Khamis, 2 September 2010

Tahanan ISA - Shamsuddin Sulaiman dibebaskan


Seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang juga anggota Jemaah Islamiah (JI) Malaysia, dibebaskan hari ini setelah dianggap tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Shamsuddin Sulaiman, 40, berasal dari Masai, Johor, ditahan mengikut akta berkenaan sejak 13 Jun 2002, kata Pengarah Pasukan Petugas Khas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya pembebasan itu dibuat atas arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Tahanan berkenaan adalah anggota JI yang ditangkap pada 17 April 2002, katanya.

- Bernama

Rekod Pernikahan Aneh Lagi Terbodoh Dunia

Pernikahan merupakan penyatuan dua insan dengan satu ikatan. Kenyataannya pernikahan manusia dengan benda juga terjadi. Pernikahan ini boleh disebut pernikahan ajaib dan pernikahan aneh. Namun ia lebih sesuai dengan Rekod Pernikahan Aneh Lagi Terbodoh Dunia.

Pernikahan Dengan Menara Eiffel

Erika, 39, seorang bekas tentera yang tinggal di San Francisco. Perasaan pelik yang tertanam sejak lama dengan mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda.

Akhirnya dia menikahi Menara Eiffel dengan dengan majlis sederhana yang dihadiri saudara terdekat pada 4 Jun 2008.

Pernikahan Dengan Diri Sendiri

Liu Ye, 42, pemuda yang berasal Zhuhai, China begitu mencintai dirinya sendiri. Akhirnya menikahi dirinya sendiri dengan majlis pernikahan pernikahan tradisional di hadapan lebih 100 tetamu undangan.

Dia mengabadikan model dirinya dan didandan seperti pengantin perempuan dengan bergaun merah.


Pernikahan Dengan Bantal

Cinta sejati yang pelik timbul dalam perbagai ragam. Ini yang dialami oleh Lee Jin-gyu. Pemuda yang berasal dari Korea ini memberanikan diri menikahi bantal 'dakimakura' kesayangannya yang tertampal gambar karakter kartun.

Bantal tercinta Lee menampilkan karakter 'Fate Testarossa', yang diambil dari siri kartun 'gadis ajaib' iaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha.

Ada juga manusia bengong sebegini. Inilah akibatnya dengan hidup yang tidak berpedoman. Apa-apa pun boleh berlaku.



Sumber:
VivaNews

Waspada golongan pemutarbelit isu untuk pecahkan perpaduan kaum

ALOR SETAR, 31 Ogos – Menteri Besar YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengingatkan rakyat supaya berwaspada terhadap golongan yang memutarbelitkan isu-isu tertentu bertujuan merosakkan perpaduan kaum di negara ini.
Berucap di Perhimpunan Hari Kemerdekaan Ke-53 Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Dewan Sri Negeri, supaya rakyat meningkatkan kerjasama dan perpaduan serta sentiasa berhati-hati dengan golongan tersebut.
“Golongan ini sentiasa menunggu isu-isu tertentu untuk diputarbelitkan sehingga berlaku salah faham antara kaum yang ada. Mereka juga menyambut merdeka tetapi seperti kata pepatah rambut sama hitam hati lain-lain,” katanya.

Sebagai rakyat berbilang kaum di negara ini semua pihak hendaklah saling bersefahaman serta hormat-menghormati.
“Kita juga benasib baik kerana tidak ada sengketa kaum atau agama seperti yang berlaku di sesetengah negara sehingga mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda awam,” ujarnya.
Menurutnya, dengan mengenang sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan dan memahami erti perjuangan, terutama bagi rakyat yang lahir selepas kemerdekaan ianya menjadikan seseorang lebih menghargai erti kemerdekaaan kerana sedar betapa penting hidup bebas daripada belengu penjajah .
“Pun begitu kita harus ingat penjajahan masih boleh berlaku dalam bentuk lain iaitu penjajahan pemikiran, budaya dan kita sebagai rakyat yang berperibadi mesti bijak menilainya,” katanya.
Walaupun sudah 53 tahun merdeka dan banyak kemajuan dicapai sepanjang tempoh itu, rakyat perlu berhati-hati dan berusaha bersungguh-sungguh menjaga maruah bangsa dan kedaulatan negara.
Ini kerana, katanya, negara yang miskin bukan sahaja membebankan rakyatnya malah kurang dihormati kerana tidak upaya bertindak dengan bebas dan terpaksa bergantung kepada bantuan dan belas kasihan negara lain.
Oleh rakyat mesti berusaha untuk maju kerana sekiranya masih kekal sebagai negara miskin, kemerdekaan yang selama ini dibanggakan tidak memberi makna.
“Apa guna negara merdeka jika rakyatnya hidup menderita serta merana sentiasa bergantung kepada belas kasihan orang lain,” katanya.
Sempena majlis itu beliau memberi ucapan penghargaan terhadap jasa-jasa kakitangan perkhidmatan awam, para pendidik dan guru, badan kehakiman dan perundangan yang telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
“Mereka telah memenuhi amanah dalam membantu negara mencapai tahap kejayaan hari ini,” katanya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada sektor swasta, sektor industri, sektor perkhimatan, sektor perniagaan, kewangan yang sama-sama telah membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara ini.
Katanya, negara menghargai peranan segenap lapisan masyarakat warga desa dan kota termasuklah peniaga kecil, nelayan, petani, peneroka dan penternak yang masing-masing ada sumbangan terhadap pembangunan negara.
Beliau tut urmelahirkan penghargaan terhadap angkatan tentera dan polis yang telah menjalankan tugas mereka dengan cemerlang dalam mempertahankan kemerdekaan dan mengawal keamanan negara walaupun ada di antara mereka yang terkorban.
Majlis ini diisi dengan bacaan Ikrar oleh pelajar Kolej Universiti Insaniah, nyanyian lagu puisi oleh artis Sani Sudin dan lagu-lahu patriotik oleh Koir Wisma Darul Aman.

Bukan waktu sesuai Taib berundur, kata Wan Junaidi


Memandangkan suasana politik di Sarawak sedang melalui fasa yang agak tidak menentu, termasuk masalah dalaman yang melanda beberapa parti komponen BN negeri, maka adalah tidak wajar bagi sesiapa jua menuntut agar Tan Sri Abdul Taib Mahmud melepaskan jawatannya, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata Taib, yang bakal menggenapkan tahun ke-30 perkhidmatannya sebagai ketua menteri pada Mac tahun depan, perlu terus memimpin Sarawak untuk menyelesaikan pelbagai isu penting yang mendepani parti gabungan itu.

"Bukan waktu yang sesuai...ibarat anda sedang belayar di laut dalam dan dilanda badai dan taufan, sudah tentulah nakhoda anda tidak boleh meninggalkan kapal kerana adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mengemudi kapal berkenaan dengan selamat," katanya kepada Bernama hari ini.

Wan Junaidi, yang juga anggota majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti tulang belakang BN Sarawak pimpinan Taib, berkata perbalahan dalam kalangan pelbagai puak, termasuk dalam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), terus berlarutan, sedangkan pilihan raya negeri semakin hampir.

Walaupun penggal semasa Dewan Undangan Negeri Sarawak akan berakhir pada Jun tahun depan, pembubarannya boleh dibuat pada bila-bila masa untuk merintis jalan kepada pilihan raya negeri.

Wan Junaidi berkata walaupun pemimpin PBB itu pernah berkata secara terbuka bahawa beliau akan berundur pada 2006, sebelum mengambil keputusan sebaliknya selepas banyak pihak dalam parti itu memujuk beliau supaya terus berkhidmat, tetapi khabar angin bertiup kencang kononnya Taib berura-ura untuk mengumumkan persaraannya dalam tempoh terdekat.

"Tidak dapat dinafikan memang ada banyak khabar angin, pereka cerita (kiri dan kanan) pun berkata tentang banyak hal, di samping blog, akhbar serta pemberita (yang berkata itu dan ini)...macam-macam hal orang kata," katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, terpulanglah kepada angota PBB untuk membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan oleh presiden mereka dalam suasana demikian.

Mengenai khabar angin itu, beliau berkata sebagai pengerusi BN kebangsaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhak mengadakan perbincangan hati ke hati serta mendengar pandangan Taib tentang perkara tersebut.

Baru-baru ini, Taib dilaporkan berkata beliau sedia berundur sekiranya beliau sudah tidak lagi diperlukan oleh rakyat, parti dan Perdana Menteri.

Wan Junaidi juga berkata dalam membuat keputusan berhubung perkara itu, pandangan seluruh anggota parti, yang merupakan majoriti senyap, perlu diambil kira, bukan berdasarkan pendapat seorang dua anggota sahaja.

Sebab itulah, kata beliau, dalam mesyuaratnya di Miri pada Isnin, anggota majlis tertinggi PBB yang diketuai Timbalan Presiden Tan Sri Alfred Jabu, mengambil pendirian menyokong penuh Taib untuk kekal sebagai ketua menteri.

Sebagai wakil majoriti senyap dalam PBB, pendirian itu mencerminkan kesediaan mereka untuk berkorban dan menentang semua ancaman yang bertujuan menjadikan kedudukan kerajaan BN Sarawak tidak stabil.

Sumpah taat setia dan sokongan terhadap Taib, yang sekali lagi menunjukkan dengan jelas bahawa khidmat beliau masih diperlukan untuk menjamin semua rancangan pembangunan dan transformasi berjalan lancar, diserahkan kepada ketua menteri Sarawak itu sejurus beliau tiba di Lapangan terbang Miri untuk menghadiri sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-53 peringkat negeri.

Wan Junaidi berkata keputusan sama ada untuk berundur atau sebaliknya bukan terletak di tangan pengerusi BN Sarawak berusia 74 tahun itu semata-mata kerana ia juga perlu mengambil kira pendirian kesemua empat parti komponen BN negeri.

PBB sendiri telah menyatakan pendiriannya dengan begitu jelas pada Isnin, kata beliau.

- Bernama

"Taib sekadar mahu uji" - Editor digantung tugas

Editor, akhbar Sarawak Tribune - akhbar paling tua di negeri itu yang kembali di pasaran pada Mei lalu setelah empat tahun menyepi - digantung tugas kerana menyiarkan laporan yang tidak disenangi oleh Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.

Semuanya gara-gara tindakan editor eksekutifnya, Paul Si yang memilih laporan berjudul 'Adakah Taib Mahmud sekadar mahu menguji?' yang dibekalkan oleh Bernama sebagai tajuk halaman utama akhbar itu yang disiarkan pada Isnin lalu.

Laporan itu memetik pendapat penganalisis politik yang mempersoalkan motif Abdul Taib mengumumkan kesediaannya melepaskan jawatan ketua menteri menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Menurut mereka yang diwawancara Bernama, Abdul Taib tidak mempunyai niat untuk mengundurkan diri setelah memegang kuasa selama 29 tahun dan tawarannya itu dilihat cuba memancing sokongan daripada pemimpin tempatan.

"Beliau tidak akan meletak jawatan. Beliau hanya ingin tahu siapa yang bersungut. Kenyataan beliau merupakan satu muslihat untuk mengetahui siapa yang menentangnya," kata seorang penganalisis politik di University of Monash, James Chin yang dipetik Bernama.
Mesyuarat panjang lebar
Maklumat yang diterima Malaysiakini adalah Si yang mengetuai Sarawak Tribune sejak tiga bulan lalu telah digantung tugas selama dua minggu. Ada juga laporan yang mendakwa beliau telah dipecat.

Menurut sumber, anak perempuan bongsu Abdul Taib - Hanifah, menyerbu pejabat akhbar itu pada malam Isnin lalu dan mencaci kakitangan berhubung penerbitan laporan berkenaan.

Hanifah, bekas editor urusan akhbar the Tribune kemudiannya mengadakan mesyauarat panjang lebar dengan editor kanan sehingga jam 2.30 pagi, keesokan hari.

Si yang mempunyai pengalaman 25 tahun dalam dunia kewartawanan pernah berkhidmat dengan Malaysian Insider, The Star dan juga Borneo Post. Beliau hanya berada di pejabatnya seketika pada pagi Selasa lalu.

Beliau kemudiannya diarahkan ke pejabat menteri besar dan sejak itu tidak datang kembali ke pejabat akhbar berkenaan.

Si juga tidak menjawap panggilan telefon daripada Malaysiakini.

Sejak selasa lalu, Sarawak Tribune cuba 'mententeramkan keadaan' dengan menyiarkan laporan beberapa pemimpin tempatan yang kononya merayu Abdul Taib supaya kekal sebagai ketua menteri.
Akhbar berkenaan pernah digantung pada 9 Februari 2006 kerana menerbitkan semula karikatur kontroversial yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Pihak pengurusan akhbar berbahasa Inggeris berusia 61 tahun itu kemudiannya mengambil keputusan untuk menutup akhbar berkenaan meskipun arahan penggantungan itu kemudiannya ditarik balik. Mereka sebaliknya menerbitkan Eastern Times.

Edisi terakhir Eastern Times diterbitkan pada 19 Mei, iaitu sehari selepas Sarawak Tribune berada di pasaran dan secara kebetulan pula dirasmikan oleh Abdul Taib.

GERTAK serah memo ke kedutaan Indonesia esok

Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Besar Indonesia ke Malaysia esok berhubung tindakan penunjuk perasaan republik itu yang menghina Malaysia dengan membaling najis kepada bendera Jalur Gemilang.

Pengerusi Gertak Razali Idris berkata pihaknya akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak kedutaan selepas solat Jumaat, kira-kira jam 2 petang.

"Kita hanya mahu menyampaikan memorandum bantahan berhubung insiden tersebut. Kita tidak buat demontrasi atau bakar (sesuatu)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Menurutnya, beliau menganggarkan kira-kira 100 penyokong NGO itu akan hadir memberi sokongan di bangunan kedutaan tersebut.

Pada 23 Ogos lalu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah dilempar najis manusia oleh sekumpulan penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) dalam satu demonstrasi.

Dilaporkan seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang mengawal ketat di hadapan bangunan tersebut.

Mereka juga melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.

Ekoran daripada insiden tersebut pelbagai pihak mengecam tindakan kumpulan tersebut termasuk Pergerakan Pemuda Umno dan Pemuda BN Johor Bahru yang turut menghantar memorandum bantahan kepada Indonesia.

Manakala Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyifatkan tindakan sekumpulan rakyat Indonesia membakar Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Isnin lepas sebagai "memalukan".

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah berlembut dalam menangani isu yang dilihat mencemarkan kedaulatan negara, sebaliknya mahu Indonesia mengambil langkah-langkah perlu bagi menangani isu berkenaan.

Kes Raja Petra: Rayuan KDN ditangguh

Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan rayuan oleh Kementerian Dalam Negeri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan penulis blog Raja Petra Kamarudin yang ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, ke tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu tiga panel hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, bahawa pihak pendakwaan masih belum menyerahkan notis rayuan kepada Raja Petra, menyebabkan beliau tidak hadir hari ini.

Hakim Arifin yang bersidang bersama Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusof dan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan rayuan itu kerana mereka masih belum menyerahkan notis rayuan itu kepada Raja Petra, yang juga editor laman web Malaysia Today.

Apabila ditanya oleh hakim Hashim tentang peluang untuk menyerahkan notis rayuan itu kepada Raja Petra, Tun Majid menjawab: "Alamat Raja Petra masih tidak diketahui".

Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Raja Petra memberitahu mahkamah, rayuan itu bersifat akademik kerana perintah menteri untuk menahan anak guamnya selama dua tahun telahpun tamat.

"Perkara itu bersifat akademik tetapi tiada apa yang boleh menghalang menteri untuk mengeluarkan perintah baru selepas dua tahun," katanya.

Tun Majid berkata perintah menteri itu akan bersifat akademik selepas 21 Sept 2010.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Tun Majid berkata pihak pendakwaan tidak tahu di mana Raja Petra berada sekarang kerana pihaknya tidak mempunyai alamat beliau.

Pada 7 Nov, 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pembebasan Raja Petra daripada ISA selepas memutuskan penahanannya selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak adalah tidak sah.

Raja Petra ditangkap pada 12 Sept, 2008 kerana beliau disifatkan sebagai satu ancaman terhadap keselamatan negara dan perintah untuk menahan beliau di bawah ISA dikeluarkan pada 22 Sept, 2008.

Penulis blog itu ditahan atas alasan beliau antara lain, memiliki dan mengusahakan laman web Malaysia Today dan berniat dan sengaja menyiarkan artikelnya dan juga komen pembaca dalam Malaysia Today yang kritikal dan menyinggung perasaan orang Islam, kesucian Islam dan Nabi Muhammad.

Dalam permohonan habeas corpus, Raja Petra menamakan Menteri Dalam Negeri sebagai reponden.

- Bernama

Gambar Jantan Dan Betina Sudah Ada, Nak Jumpa Saya!

SEMINGGU lalu saya posting satu berita dalam siasatan mengenai ketua Umno sebuah bahagian Umno di Kelantan dikatakan melakukan atau menerima rasuah sex. Berita itu sempat menggemparkan banyak pihak di Kelantan. Beberapa ketua bahagian atau wakilnya juga telah menghubungi saya untuk memastikan siapakah 'si coplek' itu.

Terus terang dinyatakan gambar perempuan yang mengakui terlibat dalam kes itu ada dalam sipanan saya. Begitu juga dengan ketua bahagian berkenaan. Saya dikirimkan kedua gambar itu menerusi SMS. Tetapi seperti saya kata selagi siasatan tidak sampai 100% saya tidak mahu mendedahkan identitinya. Bagaimana pun kepada berhajat boleh jumpa saya untuk menatap wajah perempuan dan ketua bahagian berkenaan. Gratis.

Lagipun tujuan berita dalam siasatan itu disiarkan ialah untuk memberi kesedaran. Sudah saya katakan orang politik kena tegur menerusi media massa, atau di hadapan publik. Ia tidak boleh dicakap secara baik dan diam-diam. Itulah keadaah atau pun senjata ampuh. Orang politik senantiasa bergelumang dengan hipokrasi. Tidak kira siapa mereka.

Walaupun ada kalanya kita menghadapi risiko kena saman, kena ugut dan sebagainya, itu adalah tribulasi bagi seorang penulis bebas seperti saya. Zaman sekarang ini ugutan ataupun pengawasan bukan lagi dari kalangan polis, SB saja tetapi ada juga pengawal-pengawal peribadi yang bermakan gaji atau penyokong fanatik kepada seseorang tokoh.

Tetapi tidaklah pula bermakna saya diugut bila saya tidak mendedahkan apa yang berlaku ke atas salah seorang ketua Umno bahagian itu. Maklumat mengenai itu bila-bila masa akan terdedah. Tetapi apabila ada perkembangan positif, maksudnya ekoran pendedahan berita yang masih dalam siasatan itu ada tanda-tanda membawa kebaikan, biarlah saya tangguh dulu.

Mudah-mudahan juga dia menjadi ingatan dan signal kepada ketua bahagian lain yang juga ada masalah. Selepas berita dalam siasatan dipostingkan banyak malumat saya terima mengenai keburukan dan kebejatan ketua bahagian Umno di Kelantan. Ada yang membuntingkan anak orang, ada juga yang bercinta senyap senyap-senyap dan sebagainya. Yang main sms waktu malam dan ketika berada di rantau, usah ceritalah.

Apabila sudah ada perubahan, sudah ada penghijrahan, maka kita kena bagi peluang biarlah ketua bahagian berkenaan taubat. Dia masih ada ruang untuk melakukan kebaikan. Saya sebagai penulis masih ada perikemanusiaan tidak akan mendedah sesuatu yang tidak kena pada tempatnya apa lagi sehingga menganiayaannya. Apa-apa pendesahan yang saya lakukan sebelum ini tak kira ke atas siapa, baik dari Umno maupun Pas tidak sampai mengaibkan.

Ada juga mula menuduh saya sudah mendapat habuah kerana tidak mendedah kisah ketua bahagian berkenaan. Tuduhan itu sebagai satu gurauan nakal yang tidak patut atau dilakukan oleh pengerak kuku raja saja. Saya tidak mahu membela diri, tetapi masa dan keadaan akan menentukan. Saya cabar sesiapa yang tahu mengenai balada (skandal) ketua bahagian Umno berkenaan dedahlah. Mudah-mudahan mana tahu akan dapat angpau hari raya daripadanya. Bukan begitu.

Dipetang yang murni dan baru dilumuri hujan ini saya ucapkan selamat berubah dan membaiki diri kepada ketua bahagian Umno berkenaan. Dan kepada penjenguk yang suka kepada berita-berita sedemikian tunggulah pula mana tahu akan ada pula kisah ketua bahagian ataupun Pas kawasan yang boleh dijadikan cerita selepas raya ini. Tunggulah. Mat Maslan tentu tersenyum petang ini.
MSO.

Nik Aziz: Jalan tak sempurna punca kemalangan

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemudahan jalan yang tidak sempurna di Kelantan penyebab banyak kemalangan berlaku di negeri ini terutama pada musim perayaan.

Mursyidul Am PAS itu berkata, kebanyakan jalan di Kelantan, termasuk jalan persekutuan sempit dan tidak mampu menampung kenderaan yang bertambah setiap tahun.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan, terutama mereka yang akan kembali berhari raya di kampung masing-masing supaya berhati-hati memandu.

“Antara punca kemalangan jalan raya kerap berlaku di negeri ini adalah disebabkan jalan raya di negeri ini, sama ada jalan persekutuan atau jalan negeri, sempit dan tidak diselenggara dengan baik sedangkan kenderaan bertambah,” katanya kepada pemberita ketika menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Wad Orthopedik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di Kota Bharu, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Hospital berkenaan, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nasiruddin Daud dan beberapa anggota Exco.

- Bernama

Negeri Pakatan Rakyat Lebih Hebat

Negeri PR dah habis kesemua umum bagi BONOS RAYA..tapi kenapa sebahagian negeri BN masih diam membisu... awat duit tak ada kee.. kata hebat memerintah..?? - FB Kedahlanie

Jika beginilah gamaknya, adalah lebih baik kita pastikan semua negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang! Terbukti apabila ketirisan itu dapat dikekang, rakyat kebanyakkan mendapat habuan yang selama ini dinafikan oleh pemerintah haloba.
 
 
UNDILAH PAKATAN RAKYAT !!
 
 

INI PROPAGANDA ZIONIS APCO

INI KERJA ZIONIS APCO BUAT DAN JUAL FITNAH



EIU : PRU KE 13 TIDAK MUNGKIN SEBELUM 2012 – minsider

Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengetuai kerajaan pusat sejak lima dekad lalu tidak mungkin akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum 2012 meskipun banyak pihak membuat spekulasi pilihan raya umum tergempar, kata laporan Economist Intelligence Unit (EIU) dikeluarkan semalam.

EIU berpendapat meskipun prestasi yang lebih baik akan memperkukuhkan mandat Najib Rosmah, keputusan pilihan-pilihan raya kecil baru-baru ini menunjukkan pengundi menjadi semakin “mudah berubah hati” khususnya di kalangan pengundi bukan Melayu.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider awal bulan lalu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan RayaAbdul Aziz Mohd Yusof tidak menjangkakan pilihan raya umum lebih awal.

Mandat semasa BN yang diperoleh pada Mac 2008 akan berakhir Mei 2013.


nota:
awas !
awas!


ini perangkap zionis apco
ini cara zionis apco mengaburkan kan
ini car zionis apco mengkhayal kan kita

berita ini sengaja di bocorkan oleh unit risikan
majalah ini - majalah economist ini milik kaum pemodal
anglo amerika yang sekarang
cuba membantu mat mongol yang semakin tersepit.

kaum pemodal mahubanyak dasar dasar baru
di tekan kan kepada rakyat seperti yang sedang
di tekan ke atas rakyat greece. tarik subsisdi. naikan
harga barang. kenakan gst. beanrkan kontrektor luar
buat projek. hapuskan dasar yang membantu orang miskin.

mat mongol sedang di tibai oeh madey daim kerana
mereka berebujt tanah.

madey marah kerana tanah di sungai buluh yang telah diberi pada anaknya
telah di batal oleh dolah. kini tanah ini di ambil oleh kroni mat mongol.
daim marah kerana tanah d jalan peel dan tanah tudm telah di beri
kepadanya sekarang diambil oleh taek terjulur julur.

madey dan daim akan menobatkan wak sembab – sembab
ini bodoh macam lokman adam – bodoh tapi
badannya besar boleh menibai mat mongol.

tunggu dan nanti – kita akan lihat mat sembab
melawan mat mongol.

yang ditengah tengah mati tersepit ialah mat rembao
yang pada satu masa dulu ialah mat rambo
kerana ada ayah mentua kah kah kah..

Bantuan hari raya RM500: Najib jeles tengok Lim Guan Eng bagi bonus

WarkahDaily – Kerana jeles tengok Pakatan Rakyat di Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng dapat memberi bonus kepada kakitangannya, maka kerajaan pusat pimpinan Najib terasa tercabar.

Tak nak bagi takut rakyat cakap, PR lagi bagus dari BN. Jadi terpaksalah Najib ‘korek’ mana-mana duit untuk diberikan kepada kakitangannya RM500. Oklah bagi bantuan hari raya tu. Elok juga sebab harga barang sekarang mahal-mahal, subsidi dah ditarik balik oleh kerajaan.

Eh..eh..banyak jugak duit yang diperuntukkan untuk bagi bonus tu ek. Apakah ianya adalah hasil daripada pengurangan subsidi harga barang yang ditarik balik kerajaan baru-baru ini. Kalau ya, memang cerdiklah hangpa.

Hangpa tarik subsidi sebab nak kumpul duit nak bagi bonus kat kakitangan kerajaan. Nampak di mata kasar macam bagus, tapi hamprak rupa-rupa.



Tarik subsidi beri bonus raya

Langkah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM934.65 juta dengan memberi RM500 bonus kepada setiap kakitangan kerajaan wajar dipersoal secara rasional.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, langkah Najib itu seakan tidak selari dengan langkah rasionalisasi subsidi dengan menarik semula subsidi lima komoditi asasi yang bernilai RM750 juta demi mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan.

"Bukan saya tidak setuju dengan pemberian ini, saya sokong rakyat diberi bonus, tetapi apa rasional Najib menarik RM750 juta subsidi dan berbelanja RM900 juta untuk bonus," ujarnya di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, petang ini.

Bagaimanapun, beliau menyokong kakitangan awam, khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana layak menerima bonus tersebut.

Baginya, tindakan Najib yang juga Menteri Kewangan itu seakan suatu tindakan bermotif politik ekoran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan pemberian elaun RM500 kepada kakitangan kerajaan negeri.

"Apakah pemberian itu semata-mata kerana Pulau Pinang bagi bonus, maka dia pun bagi," ujarnya yang juga anggota Lajnah Politik PAS Pusat.

Beliau turut mencabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya tampil menjelaskan langkah terbaru Najib itu.

Ini kerana, katanya, Khairy merupakan antara pemimpin Umno yang dilihat menonjol menjelaskan tentang rasionalisasi subsidi sebagai alternatif terbaik menangani perbelanjaan defisit yang dialami kerajaan pusat sejak 11 tahun lalu.

Menurutnya, langkah Najib itu sebenarnya berbeza dengan langkah kerajaan Pulau Pinang dan Selangor memberi bonus kepada kakitangan kerajaan negeri masing-masing.

"Pulau Pinang dapat bagi bonus, Selangor dapat bagi bonus disebabkan pengurusan kerajaan yang baik serta perbelanjaan yang berjimat cermat.

"Tetapi, kerajaan federasi (pusat) sendiri pun dah mengaku defisit dengan rasuah dan pembaziran dalam perbelanjaan, dia kata subsidi tidak efisyen, tiba-tiba dia bagi pula," beliau menambah. -HRKH

Kenapa Istighfar?


www.iluvislam.com
Dihantar oleh: Akhi-NSH
Editor: fazly_90

Kita sering dianjurkan beristighfar dalam menjalani kehidupan seharian kita. Ia dikatakan sunnah Rasulullah kerana Nabi Muhammad sendiri selalu beristighfar.

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: "Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih." (Hadis Riwayat Abu Dawud, Turmidzi dan Ibnu Majah, dishohehkan oleh Imam Turmidzi)

Kita memandang istighfar sebagai suatu amalan yang perlu dilakukan selepas melakukan dosa, sepertinya selepas sedar dari mengumpat.

Ada juga yang menjadikan istighfar sebagai ayat "melatah". Seperti dalam keadaan terkejut.

Kasihan sungguh kita, selama ini kebanyakan istighfar yang dilafazkan di luar kesedaran kita!.

Bila ditanya pada diri sendiri, mengapa kita perlu istighfar? Maka timbullah jawapan berdasarkan logik akal fikiran.

"Agar tenang", "Agar dosa diampunkan", "Agar hidup diredhai Allah" dan seterusnya...

Tapi adakah kita berpuas hati dengan jawapan berdasarkan logik akal fikiran kita saja? Dalam setiap persoalan, kita hendaklah mendasarkan penilaian kita berdasarkan al-quran dan as-sunnah. Mari kita bertanya kepada dua bahan rujukan kita iaitu sunnah Rasulullah s.a.w dan ayat Al-Quran.

Istighfar agar memperoleh pengampunan dari Allah s.w.t

dalam surah an-nisa, ayat 110

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Ini adalah asas kepada istighfar, dan setiap muslim sepatutnya memahami fungsi istighfar ini.

Istighfar agar memperoleh perlindungan dari Allah s.w.t

Dari surah Al-Anfar, ayat 33

"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (muhammad) berada dianatara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminda ampun"

dan dari surah Gharfir/Al-Mukmin, ayat 7-10

"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan (malaikat) yang berada di sekelilingnya bertasbih dengan memuji Tuhanny dan mereka beriman kepada-Nya serta memohonkan ampunan untuk orang-orang yang beriman (seraya berdoa):

"Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada pada-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu dan periharalah mereka dari azab neraka.

"Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga "Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka, dan orang yang soleh diantara nenek moyang mereka, isteri-isteri(dan suami), dan keturunan mereka. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

"Dan peliharalah mereka dari kejahatan. Dan orang yang Engkau pelihara dari kejahatan pada hari itu, maka sungguh, Engkau telah menganugerahkan rahmat kepadanya dan demikian itulah kemenangan yang agung."

Lihatlah, bagaimana mulianya manusia yang memohon ampun kepada Allah. Sehingga para malaikat mendoakan mereka sedemikian. dan doa para malaikat bukan hanya untuk individu yang memohon ampunan Allah, bahkan untuk nenek moyang (ahli keluarganya yang telah meniggal), pasangannya, dan zuriat mereka (anak, cucu, cicit dan seterusnya).

Istighfar agar mendapat kesenangan dan terlepas dari keadaan risau dan resah.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu 'anhuma, bahwa Rasulullah telah bersabda: "Barangsiapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup, dan jadikan setiap kegundah-gulanaannya menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka."

(HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Mari dengarkan sebuah kisah dari sebuah kitab Tafsir Al-Maraghi hasil tulisan seorang ulama bernama Ahmad Musthafa al-Maraghi. kisah tentang seorang tabi'in (generasi ulama selepas sahabat rasulullah) yang bernama Hasan Al-Basri. Hasan sering didatangi mereka yang bertanya hukum agama dan meminta nasihat atas segala persoalan.

Suatu hari Hasan didatangi seorang lelaki yang mengadu tentang kelaparan yang dihadapinya. Hasan dengan penuh perhatian menjawab "Istighfarlah kepada Allah swt"

Datang lagi seorang lelaki meminta Hasan untuk mendoakannya agar dia mempunyai zuriat. Hasan menjawab "beristighfarlah kepada Allah swt"

Kemudian datang lagi seorang lelaki yang kebunnya mengalami kekeringan. Hasan terus menjawab "Beristighfarlah kepada Allah swt"

Kelakuan Hasan tadi amat menghairankan penduduk sekitarnya. sehingga seorang dari penduduk itu bertanya kepada Hasan "Beberapa orang lelaki mendatangimu mengeluhkan berbagai persoalan, tetapi engkau hanya menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!"

Maka Hasan menjawab "Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah SWT berfirman (seperti itu)".

Firman Allah yang dimaksudkan oleh Hasan adalah surah an-nuh ayat 10-12 yang bermaksud

"Maka aku (nabi Nuh) berkata (kepada kaumnya) "Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun, Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu"

Contohilah Hasan al-Basri kerana sikapnya dan pemikirannya yang sentiasa berdasarkan al-quran dan as-sunnah.

Istighfar sebagai usaha memakbulkan doa.

Firman Allah dalam surah Al-Hud, ayat ke-3

"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan ) keutamannya. jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya aku(Muhammad) takut kamu akan ditimpa seksa hari kiamat"

Kali ini, kita bacakan kisah tentang seorang alim yang bernama Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu 'Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.

Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi.

Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.

Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.

Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.

Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, "Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi".

Imam Ahmad bertanya "Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?.

Jawab lelaki itu " Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal"

Maka kata Imam Ahmad : " Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu."

(Sumber: majalah Qiblati, indonesia. edisi ke 8)

Besarnya kuasa Allah! Kerana sayangnya Allah kepada si pembuat roti, dibawanya Imam Ahmad kepadanya.

Dalam kisah ini kita juga patut mencontohi akhlak Imam Ahmad. Walaupun beliau mengetahui nama beliau amat terkenal dan dihormati, tetapi beliau tidak membanggakan namanya agar memperoleh pertolongan dari manusia. Beliau tidak mengungkit kebaikan yang telah beliau lakukan. Kerana jika beliau mengungkit kebaikan yang telah beliau lakukan dengan memberitahu namanya dengan mengharapkan balasan, maka khuatir Allah akan membalas dengan memadam segala amalan yang dibanggakan tadi.

"Jauhilah olehmu akan mengungkit-ungkit pemberian kerana yang demikian itu dapat menggagalkan kesyukuran dan menghilangkan pahala." (HR.Muslim)

Inilah antara kebaikan yang kita perolehi jika kita selau beristighfar kepada Allah. Sekarang kita boleh lebih menghayati lafaz astaghfirullah hal azim dan yang seteru dengannya.

Bagaimana dan apakah lafaz zikir yang digunakan untuk beristighfar? ucapkanlah apa yang kamu inginkan selagi ianya membawa maksud mengharap pengampunan dari Allah swt, kerana istighfar itu sendiri membawa maksud memohon ampunan dari Allah.

Sesungguhnya Allah swt dan Rasulnya juga lebih mengetahui.

Beramallah kita seperti seorang muslim

Sehingga kita berupaya melaungkan "Saksikanlah! aku seorang muslim!" tanpa ragu.

Bila masa pulak TNB Jaga Bidang Bahasa, Sastera di Malaysia?

Gilo ko apo TNB nih, Bila masa pulak TNB Jaga Bidang Bahasa, Sastera di Malaysia?
Haaamboooi..prihatinnya TNB kat bahasa melayu. Huk alaaaa.ilanglah pasnih elaun pemakan gaji buto kat DBP..ya la ka..TNB plak dari bidang elektrik gi masok campor hal ehwal bahasa plak..wkahakhakaka

Servis TNB pun macam haramjadah, elektrik mahal. Baru semalam jer elektrik kat rumah aku blackout ..habis kerja yg x sempat nak save...kat Malaysia..semua jadi haramjadah di bawah parti yahudi umngo/bn laknatullah
-


Seorang penulis blog, Irwan Abdul Rahman, 36, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap tuduhan menggunakan aplikasi internet bagi menghantar komen palsu pada Mac lalu.
Beliau yang menggunakan nama Hassan Skodeng di laman web, didakwa membuat dan memulakan hantaran komen palsu dengan niat untuk menyakiti hati orang lain, di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz.Menurut peguamnya, Jahaberdeen Mohamed Yunoos, ini adalah kali pertma seorang penulis blog didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat-naik artikel berbentuk parodi atau satira di blognya.
Jika didapati bersalah, Irwan berdepan dengan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Irwan yang juga editor eksekutif akhbar Malay Mail bagi seksyen gaya hidup dan hiburan itu, memuat-naik artikel yang berjudul "TNB to sue WWF over Earth Hour" pada 25 March tahun ini.
Tindakannya itu menyaksikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat aduan rasmi kepada SKMM pada 2 April lalu.
"Tuduhan seperti ini akan memberi impak yang besar terhadap perkembangan sastera dan penulisan di Malaysia," kata Jahaberdeen di luar mahkamah.

SKMM diwakili oleh timbalan pendakwa raya Badius Zaman Ahmad dan pegawai pendakwanya, Zairul Nahar Zakaria.

Hakim kemudiannya membenarkan Irwan dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Penasihat Kumpulan Red Berry Media, Datuk Ahiruddin Atan yang juga dikenali dengan nama Rocky bertindak sebagai penjaminnya.

Hayatul kemudian menetapkan 24 November ini sebagai tarikh sebutan.- Mkini

Kebanyakan premis makanan di Pavillion tiada sijil halal

Melihat pemeriksaan mengejut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap sebuah premis makanan di medan selera di pusat beli-belah Pavillion, beberapa pengusaha premis makanan lain bergegas menanggalkan logo dan sijil halal bukan diiktiraf jabatan itu dari dinding premis mereka.

Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim Amri Abdullah berkata tindakan itu dipercayai untuk mengelakkan premis berkenaan diambil tindakan kerana penggunaan logo dan sijil halal yang bukan dikeluarkan Jakim.

Beliau berkata keadaan menjadi kecoh seketika apabila Jakim disertai pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memeriksa premis menjual ayam dan itik panggang kerana cara penyembelihan diragui.


"Apa yang menimbulkan tanda-tanya, semasa tinjauan awal, kami mendapati adanya logo halal yang dipamerkan. Tetapi ketika pemeriksaan berikutnya, logo berkenaan sudah tiada lagi dipamerkan," katanya kepada pemberita selepas selesai memeriksa premis-premis di medan selera berkenaan.

Pemeriksaan itu yang disertai tiga pegawai Jakim, tiga pegawai KPDNKK dan lima anggota PPIM dilakukan setelah menerima rungutan dan aduan orang ramai berkaitan penyalahgunaan sijil halal yang diguna pakai premis makanan berkenaan.

Dalam pemeriksaan semalam itu, pengusaha premis makanan itu berkata mereka memperoleh logo dan sijil halal melalui pihak pengurusan pusat beli-belah itu tanpa berurusan terus dengan pengeluar sijil halal terbabit.

Amri kemudiannya mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan medan selera itu untuk mendapat penjelasan berhubung penggunaan logo berkenaan.

"Pihak pengurusan itu menjelaskan kepada saya permohonan logo dan sijil halal daripada Jakim sudah dibuat untuk semua premis-premis makanan di medan makan menggunakan pihak ketiga.

"Oleh itu, saya menasihatkan mereka supaya berurusan terus dengan Jakim dan Jakim juga bersedia datang ke premis untuk memberi panduan tentang kaedah-kaedah yang betul untuk memastikan makanan disediakan secara halal," katanya.

Beliau berkata premis berkenaan belum pernah dipantau atau diaudit oleh pihak berkuasa berkaitan menyebabkan mereka kurang arif tentang isu penggunaan logo halal.

Sementara itu, Setiausaha Kerja PPIM Datuk Nadzim Johan berkata tindakan terburu-buru peniaga menanggalkan logo dan sijil halal berkenaan menunjukkan mereka sedar penggunaan logo halal selain Jakim adalah salah tetapi mereka masih menggunakannya.

Katanya semasa tinjauan itu, PPIM mendapati sijil halal yang digunakan di premis-premis berkenaan dikeluarkan oleh syarikat Bahtera Lagenda Sdn Bhd melalui logo tertera IFRC. Syarikat berkenaan merupakan antara enam syarikat yang tidak diiktiraf akan kesahihan sijil halalnya. -Bernama

Ibrahim Ali berlagak pejuang agama tetapi jahil agama


WarkahDaily – Amatlah malang buat pemimpin yang mendakwa mereka mewakili orang Melayu terbesar di Malaysia, Perkasa yang bertindak menidakkan tuntutan agama.

Konon mahu dilihat sebagai hero di mata orang Melayu konon pejuang kesucian Islam tanpa memikirkan ianya bertentangan dengan Islam itu sendiri.

Semakin mereka berlagak hero, semakin tampak kejahilan mereka yang mereka tidak sedari kerana memang mereka tiada kefahaman yang jelas berkaitan agama Islam.

Sangka mereka hebat, tapi jahil rupa-rupanya. Dua kali lima, lima kali dua sahaja Perkasa dengan Umno.

Kepada puak-puak Perkasa dan Pak Brahim, bawa-bawalah insaf pulak, pi masjid atau mana-mana madrasah agama untuk menuntut ilmu berkaitan agama. Jangan hanya pandai melalut tak tentu pasal tapi hanya tin kosong aje. Malu..malu..

Pandai-pandai kamu aje minta benda yang bukan Islam anjurkan. Kamu nak lawan Islam ke atau nak lawan bukan Islam?



Idea Perkasa bertentangan dengan amalan Islam


Cadangan Perkasa yang mendesak agar undang-undang khusus digubal bagi melarang bukan Islam daripada memasuki kawasan masjid dan surau bertentangan dengan perintah Islam, kata dua komponen Pakatan Rakyat (PR) hari ini.

“Apa hak Perkasa mahu undang-undang digubal bagi melarang orang bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau?

“Dalam Islam sendiri tidak melarang. Adakah Perkasa mahu mencabar perintah agama?” kata Ketua Dewan Ulama PAS pusat Datuk Harun Taib kepada The Malaysian Insider.

Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu, pimpinan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali semalam menggesa agar undang-undang digubal melarang bukan Islam memasuki masjid dan surau.

Ibrahim turut menuduh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya dengan mempertahankan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

Bagi Nik Aziz, tindakan Teo tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Mengulas lanjut, kata Harun, tindakan melarang orang bukan Islam daripada memasuki masjid dan surau akan menyekat mereka untuk mendekati dan memahami Islam.

“Bagi saya orang bukan Islam boleh memasuki kawasan masjid dan surau, Islam tidak melarang. Yang penting mesti berpakaian sopan.

“Ibrahim hanya pandai cakap sahaja... beliau sendiri pun tidak tahu apa yang dicakapkan,” katanya.

Beliau turut membidas Ibrahim kerana mengatakan Nik Aziz kurang bertakwa kerana mempertahankan Teo yang menyampaikan sumbangan dan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada Ahad lalu.

“Saya rasa beliau (Ibrahim) sendiri tidak tahu apa makna takwa, kalau beliau tahu sudah pasti beliau tidak akan cakap.

“Lagipun siapa beliau untuk menilai seseorang itu bertakwa atau tidak, beliau bukan Tuhan nak tentukannya,” katanya.

Harun menjelaskan takwa bermaksud seorang umat Islam itu mengikut perintah agama dan meninggalkan larangannya tetapi yang boleh menilainya hanya Allah.

“Sebagai orang Islam kita perlu ikut perintah Allah dan segala larangan perlu ditinggalkan.

“Kalau Allah suruh kita solat kita kena buat dan kalau Allah larang kita minum arak jangan buat.

“Malah hanya Allah sahaja yang menentukan seseorang itu bertakwa atau tidak, bukan orang lain termasuk Ibrahim,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan PKR, Dr Muhd Nur Manuty juga berpendapat cadangan sedemikian bertentangan dengan suruhan Rasulullah yang membenarkan bukan Islam memasuki masjid dan surau.

“Tidak salah bagi bukan Islam untuk memasuki masjid, Nabi Muhammad pun membenarkan perkara ini. Yang penting, mereka yang memasuki masjid atau surat berpakaian sopan dengan menutup sedikit aurat mereka... tiada masalah, mengapa perlu menghalang,” kata beliau ketika dihubungi.

Sambil menolak cadangan sedemikian, kata beliau, sikap terbuka di kalangan rakyat berbilang kaum boleh menyelesaikan masalah sedemikian.

“Kalau kita bersikap terbuka, kita boleh menyelesaikan masalah ini... bukan Islam boleh datang ke masjid, malah program boleh diadakan di bawah khemah di luar dewan solat dan sebagainya.

“Mengapa isu ini hendak digembar-gemburkan sehingga mencetuskan konflik antara kaum negara ini?” kata beliau. -Malaysian Insider

PRU ke-13 selepas Anwar ke penjara?

Oleh Lee Wei Lian
KUALA LUMPUR, 2 Sept — Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengetuai kerajaan pusat sejak lima dekad lalu tidak mungkin akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum 2012 meskipun banyak pihak membuat spekulasi pilihan raya umum tergempar, kata laporan Economist Intelligence Unit (EIU) dikeluarkan semalam.

EIU berpendapat meskipun prestasi yang lebih baik akan memperkukuhkan mandat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, keputusan pilihan-pilihan raya kecil baru-baru ini menunjukkan pengundi menjadi semakin “mudah berubah hati” khususnya di kalangan pengundi bukan Melayu.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider awal bulan lalu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menjangkakan pilihan raya umum lebih awal.

Mandat semasa BN yang diperoleh pada Mac 2008 akan berakhir Mei 2013.

Spekulasi menyebut Umno dan komponen BN kini bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum Parlimen tahun depan.

Laporan tersebut menambah, Najib berhadapan dengan bangkangan daripada kumpulan-kumpulan konservatif berhubung rancangannya mahu melakukan pembaharuan ke atas tindakan afirmatif.

Jelas laporan itu, Najib yang juga Pengerusi BN kelihatan mengharapkan yang beliau masih mempunyai latitud secukupnya untuk melakukan pembaharuan susulan ke atas dasar-dasar ini, sementara pengundi pula diharap akan menerima beberapa dasar yang tidak popular, antaranya cukai barangan dan perkhidmatan.

Malah ia juga menambah, perdana menteri juga sedar usaha menggalakkan keharmonian kaum adalah sangat penting bagi pelannya untuk memikat undi daripada kaum minoriti, yang mengetepikan BN dalam pilihan raya umum lalu untuk menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Laporan itu berkata, Najib yang turut menerajui Umno iaitu komponen dominan BN, ingin melihat ikatan pembangkang bertambah “bercelaru” sebelum memanggil pilihan raya umum ke-13.

Sementara Umn-BN mempertingkatkan serangan ke atas PR, Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan kemungkinan hukuman penjara jika disabitkan kesalahan dalam tuduhan liwat kedua yang beliau hadapi sekarang.

EIU juga meramalkan KDNK Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan 4.2 peratus tahun depan, lebih rendah daripada enam peratus disasarkan pentadbiran Najib bagi Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi.

MAIS melarang Teo memasuki ruang solat masjid

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata telah menerima surat amaran Majlis Agama Islam Selangor (Mais), yang meminta beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

Dalam surat amaran itu Mais menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor.

Teo berkata surat amaran yang diterima melalui faks menjelaskan sekiranya mahu memasuki ruang solat beliau perlu mendapatkan kebenaran Mais terlebih dahulu.

“Ya, saya sudah terima surat amaran itu pada pukul 1.30 tengah hari (semalam).

“Dalam surat itu mengatakan bahawa saya dilarang memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tanpa kebenaran Mais terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen DAP itu berkata beliau akan mengambil peringatan daripada surat tersebut dan akan merujuk kepada Mais terlebih dahulu sebelum ke masjid dan surau.

“Sudah tentu saya akan ambil peringatan, ini adalah titah Sultan Selangor.

“Apa lagi yang saya boleh buat?

“Saya kena patuh kepada titah Sultan Selangor kerana dalam surat itu Mais kata ia adalah titah daripada Sultan Selangor,” katanya lagi.

Teo sebelum ini dikatakan menyampaikan sumbangan dan memberikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu.

Tindakan Teo itu dikritik Umno dan Perkasa sebelum ini dan turut dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Mais menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Namun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Najib bercakap dari dalam Kapal Selam kah?




Datuk Seri Najib Razak menggesa umat Islam di seluruh dunia supaya sama-sama membantu mengubah tanggapan salah masyarakat bukan Islam terhadap Islam, yang sentiasa mementingkan keamanan dan kestabilan.

Tak payah nak menggesa seluruh Dunia ubah persepsi terhadap Islam lah Najib.. Perbetulkan dalam Negara sendiri dulu..

Rasanya lebih baik Najib menggesa umat Islam di Malaysia sendiri sama-sama membantu mengubah tanggapan salah masyarakat bukan Islam terhadap Islam terutamanya umat Islam yang menyokong UMNO itu..

Adakah Najib tidak nampak atau tahu apa yang sebenarnya telah berlaku didalam Malaysia ini sendiri bila UMNO yang ketandusan idea mempolitikkan Ugama?

Dari mengheret kepala Lembu kerana membantah pemindahan Kuil sehingga yang terbaru menyerang MP dari DAP yang menziarahi surau untuk memberikan sumbangan..

Semua persepsi negatif terhadap Islam di Malaysia ditimbulkan oleh UMNO..

Adakah Najib hanya nampak apa yang berlaku di skrin TV seperti yang terdapat didalam Kapal Selam?




Ubah salah persepsi bukan Islam terhadap Islam, kata Najib
September 02, 2010

PUTRAJAYA, 2 Sept — Datuk Seri Najib Razak menggesa umat Islam di seluruh dunia supaya sama-sama membantu mengubah tanggapan salah masyarakat bukan Islam terhadap Islam, yang sentiasa mementingkan keamanan dan kestabilan.

Perdana Menteri berkata ini kerana pada masa ini, masih lagi ada tanggapan salah masyarakat bukan Islam termasuk di Barat terhadap Islam.

Misalnya, beliau berkata dalam keluaran Time Magazine baru-baru ini, terdapatnya istilah baru iaitu “Islam fobia”.

“Sikap masyarakat bukan Islam terhadap Islam tidak banyak berubah. Mereka masih mempunyai tanggapan bahawa Islam itu merupakan ancaman kepada mereka.

“Oleh itu, masyarakat Islam perlu membantu memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam adalah agama yang mementingkan keamanan dan kestabilan,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama duta-duta dan perwakilan asing di Wisma Putra di sini, malam tadi.

Najib berharap dengan penjelasan dan sikap yang ditunjukkan oleh umat Islam akan dapat menghakis tanggapan salah masyarakat bukan Islam terhadap Islam.

Di Malaysia, beliau berkata walaupun rakyat terdiri daripada berbilang kaum dan agama, namun mereka boleh hidup dengan aman dan harmoni.

Bagi tujuan itu, beliau berkata kerajaan akan memastikan tiada ruang bagi sebarang bentuk ekstremisme di negara ini sama ada dalam bentuk ekstremisme kaum ataupun agama.

“Ia mesti dilindungi dengan sebaik-baiknya. Misalnya, jika anda merosakkan gereja atau masjid, hukuman seharusnya sama. Kita tidak boleh mempunyai satu set hukuman yang berlainan dengan yang lain. Ini adalah untuk memastikan keamanan dan keharmonian dalam negara,” kata beliau.


Bernama

SELAMAT TINGGAL PAK-PAK IMAM

RM91.6 juta bayar elaun imam, penyelaras masjid, guru takmir

KEPALA BATAS 20 Mac - Kerajaan memperuntukkan RM91.6 juta menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk diagihkan sebagai imbuhan dan elaun kepada kira-kira 18,000 imam, pegawai penyelaras masjid daerah dan guru takmir di seluruh negara tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, imbuhan dan elaun berkenaan diberikan sebagai penghargaan dan tanda terima kasih kerajaan di atas sumbangan mereka menyemarakkan aktiviti dakwah.

''Elaun dan imbuhan yang kita beri kepada imam, penyelaras dan guru takmir ini kita bayar secara beransur-ansur. Tidak ada diskriminasi terhadap mana-mana negeri. Kita buat begini untuk memastikan wang berkenaan disalurkan di tempat yang betul dan tidak berlaku kelewatan.

''Untuk itu, Jakim telah menjalankan kerjasama erat dengan Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) supaya nasib dan kepentingan golongan berkenaan dibela," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan majlis perjumpaan khas bersama imam-imam, guru takmir dan pegawai penyelaras masjid negeri Pulau Pinang di sini hari ini.


Tu dulu..jeng! jeng! sekarang dengar kabor pemberian elaun RM450 pak imam akan dihentikan mulai bulan nie(september 2010)...ishh! betol ke nie Jamil Kucing...?kesian!kesian!


Hmmmm...tak masyukk...ish!ishh!

Polisi yoyo UMNO-BN sekejap bagi sekejap tarik, sekejap jadi sekejap tak muktamad...macam kes tanggungan subsidi dan tanggungan bonus kakitangan kerajaan baru2 ini.

Betul2 UMNO-BN buat rakyat macam hancai..mentadbir urus ekonomi ikut logik akai dan nafsu perut dia...

Sheikh Najib Al Tak Muktamad..alahai rakyat Malaysia...

Matsamankati Calon Ketua Umum?

Oleh : MSK
Pemilihan PKR semakin panas. Duit top-aku bubuh sepuluh ringgit…habis. bubuh dua puluh ringgit…habis. Mungkin sebelum pemilihan bermula, kad top-up aku boleh buat tiga set daun terup.
Masing-masing dok tanya, sapa yang akan bertanding..sapa yang akan menang. Tiba-tiba saja nama Pak Akop jadi glamer…tapi yang susah… aku. Sebab asyik berulang ke Kg. Gerachi.
Ada jugak yang kutuk aku, sebab depa kata aku dah jadi ahli nujum. Syirik!!
So, petang semalam aku pergi lagi ke Kg. Gerachi untuk menunaikan hajat seseorang. Dalam pada itu, aku nak kepastian dari Pak Akop sama ada apa yang dia buat dan apa yang aku belajar tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Tak salah kalau aku tanya Pak Akop…malah lebih baik aku tanya kat Angie tentang hukum Islam dari aku tanya kat Harussana. Sekurang-kurangnya, Angie boleh bagi tau hukum Islam tanpa prejudis dan bias. Tak macam Harussana yang mentafsir hukum Islam mengikut mazhab Umno.
Aku tak mau sebut nama member ni. Sebab kalau sebut semua orang kenai. Aku sebut nama dia Berahim. (bukan nama sebenar). Dan dia nak tau apa yang orang lain tak minat.
Setakat ni, semua orang nak tau tentang Timbalan Presiden. Tapi macam mana dengan Presiden dan Ketua Umum? Peergghh!!! Berahim nak tanding Presiden ka?
“Adakah Kak Wan akan mempertahankan jawatan Presiden? atau Anwar yang akan bertanding?” Soalan Cepumas!!
Kami buka puasa kat Simpang Pulai. Tengok-tengok…Dugong Darat pun ada.Selamat!! dia boleh bawa kereta, aku duduk belakang jadi Tuan.
Pukul sembilan malam sampai Kg. Gerachi. Pak Akop dah siap tunggu sebab aku dah bagi tau awal.
Soalan pertama aku tanya kat Pak Akop ialah sama ada apa yang dia buat ni haram atau halal. dia jawab senang saja. Dia belum dapat sijil JAKIM dan buat kerja tak ada lesen. Kalau ada lesen, judi pun halal. Kalau dapat sijil JAKIM, yang haram pun jadi halal. Cilaka Pak Akop.
Kemudian dia tanya…”ramalan cuaca tu tak syirik ka? Tengok anak bulan bila nak puasa dan raya tu tak syirik ka? Macam mana dengan Dr. Wahab yang dah tau bila nak raya…sedangkan orang belum tengok anak bulan?’
“Signs and Mattermatics ialah kiraan. bukan ramalan. Aku cuma boleh kira kalau ada petunjuk. Kalau tak ada petunjuk, aku tak boleh kira. Aku tak boleh tau bila kamu nak mati sebab tak ada petunjuk. Tapi aku tau bila durian nak berbunga… bila langsat nak berbuah..sebab ada petunjuk.
Selalunya, dalam bulan satu ..musim panas. Selepas panas 40 hari, akan turun hujan selama tujuh hari. Selepas tujuh hari, pokok gapis kat tepi sungai akan berbunga. Tujuh hari selepas bunga gapis berkembang, pokok machang pulak akan berbunga.Kemudian akan turun hujan untuk mengembangkan kulit pokok durian. Tujuh hari selepas pokok macang berbunga, bunga durian akan keluar macam bilah mancis api. Dan durian mengambil masa selama 99 hari dari mula berbunga sampai lah dia jatuh.
Jadi, ini bukan ramalan. Tapi kiraan berdasarkan petunjuk. cakap orang putihnya..”Signs”. Tapi kena perhatikanla petunjuk-petunjuk tu. Jangan jadi macam orang lain, bila hujan…marah kat Tuhan. Bila panas pun marah kat Tuhan. Sedangkan semua itu petunjuk” kata Pak Akop.
“Kalau macam tu, Pak Akop boleh tengok tak…sama ada Anwar akan bertanding Presiden atau kekal sebagai Ketua Umum?” Berahim tiba-tiba bertanya…tak sabaq-sabaq.
“Kalau ikut kira-kira aku…Anwar akan bertanding Presiden..Wan Azizah akan berundur. Bila Wan Azizah berundur, kabel Mustaffa Kamil Ayub juga terputus. Kalau Mustaffa bertanding pun, susah nak menang.” kata Pak Akop.
Yahoo!! “Mat..hang bertanding jawatan Ketua Umum. Aku jadi Campaign Manager hang.” tiba-tiba Berahim cakap macam tu kat aku. Aku ingatkan dia yang nak bertanding!!
“Aku mana ada duit nak bertanding!”
“Hello Bang Mat!!..Itu jawatan ehsan la. Bukan ada pertandingan.” Dugong Darat menyampuk.
Celaka hang..Dugong. Ingatkan dia nak support aku.

Musa Hassan - Selamat Tinggal Bungaku!


Tiada apa yang mampu teman ucapkan..
Hanya inilah sahaja lagu khas untukmu..
perwiraku....

Wakakakakak!!!!


sunsnake 02092010

Ismail dilantik Ketua Polis Negara baru, kuat kuasa 12 Sept

September 01, 2010 KUALA LUMPUR, 1 Sept — Tan Sri Ismail Omar akan menggantikan Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara, demikian diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang ini.
Ismail yang kini merupakan timbalan kepada Musa akan memulakan tanggungjawab baru mulai 12 September ini.
“Hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa tempoh kontrak Tan Sri Musa sebagai Ketua Polis Negara akan berakhir 12 September dan oleh itu, Timbalan Ketua Polis Tan Sri Ismail Omar telah disyorkan sebagai ketua polis yang baru,” kata Hishammuddin kepada pemberita di sini.

ADA BONUS ADA ELAUN

SULATAN PUN SULATAN CELUP - MB MAMAK OK LAAA


IMAM , BILAL, SIAK, GURU KAPA DI PERAK DAPAT ELAUN KHAS RAYA - melayau

IPOH 2 Sept. – Seramai 7,799 imam, bilal, siak dan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di Perak akan menerima elaun khas sebanyak RM200 seorang sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut kira-kira seminggu lagi.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… INI BAGUS NYA ADA KERAJAAN PAKATAN… kah kah kah..

kah kah kah… LIM GUAN ENG MULA DENGAN 400 RINGGIT… kah kah kah..

kah kah kah… MAT MONGOL UP 500 RINGGIT…. kah kah kah..

kah kah kah… LIM GUAN ENG BAGI KAFA… kah kah kah..

kah kah kah… MAT GELAP BAGI ELAUAN UNTUK SEMUA…. kah kah kah…

woit… INILAH HIKMAH ADANYA KDERAJAAN PAKATAN… kah kah kah..


nota:
inilah baiknya ada kerajaan yang lemah
kerjaan yang lemah akan mengikut apa
yang rakyat hendak.

rakyat wajib bijak dan teruskan dengan kerajaan
yang lemah – sama ada pakatan rakyat atau kerajan
najib rosmah –

kerajaan lemah – rakyat kuat
kerajaan kuat – rakyat mati kena belangkong kah kah kah


nota:
yang tak kerja dengan kerajaan
mamposlaahhhhh kah kah kah

TT.

Hantu Cina pun BN Talak Takut!!


Wakakaka..
Teman masa kecik-kecik dulu cukup takut tengok cite hantu cina..
tapi cukup suka gak layan cite hantu cina..
yang jenis melompat-lompat tuh!

Zaman 80an dulu.. itula pun hantu yang seram-seram..
mana ada yang seram lagi daripada tu...

Masuk 90an baru la datang hantu Kores,hantu Jepun..
Hantu omputih jangan cite laa.. sejak Freddie Nightmare lagi..

Tapi cina-cina BN memang hebat..
Tanah Kubur pun depa rembat!!! wakakaka!
kalau ada cina-cina Malaysia sokong BN lagi..
maknanya..
lagi bangsat dari hantu!!! wakakakaka!
sunsnake 02092010

SELCAT Kesan 136 Ekar Tanah Perkuburan Cina Diusahakan Secara Haram


Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Pengurusan (SELCAT) mendedahkan 136 ekar tanah dibangunkan secara haram sejak 2002 dibawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional.

Panel SELCAT terkejut dengan penemuan bahawa tanah di Seksyen U14 Mukim Bukit Raja di Petaling Jaya itu dimajukan sebagai tanah perkuburan Cina tanpa mengikuti ketetapan undang- undang.

Pejabat Tanah Petaling Jaya mengaku bersalah di hadapan panel lima anggota Selcat kerana membenarkan tanah itu dibangunkan tanpa kelulusan.

Majlis Bandaraya Shah Alam pula mengaku bersalah kerana gagal memastikan syarikat pemaju gagal menukar status tanah dari tanah pertanian kepada tanah perniagaan.

Manakala pemaju pula, Premivest Sendirian Berhad mengaku salah kerana menjalankan operasi secara haram tanpa kelulusan dari Pejabat Tanah, dan melanggar notis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas Pihak Berkuasa Tempatan itu menyedari ada kesilapan pada status tanah perkuburan.

PAS dedah dakwaan tipu baja Felda selepas raya

PAS akan mendedah selepas hari raya ini dakwaan penyelewengan berhubung pengredan dan penjualan baja yang dibekalkan oleh Felda, kata naib presidennya, Salahuddin Ayub hari ini.

Katanya, pendedahan itu akan dibuat oleh jawatankuasa khas bertindak pembelaan isu-isu peneroka (TINDAK) yang ditubuhkan pada 29 Ogos lalu.

"Kita akan membuat satu penyelidikan rapi bagi membongkar penyelewengan seperti isu wang tanam semula, (isu) penggredan baja dan Akta Penempatan Berkelompok.

"PAS berpendapat isu-isu (berkaitan) peneroka (ini) perlu diangkat menjadi satu agenda nasional," katanya dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Salahudin yang juga pengerusi TINDAK menjelaskan jawatankuasa khas ini turut berperanan memaksimakan pembelaan terhadap isu yang berkaitan peneroka di Dewan Rakyat.

Ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya, Salahuddin berkata: "Kita juga akan memberi khidmat nasihat dan guaman kepada (peneroka mengenai) isu-isu yang dianggap berprofil tinggi.

Ditanya mengenai peranan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) yang turut memperjuangkan nasib peneroka Felda, Salahudin berkata kewujudan jawatankuasa khas tidak menafikan tugas dan peranan yang dimainkan oleh ANAK.

Katanya, ini kerana pengerusi ANAK, Mazlan Aliman juga menjadi timbalan pengerusi TINDAK dan dianggotai ahli jawatankuasa PAS Pusat - Datuk Kamaruddin Jaafar dan Mohamad Sabu, .

Tiga lagi anggotanya ialah ADUN Paroi, Taufek Abdul Ghani; Zulkefly Mohamad Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan) dan peguam Asmuni Ani yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak.

JANGAN BUEK KOJO BANGANG !

JANGAN SELARAS - BATAL PUASA !


nota:
kes bunuh ini pun tak siasat
ingat nak siasat kes hina mahkamah kah kah kah

LAPORAN POLIS DAKWA PM HINA MAHKAMAH-mikini

Seorang pemimpin PAS Negeri Sembilan membuat laporan polis terhadap ucapan Najib Tun Razak yang didakwa mengandungi unsur menghina Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan kes saman peneroka Felda kemahang Tiga di Kelantan.

Turut dinamakan dalam laporan polis itu ialah Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Yusoff Nor.

Laporan tersebut dibuat oleh yang dipertua PAS Jempol, Abd Rahman Ramli di balai polis Dang Wangi di ibunegara pada kira-kira jam 10.45 pagi.


KAH KAH KAH..

woit… JANG OOIIII…. kah kah kah..

woit… JANG BUANG MASO LAAA… kah kah kah..

woit…JANGAN BUEK KOJO BANGANG…. kah kah kah..

woit… POLIS DIO PUNYO… MAHKAMAH DIO PUNYO… RADIO DIO PUNYO… kah kah kah..

kah kah kah… LAPORAN POLIS NI KOJO BANGANG… kah kah kah..

woit… KELUAR SEMUA WARGA FELDA … KOPONG PUTERAJAYA… kah kah kah…

kah kah kah…. BARU JADi… KALAU TIDAK … BUEK TAIK KORENG JO… kah kah kah

Pengetua Rasis Mengapa Masih Tidak Dikenakan Tindakan?

Umno-BN Takut Ambil Tindakan Terhadap Pengetua Rasis

Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa membantah sekeras-kerasnya kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa Wee Meng Chee atau Namewee harus disiasat kerana filem terbarunya "Nah!" disifat boleh mencetus api perkauman.

Teck Hwa dalam kenyataan media yang mewakili DAP Bahagian Muar berkata Namewee dalam filem terbarunya telah menyampaikan pendirian kebanyakan kaum Cina iaitu tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pihak yang cuba memprovokasikan sentimen perkauman.

"Kami kesal dengan tindakan polis yang menghantar 3 kereta peronda polis ke rumahnya semasa tinggal 15 minit negara menyambut kedatangan hari kemerdekaan yang ke-53.

"Namewee sudah menjelaskan pendiriannya dalam filem terbaru iaitu membantah kenyataan perkauman daripada Pengetua sekolah Puan Siti Insyak Mansor dan pendirian Kementerian Pendidikan yang tidak mengambil sebarang tindakan tegas terhadapnya," tegas Teck Hwa.

Namun, sehingga ke hari ini, katanya pihak yang terbabit masih bebas dari segi undang-undang dan hukuman terhadapnya hanyalah memindahkannya tersebut ke sekolah lain untuk meredakan kemarahan orang ramai.

Seruan masyarakat Cina adalah tegas dan sama iaitu pihak yang terlibat harus dihadapkan ke mahkamah untuk meneriman tindakan yang sewajarnya.

"Sekiranya ia hanya merupakan satu kes kecuaian dalam sistem pendidikan maka guru tersebut boleh dimaafkan kerana jasa guru yang berat iaitu mendidik generasi akan datang.

"Kementerian Dalam Negeri masih meneruskan pendakwaan terhadap Namewee maka ini menunjukkan kerajaan bersetuju dengan kenyataan rasis daripada Pengetua tersebut dan pendirian KPM yang memandang ringan insiden ini.

"Secara tersirat, kerajaan telah bersetuju dengan tindakan rasis segelintir pihak di negara ini," kata Teck Hwa.

Beliau turut melahirkan kekesalannya dengan tindakan pihak tertentu yang masih bebas menyamakan sesuatu kaum dengan pendatang, pelacur, pengemis.

"Dalam hal ini, slogan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu "1Malaysia" kini sudah terkecai," ujarnya lagi.

Ulasan GB

Inilah akibatnya perjuangan bangsa yang tidak bersandarkan agama yang ditaja oleh UMNO.

Rasulullah bersaabda: "Ya Rasulullah? Apakah dia fanatik (assabiyah) itu ya Rasulullah? Jawab Rasulullah saw… ”Engkau menolong kaum mu di atas dasar kezaliman”. Itulah fanatik namanya.

'Terkejut' diberitahu saham Realmild milik Umno'

Bekas pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin memberitahu bahagian perdagangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau terpaksa menanggung kerugian RM40 juta apabila 7.101 juta saham dalam Realmild (M) Sdn Bhd yang didakwa dibelinya adalah kepunyaan Umno.

Realmild adalah syarikat yang memiliki majoriti saham dalam konglomerate Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB).

Rahman yang satu ketika dahulu pengarah Realmild apabila beliau membeli kepentingan keseluruhan dalam syarikat itu -menghadapi saman komersial RM10 juta yang difailkan oleh seorang lagi bekas pengarah syarikat berkenaan Datuk Khalid Ahmad.

Rahman berkata beliau dimaklumkan dan diarahkan oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada akhir 2001 untuk memindahkan semua saham atas namanya kepada nama Datuk Seri Syed Anwar Jamalullail tanpa sebarang soalan.

“Saya diberitahu bahawa saham Realmild adalah kepunyaan Umno. Saya amat terkejut kerana tidak pernah mengetahui bahawa Umno adalah pemilik sebenar saham-saham itu.”

“Saya mengambil-alih saham Realmild semata-mata berdasarkan pandangan dari sudut korporat dan perdagangan. Saya mencari dana untuk tujuan memiliki saham berkenaan melalui keupayaan kewangan saya dan tanpa bantuan daripada sebarang entiti politik,” kata Rahman ketika menjawab soalan peguamnya, Alex de Silva.

Apabila disoal-balas oleh peguam Khalid - Ahmad Fadzil Mohd Perdaus - mengapa beliau tidak mengambil tindakan ke atas anak guamnya dan tiga lagi pengarah Realmild yang mana beliau membeli saham berkenaan, Rahman berkata beliau mempercayai perdana menteri (ketika itu).

“Lagipun, saya tidak mahu membuat apa-apa yang boleh mengheret perdana menteri. Sebab itu saya tidak meneruskan tindakan lanjut,” katanya.

'Ada aduan jual nama Anwar, Azizah'

Pemantau perjalanan pemilihan PKR Mydemocracy Watch kini menerima aduan berhubung dakwaan terdapat cubaan menjual nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail oleh bakal calon.

"Kita terima aduan terdapat pihak yang menggunakan perkataan bahawa beliau direstui Anwar dan Wan Azizah. Kita tidak mahu perkara ini berlaku," kata penyelaras badan sukarela itu, Yusmadi Yusoff.

Yusmadi yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata, aduan itu antara tiga aduan yang diterimanya bagi mempengaruhi keputusan pemilihan PKR di pelbagai peringkat pada November ini.

"Tetapi kita dapat tahu, Anwar sendiri tidak pernah secara rasmi menunjukkan beliau menaja atau merestui sesiapa," katanya kepada Malaysiakini.

A tale of two states (and two men)

Mariam Mokhtar

taib-and-nikaziz On 30 August, the state of Kelantan sued the national oil corporation Petronas, for alleged breach of a contract that had been signed between Kelantan and Petronas, in 1975. With Kelantan deprived of oil royalties, its people were robbed of the benefits that could have improved their lives.

If this is the federal government’s way of punishing the Kelantan people for voting PAS at the state level, then BN is defeated even before it has begun. Isn’t BN bothered that it is also punishing its own supporters in Kelantan?

The federal government treats Petronas like its personal kitty - a cash cow with which it can dip its grubby paws into, to reward those states which are compliant. The federal government is acting irresponsibly, by being spiteful and therefore, is unfit to govern.

Kelantan (population 2,100,000) is the poorest state; Sarawak (2,500,000) is the next poorest. Both Sarawak and Kelantan are blessed with oil reserves and timber, but they remain poor. Their poverty is because of different reasons.

Sarawak’s abundance of liquefied petroleum gas and petroleum is the mainstay of the Federal government’s economy and yet it receives only 5% royalty. Its state sanctioned logging and oil-palm industries, has resulted in massive deforestation. Only 5% of virgin jungle remains.

Despite the relative economic growth from timber, oil palm and oil, Sarawak still lags markedly behind the rest of the other states, bar Kelantan.

These two states have in common, elderly leaders who have been at the helm for decades: Taib Mahmud led Sarawak for 30 years whilst Nik Abdul Aziz Nik Mat served Kelantan since 1990.

But the two men, who are in their seventies, are like chalk and cheese. Taib belongs to BN whereas Nik Aziz is with PAS.

Apparently, after filing the suit against Petronas, Kelantan menteri besar Nik Aziz led 200 supporters in a solat hajat (prayer of need) at the nearby Federal Territory Mosque. Nik Aziz is famed for commanding support from non-Muslims in Malaysia and is instrumental in playing a leading role for the increase in popularity of PAS among non-Muslims.

However, the only recent suit we remember involving Taib Mahmud was the white one he wore (complete with red bow tie) on the night of the glittering high society banquet of the Islamic Fashion Festival (IFF) Charity Gala Dinner in Monaco-Monte Carlo.

Together with various members of Malaysian royalty and 600 guests from Monaco’s high society, Taib watched as Malaysia’s “First Lady” Rosmah Mansor, the IFF patron, donated 270,000 euros (RM1,120,961) to the Prince Albert II Foundation of Monaco. The money had been raised from the promotion of Sarawak tourism, and an auction of items including a framed signed photo of Prince Albert

Tok Guru, as Nik Aziz, is affectionately called, commands huge respect from several people. He interacts well with non-Muslims, because they admire him for his honesty, views on moral issues and his candour.

They may not agree with all of his policies, but he is valued for his wisdom and his courage.  How many in the Umno camp can match up to Tok Guru?

Taib Mahmud on the other hand, raised the ire of many, including a group of foreigners who joined a protest in Oxford when he went to the United Kingdom to woo investors with the ‘Sarawak Corridor of Renewable Energy’ (SCORE).

They were protesting at the destruction of the rainforests of Sarawak, the denial of justice for the Penan and also the construction of the 12 mega-dams project which will displace the indigenous people living in the affected areas.

The contrast between the two men continues on a personal level.

Nik Aziz lives in a modest wooden house which has no elaborate fencing, no ornate gate with security features and no sentries. His has been known to carry and use the same BIC ballpoint pen and travels in the official Proton Perdana, official registration number DBA 8668.

Home for Taib Mahmud is a grand riverside mansion overlooking the Sarawak River, stuffed with gilt-edged ‘Louis-Farouk’ style furniture. He, and his son, own a fleet of luxury cars including a Rolls Royce.

Taib has no need for car registration-number plates – those are for ordinary folk. His official car is a Mercedes 600 SEL which has no number plates, only a ‘YAB KETUA MENTERI SARAWAK’. His travelling needs would not be complete without the helicopters and a jet belonging to Hornbill Airways, specifically for his use.

Back in Kelantan, Nik Aziz’s religious background is complete with a religious school owned by his family, but Taib Mahmud’s greed, knows no boundaries.

He and his family own various multimillion properties and companies in Sarawak, the USA, the UK, Canada and Australia. These were allegedly built from the proceeds of the lucrative business deals exploiting Sarawak’s natural resources.

Awangku Jinal Pengiran Jawa, the PBB Youth leader said last week, that they would “vigorously oppose” any attempt to pressure Taib Mahmud to retire and that the ‘provocations and pressure’ on Taib should stop. He also questioned why people were picking on Taib when ‘other old leaders and poverty in places such as Kelantan were never questioned by certain quarters’.

Many people have, only he was not listening.

Of the two poorest states in Malaysia, one receives oil royalties, the other does not. But whilst the Chief Minister of Sarawak manages to lead a life that is way beyond his official ***RM13,000 salary and is alleged to have built a multi-million fortune and stashed it abroad, the Menteri Besar of Kelantan lives a modest life, one that speaks volumes of the man.

Nik Aziz, the spiritual leader of PAS, does not receive any oil royalty. Taib Mahmud who belongs to BN, does.

Are Malaysians, principally the Sarawak people, content to gawp at the opulence and grand lifestyle of Taib Mahmud? Are they happy with the breach of trust?

Taib Mahmud is a perfect example that the route to wealth in Sarawak, (and Malaysia) is by entering politics and remaining subservient to those at the 'peak', unless one is at the 'peak', as Taib is.

Sadly, when they’re there, they can be a law unto themselves.