Jumaat, 24 September 2010

Mike Dakwa Ada 2 Lagi Yang Hilang Di Banting


Susulan kes Sosilawati: Dua lagi aduan orang hilang di Banting

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam mendakwa menerima dua aduan berhubung kehilangan anggota keluarga di Banting, Selangor yang dipercayai ada kaitan dengan peguam yang merupakan suspek utama kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain semalam.

Manikavasagam berkata aduan tersebut dibuat oleh keluarga mereka semalam dengan mendakwa mangsa hilang kira-kira lapan hingga sembilan bulan lepas setelah berurusan dengan suspek utama dalam urusan berkaitan penjualan tanah.

“Laporan polis juga telah dibuat oleh mereka,” katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Manikavasagam mendakwa satu daripada laporan itu dibuat di balai polis Rawang, Selangor bagaimanapun Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah menafikan menerima laporan seumpama itu.

Anggota Parlimen yang tidak pasti di mana satu laporan dibuat juga enggan mendedahkan identiti mangsa dan berjanji akan mendedahkannya esok.

Beliau hadir bersama S.Usharani, isteri kepada usahawan dari India, Allal Kanthan Muthuraja yang dilaporkan hilang bagi menyerahkan bukti penting iaitu sebuah telefon bimbit yang merakam perbualan telefon antara Usharani dengan seorang peguam yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik itu, kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Turut dirakam ialah perbualan telefon antara Usharani dengan seorang lelaki yang mendakwa beliau adalah pegawai polis dari Bukit Aman bernama ASP Suresh.

Mereka bagaimanapun tidak dapat menyerahkan bukti tersebut berikutan Ismail tidak ada di pejabatnya dan hanya dapat berjumpa dan menyerahkan bukti tersebut pada minggu depan.

Bagaimanapun, Usharani hanya dapat menyerahkan memorandum yang mengandungi salinan laporan polis yang dibuat tentang kehilangan suami beliau, salinan pasport, salinan surat beranak anak-anaknya dan salinan surat beliau kepada Pesuruhjaya India kepada unit perhubungan awam Bukit Aman hari ini.

Manikasavagam berkata ia bagi membantu polis menyiasat kehilangan suami Usharani.

Semalam Usharani mendedahkan menyimpan dua rakaman percakapan dalam bahasa tamil melalui telefon bimbitnya yang boleh dijadikan bahan bukti.

Rakaman perbualan pertama pada 28 Januari membabitkan beliau dengan peguam yang merupakan suspek utama pembunuhan Sosilawati.

Dalam perbualan itu, lelaki berkenaan menafikan bersama suaminya dan menyatakan beliau sedang berada di luar negara manakala rakaman kedua pula ialah perbualannya dengan seorang lelaki yang mengaku pegawai polis berpangkat ASP dari Bukit Aman yang meminta wang 10 lakhs (RM1 juta) bagi membebaskan suaminya yang ditahan polis kerana kesalahan dadah.

Usharani yang menetap di Ramapuram, Chennai, India mendakwa suaminya, Muthuraja tiba di Malaysia pada 18 Januari lepas untuk bertemu dua sahabat karibnya, iaitu dua beradik yang juga peguam yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani dating ke Malaysia dan membuat laporan polis pada 8 September lepas di Banting.
-Bernama-

Parti politik baru Sarawak ingin sertai pakatan pembangkang

September 24, 2010
SIBU, 24 Sept – Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS), parti terbaru yang akan didaftarkan sebagai sebuah parti politik, mengulangi lagi hasratnya untuk menyertai Pakatan Rakyat negeri.
Presiden penaja Salleh Mahli, seorang ahli perniagaan berkata sebuah pakatan pembangkang yang bersatu akan mampu untuk memberikan cabaran kepada Barisan Nasional (BN) pada pihan raya negeri akan datang.
Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada mangsa kebakaran kaum Penan di penempatan Long Luar dan and Long Kajang di pedalaman daerah Belaga di Bahagian Kapit, katanya parti itu telah memaklumkan
Bagaimanapun pemimpin PR belum lagi memberikan jawapan, mungkin mereka ragu-ragu bahawa PERS adalah parti tajaan BN, tambahnya.
Pada majlis itu seorang paderi yang kini menjadi aktivis sosial Micheal Jok menerima cek sumbangan itu yang diadakan di rumah panjang Iban Rh.Sudan di Naman dekat sini.
Salleh juga menyampaikan sumbangan kepada seorang wakil penduduk Orang Ulu, Uma Balui, Labuway, Nahajalay  di daerah itu untuk membina sebuah kolam rawatan air untuk bekalan air mereka.
Katanya PERS akan bertanding dalam 30 kerusi pada pilihan raya akan dating jika parti itu diterima masuk ke dalam PR manakala 41 kerusi lain akan ditandingi oleh parti lain dalam pakatan itu.
“Tetapi jika mereka sekali lagi tidak menerima kita, kita akan bertanding dalam semua 71 kerusi,” katanya ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang hanya akan berpihak kepada BN.
Mengenai PERS, beliau berkata jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan pendaftarannya menjelang pilihan raya akan datang, parti itu akan meletakkan calonnya sebagai calon bebas.
Salleh berkata PERS ditubuhkan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi khasnya penduduk luar bandar dengan menggalakkan mereka menanam pokok Jatropha yang mempunyai potensi sangat baik dalam ekonomi. – Bernama

Satu Skandal Seks Bakal Dibongkar Menjelang Pilihanraya ke 13


Menjelang nya pilihanraya umum Ke-13, Sabah akan menjadi medan pembongkaran Skandal Seks para pemimpin UMNO, terutama melibatkan beberapa VVIP yang sedang hangat dijaja di kedai kopi hingga di lobi parlimen dan pejabat Perdana Menteri.

Seorang menteri Kabinet Persekutuan yang mempunyai anak luar nikah dan terpaksa mengahwinkan wanita yang dihamilinya dengan adik kandungnya bagi menutup Skandal Seksnya dikhabarkan mempunyai satu lagi skandal yang baru.

Namun seorang VVIP tidak kurang hebatnya kerana walaupun beragama Islam, namun mempunyai anak luar nikah dengan seorang wanita serani bernama Benebin Peter yang kini menetap di London Endgland.

Benebin merupakan anak seorang bekas Pengurus Besar sebuah syarikat yang ada hubung kait dengan bekas Ketua Menteri Sabah iaitu Bintang Baru kini mempunyai suami, namun masih berhubungan dengan VVIP tersebut.

Anak perempuan hasil hubungan sulit VVIP berkenaan dikhabarkan sudah mengetahui bahawa suami ibunya bukanlah bapa biologinya dan sedang mencari ayahnya yang juga VVIP berkenaan yang turut dikhabarkan mempunyai tiga orang isteri dan lima gundik lain.

Salah seorang gundiknya akan dilantik menjawat jawatan tertinggi bagi sebuah organisasi penting kini kurang senang mendengar perkembangan terbaru tersebut kerana VVIP berkenaan tidak mengaku menjalinkan hubungan dengan bekas Setiausahanya sehingga memperolehi dua orang anak dan kini terpaksa menetap di luar negara.

Nantikan berita gempar dari London!
- midah ladfa Sabah

Eeee...Umno Semakin Ketakutan..

Ingatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara sekiranya pembangkang berjaya memerintah negara adalah benar berasaskan fakta politik, rekod pemerintahan dan Perlembagaan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Katanya, politik ialah bilangan iaitu siapa yang mempunyai majoriti akan diharap untuk menerajui pimpinan dan kerajaan manakala realiti yang tidak boleh dinafikan ialah sesebuah negara itu diperintah mengikut rekod serta tuntutan Perlembagaan.
"Apa yang dizahirkan oleh Tun Dr Mahathir bahawa sekiranya pihak-pihak pembangkang yang berselera tajam sekarang memerintah orang Melayu akan hilang kuasa adalah satu kebenaran.
"Kenyataan itu saya nilaikan sebagai satu ingatan yang sangat tajam dan setiap orang yang bernama orang Melayu harus berfikir dan sekiranya tidak (berfikir) janganlah nanti disalahkan orang lain," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir itu pada sidang media selepas menjadi tetamu bicara khas penghayatan Rukun Negara bersama Radio Klasik Nasional di Wisma Angkasapuri di sini, Jumaat.
Hadir sama Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ibrahim Yahya.
Dalam wawancara khas yang dipetik daripada laman web www.umno-online.com Dr Mahathir juga dilaporkan berkata, jawatan sebagai Perdana Menteri di negara ini bukan 'dikhaskan' buat orang Melayu atau beragama Islam sahaja sebaliknya ia tertakluk kepada sokongan rakyat ke atas seseorang pemimpin.
Katanya, undang-undang dan Perlembagaan juga tidak mampu menghalang orang Cina atau India untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya mempunyai sokongan.
Dr Rais berkata, atas faktor tersebut beliau sependapat dengan Dr Mahathir bahawa sebagai penduduk majoriti di negara ini orang Melayu harus beranggapan bahawa kuasa itu tidak seharusnya hilang dari tangan mereka.
"Jadi, kalau anggapan itu sudah tidak lagi dipakai, maka orang Melayu sendiri akan menerima padahnya dan mereka harus menerima di masa akan datang mungkin jawatan Perdana Menteri bukan lagi milik orang Melayu.
"Mungkin apa yang dirasai oleh Raja-Raja Melayu dan diterima oleh orang-orang Melayu juga tidak lagi berada di tahap yang ada sekarang," katanya.

Juragan : Kesimpulannya..Pimpinan Melayu Umno yang semakin ketakutam akan kehilangan kuasa mereka,kini mengarahkan sebuah drama dengan tajuk"Mengemis Simpati Orang Melayu"..Hampehhh

Berhati2 guna payung tu...Itu payung bini puaka!!


Begitulah pesan aku pada isteri ku....

"Jangan sampai kena tangkap polis pulak!!" Aku mengingatkan isteri ku lagi...

"Kenapa pulak?" Isteri ku kehairanan.

"Malaysia ni mana boleh ada gurau-senda....lukis kartunpun kena tangkap!! This is a bloody serious nation..." Aku membebel lagi..

Ini semua gara2 isteri aku nak gi ke sekolah ambil anak guna payung yang aku beli dari Zunar ketika PRK Hulu Selangor baru2 ni. Payung tu penuh kartun skandal....

Ghupe2nye betul2 terjadi...hari ni Zunar kena tangkap polis gara2 menerbitkan kompilasi kartunnya...Cartoon-O-Phobia...sama2lah kita doakan semoga dia cepat dibebaskan. Labun Kulup Sakah..kau ok ke??

Zunar ditangkap polis, buku terbaru dirampas
Sep 24, 10 4:42pm

Kartunis popular Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque hari ditahan polis mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Beliau kini dilaporkan dibawa kepada ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.

Sebelum itu, pada sekitar jam 4 petang tadi, polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas kira-kira 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan malam ini.

Menurut Zunar yang sempat menghubungi Malaysiakini dan bercakap secara tergesa-gesa memberitahu pejabatnya yang juga menempatkan Kafe Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields.

"Kami diberitahu bahawa laporan polis telah dibuat berhubung penerbitan buku itu,” katanya kepada Malaysiakini.

Zunar berkata selain buku terbarunya itu, turut dirampas adalah beberapa lukisan kartunnya.

“Saya sedang cuba melenggah-lenggah masa sehingga peguam saya tiba,” katanya.

Apa yang benar tentang Program Transformasi Ekonomi?

n35787761072_6369 Bahagian Pertama
Oleh Lim Kit Siang
Program Transformasi Ekonomi (ETP), pengumuman terbaru oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, ialah ekoran dari beberapa pengumuman yang menjadi mercu tanda pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Seperti pengumuman lalu "Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan", Rancangan Malaysia Kesepuluh maka ETP ini penuh dengan retorik.

Pengumuman yang berbentuk slogan dan berputar ini, biasa terjadi dalam langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan.  Ini dengan jelas menunjukkan kerajaan seolah-olah tenggelam punca bagaimana hendak menanggani cabaran-cabaran yang dihadapi.
Cabaran dan program yang terhimpun sepanjang tiga dekad yang lampau yang bersifat membazir berikutan salah pengurusan, rasuah dan salah guna kuasa hanya menguntungkan segelintir golongan sahaja.
Ciri yang biasa terdapat dalam pengumuman-pengumuman ini ialah ia mengandungi andaian-andaian yang tidak realistik tentang prospek pertumbuhan ekonomi.
Mereka menggunakan pendapat dari buku-buku teks bercorak perniagaan yang diubah suai bagi mewujudkan pandangan yang salah mengenai dasar-dasar yang digubal semula.
Beberapa pengumuman tentang "dasar-dasar" dan "strategi-strategi" digunakan secara bebas di sebalik akronim KPI, NKRA, MKRA, NKEA, EPP dan Operasi BIZ.
Sejak akhir-akhir ini, kerajaan gemar menggunakan alphabet yang berbagai corak dan bunyi dalam pengumuman tentang rancangan mereka.
Ia kelihatan kerajaan telah menggantikan dasar-dasar yang kukuh dengan apa yang kelihatan seperti istilah-istilah dalam dunia korporat.
Kerajaan bukan entiti korporat
Boleh jadi istilah-istilah ini adalah sesuai dalam dunia perniagaan.  Kerajaan bukanlah sebuah entiti korporat.  Ia bertanggungjawab kepada rakyat dan tidak boleh bergerak atas niat untuk membuat "keuntungan".
Namun konsep yang termaktub dalam ETP adalah di luar jangkauan orang awam.  Kita disajikan dengan ucapan-ucapan yang enak dan diadun dengan persembahan komputer yang menarik, penuh dengan grafik yang hanya membuat orang ramai keliru.
Pada setiap acara ketika dasar-dasar ini diumumkan memperlihatkan ketandusan idea dan ketidakmampuan kerajaan untuk menanggani dasar-dasar yang berbentuk teras dan fundamental yang bertanggungjawab menjerumuskan negara dalam perangkap kumpulan berpendapatan sederhana.
Harapan tipis yang ditawarkan pada awal tahun ini bahawa kerajaan akan melaksanakan perubahan di bawah Model Baru Ekonomi telah berkecai akibat serangan bertalu-talu dari Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara) dan para penyokong serta pelindungnya.
Mereka menentang segala usaha untuk memperbetulkan dasar-dasar yang gagal berhubung dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
  • Lim Kit Siang ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur dan juga Penasihat DAP

Pemilihan Cabang PKR: Pertarungan sengit Sabtu dan Ahad ini

pemilihan 2010 Oleh Qayum Rahman
PETALING JAYA: Sebanyak 80 Cabang PKR di sembilan negeri akan menyaksikan pertarungan sengit ketika mana kempen sedang berjalan rancak bagi pemilihan pada Sabtu dan Ahad ini.
Di antara cabang yang dilaporkan menjadi semakin panas dan menyaksikan pertandingan sengit ialah Kota Raja, Subang dan Kapar di Selangor; Batu dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan; Gopeng, Kampar dan Pasir Salak di Perak serta Bukit Gelugor, Bayan Baru dan Balik Pulau di Pulau Pinang.

Ketua Ketua Cabang Kota Raja menjadi panas berikutan pertarungan tiga penjuru Ahad ini di antara Timbalan Setiausaha PKR Selangor Dr Xavier Jayakumar, Kottapan Sippiah dan Telai Amblam Mariappani.
Malahan pemilihan untuk jawatan Ketua Cabang Subang adalah lebih sengit memandangkan lima calon akan bertanding untuk jawatan itu. Mereka ialah Ahli Parlimen kawasan itu Sivarasa Rasiah, Datuk Shawal Salim, Voolaganathan Periasamy serta dua yang lain.
Di Wilayah Persekutuan, Cabang Lembah Pantai menjadi tumpuan di mana empat calon akan bertanding, Ahli Parlimen kawasan itu Nurul Izzah Anwar, Johari Musa, Azrul Azmi dan Shahrudin Baharom.
Manakala di Cabang Batu pula, menyaksikan pertandingan satu lawan satu, di antara Tian Chua dengan Mohd Nur Kamil.
Di Perak, terdapat pertandingan untuk tujuh Cabang Ahad ini. Cabang yang menjadi tumpuan ialah Cabang Gopeng di mana Ahli Parlimen dan juga Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye akan menentang dua pencabar termasuk Mohamad Anuar Zakaria.
Cabang Kampar turut menyaksikan perlawanan satu lawan satu di antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai Chan Ming Kai dengan Sha’arani Abdul Khalid.
Di Pulau Pinang, juga terdapat perlawanan satu lawan satu di antara Adun Batu Uban Raveentharan Subramaniam dengan Lim Boo Chang bagi merebut kerusi Ketua Cabang Bukit Gelugor Ahad ini.
Turut menjadi tumpuan ialah pemilihan di Cabang Bayan Baru, di mana Adun Pantai Jerjak Sim Tze Tzin akan berdepan dengan M Ngnana Sagaran berikutan kerusi ketua cabang dikosongkan oleh Ahli Parlimen Mohd Zahrain Hashim yang melompat parti.
Sehingga  ini, sebelas negeri selesai membuat pemilihan Cabang PKR 2010 melainkan tiga negeri – Selangor, Sarawak dan Johor – yang dijangka tamat awal Oktober depan.

M’sia rugi RM157 juta setahun jika aktiviti curi pasir tidak dikawal

September 24, 2010
KUALA LUMPUR, 24 Sept – Malaysia akan menanggung kerugian kira-kira RM157.5 juta setahun sekiranya aktiviti kecurian pasir tidak terkawal dan terus berleluasa di dalam negara.
Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mustafar Ali berkata negara bukan sahaja akan ditimpa banyak impak negatif malah dijangka menanggung kerugian tersebut disebabkan aktiviti kecurian dan penyeludupan pasir yang menggunakan jalan darat dan laut.
“Malaysia dijangkakan akan mengalami kerugian kira-kira RM1.125 juta sebulan atau RM13.5 juta setahun akibat kegiatan curi pasir menggunakan jalan darat seperti lori.
“Malah negara akan menanggung kerugian lebih besar iaitu RM12 juta sebulan atau RM144 juta setahun dari aktiviti haram tersebut yang menggunakan tongkang jika kegiatan itu tidak dikawal,” katanya kepada pemberita pada Seminar Serantau ke-10 mengenai ‘Penjenayahan Rasuah’ di sini hari ini.
Mesyuarat dan seminar tiga hari yang berakhir hari ini dianjurkan oleh SPRM bersama Asian Development Bank (ADB), Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), Anti-Corruption Initiative for Asia and Pacific dan dihadiri 200 peserta termasuk pegawai penguatkuasa anti rasuah dari 28 negara.
Mustafar berkata langkah-langkah penyiasatan yang lebih proaktif dan terperinci perlu dijalankan oleh semua agensi penguatkuasa serta memperkemaskan prosedur-prosedur yang ada dalam memastikan aktiviti itu dapat dibanteras.
“Aktiviti ini berleluasa disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang lemah atau usahawan-usahawan pasir itu sendiri yang rakus mencuri pasir tanpa memikirkan akibat pada persekitaran dan sistem ekologi.
“Justeru mana-mana sistem dan prosedur yang longgar akan diperkukuhkan dan usaha ini akan dilakukan SPRM secara bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain agar individu yang bertanggungjawab tidak akan terlepas dari undang-undang,” katanya.
Ketika ditanya jika ada lagi individu yang sedang disiasat dan akan ditahan SPRM berhubung kegiatan haram itu, beliau berkata “tunggu dan lihat”.
Setakat ini 49 individu telah ditahan tahun ini kerana terlibat dalam sindiket kecurian pasir di Selangor, Johor, Pahang dan Perak.
Beliau berkata mencuri pasir dari muka bumi adalah bertentangan bukan saja dengan Kanun Tanah Negara tetapi juga merupakan satu pencurian alat dan juga sumber bumi tanpa satu justifikasi yang jelas yang boleh memusnahkan sumber alam negara.
Beliau turut meminta orang ramai agar memberi kerjasama kepada SPRM dalam usaha membanteras kes rasuah sebegini.
“Kita bertindak atas maklumat orang ramai. Tidak rugi bekerja dengan kita. Bila kita bertindak, SPRM bukan dapat apa-apa pun. Kita bantu banteras rasuah, negara pula tidak hilang pendapatan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata SPRM akan memantau projek-projek yang akan menggunakan elemen ketelusan dan integriti seperti digariskan di bawah Integrity Pack bagi memastikan sifar elemen rasuah.
“Daripada bermulanya satu-satu projek hingga semasa projek itu dijalankan termasuklah dalam aspek perolehan, ketelusan dalam pembinaan, soal penawaran dan pemilihan kontraktor serta pembekal, SPRM akan pantau dan perhatikan.
“Pemantauan tersebut turut akan dibantu agensi penguatkuasaan yang lain dalam memastikan usaha yang diambil benar-benar berkesan dan tidak akan wujud elemen rasuah dan penyelewengan,” katanya. – Bernama

Penghakiman ingkar Anwar: Khairy menang rayuan

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, hari ini berjaya dalam rayuannya untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terhadap beliau dalam saman fitnah RM100 juta terhadapnya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd Yusof, membenarkan rayuan Khairy dengan kos RM4,000.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam yang mewakili Khairy, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, dan peguam yang mewakili Anwar, SN Nair.
Khairy merayu terhadap keputusan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi, Nazri Yahya, yang menolak permohonannya untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Anwar daripada Mahkamah Tinggi.

Nazri memutuskan penyerahan writ saman ke atas Khairy adalah sah.

Pada 4 Disember, 2008, Anwar memperoleh penghakiman ingkar daripada Mahkamah Tinggi terhadap Khairy apabila Ketua Pemuda Umno itu gagal memasukkan kehadiran selepas writ saman itu diserahkan ke atasnya.

Khairy memfailkan permohonan untuk mengetepikan penghakiman itu pada 20 Februari 2009.

Anwar, 63, dalam samannya, mendakwa Khairy, ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, telah mengeluarkan perkataan memfitnah dan punca pemaparan klip video bertajuk "Anwar and kin no threat" di laman web termasuk Malaysiakini.

Anwar mendakwa klip video di Malaysiakini mengandungi perkataan memfitnah oleh Khairy di satu ceramah di Lembah Pantai di sini pada 20 Februari 2008.

Beliau berkata, perkataan memfitnah itu, antara lain membawa maksud yang beliau terlibat dalam aktiviti yang bercanggah dengan Islam, berkeperibadian tidak baik dan tidak layak memegang jawatan politik dan jawatan lain.

Beliau memohon RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Bercakap kepada pemberita selepas keputusan itu, Muhammad Shafee berkata hakim juga membenarkan rayuan Khairy itu atas alasan penyerahan saman ke atas Khairy tidak mengikut peraturan kerana ia tidak diserahkan secara peribadi kepadanya atau di alamat terakhir yang diketahui.

"Oleh kerana saman itu merupakan tindakan peribadi, writ itu perlu diserahkan secara peribadi kepada orang berkenaan dengan cara surat berdaftar ke alamat rumahnya yang terakhir diketahui," katanya.

Dengan keputusan itu, mahkamah akan menetapkan tarikh untuk mendengar saman itu.

Muhammad Shafee berkata, beliau akan memfailkan pernyataan pembelaan berhubung saman itu dan pihak pembelaan mempunyai tempoh 14 hari dari hari ini untuk berbuat demikian.

Nair pula berkata, beliau akan merayu terhadap keputusan hari ini.

Ketika ditanya saman itu telah dihantar ke mana, katanya ia dihantar ke Akademi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), satu daripada pejabat Khairy di mana Ketua Pemuda Umno itu menguruskan hal ehwal pergerakan berkenaan.

- Bernama

Usharani Serah Handfon Kepada Polis Sebagai Bukti


Isteri ahli perniagaan India yang hilang di negara ini sejak 18 Januari lalu, S Usharani hari ini menyerahkan telefon mudah alihnya sebagai bahan bukti kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, untuk siasatan lanjut.

Usharani, 24, mendakwa telefon mudah alih jenis Nokia itu mengandungi rakaman perbualan antaranya dengan peguam yang juga suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan seorang individu yang mendakwa pegawai polis.

Katanya, tujuan beliau menyerahkan telefon mudah alih dan memorandum berhubung bukti itu bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan dalam tempoh terdekat.

“Saya sepatutnya mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pagi ini untuk menyerahkan bahan bukti, tetapi dimaklumkan beliau terpaksa menghadiri satu urusan penting.

“Bagaimanapun, Ismail dalam satu surat yang dikeluarkan memaklumkan akan menemui saya pada tarikh lain,” katanya selepas penyerahan bahan bukti itu di Bukit Aman, hari ini. -BH

Is he Nyanyu or Nyanyuk??


Syed Husin bukan nyanyuk tetapi nyanyu. Itu kata Zaid Ibrahim.

Apa dia nyanyu?? Apa nyanyuk??

Ini definasi yang Zaid bagi di sini. Kata Zaid...

Dalam bahasa Melayu, nyanyuk bermaksud berkelakuan seperti kanak-kanak (bukan orang yang sudah terlalu tua), tidak berapa betul lagi (bukan fikiran orang yang sangat tua) dan raban.

Manakala, nyanyu pula bermaksud bercakap yang bukan-bukan, meraban dan merepek.

So... Syed Husin tak nyanyuklah lagi, tetapi baru setakat nyanyu. Alhamdulillah.... Tapi, ada seorang lagi manusia di Malaysia ni, sama ada dia sudah nyanyuk atau nyanyu. Well... itu mengikut persepsi aku ler dan aku percaya ramai lagi yang sependapat dengan aku.

Siapa orang tu??

Ha... ha.. ha... Siapa lagi kalau bukan mantan Piem kita, Mahathir Mohamad. Mamak yang telah khianat pada bangsa Melayu, kini... beriya-iya nak mempertahankan kuasa politik Melayu. masih mempertahankan bidaah bangang yang kononnya hanya UMNO saja yang boleh menjadi kelangsungan kuasa Melayu di Malaysia. Pakatan Rakyat pula akan hanya menjeopardizekan kuasa dan ketuanan Melayu. Pooodaaahh!!

Dia lupa apa yang dia telah buat pada bangsa Melayu, terutama yang ada kaitan dengan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Mereka memanipulasi artikel 153 untuk mengayakan Melayu-Melayu kroni yang berspecies UMNO, sedangkan Melayu terbanyak ternganga. Aaahhh.... malas nak cerita lagi sebenarnya, sebab semua orang dah tahu pengkhianatan mereka kepada bangsa Melayu.

Artikel 153 sudah wujud lama dulu.... sejak negara merdeka sampailah sekarang. Sepatutnya Melayu sudah maju. Malah, Melayu sudah boleh compete dengan bangsa-bangsa lain, tetapi.... apa terjadi pada Melayu. Dulu.... kini dan mungkin selamanya, Melayu terus terkulai layu, jika Melayu terus berada di bawah kuasa UMNO/BN.

Itulah padahnya bangsa Melayu bertuankan Melayu-UMNO. Sekarang, apabila Melayu PAS, dan Melayu PKR bergabung dengan bukan-Melayu dalam DAP, mereka gabra dan sebarkan fitnah kononnya kuasa Melayu akan lenyap. Weh.... you all bergabung dengan MCA dan MIC serta lelainnya, kuasa politik Malaysia siapa pegang?? Melayu, kan??

Habis... apakah apabila PAS dan PKR bergabung dengan DAP, Melayu PAS atau Melayu DAP tidak boleh pegang amanah untuk kekalkan kuasa politik Melayu di Malaysia. Pakatan Rakyat juga akan berpegang pada Perlembagaan. Cuma apa yang mereka mahu ialah keadilan dan kesejahteraan untuk semua. Bukan hanya untuk kaum kerabat UMNO/BN sahaja. Bukan untuk golongan elit sahaja.

Sebenarnya, para pemimpin Melayu-UMNO yang cuak dan takut kehilangan kuasa. Al maklum ler, mereka ini sudah terlalu banyak dosa dengan rakyat Malaysia. Mereka pegang kuasa untuk jadi manusia 2 in 1... Pemimpin @ Perompak!! Itu sebab mereka kucut teluurr!!

Tengok apa jadi pada negeri Selangor apabila Pakatan Rakyat ambil alih kuasa, habis 'taik-taik' busuk mereka kena bongkar. Para pemimpin UMNO masih terselamat dan terlepas dari sebarang pendakwaan just because kerajaan pusat mereka pegang.

Ini bermakna, semua institusi penguatkuasaan serta badan kehakiman berada di bawan cengkaman mereka. Tuluuur instituisi-instituisi ini digenggam kuat oleh UMNO/BN. They make the wrong move... their 'balls' will defintely be squeezed hard. Ooouuchh!!! Sakitnya!!

Kalaulah, Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia, ngkorang ingat, dia orang boleh terlepas ke?? Pasti segala tok nenek taik-taik mereka akan dibongkar dan mereka akan berhadapan dengan pelbagai tuduhan dan pendakwaan. Tak mustahil mereka akan jadi penghuni Penjara Sungai Buluh atau mungkin ada yang angkat kaki, lari keluar negara. Bye... bye... Malaysia!!

Sebab tu, banyak dalam kalangan mereka yang beli dan buat harta di luar negara. Itu contingency plan mereka, sekiranya Malaysia jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Kah... kah... kah... Sediakan payung sebelum hujan beb!! Lari... kalau tunggu, kita mati!!

Jadi, Mahathir.... janganlah nak nyanyu dan menakut-nakutkan bangsa Melayu yang kononnya mereka akan hilang kuasa politik, sekiranya UMNO/BN kalah dan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

Mahathir.... Mahathir..... Mamak ni dah nyanyu, but I don't think he's nyanyuk, sebab dia kini diselubungi ketakutan. Yes.... sebenarnya Mahathir dan lain-lain pemimpin UMNO yang takut. Ketakutan ini menjadi indikator yang Mahathir belum nyanyuk lagi, sebab dia masih boleh ingat dosa-dosa yang telah dilakukan terhapap bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Berpeluh dia weh...

Mungkin, ada kebenaran kata-kata Mahathir, iaitu Melayu mudah lupa. In fact, memang ada Melayu yang sudah lupa akan dosa-dosa UMNO/Mahathir. Tetapi... Mahathir bukan Melayu, kan?? Dia mamak. Sebab tu.... dia masih ingat dan tidak boleh lupa akan dosa-dosanya itu. Dan... sebab itu, jauh dilubuk hatinya dia amat ketakutan. Takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Jika, UMNO terus berkuasa.... dia akan selamat!!

Mahathir....?? Nyanyu dan ketakutan, YES!! But, nyanyuk... definitely NO!! Not yet.

Sumber dari sini

Pemilihan PKR: Dua laporan polis dibuat hari ini

Dua laporan polis dibuat hari ini ketika 82 lagi cabang PKR mengadakan mesyuarat agung masing-masing hujung hujung minggu ini untuk membuat pencalonan bagi pemilihan pucuk pimpinan parti itu November depan.

ADUN Sri Andalas, Xavier Jayakumar membuat laporan polis berhubung SMS yang diedarkan sejak tiga minggu lalu, yang menuduhnya menyalahguna kuasa sebagai anggota exco kerajaan Selangor.

Antaranya ialah dakwaan yang beliau membeli sebuah banglo di Subang berharga RM3.5 juta. Tetapi apa yang mendorongnya untuk membuat laporan polis ialah dakwaan yang beliau akan memberikan darjah kebesaran negeri kepada penyokongnya.

"Ia adalah di luar kuasa saya dan merupakan hak prerogatif sultan," katanya yang menyifatkan tindakan tersebut bertujuan untuk mencemarkan nama baiknya ketika proses pemilihan parti memasuki peringkat akhir.

Xavier memberitahu demikian ketika dihubungi selepas membuat laporannya di ibu pejabat polis Klang.

Xavier, yang mempertahankan jawatannya ketua cabang Kota Raja, mencabar pihak yang membuat tuduhan tersebut supaya tampil menyerah bukti kepada pihak berkuasa atau membuat laporan polis.

Sementara itu, seorang ketua Pemuda MIC membuat laporan polis
terhadap cabang PKR Petaling Jaya Selatan yang didakwa mendaftar namanya sebagai ahli parti itu tanpa pengetahuannya.

Nitesh Malani Mahendra Kumar menyifatkannya sebagai satu "misteri besar" bagaimana cabang itu memperolehi butiran dirinya dan mendaftarnya dengan nombor keahlian B140002115.

Katanya, beliau hanya mendapat tahu mengenainya selepas menerima surat pada hari Isnin, yang memaklum kepadanya mengenai mesyuarat PKR agung cabang tersebut.

Mesyuarat PKR Merbok, Jerai ditangguhkan

Proses pemilihan PKR cabang Merbok dan Jerai - kedua-dua di Kedah - hari ini ditangguhkan ekoran dakwaan antaranya, wujudnya undi palsu dan orang luar turut mengundi.

Di Merbok, tiga lagi sebab ia dibatalkan ialah kerana dakwaan berlaku kebocoran kertas undi yang mempunyai nombor siri, ada kertas undi kosong dan kertas undi dibawa keluar, kata exco kerajaan Kedah, S Manikumar.

Beliau yang bertanding jawatan timbalan ketua cabang berkata, proses pemilihan ditangguhkan pada kira-kira 1 tengahari tadi.

Turut ditangguhkan ialah mesyuarat agung bahagian berkenaan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Manikumar berkata, selepas berunding dengan peringkat pusat, keputusan dibuat untuk menangguhkan mesyuarat agung cabang serta proses pemilihan ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurutnya, seramai 300 perwakilan hadir dalam mesyuarat agung hari ini untuk memilih barisan kepimpinan peringkat cabang dan membuat pencalonan bagi pemilihan jawatan tertinggi parti.

Manikumar berkata, keputusan mengenai penangguhan tersebut diumumkan oleh pengawas pemilihan bagi cabang berkenaan.
Pemilihan bagi jawatan ketua cabang tersebut menarik perhatian apabila ketuanya Abdul Rashid Din menarik diri dan ahli majlis pimpinan pusat Saiful Izham Ramli merupakan calon tunggal bagi jawatan tersebut.
Manakala bagi jawatan timbalan ketua pula, Manikumar yang juga ADUN Bukit Selambau berdepan dengan naib ketua cabang, Mukhtar Ismail.
Sementara di Jerai pula, penyelaras PKR cabang berkenaan, V Arumugam berkata, mesyuarat dan pemilihan ditangguhkan kerana wujud dakwaan ada perwakilan luar turut mengundi.
Beliau yang juga bekas ADUN Bukit Selambau berkata, ada juga dakwaan terdapat perwakilan yang masuk mengundi dua kali.
Berikutan dakwaan tersebut, katanya, pengawas pemilihan membuat keputusan menangguhkan mesyuarat dan pemilihan pada kira-kira jam 2 petang.
Tarikh baru akan ditentukan oleh ibupejabat parti, kata Arumugam yang bertanding jawatan ketua cabang yang menyaksi pertandingan tiga penjuru.
Selain Merbok dan Jerai, tiga lagi cabang PKR di Kedah - Sungai Petani, Sik, Jerai dan Baling - dijadual mengadakan mesyuarat agung masing-masing hari ini.

Tindakan tegas serang peribadi

SHAH ALAM – Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan pemimpin dan anggota parti yang didapati mempunyai kaitan menyerang peribadi calon yang bertanding, bahawa tindakan tegas akan dikenakan ke atas mereka.

Naib Presiden, Azmin Ali berkata, menjelang pemilihan parti yang akan berlangsung November ini, terdapat blog yang digunakan bagi menyerang peribadi calon.

“Saya tidak bersetuju, malahan Biro Politik juga membuat penegasan yang cukup keras terhadap beberapa blog yang diwujudkan semata-mata untuk menyerang peribadi termasuk ada yang dibuat untuk menyerang Datuk Zaid Ibrahim.

“Sekiranya blog ini terbukti ada kaitan dengan mana-mana pemimpin dan anggota parti, tindakan keras akan diambil terhadap mereka,” katanya ketika sesi dialog selepas mengadakan kunjungan ke Kumpulan Media Karangkraf, di sini, semalam.

Azmin yang dicalonkan 46 cabang merebut jawatan nombor dua parti dalam pemilihan itu turut menolak penggunaan blog bagi menyerang peribadi calon.

Katanya, kaedah yang dibenarkan adalah melalui perbincangan secara baik apa yang hendak ditawarkan dana apa yang hendak dibuat dalam parti.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Gombak itu turut menyelar kenyataan Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim yang mengatakan Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali sebagai 'nyanyuk' dalam sebuah portal berita kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu menyifatkan ia satu kenyataan yang tidak sewajarnya, melampau dan tidak boleh diterima anggota parti.

“Syed Husin adalah individu yang cukup dikenali sebagai tokoh besar dalam perjuangan bukan saja dalam PKR. Beliau pernah dipenjarakan lebih lapan tahun dan keluar meneruskan perjuangan, kalah dalam semua pilihan raya umum, beliau tidak pernah merajuk dan tidak lompat parti.

“Ini kerana beliau istiqamah dalam perjuangan. Baginya perjuangan bukan satu dua pilihan raya. Perjuangan adalah proses sebagai wahana mendidik rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati Zaid supaya menarik balik kenyataan itu kerana, katanya, sikap kita dalam PKR adalah menghormati pemimpin dan anggota perbezaan pendapat tetapi jangan keterlaluan dalam menyerang peribadi seseorang kerana ia satu perkara yang tidak sihat.

Sempena pemilihan akan datang, Azmin turut menyeru anggota parti untuk membuat pilihan dengan tepat melalui maklumat tepat yang diperoleh.

Katanya, anggota parti cukup matang untuk menilai laporan yang didedahkan media massa.

Azmin: Wan Azizah Pimpin Kami Hadapi Kekuatan Luar Biasa Umno-BN

SHAH ALAM 24 SEPT - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali membidas persepsi sesetengah pihak yang mendakwa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah boneka yang ditarik-tarik talinya.
Azmin menegaskan kewibawaan Presiden PKR itu telah terbukti sepanjang sedekad mengemudi kepimpinan Parti Keadilan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat.
Wan Azizah memikul kepimpinan politik sejak Parti Keadilan Nasional ditubuh pada 4 April 1999, selepas ibu negara bergolak dengan kebangkitan Reformasi.
Kepimpinan Wan Azizah tercabar dengan penangkapan 10 individu penting yang mewakili gerakan reformasi pada masa itu, termasuk Azmin Ali, Tian Chua dan bekas Ketua Angkatan Muda, Mohd Ezam Mohd Nor, namun itu tidak menghalangnya dari membentuk Parti Keadilan Rakyat bersama-sama Parti Rakyat Malaysia pada 2003.
Meskipun diasak, Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh tiga kali berturut-turut sejak PRU 1999 hingga PRU 2008.
Azmin berkata kewibawan Wan Azizah dalam memimpin mereka ketika parti itu menghadapi kekuatan luar biasa Umno-BN tidak boleh disangkal sama-sekali.
"Jangan memandang rendah kebolehan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti kerana beliau adalah ketua kami ketika parti ini baru berkembang," kata Azmin.
"Beliau (Wan Azizah) mempunyai kekuatan tersendiri berbeza dengan Anwar," tegas beliau lagi.
Beliau berdukacita dengan persepsi jahat yang dilontarkan sesetengah pihak, namun Azmin menjelaskan kesetiaan dan rasa hormatnya pada Wan Azizah dan keluarga tidak pernah berubah selama 26 tahun berkhidmat untuk Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.
"Saya berharap tiada pihak yang merendah- rendahkan kemampuan wanita pertama yang menjadi presiden parti dan ketua pembangkang di negara ini. Beliau ada soft power. Beliau menjadi susuk penyatu dalam parti. Beliaulah ketua kami ketika kami menghadapi kekuatan luar biasa UMNO. Hanya ketika sekarang kita boleh berkepak sedikit," jelas Azmin.
Menurut Azmin, beliau tidak perlu mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah bagi pada Presiden PKR itu kerana perkara itu telah tergambar melalui perkhidmatan lebih sepuluh tahun sebagai naib presiden.
"Saya tidak perlu isytihar kesetiaan pada presiden kerana saya telah berkhidmat dengannya sebagai naib presiden lebih daripada 10 tahun," ujar Azmin.
Setelah 78 cabang bermesyuarat setakat ini, Azmin mendahului dengan 43 pencalonan, Zaid mendapat 21 pencalonan, manakala seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub pula mendapat 10 pencalonan.
Situasi ini menjadikan Zaid pencabar utamanya merebut jawatan nombor dua dalam Parti Keadilan itu.
Azmin berkata Datuk Zaid Ibrahim mempunyai peranan penting dalam parti, dan memberi jaminan sekiranya beliau menang dalam pertandingan merebut jawatan nombor dua parti itu, masih ada tempat untuk pesaing utamanya.
"Percayalah, sekiranya saya diterima oleh anggota (PKR) sebagai timbalan presiden, Datuk Zaid juga akan diberikan peranan penting untuk meneruskan khidmat beliau dalam PKR, untuk mengukuhkan parti, (dan) menyediakan parti untuk menyertai pilihan raya yang akan datang," katanya.

SIAPA PENGKHIANAT MELAYU?

·
Berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu:

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu dengan meminda perlembagaan menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu di era 90-an dahulu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara dengan wujud campurtangan dalam sistem kehakiman.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti rakyatnya orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu dan tulisan jawi.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu sedangkan di dalam perlembagaan jelas memperuntukkannya.

8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu. Akhirnya bilangan parlimen majoriti tidak bertambah.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Islam dan bukan Islam.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana. Tanah orang melayu semakin kecil saiznya.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.

19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.

JADI SEBENARNYA SIAPA YANG MENYEBABKAN ORANG MELAYU SEMAKIN TERPINGGIR DAN MELARAT DI BUMI MALAYSIA INI???? PAS/PR ATAU UMNO PENGKHIANAT SEMELAYU????

KPRU gesa kerajaan bentangkan laporan penilaian separuh penggal Belanjawan Negara 2010

Sempena pelancaran 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang merangkumi 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP) serta 60 peluang perniagaan baru-baru ini, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpandangan bahawa dasar pembangunan ekonomi tidak akan membawa hasil yang diharapkan tanpa disusuli dengan langkah pembaharuan institusi politik.
Inisiatif perubahan dan pembaharuan dari sudut amalan ketelusan, keterbukaan dan kebertanggungjawaban harus dilaksanakan secara serentak agar berupaya memberi impak dan transformasi yang akhirnya dapat mengangkat usaha pembangunan negara kepada suatu tahap yang lebih baik.  Justeru, KPRU ingin mengemukakan cadangan pembaharuan yang harus dilaksanakan ke atas proses penyediaan Belanjawan Negara sebagai langkah awal dalam merealisasikan prinsip keterangkuman (inclusive) yang dijuarai oleh Model Ekonomi Baru (MEB).
Selama ini, proses penyediaan Belanjawan Negara terlalu bersifat tersembunyi.  Strategi Belanjawan Negara ditentukan oleh segelintir kecil para pimpinan atasan dan ruang pembicaraan yang melibatkan proses penyediaan Belanjawan Negara sebelum pembentangannya di Parlimen adalah terhad sekali.  Umum sedia maklum, hak warga negara di sisi Perlembagaan khasnya peranan sebagai pembayar cukai telah mencorakkan sifat warganegara sebagai pihak berkepentingan dalam urusan kewangan negara, mahu tidak mahu, kerajaan harus menjadikan proses penyediaan Belanjawan Negara lebih telus, terbuka dan terangkum.

Menurut kajian yang dijalankan oleh International Budget Partnership (IBP) yang berpangkalan di Washignton, negara yang tidak mempunyai proses penyediaan belanjawan telus dan terbuka lazimnya merupakan negara yang berpendapatan rendah.  Kebanyakan negara dalam kategori tersebut adalah negara yang banyak bergantung kepada pendapatan hasil minyak ataupun pinjaman luar negara, mempunyai institusi demokrasi yang lemah, dan selalunya diperintah oleh rejim kuku besi.<1>
Memang jelas dilihat bahawa beberapa ciri tersebut mirip dengan situasi Malaysia dewasa ini.  Hakikatnya, Malaysia hanya mencapai 35 markah dalam Indeks Keterbukaan Belanjawan 2008 (Open Budget Index), dan kedudukan Malaysia adalah lebih rendah berbanding dengan Zambia (47), Namibia (47), Indonesia (54), Thailand (40) dan Mongolia (36).
Oleh sebab itu, Belanjawan Negara 2011 yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Najib Razak pada 15 Oktober ini di Parlimen wajar dinilai proses penyediaannya dari segi keterbukaan selain diberi perhatian sewajarnya kepada ketegasan kerajaan untuk membawa Malaysia ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Sebagai langkah awal untuk mewujudkan Belanjawan Negara yang memenuhi prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan keterbukaan, KPRU mencadangkan satu Laporan Penilaian Separuh Penggal Belanjawan Negara 2010 dibentangkan dua minggu sebelum pengumuman Belanjawan Negara 2011.  Langkah ini bukan sahaja memenuhi hasrat Perdana Menteri untuk mengutamakan pencapaian dalam gagasan 1Malaysia, malah hal ini juga dapat membuktikan bahawa kerajaan memberikan perhatian khusus terhadap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam setiap aspek, termasuk urus tadbir kewangan negara yang dianggap amat kritikal.
Kedudukan Perdana Menteri yang turut memegang portfolio Kementerian Kewangan, potensi percanggahan kepentingan yang akan timbul di antara kedua-dua portfolio tersebut juga dapat diteliti dan diberikan sekat dan imbang (check-and-balance) dengan pembentangan laporan penilaian tersebut.
Pembentangan laporan penilaian belanjawan bukan merupakan perkara baru.  Negara Afrika Selatan umpamanya mewajibkan pengumuman kenyataan pra-belanjawan tidak kurang daripada sebulan sebelum pembentangan belanjawan menerusi penguatkuasaan undang-undang.  Kenyataan tersebut mesti menyentuh aspek tinjauan ekonomi, rangka fiskal dan dasar utama perbelanjaan.  Di Britain dan New Zealand, laporan pra-belanjawan dan strategi belanjawan dikeluarkan beberapa bulan sebelum pembentangan belanjawan.<2>  Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) pula mengesyorkan laporan pra-belanjawan harus diterbitkan tidak kurang daripada sebulan sebelum pembentangan belanjawan.
Selain daripada laporan penilaian, petunjuk-petunjuk lain yang dapat memenuhi prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan keterangkuman turut termasuk:
1. Menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Belanjawan di Parlimen;
2. Mengadakan rundingan terbuka dan sesi kunjungan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak;
3. Menganjurkan taklimat pra-belanjawan kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira fahaman parti politik;
4. Memperuntukkan lebih masa kepada Ahli Parlimen untuk mengkaji belanjawan sebelum perbahasan;
5. Membenarkan dan memperluaskan akses orang awam kepada butiran belanjawan menerusi Internet.
<1> http://www.openbudgetindex.org/index.cfm?fa=keyFindings
<2> The Budget Process, David G. McGee, 2007, m.s 28
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman KPRU.
*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang bebas dan kritikal.  KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.
Fokus KPRU adalah kepada bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat.  Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

Syed Husin : Digugurkan sebagai calon PRU 2004...........

Perbincangan dan perdebatan politik kebanyakan masanya menemui jalan buntu di Malaysia, apabila menyentuh "ideologi".  Ironinya, perbahasan sedemikian biasanya tidak mendalami intipati falsafahnya, sebaliknya dimatikan sekadar pada tahap "label" sahaja.  Perdebatan "Negara Islam" perlu dibubuhkan noktah untuk "mengelakkan pertikaian", malah calon PRU terpaksa digugurkan hanya kerana "berjiwa sosialis".
"Terus-terang saya sebut, saya tolak yang berjiwa sosialis... Ini kerana sejak zaman-berzaman apabila disebut sosialis ia dikaitkan sebagai adik sedikit daripada komunis.  Bila saya letak calon, saya hendak menang, jadi orang begini, saya tidak yakin dia akan menang."
Demikianlah kata-kata yang terkeluar dari bibir Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat (gambar kanan) ketika menolak cadangan untuk menurunkan Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali sebagai calon kerusi parlimen Kota Bahru, Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 2004.
Peristiwa ini dibangkitkan oleh wartawan MerdekaReview dalam satu wawancara bersama Syed Husin Ali di pejabatnya pada 16 September 2010.
"Itu tak usah timbulkan lagi... Saya tak nak benda ni...di..apa-kan..." kata Syed Husin Ali, yang mungkin khuatir peristiwa silam ini mencungkil pertikaian antara PKR dengan PAS dalam Pakatan Rakyat, seandainya dibangkitkan sekarang.
Permintaan Anwar untuk bertanding
Namun, peristiwa ini semestinya memahat dalam ingatannya, biarpun sudah enam tahun berlaku.
"Sebenarnya pada waktu itu saya tidak marah, tahu?  Saya tidak marah.  Tapi saya macam kesian, tahu?  Kesian pasal apa?  Macam Nik Aziz, dia mungkin tak sedar semua perkara yang berkaitan dengan isu itu.  Pasal waktu itu, saya tahu sendiri, ada golongan special branch, ada golongan dalam parti sendiri yang tak mahu saya bertanding di situ."
Beliau menyambung, "Yang kuat minta saya bertanding di sana, Anwar, (yang pada ketika itu berada) dalam penjara.  Dia hubungi macam-macam orang, mahukan saya bertanding.  Mula-mula saya tak mahu... Akhir sekali, saya pergi.  Jadi saya pergi, memang saya tahu ada tentangan-tentangan ini.  Jadi bila benda-benda ini berlaku, dengan mudah saya berundur.  Saya tidak fight for it (memperjuangkannya)."
Pendirian Mursyidul Am PAS pada ketika itu menyinggung sesetengah penyokong pembangkang, khususnya mereka yang berhaluan kiri dalam politik.  Keputusan PRU ke-10 menyaksikan prestasi Barisan Alternatif (BA) yang menjunam, sebaliknya DAP yang keluar dari BA berjaya kembali sebagai parti pembangkang terbesar dalam parlimen, dengan 12 kerusi dalam Dewan Rakyat.
Nik Aziz menyesal?
Tetapi, sesuatu berlaku kemudian.  "... tak lama lepas itu, Nik Aziz dia masuk hospital.  Saya pergi (dengan) ramai (kawan), jumpa dengannya.  Saya, Azmin, Tian Chua... ramai, dalam lima, enam orang pemimpin pergi.  Tapi bila sampai di situ, dia bercakap hanya dengan saya.  Dengan orang lain tidak..."
Syed Husin (gambar kanan) menambah, "Dan cara dia cakap itu, saya tahu dia menyesal.  Saya tahu dia menyesal, kan?  Dia sudah silap.  Begitu juga dengan Hadi..."
Setakat ini yang didedahkan oleh Syed Husin Ali, biarpun berkali-kali dipujuk wartawan untuk menceritakan kandungan perbualan antara dirinya dengan Nik Aziz ketika itu.  Bagaimanapun, beliau berkata adegan ini akan dimasukkan ke dalam bukunya, yang mencatatkan kisah penglibatan dan pengamatan dirinya sepanjang perjuangan politiknya.
"So, orang anggap saya ni orang yang tak ada agama, yang menentang agama dan sebagainya.  Bagi saya, yang benar, akhirnya akan benarlah, kan?" luahan Syed Husin Ali, sambil meneruskan, "Pasal ideologi yang dikaitkan kepada saya adalah ideologi yang dianggap bahaya dan musuh.  Sosialisme adalah berbeza dengan komunisme.  Tapi bila awak ni sosialis, (akan dituduh) komunis."
Nyaris-nyaris jadi guru agama
Namun, Syed Husin Ali menganggap dirinya seorang yang "kuat mengamalkan agama", lebih-lebih lagi dari latar belakang keluarganya.  Ibunya seorang guru agama, sementara bapanya seorang guru Quran, yang bekerja sebagai pembuat batu nesan.
"Saya nyaris-nyaris jadi guru agama dulu..." katanya, sesuatu yang mungkin di luar dugaan kebanyakan orang.  Beliau meneruskan, "Saya belajar di Johor, sampai ke peringkat yang boleh melayakkan diri saya untuk menjadi guru agama.  Nak pilih, nak jadi guru agama atau nak teruskan ke sekolah Inggeris?"
Akhirnya, Syed Husin Ali dihantar ke sekolah Inggeris, walaupun latar belakang keluarganya lebih "kuat agama".  Tetapi, apakah fahaman politiknya bertentangan dengan amalan dan nilai agamanya?
"...saya tak menganggap ini (kuat agama) bertentangan dengan dasar politik yang mahukan keadilan, atau dasar ekonomi yang mahu membela rakyat.  Kerana bagi saya, nilai agama itu mengajar supaya saya adil kepada semua.  Nilai agama ajar saya supaya adil kepada orang yang susah.  Langsung tak ada konflik bagi saya!" tegasnya.
Ia mungkin menjelaskan mengapa PKR, DAP dan PAS masih boleh berduduk semeja, biarpun mungkin berasal dari fahaman mahupun ideologi politik yang berbeza.  Nilai sejagat seperti mendukung demokrasi, keadilan dan kebebasan; menentang imperialisme, kezaliman, korupsi, kronisme dan nepotisme - telah menjadi arus perdana perjuangan politik, bukan sahaja pembangkang, bahkan juga pemerintah pada kadang-kalanya.
Masih relevankah perjuangan ideologi?
Keadaan sedemikian membawa kepada satu persoalan - apakah perjuangan ideologi masih relevan dalam politik tanahair?
"Saya rasa dalam apa perjuangan pun ada satu pegangan.  Pegangan itu boleh merupakan ideologi, sama ada nasionalisme, ataupun agama, ataupun sosialisme, apa sajalah.  Ataupun pegangan itu merupakan satu gabungan dasar-dasar yang padu," kata bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia.
"Jadi, kita boleh anggapkan itulah.  Satu, asas perjuangan adalah ideologi, ertinya ideological-orientated, satu lagi ialah programme-orientated.  Apa program parti?  Bukan program aktiviti, tetapi political programme."
Beliau menjelaskan, "Jadi, ada parti mungkin tidak mempunyai ideologi yang mantap.  Ataupun dia tak dapat mengemukakan satu ideologi yang sebegitu rupa.  Tetapi dia boleh mengemukakan political programme.  Dan bagi saya, empat yang saya sebut tu (keadilan untuk semua, kepedulian rakyat; perpaduan negara bangsa; dan nilai moral dan etika yang tinggi) merupakan asas political programme yang boleh menyatupadukan..."
Jadi, apakah ia bermakna tidak perlu sampai ke peringkat "kiri" atau "kanan"?
"Parti boleh menggabungkan pelbagai warna.  Rainbow, terutama sekali daripada parti yang merupakan parti massa.  Keadilan ini mass party.  Dia bukannya cadre party.  Macam parti komunis ni dia cadre party.  Mesti semua orang memegang ideologi yang serupa," katanya.
Syed Husin Ali bersambung, "Kalau kita parti massa, maka dengan sendirinya kita perlu menggabungkan secara inklusif berbagai-bagai aliran.  Tetapi pendirian yang asas seharusnya sama, walaupun ada sedikit perbezaan."
Apa yang dimaksudkan "pendirian asas"?  "Umpamanya, kita pro-demokrasi, mahukan apa yang menghalang demokrasi ni, misalnya ISA, dihapuskan.  Kita perlu bersetuju dengan itu.  Tak boleh dalam parti wujud suara 'saya nak ISA'.  Parti seharusnya multi-etnik, kita mesti komited.  Tak boleh seorang mengikut projek macam PERKASA, kan?  Dari ekonomi, kita pro-rakyat.  Itu mesti dipegang dan dilaksanakan," tekannya.
"Bank Parti Rakyat", terlanjur Abdul Razak
Sememangnya, percantuman antara PRM (Parti Rakyat Malaysia) dengan PKN (Parti Keadilan Nasional) telah membuahkan hasil yang lebih besar daripada PKR itu sendiri.  Namun, sejauh manakah perjuangan Syed Husin Ali, dengan fahaman politik sosialisnya memberi impak kepada sistem politik negara di Malaysia?
"Susah nak menilai, " kata Syed Husin Ali, yang mungkin menyerah kepada "sejarah sebagai hakim muktamad" untuk menilainya.  Bagaimanapun, penulisannya, manifesto parti-nya sepanjang puluhan tahun ini, diambil dan diterap sebagai dasar, sedikit sebanyak kalaupun bukan sepenuhnya.
"FELDA mula-mula datang daripada kita, dan bila FELDA mula-mula dibuat, orang mengatakan ini rancangan sosialis, " ujarnya.
Syed Husin Ali mengimbas bagaimana perkembangan Parti Rakyat diawasi setiap hari di Pahang, pada zaman kegemilangan parti tersebut.  Menurut Syed Husin Ali, pengaruh Parti Rakyat ketika itu begitu membimbangkan Abdul Razak, Perdana Menteri kedua kemudiannya, sehingga beliau terlanjur dalam ucapannya ketika merasmikan Bank Rakyat.
"'Dengan ini, saya rasmikan Bank Parti Rakyat', kata Razak," wartawan gelak bersama Syed Husin Ali ketika mendengar kisah ini.  "Dan orang terkejut...kemudian dia perbetulkan..." Kejadian ini mencungkil ingatan wartawan bagaimana Khalid Ibrahim yang menyarung jersi PKR buat kali pertama dalam PRK Ijok tahun 2007, menyeru pengundi agar "Undilah Barisan Nasional".
"Saya harap kuasa tidak mengkorupkan"
Mungkin banyak lagi kisah sedemikian yang akan dibaca dalam buku pejuang politik veteran ini, yang menyimpan hasrat untuk menulis selepas hari jadinya yang ke-74, semalam (23 September).
Beliau yang secara terus terang berkata "menyambut hari jadi bukan budaya saya", ketika diminta wartawan untuk menyatakan hasrat yang terpendam dalam hatinya berkata, "(Harap) saya sihat, buat apa yang saya mahu, siapkan penulisan, kemudian tengok apa yang akan jadi."
Wartawan agak terkejut apabila "pertukaran kerajaan persekutuan" tidak termasuk dalam hasratnya.  Bila ditanya, beliau menjawab sambil ketawa, "Itu memang harapan saya, tapi harapan pilihan raya, bukan harapan hari jadi."
Beliau agak optimis untuk melihat "pertukaran kerajaan persekutuan" berlaku, berdasarkan pengamatannya bahawa kesedaran rakyat semakin tinggi.
"Cuma yang saya bimbangkan ialah pimpinan sendiri, pimpinan sendiri.  Sama ada kita boleh mencapai expectation (harapan) rakyat.  Dan dalam keadaan sekarang ini, saya masih gusar, masih tidak menentu... Sama ada kita dapat menyampaikan sebagaimana yang rakyat mahu."
Suaranya semakin rendah, "Saya tahu ada pemimpin yang komited.  Tapi tak tahu-lah..." sebelum beliau mengakhiri wawancara 90 minit ini dengan, "I hope power doesn't corrupt. (Saya harap kuasa tidak mengkorupkan)."

Kuasa Melayu boleh hilang atas tiga faktor

September 24, 2010
KUALA LUMPUR, 24 Sept – Ingatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara sekiranya pembangkang berjaya memerintah negara adalah benar berasaskan fakta politik, rekod pemerintahan dan Perlembagaan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Katanya, politik ialah bilangan iaitu siapa yang mempunyai majoriti akan diharap untuk menerajui pimpinan dan kerajaan manakala realiti yang tidak boleh dinafikan ialah sesebuah negara itu diperintah mengikut rekod serta tuntutan Perlembagaan.
“Apa yang dizahirkan oleh Tun Dr Mahathir bahawa sekiranya pihak-pihak pembangkang yang berselera tajam sekarang memerintah orang Melayu akan hilang kuasa adalah satu kebenaran.
“Kenyataan itu saya nilaikan sebagai satu ingatan yang sangat tajam dan setiap orang yang bernama orang Melayu harus berfikir dan sekiranya tidak (berfikir) janganlah nanti disalahkan orang lain,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir itu pada sidang media selepas menjadi tetamu bicara khas penghayatan Rukun Negara bersama Radio Klasik Nasional di Wisma Angkasapuri di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ibrahim Yahya.
Dalam wawancara khas yang dipetik daripada laman web www.umno-online.com Dr Mahathir juga dilaporkan berkata, jawatan sebagai Perdana Menteri di negara ini bukan ‘dikhaskan’ buat orang Melayu atau beragama Islam sahaja sebaliknya ia tertakluk kepada sokongan rakyat ke atas seseorang pemimpin.
Katanya, undang-undang dan Perlembagaan juga tidak mampu menghalang orang Cina atau India untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya mempunyai sokongan.
Dr Rais berkata, atas faktor tersebut beliau sependapat dengan Dr Mahathir bahawa sebagai penduduk majoriti di negara ini orang Melayu harus beranggapan bahawa kuasa itu tidak seharusnya hilang dari tangan mereka.
“Jadi, kalau anggapan itu sudah tidak lagi dipakai, maka orang Melayu sendiri akan menerima padahnya dan mereka harus menerima di masa akan dating mungkin jawatan Perdana Menteri bukan lagi milik orang Melayu.
“Mungkin apa yang dirasai oleh Raja-Raja Melayu dan diterima oleh orang-orang Melayu juga tidak lagi berada di tahap yang ada sekarang,” katanya.
Berhubung tindakan pembangkang yang merasakan semua kenyataan kerajaan yang berkaitan dengan hak-hak orang Melayu sebagai berlawanan dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan, Dr Rais berkata, ia merupakan satu pandangan yang sempit dan tidak berlandaskan Perlembagaan.
Beliau berkata, pandangan pembangkang berkenaan Perlembagaan biasanya sempit dan hanya berkaitan dengan hak dan orang Melayu sahaja.
“Landasan Perlembagaan ialah Perkara 153 wujud di situ sebagai keistimewaan orang Melayu dan juga ‘the legitimate interest of the others communities’ (kepentingan kaum-kaum lain mengikut undang-undang)... tapi orang tak ingat perkataan itu di bawah Perlembagaan, mereka ingat tentang orang Melayu sahaja.
“Sebenarnya perkataan atau ungkapan and the legitimate interest of the other communities adalah sebahagian daripada Perkara 153. Jadi, dengan perkataan itu bermakna hak majoriti orang Melayu di bawah 153 sudah ada dan kita tidak mengubahnya (Perlembagaan),” katanya.
Dr Rais berkata, gagasan 1Malaysia bukan mengubah perlembagaan sebaliknya hanya mengubah sikap masyarakat supaya menerima Perlembagaan negara seterusnya menerima 1Malaysia berasaskan perlembagaan tersebut.
Katanya, perkara mengenai kontrak sosial iaitu kuasa-kuasa raja, bahasa kebangsaan, hak-hak istimewa, hak-hak komuniti yang lain dan juga perkara berkaitan dengan agama, pilihan agama dan hak berpendidikan telah diterima umum sejak sekian lama.
“Jadi, kita jangan silap, perlembagaan itu harus dilihat semula, bukannya berdasarkan apa yang ditokok tambah. Kalau ada pihak-pihak yang masih memutar belitkan kenyataan itu terserah kepada mereka dan saya tidak gentar untuk menyatakan bahawa hak kita di bawah Perlembagaan jangan diusik dan kita perlu terus bina Malaysia atas realiti yang ada,” katanya. – Bernama

Anwar: No Umno culture in PKR but maybe some Trojan horses

Anwar Ibrahim
Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

In highly-significant remarks, PKR de-facto head Anwar Ibrahim warned rival factions to cool it in the run-up to his party’s historic direct elections, refuting allegations that PKR had “Umno culture” but acknowledged that "Trojan horses" may have found their way in.

While Anwar did not name any one, FT Chief Zaid Ibrahim has openly accused PKR of possessing Umno qualities even as he himself is being suspected by other members of being a possible Umno mole.

Zaid is locked in a bitter struggle against long-serving vice president Azmin Ali for the PKR deputy presidency. All three men – Anwar, Azmin and Zaid – were former Umno members but Anwar and Azmin left Umno in 1998, while Zaid resigned in 2008.

Unsurprisingly, many PKR members have viewed Zaid's accusations as enigmatic and suspicious, given that amongst the three men, he possibly has the greatest affiliation to Umno especially since he only cut ties with it less than two years ago.

“The criticism that there is an emergence of 'Umno culture' in the campaign for party positions is unfounded. At the same time, we cannot rule out entirely the possibility of Trojan horses having found their way in," Anwar said in a statement issued on Friday.

Nyanyuk-nyanyu

He also slammed “certain leaders” for using “very harsh words” that he warned were unnecessary and could only dent PKR’s prestige in the eyes of the public.

The very popular and humble Syed Husin
"The run-up to the party elections has seen some very harsh words coming from certain leaders in a fashion not befitting the position they aspire to be in," said Anwar.

"The candidates have their right to present their agendas and to campaign. But it should not be open season. All this should be conducted within the bounds of decency, decorum and civility. There are house rules to be observed. This is why we have an independent elections committee.”

According to PKR watchers, it was clear that Anwar was concerned at Zaid's bizarre behavior. Not only has the former Law Minister been attacking PKR on his blog and in public comments to the media, he crossed the line earlier this week when he reportedly called outgoing deputy president Syed Husin Ali nyanyuk or senile.

Zaid later said he was misquoted and the word he had actually used was nyanyu or talking nonsense or gibberish. But pundits said it may be even worse.

“Put yourself in Syed Husin’s shoes. Someone publicly calls you senile. Then the next day he again publicly says, oops not senile but talking nonsense. Is this less insulting or more insulting,” the pundit told Malaysia Chronicle.

Pakatan not spared

When Zaid joined PKR in 2008, he brought in a breath of fresh air but since then, apart from espousing liberal views, there has been little concrete action from him.Within PKR, he hardly mixed and kept company with businessman John Soh and Sabah chief Jeffrey Kitingan.

Although his supporters have been quick to credit him for establishing the Pakatan Rakyat’s common policy framework, his critics say he was only one of a large team that had worked tirelessly on it.

Zaid in happier times with Anwar, Husin, Sivarasa
On Thursday, he began attacking the Pakatan, accusing it of being politically immature by not supporting Prime Minister Najib Razak in pushing 3 'sensitive' bills through Parliament. The three bills were the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976, the Administration of Islamic Law Act 1993, and the Islamic Family Law Act 1984.

But Pakatan lawmakers told Malaysia Chronicle that the bills had contained several controversial clauses that were heavily opposed by NGOs and parent groups.

One clause allowed a child to be converted to a religion with the consent of only one parent, whereas Pakatan and the civil rights groups had insisted that consent must come from both parents. Another controversial provision was that a non-Muslim wife whose husband had converted to Islam would lose all her civil rights for maintenance support, and instead be restricted to three months of maintenance.

“I can only wonder at Zaid’s motivation for criticizing Pakatan over these three bills. If he thinks that Pakatan should have closed an eye to those clauses and supported BN in hammering the bills through, then he should ask the stakeholders what they think. See whether they agree with him,” PKR vice president Sivarasa Rasiah told Malaysia Chronicle.

People first. Democracy now!

P Ramakrishnan

In a democracy worth its name, it’s the people who come first. The government exists for them and not the other way around as is happening now. We are made to believe that the people are there to do the government’s bidding. The government actually tells you that.

You vote for my man on Sunday, you will get a cheque on Monday. That’s what they told the voters in Ulu Selangor. In Sibu they told the voters, “You elect my man, I will pay for the flood mitigation project” – otherwise you can drown in the flood for all I care!

In other words, you will be rewarded if you serve the ruler; otherwise you will be punished. They don’t govern the country any more – they rule over you; they lord over you.

Is this what democracy is all about?

53 years of disappointment

For 53 years, we have been ruled – not served; for 53 years we have been kept apart through policies that discriminate against the citizens; for 53 years they failed to forge a nation rooted in justice and truth. For more than half a century they failed us miserably; they disappointed us blatantly without a care or thought for the welfare of the nation and its people.

They did whatever they wanted to, without being accountable for their actions simply because the police, the judiciary, the anti-corruption commission, even our mainstream media and others are no longer able to function professionally and in an unbiased manner in the larger interest of the nation. Notions of justice and fair play are no longer the cornerstone of our society.

Tun Dr Mahathir made sure that truth and justice will not be part of the fabric of our society. He destroyed the judiciary in 1988 and we have not recovered from that shameful onslaught that removed the Lord President unjustly and made victims of two honest and brave judges of the Supreme Court who stood up for justice.

Our judiciary was once regarded as a bastion of justice. It was a well-respected institution of integrity in the Commonwealth. But alas, it is now totally discredited and ridiculed. We can even predict certain judgments even before they are pronounced.

Certain judges don’t even seem to know the law. They dispense judgments that are baffling and absurd. We witnessed these weird instances in numerous cases.

In the Perak crisis, the provisions of the Federal Constitution were completely ignored; in the Kampung Buah Pala case, we witnessed an absurd situation when a piece of land was sold for pittance by the former BN Penang state government when that land did not belong to the state government – this very important fact was strangely never addressed by the court; in the cases involving conversions that deliberately disrupted families and separated mother and child, the verdicts of the judges were absolutely unfair.

In the case of Anwar Ibrahim, the courts have totally discredited themselves in the way they have denied Anwar access to vital information that is crucial for his defence.

Rampant corruption, wastage – and a false dawn

Corruption is rampant and the MACC does not come across as an impartial institution that can be depended upon to curb corruption. The speed with which it moves to investigate those opposed to the BN as compared to the dragging of feet when corruption involves BN leaders and ministers makes you wonder whether the MACC is there to protect the BN and harass the Pakatan Rakyat.

If we are privy to information about corruption and abuse of our money that has surfaced lately, it is not because of the ACA becoming MACC. It is because of the change of certain state governments.

For over 50 years, the books had been closed to the rakyat. Alarming information has been preserved and protected through the use of the OSA. Not any more. Exco minutes no longer remain a state secret. They can be revealed; the abuse, the corruption, the lies – all can be exposed now.

The wastage and squandering of the national wealth is amazing and bewildering. While there are moves to remove subsidies and reduce scholarships due to lack of funds, we seem to have endless funds for opulent lifestyles and extravagant expenditure for putting up buildings that cost hundreds of million ringgit.

Shockingly, allocations to hospitals have been cut drastically resulting in shortages of vital medicines. But we have funds for building a new parliament.

Why do we need another Parliament when we already have one that is rich in history, serving as a national symbol of democracy for nearly half a century?

We should not even think of moving into the Putrajaya International Convention Centre, which has come to symbolise one of the many failed projects that has cost the taxpayers unnecessary colossal expenditure.

A new Parliament should not be used as an excuse to save or rescue Putrajaya ICC. The Malaysian voters should punish the BN at the next election if it dares to go for another Parliament completely dismissing public sentiments.

Why do we need another palace when we already have the Istana Negara and another palace in Putrajaya? We can safely assume that His Majesty the Yang Di Pertuan Agong had not demanded for yet one more palace.

People were fooled into thinking that a new dawn in race relations had arrived when the Prime Minister announced his 1Malaysia with much fanfare. For a moment, he made Malaysians believe that at long last we have come to our senses. He spoke of equal opportunities based on ethnic harmony, national unity, and efficient governance.

But it was rather unfortunate that almost immediately, it was sunset for 1Malaysia when his Deputy declared, “I’m Malay first.” He put a stop to our progress in race relations and came across as supporting Ibrahim Ali’s Perkasa, which is strident about Ketuanan Melayu.

1Malaysia notwithstanding, it is clear that under the BN we will never be united as a people and as a nation. The BN is not capable of genuinely reinventing itself. We will remain divided and compartmentalised in our own communities because this situation suits the BN.

We must never fall into this trap.

Hope for complete change

Democracy only works when people claim it as their own. But, as the Aliran Singers tell us, democracy means you have to get off your backsides!

In this regard, it is important to usher in a two-party system for Malaysia. In a two party system, we can expect them to behave responsibly or else they will get the boot, for sure.

It is refreshing to note that after half a century of monolithic rule by the BN, we are witnessing changes that are interesting and refreshing. We have got a Speakers’ Square, stadiums for massive gatherings, ‘tak nak ISA’, a more lively and vibrant parliament, accountability for past misdeeds, Balkis misuse of funds and junket trips exposed. These were never possible before the tsunami brought in the change.

Let’s give a serious thought to an alternative government. Let’s not be put off by the internal squabbles in the Pakatan Rakyat, which is being played up by the mainstream media to give an edge to the BN.

There is still hope for complete change. Please do not think that we are anti-BN. We are not. Any ruling party whatever its colour and shade must conduct itself responsibly, solely in the interest of the people.

In keeping with this policy, we give fair warning to any future PR government. We will be just as critical of the Pakatan Rakyat when it reaches Putrajaya. It makes no difference who governs this country. If they are wrong and at fault, if they do not walk the talk about people first, democracy now, the PR government too will be equally criticised and condemned. Rest assured, we will conduct ourselves even-handedly.

Let me make a personal appeal to all of you. The Aliran Monthly in its 30th year of publication needs your support urgently. The hassle of collecting payment from distributors, coupled with poor sales and spiralling printing costs, has forced our hand to do away with street sales of the Monthly.

As from 1 January 2011, the Aliran Monthly cannot be bought off the shelf in stalls and bookshops. But it will be available to those who subscribe to the magazine.

I encourage all of you to subscribe to the Aliran Monthly. Get your friends and relatives to subscribe as well. Meanwhile don’t forget to visit our website regularly, check out our Thinking Allowed-Online in particular.

This is an abridged version of the address by Aliran president P Ramakrishnan during an Aliran fund-raising dinner at the PJ Civic Centre on 26 June 2010

PR Bentang Usul Tergempar Jika Tiada Tindakan Terhadap Pengetua Rasis

Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 24 Sept - Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan membuat usul tergempar jika tidak ada tindakan tegas terhadap dua pengetua sekolah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi dan berbaur perkauman terhadap murid sekolah mereka.
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang di dalam twitternya menegaskan ahli parlimen Pakatan Rakyat akan membawa usul tergempar tersebut pada hari pertama Dewan Rakyat bersidang bermula 11 Oktober depan.
"Kita tengok perkembangannya dahulu sehingga Parlimen bersidang bulan depan. Jika tidak apa-apa berlaku, kita ahli parlimen Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu ini pada hari pertama dewan bersidang nanti.
"Masih ada lagi 18 hari sebelum Dewan Rakyat bersidang. Kita tengok dahulu apa tindakan mereka," kata Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP ketika dihubungi Suara Keadilan.
Dua pengetua yang didakwa mengeluarkan kata-kata rasis adalah Siti Insyak Mansor dari SMK Tunku Abdul Rahman dan Ungku Aznan Ungku Ismail dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau (SMKBS)
Sebelum ini, Tmbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pelajaran tidak boleh menentukan tindakan ke atas pengetua SMKBS kerana ia di bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam.
Pada 4 September lalu, media melaporkan JPA telah menerima laporan setebal enam inci daripada kementerian itu tetapi masih membisu berhubung keputusannya.
Siti Insyak didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman pada 12 Ogos lalu ketika menyentuh mengenai masalah disiplin pelajar.
Beliau didakwa berkata pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka yang disifatkan hanya anjing yang memakai tali seperti itu.
Ungku Aznan pula didakwa mengeluarkan kata-kata "balik ke China" kepada pelajar bukan Islam sekolah berkenaan kerana menegur mereka yang tidak menghormati pelajar Islam yang berpuasa.

Tun Mahathir tepati teori "Melayu mudah lupa"

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menepati teori sendiri iaitu "Melayu mudah lupa" apabila menyatakan Melayu hilang kuasa di bawah Pakatan Rakyat.

Sambil menyelar tindakan Mahathir yang cuba meniupkan api perkauman itu, Setiausaha DPPP Khairul Faizi Ahmad Kamil turut mempersoal akan kebenaran kenyataan tersebut.

"Jika diteliti kembali akan kenyataan beliau seolah-olah kenyataan tersebut dikeluarkan oleh mereka yang ‘tidak cerdik’ dan bukannya datang daripada seorang yang dianggap tokoh negarawan.

"Fakta-fakta yang diberikan menunjukkan beliau sememangnya mengesahkan teori  beliau sendiri iaitu Melayu Mudah Lupa," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Utusan hari ini menyiarkan kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat yang digelarnya parti pembangkang mendapat kuasa.

Mahathir juga mengambil contoh negeri Perak ketika dibawah Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa, walaupun menteri besarnya iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Melayu dari PAS, tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP.

Pemuda PAS bagaimanapun mengajak Mahathir melaihat secara waras negeri Kelantan yang diperintah PAS yang kini sudah lebih 20 tahun.

"Berapa inci tanah orang Melayu yang PAS telah khianati? Sedangkan kalau dilihat ekonomi Melayu di Kelantan lebih hebat jika dibandingkan dengan negeri yang diperintah oleh Umno BN.

"Terbaru, sebanyak 118 projek di Kelantan telah dibekukan sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991...

"Bukankah Kelantan yang majoritinya terdiri daripada masyarakat orang Melayu? Mengapa dihalang pembangunan negeri yang majoritinya orang Melayu jika Umno benar-benar memperjuangkan Melayu?" soal Khairul Faizi lagi.

Beliau juga memberi contoh sewaktu Terengganu diperintah PAS pada tahun 1999.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjadi Menteri Besar negeri itu jelasnya telah memberi tanah kepada orang Melayu namun dirampas kembali setelah Umno berjaya menawan semula Terengganu pada tahun 2004.

"Apakah ini tidak khianat namanya?" beliau melemparkan soalan seterusnya.

Di Perak pula ketika 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah, 3,000 ekar tanah diberikan kepada orang cina manakala orang melayu mendapat 7,000 ekar.

"Jika Umno menuduh PAS boneka DAP, mengapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Hj.Abd.Latif (Pondok Pak Teh Kroh, Grik Perak) yang dipohon sejak 1996  telah diluluskan oleh Exco PR pada tahun 2008 (setelah 12 tahun) sebanyak 45 ekar.

"Jika Datuk Seri Nizar adalah merupakan boneka DAP, pastinya permohonan beliau ditolak," jelasnya lagi.

Beliau turut mengemukakan beberapa kes yang didakwa pengkhianatan Umno kepada Melayu berhubung isu tanah antaranya:

- 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
- 5,000 ekar di Bruas yang mana 1,500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR)

- 200 ekar Tanah Rizab Melayu (TRM) digadai kepada Perak Hanjoong (sekarang YTL) di Padang Rengas, Kuala Kangsar (dekat sebelah Lebuhraya PLUS)

- Pada tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang, Langkawi yang tinggal di atas TRM dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort

- Sebanyak 930 hektar TRM di Kampung Mambau, N. Sembilan telah diambil untuk Projek Seremban 2 pada 1990.

- Juga pada tahun yang sama, 600 orang yang tinggal di situ, 26,000 hektar TRM di Tanjung Langsat – Tanjung Piai, Johor diambil oleh Kuok Brother Collabratioan UEM 

"Hakikatnya Umno menjadi punca tanah rezab melayu banyak tergadai terutamanya dizaman Tun Mahathir sewaktu menjadi PM dahulu. Ini baru isu tanah. Belum lagi bab saham bumiputera yang tinggal 2 bilion daripada 52 bilion, isu rasuah dan salah laku pemimpin," katanya.

Sehubungan itu, pemuda PAS turut mencabar Mahathir untuk berdebat secara terbuka siapa sebenarnya pengkhianat Melayu.