Sabtu, 28 Ogos 2010

Agama Mainan Anjing Politik..!!!!

Khusrin Munawi dilaporkan oleh Utusan Meloya berkata:


“Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.

Oleh itu, kita akan mendapatkan laporan dan penjelasan daripada nazir serta jawatankuasa surau berkenaan mengenai perkara ini. Jika dakwaan ini benar, kita akan memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tindakan tegas akan diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kenyataan Khusrin Munawi jelas menunjukkan beliau melanggar Fatwa MAjlis Fatwa Kebangsaan yang mengizinkan orang bukan Islam masuk ke dalam Masjid.

Ia membuktikan Khusrin telah melacurkan JAIS untuk kepentingan politik murahan UMNO dan beliau tidak layak lagi untuk menjadi Pengarah JAIS.

Kalau rujuk kepada Sunnah Nabawiyah, pernah ada orang arab badwi yang kencing dalam masjid. Selepas Nabi SAW menegur beliau, baginda menyuruh para sahabat menjirus air ke kawasan kencing itu. [Shahih Muslim, no: 285]
Rasulullah SAW juga mengingatkan peranan mereka pada akhir hadis dengan sabdanya: Sesungguhnya kalian diutuskan untuk memudahkan dan kalian tidak diutuskan untuk menyukarkan. (riwayat al Bukhari).

Melalui peristiwa ini, kita akan mendapati suatu contoh amali bagaimana harus subur merimbun di hati seorang pendakwah perasaan rahmat, cinta dan kasih terhadap golongan yang menjadi sasaran dakwahnya.
Kedua-dua petikan di atas gua cilok dari akhbar pencacai munafikun,

Lu orang nampak tak... betapa munafiknya perangai mereka2 yang terlibat dalam memperbesarkan soal remeh ini yang penuh dengan propaganda murahan.

Dalam bab Pengarah JAIS tu... gua tak mau komen banyak. Sama jer taraf dia dengan Harusanasini... menjadi Anjing Politik Murahan UmnoApco, bercakap demi kepentingan politik dan bukannya atas kebenaran agama.
Telah berkata Saiyidina Umar r.a, "Perkara yang aku amat khuatiri kepada kamu adalah seorang munafiq yang bijak berbicara". Si munafiq durjana yang ditakuti oleh Saiyidina Umar adalah orang yang memutar belitkan makna AlQuran dan maksud hadis Nabi s.a.w. yang boleh menimbulkan bala dan fitnah terhadap kaum muslimin.

Dalam hal ini, Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa : "Aku bimbang ke atas kamu orang-orang yang lebih dahsyat dari dajjal" , bila ditanya siapakah mereka itu? jawab baginda, "Ulama Sukk".

Maksud ulama "sukk" adalah ulama yang memutar belitkan tujuan-tujuan agama yang benar kepada yang batil demi mencapai maksudnya yang tertentu.


Letih nak melayan puak2 jahil nih, ada pendidikan agama tapi di salahgunakan, kononnya perjuangan umnoApco berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, Al-Quran diorang Kitab Lord Reid dan Sunnah yang diorang ikuti Sunnah Queen Elizabeth... bangang punya UmnGok.

Kepada puak2 umnoApco yang sayangkan Islam, lu orang celikkan mata dan rujuklah Al-Quran dan Hadis2 Nabi SAW berkaitan isu orang bukan Islam memasuki masjid dan buatlah perbandingan dengan apa yang di kecohkan oleh puak2 parti lu orang ini. Janganlah lu orang di perbangangkan oleh puak2 haramjadah tu... 
IkutSukaAku

Nazri: Bertanggungjawab terhadap apa dikata

Mana-mana pihak atau individu yang mengeluarkan kenyataan yang menyentuh isu-isu berhubung sensitiviti kaum dan agama perlu bertanggungjawab dan menanggung akibat serta kesannya apabila ia dilaporkan kepada pihak berkuasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata alasan mengatakan tindakan atau kenyataan yang diucapkan telah 'disalah anggap' adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

smm meeting with nazri 110907 nazri abdul aziz"Ucapan yang penting ialah mengenai anggapan orang. Bila berucap, ucapan itu kena dijaga, jangan boleh disalah tafsirkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 300 penerima dalam Parlimen Padang Rengas di Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional di Lubuk Merbau Merbau di Kuala Kangsar.

Katanya bagi memastikan isu-isu yang menyentuh perhubungan kaum tidak terus dimanipulasikan mana-mana pihak, kerajaan menerusi Jawatankuasa Kabinet Berkenaan Penguatkuasaan Undang-Undang akan memantau setiap isu yang berbangkit.

Menurutnya kerajaan tidak akan berkompromi dengan usaha pihak tertentu yang mahu memecah-belahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum dalam negara.

“Kerajaan tidak boleh bertolak-ansur dengan isu perkauman sama ada yang membabitkan golongan minoriti atau majoriti, saya akan pastikan jika ada laporan polis dibuat dan selepas disiasat, ia akan diserahkan kepada Peguam Negara. Saya akan pantau, kalau ada kes mesti didakwa dan pendakwaan mesti cepat," katanya.

Nazri berkata jawatankuasa yang bermesyuarat sebulan sekali itu turut dianggotai Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail.

NONE"Khamis lepas kami mengadakan mesyuarat yang kedua. Dalam mesyuarat ini kami memutuskan akan memantau kes-kes yang mempunyai kesan dalam perkembangan sosial,
serta yang melibatkan kepentingan umum," katanya.

Beliau berkata antara isu yang dibincangkan dalam mesyuarat terbaru itu ialah kes berkaitan seorang pengetua sekolah di Johor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan tindakan empat remaja menyimbah cat merah dan botol arak ke sebuah surau di Negeri Sembilan.

Ditanya persepsi orang ramai bahawa kerajaan hanya bertindak tegas terhadap kes yang membabitkan kaum tertentu sahaja, Nazri berkata ia tidak benar, kerana tindakan yang diambil berdasarkan kepada kesalahan yang dilakukan tanpa mengira kaum.

- Bernama

Nik Aziz pertahan anggota Parlimen Teo

Nik Aziz pertahan Teo

August 28, 2010

OTA BARU, 28 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.
Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.
“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” kata Nik Aziz (gambar) kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.
Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.
Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.
“Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,” katanya.
Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah. — Bernama

Akhirnya Bukan Islam Semakin Sedar UMNO Parti Pelampau


PAS: BN serang MP Serdang guna isu ‘murahan’

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Barisan Nasional (BN) mengamalkan dwistandard mengkritik Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berhubung kunjungannya ke Surat Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

“(Sebenarnya) satu kebiasaan bagi pemimpin parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, Sabah dan Sarawak untuk datang ke masjid dan memberikan ucapan,” kata Salahuddin (picture) kepada The Malaysian Insider hari ini.

Oleh itu kata beliau, apabila pemimpin BN melakukannya ia tidak dijadikan isu.

“Bagaimanapun apabila Pakatan Rakyat (PR) melakukan, ia dijadikan isu. Ini publisiti murahan bagi mereka,” kata beliau lagi.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata serangan BN ke atas Teo menunjukkan perikatan itu semakin menjadi sebuah parti “rasis”.

“Mereka (BN) lebih rasis dan ektremis (sekarang),” katanya lagi sambil menambah, “tiada masalah dengan (tindakan Teo masuk ke surau).”

Dalam satu kenyataan tengah hari tadi, Teo menjelaskan bahawa kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

“Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik,” kata beliau.

Teo turut menegaskan bahawa lawatannya ke surau berkenaan tidak berniat politik dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.

Beliau turut menyambut baik pesanan dan nasihat daripada semua pihak mengenai perkara tersebut dan akan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa akan datang. -TMI


'Tazkirah' di surau: Teo mohon maaf

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang mencetuskan kontroversi apabila lawatannya ke Surau Al-Huda Kajang pada Ahad lalu dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai 'tazkirah' di surau, hari ini memohon maaf.

Katanya, beliau menyesal kerana lawatan ikhlasnya itu telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara ini dan lebih malang lagi apabila ada pihak-pihak tertentu mengeksploitasikannya untuk kepentingan politik mereka.

“Saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut ahli parlimen dari DAP itu, pada Ahad, 22hb Ogos, selaku wakil rakyat kawasan itu beliau telah mengunjungi surau al-Huda dengan tujuan menghulurkan bantuan kewangan sumbangan kerajaan negeri Selangor bagi memperbaiki pagar surau dan juga sumbangan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.,” katanya.

Ikhlas dan murni

Teo menegaskan lawatannya itu adalah “secara ikhlas dan murni serta tidak berniat politik” dan “tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan”.

Beliau yang kesal dengan tindakan pihak yang berkepentingan yang cuba mempolitikkan lawatannya itu berkata akan lebih berhati-hati pada masa depan.

“Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang.

Semalam, pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Sultan Selangor dilaporkan amat murka dan dukacita terhadap laporan akhbar berhubung 'tazkirah' Teo di surau berkenaan.

Sehubungan itu, katanya Mais dititahkan bertindak tegas, termasuk mengambil alih surau itu dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta.

Mohamad Adzib juga berkata, surat amaran akan juga diberikan kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulanginya lagi.-mk


Ulasan GB

Silat UMNO untuk memperalatkan agama di dalam isu surau di Kajang menunjukkan ketempangannya yang akhirnya menikam dirinya sendiri.

Rakyat yang bukan-Islam melihat telatah UMNO - dan masing-masing mengangguk bahawa UMNO adalah sebuah parti pelampau - yang akan menggunakan setiap ruang untuk kepentingannya.

Malah bukan Islam semakin takut untuk bersama UMNO kerana tindakan mereka akan sentiasa dicurigai dan sentiasa dieksploitasi demi mendapatkan sokongan politik kepada mereka.

UMNO dilihat terlalu terdesak kini ... terdesak dan sedang nazak...

Umno Langgar Fatwa, Dr Asri Pertahan Teo Nie Ching

Dua tokoh terkemuka agama terkemuka negara, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr Muhammad Nur Manuty menyifatkan perbuatan Ahli Parlimen Sedang Teo Nie Ching memasuki bahagian dalam surau, tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Selain diperkuat dengan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Malaysia, mereka berpendapat, amalan orang bukan Islam mendekati masjid atau surau adalah tanda positif terhadap penerimaan agama, selagi tidak bercemar kesucian agama.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Keputusan itu dicapai pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010.
Bekas Mufti Perlis itu tegas menyatakan, bukan menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk memasuki surau dan masjid asalkan niatnya baik dan betul.

“Jika tujuan dia masuk itu tujuannya untuk mempelajari Islam mengetahui tentang Islam dan mengkaji tentang Islam ataupun untuk urusan kehidupan yang ada dengan kepimpinan Islam dalam masjid umpamanya seperti zaman nabi.

"Nabi sebagai ketua agama dan berpusat di masjid mereka masuk untuk berjumpa dengan nabi dan meminta masuk yang mereka rasa urusan mereka dan mereka masuk tidak ada masalah,” kata bekas Mufti Perlis kepada TV Selangor.

Dr Asri berharap kepada umat Islam di negara ini tidak terikat dengan stigma tertentu hingga mendorong mereka membuat kesimpulan mudah tapi salah.

Beliau menyarankan semua pihak menyelesaikan masalah ini berpandukan hukum hakam agama dan bukan bersandarkan kepada pemikiran politik.

“Saya mengharapkan perkara seperti ini jangan dimulakan hukuman yang menjadikan orang bukan Islam takut, lebih baik media-media ini memainkan peranan menerangkan prinsip umum Islam termasuk dalam masjid, apa pandangan Islam. Islam kata tidak ada masalah, mereka boleh masuk masjid jika niat mereka betul.

"Jika niat mereka salah, maka tujuan mereka salah, maka tidak boleh masuk masjid,” kata beliau.

Dr Asri mengingatkan semua pihak prinsip agama bukan bertiangkan politik kepartian yang membawa kepada pelbagai prejudis dan persepsi, sebaliknya mesti bersandarkan fakta dan dalil.

“Isu agama mesti diulas atas prinsip agama. Prinsip agama sentiasa ditegakkan melalui fakta sedangkan politik kepartian sentiasa ia dibina di atas prejudis dan persepsi.

"Jika kita mahu bercakap berkenaan agama, mesti mengikut kepada penghujahan agama. Jangan jadikan penghujahan politik untuk penghujahan agama kerana politik kepartian ada agenda di sebalik isu.

"Akan tetapi, agama sentiasa konsisten dan tegap dan dibina di atas prinsip,” katanya lagi.


Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhammad Nur Manuty menggesa umat Islam menyelak kembali lembaran sejarah ketamaduan Islam sebelum membuat kesimpulan melulu.

Ini akan membolehkan umat Islam lebih memahami isu dan perkembangan dunia Islam dengan lebih luas dan tidak terperangkap dengan kepompong budaya yang belum tentu berpaksi ajaran agama.

“Saya fikir masyarakat umat Islam kena mendalami lagi Islam daripada segi hukum hakam dan juga sejarah ketamadunan umat Islam yang berpangkalan di Makatul Mukarramah kemudian ke Madinah kemudian ke Baitul Maqdis.

Ini, supaya memahami adanya ruang-ruang yang diadakan orang Islam untuk masuk ke dalam masjid dan juga pembinaan gereja yang dibina berhampiran masjid seperti di Baitul Maqdis. Jadi umat Islam kena pertingkatkan kefahaman tentang Islam dan sejarahnya,” katanya.

Beliau menganggap tindakan Teo Nie Ching itu menunjukkan seorang pemimpin bukan Islam cuba membantu dan menyelami kehidupan umat Islam.

Malah, ia jauh berlawanan dengan gelagat wakil rakyat Barisan Nasional yang selama ini memandang remeh keperluan infrastruktur surau tertentu.

"Hari ini kita tengok Ahli Parlimen Serdang sudah memberitahu tujuan dia bukan bertazkirah tetapi orang menyebut-nyebut dia memberi tazkirah. Mana ada dia bertazkirah, dia menyampaikan maklumat terkini polisi kerajaan Selangor.

"Sebagai wakil rakyat dia perlu untuk menjalankan tugasnya di mana wakil rakyat daripada PR lebih baik daripada menjalankan tugas daripada wakil rakyat BN yang menjalankan tugas yang bukan Islam langsung tidak menghayati budaya orang Islam terutamanya dalam bulan Ramadan,” katanya.

Felda; Dah Kalah Salahkan Peguam???

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/feldakalah.gif- Peneroka Bukan Umno Mesti Buat Perubahan!
Ingat bila dah bersara dalam memegang jawatan parti UMNO, al-fadhil ustaz Dr Yusof Noor tidak lagi bercakap politik. Tetapi dek kerana lama duduk dalam UMNO sehingga ke sisa-sisa usia masih terbawak-bawak perangai UMNO. Dan memang UMNO pun. Walaupun mendapat anugerah "tokoh Ma'al Hijrah" bersama seorang lagi yusof iaitu Dr Yusof al-Qardawi tetapi keduanya bak langit dan bumi.

Sepatutnya sebagai pengerusi Felda lulusan pengajian tasauf Cairo Universiti, mengakulah bahawa Felda telah menipu peneroka di Kemahang. Dan bukan hanya di Kelantan, bahkan diseluruh Negara. Tanyalah peneroka yang celik mata dan hatinya dan bukan tali barut UMNO, nescaya mereka akan mengetahui dan mengakui bagaimana Felda menipu ketika membeli hasil sawit mereka dan hal ini telah diputuskan oleh mahkamah.

Selaku pengerusi FELDA beliau sepatutnya membuat kenyataan meminta maaf secara terbuka kepada semua peneroka bahawa FELDA telah mengambil kesempatan keatas peneroka. Bahkan sepatutnya beliau merasa malu dan memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan. Nak harap Yusof Noor letak jawatan? Huh jangan diharap! Sayangkan pendapatan 2juta setahun tu?

Takkan nak lepas macam tu saje. Tetapi kalau di Jepun memang Pengerusi Felda dah melakukan tindakan 'Harakiri'. Bunuh diri guna pedang dihadapan Ibu pejabat FELDA sebagai tanda meminta maaf dan bersalah serta memikul tanggung-jawab. Itu di Jepun dan disini Malaysia.

Pemimpin UMNO bagaikan pelepah pisang. Dia takkan letak jwatan sehingga buruk dibatang pisang macam tu je. Letak jawatan tidak sekali. Taklah macam pelepah kelapa, bila dah kering dia akan gugur sendiri. Kalau kat Malaysia jangan diharap le. Kecuali dengan kuasa rakyat dijatuhkan UMNO-BN dalam pilihanraya nanti dan barulah boleh dibuang sikap tamak kuasa ke atas institusi seperti Felda ini.Mereka ada media dan akan dikibas supaya membara tentang segala macam kebaikan untuk menyembunyikan keburukan dan penyelewengan ke bawah karpet.

Ini bukan kali pertama yang melibatkan al-fadhil, sudah timbul isu penyelewengan zakat ketika memegang di wilayah persekutuan yang membawa beliau meletakkan jawatan. Sebagai pengerusi Felda, beliau secara terang-terangan dikawasan Felda khususnya di Terengganu membahagikan rasuah wang tunai ketika tempoh pilihanraya untuk kemenangan UMNO-BN. Lihatlah kenyataan terbaru beliau:-

Peguam Gagal Hadir Ke Mahkamah Punca Felda Tewas

BANDAR SERI JEMPOL: Kegagalan peguam Felda untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan menjadi penyebab organisai itu tewas dalam kes tuntutan 354 orang peneroka Felda Kemahang 3 hari ini, kata Pengerusi Felda Tan Sri Dr Yusof Noor.

Beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak.

"Kegagalan kes ini sebenarnya disebabkan oleh peguam yang dilantik oleh Felda gagal hadir semasa perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kota Baharu," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis.

Oleh yang demikian, Felda tidak dapat membela tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan peneroka itu sebagaimana sepatutnya dalam mana-mana tindakan sivil.Felda sedang mengkaji dan meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap firma guaman terbabit kerana menjadi punca utama kekalahan kes ini, katanya.

Beliau berkata, berikutan keputusan itu, Felda telah mengarahkan peguamnya untuk melepaskan jumlah wang penghakiman bertarikh 13 Januari 2008 yang mana telah didepositkan ke dalam akaun bersama kedua-dua peguam dalam tempoh terdekat ini.

Wang penghakiman berjumlah RM11 juta itu akan dilepaskan kepada peguam peneroka untuk membolehkan mereka mengagih-agihkan wang tersebut kepada kumpulan peneroka berkenaan. - BERNAMA


Akhirnya Felda mengkambing hitamkan peguam. Hakikatnya penyelewengan memang berlaku akibat daripada kerakusan FELDA. Jangan berdalih disebalik teknikal. Apa akan jadi terhadap Felda yang kini ia disaman lagi . Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit. Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Bagaimana kalau semua peneroka menuntut hak mereka. Tapi peneroka UMNO telah halal dan redha hasil FELDA diperas oleh UMNO. Mereka redha. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Peneroka yang lain serta anak-anak mereka perlu melakukan perubahan dan tahu akan hak mereka supaya tiada yang mengambil kesempatan keatas mereka meskipun dari kalangan sebangsa mereka sendiri.

Sama Jer... Bangangnya...


Gua nak tempelak umnoApco bodoh bangang dengan pelbagai maki hamun lagi... gua dah letih beb, yang sebenarnya puak2 tu bukannya tak paham pasal agama nih... diorang tau... sebab diorang tu semuanya mengaku melayu, dan adat melayu masa kecik2 dulu diterapkan pengajian agama, cumanya setelah diorang menceburkan diri dalam politik ni... diorang terpaksa menongkah arus, kalau tidak tak masyuuuukkkk beb...

Dan gua pun cuba juga kontrol bahasa gua dalam bulan puasa nih... dah 18 hari beb... nak masuk 10 hari yang kedua dah.. (20 hari puasa), bila baca sana sini punya cerita baik dari umnoApco/BeEnd mahupun Pakatan Rakyat... naik menyampah pun ada jugak...

Kalau puak2 parti yahudi laknatullah tu dah bangang, yang puak2 Pakatan Rakyat pun terikut bangang jugak kenapa...??? Benda yang takda2 di baginya ada... lepas tu pakat lawan berdentum dentam mempertahankan urat leher masing2... hingga nak melibatkan Sultan... apa kejadah punya cerita laaaa....

Dah 2 hari isu Yb Serdang tu berkumandang, gua malas nak sentuh... pasal  ke dua-dua belah pihak jelas menunjukkan kebangangan masing2... kalau boleh gua tak nak terikut jadi bangang jugak... tapi nak buat macamana kan.... bengang punya pasal maka dalam n3 ini terpaksa jugak laaa... gua membangangkan diri gua untuk menzahirkan perkataan BANGANG kepada kedua-dua puak yang bangang nih...

Apa yang bangangnya..., umnoApco bangang pasal hukum hakam orang bukan Islam masuk masjid atau surau, Pakatan Rakyat pulak... bangang sebab dah tau benda macam ni boleh jadi isu yang boleh di manipulasikan oleh umnoApco demi kepentingan politik diorang, masih tak serik2 dan tak boleh nak pikiaq samada elok atau tidak... baik dari pemimpin macam Nik Nazmi hinggalah kepada orang2 bawahan...

Memang mangkuk ayun bertingkat-tingkat..... lahabau betui..

Lain kali YB-YB bukan Islam kalau nak melawat Masjid/Surau, bagi yang pompuan pastikan dalam beg lu orang ada skaf/kain tudung. bagi yang lelaki... pastikan sentiasa bawa kopiah dan serban.. baru umnoApco tak boleh politikkan isu ini. Karpal Singh dan Lim Kit Siang Malam pastikan sunat burung tu dulu... baru boleh layan...

Pelakon Porno Malaysia, Kapla Samseng Malaysia lu orang tak payah sunat burung dan boleh masuk mana2 masjid/surau sebab lu orang komponen BeEnd... hukumnya halalan toyibah... dan hukumnya wajib untuk di buatkan Solat Hajat atau bacaan Yasin untuk lu orang juga.... dan kepada bini2 menteri, Yb2 umno apco pulak lu orang kalau nak masuk masjid/surau pakai bikini pun takda hal.... Jamil Khir dan Harusanasini boleh buat hukum jadi halal... tak pun Harus... lagi canteeekkkk... hukumnya wajib... buatlah sesuka hati mak bapak lu orang... takda hal punya.....

Kumpulan 12 Pengkianat Parti dan Perjuangan....

Agenda Kumpulan 12 bersama Jeffrey Ketingan hanya menunjukan mereka tidak pernah ikhlas serta jujur menyertai KeADILan, mereka sebenar menjadi duri dalam daging kepada parti selama ini. Permainan politik Jeffrey Ketingan mempergunakan kumpulan 12 telah menjadi bukti kukuh bahawa selama ini mereka berada dalam parti kerana agenda peribadi untuk menguasai Sabah dengan mengunakan KeADILan sebagai landasan politik sahaja. Kumpulan 12 diberikan mandat penuh oleh orang belakang tabir untuk mengugut pimpinan Pusat agar akur dengan segala syarat mereka.
Walaupun pihak lembaga disiplin hanya mencadangkan tindakan sewajarnya kepada kumpulan 12 ini hanya akan diluluskan dalam mesyuarat MPP pada 29hb.Ogos.2010 (ahad), mereka akan diberikan peluang untuk merayu kepada pihak lembaga disiplin lepas keputusan mesyuarat.
Agenda Kumpulan 12 mengunakan pihak belakang tabir untuk mempengaruhi MPP dalam mesyuarat pada ahad ini adalah agenda kotor yang berkaitan dengan pemilihan parti pada November ini.




Berkaitan : -
Sat, Aug 28, 2010
Kes 12 pemimpin Sabah digantung
Oleh Staf FMT
PETALING JAYA: Beberapa pemimpin PKR, dari Semenanjung dan Sabah, menyelar Ketua Umum Anwar Ibrahim berhubung peranannya mencadangkan penggantungan 12 pemimpin di negeri di Bawah Bayu itu, yang taat kepada Naib Presiden Jeffrey Kitingan.
Bagi memburukkan keadaan, mereka berkata, Anwar terus membisu dan membiarkan orang-orangnya memanipulasi keadaan ini dengan tidak mendedahkan apa yang sebenar berlaku.

"Banyak perbincangan dan insiden yang berlaku sejak setahun lalu melibatkan 12 pemimpin ini dan situasi di Sabah kini diputar belit oleh orang-orang Anwar.  Ini tidak baik untuk parti," kata pemimpin-pemimpin itu.
Beberapa pemimpin senior parti turut kecewa dengan sikap Anwar yang "berpura-pura" beliau tidak tahu mengenai perjanjian damai yang dicapai pada 13 Disember lalu, termasuk tidak mencari kesalahan terhadap orang-orang Jeffrey.
Bagaimanapun, di sebalik tabir, kami tahu bahawa Anwar tahu dengan jelas mengenai apa yang telah dibuat untuk menyekat 12 pemimpin ini, termasuk menyekat pengaruh Jeffrey.
"Kami hanya boleh membuat kesimpulan bahawa Anwar berbohong. Beliau pernah melakukannya sebelum ini.  Pertama mengenai pengambil-alihan 16 September dan kemudian dakwaan tawaran RM2 juta untuk wakil-wakil PKR yang berpaling tadah dan sekarang kes 12 pemimpin ini.  Ia seolah-olah kelihatan beliau membuat pembohongan secara bersiri," seorang pemimpin senior memberitahu FMT.

Felda Kalah Bukan Sebab Peguam Tidak Hadir Tapi Wujud Bukti Penipuan

SHAH ALAM 28 Ogos - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri Sembilan, Rebin Birham menegaskan kemenangan kes tuntutan 354 peneroka Felda Kemahang 3 bukan disebabkan oleh ketidak hadiran peguam mewakili Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tetapi keputusan mahkamah dibuat setelah mendapati Felda sememangnya telah menipu peneroka terbabit.
"Walaupun peguam tidak hadir, namun prosiding perbicaraan tetap dijalankan. Apa yang penting setelah mahkamah membuat penelitian, diputuskan bahawa penipuan terhadap peneroka sememangnya wujud.
Malah keputusan yang sama diperolehi di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Oleh yang demikian ketidak hadiran peguam di mahkamah bukanlah penyebab kepada kekalahan Felda dalam kes ini," jelas Rebin dalam satu kenyataan hari ini.
Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor menuding jari kepada kegagalan peguam Felda menghadiri prosiding awal mahkamah di Mahkamah Tinggi Kota Bharu sebagai penyebab ia tewas dalam kes tuntutan 354 peneroka Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan yang diputuskan Mahkamah Persekutuan, Putrajaya Jumaat lalu.
Sehubungan itu, Felda diperintah membayar ganti rugi RM11 juta kepada kesemua peneroka terbabit selepas agensi tersebut gagal dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan.
Rebin juga membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini yang akan mempertahankan imej dan maruah Felda habis-habisan.
"Kenyataan sedemikian tidak seharusnya keluar dari mulut seorang Perdana Menteri. Sebagai seorang PM yang mewakili suara rakyat seluruh negara seharusnya mengambil inisiatif menyelesaikan masalah ini bukannya berpihak kepada Felda.
"Kenyataan sebegini sememangnya mendukacitakan peneroka khususnya dan rakyat Malaysia amnya dan ini amat dikesali. Saya percaya peneroka bukanlah boleh ditipu lagi oleh Felda. Mereka kini sudah berfikir dan mampu bertindak pada masa sekarang dan akan datang," kata Rebin.

Krisis mula melanda SPDP

200px-Spdp-gif Oleh Joseph Tawie
KUCHING: Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) mula dilanda krisis apabila lapan ahlinya tidak hadir pada mesyuarat-mesyuarat majlis tertinggi dan menimbulkan rasa bimbang ketika parti sedang membuat persiapan menghadapi pilihan raya negeri tidak lama lagi.
"Ini merupakan satu masalah besar buat Presiden SPDP William Mawan kerana beliau tidak dapat mengatasinya," kata seorang pemerhati.

Lapan ahli tersebut ialah Peter Nansian (Tasik Biru), Sylvester Enteri (Marudi), Rosey Yunus (Bekenu), Paulus Gumbang (Batu Danau), MP Tiki Lafe (Mas Gading), dan ahli majlis tertinggi George Garai, Peter Gani and Ida Egar.
Untuk kali ketiga berturut-turut, mereka gagal menghadiri mesyuarat majlis tertinggi.  Tapi kali ini mereka memberi berbagai sebab, termasuk alasan yang bodoh.
Jika tidak kerana alasan-alasan itu, kelapan-lapan mereka, menurut perlembagaan parti, secara otomatik boleh dipecat dari ahli majlis tertinggi.
Pada mesyuarat semalam, ketidakhadiran mereka dengan sengaja menjadi isu utama perdebatan.  Kelihatan ahli-ahli majlis berlainan pendapat mengenai cara menyelesaikan masalah ini.
Ahli-ahli yang garang mendesak tindakan tegas diambil terhadap mereka, termasuk pemecatan, tapi mereka yang lebih liberal memilih untuk memberi mereka peluang sekali lagi.
Dalam satu wawancara bersama FMT, Mawan berkata, beliau secara peribadi menulis surat kepada setiap seorang daripada mereka, merayu supaya hadir mesyuarat kerana mereka membincangkan isu, di antara lain, persiapan menghadapi pilihan raya negeri.
"Kami mahu mereka kembali bekerja seperti sebuah pasukan.  Kerja berpasukan adalah penting untuk memastikan kejayaan dan untuk memelihara kepentingan Barisan Nasional (BN).
"Pergaduhan kami ibarat suami isteri.  Saya pasti mereka akan kembali.  Saya pasti tentang perkara ini," katanya, menambah dengan mengambil tindakan terhadap mereka tidak akan menyelesaikan masalah.
Mawan berjanji kepada ahli-ahli dewan undangan negeri bahawa mereka akan dicalunkan bagi mempertahankan kerusi mereka.
"Tetapi sudah tentu, ianya bergantung kepada keputusan BN. Jika sesiapa, termasuk saya sendiri, tidak boleh memenangi kerusi, maka kami akan diganti.  Kami memilih calun-calun yang boleh memenangi kerusi," tambah beliau.

Dinar Hanya Boleh Disimpan Bukan Diniaga - Awang Adek


BACHOK: Kerajaan pusat tiada masalah jika dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan hanya untuk disimpan bukan bagi diniaga di pasaran terbuka, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. Beliau berkata kerajaan pusat akan menentangnya jika kerajaan negeri cubamenggunakan kedua-duanya sebagai mata wang kerana ia menyalahi peraturan Bank Negara Malaysia dan boleh menganiyai orang ramai selain peniaga.
"Selain mudah ditipu dengan dinar emas palsu bahan logam itu juga nilai harganya turun naik setiap saat di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang zakat kepada fakir miskin di Dewan Haji Hussin, Perupuk di sini, Sabtu.
Seramai 1,000 fakir miskin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupuk masing-masing menerima wang zakat sebanyak RM70 sumbangan institusi kewangan kerajaan termasuk Bank Simpanan Nasional (BSN), UDA Holding Sdn Bhd dan Bank Rakyat.
Sebelum ini kerajaan negeri memperkenalkan dinar dan dirham itu sebagai transaksi yang akan digunakan lebih 100 peniaga termasuk sebagai gaji kepada kakitangan kerajaan Kelantan.
Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan mengakui beliau pernah menerbitkan dinar emas menerusi sebuah syarikat yang diterajui sebagai simpanan bukan untuk diniaga seperti yang didakwa.
Beliau mencabar kerajaan negeri agar menunjukkan bukti jumlah penggunaan dalam tempoh empat bulan akan datang jika benar dakwaan ia mendapat sambutan daripada pelbagai pihak selepas diperkenalkan.
"Saya tidak fikir penggunaannya melebihi RM1 bilion dalam tempoh berkenaan," katanya. - BERNAMA

Pelajar M'sia di Indonesia diarah berwaspada

Lebih daripada 6,000 pelajar Malaysia di Indonesia diarah berwaspada dan berhati-hati berikutan gerakan anti-Malaysia yang dianjurkan oleh Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) di negara itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementeriannya telah mengeluarkan arahan tersebut kepada semua pelajar tempatan di Indonesia melalui Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta.

"Kementerian memantau situasi itu dan setakat ini tidak ada laporan pelajar kita menjadi mangsa gerakan itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah dan ibu tunggal di Bandar Seri Alam dekat Pasir Gudang, Johor hari ini.

Khaled yakin kerajaan Indonesia akan melakukan yang terbaik untuk menjamin keselamatan semua pelajar Malaysia.

Beliau juga percaya bahawa pelajar terbabit mampu menangani sendiri situasi tegang berkenaan melalui pelbagai persatuan mahasiswa.

Bendera baru-baru ini dilaporkan berdemonstrasi dan melemparkan najis di kedutaan besar Malaysia di Jakarta serta merancang mengusir keluar rakyat negara ini dari Indonesia.

Ia sebagai bantahan insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Bintan, Kepulauan Riau, apabila bahagian penguatkuasa kementerian kelautan dan perikanan Indonesia menahan lima nelayan Malaysia dan polis marin Malaysia pula menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian negara itu, kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing.

Tahanan kedua-dua belah pihak itu telah dibebaskan pada 17 Ogos lalu.

- Bernama

Masuk surau: Teo akan perjelas kepada Sultan Selangor

PETALING JAYA, 28 Ogos: Ahli Parlimen DAP bagi Serdang Teo Nie Ching kesal dengan tindakan pihak tertentu mempolitikkan isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang sehingga menimbulkan keresahan umat Islam.

Beliau dalam satu kenyataan berkata kehadirannya menghulur bantuan ke surau tersebut adalah ikhlas dan bukan berkepentingan politik.

"Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik.

"Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan," katanya.

Menurutnya lagi, setelah menyampaikan sumbangan untuk memperbaiki pagar surau, beliau telah dijemput berucap pada majlis tersebut.

"Saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor," jelasnya.

Ekoran isu tersebut telah dipolitikkan, beliau sedia mengambil langkah lebih berhati-hati agar perkara sama tidak berulang.

Beliau juga akan akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, mengenai perkara tersebut.

"Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang," katanya.

'Tazkirah' di surau: Teo mohon maaf

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang mencetuskan kontroversi apabila lawatannya ke Surau Al-Huda Kajang pada Ahad lalu dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai 'tazkirah' di surau, hari ini memohon maaf.

Katanya, beliau menyesal kerana lawatan ikhlasnya itu telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara ini dan lebih malang lagi apabila ada pihak-pihak tertentu mengeksploitasikannya untuk kepentingan politik mereka.

NONE“Saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut ahli parlimen dari DAP itu, pada Ahad, 22hb Ogos, selaku wakil rakyat kawasan itu beliau telah mengunjungi surau al-Huda dengan tujuan menghulurkan bantuan kewangan sumbangan kerajaan negeri Selangor bagi memperbaiki pagar surau dan juga sumbangan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.,” katanya.Ikhlas dan murni

Teo menegaskan lawatannya itu adalah “secara ikhlas dan murni serta tidak berniat politik” dan “tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan”.

NONEBeliau yang kesal dengan tindakan pihak yang berkepentingan yang cuba mempolitikkan lawatannya itu berkata akan lebih berhati-hati pada masa depan.

“Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang.

Semalam, pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Sultan Selangor dilaporkan amat murka dan dukacita terhadap laporan akhbar berhubung 'tazkirah' Teo di surau berkenaan.

Sehubungan itu, katanya Mais dititahkan bertindak tegas, termasuk mengambil alih surau itu dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta.

Mohamad Adzib juga berkata, surat amaran akan juga diberikan kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulanginya lagi.

JAWA UPAH JAWA

BENDERA CIPLAK AMERIKA DI BAKAR OLEH ANAK MUDA JAKARTA


PENUNJUK PERSAAN DIUPAH – PERKASA
- melayau

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) percaya anggota gerakan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang melakukan demonstrasi dan bertindak biadab di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ditaja oleh pihak tertentu.

Ibrahim Ali berkata, ia sengaja dilakukan untuk mencetuskan ketegangan hubungan di antara kedua-dua negara.

Menurutnya, tindakan membakar Jalur Gemilang dan melempar najis ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia adalah terlalu ekstrem jika dibandingkan dengan isu yang tercetus di antara Malaysia dan Indonesia.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH..

woit… SIAPA AGAKNYA YANG MENGUPAH…. kah kah kah..

kah kah kah… ADAKAH KHIR TOYO UPAH GENG JAWA DIA?...kah kah kah

kah kah kah...ADAKAH NOH OMAR UPAH GENG JAWA DIA… kah kah kah..

kah kah kah… ADAKAH ZAID HAMIDI UPAH GENG JAWA DIA ?.... kah kah kah…

kah kah kah…. ADA KAH MUHYIDDIN UPAH GENGA JAWA DI NAK MALUKAN NAJIB?.... kah kah kah..

kah kah kah... ADAKAH JAWA KHAIRY UPAH JAWA INDON UNTUK BURUKAN KAN IBRAHIM ALI... kah kah kah..

kah kah kah… SEMUA JAWA ADA AGENDA…. kah kah kah..

nota:
kenapa indon marah ?
pertama kerana gaji minima untuk pembantu rumah
sudah bertahun tak selesai

artifek budaya mereka di klim oleh jabatan pelancungan malaysia

banyak pekerja buruh mereka di pau oleh polis dan rela
banyak buruh kena tipu buat kerja – kemudian tak bayar –
panggil polis dan immigration


contoh terbaik : projek buat istana negara baru


nota:
bagus juga yang dibakar oleh anak anak muda indonesia
ialah bendera ciplak dari amerika kah kah kah

TT.

Merapu Meraban Seorang Pompuan


La..... Opah Ijat, cantiknya bertutup aurat!!
Kah!! Kah!! Kah!! Kah!!

Weh.... tak sangka Minah ni pun, tarak akai. Otak taruk di lutut. No wonderlah S/U UMNO sedih ya amat apabila UMNO sudah orang letak di kaki. Macam mana orang tak letak di kaki, kalau mentaliti ahlinya mostly-nya macam pompuan sorang ni. Ya Rabbi.... another bangang!!

Masuk surau boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat berbilang bangsa dan keharmonian negara, kata dia. Inilah bukti bertapa cokianya mentaliti pompuan-pompuan UMNO, especially pompuan No 1 UMNO. Aha.... UMNO, yang maruahnya orang dah letak di kaki. Memang patut ler pun.... dan tepat sekali apa yang S/U UMNO kata. Baguslah kalau sedor...

Sebenarnya.... yang busuk hati dan berniat jahat terhadap keikhlasan MP Serdang tu ialah UMNO, parti rasis yang sentiasa bersangka buruk dengan sesiapa saja yang tak sehaluan dengan mereka. Mereka.... yang sebenarnya mahu menggugat keharmonian kaum di Malaysia dengan memainkan sentimen agama. Apabila kedudukan mereka terancam.... mulalah memperguna agama walau pun perbuatan merekalah yang sebenarnya menghina Islam.

Hipokrit!! Mereka hina Islam... lepas tu terpekik terlolong, cuba menuduh orang lain menghina Islam.

Yang lawaknya.... siap kutuk YB Serdang masuk surau tak pakai tudung. Eleh... macam ler dia bertudung. Jambul pun nampak.... nak banyak songeh pulak!! Itu sebab orang kata mereka pompuan UMNO berfahaman Yahudi. Pakai tudung... jambul nampak. Kah... kah... kah... Lawaknya!!

Opah Ijat oi... baik ler hang pi buat sesuatu yang lebih berfaedah dalam bulan baik ni. Usahlah merapu macam pompuan tua dah nyanyuk. Don't malukan diri sendiri dengan mengeluarkan kenyataan bangang. You.... don't really look stupid but, you really sound very stupid. Very stupid indeed, for a Ketua Wanita, parti yang dah nak mampuss!!

So, pleaseee.... just shut the hell up and don't insult yourself!! Itu perbuatan zalimmmm. Jangan zalimi diri anda dan jangan memalukan kaum hawa.

Aloooo....!! Yuhuuuuu....!! Zahid Hamidi..... do you copy?? Here's another potential candidate for your club. Ha...ha... The Bangang Bingai Desperados Club bakal bersayap, weh....!! Sayap wanitanya, bakal diterajui oleh Opah Ijat

Yaaahoo....!! The Bangang Bingai Desperados Club akan lebih berkembang. Tahniah!! Semoga terus berkembang dan terus berkembang dan terus berkemabang. Akhirnya...... akan MELOTOP!!

BOOOOOOMMMM!!! Inalillah.....

Cerita Opah Ijat di sini.

Bodo tu simpan kat Umno

Salam semua...

Semalam Pak Long dok hamput Umno pasai perbodo ahli sendiri. Hari ni Pak Long tergerak hati nak seligi budak budak Pakatan pasai memang jenih bodo sendiri. Hangpa kalau nak bodo pun, jangan sampai menyusah orang lain. Bodo hangpa tu simpan sikit kat Umno, jangan dok kawai kat hangpa sorang saja. Jangan dok jadi betoi bendoi tak kena tempat dan suka cipta peluru bagi kat Umno. Orang nak berpolitik, hangpa pun kalut nak berpolitik tapi tak cerdik politik.

Ca hangpa belek tengok bab "Tazkirah Teo" tu. Okey la, Pak Long memang tak reti sangat pasai hukum hakam ni. Lagipun Umno tak kelapaq nak ambik tau pun semua tu. Umno nak perlingkup kesatuan Pakatan, jauhkan Melayu dari parti yang boleh kacau mimpi sedap depa saja. Nak berpolitik kena cerdik, bangsa yang hangpa dok lawan ni tidoq pun berbantalkan duit. Petik jari saja media depa cerita riuh. Kalau hangpa jenih betoi bendoi, tak cerdik politik, susah la.

Cuba pikiaq dulu sebelum buat apa apa pun. Jangan dok main serbu tembok mentang mentang negeri ni kita dah pegang. Halusi dan mengaji dulu apa yang kita nak buat tu Umno boleh perguna sebagai isu dak ka. Belajaq jaga sensitiviti. Memang betoi tak peosng akidah, tapi sensitiviti tu kena belajaq jaga. Pak Long nak habaq bagi, bila hangpa dah tak dak cerdik politik ni, buta buta saja hangpa dah bagi peluru hidup kat Umno guna. Depa senang senang boleh suruh jabatan pakai nama Sultan, hangpa? Lip pok, lip pok kena kejutan.

Dah lama rakyat Malaysia diperbodokan, tapi jangan tunjuk kat orang kata puak puak Pakatan lagi bodo pasai tak belajaq dari sejarah. Cerdik politik bukan boleh dapat dari mana mana tok guru. Cerdik tu kena mai dari diri hangpa sendiri.

Wassalam...
 
Pak Long Din

GAMBAR KESUCIAN YANG DICEMARI... LAGI HINA DARI PEGANG BABI


Pergerakan Wanita UMNO menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berucap di ruang solat di sebuah surau dekat Kajang Sentral pada majlis penyampaian bantuan kepada ahli Pas baru-baru ini sebagai manifestasi kebiadaban pemimpin pembangkang itu terhadap umat Islam.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Nie Ching langsung tidak menghormati agama Islam dan kesucian institusi masjid dan surau.

''Nie Ching sepatutnya tahu bahawa menjadi ahli politik bukanlah lesen untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat berbilang bangsa dan keharmonian negara,'' ujarnya.

Shahrizat mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang daripada DAP itu yang memasuki ruang solat surau berkenaan dalam keadaan tidak menutup aurat.

Yang inih apa PERGERAKAN WANITA YAHUDI UMNO nak komen?
GAMBAR MENUNJUKAN KESUCIAN AL-QURAN di CEMARI
HUH! INI UKUR MENATANG APE? PENDEK JER?
HUH! Gambar nih lak KESUCIAN DIRI DICEMARI.. Bak kata USTAZ AKU... LAGI HINA DARI PEGANG BABI
INI PUTERI UMNO! BUKAN MUSLIMAH! BACA LAGI

Khairy sees Perkasa as bad karma for Umno

Marcus Koon
Saturday, 28 August 2010 00:00
khairy_ibrahim_perkasa Where Khairy Jamaluddin and Ibrahim Ali are concerned, the consensus among pundits is that there's a growing dislike between the two men who have been at loggerheads for a while.

It has reached a critical point where it's now no holds barred. Recent tirades thrown back and forth by these two have generated enough copy for the media to lap up.

In his latest blast at Ibrahim Ali's controversial Perkasa, the Umno Youth chief has warned that Barisan Nasional would drive away non-Malay support if it continues to associate itself with this Malay rights group.

Khairy reportedly told news website Malaysian Insider on Friday that there's a perception now to associate Umno with Perkasa and this is "hurting" BN's bid to gain non-Malay votes.

"Perkasa is hurting us, our chances in gaining non-Malay votes. For Umno, BN to win, we cannot afford to be associated with these people. They are alienating us from a large segment of voters," he was quoted by MI as saying.

In any language, it is obvious among most observers that Khairy regards association with the rabble-rousing Perkasa as bad karma for the BN and Umno, especially when election talks are rampant.

According to Khairy, it would do well for BN and Umno to immediately cut off this association with Perkasa and move on. Simple as it may sound, it will not come easy knowing that there's an underlying layer of Umno members who are known to favour Perkasa. Not to mention a certain influential former Prime Minister's association with the group as its patron.
While Khairy seems to have shed his racist-rhetoric image of the past  and coming across as a rational person, the rumbustious Ibrahim continues to retaliate any discourse that does not reflect well on him with his "quick on the draw" retort – for good reason or none at all depending on which side of the fence you're on.

Lately, the Pasir Mas MP has accused the Rembau MP of many things, among which he taunted Khairy for not being able to get over the fact that he was not given a deputy minister's post in the Najib administration.

The Perkasa chief also reportedly laughed off a declaration by Khairy the other day that he would leave Umno if the majority of its members supported the Malay rights group.

Ibrahim claimed that a majority of Umno members would be "happy" if Khairy left the party. He reportedly blamed BN's dismal performance in the last general election to Khairy's father-in-law, former premier Abdullah Ahmad Badawi.

While speculation is rife of a general election that will come sooner than later, there's presently an undercurrent inside Umno, and BN as well, that all is not hunky dory because of factions vying against each other.

And, again, not to forget the ex-PM who could not leave well enough alone. He has been vociferous lately with his take on the Malay race, the NEM, the NEP and what not, to the extent he's got on the nerves of almost everyone.

For BN, especially Umno leaders, the thought of losing Putrajaya in the next general election must be heavy on their minds if recent polemics and rhetorics uttered by some BN-Umno leaders and from ranks and files are anything to go by. It pays to read between the lines and knowing where to separate the political hubris from the sincere overtures.

Najib's latest pledge to adopt a  "zero-tolerance" policy against racism and to take immediate action against the perpetrators will be welcomed by all those who wish to see the country move forward without being hampered by the debilitating effects of racism.

Already, some Umno watchers are hinting at a "closer rapport" between Najib and Khairy. According to one political observer, they appear to be on the same wave-length and Khairy would be one source of support for Najib, with him bearing in mind that others may be eyeing his job if BN fare badly in the polls.

If recent indications are anything, the two men appear to be converging in their stance on racism, with both showing signs of distancing themselves from the ultras. The problem is these elements in the party will see things differently, prodded and embolden by the ex-PM.

Against the backdrop of this perceptive change in political mood, not withstanding the upcoming Sarawak election which may or may not see Taib Mahmud contesting, don't expect the verbal fireworks to subside anytime soon.

There'll be plenty more to come, and when push comes to shove, there are bound to be some casualties.

Sultan Murka, Rakyat Dukacita, UMNOlah Yang Bakal Sengsara


DAP kesal tindakan Mais ke atas MP Serdang, jawatankuasa surau

Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) membuat siasatan lebih terperinci sebelum mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak berhubung isu Ahli Parlimen Serdang berada di Surau Al-Huda, Kajang Ahad lalu.

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya kesal dengan tindakan Mais ke atas Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching dari DAP dan juga terhadap ahli jawatankuasa surau berkenaan.

“Saya juga berasa kesal atas tindakan Mais yang mengeluarkan amaran kepada Teo Nie Ching dan menggantung jawatankuasa Surau Al-Huda dengan serta-merta kerana Teo telah berucap di surau tersebut,” katanya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini, Ean Yong berkata, beliau tidak mahu melihat isu ini dipermainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti Utusan Malaysia, Umno dan Perkasa sebagai “satu isu politik dan perkauman untuk merosakkan keharmonian masyarakat kita.”

Semalam, Mais berkata pihaknya akan menghantar surat amaran kepada Teo yang dilaporkan menyampaikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda.

Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata tindakan Teo itu menyebabkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan berdukacita.

Beliau berkata baginda telah mengarahkan Mais supaya mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pengurusan surau terbabit.

Katanya, Mais sudah memanggil pengurusan surau berkenaan kelmarin untuk menjelaskan isu itu.

“Selepas meneliti penjelasan daripada pihak terbabit, Mais mendapati bahawa ucapan Anggota Parlimen itu di dalam dewan solat surau berlaku seperti yang dilaporkan,” katanya.

Dalam kenyataannya, Ean Yong yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata beliau telah memberi sumbangan sebanyak RM1,000 kepada jawatankuasa surau dan dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata.

“Pada ketika itu, beliau hanya menerangkan maklumat tentang skim pinjaman pengajian tinggi negeri Selangor kepada umat Islam yang hadir.

“Beliau tidak menyentuh apa-apa isu politik dalam ucapan ringkas beliau,” katanya.

Ean Yong menambah, Teo melawat surau tersebut dengan ikhlas sempena bulan Ramadan.

“Sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, beliau perlu membantu semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya.

Ulasan GB

Kita dukacita dengan sikap UMNO yang sanggup menggunakan isu ini di dalam bulan Ramadhan untuk kepentingan politik mereka dan kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan MAIS yang terus-menerus menjadi kuda tunggangan UMNO.

Semua alasan yang digunakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi adalah tidak mensabah dan tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar.

Belia dilaporkan berkata orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Malah untuk wanita yang datang haid pun tiada halangan untuk memasuki masjid dan surau di zaman serba modern ini. Allahyarham Prof HAMKA menjelaskan ada masanya hukum berubah dengan peredaran zaman. Jika dahulu wanita haid memang tidak dibenarkan ke masjid lantaran darah kotornya bolhe berciciran di lantai masjid, tapi di zaman modern, hampir kesemua wanita yang datang haid ada memakai tuala wanita, jadi tidak timbul lagi persoalan darah itu keciciran di lantai.

Hanya berkemungkinan wanita UMNO tidak memakai tuala wanita maka itu disebabkan Pegarah JAIS masih mengharamkannya!

Adapun UMNO yang mempergunakan isu ini untuk mendapatkan sokongan maysrakat Islam terhadapnya, UMNO tetap gagal, malah masyarakat akan terus membenci UMNO yang jahil murakab yang sanggup menggunakan isu tersebut untuk kepentingan mereka, malah mengheret istana ke dalam kemelut isu berkenaan.

Sultan Selangor dilaporkan murka. Namun rakyat juga merasakan dukacita. Rakyat tidak mahu menderhaka. Tetapi rakyat melihat ada sesuatu yang tak kena.

Dan kini MAIS ambilalih pentadbiran surau berkenaan untuk kepentingan UMNO BN pastinya. Surau tersebut akan dijauhi rakyat jelata. Dan pilihanraya bakal tiba. Pastikan UMNO BN kalah sehina-hinanya.

Ke mana perginya berbilion-bilion ringgit peruntukan DEB?

Kita imbas kembali sejarah. Mengikut catatan sejarah sejak kurun ke-18 lagi, rata-rata orang Melayu hidup dalam keadaan daif dan naif. Dalam rekodnya, Hikayat Abdullah (1840), Abdullah Munsyi (1796-1854) telah membuat pemerhatian bahawa antara penyebab kemunduran bangsa Melayu ialah pemikiran masyarakat Melayu itu sendiri. Majoriti orang Melayu berpegangan kolot terhadap beberapa adat, kepercayaan dan budaya kerja.

Di antara ciri yang ada pada orang Melayu ketika itu adalah kepercayaan kepada hal-hal khurafat dan tahyul, sikap memandang ringan terhadap usaha membaiki mutu hidup dan sifat hasad dengki sesama bangsa. Namun Abdullah Munsyi tidak merakamkan kehidupan elit Melayu ketika itu yang pastinya lebih baik daripada majoriti orang Melayu.

Pada awal abad ke-20, lahir pula gerakan kesedaran membela nasib bangsa Melayu yang dipimpin oleh beberapa tokoh reformasi seperti Syed Syeikh Tahir Jalaludin Al-Azhari, Syeikh Ahmad'Al-Hadi, Abbas Mohd Taha dan Syeikh Mohd Kalim al-Kalali. Golongan yang dikenali sebagai 'Kaum Muda' ini lebih peka terhadap perubahan yang berlaku ketika itu. Mereka menyedari kemunduran umat Melayu bukan sahaja dalam soal sosioekonomi tetapi juga dalam kebekuan ilmu termasuk ilmu agama yang banyak diresapi dengan ajaran-ajaran khufarat yang merugikan mereka.

Ajaran agama yang diterima ketika itu tidak membuka minda ke arah inovasi, imajinasi dan kreativiti, laksana jumud. Sama halnya juga perbezaan atau mutu kehidupan elit Melayu tidak diperihalkan, namun dipercayai adalah lebih baik daripada rakyat terbanyak.

Seorang lagi pemerhati tajam dan kritis, Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pendeta Zaaba (1895-1973), seorang tokoh bahasa, budayawan dan cendekiawan Melayu juga telah melakarkan fenomena kemunduran orang Melayu. Dalam bukunya, Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri (DBP, 1982). Zaaba telah melontarkan pesan, antara lain sikap orang Melayu yang tidak percaya kepada kebolehan diri, lemah cita-cita dan terlalu bergantung kepada orang lain serta berkiblatkan taklid buta tanpa memahami tuntutan Islam yang sebenarnya.

Pemerhatian oleh cendekiawan-cendekiawan pra-Merdeka yang orang Melayu hidup pada awal abad ke-20 adalah sangat mundur malah dalam semua bidang. Ketika itu orang Melayu masih dalam zaman penjajahan kolonial Inggeris. Pastinya juga kedudukan elit Melayu yang bekerjasama dengan pihak kolonial Inggeris adalah lebih baik dari majoriti rakyat jelata. Hakikat ini tidak juga diperihalkan dengan nyata.

Maka salah satu sentimen yang digunakan oleh elit Melayu yang insaf adalah isu kemiskinan, bangsa dan agama Melayu bagi membangkitkan kesedaran agar perhatian kepada mana-mana pentadbiran untuk memperbaiki kedudukan orang Melayu dapat direalisasikan.

Sentimen itu dalam frasa ’Ketuanan Melayu’ pada mulanya memang kelihatan murni dan menarik. Sentimen itu menghibau pentingnya kesatuan orang Melayu yang menjadi warga majoriti negara sering diguna bagi memperkukuhkan atau memantapkan lagi pemintaan atau tuntutan memperbaiki kedudukan orang Melayu meskipun data dan maklumat statistik tidak menunjukkan sepenuhnya yang majoriti orang Melayu memanfaatkan daripada program yang sepatutnya membantu mereka.

10 pelan Rancangan M'sia

Keadaan sosioekonomi orang Melayu yang lemah itu dapat perhatian formal selepas Merdeka dan apabila Dasar Ekonomi Melayu (DEB) diperkenalkan pada tahun 1970 susulan selepas terjadi peristiwa hitam pada tahun 1969. Dasar itu yang bergantung pada prestasi ekonomi yang membanggakan selama 20 tahun.

Berbilion-bilion ringgit telah diperuntukkan bagi menaikkan taraf sosioekonomi orang Melayu di seluruh negara dalam semua bidang. DEB diteruskan dalam bentuk baru, Dasar Pembangunan Negara. Kesemuanya sehingga kini hampir 10 Pelan Rancangan Malaysia (PRM) telah dilaksanakan dengan niat baik bahawa kedudukan sosioekonomi negara dapat ditingkatkan, tapi benarkah begitu?

Pertama kita tidak boleh menafikan yang secara relatifnya jika dibandingkan kedudukan orang Melayu rata-rata sudah banyak berubah berbanding dengan zaman sebelum Merdeka, meskipun ramai lagi yang hidup daif di kawasan perdesaan Kelantan, Perlis, Kedah, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Simbol kemewahan kita pun tidak kurang ketara seperti adanya Menara Kembar, Putrajaya, KLIA, Formula One, lebuhraya, kapal selam, beratus-ratus masjid, beribu sekolah dan adanya Multi Media Super Corridor.

Tidak boleh dinafikan bahawa hampir 95% penjawat di sektor kerajaan (perkhidmatan awam dan ketenteraan) adalah dari suku kaum Melayu.

Bagaimanapun kewujudan simbol-simbol ini tidak boleh menutup hakikat bahawa ramai orang Melayu masih dalam kelompok berpendapatan rendah. Ramai yang masih menginap di rumah pangsa murah atau rumah buruk/usang yang mutunya amat menyedihkan.

Sementara kita membuat pemerhatian ini kita lihat kedudukan elit Melayu, yang paling nyata adalah dari kalangan pemimpin parti pemerintah, iatu Umno. Lihatlah misalnya rumah banglo setiap ketua bahagiannya, contoh klasik adalah istana milik Khir Toyo atau arwah Zakaria Derus di Kelang yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.

Kita tidak tahu pula simpanan akaun bank semua pemimpin elit Melayu ini, tetapi boleh dispekulasikan sebagai mempunyai simpanan yang lebat dan lebih beratus-ratus kali ganda daripada rata-rata rakyat majoriti orang Melayu.

Kedua kita lihat kedudukan kek ekonomi orang Melayu. Pada tahun 1970 apabila DEB dilancarkan milik orang Melayu terhadap kek ekonomi negara adalah sebanyak 1.5%. Pada tahun 1985, 15 tahun berjalannya DEB, angka kek ekonomi naik kepada 3%.

Kerajaan telah mensasarkan ekuiti orang Melayu akan mencecah 30% pada tahun 1990. Hari ini angka kek ekonomi itu adalah 19%, tetapi 3% masih dimiliki oleh orang Melayu majoriti dan yang 16% lagi adalah dalam tangan GLC (syarikat milik kerajaan/ agensi amanah).

Ke mana perginya berbilion-bilion peruntukan yang telah dibuat dalam kesemua PRM itu?

Mazhab ’Ketuanan Melayu’

Mazhab ’Ketuanan Melayu’ akan menggegarkan orang Melayu yang orang Melayu masih ketinggalan jauh dari segi pegangan ekuiti dan tidak akan menyiasat siapa yang betul-betul memanfaatkan daripada kesemua PRM. Apakah elit orang Melayu yang menikmatinya atau rakyat majoriti Melayu?

Mazhab ’Ketuanan Melayu’ akan mengaitkatan kegagalan orang majoriti Melayu memiliki ekuiti yang setaraf bangsa lain adalah disebabkan oleh orang Cina, dan membakar isu ini bahawa peniaga Cinalah yang mengaut kek ekonomi negara selama ini.

Semburan fitnah ini boleh mengkaburkan mata kebanyakan orang Melayu akan hakikat sebenarnya.

Kebanyakan orang Melayu masih tidak upaya berfikir reflektif atau kritikal dan berdasarkan kepada fakta dan statistik. Apa yang pasti adalah peniaga-peniaga orang Cina yang berkerjasama dengan elit Melayu boleh menyalurkan peruntukan dari kesemua pelan Rancangan Malaysia itu ke poket mereka melalui pelbagai cara.

Dengan memainkan isu ini, iaitu orang Cina sedang menguasai ekonomi negara, masyarakat majoriti orang Melayu akan terpengaruh pada permukaan yang itu adalah benar belaka. Mereka yang masih naif dan daif atau tidak upaya membuat analisis akan terpedaya lalu memberi sokongan kepada elit yang masih menerajui pentadbiran negara dan melaksanakan program yang akhirnya akan menguntungkan mereka semula.

Sesiapa yang tidak setuju dengan fahaman ’Ketuanan Melayu’ akan disifatkan sebagai pengkhinat kepada perjuangan orang Melayu. Mereka dikira sudah seperti ’kacang lupakan kulit’ mereka adalah golongan Melayu yang lupa daratan, mudah terpengaruh dengan idealisme Barat yang tidak realistik dan mempunyai kepentingan politik sempit.

Majoriti orang Melayu hidup seadanya

Mazhab ’Ketuanan Melayu’ akan guna Artikel 153 perlembagaan negara bagi menjustifikasikan kebenaran perjuangan mereka. ”Keistimewaan untuk pribumi Melayu dan di Sabah dan Sarawak’ di samakan dengan ’hak istimewa orang Melayu’. Artikel 153 tidak menyatakan bahawa orang Melayu berhak kepada 30% ataupun 50% biasiswa yang diberikan oleh kerajaan setiap tahun. Apa yang wujud hanyalah ’kedudukan’ istimewa orang-orang Melayu dan juga kaum pribumi Sabah dan Sarawak. Secara amnya kedudukan istimewa itu tidak memberi apa-apa hak yang diiktiraf undang-undang kepada orang Melayu.

Tetapi kini sudah ada golongan yang sedar akan perkara ini. Badan-badan NGO, parti pembangkang dari DAP, PAS dan PKR sedang melancarkan program kempen dan pendidikannya yang segelintir elit Melayu yang sebenarnya meraih keuntungan besar daripada program yang kononnya hendak menaikkan taraf hidup orang Melayu.

Pada kertas dan semboyan ’Ketuanan Melayu’ nampak baik, tetapi hakikatnya selama 40 tahun melalui program pembangunan negara, kekayaan negara tidak ke mana perginya melainkan kepada elit orang Melayu dan juga para rakannya dari pelbagai bangsa lain.

Majoriti orang Melayu semakin sedar meskipun masih belum meluas lagi yang golongan yang meraih kenikmatan kekayaan negara adalah segelintir elit Melayu, bukannya orang Melayu majoriti. Gambaran itu bak mirip zaman penjajahan tetapi ada sedikit perbezaan. Dulu tiada Internet, Twitter, e-mel atau Facebook.

Yang nyata sekali ada segelintir Melayu bilioner/jutawan sementara majoriti orang Melayu hidup seada saja, boleh makan tiga kali sehari, ada tempat berteduh, boleh ke sekolah atau masjid melalui jalan berturap, mempunyai kereta dari jenama Proton atau Perodua, masih banyak berhutang, mendapat subsidi, dapat khidmat perubatan tapi tak sama seperti yang diperolehi oleh segelintir elit Melayu yang hidup serba kaya raya yang melimpah-ruah.

Elit Melayu yang kaya raya itu mengguna ’Ketuanan Melayu’ untuk meneruskan agenda mereka dan majoriti orang Melayu masih tidak ke mana, buktinya ekuiti (hartanah, saham, pelaburan, simpanan dan sebagainya) yang dimiliki majoriti orang Melayu masih 3% sejak 53 tahun Merdeka.

PENYAMUN TARBUS PUNYA HAL...

Shares dispute reveals Umno-corporate nexus
By Jahabar Sadiq
EditorAugust 27, 2010

KUALA LUMPUR, Aug 27 — The nexus between Umno and certain conglomerates has been revealed further in a High Court hearing last week involving the past shareholders of Realmild Sdn Bhd, the shadowy company that took over media giant The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd in 1993, and Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Former Realmild director Datuk Khalid Ahmad had sued Datuk Seri Abdul Rahman Maidin in March 2005 for RM10 million over the sale of a five per cent stake in the company in 1999, which took place during a shake-up and buy-out related to Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sacking from government.

Abdul Rahman had paid RM5 million but later reneged on the remainder as he learnt from Tun Dr Mahathir Mohamad that the shares actually belonged to Umno.

Abdul Rahman is also now seeking to recover the RM5 million he paid to Khalid, saying the businessman had misrepresented the ownership of the shares.

However, Khalid has maintained that the five per cent stake was his own although he acknowledged that the majority stake was part of an “Umno Trust”. The other directors in Realmild then were former Berita Harian group editor Datuk Ahmad Nazri Abdullah, New Straits Times group editor Datuk Abdul Kadir Jasin, and Mohd Noor Mutalib, who replaced Khalid as NSTP managing director in February 1993.

The dispute in the High Court’s commercial division is to resume on September 1 with testimony from witnesses that Realmild’s ultimate beneficial owner is Umno.

In documents made available to The Malaysian Insider, Khalid outlined in his writ of summons that Abdul Rahman had approached him for his five per cent stake in Realmild sometime in July 1999 and that he had agreed to sell 355,050 ordinary shares for RM15 million, which was half of what he estimated to be the fair value for the shares.

Realmild, originally a RM2 company, was then already the majority shareholder of MRCB, which is now developing the KL Sentral commercial and transport hub in Brickfields.

Khalid said Abdul Rahman made a part payment of RM5 million and on July 19, 1999, wrote an “Acknowledgment of Indebtedness” for the remaining RM10 million which was to be paid in two tranches. But the money was never paid and he later instructed his lawyers to demand back the payment in September 2004.

Khalid is now seeking for the full payment with interest of eight per cent until payment is made and other costs, saying that the five per cent stake belonged to him and no one else as he had worked for the shares by guaranteeing loans given to the company.

However, in his counter-claim, Abdul Rahman said both agreed on a sum of RM10 million for Khalid’s block of shares and he made the first payment on August 1, 1999 with the final payment to be made on July 18, 2000.

Abdul Rahman testified that Daim had instructed him to buy out the MRCB shares, who was formerly the Malay Chamber of Commerce Penang president, has claimed that Tun Daim Zainuddin sometime in 1999 had instructed him to undertake a management buy-out of MRCB by purchasing the 7,101,001 ordinary shares in Realmild. He said the exercise was done in a few days, adding there was no formal sales and purchase agreement for Khalid’s stake.

He also said that he had met Dr Mahathir, the then prime minister, and Tan Sri Nor Mohamad Yakcop, sometime at the end of 2001 and was told to transfer all of the 7,101,001 Realmild shares under his name to Datuk Seri Syed Anwar Jamlullail, who is brother to the Perlis ruler.

Abdul Rahman said he then met Khalid and queried him about the Umno ownership or “Umno Trust” over the Realmild shares, which the latter confirmed as true but said said he also owned shares in the company.

Another witness, Ahmad Nazri, said in a deposition that he held the majority share of 80 per cent in Realmild although 70 per cent of his shares were actually in trust for Dr Mahathir.
Ahmad Nazri said he paid for the shareholdings of the other three people and had told Khalid about the arrangement over the shares.

He also said the Realmild shares held by the directors were personal and owned by them, adding 10 per cent of the shares was also his own shareholding.

He added that he was told by Daim to relinquish his shares in Realmild in July 1999.

He also said that he did not tell Khalid to sell his shares to Abdul Rahman.

Rakyat bijak, tidak layan isu perkauman


Tidak syak lagi rakyat pelbagai kaum yang cintakan kehidupan damai telah menghantar isyarat paling jelas bahawa mereka tidak melayan isu perkauman yang ditiupkan oleh golongan tertentu sekarang ini.

Melalui media yang mereka kuasai siang malam meniupkan api perkauman itu dengan menimbulkan pelbagai isu karut marut, tidak munasabah, tidak diterima akal dan mengelirukan.

Tanda-tanda majoriti rakyat menolak tiupan perkauman ini ialah, umpamanya, para pengunjung Bazar Ramadhan di sana sini, khususnya di kawasan bandar dan semi bandar terdiri dari pelbagai kaum. Walaupun ini hanya contoh kecil, tetapi mempunyai erti yang significan bahawa mereka tidak terjebak kepada emosi perkauman yang ditiupkan oleh golongan tertentu dan media yang mereka kuasai.

Rakyat pelbagai kaum membeli pelbagai juadah dan minuman yang dijual oleh peniaga Islam dengan wajah ceria dan seronok.

Apa erti semuanya ini kalau bukan suatu isyarat bahawa rakyat tidak terpengaruh dengan isu-isu perkauman yang sengaja dibakar untuk kepentingan politik mereka. Hampir-hampir tidak ada perbahasan terbuka, atau cakap-cakap mengenai isu perkauman baik di masjid dan surau atau tempat berbuka puasa di mana saja. Rakyat menjalankan kehidupan seperti biasa.

Ini juga juga menunjukkan bahawa ibadah, khususnya ibadah Ramadhan, jauh lebih diutamakan daripada bercakap mengenai hal-hal yang bersifat prejudis, perkauman dan hal-hal yang boleh mengundang dosa.

Ini membuktikan bahawa rakyat yang semakin terdidik dan takut kepada dosa terutama di bukan Ramadhan menolak hal-hal seperti ini yang semakin menggila dicetuskan oleh golongan tertentu.

Di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang, Ipoh dan bandar-bandar lain yang mempunyai masyarakat majmuk, tiupan api perkauman ini tidak mendapat sambutan sama sekali dari masyarakat pelbagai kaum.

Sementara masyarakat luar bandar juga, kita yakin, semakin matang dan tidak mempedulikan seruan dan tindakan perkauman seperti ini.

Walaupun ada  kejadian kecil tunjuk perasaan, menghantar memorandum kepada pihak berkuasa dan sebagainya oleh segolongan yang amat kecil jumlahnya, namun itu hanyalah kes terpencil, sementara majoriti rakyat tidak menghiraukannya.

“Biarkan mereka sampai serak suara berteriak, sebesar manapun berita palsu dan provokasi perkauman yang mereka siarkan di dalam media, saya percaya rakyat semakin matang dan tidak mempedulikannya,” kata seorang pengunjung Bazar Ramadhan di Komtar, Pulau Pinang.

Beliau melihat rakyat pelbagai kaum membeli juadah di Bazar Ramadhan dengan wajah ceria, menggemari masakan Melayu yang \mereka anggap masakan kegemaran mereka.

Beberapa orang yang ditemui di Bazar Ramadan di Pucung, Ipoh dan Petaling Jaya juga gembira melihatkan suasana di Bazar Ramadhan begitu harmonis.

Kata seorang pengunjung kaum Cina di Bazar Ramadhan di Subang Jaya, “Kuih-kuih dan masakan Melayu yang pedas-pedas sangat saya suka. Saya banyak kawan Melayu.”

Bagi seorang pengunjung keturunan India di Pucong, setiap bulan puasa beliau sering mengunjungi Bazar Raradhan kerana banyak pilihan makanan.

Saya percaya, Bazar Ramadhan di luar bandar, khususnya di kawasan Felda, juga wujud suasana harmonis yang serupa tanpa menghiraukan isu-isu perkauman yang ditiupkan oleh golongan tertentu.

Seperti kata Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli, kebanyakan rakyat tahu, bahawa ini semua tindakan . pihak Umno/BN supaya mereka dapat mengambil kesempatan iaitu selepas kerajaan BN semakin lemah. “

Kita yakin Umno/BN sekarang dalam keadaan tersepit dan cuba mengambil kesempatan untuk menarik kembali sokongan rakyat.
Menurut Dr. Hatta, tindakan paling selamat bagi rakyat sekarang ini adalah berlindung di bawah payung Pakatan Rakyat yang sentiasa menghormati hak semua kaum.

Ternyata, isu perkauman yang dibangkitkan oleh pihak berkepentingan ini tidak memberi kesan kepada perjalanan kehidupan rakyat keseluruhannya. Tentu saja semuanya ini menggagalkan niat golongan tertentu ini untuik mendapat keuntungan politik.

Sementara itu, dalam keadaan golongan tertentu berhempas pulas meniupkan api perkauman, pihak Pakatan Rakyat perlu mengambil langkan bijaksana dengan memperlihatkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat itu sendiri dalam semua peringkat.

Dalam masa yang sama, pihak Pakatan Rakyat perlu mendekati semua golongan rakyat, khususunya rakyat di pedalaman, yang diketahui golongan inilah menjadi sasaran utama isu perkauman.

Pakatan Rakyat perlu mengambil tindakan menyeluruh untuk menolak propaganda musuh politik mereka. Penerangan Pakatan Rakyat mesti berada di tengah-tengah masyarakat, terutama masyarakat luar bandar, untuk menjelaskan keadaan sebenar dan bagaimana negeri di bawah Pakatan Rakyat sentiasa mengutamakan rakyat.

Seluruh gerak kerja Pakatan Rakyat mesti digembeling untuk memberi kefahaman sejelas-jelasnya kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat adalah parti masa depan mereka yang mengutamakan keadilan, keaksamaan dan pro-rakyat.

Bulan Ramadhan ini adalah kesempatan besar bagi semua pendukung Pakatan Rakyat mempererat hubungan dengan rakyat, prihatin dengan nasib mereka.

Ada tanda-tanda jelas bahawa semakin kuat isu perkauman dibangkitkan oleh golongan tertentu, rakyat semakin kuat menyokong Pakatan Rakyat baik di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Perak dan negeri-negeri lain.

Selepas gagal dengan isu perkauman ini, isu apa pula yang menjadi buah kempen mereka. Bagaimanapun satu hakikat yang perlu disedari oleh semua pihak, bahawa rakyat semakin terdidik dan tidak mudah diperbodohkan.

Penduduk Sarawak mahu Taib undur


Taib Mah KUCHING: Rakyat Sarawak yang menetap di Semenanjung Malaysia menyertai satu gerakan bersama penduduk asal di negeri itu mahu Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud berundur secepat mungkin.
Ketua Gerakan Untuk Perubahan Sarawak (MoCS) Paul Siah berkata kini ramai rakyat Sarawak yang tinggal di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bharu mahu lihat perubahan kepimpinan.

"Saya telah berjumpa dengan 300 rakyat Sarawak yang tinggal di sekitar tiga buah bandar sejak beberapa bulan lalu dan mereka menyatakan pendirian yang sama – Taib telah lama menjadi Ketua Menteri dan beliau harus letak jawatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Rakyat Sarawak yang terdiri daripada golongan profesional, pekerja kolar biru dan pelajar semuanya sedar dengan perkembangan keadaan di negeri asal mereka dan tidak mahu isu negatif terus membelenggu nasib negeri itu," katanya.
Siah, seorang pengarang veteran Sarawak yang menetap di Kuala Lumpur sejak 17 tahun lalu telah kembali semula ke kampung asal di Kuching kini bergerak aktif meneraju MoCS.
MoCS diwujudkan sebagai sebuah badan bebas yang bergerak untuk membangunkan satu budaya politik baru di Sarawak.
"MoCS kini menerima sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat Sarawak di Semenanjung berikutan fungsinya yang menjadi entiti bebas dan tidak memihak kepada mana-mana parti," katanya.
Taib bermain tarik-tali
Taib dalam kenyataannya Selasa lalu masih lagi berteka-teki dalam mempertahankan jawatannya atas alasan keputusan itu terletak di tangan parti dan Perdana Menteri.
"Saya minta Taib segera berhenti memperbodohkan dirinya kerana beliau dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan lebih besar kuasanya daripada Najib, semua orang tahu pasal itu.
"Jika beliau mahu berundur, siapa dalam PBB atau Najib sendiri yang berani kata ‘tidak’.
"Walaupun jika Najib suruh Taib lepaskan jawatan, tidak semestinya beliau perlu patuh arahan Najib kerana Taib begitu berkuasa," ujar Siah.
Beliau berkata Taib perlu melihat respon daripada MoCS secara serius kerana rakyat Sarawak kini mahukan perubahan dan ia mestilah bermula daripada kepimpinan teratas.
"Tidak ada sebab lagi bagi Taib mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Menteri," kata Siah.
Beliau mendedahkan ramai rakyat Sarawak kini terpaksa meninggalkan negeri Bumi Kenyalang itu dan berhijrah ke Semenanjung kerana tiada jaminan masa depan karier yang kukuh di situ.
Salah satunya adalah kerana polisi pentadbiran yang diterajui Taib.
Siah berkata ramai rakyat Sarawak di Semenanjung berhasrat untuk kembali semula ke sana hanya jika ada sesuatu yang berguna bagi mereka dibangunkan.
Taib, 74, merupakan pemimpin yang paling lama berkhidmat sebagai Ketua Menteri (29 tahun sejak 26 Mac 1981) kini menjadi sasaran kritikan politik sejak kebelakangan ini.
Beliau kini dikatakan menerima pelbagai tekanan supaya melepaskan jawatannya termasuk dari Barisan Nasional sendiri.

Masuk surau: DAP mahu Mais siasat terperinci

SHAH ALAM, 28 Ogos: Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya membuat siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan kepada mana-mana pihak.

Beliau merujuk tindakan serta merta Mais berhubung insiden Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang memasuki dan berucap di Surau Al-Huda dua hari lalu.

Menurutnya, beliau tidak mahu isu tersebut dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Utusan Malaysia, UMNO dan Perkasa sebagai satu isu politik dan perkauman untuk merosakan keharmonian masyarakat kita.

"Saya juga berasa kesal atas tindakan Mais yang mengeluarkan amaran kepada YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang dan mengantung Jawatankuasa Surau Al-Huda dengan serta-merta kerana Teo telah berucap di surau tersebut dua hari yang lalu.

"Saya dimaklumkan oleh Teo bahawa beliau telah memberi sumbangan sebanyak RM 1000 kepada Jawatankuasa Surau dan dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata," katanya.

Menurutnya, Teo hanya menerangkan maklumat tentang skim pinjaman pengajian tinggi Negeri Selangor kepada umat Islam yang hadir dan langsung tidak menyentuh apa-apa isu politik dalam ucapan ringkas tersebut.

"Beliau melawat ke surau tersebut dengan hati yang penuh ikhlas sempena bulan Ramadhan yang suci."

"Sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, beliau perlu membantu semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama," katanya.

DAP: Utusan, Umno politikkan 'tazkirah' Teo

DAP hari ini melahirkan rasa kesal dengan tindakan akhbar Utusan Malaysia dan Umno mempolitik lawatan dan sumbangan derma ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching di Surau Al-Huda, Kajang Sentral , Kajang pada Ahad lalu.

Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah dalam satu kenyataan membidas tindakan pihak berkenaan yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab serta cuba merosakan keharmonian masyarakat berbilang kaum negara ini.

“Beliau melawat ke surau tersebut dengan hati yang penuh ikhlas sempena bulan Ramandan yang suci. Sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, beliau perlu membantu semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya.

Malangnya, menurut exco Selangor itu, niat ikhlas ahli parlimen muda berkenaan telah dipermainkan dan dijadikan sebagai satu isu politik dan perkauman dengan niat jahat.

Sehubungan itu, Ean Yong menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya membuat siasatan dengan lebih terperinci sebelum mengambil tindakan kepada mana-mana pihak.

Dalam reaksinya semalam, Mais mengumumkan bahawa pengurusan surau itu telah diambil-alih pihaknya dan surat amaran juga telah dikeluarkan kepada Teo.

“Saya juga berasa kesal atas tindakan Mais yang mengeluarkan amaran kepada Teo Nie Ching, ahli parlimen Serdang dan mengantung jawatankuasa Surau Al-Huda dengan serta-merta kerana Teo telah berucap di surau tersebut dua hari yang lalu.

“Saya dimaklumkan oleh Teo bahawa beliau telah memberi sumbangan sebanyak RM 1000 kepada jawatankuasa surau dan dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Menurut Ean Yong sebagai tetamu, Teo akur dengan permintaan berkenaan dan hanya menerangkan maklumat tentang skim bantuan pinjaman pengajian tinggi yang boleh dimohon oleh anak-anak negeri Selangor.

“Beliau tidak menyentuh apa-apa isu politik dalam ucapan ringkas beliau,” katanya.

Sementara itu, Malaysiakini juga dihujani oleh panggilan telefon dan email oleh pembaca yang kurang senang dengan akhbar dan parti politik yang didakwa sengaja memainkan sentimen perkauman. Kata mereka, penggunaan perkataan 'tazkirah' bukan sahaja tidak tepat tetapi cuba menyemarakkan rasa marah orang Islam kepada bukan Islam.

Seorang daripada mereka - Azrul Abdullah, malah menyiarkan pautan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim ) mengenai fatwa 'hukum pelancong bukan Islam memasuki masjid dan ruang solat utama di dalam masjid.'

Berikut petikan fatwa berkenaan:

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.”
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, petang semalam, mahu Majlis Agama Islam Selangor bertindak jika lawatan Teo dianggap sebagai bertentangan dengan peraturan, mencemar Islam dan sebagainya.