Sabtu, 18 September 2010

Mukhriz: Pembangkang yang burukkan FDI

Tindakan pembangkang yang sering memburuk-burukkan nama negara menyebabkan ramai pelabur asing takut untuk datang ke Malaysia, dan ia mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata walaupun tindakan pembangkang itu ditujukan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi pihak luar akan melihatnya sebagai keburukan negara.

Beliau berkata kesannya ia menjejaskan minat pelabur-pelabur untuk datang ke Malaysia dan apabila ia berlaku, pembangkang kemudiannya akan menyalahkan kerajaan yang mereka dakwa tidak cekap.

"Sedangkan masalah itu mereka yang usahakan dan kemudian dia tuduh kerajaan yang salah. Bagaimanapun, kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk menarik ketibaan pelabur luar ke dalam negara," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Ketua Pemuda Umno Bahagian Pendang Akrom Abdul Hamid di Pendang hari ini.

Katanya kerajaan melakukan beberapa tindakan untuk mengatasi masalah itu dan ia memperlihatkan hasil yang positif tahun ini selepas melalui tempoh yang agak teruk tahun lepas.

"Pada 2009, jumlah keseluruhan FDI adalah RM5.66 bilion tetapi tiga bulan pertama tahun ini negara sudah menerima FDI RM5.6 bilion, satu jumlah yang hampir dengan pelaburan sepanjang tahun lepas," katanya.

Sementara itu Mukhriz berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berasaskan kaum dalam negara perlu sensitif dalam mengutarakan pandangan atau cadangan untuk kepentingan kaum mereka bagi mengelak daripada menyentuh kepentingan kaum-kaum lain.

"Teguran atau cadangan boleh diberikan tetapi ia perlu dibuat dengan keikhlasan. Kalau nak beri cadangan jangan sampai ia menjejaskan kaum-kaum lain kerana ia boleh menyebabkan masalah lain," katanya.

--Bernama

Selangor Bina Metropolis Kesihatan RM1 Bilion

SHAH ALAM 18 - Projek Metropolis Kesihatan yang menumpukan kepada penjagaan, penyelidikan dan pendidikan yang pertama di negara ini akan diwujudkan di Selangor di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi.
Projek Metropolis Kesihatan yang akan menjadi pemangkin kepada bidang perubatan di negara ini dijangka dilancarkan pada Mac tahun depan dengan nilai pelaburan melebihi RM1 bilion.
 Dalam satu kenyataan semalam Menteri Besar Tan Sri Abdul Taib Khalid Ibrahim berkata Metropolis Kesihatan ini dijangka menyediakan peluang pekerjaan kepada 4,000 tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang bakal menaikkan taraf mutu perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
"Projek  ini mampu menarik minat pelaburan dari syarikat antarabangsa dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk terlibat sama menghasilkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kesihatan.
"Ia juga bakal menjadi pusat pembelajaran dan rujukan kepada pelajar jurusan perubatan dalam dan luar negara serta sebagai pusat konvensyen, simposium dan seminar perubatan secara sidang video," kata Menteri Besar.
Satu pertemuan antara pengurusan tertinggi kumpulan yang akan membangunkan projek Metropolis Kesihatan ini dengan Menteri Besar telah diadakan di Pejabat Menteri Besar di sini, semalam.
Projek Metropolis Kesihatan ini sudah tentu akan memberi impak besar kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor yang dijangka mampu menjana pelaburan RM50 bilion.
Menteri Besar berkata, projek Metropolis Kesihatan ini secara langsung akan mengubah landskap bandaraya Petaling Jaya dengan pembinaan infrastruktur jalan raya dan sistem pengangkutan yang lebih canggih.
“Malah, projek ini bakal memberi impak besar kepada pembangunan negara kerana ia bakal menjadi projek pertama dibina seumpama ini,” kata beliau.
Beliau berkata, pengumuman lanjut dan terperinci mengenai projek ini akan dibuat dalam waktu terdekat ini.

UMNO Terkedu, Hipokrit Terdedah, Kamalanathan Masuk Masjid Pijak Tempat Sujud


Khalid Samad dakwa Umno hipokrit, benarkan MP MIC masuk masjid

Gambar: Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan, yang menurut Khalid Samad timbul persoalan pendirian Umno-BN dalam isu bukan Islam masuk kawasan masjid. — Gambar ihsan blog Khalid Samad

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Selepas akhir Ramadan baru lalu “disajikan” dengan serangan Umno dan Perkasa terhadap kehadiran Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching di sebuah surau, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno berpura-pura dalam isu yang hampir sama yang melibatkan wakil rakyat Hulu Selangor dan juga ADUN BN.

“Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan masjid dan surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

“Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap ‘tunduk kepada DAP’ khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya,” kata Khalid dalam blognya.

Tulisan bertajuk “Umno, Kura-Kura dan Perahu”, Khalid menambah, menurut Umno dan BN lagi, ia dilakukan demi memperoleh undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri.

“... iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana surau dan masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya.

“Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid,” kata beliau.

Sehubungan itu, kata Khalid, bagi yang mengenali Umno segala bentuk dakwaan sedemikian rupa tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat.

"Bagi yang mengenali peranan Pengarah JAIS dan MAIS sebagai kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara, ia turut tidak memberikan sebarang kesan.
“Tetapi bagi yang masih ‘kabur’, saya sajikan beberapa keping gambar yang menjelaskan sifat Umno yang berkura-kura berpura-pura, pembohong dan memutar-belit fakta tanpa syak lagi,” katanya.

Kamalanathan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Antara gambar yang dipaparkan di blognya menunjulkkan wakil rakyat Umno memberikan tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid Felda Gedangsa.

Khalid menimbulkan persoalan sama ada wakil rakyat berkenaan mempunyai tauliah.

Selain itu beliau turut menyiarkan gambar Ahi Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan.

Ekoran insiden di Surah Al-Huda di Kajang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata larangan ke atas bukan Islam memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tidak terhad kepada Teo sahaja.

MAIS menegaskan larangan dikenakan ke atas Teo menerusi surat amaran, yang diterima wakil rakyat itu semalam, merangkumi semua orang bukan Islam di Selangor termasuk wakil rakyat dan ahli-ahli politik.

Setiausaha MAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata larangan itu perlu dipatuhi demi menjaga kesucian dan kehormatan masjid dan surau.

“Dalam surat amaran yang diberikan Teo, kita melarang beliau daripada memasuki ruang solat masjid dan surau di negeri ini.

“Kalau beliau mahu buat program boleh buat di kawasan luar ruang solat... keputusan kita tegas,” kata beliau.

Dalam surat amaran itu, MAIS meminta supaya beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

MAIS juga menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Selain itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid atau surau bertentangan dengan semangat keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dicapai awal tahun ini.

Perkasa meminta kerajaan mengadakan undang-undang baru menghalang bukan Islam memasuki masjid dan surau. -TMI

Ulasan GB

Baca GB Jawab 2 orang Yang Menonjol Diri Sebagai Ulamak.

Terkena Batang Hidung Sendiri Beb....

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.
Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya, kadangkala jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta.
Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.
Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 
20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.
Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah. 
'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. 
Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?
Memanglah.... kenapa kau tanya macam tu?
Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.
Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.
Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?
Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal.. sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.
Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
P/s : Sebagai Tauladan dan lu orang fikirlah sendiri.... melayu itu Islam kan....???

Fuyoo...Pemuda Umno Pertikai Wang Ehsan,Sebagai Hasil Judi..??

Pergerakan Pemuda Umno mahu kerajaan negeri Pulau Pinang memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog kononnya pemberian wang ehsan iaitu RM100 setahun kepada warga emas dan RM1,000 kepada waris keluarga warga emas meninggal dunia menerusi program penghargaan warga emas adalah menggunakan wang daripada sumber judi. Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu segera memberi penjelasan kerana dakwaan dalam blog "Pisau.Net" itu telah menimbulkan kegelisahan dan rasa kurang senang segelintir penerima wang ehsan itu, terutama yang beragama Islam.
"Saya terima banyak panggilan daripada warga emas yang bertanyakan mengenai perkara itu dan mereka bimbang serta gelisah kerana sudah menerima wang RM100 dan RM1,000 terbabit sejak kerajaan negeri melaksanakan program penghargaan warga emas.
"Mereka sangat bimbang dengan dakwaan wang berkenaan dari sumber duit judi yang haram bagi umat Islam...penjelasan berkenaan bagi menghilangkan keraguan orang ramai di mana sehingga kini masih belum ada sebarang penjelasan walaupun sudah beberapa hari blog berkenaan membuat dakwaan terbabit," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini, Sabtu.

Juragan : Jangan umpama meludah ke langit la broo..Baru sekarang
lu orang nak pertikai Wang judi (Haram)..Hasil Judi Genting Highland
sapa yang bagi rakyat muntah kedarah selama ini..??Guan Eng lebih
tahu tentang hukum islam drp luorang umnongok..Hampehh

Kes Sosilawati, Teguran Terhadap Polis Dikongsi Rakyat

SHAH ALAM 18 SEPT: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menganggap TV Selangor berani mengangkat suara rakyat apabila menyiarkan teguran terhadap kelemahan institusi polis dalam mengendalikan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
Mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Selangor, Shukor Idrus yang mencela  TV Selangor kerana dianggap mengganggu siasatan kes itu, beliau percaya banyak pihak termasuk masyarakat umum  yang turut mempersoal  kecekapan polis dalam kes tertentu.
"Saya rasa apa yang dinyatakan oleh TV Selangor adalah perkara yang dipersoal oleh rakyat jelata, dan memang ada empat laporan orang hilang dibuat tetapi tiada tindakan berkesan.  Ini yang menjadi tanda tanya," katanya.
Mengikut laporan Utusan Malaysia, Shukor meminta polis menyiasat TV Selangor berikutan laporan berita berdasarkan kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Akin, dianggapnya tidak wajar.
Shamsu l  sebelum ini mempertikai siasatan polis sebelum ini terhadap kes jenayah yang mempunyai hubung kait dengan suspek pembunuhan  Sosilawati ketika polis masih dalam kepimpinan Tan Sri Musa Hassan.
Selain TV Selangor, New Straits Times (NST) turut memaparkan rasa tidak puas hati orang ramai terhadap kelewatan polis bertindak atas laporan polis terhadap suspek adik-beradik berkenaan yang dibuat sejak 10 tahun lalu.
Bagaimanapun, NST tidak pula mendapat perhatian mahupun kritikan Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang.
Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, media adalah jurucakap bagi rakyat secara umumnya dan  media perlu membawa persoalan yang bermain di fikiran rakyat bagi mengharapkan jawapan bermakna.
Katanya,  kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar untuk mengambil berat segala laporan khususnya kes orang hilang, menunjukkan pihak berkuasa itu kurang memberi perhatian serius terhadap aduan orang ramai sebelum ini.
"Kita perlu mengusahakan ke arah memperkasakan institusi kepolisan agar perkara sebegini tidak berlaku, dan kenyataan Shukor jelas tidak akan membantu mana-mana pihak memperbaiki diri," tegas beliau.

Terbukti Nyata Polis Bertindak Mengikut Telunjuk UMNO


TV Selangor Diarah Beri Kenyataan Kepada Polis

SHAH ALAM 18 SEPT: Polis Shah Alam hari ini mengarahkan kakitangan TVSelangor yang terbabit dalam menyiarkan laporan mengenai siasatan terhadap suspek utama dalam kes Sosilawati untuk memberi kenyataan.

Laporan itu bersabit dengan komen Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin mengenai kegagalan polis mengambil tindakan terhadap suspek berkenaan sebelum pembunuhan Sosilawati dan tiga orang lain.

Bingkas bertindak terhadap TVSelangor, polis Shah Alam bagaimanapun belum memberi sebarang kenyataan bersabit laporan fitnah Utusan Malaysia yang mengaitkan DAP dengan suspek utama kes itu.

DAP Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap laporan Utusan itu yang disifatkan berniat jahat dan berbentuk hasutan.

Dalam surat kepada TvSelangor yang dihantar ke pejabat TVS petang tadi, polis Shah Alam meminta editor, penulis dan penyampai berita memberi keterangan kepada pihaknya selewat-lewatnya hari isnin.

Siasatan polis itu bersabit laporan bertajuk 'Empat rekod jenayah suspek Sosilawati, Mengapa Tidak Ada Tindakan', disiarkan oleh TVSelangor pada 13 September lalu.

Shamsul, mempertikaikan siasatan polis sebelum ini terhadap kes-kes jenayah yang mempunyai hubung kait dengan suspek pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati ketika polis di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Hassan.

Akhbar New Straits Times (NST) turut memaparkan rasa tidak puas hati orang ramai terhadap kelewatan polis bertindak atas laporan polis terhadap suspek adik-beradik berkenaan yang dibuat sejak 10 tahun lalu.

Namun setakat ini tidak ada tindakan dikenakan terhadap NST mahupun Utusan Malaysia yang merupakan akhbar arus perdana di bawah kawalan Umno-Barisan Nasional. -TVS

Ulasan GB

GB telah mengulasnya sebelum ini di SINI

Jika demikian sifat dan sikap polis, iaitu bertindak secara pilih kasih dan diskriminasi, maka tidak hairan mengapa jenayah terus-terusan berlaku. Jenayah dipandang ringan. Yang dipentingkan oleh PDRM ialah menekan Pakatan Rakyat. Yang dipentingkan ialah bertindak mengikut telunjuk pemimpin UMNO. Yang dipentingkan ialah hanya pangkat dan kedudukan. Yang dipentingkan menjalankan agenda UMNO untuk merampas Selangor.

Teruskan tangkap semua ahli Pakatan Rakyat jika anda mampu. Tembak dan bunuh semua jika anda mahu. Rakyat cuma ada peti undi yang akan jadi penentu.

Pemilihan PKR: Ahli Parlimen Indera Mahkota YB Azan Ismail Berjaya Pertahankan Jawatan Ketua Cabang Berkenaan Dalam Pemilihan Parti Hari Ini

KUANTAN, 18 Sept [7.00 pm] - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto), akhirnya berjaya mengekalkan jawatan Ketua Cabang Indera Mahkota dalam pemilihan parti itu hari ini. Beliau menewaskan Razali Alias (Setiausaha Perhubungan PKR Pahang) dengan majoriti sekitar 35 undi dalam kiraan tidak rasmi sekitar jam 6.00 petang tadi. Pemilihan Ketua Cabang itu yang dikatakan panas akhirnya berakhir dengan suasana harmoni biarpun ada berlaku sedikit kekecohan di awal Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) pagi tadi. Kemenangan Azan itu adalah satu keputusan yang sungguh mengejutkan sebenarnya. Apatah lagi, ramai pemerhati politik di negeri ini melihat Azan akan kecundang ditangan Razali. Ia ditambah lagi dengan sokongan akar umbi terhadap Razali yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Keputusan lain turut menyaksikan jawatan Timbalan Ketua Cabang terus kekal kepada "Team Azan" iaitu Ibrahim Sidek (Pak Brahim). Beliau menewaskan Kamarulzaman Mohamed Yusof (Pak Long) dengan majoriti sekitar 40 undi. Sementara itu seorang lagi calon "Team Azam" bagi jawatan Naib Ketua pula dimenangi oleh Lee Chean Chung bila dia menewaskan calon lain dengan majoriti hanya 6 undi sahaja. Lee mendapat 107 undi, manakala lawannya Ravichandran yang merupakan "team Razali" mendapat 101 undi. Sementara itu seorang lagi calon iaitu Kasfian Kasmudin hanya mendapat 17 undi.


Menang, Azan Ismail diapit oleh Lee Chean Chung (kiri) dan Ibrahim (kanan)

Difahamkan pengiraan undi masih dijalankan semasa laporan ini dibuat. Namun begitu, ramai penyokong Razali Alias telah awal-awal lagi meninggalkan perkarangan Pejabat PKR Indera Mahkota, di Jalan Air Putih dekat sini. Mereka kelihatan hampa dan terkejut dengan kekalahan tersebut. Sementara itu Azan Ismail ketika ditemui mengulas bahawa kemenangan itu adalah bukti sokongan terhadapnya masih ada dan tidak seperti yang diwar-warkan selama ini. "Saya menganggap kemenangan ini adalah langkah permulaan ke arah perjuangan yang lebih besar selepas ini iaitu Pilihanraya Umum Ke-13 yang dijangka tiba tidak lama lagi. Justeru itu, saya berharap agar perpaduan dan perpecahan tidak akan berlaku, dan semua pihak dapat bersama semula untuk membina kekuatan parti bagi mempertahankan kerusi parlimen Indera Mahkota yang diwakilinya", kata Azan. Dalam pada itu, Azan juga bersedia untuk menawarkan jawatan Naib Ketua Cabang dilantik kepada lawannya Razali Alias, bagi mengukuhkan semula parti di cabang itu. "Saya bersedia memberi ruang untuk beliau bersama membina kekuatan parti di cabang ini. Semuanya sudah diputuskan dan kita harus terima keputusan dengan hati yang terbuka", jelas Azan lagi.

Timbalan presiden: Azmin pecut tinggalkan Zaid

Daripada 18 cabang yang telah mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing, Naib Presiden PKR Azmin Ali kini terus memecut laju meninggalkan pencabar utamanya Datuk Zaid Ibrahim.


Menurut pemimpin-pemimpin cabang yang dihubungi Malaysiakini, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak setakat ini mendapat 13 pencalonan - sembilan hari ini dan empat semalam.

Manakala pesaing terdekatnya Zaid Ibrahim yang juga penyelaras Pakatan Rakyat setakat ini mendapat lima pencalonan - dua cabang hari ini manakala tiga semalam.

Di samping kedua-dua tokoh heavyweight ini, seorang lagi naib presiden PKR Mustafa Kamil Ayub pula hari ini mula memasuki gelanggang apabila mendapat enam pencalonan.

Lima daripadanya diperoleh daripada Perak di mana beliau merupakan pengerusi perhubungannya. Ini bermakna, Mustafa Kamil kini memintas Zaid yang semalam mengekor rapat Azmin

Selain mereka, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh dan Pengarah Strategik Tian Chua pula masih belum layak kerana hanya mendapat satu pencalonan, masing-masing di Genting Highland dan Pokok Sena.

Malaysiakini juga difahamkam Azmin turut mendapat pencalonan daripada Lipis, Sandakan, Kulim dan Bandar Baharu.

Sumber-sumber yang rapat dengan Azmin pula memaklumkan bahawa bekas setiausaha Anwar itu sudah mendapat sebanyak 18 pencalonan. Bagaimanapun setakat ini, kedua-dua maklumat itu belum dapat disahkan.

Berikut senarai cabang yang membuat pencalonan untuk jawatan berkenaan:

Azmin
Indera Mahkota, Raub, Tanah Merah Arau, Libaran, Silam, Kudat, Larut, Parit Buntar, Pasir Mas, Rantau Panjang, Langkawi dan Kubang Pasu.

Mustafa Kamil

Grik, Lenggong, Bagan Serai, Taiping, Sungai Siput dan Kuala Kedah.

Zaid
Jerantut, Padang Rengas, Kota Bharu, Tumpat dan Alor Setar.

AK 47: SARAWAK BUKAN TERENGGANU

Assalamualaikum,



Setelah 47 tahun Malaysia dibentuk, rakyat Sarawak sekarang menyuarakan ketidak puasan hati mereka. Mereka mengatakan Sarawak negeri yang terkaya di Malaysia. Ketua Menteri Sarawak dikatakan antara yang terkaya di Malaysia. Tetapi Sarawak adalah negeri termiskin di Malaysia.
Rakyat tidak seperti rakyat Terengganu. Walau pun negeri Terengganu dianugerahkan Allah dengan khazanah yang melimpah ruah, dan apabila kekayaan tersebut dikaut dan disonglap oleh segelintir orang, rakyat Terengganu tidak komplen. Mereka terus memilih BN.
Tetapi rakyat Sarawak sedang berubah angin. Mereka sudah putus angin, dan sedia untuk membuang angin untuk beralih angin.
Setelah 47 tahun, maka maka mereka tidak mahu lagi M16. Mereka mahu gunakan AK 47.
Sarawak bukan lagi safe deposit dan fixed deposit untuk BN

Sokongan rakyat Kelantan pada PAS makin kukuh

KOTA BHARU, 18 Sept: Kejayaan PAS mentadbir Kelantan diraikan oleh setiap lapisan masyarakat yang kini menyambut tahun ke-20 dengan sokongan rakyat yang semakin kukuh.
Ini dibuktikan kehadiran rakyat ke majlis Sambutan Aidilfitri PAS Kelantan yang mencecah 15,000 orang pada tahun ini, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Ketika ditemui di majlis tersebut, beliau berkata, sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Kelantan terhadap pimpinan ulama di bawah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh dijadikan kayu pengukur.
(Gambar: Tun Guru Nik bdul Aziz dan Salahuddin bersama ketua kaum Sikh.)
Justeru, katanya dakwaan Umno bahawa sokongan terhadap PAS semakin berkurangan amat tidak berasas.
“Pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan dan parti di Kelantan kini, kita boleh lihat sambutannya yang begitu memberangsangkan dan dakwaan Umno yang mengatakan rakyat Kelantan sudah bosan dengan PAS tersasar sama sekali,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah pula memberitahu golongan muda yang berada di luar Kelantan juga semakin memahami dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri berkata, ini dapat dibuktikan apabila kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan) yang setiap tahun mengadakan majlis ramah mesra bersama pimpinan kerajaan negeri juga mendapati kehadiran anak muda untuk bersama Menteri Besar semakin meningkat.
“PAS akan sentiasa bekerja keras bagi mempertahankan Kelantan pada PRU ke-13 nanti dan golongan muda akan menjadi tumpuan utama,” kata beliau lagi.
Majlis Rumah Terbuka PAS negeri yang diadakan setiap tahun, hari ini menyaksikan kehadiran 40 sami dari seluruh negeri yang makan bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mereka telah menerima sumbangan duit raya dalam bentuk dirham yang disampaikan sendiri oleh Tuan Guru pada majlis yang diadakan di Dataran Stadium Sultan Mohamad ke IV.

Belum ada tanda isu pendatang tanpa izin di Sabah selesai

pendatang asing Oleh Muda Mohd Noor
KOTA KINABALU: Belum ada tanda-tanda isu kebanjiran pendatang tanpa izin (Pati)  di Sabah akan menemui titik nokhtah.
Beberapa penduduk Sabah berkata, isu ini hanya selesai jika pihak kerajaan mempunyai keazaman yang kuat kerana ia berlaku  sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Kebanyakan Pati di Sabah merupakan dari Filipina dan Indonesia yang dikatakan hampir sejuta orang.
Menurutnya, ketua menteri silih berganti tetapi sampai sekarang masalah tersebut belum diatasi, malah kehadiran mereka semakin ramai.
Jemong Lubang dari Putatan berkata, anehnya kerajaan pusat juga mahu menyelesaikan isu itu tetapi nampaknya tidak berjalan.
"Apa yang menyebabkan isu ini begitu sukar diselesaikan, saya sendiri tidak tahu. Tetapi rakyat Sabah sudah muak dengan isu ini.
"Saya bimbang isu Pati ini tidak mahu diselesaikan kerana faktor-faktor tertentu, mungkin faktor politik," katanya.
Seorang pemandu teksi pula berkata, menangkap dan menghantar balik ke negara asal tidak akan menyelesaikan masalah.
"Berapa ramai yang boleh ditangkap dan ditempatkan  di pusat tahanan sementara sebelum dihantar pulang ke negara asal mereka,"  kata K Joseph.
Beliau berkata, Pati yang tinggal di Sabah bukan setak setahun dua tetapi sejak  berpuluh-puluh tahun.
"Apakah mereka ini juga dikategorikan sebagai Pati dan akan dihantar balik ke negara asal mereka jika ditangkap?
"Adakah negara asal mereka masih mahu menerima mereka? Mereka ini telah bermastautin di negeri ini serta mempunyai keluarga di sini.
"Ada juga di antara mereka yang telah berkahwin dengan rakyat negeri ini dan mempunyai anak di negeri ini, tetapi masih belum mempunyai sebarang dokumen peribadi," tambahnya.

Duit raya: Sami terima Dirham Kelantan

KOTA BHARU, 18 Sept: Seramai 40 sami mendapat duit raya sebanyak dua dirham sempena majlis Sambutan Hari Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Kelantan, hari ini.
Para sami yang diundang khas masing-masing mendapat duit raya berupa dua dirham itu disampaikan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaik sahaja mereka selesai menjamu selera.
Tuan Guru dan isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak antara kenamaan  yang hadir pada majlis tahunan itu.
Acara kemuncak yang menjadi acara yang ditunggu-tunggu khususnya kanak-kanak, majlis penyampaian duit raya oleh para pimpinan kepada mereka.
Hampir 1,000 kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah beratur untuk mendapatkan duit raya masing-masing.
Puluhan ribu rakyat Kelantan hadir pada acara tahunan itu di samping 20 orang Palestin, masyarakat India, Cina, Siam dan Sikh.
Terdahulu Tuan Guru turut melawat lebih 25 buah gerai yang  disediakan oleh PAS seluruh kawasan, Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat di samping Nisa’.
Turut mengambil bahagian agensi kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan lain-lain lagi.
Antara juadah yang disediakan kepada orang ramai sate, nasi dagang, kuih muih, nasi bukhari, nasi arab, gulai kawah, pelbagai jenis laksa, lemang dan lain-lain lagi.
Dianggarkan hampir 100,000 cucuk sate dan aiskrim disediakan untuk para tamu.
Turut hadir pada majlis itu, Exco kerajaan negeri, wakil-wakilrakyat, anggota Parlimen, pemimpin parti peringkat negeri dan kawasan.
Di samping menikmati juadah yang disediakan, para hadirin di majlis yang bermula jam 12.00 tengah hari turut dihiburkan dengan lagu-lagu berunsur dakwah yang disampaikan oleh Kumpulan Dikir Hijrah Ar-Rasy yang diketuai Ausri Hussin.

Karpal mahu DAP larang calon tanding DUN, Parlimen serentak

GEORGE TOWN, 18 Sept — Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh hari ini berkata sudah sampai masa bagi parti itu tidak lagi menggunakan amalan lama yang mana membenarkan seseorang calon bertanding kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dalam pilihan raya.
Beliau berkata amalan itu sudah digunakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan ia sepatutnya tidak lagi diguna pakai pada pilihan raya akan datang.
“Sebelum ini kita tidak mempunyai banyak calon.
“Saya sendiri memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen selama tiga penggal... bagaimanapun sekarang kita ada ramai calon yang berkaliber,” katanya ketika sidang media di sini.
Karpal (gambar) berkata parti perlu “mempertimbangkan perkara ini dengan serius” bagi memastikan calon tidak bertanding dua kerusi pada pilihan raya akan datang, dijangka selepas perayaan Tahun Baru Cina.
Bagaimanapun menurut Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu, perlu ada pengecualian dalam amalan tersebut.
Menurut Karpal, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga harus menjadi Ahli Parlimen demi kepentingan negara.
Ketika ditanya jika parti komponen Pakatan Rakyat lain akan membenarkan DAP memimpin dalam perkara ini, Karpal berkata: “Saya fikir semua boleh tapi kita tidak boleh bercakap untuk mereka dan kita akan lakukannya jika boleh.”
“Sesiapa yang memegang dua kerusi harus menerima cadangan yang kita kemukakan ini,” tambahnya.
Karpal juga mahu kerajaan menggubal Akta Kesalahan Pilihan Raya membenarkan semua rakyat Malaysia dibenarkan mengundi dalam pilhan raya.
“Di Australia dan Singapura, semua diwajibkan mengundi dan mereka yang gagal berbuat demikian akan dikenakan penalti,” katanya sambil menambah akan membawa isu ini pada sidang Parlimen akan datang.
Beliau juga menyokong Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Oh Teong Keong mengenai cadangan kelayakan bagi rakyat untuk mengundi dikurangkan dari 21 tahun kepada 18 tahun dengan mengatakan ia harus selari dengan Akta Umur Dewasa 1971.
“Akta Umur Dewasa 1971 ini menyatakan 18 tahun adalah umur dewasa. Saya tidak nampak kenapa perlu 21 tahun (dibenarkan mengundi),” katanya.

Anwar dapat pencalonan pertama presiden PKR

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendapat pencalonan pertama bagi bertanding jawatan presiden parti itu mencabar isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Pencalonan tunggal itu setakat ini diperoleh daripada cabang Arau yang bermesyuarat hari ini.

Ketua Pemuda PKR bagi cabang berkenaan Tengku Putra Aelmi Sham Tengku Amiruddin (kiri) berkata ia merupakan keputusan majoriti daripada 61 perwakilan yang hadir.

Tengku Putra yang juga salah seorang perwakilan cabang itu memberitahuMalaysiakini, dalam keputusan yang dicapai secara undi angkat tangan itu, pencalonan Anwar disokong oleh 54 perwakilan manakala tujuh berkecuali.

Menurut Tengku Putra lagi, sebelum pengundian dijalankan terdapat eorang perwakilan yang bangun membantah cadangan itu kerana Anwar sebelum ini enggan dicalonkan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan kali ini.

Bagaimanapun, menurutnya bantahan itu tidak diterima kerana tidak mendapat sokongan daripada perwakilan.

"Manakala sebulat suara memilih Azmin Ali sebagai timbalan presiden," kata Tengku Putra ketika dihubungiMalaysiakini petang ini.

Walaupun kemungkinan besar menolaknya, Anwar bagaimanapun masih memerlukan lagi satu pencalonan bagi bagi melayakkannya bertanding jawatan tersebut.

Daripada 18 cabang keputusan pencalonnnya sudah diketahui hari ini, Wan Azizah - presiden PKR sekarang - setakat ini jauh di depan Anwar dengan pencalonan sebanyak 17.

Terkini : 13 sudah layak tanding naib presiden PKR

Sebanyak 13 calon sudah layak bertanding jawatan naib presiden PKR setelah mendapat cukup pencalonan daripada cabang hari ini.

Daripada 18 cabang yang telah bermesyuarat sejak semalam, Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin mendahului di depan dengan lapan pencalonan.

Shamsul mendapat pencalonan daripada tiga cabang di Sabah, tiga di Kedah dan masing-masing satu di Kelantan dan Pahang.

Ini diekori rapat oleh penyandang jawatan itu sekarang Sivarasa Rasiah dan pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh masing-masing sebanyak tujuh pencalonan.

Manakala tiga lagi naib presiden pada masa ini Azmin Ali, Mustafa Kamil Ayub dan Lee Boon Chye mendapat enam pencalonan.

Turut mendapat jumlah yang sama Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman.

Selain itu, calon yang turut melayakkan diri setelah mendapat dua pencalonan minimum ialah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (3), Naib Presiden Jeffry Kitingan (3), Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (2), anggota biro politik Chua Jui Meng (2), Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dan ahli majlis pimpinan pusat PKR Ansari Abdullah (2).

Manakala Pengarah Strategik PKR Tian Chua, ahli parlimen Kuala Langat Abdullah Sani, ahli parlimen Padang Serai P Gobalakhrisnan dan Senator Zamry Yusof dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam masih belum layak.

Terkini : Azmin Ali terima 23 pencalonan, Zaid dan Mustafa Kamil turut layak tanding timbalan

Sebanyak 41 lagi cabang PKR akan mengadakan mesyuarat agung tahunannya, sekali gus mencalonkan nama untuk bertanding jawatan tertinggi parti itu bermula pagi ini.

Mesyuarat hari ini akan melibatkan negeri Perak (9 cabang), Pahang (7), Kelantan (4), Kedah (1), Negeri Sembilan (2), Perlis (3) dan Sabah (10).

Pencalonan yang bakal dibuat hari ini bakal menggambarkan trend awal kecenderungan cabang dalam memilih bakal pemimpin baru mereka dengan lebih jelas.

Tumpuan hari ini masih berlegar pada perebutan kerusi nombor dua parti yang dilihat bakal berlangsung sengit antara Naib Presiden Azmin Ali dan Penyelaras Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim.

Selain kedua-dua tokoh heavyweight itu, seorang lagi naib presiden Mustafa Kamil Ayub juga difahamkan telah mendapat cukup pencalonan bagi melayakkannya turut bersaing.

Menurut peraturan pemilihan, setiap pihak yang ingin bertanding mestilah mendapat sekurang-kurangnya dua pencalonan daripada cabang.

Semalam, sembilan cabang telah membuat pencalonan untuk jawatan tertinggi parti di mana kedua-dua Azmin dan Zaid dilihat meraih sokongan hampir seimbang. 

Manakala untuk jawatan presiden, penyandangnya Datuk Wan Azizah Wan Ismail membolot kesemua pencalonan daripada cabang-cabang di Kelantan dan Kedah semalam.

Jumlah rasmi pencalonan untuk mesyuarat hari kedua cabang dijangka diperolehi lewat petang ini.

1 Malaysia a ‘work in regress’, says Kit Siang

Najib has yet to achieve any major policy
Lim Kit Siang

Najib’s 1Malaysia concept is not “work in progress” but “work in regress”, especially if he proves to be a new Mr. Flip-Flop as Prime Minister, putting the former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi to shame.

The Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak yesterday defended his 1Malaysia concept, claiming that it had not failed but merely a “work in progress”. He admitted that the concept could not become a “full realization” today but would do so eventually with the help of all segments of society.

Najib’s 1Malaysia concept is not “work in progress” but “work in regress”, especially if he proves to be a new Mr. Flip-Flop as Prime Minister, putting the former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi to shame.

In back-pedalling from Umno’s recent decision to disentangle and distance itself from Perkasa as announced by Umno Secretary-General Datuk Sri Tengku Adnan Tengku Mansor only a week ago, Najib has exuded negative vibrations and sent out the negative message that he is not prepared to be the leader for all groups and component parties in Barisan Nasional let alone be the Prime Minister for all Malaysians.

Nobody is expecting the impossible of “a full realization today” of the 1Malaysia concept but it is disingenuous and even dishonest to claim that his 1Malaysia concept is “work in progress” when he himself lamented in his Malaysia Day message at the rising tide of extremism in his 18 months of premiership with unprecedented outpouring of the rhetoric of race and religion unseen in the first 18 months of all the first Prime Ministers of Malaysia – Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir and Tun Abdullah!

And what has made this “rising tide of extremism” in the first 18 months of Najib’s premiership even more unhealthy and undesirable is that they emanate primarily from the ranks of Umno and allied or outsourced groups!

Five days before the August 31 Merdeka Day, Najib broke his long two-week silence to declare a “zero tolerance” policy towards racism and pledged immediate action against those found to have made racial slurs – but this has been followed by more than two weeks of inaction against two school principals who had made unacceptable racial and religious slurs against students in their schools!

This is not the stuff to inspire confidence in his political will and commitment to achieve the goal of 1Malaysia “to make Malaysia more vibrant, more productive and more competitive – and ultimately a greater nation: a nation where, it is hoped, every Malaysian perceives himself or herself as Malaysian first, and by race, religion, geographical region or socio-economic background second and where the principles of 1Malaysia are woven into the economic, political and social fabric of society”. (1Government Transformation Programme Roadmap: p11)

Najib has come out with a “patriotic litmus test” to determine the political attitudes of those aspiring to positions of authority, questioning a person on his or her priorities in achieving greater unity and harmony among Malaysians, viz:

• “One has to ask whether his actions would affect people of other races and religions.

• “Would you be promoting harmony and unity or inciting hatred towards your race?

• “Could your actions lead to better understanding among people of different races, or the contrary?”

If Najib put his Cabinet and the leadership of all the Barisan Nasional component parties to such a 1Malaysia litmus test for their words and deeds in the past 18 months, how many of them will pass?

Utusan Malaysia, the Umno mouthpiece, will not only fail these tests but will be among the most egregious offenders, breaching these three tests on a daily basis.
In fact, Utusan has reached a new low as illustrated by its irresponsible and contemptible attempt to racialise and politicise the heinous and gruesome mass murders of Datuk Sosilawati Lawiya and three others against the DAP when it has nothing to do whatsoever with DAP.

Utusan Malaysia is guilty of double lies against DAP as none of the suspect killers were DAP members let alone DAP life-members, but also because DAP had condemned the heinous and gruesome mass killings right from the beginning.

When news broke on Sept. 12 of the horrific mass murders of Datuk Sosilawati, DAP Secretary-General and Penang Chief Minister, Lim Guan Eng, who was in Shanghai tweeted his “shock”, condemned the quadruple murders as “ghastly” and extended condolences to the families of the victims of the “horrible tragedy” of the mass murders.

I was also in Shanghai for the World Expo. In my first press conference and public statement on my return from Shanghai, made in Kota Kinabalu on Sept. 15, I condemned in the strongest possible terms the heinous, gruesome crimes of the mass murders of Sosilawati.

Yet Utusan Malaysia could publish such garbage the next day on Sept. 16 to insinuate that the DAP is siding with the mass murderers and had been silent on the mass murders either because the “Datuk” killer is DAP member or DAP “fights for the rights of a certain race only”.

I have a video recording of my press conference in Kota Kinabalu on Sept. 15 condemning the mass murders of Datuk Sosiloawati and three others but I do not think the Utusan Malaysia editors would dare to ask to view them.

Coming back to Najib’s 1Malaysia test. Najib should do something simpler – ask his Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin and all his Ministers at next Wednesday’s Cabinet meeting whether they are prepared to be Malaysians first and race second as a first step to show their support and loyalty to his 1Malaysia concept, and if not, to tell them that they have no place in his Cabinet and government if his 1Malaysia concept is not to be taken as an empty and meaningless slogan!

TV Selangor Diarah Beri Kenyataan Kepada Polis

SHAH ALAM 18 SEPT: Polis Shah Alam hari ini mengarahkan kakitangan TVSelangor yang terbabit dalam menyiarkan laporan mengenai siasatan terhadap suspek utama dalam kes Sosilawati untuk memberi kenyataan.

Laporan itu bersabit dengan komen Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin mengenai  kegagalan polis mengambil tindakan terhadap  suspek berkenaan sebelum pembunuhan Sosilawati dan tiga orang lain.

Bingkas bertindak terhadap TVSelangor, polis Shah Alam bagaimanapun belum memberi  sebarang kenyataan bersabit  laporan fitnah Utusan Malaysia yang mengaitkan DAP dengan suspek utama kes itu.

DAP Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap laporan Utusan itu yang disifatkan berniat jahat dan berbentuk hasutan.  

Dalam surat kepada TvSelangor yang dihantar ke pejabat TVS petang tadi,  polis Shah Alam meminta editor,  penulis dan penyampai  berita memberi keterangan kepada pihaknya selewat-lewatnya hari isnin.

Siasatan polis itu bersabit laporan bertajuk 'Empat rekod jenayah suspek Sosilawati, Mengapa Tidak Ada Tindakan',  disiarkan oleh TVSelangor pada 13 September lalu.

Shamsul,   mempertikaikan siasatan polis sebelum ini terhadap kes-kes jenayah yang mempunyai hubung kait dengan suspek pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati ketika polis di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Hassan.

Akhbar New Straits Times (NST) turut memaparkan rasa tidak puas hati orang ramai terhadap kelewatan polis bertindak atas laporan polis terhadap suspek adik-beradik berkenaan yang dibuat sejak 10 tahun lalu.

Namun setakat ini tidak ada tindakan dikenakan terhadap NST mahupun Utusan Malaysia yang merupakan akhbar arus perdana di bawah kawalan Umno-Barisan Nasional.

26 AJK Pusat Makkal Sakti Letak Jawatan

SHAH ALAM, 18 SEPT: Seramai 26 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) Parti Makkal Sakti Malaysia meletak jawatan untuk membolehkan pemilihan parti itu diadakan pada 25 Sept ini, kata setiausaha agungnya Kannan Ramasamy hari ini.
   
Beliau berkata jumlah itu melebihi majoriti dua pertiga yang disyaratkan oleh perlembagaan parti tersebut untuk membolehkan pemilihan baru diadakan.
Jawatankuasa pusat itu mempunyai 31 anggota.
   
"Peletakan jawatan secara beramai-ramai itu perlu dibuat untuk membolehkan pemilihan baru didakan bagi menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda parti ini dan mengelaknya daripada kehilangan sokongan rakyat.
   
"Makkal Sakti sudah kesuntukan masa dan kami tidak boleh biarkan krisis ini berlarutan. Sekiranya krisis ini berterusan, ia akan memberi kesan negatif terhadap imej Makkal Sakti. Jadi, saya percaya pemilihan yang diadakan kelak boleh menyelesaikan semua isu," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti
itu di sini.
 Kannan berkata anggota jawatankuasa itu meletakkan jawatan atas kerelaan sendiri, tanpa tekanan mana-mana pihak.
   
Parti Makkal Sakti Malaysia dilanda krisis kepimpinan sejak akhir tahun lepas apabila puak yang memihak kepada presidenya R. S. Thanenthiran dan yang menyokong timbalan presiden A. Vathemurthy saling menolak pemimpin satu sama lain dan membawa perbalahan mereka kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Parti tersebut dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Okt tahun lepas dan dianggap menjadi pemangkin dalam usaha memulihkan sokongan masyarakat India terhadap Barisan Nasional (BN).

Kira-kira 400 anggota perwakilan layak memilih presiden, timbalan presiden, setiausaha agung, bendahari, tiga naib presiden dan 25 anggota jawatankuasa pusat pada mesyuarat agung luar biasa dan tahunan parti itu pada 25 Sept di Dewan KR Soma, Wisma Tun Sambanthan, Jalan Kg Attap, Kuala Lumpur.
 Kannan berkata beliau telah mengundang setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merasmikan mesyuarat itu.

PANAS BERAPI kes Sosilawati: DAP nafi suspek ahli DAP, blogger Umno dedah hubungan pembunuh dengan pemimpin Umno!



Oleh: Pria Malaya

Nah! selepas satu persatu bala menimpa para penganut tegar parti perkauman Umno..niat asalnya mahu mempolitikkan isu ini, rupanya terkantoi ditengah jalan!..jelas sepertimana perumpamaan 'perangkap makan tuan!'...cubaan mereka untuk mengaitkan kes pembunuhan ini dengan Pakatan Rakyat ternyata gagal sama sekali!!

Penyokong Hindraf

Mulanya mereka telah kaitkan suspek pembunuh dengan pertubuhan haram Hindraf, seterusnya Pakatan Rakyat..katanya penyokong Hindraf ramai yang menyokong Pakatan Rakyat, maka si pembunuh itu adalah orang Pakatan Rakyat..maka fitnah ini dipanjangkan ke merata-rata tempat, khususnya di ruang maya oleh penyokong dan blogger Umno...




Namun, selepas pendedahan mengenai siapakah Hindraf dan apa kaitannya dengan Umno dibuat oleh penulis, maka mereka terdiam seribu bahasa...boleh baca di link ini, "BONGKAR! Umno punyai perkaitan dengan pertubuhan haram HINDRAF!..(video inside)"..

'Ahli seumur hidup DAP'

Cubaan mereka kedua ialah mengaitkan suspek pembunuh dengan sebuah pertubuhan politik pembangkang iaitu parti DAP..dikatanya suspek itu adalah ahli DAP seumur hidup!..



(Jelas akhbar di atas turut bersekongkol dgn Umno apabila hanya meletakkan sumber berita yang ntah dari mana datangnya, kerana itu tidak pelik akhbar ini tidak menyatakan suspek adalah dari parti DAP, kerana tahu maklumat yg diterimanya belum pasti dan mungkin palsu..)

Berdasarkan keratan laporan akhbar di atas, maka para blogger Umno telah memanjangkan fitnah jahat ini ke serata ceruk ruang maya dengan harapan rakyat membencikan DAP seterusnya Pakatan Rakyat, sedangkan laporan berita di atas langsung tidak menyebut suspek adalah ahli DAP seumur hidup, atau mana2 parti..

Dan semalam juga, pemimpin2 DAP telah menafikan sekerasnya2 laporan yang mengaitkan parti itu dengan suspek pembunuh, suspek bukanlah ahli DAP seumur hidup sepertimana yang dihebahkan media Umno...portal Malaysiakini sebagaimana melaporkan...

“Ia percubaan menjijikkan oleh akhbar milik Umno untuk memperli dan mendakwa dalam laporannya bahawa suspek pembunuh itu adalah ahli seumur hidup DAP tanpa merujuk atau menyiasat tuduhan itu terlebih dahulu,” - Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua
Sementara Harakahdaily melaporkan..
“Kes bunuh kejam, Utusan pun politikkan dengan fitnah bahawa suspek peguam adalah ahli seumur hidup DAP,sebenarnya dia nak masuk MIC. DAP akan saman Utusan,” - Lim Guan Eng
Ternyata, Umno kalah lagi pusingan yang kedua!..cubaan utk mengaitkan suspek dgn imej Pakatan Rakyat ternyata gagal sama sekali...Pakatan Rakyat bersepakat tidak akan membela dan menyokong mana-mana penjenayah, dan akan membela sesiapa sahaja yang menjadi mangsa keganasan tidak kira bangsa dan agama!..

GEMPAR!

NAMUN, suatu laporan yang agak mengejutkan telah dibuat oleh blogger Umno semalam..menurut blogger tegar Umno ini, suspek pembunuh kejam Dato' Sosilawati pernah berhubungan dan berurusan dengan pemimpin Umno tertentu! Ketua Pemuda Umno negeri mempunyai kaitan dengan suspek kes pembunuhan kejam ini!

Baca laporan pendeahan oleh 2 blogger umno di bawah..


PENDEDAHAN 1
Bertambah menarik…!



Last nite pegi open house rumah member, amongst her guest ada la geng2 n kawan2 yang ade connections with press n media bercerita, rupa2nya ade dua Datuk2 from Umno memang involve deal beli tanah dengan suspek kes Sosilawati…

Siapa dua Datuk2 Umno tue? Katanya Yb dari Selangor, Rahman Palil & sorang lagi Setpol Sharizat, Datuk Suhaimi Ibrahim, dia nie dulu GPMS… So now, these two Datuk2 kenalah buat statement bagi tau betul ker tidak? Kalau tak betul kenalah nafikan this hearsay among all media people yang bercerita pasal nie...

Duit punya pasal…, nak kaya punya pasal….. When it comes to business, orang Umno pun boleh buat deal dengan orang DAP…?
*baca seterusnya di sini, "Suspens! Rahman Palil & Suhaimi Ibrahim "Pernah" Deal Jual Beli Tanah Dengan Suspek Utama Pembunuhan Sosilawati…?"..

PENDEDAHAN 2

Aku baru dapat tahu dari seorang sahabat aku yang ada satu Ketua Pemuda UMNO negeri telah membuat laporan polis pada 12hb Sept yang lepas berkenaan kes tanah yang dibeli oleh KP UMNO negeri ni melalui khidmat peguam yang disyaki membunuh Sosilawati iaitu Dato Pathmanabhan.

KP UMNO Negeri ini membeli tanah di Pulau Pinang, nilai hartanah yang dibeli oleh orang Kuat Khairy Kitol ini bernilai berjuta-juta ringgit sebenarnya dan KP UMNO negeri ni buat report sebab dia nak ambil balik wang pendahuluan sebanyak RM1.3 juta yang telah diberi kepada peguam tersebut!

Lagi satu yang menjadi misterinya, Sosilawati terkorban sebab deal hartanah kat belah utara kan? Mungkinkah KP Negeri ni ada kaitan dengan kematian tersebut? Mungkinkah mereka berebut untuk membeli hartanah yang sama hingga terkorbannya Sosilawati dan rakan-rakan yang lain?

Bukan nak mempertikai, bila ada pembunuhan mesti ada motif, so apa motif pembunuhan Sosilawati ni sebenarnya? Biarlah pihak berkuasa yang membuat siasatannya, namun ada baiknya kalau disiasat KP UMNO Negeri ni yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Langat hari tu!
*baca pendedahan seterusnya di sini, "GEMPAR! KETUA PEMUDA UMNO NEGERI MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN DATO PATMANABHAN (PEMBUNUH SOSILAWATI?)"..

Terang lagi bersuluh! rupanya suspek pembunuh tiada kena mengena langsung dengan Pakatan Rakyat, malah yang lebih mengejutkan, suspek mempunyai hubungan secara tidak langsung dengan pemimpin Umno sendiri!! ini bukan yang direka2 penulis, tetapi ianya diperakui oleh blogger Umno ini!!..kerana itu penulis awal-awal lagi dapat menalah awal siapakah di 'belakang' suspek pembunuh ini apabila terdapat laporan beliau mahu menyertai MIC/BN, boleh baca di sini..

Apa pun, kita tetap menunggu siasatan sehingga selesai, kita bagi ruang pada pihak polis menjalankan siasatan..pendedahan2 terbaru akan dikemaskini setiap masa.....yang nyata, Umno sudah 'kalah' 3-0 dalam isu ini..inilah bahana apabila cuba mempolitikkan isu pembunuhan kejam Dato Sosilawati!....wallahua'lam...

Kes Sosilawati: Liputan Meluas Seluruh Dunia


Kes bunuh Sosilawati: Liputan media negara jiran

KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan tiga individu lain bukan saja menggemparkan tanah air, tetapi turut mendapat liputan akhbar dari beberapa negara lain terutamanya negara jiran.

Liputan kebanyakannya dilaporkan melalui media baru atau ‘online’ yang memaparkan berita mengenai pembunuhan itu serta maklumat terbaru perkembangan kes.

Antara media asing yang membuat paparan mengenai kes pembunuhan itu selepas polis membuat pengesahan pada 12 September lalu adalah The Brunei Times, The Straits Times (Singapura), brisbanetimes.com.au (Australia), Asian Tribune (Bangkok) dan Telegraph.co.uk (England).

Kes itu mendapat liputan meluas media kerana ia membabitkan seorang usahawan berjaya serta berpangkat Datuk bersama tiga individu lain dan dibunuh dengan cara kejam iaitu diculik, diikat, dipukul, ditikam, dibunuh dan dibakar sebelum abunya dibuang ke dalam sungai.

Sosilawati, 47, bersama pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang selepas berurusan dengan seorang peguam mengenai jual beli tanah. -HM








Saya mohon dengan segala takzimnya DYMM Sultan Selangor keluarkan kenyataan dalam kes ini

Mana Harusanasani, ularmak yang menjadi wakil tetap Umno dalam majlis morti? Mana 40 ularmak muda yang ternoda mindanya kerana air kencing Umno? Mana Datuk Mashita yang tinggi ilmu Hadharinya?


Wahai pencacai-pencacai Umno, tolong beri fatwa baru kes yang dititipkan olih YB KHALID SAMAD.

UMNO, Kura-Kura dan Perahu

Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadhan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan Masjid dan Surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran PR. Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap ‘tunduk kepada DAP’ khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya. Menurut mereka lagi, ini dilakukan demi memperolehi undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri. Iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana Surau dan Masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya.

Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di Masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Sehubungan dengan itu, bagi yang mengenali UMNO, segala bentuk dakwaan sedemikian rupa tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat. Bagi yang mengenali peranan Pengarah JAIS dan MAIS sebagai kesinambungan wadah kepuraan UMNO dalam bersandiwara, ianya turut tidak memberikan sebarang kesan. Tetapi bagi yang masih ‘kabur’, saya sajikan beberapa keping gambar yang menjelaskan sifat UMNO yang berkura-kura berpura-pura, pembohong dan memutar-belit fakta tanpa syak lagi.

Gambar 1 & 2 :- Wakil rakyat (ADUN) UMNO memberi tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid FELDA Gedangsa. Adakah beliau mempunyai tauliah? Tidak pula ditimbulkan persoalan penderhakaan kepada DYMM Sultan Selangor oleh Pengarah JAIS.



Bicara Minda DSAI Beralaskan Fakta Kukuh


Laporan Bank of America Merill Lynch berkaitan pasaran negara begitu membimbangkan. Menurut laporan tersebut Malaysia kini antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik selepas bank tersebut meninjau pandangan pengurus dana. Sungguhpun kerajaan cuba memberi gambaran yang serba indah, hakikatnya Malaysia jatuh dua anak tangga dari kedudukan sebelum ini iaitu di tangga ke 10, dan kini di kedudukan tercorot. Pastinya berita ini menerbitkan rasa bimbang saya berhubung kedudukan ekonomi semasa negara tatkala kononnya pentadbiran Dato' Sri Najib akan mengemukakan satu kebijakan ekonomi yang diwar warkan bertujuan menarik minat pelabur.

Beberapa perkara mustahak yang sewajarnya diberi perhatian adalah pandangan para pelabur yang melihat Malaysia sudah tidak mampu bersaing dengan negara jiran yang begitu bertenaga maju ke hadapan seperti Indonesia. Tetangga kita itu menurut tinjauan Forum Ekonomi Dunia(World Economic Forum) pula telah melonjak 10 anak tangga ke kedudukan 44 dari 139 negara. Berikutan perkembangan sebeginilah kita sangsi perincian Model Ekonomi Baru yang bakal diumumkan perdana menteri mampu memulihkan ekonomi negara yang lembap ini. Hasrat kerajaan untuk menjana pelaburan bernilai RM 2.2 trillion dalam masa 10 tahun, yang mana 92% dari jumlah tersebut datangnya dari pelaburan swasta, pastinya menimbulkan kemusykilan tatkala para pelabur bertindak menjauhi pasaran kita.

Pemerintah harus sedar, kebijakan ekonomi yang menafikan perkara dasar serta gagal memberi keutamaan untuk melakukan perubahan terhadap sistem yang curang pastinya dipandang sepi. Secara tuntas saya tegaskan, para pelabur memberi keutamaan terhadap sistem keadilan yang bersih, iklim yang tidak rasuah dan culas serta kepimpinan negara yang meyakinkan. Pembentangan serta perincian dasar ekonomi namun menafikan perkara yang mendasar tersebut hanya akan disambut dingin. Malangnya hakikat ini terus dinafikan elit pemerintah walau rakyat jelatalah yang menderita menahan beban.

ANWAR IBRAHIM

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Sosilawati: Laporan polis pada Utusan, MT PERKASA

DAP Selangor hari ini membuat laporan polis mendakwa akhbar Utusan Malaysia dan ahli majis tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Mohd Zahid Md Arip telah memfitnah parti itu dalam isu pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Menurut Setiausaha DAP Selangor Lau Weng San berkata, kenyataan Mohd Zahid yang disiarkan akhbar Umno itu - yang didakwanya cuba mengaitkan DAP dengan kes itu - tidak berasas dan bertujuan memburuk-burukkan DAP.

"DAP berpendapat bahawa semua pihak tidak harus menggunakan isu sosial ini sebagai isu politik dan polis harus diberi peluang untuk menyelesaikan siasatan mereka.

"Lebih-lebih lagi, polis telah menahan suspek yang berkenaan dan siasatan masih berjalan dan semua pihak harus membiarkan proses perundangan berjalan lancar," katanya.

Kelmarin, Utusan melaporkan Mohd Zahid mempersoalkan kenapa DAP langsung tidak bersuara bagi mengutuk pembunuhan kejam tersebut, sedangkan sebelum ini parti berkenaan gah mendakwa organisasi mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak semua pihak.

Bekas exco Pemuda PKR itu mempersoalkan sama ada tindakan itu berkaitan dengan dakwaan bahawa suspek utama adalah ahli seumur hidup DAP.

Menulis dalam blognya hari ini, Lau yang juga ADUN Kampung Tunku berkata beliau membuat laporan polis itu hari ini di Petaling Jaya.

Beliau juga meminta polis menyiasat Mohd Zahid dan akhbar harian berbahasa Melayu itu bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Pamer Kebertanggungjawaban, Seluruh Mata Tertumpu Pada Pemilihan PKR

SHAH ALAM 18 SEPT: CALON BAGI PEMILIHAN PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) PERLU MENUNJUKKAN KEMATANGAN DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN DALAM PERTANDINGAN KERANA SELURUH MATA TERTUMPU TERHADAP PROSES PEMILIHAN PARTI INI.


"Seluruh warga negara ini kini menyaksikan bagaimana kita akan berjaya melaksanakan demokrasi tulen di dalam parti, kerana ini akan dijadikan petunjuk cara kita akan mentadbi negara kelak," kata Ahli Parlimen Lembah pantai, Nurul Izzah Anwar.

Dalam kenyataan media, beliau berkata  sikap kepimpinan dan kebertanggungjawaban calon bertanding akan  membuktikan pemilihan PKR  bebas dan berdemokrasi.

Katanya, pemilihan yang sihat berlaku  apabila logik dan keberkesanan ideologi calon dinilai, bukannya personaliti dan kepopularan calon semata-mata kerana demokrasi tulen mengalakkan pandangan berbeza dan pertembungan idea .

"Jangan kita membuat silap dengan hanya melihat anpa menilai mesej yang dibawa. Intipati mesej patut dijadikan pertandingan, bukannya bentuk atau rupa mesej tersebut,” katanya yang gembira dengan pelaksanaan konsep satu ahli satu undi.

Beliau berkata, pemilihan parti kali ini wajar dilihat sebagai latihan bina diri di kalangan ahli parti, selain menjadi  kempen bina keyakinan untuk semua rakyat Malaysia.

"Setelah kita merentas cabaran dan kerecokan pilihanraya, kita perlu mengetepikan pangkat dan bersatu menerima calon yang baru dilantik untuk  membawa perubahan dan membina Malaysia yang lebih baik," katanya.

Pembantu Rumah Indonesia Didera, Diperkosa

PULAU PINANG 18 SEPT: Seorang pembantu rumah Indonesia disimbah dengan air panas, badannya ditekap sterika panas, dan dipukul serta diperkosa oleh majikan dan isterinya sebelum di halau keluar rumah  di Pulau Pinang.
Kes itu dicatat sebagai kes penderaan paling serius membabitkan pekerJa asing tahun ini.
Polis menahan pasangan suami isteri yang mendiami sebuah pangsapuri di Jelutong dan merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk menyeksa dan mendera mangsa berkenaan .

Suspek  adalah seorang kontraktor yang mempunyai rekod jenayah termasuk penyalahgunaan dadah.

Pembantu rumah itu kini dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan luka-luka kebakaran akibat di simbah air panas dan di pukul serta kecederaan di tempat kemaluan.

Beliau dijumpai dalam keadaan mundar-mandir oleh seorang awam di Nibong Tebal setelah ditinggalkan oleh majikan kira-kira 40 kilometer daripada kediamannya Ahad lalu.

Polis menahan suspek dan isterinya semalam setelah mengesan tempat tinggal suspek.

Ketua Polis Georgetown,  ACP Gan Kong Meng berkata mangsa disimbah dengan air panas dan dadanya juga said disetrika selain diperkosa.

Pembantu rumah itu mula bekerja dengan kontraktor berkenaan Febuari lalu tetapi penderaan terhadapnya bermula pada bulan Mei.

Negara Pilihan Pelabur, Malaysia Corot Indonesia Melonjak

DAMANSARA 18 SEPT: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, Malaysia akan terus kehilangan pelabur selagi amalan rasuah, kegagalan sistem keadilan dan kepimpinan yang culas, terus berleluasa.

Katanya, semua pihak harus berasa bimbang dengan Laporan Bank of America Merill Lynch yang menempatkan Malaysia sebagai antara negara di Asia Pasifiz yang tidak digemari pelabur berdasarkan tinjauan di kalangan pandangan pengurus dana.

Beliau kesal kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak cuba memberi gambaran serba indah, hakikatnya Malaysia jatuh dua anak tangga dari kedudukan di tangga ke 10 dan kini di kedudukan tercorot.

“Pastinya berita ini menerbitkan rasa bimbang saya berhubung kedudukan ekonomi semasa negara tatkala kononnya pentadbiran Najib akan mengemukakan satu kebijakan ekonomi yang diwar warkan bertujuan menarik minat pelabur,” katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata beberapa perkara mustahak wajar  diberi perhatian terutama pandangan pelabur yang melihat Malaysia sebagai tidak lagi mampu bersaing dengan negara jiran seperti Indonesia.

Berbeza dengan Malaysia, Indonesia melonjak 10 anak tangga ke kedudukan 44 dari 139 mengikut tinjauan Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum).

Anwar turut sangsi dengan  perincian Model Ekonomi Baru (MEB) yang bakal diumumkan Najib sebagai usaha memulihkan ekonomi negara yang lembap.

Katanya, hasrat kerajaan untuk menjana pelaburan bernilai RM 2.2 trillion dalam  masa 10 tahun dengan 92 peratus datangnya dari pelaburan swasta, pasti  menimbulkan kemusykilan lantaran pelabur menjauhi Malaysia.

“Pemerintah harus sedar, kebijakan ekonomi yang menafikan perkara dasar serta gagal memberi keutamaan untuk melakukan perubahan terhadap sistem yang curang pastinya dipandang sepi.

“Secara tuntas saya tegaskan, pelabur memberi keutamaan terhadap sistem keadilan yang bersih, iklim yang tidak rasuah dan culas serta kepimpinan negara yang meyakinkan.

"Pembentangan serta perincian dasar ekonomi namun menafikan perkara yang mendasar tersebut hanya akan disambut dingin,” katanya.

Malangnya, Anwar berkata  hakikat ini terus dinafikan elit pemerintah walaupun rakyat terpaksa  menderita menahan beban.

Gambar TG Nik Aziz Di Majlis Rumah Terbuka PAS Negeri Kelantan








Datuk Shukri Buat Laporan Polis Terhadap Akhbar Kosmo Dan Utusan


Sepertimana yang telah diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam sidang media beliau di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada 15 September 2010, satu laporan polis telah dibuat oleh Dato’ Sukri Mohamed (gambar) ke atas akhbar Kosmo! di atas laporan (tentang sidang akhbar Dato’ Sukri Mohamed di Pejabat Sultan Kelantan pada 14 September 2010) bertajuk “Gelaran ayah bonda ditarik” yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 September 2010.

Kandungan laporan akhbar Kosmo! yang dipertikaikan adalah:

1. “Sehari selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra semalam bertindak menarik balik gelaran ‘Tuanku’ daripada ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra.”
2. “Turut ditarik balik ialah gelaran ‘Tengku’ yang diberikan kepada bondanya, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.”
3. “Anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd. Shukri Mohamed berkata, penarikan kedua-dua gelaran itu dibuat kerana ia hanya diberikan kepada Sultan dan Raja Perempuan.”





Tujuan laporan polis ini dibuat adalah kerana laporan akhbar Kosmo! ini menggambarkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, telah bertindak zalim ke atas ayahanda dan bonda Baginda dengan menarik balik gelaran ‘Tuanku’ dan gelaran ‘Tengku’ daripada ayahanda dan bonda Baginda hanya sehari selepas Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan sedangkan pada hakikat sebenarnya Baginda tidak pernah berbuat demikian manakala Dato’ Sukri Mohamed pula tidak pernah mengucapkan perkataan-perkataan demikian atau perkataan-perkataan yang membawa maksud demikian di dalam sidang akhbar tersebut.

Laporan akhbar Kosmo! ini telah membuat satu tuduhan yang amat berat kepada kedua-dua Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan dan Dato’ Sukri Mohamed serta merupakan satu fitnah yang sengaja diada-adakan di mana perbuatan memfitnah adalah merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan. Siasatan ke atas laporan ini sedang dibuat oleh pihak polis.

Selain membuat laporan polis ini, Dato’ Sukri Mohamed juga telah membuat satu permintaan bertulis kepada akhbar Kosmo! supaya mengemukakan permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis di atas laporannya itu. Permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis ini diminta dibuat di dalam akhbar itu di dalam masa 24 jam dari tempoh penghantaran notis itu.

Permintaan bertulis yang sama telah turut dibuat ke atas akhbar Sinar Harian di atas laporan bertajuk “Gelaran ‘Tuanku’ ditarik balik” yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 September 2010 di mana kandungan laporan akhbar Sinar Harian yang dipertikaikan adalah:

1. “Gelaran ‘Tuanku’ dan ‘Tengku’ yang dikurniakan kepada Sultan Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid akan ditarik balik berikutan pemasyhuran anakandanya, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan kelmarin.”
2. “Ahli Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Shukri Mohamed berkata, penarikan balik gelaran itu dilakukan kerana gelaran tersebut hanya diberikan kepada Sultan dan Raja Perempuan.”


Permintaan bertulis yang sama juga telah dibuat ke atas akhbar Utusan Malaysia di atas laporan bertajuk “Gelaran ‘Tuanku’ Sultan Ismail dan ‘Tengku’ pada Raja Perempuan Kelantan gugur” yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 September 2010 di mana kandungan laporan akhbar Utusan Malaysia yang dipertikaikan adalah:
1. “Gelaran ‘Tuanku’ yang dipakai bekas Sultan Kelantan dan ‘Tengku’ pada Raja Perempuan Kelantan sebelum ini gugur secara automatik berikutan pemasyhuran anakanda sulung baginda berdua, Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan di Istana Balai Besar kelmarin.”
2. “Ketika menjelaskan perkara tersebut, jurucakap Istana Kelantan yang juga Ahli Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Shukri Mohamed berkata, gelaran ‘Tuanku’ dan ‘Tengku’ hanya diberikan kepada Sultan yang memerintah serta permaisuri baginda sahaja.”

Salah satu dari tiga akhbar ini, iaitu akhbar Sinar Harian, telah mengemukakan permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis di atas laporannya itu pada 16 September 2010.

Akhbar-akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia pula telah gagal mengemukakan permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis di atas laporannya itu dan kini bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada Dato’ Sukri Mohamed. -thekelantaninsider


KENYATAAN MEDIA DATO’ SUKRI MOHAMED

Di atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Dato’ Sukri Mohamed telah memberikan satu kenyataan media berhubung dengan pemasyhuran Baginda di Pejabat Sultan Kelantan pada 14 September 2010.

Berikut disiarkan kandungan kenyataan media Dato’ Sukri Mohamed tersebut.

MEDIA STATEMENT

We wish to refer to the Malaysiakini article entitled “Sultan vows to challenge purported installation” dated 12th September 2010 wherein reference was made to a press statement made by a lawyer from the firm of Messrs Rashid Zulkifli on the basis that the said firm acts for His Royal Highness Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

We wish to state the following:

(a) Messrs Rashid Zulkifli’s authority to act on behalf of His Royal Highness Sultan Ismail Petra is in dispute and is being challenged. The issue of Messrs Rashid Zulkifli’s authority to act is presently the subject of determination before the Federal Court vide Petition No. 1 of 2010 and Petition No. 2 of 2010 in the light of His Royal Highness Sultan Ismail Petra’s incapacity;

(b) Messrs Rashid Zulkifli has failed to provide any medical evidence whatsoever to substantiate that His Royal Highness Sultan Ismail Petra has the necessary capacity to instruct the said firm to act on His behalf in respect of the present court proceedings before the Federal Court; and

(c) Messrs Rashid Zulkifli also failed to disclose any medical evidence whatsoever to indicate that His Royal Highness Sultan Ismail Petra has the capacity to comprehend the contents of the petitions and affidavits filed before the Federal Court vide Petition No. 1 of 2010 and Petition No. 2 of 2010.

We also wish to state that:

(a) The laws of the Constitution of Kelantan, Second Part, can be and were already amended by way of proclamation by His Royal Highness the Regent of Kelantan with the consent and concurrence of the Council of Advisers;

(b) The two petitions that Messrs Rashid Zulkifli have previously purportedly filed before the Federal Court on behalf of His Royal Highness Sultan Ismail Petra are not relevant to the issue of whether amendments pursuant to Article 3 of the laws of the Constitution of Kelantan, Second Part, are valid or not; and

(c) The amendments do not in any way pre-empt any proposed decision of the Federal Court. The amendments are a separate and distinct issue from the two petitions that Messrs Rashid Zulkifli have purportedly filed on behalf of His Royal Highness Sultan Ismail Petra in the Federal Court.

KENYATAAN MEDIA

Kami ingin merujuk kepada artikel dalam Malaysiakini bertajuk “Sultan vows to challenge purported installation” bertarikh 12 September 2010 di mana ianya merujuk kepada satu kenyataan media yang dibuat oleh seorang peguam dari firma guaman Tetuan Rashid Zulkifli yang mendakwa firmanya mewakili Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

Kami ingin menyatakan seperti berikut:

(a) Perlantikan Tetuan Rashid Zulkifli sebagai peguam kepada Sultan Ismail Petra masih lagi dipertikaikan dan kini sedang dicabar. Isu perlantikan/perwakilan Tetuan Rashid Zulkifli ini merupakan satu perkara yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan melalui petisyen No. 1, 2010 dan petisyen No. 2, 2010 ekoran ketidakupayaan (incapacitation) Sultan Ismail Petra;

(b) Tetuan Rashid Zulkifli telah gagal untuk mengemukakan apa-apa keterangan perubatan (medical evidence) untuk membuktikan Sultan Ismail Petra mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk mengarahkan Firma tersebut bertindak bagi pihak Baginda berhubung dengan prosiding di depan Mahkamah Persekutuan sekarang; dan

(c) Tetuan Rashid Zulkifli juga gagal untuk mendedahkan apa-apa keterangan perubatan (medical evidence) untuk menunjukkan Sultan Ismail Petra mempunyai keupayaan untuk memahami kandungan petisyen dan affidavit yang didakwa difailkan di Mahkamah Persekutuan melalui petisyen No. 1, 2010 dan petisyen no 2, 2010 tersebut.

Kami juga ingin menyatakan bahawa:

(a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) boleh dan telah dipinda dengan cara perisytiharan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan dengan izin dan persetujuan Majlis Penasihat Raja;

(b) Kedua-dua petisyen yang didakwa telah difailkan oleh Tetuan Rashid Zulkifli di Mahkamah Persekutuan bagi pihak Sultan Ismail Petra adalah tidak relevan dengan isu sama ada pindaan-pindaan berasaskan Perkara 3 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) adalah sah atau tidak; dan

(c) Pindaan-pindaan tersebut tidak sekali-kali mendahului (pre-empt) keputusan yang bakal diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Pindaan-pindaan tersebut adalah satu isu yang berasingan dan berbeza daripada dua petisyen yang didakwa telah difailkan oleh Tetuan Rashid Zulkifli di Mahkamah Persekutuan bagi pihak Sultan Ismail Petra tersebut.