Rabu, 15 September 2010

Kenapa gaji rakyat Malaysia pada puratanya tidak berubah sejak 10 tahun lalu???

http://lhakim-suarahati.blogspot.com


KEBELAKANGAN ini kita sering kedengaran hasrat kerajaan melonjakkan kedudukan negara daripada kelompok negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi, selari dengan visi mencapai taraf negara maju menjelang 2020

Apa sebenarnya negara berpendapatan sederhana dan berpendapatan tinggi? Apakah keseluruhan peratus kerajaan mahu pun swasta, khususnya industri perkilangan kita sudah bersedia dan mampu untuk keluar daripada kepompong mereka sekarang?
Kalau dilihat daripada kedudukan industri perkilangan kita sekarang, mereka tidak bersedia malah tidak nampak ada usaha untuk mencapai matlamat ini. Apa tidaknya, kalau mereka masih berada pada takuk lama tanpa bersedia melonjakkan diri daripada industri pembuatan kepada industri lebih inovatif bergantung kepada teknologi dan tidak lagi kepada pekerja biasa yang kurang mahir. Sebab itulah mereka terus bergantung kepada pekerja kurang mahir dan berterusan berpaut kepada pekerja asing yang dibayar gaji rendah.

Pada tahap ini mereka sebenarnya sudah tidak lagi boleh bersaing dengan negara yang juga giat mengeluarkan barangan sama pada kos lebih murah seperti Vietnam, China, Indonesia dan Filipina. Kita sememangnya tidak akan dapat bersaing dengan mereka sebagai pengeluar barangan kos rendah.

Jalan keluar ialah mereka harus sanggup keluar daripada kepompong sebagai pembuat berteknologi rendah kepada pengeluar menggunakan teknologi tinggi dan berdasarkan kepada kemahiran dan inovasi.

Jika industri kita sendiri tidak mahu melonjakkan diri, kerajaanlah yang harus melakukan pelbagai tekanan, baik secara positif dengan memberikan galakan yang boleh mendorong mereka bertukar corak dan pada masa sama mengadakan peraturan memaksa mereka berbuat demikian.
Misalnya tidak lagi membenarkan mereka mengambil pekerja asing hanya kerana tidak sanggup membayar upah lebih kepada pekerja tempatan. Inilah saja jalan yang harus dilakukan untuk mendorong dan memaksa mereka mengubah sikap untuk membantu kerajaan mencapai hasratnya.

Apakah yang dimaksudkan negara berpendapatan sederhana dan berpendapatan tinggi? Mengikut takrif Bank Dunia ia bergantung kepada kedudukan pendapatan kasar negara perkapita (PKNP), yang dibahagi kepada: Negara berpendapatan rendah di bawah AS$975, sederhana rendah AS$ 976-AS$3855, sederhana tinggi AS$3856-AS$11,905 dan tinggi AS$11,906 ke atas.

Malaysia sudah berada dalam kelompok pendapatan sederhana tinggi sejak 2005 lagi dan tahun ini mencecah AS$8,260, tetapi masih jauh daripada mencapai kedudukan PKNP AS$11,906. Apakah boleh kita mencapai kedudukan ini menjelang 2020 menjadi sebuah negara maju seperti disasarkan?

Melihat daripada apa yang berlaku sekarang, banyak yang perlu dilakukan bagi mencapai matlamat ini. Kita perlu beralih daripada berdasarkan pembuatan kepada k-ekonomi berdasarkan pengetahuan dan inovasi, iaitu struktur ekonomi negara perlu berubah.

Dalam tempoh 10 tahun dari 1988 ke 1997, kita mencapai pertumbuhan memberangsangkan pada tahap 9.1 peratus setahun berbanding kadar pertumbuhan hanya 5.5 peratus dalam tempoh 10 tahun berikutnya, 1999-2008 iaitu selepas menghadapi krisis ekonomi 1997-1998.

Mengikut perangkaan sedia ada, saiz KDNK menjelang 2010 berkurangan 26 peratus daripada sasaran Wawasan 2020, manakala tahap pendapatan perkapita sekarang berbeza sehingga 52 peratus daripada sasaran Wawasan 2020.

Pendedahan akhbar The New Straits Times, Ahad lalu bahawa gaji pada puratanya telah tidak berubah sejak 10 tahun lalu patut membuka mata semua yang berkepentingan. Apa tidaknya kalau sehingga kini industri pembuatan kita masih terus bergantung kepada pekerja asing hanya kerana tidak sanggup memberikan upahan lebih munasabah kepada pekerja tempatan.

Sememangnya sering dinyatakan bahawa ekonomi kita sepatutnya sudah melonjak daripada kedudukan sekarang kepada ekonomi berasaskan kemahiran, pengetahuan dan inovasi tetapi industri pembuatan kita misalnya masih tidak bersedia.
Mengikut indeks K-ekonomi Bank Dunia 2009 kita mencatat indeks 6.07 iaitu merosot daripada kedudukan 6.12 pada 1995. Indeks lima negara teratas adalah 9.41, bermakna kita begitu jauh ketinggalan dalam pencapaian K-ekonomi.

Tidak hairanlah mengapa kita berterusan mengambil berjuta-juta pekerja asing tidak mahir yang kini sudah mencecah 30 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja dalam negara. Pada masa sama, negara sudah menghadapi masalah penghijrahan keluar beribu-ribu warga mahir kita.

Kedudukan songsang ini perlu ditangani segera jika kita tidak mahu berhadapan dengan kedudukan lebih mencemaskan. Jalan keluar mesti dicari untuk mengatasi kedudukan songsang ini dengan menyekat kemasukan pekerja asing tidak berpengetahuan dan menampung pekerja mahir kita untuk membantu melonjakkan kedudukan kita.

Kes Bunuh Sosilawati : Kes dianggap selesai.

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Pihak berkuasa dijangka akan menghadapkan suspek kes pembunuhan jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pengirinya di mahkamah dijangka minggu depan.

Laporan The Star Online hari ini berkata polis dan Jabatan Peguam Negara sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan.

Polis juga menganggap kes itu sudah selesai.

Kesemua suspek kes ini sedang ditahan reman selama seminggu di lokap polis di Bukit Jalil di sini.

Sehubungan itu, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, pihaknya menganggap kes itu telah selesai.

“Tolong jangan buat spekulasi bahawa ada sesuatu yang tidak kena jika kami tidak dapat mendakwa dalam waktu terdekat... kerana kami mahu semuanya teratur (sebelum tuduh dikenakan),” kata beliau.

Lapan suspek sedang ditahan buat masa sekarang. Dua daripada mereka merupakan peguam adik-beradik.



Peguam bergelar “Datuk” dikatakan sebagai dalang kes pembunuhan itu.

Ismail juga berkata, sebuah pasukan petugas juga telah dibentuk untuk menyiasat kesemua kes orang hilang yang dikaitkan dengan peguam-peguam berkenaan.

Pembunuhan Sosilawati (picture) dan tiga lagi amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abu dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat, Banting.

Seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan Banting dan bergelar “Datuk”, telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Perkembangan terbaru ini menambah senarai kes pembunuhan kejam yang negara pernah saksikan sebelum ini – antara kes bunuh dan rogol penganalisis maklumat, Canny Ong pada 2003 yang turut dibakar.

Kes-kes lain termasuklah bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Kumpulan Utusan.

Empat tahun lalu wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pula dibunuh dan mayatnya kemudian diletupkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar.

Selain pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke kawasan ini untuk urusan pembelian tanah.

Motif kejadian tragis itu lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati.

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Kes membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain itu juga bakal merungkai misteri di sebalik tembok besar yang mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang turut menempatkan beberapa kandang lembu dan kambing.

Malah menurut Mohd Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu.

Dalam pada itu Ismail berkata, kesemua aduan kes orang hilang harus disiasat dengan segera dan secara terperinci bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Beliau mengakui bahawa kes Sosilawati boleh dielakkan jika tindakan cepat dan mendalam telah diambil.

Puad pertahankan kritikan pada SKMM

Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi mempertahankan pendiriannya mengkritik keberkesanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam bertindak ke atas portal berita The Malaysian Insider walaupun tindakan beliau itu dianggap tidak wajar oleh sesetengah pihak.
Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, pendapat beberapa ahli akademik semalam yang meminta beliau menggunakan saluran lain selain mediauntuk memberi teguran terhadap SKMM tidak seharusnya berlaku kerana beliau hanyacuba menjaga imej kerajaan.
“Sepatutnya mereka (ahli akademik) dapat melihat niat saya adalah memastikan portal berita (The Malaysian Insider) tidak terus memutar belit fakta dan menimbulkan provokasi yang boleh menggugat kestabilan negara.
“Jangan bersikap ‘double standard’ dengan kenyataan saya kerana saya selakupemimpin kampung dan ahli MT Umno berhak melakukan tindakan demikian bagi memastikan imej kerajaan terjaga di samping memastikan SKMM terus relevan,” kata beliau ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata demikian ketika memberi respon kepada pandangan beberapa ahli akademik semalam yang merasakan beliau seharusnya menggunakan saluran lain selain media untuk mengkritik SKMM yang bernaung di bawah kementerian lain.
Ahli-ahli akademik berkenaan berpendapat tindakan Mohd Puad menegur kelewatan SKMM bertindak ke atas The Malaysian Insider tidak wajar kerana beliau merupakan anggota kementerian.
Bagaimanapun, Mohd Puad juga berkata menteri (Menteri Penerangan Komunikasidan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim) sendiri mengakui melalui media, SKMM memerlukan pendekatan lebih agresif dalam menangani kes-kes berkaitan alam siberkerana ia memerlukan lebih daripada bukti fizikal semata-mata.
“Walaupun SKMM di bawah kementerian, tetapi badan tersebut merupakan suruhanjaya bebas…dan seringkali SKMM dicemuh banyak pihak dalam menangani kes-kes hasutan sebelum ini seperti laman web provokasi, isu Namewee dan sebagainya.
“Jadi bagi saya, tidak timbul isu saya pertikaikan urusan kementerian lain kerana apa yang saya lakukan adalah ke arah menjaga imej kerajaan dari tercalar dan ke arah perjuangan yang membina,” katanya. - BERNAMA

Kecaman Najib Terhadap Perkasa Retorik Politik Terbaru BN

15 Sept - Walaupun enggan menolak Perkasa, Perdana Menteri Najib Razak hari ini mendakwa beliau menentang puak-puak pelampau yang bertindak secara radikal terhadap pihak lain.
Komen Najib itu dibuat pada hari sama Presiden Perkasa Ibrahim Ali menuduh Umno dikuasai oleh parti MCA kerana tunduk kepada tekanan supaya Umno menjarakkan diri dari Perkasa.
Najib sebelum ini dilaporkan berkata Perkasa bukan kumpulan ekstrem malah menghadiri majlis anjuran pertubuhan itu.
Namun dalam usaha mencari sokongan bukan Melayu, Presiden Umno itu dilaporkan mengarahkan pemimpin parti untuk membidas dan menjarakkan parti itu dari Perkasa.
Bagaimanapun hanya segelintir yang menyahut arahan beliau. Antara mereka adalah Setiausaha Agung Umno,Tengku Adnan tengku Mansor, Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ahli Majis Tertinggi, Nazri Aziz.
Pemimpin lain seperti Zahid hamidi, Noh Omar, Ahmad Maslan dan Mukriz Mahathir memberi ulasan yang menjurus kepada merestui peranan Perkasa.
Malah akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia turut memberi sokongan penuh kepada Perkasa, sekali gus menempelak usaha Najib untuk meminggirkan pertubuhan itu.
Dalam perutusan sempena Hari Malaysia, Najib sekali lagi tidak menyebut pendiriannya mengenai Perkasa tetapi sekadar melahirkan rasa “sungguh sedih apabila di sebalik tinggal dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan merdeka lebih dari 50 tahun, masih ada di kalangan kita ini yang tidak boleh bertoleransi".
“Apatah lagi menerima kebaikan masyarakat yang berbeza-beza ini,” katanya di dalam entri terbaru bertajuk “Perjuangan Kita Terhadap Faham Pelampau” dalam blognya www.1malaysia.com.my.
Kenyataan Najib itu dianggap satu lagi retorik kerana kerajaan Umno-Barisan Nasional masih bergerak atas dasar perkauman.
Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye menegaskan jika benar Perdana Menteri telus mahu menentang politik perkauman di negara ini, ketiga-tiga parti komponen terbesar dalam Barisan Nasional, UMNO, MCA dan MIC haruslah disatukan terlebih dahulu.
"Kalau kita katakan Najib benar-benar ikhlas, betul-betul mahu menghentikan perkauman, apa yang beliau boleh lakukan ialah satu perubahan besar dalam Umno," katanya kepada TV Selangor.
"Tugas pertama yang beliau harus lakukan adalah bubarkan UMNO, MCA, MIC dan jadikan Barisan Nasioanal sebagai parti tunggal yang boleh mewakili semua rakyat Malaysia" ujar beliau lagi.
Menurut Boon Chye, kerajaan UMNO-BN menggunakan konsep serampang dua mata- memberi tekanan kepada Perkasa sehingga pertubuhan bukan kerajaan itu terus melatah mempertahankan Melayu.
"Memamg saya setuju serampang dua mata" ulas Boon Chye tentang taktik yang digunakan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional ke atas Perkasa demi meraih undi masyarakat bukan Melayu di negara ini pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Tambah Boon Chye, walau kini Umno dilihat cuba menyisihkan Perkasa, namun terbukti pertubuhan itu merupakan suara Umno sebelum ini.
" Kalau kita lihat parti politik lain yang ingin berdaftar, mereka ambil masa bertahun-tahun sampai puluhan tahun pun ada. Tetapi untuk mereka yang berpihak kepada UMNO-Barisan Nasional, pendaftarannya dipercepatkan".

MB Kedah akui manifesto ekonomi belum tercapai..berpijak dibumi nyata....

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengakui bahawa kerajaan negeri itu masih belum berjaya mencapai manifesto Pilihan Raya Umum 2008 dalam bidang ekonomi.

Bagaimanapun, Azizan berkata kerajaan pimpinannya berjaya meningkatkan hasil negeri sebanyak 205 peratus.

"Jika dipandang dari sudut ekonomi, memang kita masih belum menampakkan hasil, tetapi dari sudut lain, kita telah dapat meningkatkan hasil negeri sebanyak 205 peratus.

"Kita telah tingkatkan hasil negeri, itu kejayaan kita yang tak dibuat oleh BN dulu," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentalon di Alor Setar.

Beliau juga berkata pencapaian 80 peratus pelaksanaan manifesto PAS di Kedah bukan hanya tertumpu kepada bidang ekonomi semata-mata, tetapi merangkumi semua aspek.

Katanya, kenyataan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid bahawa pencapaian 80 peratus itu merupakan retorik semata-mata, adalah tidak benar kerana peratusan itu merupakan pencapaian keseluruhan manifesto yang dibuat kepada rakyat semasa pilihan raya umum lepas, dan bukan hanya dalam bidang ekonomi.

"Apa yang dikatakan oleh Mahdzir tentang sambungan projek itu memang betul. Kita telah menyambung semua projek-projek yang telah dirancang oleh kerajaan terdahulu, seperti meneruskan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN), itu kita akui," katanya.

Azizan berkata walaupun KUIN ditubuhkan semasa pentadbiran kerajaan negeri terdahulu, namun kerajaan yang ada sekarang merancang dan membina kampus induk di Kuala Ketil, selain menambah program baru di kolej itu.

"Jadi, bila kita bercakap tentang konsep 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua', kita sudah buat, tetapi ia tidak boleh dilihat dari segi sudut ekonomi sahaja, tetapi kita bercakap untuk kesenangan dan kesejahteraan rakyat, rakyat melihat kita adil untuk semua," katanya.

Beliau berkata jika mahu melihat hasil ekonomi, tempoh antara tiga dan empat tahun diperlukan kerana ia tidak boleh diperoleh dengan segera.

--Bernama

Beruk pun tergelak mendengar komen Nazri Aziz terhadap Perkasa.



Kata Nazri....

Perkasa is made up of only Umno leaders who have been rejected by the party.

Aduh... bak dihiris sembilu!!

Kah... kah... kah... kah... kah... kah...


Kata Brahim pulak...

“DAP has been fooling PAS and PKR. Now MCA and Gerakan are fooling Umno”

Kah... kah.... kah.... kah... kah... kah....

Gaduh Komer Gaduh!!

Ceritanya di sini.

Gilak..1Malaysia Sambut Raya Dengan Telanjang...!!!

Memang Teruk Zaman Najib..Orang Islam Berpakaian Tapi Bertelanjang Di Hari Raya

Daripada Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda (mafhumnya):
"Dua sifat daripada ahli Neraka, aku belum lagi melihat keduanya, satu kaum yang bersama-sama mereka cemeti-cemeti seperti ekor-ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya. Dan perempuan-perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk Jannah (Syurga) dan tidak akan mendapatkan baunya. Dan sesungguhnya baunya (Jannah) itu boleh didapati dari jarak perjalanan demikian dan demikian.. (jauh jaraknya)."
(Hadis riwayat Imam Muslim)
Dan Al-Quran dengan jelas telah nyatakan had aurat perempuan dalam surah An-Nur ayat 31;
Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan ;janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. "
Tapi sekarang??? Aurat wanita langsung tidak dijaga oleh wanita-wanita muslim di negara ini. Bahkan di hari raya, mereka tak segan silu dedahkan aurat kepada bukan muhrim. Mereka tak malu berkebaya nipis yang nampak segala mala aurat mereka. Meraka tak kisah pakai baju ketat-ketat hatta di kubur sekalipun semasa di pagi raya.
Apa dah nak jadi umat islam Malaysia ini. Bila kena rogol, barulah nak menangis tak berlagu. Ini semua salah UMNO yang gagal tunjuk contoh terbaik dalam hal berpakaian ini. Dahla bini-bini pemimpin UMNO tak tutup aurat, bahkan hukum islam berkaitan jenayah seksual ini turut dibakul sampahkan oleh parti laknatullah ini. Buat semua, ini gambar sebenar bagaimana rosaknya akidah umat islam sekarang. Mereka sambut raya sambil dedahkan aurat untuk tontonan umum..
(Amaran keras buat mereka yang lemah iman supaya tidak tengok gambar di bawah ini...kalau tengok juga, anda tanggunlah dosa sendiri. Tujuan disiarkan gambar ini adalah untuk tujuan muhabah dan pedoman buat kita semua..)

MP PAS cadang bawa isu setinggan ke dewan rakyat

Dr._Lo'_Lo' KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali  bercadang membawa isu peneroka bandar dan setinggan ke Dewan Rakyat, November ini.
"Saya akan terus bawa isu ini sebab mereka ini adalah peneroka bandar yang hidup setinggan di Kuala Lumpur sejak lebih 40 tahun lagi," kata Dr Lo’ Lo’ dalam blognya.

"Malah, saya serta semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur pernah memberi memorandum kepada (Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar) Senator Datuk Raja  Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk memudahkan rakyat."
Katanya, mereka yang terbabit seolah-olah dinafikan hak untuk membeli rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan pinjaman 100 peratus oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) seperti yang diwar-warkan Raja Nong sebelum ini.
Bagaimana pun, Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri memperkenalkan polisi yang tidak munasabah, iaitu mereka terbabit boleh membeli rumah dengan syarat membayar RM35,000 secara tunai kepada DBKL.
"Kalau diberi membeli peluang membeli rumah pun, disusahkan sedangkan mereka bukan golongan berada, berpendapatan rendah, tidak mampu beli rumah RM35,000 tunai," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.
Ujarnya, isu itu dibawa oleh Pakatan Rakyat sejak Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan projek PPR sebelum ini.
"Sebenarnya isu ini telah saya bawa dulu lagi apabila Perdana Menteri (Najib) mengumumkan pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR)," ujarnya lagi.
Namun, katanya pentadbiran Najib dilihat sambil lewa dalam mempertahan hak bermastautin peneroka bandar dan kaum setinggan.
Tambahnya lagi, langkah kerajaan menjual rumah kos rendah kepada mereka yang terbabit wajar dilihat tidak munasabah.
"Sepatutnya mereka ini bukan lagi membeli rumah atau sewa kerana mereka ini peneroka-peneroka bandar di sekitar Kuala Lumpur ini," beliau menambah.
Bulan lalu, Ezry Nurul Ridhwan, 34, salah seorang yang terbabit mencabar kementerian dan DBKL mendedahkan jumlah peneroka bandar dan kaum setinggan diberikan peluang memiliki rumah PPR dengan pinjaman 100 peratus BSN, bank panel seperti yang dijanjikan.
Beliau mendakwa DBKL membatalkan tawaran membeli yang membabitkan lebih 10 ribu keluarga.
"Saya cabar DBKL, saya boleh jamin cuba tanya semua yang menyewa rumah PPR yang nak beli rumah, dah dapat beli atau belum," ujarnya sambil mengaku bahawa beliau bekas setinggan di Kampung Pantai Dalam.
Menurut beliau, beberapa bank panel yang dilantik oleh pentadbiran Najib pada 14 Julai lalu menolak semua permohonan pinjaman mereka yang terbabit tanpa memberitahu sebab-musabab yang jelas.
"Kami hanya dimaklumkan bahawa pinjaman  100 peratus untuk ini ditolak, kalau nak beli juga, bayar tunai RM35,000  kos rumah itu," ujarnya sambil mengaku bahawa mereka yang terbabit mustahil mampu membeli rumah secara tunai.
Walhal, katanya Nong Chik pada pertengahan Februari lalu melalui BSN berjanji meluluskan pinjaman 100 peratus demi kepentingan rakyat, khususnya orang-orang Melayu

Jeffery: Tuan rumah Hari M'sia negeri paling mundur

Sabah yang bakal menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia esok terus merupakan negeri yang serba serbi mundur dari segi pembangunan infrastruktur walaupun telah 47 tahun mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia pada 1963, lapor TV Selangor.

Pimpinan PKR Sabah, Jeffery Kitingan memetik buku Rancangan Malaysia Ke-9 yang melaporkan Sabah sebagai negeri yang paling mundur dan termiskin di Malaysia.

"Kalau kita lihat perbandingan antara negeri -negeri, Sabah nombor 14, dari segi pencapaian pembangunan," katanya kepada TV Selangor di Shah Alam, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan timbalan menteri pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri yang menyatakan, masyarakat luar bandar di Sabah harus bersyukur kerana penyertaan Sabah dalam Persekutuan Malaysia 47 tahun yang lalu adalah suatu keputusan kepimpinan terdahulu yang tidak sia-sia.

Beliau dipetik berkata transformasi secara umum telah banyak berlaku di luar bandar khususnya daripada segi pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam walaupun tidak dapat dinafikan masih ada sedikit lompang.

Abdul Rahim membuat kenyataan itu apabila diminta mengulas mengenai penganjuran Hari Malaysia yang pertama kalinya dalam sejarah dianjurkan di Malaysia Timur iaitu di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Jeffery mengakui wujud pembangunan di Sabah tetapi ternyata ia tidak seimbang antara satu wilayah dengan wilayah lain tetapi secara keseluruhan, banyak kawasan belum menerima kemudahan yang memadai.

“Ada pembangunan, tetapi tidak seimbang. Ada yang belum ada jalan raya, belum ada elektrik, air bersih. Tapi kebanyakan, belum ada," katanya.

Lantaran itu, Jeffery kecewa dengan pencapaian berkenaan dan menuntut kepada pimpinan negeri dan pusat, kedua-duanya diterajui Umno Barisan Nasional (BN) supaya lebih prihatin dengan nasib yang menimpa masyarakat luar bandar di Malaysia Timur.

"Sebanyak 24 peratus penduduk Sabah digelar sebagai rakyat miskin.

Sepatutnya selepas 47 tahun kita merdeka dan menubuhkan Malaysia, perkara ini sudah selesai. Sekurang-kurangnya setara di peringkat kebangsaan iaitu kurang daripada 6 peratus. Ini bererti kita jauh ketinggalan," katanya

AMK Negeri Sembilan bergolak, timbalan ketua dipecat

gerak1 Oleh Fazy Sahir
PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan mula bergolak apabila pemecatan Timbalan Ketuanya, Norazizi A Aziz dipecat awal April  lalu.
Ketua AMK Negeri Sembilan Rebin Birham didakwa memecat timbalannya melalui SMS pada awal  April sebelum surat rasmi pada 16 April. Beliau turut  dipecat sebagai Ahli Jawatankuasa AMK Negeri pada 21 Julai lalu.

Bagaimanapun, Norazizi ketika dihubungi berkata "pemecatan itu tidak sah dan tidak  diterima oleh ketua dan AJK lain."
Punca permasalahan ini difahamkan ekoran perbezaan pandangan dan sokongan membabitkan Norazizi dan Rebin.
Norazizi dilihat memberi sokongan kepada Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPT) Badrul Hisham Shaharin untuk bertanding jawatan Ketua AMK, manakala Rebin secara terbuka menyokong Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.
Pemilihan calon untuk jawatan nombor satu AMK itu bakal berlangsung Oktober depan.
Rebin yang dihubungi berkata pemecatan ke atas Norazizi itu bukan atas dasar peribadi atau perbezaan pendapat seperti didakwa.
Namun pemecatan itu ekoran kegagalan Norazizi menjalankan tugas sebagai timbalan AMK , malah majoriti ahli AMK negeri setuju Norazizi dipecat, katanya.
"Pemecatan beliau atas tanggungjawab dan kepentingan menjana parti dan bukan berdasarkan hal peribadi atau perkara tersembunyi.
"Majoriti setuju untuk beliau dipecat, kecuali AMK Rembau. Beliau dipecat atas prinsip gagal menjalankan tugas," katanya yang dihubungi FMT.
Dakwa wujud penyelewengan
Rebin turut mendakwa wujud penyelewengan dilakukan Norazizi ketika menyandang jawatan nombor dua AMK negeri itu.
"Parti ada peraturan dan tentunya ada had. Sebagai seorang timbalan harus santuni ketuanya, jika gagal menyantuni ketua dan wujud agenda lain maka perkara ini tidak boleh dibiarkan.
"Contoh seperti program yang dijalankan melibatkan duit-duit awam dengan menggunakan nama AMK. Maka ia wujud penyelewengan..maka saya ambil tindakan, apabila sampai peringkat pusat saya dapat persetujuan melalui Pengerusi Perhubungan Negeri Datuk Kamarul Bahrin untuk memecatnya," katanya.
Ketika ditanya sokongan beliau terhadap Shamsul, Rebin berkata ia hanya panduan untuk AMK memilih dan ia bukan pandangan peribadinya sahaja.
Dilaporkan minggu lalu, Rebin mengadakan sidang media sebagai menyatakan sokongan terhadap Shamsul untuk mengekalkan jawatan sebagai Ketua AMK, namun mendapat reaksi negatif daripada Norazizi.

Kempen Fitnah: Calon PKR Sabah buat laporan polis

pkr bm Oleh Micheal Kaung
KOTA KINABALU: Persaingan sengit untuk merebut jawatan PKR di Sabah semakin ketara apabila seorang calon membuat laporan polis terhadap kempen pihak lawan yang didakwa memfitnah dirinya.
Ronnie Klassen yang menjadi pencabar Christina Liew untuk jawatan Ketua PKR Cabang Kota Kinabalu membuat laporan di balai polis Karamunsing 31 Ogos lalu mendakwa pesaingnya itu berkempen untuk pemilihan dengan memfitnah dirinya.

Berikutan itu, Klassen turut mengemukakan satu laporan rasmi kepada biro disiplin parti terhadap Liew yang didakwa melanggar etika parti.
Dalam sidang media yang diadakannya Selasa lalu, Klassen mendakwa Liew yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah bersama Ketua Wanita PKR Kota Kinabalu Rosalind Bion telah menghantar kata-kata fitnah dan berniat jahat terhadap diri dan AJKnya melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ahli cabang yang lain.
Selain Klassen, Liew turut menghadapi pencabar daripada bekas pemimpin Part Bersatu Sabah (PBS) Dr Chong Eng Leong dan bekas pemimpin Parti Progresif Sabah (SAPP) Benny Quek Yi Than dalam pemilihan cabang Sabtu ini.
Chong bergandingan dengan Quek bertanding melawan muka lama, Roman Lo dan Wong Kin Yin bagi merebut jawatan timbalan dan naib ketua cabang.
Menurut Klassen, kandungan SMS yang dihantar Liew dan Bion itu mendakwa dirinya tidak bermoral.
"Saya boleh terima apa sahaja SMS tetapi apabila beliau (Liew) menyentuh hal peribadi saya dan melanggar kod etika parti dalam Seksyen 2.4, saya tidak boleh bertolak ansur lagi.
"Jadi nasihat saya kepada Christina, jangan terlalu ghairah menghentam saya.
"Ini hanya satu pemilihan jawatan yang sihat dan bukan sebagai tempat untuk menjatuhkan seseorang. Jika saya mahu menghentam seseorang, saya akan hentam Umno atau Barisan Nasional (BN) dan bukannya ahli parti sendiri," katanya.
Klassen juga berkata sudah tiba masanya ‘pembersihan’ jawatankuasa dilakukan dan muka baru diperlukan bagi membawa hala tuju parti diperingkat cabang.
"Matlamat saya adalah ingin ‘membersihkan struktur organisasi PKR cabang dan meningkatkan lagi semangat parti serta bilangan keahlian PKR yang kini sudah mencecah 3,340 ahli," katanya.
Beliau juga mencabar Liew untuk berdebat mengenai pencapaian yang telah dilaksanakannya sepanjang memegang jawatan tersebut sejak 10 tahun lalu dan strateginya selama tiga tahun dalam penggal akan datang.
"Memandangkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin lain akan tiba di Sabah esok (Rabu), mungkin kita boleh menjemput mereka untuk turut serta dalam debat itu," katanya.
Klassen turut menyatakan pendiriannya yang bebas dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam PKR selain turut menafikan dirinya berpihak kepada bekas Ketua MPN Sabah Ansari Abdullah yang menjadi pesaing kepada Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kittingan.
Beliau turut menggambarkan barisan kepimpinannya sebagai ‘kelahiran baru’ yang mendukung semangat parti secara akar umbi dan menggesa pemimpin parti supaya ‘berhenti daripada bertelagah sesama sendiri’.
"Nasihat saya kepada mereka, hentikanlah semua ini. Jika mereka peka mereka akan dengar suara ahli parti dari akar umbi yang menyuruh mereka hentika segala pergaduhan yang tidak membawa apa-apa erti," katanya.

Pemuda PAS anggap jenayah turun hanya retorik

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyifatkan dakwaan Pengarah Komunikasi GTP di Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana Menteri, Alex Iskandar Liew bahawa indeks jenayah keseluruhan pada Januari hingga Ogos telah menurun 16.24 peratus sebagai hipokrit dan retorik politik semata-mata.
Hal ini kerana kata ketuanya, Nasrudin Hasan, jenayah yang semakin kerap berlaku akhir-akhir ini tidak menggambarkan penurunan seperti yang didakwa.
"Melihat kepada perkembangan mutaakhir betapa sadisnya jenayah yang berlaku membuatkan semua pihak kembali ragu terhadap dakwaan kononnya indeks jenayah telah menurun.
"Sebaliknya rata-rata melihat Malaysia merupakan sebuah negara yang berdepan dengan ancaman nilai keamanan dan keselamatan," kata Nasrudin dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan April tahun lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan kononnya telah mencapai hasil signifikan menerusi pelbagai inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) juga menggambarkan sebaliknya.
"Pencapaian NKRA dilihat sangat tidak meyakinkan. Malah negara masih subur dengan elemen-elemen yang mempunyai potensi besar untuk mendorong berlakunya satu-satu jenayah.
"Sementelah pula langkah pencegahan masih bersifat melepaskan batuk ditangga. ianya tidak dilakukan secara serius," katanya lagi.
Kenyataan itu katanya dapat dibuktikan dengan contoh-contoh kejadian yang telah berlaku, termasuk kes terbaru iaitu pembunuhan kejam ke atas usahawan kosmetik, Datuk Sosilawati dan 3 lagi mangsa yang merupakan pembantu beliau.
Kes jenayah yang lain termasuklah:
a. Ustazah Norliza Ishak 35, (yang dibunuh kejam bersama anaknya Amirul Ayman 10, pada 3 Sept 2010 - Port Dickson)
b. Datuk Sosilawati Lawiya 47, dan 3 mangsa yang lain (juga dibunuh kejam setelah hilang sejak 30 Ogos 2010 - Kuala Lumpur)
c. Mohamad Adam Muzaffar telah disembelih oleh bapanya (Muhaimi Sautar 33, pada 24 Ogos 2010 - Kota Bharu)
d. Noraini Ahmad, 20, dirogol dan dibunuh dengan kejam, ditemui dalam keadaan kepalanya cedera parah dan tangannya diikat dengan dawai pada 12 Ogos 2010 - Sungai Petani) .
e. Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, dan Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, cedera parah di bahagian muka dan mata apabila disimbah cuka getah dalam satu kejadian amuk di Kampung Sekayu pada 15 Ogos 2010 - Hulu Terengganu)
f. Ilya Nabilah Rosnata, 19, ditemui mati dirogol dan dibunuh dengan kejam dengan kesan tikaman pada bahagian dadanya , dipercayai telah dibunuh seminggu sebelum dijumpai terapung di Sungai Bagan dan tangannya diikat pada sebatang pokok 21 Julai 2010 - Pulai Chondong, Machang.
g. Pengawal Keselamatan dibunuh dengan kejam dalam satu kejadian di Pekan Batu 9. Mangsa dipercayai telah dilanggar terlebih dahulu dan kemudiannya tangan kirinya dipotong dengan sebilah parang pada 4 Julai 2010 di Kajang.
h. Amir Khan Abdullah @ Balwant Singh, 53, ditemui mati berlumuran darah dengan tujuh tikaman di kepala sehingga terkeluar otaknya dan tiga tikaman di dada kiri di atas tilam dalam sebuah bilik di rumahnya pada 1 Julai 2010 di Selayang.
i. Siya Pandian, Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak mati ditembak di bahagian kepala dan dadanya di hadapan kedai mencuci kereta miliknya pada 15 Mac 2010 di Langkap Teluk Intan, Perak.
j. K. Haresarren 18 bulan mati selepas mengalami keretakan tulang rusuk , hatinya pecah dan lebam di seluruh tubuh kerana didera teruk pada 3 Mac 2010 di Petaling Jaya.
k. Pada 25 Februari 2010 , Syafiah Humairah 3, mati dipukul, disepak dan dipijak di Shah Alam
l. Atan Daud, 90, Sutiah Katas, 80, Ismail Awang, 76, dan Siti Khatijah Ismail, 22, ditemui terbunuh dengan begitu kejam pada 5 Januari 2010 di Gemencheh.
Tambah Nasrudin, DPPP percaya semua pihak bertanggungjawab terhadap usaha membanteras jenayah, namun kerajaan adalah pemegang amanah untuk meletakkan rakyat dan negara dalam keadaan selamat, aman dan sejahtera.
Rakyat, katanya tidak boleh dikaburi dengan kenyataan-kenyataan hipokrit dan bersifat retorika politik semata-mata.
Sehubungan itu tegas Nasrudin, syariat Islam merupakan jalan penyelesaian yang paling tepat untuk menyelamatkan rakyat daripada terus hidup dalam kebimbangan akibat jenayah yang kian meruncing.
"Sekadar mengutuk sekeras-kerasnya segala jenayah yang berlaku tidak boleh merubah apa-apa kecuali satu tindakan berkesan dan bersepadu dengan gandingan semua pihak iaitu kerajaan dan rakyat dilakukan secara bijak demi masa depan negara.
"DPPP sekali lagi melihat Islam dan syariatnya adalah satu solusi tepat untuk menghindarkan negara dari badi jenayah yang semakin menular," tegas beliau.
Dalam pada itu, DPPP turut mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Ismail Omar yang telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru menggantikan Tan Sri Musa Hassan.
DPPP, katanya berharap agar beliau dapat berkhidmat dengan adil, telus, benar dan saksama serta cekap dan tegas membasmi rasuah dan jenayah dalam negara ini.

Dia masih mamai


Apakah istilah yang paling sesuai untuk kita berikan kepada keadaan seseorang yang 'antara sedar dengan tidak'?? Pening juga kepala otak nak mendapatkan istilah yang tepat atau hampir tepat. Ok tak, kalau kita guna istilah 'masih mamai'?? Rasanya.. ok kot??

Aku rasa istilah 'masih mamai' ini sesuai untuk menerangkan keadaan Khir Toyo. Alhamdulillah.... dia sedar yang yang ada orang lain yang lebih layak daripada dia untuk menjadi MB Selangor, sekiranya... UBN berjaya menawan semula Selangor. Dia juga sedar yang peluang dia untuk jadi MB semula sudah tiada.

Dia juga sedar yang selama dia jadi MB.... dia jadi seorang pemimpin yang 'lupa daratan'. Akibat terlalu leka duduk di atas singgah sana di mercu pentadbiran kerajaan negeri, dia lupa dan jarang menjengok rakyat yang berada dalam kawasannya.

Alasannya... terlalu sibuk dengan urusan pentadbiran. Kini... setelah dia tiada 'kuasa' akibat singgah sananya dirampas, barulah dia sedar diri. Barulah nak ingat akar umbi dan prihatin akan masalah mereka. Inilah tipikalnya pemimpin UMNO. Sudah terantuk baru nak terngadah. Suruh dia blah jer!!

Jadi... apa kata kita ajar UMNO supaya sedar diri sikit. Not just UMNO... but semua rakan kongsi yang sewaktu dengannya. Biar padan muka mereka dan biar mereka ada akai sikit!!

Malangnya.... Khir Toyo masih tak sedar yang dialah yang menyebabkan keadaan negeri Selangor menjadi amat teruk. Sebab itu, rakyat Selangor sedar yang dia tidak layak menjadi MB. Dalam hal ini, dia masih mamai... apabila dia mengatakan yang Selangor jadi teruk kerana pentadbiran Pakatan Rakyat.

Lantas, dia tak sanggup untuk memikul tanggung jawab untuk memperbaiki kerosakan yang KONONnya dibuat oleh Pakatan Rakyat. Pendiriannya itu jelas menunjukkan dia hanya mahu menjadi seorang pemimpin, masa Selangor 'senang' jer. Masa 'susah' dia blah!! Pemimpin hat jenis ni, tak sanggup menerima Selangor seadanya. Dia jenis yang tak ada akauntabiliti!!

Sebab tu, dia menuding jari kepada Pakatan Rakyat. Aku tak besalah!! Ngkorang yang bersalah!! Aku tak nak bertanggung jawab!!

Hello.... excuse me?? Siapa yang menjadikan Selangor teruk?? Pakatan Rakyat??

Aduuusss... mamat Jawa ni, buang tebiat ke apa!! Lawak.... Lawak....

Kah.. kah... kah.. kah...

Heloo... helooo... wake up pleasseee!!

Weh.... siapa yang curi pasir negeri Selangor?? Siapa yang songlap duit Balkis?? Siapa yang gondolkan bukit bukau Selangor?? Siapa yang gasak hak rakyat miskin dengan jadi peneroka?? Siapa yang bina istana mahligai?? Siapa yang guna duit rakyat Selangor pergi melancong dan bershopping?? Siapa yang gasak bonus daripada syarikat GLC negeri?? Siapa yang terima hadiah ratusan ribu ringgit dengan menggunakan duit rakyat?? Siapa yang buat dealing bangang dengan kerajaan pusat yang mengakibatkan rakyat teraniaya??

Itu baru sedikit jer pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap pentadbiran Khir Toyo @ BN. Sebenarnya..... banyak lagi. Tunggu jer ler!! Masanya akan tiba jua...

Sebenarnya, mamat Jawa species UMNO ni, sedar yang rakyat Selangor sudah tahu tembelang dia dan mereka juga sedar yang segala kepincangan pentadbirannya dululah yang telah menyebabkan Selangor jadi 'teruk. Anak Toyo ini juga sedar yang rakyat Selangor sudah marah dan getik akan dia, so... untuk control macho, terpaksalah kata, kononya dia tak sanggup dan tak berminat lagi untuk jadi MB kerana Selangor dah teruk sangat akibat pentadbiran Pakatan Rakyat.

Poodaahhhh!! Orang dah tak sior ke kamu. Baik UMNO, mau pun rakyat Selangor, semua dah tak percayakan kamu lagi. Kamu dah jadi liabiliti!! Kamu memang tak da kelayakan untuk jadi pentadbir sebuah negeri. Janganlah nak jadi sour grape. Ikut jer nasihat Faekah, lebih baik DIAM.... SHUT UP!!

Apa yang Khalid Ibrahim kata tentang Khir Toyo memang tepat sekali. Kata dia....

“Kalau bekerja di (kumpulan) Guthrie, beliau (Khir Toyo) tidak akan sampai tahap pengurus kanan pun”

So... Khir Toyo rasanya lebih baik, jadi doktor gigi semula, kerana itu kepakaran kamu.

Azmin Umum Barisan Calon Esok, Shamsul Lawan Naib Presiden

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Pasukan Azmin Ali, yang setakat ini menerima sokongan sekumpulan wakil rakyat, dilihat semakin berkembang dan tersusun – dipercayai senarai calon barisannya pada pemilihan kali ini akan diumumkan di Kota Kinabalu, esok.
Azmin, Ahli Parlimen Gombak, juga akan mengumumkan pendirian rasmi mahu bertanding jawatan timbalan presiden PKR.
Beliau merupakan bekas pengerusi PKR Sabah.
The Malaysian Insider difahamkan Azmin turut telah mengadakan perbincangan sekumpulan calon berpotensi termasuk mereka yang memegang jawatan dalam pucuk kepimpinan pusat sekarang di ibu negara malam tadi.
Ini termasuklah kemungkinan membawa masuk Ketua Angkatan Muda (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang akan diberi ruang bertanding kerusi Naib Presiden di bawah barisan Azmin.
“Saya akan membuat pengumuman sama ada di Sabah atau Sarawak, saya sedang dalam perjalanan ke Sabah sekarang,” kata beliau kepada The Malaysian Insider pagi tadi.
Azmin akan berada di Sabah selama dua hari dan disusuli tiga hari di Sarawak dipercayai sempena sambutan Hari Malaysia peringkat parti itu.
Maklumat diterima kemudian menyebut persiapan sedang dibuat bagi membolehkan Azmin yang kini merupakan Naib Presiden PKR, untuk mengadakan sidang media di Kota Kinabalu.
Azmin yang dilantik sebagai Pengerusi PKR Selangor dua bulan lalu mengulas pendiriannya ekoran pengumuman Senator Dr Syed Husin Ali semalam bahawa beliau tidak akan mempertahankan kedudukan timbalan presiden pada kali ini.
Jawatan nombor dua itu kemungkinan akan ditandingi oleh anggota Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.
Seorang lagi pemimpin juga dipercayai akan bertanding.
Shamsul Iskandar ketika dihubungi The Malaysian Insider mengakui memang ada perbincangan mengenai “formula menang-menang” dalam pemilihan kali ini.
Bagaiamnapun Shamsul Iskandar enggan mendedahkan jawatan yang beliau bakal bertanding susulan hasil perbincangan tersebut.
Sebelum ini Shamsul Iskandar disebut-sebut akan bertanding mengekalkan kerusinya.
“Formula yang dicapai ialah bagaimana hendak mencapai situasi menang-menang dalam persaingan kali ini.
“Natijah formula ini ialah kami mahukan lebih ramai wakil muda dalam barisan kepimpinan,” kata Shamsul Iskandar yang dijangka membuat pengumuman dalam sehari dua ini.
The Malaysian Insider difahamkan Shamsul Iskandar perlu mencari ruang bagi calon-calon barisannya yang sebelum ini telah diputuskan untuk diletakkan dalam persaingan kerusi-kerusi AMK.
“Jika Shamsul Iskandar bertanding kerusi naib presiden, beliau perlu melakukan sesuatu agar kawan-kawannya yang sebelum ini disebut-sebut akan menyertai barisannya untuk saingan kerusi-kerusi AMK tidak ditinggalkan begitu sahaja.
“Jadi, hasil perbincangan malam tadi juga akan mengubah senario pembentukan pasukan dalam pemilihan AMK nanti,” kata beliau lagi.
Mesyuarat agung tahunan cabang akan bermula Jumaat ini di mana cabang-cabang akan membuat pencalonan masing-masing untuk jawatan utama peringkat pusat.
Seorang lagi pemimpin kanan yang bakal menyertai pasukan Azmin ialah Fuziah Salleh yang kini merupakan Pengarah Pilihan Raya dan Ahli Parlimen Kuantan.

Kes Bunuh Sosilawati : Dua kes orang hilang ada kaitan dengan suspek

BANTING, 15 Sept – Terdapat dua kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan peguam bergelar Datuk yang menjadi suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lain, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

“Kami sedang menyemak semula kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, dan apabila disiasat dua daripada kes orang hilang itu didapati mempunyai kaitan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di sebuah restoran di sini hari ini beliau berkata kes itu melibatkan kehilangan seorang warga India dan seorang warga tempatan Cina.

Peguam berusia 41 tahun yang bergelar Datuk itu adalah antara lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik itu.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Ahad lepas polis mengesahkan kempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong dekat sini.

Khalid sebelum itu dilihat melawat lokasi kejadian di Ladang Gadong bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop kira-kira pukul 10.30 pagi, dan keluar sejam kemudian.

Abu Seman ketika ditemui berkata kehadiran beliau di situ adalah untuk melawat anggota-anggota polis yang sedang bertugas di lokasi berkenaan pada Hari Raya.

Sementara itu Khalid mengingatkan pihak media agar tidak melaporkan kes pembunuhan itu secara melampau, dengan membuat pelbagai andaian sendiri.Katanya selain menyulitkan siasatan polis, spekulasi yang ditimbulkan media juga boleh merunsingkan fikiran anggota keluarga mangsa yang masih sedih dengan berita kematian itu.

“Tolonglah, jangan tulis benda-benda yang tak disahkan. Jangan tulis cerita-cerita yang awak (media) dengar-dengar sahaja,” katanya.

Sementara itu seorang lelaki yang enggan dikenali ketika ditemui di restoran itu berkata peguam bergelar Datuk itu sering berkunjung ke restoran berkenaan, dan dia memang dikenali di kalangan penduduk kawasan itu.


Bernama

Jangan Sapu Masalah Bawah Tikar

SHAH ALAM 15 Sept - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan semua pihak betapa penegakan sebuah negara yang demokratik dan kedaulatan undang-undang perlu dipertahan berteraskan prinsip kebebasan dan keadilan.
"Saya yakin rakyat Malaysia kian matang untuk  menilai serta menyaring banyak wacana yang muncul dalam masyarakat. Dengan kematangan ini, kita harus yakin untuk berbeza pendapat secara aman dengan maksud sama berusaha mencari penyelesaian.
“Kita tidak boleh lagi menyapu sampah ke bawah tikar. Setiap masalah yang muncul perlu dihadapi untuk penyelesaian tuntas,”  katanya pada perutusan rasmi sempena sambutan Hari Malaysia ke-48 yang disambut esok, bagi meraikan pembentukan  Malaysia, esok.
Khalid berkata,   setiap masalah perlu dihadapi dengan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban walaupun penegasan dua prinsip ini akan melibatkan sejumlah birokrasi, sekurang-kurangnya di peringkat awal.
Apatah lagi, beliau berkata, penegasan itu  termaktub dalam teks Pemasyhuran Kemerdekaan negara dan diulang ketika pembentukan Malaysia.
“Kita wajar mengingati, memahami dan menginsafi perjalanan sejarah negara ini untuk menghargainya dan berusaha memberi yang terbaik untuk membangunkannya serta memelihara kedaulatannya," katanya.
"Selepas sekian lama, kita berpeluang mengurus tadbir negara ini sendiri.  Namun, ia  proses berterusan dan tidak mudah. Dalam kepesatan era teknologi dan inovasi, kita berdepan pelbagai persoalan mencabar dan menuntut kita untuk sentiasa bersedia membuat keputusan tepat, cepat dan berintegriti tinggi," katanya.
Khalid berkata,  urus tadbir kerajaan yang lemah akibat salah guna kuasa di samping sistem pengurusan yang tidak lancer dan mengheret masalah ekonomi yang ditandai dengan pelbagai isu rasuah dan penyelewengan.
Beliau berkata, ia membawa kepada masalah sosial seperti jenayah, kemiskinan serta prejudis kaum dan agama yang tebal tetapi  masyarakat perlu berdepan dengan persoalan identiti dan mana hala tuju negara ini.
"Sepanjang sejarah singkat negara ini, wujud jurang ketara dalam aspek pembangunan kemudahan serta pengupayaan sosio-ekonomi rakyat. Komitmen semua perlu agar masalah ini dapat diketengahkan untuk diselesaikan.
"Suka atau tidak, ia perlu dilakukan agar disiplin pengurusan ekonomi yang mapan dapat mengambil tempat. Dengan tertegaknya bentuk pentadbiran begini, agenda merakyatkan ekonomi  dapat disusun dengan lebih baik," tegasnya.- Sidiqin Omar

Perkasa serlah perbalahan Najib,Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 15 SEPT- Tindakan berdiam diri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu Pertubuhan Pribumi Perkasa(PERKASA) yang diminta dijauhi oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menyerlahkan ketidaksefahaman kedua-dua pihak.

Sebelum ini, Utusan Malaysia media milik Umno yang membelakangi saranan Najib agar parti itu menjarakkan diri dari PERKASA demi menjaga survival parti bagi meraih sokongan dari komponen Barisan Nasional(BN).

Bagi Timbalan Angkatan Muda KEADILAN Pusat(AMK) Faris Musa, sikap Muhyiddin ini adalah lanjutan daripada kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini yang bertentangan dengan slogan 1 Malaysia yang dibawa 'bosnya' itu.

"Perpecahan dalaman Umno makin jelas, Muhyiddin mungkin makin selesa kerana mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara jelas telah mengarahkan kiblat sokongannya kepada Muhyiddin yang disifatkan sebagai berani dan paling layak menjadi Perdana Menteri kerana berjaya mendesak Abdullah Badawi berundur sebelum ini," katanya.

Tambahnya lagi, ini adalah detik terbaik bagi Muhyiddin menghalakan serangannya kerana ketika ini Najib semakin jelas menunjukkan sepupunya Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai regunya bagi menghakis pengaruh Muhyiddin dalam Umno.

"Sebagai ahli politik yang berpengalaman saya merasakan Muhyiddin tahu permainan ini dan beliau perlu melakukan sesuatu bagi menjamin politiknya terutama menjelang pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," ujarnya.

Ditanya berkenaan ada desakan-desakan dari Umno sendiri agar Najib mengambil tindakan terhadap Utusan kerana dilihat lebih menyokong PERKASA. Faris yang juga Ketua AMK Terengganu menjelaskan perkara itu sukar dilakukan Perdana Menteri.

"Dalam keadaan ini Najib perlu menghormati mentornya iaitu Dr Mahathir yang masih berpengaruh terhadap Utusan ketika ini," katanya.

Untuk rekod, Pengerusi Eksekutif Utusan sekarang Tan Sri Mohamad Hashim Ahmad Makaruddin adalah seorang yang rapat dengan Dr Mahathir dan pernah menjadi setiausaha politik beliau.

Rampas Pulau Pinang: Gerakan belum putus asa

Gerakan masih belum berputus-asa dalam usahanya menawan semula Pulau Pinang seperti yang didakwa oleh beberapa pemimpin Umno, kata naib presiden parti itu, Mah Siew Keong.

Katanya, pemimpin Umno berkenaan telah salah-faham berhubung kenyataan pengerusi Gerakan, Datuk Teng Hock Nam bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sukar ditumbangkan pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita tidak sepatutnya salah faham dengan kenyataan Teng yang berkata sukar untuk mengambil balik Pulau Pinang...saya percaya niat Teng adalah untuk menyakinkan ahli Gerakan bahawa mereka perlu bekerja lebih gigih pada pilihan raya akan datang.

“Tidak dapat dinafikan situasi di Pulau Pinang sekarang tidak memihak kami, kita memerlukan kerjasama semua di Gerakan dan juga BN serta merangka strategi untung menang.

“Kita juga mesti realistik berhubung kelemahan kita. Kita tidak boleh menipu bahawa situasai sekarang adalah baik. Bagaimanapun jika kita bekerja keras, BN mempunyai peluang yang cerah,” kata Mah.

Menurutnya di sebalik prestasi buruk Gerakan pada pilihan raya 2008, parti itu tetap merupakan pilihan terbaik bagi memimpin BN di Pulau Pinang berdasarkan 'rekod baiknya' sejak 1972.

Mah mengulas kenyataan ketua penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican dan timbalan pengerusi badan perhubungan Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman yang menggesa Gerakan menyerahkan kerusi-kerusinya kepada parti komponen BN yang lain kerana tidak yakin untuk menghadapi Pakatan.

Teng sebelum ini meramalkan ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan kekal sepenggal lagi selepas pilihan raya umum ke-13 tetapi kerajaan negeri Pakatan itu akan tumbang pada pilihan raya umum selepas itu.

Dakwaan Cina Kuasai BN Dan Pakatan Rakyat, Ibrahim Ali Ketinggalan Zaman

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali disifatkan sebagai seorang ahli politik yang ketinggalan zaman apabila melabel parti yang didominasi kaum Cina sebagai pihak yang menguasai Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional (BN).
Buktinya, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Lee Boon Chye yang juga Ahli Parlimen Gopeng itu berkata MCA bukan parti yang menguasai Umno kerana  umum mengetahui Umno sebenar yang parti dominan dalam BN.
Bercakap kepada TV Selangor, beliau juga tidak bersetuju dengan dakwaan DAP menguasai Pakatan Rakyat, sebuah entiti  parti pembangkang yang menempatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.
Boon Chye  juga menyifatkan Ibrahim sebagai pengamal politik perkauman kerana melontarkan kenyataan sedemikian.
" Sepatutnya kita dalam alaf 21, sepatutnya  meninggalkan politik perkauman tetapi malangnya setakat ini kita belum lihat Ibrahim Ali yang sanggup memperjuangkan semua warganegara Malaysia," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mengikut laporan Malaysian Insiders hari ini, Ibrahim dilapor berkata, MCA kini menguasai Umno yang minggu lalu mengisytiharkan pendiriannya menjauhkan diri daripada Perkasa.
Ibrahim juga dipetik berkata, BN  bertindak seolah-olah Pakatan Rakyat yang didakwa beliau, parti orang  Melayu dan Islam seperti PAS dan PKR kini dikuasai DAP.
Sebelum ini, pimpinan Umno menyatakan pendirian untuk menjarakkan diri dari Perkasa bagi memenangi semula undi bukan Melayu yang majoritinya beralih kepada Pakatan Rakyat.
Namun, tindakan itu dikritik bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Boon Chye  menganggap kenyataan Ibrahim selaku pengamal fahaman politik perkauman dibuat berikutan Umno, sebuah parti yang mengaku memperjuang kaum Melayu, mengambil pendirian  menjauhkan diri dari pertubuhan bukan kerajaan itu.
Bagi beliau, tidak ada parti di negara ini yang memiliki sikap perkauman lebih tebal daripada  Umno – parti politik yang dianggotai Ibrahim sebelum dipecat beberapa tahun lalu .

Shamsul ke naib presiden, laluan buat Rafizi dan Chegubard ?

Setelah dua penggal menerajui Pemuda PKR (AMK), ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkemungkinan besar tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu kali ini.

Beliau sebaliknya akan bertanding merebut jawatan naib presiden parti itu - dilihat sebagai satu kompromi bagi memberikan laluan kepada pencabar utamanya ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin.


Pengumuman berhubung perkara itu dijangka dibuat dalam satu sidang media di Kelab Sultan Selangor, Kampung Baru pada jam 3.00 petang esok.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, Shamsul, 36, mengambil keputusan itu setelah menimbangkang permintaan anggota sayap kanan parti itu yang mahukan 'orang muda' diberikan peranan lebih besar di peringkat pusat.

"Keputusan ini juga dibuat dengan mempertimbangkang kekosongan yang bakal ditingglkan dua naib presiden Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub yang akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden," kata sumber-sumber itu.

Sebelum ini, difahamkan terdapat usaha memujuk Shamsul dan Badrul yang dilihat mempunyai kekuatan seimbang bagi berkompromi membentuk satu pasukan - tindakan yang dilihat menang-menang bagi kedua-dua pihak.

Ini kerana, jika berlaku pertembungan empat penjuru - dengan anggota MPP Rafizi Ramli dan pemimpin cabang Hasmi Hashim - kemungkinan besar akan berlaku perpecahan undi menyebabkan kelebihan memihak kepada calon lain.

Dengan kompromi ini, jika benar, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard dijangka mendapat laluan mudah menentang Rafizi dan Hasmi yang dilihat sebagai 'orang baru' dalam AMK selepas pilihan raya umum 2008.

Manakala Shamsul pula dijangka selesa apabila mendapat dokongan sayap Pemuda - antara undi penentu bagi perebutan jawatan kanan PKR.

Dalam masa yang sama, Shamsul dan Badrul sama-sama dilihat orang lama dalam AMK sejak gerakan reformasi 1998.

Ditanya lanjut tentang rundingan Shamsul dengan Badrul, sumber-sumber bagaimanapun berkata pengerusi PKR Melaka itu sebenarnya juga cuba 'didampingi' bakal calon lain.

"Bagaimanapun, esok macam-macam boleh terjadi. Kata Winston Churcill, dalam politik, satu hari pun dikira lama," kata mereka sambil ketawa.

Shamsul bagaimanapun ketika dihubungi Malaysiakini hanya berkata: "Minta tunggu esok".

MELAYU KENE GABUNG.. KAHKAHKAH

KAHKAHKAH KALUT UMNO NAK GABUNG NGAN PAS... PASAI APA? ALASANNYA PASAI MELAYU... KAHKAHKAH 

AKU RASA UMNO KENE GABUNG NGAN PERKASA.. ASYIK PERANG JERK DEPA! TOKSAH GADO-GADO.. 

PASAI APA? PASAI UMNO TAKDE OTAK... PERKASA TAKDAK AKAI.. KASIK GABUNG BARU ADA FIGHT NAK LAWAN PAKATAN RAKYAT.. WAKAKA

TAK SYOK LA PR MENANG MUDAH NANTI... HAHAHAH

Kejutan Ibrahim Ali yang kita tidak terkejut
W Fauzdin NS

PERKASA di bawah Ibrahim Ali MP Pasir Mas akhirnya dimalukan oleh Umno. Umno yang mengaku memperjuangkan nasib bangsa Melayu di negara ini menolak PERKASA yang juga mengaku menjadi hero orang-orang Melayu.

Kedua-duanya yang `menjual nama' Melayu ini bersengketa kerana apa? Jawapannya mudah, mereka bersengketa kerana masing-masing sebenarnya tidak ikhlas membela nasib orang-orang Melayu.

Kenyataan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali yang mengaku akan membuat kejutan di dalam PRU nanti sebenarnya bukan satu kejutan. Terkejutkah kita jika raja katak Pasir Mas ini mengistiharkan untuk menubuhkan parti baru?

Mungkin juga beliau akan keluar dari sarang di Pasir Mas dan berhijrah ke tempat lain yang beliau rasa kawasan itu boleh menyelamatkan beliau untuk kekal sebagai Ahli Parlimen? Ke mana sekali pun raja katak ini berhijrah, ianya tidak mengubah pandangan orang terhadap Presiden PERKASA ini. Jika Umno sebuah parti yang `kuat Melayu'nya pun menolak PERKASA yang dipimpin oleh Ibrahim Ali, bangsa atau kaum mana yang mahu percaya kepada perjuangan beliau?

Ibrahim Ali mendapat sokongan kuat dari Tun Mahathir iaitu tokoh yang mula-mula memecahkan perpaduan Melayu. Tun Mahathir menganggap rugi besar jika Umno menjauhi PERKASA. Kita tidak nampak pula di mana untungnya Umno jika bersama PERKASA, apatah lagi di bawah Najib dengan konsep `1 Malaysia'nya itu. PERKASA lebih banyak `memeningkan' Umno dari memulihkan Umno yang sememangnya sudah `pening' itu.

PAS awal-awal lagi sudah mengumumkan bahawa di dalam PRU akan datang, PAS tidak lagi mahu `bersedekah' kepada Ibrahim Ali kerusi Parlimen Pasir Mas. Memang tepat dan bijak keputusan PAS itu kerana `bersedekah' kepada orang yang `sombong dan khianat' tidak akan memperolehi pahala. Ibrahim Ali Ali juga menyebut bahawa Umno juga tidak mungkin (mustahil lebih tepat) untuk mencalonkan beliau di kerusi Parlimen Pasir Mas. Bahkan, jika Umno terdesak sangat untuk memilih raja katak ini sebagai calon mereka, Umno bakal mendapat malu besar nanti.

Ibrahim Ali menyebut masih banyak lagi kawasan majoriti Melayu yang boleh beliau wakili di dalam Pilihanraya nanti. Mungkin Ibrahim menganggap bahawa kawasan majoriti Melayu adalah kawasan selamat buatnya. Adakah sebelum ini Ibrahim Ali pernah bertanding di kawasan bukan majoriti Melayu? Dan, kawasan mana yang pernah menghilangkan deposit beliau? Beliau mesti ingat bahawa beliau menang di Parlimen Pasir Mas dahulu bukan kerana Ibrahim Ali Melayu, tetapi kerana pengundi-pengundi memilih calon yang dipilih oleh parti yang memperjuangkan Islam bukan memperjuangkan Melayu semata-mata. Di Kelantan, sebuah negeri yang hampir 100 peratus Melayu, sekarang mempunyai Adun dari kaum berbangsa Cina.

Apa pun kejutan dari Ibrahim Ali tidak akan menjadi kejutan kepada mereka yang kenal Ibrahim Ali. Ibrahim Ali bukan sahaja menjadi duri dalam daging buat Umno, bahkan ianya menjadi racun kepada semua. Insan yang satu ketika memuji Tuan Guru Nik Aziz, kemudiannya memperlekehkan MB Kelantan itu dan orang ini juga satu ketika menghina DS Anwar, kemudiannya ingin bersama DS Anwar dan kini kembali menyerang DS Anwar adalah insan yang tidak boleh dipercayai bukan sahaja oleh manusia bahkan binatang sekali pun.

Sekolah Harapan Bagi Pelajar Hamil Dibuka Jumaat Ini..Selamat Menaja Maksiat Zina..!!!

MELAKA: Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin akan dibuka bermula Jumaat ini untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata sekolah itu yang dikenali sebagai 'sekolah harapan', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).
Buat permulaan, katanya, sekolah itu yang turut menyediakan kemudahan tempattinggal, akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain.
"Kita telah lantik guru JAIM yang berpengalaman bagi mengajar di sekolah ituyang boleh memuatkan maksimum 40 pelajar," katanya kepada pemberita di kediamannya, Seri Bendahara, di sini Rabu.
Mohd Ali berkata setakat ini, belum ada pelajar hamil yang menghubungi JAIMuntuk memasuki sekolah itu dan bagi yang berminat boleh memohon dengan identitimereka dirahsiakan.
"Kita berniat baik dengan menubuhkan sekolah ini bagi membolehkan remajayang terlanjur meneruskan persekolahan sehingga mereka bersalin dan tamat edahsebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.
Beliau berkata sukatan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada tahap semasa persekolahan pelajar itu. -BERNAMA

PM tentang perlakuan puak pelampau di Malaysia...sape yang melampau Pok Jib...!!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini menentang sekeras-kerasnya perlakuan puak-puak pelampau yang terdiri daripada kumpulan atau individu yang mempercayai pada pandangan dan tindakan radikal terhadap pihak lain.

"Saya berasa sungguh sedih apabila di sebalik tinggal dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan merdeka lebih dari 50 tahun, masih ada di kalangan kita ini yang tidak boleh bertoleransi.

"Apatah lagi menerima kebaikan masyarakat yang berbeza-beza ini," katanya di dalam entri terbaru bertajuk "Perjuangan Kita Terhadap Faham Pelampau" dalam blognya www.1malaysia.com.my.

Najib berkata, kesedihan yang beliau rasakan itu adalah disebabkan golongan itu menolak cara hidup masyarakat di negara ini yang berbeza-beza serta menolak gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata, ketika negara menyambut satu peristiwa penting dalam sejarah Malaysia esok (pembentukan Malaysia pada 16 September 1963), terlalu banyak yang perlu dibanggakan kerana Malaysia kini sebuah negara yang sedang membangun dan cemerlang dalam banyak bidang seperti pelancongan, perbankan dan kewangan, hab halal, perubatan dan banyak lagi.

Katanya, Malaysia bertuah kerana berupaya melalui pengalaman dalam pelbagai budaya, beraneka makanan dan kepercayaan agama yang berbeza tanpa perlu pergi lebih jauh ke luar negara.

"Sungguhpun kita telah mencapai sekian banyak kejayaan, namun ianya menggusarkan hati saya apabila melihat kemunculan isu-isu yang berpunca daripada faham pelampau di negara kita.

"Ia bukan terhad kepada fahaman bersifat perkauman sahaja. Mereka menganggap pihak yang bertentangan fahaman dengan mereka sebagai musuh dan berusaha menakut-nakutkan pihak yang tidak menerima pemikiran atau ideologi mereka dan dalam keadaan tertentu pada orang-orang yang hanya kelihatan berbeza daripada mereka," katanya.

Najib berkata, oleh sebab itu, faham pelampau di negara ini terangkum kepada segala macam faktor, termasuk pertentangan kaum, seni, budaya, cara hidup dan sebagainya.

Beliau berkata, sungguhpun bilangan kumpulan ini agak kecil, namun kehadiran mereka diperbesar-besarkan melalui sentimen dan tindakan melampau mereka, bagaimanapun kerajaan akan terus mengawasi kumpulan-kumpulan seperti ini.

"Kita telah menangani beberapa kejadian ekstrem dengan berkesannya di Malaysia, umpamanya kumpulan militan yang cuba membangkitkan konflik dan ternyata benar-benar merupakan ancaman kepada keselamatan negara.

"Kami akan terus melindungi rakyat dan negara daripada ancaman dari dalam ataupun luar, melalui darat, laut, udara mahupun ruang siber," katanya.

Najib berkata, beliau juga bersyukur kerana rakyat Malaysia telah menahan diri daripada bertindak balas terhadap contoh perbuatan pelampau di rantau ini juga di seluruh dunia, malah sebaliknya mempamerkan kematangan sebagai satu bangsa dan sebagai 1Malaysia.

"Saya menyeru semua rakyat Malaysia supaya terus tenang dan berfikiran rasional dalam menghadapi kenyataan sedemikian. Dengan memberikan respons sepertimana yang mereka lakukan hanya akan menyemarakkan lagi ketegangan antara dua negara dan akan menjadi halangan kepada kemajuan kita sendiri," katanya.

Beliau berkata, keadaan ekonomi telah terjejas oleh tindakan-tindakan ekstrem itu dan selalunya jalan ke arah pemulihan itu sering kali panjang dan menyulitkan.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita mampu berperanan mengekang faham pelampau di tanah air kita dengan mendidik diri kita sendiri dan menyertai dialog yang sempurna dari segi pemikiran dan rasional.

"Maka kefahaman yang lebih mendalam mampu dicapai antara dua pihak yang berpandangan berbeza. Kita mesti memupuk kebijaksanaan kita untuk lebih terbuka kepada pandangan dan idea yang berbeza," katanya.

Najib berkata, rakyat Malaysia mesti melatih diri untuk mengaplikasikan diplomasi dalam interaksi harian dengan orang lain dan perlu menerima 1Malaysia sebagai falsafah dalam menyelesaikan konflik kerana ia tentu akan memanfaatkan rakyat sebagai satu bangsa.

- Bernama

Nasihat Apco Apungkan Ringgit Bakal Ranapkan Ekonomi Malaysia

Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 15 Sept - Ahli Parlimen Indera mahkota, Azan Ismail memberi amaran rancangan kerajaan Umno-Barisan Nasional untuk mengapungkan semula matawang Ringgit di pasaran antarabangsa akan menyebabkan kemasukan semula gerombalan spekulator matawang yang akan meranapkan ekonomi negara.
Malah beliau berpendapat Pendana Menteri, Datuk Seri Najib razak telah diberi salah nasihat sekali lagi oleh firma komunikasi antarabangsa pro Zionis-Israel, Apco Worldwide yang juga menasihati Perbendaharaan Amerika Syarikat (Federal Reserve).
Mengulas mengenai rancangan kerajaan mahu mengapungkan semula matawang Ringgit dengan alasan nilainya telah meningkat berbanding Dollar Amerika Syarikat menunjukkan Ringgit hanya mengukuh dengan dollar AS tetapi bukan dengan matawang yang lain.
Azan berkata nilai Ringgit berbanding matawang yang lain seperti Dollar Singapura, Euro dan Paun Sterling masih tidak berubah.
 "Ini akan menyebabkan risiko tinggi apabila Najib membuat pengumuman akan mengapungkan semula  Ringgit di peringkat antarabangsa.
"Saya bimbang Perdana Menteri telah diberi salah nasihat oleh syarikat perunding, Apco Worldwide yang bakal mengakibatkan negara kehilangan puluhan bilion ringgit disebabkan kemasukkan semula spekulator matawang," kata beliau kepada Suara Kedilan.
Apco juga dikatakan memberi pendapat kepada Perbendaharaan Amerika Syarikat (Federal Reserve) yang dikuasai golongan Yahudi supaya menurunkan sedikit nilai matawang Dollar bagi mengambil kesempatan mengaut laba yang besar hasil daripada tindakan tersebut.
Beliau berpendapat dalam usaha mengekalkan daya saing negara dan mendapat keuntungan cepat, Umno-Barisan Nasional mengunakan kaedah mudah dengan mengapungkan semula Ringgit.
"Saya risau kita akan mengalami kerugian yang amat besar dengan kenaikkan harga barang serta kejatuhan nilai matawang kita akibat kegiatan spekulator ini nanti.
"Kerajaan Umno-BN tidak habis-habis dengan sikap suka berjudi, selepas tidak berjaya menghalalkan judi sukan, sekarang ini cuba untuk membuka semula jalan bagi spekulator matawang ini masuk bagi memperjudikan ringgit pula," ujar Azan.
Apa yang dikesalkan langkah pengapungan semula Ringgit akan memberikan keuntungan besar kepada segelintir golongan Umnoputra iaitu kroni Umno-BN tetapi yang terpaksa menanggung segala kerugian adalah rakyat terbanyak.
"Saya bimbang negara kita terperangkap dengan nasihat Apco terhadap pemimpin Umno-BN yang akan menyebabkan negara kerugian berpuluh kali ganda.
"Ini adalah satu percaturan ekonomi yang ketinggalan zaman seperti yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyebabkan negara kerugian berpuluh bilion ringgit," tegasnya lagi.
Kata Azan lagi pengumuman Perdana Menteri berhubung dasar liberalisasi 27 subsektor kewangan dan perbankan serta dasar pendidikan sepatutnya telah membantu meningkatkan daya saing negara tetapi sebaliknya berlaku apabila daya kompetitif negara jatuh dua anak tangga ke-26.
Beliau menegaskan adalah amat pelik kerana selepas dasar-dasar tersebut diumumkan Najib, ianya tidak membantu memulihkan ekonomi negara tetapi kedudukan semakin jatuh merudum berbanding dengan negara-negara rantau Asia yang lain.
Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009 menyatakan daya saing Malaysia peringkat global jatuh dua anak tangga ke kedudukan ke-26 berbanding 2008 apabila indeks tersebut jatuh tiga anak tangga kepada kedudukan 24.

Ibrahim bersandiwara atau tak faham Perlembagaan? yang nyatanya adalah bangang tue...!!!

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Penganalisis politik, Prof Dr Abdul Aziz Bari menganggap Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) tidak memahami inti sebenar Perlembagaan Persekutuan.
Anggapan itu gara-gara inisiatif ekstrem Datuk Paduka Ibrahim Ali mengasaskan Perkasa bagi mempertahankan hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu, Majlis Raja-Raja Melayu serta Islam seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang kononnya sedang dihakiskan oleh pihak  'bukan Melayu'  tertentu.
"Lagipun kefahaman Perlembagaan (Persekutuan) oleh Perkasa adalah tidak tepat kerana tidak ada sesiapa  yang boleh memadam peruntukan yang mereka (Perkasa) kata perlu dipertahankan," ujar pakar perlembagaan itu kepada Harakahdaily.
Kata ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) lagi, langkah Perkasa itu seakan menghalang kebebasan bersuara rakyat dalam membincangkan isu-isu yang selama ini dianggap sensitif oleh pemerintah.
"Perkasa juga semacam lupa bahawa Perlembagaan memberi hak bersuara selagi ia tidak meminta pemansuhan kedudukan yang sedia ada itu, termasuk Raja, bahasa dan lain-lain," ujarnya.
Walhal, katanya sesetengah isu-isu yang diwacanakan oleh rakyat, khususnya bukan Melayu tidaklah sampai pada tahap membelakangkan Perlembagaan.
Lanjutan itu, beliau mempersoal motif sebenar Ibrahim, Presiden Perkasa menggunakan media untuk meniupkan api perkauman ekstrem belakangan ini.
"Jadi, apa yang hendak dipertahankan?" soalnya.
Beliau turut mempersoal idea Ibrahim pada Ahad lalu yang mahu Perkasa mewujudkan muafakat politik baru, iaitu menerima keanggotaan bukan Melayu.
"Dengan idea ekstrem yang mereka bawa, nak kerjasama dengan bukan Melayu yang macam mana.
"Jadi, macam Perkasa nak buat kerjasama...dengar nama Perkasa pun mereka (bukan Melayu) sudah meluat," ujarnya.
Hari ini, dilaporkan Ibrahim menuduh MCA menguasai Umno pula.
Tuduhan terbaru itu selepas Ibrahim menuduh PAS tunduk pada kemahuan politik para pemimpin bukan Islam dari DAP serta Pakatan Rakyat yang lain.
Tuduhan-tuduhan Ibrahim itu ekoran keengganan pihak masing-masing untuk menerima pelawaan Perkasa, badan bukan kerajaan untuk mempopularkan politik ekstrem Melayu di tanah air.
Manakala, Umno pula dilihat seakan dalam dilema sama ada mahu berwajah liberal atas nama slogan 1Malaysia atau kekal dalam kerangka 'ultra Melayu' seperti yang didesak Perkasa.

Hisham: Penurunan kadar jenayah boleh dicapai..jika Polis tak jadi hamba politik UMNO@BN..!!!

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yakin matlamat untuk menurunkan kadar jenayah secara keseluruhan sebanyak lima peratus dan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus menjelang Disember ini akan tercapai.

Beliau berkata, laporan yang dikeluarkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) mengenai penurunan kadar jenayah, meneguhkan keyakinan semua pihak untuk mencapai matlamat tersebut.

"Pencapaian bagi menurunkan indeks jenayah keseluruhan dari Januari hingga Ogos lalu sebanyak 16.24 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan penurunan signifikan 37 peratus jenayah jalanan dalam tempoh sama adalah kesan daripada pelbagai langkah dan pendekatan luar kotak yang dicetuskan di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kehadiran anggota polis yang lebih ramai, skim rondaan sukarela di samping penugasan semula 6,791 personel polis ke barisan depan dan 3,814 anggota awam mengendali tugas meja memberi impak besar dalam membanteras jenayah.

"Semuanya adalah hasil daripada kerjasama, komitmen dan kebijaksanaan hasil kajian dan perbincangan yang mendalam antara PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan dibantu oleh agensi-agensi yang berteraskan konsep kesukarelawanan seperti Angkatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya.

- Bernama

Umno Punca BN Kalah Di Pulau Pinang, Bukan Gerakan

SHAH ALAM 13 SEPT - Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong hairan dengan gelagat pimpinan Umno Pulau Pinang yang semata-mata meletakkan kekalahan Barisan Nasional (BN) di bahu Gerakan sahaja.

Sedangkan, Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat itu berpendapat ketewasan BN  sebenarnya berpunca akibat hegemoni Umno terhadap semua parti komponen BN termasuk Gerakan.

Seterusnya, katanya, timbul suasana tuduh menuduh asesama parti komponen  yang kemudian menjadi antara faktor kegagalan BN mengekal kuasa di Pulau Pinang dan keretakan hubungan antara parti di kawasan lain.

“Gerakan tumbang kerana hegemoni Umno. Sekarang mereka saling 'blame game' antara satu sama lain,” katanya kepada TV Selangor, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman yang mencadangkan kerusi yang diperuntuk kepada Gerakan pada pilihan raya umum akan datang, diberi kepada parti komponen lain.
Ia berikutan kenyataan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nan yang mengakui DAP mampu mengekalkan kuasa di Pulau Pinang  selama sepenggal lagi.
Chin Tong bagaimanapun keberatan untuk mengulas lanjut kerana enggan masuk campur dalam perselisihan panjang antara Gerakan dan Umno peringkat negeri itu.

Namun, beliau percaya kenyataan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nan yang menyatakan BN tidak mungkin merampas Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat, hanya taktik meraih simpati.

“Hock Nan cuba memancing simpati pengundi supaya memberi kemenangan kepada beberapa kerusi yang bakal ditandingi Gerakan pada pilihan raya umum akan datang,” katanya yang tidak menolak kemudian perseteruan dua parti hanya sandiwara politik.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan Pulau Pinang terus teguh dan mendapat sokongan rakyat hingga menyebabkan Umno BN menggunakan sentiment perkauman bagi mengembalikan  sokongan.

“BN harus menjadi pembangkang yang bertanggungjawab dan bersaing atas isu dasar bukan memainkan isu bukan-bukan termasuk sentimen perkauman,” katanya.-Nurshakira Buang