Isnin, 6 September 2010

Tertipu rupanya


What la you...??
Nak dapatkan sokongan pun pakai ejen ka??
Ejen pulak tu, tipu punya!!
Woi... tarak guna punya ejen,
Ejen sukarela or ejen upahan??
Ada dapat ganjaran apa-apa ka??
Sebijik stail UMNO!!
Ini macam ka PKR??

Ha.. ha.. ha.. ha..
PKR tipu PKR!!
Ciri UMNO, bukan??
Yup! Sebijik!!

Ceritanya di sini

Cara Tangkap PATI... (Imigresen Wajib Baca)


Gua minat sungguh dengan n3 dari edyesdotcom nih. Ianya telah mencetuskan ide untuk gua memberi cadangan kepada Imigresen, Polis dan Keraaaajaaan Malaysia khususnya. Di mana gua lihat pihak2 berkuasa nih terlalu lembab mengalahkan siputbabi dalam urusan membenteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya dati Indonesia.

So... kepada top2 person dalam jabatan tersebut eloklah lu orang pergi baca blog edyesdotcom dan manfaatkan cara nak menangkap PATI dari Indonesia. Kalau tak faham gua boleh bagi lu orang yang bingai nih untuk lebih faham.

Caranya mudah jer..., BeEnd sebagai sebuah Kerajaaaan menjemput atau mengadakan perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Indonesia, sukahati lu orang lah nak letak nama perlawanan tu... sebab itu bukan matlamatnya. Ianya lebih kepada umpan jer... itupun jika Kerajaaaan Malaysia ikhlas nak benteras PATI, kalau diorang sendiri hendak pergunakan PATI untuk pilihanraya nanti.. tak dapek den nolong laeiiii...

Apabila berlangsungnya perlawanan tersebut, maka berbondong-bondonglah rakyat Indon masuk ke Stadium tak kiralah yang halal mahupun yang haram. Ketika perlawanan sedang berlansung, maka pihak berkuasa (Imigresen dan Polis) mula mengambil tempat masing2 di setiap pintu keluar Stadium, jika perlukan Askar pun boleh juga... dan jangan lupa bawa sekali C4, kalau boleh lah yeaaa... runtuh kan jer... stadium tu.. macamlah tak biasa buat pulak kan.... hahaha...

Dah tu tak reti-reti lagi ke.... nak cekup semua Indon yang dah terbabas kat Stadium tu..., kegagalan operasi tangkapan PATI di Chow Kit, Bandar Klang dan mana2 port Indon yang telah menjarah tempat2 rakyat Malaysia, boleh sekali ngap jer... kat Stadium tu dan pihak imigresen dah takda alasan nak cakap tak cukup kakitangan lah atau ntah apa2 lagi alasan bodoh kerana kegagalan dalam membenteras lambakan pendatang asing ke negara ini.

Gua berangin betul dengan Indon nih.. pasal dah la datang negara orang, lepas tu kurang ajaq pulak tu, yang paling angin... Indon2 ni boleh bawa teksi, bawa van jenazah, berniaga sesuka hati mak bapak diorang kat tapak niaga orang malaysia, mula2 masuk ke negara ini kosong... lepas tu boleh dapat taraf PR dengan syarat undi siapa...????

Cuba lu orang perhatikan kem atau kubu kuat umnoApco kat kawasan lu orang semua, ada tak Indon belaan umnoApco...??? Dan sebab tu jugalah masalah PATI tak pernah selesai... sebab ada kepentingannya beb....

LAGI 6 HARI NAK PENCEN,MUSA BUAT PENDEDAHAN TERGEMPAR

Tan Sri Musa Hassan hari mengakui bahawa Kementerian Dalam Negeri sering menganggu urusan polis..mengapa baru sekarang Musa berkata demikian..? setelah nak bersara baru nak buat pengakuan..? beliau juga mengatakan ada orang-orang tertentu juga sering campur tangan dalam urusan polis..siapa yang beliau maksudkan..?

Beliau juga mengatakan tiada sapa memaklumkan kepada beliau yang kontrak beliau tidak disambung..beliau melahirkan rasa amat kecewa dengan tindakan itu..


Tan Sri Musa Hassan
Bekas Ketua Polis Negara( IGP)

KALAU MAHAFIRAUN MASIH HIDUP

DULU CINTA - SEKARNG BENCI


MAKMAL PEMUDA BN: KJ SEDIH JIKA HASIL TAK DIPAKAI
– mkini

Setelah bertungkus-lumus lebih enam bulan mengumpulkan pandangan dan menyediakan laporan, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin mengakui sudah tentu beliau akan sedih sekiranya laporan Makmal Pemuda BN tidak digunapakai oleh kerajaan.

Sudah tentu saya kecewa kalau ia (laporan kami) hanya dikais ke tepi, atau tidak dapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak kementerian dan agensi berkenaan.

"Ini kerana dalam kerajaan ada ketidaksejajaran antara apa yang pucuk pimpinan mahu dan apa yang akhirnya dilaksanakan di peringkat bawah.

"Saya tidak mahu PM berkata 'ini idea bagus' tetapi menterinya pula berkara 'ini hanya idea budak-budak'," katanya ketika ditanya perasaannya sekiranya cadangan dalam makmal tersebut tidak dipakai oleh Datuk Seri Najib Razak.


KAH KAH KAH..

woit…. KESIAN… KESIAN…. APA DAH JADI DENGAN MENANTU AYAH… kah kah kah..

kah kahkah... AYAH KENA TENDANG... MENANTU KENA TERAJANG... kah kah kah..

kah kah kah… BUAT KAJIAN ORANG TAK AMBIL POT…. kah kah kah..

kah kah kah…INI BUKAN CALANG CALANG … KAJIAN DARI OXFORD STREET… kah kah kah..

kah kah kah… TAPI BERAHENG KATA MENANTU AYAH INI BODOH… kah kah kah..

kah kah kah….BERAHENG KATA MALAON INI MASUK POLITIK DENGAN SURAT NIKAH… kah kah kah..

kah kah kah... BERAHENG KATA MALAON INI MERENG... kah kah kah..

kah kah kah…. NAMPAKNYA MENANTU AYAH NI STADARD HANYA STANDARD IBRAHIM ALI… kah kah kah..

nota:
doa doa kanlaa agar mahafiraun tamat dulu
surat nikah menantu ayah ni tak laku kah kah kah


nota:
selagi firaun hidup
menantu ayah ini tak ada harapan

kalau malaon ni buat kajian dan berkata
gula itu manis dan garam itu masin
tak ada orang yang akan setuju kah kah kah

TT.

Sokongan pada Azmin mungkin tak sekuat dilihat

Sokongan terhadap Naib Presiden PKR Azmin Ali untuk bertanding jawatan nombor dua parti dalam pemilihan parti itu mungkin tidak sekuat yang disangkakan.


Malah, seorang lagi naib presidennya R Sivarasa (kiri) mendakwa tidak tahu menahu bahawa sidang media hari ini dianjurkan bagi mengumumkan sokongan pada Azmin.

Wakil rakyat Subang itu juga tidak tahu namanya dalam senarai 18 daripada 24 ahli parlimen PKR dan dua senator yang dikatakan menyokong Azmin, walaupun beliau setakat ini belum menyatakan sokongannya.

"Saya tidak sedar berada dalam senarai itu. Saya rasa tidak sesuai mengumumkannya sekarang. Ia masih terlalu awal," katanya.

Manakala seorang lagi ahli parlimen yang hadir dalam sidang media itu memberitahu Malaysiakini, beliau rasa 'tertipu' memberikan sokongannya kerana ia dipercayai "cara melawan Zaid Ibrahim"

Beliau yang enggan namanya didedahkan mendakwa, beliau hanya dimaklumkan sebelum ini bahawa sidang itu sebenarnya untuk tujuan lain.

"Saya tidak tahu ia tentang apa. Saya terima SMS daripada ahli parlimen lain. Saya terkejut kerana perkara ini tidak dibincangkan dahulu," jelasnya.

Mengesahkan perkara ini, ahli parlimen Batu Tian Chua berkata acara itu hanya untuk menunjukkan sokongan untuk pihak yang mahu bersaing merebut jawatan kanan dalam parti.

"Saya sokong MB berkenaan patut diberikan jawatan lebih penting dalam parti, tetapi lebih elok sekiranya proses ia ditentukan melalui proses yang demokratik," katanya.

Lima wakil rakyat yang tidak hadir Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan anaknya Nurul Izzah (Lembah Pantai), Saifuddin Nasution (Machang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) serta N Gobalakrishnan (Padang Serai).

Manakala timbalan presiden Syed Husin Ali menjadi satu-satunya daripada tiga senator parti itu yang tidak dinamakan.

Akhir ini Terbuka Juga

Sebenarnya kutukan yang sampai bertalu talu ini membuat aku sedih dan pilu. Berderai derai air manek menikam kalbu. Jadi biarlah aku bukakan semua isi kandungan surat si Teoh ini untuk tatapan orang ramai. Hendak hendaknya dengan isi kandungan surat ini para pembaca yang budiman dapat mengenal yang mana satu Mutu dan yang nama satu Raj Gopal. Kalau simpati datang - aku berterima kaseh. Kalau cek dan duit sampai lagi kuat aku berterima kaseh.

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais
Minggu lepas aku bercerita tentang bagaimana aku telah menerima surat dari arwah Teoh Beng Hock. Ramai orang kurang yakin tentang apa yang aku surahkan. Banyak maki hamun dan sumpah seranah yang aku terima. Malah aku telah menerima satu teks sms dari Yang Berhormat Teluk Kemang. Si YB ini juga turut marah kerana aku datang ke Telok Kemang tanpa memberi telor ayam dan daging salai untuk sang penunggu hutan bakau dan kubur panjang di Tanjung Tuan.

Kutukan dan cemohan ini menyalahkan aku kerana kenapa baru sekarang surat ini aku umumkan. Kenapa surat ini tidak aku hebohkan apabila aku menerimanya satu minggu satelah Beng Hock mangkat. Kenapa menunggu sampai satu tahun baru aku membocorkan isi cerita surat Teoh Beng Hock ini.

Semua tuduhan ini memang berasas. Tetapi biar aku terangkan sejujur mungkin. Aku membuka kesah ini setahun kemudian kerana inilah yang diminta oleh arwah Beng Hock. Aku tidak berani melanggar wasiat dan permintaan orang yang telah meninggal dunia. Aku takut kena sumpah. Nanti aku dimakan sumpah.

Sebenarnya kutukan yang sampai bertalu talu ini membuat aku sedih dan pilu. Berderai derai air manek menikam kalbu. Jadi biarlah aku bukakan semua isi kandungan surat si Teoh ini untuk tatapan orang ramai. Hendak hendaknya dengan isi kandungan surat ini para pembaca yang budiman dapat mengenal yang mana satu Mutu dan yang nama satu Raj Gopal. Kalau simpati datang - aku berterima kaseh. Kalau cek dan duit sampai lagi kuat aku berterima kaseh.

Ini lah surat Teoh Beng Hock yang aku temui dalam botol di Telok Kemang :

Kehadapan kekandaku yang sentiasa adinda ingati;
Limau purut lebat dipanggal
Sayang selaseh dinda lurutkan
Sepak di perut tempeleng di akal
Leher di cekik bukti parutnya


Kekanda;

Adinda berharap warkah ini hendaknya akan bertemu dengan kekanda dalam keadaan sehat walafiat. Amin.

Kekanda pasti terperanjat apabila menerima warkah dari adinda ini. Kekanda akan lebih terperanjat kerana warkah adinda ini tidak datang melaui pos. Biar adinda terangkan disini bahawa semenjak pos opis kita diswastakan adinda tidak lagi menggunakan khidmat pos. Biarlah air liur dan lidah adinda ini adinda gunakan untuk pekara yang menyoronokan dari menjilat setem syarikat kroni.

Disini inginlah adinda memberi pengetahuan kepada kekanda bahawa telah ada satu konpirasi untuk menjatuhkan kerjaaan Selangor dibawah pimpinan Tun Seri. Ingin adinda maklumkan bahawa adinda telah dijemput dalam satu mensyuarat sulit. Sebenarnya adinda tidak sepatutnya di jemput tetapi telah berlaku kesilapan.

Sang konspirasi telah tersilap hantar sms. Sms ini bukan untuk adinda tetapi untuk seorang Datuk yang juga bekas seorang pakar motivasi. Tidak tahu macam mana silapnya sehinggakan sms ini sampai kepada adinda. Kerana sms ini datang berkali kali maka adinda pun terimalah jemputan ini.

Mesyuarat ini bagitu sulit sekali. Adinda telah diminta memakai topeng Herman Monster. Mesyuarat ini berlangsung dalam sebuah reban ayam yang adinda sendiri tidak tahu dimana. Cara kami datang ke tempat ini cukup sulit. Adinda diminta datang ke Sentul, dimana adinda telah di bogel dan diberi topeng dan pakaian baru. Talipon bimbit diambil. Kemudian adinda telah dimasukkan ke dalam sebuah van roti dan di bawa berpusing-pusing selama satu jam. Bila van berhenti adinda telah berada di dalam sebuah reban ayam yang agak besar. Ketika itu semua ayam ayam sedang tidor.

Kekanda mungkin tidak percaya apa yang adinda tulis ini. Tetapi bacalah terus surat adinda ini kerana inilah sahaja yang dapat adinda tinggalkan.

Kekanda, pada malam itu adinda nampak ada lima orang dalam mesyuarat ini. Adinda kenal semua mereka yang berkonspirasi untuk menjatuhkan Tun Seri dan kerajaan Selangor ini. Kekanda jangan terperanjat kerana rupa-rupanya ada orang dalam kerajaan Selangor sendiri yang turut sama berkonspirasi. Dari gaya dan cara bercakap orang ini adinda tahu orang ini ialah bekas seorang pakar motivasi.

Kemudian ada seorang lagi yang lorat Jawanya cukup pekat. Mengikut si Jawa ini mesyuarat ini di rancang oleh Bik Mama sendiri. Bik Mama telah memberi arahan agar dilakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan di Selangor. Selangor negeri terkaya bukan sahaja di Malaysia, menurut si Jawa ini, tetapi di Asia Tenggra juga. Kerana itu Selangor wajib di rampas kembali.


Kekanda ku yang jauh dimata;

Walau pun kesemua mereka mengunakan topeng tetapi dari perwatakan dan gaya mereka, adinda dapat agak siapa mereka ini. Kekanda jangan terperanjat kerana isteri Bik Mama pun ada bersama dalam reban ayam ini. Isteri Bik Mama paling senang adinda kenali kerana kerana dia membawa album Ziana Zain dalam failnya dan memakai jaket hitam yang bertulis di belakang : Sumpah Saya Tak Kenal Altantuya.

Ada seorang yang adinda kurang kenal pada awalnya. Tetapi lama kelamaan orang ini pun adinda kenal. Dia memakai topeng bermuka harimau dan di baju nya ada lencana bertulis Suara Rimba Putera Malaya ( SPRM ). Orang inilah yang banyak memberi cadangan. Orang ini berkata yang dia ada beberapa orang agen sulit yang menyusup di dalam kerajaan Selangor.

Kekanda jangan terperanjat kerana pada ketika ini agen ini telah diarahkan untuk memasang kamera dibilik tandas Tun Seri. Video kamera ini ini merakam gambar Tun Seri terkencing. Menurut jantan SPRM , setiausaha Tun Seri yang sekarang ini adalah kekasih lamanya. Bayangkan kalau ada gambar Tun Seri terkencing dihadapan setiusahanya pastilah Selangor akan gempar. Inilah gambar yang mereka nanti nantikan. Semua akhbar dan media akan diarahlan membuat induk berita : MB Selangor Terkencing Depan Bekas Kekasih.

Kekanda, memang para konspirator ini berniat jahat. Dalam perancangan mereka apabila gambar ini telah heboh maka akan ada usul tak pecaya kepada MB Selangor. Dalam perancangan mereka MB Selangor akan digantikan oleh bekas pakar motivasi. Ini konspirasi dalam reban ayam pada malam itu.

Jika rakaman video ini gagal maka mereka akan menghantar China Doll ke setiap Adun Pakatan di Selangor. Dalam perhitungan mereka pasti akan ada Adun yang meleleh air liur apabila melihat China Doll.


Kekanda yang dingati;

Konspirasi dalam reban ayam ini ada juga lawaknya kerana menurut risikan jantan yang memakai baju SPRM itu tidak semua Adun pakatan akan meminati China Doll seperti Adun Pakatan di Perak . Elee Weng dan Zavier sudah pasti tidak meminati China Doll. Akhirnya pekara menghantar China Doll ini tidak dapat mereka selesaikan pada malam itu. Ianya akan menjadi agenda berbangkit di perjumpaan yang akan datang.

Dalam mesyuarat reban ayam ini adinda tidak bercakap sepatah apa pun. Adinda mendiamkan diri sambil mendengar dengan teliti. Satelah lebih empat jam dalam reban ayam adinda merasa hendak terkencing. Adinda keluar lalu berdiri terkencing di tepi reban. Kemudian adinda masuk kembali.

Tetiba pintu reban terbuka dan masuk seorang lelaki yang kelihatan seperti pengawal. Dia berbisik-bisik kepada si Jawa. Si Jawa berbisik bisik pada lelaki berbaju SPRM. Lelaki ini berbisik kepada isteri Bik Mama. Mereka semua bangun dan mula meninggalkan dewan.

Apabila adinda hendak bangun si pengawal memegang adinda dan berkata ‘ Kamu tak bersunat. Aku nampak kamu terkencing tadi. Kamu China Kamu tak boleh masuk reban ayam’. Semua yang dalam reban ayam itu keluar. Adinda di pegang oleh pengawal. Jantan berbaju SPRM tidak keluar dari reban. Dia membuka topenganya. Percayakah siapa dia jantan ini ?


Kekanda yang kini jauh dimata,


Adinda menulis surat ini untuk memberi tahu apa yang sebenarnya berlaku…..


Pembaca- ku yang budiman lagi aku hormati;

Sampai ke sini sahaja dahulu yang sanggup aku bukakan isi kandungan surat arwah Teoh Beng Hock. Aku tidak sanggup meneruskannya lagi. Babak babak sesudah Teoh di tangkap cukup sedih dan menyayat hati. Aku tidak sanggup melukakan hati balu nya dan juga anak nya yang baru lahir.

Aku harap setakat ini telah jelaskan bahawa aku bukan berbohong tentang surat dalam botol yang aku jumpa di Telok Kemang. Hendaknya janganlah aku dituduh berbagai-bagai. Di hari baik bulan baik ini aku meminta maaf. Jika sesiapa hendak memberi zakat dan derma kepada aku sila masukkan duit ke dalam bank akoun aku di Zurich Switzerland. Dinar emar dari Kelantan aku terima juga. Walah hu aalam biss sawab.

Letter from Kuala Lumpur


Quite what the police were thinking has never officially been disclosed. For happily, the Malaysian judiciary lived up to its reputation to “do the right thing”: Baginda was freed, without having to give evidence at trial and left for the more agreeable surroundings of Oxford.

Private Eye No. 1267 20 August - 2 September 2010

This summer, the Malaysian navy took delivery of the second of two French submarines, ordered in a contract that is generating something of a stink in our usually reserved society. French delivered our second submarine. Rumours abound that one does not dive and the other does not resurface. But that’s not the only submarine story that has been making waves.

In late 2006 the remains of a 28 year old Mongolian translator, and sometime model, Altantuya Shaariibuu were found in jungle outside our glittering capital. The culprits, according to the initial police investigations, were two officers from the Police Special Action Force assigned to English-public-school educated Najib Razak, then defence minister and deputy PM and since 2008 our Prime Minster. Matters became all the more curious when a third man, Razak Baginda, a defence analyst and who was linked to Najib was arrested for with abetting the murder.
Quite what the police were thinking has never officially been disclosed. For happily, the Malaysian judiciary lived up to its reputation to “do the right thing”: Baginda was freed, without having to give evidence at trial and left for the more agreeable surroundings of Oxford. Despite a lack of apparent motive on the part of the two hapless policemen, they were found guilty and sentenced to death, following Malaysia’s longest ever trial.

In days gone by that might have been the end of the story, in a country with an acquiescent press, where even the victim’s name and cartoons alluding to the story are banned. Alas, we now have the internet and awkward allegations have a habit of tumbling out – “First world infrastructure and third world mentality” as a former PM observed.

What has emerged is a story with more implausible plot turns than a Jeffrey Archer novel. Altantuya had been romantically involved with Baginda, and according to her family, had been pregnant at the time of her murder. She had apparently been promised US$500,000 for her work during an arms deal in 2002. Baginda had since stopped the liaison, but Altantuya had found out about his US$150 million commission and had come to Kuala Lumpur to press for her share. According to one version, she was last seen being bundled into a car by the two policemen outside Baginda’s home after “causing a disturbance”.

The defence deal, valued at about US$1 billion was with French contractors Thales and DCN, now under investigation themselves in Paris. Najib, who retained the defence portfolio after his promotion to PM, was instrumental in securing the deal. Baginda was paid handsomely for his efforts through Perimekar, the company he owned with his wife. Perimekar, was formed in 2001, just before the submarine deal. With no experience in defence matters, speculations abound that its sole purpose was to collect the huge commission. The payment for “coordination and support services” may not be an issue that our Government wants investigated, but the lodging of complaints in a Paris court in July, have resurrected the story.
Our Government shrugs off accusations in a well practiced manner. But despite its feel-good messages, gleaming towers and lavish mosques, our dream to become a ‘developed country’ by 2020 increasingly appears myopic. In the last year our foreign investments have dropped by 80%, our foreign exchange reserves by nearly 25% and our national debt has increased by 50%. With our oil running out, even a government minister says we’ll be bankrupt by 2019. Little wonder that 300,000 have left since 2008.
Nobody alleges impropriety directly against the PM. But the ethnic Malay right wing within his own coalition, encouraged by the octogenarian bĂȘte noir and friend of Mugabe, former PM Mahathir Mohamed, has a different view. Unless the leaks can be stopped, it may be that the submarine scandal ends up benefitting some of our most entrenched and least progressive elements.

Pilu disisih perhatian anak




LENA Cikgu Ramlan terhenti tatkala terdengar bisikan isterinya meminta dia segera bangkit untuk bersahur. Nasi kukus, ikan masin, sambal belacan dan masak lemak cili api yang baru dipanaskan serta air cincau sudah sedia terhidang di atas meja dapur.
Dua anaknya yang masih kuyu matanya sudah tiba di ruang makan lebih awal. Mereka hanya menanti bapa mereka membasuh muka dan bersugi untuk menikmati hidangan bersama.
Doa makan diaminkan namun tiada bicara semasa di meja makan. Semuanya mesti tertib. Sudah menjadi kebiasaan, mereka anak-beranak tidak terus tidur kerana menanti masuk waktu Subuh.
Sementara menunggu azan dilaungkan, barulah Cikgu Ramlan yang segak berbaju Melayu berbual mesra bersama isteri dan anak-anaknya. Mereka tertawa apabila bercerita tentang kenangan raya. Perbualan juga adakalanya diselangi dentuman mercun dan meriam yang menggegar kesunyian desa.
Namun, itu semua tinggal kenangan yang cukup menghiris kalbu. Kini, Cikgu Ramlan hanya dikejutkan oleh loceng di Rumah Seri Kenangan (RSK) Seremban.
Dia juga tidak berbaju Melayu lagi. Setiap hari dia akan memakai baju-T lengan pendek berwarna oren, baju rasmi penghuni RSK. Mahu mengambil makanan sahur pun perlukan seseorang memimpin tangannya. Baginya, sahur sekadar cukup dengan dua tiga suap nasi dan secawan teh O panas.
Derita lelaki ini bukan calang-calang. Katanya, dia merana dengan perbuatan isteri dan dua anak kandungnya.
“Pada umur 55 tahun, saya bersara daripada khidmat sebagai guru. Empat tahun selepas itu, saya ke Indonesia untuk menjalankan perniagaan kayu balak.
“Hidup saya mewah ketika itu. Saya perlukan seseorang di sana untuk urus makan minum saya, jadi saya berkahwin satu lagi dengan seorang juruwang di Indonesia. Bermulalah episod duka seorang tua,” kata Ramlan yang berasal dari Negeri Sembilan kepada penulis.
Keputusan beristeri dua sememangnya membawa petaka kepada cikgu bahasa Inggeris itu. Hubungan mereka sekeluarga seperti retak menanti belah. Dia dipulau oleh keluarganya di Malaysia.
Hidup yang dimamah usia menyebabkan Ramlan mengalami masalah penglihatan dan selang beberapa bulan, dia menjadi buta. Ketika bercerita tentang hal ini, air mata jernihnya sudah bergenang.
“Bila buta, kita sudah tiada arah. Saya tumpang berteduh di sebuah masjid di Melaka selama lapan bulan dan akhirnya pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ambil saya dan tempatkan saya di Rumah Seri Kenangan Cheng dan kemudian di sini,” luahnya.
Rindu keluarga
Lelaki berusia 71 tahun yang senang berbahasa Inggeris itu menambah, tahun ini merupakan kali kedua dia menyambut Ramadan di rumah kebajikan tersebut.

SUASANA sebegini mungkin menimbulkan rasa pilu kalau berkunjung ke RSK.


“Biasa-biasa saja di sini, tiada sebarang persiapan. Semua kat sini senasib. Saya dah buta, jika awak tanya aktiviti saya dalam bulan puasa, apalah sangat saya boleh lakukan. Bangun tidur, solat, tidur, makan, itu saja yang saya terdaya,” luahnya.
Di sebalik kepasrahan itu, Jazlan dengan nada perlahan berkata, setiap hari dia berharap akan muncul wajah-wajah kesayangan isteri dan dua anaknya itu di pintu masuk asrama RSK.
“Rasa macam nak duduk rumah bila raya, saya rindu keluarga. Teringin nak rasa rendang Chengkau. Tapi tak tahulah, mungkin ia angan-angan saja. Doakanlah untuk saya,” pintanya.
Lelaki tua yang sudah tidak bermaya itu berdiri, menyambut penulis dengan linangan air mata. Katanya, alangkah bahagianya jikalau orang yang berdiri di hadapannya adalah anak perempuannya.
Menatap wajah Jazlan yang penuh kedutan, penulis mengerti kecamuk di hatinya. “Anak saya lempar saya ke sini sebab dia kata dia banyak kerja nak buat,” katanya yang mempunyai lapan orang dan beberapa orang cucu.
Tuturnya perlahan, dia rindu untuk bertarawih ketika di bulan puasa.
“Tapi sedihnya sekarang, saya tak sempurna lagi. Nak bangun pun susah, saya ada penyakit jantung, buah pinggang, gastrik, darah tinggi dan gout. Solat pun dengan cara duduk,” ujar Jazlan, 81, yang menjadi penghuni RSK Seremban pada tahun lalu.
Penulis tertanya juga di dalam hati, bagaimanakah dia meneruskan hidup tanpa orang tersayang di sisinya dan apakah perasaannya tatkala mendengar gema takbir raya?
Tatkala umat Islam lain sibuk membuat persiapan raya termasuk membeli pakaian baru, siapakah pula yang akan menyediakan baju raya buatnya?
Apabila topik berkisar tentang Ramadan dan Syawal, bicara kami banyak terhenti. Barangkali terlalu berat untuk dikongsikannya.
Ayatnya tersekat-sekat, air matanya tidak putus-putus mengalir, dia sedang berperang dengan perasaannya. Emosinya begitu meruntun naluri saya.
Cuma dia sempat berkata: “Ramadan ini, saya tak rindu pada mereka. Tidak. Mereka tak ingat kita pun, kalau ingat tentu mereka datang.”

ALIAS bukan sahaja pernah mengalami strok malah mata kirinya buta.


Penulis cuba memadam rajuknya dengan memintanya berkongsi kenangan raya. Namun dia hanya mengucapkan: “Saya lemah tanpa kasih sayang anak dan isteri dan ketika berada di rumah ini. Saya sedar bahawa saya sudah tak bisa memiliki kasih sayang mereka lagi. Raya sudah tak mendatangkan apa makna, mungkin sehingga ke hujung nyawa saya.
“Namun, izinkanlah saya berdoa untuk kebahagian anak-anak saya,” katanya sambil mengangkat kedua-dua belah tangan berdoa.
Derita strok
Senasib dengan Ramlan dan Jazlan ialah Alias, 50-an. Alias ketika ditemui sedang membimbit dua bekas bubur lambuk. Katanya, bekalan itu untuk sahur nanti.
Rupa-rupanya, tahun ini merupakan pengalaman yang pastinya menyedihkan apabila buat pertama kalinya dia berpuasa dan menyambut Aidilfitri di sini.
Takdir begitu mencabar kehidupan Alias yang merupakan bekas jurugambar. Dia bukan saja mengalami strok tapi mata kirinya buta.
Penganiayaan anaknya begitu kejam. Tujuh bulan merana di atas katil akibat strok dan tidak langsung dipedulikan anak-anaknya yang satu ketika dulu dibelai penuh kasih dan sayang.
Sesungguhnya, Allah masih mengasihani dirinya. Alias diselamatkan oleh ketua kampung yang menjumpainya dalam keadaan berlumuran darah di tepi jalan. Demi kebaikannya, Alias dibawa terus ke RSK Seremban untuk mendapatkan perlindungan.
“Terlambat untuk saya persalahkan sesiapa kerana pada masa muda, saya asyik fikirkan kerja dan abaikan anak-anak dan inilah hukuman yang saya dapat,” katanya yang tertawa dalam tangisan. Ketika berbual dengannya, dia jelas sedang dicengkam gelisah.
Alias menyambung: “Dik, lima anak saya tak tahu yang saya ditempatkan di sini. Saya keluar rumah sendirian suatu masa dulu kerana tak tahan menanggung sakit dan kemudian dijumpai orang. Ujian ini hebat sangat.

SEBAGAI penguasa RSK, Harunarrsheed banyak berdepan dengan permasalahan dan emosi warga tua yang ditempatkan di rumah kebajikan tersebut.


“Tentang puasa, saya masih terdaya melakukannya. Sebenarnya saya sudah puasa 15 hari lebih awal. Kalau bertanya bagaimana saya menyambut raya, saya tidak tahu,” beritahunya yang hanya dilawati oleh seorang saudaranya.
Penguasa RSK Seremban, Harunarrsheed Mohd. Ibrahim memberitahu penulis, kesihatan Alias sudah jauh berbeza. Dulu dia tidak mampu berjalan, namun setelah diberi rawatan di rumah kebajikan tersebut, dia sudah mampu berbuat demikian.
Alias menghela nafasnya. Ujarnya, hatinya mudah terusik ketika bulan Ramadan. Biarpun satu ketika dulu, dia jarang meluangkan masa untuk berbuka dengan familinya, momen manis bersama keluarga tetap ada.
Namun, Alias tidak mampu meluahkannya dengan perkataan. Seperti Ramlan dan Jazlan, dia juga gagal mengawal tangisannya.
Jauh di sudut hatinya yang kecil, dia berharap anak-anaknya akan tahu bahawa bapa mereka sedang berteduh di rumah yang dihuni bapa-bapa malang.
“Saya harap mereka akan ambil saya untuk beraya bersama. Kepada anak-anak saya, abah mohon maaf terhadap apa yang abah lakukan suatu masa dulu,” ujarnya seperti sedang merawat luka yang terpendam.

The 2 Tuns, 5 Tan Sris and 4 Datos on Sime Darby BOD deserve sacking!


Resign or be sack!

Bigdog's latest posting reminded me of a line in a British standup comedy that made a parody of Charles Dicken's Tale of Two Cities as The tale of two titties.

The parodied title turn out to be a title of a porn movie.

Certainly, one can described the negligent and incompetent manner the so-called "illustrious" Board of Directors of Sime Darby carried out their fudiciary duties as obscene, repulsive and pornographic.

This is a result of the practise and culture of appointing members on the Board of PLCs and GLCs as reward for retired politicians and top civil servants. It is like giving flowers to monkeys.

In Big Dog's latest posting, he is practically launching an already on-going and as good launched campaign to remove the members of the Board of Directors of Sime Darby he dubbed as "The Tale of the Two Tuns, Five Tan Sris and Four Datos".

Why must the illustrous BOD of Sime Darby be removed? Read extract from Bigdog's below:

The stewards who have fiduciary duties over the conglomerate must be accountable. The board of directors (BOD) comprises of ‘illustrious members of the society and corporate community’, with some representing the shareholders.

Having said that, despite of their professional training and aggregate vast amount of exposure and experiences amassed in various capacities through time, they deemed to fail their duties. The convenient blame is when Chairman Tun Musa Hitam told the press, “Management misled us and hid the truth”.

This is unacceptable.

They are members of the BOD. They have the right to ask questions and demand for answers.

If the answers are not convincing enough, then they should talk to the various level of executives. They have an audit committe at the BOD level. They also have the right to interact with the external auditors.

Musa Hitam: Showing the gesture what needs to be done about the BOD?

All of these deliverables expected of the BOD are not without basis. The issues that lurk Sime Darby on the Bakun and oil and gas have been openly discussed in market, even in publications, including here in BigDogDotCom.

Unfortunately, all of these fell out of the radar scope of the ‘illustrious members of the BOD’.

Are the members of the BOD felt that they are to high up and well placed in the society that they are indispensable?

We are not sure.

However, the BOD comprises of personalities such as former Deputy Prime Minister Tun Musa Hitam, former Chief Secretary to the Government and now PNB Chairman Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, former Bank Negara Assistant Governor Tan Sri Andrew Sheng, former Chief Secretary to the Government Tan Sri Shamsuddin Osman, former Director General of Education Tan Sri Wan Zahid Nordin, former PwC Executive Chairman and MICPA President Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda and former SIRIM Director General and nuclear engineer Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajudin Ali.

This is accompanied by four other Datos namely former BIMB Supremo Dato’ Dr. Abdul Halim Ismail, prominent lawyer and former SUHAKAM Commissioner Dato’ Paduka Zaitoon Osman, Sime Darby veteran Dato’ Mohamed Sulaiman and a chartered accountant from Britain Dato’ Henry Sackville Barlow.

It is unbelievable these men and lady did not ask Zubir the right questions. Especially when losses that large must be accumulated through time.

There are chartered accountants (Raja Arshad, Mohamed, Barlow), a seasoned banker (Dr Halim) and engineer in the BOD. Four of them were from the pre-Synergy Drive Sime Darby BOD.

The very least, the progress and extension of the projects involved. What is most baffling weren’t they curious the development on these projects, Bakun, MOQ, QP and the marine project in QCC states?


How about the JV ventures with Brunsfield and Sunrise Bhd. and allowed the profits to be shared where else Sime Darby as a seasoned property development group and had all the resources to undertake these projects on its own?

The BOD must be accountable for these and display integrity. They have to go. If not all, the very least most of them.

On the Sime Darby Energy and Utilies losses and scandals, 15 weeks ago here in BigDogDotCom we already demanded some of the BODs be sacked, which include Chairman Musa.

No doubt Sime Darby did show some profits despite the accumulated losses of the four ‘sick’ projects. However, they are supposed to monitor all the developed controls and reporting system which were deemed to be matured and tested through time.

On 7 September 1981, Permodalan Nasional Berhad engineered the ‘dawn raid’ on the London Stock Exchange to ‘bring back’ ownership and control of what is now the Sime Darby Group. British companies which so much from Malaysian resources are now back in the hands of Malaysians, particularly the Malays.

Then Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad personally paid attention to this carefully planned and clandestine ‘corporate reverse take-over’.

So why is it that Sime Darby still maintain a Brit (Chartered Accountant and British national Henry Sackville Barlow) on the board, knowingly it has been almost 30 years since and Malaysians have been proven to do the job without them?

It is the right thing to do (resign) for the two Tuns, five Tan Sris and four Datos (with the exception of the CEO, the director from Indonesia Dr. Ariffin Mohamed Sirergar and the Company Secretary). If this is about ‘ego’, then it should have ended sometime back.

No other organisation in the country of 600,000 registered companies which include Bank Negara and Petronas has a BOD with such ‘illustrious members of society’ to “be the steward and safeguard the interests of the shareholders”.

And yet, they ‘failed’ the almost 9 million shareholders (this include the 8.9 million members of the ASB and ASN scheme, which the single largest shareholder of the Sime Darby Group).

If nothing is done soon, then Sime Darby will be known as “The Tale of the Two Tuns, Five Tan Sris and Four Datos” where arrogance, pomp and pageantry rules over virtues like integrity and accountability.

The tale is about ‘great and illustrious men’ failing the Malaysian corporate scene.

Pengemis auta bazar Ramadan


SEORANG pengemis memangku bayi untuk meraih simpati orang ramai di bazar Ramadan Damansara Damai, Petaling Jaya.


KUALA LUMPUR - Kawasan pasar malam, bazar Ramadan serta masjid di Lembah Klang kini menjadi 'lubuk wang mudah' kepada pengemis asing untuk meraih simpati daripada orang ramai yang sedang menjalani ibadat puasa.
Dengan 'bermodalkan' anak-anak kecil serta berlakon kononnya mengalami kecacatan yang serius, para pengemis terbabit akan duduk di tepi-tepi lorong menadah tangan supaya dikasihani.
Tinjauan Kosmo! di kawasan berkenaan sejak awal Ramadan lalu mendapati, terdapat antara tiga hingga tujuh orang pengemis bukan warga tempatan meminta sedekah di hampir setiap pasar malam atau bazar Ramadan.
Antara faktor yang mendorong kebanjiran pengemis asing berkenaan ialah sikap murah hati rakyat tempatan yang suka menderma sehingga menarik mereka untuk menjadikan kawasan tempat mereka mengemis.
Menariknya, kebanyakan pengemis asing yang dipercayai berasal dari Myanmar, Kemboja, Thailand, Indonesia dan China itu mampu meraih pendapatan antara RM200 hingga RM300 sehari.
Hasil pemerhatian mendapati, pengemis tersebut dipercayai dikuasai oleh satu sindiket dipercayai warga tempatan yang bertindak menghantar mereka ke lokasi yang mempunyai ramai orang dengan menggunakan van atau kereta.
Antara lokasi yang dikenal pasti ialah Damansara Damai, Taman Tun Dr. Ismail, Sentul, Wangsa Maju, Setapak, Keramat, Taman Tasik Titiwangsa, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid India, Bangsar dan Taman Sri Sentosa.

Umno-BN Tarik Subsidi Rakyat Tapi Belanja RM900 Juta Untuk Kakitangan Awam

Oleh Faizal Ezzany
SHAH ALAM 6 Sept - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mempersoal tindakan kerajaan memberi bonus hari raya sebanyak RM500 kepada seluruh kakitangan awam dan juga pesara yang melibatkan kos melebihi RM900 juta tetapi pada masa yang sama menarik balik subsidi daripada rakyat untuk menjimatkan RM750 juta.
Beliau berkata penarikan subsidi ke atas lima barangan asas baru-baru ini telah menyebabkan  kenaikan harga barangan tersebut.
"Saya sokong pemberian bonus tersebut kerana ia membantu keupayaan rakyat berbelanja tetapi apa yang menjadi tanda tanya kepada saya serta perlu dijelaskan oleh kerajaan ialah apakah rasionalnya kerajaan mengumumkan penjimatan sehingga RM750 juta dengan menarik subsidi daripada seluruh rakyat tetapi mengeluarkan perbelanjaan  melebihi RM900 juta hanya untuk segelintir kakitangan awam dan pesara sahaja.
"Bagi saya ini satu tindakan yang tidak masuk akal, hak seluruh rakyat Malaysia yang berada di kampung, golongan berpendapatan rendah serta bukan kakitangan awam ditarik balik tetapi kepada sekelompok kecil kakitangan awam diberikan sumbangan dengan nilai yang begitu besar.
"Ini sesuatu yang pelik dan tidak logik yang berlaku dalam pentadbiran sekarang. Kalau kerajaan kata ingin berjimat sehingga terpaksa menarik balik subsidi tetapi pada masa yang sama memberi bonus hari raya yang melebihi nilai subsidi yang ditarik, jadi di manakah istilah jimat dari seorang Perdana Menteri," jelas Khalid pada sidang media dipejabat beliau baru-baru ini.
Tambah beliau, kerajaan sebelum ini memberi alasan tindakan menarik balik subsidi atas alasan sistem subsidi didapati tidak efektif kerana golongan kaya juga mendapat manfaat daripada subsidi tersebut.
Justeru itu kerajaan berpendapat sebanyak RM750 juta boleh dijimatkan setahun jika subsidi tersebut ditarik.
"Alasan kerajaan tarik subsidi adalah kerana terdapat golongan kaya yang menerima manfaat daripada subsidi tersebut dan kerajaan berpendapat ini tidak adil tetapi apa yang berlaku pemberian bonus ini juga dapat dinikmati oleh mereka yang berpangkat tinggi juga serta mempunyai pendapatan bulanan yang tinggi.
"Jadi apakah alasan kerajaan menarik balik yang selamanya dinikmati oleh rakyat semua golongan tanpa mengira tahap pendapatan bulanan tetapi sekarang membelanjakan lebih RM900 juta hanya untuk kelompok tertentu sahaja. Jadi di sini timbul ketidak adilan dalam pentadbiran kerajaan yang berbangga dengan konsep rakyat didahulukan.
"Tindakan penarikan subsidi RM750 juta menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan yang terpaksa ditanggung oleh semua peringkat masyarakat. Bonus raya RM500 kepada kakitangan awam semua peringkat termasuk pengarah yang gaji besar pun dapat juga. Anda tarik subsidi daripada orang susah untuk bagi untuk bagi bonus berjumlah RM900 juta lebih," tegas beliau lagi.
Khalid berpendapat tindakan yang diambil oleh Datuk Seri Najib Razak lebih kepada perasaan takut kepada pengumuman yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dalam pemberian bonus Aidilfitri.

Not the time to play politics


Umno feels threatened with this scenario and now makes a big meal of it, claiming that we have lost a bigger Malay support. This piece is surely one, where it is craftily written or ‘spun’ to achieve the similar objective that PAS is ‘playing politics’ again.

by Dr. Dzul

The BN-media got it wrong again and never seemed to understand why PAS is taking such a stance. If only this BN-media could understand it for once that all of our political positions must be premised on clear Islamist precepts usually verses of the Qur’an or authentic tradition of the Prophet Muhammad. If there are no such explicit sources we will have to resort to the Principles and Wisdom of the Islamic jurisprudence (Usul and Maqasid of Islamic Juurisprudence). We later look into how it contextualises into our current political and social realities.

Doing it the reverse order will befit a ‘pragmatic’ approach and conforms to BN-media’s idea of ‘playing politics’,the like of this article’a assertion. PAS is not into such game of ‘playing-politics’. This is quite unlike or plainly opposite to her political nemesis, where Islam is resorted to when it matters to their survival and conveniently debunked when it is a hindrance.

Because of such methodology, PAS has to sometimes suffer from taking very ‘fundamentalist and principled’ stand as in the case of our stand in relation to Hudud and Syariah etc. We don’t double-speak, much less ‘play politics’.

Very fortunately however, of late all our stands on the issue of Justice for All, war on racism and racial supremacy, name of Allah, against corruption and abuse of power, good governance, meriticracy, colour-blind affirmative action, etc, seemed to resonate well with the bigger constituency of Muslims and non-Muslims alike. PAS quite understand the ‘double-edged’ nature of these issues sometimes, given the 60-40 mixed demography, but we relentlessly make our position clear.

Umno feels threatened with this scenario and now makes a big meal of it, claiming that we have lost a bigger Malay support. This piece is surely one, where it is craftily written or ‘spun’ to achieve the similar objective that PAS is ‘playing politics’ again.

Politics is not a game to PAS. We are not here to play politics. Our raison d’etre is our platform of advocating Islamic Justice and Fairness to All. We seek the support and political mandate of the people, as we are a bona fide Islamist political party. As we are now in a Coalition Politics in Pakatan Rakyat, we collectively advocate the Common Policy Framework, CPF of Pakatan. If that is playing politics to some, especially the BN-media, so be it!

‘Not the time to play politics’

INSIGHT BY JOCELINE TAN

Sunday Star September 5, 2010,

PAS leader Datuk Nik Aziz Nik Mat won brownie points among the non-Malays for his defence of Teo Nie Ching’s faux pax in a Selangor surau. But compromising on such issues may have lost his party ground among the Malays.

SERDANG MP Teo Nie Ching rushed to the High Court on Monday morning in the hope of meeting Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat who was there for the Kelantan government’s suit against Petronas.
But when she got there, she was told the Kelantan Mentri Besar was about to leave for the mosque to perform sembahyang hajat or special prayers.
Teo was advised to go and wait at Kelantan House where Nik Aziz puts up when he is in Kuala Lumpur. Her persistence paid off and she met Nik Aziz for about 15 minutes over what some have called her political baptism of fire.
There had been an uproar when a photograph of the petite and pretty DAP politician making a speech in the Surau Al-Huda in Kajang appeared on the front page of a leading Malay newspaper.
The photograph showed her speaking into a microphone in the dewan solat or prayer court of the surau (No-no Number 1); her head was uncovered (No-no Number 2); and she was wearing a form fitting baju kebaya or what some have labelled an “SIA stewardess uniform” (No-no Number 3).
DAP leaders slammed the news report as “Umno-instigated” and accused the paper of blowing the issue out of proportion.
But behind the scenes, they knew the reaction among Muslims out there was not entirely about politics and they were concerned about how to handle the fallout.
Teo had crossed the line and this became all too clear when word came from the state government that the Sultan of Selangor, the Islamic head in the state, was upset about the matter.
From that point, the DAP defence that Teo had not done anything wrong ground to a stop and she was advised to apologise to the Sultan. Her letter of apology was handed to the Sultan by the Selangor Mentri Besar a few days later.
DAP leaders also approached their PAS colleagues for advice and that was when it was suggested that Teo should try to meet Nik Aziz.
The tvpas.com video of the meeting showed Nik Aziz doing most of the talking while Teo did all the nodding.
Teo is a practising lawyer, a vivacious speaker and fluent in Bahasa Malaysia. The novice politician made a huge impact in the last elections because she was such a natural and confident speaker.
But she has been under a lot of pressure in the last couple of weeks and seemed overwhelmed by Nik Aziz and was virtually sitting on the edge of the white sofa, her hands clasped on her lap.
Officially, the purpose of meeting Nik Aziz was for Teo to seek advice but the real aim was to signal to the Malay ground that Teo had been “absolved” of the faux pax by the Tok Guru.
“This is too much and in the holiest month for the Muslims. She ran to Nik Aziz because she wanted a political solution. If she really wanted religious advice, she should have gone to the mufti,” said pro-Umno blogger Zakhir Mohamed.
Teo has since resumed her Ramadan duties in more demure fashion, opting for the modest baju kurung and a variety of shawls for events at the surau or mosque.
PKR’s William Leong, the Selayang MP, also came under fire following reports in the same Malay daily that he had given a tazkirah or religious talk at the Masjid at-Fakwa.
Leong has been rather level-headed about the whole incident.
“I wouldn’t know how to give a tazkirah even if I wanted to. Besides, it is not as though I barged in and grabbed the mike. I was invited by the mosque committee,” he said.
But Leong probably came under less pressure because he is a man and a lot of activities revolving around the mosque are run by men.
A corporate lawyer, Leong’s experience of Ramadan before going into politics was breaking fast with his corporate clients in hotels. It has been a sharp learning curve and he now finds himself making donations to orphans, single mothers and the poor.
Actually, the relationship between politicians and mosques is an old story. Over the years religion has given politics and politicians a legitimacy that they would otherwise not enjoy among a large segment of Muslims and Malays and no other parties play it as intensely as Umno and PAS.
But non-Muslims making speeches in the prayer court is something else, hence the unequivocal response from the Selangor Sultan whose opinion about keeping the mosque and surau free of partisan politics is well known.
On Wednesday, the Selangor palace issued an order stating that non-Muslims are not permitted to enter the prayer court of mosques or surau without permission from the Selangor Islamic Religious Council (Mais).
Selangor is also touchy about politicians speaking in the mosque, no matter how well-versed they may be in their religious knowledge.
Earlier last month, when opening a religious primary school in the state, the Sultan had urged Muslims to step up efforts to overcome problems that posed a challenge to the institution of Islam. Among these challenges were the use of the word ‘’Allah’’ by non-Muslims, deviant teaching, misuse of mosques and social issues affecting young Muslims.
Clear signals on transgressions
The Raja Muda of Perak, Raja Dr Nazrin Shah, in a speech in Ipoh a few days after the incident, cautioned that “major transgressions in Islam begin from small acts” and that it could start from a surau, madrasah or masjid, or from a speech, khutbah, tazkirah or doa. There was no mistaking what he was referring to.
The two royals are sending clear signals on where they stand on religious matters.
There is no denying that reports on the Teo and Leong incidents were somewhat exaggerated especially the allegations that they had delivered tazkirah. If Teo was not even aware of how women ought to dress in religious settings, she could hardly be capable of a tazkirah.
At the same time, politicians like them are challenging stereotypical perceptions of the role of elected representatives. The new breed wants to be YBs for all races and that is something for everyone to think about in the new political landscape.
Several leading ulama such as Perak mufti Tan Sri Harussani Zakaria and Johor religious advisor Datuk Nooh Gadot jumped into the fray but most Malay politicians steered clear of it.
No Malay politician worth his salt wants to mess around with the palace and most have been in the game long enough to know the specifics of mosque etiquette.
PAS president Datuk Seri Hadi Awang, for one, was mum throughout. His silence was read as disapproval of what had happened. Party insiders said opinion on the matter had been divided at the PAS central working committee meeting last Sunday night.
But PAS intellectual and Kuala Selangor MP Dr Dzulkifly Ahmad said: “There is a great divide given the emerging two-party system taking place. The one willing to be in touch with the changing political landscape will be the one who will survive the new political contestation. It does not pay to take a jaundiced view of religion.”
Nevertheless, not everyone in PAS is happy with Nik Aziz’s stand. They say his political side seems to be dominating the ulama in him these days.
He had gone out of his way to defend DAP on the cancellation of the Malidur Rasul procession in Penang and the incident where Perak DAP leader Nga Kor Ming mispronounced Koranic verses.
More recently, there was the furore over the khutbah in Penang during which the imam neglected to pray for the Agong who is the head of Islam in the country but mentioned the Chief Minister’s name instead.
The debate among ordinary Muslims has generally not been sympathetic to Teo’s blunder. There are those who are clearly angry and feel she had not shown respect to their religious norms.
The more reasonable excuse her attire to ignorance but say she had transgressed certain boundaries by entering the prayer court.
“Mosques should be opened to non-Muslims but not the dewan solat and not in that kind of outfit. I’m not comfortable with that,” said one young Malay lawyer.
It is quite clear that DAP leaders work well with the consummate politician that Nik Aziz is.
He has become some sort of Band-Aid to the DAP when they stumble, fall and scrape their knee. To put it more bluntly, some think he has become an apologist for the DAP.
Those in Pakatan Rakyat call it coalition politics – that parties should help each other.
Nik Aziz won brownie points among the non-Malays but it is doubtful if he has won any ground among the Muslims on this issue.
The fasting month is a time for prayer, reflection and good deeds and Malay politicians often try to downplay politics during this special time.
But, said the well-known and controversial blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz also known as Kickdefella: “One political incident after another, this is a highly political Ramadan.”
 

Iklan Raya TV3: Rais Yatim Perlu Letak Jawatan


Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Patut Dipersalahkan, Kata Mahfuz

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan patut dipersalahkan dalam kontroversi penyiaran iklan TV3 sempena Hari Raya tahun ini yang tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

Pendirian Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ini berdasarkan kepada jawapan bertulis Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi ketika itu, Datuk Shaziman Abu Mansor pada sidang Dewan Negara 2004.

Dalam jawapan itu, Shaziman menyatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM bekerjasama dengan Lembaga Penapisan Filem untuk memastikan semua bahan siaran ditapis sebelum disiar TV swasta.

TV3 sejak Khamis lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan, selain menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman Buddha.

Mengikut beberapa blog, iklan ini meminjam konsep 1 Malaysia bagi menggambarkan amalan kesamarataaan agama di Malaysia.

Dalam hal ini, Mahfuz menyalahkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kerana terlalu memberi tumpuan kepada pemantauan di internet hingga mengabai bahan siaran TV3.

Mahfuz yakin Rais mungkin tidak memantau bahan siaran dalam TV3 kerana terlalu percayakan media arus perdana ini

Beliau yakin jika iklan sedemikian disiar media alternatif, Rais Yatim dan pimpinan Umno pasti akan melenting dan bertindak pantas serta tegas.

"Jelas membuktikan pemimpin Umno menilai sesuatu perkara dari sudut kepentingan politik mereka,” kata Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden Pas.

Iklan terbitan Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 yang menggunakan teknik janaan pengimejan komputer, dihentikan selepas lima kali siaran.

Selepas ditegur untuk tempoh tertentu, TV3 akhirnya memohon maaf.

Bonus raya kakitangan awam mampu mangsakan yang lain, Najib harus letak jawatan

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan kerana beliau gagal menhidu kesusahan kakitangan awam dengan hanya membayar bonus RM500 setelah terdesak dengan pengumuman kerajaan Pulau Pinang berhubung bonus raya.

Menurut Badrul Hisham, oleh kerana belanjawan 'surplus' maka Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian bonus duit raya sebanyak RM500 kepada kakitangan awamnya yang akan dibayar sebelum Syawal 1431.
"Itulah permulaan politik pemberian bonus. Ini bukan sahaja membuktikan pengurusan ekonomi kerajaan negeri baik tetapi merupakan satu penghormatan dan penghargaan kepada kakitangan awam yang beragama Islam yang bakal menyambul Edulfitri.
"Ini secara tak lansung membasuh sedikit serangan tohmah bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak cekap mengurus ekonomi, tak menghargai kakitangan awam dan tidak sensitif dengan orang Islam atau Melayu. Malah tambahan bagi guru Kafa dan seumpamanya cukup menarik perhatian," katanya.
Mungkin panik dengan pemberian tersebut maka Najib pula kemudiannya mengumumkan pemberian RM500 juga kepada semua kakitangan awam dan pesara.
Lebih 1.24 juta kakitangan awam dari gred 1 hingga gred 54 dan 590,000 pesara menikmati bonus raya tersebut yang melibatkan RM934.6 juta, katanya.
Amat pelik dalam keadaan buget regim pusat defesit teruk dan regim baru sahaja menghukum rakyat dengan menarik subsidi gula dan minyak yang menyebabkan kenaikan mendadak regim ini memberikan bonus, katanya.
Bonus seharusnya diberikan apabila sebuah syarikat atau organisasi memperolehi keuntungan tetapi semata hannya untuk saingan politik regim memberikan juga bonus raya, katanya.
Lebih pelik lagi regim kononya tidak dapat mengelakkan kenaikan gula dan minyak yang menyebabkan rakyat terseksa dengan kenaikan hampir semua kos perkhidmatan dan barang keperluan kononya kerana terpaksa menyelamatkan RM750 juta, katanya.
Menyelamatkan wang subsidi (RM750 juta) ini penting untuk mengelakan negara bankrup seperti yang dijangkakan oleh Idris Jala seorang anggota kabinet regim, katanya.
"Kerana mahu menyelamatkan RM750 juta itulah hampir semua rakyat terseksa dengan kenaikan kos hidup mendadak, malangnya untuk persaingan politik regim sanggup mengeluarkan RM934.6 juta pula," katanya.
Hujah memberikan kakitangan awam bonus raya kerana membantu mereka dalam menghadapi perayaan dalam keadaan kos yang meningkat juga memperakui kegagalan pengurusan ekonomi oleh regim, katanya.
Namun tahu atau tidak kakitangan gred 1 yang bergaji tinggi (baca: amat tinggi) juga memperolehi RM500 tersebut, dan kerajaan pula menaarik subsidi dari semua rakyat yang khususnya susah tetapi bayar bonus kepada golongan kaya yang tak terasa perit kenaikan harga, katanya.
Persoalanya di sini tiap kali kenaikan gaji atau pemberian bonus pasti mengakibatkan kenaikan harga barang, ujarnya.
"Jangan nak bohong kalau regim ini berkata harga barang tidak naik dan terkawal. Suruh menteri pergi pasar beli barang baru mereka tahu bagaimana kenaikan harga mendadak berlaku. Regim gagal mengawal harga dan pemberian bonus ini sedikit sebanyak juga telah menyuntik kenaikan harga lagi," katanya.
Bagaimana dengan mereka yang bukan kakitangan yang merupakan jumlah lebih ramai dari kakitangan awam, katanya.
Mereka tidak punya bonus, mereka kini banyak yang tak mendapat peluang kerja lebih masa sementara kos yang naik angkara pemberian bonus raya ini akan menjadi perangkap maut kepada pekerja-pekerja yang bukan kakitangan awam, katanya.
"Politik pemberian bonus raya ini berita gembira bagi 25 peratus rakyat tetapi mungkin perangkap maut bagi selebihnya. Ini harus dicatat dalam merakam KPI Najib selaku Menteri Kewangan ternyata dia gagal lagi dalam mengurus ekonomi," katanya.
Justeru Perdana Menteri disarankan melepaskan jawatan selaku menteri kewangan kerana gagal mencapai KPI yang mereka sendiri tetapkan, katanya.

Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina

www.iluvislam.com

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.

Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.

Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.


Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.

Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.

PBB Sarawak sokong Taib sebulat suara

TAIB MAHMUD KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) semalam menyuarakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud untuk kekal sebagai presiden dengan menyatakan ini perlu untuk mengekalkan kestabilan politik dan memastikan pembangunan yang berterusan di Sarawak.
Timbalan Presiden Alfred Jabu berkata, sokongan disuarakan oleh semua ahli majlis tertinggi PBB dan semua pemimpin pelbagai segmen dari 71 cawangan parti.

"Sokongan ini diluahkan melalui ikrar taat setia dan sebuah resolusi yang dicapai dalam mesyuarat majlis tertinggi PBB yang dipengerusikan oleh Taib sendiri," katanya.
"Kami (ahli-ahli PBB) sebulat suara menyokong kepemimpinan Pehin Sri (Tan Sri) Abdul Taib Mahmud dan akan terus menyokong kepimpinan beliau dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Jabu, yang juga timbalan ketua menteri Sarawak kepada para pemberita.
Taib, meninggalkan mesyuarat itu 10 minit lebih awal dan enggan bercakap dengan para pemberita yang telah menunggu sejak pagi lagi.  Beliau menyerahkan tugas melayan pihak media kepada Jabu.
- Bernama

TV3 Didakwa Cuba Satukan Agama Di Bawah Payung 1Malaysia

Oleh Dzulkarnain Taib
SHAH ALAM 6 Sept - Dewan Pemuda PAS mendakwa iklan Aidilfitri yang disiarkan oleh TV3, stesen televisyen yang dikaitkan dengan Umno dianggap satu usaha untuk menyatukan semua agama di negara ini di bawah konsep 1Malaysia selain menggalakkan amalan syirik di kalangan umat Islam terutamanya golongan belia dan kanak-kanak.
Semalam stesen televisyen tersebut membuat keputusan menarik balik iklan tersebut setelah dikritik hebat serta memohon maaf kepada umat Islam di negara ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS PUsat, Nasrudin Hassan At Tantawi berkata iklan tersebut jelas menunjukkan stesen swasta tersebut gagal dalam menyelami sensitiviti dan mengetahui batasan agama dan kaum walaupun setelah 26 tahun beroperasi.
"Inilah bahananya apabila konsep 1Malaysia yang menjadi sloganan Perdana Menteri tidak difahami oleh rakyat Malaysia hatta pemimpin Umno-Barisan Nasional sendiri.
"Akhirnya TV3 membuat tafsiran sambutan Aidilfitri mereka sendiri sehingga boleh menyebabkan gugurnya akidah seseorang Muslim itu. Tak faham konsep 1Malaysia sampaikan agama pun hendak disatukan sebab itu kita lihat ada unsur Kristian, Buddha, Hindu dalam iklan tersebut," tegas Nasrudin kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.
Malah lebih mengejutkan, beliau mempersoalkan keberkesanan fungsi serta peranan yang dimainkan oleh agensi seperti Lembaga Penapis Filem yang memantau serta menapis bahan yang disiarkan melalui media elektronik seperti filem, drama, iklan dan dokumentari.
"Kita lihat dalam kes iklan TV3 ini seolah-olah Lembaga Penapisan Filem lepas tangan atau terlepas pandang mengenai iklan tersebut walaupun mereka mempunyai panel syariah. Apa yang mereka buat sampai lalai begini?
"Kita desak Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) supaya memantau dan mengambil tindakan terhadap TV3 kerana menyiarkan iklan seperti itu yang menimbulkan kekeliruan terutamanya kepada kanak-kanak yang menontonnya.
"Kalau orang awam boleh menyedari iklan TV3 tersebut boleh menggugat akidah dan keimanan umat Islam bagaimana pula agensi seperti Pusat Islam, Jakim dan para Mufti di Malaysia," tegas Nasrudin lagi.
Iklan Aidilfitri terbitan stesen televisyen itu memaparkan beberapa babak yang boleh ditafsirkan mempunyai pengaruh agama Kristian dan Buddha.
Antara yang paling menonjol ialah adegan dimana seorang lelaki tua yang berkopiah muncul di luar tingkap sambil mengajak dua kanak-kanak menaiki becanya yang berwarna merah.
Beca itu pun secara magik terbang membawa kedua-dua kanak tersebut menjelajah alam di waktu malam.
Unsur ini jelas dilandaskan kepada perayaan Hari Natal di mana watak Santa Claus yang berpakaian serba merah dengan menaiki pedati terbang yang ditarik oleh sekumpulan rusa.
Begitu juga dengan adegan yang menunjukkan bunga teratai mengembang yang merupakan simbol daripada ajaran Buddha.
"TV3 mempamerkan Aidilfitri itu sebagai satu sambutan perayaan yang sama taraf seperti sambutan parayaan agama dan kaum lain seperti Kristian, Hindu, Buddha, Tahun Baru Cina dan sebagainya. Walhal Aidilfitri ialah satu ibadah merupakan manifestasi kesyukuran umat Islam berpuasa melawan nafsu selama sebulan serta melatih jiwa dalam proses penyucian rohani atau spiritual seseorang islam itu.
"Ia bukan majlis pesta seperti yang digambarkan oleh TV3 atau media milik Umno-BN yang mengosongkan jiwa Aidilfitri itu dengan sambutan ala jahiliyah yang dipenuhi gelak ketawa, makan minum serta pergaulan bebas tanpa ada had dan sempadan di mana halal dan di mana haram sesuatu perbuatan itu," jelas Nasrudin panjang lebar.
Nasrudin berkata Dewan Pemuda PAS akan menyampaikan memorandum bantahan kepada pihak pengurusan TV3 dan Kementerian hari ini.

MP PKR nafi jadi dalang serang Zaid


kamarul-bahrin-abbas2 Oleh Fazy Sahir
PETALING JAYA: Sekumpulan Ahli Parlimen yang menyokong Azmin Ali bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR menafikan dakwaan mereka adalah dalang di sebalik serangan peribadi ke atas Datuk Mohd Zaid Ibrahim, seorang lagi tokoh yang disebut-sebut akan bertanding jawatan itu.
"Tiada halangan kepada sesiapa untuk bertanding, namun ia terserah kepada anggota parti untuk menentukannya," kata Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abas pada satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini, dengan ditemani enam ahli parlimen lain.

Beliau berkata, "Saya tidak nampak ia bermaksud serangan, dalam bentuk apa pun dan saya tidak pernah terfikir langsung mengenai hal itu. Jika beliau (Zaid) rasa mampu, kita benarkan dia bertanding dan serahkan kepada ahli-ahli parti untuk menentukannya."
Zaid melalui kenyataannya semalam bimbang ditimpa nasib yang sama seperti Tun Ghafar Baba sejak beliau mengumumkan hasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Malah Zaid mendakwa terdapat percubaan untuk memburukkan namanya melalui blogger Melayu yang diupah, dengan menulis bahawa beliau akan membayar RM20,000 kepada cabang yang mencalonkannya.
Kamarul berkata cubaan menjatuhkan Zaid hanya dakwaan semata-mata.
"Ia hanya satu dakwaan, lagipun bagaimana percubaan menjatuhkannya boleh terjadi sedangkan Zaid tiada kedudukan dalam parti sejak awal lagi?" soalnya.
Dalam pada itu, majoriti Ahli Parlimen dan Senator dari PKR menyatakan sokongan secara terbuka kepada Azmin, ahli parlimen Gombak dan juga naib presiden parti untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Selain Zaid dan Azmin, Naib Presiden dan juga Ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub turut berminat bertanding jawatan yang sama.
Jawatan Timbalan Presiden kini masih disandang oleh Syed Husin Ali dan beliau masih belum membuat pengumuman mengenai pendiriannya sama ada akan mempertahankan jawatan atau sebaliknya.

Golongan Bencikan Sikap Kesederhanaan Guna Keganasan Sebagai Strategi Politik

Oleh Edi Suleiman
SHAH ALAM 6 Sept - Kumpulan yang pesimistik terhadap usaha mewujudkan hubungan harmoni antara umat Islam dan dunia Barat atas landasan prinsip kesederhanaan cuba menguasai perdebatan dengan mengapi-apikan sentimen anti-Amerikanisme dan anti-Semitisme di samping menggunakan tindakan keganasan keterlaluan sebagai strategi politik.
Berkongsi pandangan sebagai penulis undangan di dalam Wall Street Journal, antara akhbar yang paling berpengaruh di Amerika Syarikat, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka yang meragui dan bersifat sinis telah mencemuh bahawa pencarian kepada Muslim yang berwatak sederhana dalam abad ke-21 tidak ubah seperti mencari 'Holy Grail'.
"Kumpulan tersebut berhujah bahawa serangan pengganas, pengeboman berani mati dan seruan Jihad kepada umat Islam 'untuk bangkit menentang penindasan Barat' begitu meluas, kata Anwar dalam tulisan beliau bertajuk "The Ball Is In Our Court" yang disiarkan pada 1 September lalu.
Anwar merupakan antara lima intelektual terkemuka antarabangsa yang dijemput oleh Wall Street Journal untuk memberikan pandangan berhubung isu kontroversi cadangan pembinaan pusat budaya Islam dan masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia di Manhattan, New York.
Artikel beliau adalah yang pertama disiarkan akhbar itu daripada beberapa siri artikel lain oleh penulis termasuk Bernard Lewis, Ed Husain, Reuel Marc Gerecht, Tawfik Hamid and Akbar Ahmed.
"Bagi membuktikan kejayaan, mereka menggunakan peristiwa 9/11 sebagai pengajaran kepada pihak yang dikatakan musuh Islam, lantas perbuatan pengecut itu bukan sahaja telah mengakibatkan kesan yang besar kepada mereka yang menjadi mangsa malah memberikan tamparan hebat kepada umat Islam lain.
"Mereka ini adalah umat Islam yang menjalani kehidupan seperti orang lain - mencari rezeki, membina keluarga, menyambut majlis bersama dan juga mendoakan untuk keselamatan serta keamanan. Mereka adalah orang Islam yang tidak pernah terlintas untuk membawa pisau lipat bersama mereka apatah lagi bahan letupan untuk memusnahkan bangunan. Mereka ini jelas bersama kita dalam masyarakat, kalaulah hanya kita mampu menyingkat selubung yang menutupi mereka oleh golongan dalam bayangan yang berjket penuh dengan bom dan bernekad kepada kebinasaan.
"Mereka ini adalah majoriti orang Islam yang tidak berbeza dengan Kristian sederhana, Yahudi mahupun penganut agama lain di mana identiti mereka telah tenggelamkan oleh kejadian yang di luar kawalan.
"Kesimpulannya umat Islam digambarkan secara keseluruhan sebagai tidak bertoleransi, anti-demokratik, mundur dan tidak boleh wujud bersama-sama masyarakat lain dalam dunia moden. Ada yang mengatakan hanya wujud satu penyelesaian iaitu buang kepercayaan dan tradisi anda dan menerima pluralisme serta kemodenan,"  tulis Anwar dalam artikel tersebut.
Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu seterusnya menyimpulkan bahawa terdapat kelemahan dan kesilapan dengan penyelesaian sedemikian kerana majoriti besar umat Islam melihat diri mereka sebagai sebahagian daripada tamadun yang mewarisi tradisi sains, falsafah dan kepercayaan yang menempatkan kepentingan terhadap kesucian kehidupan manusia.
Tambah Anwar lagi, ratusan juta umat Islam menolak semua bentuk fanatisme dan berpegang teguh kepada prinsip demokrasi.
Justeru, Anwar menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya berusaha dengan lebih gigih daripada hanya bercakap mengenai warisan budaya dan intelektual mereka di samping mendahului mereka yang menolak keganasan dan kekejaman.
"Pihak sebenar yang menjadi penghalang kemajuan dan keamanan dalam dunia Islam adalah mereka yang bertindak sebagai penindas dan rejim yang opresif, lalu mereka inilah yang perlu mendengar gegaran kutukan sebulat suara kita. Tindakan seterusnya aadalah keputusan kita," kata beliau lagi.

KUATNYA KUASA RAKYAT : TV3 TARIK BALIK IKLAN RAYA DAN MOHON MAAF (Ada video)



Sepatutnya kerajaan BN kena ambil pengajaran betapa kuatnya kuasa rakyat apabila hak mereka diganggu gugat. Jangan ambil hak rakyat, royalti rakyat (Kelantan), kerajaan rakyat (Perak)dan lain-lain. Ambil iktibar iklan TV3 ni. Tunggu sahaja kuasa rakyat pada PRU13 nanti.....!

Adakah Apco Yang Lulus Terbit Iklan Raya TV3?

Kontroversi iklan raya yang diterbitkan atas brand TV3 telah sampai ke kemuncaknya apabila TV3 melalui Buletin Utama edisi 5 September telah memohon maaf kepada semua masyarakat Muslim yang terguris dengan penyiaran iklan tersebut.
Dengan memasukkan unsur Santa Claus iaitu simbol perayaan Krismas dan juga unsur bunga teratai yang menjadi lambang kepada upacara keagamaan Buddha, dapat kita lihat dengan mata kasar bahawa apa yang cuba ditonjolkan dalam iklan tersebut adalah peralihan dari slogan 1Malaysia terbitan Umno dan Apco menjadi slogan baru iaitu 1Agama.
Kepada rakan-rakan yang masih ketinggalan dan tidak sempat melihat iklan tersebut, boleh melihatnya sendiri dan seterusnya menilai, adakah ianya boleh memesongkan akidah anak-anak kita yang menontonnya sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri?
Setelah iklan tersebut diselidik dengan lebih halus seperti yang dikaji dalam blog aulakalimah, ianya menghasilkan sesuatu yang lebih memeranjatkan.
Dapat didedahkan bahawa dalam iklan tersebut juga dapat dilihat tulisan jawi atau tulisan Al-Quran yang dipaparkan dalam keadaan terbalik, dan menara masjid yang 'ditokok' menjadi bentuk salib!
Inilah kerja-kerja propaganda barat untuk mengelirukan umat Islam, malangnya ia disambut oleh media perdana yang dipelopori kerajaan pemerintah.
Ketelanjuran ini adalah disifatkan melampaui batas. Memohon maaf semata-mata disebalik melindungi mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan penyiaran iklan tersebut sememangnya tidak berbaloi.
TV3 harus lebih responsif dan bertanggungjawab dengan apa yang telah mereka lakukan! Ia umpama si perogol yang dilepaskan hanya setelah memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Justeru, TV3 atau lebih dikenali sebagai RTM3, harus mendedahkan siapakah yang melulus-terbit iklan yang berniat jahat tersebut.
Diikuti dengan mendedahkan siapakah atau kumpulan manakah yang melakukan kerja akhir menyiapkan iklan tersebut, diikuti mendedahkan 'director' iklan dan juga perekacipta 'storyboard' bagi iklan yang diklasifikasikan sebagai 18PL itu.
Demi menghalang sebarang agenda memurtadkan orang-orang Islam secara licik dan halus dilakukan secara terancang seperti iklan raya lari akidah terbitan TV3, pihak pembangkang atau NGO orientasi Islam harus memulakan langkah segera menyiasat dan memberkas mereka yang terlibat dan yang paling penting, menghambat siapakah yang menjadi dalang utama.
Kerajaan hari ini sememangnya tidak boleh lagi diharap dalam menjaga kesucian Islam apabila mereka bersama dengan agen Yahudi.
Persoalannya, adakah iklan promo raya TV3 itu berkaitan dengan Apco, yang menjadi konsultan kepada kerajaan Barisan Nasional? Tiada apa yang mustahil dilakukan oleh kerajaan pemerintah hari ini apabila telur mereka dipegang erat oleh anasir barat.
Staf TV3 yang mempunyai maklumat adalah digalakkan untuk membuat pendedahan sepertimana yang dituntut. Sesungguhnya pendedahan yang berjaya dilakukan akan menyelamatkan umat Islam daripada terus diasak arus kemurtadan yang sentiasa dicanang oleh barat keparat.
Kepekaan masyarakat Islam di negara ini dalam mentafsir iklan tersebut sangatlah dipuji.
Semoga kita semua selamat bersama Islam di dunia dan akhirat InsyaAllah.