Khamis, 16 September 2010

Rakyat Selangor Tidak Akan Terima Khir Toyo Lagi


SHAH ALAM 16 Sept : Banyak kesilapan semasa menerajui Selangor sewaktu menjadi Menteri Besar dahulu adalah faktor lebih penting mengapa Datuk Seri Khir Toyo tidak layak menerajui Selangor pada masa akan datang.
Perkara ini ditegaskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dipetik melalui Sinar Harian sambil menambah rakyat negeri ini tidak akan menerima kembali Ketua Pembangkang itu sebagai Menteri Besar sekiranya UMNO menawan kembali negeri ini pada Pilihan raya Umum (PRU) akan datang.
“Pemimpin sedemikian tidak layak menerajui negeri ini apatah lagi menjadi ikon kepada rakyat Selangor,” katanya.
Sebaliknya beliau menyarankan supaya jawatan berkenaan diserahkan kepada pemimpin yang lebih layak di kalangan Barisan Nasional(BN).
Dalam pada itu, Khalid menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Dr Khir yang berkata beliau tidak mahu lagi menjadi Menteri Besar jika BN kembali merampas Selangor,sebagai tidak ikhlas dan penuh kepura-puraan.
"Saya berpendapat, dia tidak mahu dilantik semula menjadi Menteri Besar sekiranya pembangkang mengambil alih negeri ini kerana sedar tidak lagi berpeluang mendapat habuan" ujar Khalid.
“Ini kerana pentadbirannya sekarang diterajui Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak amalan sedemikian,” katanya.

Kes Sosilawati : Shamsul Sedia Beri Keterangan Jika Dipanggil Berbuat Demikian

KUALA LUMPUR 16 SEPT : Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyuarakan kesediaan beliau bekerjasama dengan pihak polis jika dipanggil untuk merakamkan keterangan beliau.
Ini ekoran kenyataan Ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini bahawa beliau akan memanggil Shamsul untuk dirakam kenyataan berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.
Shamsul berkata, beliau bukanlah peguam seperti yang didakwa oleh Khalid dan beliau tidak tahu langsung berkenaan perincian kes ini tetapi beliau sanggup memberikan kerjasama.
"Menurut akhbar Utusan Malaysia hari ini, KP Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mahu memanggil saya untuk merakam kenyataan saya berhubung kes pembunuhan Datuk sosilawati Lawiya.
"Saya ingin menegaskan bahawa pertama, saya bukanlah peguam tersebut seperti didakwa dan kedua, saya tidak tahu langsung berkenaan kes ini, tetapi saya akan bekerjasama dengan pihak polis," tegas beliau.
Membidas kenyataan Khalid bahawa beliau 'bercakap ikut sedap mulut' dan ia merupakan kenyataan paling 'merepek' yang pernah didengar Khalid, Shamsul berkata, ayat seperti itu tidak patut datang dari seorang individu yang berjawatan tinggi dalam institusi kepolisan.
"Pada pendirian saya, yang pertama, ya saya bersetuju memberikan kerjasama kerana tugas menjaga keselamatan bukan hanya pada polis, tetapi juga tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia. Apabila wartawan bertanyakan berkenaan kes ini, pertamanya saya merakam ucapan takziah dan kedua berasa geram terhadap pembunuhan kejam seorang wanita dan tiga rakannya," tegas beliau.
Beliau juga turut memuji kecekapan pihak polis menyelesaikan kes pembunuhan hartawan kosmetik yang mendapat liputan meluas media.
Walau bagaimanapun, beliau menggesa pihak polis supaya memberikan lebih tumpuan untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini berbanding terlalu 'menjaga tepi kain' ahli politik.
"Saya ada terbaca dalam akhbar bahawa sudah beberapa kes serupa difailkan ke atas suspek sebelum ini dan banyak lagi kes sebegini di kawasan tersebut. Persoalan yang saya ingin bangkitkan ialah mengapa kes tersebut tidak disiasat secara mendalam?," tanya beliau.
Shamsul seterusnya berkata jika polis mengambil tindakan proaktif, menyiasat dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kes-kes yang difailkan sebelum ini, beliau yakin kes pembunuhan Datuk Sosilawati tidak mungkin boleh berlaku.
Bahkan ujarnya, beliau tidak akan berhenti menyuarakan kebenaran kerana ia berkaitan dengan keadilan untuk Datuk Sosilawati dan tiga rakannya yang mati dibunuh dengan kejam.
"Saya bersama ketua pimpinan yang lain sempat menziarahi keluarga Allahyarhamah Datuk sosilawati dan bersimpati serta saya tidak mahu kes sebegini berlaku lagi dalam negara kita.
"Saya harap KP Selangor berfikir dahulu sebelum membuat tindakan sebegini kerana bagi saya ini satu perkara yang cukup memalukan dan saya juga tidak akan teragak-agak untuk menyaman beliau kerana ini mencabar kredibiliti saya," kata Shamsul lagi.

Awang Adek: Umno Kelantan, PERKASA tiada masalah..ha.ha..jadi boleh tubuhkan Parti Perkatak la...!!!

Hubungan antara anggota Umno Kelantan dengan Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) tidak mempunyai masalah kerana mereka yang menganggotai PERKASA sebahagian besarnya juga adalah terdiri daripada anggota Umno, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata yang berbeza ialah beberapa perkara yang diperjuangkan oleh PERKASA mengenai kepentingan orang Melayu, tidak boleh diterima oleh Umno.

"Ini kerana Umno mempunyai tanggungjawab yang lebih besar bagi menjaga kepentingan semua kaum di negara ini," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra Aidilfitri dan penubuhan Persatuan Mahasiswa Daerah Bachok (PERSADA) di Tangok di Bachok hari ini.

Lebih 300 orang pelajar yang sedang menuntut di pelbagai institut pengajian tinggi awam dan swasta menyertai majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Umno bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Hussain.

Awang Adek yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata Perkasa menyamai dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain yang mempunyai hubungan baik dengan Umno.

"Di Bachok sendiri hampir keseluruhan anggota PERKASA terdiri daripada anggota Umno bahkan ada yang menduduki jawatan penting dalam badan NGO ini.

"Walaupun perjuangan Umno dengan Perkasa hampir sama iaitu memperjuangkan nasib orang Melayu berdasarkan Perlembagaan Negara, tetapi ada yang didesak oleh PERKASA, Umno tidak boleh menerimanya kerana perjuangan Umno berlandaskan amalan kesederhanaan," katanya.

Beliau berkata hakikat itu perlu difahami oleh rakyat Kelantan terutama oleh anggota Umno supaya mereka tidak dimanipulasi oleh sesetengah pihak lebih-lebih lagi parti pembangkang.

--Bernama

ANGKUH: Sikap penyokong Umno dalam isu kematian arwah Dato Sosilawati...


(Klik gambar di atas utk paparan lebih jelas)

Oleh: Pria Malaya

Berkatalah seorang hamba Allah, Hussaini Abdul Karim:

"Tolong bantu untuk mencari Datuk Sosilawati, jutawan kosmetik terkenal....Dilaporkan hilang sejak seminggu, berita Radio dan TV dan disemua akhbar-akhbar bahasa Melayu...

Salaams...- HAK"
Maka dijawab seorag facebooker fanatik Umno @ Suara Dari Bumi:
"maaf tak ada kaitan dengan aku...lantak dia le"
Ini antara dialog seorang hamba Allah dengan seorang penyokong tegar Umno di dunia facebook...di kala para blogger Umno menghentam dan memfitnah penyokong/blogger PAS kononnya tidak berminat untuk mengangkat dan membela isu kematian Dato Sosilawati, tiba2 kita dikejutkan dengan satu kenyataan angkuh lagi sombong penyokong tegar Umno berkaitan isu ini..

Siapakah penyokong Umno ini a.k.a 'Suara Dari Bumi' ini?..bagi mereka yg kerap 'berpolitik' di alam facebook, mereka pasti mengenali facebooker tegar Umno ini, paling tidak pun akan terjumpa dengan gambar-gambar fitnah oleh penyokong tegar Umno ini..ternyata tugas beliau adalah menghasilkan gambar/foto yang telah diedit utk disebarkan di ruang2 maya, khususnya dunia facebook...boleh lihat antara contoh2 di bawah...














Dan banyak lagi sepertimana gambar printscreen di bawah...kalian boleh lihat di sini..



Identiti 'Suara Dari Bumi' ini pernah dideahkan oleh seorang Facebooker dari Pakatan Rakyat menggunakan nama samaran 'Bumiputra Berjaya'..boleh lihat pendedahannya di sini..yg nyata, jumudian Umno ini rapat dengan pimpinan atasan Umno...

Untuk yg terakhirnya, penulis minta agar penyokong/blogger Umno tidak lagi mempolitikkan isu ini..jika tidak, penulis tiada pilihan lain selain menjawab balik tuduhan2 liar oleh blogger Umno ini...ini prinsip penulis...pada Papa Gomo dan rakan seangkatannya, cukuplah mempolitikkan isu ini, kalau tidak 'rasailah sendiri!'...semoga Allah mencucuri rahmat buat arwah Dato Sosilawati dan 4 yang lain...wallahua'lam...

Tiba-tiba...Konsert Siti Di Pulau Pinang Di Batalkan..??

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza (gambar) dilaporkan telah membatalkan konsert Hari Malaysia di Pulau Pinang atas nasihat daripada doktor. Pembatalan konsert yang bakal menyaksikan Siti beraksi selama satu jam pada 25 September depan di Stadium Bandaraya itu diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
"Pada peringkat ini, kita sudah kesuntukan waktu untuk melakukan sebarang perubahan atau pindaan di saat-saat akhir, jadi kita memutuskan untuk membatalkan sahaja keseluruhan acara konsert itu.
"Kami kesal dengan apa yang berlaku tetapi kami menghormati masalah yang dihadapinya dan mendoakan yang terbaik untuk kesihatan Siti," kata Lim yang dipetik daripada portal Star Online pada sidang media di pejabatnya di Komtar, Khamis.
Tambah Lim, pihak kerajaan negeri menerima surat penarikan diri daripada syarikat pengurusan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd pada hari Rabu yang turut kepilkan bersama surat akuan daripada pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
"Surat akuan itu menyatakan Siti tidak dibenarkan untuk berjalan jauh atau terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal sepanjang proses rawatan berlangsung," katanya.
Salinan daripada surat akuan itu menjelaskan "Siti Nurhaliza dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal yang berat termasuklah mengadakan konsert pada waktu ini."
Bagaimanapun, Lim enggan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai butiran surat akuan tersebut dan menyerahkan sebarang pertanyaan lanjut mengenai penyanyi itu kepada pengurus Siti sendiri.

Juragan : Sekiranya konsert ini berlangsung sudah pasti menarik ribuan orang Melayu..tambahan pula masuk percuma dan sebelum konsert Lim Guan Eng akan berucap seketika..Jadi lu orang sendiri ingat..Arahan Doktor kaaa....atau Arahan Umnooo..Monyet dalam zoo pun boleh pikirr beb..kuah3

Orang Lain Buat , Salah...Kau Buat Tak Apa



Inilah jenis puak yang menganggap diri kumpulannya saja yang betul Mereka sajalah yang berintegriti. Mereka adalah pihak yang berpegang kepada etika kewartawanan. Pendek kata apa yang mereka tulis dan siarkan adalah sahih macam Sahih Bukhari. Keutamaan mereka ialah kesejahteraan dan perpaduan rakyat yang berbilang kaum ini.

Mana-mana penerbitan atau portal yang tidak sehalauan dan tidak memihak kepada mereka , maka berita atau apa saja dari sumber ini menjurus kepada perpecahan kaum. Konsikuensi dari sumber ini akan memecah belahkan masyarakat yang berbilang kaum ini.

Lihat komen pemimpin umno dalam mStar. "PUAD PERTAHANKAN PENDIRIAN KRITIK SKMM ". Kandungan berita dalam tajuk ini memuatkan rasa tidak puas hati mamat Batu Pahat ini kerana lembab menjalankan siasatan keatas portal malaysia Today yang menurutnya suka memutar belitkan fakta.

Siapa sebenarnya yang kernya tak henti-henti menyiarkan berita yang sarat dengan fitnah , yang tdak pernah puas dan jemu memutar belitkan fakta tanpa mengenal siapa. Semuanya dilakukan asalkan menguntungkan umno. Sebut saja utusan malaysia , Berita Harian ,NST , RTM dan TV3. Mual rasanya nak baca dan dengar berita dari sumber-sumber ini.

Dimanakah maruah mereka (para pemimpin umno ) bilamana mereka mempersoalkan kredibiliti pemberitaan pihak yang tidak dapat mereka peralatkan sedangkan dipihak mereka putar belit dan pembohongan jauh lebih buruk lagi.

Inilah jenis manusia yang hanya nampak keslahan keburukan yang dilakukan oleh anak jirannya. Hakikatnya keburukan perangai anaknya jauh lebih teruk lagi. Tapi dah jenis jenis aku saja yang betul maka muhasabah diri itu tidak berlaku dalam dirinya. Senang cakap jenis yang tidak pernah mahu cermin diri sendiri.

Mentang-mentanglah ada kuasa mengerah dan mengarah , maka dimarahi pihak yang kunun nya tidak menjalankan tugas. Kita nak tanya , sekian lama rakyat dijamu dan disuapkan dengan berita2 fitnah oleh media mereka apakah pernah tindakan diambil ?

Hingga kehari ini rakyat yang dahagakan keadilan , ketelusan , keinteritian dan kebebasan agensi2 penguatkuasa masih lagi ternanti-nanti apakah akan menjadi kenyataan semua harapan itu.

ATAU , APAKAH KITA BERMIMPI DI SIANG HARI .

DEBAT AMK : Pertembungan Klasik Team "Generasi Reformasi" Vs Muafakat Anak Muda "Penerus Momentum Reformasi"

Debat Bakal Calon AMK Pusat semakin hampir, gelojak rasa teruja baik di kalangan penyokong, pemerhati politik, parti lawan atau kawan mahu pun bakal calon itu sendiri makin dirasai. Program yang bakal menoktahkan peristiwa penting di dalam lipatan kamus sejarah politik tanah air ini telah menjadi fenomena bukan saja media alternatif mahupun arus perdana, malahan orang-ramai khususnya pendokong parti masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk terlibat secara langsung atau tidak langsung menjadi sebahagian, "history in the making".

Hari ini harapan ramai khususnya kalangan ahli parti telah termakbul untuk melihat posisi ketua AMK bakal diisi oleh muka baru bila mana mantan ketua AMK saudara Shamsul Iskandar secara rasminya mengumumkan sidang media untuk tidak mempertahankan lalu nekad mendaki ke posisi lebih tinggi.

Umum sudah menjangkakan mantan ketua AMK saudara Shamsul Iskandar bakal menarik diri dari mempertahankan posisi beliau ta'kala potensi untuk mengamit kedudukan posisi naib presiden parti menampakkan sinar yang lebih gemilang. Ahli parti khususnya Angkatan Muda Keadilan(AMK) mengalu-alukan keputusan beliau ini dan mengucapkan ribuan terima kasih setelah 2 penggal menabur bakti memperkasakan AMK. Jasa mu tetap dikenang.



Kini persoalan siapakah calon yang paling afdal untuk mengisi kekosongan tersebut dan seterusnya memimpin AMK bagi cabaran pasca PRU 12 dan mendepani PRU 13, bakal menampakkan wajah ta'kala riak-riak bayang di permukaan air makin terpampang jelas. Satu tarik diri, tiga lagi terus berlari mendaki.. antara Hasmi, Rafizi dan Chegubard siapa bakal penganti? Pemerhatian ramai pertembungan Rafizi-Chegubard bakal menjadi perhatian.


Menjelang debat bersejarah tersebut, hari ini Chegubard di Bangi mengisytiharkan iltizam perjuangan beliau untuk memimpin AMK Malaysia dengan pembawaan tema, "Iltizam Anak Muda malaysia..Penerus Momentum Reformasi" dengan menekankan kepada kewajiban AMK menjadi penerus kepada agenda reformasi sebagai anutan wahid AMK ke arah merealisasikan Deklarasi Permatang Pauh. Lewat lalu Rafizi lebih awal menyatakan kesudian untuk jawatan tersebut dengan pembawaan, "Generasi Reformasi" manakala Hasmi lafaz iltizamnya setakat ini bersifat abstrak dengan alasan untuk mengolah dan membaca arus penerimaan walaupun secara dasarnya "bersetuju" dengan jawatan "itu". Namun ketiga-tiganya akan hadir ke Taiping Sabtu ini, menyahut cabaran berdebat bertarung memunggah idea di dalam memetakan hala tuju dan pemikiran, Misi dan Visi AMK.


Meninjau pertembungan klasik Rafizi-Chegubard sesungguhnya cukup menarik dan mengujakan. Berlatarkan pengalaman rencam politik serta gaya agak berbeda, hakikatnya Rafizi bukan orang baru dan Chegubard bukan orang lama. Kedua-duanya adalah aset kepada parti khususnya AMK. Istilah ayam dulu atau telur dulu adalah tidak relevan dalam poltik dewasa ini khususnya PKR parti pertama yang membuka ruang seluas-luasnya amalan demokrasi. Budaya politik baru menuntut kepada penawaran keupayaan di dalam memberi khidmat terbaik kepada mengangkat upaya dan maruah parti khususnya AMK. Politik pembunuhan karakter(character assassinate), politik sokongan, tiada prinsip, rasuah, fitnah bukanlah ciri-ciri atau idea-idea di dalam merealisasikan citra budaya politik baru. Itu budaya politik lapuk yang tidak terpakai bagi sesiapa yang jujur memahami idealisme dan agenda reformasi parti. Ahli parti mampu menilai, mengenang dengan menelusuri sejarah, bangunnya jasad dan roh parti tahun 1998 asasnya adalah kepada penolakkan falsafah dan budaya politik jelek seumpamanya yang dialunkan oleh regim UMNO-BN pada ketika itu. Sebab kita benci maka kita menolak gaya politik tersebut dan PKR berdiri mampu hingga kini. Amatlah malang bagi parti kiranya masih ada kalangan ahli yang masih gagal dan enggan memahami "asas" terpenting ini.

Berbalik kepada pemilihan, asas utama adalah kemampuan bakal ketua itu untuk menawarkan idea-idea untuk mengisi falsafah politik baru ini. Kita tidak mahu lagi beretorik mahukan kepada reformasi khususnya pembawaan nilai, sikap dan budaya politik baru namun hakikatnya gagal untuk menawarkan idea-idea untuk mengisi kerangka falsafah politik yang diperjuangkan tersebut. Sesungguhnya nilai, sikap serta budaya yang ingin dibawa hakikinya wajib tidak menyinggung hidup insan bertuhan. Usah jadi seperti kelompok hippies di barat satu ketika dulu yang menyarankan untuk menolak yang lama kerana alasan usang, tidak relevan serta penuh hipokrasi(cth: institusi perkahwinan) tapi tanpa memberi ganti alternatif nilai moral sebagaimana yang sepatutnya. Akhirnya kelompok hippies ini mencari moral baru tanpa panduan yang akhirnya terjebak kepada budaya bersekedudukan!

Kepada ahli parti khusus AMK, ingatlah keperluan untuk kita jadikan 2 perkara bersejarah ini, yakni DEBAT dan kaedah 1 Vote 1 Member ini sebagai medan untuk kita menilai keupayaan (SQ+IQ+EQ) dan keikhlasan bakal pemimpin di samping menyaring buang saki-baki ahli-ahli/pemimpin parti yang masih bernafsu berkiblatkan budaya politik jelek lagi busuk umno-bn. PKR adalah parti penentu jambatan keutuhan PAKATAN RAKYAT yang tidak boleh dinafikan, dan menjadi harapan serta pemerhatian lawan serta umum. Jadilah ahli parti yang bijak, maruah tinggi dan berprinsip, insyaalah parti ini akan terus dihormati kalangan rakan dan lawan.

Ayuh kita dakapi nilai luhur, Mari kita raikan Demokrasi!

Tolak Demokrasi Terpimpin!

Nurul Izzah: We need a true fighter, not a wolf

By Joseph Tawie

KUCHING: PKR's Puteri Reformasi Nurul Izzah Anwar today gave her clearest indication yet that she is backing Zaid Ibrahim in his quest for the deputy president's post in the forthcoming party polls.
While lambasting “narrow-minded politicians” in PKR, Nurul Izzah said that Zaid, on the other hand, was a leader with vision for the party.

Earlier in her speech to party members in Sarawak last night, she called on them to choose leaders who are committed to the ideals and the principle of the party.

“I don’t mind who you choose as the president and deputy president or as vice president. What is the most important thing is that he or she must be someone who is sincere, and who is committed to the ideals and principle of the party.

“He must be a true fighter,” she added, reminding them that in their efforts to choose leaders, they should be aware of leaders who were just like a wolf wearing a sheepskin.

While she had not named Zaid, or any other leaders, in her speech, she nevertheless told reporters this morning that she would back Zaid as a leader of the party.

She pointed out that Zaid had the necessary leadership qualities to steer PKR forward.
Zaid will be facing off vice-president Azmin Ali for the deputy's post in the party polls. While Nurul Izzah has now openly backed Zaid, Azmin is said to have the backing of Nurul's father and party's supreme leader Anwar Ibrahim.

From Nov 13, all members in Sarawak as well as in Sabah and Peninsular Malaysia would also vote for national leaders for the posts of deputy president, five vice-presidents and members of the supreme council.

“PKR is the party of the future,” Nurul said, pointing out that the party did not want “wolves in sheepskins”.
“It is not the party for people from Semenanjung Malaysia, but for all Malaysians including those from Sarawak and Sabah.

'We need Zaid'
At a press conference before returning to Kuala Lumpur this morning, Nurul, the Lembah Pantai MP, indicated her support for party leader Zaid.

“In my speech I was referring to some narrow-minded politicians at national level, who talked about the interests of certain racial groups only,” she said.

“We need Zaid and under his leadership, KL has progressed so much and he has vision for the party,” she added.

“How can I refer to Zaid as a wolf as I am supposed to be ‘extremely anti Azmin’? she asked.

Meanwhile Azmin arrived today in Kuching to woo Sarawak PKR members to vote for him. Besides Kuching, he would also visit other towns and villages. Sarawak has 29 PKR divisions, while Sabah has 26 divisions.

Transform jadi 'polong'


Barisan 'transformers' yang diketuai oleh Najib Razak berkata, rancangan transformasi kerajaan bukan angan-angan Mat Jenin tetapi akan dilaksanakan. It's for real!!

Ini butot-butot cakap!! Tarak tipu punyer. Kita sudah rancang dan kita misti buat punyer. Rakyat misti pecaya apa yang kita kata. Butot.... tarak tipu! Sumpah!!

Fuiyo... berdebor-debor dia menabor janji, sampai tersembor ayor lior!

Kerajaan is on the right track, heading in the right direction... menuju ke arah perubahan transformasi yang besar. Ini akan memberi pengharapan baru kepada rakyat Malaysia. Begitulah lebih kurang apa yang dia katakan.

Cer ngkorang teliti phrasa yang dihighlightkan tu. Apa kesimpulan yang ngkorang dapat buat??

Aha... pandai pun!! Ayat tu ada persamaan dengan slogan yang digunapakai oleh Pakatan Rakyat semasa PRU12 yang lalu, iaitu Harapan Baru Untuk Malaysia.

Ater, orang guna perkataan 'harapan baru' dia pun nak guna harapan baru. Sebab itu, orang cop dia sebagai ketandusan idea... copycat. Even, perkataan pun, dia nak tiru jugak.

Tengok lagi apa dia kata....

“Impian rakyat adalah tinggal di sebuah negara yang semakin makmur dan mereka mempunyai pengharapan. Sebagai sebuah kerajaan, kita memberi rakyat secukup harapan bukannya kekecewaan, perasaan kemarahan tetapi rasa pengharapan yang baik dan harapan baru untuk masa depan”

Negara semakin makmur??

Makmur apa ke bendanya. Ekonomi, semakin merudum. FDI, liat nak masuk. Pendapatan negara semakin mengecut. Hutang negara semakin meningkat. Pelabur asyik lari keluar dari Malaysia.... Makmur apa ke jadahnya!!

Memberi rakyat harapan bukan kekecewaan??

Piiiraahhh, harapan!! Harapan taik kucing!! Awal-awal lagi dah mengecewakan rakyat. Sedikit demi sedikit hak demokrasi rakyat dicabuli. Rakyat dizalimi dengan penarikan subsidi ketika mereka dihimpit keperitan hidup akibat kemelesetan ekonomi. Harga barangan keperluan dan perkhidmatan yang asas pun tak mampu nak kontrol, naik melambung-lambung. Inflasi semakin tinggi. Duit semakin rendah nilainya. Kos sara hidup semakin meningkat. Itu.. harapan??

Lepas tu ada hati nak implementkan GST. Weh.... ini semua bukan mendahulukan rakyat dan jauh sekali bagi harapan pada rakyat, sebaliknya komer menyembelih rakyat!! Ia juga buat rakyat marah. Maraaaahhhh!!! So, pooodaaahh lah!!

Najib berkata, kononnya dalam sistem demokrasi berparlimen, kuasa mutlak bukan di hujung senapang tetapi kuasa mutlak berada di tangan rakyat.

Yer ler tu. Lidah tidak bertulang, sebab tu... ngko boleh belit-belit cakap. Kuasa mutlak di tangan rakyat, ya?? Eeee.... joker betoi ler mamat ni.

Apabila rakyat dah gunakan kuasa mereka, mengapa pulak kuasa itu dirampas, dengan menggunakan cara paling kotor dan tidak demokratik. Perak ngkorang rampas, apa hal?? Setelah, kau rampas kuasa rakyat... yang memberikan hak kepada Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan di Perak dengan memperkudakan institusi raja dan menggunakan kuasa Mahkamah Kangaroo tanpa ada sedikit pun rasa malu.... ngko masih nak kencing rakyat pasal demokrasi dan kuasa mutlak mereka??

Kuasa rakyat, kepala hotak ngkorang!! Apabila rakyat menuntut hak demokrasi mereka, ngkorang pekakkan telinga. Dan, apabila rakyat turun ke jalan raya, ngkorang guna pasukan bersenjata seperti polis untuk berhadapan dengan rakyat.ltlak mereka, ngkorang rampas dan ngkorang tindas. Rakyat diperlakukan seperti hamba. Rakyat dizalimi dengan begitu dahsyat sekali. Kuasa rakyat, ya?? Demokrasi, ya??

Sudahler... !! Jangan cakap pasal demokrasi. Jangan cakap pasal kuasa rakyat. Sebenarnya di bawah pemerintahan UMNO/BN, demokrasi sudah hampir mati ngkorang 'kerjakan' Yang tinggal hanya sebuah negara yang dicengkam oleh pemimpin berkuku besi!!

Memang.... Malaysia semakin kehilangan cahaya kesejahteraannya kerana para pemimpin UMNO sekarang telah tranformed menjadi polong-polong yang lapar, tamak dan haloba. Yang mereka tahu... hanya menghisap darah dan cekik wang rakyat dan menyedut hasil mahsul negara untuk diri mereka sendiri. Bacul punyer polong!!

Rakyat Malaysia akan terus dihantui mimpi ngeri, selagi negara berada dalam cengkaman polong yang bernama UMNO/BN. Harapan baru bagi rakyat Malaysia adalah bersama Pakatan Rakyat.

Baca ceritanya di sini

Siapa Pula 'Maat Bin Ismail' Di sisi Mek Hawa?

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/suratmb.jpgSetiap kejayaan wanita pasti ada lelaki yang menjadi inspirasi di belakang kejayaan tersebut.

Kejayaan Mek Hawa Binti Abdul Rahman mendapat kontrak membekalkan pakaian sekolah kepada kerajaan Terengganu bukan hanya disebabkan faktor Menteri Besar, Dato' Ahmad Said, yang meluluskan kontrak tersebut secara runding terus.

Ada lelaki yang lebih penting dalam kehidupan wanita separuh baya berumur 49 tahun itu, yang bernama Haji Maat bin Ismail.

Kalau hanya Mek Hawa memohon secara 'dogol', kepada Ahmad Said, dengan sebuah entiti perniagaan 'berstatus' Enterprise sahaja, mustahil kontrak bernilai RM7,995,000.00. berjaya diperolehinya.

Agak tidak masuk akal, Hamie Enterprise boleh meraih kontrak jutaan ringgit, tanpa perlu menunjukkan sebarang rekod kejayaan yang diraih perniagaan itu sebelumnya.

Mek Hawa memohon melalui seorang perantara 'Hamie Azreen' yang dilantik sekejap sebagai 'partner'.

Dengan hanya sehelai surat sahaja, tanpa lampiran rekod-rekod kejayaan perniagaan, MB Ahmad Said yang berpengalaman luas, berpuluh tahun sebagai Pegawai TCS, kemudian menjadi wakil rakyat dan Exco kanan kerajaan Terngganu, terus meluluskan kontrak jutaan ringgit kepada Hamie Enterprise.

Pasti hebat lelaki di belakang Mek Hawa yang juga menjadi isteri kedua kepada Haji Maat Ismail, namun, siapa Haji Maat yang hebat itu? Apa hubungannya dengan MB Ahmad Said?

Suspek Mempunyai Harta Lebih RM100 juta


Pembunuhan kejam Sosilawati: Suspek ada harta lebih RM100j

Aset dipercayai diperoleh secara tipu, pemilikan guna nama proksi

Peguam dan ahli perniagaan yang juga suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lagi rakannya dipercayai memiliki kekayaan luar biasa, termasuk aset bernilai lebih RM100 juta, kebanyakannya menerusi penipuan sehingga membawa kepada pembunuhan.

Ia merangkumi hartanah seperti bangunan komersial, ruang pejabat, stesen minyak, kilang, rumah mewah, ladang, kedai makan, pusat penternakan dan lot tanah di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Malah, peguam dan ahli perniagaan bergelar Datuk itu mempunyai beberapa perniagaan di Chennai, termasuk menjadi rakan kongsi jutawan India, Allal Kathan Muthuraja, 34, yang dilaporkan hilang di Malaysia, 18 Januari lalu selepas menemui suspek di Banting atas urusan perniagaan.

Difahamkan, usaha mengesan mangsa dijalankan sejak lapan bulan lalu, namun gagal dan saudagar batu permata itu dipercayai menerima nasib yang sama seperti Sosilawati dan tiga lagi rakannya.

Sumber memberitahu Berita Harian, sebagai pengamal undang-undang, suspek mahir dalam prosedur berkaitan pemilikan harta, selain licik menyembunyikan aset daripada dikesan pihak berkuasa jika kegiatan jenayahnya terbongkar.

“Kebanyakan harta bukan atas namanya, sebaliknya menggunakan nama proksi paling dipercayainya termasuk kenalan rapat dan ahli keluarganya. Suspek memang membuat persediaan awal dengan mengambil kira segala kemungkinan, termasuk jika kegiatan jenayahnya terbongkar,” katanya.

Sumber yang pernah bekerja dengan suspek, berkata bekas majikannya menggemari kehidupan mewah, termasuk memiliki sekurang-kurangnya 15 kereta mewah terutama jenis Mercedes Benz dan BMW.

“Bagaimanapun, hanya sebuah kereta Toyota Camry yang didaftarkan atas namanya, manakala yang lain atas nama beberapa individu dipercayai orang kepercayaannya. Difahamkan, sembilan kenderaan sudah dirampas polis untuk tujuan siasatan, manakala enam yang lain disembunyikan sebaik suspek ditahan,” katanya.

Katanya, kaedah sama turut digunakan dalam pemilikan hartanah, termasuk 10 rumah mewah, masing-masing empat di Banting dan sebuah di Puchong, manakala selebihnya sedang dikesan.

“Suspek mempunyai empat stesen minyak, termasuk yang terbaru di Kuala Lipis, Pahang yang dibeli menggunakan hasil penipuan. Secara dasarnya, memang beliau memiliki aset itu tetapi atas dokumen memang tiada namanya. Sebagai peguam sivil, suspek cekap dalam jenayah kolar putih, terutama penipuan dokumen jual beli dan kontrak perjanjian, tetapi selalu terlepas daripada tindakan walaupun ada laporan polis dibuat terhadapnya,” katanya.

Sumber yang berhenti kerja kerana tidak mahu bersekongkol dalam kegiatan jenayah suspek, berkata bekas majikannya turut terbabit dalam kegiatan kongsi gelap.

“Biasanya, suspek akan dibantu satu kumpulan (kongsi gelap) dari Klang dalam kegiatan haram dengan sebahagian besar anggota kumpulan itu baru keluar dari Pusat Tahanan Simpang Renggam. Seorang saudara terdekat yang mahir dalam bidang teknologi maklumat akan memberi panduan kepadanya dalam urusan jual beli aset itu,” katanya.

Beliau berkata, suspek kemudian akan merujuk kepada lima peguam kepercayaannya, termasuk adik lelakinya yang juga suspek kedua kes Sosilawati supaya setiap perlakuannya tidak disabitkan kesalahan. -BH


Datuk lawyer's 'killer fortune'

The Datuk lawyer in the centre of the hideous quadruple slaughters in Banting has a personal wealth of more than RM100 million, it emerged today.

His younger brother who is also a suspect in the kill and burn atrocity could have amassed up to RM20 million, sources said.

The estimated fortunes of the brothers were based on their bank accounts that the authorities know of and the properties they owned.

The police’s anti-money laundering division have got an order from the Attorney-General’s Chambers to freeze the assets, including bank accounts, of the two lawyers.

Millions are reportedly in single accounts, said the source. Checks are underway to ascertain if they had parked money in offshore banks.

While it is known that they own several parcels of land in and around Banting, including the 1.6ha farm where the killings are thought to have occurred, the authorities believe there are more.

The brothers own several shophouses and a medical clinic in Banting besides lavish homes, notably their mansion where both of them live. They also have a fleet of high-end luxury cars.

The gained their wealth allegedly through money-laundering, obtaining properties illegally and land scams.

It is believed the brothers secured dozens of land grants as collateral in illegal money-lending deals. Caveats on properties were also their way of extorting money, said a source.

The source said the lawyers often asked for jewellery as security when giving loans.

Police yesterday seized files from his law firm in Banting town believed to contain vital information on dubious land deals and money-lending activities.

The seized files are also thought to contain land grants that have now put the owners in a fix as these documents would be crucial in investigations and perhaps later as court exhibits.

Financial institutions have extended full co-operation in the declaration of transactions undertaken by the brothers.

Investigations into their financial transactions could be time-consuming as it is believed there were numerous movements of money in and out of the country.

The brothers are among six suspects held in connection with the murders of cosmetics millionaire Datuk Sosilawati Lawiya, 47, 44, her financial adviser and CIMB bank officer Noorhisham Mohammad, 38, lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 and her driver Kamarudin Shamsuddin who were reported missing on Aug 30.

The killings were believed to have occurred after Sosilawati had gone with the others to confront the lawyer regarding the transfer of a land title in a deal believed to be worth RM25mil.

Police have yet to establish if Sosilawati had actually brought RM4mil for their meeting with the Datuk as speculated.

The lawyer brothers’ known wealth

● THE 1.6ha poultry farm and land.
● Properties worth millions of ringgit.
● Semi-detached house in Banting.
● Bungalow house in Puchong where the Datuk lawyer’s wife and two sons live.
● Shophouse where their law firm is located in Banting town.
● Medical clinic run by their youngest sister.
● Nine high-end cars including seven Mercedes Benz.

Police are investigating how the brothers amassed such wealth and are looking at alleged involvement in money-laundering, obtaining properties illegally and land scams.

The police’s anti-money laundering division has applied to the Attorney-General’s Chambers for an order to freeze the assets, including bank accounts, of the two lawyers.

Investigations on the purchase of the farm land are underway and police are trying to contact the former owner. -malaymail

Di Malaysia, Hakim Dilayan Sebagai 'Ahli Sukan'

KUALA LUMPUR 16 SEPT - Kerajaan pemerintah di Malaysia dilihat lebih gemar melayan hakim sebagai seorang ahli sukan yang perlu patuh kepada setiap telunjuk seseorang jurulatih - watak yang menjadi kegemaran mereka.

"Sebagai ahli sukan, mereka perlu patuh kepada telunjuk jurulatih dan ahli politik di Malaysia tidak pula akur kepada hakim, sebaliknya menukarkan mereka apabila keputusan tidak  memihak kepada mereka..."

Demikian analogi yang diberi bekas Presiden Majlis Peguam, Suleiman Abdullah  pada sidang media sempena pelancaran fasa keenam kempen Perlembagaanku di Bazar Bijou, Jalan Bangkung, Bangsar di sini, hari ini.

Beliau kesal kerana kebanyakan ahli politik tidak menghormati profesion kehakiman dan menggunakan kuasa eksekutif mereka untuk 'menjatuhkan hukuman' kepada hakim yang tidak menyebelahi kepentingan mereka.

Bagi Suleiman yang masih mengganggotai Majlis Peguam, semua hakim perlu dihormati semua pihak walaupuan keputusan penghakiman mereka disukai atau sebaliknya, malah hakim sepatutnya memiliki kehidupan tersendiri yang unik dan 'sunyi'.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru semua masyarakat termasuk badan bukan kerajaan dan pengamal media supaya berganding bahu dalam memastikan intitusi kehakiman di negara ini benar-benar bebas dan berkecuali.

"Di negara luar terutama England, rakyat dan media sentiasa bersama-sama mempertahan intitusi kehakiman. Kita harap semua ini akan berlaku di Malaysia," katanya.

Suleiman turut mengingatkan hakim yang beragama Islam supaya bertanggung jawab dan adil ketika membuat penghakiman lantaran ajaran Islam jelas menyebut, hanya seorang dari nisbah tiga layak ke syurga.
"Akan tetapi, ada sesetengah hakim di Malaysia lebih gemar syurga di dunia berbanding di akhirat," katanya, sinis.
Pada program itu, pelbagai acara sambutan Hari Malaysia turut berlangsung termasuk bazar membeli-belah dan acara pentas yang dikunjungi pelbagai lapisan rakyat tempatan dan warga asing.

Hari Malaysia- Indah Khabar Dari Rupa?

Setelah 47 tahun Sabah dan Sarawak bergabung dalam Malaysia, nasib sebilangan besar rakyatnya masih dibelenggui kemiskinan, kemunduran dan masa depan yang tidak menentu, sungguhpun dua negeri itu kaya dengan hasil alam semulajadi.
Jurang antara penduduk miskin dan kaya semakin melebar manakala tanah-tanah adat penduduk asal dikaut dengan rakus atas nama pembangunan.
Jadi tidaklah menghairankan jika Hari Malaysia yang diisythiarkan sebagai cuti umum, tidak disambut dengan kegembiraan atau dalam semangat 1Malaysia yang diinginkan oleh Perdana Menteri Najib Razak.
Pada hari ini beliau Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim turun ke Sabah menyertai Ketua Menteri Musa Aman untuk meraikan hari yang sepatutnya cukup bermakna.
Namun,hakikat ialah sambutan itu dicemari dengan rekod buruk BN di Sabah dan Sarawak, khususnya sejak beberapa tahun yang lalu.
Masih banyak permasalahan yang belum terungkai di antara kerajaan pusat dengan rakyat Sabah dan Sarawak.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan sempena Hari Malaysia berkata, semangat pembentukan negara Malaysia tidak dizahirkan melalui pembangunan yang disamaratakan di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak.
Bahkan walau dalam apa jua aspek, kerajaan pusat mendominasi kesemuanya termasuklah negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan rakyat.
"Justeru tidak hairan kita lihat bagaimana negeri-negeri seumpama Kelantan, Sarawak dan Sabah dinafikan hak mereka sungguhpun kaya dengan hasil bumi serta semulajadi. Janji-janji manis ditabur di Sabah dan Sarawak misalnya, kerana ianya dianggap sebagai “deposit” kemenangan ketika mahu memenangi pilihanraya" ujar Anwar dalam perutusannya.  
"Ketidakadilan yang dialami oleh rakyat dari negeri-negeri yang ditindas inilah membuatkan mereka bersikap acuh dan pesimis terhadap hasrat memperkukuh sebuah negara Persekutuan ini" ujar beliau lagi.
Lantaran itu, Anwar menggesa rakyat di Sabah dan Sarawak membuka mata mereka untuk melakukan perubahan dan mempertahankan hak mereka yang dirampas oleh Umno-BN.
"Hasil bumi di Sabah banyak. Itulah sepatutnya diberikan kepada rakyat. Adakah pemimpin BN yang tanam hutan balak? Adakah Musa Aman yang menggali lubang isi minyak di lautan?" ujar beliau dengan sinis.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, rakyat di bumi Sabah dan Sarawak perlu segera bangkit menyelamatkan harta mereka yang "dicuri".
" Rakyat Sabah dan Sarawak memerlukan perubahan yang agresif kerana negeri mereka ini sumbernya banyak. Hasilnya banyak tetapi pengaguhannya tidak adil" kata beliau ketika dihubungi Tv Selangor.
" Inilah peluang yang terbaik bagi rakyat Sabah dan Sarawak (untuk) memikir masa depan mereka yang lebih menjurus kepada menegakkan keperkasaan keadilan dan juga kepada kesaksamaan daripada semua hak rakyat itu sendiri".
Malah ujarnya, kerajaan Umno-BN boleh diumpamakan seperti pepatah Melayu "lembu punya susu, sapi dapat nama" apabila menunjukkan keprihatinan yang berlebihan  dengan mengisytiharkan 16 September sebagai Hari Malaysia dengan memberikan cuti umum, sedangkan usul itu datangnya Pakatan Rakyat.
" Umno-BN mengambil peluang atas desakan kita untuk menunjukkan mereka prihatin" kata Abdullah Sani.
Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, sambutan Hari Malaysia hanyalah retorik semata-mata.
" Setelah hampir 50 tahun mereka bersama kita, rintihan dan perjuangan masih terhadap pembangunan di kedua-dua negeri ini khususnya dalam kemudahan infrastruktur masih lagi menjadi agenda utama ahli-ahli parlimen dari Sabah Sarawak".
Manakala menurut Presiden Jaringan Orang Asal Semalaysia, Andrian Lasimbang, walaupun sambutan Hari Malaysia diraikan dengan meriah, namun hakikanya, ia hanya indah khabar dari rupa apabila nasib orang asal di Sabah dan Sarawak terbiar begitu sahaja.
" Kita belum merdeka dari segi kemiskinan. Belum merdeka dari keadaan yang serba kekurangan di kampung-kampung" katanya kepada Tv Selangor.
" Kebanyakan dari program ini kebanyakannya langsung tidak sesuai dengan aspirasi atau keinginan oleh orang asal kerana kebanyakan keputusan atau tentang program-program pembasmian kemiskinan misalnya langsung tidak dibincangkan dengan komuniti orang asal" tambahnya lagi.
Malah ujar Andrian, persoalan utama mengapa setelah 47 tahun bersatu di bawah negara Malaysia, negeri Sabah yang kaya dengan hasil bumi tetapi tersenarai dalam kelompok negeri miskin apabila modul pembangunan  yang diaplikasikan di Sabah tidak bersesuaian dengan kedudukan ekonomi semasa negeri berkenaan.  
" Contohnya projek Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), sepatutnya kita bukan memberikan rumah sahaja, sebab dengan memberikan rumah, penghuninya tetap miskin juga".
"Jika diberikan rumah dan juga disediakan peruntukan seperti modal untuk bercucuk tanam atau memajukan tanah mereka,itu lebih bagus" tambah Andrian.
Bahkan ujarnya adalah tidak masuk akal sekiranya hanya dengan bantuan seperti projek PPRT mampu mengeluarkan rakyat di Sabah dan sarawak dari kepompong kemiskinan.
Malah katanya program seperti bantuan bekalan elektrik ke kawasan luar bandar misalnya tidak sampai kepada golongan sasar apabila teknologi yang digunakan tidak sesuai di kawasan pedalaman Sabah dan sarawak.  
" Biasanya pelan ini dibuat oleh TNB tetapi TNB tidak tahu keadaan di Sabah dan Sarawak. Pelan kebanyakannya dirancang di Putrajaya tetapi apabila dibawa ke Sabah dan Sarawak, langsung tidak sesuai" kata Andrian sehingga mengakibatkan negara mengalami kerugian jutaan ringgit.

Semangat Malaysia Belum Meresap Selagi Banyak Kelompok Bertelagah

SHAH ALAM 16 SEPT : Semangat sebuah negara yang merdeka seperti Malaysia tidak akan meresapi segenap lapisan rakyat selagi wujud perasaan saling ancam dan terancam di kalangan masyarakatnya yang berbilang etnik.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ideologi yang betul tanpa memihak mana-mana kelompok penting dan ia melangkaui sempadan agama juga kaum.
Bercakap kepada TV Selangor, beliau berkata, ia penting kerana dapat merungkai masalah di kalangan kelompok yang bertelagah untuk bergerak maju ke hadapan.
"Kebanyakan kelompok masyarakat ini merasakan diri mereka diancam dan dimangsakan maka perlu mempertahankan diri agar tidak dimangsakan oleh kelompok lain.
"Ini wujud kerana mentalili mengenai perlunya menjatuhkan kelompok lain bagi meneruskan kesinambungan hayat satu kelompok lain, kuat berakar umbi. Persoalannya, sampai bila keadaan ini akan berterusan?" katanya kepada Tv Selangor.
Dr Dzulkefly berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala hari ini yang menyatakan perubahan sikap perlu bagi mencapai visi sebuah negara Malaysia.
Idris membuat kenyataan itu sempena  ulang tahun ke-47 pembentukan Malaysia tetapi sambutannya hanya dilakukan tahun ini berikutan tekanan berterusan pimpinan Pakatan Rakyat terhadap kerajaan pemerintah.
Dr Dzulkefly berkata, pemimpin perlu mencetuskan perubahan dengan merangka pelan sosial (social engineering) supaya tahap keyakinan dipertingkat jika mahu melihat perubahan sikap rakyat menjadi realiti.
"Untuk merubah nilai dan sikap, untuk melonjakkan negara kepada satu tahap yang lebih tinggi bukan hanya boleh dipacu dengan perubahan polisi dan program semata-mata.
"Perubahan yang khusus ke arah pembentukan sebuah negara Malaysia mestilah menyinggung dan menggarap persoalan lebih besar iaitu keyakinan," kata beliau lagi.

Zaid: konflik agama tak dapat selesai kerana sering mengelak

Datuk Zaid Ibrahim berkata, isu-isu melibatkan konflik antara agama tidak dapat diselesaikan kerana pemimpin negara sering mengelak daripada menyelesaikan masalah berkenaan.

Zaid yang pernah menjadi menteri yang bertanggungjawab kepada undang-undang berkata, beliau terlibat dalam meminda Perkara 11 dalam Perlembagaan Malaysia.

Namun pindaan tersebut tidak dapat dijalankan memandangkan timbul banyak bantahan daripada pelbagai pihak.

"Apa yang berlaku dengan (rang pindaan) tersebut? Majlis Raja-raja mahu KIV dahulu kerana terdapat bantahan daripada pelbagai pihak," katanya ketika bercakap dalam satu majlis dialog di kolej UCSI hari ini.

Namun, selagi masalah berkenaan tidak dapat diselesaikan, konflik antara agama dan konflik antara mahkamah sivil dan syariah akan terus menjadi penghalang kepada keharmonian kaum, kata Zaid.

Malangnya, perkara itu terpaksa diserahkan kepada ahli politik di dalam kerajaan untuk menjalankan usaha berkenaan, katanya lagi.

"Sama ada mereka malas atau tidak mahu menghadapi (keadaan) tidak popular selepas itu. Sebab itulah kita perlukan pemimpin seperti (ahli parlimen PAS) Khalid Samad atau Hannah Yeoh yang berani untuk menjelaskan isu-isu seperti ini," katanya

Dalam satu lagi sesi dialog sebelum itu, bekas ketua hakim mahkamah persekutuan Datuk Gopal Sri Ram berkata beliau hairan mengapa hakim mahkamah sivil enggan mendengar kes yang melibatkan kuasa mahkamah syariah.

Sedangkan, mahkamah syariah tidak mempunyai kuasa untuk menafsir statut undang-undang, kata Gopal.

"Saya tidak tahu mengapa apabila disebut saja mahkamah syariah, terus saja hakim-hakim di mahkamah sivil akan berasa takut," katanya ketika menyentuh interpretasi mengenai kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Malaysia.

Katanya lagi, mahkamah sivil mempunyai kuasa untuk menentukan bidang kuasa mahkamah syariah.

"Sebab mahkamah syariah adalah dicipta melalui statut, dan siapakah yang menafsir statut ini? Ia (tanggungjawab) mahkamah tinggi, mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan untuk menafsir statut (undang-undang).

Beliau berkata demikian dalam majlis yang dianjurkan secara bersama antara oleh International Institute of Avanced Islamic Studies (IAIS) dan Mlaysian Institute of Development and Asian Studies (MIDAS).

Turut berucap dalam Kongres Kebangsaan Mengenai Integriti itu ialah menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Idris Jala yang menyampaikan ucap tama sebelum itu.

Jika Perkasa Jadi Parti Politik......

SHAH ALAM 16 SEPT :  Biarpun Perkasa berangan-angan menjadi sebuah parti politik, seorang penganalisis politik berpendapat, cita-cita sedemikian terlalu tinggi selagi pertubuhan bukan kerajaan itu berpaut kuat kepada politik perkauman.
Bercakap kepada TV Selangor, Pensyarah dan penganalisis politik, Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff menganggap Perkasa kelihatan terlalubersifat perkauman sekaligus menyukarkan mereka memenangi kerusi di dalam pilihan raya terutama di kawasan majmuk.
Kata beliau, sesebuah parti politik tidak memerlukan 10 ke 20 tahun untuk diterima rakyat tetapi aspek penting yang menentukan masa depan ialah pucuk pimpinan parti, intipati perjuangan, dan isu yang mendorong penubuhannya.
"Jadi walau berapa tahun sekalipun, jika perjuangan sesebuah parti tidak boleh menembusi pemikiran masyarakat, tidak ada isu besar yang dibawa untuk memenangi hati rakyat di Malaysia pelbagai kaum dan agama ini, maka parti itu tidak akan berjaya," katanya.
Bagi Dr Muhammad Agus, lebih mustahil lagi untuk mana-mana partipolitik baru termasuk Perkasa untuk mengulangi pencapaian mengkagumkan yang dilakukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui entiti Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu.
Tegas beliau, pilihan pengundi pada proses pilihan raya kelak hanya untuk parti yang berjaya mendekatkan intipati perjuangan dengan naluri dan kehendak pengundi.
"Pada masa ini, majoriti pengundi masa kini merupakan golongan pekerja berpengetahuan (knowlgde workers), dan sedar mengenai isu politik semasa," kata beliau lagi.
Namun, Dr Agus berkata, Malaysia jika masih mengamalkan sistem demokrasi harua membenar penyertaan parti politik baru termasuk Perkasa sekalipun nada politik parti yang diketuai Datuk Ibrahim Ali itu menyimpang dari realiti masyarakat majmuk di malaysia.
"Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, jika Perkasa berniat untuk menjadi sebuah parti politik, maka kita perlu memberi ruang kepada Perkasa agar mereka juga diberi peluang untuk menyatakan perdirian mereka.
"Tetapi kuasa mutlak di tangan rakyat. Selagi rakyat tidak berpuas hati dengan intipati perjuangan sesebuah parti, tidak mungkin bagi parti itu berjaya dalam persada politik di Malaysia," kata beliau.

Shamsul Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

KUALA LUMPUR 16 SEPT : Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini mengesahkan bertanding merebut jawatan naib presiden dalam pemilihan parti itu hujung tahun ini.
Shamsul Iskandar berkata, keputusan itu diambil bagi membolehkan golongan muda melangkah setapak lagi ke hadapan dalam mempromosikan amalan demokrasi dalam PKR.
“Menginsafi realiti bahawa generasi muda harus memainkan peranan yang lebih besar di dalam pembudayaan demokrasi dalam keadilan, dan mempertimbangkan gesaan generasi muda parti agar idealisme anak muda diangkat dengan lebih berkesan, saya dengan ini mengumumkan untuk menawarkan diri untuk mengisi ruang kepimpinan parti sebagai Naib Presiden Keadilan,” ujar Shamsul dalam satu sidang media hari ini.
Beliau yang berkata demikian ketika mengumumkan kesediannya itu, di Kompleks Sultan Sulaiman, Kampung Baru turut berkata PKR memerlukan lebih penyertaan orang muda dan wanita di peringkat naib presiden memandangkan pencapaiaan mereka dalam pilihan raya umum dua tahun lalu begitu memberangsangkan.
“Daripada tujuh Naib Presiden, empat yang dipilih tiga yang dilantik kalau tidak ada seorang pun daripada Naib Presiden itu orang muda maka parti ini akan dilihat tidaka akan memberi ruang dan peluang kepada orang muda.Walhal parti kita parti keadilan ini tidak begitu,kerana kita telah lakukan dalam pilihanraya lalu. Dalam pilihanraya lalu kita menjadi parti politik yang terkehadapan dalam memberikan ruang sepenuhnya kepada generasi muda untuk bertanding tidak kira mereka ini ada pengalaman atau tidak dan ternyata ramai mereka yang telah menang kini berkhidmat sebagai ahli parlimen dan Adun. Dan prestasi mereka tidak memalukan pasukan angkatan muda malah saya tegaskan, tiada seorang pun orang muda yang melompat parti,” kata beliau lagi.
Ditanya sama ada beliau mendapat dokongan Naib Presiden PKR Azmin Ali bagi bertanding jawatan itu, Shamsul tersenyum sambil menjawab beliau mendapat sokongan penuh.
“Saya dapat sokongan daripada Azmin dan semua anggota parti, insyaAllah.Sebab itu saya berani tawarkan diri, saya yakin dan Azmin juga orang pimpinan dan anggota parti. Kerana ini adalah direct election,” ujar beliau mengakhiri sesi.

Kenal musuh sebenar - Tian Chua

YB Tian Chua baru sahaja selesai menyampaikan ucapannya dalam program himpunan adik beradik anak muda Penerus Momentum Reformasi Ke Arah Pelaksana Deklarasi Permatang pauh 1998 di Dewan FJ Century, Teras Jernang, Bangi sempena HARI MALAYSIA yang pertama kali kerajaan Malaysia menyambutnya.

Tian Chua menegaskan proses pemilihan dalam parti adalah satu proses reformasi yang amat sihat sebelum menuju Putrajaya. Justeru itu beliau mengingatkan kita wajib berkempen secara sihat dengan tidak menyerang calon lain tetapi sebaliknya setiap calon wajib memperkenalkan agenda masing-masing.

Ahli Parti Keadilan Rakyat wajib berbangga kerana inilah satu-satunya parti yang buat kali pertama memperkenalkan satu ahli satu undi dan tidak lagi mengamalkan sistem perwakilan. Maknanya setiap ahli boleh menentukan bukan sahaja pemimpin di peringkat Cabang tetapi boleh menentukan pemimpin peringkat tertinggi parti.

Sudah pasti rasuah tidak akan berlaku dan kerana mana mungkin pemimpin boleh beri rasuah kepada hampir setengah juta ahli Parti Keadilan Rakyat. Inilah satu sistem pemilihan yang paling baik kerana setiap ahli ada hak mengundi dan bukan lagi perwakilan.

Justeru itu beliau yakin ahli cukup matang untuk memilih siapa calon mereka dan yang paling penting setiap calon dan penyokong calon janganlah berkempen secara terlampau dengan memburuk dan memfitnah calon lain. Kita wajib tahu lawan dan musuh kita sebenar adalah UMNO dan B-End bukan sesama sendiri.

Beliau juga berkata proses ini adalah amat baik kerana hari ini semua YB Keadilan sudah rajin menjawab setiap sms dan menjawab panggilan telefon serta akan menghubungi semula jika terdapat "miss call" ujarnya secara sinis.

Akhir kata beliau amat yakin dengan kematangan ahli Keadilan dan beliau juga cukup yakin Pakatan Rakyat akan dapat menawan Putrajaya.

UMNO lawan Perkasa - bahagian akhir

Saya bukanlah hendak sinikal( cynical). Tapi bila Dato Najib keluarkan statement dan kenyataan, saya perlu tahu dahulu, audiens dimana kenyataan itu di keluarkan. Kelmarin, DS Najib menegaskan untuk melawan ekstremisme dan dia sedih kerana ada organisasi dan individu yang masih mendendangkan irama perkauman. Siapa yang di maksudkan bukan teka teki lagi.
Maka jika audiens nya berbilang kaum dan ramai pula penyokong setia yang mungkin pula di angkut dengan bas bas, saya tidak heran DS Najib mengeluarkan kenyataan demikian. Tapi bayangkan jika audiens tersebut terdiri dari semua orang Melayu, yang bersongkok, bertanjak dan bersamping, saya tidak fikir Dato Najib akan mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Jadi saya sangsi dan belum muktamad menjatuhkan penilaian sebab kita semua sudah tahu Dato Najib selalu tidak konsisten dan selalu belum muktamad. Why doesn't he go on national television and state his ideas ke seluruh Negara? Itu cara yang lebih baik untuk mendapatkan consistency.
Kita bukan hendak bahas mengenai Perkasa disini. Dalam artikel2 yang saya telah tulis, sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Melayu, tema nya ialah apa perlu UMNO buat. Bukan apa yang Perkasa perlu buat. Sekurang kurang nya Perkasa 'clear' dalam missi mereka. Yang bermasaalah ialah UMNO.
Disini lah letak nya kegagalan pimpinan UMNO. Gagal untuk mengemukakan program dan agenda kemajuan orang Melayu. Sebab tidak ada yang muktamad. Sebab pimpinan UMNO tak faham. Sebab antara presiden dan pimpinan lain UMNO- walaupun tidur sebantal, mimpi mereka lain lain.
Ibrahim Ali tidak ada program. Tapi dia ada kejantanan dan berani bercakap mengenai persepsi apa dia kepentingan Melayu. Semua orang tahu yang Ibrahim Ali laungkan ialah ketuanan Melayu- Malay supremacy. Sepatutnya program UMNO ialah kepimpinan Melayu- Malay leadership.
Ini gagal di lakukan oleh UMNO. Yang konsisten bercakap mengenai idea Dato Sri Presiden ialah ketua Pemuda UMNO. Tapi kos yang terpaksa di bayar oleh nya, mungkin amat besar. Dia terpaksa pula menempuh segala macam risiko peringkat peribadi dan keatas masa depan politik nya. Mungkin dia tidak ada masa depan politik. Tapi sekurang kurang nya, dia konsisten dalam menjadi jurubicara wawasan Najib.
Yang tidak 'Kitol' dalam UMNO, tidak pula bercakap mengenai idea Najib malah dengan berani berkata menyokong PERKASA. Najib kena behave firm dan tegas dalam kepimpinan nya. Yang tidak selari dengan idea yang hendak di bawa, sila keluar atau di keluarkan. Kita tahu, ramai "kitol" dalam UMNO.
Dato Sri Najib kena jaga anak buah. Saya kurang setuju dengan pandangan sahabat saya blogger Voice yang menulis mengenai KJ's insidious hand dalam crisis UMNO-PERKASA. Pertama, sejak bila ada MOU antara UMNO dan PERKASA? Yang ada ialah keterbetulan ramai ahli UMNO yang sokong PERKASA. Mereka menyokong sebab Najib tidak offer an alternative program. Jadi void di isi dengan kelantangan PERKASA.
Dan ahli ini semua di golong oleh Nazri Aziz sebagai has beens. Malah Nazri kata Dr Mahathir lah yang merupakan has been yang terkemuka sekali. Saya tidak lihat penyokong2 Dr Mahathir menghentam Wyaat Earp UMNO ni. Kepada saya, Nazri lebih insidious element dalam perjuangan UMNO sebab dia mencetuskan geram dan sakit hati.
Pada pandangan saya, jika ada orang yang kita hendak persalahkan kerana pertembungan PERKASA-UMNO ini, orang nya ialah Presiden UMNO sendiri. Kita tidak perlu menggunakan kesamaran 'semantics untuk kata Najib bukan kata suruh berperang dengan Perksa, dia hanya suruh menjauhi. Jika DS Najib lemah dan salah, tidak tegas dan konsisten, kita katakan halnya yang sebenar. Tidak perlu dolak dalih. Dalam hal manangani Perkasa, punca kekeliruan ialah Najib sendiri.
Isyarat yang Dato Sri keluarkan tidak clear dan precise. Ini macam main selamat punya strateji. You kata tidak mahu ada apa apa dengan PERKASA dan dalam mesyuarat MKT beri mandat kepada orang untuk taruh PERKASA. Tapi perlakuan Dato Sri sebagai presiden tidak menampakkan kesungguhan. Pertama Dato Sri layan PERKASA dengan menghadhiri beberapa program PERKASA. Kedua, Dato Seri hantar Samurai untuk lawan PERKASA tapi tidak memberi pedang.
Dato Sri tidak memerlukan ramai orang dalam pasukan special forces. Cukup ada 15-20 orang di seluruh Negara yang menyuara dan menjuarai wawasan Dato Sri. Yang penting beri mereka 100% sokongan dan bekalkan pedang untuk samurĂ¡i Dato Sri. Yang duduk diam dan mengaku tidak "kitol' sepatutnya segera di nyahkan oleh Dato Sri. Yang di perlukan ialah sekumpulan yang sefikiran, dedikasi dan berkesungguhan. You perlukan war cabinet bukan cabinet yang di penuhi dengan tokoh ow, ow.
Ada beza antara konsep ketuanan dan kepimpinan Melayu. Konsep ketuanan bersandarkan hak semula jadi atau hak yang di laksanakan oleh undang undang atau melalui instruments paksaan( coercive instruments). Kepimpinan sebaliknya membawa implikasi pertangungjawapan. Dan pertanggungjawapan hanya boleh di terapkan melalui keyakinan dan kepercayaan.
Sesiapa yang membaca buku Francis Fukuyama- Trust misalnya, akan tahu bahawa kepercayaan di bina bila diantara dua kumpulan ada persafahaman bahawa budi yang baik yang kita laburkan di balas secara spontan dengan perbuatan baik oleh kumpulan lain. Ini yang rakyat Malaysia mahukan- yakni kepimpinan Melayu yang bersikap adil kepada semua orang yang akan di balas dengan sokongan. Ini sepatutnya program UMNO.
Tapi Dato Sri jugalah yang salah. Bila orang bertanya mengenai program ekonomi, Dato Sri kata masih di peringkat makmal, belum muktamad. Walhal, kita telah membelanjakan puluhan juta taxpayers Money untuk firma juru runding. Semua belum mukamad- sabsidi belum muktamad, Model Ekonomi Barui belum muktamad. Tidak ada konsistensi dan tidak stabil pendirian.
Kerana kegagalan kita menawarkan program dan agenda yang lebih baik dari PERKASA, kita hanya mampu gunakan taktik lapuk. Taktik yang di gunakan oleh ketua ketua cawangan bila hendak bertanding jadi AJK Bahagian.
Iaitu dengan cara memperlekehkan PERKASA. Kita kata kita tak akan sokong PERKASA dan tidak akan sokong Ibrahim Ali. Helo, SU Agung UMNO- Ibrahim Ali tak pernah minta UMNO tolong. Ibrahim Ali kata, UMNO jangan cakap besar. Hanya 30% sahaja ahli UMNO yang akan sokong UMNO. jika telahan ini benar, maka UMNO akan jadi parti pembangkang. Dato Seri Presiden akan jadi ketua Pembangkang. Yang lain akan cabut lari. Mungkin ada yang mengintai peluang untuk tukar kapal. Ini perangai biasa orang UMNO dari peringkat cawangan hingga ke peringkat atasan. Yang bakar jambatan pun ada dalam UMNO. tapi hari ini yang cakap berdegar degar inilah yang paling kuat membodek dan mengilat kasut boot dato sri presiden.
Saya heran bin ajaib, takjub bin melopong dengan cara kita UMNO menangani isiu dengan PERKASA. Kalau kita tak sanggup seluk pekasam hingga ke pangkal lengan, lebih elok jangan berkata apa apa. Saya khuatir satu hari nanti, kita mintak tolong dengan Tok Him, jatuh lah kemaluan kita.

What would Bastardmuddin and Bastardbrahim do when Indonesian throw faeces at Malaysian embassy! They will sure say be tolerate as we are all muslim!


Let's see if Bastardmuddin (Muhyiddin) and Bastardbrahim (Ibrahim Ali), the 2 bastards of UMNO Malaysia do about the incidence of Indonesian throwing shit at Malaysian embassy and Malaysian flag in Jarkata!


I am sure they will say we are tolerance with the Indons as we are all muslim brother...... That's the behaviour of the bastards in UMNO who are racist. Same will go to Bastard Ridhuan Tee....sure got no gut to criticise the Indon......only know how to talk cock against Singaporean!


Free Malaysian from bastardization by UMNO.......

Pembunuh Bededah Itu Ada 7 Kes Jenayah Komersial


Polis mengenal pasti suspek peguam dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya mempunyai tujuh laporan jenayah komersial yang membabitkan jumlah RM7.1 juta sejak 2005.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata maklumat itu diperoleh daripada siasatan polis dan penilaian semula kes yang dilaporkan di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPPD) Kuala Langat.

Sementara itu, mengulas kes kehilangan dua individu sebelum ini, beliau berkata, kes pembunuhan seorang gadis 19 tahun dan ahli perniagaan dari Chennai, India, S Usharani, 24, yang akan disiasat.

Katanya, siasatan kes kehilangan ahli perniagaan itu baru bermula kerana isteri mangsa hanya membuat laporan polis pada 8 September lalu.

Bagi kes kedua pula, Khalid berkata, pihaknya tidak pernah menutup kes terbabit, sebaliknya polis masih belum menemui petunjuk bagi membantu siasatan.

"Apabila suami wanita yang hilang dipanggil memberi kenyataan buat kali kedua, kami mendapati beliau menceritakan apa yang berlaku seperti diterangkan kepada pihak media," katanya ketika mengiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sempena Hari Polis Bertemu Masyarakat di sini, sebentar tadi.

Khalid berkata, bagi tujuh kes jenayah komersial dan kehilangan dua individu sebelum ini akan disiasat polis Selangor, manakala kes Sosilawati akan disiasat polis Bukit Aman dan Kuala Lumpur. -BH

Konsep Federalisme Tidak Lagi Dihormati

Oleh Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

16hb September 1963, Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah dan Sarawak secara rasminya membentuk Malaysia.
Makanya kenegaraan Federalisme yang menjadi salah satu dari tiang seri negara sewajarnya menjadi semakin kukuh dan sepatutnya lagi dihormati.
Kemasukan Sabah dan Sarawak ternyata membawa dampak yang bukan sedikit kepada negara. Malangnya semangat pembentukan Negara Malaysia dan faham Federalisme yang mendukungnya, malah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan pula, kian hari semakin terhakis.
Pemusatan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan tidak terbendung lagi. Faham Federalisme, Kedaulatan Undang-Undang dan Semangat Keperlembagaan diketepikan demi mengekalkan kekuasaan elit pemerintah semata.
Justeru tidak hairan kita lihat bagaimana negeri-negeri seumpama Kelantan, Sarawak dan Sabah dinafikan hak mereka sungguhpun kaya dengan hasil bumi serta semulajadi.
Janji-janji manis ditabur di Sabah dan Sarawak misalnya, kerana ianya dianggap sebagai “deposit” kemenangan ketika mahu memenangi pilihan raya.
Ketidakadilan yang dialami oleh rakyat dari negeri-negeri yang ditindas inilah membuatkan mereka bersikap acuh dan pesimis terhadap hasrat memperkukuh sebuah negara Persekutuan ini.
Jelasnya kita tidak boleh menyalahkan mereka dan seharusnya berusaha menjana tenaga, fikiran serta terus beriltizam membasmi penindasan tersebut.
Makanya Parti Keadilan Rakyat bersama Permuafakatan Pakatan Rakyat tuntas untuk memastikan keadilan dilaksanakan di seluruh negeri-negeri yang bersekutu dengan negara ini dan berusaha sejajar dengan hasrat murni Perlembagaan Persekutuan.
Malanglah negara ini jika pemerintahnya bertindak menyisihkan dan menafikan hak rakyat sendiri kerana berbeza fahaman politik, ras dan kebudayaan.
Kini sudah tibalah masanya seluruh rakyat dari Perlis sehingga ke Johor, dari Kelantan sehingga ke Sabah dan Sarawak menyertai gelora menuntut Perubahan, agar sirna penindasan dan tertegaknya Keadilan.
Hari Malaysia ini, bersamaan 16 September 2010, biarlah ianya dimaknai oleh kita, untuk terus beriltizam dan berusaha mengembalikan Semangat Keperlembagaan agar negara ini “…mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.”

Fuhhh...Denda RM500 Tidak Menutup Aurat..!!


Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).

Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.
Juragan :Alhamdulillah..apabila org beriman mendapat kuasa
insyaallah
syariat Allah akan dijalankan sedikit demi sedikit,
Kak Mah (Rosmah) macam mana..nok ke mu gi kelate..??

GEROMBOLAN JUAL NEGARA LAGI !

KESIAN WARGA SABAH

SIANG DI TIPU GEROMBOLAN

MALAM DI GIGIT PIJAT


SEKALI LAGI GEROMBOLAN JUAL NEGARA



TERKINI DARI ZUNAR:

Menurut PAS, BN sedang giat memberi IC dan kewarganegaraan kepada puluhan atau mungkin ratusan ribu pekerja2 Indonesia di Malaysia supaya mereka mengundi BN dalam PRU ke 13 nanti.


nota:
dulu british bawah buruh asing
marah paada british
kemudian marah pada china'
kemudian marah pada india

sekarang gerombolan
beri ic dan warga negara untuk
menjadi pengundi gewrombolan

orang melayu tak sedar sedar
negara kena jual kah kah kah

TT.

Wanita KEADILAN, Dewan Muslimat PAS Adakan Majlis Tahlil Untuk Sosilawati


GOMBAK 16 Sept - Seramai lebih 50 anggota Wanita KEADILAN dan Dewan Muslimat Pusat mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil di kediaman jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis pagi tadi.
Rombongan Wanita KEADILAN diketuai Ketua Wanita Selangor, Haniza Talha yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan manakala Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Salleh mengetuai rombongan Dewan Muslim.
Mereka tiba di kediaman Alllahyarhamah kira-kira pukul 10.45 pagi dan kemudian mengadakan bacaan yasin dan tahlil di ketuai oleh Ustazah Nuridah.
Haniza dalam ucapan ringkas beliau berkata Wanita KEADILAN mendoakan agar ahli keluarga Allahyarham menguatkan semangat untuk meneruskan kehidupan.
"Walaupun siasatan DNA oleh pihak polis belum konklusif namum kita mendoakan yang terbaik dan sudah tentunya ada rahmat disebalik apa yang berlaku," kata Haniza.
Nuridah pula berpesan kepada anak-anak Allahyarhamah agar sentiasa mengingati Allah dan mengerjakan suruhanNya supaya hidup lebih tenang dan selamat," kata beliau.
Selasa lalu Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali mengunjungi keluarga Allahyarhamah Sosilawati.

Nasharuddin : Kepelbagaian Etnik Perkukuh Pakatan Rakyat


KOTA KINABALU 16 SEPT - Keunikan masyarakat berbilang kaum, agama serta latar etnik yang berbeza memberikan kekuatan kepada Pakatan Rakyat dalam menghadapi politik sempit Umno- Barisan Nasional kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.
Menurut beliau, keharmonian inilah menjadi aset penting Pakatan Rakyat yang sentiasa memperjuangkan keadilan tanpa mengira kaum.
"Rakyat Sabah sudah biasa hidup harmoni. Yang baru bagi mereka (jika PR menang) ialah kerajaan yang bersih, transparensi dan tidak mengamalkan korupsi,"kata beliau kepada TV Selangor
Ujarnya lagi, sokongan yang ditunjukkan rakyat Sabah dalam program Pakatan Rakyat menunjukkan betapa mereka kecewa dengan Umno-Barisan Nasional.
"Kegagalan mereka mengurus tadbir menyebabkan negeri Sabah kini mundur walaupun mempunyai pelbagai sumber alam seperti minyak dan balak,'"katanya.
Dalam majlis sambutan Aidilfitri Pakatan Rakyat Sabah, Nasharudin turut menerangkan tentang penerimaan rakyat Sabah terhadap Pakatan Rakyat yang jauh berbeza berbanding sebelum ini.
Dengan slogan 'Selamatkan Sabah, Selamatkan Malaysia',  Pakatan Rakyat Sabah dilancarkan dalam acara gilang gemilang semasa Majlis Jamuan Makan Malam Pakatan Rakyat Sabah di Restoran Putera, Bukit Padang dekat sini semalam.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mewakili tiga parti teras Pakatan Rakyat bersama memeterai perjanjian bagi memastikan Sekretariat Pakatan Rakyat Sabah menjalankan tugas merampas Sabah dari tangan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.
Menurut Kit Siang, ini merupakan petanda betapa Pakatan Rakyat kini telahpun bersedia sepenuhnya bagi menewaskan BN pada PRU 13 akan datang.
Anwar pula berjanji untuk menghormati kuasa Autonomi Pakatan Rakyat Sabah dalam membentuk polisi negeri.
Sebuah sekretariat juga akan diwujudkan bagi mentadbir hal Pakatan Rakyat di negeri ini tanpa campur tangan berlebihan Pakatan Rakyat pusat.

Rakyat sambut baik pemasyhuran Tengku Faris

KOTA BHARU, 16 Sept: Seluruh rakyat jelata menyambut baik pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra menggantikan Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa 13 September lalu.
Ini kerana rakyat bukan saja melihat pemasyhuran, pemilihan dan pelantikan itu kena pada tempatnya, tetapi juga merasakan ‘kemelut’ serta apa yang disifatkan sebagai ‘krisis’ kekeluargaan dalam institusi Kesultanan Kelantan sudah selesai.
Sabri Jusoh, 47, (kanan) dari Pasir Mas berkata seluruh rakyat kini merasa ‘lega’ dengan pemasyhuran itu.
“Bebanan rakyat selesai. Kini dalam negeri ini mereka sudah ada ‘paksi’ bagi meneruskan kelangsungan pemerintahan beraja di Kelantan.
“Memang semua orang gembira (dengan pemasyhuran itu) sebab ‘kemelut’ kini berakhir,” katanya.
Dengan pemasyhuran itu, katanya rakyat memberi sokongan penuh kepada Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra, lebih-lebih lagi melihat kepada latar belakangnya yang menaruh minat mendalam terhadap Islam.
Bahkan, katanya hubungan baginda dengan alim ulama serta pegawai tadbir di negeri ini rapat sejak dahulu khususnya ketika menjadi Tengku Mahkota Kelantan.
Zulazhan Abdul Rahman, 40, dari Kota Bharu melahirkan rasa gembira dengan pemasyhuran Sultan Kelantan itu.
“Setahu saya, memang raja yang dahulu tidak sihat dan tidak boleh ‘mentadbir’.  Jadi kita memerlukan raja untuk memerintah.
“Oleh itu pemasyhuran itu adalah tepat, akan dapat membawa paradigma baru kepada institusi raja di Kelantan dan pemerintahan negeri umumnya,” katanya.
Katanya, baginda selalu ‘turun padang’ bersama rakyat,  mendengar dan merasa penghidupan rakyat akar umbi.
Mohamad Abdullah, 72, (kiri) dari Pasir Pekan berkata pemasyhuran dan pelantikan baginda itu elok sekali.
“Bagus dilantik sebab baginda orang yang kuat agama. Di mana nak cari dalam Malaysia orang seperti itu?
“Baginda selalu datang bersembahyang bersama rakyat di masjid termasuk Masjid Negeri, Masjid Muhammadi Kota Bharu selain turut bersembahyang sunat tasbih dan bersembahyang Hari Raya Aidil Fitri,” katanya.
Katanya, baginda mudah bergaul dengan rakyat, dan segera menziarahi rakyat apabila mendengar kesusahan mereka terutama rakyat yang ditimpa kemalangan.
Setahunya, baginda sentiasa berpakaian ala alim ulama termasuk berjubah, dengan gaya ‘orang beragama’ terutama apabila datang bersembahyang di masjid atau hadir pada majlis dan upacara keagamaan.
“Oleh itu, saya menyeru kepada semua rakyat di negeri ini, marilah kita pakat patuh kepada pemerintahan baginda, mudah-mudahan negeri Kelantan berada dalam aman, makmur, manakala rakyatnya bahagia, aman sentosa dan sentiasa bertambah rezekinya lantaran diperintah oleh raja yang cenderung kepada agama Islam,” katanya.

Idris Jala: Dasar saja tak cukup jayakan 1Malaysia

Dasar kerajaan samata-mata tidak cukup untuk menjayakan gagasan 1Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala.

"Caranya untuk menjadi 1Malaysia bukan semata-mata melalui dasar kerajaan tetap perubahan sikap," katanya di kongres kebangsaan mengenai integriti di Universiti UCSI di ibu negara.

Malaysia, tambahnya, patut bergerak setapak lagi daripada bertoleransi antara satu sama lain kepada meraikan kepelbagaiaan.

"Jika kamu bertoleransi dengan seseorang, kamu tidak kisah menerimanya sebagai jiran. Tetapi akan gembira jika dia pergi.

"(Tetapi) bila kamu meraikan kepelbagaiaan, kamu meraikan kejayaan orang lain - bahawa saya meraikan kamu di rumah saja dan saja harap boleh jadi macam kamu," katanya,

Siri 3 : Pemilihan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat (Keadilan)

Oleh: Amin Ahmad
Selepas Hasmi Hashim, seingat saya, orang seterusnya yang saya kenal dengan bersua muka ialah saudara Badrul Hisham Shaharin. Waktu itu Ramadhan, seingat saya selepas Jonah dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Usai satu diskusi di UBU, kami ke rumah saudara Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni kerana ada makan. Jujurnya, itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke rumah itu. Saya hanya dapat mengingati beberapa orang yang turut sama ke sana. Selain daripada Jonah, ada Amin Iskandar (ramai memanggilnya Black), Din Petai dan Khairil.
Saya hanya separuh ingat tentang perbualan yang melibatkan Black. Beliaulah orang yang menyebut tentang saudara Badrul Hisham. Corak perbualannya ialah tentang potensi dan komitmen saudara Badrul yang mahu disinergi bersama UBU. Cuma waktu itu, yang jadi isu bagi anak-anak muda di UBU ialah penampilan Mat Belia (pakaian batik atau kemeja kemas), dan saudara Badrul (termasuk saya!) tidak lepas daripada kritikan mereka tentang ini. Malam itu saudara Badrul berbaju batik melayan tetamu di rumah saudara Anwar. Usai makan, seingat saya saudara Badrul ada berkunjung ke UBU dalam beberapa siri diskusi.
Kemudian, saya mula kenal saudara Badrul selepas menyertai mogok lapar sempena 365 hari tahanan ISA. Waktu itu penyertaan saya hanya 90 jam. Sehari sebelum berhenti, bacaan kandungan gula dalam badan saya surut ke paras “bila-bila masa boleh pitam”. Waktu itu doktor yang memeriksa kami, sebagaimana saya difahamkan, ialah anak kepada Raja Petra. Beliau menasihatkan saya untuk mengambil sedikit gula dari air kelapa kerana bimbang ia boleh memberi kesan kepada buah pinggang saya. Seingat saya, itu hari Jumaat, hari yang kemudiannya kami bergerak menyertai protes di depan Kedutaan Amerika.
Malam itu kepala terasa ‘berat’ dan Arwah pakcik Zainol (dikenali dengan nama Pak Non Nasi Kandar) yang sering mengurut kepala saya. Saya tidak pasti sama ada malam itu atau lebih awal, saudara Badrul dan saudara Sanusi dibawa ke hospital kerana dikatakan ‘mulai lemah’.
Saya fikir, mogok lapar inilah yang menjadi medan pengenalan kami. Saya hanya tahu yang beliau sebelum itu sempat menjadi seorang guru selepas bergraduat. Oleh kerana beliau yakin perlu terlibat dengan gerakan reformasi, beliau akhirnya berhenti menjadi guru. Sebab itu beliau lebih dikenal dengan nama cikgu Bad, yang kemudian di’komersil’kan kepada Chegu Bard (tentu sekali terilham daripada nama tokoh pejuang revolusioner aliran kiri, Che Guevera). Paling tidak, saya berpendapat, pengorbanan ini boleh dan wajar untuk dihormati. Tidak mudah untuk seseorang memilih meninggalkan kerjaya stabil sebegitu.
Kemudian, kami bertemu lagi selepas sekian lama. Tidak pasti secara tepat, saya fikir beliau menguruskan aspek pemasaran majalah Siasah sekitar tahun 2003. Waktu itu, saya mula kenal dengan saudara Anuar Mohd Nor, editor UMNO-Reform.com yang satu ketika pernah popular dengan keunikan analisa politiknya. Pertemuan kali ini sepatutnya lebih memberi peluang kami berkenalan lama. Ia berlangsung semasa cuti semester dan saya tidak pulang ke kampung. Saya menumpang tidur di rumah sewa beliau waktu itu.
Maaf, saya tidak betul ingat di mana kerana tidak lama selepas itu mendapat panggilan telefon atas urusan segera perlu ditunaikan. Terasa seperti menyusahkan kerana perlu meminta bantuan beliau dan saudara Azam (adik kepada Azwandin Hamzah, orang kuat Pemuda Keadilan yang turut menyertai UMNO kemudiannya) untuk menghantar saya (dengan barang yang banyak dibawa waktu itu).
Sebenarnya, saya cuba menumpang kerana mahu menyertai kempen Gelita 14 (Black 14) selang beberapa hari daripada waktu tersebut. Saya masih ingat bagaimana beliau sedih kerana ada pihak dalam parti yang tidak setuju dengan pendekatan demonstrasi waktu itu. Memang, tempias kedengaran bahawa wujud teori “Anwar akan dibebaskan” daripada segmen tertentu parti. Bagi mereka yang mengharapkan ini, tindakan demonstrasi dilihat tidak membantu.
Saya cuba memahami gejolak rasa saudara Badrul. Ya, jika kita telah memulakan inisiatif tertentu, sudah pastilah terasa hati apabila ia seakan tidak dihargai. Inikan pula jika dilawan. Saya tahu, waktu itu hati beliau ‘lembut’ disebabkan Dr. Wan Azizah menelefon-pujuk bahawa penolakan demonstrasi waktu itu tidak bermaksud negatif. Untuk saya, saudara Badrul melakukan apa yang mencirikan anak muda sementara Dr. Wan Azizah melakukan apa yang mencirikan kepimpinan seorang ibu.
Ya, saudara Badrul lebih banyak dikenali kerana demonstrasi. Sinergi antara beliau dan UBU menambah-kuatkan lagi elemen ini kerana kebanyakan aktivis UBU memang banyak dikenal berani turun ke jalanraya. Meskipun ia sebuah institusi dalam pengertian longgar, paling tidak, UBU, dalam konteks itu (maksud saya institusi) dihormati di kalangan aktivis jalanraya. Sebab itu, saya tidak akan terkejut jika beliau mendapat sokongan ramai aktivis akar umbi yang berani menolak hegemoni tokoh dan tidak pedulikan sentimen kepartian, tambahan apabila mereka mendapati wujud unsur menyapu sampah ke bawah tikar.
Demonstrasi adalah satu elemen dalam demokrasi yang seringkali lekas memanggil jenis manusia pemberani. Kerana ianya dianggap berisiko tinggi, tidak ramai, meskipun bijak, mahu mengambil risiko ini. Maka, tidak hairanlah jika kita sering mendengar demonstran bersuara lantang bahawa merekalah yang berhempas pulas berjuang selama ini dan telah dipinggirkan. Saya tidak dapat bayangkan jika tidak ratusan ribu manusia, puluhan ribu yang turun ke jalan itu datang menuntut ‘balasan setimpal’ untuk ‘pengorbanan’ masing-masing.
Namun, satu perkara penting wajar dipelajari daripada para demonstran ialah keberanian mereka itu adalah satu cabang daripada kebebasan fikir yang dapat mendobrak ketebalan mentaliti feudal dalam masyarakat. Cuma, sebagaimana ungkapan Sir Kurt Hahn (pengasas pergerakan Outward Bound School) yang sering saya ulang di banyak tempat, khususnya dalam siri latihan kendalian saya: “kebebasan dan disiplin bukanlah musuh, tetapi sahabat”.
Dengan memetik kata-kata itu, saya tidak memaksudkan bahawa para demonstran sebagai orang yang tidak berdisiplin. Saya hanya sekadar mahu menjelaskan kerumitan pengurusan tatkala berdepan dengan ‘manusia bebas’ dengan tuntutan pelbagai. Ini terkait dengan hukum asas ekonomi, kerana kebebasan permintaan itu menjadikan ianya tidak terhad, tetapi keterbatasan penawaran pula mencerminkan sisi lain. Ruang penentuan ‘titik tengah’ (atau dalam istilah ekonominya equilibrium inilah yang selalu getir dalam menguruskan kebebasan, bagi mencapai keadilan berasaskan prinsip kedaulatan hukum).
Jujur, saya tidak tahu sejauh mana perkembangan Gelita 14 berlangsung tahun itu. Tetapi, saudara Anwar Ibrahim tidak dibebaskan. Untuk saya, ia bukan sebuah tanda kegagalan. Sebaliknya ia adalah peringatan bahawa tuntutan reformasi itu absah dan cabaran yang dihadapi untuk melaksanakan reformasi adalah realiti, bukan igauan buruk mimpi.

Amin Ahmad, 28 ialah anak muda yang gemar memerhati perkembangan politik tanah air.