Isnin, 30 Ogos 2010

Poll: 45% of Malays, 55% of Chinese unhappy with Umno

KUALA LUMPUR (Malaysian Insider) - Umno leaders may be blowing their own trumpets about the party having undergone serious reform since Election 2008 but voters remain unconvinced, a new survey shows.

A poll in July of more than 1,000 registered voters in the peninsula showed that 45 per cent of Malays remained dissatisfied with Umno, while 44 per cent were satisfied.

Among Chinese voters surveyed, only 12 per cent said they were satisfied with Umno.

Fifty-five per cent of Chinese voters surveyed were dissatisfied with Umno.

Contrasted with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's high 72 per cent approval rating from a separate poll in May, the results of the July survey showed that Malaysians are still largely unhappy with his party.

In the May survey, Najib enjoyed the highest approval among Indians, of whom 80 per cent expressed satisfaction, followed by Malays at 77 per cent and Chinese at 58 per cent.

But the latest Merdeka Center poll showed an increasingly divided country when it came to voters' perception of the Barisan Nasional (BN) lynchpin party.

While Malays remained almost equally split in how they felt about Umno, Chinese dissatisfaction was palpable.

Although 55 per cent of Chinese voters surveyed said they were satisfied, a synopsis of the poll revealed that 34 per cent declined to answer the question of whether they were satisfied with Umno, possibly due to fear.

Therefore the distrust of Chinese is much higher than the 55 per cent would suggest.

According to the survey, most Chinese also equate Perkasa with Umno.

The Malay rights group led by maverick politician Datuk Ibrahim Ali has fashioned itself into a significant lobby group, demanding the government retain quotas as a right of Bumiputeras while issuing increasingly strident views on race relations.

The emergence of Perkasa as a right wing group has appealed to the conservative front in Umno, and Najib's reluctance to curb Perkasa has seen the group's influence grow.

Yesterday Ibrahim issued an ultimatum to Najib to explain his 1 Malaysia slogan, and pointed out Perkasa's contention that it is not about equality.

But besides Perkasa, Umno also has its work cut out in winning over the trust of a majority of Malay voters.

The main reasons cited by Malays for their dissatisfaction with Umno are that its politicians only care about self interest and are not interested in needy Malays (15 per cent); its politicians are busy playing politics (13 per cent); and corruption and abuse of power (12 per cent).

For the Chinese, the main reasons for their dissatisfaction are that Umno is unfair to non-Malays (24 per cent) and that it is too dominant, aggressive and racist (23 per cent).

The Merdeka Center findings would suggest that if Najib calls for early elections as expected, he will have to project himself and not the party or coalition he leads.

Read more at http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/still-a-way-to-go-for-umno-poll-shows/

Woi...Ibrahim! Khairy Pun Boleh Bercakap Tentang Takwa Laa...

Wah! wah! Ibrahim bercerita tentang takwa. Sedap Ibrahim menyebutnya. Biasanya kita mendengar ustaz-ustaz yang bercerita tentang takwa dan biasa mereka tidak menyebut seseorang itu bertakwa atau tidak. Namun ustaz Ibrahim boleh!

Ibrahim boleh menyatakan Tok Guru Nik Aziz kurang bertakwa, gara-gara Tok Guru Nik Aziz mempertahankan tindakan Teo Nie Ching berada dalam masjid. Bagusnya Ibrahim dapat menyatakan Tok Guru Nik Aziz kurang takwa. Tinggi ilmunya, bukan calang-calang ilmu Ibrahim boleh mengalahkan ilmu Tok Guru sendiri.

Namun yang menjadi kehairanan kita Ibrahim ini hanya nampak yang Tok Guru Nik Aziz kurang takwa. Kalau berkaitan Tok Guru maka kurang takwalah. Kalau berkaitan Najib maka tinggilah takwanya. Takutkan Allah ditempat terang atau tersembunyi.

Kalaulah Ibrahim pun pandai bercakap tentang takwa. Khairy pun boleh bercerita tentang takwa laa. Zainuddin Maidin yang timbul menghentam Pas pun boleh bercakap tentang takwa.

Baguslah Ibrahim, nanti kita lihat tingkat takwa Ibrahim pula, hanya Allah yang tahu. Dengan gelagatnya, masyarakat pun tau, mungkin tingkat takwanya berlingkar di bawah ketiak Najib.

Akhirnya Hassan Ali Muncul Juga

Hasan Ali cadang peraturan terperinci masuk masjid

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hari ini mencadangkan supaya satu peraturan lebih terperinci digubal berhubung cara dan tatasusila yang mesti dipelihara ketika menggunakan dan memasuki surau serta masjid di Selangor.

Beliau berkata peraturan yang lebih jelas seperti jenis pakaian yang sesuai serta jenis tudung yang dipakai juga perlu diperincikan bagi memudahkan ia difahami oleh pihak yang mengunjungi surau atau masjid.

“Mereka yang menjemput atau menganjur sepatutnya perlu memaklum perkara-perkara ini kepada orang yang dijemput (ke surau atau masjid) lebih-lebih lagi bila membabitkan bukan Islam,” kata beliau dipetik Bernama hari ini.

Semalam Perkasa meminta kerajaan mengadakan undang-undang melarang bukan Islam daripada masjid dan surau.

Hasan mengulas isu mengenai kehadiran Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching di Surau Al-Huda di Kajang pada 22 Ogos.

Gambar wakil rakyat wanita itu sedang berucap di ruang solat yang disiarkan oleh sebuah akhbar telah menimbulkan kemarahan umat Islam termasuk Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah.

Hasan berkata beliau akan menasihatkan semua pihak termasuk ahli politik supaya menjaga sensitiviti awam sekiranya ingin melawat kawasan membabitkan rumah ibadat.


Surau: Hasan akan panggil Khusrin

Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan memanggil Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammad Khusrin Munawi dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian berhubung isu penyertaan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dalam majlis bantuan kewangan kerajan negeri di Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Kajang baru-baru ini.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di Bangunan SUK, dekat sini petang tadi, Dr Hasan berkata, usaha itu dilakukan untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan yang telah diambil oleh Khusrin berhubung perkara itu.

“Dalam pertemuan itu nanti, banyak perkara boleh dikongsi bersama kerana saya telah mendapat banyak input dari kalangan masyarakat termasuk intelektual yang pakar dalam bidang berkaitan yang memerlukan perbincangan lanjut,” jelasnya.

Sebelum itu, Dr Hasan menegaskan perkara itu telah dieksploitasi oleh pihak-pihak yang ingin menangguk di air keruh lantas keadaan ini telah menimbulkan reaksi segera di pihak Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jais.

“Sedangkan Teo memang dijemput sebagai tetamu atas sifat beliau sebagai Ahli Parlimen Serdang di mana beliau dijemput menyampaikan bantuan kewangan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah parlimen itu.

“Beliau telah dijemput masuk ke dewan solat surau untuk menyampaikan bantuan dan seterusnya menyampaikan ucapan ringkas. Ucapan beliau tertumpu kepada usaha-usaha kerajaan negeri dalam membantu pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi,” jelasnya.

Ekoran dari itu, Pengerusi serta Bendahari Surau dan Pembantu Khas Teo dipanggil memberi keterangan di hadapan Pengerusi Mais, Pengarah Jais dan wakil istana lalu keputusan diambil dengan membubarkan jawatankuasa surau dan Mais mengambil alih pentadbiran surau.

Dr Hasan kesal kerana ada akhbar melaporkan kejadian itu dengan begitu berat sebelah antaranya Teo dikatakan menyampaikan ‘tazkirah’ dan dalam majlis itu beliau disebutkan sebagai menyampaikan bantuan kewangan kepada ahli-ahli PAS.

“Berdasarkan rentetan kejadian di atas saya telah mengambil inisiatif berikut antaranya, cuba menasihatkan semua pihak termasuk ahli-ahli politik demi menjaga sensitiviti setiap golongan rakyat mereka dengan memaklumkan rancangan kehadiran mereka kepada pihak-pihak yang berwajib supaya tatacara penggunaan surau dan masjid dapat dipatuhi.

“Saya juga akan mencadangkan supaya digubal peraturan yang lebih detail dengan memperincikan langkah-langkah yang mesti diambil dan tatasusila yang mesti dipelihara bagi mereka yang berhajat menggunakan kemudahan surau dan masjid di Negeri Selangor,” tegasnya.

Menjawab satu pertanyaan tentang desakan Pemuda Umno agar beliau meletakkan jawatan ekoran peristiwa ini, Dr Hasan berseloroh, jika ikut desakan itu, setiap kali bukan Islam masuk masjid, sudah beribu kali beliau terpaksa meletakkan jawatan.

Persoalan di sini, jelasnya, adalah bagaimana peraturan sebenar dan bagaimana pula penguatkuasaannya, tidak timbul masalah Hasan Ali tetapi yang utama, isu ini segera diselesaikan. -harakahdaily


Ulasan GB

Akhirnya beliau (Hassan Ali) muncul setelah GB mendedahkan "kehilangan" Hassan Ali sebelum ini terutama seluruh negara tengah sibuk membicarakan hal panas mengenai isu surau.

GB tertarik dengan cadangannya bahawa satu peraturan lebih terperinci digubal berhubung cara dan tatasusila yang mesti dipelihara ketika menggunakan dan memasuki surau serta masjid di Selangor.

Sekalipun terlambat namun kita mengalu-alukannya. Oleh kerana tidak adanya peraturan yang terperinci selama ini, sepatutnya Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching tidak boleh dipersalahkan oleh sesiapa.

Hassan Ali sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor sepatutnya lebih bertanggungjawab dan sepatutnya beliau telah lama mengeluarkan garis panduan tersebut atau telah lama mengarahkan MAIS berbuat demikian.

Apabila isu tersebut meletup sedemikian hebat, diperburukkan apabila ianya dieksploitasikan sedemikian rupa oleh UMNO bersama akhbar-akhbar pencacai mereka, baru hendak dicadangkan peraturan khas yang terperinci sedangkan Jawatankuasa surau berkenaan telahpun "menerima hukumannya" apabila ianya dibubarkan dan diambil alih pentadbiran oleh MAIS.

Apa-apa juga cadangan exco berkenaan, sepatutnya beliau yang melaksanakan kerana ia adalah di dalam biadangkuasanya sendiri, bukan orang lain.

Dan beliau tidak sepatutnya membisu dan mendiamkan diri seperti yang berlaku sebelum ini sehingga MAIS yang dikuasai oleh UMNO telah bertindak jauh ke hadapan dengan membabitkan Sultan Selangor yang dilaporkan murka dengan insiden berkenaan.

Dan seperkara yang perlu diberikan perhatian, peraturan bukan sahaja untuk bukan Islam, tetapi sepatutnya merangkumi yang beragama Islam juga kerana terdapat insiden yang banyak dimana wanita dan puteri UMNO memasuki kawasan surau dan masjid tanpa menutup aurat. Lihat gambar di sebelah bagaimana gelagat isteri PM sendiri bersama-sama kaum wanita yang jelas tidak menutup aurat di dalam kawasan masjid.

MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sepatutnya telah menilai prestasi exco yang bernama Hassan Ali ini dan jika patut ditukar, tukarkan dengan seberapa segera. Ada lagi yang lebih berwibawa daripadanya untuk jawatan berkenaan.

Bukan bererti GB telah bersetuju dengan desakan Pemuda UMNO supaya Hassan Ali meletakkan jawatan, tetapi GB juga tidak suka pemimpin PAS yang pemalas, "mediocre" dan cakap tak serupa bikin yang kelak keseluruhan kerajaan Pakatan Rakyat tercemar dan sebelum PR ditolak oleh rakyat disebabkan olehnya.

Time for Najib to haul up Ibrahim Ali for inciting racial tensions

Najib and his prized slogan
Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Pakatan Rakyat leaders say it is time for Prime Minister Najib Razak to haul in Perkasa chief Ibrahim Ali for escalating racial tensions with his latest demands to bar non-Muslims from Islamic places of worship. Otherwise the PM should stop wasting the citizenry’s time with his talk of “zero-tolerance” for racism.

“Ibrahim is trying to fan the fire of hatred. Each time Najib has allowed him to get away with it when he should order the police to arrest him for sedition. This shows Najib is also part of the Umno political game – to create Malay hatred for the non-Malays,” PKR strategic director Tian Chua told Malaysia Chronicle.

A laughing stock in the international Muslim community

Nizar Jamaluddin
But Ibrahim and Umno have also upset their own community, many of whom are aghast at their ignorance of their own religion and their crude response to a member of the political opposition, Teo Nie Ching, after she visited a Muslim prayer hall last week.

Leaders of the Islamist PAS have pointed out that a National Fatwa Council decision in March 2010 confirmed that Muslim suraus and mosques were to be kept open to all people as part of efforts to propagate the religion.

They are worried that if Ibrahim and the other ultra-Malays from Umno were to get their way, Malaysia would become a laughing stock in the international Islamic community.

“This a very glaring manifestation of the complete state of confusion and mix-up of Islam and Malay racism by Ibrahim Ali and Perkasa patron Mahathir Mohamad,” PAS central committee member Nizar Jamaluddin told Malaysia Chronicle.

“It is also a very sobering reflection of how badly Umno has mismanaged and neglected the development of Islam despite being in power for 53 years. In their haste to accuse PAS of betraying and compromising Islam because of its committment to Pakatan Rakyat, Umno has ended up showing how ignorant it is of the religion it claims to defend."

Tian Chua
Twisting Islam to mask racism

Muslim scholars like former Perlis mufti Dr Asri Zainul Abidin and PAS spiritual leader Nik Aziz Nik Mat have condemned Umno and Perkasa for stirring up the latest brouhaha. In separate statements released on Sunday, they pointed out that even Prophet Muhamad had specifically invited non-believers to meet him at mosques so that they could get to know the religion up close.

However, that has not stopped Perkasa and Umno Youth from insisting that mosques and suraus be restricted to Muslims. Umno Youth Chief Khairy Jamaluddin, who shot off an early warning to Nie Ching, has not called any ceasefire despite the latest revelations that visits by non-believers are actually sanctioned by the National Fatwa Council.

Meanwhile, Nie Ching has continued visiting another surau, this time to present a donation to the Al-Muhajirin prayer hall in Bangi.

Khalid Samad
“There is no easy solution because we are not talking logic or religion any more. This is about politics, political mileage and racism. For us in PAS, we want Malay unity based on Islam but Umno only wants Malay unity based on Malayness," PAS MP for Shah Alam Khalid Samad told Malaysia Chronicle.

"The Umno concept is a hollow one because there are no underlying principles. It is just about race – their race and nobody else’s. So how can Najib talk about zero tolerance for racism when race is Umno’s raison d'etre. It is just another huge lie and the silence is also deafening from MCA, MIC and Gerakan. They are being accessories to racism by not speaking up.”

Sowing what they reap

On Sunday, Ibrahim unleashed a torrent of violent words. He condemned Nie Ching, insisted that the religious authorities charge her, warned her DAP party, accused PAS of abandoning Islam, and questioned if Najib’s 1Malaysia meant equality for all the races.

Ibrahim Ali
“There should be syariah laws to prevent incidents of non-Muslims entering suraus and mosques,” Ibrahim said.

Meanwhile, a Merdeka Centre survey showed that 45 percent of Malays and 55 percent of Chinese were unhappy with Umno.

Among reasons cited by the Malays were that there was still a large of number in their community who were still poor, there was too much politicking and corruption. And for the Chinese, their grouses were Umno was too racist and aggressive.

Wa Manyiak Hailan...????


Wa manyiak hailan woooo..., apa pasat lamai olang bila mau mintak itu nasihat ugama... ala pigi jumpa sama Tuan Gulu Nik Ajis... wa.. sulah pelhati manyiak lama wooooo...

Itu Siti Nuhalija... itu penyanyi lock... Amy Search... wahhh.. lamai lagi wooooo.... gua pun tak tau mau sibut.... tapi aarrr... gua manyak suka sama itu amoi loooo.... wa manyiak syokkkk....

Apa pasat itu olang semua tak mau jumpa itu umnoApco punyia tok gulu... apa pasat diorang talak mau jumpa itu Najib.... apa pasat diolang tak mau jumpa Ketua Agama olang Islam...

Kalau wa cadangkan jumpa sama Najib..., wa sulah tau lu olang misti ciakap... itu budak talak basuh bilakang sajerrr... mau jumpa itu Najib maaaa... hahahaha... wa sulah agak lu olang punya jawapan itu maciam punyaaaa.... ha..ha..ha...

Aiyaaaa... itu Tuan Gulu Nik Ajis sulah jadi Ketua Agama Islam kaaa...., kalau ikut wa punya logik aarrr... kalau mau mengadu hal mau mintak nasihat atau apa2 pun aaarrrr..... misti mau jumpa sama Ketua maaaa....

Aiyaaaa.... wa manyiak kompius arrr... sama ini Islam punya caraaa...., lu olang misti talak paham apa wa mau cakap aaaaa..... lu olang ala ketua agama ... selupa talak ketua jugak.... hahahaha....

Modal Dan Tektik Lama

Fitnah Kebangsaan Oleh Zainuddin Maidin

LAMA tak kedengaran nama Zainuddin Maidin, wajahnya juga lama tak timbul di kaca tv. Begitu juga kelibatnya di Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor juga sudah tidak nampak lagi.

Menjelang waktu Maghrib selalunya beliau akan bersendirian di sebuah kedai mamak di situ minum tea tarik. Walaupun ramai 'ahli kelab Maghrib" di kedai itu, tetapi tak ada siapa yang sudi duduk dan berbual dengannya. Kenapa? Tahulah sendiri. Wajahnya sudah cukup menggerunkan orang untuk bersapa dan berbual dengannya. Itu tidak lagi mendengar kenyataan dan kritikan dan hemburan kebenciannya kepada Pas dan Anwar Ibrahim.

Sebulan lepas baru saya tahu kenapa Zainuddin jarang muncul di Melawati, rupanya dia sudah berpindah ke kawasan baru. Di rumah banglo baru di Putrajaya. Wah... lepas bersara secara kalah dalam pilihan raya umum ke-12 lalu Zainuddin sudah membina banglo. Melarikan diri meninggalkan rumah lama di Taman Melawati. Itulah nikmat menjadi menteri kabinet. Nikmat inilah yang menjadi rebutan ramai.

Alih-alih hari ini suara 'cengel' Zainuddin kedengaran semula. Nada dan maksudnya sama iaitu untuk memburuk dan menghina Pas. Kali ini dia melempar fitnah kononnya Pas menyuruh Tunku Abdul Rahman Al Haj merampas harta orang Cina. Tidak cukup itu Zainuddin mendakwa Pas berpihak kepada Indonesia sewaktu berlaku konfrontasi Indonesia - Malaysia.

Kalau dengar, tuduhan itu teruk juga. Ia memberi gambaran Pas sebuah parti yang jahat, ekstrim dan tidak cintakan negara. Kalau mengikut hukuman dalam kitab lama orang yang membuat fitnah harus dipotong lidahnya. Tujuan Zainuddin membuat pendedahan itu bagi merenggangkan hubungan Pas dengan masyarakat Cina waktu ini. Mungkin Zainuddin sendiri merasai bahawa orang Cina sudah tidak menyokong Umno lagi maka beliau kena berkorban masa rihatnya kini membantu sama Umno.

Sambil menafikan kenyataan Zainuddin itu, Ketua Penerangan Pas Idris Ahmad meminta bekas Menteri Penerangan itu memohon maaf kepada Pas. Nampak marah betul Idris. Tetapi sebenarnya Idris atau Pas tidak payah sibuk melayan Zainuddin Maidin. Layanan akan memberi markah kepadanya, bahawa suaranya masih keramat dalam memburukkan Pas.

Apa yang baiknya diamkan saja. Anggaplah Zainuddin tidak wujud. Kenapa dikatakan begitu sebab pendedahan itu tidak memberi apa-apa bekas pun kepada rakyat. Rakyat sudah tahu dan kenal siapa dia Zainuddin Maidin. Seorang oportunis Melayu - mamak terakhir! Rakyat yang sihat dapat menilai sendiri sejauh mana kebenaran kata-kata Zainuddin itu.

Zaninuddin boleh bercakap lebih dan menggerunkan dari itu. Beliau boleh melemparkan Pas bersekongkol dengan komunis atau apa-apa gerakan subversif lainnya. Sebagai seorang pengarang, wartawan Zainuddin boleh mereka citpa apa saja kejutan demi kejutan. Atau sebagai orang yang termakan budi dan air ludah Umno beliau boleh mengatakan apa saja yang dia kira kerjanya itu akan menguntung Pas dan dikira sebagai pahala syurga oleh Umno.

Mungkin pendedahan karut Zainuddin itu boleh dijadikan umpan kepada Umno, tetapi bukan kepada pihak lain. Itu pun terbatas kepada orang Umno yang sudah menghidap kencing manis, darah tinggi ataupun sempuk yang melampau. Orang-orang Umno yang perut buncit dan kepala botak juga mungkin percaya. Tetapi kalau Melayu yang bebas dari sindrom bodek, ampu dan tidak taat membuta tuli tidak mudah menerimanya.

Kita menuntut Zainuddin mengemukakan bukti atau dokumen bersurat mengenai apa yang beliau tuduhan itu. Dalam hal ini ia tidak absah kalau hanya digunakan andaian ataupun hipotesis senget sebelah saja. Kalau Pas benar menyuruh Tunku Abdul Rahman rampas harta Cina, ia perli dijelaskan siapakah tokoh Pas yang bercakap itu? Mungkin audio video sukar untuk dikemukakan tetapi mungkin wajah atau atau lakaran muka tokoh itu boleh dikemukakan.

Begitu juga dengan tuduhan Pas memihak kepada Indoneisa dalam peristiwa Gayang Malaysia itu. Siapakah tokoh itu dan apakah bentuk bantuan yang diberikan Pas. Apakah Pas memberi maklumat, melindungi tentera Indonesia ataupun Pas membekalkan senjata?

Kalau orang waras dan tidak berhati busuk dengan Pas, bukan mudah Zainuddin Maidin melemparkan tuduhan itu. Ia mungkin terlebih dahulu berfikir kerana ianya ada implikasi buruk. Kegagalan menyediakan bukti menyebabkan orang akan menganggap beliau bercakap mengikut putaran lidah tidak bertulang semata-mata. Dan apa yang disuarakan itu merupakan fitnah kebangsaan oleh Zainuddin Maidin.

Apapun seperti dikatakan tadi, orang ramai bukan menelan begitu saja pendedahan dan air liur basi Zainuddin Maidin itu. Mereka tidak seperti Zainuddin yang tanpa memikir panjang menjadikan pendedahan itu sebagai modal untuk merenggangkan Pas dengan orang Cina. Saya percaya pendedahan dan modal Zainuddin itu bukan mengurang sokongan Cina kepada Pas sebaliknya akan bertambah kerana orang Cina benci kepada Melayu - mamak yang masih berpegang kepada mitos menganggapkan Umno sebagai pejuang Melayu.

Sepatah pertanyaan untuk Zainuddin Maidin, setelah Umno merdeka membawa ke hari ini, berapa banyakkah harta Melayu yang Umno rampas? Apakah dengan mencadangkan supaya dirampas harta Cina (itu pun tidak betul) lebih kejam daripada parti bangsa yang merampas hak-hak bangsanya sendiri. Tak percaya tanya Mat Maslan. Mat dah berbuka ke atau hari ini tak puasa, kerana uzur syarie? 
MSO

Bersatu Menolak UMNO, parti Perkauman

Oleh jilfityan

"blogKita terlalu banyak disemakkan pemikiran dan disesakkan nafas dengan berita-berita yang lebih kepada sensasi. Padahal tiada apa pun.Banyak sungguh berita yang diumpan kepada rakyat agar membenci pemimpin PR yang bukan Islam,biarpun perkara tersebut jika di isukan, jelas menggugat keamanan kaum kerana menyentuh sensetiviti perkauman.


Agaknya pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional mahu orang Melayu disemai dengan jiwa sebagai rakyat yang bencikan Cina, Bencikan India, bencikan semua kaum dan hanya mengangkat keris mempertahan Ketuanan Melayu. Agaknya pemimpin UMNO bangga jika orang Melayu menikam orang cina, orang india menikam orang melayu, atau sebaliknya antara satu sama lain.

UMNO pengamal politik perkauman yang melaksanakan dasar pecah dan perintah, peristiwa pemuda Umno menghunus keris dan mengugut akan membakar Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor, kenyataan diskriminasi perkauman secara terbuka oleh Ahmad Ismail dan Nasir Safar, unsur-unsur perkauman yang didoktrinasikan oleh Biro Tata Negara. Ini semua bukti, yang menunjukkan sememangnya UMNO parti perkauman.

Terbaru, kita dimomokkan dengan berita Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi sebuah Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu. Agendanya baik, iaitu menyumbangkan dana kepada surau berkenaan. Itu sahaja. Tetapi UMNO dan Perkasa mempolitikkan hal ini dengan tuduhan menghina masjid. Mengapa? Satu sahaja tujuannya. Agar orang Melayu Islam membenci Cina. Dan jika yang menyumbang itu wakil rakyat India sekalipun, maka ia juga akan dipolitikkan agar Melayu benci India. Beginilah sikap dan teladan buruk didepan mata kita, dilakukan oleh parti politik Melayu UMNO.

Jika kita masih memberi peluang kepada UMNO,tidak mustahil suatu hari nanti, peristiwa 13 Mei berulang. Jadi jangan hairan PM dan TPM masih berdiam diri hingga detik ini mengenai isu pengetua sebuah sekolah di Johor yang mengeluarkan kenyataan 'pelajar Cina boleh pulang ke Cina' dan menyamakan gelang tangan yang dipakai pelajar India dengan rantai anjing. Agaknya itu yang disukai. Percayalah. Kita akan saling membenci kepada kaum lain sekiranya kita membiarkan UMNO bertahan lagi lama berkuasa memegang tampok pimpinan negara.

Marilah kita sama-sama menolak parti UMNO yang rasis perkauman, dan bergerak dalam satu jemaah menyokong gerakan Islam. Kita bangunkan Melayu, kita bangunkan Islam. Insyallah, Malaysia akan aman biarpun kita berbilang bangsa dan agama.

Membangun Bersama Islam.

Islam UMNO Macam Ini Ke?

Dato Mustapa Mohamed merupakan Imam Besar UMNO dengan kenyataan pertmaa dan mendabik dada seraya berkata 


"Semua orang Melayu dan Islam sepatutnya berjuang di bawah Umno kerana matlamat perjuangannya jelas demi agama dan bangsa. Bagi saya sesiapa yang nak berjuang untuk Islam dan Melayu di Malaysia tak ada parti lain kecuali Umno."
______________________________________________________________________________

Imam Besar Mongolia dengan kenyataannya dan kedua pula Presiden UMNO, Dato Seri Najib Tun Razak, beliau mengatakan

‘‘Kita tidak hanya melihat Islam itu sebagai satu agama yang menumpu kepadaibadat sahaja tetapi kita melihat dalam ruang lingkup yang lebih luas iaitu Islam sebagai satu agama yang menyumbang kepada peradaban manusia dan sejagat.‘‘Jadi, sebab itulah semakin hari, semakin ramai yang tertarik kepada perjuangan dan dasar yang dibawa oleh UMNO serta kerajaan kerana kita juga mempertahankan soal kesucian agama Islam dan akidah Islam,”
________________________________________________________________________

Adakah Islam yang seperti ini kita mahukan jika membiarkan UMNO memerintah negara pada masa akan datang

Islam UMNO macam ini boleh gelek ek?

Boleh salam dengan bukan muhrim ek? 



Tunggulah kebinasaannya...

Go Visit More Suraus!!


Nik Aziz encourages me to visit more suraus
Yeah...!! Yeah...!!
Alhamdulillah.....
Satu kenyataan positif daripada Tok Guru
Kempen 'Meroyankan UMNO' pasti berjaya!!


Pegang kata-kata Tok Guru Nik Aziz....

"...it was Umno - not Islam - that was being overly-restrictive on the issue of non-Muslims entering mosques"

“.... in Malaysia, Umno uses Islam to scare non-Muslims and has made Islam an exclusive religion, whereas Islam is for all human beings”

Umno had become so desperate and narrow-minded that the party had given the wrong understanding of Islam to non-Muslims.

...... expressed the hope that mosques can be more open to non-Muslims in order to bridge the gap between the races.


Pertemuan kedua-dua tokoh ini membuktikan bertapa hormatnya masyarakat bukan-Melayu kepada Tok Guru Nik Aziz

Berita penuhnya di sini

Persada sokong Kelantan saman Petronas

KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Persada) menyokong penuh tindakan kerajaan negeri memfailkan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti Petroleum Kelantan yang dirampas Kerajaan Persekutuan.
Presidennya, Ali Hanafiah Mohammad berkata, Persada sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong usaha kerajaan negeri mempertahankan hak rakyat negeri itu tanpa ada sentimen politik.
"Kami sebagai rakyat Kelantan menyokong kerajaan negeri kelantan membuat tuntutan royalti tanpa sentimen politik sebab kita tengok dari segi penjelasan, dari segi fakta memang Kelantan berhak dari segi royalti," kata Ali yang hadir bersama kira-kira 50 ahli Persada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta pagi tadi.
Beliau berkata, meskipun berada jauh di perantauan, majoritinya di Lembah Klang, namun mereka tetap mengikuti perkembangan negeri Kelantan terutamanya melibatkan isu rakyat negeri itu yang tidak terbela.
"Persada sebagai rakyat Kelantan walaupun berada di perantauan, kami berasa bertanggungjawab untuk mengikuti perkembangan negeri kami dan turun memberikan sokongan dalam segala tindakan yang membela rakyat Kelantan," katanya.
Beliau juga berkata, Persada juga mahu kerajaan negeri meneruskan usaha rundingan dengan Kerajaan Persekutuan agar mereka mengembalikan hak rakyat Kelantan dalam pemberian royalti yang dinafikan sejak tahun 2004.
"Walau bagaimanapun di samping tuntutan saman oleh menteri besar, kita juga minta kerajaan negeri menggunakan saluran-saluran yang ada untuk perbincangan dengan kerajaan pusat," katanya.
Terdahulu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memfailkan saman kerajaan negeri terhadap Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Nik Aziz leads Kelantan in filing oil royalty suit against Petronas

Kelantan Mentri Besar Nik Aziz Nik Mat has filed a suit on behalf of the state government against national oil firm Petronas for breach of contract and contravention of the federal constitution.

This is a big moment for the Kelantan people, who have been very passionate about their oil rights. Despite petroleum wealth, the Nik Aziz-administration has lacked funds to fully modernize the state although it shines in many other areas such as being able to successfully forge a close-knit community, clean although old facilities, less bureaucracy and significantly less corruption.

Apart from Nik Aziz, his deputy Ahmad Yaakob, excecutive councilors Husam Musa and Takiyuddin Hassan were in Kuala Lumpur where the suit was filed by their lawyer Tommy Thomas.

Nik Aziz and team Kelantan at the KL court complex
The reliefs sought in the 47-page statement of claim include:

1. Specific performance of the Kelantan Petroleum agreement;
2. An account to be taken or an inquiry ordered requiring Petronas to make full and truthful disclosure of all relevant facts relating to cash payments payable to Kelantan include the period;
3. An order that all arrears of cash payments be paid to Kelantan within one month;
4. An order of all future cash payments be paid to Kelantan;
5. Damages; and
6. Interests and costs along with other relief and liberty to apply.

RM800 million a-year, not RM20 million 

Husam Musa holds forth
Petronas is under the direct control of the Prime Minister of the day. The BN federal government has tried to convince the Kelantan people that the state is not entitled to oil royalty but it will still grant 'wang ehsan' or compassionate payment of RM20 million per year.

But Kelantan – backed by many oil and legal experts including Petronas founding chairman Tengku Razaleigh Hamzah - has rejected this argument. According to Husam, Kelantan is entitled to at least RM800 million annually.

"The worth of condensate or gas liquid comes to about US$8.5 billion per annum from the joint development offshore area with Thailand,” said Husam.

“Five per cent of that belongs to Malaysia, which is RM1.7 billion. Half of that belongs to Kelantan which is RM800 million. Petronas owes Kelantan RM800 million per annum since 2005,” he added.

The disputed payment is over production from the Cakerawala oil field, said to be located be 130 nautical miles off the Kelantan shore. It is closer than those off Terengganu, Sabah and Sarawak, which are being paid oil royalty by the federal government.

Tengku Razaleigh
A key witness in Tengku Razaleigh

Under agreements signed in the early 1970s with the individual states, Petronas had agreed to pay royalty of five per cent for petroleum produced within the each state’s territorial rights, including Kelantan, Terengganu, Sabah and Sarawak. This has been confirmed by Razaleigh, who was also the finance minister at that time. The Gua Musang MP has offered to testify for the Kelantan and Terengganu governments if necessary.

The clash over oil royalty began in 1999, when PAS took over Terengganu. Mahathir Mohamad, who was the prime minister then, changed tune and maintained that the state was not entitled to royalty as the oil and gas produced were beyond a three-nautical mile limit prescribed as territorial waters under Malaysia’s Emergency Ordinance (Essential Powers) No. 7, 1969.

The Terengganu state administration led by PAS president Hadi Awang took Mahathir and Petronas to court in 2000, but the case has been repeatedly delayed. Terengganu has in the meantime fallen back to the BN and the lawsuit no longer actively pursued.

Mahathir later devised a new scheme whereby the federal government paid a form of compassionate payment or ‘wang ehsan’. But not only did the federal government refuse to give proper accounts on how the payments were formulated, the wang ehsan was also transmitted directly to federal agencies in the state who then decided on which the projects to finance.

Surau: Hasan akan panggil Khusrin

SHAH ALAM, 30 Ogos: Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan memanggil Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammad Khusrin Munawi dalam masa terdekat.
Beliau berkata demikian berhubung isu penyertaan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dalam majlis bantuan kewangan kerajan negeri di Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Kajang baru-baru ini.
Dalam sidang akhbar yang diadakan di Bangunan SUK, dekat sini petang tadi, Dr Hasan berkata, usaha itu dilakukan untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan yang telah diambil oleh Khusrin berhubung perkara itu.
“Dalam pertemuan itu nanti, banyak perkara boleh dikongsi bersama kerana saya telah mendapat banyak input dari kalangan masyarakat termasuk intelektual yang pakar dalam bidang berkaitan yang memerlukan perbincangan lanjut,” jelasnya.
Sebelum itu, Dr Hasan menegaskan perkara itu telah dieksploitasi oleh pihak-pihak yang ingin menangguk di air keruh lantas keadaan ini telah menimbulkan reaksi segera di pihak Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jais.
“Sedangkan Teo memang dijemput sebagai tetamu atas sifat beliau sebagai Ahli Parlimen Serdang di mana beliau dijemput menyampaikan bantuan kewangan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah parlimen itu.
“Beliau telah dijemput masuk ke dewan solat surau untuk menyampaikan bantuan dan seterusnya menyampaikan ucapan ringkas. Ucapan beliau tertumpu kepada usaha-usaha kerajaan negeri dalam membantu pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi,” jelasnya.
Ekoran dari itu, Pengerusi serta Bendahari Surau dan Pembantu Khas Teo dipanggil memberi keterangan di hadapan Pengerusi Mais, Pengarah Jais dan wakil istana lalu keputusan diambil dengan membubarkan jawatankuasa surau dan Masi mengambil alih pentadbiran surau.
Dr Hasan kesal kerana ada akhbar melaporkan kejadian itu dengan begitu berat sebelah antaranya Teo dikatakan menyampaikan ‘tazkirah’ dan dalam majlis itu beliau disebutkan sebagai menyampaikan bantuan kewangan kepada ahli-ahli PAS.
“Berdasarkan rentetan kejadian di atas saya telah mengambil inisiatif berikut antaranya, cuba menasihatkan semua pihak termasuk ahli-ahli politik demi menjaga sensitiviti setiap golongan rakyat mereka dengan memaklumkan rancangan kehadiran mereka kepada pihak-pihak yang berwajib supaya tatacara penggunaan surau dan masjid dapat dipatuhi.
“Saya juga akan mencadangkan supaya digubal peraturan yang lebih detail dengan memperincikan langkah-langkah yang mesti diambil dan tatasusila yang mesti dipelihara bagi mereka yang berhajat menggunakan kemudahan surau dan masjid di Negeri Selangor,” tegasnya.
Menjawab satu pertanyaan tentang desakan Pemuda Umno agar beliau meletakkan jawatan ekoran peristiwa ini, Dr Hasan berseloroh, jika ikut desakan itu, setiap kali bukan Islam masuk masjid, sudah beribu kali beliau terpaksa meletakkan jawatan.
Persoalan di sini, jelasnya, adalah bagaimana peraturan sebenar dan bagaimana pula penguatkuasaannya, tidak timbul masalah Hasan Ali tetapi yang utama, isu ini segera diselesaikan.

Isu Bukan Islam Masuk Masjid

Bagaikan menahan lukah di pergentingan, UMNO dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka.  Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, UMNO dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini.
Peristiwa Xavier Jayakumar berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos 2009 yang lalu, telahpun hampir dilupakan.  Kini tindakan Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke Surau Al-Huda, Kajang dan William Leong (Bendahari PKR, Ahli Parlimen PKR Selayang, gambar kanan) masuk ke dalam Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pula dijadikan isu besar.
Untuk menjelaskan pendirian kami mengenai isu ini, kami ingin membawa perhatian semua pihak kedudukan perkara ini dari perspektif fiqh (hokum Hakam Islam).  Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah ini.
Empat pandangan
Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid.
Keduanya: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah.
Ketiganya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah.
Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.
Rasulullah benarkan bukan Islam masuk masjid
Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan.  Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid.  Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)."
Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini.  Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.
Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya.  Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di Negara ini.  Lebih jauh lagi, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan.
Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain.  Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.
Sewajarnya, para wakil rakyat PR demikian perlulah diberikan pujian kerana kesungguhannya dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini.  Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.
Kekecohan yang digembar-gemborkan hakikatnya akan memakan tuan.  Inilah gambaran kegagalan UMNO selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam.  Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu.  Lebih menghinakan apabila berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan.
Kita sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala UMNO ini.  Ini akan menjadikan kita semakin lesu dan masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita.  Yakinlah bahawa, kerja mereka ini akan menjadi sia-sia seperti mencari umbut di dalam batu.
Hakikatnya, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan.  Inilah keyakinan kita kerana Islam itu tinggi dan merupakan agama yang membawa rahmat untuk seluruh alam.
*Kenyataan media oleh Muhd Nur Manuty selaku Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama Parti KeADILan Rakyat.

Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-53 oleh Setiausaha Agung DAP

Dengan rasa rendah diri, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Merdeka 2010 kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Tidak ada gunanya jika kita melaungkan Merdeka tetapi kosong tanpa amalan.  Tidak ada gunanya bercakap soal perpaduan kaum jika ada anasir-anasir yang meniupkan api perkauman.  Tidak ada gunanya mengaku anti-perkauman jika membiarkan musuh-musuh perpaduan menggalakan sikap benci-membenci antara kaum dan agama.
Saya ingin tegaskan bahawa DAP dengan penuh iltizam telah berjuang ke arah mewujudkan masyarakat pelbagai kaum dengan menawarkan peluang saksama dan keadilan untuk semua.  DAP tetap menjunjung Perlembagaan Persekutuan 1957 yang menjamin hak-hak setiap rakyat di negara ini.
Malangnya, iltizam dan semangat DAP ini cuba dipatahkan oleh segelintir manusia yang tidak mahu melihat masyarakat Malaysia hidup dalam suasana harmoni dan kasih sayang.
Saya sendiri telah banyak kali menjadi mangsa fitnah dan pembohongan Utusan Malaysia dan beberapa pemimpin politik.  Sahabat-sahabat saya dalam DAP seperti Tony Pua, Teo Nie Ching, Teresa Kok serta para pemimpin PAS dan PKR turut menjadi mangsa pembohongan kumpulan-kumpulan rasis ini.  Dan yang menyedihkan, tidak ada tindakan tegas daripada kerajaan Barisan Nasional yang kononnya mengaku tidak mahu tunduk kepada perkauman.
Pada kala DAP rapat dengan orang Melayu, golongan rasis telah memutarbelitkan niat murni kami untuk memupuk persaudaraan dengan orang Melayu.  Di kala DAP menghulurkan salam silaturrahim kepada umat Islam di Malaysia, kumpulan rasis yang sama itu memutarbelitkan hasrat suci kami untuk bersahabat dan mengikat tali persaudaraan dengan umat Islam.
Pada kala DAP mengajak semua kaum di negara ini, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Iban dan sebagainya untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, kumpulan-kumpulan rasis yang telah kehabisan modal terus membohongi rakyat untuk memastikan usaha perpaduan tulen ini gagal.
Mereka bertindak demikian kerana mereka sedar bahawa politik using secara pecah perintah dan syak-wasangka antara kaum sudah tidak diterima lagi.  Mereka bimbang mereka tidak akan menjadi relevan lagi.  Mereka takut kehilangan saki baki kuasa yang mereka pernah ada suatu ketika dahulu.
Erti Merdeka amat penting kepada kita semua kerana ia mencerminkan kematangan rakyat Malaysia dalam mengharungi cabaran, khususnya dalam usaha kita untuk memupuk perpaduan kaum.
Merdeka bererti kita bebas daripada penindasan dan pengekangan hak.  Merdeka bererti Malaysia bebas daripada undang-undang zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan banyak lagi undang-undang yang bersifat anti-rakyat dan anti-kebebasan.
Malah, Merdeka juga sepatutnya bererti Malaysia bebas daripada rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, diskriminasi dan perkauman.  Merdeka bermaksud rakyat hidup aman damai tanpa rasa takut.
Bagi pihak DAP dan Pakatan Rakyat, sempena Hari Merdeka yang mulia ini, kami yakin rakyat akan membuat pilihan yang bijak dalam pilihan raya umum akan datang.  Kami berjanji akan melaksanakan erti Merdeka yang sebenar untuk membebaskan rakyat daripada belenggu tekanan dan ketakutan.
Malah, apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat, kami menawarkan RM1,000 kepada setiap warga emas, member perhidmatan wi-fi percuma untuk semua dan menghapuskan saman ekor. Ini hanya sekadar beberapa usaha kami untuk memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

*Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-53 oleh Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Guan Eng.