Ahad, 19 September 2010

PERKASA VS 1MALAYSIA.

http://www.japantrends.com/en/wp-content/uploads/2008/07/ultraman-pajamas-2.jpg


PERKASA adalah pertubuhan yang ingin mempertahankan perlembagaan kononnya.

Bagaimana kaedah PERKASA untuk mempertahankan dan siapa yang ingin menyerang perlembagaan amatlah tidak diketahui.

Ini adalah Pertubuhan yang diwakili oleh Ahli UMNO yang kecewa kalah bertanding pemilihan UMNO. Dek kerana tiada jawatan penting dalam UMNO maka puak ini menubuhkan sebuah Pertubuhan yang tiada daya intelektual dan hanya mendendang slogan retorik bahalol yang mana hanya diikuti oleh puak Melayu bahalol yang sudah tidak mampu berfikir dengan tajam mungkin kerana usia yang tua dan tidak minat membaca.

Apa pula 1Malaysia ?


1Malaysia adalah garapan penasihat komunikasi Yahudi APCO demi untuk menarik undi kaum Cina dan India yang telah ternyata sudah mual dengan kekorupan Penyamun UMNO.

Penasihat Yahudi APCO ini merasakan bahwa dengan kejayaan mereka menggarap 1Israel dalam menyatukan umat Israel untuk terus terusan menyokong BN iaitu Benjamin Netanyahu membedil umat Palestin , maka kerangka yang sama cuba di bawa ke Malaysia.

Undi Cina dan India sudah 'swing' dengan peratusan yang sangat tinggi menolak UMNO BN.

Maka Najib merasakan perlu ada satu slogan untuk menarik kembali sokongan warga Cina dan India ini.

Kini puak buta tuli PERKASA mula mempersoalkan apa sebenarnya 1Malaysia ?

Puak bahalol buta tuli ini cuba menunjukkan diri mereka lebih Melayu dari Melayu lain.

Melayu lain tidak Melayu setulen mereka kerana mereka dengan berani memperjuangkan Hak Melayu.

Hak Melayu apa ke lancau yang kamu juangkan tidaklah aku tahu dan faham wahai Si Buta Tuli PERKASA.

Bersama-sama menyokong PERKASA sebenarnya hanyalah untuk membolehkan Si Tua Bodoh Ibrahim Ali terus dapat projek dari RMK yang akan ditender dalam beberapa bulan sahaja lagi.

Ini bukan juang untuk orang Melayu.

Hanya Melayu bahalol yang suka baca Utusan Malaysia sahaja akan percaya PERKASA ini juang untuk orang Melayu.

PERKASA juang untuk supaya puak malaon PERKASA ini juga mendapat projek dari kek ekonomi RMK 10.

Itu sahaja garis juang puak PERKASA ini.

Kini fahaman songsang ajaran Yahudi APCO 1Malaysia sudah bertemu buka dan ruas dengan puak bahalol malaon PERKASA.

Ini satu pertembungan dan perbalahan yang baik.

Satu mewakili puak intelektual Yahudi APCO.

Satu lagi mewakili golongan Melayu bahalol yang kecewa.

Melayu terbanyak tidak ada sangkut paut langsung dengan mana-mana agenda puak di atas.

Satu puak sudah mendapat upah RM 77 Juta , maka mereka akan terus dengan komunikasi halus 1Malaysia mereka.

Satu puak lagi sedang berusaha keras untuk membuat satu pementasan kepada Rakyat Malaysia untuk membuktikan bahwa Melayu bodoh dan pendek akal seperti mereka juga mampu untuk mendapat liputan media arus perdana dan alternatif.

Mereka ini mewakili segmen Melayu yang menagih kontrek Kerajaan.

Melayu terbanyak bukanlah dari golongan Melayu sebegini.


MARI KITA BERDOA KEPADA ALLAH SWT SUPAYA DUA PUAK

INI JANGAN MEMFITNAH DENGAN MENGATAKAN MEREKA MEWAKILI

MELAYU MUSLIM TERBANYAK YANG TIDAK RAKUS DAN KORUP SEPERTI

MEREKA !!!


BIARKAN MEREKA TERUS BERBALAH AGAR PAKATAN RAKYAT

TERUS KE PUTRAJAYA !!!

MASA DEPAN NEGARA INI BUKAN TERLETAK DI TANGAN IBRAHIM ALI YANG BAHALOL DAN BEBAL JUGA BUKAN DI TANGAN NAJIB YANG PENUH DENGAN SKANDAL DAN TAKUT DENGAN BINI !!!


MASA DEPAN NEGARA INI DI TANGAN ANAK MUDA YANG BERANI !!!!



PANGKAH PAKATAN RAKYAT !!!

HUMBANKAN PENYAMUN UMNO !!!!

Bebaskan Minda Dari Cengkaman umnoApco.

Rakyat Malaysia sepatutnya mengambil inisiatif bagi mula menyoal isu-isu yang 'tidak boleh disoal' jika mereka mahu merentasi had wacana umum, kata pembikin filem bebas Amir Muhammad.

Katanya, negara ini mempunyai sejarah wacana intelektual yang cuba dilupakan oleh kerajaan persekutuan hari ini dalam usaha mengekang pendapat yang berbeza dan pembentukan idea bebas oleh orang ramai.

Mengambil contoh, filem klasik Melayu yang diterbitkan pada sekitar 1950 dan 1960, Amir berkata perbincangan intelektual berhubung peranan pemimpin negara ketika itu telah pun bermula. Justeru, generasi sekarang perlu meneruskannya daripada apa yang ditinggalkan itu.

Beliau berkata di sebalik gambaran pemimpin ketika itu seperti sultan yang mempunyai perwatakan yang sempurna seperti tertera dalam filem 1940an, revolusi selluloid yang berlaku dua dekad selepas itu yang membenarkan moral watak-watak itu dicabar.

"Apa yang boleh kita lakukan ialah menilai semula kedudukan perkara yang tidak boleh disoal pernah disoal pada masa lalu tanpa sebarang akibat... maka generasi sekarang mempunyai tanggung-jawab untuk mendalami persoalan itu dengan lebih lanjut,” kata Amir semasa sesi soal jawab forum 'Malays are muted too!' di Kuala Lumpur, malam semalam.

Panel lain termasuk aktivis Hishamuddin Rais, kartunis Zulkiflee Anwar Haque (atau lebih dikenali sebagai Zunar) dan DJ Jamaluddin Ibrahim.

Amir berkata budaya feudal di kalangan orang Melayu masih tebal, sehingga menyukarkan mereka mengaju soalan yang 'sukar' kepada mereka yang dianggap pemimpin itu.

Katanya, sokongan tanpa berbelah-bahagi kepada sultan sebelum kemerdekaan kini berpindah kepada ahli politik selepas negara mencapai kemerdekaan.

"Malah selepas Merdeka, adalah malang, amalan itu berterusan. Lihat sahaja kepada retorik BN... mengajar rakyat untuk berterima kasih,” katanya.

Amir bagaimanapun optimistik bahawa rakyat kini mula membabitkan diri dengan analisis kritikal seperti yang ditunjukkan pada pergerakan reformasi 1998 sehingga tsunami politik 2008 yang menyaksikan kerajaan BN hilang majoriti dua pertiganya di Parlimen pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008

PEKIDA Persetankan PERKASA?


"Kami juga mengingatkan dan mempersetankan mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan isu ini serta merendah-rendahkan kewibawaaan serta martabat PDRM...," -Pengerusi hal ehwal khas Pekida Shahril Abdul Aziz.-sumber

Wah! biar benor wehh?? kamu nak persetankan pihak yang cuba mempolitikkan isu pembunuhan 4 orang melayu nih?? Kamu dah baca ke kenyataan tuduhan Zahid Mat Arip ni?
Mohd Zahid mempersoalkan kenapa DAP langsung tidak bersuara bagi mengutuk pembunuhan kejam tersebut, sedangkan sebelum ini parti berkenaan gah mendakwa organisasi mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak semua pihak.

Mohd Zahid juga dilaporkan berkata: "Apakah tindakan membisu ini mempunyai kaitan dengan dakwaan yang mengatakan bahawa suspek utama adalah ahli seumur hidup parti tersebut. Jika benar (dakwaan itu), ternyata DAP sebuah parti hipokrit yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum tertentu sahaja."
- sumber

So? siapa yang politikkan isu ni? Zahid ini juga adalah Ahli majlis Tertinggi PERKASA wehh!! aduyaii!!! jangan pecah lobang wehhh!! Wakakakak!

sunsnake 19092010

Mak Aihh!! UMNO tak nak Duit Sumber Judi???


Wakakakakak!!


Kalau semalam teman kata Allahyarham M.Rajoli tiada galang gantinya..
Hari ni mungkin teman terpaksa fikir balik statement teman tuh!
Mungkin kita dah ada penggantinya yang sangat baik mutu lakonannya..
tapi malangnya.. tak mungkin mamat ni dapat anugerah di Seri Angkasa atau Oscar melainkan dianjurkan oleh UMNO!!

Sejak bila pulak UMNO jadi geli dan takut wang hasil judi ni?
Agak-agak la nak berlakon pun!!
Sumber Kerajaan Penang tu masih lagi tuduhan sahaja..
itupun UMNO yang tuduh! 1Malaysia dah tahu apa keputusannya kalau UMNO yang tuduh..
Bukan tak nak percaya.. tapi ingat tak dengan cerita
"Gembala Kambing Yang suka Menipu'?

Hanya dengan posting dalam blog pun UMNO dah risau akan ke'haraman' duit tu?
Yang dah sah kenyataan Menteri UMNO nak 'halal'kan judi bola tu tak nak pulak memekaka?
Tak nak pulak berlakon mamak sorang nih???

Aduyaiii!!! Aduyaiii!!! Aduyai!! makin sengal la UMNO dah nak mati nih!
sunsnake 19092010
Pulau Pinang diminta perjelas sumber wang ehsan
Sep 18, 10
Pergerakan Pemuda Umno mahu kerajaan negeri Pulau Pinang memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog kononnya pemberian wang ehsan iaitu RM100 setahun kepada warga emas dan RM1,000 kepada waris keluarga warga emas meninggal dunia menerusi program penghargaan warga emas adalah menggunakan wang daripada sumber judi.

Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu segera memberi penjelasan kerana dakwaan dalam blog "Pisau.Net" itu telah menimbulkan kegelisahan dan rasa kurang senang segelintir penerima wang ehsan itu, terutama yang beragama Islam. "Saya terima banyak panggilan daripada warga emas yang bertanyakan mengenai perkara itu dan mereka bimbang serta gelisah kerana sudah menerima wang RM100 dan RM1,000 terbabit sejak kerajaan negeri melaksanakan program penghargaan warga emas.

Sokong Nik Aziz Tak Bangga Jadi Bangsa Melayu!


Kat atas ni contoh pejuang-pejuang yang mahu perjuangkan Islam..

Kat Bawah ni contoh pejuang-pejuang yang mahu perjuangkan Melayu..

Renung-renungkanlah...

sunsnake 19092010


Nik Aziz tak bangga jadi bangsa Melayu?

KOTA BHARU 18 Sept. – Ketika terdapat usaha cuba menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menyatakan beliau tidak bangga berbangsa Melayu.
Ini kerana, katanya, bangsa itu datang secara automatik dan di dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab.
Malah, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, sekiranya beliau dijemput berceramah bukan kerana beliau berbangsa Melayu sebaliknya atas nama Islam.
“Bagi saya, kalau saya dijemput ceramah, saya bukan dengan nama Melayu, dengan nama Islam. Cuma kebetulan saya ini nama Melayu.
“Saya tidak berbangga bangsa Melayu. Bangsa ini datang secara automatik,” katanya pada majlis dialog bersama wartawan di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Pemuda PAS Perak bantu cari remaja hilang

KAMPAR, 19 Sept: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak hari ini memulakan gerakan mencari tiga remaja perempuan dari Taman Sentosa, dekat sini yang dilaporkan hilang sejak 2 Syawal lepas masih belum dijumpai.
Pemuda PAS juga mengambil kesempatan menziarahi keluarga remaja tersebut yang diketuai oleh Ketua Pemuda Kampar yang juga Exco Pemuda PAS Perak, Ridzuan Rashid bersama Ketua Pemuda Teluk Intan, Abdul Fatah Awang.
Turut serta beberapa pimpinan PAS Kawasan Kampar dan juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pemuda PAS Tapah, Kampar dan Teluk Intan.
Pemuda PAS Perak dalam pertemuan bersama ahli keluarga remaja tersebut merakamkan rasa simpati di atas apa yang berlaku dan berharap mereka tabah, bersabar dan memperbanyakkan doa agar anak-anak mereka segera ditemui dan kembali ke pangkuan keluarga dengan segera.
Kehilangan tiga remaja itu telah dilaporkan oleh media arus perdana dan usaha masih diteruskan bersama polis bagi menjejaki mereka.
Pemuda PAS negeri turut melancarkan gerakan bagi membantu mencari remaja yang hilang itu dengan mengedar poster gambar mereka kepada orang ramai.
Menurut Penolong Setiausaha Pemuda PAS negeri, Safarizal Saleh, arahan juga telah diberikan kepada seluruh Dewan Pemuda PAS kawasan-kawasan untuk turut membantu mengesan remaja yang hilang tersebut terutamanya di Pasir Salak, Teluk Intan,Tapah dan Kampar.
“Pemuda PAS amat mengharapkan agar seluruh masyarakat turut sama mencari dan mengesan remaja yang hilang itu. Sesungguhnya setiap manusia tidak dapat hidup dengan sendiri tanpa bantuan dan sokongan dari semua pihak,” ujarnya.

YB Ong Chin Wen dan Ahli Majlis tewas di Batu Kawan

YB Ong Chin Wen Adun Bukit Tengah tewas di Batu Kawan bertanding jawatan Timbalan Ketua Cabang Batu Kawan. Beliau berada seminggu di luar negaraNairobi, Kenya kerana mengikuti lawatan rasmi Program Kerajaan negeri P.Pinang.

Beliau juga tidak hadir semasa pemilihan tadi kerana masih di luar negara. Beliau sebelum ini adalah Ketua AMK Cabang Batu Kawan.

Sementara itu Ahli Majlis Goh Chong Aik juga tewas kepada Dr Rajen.

Keputusan Penuh Batu Kawan

Ketua Cabang
YB Law Choo Liang menang tanpa bertanding

Timbalan Ketua Cabang
1) YB Ong Chin Wen 120 undi
2) Abu Mansor Md Noor 142 undi
Majoriti 22 undi

Ketua Wanita Cabang
1) Lee Yueh Choo(Dr Joyce) 46 undi
2) Puan Asmah 33 undi
Mojoriti 13 undi

Timbalan Ketua Wanita
1) May Teng 43 undi
2) Hamizah Che Amat 36 undi
Majoriti 7 undi

Ketua AMK
1) Dr Rajen 77 undi
2) Goh Chong Aik (Ahli Majlis) 52 undi
Majoriti 25 undi

Timbalan Ketua AMK
Md Isa menang tanpa bertanding

Naib Ketua AMK
1) Halim 70 undi
2) Aziz 52 undi
Majoriti 18 undi

Manakala pencalonan untuk pusat adalah seperti berikut.

Presiden : Wan Azizah
Timbalan Presiden : Zaid Ibrahim
Naib Presiden : YB Fuziah Salleh, YB Mansor Othman, YB Lim Boon Chye dan YB Sivarasah.

Ketua Wanita : YB Rodziah
Timbalan Ketua Wanita : Dr Zaleha

Ketua AMK : Chegu Bard
Timbalan Ketua AMK : YB Amirudin Shaari
Naib Ketua : YB Sim Tze Tzin, YB Kesavan dan YB Yunus

Umno-Perkasa: 'Benci Tapi Rindu'..kah.kah...hampeh..!!!

KUALA LUMPUR 19 SEPT : 'Benci tetapi cinta', itulah hakikat sebenar hubungan antara Umno dan Perkasa kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.
Maka tidak hairanlah katanya, jika beberapa pimpinan Umno bingkas menarik semula pendirian sebelum ini bahawa Perkasa merupakan badan bukan kerajaan yang menghakis sokongan rakyat kepada parti pemerintah itu.
"Umno perlu mengubah pendirian supaya kelihatan lembut dengan nada perkauman sedia ada kerana umno memerlukan Perkasa agar sentimen Melayu yang mereka pegang tidak melihat Umno lari dari perjuangan sebenar," ujar Mujahid kepada Tv Selangor selepas merasmikan buku terbitannya di Galeri Annex Kuala Lumpur petang tadi.
Menurut Mujahid, Umno kini dalam keadaan terdesak untuk memastikan mereka kekal menjadi juara rakyat.
Justeru parti pemerintah itu perlu 'main tarik tali' dengan mengatakan mereka tidak "bermusuh" dengan Perkasa tetapi tidak juga berkongsi landasan perjuangan sama dengan pertubuhan itu.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan Perkasa sebagai sebuah pertubuhan yang memudaratkan BN tetapi kemudiannya mengubah pendirian dengan berkata Umno mahu "rapat" dan "berdialog" dengan pertubuhan itu- sehari selepas Perdana Menteri Najib Razak mengisytihar tidak mahu ada sebarang konflik dengan Perkasa.
Drama Umno-Perkasa ini diteruskan lagi dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Datuk Mohamad Aziz pula yang berkata Umno dan Perkasa berkongsi perjuangan sama tetapi cuma berada di landasan berbeza.
Malah,  Mohamad  menyifatkan hubungan Umno dan Perkasa adalah sehaluan dalam mencari kebaikan.
"Tidak perlu (Umno dan Perkasa) berasingan. (Contohnya hubungan) Umno dengan pengakap, Umno dengan Pandu Puteri, Umno dengan St John Ambulans, persatuan Palang Merah, masing-masing ada tugas, ada matlamat,"  kata beliau.
Kenyataan dua pemimpin Umno itu  menyusul setelah Najib dilihat tunduk kepada tekanan dalaman parti dan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad bersabit isu Perkasa.
Melihat kepada insiden ini, Mujahid yang juga Timbalan Pesuruhajaya PAS Pulau Pinang berkata, Umno kini mengamalkan langkah berjaga-jaga demi menjaga hubungan baik dengan parti-parti komponennya.
"Perkasa adalah platform dan peluang terbaik bagi Umno untuk menjaga sokongan Melayu tetapi dalam masa yang sama umno perlu berhati-hati agar Perkasa tidak menjadi batu penghalang bagi parti komponen lain seperti MCA,MIC dan Gerakan".

Juara program realiti TV 'Imam Muda' bersama Lim Guan Eng dan Karpal Singh!..takut UMNO@BN mintak imam ni samak tangan lak..!!!


Oleh: Pria Malaya

Harap penyokong fanatik Umno tidak menuduh Juara Imam Muda 2010 ini sudah 'tidak suci', kena samak (sbb sentuh org bukan Islam) dan pelbagai fitnah dan 'seranah' semata2 beliau bergambar dan berdampingan dengan pemimpin dari DAP, Karpal Singh dan Lim Guan Eng...

Jauh dari itu, harapan semoga Saudara Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan (rakan penulis) terus maju dan berjaya..jangan ditakutkan dengan ugutan dan sogokan wang demi berundur atau lari dari perjuangan..sesungguhnya rezeki datangnya dari Allah, bukan dari pihak kerajaan atau mana-mana pihak...wallahua'lam...










BIODATA JUARA IMAM MUDA ASTRO OASIS



Nama Penuh: Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan
Asal: Pulau Pinang
Umur: 26 Tahun
Tarikh Lahir: 12 Februari 1984
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Imam
Pendidikan Tertinggi: Ijazah Sarjana Muda Fiqh Usul, Universiti Malaya

Presiden PKR: Anwar tolak pencalonan, tak mahu tanding


BUKIT MERTAJAM, 19 Sept — Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya tidak mahu dicalonkan bertanding sebarang jawatan pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini meskipun terus menerima pencalonan sejak semalam.
Setakat petang ini beliau telah menerima tujuh pencalonan untuk jawatan presiden.
Seorang lagi yang dicalonkan untuk jawatan itu ialah isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menerajui parti itu sejak ditubuhkan.
Beliau mengulangi ketegasannya tidak akan bertanding sekalipun menerima pencalonan daripada akar umbi.
Anwar menyatakan pendirian itu pada 14 September lalu dengan menegaskan beliau tidak akan menerima sebarang pencalonan agar bertanding pada pemilihan kali ini.
Sebelum ini Majlis Pemuafakatan Kepemimpinan Selangor dan PKR Kedah mahu beliau bertanding kerusi presiden.
Dalam kenyataan hari ini, Anwar berterima kasih kepada cabang-cabang yang telah mencalonkannya untuk menggantikan Dr Wan Azizah.
“Saya minta jangan ada lagi pencalonan kerana saya telah buat ketetapan dan tidak akan bersedia mengambil jawatan presiden parti Keadilan,” kata Anwar.
Jelas Anwar, Dr Wan Azizah telah berjasa mengukuhkan parti dan kerjasama dengan PAS dan DAP.
“Dan, kepimpinannya masih diperlukan,” kata Anwar yang beliau sendiri selesa untuk kekal sebagai penasihat PKR dan memantau parti agar tidak tergelincir daripada perjuangannya.
“... sekiranya masih diberi kepercayaan oleh parti,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman di Penanti dekat sini hari ini.
Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, tiada perbezaan pendapat antara beliau dan anaknya mengenai jawatan timbalan presiden yang dijangka disaingi Naib Presiden Azmin Ali dan anggota Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim.
Kata Anwar, Nurul Izzah tidak terlibat langsung dengan kedua-duanya dan tidak berkempen untuk sesiapa.
“Dakwaan itu hanyalah fitnah semata-mata,” katanya.

Tiada ‘team’ dalam pemilihan PKR, kata Wan Azizah

September 19, 2010
BUKIT MERTAJAM, 19 Sept — Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata pertandingan merebut jawatan di bawah sistem pemilihan langsung — julung kali diadakan — tidak akan memecahbelahkan parti tersebut.
Sebaliknya, menurut beliau, amalan demokrasi sepenuhnya yang dilaksanakan oleh PKR adalah satu tindakan positif yang julung-julung kali diadakan dalam negara ini bagi memberi kuasa penuh secara total kepada semua ahli menggunakan hak mereka dalam memilih pimpinan.
Dr Wan Azizah (gambar) berkata demikian semasa berucap pada mesyuarat agung tahunan cabang Permatang Pauh yang beliau ketuai.
Dalam pemilihan cabang tersebut, Dr Wan Azizah kekal menang tanpa bertanding manakala Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman turut menang tanpa bertanding jawatan timbalan ketua cabang setelah dua pencabarnya menarik diri.
Cabang itu turut mencalonkan Dr Wan Azizah bagi jawatan presiden.
Sementara itu bagi jawatan Timbalan Presiden, Azmin Ali mendapat sokongan penuh perwakilan dan Mansor, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Dr Xavier Jayakumar dan Dr Lee Boon Chye telah dicalonkan untuk kerusi naib presiden.
Dalam ucapannya Dr Wan Azizah juga berkata ahli PKR tidak harus mudah terpengaruh dengan pelbagai isu yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) kebelakangan ini.
“Selagi mereka tidak berjaya mendapat kuasa yang telah hilang, maka selagi itulah Umno dan BN akan meneruskan agenda mereka bagi mengelirukan masyarakat khususnya orang Melayu supaya menganggap bahawa Pakatan Rakyat (PR) adalah sebuah parti yang tidak memberi perhatian terhadap masyarakat Melayu.
“Sentimen yang mereka mainkan ini akan menjerumuskan kita ke kancah kekeliruan yang akan menjadikan kita bercelaru dan sentiasa dalam dilema.
“Oleh itu, sebagai pendukung PR kita harus yakin bahawa kepimpinan dalam komponen PR akan sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan rakyat dari mengutamakan kepentingan peribadi dan individu.
“Kita juga tidak mempunyai 'team' atau kumpulan dalam pemilihan parti. Siapa sahaja yang mampu untuk memikul tanggungjawab adalah berhak untuk dinobatkan sebagai pemimpin untuk memimpin dan membela nasib masyarakat yang memerlukan pembelaan,” ujarnya lagi.

Apa Lagi Zambry, Sahutlah Cabaran Adakan Pilihanraya!



Nizar Cabar Zambry Bubar DUN, Bukti Sokongan Mantap

Jika benar - bubar Dewan dan adakan pilihanraya - itu cabaran Datuk Seri Nizar Jamaluddin kepada Menteri Besar Zambry Kadir yang mendakwa sokongan untuk Umno-Bn di Perak semakin mantap.

"Saya ulangi cabaran saya. Ini bukan pertama kali...banyak kali dia sebut bahawa Umno disayangi semula (dan) BN diberikan sokongan padu...jadi kalau betul, beliau harus pulihkan demokrasi di Perak dan adakan semula pilihanraya,' kata beliau kepada Tv Selangor.

Bernama hari ini memetik Zambry sebagai mendakwa sokongan rakyat di Perak terhadap BN semakin memuncak kerana ramai yang menerima baik gagasan 1 Malaysia ciptaan Perdana Menteri, Najib Razak.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, beberapa kali mencabar Zambry untuk mengadakan pilihan raya negeri untuk mendapatkan mandat daripada rakyat yang menyokong Pakatan rakyat pada pilihanraya umum 2008.

Selepas kejayaan pembangkang itu, Nizar menjadi Menteri Besar tetapi digulingkan apabila Umno memancing tiga ADUN pembangkang untuk menyokong Barisan Nasional.

Dua daripada mereka menghadapi tuduhan rasuah ketika itu tetapi dibebaskan setelah menyokong BN untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Sehingga ini, Zambry tidak pernah menyahut cabaran Nizar walaupun sering mendakwa Umno semakin diterima rakyat.

"Tetapi apabila mereka tidak menyahut keyakinan itu bermakna itu hanyalah kenyataan-kenyataan sonsang untuk menyedapkan diri mereka" tegas Nizar lagi.

Menurut Nizar lagi, Zambry dalam keadaan begitu terdesak sehingga terpaksa merujuk kepada dakwaan beberapa pemimpin Angkatan Muda Keadilan Perak dan 72 anggota Wanita cabang Ipoh Barat bertindak keluar parti sebagai bukti sokongan Umno makin kuat.

Hakikat ialah mereka yang keluar itu menghadapi masalah displin, malah ada antara mereka bukan ahli PKR sama sekali.

Nizar berkata kenyataannya ialah Zambry semakin ditolak oleh rakyat Perak.

"Orang di tempat dia sendiri di Pangkor, telah menolak dia. Itulah sebabnya dia mengeluarkan kenyataan itu untuk meyakinkan diri dia dan BN bahawa mereka masih kuat sedangkan hakikatnya orang di sana sudah tidak berkenan pada dia," kata Nizar. -TVS



Zambry: Sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat

Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) kini semakin meningkat kerana ramai yang menerima baik pendekatan gagasan 1 Malaysia, kata pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata perubahan itu jelas dirasai kerana sebelum ini, ramai terpengaruh dengan hasutan parti pembangkang yang menimbulkan pelbagai isu sehingga menimbulkan kebencian terhadap kerajaan BN.

“Bagaimanapun, hari demi hari, penipuan serta fitnah yang mereka (pembangkang) jaja di seluruh negara, semakin terbongkar dan membuatkan rakyat jelik terhadap perbuatan mereka itu.

“Ini boleh dilihat dengan perkembangan terkini yang berlaku, iaitu tindakan pemimpin dan anggota parti pembangkang meninggalkan parti masing-masing dan menyokong BN,” katanya kepada pemberita selepas majlis Jamuan Hari Raya anjuran Umno Bahagian Parit hari ini.

Zambry (gambar) yang juga Menteri Besar Perak berkata, jumlah kehadiran orang ramai pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran komponen BN tahun ini juga meningkat berkali ganda berbanding pada tahun lepas.

“Ini semua hasil kerja keras semua komponen parti BN, khasnya Umno yang semakin agresif menarik semula sokongan pengundi.

“Lebih memberangsangkan lagi, kelmarin empat pemimpin Angkatan Muda Keadilan Perak dan 72 anggota Wanita cabang Ipoh Barat parti itu, turut bertindak keluar parti,” katanya.

Zambry berkata peristiwa itu boleh dianggap satu kemenangan besar kepada BN dan dijangka lebih ramai pemimpin dan anggota parti pembangkang melakukan tindakan sama tidak lama lagi.

Kira-kira 5,000 pengunjung menghadiri program tahunan yang diadakan di Dataran Parit berkenaan, yang turut dihadiri isteri Menteri Besar Datin Seri Saripah Zulkifli, anggota Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria dan Ketua Umno Bahagian Parit Datuk Zaim Abu Hassan. — Bernama


Ulasan GB

GB ucapkan tahniah kepada MB Rayuan, Datuk Dr Zambry jika benar dakwaannya sokongan rakyat semakin meningkat untuk BN. Justeru itu, apa lagi ditunggu-tunggu. Mohon menghadap Sultan Perak dan persembahkan kepadanya bahawa: dah boleh ada pilihanraya untuk negeri Perak.

Pilihanraya itu penting supaya semua hasil gaji dan elaun yang kamu terima boleh dihalalkan oleh rakyat Perak. Sebab rakyat Perak tak memilih BN di dalam pilihanraya umum 2008. Rakyat pilih Pakatan Rakyat. BN merompak kerajaan Perak dari tangan Pakatan Rakyat. Sampaikan jawatan MB pun yang kamu pegang pun adalah kerana rayuan di mahkamah setelah mahkamah tinggi memutuskan Mohd Nizar sebagai MB perak yang sah. Ia tetap kekal. Jijik dan hina pegang jawatan MB yang rakyat tak restui.

Justeru itu dari segi hukum, semua gaji dan elaun yang kamu belasah dari hasil rompakan kerajaan negeri itu tetap haram. Selagi tidak ada pilihanraya semula untuk negeri Perak, majoriti rakyat Perak, saya yakin, akan tetap tidak menghalalkannya.

Tapi kita yakin, jiwa Zambry sekecut ikan masin. Takkan berani menghadapi pilihanraya negeri. Kerana tahu BN tetap tewas, mungkin lebih dasyat lagi.

Nik Nazmi Umum Tidak Tanding Jawatan Peringkat Nasional

DAMANSARA 19 SEPT: PENGARAH KOMUNIKASI PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR), NIK NAZMI NIK AHMAD TIDAK AKAN BERTANDING SEBARANG JAWATAN, BAIK KERUSI MAJLIS PIMPINAN PUSAT (MPP) MAHUPUN PERINGKAT ANGKATAN MUDA KEADILAN, PADA PEMILIHAN PARTI KALI INI.

Beliau membuat keputusan itu kerana mempunyai tanggungjawab besar sebagai Pengarah Komuniasi PKR yang menjadi sebahagian daripada Biro Politik dan MPP, selain turut berperanan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Setia.
Sebaliknya, bekas Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor itu pada kenyataan media hari ini, hanya menawar diri untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR  Kelana Jaya.
Beliau juga merakam penghargaan kepada semua pihak yang bertanyakan jawatan yang bakal ditandingi sejak proses  Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan Mesyuarat Agung Tahunan AMK Cabang bermula Jumaat lalu.
“Saya menghargai sokongan rakan-rakan yang bertanyakan pendirian saya,” katanya.
Bagi pemilihan parti peringkat nasional, Nik Nazmi menyatakan sokongannya terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden, Mohamed Azmin Ali selaku Timbalan Presiden dan Rafizi Ramli serta  pasukan Generasi Reformasi dalam AMK.
Beliau juga menyatakan regunya di peringkat cabang ialah  bersama Syed Shahir Mohamud yang mempertahankan jawatan Ketua Cabang dan Keshminder Singh yang mempertahankan jawatan Naib Ketua Cabang.
Beliau juga mengingatkan semua calon bertanding supaya tidak terlalu ghairah hingga menghancurkan wadah yang dibina lebih sedekad lamanya dengan keringat, darah dan pengorbanan rakyat yang cintakan kebenaran.
“Pemilihan ini bukan sekadar membuka lembaran baru sejarah politik negara, tetapi membawa lebih ramai pemimpin lama dan baru yang berkebolehan, berwawasan dan setia pada agenda reformasi ke barisan hadapan,” katanya. 
Nik Nazmi juga mengucapkan tahniah kepada PKR yang tidak pernah takut menongkah arus demi meneruskan agenda reformasi termasuk memperkenalkan sistem satu ahli satu undi bagi proses pemilihan parti.

Lima remaja hamil akan daftar masuk Sekolah Harapan esok..Sek Men Sri Bunting Jasin..!!

JASIN, 19 Sept — Seramai lima remaja yang sedang hamil akan menjadi pelajar kumpulan pertama yang mendaftar masuk ke Sekolah Harapan di Jalan Pegawai di sini yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada golongan berkenaan.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah tersebut berkata remaja berkenaan yang berusia antara 16 dan 17 tahun akan ditemani keluarga masing-masing ketika mendaftar.
“Empat daripada mereka akan bersekolah dalam Tingkatan Lima dan seorang di Tingkatan Empat.
“Mereka masing-masing dari Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Pahang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil dan meninjau operasi sekolah tersebut hari ini.
Sekolah Harapan itu yang dibuka Jumaat lepas dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Melaka, beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad yang diubah suai menjadi sekolah berserta sebuah asrama.
Mohd Ali menjelaskan kesemua remaja itu memasuki sekolah tersebut melalui bantuan ibu bapa masing-masing dan bukan datang secara sukarela.
“Seorang daripada lima pelajar perempuan berkenaan adalah berbangsa Cina. Ini membuktikan kita tidak mengenakan sebarang sekatan atau had demi memberi perlindungan kebajikan kepada remaja yang memerlukan bantuan,” katanya.
Beliau berkata peraturan yang ditetapkan di sekolah itu adalah sama dengan pusat pemulihan dan sekolah biasa yang lain termasuk mempraktikkan system pembelajaran yang sama.
“Bagaimanapun, orang ramai tidak dibenarkan memasuki sekolah ini tanpa kebenaran dan identiti serta gambar pelajar dirahsiakan bagi menjaga kepentingan pihak berkaitan,” katanya.
Mengenai tindakan undang-undang Syariah terhadap pelajar terbabit di atas kehamilan mereka tanpa hasil pernikahan yang sah, Mohd Ali berkata perbincangan lanjut akan diadakan bersama dengan keluarga remaja terbabit dan terpulang kepada Mahkamah Syariah untuk mengambil tindakan lanjut. — Bernama

Tahniah! Ranking Malaysia kini No 1 Dunia...ha.ha..ha..

Bukan senang nak catatkan nama Malaysia dalam record dunia. Kerajaan berhabis berjuta-juta ringgit untuk sukan bagi menyenaraikan Malaysia dimata dunia tetapi tak kemana.

Tetapi untuk statistik kadar kematian jalanraya yang baru dikeluarkan melalui Forum Pengangkutan Antarabangsa, menyenaraikan Malaysia sebagai juara dan daripada nisbah bilangan kematian bersandarkan kepada setiap 100,000 bilangan penduduk. Sekaligus meletakkan Malaysia sebagai negara paling banyak mencatatkan bilangan kadar kematian jalanraya paling tinggi untuk setiap 100,000 penduduk bagi tahun 2009.

Kadar kematian di jalanraya untuk setiap 100,000 bilangan penduduk bagi 2009 :

1. Malaysia – 23.8
1. Argentina – 18.4
2. Greece – 13.8
3. Cambodia – 12.6
4. Korea – 12.0
5. Poland – 12.0
6. US – 11.1
7. Lithuania – 11.0
8. New Zealand – 8.9
9. Belgium – 8.9
10. Czech Rep – 8.6
11. Slovenia – 8.4
12. Hungary – 8.2
13. Portugal – 7.9
14. Italy – 7.9
15. Austria – 7.6
16. Luxembourg – 7.2
17. Australia – 6.9
18. France – 6.9
19. Canada – 6.3
20. Spain – 5.9
21. Denmark – 5.5
22. Ireland – 5.4
23. Iceland – 5.3
24. Finland – 5.3
25. Germany – 5.1
26. Japan – 4.5
27. Switzerland – 4.5
28. Norway – 4.4
29. Israel – 4.2
30. Sweden – 3.9
31. Netherlands – 3.9
32. UK – 3.8

Kiss and make up


Muuaahh!! Muuaaahh!! Mmuuaahhhh!!
Let's kiss and make up, ok??
Eleh... Jangan ler merajuk.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Ha... ha... ha... !!

PRU 13 nanti...
I help you, You help me , ya??

Tayangan wayang UMNO-Perkasa
Tajuknya...
Kau dan Aku, Kita adalah Satu

Kah.... kah... kah....

Najib baik, Ku Nan baik....
Two-two,
Manusia jenis tak sudah!!
No back bone!!
Cerita mereka di sini dan sini

Timbalan: Azmin 36, Zaid 19, Mustaffa 10, Tian 2

8.00pm Tiga calon utama jawatan timbalan presiden PKR menambah jumlah pencalonan masing-masing selepas 69 cabang selesai bermesyuarat hari ini.
Naib presiden PKR, Azmin Ali memperolehi 36 pencalonan manakala pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 19 pencalonan, diikuti oleh pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub yang memperolehi 10 pencalonan.
Azmin berjaya menambah lapan lagi pencalonan hari ini, manakala Zaid menambah sembilan pencalonan. Mustaffa menambah empat lagi pencalonan - semua dari cabang PKR Perak.
Turut dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden ialah pengarah strategik PKR, Tian Chua yang memperolehi dua pencalonan; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang masing-masing mendapat satu pencalonan sehingga ini.
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mendapat lima pencalonan untuk jawatan presiden. Bagaimanapun sebahagian besar cabang yang telah bermesyuarat mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.
Manakala ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; Fuziah; naib presiden - Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah - menjadi calon pilihan kebanyakan cabang untuk bertanding jawatan naib presiden.
7.50pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-36 dari cabang Bentong, Pahang.
Cabang itu turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.
Bagi naib presiden pula Kepala Batas mencalonkan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.
Sebanyak 69 cabang PKR selesai bermesyuarat setakat ini.
7.35pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-35 dari cabang Kepala Batas, Pulau Pinang.
Cabang itu turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.
Bagi naib presiden pula Kepala Batas mencalonkan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrain Abas dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.
7.03pm Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub mendapat tiga lagi pencalonan dari Perak untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Beliau mendapat pencalonan dari cabang PKR Ipoh Barat, Kuala Kangsar dan Parit. Dengan itu, Mustaffa kini mendapat 10 pencalonan.

Manakala satu lagi cabang di Perak - Kampar - mencalonkan naib presiden PKR, Azmin Ali untuk bertanding jawatan timbalan presiden. Azmin kini mendapat 34 pencalonan.

Ipoh dan Kuala Kangsar mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Bagaimanapun, Parit dan Kampar mencalonkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan presiden.
Bagi naib presiden pula Ipoh Barat mencalonkan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam; pengarah strategik PKR, Tian Chua dan Suresh Ramachandran.

Kuala Kangsar pula mencalonkan naib presiden Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Dr Mohd Nor Manuty.

Parit pula mencalonkan Azmin Ali, Boon Chye, Fuziah dan Sivarasa

Manakala Kampar pula mencalonkan Mustaffa, Sivarasa, Tian Chua dan Suresh.
Sehingga ini 67 cabang PKR telah selesai bermesyuarat.
6.43pm Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapatkan pencalonan ke-19 dari cabang PKR Tampin, Negeri Sembilan.

Cabang itu turut mencalon mengekalkan Datuk Seri Dr Wan Aziah Wan Ismail bagi jawatan presiden.

Untuk naib presiden pula, Tampin mencalonkan ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; pengarah penerangan Selangor, Dr Badrul Amin Baharom; pengerusi PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng dan ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan.
Sehingga 63 cabang PKR telah selesai bermesyuarat.
6.40pm Naib presiden PKR, Azmin Ali menambah satu lagi pencalonan - menjadi 33 sehingga ini - dari cabang Bruas, Perak, yang bermesyuarat hari ini.

Cawangan itu juga mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.
Sehingga 62 cabang PKR telah selesai bermesyuarat.
6.25pm Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memperolehi pencalonan ke-18 dari cabang PKR Rembau, Negeri Sembilan.
Bagi jawatan presiden, cabang itu mencalon ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Untuk naib presiden pula, Rembau mencalonkan naib presiden Lee Boon Chye; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan.
Sehingga ini, sejumlah 61 cabang PKR telah selesai bermesyuarat.
6.10pm Naib presiden PKR, Azmin Ali terus menambah pencalonannya untuk jawatan timbalan presiden yang kini mencecah 32. Beliau mendapat satu lagi pencalonan dari cabang PKR Batu Gajah, Perak.
Cabang itu turut mencalon mengekalkan Datuk Seri Dr Wan Aziah Wan Ismail bagi jawatan presiden.
Untuk naib presiden pula, Batu Gajah mencalonkan naib presiden Lee Boon Chye; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Sehingga ini, sejumlah 60 cabang PKR telah selesai bermesyuarat.
6.05pm Naib presiden PKR, Azmin Ali memperolehi pencalonan ke-31 daripada cabang Ipoh Timur, Perak, untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
Cabang itu turut mencalon mengekalkan Datuk Seri Dr Wan Aziah Wan Ismail bagi jawatan presiden.
Untuk naib presiden pula, Ipoh Timur mencalonkan naib presiden Lee Boon Chye; timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sehingga ini, sejumlah 59 cabang PKR telah selesai bermesyuarat.
5.15pm Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapatkan pencalonan ke-17 dari cabang PKR Tangga Batu, Melaka.
Cabang itu mencalon mengekalkan Datuk Seri Dr Wan Aziah Wan Ismail bagi jawatan presiden.
Untuk naib presiden pula, Bukit Katil mencalonkan pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub, pengarah penerangan Selangor, Dr Badrul Amin Baharom; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; dan pengarah strategik PKR, Tian Chua.
Bagi hari ini, Zaid sehingga ini mendapat tambahan tujuh pencalonan, naib presiden Azmin Ali (tambahan dua) dan pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub bertambah satu.
Turut mendapat pencalonan bagi jawatan timbalan presiden ialah pengarah strategik PKR, Tian Chua (2); Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (1) dan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (1).
5.10pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-30 untuk bertanding jawatan timbalan presiden. Terbaru beliau mendapat pencalonan daripada cabang PKR Bukit Katil, Melaka.
Cabang itu mencalon mengekalkan Datuk Seri Dr Wan Aziah Wan Ismail bagi jawatan presiden.
Untuk naib presiden pula, Bukit Katil mencalonkan ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; pengerusi PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng dan pengarah strategik PKR, Tian Chua.
4.45pm Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapat dua lagi pencalonan - juga dari Pahang - untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
Dengan ini, Zaid kini mengumpul 16 pencalonan.
Terbaru, Zaid mendapat pencalonan daripada cabang PKR Maran dan Temerloh.
Kedua-dua cabang tersebut juga mencalon mengekalkan Datuk Seri Dr Wan Aziah Wan Ismail bagi jawatan presiden.
Bagi jawatan naib presiden, Maran mencalonkan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub dan pengerusi PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng.
Manakala Temerloh pula mencalonkan Mustaffa, Fuziah, naib presiden Amin Ali dan pengarah strategik PKR, Tian Chua.
Sehingga ini, Zaid memperolehi enam pencalonan hari ini, Azmin (1), pengarah strategik PKR, Tian Chua (1) dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (1).
Dengan itu, Tian sudah memperolehi dua pencalonan dan layak bertanding manakala Fuziah masih kekal dengan satu pencalonan.
Sehingga ini 56 cabang PKR sudah bermesyuarat.
4.00pm Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub masing-masing mendapatkan satu lagi pencalonan untuk jawatan timbalan presiden.
Zaid kini mengumpulkan 14 pencalonan manakala pencalonan bagi Mustaffa pula bertambah kepada tujuh.
Terbaru, Zaid mendapat pencalonan daripada cabang PKR Paya Besar Payang. Manakala satu lagi cabang PKR di Perak - Tambun - mencalonkan Mustaffa.
Sementara itu, Paya Besar dan Tambun masing-masing mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.
Bagai jawatan naib presiden, Paya Besar mencalonkan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; naib presiden Azmin Ali; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dan Mustaffa Kamil.
Tambun pula mencalonkan naib presiden, Lee Bon Chye; Dr Mohd Nor Manuty; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; dan Gobalakrisnan.
3.45pm Pencalonan bagi penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk jawatan timbalan presiden PKR, meningkat tiga lagi kepada 13 pencalonan hari ini - kali ini dari cabang Batu Kawan dan Tasek Gelugor - kedua-duanya di Pulau Pinang dan Putatan, Sabah yang bermesyuarat hari ini.
Terbaru, beliau mendapat pencalonan dari cabang PKR Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang bermesyuarat hari ini.
Bagi jawatan naib pula, cabang tersebut mencalonkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan; setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution dan naib presiden Azmin Ali.
Manakala cabang Permatang Pauh pula, seperti yang dijangkakan, telah mencalonkan naib presiden, Azmin Ali untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
Dengan itu, Azmin kini mendapat 29 pencalonan. Permatang Pauh juga mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.
Bagi naib pula, Permatang Pauh mencalonkan, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; naib presiden Lee Boon Chye dan exco kerajaan negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar.
Dengan tiga lagi tambahan sehingga ini, pencalonan Zaid yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, meningkat kepada 13. Cabang Batu Kawan turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.
Bagi jawatan naib presiden, cabang itu mencalonkan ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, timbalan ketua menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman, dan dua penyandang jawatan itu - Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah.
Sementara itu, Putatan turut mencalonkan Wan Azizah untuk mengekalkan jawatan presiden manakala calon naib presiden pula ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Datuk Dr Jeffrey Kitingan; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan dan ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Sementara itu, Masjid Tanah merupakan cabang PKR pertama yang mencalonkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden.

Masjid Tanah turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan tersebut.

Bagi calon naib presiden pula, Masjid Tanah mencalonkan pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman; pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh dan pengerusi tetapi AMK, Yahya Shaari.
Sejumlah 36 cabang PKR bermesyuarat hari ini bagi memilih calon bertanding jawatan tertinggi parti itu, khususnya perebutan bagi jawatan timbalan presiden parti itu.

Jumlah itu terdiri daripada 10 cabang di Sabah, Perak (8), Pahang (7), Pulau Pinang (5), Melaka (4) dan Negeri Sembilan (2).

Selepas 50 cabang selesai bermesyuarat sehingga ini.
Calon timbalan presidenyang lain ialah pengerusi PKR Perak Mustafa Kamil Ayub yang memperolehi enam pencalonan, pengarah strategik Tian Chua (2) dan pengarah pilihan raya PKr, Fuziah Salleh mendapat satu pencalonan.
Tian mendapat pencalonan keduanya dari cabang Alor Gajah, Melaka yang bermesyuarat hari ini, dan sekaligus layak bertanding jawatan tersebut.
Cabang PKR mula bermesyuarat sejak Jumaat lalu dan kesemua cabang parti itu yang berjumlah lebih 200, dijadual selesai berbuat demikian sehingga 3 Oktober ini.

Pemilihan anggota Majlis Pimpinan Pusat akan berlangsung antara 31 Oktober dan 21 November melibatkan pemilihan langsung.

Pihak pengurusan parti menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh akhir menerima pencalonan daripada cabang-cabang.

" Menuju PAS Baru" : Terjemah Makna Perjuangan PAS

KUALA LUMPUR 19 SEPT : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bakal melangkah ke fasa evolusi berikutnya demi kesinambungan perjuangan politik aliran Islam tanahair.
Setelah enam dekad PAS mengharungi pahit getir dalam arena politik tanah air, kini tibanya untuk parti itu menerapkan elemen yang lebih penting bagi menempuh pilihan raya akan datang.
Bercakap di pelancaran buku " Menuju PAS Baru", penulisnya Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Rawa berkata, menjayakan evolusi PAS sebagai pemangkin perjuangan Islam harus ditandai dengan urustadbir parti yang berhati-hati, berhemah dan berdisplin.
"Kemunculan lekuk ke 3 boleh berlaku dengan sendiri namun kemunculannya tanpa diurus dengan baik akam menimbulkan pelbagai kemungkinan kepada ahli kerana masalah dalaman yang berpotensi menimbulkan konflik yang tiada penguhujungnya" ujar beliau dalam temubual bersama kepada Tv Selangor.
Mujahid yang juga anak kepada Musyidul Am PAS pertama, Allayarham Tuan Guru Yusof Rawa berkata, buku terbitannya ini bertujuan untuk merakyatkan perjuangan PAS selain menarik minat masyarakat bukan Islam untuk memahami prinsip politik Islam.
Karyanya kali ini turut memuatkan pengalaman beliau sepanjang bergelar ahli politik di samping menjelaskan maksud di sebalik judul "Menuju Pas Baru".
Ujarnya "Menuju PAS Baru" bukan bererti untuk menubuhkan sebuah lagi parti PAS sebaliknya untuk menasionalisasikan perjuangan PAS agar difahami dan diterima semua pihak termasuk bukan Islam.
Mujahid juga turut merasmikan sebuah lagi karya beliau berjudul "Kita kan Orang Malaysia".
Penerbitan buku ini dilihat tepat pada masanya apabila rakyat Malaysia kini dihimpit dengan kemelut perkauman yang sengaja ditiup oleh parti pemerintah.
Kandungan buku ini juga turut menerapkan semangat permuafakatan agar perpaduan dapat digarap di negara ini.
Mujahid sebelum ini terlibat dalam aktiviti keilmuan seperti menyampaikan kuliah-kuliah agama di seluruh negara terutama dalam bidang sirah dan menulis hampir 10 buah buku antaranya ialah Dakwah dan Tarbiah (1992), Masjid dan Peranannya (1993), Khilaf Satu Fenomena (1994), Global View of Islam (1996), Moral Ethica of Study (2000) dan Permata dari Pulau Mutiara (2003).

Hubungan Umno-Perkasa Ibarat Kerjasama Umno Dengan Pandu Puteri - ha..ha.ha..kah.kah..waa nak muntah nie...!!!!


SHAH ALAM 19 SEPT : Setelah bos mereka mengisythiarkan Umno tidak mahu berkonflik dengan  Perkasa, beberapa pemimpin parti itu kini tampil memberi kenyataan yang berdolak dalih dan melucukan.
Selepas menolak Perkasa sebagai pertubuhan yang memudaratkan Barisan Nasional, Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini dilaporkan berkata Umno mahu “rapat” dan “berdialog” dengan pertubuhan itu.
Timbalan Pengerusi Tetap Umno Datuk Mohamad Aziz pula berkata Umno dan Perkasa berkongsi perjuangan sama tetapi cuma berada di landasan berbeza.
Malah,  Mohamad  menyifatkan hubungan Umno dan Perkasa adalah sehaluan dalam mencari kebaikan.
"Tidak perlu (Umno dan Perkasa) berasingan. (Contohnya hubungan) Umno dengan pengakap, Umno dengan Pandu Puteri, Umno dengan St John Ambulans, persatuan Palang Merah, masing-masing ada tugas, ada matlamat,"  kata beliau.
Kenyataan dua pemimpin Umno itu  menyusul setelah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat tunduk kepada tekanan dalaman parti dan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad bersabit isu Perkasa.
Najib semalam berkata  partinya tidak mahu mencetuskan sebarang konflik dengan Perkasa dan berkata ada masanya Umno akan bersetuju dengan pertubuhan itu  dan ada masanya tidak.  
Pendirian samar-samar Perdana Menteri itu mencemaskan parti komponen BN yang mahukan Umno menolak  Perkasa yang dilihat sering mengeluarkan pendirian-pendirian rasis dalam memperjuangkan ketuanan Melayu dan hak istimewa kaum itu.
Tindak-tanduk Perkasa menjadi satu daripada faktor sokongan kaum bukan Melayu untuk Umno dan parti komponen BN semakin merosot sehingga Najib dilaporkan mengarahkan pemimpin-pemimpin Umno untuk menjarakkan diri dari Perkasa.
Bagaimanapun arahan itu tidak diikuti sepenuhnya apabila segelintir pemimpin dilihat bersetuju dengan Tun Mahathir bahawa Umno memerlukan  Perkasa.
Utusan Malaysia, yang dikawal oleh Umno turut mengambil pendirian bahawa pertubuhan bukan kerajaan itu harus didokong oleh Umno sungguhpun ia tidak disenangi oleh parti komponen BN yang lain .
Mohamed berkata sekiranya ada pemimpin Umno yang berpendapat parti itu harus menjauhkan diri daripada Perkasa, ia mungkin merupakan pendapat peribadi pemimpin tersebut dan bukan mencerminkan pendirian  parti.

Kabinet bincang draf pertama Bajet 2011 Selasa ini

September 19, 2010
IPOH, 19 Sept —Draf pertama Bajet 2011 yang antara lain mengandungi cadangan serta maklum balas pelbagai agensi kerajaan, kumpulan focus dan sektor perindustrian akan dibentangkan pada mesyuarat khas kabinet Selasa ini, kata Menteri kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata penilaian oleh semua kementerian turut terkandung dalam draf pertama itu yang akan dikemukakan kepada jemaah menteri pada mesyuarat khas tersebut.
Bagaimanapun menurutnya input atau cadangan dari semua pihak masih tetap diterima, dan jika didapati sesuai, ia akan dimasukkan ke dalam draf penyediaan bajet yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 15 Oktober nanti.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidifitri Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tambun di sini, Ahmad Husni berkata mesyuarat itu juga bertujuan memberi penjelasan mengenai hala tuju bajet tahun depan yang disediakan buat kali pertama berteraskan Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA).
Katanya ia termasuk menggariskan 160 sub-sektor NKEA di bidang tertentu seperti minyak dan gas, telekomunikasi dan teknologi maklumat, pendidikan dan industri pembuatan.
Beliau turut menyifatkan Bajet 2011 sebagai signifikan kerana penggubalan dan pelaksanaannya berpaksikan usaha kerajaan ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. — Bernama

Umno is now controlled by Perkasa and Mahathir?

Richard Loh

Are we all not surprised at the latest U-Turn/flip-flop by Umno/Najib regarding Perkasa. One week ago Umno leaders were told to keep their distance from Perkasa with MCA, MIC, Gerakan cheering with happiness and today one by one they are reversing their previous stand on Perkasa.

Umno is now under the thumb of Perkasa and Mahathir with Najib, the PM, looking like a fool still daydreaming of his 1Malaysia while his own members are going all out to blame everyone else including Lee Kuan Yew except themselves for the racial and religious turmoil.

You can see how the racist school principals, Utusan and Perkasa are being protected despite the racial venom they spew out every other day.

There is no way that Umno/BN is going to change anytime sooner and they are going to use the only way they know best to ensure that they remain in power. And that way is by creating disharmony among the various races.

The PM as usual will play the nice guy with his daydream 1Malaysia to hook in as many non-Malay voters as he can while letting Perkasa, Utusan, Mahathir and his other ministers play the racial card to garner the Malay votes.

Umno is not perturbed one bit should their racial politicking erupt into riots and chaos. In fact, they will be much happier if it did.

It is very predictable what Umno is trying to do in order for them to win the 13th General Election.

The only answer to all this evil is to stand firm and see through the much needed change that is required to restore our badly damaged country to its original, beautiful and harmonious state.

Do not be fooled again by all the slogans and rhetoric from Umno/Bn for we have been fooled for a long 53 years and that is enough. The choice and decision is in the hands of the Malaysian voter. They should ensure that Umno/BN does not rule this country again after the 13th GE for they have failed the nation too times. - Malaysia for All (Edited by Malaysia Chronicle) - Malaysia for All

Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Kuala Krau

Dari kiri: Hamzah Sulaiman, Naib Ketua 2 PKR Cabang Kuala Krau, Mohd Saludin Omar (bekas ADUN UMNO) Pengerusi Tetap yang baru dan Haji Suhaimi Said, Ketua PKR Cabang Kuala Krau.

Bergambart ramai setelah selesai MATC

Dari kiri: Aliayasak Idris, Pengerusi Tetap dan Hafez Harun, Ketua AMK

Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau, kesemuanya menang tanpa bertanding

Barisan hadapan dari kanan: Hjh Hendon Jaafar (Bendahari Cabang), Letchmy Govindasamy (Naib Ketua Wanita Cabang), Anita Karim (Setiausaha Wanita Cabang) Noraini Md Isa (AJK Cabang), Nooryati Abd Ghani (Timbalan Ketua Cabang)


==

Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Kuala Krau berjalan didalam keadaan aman kerana semua jawatan dimenangi tanpa bertanding. Beg Meh Ehek Jinjuong untuk laung Reformasi (Marilah berdiri untuk laungkan Reformasi) adalah penyudah kepada MATC ini, dan laungan bergema dilaungkan 3 kali memenuhi ruang Bilek Gerakan Parti Keadilan Rakyat Ranting Kg Penderas.


Jawatan-jawatan utama adalah Sdr Haji Suhaimi Said sebagai Ketua Cabang, Abd Razak Haji Hussain sebagai Timbalan Ketua Cabang, Sdr Ramli Lugan sebagai Naib Ketua dan 20 orang AJK yang lain.


Sehabis sahaja MATC, majlis dijamukan dengan makan tengah hari dan diikuti dengan Mesyuarat Jawatankuasa yang pertama dengan perlantikan-perlantikan jawatan-jawatan seperti Naib Ketua 2, Ketua Penerangan, Bendahari dan Setiausaha, serta Penyelaras bagi DUN Jenderak, DUN Kerdau dan DUN Jengka.


Semasa ucapan Ketua Cabang beliau menekankan betapa pentingnya amalan demokrasi yang lohor didalam parti. Beliau mengajak anggota-anggota mengamalkan demokrasi itu dengan membukakan seluas-luasnya pemilihan-pemilihan Anggota-Anggota Majlis Pimpinan Pusat.


Beliau menerangkan bahawa setakat ini ada 3 orang pemimpin yang bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua dan beberapa orang lain bertanding untuk Naib-Naib Ketua dan terserah kepada Majlis untuk membuat cadangan dan jika Jawatan Timbalan itu dicalonkan lebih dari satu orang akan dilangsungkan pengundian, begitu juga Jawatan Naib, jika dicalonkan lebih dari 4 orang akan juga dilangsungkan pengundian. Pengundian akan juga dilangsungkan jika lebih dari 20 orang dicalonkan untuk Anggota-Anggota MPP.


Pencalonan telah dibukakan dengan luas dan Majlis mencalonkan YB Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden; YB Fuziah Saleh, YB R.Sivarasa, Dato Chua Jui Meng dan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Naib Presiden.
Jawatan Presiden dicalonkan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim.
20 orang anggota MPP turut dicalonkan.