Rabu, 25 Ogos 2010

Pakatan Rakyat Sarawak Siap Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri

Oleh Rusnizam Mahat
SHAH ALAM 25 Ogos - Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang akan berlangsung esok akan menumpukan kepada agenda persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
Mesyuarat itu akan menyentuh pelbagai perkara mengenai pembahagian kerusi antara empat rakan kongsi Pakatan Rakyat Sarawak - KEADILAN, DAP, PAS dan SNAP, persiapan logistik pilihan raya, manifesto pilihan raya, mengenalpasti calon berpotensi dan isu utama lain yang akan diketengahkan dalam pilihan raya negeri itu.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak, Baru Bian ketika dihubungi Suara Keadilan berkata, hampir 90 peratus pembahagian kerusi telah diselesaikan menerusi persetujuan dan persefahaman antara parti komponen Pakatan Rakyat.
"Perbincangan kita esok akan menjurus kepada pilihan raya negeri Sarawak seperti manifesto dan slogan pilihan raya, termasuk pengagihan kerusi. Setakat ini hampir 90 peratus kerusi telah diagihkan di kalangan komponen parti Pakatan Rakyat.
"Manakala dari segi pemilihan calon ia akan ditentukan oleh parti masing-masing. KEADILAN sendiri telah menyenarai pendek calon-calon yang akan diketengahkan dalam pilihan raya ini dan telah dikemukakan kepada Biro Politik dan Pengarah Piliah Raya Pusat," ujarnya.
Menurut beliau, antara isu utama yang akan diketengahkan dalam pilihan raya itu adalah mengenai tanah adat Sarawak, kemudahan infrastruktur di luar bandar seperti kemudahan perubatan, pendidikan, masalah kemiskinan dan isu berkaitan urus tadbir Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
"Kegagalan urus tadbir oleh Ketua Menteri Sarawak akan menjadi antara isu utama dalam pilihan raya ini memandangkan beliau mempunyai harta yang berbilion sedangkan kawasan pendalaman masih serba kekurangan.
"Isu kemudahan kesihatan seperti klinik yang jauh dari kawasan pedalaman, isu seperti masalah kemudahan kuarter guru yang mengecewakan, isu pendidikan dan kemiskinan adalah antara isu utama di Sarawak.
"Kemudahan untuk fasiliti dan jalanraya umpamanya masih teruk dibandingkan dengan Semenanjung kerana kemudahan infrastrukturnya yang masih jauh ketinggalan. Sarawak adalah negeri terkaya tetapi antara yang keempat miskin di Malaysia.
"Saya yakin dengan isu-isu yang di bawa ini Pakatan Rakyat berjaya menawan Sarawak daripada Barisan Nasional. Sekiranya pilihan raya ini dijalankan dengan adil tanpa ugutan dan politik wang, saya yakin kita akan menang," tegas beliau.
 Ditanya mengenai persiapan KEADILAN di peringkat akar umbi, beliau berkata gerak kerja telah diperkukuhkan diperingkat cabang dan ranting dalam menghadapi pilihan raya tersebut.
"Datuk Seri Anwar akan mengadakan lawatan di Limbang dan Lawas pada 31 Ogos ini. Pada bulan depan, Zaid Ibrahim dan Azmin Ali antara pimpinan yang dijadualkan akan datang ke Sarawak," jelasnya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata secara umumnya parti berpuas hati dengan tahap persiapan jentera Keadilan Sarawak dalam menghadapi pilihan raya tersebut yang tempoh matangnya ialah pada Julai 2011.
"Kita berada dalam tahap siap siaga, kalau sekiranya wisel pilihan raya ditiupkan dalam tempoh terdekat ini pun, kita sudahpun bersedia untuk memasuki gelanggang.
"Kita punya keyakinan yang tinggi bahawa mesej perubahan yang kita bawa bersama dengan rakan komponen Pakatan Rakyat yang lain di negeri Sarawak kali ini boleh menangkap imaginasi rakyat yang akan mendorong kepada perubahan berlaku. Itu perkara yang kita bincangkan pada hari ini," katanya dalam sidang media ketika rangka lawatan selama dua hari di Sarawak bersama Pengarah Strategi, Tian Chua dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Badrul Hisham Shaharin 20 Ogos lalu.

Adakah CPF Pakatan Rakyat tu kurang ajaq?

Bila nak buat posting blog ini, saya asyik dok lupa nak bersembang sikit fasal kenyataan Dr Dzulkefly Ahmad mengenai hudud (lihat Malaysiakini 24/8/10 "Dzulkefly: Elakkan sejarah 2001 berulang"). Ni kira teringat la ni.

Dr Dzulkefly kata, hudud dan penubuhan negara Islam bukan sebahagian dari rangka kerja polisi umum (CPF) Pakatan Rakyat (PR) yang digubal pada Disember lalu. Tetapi yang saya nak tanya, ada dak mana-mana persetujuan dalam CPF itu yang melarang PAS berkempen dan menerangkan kepada rakyat Malaysia tentang Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaannya? Ada dak mana-mana persetujuan dalam CPF itu yang melarang PAS berkempen dan menerangkan kepada rakyat Malaysia tentang Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993?

Berita Bernama bertajuk "Hukum hudud dilihat jalan penyelesaian untuk jenayah, buang bayi" melaporkan:
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas di Kelantan bagi mendidik umat Islam membendung kejadian buang bayi dan jenayah.
Menteri Besar Kelantan kata kerajaan negeri pimpinannya berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas. Berjaya tak berjaya tak tau lagi, tetapi pihaknya sedang berusaha.

Bukan senang. Pertama, berita itu sendiri melaporkan:
Kelantan dan Terengganu merupakan dua negeri yang sudah mempunyai Undang-Undang Hudud dan Qisas untuk orang Islam ketika di bawah pentadbiran PAS tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kedua, kerajaan pusat akan bertindak jika Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 itu dilaksanakan. Dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan pada 14 Ogos 1994, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran:
Kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.
Dr Mahathir memberi amaran sedemikian atas sifatnya sebagai Perdana Menteri. Setakat ini, kerajaan pusat belum pernah dilaporkan menarik balik amaran itu.

Pada 20 April 1992, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri memberitahu para wartawan bahawa:
Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.
Ketiga, baru kempen ja, jenis-jenis seperti Karpal Singh dah histeria sakan. Lihatlah kenyataan kurang ajarnya:
"Nik Aziz should realise we do not live in primitive times. In the present time and age, the punishment of stoning to death, which is a cruel and unjust punishment, does not, and cannot have a place" (lihat Malaysiakini 14/8/10 "Karpal locks horns with Nik Aziz over baby dumping").
Bagi saya, kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz seperti yang saya petik di atas tu baru peringkat berkempen dan menerangkan kepada rakyat Malaysia tentang apa yang yang diyakininya - tak kira la hudud ka, apa menatang pun. Biasa la orang berkempen dan cuba meyakinkan orang lain tentang apa yang dia yakini. Wah! Nak kempen pun tak boleh. Dah menggelejat sakan dengan kata-kata yang sangat kurang ajar.

Sebab itulah saya nak tanya lagi, ada dak mana-mana persetujuan dalam CPF itu yang melarang PAS berkempen dan menerangkan kepada rakyat Malaysia tentang Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993?

Ada dak mana-mana persetujuan dalam CPF itu yang melarang PAS berkempen dan menerangkan kepada rakyat Malaysia tentang Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaannya?

Fasal 5 Perlembagaan PAS menyatakan tujuan parti ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah dan mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

CPF tu ada larang ka penerangan dan penjelasan tentang perkara-perkara itu?

Kalau ada, saya teringin nak pijak, ludah, kencin dan berak atas CPF itu. Dah habis pijak, ludah, kencin dan berak atas CPF itu, baru sambung balik lawan Umno.

Kalau ada, kurang ajaq sangat CPF tu merompak hak demokratik orang untuk menerang dan menjelaskan apa yang mereka yakini.
PB.

Surat Sebenar Teoh Beng Hock Di Jumpai.

Dalam suratnya Teoh telah menulis dan menerangkan bahawa dia tidak membunuh diri. Apabila aku teliti isi surat Teoh ini maka aku sedar bahawa sebenarnya Teoh telah mengetahui awal lagi bahawa dia akan dibunuh kerana itu Teoh telah membalingkan botol berisi surat ini ke dalam laut lebih awal. Teoh juga tahu bahawa akan ada pihak yang akan membuat surat surat palsu dan memfitnah dirinya.

Menurut Teoh, surat palsu ini ditulis oleh seorang penulis Cina Hailam yang pakar dalam hal pemalsuan dokumen. Cina Hailam ini ada membuka kedai menjual mee hailam di Jalan Raja Laut sebagai perniagaan halal. Cina Hailam ini memang bijak, malah dia pernah membuat satu surat cinta John Lennon kepada Yoko Ono yang telah dilelong di Christie London. Dari sumber yang tidak rasmi, surat palsu Lennon ini telah di beli oleh kerajaan untuk dijadikan bahan muzium.

Dalam surat ini Teoh juga telah memberi ingatan bahawa Cina Hailam ini telah membuat sekeping surat wasiat bersama geran tanah atas nama Yap Ah Loy yang menunjukkan bahawa tanah TUDM di Sungai Besi itu sebenarnya adalah milik Joe Lo.

Menurut surat Teoh ini wasiat dan geran palsu ini dibuat jika sekiranya kes tanah TUDM ini ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat dalam parlimen. Menurut surat Teoh ini lagi, Cina Hailam ini juga telah membuat sekeping surat palsu yang telah di tanda tangani oleh orang suci di mana tanah tapak Penjara Pudu itu adalah milik seorang saudagar besar.

Cerita-cerita tak masuk akal

Dalam suratnya, Teoh Beng Hock juga telah menceritakan bahawa sebab utama dia dibunuh kerana: Pada satu malam ketika dia menjalankan tugas sebagai pembantu Yang Berhormat dia telah diminta pergi membeli mee hailam. Waktu telah lewat malam tetapi sebagai pembantu yang baik Teoh telah pergi mengetuk pintu kedai mee hailam ini di Jalan Raja Laut.

Tanpa disedari oleh Teoh, cara dia mengetuk pintu itu adalah tanda untuk membenarkan geng Cina Hailam ini masuk. Apabila Teoh masuk dia telah dibawa ke bilik rahsia di mana Cina Hailam ini sedang membuat dan mencetak kad pengenalan palsu untuk kerajaan Sabah. Teoh terserempak dengan kerja jahat ini. Kerana ini dia wajib dibunuh.

Selanjutnya boleh baca terus dari individu yang menjumpai surat tersebut. (klik sini)

Umno: Dengan atau tanpa Taib, BN tetap menang

Umno yakin BN mampu mempertahankan Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang sekalipun Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membuat keputusan mengundurkan diri.

Mengulas pengumuman mengejutkan Abdul Taib semalam yang beliau sedia mempertimbang untuk bersara dari politik selepas menerajui Sarawak selama 29 tahun, setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan berkenaan langsung tidak akan menjejaskan peluang BN.

“Mungkin dia sedar bahawa rakyat di Sarawak inginkan perubahaan. Bagi kami, Sarawak tetap dalam tangan sama ada dia (Abdul Taib) memimpin atau orang lain yang memimpin,” kata Tengku Adnan yang juga adalah setiausaha agung Umno.

Abdul Taib semalam berkata beliau tidak dapat membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi DUN diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10 akan datang kerana perkara itu kerana ia perlu dibincangkan dan diluluskan oleh pucuk pimpinan.

Namun katanya, beliau bersedia untuk berundur jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

"Banyak orang kata saya tidak diperlukan. Jika saya tidak diperlukan, saya akan berundur," katanya.

Taib yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 1981 dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata beliau sebenarnya mahu berundur daripada politik pada 2006 tetapi ramai di kalangan dalam parti menentang hasratnya itu dan akhirnya beliau memutuskan untuk tidak bersara.

Tengku Adnan hari ini menafikan spekulasi bahawa Umno meletakkan tekanan ke atas Abdul Taib untuk berundur kerana pemimpin berkenaan sejak akhir-akhir ini mendapat publisiti buruk di media berhubung dakwaan kekayaan beliau dan keluarganya.

“Tiada tekanan dari pihak kami (Umno), tetapi kami menerima jika beliau mahu berundur. Mungkin dia (Taib) sudah terlalu lama dalam politik.

“Jika seseorang terlalu lama memegang kuasa, orang ramai akan mula bosan. Dia juga mungkin sudah penat, jadi kenyataannya itu memang adil,” kata Tengku Adnan ketika dihubungi.

Katanya, keadaan Abdul Taib itu mencerminkan apa yang berlaku ke atas bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merancang persaraan selepas BN mengalami kemerosotan sokongan pada 1999.

“Hanya negarawan yang memikirkan kepentingan negeri daripada hanya dirinya sendiri. Bagi Umno, ada pemimpin lain yang mampu untuk ambil-alih jika Taib berundur,” katanya.

Di sebalik penafian Tengku Adnan, akhbar-akhbar yang dimiliki Umno hari ini memberi pendedahan meluas terhadap kenyataan Abdul Taib itu.

Rampas Kekayaan Luarbiasa Abdul Taib Untuk Rakyat Sarawak


Taib sedia undur jika tak diperlukan, trend pengundi Cina bingungkan

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang sudah hampir lima dekad aktif dalam politik dan menerajui negeri itu sejak 29 tahun lalu menegaskan "akan berundur" jika tidak lagi lagi diperlukan.

Kemungkinan itu masih menjadi teka-teki ketika Sarawak bersedia ke arah pilihan raya umum negeri.

Bagaimanapun beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10, yang disebut-sebut dalam waktu terdekat ini.

Pemimpin berusia 74 tahun itu yang merupakan Ketua Menteri yang paling lama berkhidmat iaitu sejak 26 Mac 1981, berkata beliau tidak dapat membuat keputusan mengenai perkara itu kerana ia perlu dibincangkan dan diluluskan oleh pucuk pimpinan.

"Saya tidak tahu... terserah kepada parti dan perdana menteri," katanya di Kuching semalam.

Pada 1981, beliau turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebandi bagi membolehkannya kembali ke Sarawak dan menjadi Ketua Menteri menggantikan Tun Abdul Rahman Yaakub.

Taib juga mempertahankan kerusi DUN Sebandi pada 1983, 1987; kerusi DUN Asajaya (1991, 1996) dan DUN Balingian (2001 dan 2006).

Kata Taib, beliau bersedia untuk berundur jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

"Banyak orang kata saya tidak diperlukan. Jika saya tidak diperlukan, saya akan berundur," kata beliau dipetik Bernama.

Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 1981 dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata beliau sebenarnya mahu berundur daripada politik pada 2006 tetapi ramai di kalangan dalam parti menentang hasratnya itu dan akhirnya beliau memutuskan untuk tidak bersara.

Mengenai bila beliau kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri, Ketua Menteri berkata perkara itu masih belum diputuskan lagi.

Mengenai sentimen pengundi Cina di Sarawak yang masih memilih pembangkang berbanding BN, Taib mengakui trend itu masih membingungkannya sehingga kini.

"Saya juga bertanyakan soalan yang sama, saya mahu tahu," katanya.

Kata beliau, kerajaan negeri secara ikhlas cuba memenangi hati pengundi Cina tetapi masih gagal berbuat demikian sehingga kini.

Pada pilihan raya negeri 2006, PBB memenangi 34 daripada 71 kerusi negeri diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dengan 11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sembilan kerusi dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) lapan kerusi manakala selebihnya dimenangi parti-parti pembangkang.

Mengulas isu lain, Taib dipetik Berita Harian berkata, beliau tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalaman Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang pernah kalah teruk pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak 2006.

"Selama ini saya sudah banyak membantu SUPP, sama ada mereka mahu menerimanya atau tidak, ia perkara lain.

"Saya sudah memberikan analisis dan nasihat mengenai masalah mereka sebelum ini," kata beliau.

"Kini terpulang kepada mereka. Jika saya melakukan lebih dari itu, ada di kalangan pemimpin SUPP akan mengkritik saya kerana mencampuri hal ehwal dalaman parti itu," katanya.

Taib menambah SUPP sebenarnya lebih perlu membantu diri mereka sendiri, bukannya mengharapkan bantuan dari luar dalam memulihkan kekuatan parti berkenaan.

Beliau pertama kali mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen ketika era perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1967 ketika berusia 31 tahun.

Taib dilantik Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri pada 1968.

Sementara itu ketika kepimpinan Tun Abdul Razak, beliau dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada September 1970 dan dua tahun kemudian dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan selepas itu memegang pelbagai portfolio di bawah Tun Razak dan Tun Hussein Onn sehingga 1981.

Beliau juga pernah dilantik Menteri Wilayah Persekutuan pertama pada 1980.

Abdul Taib mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya umum 1969 hingga 2004 termasuk beberapa kali menang tanpa bertanding sebelum memutuskan untuk tidak bertanding kerusi Parlimen pada 2008, dengan anaknya Datuk Seri Sulaiman Taib menggantikannya. -TMI


Kekayaan Luarbiasa Tan Sri Abdul Taib Mahmud

Dua dokumen didedahkan di laman web bagi membuktikan hubungan secara langsung antara ketua menteri Sarawak dengan sebuah syarikat hartanah yang berpangkalan di Amerika Syarikat - Sakti International Corporation.

Laporan sesawang Sarawak Report memuat-naikkan perjanjian bertulis oleh lembaga pengarah Sakti bahawa adik beradik Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anak-anaknya akan memegang kepentingan 50 peratus dalam syarikat itu bagi pihaknya.

Perjanjian itu dimeterai tidak lama selepas syarikat itu ditubuhkan pada 1987 dengan laporan meletakkan nilainya pada RM80 juta.

Lima proksi berkenaan adalah adik beradiknya Onn dan Ariff, anak perempuannya, Jamilah dan anak-anak lelakinya, Mahmud dan Sulaiman.

Mengikut perjanjian yang bertarikh 8 April, 1988, sejumlah 1,000 unit saham dikeluarkan. Separuh daripada jumlah itu dipegang oleh lima individu berkenaan sebagai amanah kepada seorang yang dikenali sebagai 'Abdul Taib Mahmud'.

Perjanjian itu mempunyai tiga tandatangani - dipercayai oleh Onn, Ariff (meninggal dunia tiga tahun lalu) dan Mahmud.

“Bukan menjadi rahsia, dalam syarikat milik keluarga Taib, ketua menteri itu sentiasa mengelakkan namanya disenaraikan dalam sebarang dokumen,” kata Sarawak Report semalam.

“Beliau selama ini sering-kali mendakwa selaras dengan jawatannya sebagai ketua menteri, beliau tidak mempunyai kepentingan perniagaan. Adalah jelas, bahawa beliau menubuhkan Sakti International, dengan menggunakan alamat rumahnya sendiri di San Francisco.”

Sakti international memiliki beberapa hartanah penting di bahagian pantai barat Amerika Syarikat. Antaranya termasuk bangunan Abraham Lincoln di Seattle - yang antara lain menempatkan pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan unit anti pengganas Washington Fusion Centre.

“Sistem berkenaan memastikan bahawa Taib Mahmud memiliki separuh daripada saham-saham itu yang dipegang secara amana untuk dirinya sendiri, manakala yang lain memegang tidak lebih daripada 200 saham,” petik artikel itu.

“Dengan cara ini, beliau menguasai syarikat itu secara langsung dengan berpura-pura tidak memilikinya.”

Laman web itu juga mendedahkan satu lagi dokumen - kenyataan saham tempatan yang dimiliki Sakti yang mesti dikemukakan setiap tahun kepada kerajaan California.

Kenyataan yang difailkan pada 17 Sept, 1987 menamakan Taib, Onn dan Ariff sebagai pengarah Sakti pada masa penubuhannya.

Anak sulungnya, Mahmud (Abu Bekir Taib) dinamakan sebagai ketua pegawai eksekutif, setiausaha dan juga ketua pegawai kewangan syarikat itu.

Kedua-dua dokumen itu didedahkan pada perbicaraan mahkamah yang membabitkan Sakti.

Seperti pendedahan empayar hartanah Taib di luar negara, Sarawak Report menggesa ketua menteri itu supaya menjelaskan kekayaan dan bagaimana beliau mendapat dana untuk menguruskan syarikat-syarikat berkenaan.

“Dengan bukti seumpama itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak boleh lagi tidak memperdulikan tuntutan supaya siasatan dilakukan ke atas Raja Sarawak yang berambut putih itu?” akhiri artikel itu.-mk

Ini pun... Guan Eng punya pasal ler!!


Tup-tup, tetiba keluar berita.... kakitangan awam kerajaan dapat durian runtuh. Angin tak der... ribut tak mandang... demer dapat RM500 duit raya.

Syukur alhamdullilah.... Rezeki kita dari Allah SWT. Kerajaan cuma jadi platform rezeki yang diperoleh oleh kaki tangan awam kerajaan. Mereka sepatutnya say thank you to Lim Guan Eng. Kalau tak der kerana Guan Eng' bukak langkah' awal dengan memberi RM400 kepada kaki tangan kerajaan negerinya... mungkin kaki tangan kerajaan pusat menganga ler, tak dapat apa-apa!!

Oleh sebab, Najib dah malu-malu alah.... terpaksa ler bagi jugak. Nanti nampak sangat ler pulak lekehnya kerajaan UMNO/BN. Selain itu.... untuk tidak nampak carok sangat.... dia 'up'kan duit raya yang mereka beri.... kepada RM500. Aha, RM100 lebih daripada apa yang Guan Eng beri. Now.... nampak tak strategi Guan Eng untuk bantu rakyat yang diperkulikan oleh kerajaan UMNO/BN.

Ituler, wa cakap lu orang.... kerajaan Pakatan Rakyat lebih ke depan dalam banyak hal, jika dibandingkan dengan kerajaan UMNO/BN. Kita buat dulu.... then, baru depa terhegeh-hegeh melaksanakannya pulak. Copycat!! Copycat yang tak der kemaluan!!

Apa-apa pun... tak kisah ler.... RM400 ke, RM500 ke, janji dapat jugak. Sekurang-kurangnya, dapat juga meringankan beban perbelanjaan menjelang hari raya.

Namun.... ada juga terdengar orang kata, sepatutnya kerajaan bagi lebih. Ini... bagi pun, ciput jer!! Weh... itu pun kira nasib baik ler dapat. Demer tu bukannya ada duit sangat. Bukan ke kantung dema banyak lubang yang menyebabkan banyak ketirisan berlaku?? Udahlah tiris sana sini.... berbelanja pulak boros. Mana nak ada duit. Itu sebab, Idris Jala kata... dah nak bangkrup!!

Udah.... jangan banyak cakap. Grab jer!! Rezeki jangan ditolak. Just say.... Thank you Allah!!

Sumber dari sini

Waris rayu bebas tahanan ISA sebelum raya

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Harapan Mohammad Fadhlullah Abdul Razak, 28, tahanan terbaru ISA untuk beraya bersama keluarga bulan depan mungkin malap.
Menurut Hasnol Hadi Abdul Razak, 25, pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum memberitahu tentang status tahanan abangnya itu sejak ditahan 36 hari lalu.
Bagaimana pun, katanya, Polis memanggil waris Fadhlullah ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok.
"Setakat ini, tidak ada apa-apa lagi tetapi esok, polis panggil kami ke Bukit Aman.
"Saya kerja, kedua-dua ibu bapa saya mungkin pergi melawat abang esok," ujarnya tengah hari tadi pada Harakahdaily.
Beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri akan membebaskan abangnya itu sebelum raya ekoran tiada dakwaan yang jelas ke atas abangnya itu.
Difahamkan, Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA membolehkan seseorang tahanan tanpa bicara ditahan maksimum selama 60 hari untuk membantu siasatan.
Turut difahamkan, berdasarkan Seksyen 8, ISA, tahanan tanpa bicara itu memberi kuasa kepada seorang Menteri Dalam Negeri untuk mengizinkan seseorang itu ditahan atau sebaliknya.
Lanjutan itu, katanya lagi, pihak pembelaan yang dilantik telah mengfail permohonan habeas corpus atau  'hak untuk bersuara di mahkamah'  beberapa hari lalu.
20 Julai lalu, Fadhlullah ditahan di Sungai Buloh oleh seorang pegawai polis berpakaian seragam serta 14 pemuda berpakaian biasa yang dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.
Menurut laporan Harakahdaily, Hasnol ditahan kononnya demi memerangi keganasan Jamaah Islamiah (JI) dalam negara.
Namun, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri beberapa hari kemudian pada satu kenyataan media di ibu negara mengaku di depan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bahawa Kuala Lumpur komited bersama Washington dalam memerangi keganasan global.

Kesombongan Pusaka iblis laknatullah

Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18]
"Sombong merupakan satu sifat keji yang dibenci bukan sahaja oleh Allah SWT dan RasulNya, malah oleh seluruh isi alam ini. Mengekalkan sifat sombong ertinya mengekalkan diri dalam kutukan Allah. Abu Laits Al Samarqandi meriwayatkan daripada Ka'bul Ahbar:
"Orang yang sombong itu akan datang pada Hari Qiamat berupa orang sekecil semut, diliputi oleh kehinaan dan diberi minum 'Thinatul Khabaal' yakni darah bercampur nanah daripada ahli neraka." .
Sifat sombong atau ego ini hampir semua orang memilikinya, cuma sesiapa yang kuat mujahadah dan takutkan Allah SWT sahaja yang mampu mengikis sifat keji ini. Antara ciri-ciri seseorang itu ada penyakit sombong ialah:
1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya.
2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutama orang di bawahnya.
3. Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, masyhur, dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya.
4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai.
5. Merasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah samasekali.
6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.
7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting.
8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain.
9. Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir kesenangannya sahaja.
Kikislah sifat sombong ini dengan berkata pada diri sendiri: "Wahai diri... kalau kau sombong kau akan kehilangan kawan. Allah dan RasulNya serta seisi alam akan membencimu. Hidup keseorangan seperti kera sumbang. Syaitan, Firaun, Namrud, Qarun menjadi temanmu dalam Neraka. Sanggupkah kau menanggung azab siksa Neraka yang manusia dan batu menjadi bahan bakarnya? Kawah yang isinya logam cair menggelegak, akan dicelupkan dirimu ke dalamnya. Tahankah dengan siksaan itu?"

Beri peluang Islam tangani penyakit masyarakat

Bagaikan bermusim, kes-kes pembuangan bayi kembali menjadi sajian harian di dada media. Pelbagai pihak yang prihatin tentang penyakit sosial yang semakin kronik itu seolah buntu dan mati akal memikirkan kaedah menanganinya.
Penubuhan pusat bayi terbuang bagaikan tidak memberikan apa-apa kesan mengurangkan gejala itu. Sebaliknya, semakin kerap rayuan mendayu-dayu para artis kita diulangsiar lewat media elektronik, semakin menjadi-jadi pula kes penemuan bayi terbuang.
Keputusan Kabinet minggu lalu agar kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh juga tidak cukup menggerunkan pelakunya. Buktinya, di luar sana saban hari ada bayi dibuang. Ada dicampak ke dalam longkang atau tong sampah, disumbat dalam pembetung atau mangkuk tandas.
Ada dijumpai terapung di sungai, dibungkus dalam beg plastik dan disangkut di pagar, ditinggal di atas rumput, dihurung semut dan diratah nyamuk. Malah ada yang ditemui sisa sahaja dipercayai telah dibaham anjing.
Mengikut fakta terkini dilaporkan media, sepanjang lima tahun ini 472 kes pembuangan bayi direkodkan. Sebahagian besar bayi ditemui itu sudah mati. Anggaplah jumlah yang tidak ditemui jauh lebih besar. Ada yang mungkin sudah ditanam, dibakar atau hancur dimamah faktor alam.
Tahun ini saja, setakat minggu lalu sudah tercatat 65 kes pembuangan bayi. Ia peningkatan ketara berbanding 79 kes sepanjang setahun lalu. Kita masih ada lebih empat bulan berbaki. Tidak mustahil jumlah tahun ini mampu mencecah 100 kes.
Terbukti setakat ini apa jua kaedah penyelesaian dicuba gagal membendung peningkatan gejala ini. Sebagai penganut Islam, mengapa tidak kita akui bahawa unsur yang ‘hilang’ (the missing elemen) dalam merangka kaedah penyelesaian kes buang bayi ini ialah ajaran Islam itu sendiri.
Masalah utama kita dengan pelaksanan Islam ialah apabila penganut agama ini sendiri cuak dan ragu dengan keupayaan Islam menyelesaikan masalah masyarakat. Keraguan itu mungkin timbul ekoran kelemahan dan kesilapan manusia yang sebelum ini melaksana atau mencuba formula Islam, tetapi gagal. Ia juga mungkin satu strategi terancang musuh Islam membentengi masyarakat daripada menaruh keyakinan terhadap kaedah penyelesaian dianjurkan agama suci ini.
Negara kita tidak kurang pakar dalam pelbagai bidang, termasuk pakar sosiologi, psikologi dan segala macam ilmu berkaitan kecenderungan manusia. Kita juga ada ilmuan Islam yang mampu menggarap lautan sumber hukum dan merumuskan pendekatan Islam ke atas setiap permasalahan. Kepakaran mereka boleh digabung-jalin bagi mencari formula terbaik.
Setakat ini langkah-langkah dikemukakan pelbagai pihak lebih ke arah merawat atau membasmi gejala membuang bayi, bukannya mencegah puncanya. Sedangkan masalah sebenar ialah punca yang membawa kepada kewujudan anak yang tidak diingini itu.
Secara rasional kita boleh bersetuju bahawa 100 peratus bayi yang menjadi mangsa pembuangan ialah yang dilahirkan tanpa nikah. Maka secara logiknya pembuangan bayi boleh dibanteras dengan mencegah kehamilan luar nikah.
Bagi umat Islam, langkah utama pencegahan itu ialah dengan kembali kepada kehidupan beragama. Islam bukan sahaja mengharamkan perbuatan zina (seks luar nikah), malah melarang umatnya menghampiri zina. Ini menunjukkan bahawa sebarang perkara yang boleh menjurus kepada menghampiri zina mestilah dijauhi atau ditiadakan.
Di antara perbuatan menghampiri zina ialah pergaulan bebas. Di antara medan paling subur untuk pergaulan bebas dan seks luar nikah ialah konsert dan pusat hiburan.
Selagi ada hiburan tanpa batasan, akan ada pergaulan bebas yang selalunya diiringi penyalahgunaan dadah dan berakhir dengan seks bebas. Gejala itu bakal menyumbang kepada meningkatnya kes kelahiran anak luar nikah.
Jika diteliti fakta anak luar nikah didedahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) awal tahun ini, jumlah 17,303 untuk setahun lalu bersamaan kira-kira 48 kes sehari. Itu bermakna kes kelahiran anak luar nikah di negara kita sepanjang tahun lalu secara purata berlaku setiap 30 minit.
Akuilah bahawa membendung perkara ini memerlukan komitmen semua pihak, terutama pihak berkuasa. Ia tidak mampu dibuat menerusi gigi dan lidah sahaja, tetapi memerlukan tindakan tangan yang menggenggam kuasa.
Hanya dengan kuasa pemerintahan dapat diperbetulkan kepincangan masyarakat. Antaranya, meminda undang-undang yang menganggap melakukan hubungan seks haram dengan kerelaan kedua-dua pihak bukanlah suatu jenayah.
Sudah lebih 50 tahun rakyat memberi peluang kepada Umno mengurus negara. Gejala sosial dan masalah merosakkan akidah umat Islam nampaknya bukan sahaja tidak dapat diatasi, malah semakin meruncing.
Fahaman memisahkan agama dengan politik dianuti parti itu menyebabkan pemimpin negara tidak berfikir sebagai orang beragama. Sebaliknya mereka menjadi penganjur acara hiburan dan pergaulan bebas. Mereka juga mempertahankan undang-undang yang tidak kondusif terhadap pencegahan maksiat dan hubungan terlarang.
Rakyat sepatutnya berhenti dari terus berharap Umno tampil dengan kaedah penyelesaian yang hakiki. Sudah sampai masanya rakyat memberi peluang kepada pihak lain pula, terutama pihak yang ikhlas mengemukakan Islam sebagai kaedah penyelesaian permasalahan masyarakat

Ketua UMNO Bahagian terlibat dalam skandal seks?


PETALING JAYA: Khabar angin bertiup kencang mengenai seorang Ketua Umno Bahagian di Kelantan terbabit dalam skandal seks dengan seorang pemimpin Puteri Umno.

Berita itu terpapar dalam sebuah blog popular msomelayu.blogspot.com yang dimiliki oleh orang Kelantan sendiri sejak beberapa hari lalu.

Blog itu mendakwa kejadian itu dikatakan berlaku beberapa minggu lalu di sebuah hotel di Kota Bharu.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin Umno Kelantan yang dihubungi hari ini mendakwa sebaliknya iaitu mereka tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

Seorang ahli jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Kota Baru, Che Mansor Adabi Che Hassan mendakwa cerita itu adalah cerita lama yang berlaku beberapa tahun lalu.

"Beliau ialah bekas ketua Umno bahagian tetapi mereka sudah berkahwin," kata seorang ahli jawatankuasa Umno Bahagian Kota Baru, Che Mansor Adabi Che Hassan ketika dihubungi hari ini.

Apabila ditanya mengenai khabar angin terbaru, Che Mansor berkata, "saya tidak dengar pula."

Manakala Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Krai, Rohani Abdul Majid memberitahu, berita itu di luar pengetahuannya.

"Saya tidak dengar lagi, orang di sini pun tidak bercakap tentang hal itu. Mungkin khabar angin sahaja.

"Pemimpin Umno di sini (Kuala Krai) baik-baik semua," katanya sambil ketawa.

Naib Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa berkata, beliau tidak mengetahui tentang perkara itu.

Katanya, berita-berita demikian hanya seronok didengar tetapi kesahihannya tidak boleh dipercayai.

MSO telah menulis..

Perkembangan Mengenai Seorang Ketua Bahagian Umno Terima Rasuah Sex

POSTING mengenai berita yang masih dalam penyiasatan, Umno Kelantan Bakal Terkejut Besar, ekoran seorang Ketua Umno Bahagian di Kelantan dikatakan menerima rasuah sex nampaknya menjadi berita hangat. Jumlah pelawat dan penjenguk ke blog Merah Tinta dan lain-lain blog yang link berita berkenaan juga meningkat ketara.

Saya sendiri jadi tidak senang duduk. Sehingga kini lima ketua bahagia Umno Kelantan atau wakil mereka menghubungi saya inginkan kepastian siapakah ketua bahagian berkenaan. Itu tidak termasuk penjenguk dan ahli politik termasuk ternama menghubungi menerusi SMS ingin mengetahui isi lanjut mengenai berita itu.

Ada yang merayu-rayu minta saya menyebut namanya. Berita itu nampaknya menganggu kepala banyak orang dan mengurangkan dosa pahala Ramadhan. Jelas dari ketua bahagia atau wakil mereka yang menghubungi saya kelihatan cemas dan bimbang. Kenapa? Hanya mungkin Mat Maslan yang tahu!

Dijelaskan setakat ini blog ini belum bersedia mendedahkan nama ketua bahagian berkenaan. Tunggulah siasatan selesai dijalankan. Walaupun gambar wajah ketua bahagian itu sudah ada dalam simpanan saya, tetapi belum 'tergamak' untuk mendedahkannya.

Yang agak lucunya dalam teka teki berbagai andaian dibuat. Paling melucukan ada orang tertentu menuduh ianya Mustapa Mohamed, ketua Umno Kelantan sendiri.

Di sebuah kedai kopi di Bachok berlaku bercakapan dan telahan berkenaan selepas terawih malam tadi. Seorang telah berseloroh mengatakan ia mungkin Mustapa Mohamed. Manakala seorang lain menolak keras. Bagaimana pun seorang pengujung kedai kopi membalas mengatakan, dalam politik tidak ada yang mustahil. Begitulah lapor sumber di Bachok.

Tambah beliau ada orang nampak warak tetapi perangai macam syaitan, ada pula yang perangai brutal tetapi beriman. seterusnya sila baca di SINI

PANAS!! Melayu Pulau Pinang menolak Guan Eng..




Pada hari Khamis dalam minggu yang lalu dengan dibantu oleh Media arus perdana yang ditunggangi oleh mereka, UMNO/BN telah menyerang kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan isu Khutbah bagi mencetuskan perasaan marah Masyarakat Melayu terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dengan harapan Masyarakat Melayu Pulau Pinang akan menolak mula kepimpinan Guan Eng, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Zahid Hamidi berkata, beberapa buah Masjid di sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong dikesan sejak minggu lepas telah menggunakan nama Guan Eng bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

Fitnah beliau itu telah dinafikan oleh kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan beberapa orang Ulama terkenal menyatakan dibolehkan perkara itu..

Dan menurut Dr. Asri , doa kebaikan untuk bukan muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan muslim yang bermusuh dengan Islam.

Setelah beberapa hari berlalu.. nampaknya serangan UMNO/BN terhadap Lim Guan Eng ternyata tidak mendatangkan hasil.. kalau dah tak mendatangkan hasil tu.. kita anggaplah ia sebagai ‘SATU LAGI KERJA BODOH DARI UMNO/BN’.

Guan Eng masih disambut meriah oleh Masyarakat Melayu didalam setiap majlis berbuka puasa yang dihadirinya..

Lihatlah foto-foto yang dirakam ini bertempat di halaman Surau Kampong Jawa, Butterworth dalam Majlis berbuka Puasa dan penyampaian bantuan ini.. Jelas propaganda UMNO tidak berhasil lagi..(Depa buat kerja BODO lagi… tak pa hangpa cari Isu lain pulak..)



Ketibaan disambut oleh AJK Surau.. disambut bukan dihalau..

Lelaki ini bertanya sesuatu.. bertanya bukan memarahi..


Mendengar ucapan pendek sementara menanti berbuka.
Mengagihkan sumbangan kepada wakil


Makan bersama YB Farid.. (Nama dia Farid saja.. YB tu aku yang tambah)


Noh Omar: Tiap sudut Pakatan akan kena...wah..wah..betul2 nie pak...!!! lawan maa....

Timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Noh Omar tidak mahu menganggap kempen 'Selamatkan Selangor' sebagai satu kejayaan, tetapi beliau berpendapat bahawa program tersebut telahpun menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mula berasa gelisah.


Tegasnya, beliau dipertanggungjawabkan untuk menjalankan program berkenaan oleh pengerusi Umno negeri Datuk Seri Najib Razak. Namun itu tidak bermaksud beliau akan menjadi menteri besar sekiranya BN berjaya merampas semula negeri itu.

Begitu juga untuk dua lagi nama yang ditonjolkan dalam 'Selamatkan Selangor' -- Senator Ezam Mohd Nor dan bekas menteri besar Datuk Seri Khir Toyo. Mereka tidak mahu memasang "angan-angan Mat Jenin."

Menyentuh soal kerjasama dengan PAS dalam mencapai perpaduan di kalangan orang Melayu dan Islam pula, seperti yang giat dilaporkan, Noh turut memilih untuk menutup mulut dalam satu temubual dengan Malaysiakini semalam.

Kini, mereka sekadar mengharapkan keuntungan politik apabila PAS atau mana-mana parti tidak lagi "bersekedudukan secara haram" dan keluar daripada Pakatan ekoran pendiriannya untuk mempertahan dasar berhubung Islam, tambahnya.

Noh juga enggan mendedahkan rancangan Umno dalam merampas kembali negeri tersebut. Namun beliau menggambarkan bahawa serangan berkenaan akan dijalankan di peringkat akar umbi.

Bagi tujuan itu, Umno Selangor telahpun mengaktifkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) bawah pimpinannya untuk menjalankan arahan berkenaan, kata Noh.

Berikut sedutan wawancara Noh dengan Malaysiakini:
Sejauh mana berkesan program 'Selamatkan Selangor'?

Saya tidak tahu sejauh mana berkesan atau tidak berkesan. Tapi saya difahamkan kalau tidak berkesan kenapa mesyuarat exco terpaksa panggil ketua polis negeri untuk datang? (Bertanya polis) kenapa bagi permit kepada kempen ini kalau ia tidak berkesan dan tidak menggugat mereka, apa pasal dia hendak ambil berat?

Tapi kalau kenyataan ketua penerangan PKR Selangor kata yang datang itu cuma upahan kita dan juga orang tegar Umno. Tak apalah. Saya lebih suka dia kata kita tidak berjaya. Saya lebih suka dengan kenyataan yang dia buat ini yang katakan program yang kita buat ini tidak berjaya, Umno Selangor lemah, Umno Selangor tidur. Saya suka begitu. Tak apalah mereka bercakap, tapi rakyat yang boleh menilai.

Tuduhan yang dilemparkan?

Dia tuduh saya dengan Khir Toyo tak sehaluan. Kemudian masuk pula Ezam menenggelamkan saya, Ezam lebih popular. Oh, itu bagus. saya suka kenyataan macam ini. Biarlah, itu kerja dia. Dia hendak lagakan saya dengan Khir Toyo ke, nak lagakan saya dengan Ezam ke, nak laga, lagalah. Tak jadi masalah, saya lebih suka begitu.

Kalau saya ada kepentingan diri, takkan saya nak suruh Khir Toyo jadi penceramah dalam program saya. Takkan saya nak jemput Ezam jadi penceramah program saya. Tentu saya boleh ketepikan dia seperti PAS buat. Khalid Samad buat lain, (Datuk) Hasan Ali buat lain, bukan?

Tapi tengok kami tetap sama-sama, kalau nak buat kita buat sama-sama. Lepas raya ini kita akan tambah berceramah lagi. Siapa lagi yang popular di Selangor ini kita akan bawa bersama.

Setakat mana kesungguhan yang ditunjukkan dalam program ini?

Ezam tiap-tiap malam bersama. Saya lima belas kali, Ezam dalam lima belas kali juga turun. Tak dapat turun penuh sebab saya ada masanya kena (ikut program lain). Ezam yang saya tahu setiap malam dia turun. Ada sekali dua saja dia miss (terlepas).

Tapi Khir Toyo masa kita ajak pada mula-mula tu dia ada program permukiman, tapi dia dapat juga ikut. Jadi sekarang ini, saya nak beritahu PAS, dia kena bersedia.

Kalau kami bertiga ini dia tengok sebagai tokoh Selangor, ya kamilah orang muda yang akan gempur Selangor. Dulu Khir Toyo seorang saja. Sekarang saya masuk, Ezam masuk sebagai satu pasukan. Setiap sudut dia (Pakatan) akan kena. Kita pun tak takut, kalau nak ajak debat pun kita tak takut.

Mengapa hanya Umno yang aktif dalam usaha ini sedangkan kekalahan BN di Selangor di kerusi majoriti kawasan bandar (yang dikuasai MCA atau MIC)?

Tak apalah, itu kita akan cuba bawalah dalam second round (pusingan kedua). Ini trend Umno lain sikit. Daripada dulu pun kita jarang ceramah sama-sama. MCA dia pergi ke cawangan MCA, cakap dalam bahasa Cina, yang India pegi jumpa India. Melayu cakap Melayu, itu (amalan) daripada dulu lagi.

Tapi sekarang kita nak kawal, kita nak buat seperti malam terakhir kempen pilihan raya kecil, mana ada orang lain. PM saja yang bercakap, mereka semua bercampur. Semua pemimpin datang. Kalau datang pun tak ada berucap. Itu memang budaya kita begitu. Generasi muda ini mungkin kita akan ambil juga penceramah daripada parti komponen. Dalam pusingan kedua, kita akan buat. Kita akan minta kerjasama daripada MIC, MCA siapa yang boleh bantu kita.

Apakah rancangan selepas kejayaan Selamatkan Selangor?

Saya tidak kata ini sebagai satu kejayaan. Saya tidak mahu kata ini sebagai satu kejayaan. Saya kata, ini satu tanggungjawab kepada kita untuk terangkan kepada rakyat segala isu yang saya cakap tadi. Lepas ini kita akan teruskan.

Datuk bersedia untuk bertanding kerusi negeri dan jadi menteri besar?

Itu kita tak boleh fikir itu semua. Saya sekarang tak fikir (perkara itu). Sekarang saya fikir kita nak tawan semula Selangor.... tidak lebih daripada itu.

Kalau kata Ezam patut ke depan, kalau ada orang luar daripada kami bertiga, orang luar pula masuk. Tidak ada masalah. Sebab bagi kita ialah Selangor mesti ditawan semula. Sebab itu tak ada gunanya kita hendak jadi angan-angan Mat Jenin. Wah, kalau dapat (Selangor) orang ini hendak jadi menteri besar, itu semua angan-angan Mat Jenin.

Hakikatnya Selangor mesti ditawan semula. Itu tanggungjawab saya yang diberikan oleh Datuk Najib. Datuk Khir, Ezam masing-masing juga ada peranan untuk disumbangkan.

Apa strategi sebenar untuk menawan Selangor

Strategi kita tak boleh cakaplah. Dari segi semangatnya, senang saja. BN bukan saja dia minta tapi menghayati tawan semula Selangor itu saja. Semalam saya jumpa dengan JKKKP (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pusat), saya pun sampaikan mesej yang sama. Mesti masing-masing mainkan peranan untuk menawan semula Selangor.

DAP ada 14 kerusi, DAP 13 kerusi, PAS ada 8 kerusi. Ini kedudukan yang betul dan BN ada 21. Kalau nak memerintah Selangor, satu-satu parti mesti ada 29 kerusi. Kalau salah satu parti keluar daripada Pakatan kita kena ada pilihan raya baru di negeri Selangor.

PAS ada lapan kerusi tapi kalau PAS keluar, tinggal 27 kerusi. Runtuh, tidak boleh tubuh kerajaan. Kalau PAS saja keluar, cukuplah (untuk) runtuh kerajaan ataupun sekiranya PKR keluar atau DAP keluar.

Sejauh mana usaha untuk bentuk kerajaan perpaduan dengan PAS?

Ini saya tidak mahu komenlah, ini senang saja, siapa yang sayang bangsa Melayu siapa nak tengok orang Islam terus maju, maka orang Melayu kena bersatu bukannya kerana Umno, kerana Islam pun kata kembalilah kamu kepada jalan Allah, janganlah kamu berpecah belah.

Saya dah kata PAS takut dengan DAP. Di Kelantan hukum hudud sudah diluluskan, mengapa tidak dilaksanakan? Kerajaan persekutuan tidak berkuasa untuk halang, ini kuasa mutlak kerajaan negeri.

PAS dan Umno susah dapat titik pertemuan, sebab pendekatan kita berbeza. PAS gunakan agama untuk mendapat kuasa politik. Mereka akan jual, lacurkan agama, mereka akan pengaruhi rakyat dengan agama kerana nak kuasa politik. ini PAS punya kerja.

Bagaimana keadaan ini akan beri keuntungan kepada BN?

Kita akan jelaskan bahawa PAS, dasar Islam ini berbeza-beza, guna banyak kitab. PAS Kelantan ikut kitab Nik Aziz kononnya untuk jadi negara Islam. Di Selangor dia pakai kitab Khalid Samad dengan kitab Hasan Ali.

Khalid Samad kata semasa kempen pilihan raya dulu Selangor negeri maksiat sebab BN yang bawa semua maksiat di sini. Dia kata akan tegakkan Islam kalau memerintah. Dia kata kalau dia memerintah, sebelum ayam berkokok, kilang Carlsberg akan tutup. Dia memerintah dua tahun, ayam dah puas berkokok, dia nak pindah dan besarkan lagi kilang itu sebab kecil, tak cukup besar lagi.

Santai Menunggu Waktu Berbuka.

"Kami menanti dengan penuh debaran akan azan itu" kata Amir

Salam. Nama saya John. Saya ialah seketul paha ayam dalam lauk kari untuk juadah berbuka puasa sebentar lagi. Kawan-kawan lain yang semangkuk dengan saya ialah Toto (kentang) dan Mr. KulitkayuManis.

Kami sedang bertasbih sambil berbincang akan perjalanan yang bakal kami tempuhi setelah menunaikan maksud penciptaan kami sebentar lagi iaitu: menjadi makanan kepada manusia. Kami juga perasan Amir (kurma), Cik Tiq (buah betik), Cici (nasik) dan Alang (bayam merah) kat atas meja ni. Kami semua tak sabar-sabar nak berkhidmat kepada orang yang sedang beribadat kepada Allah ini.

Bila azan Maghrib berkumandang, maka masuklah waktu berbuka puasa. Amir masuk dulu dua tiga bijik. Perjalanan mereka dilancarkan oleh dua tiga teguk air kosong. Orang itu mengambil sepotong Cik Tiq dan melayan syahdu saat berbuka dengan Cik Tiq. Sepotong lagi. Dan lagi. Kemudian orang tu tutup tudung saji dan terus pergi solat dulu. Respeklah kat mamat ni....

Kami semua bertasbih ke hadrat Ilahi kerana bersyukur dipilih untuk menjadi makanan kepada orang sebegini. Lama jugak kami dok berdengung-dengung bawah tudung saji tu, hinggalah ianya dibuka semula. Kelihatan orang tadi datang dengan sekeping pinggan.

Dia menyenduk beberapa senduk Cici, taruk kuah Alang dan kuah saya, ambik Toto sepotong dan saya-sayanya sekali. Dia menjempul ketulan Cici dengan sedikit Alang dan secubit Toto. Kemudian dengan Bismillah, kawan-kawan saya tadi tu pun masuk ke dalam. Kemudian saya dicubit sedikit. Saya rasa berdebar-debar kecuakan walaupun hati saya rasa lapang dan bebas. Saya disuapkan ke dalam mulut. Semuanya menjadi gelap.

Saya rasa bagaikan saya digomol dalam keselesaan dan kemudian dibentuk menjadi bulat-bulat, tiap kali orang itu menelan kami. Kami meluncur laju di dalam esofagus orang itu, menuju ke perut. Mana tak lajunya, kami disaluti oleh airliur dan mukus yang terdapat disekeliling dinding perjalanan kami ni.

Di perut, kawan-kawan yang dah sampai dulu kelihatan berada dalam ketulan-ketulan yang indah. Begitu juga saya. Ketulanku ada sedikit Cici, Alang, Toto dan lebihan gula-gula sugus yang takut dan melekat di celah gigi sejak pagi, tapi decide nak join trip yang kami.


Kami semua landing didasar perut yang sebenarnya sebuah pintu ke alam seterusnya. Kami semua bertasbih lagi sambil menantinanti ketentuan untuk kami. Yang takde ialah Mr. KulitKayuManis. Patutlah dia yang paling happy masa dalam mangkuk tadi...

Setelah lebih kurang 4jam, tibatiba kawasan perut dilimpahi dengan cecair. Kami semua menjadi lembut dan cair dan tibatiba, pintu tempat kami berdiri tu terbuka. Kami semua pun disedut ke dalam usus kecil. Perjalanan kami di dalam usus kecil diraikan oleh penyambut-penyambut tetamu yang sedang menunggu di sekeliling dinding usus. Ramai betul yang berkhidmat untuk orang ini. Sihat-sihat dan bertenaga semuanya. Setiap penyambut tetamu ini, bertugas untuk menyedut zat-zat yang tertentu, yang akan dimanfaatkan oleh jasad orang ini. Supaya orang ini mempunyai tenaga untuk membangun dan beribadat kepada Allah.

Kami semua meneruskan perjalanan kami melalui usus kecil yang berlingkar-lingkar dalam perut orang ini. Dan setiap perjalanan kami, kami semakin mengecil dan keadaan kami yang asalnya cair masa mula-mula masuk usus tadi, dah semakin memejal. Ada antara kami yang terputus-putus tapi mujurlah kandungan serat dalam Amir yang mengetuai rombongan kami ini, mengikat kami bersama semula. Cik Tiq pun tak kurang hebatnya dengan memastikan kandungan air dalam kami ini sentiasa mencukupi. Kami meneruskan perjalanan sehingga masuk ke usus besar.


"Dalam perjalanan, kami terjumpa nota ini"

Di sini, kami yang sudah semakin memejal tadi, menjadi semakin keras pula. Kandungan air dalam diri kami disedut di usus besar. Tapi perjalanan kami ini agak pendek saja. Dan masa on the way, kami melalui kawasan imigresen yang memastikan mereka yang keras kepala macam bijik jambu batu atau duit lima sen, takkan meneruskan perjalanan kerana kawasan dinding selepas ini adalah lembut dan kotor dan jika dinding terluka dek benda keras ni, kuman akan masuk dalam usus.

Kami semua kemudian sampai ditempat dimana kami semua di kompres menjadi ketulan. Amir yang masuk mula-mula berada di depan sekali, dekat dengan pintu ke alam seterusnya. Kami semua lepak sambil menunggu. Air tetap disedut dari kami dan ada antara kami yang mengeras dan menghasilkan gas. Tapi bila gas ni nak keluar ikut rekahan kat pintu depan, mereka akan melalui Amir dan Amir akan menapis gas-gas ini dengan lebihan kulitnya yang tak hadam. Barulah bau gas ini agak mesra sedikit.

Tiba-tiba, kawasan kami ni mengecut dan kedengaranlah kawanan gas sudah melaungkan slogan kebebasan, tanda pintu depan dah dibuka. Kami semua pun meneruskan perjalanan kami dengan Amir sebagai kepala taik, terjun tiruk ke dalam telaga yang nampak mencurigakan...


Tak ramai yang berjaya di dunia seterusnya.


Moral cerita ni...., perjalanan kehidupan manusia itu semuanya sama, hanya caranya saja yang berbeza. Aahhh... pandai-pandai lu oranglah buat tafsiran untuk muhasarawak kan diri sendiri.., jangan tak tercapai dek akal sudah laaaa.... hahahahaaaa....

Selamat Berbuka Puasa....

Tak elok la saya kata Awang Adek out of his mind

Malaysian Insider hari ini melaporkan berita bertajuk "Awang: Newsweek ranking proves BN not corrupt". Saya tak nak la gelak. Biaq la dia nak berseronok-seronok nak cakap apa dia suka. Tak payah la nak ajak Datuk Dr Awang Adek Hussin bersumpah bahawa Umno Barisan Nasional (BN) tidak sarat dengan jenayah rasuah. Orang kampung semua dah tahu. Seperti yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, "Umno busuk hingga ke ususnya".

Saya tabik kepada Dr Awang Adek kerana mempunyai kehebatan untuk bercakap gitu dengan selambanya ketika kita sedang menonton gabungan bangsawan Melayu dan opera Cina yang bertajuk Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).

Kolaborasi bangsawan dan opera dikatakan diilhamkan oleh nasihat-nasihat firma Yahudi Zionis Apco Worldwide bagi menayangkan kepada dunia bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu bersungguh-sungguh memerangi rasuah.

Kolaborasi bangsawan dan opera itu juga mengingatkan ramai pihak kepada apa yang didedahkan oleh Dr Mahathir di dalam blognya. Bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN itu kata, di dalam kabinet Najib masih terdapat peribadi-peribadi yang keji (unsavoury characters) yang dituduh terlibat dengan rasuah dalam kerajaan sebelum ini.

Dr Mahathir juga kata, "Parti Umno sudah jadi parti perasuah. Samada ahli atau pemimpin, semuanya utamakan kepentingan diri".

Adakah malam tadi, selepas Dr Awang Adek berbuka puasa dengan kakitangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Umno tiba-tiba putih bersih dari rasuah dan tidak ada lagi unsavoury charactersdi dalam kabinet Najib?

Siapa boleh lupa kisah pembelian Sukhoi dan Scorpene? Pihak yang membuat tuduhan tentang Sukhoi dan Scorpene terjerit-jerit menyatakan beliau sanggup diambil tindakan undang-undang. Di dalam Dewan Rakyat (bukan di kedai kopi), Najib ditanya mengapa beliau tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menuduh berlakunya rasuah dan penyelewengan dalam urus niaga tersebut?

Apa jawapan Najib? "Itu mainan politik," itu saja jawapan dia. Laa.. kalau dah tuduhan tu tak betul, dari nama terus busuk sangat-sangat, samanlah!

Malah Najib juga menolak penubuhan suatu suruhanjaya siasatan untuk menyiasat perkara itu. "Tak payahlah setiap perkara hendak Royal Commission," katanya kepada Dewan Rakyat.

Sebab itulah, bila Dr Awang Adek buat kenyataan seperti di atas, tak elok la kalau saya kata he must be out of his mind.

Oleh kerana saya dah sentuh fasal PKFZ, saya rasa Dr Awang Adek perlu mengambil tindakan terhadap rakannya, Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker yang menulis seperti di bawah dalam postingnya yang bertajuk "Ong Tee Keat vs Tiong King Sing...":
Many personalities in Umno and MCA were said to be under his payroll. In other words, he is well connected and have many strings to pull as well as muscles to flex...

Lihat Jangan Percaya!


LIHAT betapa indahnya pemandangan ini. Pemandangan lautan yang luas terbentang dari sebuah hotel bertaraf lima bintang. Keindahan dan kecantikan dari luar mengasyikkan mata memandang. Tetapi apa yang berlaku dalam salah satu kamar hotel ini pada satu tarikh dan satu ketika mengejutkan.

Bagi mereka yang pernah menginap di sini, tentu tidak akan melupai setiap detik dan perisitwa yang berlaku dan kini dalam dakapan kenangan! Terpandang saja pemandangan ini maka terhimbaulah kenangan lalu itu yang mungkin meresahkan sukma jiwa. Menyesal tidak berguna melainkan ratiblah ayat-ayat taubat nasuha.

Masyallah, Gadis Bertudung Persenda Zikir -VIDEO



Ya Allah betapa tergurisnya hati saya bila melihat video diatas. Wanita Bertudung tetapi memersendakan zikir. Layakkan mereka memegang status muslimah jika begini lagaknya? Sekali imbas tiada bezanya mereka dengan golongan kafir yang mempersendakan solat dan azan seperti video klip di bawah :



Tiada bezanya mereka dengan orang bukan Islam ini.

Apa perasaan anda bila melihat klip video di atas?

Apapun saya mendoakan agar mereka segera menyesali dan bertaubat nasuha.

Ustaz Zaharuddin: Doa Untuk Bukan Islam Ketika Khutbah & Bersin

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Ustaz, apakah hukumnya mendoakan orang bukan Islam dengan hidayah atau biar dia bersifat adil, sejahtera, sihat tubuh dan sebagainya. Bolehkah pula doa sebegitu dibuat ketika khutbah? Harap ustaz dapat mengulas secara ilmiah dan tidak terpengaruh dengan mana-mana parti politik. Selain itu, apakah pula hukum kita menjawab bersin seorang kafir dengan sebutan "blessed you". Terima kasih

JAWAPAN

InshaAllah, saya akan mengulas tanpa sebarang prejudis terhadap politik kepartian, walau saya sedar soalan saudara tadi telah disensasikan sebagai isu politik di tanahair.

Namun begitu, sebelum mengulas perlu dinyatakan, ulasan saya adalah hanya berkaitan hukum dan panduan umum tanpa merujuk kepada mana-mana kes dan isu di tanahair disebabkan saya tidak punyai sebarang info jelas berkenaannya.

Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada beberapa keadaan dan isi kandungan doa. Secara ringkasnya adalah seperti berikut :-

a. HUKUM HARAM

Para ulama bersepakat bahawa mendoakan orang bukan Islam dengan KEAMPUNAN ALLAH, MENDAPAT SYURGA, DIMUDAHKAN URUSAN AKHIRATNYA DAN APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN AKHIRAT adalah DIHARAMKAN.

Imam An-Nawawi menyebut :

وأما الصلاة على الكافر، والدعاء له بالمغفرة فحرام بنص القرآن والإجماع

Ertinya : Adapun mendoakan orang kafir (bukan Islam) untuk mendapat keampunan adalah HARAM dari teks Al-Quran dan ijma' ulama ( Al-Majmu')

RINGKASAN DALIL

Terdapat beberapa dalil asas antaranya :-

* Firman Allah :-


مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَن يَسْتَغْفِرُواْ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُواْ أُوْلِي قُرْبَى مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

Ertinya : Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik (kafir & bukan Islam), walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu, adalah penghuni neraka Jahanam. (At-Taubat : 113)

* Hadis Nabi :

أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عرض الإسلام على عمه أبي طالب وهو يموت، فأبى ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْهُ . فَنَزَلَتْ : ( مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ ) وَنَزَلَتْ : ( إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ )

Ertinya : Nabi s.a.w mengajak bapa saudaranya Abu Talib kepada Islam, amun dia meninggal sebelum menyahutnya. Maka berkata nabi : "Aku berdoa keampuanan dari Allah untuknya apa-apa yang dia tidak berdoa (semasa hayatnya). Selapas doa nabi itu dibuat, turun ayat di atas dan turun juga ayat yang beerti " sesungguhnya engkau tidak mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau sukai"

Hadis di atas jelas menunjukkan larangan Allah kepada nabi dari berdoa KEAMPUNAN kepada bapa saudaranya yang TIDAK ISLAM. Imam Ib Hajar Al-Haithami Al-Syafie berkata

حرم الدعاء بأخروي لكافر، وكذا من شك في إسلامه، ولو من والديه

Ertina : haram berdoa berkenaan apa-apa urusan berkaitan akhirat untuk orang bukan Islam, demikian bagi mereka yang terdapat syak pada status Islamnya walau mereka itu ibubapanya ( Rujuk Tuhafatul Muhtaj )

b. HUKUM HARUS

Ulama juga sepakat mendoakan orang bukan Islam (kafir) agar mendapat HIDAYAH adalah HARUS DAN DIBENARKAN. Demikian juga lain-lain kebaikan bersifat dunia seperti umur panjang, kesihatan, lebih adil dan sebagainya, doa dalam hal kedunia itu HARUS selagi mana dia bukan merupakan seorang penentang utama Islam.

Imam Al-Bukhari sehingga memasukkan tajuk dalam kitabnya :

بَابُ الدُّعَاءِ لِلْمُشْرِكِينَ بِالْهُدَى لِيَتَأَلَّفَهُمْ

Ertinya : bab berdoa untuk orang kafir musyrik untuk mendapat hidayah agar dijinakkan hati mereka.

RINGKASAN DALIL

Terdapat beberapa dalil utama dalam hal ini, antaranya :-

* Hadis nabi : -

فَقَالَ : إِنَّ دَوْسًا قَدْ عَصَتْ وَأَبَتْ ، فَادْعُ اللَّهَ عَلَيْهِمْ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا وَأْتِ بِهِمْ

Ertinya : Seorang sahabat telah datang kepada Nabi lalu berkata : Sesungguhnya seorang dari Dausan (nama kelaurga) telah derhaka dan enggan (masuk Islam), tolonglah doakan kepada Allah untuknya. Lalu Nabi berdoa : "Ya Allah berikanlah hidayah buat lelaki dari ahli keluarga Dausan itu dan bawakanlah dia kepada kami (Riwayat Al-Bukhari, no 2779 & Muslim)

Doa yang hampir sama juga pernah Nabi lafazkan untuk Ibu Abu Hurairah, ertinya : "Ya Allah berikanlah hidayah untuk Ibu Abu Hurayrah" (dari Riwayat Muslim)

Al-Hafidz Ibn Hajar menyatakan doa nabi itu merupakan satu taqriri dayang jelas berkenaan keharusannya. Ada ketikanya nabi akan mendoakan kehancuran dan laknat buat orang bukan Islam khususnya di ketika kuatnya kejahatan mereka ke atas umat Islam, di kala tenang dan aman, nabi mendoakan pula hidayah buat beberapa dari kalangan mereka. (Fath Al-Bari, 10/604).

* Hadis nabi :-

كَانَ الْيَهُودُ يَتَعَاطَسُونَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُونَ أَنْ يَقُولَ لَهُمْ : يَرْحَمُكُمْ اللَّهُ ، فَيَقُولُ : يَهْدِيكُمُ اللَّهُ ، وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

Ertinya : orang Yahudi sengaja buat-buat bersin di hadapan Nabi serta berharap Nabi akan berkata sebagai balasan : Moga Allah merahmatimu kamu, Namun Nabi hanya menyebut : Semoga Allah memberi hidayah kepadamu dan memperelokkan pemikiranmu ( Riwayat At-Tirimizi& Abu Daud ; sohih menurut Albani)

Doa Nabi untuk mereka mendapat hidayah itu jelas membawa erti keharusan mendoakan hidayah buat mereka. Berdasarkan hadis itu, maka TIDAK HARUS untuk kita menyebut "bless you" kepada orang bukan Islam apabila dia bersin kerana 'bless you' tidak membawa makna yang sama dengan "Moga Allah memberi hidayah buatmu". Justeru, Jika keadaan sesuai (kerana rakan agak rapat & telah ada minat kepada Islam), ucapan selepas mendengar bersin seorang bukan Islam itu boleh ditukar kepada "May Allah guide you" atau apa-apa yang seerti dengannya. Namun jika situasi itu tidak sesuai, eloklah berdiam diri sahaja atau boleh disebut 'get well soon' atau apa-apa ucapan lain bersifat kebaikan dunia.

Syeikh Abu Tib menyatakan tidak boleh kita mendoakan rahmat atau blessing untuk bukan Islam kerana ia lafaz rahmat khas untuk sesama Muslim sahaja. ( ‘Aunu Al-Ma'bud, 13/257)

* Hadis nabi :

Nabi pernah berdoa :

اللهم اعز الإسلام بأحب العمرين

Ertinya : Ya Allah, tinggikanlah Islam melalui salah seorang dari dua Umar ( Umar Al-Khattab atau Amru Hisham iaitu Abu Jahal)

Para ulama juga menyimpulkan keharusan berdoa untuk bukan Islam yang baik dan TIDAK BERCIRI PENENTANG ISLAM agar mendapat bertambah adil, bertambah baik, dipanjangkan umur, tambah anaknya, sihat tubuhnya dan dari jenis manfaat dunia yang tidak melibatkan akhirat serta rahmat dan keampunan.

Sebagaimana nabi pernah meminta Allah melewatkan dan menangguhkan azab ke atas penduduk Taif yang menghalaunya kerana mereka jahil dan tidak mengetahui.

KESIMPULAN

Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada isi kandungan doanya, sama ada doa itu diucapkan di dalam khutbah atau di luar ia tetap sama dari sudut hukum. Ia bergantung kepada kandungan. Jika ia melibatkan doa berkaitan urusan dunia seperti tubuh sihat atau mendapat hidayah, DISEPAKATI ULAMA ATAS KEHARUSANNYA. Namun jika keampunan, rahmat dan urusan akhirat DISEPAKATI HARAM.

TIDAK DIBENARKAN JUGA berdoa untuknya dengan rahmat selepas mereka bersin, sebaliknya ubahlah ucapan menuju erti moga Allah memberi hidayah kepadanya.

Jangan dilupa juga, doa kebaikan untuk orang zalim yang pasti menurut neraca Al-Quran dan Al-hadis, sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam adalah ditegah. Dalam sebuah athar yang kukuh jalan riwayatannya, disebut :-

من دعا لظالم بالبقاء فقد أحب أن يعصى الله

Ertinya : sesiapa yang mendoakan untuk orang zalim, maka dia sessungguhnya menyukai untuk menderhakai Allah. (Al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)

Adapun dalam kes masjid Pulau Pinang, sebelum ingin dipastikan tegolong dalam kategori mana dari pembahagian hukum di atas, apa yang paling penting adalah memastikan sama ada ia benar-benar wujud doa atau tidak, dan jika wujud adakah ia merupakan tindakan individu khatib atau merupakan arahan pihak atasan atau arahan Ketua Menteri itu sendiri. Setelah itu, barulah disemak kandungannya. Jika ia menepati yang diharuskan, TIADA sebarang masalah di sisi Islam. Namun dalam hal ini, disebabkan ia telah bercampur dengan usaha meraih milage politik, hal ini perlu dinilai lebih teliti kerana kemasukan kepentingan politik menambah lagi keraguan kata-kata mereka yang berkata, dari kedua-dua pihak.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

13 Ramadan 1431 H

23 Ogos 2010

Terkongkong pada hari Merdeka

Seminggu sahaja lagi kita akan menyambut kemerdekaan tanahair kita yang ke-53.  Lalu berkumandanglah lagu-lagu patriotik di saluran radio dan televisyen milik kerajaan dan juga "sedikit" bantuan daripada media-media aliran utama yang dimiliki oleh gabungan parti-parti politik pemerintah.
Rakaman video bersejarah peristiwa penurunan Union Jack dan laungan kemerdekaan oleh Tunku, dan iklan-iklan menarik beberapa syarikat yang ditubuhkan kerajaan diulang-tayangkan seolah-olah ada pesanan "subliminal" yang hendak ditanam dalam minda rakyat.
Bendera Malaysia yang dikenali sebagai Jalur Gemilang yang "kebetulan" menyerupai bendera Amerika Syarikat yang dikenali antara lainya sebagai "The Stars and Stripes", anehnya nama bendera pun lebih kurang maksudnya.  Jika difikirkan nama Negara pun lebih kurang juga, cuba bandingkan The United States of America dengan The Federation of Malaysia.
Jalur Gemilang yang berkibaran semakin berkurang
Sejak minggu lepas lagi sudah kelihatan Jalur Gemilang dikibarkan di premis-premis perniagaan, dan bangunan-bangunan kerajaan dan korporat besar.  Jalur Gemilang kita "sebenarnya" berasaskan bendera Malaya yang diluluskan oleh King George VI pada 19 May 1950.
Namun entah mengapa beberapa tahun kebelakangan ini semakin kurang bilangan Jalur Gemilang yang dikibarkan, semakin kurang perayaan Kemerdekaan diadakan, dan yang diadakan pun kurang mendapat sambutan berbanding zaman-zaman Mahathir Mohamad memegang tompok pimpinan.
Sebaliknya semakin banyak tunjuk perasaan dan demonstrasi yang membantah tindakan-tindakan kerajaan.  Kerajaan pula terus mengambil tindakan keras terhadap perkara-perkara seremeh komik.  Pada bulan Jun yang lalu, Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan buku terbitan Malaysiakini oleh kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar, mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Di dalam sebuah "negara merdeka" ini, kita masih terkongkong dengan Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Polis, Akta Fitnah, Akta Keselamatan Dalam Negeri.  Kesemua akta ini (antaranya) secara terang menyekat kebebasan manusia dan bercanggah dengan hak asasi manusia.
Rakyat juga sudah kreatif dalam melahirkan ketidakpuasan mereka.  Ramai yang memblog akan ketidakpuasan mereka, ada yang mengubah lagu melahirkan ketidakpuasan mereka, ada pula yang berkomedi, tidak kurang yang membuat pementasan theater, ada yang membuat filem, ada yang membuat dokumentari, ada pula melukis.
Hanya protes jalanan nampak berkesan
Namun kesemua ini tidak diparwahkan oleh pihak pemerintah, hanya protes jalanan yang nampaknya berkesan memperoleh reaksi mereka.  Rasanya rakyat Malaysia tidak akan memilih jalan raya jika kerajaan peka dengan tuntutan rakyat yang dibuat melalui memorandum dan sebagainya, malangnya tidak ada satu pun dokumen yang diserahkan oleh mana-mana persatuan sivil kepada kerajaan berjaya untuk mencetuskan apa-apa perubahan.
Sudah mula wujud sebilangan besar rakyat yang tidak puas hati dengan polisi-polisi kerajaan.  Polis mendakwa mereka adalah ancaman kepada keselamatan negara. Masyarakat India telah melahirkan kekecewaan dengan kerajaan pusat melalui perhimpunan HINDRAF.  Perhimpunan BERSIH pula menontonkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum menuntut pilihan raya yang lebih adil, telus dan bersih.
Tidak lupa juga dengan kekecohan yang berlaku di Ipoh, Perak.  Golongan mahasiswa pun telah mula menyengat kerajaan dengan menuntut supaya penglibatan politik tidak dijenayahkan di bawah AUKU.  Malah ahli-ahli Majlis Peguam Malaysia pun telah turun ke jalan raya untuk menuntut siasatan ke atas badan kehakiman negara.
Persoalannya, mengapakah rakyat memilih jalan raya sebagai wadah?  Layanan pihak polis dalam usaha meleraikan perhimpunan-perhimpunan itu pula begitu ganas sekali seolah-olah mereka adalah pihak penjajah dan kita adalah yang dijajah.  Barangkali semangat Merdeka itu sudah layu?  Barangkali rakyat sudah mula rasa tertindas?  Barangkali kebebasan itu sudah menjadi satu ilusi?  Adakah pihak berkuasa lupa akan kata-kata Tunku ketika permasyhuran kemerdekaan?
…dengan limpah rahmat Allah subnahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.
Anehnya empat perkara itulah yang menjadi punca utama kekecohan yang belaku di dalam Negara kita.  Pihak-pihak demonstran berpekik-pekik dan meraung kononnya kebebasan dan keadilan Negara telah dinoda politikus-politikus yang rakus dan korup.  Pihak penguatkuasa pula berulang kali menggunakan alasan remeh "mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya" untuk memberkas dan menyeksa rakyat dengan gas pemedih mata dan baton-baton FRU yang libasannya teramat sakit.  Jika permasyhuran kemerdekaan itu layak dijadikan satu penunjuk aras, rasanya Malaysia sudah kehilangan semangat kemerdekaanya.
Merdeka atau negara polis?
Bagaimana hendak Merdeka tatkala Negara menjadi sebuah negara polis, rakyat menderita disisihkan, dan penunjuk perasaan dibelasah, ditangkap dan dilayan seperti hamba abdi, barangkali lebih teruk lagi?  Mengapa pihak berkuasa gagal menghayati semangat kemerdekaan sepertimana yang dimasyhurkan oleh Tunku itu?  Barangkali apa yang dilakukan oleh rakyat dengan berprotes dan berdemonstrasi di jalanan adalah disebabkan rasa cinta kepada Negara?  Mungkinkah ini manifestasi sifat patriotisme yang melawan segala bentuk kuasa yang menindas rakyat?
Di sebalik acara-acara gilang-gemilang yang dianjurkan Kerajaan untuk kononnya menggambarkan nilai kemerdekaan dan menggalakkan perpaduan, wujudnya semangat kemerdekaan yang amat kuat di kalangan rakyat.  Semangat yang jelasnya lebih menggerunkan kerajaan daripada perairan negara yang dicerobohi tentera laut China.  Rupanya semangat perjuangan bangsa Malaysia itu masih segar dan masih kuat dalam diri mereka yang turun ke jalanraya untuk melawan kuasa yang menindas.
Patrotisme dan semangat nasionalisme bukan dinilai dari bilangan Jalur Gemilang yang dikibarkan mahupun iklan-iklan menyentuh perasaan di televisyen, tetapi dinilai daripada kesanggupan rakyat untuk menyelar dan melawan penguasa yang zalim dan menindas rakyat.  Tiada lagi gambaran perpaduan yang lebih bererti ketika melihat anak-anak muda berbilang bangsa bersatu bertempur dengan FRU.  Mungkin mereka mencari kemerdekaan, mungkin mereka cuba mempertahankan Negara daripada dasar-dasar yang menyeleweng dan menekan rakyat.
Kami hanya berharap ketegangan di antara rakyat dan pihak penguasa ini tidak bertukar menjadi angka-angka berdarah.  Di mata rakyat pula, perjuangan ini telah pun meragut beberapa nyawa yang kini menjadi pembakar semangat dan asas solidariti mereka.  Keadaan ekonomi yang gawat dan isu-isu perkauman yang terus dimainkan oleh politikus-politikus pemerintah sangat jelas kelihatan dan amat membimbangkan.
Ke mana agaknya kita sebagai satu bangsa, menjelang hari ulangtahun kemerdekaan?  Hanya masa yang bakal merungkainya, sehingga itu kami mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menghayati Kemerdekaan dan Selamat Meyambut Hari Raya Aidilfithri kepada semua.
*Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh ialah penulis bebas.

The Star tokok tambah kenyataan saya - Mustafa

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berita yang disiarkan oleh akhbar The Star semalam tidak menggambarkan kenyataan beliau yang sebenar kepada media berkaitan dengan hukum hudud.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Mustafa berkata, "Saya hanya sebut secara ringkas sahaja tetapi telah ditarik begitu panjang dan ada tokok tambah dari akhbar itu."

Berikut adalah kenyataan beliau bagi menjelaskan perkara ini.


KENYATAAN MEDIA


Kenyataan yang disiarkan oleh akhbar The Star semalam tidak memberikan gambaran sebenar apa yang saya sebutkan kepada media sehari sebelumnya. Saya hanya sebut secara ringkas sahaja tetapi telah ditarik begitu panjang dan ada tokot tambah dari akhbar itu.

Apa yang saya sebut bahawa Islam adalah dasar PAS dan PAS tidak berganjak dari dasar perjuangannya ini.

Apabila ditanya, apakah pendirian Tuan Guru Datuk Nik Aziz itu pendirian PAS, saya kata ia memang pendirian PAS.  Ia saya nyatakan tanpa saya sebut pelaksanaan hudud dalam konteks Malaysia dan bukan respon kepada kenyataan mana-mana orang.

Dalam konteks Malaysia yang mengamalkan konsep federalisme, negeri-negeri mempunyai hak tersendiri. Apa-apa pun yang hendak dibuat di peringkat negara dan negeri dalam konteks undang-undang, ia mesti diluluskan oleh Parlimen di peringkat pusat dan DUN di peringkat negeri.

Contohnya Kelantan dan Terengganu yang membuat enakmen jenayah syariah. Ia mestilah diluluskan di DUN masing-masing. Undang-undang yang diluluskan pula terbatas kepada orang Islam sahaja dan tidak dipaksakan ke atas bukan Islam.

Di peringkat pusat pula, apa-apa yang berkaitan dengan undang-undang mestilah terlebih dahulu diluluskan diperingkat Parlimen. Andaikata PAS dan Pakatan Rakyat mendapat kuasa di peringkat pusat, ia juga perlu melalui proses yang sama sebagaimana undang-undang yang lain.

Pindaan undang-undang Perlembagaan yang tidak mendapat sokongan 2 per 3, tidak akan boleh berjalan. Pendek kata pelaksanaannya mestilah mendapat persetujuan rakyat melalui wakil mereka dalam Parlimen. Tetapi menjadi tanggungjawab kepada PAS yang memperjuangkan Islam yang menyeluruh (syumul) untuk menjelaskan perkara ini kepada rakyat dan parti yang bersama dengan PAS.

Sudah tentu kalau ia tidak difahami oleh rakyat atau wakil rakyat, ia tidak akan mendapat sokongan di Parlimen. Penjelasan mengenainya mestilah dibuat secara berterusan dan bijaksana.

Memang menjadi keyakinan PAS dan pengikutnya,  ajaran Islam adalah yang terbaik dan PAS sedia berdialog dan berbincang mengenai hal ini dengan mana-mana pihak.

Perlu juga diingat soal perundangan ini hanya sebahagian sahaja daripada Islam. Sebab itu kita perlu sentuh semua hal samada sosial, ekonomi, salah laku, good governance dan lain-lain. Perundangan satu juzuk sahaja daripada Islam.

Atas dasar itu, saya tidak fikir hubungan dalam Pakatan Rakyat terjejas dengan hal ini sahaja. PAS akan terus bekerjasama dalam Pakatan Rakyat  bersama dengan PKR dan DAP kerana kebersamaan kita banyak sebagaimana yang telah kita jelas dalam agenda bersama Pakatan Rakyat.

Kita akui dengan jujur bahawa kita ada perbezaan dasar dengan DAP bahkan PKR juga. Tetapi persamaan dalam perjuangan kita untuk hak rakyat jauh lebih banyak dari perbezaan antara kita.

Tidak seharusnya perkara ini di salah tafsirkan sehingga boleh jejaskan hubungan  baik yang sedang berjalan sekarang.

Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS