Khamis, 26 Ogos 2010

FOTO BILA ISLAM ITU MUDAH..........

Adakah akan ada majoriti akan terima usul untuk tukar perlembagaan negara ke perlembagaan baru? 

- Pantang nenek moyang Harussinisana bab perlembagaan nih...  (ngeeee! camne nak usul hukum hudud/tukar perlembagaan kalau MUFTI pantang bab nih!?)

-bagaimana pulak jika orang anggap ISLAM itu mudah dan amik mudah!?

-Ini foto kalau orang amik mudah pasal Islam...


NICE 2 SEE!! NICE 2 HOLD!! ONCE BROKEN CONSIDER Buang ANAK!

Telahan 'pandir' Mahathir bukti Umno dalam ketakutan kehilangan kuasa

WarkahDaily - Mahathir hanya bermain dengan teori pandirnya apabila lebih suka melihat Melayu berasa takut kononnya bila Umno kalah dalam pilihanraya akan datang.

Mahathir mendakwa, jika Umno kalah, Melayu akan hilang kuasa dan tempat pergantungan.

Usah berfikiran sempitlah. Zaman sekarang ni, ugut-mengugut bukan lagi menjadi taruhan rakyat. Kalau zaman batu bolehlah. Itulah sebabnya Umno lebih suka rakyat negara ini berfikiran ketika zaman batu.

Apa nak takut sangat jika Umno kalah. Yang kalah adalah Umno, tetapi Melayu tetap kuat dan boleh jadi lebih kuat daripada sekarang kerana orang Melayu lebih terbela berada di bawah PAS. PAS lebih teruji dan terbukti lebih membela kaum itu berbanding Umno yang hanya mengambil kesempatan atas nama Melayu demi survival politiknya.

Kayanya Melayu ialah kroni keliling pinggang pemimpin Umno, segala ‘tongkat’ yang menjadi hak bumiputera hanya dapat dirasai oleh golongan tertentu sahaja yang ada kaitan dengan pemimpin Umno.

Yang kaya lagi kaya, yang miskin lagi miskin. Mereka ingin mengajar rakyat hidup hanya bergantung dengannya supaya senang diumpan ketika pilihanraya.

Tetapi mereka masih lagi menaruh perasaan takut itu kepada orang Melayu konon Melayu akan hilang jika Umno kalah. Itulah hanyalah ayat bagi orang yang dalam ketakutan berada di ambang kekalahan di samping tiada hujah lagi untuk berhadapan parti lawan mereka dari Pakatan Rakyat.



Politik Melayu: Mahathir sengaja buat tidak faham

PAS berpandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja membuat tidak faham dengan senario politik di negara ini.

“Berkali-kali PAS tegaskan kepada rakyat, kalau Umno kalah yang menangnya ialah PAS,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Peneroka Felda Pengkhianat Melayu!!!


Cheisss!!
Pantang Melayu dikhianati bangsanya sendiri!!!

Panglima Melayu bernama Ahmad Maslan dah bagitau..
Felda ni baik..
Ketua Kegelapan UMNO Malaysia Ahmad Maslan dah cakap...
PKR tu kerjanya menipu!
Felda saman!! Saman PKR RM200 juta!!!

YB Khusairi ADUN Slim Perak kata dalam blognya..
NGO haram ANAK ni menipu..
FELDA ni banyak jasanya pada melayu!!!
Kenanglah jasa kerajaan katanya...

Tergamak 354 peneroka Felda Kemahang 3 ni menyanggah kata-kata Panglima UMNO!
Ini khianat bangsa namanya!
Ini khianat negara namanya!
Ini khianat agama namanya!

Memang kurang ajar dan puk*mak peneroka felda nih!
Satu level dengan DAP!
Siap la korang!

Sat lagi sampai la Armand PERKASA dan lembu-lembunya..
duk berdemo depan simpang Felde Kemahang 3 nih!
Abis la korang!
Ibrahim Ali tak yah susah-susah sebab dia memang orang Kelantan..
Dia kejap je dah sampai simpang tuh!

Woit!
Sampai bila nak menipu melayu!
Sampai bila nak kencing atas kepala melayu!
Sampai bila nak sepak-sepak maruah melayu?

Yang pelik..
Sampai bila orang-orang Felda di negeri lain nak maintain sengal?
Sampai bila orang-orang Felda di negeri lain nak maintain kena sepak kepala dengan UMNO?
Sampai bila nak duduk bawah tempurung?
aduyaiii!!

sunsnake 26082010

Muktamad: Felda diarah bayar peneroka RM11 juta

Trend Malaysia - Dah Pencen Baru Ada 'teloq'


Hmmm.. itulah lumrah kan?
Dulu masa ada kuasa.. masa ada pangkat..
Masa bawah kita ada beribu pegawai yang boleh kita arah..
yang boleh kita tunjal dahi.. kita jadi penakut!

La ni.. bila dah pencen..
Dah takde kuasa.. dah takde pangkat..
Dah takde hatta seorang pegawai pun untuk kita tunjal dahi..
Jadi berani pulak!
Pelik!

Sebab tu selalu kita dengar bekas polis.. bekas askar.. bekas UMNO..
bekas menteri... bekas kadhi.. bekas mufti.. bekas penyamun pun!
bila dah bekas baru la mahu joint ataupun secara terbuka menyokong kita!
Selagi belum jadi bekas.. sorry!
Hentam kita lagi adalah!!

Hmmm.. agaknya mau tak Musa Hassan joint PR bila pencen nanti?
wakakakaka!
sunsnake 25082010
'Kabel' dengan k'tangan awam yang rasuah

Ogos 25, 10
4:47pm

EKSKLUSIF
Memang sukar untuk mengikis persepsi yang mengaitkan budaya rasuah dengan kakitangan awam di Malaysia. Malah, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengakui 41 peratus daripada mereka yang didakwa atas tuduhan rasuah adalah kakitangan awam. Sama ada ia membabitkan penipuan sijil sakit atau meminta wang tambahan untuk 'menutup sebelah mata' bagi kesalahan lalulintas, begitulah ceritanya yang sering kita dengar. Bagaimanapun, bekas Ketua Pengarah Biro Pencegahan Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Datuk Shafee Yahaya (kanan) - yang 33 tahun bersama perkhidmatan awam - berkata ia lebih daripada dakwaan tersebut. "Anda harus melihat semua senario. Ini bergantung pada kementerian atau jabatan tertentu. Sudah tentulah ia diterajui ketua pengarah. Tetapi pada akhirnya, ia tidak akan berlaku jika tidak ada kaitan atau phak yang berkepentingan.

Indon benci Malaysia - Sudah-sudahlah...



Marah betul puak-puak kecil Indon di Jakarta ye?
Tak cukup dengan membakar bendera Malaysia.. siap lumur tahi manusia lagi!
Perghh!! siapa la yang tergamak memegang tahi manusia tuh!
Sedangkan tahi sendiri pun tak sanggup inikan pulak tahi orang!
Tahi bini sendiri pun uweekkk!!!

Apa pun teman puji rakyat Malaysia..
Tak melatah kecuali 2-3 kerat UMNO yang bukan main marah!
bendera tak boleh usik! Tapi akhbar luar 'fitnah' Najib takpe!
Takde pulak Pemuda UMNO atau PERKASA membakar bendera Perancis, India dan Jepun yang akhbar negara-negara ini mem'fitnah' Najib dan Altantuya!
Diam pulak puak pejuang Melayu ni??
Hmm.. mungkin mereka setuju dengan akhbar-akhbar tersebut..
Zahid Mat Arip pun tak kata apa... setuju la tu!
wakakakaka!

sunsnake 26082010

Sudikah anak muda nikah gantung?


nikah Oleh Zainal Abidin Nor

Dewan Pemuda PAS Pusat dalam satu kenyataannya, menyarankan kerajaan melaksanakan program nikah gantung atau "nikah khitbah" sebagai langkah untuk menanggani masalah seks bebas yang berleluasa terutama di kalangan remaja.
Nikah gantung dilihat sebagai jalan keluar dari permasalahan pergaulan bebas hingga membawa kepada persetubuhan haram dan akibatnya melahirkan anak luar nikah.

Bayi yang tidak berdosa kemudian dibalut dan dicampak di merata-rata tempat – masjid dan surau, dalam tangki najis, tong sampah, dalam longkang hingga membawa kepada kematian, jika tidak sempat diselamatkan.
Mengikut statistik terbaru, di Johor sahaja kelahiran anak luar nikah mencecah 50,000 bayi setahun dan jika dicampur dengan di negeri-negeri lain, angkanya mencapai ratusan ribu setiap tahun. Lebih menakutkan jumlah ini meningkat setiap tahun.
Namun nikah gantung bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita, masyarakat Melayu-Islam.  Semasa nikah gantung, pasangan suami isteri biasanya tidak tinggal serumah sehingga kepada suatu tempuh di mana mereka melangkah ke gerbang perkahwinan. Selepas itu, barulah mereka tinggal serumah.
Nikah gantung sebenarnya nikah "daim" atau bersifat kekal dan datang bersamanya tanggungjawab yang berat seperti perlu mempunyai tempat tinggal (rumah itu sama ada dibeli atau disewa) dan si suami terpaksa menanggung nafkah si isteri dan anak-anak.
Masalahnya sekarang ini, yang menghindar remaja dari melangsungkan pernikahan yang kekal ialah kerana masalah kewangan dan inilah punca sebenar kenapa ramai pasangan remaja mudah bercerai apabila berkahwin.
Jadi, mampukah mereka bernikah gantung sedangkan mereka tidak mampu dari segi kewangan dan tidak bersedia menghadapi alam perkahwinan yang bersifat kekal.
Nikah mut’ah
Namun begitu, terdapat satu lagi jenis pernikahan yang dipanggil nikah mut’ah atau "perkahwinan bertempuh" yang tidak membebankan pasangan remaja dari segi kewangan dan bagi mereka yang enggan bernikah kekal.
Nikah jenis ini masih diamalkan oleh masyarakat Arab dan Parsi dan boleh didapati kebanyakannya di Timur Tengah dan Asia Barat walaupun jumlahnya tidak begitu ramai.
Barangkali nikah mut’ah inilah yang disebut "kahwin kontrak" (suspended marriage contract) yang diamalkan oleh umat Islam di Asia Tenggara dan bukannya nikah gantung seperti yang disebut oleh Pemuda PAS itu.
Dalam nikah mut’ah, tanggungjawab suami isteri adalah sama seperti dalam nikah kekal dan jika anak lahir hasil dari persetubuhan maka adalah menjadi tanggungjawab kedua-dua ibu bapa atau suami isteri berkenaan untuk membesarkannnya.
Berbeza dengan nikah kekal, nikah mut’ah mempunyai tempuh tertentu seperti mana yang disebut dalam ayat 24 Surah An-Nisa: firman Allah SWT,
"Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu) maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah)."
Dalam sejarah Islam, nikah mut’ah diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW lagi sehinggalah diharamkan oleh Khalifah Omar bin Al Khattab, apabila masuk tahun kedua pemerintahannya.
Diriwayatkan oleh Abdullah, "Kami biasa berperang bersama Rasulullah SAW dan kami tidak mempunyai apa-apa (tidak ada isteri) bersama kami.  Jadi kami bertanya, adakah kami harus menahan diri dari segala kenikmatan?
"Baginda larang kami berbuat demikian dan kemudian membenarkan kami untuk menikah perempuan secara "kontrak sementara" dan Rasulullah SAW membaca ayat 87, Surah Al Maa’idah,
"Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu) kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." (Sila rujuk Sahih Bukhari, Bab Buku Nikah, Jilid VII, terbitan Universiti Islam Madinah Al Munawarah).
Nikah mut’ah yang pertama dalam Islam ialah di antara sahabat besar Rasulullah SAW, Zubair Al Awwam yang bernikah dengan Asma’ binti Abu Bakar (anak khalifah pertama) hingga melahirkan dua anak lelaki, Abdullah bin Zubair dan Urwah bin Zubair.
Dua jenis mut’ah
Tetapi pernikahan jenis ini kemudiannya telah diharamkan oleh khalifah Omar yang menyatakan, "dua jenis mut’ah yang terdapat pada zaman Rasulullah SAW dan Abu Bakar, yang kini aku haramkan iaitu nikah mut’ah dan mut’ah haji."
Malah khalifah Omar mengancam untuk menghukum dengan membaling batu sehingga mati mereka yang mengamalkan nikah mut’ah.  (Sila rujuk Al Hakim dalam kitab Durrul Mansur).
Jabir bin Abdullah Al Ansari meriwayatkan daripada Saidina Ali bin Abu Talib (khalifah keempat) yang sering berkata, "jika Omar (Al Khattab) tidak mengharamkan nikah mut’ah nescaya tidak akan berlaku zina, kecuali mereka yang benar-benar celaka."
Jika kita rajin menelaah kitab-kitab yang dikarang oleh para ulama’ zaman silam, kita akan menemui banyak lagi sumber yang menyentuh tentang hal ini dan ia sebenarnya halal di sisi Islam.
Bagaimanapun, cara pelaksanaan dan amalannya perlu diperinci dan dikuatkuasakan supaya ianya tidak tersasar dari syariat Islam akibat berkemungkinan disalah guna (baca praktis/amal) oleh umat Islam sendiri.
Barangkali jenis pernikahan ini boleh membawa jalan penyelesaian bagi menyekat remaja kita hari ini dari terjebak dengan maksiat dan seks bebas yang berleluasa dan kelihatan tidak terkawal lagi.

KJ: Kerajaan perlu adil, telus dalam pemberian projek

Kerajaan mesti bersikap adil dan telus dalam pemberian projek pembangunan bagi menarik minat pelabur swasta, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
"Kerajaan perlu membuktikan bahawa peluang mendapatkan projek pembangunan akan diberikan kepada syarikat yang menawarkan harga serta nilai terbaik kepada kerajaan dan ia perlu dibuat secara terbuka dan telus.

"Sama ada penswastaan pangkalan udara (Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi) atau penswastaan Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh, semua pemberian projek tersebut mesti dibuat secara terbuka dan telus," katanya.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau berkata demikian pada Forum Ramadan 2010 anjuran majalah The Leaders di Kuala Lumpur, petang semalam, yang turut disertai ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Sementara itu, Khalid berkata kerajaan perlu melaksanakan sistem ekonomi yang lebih liberal dan telus, bebas daripada campur tangan politik dan amalan kronisme.

"Jik
a kita masih mengharapkan pelabur asing membelanjakan wang mereka di sini, bagaimana ia boleh dilakukan jika kita tidak tahu siapa yang membangunkan tanah pangkalan udara Sungai Besi atau tapak di mana Penjara Pudu pernah ditempatkan?" katanya.
Pada 1 Ogos lalu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali dengan panggilan Jho Low, telah diberikan kontrak pembangunan semula pangkala udara Sungai Besi.

Berucap pada ceramah di Taman Ehsan, Selayang Anwar membidas kerajaan persekutuan yang didakwanya tergesa-gesa menswastakan aset negara untuk mendapatkan keuntungan segera.

Menurut Anwar, senarai itu termasuk Lapangan Terbang Sungai Besi yang dianggap sebagai khazanah nasional kerana ia merupakan lapangan terbang pertama negara.
"Ini Jho Low boleh pergi 'enjoy' dengan Paris Hilton. Arak pun jutaan ringgit. Najib dan Rosmah bagi projek. Tender? Tiada. Cadangan projek? Tiada. Bolehkah rakyat terima ini,” soal Anwar.

Pada Jun lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Dewan rakyat, lapangan terbang itu yang sekarang digunakan oleh tentera udara akan dipindahkan dan tapak berkenaan diswastakan dan dijual kepada Pembangunan 1Malaysia Bhd (1MDB).

Ini dilakukan tanpa tender terbuka kerana dakwa Ahmad Zahid masih melalui 'proses yang telus' kerana perjanjian itu tidak menjejaskan kepentingan kerajaan.

Rakyat Malaysia bersikap waspada tetapi tenang

malay indon Oleh Fazy Sahir dan Teoh El Sen
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang menetap di Indonesia mengambil sikap berwaspada tetapi tenang berikutan ancaman kumpulan nasionalis negara itu, Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), mahu memulakan operasi "menyapu" (sweeping) dengan menghantar pulang semua akyat Malaysia.
Timbalan Pengerusi Persatuan Mahasiswa Nasional Malaysia di Indonesia Mohd Nazaluddin Mat Nasir berkata, seramai 6,000 pelajar yang belajar di institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh Indonesia, termasuk 800 pelajar di Jakarta, tidak terlibat dengan demonstrasi ini dan mereka berada dalam keadaan selamat.

"Setakat ini tidak kedengaran peristiwa "menyapu" berlaku dan kumpulan yang berdemonstrasi ini sebenarnya diperbesarkan oleh media," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.
Bagaimanapun katanya, kami menasihati para pelajar yang kebanyakannya berada di Jakarta untuk bertenang dan mengelak dari mengunjungi kawasan-kawasan hitam.
"Sebagai contoh, Jalan Diponegoro di mana terletak pejabat Bendera, mereka mengadakan sekatan jalan raya untuk memeriksa rakyat Malaysia apabila tidak ada anggota polis," katanya.
Menurut beliau, persatuannya sentiasa bekerja rapat dengan Jabatan Pelajar Malaysia dan oleh demikian keselamatan tidak menjadi masalah serius buat para pelajar.
Bendera merupakan kumpulan kecil
Nazaluddin berkata, "Bendera hanya merupakan sebuah kumpulan yang kecil. Kami mempunyai Prosidur Operasi Standard di mana apabila berlaku protes, biasanya kami berdiam diri untuk seketika.
"Dan kami tidak akan bertembung dengan mereka.  Secara keseluruhannya, Indonesia merupakan tempat yang selamat buat kami," kata beliau.
Bagaimanapun, beliau berkata perayaan kemerdekaan tahun ini menjadi lebih hambar ekoran insiden ‘panas’ itu.
Sementara itu, Pengurus Besar syarikat perladangan Kumpulan P T Sarimas Group J Suparmaniam berkata Indonesia merupakan sebuah negara yang aman dan tidak ada yang perlu dibimbangkan.
"Kami sedikit pun tidak merasa bimbang.  Sebagai ‘expatriate’, kami merasa selamat kerana kerajaan Indonesia melayan kami dengan baik. Di Jakarta, jumlah penduduknya sama dengan Malaysia, tentu ada segelintir yang ingin membuat kacau," katanya.
Beliau bekerja di Sumatera tetapi menetap di beberapa tempat di Indonesia selama sembilan tahun, seperti Jakarta, Pontianak dan Kalimantan.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Ahmad Farid Asyraf Ramli, berkata keadaan di Jakarta kini terkawal namun amaran berjaga-jaga perlu di patuhi setiap pelajar pada setiap masa.
Menurutnya, notis amaran dikeluarkan pihak kedutaan Malaysia di Jakarta pada Isnin lalu dan menasihatkan mereka supaya tidak keluar di tempat-tempat umum mahupun di kawasan berlakunya demonstrasi itu.
"Alhamdullillah…setakat ini tiada masalah serius dihadapi oleh mahasiswa Malaysia di sini. Namun kami tetap mengambil langkah berjaga-jaga seperti amaran yang dikeluarkan pihak Kedutaan.
Keluar secara berkumpulan
"Kami tidak boleh pergi ke tempat awam secara sendirian, perlu berkumpulan. Malah mahasiswa diminta menghindari dan menjauhi kawasan kejadian khususnya Jalan Diponegoro," terang beliau.
Kawasan tersebut menurut Ahmad Farid dikenalpasti antara kawasan akan berlakunya ‘penyapuan’ ke atas rakyat Malaysia.
Ketika dihubungi, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Indonesia (JPMI) Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata keadaan keselamatan rakyat Malaysia di Jakarta masih terkawal.
"Aktiviti-aktiviti harian dilakukan seperti biasa, namun pihaknya akan terus memantau kawasan yang diramalkan akan berlaku ‘penyapuan’ tersebut," ujar beliau.
Beliau turut menasihati para mahasiswa mahupun rakyat kita agar mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi arahan yang dikeluarkan pihaknya.
"Setakat ini keadaan rakyat mahupun mahasiswa kita dalam keadaan stabil. Jumlah mahasiswa pun kurang kerana mereka balik bercuti.
Menurut Junaidi, insiden itu tercetus akibat propaganda media massa, kumpulan NGO serta ahli politik Indonesia.
"Mereka ini memainkan sentimen menabur api provokasi sehingga berlakunya insiden tersebut. Namun ancaman itu tidak dituju kepada mana-mana pihak dan ia lebih kepada ancaman umum," jelasnya.
Katanya lagi, pasukan keselamatan Indonesia turut memberi kerjasama yang baik bagi melindungi rakyat Malaysia di sana.
Keadaan terkawal
Dalam perkara berkaitan, FMT turut mendapatkan maklumat lanjut keadaan pelajar Malaysia di beberapa wilayah lain di negara itu.
Pelajar bidang syariah di Institusi Islam Negeri Ar-Raniri, Acheh, Zaim Irshad, 25, berkata keadaan di sana terkawal namun mereka mengambil langkah berjaga-jaga.
Zaim mendakwa sebarang demonstrasi oleh aktivis ‘Bendera’ akan mensasarkan negeri-negeri yang mempunyai konsul atau pejabat kedutaan Malaysia.
Kebimbangan itu disuarakan kepada FMT memandangkan insiden dilakukan aktivis ‘Bendera’ bukan sesuatu yang asing di Indonesia.
Memetik laporan Berita Harian online hari ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau tidak menggalakkan rakyat Malaysia berkunjung ke Indonesia buat masa ini kecuali membabitkan urusan penting dan perlu disegerakan.
Menurut Anifah, setakat ini Wisma Putra belum mengeluarkan sebarang nasihat perjalanan rasmi ke Indonesia.
Isnin lalu, ahli Bendera menyapu najis manusia pada bangunan Kedutaan Malaysia di Jakarta dan memijak-mijak bendera Jalur Gemilang.
Mereka memprotes terhadap penahanan tiga pegawai miritim Indonesia oleh pihak berkuasa Malaysia di kawasan perairan yang dipertikaikan berhampiran Riau seminggu yang lalu.

Anak susun strategi ‘bebaskan’ Felda, Felcra dari korupsi

malimi Oleh Jamilah Kamarudin
PETALING JAYA: "Melayu tidak mudah lupa". Setelah 54 tahun penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dibawah Ordinan Kemajuan Tanah, diakui begitu banyak perubahan yang dilakukan bagi meningkatkan survival hidup Bumiputera.
Usaha Mantan Perdana Menteri Malaysia Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 1956 menjadi titik tolak rancangan untuk meningkatkan ekonomi masyarakat Melayu khususnya di luar bandar.

Penubuhan Felda pada asalnya adalah untuk menyeimbangkan pembahagian status sosio-ekonomi sekaligus merapatkan lagi jurang di antara ekonomi Melayu dan bukan Melayu dalam masyarakat berbilang kaum.
Tanah seluas 4.046 hektar (10 ekar) bagi pertanian dan 0.809 hektar (dua ekar) untuk tapak rumah disediakan kepada setiap peneroka.
Pertanian Felda berkembang pesat melalui hasil titik peluh peneroka dan menjadi antara agensi kerajaan terkaya selepas Petronas, selain menawarkan pelbagai skim pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi kepada peneroka.
Namun, amanat Tun Abdul Razak untuk "beri tanah kepada yang tidak bertanah" dan "memperkaya rakyat yang miskin" kini tidak lagi dipegang oleh pemimpin Felda, malah bertambah buruk sejak diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2004.
Perubahan strategi dasar Felda dari pertanian kepada industri korporat melalui penubuhan Felda Plantation serta 23 anak syarikat lain, walaupun memberi pulangan hasil lumayan, tetapi pada masa yang sama menggugat hak yang selama ini dimiliki peneroka dan generasi pewarisnya.
Kadar perahan gred (KPG) yang rendah
Kelapa Sawit Selain hasil kadar perahan gred (KPG) kelapa sawit yang tidak memuaskan, manipulasi gred, masalah caruman Tabung Tanam Semula, kualiti buah sawit, malah peneroka turut dibebani hutang pinjaman tanah ladang yang tinggi sehingga kebun dijadikan cagaran.
Melihat kepada beberapa tekanan yang dialami peneroka, beberapa individu bangkit mahu menentang salah laku pihak tertentu yang cuba menyeleweng dan menjadikan Felda sebagai tempat ‘cari makan’ dengan mengaut keuntungan.
Antara gerakan badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam usaha ini adalah Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak).
Sebagai Presiden Anak, Mazlan Aliman mahu Felda menunaikan tanggungjawab sosial sebagai agensi yang menjaga kebajikan peneroka dan bukan hanya sebagai badan korporat yang mementingkan keuntungan semata-mata.
"Sebab itu kami dan peneroka di seluruh negara kini mula mengambil tindakan saman terhadap Felda, faktor utamanya adalah kerana menyeleweng dan menipu hasil perahan minyak yang diperoleh peneroka.
Setelah Felda Serting Hilir dan Felda Raja Alias di Seremban memfailkan saman RM200 juta awal bulan ini, Mazlan menjangkakan beberapa penempatan Felda di Pahang pula akan mengambil langkah yang sama dalam masa terdekat.
Peguam muda ini juga yakin peneroka di Pahang akan bangkit menyuarakan hak mereka selepas mengadakan beberapa pertemuan dengan peneroka Felda Chini minggu lalu serta tertubuhnya jawatankuasa bertindak di Felda Bera dan Kratong.
"Gugusan Felda Bera akan mengambil langkah pertama dengan jangkaan penyertaan kira-kira 4,000 peneroka dan kami akan failkan saman selewat-lewatnya November ini, kemudian diikuti Felda Chini dan Kratong.
"Anak dan peguam Sivarasa Rasiah, Wan Rohimi Wan Daud dan Nizam Abdul Hamid akan turun ke Pahang minggu depan untuk mula meneliti dokumen dan beri taklimat kepada peneroka.
"Selain itu, saya juga akan ke Jengka 17 tidak lama lagi untuk mengadakan pertemuan dan sesi penerangan kepada peneroka disitu," katanya.
Hak pewaris peneroka Felda semakin hilang
Bercakap mengenai soal pemberian tanah pula, Mazlan berkata walaupun Felda tiada kuasa memberi hak pemilikan tanah kepada peneroka di bawah Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960, namun perjanjian kontrak antara peneroka dengan Felda tidak menjamin sesuatu hak pemilikan tanah.
"Kerajaan negeri melalui GSA ada hak mutlak sama ada mahu beri tanah kepada peneroka walaupun mereka masih ada hutang dengan Felda.
"Namun malangnya walaupun wujud kes peneroka menerima tekanan hebat akibat hutang tanah kepada Felda sehingga mencecah ratusan ribu ringgit, kerajaan negeri seperti mahu tutup mata dan menyerahkan sepenuhnya kuasa ke atas Felda," katanya.
Akibatnya, jika peneroka gagal menjelaskan hutang mereka maka Felda berhak ke atas tanah ladang peneroka itu seperti yang terdapat dalam perjanjian kontrak.
"Sudahlah hutang mereka besar, mereka tidak mempunyai apa-apa pendapatan kecuali elaun sara hidup yang dikira pinjaman dari Felda.
"Lebih dari 95 peratus peneroka-peneroka Felda adalah orang Melayu, inikah dasar kerajaan membela nasib 800,000 orang Melayu dengan mengenakan beban hutang menjangkau ratusan ribu ringgit?," soal beliau.
Begitu juga nasib generasi seterusnya yang menjadi pewaris peneroka. Mengikut GSA, hanya seorang penama sahaja daripada setiap keluarga yang boleh mewarisi 10 ekar tanah peneroka.
"GSA ini perlu dipinda. Kerajaan sekarang dilihat memanipulasi GSA ini dan tak bercadang nak bagi tanah kepada peneroka.
"Mereka tahu sekiranya akta ini dipinda, anak peneroka akan bertindak menjadi pemain utama dalam perjuangan menuntut hak yang sebenarnya daripada Felda.
"Sebab itu Anak sebagai NGO kini giat memberi pendedahan dan kesedaran kepada pewaris generasi kedua dan ketiga mengenai hak yang sepatutnya menjadi milik mereka.
"10 Oktober ini, Anak akan melancarkan Sambutan Hari Anak Peneroka di Lembah Klang sambil mengutip dana amal membantu anak-anak kumpulan peneroka yang miskin dan kita menjangkakan 100,000 peneroka akan turun di Shah Alam nanti," katanya.
Penyelewengan Felcra kritikal
logo-felcra Sementara itu, menyentuh mengenai Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) pula, Mazlan mendakwa nasib yang sama juga dialami peserta Felcra.
Cuma perbezaan yang ketara adalah tanah yang diusahakan adalah hak mereka sendiri dan bukannya milik kerajaan negeri.
Felcra ditubuhkan pada tahun 1966 dengan fokus untuk membangunkan tanah-tanah persendirian dalam usaha memperbaiki taraf orang Melayu di kawasan luar bandar.
Malah agensi kerajaan ini juga membuka kawasan penempatan dan perladangan baru bagi mereka yang tiada tanah. Ia kemudiannya dinaikkan taraf sebagai Felcra Berhad, syarikat milik kerajaan pada 1997.
Namun Mazlan yang juga Pengerusi Biro Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat mendakwa salah urus kewangan dan pentadbiran Felcra menyebabkan peserta yang majoritinya penduduk kampung tertindas.
Mazlan melalui pendedahan 22 dokumen penyelewengan mendakwa mempunyai bukti lengkap berlakunya pecah amanah, salah urus pengurusan Felcra, pelaburan, ketirisan, perjanjian tanah dan projek tanam semula dalam Felcra.
Antara 22 penyelewengan yang ketara yang didedahkannya adalah penyelewengan di Koperasi Peserta-Peserta Felcra Bhd (KPFB), penyelewengan kontrak pertanian Felcra Jemoreng di Sarawak yang bernilai RM14.8 juta, penyelewengan pelaburan pembelian bon berjumlah RM17 juta tanpa mendapat kelulusan peserta, serta pemalsuan dokumen-dokumen bagi kerja-kerja pertanian am di Sabah.
"Hakikatnya peserta Felcra mengalami masalah yang lebih serius berbanding peneroka Felda. Cuma mereka selama ini tidak tahu hendak mengadu kepada siapa," katanya.
Selain 22 bukti penyelewengan itu, Mazlan turut mendakwa ada banyak lagi bukti penyelewengan yang akan didedahkannya selepas ini tidak lama lagi.
"Bukan sahaja Felda dan Felcra, malah RISDA, MIDA, UDA, dan agensi lain juga mengalami masalah yang sama.
"Puncanya satu sahaja iaitu wujudnya pemimpin kerajaan dan sistem pentadbiran yang korup dan mahu mengaut keuntungan daripada hasil keringat rakyat untuk kepentingan peribadi.
Tolak pemimpin korup, Bumiputera mampu capai 30% ekuiti
Melihat kepada situasi sebegini, Mazlan yakin kaum Bumiputera pasti dapat mencapai sasaran pegangan ekuiti 30 peratus pada masa sekarang seperti yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) jika semua pemimpin kerajaan bersikap telus menguruskan agensi-agensi pembangunan tanah.
"Terdapat pelbagai agensi pembangunan tanah yang melibatkan jutaan hektar tanah diusahakan oleh majoriti kaum Bumiputera dengan hasil keuntungan berbilion ringgit setahun.
"Jika agensi pembangunan tanah yang diwujudkan sejak 50 tahun lalu diuruskan dengan baik tanpa sebarang penyelewengan, tidak mustahil Bumiputera sudah mencapai pegangan ekuiti 30 peratus sekarang, sekaligus kemiskinan tegar dan jurang antara kaum dapat dihapuskan sama sekali.
"Malangnya bagi peneroka dan pengusaha tanah ini adalah wujudnya campur tangan pemimpin politik kotor yang terlalu korup dan ‘merompak’ segala kekayaan milik rakyat.
"Mereka jadikan agensi kerajaan sebagai gelanggang untuk mencari kekayaan dan mengaut keuntungan untuk kepentingan peribadi dan kroni.
"Jika keadaan ini tidak diubah dan budaya korupsi terus berleluasa, sampai bila-bila pun kaum Bumiputera tidak mampu pergi jauh.
"Bukan kita sengaja mahu melupakan bantuan dan usaha yang pernah kerajaan tawarkan, cuma pemimpin yang korup dan menindas rakyat ini kita tolak sekeras-kerasnya," katanya.
Felda vs Felcra
Felda:
  1. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)
  2. Ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956.
  3. Fungsi  :
  • Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.
  • Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan di mana Felda diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh Felda dan syarikatnya.
  • Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan di mana Felda diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.
  • Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan Felda.
4.  Sebuah badan berkanun yang kemudiannya dikorporatkan pada tahun 1995.
5.  Pada asalnya terletak dibawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.
6.  April 2004; Felda diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri di bawah tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
7.  Golongan yang terlibat: peneroka Felda
8.  Tanah asal hak milik kerajaan negeri
Felcra:
1.  Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra)
2.  Ditubuhkan pada tahun 1966
3.  Matlamat: membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi seperti perladangan dan pertanian dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.
4.  Sebuah badan berkanun yang kemudiannya dikorporatkan pada 1 September 1997 menjadi Felcra Berhad
5.  Berfungsi sebagai agensi kerajaan di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.
6.  Golongan yang terlibat: peserta Felcra
7.  Tanah asal hak milik persendirian penduduk luar bandar

'Mahkamah hip hop': Noh ulas serangan persepsi

Timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar melihat, kaedah pengukuhan kuasa Pakatan Rakyat pada masa sekarang dibuat melalui serangan ke atas institusi berkaitan Melayu -- Biro Tata Negara (BTN) dan Felda.

Serangan juga diarahkan kepada institusi kehakiman bagi mewujudkan persepsi di kalangan masyarakat bahawa bahawa "ini hip hop punya mahkamah," kata Noh dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Sebab itulah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja melengah-lengahkan perbicaraan kes liwat yang dihadapinya, dakwa Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani.

Noh menambah, Pakatan sebelum ini berjanji tidak mengamalkan kronisme sekiranya memerintah Selangor, namun apa yang berlaku sekarang menunjukkan keadaan sebaliknya.

Beliau juga menyifatkan pentadbiran diterajui menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim itu "sudah banyak tahi" walaupun baru dua tahun mentadbir negeri itu.

Noh mendakwa tindakan exco kerajaan menyekat projek-projek persekutuan di negeri itu memburukkan lagi keadaan.

Tambahnya, isu perobohan kuil -- melibatkan sensitiviti agama dan kaum di negeri itu juga "dipolitikkan dengan kuat" berbanding ketika pentadbiran BN.

Beliau turut mendakwa berlakunya perpecahan di kalangan pemimpin dalam setiap parti yang menganggotai Pakatan - keadaan yang membawa masalah kepada pentadbiran negeri.

Berikut sedutan wawancara Malaysiakini dengan Noh:

Boleh Datuk bandingkan prestasi Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Khir Toyo?

Prestasi ini tidak adil kalau kita hendak bandingkan macam budak dua tahun nak bandingkan dengan budak enam tahun, tidak sama. Khalid baru dua tahun memerintah pun dah banyak tahi dah. Banyak kelam kabut Selangor yang dia buat macam dilanggar garuda. Exconya kelam kabut, semuanya kelam kabut. Nak kata rasuah, (kata) dulu kita kroni, dia pun banyak kroni dah.

Khir Toyo dulu lapan tahun, Saya ingat (Khalid) tak sampai lapan tahunlah (bertahan). Pilihan raya ke 13 ini akan tukar menteri besar barulah.

Azmin pun kata dia tak layak jadi menteri besar, bukan saja kita (kata). Orang PKR pun kata dia tidak layak, sebab itu Azmin jadi pengerusi perhubungan PKR. Bayangkanlah bila mesyuarat pengerusi perhubungan, Azmin duduk di depan sini. Khalid duduk di belakang sana. Bila mesyuarat kerajaan negeri, Khalid duduk di sini, Azmin duduk di belakang sana pulak. Jadi saya tengok, cara dalam parti dia pun dah kelam kabut.

Apa isu yang membelenggu kerajaan negeri sekarang?

Saya kalau nak cakap pasal isu di selangor ni banyak bukan saja janji pilihan raya tapi present issue (isu semasa) yang dia main, umpamanya isu pasir. Mengapa ada satu syarikat yang diberi pilih kasih, diberi cukup banyak keistimewaan, diberi diskaun yang lebih. Orang lain hanya diberi 50 sen satu tan, tapi dia diberi RM4 satu tan.

Dia kata syarikat Melayu tak mampu bayar deposit sehingga 400 ribu ringgit, tetapi ada syarikat tertentu yang dapat istimewa tak perlu keluar deposit. Dia bawak keluar pasir, macam pasir bapak di saja.

Jika BN buat perkara ini dia akan kata pilih kasih, rasuah, kronilah. Tapi bila dia pilih satu syarikat ni ini lah kronisme. Mengapa dia tak terangkan, ke mana duit syarikat ini pergi? Saya tak mahu tuduh tapi mungkinlah yang kroni inilah yang mengagihkan political fund (dana politik) kepada parti-parti politik. Kalau disebabkan boleh keluarkan seratus ribu metrik tan, takkan satu syarikat saja boleh buat. Banyak syarikat lagi boleh buat.

Sejauh mana usaha Selangor menjalankan pembangunan infrastruktur negeri?

Rakyat kena sedar bahawa dari pembangunan negeri selangor memang jelas terbantut. Contohnya kementerian saya ada buat dua tender, dah mula buat dah pun, dah nak siap dah. Satu dia panggil projek terusan feeder bernilai RM5 juta. Ini untuk mengelakkan air gambut dari masuk ke dalam sawah.

Yang kedua kita nak buat kolam takungan air. Ini kos RM25 juta. Kita bagi duit. Masalahnya, bila kita masuk tanah, memanglah kita maklum kepada kerajaan negeri. Tapi maklum dah lama tak ada apa-apa jawapan. Jadi kita jalankanlah projek, takkan nak tunggu jawapan terlalu lama.

Jadi bila kita mula, kita buat, projek dah nak siap, (tiba-tiba) wah kerajaan negeri ganggu, dan bawa ke dalam mesyuarat exco! Tapi dalam mesyuarat exco dia tak buat keputusan. Dia suruh Elizabeth Wong untuk selesaikan isu ini. Elizabeth Wong kemudiannya letak macam-macam syarat. Dia denda kementerian sebanyak RM800,000. Kemudian ada sepuluh mesin disita. Kita kena bayar kompaun jika nak keluarkan mesin.

Satu lagi ialah (projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2) dekat Langat. Orang cerita masalah rakyat akan kekurang air pada tahun 2014, dia pergi cerita pasal projek, siapa yang dapat projek. Tak kira lah siapa dapat projek itu, yang pentingnya rakyat. Kalau pun kerajaan negeri buat, mesti ada syarikat yang buat. Takkan hantu yang buat projek itu.

Ini nak pusing cerita kroni BN. Ini projek usahasama dengan Jepun, bukan senang syarikat yang nak dapat. Bukan syarkat biasa yang dapat. Jangan timbul pasal kroni. Kalau projek persekutuan syarikat kroni, negeri tak beri kerjasama.

Kalau macam itu semua projek tak boleh jalan. Macam ini memang Selangor tak boleh maju. Kalau tender kerajaan BN tak boleh sebab semua syarikat dituduh kroni, Nak buat macam mana? Kalau tak beri syarikat buat. Bagi syarikat hantulah buat atau bagi kerajaan negeri buat. Macam itu barulah dia seronok.

Jadi apa masalah sebenar antara Selangor dengan kerajaan persekutuan?

State (negeri) dengan federal (pusat) tak ada kerjasama. Bila tak ada kerjasama, yang ruginya adalah rakyat. Ini pelik, menteri besar ini. Saya rasa dia tak ada sistemlah MB ni (sebab) mana-mana exco yang dia nak suruh selesaikan, dia suruh yang tiada kaitan.

Saya tak faham mengapa, Elizabeth Wong ini dia exco alam sekitar, tapi isunya bukan isu alam sekitar sangat. Isunya (ialah soal) pertanian. Kenapa dia tak bagi kepada Yaakop Sapari, exco pertanian.

Macam saya bergaduh dengan Ronnnie Liu pasal tanah bina rumah nelayan. Ini masalah nelayan Ronnie Liu pulak masuk campur. Ini masalah pertanian, biar selesai secara pertanian bukan secara perbandaran.

Dulu dia nak guna duit zakat sebab dia kata kita tak bagi duit. Sekarang kita bagi duit untuk projek dia tak mau. Kalau nak bagi duit masuk dalam kantung dia sorry la. Itu tak adalah kita nak buat macam itu.

Bagaimana Datuk lihat pendekatan yang diambil Pakatan dalam menangani isu melibatkan isu perobohan kuil di Selangor yang melibatkan isu sensitiviti kaum dan agama?

Isu roboh kuil ini sekarang pun berlaku juga, tinggal lagi dulu dipolitikkan begitu kuat. Sekarang tidak begitu dipolitikkan. Roboh kuil ini daripada dulu lagi, sudah biasa. Tapi tidak dijadikan isu politik, ia dibuat secara harmoni, aman dengan ganti tapak, ini biasa. Bukan kata kuil, rumah kita pun kalau kerajaan nak (buat pembangunan), kerajaan akan runtuhkan. Sebab pada zaman Khir Toyo ia dijadikan isu politik.

Kalau (tengok) isu kepala lembu. Takkanlah (kerajaan negeri) tidak tahu sensitiviti nak buat kuil dalam kawasan orang Melayu. Akhirnya orang-orang ini protes, sebenarnya budak yang protes ini dah kena denda, didapati bersalah pula di mahkamah.

Ketika zaman Khir Toyo dulu saya ingat tak adalah sampai begini dia buat. Sebab lama (memerintah) mungkinlah (ada kesilapan). Ini baru pun ada kesilapan.

Kenapa pengundi perlu memilih BN semula dalam pilihan raya akan datang sekiranya kedua-duanya ada kesilapan?

Yang pertama kita hendak yakinkan rakyat kalau hendak tengok Selangor jadi negeri maju, kita kena senada antara kerajaan negeri dengan persekutuan. Kalau tidak kita boleh tengok, federal buat pembangunan tapi negeri tak beri kerjasama, rakyat yang akan rugi.

Yang kedua kita akan beritahu persepsi. Dulu dia jadi pembangkang mudah. Sekarang ini kita jadi pembangkang. Rupanya jadi pembangkan ini lebih senang. Saya tengok jadi pembangkang ini lebih senang bercakap. Gunakan lidah dengan liur saja.

Saya tengok memang jadi trend rakyat untuk dengar pembangkang bercakap. Dulu waktu kita jadi kerajaan, orang buat ceramah orang tak datang dengar. Tapi bila kita jadi pembangkang, kita buat ceramah ramai orang datang.

Bagaimana kes perbicaraan liwat yang dihadapi Anwar akan beri kesan kepada sentimen pengundi kali ini?

Saya tidak mahu ulas lagi kes sebab jadi subjudis kerana kes ini masih di mahkamah. Hanya kesan politiklah. Dia mengambil kesempatan untuk melambat-lambatkan kes ini untuk menanam satu keyakinan kepada rakyat supaya apa juga keputusan yang mahkamah akan buat ialah satu keputusan yang telah dirancang.

Sebab itu saya tengok, ini pandangan peribadi saya, kes (Tian Chua) kenapa Karpal Singh desak dan mengatakan Tian Chua patut kosongkan kerusi (parlimen Batu) itu bila dia kena denda RM2,000, kes gigit polis itu.

Dia mahukan pilihan raya kecil diadakan di Batu. Kalau berlaku pilihan raya kecil di Batu, isu kempen yang akan dibuat pembangkang ialah isu berkaitan kehakiman. Mereka akan bantai mahkamah, bagaimana hakim buat keputusan dan sebagainya.

Kredibiliti mahkamah itu nanti akan dijadikan isu utama dalam kempennya, sebab dia nak tanamkan kepada rakyat bahawa ini hip hop punya mahkamah, mahkamah kangaroo. Kalau rakyat percaya kempen ini nanti, apa juga keputusan yang dibuat ke atas Anwar Ibrahim rakyat tidak akan percaya dengan keputusan mahkamah.

Selain institusi kehakiman?

Seperti yang (ahli parlimen Kulim-Bandar Baru) Zulkifli Noordin cakap, dia akan serang institusi kita, mana institusi yang sering bercakap tentang orang Melayu? BTN. Dia akan serang BTN.

Selangor tak ada BTN, dia buat kursus dia sendiri tapi sebenarnya ada muslihat sebelah itu. Kalau orang masuk BTN, kawan-kawan dia tak boleh cari makan. Sekarang dia buat kursus apa namanya (pembangunan modal insan) SPIES, tanya SPIES, siapa yang jalankan kursus SPIES ini?

Bagaimana cara lantikan dibuat oleh syarikat yang buat kursus SPIES ini, kalau bukan geng kawan-kawan dia yang buat. Ada dia buat open tender? Ini semua ada muslihat dia.

Sekarang dia tengok lagi di mana Melayu kuat? di Felda? Dulu dia kalah di Hulu Selangor punca dia kalah kerana undi orang Felda kuat, dia bantai Felda untuk dia pecahkan. Sekarang dia serang Felcra.

Inilah caranya dia hendak pecah belahkan institusi-institusi yang mana orang Melayu bergantung. Sebab dia tahu selagi Melayu bersatu dia tidak boleh menang. Kalau dia boleh pecahkan dua Melayu ini dia akan menanglah.

Keluarga 4 remaja simbah cat di surau minta maaf

Keluarga empat remaja yang ditahan berhubung kes simbah cat dan baling botol arak di Surau Taman Pulai Impian di Seremban, memohon maaf kepada masyarakat Islam atas perbuatan anak mereka.

Cheng Kok Foo, 38; Wong Seow Wai, 43; Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen, 53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan di surau itu, pagi ini.

Turut hadir, pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Dr Yeow Chai Thiam dan ketua Umno Cawangan Taman Panchor Jaya, Arshad Jawi.

Ibu bapa kepada empat suspek itu memohon maaf kepada seluruh umat Islam, khasnya di taman perumahan itu, di atas perbuatan anak mereka yang telah menyinggung perasaan umat Islam.

Mereka melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan kejadian itu yang mereka anggap sebagai satu kesalahan besar.

Mohd Hasbi pula berkata, beliau dengan rasa hati terbuka menerima permohonan maaf itu.

"Saya harap selepas ini mereka dapat membentuk dan mengubah sikap anak mereka agar perkara ini tidak berulang. Nasihatkan mereka jalan yang benar terutama sekali dalam soal agama kerana ia cukup sensitif," katanya.

Katanya, beliau menghormati usaha yang dilakukan oleh MCA kerana ia telah dapat meredakan ketegangan kaum.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku ke atas mana-mana rumah ibadat. Isu ini adalah isu sensitif yang telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini," katanya.

Yeow berkata, beliau merasa bertanggungjawab untuk menenangkan keadaan.

"Demi perpaduan kaum, saya mengatur pertemuan ini supaya mereka yang terbabit memohon maaf. Perkara ini berlaku kerana empat suspek terbabit tidak faham dan tidak sangka perkara ini sensitif. Ini adalah satu pengajaran agar kita sentiasa meningkatkan perpaduan di antara kaum," katanya.

Yeow berkata, MCA akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka hadir.

Selasa lalu, polis menahan empat remaja berusia 16 dan 18 tahun untuk membantu siasatan polis berhubung kejadian itu. Mereka kini ditahan reman selama empat hari.

- Bernama

Lahirkan lebih ramai Zulkefly Ahmad


Kalaulah orang seperti Dzulkefly Ahmad dan seangkatan dengan beliau wujud pada tahun 1980-an, nescaya PAS akan menjadi moderat dan lebih diterima oleh masyarakat Islam dan bukan Islam pada masa ini.

Tapi malangnya kerana dari dulu golongan-golongan fundamentalist menduduki carta tertinggi parti sehingga menyebabkan imej PAS menjadi radikal dan hanya bercita-cita mahu melaksanakan undang-undang yang belum difahami sepenuhnya oleh orang Islam dan bukan Islam di Malaysia.

Saya lahir pada tahun 1989. Maka oleh itu saya tidak sempat melihat perkembangan dan keadaan PAS sewaktu penghujung 70-an dan sepanjang 80-an dan 90-an. Oleh itu, untuk mengetahui perkembangan tersebut, saya hanya membaca tulisan-tulisan lama yang layak dijadikan bahan sejarah mengenai PAS.

Tapi walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana tidak dilahirkan pada 10 atau 15 tahun sebelum tahun 1989. Ini kerana jika saya lahir pada waktu itu, saya sekarang ini sudahpun menjadi orang tua dan kemungkinan besar akan terikut-ikut dengan rentak golongan fundamentalis sebagaimana orang-orang tua sekarang.

Dan kalaulah PAS lebih terbuka sejak dahulu dan Pakatan Rakyat telah lama diwujudkan, maka kemungkinan regime UMNO/BN tidak memerintah pada masa kini. Tapi memandangkan puluhan tahun lalu perjuangan PAS hanyalah berfokuskan kepada masyarakat Melayu dan menggunakan modal agama semaksima mungkin untuk political mileage, ia gagal menarik sokongan rakyat Malaysia dan hanya mendapat tempat di kampong-kampong sebelah Timur dan Utara semenanjung.

Dan saya - amat benci dengan perjuangan PAS dahulu dan sangat suka dengan dasar PAS waktu kini. Waktu dulu, PAS bersikap keras/radikal terhadap perjuangannya dan hanya tumpu kepada Islam UMNO dan Islam PAS. Sikap ini melahirkan golongan PAS yang begitu dingin terhadap ahli politik bukan Islam sehingga ada Dewan Ulama PAS Kelantan mengkafirkan mana-mana pihak yang menubuhkan kerajaan bersama orang kafir - dengan itu, ramai penyokong bawahan PAS menganggap bekerjasama dengan kafir menjadi kafir. Ini menimbulkan tidak senang hati dikalangan orang bukan Islam bahkan orang Islam sendiri.

Ustaz Ahmad Awang - salah satu pesanan beliau di dalam suratnya terhadap Anwar Ibrahim dan Nakhaie Ahmad sebelum masuk UMNO adalah jangan mendekati pemimpin kafir. Ini apa? Tengok apa terjadi kesudahannya - Ustaz Ahmad Awang sendiri boleh berpeluk dan duduk sekali dengan Lim Kit Siang sewaktu Pakatan Rakyat masih lagi memerintah negeri Perak.

Tapi PAS pada hari ini sungguh menyenangkan terutamanya selepas PRU 2008. Ia lebih terbuka dan liberal kerana ada pemimpin seperti Khalid Samad dan Dzulkefly Ahmad. Mereka ini dan yang seangkatan dengannya, lebih menumpukan isu dan permasalahan yang lebih besar di Malaysia ini. Tatkala rakyat bawahan bergelut dengan kepayahan hidup - mereka hanya fokus bagaimana caranya untuk menghapuskan punca yang menyusahkan rakyat - iaitu UMNO.


Kalaulah tidak ada pemimpin seperti mereka, saya rasa Pakatan Rakyat mungkin sudah berpecah dan peristiwa tahun 2001 berlaku kembali, selepas pertelingkahan DAP dan PAS mengenai isu negara Islam. Belum lagi memerintah dan menawan Putrajaya dah bercakap nak negara itu dan ini - padahal musuh masih lagi kuat. Mereka lebih suka bercakap benda itu berbanding berbincang bagaimana nak jatuhkan UMNO.

Cakap senang - nak laksanakan hukum Islam, tapi rakyat masih belum cukup memahami bagaimana rupa sebenar hukuman itu. Tambahan pula, mereka (golongan fundamentalis/radikal) seolah-olah tidak memikirkan cabaran Islam pada zaman ini - buku-buku tentang Islam yang ditulis oleh para orientalis yang menjadi bahan bacaan masyarakat kini, menimbulkan berbagai persepsi dan tafsiran yang berbeza mengenai Islam.

Mereka lebih suka bercakap tentang ini dan misi utama mereka adalah "haramkan" itu dan ini berbanding mencari penyelesaian untuk membasmi kemiskinan, bagaimana mahu wujudkan pemerintahan yang adil untuk semua bangsa dan agama, dan menaiktaraf ekonomi negara. Kalau betul nak laksanakan Islam, teraplah dulu kefahaman mengenainya sedikit demi sedikit. Janganlah jadi Taliban.

*Nik Aziz, Karpal Singh dan Lim Kit Siang patut tutup mulut mereka dan hentikan bercakap mengenai hal ini. Dah bersatu dalam Pakatan Rakyat, ikut sajalah resolusi yang diputuskan di dalamnya. Buat apa nak timbulkan perbezaan???

** Ada orang tanya, - Nik Aziz kata hukum hudud boleh elakkan pembuangan bayi. Tapi di negara-negara kafir yang tidak laksanakan undang-undang Islam kita lihat tak ada pun kes begini. Dan ia hanya berleluasa di Malaysia sehingga kita semua sudah menjadi lali dengan cerita tersebut. Masalahnya berpunca di mana sebenarnya??

MELAYU GEROMBOLAN TIPU MELAYU MISKIN

JANGAN MENIPU - JANGAN KELENTONG - HABIS DUIT PENEROKA DI BALON

MUKTAMAD : FELDA DIARAH BAYAR PENEROKA 11 JUTA RINGGIT - mkini

Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.

Ia berikutan keputusan mahkamah itu yang menolak permohonan Felda yang mencabar keputusan yang dibuat oleh panel lain yang sebelum ini mengketepikan rayuan berkenaan.

Lebih 150 peneroka hadir pada perbicaraan yang penuh sesak ini manakala ratusan lagi berhimpun di luar menantikan penghakiman. Kebanyakan mereka mengagahi perjalanan lebih sembilan jam dari Kelantan untuk mencari keadilan.

Dengan penghakiman hari ini, setiap peneroka itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang

nota:
berapa banyak lagi felda di tempat lain
yang telah kena tipu

tipu ni senang saje
beli buah sawit di bubuh grade rendah
paksa peneroka jual pada felda
paksa peneroka beli benih pada felda
paksa peneroka beli baja pada felda

lalu peneroka jandi hamba felda

nasib baik ada ngo dan pakatan rakyat
masuk menolong

inilah namanya melayu gerombolan tipu melayu miskin
yang peliknya ada lagi melayu
yang suka kena tipu kah kah kah

TT.

Jamil Khir anggap Nurul Izzah berdosa burukkan negara

Jamil berkata mempertahankan maruah negara merupakan satu jihad.
 
KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Mereka yang memburukkan negara sendiri dengan niat menimbulkan kekacauan disanggap berdosa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.“Kita kena sayangkan dan cintakan negara kita dan perlu bersedia dalam mempertahankan negara kerana ia merupakan satu jihad dan sudah pasti ganjarannya untuk orang yang berjihad ini juga besar.
“Maka, kalau besar ganjarannya, besarlah juga kesalahannya apabila seseorang itu memburukkan negaranya sendiri, maruah negara, di tempat orang dengan harapan negara akan jadi huru hara,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada pesakit di hospital-hospital di Wilayah Persekutuan hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan bahawa Anggota Parlimen Lembah Pantai daripada Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar, yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temubual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.
Dalam temubual itu Nurul Izzah didakwa telah menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai dasar baru ekonomi serta memperkecilkan keupayaan kapal selam negara ini.
Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan sumbangan Aidilfitri daripada MAIWP berjumlah RM1.4 juta kepada Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Putrajaya, dan sumbangan RM20,000 kepada Hospital Nukleus di Labuan.
Katanya sumbangan itu selain bagi membantu pihak hospital membeli peralatan perubatan juga diagihkan kepada tabung kebajikan perubatan hospital bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan menyambut Aidilfitri. Tahun ini MAIWP membelanjakan RM1.32 juta mbagi membantu 519 orang daripada golongan asnaf yang menghidapi penyakit kronik. — Bernama

Carrefour pindah dari Asia Tenggara tak mengejutkan..kerana lama tau dah keadaan tak stabil...!!!

Langkah peruncit Perancis, Carrefour, untuk menutup perniagaannya di Asia Tenggara -- Malaysia, Singapura dan Thailand -- bagi menumpukan perniagaan di India, tidak mengejutkan, kata konsultan pengurusan perniagaan yang biasa dengan perniagaan peruncitan Asia.

Sawant Patil, yang berpangkalan di Mumbai, memberitahu bahawa angin perubahan itu berlaku kerana India mempunyai lebih satu bilion pengguna dan kumpulan pertengahan yang kaya yang semakin membesar yang "laparkan" barangan pengguna dan produk asing.

Carrefour, yang termasuk Carrefour Malaysia, dilaporkan mahu menyatukan perniagaan di sesetengah bahagian Asia Tenggara dan memberi tumpuan ke pasaran India yang semakin berkembang, yang turut menarik banyak lagi peruncit asing yang lain.

Bagaimanapun, anak syarikat Carrefour di India masih membisu mengenai rancangan masa depannya bagi negara itu.

Seorang jurucakap syarikat itu yang dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai rancangannya di India hanya menjawab: "Tiada komen."

Bagaimanapun, langkah memasuki pasaran India tidak mudah.

Penduduk India, yang lebih 1.2 bilion dijangka mengatasi bilangan penduduk China dalam beberapa tahun akan datang dan daripada bilangan itu, 350 bilion merupakan golongan kelas pertengahan yang merupakan pengguna yang dahagakan barangan pengguna.

Ini merupakan daya tarikan kepada banyak peruncit asing yang mahu berada dalam pasaran itu, walaupun mengetahui bahawa golongan itu kemungkinan terjerlus semula ke dalam kemiskinan jika berlaku satu krisis ekonomi yang besar di negara itu.

Selain berhadapan kesukaran mendapatkan tanah di bandaraya yang sememangnya sesak seperti Mumbai, Delhi dan tempat-tempat lain, dasar kerajaan India yang membenarkan peruncit asing turut menjadi halangan dan sekatan.

"Ia penuh dengan kerumitan," kata seorang ejen peruncit Jerman.

Peruncit terbesar di dunia, Wal-Mart dan Kumpulan Bharti India telah menjalin usahasama untuk membina kehadiran mereka di India dalan tempoh satu setengah tahun akan datang, dengan mewujudkan cawangan di beberapa negeri India seperti Karnataka, Andhra Pradesh, Madhya Pradesh, Uttar Pradesh dan Haryana.

Aktiviti kedua-dua rakan kongsi itu kini terhad di Punjab, walaupun ada sumber menyatakan syarikat itu merancang membuka 12 cawangan pada tahun depan.

Carrefour pula, yang dilaporkan telah mengambil alih hartanah bagi cawangannya di New Delhi, Bangalore, Chennai, Hyderabad dan Mumbai, telah
menjalin perjanjian dengan peruncit terbesar India, Future Group, bagi memudahkan kemasukannya ke negara itu.

Cawangan pertamanya dijangka dibuka di New Delhi bulan ini.

Selain peruncit barat, peruncit besar Asia dari Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura turut memerhati perkembangan itu dengan minat.

Kata-kata hikmat di kalangan perdagangan runcit ialah "Pergi ke India atau alami kepupusan", seperti yang dicanangkan dalam harian perniagaan India baru-baru ini.

Banyak syarikat peruncitan asing berhadapan dengan kejutan budaya perniagaan sebaik menjejakkan kaki dalam perdagangan peruncitan India kerana walaupun negara itu membenarkan pelaburan asing 100 peratus, ia terhad kepada perdagangan pemborongan.

India membenarkan pelaburan asing 51 peratus bagi peruncitan jenama tunggal tetapi tidak melayan sebarang pelaburan peruncitan pelbagai jenama.

Ini mengecewakan banyak syarikat peruncitan yang mahukan "kebebasan penuh" bagi beroperasi dalam perdagangan peruncitan, yang sehingga baru-baru ini terhad kepada perniagaan keluarga yang kecil atau gerai di bazar tradisional bagi membeli buah-buahan, sayur-sayuran dan produk makanan yang lain.

Jurucakap usahasama antara Wal-Mart dan Bharti Group berkata peruncit akan membuka banyak cawangan di negara itu jika peruncitan dibuka kepada pelabur asing.

Mengikut anggaran, India mempunyai jumlah perniagaan runcit US$450 bilion, di mana US$25 bilion sahaja dikendalikan oleh peruncitan yang teratur.

Dengan itu, adalah tidak mengejutkan kenapa Carrefour dan peruncit lain menutup perniagaan mereka di Malaysia dan tempat lain.

Malah, dalam sektor pemborongan, India menawarkan peluang yang baik kepada pelabur yang berusaha dalam keadaan kesukaran yang dikenakan oleh kerajaan.

Sebagai contoh, syarikat besar dari Jerman, Metro, yang telah mewujudkan lima cawangan Cash & Carry Metro di India kini sangat gembira mengenai operasinya, walaupun berhadapan isu besar pada peringkat permulaan, yang diketepikannya sekarang ini sebagai masalah kecil.

Peruncit Malaysia dan dari negara Asean yang lain juga boleh menimbangkan untuk membuka cawangan di India.

Sememangnya, golongan kelas pertengahan India dan China, bakal menggantikan pengguna Eropah dan Amerika sebagai pengguna global untuk menjana ekonomi global, demikian menurut kajian terbaharu yang dinamakan "Kebangkitan Kelas Pertengahan Asia" yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Asia.

- Bernama

Nong Chik, Kamu Wakil Rakyat Mana? he.he..guna nama Sultan nak pekena orang Kg Baru........


Raja Nong Chik: Sultan Selangor sokong pembangunan Kg Baru

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyokong dan bersetuju dengan keputusan kerajaan membangunkan Kampung Baru, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Bagaimanapun, baginda menitahkan supaya Masjid Jamek Kampung Baru dan Kelab Sultan Sulaiman yang menjadi mercu tanda di kawasan itu, mesti dikekalkan.

“Baginda mengalu-alukan pembangunan Kampung Baru. Yang penting baginda bertitah jangan lupa sejarah yang ada di Kampung Baru.

“Dua mercu tanda ini, baginda minta jangan diubah, boleh diubahsuai, tetapi jangan dipindahkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan Hari Raya kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal kawasan Lembah Pantai hari ini.

Raja Nong Chik yang mengadap Sultan Selangor semalam, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan itu.

Beliau berkata Sultan Selangor juga mengingatkan supaya ciri-ciri dan kepentingan orang Melayu dipertahankan, seiring pengkomersialan tanah di Kampung Baru agar setimpal dengan harga pasaran pada ketika ini.

“Ini supaya pemilik dan pewaris tidak terlalu jauh mereka punya harga dengan harga pasaran. Jadi, kita perlu mencari satu model yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telahpun berbincang mengenai model yang sesuai dan akan diserahkan kepada pemilik serta pewaris untuk dipilih.

Terdahulu, Raja Nong Chik menyampaikan sumbangan kepada 100 anak yatim dan ibu tunggal dari Pusat Asuhan Hajah Kamariah Kampung Medan. — Bernama

Ulasan GB

Hanya satu soalan: Raja Nong Chik ni wakil rakyat parlimen atau DUN yang mana?

Dasar muka tak tahu malu. Dilantik sebagai menteri dengan tiket senator lantikan Najib, mau bising satu Malaysia untuk bangunkan Kg. Baru. Bangunkan dirimu sendiri terlebih dahulu, bertanding sebagai anak jantan di Wilayah Persekutuan.

Apa mau lagi?? Apa tunggu lagi?


Ketua Menteri Sarawak yang menjadi 'raja' selama 29 tahun di Sarawak, kini sudah mula ditelanjangkan. Rupa-rupannya.... selama 29 tahun dia mentadbir Sarawak, dia telah mengaut dan mengumpul harta kekayaan dunia yang tidak terhingga. Dia, billionaire. Gilerrr punyer billionaire!!

Kekayaannya banyak disembunyikan di luar negara. Namun kini.... sedikit demi sedikit kekayaan tersebut sudah dibongkarkan. He's EXPOSED!!

Itulah rupanya kalau sudah mendapat kuasa. Kuasa digunakan untuk mengayakan diri dan keluarga. Tak cukup-cukup..... Mahu dikautnya kekayaan hasil bumi Sarawak semau-maunya. Begitulah tamak dan halobanya mereka apabila kuasa berada dalam tangan. Gila kuasa untuk gila buat harta!! Semakin gilerrr.... semakin gilerrr... dan semakin gilerr!!

Kini setelah ter-exposed.... barulah dia menjadi buah mulut rakyat. Pendedahan ini telah mengubah persepsi rakyat Sarawak terhadap 'rajah' mereka. Dan... UMNO/BN mula berasa yang dia akan.... malah sudah menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional. Mereka merasakan Taib Mahmud yang sudah 'telanjang' akan memberi impak negatif kepada sokongan rakyat Sarawak terhadap Barisan Nasional.

Namun... UMNO/BN masih bersopan dalam memberikan pandangan dan respon mereka terhadap kenyataan Taib Mahmud yang dikatakan sedang berura-ura untuk berundur. Secara tersurat, kata-kata mereka masih bersopan... STAY OR GO. IT'S YOUR CHOICE. Tetapi..... secara tersiratnya, mereka kata... YOU'RE NOW A LIABILITY. GET LOST!!

Dalam nada memujuk, S/U Agong UMNO berkata....

“Hanya negarawan yang memikirkan kepentingan negeri daripada hanya dirinya sendiri. Bagi Umno, ada pemimpin lain yang mampu untuk ambil-alih jika Taib berundur."

Excuse me.... are you saying that he's a statesman and dia mementingkan kepentingan negeri daripada dirinya sendiri??

Ha... ha... ha... Ini sekor lagi badut. Taib Mahmud seorang negarawan?? Woit... ini satu compliment atau insult. Taib Mahmud mementingkan kepentingan negeri?? What a joke!!

Haiyo... straight to the point jer ler.... Orang tua uban ni, seorang yang very mementingkan diri dan keluarga sendiri. Dia menjadi kaya raya dengan hasil bumi Sarawak yang sepatutnya menjadi milik rakyat Sarawak, sedangkan rakyat pulak terus hidup daif dan miskin. Sarawak antara negeri termiskin di Malaysia. Apa yang dia buat untuk rakyat??

Dia tipu rakyat Sarawak, especially pribumi di kawasan pedalaman secara diplomatik.... secara halus untuk membina kekayaan dia di luar negara dan juga untuk mengukuhkan kedudukan dia sebagai 'raja'.

Baca di sini untuk mengetahui contoh terkini yang didedahkan. Inikah yang dikatakan memikirkan kepentingan negeri daripada diri?? Uisy.... usah labun besor ler!! Setakat pikir jer ler... sampai rambut habis beruban. Tindakan untuk kebajikan rakyat Sarawak dibuat secara amat ala kadar. Setakat buat.... jangan tak buat!! Nak tau kenapa??

Sebab.... Taib Mahmud dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan UMNO .... 2X5. Tindakan mengekalkan rakyat agar terus dibelenggu kemiskinan dan terus kekal bodoh.... akan memudahkan mereka untuk terus memanipulasi dan me-KUNTA KINTE-kan rakyat agar KUASA terus berada dalam tangan mereka. ADA KUASA.... mereka boleh terus bermaharaja lela nak buat apa yang mereka suka. ADA KUASA... mereka boleh terus jadi kaya raya dan hidup bergaya... hidup glamor!!

Keadaan sebeginikah yang melayakkan seseorang pemimpin diiktiraf sebagai negarawan?? Ini BUKAN NEGARAWAN. INI NAGA YANG SUKAKAN WANG!!

Now.... kita tengok pulak apa kata Taib Mahmud:

"Banyak orang kata saya tidak diperlukan. Jika saya tidak diperlukan, saya akan berundur"

Well.... berundurlah. Engkau memang tak diperlukan lagi. Yang diperlukan oleh UMNO/BN ialah undi rakyat Sarawak. Leaders come and go but.... mereka can't afford to let undi rakyat Sarawak go. Itu.... 'fix deposit' mereka untuk terus berkuasa di Malaysia.

Jadi, pembangkang di Sarawak harus bekerja lebih kuat lagi bagi mengubah paradigma minda penduduk di Sarawak agar menolak BN. Ini akan memudahkan kerja-kerja melakukan reformasi serta transformasi ke atas Sarawak dan kehidupan rakyatnya. Sarawak Baru dalam Malaysia Baru!!

It's high time, rakyat Sarawak keluar dari bawah tempurung untuk menikmati pembangunan secara menyeluruh dan secara lebih adil tanpa diskriminasi ke atas mana-mana suku kaum yang ada di sana. Ha... ha..ha... Keadilan untuk semua!!

Weh.... kita sudah 53 tahu merdeka. Keluarlah dari bawah tempurung dan jadilah rakyat yang bebas dan merdeka dalam erti kata yang sebenarnya. Merdeka jasad..... Merdeka jiwa.... Merdeka minda, dan.... Merdeka untuk membuat pilihan yang tepat.

Most importantly.... MERDEKA DARIPADA BELENGGU PENJAJAHAN BARISAN NASIONAL!!

Berilah peluang kepada diri anda untuk menikmati kehidupan yang lebih sejahtera dalam sebuah MALAYSIA BARU yang lebih adil.

PAS dakwa Dr M teruskan 'khurafat' Umno

PAS menyifatkan kenyataan bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung 'perpecahan' umat Islam semalam sebagai terus menggugut orang Melayu.

"Tun (Dr Mahathir) masih menganggap bahawa Melayu wajib bersatu bawah payung Umno sahaja. Seolah-olah selain daripada Umno, Melayu tidak boleh bersatu," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad (kanan).

"Inilah khurafat Umno yang terpahat dalam pemikiran pemimpin Umno seperti Dr Mahathir dan inilah juga kefahaman yang diterap kepada pegawai kerajaan melalui kursus-kursus Biro Tatanegara."

Semalam, Dr Mahathir (bawah) dilaporkan berkata walaupun jumlah umat Islam di negara ini ramai, tidak mustahil Islam akan kehilangan tempatnya sebagai agama rasmi sekiranya sikap berpecah-belah masih diteruskan.

Katanya, sikap tersebut membolehkan pihak lain berpeluang menggunakan permusuhan sesama Islam itu "untuk mengutarakan kedudukan mereka".

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris berkata, sejak dulu lagi, pemimpin Umno sering mendakwa, selain Umno memerintah, negara ini tidak akan maju.

"Hujah ini sudah lapuk, rakyat boleh menilai kemampuan pemimpin Pakatan memerintah di negeri mereka.

"Walaupun usia muda tetapi membuat pembaharuaan yang begitu pantas," katanya.

Dakwa beliau lagi, selama 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir dahulu, banyak dasar-dasar yang merugikan orang Melayu dilaksanakan, antaranya berhubung tanah rezab Melayu dan pelaksanaan Pengajaran dan PembelakaranSains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

"Banyak sangat kalau kita hendak tulis pengkhianatan beliau kepada Melayu semasa beliau berkuasa," katanya Idris lagi.

"Apakah beliau takut dan wujudnya mimpi ngeri, kalau Pakatan Rakyat menang beliau sendiri tidak akan selamat?"

Ketua AMK: 3 penjuru, Nurul Izzah tak tanding

Perebutan kerusi ketua Pemuda PKR (AMK) hampir pasti menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dan dua anggota majlis pimpinan pusat (MPP) Badrul Hisam Shaharin dan Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, anak sulung ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail -- Nurul Izzah (kiri) difahamkan tidak berhasrat merebut mana-mana jawatan kanan dalam sayap parti itu sebaliknya mahu menumpukan tugasnya sebagai ahli parlimen.

“Kalau bertanding pun mungkin hanya di peringkat cabang Lembah Pantai sahaja,” kata sumber-sumber yang dekat dengannya kepada Malaysiakini semalam.

Menjelang pemilihan parti November tahun ini, pertembungan antara Shamsul dan Badrul memang sudah dijangkakan.

Bagaimanapun kemunculan kembali Rafizi – yang pernah meletakkan jawatan sebagai anggota MPP dan exco AMK pada 2004 – agak mengejutkan selepas 'ditarik' daripada dunia korporat ketika sedang meningkat naik dalam kariernya.

Pada masa yang sama, ketika kedua-dua 'lawannya' dilihat malu-malu mengumumkan hasrat mereka, Rafizi tanpa bersembungi lagi mengakui menawarkan diri bagi bertanding di jawatan itu.

“Ya, saya akan bertanding jawatan ketua AMK,” katanya kepda Malaysiakini sambil menjelaskan pengumuman rasmi berhubung perkara tersebut akan dibuat pada minggu depan.

Menurut Rafizi - bekas pemimpin pelajar di United Kingdom - beliau menawarkan diri bertanding bagi memperkenalkan “model pendekatan baru” anak muda yang “bukan semata-mata bersandarkan ghairah dan semangat”.

Kumpulan 'direstui' Anwar

Secara realistik bagi memengangi pilihan raya, Rafizi berpendapat, AMK perlu pendekatan baru bagi menarik sokongan anak muda sebagai golongan penentu yang dalam masa yang sama “kurang berminat dalam politik”.

“Kita perlu melepasi (perasaan) sentimental reformasi (1998),” kata bekas pegawai kanan di Petronas Carigali Sdn Bhd dan Pharmaniaga Berhad itu yang kini bertugas sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Beliau dikatakan akan beregu dengan ADUN Batu Caves Amiruddin Shari yang kini naib presiden AMK sebagai timbalan ketua.

Kumpulan ini yang khabarnya 'direstui' Anwar ini difahamkan disokong sekumpulan ahli parlimen muda PKR, antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan, berkaca mata) (Seri Setia) dan Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak).

Sementara Shamsul pula mendapat dokongan seorang lagi naib ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainudin, juga seorang aktivis kesatuan sekerja yang pernah ditahan di bawah akta kontroversi ISA.

“Ya, saya tawarkan diri sebagai timbalan ketua AMK bagi membantu Shamsul Iskandar (sebagai ketua AMK),” katanya kepada Malaysiakini.

Difahamkam Khairul dipilih berganding dengan Shamsul (kanan) - seorang peguam - kerana gandingan lamanya, Mohd Fariz Musa sudah melebihi umur 40 tahun.

Namun dipercayai walaupun perlembagaan baru PKR menetapkan pemimpin AMK mestilah disandang oleh mereka yang berumur 35 tahun ke bawah, tetapi ini hanya akan dikuatkuasakan pada sesi akan datang bagi mempersediakan sayap parti itu kepada “peralihan”.

'Berseorangan belum tentu sunyi'

Sementara itu, berbeza dengan Rafizi dan Shamsul, Badrul yang meraih populariti dengan pelbagai 'gimik' politik dan kepetahannya berceramah pula masih dilihat lone ranger atau berseorangan.

Beliau yang kerap bergerak melalui Solidariti Anak Muda Malaysia - NGO yang diasaskannya - enggan mendedahkan lagi siapa gandingannya atau menawarkan diri.

“Saya tidak akan umumkannya. Terpulanglah kepada akar umbi (untuk menentukannya),” kata Badrul (kiri, berkaca mata) kepada Malaysiakini.

Menganggap pemilihan parti sebagai “urusan keluarga”, bekas guru itu berkata: “Dalam keluarga, takkanlah kita harus kata adik lebih baik daripada abang, (atau) abang lebih baik daripada adik”.

Katanya, tenaga itu lebih baik digembleng bersama bagi menumbangkan kerajaan BN.

Mengulas tentang tanggapan beliau berseorang dalam PKR, sambil ketawa Badrul berkata: “Berseorangan belum tentu sunyi, berdua belum tentu tak sunyi.”

Sementara itu, walaupun hampir pasti berlaku pertembungan tiga penjuru November nanti, seorang lagi pemimpin cabang Hasmi Hashim – satu-satunya calon yang pernah menentang Shamsul pada sesi lalu, masih tidak jelas kedudukannya.

Kalah teruk dalam pertandingan lalu, Hasmi, seorang penggiat budaya dilihat masih mengintai peluangnya.

“Kali ini (saya) akan dengar, timbang dan bincang dengan anggota AMK, pimpinan dan keluarga dulu,” katanya yang kritikal kepada kumpulan Shamsul dan Badrul itu.

PKR bakal mengadakan pemilihan parti secara langsung bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang (bahagian) lewat bulan ini, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada November depan.

Wanita calon Fuziah Salleh tanding naib presiden PKR

Wanita PKR sepakat untuk mencalonkan pengarah pilihan raya parti itu, Fuziah Salleh (kanan) untuk bertanding jawatan naib presiden.

Fuziah (kanak) merupakan ahli parlimen Kuantan dan juga bekas ketua Wanita PKR.

Enam lagi pemimpin Wanita akan bertanding merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Mereka ialah Elizabeth Wong, Felicia Ling, Hasnah Hashim, Salma Ismail, Siti Aishah Shaik Ismail dan Rozaini Mohd Rosli.

Perkara itu diumumkan oleh ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini.

Manakala Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang akan mempertahankan jawatannya.

Begitu juga dengan timbalannya, Rodziah Ismail dan dua lagi naib ketua - Hazina Talha dan Noorsham Abu Samah.
Dalam sidang akhbar tersebut Zuraida juga memberitahu bahawa 38 pemimpin Wanita, termasuk Nurul Izzah Anwar akan bertanding merebut jawatan tertinggi di peringkat cabang.
Anak sulung ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan bertanding merebut jawatan ketua cabang Lembah Pantai.
Manakala ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismal yang juga presiden PKR, akan bertanding jawatan ketua cabang Permatang Pauh.
Menurut Zuraida lagi, 10 orang wanita akan bertanding jawatan ketua cabang, manakala 28 lagi akan bertanding jawatan timbalan dan naib ketua cabang.

Sementara itu, Fuziah berkata beliau yakin berpeluang untuk memenangi salah satu daripada empat jawatan naib presiden yang dipertandingkan.

"Semua orang bertanding untuk menang. Saya yakin dengan segala keutamaan kepada parti, saya yakin (menang) kerana anggota kenal dan tahu khdmat saya," katanya.
Dalam sidang akhbar yang sama, Rodziah mengumumkan beliau dan Zuraidah akan mempertahankan jawatan masing-masing.

Manakala Haniza Talha dan Noorsham akan mempertahankan jawatan naib ketua Wanita PKR.

"Ini memberi mesej kepada anggota dan parti bahawa wanita adalah komited untuk memenuhi kuota 30 peratus.

"Kita sudah bersedia. Ini adalah permulaan," kata Rodziah.
Sementara, Zuraida berkata Dr Zaliha Mustaffa tidak mempertahankan jawatan naib ketua Wanita kerana memberi tumpuan bertanding jawatan ketua cabang Gelang Patah (Johor).

"Kita akan calonkan Gan Pei Nei (ADUN Rawang) sebagai naib ketua wanita," katanya.
Menurutnya lagi, dua exco kerajaan Selangor - Rodziah dan Elizabeth - juga masing-masing akan bertanding jawatan ketua cabang Shah Alam dan Petaling Jaya Utara.

Manakala Fuziah dan Haniza yang juga timbalan Speaker DUN Selangor, masing-masing akan bertanding jawatan ketua cabang Petaling Jaya Selatan dan Kuantan.

Ditanya sama ada akan berlaku cabaran bagi jawatan utama Wanita PKR, Zuraidah berkata: "Kita jangkakan beberapa nama... Kita mengambil sikap untuk membuat rundingan yang matang supaya Wanita menjadi kukuh dan mantap."

Pakatan: Usah menunggu, bersiap hadapi perang lebih real

TERBUKTI Umno-BN masih tidak berubah. Ia belum dapat mengambil iktibar atau gagal membaca mesej pengundi dalam pilihan raya umum Mac 2008. Formula menebus kekalahan yang dipakai jelas tidak dapat keluar daripada kepompong perkauman yang sempit dan berbahaya itu. Politik rasis yang berhasrat mahu "pecah dan perintah".
Umno masih mahu mengekalkan imej palsu sebagai wira Melayu, manakala MCA - seperti dizahirkan secara terbuka oleh presidennya, Dr Chua Soi Lek - ghairah mempromosi partinya sebagai penyelamat orang Cina dengan membuat pelbagai tuntutan dan tekanan.
Melalui "lidah rasmi Umno" yang boleh dijual di tempat awam dan tidak terhad kepada ahli parti (ya ... berbeda sekali dengan Harakah yang dikongkong dengan syarat-syarat ketat dan tidak munasabah), serta mendapat dokongan kewangan kerajaan, Utusan Malaysia tidak henti-henti meneruskan kempen berbahaya dengan memanipulasi isu-isu sensitif.
FITNAH DOA KHUTBAH
Dari hal karut-marut macam "perlembagaan baru" sampailah kepada yang fitnah terkini, "doa buat Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) menggantikan Yang di-Pertuan Agong" dalam khutbah Jumaat.  Di samping itu, apa jua aktiviti Perkasa pimpinan Ibrahim Ali seperti sudah menjadi laporan tetap akhbar berkenaan.
Justeru, ada pimpinan Pakatan Rakyat, terutama yang pernah menjadi mangsa "permainan jijik" Umno-BN sehingga disumbat ke Pusat Tahanan Kamunting melalui Operasi Lalang 1987, seperti Mahfuz Omar dan Guan Eng, sempat memberi ingatan agar tidak terperangkap dengan taktik kotor pihak yang terdesak itu.
Pada tahun itu nampak Umno dan MCA yang bertelagah, namun akhirnya yang dikurung tanpa bicara oleh Dr Mahathir Mohamad, adalah aktivis sosial dan pemimpin pembangkang.
Bagi Umno-BN, tanpa kuasa memang cukup menyakitkan dan memeritkan. Dr Mahathir semasa menjadi Presiden Umno sering mengingatkan ahli-ahlinya bahawa tidak ada gunanya berebut-rebut berkempen menjadi pemimpin parti itu tetapi akhirnya kalah dalam pilihan raya dan hilang kuasa memerintah.
Seolah-olah tanpa kuasa, Umno tiada peranan langsung.
GILA KUASA
Bagi saya, ini penyakit gila kuasa yang cukup membimbangkan. Seolah-olah tanpa kuasa sesebuah parti politik hilang fungsinya sedangkan banyak sumbangan boleh diberikan kepada rakyat, seperti ditunjukkan PAS misalnya, walaupun kalah berulang kali (malah ramai calonnya pernah hilang deposit) dalam pilihan raya.
DAP juga membuktikan hal sama, menjadi pelindung kedaulatan rakyat tanpa letih meskipun sentiasa didiskriminasi dan ditindas. Aktivis PAS bukan sahaja dinafikan hak untuk berpolitik secara bebas seperti dibenarkan Perlembagaan, malah ramai yang dibuang daerah, dihalang daripada mendapat pelbagai kemudahan kerajaan, dipenjarakan tanpa bicara, malah ada yang dibunuh kejam.
Tetapi memang benar pun, Umno akan lumpuh sepenuhnya jika talian hayatnya di negeri-negeri yang kalah seperti Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah yang kini bersumberkan kuasa di Putrajaya, dapat dicantas segera.
Selama ini Umno-BN berdepan dengan parti-parti lain bukannya seperti "anak jantan"; ia bergantung rapat dengan kekuatan di luar parti yang dieksploitasi secara tidak sah.
Apabila dirasakan laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya semakin cerah, maka pemimpin Umno-BN dan para strategisnya pasti tidak duduk diam merencanakan usaha memintas.
TEORI 4F KAMARUDIN JAFFAR
Selepas pilihan raya 1999, persempadanan semula kawasan pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diperalatkan semahunya - di samping pelbagai taktik kuno 3M (media, money, machinery) yang digunakan terus-menerus, ditambah teori 4F (Fun, Fund, Fear dan Future) - kini survival elit penguasa bagaikan telur di hujung tanduk.
Kamarudin Jaffar dalam buku terbarunya, Krisis Ketuanan Melayu (Ikdas, 2010) mengemukakan teori 4F bagi sebagai usaha untuk memahami bagaimana dan mengapa rakyat Melaysia mengundi BN. 4F itu ialah Fun (Hiburan), Fund (Wang/Dana), Fear (Takut) dan Future (Masa Depan).
"Perhatilah bagaimana setiap kali musim pilihan raya datang, akan bermulalah program dan majlis-majlis hiburan, akan diumumkan projek-projek dan bantuan-bantuan kewangan, akan ditakut-takutkan rakyat dengan imej-imej buruk yang kononnya ada pada parti-parti pembangkang, dan akan diberikan gambaran masa depan yang begitu baik jika mengundi BN dan begitu buruk jika mengundi pembangkang," tulisan Kamarudin, yang juga Ahli Parlimen Tumpat dan bekas Setiausaha Agung PAS dipetik.
Fitnah dan adu-domba media hanya cebisan kecil gerakan mempertahankan Putrajaya. Apatah lagi di zaman yang menyaksikan media baru lebih mendominasikan kecenderungan politik rakyat Malaysia.
Peluang pengundi untuk menghakimi pemerintah secara bijaksana lebih terbuka luas. Umno-BN tidak lagi memonopoli maklumat dan sumber berita.
Walau bagaimanapun, aktivis Pakatan Rakyat seharusnya  bersedia untuk diasak dengan "peperangan" yang lebih real, yang mungkin menuntut "korban" lebih besar.
SABOTAJ BN
Bekas pemimpin Umno yang dahulunya menyertai Semangat 46 dan kini KeADILan tentu berpengalaman dengan kelaziman BN (sebelumnya Perikatan) berdepan situasi genting. Usaha sabotaj kerap dipakejkan bagi memburukkan parti lawan.
Jadi, tidak mustahil kes gambar Sultan Johor yang dieksplotasi dalam sepanduk KeADILan di Batu Pahat baru-baru ini tidak terlepas daripada usaha sabotaj pihak tertentu bagi menyekat kemaraan Pakatan dan taktik jahat melaga-lagakan dengan pihak istana.
Saya merasakan itu semua hanya permulaan, dan dijangka ia disusuli bermacam-macam lagi tindakan tidak terduga lainnya. Sepatah kata Anwar Ibrahim: "Pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang. ... Usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah-belahkan muafakat masyarakat ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera. Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan perubahan dan demi Malaysia yang adil ..."
Langkah paling baik Pakatan bukannya sekadar bersiap mempertahankan dan membentengi diri tetapi harus bertindak balas secara proaktif dan sistematik melancarkan "serangan" berterusan mendombrak penyelewengan kerajaan BN, termasuk (malah lebih penting) menyuntik keyakinan pengundi dengan menunjukkan teladan pemerintahan yang baik di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Imej dan kemampuan Pakatan sebagai "kerajaan menunggu" harus ditampilkan dengan penuh wibawa. Keberkesanan parti-parti seperti PAS, DAP dan KeADILan sebagai pembangkang tidak boleh dinafikan lagi.
BERBILION WANG AWAM  HANGUS
Banyak pendedahan terutama berkaitan skandal kewangan yang menghanguskan berbilion wang rakyat dikemukakan kepada publik dengan statistik meyakinkan. Keupayaan ahli-ahli Parlimennya membahaskan isu-isu rakyat sentiasa teruji.
Di samping itu ramai mengharapkan agar tidak timbul isu-isu (yang mungkin dianggap remeh) yang dilihat boleh memecah-belahkan kesatuan Pakatan.
Kini rakyat sedang memerhatikan dengan rapi langkah kerajaan negeri Pakatan menangani pelbagai masalah berbangkit di samping memenuhi janji-janji pilihan raya lalu dalam konteks keterbatasan kuasa yang ada.
Nada retorik politik mungkin boleh direndahkan kerana yang lebih utama bagi rakyat adalah kesungguhan dan keikhlasan pemimpin dan wakil rakyat Pakatan untuk turun padang menawarkan formula praktikal ke atas begitu banyak tekanan kehidupan semasa.
Buktikan bahawa sememangnya wakil rakyat dan kerajaan negeri Pakatan berbeda sama sekali dengan apa yang ditunjukkan BN sebelum ini. Usah terikut-ikut dengan tradisi  bobrok Umno-BN yang hanya mementingkan diri dan suku-sakat mereka sahaja.
Khazanah kekayaan negara lebih daripada mencukupi buat keperluan seluruh rakyatnya jika ia ditadbir secara baik dan telus. Kepelbagaian agama, budaya, adat resam jika diadun dengan bijaksana dan penuh keadilan merupakan satu kekuatan raksasa yang belum dimanfaatkan sepenuhnya.
Sementara pendekatan perkauman yang diamalkan Perikatan-BN sejak merdeka mempunyai begitu banyak kelemahan dan kini ia terdedah satu demi satu.
Demokrasi konsosiasional (permuafakatan) dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia mungkin satu formula terbaik, tetapi terbukti kerjasama dan rundingan elit pemerintah, seperti pandangan beberapa pengkaji politik, hanya topeng semata-mata. Mereka seolah-olah berusaha keras menjamin kepentingan rakyat, sedangkan yang menjadi prioriti adalah kepentingan diri dan kelompok.
PERBEDAAN KELAS
Dr Nidzamuddin Sulaiman dalam tulisannya, "Kaum dan Kelas: Pendekatan Popular Melihat Politik Gabungan Malaysia" (1999), cuba memaparkan realiti dihadapi rakyat yang dikuasai elit politik yang menggunakan pendekatan perkauman:  "Perbezaan kelas tetap wujud, miskin kaya tetap berleluasa malah menjadi semakin meluas. Kelas bawahan sentiasa mengeluh tentang makanan yang tidak mencukupi, sewa rumah yang semakin tinggi dan belanja sekolah anak yang perlu dibiaya.
"Sentimen dan keperitan ini ditanggung oleh semua tanpa mengira kaum kerana penderitaan tidak mengenal kaum, kemiskinan tidak mengenal keturunan dan perut anak yang lapar tidak akan bertahan lama. Semua ini dikongsi sama oleh kelas bawahan tetapi mereka tetap tidak sedar. Mereka tidak sedar bahawa mereka berada bersama-sama di dalam satu kelas, satu kedudukan, satu perasaan dan satu sentimen."
Pengagihan sumber ekonomi dan politik yang terhad itu dibolot penguasa dan suku-sakatnya. Kadang-kadang sikap pemimpin atasan daripada pelbagai parti berbeda (komponen BN) yang membentuk kerajaan itu nampak bercanggah (seperti tertonjol dalam kes Umno dan MCA mutakhir ini) tetapi realitinya ia sekadar satu taktik untuk saling memperkukuhkan kedudukan masing-masing.
Kuasa yang ada diperalatkan untuk menimbun kekayaan secara tidak sah, khususnya melalui rasuah, walhal para penyokong di akar umbi tertekan dengan kenaikan kos sara hidup.
ALASAN TINDAS MUSUH POLITIK
Dr Toh Kin Woon, Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG semasa mengungkapkan kekhuatirannya terhadap kenyataan dan tindakan perkauman secara berleluasa baru-baru ini (dengan merujuk kenyataan perkauman dua pengetua sekolah kebangsaan dan percubaan Utusan Melayu mengapi-apikan sentimen perkauman), mengingatkan: "... sejarah telah menunjukajar kita, dalam satu negara berbagai kaum yang politiknya belum berlandaskan demokrasi, spekulator politik sering menggunakan alasan “hubungan kaum tegang” untuk menindas musuh politik dan pihak berlain pendapat, ia merintangi perkembangan sihat demokrasi."
Kunci kata dalam menyelesaikan problem besar umat dan negara adalah "keadilan", serentak masa sama mencampakkan pendekatan perkauman dalam bakul sejarah. Islam telah menggariskan dengan jelas kepentingan keadilan sebagai prinsip hidup yang penting.
Prof Dr M Din Syamsuddin (2007) menekan: "... Islam sering disebut sebagai agama keadilan (din al-'adalah) di samping sebutan-sebutan lain seperti agama perdamaian (din al-salamah), atau agama kasih sayang (din al-rahmah). Begitu penting keadilan dalam Islam, al-Quran menyebutnya sebanyak 28 kali, salah satunya mengandungi perintah untuk menegakkan keadilan kerana keadilan lebih dekat kepada ketakwaan (al-Quran 5:8).
"Tradisi Islam juga menegaskan pentingnya keadilan dengan memasukkan seruan menegakkan keadilan pada bahagian akhir setiap khutbah Jumaat (inna Allahya'mur bi al-'adl wa al-ihsan)."