Selasa, 14 September 2010

"Kenyataan Dr Syed Husin bertentangan sikap terbuka parti"

azanmp_thumb Muda Mohd Noor
PETALING JAYA: Seorang ahli parlimen PKR mendakwa kenyataan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali supaya dua jawatan tinggi parti  diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail bertentangan dengan sikap terbuka parti.
Ahli parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, ketika parti bersikap terbuka dalam soal pemilihan parrti, timbalan presiden iaitu orang yang menjadi pemandu kepada parti dan pemimpin lain bersikap sebaliknya.

Menurutnya, "tidak wajar Dr Syed Husin mengeluarkan kenyataan itu walaupun mungkin bersifat peribadi."
"Sepatutnya dia berbincang terlebih dahulu dengan presiden sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut."
Katanya, adalah tidak elok jika parti dikongkong oleh satu keluarga sahaja kerana parti adalah payung besar yang menaungi ratusan malah jutaan ahli.
"Atas dasar kepentingan ukhuwah parti, parti tidak boleh dilihat bergantung kepada beberapa individu tertentu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azan yang juga ketua cabang PKR Indera Mahkota, Pahang  berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Syed Husin yang mahu Anwar menjadi presiden PKR dan Wan Azizah sebagai timbalannya.
Dr Syed Husin membuat kenyataan tersebut dalam sidang media di sini hari ini setelah beliau mengumumkan tidak mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti November depan.
Dan beliau menyarankan gandingan Anwar dan Wan Azizah untuk menerajui PKR. Ketika ini Anwar merupakan ketua umum PKR, manakala isterinya presiden parti.
Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Datuk Zaid Ibrahim dipercayai berminat bertanding jawatan timbalan presiden.
Anwar pula menegaskan beliau tidak akan bertanding sebarang jawatan kali ini.
Sementara itu, ahli MPP PKR, Yusmaidi Yusof berkata, terpulang kepada ahli parti untuk menentukan siapa yang mereka mahu menerajui parti.
"Politik PKR adalah politik reformasi dan jika berlaku pertembungan antara kehendak pemimpin dan kehendak rakyat, kita perlu kembali kepada kehendak rakyat.
"Perjuangan reformasi bukan bermula dari arahan pemimpin (PKR) tetapi cetusan perasaan rakyat," kata ahli parlimen Balik Pulau.

Kurang bukti punca SKMM gagal dakwa kes hasutan, kata Rais


Rais Yatim JELEBU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) gagal mendakwa beberapa kes penghinaan dan hasutan dalam laman web ke mahkamah kerana kekurangan bukti dan ketiadaan pakar forensik komputer.
"Perkara utama dalam pendakwaan ialah bukti yang kukuh dan mencukupi. Tetapi apabila disiasat kebanyak bukti telah dipadam dan gagal dikesan," kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, SMKM menubuhkan pasukan khas, antara lain adalah untuk mendalami ilmu forensik komputer yang mampu mendapatkan semula maklumat walaupun maklumat pada cakera keras komputer sudah dipadam.
"Dengan pengetahuan forensik komputer, maka kita lebih mudah untuk berhadapan dengan Facebook, Twitter dan cara mereka menggunakan sesuatu alamat di bawah laman web yang biasa," katanya.
Menurut Rais, kerajaan amat serius untuk menyelamatkan negara ini daripada pelbagai perkembangan negatif yang disebarkan dalam internet seperti penghinaan yang pernah dibuat oleh Wee Meng Chee atau Namewee terhadap lagu Negaraku dan Tenaga Nasional Berhad.
Beliau memaklumkan terdapat 13 kes penghinaan dan hasutan terhadap perkauman di negara ini telah diserahkan ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan.
Semalam, Rais berkata SKMM telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat aduan mengenai hasutan berbau perkauman yang banyak terdapat dalam internet serta laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter.

Shahrizat tidak mahu kes pembunuhan Sosilawati jadi isu perkauman..yang dicetuskan oleh pencacai UMNO.!!!


Datuk-Seri-Shahrizat-Abdul-Jalil KUALA LUMPUR:  Kes pembunuhan kejam melibatkan jutawan kosmetikDatuk  Sosilawati Lawiya dan tiga lagi individu tidah boleh dipolitikkan atau dianggap sebagai isu perkauman, kata ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.   
Katanya,  kes tragis itu mesti ditangani dengan rasional dan waras tanpa pengaruh negatif yang boleh mengundang perkara tidak diingini berlaku.   

"Jika semua isu dalam negara ini kita lihat daripada segi perkauman, kita hanya akan mengundang bahaya yang amat sangat kepada negara.    
"Kita tidak boleh biar sentimen seperti ini (perkauman) berlaku serta berlanjutan," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat keluarga Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak dekat sini hari ini.
Shahrizat, yang juga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat  berkata: "Jangan bawa politik dalam semua aspek kehidupan kerana kita tidak mahu hidup kita hanya berputar dan berlandaskan kepada kepentingan politik semata-mata."    
Sementara itu, Ketua Pemuda MIC T. Mohan menganggap mereka yang melakukan jenayah kejam itu lebih zalim daripada binatang.  
"Kami terkejut ada rakyat Malaysia yang sanggup melakukan kekejaman melampau, pembunuhan ngeri sebegini. Ini bukan budaya kita dan ini sangat mengganggu fikiran," katanya dalam satu kenyataan.   
Mohan berharap polis akan menjalankan siasatan terperinci dan menghadapkan para penjenayah berkenaan ke muka pengadilan dengan segera bagi memastikan keadilan kepada mangsa.

Umno Sabah gesa Najib gugurkan Liew


umnoOleh Micheal Kaung
SANDAKAN: Keretakan parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah kini semakin ketara apabila berlakunya perge seran antara Umno dan Parti Liberal Demokratik (LDP) .
Buktinya apabila sayap Pemuda Umno Sabah kini bertegas tidak akan mematuhi kepimpinan BN jika Presiden LDP Vui Keong Liew tidak digugurkan daripada senarai pencalonan dalam pilihan raya akan datang.
Pemuda Umno bahagian di sini berkata pihaknya akan memboikot Liew jika beliau dicalonkan semula bagi merebut kerusi parlimen Sandakan pada pilihan raya umum pada tahun 2013, namun dijangka akan berlaku lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Sandakan Hajo Awang Kadin Tang berkata keputusan itu dibuat selepas Timbalan Presiden LDP Chin Su Phin mengumumkan parti itu tidak akan bekerjasama lagi dengan Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Musa Aman.
"Pemuda Umno Sandakan tidak akan menyokong pelantikan VK Liew sebagai calon ahli Parlimen Sandakan dalam pilihan raya akan datang," tegas beliau.
Walaupun keputusan yang diambil ini agak drastik dan melanggar semangat perpaduan antara parti komponen dalam BN, beliau yakin pemimpin BN yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga akan mengambil langkah yang sama.
Awang Kadin berkata Pemuda Umno Bahagian Sandakan hanya akan menyokong calon daripada parti komponen BN yang lain dan bukan lagi Liew yang kini memegang jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beliau berkata, walaupun Najib telah menasihatkan parti komponen BN untuk menyuarakan aduan atau rungutan melalui saluran yang sesuai terutamanya melalui mesyuarat majlis tertinggi, namun nasihat itu tidak diendahkan LDP.
"Pemimpin LDP dengan jelas bertindak mengingkari arahan Najib," katanya.
Awang Kadin berkata kenyataan Chin terhadap Musa itu yang dikeluarkan selepas mesyuarat BN peringkat negeri turut menghiris perasaan beberapa penyokong Umno di Sabah.
"Kami mahu Najib menghalang segala tekanan yang diberikan LDP terutamanya terhadap cubaan melemahkan kekuatan pimpinan Umno di Sabah," katanya.
Sementara itu dalam perkembangan yang lain, seorang lagi Naib Presiden LDP Isaac Pang mengumumkan keluar parti semalam.
Pang yang juga Ketua Bahagian Tanjung Papat menyatakan keputusannya untuk keluar parti atas urusan peribadi.
"Saya sudah pun memaklumkan kepada Liew," katanya tanpa menjelaskan lebih lanjut mengenai keputusannya itu.

MB Selangor: Sosilawati Usahawan Berjaya, Disegani


KUALA LUMPUR, 14 Sept – Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh dengan kejam bersama tiga individu lain, merupakan usahawan berjaya dan disegani, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata Sosilawati, yang juga ahli Dewan Perniagaan Melayu Wilayah Persekutuan dan Selangor, mempunyai kebolehan dan keupayaan dalam bidang perniagaan.
Abdul Khalid berharap agar penyiasatan terhadap kes itu dapat dilakukan segera untuk mententeramkan kembali keadaan.
“Saya yakin pihak polis telah menjalankan kerja dengan sebaiknya dan setakat ini pun mereka telah menunjukkan kecekapan dalam mencari maklumat berikutan kes ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat ahli keluarga Sosilawati di Gombak dekat sini hari ini.
Menteri Besar Selangor itu berkata beliau sempat menemui mangsa semasa menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, dua hari sebelum Sosilawati dilaporkan hilang.
Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.
Pada Ahad, Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat di Kuala Langat. – Bernama

Agenda apa Anwar tak mahu terima pencalonan ?

Tindakan Anwar Ibrahim menyatakan untuk tidak mahu menerima pencalonan bagi sebarang jawatan dalam parti sebenarnya telah meletakkan PKR di suatu persimpangan yang getir dan berpotensi menjurus parti ke kancah konflik kepemimpinan yang akan membawa parah.

Sudahlah ahli parti sedang bertarung untuk memenangkan calon masing-masing di peringkat cabang, kini krisis kepemimpinan parti tampak akan merebak dan meluas apabila “medan tempur” dibuka bagi jawatan timbalan presiden.

Hakikatnya, yang akan berkempen dan menyokong calon-calon timbalan presiden adalah pimpinan dan ahli di peringkat akar umbi.
Apakah jika mereka sudah “bermasam muka” selepas terluka dalam persaingan di peringkat cabang, akan boleh bersatu dalam memilih timbalan presiden?

Dari segi teori syarahan politiknya memanglah boleh dan sewajarnya ahli parti bersatu kembali selepas bertanding; tetapi pada realiti dan adat serta “semangat berpolitik” orang-orang politik, tidak terkecuali PKR, bila sudah “lawan maka mereka akan tetap lawan”.

Jika orang “sebelah sana” menyokong calon A maka orang “sebelah sini” akan menyokong calon B atau C. Maka akan lengkaplah “perpecahan di dalam kesatuan politik” orang PKR dan inilah yang dihasratkan oleh para strategis Umno/BN.

Yang menghairankan banyak pihak adalah kenapa Anwar mengambil sikap dan tindakan untuk tidak mahu mencari jalan damai dan muafakat? Formula muafakat, Anwar sebagai presiden dan Azizah sebagai timbalan adalah yang terbaik bagi merungkai kemelut kepemimpinan parti buat masa ini.

Lebih menghairankan kenapan Anwar menolak pencalonan akar umbi sebelumpun ahli menyatakan hasrat mereka?
Otak kiri lawan otak kanan

Di frasa awal kenyataan mutakhir Anwar dalam blognya, dia menyebut “PKR memperkenalkan sistem pemilihan yang demokratik; memberi ruang kepada setiap anggota menentukan calon pilihan mereka; tetapi pada frasa akhir Anwar menyatakan “Saya juga tidak akan menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam parti”.

Tidakkah pelik kenyataan seperti ini?
Bagaimana boleh otak kiri Anwar menyatakan semua ahli parti boleh mencalonkan sesiapa sahaja pilihan mereka, tetapi otak kanan Anwar tiba-tiba mengatakan pencalonan apa-apa jawatan untuk Anwar Ibrahim “adalah dilarang” sama sekali.

Pada hemat pakar psikologi, tentunya ada sesuatu yang tidak kena dari reaksi otak yang seperti itu.

Yang menghairankan adalah kenapa pencalonan pun dilarang dan yang paling mengajaibkan adalah kenapa Anwar melarang pencalonan untuknya tetapi menyuruh ahli mengamalkan semangat demokrasi?

Apakah di belakangnya ada pengaruh “jampi bomoh politik” yang ditiupkan ke otak kiri dan otak kanan Anwar sehingga dia tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang amat kontradik dan membingungkan ahli parti.

Apakah Anwar sudah hilang kebijaksanaan untuk mengeluarkan kenyataan yang barangkali lebih melambang kedewasaan berpolitik atau ketinggian kematangan berpolitik seperti:
"Saya tidak berhasrat untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti buat masa ini atas beberapa pertimbangan yang saya fikir baik untuk parti, namun saya menyerahkan kepada budibicara ahli untuk mencalonkan sesiapa yang mereka hasratkan bagi memimpin parti!” - suatu ayat mudah yang boleh diungkap oleh mana-mana orang politik peringkat ranting yang mengaji sekolah.

Atau apakah sebenarnya ada orang dalam lingkaran parti yang cuba mempengaruhi Anwar supaya memberi pengarahan kepada ahli parti diperingkat cabang agar tidak mencalonkan Anwar bagi jawatan presiden atas pertimbangan.
Jika berlaku pencalonan Anwar sebagai presiden dan Azizah sebagai timbalan presiden maka kemungkinan jumlah pencalonan orang tersebut untuk jawatan timbalan presiden tidak akan mencapai kuota kelayakan atau mungkin akan menjadi amat sedikit untuk dibuat modal berkempen nanti.
Tidak perlu 'pengarahan'

Jika benar Anwar pejuang demokrasi dan mahukan semangat demokrasi yang murni subur dalam PKR, maka biarkanlah ahli di akar umbi menyatakan sikap dan citarasa mereka dahulu dan tidak perlu memberi “pengarahan”.
Jikapun Anwar tidak mahu memegang apa-apa jawatan dalam parti, dia boleh sahaja menyatakan hasrat tersebut tetapi tidaklah sampai perlu menyatakan untuk tidak mahu menerima pencalonan.
Tidakkah lebih baik bagi ahli-ahli akar umbi dibenarkan menyatakan kehendak dan citarasa kepemimpinan yang mereka mahukan terlebih dahulu dan kemudian Anwar membuat penilaian, perundingan, permuafakatan dan keputusan.

Anwar bukan tidak tahu bahawa dengan membenarkan jawatan timbalan presiden ditandingi pada saat ini ianya tidak akan membawa banyak manfaat kepada PKR malah akan menjuruskan parti ke kancah pertikaian yang sengit.
Sesiapa pun jua yang akan bertanding jawatan timbalan kecuali Azizah, akan membuka ruang kepada persaingan sengit kecuali jika ada permuafakatan di antara mereka.

Jika Anwar bersetuju menjadi presiden dan Azizah dicalon menjadi timbalan, semua ahli tahu bahawa tidak akan ada sesiapa yang “tega” mencabar kedua-duanya.
Bukan kerana keduanya berkuku besi dalam parti tetapi kerana kedua-dua mereka dihormati dan disayangi oleh ahli terbanyak.
Dan semua pemimpin PKR yang mahu maju ke tahap lebih tinggi sedar bahawa ahli terbanyak akan menolak idea untuk mencabar kedua-dua pemimpin tersebut.
Semua ahli yang mendukung perjuangan PKR kecuali ahli yang dibawa masuk oleh “taiko” tertentu semata-mata untuk diupah mengundi, amat sedar bahawa gandingan Anwar dan Azizah adalah formula terbaik untuk mengamankan parti buat masa ini.
Ketua tidak rasmi?

Namun nampaknya Anwar telah dipengaruhi untuk sengaja tidak mahu menerima dan melayan citarasa ahli parti peringkat akar umbi yang selama ini telah menobatkannya sebagai “ketua tidak rasmi” dalam PKR dan kini mahu menobatkannya sebagai Ketua Rasmi mereka.
Siapakah sebenarnya yang menasihatkan Anwar supaya menolak pencalonan dan apakah alasannya?
Barangkali mereka yang cuba mempengaruhi Anwar ini sedar bahawa jika berlakunya 100 peratus pencalonan Anwar sebagai presiden dan Azizah sebagai timbalan pada pusingan pertama pencalonan di peringkat cabang, tentunya mereka atau calon yang mereka jaja akan menghadapi laluan yang amat sukar untuk masuk bertanding, apatah lagi untuk menang.
Jadi formula yang paling startegik adalah mempengaruhi Anwar supaya jangan bertanding presiden dan mudahlah bagi mereka meraih sokongan pencalonan terbanyak bagi jawatan timbalan presiden dan seterusnya memenangi jawatan yang diidamkan sejak sekian lama itu.

Kini usaha itu nampaknya akan berhasil. Namun ahli parti di peringkat akar umbi harus sedar bahawa PKR tidak harus selamanya dibayangi lagi oleh Anwar kerana Anwar itu sendiri boleh wujud secara nyata dalam parti.
Kenapa tidak Anwar terus memimpin PKR sekarang ini dan dengannya parti akan lebih aman. Dan jika bimbang Anwar dipenjarakan, maka Azizah diletakkan di barisan kedua sebagai persiapan. Apa masalahnya?

Mulai saat ini ahli PKR harus berani menyatakan sikap dan citarasa mereka kepada “ketua” mereka bahawa mereka mahukan presiden yang “Sebenar-benarnya presiden” yang mempunyai “full command” dan “full responsibility” dan bukannya “Presiden Bayangan” yang “dikawal jauh” oleh tangan ajaib.
Masihkah PKR yang mendabik dada sebagai parti yang memperjuangkan keadilan dan ketelusan mahu mengamalkan sistem pengurusan parti yang sebenarnya tidak terkandung di dalam perlembagaannya dan tata kepengurusan organisasinya?
Jangan sampai esok ada kes dibawa ke mahkamah, hanya kerana “Ketua Umum” yang tidak pernah diberikan hak dalam perlembagaan parti, hadir dan turut membuat keputusan tertentu dalam parti yang nantinya boleh dipertikaikan.
Alangkah malang dan “komannya” sistem pengurusan parti Harapan Baru rakyat yang seperti itu!

Presiden KEADILAN, MB Selangor Ziarah Keluarga Sosilawati

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengunjungi keluarga Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya bagi menyampaikan ucapan takziah daripada KEADILAN dan juga kerajaan negeri.

Kedua-dua pemimpin tersebut turut diiringi Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan pimpinan serta anggota parti.

Mereka tiba di rumah Allahyarhamah di Taman Harmonis di sini kira-kira pukul 2.30 petang dan meluangkan lebih sejam bertanya khabar kepada anak-anak Sosilawati serta memberikan mereka semangat sebelum mengadakan majlis tahlil.

Ketika bercakap kepada media, Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah sambil menyifatkan pembunuhan Sosilawati sebagai mengejutkan, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pihak polis bagi pihak kerajaan negeri Selangor dapat menyelesaikan kes pembunuhan ini dengan pantas dan kita berharap polis juga mampu membuat penyiasatan terperinci sehingga pihak yang bersalah dihadapkan ke pengadilan," kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid menganggap Sosilawati seorang usahawan wanita yang gigih dan berjaya dan kehilangan beliau amat dirasai terutamanya oleh ahli Dewan Perniagaan Melayu Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Sosilawati, 47, dan tiga lagi lelaki yang hilang sejak 30 Ogos dibunuh sebelum mayat mereka dibakar disebuah ladang ternakan di Telok Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib pada tengah malam Sabtu lalu.

Jutawan kosmetik yang merupakan pengasas Nouvelle Visages hilang selepas dikatakan ke Banting atas urusan jual tanah.

AZMIN MAMPU KEKALKAN SEMANGAT REFORMASI?


A Kadir Jasin

LAPORAN media massa mengatakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim (Datuk Seri) tidak mahu namanya diheret ke dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti itu.

Perebutan jawatan parti itu dijangka sengit jika pertempuran yang diuar-uarkan antara Naib Presiden Mohamed Azmin Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat Mohd Zaid Ibrahim untuk kerusi Timbalan Presiden terjadi.

Jawatan Timbalan Presiden menjadi rebutan berikutan keputusan penyandang, Dr Syed Husin Ali, tidak mempertahankannya.

Walaupun laporan media massa memetik Zaid sebagai membandingkan situasi beliau dengan cabaran terhadap Allahyarham Abdul Ghafar Baba (Tun) dalam pemilihan Umno tahun 1993, saya rasa ia lebih menyerupai pertandingan antara Musa Hitam (Tun) dengan Tengku Razaliegh Hamzah untuk jawatan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1982.

Dalam pertandingan itu, Musa mendapat “endorsement” Allahyarham Tun Hussein Onn dan disokong oleh bakal Presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lebih sedikit satu dekad kemudian, Anwar melancarkan cabaran terhadap Abdul Ghafar Baba (Tun) untuk jawatan Timbalan Presiden Umno. Walaupun Presiden Umno waktu itu, Dr Mahathir mahu status-quo dikekalkan, namun Anwar tetap mencabar Abdul Ghafar atas alasan ia adalah kehendak perwakilan bahagian.

Abdul Ghafar akhir mengundurkan diri daripada pertandingan. Apakah Mohd Zaid juga akhirnya menarik diri atau ditolak oleh perwakilan?

Jika perebutan jawatan Azmin-Zaid berlaku seperti diramalkan, Anwar akan menghadapi dilema kerana beliau, sama ada secara tersurat atau tersirat, terpaksa membuat pilihan demi parti dan peribadi.

Jadi tidak hairanlah kalau di permukaannya Anwar tidak mahu dikaitkan dengan pertandingan itu atau mengisytiharkan sikap berkecualinya. Namun semua orang tahu betapa akrab dan intimnya perhubungan antara Anwar dengan Azmin.

Azmin adalah “backroom boy” Anwar yang cukup berpengaruh ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tetapi pada masa yang sama dicemburui oleh banyak pihak kerana dia dituduh terlalu mengongkong dan melindungi Anwar dalam kapasitinya sebagai pembantu khas.

Hubungan simbiotik ini, pada pandangan saya, sukar digugat. Walaupun secara tersurat Anwar tidak mahu memihak atau enggan diseret ke dalam perlawanan Azmin-Zaid, namun secara yang tersirat Azmin adalah pilihannya.

Tetapi Anwar tidak pula boleh sewenang-wenangnya mengatakan “tidak” kepada Zaid kerana bekas Menteri Kabinet Abdullah Ahmad Badawi itu adalah antara tangkapan terbesar PKR selepas pilihan raya umum 2008.

Apatah lagi pada saat PKR sedang mengalami ujian kesetiaan selepas peletakan jawatan beberapa orang Ahli Parlimen, Adun dan kepemimpinan pusatnya baru-baru ini.

Serentak itu, saya juga yakin, Anwar cukup kenal siapa Zaid dalam kerangka politik kontemporari kerana Anwar pernah menjadi ketua Zaid dalam Umno.

Jadi, dalam suasana yang penuh “tipu helah” ini, adalah tidak memeranjatkan apabila Zaid dilaporkan mendakwa bahawa wujud taktik kotor untuk menjejaskan peluang beliau bertanding dalam pemilihan PKR yang akan berlangsung Oktober dan November ini.

Portal berita Malaysian Insider pada 10 September melaporkan yang sekumpulan 20 Ahli Parlimen PKR serta majoriti Ahli Dewan Undangan PKR Selangor dan Negeri Sembilan telah menyatakan sokongan kepada Azmin untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu dan menolak dakwaan bahawa Azmin menyerang Zaid.

Namun PKR harus diberi pengiktirafan kerana melaksanakan sistem pemilihan langsung yang dijangka memberi peluang kepada lebih kurang 400,000 ahli di 218 cabang pemilihan barisan kepemimpinan.

Jadi soal Zaid atau sesiapapun tidak mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding tidak timbul. Sekarang hak terletak di tangan ahli akar umbi yang mungkin lebih mengenali dan mengiktiraf Azmin sebagai antara pengasas utama gerakan reformasi Anwar.

Pada pendapat saya, pemilihan kepemimpinan PKR kali ini akan mempamerkan pergelutan antara kepemimpinan asal parti itu yang diwakili oleh Azmin dengan kelompok pendatang baru yang diwakili oleh muka-muka seperti Zaid, Abdul Khalid Ibrahim dan Chua Jooi Meng.

Kemenangan kumpulan pertama akan mengekalkan semangat reformasi parti itu manakala kemenangan kumpulan kedua akan menjadikan PKR lebih longgar dan kelabu (grey) daripada aspek perjuangan dan prinsip.

Tidak Biasa Dengan Perubahan, Reformasi Pentadbiran Bukan Mudah

Sidiqin Omar

KLANG 14 SEPT - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui reformasi pentadbiran  bukan suatu perkara  mudah dan memerlukan semangat dan keyakinan jitu, apatah lagi, rakyat negara ini tidak  dibiasakan dengan budaya perubahan.
Beliau menegaskan reformasi yang dilaungkan pimpinan Parti Keadilan Rakyat bukan hanya slogan  retorik sebaliknya  realiti yang sedang diusahakan negeri dalam pentadbiran Pakatan Rakyat  termasuk Selangor.
Kata Abdul Khalid, atas inisiatif dan usaha berterusan kepimpinan negeri, pelbagai program kebajikan dapat dijayakan sebagai langkah perkongsian kemakmuran negeri melalui program 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' (MES).
Beliau berkata demikian pada Majlis Hari Raya dan Wacana Permuafakatan Kepimpinan Bersama Kepimpinan Keadilan" di Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya, di Klang di sini, hari ini.
Turut sama dalam program adalah Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor, Syed Shahir Syed Mohamud yang dihadiri kira-kira 100 orang pimpinan Cabang dan Ranting dari Selangor.
Khalid berkata, pertemuan pemimpin PKR  peringkat Ranting dan Cabang pada program itu membincangkan mengenai pandangan akar umbi ahli mengenai pemilihan yang bakal berlangsung.
Beliau berkata, PKR satu-satunya parti di negara ini yang memperkenalkan pemilihan secara langsung, yang dianggapya sebagai sebuah kaedah dan bakal menjadi contoh parti yang demokratik kepada semua parti politik di negara ini.
Justeru, beliau mengingatkan  pimpinan supaya  memikirkan dan mengambil perhatian, pandangan dan saranan oleh akar umbi, kerana ia akan menentukan masa depan PKR.

Will Najib really push through an effective NEM

Najib - how reformist will the NEM be?
Dr Chen Man Hin

It will take a liberal New Economic Model and a strong prime minister to push much needed reforms to transform Malaysia into a high-income country with democracy, justice and prosperity for all regardless of race or religion.

The political and economic outlook for the country is critical. We are riddled with multiple problems of corruption, lack of judicial independence, racialism, brain drain, with 40 per cent of households living below the poverty level of RM1,500, and four out of five poor households are Bumiputeras.

All these things are happening even after two years of PM Datuk Seri Najib Razak’s rule since April 2008. His 1 Malaysia and mediocre attempts at reforms have failed.

WORLD RANKINGS OF MALAYSIA

The sorry state of political and economic development is reflected in the world ranking status of Malaysia on areas which indicate whether a society is honest, democratic, transparent, and just.

CORRUPTION: Transparent International Corruption perception — Malaysia is ranked 56 among countries in 2009 having dropped from 47 of 2008 and from 23 in 1995. It indicates that corruption has deteriorated during Najib’s watch, whereas Singapore and Hong Kong are almost corruption free.


JUDICIAL INDEPENDENCE: Malaysia’s world ranking for year 2009-2010 was 52 compared with Thailand 54, Taiwan 49, Singapore 19, Australia 5, Finland 4, Denmark 3, Sweden 2, and New Zealand 1. Low ranking for Malaysia is not surprising, especially as the Sodomy 2 case against Anwar Ibrahim has raised international concern about the integrity of the judiciary in Malaysia.

UNIVERSITY RANKING: This year no university from Malaysia made it to the top 200 world universities list of QS World University Ranking 2010. Last year one Malaysian university, Universiti Malaya, was ranked 180. This year Universiti Malaya was ranked 207.

ACADEMIC RANKING OF WORLD UNIVERSITIES BY SHANGHAI JIAO TONG UNIVERSITY: No university from Malaysia was in the list, which indicates that the academic standards are questionable.

POLICE STATE: It is a fact that the government uses all the institutions — police, judicial, attorney-general and media — to exercise rigid and a repressive controls on the social, economic and political life of the people. The ISA is used to oppress the opposition. Press freedom is muzzled, as seen by the ranking for Malaysia which was 141 out of 196 countries. Which is not unexpected as the government has imposed a tight censorship of all opposition news. The government plans to impose censorship of the Internet, which is gaining popularity with the people.

FOREIGN DIRECT INVESTMENTS (FDI): The World Bank has released figures which showed that for 2009 there was an 81 per cent fall in FDI into Malaysia from US$7.32 billion to US$1.38 billion. FDI into Thailand and Indonesia has overtaken FDI into Malaysia, which has now joined the ranks of countries like Myanmar, Cambodia, Laos and Timor Leste. These are figures which indicate that investors, both local and foreign, have lost confidence and prefer to put their money in Indonesia and Thailand.

Poor global rankings of Malaysia are an indictment of the Najib regime, which under the cloak of 1 Malaysia is actually practising the politics of race, corruption, cronyism and rent seeking. If the same policies are continued, then inexorably, Malaysia will join the ranks of failed states like banana republics Myanmar and Zimbabwe.

THE ONE HOPE

Follow the advice and recommendations of the World Bank and IMF which have recommended that Najib follow free and liberal market policies. There has to be a structural reform, which means no NEP regulations like 30 per cent Bumiputera equity and cronyism or rent seeking. A culture of competitiveness and meritocracy must be practised.

At the same time, the reforms must be inclusive to look after the interest of the poor — Bumiputeras and others. A new type of affirmative policy must be practised where help is given according to needs and merit. This affirmation action should not interfere with the mainstream liberal free market economy, or the main economy will stagnate or collapse as it did the 40 years of NEP rule from 1971 to 2010.

The fate of Malaysia is now in the hands of the prime minister. The whole country is now watching the next move of the prime minister. Will he follow the NEM policies as endorsed by World Bank and IMF? Or will he wilt under the pressure of Perkasa?

“To be or not to be, that is the question.” – Hamlet. The whole country awaits.

(Dr Chen Man Hin is the life adviser of the DAP)

Penang Umno tells Gerakan to surrender seats to MCA, MIC

Umno's patchy relationship with Gerakan
KUALA LUMPUR (Malaysian Insider)- Penang Umno has urged Gerakan to surrender all its contested seats in the state to the MCA and MIC if it has given up hope of wresting Penang from Pakatan Rakyat in the next general election.

Penang Umno deputy chairman Datuk Zainal Abidin Osman told The Malaysian Insider today that Gerakan should immediately notify the Barisan Nasional (BN) alliance if it felt it was no longer capable of facing the election.

Zainal Abidin, who is also the state’s BN deputy chairman, stressed that no political leaders within the BN pact should give up so easily in their struggles.

Gerakan president Koh Tsu Koon
“Gerakan leaders should not give up on their efforts to recapture Penang, we have to work hard… and if they are unable to, they should inform quickly so that they (MCA and MIC) can take over their roles (in contesting Gerakan’s seats).

“Gerakan should make way for MCA and MIC to contest in the seats that they (Gerakan) contested two years ago if they are no longer confident,” he said when contacted.

At the same time, Zainal Abidin said efforts to regain the support of Penang folk should be improved to help the BN win in the next general election.

“For Umno, we will work hard to win in the election… we won 11 state seats in 2008 and we are confident that we can win two more in the coming election,” he claimed.

He also expressed confidence that Umno would win more parliamentary seats. BN contested five parliamentary seats in Penang in Election 2008 but only won two.

Zainal Abidin was responding to Penang Gerakan chairman Datuk Dr Teng Hock Nan’s admission last week that the DAP would continue its rule in Penang for one more term by winning in the coming 13th general election.

In his prediction, Teng said that BN would only have a chance of winning back Penang, which had been ruled by Gerakan since 1969, in the subsequent general election.

In March 2008, Umno contested 15 state seats in the 40-seat Penang assembly and won in 11 constituencies. Gerakan contested 12 seats but failed to capture even one. The remaining seats were contested by the MCA and MIC.

Of the three Pakatan Rakyat parties, DAP took the lead and won all the 19 seats it contested while PKR won nine and PAS won one.

According to Teng, Penang Chief Minister Lim Guan Eng would not be able to lead the state after the 14th general election due to his administrative methods.

“With his style of running the government, he will be appointed the chief minister in the next general election, but … not the following general election,” Teng had told The Malaysian Insider.

PR’s mandate will only end in 2013 but already there is speculation that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak would call for early polls at the parliamentary level while state-level elections are to be held at a different date.

Following its dismal performance in the 12th general election, political pundits have described Gerakan as becoming increasingly irrelevant. It now only holds two parliamentary seats.

Zainal Abidin, however, stressed that Teng’s statement and concession to the DAP was not the official stand of the BN or Umno as no prior discussions had been held on the issue.

The Penang BN is currently chaired by Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon who was also the state’s chief minister before Lim. Koh failed in his bid to win a parliamentary seat in the last election.

“Umno was not invited for any discussion to take such a stand… so we regard Teng’s stand as one that is neither the position of BN nor Umno,” said Zainal Abidin.

He added that the foundation of the party’s struggles was to give the best service to the people and to improve its efforts in trying to emerge victorious in the coming election.

He also claimed that there was still time for BN to prepare its strategy.

“In politics, one week is considered a long period… anything can happen, seeing as we do not even know when the elections will be held, maybe in a month, maybe in a year.

“So we (political parties) should use the time available now to improve our efforts in giving the best service to the people,” he said.

While admitting that the BN had committed mistakes in the past, he said the ruling alliance at federal level had improved since then and the people now know that “we have changed”.

“We (BN) want to give the best service to the people. So we should strengthen our party, our party machinery to maintain the level of support from the people, unity and solidarity among party members,” he said.

He said that losing an election was merely a temporary situation but the act of giving up hope would make it a permanent reality.


Click here to read more

Datuk Suhaimi Ibrahim beritahu yang sebenarnya Sosila nak jual tanah di Penang bukan nak beli seperti yang dikatakan..

Sosilawati rancang jual tanah di Bukit Jambul

KAWASAN lapang dipercayai tanah yang ingin dijual  Sosilawati di Bukit Jambul, Pulau Pinang.
KAWASAN lapang dipercayai tanah yang ingin dijual
Sosilawati di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Jutawan kosmetik rancang senarai syarikat di Bursa Malaysia

GOMBAK: Datuk Sosilawati Lawiya sebenarnya bercadang menjual tanah seluas 4 hektar miliknya di Bukit Jambul, Pulau Pinang sebelum beliau hilang dan bukan mahu membeli tanah di negeri berkenaan seperti dilaporkan sebelum ini.

Pendedahan itu dibuat sahabat karib jutawan kosmetik terbabit, Datuk Suhaimi Ibrahim yang kali terakhir berbual dengan Sosilawati melalui telefon pada 29 Ogos lalu, iaitu sehari sebelum dia dilaporkan hilang.

“Sebelum puasa, Sosilawati berjumpa saya untuk berbincang mengenai penjualan tanahnya di Bukit Jambul, selain mendapatkan nasihat mengenai cadangan mahu menyenaraikan syarikatnya di Bursa Malaysia.

“Pada perjumpaan itu di Hotel Sheraton dan Hotel Park Royal di Kuala Lumpur, Sosilawati menceritakan cadangan penyenaraian itu dan juga mengenai penjualan tanahnya bernilai RM12 juta di Bukit Jambul dan meminta nasihat saya.

“Malah, dalam perbualan pada 29 Ogos itu, Sosilawati turut mengajak saya ke Banting untuk urusan penjualan hartanah berkenaan, tetapi saya tidak dapat ikut berikutan ada urusan lain. Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan siapa yang akan ditemuinya di Banting,” katanya.

Beliau berkata, tanah terbabit dibeli Sosilawati kira-kira enam tahun lalu dengan harga RM2 juta, dan memutuskan untuk menjualnya pada harga RM12 juta bagi mengumpul aset untuk membolehkan penyenaraian syarikatnya.

Mengulas lanjut, Suhaimi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pertemuan lanjut dirancang pada 31 Ogos, tetapi usaha untuk menghubungi Sosilawati gagal.

“Berikutan itu, saya membuat laporan polis dan memaklumkan kepada media atas nasihat Shahrizat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah Sosilawati di Taman Harmonis di sini, semalam.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, tanah milik Sosilawati terletak di kawasan bukit di belakang Universiti Sains Malaysia (USM).

Sumber itu berkata, pada mulanya seorang pemaju dari Negeri Sembilan berminat membelinya, bagaimanapun urusan jual beli gagal kerana tanah berkenaan dikategorikan sebagai kawasan hijau dan mempunyai syarat terhad iaitu pokok di sekitarnya tidak boleh ditebang.

“Apabila tanah terbabit gagal dijual, Sosilawati meminta peguamnya membantu mencari pembeli baru, tetapi saya dimaklumkan peguamnya tidak dapat mencari pembeli sesuai,” kata sumber ketika dihubungi, semalam.

Sosilawati - Kerana Gomo, Sharizat murka !

radens albanjari


Awani jam 6 melaporkan petang ini, bilamana Sharizat sudah panas dan hot. Apsal mahu bikin jadi isu politik? Siapa yang tiup sentimen? Tengok mimik muka Sharizat, sudah tahu dia 'murka' giler..! Tapi tengok jambul Sharizat, langsung tak goyang sikit pun. Murka atau ber'muka-muka'? Tapi wak tengok aksi murka itu memang hidup.


Wak sokong kata Sharizat, tiup sentimen itu sangat bahaya. Bahaya kepada kestabilan kaum di Malaysia. Sokong pendapat dia saja yaa.., bukan sokong jambulnya. Beza tu ! Rujuk apa si Gomo tulis, kerja gila betul mamat sorang ni. Kalau yer pun nak emosi sampai tahap gaban jamban pun, tak payah ler pergi bawak tiang jamban 'awam' masuk tidur sama. Najis tu ! Rata-rata apa yang dibaca di blog pencacai/gerombolan berkaitan isu panas bunuh kejam ini, lebih kepada menanamkan sifat keji dan kebencian kepada kaum tertentu. Tak adil macam tu beb!

Jika betul penjenayah itu bersalah, hukumkan..jika dia sabit membunuh, gantung sampai mati. Tetapi jika hudud dilaksanakan memang hukum pancung dipadang awam lah pembunuh itu akan terima. Fikir selangkah, mengapa sentimen kaum suka sangat ditiupkan oleh blogger pencacai?

(*) jangan blogger pun turut sama jadi gila dan kejam ! Al-Fatihah buat semua mangsa bunuh.

SUSPEK PEMBUNUH SOSILAWATI SAH PENGKAGUM BN MIC?

KAHAH LENDIR BRO..BLOG PENCACAI UMNO CAKAPPPPPP SUSPEK ORANG PAKATAN MEH BACA NI..SUSPEK PENYUMBANGKEPADA ACARA MIC BN BRO.. CAKAPPLA...

PENCINTA DAN PENYUMBANG SERTA PENGKAGUM BN RUPANYA..

PATUTLA DAPAT GELAR DATO...

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah yang turut mengunjungi keluarga jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya  di Taman Harmonis, Gombak, berkata beliau mengucapkan tahniah kepada pihak polis atas kejayaan menahan suspek kes itu.
“Kita minta polis siasat dengan terperinci kejadian ini dan jangan bagi satu peluang pun untuk penjenayah terlepas di mahkamah nanti. Kezaliman dan kekejaman seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Menteri itu turut mendedahkan yang beliau pernah duduk bersebelahan suspek dalam satu majlis penyampaian sumbangan kepada Orang Asli di Banting pada 8 September lalu di mana suspek merupakan penyumbang utama hamper dan pelbagai barangan pada majlis itu.
Beliau berkata pada pertemuan itu, suspek turut menyuarakan hasrat untuk menyertai MIC.
“Pada waktu itu, saya katakan kepada beliau, kenapa tidak memandangkan beliau seorang yang berpendidikan dan ditambah lagi sebagai peguam.
“Tapi sekarang, setelah tahu dia (suspek), saya ...sampai tidak boleh tidur bila memikirkan saya pernah duduk dan berbual dengannya,” katanya. – Bernama

Gambar Terkini Suspek Pembunuh Sosilawati. Pakar Forensik Didatang Khas Ke Lokasi.


Gambar: Wajah terkini suspek utama itu(Pathmanaban) diiringi anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ke pejabat beliau di Jalan Kemboja bagi membantu siasatan di sini, hari ini. -foto BERNAMA

Sepasukan anggota unit forensik yang terdiri daripada pelbagai pakar telah didatangkan khas ke Ladang Gadong, dekat sini, bagi mengumpul bukti pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain.

Seramai 32 orang anggota terbabit telah memasuki kawasan ladang berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Bagaimanapun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak terbabit termasuk polis.

Difahamkan beberapa penemuan terbaru di lokasi berkenaan, tetapi tidak diketahui sama ada ia mempunyai kaitan dengan pembunuhan jutawan kosmetik itu, atau membabitkan kes lain.

Sementara itu, suspek utama kes berkenaaan dilihat memasuki kawasan ladang berkenaan kira-kira jam 2.15 petang.

Ia dipercayai bagi membantu siasatan di ladang yang menjadi lokasi pembunuhan keempat-empat mangsa.

Suspek yang dikawal ketat dilihat keluar dari kawasan ladang dengan menaiki kereta Proton Waja warna kelabu kira-kira jam 2.55 petang.

Wakil media juga telah dimaklumkan dua lagi suspek telah dibawa ke Sungai Kanchong Laut, lokasi yang dipercayai menjadi tempat bahan bukti dan milik mangsa dibuang.

Unit Marin dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada di sungai itu sejak 12 tengah hari untuk menyelam bagi mengesan barang berkenaan.

Jalan utama iaitu Jalan Tanjong Sepat berhampiran sungai itu ibarat pesta selain media, orang ramai turut berada di kawasan itu bagi mengetahui perkembang terkini.


Restoran Jual Air Suam RM1 Berdepan Tindakan Undang-Undang ..ha.ha..ekonomi Malaysia mantap..!!!


GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengambil tindakan terhadap sebuah restoran makanan laut di Tanjong Tokong di sini yang menjual air suam pada harga RM1 segelas.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri M.Guna Selan berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai mengenai tindakan restoran itu mengenakan bayaran bagi air suam, walaupun harganya tidak terdapat dalam menu.
Selain itu, beliau berkata pelanggan tetap dikenakan bayaran bagi air suam walaupun mereka memesan makanan dan minuman lain.
"Semalam, sepasukan pegawai penguatkuasa kita menyiasat dakwaan itu dan mengunjungi restoran berkenaan serta meminta segelas air suam, pegawai berkenaan juga telah dikenakan bayaran sebanyak RM1 bagi segelas air suam itu," katanya.
Guna Selan berkata semua restoran diwajibkan mempamerkan tanda harga bagisemua makanan dan minuman, walaupun ia bukan barang kawalan.
Beliau berkata peniaga juga perlu meletakkan harga yang munasabah agar pengguna tidak berasa mereka diperdaya.
Katanya, KPDNKK akan mengambil tindakan terhadap pemilik restoran itu mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Harga (Penandaan Harga Peruncit) 1993, Akta Kawalan Harga 1946 kerana gagal meletak atau mempamerkan tanda harga.
"Jika disabitkan kesalahan, peniaga secara individu, boleh didenda tidak lebih RM15,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000," katanya. - BERNAMA

Guna Ungkapan 'India Mabuk', Polis 'Periksa Alat Sulit' Anggota AMK

Nurshakira Buang
KUALA LUMPUR 14 SEPT - Tujuh anggota polis lelaki didakwa mencabul kehormatan seorang anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak dan tiga rakan lain dalam satu sekatan jalan raya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, 7 September lalu.

Mendedahkan perkara itu, Arjunan pada sidang media hari ini, berkata, mereka ditahan sepasukan anggota polis yang dikatakan menggunakan ungkapan 'India Mabuk' sebelum pemeriksaan tubuh dilakukan ke atas mereka secara giliran.

Mencerita detik kejadian lebih lanjut, katanya,  beliau dalam perjalanan ke Ipoh, Perak ketika ditahan polis di satu sekatan jalan raya sebelum lesen dan kad pengenalannya diminta dengan cara tidak sopan.

“Seorang anggota polis mengetuk cermin kereta seperti mahu memecahkannya. Saya kata, dia tidak sopan lalu dia (polis) naik berang dan menyelongkar kereta serta ada menyebut untuk membuka seluar dan baju saya,” katanya.

Arjunan berkata, seorang anggota polis juga memasukkan tangan dalam poket seluar dan memegang alat sulitnya dan mendakwa perbuatan sama turut dilakukan terhadap tiga individu lain yang turut bersama beliau.

Beliau kesal kerana anggota polis terbabit tidak menyatakan sebab beliau diperiksa dan kenderaannya digeledah tetapi percaya perbuatan sedemikian adalah perkara biasa di kalangan polis.

Katanya,  tindakan kurang sopan anggota  polis itu ditegur anak yang juga pembantu peribadinya, Kalaimugilan Arjunan, mendorong polis  mengeluarkan kata-kata kesat sambil mengugut untuk membogelkan mereka dengan alasan polis berkuasa berbuat demikian.
.
Kurang senang dengan tindakan  itu, Arjunan bersama tiga rakan lain membuat laporan di balai polis Bukit Sentosa pada hari sama.

Mereka juga bercadang menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar dan Kementerian Dalam Negeri bagi mendesak mereka mengambil tindakan tegas ke atas tujuh anggota polis itu.
.
Mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, seseorang yang melakukan kesalahan mencabul terhadap seseorang baik perempuan mahupun lelaki, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

15 Ahli Majlis Penasihat Raja Digugur Automatik

KOTA BHARU 14 SEPT - Semua 15 ahli Majlis Penasihat Raja atau MPR Kelantan digugurkan secara automatik selaraas dengan  undang- undang tubuh negeri.

Yang Di Pertua Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Shukor Idris menjelaskan pengguguran berkenaan berlaku secara automatik setiap kali Sultan baru dilantik.

"Ini, saya akan susun selepas majlis angkat sumpah dalam tempoh segera kerana institusi diraja tak boleh berfungsi tanpa majlis (MPR) ini," terang beliau pada sidang media khas di Istana Balai Besar, Kota Bharu hari ini.

MPR turut dipengerusikan Tengku Muhammad Faris Petra yang baru dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan semalam.

Beliau menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra gering sejak awal tahun lalu.

Faris dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan dalam satu majlis di Istana Negeri Kubang Kerian semalam namun majlis pertabalan belum lagi diumumkan tarikhnya.

Pemasyhuran ini dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 23A yang dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) melalui warta kerajaan bertarikh 22 Julai 2010 yang menyatakan 'Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat'.

Perkasa: Utusan, Mahathir Berpihak Kepada Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 14 SEPT- Kegagalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengawal media naungan Umno memihak kepadanya dalam isu Pertubuhan Pribumi Perkasa(Perkasa) bukanlah kelemahan pentadbirannya semata-mata. Tetapi ia berkaitan dengan perbalahan di dalam Umno di antara orang nombor satu dan nombor dua parti Melayu itu.

Keghairahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membela Perkasa dan kelantangan Utusan Malaysia menyanggah saranan Najib agar Umno menjauhkan diri dari Perkasa dikaitkan dengan pengaruh Dr Mahathir terhadap surat khabar berbahasa Melayu berkenaan.

Untuk rekod sehingga berita ini ditulis Utusan sudah dua hari berturut-turut menyediakan muka surat penuh yang melaporkan sokongan orang Melayu terhadap Perkasa.

Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar adalah tidak mustahil Dr Mahathir mendokongi agenda ini bagi merosakkan imej Najib dan membantu menaikkan imej Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lebih disenangi beliau.

Dr Mahathir sebelum ini menyatakan Muhyiddin lebih layak menjadi Perdana Menteri kerana keberaniannya mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur selepas kegagalan Umno dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu.

Sejak kebelakangan ini dalam beberapa isu terutama yang membabitkan isu rundingan berkenaan kepentingan Malaysia di Singapura(isu penyerahan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad) kurang disenangi oleh beliau. Bagi Dr Mahathir, Perdana Menteri itu terlalu berlembut dengan pihak Singapura.

Atas isu-isu inilah menurut Mahfuz menjadi antara faktor yang menyebabkan bekas Perdana Menteri paling lama berkuasa itu untuk berpihak kepada Muhyiddin.

"Hujahnya mudah, Dr Mahathir memang terkenal sebagai seorang yang sanggup melakukan tindakan politik yang luarbiasa bagi memenuhi agendanya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana beliau terdedah kepada isu-isu lama(semasa menjadi Perdana Menteri) yang boleh menggugat kedudukan beliau," kata Mahfuz.

Tegas Mahfuz lagi, sepanjang memerintah Mahathir tidak ada rekod yang cemerlang membela orang Melayu. Semua hak Melayu tergadai semasa di bawah pemerintahannya.

Berkenaan dengan trend sokongan Utusan terhadap Dr Mahathir, menurut satu sumber yang rapat dengan pihak Utusan. Senario itu bukan sesuatu yang ganjil, menurutnya hampir kesemua yang berada di dalam Lembaga Pengarah Kumpulan Utusan ketika ini dikaitkan dengan kem  Dr Mahathir.

Pengerusi Eksekutif Utusan sekarang Tan Sri Mohamad Hashim Ahmad Makaruddin adalah seorang yang rapat dengan Dr Mahathir dan pernah menjadi setiausaha politik beliau.

"Bukan satu masalah yang besar bagi Dr Mahathir untuk mempergunakan Utusan untuk kepentingan politiknya. Walaupun Najib cuba memasukkan orang-orangnya didalam Utusan tetapi masih belum mampu menyaingi pengaruh Mahathir dalam membuat keputusan penting terutama perkara yang membabitkan Mahathir," dakwanya yang enggan mendedahkan identiti ketika dihubungi TV Selangor.

Khairy bidas Utusan kerana sokong PERKASA

Meskipun pemimpin Umno dan BN menjauhkan diri mereka daripada kumpulan pendesak Melayu - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), namun akhbar Utusan Malaysia terus menyokongnya.

Dalam edisinya hari ini, akhbar milik Umno itu menyiarkan satu halaman penuh artikel-artikel yang mempertahankan NGO itu termasuk memuatkan bancian yang kononnya menunjukkan kebanyakan orang Melayu menyokong PERKASA.

Dalam reaksi kepada tindakan Utusan Malaysia itu, ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar - seorang daripada pengkritik hebat PERKASA - melancarkan serangan secara berselindung di akaun Twitter.

Khairy menulis bahawa beliau “berpendapat akhbar tertentu itu perlu diingatkan siapa pemiliknya”.

“Saya penyokong pembaharuan supaya akhbar lebih bebas dan bertanggungjawab tetapi dalam paradigma hari ini, saya tidak boleh menerima bentuk editorial akhbar tertentu,” tulisnya.

Meskipun Khairy tidak menyebut sebarang nama, tetapi kenyataannya jelas ditujukan kepada Utusan.

Ketua pemuda Umno itu juga telah berulang-kali menegaskan bahawa Umno tidak bersekongkol dengan PERKASA dalam apa bentuk sekalipun.

Sejak seminggu lalu, beberapa pemimpin kanan Umno termasuk setiausaha agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ahli majlis tertinggi, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mula menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap PERKASA.

Mereka mendakwa pandangan melampau PERKASA berhubung hak dan dan keistimewaan Melayu akan meminggirkan sokongan bukan Melayu pada pilihan raya umum akan datang.

Utusan melalui beberapa artikelnya telah menyokong PERKASA dan rencana pengarangnya pada Ahad lalu menggesa Umno supaya memikirkan semula hubungan dengan NGO itu.

Persaingan Perlu Harmoni, Elak Umno BN Ambil Kesempatan...Untuk Mencatur Jawatan Dalam Parti..!!

Sidiqin Omar

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Shahir Syed Mohamud mengingatkan semua pimpinan parti supaya mengekalkan suasana harmoni dalam persaingan pada pemilihan  bagi mengelak Umno Barisan Nasional mengambil kesempatan meretakkan perpaduan sedia ada.

Beliau berharap persaingan yang wujud di kalangan sesama pimpinan parti khususnya tidak membuka ruang kepada Umno BN menjejaskan semangat permuafakatan sedia ada.

Syed Shahir berkata, PKR semenangnya memperjuang kerangka demokrasi yang tidak menutup ruang pertandingan mana-mana jawatan lantaran ahli parti sendiri yang bakal menentukan kepimpinan mereka.


Beliau berkata demikan pada program Majlis Hari Raya dan Wacana Permuafakatan Kepimpinan Bersama Kepimpinan Keadilan" di Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya, di Klang hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Pada Wacana Permuafakatan itu, Syed Shahir menegaskan agenda utama yang perlu diterapkan dalam parti adalah cabaran bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berpendapat, gerak kerja memperkasa parti dan program berterusan membela rakyat, harus menjadi teras dan perlu dipertingkat serta konsisten bagi membuktikan betapa PKR serius membela rakyat.

Hanya Omongan Kosong, Bekalan Air Kelantan Sudah Tersedia

Nurshakira Buang

SHAH ALAM 14 SEPT - Ahli Parlimen Tumpat,Datuk Kamaruddin Jaafar menyifatkan janji Umno Barisan Nasional Kelantan menyediakan air bersih kepada rakyat Kelantan jika diberi peluang memerintah pada pilihan raya umum ke -13, sebagai terlewat.

Sambil menyatakan kerajaan Persekutuan patut melakukannya ketika memerintah negeri ini, beliau berkata kerajaan Pas sudah  menyediakan air bersih kepada rakyat sejak tahun 1990 lagi.

“Janji ini sudah terlewat sebab kerajaan Pas Kelantan sejak mengambil alih pemerintahan sudah melaksanakan banyak kerja untuk meningkatkan pengedaran dan kualiti air,” katanya yang melabel janji Umno BN hanya ‘omongan kosong’.

Beliau berkata demikian kepada  TV Selangor mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang adek Hussin yang menjanjikan air bersih kepada rakyat Kelantan jika Umno BN memerintah negeri Kelantan.

Mengulas dakwaan kononnya kerajaan Kelantan gagal mengatasi masalah itu sepanjang 20 tahun memerintah, beliau sebaliknya menempelak dengan berkata, negara masih berdepan masalah bekalan air walaupun Umno BN menguasai kerajaan Persekutuan selama 53 tahun.

Katanya, rakyat kini sudah celik pemikiran dan bijak menilai antara realiti dan fantasi berikutan banyak negeri lain, selain Kelantan masih mengalami masalah bekalan air.

Kata beliau, Awang Adek selaku Timbalan Menteri Kewangan seharusnya memastikan kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang dalam menyelesaikan sebarang isu termasuk bekalan air.

Polis Rungkai Pembunuhan Ustazah & Anak

SEREMBAN, 14 SEPT - Polis merungkai kes pembunuhan seorang ustazah dan anaknya di rumah mereka di Port Dickson pada 2 Sept lalu yang dipercayai dilakukan oleh jiran mereka.
   
Jirannya iu seorang lelaki berumur 34 tahun dikatakan membunuh dan menyamun Norliza Ishak, 35 dan anak lelakinya Amirul Ayman Mohd Yusof, 10,  bagi mendapatkan wang untuk melangsaikan hutangnya.

Suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah esok atas tuduhan membunuh.
   
"Jiran mereka dipercayai mempunyai masalah kewangan selepas tidak mendapat kontrak pemasangan paip gas sejak beberapa lama. Hasil samun terhadap mangsa telah digunakan untuk membayar pembayaran suspek yang tertunggak seperti pembayaran rumah, kereta dan sebagainya," kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Antara barangan yang disamun suspek ialah dua utas rantai tangan, seutas rantai leher serta loket, wang tunai, komputer bimbit, alat permainan milik anak mangsa dan tiga telefon bimbit.
   
Suspek kemudiannya ditahan di rumah neneknya di Port Dickson pada 5 Sept lalu.

Osman berkata lelaki tersebut memang mengenali mangsa kerana dia tinggal bersebelahan dengan rumah mangsa.

"Lelaki terbabit dikatakan telah memperdaya mangsa kononnya rumahnya terkunci dan mahu memasuki rumahnya melalui dapur mangsa. Mangsa kemudiannya membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumahnya.

"Sebaik sahaja masuk, lelaki terbabit telah menghentak mangsa dengan sikunya dan anak mangsa yang melihat kejadian itu telah menjerit yang turut didengar oleh jiran mangsa yang lain tetapi tetapi tidak diendahkan," katanya.

Osman berkata kedua-dua anak beranak itu kemudian ditutup kepala mereka dengan kain sebelum dihumban ke dalam bilik air.

Kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia kerana tidak dapat bernafas.

Polis turut mendapati kesan kecederaan pada kemaluan mangsa.

Mayat kedua anak beranak itu ditemui oleh rakan Norliza yang datang ke rumahnya pada keesokan hari selepas kejadian.

Suami mangsa ketika kejadian sedang berada di luar negara.

(Bernama)

Malaysia hilang jawatan penting PBB

Sekiranya perwakilan Malaysia di Geneva menyokong pencalonannya, peguam Ambiga Sreenevasan pastinya telah dilantik menjadi pelapor khas (rapporteur) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai kebebasan beragama.

Sebaliknya, proses pelantikan itu menumbulkan pelbagai kekeliruan.

"Saya dapat maklumat bahawa saya telah dipilih sebagai pelapor khas PBB berhubung kebebasan beragama kerana nama saya dicatatkan pada senarai akhir di laman sesawang PBB,” kata Ambiga kepada Malaysiakini.

"Bagaimanapun keputusan itu tidak lama kemudian ditukar. Saya belum menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai apa yang terjadi tetapi difahamkan ini bukan sesuatu yang lazim.”

Terdapat spekulasi pencalonan bekas presiden Majlis Peguam itu dihalang oleh kerajaan Malaysia kerana Ambiga didakwa 'terlalu lantang' dalam pendiriannya berhubung isu kebebasan beragama.

Bagaimanapun seorang perwakilan NGO di Geneva berkata masalah timbul akibat sikap dingin perwakilan Malaysia yang 'tidak menyokong mahupun membantah' pencalonan Ambiga.

"Mereka tidak hadir pada mesyuarat (bagi membincangkan pemilihan pelapor khas) dan apabila mereka hadir, mereka tidak bercakap bagi pihaknya,” kata perwakilan yang tidak mahu dikenali itu.

Katanya lagi, anggota OIC, yang kebanyakan mereka dari negara-negara Afrika dan beberapa kumpulan serantau yang sebenarnya menolak pencalonan Ambiga.

Akibat Politik, Malaysia Hilang Jawatan Penting PBB

KUALA LUMPUR 14 SEPT - Sekiranya perwakilan Malaysia di Geneva menyokong pencalonannya, peguam Ambiga Sreenevasan pastinya telah dilantik menjadi pelapor khas (rapporteur) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai kebebasan beragama.

Sebaliknya, proses pelantikan itu menumbulkan pelbagai kekeliruan.

"Saya dapat maklumat bahawa saya telah dipilih sebagai pelapor khas PBB berhubung kebebasan beragama kerana nama saya dicatatkan pada senarai akhir di laman sesawang PBB,” kata Ambiga kepada Malaysiakini.

"Bagaimanapun keputusan itu tidak lama kemudian ditukar. Saya belum menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai apa yang terjadi tetapi difahamkan ini bukan sesuatu yang lazim.”

Mengikut Malaysiakini, terdapat spekulasi pencalonan bekas presiden Majlis Peguam itu dihalang oleh kerajaan Malaysia kerana Ambiga didakwa 'terlalu lantang' dalam pendiriannya berhubung isu kebebasan beragama.

Bagaimanapun seorang perwakilan NGO di Geneva berkata masalah timbul akibat sikap dingin perwakilan Malaysia yang 'tidak menyokong mahupun membantah' pencalonan Ambiga.

"Mereka tidak hadir pada mesyuarat (bagi membincangkan pemilihan pelapor khas) dan apabila mereka hadir, mereka tidak bercakap bagi pihaknya,” kata perwakilan yang tidak mahu dikenali itu.

Katanya lagi, anggota OIC, yang kebanyakan mereka dari negara-negara Afrika dan beberapa kumpulan serantau yang sebenarnya menolak pencalonan Ambiga.

LPK Gagal Ketepikan Saman Fitnah Kuala Dimensi

KUALA LUMPUR, 14 September- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) untuk mengetepikan saman fitnah yang difailkan oleh Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) berhubung penyiaran laporan audit PricewaterhouseCoopers (PwCAS) Advisory Services Sdn Bhd, yang mempunyai kaitan dengan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof berkata semua isu yang dibangkitkan dalam saman utama perlu diputuskan melalui proses perbicaraan.

Selepas mendengar penghujahan kedua- dua pihak kira- kira dua jam dalam kamarnya, beliau menolak permohonan LPK dengan kos RM15,000 dan memerintahkan supaya perkara itu diputuskan dalam perbicaraan penuh.

Beliau menetapkan 22 November depan bagi pengurusan kes di hadapan seorang timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi.

Peguam N. Nahendran, yang mewakili KDSB, memberitahu pemberita mahkamah tidak berpuas hati dengan hujah defendan bahawa pendedahan laporan itu tidak bersifat fitnah atau perlindungan bersyarat dan tidak terdapat niat jahat dalam tindakan
mereka itu.

KDSB memfailkan saman itu pada 1 Julai tahun lepas, dengan mendakwa laporan itu mengandungi pelbagai dakwaan yang boleh menjejaskan dengan teruk reputasi dan perniagaannya.
   
Dalam saman itu, KDSB tidak menyatakan jumlah sebenar ganti rugi yang dituntut daripada PKA.

Dalam pernyataan tuntutannya, KDSB menyebut laporan audit PwCAS, antara lain, membayangkan bahawa syarikat itu didakwa telah mengenakan caj berlebihan terhadap kerja-kerja yang dijalankannya di PKFZ dan gagal dalam melaksanakan tugasnya, seperti yang diharapkan oleh firma berkenaan.

KDSB turut mendakwa mereka memeterai perjanjian dengan LPK untuk membangunkan projek PKFZ, sungguhpun menyedari bahawa ia bertentangan dengan keperluan undang-undang.
   
Plaintif turut mendakwa dengan memilih untuk menyiarkan laporan audit PwCAS, defendan berniat mempelawa orang ramai meneliti keputusan melantik KDSB sebagai pemaju dan kontraktor utama.
   
Sehubungan itu, KDSB memohon ganti rugi teladan dan teruk daripada defendan atas alasan bahawa laporan itu membangkitkan beberapa isu lain, yang mengakibatkan orang ramai mempunyai tanggapan salah terhadap firma berkenaan.
   
Selanjutnya, plaintif mendakwa defendan secara sengaja membuat tuduhan terhadap KDSB, tanpa memberi peluang kepada syarikat itu untuk membela diri berikutan penyiaran laporan itu.- bernama

Tiada mahkamah boleh cabar pelantikan Sultan

Seorang anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang juga seorang peguam terkenal, Datuk Mohd Shukri Mohamad berkata majlis pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru semalam tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Katanya, ini kerana keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan berdasarkan Pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Oleh itu, tiada pihak yang boleh mencabar keputusan MPN dalam urusan pelantikan atau pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru kerana ia dibuat mengikut perlembagaan di bawah undang-undang tubuh kerajaan Negeri,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, di Kota Bharu hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.

Mohd Shukri yang mengaku dititahkan oleh Sultan Kelantan untuk mengendalikan sidang media itu juga turut merujuk kepada kenyataan media yang dibuat oleh seorang peguam dari firma guaman Tetuan Rashid Zulkifli mewakili Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra semalam yang mempertikaikan keputusan MPN mengadakan majlis pemasyuran pelantikan Sultan Kelantan yang baru itu.

Beliau berkata, pelantikan Tetuan Rashid Zulkifli sebagai peguam kepada Sultan Ismail Petra masih lagi dipertikaikan dan kini sedang dicabar.

“Ini merupakan suatu perkara yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan melalui petisyen No 1, 2010 dan Petisyen 2, 2010 ekoran ketidak upayaan Sultan Ismail (berikutan kegeringannya)," katanya.
Keterangan perubatan

Beliau mendakwa, tetuan Rashid telah gagal mengemukakan apa-apa keterangan perubatan untuk membuktikan Sultan Ismail Petra mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk mengarahkan firma tersebut bertindak bagi pihak baginda berhubung dengan prosiding di depan Mahkamah Persekutuan sekarang.

“Tetuan Rashid juga gagal untuk mendedahkan apa-apa keterangan perubatan yang menunjukkan Sultan Ismail Petra mempunyai keupayaan untuk memahami kandungan petisyen dan afidavit yang didakwa difailkan di Mahkamah Persekutuan melalui petisyen no.1 2010 dan petisyen no.2 2010 terbabit,” katanya.
Beliau berkata, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) boleh dan telah dipinda dengan cara perisytiharan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan dengan izin dan persetujuan Majlis Penasihat Raja.

Mohd Shukri mendakwa, kedua-dua petisyen yang didakwa telah difailkan oleh Tetuan Rashid Zulkifli di Mahkamah Persekutuan bagi pihak Sultan Ismail Petra adalah tidak relevan dengan isu sama ada pindaan-pindaan berasaskan Perkara 3 undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kelantan adalah sah atau tidak.
Shad Saleem Faruqi: Boleh dicabar

Di Kuala Lumpur , pakar perlembagaan Profesor Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi berkata, mengikut Perkara 63, Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, sebarang kekeliruan tentang pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan boleh diperjelaskan di bawah Mahkamah Persekutuan.
Pensyarah Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata Perkara 63 menyebut Sultan Kelantan boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan jika sebarang keraguan ditimbulkan akibat salah tafsir berkenaan Perlembagaan Kerajaan Kelantan.

"Peruntukan Perkara 23(A) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan
(Bahagian Yang Kedua) jelas menyatakan jika siasatan mendapati raja mempunyai kecacatan besar sehingga menjejaskan keupayaan memerintah, Majlis Perajaan Negeri (MPN) berhak mencari pengganti sultan.

"Walau bagaimanapun, saya pasti perkara ini akan dipersoalkan oleh pihak tertentu iaitu sama ada pindaan Perkara 23(A) pada 22 Julai lalu dilakukan di bawah keadaan sah atau tidak," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan pemasyhuran itu di Balai Rong Seri Istana Balai Besar Kelantan yang turut dihadiri Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.
Langgar perlembagaan negeri

Bagaimanapun, pemasyhuran tersebut dipertikai kekanda Sultan Ismail Petra, Tengku Merjan Sultan Yahya Petra yang mendakwa pelantikan anak saudaranya itu tidak memenuhi syarat dan melanggar perlembagaan negeri.
Situasi tersebut sekaligus menyebabkan krisis keluarga diraja Kelantan semakin meruncing dan beberapa anggota kerabat yang menyokong Sultan Ismail Petra bertegas mahu membawa kes tersebut ke Mahkamah Khas Raja-Raja di Putrajaya.

Pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (bawah, kiri) menegaskan setiap negeri di Malaysia mempunyai perlembagaan tersendiri dan setiap kes harus ditangani mengikut perlembagaan dan undang-undang yang telah termaktub.

"Saya rasa yang paling penting, sejak 31 ogos 1957, setiap raja di negara ini telah menjadi Raja Perlembagaan dan perlembagaan tersebut haruslah dipatuhi.

"Walau bagaimanapun, sekiranya pihak yang menimbulkan keraguan berjaya membuktikan pelantikan tersebut tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan, maka ia tidak sah dan mahkamah berhak menentukan tindakan seterusnya," katanya.
PAKATAN sambut baik

Sementara itu, Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim Malaysia (PAKATAN) melahirkan rasa syukur atas pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan baru semalam.

Presidennya Datuk Dr Noordin Ab Razak berkata keprihatinan tinggi Tuanku terhadap rakyat jelata di samping mementingkan keadilan dan kebajikan hamba rakyat menyebabkan persatuan tersebut melahirkan sokongan tidak berbelah bagi terhadap pemerintahan baru tersebut.

"Sebagai rakyat Kelantan yang berada di perantauan, kami berasa amat berbangga dan bertuah sekali berpayung di bawah naungan Tuanku.

"Sikap penyayang Tuanku terhadap rakyat terbukti dengan penganjuran program-program kebajikan seperti pengurniaan zakat kepada orang-orang miskin yang terdapat di seluruh jajahan di negeri Kelantan," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Noordin turut berkata PAKATAN akan sentiasa bersedia untuk membantu apa yang terdaya dalam mengangkat kembali taraf Kesultanan Kelantan yang sentiasa dijunjung dan disayangi.
"Sesungguhnya kami sebagai rakyat jelata, amat yakin Tuanku akan dapat memajukan dan memakmurkan lagi negeri Kelantan dengan sokongan padu daripada pihak kerajaan, pegawai-pegawai dan juga rakyat sekalian," katanya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub turut mengucapkan tahniah kepada Tuanku Muhammad Faris Petra atas pelantikan baginda sebagai Sultan Kelantan.

"Warkah ikhlas yang tidak sepertinya ini adalah sebagai pengganti diri daripada patik diutus dengan hasrat mengucapkan sembah tahniah di atas pemasyhuran yang memegang tahta Al-Sultan Kelantan yang ke–29 pada hari semalam," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu dalam satu kenyataan.

- Bernama

Perlantikan Sultan hak prerogative Majlis Perajaan

KOTA BHARU, 14 Sept: Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan Datuk Shukri Mohamad berkata persoalan perlantikan dan pemasyhuran seseorang Sultan adalah merupakan hak prerogative (mengikut acuan perlembagaan) Majlis Perajaan Negeri yang telah diberi oleh Perlembagaan Negeri Kelantan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Perajaan Negeri berkata peruntukan itu selaras dengan Perkara 6 yang menyatakan bahawa ”tidak ada sesiapa boleh dilantik dan disahkan menjadi Sultan Kelantan melainkan pengesahan dan perlantikan tersebut dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri”.

“Keputusan yang dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) semalam (pada 13 September 2010) adalah merupakan satu keputusan yang dibuat berasaskan kepada peruntukan Undang-Undang Perlembaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan (Bahagian Kedua).

“Dan ianya dilakukan menurut peruntukan tersebut dan keputusan tersebut adalah merupakan keputusan yang tepat dan sah di sisi Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Keajaan Negeri Kelantan,” katanya pada sidang media di Istana Balai Besar di sini pagi ini.

Menurutnya, MPN adalah satu badan yang diberi kuasa oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan dalam melantik dan memasyhurkan seseorang sultan menurut undang-Undang.

Beliau mengulas pemasyhuran perlantikan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan menjadi sultan bagi menggantikan Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra berkuat kuasa semalam yang diisytiharkan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Istana Balai Besar di sini kelmarin.

Daripada seramai 17 ahli MPN yang membuat keputusan termasuk Datuk Shukri sendiri, 15 Ahli MPN telah membuat keputusan menyokong secara sebulat suara.

Beliau turut mengulas keputusan Kes Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (pada 2009) di antara Yang Mulia Tengku Temenggong Kelantan melawan Pemangku Sultan pada masa itu bahawa perkara bersabit persoalan ‘perajaan’, prerogative dan function kebawah duli tidak boleh dibawa di mahkamah.

“Saya berharap keputusan ini menjadi titik penamat kepada semua ‘apa yang dikatakan krisis’, jika ianya satu krisis, berlaku di negeri Kelantan.

“Kembalilah kepada akar umbi.  Sama-sama kita mempertahankan institusi raja berlembagaan  yang diamalkan dalam sistem demokrasi berparlimen di negara ini.  cintailah institusi raja, sayangilah negeri Kelantan dan naungilah rakyat negeri Kelantan, dengan pertolongan Allah swt,” katanya.

Turut hadir Pengelola Istana D’Raja Kelantan Datuk Abdul Halim Ahmad.

Chua pertahankan Umno, parti bukan rasis

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mempertahankan Umno yang telah dilabel sebagai parti rasis oleh pembangkang bukan sebagai parti yang menjuarai ketuanan Melayu.
"Dalam hubungan saya ataupun hubungan MCA dengan Umno, saya tidak pernah terdengar mana-mana pemimpin Umno yang mengatakan bahawa Melayu adalah lebih unggul atau mulia daripada bukan Melayu,” katanya.
Chua berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau bersetuju dengan komen Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew bahawa Malaysia akan mempunyai hubungan kaum yang lebih baik jika negara menjejaki langkah-langkah integrasi sosial yang diambil oleh republik itu.

Katanya, meskipun MCA mengakui masalah perhubungan kaum di negara ini adalah “ia tidak sebaik seperti yang sepatutnya” tetapi menekan adalah tidak adil bagi menuduh semua pemimpin Umno memainkan isu ketuanan Melayu.

"(Hubungan kaum yang longgar) adalah kerana selepas pilihan raya Mac 2008 - terdapat saingan sengit bagi mendapatkan sokongan,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan dengan ahli perniagaan Cina dan pemimpin NGO di Wisma MCA.

"Di Malaysia, isu kaum adalah yang paling mudah untuk meraih sokongan, tetapi saya berpendapat tidak adil untuk mengatakan pemimpin Melayu sentiasa memaikan isu ketuanan Melayu.

"Ini adalah taktik pembangkang untuk memburukkan Umno.”

HARI HARI AKHIR MAT MONGOL

TAN SERI MUHYODDIN BERSAMA ISTERI
DALAM ACARA PAKAIAN BERAGAM



BUKTI ADA PEMIMPIN SYOK SENDIRI - melayau

Keputusan menjauhkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menunjukkan masih ada pemimpin UMNO yang 'syok sendiri' dan tidak memikirkan masa depan parti.

Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar berkata, tindakan tersebut juga seolah-olah memperlihatkan UMNO masih meletakkan garis pemisah antara orang Melayu yang mempunyai sentimen tinggi terhadap bangsa dan orang Melayu yang hanya pentingkan diri.

Sambil menyokong kenyataan dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Hamdi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu berharap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak terus membuat kenyataan yang hanya akan menjauhkan orang Melayu daripada semangat asal penubuhan UMNO.


UMNO , PERKASA BOLEH SALING MEMBANTU - melayau

"UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) boleh saling membantu," begitulah kenyataan Nordin Hassan yang merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian dan Pengerusi Perkasa di Putrajaya.

Nordin berkata, beliau secara peribadinya melihat kedua-dua parti dan pertubuhan itu mempunyai matlamat yang sehaluan iaitu untuk memperjuangkan kepentingan negara.
"Saya tidak melihat Perkasa menentang UMNO, saya juga tidak melihat ada percanggahan antara satu sama lain.

KAH KAH KAH

nota:

berita memeranjatkan!

akhbar utusan malayau
tidak menyokong mat mongol
akhbar ini menyokong beraheng

nampaknya mat mongol kena siku
dan kena tibai oleh pekasam
tapi sebenarnya bukan pekasam yang tibai
tapi firaun

nota:
mana perginya malikul sembab?
kenapa malikul senyap saja?

nota:
sedar atau tidak semasa hari raya ini
tak pernah dalam sejarah timbalan pm
ada slot untuk ucapan. astro mengulang
ulang ucapan malikul sembab tapi ucapan
mat mongol hanya sekali sahaja.

kenapa?

ini kerana isteri malikul lebih cun
dan slim dari anak badak
isteri malikul patut jadi first lady
kerana dia bukan janda kah kah kah


nota:
betul ke isteri braheng jongang?
tu pasal tak pernah ada gambar kah kah kah

TT.