Rabu, 8 September 2010

Hutan simpan di Negeri Sembilan gondol





Jika ini berlaku di Selangor atau mana - mana negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sudah tentu ia akan menjadi bahan muka depan media selama berbulan, namun ia berlaku di Negeri Sembilan maka ia disenyapkan.

Hutan Simpan Kekal Johol telah mula digondolkan sejak pertengahan 2009. Dikesan dan dibuat secara terang - terang. Sekitar September 2009 hingga awal 2010 bukan menjadi rahsia lori balak keluar dan masuk. Laporan telah dibuat namun semuanya senyap dan sunyi. Malapembalak haram secara berani meletakkan papan tanda 'Awas Lori Balak keluar dan masuk' dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Johol berdekatan Kawasan rekreasi Air Terjun Johol. Iaitu terletak antara jalan yang menghubungkan Kg Batu, Rembau dan Inas, Kuala Pilah.

Setelah mendapat desakan akhbar Sinar membuat juga liputan mengenai penebangan hutan simpan kekal ini malangnya jawapan cukup 'sengal' dari Menteri Besar Negeri Sembilan yang menasihatkan orang asal di Negeri Sembilan akan mengawal pembukaan tanah dan seumpamanya.

Gila !! Menteri Besar nak tuduh orang asal buka tanah untuk pertanian dengan tebang balak , pikul dan jual ???? Tak masuk akal..... selepas itu tidak ada tindakan lanjut.

Dari cara pencuri balak terang - terangan ini dan tidak ada langsung tindakan kerajaan maka tidak boleh dielakkan tuduhan pembalak haram ini dilindungi.

Di atas ialah gambar semasa lawatan ke kawsan tersbeut baru - baru ini, papan tanda hutan simpan kekal dan gambar gondol itu hanya beberapa puluh meter dari papan tanda amaran itu. Kawasan gondol itu sebelum ini ialah rimba yang penuh pohon berharga.

Mohon hebahan media dan desak penjelasan terbuka dari pemerintah. Yang bertanggungjawab harus dihukum.

Untuk pengetahuan semua pencurian balak bukan sahaja di Hutan Simpan Johol yang sebahagianya masuk kawasan Parlimen Rembau tetapi turut terjadi di beberapa kawasan lain dalam negeri ini tanpa ada tindakan yang dilihat tegas. 
 

PANAS - Zaid Ibrahim Tawarkan $$$ Kepada Blogger Pro Kerajaan BN...!!!.betul ke ni Datuk...adooi...!!!!

Zaid Ibrahim melalak lalak menyatakan dirinya di Fitnah oleh beberapa Blogger Pakatan Pembangkang. Emmm betul kah dirinya di Fitnah?

Dalam 3 minggu yang lalu ada rakan blogger Pakatan Pembangkang memaklumkan pada Gomo untuk minta bantuan dan sebagai balasan Gomo di tawarkan Upah yang agak lumayan. Bantuan yang sebenarnya memang kerja Gomo pun untuk bertindak.

Rakan Blogger tersebut meminta Gomo untuk pilih dalam lingkungan 3 orang lagi Blogger pro Kerajaan BN untuk menghentam Zaid Ibrahim dalam Blogg dan Facebook. Tugas yang mana kalau ikutkan Gomo dan rakan yang lain tak di bayar pun tidak mengapa kerana perjuangan kita memang nak hentam pakatan pembangkang.

Gomo tanya pada rakan Blogger tersebut untuk apa? Walaupun dalam hati Gomo dah syak ini semua untuk kempen Zaid Ibrahim bertanding dalam pemilihan PKR. Masa tu Zaid belum pun umumkan untuk bertanding dalam merebut jawatan No 2 kerusi panas PKR!

Dah ternyatalah Sah bila rakan Blogger tersebut memaklumkan yang Zaid Ibrahim sendiri yang sanggup mengupah Gomo bagi menaikkan namanya agar di terima oleh ahli PKR. Kiranya bila Gomo dan rakan blogger pro kerajaan yang lain Attack Zaid Ibrahim berterusan maka nama Zaid akan di ingat dan di sebut sebut.

Malah ahli PKR yang akan menentukan pengundian itu nanti akan menyokong Zaid kerana Di anggapkan Zaid sebagai satu ancaman kepada Kerajaan BN!

Agak agak lu orang berapa wang yang di tawarkan kepada Gomo? Gomo terkejut kerana selama berjuang dalam Berblogg ni satu sen pun kerajaan BN atau UMNO tak bayar tapi bila Agen Zaid Ibrahim PKR pinta Untuk jalankan tugas ni RM10 ribu sanggup di bayar kepada Gomo satu team 4 orang Blogger!

Fuh, Terkejut berok jugak Gomo masa tu! Tanya dia betul ke RM10 ribu ni? Rakan Blogger kata betul kalau tak cukup dia boleh minta Zaid Ibrahim tambah lagi dan kalau Zaid Ibrahim menang maka akan di tambah lagi dengan BONUS!

Gomo bukanlah blogger cari makan yang sapu kiri kanan atau sanggup menggadaikan Prinsip perjuangan ini. Maka Gomo dengan rendah hati menolak tawaran tersebut dengan kata pada Rakan Blogger tersebut

Atas prinsip Gomo sebagai pejuang Cyber maka Gomo menolak tawaran lumayan tersebut. Dan Gomo juga meniliti mana mana blogg pro kerajaan yang keluarkan cerita Zaid Ibrahim sepanjang kempen Pemilihan PKR ini dan ternyata rakan Blogger Kerajaan yang lain juga nampaknya tidak makan Hasil Suapan Zaid Ibrahim ini.

Buat semua pejuang Cyber anda di ingatkan agar tidak menggadaikan prinsip perjuangan ini. Dah memang tugas kita untuk menghentam Pakatan Pembangkang dan tak perlu pihak pakatan pembangkang nak Bayar kepada kita kerana kerja kita ini. Prinsip perlu di pertahankan!

Buat Zaid Ibrahim! Anda Silap memilih aku ataupun mana mana blogger Pro Kerajaan untuk promote anda! Kami tak kemaruk dengan Duit dari anda tu. Banyak lagi rezeki kami dalam kehidupan ini. Boleh jalan lah!!!

Psssttt... Harap rakan Blogger Pakatan yang hubungi Gomo tak marah kerana pendedahan ini! Lawan tetap Lawan! Nama anda tetap di rahsiakan!

Hasil DEB


Apa hasil DEB yang kononya jaga hak Melayu...... ??? Atas itu senarai org paling kaya dalam negara ini terbaru 2 Jun 2010..... bila DAP kuasai negara ? Bila yang sejarah bukan Umno kuasai negara....tapi inilah hasilnya... kerana Umno kuasai negara maka habis Melayu dijahanamkan....

Eh! Pandailah Angelina Jolie Bertudung, Boleh Kalahkan Bik Mama


DUTA muhibbah UNHCR, Angelina Jolie pada sidang media di Islamabad, Pakistan, hari ini. Jolie melawat barat daya Pakistan semalam untuk menarik perhatian dunia terhadap penderitaan 21 juta penduduk di wilayah yang teruk dilanda banjir itu. Ia adalah lawatan keempat aktres Amerika berusia 34 tahun itu ke Pakistan sejak menjadi duta UNHCR pada 2001-BH
Eh! Pandai pula Angelia Jolie bertudung. Lebih pandai dan lebih sopanlah dari sesetengah orang...kita ambil contoh Rosmahlah. Kalau ada yang berkata, tu nampak leher tu...ek-ele Rosmah pun bertudung nampak leher gebunya juga. Jadi berdasarkan gambar di atas pandai lagilah Angelia bertudung, boleh kalahkan Rosmah ni....


Patutnya Angelina Jolie juga boleh menjadi Duta Tudung untuk wanita Umno kan...kan...

Dah Kurang...

Perghgggg.... malam ni solat terawih kat tempat gua tinggal 2 saf jer....


Ramai yang balik kampung atau pergi bershopping...???

Pendedahan KPN menggemparkan!


Selama ini, rakyat hanya mendengar dari mulut pimpinan Pakatan Rakyat dan beberapa NGO tentang campur tangan kerajaan 1Malaysia terhadap institusi keselamatan di negara ini. Polis sering kali dituduh menjadi alat dan boneka kepada kerajaan Umno-BN.

Ramai yang melenting dan marah-marah dengan kenyataan itu. Menganggap segala tuduhan dan dakwaan itu fitnah dan tidak berasas. Tetapi ternyata apa yang didakwa selama ini terbukti benar bahawa kerajaan Umno-BN memang selama ini memperalatakan polis untuk menutup kelemahan,skandal dan penyelewengan untuk mengekalkan kuasa.

Kenyataan ini bukan keluar dari mulut orang kampung di kedai kopi tetapi dari Ketua Polis Negara sendiri! Tan Sri Musa Hassan dalam kenyataannya semalam mengesahkan bahawa Kementerian Dalam Negeri campur tangan dan terlibat secara langsung sehingga menjejaskan proses sisasatan polis.

Bagi saya kenyataan ini sangat bahaya kerana ia melibatkan kepentingan masyarakat dan imej negara di mata dunia. Bermakna ada pihak yang teraniaya dan dizalimi. Tidak mustahil ada penyelewengan, jenayah dan skandal yang tidak mendapat keadilan dan siasatan yang adil dan telus.

Rakyat berhak tahu sejauh mana penglibatan kerajaan melalui Kementerian Dalam Negara yang mengganggu dan menjejaskan siasatan polis. Ini bukan hal main-main ini perkara besar. sebelum ini rakyat dikejutkan dengan pelbagai isu yang mengemparkan institusi keselamatan dalam negara.

Rakyat masih belum lupa isu pemecatan hakim-hakim kanan satu ketika dahulu. Rakyat masih belum lupa bekas Ketua Polis Tan Sri Rahim Nor yang menumbuk hingga lebam Dato Seri Anwar Ibrahim. Isu pita rakaman Linggam masih lagi menimbulkan persoalan apakah kesudahannya. Rakyat masih tertanya-tanya apa di sebalik isu mendiang Teoh Beng Hock yang dikatakan 'mencekik diri sendiri' sebelum terjun dari bangunan SPRM.Malah banyak lagi isu yang melibatkan pihak keselamatan seperti polis dan SPRM yang menimbulkan pelbagai spekulasi dan 1001 persoalan yang masih tidak terjawab.Adakah dalam hal ini kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya terkecuali?

Rakyat juga ingin tahu apakah kes yang melibatkan campur tangan dan 'gangguan'dari Kerajaan Umno-BN. Adakah ia melibatkan juga kes Liwat 1 dan Liwat 2 Dato Seri Anwar Ibrahim? Bagaimana kes berfrofil tinggi yang lain seperti penyelewengan PKFZ, kes rasuah yang melibatkan beberapa pimpinan Umno dan BN antaraya yang melibatkan Ketua Menteri Melaka, Dato Norza Zakaria dan ramai lagi yang umum sedia maklum.

Kenyataan Ketua Polis Negara ini seolah-olah mengesahkan bahawa ada konspirasi, siasatan dan pendakwaan terpilih yang boleh menjejaskan reputasi dan berkait rapat dengan keselamatan negara.

Maka satu badan siasatan bebas seperti Suruhanjaya Diraja wajar ditubuhkan bagi membersihkan imej polis dan memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi ini. Saya teringin mendengar komen daripada Menteri Dalam Negeri adakah dakwaan KPN ini benar dan berasas atau sekadar melepas perasaan yang terpendam menjelang detik-detik akhir persaraan beliau.

Layanan dingin ke atas keluarga kes ditembak polis

Wakil keluarga yang mendakwa pihak polis bertindak kejam ke atas ahli keluarga mereka sekali lagi diberi layanan dingin dan terpaksa berdepan dengan karenah birokrasi apabila cuba menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Mereka yang ditemani sepuluh peguam dari kumpulan NGO, Lawyers for Liberty berharap dapat berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein atau sekurang-kurangnya, ketua setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam.

Mereka sebaliknya dihalang daripada memasuki bangunan kementerian itu di Putrajaya dan terpaksa menuggu 40 minit sebelum seorang pegawai datang dan menerima memorandum itu bagi pihak Hishamuddin.

Wakil keluarga enam kes ditembak polis dan mati ketika dalam tahanan itu termasuk kes Aminulrasyid Amzah, 15, yang meninggal dunia akibat ditembak polis di Shah Alam, Selangor April lalu, dan temannya, Azzamudin Omar, 15, yang cedera ditembak dalam kes sama.

Kes-kes lain adalah Mohd. Afham Arin, 18, dari Johor yang meninggal dunia akibat ditembak pada Oktober tahun lalu; Norizan Salleh, 30, dari Kuala Lumpur yang terkena lima tembakan juga pada Oktober tahun lalu; Shahril Azlan, 26, dari Selangor yang cedera ditembak pada April tahun lalu dan dan A Kugan, 22, yang mati dalam tahanan polis Januari tahun lalu.

Musa Hassan too little, too late on interference in police work

Hisham and Musa - the bile now out in the open
Gavin Khoo

Musa Hassan has regarded the Home Ministry to be "interfering" with police work. His outburst may not be well received by his critics. It is seen as a desperate attempt to clear his tarnished record as the Inspector-General of Police.

In his rare outburst at his final Press conference on Monday, he had named the home ministry as one of the "third parties" causing excessive interference in the police force.

"All kinds of people interfere. People from the ministry itself, outsiders and people with vested interests who want to do things that are not right," he was reported to have said.

Ironically, he has advised his men not to become 'yes men' and yet this is exactly how he was perceived during his tenure as the chief of police. Musa's thumb print can be found in almost all political disputes between BN and Pakatan.

Musa with his successor Ismail Omar
Remember the fiasco in the Perak state assembly? Remember the arrests made against peaceful protesters? Remember how Musa was so eager and determined to defend and protect his political masters?

Why should Musa be surprised about these interference? Why would the Home Minister appoints a near retiring police officer to the top post each time?

The whole idea is to put the chief of police under their thumb. This is a classic case of "I scratch your back, you scratch mine". Musa got his contract despite being over his retirement age and the government got a chief of police who is willing to get his men to do the dirty job.

It is crap for Musa to suggest that he was not aware of instructions given to his men. If this is true, he should have used the stick if his men had acted without his instruction. Did he do anything? No.

Musa is desperate to repair his image by pointing his finger at the Home Ministry. Predictably, he only voiced out his frustration and unhappiness after his contract was not renewed. If he gets another two years, Musa would have been more than happy to play along.

Too bad, Musa's allegations do not help to convince us that he was a chief cop in distress. He was a willing party to whatever abuses and poor decisions made by the police force.

If not social contract, let's talk political contract :Nurul invites PM

Fast-rising new star Nurul Izzah Anwar
SEPT 8 — I refer to the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s reminder to all Malaysians not to question “provisions in the constitution, particularly those related to the ‘social contract.’”

The prime minister also said, and I quote: “Please remember that it is our responsibility to care for the country for our future generations. Let us not damage what is already in good condition.”

If we cannot discuss the “social contract”, then can we instead discuss the “political contract”, that should be built on a free and fair election supported by a functioning fourth estate, a free media?

If people cannot have reliable information, exchange opinions or even have their dissenting voices heard through a free and independent media, and vote for their legitimate representatives at all three levels of government — local, state and federal — in a free and fair manner, then what kind of “political contract” have the people be handed with?

It would be more like a “hit contract”, where only the people get “hit” with state propaganda and “hit” again at the ballot box through unfair electoral process.

Therefore, I wish to invite the honourable prime minister to participate in an open and honourable discussion on election reforms and freedom of the media, which I believe would complement and assure the success of the NEM (New Economic Model) being proposed soon by the honourable prime minister himself as announced recently.

If we still cannot discuss or debate on our “political contract”, then do tell us what can be discussed.

Finally, I humbly await the prime minister’s honourable reply.

Tian Chua: Perkara 48 Perlembagaan penghalang politik mobilisasi

Mahkamah Rayuan pada 30 Ogos 2010 membenarkan rayuan Tian Chua terhadap sabitan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi berhubung kesnya, iaitu kesalahan menggigit anggota polis.  Ketiga-tiga orang panel hakim sebulat suara menyetujui bahawa penghakiman Mahkamah Tinggi dibuat tanpa mempertimbangkan semua bukti.
Sejak awal lagi kes ini menjadi pertikaian umum - Polis yang mengakui dirinya membelasah Tian Chua tidak didakwa, sebaliknya Tian Chua (gambar kanan) yang dibelasah pula yang diheret ke mahkamah, berdepan dengan tuduhan menggigit anggota polis - insiden yang tidak kelihatan berlaku dalam klip video yang dirakam di tempat kejadian.
Pertikaian kemudiannya dilanjutkan kepada hukuman denda RM2000, memasuki babak "perkiraan matematik", sama ada hukuman ini memenuhi takrifan "tidak kurang daripada RM2000" dalam Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, yang bakal menjurus kepada kehilangan hak kelayakan Tian Chua sebagai ahli parlimen.
Keadaan semakin keruh apabila calon mula dicadangkan untuk menyarung jersi PKR, belumpun dikesahkan sama ada kerusi Batu sudah dikosongkan mahupun tidak, lebih-lebih lagi ia harus ditentukan speaker (dewan perundangan) ataupun mahkamah (sistem kehakiman)?
Pertikaian yang hilang fokus
Namun demikian, untuk watak utama kes ini, fokus isu telah dikaburi, malah pertikaian dan perbincangan tersebut telah terpesong daripada isu pokok.
Seandainya diteliti Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan, telah dinyatakan mengenai kehilangan hak kelayakan sebagai ahli parlimen - pada klausa 1(e), seseorang telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun, atau denda tidak kurang daripada RM 2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan bebas.
Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 11 Julai 2010, Tian Chua melihat Perkara 48 sebagai satu undang-undang yang "menjinakkan politik mobilisasi" di tanahair kita.  Lantaran daripada Perkara 48, wakil rakyat tidak berani untuk berdemonstrasi di jalan raya, malah tidak berani untuk berucap dalam ceramah yang tidak mempunyai permit.  Mereka sekadar bersuara dalam dewan perundangan, dengan "imuniti" yang diperuntukkan untuk melindungi wakil rakyat.
"Seandainya media enggan menyiarkan kenyataan mereka, maka mesej kami (pembangkang) gagal disampaikan kepada masyarakat massa," kata Tian Chua (gambar kanan).
Tian Chua menjelaskan, "Pendirian PKR adalah untuk mencabar (sekatan) ini.  Tiada wakil rakyat yang boleh berkata, 'saya tidak berani untuk hadir ceramah yang tidak mempunyai permit'."
Pemimpin politik yang memahat ingatan orang ramai dengan imej "pejuang jalan raya" sejak zaman reformasi tahun 1998 ini menyifatkan Perkara 48 sebagai "undang-undang zalim", kerana menjadikan wakil rakyat pantang untuk muncul di dalam himpunan rakyat, dan melaungkan suara rakyat.  Ekoran daripada itu, pembangkang gagal menggembleng sokongan rakyat secara berkesan.
Bagaimanapun, Tian Chua menganggap akta ini telah hilang kesannya secara beransur-ansur, apabila pemimpin pembangkang mengambil pendekatan demonstrasi jalan raya untuk beberapa tahun kebelakangan ini. 
Pindaan diperlukan...
Namun demikian, ia bukan bermakna wakil rakyat kebal daripada pelucutan kelayakan sebagai seorang ahli dewan perundangan.  Tian Chua mencadangkan agar Perkara 48 ini dipinda supaya hukuman pelucutan kelayakan wakil rakyat dihadkan kepada kesalahan jenayah seperti pembunuhan, pecah amanah, rasuah, pencurian dan sebagainya.
Sebaliknya, pelucutan kelayakan ini dikecualikan seandainya seseorang wakil rakyat disabitkan kesalahan seperti menghadiri perhimpunan haram, perlanggaran Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA), Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan sebagainya.
PPPA, OSA, ISA malah seksyen 27 Akta Polis 1967 telah hangat diperbincangkan, malah dikategorikan sebagai "akta zalim".  Secara perbandingannya, Perkara 48 ini jarang dipertikaikan sebagaimana akta tersebut.
"Tiada pertikaian (terhadap undang-undang ini) kerana mangsanya ahli dewan perundangan sahaja.  Ia tidak memberi kesan kepada orang awam."  Pertikaian Tian Chua terhadap Perkara 48 pernah dipersoalkan sebagai "terhantuk baru tengadah".  Beliau menjelaskan, undang-undang ini diperbincangkan semasa ia menimpa Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP), dan juga Wee Choo Keong (bekas ahli parlimen DAP dan PKR).  Menurut Tian Chua, media memberi satu persepsi bahawa Lim dan Wee membincangkan Perkara 48 ini untuk kepentingan diri, kerana mereka ingin bertanding dalam pilihan raya.
"(Mengikut gambaran media) Ia seolah-olah tidak berkaitan dengan pengundi, sebaliknya ia dipersalahkan kepada wakil rakyat kerana tidak berhati-hati, mulut celupar dan turun ke jalan raya..."  Tian Chua merungut, sambil mendedahkan bahawa dirinya dinasihati pengundinya agar tidak turun ke jalan raya dan tidak "terlalu berani bersuara", sehingga pengundi "kehilangan seorang wakil rakyat yang baik".
Untuk Tian Chua, keadaan ini menunjukkan bahawa masalah pokok dalam isu ini telah diputarbelitkan.  "Sebaliknya, kita membincangkan sama ada Barisan Nasional mahu PRK diadakan atau tidak.  Kuasa hakim untuk menentukan PRK atau kuasa speaker.  Atau (bandingkan dengan) kes Fan Yew Teng (bekas wakil rakyat DAP)... Seolah-olah kita terlupa layanan yang tidak adil ke atas Fan Yew Teng," kata Tian Chua.
"Padahal, kita harus kata Fan Yew Teng tidak harus dilucutkan kelayakannya.  Tapi, sebaliknya beliau kata 'kalau Fan Yew Teng dilucutkan kelayakan, jadi orang yang lain juga harus dilucutkan kelayakan'," sambung Tian Chua.
Pengerusi DAP, Karpal Singh, yang juga seorang peguam veteran, tampil memberi peringatan dengan merujuk kepada kes Fan Yew Teng, pada saat-saat Tian Chua melegakan nafas setelah dijatuhkan hukuman denda RM2000.  Pada tanggapan awal pihak Tian Chua, hukuman denda tersebut tidak cukup untuk melucutkan kelayakannya.
Kenyataan Karpal Singh ini menimbulkan rasa tidak senang di kalangan Pakatan Rakyat, khususnya pihak PKR, yang menganggap Karpal sengaja berbuat demikian kerana beliau tidak begitu senang dengan Tian Chua sejak dahulu lagi.  Malah, ada yang mengimbas sejarah sehingga lembaran PRK Lunas, yang menyaksikan bagaimana Tian Chua mengugut untuk meletak jawatan, seandainya DAP tidak memberi laluan kepada calon Parti Keadilan Nasional (ketika itu) untuk bertanding.
"Pertama, saya tidak tahu apa perbalahan yang pernah berlaku antara diri saya dengan Karpal (gambar kanan).  Pada saya, kenyataan ini (Karpal sengaja membangkitkan kes Fan untuk mengheret Tian) sukar diterima.  Saya menganggap Karpal mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.  Beliau berpegang teguh dengan pandangan dirinya.  Beliau boleh melihat isu lebih daripada satu perspektif.  Beliau melihat masalah dari sudut undang-undang, sebagai peguam, dan bukan semestinya sebagai pembangkang atau perspektif hak asasi manusia, semasa beliau melihat sesuatu isu."
Tian Chua menambah, "Ini mungkin pendirian beliau.  Saya tidak perlu untuk meneka apakah motif di sebaliknya.  Saya balik kepada titik asal.  Seandainya Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga, atau kami memerintah, kami harus memikirkan cara untuk meminda perlembagaan dalam dewan parlimen, supaya ahli dewan dapat memainkan peranan mereka secara berkesan."
"Saya tidak berniat untuk menjelaskan, seandainya hakim menurunkan hukuman denda tersebut kepada RM1999, maka selesailah masalah ini.  Betul beliau selesaikan masalah, tetapi jelas, mahkamah telah dipolitikkan.  Saya tidak berniat untuk menjadikan ini sebagai fokus," jelasnya.

Bubarkan Makmal Rasionalisasi Subsidi

1. Sempena bulan Ramadhan dan menjelang Syawal ini saya berharap kerajaan dapat meneliti semula masalah kesempitan rakyat terutama di bandar-bandar akibat kenaikan kos sara hidup yang tinggi yang tidak setara dengan kenaikan pendapatahn rakyat.
2. Laporan New Straits Times (NST) Ahad lalu menunjukkan terdapat jurang yang agak besar dalam kenaikan kos sara hidup berbanding pendapatan rakyat.  Namun ini tidak dapat difahami oleh sebahagian pembuat polisi kita kerana mereka melihat unjuran berdasarkan pendapatan perkapita rakyat dengan kenaikan harga pengguna (Inflasi).
3. Kedua-dua petunjuk ini sangat palsu sifatnya.  Pendapatan Per Kapita Rakyat tidak menjamin kekuatan kuasa beli rakyat apabila jurang pendapatan antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah berbeza terlalu besar.  Sungguhpun jurang pendapatan di negara ini tidak seteruk kebanyakan negara membangun dan dunia ketiga, ia menujukkan jurang ini semakin meluas.  Indeks Harga Pengguna yang mengukur inflasi negara juga tidak mencerminkan peningkatan inflasi yang dirasai oleh rakyat.
4. Sebenarnya kita tidak memerlukan laporan khas NST pun untuk memahami betapa kita sedang berhadapan dengan masalah kenaikan kos sara hidup yang sangat parah.  Kenaikan harga petrol, tol, kadar pinjaman asas dan barangan kegunaan seharian merupakan punca kuasa beli rakyat makin berkurangan.
5. Selain tindakan kerajaan beberapa tahun lalu menaikkan harga petrol dan tol secara mengejut sehingga menjejaskan perbelanjaan golongan berpendapatan sederhana rendah dan rendah, kewujudan Makmal Rasionalisasi Subsidi juga telah menjejaskan lagi usaha mengurangkan kos sara hidup.
6. Makmal ini mempunyai tanda aras ukuran pencapaian (Key Performance Index - KPI) tertentu bagi menetukan kejayaannya.  KPI makmal ini tentulah sejauh mana dan sehebat mana mereka mampu mengurangkan bebanan subsidi kerajaan.  Sebab itu kita dapati Menteri dan pemikir makmal terbabit hanya bekerja mencari idea bagi menurunkan bebanan subsidi kerajaan tanpa mempedulikan masalah rakyat.
7. Sejak kewujudan makmal ini ia memberi masalah besar kepada para wakil rakyat Barisan Nasional kerana terpaksa pula berhujah dan "bergaduh" dengan pasukan makmal ini.  Wakil Rakyat BN sama ada di peringkat Parlimen mahu pun DUN terpaksa membuat pelbagai bantahan, komen malahan saya difahamkan dalam beberapa sesi penerangan tertutup berlaku pertikaman lidah yang sangat hebat.
8. Ini tidak dapat dielakkan kerana mereka yang bertanggungjawab terhadap makmal cuba memenuhi KPI mereka.  Manakala wakil rakyat yang akan berhadapan dengan rakyat di bawah ingin melihat kehidupan rakyat yang lebih baik dan juga memastikan BN terus mendapat sokongan ramai.
9. Saya (Khir Toyo, gambar kanan) khuatir jika Makmal Rasionalissai Subsidi ini terus kekal dan membuat pelbagai syor yang tidak masuk akal kepada rakyat biasa maka akan berlaku krisis yang besar antara kerajaan dan wakil rakyat BN yang tidak memegang jawatan eksekutif.
10. Banyak isu yang diutarakan secara semberono oleh penguasa Makmal ini memberi masalah besar kepada wakil rakyat yang sering turun ke kawasan.  Kadang-kadang kerja keras membantu dan berkhidmat kepada rakyat selama enam bulan hancur sekelip mata apabila rakyat marah mengenai kenaikan harga gula, tepung dan petrol.
11. Saya juga hairan kerana kadang-kadang Makmal ini berusaha mengurangkan subsidi kononnya sebagai mengurangkan bebanan kerajaan tetapi kerajaan pula memberi subsidi dalam bentuk lain yang makin meningkat pula perbelanjaan kerajaan.  Ada juga mahu dihapuskan subsidi lain tetapi diganti dengan subsidi lain apabila rakyat mula merungut.  Akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
12. Justeru saya berharap kerajaan dapat membubarkan sahaja Makmal Rasionalisasi Subsidi ini kerana ia hanya menguntungkan kerajaan bukannya rakyat dan parti.  Kita tidak perlu makmal pun untuk membuat keputusan mengurangkan subsidi seperti mana yang dicadangkan oleh Makmal ini.  Malahan jika dilihat dalam isu kenaikan harga Petrol, cadangan Makmal ini seperti pembelian menggunakan mykad dan pemberian subsidi terhad menggunakan sistem tertentu langsung tidak masuk akal.
13. Akhirnya kerajaan menggunakan cadangan orang ramai juga untuk mengurangkan subsidi petrol iaitu dengan memberi pilihan kepada rakyat sama ada mahu petrol subsidi atau petrol harga pasaran.  Alhamdulillah mereka yang mampu secara sukarela menggunakan petrol RON 97 yang tidak disubsidikan.  Justeru apa perlunya makmal ini jika hanya menambah bebanan politik kepada BN?
14. Adalah lebih masuk akal jika kerajaan menubuhkan Makmal Menurunkan Kos Sara Hidup Rakyat atau Makmal Mengurangkan Bebanan Hidup Rakyat.  Barulah nampak rakyat diutamakan.
*Tulisan ini dipetik dari blog Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor, kini sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor.

MB sedia dedah laporan audit mengenai exco dan ahli majlis

1 roonie 1 SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor sedia mendedahkan laporan audit mengenai isu yang membabitkan seorang exco kerajaan negeri dan dua ahli Majlis Perbandaran Kelang (MPK)kepada umum.
Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau boleh menggunakan budi bicara Seksyen 23 (C) Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang mengklasifikasikan semua laporan audit boleh diedarkan kepada orang ramai.

Laporan audit berkenaan ialah terhadap exco Ronnie Liu (foto),  dua ahli majlis MPK iaitu Tee Boon Hock  dan Hamidah Mat Som.
"Jabatan audit negeri mengesahkan berlaku pemalsuan tandatangan pada surat sokongan menggunakan kepala surat  Ronnie, exco kerajaan Selangor.
"Terdapat penggunaan kepala surat yang ditandatangani orang lain bagi pihak Ronnie," katanya di sini hari ini.
Mengenai Tee, Khalid berkata, isu pokok bukan mengenai surat sokongan tetapi kegagalannya membuat deklarasi bahawa syarikat tersebut milik anaknya.
Beliau berkata,  Tee mengeluarkan 10 surat sokongan dikeluarkan bagi mendapatkan sokongan terhadap 20 syarikat sepanjang 2008 sehingga tarikh semakan bagi mendapatkan kerja yang ditawarkan MPK.
Daripada 10 surat sokongan itu, 16 kontrak kerja bernilai lebih RM900,000 ditawarkan kepada  syarikat yang disokong oleh Tee.
"Satu kontrak bernilai RM19,924.20 diberikan kepada syarikat perkhidmatan AA yang mana salah seorang pengarah syarikat adalah anak Tee.
"Kegagalan Tee membuat deklarasi bahawa syarikat itu milik anaknya  menimbulkan konflik kepentingan.
"Beliau sepatutnya buat deklarasi untuk elak pelanggaran etika tatacara pemberian sokongan untuk mendapatkan kontrak," tambahnya.
Hamidah pula, kata menteri besar  telah menyokong syarikat milik suaminya sebagai salah satu syarikat untuk mendapat 19 kontrak bernilai RM400,000," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Katanya, beliau akan menyemak semula  untuk memastikan perkara berkenaan dan hasilnya akan diumum kan selepas raya.
Khalid juga menjelaskan tiada surat sokongan terhadap kerja menaik taraf longkang utama di Lebuh Setaka, Taman Chi Liung, Kelang bernilai RM800,000 yang  dibuat laporan polis oleh Syarikat Paras Enterprise.

Mashitah: AJK patut jaga kesucian masjid...he.he..UMNO cemar boleh..!!!

Anggota jawatankuasa masjid atau surau diminta lebih bertanggungjawab dalam menjaga kesucian tempat beribadat orang Islam itu agar ia terus terpelihara daripada pihak yang cuba mempolitikkannya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, berkata ahli jawatankuasa lebih mengetahui ruang sesuai di kawasan masjid atau surau yang boleh digunakan untuk aktiviti membabitkan orang bukan Islam, sekiranya masjid atau surau dipilih sebagai tempat sesuatu program itu diadakan.

"Perkara paling penting ahli jawatankuasa masjid kena bertanggungjawab memelihara kesucian masjid kerana mereka lebih mengetahui had kawasan mana yang dibenarkan untuk mengadakan aktiviti yang terbabit dengan orang bukan Islam," katanya selepas melancarkan dan mengedarkan cakera padat khas Hari Raya "Teman Perjalanan" kepada pengguna Lebuhraya Utara-Selatan di Restoran Jejantas Sungai Buloh hari ini.

Baru-baru ini, kehadiran ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, dalam Surau Al-Huda di Kajang dan memberi ucapan di ruang utama solat telah menimbulkan kemarahan ramai umat Islam.

Sebuah akhbar menyiarkan gambar wanita yang tidak bertudung itu sedang berucap, sambil diperhatikan oleh seorang pegawai surau berkenaan.

Seorang lagi wakil rakyat bukan Islam, William Leong, pula telah masuk ke ruang solat Masjid At-Taqwa di Selayang Baru untuk satu majlis lain.

Mashitah berkata, Islam tidak melarang orang bukan Islam untuk memasuki perkarangan masjid tetapi bukanlah hingga ke dalam ruang solat kerana ia adalah tempat suci bagi orang Islam untuk menunaikan solat.

"Perkara sedemikian tidak akan berlaku sekiranya ahli jawatankuasa memainkan peranan lebih awal dalam menjaga kesucian masjid," katanya.

Mengenai CD berkenaan, Mashitah berkata ia mampu memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya berhubung keselamatan mereka sewaktu pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri ini.

CD itu mengandungi nasihat, pesanan, doa dan ucapan Hari Raya daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pihak berkuasa, tokoh masyarakat, personaliti dan artis.

Sebanyak 4,000 CD hasil inisiatif Karyawan Bestari Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Jaksa Pendamai Selangor, MFDM Holding Sdn Bhd serta sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Plus Expressways Bhd itu, diedarkan percuma kepada pengguna jalan raya.

- Bernama

Nik Aziz cadang takbir raya di merata tempat


nik aziz KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz mencadangkan supaya takbir hari raya dibuat di merata tempat kerana menurutnya banyak permasalahan yang berlaku dalam negara dapat diselesaikan.
"Saya mencadangkan agar kita mempelopori suasana yang baru, berteraskan sunnah iaitu bertakbir di merata-rata tempat.

"Masyarakat dapat hidup aman dan damai tanpa sebarang pertembungan yang melibatkan keturunan dan kebudayaan," katanya dalam perususan hari raya aidilfiri hari ini.
Mursyidul am PAS berkata, rakyat sudah tentu mengimpikan masyakarat di negara kita khususnya dapat hidup sejahtera tanpa sebarang gangguan dan ancaman yang terhasil dari perbezaan kaum dan keturunan.
Melayu, katanya,  misalnya dapat menerima menantu dari keturunan Cina, India tidak merasa kekok untuk bemertuakan seorang Melayu bahkan Melayu dengan senang hati berjemaah dan berimamkan seorang Cina atau India Muslim.
Beliau berkata, ini boleh terhasil apabila semangat takbir dapat dilaksanakan sepenuhnya dan bukan hanya sekadar meniti di bibir semata-mata.
"Oleh yang demikian, besarlah harapan saya agar hari raya yang disambut pada tahun ini dan tahun-tahun yang seterusnya berjaya menjadi alat penyatuan di antara kaum yang berbeza dengan berteraskan kalimah takbir.
"Laungan takbir ini jauh lebih menjamin keselamatan dan keamanan jika dibandingkan dengan laungan perkauman yang dikumandangkan oleh golongan-golongan yang tertentu.
"Bahkan masyarakat bukan  muslim sendiri pun tentunya merasa jauh lebih terjamin keselamatan dan ketenteraman mereka di bawah syiar Islam dibandingkan dengan syiar bangsa dan keturunan.
"InsyaAllah jika ini dihayati, matlamat untuk menyatu padukan masyarakat Malaysia akan tercapai," katanya.

MB: Temuduga individu terlibat `kamera intip’ selepas raya

Mb Selangor Oleh Fazy Sahir
SHAH ALAM:  Tan Sri Khalid Ibrahim berkata pihaknya bersedia memulakan proses menemuduga individu-individu yang terlibat dalam ‘kamera intip’ yang ditemui di bilik pejabatnya, sebulan lalu.
Proses temuduga itu akan dibuat selepas sambutan hari raya ini, kata Menteri Besar Selangor hari ini.

Menurut beliau, perbincangan berhubung isu ini akan sentiasa diadakan secara berterusan bagi melihat pemantauan yang sesuai terhadap tahap keselamatan di pejabat  beliau.
"Proses temuduga ini merupakan proses kedua selepas mesyuarat diadakan bersama petugas khas berkait isu ini baru-baru ini.
"Kita akan temuduga orang-orang yang terlibat dalam gambar itu. Petugas khas akan terus bermesyuarat dan berbincang sama ada sistem pemantauan sesuai dengan kawalan terhadap individu yang keluar masuk serta rakaman di lif-lif tersebut," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco di sini.
Beliau, bagaimanapun,  enggan mendedahkan individu-individu yang terlibat.IMG00222-20100908-1206
Pada 11 Ogos lalu, Khalid menjumpai sebuah kamera yang tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21 dan dipercayai digunakan untuk mengintip aktiviti hariannya.
Ekoran penemuan ‘kamera intip’ membawa kepada penubuhan pasukan khas yang diketuai setiausaha politik kepada menteri besar, Faekah Husin dalam menyiasat perkara berkenaan.
Faekah sebelum ini dilapurkan sebagai berkata bahawa 10 individu telah  dikenalpasti namun enggan mengulas lanjut berhubung hal terbabit.
Setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh Khalid sebaliknya beliau menyerahkan pasukan petugas khas menyiasat terlebih dahulu sebelum menyerahkan hal itu kepada polis.

Permuafakatan Pemilihan 2010 Mahu Anwar Jadi Presiden

SHAH ALAM 8 Sept - Sekumpulan ahli Parti Keadilan Rakyat yang menggelar diri mereka sebagai Permuafakatan Pemilihan 2010 akan mengadakan sidang akhbar esok bagi mencadangkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden parti.
Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang diterima Suara Keadilan manyatakan sidang media itu akan diadakan di pejabat KEADILAN Cabang PJS di Taman Petaling Utama PJ pada pukul 10.00 pagi.
Suara Keadilan juga difahamkan selain Anwar, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dicadangkan sebagai Timbalan Presiden sementara tiga calon bagi jawatan Naib Presiden adalah Azmin Ali, Mustaffa Kamil Ayub dan Datuk Zaid Ibrahim.
Isnin lalu seramai 20 Ahli Parlimen KEADILAN mengadakan sidang media di ibu pejabat parti bagi menyuarakan sokongan mereka terhadap Azmin dan mencadangkan beliau bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.
Semalam pula 13 Ahli Dewan Undangan Negeri dari Selangor dan Negeri Sembilan juga menyuarakan sokongan kepada Azmin untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti.
Bagaimanapun setakat ini penyandang jawatan tersebut, Senator Dr Syed Husin Ali belum lagi menyatakan pendirian rasmi beliau samada mahu mempertahankan kedudukannya atau berundur tetapi isu ini dikatakan akan dijelaskan pada sidang media khas pada 14 September depan.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid juga telah mengumumkan hasrat beliau untuk merebut Timbalan Presiden semasa menghadiri majlis berbuka puasa di Kuantan dua hari lalu.

Panggil pulang warga kedutaan M'sia, kata KJ

Pergerakan Pemuda Umno hari ini mahu kerajaan memanggil pulang warga Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia demi keselamatan mereka.

Ketua pergerakan Khairy Jamaluddin berkata perkhidmatan Malaysia di republik itu wajar dihentikan buat sementara sekiranya demonstrasi yang dibuat kumpulan aktivis Indonesia di hadapan bangunan kedutaan masih tidak dihalang.

"Faktor keselamatan adalah penting dalam meneruskan perkhidmatan kedutaan di negara itu. Setiap hari, bangunan Kedutaan Malaysia di Indonesia menjadi sasaran kumpulan aktivis tersebut untuk membuat demonstrasi dan keadaan ini membimbangkan.

"Semalam pun, kedutaan kita telah diceroboh masuk, mereka memanjat tembok di hadapan kedutaan kita," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 240 anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Beliau berkata tiada tanda isu itu dapat diselesaikan segera walaupun perbincangan di antara Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya dari Indonesia Dr Marty Natalegawa diadakan di Kota Kinabalu pada Isnin lalu.

Dilaporkan kedua-dua menteri berkenaan bersetuju supaya diusahakan satu Prosedur Standard Operasi (SOP) dan peraturan penglibatan (ROE) sebagai garis panduan apabila mengendalikan petugas masing-masing di kawasan sempadan perairan, agar insiden 13 Ogos lalu tidak berulang.

Kedua-dua negara turut bersetuju untuk melibatkan Badan Koordinasi Keamanan Laut (Bakorkamla) dari Indonesia dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dalam struktur jawatankuasa Sempadan Am yang sedia ada bagi tujuan itu.

Malaysia turut meminta Kementerian Luar Republik Indonesia mewujudkan satu zon keselamatan antara premis Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan ketenteraman harta serta pegawai-pegawai di situ terjamin.

Mengulas lanjut, Khairy berkata walaupun SOP dipersetujui kedua-dua negara tetapi kandungannya tidak menyentuh tentang apa yang berlaku sekarang.

"Apa guna kita cakap tentang SOP sedangkan masalah pokoknya sekarang ialah serangan terhadap kedutaan kita dan penghinaan terhadap pentadbiran kita seperti bendera negara kita tidak dapat ditangani," katanya.

Katanya, beliau yakin pihak keselamatan Malaysia tidak akan membiarkan perkara seperti itu berlaku di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.

"Tetapi di Indonesia, kita tidak mendapat jaminan yang sama dan seperti pihak keselamatan di sana tidak mengambil tindakan tegas untuk menghentikan demonstrasi ini," katanya.
- Bernama

Pemimpin perlu seperti Kicap

Wan Larut Wan Muda
Apakah jenama kicap yang terkenal sekarang ini? Apakah jenama kicap yang sangat terkenal semasa dahulu tetapi sudah tidak terkenal sekarang? Apakah jenama kicap yang dikenali ramai dari semenjak dahulu lagi walaupun tidak menjadi pilihan?
Ramai yang tidak pasti sama ada kajian khusus mengenai penggunaan kicap-kicap di Malaysia yang boleh memberi data-data di atas.
Apakah itu KICAP?
Bergantung pada latar belakang sosial pengguna, kicap ini memberi pelbagai takrifan, Secara amnya kicap adalah cecair (biasanya berwarna hitam( penyedap rasa makanan. Tetapi ada juga pengguna yang menggunakan kicap sebagai “lauk” kepada nasi yang mereka makan sama ada kedaifan ekonomi ataupun sudah tiak berselera lagi menjamah lauk-lauk yang enak-enak.
Cina Hokkien mendakwa perkataan kicap ini dari penggunaan dialek mereka iaitu “koechiap”.
Era kini menyaksikan industri penghasilan kicap dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP). Jauh berbeza seketika dahulu di mana kicap diadun dan diperam dalam tempayan di belakang rumah bersebelahan jamban angkut.
Proses penghasilan kicap bermula dengan kacang soya direndam semalaman dan kemudiannya dipecahkan bijinya. Dahulu proses ini dilakukan dengan memijaknya yang sudah tentu dilakukan dengan kaki! Selepas direbus selama sejam, ia ditapis. Air tapisan ini disimpan untuk digunakan semula sebagai perasa. Kemudian diperam dengan ragi (aspergillus sp dan Rhizopus sp) sehingga terhasilnya ketulan soya seperti tempe. Tempe ini kemudiannya dijemur dengan ditutup daun pisang selama 5 hari.
Selepas 5 hari dijemur, biji-biji kacang soya dipisahkan dan dikering pula secara pemanasan haba sebelum direndam di dalam larutan garam. Proses rendaman kali ini selama 4 bulan. Biasanya di waktu siang, bekas rendaman ini (biasanya tempayan) akan dibuka penutupnya.
Selepas 4 bulan akan terhasil ketulan seperti kek. Larutan terhasil sama kek ini ditapis dan tersedia untuk dijadikan kicap. Manakala kek yang tertinggal tu akan direndam sekali lagi dalam larutan garam untuk tempoh 3 bulan dan larutan terhasil juga tersedia untuk dijadikan kicap.
Biasanya kek ini menjalani 2 kali proses rendaman sahaja dan kemudiannya dijadikan makanan haiwan peliharaan seperti lembu atau babi.
Untuk membuat perasa sama ada kicap manis atau kicap masin pula air tapisan yang disimpan dimasak bersama bumbuan yang dikisar seperti halia, lengkuas, kulit kayu manis, gula merah dan sebagainya mengikut resipi pengeluar.
Akhir sekali larutan kicap ini dibotolkan dan dipasarkan.
Mengapa pemimpin perlu seperti kicap?
Rakyat amnya atau pengundi khususnya memerlukan pemimpin seperti kicap. Tokoh-tokoh pemimpin dahulu tidak pernah disoalkan taraf pendidikan dan taraf kekayaan mereka. Apa yang rakyat dan pengundi mahukan pemimpin ketika itu sentiasa bersama mereka. Mereka mahukan pemimpin yang boleh ditemui setiap masa terutama ketika mereka menghadapi masalah dan juga semasa masalah mereka diatasi seperti majlis kenduri-kendara dan keramaian lain.
Berbeza ketika ini di mana taraf pendidikan dan taraf kekayaan (ekonomi?) pemimpin menjadi perhatian kepada pengundi dan rakyat. Ianya menjadi bonus (value added) jika pemimpin itu mempunyai ciri-ciri mesra rakyat dan sentiasa bersedia menjadi pendengar yang baik kepada permasalahan yang diajukan.
Secara ironiknya, pemimpin perlu seperti kicap. Kepada golongan daif, ianya menjadi sumber utama sebagai lauk-pauk kepada makanan ruji. Kepada golongan pertengahan , ianya menjadi sumber penyedap. Manakala kepada golongan atasan, ianya menjadi sumber hiasan tidak kiralah dalam botol yang penuh berisi ataupun hanya botol kosong.
Adakah PR kini adalah Kicap cap Kipas Udang? Kicap yang harga mula mahal dan mula tersusun di atas rak di dalam supermarket.
Adakah Umno kini adalah Kicap cap Ayam? Kicap mahal yang seketika dahulu begitu dominan di pasaran.
Adakah Pas dahulu dan kini masih Kicap cap Tamin? Kicap yang dari dahulu dikenali ramai tetapi tidak begitu menjadi pilihan?
Tidak kiralah kicap berjenama apa, kicap masih boleh berperanan sumber utama sebagai lauk-pauk kepada makanan ruji golongan daif. Tetapi kicap tidak boleh selama-lamanya sekadar menjadi sumber utama kepada mereka ini. Bekalan kicap mestilah diseimbangkan dengan makanan-makanan lain.
Tidak kiralah kicap berjenama apa, kicap tidak semestinya berperanan sumber penyedap kepada makanan ruji golongan pertengahan. Bekalan kicap mestilah diseimbangkan dengan makanan-makanan lain.
Tidak kiralah kicap berjenama apa, kicap tidak semestilah berperanan sumber hiasan kepada makanan ruji golongan atasan. Bekalan kicap mestilah diseimbangkan dengan makanan-makanan lain.
Kicap itu sendiri perlu ditransformkan.
Mungkin patahan sebiji dua cili padi, jurisan bawang besar dan perahan limau nipis akan menyedapkan lagi rasanya.
Atau mungkin kicap itu perlu di-rebranding dengan penghasilan “white kicap”?

Calon Merdeka


Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!
PRU13 katak ini akan jadi calon merdeka.
UMNO... Sori. Kita ada calon sendiri
PAS... Once bitten, twice??
Soriler!!
PKR bagaimana pula?
Mampuih pi la dia!!
Jadi...??
Calon merdekaler, apa lagi...
Atau...
Kembali ler semula...
Ke mana??
Ke bawah tempurung!!

Kah... kah... kah... kah... kah

Ceritanya di sini

Radio 988 pecat DJ Jamal, CEO

Hos rancangan Mandarin Hi Malaysia di stesen radio 988, Jamaluddin Ibrahim dan ketua pegawai eksekutifnya, Wong Lai Ngo telah dipecat.

Kedua-dua mereka diberikan surat penamatan perkhidmatan pagi ini yang ditandatangani oleh pengurus besar kumpulan (penyiaran) StarFM, Richard Ong.

Menurut surat Ong kepada Jamaluddin itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mendakwa syarikat berkenaan telah melanggar syarat lesen iaitu perkara 10.2 dan 10.3 ketika rancangan itu keudara pada 13 Ogos lalu.

“Sehubungan itu, syarikat memegang anda selaku penyampai/penerbit bertanggungjawab terhadap pencabulan syarat-syarat/kesalahan berkenaan.

“Dengan itu, dukacita dimaklumkan bahawa perkhidmatan anda dengan syarikat ini ditamatkan serta-merta,” surat itu dipetik.
Pada 19 Ogos lalu, Jamaluddin digantung kerja dan diarahkan bercuti atas alasan menimbulkan isu perkauman sensitif.
Ia dipercayai berhubung surat dari SKMM yang mendakwa program berkenaan disyaki "mengancam keselamatan negara" dan "menjejaskan hubungan kaum."
Hi Malaysia dikeudarakan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 8.10 hingga 10 pagi. Selain Jamaluddin, rancangan itu juga dikendalikan seorang lagi DJ tetap, Qiu Yue termasuk seorang lagi DJ yang digilirkan untuk tugas berkenaan.

Program berkenaan menyediakan slot untuk pendengar memanggil dan menimbulkan pelbagai isu semasa dan ia mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Cina.

HARI RAYA HARI INI

SUDAH NAMPAK BULAN - APA LAGI



9 DITAHAN DI KANGAR SAMBUT AIDILFITRI HARI INI – berita hairan

Sembilan anggota Jamiah Al-Zikri Awwalun, termasuk lima sekeluarga, ditahan selepas dikesan menyambut Aidilfitri awal di sebuah surau yang menjadi markas pergerakan kumpulan itu di Seriab, di sini, hari ini.

Kumpulan berkenaan yang membawa fahaman berasal dari Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri yang disertai khutbah disampaikan ketua mereka yang berusia 51 tahun.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… BIAR LANTAK LAAA…. DIA ORANG TAK NAK PUASA HARI INI… kah kah kah..

kah kah kah… MACAM SAUDI… NAK RAYA ESOK…. LANTAK DIA LAAA…. kah kah kah…

kah kah kah…ADA YANG DAH NAMPAK ANAK BULAN…. kah kah kah..

woit… ADA YANG DAH KENCING ATAS BULAN … kah kah kah..

kah kah kah… TAK CAYA… TANYA NEIL TANGAN KUAT …kah kah kah..

PAS cadang kemuka isu peneroka bandar ke Parlimen

KUALA LUMPUR, 8 Sept: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali sekali lagi bercadang untuk membawa isu peneroka bandar dan setinggan ke Dewan Rakyat, November ini.
"Saya akan terus bawa isu ini sebab mereka ini adalah peneroka bandar yang hidup setinggan di Kuala Lumpur sejak lebih 40 tahun lagi," ujarnya petang tadi.
"Malah, saya serta semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur pernah memberi memorandum pada (Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar) Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, cadangan-cadangan lagi untuk memudahkahkan rakyat."
Katanya, mereka yang terbabit seakan dinafikan hak untuk membeli rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan pinjaman 100 peratus oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) seperti yang diwar-warkan Raja Nong sebelum ini.
Bagaimana pun, Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri memperkenalkan polisi yang tidak munasabah, iaitu mereka terbabit boleh membeli rumah dengan syarat membayar RM35 ribu secara tunai kepada dewan.
"Kalau diberi membeli peluang membeli rumah pun, disusahkan sedangkan mereka bukan golongan berada, berpendapatan rendah, tidak mampu beli rumah RM35 ribu tunai," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.
Ujarnya, isu malar segar itu dibawa oleh Pakatan Rakyat sejak Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan projek PPR sebelum ini.
"Sebenarnya isu ini telah saya bawa dulu lagi apabila Perdana Menteri (Najib) mengumumkan pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR)," ujarnya lagi.
Namun, katanya pentadbiran Najib dilihat sambil lewa dalam mempertahan hak bermastautin peneroka bandar dan kaum setinggan.
Tambahnya lagi, langkah kerajaan menjual rumah kos rendah kepada mereka yang terbabit wajar dilihat tidak munasabah.
"Sepatutnya mereka ini bukan lagi membeli rumah atau sewa kerana mereka ini peneroka-peneroka bandar di sekitar Kuala Lumpur ini," beliau menambah.
Bulan lalu, Ezry Nurul Ridhwan, 34, salah seorang yang terbabit mencabar kementerian dan DBKL mendedahkan jumlah peneroka bandar dan kaum setinggan diberikan peluang memiliki rumah PPR dengan pinjaman 100 peratus BSN, bank panel seperti yang dijanjikan.
Beliau mendakwa DBKL membatalkan tawaran membeli yang membabitkan lebih 10 ribu keluarga.
"Saya cabar DBKL, saya boleh jamin cuba tanya semua yang menyewa rumah PPR yang nak beli rumah, dah dapat beli atau belum," ujarnya sambil mengaku bahawa beliau bekas setinggan di Kampung Pantai Dalam.
Menurut beliau, beberapa bank panel yang dilantik oleh pentadbiran Najib, Presiden Umno pada 14 Julai lalu menolak semua permohonan pinjaman mereka yang terbabit tanpa memberitahu sebab-musabab yang jelas.
"Kami hanya dimaklumkan bahawa loan 100 peratus untuk ini ditolak, kalau nak beli juga, bayar langsam RM35 ribu kos rumah itu," ujarnya sambil mengaku bahawa mereka yang terbabit mustahil mampu membeli rumah secara tunai.
Walhal, katanya Nong Chik pada pertengahan Februari lalu melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) berjanji meluluskan pinjaman 100 peratus demi kepentingan rakyat, khususnya orang-orang Melayu.

Cerita Gambar...!!

IGP ingatkan polis jangan jadi 'orang suruhan'..UMNO@BN.... lama dah jadi hamba mrk...!!!

Ucapan perpisahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini secara tidak langsung terus membidas camputangan Kementerian Dalam Negeri.

Musa yang dilihat tidak mahu berundur sebelum menyatakan apa yang terbuku di hatinya, mengingatkan anggota polis dan pegawainya supaya kekal setia meskipun “menerima tekanan dari pihak atasan dari dalam dan juga luar”.

“Jangan jadi 'yes men'. Jangan jadi orang suruhan. Jika polis terdiri daripada orang suruhan, seluruh pasukan akan busuk dan musnah.
"Jangan tolak ansur dalam soal integriti ini, rosak pasukan nanti," katanya.

Malah, Musa berkata, PDRM bukan peminta sedekah dan bukan "pungut duit orang lain" tetapi kewujudannya adalah untuk menjaga keamanan masyarakat dan negara.
Pak turut

Beliau juga mengingatkan anggota polis supaya tidak berpuak-puak dan menjadi 'pak turut' bagi mengelak PDRM daripada gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan..

“Zaman saya tidak ada sesiapa pegawai yang tahu siapa yang rapat dengan saya. Saya tidak pernah memanggil mana-mana pegawai ke rumah saya atau keluar untuk makan minum dengan mereka.

"Ini menjadikan kerja lebih mudah, kerana tidak ada pegawai yang mengampu saya,” katanya.
Isnin lalu, Musa meluahkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

"Tidak perlu campur tangan orang lain. Kita ada 'command and control' dengan arahan bermula dari saya hingga ke pegawai bawahan.

"Jadi, tidak perlu ada pihak ketiga untuk bagi arahan. Jika berlaku (arahan tanpa pengetahuan kita), ini salah satu tindakan yang salah dan menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media sempena persaraan beliau yang berkuatkuasa 12 Sept ini.

Sebelum itu, Musa pada ucapannya juga memuji penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang bakal dilantik sebagai ketua polis negara yang baru, Isnin ini.
Bermandi darah

Katanya, beliau memberi kepercayaan sepenuhnya kepada timbalannya itu.
Beliau berkata setiap jabatan dalam PDRM perlu memberikan sokongan kepada Ismail bagi memacu PDRM untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat dan negara.

"Ismail akan bekerja dengan baik. Tetapi beliau memerlukan sokongan semua. Saya harap selepas bersara, dia akan memantapkan lagi pasukan polis dan memastikan setiap rancangan dan strategi dilaksanakan,” katanya.
"Saya sendiri banyak menerima aduan berhubung diri saya dan juga pasukan polis kerana kita dilihat tidak memberikan khidmat yang terbaik atau tidak boleh dipercayai ataupun mengamalkan rasuah. Tetapi saya harap, selepas dilantik saya berjaya memperbaiki pasukan polis.
"Dan sekarang, saya pula akan duduk sebagai pemerhati. Saya sering diperhatikan dan sekarang giliran Ismail pula.

"Jangan terbabit dengan salah-guna kuasa dan pastikan anda bermandi darah melindungi negara ini,” katanya.Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali dan akan bersara pada 12 Sept ini selepas 41 tahun bersama pasukan polis itu.

Setiausaha Agung : Komponen BN Bincang Strategi Pilihan Raya Hari Ini Tapi Tolak Ibrahim Ali Jadi Calon...kah..kah.kah...

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Barisan Nasional (BN) mengadakan mesyuarat hari ini bagi membincangkan strategi menghadapi pilihan raya di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum ke-13 kemungkinan dipanggil menjelang pertengahan tahun depan.
“Kita akan adakan mesyuarat esok (hari ini), saya akan mempengerusikan mesyuarat pertama dengan kesemua komponen saya (BN), dengan kesemua setiausaha agung... membincangkan soal pendaftaran pengundi, beberapa strategi, yang asasnnya untuk... (memperkukuhkan BN),” kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider di pejabatnya di sini.
Mandat kerajaan negeri Sarawak berakhir Julai depan manakala mandat bagi negeri-negeri lain dan Parlimen pula Mei 2013.
Dari segi pendaftaran pemilih baru komponen BN masih di belakang berbanding anggota Pakatan Rakyat. Umno mendepani komponen BN manakala DAP pula mengatasi PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Mengikut pecahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya minggu lalu, pada Julai lalu Umno mendaftar 7,230 pengundi baru, MCA (455), MIC (18), Gerakan (83), DAP (9,106), PAS (3,961), PKR (1,749), PPP (98), PBS (225), SAPP (20), LDP (68), PBB (303), SUPP (490), SPDP (93), dan PRS (12).
Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, DAP telah mendaftarkan 55,321 pengundi berbanding Umno 54,872.
MCA pula mendaftarkan 2,917 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu, MIC (1,109), Gerakan (476), PAS (36,618), PKR (13,098), PPP (empat), PBS (686), SAPP (218), Upko (241), LDP (37), PBB (649), SUPP (972), SPDP (435), PRS (191) dan SNAP (enam).
Desas-desus menyebut pilihan raya negeri Sarawak kemungkinan diadakan selepas sambutan Aidilfitri manakala pilihan raya umum suku kedua tahun depan, tertakluk kepada prestasi di Sarawak.
Bagaimanapun spekulasi lain pula menyebut BN kemungkinan memanggil kedua-dua pilihan raya negeri Sarawak dan umum pusat serentak tahun depan.
Laporan Economist Intelligence Unit (EIU) minggu lalu menyebut kerajaan BN yang mengetuai kerajaan pusat sejak lima dekad lalu tidak mungkin akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum 2012 meskipun banyak pihak membuat spekulasi pilihan raya umum tergempar.
EIU berpendapat meskipun prestasi yang lebih baik akan memperkukuhkan mandat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, keputusan pilihan-pilihan raya kecil baru-baru ini menunjukkan pengundi menjadi semakin “mudah berubah hati” khususnya di kalangan pengundi bukan Melayu.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider awal bulan lalu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menjangkakan pilihan raya umum lebih awal sebelum 2012.
The Malaysian Insider difahamkan sebahagian pemimpin Umno dan sesetengah komponen BN juga tidak mahu Najib  memanggil pilihan raya awal.
Mengulas lanjut, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno sambil mengakui beberapa komponen BN berhadapan dengan masalah yakin bahawa kekurangan-kekurangan itu boleh diatasi menjelang pilihan raya umum akan datang.
Kata beliau, BN tidak boleh berkuasa dengan hanya sokongan kira-kira enam juta ahli parti komponennya termasuk sekitar 3.4 juta dari Umno.
Berdasarkan daftar pemilih terbaru negara mempunyai  11,381,193 pengundi sah.
BN kini mempunyai 13 komponen selepas Parti Progresif Sabah (Sapp) keluar akhir 2008.
Dalam majlis yang sama, Tengku Adnan menegaskan partinya tidak akan menyokong Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.
Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.
Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan pertubuhan bukan kerajaan pimpinan Ibrahim - Perkasa.
 “Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas,” kata Tengku Adnan ketika ditemui The Malaysian Insider di pejabatnya semalam.
Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS.
Pertubuhan itu yang kini mempunyai lebih 50,000 ahli di seluruh negara menggesa pentadbiran Najib mempertahankan dasar ekonomi pro-Melayu dan Bumiputera meskipun kerajaan mahu meliberalisasikan ekonomi negara.
 “Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami,” kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli  Perkasa adalah dari Umno.-

Tanah runtuh: Keluarga saman pemaju, SYABAS

Tiga keluarga memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap syarikat pemaju, Superview Development Sdn Bhd, dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kerana kecuaian berhubung tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2008.

Mereka menuntut ganti rugi di antara RM1.5 juta dan RM2.2 juta.

Keluarga berkenaan adalah Datuk Amanullah Mohamed Yusoof, Harveen Kaur Balbhir Singh dan K Thanarajah yang memfailkan saman tersebut secara berasingan.

Menurut pernyataan tuntutan itu, plaintif memperincikan butiran kecuaian pemaju yang dinamakan defendan pertama sebagai pemilik tanah. Antaranya kegagalan mereka membina landai yang selamat, melantik orang yang berkelayakan, membina dan menyelenggara perparitan yang sempurna dan mengalihkan rumah-rumah yang terbengkalai.

Manakala kecuaian SYABAS selaku defendan kedua pula antaranya, gagal menyelenggara paip air aktif di dalam dan sekeliling landai rumah yang terbengkalai, gagal memastikan paip air aktif tidak bocor dan gagal mengambil langkah berjaga-jaga.

Plaintif sehubungan itu menuntut ganti rugi khas dan am, faedah, kos dan relif yang difikirkan perlu.
Kejadian pada 6 Disember 2008 di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa itu mengorbankan lima nyawa manakala 14 banglo musnah.
Serentak dengan kejadian itu, seramai 3,000 hingga 5,000 penduduk di kawasan perumahan bertingkat berhampiran lokasi tanah runtuh itu juga diarahkan supaya berpindah.

Hukum Pengetua Rasis Sebagai Bukti Kerajaan Serius Tangani Perkauman

IPOH 8 Sept - Kerajaan mesti memastikan tidak ada tempat bagi pengetua dan guru yang mempunyai sikap rasis dalam sistem pendidikan negara dan sehubungan itu tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka yang terlibat membuat kenyataan berbaur perkauman.
Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran berkata walaupun beliau mengalu-alu surat pekeliling Kementerian Pelajaran yang memberi amaran kepada pengetua dan guru bahawa tindakan akan diambil sekiranya mereka yang membuat sebarang kenyataan rasis namun apa yang perlu dilakukan kini ialah menghukum sekerasnya dua pengetua rasis didedahkan media baru-baru ini.
"Kerajaan mesti memberi hukuman seberatnya kepada kedua pengetua tersebut untuk menghantar mesej jelas bahawa cukuplah dengan apa yang telah berlaku dan tentukan tidak ada lagi pendidik yang rasis.
"Cara hukuman tradisi dengan menukar guru atau pengetua ke sekolah lain tidak lagi boleh diterima sebagai hukuman yang wajar. Malah ini dilihat hanya memindahkan masalah sediada.
 "Saya yakin sekiranya tinjauan dibuat dikalangan orang ramai, majoriti rakyat Malaysia sudah tentu akan mengatakan sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan yang tegas," tegas Kula Segaran dalam satu kenyataan media Isnin lalu.
Laporan media memetik surat pekeliling dari Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom bertarikh 26 Ogos bahawa beliau memandang serius dakwaan yang melibatkan segelintir pendidik yang membuat kenyataan perkauman di sekolah.
Kula Segaran yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP berkata pendidik dipandang tinggi dalam masyarakat serta memainkan peranan penting membentuk peribadi, siasah dan pemikiran pelajar.
Malah kata beliau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz mengatakan persoalannya bukan samada pendidik bersikap rasis adalah kumpulan minoriti tetapi hakikatnya pastikan tidak ada langsung pendidik yang rasis.
Beliau berkata rakyat menunggu bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pengetua SMK Tunku Abdul Rahman dan SMK Bukit Selambau yang didakwa membuat kenyataan perkauman berdasarkan komen Perdana Menteri bahawa tidak ada toleransi ke atas perkauman.
"Hukuman yang lambat akan menimbulkan persoalan mengapa kerajaan terlalu lambat bertindak.
"Kegagalan pemimpin kerajaan untuk mengutuk kenyataan pengetua tersebut sejak awal lagi bermakna mereka kehilangan peluang keemasan untuk menghantar mesej bahawa kerajaan tidak akan bertoleransi terhadap pendidik yang bersikap perkauman," ujar beliau lagi.

Amaran Keras JPP Berhubung Politik Wang

PETALING JAYA 8 Sept - Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan rakyat (KEADILAN) menegaskan semua aduan mengenai dakwaan politik wang dan tindakan memburuk-buruk pesaing dalam kempen Pemilihan Party 2010 mesti dikemukakan kepada jawatankuasa itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua JPP, Dr Molly Chead berkata parti memandang amat serius amalan politik wang dan sekiranya terbukti kesalahan, seseorang calon boleh digantung daripada mengambil bahagian dalam proses pemilihan.
Malah menurut beliau kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana calon untuk meraih sokongan tidak harus menjejaskan imej parti atau mencemarkan nama baik KEADILAN serta sentiasa meletakkan kepentingan perjuangan parti mengatasi segala kepentingan diri.
"Individu atau kumpulan penyokong tidak dibenarkan mengadakan sidang media di ibu pejabat parti untuk tujuan kempem. Adalah dikesali sidang media yang diadakan oleh beberapa ahli parlimen untuk menyokong Azmin Ali diadakan tanpa pengetahuan pihak pengurusan ibu pejabat.
"Semua aduan mestilah disalurkan kepada JPP di ibu pejabat parti dan bukannya dibuat melalui media termasuk blog peribadi. Tindakan itu tidak memberi kepentingan kepada KEADILAN sekiranya mendedahkan keburukan dikhalayak ramai," tegas Dr Molly.

Nurul Izzah jelaskan mengapa dia berkecuali

Perkara pertama yang mencuri tumpuan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar apabila masuk ke pejabatnya di tingkat dua adalah hiasan Aidilfitri.

Antaranya tergantung kad-kad Hari Raya yang menghiasi dinding pejabatnya ialah sekeping kad yang memaparkan logo kerajaan persekutuan.

"Mengapa kad dari sebuah kementerian berada di sini.? Saya terima kad raya dari (Menteri Pertahanan) Ahmad Zahid Hamidi, sehari selepas dia melabelkan saya sebagai penderhaka. Saya mencampakkan kad itu. (gelak) Tak, saya cuma bergurau,” kata Nurul Izzah ketika diwawancara oleh Malaysiakini semalam.

Awal bulan Ramadan ini, Zahid melabelkan ahli parlimen muda ini sebagai penderhaka kerana pada wawancaranya dengan penerbitan Kompas, Indonesia bahawa kapal selam yang dibeli oleh kementerian pertahanan itu tidak boleh menyelam.

Bagaimanapun bagi anak sulung presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin matang dan mapu menangkis serangan demi serangan yang dilontarkan ke atasnya.

Nurul Izzah dilihat semakin berani dan lantang serta bersedia keluar dari kepompong bayangan ibubapanya yang berpengaruh dalam politik itu.

Namun hubungan kekeluargaan juga menyaksikan kesukarannya untuk menyesuaikan diri khususnya memilih calon dalam menetukan siapa yang layak menduduki kerusi nombor dua parti itu jika Syed Husin Ali benar-benar bersara.

"Saya berkongsi pandangan dengan Zaid yang juga adalah ketua PKR Wilayah Persekutuan (Nurul Izzah adalah naib pengerusi) dan kami berbincang secara ikhlas dan terbuka mengenai masa depan parti di Wilayah Persekutuan tetapi saya juga membesar bersama (naib presiden) Azmin Ali yang juga adalah setiausaha sulit ayah saya,” katanya.

Ketidak-hadirannya pada sidang media yang diadakan oleh 20 ahli parlimen dan senator PKR bagi mengumumkan sokongan kepada Azmin pada Isnin lalu menimbulkan pelbagai tandatanya.

"Saya tidak hadir sidang media itu. Ia adalah isyarat yang jelas mengenai pendirian berkecuali saya...Saya fikir pendirian itu seharusnya diambil oleh Lembah Pantai dan pasukan saya berhubung siapa yang akan kami calonkan,” katanya.

Sokongan terbuka pada Isnin lalu itu dikuti dengan satu lagi kenyataan oleh 13 ADUN PKR dari Selangor dan Negeri Sembilan yang dikatakan menyokong Azmin.