Selasa, 31 Ogos 2010

Traitors – an Umno trademark and tradition!

Martin Jalleh

The Umno-dominated government stubbornly sticks to the same old tricks to try to sink the Opposition. One such stale attempt is to label as “traitors” those who refuse to suck up to its spent elite leaders.

And so Defence Minister Ahmad Zahid (AZ) who apparently ran out of steam to shut the Opposition up on the Scorpene submarines scandal, resorted to calling Nurul Izzah a “traitor”.

It seems that the Member of Parliament (MP) has stained the nation's image by revealing on 4 Aug. 2010 in an interview with Kompas, a newspaper in Indonesia, that the country’s first submarine cannot dive.

Below are his comments (in bold) followed by a response which when added up points to the ironic conclusion that it is the Defence Minister and Umno who could be the real traitors after all!

AZ: “The statement has damaged the country’s image in the eyes of the world.”

Strange, since when did the supremacists in Umno really bother about world opinion?

AZ: “She has undermined the country’s reputation.”

Bolehland already has such a bad reputation for her buckling economy, brain drain numbers, a “bunch of idiots” in the judiciary (N H Chan), bowed media and biased and brutal Police Force.

Added to that is the burgeoning bigotry, “bloody racists”, brute-majority parliament, buffoons in the MACC and a badly “screwed-up” AG Chambers! What is left of our “reputation” that Nurul can do more harm to?

AZ: “It is an act as that of a "penderhaka" (traitor).”

What about Umno’s self-serving sycophants who deceive, deny and deprive the poor Malays of what has been due to them, like the RM52 billion worth of shares allocated to the Malay community since 1971?

The Umnoputras betray their own race by bleeding this country dry and siphoning and stashing their ill-gotten gains overseas whilst making the non-Malays the scapegoat for the “failure” of the NEP!

AZ: “As a member of parliament, she should have been more ethical.”

Does AZ mean “ethical” as in a trumped up sodomy case without penetration, a life blown up by a C4 explosion, a tragic death by “self-strangulation” and a colossal RM12.5 billion case of daylight corruption?

AZ: “The manner in which she disparages the Malaysian armed forces is disgraceful.”

The Ministry of Defence (Mindef) does not need to be so defensive, for Nurul does not need to disparage the Armed Forces. With the help of greedy Umno cronies they often end up disgracing themselves.

Take for example, in 1985 Mindef bought 88 A4 Skyhawks from the US (which she used during the Vietnam War) and then left 35 of them parked in the Arizona desert. No one knows where they are now!

A defence attaché in the 80’s commented on the purchase of certain tanks and armoured personnel carriers: “I hope to God Malaysia never gets into a war. They couldn’t get out of their own footprints.”

It was an utter disgrace when PSC-Naval Dockyard, owned by UMNO crony Amin Shah Omar, failed to fulfill its 1998 contract to build naval vessels. Yet, the Finance Ministry overpaid it about RM1 billion!

In fact, Najib, as Defence Minister, left a “disgraceful” legacy of financial mismanagement, irregularities in procurement, wastage and even grave allegations of kickbacks, bribery and corruption.

In the 2002 acquisition of two Scorpene submarines for one billion euros (RM4.7 billion), the commission of 114 million euros was allegedly paid to Perimekar, a company of Razak Baginda (a close ally of Najib).

In 2003, Malaysia bought 18 Sukhoi fighter jets worth US$900 million. A commission of US$108 million was allegedly given to Umno stalwart Adib Adam the chairman of the local company handling the deal.

AZ must have found the disappearance of two F5-E jet engines worth RM50 million each from the Royal Malaysian Air Force (RMAF) base in Sungai Besi rather embarrassing and disgraceful.

Over the past 23 years, RM180 billion of the rakyat’s money has been spent on national defence! Yet our military capability is still in such a scandalous state today. Can anything be more disgraceful than this?

AZ: “She has put the security of the nation at risk.”

The real enemy is within. The country is at its greatest risk with Umno’s rogues, racists, religious fanatics and rabble rousing newspapers – all of whom are allowed to roam and run riot!

AZ: “Politicians should stop politicising national defence issues.”

Yes AZ, it is disgraceful for Umno to use national defence spending as a surefire money-spinner!

AZ: "Although we may have differences in opinion, we should stick to the truth…”

The truth is that Nurul was only reiterating what AZ had revealed in Parliament on March 17 that one of the submarines was not being able to dive because of technical problems. Surely AZ is not a traitor?

Nurul nipped the Minister’s nonsense (that her statement had threatened national security) in the bud by arguing that

· the problems regarding the submarine were common knowledge

· AZ had himself said that such technical problems were also faced by many other countries

· information on the dive status of any submarine in the world was easily available.

She pointed out to the defensive minister: “If it is true that the minister is a patriot, why then is he not supporting the MACC’s probe on the commission paid to Perimekar Sdn Bhd…?”

She added that the navy’s revelation that it was only conducting its integrated navy exercise once, instead of three times a year in order to save cost (Bernama, 6 Aug.) was even a greater security threat!

Harebrained Home Minister Hishammuddin Hussein Onn jumped on to AZ’s bandwagon and added that Nurul’s criticism of Malaysia abroad “proved that PKR’s struggles were not accepted in this country”.

The Umno vice-president added that “the opposition pact clearly failed to win the hearts of the people to the extent that it had to go abroad to explain their struggles pertaining to national issues”.

Why then did the PM have to go to the US to explain his policies to Obama and why pay RM50,000 in an attempt to get his opinion-editorial article published in one of the major newspapers in the US?

In inferring that Nurul was a traitor, he forgot that his grandfather was a “good traitor” who had formed two parties to fight against Umno and so was his father who refused to join Umno Baru until his death!

Minister in the PM's Department Jamil Khir Baharom said that Nurul had “sinned” by tarnishing the country’s image. The ambitious Umno man forgot he had majored in many sins as a young major!

Alas, Nurul Izzah is a young MP who, by her own merit, is daring enough to dive deep in search for the truth and in spite of the uncertain implications. She just happens to be the daughter of Anwar Ibrahim.

In contrast, we have Umno’s “old” men whose statements betray their shallowness and who, in trying to keep Umno afloat, are bent on using their silly scare tactics, sabre-rattling tricks and sinister theatrics.

Da'auhum (Biarkan mereka)....


UMNO BERPESTA FITNAH DI BULAN BARAKAH
Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Cuba bayangkan jika Rasulullah s.a.w ditakdirkan Allah masih hidup di zaman ini. Tidakkah kita fikirkan bahawa Utusan dan Umno mungkin juga akan menemplak tindakan Rasulullah s.a.w yang membenarkan orang-orang Kristian Najran masuk ke masjid dan bersembahyang di Masjid Nabi.

Ahli Parlimen DAP Y.B Teo Nie Ching diserang-serang habis-habisan kerana berkunjung ke Surau Al-Huda Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut. Beliau telah dijemput oleh jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas. Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

Kerana seronok memfitnah di bulan Ramadhan , Umno dan Utusan tidak peduli seerah Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang berjaya menonjolkan ruh tasamuh ( toleransi ) yang amat tinggi apabila berdepan dengan golongan non muslim . Sebagai satu contoh toleransi yang Rasulullah s.a.w tonjolkan adalah sepertimana kisah yang dinyatakan oleh Ibn Ishak di dalam seerah berkenaaan perjumpaan Baginda dengan golongan Kristian Najran.

Ibnu Ishak meriwayatkan golongan Kristian ini telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w di Madinah dan mereka bejumpa Rasulullah s.a.w di Masjid Nabi. Apabila tiba waktu asar golongan Kristian ini bangun ingin menunaikan sembahyang mereka dan ada para sahabat yang cuba menegah mereka. Rasulullah sebaliknya mengatakan “ Da’auhum ! ( biarkan mereka ) .

Rasulullah s.a.w membenarkan golongan Kristian itu bersembahyang mengikut cara mereka di dalam masjid Nabi !! Akhirnya mereka bersembahyang dengan mengadap di sebelah timur ( lihat buku tulisan Yusuf Al-Qardhawi “ Religious Minority from Shariah’s Perspective ). Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Ulama Pas,Dato Harun Taib iaitu mereka yang arif tentang Islam menyatakan tidak salah orang bukan Islam memasuki masjid.

Jika Rasulullah s.a.w yang digambarkan oleh Al-Quran sebagai qudwatun hasanah ( role model ) membenarkan orang bukan Islam bersembahyang cara mereka di Masjid Nabi siapakah Utusan dan Umno yang ingin melarang Ahli Parlimen DAP dari memasuki surau Al-Huda, Kajang.

Umno dan Utusan mendakwa kononnya pihak Surau Al-Huda membenarkan Nie Ching memberikan tazkirah sedangkan beliau adalah orang bukan Islam dan tidak memakai aurat.

Sebenarnya ini hujah makan tuan. Baiklah katakan , untuk tujuan berhujah, kami terima pendapat Umno bahawa Nie Ching tidak sepatutnya bertazkirah kerana beliau adalah orang bukan Islam dan tidak menutup aurat . Jika itu hujah Umno kita juga berhak bertanya kenapakah semasa Umno menjadi Kerajaan di Selangor dahulu para alim ulama’ seperti Tuan Guru Nik Aziz, Dato’ Dr Harun Din , Almarhum Dato Ishak Bahrum dan beberapa alim ulama' yang lain juga dilarang memberikan tazkirah oleh pemimpin Umno .Bukankah Tuan Guru Nik Aziz, Dato’ Dr Harun Din , Almarhum Dato Ishak Bahrum adalah orang Islam dan bukankah mereka juga menutup aurat !

Umno katakan Nie Ching tidak menutup aurat ketika bertazkirah . Kita ingin bertanya Umno , adakah hukum atau perintah menutup aurat hanya untuk orang Islam atau juga terpakai untuk orang bukan Islam ? Jika menutup aurat hanya wajib untuk orang Islam sahaja kenapakah kita harus mewajibkan ke atas orang bukan Islam dalam perkara yang Allah tidak wajibkan ke atas mereka. Bukankah pendirian kita bahawa orang bukan Islam yang ingin berkunjung ke masjid mestilah berpakaian sopan. Saya tidak nampak Nie Ching berpakaian tidak sopan hanya kerana beliau tidak bertudung.

Jika Umno begitu serius tentang isu menutup aurat mengapakah Umno tidak ambil peduli sebahagian besar isteri pemimpin Umno dan sesetengah pemimpin wanita dan Puteri Umno yang masih tidak menutup aurat !

Apabila Ahli Parlimen Selayang, Y.B William Leong Jee Keen menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid al-Taqwa, Selayang akhbar Mingguan Malaysia menulis dengan tajuk berikut “ Ahli Parlimen Selayang pula “ bertazkirah” Kesucian Masjid terus dinodai” ( Mingguan Malaysia 29/8/2010 m/s 3 ) . Akhbar itu melaporkan pengarah JAIS Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.

Saya tidak pelik jika JAIS mengambil pendirian begitu kerana bagi saya saki baki pengaruh Umno masih tebal dalam JAIS. Bukankah JAIS di zaman BN dahulu sibuk mengambil tindakan kepada AJK masjid yang dilihat tidak cenderung kepada Kerajaan BN. Saya mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam isu tersebut kerana saya mewakili lebih kurang 7 buah masjid dan surau yang diganggu oleh JAIS !

Untuk Khusrin kita ingin bertanya soalan berikut : Adakah Rasulullah s.a.w tidak tahu orang-orang Kristian Najran berhadas besar semasa Rasulullah s.a.w membenarkan mereka masuk Masjid Nabi dan bersembahyang di Masjid Nabi ?

Apabila Ustaz Zakaria Ahmad mendoakan di dalam khutbah agar Lim Guan Eng diberi hidayah akhbar proksi Umno memfitnah beliau dengan mengatakan doa Ustaz Zakaria berbunyi begini “ Ya Allah , Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng… ( lihat Mingguan Malaysia 22/8/2010 m/s 5 ). Malahan ada disiarkan di dalam TV bagaimana seseorang membuat komen bahawa khutbah tersebut boleh dikatakan tidak sah kerana tidak ada doa kepada Yang Dipertuan Agung ( YDPA ). Wow ! sejak bila doa kepada YDPA menjadi rukun khutbah. Habislah semua khutbah Nabi tidak sah kerana di zaman Nabi YDPA tidak ada !

Mengapakah Umno terus menerus memainkan isu seperti ini ? Jawapannya mudah sekali iaitu amat mudah memainkan emosi rakyat dengan isu-isu sensasi ini. Percayalah Umno akan terus menerus memainkan isu seperti ini kerana bagi Umno undi adalah segala-galanya. Bagi mendapatkan undi matlamat menghalalkan cara. Umno tidak akan peduli sama ada isu yang dimanipulasi itu selaras dengan syara’ atau tidak.

Lihatlah pendirian Umno dalam isu kalimah Allah di dalam akhbar the Herald. Emosi mengatasi ilmu. Lihat pula dalam isu kuil dan memijak kepala lembu . Sekali lagi perasaan mengatasi ilmu pengetahuan. Lihat pula isu orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Umno tidak peduli seerah dan sunnah Rasulullah s.a.w . Lihat pula isu khutbah. Umno seronok memfitnah di dalam bulan yang penuh barakah.

KETUA AMK TG MALIM DIPECAT DARI PKR?

Ketua AMK Cabang Tg Malim..Azman Marjohan di pecat dariapda Parti Keadilan Rakyat..keputusan Lembaga Disiplin Parti itu disampaikan Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye dalam mesyuarat MPN Negeri Perak petang tadi..sebab-sebab pemecatan beliau masih belum dapat dipastikan..

Turut di pecat Ketua AMK Cabang Parit..Faizal Effendi Hasim..

Sdr Azman dijangka akan membuat satu sidang media esok bagi memohon penjelasan daripada Lembaga Displin mengapa beliau beliau dipecat..

azman marjohan( bertopi)

Telor Ibrahim Ali Dimakan Katak

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Perkasa hari ini mengetepikan cabaran Nurul Izzah Anwar agar diadakan debat umum mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dengan menegaskan, aspek tersebut tidak boleh dipersoalkan sama sekali.

Awal hari ini, Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai menulis dalam The Malaysian Insider bahawa idea “hak orang Melayu” dibawa oleh Perkasa hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan perlembagaan dan mengundang pertubuhan bukan kerajaan Melayu agar sertai debat.

Dalam reaksinya, Perkasa mendakwa bahawa hak-hak istimewa orang Melayu tidak boleh dipersoalkan atau dibahaskan oleh mana-mana pihak secara terbuka.

Oleh itu, pertubuhan itu menolak sebarang undangan agar diadakan diadakan dialog secara terbuka.

kah kah kah... mana hilang lu punya telor... habis katak makan ke... kecut cakap kecut la.. tak boleh bahas secara terbuka konon... u dont talk shit la... kah kah kah

Sime Darby: Saiz Bukan Lambang Kekuatan

bakun2 Oleh Zainal Abidin Nor
Saiz yang besar tidak semestinya melambangkan kekuatan dan penggabungan di antara syarikat-syarikat dalam bidang yang sama tidak semestinya membawa keuntungan.
Lihat sahaja apa yang telah terjadi kepada Kumpulan Sime Darby Bhd. Syarikat konglomerat ini baru tiga tahun menjalani proses penggabungan dengan Golden Hope Plantation Bhd dan Guthrie Berhad untuk muncul sebagai sebuah syarikat perladangan terbesar di dunia.  Oleh saiznya yang besar, Sime Darby juga muncul sebagai salah sebuah syarikat yang terbesar dari segi nilai dan keaktifan pasaran (market capitalisation) di Bursa Malaysia.

Hari Khamis lalu, Sime Darby mengumumkan kerugian sebanyak RM77.4 juta untuk tiga bulan berakhir 30 Jun 2010.  Ini merupakan kerugian suku tahun kedua berturut-turut selepas ia memperuntukan RM777.3 juta untuk potensi kerugian ke atas projek-projek di bawah bahagian tenaga dan utilitinya.  Apabila dicampur dengan peruntukan RM1.3 bilion dalam suku ketiga, jumlah peruntukan yang dibuat oleh kumpulan itu untuk tahun kewangan berakhir 2010 melambung kepada RM2.08 bilion.
Bagaimanapun dari segi kumpulan, Sime Darby masih mencatat keuntungan sebanyak RM726.8 juta berdasarkan untung operasi RM2.1 bilion yang dicatatkan oleh aktiviti teras perladangan dan sektor-sektor lain dalam kumpulan itu.
Penyusunan semula organisasi
Langkah pemangku presiden dan ketua eksekutif kumpulan Datuk Mohd Bakke Salleh menyusun semula struktur organisasi Sime Darby dengan memecahkan enam aktiviti teras perniagaannya kepada enam buah anak syarikat adalah dialu-alukan bagi menyelamat dan memulihkan kedudukan kewangan konglomerat itu.
Ketika menyampaikan taklimat kepada media Khamis lalu, Mohd Bakke berkata, enam teras perniagaan Sime Darby – perladangan, hartanah, kenderaan bermotor, peralatan/logi industri, tenaga dan utiliti dan penjagaan kesihatan – akan beroperasi dalam enam buah syarikat yang berasingan dan masing-masing mempunyai pasukan pengurusan dan lembaga pengarah tersendiri, berkuatkuasa 1 Januari 2011.
Perancangan ini dibuat agar tiap-tiap anak syarikat mempunyai akaun untung ruginya yang tersendiri.  Jika ada mana-mana anak syarikat yang mencatat kerugian, kesannya tidak tempias kepada kedudukan untung rugi syarikat induk. Langkah ini dilakukan supaya kerugian yang dialami oleh bahagian tenaga dan utiliti tidak memberi kesan buruk kepada penyata untung rugi Sime Darby sebagai sebuah entiti kumpulan.
Walaupun pada peringkat awal, langkah ini akan menelan perbelanjaan yang lebih, ekoran bayaran gaji kepada pasukan pengurusan dan elaun serta emolumen kepada ahli-ahli lembaga pengarah yang semakin besar saiznya tetapi langkah ini adalah menjimatkan pada jangka panjang dan lebih berdaya maju.
Pasukan pengurusan dan ahli-ahli lembaga pengarah akan dipilih dari golongan profesional dan mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing.  Inilah yang dilakukan oleh Mohd Bakke ketika menerajui Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).  Dalam kes Felda, aktiviti perniagaannya dipecahkan kepada dua entiti besar iaitu Felda Holdings Bhd dan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd.
Sebenarnya, penyusunan semula yang akan dilaksanakan oleh Sime Darby nanti, bukanlah perkara baru.  Malahan konglomerat itu kembali kepada struktur asal pada peringkat awal penubuhannya.  Setiap aktiviti ekonomi dikendalikan oleh anak syarikat yang berlainan.
Tidak membebankan syarikat induk
Strategi inilah juga yang digunakan oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan.  Apabila melancarkan sesuatu projek pembangunan bercampur dan perumahan, mereka akan menubuhkan anak syarikat yang berasingan.  Tujuannya supaya jika sekiranya projek itu gagal, ia tidak akan membebankan syarikat induk, terutama dari segi kewangan.
Menurut kajian, saiz tidak semestinya melambangkan kekukuhan dan kekuatan sesebuah syarikat.  Penggabungan syarikat juga tidak semestinya membawa kelebihan dan menambah nilai syarikat. Tiga dari setiap empat buah syarikat yang bergabung dengan syarikat lain mengalami penurunan nilai.
Objektif utama saiz yang besar melalui penggabungan dan pengambilalihan syarikat (merger & acquisition) dilakukan ialah untuk menaikkan keupayaan syarikat untuk bersaing dalam perniagaan, terutama di persada antarabangsa. Lagi pun saiz yang besar lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman dan instrumen pinjaman yang lain serta berada pada kedudukan yang lebih meyakinkan para pelabur tempatan dan luar negeri.
Tetapi kesan buruknya ialah apabila sesebuah unit atau bahagian daripadanya mengalami kerugian maka syarikat induk yang akan menerima padahnya.  Dalam kes Sime Darby, berkemungkinan ia tidak dapat melabur dalam aktiviti petroleum dan gas di Qatar jika bahagian tenaga dan utiliti berasingan dari kumpulan.
Kos lebihan Bakun RM855 juta?
Begitu juga dengan projek empangan hidro elektrik Bakun bernilai RM7.3 bilion, yang suatu masa dahulu tergendala ketika Ting Pek Khing menerajui Ekran Bhd, diberi kepada Sime Darby dan kini mengalami kos lebihan (cost overrun) adalah berdasarkan saiz konglomerat itu dan bukan berdasarkan kemampuan dan kemahiran yang ia miliki. Kos lebihan Bakun dijangka meningkat kepada lebih RM855 juta (RM365 juta telah diperuntukan dan berkemungkinan sebanyak RM490 juta lagi akan diperuntukan).
Mungkin Sime Darby sudah belajar dari episod yang menyedihkan ini. Peruntukan RM2.08 bilion ini telah melenyapkan faedah sinergi bernilai RM260 juta hasil dari penggabungan dengan Golden Hope dan Guthrie sejak 2007.  Maka langkah penggabungan ini nampaknya tidak berhasil dan merupakan satu usaha yang sia-sia.
Golden Hope dan Guthrie, kedua-duanya juga merupakan syarikat gergasi perladangan mungkin tidak nampak pada suatu hari nanti bahawa aktiviti bukan teras Sime Darby, tenaga dan utiliti, akan membawa bencana setelah penggabungan.
Usaha Sime Darby melantik Bakke untuk menyelamatkan Sime Darby kelihatan telah berjaya menanam bibit-bibit keyakinan di kalangan para pelabur sepertimana harga sahamnya telah melonjak sedikit di Bursa Malaysia hari Jumaat lalu.  Pada sidang media pertamanya, beliau juga mengumumkan langkah-langkah baru untuk memperbaiki tadbir urus korporat dan pengawasan dalaman yang lebih ketat.
Episod yang menimpa Sime Darby ini mengajar kita tentang betapa pentingnya tadbir urus korporat yang baik, pengawasan dan pengauditan yang teliti oleh lembaga pengarah dan pengurusan, tidak terjun dalam bidang yang tidak mempunyai kemahiran dan bebas dari tekanan pihak luar.

Fatwa Terbaru.

Hari ini Majlis Fatwa Negara telah mengadakan mesyuarat tergempar dan dengan sebulat suara memfatwakan seperti berikut;

Pertama: Mana-mana PEMIMPIN UMNO/BN jika berpolitik, memberi tazkirah, mengadakan parti tarian poco-poco, mengadakan konsert, majlis sambutan harijadi dan jika hendak berbuat apa pun kepada Masjid dan Surau termasuk meruntuhkan Masjid atau Surau adalah tidak menjadi satu Kesalahan.

Hukumnya adalah halal perbuatan mereka dan wajib dilaksanakan. Tiada sebarang tindakan undang-undang boleh di ambil terhadap mereka.

Kedua: Adalan menjadi satu Kesalahan jika mana-mana PEMIMPIN Pakatan Rakyat terlibat dengan perkara-perkara yang di sebutkan di atas, maka hukumnya adalah Haramjadah". Tindakan undang-undang seperti penjara dan denda maksimum termasuk ISA akan di kenakan jika sabit kesalahan.

Sekian, adalah keputusan Majlis Fatwa Negara yang di putuskan pada hari ini 31 Ogos 2010.



Dan apa pula tindakan pondan di atas (gambar) terhadap malaun di bawah ini...????


Kepada PAS, tidak perlu masa sampai 3 hari untuk menunggu malaun pencetus api perkauman dan pemfitnah ini mengemukakan permohonan maaf. Ayuh seluruh ahli PAS dan Pakatan Rakyat 1Malaysia ramai-ramai buat laporan polis terhadap fitnah yang di buat oleh eeeeeeeeeeeee.... malaun anjing keparat tersebut. 
IkutSukaAku

Laughter is the best medicine


Sejak dari semalam... badan aku tak berapa semiak. Hari ini.... worse. Demam urat. Sakit whole body. Muntah-muntah... dan sakit kepala. Tak boleh nak puasa tapi tak lalu makan. Tak der selera. So... macam puasa jugaler.

Sebenarnya nak mengadap lap top pun tak larat. Nasib baik anak ada untuk tengok-tengokkan blog. Dapat jugalah publishkan N3 yang sudah disiapkan.

Malam ni.... badan masih sakit-sakit, tapi dah tak larat nak baring jer.... So, decide nak ronda-ronda alam maya untuk find out perkembangan terkini.

Terjumpa berita ini. Kah... kah... kah... kah...!!!

Fitnah paling lawak oleh kuncu-kuncu UMNO. Lawak giler!!!

Fuulaamaakk!!! Desperate giler puak-puak ni. Buang tebiat nak mampusss agaknya!!

Apa-apa pun... mana ler tahu Allah SWT decide later untuk terbalikkan fitnah tu menjadi hidayah. Dia bukak pintu hati Guan Eng menerima Islam sebagai agamanya dan apa yang kita lihat dalam gambar di atas akan jadi kenyataan, insyaAllah...

Apa Ada Pada Perkasa?

Lawan Perkasa Anwar bukan Nurul Izzah, kata Ibrahim Ali

Perkasa hari ini mengetepikan cabaran Nurul Izzah Anwar agar diadakan debat umum mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dengan menegaskan, aspek tersebut tidak boleh dipersoalkan sama sekali.

Awal hari ini, Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai menulis dalam The Malaysian Insider bahawa idea “hak orang Melayu” dibawa oleh Perkasa hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan perlembagaan dan mengundang pertubuhan bukan kerajaan Melayu agar sertai debat.

Dalam reaksinya, Perkasa mendakwa bahawa hak-hak istimewa orang Melayu tidak boleh dipersoalkan atau dibahaskan oleh mana-mana pihak secara terbuka.

Oleh itu, pertubuhan itu menolak sebarang undangan agar diadakan diadakan dialog secara terbuka.

“Ini (Nurul Izzah) ikan bilis pada saya... budak tak lepas hingus lagi yang tak tahu sejarah perjuangan kemerdekaan. Berhingus pun dah pandai jual maruah bangsa,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar).

Justeru, tambah Ibrahim beliau sebenarnya menentang pendirian bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.

“Lawan saya bapa beliau, bukan beliau (Nurul Izzah). Beliau orang kecil,” kata Ibrahim dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi SMS hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga mengetepikan hujah Nurul Izzah, wakil rakyat penggal pertama, sambil meminta beliau memberi tumpuan ke atas kes liwat kedua bapanya.

“Ini isu yang sangat kecil, minta beliau beri tumpuan terhadap kes liwat bapa beliau atau debat dengan ketua Wiranita (sayap wanita Perkasa). Adakah perbicaraan bapa beliau satu konspirasi?” tambah Ibrahim dalam komennya.

Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine juga sealiran dengan sentimen Ibrahim dengan menekankan, Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan sangat jelas tentang hak keistimewaan orang Melayu.

“Kebelakangan ini timbul banyak persoalan, banyak hujah mengenai Artikel 153. Bagaimana ini boleh terjadi?

“Anda tidak boleh debat mengenai sesuatu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan,” kata Raihan.

“Malah di Parlimen sendiri, anda perlu memperoleh persetujuan dua pertiga untuk meminda atau bercakap mengenai perlembagaan dan beliau (Nurul Izzah) mahukan debat awam mengenai perkara ini.

“Apa yang orang Melayu layak, apa yang mereka boleh peroleh, semuanya sudah jelas secara hitam putih,” kata Raihan lagi.

Raihan juga memberitahu The Malaysian Insider bahawa Perkasa akan menggunakan apa jua cara dalam memastikan tidak sesiapa pun mempersoalkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan keistimewaan orang Melayu.

Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.

Ia telah diinstitusikan dalam bentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) ekoran rusuhan kaum 1969.

Dalam tulisannya, Nurul Izzah sambil menekankan bahawa orang Melayu, yang berada di persimpangan, akan menentukan sama ada Ketuanan Melayu ataupun Ketuanan Rakyat yang bakal mendefinsikan Malaysia.

Perkasa bersama badan induknya, Majlis Perundingan Melayu secara lantang mempertahankan DEB demi mengekalkan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa tulisan dan kenyataan juga sealiran dengan pendirian Perkasa dengan menegaksan, DEB masih diperlukan untuk menjaga kepentingan orang Melayu.

Tulisan terbaru beliau disiarkan dalam blognya semalam. -TMI


Ibrahim perlu baca semula konsep 1 Malaysia, kata Umno

Sambil menegaskan tidak mahu bertikam lidah, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menasihati Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali agar membaca semula buku panduan konsep 1 Malaysia sebelum mempersoalkan gagasan yang dibawa pentadbiran Najib itu.

Ahmad berkata, Ibrahim sepatutnya meneliti dan memahami terlebih dahulu konsep 1 Malaysia sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Beliau (Ibrahim) kawan saya, jadi saya tidak mahu bergaduh dengan beliau.

“Kalau beliau tidak faham tentang konsep 1 Malaysia saya sarankan supaya beliau baca semula buku kecil 1 Malaysia yang boleh diambil di pejabat Jabatan Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata, Ibrahim sepatutnya tidak mempersoalkan dan memperbesarkan konsep 1 Malaysia yang dibentuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Tiada apa yang hendak dipertikaikan dalam konsep 1 Malaysia, rakyat semua sudah jelas, mengapa beliau masih tidak faham?

“Saya nasihatkan Ibrahim dan Perkasa supaya jangan memperbesarkan perkara yang tiada,” katanya.

Kelmarin, Ibrahim memberi tekanan baru ke atas Najib dengan meminta menjelaskan konsepnya 1 Malaysia, yang sesetengah pengkritik menganggapnya sebagai slogan cetek dan tidak membantu meredakan ketegangan kaum.

Ibrahim berkata, konsep 1 Malaysia telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak dengan mendakwa ia merujuk kepada soal kesamarataan antara kaum.

“Kami meminta Perdana Menteri menjelaskan konsep 1 Malaysia,” kata wakil rakyat Pasir Mas itu.

Ibrahim juga mencabar Najib agar membentangkan resolusi Parlimen untuk menggugurkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan jika konsep 1 Malaysia benar-benar merujuk kepada soal kesamarataan.

Perkara 153 merujuk kepada hak keistimewaan Bumiputera dan membolehkan kerajaan mengadakan kuota di institusi pengajian tinggi, peluang pekerjaan sektor awam dan permit.

Mengulas lanjut Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, konsep 1 Malaysia merujuk kepada soal perpaduan kaum, nilai-nilai murni dan juga berpandukan Perlembagaan Persekutuan.

“Fokus utama dalam konsep 1 Malaysia adalah perpaduan kaum di mana orang Melayu, Cina dan India boleh bersatu dan menjadi aset utama negara.

“Selain itu, konsep 1 Malaysia berpegang kepada lapan nilai murni iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

“Malah konsep 1 Malaysia juga berpandukan kepada Perlembagaan Negara, jadi konsep ini akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara,” katanya.

Selain Perkasa, Penasihat DAP Lim Kit Siang turut mempersoalkan keberkesanan konsep 1 Malaysia, yang dibawa Najib sejak dilantik sebagai Perdana Menteri April 2009, ekoran insiden-insiden bersifat perkauman dengan dua pengetua mengeluarkan kenyataan berbaur rasis. -TMI


Ulasan GB

YB Nurul Izzah tidak perlu beri perhatian kepada Ibrahim Ali dan Perkasanya. UMNO sendiri menolak Ibrahim Ali. UMNO sendiri kini melepaskan dirinya daripada kata-kata Ibrahim Ali. Biar UMNO dan Perkasa selesaikan sesama mereka tentang isu Perkara 153.

Perkasa adalah serpihan yang terbuang daripada UMNO. Atau serpihan yang tidak diperlukan UMNO. UMNO sangat menyedari, menyebelahi Perkasa bererti menggali kubur untuk UMNO bagi pilihanraya akan datang.

Sentimen perkauman yang dimainkan oleh Perkasa amat merbahaya, namun KDN nampaknya mendiamkan diri lantaran apa yang diperjuangkan Perkasa adalah gerakan halus yang ada di dalam lubuk hati pemimpin dan ahli UMNO yang sebenarnya. Cuma UMNO segan dengan MCA dan MIC sebab sudah terlanjur menggagaskan slogan 1Malaysia. Tetapi MCA dan MIC telah menghidunya lama, bahawa sahabatnya UMNO itu berlaku curang apabila membiarkan Perkasa terus hidup memabawa sewenang-wenangnya ke mana-mana.

Rakyat Malaysia dari segenap bangsa dan agama pun membuka matanya. Perkasa sebenarnya sedang mengheret UMNO terjun ke lubang kubur untuk disemadikan bersama-sama dengannya.

Rencana Allah Yang Maha Pandai mengaturkan untuk menipudaya Ibarahim Ali yang yang telah menipu rakyat di kawasannya. Ibrahim kononnya pejuang bangsa. Ibrahim akan terjun dengan keris-kerisnya!

Guan Eng: Tiada erti merdeka jika rakyat masih dibelenggu

lgm PETALING JAYA: Kemerdekaan tidak memberi makna jika masih ada pihak tertentu yang masih meniupkan api perkauman, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Menurutnya, DAP dengan penuh iltizam telah berjuang ke arah mewujudkan masyarakat pelbagai kaum dengan menawarkan peluang saksama dan keadilan untuk semua.

DAP, katanya, tetap menjunjung Perlembagaan Persekutuan 1957 yang menjamin hak-hak setiap rakyat di negara ini.
"Tidak ada gunanya mengaku antiperkauman jika membiarkan musuh-musuh perpaduan menggalakkan sikap benci membenci antara kaum dan agama.
"Malangnya, iltizam dan semangat DAP ini cuba dipatahkan oleh segelintir manusia yang tidak mahu melihat masyarakat Malaysia hidup dalam suasana harmoni dan kasih sayang," katanya dalam satu kenyatan sempena sambutan kemerdekaan negara.
Guan Eng berkata, erti merdeka amat penting kepada kita semua kerana ia mencerminkan kematangan rakyat Malaysia dalam mengharungi cabaran, khususnya dalam usaha kita untuk memupuk perpaduan kaum.
Katanya, merdeka bererti kita bebas daripada penindasan dan pengekangan hak. " Merdeka bererti Malaysia bebas daripada undang-undang zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan banyak lagi undang-undang yang bersifat antirakyat dan antikebebasan.
"Malah, Merdeka juga sepatutnya bererti Malaysia bebas daripada rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, diskriminasi dan perkauman.
Merdeka bermaksud rakyat hidup aman damai tanpa rasa takut," katanya. Sementara itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula mengajak rakyat mengingati  semangat pemahsyuran kemerdekaan iaitu berteraskan prinsip kebebasan dan keadilan.
Katanya, kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat sentiasa berusaha menegaskan semula asas ini yang sedikit sebanyak kabur dalam persaingan politik kepartian di Malaysia.
Menurutnya,  kita mesti berani memperakui kewujudan pelbagai bentuk usaha memerdekakan negara, sama ada kita bersetuju atau tidak dengan cita-cita dan kaedah perjuangan yang dibawa.
" Kemerdekaan adalah cita-cita besar rakyat pada zaman itu. Terlepas apa juga perbezaan dalam realiti jamak sosio-masyarakat kita, Merdeka adalah lambang sebuah keberanian kita untuk mengambil tanggungjawab terhadap negara sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khalid menambah, bukan sekadar itu, sejarah jelas mencatatkan bahawa merdeka terhasil daripada kesedaran semua negeri-negeri dengan kedaulatannya tersendiri untuk bersatu di bawah satu Perlembagaan bersama yang terkandung hak kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam menjalankan tanggungjawab kepada rakyat. Perlembagaan inilah yang bertindak sebagai dokumen penyatu, katanya.

'PAS Beruk' didakwa sebar gambar palsu Guan Eng


Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, kini beredar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyembelih lembu korban untuk umat Islam di internet.

Kesal dengan penyebaran gambar palsu yang menggunakan teknik super impose itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendakwa ia didalangi oleh penulis upahan Umno yang dikenali sebagai 'PAS Beruk'.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kesal kerana Umno terus memainkan instrumen fitnah bagi memburukan imej PAS-Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadan," kata pemangku ketuanya Herman Samsudeen.

Dalam satu kenyataan hari ini, Herman mendakwa gambar itu memaparkan gambar Lim yang dengan gaya tersbeut dengan tulisan: "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP?"

Katanya, gambar Lim yang ditampal itu pada asalnya merupakan gambar bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Menyifatkan perkara itu sebagai keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama, Herman berkata beliau kesal kerana budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun pada bulan suci Islam.

"Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam," katanya.

Herman juga berkata tindakan terbaru PAS Beruk merupakan rentetan "fantasi Umno" selepas memutarbelitkan fakta berubung kes ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang didakwa memberikan 'tazkirah' dalam surau.

"Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar (Penyelaras Pakatan) Zaid (Ibrahim) minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor.

"Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS-Pakatan rakyat," kata Herman lagi.

"Mereka bersalah kerana daftar parti baru," kata Saifuddin

Tue, Aug 31, 2010
saif-di-parlimen PETALING JAYA: Jawatankuasa Disiplin PKR Keadilan telah membentangkan laporan berhubung kes penubuhan Parti Cinta Sabah dan mendapati bahawa kesemua 12 orang yang terlibat adalah bersalah dalam membuat pendaftaran parti baru kepada pendaftar pertubuhan (ROS) walaupun kemudiannya telah menarik balik pemohonan tersebut.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kes ini telah dikemukakan sebagai aduan baru pada bulan Jun apabila pengadu mendapat pengesahan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Beliau berkata, setelah diteliti dan dibincang laporan tersebut,
Majlis Pimpinan Pusat (MPP)PKR yang bersidang pada 29 Ogos telah bersetuju mengesahkan keputusan Jawatankuasa Disiplin Keadilan untuk menggantung 12 anggota parti berikutan aduan penubuhan Parti Cinta Sabah.
Penggantungan tersebut berkuatkuasa dari 4 Januari hingga 3 Januari tahun depan, katanya dalam satu kenyataan semalam.
Namun demikian, katanya, fasal 27.4 perlembagaan Parti memperuntukkan bahawa kesemua 12 anggota tersebut boleh membuat rayuan kepada MPP bermula semalam dan pihak MPP bersedia menyegerakan rayuan untuk dipertimbangkan kerana untuk tidak memprejudiskan penglibatan mereka dalam pemilihan parti 2010.

Teresa Kok: Hishamuddin patut cermin diri


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein patut mencermin dirinya sendiri sebelum menghukum dengan gelaran-gelaran tertentu, kata exco kanan Selangor Teresa Kok.

Teresa mempersoalkan daripada mana Hishamuddin mendapat hak sebagai pihak berautoriti dalam hal moral untuk menyifatkan orang lain sebagai 'kotor' sedangkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan hati terbuka masuk ke dalam surau kerana diundang.

"Beliau (Teo) sendiri telah membuat permohonan maaf kepada semua pihak terbabit. Saya fikir Hishammuddin menggelarnya sebegitu hanya kerana beliau bukan Islam atau kerana beliau seorang perempuan," katanya.

"Hishammuddin patut cermin diri, semak sama ada beliau sendiri bersih sebelum menghukum orang lain."

Semalam, Bernama melaporkan Hishammuddin yang juga naib presiden Umno berkata perkembangan isu Teo amat mengejutkannya kerana ia mendapat sokongan daripada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sekali lagi tampil membuat kenyataan mengelirukan umat Islam.

"Kini, apabila Nie Ching dalam keadaan berhadas besar masuk ke ruang solat di Surau Al-Huda, Nik Abdul Aziz berkata "kita sekarang berada di zaman moden, jangan jadi jahil", lepas ini apa lagi "bala" nak datang?

"Kenyataan-kenyataan sebegini ternyata hanya membawa kepada keadaan yang mengelirukan sesama kita orang Islam," beliau dipetik sebagai berkata.

Walaupun Hishammuddin menggunakan perkataan "berhadas besar", versi Inggeris agensi berita itu melaporkannya seagai "dirty" (kotor) dalam bahasa Inggeris.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teresa yang juga ahli parlimen Seputih dan setiausaha publisiti DAP berkata menteri berkenaan harus segera menarik balik kenyataannya dan mengemukakan permohonan maaf kepada Teo atau gagasan "1Malaysia akan selamanya hilang kewibawaan di mata rakyat"

Orang Kristian sembahyang dalam masjid

Ulang lagi dalam blog ini. Diceritakan bahawa:
Sebagai satu contoh toleransi yang RasuluLlah s.'a.w tonjolkan adalah sepertimana kisah yang dinyatakan oleh Ibn Ishak di dalam sirah berkenaaan perjumpaan Baginda dengan golongan Kristian Najran.

Ibnu Ishak meriwayatkan golongan Kristian ini telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w di Madinah dan mereka bejumpa Rasulullah s.a.w di Masjid Nabi. Apabila tiba waktu asar golongan Kristian ini bangun ingin menunaikan sembahyang mereka dan ada para sahabat yang cuba menegah mereka. Rasulullah sebaliknya mengatakan "Da'auhum! (biarkan mereka)".

RasuluLlah s.'a.w membenarkan golongan Kristian itu bersembahyang mengikut cara mereka di dalam masjid Nabi!! Akhirnya mereka bersembahyang dengan mengadap di sebelah timur (lihat buku tulisan Yusuf Al-Qardhawi "Religious Minority from Shariah’s Perspective") - baca selanjutnya dalam posting Mohamed Hanipa Maidin bertajuk "Umno berpesta fitnah di bulan barakah".
Bagai yang dikatakan, kalaulah Umno ada masa tu, dah tentu teruk Nabi yang suci dihentam dan dididebik oleh Umno.

Black-Listed: Rakyat Takkan Bayar Satu Sen Pun Kepada JPJ Dan Polis

JPJ: Pemandu disenarai hitam boleh bayar saman secara ansuran

Pemandu kenderaan yang disenaraihitamkan boleh membayar saman mereka secara ansuran sehingga 28 Februair depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata perkara itu diputuskan bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan mereka setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri berkaitan masalah itu.

“Selepas 1 Mac, kena bayar penuh...mata demerit juga akan disambung semula,” katanya ketika ditemui pemberita di kaunter JPJ, Terminal Bas Sementara Bukit Jalil, di sini hari ini.

Pada 11 Ogos lepas, Kabinet memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan yang masih belum menjelaskan saman buat sementara waktu.

Tempoh penarikan itu juga diambil kira ekoran musim perayaan yang bermula dengan sambutan Aidilfitri diikuti Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina.

Solah berkata bayaran saman secara ansuran itu boleh dibuat mengikut kemampuan pemandu.

Sementara itu, Solah berkata pihak JPJ juga akan membuat pemantauan terhadap perkhidmatan teksi selain bas, daripada segi tambang, penggunaan meter dan kerjasama daripada segi pengambilan penumpang.

“Pemandu teksi yang mengenakan tambang secara lebihan, tidak menggunakan meter dan enggan mengambil penumpang akan dikenakan tindakan seperti bayaran kompaun,” kata beliau dipetik Bernama.

Mengulas isu “ulat tiket”, Solah menasihatkan orang ramai agar membeli tiket yang sah di 92 kaunter yang terdapat di terminal bas dan bukannya dari ulat-ulat tiket sempena sambutan Aidilfitri akan datang.

“Tiket masih ada...pihak Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan tambah jumlah bas seperti bas sekolah dan bas kilang jika perlu. Masalah kehabisan tiket jelas tidak berbangkit,” katanya. - TMI


Saman ekor: PAS anjur petisyen di internet pula

Memanfaatkan populariti dunia siber di kalangan anak muda, Pemuda PAS meluaskan lagi kempen membantah saman ekornya dengan mengadakan petisyen dalam talian.

Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, usaha itu merupakan lanjutan daripada kempen "sejuta tandatangan" dewan itu yang dilancarkan pada 23 Ogos lalu di Kuala Lumpur.

"Walaupun kempen ini sedang giat rancak gerak kerjanya di peringkat Parlimen yang diuruskan oleh setiausaha Pemuda PAS kawasan-kawasan, namun Pemuda PAS merasakan perlunya satu alternatif melalui dunia siber yang semakin popular, terutamanya di kalangan masyarakat bandar dan ibu kota," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khairul Faizi berkata usaha terbaru tersebut dapat menarik sokongan anak-anak muda bagi menyatakan sikap mereka supaya kerajaan memansuhkan terus saman ekor, bukannya menangguhkannya.

"Pemuda PAS berharap agar anak-anak muda seluruh negara dapat bersama menurunkan tandatangan secara dalam talian ini sebagai tanda sokongan menghapuskan saman ekor yang dilihat tidak mendidik pemandu, sebaliknya memeras wang rakyat dengan cara yang halus," katanya.

Menurut Khairul Faizi lagi, kesemua petisyen itu akan diserahkan kepada pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai tanda bantahan.

Orang ramai boleh menurunkan tandatangan masing-masing di alamat http://www.petitiononline.com/saman/petition.html sehingga 31 Oktober 2010 ini, tambahnya. -mk



Ulasan GB

JPJ dan Polis tidak sepatutnya mencari jalan untuk memungut saman ekor yang amat terang-terangan bertentangan dengan undang-undnag itu.

Mahkamah sebelum ini di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor pada 2009 secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.

Ini kerana, tindakan menyenarai hitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan kepada keputusan mahkamah berkenaan, apa juga pungutan hasil daripada penyenaraian hitam saman ekor adalah bertentangan dengan undang-undang. Hasil pungutannya pula adalah HARAM dari segi syarak.

Rakyat tidak akan membayar walau sesen pun kepada JPJ dan Polis terhadap penyenaraian hitam kerana saman ekor ini.

Nak mengadu kat menteri, pergilah mengadu hatta PM sekalipun. Rakyat akan pastikan menteri itu terkangkang di dalam pilihanraya nanti kerana gagal mematuhui keputusan mahkamah.

Apa lagi kamu nak? Nak bunuh semua rakyat yang tak nak bayar? Bunuhlah!

Sama Tapi Tak Serupa !!

MERDEKAKAH KITA?

OLEH: JJ ANAK DESA (joharapat.blogspot.com)

Tanggal 31 Ogos adalah tarikh keramat, tarikh bersejarah, ulang tahun kemerdekaan negara kita, kini genaplah 53 tahun Malaysia merdeka dari belenggu penjajah British. Syukur kita ke hadrat Allah swt.

Tetapi benarkah kita sudah merdeka sepenuhnya? Pertanyaan itu harus dijawab oleh kita semua rakyat Malaysia. Benar kita telah merdeka dari cengkaman penjajah, itu hanya sudut luaran sahaja. Namun dari sudut dalamannya negara kita masih mengamalkan undang undang penjajah. Ini bermakna kita masih belum merdeka sapenuhnya.

Menurut Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Kemerdekaan sebenar adalah membebaskan bangsa dari belenggu penjajahan minda yang terikat dengan ketidakadilan yang diperjuangkan di dalam membela nasib sesuatu bangsa.

Itulah antara amalan jahiliah yang masih diteruskan oleh Umno selama ini sedangkan kedatangan Islam telah menunjukkan jalan terbaik kepada umat Islam bagaimana bentuk perjuangan politik mereka.

Oleh itu kata Ustaz Hadi bangsa Melayu wajar mengambil ajaran Islam sebagai tonggak perjuangan kehidupan mereka dalam usaha memastikan pemerkasaan bangsa berjaya ditegakkan dan keadaan sebaliknya terus berlaku jika mereka enggan.

Penurunan Al-Quran sendiri secara berperingkat selama 23 tahun jelas Haji Hadi adalah untuk menjawab semua persoalan semasa yang timbul di dalam mana-mana masyarakat sebelum, semasa dan selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w.

“Akibat dari meninggalkan ajaran dan hukum Al-Quran kini terbukti semua agama selain Islam, isme, ideologi dan kepercayaan telah tidak relevan sekarang ini dan ternyata gagal untuk menangani segala isu semasa dan konflik masyarakat.

Kita ambil satu contoh yang mudah, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang menahan seseorang tanpa bicara. Adilkkah ini atau satu akta yang zalim, sedangkan dalam Islam sendiri seseorang yang dituduh bersalah mesti dibicarakan di mahkamah. Jika terbukti bersalah barulah hukuman dikenakan. Tetapi negara kita tidak berbuat begitu.

Semua orang kata ISA itu zalim, yang kata tidak zalim hanya Umno. Seandainya pemimpin pemimpin Umno yang kena, ketika itulah baru mereka kata ISA adalah zalim. Selagi tidak kena batang hidung mereka, pasti mereka kata tidak zalim.

Zalim bukan mengikut pandangan Umno tetapi ia perlu menurut pandangan Islam. Zalim itu bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. saperti yang selalu Ustaz Datuk Ismail Kamus katakan, meletakkan kasut di kepala, songkok di kaki, itu namanya zalim kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Sudah 53 tahun merdeka tetapi otak Umno masih di tahap otak penjajah, meniupkan semangat perkauman Melayu yang sempit, sedangkan kedatangan Islam mahu membebaskan semangat perkauman (assobuyyah) kepada Islam. Tetapi Umno dan kunco kunconya termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan akhbar penjilat punggung Umno masih lagi memainkan sentimen perkauman. Inikah dimana merdeka?

Minda mereka sebenarnya masih dijajah diselaputi fahaman jahiliyah sedangkan Islam datang untuk menghapuskan jahiliyah termasuk jahiliyah moden yang amalkan oleh Umno dan sekutunya.

Tugas kita sebenarnya berat, kita mahu segala bentuk kezaliman, ketidakadilan yang diamalkasn Umno/BN dihapuskan, barulah kita menikmati erti kemerdekaan sebenarnya. Selagi Umno? BN berkuasa dan terus meneruskan melakukan kezaliman dan ketidakadilan dan rakyat masih menerimanya, selagi itulah kita masih belum merdeka sebenarnya.

Tugas kita kini untuk mentalkinkan Umno/BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti, misi ini perlu dijadiakan agenda utama rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan benci kepada sebarang bentuk kezaliman. Tugas ini kita pikul bersama, ucapkanlah SELAMAT TINGGAL PADA UMNO/BN mulai sekarang agar pada pilihanraya umum ke 13 nanti ucapan dan doa itu menjadi kenyataan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAN

Janganlah Keterlaluan Ambil Kesempatan Atas Kelemahan Umno

AKHIR-AKHIR ini berbagai kejadian atau aksi pelik diluar kebiasaan adat dan normal politik kedengaran berlaku. Ada juga perlakuan dilakukan oleh seseorang lebih dari sekali. Mungkin ada yang beranggapan kejadian ini menunjukkan manusia sudah semakin maju dan terbuka. Dari satu sudut mungkin ianya boleh diterima baik. Dari segi lain kejadian itu berlaku kerana keadaan parti yang memerintah semakin lemah dan ditolak menyebabkan ianya sukar untuk bertindak dengan tegas.

Tetapi dari sudut kepetingan bernegara kejadian-kejadian itu mengecewakan. Ia semacam mencabar keupayaan satu pihak lain. Dua perisitwa yang boleh dipetik dan dijadikan sebagai contoh; ialah kejadian orang bukan Islam masuk ke dalam surau seperti mana berlaku ke atas Ahli Parlimen Serdang, Neo Nie Ching.

Perbuatan Nie Ching itu tidak menjadi kesalahan. Islam tidak melarang orang bukan Islam memasuki ke masjid kalau mereka ada niat baik untuk mendapat penjelasan daripada penguasa agama seperti imam dan sebagainya. Tetapi perbuatan itu tetap dilihat satu kesalahan dalam konteks agama di negara ini.

Ini kerana sebelum ini perbuatan itu jarang atau pun tidak pernah berlaku langsung. Orang bukan Islam takut untuk melangkah masuk ke dalam rumah Allah. Rasa kurang berani dan bimbang itu mungkin kerana kejahilan dalam memahami Islam oleh penganut Islam sendiri dan juga bukan Islam.

Kejadian kedua ialah tindakan anak muda bernama Wee Meng Chee atau dikenali Namewee mengubah senikata lagu negaraku yang dikatakan berbentuk perkauman. Apa yang berlaku ini merupakan kali kedua melibatkan Namewee. Mungkin kali pertama ia boleh dianggap sebagai satu kesilapan dan kurang faham beliau mengenai tata negara. Tetapi bila berlaku kali kedua maka jelas ianya disengajakan. Ertinya beliau tidak ambil berat atas nasihat dan teguran pada kejadian kali pertama.

Kedua kejadian itu mengilankan orang ramai. Atau mereka yang kurang faham akan merasa geram dan marah. Semacam ada pencerobohan ke atas agama dan negara. Mungkin kejadian seperti dilakukan Nie Ching itu masih belum sesuai pada masa ini, mungkin ia menjadi biasa di masa akan datang.

Sesuatu yang perlu direnungi kenapa keadaan ini berlaku. Kenapa tindakan dianggap sebagai satu perubahan itu boleh sampai terjadi demikian. Jawabnya kerana mereka menyedari yang Umno semakin lemah. Umno kini dalam keadaan nyawa di hujung pedang. Kalau Umno kuat nescaya kejadian ini tidak akan berlaku. Umno sendiri yang menjadi tonggak kepada kerajaan BN juga menyedari akan kejadian ini.

Atas kepentingan politik apa saja perbuatan boleh dilakukan sekiranya ia memberi keuntungan kepada pihak menentang BN. Tetapi dari segi adat ia tidak wajar dilakukan dan tindakan-tindakan seperti itu kurang manis. Memang semua orang setuju untuk menjatuhkan Umno dan menukar kerajaan negara ini kerana kebejatannya. Tetapi tindakannya biarlah terkecuali daripada menyentuh soal agama dan negara.

Pada saya apa yang berlaku itu baik sengaja atau tidak, ia berlaku kerana Umno kini dalam keadaan lemah. Kalaulah kejadian itu memberi keuntungan kepada Umno rasanya parti itu juga sedia menerima dengan baik. Umno tidak akan bertindak melarang apa lagi mengambil tindakan. Malangnya kejadian itu merugikan Umno. Umum tahu sejauh mana sangat keikhlasan Umno dalam mendaulat agama dan bangsa. Justeru kebangkitan Umno mempertikaikan kejadian itu hanya satu munafik saja.

Bagaimana pun ingin saya sarankan supaya semua pihak hendaklah berhati-hati dalam mencari usaha dan ikhtiar dalam usaha hendak menjatuhkan di antara satu sama lain. Tindakan biarlah rasional dan tidak menyentuh sensitiviti orang lain. Bersikap tasamuhlah dalam keadaan apa sekali pun. Kepada pihak Pakatan Rakyat mereka perlu berhati-hati dalam kesungguhan melakukan perubahan jangan sampai ia dibenci oleh rakyat.

Kebebasan dalam berpolitik hendaklah dibatasi dengan kebijaksanaan agar maruah politik dan parti politik itu masih tetap terjamin.
MSO

Bukan Islam masuk masjid: Umno berfahaman sempit, khianat terhadap Islam

WarkahDaily - "Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid.

"Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," kata Teo Nie Ching

Subhanallah, betapa cantiknya ketentuan Allah untuk hambanya. Isu yang dimainkan Umno ini telah membuka mata masyarakat tidak kira Islam dan bukan Islam berkaitan Islam untuk semua. Secara tidak sengaja, persepsi bahawa Islam itu ganas dan sempit akan terungkai.

Orang Islam akan mula fahami apa dia Islam, ketelusan dalam Islam, kecantikan ajaran Islam dan tiada diskrimanasi dalam Islam. Islam memang sah untuk semua.

Jika ianya tidak berlaku, maka sudah tentu orang yang jahil dengan Islam dan bukan Islam yang dilihat anti dengan Islam akan merasa lebihh jauh dengan Islam. Maka dakwah Islam akan tergendala apabila bukan Islam tidak mesra dengan Islam.

Namun di sana ada satu kumpulan yang tidak senang dengan perkembangan berkaitan. Mereka mulai rasa gusar bila Islam mula didekati orang bukan Islam. Padahal kumpulan berkenaan mengaku Islam dan pejuang Islam.

Mereka lebih senang orang bukan Islam tidak menjiwai dan memahami Islam yang sebenar. Mereka lebih suka bukan Islam tahu Islam itu ganas dan sempit. Alangkah jahatnya kumpulan sedemikian.

Amat jelas, ianya adalah satu bentuk pengkhianatan yang nyata terhadap dakwah Islam.



Masuk surau: Teo Nie Ching dapatkan penjelasan Tok Guru Nik Aziz

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan pandangan berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu.

Beliau mengunjungi Menteri Besar Kelantan itu di Rumah Kelantan di ibu negara siang tadi sejurus Tuan Guru dan deligasi kerajaan Kelantan memfailkan saman kepada Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Nie Ching ketika ditemui selepas pertemuan 10 minit itu berkata, beliau gembira dapat bertemu Tuan Guru dan mendapat pandangan yang jelas dari Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu.

"Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid.

"Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," katnya menjelaskan isi pertemuan.

Menurutnya, dalam pertemuan itu juga, Tuan Guru memberitahunya bahawa yang menyempitkan pemahaman berhubung isu bukan Islam kunjungi masjid adalah Umno.

Menurutnya, Umno kini sangat terdesak sehingga sanggup menyempitkan isu tersebut sehingga memberi tanggapan salah bukan Islam kepada Islam.

"Dia juga memberitahu saya, di Malaysia ini, Umno guna Islam untuk takutkan orang bukan Islam dan menjadikan Islam itu agama eksklusif sedangkan Islam itu adalah untuk semua manusia," katanya lagi.

22 Ogos lalu, Nie Ching berkunjung ke Surau Al-Huda, Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut.

Beliau juga dijemput oleh jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas.

Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

Nie Ching berkata, biarpun insiden tersebut dimainkan Umno, sehingga hari ini beliau masih berkunjung ke masjid dan surau yang menjemputnya.

"Saya masih menjalankan tugas saya sebagai ahli parlimen bila dijemput.

"Sejak insiden itu diperbesarkan, saya terus mendapat sokongan dari rakyat," katanya.

Sementara itu, Nie Ching juga memberitahu surat permohonan maaf kepada Sultan Selangor telah disampaikan melalui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Sabtu lalu. -HRKH

Tragis: Abang hanya melihat adik perempuannya kena rogol

“Sebuah kisah benar. Abang mereka hanya melihat sahaja adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan mereka sendiri!!”


Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.


Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya. Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, “Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan.” Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,”Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.”

Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi.” Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.

“Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu.” Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.
“Hoi monyet…senyaplah… pengkhianat!” Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami.”

“Selamatkan adik kami yang kelemasan.”

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner “Selamatkanlah adik kami yang kelemasan” setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan… adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik….

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.

Catatan :

  • + adik perempuan itu bernama Palestin.
  • + adik lelaki itu bernama Iraq
  • + abang-abang itu Pengerusi OIC & negara-negara Arab yang kaya raya
  • + adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
  • + adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
  • + bapa yang mati dibunuh itu Khilafah Uthmaniyah
  • + mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC


sumber: http://www.izoblog.com

53 tahun dah, hangpa bangga tak?


WarkahDaily - Hari ini dah 53 tahun negara kita sambut merdeka di bawah pemerintah kerajaan Barisan Nasional. Berbangga ke anda dengan angka 53 tahun itu?

53 tahun bukannya sebentar, bahkan telah melalui suatu masa yang cukup lama untuk dinilai akan keberkesanannya.

Disamping 53 tahun merdeka, rakyat Malaysia juga ‘dicandukan’ dengan gagasan 1Malaysia yang ntah apa-apa. Kenapa? Tidak lain tidak bukan adalah slogannya ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Gagasan PM tu taklah segah namanya ‘1Malaysia’ seperti yang dislogankan. Di samping belum lagi dapat memecah tembok perkauman yang kuat dalam komponen parti kerajaan, bahkan rakyat yang didahulukan pun hanya retorik semata-mata.


Sehingga kini, slogan rakyat didahulukan hanya dipraktikkan apabila kerajaan mahukan duit bukan agihkan duit. Ada jugak agihkan duit, tapi kena tunggu musim pilihanraya.

Alasan utama BN nak dapatkan duit rakyat, ‘bantu kerajaan hadapi kemelesetan ekonomi’. Menyampah aku. Hangpa duk berboros ke sana ke mari, bawak bini melancong sesuka hati, buat projek yang tak memberi apa-apa manfaat kat rakyat dalam keadaan ekonomi yang tak mengizinkan. Yang paling teruk, agihkan kekayaan negara sesama sendiri.

Bila duit dah kering, mulalah potong itu, potong ini, naik harga itu, naik harag ini, cukai itu, cukai ini, saman itu, saman ini. Semuanya kena atas kepala rakyat. Konon, rakyat kena bantu kerajaan hadapi ekonomi yang tidak menentu.

Bila datang masa rakyat memerlukan pertolongan, semuanya dibakul sampahkan. ‘Peduli apa aku, kamu angkat sangat aku (BN) jadi kerajaan’.

Beban kenaikan harga barang yang terpaksa ditanggung selama-lamanya hanya diringankan dengan ‘bantuan raya’ sebanyak RM500 je. Eh..eh..kamu kena bersyukur kepada kerajaan BN kerana depa bagi duit raya. Kepala hotak hang!. Tu duit hangpa la. Depa kutip cukai, depa saman ekorkan hangpa, pastu depa bagi balik duit tu kat hangpa. Hangpa dapat seciput, depa? (satu untuk engkau, dua untuk aku, satu untuk engkau, tiga untuk aku. Woi!, apa engkau pikir duit ni bapak engkau punya ka?)Bagus ke gitu?


PAS tepati citarasa rakyat dengan Bela

Gerakan Bela Rakyat (Bela) terus memperjuangkan nasib pemilik kenderaan berusia lebih 10 tahun yang mengalami kesulitan membayar dan mendapatkan perlindungan insurans dengan menubuhkan Sekretariat Bela Peringkat Nasional.

Pengerusinya, Salahuddin Ayub berkata, penubuhan sekretariat itu diketuai Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr Suhaizan Kayat adalah untuk bertindak lebih serius, membuat persiapan rapi dan mengumpul lebih banyak maklumat daripada semua pihak berhubung perkara ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, Bela dilancarkan tiga minggu lalu telah mendapat perhatian dan maklum balas positif daripada rakyat yang menghadapi masalah berkenaan.

“Ini membuktikan betapa seriusnya kita menghadapi isu ini kerana isu melibatkan pemilikan kereta 10 tahun ke atas adalah isu rakyat yang memerlukan kepada satu pembelaan sewajarnya,” katanya pada sidang media Penubuhan Sekretariat Bela Peringkat Nasional & Agenda Bertindak Bela.

Salahuddin berkata, kerajaan dan Bank Negara perlu memperbaiki sistem sedia dengan membenarkan semua syarikat insurans mengeluarkan polisi mereka dan menetapkan kadar atau premium munasabah yang mampu dimiliki oleh rakyat di negara ini.

“Kerajaan perlu mencari mekanisme terbaik untuk memudahkan pemilik kenderaan ini memperoleh perlindungan insurans,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Suhaizan akan menghantar memorandum kepada Bank Negara dalam tempoh terdekat bagi memberikan cadangan terbaik supaya perkara ini diselesaikan secepat mungkin. -SH

Merdeka 53: Membudayakan Demokrasi

SHAH ALAM 31 Ogos - Sambutan menyambut kemerdekaan negara ke-53 tahun ini telah dicemari serta dinodai tindakan Umno-Barisan Nasional yang memainkan sentimen perkauman saban hari melalui media di bawah kawalannya sehingga menyebabkan keadaan gelisah dengan tujuan membangkitkan kemarahan rakyat.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata justeru itu tema perayaan menyambut kemerdekaan pada 2010 seharusnya dimaknakan dengan pembudayaan demokrasi dan pembebasan diri daripada sebarang polemik perkauman dan agama yang mengkal.
"Tetapi ini tidak berlaku di bawah Umno-BN, memperlihatkan bagaimana media saban hari memuatkan perihal isu-isu sempit yang nyata mengelirukan rakyat.
"Sistem politik negara yang menjadi akar kepada pembangunan negara terus dilacur dengan sentimen agama dan perkauman yang busuk lagi membusukkan, dengan mengapi-apikan sentimen di kalangan rakyat pelbagai kaum tanpa memikirkan impak kepada masa depan negara," kata Shamsul dalam mesej beliau sempena Hari Kemerdekaan ke-53 hari ini.
Tegas Shamsul setelah melangkah ke usia 53 tahun sewajarnya Malaysia telah digarap menjadi sebuah negara yang merdeka sebenar-benar merdeka daripada sebarang kepompong politik usang dan rakus.
Daam konteks ini beliau mengingatkan kembali peranan penting golongan muda untuk membawa perubahan kritikal kepada kerangka politik negara yang kini didominasi oleh kebobrokan sistem pentadbiran Umno-BN yang pincang dan menyeleweng.
"Tidak ada maknanya merdeka jika generasi muda masih dipasung mindanya, tanpa pendedahan kepada muafakat dan musyawarah dalam kepelbagaian. Dan semoga tahun 2010 ini memberi makna baru kemerdekaan negara, sebagaimana yang dilaung oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman lewat Pemasyhuran Kemerdekaan 53 tahun yang lampau.
"Dewasa ini kita dipertontonkan dengan pudar dan lunturnya semangat kemerdekaan dan pemahaman makna merdeka di kalangan generasi pasca merdeka. Maka yang terus dipersalahkan ialah generasi muda, tanpa sesekali kalangan penguasa melihat betapa lompongnya sistem politik, ekonomi dan sosial yang tidak jauh bezanya daripada zaman kolonial dahulu," ujar beliau.
Shamsul juga menyeru menjadikan sambutan Hari Kemerdekaan yang disambut dalam bulan Ramadhan Al Mubarak dijadikan sebagai penguat semangat dan iltizam untuk terus berjuang menegakkan prinsip keadilan, ketelusan dan keharmonian kaum .
"2010 menyaksikan ulangtahun kemerdekaan Malaysia disambut di dalam barakah Ramadhan al-Mubarak, bulan di mana umat Islam melalui proses penyucian diri dengan berjuang melawan hawa nafsu daripada membungkam diri dan jiwa. Perkaitan signifikan Ramadhan al-mubarak dan kemerdekaan ini harus digabung-jalin, bagaimana roh kemerdekaan itu harus dikecap dengan menghindarkan negara dan rakyat daripada sebarang bentuk penindasan luar dan dalam.
"Salam kemerdekaan daripada seluruh kepimpinan dan keluarga besar Angkatan Muda KEADILAN Malaysia buat seluruh rakyat dan generasi muda Malaysia. Ayuh kita singkap makna merdeka, kita pupuk jiwa merdeka, yang sebenar-benarnya merdeka!" kata Shamsul lagi.

Nurul Izzah Terbit Utusan Rakyat 16 September Depan

PUTRAJAYA 31 Ogos - Utusan Rakyat, akhbar yang diterbitkan untuk memenuhi keperluan maklumat khusus bagi penduduk kawasan parlimen Lembah Pantai dijangka keluar di pasaran pada 16 September depan sempena sambutan Hari Malaysia ke-47.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata beliau telah menghantar permohonan permit bagi akhbar baru itu pagi semalam ke Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-QUran, Kementerian Dalam Negeri.
Utusan Rakyat diterbitkan dengan tujuan menjadikannya sebagai satu media bebas agar rakyat dapat menilai dan membuat pertimbangan sendiri tanpa pengaruh mana-mana parti politik.
"Tujuan utama akhbar ini adalah agar satu wadah dapat diwujudkan untuk penglibatan konstruktif semua pihak dan merupakan satu usaha utama meyakinkan rakyat dan masyarakat luar terutamanya pelabur asing terhadap Malaysia yang benar-benar bebas dan merdeka," kata Nurul Izzah.
Kata beliau, permohonan bagi akhbar itu dibuat sebagai menyahut galakan supaya beliau bukan hanya menyuarakan pendapat di luar negara tetapi juga di dalam negara.
Ini berikutan temuramah beliaun yang disiarkan oleh majalah politik, Tempo di Indonesia yang telah dipolitikkan oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional berhubung isu kapal selam Scorpene.
Jelas Nurul Izzah, ahkbar ini akan membuktikan kebebasan hak bersuara rakyat benar wujud setelah 53 tahun merdeka daripada penjajah.
Beliau juga berkata pemberian permit akhbar ini akan menunjukkan amalan demokrasi sememangnya dipraktikkan di Malaysia dan rakyat diutamakan, justeru menambahkan keyakinan rakyat terhadap KDN.
"Utusan Rakyat merupakan satu inisiatif saya sendiri dalam mewujudkan platform untuk penulis dan wartawan bebas berekspresi melalui penulisan tak berpartisan.
"Seperti selalunya, Pakatan Rakyat amat menyokong tindakan saya memandangkan akhbar ini tidak bercanggah dengan perjuangan dan intipati parti dan saya mendapati adanya keperluan satu media baru yang dapat mencapai rakyat di seluruh negara," jelas beliau.
Katanya, Utusan Rakyat akan memaparkan berita nasional daripada pihak Pakatan Rakyat dan juga Umno-BN serta pihak lain yang mahu memaparkan berita tidak berpartisan.
Akhbar ini juga boleh menyalurkan maklumat kepada rakyat mengenai pelan serta program untuk rakyat samada oleh Pakatan Rakyat atau parti pemerintah.

Setahun Berlalu, Adik Beng Hock Harap Keadilan Dapat Ditegakkan Sempena Hari Merdeka

Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Teo Lee Lan, adik kepada bekas pembantu politik, Teo Beng Hock yang mati semasa dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia setahun lalu berharap keadilan kepada mendiang abangnya dapat ditegakkan.
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53 Lee Lan menyampaikan harapan beliau dan keluarga dalam mesej melalui rakaman video.
"Keadilan begitu sukar (diperolehi). Dalam tempoh satu tahun yang lalu keluarga kami menunggu, tetapi masih tidak ada jawapan tentang kematian Beng Hock. Kami tertanya-tanya, adakah akan ada jawapan?
"Hari kemerdekaan sudah hampir, tetapi kalau jawapan ini masih belum diperolehi, bagaimanakah kami boleh menyambut hari kemerdekaan ke-53?" soal Lee Lan dalam ucapan Hari Merdeka selama hampir dua minit yang dimuatnaik di laman web youtube.
Pada 16 Julai 2009, Beng Hock yang bertugas sebagai setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM Selangor di sini.
Sehari sebelumnya, beliau dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan Dewan Undangan Negeri yang membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat di Selangor.
Berikutan itu, satu inkues ditubuhkan bagi menjalankan siasatan bagi menentukan punca kematiannya di Mahkamah Shah Alam, di ketuai koroner, Azmil Muntapha Abas.
Semenjak inkues bermula pada 29 Julai 2009, belum ada keputusan muktamad berhubung punca kematian Beng Hock walaupun pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak menolak kemungkinan 80 peratus mangsa dibunuh.
Lee Lan berharap tidak akan ada lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa akibat kezaliman pihak yang tidak bertanggunggjawab dalam tindakan dan prosedur mereka ketika menjalankan tugas.
"Saya berharap, seluruh rakyat Malaysia ketika menyambut Hari Kemerdekaan, akan memperingati Beng Hock dan juga semua rakyat yang terkorban akibat seksaan (seperti ini). Biarlah Beng Hock menjadi orang yang terakhir.
"Ketidakadilan yang dialami oleh beliau, akan membawa perubahan yang nyata, maka hak asasi saudara mara anda akan terjamin. Saya berharap, anda tidak akan mengalami kesengsaraan kehilangan ahli keluarga yang tersayang," kata Lee Lan mengakhiri ucapannya.

Malaysia Malap Di Bawah Umno-BN Setelah 53 Tahun Merdeka

SHAH ALAM 31 Ogos - Umno-Barisan Nasional menyebabkan Malaysia ketinggalan jauh kebelakang dari segi pencapaian ekonomi berbanding negara jiran di rantau ini setelah 53 tahun merdeka.
Ketua WAnita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata Malaysia sebelum ini menjadi penonton kepada kebangkitan rakyat di negara jiran yang bangun menentang kebobrokan pemerintahan seperti di Filipina, Indonesia dan Thai.
Dari segi ekonomi pula katanya, negara sedang menyaksikan kebangkitan Vietnam dan Laos daripada status negara yang punah akibat perang menjadi negara yang rancak kadar pertumbuhannya di rantau ini.
Sementara Brunei pula sedang giat memacu pertumbuhan sambil beransur-ansur meninggalkan imej hebatnya suatu masa dulu sebagai antara negara pengeluar minyak utama di dunia.
Justeru, beliau menggesa perubahan harus dilakukan jika Malaysia mahu diselamatkan.
"Pencapaian kita tidak cemerlang bagi sebuah negara yang telah sekian lama merdeka dan  dianugerahkan hasil bumi yang begitu banyak.
"Kita juga mendapati dalam keadaan ekonomi yang mencabar di seluruh dunia, Malaysia masih kekal untuk sekian kalinya dengan belanjawan defisit. Walaupun kurang pendapatan hasil minyak, Malaysia lembap untuk menukar corak perbelanjaannya agar berhemah dan kurang usaha memerangi ketirisan. Cabaran ini ditambah lagi dengan merosotnya keyakinan pelabur asing terhadap negara kita," kata beliau.
Zuraida mahu rakyat Malaysia melihat ke belakang dan merenung kembali kesilapan dan berani untuk melakukan tranformasi negara jika ingin kekal sebagai sebuah negara demokrasi yang berdaulat.
Katanya, tahun ini sempena kemerdekaan ke-53, Malaysia sudah merdeka lebih daripada dua generasi dan pemimpin yang dipilih sendiri oleh rakyatnya telah sekian lamanya mencorakkan pentadbiran negaranya sendiri untuk kepentingan rakyat.
"Setelah dua generasi berlalu amat wajar untuk mengimbas semula apa yang telah kita capai," katanya dalam perutusan kemerdekaan hari ini.
Zuraida berkata, tsunami politik daripada Pilihan Raya Umum ke-12 telah menjadikan lima buah negeri diperintah oleh dua kerajaan yang berbeza, diperingkat negeri oleh Pakatan Rakyat manakala Barisan Nasional memerintah di kerajaan Pusat.
"Ini merupakan satu era baru di mana rakyat bulat memilih untuk memberi kepercayaan mentadbir negeri mereka kepada gabungan pemerintah selain daripada BN.
"Rentetan itu, kita telah digegarkan oleh satu episod rampasan kuasa oleh BN terhadap pentadbiran kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat. Rakyat negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya masih terpingga-pingga bagaimana episod yang memalukan ini boleh berlaku.
"Sebagaimana tsunami PRU 12, peristiwa ini kekal sebagai sebahagian daripada ungkapan sejarah negara kita," kata Zuraida lagi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, Malaysia yang berbilang kaum dan agama telah hidup harmoni bersama sejak puluhan tahun selepas merdeka.
Namun katanya, kebelakangan ini kedengaran suara sumbang yang mengugat toleransi agama di negara ini.
"Negara yang matang demokrasi sepatutnya menambah mutu - lebih harmonis dan toleran.Bagaimana perkara ini boleh berubah, adakah nilai budi kita semakin terhakis?
"Kita mendengar suara anak kelahiran negara kita mendesak agar peluang samarata diberikan kepada semua rakyat dan semua negeri sambil tidak menafikan tumpuan khas kepada golongan terpinggir dan masih memerlukan.
"Kita juga masih terkejut dengan penghijrahan sejuta warganegara Malaysia keluar meningggalkan negara kita dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini! Apakah yang telah berlaku, adakah kedua-dua isu ini berkaitan? 

Sambutan Merdeka Dicemari Tindakan Fitnah Umno-BN Apikan Sentimen Perkauman

SHAH ALAM 31 Ogos - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 hari ini seolah-olah tidak mempunyai jiwa kerana masih ada pihak yang meniupkan api perkauman yang dikhuatir boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum.
“Tidak ada gunanya jika kita melaungkan Merdeka tetapi hakikatnya ia kosong tanpa amalan.
“Tidak ada guna bercakap soal perpaduan kaum jika masih ada anasir-anasir yang meniupkan api perkauman.
“Malah tidak ada gunanya mengaku antiperkauman jika membiarkan musuh-musuh perpaduan menggalakkan sikap membenci antara kaum dan agama,” katanya dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Merdeka bermaksud bebas daripada segala penindasan dan pengekangan hak hak termasuk undang-undang zalim.
“Erti Merdeka amat penting kepada kita semua kerana ia mencerminkan kematangan rakyat Malaysia dalam mengharungi cabaran khususnya dalam usaha kita untuk memupuk perpaduan kaum.
“Merdeka juga bererti kita bebas daripada undang-undang zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan banyak lagi undang-undang yang bersifat antirakyat dan antikebebasan.
“Malah, Merdeka juga sepatutnya bererti Malaysia bebas daripada rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, diskriminasi dan perkauman. Merdeka bermaksud rakyat hidup aman damai tanpa rasa takut,” katanya.
Tambah beliau, parti DAP sentiasa berjuang dalam usaha mewujudkan masyarakat pelbagai kaum dengan menawarkan peluang dan keadilan untuk rakyat.
“DAP tetap menjunjung Perlembagaan Persekutuan 1957 yang menjamin hak-hak setiap rakyat di negara ini.
“Tetapi malangnya usaha dan semangat yang kita lakukan ini cuba dipatahkan oleh pihak yang tidak mahu melihat masyarakat hidup dalam suasana harmoni dan kasih sayang,” kata beliau.
Beliau juga kesal dengan tindakan akhbar Utusan Malaysia dan beberapa pemimpin Barisan Nasional menabur fitnah terhadap wakil rakyat Pakatan Rakyat.
“Saya sendiri pernah menjadi mangsa fitnah dan pembohongan Utusan Malaysia dan pemimpin BN.
“Selain itu, kawan-kawan saya dalam DAP termasuk Tony Pua, Teo Nie Ching, Teresa Kok dan beberapa pemimpin Pakatan lain turut menjadi mangsa,” katanya.
Guan Eng juga berkata, DAP akan tetap meneruskan agenda untuk mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum di negara ini walaupun ditentang kerajaan BN.