Selasa, 24 Ogos 2010

Fortune-teller or not, Dr Pornthip says it again - it was homicide

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

The Malaysian Anti-Corruption Commission may be trying its best to knock down the credibility of Thai forensic expert Dr Pornthip Rojanasunand. But lawyers acting on behalf of the family of Teoh Beng Hock have reiterated that she believes his death was homicide.

“She has confirmed the bruise was significant. It was a very large bruise caused by trauma, a blunt force. If we put this together, one inference is that some form of assault was carried out on Teoh Beng Hock before he fell from that window and it is possible when he fell he was unconscious. And the inference you can draw from that is obvious,” Malik Imitiaz Sarwar told Malaysia Chronicle.

Petition for a Royal Commission of Inquiry

Malik is the lawyer acting for the Selangor government, for whom Teoh worked as a political officer before his body was discovered outside the MACC building where he had been interrogated overnight in connection to a graft probe into his immediate supervisor Ean Yong and several other Selangor Pakatan Rakyat leaders.

It is believed that he fell from a 14th floor window in the MACC office. The graft agency has maintained he committed suicide, but his family and his colleagues believe foul play was involved and Beng Hock was tortured during the interrogation to extract false confessions to incriminate Ean and the other leaders.

Not surprising then that the Malaysian authorities have tried their best to chop Dr Pornthip down to size, even exerting political pressure on her bosses at the Thai Ministry of Justice to stop her from coming to Kuala Lumpur to testify.

Her testimony has certainly rattled the MACC, although the Coroner’s court conducting the inquest could still choose to follow the findings of 4 other Malaysian government-appointed pathologists and arrive at a death-by-suicide verdict.

Already, the Teoh family is bracing for that possibility and is preparing to submit a memorandum to King calling for a Royal Commission of Inquiry.

Fortune teller

For the Teohs, it is clear. Beng Hock could not have committed suicide. He was due to register his marriage on the day his body was found. He and his fiancée were expecting their first child and in the run-up to the fatal MACC interrogation, he had been calling up friends to check if they were coming to his wedding.

So far, public opinion is staunchly on the side of the Teoh family. Few have confidence in Prime Minister Najib Razak’s administration, which has only itself to blame for losing public trust after a series of actions perceived to be unjust including using the courts to deliver decisions that favor powerful politicians and their cronies.

In the case of Dr Pornthip, she was even called liar by a minister in the Prime Minister’s Department, Nazri Aziz. Yet according to a Reader’s Digest survey conducted earlier this year, she is the most trusted individual in all of Thailand.

But that has not stopped the Malaysian authorities from trying to sour her image with the public. The latest scrape the MACC has fallen into is over a blog posting on its official website entitled "Dr Pornthip Ahli Nujum?" or "Dr Pornthip is a fortune teller?". The agency has denied it knowingly posted the article to dent her credibility and has ordered a probe to find out how the story could have entered its website. But its excuses were ridiculed by seasoned webmasters.

“The posting was not slapped on clumsily but in sequence with the other articles. So MACC should not try and say its website was hacked and unknown hackers booted up the article. That is really ridiculous and why few people believe in the MACC anymore. If some of their staff are not happy with Dr Pornthip and put the up story, just admit it. They should reprimand or sack those responsible instead of trying pull wool over the public’s eyes with all sort probes and funny excuses,” a prominent blogger told Malaysia Chronicle

Handwriting not his

All eyes are now on the September 1 mention date for the inquest. Teoh’s family is expected to dispute a “suicide note” purportedly found in October 2009, but which the Attorney General has kept quiet about all this while.

The note was suddenly introduced a week before Pornthip’s testimony on August 18 and there is widespread speculation that it was a preemptive strike to destroy her credibility and to cast doubt on her testimony that it was homicide and not suicide. The Teoh family have seen the AG's so-called "suicide" note and say the writing was not Beng Hock’s.

Bajet 2011: PM Pelawa Rakyat Kongsi Pemikiran


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sekali lagi mempelawa rakyat Malaysia untuk berkongsi pemikiran bagi Belanjawan 2011, yang dijangka dibentangkannya di Parlimen Oktober ini.
Najib berkata, sepertimana tahun lepas, beliau mengakui sekali lagi merasakan pentingnya berhubung dengan rakyat dan mendapatkan pemikiran mereka secara langsung dalam lapangan masing-masing.
"Dengan prinsip kebesertaan dan keadilan sosial dalam fikiran, saya telah meminta rakan-rakan Rakyat Malaysia menyumbangkan cadangan untuk Belanjawan Negara 2010" dan hasilnya pemikiran rakyat itu telah menjadi sebahagian penting dalam belanjawan tersebut.
"Saya masih ingat telah menerima beratus-ratus cadangan yang padat untuk Belanjawan kita, bagi menjadikan ekonomi Malaysia lebih sejahtera dan lebih progresif," katanya dalam entri terbaru blog www.1Malaysia.com.my.
"Atas input anda itu, saya sanjung tinggi dan sekali lagi mempelawa anda untuk berkongsi pemikiran bagi Belanjawan 2011 yang akan datang," katanya.
Najib berkata, seluruh masyarakat perlu mengemukakan idea-idea kreatif mereka untuk anggaran Belanjawan 2011 memandangkan beliau telahpun menerima beberapa cadangan yang hebat dan maklum balas daripada masyarakat Malaysia yang lebih muda dengan berada dalam talian.
"Saya menyeru anda semua menggunakan peluang ini untuk melibatkan diri dan mengetengahkan saranan-saranan anda, kerana anda semua ialah generasi yang akan menggerakkan ekonomi negara untuk dua puluh tahun yang akan datang," katanya.
"Saya berharap akan bertemu beberapa pemikiran yang dapat memberikan saya inspirasi juga saranan-saranan yang dapat membawa pembaharuan yang akan memanfaatkan semua rakyat Malaysia," katanya.
Najib berkata, Kementerian Kewangan, kementerian-kementerian dan agensi-agensi lain telah pun memulakan perbincangan mengenai Belanjawan Negara 2011.
"Begitu pantas waktu berlalu. Bagaimanapun, sejak lapan bulan yang lalu, saya percaya kita telah mengambil langkah yang hebat ke arah mentransformasikan Malaysia supaya menjadi negara yang lebih berdaya saing dan lebih bersatu padu," katanya.
Perdana Menteri juga berkata, tahun ini, "negara telahpun menyingkap tirai Program Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 sebagai langkah-langkah yang dapat menjanjikan perjalanan menuju pembangunan negara menjelang tahun 2020.
"Langkah-langkah itu mengutamakan kebersertaan yang lebih tinggi dan penekanan terhadap keadilan sosial supaya tiada seorang pun rakyat Malaysia yang terpinggir dalam kemarakan negara menuju ke hadapan," katanya. - BERNAMA

Crime Scene/Kisah Jenayah Bangkok (Pornthip Rojanasunand)

Watch the five-part series on Thai forensic expert Dr Pornthip Rojanasunand on Crime Scene Bangkok by National Geographic.






Crime Scene Bangkok (Pornthip Rojanasunand) Part 1/5


Crime Scene Bangkok (Pornthip Rojanasunand) Part 2/5


Crime Scene Bangkok (Pornthip Rojanasunand) Part 3/5


Crime Scene Bangkok (Pornthip Rojanasunand) Part 4/5


Crime Scene Bangkok (Pornthip Rojanasunand) Part 5/5

Pemuda Umno sokong dasar gaji minima


url Oleh Fazy Sahir dan G Vinod
KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan memperkenalkan dasar gaji minima untuk membantu mereka yang menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan.
Beliau berkata, "kami mendapat tahu 34% dari seramai 1.3 juta tenaga pekerja Malaysia menerima pendapatan kurang dari RM700 sebulan."

"Bagaimana mungkin kita boleh mencapai status negara berpendapatan tinggi sedangkan golongan ini tidak mampu untuk membiayai keperluan asas mereka?" soal beliau.
Pada 5 Ogos lalu, Menteri Sumber Manusia Dr S Subramaniam berkata kerajaan sekarang ini belum membuat keputusan mengenai dasar gaji minima kerana kerajaan sedar bahawa pendapatan rakyat tidak bertambah sejak beberapa tahun lalu.
"Cadangan gaji minima, tidak sahaja meliputi pekerja tempatan tetapi termasuk para pekerja asing yang bekerja di negara ini," katanya pada satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Beliau yang juga ahli parlimen Rembau berkata, kerajaan tidak boleh lagi membiarkan kuasa pasaran menentukan tahap gaji kerana kerajaan mempunyai tanggungjawab moral untuk menangani masalah para pekerja berpendapatan rendah.
Menurut beliau, kadar inflasi telah meningkat tapi tahap pendapatan kita tidak bertambah supaya sejajar dengan kos sara hidup.
Sebagai contoh, kami dapati sebuah syarikat multinasional di selatan Semenanjung membayar gaji sebanyak RM540 sebulan kepada para pekerja yang mempunyai kelulusan SPM. Macam mana hendak hidup dengan gaji sebanyak itu?," soal Khairy.
Beliau berkata Pemuda Umno akan menganjurkan forum tidak lama lagi bagi membincangkan perkara ini dengan penyertaan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Cuepacs.
"Kami akan menganjurkan forum ini untuk membincangkan perkara ini dan resolusinya akan diserahkan kepada kerajaan," katanya.
Apabila ditanya sama ada Pemuda Barisan Nasional akan membuat tuntutan terhadap gaji minima nasional atau gaji minima berasaskan sektor, beliau berkata, kaedah gaji ini akan dibincangkan dalam forum nanti.
"Ia seharusnya adil kepada semua sektor dan saya berharap dasar gaji minima dapat diperkenalkan sebelum Model Baru Ekonomi dilaksanakan pada Oktober nanti," katanya. Gaji minima RM900 sebulan?
Bercakap pada sidang media yang sama, Ketua Pemuda MIC T Mohan berkata, mereka sedang melihat kepada kemungkinan kadar gaji minima sebanyak RM900 sebulan.
"Kami sedang memikirkan tentang gaji bulanan RM900 tapi akan putuskan garis pendapatan ini ketika forum nanti," katanya.
Dalam perkembangan lain, Khairy tidak bersetuju dengan tuntutan setengah kumpulan Melayu mahu sekolah aliran vernakular di Malaysia dihapuskan dengan alasan ianya telah dipersetujui ketika zaman Merdeka lagi dan tidak sepatutnya dipersoalkan.
Penubuhan sekolah-sekolah ini telah dipersetujui oleh para pemimpin kemerdekaan dan kewujudannya dilindungi di bawah perlembagaan," kata Khairy.
Pada 22 Ogos lalu, Majlis Perundingan Melayu (MPM) menggesa kerajaan membasmikan sekolah Cina dan Tamil dengan alasan bahawa sistem persekolahan yang berbeza boleh mencetuskan salah faham di kalangan rakyat.
Kenyataan seperti ini mendapat kritikan dari sayap pemuda MCA dan MIC yang meminta polis menyiasat perkara ini di bawah Akta Hasutan.
Khairy menambah, apa yang penting sekarang ialah untuk meningkatkan kualiti pendidikan yang diperuntukan di negara ini.
"Kita perlu meningkatkan taraf sistem pengajaran dan pendidikan yang menjadi agenda paling penting sekarang ini," kata Khairy.

PEDULIK HAPE UMNGOK NGAN RAMADHAN..

Kalau bulan POSE setan sume kene ikat... Tapi Manusia munafik sehat walafiat je untuk menjalankan ibadah fitnah mereka.... Sape munafik itu? Salah satu sifatnya ialah... Suka bersumpah untuk melepas kan diri... Lu pikir lah sendiri... Tapi ada jugak suka tabur Fitnah!


Umno-BN Tabur Fitnah Tidak Kira Ramadhan Atau Tidak


SHAH ALAM 24 Ogos - Jentera propaganda Umno-Barisan Nasional bekerja lebih masa setiap hari menghambur pelbagai fitnah dan tohmahan terhadap Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan rakyat namun malangnya segala taktik kotor mereka telah lama dihidu dan disedari rakyat negara ini.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata Umno-BN tidak ada lagi pilihan melainkan menabur fitnah secara berterusan hatta dalam bulan Ramadhan yang mulia sekali pun

Ini terbukti apabila pihak tertentu menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan akan menghadiri majlis bagi mengedar bir percuma di sebuah kafe selepas solat Tarawikh Sabtu lalu

Beliau berkata ini menunjukkan betapa Umno-BN amat terdesak untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di Selangor, walaupun pada bulan Ramadhan

"Saya cukup terkejut apabila mendapat panggilan daripada wartawan Sinar Harian petang Sabtu bertanyakan samada saya akan hadir ke Asia Cafe untuk membuat kunjungan muhibbah dan seterusnyamengedarkan bir kepada tetamu. Malah Hannah Yeoh (Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya) menalipon saya memberitahu SB (anggota polis Cawangan Khas) menghubungi beliau bertanya samada saya akan hadir ke majlis itu

"Ini jelas satu fitnah telah disebarkan oleh pihak tertentu terhadap saya, malahan saya tidak tahu pun di mana Asia Cafe ini," tegas Khalid.

Kata beliau, tindakan ini adalah satu petanda Umno-BN telah kehilangan idea untuk menentang Pakatan Rakyat di Selangor secara intelektual dan terpaksa menggunakan taktik jijik seperti ini.

"Umno-BN sedar rakyat semakin menolak mereka kerana salahguna kuasa, penyelewengan dan amalan rasuah. Jadi mereka tidak berani untuk mengatakan mereka lebih baik daripda Pakatan Rakyat tetapi cuba nak pengaruhi rakyat dengan memfitnah Pakatan Rakyat pun sama teruk seperti mereka.

"Masyarakat sudah sedar bahawa Umno-BN sakit dengan isu rasuah dan sebagainya, maka tindakan ini hanya akan memburukkan lagi keadaan bagi mereka di mata rakyat," ujar beliau.

Menyentuh mengenai kerjasama erat PAS-DAP, Khalid berkata satu ketika dahulu Umno-BN  mengutuk dan mengatakan tidak mungkin kedua parti itu dapat bekerjasama tetapi sangkaan mereka terbukti salah apabila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ditubuhkan atas gabungan KEADILAN, PAS dan DAP.

"Umno-BN sudah keliru dengan matlamat mereka di Selangor. Ada ketikanya mereka mengutuk DAP kerana mahukan undi Melayu tetapi pada masa yang sama mengutuk PAS kerana mahukan undi kaum Cina. Tindakan bercelaru begini jelas petanda Umno-BN akan terpaksa menghadapi tentangan yang jauh lebih hebat pada pilihan raya umum ke-13 nanti," kata beliau lagi.

Hina M'sia: Pemuda Umno 'bertindak balas'

Pemuda Umno akan 'bertindak balas' terhadap kebiadapan penunjuk perasaan Indonesia yang menghina Malaysia, antaranya dengan dengan membaling najis kepada bendera Jalur Gemilang.

NONEBagaimanapun, berbanding aksi liar oleh penunjuk perasaan Indonesia di kedutaan Malaysia di Jakarta semalam, pergerakan itu hanya akan menghantar memorandum tanda tidak puas hati.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Exco Pemuda Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata beliau telah menghantar memorandum kepada pihak kedutaan itu kira-kira jam 3.15 petang tadi.

Turut mengiringi beliau ke kedutaan itu kira-kira 50 anggota Pemuda Umno, katanya.

Ahmad Zaki yang juga pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda Umno berkata dalam memorandum itu, mereka menuntut lima perkara, antaranya menggesa Indonesia mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam perbuatan biadap itu.

Pergerakan itu juga menggesa Indonesia menyiasat dan bertindak meredakan bahang perselisishan dan membenteras provokasi anasir-anasir tertentu.

Sebelum itu ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pagi tadi mengarahkan Biro Antarabangsa Pemuda Umno untuk menghantar satu Memo Bantahan kepada Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur bagi menyampaikan mesej protes dan bantahan mereka.

"Di samping itu, saya telah mengarahkan Biro Antarabangsa Pemuda Umno untuk menghantar satu Memo Bantahan kepada Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur bagi menyampaikan mesej protes dan bantahan kami kepada kerajaan Indonesia berhubung kejadian ini," kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (kiri).

Khairy juga berkata, mereka mengutuk keras tindakan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) dalam tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia di Jakarta.

NONE"Sungguhpun umum mengakui bahawa tindakan ini adalah gerak kerja sebilangan kecil yang dilaporkan hanya seramai 37 orang, dan pastinya tidak menzahiri serta mewakili sentimen dan juga pendirian rakyat Indonesia seluruhnya.

"Namun kami tetap berasa marah dengan kejadian ini kerana tindakan yang seumpama itu bukan sahaja suatu yang merendahkan kedaulatan negara malahan begitu memualkan sekali," katanya.
Beliau juga menyeru pihak media Indonesia yang dipercayai turut terlibat dalam mengapikan-apikan hubungan baik antara kedua-dua negara supaya melaporkan berita dengan lebih berhemah bagi menjaga keharmonian hubungan dua hala.

Dalam demonstrasi semalam, selain menghina bendera Malaysia, kumpulan itu turut melemparkan najis kepada bangunan kedutaan Malaysia.

Kumpulan itu sebelumnya membawa lima bungkusan najis - diletakkan dalam bungkusan makanan, plastik dan kotak polisterin - dan dinyatakan sebagai "hadiah" untuk Duta Besar Malaysia sambil mendakwa Malaysia selama ini beberapa kali memberi "najis" yang lebih kotor kepada Indonesia.

NONEDemonstrasi itu menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang mereka dakwa merendahkan maruah republik itu dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khairy yang juga ahli parlimen Rembau menggesa kerajaan Indonesia dapat meningkatkan tahap kawalan keselamatan kedutaan Malaysia di Jakarta bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.

"(Kami) menyeru segelintir pihak media Indonesia, yang terbabit di dalam peranan mengapi-apikan hubungan baik antara kedua-dua negara, supaya lebih bertanggung jawab dengan laporan yang berhemah bagi menjaga serta mengelakkan keretakan hubungan dua hala Malaysia dengan Indonesia," tegasnya.

Isu khutbah - Lepas ini UMNO kangkang siapa pulak?

by radens albanjari
Di Jakarta, unjuk rasa pijak bendera Malaysia, baling tahi lembu. Di Melaka, remaja unjuk rasa tapi baling cat ke ruang surau. Di Kelantan, tiada unjuk rasa, tapi pamit di lewat pagi ada insan mental sembelih anak sendiri di dapur. Huh..! 


Di Penang pula, siapa yang akan mengelupur dan kena 'baling' tahi lepas ini. Macam-macam beb ! Ketua Polis Penang  pun sudah tak ada alasan lain nak bagi (kerana ustaz tu memang tak salah). So, last2 apa yang KP Penang kata, kalau seorang tu pandai bawak kereta macamanapun kalau tak ada lesen di Malaysia ni dia tetap salah. Itu saja alasan terakhir yang Polis boleh buat dan bagi. Lain2 tuduhan semua UMNO reka2 ikut suka depa saja...!

Kah...kah...kah ! Malunya aku kalau jadi orang UMNO macam ini. Lepas tu dengan muka tak malu nak melamar PAS supaya berkongsi kuasa politik. Kah...kah...kah...sekali lagi menunjukkan kebodohannya.

Woiiiii puak2 UMNO, sapa pun tak sudi nak kawin dengan kau orang...sebab hati kau orang tu busuk ya rabbi. Penuh dengan hassad dengki ! Belum kawin pun dah buat perangai busuk...kalau kawin lagi la.....sesal tak habis punya. 


Sekarang UMNO sudah tukar isu, serang Pemuda PAS pulak. Wow ! Serang pasal sokong doa hidayah untuk kafir masuk islam, bukan serang soal sokong hukum hudud dijalankan di Malaysia untuk kekang gejala zina dan buang anak ! Bro..apasal bila sebut UMNO, hati gua tiba-tiba didih? Itu pasal aku makin benci dengan BN.

Bebaskanlah Abang Sudin dari ISA

oleh ali :

Di bawah adalah printscreen email den kpd Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, merayu supaya membebaskan Abg Sudin dari Kem Tahanan Kamunting.

Berikut adalah beberapa fakta mengenai Abg Sudin :

1] Nama sebenar Shamsuddin bin Sulaiman

2] Ditahan dibawah akta ISA pada 18 April 2002

3] Disyaki sebagai ahli JI

4] Duda setelah diceraikan (fasakh) oleh isterinya

5] Mempunyai beberapa orang anak

6] Tidak pernah dibuktikan sbg bersalah oleh mana-mana mahkamah dalam persekutuan Malaysia

7] Ditahan ketika berusia 32 tahun. Sekarang sudah berumur 40 tahun.

8] Sudah 8 tahun merengkok di Kem Tahanan Kamunting kerana ISA (Tahanan ISA paling lama)

Click for enlarge

Ulama muda Umno dan doa Lim Guan Eng

Oleh: Hafiz al-Iskandari
Tiada apa yang menarik sangat melainkan mendapat khabar, Ulama Muda Umno akan menganjurkan tazkirah di PWTC sepanjang Ramadan ini. Dari satu sudut, comel perkara itu. Hassan al-Banna sendiri memasuki kelab malam dan menyampaikan peringatan.
Ini yang saya dapat sewaktu mula berjinak dengan kumpulan usrah dahulu. Jika betul, apalah sangat bertazkirah di sebuah masjid di dalam PWTC. Ulama Muda Umno (selepas ini saya panggil Ulamo sahajalah), sangat beruntung kerana mendapat kelulusan yang mudah untuk bertazkirah. Tidak terbayang rasanya, dahulu saat Selangor, Kedah dan Pulau Pinang masih di bawah BN, bukan main payah lagi untuk mengadakan tazkirah.
Setiap Ramadan, akan datanglah pekeliling dari jabatan agama menghalang diadakan tazkirah. Padahal, jelas-jelas menghalang manusia mendapat ilmu amat dibenci Allah. Tapi menghalang ilmu itulah kerja Umno dan BN. Itulah Umno yang kini dijunjung oleh Ulamo. Kini, masyarakat di Malaysia diselewengkan dengan pelbagai perkara berkaitan ilmu.
Tok mufti sendiri berfatwa pilih bulu. Dia tidak berfatwa demi umat; tapi demi penjawat. Dia dilantik maka dia kena beri keseronokan kepada yang melantik. Pedulilah dengan rakyat. Pedulilah dengan umat. Kes doa kepada Lim Guan Eng…menjadi isu panas. Kasihan saya melihat Guan Eng. Dia teringin menjadi baik bahkan berusaha menjadi baik. Dia nak ikut seperti mana Umar Abdul Aziz…sayangnya dia cina yang belum Islam, sedangkan Umar khalifah yang Islam.
Maka, entah mana salahnya, dia dibelasah tanpa henti oleh orang-orang Umno yang kononnya sangat sayangkan Islam. Guan Eng dikatakan menekan orang Melayu dan Islam, sedangkan sejak berkuasa dia meluluskan banyak peruntukan bagi pembangunan Islam. Kasihan, dibuat baik tapi difitnah jahat. Tapi, itulah kerja Umno yang Ulamo mungkin tahu tapi buat-buat tak tahu.
Kini, isu doa ini benar-benar menjadi umpan rasisme dalam masyarakat. Dari sudut hukum, apa salahnya mendoakan seseorang dalam doa. Tidak kiralah doa di dalam khutbah mahu pun di luar khutbah. Syarat sah khutbah kedua mesti berdoa, itu sahaja. Tidak disebut oleh nabi atau dalam al-Quran, mesti disebut nama sesiapa.
Yang penting ada doanya. Atau Ulamo ada hujah qatie mesti disebut nama raja? Maka, pelik saya dengan sikap Umno yang membelasah Guan Eng, sedang dia tidak bersalah. Bahkan nabi berdoa bagi non-muslim. Saya hanya membayangkan, inilah sikap Umno yang menyebabkan MCA dan MIC sampai bila-bila pun tak akan faham dan mesra dengan Islam.
Kerana, Umno sendiri gagal memahami Islam. Umno bahkan melakukan sebaliknya, yakni mereka yang rapat dengan Umno makin jauh dengan Islam. Maka, apa kata Ulamo? Bagi saya, Ulamo kena memberi tazkirah dahulu kepada seluruh ahli Umno mengenai isu doa ini dari kaca mata syariah. Jika tidak, rugilah mereka bergelar ulama. Harus mereka ingat, ulama sebenar itu thiqahnya tinggi. Mereka pewaris nabi. Jika mereka berdiam diri, maka mereka hanya menjaga kepentingan diri. Wallahua’lam.

Sah, anak luar nikah ...? Ahli Nujum negara kembali ...?

Dalam amalan kita:
Sesiapa yang tak nampak nama Lim Guan Eng
dalam Buku Khutbah ini, dia anak luar NikaH.
Kah kah kaahhh ...?

Sah, ini Ahli Nujum Negara ...?
Kah kah kaahhh ...?

Sah, buta Arab, buta Feqah ...?
Kah kah kaahhh ...?

Sah, celik Fir'aun, celik APCO ...?
Kah kah kaahhh ...?

Bersatu di bawah PAS: Islam Berkembang Melayu Selamat...Insya'Allah...

Mahathir: Melayu perlu bersatu atau hilang kuasa politik

Oleh Yow Hong Chieh

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Sambil merujuk kepada nasib penduduk di rantau Timur Tengah, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi memberi amaran kepada masyarakat Melayu negara ini bahawa mereka berhadapan dengan risiko hilang kuasa politik jika terus kekal tidak bersatu.

Bekas perdana menteri berkata orang Melayu memerintah selama ini kerana mereka adalah majoriti penduduk negara ini.

Malangnya tegas beliau, pergaduhan dan pertelingkahan dalaman menyebabkan mereka kehilangan kuasa politik kepada bukan Islam.

“Jika kita berpecah-belah, jika kita hilang kuasa majoriti kita,” kata beliau dengan merujuk kepada perpecahan kuasa Melayu kepada tiga parti — Umno, PAS dan PKR.

“Saya bukan rasis yang mahu menyemai sentimen kebencian Muslim terhadap bukan Islam tetapi perlu ada perasan menghormat,” kata beliau kepada pemberita sebelum majlis berbuka puasa di Felda D’saji bersama Perkim di sini.

“Dan, sebarang rasa hendak hormat hanya datang jika kita kuat dan berkuasa,” katanya.

NIK NAZMI CELUPAR DAN PATUT DIHUMBAN KE LONGKANG!!!?




Karpal Singh yang menyambut baik kenyataan pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata: " PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai.

jelaslah kenyataan nik nazmi tersebut wajib kita tentang sehabis habisnya, pelecehan dan penghinaan nik nazmi wajar dibalas oleh ummat islam dan disematkan dalamhati bahawa manusia ini menghinakan hukum hukum agama kita.

yang tidak sesuai di sini adalah otak bodoh nik nazmi itu.. yang telah mendapat kemuliaan karena beragama islam.

sesuai atau tidak hukum hudud itu dilaksanakan hanya tergantung pada kemahuan kamu?

orang yang seperti kamu ini hanya mengambil separuh agama dan meninggalkan separuh agama yang tidak kamu sukai..laknat terhadap kamu!!

Ada ura-ura...



Sepanjang bulan Ramadan ini, Midah Pambu kononnya telah conquered Batu Gajah dengan banner-banner yang tertera wajahnya. Banner ni, ada gambar dan program Midah.... Banner tu pun ada gambar dan program si Midah Pambu.

Tak cukup dengan banner, plastik pembungkus bubur lambuk pun tertera wajah Midah Pambu. Lantas...orang tertanya-tanya, mengapa sampai begitu sekali?? Kenapa Midah Pambu sejak dua menjak ni.... all out untuk mempromote dirinya. There must be a reason.

Sebelum Ramadan dulu.... dia sibuk anjurkan majlis itu dan majlis ini. Kononnya... sesi penerangan kepada rakyat dalam kawasan dia. Ceramah-ceramah banyak yang mengutuk Pakatan Rakyat dan cuba sweet talk rakyat dengan menonjolkan kebaikan pemerintahan BN. Kebaikan BN?? Ha.. ha.. ha... Lawak nyer!!

Kesian dia.... Beriya-iya dia cuba mendapatkan perhatian rakyat tetapi malangnya.... yang banyak dengar dia, bla-bla-bla... ialah kerusi. Banyak kerusi daripada orang!!! Sebenarnya orang dah tak sior nak dengar apa dia cakap. It's a sign of rejection!!

This lady-pambu has got neither integrity nor credibility. Dia... sebenarnya sudah direject oleh orang-orang Sungai Rapat. Yang masih mengekori dia.... ialah dua tiga kerat makcik-makcik.... cik kak-cik kak dan jantan-jantan yang totok UMNO. Yang lainnya.... dah bolayan Midah Pambu!!

Rumours mengatakan yang Midah Pambu akan digugurkan daripada menjadi calon PRU13 bagi DUN Sungai Rapat. DUN Sungai Rapat dikatakan sudah ada calon lain. Kononnya..... rumours ni dah circulate dalam kalangan orang-orang UMNO. She's no more a popular figure di kawasan Sungai Rapat. Mungkin Midah Pambu pun dah terdengar kot?? Sebab itu... dia all out, buat itu dan ini... untuk mempromosi dirinya semula dengan harapan dapat impress hati UMNO/BN. Alahai.... mengendeng nak jadi calon semula.That's the rumour...tapi, wallahu'alam ler.

Ha... ha... ha... Let's say, in case... dia dapat semula kerusi DUN Sungai Rapat dalam PRU13 nanti, dapatkah dia menandingi Ir Radzi dari PAS yang dikatakan semakin popular??

So.... dengan PRU13 yang dikatakan semakin hampir, apakah Midah Pambu akan terselamat atau dia akan terkiok terlebih dahulu sebelum peperangan bermula. Siapa yang akan katuk 'female pambu' ini..... ?? UMNO/BN.... atau rakyat DUN Sungai Rapat??

Kita tunggu dan lihat nanti. Tunguuuuuu..............

Kredit gambar: Batu Gajah Mari

Pilihan Raya Sarawak: Taib Mahmud Belum Putus Pertahan Jawatan

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10 akan datang.
Pemimpin berusia 74 tahun itu yang merupakan Ketua Menteri yang paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac, 1981, berkata beliau tidak dapat membuat keputusan mengenai perkara itu kerana ia perlu dibincangkan dan diluluskan oleh pucuk pimpinan.
"Saya tidak tahu...terserah kepada parti dan perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan biasiswa Amanah Raya Berhad (ARB) kepada tiga pelajar Sarawak yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, pada Selasa.
Pelajar berkenaan ialah Mohammad Zubair Mustafa yang belajar di Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan di Labu, Negeri Sembilan, Faliq Asraf Jafri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tunaz di Kuching dan Nadira Hamapei dari SMKA Miri.
Taib, yang sebelum ini ialah anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Asajaya sebelum bertukar ke kawasan Dewan Undangan Negeri Balingian pada 2001, berkata beliau bersedia untuk berundur jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.
"Banyak orang kata saya tidak diperlukan. Jika saya tidak diperlukan, saya akan berundur," katanya.
Taib yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 1981 dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata beliau sebenarnya mahu berundur daripada politik pada 2006 tetapi ramai di kalangan dalam parti menentang hasratnya itu dan akhirnya beliau memutuskan untuk tidak bersara.
Mengenai bila beliau kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri, Ketua Menteri berkata perkara itu masih belum diputuskan lagi.
Mengenai sentimen pengundi Cina di Sarawak yang masih memilih pembangkang berbanding BN, katanya trend itu masih membingungkannya sehingga kini.
"Saya juga bertanyakan soalan yang sama, saya mahu tahu," katanya dan menurutnya kerajaan negeri secara ikhlas cuba memenangi hati pengundi Cina tetapi masih gagal berbuat demikian sehingga kini.
Pada pilihan raya negeri 2006, PBB memenangi 34 daripada 71 kerusi negeri diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dengan 11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sembilan kerusi dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) lapan kerusi manakala selebihnya dimenangi parti-parti pembangkang. - BERNAMA

Khatib pertahan doa untuk Lim Guan Eng

Zakaria Ahmad, khatib yang mencetuskan kontroversi kerana berdoa untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang, mempertahankan tindakannya itu dan berkata ia tidak salah di sisi agama.

"Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan.

"InsyaAllah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada jawatankuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) di Georgetown.

Beliau menyifatkan isu berdoa itu adalah kecil tetapi telah diperbesarkan oleh orang politik dan beliau berterima kasih kepada MAIPP kerana memberi bimbingan kepadanya.

Yang Dipertua MAIPP, Elias Zakaria, berkata jawatankuasa itu berpuas hati dengan keterangan Zakaria dan hasil perbincangan itu akan dibawa ke mesyuarat MAIPP untuk tindakan lanjut.

Katanya, setakat ini tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap Zakaria dan khatib itu juga bersetuju untuk tidak mengulangi perbuatan itu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, ketika dihubungi mengesahkan polis telah mengambil keterangan Zakaria hari ini.

"Kita cuba menyelesaikan siasatan berhubung kes ini hari ini," katanya.

Isu membaca doa untuk Lim bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat itu didedahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

- Bernama

DAP Anti Islam - Ahmad Zahid



PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tentangan terhadap pelaksanaan hukum hudud di negara ini oleh DAP jelas menunjukkan sikap sebenar parti itu terhadap perjuagan mereka dalam Pakatan Rakyat.
“Inilah sikap sebenar mereka, menentang hukum Islam dan mahu menegakkan sebuah negara sekular semata-mata.
“Sikap toleransi dan hormat-menghormati tidak ada dalam prinsip perjuangan mereka,” katanya kepada mStar Online di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan hukum hudud bagi menggantikan undang-undang sivil dalam menangani masalah jenayah dan sosial.
Karpal dilaporkan berkata, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa hanya Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain yang boleh digunakan, justeru tidak ada ruang untuk undang-undang hudud.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, rakyat perlu membuka mata dan menilai kebiadaban sikap pembangkang seperti DAP yang tidak faham dengan syariat Islam yang sebenar.
“Mereka perlu faham, hukum hudud hanya dilaksanakan ke atas orang Islam yang didapati bersalah dan bukan mudah untuk hukuman seperti potong tangan dilaksanakan. “Ada banyak perkara perlu diambilkira, DAP perlu sedar perkara sebegini mencerminkan sikap sebenar mereka terhadap agama Islam,” katanya.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi berkata beliau sedia bertemu dengan mana-mana pihak termasuk Karpal dan pemimpin veterannya, Lim Kit Siang bagi menjelaskan konsep hukuman hudud secara terperinci.
“Kita sedia bertemu dengan sesiapa sahaja termasuk pemerintah bagi menjelaskan bagaimana syariat Islam dan hukum hudud berperanan memulihkan peradaban yang kian runtuh hari ini.
“Sudah tiba masanya untuk Islam dan syariatnya dilaksanakan. Kenapa mahu menolak sedang masyarakat dan negara belum menyaksikan bagaimana syariat Islam beroperasi membetulkan segala sistem nilai dan maruah bangsa yang tercalar teruk pada hari ini,” katanya.
Nasrudin berkata, Islam bukanlah sekadar menjalankan hukuman semata-mata tetapi penyelesaian secara bestari dan berhikmah serta mempunyai pakej penyelesaian yang cukup baik bermula daripada pendidikan, pembentukan minda dan peribadi, pencegahan, pemantauan, alternatif seterusnya hukuman setimpal.
"Hukuman berat tidak menjamin keberkesanan seperti hukuman gantung sampai mati ke atas pengedar dadah.
"Biarpun hukuman itu keras dan berat, namun realitinya pengedaran dadah semakin berleluasa," katanya.
Baru-baru ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya perlaksanaan syariat Islam dan hukum hudud dijalankan, pelbagai pihak sibuk mencari formula bagaimana mahu mengatasi kemelut sosial yang parah ini.

Buktikan Prinsip Satu Malaysia, ujar Teressa

24 Ogos - Exco Selangor, Teresa Kok Siew Suh Sim menyokong kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz hari ini yang mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan keras ke atas pendidik-pendidik rasis.
Teresa berkata gesaan Nazri Aziz itu selaras dengan desakan Pakatan Rakyat yang mahu kerajaan untuk tidak bertolak-ansur dengan pendokong rasisma di sektor pendidikan.
Datuk Seri Nazri Aziz mengisi kebisuan jemaah menteri yang membisu disebalik bantahan orang-ramai yang marah dengan tindakan dua pengetua sekolah yang menghamburkan kata-kata yang menghina kaum bukan Melayu kepada pelajar-pelajar di sekolah mereka.
Nazri membidas kenyataan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mendakwa dua pengetua terbabit hanyalah minoriti.
Beliau yang dipetik sebagai bersetuju dengan orang ramai dalam hal tersebut dan melihat ia sebagai sesuatu yang menakutkan bila pendidik kita bersikap sedemikia.
Teresa berkata, beliau bersetuju dengan pandangan tersebut kerana sebagai guru besar atau guru, mereka hendaklah menunjukkan teladan kepada murid-murid di sekolah yang mana sikap saling hormat menghormati haruslah di terapkan diperingkat sekolah lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih mendiamkan diri walaupun sudah dua guru - satu di Kulai, Johor Baru dan satu di Bukit Selambau, Kedah - mengundang reaksi dari ibu-bapa pelajar yang terkesan dengan sikap rasis mereka.
Hishamuddin cuba menepis isu itu ketepi dengan mendakwa kedua-dua guru itu tidak mewakili majoriti pendidik di negara ini.
Nazri berkata isunya bukan pada jumlah bilangan rasis. Beliau menegaskan tiada tempat untuk rasis di perkhidmatan pendidikan tanahair.
"Ada apa dengan warna kulit mereka? Perlukah kita melindungi mereka hanya kerana mereka Melayu? Tidak sama-sekali. Apa yang keluar dari mulut mereka itu yang menjadi perhatian kita. Bila mereka melampaui batas, tindakan keras harus diambil," ujar Nazri.
Mengulas kebisuan menteri yang memegang portfolio pendidikan, Teresa berkata bahawa adalah menjadi harapan beliau agar perkara ini dipandang serius dan mendapat perhatian yang sewajarnya.
Menurut beliau lagi, sekiranya tiada tindakan diambil, ianya mencerminkan bahawa konsep 1Malaysia yang diwar-warkan itu hanyalah cerita dongeng semata.-FARDILLA DIN

Selangor Tubuh Rumah Perhentian Lindung Bayi Terbuang

Kerajaan Selangor akan menubuhkan Rumah Perhentian Sementara bagi melindungi bayi yang dibuang dan ditinggalkan oleh ibu bapa atau pihak lain yang tidak bertanggungjawab.
Anak syarikat Negeri Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)  telah bersetuju untuk menyediakan Rumah Perhentian Sementara ini sebagai salah satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
Rumah Perhentian Sementara ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan untuk penjagaan bayi dan Kerajaan Negeri berharap  rumah ini dapat menolong mengurangkan kejadian bayi-bayi ini ditinggalkan di merata tempat.
Menteri Besar Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata langkah menyediakan rumah ini tidak bermakna Kerajaan Selangor menggalakkan maksiat atau mendorong kepada kes buang bayi sebaliknya sebagai langkah segera untuk menyelamatkan bayi yang ditinggalkan.
“Dengan adanya Rumah Perhentian Sementara ini ia akan dapat menjamin keselamatan bayi ini dan memudahkan tindakan susulan diambil oleh pihak berkuasa,” katanya.
Menteri Besar juga berkata Rumah Perhentian Sementara ini akan diuruskan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) yang diterajui oleh isteri beliau Puan Sri Salbiah Tunut.
Selain itu, satu talian bebas tol (tol free) akan diwujudkan  untuk membolehkan orang ramai mendapatkan nasihat, maklumat dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Pelajar-pelajar Kursus Kejururawatan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) akan membantu Pekawanis menguruskan rumah ini selain kerja sama  dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Sabah PKR - Flashpoints on the horizon?

Joe Fernandez

anwar-sabah-pkrANALYSIS Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Anwar Ibrahim has apparently cast aside, at a crucial juncture, a peace plan that he personally approved for Sabah late last year.

The de facto party chief put his signature to the peace plan in December, witnessed by several party seniors. He personally emailed it out to all parties concerned two weeks before Christmas in the run-up to the year-end festive cheer.

He never complied with the peace deal and evidently broke every promise he made to the Sabahans with one sole exception. He appointed Kota Kinabalu division chief Christina Liew Chin Jin Hadhikusumo as deputy state chief.

In any case, he did so very reluctantly. His wife and PKR president, Wan Azizah Wan Ismail, appears to have been instrumental in Liew’s appointment to her old party post.

Now, it appears that Anwar is going for broke in the state on the eve of party elections in a bid to influence the outcome of voting in favour of his proxies and vice president Azmin Ali who is eyeing the deputy presidency.

Both Wan Azizah and daughter and Lembah Pantai MP, Nurul Izzah, beg to differ with Anwar, according to insiders at PKR headquarters. They have the backing of Pakatan Rakyat chairperson Zaid Ibrahim and PKR deputy president Syed Hussin Ali, both aligned against Azmin.

For starters, twelve Sabah PKR activists, including several division chiefs, face a disciplinary committee meeting hearing in Kota Kinabalu on Wednesday (Aug 25) for their purported involvement in the abortive formation of Parti Cinta Sabah (PCS). They were earlier issued show cause letters dated July 23.

It appears to be a foregone conclusion that all 12 will either be expelled or suspended for anything between two months to two years despite there being no hard evidence against them. This will take them out of the running this time i.e. if they are not expelled. Nominations for all divisional posts will be accepted on Aug 28 i.e. next Saturday or three days after the disciplinary committee meeting. Voting will take place on Sept 18 for some divisions in Sabah and for the remainder on Sept 19.

The explanation from the 12 activists was simple. Twenty-four hours after they submitted the application to register PCS, they withdrew it after hearing from PKR headquarters that a peace plan was in the works. They were also assured by the party top brass that vice-president Jeffrey Gapari bin Kitingan’s resignation from his post will not be accepted.

Besides, it was pointed out to the twelve that Jeffrey still remains a member of the party and Keningau division chief. Christina Liew also sent in her resignation from the National Political Bureau but remained with the party.

In any case, all the assurances from party headquarters were sufficient to stem an anticipated mass dissolution of PKR divisions and their exodus from the party.

Papar division even announced their dissolution. However, it was put on hold for two weeks to give time to party headquarters to heal the growing rift in the Sabah chapter over Anwar’s arbitrary appointment of Libaran division chief Thamrin Jaini as Sabah state chief. He replaced Azmin Ali who was booted out by a majority of the division chiefs who expressed no confidence in the Gombak MP.

The 12 had planned to invite Jeffrey to head PCS as another party in PR after his controversial “I have burnt my bridges” statement in the local media. This followed his resignation which was emailed to Anwar, Wan Azizah, Syed Hussin, then secretary-general Sallehuddin and web news portal Malaysiakini.

It is not known how Jeffery is taking the news on the 12 activists who include division chiefs who picked him as Sabah state chief to replace Azmin.

During a National Political Bureau meeting at the party headquarters earlier this month, Jeffrey was assured by Anwar himself that the show cause letters were a mere formality in response to party members in Sabah – read his proxies – crying for their blood, according to senior aides. “Anwar’s proxies in Sabah want to see the 12 eliminated so that they will have an easy ride.”

Division chiefs aligned to Jeffrey are generally in favour of “sacrificing” the 12 in a strategic retreat in order to bid their time. They point out that the 12 have their own supporters who are willing to step in and fill the vacuum. Their worry is that they had too short a notice on the disciplinary committee meeting which is just three days short of nomination day.

The mood among the 12, it is believed, is one of utter disappointment with Anwar personally.

Former Sabah PKR state secretary Kanul Gindol chuckles that he warned the 12 some months ago that “Anwar had something up his sleeve for the last minute . . . surprise!” Kanul, “speaking from bitter experience”, believes that “Anwar doesn’t say what he means and doesn’t mean what he says”.

There are any numbers of senior PKR members urging the 12 to brace themselves for the worst and not hope for the best. Their best advice to the 12, in the event of their expulsion from the party or a long suspension, is to leave and resume from where they left off with PCS. If PCS enter the elections in the state without reaching an agreement with PR, the BN is likely to win by default.

The pending action against the 12 is the clearest indication that Anwar has his eye on Putrajaya only. For this he only needs ten parliamentary seats in Sabah and a similar number in Sarawak. He fears that the 12 hauled up for disciplinary action may jeopardize his limited objectives in Sabah and Sarawak with their constant emphasis on Sabah rights.

There are several other potential flashpoints on the horizon. Some of the divisions have complained to the Registrar of Societies and the police on missing AGM 2007 files, phantom and illegal members and others entered in the party register as members without their knowledge. This includes copying names from the electoral rolls and entering them in the party register as members without their knowledge.
There are also allegations that members are still being accepted into the party after the July 24 cut-off point for the coming party elections.

Idea Mahasiswa berpolitik bukan isu pokok

Idea untuk membuka ruang dan kebenaran untuk mahasiswa berpolitik kembali menjadi isu apabila ia disuarakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Saifuddin Abdullah.  Hal ini juga telah dibangkitkan oleh Naib Presiden MCA, Senator Gan Peng Siew (gambar kiri bawah) semasa mengulas isu pendakwaan UKM4 di Mahkamah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Namun, pandangan ini akhirnya ditolak apabila kabinet memutuskan untuk menolak cadangan bagi membenarkan mahasiswa berpolitik.  Pakatan Rakyat bagaimanapun mencadangkan penubuhan sebuah Kaukus untuk meneruskan agenda ini.
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) melihat bahawa idea untuk membenarkan mahasiswa berpolitik bukanlah isu pokok.  Hal ini kerana, KAMI merasakan bahawa segala tindakan ini adalah tindakan dan keputusan politik.  Tidak relevan apabila keputusan untuk membenarkan mahasiswa berpolitik perlu dibuat oleh Mesyuarat Kabinet dan kemudian boleh dirayu di Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.  Ini adalah keputusan politik yang mana biarpun dibenarkan, ia tetap boleh ditarik balik termasuk sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

KAMI merasakan bahawa isu yang lebih penting ialah bagaimana melepaskan keterikatan politik dengan universiti.  Hal ini bererti, kita harus lepaskan universiti daripada percaturan dan keputusan politik.  Perlantikan Naib Canselor perlu dibuat oleh Majlis Senat Universiti dan bukan dilantik oleh Menteri.  Maka segala keterikatan politik dan universiti itu perlu diputuskan segara.  Autonomi universiti itu perlu dikembalikan kepada universiti dan mahasiswa.  Biar mahasiswa sendiri yang memilih sama ada mereka ingin berpolitik atau tidak.

Atas kesedaran itu Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen berpendirian bahawa;

1. Mendesak agar autonomi universiti itu dikembalikan kepada mahasiswa dan universiti sendiri.
2. Keterikatan politik antara universiti dengan pemerintah itu diputuskan terus.
3. Mendesak agar keputusan yang dibuat mengambil kira pandangan dan pendirian mahasiswa.

*Kenyataan media oleh Hilman Idham selaku Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

Angkara Dimarah Bermain Mercun,Surau Di Simbah Cat..

Empat orang ditahan polis berhubung siasatan sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban yang disimbah dengan cat merah awal pagi semalam.

Pada sidang media hari ini, Ketua Polis Negeri SembilanDatuk Osman Salleh berkata kempat-empat remaja berumur antara 16 hingga 18 tahun ditahan awal pagi ini.

Mereka dalam lingkungan antara 16 hingga 18 tahun.

Menurut Osman, siasatan awal mendapati keempat-empat mereka bermain mercun berhampiran surau itu tetapi diarahkan supaya meninggalkan kawasan itu.

Oleh kerana tidak berpuas hati, mereka memutuskan untuk menyimbah cat di surau yang baru dibuka pada Julai lalu itu.

"Nampaknya mereka bertindak ikut gerak hati,” kata Osman.

Tambahnya, keempat-empat remaja itu akan dikenakan tahanan reman empat hari sebelum polis memutuskan sama ada untuk mendakwa mereka kerana merosakkan rumah ibadat.
Pada kejadian awal pagi semalam, polis menemui satu tin cat dan dua penutup tin cat.

Oleh itu, polis percaya dua tin cat telah digunakan.
Pada satu bahagian surau tersebut, polis menemui pecahan kaca yang dipercayai pecahan botol arak, atas tanah dekat tingkap surau tersebut.

Berdasarkan bekas di kaca tingkap, katanya, polis percaya botol arak itu dibaling ke arah tingkap tersebut.

Bagaimanapun, kaca tingkap itu tidak pecah tetapi sebaliknya botol yang dibaling itu yang pecah.

PAS minta pemimpin Pakatan hentikan debat hudud

Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya menghentikan perbalahan mengenai ura-ura hukum hudud akan dilaksanakan jika mereka membentuk kerajaan persekutuan.

Menurut Dzulkefly sekiranya perbalahan umum itu berterusan, maka sejarah akan berulang yang menyaksikan pakatan pembangkang menumbangkan sesama mereka. Kali terakhir, kejadian seumpama itu berlaku pada 2001 apabila DAP meninggalkan pakatan Barisan Alternatif .

Katanya, pemimpin Pakatan sepatutnya menggunakan rangka kerja polisi umum (CPF) yang digubal pada Disember lalu sebagai panduan.

"Pakatan harus faham apa yang perlu mereka dilakukan dalam politik campuran kerana setiap parti mesti mendukung polisi dan objektif umum yang sama,” kata Dzulkefly, yang juga adalah anggota urusetia kepimpinan Pakatan ketika dihubungi.

"Dalam Pakatan, kita mempunyai alasan yang lebih daripada mencukupi untuk merangka polisi umum yang dapat diterima semua pihak.”
Sejarah mungkin berulang?
Pada 2001, DAP meninggalkan Barisan Alternatif secara tergesa-gesa apabila PAS berkeras mempertahankan bahawa parti itu akan menubuhkan negara Islam yang berpaksikan undang-undang Islam dan hukum hudud jika berkuasa.

Dzulkefly berkata pemimpin Pakatan mesti belajar dari sejarah dan mengelakkan pergeseran yang mungkin memecah-belahkan mereka sekali lagi.

Katanya, sekutu Pakatan - PAS, DAP dan PKR perlu fokus terhadap rangka polisi umum (CPF) dan matlamat mereka untuk pilihan raya umum akan datang, di samping menghormati ideologi masing-masing.

Dzulkefly menggesa rakan-rakan parti lain supaya menerima hakikat bahawa PAS adalah “parti Islam demokratik” yang beroperasi dalam rangka kerja demokrasi.

"PAS pula mesti fahami bahawa apa yang kami lakukan, kita mesti lakukan dengan mandat orang ramai. Kita tidak boleh paksa orang ramai terima Islam. Ini akan timbulkan kegelisahan dan ketakutan di kalangan bukan Islam dan ada kalanya orang Islam sendiri.”

Beliau menjelaskan hudud dan penubuhan negara Islam bukan sebahagian dari CPF dan jika ditakdirkan PAS memenangi semua kerusi parlimen yang ditandinginya pada 2008, parti Islam itu masih tidak berupaya melasanakannya tanpa sokongan daripada sekutu mereka di Pakatan.
Bertelagah sampai kiamat
"Bagi pilihan raya ke-13, agenda ini bukannya relevan kerana kita bukan berlawan sesama sendiri. Selagi BN mengeksploitasi dikotomi ini, ia menjadi tumit Achilles bagi Pakatan.
"Dan selagi hudud dan penubuhan negara Islam menjadi satu momokan untuk DAP manakala PAS pula menentang negara sekular, maka kedua-dua mereka akan bertelagah sehingga hari kiamat, maka BN dan Umno akan terus menguasai negara ini dan kita boleh lupakan hasrat mengambil-alih kerajaan persekutuan.”

Pengerusi DAP Karpal Singh dan penasihat parti itu, Lim Kit Siang, baru-baru ini sekali lagi bertikam lidah dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mencadangkan hukum hudud dilaksanakan jika ditakdirkan Pakatan mengambil-alih kerajaan persekutuan.

Menurut Nik Aziz undang-undang Islam diperlukan bagi membanteras gejala sosial, tetapi Karpal dan Lim bertegas, perlembagaan Malaysia menentukan bahawa negara ini akan ditadbir oleh undang-undang dan konvensyen sekular.

Malaysia Boleh!!


Malaysia Boleh!!!
A three-member Court of Appeals panel, in a 2-1 decision, gives permission to controversial lawyer VK Lingam and two former chief justices to challenge a royal commission which in 2008 recommended investigation by the authorities on six individuals, including the trio, over their role in fixing the appointment of top judges. Baca lagi di sini.

Gilerrr.....!!! Gilerrr Babi!!
Dengan itu, kes ini akan berpatah balik kepada Mahkamah Tinggi untuk mendengar semula kes tersebut.

Keputusan yang dibuat oleh Makhamah Rayuan sekali lagi mengundang kontroversi. Peliknya.... semua kes yang melibatkan kerajaan, pasti akan mendapat keputusan positif daripada Mahkamah. Manakala keputusan bagi pihak yang 'lawan' kerajaan adalah sebaliknya. Lihat saja kes-kes Anwar.... MB vs MB, semuanya upset belaka. Hampeehh!!

Persepsi rakyat terhadap Mahkamah Rayuan???
Kah... Kah... Kah... Kah...!!! Kita jawab jer dengan ketawa. Tak payah susah-susah jawab, becoz.... You know... I know.... Everybody knows!!

Ini merupakan satu penghinaan kepada Royal Commision. Apa akan jadi pada Royal Commision selepas ini?? Masih ada integriti?? Wallahualam....

A Mum Of Three Mohd

Hakim Durjana Mahkamah Rayuan Tak Hormat Agong


Video Lingam: Salah bagi mahkamah benar rayuan, kata Karpal

Karpal Singh berkata salah bagi Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan peguam kanan Datuk V.K. Lingam dan dua bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin untuk menyemak hasil Suruhanjaya Diraja Siasatan mengenai klip video kontroversi dua tahun lalu.

Peguam veteran itu berkata, suruhanjaya tersebut hanya membuat syor, yang tidak terikat kepada semakan penghakiman.

“Suruhanjaya Diraja Siasatan hanya membuat syor dan bukannya keputusan. Anda hanya boleh membuat semakan penghakiman terhadap sesuatu keputusan, jadi apa yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi adalah betul dalam mengatakan ia tiada bidang kuasa.

“Saya terkejut dengan keputusan Mahkamah Rayuan,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Beliau menambah, syor-syor yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja Siasatan tidak boleh dipersoalkan di mahkamah.

“Suruhanjaya Diraja Siasatan seharusnya bebas dalam membuat syor dan tidak boleh dipersoalkan oleh mahkamah. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini di negara ini,” katanya lagi.

Karpal juga berkata, syor-syor yang dibuat oleh suruhanjaya itu seharusnya diambil tindakan, bukannya disemak semula.

“Ini kali pertama saya dengar perkara seperti ini. Saya tidak melihat apa yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan adalah betul,” katanya.

Pagi tadi, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Lingam, Ahmad Fairuz dan Eusoff untuk menyemak hasil siasatan suruhanjaya itu.

Dalam keputusan majoriti 2-1 mahkamah itu memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi telah menggunakan prinsip yang salah semasa menolak permohonan bagi semakan kehakiman terhadap hasil siasatan suruhanjaya oleh ketiga-tiga mereka.

Hakim Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud, yang mengetuai panel tiga anggota bersama Datuk Zaharah Ibrahim membenarkan rayuan berkenaan manakala Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menolak.

Kes itu kini dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar merit kes berkenaan.

Lingam, Ahmad Fairuz dan Eusoff mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka bagi membuat semakan kehakiman terhadap hasil siasatan suruhanjaya diraja itu.

Pada 12 Disember 2008, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa hasil siasatan suruhanjaya itu tidak boleh disemak atau dicabar kerana ia bukan satu keputusan dan ia tidak memberi kesan terhadap hak individu atau obligasai mereka yang terbabit.

Dalam laporan siasatan mereka, panel lima anggota itu mendapati klip video yang menunjukkan Lingam sedang bercakap dengan Ahmad Fairuz mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, Mohd Eusoff, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana salah saku.

Suruhanjaya itu mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976. Kecuali Dr Mahathir, kelima-lima mereka mengemukakan permohanan agar mahkamah mengadakan semakan semula bagi membatalkan hasil siasatan suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, Vincent dan Tengku Adnan menarik balik rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada awal tahun ini. -TMI

Ulasan GB

Seperti yang GB ulaskan sebelum ini di sini, bahawa hakim-hakim di dalam instusi kehakiman negara terus-menerus berlaku khianat terhadap profesyen mereka dengan menjadikan diri mereka lembu-lembu yang diperbodohkan oleh politik.

Keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan semakan kehakiman kepada Lingam dan bekas Ketua Hakim jelas membuktikan Suruhanjaya Diraja yang dilantik oleh DYMM Yang Dipertuan Agong tidak dihormati.

Hakim-hakim Mahkamah Rayuan meletakkan diri mereka "superior" daridapa Agong dan ini amat menjelekkan.

Tidak cukup dengan pencabulan kehakiman yang telah berjalan selama ini, kini institusi kehakiman hendak dicabul lagi.

Jika GB ada di dalam kabinet apabila Pakatan Rakyat memerintah nanti, kesemua hakim-hakim durjana ini disumbatkan ke dalam penjara seumur hidup.

Kikis Imej Deposit Tetap BN – Zaid

Zaid 3 Oleh Staf FMT
KUCHING: Naib Presiden PKR Dato’ Zaid Ibrahim menggesa rakyat Sarawak dan Sabah supaya bangkit untuk membersih dan mengikis imej sebagai "deposit tetap" buat kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).
"Imej sebagai deposit tetap Umno-BN merupakan satu penghinaan kepada rakyat di kedua-dua negeri Malaysia Timor ini," kata Zaid ketika berucap di depan 200 pemimpin PKR di sini hujung minggu lalu.

Menurut beliau, sudah terlalu lama penduduk Sarawak dan Sabah dianaktirikan, hanya kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar BN tetapi sekarang inilah masanya untuk membuat perubahan seperti mana yang dilakukan oleh penduduk Sibu baru-baru ini.
Selepas berlakunya tsunama politik 2008 di Semenanjung di mana kerajaan Umno-BN dinafikan kuasa majoriti dua pertiga, secara tiba-tiba negeri Sabah dan Sarawak menjadi tumpuan dan tempat kunjungan serta pertarungan di antara parti-parti politik.
"Saya kira semua orang tahu kenapa Sabah dan Sarawak menjadi tumpuan.  Ada dua sebab untuk BN, pertama, kedua-dua negeri ini menjadi deposit tetap mereka dan kedua, kedua-dua negeri inilah yang mengekalkan kuasa mereka di peringkat persekutuan.
"Bagi kami dalam Pakatan Rakyat (PR), anda adalah kata pemutus sama ada anda mahu melihat satu pembaharuan, sinar baru, permulaan yang baik terhindar dari gejala rasuah, nepotisma, salah guna kuasa yang diamalkan oleh BN sejak berpuluh-puluh tahun.
"Rakyat mahu melihat PR memperbaiki prestasinya dalam pilihan raya umum 2008 lalu. Timbul cakap-cakap mengenai prospek mengambil alih pentadbiran di Putrajaya," kata beliau yang juga bekas menteri undang-undang.
Mengikut perkiraan, PR hanya memerlukan hanya 9% hayunan undi (swing votes) kepada pihak kita untuk membentuk kerajaan baru, satu tugas yang sukar tetapi tidak mustahil boleh berlaku.
Buat masa ini, Sabah dan Sarawak menguasai 25% dari jumlah kerusi Parlimen. Bukan itu sahaja, untuk melakukan pindaan perlembagaan ianya memerlukan persetujuan dari kedua-dua negeri ini dan ini menunjukkan anda boleh mempengaruhi perubahan dasar-dasar utama.
Tegas beliau, "sejak berpuluh tahun, para pemimpin Sabah and Sarawak nampak kurang berminat dengan "Politik Persekutuan" dan tidak mengambil berat tentang dasar yang menjadi pokok melibatkan negara ini.
"Mereka tidak berminat untuk mempertahankan hak-hak negeri selagi mana mereka diberi kebebasan untuk membolot harta kekayaan. Mereka lebih berminat menjadi pemantau BN sahaja ke atas kedua-dua negeri ini," katanya.
"Mereka terlalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain seperti membuat wang, membuat lebih banyak wang dan membuat bertan-tan wang.
"Ini semua bertujuan untuk memperkayakan diri sendiri dan keluarga serta membeli hartanah di Australia, New Zealand, Kanada dan London dengan merampok kekayaan sumber asli negeri yang luas," ujar beliau.

UMNO JOHOR BERJAYA : Ali Hashim sahkan letak jawatan dari JCorp

Spekulasi mengenai peletakan jawatan bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Johor Corp (JCorp) berakhir hari ini apabila Tan Sri Muhammad Ali Hashim memaklumkan yang beliau sendiri yang membuat keputusan berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat agung luar biasa KFC Holdings (M) Bhd di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan persekitaran semasa.

"Persekitarannya tidak berapa kondusif untuk saya terus kekal, jadi biarlah saya letak jawatan. Saya yang buat keputusan itu," kata beliau ketika ditanya sama ada beliau didesak agar membuat keputusan berkenaan.

Muhammad Ali sepatutunya bersara pada November selepas mengemukakan notis enam bulan beliau.

Ditanya sama ada beliau akan masih memegang kesemua jawatan pada masa ini dalam syarikat-syarikat tersenarai di bawah JCorp, beliau berkata: "Pada masa ini, saya masih lagi pengerusi kesemua syarikat penyenaraian awam. Keputusan akhir terletak kepada pemegang saham."

Muhammad Ali, yang merupakan pengerusi KFC Holdings, turut memegang jawatan pengerusi dalam empat syarikat lain termasuk QSR Brands Bhd.
- Bernama

Ibrahim Ali yang "militant"

Sekali lagi, Ibrahim Ali menjadi tumpuan.  Kali ini beliau mengetuai perarakan ke Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, berdemonstrasi sebagai protes terhadap John R Malott, bekas duta Amerika Syarikat yang menyifatkan PERKASA sebagai pertubuhan "militant".
Istilah "militant" ini cukup buat Ibrahim Ali melenting.  Melonjak-lonjak Ibrahim Ali di depan Kedutaan Amerika Syarikat, menuduh John R Malott melabel sewenang-wenangnya, di samping menekankan bahawa PERKASA bukan pertubuhan bersenjata.
Babak ini berakhir dengan sindiran John Malott, bahawa Ibrahim Ali gagal memahami istilah Bahasa Inggeris, malah tidak berupaya untuk membezakan antara kata sifat dengan kata nama.  Bekas duta ini berkata, "Saya menggelar PERKASA sebagai pertubuhan Melayu yang 'militant', yang mana ia adalah benar.  Semasa saya menggunakan istilah ini, ia digunakan sebagai kata sifat.  Ia bermaksud 'bersikap agresif', atau 'tabah memperjuangkan idealisme', misalnya 'aktivis hak asasi manusia yang militant'."
"Ibrahim Ali (gambar kiri) sepatutnya menerimanya sebagai satu penghargaan.  Apabila 'militant' digunakan sebagai kata sifat, istilah ini tidak membawa makna bahawa orang yang dirujuk menggunakan keganasan.  Jikalau 'militant' digunakan sebagai kata nama, istilah ini biasanya bermakna orang yang dirujuk menggunakan keganasan."
Malaysiakini menyiarkan artikel John Marlott ini dengan tajuk "An English lesson for Ibrahim Ali", iaitu "satu pengajaran bahasa Inggeris untuk Ibrahim Ali".  Saya tidak pasti sama ada tajuk ini dibubuhkan oleh John Marlott sendiri, atau Malaysiakini.  Tetapi, saya bersetuju dengan John Marlott, bahawa Ibrahim Ali sepatutnya bangga apabila disifatkan dengan istilah "militant"!
Biar saya ceritakan.
Pemimpin Gerakan Mahasiswa tahun 1970-an
Saya memasuki Universiti Malaya (UM) pada tahun 1972, menyertai Persatuan Bahasa Cina UM, dan sempat juga terlibat dalam arus pergerakan mahasiswa yang menderas pada ketika itu.  Pada Oktober 1973, demonstrasi anti-Amerika berlaku di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur ketika Perang Arab-Israel; pada September 1974, mahasiswa menyokong penduduk setinggan di Tasek Utara, Johor Bahru; pada Disember 1974, demonstrasi untuk menyokong petani Baling yang menderita kelaparan kerana kemiskinan... Kami sebagai siswa-siswi tidak pernah ponteng dalam rekod kehadiran untuk melibatkan diri.
Pada ketika itu, dua orang pemimpin siswa yang terserlah, memahat dalam ingatan kita sehingga hari ini.  Salah seorangnya Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Hishamudin Rais (gambar kanan).  Beliau sehaluan dengan kami, sebagai pejuang sejati dalam Kelab Sosialis UM.
Tapi, beliau lebih merupakan liberal yang cenderung ke kiri, daripada apa yang dilabel kepadanya - sayap kiri.  Pemikirannya terbuka, pernah mengajar Persatuan Bahasa Cina yang tidak berpengalaman tentang bagaimana untuk berdemonstrasi, ketika pertubuhan dalam UM membantah pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan di dalam kampus pada tahun 1973.
Hishamudin Rais
Hishamudin Rais adalah seorang pemidato yang terserlah, pidatonya di atas pentas cukup membakar semangat.  Kami menggelar beliau sebagai Fidel Castro di Malaysia.  Kebetulan beliau menyimpan janggut yang tebal seperti Fidel Castro.  Dalam ingatan saya, tiada yang dapat menandingi kehebatan Hishamudin Rais di kalangan siswa-siswi ketika itu untuk memberi ucapan yang "menghasut".
Hishamudin Rais (gambar kiri) juga seorang yang sangat berani, sentiasa berada di depan semasa berdemonstrasi.  Ketika pihak berkuasa memberi lampu hijau kepada pasukan polis untuk mencerobohi autonomi kampus UM, kami diberitahu bahawa nama Hishamudin Rais menduduki ranking paling tinggi dalam senarai hitam.
Hishamudin Rais kini merupakan penerbit filem dan kolumnis yang terkenal.  Sinaran yang terpancar daripadanya tidak lagi menusuk mata seperti dahulu.  Pakaiannya, pertuturannya sudah jadi lembut, imejnya dengan rambut yang kusut masai, dengan seluar jeansnya yang satu itu sudah tidak wujud lagi.  Namun demikian, beliau tetap prihatin terhadap masyarakat ini.
Ibrahim Ali
Seorang lagi pemimpin mahasiswa yang memahat ingatan adalah Ibrahim Ali yang disindir bekas duta AS, John Malott.  Beliau pada ketika itu Presiden Kesatuan Siswa Institut Teknologi MARA (KSITM).  Walaupun kami bukan dari kampus yang sama, namun gerakan siswa melangkaui pagar kampus, dan beliau tampil sebagai salah seorang pemimpin.  Maka, kami sering berpeluang juga menjenguk karismanya.
Pada ketika, memang "militant" benar Ibrahim Ali ini.  Saya masih ingat, dalam satu demonstrasi, ribuan siswa berarak ke lebuhraya persekutuan.  Pasukan Universiti Kebangsaan dan UM bertolak dari kampus UM, sementara pasukan MARA bertolak dari kampus di Shah Alam.  Kami merancang untuk bertemu di Angkasapuri, tetapi dihalang FRU sebelum tiba di destinasi.  Pasukan MARA tersebut diketuai oleh Ibrahim Ali yang merupakan Presiden KSITM pada ketika itu.
Saya diberitahu kemudian, bahawa Ibrahim Ali sedikit pun tidak gentar ketika bertembung dengan FRU.  Beliau cuba menembusi benteng FRU.  Video kamera atau telefon bimbit yang berkamera belum biasa digunakan pada ketika itu.  Saya yang tidak berada di tempat kejadian hanya mendengar dari kata-kata orang lain.  Bagaimanapun, imejnya yang gagah lagi berani ini tetap memahat di dalam hati kami, sehinggalah beliau berkecimpung dalam arena politik pada tahun 1986.
Kelakuannya selepas itu memang menjolok mata.  Lonjakan demi lonjakan, dari Barisan Nasional ke Semangat 46, seterusnya balik ke BN, dan kemudiannya menjadi calon bebas.  Beliau menjadi calon bebas yang disokong PAS, akhirnya bertukar menjadi wakil rakyat bebas yang pro-BN.  Beliau semakin ghairah mengibarkan bendera perkauman, seolah-olah persembahan sarkas yang cukup mengkagumkan.
Jikalau dibandingkan dengan dahulu, perubahan pada Ibrahim Ali bukan sahaja berlaku dari bentuk fizikal luarannya, tetapi juga dalam sanubarinya.  Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang sebelum ini mendedahkan bahawa Ibrahim Ali pernah meminta bantuan daripadanya, yang ketika itu menjawat Ketua Pembangkang Parlimen, kerana khuatir dirinya ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).  Seandainya apa yang diperkatakan Lim Kit Siang adalah benar, maka ia memberi satu lagi dimensi agar kita memahami siapakahnya sebenarnya Ibrahim Ali.
"Militant" bukan kata sifat yang sesuai
John Malott berkata, beliau tidak pasti sama ada dirinya perlu terperanjat atau berasa bangga ketika mendapati dirinya menjadi sasaran demonstrasi Ibrahim Ali.  "Ketika saya berada di Malaysia sebagai duta Amerika Syarikat (1995-1998), sememangnya banyak demonstrasi yang menentang Amerika Syarikat, berhubung isu yang serius."  Ayat ini cukup berlapik maksudnya.
Gerakan mahasiswa pada tahun 1970-an, sama ada anti-AS, menyokong penduduk setinggan di Tasek Utara, mahupun menyokong petani yang kelaparan di Baling, semuanya memperlihatkan keprihatinan terhadap golongan minoriti.  Pendek kata, "isu yang serius (relevan)."
Mungkin Ibrahim Ali mempunyai lebih daripada satu wajah pada zaman 1970-an, tetapi apa yang ditampilkan di khalayak ramai sememangnya "militant".  Sememangnya, beliau terpaksa "militant" pada ketika itu untuk meneruskan perjuangan.  Siswa pada ketika itu berdepan dengan jentera negara yang besar, bukan sahaja FRU, malah stesen televisyen yang dikawal Kementerian Penerangan dan kekangan terhadap media arus perdana.
Tetapi apa pula sekarang?  Untuk Ibrahim Ali, keadilan telah dilempar keluar dari tingkap.  Persembahannya yang melonjak dari sini ke sana gagal mengolah persetujuan daripada orang yang berintegriti di negara ini.  Beliau akhirnya mengetuai PERKASA yang agresif, cukup membimbangkan mereka yang ambil berat tentang masa depan Malaysia.
Memang tidak dipertikaikan bahawa PERKASA bukanlah kumpulan bersenjata.  Tetapi, ianya satu pujian atau penghargaan yang melampau untuk menggelar Ibrahim Ali sebagai "militant".  Apa yang "militant" sangat dengan bersikap "militant" terhadap minoriti?  Gunalah istilah yang lebih sesuai.

*Lee Phung Koon