Ahad, 5 September 2010

PAS Jangan Sekali-Kali Bersatu Dengan UMNO



Kadangkala kita sebagai bangsa Melayu rasa malu dan terhina dengan sikap dan tindakan keterlaluan Melayu UMNO terhadap rakyat yang sebangsa denganya. Mereka jelas jahil dan buta agama dengan sewenang-wenangnya menggunakan Islam, rumah Allah dan ustaz-ustaz upahan yang menjadi balaci mereka untuk menghalalkan tindakan mereka.

Mereka yang kini umpama cacing kepanasan kerana amat bimbang jika tersungkur pada PRU ke 13, kerana sekiranya berlaku, segala tembelang jahat dan penipuan mereka selama ini terhadap rakyat akan pecah. Mereka tidak akan mampu mengarahkan polis, hakim, Pejabat Peguam dan mahkamah untuk menutup dan melindungi mereka lagi.

Kini apabila melihat barisan pembangkang kian kuat dan kukuh, mereka mula menjaja fitnah, merekacipta fitnah dan membuat berbagai tuduhan tanpa bukti dengan tujuan untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat supaya hancur sebelum PRU 13 ini.

Mereka mainkan isu perkauman sempit yang sangat jahat untuk menunjukan kepada rakyat kononya betapa jahatnya orang Cina dalam Negara kita ini sedangkan dalam masa yang sama kejahatan mereka sendiri makin terserlah dan terbongkar.

Kalau kita pergi ke negeri China di kawasan majority orang Islam, tidak akan kelihatan atau kedengaran gangguan atau halangan sesama mereka dalam soal untuk menyampaikan kuliah atau melaksanakan hokum Allah, begitu juga umat Islam di India, mereka tidak pernah menghina atau memperlekehkan syariat islam tetapi apa yang berlaku di Malaysia adalah sebaliknya. Orang Melayu UMNO adalah perosak kepada keadilan dan keindahan Islam itu sendiri dikacamata orang bukan Islam. PAS cuba menyampaikan dakwah kepada DAP dengan berbagai cara mengikut acuan yang pernah dilakukan oleh Nabi dan juga kaedah yang dibenarkan oleh Islam tetapi UMNO pula cuba merosakan dan memporakporandakan kaedah itu.

UMNO sibuk dengan Melayunya. Kita tanya mereka, apa hebatnya Melayu? Disisi Allah kelak Melayu tidak mempunyai nilai satu sen pun. Bangsa Arab yang dari bangsa Nabi pun tidak punya nilai disisi Allah kerana kata Nabi yang bernilai hanya umat Islam yang bertaqwa saja. UMNO tidak boleh mendabik dada menatakan bahawa semua orang Melayu itu Islam. Mana dalil dan hujahnya? Bukankah sudah beratus ribu orang Melayu (UMNO) yang sudah murtad? Belum dicampur dengan yang tidak solat lagi. Orang Arab pun ramai yang bukan Islam. Jadi apa bezanya? Orang Cina dan India pun bukan semuanya kafir, ramai juga yang Islam.

UMNO perlu ingat, kamu jangan terhegeh-hegeh untuk mencari pengaruh dengan cara membuat fitnah dan memecahbelahkan perpaduan kaum yang ada dalam Pakatan Rakyat. Ingatlah, seandainya satu hari nanti, DAP, MCA dan Gerakan bergabung pun, PAS tidak akan sekali-kali bergabung dengan UMNO, biar apa pun yang terjadi. Jika orang-orang Melayu UMNO ingin melihat bangsa Melayu kuat dan terus berkuasa, ayuh, tinggalkan UMNO dan sertai PAS.

Atau jika untuk melihat Parti Keadilan Rakyat terus dikuasai oleh orang Melayu, serta parti itu dan tinggalkan UMNO. Ingatlah wahai orang Melayu, UMNO tidak diperlukan lagi oleh orang Melayu dan tidak harus singkirkan terus dari terus wujud dalam Negara ini. Pengkhianatan, penipuan, rompakan dan kezaliman yang telah mereka lakukan selama ini sudah cukup untuk menginsafkan kita semua untuk mengucapkan "Selamat Tinggal Buat UMNO", Tanpa UMNO, Melayu dan Islam lebih selamat dan lebih dihormati. Sebenarnya Melayu UMNO adalah Melayu berpenyakit, penyakit busuk hati, dengki, dendam dan sombong. Mereka akan merosakan sesiapa saja jika berada di dalam mana-mana parti pun. Mereka tidak boleh dipercayai dan tidak boleh diberikan amanah atau tanggungjawab.

Mereka jenis yang akan menikam kawan dari belakang setelah meresakan mereka sudah mula kuat dan berpengaruh. Sikap mereka tak ubah seperti puak Yahudi. Itu sebabnya mereka boleh berkawan dengan Yahudi. Wallahualam.

Tok Janggut

Iklan raya ini LULUS siaran di blog !

 by radens albanjari

Humbankan iklan 'cacamarba' itu ke lubang najis, kita angkat iklan yang lebih faham budaya dan semangat lebaran seperti dibawah. Bravo kepada produksi yang menghasilkan iklan yang bagus ini, tak macam iklan satu itu, macam bangang ! 


Semua nak di '1Malaysia'kan. Sampai agama pun dibuat iklan bagai bagai ala pancasila, ker nak buat promo baru '1Agama' untuk Malaysia? Tapi apa nak kesah..bila dah stesyen 'bas'nyer pun dah 3 suku, yang lain lagi macam 'pelir' !!

(Wak) - Esok heboh ada kempen ludah Namewee oleh geng pencacai, iklan khurafat tu tak mau ludah sekali ker ? 


MB T’ganu didakwa beri kontrak uniform sekolah tanpa tender

mat said kot sgkok Dalam perkembangan lain, kontrak uniform sekolah diberi tanpa tender juga berlegar di pejabat Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Dipercayai wanita misteri itu bernama Mek Hawa binti Abdul Rahman yang mendapat kontrak tanpa tender selepas mendapat surat terus dari menteri besar.
Di percayai sekitar November 2008, syarikat yang diberi nama Hamie Enterprise menghantar surat terus kepada menteri besar menyatakan syarikat itu membekalkan pakaian sekolah dengan jenama ‘Ganu Kita."

Dalam surat itu, dinyatakan  Hamie Enterprise memohon membekalkan uniform sekolah kepada kerajaan negeri.
Surat Hamie yang ditandatangani oleh penama, Azreen bin Ami Nordin telah diluluskan oleh menteri besar sebagai syarikat pembekal uniform sekolah.
Pada November , Ahmad dilaporkan bahawa rundingan memilih  Hamie Enterprise untuk membekalkan uniform sekolah untuk 2008  telah berjaya.
Berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Syarikat Malaysia,  Hamie Azreen bukan pemilik atau rakan kongsi kepada  Hamie Enterprise yang ditubuhkan pada 1994. Mek Hawa binti Abdul Rahman  adalah pemilik  Hamie Enterprise.
Setelah diluluskan oleh menteri besar, Mek Hawa binti Abdul Rahman sebagai pemilik tunggal telah mendapat tender amie Enterprise sebagai pembekal uniform sekolah  kepada  53,300 pelajar RM7, 995,000.
Sejak keputusan dibuat pada akhir tahun, perbelanjaan yang seharusnya dibuat melalui tender oleh kerajaan negeri hanya diberi melalui rundingan.
Berikutan kekurangan masa uniform dan peralatan dibeli dari China tanpa membuat rujukan terhadap keperluan saiz secara mendalam.
Keputusannya, sehingga sekarang, walaupun selepas dua tahun uniform termasuk stokin dan kasut belum habis  diagihkan kerana saiz tidak sesuai.
Mengikut laporan pejabat pendidikan daerah  Hulu Terengganu, hanya selepas dikira semula 5  Otober 5, 2009, mengesahkan simpanan masih ada di pejabat itu adalah seperti berikut:
Kasut – 5402 pasang
Seluar panjang  – 5066 helai
Baju lengan pendek – 4222 helai
Baju kurung putih  – 4415 helai
Kain sarong biru – 936 helai
Tudung  – 2910 helai
Pembaziran tidak hanya dipersoalkan oleh PAS dam sidang Adun sejak sesi lalu, tetapi oleh wakil kerajaan mengenai kewajaran Ahmad memberikan projek tanpa tender bernilai RM7, 995,000 kepada Hamie Enterprise.

Bila Umno sedar diri, celaka berpanjanganlah negara kita ini

Walaupun perbuatan mengapi-apikan perkauman yang dilakukannya dengan sungguh-sungguh dan konsisten sejak selepas pilihan raya umum 2008 lalu berjaya membangangkan majoriti orang Melayu untuk menyokong Umno, tetapi parti pembakar api perkauman itu jelas kelihatan tidak begitu yakin untuk menghadapi pilihan raya umum sekali lagi.

Malaysian Insider hari ini melaporkan:
Pemimpin-pemimpin Umno dan para pembantu Datuk Seri Najib Razak dipercayai telah meminta beliau agar ‘menangguhkan’ idea mahu memanggil pilihan raya umum tergempar dengan menekankan, perdana menteri tidak harus menganggap peningkatan popularitinya sebagai kayu ukur parti itu sudah diterima sepenuhnya oleh rakyat.

Presiden Umno ini mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Umno Johor kelmarin di mana beberapa pemimpin telah berkongsi keprihatinan mereka tentang populariti parti dominan Barisan Nasional (BN) itu.

“Datuk Seri Najib memang popular, tidak ada siapa yang boleh meragui. Bagaimanapun parti tidak popular di sesetengah negeri seperti di Johor,” kata seorang pemimpin Umno kepada The Malaysian Insider yang tidak mahu identitinya didedahkan (baca selanjutnya dalam berita bertajuk "Pemimpin Umno minta Najib ‘tidak gopoh’ panggil PRU-13").
Saya cukup bimbang dengan sikap pemimpin-pemimpin Umno yang dilaporkan itu. Susah hati sungguh saya apabila mereka sedar bahawa rakyat tidak boleh lagi dianggap anjing pecacai parti puaka mereka.

Sebabnya, bila Umno sedar diri lagu tu, saya nampak lebih lama lagilah cengkaman dan pemerintahan parti yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata sudah jadi parti perasuah itu. Kalau Umno bersikap bijak apabila ia kelihatan begitu sensitif dengan apa jua kajian dan pandangan yang orang buat terhadapnya, alamat celaka berpanjanganlah negara kita ini di bawah pemerintahan Umno.

Habislah bab Umno bijak dan sedar diri dan lebih lama lagilah negara kita dilanda celaka.

Bab dapatan soal selidik ni pula, walaupun saya amat menghormati kajian Merdeka Center dan mana-mana badan pengkaji sekalipun, tetapi saya harap saya boleh menganggap mana-mana kajian sekalipun tidak semestinya tepat dan sempurna dalam mencerminkan sentimen rakyat seluruhnya - walaupun ia memang merupakan kayu ukur yang sangat penting dan perlu diambil kira.

Pertama, bab sokongan kepada Umno. Saya rasa di kalangan orang Melayu, kita melihat pengaruh Umno makin meningkat dengan hebat. Lihat saja keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang, Manek Urai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor.

Dalam pilihan raya Bagan Pinang dan Hulu Selangor, kita juga melihat orang-orang India sudah berpatah balik kepada Umno dan Barisan Nasional (BN). Dari keputusan-keputusan itu, saya rasa Umno kuat la ni.

Kedua, walaupun Najib didapati popular oleh kajian Merdeka Center tetapi jangan lupa, di sebelah Najib ada Datin Seri Rosmah Mansor. Walaupun saya tidak boleh mendakwa hasil dari apa yang saya tanya-tanya selama ini memberikan gambaran yang tepat, tetapi lebih 90 peratus orang yang saya tanya termasuk remaja dan kanak-kanak menyatakan mereka sangat benci kepada Rosmah.

Ada yang malah menyatakan "tengok muka Rosmah, dengar suara Rosmah pun tak boleh". Saya pernah melihat, ketika TV menyiarkan gambar Rosmah, ada budak sekolah yang saya dengar berkata, "bodoh TV ni. Orang tengah nak makan ni dia keluar gambar ***** **** ni. Gelilah!"

Waktu itu, saya betul-betul teringat kebencian rakyat terhadap Khairy Jamaluddin ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dulu. Tetapi, dalam kes Khairy dulu saya hanya mendengar suara-suara kebencian yang teramat sangat terhadapnya. Tak pernah pula saya dengar perkataan-perkataan yang kini diluahkan terhadap Rosmah seperti "uwek!" atau "gelilah!" dan perkataan-perkataan lain yang saya tak nak la tulis di sini.

Saya ulangi, pandangan saya mungkin tidak tepat, tetapi hari demi hari saya melihat kebencian yang teramat benci terhadap Rosmah kian merata. Itu tidak termasuk orang yang tak berani nak kata.
PB.

Gani Patail Tetap Akan Terima Balasannya


Serah Dokumen Sulit, Peguam Negara Berat Sebelah

Dokumen Akta Rahsia Rasmi sekalipun akan didedahkan sekiranya ia boleh membantu pembelaan pemimpin-pemimpin kanan Barisan Nasional di mahkamah.

Sebaliknya pelbagai kekangan dikenakan sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan yang sama.

Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua, membidas sikap berat-sebelah Pejabat Peguam Negara yang beria-ria membantu pembelaan tertuduh dalam kes Zon Bebas Pelabuhan Klang, Dr Ling Liong Sik.

Pasukan pendakwaraya bagaimanapun tidak menunjukkan kesungguhan yang sama, bahkan begitu liat mahu menyerahkan dokumen perubatan dan sampel spesimen yang diminta Anwar Ibrahim bagi tujuan pembelaan dalam kes konspirasi dua.

"Saya nampak macam ada berat sebelah, kalau pembangkang minta walaupun dari Datuk Seri Anwar Ibrahim,atau dalam kes PKFZ".

"Ini akan menjadi persoalan besar kenapa tindakan hanya dikenakan ke atas Ling Leong Sik tetapi tidak mengheret ahli-ahli politik yang lain ke mahkamah kerana mereka membuat keputusan bersama" ujar Tian kepada Tv Selangor.

3 September lalu, salah seorang peguam Ling, Wong Kan Kheong berhujah, dokumen-dokumen sulit berkenaan Zon Bebas Pelabuhan Klang diperlukan bagi membantu pembelaan anak guamnya.

"Pihak peguam bela memerlukan dokumen-dokumen seperti minit mesyuarat, pertemuan jawatankuasa kabinet dan kertas pasca kabinet di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972".

"Kita memerlukannya untuk mempersiapkan hujah bagi pihak pembelaan" katanya kepada mahkamah.

Pasukan pendakwaraya yang diwakili oleh Dzulkifli Ahmad pula berkata pihaknya boleh membantu mendapatkan dokumen yang diminta tertuduh, tetapi memerlukan sedikit masa dari mahkamah.

"Kami tidak keberatan ke awal lagi tetapi kami rasakan itu tidak mungkin kerana kita perlu waktu untuk bertindak pada beberapa permintaan dari pihak peguam bela," ujar Dzulkifli.

Mengulas lanjut, Tian tidak yakin kerajaan akan membekalkan dokumen-dokumen PKFZ yang boleh mengugat kedudukan pemerintah.

Ujarnya, sekiranya dokumen kabinet ini didedahkan, bukan hanya tembelang Ling Liong Sik sahaja yang terbongkar, sebaliknya keseluruhan kabinet akan diheret ke muka pengadilan.

"Saya nampak mungkin ini satu permulaan yang Ling Liong Sik mahu buktikan bukan dia seorang sahaja yang terlibat. Kalau dia minta supaya kertas kabinet ini didedahkan,akhirnya kalau kabinet rasa terugut, terancam, mereka mungkin tidak akan menjatuh hukuman yang berat kepada Ling Liong Sik supaya semua boleh selesai dengan cara dalam keluarga". -TVS

Ulasan GB

Rakyat secara umumnya memang tidak suka dengan Peguam Negara ini. Tetapi UMNO BN memandang beliau sebagai satu aset bernilai untuk selamatkannya.

Oleh itu Najib belum lagi rela melepaskan Gani Patail, selagi kes liwat 2 tidak selesai. Kerana nama "Anwar" amat menghambatnya.

Nama dan rekod Gani Patail semakin hari semakin hanyir. GB yakin apabila Pakatan Rakyat memerintah, salah seorang yang TETAP masuk penjara ialah Gani Patail.

Banyak hal yang kalau diselongkar, begitu busuk manusia yang bernama Gani Patail ini.

Kerana kebusukan itulah, Gani Patail perlu letak jawatan segera. Jika tak mahu, Najib perlu pecatnya. Jika tak pecat, rakyat yang akan melakukannya. Jika rakyat belum berkemampuan, Tuhan tetap akan membalasnya. Balasan Tuhan terhadap perkara yang buruk lebih dasyat. Sedasyat Rahim Nor dan Musa Hassan yang dipaksa turun dari kerusi KPN.

Bear witness, we have warned you, Gani!

Fuuuhhh.... Berasap pedasnya!!

Awat Pakcik?? Pedas ke??
Pakcik makan cili, ya??
Makan cili memang ler pedas, pakcik.
Kah... kah... kah...


A Mum Of Three Mohd

Dakwaan Zainuddin Boleh Dipertikai

HARI ini Zainuddin Maidin mempertahankan kenyataanya yang mengatakan ada pemimpin Pas (tahun 60-an) meminta Tunku Abdul Rahman merampas harta orang-oramh Cina. Dengan hanya menunjukkan sekeping gambar usangnya bersama Tunku, Zainuddin mahu menjadikan gambar itu sebagai bukti bahawa kenyataan dan maksud Tunku Abdul Rahman itu benar. Bahawa beliau benar-benar mendengar 'cerita' ada pemimpin Pas menyuruh Tunku rampas harta orang Cina.

Menurut Zainuddin, Tunku memberi tahunya bersama Osman Abadi ketika beliau berjumpa Tunku selepas peristiwa 13 Mei. Sayangnya Osman Abadi (Pak Osman) yang boleh menjadi saksi terhadap dakwaan Zainuddin Maidin ini sudah tiada. Pasti kalau Pak Osman masih ada Zainuddin tidak berani mendedahkan perkara itu.

Bagi mereka yang belum mengenali Zainuddin serta mengetahui akan 'politan' - (putaran dan belitan) lidahnya akan mempercayai kata-kata Zainuddin itu seratus satu peratus. Zainuddin boleh berkata lebih dari itu tentang apa yang Tunku Abdul Rahman cakapkan kepadanya kerana Pak Osman sudah tiada. Kalau Zainuddin 'mengarang' cerita keris lucah Umno boleh melayang pun untuk mempertahankan Umno tidak ada siapa yang tahu.

Sebaliknya mereka yang mengenali Zainuddin akan menolak apa juga kenyataan rasis dan juga kebencian Zaindudin kepada pembangkang terutamanya Pas dan gerakan Islam selama ini. Zainuddin membenci Pas bukan hari ini, sejak Pas berbaik dengan DAP, tetapi nun lama sebelum ini.

Orang tidak akan lupa bagaimana beliau menggunakan RTM untuk memburuk dan damegkan iemj Nik Aziz di Kelantan. Siang malam RTM menyiarkan provokasi dan kisah-kisah yang kononnya memalukan dan menunjukkan kelemahan pentadbiran Nik Aziz. Malangnya propaganda cap ayam RTM itu tidak menjadi, sebaliknya Nik Aziz makin kukuh. Dan dalam pilihan raya 2008 Zainuddin sendiri turut lingkup dan tertirap makan selut.

Zainuddin juga seorang yang senantiasa pesimis kepada perjuangan dan gerakan Islam. Beliau bukan saja benci Pas tetapi gerakan seperti Darul Arqam, Abim, Tabligh i juga dicemuh dan diserangnya habis-habisan. Walaupun ada ruang yang boleh beliau serang jemaah itu tetapi tindakan beliau secara pukul membenci gerakan Islam menunjukkan siapa dia Zainuddin sebenarnya. Beliau adalah pelampau anti gerakan Islam.

Sikap buruk Zainuddin Maidin terhadap Islam ini boleh dilihat bagaimana akhabr Utusan Malaysia dan Utusan Melayu memain peranan memburukkan imej Islam ketika itu. Kedua akhbar berkenaan dibawah kuasa Zainuddin diarahkan supaya tidak memakai gambar mana-mana koresponden atau orang yang diinterviu yang mengenakan kopiah ataupun yang menutup aurat. Begitu sekali bencinya beliau kepada imej Islam!

Gambar-gambar perempuan yang menutup aurat 'haram' dipakai dalam kedua akhbar berkenaan. Sikap menentang arus itu mejelaskan akan kebencian Zainuddin kepada gerakan Islam. Selepas Zainuddin tidak lagi menjadi ketua pengarang barulah gambar orang berkopiah dan perempuan menutup aurat (pakai tudung) boleh disiarkan. Ternyata beliau tidak dapat mengekang arus dan kesedaran Islam yang melanda dunia pada masa itu.

Berbalik kepada dakwaan beliau yang mendengar Tunku memberi tahunya ada pemimpin Pas minta rampas harta orang Cina tadi ia boleh dipertikaikan dan berunsur menghasut. Ia sangat meragukan. Zainuddin perlu menyebut nama pemimpin Pas berkenaan kalau ia betul dan benar. Sebagai wartawan beliau dapat menghidu siapa pemimpin yang berjumpa Tunku pada masa itu.

Kalau hanya berbekalkan sekeping gambar lama, saya juga boleh mendakwa seperti mana beliau katakan itu. Sebab saya juga pernah bertemu dan menginterviu Tunku Abdul Rahman sekitar awal 80-an.

Pertemuan dengan Tunku itu saya boleh mereka-reka seribu cerita untuk membela satu pihak dan menentang pihak lain. Siapa pun tidak tahu kalau saya mengarang dan membuat hikayat. Tetapi saya bukan Zainuddin Maidin yang taksub dan jumud kepada parti yang menjadi anutannya. Pada saya kalau salah tetap salah dan kalau benar tetap benar, jauh sekali untuk memanipulasikan keadaan apa lagi untuk sesuatu kebatilan.

Maksud dan tujuan Zainuddin mendedahkan cerita yang tidak sahih mengenai cerita Tunku itu adalah untuk menimbulkan rasa kurang senang masyarakat Cina terhadap Pas saja. Itulah tujuannya. Kebencian dan kohongnya kepada Pas tidak pernah habis.

Langkah Zainuddin itu sebenarnya tersilap. Kalau beliau mengemukakan cerita itu 30 tahun lalu mungkin orang Cina boleh mempercayainya. Tetapi hari ini orang Cina bukan menolaknya tetapi akan gelak kah kah kah mengenangkan betapa dangkal dan naifnya Zainuddin dalam mencari isu atau modal untuk merenggangkan masyarakat Cina dengan Pas.

Generasi Cina hari ini sudah cerdik. Mereka menggunakan otak bukan kepala lutut untuk menerima dakwaan-dakwaan di luar akal seperti Zainuddin Maidin lakukan itu. Kenapa orang Cina protes itu dan tuntut itu ini hari ini, bukan kerana pemimpin Pas nak rampas harta datuk nenek mereka, tetapi mereka tidak dilayan dengan adil oleh kerajaan BN yang ditunjungi Umno. Kepincangan ini dilihat orang orang Cina.

Akhirnya kalau Zainuddin ingin menyelamatkan keadaan Umno yang dalam keadaan nyawa di hujung pedang kini, carilah bukti atau karanglah cerita yang munasabah sikit yang mudah dan rasional diterima oleh seluruh orang. Dengan mengarai cerita-cerita klasik ia tidak mengutnungkan Umno sebalik merugikan parti Melayu berkenaan. Mujahid tentu gembira dengan posting ini?
MSO

Tak Habis-Habis Guan Eng Bikin Umno Pening!


Kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai dan mengiktiraf lebih 107,620 warga emas yang berdaftar sebagai pengundi dengan memberi sumbangan tahunan RM100 seorang sebagai tanda prihatin kerajaan Pakatan Rakyat itu.

Bagi memenuhi tanggungjawab sebagai kerajaan yang mengambil peduli kebajikan rakyat, pentadbiran pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng itu turut mewujudkan satu skim sumbangan jenazah atau kematian yang membabitkan sumbangan wang sejumlah RM1,000 kepada waris atau keluarga warga emas terdekat yang meninggal dunia.

Menerusi pendaftaran sistem i-sejahtera yang dibangun dan diperkenalkan kerajaan negeri, lebih 776 waris sudah menerima sumbangan di bawah skim itu yang membuktikan dasar kerajaan negeri yang berjiwa rakyat.

"Rakyat negeri Pulau Pinang perlu mendaftar segera bagi menyertai sistem i-sejahtera yang bakal memudahkan mereka menikmati faedah daripada program sosial anjuran kerajaan negeri," kata Guan Eng pada majlis penyampaian skim sumbangan jenazah atau kematian kepada 224 penerima baru di Dewan Orang Ramai Pajak Song, Kepala Batas semalam.

Sejumlah 50 warga emas kawasan Sungai Dua turut menerima sumbangan tahunan RM100 setiap seorang.

Ketua Menteri itu berkata, kerajaan negeri juga membelanjakan RM200,000 setiap bulan bagi membantu golongan miskin tegar.

Hadir sama di majlis itu, Timbalan Ketua Menteri I, Dr Mansor Osman, exco kerajaan negeri Phee Bon Poh dan Lim Hock Seng serta ADUN Bagan Dalam, A Tanasekharan dan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Hassan Mat Daud.

Foto: Umno Perak mahu seret Nizar ke mahkamah

Umno Perak hari ini mendesak Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya segera membuktikan tuduhan bahawa Umno terlibat mengubahsuai gambar yang memaparkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu.

"Umno Perak meminta Nizar segera menunjukkan bukti penglibatan Umno dalam mengubahsuai gambar itu, atau beliau bersedia diheret ke mahkamah jika enggan atau gagal berbuat demikian," kata setiausaha badan perhubungan Umno Perak Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Beliau berkata sebuah akhbar Jumaat lepas melaporkan kenyataan pemimpin PAS itu yang menuduh Umno menukarkan wajahnya yang sedang menyembelih lembu kepada wajah Guan Eng.

"Secara jelas, Nizar yang juga bekas menteri besar Perak dan ADUN Pasir Panjang telah menamakan parti Umno sebagai pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak beretika itu," katanya dalam satu kenyataan.

Khusairi berkata perbuatan menunding jari kepada Umno dalam isu itu adalah sangat mengelirukan dan merupakan satu tuduhan yang berat terhadap sebuah parti politik berperlembagaan, berperaturan dan bermaruah.

Beliau berkata pembangkang nampaknya sudah ketandusan modal untuk mengheret Umno dalam polemik sehinggakan sanggup menuduh parti itu melakukan sesuatu tidak beretika yang lumrah dilakukan oleh "cyber-trooper" di dalam internet.

- Bernama

Syirik : Satu Lagi Produk 1 Malaysia





1. Isnin ini Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar surat bantahan ke Stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan berkaitan siaran iklan Aidil Fitri yang sungguh mengelirukan . Iklan tersebut dilihat seperti menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur - unsur Krismas , Hindu dan Buddha . [ beca terbang , teratai dan pelita ]

2. Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini juga dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak - kanak menjadi syirik. Ia sangat mengguris perasaan dan sensitiiti ummat Islam.

3. Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa agar TV3 segera membatalkan penyiaran iklan tersebut. Kalaupun pihak mereka mahu mempromosikan 1 Malaysia , janganlah keterlaluan sehingga mengenepikan persoalan sensitif mengenai agama dan pegangan hidup ummat Islam .

4. Dewan Pemuda PAS Pusat turut mendesak agar TV3 memohon maaf kepada ummat Islam di atas penyiaran iklan yang bercanggah dengan syara' dan memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam .

5. Ummat Islam diseru agar memboikot iklan sedemikian dan menegah anak - anak mereka menontonnya kerana iklan seperti itu jelas boleh memberi kesan negatif kepada aqidah khususnya kepada kanak - kanak Islam . Dewan Pemuda PAS Pusat turut mengharapkan agar Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia [ JAKIM ] memantau iklan , filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam. Nampaknya tidak memadai iklan atau filem ditapis oleh pihak FINAS jika perkara - perkara yang menjejas nama baik Islam masih terus berleluasa di dalam media elektronik negara kita .

Nasaruddin Hassan

UMNO JUARA FITNAH

Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Masjid Tuan Abdullah, Penanti petang semalam.
BUKIT MERTAJAM, 5 Sept — Sambil merujuk kepada penyebaran gambar ‘superimpose’ Ketua Menteri Pulau Pinang menyembelih lembu korban, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan buruk semakin ketara ditonjolkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi mempengaruhi rakyat supaya menyokong mereka. Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, fitnah yang semakin berleluasa kebelakangan ini bukan saja menggambarkan imej buruk parti tersebut tetapi juga menjatuhkan moral kepimpinan mereka.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menggesa masyarakat khususnya orang Melayu supaya tidak mempercayai segala muslihat terdesak yang cuba dipelopori oleh Umno dan BN.
Yang terbaru, kata beliau, gambar yang dilihat ditindih, disebarkan oleh mereka tidak bertanggungjawab seolah-olah menunjukkan Lim Guan Eng menyembelih lembu korban adalah contoh yang nyata dan ketara.
Pagi semalam, Setiausaha Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim mencabar Pakatan Rakyat menunjukkan bukti berhubung tuduhan mereka yang mengatakan Umno menyebarkan gambar seumpama itu.
Azhar yang juga ketua pembangkang DUN Pulau Pinang menjelaskan bahawa pihaknya tidak mengetahui mengenai gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan dan
menegaskan bahawa itu bukan cara Umno untuk mendapatkan populariti.
“Tuduh menuduh ini bukan cara kami (Umno), kalau benar gambar itu Umno yang buat, tunjukkan bukti.
“Mengalihkan perhatian masyarakat terhadap isu lain bagi menutup kesalahan sendiri juga bukan kerja Umno, ini kerja Pakatan pembangkang,” kata Azhar.
Kehadiran wakil rakyat bukan Islam di masjid dan surau, dan khutbah di masjid Pulau Pinang adalah antara isu yang dibangkitkan sebelum ini.
“Dalam isu orang bukan Islam memasuki surau dan masjid ia bukanlah satu perkara baru. Perkara ini sudah lama menjadi lumrah untuk mendekati masyarakat Islam.
“Oleh kerana Umno dan BN sudah tidak lagi mempunyai isu dan modal politik, maka perkara ini mereka sensasikan sedangkan pada hakikatnya ada antara mereka sendiri yang mencemari institusi agama tersebut,” kata Anwar.
Penasihat PKR ini ditemui ditemui selepas beliau menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 77 pegawai masjid dan 22 penggali kubur di bahagian DUN Penanti, di Masjid Tuan Abdullah, Penanti petang semalam.
Tambah beliau, kerana situasi yang terdesak maka apa saja yang mampu untuk memberi kemenangan dan sokongan kepada Umno dan BN akan mereka gunakan.
Sehubungan itu Anwar menggesa umat Islam khususnya dalam bulan Ramadan ini supaya meninggalkan segala perbuatan fitnah yang akan menghilangkan pahala ibadat puasa.
“Jangan kita ikut amalan yang sedang dilakukan oleh Umno dan BN tanpa mengambil kira waktu dan ketika.
“Fitnah adalah menjadi amalan rutin mereka bagi mencari pengaruh,” katanya lagi.
Mengenai lawatan beliau ke Sarawak baru-baru ini, Anwar berkata, penerimaan masyarakat di sana adalah menggalakkan.
“Kita mempunyai peluang di sana, namun begitu media tidak bersikap adil apabila mereka tidak melaporkan perkara yang benar.
“Namun begitu kita akan terus mempertingkatkan usaha dalam menapak di sana menjelang pilihan raya umum yang akan datang bagi membela nasib rakyat di sana,” ujarnya lagi.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman.

CIIIS DURHAKA KAU !

TAK ADA SAPA AMBIL POT - GEROMBOLAN BUKAN NABI


nota:
sedih pilu
tak ada sapa ambil pot
terhadap larangan gerombolan

ini kerana agama islam itu bukan
hanya milik gerombolan
hegemoni kebenaran bukan milik gerombolan

inilah di namakan kuasa rakyat
ini lah hasil dari 8 september
gerombilan yang lemah adalah
geromblan yang baik kah kah kah

TT

Melayu Teroka Melayu Ternganga


Kesian bangsaku, Melayu. Sudahlah dianggap mudah lupa dan kini... Melayu mudah ditipu pula. Apalah nak jadi pada bangsaku?? Yang lebih menyedihkan ialah gejala Melayu tipu Melayu!!

Tengok sajalah kes Lee Liong Sik?? Bagaimana kabinet kerajaan UBN yang diterajui oleh Melayu boleh ditipu hidup-hidup oleh anggota kabinetnya sendiri. Walau pun kes ini belum selesai tapi persepsi awal rakyat... Melayu mudah ditipu.

Satu lagi kes ialah cerita 756 ahli PAS masuk UMNO. Awal-awal lagi aku dah kata ..... ini wayang fiksyen yang dikeluarkan oleh UMNO untuk tayangan cheap matinee mereka. Target group mereka ialah orang Melayu yang berotak kontot akibat proses pembongsaian.

Temanya wayang fiksyen ini... "Melayu Tolak PAS dan Bersatu di bawah UMNO"

Pelakon utamanya: Mat Arop Samat

Producernya: Ketua Umno Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

Perasmi Tayangan Perdana: Zambry Abdul Kadir, MB Mahkamah Perak Darul Kartun
Weh... yang demer tayangkan ialah WAYANG FIKSYEN!! Nama pun fiksyen.... Oleh itu pastinya, TA... YA... PA... WAU...

TIPU! TIPUU!! TIPUUUU!!!

Persoalannya.... siapa yang tipu siapa??

They're all in one team. So... rasanya, kesemuanya PENIPU!!

Mengapa menipu??

Kah... Kah... Kah... Kah....!! I help you.... You help me!!!

Malas aku nak bersoreh pepanjang. Ngkorang baca sendiri di sini.
Ini semua kerja nak membodohkan Melayu.... agar taik pemimpin Melayu UMNO, yang memang bersifat kaki putar alam akan ditutup. Para pemimpin UMNO ni, kerja mereka cuma MEMBODOHKAN MELAYU dan MEMBODEK para pemimpin atasan mereka. Ini kes... nak alihkan pandangan rakyat dari penyelewengan mereka dan at the same time nak bodek agar dapat dilantik semula jadi YB. Jadi YB kalu..... duit mari-mari dan harta guni-guni!!

Sekarang ni.... bukan ke trend YB-YB UMNO jadi peneroka. Part-time peneroka....?? Silent peneroka?? Whatever ler.... Apabila terdedah.... mereka bikin gempak dan.... cuba alih pandangan rakyat, dengan membuat cerita bagi kita semua teruja dan lupa.

Weh.... tak der maknanyer. Melayu bodoh jer yang percaya. Melayu... yang mudah ditipu!!

Kah... Kah... Kah... Kah...!! Habis ler hak dan peluang untuk rakyat miskin mereka TEROKA!!

Melayu tipu Melayu. Melayu teroka... Melayu ternganga!!

Nasib Rakyat di Negeri Terengganu Darul UMNO

hU Hu HU hu...uwaaaaa...Dekat-dekat nak raya ni maka timbullah satu persatu cerita dari dalam kain mengenai kisah suka duka rakyat malaysia yang dengan BANGANGNYA BANGGANYA diperintah oleh UMNO selama lebih 50 tahun.
 ini kisah si miskin yang tak dapat beraya macam kita semua dari negeri  yang rakyatnya masih bahalol sokong parti yahudi umno/barisan nasional laknatullah..hanya takziah yang kami boleh ucapkan...sokonglah umno lagi...



3 Sep 2010 - KUALA TERENGGANU:“Menyambut Aidilfitri dengan meriah memang tidak pernah terlintas di fikiran kerana setiap saat, saya hanya memikirkan kemungkinan dihalau dari pondok yang dibina di atas tanah tumpangan ini,” kata Mohd Riffin Hassan, 47, dari Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, di sini.
Menurutnya, pendapatan sebagai pemandu bot penambang sebanyak RM16 hingga RM18 sehari tidak mampu menampung perbelanjaan isteri dan enam anaknya berusia enam bulan hingga 18 tahun yang masih di bawah tanggungannya.
 
Katanya, lebih memeritkan mereka sekeluarga, rumah yang dibina di atas tanah milik orang sejak 20 tahun lalu, berukuran lapan meter anjang dan enam meter lebar itu tidak mempunyai tandas dan bilik tidur.
 
“Sekiranya ingin membuang air, anak lelaki akan ke masjid berhampiran atau ke tepi pantai manakala bagi wanita, mereka ke rumah saudara atau jiran berdekatan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Mohd Riffin berkata, lebih menggusarkannya apabila dia tiga kali dimaklumkan oleh tuan tanah supaya keluar dari tanah tumpangan berkenaan.
 
Malah katanya, untuk mendapatkan bekalan elektrik, dia terpaksa menyambung punca bekalan itu daripada rumah kakak iparnya yang terletak di hadapan pondoknya dan berkongsi membayar bil.
 
Katanya, telur dan nasi juadah utama mereka sekeluarga berbuka puasa, namun mujur anak-anaknya memahami kesempitan hidup serta pendapatannya yang tidak seberapa sebagai pemandu bot penambang. Mohd Riffin berkata, Aidilfitri tidak ubah seperti hari-hari biasa kerana dia sendiri tidak mampu melakukan persiapan untuk menyambutnya kerana kesempitan hidup meskipun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyrakat RM400 sebulan dan sekiranya ada sedikit lebihan wang pun, ia akan digunakan untuk perbelanjaan keluarga.
 
“Bagi anak-anak saya yang kecil, ibu saudara mereka ada membelikan mereka baju raya berikutan saya tidak mampu membelikan untuk semua anak-anak saya,” katanya.
 
Menurut Riffin, isterinya Che Kembang Mamat, 37, seorang suri rumah dan selain menyara enam anak, dia turut menyara seorang adik isterinya yang bisu.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bimbangdihalausebelumraya/Article


cian,,sapa perintah terengganu skang?pakatan rakyat ekkk?

erkkk..bukan ke terengganu kaya dengan royalti minyak,balak,mineral besi?

bukan ke kat terengganu dah takde orang miskin, kata umno?

tanah sapa turrrrr..sapa beli tanah @ kedaulatan terengganu9tanah umpama kedaulatan rakyat lah bodoh) 


si miskin tu tentu penyokong tegar pakatan rakyat kan , kan kan?

juto2 habih kat monsonn cup..alih,,si miskin tinggai gigi dan gusi jerk.melopong habih.yang kaya,..umno, kroni dan keluarga mereka

Lagi laporan polis terhadap Zainuddin

BATU PAHAT, 5 Sept: Pemuda PAS Johor semalam turut membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin ekoran kenyataan memfitnah PAS.

Zainuddin sebelum ini mendakwa kononya PAS meminta Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj merampas harta orang cina ketika tragedi 13 Mei 1969 serta dakwaan kononya PAS menyebelahi Indonesia ketika konfrontasi antara Malaysia dengan negara tersebut.

Laporan polis tersebut diketuai Naib Ketua Pemuda PAS negeri, Hamid Jamah dibuat di Balai Polis Batu Pahat.

Hadir sama, setiausaha pemuda PAS negeri, Faizol Mohd Saleh serta beberapa exco pemuda negeri.

Laporan polis ini dibuat berikutan kenyataan Zainuddin yang disifatkan sebagai fitnah yang sangat jahat yang bertujuan menjatuhkan imej PAS.

"Mereka terpaksa terus menerus menimbulkan isu-isu biar pun berbaur fitnah yang bertujuan meniupkan api perkauman kerana mereka melihat hanya ini satu-satunya talian hayat yang masih ada untuk menyelamatkan politik mereka sebab itu hari ini pemimpin-pemimpin Umno akan bercakap isu-isu yang menyentuh perkauman.

"Kenyataan beliau yang tidak dibuktikan dengan fakta yang tepat ini dibimbangi boleh menimbulkan suasana yang tidak baik di negara ini," kata Hamid.

Justeru menurut Hamid, Pemuda PAS negeri ini mendesak polis menyiasat dakwaan yang dilemparkan Zainuddin terhadap PAS kerana tuduhan ini sangat berat selain menimbulkan persepsi yang tidak baik bagi PAS di mata umum..

Sementara itu, di Sri Iskandar, Perak, Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit juga telah membuat laporan polis berhubung isu yang sama.

Laporan diketuai Ketua Pemuda PAS kawasan itu, Ustaz Zaid serta Ustaz Hakimi selaku Penolong Setiausaha kira-kira jam 3.00 petang semalam di Balai Polis Sri Iskandar.

Pakatan Rakyat Anjur Sahur Perdana Jam 4 Pagi di Selangor, masa tu puak UMNgOk buat apa..dok kat kelab dangdut/disko ker?

Program Sahur Perdana yangg julung kali diadakan di Selangor 4 September 2010 mendapat sambutan yg menggalakkan dari warga Selangor khususnya penduduk di sekitar Shah Alam..kehadiran mencecah ribuan orang walaupun program berlangsung pada jam 4 pagi...

Ia merupakan satu fenomena baru buat umat Islam di Selangor di mana menjadikan Kelantan sebagai model perubahan dan pembaikan..walaupun sering digempur dan tidak disenangi oleh beberapa pihak yang berhati busuk, namun program amal dan ibadah semakin rancak dan subur di negeri merah kuning ini..

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur..tahniah juga diucapkan pada rakyat Selangor...moga Allah memberkati usaha kalian...


































Sumber Gambar: Ambo-Jr@TranungKiteOnline (TKO)

Paderi O.young: Homoseksual bukan dosa, dan bukan penyakit..agenda ape..!!

Sesetengah wartawan melabel gereja yang saya asaskan bersama kawan saya tiga tahun yang lalu sebagai gereja gay, yang mana ia adalah tidak tepat, dan mengelirukan.  Saya ingin menjelaskan secara terbuka dan secara rasmi bahawa gereja tersebut bukan gereja gay.  Ia adalah gereja untuk semua orang, tanpa mengira kelas status, identiti jantina, kaum dan etnik, atau orientasi seksual seseorang. 
Kami (O.Young, gambar kanan) ingin menawarkan satu "spiritual home" untuk semua orang.  Kerana kami mempercayai bahawa Tuhan adalah kasih (Love) dan Tuhan mengasihi semua orang.  Etika kasih menuntut agar sesebuah gereja haruslah merupakan gereja yang inklusif, yang mana ia bukan terhad kepada golongan manusia yang tertentu dan menolak yang lain.
Sesetengah orang tersilap bahawa ia sebuah gereja gay, antara sebabnya kerana kami mengumumkan secara terbuka bahawa homoseksual bukannya satu dosa atau sejenis penyakit mental, dan kami mengiktiraf dan mengalu-alukan homoseksual, sebagaimana heteroseksual.
Kami mempercayai bahawa gereja adalah, dan seharusnya cukup terbuka untuk menerima semua orang, sama ada gay mahupun straight (yang mengamalkan seks berlainan).  Memandangkan kebanyakan gereja mengutuk homoseksual, kristian gay yang enggan berbohong dalam isu siapa diri mereka, menolak untuk bersembahyang di gereja tersebut.  Mereka memilih untuk bersama kami, maka ahli kami kebanyakannya terdiri daripada gay.
Kami berbeza pendapat dengan kebanyakan gereja yang konservatif, kerana kami yakin homoseksualiti hanyalah orientasi seksual, sebagaimana heteroseksualiti.  Nafsu dan kelakuan homoseksual atau seks sejenis boleh ditemui dalam catatan hampir semua sejarah budaya.  Ia bukan fenomena sosial yang baru.  Maka ia adalah sesuatu yang terpesong dari kebenaran untuk mengatakan bahawa homoseksual adalah satu petanda baru.
Walaupun sejarah perhubungan seks sejenis sama lama seperti sejarah manusia, namun identiti homoseksual sebagai orientasi seks masih satu konsep yang baru.  Oleh itu, orang kuno, termasuk penulis injil, tidak mengetahui apa-apa tentang orientasi homoseksual.  Jadi, apa yang dikutuk oleh mereka tidak ada kaitan dengan cinta antara dua orang dewasa dari jantina yang sama.  Orientasi seks tidak boleh diharamkan di bawah Injil.
Hampir kesemua gay boleh mengesahkan bahawa mereka tidak memilih untuk menjadi gay, sebagaimana heteroseksual juga tidak pernah memilih untuk menjadi heteroseksual.  Kami percaya bahawa adalah salah untuk mengutuk homoseksual kerana ia merupakan satu kesilapan untuk mempersalahkan seseorang atas apa yang berlaku di luar kawalannya.  Malah, mereka yang membantah homoseksual gagal mengolah apa salahnya homoseksual, atau apa ancamannya terhadap individu atau masyarakat, melainkan dengan alasan bertentangan dengan anutan agama.  Fikrah moden harus mengiktiraf bahawa kita tidak patut mengukur orang lain dengan kayu ukur agama diri kita, atau melabel orang lain sebagai tidak bermoral hanya kerana mereka tidak berkongsi anutan agama yang sama dengan diri kita.
Oleh itu, saya amat kecewa dengan kenyataan media Herman Samsudeen (gambar kanan).
Lantaran daripada homofobia dan kejahilan, ramai orang pada zaman dahulu mendakwa bahawa homoseksual adalah sesuatu yang menyimpang dari norma.  Sesetengah cuba untuk "merawat" mereka yang "dijangkiti penyakit" ini; sesetengah pula, seperti Nazi, menangkap hampir 100 ribu lelaki yang dikenalpasti oleh mereka sebagai homoseksual, dan menghantar mereka ke dalam bilik gas beracun.  Kedua-dua pendekatan tersebut menyakiti homoseksual dengan ketara.
Namun, kita seharusnya lebih memahami pada hari ini, kerana akademik seksualiti manusia kebelakangan ini telah menunjukkan bahawa homoseksual adalah orientasi seksual, seperti heteroseksual.  Kebanyakan manusia mencintai mereka yang berlainan seks dengan dirinya, dan ada pula yang mencintai seks sejenis.  Persatuan Psikiatrik Amerika telah mengeluarkan homoseksual daripada senarai penyakit mental pada tahun 1973.
Banyak kajian akademi juga mendapati bahawa lelaki gay dan perempuan lesbian mempunyai masalah sosial atau gangguan emosi yang tidak berbeza seperti orang heteroseksual.  Penilaian ini menerima kesahan secara global, dan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) juga tidak menyenaraikan homoseksual sebagai penyakit.
Seandainya masyarakat kita bebas daripada homofobia, dan homoseksual dibenarkan untuk menjalani hidup sebenar, dan tampil secara terbuka dan jujur sebagai homoseksual, kita akan terperanjat dengan realiti bahawa orang gay berada di mana-mana - mereka yang disanjung tinggi dalam masyarakat, sahabat handai atau saudara-mara secara personal, adalah homoseksual.
Pada zaman abad ke-21, kita perlu berdepan dengan penyelidikan dan penemuan saintifik secara jujur, dan tidak harus membiarkan tradisional dan kepercayaan kita untuk membutakan kebijaksanaan kita, dan melanjutkan diskriminasi kita.
Gereja yang saya asaskan bersama kawan saya bukan terhad untuk orang gay, maka ia bukanlah, dan tidak seharusnya menjadi gereja gay.  Tetapi kami mencuba sedaya upaya untuk mendidik orang awam berkenaan homoseksual, dan meredakan jiwa homoseksual sebagai mangsa diskriminasi.
Kami telah menjadikan ia sebagai misi kami, walaupun kami menyedari sepenuhnya realiti bahawa ia merupakan gerakan sosial yang meraih populariti yang paling sedikit.  Saya menyeru semua manusia yang baik dan rasional agar tidak membiarkan homoseksual bersendirian dalam perjuangan ini.  Homoseksual jugalah pembayar cukai, mereka juga adalah warganegara.  Justeru itu, mereka  harus dilayan dengan rasa hormat, tidak lebih dan tidak kurang seperti heteroseksual.  Keadilan untuk semua, seandainya keadilan bukan untuk semua, maka ia langsung bukan keadilan.

*O.Young ialah paderi kristian yang mengumumkan secara terbuka bahawa dirinya adalah gay

Antara Inchek Ibrahim dan Nik Aziz

SEKALI lagi ahli Parlimen Pasir Mas yang menang atas tikit Pas, Inchek Ibrahim Ali menyerang Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kali ini beliau meminta Nik Aziz mengemukakan bukti bila masa Rasulullah s.a.w. membenarkan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid, makan, minum dan tidur di dalam rumah Allah itu.

Alasan dan hujah Inchek Ibrahim mudah sahaja, katanya tidakkah Madinah dan Makkah tanah haram. Tanah haram orang bukan Islam tidak boleh masuk. Berdasarkan logik akal itu Inchek Ibrahim tidak mempercayai dakwaan Nik Aziz itu mengatakan Rasulullah membenarkan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.

Walaupun alasan itu dangkal tetapi ada logiknya juga. Orang yang berfahaman seperti Inchek Ibrahim mungkin menerimanya dan akan menolak hujah (politik) Nik Aziz.

Saya tidak ada bukti sejarah mengenai soal ini. Cuma saya nak sebutkan bahawa pada zaman Rasulullah dulu memang ada perbincangan antara orang bukan Islam dengan baginda dalam masjid. Salah satunya ialah peristiwa di Hudaibiyah. Perjanjian Hudaibiyah - gencatan pada tahun ke empat Hijrah antara orang Muslim dengan Musyrikin Qurisy dilakukan di dalam masjid.

Bagaimana pun tempat perjanjian itu pada masa ini sudah berada di luar masjid. Kalau sesiapa ke Makkah dan mengadakan ziarah ke tempat bersejarah ini akan berjumpa dengan tempat berkenaan. Selain itu masih ada sejarah-sejerah kecil mengenai bagaimana orang bukan Islam masuk ke dalam masjid, baik untuk tujuan baik, mendapat perlindungan, memohon bantuan idea Rasulullah dan sebagainya.

Biarlah kita tolak mengenai bukti-bukti jelas mengenai perkara itu. Kita anggap sajalah Nik Aziz terkhilaf. Dia berkata begitu untuk membela ahli Parlimen DAP kawasan Serdang itu saja. Tetapi dalam hal ini Inchek Ibrahim pihak yang menuduh akan kedangkalan atau 'pembohongan' Nik Aziz. Maka menjadi kewajiban Inchek Ibrahim untuk membuktikan apa yang dipercayai dan diyakini itu agar orang tidak mengatakan dia juga bercakap bohong.

Inchek Ibrahim kena tunjuk bila masa atau di mana Rasulullah pernah menghalau orang bukan Islam dari memasuki masjid. Bila masa dan tahun berapa Rasulullah memerangi orang dari memasuki masjid. Beliau kena sebut peristiwa berkenaan. Kalau Inchek Ibrahim juga gagal menyatakan bukti dan dalil-dalilnya maka Inchek Ibrahim dua kali lima saja dengan Nik Aziz dalam hal ini.

Saya percaya kenyataan dan serangan Inchek Ibrahim terhadap Nik Aziz itu kerana motif politik tidak lain dari itu. Kerana ianya bersifat politik saya sifatkan kedua mereka betul dan kedua mereka mungkin salah.

Bagaimana pun yang jelasnya, antara kata-kata Inchek Ibrahim dengan Nik Aziz orang lebih mempercayai kata-kata Nik Aziz. Walaupun betul sekali pun kata-kata Inchek Ibrahim orang akan mempercayai kata-kata Nik Aziz dan yakin kata-katanya lebih bernilai. Sebabnya, pertama dari segi ilmu lebih Nik Aziz dari Inchek Ibrahim. Dari segi tawaduk, lebih Nik Aziz dari Inchek Ibrahim.

Dari segi lemah lembut (syaksiah), lebih Nik Aziz dari Inchek Ibrahim. Dari segi tawakal, lebih Nik Aziz dari Inchek Ibrahim. Dari segi zuhud lebih Nik Aziz dari Inchek Ibrahim. Dari segi intergriti, lebih Nik Aziz dari Inchek Ibrahim. Begitu juga dari segi lompat parti, bab ini kurang Nik Aziz dari Inchek Ibrahim.

Keduanya, orang melihat dan menilai dari segi budi dan jasa, Nik Aziz lebih berjasa daripada Inchek Ibrahim. Bukankah Inchek Ibrahim bertanding dan menang di Pasir Mas atas kesian belas Nik Aziz? Bukankah projek bandar baru Pasir Mas yang Inchek Ibrahim serahkan kepada Albert usahakan itu atas kesian belas Nik Aziz? Sekurang-kurangnya dua jasa dan budi besar Nik Aziz kepada Inchek Ibrahim yang tidak mungkin dapat dibalas oleh Inchek Ibrahim.

Pergilah kot mana-mana pun orang akan berpihak kepada Nik Aziz daripada Inchek Ibrahim. Jika diukur dan dinilai semua itu serangan Inchek Ibrahim ke atas Nik Aziz, tidak lebih daripada satu tindakan melupai budi dan jasa beliau (Nik Aziz) saja. Saya tidak mahu hendak bilang apa dengan sikap dan fiil begini. Hukumlah sendiri.

Dan kalau Nik Aziz tidak mahu menjawab serangan dan bidasan Inchek Ibrahim itu pun tidak mengapa, kerana dia bukanya siapa melainkan bekas anak angkatnya saja menjelas pilihan raya umum lalu yang kini sudah menderhaka kerana hajatnya untuk menang sudah diperolehi. Cuma diingatkan kepada Inchek Ibrahim bahawa pilihan raya umum di negara ini tidak terhenti dan berakhir setakat pilihan raya umum ke 12 saja tetapi akan ada lagi selepas ini.
MSO

Iklan Aidil Fitri: Pemuda PAS hantar bantahan ke TV3

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar surat bantahan ke stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan berkaitan siaran iklan Aidil Fitri yang didakwa mengelirukan.

Iklan tersebut didakwa seperti cuba menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur-unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memuatkan elemen menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.

Bantahan tersebut akan dihantar pada Isnin ini, 6 September 2010.

"Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini juga dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik.

"Ia sangat mengguris perasaan dan sensitiiti ummat Islam," kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS katanya menggesa agar TV3 segera membatalkan penyiaran iklan tersebut.

"Kalaupun pihak mereka mahu mempromosikan 1 Malaysia , janganlah keterlaluan sehingga mengenepikan persoalan sensitif mengenai agama dan pegangan hidup ummat Islam," katanya lagi.

Selain itu mereka mendesak agar TV3 memohon maaf kepada ummat Islam di atas penyiaran iklan yang bercanggah dengan Syara' dan memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam .

Manakala Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula diges memantau iklan, filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam sepanjang perayaan ini.

"Nampaknya tidak memadai iklan atau filem ditapis oleh pihak Finas jika perkara-perkara yang menjejas nama baik Islam masih terus berleluasa di dalam media elektronik negara kita," katanya.

Sementara itu, iklan tersebut juga mendapat kritikan hebat uamat Islam di laman FaceBook yang mandakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam.

Mereka juga mendakwa, iklan tersebut adalah yang paling rendah nilai dalam sejarah iklan TV3.

PS : Panel Penasihat TV3 adalah....APCO juga kot..!!! jadi tak salahkan TV3 jadi APCO juga..kah.kah....

Dapsy Selangor Mahu Skandal Pegawai Kewangan Negeri Disiasat

Oleh Norasikin Samsi
SHAH ALAM 5 Sept - Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) Selangor menyerahkan memorandum Jumaat lalu bagi mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan skandal kewangan yang melibatkan Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Arif Abd Rahman.
Timbalan Ketua Dapsy Selangor, Cheong Siow Foon berkata tujuan pihaknya menyerahkan memorandum tersebut ialah bagi mendapatkan respons Menteri Besar mengenai dakwaan skandal kewangan tersebut yang dikatakan membabitkan penyelewengan sebanyak RM3 juta.
Memorandum tersebut diserahkan kepada Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin bagi pihak Menteri Besar.
Menurut Siow Foon, sebuah blog yang dikenali sebagai skandalselangor.blogspot.com mendakwa Mohd Arif telah melakukan penyelewengan dan salahguna kuasa dengan membelakangkan peraturan kerajaan negeri yang sedia ada.
Kata beliau, Pegawai Kewangan Negeri berkenaan telah membuat pelantikan kontraktor secara terus tanpa melalui kerajaan negeri dan tindakan tersebut adalah bertentangan dengan surat pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor.
Tambah Siow Foon, kontraktor yang dilantik dalam satu projek penyelengaraan parit dan longkang di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) juga tidak mendaftar di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) Selangor di mana langkah tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kontraktor lain yang berdaftar.
Beliau berkata pihak Dapsy telah menerima satu dokumen kerajaan negeri bertarikh 9 Julai 2010 beberapa minggu lepas.
Dokumen tersebut diterima daripada beberapa kontraktor yang mendakwa mereka telah dianiaya oleh kerajaan negeri Selangor.
"Ia berkenaan projek penyelenggaraan parit dan longkang di kawasan MPSJ yang melibatkan kos berjumlah RM3 juta di bawah peruntukan Marris dan membabitkan peruntukan sebanyak 27 syarikat yang masing-masing akan memperolehi lebih RM100,000 untuk tempoh setahun.
"Sekali tengok macam surat biasa dan tidak ada apa-apa isu berbangkit tetapi apabila pihak kami menyiasat lebih lanjut, ianya ternyata menyerlahkan penyelewengan dan salahguna kuasa melibatkan pentadbiran kewangan tertinggi kerajaan negeri Selangor dan MPSJ yang tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah kerajaan yang diwar-warkan sebagai telus dan berintergriti," katanya dalam sidang media selepas itu.
Beliau berkata surat tersebut menyerlahkan sikap rakus dan berkuasanya seorang Pegawai Kewangan Negeri sehingga keputusan boleh dibuat oleh beliau sendiri dengan membelakangkan peraturan yang ada.
"Mungkin juga Datuk Arif masih mengelamun teringat kerajaan yang lama (BN) yang pernah memberi beliau kuasa penuh untuk menyusun senarai kontraktor peribadi yang beliau rasa 'layak' dan mampu memberi pulangan lumayan entah kepada siapa," tegas Siow Foon.
Justeru, Dapsy Selangor mahu kerajaan negeri bersikap telus dengan menyiasat dakwaan ini dan memberikan penjelasan terhadap persoalan yang dikemukakannya di dalam memorandum berkenaan.
Antara lain, Dapsy Selangor mahu penjelasan mengenai apakah sebenarnya prosedur pelantikan kontraktor tersebut, siapakah yang bertanggungjawab memilih senarai kontraktor dan adakah Pegawai Kewangan Negeri berkuasa penuh meluluskan permohonan tersebut tanpa perlu merujuk kepada mana-mana pihak terlebih dahulu.
"Menteri Besar perlu memberi penjelasan mengenai skandal pegawai yang terlibat supaya kerajaan negeri bersikap telus dan dedahkan perkara ini untuk pengetahuan rakyat.
"Tan Sri Khalid perlu peka mengenai penyelewengan yang berlaku dan menganggap ianya sebagai satu isu penting kepada kerajaan negeri," jelas beliau.
Tambah beliau, kerajaan negeri harus menyiasat skandal terbabit untuk memastikan kebenarannya agar kerajaan negeri tidak akan dipersalahkan nanti sekaligus bagi memastikan imej dan reputasi kakitangan kerajaan negeri sentiasa bersih.
"Kerjasama daripada kerajaan negeri untuk menjalankan penyiasatan dan tindakan oleh Tan Sri Khalid sendiri amatlah di hargai supaya Selangor bebas daripada rasuah dan sebarang bentuk penyelewengan," katanya.
Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Selangor juga telah menyerahkan memorandum berhubung skandal ini kepada Menteri Besar pada Julai lalu.
Namun, sehingga kini tiada sebarang jawapan susulan diperolehi daripada pihak kerajaan negeri berhubung perkara tersebut.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan selanjutnya, Faekah berkata memorandum itu akan diserahkan kepada Menteri Besar untuk diambil tindakan.
"Biar Tan Sri adakan pendengaran daripada pihak yang didakwa. Kita perlu dapatkan penjelasan mengenai dakwaan tersebut sebelum membuat sebarang tindakan lanjut," jelas Faekah.

ISA Bercanggah Dengan Undang-Undang Antarabangsa

SHAH ALAM 5 Sept - Kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak 50 tahun dahulu bertentangan dan melanggar prinsip asas undang-undang antarabangsa.
Pelanggaran ini termasuk hak kebebasan seseorang individu, hak mendapat perlindungan yang sama di bawah undang-undang, hak daripada tahanan secara rambang, hak untuk diberitahu alasan tahanan, prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya serta hak mendapatkan perbicaraan yang terbuka dan adil di mahkamah.
Malah ISA dilihat sebagai memanjangkan kuasa eksekutif dan menafikan hak mana-mana tahanan daripada memperolehi perlindungan undang-undang serta diwakili peguam.
Akta drakonian ini juga menodai Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan semua warganegara ada sama di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapatkan perlindungan undang-undang.
Pertubuhan hak asasi antarabangsa, Amnesty International Malaysia menyeru kerajaan supaya mempertahankan hak dan kebebasan warganegara serta menyemak semua semua perundangan yang bercanggah dengan hak asasi manusia.
"Akta yang menghalang warganegara untuk mengecapi hak asasi manusia tanpa sebab munasabah tidak ada tempat di dalam sistem urustadbir Malaysia dan mesti dihapuskan atau direformasi bagi memastikan tidak ada perlanggaran hak asasi.
"Reformasi yang dilakukan harus merangkumi hak untuk mencabar keputusan pentadbiran yang dibuat di bawah beberapa undang-undang bersifat menindas," kata Nora Murat, Pengarah Eksekutif badan itu dalam satu kenyataan media semalam.
Sehubungan itu Amnesty International mengalu-alu pembebasan Shamsuddin Sulaiman, salah seorang tahanan ISA yang paling lama namum mempersoallan mengapa perlu beliau masih diletak di bawah pengawasan dan kawalan terhadap pergerakannya.
Di bawah syarat pembebasan, Sulaiman tidak dibenarkan meninggalkan daerah Kota Tinggi tanpa kelulusan pihak berkuasa.
Shamsuddin ditahan di bawah ISA semenjak 2002 kerada didakwa terlibat dengan kegiatan Jemaah Islamiah (JI).
"Beliau tidak pernah didakwa atau hadapkan ke mahkamah. Permohonan habeas corpusnya juga ditolak oleh mahkamah pada tahun 2004.
"Shamsuddin dibebaskan hanya setelah beliau bertaubat dan dianggap bukan lagi ancaman kepada keselamatan negara," kata kenyataan itu.
Tidak ada alasan yang diberikan pihak berkuasa mengenai tahanan ataupun pembebasan beliau.

Musa Pencen Hadiah Paling Manis Aidifiri

SHAH ALAM 5 Sept - Bekas Naib Presiden Transparency International, gabungan badan antarabangsa yang melawan gejala rasuah, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata keputusan kerajaan tidak menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bagi kali ketiga merupakan hadiah paling manis dan bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia sempena menyambut Aidilfitri tahun ini.
Malah Tunku Abdul Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP melahirkan kesyukuran tidak terhingga kerana Allah telah memakbulkan doa rakyat Malaysia selama ini untuk melihat Musa tersingkir daripada jawatan tertinggi Polis DiRaja Malaysia.
"Saya jarang terima hadiah hari jadi mahupun memberinya. Malah saya tidak menyambut harijadi saya sendiri, ia berlalu tanpa disedari.
"Tetapi kali ini hadiah yang saya perolehi tidak ternilai - satu rahmat Allah yang Maha Besar memakbulkan doa seluruh rakyat negara ini. Doa tersebut memohon Allah memberi kekuatan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dianggap lembik supaya menyahkan Musa untuk selama-lamanya. Ini bukan disebabkan beliau sudah dimakan usia tetapi liabiliti pada dirinya tidak tertanggung lagi oleh negara. Faktor ini melebihi daripada keupayaan beliau untuk terus berkhidmat," kata Tunku Abdul Aziz secara sinis.
Beliau berkata dalam sebuah masyarakat berbilang kaum yang lebih prihatin dan dinamik, adalah mustahil bagi Musa untuk menduduki jawatan sebagai Ketua Polis Negara.
Musa katanya tidak sepatutnya dilantik ke jawatann sejak dari awal disebabkan pembabitan beliau dalam perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempamerkan  tilam diusung ke mahkamah setiap hari untuk ditonton oleh seluruh dunia.
"Ketika berjalannya perbicaraan tersebut barulah terserlah peranan gelap sebenar yang dimainkan oleh Musa dan (mendiang) Augustine (bekas Hakim Mahkamah Persekutuan) yang menyapa komen seorang sahabat saya untuk mengatakan mereka berdua sebagai 'makhluk paling tidak berguna'.
"Musa memperlihatkan kepada rakyat Malaysia betapa liciknya beliau menghidu sebelah pihak mana yang perlu beliau sokong dan menjadi budak suruhan Mahathir Mohamad denga baik. ini disusuli dengan kenaikan pangkat yang mendadak," ujar Tunku Abdul Aziz lagi.
Tambah beliau kini wujud suasana lega malah dalam PDRM sendiri melihat pemergian Musa, seorang yang telah membawa malu kepada seluruh pasukan polis.
Katanya, Musa menjadi KPN pertama setelah jawatan itu pertama kali dipegang oleh  Tan Sri Claude Fenner yang telah dicemuh dikhalayak ramai oleh sebuah mahkamah di Sabah sebagai saksi yang tidak boleh dipakai.
"Ini tidak mengejutkan kerana beliau hanya penyambung kepada warisan yang bergelumang dengan rasuah dan kini hidup senang lenang atas kekayaan dan wang ringgit haram," kata beliau.
Tunku Abdul Aziz menegaskan daripada kesemua penjawat KPN hanya tiga individu yang layak dikatakan bersih dan lihat bersih dari rasuah - Claude Fenner, Tan Sri Abdul Rahman Hashim (mati ditembak) dan yang paling menonjol, Tun Mohamed Hanif Omar.
Hanif kata beliau amat kecewa melihat bagaimana pasukan polis yang dibina beliau selama puluhan tahun atas asas integriti dimusnahkan oleh beberapa individu yang mempunyai integriti tercemar dan tercalar.
"Hanif masih unggul sebagai seorang bekas pegawai tertinggi polis dan seorang 'gentleman', seorang ikon yang menjadi simbol kepada zaman keemasan PDRM.
"Sementara seluruh negara bergembira melihat Musa berjalan menuju kepada zaman muram beliau, kata-kata penghargaan oleh penggantinya menyentap jiwa kita.
"Beliau berkata,' Saya telah melatih dengan baik oleh Musa. Saya menggangap satu penghormatan mengganti beliau'.
"Perkara yang terakhir yang ingini oleh rakyat Malaysia ialh seorang klon Musa. Sekiranya meneruskan model kepolisian cara Musa yang termampu dilakukan oleh Ismail Omar, maka meranalah negara ini yang telah menunggu sekian lama untuk menikmati budaya polis yang berasaskan kepada menghormati hak asasi manusia," kata beliau.
Tunku Abdul Aziz seterusnya menyatakan biarlah budaya kerosakan yang ditinggalkan Musa diganti dengan budaya yang bertunggakkan kehormatan, kemuliaan, kebertanggungjawaban, ketelusan dan akauntibiliti demi memelihara serta melindungi nyawa dan harta.
 "KPN baru hendaklah menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri dan menyingkirkan segala amalan buruk dan tidak beretika yang ditinggalkan kepada negara ini. Kita semua berhak kepada yang lebih baik," kata beliau yang merupakan salah seorang anggota Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia pada tahun 2004.

Teguran nasib Melayu amat serius

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Teguran serta peringatan oleh Sultan Perak dan Sultan Selangor berhubung nasib orang Melayu perlu dipandang serius.
Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, semua pihak tidak kira sama ada rakyat, tokoh korporat mahupun ahli politik perlu mengambil peringatan daripada teguran tersebut kerana ia cukup kritikal dalam menentukan nasib masa depan orang Melayu.
Katanya, teguran berterusan Sultan Perak dan Sultan Selangor mengenai perkara itu mencerminkan penelitian mendalam baginda berdua terhadap nasib orang Melayu di negara ini sebelum menitahkan mereka supaya bersatu kerana khuatir situasi perpecahan yang semakin kronik.
"Kalau kita lihat kepada situasi orang Melayu sekarang ini, saya tidak hairan mengapa Sultan Perak dan Sultan Selangor menitahkan kita supaya bersatu kerana pemimpin-pemimpin parti politik Melayu sendiri bertelagah sesama sendiri, inikan pula rakyat.
"Sepatutnya golongan pemimpin yang menjadi contoh kepada rakyat. Kalau mereka terus bertelagah sesama sendiri, saya percaya orang Melayu semakin sukar untuk bersatu,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kebelakangan ini sering mengingatkan orang Melayu agar bersatu mempertahankan agama dan bangsa daripada anasir yang cuba mencabar institusi Islam.
Sementara itu, Setiausaha Satu Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, sikap orang Melayu yang hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata merupakan kelemahan yang kini dipergunakan oleh kaum lain.
"Orang Melayu perlu segera sedar dan jangan hanya bergantung kepada kerajaan kerana ia merupakan kelemahan ketara kita. Sebaliknya kita perlulah bersatu dan mengatur strategi yang jitu untuk mempertahankan bangsa dan agama,'' tegasnya.
Bagi Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar pula, titah Sultan Perak serta Sultan Selangor itu wajib dipatuhi oleh orang Melayu.
"Sultan merupakan ketua agama dan juga ketua orang Melayu di Malaysia. Jadi adalah wajib bagi kita menuruti perintah baginda untuk kebaikan bangsa kita,'' katanya.

CERITA MUHYIDDIN YASSIN


CERITA MUHYIDDIN YASSIN I

Usaha supaya umat Islam negara ini bersatu padu bukan cadangan yang bersifat politik tetapi adalah perkara yang amat dituntut oleh agama, kata Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang menyambut baik saranan penyatuan umat Islam negara ini sebagaimana dicadangkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani, baru-baru ini juga mahukan cadangan itu disambut baik semua pihak termasuk mereka yang berlainan fahaman poltik.

"Tetapi malangnya, mereka yang menyambut seruan perpaduan itu hanya satu dua badan sahaja, yang lain tak buat apa-apa. Seruan supaya umat Islam negara ini bersatu padu itu bukan suatu saranan politik."

KOMEN: mari kita bersatu demi UMNO bukan demi Agama atau Kaum..


CERITA MUHYIDDIN YASSIN II
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tidak ada pihak yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah menghina mana-mana agama yang diamalkan rakyat di negara ini.

Beliau berkata, kerajaan memandang berat perkara itu terutamanya yang menyentuh sensitiviti agama kerana ia boleh mencetuskan kemarahan selain boleh menimbulkan pelbagai masalah khususnya soal keselamatan dan hubungan baik antara kaum di negara ini.

KOMEN: dah tengok iklan TV 3 ke...?

Unsur Kristianisasi iklan di TV - Agenda Siapa ?

by radens albanjari

Iklan yang menghina? Tulisan jawi terbalik. Sengaja ? Dia buka buku dari kiri ke kanan. Walhal tulisan jawi dari kanan ke kiri. Aidil Fitri pun dah di 'santa klaus'kan? Idea bangang siapa? Rosak fikiran budak2 tengok iklan jahanam ini. Memang jahanam 1Malaysia-sama macam slogan bangangnya. Dari produksi hingga kepada penyiar - Bodoh ! Ada otak letak kat 'pelir' itu ler jadinya. Memang wajar di'carut' !! Bodoh bangang punya Apno !!


Di Indonesia, 'Bendera' sibuk dengan 'GANYANG' Malaysia, di Malaysia pula, iklan raya tv pula 'GANYANG' sensitiviti orang islam. Rujuk iklan dibawah.



Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene
4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 4 dan 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah.

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab
taken from Yusrizan Usop