Sabtu, 25 September 2010

Anwar : Soalan Parlimen Akan Datang Lebih 'Menyengat'


PORT DICKSON 25 SEPT : Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia menghadapi persidangan parlimen akan datang dengan isu-isu yang lebih kritikal untuk dibincangkan, sebermulanya sesi itu pada 11 Oktober hingga 15 Disember depan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persediaan telah pun dibuat oleh Pakatan Rakyat bagi sesi parlimen kali ini.
"Kita telah kemukakan soalan-soalan untuk menentukan dasar dan alternatif yang kita kemukakan," kata beliau yang ditemui di Majlis Rumah Terbuka Teluk Kemang, Port Dickson hari ini.
Katanya lagi, usul wakil rakyat Pakatan Rakyat selalunya tidak dilayan atau tidak diambil serius oleh kerajaan Umno-BN, walau bagaimanapun, Pakatan Rakyat ujarnya tidak akan berhenti menyoal sehingga satu penyelesaian dicapai.
"Seperti biasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli Kabinetnya tidak pandang serius hal-hal yang kita kemukakan di Parlimen," kata beliau lagi.
Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-12 2010 ini dijangka hangat dengan beberapa isu besar antaranya langkah yang bakal diambil kerajaan dalam menangani kemerosotan daya saing negara yang kini jatuh ke tangga 26 menurut laporan World Economic Report tahun 2009.
Selain itu, kewajaran kerajaan menyuntik dana RM15 bolion (sehingga tahun 2013) kepada 1 Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB) yang melaburkan kira-kira 70 peratus daripada modal kerjanya dalam sebuah syarikat usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International Limited (PSI), pastinya bakal mencuri tumpuan.
Turut menarik perhatian ialah kedudukan projek Hidro Elektrik Bakun dan banyak lagi.

Anwar Jamin Nasib Masyarakat Melayu Jauh Lebih Terbela Berbanding Sekarang


PORT DICKSON 25 SEPT : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan nasib masyarakat Melayu jauh lebih terbela berbanding hari ini, sekiranya Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13.
Bercakap kepada TV Selangor semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Teluk Kemang, Port Dickson hari ini, Anwar menegaskan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad hanya bertujuan menakutkan masyarakat Melayu.
Namun malangnya ujar Anwar, idea Mahathir langsung tidak munasabah.
"Kenyataan Mahathir merupakan satu pandangan jumuk usang, bertujuan khusus untuk menutup kelemahan pada Umno dan memenjarakan pemikiran masyarakat Melayu," kata beliau.
Bahkan ujar Anwar, sebahagian besar kekayaan negara ini tergadai di tangan peniaga Cina dan India yang bersekutu dengan Mahathir pada zaman pemerintahan beliau dahulu.
Amalan kronisme yang menggila dengan hanya segelintir golongan Melayu yang diberikan keutamaan, bukan lagi rahsia. Amalan rasuah juga bermaharajalela.
"Kita dapat melihat kumpulan peniaga besar yang sentiasa mendapat kontrak kerajaan secara rundingan terus seperti Anandha Krishna, vincent Tan dan hanya segelintir Melayu yang menjadi kroni seperti Tan Sri Syed Mokhtar," jelas beliau.
Anwar berkata, pendekatan Pakatan Rakyat lebih menyeluruh apabila mengamalkan konsep sama rata dalam menikmati kekayaan negara, dan kaum Melayu akan mendapat keistimewaan seperti yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Ini yang dijadikan isu kononnya kita akan memberi kekayaan kepada kaum Cina sahaja, ini merupakan taktik kotor Umno dimana dia akan mencipta satu isu dan menggunakannya untuk menakutkan kaum Melayu. Di sini, Umno menakutkan kaum Melayu mengatakan hak mereka akan terhakis.
"Siapa yang memulakan isu mempertikaikan hak Melayu? Umno! Mereka akan mencipta isu sebegini dan akan mengesahkan bahawa warga Melayu perlu mempertahankan hak keistimewaan mereka," jelas beliau.

Muhyiddin minta Guan Eng jawab dakwaan Pemuda Umno


MUAR, 25 Sept — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi penjelasan terhadap dakwaan Pemuda Umno mengenai sumber kewangan yang digunakan kerajaan negeri bagi membiayai program pembasmian kemiskinan tegar di negeri itu.
Muhyiddin (gambar) yang juga Menteri Pelajaran berkata, orang Islam tidak mahu bersubahat jika benar wang judi digunakan untuk membiayai program pembasmian kemiskinan itu sebagaimana dakwaan Pemuda Umno.
“Kita mahukan respons daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, kerana prinsipnya kena ikhlas. Kalau sumber (wang) itu daripada sumber haram, kita Muslim tidak mahu bersubahat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pelonjakan Pendidikan Parlimen Pagoh di Dewan Sri Pekembar, Pagoh dekat sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian Tan Sri Dr Zulkurnain Awang.
Muhyiddin ditanya mengenai pendedahan sepucuk surat oleh Pemuda Umno dalam akhbar hari ini yang membuktikan kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan di Pulau Pinang. — Bernama

Apa kena Mengena ULAMAK & FAKIR MISKIN..Siapa Yang Perlu Diragui Sebenarnya?

Oleh Mohd Sayuti Omar
BILA ada individu rakyat Kelantan yang mengambil inisiatif untuk membawa 40 orang ulamak ke Makkah untuk mengadakan munajak khas berhubung royalti minyak ada orang yang tidak berkenaan dan bersetuju angin. Katanya peruntukan sebanyak RM400 ribu adalah terlalu banyak dan sepatutnya wang itu dibelanjakan kepada fakir miskin.
Kata orang itu kalau bawa fakir miskin sekurang-kurangnya sudah lepas tanggungjawab fardu ain mereka.
Saya tidak fikir orang berkata demikian dan meragui mengenai projek itu tidak faham dan dapat membezakan antara ulamak dengan fakir miskin. Tujuan munajak itu adalah untuk mendapat hak Kelantan yang dinafikan oleh kerajaan Persekutuan. Kalaulah wang royaliti sebanyak RM800 juta itu dibayar ia bukan saja dapat menringankan beban fakir miskin tetapi seluruh rakyat Kelantan.
Saya juga tidak tahu apakah munajak fakir miskin lebih afdal daripada munajak para ulamak? Rasanya orang berkenaan lebih cerdik daripada Umno. Umno menerima kemasukan 40 ulamak dan bukan 40 fakir miskin. Sepatutnya Umno juga perlu menerima 40 fakir miskin.

Apakah matlamat dan tujuan ini pun tidak dapat dibaca oleh orang berkenaan. Bagaimana anda menjadi seorang wakil rakyat kalau perkara seperti ini tidak dapat difahami akan maksud dan tujuannya. Atau membezakan antara si fakir dengan ulamak.

Saya tidak mahu mengulas mengenai kebebalan dan kebodohan orang berkenaan yang menentang usaha untuk membawa 40 ulamak itu. Pada saya orang itu hanya sengaja menunjukkan kebodohannya tanpa diminta sesiapa. Saya hanya tersenyum bila mana orang itu melahirkan rasa bimbang mengenai tabung berkenaan. Kononnya beliau seorang jujur dan ikhlas dan membenci perkara mungkar seperti menyonglapkan wang.

Ujar orang itu yang syok sendiri kononnya dia jujur dan ikhlas, dermawan dan budiman, pasal wang ini budak pun berebut yeop. Ertinya dia tidak percaya wang itu diuruskan dengan betul mencapai tujuannya itu. Saya cukup tahu kenapa orang itu berkata begitu dan bimbang dengan masalah keselamatan wang, sebabnya orang berkenaan cukup memahami dan ada tawarikh mengenai hal-hal mungkar begitu.

Orang berkenaan banyak pengalaman dan arif mengetahui kisah penggelapkan wang. Dia juga tahu kisah bagaimana orang menggunakan agama, beri ceramah agama, baca hadith dan ayat Quran atas mimbar masjid untuk dapagkan wang. Dia juga tahu bagaimana cerita orang menjalanlan kutipan derma untuk seorang anak kawan yang sakit, kemudian wang itu hilang begitu saja.

Orang itu juga ada pengalaman dan mengetahui bagaimana seorang calon ilihan raya menghantar SMS meminta wang untuk perbelanjaan pilihan rayanya tetapi akhirnya wang berkenaan tidak sampai satu senpun dan orang lain yang membayar segala perbelanjaan.

Mungkin kerana orang itu ada pengalaman, tahu segala kisah menyebabkan dia bimbang dengan penganjur munajak berkenaan akan melakukan penyelewengan seperti mana diketahuinya.

Di sini saya tidak mahu mengatakan penganjur tabung munajak itu seorang malaikat. Tetapi dia inilah yang pernah membantu seorang wakil rakyat yang dikenakan tindakan petisyen di mahkamah. Pernah menghabiskan wangnya sendiri membantu seorang kawannya yang bertanding dalam pilihan raya. Malahan pernah diajak menjadi saksi kepada petisyen terhadap seorang wakil rakyat.

Beliau diajar supaya bercakap bohong, menupu mahkamah dengan menjadi saksi atas pembelaan dalam kes petisyen berkenaan. Allah Al Azim ... petisyen berkenaan tidak berlaku disebabkan ada perundingan. Kalau tidak kawan yang budiman itu akan turut sama terjebak melakukan kejahatan dan penipuan kepada mahkamah.

Justeru orang ramai yang membaca laporan mengenai kebimbangan orang berkenaan berhubung dengan projek membawa 40 ulamak ke Makkah itu boleh menilai sendiri siapa yang korup, siapa yang penipu dan siapa yang hipokrit dalam hidupnya.

Ibrahim Ali: Pemimpin PAS ‘tin kosong’ bukan saya

September 25, 2010

PASIR MAS, 25 Sept — Walaupun memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS, Datuk Ibrahim Ali tetap mengkritik pemimpin parti Islam itu dengan menyifatkan mereka sebagai “tin kosong” dan tidak melakukan apa-apa perubahan untuk rakyat di Kelantan.
“Saya tin kosong? Yang tin kosong pemimpin PAS bukan saya kerana saya telah lakukan banyak perkara untuk penduduk di Pasir Mas.
“Tetapi Menteri Besar (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tidak buat apa-apa selama memerintah selama 21 tahun.
“Sebagai contoh masalah air di negeri ini sehingga sekarang masih belum selesai,” katanya pada sidang media selepas program Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan di pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas di sini.
Ibrahim (gambar) yang juga Presiden Perkasa berkata, Kelantan akan menjadi lebih baik sekiranya beliau menjadi menteri besar.
“Kalau nak Kelantan maju, saya adalah orangnya kerana saya boleh membawa perubahan kepada negeri ini.
“PAS selama ini tidak buat apa-apa. Perubahan terbesar yang pemimpin mereka lakukan adalah ceramah perdana, itu sahaja.
“Jadi kalau nak Kelantan maju, ikut saya,” katanya di hadapan kira-kira 5,000 orang yang hadir di program itu.
Program tersebut disertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Macam-macam perkara boleh dilakukan di sini (Kelantan), kita ada banyak produk pelancongan yang boleh dimajukan.
“Cuma apa yang menjadi masalah adalah ketiadaan pemimpin yang kreatif dan berinovasi,” kata Ibrahim.
Beliau memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-12 setelah menewaskan calon Umno Ahmad Rasdi Mahmed dengan majoriti 8,991 undi.
Pada pilihan raya umum ke-11 2004, Ibrahim turut bertanding di kawasan tersebut sebagai calon Bebas namun tewas.
Ia dimenangi calon PAS Ismail Noh (17,526 undi) manakala calon Umno Datuk Abd Rahim Ab Rahman hanya memperoleh 16,275 undi dan Ibrahim pula 6,198 undi.
Ibrahim buat pertama kali memenangi kerusi Pasir Mas pada pilihan raya umum 1986 dengan memperoleh 55 peratus atau 15,711 undi dan mempertahankan kerusi itu empat tahun kemudian atas menggunakan tiket S46.
Beliau tewas tiga pilihan raya umum seterusnya dan menang kembali dua tahun lalu atas tiket PAS.
Semenjak menjadi Ahli Parlimen, Ibrahim melalui Perkasa banyak membangkitkan isu-isu berkaitan orang Melayu dan juga perpaduan Melayu yang dilihat semakin terhakis.
Ketika ditanya mengenai sama ada akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, Ibrahim berkata, ia masih belum difikirkan lagi.
“Lambat lagi pilihan raya pun, jadi saya belum fikir sama ada akan bertanding atau tidak.
“Bagi saya soal bertanding ini adalah perkara kedua kerana apa yang penting sekarang adalah soal perpaduan orang Melayu.
“Sekiranya perjuangan masih belum selesai saya akan bertanding lagi,” katanya.

Ibrahim beri tiga pemimpin Umno amaran, jangan pertikai Perkasa

September 25, 2010
Ibrahim (kiri) bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Pasir Mas hari ini. — Gambar oleh Jack Ooi
PASIR MAS, 25 Sept — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada tiga pemimpin Umno supaya tidak lagi mempersoalkan perjuangan pertubuhan Melayu itu yang ditubuhkan dua tahun lalu untuk mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu. Ketiga-tiga pemimpin tersebut adalah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Ketiga-tiga pemimpin tersebut pernah mendakwa Perkasa boleh menjadi punca kepada BN kehilangan sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.
“Saya kenal siapa mereka, mereka sepatutnya tidak salahkan Perkasa,” kata beliau sambil mendakwa, “saya tahu DNA mereka.”
“Kalau saya dedahkan nanti, jadi berperang pula,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini.
“Jadi lebih baik cukup sampai di sini sahaja,” katanya ketika berucap pada program Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan di pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas di sini.
Tengku Adnan menjelaskan Umno tidak akan menyokong Ibrahim jika beliau bertanding semula sebagai calon Bebas di Pasir Mas.
Dalam surat terbukanya menjawab tuduhan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia terbitan Kumpulan Utusan Ahad lalu, Nazri berkata, beliau sentiasa tahu siapa ketuanya dan mahu Awang mengetahui bahawa “saya sentiasa tahu siapa ketua saya.”
“Ia bukan Kit Siang ataupun Anwar kerana mereka bukan Perdana Menteri Malaysia, Pengerusi BN ataupun Presiden Umno. Saya tidak pasti sama ada Awang tahu siapa ketuanya kerana dia memperkecilkan dasar 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri dan mempromosikan perkauman sempit Ibrahim Ali yang sememangnya bukan ahli Umno.”
“Awang harus bertanya pada dirinya persoalan yang dia ajukan kepada saya,” kata Nazri.
Ibrahim juga berkata pemimpin parti politik tidak sepatutnya menyalahkan Perkasa sekiranya kehilangan undi kerana ia bukan parti politk, tetapi hanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan.
“Perkasa hanya NGO, bukan parti politik dan kita tidak akan menjadi sebuah parti politik.
“Kita tidak sokong mana-mana pihak, jadi jangan salahkan Perkasa kalau kehilangan sokongan orang Melayu kerana kita hanya menjalankan tanggungjawab mempertahankan hak orang Melayu sahaja,” katanya.
Program tersebut disertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ibrahim juga berkata parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC pula perlu menjalankan tugas untuk mengembalikan sokongan rakyat daripada menyalahkan Perkasa.
“Pemimpin MCA dan MIC patut jalankan tugas dengan baik, buat kerja elok-elok untuk dapatkan semula sokongan dan kepercayaan rakyat.
“Kalau MCA dan MIC hilang undi orang Cina dan orang India bukan sebab Perkasa tetapi silap sendiri,” katanya.
Baru-baru ini pemimpin Umno-BN terlibat dalam perang kenyataan dengan Ibrahim berhubung kenyataan pemimpin-pemimpin perikatan itu bahawa BN tidak harus menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan itu kerana bimbang dasar perjuangannya boleh menghakis sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.

Kes Sosilawati: Tak Semua Mayat Dibuang Ke Sungai, Ada Yang Ditanam


Lokasi mayat ditanam ditemui di ladang milik suspek utama kes Sosilawati

Gambar: Kelihatan sebuah jentera jentolak dibawa masuk oleh anggota polis ke ladang milik suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain bagi membantu siasatan di Ladang Gandong, Tanjung Sepat dekat sini, hari ini. foto: Bernama

KUALA LANGAT, 25 Sept — Dua lokasi baru dipercayai merupakan tempat dua mayat yang dikaitkan dengan suspek utama kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain ditanam, ditemui di kawasan Ladang Gadong, Banting di sini hari ini.

Difahamkan, kedua-dua lokasi itu terletak di kawasan ladang milik suspek utama terbabit di mana satu daripadanya terletak di bahagian dalam manakala satu lagi di bahagian luar.

Polis mendapat petunjuk berhubung lokasi berkenaan hasil maklumat daripada empat suspek yang dibawa masuk ke dalam ladang itu kira-kira pukul 4 petang tadi.

Tinjauan juga mendapati sebuah jentolak dibawa masuk kira-kira pukul 4.30 petang di kawasan ladang itu dipercayai digunakan untuk kerja-kerja mengesan lokasi mayat tersebut.

Bagaimanapun, operasi mengorek dua lokasi itu hanya akan dilakukan pagi esok berikutan kesemua kenderaaan forensik, MPV polis dan sebuah van yang membawa suspek, keluar semula dari ladang itu kira-kira pukul 6.45 petang.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu yang dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 Sept lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.

Suspek utama kes tersebut yang merupakan seorang peguam turut dikaitkan dengan kes kehilangan beberapa individu lain termasuk seorang ahli perniagaan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, 34, dan seorang kontraktor Shafik Abdullah, 37, dari Kedah serta seorang rakannya.

Muthuraja dilaporkan hilang selepas tiba di Malaysia pada 18 Jan lepas dan Shafik serta rakannya dilaporkan hilang sejak lima bulan lepas.

Kesemua mereka dilaporkan hilang selepas berjumpa dengan suspek utama itu. — Bernama

Dr M: Nik Aziz halalkan apa sahaja demi dapatkan sokongan

September 25, 2010

PASIR MAS, 25 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh membuat tafsiran baru berkaitan hukum halal dan haram semata-mata demi menjaga hati DAP dan pada masa sama mendapatkan sokongan rakyat.
Bekas perdana menteri itu berkata selain Nik Aziz, pemimpin parti Islam itu sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkan sokongan.
“Ada pemimpin Melayu cakap mereka bukan orang Melayu tapi orang Islam. Itu tidak mengapa tetapi yang jadi persoalan kenapa hal berkaitan Islam diketepikan.
“Kalau mengakui diri adalah Islam jadi berlagaklah seperti orang Islam tapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.
“Nik Aziz boleh halalkan segala-galanya, malah beliau juga boleh buat tafsiran baru berkaitan hukum halal dan haram,” katanya ketika berucap pada program Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan yang dihadiri kira-kira 5,000 orang di pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas.
Buat pertama kali Dr Mahathir (gambar) datang ke Kelantan hari ini setelah insiden beliau disembur cecair di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, empat tahun lalu.
Dr Mahathir yang diiringi oleh isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali datang ke negeri ini untuk menghadiri perhimpunan Perkasa.
Beliau tiba di majlis itu dengan memakai kain lilit di kepala bewarna kuning dengan corak bunga padi serta mengenakan selempang merah di bahunya.
Ketibaan Dr Mahathir disambut dengan sorakan gemuruh dan laungan “hidup Melayu” oleh kira-kira 10,000 orang termasuk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.
Kali terakhir Dr Mahathir datang ke Kelantan ialah pada 2006.
Pada lawatan itu, Dr Mahathir telah disembur dengan cecair yang merbahaya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada pukul 11 pagi, 28 Julai 2006.
“Pemimpin PAS sudah ketepikan agama, malah bangsa sendiri juga dilupakan.
“Sebagai contoh isu ternak babi, Nik Aziz cakap tidak ada masalah kalau nak ternak babi kerana dalam Islam tidak larang, yang haram adalah makan babi.
“Semua yang dilakukan ini semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat sahaja,” kata Dr Mahathir yang juga penaung Perkasa.
Beliau juga memberikan amaran kepada rakyat terutamanya di Kelantan supaya mengenali latar belakang pemimpin mereka sebelum menyesal.
“Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang membela dan mengikut kehendak rakyat bukan pemimpin yang gila nak jadi perdana menteri.
“Pemimpin-pemimpin yang gilakan kuasa ini boleh menyebabkan orang Melayu terpecah kepada 10 puak,” katanya.
Bekas presiden Umno itu juga mendakwa PAS menyertai PR adalah semata-mata untuk menang dalam pilihan raya.
“Parti yang berada dalam PR bergabung hanya untuk menang pilihan raya dan dapatkan kuasa.
“Semua orang tahu dasar setiap parti itu (PAS, PKR dan DAP) berbeza. Dasar perjuangan mereka tidak sama, jadi rakyat perlu tahu jenis pemimpin mereka,” katanya.
Dr Mahathir juga menjelaskan matlamat perjuangan PKR adalah bukan untuk rakyat tetapi adalah memastikan pemimpin mereka menjadi perdana menteri.
“Objektif PKR adalah nak pemimpin mereka jadi perdana menteri bukan untuk rakyat dan memastikan hak rakyat stabil.
“Apa yang penting bagi mereka adalah pemimpin mereka boleh jadi perdana menteri dan mereka sanggup lakukan apa sahaja bagi memastikan hasrat itu tercapai,” katanya.
Dalam kenyataan terbaru minggu ini, Dr Mahathir berkata, orang Melayu akan kehilangan kuasa jika PR mengambil alih pemerintahan negara ini.
Beliau mendakwa apa yang dinyatakan itu bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri diterajui PR walaupun ketua pentadbiran di negeri itu di ketuai orang Melayu.
Sebelum ini Dr Mahathir pernah mengatakan bahawa orang Melayu akan menjadi kaum minoriti dari segi politik jika PR berkuasa.
Beliau juga menasihati pemimpin-pemimpin Umno supaya tidak mengetepikan individu berkebolehan yang dapat menyumbang kepada kekuatan parti hanya semata-mata takut kedudukan sendiri tercabar.
“Ini masalah Umno, kerana takut kedudukan sendiri dicabar mereka yang berkebolehan diketepikan sebab itu ramai yang masuk PAS.
“Jadi Umno perlu ubah semua ini demi kebaikan parti,” katanya.

NUJ desak BN-PR: Tarik balik larangan media

NATIONAL UNION OF JOURNALISTS MALAYSIA (NUJ Malaysia) hari ini mendesak parti-parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) menarik balik larangan kepada wartawan-wartawan yang bernaung di bawah kesatuan dan bertugas di akhbar-akhbar arus perdana dari membuat liputan dalam acara-acara anjuran parti tersebut.
NUJ Malaysia juga mendesak parti-parti di dalam Barisan Nasional (BN) juga menarik balik larangan kepada laman-laman berita bebas seperti MalaysiaKini dan Malaysian Insider daripada membuat liputan acara-acara  yang dianjurkan oleh parti tersebut.
NUJ Malaysia juga mendesak negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan juga menarik balik larangan kepada wartawan-wartawan yang bernaung di bawah kesatuan dari membuat liputan dalam acara-acara anjuran negeri terbabit.
Wartawan-wartawan di bawah naungan NUJ Malaysia merupakan wartawan profesional yang mendukung prinsip kebebasan media dan etika kewartawanan yang tinggi.
NUJ Malaysia dimaklumkan bahawa larangan itu telah berkuatkuasa agak lama dan ia memberi implikasi yang buruk kepada standard kebebasan media di negara ini.  Kesatuan juga berpendirian bahawa bahawa setiap wartawan sama ada dari laman berita bebas seperti MalaysiaKini dan Malaysian Insider, akhbar arus perdana dan akhbar-akhbar kecil serta akhbar yang diterbitkan oleh parti-parti politik tidak harus dilarang untuk membuat liputan untuk apa acara sekali pun.
Sekiranya semua pihak menukung prinsip kebebasan media dan etika kewartawanan, NUJ Malaysia berharap desakan ini dapat diterima dan larangan itu ditarik balik dengan serta merta.
*Kenyataan media oleh Hata Wahari selaku Presiden NUJ Malaysia, pada 24 September 2010.

Smear campaign on Ong as Soi Lek tries to erase his influence

The return of Ong vs Chua
Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

In a clear sign that his enemies within MCA were increasing efforts to shut him out, former president Ong Tee Keat has found himself at the centre of a storm in a teacup over car plates that bore registration numbers MCA1 to MCA 9999.

Transport Minister Kong Cho Ha, who replaced Ong after he was ousted in a messy power struggle that split their party down the line, had last week implied Ong abused his power by reserving the number plates for MCA.

Ong, the Pandan MP, has denied the allegations and walloped Kong back.

"What was revealed by Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha was the memorandum dated Feb 17 and signed by my senior private secretary then. At the time, I was on sick leave following heel surgery. No decision was taken on this. I returned to work in early March. On March 16, outstanding cases were brought before me, some of which I approved and others I rejected, including this case - rejected," Bernama reported Tee Keat as saying.

The new ruling clique

Kong - ended PKFZ probe when he took over
Indeed, with a year to go for the MCA to hold its 2011 party polls, battle lines are already being drawn by current president Chua Soi Lek and his loyalists which include Kong. Already, Chua and his team appear to have forgotten their promises to close ranks and reunite the MCA. Instead, they appear to be busy consolidating their grip on the Chinese-based party.

This would include knocking out Ong and his supporters. In fact, they have already cut Ong loose by stripping him of the Transport portfolio. And with latest car-plates brouhaha, it looks like 'phase two' will involve a major smear campaign against Ong and his camp.

“It certainly looks like the new ruling clique wants to totally wipe out Ong Tee Keat’s influence in the party. First, the 9888 radio station scandal and now the car plates,” PKR strategic director Tian Chua told Malaysia Chronicle.

Target

Tian was referring to the sacking of key staff at MCA-owned 988 radio station, including popular dee-jay Jamaluddin Ibrahim. 988’s flagship Zhao Dian Shuo Ma or Say Hi to Malaysia show is very popular with the Chinese-speaking crowd, who enjoy the discussions on current issues and regular phone-in sessions. The station has previously claimed an audience of more than a million listeners - a large number of whom are MCA grassroots.

Jamaluddin has lashed out at Soi Lek
Chua, who has been accused of shutting down the show because Jamaluddin was an ardent Ong supporter, had promised to lead MCA for only one year and to step down at the 2011 polls. But a string of recent incidents, including the promotion of his son to a deputy minister’s post, has sparked uneasiness that he will renege on his word.

“The next showdown will be much more dirty than the 2009 power struggle. Chua has already armed himself for war with his famous team of cyber-troopers," an MCA watcher told Malaysia Chronicle.

"He may go after Pakatan Rakyat and Perkasa but the real target is Ong, because at the moment, the mood in MCA is that at least Ong despite his angin is still more trustworthy. It also shows what a lack of talent there is in MCA. Nobody good will think of joining them."

Negeri Pakatan sertai sidang Malaysia-Thailand

HATYAI, THAILAND, 25 Sept: Penyertaan Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang dalam hubungan dua negara Malaysia dan Thailand, semalam jelas membuktikan pentadbiran negeri Pakatan Rakyat (PR) diiktiraf oleh negara luar.
Persidangan Kali Pertama Lima Dasar dan Ekspo antara lima negeri dalam Malaysia iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis manakala Thailand diwakili empat wilayah Selatan, Yala, Pattani, Satun dan Songkla.
Kelantan diwakili oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Dr Nik Mazian Nik Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar, Ir Mustafa Salleh, Kedah diwakili oleh Exco negeri, Abd Ghani Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, Exco Perlis, Ahmad Bakri  Datuk Ali dan Pegawai Khas Exco Perak, Noormah Ismail.
Perasmian persidangan dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, Trirong Suwankiri.
Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.
Penglibatan dalam Lima Dasar yang melibatkan lima sektor utama iaitu industri halal, pelancongan, perdagangan, logistik dan pelaburan antara negeri yang berjiran dengan Selatan Thailand boleh meningkatkan hubungan dua hala terutamanya dalam meningkatkan ekonomi.
Menurut Ir Mustaffa Salleh, persidangan itu amat berguna kepada kerajaan negeri dalam menarik pelabur di pelbagai bidang yang disenaraikan tersebut.
“Keadaan Kelantan yang begitu strategik dengan Selatan Thai akan memudahkan hubungan dua hala dalam menjayakan program ini dan secara kebetulannya adat budaya antara Kelantan dan Selatan Thai banyak persamaannya,” kata beliau.
Beliau juga berharap disebabkan ia melibatkan kedua-dua negara, kerajaan Pusat seharusnya mengambil beberapa langkah dalam menjayakan rumusan hasil daripada persidangan kali pertama ini.
“Insya Allah, saya berpendapat Kelantan akan bersedia melibatkan diri dalam pelbagai sektor yang dijadikan agenda penting persidangan ini kerana ia begitu baik demi peningkatan pembangunan ekonomi negeri,” ujarnya lagi.
Abdul Ghani Ahmad pula berpendapat persidangan dan ekspo yang diadakan buat pertama kali itu akan membuka peluang kepada kerajaan Kedah dan agensi swasta untuk memulakan perbincangan dua hala dalam bidang yang ditetapkan itu.
“Kedah akan bersedia untuk melibatkan diri demi pembangunan Kedah dan Selatan Thailand boleh menjadi rakan dalam memajukan antara kedua-dua pihak,” katanya.
Abd Ghani juga berharap walaupun penglibatan tiga negeri dalam Pakatan Rakyat dalam persidangan itu, ia tidak boleh dijadikan alasan oleh pusat untuk mengabaikan demi menjaga hubungan dua hala Malaysia-Thailand.
“Kita tengok dalam banyak bidang yang kerajaan pusat harus memberi tumpuan seperti penarikan pelabur dari Thailand, pelancongan dan juga logistik, ia amat diperlukan dalam meningkatkan pembangunan di kawasan utara negara kita,” kata beliau lagi.
Bagi Abdul Malik Kassim, penyertaan dalam persidangan dan pameran itu tidak akan mencapai hala tuju sekiranya hubungan kerajaan Malaysia dan Thailand tidak dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang sudah berlarutan seperti pengenaan duti ke atas penggunaan pelabuhan yang menjadi persinggahan kepada kepada kapal antarabangsa.
“Walaupun masih banyak yang perlu diselesaikan oleh kedua-dua pihak, Pulau Pinang akan tetap memberi kerjasama dalam menjayakan program ini dan kita akan menekankan dalam sektor industri halal  dan pelancongan kerana di Pulau Pinang juga menjadi tumpuan utama pelanconga n dari Thailand,” kata beliau.

Membangkitkan Harapan Muslim Inuvik


http://buletinonline.net/images/stories/berita34/BH_IMAGES_SHPIX.jpgPondok kayu yang mungil itu sebentar lagi akan berubah wujud. Hussein Saud Qasti kelak menyulapnya menjadi sebuah masjid yang layak bagi Muslim di Inuvik. Sebuah kota kecil di Kanada yang berjarak 200 km dari Kutub Utara. Karena tak ada masjid yang lebih layak, pondok itu selama ini digunakan Muslim di sana untuk menunaikan shalat.

Saat berkunjung ke Inuvik. Qasti, seorang jurnalis asal Arab Saudi, yang juga menjalankan lembaga amal, tergerak mendirikan sebuah tempat ibadah yang lebik baik. Terdapat 75-80 Muslim da/i total populasi 3.700 orang. Mereka tak memiliki tempat, kecuali pondok kayu bergerak yang hanya mampu menampung setengah dari mereka.

(Gambar kanan - tiba di Inuvik .......SETELAH melalui perjalanan darat dan sungai sejauh 4,000 kilometer, bangunan masjid ini yang kelihatan berada di atas sebuah baj, akhirnya tiba di Artik, kelmarin. Masjid itu adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat Islam di bandar Inuvik, yang terletak di wilayah Northwest Territories, di bawah pemerintahan Canada. Bilangan penduduk Islam di bandar yang didiami 4,000 orang itu telah mencapai sekitar 80 orang. Kos membina masjid di Artik bagaimanapun terlalu mahal. Lantas, bangunan itu dibina di sebuah bandar di selatan Canada, Manitoba, dengan separuh harga. -- AFP.)

Dengan mempertimbangkan letaknya, kelak pada masjid itu disematkan nama The Mosque at the End of the World. "Saya menyukai nama tersebut. Ini mencerminkan letak geografis dari masjid itu," kata Qasti seperti dikutip Al Arabiya, Rabu (15/9). Di sisi lain, tak mudah memang membangun masjid di Inuvik.

Berdasarkan hitung-hitungan Qasti, dana minimum yang harus disediakan untuk pembangunan masjid itu bisa mencapai 750 ribu dolar AS. Juga perlu tim ahli. Namun, ia bersama istrinya segera bergerak mengumpulkan donasi. Dana yang terkumpul berasal dari Muslim yang ada di sejumlah kota di Kanada.

Termasuk seorang insinyur asal Irak yang sudah lama tinggal di Inuvik, Ahmed al-Khalaf. Seorang Muslimah bahkan mendermakan uangnya sebesar 190 ribu dolar AS. Tak hanya dana, lokasinya yang begitu terpencil menjadi kendala tersendiri. Hal itu membuat harga barang menjadisangat mahal dan membutuhkan waktu yang lama untuk mengirimkan barang ke tujuan.

Menurut Qasti, pengapalan barang-barang ditempuh dengan jarak sepanjang 4.300 km dan memakan waktu lama. Maka, langkah yang bisa ditempuh adalah menyusun rancangannya di Winnipeg. Ibu Kota Manitoba, kemudian dikirim ke Inuvik dengan menggunakan kapal.

Khalaf mengungkapkan, alternatif tersebut telah dilakukan sejak April lalu. Di Winnipeg, dibuat rangka bangunan masjid dengan luas 457 meter persegi, menara, kursi, dan pintu masjid. Demikian pula dengan tempat khutbah yang diangkut dengan sebuah truk. Kendaraan itu melewati Kota Edmonton di Provinsi Alberta.

Perjalanan ini menempuh jarak 2.900 km hingga mencapai wilayah High River di tepi Great Slave Lake. Dari sini, rakitan bangunan masjid itu dikapalkan ke Inuvik pada dua pekan lalu dan diperkirakan selama 45 hari mencapai ke tempat tujuan. Menurut Khalaf, pengiriman itu membutuhkan dana sebesar 49 ribu dolar AS.

"Masih ada hal yang perlu dikerjakan setelah rangka bangunan masjid sampai di Inuvik dan dana tambahan sebanyak 49 ribu dolar AS," jelas Khalaf. Sebab, masyarakat Muslim di Inuvik perlu mendirikan masjid itu setelah menyatukan semua rakitan yang ada, menegakkan menara masjid, melengkapinya dengan karpet, dan sentuhan terakhir lainnya.

Terlepas dari tantangan berat saat proses pendirian, kata Khalaf, keberadaan masjid itu melahirkan harapan bagi Muslim di Inuvik yang selama ini bahkan tak memiliki tempat pemakaman sendiri. "Saat ada Muslim yang meninggal, jasadnya diterbangkan ke Edmonton untuk dimakamkam di pemakaman Muslim," ujarnya.-Bataviase

Kah kah kaahhh ... Lucu la mereka berdua ni ...?

Kah kah kaahhh ...!
Kah kah kaahhh ...!
Lucu la mereka berdua ni ...?
Kah kah kaahhh ...!

Bye-bye Reezal...

Orang yang hanya nampak kuman di seberang laut saja tetapi gajah yang besar depan bijik mata, dia buat tak reti jer... adalah manusia yang keji dan tarak guna. Ini namanya manusia toksid. Bahaya oooo...

Lebih-lebih lagi, kuman yang mereka sangkakan itu, sebenarnya bukan kuman tetapi cuma khayalan mereka saja. Orang tengah nazak ni kekadang bayangkan yang bukan-bukan. Imajinasi mainan syaitan!! Mereka yang nazak ni, senang dikunta-kintekan oleh syaitan yang sentiasa cuba mengoyahkan iman mereka.

Banyak manusia toksid yang sedang nazak ini, boleh didapati dalam UMNO. Kewujudan mereka, boleh membahayakan kita. Seafdhal-afdhalnya, mereka ini mesti dinyah buangkan. Macam kita wajib keluarkan toksid daripada badan kita... agar ia tak boleh mendatangkan mudharat kepada kita.

Seandainya, ternyahnya unsur-unsur toksid ini, barulah keadaan negara akan jadi aman dan sejahtera.

Antara yang menjadi toksid dalam masyarakat di Malaysia hari ini ialah Pemuda UMNO, especially Reezal Merican Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang. Fuiyo... kaw punya toksid beb, mamat ni!! Dan.. seorang lagi, yang semakin terserlah ketoksidannya ialah Muhyiddin Yassin. Selain menjadi toksid, mereka berdua ibarat anjing serigala yang menyalak sahut-menyahut.

Reezal Merican menyalak dan Muhyiddin Yassin pulak menyahut salakan si Reezal. Aha... padan ler. Sorang serigala muda, yang hat sorang lagi serigala tua. Salak-menyalak depa!! Itu jer yang mereka tau. Aaaahhh... pedulikan jer mereka.

Tetapi... apa dan siapa yang mereka salahkan??

Mereka.... salahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, kononnya... wang ihsan yang diberikan oleh KM Lim Guan Eng tempoh hari serta dana untuk membiayai program pembasmian kemiskinan tegar negeri itu, datangnya daripada hasil judi. Haraaam. Hasil tak halal!!

Ini merupakan satu dakwaan yang tidak bertanggung jawab. Mereka sedap mulut dakwa dan tuduh, tetapi tak der bukti kukuh. Itulah sifat tipikal puak-puak UMNO. Tambah-tambah lagi, ketika mereka sedang nazak menanti ajal. Semuanya, tuduhan kosong!! Lompong!! Rujuk sini.

Unlike kita.... segala tuduhan, kita sertakan dengan bukti dan siap dengan dokumen. Yang syiuknya, mereka nak menuduh orang, tetapi mereka cermin tak, diri mereka sendiri?? Mengata dulang paku serpih.... menuduh orang, tetapi diri sendiri pun tak bersih!!

Apa-apa pun, segala tuduhan mereka telah ditepis oleh KM Lim Gan Eng. Baca sini.

Bangang betul puak-puak serigala UMNO ni. Dalam otak mereka hanya ada Melayu...Melayu ... Melayu, saja. Pada mereka semunya berkisar pada Melayu semata-mata. Apabila kita kata mereka rasis, mereka marah dan tak mengaku. Tapi, tindak tanduk mereka menunjukkan sebaliknya. Mereka rasis!!

Weh... masyarakat kita berbilang kaum. Miskin tegar bukan dalam kalangan oang Melayu-Islam sahaja, tetapi ada juga bangsa lain yang miskin. Janganlah jumudkan pemikiran tu!! Sebenarnya, mereka ni jelaous dengan sambutan rakyat terhadap pentadbiran dan kepimpinan Lim Guan Eng. Ini yang membuatkan mereka amat gabra dan gelisah tak boleh pejamkan mata.

Peningkatan sokongan dan sambutan rakyat pelbagai kaum, khususnya Melayu Pulau Pinang terhadap kerajaan Pakatan Rakyat PP, pimpinan Lim Guan Eng, menjadi indikator yang jelas bahawa UMNO/BN sedang amat nazak dan bakal dikuburkan buat selama-lamanya.

Jika ini berlaku... bermakna Reezal Merican turut akan ter'kubur'. Karier politiknya akan kaput!! . Namanya tidak akan menjadi sebutan lagi di arena politik. Yang bakal tinggal cuma 'pusara'nya saja. Innalillahiwainnailahirojiun.... Al-fatihah. Amin.

What about Muhyiddin Yassin?? Kata dia....

"Orang Islam tidak mahu bersubahat jika benar wang judi digunakan untuk membiayai program pembasmian kemiskinan itu sebagaimana dakwaan Pemuda Umno."

Eeee.... menyampahnya aku, kalau orang UMNO bercakap pasal Islam, especially pasal judi-judi ni. Cakap tak serupa bikin!! Awak tu Islam kan?? Menteri pulak tu... Timbalan Perdana Menteri yang memerintah negara pulak tu. Nak tanya sikit pasal Islam dan judi, boleh kan??

Kalau you all benar-benar prihatin pasal sumber pendapatan terhadap orang Islam, apa hal dengan semua lesen judi yang kerajaan UMNO/BN luluskan selama ini?? Dan... masa 'World Cup' dulu pun, ada hati nak luluskan lesen judi. Dan... baru-baru ini, nak lulus lagi lesen judi dengan cadangan pembinaan casino di Sabah. Duit hasil judi yang luluskan oleh UMNO/BN tu.... halal, ya??

Ada lagi... ada lagi... nak tanya ni!! Ater, sumber pendapatan kerajaan UMNO/BN, sesemuanya halal ke?? Cukai daripada kilang arak macam mana?? Cukai daripada syarikat judi yang komer bagi lesen , macam mana?? Cukai daripada institusi kewangan yang menamalkan riba, macam mana?? Halal... ekk??

Lahanat betul UMNO/BN ni!! Islam pun mereka guna pakai secara selektif. Judi untuk UMNO/BN.... halal dan boleh guna pakai pendapatannya untuk semua. No hal. Tetapi.... judi bagi bukan-UMNO/BN.... haram. Full stop!!

Sekurang-kurangnya Guan Eng yang bukan Islam tu pun, tahu mengasingkan sumber pendapatan kerajaan negeri, samada dari sumber tak halal dan sumber yang halal. Yang mana akan digunakan untuk rakyat Islamnya dan yang mana untuk rakyat bukan-Islamnya.

Oleh itu, buat tuduhan.... biar teliti. Jangan hanya dengan sepucuk surat saja, dah buat satu andaian yang bukan-bukan dan cuba pulak manipulate isu itu dengan mengaitkannya dengan sensitiviti agama bagi meraihkan sokongan Melayu-Islam.

Too bad. Orang Melayu dah tak 'beli' permainan politik kotor hangpa. So, Reezal Merican dan Muhyiddin Yassin..., you can say bye-bye to Penang!!

Dr M: Nik Aziz compromises Islam for political power

September 25, 2010
Dr Mahathir says he is sad because the Malay people are not aware of the threat that faces them. — Picture by Jack Ooi
PASIR MAS, Sept 25 — Deep in the PAS heartland, Tun Dr Mahathir Mohamad labelled the party’s spiritual leader today as a religious sell-out for working with non-Muslims. The former prime minister told a Perkasa rally here that the state’s Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat was willing to jeopardise PAS’s Islamic philosophy for political expediency.
“Nowadays Nik Aziz allows everything. If a person wants to raise a pig farm next to Malay house, he said that it is permissible because the Quran only forbids us to eat pork. Willingness to allow what the opposition party is doing has caused Nik Aziz to make interpretations which are against Islamic teachings,” he said at the Perkasa rally held a few kilometres from the state capital Kota Baru.
More than 5,000 people waited under the scorching sun at the car park of the Pasir Mas railway station, with buses bringing supporters from Perak, Terengganu and Selangor.
Banners praising Dr Mahathir as a national hero were put up around the station as organisers distributed Perkasa headwear and the Malay right-wing group’s paper Suara Perkasa.
Dr Mahathir arrived wearing a yellow traditional Malay headgear, tengkolok, with his wife Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali while accompanied by Perkasa chief Datuk Ibrahim Ali.
The former Umno president said the Malays are not aware of the political threat facing them and blamed power-hungry politicians for the dire state of the community.
“I am saddened because the Malay people are not aware of the threat that faces them. Today, the Malays are divided into three groups (PAS, PKR, Umno) and not one group can obtain a percentage of Malay votes that can give a win for the community.
“The reason why the Malays are split today is because there is a person who is obsessed in becoming the prime minister. He does not care and will support everything which is racist,” he said.
Dr Mahathir ridiculed PAS leaders, claiming that they are Muslims first and Malay second.
“There are also those who are ashamed in being Malay. They say that are only Malay by fate. They instead prefer to call themselves Muslims. Yes, we understand that they are Muslims but if they prioritise Islam then act like a Muslim.
“But today they are not willing to work with other Muslims especially in Umno. Instead they support people that used to say that we must cross their dead body to make this an Islamic country,” he said, referring to DAP chairman Karpal Singh’s comment that PAS has to cross over his “dead body” to set up an Islamic state.
He also condemned Nik Aziz’s willingness to forego the party’s Islamic principles in order to appease the DAP.
“However, leaders who used to ridicule Islam in Umno are now allowing everything because they want support. Until things which are not accepted by us, he (Nik Aziz) is willing to allow because he wants to get support from this opposition party,” he said.
He added that PAS’s co-operation with the DAP has led to Nik Aziz to make decisions which are un-Islamic.
“Because of this, the Malay community is split between Umno and PAS. When Umno wants to reunite the Malay community in one movement, they reject it. Instead they are willing to work with those who threatened their religion,” he said.
Dr Mahathir stressed that the Islamist party was willing to work with the “enemies of Islam” to capture federal power in the coming general election.
“Race has been push aside and religious practice relaxed so that they can co-operate with those that are clearly the enemies of Islam. This is the result of politics from someone who is too eager in becoming the government,” he said.
Dr Mahathir continued by criticising his own party, Umno, for becoming a puppet to other communities.
“Today, the Malays are divided into three teams (Umno, PKR, PAS) and these teams have worked hard to attract the support from the other communities. This is okay but when they are willing to become puppets in the government that is only represented by Muslims in name but they have to follow whatever orders from the other races. They are willing to seize the rights promised to the Malays,” he said.
He also couldn’t resist taking a swipe at his main detractor in the Najib administration, Datuk Seri Nazri Aziz.
“Please tell Nazri that I have no intention in becoming the prime minister. He only became a minister because of me. People like this when we feed them rice, they will bite our hand. This is the type of leaders we have today,” he said to the applause of the crowd.
Today is also Dr Mahathir’s first visit to Kelantan since he was sprayed with a chemical irritant at Sultan Ismail Petra Airport in Pengkalan Chepa four years ago.
The former premier remains popular and has had a musical produced about his life. The musical started in Kuala Lumpur last night for a two-week run.

Zunar dibebaskan

Setelah ditahan sehari semalam, polis hari ini membebaskan kartunis Zunar lewat petang ini.

Sebelum itu, polis pagi tadi berjaya mendapat perintah reman satu hari daripada mahkamah majistret Sepang untuk terus menahan kartunis Zunar.

Menurut peguamnya Latheefa Koya, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque kini masih dalam tahanan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sepang.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau turut mendedahkan bahawa setakat ini polis masih belum merekodkan kenyataan kartunis popular itu walaupun telah menahannya sejak jam 4 petang semalam di pejabatnya di Brickfields.

"Mereka juga masih flip-flop (berdolak-dalik) sama ada mahu menyiasatnya bawa akta penerbitan atau akta mesin cetak dan penerbitan.

Sementara itu, polis 'melawat' pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama petang ini bagi mencari buku yang dianggap kontroversi tersebut.

Bagaimanapun, dalam kunjungan pada jam 3.45 petang itu, setelah memeriksa stor buku Malaysiakini, tiada sebarang barang diambil.

Polis juga merekodkan kenyataan Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan kira-kira 45 minit.

AZMIN TIDAK PERLU `IKRAR SETIA' TERHADAP PRESIDEN..TELAH TERBUKTI.

BERSETUJU dengan YB Azmin apabila beliau menolak kehendak beberapa pihak agar beliau melakukan `ikrar setia' terhadap Presiden PKR, DS Wan Azizah. Isunya, semenjak bila YB Azmin dilihat `derhaka' kepada Presiden parti dan benarkah YB Azmin dilihat menjadi `robot' kepada Presiden? Kedua-dua adalah tidak benar sama sekali dan tidak pernah ada bukti untuk mendakwa YB Azmin bersikap sedemikian.

Semuanya telah diperjelaskan oleh YB Azmin yang bakal merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Bukti yang diperolehi selama ini hanyalah kesetiaan dan pengorbanan YB Azmin kepada parti walaupun tidak dikatakan kesetiaan membuta tuli kepada Presiden. Sebaliknya, kesetiaan seorang lagi calon Timbalan Presiden iaitu Dato' Zaid terhadap parti dan Presiden mungkin boleh diperdebatkan. Lihat bagaimana Dato' Zaid melabelkan Presiden PKR sebagai `boneka' dan merendahkan kewibawaan Ketua Umum PKR, DS Anwar sebagai `ahli biasa' hanya kerana jawatan Ketua Umum tiada di dalam Perlembagaan Parti. Meskipun benar, tetapi di mana adab sopan Dato' Zaid?

Mungkin benar, mungkin tidak jika dikatakan YB Nurul Izzah menyokong Dato' Zaid untuk kerusi No. 2 di dalam PKR. Itu tidak menjadi masalah kerana beliau juga diberi hak melaksanakan amalan demokrasi di dalam parti. Tetapi, mendakwa YB Nurul Izzah terlalu anti kepada YB Azmin mungkin satu tuduhan yang tidak masuk akal.

YB Azmin sememangnya tidak perlu melakukan `ikrar setia' kepada Presiden PKR kerana Presiden sendiri tahu dan nampak jelas apa yang telah YB Azmin lakukan kepada parti semenjak awal penubuhannya. Bahkan, ketika parti ini belum wujud lagi YB Azmin sentiasa komited dengan perjuangan reformasi.

100 cabang, Azmin terus dominasi pencalonan

Setelah separuh keputusan yang diterima daripada seluruh negara, Naib Presiden PKR Azmin Ali terus mendominasi percalonan untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Daripada 100 cabang daripada 205 di seluruh negara, beliau yang juga ahli parlimen Gombak setakat ini mendapat 58 pencalonan.

Manakala dua lagi pencabarnya Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mendapat 25 pencalonan dan seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 13 pencalonan.

Sementara tiga calon lagi - pengarah strategik PKR Tian Chua mendapat dua pencalonan, pengarah pilihan raya Fuziah Salleh dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masing-masing mendapat satu pencalonan.

Berikut jumlah pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan:
Presiden
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - 92
Datuk Seri Anwar Ibrahim - 8

Timbalan presiden
Azmin Ali - 58
Datuk Zaid Ibrahim - 25
Mustaffa Kamil Ayub - 13
Tian Chua - 2

Belum layak
Fuziah Salleh - 1
Tan Sri Khalid Ibrahim - 1

Naib Presiden
Fuziah Salleh - 45
Shamsul Iskandar Md Akin - 33
Mustaffa Kamil Ayub - 29
Datuk Mansor Othman - 25
Lee Boon Chye - 22
R Sivarasa - 17
Tian Chua - 16
N Gobalakrishnan - 13
Nurul Izzah Anwar - 11
Tan Sri Khalid Ibrahim - 11
Azmin Ali - 11
Ansari Abdullah - 10
Datuk Jeffrey Kitingan - 9
Datuk Chua Jui Meng - 9
Xavier Jayakumar - 6
Mohd Noor Manuty - 6
Datuk Zaid Ibrahim - 6
S Manikavasagam - 5
Yahya Shaari - 4
Abdullah Sani - 4
Suresh Kumar - 4
Saifuddin Nasution - 3
Badrul Amin Baharon - 2
Yusmadi Yusoff - 2
Jimi Donald - 2

Belum layak bertanding
Zamri Yusof - 1
James Ghani - 1
Saiman Marzuki - 1
Kamarul Baharin Abbas - 1

Untuk melayakkan bertanding jawatan di peringkat pusat, seseorang calon mestilah mendapat dua pencalonan minumum daripada cabang.

Terkini : Mustaffa Kamil tewas ketua cabang

Naib Presiden PKR Mustafa Kamil menerima tamparan awal apabila tewas tipis 17 undi dalam pemilihan peringkat cabang Pasir Salak hari ini.

Dalam pertembungan dua penjuru, Mustaffa mendapat 94 undi manakala pesaingnya Osman Abdul Rahman - bekas ketua cabang itu - mendapat 111 undi.

Keputusan mengejutkan itu baru diumumkan sebentar tadi.

Menurut seorang pemimpin cabang itu, Mahmud Yahya, Mustafa akan membuat bantahan berhubung kekalahannya itu dalam masa terdekat kerana mengesyaki wujudnya "politik wang" dalam pemilihan cabang itu.

Umno patut malu, mereka lulus lesen judi

KEPALA BATAS, 25 Sept: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar.
Semalam, Reezal dalam sidang media beliau di Kepala Batas telah mendakwa kerajaan negeri memperolehi wang dari sumber judi sebanyak RM500 ribu dari kelab tersebut sebagai sumber untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.
Guan Eng berkata, sejumlah 90 peratus dari mereka yang tergolong dalam miskin tegar adalah masyarakat Melayu.
Namun begitu, katanya harus diketahui bahawa baki sebanyak 10 peratus lagi adalah di kalangan masyarakat bukan Melayu dan bukannya beragama Islam.
"Jumlah yang kita gunakan untuk masyarakat bukan Islam tidak harus dipertikaikan. Manakala bagi masyarakat Islam kita sedia maklum apa yang baik untuk mereka dan apa pula yang sebaliknya.
"Oleh kerana itu, maka usaha Umno memburukkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) ini sebenarnya tidak akan menjadi nyata kerana rakyat sudah tahu dan faham mengenai usaha mereka untuk menjatuhkan serta mencalarkan imej kerajaan negeri," katanya.
Menurut beliau lagi, jika sebelum ini Umno melalui Reezal juga telah menuduh kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber judi untuk pemberian RM100 kepada warga emas dan tidak menjadi kenyataan setelah dinafikan dengan fakta, kini mereka beralih pula kepada wang kepada penerima miskin tegar.
Kata Lim lagi, adalah tidak munasabah untuk Kerajaan Negeri memberi sumbangan dari sumber judi kepada masyarakat Islam di negeri ini.
"Kita juga tahu apa yang boleh dan tidak boleh untuk diberikan sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu janganlah Umno menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka walaupun hendak mencari semula pengaruh yang hilang.
"Umno sepatutnya malu dengan kenyataan ini kerana merekalah sebenarnya yang menguasai kepimpinan Kerajaan Pusat bersama Barisan Nasional (BN) yang meluluskan kesemua lesen judi yang ada di seluruh negara ini.
"Bak kata pepatah menepuk air ke dulang terkena muka sendiri. Inilah umpama yang patut saya nyatakan kepada Umno dan BN yang cuba mencari kesalahan PR sejak kita mula memenangi pilihan raya 2008 yang lalu sehinggalah ke hari ini," tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program 'Pembersihan Pantai Antarabangsa' di Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth pagi tadi.

Muhyiddin: Who says I have power on racist teachers? Prove it

Muhyiddin - I am powerless
MUAR (Bernama)— Tan Sri Muhyiddin Yassin said today the education minister has no executive power to take disciplinary action against officers who are on permanent government employment such as school principals.

The deputy prime minister also challenged DAP veteran Lim Kit Siang to prove that the minister had the power to take such action.

“He should try to understand or learn about administration and management procedures,” he told reporters after launching the Pagoh education excellence campaign near here today.

Muhyiddin was commenting on claims by Lim that he (Muhyiddin) did not exercise his power to take action against a principal in a school in Kulaijaya and a teacher in Bukit Selambau who were accused of uttering racist remarks against their students.

Muhyiddin said that any disciplinary action against government officers should be taken based on existing rules and regulations.

All allegations should be investigated thoroughly and the accused be given opportunities to defend themselves, he said, adding that the committee set up to investigate the matter, headed by the Education Ministry’s deputy secretary-general, had completed its investigations.

He said the Chief Secretary to the Government had the power to take action against the principal and the teacher.

“I cannot act indiscriminately based on the political demand by the DAP or other parties. This matter involves government procedures and we have regulations to deal with it,” he said.

Muhyiddin said the approach he took in dealing with the issue was in stark contrast with the emotional way Lim dealt with it.

“Kit Siang doesn’t understand and he has never been a government officer. He is 100 per cent politician,” he said, saying the opposition leader only wanted to gain political mileage by harping on the issue. — Bernama

Taib umum terus terajui kepimpinan BN


KUCHING, 25 Sept — Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan secara rasmi kesediaannya untuk terus menerajui kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak dan kerajaan negeri.
Pengumuman tersebut sekaligus menepis spekulasi yang timbul berkaitan dengan kedudukannya berikutan kenyataannya dibuat pada 24 Ogos lalu menyatakan beliau bersedia berundur.
Taib (gambar) yang merupakan Ketua Menteri paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac 1981 itu berkata walaupun ada di kalangan keluarganya tidak bersetuju namun oleh kerana khidmatnya masih diperlukan rakyat akhirnya mereka memahami keputusannya.
“Mereka sekeluarga bersetuju (agar saya) tidak menghampakan harapan rakyat Sarawak,” katanya di Hangar Hornbill Skyway di sini hari ini.
“Bagi saya sendiri walau apa pun terjadi saya akan terus menolong negeri Sarawak,” katanya di hadapan lebih 7,000 orang yang terdiri daripada menteri kabinet negeri, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), penyokong parti komponen BN Sarawak dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Pemimpin yang berusia 74 pada tahun itu bagaimanapun enggan menyatakan berapa lama beliau akan terus menerajui tampuk pemerintahan negeri namun berkata proses pembentukan satu pasukan bagi menerajui kepimpinan akan datang kini sedang dilakukan.
Taib berkata, sudah sampai masa penyokong dan anggota parti komponen BN Sarawak untuk menangkis dakyah palsu pembangkang yang hanya tahu mengkritik segala usaha yang dibuat oleh kerajaan.
Beliau memberi jaminan akan meneruskan visi kerajaan negeri untuk menjadikan negeri Sarawak sebagai antara negeri termaju menjelang 2020.
Pada 24 Ogos, Taib dipetik sebagai berkata yang beliau masih belum memutuskan untuk bertanding dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-10 yang tempoh penggal berakhir pada Julai tahun depan.
Taib sebelum ini ialah ADUN Asajaya sebelum bertukar ke kawasan DUN Balingian pada 2001. — Bernama

ETP: Andaian tidak realistik


n35787761072_6369 Bahagian Terakhir
Oleh Lim Kit Siang
ETP memperakui peranan utama sektor swasta untuk membolehkan Malaysia mencapai peningkatan berganda pendapatan per kapita menjelang 2020 menerusi pertumbuhan ekonomi secara berterusan pada kadar 6% setahun.
Bagi mencapai matlamat ini, firma swasta menurut Idris Jala, akan melabur sebanyak US$266 bilion (60%), syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebanyak US$144 bilion (32%) dan sektor awam US$34 bilion (8%), menjadikan jumlah US$444 bilion.

Andaian-andaian ini – ini hanya merupakan andaian bukan unjuran (forecast) – langsung tidak realistik memandangkan sejarah kadar pertumbuhan yang dicapai negara ini sejak satu setengah dekad yang lalu dan aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) adalah NEGATIF berbanding aliran modal keluar.
Andaian yang dibuat ini kelihatan seolah-olah sektor swasta akan membuat perubahan ketara tanpa kerajaan melakukan tanggungjawabnya.  Andaian ini tidak mempunyai kredibiliti kerana lantunan semula (turnaround) tidak dapat diramalkan selagi kerajaan terperangkap dengan kerangka dasar yang dicanangkan oleh Perkasa dan sekutu-sekutunya.
ETP menyasarkan US$444 bilion sasaran untuk pelaburan dalam tempuh satu dekad akan datang.  Tidak ada rangka kerja makro yang dibentangkan, satu amalan biasa dilakukan ketika membentangkan Pelan-Pelan Perspektif.  Amat sukar untuk menjangkakan pelaburan sebanyak itu akan wujud.
FDI semakin merosot
Realitinya, FDI semakin merosot sejak beberapa tahun yang lalu dan tidak ada tanda-tanda kemosotan ini akan pulih.  Pada masa yang sama, simpanan domestik tidak dilaburkan sepenuhnya dengan aliran modal keluar semakin membelon.
Terdapat sedikit sangat kemungkinan FDI dapat dipulihkan dan melantun semula tanpa perubahan radikal dalam iklim pelaburan, seperti pelaksanaan pembaharuan yang diwar-warkan dalam konteks Model Baru Ekonomi (MBE).
Semakin jelas MBE tidak pergi ke mana.  Kerajaan yang lemah dan berpecah belah sekarang ini digenggam rapat oleh Perkasa dan mereka yang taksub dengan Umno.
Pelabur domestik agak keberatan untuk melabur dalam negeri. Kelihatan mereka mengundi menentang kerajan "dengan menggunakan kaki" kerana membawa wang keluar dari negara ini.
Idris mesti menunjukkan prestasi yang lebih baik sekiranya beliau ingin mendapatkan keyakinan ramai – lebih terperinci tentang projek-projek khusus hendaklah didedahkan sebelum kata-katanya dapat diyakini.
Meskipun demikian, terdapat beberapa ciri yang bercanggah dan menjadi tumpuan dalam ETP.  Pada satu segi, pembentukan program ini berdasarkan kepada penyertaan aktif sektor swasta tetapi ia kelihatan berupa arahan dari atas ke bawah.
Pemandu (Unit Penyelarasan dan Pengurusan Prestasi) memilih "pemenang-pemenang" dan ia memberi gambaran bahawa Malaysia akan melancarkan satu bentuk baru untuk mencapai sasaran di luar jangkauan.
Pendekatan ini bercanggah dengan anggapan bahawa sektor swasta bebas membuat keputusan pelaburan tanpa campur tangan dari kerajaan.
Masalah rasuah tidak diambil kira
Satu faktor genting yang tidak diambil kira dalam ETP ialah perubahan dalam dasar rejim (kerajaan) untuk menangani masalah rasuah, pertambahan perolehan yang bersifat telus dan kompetitif, pengenalan program keselamatan, dasar pasaran buruh yang rasional.
Ini termasuk penerimaan dasar gaji minimum dan pembubaran langkah-langkah yang tidak berdaya saing iaitu pemberian "Approved Permits" (AP) untuk mengimport kenderaan kepada kroni.
Kegagalan untuk menangani isu reformasi cukai dalam konteks ETP merupakan satu lagi petanda kelemahan program pembaharuan yang rapi dan berintegrasi, suatu keperluan untuk sektor swasta berfungsi dengan berkesan.
Sukar untuk mempercayai kerajaan menjangkakan sektor swasta boleh dipujuk untuk melaksanakan segala langkah ini seolah-olah gesaan ini seperti Perintah DiRaja.
Status ETP yang sungguh tidak realistik.  Pengumuman demi pengumuman dibuat menjadikan versi Malaysia seolah-olah seperti kemelut "Great Leap Forward" yang diperkenalkan oleh Mao Zee Tong kerana dibina atas sasaran yang tidak realistik dan angka tunjuk prestasi yang dipertikaikan.
Pengurusan mikro dan perancangannya – untuk merancang seperti sarang burung dan pengeluaran seperti "ludahan" burung sebagai sebahagian dari usaha untuk menggandakan pendapatan – tidak boleh dianggap serius.
Ekonomi menuju keruntuhan
Negara ini sedang menuju keruntuhan sebagaimana runtuhnya ekonomi Rusia pada lewat tahun 1980an.  Tambahan pula program pemodenan dan pembaharuan yang membawa kepada kejayaan China telah diabaikan oleh rejim.
Bahaya sebenar ialah negara ini tidak pergi ke mana-mana sehinggalah usaha yang bersungguh-sungguh dibuat untuk melaksanakan pembaharuan sebenar.
Setiap hari semakin jelas Najib tidak ada kekuatan untuk keluar dari perangkap timbunan pasir.
Beliau tidak boleh terus menyanyikan lagu yang dikarang oleh Apco.  Ianya tidak lagi dilaporkan dalam Utusan Malaysia, sebuah organ yang sepatutnya menyanyikan lagu yang digemari oleh Najib.
Kini (Utusan) menjadi jurucakap Dr Mahathir dan Perkasa, bermakna saat keruntuhan sudah hampir tiba.

Mamak Mudah Lupa..!!!!

Weiiii.... lu orang ingat tak lagi dengan lagu puitis kopratasa... ???

"Masihkah kau ingat, suatu masa dulu, dalam dewan umno, kau pernah berkata" ha...ha..ha.....


Sudah kena batang hidung sendiri beb.... "MELAYU MUDAH LUPA" ha..ha..ha... tapi ini orang ada butut Melayu kaaaa...???? Atau.... "MAMAK MUDAH LUPA"...

MahaFiraun bagi contoh cipalat... kononnya sewaktu PR memerintah Perak, Nizar jadi boneka Dap. Perghhhhh... apakah dia sudah lupa... selama umnoapco/barisan nazional memerintah malaysia... apakah mereka tidak menjadi boneka Mca.... ohhhh.. mamak mudah lupa...

Wuuiissshhhh..... banyak lagi beb, jenayah penindasan kepada orang2 melayu yang di lakukan oleh rejim zionis umnoapco nih...

Selanjutnya lu orang boleh hadamkannya di sini. Baca dan ingat apa yang telah malaun2 dari rejim zionis umnoapco perlakukan kepada tanah2 orang melayu.

Selain daripada tu, jangan lupa baca kat sini The Sun. Tanah siapa yang umno pergadaikan... ooohhh... Mamak Mudah Lupa... laaaaaaggggiiiiiii........

Apa punya jenis malaun laaaa... puak2 umnoapco nih, asyik nak temberang dan membodohkan rakyat. MahaFiraun nih... orang suruh duduk atas sejadah insafi diri dari dosa2 yang lalu, dia tak mau... ketegaq buih nak berpolitik jugak....

Mungkin dia seronok kot kena maki dan sumpah seranah dari rakyat.

Cerita Islamophobic dari Malaysia


Fuiyoo!! Syeikh Najib al-Tantunya tawar nak bantu Obama atasi Islamophobia??

Sabda dia...

"Langkah paling penting ialah memberi kefahaman asas mengenai agama Islam bahawa ia membawa nilai-nilai sejagat dan selari dengan konsep pemodenan dan agama yang progresif.

Dia ni buat aku ketawa saja. Macam mana aku ketawa??

Kah... kah... kah... kah...

Mengapa aku ketawa??

Seorang Islamophobic dari Malaysia nak bantu atasi Islamophobia di Amerika.

What a joke!! Kah... kah... kah... kah...!!

You all.. ketawa boleh but percaya jangan. Just, katakan kepada Islamopobic dari Malaysia ini.... POOOORRRAAHHH!!!

Baca labunnya di sini

Wami: Utusan patut belajar hargai wartawan jujur

Kelantangan dan keberanian Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia selepas diterajui presiden barunya Hata Wahari mendapat pujian daripada NGO penulis dan kumpulan masyarakat prokebebasan bersuara.

Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami) dan 1Muted Malaysia berkata, kenyataan Hata - bahawa agenda ketua dan pengarang kanan Utusan Malaysia bertujuan memenuhi keperluan "tuan politik" masing-masing - menjadikannya sebagai tanda aras kepada profesionaliti seorang wartawan.

Menurut mereka, keteguhan prinsip Hata (kanan) - wartawan kanan di akhbar Umno itu - mengingatkan mereka kepada tokoh wartawan Said Zahari yang memperjuangkan kebebasan harian berbahasa Melayu itu daripada kekangan kerajaan.

"Pendirian Encik Hata selari dengan perjuangan panjang Wami bahawa semua ahli politik sama ada daripada BN atau Pakatan, tidak sepatunya campurtangan dalam perjalanan editorial sesebuah media," kata mereka.

Menurut kenyataan itu lagi, bertepatan dengan ungkapan "mata pena lebih tajam daripada mata pedang", media yang bebas dan telus diperlukan untuk mengimbangkan pengaruh kekuasaan.

"Keberanian encik Hata menyuburkan peranan sebenar wartawan sebagai pemerhati untuk kepentingan awam, bukan semata-mata menjadi alat pemerintah.

"Oleh itu, semua masyarakat Malaysia dan wartawan harus berjuang bersama Encik Hata bagi mendapatkan autonomi media dalam negara ini.

Sementara itu, kenyataan bersama itu juga berkata, pengurusan kanan Utusan patut belajar menghormati kejujuran wartawan seperti Hata yang mana bilangannya masih kecil di negara ini.

"Akhir sekali, Wami mengambil peluang ini untuk menegaskan tuntutan kami supaya mengadakan reformasi undang-undang media, termasuk menyahkan ancaman terhadap wartawan oleh akta mesin cetak dan penerbitan, ISA, akta hasutan dan akta rahsia rasmi," kata Wami dan 1Muted Malaysia.

Mahkamah Pengkhianat??


Ciss!!!
Tergamak Mahkamah melepaskan pemfitnah pejuang bangsa ini!
Bukankah Rosmah itu ikon pejuang tulen melayu!
Bukankah Rosmah itu '1st Lady' Malaysia?
Malahan lebih tinggi daripada Raja Permaisuri Agung lagaknya!
Bukankah Rosmah itu lebih mulia daripada Queen Elizabeth?
Bukankah Rosmah itu sangat mulia hinggakan tidak perlu menutup aurat jika masuk ke Masjid?
Bukankah Rosmah itu ibu kepada anak-anak Najib yang juga Bapa 1Malaysia?
Bukankah Rosmah itu sentiasa benar melainkan tiada yang tidak benar belaka?
Bukankah Rosmah itu sangat sopan dan sangat cakna kepada kanak-kanak!

Dah tu?
Mengapa mahkamah sanggup melepaskan mereka yang memfitnah 'Maha hebat' ini?
Sungguh zalim mahkamah tersebut!

Yang benar
-Pencacai UMNO seumur Hidup"

wakakakakak!!
sunsnake 25092010
Kes Rosmah 'bini puaka': Semua tertuduh dibebaskan

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes Rosmah 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM). Sehubungan itu, Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan. Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur.

The cartoons of Najib and Rosmah that got Zunar locked up

Malaysia Chronicle

Cartoonist Zunar or Zulkiflee Anwar Ulhaque has been taken to the Sepanggar court for remand.

"It looks like the police want to keep him for a few days. I don't why but they seem to be really making fools of themselves," PKR strategic director Tian Chua told Malaysia Chronicle.


Zunar was arrested on Friday afternoon under Section 4 (1) of the Sedition Act, just hours to go before the launch of his third book CARTOON-O-PHOBIA.

Even so, the launch was a major success and former Perak Mentri Besar Nizar Jamaluddin was given thunderous applause when he officiated the event held at the Selangor Chinese Assembly Hall.

A team from the Brickfields station led by ASP Arikrishna Apparau had raided Zunar's office and seized 66 copies of the book. They also took away a poster depicting Prime Minister Najib Abdul Razak and his wife Rosmah Mansor.

"Only in Malaysia, they said Anwar Ibrahim punched himself, Teoh Beng Hock strangled himself, DPM is powerless, cartoonist arrested for drawing," Subang Jaya assemblywoman Hannah Yeoh said on Twitter.

CARTOON-O-PHOBIA will be sold at RM25. It can be purchased online via Gerakbudaya and Cartoon Kafe. Meanwhile, here are some of the cartoons that got Zunar locked up.





Kerusi Pasir Mas: Nasib Ibrahim Ali pada PRU-13?

September 25, 2010
Pengundi di Parlimen Pasir Mas tidak akan undi Ibrahim lagi. - Gambar oleh Jack Ooi
PASIR MAS, 24 Sept — Sejak lebih setahun lalu antara nama yang menjadi sebutan dalam arena politik tempatan ialah Datuk Ibrahim Ali yang kini merupakan Ahli Parlimen Bebas kerusi Pasir Mas, Kelantan.  Tinjauan The Malaysian Insider menunjukkan walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh Ibrahim, namun nampaknya ia masih gagal untuk mendapatkan sokongan menyeluruh pengundi Melayu di kawasan Pasir Mas pada pilihan raya umum ke-13.
Majoriti pengundi Melayu di kawasan ini berpendapat Ibrahim adalah seorang pemimpin yang hanya pandai “bercakap kosong.”
Ibrahim yang juga Presiden Perkasa memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-12 setelah menewaskan calon Umno Ahmad Rasdi Mahmed dengan majoriti 8,991 undi.
Ketika itu Ibrahim bertanding atas tiket PAS.
Parlimen Pasir Mas mempunyai seramai 59,640 pengundi.
Pada pilihan raya umum ke-11 2004, Ibrahim turut bertanding di kawasan tersebut sebagai calon Bebas namun tewas.
Ia dimenangi calon PAS Ismail Noh (17,526 undi) manakala calon Umno Datuk Abd Rahim Ab Rahman hanya memperoleh 16,275 undi dan Ibrahim pula 6,198 undi.
Ibrahim buat pertama kali memenangi kerusi Pasir Mas pada pilihan raya umum 1986 dengan memperoleh 55 peratus atau 15,711 undi dan mempertahankan kerusi itu empat tahun kemudian atas menggunakan tiket S46.
Beliau tewas tiga pilihan raya umum seterusnya dan menang kembali dua tahun lalu atas tiket PAS.
Semenjak menjadi Ahli Parlimen, Ibrahim melalui Perkasa banyak membangkitkan isu-isu berkaitan orang Melayu dan juga perpaduan Melayu yang dilihat semakin terhakis.
Malah beliau turut “menghentam” pemimpin PAS dan Umno dan Parlimen apabila ia berkaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu.
Seorang penduduk, Yusof Hasan, 72, berkata, Ibrahim tidak akan berpeluang untuk memenangi pilihan raya umum akan datang kerana pengundi di Parlimen itu tidak menyukainya.
“Dulu beliau (Ibrahim) bertanding dengan tiket PAS dan dalam pilihan raya akan datang saya tidak akan lagi mengundi beliau.
“Ini kerana beliau hanya mendatangkan lebih banyak masalah, bukan kebaikan terutamanya kepada pengundi-pengundi di sini,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Tambahnya, Ibrahim hanya bernasib baik menang dalam pilihan raya umun ke-12 kerana PAS memberikan ruang kepadanya.
“Pilihan raya akan datang saya pasti PAS tidak akan tertipu lagi, sejak menjadi Ahli Parlimen saya lihat beliau banyak menghentam PAS di Parlimen.
“Jadi saya rasa PAS pasti akan letakkan calon sendiri,” katanya.
Bagi Salleh Hussin, 63, pula, sudah sampai masa Ibrahim melupakan hasrat untuk bertanding semula di Parlimen Pasir Mas kerana pengundi-pengundi di kawasan itu sudah muak dengan tindakan yang dilakukan beliau sejak menjadi wakil rakyat.
“Saya dah serik nak undi beliau lagi, semenjak jadi wakil rakyat tiada apa yang beliau lakukan untuk kami di sini.
“Beliau hanya tahu cakap sana, cakap sini... tapi tiada apa-apa yang dilakukan,” katanya dengan nada kecewa.
Suhaimi Deraman, 42, berkata PAS perlu meletakkan calon lain dalam pilihan raya akan datang dan jangan memberikan mandat kepada Ibrahim untuk bertanding atas tiket parti Islam itu.
“Saya tidak mahu beliau jadi Ahli Parlimen lagi, saya mahu PAS letakkan calon lain kerana ramai lagi calon yang berkebolehan untuk menjadi wakil rakyat.
“Lagipun Datuk Ibrahim tidak buat apa-apa pun kepada penduduk di sini, beliau hanya tahu bercakap sahaja,” katanya.
Menurut Salleh Junoh, 63, dia sanggup tidak membuang undi dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Ibrahim tetap bertanding atas tiket PAS.
“Saya sanggup tidak mengundi kalau PAS tetap memberikan mandat kepada Datuk Ibrahim.
“Jadi saya minta supaya PAS tidak lagi memberikan mandat kepada beliau sebaliknya meletakkan calon lain yang berkebolehan,” katanya.
Bagi pesara Yusoff Mohamad, 56, tiada pengundi di Parlimen itu akan memberikan undi kepada Ibrahim sekiranya beliau bertanding atas tiket Umno ataupun sebagai calon Bebas.
“Dulu beliau menang atas tiket PAS, kalau beliau bertanding atas tiket Umno sudah pasti beliau akan kalah.
“Jadi Ahli Parlimen kemudian di Parlimen hentam pula pemimpin PAS... macam mana ini? Saya percaya dalam pilihan raya akan datang beliau pasti akan kalah,” katanya.
Dia juga menjelaskan bahawa pengundi di Kelantan mempunyai pandangan yang berbeza dalam politik.
“Kalau di kawasan lain pengundi pasti akan melihat kepada calon yang bertanding tetapi di sini (Kelantan) kita melihat parti.
“Saya percaya kalau PAS meletakkan calon yang kurang sempurna seperti buta pun boleh menang di sini (Pasir Mas),” katanya.
Seorang lagi pengundi di kawasan itu Rahman Mat, 48, berkata, tiada perubahan yang dilakukan Ibrahim semenjak menjadi wakil rakyat.
“Saya ada satu perkara untuk menggambarkan Datuk Ibrahim, kucar-kacir dan hanya tahu bercakap sahaja.
“Anda boleh tengok sendiri, selama ini apa yang beliau lakukan? Hanya tahu bercakap sahaja, cakap pasal orang Melayu, cakap pasal perpaduan tetapi akhirnya tiada juga perubahan,” katanya.
Menurut peniaga, Syed Khalid Syed Zakaria, 38, apa yang dilakukan Ibrahim selama ini adalah semata-mata untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terutamanya pengundi di Parlimen Pasir Mas.
“Tapi apa yang dilakukan adalah sia-sia sahaja.
“Pengundi sudah serik dan tidak akan tertipu lagi dengan apa yang dicakapkan beliau. Cukuplah apa yang beliau lakukan selama ini. Kami lebih selesa dengan PAS berbanding beliau,” katanya.
Parlimen Pasir Mas mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana ketiga-tiga tersebut dimenangi PAS pada pilian raya umum lalu. Ketiga-tiga DUN tersebut adalah DUN Tendong (Mohamad Mat Daud), Pengkalan Pasir (Hanifa Ahmad) dan Chetok (Abdul Halim Abdul Rahman).
Namun, masih ada pengundi di Parlimen Pasir Mas mahukan Ibrahim kekal menjadi wakil rakyat dan memenangi pilihan raya akan datang.
“Sebagai pengundi saya sayang akan wakil rakyat saya. Walaupun masih tiada perubahan yang dilakukan namun beliau banyak membantu rakyat di kawasan ini.
“Beliau memang seorang yang pemurah dan selalu menghulurkan bantuan kepada mana-mana penduduk yang memerlukan bantuan.
“Bahkan beliau juga ada memberikan sumbangan Hari Raya kepada penduduk,” kata Hasan Ali, 63.
Dia berkata Ibrahim masih berpeluang untuk menang di kawasan itu dalam pilihan raya akan datang.
“Saya rasa beliau boleh menang lagi,” katanya.
Bagi Azan Abdul Rahman, 24, walaupun masih baru menjadi wakil rakyat Ibrahim telah menunjukkan prestasi dan imej yang baik kepada rakyat.
“Beliau masih lagi baru, mungkin masih banyak perubahan yang boleh dilakukan.
“Jadi beliau perlu diberikan lebih masa dan peluang untuk menunjukkan apa yang boleh dilakukan,” katanya.
Esok satu program Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan akan diadakan di Pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas.
Selain Ibrahim, program tersebut turut disertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
The Malaysian Insider difahamkan seramai 20,000 orang akan hadir ke program tersebut.
Dalam pada itu, walaupun Ibrahim dilihat sebagai pemimpin rasis, andaian yang dinafikannya, bagi masyarakat Tiong Hua di Kampung Cina di sini, ketua Perkasa itu merupakan seorang pemimpin yang memahami dan tidak membezakan taraf antara kaum.
“Saya lihat beliau (Ibrahim) adalah seorang pemimpin yang bagus.
“Walaupun masih tiada perubahan yang jelas dilakukan beliau semenjak menjadi wakil rakyat, tapi apa yang positif tentang beliau adalah tidak pernah membezakan orang Melayu dan orang Cina di sini,” kata Teo Bo Tiap, 40, ketika ditemui The Malaysian Insider pada Pesta Tanglung di Kampung Cina di sini malam tadi.
Program anjuran Pergerakan Pemuda Malaysia Pasir Mas dirasmikan oleh Ibrahim.
Ia disertai kira-kira 100 orang masyarakat Tiong Hua dengan Ibrahim disambut dengan perarakan tanglung sebelum dipersembahkan dengan tarian singa.
Tan Ah Wang yang berusia 61 tahun memberitahu walaupun masih lagi baru wakil rakyat di kawasan itu, namun Ibrahim telah menjalankan tugasnya dengan baik.
“Setakat ini apa yang beliau lakukan masih lagi tiada masalah.
“Sebagai pengundi di kawasan ini saya berpuas hati dengan usaha-usaha yang dilakukan selama ini.
“Selain itu, saya juga melihat beliau tidak membezakan orang Melayu dan Cina, sebaliknya beliau memberikan hak sama rata kepada semua,” katanya.
Tambahnya, hubungan antara orang Melayu dan orang Cina di kawasan itu boleh diibaratkan seperti adik-beradik.
“Kami di sini tiada masalah dengan orang Melayu. Kami juga selalu kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.
“Kadang-kadang kalau ada perayaan kami juga dijemput sama begitu juga sebaliknya,” katanya.
Seorang lagi masyarakat Tiong Hua yang hanya mahu dikenali sebagai Yap, 38, berkata, sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat Ibrahim selalu turun padang untuk menemui penduduk.
“Beliau selalu juga turun padang jumpa dengan penduduk di sini.
“Kadang-kadang beliau juga ada memberikan sumbangan kepada penduduk yang mempunyai masalah dan bagi saya secara peribadi beliau merupakan seorang pemimpin yang baik dan pemurah,” katanya.
Seorang penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Tan memberitahum walaupun berlainan bangsa dan budaya, namun orang Melayu dan orang Cina di kawasan itu boleh hidup sebagai sebuah keluarga yang besar.
“Di sini orang Melayu atau orang Cina semua sama sahaja. Kami boleh duduk dan makan bersama.
“Kami di sini tidak ada gaduh seperti di bandar besar.. kau duduk sana, aku duduk sini, itu semua tidak berlaku di sini,” kata yang berusia 50 tahun.
Dalam pada itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ong, 41, berkata, masih banyak perkara yang perlu dilakukan Ibrahim sekiranya mahu terus kekal menjadi wakil rakyat.
“Banyak lagi perkara yang perlu beliau lakukan. Beliau perlu membuktikan kepada semua bahawa beliau mampu membawa perubahan di sini.
“Beliau juga harus berhenti bercakap terlalu banyak dan buat perkara yang boleh meraih kepercayaan penduduk,” katanya.
Sementara itu, Ong Lee Kin, 41, berkata dia tidak terlalu menyukai Ibrahim kerana pemimpin itu banyak bercakap kosong dan bersifat perkauman.
“Saya tidak berapa suka beliau. Sebab yang pertama beliau banyak cakap perkara yang bukan-bukan.
“Kedua, beliau banyak bercakap pasal perkauman yang saya anggap ia tidak wajar dilakukan,” katanya.
Justeru dia menasihati Ibrahim supaya menghentikan daripada bercakap perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan kaum lain di negara ini.
“Apa yang beliau cakap pasal perkauman boleh menyinggung perasaan kaum-kaum lain.
“Jadi adalah lebih baik beliau berhenti bercakap akan perkara itu,” katanya.