Syndrome, Si Kitol, Menteri Amaran Keras and so on? These are now designer brands.

There are no two ways about this. If Najib wants to save the party (and his behind) and save the country as well, just drop these folks. That will be a start. And matchmakers may not get calls either.

Alhamdulillah!! - Dr Mahathir kembali menjadi Melayu.

Sejak akhir-akhir ini Tun Dr Mahathir seringkali membuat kenyataan-kenyataan politik dan nampaknya beliau masih berpolitik. Kali ini Dr Mahathir bercakap agak lantang tentang Melayu dan beliau menarik perhatian ramai. Setelah bersara dari jawatan tertinggi negara, beliau lantang pula bercakap tentang mempertahankan Melayu.

Isu perkauman memang ‘forte’ politik Dr Mahathir kerana beliau menaikki tahkta kuasa negara melalui imej ‘ultra’ Melayu selepas sahaja beliau ditewaskan oleh Murshidul Am Pas Haji Yusuf Rawa dikawasan Kota Setar pada tahun1969 dahulu.

Dr Mahathir sememangnya mendapat tempat kerana memainkan isu Melayu dan perkauman yang kuat. Malahan apabila beliau mula-mula dilantik oleh Husein Onn pada tahun 1976 sebagai Timbalan Perdana Menteri, kaum asing terutamanya kaum Cina mempunyai kesangsian yang tinggi untuk menerima beliau sebagai pemimpin negara dan bakal menggantikan Husein Onn sebagai Perdana Menteri.

Beliau tewas dalam pilihanraya itu kerana kehilangan sokongan kaum Cina dikawasan Kota Setar. Beliau telah menyalahkan semua pihak termasuk Tunku Abd Rahman dan beliau telah membuat kenyataan-kenyataan perkauman dan dalam sekelip mata beliau dianggap sebagai ‘ultra’ Melayu.

Perlembagaan telah menentukan keistimewaan orang Melayu terjamin melalui Bab 153 tetapi perlembagaan juga telah mempastikan setiap penduduk yang berbangsa lain itu juga dipertahankan. Peruntukkan ini bukannya peruntukkan baru. Ianya telah diperuntukkan sejak Perjanjian Kemerdekaan lagi dan ianya telah meletakkan setiap rakyat dijamin tentang keselamatan setiap bangsa yang ada didalam negara ini.

Keadaan kucar kacir yang kita dengar dan lihat sekarang ini adalah perbuatan pemimpin-pemimpin kita yang bermain politik seperti bermain api. Api semasa kecil menjadi kawan tetapi jika ianya membesar akan menjadi lawan. Saya menyalahkan setiap pemimpin, tidak kira pemimpin UMNO atau pun pemimpin komponen yang lain khususnya MCA.

BN tidak boleh menggunakan isu-isu perkauman untuk mendapatkan undi dan sokongan kerana isu itu hanya laku dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Mendapat sokongan dengan menakut-nakutkan, menekan serta memaksa rakyat untuk menyokong kita akan menghasilkan kepimpinan negara yang lemah. BN tidak boleh menggunakan isu perkauman hanya kerana mereka sudah nampak sokongan rakyat sudah berubah.

Apa yang sangat perlu dicari sekarang ini ialah pemimpin Melayu yang berkebolehan tinggi serta berpengalaman dan yang mendapat penghormatan dari setiap kaum dinegara ini supaya segala usahanya untuk mentadbir negara secara adil boleh dilakukan.

Buat masa ini kita mempunyai pemimpin-pemimpin yang terperangkap dengan isu perkauman dan diantara pemimpin-pemimpin kita semuanya terpaksa bermain dengan isu-isu perkauman yang menebal untuk mendapat perhatian rakyat. NGO Melayu seperti PERKASA dan penaungnya Dr Mahathir sekarang terperangkap dengan sensitivity perkauman dan jika kumpulan ini mendapat 100 peratus sokongan dari orang Melayu dan berjaya mendapat kuasa politik sekali pun tidak akan menjamin keutuhan bernegara diantara bangsa-bangsa di Malaysia ini.

Malaysia tidak mampu menjadi negara yang aman makmur jika negara ini hanya dikuasai secara politik oleh hanya satu kaum sahaja. Orang-orang Cina pun sepatutnya memahami yang negara ini tidak akan aman dan makmur jika Melayu merasakan mereka dihimpit oleh kaum-kaum lain kerana dari awal orang-orang Melayu merasakan yang moralnya negara ini adalah negara yang asalnya adalah milik Raja dan rakyat Melayu.

Saya secara peribadi mengharapkan Dr Mahathir memainkan peranan untuk mencari ‘point of reconciliation’ diantara kaum dari memainkan isu yang menyuburkan sentiment perkauman. Beliau yang mengaku yang segala-galanya adalah terbaik dizaman pemerintahan beliau sepatutnya memainkan isu-isu yang boleh menyejukkan perasaan kaum-kaum dinegara ini.

Setakat ini beliau hanya mendapat sokongan dari orang Melayu sahaja dan beliau belum lagi memberikan pandangan yang boleh mengimbangi pihak-pihak yang bertentangan dalam isu perkauman seperti yang ada semasa beliau mentadbir negara dulu. Tetapi sebaliknya beliau kembali menjadi ‘ultra’ Melayu seperti beliau lakukan untuk mendapat tempat dihati orang Melayu selepas kejadian berdarah 1969 dahulu.

Dalam pada beliau memperjuangkan nasib Melayu tetapi beliau tidak dapat mendisplin pemikiran beliau untuk menyatukan orang Melayu dengan mencerca Tuan Guru Nik Aziz diPasir Mas Sabtu lepas.. Beliau mencerca Nik Aziz secara terbuka sedangkan Nik Aziz adalah seorang pemimpin Melayu yang sangat dihormati ramai. Hanya ahli-ahli politik yang bertentangan sahaja yang tidak mahu menerima hakikat yang Nik Aziz mempunyai pengaruh yang besar bukan sahaja didalam PAS tetapi juga orang Melayu dan bukan Melayu amnya.

Justru apa yang beliau (Mahathir) katakan itu bertentangan dengan niat dan tujuan beliau menjelajah keseluruh negara untuk meminta Melayu bersatu dan saling mengasihi diantara satu dengan yang lain. Beliau hendak menyatukan Melayu tetapi menolak kumpulan Melayu yang besar.

Sesungguhnya Dr Mahathir hanya berpolitiking sahaja. Semasa hendak naik dahulu beliau adalah ‘ultra’ Melayu, tetapi beliau menjadi seorang yang sangat liberal setelah memerintah sehinggakan nama-nama usahawan besar Cina yang kita lihat sekarang ini dibentuk semasa pemerintahan beliau. Orang Melayu menjadi cemuhan beliau kerana kononnya Melayu tidak mahu maju dan sebagainya didepan pemimpin-pemimpin bangsa lain.

Sekarang ini beliau sudah balek menjadi ‘ultra’ kerana beliau berkehendakkan nama beliau masih menjadi sebutan ramai. Beliau tahu yang beliau masih ada sikit-sikit pengaruh maka beliau gunakan kesempatan ini untuk menjadi seorang yang masih relevan.

Walau bagaimana pun saya seronok menyokong beliau kerana beliau sudah kembali menjadi pejuang Melayu. Semasa beliau menjadi PM beliau lebih hiraukan pembangunan jangka panjang negara tanpa mengendung sekali dasar yang dikhususkan untuk orang Melayu.

Sekarang Mahathir sudah menjadi Melayu kembali. Saya gembira kerana beliau sudah teringat kembali kepada bangsa Melayu. Rupa-rupanya bersara dulu barulah ingat kepada bangsa kita…..alhamdulillah!

Aspan Alias 

Namewee lancar album, 50 orang diketuai Perkasa bakar poster

September 28, 2010
KUALA LUMPUR, 28 Sept – Di luar pekarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajala di sini malam ini menjadi kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang termasuk anggota Perkasa bagi membantah tindakan Namewee yang melancarkan albumnya yang dikatakan berunsur perkauman.
Mereka dilihat tiba ke pekarangan dewan itu kira-kira pukul 8.45 malam dengan beberapa dari mereka membawa sepanduk Perkasa dan gambar Namewee yang dibakar (gambar), sebelum melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.
Kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat mengawal kawasan itu sejak pukul 8 malam ini.
Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu dilihat berunding dengan seorang anggota polis untuk memasuki dewan tersebut, namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan itu.
Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan.
Arman Azhar yang ditemui pemberita berkata perhimpunan itu diadakan bagi membantah tindakan Namewee yang dianggap penghianat terhadap negara kerana menghasilkan klip-klip video dan album yang boleh mencetuskan kontroversi dan perkauman.
“Kami desak, minta dia (Namewee) minta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia, bukan sahaja pada orang Melayu, atas perbuatan yang dia lakukan. Ternyata apa yang dia lakukan merosakkan muhibah kaum.”
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata perhimpunan itu tidak melibatkan penahanan mana-mana pihak kerana mereka mengikut arahan polis supaya bersurai.
“Kita arahkan mereka bersurai dalam masa 40 minit, dan mereka akur,” katanya. – Bernama

Galas - Muhyiddin Standby Nak Buat Jambatan!

Mungkin ini jambatan yang akan dibina oleh Muhyiddin di Galas?
Segalanya mungkin! wakakakaka!


Kali ni agak-agak apa pulak idea Muhyiddin nak bodohkan Melayu di Galas..
Kalau di Manek Urai.. Jambatan sebatang disamakan dengan maruah Melayu..
Kalau di manek Urai Ahmad Maslan Ketua Kegelapan UMNO Malaysia sanggup turun kebun menoreh getah! Walaupun dengan kasut getah bau kedai!

Di Galas.. teman rasa mungkin Muhyiddin terpaksa mohon Najib mencemar duli gak turun membantu sepertimana berlaku di Hulu Selangor sebelum ini..

Dan Najib pastinya akan menggunakan taktik last minute di Sibu iaitu
"I help You.. You Help me"..
Cuma slang tuka sikit laa..

"Kawe tolong demo.. demo tolong kawe!!!"

Satu je jawape dari rakyat Galas..
"Pi mapuh Amenu!!!"

sunsnake 28092010
Galas: BN letak calon tempatan

Umno akan meletakkan pemimpin tempatan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas, Kelantan yang bakal diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Umno sedia mengambil langkah-langkah wajar bagi menghadapi pilihan raya kecil itu setelah tarikh pemilihan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kerusi DUN Galas kini kosong berikutan penyandangnya Che Hashim Sulaima, 46, dari PAS meninggal dunia semalam akibat kanser kolon.

Pemuda MCA Wilayah Persekutuan: "PAS untuk semua" sekadar propoganda

Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng mengecam bahawa PAS tidak pernah mengambil kira perasaan semua kaum.  Malah, Chiew Lian Keng menggesa agar rakyat sedar bahawa halatuju PAS yang sebenar adalah pelaksanaan Hukum Hudud, dan bukannya dasar yang terbuka.
Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika mengulas cadangan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi (gambar kanan) kepada kerajaan persekutuan supaya Hukum Hudud dilaksanakan untuk mengurangkan kes jenayah yang semakin berleluasa.
Chew pernah mengetuai anggota Pemuda MCA-nya untuk menyerah surat bantahan di ibu pejabat PAS Pusat pada 24 Disember 2008, selepas Naib Presiden PAS ketika itu, Husam Musa mengeluarkan kenyataan untuk melaksanakan Hukum Hudud.
Dewan Pemuda PAS sarat dengan pemikiran yang konservatif dan keterlaluan, maka orang ramai akan meragui pandangan terbuka kononnya yang dibawa oleh PAS, tambah Chew Lian Keng.
"Ketika Perdana Menteri mengumumkan untuk meliberalisasikan 27 sub-sektor, PAS pula mengesa dalam Mesyuarat Agung Tahunannya untuk mengekalkan kuota 30% ekuiti bumiputera.  Sikap ini menunjukkan bahawa PAS tidak berlapang dada untuk menerima semua kaum," kata beliau..
Chew Lian Keng (gambar kiri) berkata, berulang kali PAS mengeluarkan hujah untuk menggesa agar Hukum Hudud dilaksanakan.  Ini jelas menunjukkan bahawa PAS tidak pernah berputus asa terhadap matlamatnya untuk membentuk sebuah negara teokratis.  "PAS untuk semua" hanyalah propaganda semata-mata dalam pilihan raya umum.
"Segala-gala ini membuktikan bahawa 'PAS untuk semua' hanyalah propaganda dalam PRU semata-mata, untuk memperdayakan pengundi dan mengaut undi," katanya.
Chew Lian Keng berkata, beliau tidak percaya bahawa PAS akan memikirkan keperluan seluruh rakyat Malaysia, jadi beliau berharap agar rakyat dapat melihat bahawa halatuju sebenar PAS adalah pelaksanaan hukum hudud, dan bukannya dasar yang terbuka.  Pada masa yang sama, beliau menyatakan bahawa Pemuda MCA Wilayah Persekutuan tegas membantah mana-mana kenyataan yang mengancam dan menjejaskan semangat Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu, Chew Lian Keng turut menggesa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan lain-lain untuk memberi respon secara langsung kepada isu ini, agar rakyat jelas dengan pendirian PR dalam isu ini.
*Kenyataan media oleh Chiew Lian Keng selaku Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan, diterjemah dari edisi bahasa Cinanya.

PERKASA bakar gambar Namewee: Dialog ditamatkan sebelum demo surai

Kira-kira 70 orang anggota PERKASA berkumpul dan membakar gambar Namewee, sambil mengecam bahawa penyanyi rap ini telah menghina Islam, lantas menuntut agar Namewee meminta maaf.  Demonstrasi ini berlangsung di luar bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur - Selangor (KL-SCAH), pada kira-kira 9 malam tadi.
Sementara itu, satu dialog antara Namewee dengan Ketua Eksekutif KL-SCAH, Tang Ah Chai sedang diadakan dalam dewan, bertemakan "Orang muda, mengapa kamu 'nah'?", bermula jam 8.15 malam.  Dialog anjuran Pemuda KL-SCAH ini telah menarik kehadiran kira-kira 400 orang.
"Namewee babi", "Namewee penakut, "Namewee tak ada telur" antara yang dilaungkan oleh anggota PERKASA yang berkumpul di luar.  Kira-kira 30 orang polis hadir untuk mengawal situasi, berdepan dengan desakan daripada pihak PERKASA agar dialog tersebut dibatalkan segera.
Bagaimanapun, forum yang menyaksikan dialog dua generasi ini terpaksa ditamatkan dengan lebih awal, pada kira-kira jam 9.30 malam, tanpa membuka ruang kepada sesi soal jawab.  Ketua Pemuda KL-SCAH, Ng Chong Soon menyeru agar hadirin dalam dewan mengawal diri dan tidak membalas sebarang provokasi daripada pihak PERKASA.

MASIH INGAT PADA JANTAN & IBU TAK GUNA ITU!?

MASIH INGAT PADA JANTAN & IBU TAK GUNA ITU!? Korang masih ingat? Kesah seorang kanak2 berumur 3 tahun yang Mati di BUNUH!? Si Jantan di hukum Si IBU di bela?!

Ini berita terbaru kes ini..

KESAN AIR MANI PADA PAKAIAN AALIYAH!


SHAH ALAM: Seorang pegawai sains memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Selasa, bahawa terdapat kesan air mani dijumpai pada baju kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati dibunuh, Aaliyah Ayman Hussin Abdullah.

Aedrianee Reeza Alwi, 29, yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Jabatan Kimia Malaysia Johor, berkata demikian pada keterangannya terhadap tertuduh, Mohannad Taha Ismail yang sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh Aaliyah.

Saksi yang berpengalaman menjalankan analisis dalam kes jenayah seperti bunuh, rogol dan pergaduhan memberitahu, beliau telah memotong bahagian yang mengandungi air mani itu untuk dibuat analisa lanjut.

“Saya temui sperma dan juga spesimen bukan sperma yang bercampur daripada tiga individu. Sel sperma sama dengan spesimen yang diperoleh daripada tertuduh,” kata saksi pendakwaan ke-empat berhubung penemuannya.

Spesimen bukan sperma itu pula didapati datang tertuduh, mangsa dan juga ibu mangsa, Ellina Maulad Mahather, 25, seorang bekas pelayan kelab malam yang juga teman wanita tertuduh.

Selain itu, Aerrianee juga berkata, ujian pada lampin juga mendapati kehadiran air mani, bagaimanapun tiada profil asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh.

Saksi disoal Timbalan Pendakwa Raya Alfred Egin pada pemeriksaan utama.

Dalam kes ini, Mohannad Taha, 25, yang masuk ke negara ini dengan menggunakan visa pelajar dibicarakan atas tuduhan membunuh Aaliyah, tiga tahun pada antara pukul 7.30 dan 8.30 malam, 12 Oktober 2009.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah sewanya, nombor 9/D3/9, Palazzo Tower, Venice Hill Condominium, Batu 9, Cheras, Hulu Langat, dekat sini.

Dia kini berhadapan dengan hukuman mati jika disabitkan bersalah melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Barisan pembelaan diwakili peguam J.Kuldeep Kumar dan Saranjeet Kaur Sidhu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah bersambung Rabu.
 
Berkaitan :

INI LAH GAMBAR IBU TAK GUNA ITU!

Amacam ada cun tak? Gaya pakaian macam PUTERI UMNO... Taktau la dia masuk GERAKAN atau DAP lak... kahakhak Tapi bukan PAS punya... kahkahkah

Tak guna ini pempuan... Korang baca berita nya.. Ini berita terbaru kes dia di makamah.. Cerite sebelum2 ini korang carik sendiri... Yang aku leh cakap kat sini.. Dah sampai tahap nak kantoi batu nak bukak cerita...  Dan apa yang dia buat selamanih salah pun orang tak amik pusing.. Macamana Boifren dia leh ada kat umah dan dia kerja? Sampai anak dia kene rogol dan bunuh?

WEH HJ JAMALUDIN.. LU TAK MINAT KE JANDA NIH? BERHIAS NIH! kahkahkah

BERITA!

SHAH ALAM 6 Sept. - ''Anak saya mengadu baba pukul dan tumbuk dia.''

Itu merupakan keterangan seorang ibu muda ketika menceritakan penderitaan yang terpaksa ditanggung anak perempuannya akibat sering dipukul oleh teman lelakinya, warga Sudan.

Bekas setiausaha sebuah syarikat pembinaan, Ellina Maulad Mahather, 25, memberitahu demikian di Mahkamah Tinggi di sini pada perbicaraan hari pertama Mohannad Taha Ismail, 25, yang didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Aaliyah Ayman Hussin Abdullah.

Aaliyah merupakan anak hasil perkahwinan Ellina dengan bekas suaminya, Ayman Hussin Mahmud sebelum bercerai pada 2008.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 7.30 dan 8.30 malam, 12 Oktober tahun lalu di No. 9/D3/9 Palazzo Tower, Kondominium Venice Hill, Batu 9, Cheras, Hulu Langat dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika disabitkan kesalahan.

Menurut saksi itu, tertuduh mula memarahi dan memukul Aaliyah yang ketika itu berusia hampir tiga tahun menggunakan penyangkuk baju, pembaris dan tangan, selepas berselisih faham dengan bapanya berhubung masalah kewangan.

''Kadang-kadang saya berjaya menghalang tertuduh daripada pukul anak saya tetapi ada kalanya tidak berjaya dan turut dimarahi apabila cuba menghalang,'' katanya.

Menceritakan kejadian itu, Ellina berkata tertuduh menelefonnya di tempat kerja pada pukul 11.30 pagi dalam keadaan marah menyatakan, Aaliyah telah kencing merata-rata.

''Dia juga ada beritahu akan ajar Aaliyah tetapi saya pujuk tertuduh agar tidak buat apa-apa dan akan membersihkan segala kotoran apabila pulang dari kerja," ujarnya Ellina yang turut mengatakan seminggu sebelum kejadian, anaknya berubah menjadi pendiam dan sering terkencing.

Bagaimanapun lebih kurang pukul 4.30 petang, tertuduh sekali lagi menghubunginya dan memberitahu Aaliyah telah koma.

Mohannad Taha telah menjemputnya di tempat kerja dan sebelum pulang ke rumah, pasangan itu telah singgah di sebuah pasar raya untuk membeli lampin pakai buang dan ubat.

''Tiba di rumah kira-kira pukul 7.30 malam, saya lihat anak sedang terbaring di atas lantai ruang tamu dalam keadaan sukar bernafas. Melihat keadaan itu, saya dan tertuduh menangis hampir 15 ke 20 minit.

''Ketika ini, tertuduh cuba memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) tetapi darah telah mulai keluar dari dalam telinga kiri, selepas itu Aaliyah tidak lagi bernafas.

''Tertuduh jadi panik, takut dan tidak mahu melepaskan saya membawa Aaliyah ke hospital kerana bimbang ditangkap polis dan didakwa memukul anak saya. Dia juga kata kehidupan kami akan berakhir sekiranya perkara itu terjadi,'' kata Ellina.

Justeru itu saksi berkata, dia telah memujuk dan mencadangkan supaya tertuduh memberitahu kecederaan Aaliyah akibat perbuatan pembantu rumah.

Mendengar cadangan itu, lelaki tersebut terus membalut Aaliyah dengan kain sebelum mereka bergegas ke hospital.

Disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Alfred Egim, mengapakah saksi memberikan cadangan tersebut, Ellina berkata, dia keliru antara rasa sayangnya terhadap tertuduh selain disebabkan lelaki itu tidak membenarkan dia keluar membawa anaknya ke hospital.

Perbicaraan yang didengar oleh Hakim Datuk Alim Abdullah bersambung esok.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, kanak-kanak malang itu mati akibat didera di samping didakwa turut menjadi mangsa perlakuan seks teman lelaki ibunya.
 

Ni PULAK GAMBAQ RUPA JANTAN TAKGUNA TU! Kanibui!

INi bukan bapak budak mati tu.. Tapi! Muka cam geng2 786 Zambry Mugebe!


Ensem tak!? Camnelah Janda tu leh minat kat dia? Patut nya Janda tu pilih HJ JAMALUDIN tapi apa leh bikin orang kata negro punye besar.. wkakaka Tapi memang lahanat lah ini jantan...

Sape nak tengok gambar Ibu tak guna tu leh keSINI

Baca berita pulak!

SHAH ALAM: Kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati dibunuh, Aaliyah Ayman Hussin Abdullah mempunyai 34 kesan kecederaan pada sekitar tubuh badannya termasuk kesan cubit atau dipulas pada bahagian kemaluan.

Ketua Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Serdang, dekat sini, Dr Abdul Karim Tajudin, 61, berkata, kesan lebam yang diakibatkan oleh pukulan didapati pada bahagian punggung manakala kesan seperti tumbukkan di bahagian belakang badan.

Selain itu, Aaliyah yang hanya seberat 10.58 kilogram juga patah dua tulang rusuk sebelah kiri, ditumbuk di mulut, digigit pada bahagian tangan, ditampar dengan kuat di telinga dan tangannya digenggam atau dicengkam dengan kuat.

Mangsa juga cedera di bahagian dahi dan terdapat darah beku di bawah kulit kepala serta keadaan kuku yang kebiruan menunjukkan kekurangan oksigen dalam darah.

Abdul Karim yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketiga dalam perbicaraan seorang warga Sudan, Mohannad Taha Ismail adalah doktor yang bertanggungjawab menjalankan bedah siasat terhadap jasab Aaliyah. Beliau yang berpengalaman sejak 1984 dan pernah melakukan lebih 25,000 bedah siasat menjalankan bedah siasat terhadap mangsa pada pukul 10 pagi, 14 Oktober 2009. 

Hasil bedah siasat, beliau merumuskan sebab kematian mangsa ialah pendarahan subdural yang teruk akibat goncangan yang kuat. “Goncangan pada badan mangsa secara kuat telah menyebabkan otak bergerak dalam tempurung kepala dan mengakibatkan saluran darah vein putus sehingga berlakunya darah keluar di bawah selaput otak yang keras.

“Pendarahan berlaku secara perlahan dan berkumpul di bawah selaput otak sehingga mencapai satu tahap yang mencukupi untuk menyebabkan tekanan dalam tempurung kepala sangat tinggi dan menekan batang otak. “Itu akan menyebabkan kematian batang otak di mana pusat pernafasan dan jantung terletak di situ,” ujar Abdul Karim.

Beliau berpendapat, kejadian digoncang berlaku lebih daripada sekali atau berulang-ulang dalam tempoh masa seminggu daripada masa kematian, iaitu pada pukul 10.10 malam, 12 Oktober 2009.

Abdul Karim juga memberitahu, kecederaan di otak boleh dirawat jika mendapat rawatan segera selepas berlakunya simptom seperti tidak sedarkan diri dan muntah yang memancut daripada mulut.

“Kecederaan seperti ini boleh menganggu sistem perkumuhan seperti tidak boleh mengawal kencing. Kadang-kadang akan menahan kencing dan ada kala terlepas kencing,” katanya. Beliau yang disoal pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Alfred Egin menambah, warna lebam yang berlainan pada badan mangsa menunjukkan umur kecederaan yang berbeza.

Abdul Karim juga menolak bahawa kecederaan seperti itu boleh terjadi kerana terlanggar benda keras. Malah, jika ia disebabkan oleh jatuh, ia mestilah lebih tinggi daripada katil.

Mohannad Taha, 25, dibicarakan atas tuduhan membunuh Aaliyah pada antara pukul 7.30 dan 8.30 malam, di kediaman bernombor 9/D3/9, Palazzo Tower, Venice Hill Condominium, Batu 9, Cheras, Hulu Langat.

Aaliyah merupakan anak kepada teman wanita tertuduh, Ellina Maulad Mahather, 25, seorang bekas pelayan kelab malam dan setiausaha di syarikat pembinaan.

Ellina sebelum ini menyatakan, dia menerima panggilan telefon daripada tertuduh yang marah kerana Aaliyah yang dijaga tertuduh semasa dia bekerja kencing merata.

Tertuduh yang masuk ke negara ini dengan menggunakan visa pelajar kini berhadapan dengan hukuman mati, jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dia diwakili peguam J.Kuldeep Kumar dan Saranjeet Kaur Sidhu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Abdul Salim Abdullah bersambung 27 September ini
 

Dari mana kekayaan luarbiasa ahli keluarga Reezal Merican ?

Reezal Merican Naina Merican Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas perlu mendedahkan kepada umum dari mana sumber kekayaan ahli keluarganya secara tiba-tiba.

Bapanya cuma seorang kakitangan awam biasa di Jabatan Pengangkutan Jalan manakala ibunya seorang jururawat desa.

Semasa hayatnya bapanya memiliki sebuah lori kecil empat tayar bagi menjalankan perniagaan 'gas masak'.

Reezal sendiri selepas tamatkan pengajian di IPTA, bekerja dengan Shahrizat Abdul Jalil.

Secara tiba-tiba apabila mendampingi Abdullah Badawi keluarga ini sudah mempunyai rumah harga berjuta-juta di Shah Alam, projek di sana-sini dan begitu juga memiliki banyak kereta mewah.

Orang Penang terkejut dengan kemewahan luar biasa keluarga Naina Merican ini dan berharap Reezal dapat memberitahu sumber kekayaan ahli keluarganya.

Orang ramai berpendapat jika ianya dari sumber halal - tidak mengapa. Jika dari sumber haram, orang Islam lebih rela menjauhi harta dan keluarga seumpama itu.

Itulah sebabnya UMNO dan Barisan Nasional bermati-matian enggan mengistiharkan harta yang mereka kira "harta emak bapa" mereka.

Oh No!! Gila babi dia mai dah....


Alamaakkk!!! Penyakit gila babi dia mai dah. Nampak kronik, maa...

Hello.... tak stress, jangan cari stress. Tak der kerja, jangan cari kerja. Kalau kain sendiri pun tak terjaga, jangan nak jaga kain orang lain pulak. Kalau rumah tangga sendiri porak peranda, jangan sibuk masuk campur hal rumah tangga orang lain. Busy body tak bertempat namanya tu!! Syuuhh, go play jauh-jauh!!

Banyak sangat sibuknya. Itu pasal... dia stress dan tension hingga penyakit gila babinya menyerang!! Mat Sembab... Mat Sembab... Cool ler brother!!

Kekecohan dalam MATC Parti Keadilan yang berlaku di beberapa tempat, tak pasal-pasal telah menarik perhatian Muhyiddin Yassin TPM 1Malaysia. MATC orang lain yang kecoh, dia pulak yang sibuk nak bagi kenyataan itu ini serta nak cabar-cabar Saifuddin pulak. Apa hal lu?? Baca sini.

Alahai.... awatnya bangang sangat?? Saifuddin hanya kata.... ada ORANG LUAR dalangi kekecohan yang berlaku, di SEGELINTIR tempat. Allo kawan, you paham tak maksud SEGELINTIR?? Biar aku terangkan maksud dalam konteksnya....

SEGELINTIR maksudnya KECIL, SEDIKIT, TAK BANYAK, BEBERAPA. Kekecohan ada berlaku... tetapi, di beberapa tempat saja, bukan di sesemua tempat. Ada paham??

ORANG LUAR pulak, mungkin... mereka dari kalangan 'golongan orang yang kecewa' baik yang sekarang masih dalam PKR atau yang telah pun say bye-bye kepada PKR. Mungkin golongan kecewa yang sudah turned 'sour'. So.... mereka serta penyokong merekalah yang buat pelbagai hal untuk mencemarkan imej demokrasi dalam PKR.

Saifuddin tak mention pun, nama siapa-siapa atau pihak mana-mana. Jadi, kenapa Muhyiddin pulak yang sibuk nak tahu?? It's none of your business!! So, sepatutnya, you just shut the hell up!! You ada mata, you lihat... dan you ada telinga, you dengar. Don't sibuk-sibuk dalam hal rumah tangga orang!! Baca sini.

Let me tell you, kalau you tak tahu.... Cara baru pemilihan yang diguna pakai oleh PKR sekarang, adalah langkah menyuburkan lagi demokrasi yang belum dilaksanakan lagi oleh mana-mana parti politik di Malaysia. One ahli one undi adalah reformasi yang diperkenalkan oleh PKR ke arah penyuburan demokrasi dalam pemilihan pemimpin dalam parti. Weh... dapat perhatian dan pujian beb!! Baca sini.

Malah... ramai yang berpendapat, walaupun ia sedikit tercemar dengan tingkah laku segelintir golongan 'sour grapes' dan desperados dalam dan luar PKR, tetapi, ini merupakan satu proses mematangkan lagi PKR. Well... pengalaman, tak kira yang pahit atau yang manis itulah yang mematangkan kita?? Am I right?? Baca sini.

So... mengapa Muhyiddin perlu terasa pedas dengan pengalaman yang dilalui oleh PKR. Makan cili, ekk?? Ter-over makan cili api, ekk?? Sebab tu, gila babi mari... Biasanya, orang yang makan cili, dia yang terasa pedas. Ini mesti ada apa-apa. Or perhaps.... dia jealous ya amat kot, dengan PKR!!

Mungkin... Muhyiddin Yassin terlalu banyak makan cili hinggakan dia BERASAP dan NYANYU dan akhirnya diserang GILA BABI!!

Muhyiddin: Malaysia Lebih Untung Jika Tidak Ada Perbicaraan Anwar

KUALA LUMPUR 28 SEPT: Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekali lagi menimbulkan keraguan mengenai tahap sokongannya kepada Datuk Seri Najib Razak apabila berkata Malaysia tentunya berupaya menarik lebih banyak pelabur jika tidak ada pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim.

"Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik. Maka, biarlah mahkamah menentukannya... lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita, Bernama memetik  Muhyiddin sebagai berkata.

"Jika ditanya secara peribadi, jika saya mahu melihat kes ini terjadi dalam mahkamah Malaysia, saya tidak mahu ianya berlaku di mahkamah Malaysia. Saya ingin agar Malaysia bebas daripada semua ini,” tambah Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berkata kes Anwar tidak ada kena-mengena dengan kerajaan.

Muhyiddin mengulas kenyataan  pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson, bahawa perbicaraan  melibatkan Anwar telah menjejaskan reputasi Malaysia dan meminta Najib untuk campurtangan bagi memastikan keadilan untuk mantan Timbalan Perdana Menteri itu. 

Kenyataan Muhyiddin itu dilihat sebagai cubaan lemah untuk mempertahankan kritikan antarabangsa dan di dalam negara terhadap Najib dalam menangani isu pendakwaan Anwar atas tuduhan liwat.

Ramai  pihak   menganggap tuduhan itu mempunyai motif politik, lebih-lebih lagi selepas pengadu Saiful Bukhari Azlan mengaku berjumpa Najib dua hari sebelum membuat laporan polis.

Najib pada mulanya enggan mengaku berjumpa dengan Saiful tetapi kemudian mengubah nada selepas perjumpaan itu didedahkan dalam blog-blog dan portal berita.

Pendakwaan terhadap Anwar diteruskan walaupun pemeriksaan pakar mendapati tidak ada tusukan pada dubur Saiful untuk menyokong dakwaan kononnya beliau mangsa liwat.

Peguam Anwar juga gagal mendapatkan keterangan yang diberi oleh Saiful kepada polis atau sampel bahan bukti lain untuk menyediakan pembelaan anak guam mereka.

Mahkamah Tinggi turut  menolak permohonan untuk menggugurkan kes itu walaupun menerima bahawa Saiful mengadakan hubungan sulit dengan pendakwaraya kes itu.

Semua ini menguatkan persepsi bahawa Anwar sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik yang meperalatkan polis dan badan kehakiman.

Muhyiddin sebelum ini dilihat sebagai memperlekehkan konsep 1Malaysia yang dicanang oleh Najib apabila berkata beliau menganggap  dirinya berjiwa Melayu lebih daripada anak Malaysia.

DALAM PKR ! MASIH ADA VIRUS UMNO

Photobucket


Nampaknya Pemilihan PKR 2010 ini tak kurang panasnya macam pemilihan UMNO. Perkara-perkara negatif yang terdapat dalam pemilihan UMNO masih kelihatan berlaku dalam pemilihan PKR kali ini dan ada segelintirnya cuba membuat kecuh dan mengeruhkan perjalanan mesyuarat. Ini amat dikesali dan mendukacitakan.

Diantara perkara negatif yang tak mahu kita lihat tapi sudah pun berlaku,..contoh,.. menceritakan kelemahan orang lain, menyentuh soal-soal peribadi, kondem pemimpin , mengungkit sejarah penubuhan parti dan lebih buruk lagi yang bercakap sesuatu yang tak sepatutnya!.. Malang seribu kali malang andainya nanti ada yang beranggap PKR adalah sebuah parti jelmaan UMNO!! Ini yang sangat-sangat perlu dielakkan!!

Walaupun politik wang belum menunjukkan tanda-tanda tetapi tidak mustahil perkara ini akan berlaku!.. maklumlah, bekas ahli UMNO, sedikit sebanyak virusnya masih ada. Saya sarankan jika ada ahli PKR yang masih gian nak berpolitik cara UMNO, segeralah keluar parti. Ikutlah contoh Ezam, Lokman dan yang lain-lain tu! InsyaAllah anda akan dapat keuntungan jangka pendik untuk diri sendiri, bukan untuk agama,bangsa dan Negara.

Kepada ahli PKR yang masih teguh prinsip dan tebal semangat refomasi nya bersabarlah!! Kuatkan iman! Bertanyalah kepada PAS,,yang sudah lebih 50 tahun bertapak tapi semangat perjuangan sedikitpun tak luntur! malah semangat ukhwah semakin kental dan segar! Politik wang tidak pernah wujud dalam kamus perjuangan PAS. Bertanyalah mereka apa rahsianya?

Banyak perkara baik yang boleh dipelajari dari PAS. Ambil dan praktikkanlah! Tentang menghadapi suasana pertandingan dan pemilihan,. contohilah PAS.
Keikhlasan, kejujuran dan kesopanan dalam menghadapi suasana dan mood pertandingan amat dijaga. Mereka kelihatan lebih sabar, tenang dan sentiasa redha di atas segala apa juga keputusan.

Susah sangat kah nak meninggal perangai buruk orang UMNO. Sia-sia menjadi ahli PKR, jika perubahan yang hendak dibawa oleh parti dipermain atau cuba dihangat-hangat taik ayamkan. Kalau begitu sikap anda adalah lebih baik anda terjun semula kedalam tong najis itu (UMNO) daripada menyusahkan parti di belakang hari!

Oleh : rahimothman

Galas: PAS minta BN tak tanding demi perpaduan Melayu

September 28, 2010
KOTA BARU, 28 Sept – PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.
Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.
“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri di sini, hari ini.
Che Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat barah usus semalam.
Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.
Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil. – Bernama

Bukan Sembarangan Naikkan Tarif Air, Ambil Jalan Tengah

SHAH ALAM 28 SEPT: Semua pihak berkepentingan dalam industri air harus mengambil jalan tengah dan lebih terbuka, bukannya sembarangan menaikkan tarif air, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Katanya, pihak kerajaan, syarikat konsesi air, bahkan kerajaan negeri memiliki kepentingan dalam industri air tetapi ia tidak harus diselesaikan dengan mengkayakan sesetengah pihak tetapi membebankan rakyat.

"Ada yang kata tarif air yang rendah memberi manfaat kepada pengguna yang kaya dan bukan yang miskin. Dalam kes Selangor, tujuan kenaikan tarif tidak ada pertimbangan sosial diambil kira.

"Malah, Datuk Peter Chin selaku menteri bertanggungjawab menyebut tarif perlu dinaikkan untuk memastikan prestasi kewangan syarikat swasta tamat," katanya.

Khalid berkata demikian dalam ucaptama pembukaan "Penstrukturan Semula Industri perkhidmatan Air Selangor" di sini, hari ini.

Khalid berkata, kerajaan tidak wajar meletakkan beban defisit negara menerusi program Transformasi Perubahan Ekonomi (ETP) yang ditanggung syarikat swasta tetapi dibebankan kepada rakyat.

"Rakyat teraniaya dua kali. Pertama dengan ketinggian tarif air. Yang kedua, pampasan tertinggi kepada syarikat sebagai jaminan sedangkan dana itu datangnya dari kutipan cukai rakyat," katanya.

Khalid juga kesal kerana kerajaan Persekutuan mengambil langkah berkecuali dalam menasihati syarikat konsesi yang menuntut pampasan terlalu tinggi.

"Jika hasratnya untuk adalah untuk menggabungkan industri ini kepada satu badan, maka semua pihak perlu bekerjasama untuk merealisasikannya.

"Sangat mendukacitakan apabila kerajaan Persekutuan tidak melakukan apa-apa yang dalam mandat kuasa," katanya

Kenanga Research Gesa ‘Beli’ Untuk Puncak Niaga

Meskipun terdapat cadangan untuk menaikkan tarif air, Kenanga Research mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas Puncak Niaga Holdings, dengan harga sasaran tidak berubah pada RM3.74, meskipun terdapat cadangan untuk menaikkan tarif air.

Laporan akhbar tempatan melaporkan Kerajaan Pusat pada dasarnya bersetuju menaikkan tarif air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) antara 15 dan 20 peratus.

Bagaimanapun, laporan itu menyatakan bahawa keputusan itu belum mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri Selangor seperti yang diperuntukkan dalam
perjanjian konsesi.

Syabas sepatutnya mendapat kenaikan tarif sebanyak 37 peratus dalam tahun kewangan 2009, yang tertangguh berikutan masalah penyepaduan.

“Kami masih sukakan sudut pengambilalihan oleh Puncak Niaga dan asasnya bergantung kepada perjanjian konsesi yang akan menyediakan faktor dorongan untuk peningkatan harga semasa proses penyepaduan,” kata Kenanga dalam nota kajiannya seperti yang dilapor Bernama.

Firma penyelidikan itu yakin cadangan peningkatan tarif diusahakan oleh kerajaan persekutuan bagi menangani penurunan dalam penarafan kredit untuk bon berkaitan air.

Tujuh puluh peratus saham Syabas dimiliki oleh Puncak Niaga. Kenanga berkata, cadangan kenaikan tarif itu positif untuk sektor berkenaan, namun cadangan ini dijangka tidak menyelesaikan isu kewangan Puncak Niaga dalam jangka panjang.

Kedua-dua syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium Abbas Sdn Bhd menuntut kira-kira RM250 juta daripada Puncak Niaga untuk terimaan belum berbayar sejak akhir tahun kewangan 2008.

“Kami yakin bahawa jika Syabas memperoleh kenaikan tarif itu, ia akan menambah RM18.5 juta sebulan berikutan kelewatan itu,” kata Kenanga.

Pada masa ini, aset air negeri diurus oleh empat konsesi yang melibatkan Puncak Niaga, Syabas, Splash dan Konsortium Abbas.

Muhyiddin dakwa Anwar buat ‘dosa kering’..ha.ha..ha..'dosa basah' camne plak..???

September 28, 2010
KUALA LUMPUR , 28 Sept – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan imej Malaysia di Indonesia merupakan satu dosa kering.
Laporan Jakarta Post kelmarin memetik Anwar sebagai berkata, media Malaysia dan Umno perlu dipersalahkan ke atas suasana tegang antara kedua-dua negara sejak kebelakangan ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata Anwar bukan seorang pemimpin sejati kerana dia tidak bertanggungjawab terhadap apa yang dikatanya, malah sanggup berkata apa sahaja serta merosakkan imej negara hanya untuk meraih keuntungan politik.
“Apa yang disebut oleh Anwar Ibrahim ialah satu bukti beliau bersedia untuk berbohong dan berbuat sesuatu yang boleh rosakkan imej negara hanya untuk kepentingan dan tujuan politik dia sahaja,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Anwar di Jakarta yang menuduh media Malaysia yang menggalakkan persepsi negatif terhadap Indonesia.
Timbalan Perdana Menteri sebelum itu menyampaikan ucap utama pada forum International Herald Tribune di sini.
Muhyiddin berkata media di Malaysia merupakan institusi yang bertanggungjawab dan tidak mengeksploitasi isu-isu.
Beliau berkata Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang baik di semua peringkat dan perasaan anti Malaysia yang timbul kebelakangan ini adalah dicetuskan oleh satu kumpulan kecil.
Mengenai kenyataan pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson, bahawa perbicaraan liwat melibatkan Anwar telah menjejaskan reputasi Malaysia, Muhyiddin berkata Malaysia akan menjadi lebih menarik kepada pelabur jika negara ini tidak dicemari kes seperti itu.
“Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik. Maka, biarlah mahkamah menentukannya... lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita.
“Jika ditanya secara peribadi, jika saya mahu melihat kes ini terjadi dalam mahkamah Malaysia, saya tidak mahu ianya berlaku di mahkamah Malaysia. Saya ingin agar Malaysia bebas daripada semua ini tetapi ini bukannya disebabkan oleh kerajaan,” katanya.
Muhyiddin berkata beliau berharap Branson akan sentiasa melihat Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan dan bagaimana beliau dapat membantu Malaysia menarik lebih banyak pelaburan.
Katanya beliau yakin pendapat Branson itu bukan bertujuan untuk mencampuri urusan dalam Malaysia sebaliknya bertujuan membantu inisiatif Malaysia.

Khalid: Kematangan Politik Berkembang Dalam PKR

PETALING JAYA 28 SEPT: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yakin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berada di landasan betul dalam membina dan memperkembang kematangan politik di kalangan rakyat dan ahli parti.
Bercakap pada sidang media selepas pelancaran buku "The Road to Reform: Pakatan Rakyat in Selangor" di sini, malam tadi, beliau percaya  kejadian pada proses pemilihan, membuktikan ramai pemimpin yang bersungguh-sungguh untuk menyumbang  idea dalam menjana perubahan.
"Kita berharap kematangan akan berkembang dalam politik Keadilan,” katanya.
Beliau juga mengingatkan pemimpin PKR yang terpilih menerajui parti peringkat cabang supaya tidak berasa selesa dengan kedudukan mereka kerana fokus utama tertumpu kepada hala tuju parti menjelang pilihan raya akan datang.
“Saya rasa kemenangan peringkat cabang tidak bermaksud individu berjaya ke peringkat seterusnya namun kerjasama pemimpin merangka dan merancang pembaharuan menentukan hala tuju parti," katanya.
Beliau juga yakin PKR mampu mengenal pasti  calon berkreadibiliti untuk menerajui kepimpinan dalam  menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Khalid turut mencadangkan forum diadakan bagi membincangkan halatuju kepimpinan parti dan menyifatkan masalah di lapan cabang semalam, hanya mencalarkan imej parti dan harus  dihenti segera.
"Tidak perlu ikut gelagat orang lain yang mengamalkan sikap tidak demokrasi dan kurang 'gentelmen' sebaliknya mengadakan forum untuk membincangkan perbezaan pendapat. Kita bertukar pendapat, ia tidak semestinya menggunakan fizikal untuk menyakiti sesama sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Khalid terus berahsia mengenai  jawatan yang bakal ditandingi pada proses pemilihan parti, sebaliknya mengulangi kenyataan untuk membuat pengumuman mengenai hal itu pada 5 Oktober ini.

Pengasas Wiki: M'sia mesti singkir penapisan

Pengasas bersama ensiklopedia online - Wikipedia yang dalam lawatan ke Malaysia berkata negara ini mesti menyingkirkan penapisan yang membantutkan pertumbuhan ekonomi, lapor AFP.

Menurut Jimmy Wales, penapisan adalah tidak produktif bagi Malaysia yang berada pada senarai 131 daripada 175 negara dalam laporan indeks kebebasan media yang dikeluarkan oleh Wartawan Tanpa Sempadan pada 2009. Ini kerana Malaysia mengenakan kawalan ketat yang dikenakan ke atas media cetak dan elektronik.

"Ini adalah negara yang mempunyai rekod campuran...masih ada penapisan di negara ini dan saya berfikir kita mula melihat bahawa ia tidak lagi mempunyai stategi efektif apabila kita memikirkan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

"Apabila anda berkata untuk memastikan orang ramai mempunyai maklumat yang mereka perlukan bagi membuat keputusan yang betul dalam kehidupan mereka , adalah penting bagi memastikan pengaliran maklumat terbuka,” katanya pada persidangan kewangan.

Setuju atau terpaksa bersetuju??


Muhyiddin ni... kalau tak ada Najib dalam negara, bukan main berani lagi buat kenyataan itu dan ini. Semalam.. dia setuju dengan pandangan usahawan jutawan Britain iaitu Sir Richard Branson bahawa kes Sodomi Anwar adalah penyebab mengapa para pelabur tak mahu melabur di Malaysia. Aha... tau tak per!!

Jadi, nampak gayanya banyak yang berpendapat kes Anwar yang sedang dibicarakan adalah bullshit!! Tetapi, mungkin mereka tak berani nak bersuara... kerana kes ini ada kaitan dengan Najib. Eh.... bukan ke nama Najib terheret sama dengan kes tersebut?? Sebab tu, persepsi orang, Najib terlibat!!

Obvious sangat, yang ia satu konspirasi untuk mematikan karier politik Anwar. Anwar mesti dijatuhkan bagi menghapuskan halangan kelangsungan kuasa politik Najib dan kerajaan UMNO/BN.

Perbicaraan yang sedang berjalan di Mahkamah Kangaroo Malaysia yang carca marba, menjadi tumpuan dunia. Badut-badut yang terlibat dalam pendakwaan kes Anwar menjadi bahan ketawa mereka. Tak da mahkamah di dunia yang boleh mempersembahankan wayang komedi yang begitu agung sekali lawaknya, selain Malaysia. Yahooo... Malaysia Boleh!!

Pelik.... kalau dah tahu kes Anwar merosakkan reputasi Malaysia dan ia merugikan negara dari segi kemasukan para pelabur asing, mengapa dia selaku salah seorang menteri paling kanan tidak bersuara?? Bisu seribu bahasa. Main angguk jer dengan tindak tanduk badut-badut yang giler dan tak masuk akai tu. Eleh... nak tunjuk, kononnya mereka bersikap 'proper' ler tu. Pooodaahh!!

Inilah kualiti menteri yang kita ada dalam kabinet dapur Najib. Tak boleh pakai semua -semuanya. Mereka bukan menteri, tetapi burung kakak tua bisu. Main angguk jer. Tak der keberanian langsung untuk mengatakan yang benar atau apa yang baik untuk negara. No guts!! No tuluur!!

Cer tengok cara dia cover line....

Muhyiddin also stressed that Anwar’s trial was not a government conspiracy, as alleged by some, pointing out that the case did not fall under the jurisdiction of the government but Malaysia’s “very established” judicial system.

Perbicaraan Anwar bukan konspirasi kerajaan??

Kah... kah... kah... kah... Yer ler tu!! Sebab tu, para pelabur tak mahu masuk. Itu hal peribadi, tak der kena mengena dengan kerajaan whatsoever, ekk?? Melawak, ekk??

Woi... rakyat Malaysia boleh ler lu orang kencing, tapi.. dunia?? Tak main ler...

Sistem kehakiman Malaysia, sistem yang very established???

Kah... kah... kah... kah... Yer ler tu!! Sebab tu, satu dunia ketawa... Very established, ekk?? Deyy... usah syok sendiri ler!!

Weh.... yang ini ayat bodek pulak. Kata dia... Si mamat Mat Salleh itu, bukan masuk campur hal dalaman Malaysia, sebaliknya, dia cuma prihatin tentang keadaan kita jer.

Cer kalor orang lain yang sentuh bab perbicaraan Anwar.... issyy, melenting sakan ler mereka. Ini.... yang bersuara, seorang usahawan kaya-raya, tak bolehlah nak melenting. Eleh... nak bodek!! Manalah tahu kot-kot mamat Mat Salleh ini nak melabur di Malaysia ke, atau dia promte kekangkawan dia supaya bawak masuk pelaburan ke Malaysia ke?? Sebab tu, nada Muhyiddin Yassin, nada bodek!! Nada nak mengena...

Usah mengingau ler... Dia bukannya bangang macam lu orang!! Tak mana siornya dia nak melabur di Malaysia. Sebenarnya, dia pun meluat dengan keadaan di Malaysia dan pemerintahnya. Sebab tu, dia bersuara.... selamba jer!!

Well.... cukup ler tu dulu. Kalau lu orang bangang.... teruskan kerja gilerr lu orang. Tapi, kalau lu orang ada akai, pakailer nasihat mamat Mat Salleh jutawan tu. Jadi ,terpulang pada lu orang ler. Ketuk kepala, tanya akai....

Adios.... Aku chao dulu!! Assalamu'alaikum.

Sumber dari sini dan sini

Siapa Serigala Berkulit Bebiri Dalam PKR?


Ada serigala dalam PKR? Oleh Siddique Ghouse

Bila Nurul Izzah menyebut adanya “serigala berkulit bebiri” dalam PKR beberapa hari yang lalu, kebanyakan ahli parti itu tercengang-cengang kehairanan; Bila pula adanya serigala seperti itu dalam PKR?

Apakah kenyataan seperti itu suatu sandiwara atau apakah ini benar-benar suatu peristiwa? Kalau Nurul bersandiwara, ahli parti kena tarik balik gelaran srikandi yang diberi padanya.

Jika ini peristiwa yang benar, ahli parti kena ambil berat dan tidak boleh main-main. Ini bukan sekadar cerita penglipur lara “The Shepherd Boy and the Wolf” dalam koleksi ceritera yang ditulis oleh Aesop.

Jika “serigala” itu hanya dijumpai di kota Kuching, tempat Nurul meneriakkan amaran serigala dan hanya akan “membaham bebiri” di persekitaran kota Kucing, barangkali Nurul tidaklah “cemas” sangat.

Dia mungkin boleh bisik-bisik kepada ahli dan pimpinan PKR di kota Kuching supaya “berjaga-jaga” kerana serigala itu sudah kelihatan di situ.

Tetapi apabila Nurul melihat serigala itu sudah merayau-rayau ke seluruh pelusuk kota dan desa di negeri satu Malaysia, untuk menjadikan dirinya “ketua bebiri” dan nantinya akan membaham lebih banyak bebiri dalam PKR, makanya Nurul sudah tentu menjadi amat cemas lalu meneriakkan amaran dengan nyaring “Awas ! Awas! Serigala itu sudah datang !!”

Dia memakai kulit bebiri, dia mahu jadi ketua bebiri! Dia akan membaham bebiri! Parti bebiri akan hancur tinggal tulang! Yang boleh bunuh; bunuh! Yang tidak boleh bunuh; lari! Lari!

Barangkali itulah teriakan dalam hati srikandi yang namanya Nurul itu. Hebat juga srikandi Nurul ini.

Tak nampak

Ahli-ahli parti juga hairan bagaimana srikandi Nurul boleh mengenali serigala itu walhal hampir semua pemimpin besar dalam PKR macam tak “perasan” adanya seekor serigala seperti itu dalam PKR.

Takkanlah ketua umum tidak nampak dan beri amaran awal. Takkan presiden, timbalan, naib, setiausaha dan pemimpin kanan PKR lain tak nampak. Hatta ketua strategik yang bertanggungjawab ehwal keselamatan PKR pun macam tak nampak juga.

Atau mungkin juga mereka betul-betul tidak nampak kerana barangkali kulit serigala itu “sebijik” macam kulit orang-orang besar dalam PKR.

Bila cerita serigala ini di dedahkan oleh srikandi Nurul, ramai orang tertanya-tanya dan pelbagai soalan timbul; macam mana Nurul boleh kenal serigala itu?

Bila agaknya kulit bebiri yang dipakai serigala itu terselak dan ternampak oleh wajah sebenar serigala itu?

Di mana Nurul nampak wajah sebenar serigala itu ? Di tengah-tengah majlis parti, atau di pejabat parti atau di rumah ketua parti - tempat di mana bebiri selalu bertemu dan berkumpul.

Dan persoalan yang paling dinantikan jawabannya ialah siapakah gerangannya pemimpin dalam PKR yang dikatakan serigala berkulitkan bebiri itu?

Mengikut Nurul pemimpin seperti serigala ini tidak harus diangkat menjadi pemimpin PKR. Jika baru masuk harus ditendang. Jika sudah lama di dalam parti dia harus diterajang, kerana itulah layanan selayaknya kepada serigala yang ganas yang menyembunyikan jatidirinya semata-mata untuk mempastikan matlamatnya dicapai, iaitu membaham mampus seluruh warga bebiri dan memusnahkan terus “parti bebiri” yakni parti PKR.

Siapa serigala PKR?

Apapun jua soalan yang dikemukakan, srikandi Nurul mungkin tidak akan mendedahkannya kepada umum siapakah yang dimaksudkan itu. Kecuali orang yang bertanya itu kenalan rapat Nurul atau orang yang dipercayai Nurul.

Yang pastinya orang itu bukan Datuk Zaid Ibrahim kerana semasa Nurul memberi amaran serigala dalam PKR di Kota Kucing tempohari, dia dengan jelas menyatakan bahawa ahli-ahli PKR harus memberi tempat kepada tokoh seperti Zaid Ibrahim.

Takkan pula Nurul nak sokong seorang tokoh yang bersifatnya “Serigala yang menyamar sebagai Bebiri“ yang akan membaham mati ahli dan parti yang diperjuangkan. Jadi tak mungkin serigala itu bernama Zaid.

Jadi siapakah yang dimaksudkan?

Nak kata naib presiden nombor satu, Azmin Ali itu berwatak serigala dalam PKR, barangkali tak mungkin juga kerana Azmin diketahui sangat rapat dan disayangi ketua umum. Takkan pula “serigala itu boleh masuk kandang bebiri sampai begitu dalam dan berkampung begitu lama” malah bergandingan erat pula dengan ketua umum.

Banyak “bual kosong” orang politik di kota yang berjiran dengan kota Kucing, heboh “menggosip” perihal gandingan mantap Azmin-Anwar yang sedang diatur sekarang ini dan gandingan itu katanya turut mahu “membaham” Zaid Ibrahim.

Tidak mungkin juga serigala itu naib presiden Mustafa Kamil Ayub kerana Mustafa amat dikenali sebagai budak baik, kerja rajin dalam PKR. Macam-macam projek dia buat untuk mempromosi PKR cumanya kekadang dia lebih banyak memperaga wajahnya yang lawa itu lebih dari imej PKR. Taring Mustafa belum nampak ada “kesan darah membaham bebiri”

Terbakar dan bisa

Kalau bukan dua Naib Presiden tersebut maka siapa lagi serigala itu kerana serigala yang dimaksudkan oleh Nurul itu adalah yang mahu menonjolkan dirinya sebagai pemimpin kanan PKR.

Barangkali serigala itu mengikut Nurul mahu menjadi timbalan presiden atau naib presiden kanan. Kalau serigala itu setakat mahu bertanding AJK Pusat, mungkin Nurul tidak kisah sangat dan tidak akan “sibuk-sibuk” menimbulkan isu yang panas seperti ini. Dia pasti akan turut “terbakar” akibat kepanasan isu ini, kerana “ngauman serigala” itu “bisa” membakar sesiapa sahaja yang berani mengganggu pelan strategiknya.

Jadi ahli parti kena mula teropong jauh ke dalam parti mengenalpasti serigala itu. Jangan sampai sudah banyak yang terkorban baru para ahli nak berkonvensyen dan merumuskan resolusi menghapuskan sang Ssrigala itu.

Dalam pemilihan PKR kali ini srikandi Nurul sudah memberi isyarat awal bahawa serigala itu sedang bersiap sedia untuk menjadi pemimpin utama parti dan Nurul amat resah jika serigala itu kali ini berjaya lagi sebab itu dia berteriak nyaring kali ini.

Mesej Nurul adalah supaya ahli parti segera menganalisis watak serigala ini dan segera mengenalpasti orangnya dan segera menghalau atau membunuhnya dari perkampungan PKR.

Orang yang berwatak serigala yang menyamar sebagai bebiri ini mengikut Nurul tidak boleh dibenar memimpin parti PKR.

Begitulaj mesej Nurul yang terkandung dalam ucapannya di kota Kuching, Sarawak yang dipetik oleh media alternatif yang ulung, yang antara lain berbunyi; “they should be aware of leaders who were just like a wolf wearing a sheepskin. It means he is being deceitful, dishonest and not to be trusted”

Berita ini tidak sempat berlegar luas di media alternatif lain kerana ia tiba-tiba tenggelam atau sengaja dipadam, selepas bermulanya pencalonan bagi jawatan utama PKR yang sedang rancak berjalan sekarang ini.

Ahli parti yang sempat mendengar dan faham mungkin sudah mulakan sesuatu untuk menghalau serigala ini. Namun ia tidaklah semudah meneriakkannya kerana serigala tersebut mungkin sudah punya ramai sekali pengikut dari kalangan “bebiri yang pekak dan bisu” yang sedang berkira-kira nak menjadi “ketua umum kepada Ketua JKKK” apabila serigala itu sudah memperoleh kuasa dalam PKR dan kerajaan Pakatan Rakyat tahun depan. -mk

Empat Cabang PKR Terengganu Tunggu Kelulusan ROS Untuk Mesyuarat

KUALA TERENGGANU: Empat daripada lapan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Terengganu yang tidak dapat bermesyuarat 25 September lalu kini menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan mesyuarat.
Pengerusi PKR negeri Terengganu Abdul Rahman Yusof berkata keempat-empat cabang berkenaan tidak boleh mengadakan mesyuarat kerana telah dibatalkan pendaftaran berikutan tidak menyerah laporan penyata mesyuarat dan penyata kewangan kepada ROS sejak dua tahun lepas.
"Kita akan tunggu kelulusan dari pendaftar pertubuhan untuk membolehkan mesyuarat diadakan tidak lama lagi," katanya kepada Bernama di sini Selasa.
Abdul Rahman berkata, empat cabang yang telah mengadakan mesyuarat serentak pada Sabtu lepas ialah Cabang Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu dan Kuala Nerus.
Bagaimanapun, katanya cabang Kuala Nerus terpaksa menangguhkan mesyuarat ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak kerana ada usul mempertikaikan keputusan jawatankuasa pemilihan pusat mengenai pembatalan salah seorang calon ketua cabang. Katanya semua cabang telah mencalonkan Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden, Timbalan Presiden pula Azmin Ali, empat calon Naib Presiden iaitu Dr Mansor Othman, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Baru Bian (Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak).
Bagaimanapun katanya, cabang Setiu mencalonkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk Naib Presiden.
Beliau berkata Rafizi Ramli dipilih Ketua Cabang Kemaman, Narawi Hashim sebagai Ketua Cabang Hulu Terengganu dan Wan Daud wan Abdul Rahman sebagai Ketua Cabang Setiu. - BERNAMA

Isu Si-Sepet Dan Si Botol Dibawa Ke Galas


Ungkapan 'Si Sepet' & 'Si Botol', MCA Mahu Tindakan Tegas

KUALA LUMPUR 28 SEPT : MCA hari ini menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyiasat dan bertindak terhadap Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN), Hamim Husin jika terbukti mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap kaum Cina dan India.

“Jika perlu, polis harus mendakwa Hamim mengikut Akta Hasutan 1960 kerana menghina masyarakat itu.

“Sudah tiba masanya menghentikan tindakan bongkak dan tidak bertolak ansur di kalangan fanatik itu,” kata Timbalan Ketua Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok dalam satu kenyataan hari ini.

Mengikut Malaysiakini, Loh berkata, MCA terkejut seorang pegawai kanan kerajaan yang tanggungjawab utamanya untuk memupuk semangat patriotik, menjadi begitu rasis dan terhadap komuniti minoriti di negara ini.

“Adalah memalukan seorang kakitangan awam yang digajikan BTN yang melatih bakal kakitangan awam sanggup menggunakan kata-kata seperti 'si sepet mata dan 'si kaki botol' ke atas rakyat Malaysia keturunan Cina dan India.

Hamim semasa sesi tertutup dengan Puteri Umno semalam dilaporkan The Malaysian Insider sebagai berkata adalah hak memerintah negara di tangan kaum Melayu dan menggesa mereka bersatu mempertahankan hak itu.

“Hak Melayu adalah untuk memerintah negara. Melayu mesti bersatu menghadapi anacam,” katanya yang dilapor turut berkata, "Melayu tidak boleh memerintah sendirian. Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC."

“Si mata sepet tidak pernah menjejak ke masjid atau surau tetapi mempunyai satu undi. Si botol hanya tahu naik dan turun ke Batu Caves dan juga mempunyai satu undi,” Hamin dilaporkan berkata. -TVS



Si sepet, si botol: Itulah wajah sebenar Umno

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menganggap api perkauman yang ditiupkan Biro Tata Negara (BTN) semalam dengan gelaran menghina kaum Cina dan India amat menjijikkan.

Anggapan itu merujuk kepada ucapan seorang pegawai BTN yang dilaporkan memberikan gelaran rakyat berbangsa Cina dan India masing-masing sebagai 'si mata sepet' dan 'si kaki botol' dalam induksi dalaman Puteri Umno Malaysia di PWTC.

"Membuat suatu analogi yang begitu menjijikkan, itulah wajah sebenar Umno. Mereka akan jadi lebih rasis, mereka akan jadi lebih ekstrem dalam memainkan isu perkauman," ujarnya di Pejabat Agung PAS.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, insiden terbaru yang dialporkan itu seakan mengulangi tindakan rasis Datuk Nasir Safar, pegawai khas bagi Perdana Menteri pada Konvensyen 1Malaysia di Melaka.

Nasir pada 2 Februari dulu dilaporkan mencemuh rakyat berbangsa Cina sebagai 'wanita jual tubuh', manakala kaum India dihina sebagai 'pengemis' di tanah air.

"Satu lagi kesalahan berulang, tidak cukup yang dilakukan oleh Datuk Nasir Safar, seorang pegawai khas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," ujarnya.

Baginya, slogan 1Malaysia yang dipopularkan oleh Najib, Presiden Umno merangkap Pengerusi BN sebelum ini sekadar untuk menutup wajah sebenar Umno.

"Mereka sebenarnya telah terlalu benci kepada orang Cina dan India dalam negara kita, cuma mereka cuba sembunyikan perasaan mereka itu di sebalik 1Malaysia.

"Itulah wajah sebenar mereka, mereka tidak pernah menghilangkan warna diri mereka yang sebenar," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat sama ada Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain kian sedar dengan bahaya politik perkauman yang ditiupkan oleh Umno dan BTN itu.-harakahdaily


Ulasan GB

Mulai sekarang pastikan semua isu dikumpulkan untuk dibawa ke Galas termasuk isu perkauman UMNO seperti tiada tindakan ke atas pengetua rasis dan juga isu si sepet dan si botol di atas.

Masyarakat bukan-Melayu mempunyai banyak isu ekoran dari semangat perkauman yang dimainkan UMNO bersama-sama dengan Perkasa.

Sementara isu tempatan seperti isu royalti minyak sepatutnya boleh mendominasikan kempen PRK Galas nanti.

Yakin boleh!