Jumaat, 27 Ogos 2010

Sejak Bila Bukan Islam tidak boleh masuk Masjid?

Lagi mengenai Masjid.. kali ini media Tunggangan UMNO (Utusan) dengan bangganya menyiarkan artikel mengenai Teoh Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah memasuki Surau Al Huda di muka hadapan dengan catatan Ahli Parlimen DAP 'Takzirah' di surau..lihat di SINI
Yang jelas disini ialah YB Teo Nie Ching tidak menutup aurat dengan sempurna, maklumlah dia bukan seorang Islam jadi kesalahan sebenarnya terletak dibahu AJK Surau yang gagal menegurnya..

Tetapi adakah benar orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau sebagaimana yang dikatakan oleh Pengarah JAIS ini?

Tindakan tegas jemput bukan Islam – JAIS

SHAH ALAM 26 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengambil tindakan tegas terhadap Jawatankuasa Surau Al-Huda, Kajang Sentral sekiranya didapati benar mengundang ahli politik daripada kalangan bukan Islam untuk mengadakan majlis serta menyampaikan ceramah dalam dewan solat surau berkenaan, 22 Ogos lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, amaran itu diberikan kerana tindakan membenarkan orang bukan Islam sama ada ahli politik dan sebagainya memasuki ruang solat adalah tidak dibenarkan sama sekali dan menyalahi dari segi hukum.

Ia kerana katanya, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

“Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.

“Oleh itu, kita akan mendapatkan laporan dan penjelasan daripada nazir serta jawatankuasa surau berkenaan mengenai perkara ini. Jika dakwaan ini benar, kita akan memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tindakan tegas akan diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.- sepenuhnya sila baca di SINI



Gambar yang terpampang dimuka depan Utusan Online dengan
catatan Ahli Parlimen DAP 'Takzirah' di surau

HUKUM ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID

Soalan:
Apakah hukumnya orang-orang bukan beragama Islam memasuki masjid? Jika dibolehkan, apakah tatacara dan adab-adab bagi membolehkan mereka masuk ke dalam masjid untuk tujuan melawat dan menyaksikan kawasan dalam masjid?

Jawapan:
Di dalam mazhab asy-Syafie orang kafir haram dan ditegah sama sekali daripada masuk Masjidil Haram sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah : 28.

Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram. Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub.

Ini berdasarkan hadith Baginda SAW yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda SAW orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318)

Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka.

Keharusan orang kafir masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram berdasarkan hadith Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (yang bermaksud) :

“Rasulullah SAW telah mengutus pasukan berkuda ke Najd. Kemudian mereka datang kembali dengan membawa seorang (tawanan) lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsauban bin Utsal lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. (HR al-Bukhari)

Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam. Sementara itu, orang Islam yang memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal.

Daripada penjelasan para ulama’ Syafiiyyah di atas, jelas bahawa orang kafir adalah dibolehkan masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan.

Untuk ini, pihak masjid memang perlu membuat peraturan sesuai dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.


Masjid sebagai destinasi Pelancongan boleh la pulak..

MASJID SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN - Apa kata UTUSAN dan Blogger UMNO?

Cerita lama yang disiarkan semula kerana ada pihak atau blogger-blogger Pro UMNO yang begitu bodoh menggunakan apa yang ditulis Utusan hari ini di SINI untuk menyerang Pakatan Rakyat terutamanya DAP..



Oleh Ghafani Awang Teh
Berita Harian, March 1, 2008

PELANCONGAN keagamaan yang dikaitkan dengan pusat dan tempat bersejarah sesuatu agama adalah produk pelancongan yang berkembang pesat. Banyak negara sudah melancarkan kempen tahun melawat di negara masing-masing turut mempromosikan pusat keagamaan sebagai destinasi pelancongan.

Malaysia turut mengambil langkah sama, tetapi tidak dinafikan usaha itu terutama menjadikan masjid sebagai destinasi pelancongan menjadi isu negatif di kalangan masyarakat yang beranggapan kedatangan pelancong terutama bukan beragama Islam boleh menjejaskan kesucian masjid yang menjadi rumah Allah.

Persoalan besar timbul ialah apakah hukum orang bukan Islam memasuki masjid? Berdasarkan

pendapat Mazhab Syafie, orang bukan Islam dilarang secara mutlak memasuki Masjidil Haram seperti dinyatakan firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman. Sesungguhnya (kepercayaan) orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid al-Haram sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu daripada limpah kurnia-Nya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah, ayat 28)

Masjid lain pula pada pandangan ulama Syafi’iyah adalah diharuskan jika bertujuan baik. Ulama ini berpegang pada hadis sahih diriwayatkan Bukhari, menjelaskan bahawa sekumpulan tentera Islam yang baru kembali dari medan perang Nejad membawa seorang tawanan perang bernama Tsumamah Utsaal dari Bani Hanifah yang ketika itu belum beragama Islam dan mengikatnya pada tiang dalam sebuah masjid.

Kemudian Rasulullah SAW menuju kepada tawanan itu seraya bersabda: “Lepaskanlah Tsumamah.” Kemudian Tsumamah berangkat menuju ke kebun kurma berdekatan masjid dan mandi. Selepas itu Tsumamah masuk semula ke dalam masjid sambil melafazkan kalimah dua syahadah menjadi seorang muslim.”

Berdasarkan hadis itu nyata bahawa jika tindakan membawa seseorang bukan Islam ke dalam masjid menjadi satu kesalahan tentu sekali Rasulullah SAW akan menegur tindakan sahabat membawa masuk Tsumamah ke dalam masjid itu.

Bagaimanapun bagi menjamin dan memelihara kesucian masjid, pihak pengurusan perlu membuat peraturan sesuai umpamanya dimestikan menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa sesuai yang tidak mengganggu umat Islam menunaikan ibadat.

Dari aspek pelancongan, kita dapati Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah di Arab Saudi menjadi tempat kunjungan paling popular di dunia. Pada musim haji sahaja kira-kira 3 juta umat Islam mengunjungi Makkah dan Madinah.

Menurut Lembaga Pelancongan Arab Saudi menjelang 2020 dijangkakan seramai 45.5 juta orang Islam akan mengunjungi dua tempat suci itu dengan anggaran pendapatan sebanyak SR80 bilion setahun. Perbelanjaan besar umat Islam itu memberi peluang perniagaan yang besar kepada penduduk Arab Saudi.

Walaupun masjid dan tempat sejarah Islam yang ada di negara kita tidak sehebat di Arab Saudi, tetapi ia berpotensi besar untuk menarik pelancong terutama orang bukan Islam menziarahi masjid dan tempat sejarah Islam yang ada di negara kita.

Berdasarkan pemerhatian, perkara yang menjadi daya tarikan pelancong terutama pelancong bukan Islam ketika melawat masjid ialah keindahan menara, seni bina masjid, mihrab, mimbar, hiasan dalaman masjid yang tenang, tempat wuduk, peranan imam, kemerduan suara muazzin, peranan makmum dan cara umat Islam menunaikan sembahyang.

Bagi umat Islam, daya tarikan ini kelihatan perkara biasa, tetapi bagi orang bukan Islam adalah sesuatu yang perlu diketahui secara mendalam kerana nyata suasana ketenangan rumah Allah itu berbeza dengan suasana rumah ibadat agama lain.

Di sebalik kecenderungan besar pelancong bukan Islam terhadap produk pelancongan berasaskan keagamaan ini, maka sewajarnya umat Islam mengambil kesempatan memperluaskan pengetahuan mengenai Islam melalui pelancongan.

Bagaimanapun bukan mudah untuk menarik pelancong datang menziarahi masjid kecuali pihak pengurusan masjid mampu mengambil langkah tertentu seperti menyediakan maklumat berkenaan sejarah penubuhan masjid, persekitaran bersih dan ceria serta kemudahan tandas selesa.

Begitu juga fungsi dalaman masjid, menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan yang selesa, menjalankan promosi luas kepada masyarakat setempat dan perkhidmatan pemandu pelancong selain menyediakan ruangan pameran serta galeri.

Pada masa ini antara masjid yang berpotensi besar menarik pelancong ialah masjid negeri dan Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah dan Masjid Kristal Jerteh di Terengganu, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Kampung Laut Kelantan dan Masjid Ulu Melaka, Melaka.

Masjid yang paling berjaya menarik pelancong ialah Masjid Negara. Menurut laporan, Masjid Negara mendapat kunjungan kira-kira 255,800 pelancong asing sepanjang 2007.

Selari dengan usaha memakmurkan masjid ini, maka marilah kita merenungi firman Allah bermaksud: “Bahawasanya yang memakmurkan masjid ialah orang yang beriman kepada Allah, hari Akhirat, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, tidak takut melainkan kepada Allah, maka mudah-mudahan mereka yang memakmurkan masjid itu mendapat hidayah daripada Allah.” (Surah at-Taubah, ayat 18)

Penulis ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid (Kesuma), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Tarikh : 23 April 2008
Sumber : Pengarah Bahagian Penerbitan

Umno mahu Taib Undur, untuk kuasai Sarawak

KUALA LUMPUR, 27 Ogos: PAS melihat Umno kini terdesak untuk menyingkirkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas
kekalahan yang memalukan BN di Sibu baru-baru ini.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, tekanan tersebut sama seperti dilakukan Umno ketika mahu menjatuhkan Mahathir dan Pak Lah.

Ianya sewaktu kedua-duanya dituduh sebagai punca Kekalahan BN dalam pilihanraya Umum 1999 dan 2008.

Umno ujar Idris mahu menguasai Sarawak dengan menyingkirkan Taib yang kini presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Ini kerana di Semenanjung Umno sudah kehilangan sokongan majoriti besar rakyat Melayu.

"PAS melihat, kejatuhan Taib Mahmud akan menjadi perintis kepada pembubaran PBB sama seperti USNO yang lenyap selepas Umno tiba di Sabah.

"Umno kini bercita-cita untuk menjadikan negeri itu sebagai destinasi terbarunya berikutan trend sokongan rakyat kepada BN di Borneo yang masih lagi memberikan ruang untuk Umno-BN bernafas," katanya.

PAS juga katanya sedar parti-parti komponen BN yang lain sudah muak melihat keangkuhan Umno yang mahu mendominasi BN.

"PAS menasihatkan agar parti-parti komponen BN memikirkan kerelevenan untuk mereka bersama Umno yang kini seolah-olah dilihat sedang menjadi "Maharaja dalam BN".

"Pas menyeru supaya parti komponen BN dipersilakan untuk menyertai Pakatan Rakyat untuk kita membentuk satu kehidupan baru," pelawanya.

Jalur Gemilang Dibakar - Bersatu Dengan UMNO? Ptuih!!


Hmm..
Nampaknya tahap patriotik rakyat Malaysia semakin dipersoalkan apabila menjelang Hari Kemerdekaan 31 ogos ni ditambah pulak dengan kejadian membakar bendera Malaysia di Jakarta,
rakyat Malaysia masih memandang sepi hal-hal tersebut..

Sebenarnya bukan memandang sepi.
Rakyat Malaysia la ni makin matang dalam menghalusi isu..
Isu ini memang nampak macam serius..
Tapi hakikatnya tidak la serius sangat!
Kita sendiri boleh bakar bendera Indonesia kalau kita ndak..
Tapi sengaja kita tak nak sebab kita bukan Indon!
Tidak bijak kalau kita tiru apa yang Indon buat!

Lagipun.. bila kibarkan Jalur Gemilang..
Rakyat Malaysia PASTI akan terbayang 1Malaysia!
Memang mengarut laaaa..
sebab Kerajaan Malaysia sendiri tak hormat 1Malaysia tu!
Jadi biarlah bendera Malaysia hanya berada di dalam hati masing-masing dahulu..
InsyaAllah, akan kita serlahkan semangat Patriotik kita terhadap Malaysia yang tercinta ini..
apabila UMNO-BN berjaya kita humbankan daripada Putrajaya kelak!


Wakakakak! Yang sibuk mengamuk adalah Pemuda UMNO!
Siap hantar memorandum ke Duta Indon rasanya..
Kalau ikut berita omputih malam tadi..

Oklah tu.. at least ada gak rakyat Malaysia yang bantah..
cukuplah sekadar itu, indon-indon yang bangang bakar Jalur Gemilang tu pun bukan bengang sangat kat Malaysia..
Tapi tertekan dengan kehidupan mereka..
Makan pun susah, lagi mau bakar bendera..

Kononnya nak 'sweeping malaysian' tu!
Nasib baik la Malaysia ni penuh dengan Menteri-menteri yang corrupted..
Idak kalu.. kompom boleh 'sweep' semua indon yang ada di Malaysia nih!
wakakaka!

Jaga-jaga semua..
Zikir 'perpaduan' akan dimainkan semula oleh pemimpin-pemimpin UMNO!
Kompom!! Cayalah cakap teman nih!!
sunsnake 27082010

Jamil Khir Sindir Rosmah?




Berdosa aibkan negara!
Itulah bunyi 'fatwa' Orang kuat UMNO Kedah ni.. (jadi orang kuat UMNO Kedah secara tiba-tiba!)

Begitu pantas Ulama' cari makan ni bagi fatwa bila kena kat PR..
Ntah mana Hadis.. Ntah mana Dalil dia guna tak tau la!

Errr.. yang si Rosmah tak tutup aurat tu tak berani pulak kamu kata berdosa ye Dato' Seri?
Opsss!! Mungkin title Dato' Seri tu berjaya menghalalkan dedah aurat kot?
opsss.. tak baik tuduh-tuduh tau! ke Rosmah tu maksum pada pendapat Menteri terkejut ni?

Wallahua'lam...
sunsnake 26082010

Jamil Khir anggap Nurul Izzah berdosa burukkan negara


KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Mereka yang memburukkan negara sendiri dengan niat menimbulkan kekacauan disanggap berdosa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Polis Malaysia Telah Insaf!


Wakakakaka!
Kalau ada sorang pimpinan PAS yang paling layak bercakap pasal Polis ni..
Pastilah pada teman ianya Abang Mat!
Siapa ahli PAS yang tidak kenal susuk tubuh ini..
Dulu,berada di barisan hadapan setiap kali ada demo..
Sekarang, kalau dia ada didalam sesuatu demo,
pastinya dia akan dikelilingi oleh anak-anak muda yang sebulat suara
menjadikan beliau sebagai ikon demonstrasi!

Walaupun tidak mempunya sebarang jawatan didalam parti mahupun jawatan wakil rakyat,
dia tetap bekerja untuk perjuangan Islam..
sangat mahir dan berpengalaman luas berhubung dengan dunia Islam..

Allahuakbar!
sunsnake 26082010

Khutbah: Polis lunak, hanya Umno serang hebat
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob berhubung isu khutbah di negeri itu sebagai pelik.
"Seingat saya, polis hampir tidak pernah gagal bersikap keras kepada pembangkang.
"Tetapi apabila Ayub bersikap begitu lunak, adakah ia bermakna tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh Ustaz Zakaria Ahmad (khatib) yang diserang hebat oleh Umno itu?" kata beliau.
Polis Pulau Pinang, kata Mohamad, telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat "jerit-pekik" Umno kononnya Zakaria menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.
"Ketika kita pun ingin tahu apakah kesalahan yang kononnya dilakukan, tiba-tiba Ayub menasihatkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Umno menggunakan semangat Ramadan untuk mengetepikan perselisihan masing-masing berhubung isu khutbah itu.
"Kenapa polis lunak sangat? Polis tidak takutkah Umno akan histeria lagi dengan sikap lunaknya itu. Mustahil polis tidak takut kepada Umno," kata Mohamad.

UMNO ni Dikata Munafik Marah! Ni Apa Cerita?



Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen.
Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya .
(Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta,
apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran.
(Menegakkan benang basah )“

Kome semua renung-renunglah balik alasan Bakal 'Menteri Besar' Kelantan di PRU 2008 nie..
Dianya bijak! tapi sebab soru punya pasal terpaksalah berlagak bodoh...
Sebab terpaksa.. terpaksa menyamar bangang..
alasan naik harga gula hari tu sebab nak halang penyeludupan kan?
kepala hotak kamulah!

sunsnake 27082010

SEBELUM

Naik Harga Elak Seludup - Awang Adek

Kenaikan harga gula beberapa hari lalu bertujuan melemahkan aktiviti penyeludupan bahan berkenaan yang semakin berleluasa kini.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kenaikan daripada RM1.65 kepada RM1.90 sen sekilogram akan menyukar dan mengurangkan aktiviti penyeludupan bahan itu dan secara langsung menjimatkan wang subsidi yang dikeluarkan kerajaan.

“Dengan kenaikan harga ini ia akan mengakibatkan kos penyeludupan meningkat yang mungkin akan menyebabkan penyeludup berfikir dua kali untuk menjalankan kegiatan tersebut seterusnya memudahkan pengguna mendapatkan bahan keperluan harian itu di pasaran tempatan yang sebelum ini sukar diperolehi,” katanya pada majlis perjumpaan dengan anggota Pusat Giat Mara di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Giat Mara Sdn Bhd, Datuk Shahiruddin Abdul Moin dan Pengurus Giat Mara Kelantan, Ahmad Nadzri Yahya.

Menurutnya, kegiatan yang sukar dikawal sebelum ini berpunca perbezaan harganya terlalu tinggi iaitu RM1.65 di pasaran tempatan berbanding RM2.50 sen di negara jiran sehingga mendorong penyeludup menjalankan kegiatan itu untuk untung berlipat ganda. “Tiada maknanya kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar setiap tahun untuk subsidi bagi menampung kenaikan bahan itu sekiranya sebilangan besar rakyat asing turut mendapat manfaat,” katanya.-Sinar Harian

SELEPAS

KPDNKK rampas 3,600 kilogram gula subsidi untuk dijual di negara jiran

2010/08/26

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak hari ini merampas kira-kira 3,600 kilogram gula subsidi dalam sebuah kedai runcit di Biawak yang dipercayai disorok untuk dijual kepada pembeli dari negara jiran Indonesia.

Pengarahnya berkata, kedai runcit yang terletak di pekan kecil sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat dekat Lundu itu hanya layak menyimpan 285 kilogram gula pada satu-satu masa dan tidak boleh menyimpan gula lebih daripada jumlah itu. "Gula subsidi itu dibungkus menggunakan plastik lain dan dipercayai disimpan untuk pasaran di negara jiran kerana harga gula lebih mahal iaitu RM3.68 sekilogram berbanding hanya RM2.10 di Biawak," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Berikutan rampasan berkenaan, seorang peruncit rakyat tempatan disoal siasat oleh pegawai KPDNKK untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung penyimpanan gula itu.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman denda RM100,000 ataupun tiga tahun penjara ataupun kedua-duanya sekali. -Bernama

Bilakah kemelut dalaman UMNO Kedah berakhir?

Kemelut yang dihadapi oleh UMNO Negeri Kedah sehingga hari ini masih belum selesai.  Persidangan Agung UMNO yang telah diadakan bagi memberi peluang kepada perwakilan memilih barisan kepimpinan untuk memimpin bahagian masing-masing - turut menjadi medan perebutan kuasa sehingga mencetuskan perbalahan.
Sungei Petani: Ali Yahya "direhatkan"
Dalam mesyuarat agung UMNO bahagian Sungei Petani pada 11 Julai yang lalu, kumpulan yang diterajui oleh Ali Yahaya terpaksa menjadikan platform tersebut untuk mencantas musuh politik yang akan menjadi halangan dalam perebutan jawatan.
TimbalanPengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Ahmad Bashah Md Hanipah (gambar kanan) berkata, walaupun UMNO bahagian Sungei Petani sudah diambil-alih pentadbirannya oleh Majlis Tertinggi, ketuanya, Ali Yahaya masih lagi menghadiri semua aktiviti parti termasuk mesyuarat di peringkat negeri.
Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa Ali telah "direhatkan" ekoran perbalahan yang berlaku semasa Persidangan Agung UMNO bahagian Sungei Petani, baru-baru ini.  Ahmad juga menyatakan pentadbiran UMNO Sungei Petani hanya akan diserahkan kembali kepada kepimpinan bahagian setelah kedua-dua pihak yang bertelagah kembali berdamai dan tidak mempunyai masalah untuk menerima Ali sebagai ketua mereka.
Malahan ini semua adalah bergantung kepada keadaan supaya penyelesaian yang terbaik dapat dicapai antara kedua-dua pihak.
Alor Setar: Hilang percaya terhadap Shafie Afdal
Sementara itu, isu yang hangat menjadi topik perbincangan ialah perletakan jawatan 11 Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO bahagian Alor Setar pada 7 Ogos yang lalu.  Kesemua mereka didakwa bertindak meletakkan jawatan melalui satu notis dengan alasan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pemuda UMNO bahagian dan UMNO bahagian sendiri yang diterajui oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Mohd Shafie Afdal (gambar kiri bawah).
Kepimpinan UMNO bahagian dan Pemuda bahagian didakwa meminggirkan peranan pergerakan itu selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.  Kewujudan mereka seolah-olah tidak dipedulikan dalam kepimpinan sedia ada.
Namun begitu Ketua UMNO bahagian, Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan bahawa konflik yang berlaku membabitkan kepimpinan beliau.  Sebaliknya, beliau mendakwa masalah yang timbul disebabkan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Ketua Pemuda UMNO bahagian, Zubir Zabidi dan bukannya terhadap kepimpinan tertinggi UMNO bahagian Alor Setar yang diterajui oleh beliau.
Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, kemungkinan ada antara mereka yang tidak berpuas hati dengan pihak lain dan mengaitkan isu ini hingga memperbesar-besarkan perkara yang tidak sepatutnya.
Kumpulan 11 yang diketuai oleh bekas Penolong Setiausaha Pemuda UMNO bahagian, Mohd Azreen Azizan nekad tidak ingin bersemuka dengan Ahmad Bashah lantaran perbincangan sebelum ini tidak membuahkan hasil.
Walau bagaimanapun, setiap Pemuda bahagian mempunyai 24 ahli jawatankuasa  termasuk Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Penolong Bendahari, Ketua Penerangan serta tiga orang AJK yang dilantik dan 15 yang dipilih.
Tidak laksanakan dasar UMNO
Dalam konflik yang melanda pemuda UMNO bahagian Alor Setar kini kumpulan 11 AJK yang meletakkan jawatan menyaksikan 3 daripadanya telah menarik diri dan  meninggalkan 8 lagi untuk berjuang bagi mendapat keadilan yang dituntut dari kepimpinan Pemuda dan UMNO bahagian.
Selepas penarikan 3 AJK tersebut, yang masih kekal dengan keputusan meletakkan jawatan selain Mohd Azreen Azizan ialah Noor Baidurzaman Abu Bakar, Mohamed Shajahan Mohd Abdul Kader, Ellias Mohamed Roshidi Marzuki, Wira Abdullah, Ahmad Faiz Abdul Halim, Mohd Shaharudin Manaf dan Mohd Zahir Abu Bakar.
Ahmad Bashah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata pula amat mengharapkan isu peletakan jawatan ini dapat diselesaikan segera memandangkan ianya adalah berpunca dari masalah dalaman.
Beliau juga mendakwa tindakan meletakkan jawatan oleh kumpulan tersebut tidak akan menyelesaikan masalah yang berbangkit kecuali dilakukan dengan pertemuan dan perbincangan dari hati ke hati.
Mohd Azreen selaku ketua kumpulan 11 tersebut juga mendesak supaya kepimpinan peringkat tertinggi bahagian memikul tanggungjawab bagi menyelesaikan segala pertelagahan yang berlaku.  Menurutnya lagi, pertelagahan dalaman tersebut perlu diselesaikan segera dengan cara mengadaptasinya dalam bentuk tindakan dan bukannya sekadar sokongan retorik semata-mata.
Kumpulan 11 tersebut juga mendesak supaya suara akar umbi didengari oleh kepimpinan peringkat tertinggi UMNO bahagian Alor Setar yang diterajui oleh Shafie Afdal dan Ahmad Bashah.  Malah mereka juga mahu supaya program yang dijalankan oleh bahagian haruslah berorientasikan kepada kehendak anak muda kerana kejayaan UMNO dalam pilihan raya umum yang lalu adalah berkait rapat dengan mereka.
UMNO bahagian juga didakwa tidak melaksanakan idea dan dasar yang telah ditetapkan oleh pimpinan tertinggi parti seperti turun padang sehingga ke akar umbi bagi membantu rakyat kerana berlakunya pertelagahan dan tidak persefahaman dalam bahagian.
Pemuda PAS Kedah lebarkan tangan
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria turut melebarkan tangan dengan mempelawa kumpulan 11 untuk menyertai PAS bagi berjuang untuk menegakkan syiar Islam demi rakyat Kedah.
Mohd Nasir (gambar kiri) juga mengalu-alukan kumpulan yang tidak sehaluan dengan UMNO untuk bersama PAS atau mana-mana komponen Pakatan Rakyat bagi meneruskan perjuangan untuk membela nasib rakyat.
"Sekiranya UMNO tidak menghargai mereka, maka kita membuka pintu kepada kumpulan ini.  Suara mereka akan diberi perhatian dan cadangan bernas akan diberi pertimbangan jika ia membawa kebaikan kepada rakyat."
Dilema yang dihadapi oleh UMNO Kedah bukan saja diselubungi oleh kumpulan 11 Pemuda UMNO bahagian Alor Setar.  Tetapi sebelum ini juga ia dikejutkan dengan dakwaan ADUN Kuala Nerang, Syed Sobrie Syed Hashim yang berhasrat untuk tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti UMNO kerana merasakan beliau tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
Syed Sobrie (gambar kanan) sebelum ini turut berteka-teki dengan kedudukan beliau sebagai ADUN Kuala Nerang setelah mendakwa terpaksa menggunakan peruntukan sendiri bagi membela nasib rakyat dalam kawasan yang diwakilinya.
Isu peruntukan ini menjadikan beliau sebagai salah seorang calon yang diintai untuk turut sama menyertai PAS seandainya UMNO sudah tidak mampu untuk memberi pembelaan kepada wakilnya sendiri.
Kini rakyat negeri Kedah khususnya masih lagi menanti apakah isu Ali Yahaya sebagai Ketua UMNO Sungei Petani masih relevan setelah berlakunya kecelaruan dalam persidangan UMNO bahagian tersebut pada 11 Julai yang lalu.
Begitu juga dengan kumpulan 11 dalam UMNO bahagian Alor Setar yang kini tinggal lapan orang.  Apakah kehendak mereka untuk diberi pengiktirafan serta tidak dipinggirkan oleh kepimpinan bahagian dan Pemuda bahagian akan menjadi realiti, setelah ianya berlarutan sehingga sekian lama?
Mampukah Shafie Afdal selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Ahmad Bashah Md Hanipah selaku Timbalan Pengerusi UMNO Negeri merangkap Ketua UMNO bahagian Alor Setar melaksanakan reformasi yang menjadi impian dan hasrat barisan kepimpinan Pemuda dalam bahagian beliau sendiri, iaitu peranan pemuda harus turut dihargai?
*Nazar Hashim

Kerja BN: Tutup skandal saham, timbul hudud

Pakatan Flag Oleh Rahmah Ghazali
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) berusaha mengendurkan perselisihan faham di antara parti-parti komponennya, parti Islam PAS dan sekular DAP berhubung isu kontroversi undang-undang hudud yang timbul kembali, yang sengaja dimanipulasi oleh Umno-Barisan Nasional (BN).
Mereka menuding jari ke arah Umno-BN kerana gemar memainkan isu ini bagi mengalih pandangan rakyat terhadap "isu sebenar" berhubung saham-saham Bumiputera yang "hilang", yang timbul sejak setahun lalu.

Setahun lalu, Perdana Menteri Najib Tun Razak, berkata, RM2 bilion dari sejumlah RM54 bilion saham-saham Bumiputera yang diagihkan sejak pengenalan Dasar Ekonomi Baru pada 1971, kekal dalam simpanan.
Namun Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyatakan RM54 bilion yang didakwa "hilang" sebenarnya berada dalam tangan "kroni- kroni tertentu."
"Kita seolah-olah bercakap tentang kepentingan orang-orang Melayu. Ke mana pergi peruntukan itu?  Adakah diberi kepada menteri-menteri dan anak-anak mereka?" soal beliau ketika bercakap pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, di sini semalam.
Walaupun beliau mengakui terdapat pandangan yang berbeza di antara kedua-dua parti itu mengenai hukum hudud, beliau berkata, hubungan tetap kukuh kerana "kami hidup secara muafakat dan bergerak atas dasar-dasar yang dipersetujui bersama.
"Tapi jika kami mempunyai cadangan yang khusus (seperti hal ini), kita tidak seharusnya menafikannya hak mereka untuk mengetengahkan kes mereka.
"Ianya boleh diselesaikan secara baik berdasarkan dokumen-dokumen yang dipersetujui," kata Anwar, merujuk kepada Rangka Kerja Dasar Bersama PR.
Bagaimanapun, Anwar yang juga Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh mengelak dari menyentuh tentang ini di mana ahli-ahli politik dan para analisa menganggapnya sebagai "kelemahan" dalam pentadbirannya.
"Apa yang tidak kena dengan hukum hudud? Orang-orang Islam semua tahu apa itu hudud.  Mereka yang bertanya pendapat kami tentang hukum hudud ialah Umno.  Apa pendirian Umno tentang hal ini?" soal Anwar.
Beliau menegaskan tidak ada masalah membincangkan hukum hudud di kalangan parti-parti komponennya.
PAS dan DAP berbeza pendapat
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa menyokong pandangan Anwar dan berkata, kedua-dua PAS dan DAP mungkin mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa perkara tetapi ini tidak membuat kedudukan mereka menjadi goyah
"Kami mengeluarkan kenyataan, di mana kami akan menghormati di antara satu sama lain, walaupun kami mempunyai pandangan yang berbeza dari sudut dasar parti.
"Tapi DAP sudah kenal dengan PAS sebelum PR ditubuhkan lagi, PKR kenal PAS sebelum ini dan PAS kenal DAP.  Kami mempunyai agenda sendiri tapi kami masih duduk bersama untuk membincangkan kepentingan bersama.  Bagi saya, mempunyai pandangan yang berbeza adalah perkara biasa," katanya.
Bagi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, perbezaan pendapat seperti itu tidak menghalang mereka dari bersatu padu untuk menentang kemungkaran.
"Tapi yang jahatnya mereka bermain dengan api dan menghasut supaya timbul kebencian sesama kaum agar mereka dapat menutup skandal saham RM54 bilion.
"Siapa yang bertanggungjawab tentang hal ini, sudah tentu pemimpin-pemimpin BN.  Maka sebab itu mereka enggan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja supaya perkara ini dapat dilupakan. Isu ini jauh lebih penting dari isu-isu lain," kata Lim.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Setiausaha Agung PAS Mustapha Ali, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah.

Bantuan Raya Kerajaan: Madu diberi janganlah dibalas tuba

1. Saya amat mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri memberi bantuan khas kewangan sempenan Hari Raya Aidilfitri ini.  Kakitangan dan pesara kerajaan akan menerima bantuan sebanyak RM 500 seorang.  Ini bermakna kerajaan perlu mengeluarkan hampir RM 1 bilion bagi melaksanakan pemberian ini.
2. Pemberian bantuan raya ini menunjukkan kerajaan bersedia berbelanja dan mengeluarkan wang untuk rakyat berdasarkan keperluan dan bukannya sekadar suka-suka berbelanja dan bermewah tanpa keperluan.
3.Bagi kakitangan kerajaan, pemberian ini walaupun tidak besar jumlahnya bagi individu, namun sangat besar kepada perbendaharaan negara.  Saya percaya sebahagian besar kaitangan kerajaan akan bersyukur dengan bonus ini.  Jika ada segelintir yang masih bersikap madu diberi tuba dibalas biarlah Allah sahaja menentukan untung nasib mereka kemudian hari.
4. Adalah menjadi harapan kita agar pemberian bonus raya ini akan menaikkan lagi semangat dan dedikasi kakitangan kerajaan untuk terus bekerja keras bagi memakmurkan negara ini.
5. Saya percaya rakyat tidak merungut kakitangan kerajaan mendapat duit raya dan pelbagai keistimewaan jika mereka terus meningkatkan perkhidmatan awam.  Malahan Perdana Menteri mungkin akan mengumumkan bonus kepada kakitangan kerajaan dalam pembentangan Bajet akan datang.
6. Namun biarlah rakyat melihat dedikasi kakitangan kerajaan memberi perkhidmatan yang lebih baik dan meningkatkan pendapatan negara.  Janganlah pula selepas mendapat bonus raya pun kita akan dapati pejabat kerajaan masih tidak beroperasi biarpun raya telah masuk minggu kedua.  Jika ini berlaku rakyat akan mempersoalkan keputusan kerajaan.  Yang menjadi mangsa kemarahan rakyat nanti ialah pemimpin kerajaan.
7. Justeru kepada kakitangan kerajaan balaslah semula budi baik Perdana Menteri ini dengan memberi perkhidmatan yang terbaik.  Saya percaya bukan puji-pujian yang dipinta oleh Perdana Menteri tetapi kualiti perkhidmatan yang penting.  Namun adab dan budaya Melayu janganlah dilupa sehingga tangan yang memberi hendak digigit kemudian hari.
orang memberi
kita merasa
orang berbudi
kita berbahasa
*Tulisan ini dipetik dari blog Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor, kini sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor.

Pakatan Rakyat: Kembalikan makna Kemerdekaan melalui Politik Baru

Pakatan Rakyat sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan UMNO-BN untuk mengapi-apikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecah-belahkan keharmonian masyarakat.  Politik usang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pimpinan UMNO-BN kerana mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka.
Demi mencapai cita-cita politik tersebut pelbagai jentera kerajaan seperti BTN (Biro Tatanegara) dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat.  Berhadapan serangan bertali arus itu, Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk melaksanakan Perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya.  Kita beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini.
Pakatan Rakyat menghormati perjuangan parti masing-masing dalam Permuafakatan Pakatan Rakyat.  Permuafakatan ini sememangnya berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati.
Dasar Pakatan Rakyat menyatakan: "Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama.  Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama."
Kita akui sememangnya terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat, walaupun begitu kita tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka.  Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan.
Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan kemungkaran dan penganiayaan UMNO-Barisan Nasional terhadap rakyat.  Kami beriltizam untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini.  Menjelang 53 tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat.  Pakatan Rakyat merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta negara ini.
Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan kerajaan UMNO-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham untuk rakyat termiskin bernilai RM 52 billion.  Kita menggesa satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat tersebut.

Kim Quek menyelar tindakan polis rampas bukunya...

"Tangan kiri tidak sedar apa yang tangan kanan lakukan", demikianlah sindiran yang dilontarkan oleh Nathaniel Tan, penyunting buku berjudul "Di manakah keadilan?" (Where is Justice?) ketika mengulas dakwaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa mereka tidak terlibat dalam rampasan buku yang dijalankan oleh polis.
Nathaniel Tan berkata sedemikian dalam satu sidang media bersama Kim Quek (gambar kiri), yang juga ditimpa nasib seperti dirinya.  Kim Quek, penulis buku Perarakan ke Putrajaya (The March to Putrajaya) menyelar tindakan polis untuk merampas bukunya sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang, malah bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kim Quek dimaklumkan pada 19 Ogos 2010 bahawa bukunya telah dirampas oleh polis, tetapi pihak polis tidak memberi sebarang penjelasan berhubung rampasan tersebut.
Apa yang menarik, ketika dihubungi Malaysiakini pada 21 Ogos, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Zaitun Ab Samad berkata bahawa KDN bukanlah pihak yang bertanggungjawab dalam tindakan rampasan berkenaan, malah menambah bahawa buku tersebut mungkin diambil polis, tetapi bukan KDN.
Lantaran daripada itu, Kim Quek menyelar polis kerana memberi "jawapan yang teruk", tanpa melihat kepada realiti bahawa pasukan polis berada di bawah bidang kuasa KDN.  Dengan sinis Nathaniel Tan pula menyindir, "Tangan kiri kerajaan langsung tidak sedar apa yang tangan kanan lakukan!"
Buku The March to Putrajaya adalah koleksi artikel Kim Quek yang diterbitkan oleh Oriengroup Sdn.Bhd pada Mac tahun ini.  Khabar rampasan buku oleh polis hanya tersebar selepas enam bulan selepas buku diedarkan dalam pasaran.  Rampasan buku dikhabarkan berlaku di Pahang, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan sebagainya sehingga hari ini.
Bilangan buku yang dirampas belum diketahui, tetapi maklumat yang diperolehi menunjukkan bahawa buku ini dirampas oleh pegawai special branch.  Pihak special branch hanya meninggalkan satu dokumen, namun tidak dinyatakan pegawai yang bertanggungjawab, unit mana yang menjalankan rampasan, malah tiada tandatangan pegawai penguatkuasa.
Polis mengambil keterangan penerbit
Sementara itu, tiga orang polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah mengambil keterangan daripada Pengarah Eksekutif Oriengroup Sdn.Bhd, Low Chee Chong di pejabatnya, semalam.  Selain daripada soalan biasa, satu-satunya soalan yang menyentuh kandungan buku itu berbunyi, "Apakah kamu menganggap buku ini akan menimbulkan suasana ketidakstabilan di Malaysia?"
Low Chee Chong (gambar kanan, kanan) yang diambil keterangan selaku saksi diberitahu bahawa siasatan dijalankan di bawah seksyen 112 Kanun Keseksaan.
Dalam kenyataan Kim Quek pada hari ini, beliau menganggap bahawa seandainya tulisannya memberi kesan yang buruk kepada mana-mana pihak, maka langkah yang tepat adalah menyamannya di bawah Akta Fitnah.  "Adalah satu kesalahan dari segi moral mahupun undang-undang jikalau bertindak mengganggu kedai buku, menjejaskan kelarisan pengedaran buku saya."
Low: Debat seandainya tidak bersetuju
Malah, Low Chee Chong bagi pihak penerbit merakamkan penghargaan terhadap Kim Quek yang menyarat bukunya dengan idea-idea yang bernas.  Low mengalu-alukan sebarang kritikan terhadap kandungan buku ini, bahkan bersikap terbuka untuk sebarang perbincangan, bahkan perbahasan berhubung pandangan yang diketengahkan dalam buku tersebut.
Selain The March to Putrajaya, buku berjudul Where is Justice? dan 1 Funny Malaysia yang diterbitkan Malaysiakini book juga ditimpa nasib yang sama.  Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran yang turut hadir dalam sidang media berkata, tindakan polis untuk merampas buku menunjukkan bahawa "kerajaan kita kekurangan sense of humor", malah bertentangan dengan halatuju kerajaan Najib yang mahu menuju ke arah keterbukaan.
Pihak Malaysiakini books dan kartunis, Zunar telah membawa kes ini ke mahkamah, yang akan dibicarakan pada pagi esok.
Penyunting buku Where is Justice, Nathaniel Tan juga mengkritik siri tindakan kerajaan yang mengganggu kedai buku sejak kebelakangan ini.  Pihak kedai buku diselubungi ketakutan untuk menjual buku dari penerbit berkenaan lantaran daripada tindakan polis sedemikian, katanya.  Beliau menyeru agar polis menghentikan segera gangguan terhadap kedai buku, malah menambah, "Tiada baiknya untuk negara."
Selain Kim Quek, Nathaniel Tan, Low Chee Chong dan Premesh Chandran, mereka yang turut hadir dalam sidang media pagi ini termasuklah anggota WAMI (Writers Alliance for Media Independence) Josh Hong, Ng Yap Hwa dan Chong Ton Sin dari GerakBudaya.
Josh Hong dan Ng Yap Hwa menyeru semua penulis, penerbit dan pencetak agar bersatu untuk menentang pencabulan terhadap kebebasan bersuara, malah menggalakkan aktiviti protes bercorak karnival, agar orang awam dapat menyertainya tanpa rasa ketakutan.
*Wong Shu Qi

Ibu bapa digesa lahir anak berkualiti


5e29f87c69369a6237864fbf50d64ae0 Oleh Qayum Rahman
PETALING JAYA: Ibu bapa di negara ini digesa melahirkan anak-anak yang berkualiti yang dapat membantu Malaysia menambah golongan intelek dan menjadi tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.
Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata, "jika masyarakat menumpukan kepada anak berkuantiti (ramai) maka ia akan menjejaskan kehidupan keluarga dari segi kesihatan dan sosio-ekonomi."
"Apabila ibu bapa kurang berkemampuan dari segi kewangan gagal membiayai kehidupan anak yang ramai itu maka akan timbul masalah penjagaan, pengabaian dan tidak dapat mencurahkan kasih sayang dengan sempurna," katanya kepada FMT hari ini.

Fuziah yang juga ahli jawatankuasa Wanita PKR berkata, pada kebiasaannya keluarga yang miskin di negara ini mempunyai bilangan anak yang ramai akibat tidak ada perancangan keluarga.
"Ini memberi kesan buruk dari segi penjagaan dan pembesaran anak-anak kerana ibu bapa gagal memberi pelajaran yang secukupnya kepada anak-anak mereka," ujar beliau.
Menurut beliau, ini merupakan salah satu punca kenapa Malaysia gagal melahirkan tenaga pekerja yang berkemahiran tinggi, kreatif dan inovasi untuk menyokong hasrat kerajaan dalam usaha untuk mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi.
Beliau berkata, negara memerlukan lebih ramai tenaga mahir kerana pada masa ini sebanyak 80% dari tenaga pekerja mempunyai kelulusan setakat SPM sahaja.
"Bagi golongan masyarakat yang mempunyai keluarga yang baru katanya, perlu merancang mengikut kemampuan dari sudut kewangan kerana tanpa perancangan terhadap perbelanjaan harian yang baik akan menjejaskan kehidupan berkeluarga.
Ujar beliau, "walaupun masyarakat mempunyai keluarga yang kecil, sekitar dua tiga orang anak sahaja maka itu lebih baik supaya ibu bapa dapat merancang keperluan harian dan pelajaran anak-anak dengan lebih sempurna.
Keluarga lebih besar bagi yang mampu
"Bagi ibu bapa yang mampu, mereka boleh merancang untuk keluarga yang lebih ramai bagi menambah keperluan tenaga pekerja mahir untuk keperluan pembangunan negara," katanya.
Fuziah berkata, "keluarga yang mampu melahirkan anak berkualiti adalah keluarga yang mempunyai perancangan yang baik sebelum mewujudkan anggota keluarga yang baru.
"Anak-anak yang berkualiti kebanyakannya lebih berjaya dalam hidup kerana dapat menumpukan perhatian kepada karier bagi mencapai cita-cita mereka.
"Sebaliknya, bagi keluarga yang ramai, tempat tinggal juga menjadi masalah kerana rumah akan menjadi lebih sempit dan tidak selesa untuk kehidupan berkeluarga."
Tegas beliau, "apabila anak lelaki dan perempuan meningkat dewasa mereka terpaksa bercampur dalam sebuah bilik akibat kekurangan bilik dan rumah yang sempit.  Ini tidak baik dari segi moral dan pergaulan, walaupun mempunyai pertalian darah.
"Apabila tinggal dirumah yang sempit, anak-anak tersebut akan lebih suka berada di luar rumah berbanding dirumah hingga menyebabkan mereka terdedah dengan pergaulan bebas dan terlibat dengan gejala sosial.
"Bila terdedah dengan pergaulan bebas, anak yang mencecah usia remaja akan hidup lebih bebas hingga terjadinya hubungan intim hingga membawa kepada perzinaan.
"Hasil seks bebas ini menyebabkan remaja hamil dan oleh kerana tertekan hidup mereka tergamak membuang dan membunuh bayi yang dilahirkan," jelas beliau.
Beliau berkata, anak muda sekarang ini tidak memikirkan kepentingan zuriat yang mereka lahirkan tetapi mengambil jalan singkat untuk membunuh zuriat tersebut tanpa pengetahuan keluarga.
"Nafsu seks yang tidak dapat dibendung akibat terdedah dengan kehidupan sosial dan banyak video lucah di pasaran menggalakkan anak muda melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya.
Beliau menggesa kerajaan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyekat masalah keruntuhan akhlak remaja memandangkan perbuatan membuang bayi dewasa ini amat berleluasa.
"Bagi Wanita PKR katanya, kami akan memulakan kempen anti-zina dan sebagai permulaan kempen ini hanya melibatkan negeri Selangor sahaja sebelum diperluaskan di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat," ujar beliau.

"Saya jadi kambing hitam" – Tee


tee boon hock1_250_220 Oleh Teoh El Sen
PETALING JAYA: Pemimpin DAP dan bekas ahli Majlis Perbandaran Klang yang dipecat hari ini mengkritik mereka yang berpaling tadah dalam kontroversi surat sokongan dan menyifatkan beliau dijadikan "kambing hitam".
Beliau berkata, beliau menjadi "kambing hitam politik" dalam semua episod ini dan menuduh pemimpin-pemimpin yang berkepentingan mengenepikan perjuangan parti.

"Kehidupan saya dimusnahkan oleh para pemimpin yang berkepentingan ini," katanya. Tapi beliau menegaskan beliau tetap tidak bersalah, yang mengakibatkan beliau dipecat dari parti.
Semalam, Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) memutuskan untuk mengekalkan keputusan jawatankuasa disiplin untuk memecat Tee kerana mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat milik anaknya.
CEC juga tidak mengambil tindakan lanjut terhadap bekas bosnya ahli exco negeri Selangor Ronnie Liu di mana kepala surat dan copnya digunakan untuk mengeluarkan surat itu, dengan hanya memberi amaran keras sahaja terhadap beliau.
"Saya juga berharap parti melayan saya dengan adil tetapi saya dijadikan kambing hitam.  Tapi saya tetap yakin saya tidak bersalah," kata Tee kepada FMT hari ini.
Menuduh kepimpinan parti mempraktikkan "double standard", bekas setiausaha penganjuran DAP negeri itu berkata, jika prinsip yang sama digunakan terhadapnya di tempat-tempat lain, lebih ramai ahli yang akan dipecat.
"Jika kita kata surat sokongan adalah salah maka Hamidah Mat Sum dari PKR juga silap dan salah dalam mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat milik suaminya. Tidakkah beliau juga harus dipecat?" soal beliau.

Umno akan terus berkuasa kerana PR bodoh melantun-lantun

Malaysiakini hari ini menyiarkan berita bertajuk "'Tazkirah' Teo: Sultan murka, Mais ambil alih surau" dan "'Teo di surau': Akar umbi PAS tiada masalah".

Saya tidak berminat untuk membincangkannya dari sudut hukum atau konteks dakwah. Umno tak pernah ambil peduli itu semua. Minat Umno hanyalah mengapi-apikan perkauman dan kebencian orang-orang Melayu terhadap parti-parti yang mengacau kesedapan mereka membuat duit sakan dengan kuasa yang ada di tangan mereka. Ah, tiba-tiba pulak saya teringat ayat yang pernah saya dengar sebelum ini "jiwa tamak sang perasuah yang sentiasa celaka dulu, kini dan selamanya".

Saya juga tak berminat dengan jawapan bodoh macam innocent sangat (lihat Malaysiakini hari "'Tazkirah' di surau: Saya ikhlas, kenapa dipermain?")

Tetapi, saya nak bincang dari sudut sikap hati-hati seorang ahli politik. Atau lebih jelas lagi, saya nak bagi tau ahli politik janganlah bodoh.

Sebelum melakukan sesuatu perkara, ahli-ahli politik pembangkang mestilah berfikir adakah perkara itu akan dijadikan isu perkauman oleh Umno atau tidak. Benda tu memang tak diajar di universiti atau kursus-kursus parti. Tetapi bak kata orang, sendiri mau ingat la dan jangan bodoh sangat.

Ahli-ahli politik hari ini jangan lupa satu perkataan - "sensitiviti". Walaupun apa yang menjadi pantang larang di sisi sensitiviti masyarakat tak semestinya haram di sisi hukum agama, ahli-ahli politik dan para penyokong parti-parti politik jangan bodoh dan gatal sangat melanggar pantang larang itu.

Sejak selepas pilihan raya umum 2008 lalu, Umno telah mencipta kejayaan gilang gemilang dalam memainkan isu-isu perkauman. Ramai orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan oleh parti pengkhianat Melayu itu.

Masalahnya, parti-parti pembangkang jauh lebih bodoh lagi berbanding orang-orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan oleh Umno itu. Mereka ketagih sangat membuat kerja-kerja yang yang dengan mudah sungguh dapat dieksploitasikan oleh Umno untuk menyalakan api perkauman Melayu.

Agaknya bodoh melantun-lantun itulah yang menyebabkan munculnya berita FMT hari ini bertajuk "Pakatan staring at massive loss in next election". Dalam pada itu, muncul pula berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Jeffrey tells Anwar to stay away from Sabah" dan berita FMT bertajuk "PKR crisis deepens, Jeffrey advises Anwar to scrap visit".

Umno nampaknya akan terus berkuasa. Tetapi, ia bukan disebabkan Umno tu bijak sangat berpolitik. Umno bodoh dan hanya cekap mengapi-apikan perkauman sahaja. Tetapi pembangkang lagi bodoh - bodoh terlampau.


Melayu Boleh!!


Ke mana perginya saham bernilai RM52 billion yang diperuntukkan untuk bumiputera dan rakyat termiskin??

Lesap dan hangus begitu saja tanpa khabar dan berita. Ke mana menghilangnya?? Siapa punya angkara?? Siapa perompaknya?? Bagaimana boleh hilang?? Don't play... play... Bukan sikit duit... RM52 billion!!

Eleh... sebenarnya ini adalah senario cerita "Melayu Tipu Melayu." Melayu, tipu Melayu..... melalui projek-projek 'Tipu Melayu'. Lepas tu.... mereka guna Melayu untuk cover kerja-kerja 'Tipu Melayu' mereka. Akhirnya.... Melayu tertipu dan duit RM52 billion lesap!!

Sekarang.... mereka guna isu yang ada kaitan dengan Melayu untuk alihkan pandangan rakyat khususnya orang Melayu supaya Melayu terus sokong Melayu.

Mereka mainkan isu Ketuanan Melayu.... Raja-raja Melayu dan agama orang Melayu. Merekalah kononnya pejuang Melayu... Juara Melayu di bumi yang kononnya juga adalah milik Melayu.

Ha... ha... ha... ha... This is Melayu country. Melayu is the boss here. You kacau Melayu.... get out you!! You go back to the country of your origin. This is Melayu land!! You don't play-play with Melayu!!

Kah... kah... kah... kah...!!!

Fuulamaakk!! Brutalnya Melayu species ini. Weh... ater ngkorang Melayu sejati ke?? Melayu asli ke..??? Atau... asal dari origin pendatang dari rumpun Melayu, tetapi... bernasib baik sebab ngkorang datang ke bumi yang dinamakan Tanah Melayu..... jauh lebih awal daripada hat yang bukan-Melayu. Sceptical jugak kan?? Melayu.... original dari Tanah Melayu atau Melayu luar tapi bertandang ke Tanah Melayu and decided to stay on here and later anggap negeri ini ngkorang punya??

Now.... Melayu species ni, claim yang mereka tuan kepada negeri yang asalnya bernama Melayu, walau pun sekarang.... sudah bertukar nama sebagai Malaysia. Pulak tu.... ada bermacam-macam warna hamba Allah SWT di dalamnya. Yeeess!! Warna -warni Malaysia!!

Perdana Menteri, species Melayu ini kata..... kita 1Malaysia. Tiada 2Malaysia.... No, 3Malaysia. Just.... 1Malaysia. 1Malaysia?? Kah.... kah.... kah.... kah....!! Poooraahhh!!!

Aha.... Melayu species inilah yang sekarang tipu sama Melayu. Melayu yang kini, pegang kuasa dan merekalah..... Melayu yang tipu Melayu. Bukan sikit-sikit mereka tipu. RM52 billion ooooo.... Baca sini.

Siapa Melayu ni??

Ha... ha.... ha... ha....

MELAYU SPECIES UMNO!!

Projek Hospital Shah Alam RM482 Juta Didakwa Libatkan Rasuah RM40 Juta

Oleh Frederick Luccas
SHAH ALAM 27 Ogos - Projek pembinaan Hospital Shah Alam yang sudah dua kali tergendala dan menyebabkan kos meningkat daripada RM300 juta kepada RM482 juta didakwa melibatkan sogokan rasuah kepada pihak tertentu sebanyak RM40 juta.
Mendedahkan perkara ini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa selain rasuah sebanyak RM40 juta sebelum lagi projek dimulakan, beberapa peratusan daripada setiap bayaran berperingkat yang diterima kontraktor juga terpaksa diserahkan kepada beberapa pihak tertentu sebagai 'insentif'.
"Sub kontraktor pula diberi kontrak untuk menyiapkan semua kerja pembinaan, maksudnya kontraktor utama bagi projek ini tidak berbuat apa-apa pun melainkan membuat tuntutan bayaran daripada kementerian setiap kali satu fasa pembinaan disiapkan dan mengagihkan wang yang diterima.
"Saya tidak hairan jika subkontraktor projek berkenaan, Isyoda Corporation Berhad gagal melaksanakan projek dan rugi kerana terpaksa membayar komisyen yang tinggi bagi memastikan mereka kekal sebagai subkontraktor," tegas beliau ketika ditemui Suara Keadilan semasa rakaman rancangan Bincang-bincang yang disiarkan melalui tv web, www.tvselangor.com Ahad lalu.
Katanya lagi, kemungkinan besar Isyoda terperangkap di dalam keadaan ini dan akhirnya terjerat hingga menyebabkan syarikat itu berhadapan dengan masalah kewangan yang kronik.
Khalid seterusnya berkata, perkembangan dalam projek ini semasa diberi kepada subkontraktor kedua, GM Healthcare Sdn Bhd amat memberangsang.
"Saya telah meneliti kerja mereka dan mendapati kerja yang dibuat oleh GM Healthcare amat bagus hinggakan kerja yang disiapkan jauh lebih cepat daripada standar yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Maka, boleh dikatakan GM Healthcare telah berjaya menyelamatkan projek ini, tetapi apabila mereka juga dikenakan kekangan kewangan oleh kontraktor utama dengan tidak membuat bayaran mengikut skala yang dipersetujui menyebabkan mereka menghadapi kesulitan meneruskan kerja," jelas beliau lagi.
Tambah Khhalid, GM Healthcare telah membawa isu ini ke mahkamah dan berjaya mendapatkan arahan agar bayaran kerja dibayar terus kepada subkontraktor tetapi tidak dibayar juga. Keadaan ini telah menyebabkan kedua-dua pihak kontraktor utama dan subkontraktor tidak mendapat bayaran.
"Bayaran telahpun dibuat kepada bank tetapi kerana adanya perintah mahkamah dari kontrator dan subkontraktor untuk tidak membayar kepada mana-mana pihak, maka bank pun tidak dapat membuat apa-apa bayaran dan akhirnya menyebabkan projek terbengkalai," kata beliau lagi.
Beliau menjelaskan masalah kedua-dua pihak telahpun dimaklumkan kepada kementerian tetapi tiada tindakan diambil.
Khalid menjelaskan ini kerana amalan pemberian projek kerajaan melalui rundingan terus membuka ruang kepada sogokan komisyen kepada pihak tertentu yang terbabit dalam projek tersebut.
"Maka sebab itu tindakan tidak diambil kerana pihak terbabit takut identiti mereka yang menerima komisyen didedahkan jika siasatan dilakukan.
"Inilah masalah utama dengan rundingan terus apabila diberi kepada seseorang yang berkepentingan dan pihak itu kemudiannya memberi balik komisyen kepada pihak lain. Apabila sesuatu projek itu gagal tindakan tidak dapat diambil kerana pihak tertentu sudahpun termakan rasuah komisyen atau imbuhan," tegas beliau lagi.
Khalid berkata, ini yang menjadi faktor utama mengapa kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak mampu menyelamatkan projek hospital itu.
Beliau mencadangkan pada peringkat ini adalah lebih baik projek ini diambil alih oleh JKR berdasarkan pengalaman luas JKR yang mempunyai kepakaran yang tinggi serta ramai jurutera terlatih dan profesional.
"Tidak ada sebab untuk JKR tidak mengambil alih dan meneruskan projek ini, setelah menentukan tiada penambahan dari segi kos, kelewatan dan penyelesaian projek itu.
"Kini projek Hospital Shah Alam mungkin akan ditender semula, dan apa yang akan berlaku selepas ini ialah harga tender akan naik, tempoh masa akan dilanjutkan kerana proses tender sahaja akan memakan masa tiga hingga empat bulan dan untuk memulakan kerja juga akan memakan masa kerana kesemua subkontrak yang ada di tapak juga telah dihalau keluar," jelas beliau lagi.

KIMMA Diterima Sebagai Gabungan Umno



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan penyertaan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) sebagai ahli bergabung dengan Umno berkuat kuasa serta-merta.
Bagaimanapun Presiden Umno berkata, KIMMA tidak dibenarkan terlibat dalam pengurusan parti.
"Namun mereka akan menerima beberapa keistimewaan seperti akan dijemput untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno sebagai pemerhati dan juga mesyuarat di peringkat bahagian jika kongres berkenaan wujud diperingkat berkenaan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini pada Jumaat.
Selain itu Najib berkata, KIMMA bersetuju menerima semua dasar dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan MT Umno.
"Mereka juga bersetuju untuk bersama-sama menguatkan Umno dan BN," katanya.
Sebelum ini KIMMA dan beberapa lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dilaporkan berminat untuk menyertai BN selepas pilihan raya umum 2008.

Kedudukan KM S'wak: PM bincang 'hati ke hati'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berbincang "dari hati ke hati" dengan Tan Sri Taib Mahmud berhubung kedudukan pemimpin utama parti PBB itu beliau sebagai ketua menteri Sarawak.

"Apa-apa keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada semangat setiakawan antara BN dan PBB," katanya.
azlan"(Mereka juga) tonggak kejayaan BN di Sarawak," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu negara.
Menurut Najib, PBB merupakan sekutu setia dalam BN dan telah menyumbang kepada kejayaan gabungan itu.
Najib yang juga pengerusi BN dan presiden Umno ditanya mengenai kenyataan Abdul Taib yang berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10 akan datang.
Pemimpin berusia 74 tahun itu yang merupakan ketua menteri yang paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun pada 24 Ogos lalu dilaporkan berkata beliau bersedia untuk berundur jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

"Saya tidak tahu...terserah kepada parti dan perdana menteri," kata Abdul Taib.

"Banyak orang kata saya tidak diperlukan. Jika saya tidak diperlukan, saya akan berundur."
Pada pilihan raya negeri 2006, PBB memenangi 34 daripada 71 kerusi negeri diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dengan 11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sembilan kerusi dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) lapan kerusi manakala selebihnya dimenangi parti-parti pembangkang.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini kepopularannya, khususnya di kalangan masyarakat Cina di Sarawak semakin pudar. Ramai juga yang mempertikaikan 'kekayaan luar biasanya' seperti yang didedahkan oleh laman sesawang Sarawak Report.

Pencalonan PKR meriah di Kedah, tenang di K'tan

Hari pertama pencalonan bagi pemilihan langsung bagi cabang-cabang PKR di Kedah berlangsung meriah manakala di Kelantan agak tenang.

kedah defection ceramah 220510 ahmad kassimMenurut Pengerusi PKR Kedah Ahmad Kassim (kanan), proses pencalonan hari pertama di Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Alor Setar dan Kuala Kedah, menyaksikan hampir semua cabang menyaksikan berlaku pertandingan untuk jawatan-jawatan yang dipertandingkan.

"Paling meriah saya rasa di Alor Star yang mana mereka datang bersama penyokong masing-masing seperti penamaan calon 'mini' dalam pilihan raya," kata Ahmad yang juga ahli palimen Kuala Kedah kepada Malaysiakini.

Manakala, Setiausaha PKR Kelantan Makhatar Che Harun pula berkata, berbeza dengan di Kedah, hari penamaan calon di negerinya agak tenang.

Menurutnya, proses penamaan di Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas dan Rantau Panjang mungkin 'kurang rancak' ekoran kedudukan parti yang hanya mempunyai tiga ahli parlimen sahaja.

pkr congress ceramah 291108 supporters2Bagaimanapun, daripada sepuluh cabang yang pertama membuka penamaannya hari ini, terdapat sedikit "kekecohan" berlaku di Kubang Pasu.

"Ada yang tak mahu dicabar rasanya. Tetapi ini (satu proses) demokrasi dalam parti," kata Ahmad.

Proses pencalonan hari ini berlangsung di tempat yang ditetapkan bermula dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

Dalam tempoh tersebut, anggota cabang yang berminat bertanding merebut 18 jawatan dalam cabang serta sepuluh kerusi dalam sayap Pemuda (AMK) dan Wanitanya akan mengemukakan borang pencalonan masing-masing bersama seorang pencadang dan seorang penyokong.

Lebih 400,000 anggota PKR daripada 205 cabang akan terlibat memilih dalam pemilihan PKR tahun ini sebelum pertandingan jawatan tertinggi parti itu akan dibuat November ini dalam kongres tahunnya.

Pemilihan secara langsung barisan kepimpinan PKR bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada 17 September hingga 3 Oktober depan.

Semua cabang di seluruh negara diminta mengemukakan pencalonan mulai hari ini hingga 12 September.

PKR merupakan parti politik pertama melaksanakan pemilihan secara langsung bagi semua jawatan di peringkat cabang serta di peringkat Majlis Pimpinan Pusat, termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggotanya.

'Tazkirah' Teo: Sultan murka, Mais ambil alih surau

Sultan Selangor amat murka dan dukacita terhadap tindakan sebuah surau di Kajang yang membenarkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di situ Ahad lalu, kata pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais).


Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, setelah memanggil pihak pengurusan surau itu memberikan penjelasan pada hari ini, Mais mendapati bahawa ucapan oleh Teo di dalam dewan solat di Surau Al-Huda, Kajang Sentral berlaku seperti dilaporkan.

Sehubungan itu, tambahnya, Mais diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap surau itu, termasuk mengambil alih surau dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta kerana insiden itu jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor.

"Mais memandang serius berhubung isu ini memandangkan ini merupakan kes kedua seumpanya yang melibatkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid/surau di negeri Selangor," kata Mohamad Adzib.

Sementara itu, Mohamad Adzib berkata, Mais juga akan memberikan surat amaran kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulangi lagi.

"Mais juga mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama dan tidak menggunakan masjid/surau," katan Mohamad Adzib.

"Pihak Mais juga menggesa supaya semua pihak termasuk parti-parti politik agar lebih sensitif kepada perasaan umat Islam amnya dan hendaklah menjunjung titah perintah DYMM Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di negeri Selangor."

Nong Chik Terlalu Desperate, Isytiharkan 15 Orang PKR Sertai UMNO


Ketua PKR Bukit Bintang, 15 ahli sertai Umno

Ketua bahagian PKR cabang Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan (WP) Mahmood Abdullah bersama 15 ahli yang sebahagian mereka adalah anggota jawatankuasa cabang berkenaan hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno, berkuatkuasa serta-merta.

Borang menyertai Umno itu diserahkan kepada timbalan pengerusi Umno WP Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta disaksikan ketua penerangan Umno WP Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah dan ketua Umno bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee.

Mahmood berkata keputusan keluar parti itu dibuat tanpa adanya rasa benci atau rasa tidak puas hati terhadap sesiapa sebaliknya ia diputuskan demi untuk mengukuhkan bangsa Melayu dan agama Islam yang secara konsisten diperjuangkan Umno.

"Tujuan kami kembali kepada Umno adalah kerana yakin dengan fokus perjuangan yang dibawa presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempunyai agenda perjuangan yang tidak berubah-ubah berbanding PKR.

"PKR mempunyai pelbagai agenda dan matlamat...tidak fokus. Sebagai orang Melayu yang duduk dalam PKR saya rasa bersalah," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan borang di Pejabat Perhubungan Umno WP di Kuala Lumpur.

Katanya selepas mencatat kejayaan cemerlang semasa pilihan raya umum (PRU) 2008, segala kepincangan dalam perjuangan parti itu mula ketara dengan dihujani pelbagai masalah.

"Saya tak menyesal menyertai PKR tetapi berada di dalamnya, khususnya selepas PRU lalu membuatkan saya gelisah," katanya dan menambah lebih 200 lagi anggota parti itu akan menyertai Umno selepas Aidilfitri ini.

Ditanya apakah tindakannya itu didorong oleh pemilihan barisan kepimpinan PKR Sept ini, Mahmood berkata ia tidak langsung berkait kerana jawatan ketua bahagian Bukit Bintang yang disandangnya sejak tiga tahun lalu langsung tidak dicabar. - Bernama

Ulasan GB

Selepas GB mengeluarkan satu tulisan bertajuk "Nong Chik, Kamu Wakil Rakyat Mana?", keluar pula berita dari agensi berita Luncai BERNAMA menyatakan 15 orang ahli PKR menyerahkan borang UMNO kepada Nong Chik yang merupakan timbalan pengerusi Umno WP.

Kasihan sungguh kerana dah desperate sangat Nong Chik, dan juga BERNAMA, sehingga terpaksa mencari da membuat berita yang cuba menonjolkan populariti Nong Chik yang lansung tidak ada integriti untuk menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Sekadar berstatus Senator yang tidak dipilih oleh rakyat tetapi ditonjolkan oleh Najib selaku PM.

15 orang sajakah? Sedangkan jumlah pengundi Bukit Bintang ialah 65112 orang!

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Fong Kui Lun mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Datuk Lee Chong Meng dengan majoriti sebanyak 14,277 undi. Beliau memperolehi 26,811 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,314 undi.

Jika pun benar 15 orang menyeberangi UMNO, Nong Chik belum boleh bermimpi apatah lagi berangan untuk merampas kerusi Bukit Bintang dari Pakatan Rakyat.

Antara UMNO karat dan Islam PUAKA....

ORANG UMNO KARAT - ORANG ISLAM PUAKA

DAP di dakwa tolak Islam. Memang patut dan padan pun kalau mereka tolak Islam, kerana mereka bukan beragama Islam. Ahli-ahli mereka, majoriti tidak beragama Islam.

Tetapi, terbukti UMNO tolak islam itu pula bagaimana?

DAP tidak terima Islam, tetapi mereka tidak pernah menghalang PAS menerang Islam kepada rakyat. Mereka memberi ruang secara terbuka kepada PAS untuk menerangkan islam kepada rakyat.

Adapun UMNO, bukan sekadar menolak Islam, malahan bertindak dan berusaha bersungguh-sungguh menghalang rakyat dari memahami Islam. Lupakah kita dengan masjid yang 'digari' di Sek 8 Shah Alam setahun sebelum berlaku PRU ke 12 yang lalu?

Kelakarnya, tanpa segan dan malu, UMNO mendakwa mereka beragama Islam, waima terbukti mereka melawan islam dan menghalang perkembangan Islam di malaysia.

"orang Islam ni syaikh ada tiga jenis. pertama, orang islam baka [muslim kerana keturunan]. kedua, orang islam pusaka [islam yang dipusakai dari nabi SAW]. dan ketiga adalah, orang Islam Puaka [Orang Islam yang lawan Islam, macam UMNO]"

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Syor gantung PKR 12: Dungu atau keras kepala?

'The March of Folly' adalah sebuah buku yang menarik oleh penulis sejarah popular, Barbara W Tuchman, yang seharusnya dianjurkan dibaca oleh anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sebelum mesyuarat pentingnya Ahad ini.

Mereka perlu merenungkan kajian Tuchman tentang "kedunguan atau keras kepala", yang katanya, menjadi penyebab banyak episod bencana dalam sejarah dari Trojan Horse Troy hingga ke Vietnam.

Tuchman menganggap "kedunguan atau keras kepala" itu berpunca daripada dorongan yang kuat untuk bertindak bertentangan dengan kepentingan terbaik untuk diri sendiri dan dalam menghadapi amaran yang mendesak dan alternatif yang sebaiknya.

Itu kemungkinan berlaku jika MPP PKR menyokong syor jawatankuasa disiplin supaya 12 ahli parti yang berpotensi menjadi ketua cabang dalam pemilihan kali ini, digantung kerana peranan mereka memohon untuk menubuhkan Parti Cinta Sabah (PCS) awal Disember lalu.

Mereka mahu menubuhkan PCS apabila pemimpin mereka, Jeffrey Kitingan (kanan), tidak terpilih sebagai pengerusi PKR Sabah Oktober lalu.

Tentu saja Jeffrey, dengan reputasinya melompat parti, seharusnya menghentikan usaha mereka itu tetapi memecah dan melompat parti bukanlah perkara yang dimulakannya di Sabah.

Umno yang menggalakkan tindakan lompat parti di Sabah pada pertengahan 1990-an untuk menggulingkan kerajaan PBS pimpinan Pairin Kitingan. Sesetengah daripada mereka yang terlibat dalam episod sedih itu, kini bersama PKR.

Ini seharusnya diberi perhatian sebagai satu peringatan berhubung kehendak mereka dalam PKR yang mahu tindakan diambil terhadap kumpulan 12 itu.

Undilah kami sebab kami tak habis lagi tibai duit hampa

Hari ini, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sekali lagi memberikan alasan yang sangat kuat kepada kita mengapa kita perlu lawan Umno habis-habisan. Posting bertajuk "Bantuan raya kerajaan: Madu diberi janganlah dibalas tuba" membuktikan mentaliti kurang ajar terus melekat dalam kepala Umno.

Kalau kata kurang ajaq pun padan sebab dari kecik lagi saya dengar ayat-ayat seperti yang Jalal tulis tu. Sekarang, umur saya dah lebih setengah abad pun Umno tetap tak keluar dari mentaliti jahat teramat jahat itu.

Dia guna duit rakyat belanja sikit untuk rakyat, lepas tu dia ingatkan rakyat supaya jangan lawan dia - yang belanja untuk depa sendiri sama ada melalui ketirisan ka, apa ka, tu tak payah cakap la.

Kalau Jalal yang jadi pemimpin Umno dan pernah jadi Menteri Besar pun mempunyai mentaliti haprak dan jahat seperti itu, bayangkan yang menganga di bawah-bawah ni mengharapkan pemimpin-pemimpin depa suap mulut depa.

Malaslah nak cakap bahawa dalam hati saya, saya baca ayat tersebut seperti berikut:
Rakyat oi, ni kami dah bagi duit raya ni, jangan lawan kami, jangan tak undi kami pasai kami tak habis lagi tibai duit hampa.

'Teo di surau': Akar umbi PAS tiada masalah

PAS Serdang berpendapat tiada masalah bagi seorang pemimpin bukan Islam menyampaikan 'tazkirah' dalam sebuah masjid atau surau kerana Islam merupakan sebuah agama yang bersifat anjal.

"Kita tidak ada masalah (dan) kita tidak mahu memanjangkan perkara ini," katanya ketua Pemuda PAS Serdang Mohd Adram Musa.


Sehubungan itu, menurut Mohd Adram lagi, isu ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki sebuah surau di Kajang dianggap kontroversi ekoran stigma masyarakat yang beranggapan "bahawa Islam itu untuk Melayu semata-mata".

"Bila kaum Cina dan India menghampiri surau atau masjid, timbul satu perspektif yang tidak baik. Dalam konteks dakwah, kena ada fleksibeliti, khususnya di negeri Selangor.

"Kita perlu mengutamakan dakwah dan keharmonian antara kaum," kata Mohd Adram yang juga ahli Majlis Perbandaran Kajang.

Mohd Adram mengulas laporan muka hadapan Utusan Malaysia hari ini berhubung tindakan surau Al-Huda di Kajang Sentral, Kajang yang mengundang Teo berucap di ruang solat surau berkenaan pada 22 Ogos lalu.

Akhbar Umno itu memetik Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Mohd Adram yang juga bendahari Pemuda PAS berkata, berkata pintu dakwah harus sentiasa terbuka kepada bukan Islam sebagai usaha menerangkan tentang kebaikan agama itu.

Menurutnya, ketika zaman Nabi Muhammad dahulu, orang bukan Islam juga dibenarkan masuk ke dalam masjid bagi mendapatkan penjelasan tentang Islam.

Sementara itu, usaha Malaysiakini menghubungi pihak pengurusan surau berkenaan setakat ini masih belum berhasil.

10 Bukti Nyata Tan Sri Khalid jauh lebih baik dari Penyamun UMNO !

http://dppwp.files.wordpress.com/2008/07/khir-toyo-dan-tempe.jpg

by MB Warrior
Disebabkan kebelakangan ni Khir Toyo semacam lupa diri apa kehancuran yang telah dia lakukan kepada Rakyat Selangor dulu.

Maka aku akan jelaskan 10 Bukti Nyata yang Khir Toyo ni lagi elok bersara dari politik dan gunakan duit yang dia dah samun dulu untuk buat perniagaan ternakan ikan keli atau dia juga boleh mintak dekat Noh Omar baka anak lembu untuk dia ternak secara kecil-kecilan.

Itu lebih selamat dan baik untuk Rakyat Selangor dan UMNO Selangor.

Malaon Penyamun ini bukan sahaja menjahanamkan pentadbiran Selangor malah menjahanamkan UMNO Selangor. Kalau UMNO Selangor maseh nak pertahankan Penyamun ni untuk terus jadi Ketua Pembangkang UMNO Selangor alamat memang berpuloh-puloh tahun lagi la UMNO Selangor nak memerintah Selangor.

Ini 10 Bukti Nyata Khir Toyo ni memang tak guna :


1. TSKI bagi air percuma untuk Rakyat sejahtera.

Khir Toyo kayakan Rozali Syabas , Rakyat yang membayar harga nya.

2. TSKI menjemput SPRM untuk taskforce bersama dalam KSSB memantau sebarang rasuah berkaitan pasir.

Khir Toyo menjemput SPRM ke mahligai RM 24 Juta nya untuk lihat kalau ada sebarang unsur rasuah pada Mahligai Istananya. kah kah kah kah

3.TSKI bawa usul Akta Freedom of Information (FOI) agar ketelusan pentadbiran dan tidak ada sebarang kerahsiaan dengan Rakyat.

Khir Toyo perkenalkan (FOS) Freedom Of Samun . Penyamun UMNO boleh menyamun sesuka hati , nak jarah tanah orang Melayu ke , nak gadai apa pun gadai la hak orang Melayu ni. Selangor ni Penyamun UMNO yang punya !!!

4. TSKI memberi khairat kematian RM 2,500.

Khir Toyo takkan bagi Rakyat Selangor yang meninggal duit banyak tu , dia tak terpikir pun.

5. TSKI memberi hasil pasir dari keuntungan KSSB kepada JKKK.

Khir Toyo samun pasir , JKKK Khir Toyo peduli hapa dia.

6. TSKI hapus surat sokongan nak dapat projek.

Zaman Khir Toyo surat sokongan Ketua Bahagian UMNO pun dah boleh jual RM 5 ribu hengget.

7.TSKI tak bercakap retorik nak buat itu ini , Melayu itu ini , tapi beliau terus laksana perkara yang baik untuk Rakyat Selangor dengan pengalamannya dalam bidang korporat.

Khir Toyo bercakap ' Tolong Melayu' , ' jaga Melayu'......

Kira macam pejuang Melayu betul lah......

ITU HANYA LAH PEMBOHONGAN MELAMPAU DAN MAKSIMA !!!

KHIR TOYO NAK TOLONG MELAYU ???

PEGI MAM LA KHIR TOYO !!!

TOKSAH KO NAK MENIPU LA !!!

MANA MELAYU YANG TENGOK PERJANJIAN KONSESI KHIR TOYO BUAT DENGAN ROZALI SYABAS TU TAHU LA KHIR TOYO NI PENYAMUN MELAYU !!!

MELAYU MANA YANG TENGOK KERTAS PROJEK HIGHWAY SEKINCHAN YANG HARGA TAK MASUK AKAL TU TAHU LA KHIR TOYO NI PENYAMUN MELAYU !!!

PTUIIIIIHHHHHHHHHHHH !!!!

KAMU JANGAN BERCAKAP SOAL MELAYU LA KHIR TOYO !!!

KAMU TU BANJINGAN PENYAMUN MELAYU !!!!

HARAM KAMU NAK KATA KAMU TU TOLONG MELAYU !!!

HARAM LAGI MENGHARAMKAN KALAU KELUAR DARI MULUT MELAYU BAJINGAN NIH !!!!!!!!!!!!!!

ELOK KAMU TENGOK SILING MAHLIGAI ISTANA RM 24 JUTA KAMU TU , LEPAS TU KAMU TANYA DIRI KAMU , MELAYU MANA YANG MENYAMUN BOLEH ADA SILING UKIRAN MACAM KAMU ADA TU !!!!!

8. TSKI ini latar belakang yang ada kapasiti untuk beliau mentadbir ekonomi dengan baik.

Khir Toyo ni kepakaran mencabut gigi. Bersepah doktor gigi dekat Selangor nih , tak pulak dudok Istana RM 24 JUTA.

TUNJUK DEKAT AKU DOKTOR GIGI YANG DUDUK ISTANA RM 24 JUTA !!!!

9. TSKI bukan menjadi MB untuk memperkaya kan diri nya.

Khir Toyo ni jadi MB memang atas alasan untuk menyamun dan menyamun dan menyamun dan  menyamun orang Melayu !!!!!!!!

10.TSKI tak habes beribu untuk cucuk Botox !!!

Khir Toyo cucuk habes muka nya untuk kulit muka tegang !!!!!!

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

DAH-DAH LA KHIR !!!!!!!!!!!!!!!!!

MELAYU SELANGOR MENYAMPAH DENGAN KAMU DAH !!!!!

UMNO SELANGOR TAK PAYAH LA PERTAHANKAN PENYAMUN TAK GUNA NI !!!!!!!

ELOK KALAU NOH OMAR TERUS HAMBAT KHIR TOYO NIH !!!!

TERAJANG DIA DARI TERUS MEMBUSUKKAN UMNO SELANGOR !!!!

UMNO SELANGOR TIDAK AKAN MELIHAT WALAU SEKELUMIT SINAR KEMENANGAN SELAGI MALAON PENYAMUN KHIR TOYO INI KETUA PEMBANGKANG UMNO SELANGOR !!!!


HUMBANKAN KHIR TOYO DEMI UMAT !!!

HUMBANKAN KHIR TOYO DEMI MELAYU !!!

HUMBANKAN KHIR TOYO DEMI RAKYAT SELANGOR !!!!!!!!!!!