Rabu, 22 September 2010

Syed Husin Sudah Nyanyuk – Zaid


zaidbm Oleh Staf FMT
PETALING JAYA:  Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zaid Ibrahim hari ini berkata Timbalan Presiden parti itu Dr Syed Husin Ali, yang tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu bulan depan, sudah "nyanyuk" kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak betul.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Syed Husin, yang dilaporkan portal berita Merdeka Review, yang mempertikaikan peranan Zaid sebagai penyelaras Pakatan Rakyat (PR).

"Saya ditugaskan untuk memberi satu idea dan kertas kerja untuk menyatukan PKR, PAS, dan DAP dibawah PR untuk didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai satu gabungan yang sah.
"Sekarang permohonan itu belum disahkan lagi oleh ROS, bermakna peranan saya itu juga belum menjadi satu jawatan yang rasmi.
"Mungkin jika selepas PR diluluskan jawatan penyelaras itu akan diberikan kepada orang lain saya tidak tahu kerana apa, yang penting saya hanya menjalankan tugas yang diberikan.
"Saya tak faham kenapa beliau (Syed Husin) perlu mempertikaikan kerja saya kerana beliau juga sebenarnya tidak pernah terlibat langsung dalam usaha pembentukan PR.
"Saya rasa beliau sudah nyanyuk dan lupa mengenai hal itu," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Syed Husin dalam wawancara tersebut mempersoalkan jawatan Zaid sebagai penyelaras dan mendakwa Zaid tidak terlibat secara menyeluruh dalam persiapan draf dasar PR.
Pemimpin veteran itu turut mengkritik disiplin Zaid, yang kononya hanya sesekali menghadiri mesyuarat biro politik PKR. Syed Husin juga berkata Zaid bukan seorang "team player".
Ada Alasan Kenapa Tidak Hadir Mesyuarat
syed Zaid, walaupun mengakui tidak mampu menghadiri setiap mesyuarat biro politik yang diadakan hampir setiap minggu, berkata beliau mempunyai alasan tersendiri untuk tidak hadir.
"Kadang kala saya ada tugas lain yang lebih penting termasuk hal bersama rakyat.  Jika beliau hendak pertikaikan disiplin saya, tanya dia berapa kali (naib presiden) Azmin (Ali)  tak datang mesyuarat.
"Jika Azmin tak datang tidak apa, tapi jika saya tidak hadir mereka jadikannya sebagai satu isu. Hakikatnya walau apa pun saya masih tetap bersama dengan perjuangan parti…Tidak apalah jika mereka nak kata apa pun. Saya tidak ambil hati, biarkan sahaja," katanya lagi.
Ditanya mengenai harapannya memenangi jawatan timbalan presiden pada pemilihan pucuk pimpinan parti penghujung bulan depan, Zaid berkata beliau tetap optimis dengan pencalonan yang diterima daripada setiap cabang.
Sehingga kini, Azmin, yang juga akan bertanding jawatan tersebut, mendahului pencalonan dengan memperolehi 36 pencalonan, diikuti Zaid (19) dan pengerusi PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub (10).
"Kita tunggu lagi sebulan dan lihat bagaimana prestasi pencalonan. Segala keputusan nanti saya akan terima dengan hati terbuka," kata Zaid.
Anwar Puji Syed Husin
Sementara itu,  Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mahu setiap saranan diberi pemimpin veteran Dr Syed Husin Ali diambil perhatian ahli parti.
Menurutnya, dalam kesibukan pimpinan dan penyokong PKR dalam pemilihan kini, beliau mahu mereka mengambil masa sejenak untuk menelaah wawancara terkini Syed Husin dalam Merdeka Review.
"Saranan malah teguran beliau walaupun menyengat harus dihadam (diterima). Hikmah nasihat dan peringatan beliau amat bernilai bagi perjuangan.
"Saya yakin demi kesinambungan dan kemurnian perjuangan suara dhamir dan suara Syed Husin harus terus bergema," kata Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Pendirian Syed Husin Tegas
Anwar berkata, Syed Husin beliau lihat sebagai tokoh yang menzahirkan sikap tegas dalam menentang kezaliman sepanjang perjuangannya untuk rakyat.
"Tatkala menyingkap pengalaman Syed Husin dalam dua Wajah menzahirkan sikap tegas menentang kezaliman dan kepedulian jitu terhadap perjuangan rakyat.
"Dalam kemelut sekarang, amat sukar sekali tokoh seperti beliau diberikan ruang bukan sahaja dalam media milik Umno; malah juga dalam apa yang dilonggokkan sebagai media alternatif.
"Ini justeru kerana pendirian tegas beliau tidak memenuhi selera atau agenda mereka," katanya lagi.
Pada 14 September lalu, Syed Husin Ali mengumumkan pendiriannya untuk tidak akan mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR.
Syed Husin, 74, yang dilantik sebagai senator tahun lalu telah menjawat jawatan timbalan presiden selama dua penggal.

Ong: Saya yang tolak plat khas "MCA" untuk ahli

Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini berkata, memo mengenai nombor pendaftaran kenderaan “MCA” dikhususkan untuk ahli parti MCA telah ditolaknya pada Mac lalu.

Justeru, kata beliau, isu itu tidak lagi berbangkit.

Saya masih ingat, antara perkara-perkara di bawah perhatian saya yang ditolak termasuk memo ini," katanya ketika ditanya mengenai pendedahan memo berkenaan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, semalam.
Mengulas lanjut, Ong berkata, memo itu ditandatangani setiausaha sulitnya ketika beliau sedang bercuti kerana menghadapi masalah kesihatan pada Februari.

Bagaimanapun, katanya, ketika kembali bertugas pada bulan Mac, beliau yang meneliti semula memo berkenaan telah bertindak menolaknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan itu.

"Selepas itu saya tidak tahu apa yang terjadi dengan memo tersebut," katanya sambil meluahkan rasa terkilan dan kesal dengan tindakan Kong yang mendedahkan memo itu tanpa merujuk kepadanya terlebih dulu.

Semalam, Kong menunjukkan sepucuk surat yang ditandatangani setiausaha sulit Ong kepada media sebagai menjawab kontroversi bahawa terdapat arahan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya pembukaan tender bagi nombor pendaftaran kenderaan bermula MCA 1 sehingga MCA 9999 dikecualikan.
Sebaliknya, nombor pendaftaran itu yang sepatutnya dikeluarkan untuk kenderaan di negeri Melaka dikhususkan kepada ahli parti MCA.

Surat bertarikh 17 Februari 2010 itu ditujukan kepada ketua pengarah JPJ, Datuk Datuk Solah Mat Hassan.

Mengulas pihak yang mencadangkan perkara tersebut, bekas presiden MCA itu berkata: "Sebenarnya ada pihak tertentu yang mencadangkan plat MCA ini, dan saya nyatakan dengan jelas saya tidak bersetuju dengan perkara itu."

Ong juga kesal dengan sikap Menteri Pengangkutan sekarang yang seolah-olah mahu memperbesar-besar isu tersebut sedangkan beliau mempunyai kuasa untuk membatalkan sebarang keputusan yang dibuat menteri terdahulu.

- Bernama

Isteri Jutawan India Tinjau Lokasi Bunuh



Sosilawati murder: Missing Indian businessman's wife meets with police

TINJAU...Isteri jutawan India, S. Usharani, 24, bersama Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam membuat sidang akhbar di hadapan ladang milik suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, selepas meninjau ladang tersebut di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dekat sini, hari ini.

TINJAU...Isteri Jutawan India, S. Usharani, 24, bersama Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam meninjau ladang milik suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, selepas meninjau ladang tersebut di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dekat sini, hari ini.

HADIR... Isteri Jutawan India, S. Usharani, 24, hadir di Ibu Pejabat Polis Kuala Langat bagi mendapatkan perkembangan baru kes kehilangan suaminya A. Muthuraja dekat sini, hari ini.
Suami beliau adalah jutawan India yang dikatakan salah seorang mangsa pembunuhan suspek utama.

Sumber : Bernama

NASIHATKAN 2 LELAKI MAHU MURTAD

·

2 lelaki iaitu Mohd Rajiman Chin Abdullah, 48, dan Mohd Ramzan Maniarasan, 38, memohon untuk murtad mesti dinasihatkan supaya mereka bertaubat dan kembali kepada Islam. Pihak berwajib mesti mencari jalan supaya kedua-duanya kembali kepada Islam. Siasatan secara terperinci untuk mencari punca mengapa kedua-duanya memohon untuk murtad mesti jalankan segera dan selepas mereka mesti dipastikan supaya tidak meneruskan hasrat mereka itu.

Media hari ini melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini menetapkan 19 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula permohonan dua lelaki untuk keluar daripada agama Islam.

Hakim Mahkamah Syariah Kuala Terengganu Rosdi Harun berkata beliau berharap tempoh yang panjang sehingga tarikh sebutan semula itu digunakan sebaik-baiknya oleh kedua-dua pihak untuk membuat persediaan memandangkan kes itu serius dan tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan akidah.

Katanya beliau mahu memberi peluang kepada dua agensi yang menjaga kepentingan orang Islam di Terengganu itu bersedia dengan dokumen lengkap untuk berhadapan dengan tuntutan itu.

"Untuk pemohon pula, kalau betul-betul mahu teruskan hasrat ini boleh lantik peguam. Memohon untuk keluar Islam bukan satu perkara yang ringan. Kalau orang Islam yang murtad, boleh dibunuh, itu hukum Islam," katanya.

Ketika mengulas permohonan Mohd Rajiman supaya kes beliau diselesaikan dengan segera, Rosdi berkata mahkamah mempunyai prosedur khusus yang perlu dipatuhi.

Kepada kedua-dua lelaki tersebut saya nasihatkan supaya insaf dan kembali kepada Islam kerana jika tetap mahu murtad hukuman amat berat di sisi Islam iaitu bunuh. Mungkin mereka terlepas di dunia tetapi bagaimana dengan hukuman Akhirat???

Unrealistic ETP shows Najib in deep political 'quicksand'

Najib's ETP - false feel-good factor?
Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Pakatan Rakyat leaders have expressed worry about the political ‘quicksand’ Prime Minister Najib Razak appears to have fallen into, warning that he could not go on “singing the APCO written songs” while the economy rotted.

“The real danger is that the country is going nowhere until there is a determined effort to implement real reforms. Each day it becomes clearer that Najib does not have the strength to get out of the quicksand he is caught in,” warned DAP adviser Lim Kit Siang in a statement.

“He cannot go on much longer singing the APCO written songs. These are no longer being reported in the Utusan, an organ that in the scheme of things is supposed to sing songs desired by Najib. Now that it is openly becoming a mouthpiece for Mahathir and Perkasa, the end may not be far away.”

The return of Mahathir

Indeed, signs have emerged that Najib is no longer in control of his Umno party after briefly locking horns with former premier Mahathir Mohamad over the sort of social and economic direction Malaysia should take.

Mahathir and ultra-Malay rights group Perkasa
Mahathir, who leads the powerful conservative faction in Umno, is not keen to see the economic plans he introduced when he was prime minister changed or revamped. His resistance has been blamed for Najib’s failure to implement crucially needed socio and economic reforms.

A day ago, the Najib administration unveiled a humongous RM1.4 trillion Economic Transformation Programme aimed at revitalizing the economy over 10 years and propelling Malaysia into the ranks of the world’s developed nations by 2020.

But the plan was immediately ridiculed as being unrealistic given that the country faced sharply plunging FDI and a slowing economy. Outraged, many Malaysians also accused Najib of trying to create a false feel-good factor with glitzy but hollow public relations staged by his by-now notorious communications adviser APCO.

“The mind-boggling and totally unrealistic pie in the sky nature of the ETP and the linked announcements may well become Malaysia’s version of Mao’s GREAT LEAP FORWARD fiasco that was built on unrealistic targets and dubious performance indicators,” said Kit Siang.

50% of RM1.4 trillion to be "normal economic leakage"

Idris Jala, Najib’s hand-picked minister overseeing the ETP, had just months ago warned Malaysia faced bankruptcy like Greece by 2019 if it did not cut subsidies and reduce government debt.

Glitzy ETP launch
Yet on Monday, Idris expressed confidence the RM1.4 trillion of investment projects on offer would be snapped up by investors. Without giving any details, he said 60 percent would come from the private sector, 32 percent from government-linked companies and 8 percent from government.

According to Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, the lack of transparency rang an immediate warning bell.

"Based on our past 'national expenditure pricing' experience, could we assume that the following breakdown of the total investment amount of RM1.376 trillion (RM 1,376,000,000,000,000) will be as follows: Legal fees: (2%) RM27.52 billion; consultancy fees (8%) RM110.08billion; facilitation fees (10%) RM137.6 billion; overpricing costs (30%) RM 412.8 billion," Nurul said in a statement.

"Does this mean that the total fees and costs payable of RM 688 billion or 50% of the investment total is to be considered as a normal economic leakage, leaving the remaining 50% to actually be invested in the ETP projects?"

Kit Siang
To Kit Siang, the ETP also signaled a return to ‘big government’ rather than empowering the private sector.

“To resort to what is obviously a system of central planning — with unrealistic targets, dubious statistics to show “performance”, picking “winners”, maintaining constraints to growth via quotas and a system of approvals together with subsidies to corporate entities (both GLCs and selected private corporate tycoons) — is totally in contradiction to the announced intent to let the private sector act freely," said Kit Siang.

“Indeed, the system the country appears to be slipping into has many of the features that brought about the collapse of the Soviet economy in the late 1980s. It is also salient to note that the remarkable success of China and its modernization program which can be attributed to the dismantling of central planning is being largely ignored.”

Nombor plat 'MCA' hanya untuk ahli MCA?


WTF 1

Nombor plat MCA: Kong Cho Ha kemuka surat sebagai bukti

PUTRAJAYA - Kontroversi nombor pendaftaran kenderaan dengan abjad 'MCA' yang dikatakan hanya untuk anggota parti MCA mempunyai kebenaran jika sepucuk surat yang didedahkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha dijadikan bukti.

Setiausaha Agung MCA itu menunjukkan surat tersebut kepada pemberita hari ini selepas diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai desas-desus bahawa nombor plat 'MCA' yang bakal didaftarkan di Melaka selepas nombor plat 'MBY', hanya dikhususkan untuk anggota MCA.


"Saya ada surat ini bertarikh 17 Feb, 2010. Saya tak perlu cakap apa-apa, ada surat," katanya di sini.

Ditanya mengenai kandungan surat itu, Kong berkata:"Ia berkenaan siapa yang bercakap benar dan siapa yang tidak."

Surat tersebut yang kemudian diberi kepada pemberita didapati ditulis Setiausaha Sulit Kanan bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat, yang meminta pembukaan tender bagi nombor pendaftaran kenderaan negeri Melaka bermula MCA 1 sehingga MCA 9999 dikecualikan.

Surat itu ditujukan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.

Ong dalam laporan akhbar hari ini menafikan desas-desus bahawa beliau telah menggunakan kuasanya ketika itu untuk mengarahkan JPJ membekukan penjualan nombor plat tersebut, bagi dikhususkan kepada MCA.

Diminta mengulas lanjut isu tersebut, Kong yang ditemui selepas jamuan Aidilfitri kementeriannya berkata beliau akan membatalkan arahan tersebut.

"Siapapun tidak berhak menempah nombor untuk MCA. Ia adalah sebahagian nombor pendaftaran kenderaan yang dikeluarkan JPJ mengikut setiap negeri," katanya.

Sementara itu mengenai Ops Sikap Ke-22 yang berakhir Jumaat lepas, Kong berkata walaupun terdapat pengurangan daripada segi jumlah kemalangan dan kematian berbanding Ops Sikap terdahulu, statistik kematian masih tinggi.

"Kami masih tidak puas hati, kami berpandangan masih banyak usaha harus diambil khususnya untuk menukar pemikiran masyarakat mengenai keselamatan jalan raya sebab rakyat kita belum ada satu budaya keselamatan jalan raya," katanya.

Ops Sikap Ke-22 merekodkan sejumlah 16,817 kemalangan berbanding 17,335 tahun sebelumnya, manakala jumlah kematian yang direkodkan adalah 244 berbanding 265 pada tahun sebelumnya.


Sinar Harian

Projek RM2.4 Billion untuk Kroni Taib Mahmud ditentang MP BN Sabah

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Projek mega RM2.4 bilion untuk membina terminal minyak di Kimanis telah mencetuskan rasa tidak senang mendalam di Kota Kinabalu dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari negeri itu dijangka secara terbuka membawa isu berkenaan ke Dewan Rakyat bulan depan.

Mereka dijangka membangkitkan keputusan memberi kontrak kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

Pada 1 September lalu, Naim Holdings Bhd mengumumkan bahawa Samsung-Naim JV, syarikat usaha sama antara subsidiarinya NCSB

Engineering Sdn Bhd dan Samsung Engineering Co Ltd, telah mempeorleh kontrak bernilai AS$766.39 juta (RM2.4 bilion) daripada Petronas Carigali Sdn Bhd untuk menyediakan perkhidmatan projek Sabah Oil and Gas Terminal, salah satu projek infrastruktur terbesar negara ini.


“Tiada sebab mengapa bidaan dari Sabah tidak diberi peluang kerja ini. Mengapa sebuah syarikat dari Sarawak diberikan projek di Sabah?



Abdullah dikatakan pernah menjamin bahawa sumber gas Sabah
tidak akan disalurkan ke Sarawak. — Foto Reuters

“Ini bermakna lebih banyak hasil kekayaan akan beralih keluar dari Sabah,” kata seorang MP Umno dari Sabah.

Wakil rakyat itu menegaskan, beliau dan rakan-rakannya bercadang untuk membawa isu berkenaan ke Parlimen apabila ia mula bersidang bulan depan.

Beberapa wakil rakyat juga mengesahkan bahawa mereka tidak gembira dengan perkembangan itu selain mendapati sukar untuk mempertahankan BN daripada serangan dan kritikan Pakatan Rakyat.

Pentadbiran Najib mahu mengelakkan suasana tidak senang seperti itu daripada negeri tersebut yang dianggap sebagai “simpanan tetap” BN dalam usaha perikatan tersebut kekal di Putrajaya.

Dalam pilihan raya 2008 BN menang kurang undi berbanding parti-parti PR BN di Semenanjung tetapi mengekalkan penguasaan di Parlimen ekoran sokongan daripada Sabah dan Sarawak.

Aspek simpanan tetap itu juga ditekankan oleh Datuk Seri Najib Razak ketika berada di Sabah sempena sambutan Hari Malaysia Khamis lalu.

Perdana Menteri diipercayai sedang mempertimbangkan kemungkinan memanggil pilihan raya awal tahun depan.

Difahamkan firma usaha sama Sabah telah menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat dari China untuk membida projek berkenaan.

Sumber-sumber memberitahu harga bidaan syarikat Sabah-China itu kurang AS$50 juta berbanding dengan syor Naim Cendera.

Rasa tidak puas hati di Sabah juga muncul di sebalik spekulasi bahawa kos akhir kemungkinan RM4 bilion.

Syarikat minyak negara mengeluarkan bidaan awal tahun ini selepas terhenti tiga tahun bagi kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan penugasian.

Undangan bidaan pada 2007 ditarik balik ekoran “sebab-sebab teknikal.”

Difahamkan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Anifah Aman, yang juga Menteri Luar dan seoranga anggota utama dalam Kabinet Najib berhadapan dengan tekanan politik ekoran pemberian projek berkenaan kepada Naim.

Anifah merupakan antara wakil rakyat yang menjadi tumpuan dalam kontroversi membangkitkan sikap tidak ambil berat kerajaan pusat terhadap Sabah — isu yang timbul selepas pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

Pada 15 Ogos lalu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok berkata terpeluang kepada kerajaan negeri Sabah untuk memastikan sumber gas kekal di negeri itu dan tidak disalurkan ke Sarawak menerusi projek pembinaan saluran gas dari Kimanis-Bintulu.

Beliau mengulangi bahawa di bawah kepimpinan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan pusat bersetuju supaya projek itu diteruskan dengan Sabah diberi keutamaan jika negeri itu memerlukan bekalan gas.

“Ada jaminan bahawa bekalan gas tidak disalurkan ke Bintulu di Sarawak menerusi saluran gas itu jika terdapat keperluan bekalan itu di Sabah. Abdullah cakap jaminan ini dari Petronas sendiri.

“Jadi ini bukanlah sama ada Petronas enggan menjalankan apa yang diwajibkan kerajaan, tetapi kerajaan negeri sendiri perlu pastikan bekalan gas ini dapat digunakan di Sabah,” katanya.

Pandangan itu diberikan ekoran Ahli Dewan Undangan Negeri Luyang, Melaine Chia berkata kerajaan negeri tidak harus bersetuju atau membenarkan Petronas menyalurkan gas asli dar luar persisiran Sabah ke Bintulu jika ia benar-benar serius untuk membangunkan industri gas dan minyak tempatan.

Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Datuk Raymond Tan Shu Kiah pernah berkata Petronas akan hanya setuju untuk membenarkan Sabah menyimpan sebahagian daripada gas yang dilsaurkan ke Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis, jika ia mampu membina infrastruktur dan tenaga kerja bagi menyokong industri minyak dan gas di Sabah.

Chia mendesak Tan, yang juga Naib Presiden Gerakan, untuk memujuk presiden partinya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon supaya meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Petronas menghentikan projek pembinaan saluran gas Kimanis-Bintulu.

Malah, pada akhir bulan lalu beberapa ahli politik dan industri dari Sabah memberitahu The Malaysian Insider bahawa Petronas Carigali bertindak tidak adil kepada Sabah jika betul ia memenganugerahkan projek mega SOGT di Kimanis kepada sebuah syarikat Sarawak.

Ahli politik dan industri berkata tindakan itu seolah-olah membelakangkan kepentingan kontraktor tempatan dan penduduk Sabah secara keseluruhannya yang berharap untuk turut meraih manfaat daripada projek yang dibuat di atas tanah mereka sendiri.

Azmin slams Zaid for calling Syed Husin 'nyanyuk' or senile

Zaid and Azmin
(Malaysiakini) - PKR vice-president Azmin Ali today demanded that Zaid Ibrahim retract his statement published in an online news portal, where he called outgoing deputy president Syed Husin Ali nyanyuk or senile.

Azmin who is expected to face-off with Zaid in a two-man race for the deputy presidency, slammed the latter for his outburst, saying it is "shameful" to the party members and leadership.

Zaid was today quoted in the Malay section of FreeMalaysiaToday as calling Syed Husin senile for accusing the former of not being fully involved as Pakatan Rakyat coordinator when drafting the opposition coalition's formal policy.

"We cannot have new members offending senior leaders who have been tested in our struggle, unlike Zaid who does not understand the meaning of our struggle," Azmin told Malaysiakini.

Syed Husin
"My advice to him is to look back at the Permatang Pauh declaration and understand its meaning. Don't be arrogant, don't act as if you know everything... stop the ego," he said, referring to party advisor Anwar Ibrahim's vision for Malaysia which he announced on Sept 12, 1998.

Azmin, who announced his plan to run for the party's number two seat after Syed Husin declared that he was stepping down, defended the outgoing deputy president's contributions, which he said was an inspiration for many young leaders, including Azmin himself.

"He has faced with many different challenges and tests that were far more difficult than what we are facing today. He was jailed for eight years for merely upholding the rights and justice for the people.

"He continued to soldier on in the struggle and for over a decade he has been with Keadilan... he is an asset to the party and our struggle," he said.

Azmin however pulled back a little on his punches, calling on all leaders and members to sort out their differences in the spirit of "family within the party".

The True Colors of MCA - Ronnie Liu

Ronnie Liu

Someone hides behind an anonymous name (Lovely Jin) accusing me for misleading the public about the ‘great’ history of MCA. The writer shows a serious lack of knowledge and understanding of the role of MCA in the pre-Independence era.

Not only MCA was a political tool of the British colonial power, other Alliance parties like Umno and MIC were also political tools of the British. The British made use of MCA, Umno and MIC to fight the Malay Left and Malayan Communist Party in order to protect its economic interests in the then Malaya.

Your browser may not support display of this image. The million-dollar lottery owned and operated by MCA in the pre-Independence era was granted specially by the British colonial ‘master’. All winners of lottery must join MCA as a member.

As a deal, MCA must spend some of the profits from running the lottery on the Chinese living in the new villages (under the Briggs’ plan). MCA losts the lottery concession shortly after Merdeka under the pressure of Umno. It was replaced by the state-run Welfare Lottery for some years before the former PM Tun Dr Mahathir given the exclusive right away to businessman Ananda Krishnan. Ananda changed the name of the lottery to ‘Big Sweeps’.

The Chinese were confined to various Chinese New Villages under the Briggs’ plan to curb the influence of the MCP. MCA was then granted a license to run the Million Dollar lottery by the British authority to make easy money from the Chinese community. As a deal, MCA must use part of the profit to win the hearts of the Chinese in the new villagers. This strategy worked well to serve the interest of the British master during the pre-Independence days.

When the time has come to give Independence to Malaya, the British kept its promise by working only with Umno, MCA and MIC. On the other hand, the real independence fighters including some prominent Malay Left leaders were arrested and locked up in prisons. And the war against the MCP continued with greater intensity.

But true leader like Tan Cheng Lock was sidelined by other MCA and Umno leaders in the run up to the Independence negotiations. Tan Cheng Lock has promised the Chinese community to present the General Demands of the Chinese Community to the British. When his intention was known, he was barred from attending the final round of talks in London.

The MCA was instead represented by traitors like H.S. Lee and Tahir Tan Tong Hai. According to the late Tunku Abdul Rahman (in one of his writings), Tan Tong Hai threw the entire General Demands document into a waste paper basket in the London hotel room instead of bringing it up to the negotiation table!

That’s the reason why I often tell the young people that the betrayal of MCA could be traced back to its inception. As a result of this unforgivable sell-out, Malaysian Chinese were treated like second class citizens in our land. The Chinese were now stuck with the ‘Non-Bumiputra’ label thanks to MCA.

It was people like Leong Yew Koh who instigated Tunku to strip the citizenship and teaching license of the foremost Chinese education pioneer Lim Lian Geok. Check with Cikgu Loot Ting Yee. He is one of the mother tongue education pioneers who could testify my story.

The entire history of MCA is filled with betrayals, crimes and sins. They have failed to preserve and protect the interest and rights of the Chinese community which they have claimed to represent. Take a closer look at these scandals; deposit-taking-cooperative scandals, Chang Min Thien Fund scandal, Aik Hua Holdings scandal, MCA JE Fund scandal… it’s a never-ending list.

And guess what; most of the victims of these scandals were MCA members and supporters. Mind you, it was MCA that instigated the closure of the original Bai Xiao (SJKC Damansara ) in Petaling Jaya. It was also the efforts of SOS Damansara Action Committee and the pressure mounted by DAP, Dong Jiao Zong and the entire Chinese community that brought about the unprecedented speedy construction of the new SJKC Damansara in Tropicana.

It’s a great shame that MCA leaders do not even bother to get accreditation for the certificates, diplomas and degree courses offered by TAR College. Recently, a young Malaysian Chinese boy’s application was rejected by the PDRM simply because the academic qualifications he obtained from the MCA sponsored TARC were not recognized by both Public Service Department and National Accreditation Board.

Jet eksekutif terbabas di lapangan terbang Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 22 Sept: Sebuah jet eksekutif jenis Falkon 900 M 37-0 milik Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM) dipercayai dipandu dua juruterbang TUDM  terbabas ke dalam kawasan lapang, lapangan terbang sewaktu mendarat cemas pagi tadi.

Ia berlaku ekoran tayar belakang sebelah kiri pesawat terbabit meletup.
(Gambar: Jet yang selalu digunakan pembesar negara terbabas di Kuala Terengganu)

Asistant Commisioner Zamri Shamsuddin, Ketua polis Daerah Kuala Teregganu yang dihubungi mengesahkan pesawat milik TUDM itu yang selalu digunakan untuk penerbangan khas membawa para pembesar negara.

Tidak diketahui apakah ia dijadualkan akan membawa mana-mana pemimpin negara atau negeri dalam penerbangan dari Kuala Terengganu selepas itu.

Dalam kejadian cemas 10.45 pagi tadi itu, jet yang terbang dari Lapangan Terbang Subang ke lapangan Terbang Sultan Mahmood adalah untuk penerbangan latihan dipercayai terbabas dikawasan lapang sewaktu mendarat dari arah barat balai bomba dan penyelamat.

Kedua-dua juruterbang dan tiga anggota TUDM yang menaiki jet berkenaan tidak mengalami apa-apa kecederaan. Mereka adalah Mejar Haris Hassan, Mejar Hassan Bakri Tajul Ariffin, Kapten Farah Diba Ahmad Roslan, Kapten Tengku Syed Mahmmod Tengku Amin, PN Rozainor Mat Zin.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Lapangan terbang Sultan Mahmood,  Ahmad Ramli Mahmood yang ditemui menjelaskan, jet berkenaan tidak mengalami kerosakan besar berjaya ditarik keluar jam 12.55 tengahari tadi mengunakan enjin pesawat tersebut, selepas usaha menarik mengunakan kren gagal.

Waktu Operasi lapangan terbang yang terpaksa dihentikan selama 2 jam lebih itu beroperasi sediakala jam 1 petang tadi.

Mati kerana mercun: Bapa dipenjara 12 bulan

KUALA TERENGGANU, 22 Sept: Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan terhadap bapa Khairul Arif Ayub 6 tahun yang maut akibat letupan mercun baru-baru ini, selepas mengaku bersalah diatas tuduhan memiliki mercun dan bunga api.

Tertuduh, Ayub Abdul Rahman, 29 tahun hadir ditemani isteri Kamariah Sufian, 25 tahun, dan keluarga terdekat  dengan mengenakan baju kemeja T- berbelang coklat dengan rambut botak kelihatan tetang ketika keputusan dibaca oleh Hakim Mahkamah Majistret Puan Nor Azizah Yusof.

Tertuduh yang juga seorang buruh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Seri Nilam, Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, di sini, pada pukul 3 petang, 22 Ogos lalu dan dituduh  mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan (Akta 207).

Selepas keputusan pertuduhan diputuskan, tertuduh turut merayu untuk menfailkan bebanan hukuman penjara yang dikenakan oleh mahkamah.

Sebelum ini pada 9 september lalu, tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM1,800 dengan seorang penjamin selepas mengaku bersalah.

Kejadian letupan mercun tersebut menyebabkan Khairul Arif maut ditempat kejadian akibat sebahagian kepalanya berkecai selepas tercampak melambung dan melekat di atas dahan pokok sejuah 15 meter.

Kejadian yang berlaku ketika umat Islam menyambut Ramadhan turut mencederakan dua lagi lelaki iaitu Mohd Asrizan Muda, 22 dari Kampung seberang Baruh, Cabang Tiga dan Mazlan Abdullah, 30 tahun, dari Bukit Payong, Marang.

Operasi samseng jalanan temui 4,000 pil kuda..apa Jabatan Narkotik buat..!! Cawangan Trafik tangkap pengedar..??

KUALA TERENGGANU, 22 Sept: Operasi Samseng Jalanan di Kuala terengganu bertukar menjadi operasi serbuan mengejut ke atas sebuah rumah mewah sehingga kepada penemuan 4,000 biji pil kuda, tangkapan terbesar kes dadah di Terengganu.
Penangkapan kes ini dipercayai menjadi petunjuk kepada kenaikan mendadak kes penagihan dadah khasnya pil kuda di Terengganu kini yang menjadi tanda tanya kerana kegagalan polis menemui pengedarnya sebelum ini.
Ia juga menjadi petunjuk kepada peningkatan kes mat rempit yang berleluasa di Terengganu.
Ia bermula dengan tangkapan terhadap seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritime Malaysia (APMM) Cawangan Terengganu yang memiliki dadah dipercayai pil kuda, diikuti peniaga jus jambu.

Hasilnya Jabatan Trafik daerah Kuala Terengganu berjaya merampas sebanyak 4,000 biji pil kuda dengan jumlah rampasan sebanyak RM100,000. Ia melibatkan tangkapan ke atas empat lelaki dan seorang remaja perempuan awal pagi tadi ditiga lokasi berasingan di sekitar Kuala Terengganu.

Operasi yang diketuai oleh ASP Kazahari Che Mat, Ketua Jabatan Ketenteraman Awan dan Trafik Daerah Kuala Terengganu berkata, ia bermula dengan tangkapan anggota APMM yang ditahan kerana memiliki 7 biji pil berwarna merah disyaki dadah jenis Metaphitamine (pil Kuda) bersama alatan untuk menagih di dalam poket seluar jeans dalam sekatan Polis di jalan Wakaf Beruas Jam 2.40 pagi tadi.

Ekoran itu, seorang peniaga jus jambu ditahan jam 3.40 pagi di rumahnya di Kampung Tok Hakim, Padang Midin yang dipercayai pembekal dadah kepada anggota APMM berkenaan yang mendakwa mula menagih sejak dua bulan lalu.

Hasil maklumat tangkapan ini, serbuan diteruskan ke atas sebuah rumah mewah di Taman Setia Durian Burung yang dimiliki oleh seorang ahli perniagaan terkenal di Kuala Terengganu.

Dalam serbuan jam 8.10 pagi itu, dua beradik ditahan secara berasingan di rumah berkenaan.

Pemeriksaan lanjut di dalam bilik berkenaan, Polis menjumpai dua bungkusan yang dipercayai dadah jenis pil kuda dengan 20 paket masing masing berisi 200 biji setiap paket didalam sebuah kotak kecil yang disorok di bawah katil tidur di dalam bilik itu.

Kelima-lima mereka ditahan reman selama 7 hari di Lokap IPD Kuala Terengganu untuk pertuduhan, di mana anggota APMM dan peniaga jus jambu ini ditahan dibawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala dua beradik ini pula dan teman wanita ditahan dibawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 sabit kesalahan gantung sampai mati.

Najib Mahu Bina Kasino Di Sabah

SHAH ALAM 22 SEPT: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada kerajaan Umno-BN akan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).
Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar, menurut portal Malaysian Insider.
Projek itu dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.
"Kami mahukan pentadbiran Najib untuk bersikap telus dan menyatakan samada ia memang bercadang atau telah pun memberikan kelulusan untuk membina sebuah kasino di Sabah," Anwar dipetik sebagai berkata. 
"Ada tanda-tanda bahawa kelulusan untuk membina kasino akan diberikan atas alasan untuk memastikan projek hijau itu berwibawa dan menguntungkan. Perdana Menteri harus memberi pengesahan atau penafian yang tegas atas isu ini," tambah Anwar.
Cadangan pembinaan kasino itu didedahkan setelah kerajaan Umno-Barisan Nasional  meluluskan lesen judi sukan kepada sebuah syarikat milik jutawan Vincent Tan.
Namun setelah dikritik oleh Pakatan Rakyat dan orang ramai, termasuk masyarakat bukan Islam, Najib menarik balik kelulusan itu.
Tidak dapat dipastikan sama ada pembinaan kasino baru di Sabah, jika diluluskan, akan membabitkan syarikat milik Vincent Tan sebagai  'pampasan' kepada ahli perniagaan itu atas kehilangan lesen judi sukan berkenaan.
"Baru dua bulan isu lesen judi sukan reda,  muncul pula berita mengatakan kerajaan  mahu membina sebuah kasino. Bagaimanakah ia akan menguntungkan pembayar cukai?," kata Anwar.
"Rakyat berhak untuk mengetahui hala tuju negara ini di bawah pimpinan Najib. Nampaknya apa yang sedang dilakukan oleh pentadbiran Najib ialah untuk mempopularkan judi," kata Anwar.

Orang Ganu Mula Pandai Berkaraoke

Orang Ganu mula pandai berkaraoke. Melihat kepada 20 permohonan baru yang ditimbang oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk diluluskan, selepas meluluskan 7 pusat karaoke sebelum ini.

Kini lebih senanglah orang Ganu ingin menunjukkan kehebatan nyanyian mereka kepada rakan-rakan dengan perkembangan terbaru ini. Permintaan meningkat, sebab itulah permohonan untuk membuka pusat karaoke meningkat. Akan bertambahlah penghibur kelahiran Terengganu nanti kerana masing-masing tentunya akan ingin menunjukkan bakat mereka kepada dunia yang lebih luas berbanding bilik karaoke.

Berkaraoke di rumah tentulah tak seberapa jika dibandingkan dengan pusat karaoke. Mungkin si ayah akan lebih malu kepada anak dan isteri, atuk malu kepada cucunya, dengan adanya pusat karaoke nanti boleh memekak sepenuh hati.

Mat Said tentunya gembira dengan perkembangan ini...Islam Hadhari Terengganu Bestari. Aku juga kasihan kepada Deris Jusoh. Pusat Minda dunianya hanya ada di Bangunan Umno Jerteh. Hidup Pusat Minda...

Minyak naik lagi! BN pencekik dalam senyap. Kita ada hanya 2 pilihan!

Siapa perasan? Siapa yang sedar? Mungkin taukey minyak tahu. Sibuk sangat kita dok bace kisah Datuk Sosilawti kena bunuh, kena songlap duit berjuta, rupanya kerajaan BN dalam senyap menaikkan harga minyak masa dekat raya baru-baru ini. Kerajaan BN dah macam penyamun tarbus. Rakyat sedang sibuk berposa. Sedang sibuk menguruskan persiapan raya. Sedang memandu untuk pulang berhari-raya… alih-alih tup! Dinaikkan minyak. Takde sepatah haram pun berita dalam surat khabar ke? Pengumuman di Media TV akhbar ke? Yang ada pengumuman Hari Raya lepas tu dok pusing sampai hancur cerita pembunuhan kejam Datuk Sosilawati. Tapi tahukah kita Kerajaan BN ini menjadi pencekik darah secara senyap. Para pemimpin membuat keputusan dan tindakan dalam selimut seolah-olah Negara ini mak bapak dia yang punya. Apa peduli dia kepada kesusahan rakyat.
Bagi Umno apa dia kisah harga minyak naik ke tidak. Penulis sendiri pun dok isi minyak tak perasan. Itupun setelah sahabat memberitahunya dan ditunjukkan resit pembayaran minyak samada diesel dan petrol sudah dirembat oleh Kerajaan BN kenaikan 0.5 sen setiap satu liter. Bagi penyokong UMNO mungkin tak kisah. 5 Sen pun bising ke? Tetapi berapa banyak penggunaan minyak sehari di Malaysia? Jika merujuk Statistical Review of World Energy yang dikeluarkan oleh British Petroleum, penggunaan minyak di Malaysia juga menunjukkan peningkatan sehingga 499 ribu tong sehari pada tahun 2006. Sekarang 2010 sudah pasti dah lebih. Letaklah 500ribu tong sehari X 159 X 5 sen ( 1 tong = 158.987 liter). Hah RM 3975000!

Tapi siapa yang sedar? NGO PROTES yang selalu protes harga minyak naik pun tak sedar. Apatah lagi penyokong UMNO.Bagi pendokong UMNO memang bersyukur dengan segala tindakan pemimpinnya mungkin sujud syukur kot. Nak cari macammana pemimpin bijak seperti pemimpin UMNO-BN yang memerintah kini. Kalau tanya pemimpin UMNO pasti jawapannya: "RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik." Hah... nasib ko le Labuuu....

Bagi rakyat ada dua pilihan sahaja. Samada lingkupkan kerajaan UMNO-BN dalam pilihanraya ke-13 nanti dan kita sama-sama martabatkan kerajaan PR di Putrajaya atau pilihan kedua buat seperti pakcik ni. Diam aje. Tak menyusahkan orang. Biarlah UMNO memerintah sampai kiamat!
ustsaifulbahri.

Kes RM4 Billion: PAS Mampu Nafi Saja, UMNO Dah Buat Laporan Polis


PAS nafi terima sumbangan RM4 bilion Ida World Group

KUALA LUMPUR, 22 Sept — PAS menafikan parti itu ada menerima sumbangan RM4 bilion daripada sebuah syarikat asing, Ida World Group Ahad lalu, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub hari ini.

Malah menurut beliau, PAS Kelantan juga tidak pernah menerima permohonan syarikat yang dimaksudkan untuk membuat sebarang projek pembangunan di negeri itu.

Oleh itu tegas beliau, penyebaran berita tersebut adalah satu tindakan propaganda jahat untuk memusnahkan nama baik PAS.

“PAS memandang serius ekoran tersebar gambar kononnya sebuah syarikat perniagaan memberikan sumbangan sebanyak RM4 bilion kepada PAS melalui satu cek replika.

“Bagi mewakili PAS, saya dengan ini menafikan PAS pernah menerima cek sebenar atau sumbangan bernilai RM4 bilion dari syarikat ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah, PAS juga tidak tahu-menahu tentang projek syarikat ini di Kelantan.

“Setelah menyemak dengan PAS Kelantan, saya juga mendapati PAS dan kerajaan negeri Kelantan tidak pernah menerima permohonan daripada syarikat ini untuk membuat sebarang projek pembangunan di sana.

“Sehubungan itu, kami sifatkan berita ini serta penyebaran berita sebegini satu tindakan propaganda jahat untuk memusnahkan nama baik PAS,” katanya lagi.

Sehubungan itu, kata beliau pihaknya menyeru semua ahli PAS agar berhati-hati dengan isu ini kerana jelas cuba mengaitkan PAS dengan aktiviti tidak sihat.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga menegaskan beliau tidak tahu menahu mengenai sumbangan sebanyak RM4 bilion oleh syarikat berkenaan kepada PAS Kelantan.

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar memberitahu, kerajaan negeri juga tidak pernah meluluskan projek untuk membangunkan Pantai Sri Tujoh, Tumpat seperti yang didakwa oleh Pengerusi Eksekutif Ida World, Abdul Rahim Abdul Wahab.

“Sebagai ketua parti, saya tidak tahu pasal duit RM4 bilion, baru pagi ini saya tahu.

“Dia (Abdul Rahim) baru jumpa saya dua (tiga) hari lepas dan dua bulan lepas juga dia (ada) datang juga.

“Mengenai projek di Pantai Sri Tujoh, nak lulus (sesuatu projek) kena buat surat, (hantar permohonan) ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan kemudian ke Exco. Dia kata nak buat projek, saya kata marilah,” katanya.

Dalam laporan Bernama memetik adik Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion daripada syarikat berkenaan atas sifat peribadi dan bukannya mewakili parti atau kerajaan Kelantan.

Katanya, beliau terpaksa berbuat demikian kerana tiada wakil kerajaan negeri atau Exco yang tampil mewakili Nik Aziz untuk menerima replika cek itu pada satu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini Ahad lalu.

“Oleh kerana tidak ada wakil kerajaan negeri dan parti yang tampil menerima cek (replika) bernilai RM4 bilion itu, maka saya naik ke pentas itu sebagai bertindak atas sifat peribadi,” katanya.

Ia dilaporkan sebagai sumbangan untuk kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar melibatkan kos RM313.71 juta.

Nik Din berkata, beliau tidak menaruh prasangka kepada mana-mana pihak dan tampil menerima replika cek itu kerana mengenali salah seorang anggota syarikat itu yang merupakan kawan baik beliau sejak di sekolah.


‘Hadiah’ RM4 bilion: Pemuda UMNO buat laporan polis

KOTA BHARU 22 Sept. – Pergerakan Pemuda UMNO negeri membuat laporan di balai polis Kota Bharu di sini hari ini berhubung sumbangan peribadi wang berjumlah RM4 bilion yang dikatakan diberikan oleh seorang ahli perniagaan kepada Pas Kelantan.

Laporan tersebut dibuat oleh Penolong Setiausahanya, Che Othman Che Will pada pukul 3.30 petang ini sambil diiringi oleh kira-kira 30 ahlinya.

Che Othman berkata, laporan tersebut dibuat disebabkan wujud keraguan mengenai sebab pemberian wang tersebut dan penerimanya yang hanya diwakili seorang individu bernama Nik Din Nik Mat bukannya wakil Pas Kelantan.

"Kita memohon agar pihak berkuasa dan agensi lain dapat menyiasat, meneliti dan memberi perhatian kepada perkara ini kerana timbul keraguan berhubung jumlah wang yang diberikan itu.

"Ia pula disumbangkan kepada seorang individu yang mendakwa dirinya adik dan mewakili secara peribadi kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya ketika ditemui selepas mengemukakan laporan tersebut di sini, hari ini. -UM


Ulasan GB

GB hairan dengan pimpinan PAS. Benda sebegini pun belum pas untuk mengatasi serangan musuh. Lemah di dalam mengatur strategi, lemah di dalam perang saraf. tapi berangan nak ke Putrajaya.

Kita menafikan menerima RM4 billion. Itu betul. Tetapi sudahkah dilaporkan fitnah itu kepada polis?

Kerana tanpa laporan polis, pihak musuh pula yang pergi ke balai polis untuk membuat laporan mereka menyatakan PAS Kelantan telah terima RM4 billion sebagai rasuah. Sekalipun ianya palsu tetapi polis akan bertindak menyoal siasat MB Kelantan nanti dan seluruh jentera pentadbiran PAS Kelantan.

Kemudian dengan bantuan media massa pencacai, mereka akan menyorokkan kebenaran tetapi membesarkan kisah rasuah yang direka-reka tetapi sudah cukup untuk membenankan kepala TGNA dan mencemarkan nama parti di kalangan rakyat yang tak tahu apa-apa.

Kes Nurul Izzah, TV Selangor, Shamsul Iskandar dipanggil polis kerana ada laporan polis dibuat oleh Perkasa terhadap mereka sudah cukup untuk mengesahkan sikap polis yang sebenarnya.

Sudahlah orang yang bernama Nik Din Nik Mat (adik TGNA) melakukan kerja yang tak sepatutnya iaitu menghadiri dan menaiki pentas di dalam satu majlis makan yang beliau tidak sepatutnya lakukan. Kita pun hairan bagaimana beliau boleh dipergunakan sedemikian rupa oleh musuh.

Sekarang di mana Dewan Harian PAS yang sepatutnya secara automatik telah bermesyuarat kalau tak pun berkoferens-video untuk menangani masalah ini?

Beribu-ribu pemuda PAS khabarnya akan berijtimak tarbawi di Rusila pada awal Oktober ini, kata Pengerusi Akademi Tarbiyah DPPP Nik Abduh Nik Abdul Aziz, tetapi tiada lansung yang "berijtimak" di balai polis hari ini untuk membuat laporan mengenai kejadian penipuan UMNO di Kelantan itu. Kayu besar di galas di bahu untuk meniti sungai yang belum nampak lagi tetapi duri yang menyucuk dibiarkan mendarahi kaki.

Pening kepala saya memikirkan lemahnya saf kepimpinan PAS yang ada kini untuk berhadapan dengan musuh yang semakin agresif. Suruh letak jawatan tak mahu, tapi kerja tak menampakkan hasil yang memuaskan. Amanah ahli dipermain-mainkan.

Kalau susah sangat, kita berdoa saja kepada Allah s.w.t. untuk tukar sahaja kepimpinan PAS ini kepada yang lebih baik dan hukum mereka yang malas-malas yang menyebabkan PAS yang lemah longlai sekarang ini. Habis cerita.

Tuanku Faris Guna Gelaran Sultan Muhammad V

KOTA BAHRU 22 SEPT: Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda.
Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata penggunaan gelaran itu berkuatkuasa sejak pemashyuran Al-Sultan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.
"Al-Sultan Kelantan telah mengampuni perkenan menggunakan gelaran itu dan ia akan menjadi nama rasmi bagi gelaran Baginda untuk sebarang majlis dan gelaran yang harus dipakai oleh pihak media bagi mengelakkan penggunaan nama yang pelbagai," katanya kepada pemberita
di Kota Bharu hari ini.
Beliau berkata baginda berkenan untuk menggunakan nama itu atas kehendak sendiri dan untuk mendapatkan berkat kerana nama Sultan Muhammad telah digunakan oleh keturunan baginda sejak dahulu lagi.
Katanya penggunaan gelaran Sultan Muhammad I bermula pada 1800 hingga 1835 oleh Sultan Kelantan pada ketika itu dengan nama asal baginda ialah Long Muhammad dan merupakan putera sulung kepada baginda Long Yunus yang memerintah Kelantan sejak 1765 hingga 1795.
Abdul Halim berkata baginda Long Senik Long Tan menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kedua (Sultan Muhammad Mulut Merah) pada 1836 hingga 1886.
Katanya, baginda Long Kundor iaitu putera sulung kepada Sultan Ahmad menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ketiga sejak 1890 hingga 1891.
Beliau berkata gelaran Sultan Muhammad Keempat telah digunakan oleh baginda Tuan Long Senik yang memerintah Kelantan pada 1900 sehingga 1920.
"Kita akan memaklumkan kepada seluruh jabatan kerajaan negeri penggunaan nama Al-Sultan dan ianya telah diwartakan untuk kegunaan rasmi," katanya.
Sementara itu, mengenai pemashyuran baginda yang berdepan dengan petisyen bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, beliau berkata Al-Sultan Kelantan tetap menjalankan tugas baginda sebagai ketua negeri seperti biasa.
"Kita telah merujuk perkara pemasyhuran itu kepada pakar undang-undang kita termasuk Setiausaha Majlis Perajaan Negeri. Kita akan memberi respons terhadap petisyen itu mengikut prosedur mahkamah.
"Ini bukanlah kali pertama dan kita yakin Setiausaha Majlis Perajaan Negeri akan memberikan penjelasan. Namun tugas dan aktiviti baginda berjalan seperti biasa," katanya mengulas petisyen yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya 20 Sept lalu bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah berkenaan bahawa pemasyhuran anakanda sulung baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai sultan baru, tidak mengikut perlembagaan.
Tuanku Muhammad Faris Petra telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Istana Balai Besar, di Kota Bharu pada 13 September lalu.
Berhubung laporan polis yang dibuat Istana Kelantan semalam berhubung beberapa salinan dokumen palsu berkaitan pengurniaan darjah kebesaran negeri oleh pihak tidak bertanggungjawab, Abdul Halim berkata pihak terbabit telah memalsukan namanya dan tandatangannya untuk menipu mangsa kononnya mereka mempunyai hubungan dengan saya untuk
mendapatkan darjah tertentu daripada Istana Kelantan, sedangkan ia tidak benar sama sekali.
"Saya tidak pernah berbuat demikian dan tidak mempunyai kuasa untuk mengurniakan darjah," katanya.
(Bernama)

Rumah Norhisham Disimbah Cat Merah. Kerja Siapa Pula & Apa Motifnya?


Rumah Noorhisham disimbah cat merah

KUALA LUMPUR: Kediaman Noorhisham Mohammad, 38, seorang daripada mangsa yang dibunuh bersama jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, disimbah cat merah semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang mengesahkan kejadian itu berkata ketika kejadian keluarga pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru itu tiada di rumah. Isteri dan anak-anak Noorhisham pulang ke Johor Bahru sejak Ahad lalu. Laporan polis mengenai perkara itu dibuat oleh seorang anggota keluarga Noorhisham di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada jam 9 malam setelah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jiran mereka.

"Seorang lelaki membuat laporan dan memberitahu rumah tiga tingkat Allahyarham di Taman Seraya, Ampang disimbah cat merah di halaman rumahnya (lantai)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Jalil berkata polis percaya kejadian itu bukan disebabkan dendam tetapi tersilap sasaran dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 kerana khianat.

Noorhisham, 38, dilapor hilang bersama Sosilawati, 47, pemandu Kamaruddin Shansuddin, 44, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat. - BERNAMA

Ulasan GB

Cat merah... ada kaitannya samada dengan gangster atau along. Kejadian yang menyerupai kes kediaman YB Manickavasagam sedikit masa lalu.

Sekali lalu ia seperti mencabar kewibawaan polis yang sedang menyiasat kes pembunuhan ini dan kedua mencabar rakyat yang sedang marah dengan pembunuhan itu.

Polis perlu menjelaskan hal ini. Kejadian ini berulang-ulang. ada kaitankah dengan gangster atau ia satu perencanaan pihak tertentu untuk tujuan tertentu?

Rumah siapa lagi yang bakal disimbah cat merah selepas ini sepertimana soalan siapa lagi yang akan mati selepas Sosilawati?

Suatu Hari Nanti Pakcik Ini Akan Masuk PAS.

Apa yang nak gua coretkan di sini adalah satu kisah yang berlaku dua minggu sebelum Ramadhan yang lalu, lama juga gua pendamkan kisah ini. Nak cakap salah tak cakap pun salah... tapi gua tak nak jadi macam puak2 parti umnoApco.... yang buruk perangai dan akhlak pun diorang kata baik dan wangi.

Dalam parti apa pun, dari kalangan pemimpin hinggalah kepada ahli biasa pasti ada orang-orangannya yang bodoh, bahlul, tolol, riak, ujub, tamak, sewel dan totok gilerbabas..., tidak terkecuali dalam Parti PAS, apatah lagi yang terlebih telan pil wala'.

Kisah ini berlaku di Masjid kejiranan Mertua gua (balik ke sana seminggu sekali jer...), ceritanya seorang Pakcik yang khabarnya seorang bekas Pegawai Waran 2 dalam askar (lu orang taulah sikap Pegawai Waran dalam askar, dengan misainya, panas baran, garang dan bengis), telah pencen kurang lebih 15 tahun yang lalu. Setelah pencen beliau menjawat jawatan sebagai Chief Security di sebuah Syarikat Pemaju Perumahan yang terkenal jugalah, dengan gaji yang lumayan.

Beliau juga dulunya adalah seorang setiausaha cawangan umno dalam Parlimen PJ Selatan, orang kuat Kapten Zahar (dulu-dulu sebelum Kapt. Zahar masuk PAS). Kini Pakcik tu... tidak memegang apa2 jawatan lagi dan hanya seorang ahli biasa sahaja (umnoApco).

Sewaktu aktif berparti dan berpolitik dahulu apatah lagi sebagai Setiausaha Cawangan, suara dia suatu masa dulu... perghhhh.... memang lantang gilerrrr.... siapa yang mengutuk pemimpin dan parti umnoApco... pasti kena semburan maut punya.... nak bertumbuk pun boleh... itulah gambarannya betapa karat dan totoknya beliau ketika itu.

Mungkin sudah menjadi lumrah kehidupan kebanyakkan puak2 umnoApco yang berjawatan dalam parti, kehidupan sosial diorang pun... boleh tahan juga, dengan minum2 (yamseng), dangdut, gro... judi adalah kebiasaan bagi diorang semua. Walau menjadi buah mulut masyarakat setempat, diorang tetap cool... dan masih memegang jawatan dalam parti. Itulah produk didikan dan peliharaan umnoApco.

Pada awal tahun ini (2010), memandangkan pakcik ini sudah semakin berumur dan berhenti dari pekerjaan beliau, maka anak2 pakcik ini telah bersepakat untuk menghantar beliau mengerjakan umrah. Pada mulanya beliau menolak tajaan umrah oleh anak2nya..., akhirnya setelah di pujuk rayu dan pelbagai nasihat, beliau akur juga. Maka berangkatlah beliau bersama isterinya ke Tanah Suci pada bulan 5 (May 2010) yang lalu.

Pada awal sekembalinya beliau dari Tanah Suci Mekah Al-Mukarahmah, apabila gua duduk bersembang dengan beliau di kedai kopi, banyak cerita serta nasihat berunsur kebaikkan yang beliau berikan, malahan mendesak gua supaya segera menunaikan umrah, ada kalanya dalam sentuhan ceritanya berkaitan Tanah Suci Mekah di iringi airmata... perghhhh.... pakcik yang suatu masa dulunya brutal karat umnoApco boleh tangkap syahdu dengan kerinduan pada Mekah Al-Mukarahmah. Macam tak caya jer... gua di buatnya.

Dalam waktu ini, beliau masih malu2 lagi untuk ke Masjid (berjemaah), hanya menunaikan Solat di rumah sahaja. Bagi gua itupun sudah cukup bagus jika hendak dibandingkan dengan perangai Jahiliyah beliau suatu ketika dahulu, jangan di katakan Solat Fardhu... Solat Jumaat pun beliau tak pandang langsung.

Dan ada suatu ketika beliau tanpa segan silu bertanya pada gua niat solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu. Ehhhmmm... sampai ke peringkat itu ceteknya pengetahuan agama beliau, gua yakin beliau tahu semua tu, cuma beliau mungkin keliru kerana lama tidak mengamalkannya, walau macamana pun... Syukur... Alhamdulillah... beliau tergolong dalam golongan orang yang menemui Hidayah Allah SWT, dan jujur mencari ilmu walau sudah terlewat umur. Semoga beliau isthiqamah dalam pencariannya.

Setelah berjinak2 dengan agama melalui pergaulan dan bacaan... akhirnya beliau menjejakkan kaki ke Masjid untuk berjemaah, menjadi lumrah orang yang mula berjinak dengan Masjid, pada awalnya pastilah akan berdiri dalam saf yang belakang setelah lama kelamaan barulah berani untuk mencelah di saf hadapan... betul tak...??? So... demikianlah keadaan pakcik itu.

Tapi apa yang gua kesalkan ialah, apabila pakcik itu sudah mula mempunyai keyakinan untuk berada di saf hadapan sekali, ketika itu untuk Solat Isyak. Setelah beliau memasuki saf hadapan... adalah seekor malaun (jemaah masjid dan orang PAS kawasan kejiranan pakcik tu jugak, gua kenal gitu-gitu jer...) telah menegur beliau dengan kata2;
"Pak Din, saf depan ni untuk orang PAS aje...,
orang umno sembahyang kat belakang"
Gua yang berada berhampiran berasa terbakar dan berangin dengan malaun PAS yang sekor nih..., mulut celupar dan berasa dirinya dah terlebih Islam dari apa yang Islam ajarkan, haramjadah bangang punya malaun. Macam itu ker... caranya Islam mengajar cara2 untuk berdakwah.

Memandangkan Imam sudah mengangkat Takbir, maka gua secara isyarat dan berbisik sambil memaut tangan pakcik tu... supaya kekal di safnya dan pedulikan kata2 malaun tersebut. Selesai memberi salam... pakcik tersebut terus berundur dan bangun kebelakang menunaikan solat sunat... gua hanya perhatikan saja, selesai berdoa... gua tengok pakcik tu dah hilang... terus balik agaknya.

Yang malaun PAS tadi pun... dalam sibuk gua melilau mata sambil bersalaman, dia pun dah start motor dan blah... tak sempat gua nak tegur.

Pada minggu hadapannya, apabila gua balik rumah mertua gua... maka berkesempatanlah berjumpa dengan Pakcik tu dan bersembang di kedai kopi macam biasa, bertanya khabar itu dan ini... maka gua dapat tau dia sekarang hanya bersolat di rumah dan tidak lagi ke Masjid seperti kebiasaannya.

Lagipun dia akur juga dengan kelancangan mulutnya suatu masa dahulu yang mengutuk orang2 PAS dan menjauhkan diri dari Masjid, dan dia menganggap kata2 malaun PAS tersebut sebagai kifarah buat beliau. Sedih dan kesian juga gua mendengarnya....

Walau apa pun alasan yang keluar dari mulutnya dan berkata dia tak ambik hati dengan cakap2 malaun PAS tersebut, tapi hati orang tua... paham2 jelah. Cuma yang gua kesalkan adalah cara malaun PAS tersebut menegur samada untuk bergurau atau menyindir Pakcik tu adalah tidak berhikmah sama sekali.

Harap perkara ini mendapat perhatian ahli2 PAS untuk mentarbiah sesama ahli lu orang semua, supaya jangan ada unsur2 ketaksuban politik dalam Masjid. Kerana Allah tidak menilai lu orang semua melalui Parti Politik yang lu orang ikuti. Dan Masjid bukanlah bapak lu orang yang punya untuk lu orang monopoli dan buat sesuka hati.

Terbaru yang gua dengar pada Ahad lepas, Pakcik tersebut akan berpindah ke Bandar Baru Bangi tinggal dengan anak perempuannya. Rumahnya di kejiranan mertua gua akan di jadikan sebagai istana hinggap sahaja pada hari Sabtu dan Ahad.

Kepada malaun PAS tersebut.... Tahniah.... gua ucapkan kerana berjaya menjauhkan seorang insan yang hendak mendekati Rumah Allah,  Takbir...Takbir...Takbir....!!!! 
IkutSukaAku