Isnin, 20 September 2010

Tidak mungkin sogok ahli










SHAH ALAM – Penglibatan secara langsung ribuan ahli dalam memilih calon pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan datang tidak memungkinkan berlakunya sebarang sogokan wang atau kata lain, politik wang.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali semalam berkata, pihaknya percaya tiada seorang pun calon yang mampu untuk berbuat demikian bagi meraih kemenangan.

Menurutnya, tujuan parti meminda perlembagaan adalah untuk mengelakkan berlakunya perkara berkenaan sekali gus menyuburkan amalan demokrasi.

“Tidak mungkin berlaku (politik wang) kerana tujuan kita meminda perlembagaan parti agar pemilihan dapat dijalankan secara langsung sekali gus mengelakkan politik wang.

“Dalam PKR, setiap orang (ahli) diberi peluang untuk memilih dan adalah tidak mungkin untuk seseorang itu mampu menyogok lima ribu orang untuk satu cabang sebagai contoh bagi meraih kemenangan,” kata Pengerusi PKR Selangor itu.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas berhubung dakwaan wujudnya unsur politik wang pada pemilihan parti kali ini.

Katanya, sistem pemilihan yang dibuat PKR berbeza berbanding UMNO yang menghantar perwakilan untuk memilih dan pastinya bilangan perwakilan yang sedikit memudahkan wujudnya unsur sogokan.

Ketika ditanya berhubung penyebaran melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) memburukkan calon yang bertanding, Azmin bagaimanapun mendakwa ia merupakan tindakan parti lawan untuk mengganggu gugat proses perjalanan pemilihan.

“Saya tidak percaya ia boleh berlaku kerana kita sentiasa berpegang kepada prinsip dan idealisme perjuangan.

“Saya tidak menerima sebarang aduan dan juga SMS berhubung perkara tersebut serta meminta anggota parti yang diberi kuasa untuk memilih barisan kepimpinan parti supaya menggunakan kuasa ini dengan bijaksana dan buat pilihan berdasarkan rekod kerja seseorang pemimpin itu," katanya.
SH.

MAJLIS PELANCARAN BUKU THE ROAD TO REFORM

Majlis Pelancaran buku The Road to Reform: Pakatan Rakyat in Selangor : 7:30 malam Isnin, 27hb Sept


Salam sejahtera,

Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) menjemput anda ke majlis pelancaran buku The Road To Reform: Pakatan Rakyat In Selangor di Petaling Jaya.


The Road to Reform merupakan buku pengenalan tentang pengalaman reform Selangor yang pertama lagi menyeluruh, berikutan Pilihanraya Mac 2008, dengan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional. Dengan susunan sekitar empat aspek teras perubahan – politik, ekonomi, sosial dan budaya – Para penulis fokus pada kedua-dua pencapaian dan kesukaran ketika merealisasikan cita-cita Pakatan. Buku yang ringkas, padat lagi mudah diperolehi ini wajib dibaca bagi sesiapa yang prihatin terhadap dasar dan politik perubahan Malaysia pada persimpangan yang penting serta genting ini.

Antara penulis-penulis yang hadir pada majlis pelancaran buku ialah: Abdul Aziz Bari, Wong Chin Huat, Andrew Khoo, Syed Husin Ali, Tony Pua, Gurmit Singh, Barjoyai Bardai, Fahda Nur, Colin Nicholas, Ong Kian Ming, Ahmad Farouk Musa, Sivin Kit dan Mavis Puthucheary.

Tarikh: Isnin, 27 September 2010
Masa: 7.30mlm – 10.30mlm
Tempat: Hotel Singgahsana, Persiaran Barat, off Jalan Sultan, Petaling Jaya (Sebelah Stesen LRT Taman Jaya)
Program

- Kata-kata aluan oleh Tricia Yeoh (Pegawai Penyelidik Menteri Besar Selangor)
- Ucapan oleh YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)
- Pelancaran Rasmi dan Penyampaian Cenderamata

Diskusi Panelis

Penyelaras: Ismail Gareth Richards (SIRD)

* Dato' Ambiga Sreenevasan (Pengerusi BERSIH & Bekas Presiden Majlis Peguam Negara)
* Edmund Terence Gomez (Profesor Fakulti Ekonomi & Administrasi, UM)
* Ibrahim Suffian (Pengarah Merdeka Center for Opinion Research)
* Jacqueline Ann Surin (Pengasas dan Editor The Nut Graph)

Penjualan buku dan tandatangan (sila rujuk pada risalah lampiran)
Sebarang persoalan sila hubungi Chong Ton Sin 016-379 7231 @ SK Chua 019-352 3864

Tolong sebarkan jemputan ini kepada rakan sekerja anda.

~~~~~~~~~~~~~~~~
GB Gerakbudaya/SIRD
11 Lorong 11/4E
46200 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia

T: +60 (0)3 7957 8343
F: +60 (0)3 7954 9202
W: www.gerakbudaya.com

Banggakah kita dengan Pavilion Malaysia di Shanghai?

Menara Berkembar Petronas adalah bangunan yang menjadi kebanggaan rakyat kita.  Hasil kerja arkitek Argentina Cesar Pelli dan Djay Cerico di bawah penyeliaan Syarikat Julius Gold.  Kita harus bersyukur kepada Tuhan, kerana bangunan itu masih berdiri megah tidak seperti beberapa binaan lain Negara kita yang amat menghampakan.  Stadium runtuh Gong Badak, perhentian bas runtuh Kuala Berang, bangunan retak Matrade, pasaraya runtuh Jaya Supermarket, tragedi Highland Towers dan tidak lupa siling bocor di Bangunan Parlimen.
Kita memang sudah terkenal dengan hasil kerja kontraktor-kontraktor yang korup.  Namun, sebagai warganegara kami sudah tidak dapat menahan malu apabila sikap ini dibawa ke pesada antarabangsa.  Pavilion Malaysia di Shanghai yang menelan belanja RM35 juta, amat menghampakan jika dibandingkan dengan mana-mana Pavillion Negara lain yang menyertai Expo tersebut, seperti Pavilion UAE dan Pavilion berputar Britain.
Ramai yang telah melaporkan bahawa Pavilion Malaysia sering menghadapi gangguan elektrik, dan kebocoran bumbung yang menyebabkan banjir yang kecil setiap kali hujan menimpa Shanghai.  Mungkinkah itu sebahagian daripada rekabentuk untuk menunjukkan kepada dunia kejadian banjir yang sering menimpa Negara kita?  Dengan kos mencecah RM35 juta, kami tidak dapat mencerna mengapa boleh berlaku masalah-masalah seperti itu.

Kami juga bingung akan mengapa Kementerian Pelancongan menyertai expo berkenaan, mungkin kerana tidak mahu ketinggalan dengan Negara-negara lain yang menyertainya.  Apa yang lebih membingungkan adalah dakwaan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong (gambar kiri) bahawa pemberian kontrak dibuat secara "direct nego" dengan Venturepharm Sdn Bhd sedangkan tender terbuka telah dibuat sebanyak dua kali, dan yang paling membingungkan, mengapakah kontrak berkenaan diberi kepada Venturepharm Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat farmaseutikal!  Seperti yang sering kami canangkan, kami tidak dapat memahami tindakan-tindakan kerajaan 1Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang telah mengunjungi Pavilion berkenaan, makanan yang disajikan dalam Pavilion disediakan oleh tukang masak asing yang tidak berapa mahir dengan cara masakan tempatan.  Mungkinkah tukang masak diambil dari India, seperti restoran Mamak di Negara kita?  Menurut Teresa lagi, Pavilion Malaysia gagal untuk menampilkan identiti Negara, gagal untuk mempromosi sejarah, budaya, imej, dan barangan buatan tempatan.  Yang kelihatan cuma promosi-promosi agensi pelaburan Persekutuan seperti MIDA dan Matrade.
Atas arahan Kementerian Pelancongan kepada Balai Seni Lukis Negara, Pavilion ini memilih senibina Minangkabau dengan seakan-akan corong asap di tengah-tengahnya?  Balai Seni Lukis Negara melalui pelukis graffiti mereka telah menerapkan lukisan batik di atas bumbung.  Setahu aku, Minangkabau bukannya ciri Malaysia tetapi Indonesia.
Pada 29 Mac, Pegawai Penyelaras projek ini, Mohd Majidi Amir atau nama yang digunakan di dalam facebook GumpPunkis Magdamir membuat pengakuan bahawa "aku terlibat last minute untuk pastikan teknikal dan kebajikan artis terjaga dan aku rasa kalau korang berada di tempat aku, korang akan balik awal sebab tekanan daripada pihak penganjur yang nak cover kelemahan mereka, hari2 aku terpaksa menahan sabar dan cuba berkompromi seprofesional mungkin kerana aku berdepan dengan bukan anak2 kecik tapi mereka yang memegang kuasa-kuasa besar sampai aku diugut menggunakan nama menteri, patriotisme kami dipertikaikan kerana taknak bersubahat dengan kesilapan yang 'mereka' lakukan, aku tak heran sapa diorang kerana bagi aku yang penting keselamatan artis dan kebajikan diorang terjaga."
"Bukan nak defensif tetapi balai memang tak keluar satu sen pun dalam projek ni kecuali elaun aku (elaun gomen) yang pada kenyataannya memang makan lepas ke telinga.  Tanggungjawab balai hanyalah jaga artis2 ni dan pastikan segala kontrak perlantikan depa betul, insuran nyawa diorg dibuat, makan minum diorg terjaga dan juga mereka boleh menyiapkan kerja mengikut kontrak yang diberi dan terus terang sedari awal aku pun tak setuju dengan design ni yang aku memang tak ambik tau pasal kosnya tetapi bila tengok feed back, pengunjung kat sana yang terdiri daripada peserta antarabangsa, wartawan dan para duta, aku tumpang gembira kerana hanya Malaysia melibatkan artis dalam projek sebegini dan tidak memberinya kepada tukang-tukang cat biasa atau penampal2 sticker yang tak ambik berat pasal apa itu seni... "
Kita lihat bagaimana negara-negara lain mempromosikan pavilion masing-masing.
Mereka sememangnya mementingkan ciri senibina dengan penerapan seni yang begitu tinggi nilainya.  Bukan sebuah bangunan Minangkabau yang atapnya mencecah lantai dengan corong asap di tengah-tengah.
Tidak cukup dengan semua itu, kenyataan Ng Yen Yen (gambar kanan) di Dewan Rakyat turut mengundang kontroversi.  Jawapan yang diberikan oleh Kementerian beliau kepada Parlimen amat menarik.  Antaranya berhubung kos pembinaan pavilion tersebut, jawapan bertulis daripada Timbalan Menteri Kementerian Pelancongan James Dawos Mamit kepada Teresa Kok menyatakan bahawa kos binaan, operasi dan musnah Paviliion berkenaan dijangkakan sebanyak RM20 juta.  Jawapan bertulis kepada wakil rakyat Batu Gajah, Fong Po Kuan pula menyatakan kos keseluruhan adalah sebanyak RM35 juta.

Menurut laporan Bernama 11 September 2010, Ng Yen Yen telah menyatakan jumlah pengunjung ke Pavilion tersebut sehingga 10 September 2010 adalah sebanyak 4.715 juta orang.  Majalah Forbes pula melaporkan bahawa sehingga 1 September 2010, sebanyak 47 juta orang telah mengunjungi Expo tersebut.  Cuma 10% daripada pengunjung Expo berkenaan mengunjungi Malaysian Pavillion.  Ng Yen Yen turut menyatakan bahawa hasil jualan Malaysia di Pavilion tersebut adalah sebanyak RM309, 073.00, yang bermakna setiap pengunjung membelanjakan purata RM0.065.

Kami terkesima membaca laporan Bernama tersebut bertajuk "Souvenir Sales At Malaysian Pavillion At Shanghai Expo Reaches RM230,317".  Kerajaan 1Malaysia telah membelanjakan RM35 juta untuk mempamerkan D-24, Tarian Singa, Gendang 24 1Malaysia, jualan kuih bulan dan Pertunjukan Orkestra.
Pendek kata, tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan Pavilion itu, malah kami berasa malu dengannya.  Mungkinkah kerajaan 1Malaysia kita sudah tidak mengerti malu?  Daripada pelbagai dakwaan Indonesia sehinggalah ke prestasi melucukan Timbalan Pendakwaraya (gambar kiri) dalam inkues kematian Teoh Beng Hock, kami sudah penat mencuba untuk menjustifikasi tindakan-tindakan kurang baik kerajaan yang semakin kerap kebelakangan ini.
Mungkin cubaan terakhir, sekurang-kurangnya Malaysian Pavillion di Shanghai Expo 2010 masih berdiri megah tanpa segan silu tidak seperti bumbung Stadium Gong Badak di Terengganu.  Terasa satu sensasi panas di kedua belah pipi apabila mengucapkan baris itu.  Terasa umpama menipu diri sendiri.  Mungkin semua ini cuma sementara, mungkin selamanya, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
*Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh ialah penulis bebas.

Tian Chua: Masalahnya dengan PKR...

Menawan Putrajaya - satu misi yang mungkin terlalu mencabar untuk sebuah parti politik yang hanya berusia 11 tahun.  Lebih-lebih lagi, parti ini mula dibebani dengan pelbagai masalah sebelum ia sempat menjejak langkahnya ke Putrajaya - perbezaan pendirian sehingga tercetusnya perbalahan terbuka, arus "keluar parti" yang menderas, perebutan kuasa dalaman dan sebagainya.
Sementara Anwar Ibrahim menjulang harapan anggota parti dan penyokong di luar parti untuk merampas kuasa kerajaan persekutuan daripada regim Barisan Nasional (BN), Ketua Umum PKR ini juga tidak terelak daripada menjadi sasaran pertama yang dituding jari, apabila situasi parti menjadi seolah-olah di luar kawalannya.
Bermula daripada pertikaian isu agama Islam yang dicungkil Zulkifli Noordin, disusuli pula pemimpin yang keluar parti seperti Zahrain Hashim, Salehuddin Hashim, Wee Choo Keong dan sebagainya; sehinggalah apa yang berlaku di Selangor antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim dalam Kongres Nasional Tahunan pada Mei 2010, PKR memberi persepsi yang semakin tercalar di khalayak ramai.
Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 11 Julai 2010, Tian Chua, salah seorang "veteran" yang masih tinggal dalam PKR, memberi gambaran dari kaca matanya di sebalik "kekecohan" ini.
Kelemahan, juga keistimewaan Anwar
Zulkifli Noordin mencetuskan pertikaian sejak beliau merempuh forum bertemakan isu agama anjuran Majlis Peguam Malaysia pada Ogos 2008.  Namun demikian, isu ini dikendalikan secara "berhati-hati", malah lebih tepat secara "senyap-senyap", memandangkan seluruh tenaga PKR ditumpukan pada PRK Permatang Pauh, yang menyaksikan "kembalinya Anwar secara rasmi" ke dalam parlimen.
Anwar dituduh teragak-agak untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap bekas peguamnya yang menyarung jersi PKR untuk bertanding di Kulim Bandar Baru ketika PRU ke-12.  PKR hanya memecat Zulkifli Noordin (gambar kanan) pada Mac 2010, setelah beliau membuat laporan polis terhadap Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam-PAS, berhubung isu penggunaan kalimah Allah.
"Adakah ini kelemahan, atau keistimewaan Anwar?  Pada dasarnya Anwar seorang demokrat.  Jadi beliau selalu menyimpan 'sangka baik' terhadap kritikan yang dilontarkan terhadapnya.  'Dia kritik saya, ok-lah, sabarlah, saya bincang dengannya kemudian selesai' (sikap Anwar)."  Tian Chua membela Ketua Umumnya, sambil memberi contoh bagaimana Anwar mempertemukan Zulkifli Noordin dengan tokoh agama, Yusof Al-Qaradawi, untuk membincangkan isu penggunaan kalimah Allah.
Tian Chua berkata, ramai orang yang menganggap bahawa Anwar (gambar kiri) mempunyai kedudukan yang tidak tercabar dalam parti, tetapi pada hakikatnya, Anwar jarang menggunakan kewibawaan ini untuk menyelesaikan masalah.  Sebaliknya beliau tetap dengan "sangka baiknya", dan beliau tidak percaya, seandainya diberitahu, misalnya "Wee Choo Keong telah bertemu dengan pemimpin UMNO".
"Semestinya ia (sikap Anwar ini) ada baik dan buruknya.  Ini bermakna apabila berdepan dengan masalah, maka orang di sisi Anwar perlu memikirkan cara untuk mengurangkan bahaya dan ancaman masalah tersebut," katanya.
Antara disiplin dengan perbezaan pandangan
Ketika mengulas siri kejadian yang berlaku, sehingga PKR dilihat "kecoh", Tian Chua mengakui bahawa partinya masih dalam proses untuk mengimbangkan diri, antara "disiplin" dengan "ruang perbezaan pendapat".  "Adakah kami perlu mengetatkan disiplin ke satu tahap, di mana kesemua daripada kami mencapai muafakat, 'tiada masalah' (no problem), ataupun kami dibenarkan untuk mengakui bahawa kami mempunyai pendapat yang berbeza?"
Tian Chua (gambar kanan) menyedari bahawa "demokrasi yang membenarkan ruang perbezaan pendapat kadang-kala menimbulkan riuh-rendah yang membingitkan, sehingga rakyat hilang yakin terhadap parti", tetapi menganggap situasi ini tidak semestinya sesuatu yang buruk seandainya PKR-Pakatan Rakyat telah mengambil alih kuasa kerajaan.
Lantaran daripada itu, Tian Chua menafikan tuduhan bahawa Anwar mempunyai kedudukan tertinggi yang tidak boleh dicabar dalam parti.  "Jikalau semuanya diputuskan Anwar, maka kami tidak akan mempunyai katak, tidak ada riuh-rendah, tiada lagi orang yang kata 'saya nak ikut halatuju ini dan ada pula yang mahu ikut halatuju itu di Selangor'."
Bagaimanapun, Tian Chua mengakui kelemahan PKR yang selama ini beroperasi berdasarkan "idealisme".  Mekanisme 'puji dan hukum' (power of reward and punishment) dalam PKR masih lemah, dan perlu diperkasa untuk kepentingan jangka panjang parti, katanya.
Keluar parti: Pengaruh budaya UMNO?
Kebangkitan semula PKR selepas 8 Mac 2008 mungkin cukup memberangsangkan buat reformis yang lebih satu dekad bergelut dalam perjuangan ini.  Namun, keghairahan ini surut tidak lama kemudian, lebih-lebih lagi selepas kegagalan rampasan kuasa pada 16 September 2008.
Ada yang menuduh bahawa arus keluar parti ini dibayangi "pengaruh budaya UMNO" yang masih kuat di kalangan anggota, malah pemimpin PKR.  Tian Chua menyangkal analisa sedemikian, "padahal PAS mempunyai lebih ramai bekas anggota UMNO daripada PKR".
Tian Chua meminjam istilah Marxisme, untuk menjelaskan bahawa kebangkitan sesebuah parti yang menganjurkan revolusi (perubahan) biasanya dimulakan dengan golongan "Lumpenproletariat", iaitu mereka yang tidak memiliki apa-apa untuk dihilangkan (nothing to lose).  Golongan pertengahan seperti peguam, ahli korporat biasanya hanya menyusul di belakang.
Menurut Tian Chua, PKR mempunyai ramai anggota seperti itu (golongan Lumpenproletariat), yang tidak semestinya bekas ahli UMNO.  Bukan semua daripada mereka mempunyai "agenda reformasi" untuk dimainkan dalam otak.  Jadi, apabila PKR memegang kuasa (kerajaan negeri), orang yang tidak mempunyai idealisme reformasi mula merungut.
"Sesetengah akan berkata, untuk 10 tahun saya berkorban, kini tibalah masa saya mengecapi kekayaan dan kemewahan."  Golongan ini akan meninggalkan PKR dengan penuh kekecewaan, apabila parti ini gagal memenuhi kemahuan mereka, jelas Tian Chua.
Golongan kedua pula, dilambung ke atas kerana ombak tsunami politik PRU ke-12, biarpun tidak masak dengan dasar mahupun selok-belok pentadbiran kerajaan negeri.  Mereka menyedari bahawa diri mereka tidak layak untuk tempat itu, malah tidak mungkin dipilih semula untuk menyandang jawatan tersebut.  Jadi, mereka memilih untuk meninggalkan PKR, memandangkan orang yang baru masuk PKR memiliki kelebihan daripada diri.
Tian Chua mengambil ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Hashim (gambar kiri) sebagai contoh untuk golongan ketiga, iaitu ahli korporat proksi UMNO.  Golongan ini dipinggirkan semasa perbalahan dalam UMNO, kerana "tersilap" pilih sekta.  Oleh itu, mereka pun menyertai PKR.  Selepas PKR menguasai kerajaan negeri, maka mereka pun mendesak agar mereka dilantik sebagai pengarah syarikat tertentu, untuk mengembalikan kemegahan mereka seketika dahulu.
Selain tiga golongan di atas, Tian Chua menganggap suara berbeza yang muncul dalam parti disebabkan corak pimpinan yang berbeza.  Tian Chua selanjutnya mengulas perbezaan yang timbul antara Menteri Besar Selangor, dengan Azmin Ali, Naib Presiden yang baru-baru mengambil alih jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor dari Khalid Ibrahim.
Khalid vs Azmin
"Saya tidak boleh secara ringkasnya, melabelkan Khalid sebagai golongan progresif, dan Azmin sebagai golongan konservatif.  Untuk saya, perbezaannya sebegini, langkah pembaharuan dalam sistem kakitangan awam dan korporat terlalu perlahan.  Dasar parti gagal diterapkan sepenuhnya.  Ini kerana kami terlalu beri muka kepada kakitangan kerajaan ini, dan kami terlalu ikut prosedur.  Tapi prosedur ini ditetapkan UMNO.  Tan Sri (Khalid) tidak mahu menyentuhnya pada kebanyakan masa," kata Tian Chua.
Tian Chua menjelaskan, Khalid Ibrahim (gambar kanan) enggan mengubah model yang lama kerana khuatir menyinggung pegawai kerajaan ini.  Inilah punca kekecewaan anggota parti.  Bagaimanapun, Tian Chua menganggap niat Khalid mungkin baik, iaitu orang yang melaksanakan dasar bukan datang dari parti.
"Masalahnya apabila kami berdepan dengan tekanan, anda menyerahkan jawatan ini kepada ahli profesional dan pegawai kerajaan.  Ia menyebabkan satu situasi tersekat (jam), dan menjadi rintangan kepada diri kita."  Tian Chua bersambung, maka orang dalam parti tertanya-tanya, "mengapa orang ini bekas penyokong BN, dan kini hanya dengan menukar topinya (sokong BN), dia masih memegang jawatan dalam kerajaan kami?"
"Caranya mengolah isu ini, atau penyampaiannya memberi gambaran seakan-akan dialah yang mahukan jawatan tersebut, tetapi pada hakikatnya bukan semestinya begitu," jelas Tian Chua.
Tian Chua seterusnya memberi contoh masalah yang dihadapi Khalid Ibrahim, yang akhirnya menjurus kepada penyerahan jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor kepada Azmin Ali.
"Dalam mesyuarat, seorang Ketua Cabang mengetengahkan masalahnya.  Hutang bil air dan elektrik pejabat cabang telah tertunggak untuk tiga bulan, dan akan dipotong jika tidak dijelaskan.  Khalid tidak mungkin memberi satu projek kepadanya, dan berkata 'nah, kamu pergi selesaikan masalah ini'.  Maka ketua cabang pun mencadangkan jamuan kutipan derma, dan meminta agar Tan Sri (Khalid) hadir."
"Sudah tentu Tan Sri (Khalid) bosan dengan perkara remeh temeh ini, kerana beliau sebagai Menteri Besar nak uruskan hal pentadbiran negeri.  Jadi, beliau akan mengambil sikap 'jangan kamu bangkitkan isu ini kepada saya, kamu cakap dengan orang lain'... Masalahnya, Tan Sri ialah Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor.  Pemimpin akar umbi akan tertanya-tanya, siapa lagi yang harus selesaikan masalah bil bekalan air dan elektrik, kalau bukan beliau?"
Tian Chua (gambar kanan) menambah, "Ini masalah yang benar wujud, dan bukan soal Ketua Cabang tamakkan wang, merungut kerana tidak mendapat projek.  Parti pada peringkat pusat kini memberi arahan, menggariskan matlamat pendaftaran pemilih pada 6000 orang setiap cabang.  Tetapi ketua cabang berkata, bil air dan elektrik belum dijelaskan, saya gagal mencapai matlamat yang digariskan."
Dalam situasi sedemikian, Tian Chua tidak menolak bahawa timbulnya rungutan daripada segelintir anggota parti, yang mahukan Khalid Ibrahim dijatuhkan, tetapi agak keterlaluan untuk dikatakan bahawa wujud satu komplot yang terancang agar Khalid digulingkan.
Tian Chua, yang mengakui dirinya bukan menyetujui Azmin Ali (gambar kiri) dalam semua isu, bagaimanapun sanggup membela Azmin Ali dalam isu ini.  Pada tanggapan Tian Chua, adalah kurang adil untuk Azmin Ali apabila ditonjolkan dengan imej negatif dalam media.
Tian Chua, pemimpin yang sama taraf dari segi senioritinya dengan Azmin Ali, berkata "veteran" seperti mereka akan menerima arahan bos, Anwar untuk menyelesaikan masalah yang timbul, misalnya di Sabah.  "Tetapi untuk sesetengah orang, kami akan dianggap sebagai 'wakil dari pusat untuk campur tangan' dalam isu tempatan, atau negeri," katanya.

Dialog dara bunting......alahai.....

Penyelia 'Sekolah Termengandung' bersama dua kakitangan menemubual murid mengandung anak zina. Agak2nya perbualan mereka berkemungkinan berkisar seperti berikut.

Kakitangan 1 : Macamana adik boleh terjebak dalam perzinaan ini?

Murid : Kami lakukan suka sama suka......redho meredhoi.....malah kami ikhlas

Kakitangan 2 : Bila dan dimana?

Murid : Pada malam menyambut tahun baru dan setiapkali ada event besar seperti malam Kemerdekaan, Hari Valentine dan sebagainya. Kami lakukan hanya di Hotel Bajet......kadang di Dataran je.

Kakitangan 3 : Tak malu ke.? Tak takut ke...kot2 termengandung?

Murid : Apa nak dimalukan......kawan-kawan pun sama gak.....buat benda yang sama. Mula2 takut gak.....mula2 rancang nak buang bayi kalau lahir.....tapi dah ada sekolah ini.....tak jadilah.

Kakitangan 1 : Tak takut dosa ke?

Murid : Takut gak.....tapi mereka yang menyemarakkan penzinaan lagi berdosa. Siapa suruh buat konsert hingga pagi. Kami anak muda teruja untuk pergi.

Kakitangan 2 : Apa cadangan kamu untuk mengurangkan gejala ini.

Murid : Tutupkan pintu maksiat,

Kakitangan 3 : Tapi itu pilihan kamu. Nampaknya kamu ni pandai dalam Agama.

Murid : Mereka yang alim dalam Agamalah bertanggungjawab mendesak pemerintah menutup pintu maksiat. Mereka pun turut berdosa sama dengan saya. Saya buat dosa melibat hanya saya sorang.....tapi 'mereka' menyemarakkan maksiat melibatkan ribuan orang senasib dengan saya.

Semua kakitangan : Kamu tersilap masuk sekolah ni.....sepatutnya kamu masuk sekolah Agama.

Murid : InsyaAllah selepas bersalin saya akan sambung pengajian saya ke sekolah Agama. Saya sudah bertaubat sekarang.....tapi bagaimana dengan mereka yang alim dalam Agama dan pemerintah.....sudahkah mereka bertaubat?????

Semua kakitangan : Menoleh antara satu sama lain dan sepakat mengatakan.....betul jugak kamu nih.

Hak untuk memilih

Dalam pilihanraya Umum 2008 yang lalau di Perak, terdapat 1189799 orang pengundi yang berdaftar. Dari jumlah tersebut,seramai 871,050 (73.2 %) keluar mengundi manakala seramai 318729 (26.8%) tidak mengundi. Siapa yang tidak keluar mengundi ini?
Mereka adalah orang-orang yang sudah mati ataupun yang tidak mahu mengundi. Pasai apa yang masih hidup tak mahu mengundi? Sebab mereka tidak mahu mengundi!! Tak mahu terlibat dengan politik dan tak mahu terlibat dengan apa-apa pun. Nak dikategorikan mereka ini sebagai golongan apa? Aku setuju kalau mereka ini dipanggil non-partisan. Sebab mereka tidak mahu mengambil bahagian dalam apa jua bentuk politik.
Dari 871,050 pengundi yang keluar mengundi, seramai 20, 051 (2.3%)pengundi telah merosakkan kertas undi mereka. Nak dikategorikan mereka ini sebagai apa? Sama ada mereka tak tau mengundi atau pun protes. Mereka ini tak boleh dikategorikan sebgai non-partisan kerana niat mereka ialah untuk membuat keputusan yang memihak kepada salah satu pihak. Tapi oleh kerana tak tahu macam mana nak pangkah, atau kerana marah calon depa tak terpilih, depa rosakkan kertas undi.
Dari 871,050 pengundi yang keluar mengundi ini, 130,000 adalah ahli Pakatan Rakyat manakala lebih kurang 300,000 lagi adalah ahli BN. (agak-agak saja). Jumlahnya baru 430,000 pengundi yang menganggotai parti. Selebihnya nak dipanggil apa? Yang ini juga tidak boleh dikatakan non-partisan kerana mereka telah membuat keputusan untuk mengundi kepada salah satu pihak.
Selagi seseorang itu tidak memihak kepada salah satu pihak, maka dia boleh dikatakan non-partisan, tetapi apabila dia membuat keputusan untuk memihak…dia tidak boleh lagi dipanggil non-partisan.
Setiap parti mempunyai sejumlah kecil pengundi tegar…direndam tak busuk dijemur tak kering. Katalah apa pun…”hidup matiku adalah untuk Umno/Pas/PKR.”
Kemudian, setiap parti juga mempunyai ahli yang memaksa dirinya mengisi borang. Mereka ini hanyalah penumpang parti.Pegang jawatan tak mau…buat kerja parti pun tak mau…tapi mengundi no problem.
Akhirnya, setiap parti mempunyai sejumlah besar penyokong. Yang ni tak mau jadi ahli…tapi setakat menyokong. Dan kumpulan ini aku panggil Pengundi Atas Pagar.(PAP) Depa boleh lompat sebelah sana, depa juga boleh lompat sebelah sini.
Apabila aku membuat keputusan untuk menyokong Pakatan Rakyat, aku sudah tidak layak untuk dipanggil non-partisan. Dan aku juga bukan lagi Pengundi Atas Pagar. Orang bagi jawatan …aku terima. Tapi kalau nak berebut..tak payah pun tak apa. Jadi…aku juga bukan pengundi tegar parti.
Kalau orang parti buat salah…aku bancuh juga. Lagi sekali..aku juga bukan jenis yang wala’ kepada pemimpin parti.
Ni ahli parti jenis apa?
Aku kategorikan diri aku sebagai bebas. Tetapi bebas tidak bererti neutral atau non partisan. Aku bebas untuk menyokong sapa-sapa. Dan aku bebas untuk memihak sapa-sapa.
Pasai apa aku masuk PKR? Tak masuk Pas atau DAP? Huh!! lagi panjang kalau nak jawab.
Aku tulis benda ni pasai ramai orang mengatakan aku sekarang sudah bukan lagi non-partisan semenjak Pemilihan PKR 2010 ini. Sebenarnya, dari dulu lagi aku bukan non-partisan. Mungkin definasi yang sesuai untuk aku sebelum ini ialah Pengundi Atas Pagar. Mana yang aku suka, yang tu aku pangkah. Aku juga kempen untuk orang dalam pemilihan 2007 dulu.
Pengundi Atas Pagar atau bebas ini juga akan kembali menjadi non-partisan apabila dia selesai membuat keputusan. Cuma masa dia membuat keputusan itu berbeda dengan pengundi tegar. Pengundi tegar akan tetap menyokong pilihanya dari dulu, kini dan selamanya. Tapi Pengundi Atas Pagar atau bebas membuat keputusan mungkin sebulan dari tarikh pemilihan atau pengundian. Ada juga yang membuat keputusan diminit terakhir. Hakikatnya, selagi seseorang itu mengundi pilihannya…dia bukan lagi non-partisan. Tetapi sebaik saja selesai pemilihan atau pengundian, dia akan kembali menjadi pengundi atas pagar atau bebas. Kalau tak betul..yang diundinya akan dilawan balik.
Beberapa bulan yang lalu, aku dikategorikan sebagai Pengundi Atas Pagar. Beberapa minggu yang lalu, aku buat keputusan untuk menyokong Zaid bagi Timbalan Presiden. Bagi jawatan Naib Presiden…aku belum buat keputusan..jadi aku masih lagi atas pagar.
Dan apabila aku membuat keputusan..jangan harap aku jadi pengundi atas pagar.
Semalam, selepas Debat Calon Ketua AMK, aku juga dah buat keputusan siapa yang aku sokong, walaupun aku tak boleh mengundi.
Mungkin lepas ni, aku akan buat keputusan sapa Calon Naib Presiden yang akan aku sokong. Di ikuti dengan calon-calon Majlis Pimpinan Pusat.
Dan selepas ini jangan kata aku bias, prejudis,berat sebelah dan sebagainya. Sebab aku juga ada hak untuk memilih sapa yang aku suka. Dan aku juga ada sebab pasai apa aku pilih seseorang itu.
Kecuali kalau aku non-partisan..tidak minat langsung dengan proses demokrasi. Sapa nak menang ka..nak kalah ka..mampuih pi.
MSK

Misteri FDI lari terjawab


Persoalan mengapa FDI lari dan tak mahu masuk ke Malaysia terjawab hari ini.

Malaysia penuh dengan kejadian misteri. Misteri yang tak masuk akai!!

Surat misteri daripada Teoh Beng Hock sebelum dia mati adalah salah satu sebab mengapa pelabur tak mau masuk lagi ke Malaysia.

Kah... kah... kah... kah...

Cer baca ini...

Ean Yong, Dalam keadaan tak menyalin file dalam komputer saya mereka telah ambil komputer. Mereka asyik menyalahkan kamu. Minta maaf. Tidak mengerti tapi pura-pura mengerti, akhirnya menyusahkan kamu.

Saya kata 'mendapat kelulusan YB'. Mereka berdegil menaip menjadi 'mengikut arahan YB'. Saya tak dapat membantu kamu, maaf. Minta maaf. Saya amat penat. Selamat tinggal.

Kah... kah... kah... Tak ke gilerr babi?? Surat misteri yang berbunyi macam nak mengena jer...

Aha.... mengena dan memperdaya, supaya kita percaya yang Teoh ada sebab nak bunuh diri.

Itu.... misteri pembunuhan Teoh Beng Hock. Misteri pembunuhan Altantunya lagi giler babi!!

Misteri-misteri gilerr babi ini, membuat kita, rakyat Malaysia yang ada otak dan dunia luar skeptikal terhadap badan penguatkuasa negara kita, seperti... SPRM serta PDRM dan tak terkecuali badan kehakiman kita. Semua dilihat sudah malfunction!! Sistem pentadbiran negara dilihat rosak teruk dan tak berfungsi seperti yang sepatutnya.

Dunia khususnya para pelabur hilang kepercayaan kepada kerajaan UMNO/BN yang menjadi punca dan penyebab porak perandanya pentadbiran negara. Kerajaan hari ini, dilihat tak ada akauntabiliti dan tak ada integriti.

Lantas, pelabur asing kata.... Ayuh calo!! Kita cari negara lain. Kerajaan, negara lain yang lebih boleh dipercayai dan yang tidak gilerr babi!!

Sekarang, you all tahu mengapa FDI merosot dan tak mahu masuk lagi?? Jangan pandang remeh misteri-misteri ini... Ia juga menjadi faktor, mengapa FDI lari!!

Sumber dari sini dan sini

Pahat Masih Berbunyi, Adakah Rumah Sudah Siap?

Permasyhuran Sultan Kelantan Yang Baru Dicabar

KUALA LUMPUR: Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra telah memfailkan satu petisyen di Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin bagi mencabar pemasyhuran anakanda sulung Baginda, Sultan Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang sah, kata peguam, Datuk Param Cumaraswamy.
Beliau berkata, pihaknya telah meminta mahkamah untuk campurtangan dan mengisytiharkan Baginda sebagai Sultan Kelantan yang sah.
Pada sidang medianya pada Isnin, Param berkata, Tuanku Ismail, 60 tidak mengiktiraf pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail sebagai Sultan Kelantan yang sah pada 13 September lalu.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan bahawa Tengku Muhammad Faris telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru bagi menggantikan Sultan Ismail Petra yang menghidap stroke sejak Mei 2009.
Baginda yang uzur pada ketika itu mula mendapatkan rawatan di Hospital Mount Elizabeth di Singapura pada 24 Mei tahun lalu dan pulang ke Istana Mahkitan pada 4 Mac lalu selepas kira-kira 10 bulan mendapatkan rawatan.
Param mendakwa istiadat permasyuharan telah menjejaskan kedudukan anak guamnya.
Dua persoalan yang diketengahkan untuk didengar oleh Mahkamah Persekutuan ialah sama ada Tengku Mahkota mempunyai kuasa penuh sebagai sultan untuk melantik semula Majlis Perajaan Negeri dan untuk meminda perlembagaan negeri bagi membolehkannya menaiki takhta.
Menurut Param, wujud dua isu perundangan ekoran pindaan perlembagaan negeri dan pelantikan Tengku Mahkota sebagai sultan.Pertamanya, kata beliau, pramasa bagi Tengku Mahkota mengambil alih kuasa yang diberikan kepada sultan memandangkan isu berkenaan masih dipertimbangkan oleh Mahkamah Persekutuan.
Keduanya, menurut beliau, status Majlis Perajaan Negeri sendiri sedang dipertikaikan boleh memilih dan melantik Tengku Mahkota sebagai Sultan Kelantan.
Hari ini, petisyen ketiga difailkan untuk meminta pandangan Mahkamah Persekutuan sama ada Tengku Muhammad Faris sebagai Tengku Mahkota dan Pemangku Sultan mempunyai kuasa di bawah perlembagaan negeri untuk membuat pindaan.
Kata beliau, oleh kerana isu-isu itu kini telah dibawa ke perhatian Mahkamah Persekutuan, maka mereka yang menasihatkan Tengku Mahkota harus mengelak daripada melakukan perkara yang boleh prejudis petisyen didengar.
Mahkamah Persekutuan dijadual untuk memutuskan sama ada mereka mempunyai budi bicara untuk mendengar dua petisyen pertama pada 23 Oktober ini.
Kata Param, kemungkinan mahkamah juga akan memutuskan petisyen yang ketiga.
“Kami mahu panel penuh Mahkamah Persekutuan mendengar kerana kes ini mempunyai kesan mendalam membabitkan negeri-negeri lain yang mempunyai sultan,” kata beliau.
Sumber mStar

 Cara Ismail Sabri raikan Aidil Fitri

TEMERLOH, 20 Sept: Pelbagai pihak melahirkan rasa kesal dengan tindakan anggota Parlimen Bera yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Sabri Yaakub yang telah mencemarkan sama sekali kesucian Aidil Fitri.

Aidil Fitri dicemarkan oleh beliau di majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri yang diadakan di Laman Kerayong, Parlimen Bera pada 19 September semalam.

Dalam majlis itu, Ismail telah mempersembahkan tarian yang sangat tidak sesuai untuk dipertontonkan oleh beliau kepada penduduk tempatan sempena hari raya Aidil Fitri yang sepatutnya diraikan dengan penuh kesyukuran oleh umat Islam.

Video tarian itu kini disebarkan melalui YouTube dan mendapat bantahan dari pelbagai pihak.

"Ha3 Inilah satu lagi cara Melayu sambut raya. Selain tengok cite2 hantu malam raya. Last2 jdï hantu raya...

"p/s: boh la lagu joget/rap melayu. Barulah masuk dgn tema raya cara umno," tulis satu komen dalam laman YouTube itu.

Klik di sini untuk melihat tarian yang dipersembahkan oleh Ismail Sabri untuk para pengundinya sempena Aidil Fitri semalam.

Thanks but no thanks


Walau pun dia sudah mendapat pencalonan yang lebih daripada mencukupi, namun Anwar Ibrahim tetap tidak akan bertanding jawatan Presiden Keadilan.

Terima kasih jer lah... Biarlah tanggung jawab mengepali Parti Keadilan itu dipikul oleh Wan Azizah. Well... kalau itu pendirian dia dan dia bertegas untuk tidak mahu bertanding... biarkan saja. Kita kena hormat pendirian dan keputusannya.

Apa-apa pun.... dia tetap akan menjadi Ketua Umum bagi PKR dan lebih selesa memainkan peranan untuk memperkukuh persefahaman gadingan PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Mungkin dia percaya yang Wan Azizah mampu mengurus parti, jadi biarlah dia concentrate untuk memantapkan Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU13.

Tambahan pulak, kes Sodomi II dia masih belem setel lagi. Seperti mana yang dilaporkan hari ini, Mahkamah Rayuan 1Malaysia, telah menolak rayuannya untuk mengetepikan kes tersebut.

Dah dapat agak dah... Tapi, dia tak putus asa. Itulah semangat kental, seorang pejuang dan seorang survivor.

Lawan Tetap Lawan!! Melalui peguamnya, dia akan membuat rayuan pula kepada Mahkamah Persekutuan.

Sama ada berjaya atau ditolak sekali lagi, sama-samalah kita tunggu dan lihat...

 

Kes Sosilawati: Profil DNA Ambil Masa - Jabatan Kimia


Profil DNA kes bunuh Sosilawati ambil masa: Jabatan Kimia

Penggunaan analisis DNA dalam mengenalpasti mangsa dalam sesuatu kes jenayah kadangkala menghadapi kesukaran dari segi pengesahan identiti mangsa, menurut Ketua Pengarah Jabatan Kimia, N Hithaya Jeevan (gambar).

Beliau berkata, ia termasuk pengesahan menggunakan DNA dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya, baru-baru ini. Katanya, antara kesukaran yang dihadapi adalah tempoh masa yang diperlukan untuk menjalankan profiling DNA ke atas bukti-bukti yang ditemui, termasuk cebisan tulang dan sampel rambut yang ditemui di lokasi kejadian. "Kita menjangkakan profil DNA (kes pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya) itu akan disiapkan dalam masa terdekat ini.

“Bagaimanapun kita tidak boleh meletakkan tempoh tertentu untuk menyerahkan profil DNA terbabit kepada polis. Jangka masa profil (DNA) untuk disiapkan bergantung kepada berapa banyak bahan bukti serta penemuan yang ditemui di lokasi kejadian," katanya.

Sosilawati 47, bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Polis kemudian mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting dekat sini.
Susulan itu, Unit Forensik Polis menemui beberapa objek termasuk serpihan tulang dan sampel rambut yang dipercayai bahan bukti dalam kes pembunuhan itu, dan polis telah menghantar sampel tersebut ke Jabatan Kimia untuk analisis pada minggu lalu.

Hithaya Jeevan berkata, jabatan itu sebelum ini, pernah mengendalikan kes yang rumit dan mengambil masa yang agak lama untuk memperoleh keputusan profil DNA bagi kes berkenaan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu serta kes pembunuhan penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong.

"Kes Altantuya dan Canny Ong juga mempunyai kerumitan untuk mendapatkan keputusan DNA yang tepat (bagi setiap kes). Kami perlu mengikut protokol antarabangsa yang telah digariskan," katanya.

Hithaya Jeevan berkata, dengan kekuatan enam tenaga pakar forensik yang terlatih di jabatan itu, beliau berharap ia dapat mempercepatkan perolehan keputusan profil DNA kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain, dan sekali gus dapat menyelesaikan kes pembunuhan itu.

"Jika keputusan ini sudah diperoleh kita akan rujuk kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. - Bernama

Menara Tertinggi Didunia Terbaru Selepas Burj Dubai

Dubai nak satu lagi monumen pelir gergasi

Selepas terbinanya Burj Khalifa, sebuah lagi "menara tertinggi" bakal dibina di Dubai. Kali ini ianya dinamakan Nakheel Tower and Harbour. Tinggi menara ini dijangkakan mencecah 1 400 meter dan bakal mejadi focal point pelabuhan Nakheel seluas 270 hektar. Ini bermakna ianya hampir dua kali ganda ketinggan Burj Khalifa yang "hanya" berketinggian 827 meter!

Bentuk Nakheel Tower diilhamkan oleh rumah api purba Alexandria. Ia juga bakal mengambil contoh senibina jambatan Isfahan, taman-taman Alhambra dan promenad Tangiers.

Korang pasti tertanya-tanya "kenapa sial arab ni bazir?". Jawapannya mudah. EGO! Menara Burj Khalifa dibina oleh syarikat EMAAR. EMAAR ialah rival utama Nakheel di Dubai. Kedua-dua starikat dimiliki 2 orang putera mahkota yang nak tunjukkan pelir siapa lebih besar! LOL

Caj tanah KTMB: Malaysia, Singapura rujuk timbang tara...tara mana nak timbang tue..!!!

September 20, 2010
Najib bersalaman dengan Lee selepas sidang media bersama di Istana Singapura pada lawatan kerja rasmi 24 Najib di Singapura di sini, hari ini. — Gambar Bernama
 
SINGAPURA, 20 Sept — Malaysia dan Singapura bersetuju untuk membawa isu tertangguh berhubung bayaran bagi pembangunan tanah KTMB di republik ini, yang akan dimajukan secara bersama oleh kedua-dua negara, ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa. Kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatan beliau dari Singapura Lee Hsien Loong di Istana di sini hari ini menyebut bahawa kedua-dua pemimpin itu bersetuju menyelesaikan isu berkenaan secara baik melalui timbang tara di bawah naungan Mahkamah Timbang Tara Tetap.
Kenyataan itu berkata kedua-dua negara mempunyai pandangan berbeza tentang caj yang perlu dibayar melibatkan Perkara-perkara yang Dipersetujui (POA) berhubung bayaran bagi tiga bidang tanah berkenaan di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands.
Tanah terbabit dijangka dimajukan sebuah syarikat usaha sama 60-40, M-S Pte Ltd, yang akan ditubuhkan antara Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia dan Temasek Holdings Ltd dari Singapura.
Najib dan Lee juga bersetuju menerima keputusan mahkamah berkenaan sebagai keputusan muktamad dan perlu dipatuhi.
Adalah difahamkan caj pembangunan, yang dikenakan terhadap mana-mana pihak yang ingin memajukan sebarang tanah di Singapura, adalah besar jumlahnya sekiranya tiga bidang tanah berkenaan ingin dibangunkan.
Perkara yang menjadi persoalan sekarang ialah berdasarkan POA yang dimeterai oleh kedua-dua negara pada 1990, fasal tentang siapa yang perlu membayar caj pembangunan tidak begitu jelas.
Singapura membuat tafsiran bahawa syarikat yang akan memajukannyalah yang perlu membayar caj itu, manakala Malaysia pula berpendapat tiada sebarang kos perlu dijelaskan.
Bagaimanapun, Najib dan Lee bersetuju bahawa proses timbang tara berkenaan perlu mengikut laluannya sendiri dan tidak sepatutnya menjejaskan pelaksanaan POA terbabit serta inisiatif dua hala lain yang telah dipersetujui sebelum ini dalam rundingan pertama mereka di sini pada 24 Mei lepas.
Dalam rundingan itu, Malaysia bersetuju memindahkan stesen KTMB Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands menjelang 1 Julai depan, manakala tiga bidang tanah berkenaan akan diserahkan kepada M-S Pte Ltd untuk dimajukan secara bersama serta menukar beberapa keping tanah di Marina South dan Ophir-Rochor.
Bercakap pada sidang akhbar bersama dengan Lee kemudiannya, Najib berkata walaupun isu itu bukan merupakan masalah besar, tetapi ia penting kerana mereka mahu wujudnya suatu persetujuan (POA) yang mampu bertahan oleh ujian masa.
Najib berkata mereka mahu agar ia menjadi suatu perjanjian yang sah di sisi undang-undang dan betul daripada segi politik serta akan diterima oleh rakyat kedua-dua negara, termasuk generasi akan datang.
Najib berkata: “Perjanjian ini merupakan bab terakhir dalam aturan yang begitu tua usianya, yang dimulakan 20 tahun lepas.
“Kedua-dua kami gembira dan berasa lega dalam erti kata kami boleh menyifatkannya sudah selesai dan seterusnya, melangkah ke hadapan.”
Beliau berkata Singapura dan Lee telah mempamerkan komitmen tinggi dalam menangani POA berkenaan, yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan memantapkan lagi versi lama POA itu. — Bernama

Kembali kuasa presiden hanya gimik Zaid..apa agenda Zaid membela kuasa..atau mau berkuasa..!!!

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata usaha Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim untuk mengembalikan kuasa presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hanyalah gimik semata-mata.

"Sekarang, gimik terbaru untuk mengembalikan kuasa presiden. Harapnya beliau (Zaid) lebih mengamalkan disiplin dalam beroganisasi dan tanggungjawab bersama," kata Nik Nazmi (kanan) yang juga ADUN Seri Setia.

Zaid hari ini berikrar, beliau akan membela kuasa Wan Azizah selaku presiden PKR, sekiranya beliau berjaya dipilih sebagai timbalan presiden dalam dalam pemilihan parti itu nanti.

Ikrar tersebut disuarakan Zaid dalam blognya hari ini berikutan timbulnya tanggapan bahawa kedudukan Dr Wan Azizah sebagai presiden parti itu, hanyalah sebagai satu lambang semata-mata

Tidak berapa lama selepas itu, Nik Nazmi yang dilihat antara orang kuat Naib Presiden Azmin Ali - pesaing utama Zaid (kiri) - menulis pesanan di Twitter, penyelaras Pakatan Rakyat itu patut merujuk kepada kongres PKR pada 2007.

"Jika beliau semak dengan anggota parti di Kongres Keadilan 2007, fahamlah kenapa pengecualian jawatan itu diperkenalkan," katanya.

Bagaimanapun, Nik Nazmi kemudiannya memperli lagi:

"Lupa - Beliau (Zaid) masih dalam Umno ketika itu. (Tanda senyum) Sekarang kritik ikut budaya Umno! Syabas."

Kedudukan Sdr Jenapala Perumal Subaan

KENYATAAN MEDIA
20 SEPTEMBER 2010

Merujuk kepada kenyataan Sdr Jenapala Perumal Subaan yang menawarkan dirinya untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, kami ingin memaklumkan bahawa Sdr Jenapala Perumal sebenarnya telah tidak lagi menjadi anggota Parti Keadilan Rakyat setelah beliau dipecat dari keanggotaan Parti pada Februari 2009 kerana mengkritik pimpinan parti secara kasar dan bertindak menubuhkan parti baru.

Oleh itu, Sdr Jenapala tidak boleh dicalonkan untuk apa-apa jawatan dalam Pemilihan KEADILAN 2010.

Justeru, tindakan Sdr Jenapala mempertikai dan mengkritik kewibawaan Pemilihan 2010 dengan melontarkan pelbagai tuduhan yang amat tidak berasas, palsu dan bohong dilihat bukanlah perkara yang luar biasa memandangkan beliau telah terbukti sebagai suatu watak yang khianat pada perjuangan.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAILSetiausaha Agung

The bells toll ominously for Najib, BN but sweetly for Mahathir

A resounding win for Mahathir (left)
Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

The Umno-Perkasa reconciliation marks several major turning points in the local political scene, according to pundits. It dooms the Barisan Nasional in the coming general election, erodes already wafer-thin credibility in Prime Minister Najib Razak and his 1Malaysia plan, and most significantly, it signals the return of former premier Mahathir Mohamad to power in Umno.

“It is not a favorable statement and it will add to the worry that the New Economic Model may not be as powerful as hoped for by investors in bringing economic reform to Malaysia,” Ramon Navaratnam, past president of Transparency International, told Malaysia Chronicle.

Ramon was referring to Umno secretary-general Tengku Adnan’s denial that his party would sever ties with Perkasa, an ultra Malay rights group that has created racial unhappiness and discord on a scale unseen in Malaysia for decades. Most of Perkasa’s members are the hawks from Umno and its patron is Mahathir. The NEM is the financial adjunct to Najib's prized 1Malaysia and has been strongly opposed by Perkasa .

A slap in the face for Najib, MCA, MIC and Gerakan

On Sunday, Tengku Adnan retracted earlier comments that his party would part ways with Perkasa after Najib, who is also the Umno president, U-turned from the attempt to shift Umno onto a more moderate path in line with his multi-racial 1Malaysia plan.

One of the many spoofs appearing in cyberspace
However, due to pressure from the Mahathir faction, the move backfired and has caused enormous damage to Najib’s personal credibility. It also raises a question mark on the future of BN’s non-Malay components especially MCA, MIC and Gerakan.

“Najib, Tsu Koon (Gerakan’s president) and all the Barisan Nasional leaders should not be under any illusion and must realize that the failure of the Prime Minister and the Cabinet to stand up and be counted to condemn extremism and extremists especially from his UMNO and allied or outsourced organizations will be the undoing of Najib’s 1Malaysia concept,” Kit Siang said in a statement.

The MCA, MIC and Gerakan all lost heavily in the 2008 general election due to public anger over their perceived subservience to Umno and their refusal to reflect the wider views of the Malaysian society. Chances are high they will be wiped out in the 13th GE, whom some have predicted could be as early as February or March 2011.

Mahathir wins

Pundits say the U-turn also marks the beginning of the end of Najib’s power in Umno and the return of those aligned to Mahathir, who despite his age is keen to be back in the limelight. The 85-year old ruled Malaysia with a fist of iron from 1981 to 2003 and has been blamed for installing a set of pro-Malay policies that have worsened racial polarization in the country.

Ambitious Khairy and his dad-in-law Pak Lah
He has been at the forefront of a brand of politicking slammed for stoking racial tensions and religious bigotry amongst the country’s various ethnic groups. As patron of Perkasa, he is believed to have engineered its birth to take heat off Umno. However, the move to “outsource” racism has not worked, as since Perkasa’s formation in January 2010, Malaysians have linked the very vocal group to Umno.

Pundits said that probably pushed Najib into a showy dissociation with Perkasa, but he soon retreated after Mahathir gave him a public tongue-lashing, warning that it would be “suicide” for Umno to cut off Perkasa.

Mahathir has also scolded Najib over economic matters, warning him not to be a “good boy” (to Western powers) and allow the Ringgit to be traded in the foreign markets. During the 1997 financial crisis, Mahathir had banned offshore trading of the ringgit in a bid to stem capital flight, for which foreign investors have not forgiven him or the nation.

“Mahathir wants to make sure his own sons get the chance to be PM, not just the Razak lineage. Also fighting for space is Khairy Jamauddin, the son-in-law of another former PM Abdullah Badawi. So far, KJ has thrown his support behind Najib but it looks like Najib has struck another deal with Mahathir. Such is the treachery in the Umno circles,” an Umno watcher told Malaysia Chronicle.

PKR yakin sistem pemilihannya bakal diikuti

GOMBAK, 20 Sept: PKR yakin, proses pemilihan parti itu yang sedang rancak berjalan sekarang bakal menjadi ikutan pelbagai pihak selepas ini jika ia terbukti berjaya mengekang sebarang bentuk politik wang atau salah laku.

"Kami yakin, melalui pendekatan yang ada sekarang, isu politik wang atau gejala seumpamanya berjaya dikawal dengan sendirinya melalui sistem ini," kata Ketua Strategik PKR, Tian Chua ketika ditemui semalam.

Tian Chua mengulas proses pemilihan yang sedang rancak berjalan dalam PKR sekarang. Ia merupakan satu proses baru yang belum dibuat oleh mana-mana parti politik atau pertubuhan sebelum ini.

Melalui sistem ini, semua ahli berhak membuat pencalonan dan mengundi terus pemimpin yang mereka kehendaki tanpa perlu menyerahkan mandatnya kepada perwakilan yang biasanya sangat berkuasa.

"Melalui cara ini, kita berjaya membuang kuasa perwakilan dan diserahkan terus kepada ahli. Ini kerana, selama ini para perwakilan yang banyak menentu proses pemilihan dan seterusnya terdedah kepasa rasuah, politik wang atau penyalahgunaan kuasa," kata Tian Chua yang juga anggota Parlimen Batu.

"Bayangkan selama ini perwakilan dari Sabah atau Kelantan datang ke KL. Mereka perlukan penginapan dan tambang. Bagaimana kalau ada calon yang berada membiayai penginapan dan tambang mereka ke sini. ia sudah tentu terdedah kepada politik wang.

"Melalui sistem ini, ahli memilih terus pemimpin yang mereka kehendaki tanpa perlu diserahkan kepada perwakilan. Oleh kerana mereka terlalu ramai, sukar sekali rasuah atau politik wang boleh berlaku. Ini bermakna, sistem ini sendiri yang memperbetulkan kesilapan," kata beliau.

Melalui sistem yang diperkenalkan oleh PKR ini, Tian yakin, soal politik wang yang boleh menular di mana sahaja boleh dikekang.

Tian Chua juga mengaku, apa-apa kesilapan yang dibuat oleh mana-mana pemimpin PKR dalam proses pemilihan kali ini akan diperbetulkan serta merta oleh perwakilan dan orang ramai.

"Misalnya kesilapan yang dibuat oleh penyokong Azmin (Ali) dengan cara membuat dua sidang akhbar menyokong beliau dan menggunakan kemudahan parti terus mendapat kritikan secara langsung dari perwakilan.

"Proses ini berjalan secara transparen dan terbuka dan pihak yang membuat silap merasainya terus," kata Tian Chua mengaku kesilapan tindakan para penyokong Azmin itu.

Tian Chua yakin, sistem pemilihan yang diperkenalkan oleh PKR ini bakal menjadi ikutan sebagaimana beberapa cadangan yang dibuat oleh para pemimpin Pakatan sebelum ini.

"Cuba tengok isu perayaan Malaysia. Sebelum ini ketika diraikan oleh Pakatan dua tahun lalu, ia ditolak bahkan pemimpin BN menegaskan kita sudah ada hari Malaysia iaitu 31 Ogos.

"Tetapi selepas diraikan Pakatan, pada 16 September lalu, dengan diketuai PM sendiri,  Malaysia buat pertama kalinya meraikan hari Malaysia yang ke 47. Bayangkan selepas 47 tahun lahir baru ia diraikan," kata Tian Chua.

Beliau merujuk sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu dan pada tarikh tersebut, PM telah mengumumkan cuti umum sempena hari itu.

Nota Misteri, Pegawai Penyiasat Curiga Selepas Tiga Bulan

SHAH ALAM 20 SEPT: Sesi petang pendengaran Inkues Menyiasat Punca Kematian Teoh Beng Hock diteruskan dengan keterangan Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Ahmad Nazri.
Dalam keterangan beliau menyatakan kecurigaannya terhadap nota tulisan Cina yang ditemui dalam beg galas milik Beng Hock pada 7 Oktober hanya kira-kira 3 bulan selepas kematian Beng Hock.
Katanya, nota berada di dalam beg galas Beng Hock yang ditemui di sofa di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada hari kematian Beng Hock.
Beliau kemudian meminta anggota polis keturunan Cina untuk menterjemah nota itu dan kemudian membuat perbandingan tulisan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)- bekas tempat pengajian mendiang.
Ahmad turut memberitahu mahkamah kronologi bermula beliau ditugaskan untuk melakukan siasatan kematian Beng Hock.
Pada 17 Julai, beliau berada di bilik bedah siasat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, tempat mayat Beng Hock dibedah siasat.
Beliau kemudian ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada jam 9.30 malam bagi menghadiri mesyuarat siasatan jenayah.
Pada hari berikutnya, beliau ke SPRM dan merampas kad rakam waktu, buku pelawat dari pegawai bertugas, Jaafar Mahad selain merampas diari milik pegawai penyiasat Anwar Ismail.
Pada hari sama, katanya, kenderaaan milik Beng Hock jenis Toyota Avanza turut dirampas dan dibawa ke IPD Shah Alam untuk siasatan lanjut.
Pada hari berikutnya, Nazri memberitahu inkues, beliau bersama-sama dengan ACP Fadhil Ahmad dan anggota forensik Bukit Aman pula ke tingkat 14, Plaza Massalam yang menempatkan pejabat SPRM untuk melakukan pemeriksaan.
Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan yang dibuat tidak menemukan sebarang kesan darah mahupun bukti kes.
"Siasatan seterusnya dibuat ke atas kenderaan milik Beng Hock tetapi tiada kesan jenayah ditemui pada kenderaan milik mendiang," katanya.

Pemilihan PKR: Nurul Izzah Akui Wujud Pertentangan Pendapat Dalam Keluarga



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengakui wujud perbezaan pendapat dalam keluarganya terutama berhubung perebutan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu November ini.
Bagaimanapun beliau menyifatkan perbezaan berkenaan tidak boleh digambarkan sebagai 'konflik keluarga' seperti yang diperkatakan banyak pihak.
"Memang wujud perbezaan pendapat dalam keluraga saya, tapi tidaklah sampai ke tahap yang boleh digambarkan sebagai konflik.
"Umpamanya berbeza pandangan dari segi soal dasar, ia adalah perkara biasa dan perkara berkenaan selaras dengan hak kebebasan bersuara," katanya kepada mStar Online di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak yang mendakwa sokongan terbuka Nurul Izzah terhadap calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim seolah-oleh mengesahkan wujud konflik antara keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mohamed Azmin Ali.
Saidatul Badru dilaporkan berkata sokongan Nurul Izzah itu merungkai segala persoalan berhubung hubungan ahli keluarganya yang didakwa tidak baik dengan Azmin.
Bagi jawatan Timbalan Presiden, sehingga kini menyaksikan empat pemimpin layak bertanding iaitu Naib Presiden, Mohamed Azmin mendapat 36 pencalonan, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Zaid (19); Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub (10) dan Pengarah Strategik PKR, Tian Chua (2).
Mohamed Azmin dikatakan menjadi pilihan Anwar yang juga Penasihat PKR untuk memenangi jawatan berkenaan.
Malah baru-baru ini kumpulan terdiri daripada 20 Ahli Parlimen PKR turut mengumumkan sokongan penuh mereka terhadap Mohamed Azmin.
Namun Nurul Izzah tidak termasuk dalam kumpulan berkenaan.
Mengulas lanjut mengenai kenyataan Saidatul Badru, Nurul Izzah berkata, beliau kesal kerana kenyataan awalnya telah dimanipulasikan untuk kepentingan pihak tertentu.
"Kenyataan saya tak pernah menyebut mengenai calon mana yang saya sokong, hanya sekadar menyatakan pendirian saya mengenai pemilihan parti.
"Saya hanya menyeru supaya ahli memahami bahawa proses demokrasi yang sebenar seharusnya mengalu-alukan kepelbagaian pandangan dan pertembungan idea antara calon-calon," katanya.
Dalam pada itu Nurul Izzah menyifatkan pandangan Saidatul Badru itu tercetus atas dasar dendam dan kebencian terhadap PKR.
Beliau berkata Saidatul Badru dengan sengaja memanipulasikan kenyataannya berhubung pemilihan parti itu dengan niat untuk memecah-belahkan PKR.
"Kita harus lihat pandangan itu lahir daripada siapa? Orang yang memberi pandangan itu adalah bekas pemimpin yang sudahpun meninggalkan PKR.
"Mereka tinggalkan PKR kerana perbezaan pendapat, jadi tentunya kenyataan-kenyataan yang dibuat atau akan dibuat akan didorong oleh perasaan dendam dan benci... yang pasti kenyataan awal saya sudahpun dimanipulasi," katanya.

Peguam: Penemuan Terbaru 'Nota Misteri' Beng Hock Seolah-Olah Dirancang

SHAH ALAM 20 Sept - Peguam keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo menyifatkan kahadiran bukti baru berhubung kematian Teoh Beng Hock yang mati ketika berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang.
Ini berikutan seorang anggota polis penyiasat memberitahu koroner inkues hari ini bahawa beliau menemui 'nota misteri' pada beg sandang Beng Hock yang mati pada 17 Julai lalu dan nota itu ditemui sehari selepas Beng Hock didapati mati di Plaza Masalam, Shah Alam.
Katanya, beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding.
Gobind juga mengesahkan bahawa pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal menemui nota kontroversi itu.
Bagaimanapun, kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Beng Hock itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik kepada exco itu dan kerajaan Selangor.
Bukti berkenaan dikhabarkan sebagai nota bunuh diri dikemukakan kepada mahkamah semasa Ahmad Nazri dipanggil untuk memberi keterangan hari ini.
“Hanya ada satu nota, yang dikemukakan sebagai bukti,” katanya.
Menurut Gobind, nota itu ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Cina dengan ada kesan cakaran.
Pegawai penyiasat itu memberitahu mahkamah bahawa beliau menyenaraikan nota itu sebagai antara bahan yang ditemui dalam beg milik Beng Hock.
Kewujudan nota misteri itu hanya dimaklumkan di mahkamah koroner pada 10 Ogos lalu.
Pada hari yang sama, pejabat Peguam Negara mengeluarkan kenyataan yang antara lain menyebut bahawa pihaknya  dimaklumkan mengenai penemuan nota itu oleh Ahmad Nazri pada 7 Oktober lalu iaitu lebih dua bulan selepas kematian Beng Hock.
Berikutan keadaan ini, Gobind memohon supaya inkues dibicarakan menerusi Suruhanjaya Diraja dan berharap Peguam Negara dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru tersebut.
Beng Hock, 30, Setiausaha Politik Kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu dan kematiannya sehingga kini masih menjadi misteri.

Penawar: Umno tidak harus pinggir Perkasa, NGO bela Melayu

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (Penawar) mendesak Umno agar bekerjasama dengan Perkasa dan badan-badan bukan kerajaan Melayu lain yang memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputera.
Keputusan itu diambil oleh Dewan Tertinggi Penawar hari ini di sebalik pandangan bahawa Umno dan BN harus menjauhkan diri daripada Perkasa jika tidak mahu sokongan pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 terhakis.
Presiden Penawar Tan Sri Adam Kadir berkata, pihaknya juga duka cita dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung isu Perkasa baru-baru ini.
“Kami amat berdukacita dengan kenyataan dan sikap Datuk Seri Tengku Adnan selaku Setiausaha Agong Umno yang mengutuk Perkasa dan NGO Melayu sebagai rasis apabila mereka memperjuangkan dan mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kata Adam, Dewan Tertingi Penawar juga menuntut beliau agar memohon maaf kepada Perkasa dan NGO-NGO Melayu.
“Sekiranya enggan berbuat demikian, kami menuntut supaya Umno memecat beliau sebagai Setiausaha Agung Umno,” kata Adam.
Terdahulu Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali juga menggesa Tengku Adnan dipecat.
Dalam reaksi kepada The Malaysian Insider, Tengku Adnan menafikan rakan-rakannya dari BN pernah mengambil keputusan awal bulan ini untuk menjauhkan diri daripada Perkasa atas alasan pertubuhan bukan kerajaan itu menghakis sokongan mereka.
Penafian beliau itu muncul sehari selepas kenyataan Datuk Seri Najib Razak, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, bahawa Umno tidak mahu mencetuskan konflik dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan meskipun pemimpin-pemimpin Umno termasuk beliau menolak Perkasa.
Lebih seminggu lalu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN dilaporkan bahawa rakan-rakannya dalam BN telah bersetuju bahawa  menjauhkan perikatan itu daripada Perkasa adalah langkah terbaik untuk mengatasi sokongan bukan Melayu kepada BN yang didakwa semakin merosot.
Sokongan itu antara lain merosot kerana bukan Melayu melihat Umno menjalin kerjasama dengan Perkasa.
Tengku Adnan pernah menafikan Umno ada kerjasama dengan Perkasa ataupun menyokong perjuangan Perkasa.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider sebelum ini beliau juga memberitahu bahawa Umno tidak akan menyokong Perkasa dalam pilihan raya umum akan datang.
Tengku Adnan menekankan bahawa BN tidak menjauhkan diri daripada Perkasa.
Jelas Tengku Adnan, beliau hanya memberitahu bahawa tindakan Perkasa sejak kebelakangan ini memperlekehkan peluang BN dalam pilihan raya umum akan datang dengan mensabotaj soal keharmonian kaum di kalagan komponen perikatan itu.
Tengku Adnan juga menekankan tentang apa yang dikatakan oleh Najib sambil berkata, Umno dan BN tidak harus menjauhkan diri daripada mana-mana NGO tetapi sewajarnya membimbing mereka dengan dasar-dasar BN.

Ku Nan dituntut mohon maaf pada PERKASA, NGO Melayu..ha.ha.ha..

Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PENAWAR) melahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengutuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan NGO Melayu sebagai rasis dalam memperjuang hak Melayu dan bumiputera.

Presiden PENAWAR Tan Sri Adam Kadir berkata dalam mesyuarat Dewan Tertinggi badan itu hari ini menuntut Tengku Adnan supaya memohon maaf kepada PERKASA dan NGO Melayu.

"Sekiranya Tengku Adnan enggan memohon maaf, pihaknya akan menuntut supaya Umno memecat beliau sebagai setiausaha agung Umno," katanya dalam satu kenyataan tiga perenggan di Kuala Lumpur hari ini.

Adam berkata mesyuarat itu juga bersetuju sebulat suara mendesak Umno supaya bekerjasama dengan PERKASA dan semua NGO Melayu yang memperjuang dan mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Pada 8 Sept lepas, Tengku Adnan dilaporkan berkata UMNO perlu menjauhi daripada PERKASA yang lantang membuat kenyataan ekstrem mengenai isu-isu perkauman.

Selain itu, beliau mendakwa Umno tidak menyokong PERKASA mahupun Presidennya Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.

--Bernama

'Facebook, Twitter ancam bahasa Melayu'

Penggunaan bahasa pasar dalam laman web sosial seperti Facebook dan Twitter telah 'mengancam' penggunaan Bahasa Melayu yang baik di kalangan masyarakat hari ini.

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak Jiso Rutan berkata penularan ragam bahasa pasar seperti bahasa rojak, bahasa SMS, bahasa sembang internet berleluasa dan sukar untuk dibendung di kalangan pengguna laman web sosial.

"Sehubungan itu, DBP mempergiatkan usaha untuk menggalakkan dan menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu di negara ini, termasuk mengadakan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) pada Oktober setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas sidang media mengenai majlis pelancaran BBK peringkat negeri Sarawak di Kuching hari ini.

Jiso berkata BBK merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat pelbagai kaum di negara ini tentang kepentingan bahasa kebangsaan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera.

Sementara itu, Setiausaha kerajaan negeri Sarawak, Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani menyifatkan penggunaan bahasa pasar dalam laman web sosial merupakan satu cabaran dan rintangan memartabatkan bahasa Melayu.

"Bahasa Melayu turut berdepan dengan cabaran dalam bahasa , seperti bahasa-bahasa yang lain. Sehubungan itu, kita perlu mempergiatkan usaha untuk memupuk dan mempromosikan penggunaan bahasa Melayu agar ia (bahasa pasar) tidak mengambil alih kepentingan bahasa Melayu," katanya.

Sempena sambutan BBK peringkat negeri, Morshidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa BBK 2010 Kebangsaan berkata DBP Sarawak akan mengadakan pelbagai aktiviti bahasa dan sastera selama sebulan dengan penglibatan seluruh lapisan masyarakat pada Oktober ini.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijadual melancarkan BBK peringkat negeri Sarawak pada 1 Okt di Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Antara aktiviti yang bakal diadakan termasuk Syarahan Eksekutif bertajuk "Kebudayaan dan Kesusasteraan Dalam Pembinaan Modal Insan Cemerlang", Malam Senandung Puisi 1Malaysia, Sayembara Bahasa Berirama, pementasan teater, khemah Bahasa dan kuiz BBK di Radio Televisyen Malaysia (RTM), katanya.

Selain itu, pelbagai aktiviti akan diadakan di peringkat daerah, termasuk Bejemok Bahasa di Samarahan, Berambih Bahasa di Sri Aman, Pededun Bahasa di Mukah, Bedudun Bahasa di Limbang, dan Pameran BBK di Miri.

--Bernama

Terhebat! Penagih Dadah Terengganu Meningkat 1,366.67 Peratus


Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu, Wan Addenan Wan Mohd Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

"Kita dapati daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah lain juga turut meningkat," katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya AADK negeri Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata, mengikut profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus keturunan Melayu manakala 78.53 peratus golongan belia berumur antara 19 dan 39 tahun.

Katanya, sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine.

"Sebanyak 42.02 peratus daripada mereka mengaku mula terjebak dengan dadah disebabkan oleh pengaruh rakan," katanya.

Beliau berkata, sehingga bulan lalu, bilangan kes pemulihan dalam komuniti di Terengganu yang direkodkan seramai 3,266 orang.

Mereka terdiri bekas penagih yang menjalani pemulihan di institusi (266 orang), dijatuhkan hukuman oleh mahkamah (461 orang), dibebaskan dari penjara (2,477 orang) dan juga kes sukarela (108 orang) manakala dari jumlah berkenaan 97.89 peratus adalah lelaki.

Wan Addenan menasihatkan ibu bapa atau penjaga memberi perhatian yang serius kepada anak-anak mereka supaya tidak terjebak dengan gejala dadah.

Sementara itu beliau berkata, AADK negeri Terengganu akan membuka sebuah lagi Pusat Khidmat AADK di Besut bulan depan sebagai pusat rawatan dan pemulihan bagi penagih dadah.

Katanya sebelum ini AADK membuka pusat itu di Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu pada tahun lalu bagi membantu merawat dan memulihkan penagih daripada ketagihan dadah secara percuma.- Bernama


Terengganu - Darul Runtuh kini Darul Dadah!

Kementerian Dalam negeri yang menaungi ADK dan juga Pemadam yang terlibat dalam pencegahan dadah di Malaysia meletakkan sasaran 2011 sebagai tahun sifar dadah. Ini bererti tahun hadapan merupakan tahun tiada dadah. Tiada lagi penagih dan pengedar dadah. Jadilah negeri Terengganu aman damai, sejahtera bersesuaian mottonya negeri Cantik Budaya Menarik. Tetapi kini ianya indah khabar dari rupa. Pemimpin gagal dalam membendung permasalahan utama rakyat dinegeri Terengganu apabila Terengganu sudah menjadi Darul Dadah. Ingatkan Kelantan sebagai negeri sempadan yang berjiran dengan Thailand tetapi Terengganu berjaya merampas tempat pertama sebagai negeri paling ramai penagih. Apa yang Datuk Mat Said serta UMNO-BN negeri buat?

Apa yang UMNO-BN buat untuk membendung permasalahan dadah ini? Kerajaan telah mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara sejak tahun 1983 lagi. Kini, setelah 20 tahun berlalu, gejala ini gagal dibendung sepenuhnya, malah semakin serius. Penyalahgunaan dadah kini merangkumi jenis dadah bukan sintetik (seperti heroin, morfin, candu dan ganja) dan jenis sintetik (seperti syabu, pil psikotropik, ecstasy dan amphetamine). Jumlah penagih dadah terkumpul yang direkodkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan (A.D.K.) Daripada tahun 1988 hingga 2002 adalah seramai 235,495 orang, termasuk kira-kira 50,000 orang penagih tegar.
Badan-badan bukan kerajaan (N.G.O.) pula menganggarkan terdapat kira-kira 350,000 orang yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di dalam negara. Angka ini dikatakan bertambah sebanyak 1,300 penagih dadah setiap bulan. Bukannya semakin kurang. Kos pemulihan pula melibatkan RM 3,000 setahun bagi setiap penagih yang menggunakan duit pembayar cukai, duit kita semua. Itu belum dikira pembahagian methadone, jarum suntikan, pusat-pusat serenti dan sebagainya.

Itu belum diambil kira penagih tahun 2005-2010. Sudah tentu makin meningkat. Dan kebiasaannya seorang penagih dadah yang dikesan sebenarnya hampir 5 orang lagi penagih yang berkeliaran. Ini bermakna Malaysia mempunyai 2juta penagih dadah terkini.

Kini tahun 2010, Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Roslan Abd Wahid berkata berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

"Hasil mesyuarat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik seluruh negara yang diadakan di Bukit Aman awal bulan ini mendapati Terengganu mencatatkan angka penagih dadah yang tertinggi di Malaysia dengan 10,000 tangkapan dilakukan tahun lepas diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. "Angka itu menunjukkan masalah penagihan dadah di negeri ini dalam keadaan yang amat serius dan memerlukan perhatian pihak berkuasa dan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang media di pejabatnya semalam,
Katanya, rekod tangkapan pelbagai kesalahan dadah di negeri ini bagi tahun ini dari Januari hingga semalam ialah 3,791 orang, meningkat sebanyak 31 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Malah, katanya jumlah tangkapan pengedar dan pembekal dadah pada tahun ini juga meningkat 11 peratus dengan 97 tangkapan berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Beliau berkata analisis dan kajian yang dijalankan oleh polis mendapati, kebanyakan penagih dadah di negeri ini terdiri daripada mereka yang berumur lewat 20-an hingga 40-an dan mereka merupakan penagih tegar yang sukar untuk dipulihkan walaupun pelbagai program pemulihan telah dilakukan.

"Mereka kini menjadikan kawasan di luar bandar terutama di kawasan Felda sebagai pusat baru... termasuk di kawasan segitiga emas iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu."

Apa nak jadi dengan Terengganu. Sudahlah stadium dan bangunan runtuh bahkan kini anak-anak warga Terengganu pula runtuh jati dirinya. Jom selamatkanlah Terengganu. Hanya apabila Islam berdaulat, nescaya Terengganu akan selamat.-ustsaifulbahri