Sabtu, 11 September 2010

Kroni Perlu Dikorban, Jika Mahu Pulih Ekonomi


Keghairahan Umno-BN menghabiskan wang rakyat pada kempen berslogan dan projek tidak bermanfaat, dan meminggirkan soal melaksanakan dasar-dasar yang efektif punca Malaysia corot dalam indeks daya saing dan rasuah.
Tahun demi tahun, Malaysia gagal mendapat tempat di kumpulan teratas indeks antarabangsa. Yang terbaru, Forum Ekonomi Dunia melaporkan Malaysia terus jatuh dari tahun ke tahun, dari tempat ke 21 ke 26, dalam Indeks Daya Saing sedunia.
Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-BN perlu mengorbankan kroni-kroni bagi memulihkan imej dan ekonomi negara di persada antarabangsa.
Beliau menggesa Kerajaan Pusat supaya meneliti saranan Forum Ekonomi Dunia yang menggesa Malaysia mengambil langkah drastik untuk memulihkan kebebasan badan kehakiman dan institusi awam bagi menghentikan kecorotan prestasi negara dari tahun ke tahun.
Anwar menjelaskan ekonomi Malaysia akan terus tempang, dan rakyat akan terus tertekan, jika Perdana Menteri Najib Abdul Razak terus melindungi kroni-kroni Umno-BN yang selama ini mendorong pemerintah untuk mencabul sistem politik, ekonomi dan undang-undang.
Sistem kehakiman yang benar-benar bebas dan tidak memihak kepada kekuasaan adalah ciri-ciri utama yang meletakkan negara seperti Switzerland mengungguli carta 10 ekonomi terbaik di dunia.
Najib digesa merenung keresahan rakyat dan pelabur apabila rasuah dan penyelewengan kuasa semakin membudaya lalu membawa kerosakan yang bukan kepalang.
"Perdana Menteri silih berganti, janji demi janji tapi tidak diperkota. Lihat sahaja isu pembubaran dan pembatalan ISA sampai sekarang tidak terjadi, rasuah masih lagi meluas, digunakan penswastaan 1 Malaysia termasuk kes Sungai Besi diberikan kepada kroni yang melibatkan projek berbilion ringgit yang tidak diberikan secara telus" jelas Anwar                   
Laporan Daya Saing 2010-2011 Forum Ekonomi Dunia yang dikeluarkan baru-baru ini membuktikan gagasan Dato Seri Najib dalam membangunkan Negara tidak membuahkan hasil malah membebankan rakyat.
Beliau berkata, kerajaan persekutuan hanya mengejar slogan dan pencapaian astetik 1 Malaysia, tanpa perlaksanaan dasar-dasar wajar.
Berhadapan dengan kedudukan ekonomi sebegini, ternyata generasi akan datang terpaksa jua menanggung permasalahan yang diakibatkan oleh ketirisan seperti rasuah, kelemahan pengurusan serta tamak membolot khazanah negara.
"Bila ditanya, mereka kaitkan pula dengan soal Melayu dan Bumiputera. Melayu mana dan Bumiputera mana yang dapat keuntungan? Hanya Melayu keluarga dan Bumiputera kroni. Kita pertahan majoriti yang miskin dan kelompok india, Cina, Kadazan, iban dan Dayak yang terpinggir. Ini mesti juga diberi perhatian. Ini negera kita dan kita berhak pertahankan hak kita," tambah Anwar

Petelagahan Umno Dan Perkasa Hanya Sandiwara


Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim yakin perbalahan Umno-Perkasa hanya sandiwara bersama untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.
Beliau berkata, umum sedia maklum bahawa kepimpinan Umno selama ini mempromosikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.
Bukan sahaja permit kumpulan itu lulus dalam sekejapan, bahkan juga majlis-majlis Perkasa direstui dan dihadiri bukan sahaja oleh mantan Presiden Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi juga Presiden Umno, Najib Abdul Razak.
Mutakhir ini media melaporkan Umno membuat keputusan untuk menjauhi Perkasa dengan kerana kumpulan itu mengugat kestabilan Barisan Nasional, dan menghakis sokongan rakyat kepada gagasan itu.
Anwar menyifatkan Umno bermain bunga silat untuk mengelirukan pandangan rakyat, kononnya langkah menceraikan Perkasa adalah perlu bagi mencapai matlamat 1Malaysia.
”UMNO tidak boleh lepaskan tanggungjawabnya sebagai satu badan yang selalu mempromosikan PERKASA jika mereka masih berdegil maknanya mereka harus memberikan penjelasan kepada rakyat apa yang berlaku sebenarnya,"kata Anwar
Beliau menggesa Umno menjelaskan kepad rakyat apakah keputusan itu adalah dasar yang kekal, atau sekadar keperluan politik semasa semata-mata.
”Kalau setakat ini kita tidak yakin bahawa sebenarnya UMNO tidak menjiwai apa yang disuarakan oleh PERKASA tetapi hanya satu sandiwara politik sementara”, kata Dato Seri Anwar selepas menghadiri rumah terbuka anjuran Parti Keadilan di tapak Expo seberang jaya petang tadi.
Sementara itu, Anwar memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana ahli Parti Keadilan Rakyat yang menganggotai Perkasa, kerana ia bercanggah dengan prinsip perjuangan parti.

Tajudin dicabar tuntut suruhanjaya siasatan

KUALA LUMPUR, 11 Sept: Bekas pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli sepatutnya menuntut supaya diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas punca pertikaiannya dengan syarikat penerbangan itu jika beliau benar-benar serius mahu membersihkan namanya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar).

"Saya cadangkan supaya Tajuddin tarik balik saman malunya itu. Kalau beliau benar-benar serius mahu membersihkan namanya, beliau hendak meminta supaya diadakan Suruhanja Siasatan Diraja ke atas semua laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat oleh pengurusan MAS yang ada kaitan dengannya," kata beliau sambil membangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad berani mencadangkan supaya ditubuhkan Suruhanja Siasatan berikutan pelbagai pendedahan terhadapnya yang terkandung di dalam buku "The Malaysian Maverick".

Salahuddin berkata, kalau Dr Mahathir yang sudah berumur lebih 80 tahun berani meminta suruhanjaya tersebut, mengapa pula Tajuddin yang lebih muda tidak berani?

"Apa kekuatan, kelebihan dan kekebalan yang ada pada Dr Mahathir sehingga beliau berani mencabar supaya ditubuhkan suruhanjaya menyiasat tuduhan ke atasnya dan jika Tajuddin tidak berani mendesak penubuhan suruhanjaya diraja, adakah beliau sudah tidak kebal lagi?

"Tidak mungkin Tajuddin hilang kekebalannya. Bukankah beliau terus bebas daripada pendakwaan akibat apa yang dilaporkan sebagai kerugian kira-kira RM8 bilion yang dialami oleh MAS?" kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Salahuddin bagaimanapun yakin Tajuddin tidak akan meminta suruhanjaya siasatan seperti suruhanjaya memnyiasat video V K Lingam.

"Saya percaya Tajuddin bersungguh-sungguh mahu membersihkan dirinya dan beliau juga tidak mahu suruhanjaya seperti suruhanjaya dalam kes Lingam yang menghakis kepercayaan rakyat di mana tidak ada sebarang tindakan susulan walaupun banyak kesalahan didedahkan tetapi tidak ada siapa pun yang didakwa," katanya.

Tajuddin mengemukana saman malu terhadap MAS sebagai tindakan balas terhadap saman yang dikemukakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu ke atasnya.

Beliau juga mendakwa laporan MAS kepada SPRM ke atasnya adalah bersifat fitnah.

Ibrahim: Kenyataan Kunan, Nazri 'melucukan'

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan kenyataan setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz sebagai "sangat lucu".

"Secara tiba-tiba PERKASA mendapat begitu banyak perhatian, (dan) ditambah lagi, dengan kenyataan Tengku Adnan dan Nazri," kata Ibrahim dalam sidang akhbar di kediamannya hari ini.

Katanya, beliau agak terkejut mendengar kenyataan setiausaha agung Umno bahawa parti itu tidak mahu mengaitkannya dengan PERKASA.

"Bila kita minta sokongan Umno?" soalnya.

Sehubungan itu, Ibrahim menjelaskan bahawa PERKASA adalah sebuah NGO yang tidak ada kena mengena dengan Umno.

"Hanya kerana mereka tidak akan menyokong kami, itu tidak bermakna kami tidak mempunyai sokongan sama sekali," tambahnya.

Awal minggu ini, BN berkata ia akan menjauhkan dirinya daripada PERKASA kerana ia boleh menjejaskan usaha untuk memenangi semula sokongan bukan Melayu.

Tengku Adnan yang bercakap bagi pihak Umno berkata, pihak itu tidak akan mengaitkan dirinya dengan PERKASA selepas menerima tekanan daripada parti-parti komponen BN, yang bimbang dengan pendirian pertubuhan itu yang didakwa bersifat rasis.

Umno Disaran Ikut Langkah Satu Undi Satu Ahli

Umno dan Barisan Nasional disaran mempelajari cara Parti Keadilan Rakyat melaksanakan pemilihan pemimpin parti, yang buat pertama kali dalam sejarah tanahair memberi hak mengundi kepada setiap ahli.
Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sistem undi terus ini memberikan peluang kepadda semua ahli-ahli PKR untuk memilih pemimpin-pemimpin yang dirasakan layak bagi jawatan-jawatan yang dipertandingkan.
"Umno dan BN kena belajar cara keadilan buat, that means that we are now opening to everybody. everybody has got a chance to participate and then every member, this is very important, every member has the right to vote for their leader. this is the difference"-kata Khalid
Kata beliau, ini berbeza dengan keadah Barisan Nasional yang menggunakan sistem pengundian delegasi yang membuka ruang untuk politik wang dan pembelian undi.
"biasanya dibuat oleh barisan ialah perwakilan, that means they can influence 2 ribu perwakilan. now, i do not think we can influence 200 - 400 thousand members. that is a difference"-kata Khalid
Tambahnya lagi, di Selangor sahaja terdapat kira-kira 200 ribu ahi PKR yang akan menggunakan sistem undi terus, dan ini mencerminkan keinginan politik PKR yang mahu menerapkan nilai mekanisma demokrasi bukan sahaja di dalam pemilihan parti tetapi juga dalam pentadbiran parti.
"selangor, saya ingat ada lebih daripada 200 ribu yang akan mengundi, this is a big number"
"what we say, we practise democratic mechanism from the party as well as the election, so both has got the same standard and the same way of doing it"-tegas Khalid

Najib “Samar-Samar” Mengenai Perkasa


Perdana Menteri Najib Razak sendiri enggan menjarakkan diri daripada perjuangan Perkasa secara terbuka manakala pemimpin Umno lain terus berbelah pendapat mengenai sokongan mereka terhadap pertubuhan itu.
Perkasa dilihat oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional di luar Umno sebagai terlalu rasis dalam meperjuangkan Ketuanan Melayu, sehingga meminggirkan sokongan bukan Melayu terhadap gabungan itu.
MCA dan Gerakan dan SAPP di Sarawak khususnya menerima tamparan hebat, apabila ditolak oleh pengundi Cina pada pilihanraya kecil Hulu Selangor dan Sibu.
Desas-desus bertiup bahawa Najib bercadang memanggil pilihanraya umum tidak lama lagi dan telah memberi isyarat kepada pemimpin Umno untuk mengkritik Perkasa supaya memberi gambaran bahawa Umno bersama parti BN lain dalam menolak pertubuhan pimpinan Ibrahim Ali itu.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz antara yang lantang mengkritik Perkasa di susuli oleh Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Mansor.
Namun Najib sendiri enggan membidas Perkasa secara terbuka, walaupun mempunyai peluang berbuat demikian pada sidang akhbar di rumah terbuka Hari Rayanya di Putrajaya.
Sebaliknya Najib berkata  pihaknya tetap komited kepada dasar-dasar pro-bumiputera seperti yang digariskan di bawah Dasar Ekonomi Baru, namun pendekatan dan perlaksanaannya akan diubah dengan mengambil kira kepentingan kaum lain.
Kenyataan terbaru itu, seperti mana pada ucapan Najib pada masa-masa lalu, tidak memberikan butiran atau merungkai bagaimana kerajaan akan melaksanakan DEB “yang mesra pasaran” dan pada masa sama membina sebuah masyarakat berbilang kaum yang seimbang.
Kenyataan Najib itu dilihat sebagai lebih kepada rhetorik bagi memastikan Perkasa yang ramai kalangan ahlinya adalah anggota atau bekas anggota Umno terus menyokong parti itu.
Kenyataan yang samar-samar itu juga diharap cukup untuk digunakan oleh pemimpin-pemimpin BN bagi menyakinkan pengundi Cina dan India bahawa Umno tidak lagi menyokong Perkasa.
Hakikat ialah Najib sebelum ini menghadiri majlis Perkasa dan menolak tuduhan bahawa Perkasa adalah pertubuhan pelampau atau pun rasis.
Dan meskipun Perkasa dan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad berkata Umno semakin membelakangkan hak orang Melayu dan Model Baru Ekonomi yang dipelopori oleh Najib menggugat hak kaum itu, Najib tidak membuat pendirian jelas atas isu itu.
Dan walaupun di satu pihak pemimpin Umno seperti Nazri, Khairy dan Tengku Adnan membidas Perkasa, pemimpin lain seperti Noh Omar  dan Ahmad Mazlan berkata Perkasa mempunyai peranan penting dalam masa depan orang Melayu.  
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan kemelut Umno-Perkasa tidak lebih dari sandiwara untuk terus berpaut kepada kuasa dengan menghantar mesej yang berlainan kepada pengundi Melayu dan bukan Melayu.   

Blog pro istana Kelantan kesal laporan Utusan


KOTA BHARU, 11 Sept: Blog yang selalu menjadi jurucakap Istana Mahkota Kelantan, TheKelantanInsider kesal dengan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan kononnya Tengku Faris Petra akan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan esok.

"Kami faham bahawa memperolehi “scoop” adalah satu keutamaan kepada mana-mana media, tetapi perlulah diingat bahawa di dalam keghairahan berbuat demikian tata susila juga perlulah sentiasa dijaga, lainlah jika media itu memang memiliki agenda tertentu.

"Jika pada hari ini anda memilih untuk menyusahkan pihak lain, janganlah pula anda menyalahkan pihak itu jika anda berhadapan dengan kesusahan untuk mendapatkan apa-apa berita pada hari esoknya. Setiap yang berlaku tentulah ada sebab-musababnya," tulis blohg itu hari ini.

Utusan hari ini menyiarkan berita kononnya, Pemangku Sultan Kelantan Tengku Faris Petra akana ditabalkan sebagai Sultan Kelantan hari ini.

"Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, dipercayai akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Isnin ini bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra, yang gering sejak setahun lalu.

"Istiadat pemasyhuran itu dikatakan bakal dilangsungkan di Balairong Seri Istana Balai Besar di sini bermula pada pukul 11.30 pagi.

"Terdahulu, Utusan Malaysia telah dimaklumkan satu program khas akan diadakan pada hari tersebut di Istana Balai Besar dan meminta wartawan serta jurugambar memakai pakaian kebangsaan berwarna hitam mengikut protokol rasmi," lapor muka depan akhbar itu.


"Kami di The Kelantan Insider merasa terkejut dengan “kebolehan” akhbar Utusan Malaysia menyiarkan satu laporan yang cukup sensasi pada hari raya yang mulia ini dengan hanya berpandukan kepada kata-kata sumber-sumber yang tidak dikenal pasti," tulis blog yang selalu membuat posting pandangan pihak pemangku Sultan Kelantan itu.

Sehubungan dengan itu, blog itu menulis, "kami suka mengingatkan akhbar-akhbar tempatan supaya lebih berhemah dan bertanggungjawab di dalam menyiarkan sebarang laporan mengenai Istana Kelantan, apatah lagi jika laporan itu mempunyai nilai kesensasian yang tinggi."

Tanpa mengira sama ada sesuatu laporan itu mempunyai kebenaran ataupun tidak, akhbar-akhbar tempatan seharusnya mengikuti apa-apa peraturan yang telah ditetapkan di dalam melaporkan sebarang berita yang ada hubung-kaitnya dengan Istana Kelantan, tulisnya lagi.

Menurutnya, pejabat Sultan Kelantan mempunyai carta organisasinya yang tersendiri di mana ia adalah diketuai oleh Pengelola Istana D’Raja, Datuk Abdul Halim Hamad, yang melaksanakan tugas beliau dengan berpandukan kepada titah-titah Pemangku Raja Kelantan.

"Oleh itu, akhbar-akhbar tempatan mahupun mana-mana media lain sewajarnya merujuk kepada Datuk Abdul Halim Hamad ataupun pegawai-pegawai beliau, khususnya Pegawai Media, dahulu sebelum menyiarkan apa-apa laporan mengenai Istana Kelantan," tulisnya.

Bakar Quran: DAP kutuk, PAS kata Allah laknat

KUALA LUMPUR, 11 Sept: Rancangan sebuah gereja bertapak di Florida, Amerika Syarikat (AS) untuk membakar buku al-Quran sempena ulang tahun tragedi dahsyat 11 September yang memusnahkan Twin Towers di bandar New York, bukan sahaja terus menerima kritikan daripada semua umat Islam, malah masyarakat bukan Islam di seluruh dunia.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dauk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama para pemimpin Islam dan bukan Islam negara membantah keras cadangan paderi yang pernah dibuang oleh gereja Jerman kerana sikap Islamophobianya.

Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rancangan paderi di Amerika Syarikat untuk membakar al-Quran sebagai sempena ulang tahun kesembilan serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebagai tindakan di luar jangkaan manusia.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Allah Taala akan laknat jika ada pemimpin agama seperti itu.

Katanya, cadangan paderi berkenaan tidak masuk akal kerana mereka orang berilmu, yang tahu bahawa Islam bukanlah agama pengganas dan golongan ini boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.

Malah, katanya persoalan siapa yang bertanggungjawab ke atas serangan WTC sehingga hari ini belum dikenal pasti lagi.

“Kalau kata komunis bakar nak bakar al-Quran itu munasabah kerana mereka tiada beragama, sedangkan paderi Kristian adalah orang yang berilmu dan boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa," katanya.

DAP, dalam satu kenyataan akhbar Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mengutuk sekuat-kuatnya rancangan tersebut dan berpendapat bahawa rancangan tersebut akan menyemarakan lagi kebencian dan keganasan di kalangan orang yang berbeza kepercayaan agama, bukan sahaja di Amerika, malah di negara-negara lain.

“DAP menentang apa jua bentuk permusuhan, jenayah, perkauman dan tindakan melampau agama sama ada ia dilakukan di tanah air sendiri mahupun antarabangsa.

“Kami memilih untuk berdialog, rundingan dan debat daripada keganasan dan pelampau,” kata Lim dalam kenyataannya sambil menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk mengutuk yang dilabelkannya sebagai ‘gila dan merbahaya’ untuk mencemarkan naskhah kitab suci al-Quran.

Cadangan membakar al-Quran ini dipercayai tercetus apabila masyarakat Islam di New York mahu membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid di Manhattan, berhampiran WTC yang menjadi sasaran pengganas sembilan tahun lalu, malah cadangan mereka disokong Presiden Barack Obama dan Datuk Bandar New York Michael Bloomberg sendiri.

Namun, para pemimpin Republican termasuk bekas calon jawatan Naib Presiden Sarah Palin telah menentang habis-habisan idea tersebut dan para pengkritik mengatakan kehadiran bangunan Islam berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian 3,000 orang sembilan tahun lalu dalam serangan pengganas di bumi Amerika Syarikat.

Meskipun menerima tekanan hebat daripada White House, Presiden AS Obama Barack dan Setiausaha Negara AS Senator Hillary Clinton untuk membatalkan hasrat membakar al-Quran, Pastor Terry Jones, 58 dilaporkan masih berdegil untuk meneruskan niatnya yang didakwa bertujuan untuk memberi pengajaran kepada puak pelampau Islam bahawa pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan karenah mereka.

“Beliau tersalah anggap pokok itu ialah hutan. Rancangan beliau tidak logik dan ia bukan sahaja akan mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, malah turut menjauhkan umat Islam yang sederhana selain turut merosakkan imej agama Kristian yang mengajar pengikutnya tentang keamanan dan sikap menghormati semua kepercayaan,” tegas Guan Eng sebagai reaksi kepada ‘kedegilan’ Tery Jones.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang terus menyifatkan bahawa ilham untuk membakar al-Quran, kitab suci yang menjadi rujukan berbilion-bilion umat Islam di seluruh dunia, adalah melampau dan tidak dapat diterima dan Amerika seharusnya mencegah cadangan untuk membakar kitab suci berkenaan daripada berlaku agar tidak membangkitkan sentimen di kalangan umat Islam terutama ketika mereka sedang menyambut Aidilfitri.

“Cara yang lebih sempurna bagi memperingati serangan September 11 ialah ‘adalah untuk menawarkan perpaduan dengan mereka yang terkena kesan serangan dan berdoa untuk mereka" dengan memastikan bahawa itu tidak akan pernah diulang lagi’” cadang Guan Eng yang juga ahli Parlimen Bagan sambil menyatakan keyakinannya terhadap masyarakat Kristian dan rakyat berbilang bangsa dan kepercayaan di negara ini akan mengenang mereka yang terkorban di tragedi September 11.

“Kita juga harus mengukuhkan keazaman untuk membanteras pengganas dan aktiviti keganasan yang dilakukan atas nama keagamaan.

“Semoga bulan-bulan suci iaitu Ramadan dan Syawal akan membawa bersama keamanan, kegembiraan serta rasa mencintai di kalangan kita semua,” katanya.

Dalam satu perkembangan lain, Pemangku Counselor Politik Kedutaan AS, Jeremy Nathan di Malaysia telah mengirimkan satu email kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad sebagai tanda terima kasih kerana telah sudi menerima panggilan beliau untuk mengulas pendirian AS mengenai rancangan membakar buku al-Quran.

Menurut Jeremy, Nasharudin dan Dr Dzulkefly Ahmad telah memintanya untuk mendapatkan kenyataan rasmi daripada kerajaan AS mengenai pendirian mereka terhadap rancangan tersebut.

“Pada saat ini, kami masih tidak mempunyai kenyataan rasmi, kerana masih dalam proses penyediaan. Namun, pejabat kami telah mengumpulkan koleksi kenyataan dari para pemimpin kerajaan AS mengenai hal ini. Diharap ia memadai buat waktu ini,” jawab beliau dalam emel tersebut.

Dalam emel tersebut, beliau telah memaparkan kenyataan-kenyataan antaranya daripada Peguam Negara AS, Eric Holder dan Setiausaha Negara AS Hillary Clinton.

“Kita duduk bersama pada waktu makan setelah berita hari ini membawa laporan bahawa  seorang pastor yang memimpin gereja di Gainesville, Florida, merancang untuk membakar kitab suci Al Qu’ran pada September 11.  Saya begitu bersemangat dengan kutukan yang jelas, kutukan tidak berbelah dari pemimpin berbagai agama dari  Kristian Evangelical, dari Rabbi Yahudi, serta dari pemimpin sekular terhadap  tindakan terkutuk yang memalukan ini.  Komitmen kami kepada toleransi beragama bermula dengan pernubuhan negara ini,” Hillary dipetik sebagai mengutuk tindakan melampau tersebut di satu jamuan iftar di Washington DC.

PM: Tindakan afirmatif MBE disemak semula..he.he..agenda membelasah wang rakyat...!!!

Pelaksanaan tindakan afirmatif di bawah Model Baru Ekonomi (MBE) akan disemak semula bagi menjadikannya lebih adil dan saksama, telus serta mesra pasaran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, apa yang berjaya dilakukan pada masa lepas, mungkin tidak lagi sesuai pada hari ini, dan Malaysia akan kembali tertinggal di belakang serta kehilangan daya saing jika tiada pembaharuan atau perubahan dilakukan.

"Kami akan melakukan semua ini kerana kami komited untuk mencapai Wawasan 2020, yang dimulakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1990," kata Najib semasa diwawancara dalam rancangan The CNBC Conversation oleh pengacara Martin Soong.

Najib menegaskan untuk mengekalkan status quo bukanlah satu opsyen.

Namun, komitmen dari segi menstabilkan masyarakat untuk mewujudkan masyarakat lebih saksama yang akan membawa kepada kestabilan jangka panjang akan terus kekal.

"Oleh itu, intipati Model Baru Ekonomi bukanlah segala-galanya mengubah sasaran makro tetapi bagi memastikan bagaimana kami melakukannya untuk menghasilkan kejayaan lebih besar," katanya.

“Dan dengan melakukannya, saya fikir ia akan lebih diterima semua pihak. Dan ia juga dilihat lebih adil," katanya.

Najib berkata ada sebilangan orang yang berasa khuatir dan mungkin juga takut dengan perubahan, tetapi itu bukanlah perkara baru.

Badan bukan kerjaan yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu, PERKASA dan bekas perdana menteri Dr Mahathir telah menyatakan pendirian mereka membela hak istimewa orang Melayu di bawah dasar MBE dan menentang perubahan-perubahan yang dilakukan terhadap dasar sedia ada mengenai kaum Bumiputera.

"Mereka tidak menentang kami. Mereka lebih banyak membicarakan mengenai hak-hak Bumiputera. Tetapi sebenarnya, kami tidak menarik balik apa-apa daripada kaum Bumiputera, tetapi kami hanya menyatakan marilah kita melakukannya dengan kaedah berbeza," jelasnya.

Najib menegaskan bahawa adalah penting adalah untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan mencapai hasrat mewujudkan masyarakat lebih saksama.

"Tetapi pada masa sama, berlaku adil kepada kaum bukan Bumiputera kerana kami ingin membina 1Malaysia," kata Najib.

Perdana menteri berkata komitmen itu sebenarnya akan membawa pembangunan yang lebih adil, termasuk Sabah dan Sarawak, yang merupakan satu daripada sendi MBE, mesti inklusif dan dijayakan bersama.

Sebahagian besar sumber-sumber akan disalurkan ke Sarawak dan Sabah di bawah Rancangan Malaysia ke-10, khususnya berkaitan Program Transformasi Kerajaan, kata Najib.

Beliau berkata ini termasuklah, contohnya infrastruktur pembangunan, jalan raya kawasan luar bandar, bekalan elektrik, air dan sebahagian besarnya akan dilaksanakan di Sarawak dan Sabah.

"Dan kami sedang melihat hasilnya kerana saya memantau secara berterusan, maka perancangan berkenaan sebenarnya sedang dilaksanakan dan kami akan melihat kejayaan lebih tinggi semasa kita bergerak ke hadapan kerana kita kini sedang mendapatkan momentum," katanya.

- Bernama

Superjib!!


Malaysia's going bankrupt 2019 maa..
Wawasan 2020 can achive aaa...??

Well... Najib says, can what.
Whoa.. the SuperJib!!
How's he going to do that??

Senang sajer..
Dia ada 'Secret Recipe' maa...
Najib's secret recipe!!
Power maa...
For.. orang besar, bernafsu besar!!

Kah... kah... kah.. kah... kah..

Wawasan 2020 the Najib's way!!
Yeah!!! SuperJib Boleh!!

Boleh?? Wait and see la...

Kah... kah... kah... kah... kah...

Baca sini

Siapa bersetia kepada Perkasa?


Sebagai ahli politik yang sedang mencarta jalan politiknya mendekati semula Umno dengan cara yang nampaknya dia mahu kelihatan bergaya, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali melakukan kesilapan yang amat besar apabila dia berkata, "Bila kita minta sokongan Umno?" (lihat Malaysiakini hari ini "Ibrahim: Kenyataan Kunan, Nazri 'melucukan'").

Ahli politik memang selalu melakukan kesilapan. Tetapi kesilapan Ibrahim itu, bak kata Mat Salon, "is too high a price". Tidak diketahui adakah Mamat Pasir Mas tu tidak ingat atau sengaja tak nak ambil peduli kata-kata mentor agungnya Tun Dr Mahathir Mohamad, "Perkasa members are Umno supporters".

Saya sentiasa merasakan, selain Umno, semua orang termasuk orang-orang Melayu membenci atau sekurang-kurangnya tidak sukakan Perkasa. Melainkan kepada orang-orang Umno, Ibrahim dan Perkasa bukanlah currency atau mata wang politik yang laku di sisi mereka. Boleh jadi Ibrahim dan orang-orang Perkasa tidak bersetuju. Itu hak mereka.

Barangkali juga Ibrahim tidak mahu membayangkan keadaan di mana kalau disuruh memilih antara kesetiaan kepada Umno atau Perkasa, sudah tentulah orang-orang Perkasa yang sekaligus orang-orang Umno itu akan memilih kesetiaan kepada Umno.

Boleh jadi saya salah. Tetapi rasanya Ketua Wira Perkasa sendiri lebih setia kepada Umno berbanding Ibrahim. Selain menjadi Ketua Wira Perkasa, Arman Azhar Abu Hanifah juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara (lihat di sini). Boleh jadi saya salah, tetapi jangankan Umno yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, kalau Khairy Jamaluddin menjadi Presiden Umno sekalipun kesetiaan Arman dan orang-orang Perkasa tetap tidak berbelah bagi kepada Umno.

Bak kata orang, darah mereka cap keris. Beyond repair.

Walaupun Najib telahpun sekali lagi mengesahkan status kembar Siam antara Umno dan Perkasa apabila beliau beliau kata "They (Dr Mahathir dan Perkasa) are not against us" (lihat Malaysiakini hari ini "Dr M, Perkasa not against us: PM"), tetapi adalah tidak bijak jika Ibrahim sengaja tak mahu bertanya kepada dirinya sendiri soalan yang penting teramat penting.

Memang, jika dipisahkan dari Umno yang kini masih berkuasa dan menjadi lombong politik untuk mengenyangkan perut dan nafsu, siapa mahu bersetia kepada Perkasa?

PB.

Shamsul Iskandar Tarik Diri Ketua AMK.....

Menurut sumber-sumber dalaman PKR, Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, tidak akan mempertahankan jawatannya dalam Pemilihan PKR akan datang.
Shamsul yang memegang jawatan tersebut selepas menang dalam pertandingan satu lawan satu dengan Hasmi Hashim pada tahun 2007, dijangka akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden.
Shamsul Iskandar yang juga merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Melaka itu dijangka akan membuat pengumuman tidak lama lagi. Dengan itu, perebutan jawatan Ketua AMK akan hanya ditandingi oleh Rafizi ramli, Chegu Bard dan Hasmi Hashim.
Team Ureka mula mengesan tindakan Shamsul Iskandar ini berikutan tiada jawapan bertulis dari Shamsul untuk turut serta dalam debat yang dijadualkan berlangsung pada 18 September ini. Ketiga-tiga lagi calon Ketua AMK yang lain telah pun menyatakan kesediaan mereka secara bertulis.
MSK.

Mustapa Kamil Masih Membisu?

SEBELUM raya dua hari lepas sudah kalut dalam dunia maya mengenai Mohamad Azmin Ali dan Zaid Ibrahim akan berlawan antara satu untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Walaupun Syed Husin Ali belum mengumumkan beliau akan berundur, kedua mereka sudah memalu gendang masing-masing untuk mengisi kekosongan itu.

Azmin nampaknya sedikit cemas dalam menghadapi cabaran Zaid apabila merestui pihak tertentu agar menjual namanya dan dalam masa sama cuba menghalau Zaid dari gelanggang perlawanan.

Pengumuman yang dibuat oleh dua kumpulan yang terang-terang meyokong Azmin menunjukkan akan kewalangan di pihak Azmin.

Rata-rata pemerhati melihat apa yang dilakukan oleh dua kumpulan yang diketuai ahli Parlimen Telok Kemang Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas dan Exco Selangor, Yaacob Sapari itu kurang disenangi. Tindakan mereka agak berlebihan. Apa lagi menggunakan kemudahan parti untuk membuat pengumuman itu. Kedua mereka tanpa segan silu membuat pengumuman menyatakan sokongan kepada Azmin Ali di ibu pejabat PKR.

Paling malang lagi, dalam pengumuman menyatakan sokongan kepada Azmin itu dikaitkan beberapa yang lain yang tidak ada kena mengena. Penafian beberapa orang yang dikaitkan itu memalukan Azmin.

Tindakan itu menandakan masih ada unsur-unsur Umno yang dibenci meneranwang dalam PKR. Sepatutnya unsur politik Umno yang dikata kotor dan buruk itu tidak terbawa dalam PKR yang mahu menampilkan dirinya sebagai parti refomasi.

Bagaiaman pun ketika dua calon timbalan presiden PKR itu berbalas tembak, seorang lagi tokoh yang dikatakan akan ikut merebut jawatan itu, seorang lagi Naib Presiden PKR, Mustapa Kamil Ayub (foto) masih membisu. Mustapa Kamil dikhabar akan turut sama mengadu nasib untuk merebut jawtatan berkenaan.

Kalau Zaid dianggap dari kumpulan liberal dalam PKR yang mendapat sokongan Cina dan India, manakala Azmin daripada bekasan Umno tetapi Mustapa Kamil dilihat dari serambi Islam dalam PKR. Mustapa Kamil kalaupun akan bertanding adalah untuk mengekalkan PKR sebagai parti Melayu yang berteraskan Islam. Beliau diharapkan akan mengekalkan teras Melayu dalam PKR.

Mustapa seorang tokoh yang tenang dan berdisplin tinggi serta mempunyai reputasi yang baik. Beliau adalah bekas Presiden PKPIM sudah sudah lama mengambil kaedah gerakan Islam dalam perjuangan politiknya. Beliau adalah antara orang yang faham siasah Islam. Jawatan tertinggi beliau dalam Umno dulu ialah sebagai Setiausaha Politik kepada Muhyiddin Mohd Yassin. Jawatan itu menggambarkan beliau tokoh muda yang sedang digilap seperti mana juga Saifuddin Nasution Ismail yang mejabat Setiausaha Politik, Syed Hamid Albar.

Istimewanya Mustapa Kamil, beliau juga tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa kesalahan ataupun skandal.

Beliau adalah seorang pengkagum Anwar Ibrahim malahan Anwar adalah idolanya sejak lama dulu. Kesetiaan kepada Anwar tidak boleh diragu. Bukan saja suara janggut dan misai juga persis Anwar. Ketika ramai pengkagum Anwar meninggalkan Anwar kerana untuk memastikan tembolok bodoh mereka senantiasa berisi, namun Mustapa Kamil tetap bersama Anwar. Beliau memilih kehidupan susah demi prinsip dan meninggalkan kemewahan.

Saya beberapa kali cuba menghubunginya bagi mendapat penjelasan secara langsung tetapi tidak dapat.

Apapakah beliau sedang memerhati keadaan. Ataupun mengambil sikap sedarhana sesuai dengan prinsip Islam yang diamalkannya. Mungkin bagi mereka yang benci dan tidak senang dengan cara Azmin atau Zaid berkempen boleh berpaling kepada Mustapa Kamil. Atau sebagai mengelak berlakunya perbalahan antara Azmin dan Zaid yang boleh merosakkan parti Mustapa Kamil boleh menjadi calon alternatif.

Mustapa Kamil mungkin tidak selicit kedua mereka dari segi politik. Tetapi yang jelasnya dari sisi saksiah Mustapa mengatasi mereka.
MSO.

Jika UMNO Jujur, Tahan Ibrahim Ali Bawah ISA


Petelagahan Umno Dan Perkasa Hanya Sandiwara

Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim yakin perbalahan Umno-Perkasa hanya sandiwara bersama untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Beliau berkata, umum sedia maklum bahawa kepimpinan Umno selama ini mempromosikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.

Bukan sahaja permit kumpulan itu lulus dalam sekejapan, bahkan juga majlis-majlis Perkasa direstui dan dihadiri bukan sahaja oleh mantan Presiden Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi juga Presiden Umno, Najib Abdul Razak.


Mutakhir ini media melaporkan Umno membuat keputusan untuk menjauhi Perkasa dengan kerana kumpulan itu mengugat kestabilan Barisan Nasional, dan menghakis sokongan rakyat kepada gagasan itu.

Anwar menyifatkan Umno bermain bunga silat untuk mengelirukan pandangan rakyat, kononnya langkah menceraikan Perkasa adalah perlu bagi mencapai matlamat 1Malaysia.

”UMNO tidak boleh lepaskan tanggungjawabnya sebagai satu badan yang selalu mempromosikan PERKASA jika mereka masih berdegil maknanya mereka harus memberikan penjelasan kepada rakyat apa yang berlaku sebenarnya,"kata Anwar

Beliau menggesa Umno menjelaskan kepad rakyat apakah keputusan itu adalah dasar yang kekal, atau sekadar keperluan politik semasa semata-mata.

Kalau setakat ini kita tidak yakin bahawa sebenarnya UMNO tidak menjiwai apa yang disuarakan oleh PERKASA tetapi hanya satu sandiwara politik sementara”, kata Dato Seri Anwar selepas menghadiri rumah terbuka anjuran Parti Keadilan di tapak Expo seberang jaya petang tadi.

Sementara itu, Anwar memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana ahli Parti Keadilan Rakyat yang menganggotai Perkasa, kerana ia bercanggah dengan prinsip perjuangan parti.

Ulasan GB

Seorang pengkomen di blog GB menyatakan PERKASA lebih kurang macam Makkal Sakhti. Ditubuhkan oleh UMNO kononnya untuk perkukuhkan BN. Apa yang terjadi ialah kedua-duanya bakal menjadi peruntuh bukan pengukuh.

Yang kedua, ialah peranan Najib yang umum mengathui, sepertimana di dalam tindakan-tindakan yang banyak seperti pembelian wakil rakyat PR menjadi ahli UMNO dan Bebas, Najib ibarat baling batu sembunyi tangan. Begitu halnya penubuhan Makkal Sakhti dan Perkasa. Sekali lagi lontaran batu Najib kali ini melantun balik ke arah mukanya.

Ketiga, jika benar Najib dan UMNO membantah gagasan Perkasa, apa lagi ditunggu, ISAkan saja Ibrahim Ali. ISA ditentang hebat oleh PR, tetapi UMNO mempertahankannya konon di atas dasar keselamatan negara. Ternyata Ibrahim Ali dan Perkasanya berserta pencacai seperti Utusan telah banyak dan sentiasa memainkan api perkauman di negara ini. Mengapa ISA tidak digunakan? Apakah ISA hanya digunakan terhadap pembangkang?

UMNO - PERKASA : Cinta Bilang Benci


Anwar Tidak Yakin Umno Cerai Perkasa

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak yakin Umno akan memutuskan hubungan politik dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia

Menurut Anwar, Umno perlu menjelaskan apakah tindakan Umno itu adalah dasar yang kekal atau sekadar keperluan pilihanraya semasa semata-mata.

"Umno perlu beri penjelasan, apakah ini dasar atau keperluan politik," kata Anwar di rumah terbuka Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam, semalam.

Beliau skeptik kerana umum sedar bahawa Umno yang telah mencorak dan membesarkan Perkasa selama ini.

"Mereka meluluskan dan beri sokongan kepada Perkasa," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 3 April lalu berkata Perkasa bukan kumpulan pelampau ekstrem, jika seseorang benar-benar memahami tuntutan mereka. -TVS


Anwar asks Umno to explain love-hate ties with Perkasa

Opposition leaders, including Datuk Seri Anwar Ibrahim, have expressed scepticism over Umno’s move to distance itself from Perkasa.

“Umno needs to explain. Is this policy or is this political expediency,” Anwar said today.

The PKR adviser and Opposition leader pointed out that it was Umno which built up the Malay rights group to what it is.

“They endorsed, they gave facilities and they gave support to Perkasa,” he said.

Top Umno leaders earlier today spoke up against the Perkasa and its controversial president Datuk Ibrahim Ali.

Among those speaking out against Ibrahim, who has been seen as a thorn in the side of the Najib Administration was Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz and Umno Youth chief Khairy Jamaluddin.

Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor reportedly also told his counterparts in Barisan Nasional that Umno would not back Perkasa or its president Ibrahim in the next general election.

Anwar said he did not understand the inconsistencies but doubted the move was a prelude to snap elections.

He also noted that the prime minister himself had remained silent on the issue.

Anwar said Najib has allowed Perkasa to continue inciting racial hatred all this while.

While Umno moved to distance itself, Tun Dr Mahathir Mohamad has declared his support for Perkasa which he described as a crutch for a weak Umno.

The former PM, who is also Perkasa patron, said that members of the Malay rights group are Umno supporters and it would not help the party’s cause to turn them away.

“He is trying to make himself relevant,” said Anwar while dismissing Dr Mahathir’s comments.

PKR Batu MP Chua Tian Chang today also expressed disbelieve at Umno’ move.

“It’s not for real,” said PKR strategy chief.

His view is that Perkasa was allowed to run its course so that Umno could look more appealing to non-Malays.

“This is a game and Perkasa is irrelevant,” he said.

Chua said it would have been better for the BN federal government to concentrate on solving issues without looking at the race card.

Tan Sri Khalid Ibrahim described the move by Umno as the “usual drama” which is being repeated.

The Selangor Mentri Besar advised Umno to take a page from Pakatan Rakayat’s (PR) administration of Selangor for the last two and half years.

He said that PR had managed to avoid using the race card and focused on governing the state fairly.

Khalid pointed out that help was extended to those who needed it regardless of race.-TMI

UMNO (Che Det)...Apa lu cerita???

Malaysia Today digodam lagi. Tapi muncul pulak Malaysians Must Know the TRUTH ....

Rupa2nya ada rahsia yang cuba disembunyikan Tajudin Ramli will not be enjoying his Hari Raya this year... kesian2!!

Aku tak tau ke mana perginya journo2 yang kununnya hebat2 belaka di Malaysia ni?? Baik di Utusan Malaysia, The Malay Mail (?), The Star etc etc...

Pergilah sergah Che Det tu weh....tak penat ke jadi balaci???

Bangkai betul parti ni....

PM shies away from discussing 'political contract' with Nurul

Nurul
Malaysia Chronicle

As expected Prime Minister Najib Razak has kept mum on Lembah Pantai MP Nurul Izzah’s invitation for an “open and honorable” discussion on election reforms and freedom of the media – two areas in which Malaysia is perceived to have regressed under his watch.

“That he is the PM is not an excuse. If he puts himself on such a pedestal, no wonder he is losing popularity. Nurul is a charismatic youth leader and if Najib is sincere about wanting to engage young Malaysia, he should begin with a public discussion with her and perhaps a few others,” PKR Youth leader Sim Tze Tsin told Malaysia Chronicle.

Don't question the "social contract"

Najib
Last week, the fast-rising daughter of Opposition Leader Anwar Ibrahim had written an open letter to the PM after he warned her against “questioning the social contract” in reference to her widely-praised two-part article Malaysia or Malaysaja .

In Malaysia, the social contract refers to the political power-sharing agreement knocked out between the leaders of the main ethnic groups in the country as it received independence from British rule in 1957.

The terms of this deal are actually spelt out in black and white in the federal constitution. However, Najib and his Umno party have always imputed additional meaning to the clauses, which they say if challenged would erode the political dominance of the Malays.

According to Nurul, she had not questioned the social contract or the terms in the constitution. Instead, she had questioned, how it was that the term “special position” of the Malays as specified in the constitution had through years been transformed by Najib and Umno into meaning "special rights" or “supremacy” of the Malays.

Nevertheless, if the PM did not wish to speak about the "social contract" given its "sensitivity", Nurul offered to publicly discuss the "political contract" with him instead.

Tian Chua - start with Nurul
"If we cannot discuss the “social contract”, then can we instead discuss the “political contract”, that should be built on a free and fair election supported by a functioning fourth estate, a free media?" wrote Nurul.

"If people cannot have reliable information, exchange opinions or even have their dissenting voices heard through a free and independent media, and vote for their legitimate representatives at all three levels of government — local, state and federal — in a free and fair manner, then what kind of “political contract” have the people be handed with?"

Showy teleconference but no two-way discussion

Sim Tze Tsin
Unsurprisingly, the PM had no answers for her or the country. Even so, in conjunction with Hari Raya on Friday, he called on Malaysian students living abroad not to tarnish the country’s image and “explain that Malaysia is a modern and progressive Islamic nation”.

His comments were immediately slammed by the political opposition.

“We are all for patriotism but we hope he is not telling Malaysian students to lie. Firstly, he shouldn’t live in a glass house if he doesn’t want people to throw sticks. Secondly, what's the point of teleconferencing and making a big show of it in the newspapers when he doesn’t listen or do anything to make the aspirations of the youth come true. If he is serious, a good place for him to start is to take up Nurul’s invitation," PKR strategic director Tian Chua told Malaysia Chronicle.

Pemilihan PKR : Anwar diminta campur tangan

Dr. Ramli Daud

Ketika mana para jeneralnya kalut melobi dan berkempen untuk menduduki kerusi nombor dua parti, Datuk Seri Anwar masih berdiam diri dan tidak memberikan indikasi jelas samada dia mahu atau tidak memegang jawatan presiden parti PKR. Ahli-ahli parti barangkali masih lagi menunggu pengumuman rasmi beliau, samada untuk tampil memimpin PKR secara langsung sebagai presiden atau mahu terus dengan kedudukannya sebagai ketua umum parti; suatu kedudukan yang dicipta khas untuk dirinya ketika mana dia tidak diperbolehkan memegang apa-apa jawatan dalam parti ekoran hukuman yang dipaksakan ke atasnya.

Alasan Anwar dan alasan yang dikongsi bersama oleh barisan pimpinan tertinggi PKR adalah; jika Anwar ditaqdirkan dipenjara lagi nanti, maka siapa pula yang akan memangku jawatan tersebut. Makanya pada pendapat kolektif mereka, adalah lebih selamat jika Datuk Seri Dr. Wan Azizah terus menjadi presiden. Namun yang selamat hanyalah “kuasa” Anwar ke atas parti PKR, kerana dia masih boleh memberi arahan kepada isterinya yang tidak mungkin akan engkar. Jika orang lain yang memangku jawatan tersebut barangkali Anwar akan sakit kepala di dalam penjara.

Namun formula seperti itu tidak juga dapat menyelesaikan polimik kepemimpinan parti PKR secara keseluruhannya kerana ada satu lagi jawatan penting yang menjadi sasaran mereka yang berminat menjadi orang penting parti. Hal ini menjadi nyata apabila timbalan presiden sekarang, iaitu Dr. Syed Hussin Ali sudah memberikan tanda-tanda untuk tidak lagi memegang jawatan tersebut. Hakikat ini membuka ruang kepada perebutan jawatan tersebut di kalangan beberapa pemimpin lama dan baru dalam PKR, yang terngiur dengan prospek kedudukan berimbuhan besar dalam kerajaan baru yang mahu dibentuk selepas PRU ke 13 nanti, baik di negeri mahupun di persekutuan.

Maka berterbanganlah calon-calon timbalan presiden ke seluruh pelusuk Negara menemui ahli parti dan memohon sokongan bagi menjawat jawatan tersebut. Malah adalah yang mendakwa dia direstui oleh Anwar untuk bertanding merebut jawatan kedua penting itu. Nyaris-nyaris pula para calon tersebut “berlanggaran” antara satu dengan lain di medan kempen dek kerana “lajunya” jentera kempen yang terpaksa mengatur “agenda bersalam” dengan sebanyak mungkin bakal pengundi dalam pemilihan pemimpin parti PKR; yang dianggarkan berjumlah hampir setengah juta itu.

Kini, agenda parti untuk menang pilihanraya umum yang akan datang nampaknya sudah jatuh ke urutan nombor dua. Agenda yang aula calon-calon berkenaan adalah memastikan jawatan nombor dua dapat dipegang menjelang bulan November nanti.

Begitulah juga, para penyokong masing-masing pun menjadi sibuk dengan pelbagai program yang bermatlamat mendapatkan sebanyak mungkin ahli turun mengundi calon pilihan mereka. Bajet pengangkutan, makan minum dan duit saguhati atas pelbagai nama sudah mula disiapkan dalam blueprint kempen masing-masing. “envelop-envelop” pun sudah ditempah. Malahan wang pendahuluan bagi belanja berkaitan sudahpun keluar masuk akaun-akaun rahsia yang ramai ahli parti tidak tahu mengenainya.

Kalau tidak dengan turunnya bajet seperti itu masakan mungkin jentera parti peringkat cabang dan ranting yang diketahui miskin itu mampu menganjur siri-siri pertemuan dan makan-makan yang ditopengkan dengan majlis berbuka, jamuan hari raya, meraikan anak yatim dan pelbagai acara kreatif yang tidak berupaya dianjurkan selama ini.

Inilah “wajah-wajah politik lama” yang diperbaharui dan dimodifikasi serta dipaksakan ke dalam budaya politik parti PKR, oleh mereka yang dulunya pernah dijangkiti oleh sindrom yang memualkan itu. Semua amalan yang tidak relevan itu dihidangkan kembali demi untuk merebut jawatan dalam parti termasuklah jawatan nombor dua parti PKR, yang pada pendangan mereka akan menjanjikan jawatan terpenting dalam kerajaan yang mahu mereka rampas nanti.

Ini belum lagi di kira betapa “gah”nya kempen pemilihan di peringkat cabang yang sudah menampakkan amalan huduh bakal-bakal pemimpin yang akan di amanahkan memimpin negara dan negeri. Apatah lagi dengan kempen jawatan Ketua AMK yang mirip stail berkempen jawatan dalam Pemuda Umno, dan tidak kurang hebat jawatan Ketua Wanita. Budaya mempromosi pen“cai-cai” oleh “ketua kem” yang bertanding membayangkan seolah-olah parti PKR ini sedang asyik menostalgiakan fenomena puak Ghee Hin dan Hai San yang berebut kuasa untuk memerintah lombong bijih di Perak dan Selangor suatu ketika dulu.

Apakah parti PKR mahu menghidupkan kembali budaya berkempen seperti ini yang telah membusukkan dan mereputkan kepemimpinan Umno? Tidakkah ada kaedah lain yang dapat difikirkan bagi mengurang dan meniadakan budaya berkempen dan memilih pemimpin dengan cara begitu ?

Jika benar ajaran Islam menjadi salah satu teras penting perjuangan PKR, maka budaya seperti ini tidak wajar dibenarkan berputik dan mengakar dalam parti. Ahli-ahli parti akhirnya akan menjadi bosan dengan karenah pemimpin yang hanya sibuk dengan agenda menjamin kedudukan mereka di dalam parti daripada berusaha menjamin kedudukan dan nasib rakyat terbanyak.

Justeru itu Anwar harus segera melakukan sesuatu tindakan yang “di luar kebiasaan” dalam konteks mendidik pemimpin dan pendokong parti mengamal pendemokrasian pemilihan barisan kepemimpinan parti. Tidak dapat dinafikan bahawa tidak semua amalan demokrasi dapat menatijahkan kebaikan kepada organisasi. Ada kalanya elemen otokrasi perlu digunakan sesekali dan dalam banyak hal elemen perundingan dan permuafakatan perlu diutama serta diperbanyakkan.

Kenapa tidak dibudayakan amalan permuafakatan dan perundingan sesama pemimpin pelbagai peringkat dalam menentukan barisan pemimpin parti PKR. Kenapa juga tidak dibudayakan amalan berkongsi dan bergiliran memimpin dalam parti jika benar para pemimpin parti PKR mendukung semangat perjuangan yang mengutamakan rakyat daripada kedudukan mereka sendiri.

Banyak sekali ajaran dan pengalaman dari sejarah kepemimpinan Islam yang barangkali disifatkan tidak demokratik oleh sesetengah pihak namun terbukti berjaya “mengamankan organisasi” .
Hujjah untuk menyuburkan demokrasi dalam parti melalui amalan bertanding dan berkempen memang ada kebenarannya, tetapi mempraktikkan elemen-elemen demokrasi yang berpotensi memusnahkan keharmonian dan keintiman silaturrahim anggota parti tentunya tidak akan mendatang apa-apa kebaikan kepada parti. Lebih malang lagi apabila ianya menjurus kepada sengketa dan permusuhan sesama pendokong dan juga penyokong yang akhirnya melemah dan mencederakan parti.

Anwar harus segera bertindak membunuh “ulser kecil” yang bakal membengkak menjadi “kanser” dalam parti PKR ini. Dia harus segera menamatkan persaingan tidak sihat bagi jawatan-jawatan dalam parti terutamanya jawatan penting seperti timbalan presiden yang hangat diperkatakan sekarang ini.

Sebagai “Mudir Am” parti sekarang ini, Anwar seharusnya sudah mencium bau-bau busuk yang di”kencingkan” oleh beberapa pemimpin parti yang beriya-iya mahu bertanding. Bau busuk ini tidak harus dibenarkan menghancing parti. Anwar tidak boleh membenarkan gejala buruk ini dihidupkan dalam parti PKR yang menjadi harapan rakyat untuk merubah senario politik negara.

Masa yang lebih banyak harus diberikan untuk merumuskan formula damai dalam parti di segenap peringkat. Jika kesemua ratusan pemimpin yang mahu bertanding itu perlu dipanggil dan diberi nasihat dan kaunseling politik, maka ianya harus dilakukan. Malahan jika terpaksa di panggil mereka yang terlibat itu untuk diberi amaran, maka Anwar harus melakukannya sekarang dan bukannya menunggu sehingga ada aduan rasmi dari pihak yang kalah nanti.

Inilah yang dinamakan proses mendidik ahli parti. Mendidik dari awal dan mendidik melalui bimbingan dan tegahan. Jangan hanya selepas berlakunya tragedi buruk dalam kempen barulah mahu diambil tindakan ke atas yang terlibat dengan alasan untuk mendidik ahli supaya lebih berdisiplin. Pendidikan awal melalui penasihatan dan amaran adalah lebih penting dari menghukum setelah terbabas.

Apakah susahnya bagi Anwar untuk memanggil nama-nama yang disebut untuk bertanding dan diberikan nasihat serta dimuafakatkan sesama mereka. Apakah tindakan sebegitu akan dikatakan tidak demokratik kerana menyekat hak untuk bertanding dan memimpin. Meskipun perlembagaan parti telah mengggariskan hak-hak mengamalkan demokrasi dalam parti, namun apakah berunding dan bermuafakat untuk mengelak pertandingan yang kurang sihat itu tidak demokratik sifatnya. Jika demokrasi di dalam organisasi itu bermakna kita harus membenarkan amalan-amalan yang boleh membawa kemudharatan kepada parti, maka organisasi yang sedemikian itu akan membawa malang kepada rakyat terbanyak.

Jika pendekatan begitu juga disifatkan tidak demokratik, masakan Rasulullah S.A.W melarang Abu Dzar Al Ghiffari dari menawarkan diri untuk memegang sesuatu jawatan tertentu kerana terdapat padanya sifat-sifat yang kurang sesuai dengan tugas yang dipinta itu. Tentunya kerana Nabi Muhammad s.a.w amat tahu sejauh mana kemampuan Abu Dzar dan akibat buruk jika Abu Dzar diberi jawatan yang dimahukannya itu.

Kes-kes Nabi S.A.W melarang para sahabatnya meminta-minta diberikan jawatan bukannya hanya satu dan terpencil malah lebih dari satu. Antara hadith yang terkenal adalah hadith daripada Abdul Rahman bin Samurah yang merawikan bahawa Nabi SAW bersabda kepadanya:

“Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah) – (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)

Jika falsafah kepemimpinan Islam mahu dijadikan rujukan serta model dalam kepemimpinan PKR, maka pesan Nabi S.A.W . ini sudah cukup untuk meyakinkan diri Anwar dan para pimpinan utama PKR bahawa inilah sebenarnya semangat politik baru yang harus diterapkan di dalam parti.

Jika semangat kepemimpinan Umar Abd Aziz boleh dijunjung dan mahu dicontohi oleh pemimpin utama DAP, kenapa semangat murni seperti ini, yang juga diajarkan oleh Nabi kepada Umar Abd Aziz tidak mahu diterap dan disuburkan di dalam parti PKR yang sering mengungkap kepemimpinan Nabi Muhammad S.A.W sebagai model mereka?

Anwar tidak harus terus membenarkan “politiking” dalam parti PKR disuburkan dan dibiarkan berterusan. Langkah drastik harus diambil mengawal potensi barah yang bakal merayap dalam tubuh PKR dan “politiking” yang paling berbahaya sekarang ini adalah perebutan jawatan nombor dua parti.

Anwar harus segera memberhentikannya. Caranya tidaklah payah. Paling tidak untuk sementara waktu atau buat sesi kali ini, sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Paling tidak juga sebagai usaha awal mendidik ahli parti supaya memulakan semangat perundingan, musyawwarah dan muafakat .

Masalah perebutan jawatan timbalan presiden tidak akan menjadi panas jika Anwar campur tangan dan memberi indikasi bahawa dia tidak mahu berlaku perebutan bagi merebut jawatan tersebut. Mungkin ada yang akan engkar, tetapi ahli terbanyak akan tahu menimbang samada untuk memilih formula damai atau terus menerus menghabiskan masa berebutan jawatan.

Formulanya tidaklah sangat payah. Sarankan agar “status quo” barisan kepemimpinan utama parti yang sedia ada di kekalkan, paling tidak untuk sementara waktu. Jika Timbalan presiden sekarang ini tidak mahu terus memegang jawatan tersebut atas alasan “uzur syarie”, maka formula kedua dan yang paling praktis adalah menawarkan jawatan timbalan presiden kepada Datin Seri Wan Azizah yang perlu mengosongkan kerusi presiden untuk Anwar.

Menawarkan jawatan timbalan presiden kepada Wan Azizah bukan bermakna mahu mengamalkan kronisma dan nepotisme dalam parti, tetapi strategi serampang dua mata untuk menyelamatkan parti dari berlakunya pertandingan timbalan presiden dan sebagai persediaan jika Anwar dihumban ke penjara sekali lagi.

Jika Wan Azizah bertanding timbalan presiden apakah akan ada calon lain yang tega mencabarnya? Mungkin akan ada, tapi orang berkenaan pastinya seseorang yang tidak pernah menghayati “falsafah perjuangan sebenar” PKR. Dia mungkin orang baru yang agak asing dengan “cara hidup” perjuangan PKR selama ini atau dia seorang lama yang tidak pernah kenyang dengan jawatan yang dia sendiri tidak berjaya membuktikan keberkesanan dan kehebatan sumbangannya kepada parti dan rakyat.

Inilah antara pilihan yang ada jika Anwar mahu melihat kedamaian dalam pemilihan parti buat masa ini. Paling tidak bagi jawatan timbalan presiden kerana ia merupakan satu jawatan yang amat kritikal, sangat penting dan diperhatikan oleh rakyat selain dari jawatan presiden. Jawatan naib presiden PKR yang boleh diduduki oleh lebih dari seorang tentunya tidak akan mengundang “politiking” hebat di kalangan calon-calon yang mahu menawarkan diri.
Dengan tampilnya Anwar untuk memimpin parti sebagai presiden secara langsung, tentunya impak terhadap semangat ahli akan bertambah. Begitu juga terhadap moral parti komponen Pakatan Rakyat.

Kali ini Anwar harus tampil memimpin langsung parti PKR sebagai presiden yang mempunyai kuasa penuh mengatur strategi dan gerak kerja parti. Mencipta jawatan ketua umum yang menjadi “tangan ajaib” dalam mengatur kepemimpinan parti PKR sudah tidak relevan lagi kerana Anwar kini sudah boleh bertanding dan memegang jawatan dalam parti dan tidak lagi seperti sebelumnya. Ahli parti harus segera bangkit menobatkan Anwar sebagai ketua rasmi mereka dan bersama-sama membentengkan dada berdepan dengan serangan politik Umno/BN yang mahu memenjarakan Anwar sekali lagi.

Semangat para ahli PKR untuk mempertahankan presiden mereka tentunya lebih “membara” kerana gelaran presiden adalah maruah tertinggi parti yang mesti dijaga agar tidak dinyahkan dari parti oleh mana-mana pihak. Presiden parti adalah imej terpenting parti yang harus dipertahankan sehingga ke titisan darah terakhir.

Anwar harus segera menyatakan pendirian untuk langsung memimpin parti kerana dengannya semangat perjuangan ahli PKR untuk bangkit melawan BN akan kembali menyala-nyala. Anwar harus sedar betapa ahli amat memerlukan kehadirannya menjadi Presiden PKR pada masa ini. Ianya bukan sekadar untuk menyelamatkan “politiking” di dalam parti sahaja, tetapi ahli terbanyak mahukan Anwar mengambil tanggungjawab memegang “steering” dan memandu parti secara langsung dan bukannya memberi arahan dari kejauhan.

Kenapa Anwar perlu takut untuk tampil memimpin parti, kalau hanya kerana bimbangkan parti akan kehilangan presiden yang mungkin akan dipenjara. Jika di takdirkan dia terpenjara lagi bukankah akan ada pemangku presiden yang telah terbukti mempunyai kemampuan menjadi Presiden PKR selama lebih satu dekad.

Jadi tidak ada sebab Anwar menolak kehendak ahli parti yang mahukan dia menjadi Presiden secara langsung pada kali ini. Jangan sampai ada ahli yang akan kecewa dan akan menempelak Anwar sebagai seorang yang sememangnya tidak layak menjadi Presiden tetapi hanya layak menjadi Ketua Umum sahaja, yakni untuk mengetuai kerja-kerja mengumumkan berita yang boleh menggemparkan rakyat jelata.

'Kami penentu hala tuju kuasa negara ini' - PERKASA..ha..ha..ha...1malaya muntah dengan kenyataan nie...!!!

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, "Perkasa pernah secara terbuka membantu calon BN dalam beberapa pilihan raya kecil lalu termasuk di Hulu Selangor tidak akan menjadi sebuah parti politik sebaliknya akan menjadi “penentu hala tuju kuasa negara ini.”

Dan kononnya pihak yang bertindak menjauhkan diri dari PERKASA akan merugikan diri mereka sendiri.

Bagi aku ini adalah pendapat atau kenyataan dari seorang yang tidak sedar diri, takbur, bongkak, perasan bahawa kemenangan UMNO/BN di Hulu Selangor adalah kerana PERKASA sekaligus menafikan kekuatan UMNO/BN sendiri di Hulu Selangor tempoh hari dan juga kenyataan dari manusia yang tidak berpijak dibumi nyata..


Perkasa: Kami penentu kuasa politik, mengapa Umno-BN takut sangat
Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 11 Sept — Perkasa menafikan tanggapan bahawa Umno dan komponen BN telah mengkhianati persababatan dan sokongan moral diberikan pertubuhan bukan kerajaan orang Melayu ini tetapi mempersoalkan mengapa pemimpin-pemimpin perikatan itu “takut sangat mendekati kami.”

Mengulas luahan ‘protes’ secara terbuka beberapa pemimpin BN semalam, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya akan terus bergerak sendiri lebih-lebih lagi kerana tidak pernah menjalin persahabatan dengan Umno ataupun mana-mana parti politik lain di negara ini.

Tegas beliau, Perkasa yang pernah secara terbuka membantu calon BN dalam beberapa pilihan raya kecil lalu termasuk di Hulu Selangor tidak akan menjadi sebuah parti politik sebaliknya akan menjadi “penentu hala tuju kuasa negara ini.”

“Perkasa tidak pernah buat kenyataan adanya jalinan persahabatan dengan Umno. Kebetulan ramai juga ahli Umno dalam Perkasa,” kata beliau dalam satu kenyataan awal pagi ini.

“Jadi dakwaan Umno mengkianati persahabatan dengan Perkasa sebenarnya tidak timbul kerana tiada jalinan persahabatan pun antara Umno dan Perkasa,” kata beliau lagi.

Semalam, buat julung kali pemimpin Umno dan BN ‘sebulat suara’ melahirkan pendirian memprotes dasar perjuangan Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali atas alasan ia boleh menjejaskan sokongan kepada perikatan 13 komponen itu.

Pendirian itu disusuli dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam temu bual dengan The Malaysian Insider bahawa Umno tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum ke-13.

Tengku Adnan juga berkata perjuangan Perkasa tiada kaitan dengan Umno, malah beberapa tindakan mereka menjejaskan sokongan kepada BN.

Bagaimanapun Perkasa mendapat sokongan padu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan penaungnya.

Ibrahim, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, menubuhkan Perkasa selepas pilihan raya umum 2008 dijangka mengadakan sidang media pagi ini bagi menyatakan pendirian rasminya ekoran kenyataan terbaru semalam.

Syed Hassan berkata, ahli-ahli PAS dan PKR Melayu yang berjawatan di kawasan-kawasan tertentu sama dengan ahli umno lain menyertai Perkasa selepas mereka mendapati pemimpin-pemimpin parti mereka sudah lari daripada usaha memperjuangkan kepentingan bangsa dan agama.

“Mereka dapati pemimpin-pemimpin parti mereka sangat takut mengkritik sesetengah kenyataan dan perbuatan biadap pemimpin kaum lain kerana hendakan sokongan politik sehingga mereka (ahli Perkasa itu) merasa cemas akan kehilangan hak yang telah diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin dahulu.

“Mereka lihat Perkasa saja yang berani dengan tegas mempertahankan hak-hak mereka.

“Begitu juga tiada jalinan persahabatan dengn PAS dan PKR. Perkasa bergerak sendiri. Perkasa tidak paksa mereka sertai Perkasa,” katanya.

Syed Hassan mendakwa mereka dengan rela hati menyertai Perkasa manakala beratus borang menjadi ahli Perkasa diterima setiap hari.

“Dan, mereka sedar Perkasa tidak akan menjadi parti politik tapi akan menjadi penentu arah politik negara,” katanya.

Tambah beliau, Perkasa juga tidak pernah meminta komponen-komponen BN agar mendekati pertubuhan itu yang dikatakan mempunyai sekitar 50,000 ahli sekarang.

“Dengan kenyataan persetujuan beberapa parti komponen untuk menjauhi Perkasa, kami tidak minta pun mereka dekati Perkasa,” katanya.

Syed Hassan juga memberitahu pihaknya tidak akan rugi apa-apa sekiranya Umno dan rakan mereka memutuskan untuk menjauhkan diri.

“Yang pasti merekalah yang akan rugi. Hairan kenapa mereka takut untuk dekati Perkasa. Adakah undi ahli Perkasa di pilihan raya umum ke-13 nanti tidak dikira nanti oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kah?” katanya.

Pinjaman Mikro Untuk Penduduk Kampung Baru Cina ..Tak pernah UMNO@BN kasi selama nie...ang pow PRU 13 maa...!!!


KUALA LUMPUR: Peruntukan dengan dana permulaan RM100 juta untuk penduduk kampung baru Cina yang diumum pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) kini diperluaskan sebagai pembiayaan mikro untuk mereka memulakan perniagaan kecil-kecilan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung berkata, penduduk yang berminat dijangka dapat memohon pinjaman tersebut menjelang hujung tahun ini.
"Kita belum tahu bagaimana ia akan disalur sama ada pinjaman tanpa penjamin atau sebaliknya. Kementerian Kewangan sedang menyediakan perincian menerusi Bank Simpanan Nasional," katanya kepada Bernama, di sini baru-baru ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan RMK10 pada Jun lepas mengumumkan peruntukan tersebut yang bertujuan membantu penduduk kampung baru Cina membayar premium tanah dan memperbaharui pajakan.
Mengulas lanjut, Chor yang juga Naib Presiden MCA berkata, kerajaan memutuskan perluasan kegunaan dana RM100 juta itu selepas mendapati kebanyakan kampung baru terbabit telah memperbaharui pajakan masing-masing.
Terdapat 450 kampung baru di seluruh negara dan kebanyakannya adalah pajakan untuk tempoh 60 tahun.
Katanya, peruntukan juga tidak terhad untuk membayar premium, pajakan dan pinjaman mikro tetapi turut boleh dipohon bagi membaiki rumah penduduk.
Chor berkata, selain dana RM100 juta itu, kerajaan juga menyediakan peruntukan tahunan untuk menaik taraf jalan, sistem perparitan dan lain-lain projek prasarana.
"Sekiranya pajakan terus disambung, saya fikir keadaan di kampung baru akan lebih selesa," katanya yang yakin jika keadaan itu berterusan nilai tanah di kampung baru juga akan meningkat.
"Selain kerajaan, MCA juga harus dipuji kerana kami telah memainkan peranan besar sejak kampung baru ditubuhkan pada 1948," katanya.
Malah, katanya sejak 1999, kerajaan telah membawa pembangunan ke perkampungan nelayan yang dikenali 'kampung bagan' dan perkampungan yang saling bersambung dikenali 'kampung rangkaian'.
"Terdapat 113 kampung bagan dan 44 kampung rangkaian. Kesemuanya menikmati pembangunan arus perdana yang memastikan tumpuan saksama diberi dalam perancangan dan pembangunan," katanya.
Beliau berkata, kementeriannya telah dipertanggungjawab memantau kesemua kampung bagan, kampung rangkaian dan kampung baru, dan sejak 2009 pelbagai projek pembangunan telah dilaksana di kampung-kampung terbabit. - BERNAMA

Tiada geran tanah walaupun hutang dilangsai....Felda buat ape penaya peneroka ni..!!


11 September 2010
 
GEMAS: Free Malaysia Today turut mendengar keluhan beberapa peneroka tanah rancangan Felda Palong 9, 10, dan 11 yang telah pun melangsaikan hutang tanah seluas 10 hektar kepada Felda, namun masih belum menerima atau diberi geran tanah hak milik individu. Mengikut Akta Penempatan Berkelompok atau Group Settlement Act (GSA) 1960, apabila peneroka selesai membayar kesemua jumlah hutang hak milik tanah, Felda akan menjadi orang tengah dengan mengesyorkan kepada kerajaan negeri supaya dikeluarkan geran tanah kepada peneroka.
Namun perkara ini tidak berlaku kepada peneroka Md Salam Yusof,49, yang sudah pun melangsaikan hutangnya sejumlah RM52,000 sejak tahun 2008.

Beliau menjadi peneroka awal di tanah rancangan Felda Palong sejak tahun 1985 membayar ansuran kepada Felda sebanyak RM250 sebulan melalui potongan hasil pendapatan bulanannya.

Katanya, selepas bebas daripada hutang, hasrat untuk menanam secara sendiri dan tidak mahu lagi bergantung kepada Felda tidak kesampaian memandangkan pengurusan Felda masih lagi bermain tarik-tali terhadap pemberian dokumen geran hak milik tanah.

"Saya menerima duit raya daripada Felda selepas Perdana Menteri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM350 kepada setiap peneroka.

"Saya hanya menerima RM200 sahaja, peneroka yang lain dapat bayaran penuh. Ini bermakna mereka (Felda) sudah mengiktiraf status saya bukan lagi sebagai peneroka yang masih berhutang.

"Jika pemberian duit raya ini sudah memberi petanda yang saya sudah bebas daripada hutang Felda, kenapa tidak terus diberikan geran tersebut kepada saya," soal beliau.

Felda ambil kesempatan?
Md Salam, yang juga Ketua Program Tanam Semula Palong 9, berkata, Felda seperti mahu mengambil kesempatan terhadap dirinya apabila menawarkan perjanjian program tanam semula, walaupun tahu beliau telah malangsaikan hutang tanahnya itu.

Katanya, Felda melalui Tabung Tanam Semula akan memberikan elaun sara hidup dan lain-lain bantuan kepada peneroka sebanyak RM1,000 sebulan dan peneroka itu akan diberikan pinjaman (hutang) yang mesti dibayar balik.

"Saya tidak mahu hidup dibebani hutang Felda lagi kerana saya mampu memperoleh pendapatan dua kali ganda jika tanam sendiri. Felda seperti cuba menghalang peneroka daripada berdikari dan mendapat hasil keuntungan berganda".

"Saya juga pernah menerima aduan daripada peneroka lain yang mereka digertak untuk diusir keluar daripada tanah rancangan jika tidak mahu tanam semula dengan Felda," katanya.

Demo Di Pakistan - Jangan Sesekali Berfikir Untuk Membakar Al-Quran


Demo di beberapa kota Afghanistan

Ribuan warga Afghanistan turun ke jalanraya untuk memprotes rancangan pembakaran Al Quran di Florida yang kini telah ditangguhkan.

Dalam salah satu tunjuk perasaan yang terjadi di Afghanistan Timur Laut, tiga orang tertembak ketika mereka melakukan demontrasi di sebuah pangkalan Nato.

Presiden Afghanistan Hamid Karzai mengatakan rancangan Pastor Terry Jones di Gainesville, Florida merupakan penghinaan terhadap Islam.

Pastor Terry Jones mengatakan dalam acara television Amerika bahwa dia sekarang tidak berniat melaksanakan rencananya.

Presiden Barack Obama telah memperingatkan bahawa tindakan itu akan mempermudah Al Qaida untuk merekrut anggota, sementara Menteri Pertahanan Robert Gates meminta pastor itu membatalkan rencananya.

Berbagai demonstrasi di Afghanistan terjadi setelah solat aidilfitri semalam.

Para demonstran telah membakar bendera Amerika dan meneriakkan "Mampus lah ummat Kristen".

Di berbagai tempat

Di ibukota provinsi Badakhshan, Faizabad, menurut Ketua Polis tempatan sekitar 1500 turun ke jalanraya untuk melakukan protes.

Protes yang lebih kecil juga terjadi di kota itu, dimana sekitar 150 orang melemparkan batu dan berusaha memanjat dinding sebuah tempat kemudahan Nato yang dijaga tentera Jerman.

Ketua Polis, Faizabad mengatakan penjaga keamanan swasta telah menembak para demonstran sehingga mencederakan tiga orang.

Demonstrasi juga terjadi di ibukota provinsi Nimruz, Zaranj; di provinsi Kunar; di provinsi Nangarhar; dan provinsi Parwan di utara Kabul.

Demonstrasi dilaporkan juga terjadi di provinsi Baghlan, Kunduz dan Balkh.

Afghanistan mempunyai 34 propinsi. Kabul juga dilanda berbagai demontrasi sepanjang minggu ini.

Ketika menyampaikan kutbah Idul Fitri, Presiden Karzai mengatakan: "Kita mendengar bahwa di Amerika ada pendeta yang berniat menghina Al Quran. Meski sekarang tindakan itu tidak jadi dilakukan, kami katakan kepada mereka bahwa seharusnya mereka sama sekali jangan berfikir untuk melakukan hal itu."

"Mereka tidak akan mencederai Al Quran dengan membakarnya. Al Quran berada di hati sanubari satu setengah billion orang. Penghinaan terhadap Al Quran merupakan penghinaan terhadap berbagai bangsa."

Pertikai Perkasa pendirian personal atau MT Umno, soal Ibrahim

September 11, 2010
Ibrahim: Jika ia kenyataan peribadi, adakah ia bermakna Tengku Adnan mengatasi kedudukan Majlis Tertinggi Umno.
KUALA LUMPUR 11 Sept — Datuk Ibrahim Ali hari ini mencabar Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sama ada kenyataan beliau mengenai Perkasa baru-baru ini pandangan peribadinya atau pendirian rasmi Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Presiden Perkasa itu berkata lazimnya isu yang dibincang dan diputuskan oleh MT Umno akan diumumkan oleh Presiden Umno dan oleh itu, kini timbul keraguan sama ada Setiausaha Agung Umno itu seiring dengan pendirian parti ataupun sebaliknya.
“Jika ia kenyataan peribadi, adakah ia bermakna Tengku Adnan mengatasi kedudukan Majlis Tertinggi Umno,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini pada sidang media di rumahnya di sini hari ini.
Reaksi ketiga dalam seminggu ini muncul ketika pemimpin-pemimpin Umno dan komponen BN yang lain mempertikaikan Perkasa dan secara terbuka meluahkan ‘protes’ terhadap hala tuju perjuangannya yang dilihat akan menghakis sokongan kepada BN.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider Selasa lalu, Tengku Adnan menegaskan, partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.
Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.
Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan Perkasa pimpinan Ibrahim.
Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008.
“Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas,” kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN.
Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS.
“Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami,” kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli  Perkasa adalah dari Umno.
“Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi,” katanya lagi.
Sebelum ini Perkasa pernah mengatakan bahawa sesiapa yang memusuhi pertubuhan ini tidak akan menerima sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.