Sabtu, 21 Ogos 2010

Giliran Wartawan Malaysiakini Kena Panggil

Wartawan portal berita Malaysiakini, Jimadie Shah Othman semalam dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Selangor berhubung artikelnya bertajuk "Enakmen Larangan Kalimah Allah Ketinggalan Zaman" yang disiarkan 21 Januari lalu.
Beliau diarahkan hadir pukul 9.30 pagi semalam di Cawangan Siasatan Jenayah, ibu pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jais.
Bagaimana pun menurut Jimadie beliau tidak dapat hadir atas kesuntukan masa kerana menerima surat tersebut pada hari yang sama beliau dipanggil.
"Saya mempertahankan apa yang saya tulis," kata beliau ringkas ketika dihubungi Suara Keadilan.
Surat bertarikh 11 Ogos yang ditandatangani oleh Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasa, Noorasnita Maktar menyatakan Jimadie disiasat di bawah Seksyen 58(1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor Tahun 2008.
Seksyen itu menyatakan, " Jika mana-mana orang tersebut enggan hadir sebagaimana dikehendaki demikian itu, pejabat penguatkuasaan agama itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang hakim dan kemudian hakim itu boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan suatu waran tangkap untuk menghendaki kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Pejabat Penguatkuasa Agama itu".
Artikel tersebut antara lain memetik komen Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang berpandangan bahawa enakmen agama yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.
“Bagi pandangan saya, ya (ketinggalan zaman). Dan ia bercanggah sebenarnya dengan semangat di sebalik usaha dakwah Islam. Saya menyeru untuk ia dibincang, untuk dibuka untuk dibincang.
“Bukan kata sudah buat, okeylah semua ikut sahaja, lepas itu tidak boleh kaji balik sama sekali. Itu satu kaedah dan pendekatan yang jumud dan tidak harus ada pada umat Islam.
“Namun, enakmen-enakmen merupakan undang-undang pentadbiran keagamaan dan bukan hukum yang bersifat qatii (putus) yang tidak boleh berubah,” kata Khalid di dalam artikel tersebut.

Ekuiti Bumiputera: Presiden MCA kata beliau hanya beri pandangan

August 21, 2010
IPOH, 21 Ogos — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata ucapan beliau yang menyentuh isu ekuiti Bumiputera dalam Kongres Ekonomi Cina Malaysia baru-baru ini adalah sekadar pandangan dan bukannya satu bentuk desakan.
Katanya apabila diadakan kongres, maka pelbagai pandangan akan dikemukakan dan ia adalah untuk kepentingan negara dan bukan untuk sesuatu kaum saja.
Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan MCA Perak di sini, Dr Chua (gambar) berkata MCA menyambut baik nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya segala isu yang timbul di kalangan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama membabitkan sensitiviti kaum diselesaikan dengan semangat muafakat.
Dr Chua berkata parti itu mengucapkan terima kasih di atas nasihat Perdana Menteri itu yang selaras dengan pengalaman luas BN dalam menguruskan isu membabitkan kepentingan bersama.
Ucapan Presiden MCA mengenai isu ekuiti Bumiputera itu telah menimbulkan reaksi negatif dan bantahan daripada pelbagai pihak termasuk kalangan pemimpin Umno dan BN.
Dalam perkembangan lain, MCA Perak menyifatkan Draf Rancangan Tempatan Ipoh 2020 (DRTI 2020) sebagai penting dan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memperhalusinya.
Katanya jawatankuasa itu akan mengadakan perbincangan dan dialog terbuka dengan persatuan perniagaan Cina, peniaga kecil, pengurusan sekolah dan semua pihak yang bakal menerima kesan daripada pelaksanaan pelan berkenaan.
Usaha itu bertujuan memastikan berlakunya pembangunan seimbang dengan setiap projek yang dilaksanakan mengambil kira aspek kawasan lapang, kawasan hijau, pasar awam, sekolah aliran Cina, kubur serta tempat khas untuk golongan peniaga kecil.
“Semua input, cadangan dan persoalan dikemukakan sepanjang dialog dengan orang ramai nanti akan dikumpulkan dalam satu memorandum sebelum dikemukakan kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan,” katanya. — Bernama

Pemilik, pewaris boleh sertai Perbadanan Pembangunan Kampung Baru

August 21, 2010
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (dua, kiri) bersama Ketua Wanita Umno Wilayah Persekutuan Senator Datuk Azizah Samad (tiga, kanan) menuang bubur lambuk ke dalam bekas untuk diedarkan kepada orang ramai semasa Program Bubur Lambuk 1Malaysia Amal Media 2010 di Masjid Jamek Bandaraya di sini, hari ini. — Gambar Bernama
KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru akan terlibat dalam pentadbiran perbadanan penempatan eksklusif orang Melayu itu, yang akan ditubuhkan tahun depan, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
“Penglibatan pemilik, pewaris dan penduduk akan ada dalam dua peringkat sama ada dalam lembaga sebagai pengarah dan juga ada peringkat sebagai lembaga penasihat,” kata beliau.
Menurut Raja Nong Chik, Jabatan Peguam Negara sedang meneliti rang undang-undang ini bagi menentukan bidang kuasa yang boleh diberikan di bawah perbadanan itu agar tidak bertindih dengan agensi kerajaan lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Peranan Perbadanan ialah sebagai badan pengawal dan penyelarasan.
“Tapi itu tidak melibatkan peranan agensi seperti DBKL yang ada bidang kuasa dia,” kata beliau selepas melancarkan Bulan Ibadah dan Kerohanian Peringkat Palimen Titiwangsa di Masjid Jamek Kampung Baru dan turut menyampaikan sumbangan berjumlah lebih RM100,000 kepada 783 fakir miskin, anak yatim serta ibu tunggal dari sekitar bahagian Titiwangsa.
Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru akan dibentangkan di Parlimen pada sesi Dewan Rakyat yang bermula Oktober ini.
“Kita baru selesai makmal untuk draf rang undang-undang perbadanan Kampung Baru yang mana pandangan semua pihak telah diperbincangkan secara mendalam.
“Saya rasa secara umum semua asas telah diterima pakai dan pihak Peguam Negara sedang merangkakan undang-undang yang menepati kehendak daripada maklum balas semasa lab yang diadakan Julai lepas,” katanya.
“Perbadanan berfungsi untuk mempertahankan ciri-ciri Melayu termasuk penglibatan pemilik dan pewaris dalam peringkat lembaga pengarah dan lembaga penasihat,” katanya.
Kawasan Kampung Baru Kuala Lumpur yang berusia 110 tahun dan meliputi tujuh buah kampung terletak di atas tanah seluas 90.2 hektar.
Kawasan itu kini didiami sekitar 35,000 penduduk.
Isu Kampung Baru telah berlarutan sejak beberapa lama apabila kerajaan Umno Barisan Nasional, Pakatan Rakyat yang menguasai Selangor serta beberapa pihak swasta masih tidak mendapat persetujuan mengenai corak pembangunan dengan pemilik dan penduduk penempatan Melayu terbesar di Kuala Lumpur ini.
Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru yang memiliki 222 lot tanah di Kampung Baru juga mendesak agar mereka diberi tempat dalam Perbadanan Kampung Baru.
“Kementerian saya sedang bertungkus-lumus menyiapkan Plan Perbadanan Kampung Baru ini untuk dibentangkan di Parlimen, insya-Allah pada hujung tahun ini,” katanya.

Kenapa Chua Soi Lek Sahaja Dibalun TIDAK Najib Tun Razak?



Kini MCA telah mula diKafir Harbi oleh Penyokong UMNO. MCA dituduh menjadi agen kepada DAP di dalam BN. Jika sebelum ini DAP dimaki hamun sebagai parti Kafir Harbi penentang Islam dan Melayu, kini MCA pula. Cuma berbezanya kali ini, yang "diPerdajalkan" adalah DAP bukan MCA. Tak percaya tengok TAJUK Utusan Meloya pada gambar atas.

Kenyataan Chua Soi Lek mengenai isu kuota bumiputera sebanyak 30% yang hendak dibahagi-bahagikan mengikut merit membuatkan penyokong dan segelintir pemimpin UMNO panas punggung. Ya,tuntutan itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongres ekonomi itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kongres Ekonomi Cina Malaysia. Antara lain juga,Kongres itu juga mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai.

Mengenai tuntutan pengurangan 30% ekuiti bumpitera,semua pihak (penyokong UMNO khususnya) melenting dan menyalahkan MCA kerana kononnya mengikut rentak DAP. Bukan setakat PERKASA panas punggung, Muhyiddin pun belum berhenti berperang mulut dengan Chua Soi Lek berhubung isu ini(Adakah mungkin semua ini hanyalah perang olok-olok dan sandiwara??). Namunpun begitu,dalam banyak-banyak serangan kepada MCA, tiada seorang pun membidas Najib Tun Razak yang ada pada majlis tersebut pada hari itu.

Bukankah mereka sepatutnya marahkan Najib?? Bukankan dia yang merasmikan Kongres tersebut pada hari itu? Bukankah dia yang meluluskan 12 deklarasi termasuk pengurangan 30% ekuiti bumpitera?

Jadi ceritanya di sini yang patut diserang bukan MCA. Yang dikambinghitamkan sepatutnya bukan DAP. Mereka (Penyokong UMNO) perlu sedar. Dalam hal ini, mereka perlu persoalkan Najib.

Mengapa Najib buat begitu?

Mengapa tidak mempertahankan perkara ini semasa berada di dewan tersebut pada hari itu?

Apa respon Najib pada hari itu bila mana kongres membuat deklarasi 30% ekuiti Melayu nak dikurangkan?

Adakah Najib merelakan semua ini atau sememangnya ini adalah salah satu agenda Najib sendiri menggunakan lidah MCA untuk merealisasikan hasratnya mengurangkan ekuiti bumiputera Melayu?

Sebelum inipun, Najib telahpun meliberasikan beberapa sektor ekonomi yang turut memperlihatkan penghapusan pegangan Bumiputera dalam bentuk saham dan sebagainya.

ATAU Adakah ini agenda tersembunyi bahawa UMNO mula tunduk kepada MCA demi memastikan kelangsungan politik parti itu?
Jadi persoalan-persoalan dan andaian-andaian ini kena ada dan penyokong-penyokong UMNO kena fikirkan. Secara logiknya sekalipun,Perasmi kongres tersebut pada hari tetap Najib sendiri,jadi wajar dia yang dipersoal.

Jadi dalam kes ini,bukan salah MCA atau DAP.So sedarlah. Sudah berapa kali saya bilang, yang menjahanamkan Melayu bukan DAP,MCA,MIC,PKR,PAS tetapi UMNO!

KETAWA LAH SEBELUM KETAWA DI ANGGAP TIDAK PATRIOTIK



nota:
abeeh eko den
abeeen kono saman
katak tak ado eko
tak kono saman kah kah kah..

TT.

Berbuka puasa bersama Guan Eng

Ahmad Tajdid  

BUKAN sesuatu yang biasa bagi DAP menganjurkan majlis berbuka puasa untuk penggiat media alternatif. Sepanjang bertugas di Harakah, inilah pertama kali majlis seumpama itu diadakan DAP apatah lagi atas jemputan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Suasana di Khatijah's Kitchen, Jalan Bukit, Petaling Jaya, restoran milik Dato' Khatijah Ibrahim itu agak meriah petang 19 Ogos lalu apabila seorang demi seorang pemimpin utama DAP muncul untuk turut sama berbuka puasa.
(Penulis menikmati juadah berbuka di majlis berbuka puasa anjuran Lim Guan Eng)
Selain Guan Eng, turut hadir Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Tengku Abdul Aziz Abdul Rahman (yang sajak bersongkok hitam), Ketua Pemuda Anthony Loke, Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok dan Ean Yong Hian Wah, Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Walaupun tidak berpuasa, tiada seorang pun para pemimpin DAP yang hadir menjamah makanan sehingga azan Maghrib dilaungkan. Guan Eng sendiri mengakui tidak menjamah makanan sejak pukul 11.00 malam sebelumnya kerana ingin merasai nikmat berbuka puasa.

"Saya tak bersahur," katanya berseloroh.

Dia juga bercerita bagaimana pada awal menghadiri majlis berbuka di masjid, beliau hanya menjamah makanan kerana sudah kenyang. Oleh kerana merasakan tindakan itu tidak wajar, beliau memastikan untuk 'berpuasa' setiap kali ada jemputan berbuka. Dengan berpuasa, beliau dapat makan dengan berselera apatah lagi jika menu yang disajikan itu kari kambing!

Masa yang ada sementara menunggu masa berbuka puasa digunakan oleh Guan Eng untuk menjelaskan isu-isu berbangkit berhubung pentadbiran kerajaan negeri pimpinannya.

Beliau mengakui kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerap menerima serangan daripada media massa pro-BN sejak mengambil alih pemerintahan negeri.

BN ujarnya, terpaksa meniupkan isu-isu perkauman kerana tidak dapat mencari kelemahan DAP dan Pakatan Rakyat dalam isu-isu 'real' menyentuh pentadbiran negeri.
Beliau memberi contoh isu bazar Ramadan di Komtar apabila kerajaan negeri didakwa mahu menghalang para peniaga Melayu berniaga di bazar tersebut sedangkan isu sebenar adalah kegagalan syarikat penganjur menjelaskan sewa kepada pentadbiran Komtar.

Walaupun tidak menerima satu sen pun bayaran sewa daripada syarikat tersebut, pihak pengurusan Komtar membenarkan para peniaga meneruskan perniagaan kerana dimaklumkan sewa telah dibayar oleh para peniaga kepada syarikat penganjur bazar Ramadan itu.

Isu perkauman ini sengaja dimainkan untuk menutup kelemahan syarikat terbabit.

Satu lagi isu perkauman yang dijaja Umno adalah dakwaan kononnya kerajaan negeri pimpinan DAP bertindak merobohkan perkampungan Melayu di Pulau Pinang untuk melaksanakan projek-projek pembangunan.

"Ini tidak benar. Sepanjang menjadi Ketua Menteri saya tidak pernah mengarahkan walaupun satu rumah Melayu pun dirobohkan," kata Guan Eng.

Apa yang berlaku sebenarnya melibatkan tanah-tanah milik persendirian yang diduduki penduduk yang kemudiannya hendak dimajukan syarikat swasta. Ini, katanya membabitkan perintah mahkamah dan kerajaan negeri pimpinannya tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan.
(Berbual sambil bekerja bagi Lim Guan Eng)
Bagaimanapun kerajaan negeri, katanya berusaha berunding dengan syarikat pemaju. Dalam satu kes di Kampung Pokok Asam, kerajaan negeri telah meminta pemaju menangguhkan operasi merobohkan rumah penduduk selama tiga bulan bagi membolehkan langkah penyelesaian terbaik dicapai.

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri juga, tegasnya berusaha sedaya mungkin untuk membantu penduduk yang terlibat dan ini tidak pernah dilakukan kerajaan BN negeri sebelum ini.

Perbualan terhenti ketika azan Maghrib kedengaran.

"Silalah dahulu, kamu berpuasa," kata seorang aktivis DAP kepada saya ketika melangkah ke meja buffet.

Ketika pengunjung beragama Islam mengambil hidangan untuk berbuka, para pemimpin dan aktivis DAP yang hadir tidak sama-sama menyesakkan meja buffet. Jelas mereka menghormati rakan-rakan media beragama Islam untuk berbuka puasa.
Ini jauh berbeza di beberapa hotel yang pernah saya hadiri untuk buffet Ramadan apabila para pengunjung bukan Islam turut sama berebut-rebut mendapatkan makanan. Sesetengahnya pula makan dan minum sebelum waktu berbuka.

Hairan juga bila mendengar khabar dari seorang tokoh agama pro-Umno kononnya pemimpin DAP tidak menghormati Islam.   

Khatijah Kitchens tidaklah seluas restoran-restoran hotel-hotel besar di Kuala Lumpur, tetapi ia tetap diuruskan dengan baik. Makanan yang pelbagai bukan sahaja mencukupi untuk pelanggan yang melimpah ruah hingga ke luar, malah layanan para pekerjanya juga mesra.

Bagi mereka yang ingin menunaikan solat Maghrib, dua khemah sementara di pasang di belakang restoran.

Di akhir majlis berbuka puasa itu, Guan Eng selaku tuan rumah dijemput berucap. Tanpa menggunakan pembesar suara, pemimpin DAP itu berucap ringkas.

Dalam ucapannya, Guan Eng melahirkan rasa kesal dengan tindak-tanduk pemimpin Umno yang terus berbohong dan meniupkan isu agama dan perkauman bagi menyerang kerajaan negeri pimpinannya. Semua ini berlaku di bulan Ramadan yang mulia.

"Pemimpin Umno negeri juga menjadikan kehadiran saya dalam acara-acara agama sebagai isu," katanya.

Guan Eng mengakui tidak wajar hadir di majlis-majlis agama yang diadakan di masjid-masjid. Tetapi apa yang dikesali, kehadiran beliau dalam majlis penyampaian sumbangan Ihya Ramadan di luar kawasan masjid juga cuba dipolitikkan pemimpin Umno.

"Sumbangan diserahkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh), saya hanya mengiringi. Adakah itu juga salah?" soal beliau.

Menurutnya, sumbangan Ihya Ramadan itu pertama kali disalurkan kerajaan negeri dan tidak pernah diberikan oleh kerajaan BN negeri sebelumnya.

Pembohongan terbaru yang disebarkan Umno terhadap kerajaan Pakatan Rakyat negeri amat menyentuh sensitiviti agama.
(Lim Guan Eng memberikan ucapan ringkas selepas berbuka)
Pengerusi Perhubungan Umno negeri yang juga Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kononnya kerajaan negeri mengarahkan nama Ketua Menteri dimasukkan dalam doa khutbah kedua Jumaat bagi menggantikan Yang Dipertuan Agung.

"Ini tidak masuk akal. Saya bertanya Abdul Malik (Abul Hassan, Exco Agama negeri) adakah perkara itu benar-benar berlaku. Beliau menjawab ia sesuatu yang mustahil," ujarnya.

Berdasarkan siasatan awal, tidak terdapat sebuah masjid pun di Pulau Pinang berbuat demikian, katanya.

"Saya juga cuba menghubungi Dato' Ahmad Zahid untuk mendapat penjelasan tapi gagal," katanya.

Beliau berharap pemimpin Pusat itu lebih bertanggung jawab dalam mengeluarkan tuduhan apatah lagi di bulan Ramadan.

Kerajaan negeri pimpinannya sedia bertindak jika dakwaan itu benar.

Akhirnya Guan Eng mengingatkan tentang peri pentingnya media yang bebas dalam sebuah negara demokrasi. Sistem demokrasi yang diamalkan negara, jelasnya mempunyai tiga tunggak utama iaitu eksekutif, parlimen dan kehakiman. Tetapi ada kuasa keempat yang juga penting iaitu media.

Media ujarnya bertanggung jawab mewarnakan demokrasi dan media yang bebas dari kongkongan sesungguhnya penting bagi menghidupkan demokrasi yang sihat.

Sebaik sahaja Guan Eng tamat berucap, majlis dikejutkan pula dengan sapaan Dato' Khatijah Ibrahim yang tiba-tiba muncul memberikan ucapan ringkas. Beliau berterima kasih kepada hadirin kerana memilih Khatijah's Kitchen untuk berbuka puasa.

"Datanglah lagi di lain masa," katanya ceria.

Beliau turut memohon izin untuk bergambar dengan Guan Eng sebagai kenang-kenangan. Dan permintaan itu ditunaikan Guan Eng selepas doa dibacakan wartawan Harakahdaily, Dzulfikar Masyhur.

Khutbah@Penang - Apa Salah Guan Eng?


Kes ni simple je..
Sama macam kes Dr Hassan Ali dituduh tak baca Selawat Nabi Dalam Khutbah Jumaat masa kempen PRK Hulu Selangor dulu..

Teman tengok di Tv3 hari tu.. sibuk depa pi interview kariah yang ada di dalam masjid masa kejadian tuh! bersemangat sungguh pakcik-pakcik tu bagi komen!
Marah betul depa kat Lim Guan Eng! wakakaka!
walaupun ada pakcik tu macam tak selesa je kopiah kat kepala!
mungkin dah biasa bersongkok kot? wakakaka!

Hingga hari ni teman tak tau siapa Khatib yang membacakan khutbah tersebut!
Kalau dalam kes Dr Hassan Ali, wartawan terus tanya Dr hassan direct..
kali ni kenapa tak terus jumpa Khatib yang bertugas??
aduyaiii!!!

ke Khatib tu hentam skrip sendiri? kalau gitu, kompom!
UMNO punya khatib!!
Takut benor dia dengan Guan Eng kalau benar itu arahan Guan Eng!!

wakakakaka!

Sial punya UMNO!
sunsnake 21082010

KSSB Dan SPRM setuju tubuh Pasukan Petugas Khas

Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bersetuju untuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi membanteras rasuah melibatkan perlombongan pasir di Selangor.
Persetujuan ini dicapai pada pertemuan antara Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim dengan SPRM di pejabatnya di sini, semalam.  Pertemuan ini disertai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin (gambar kiri), Ketua Pengarah Eksekutif KSSB, Wan Ab Halim Wan Ismail, Pengarah Eksekutif KSSB, Ir Ramli Majed.
SPRM pula diwakili, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Sutinah Sultan, Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Shaharuddin Khalid, Pengarah SPRM Selangor, Jaafar Maahad dan Ketua Unit Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Selangor, Mohd Noor Abd Rahman.
Pertemuan ini diadakan susulan pelawaan Kerajaan Selangor kepada SPRM untuk menempatkan kakitangan dan pegawai di KSSB bertujuan membanteras rasuah.  Pasukan Petugas Khas ini dicadang dianggotai pegawai KSSB dan SPRM.
Sehubungan itu, Menteri Besar berkata, KSSB akan mengadakan taklimat mengenai operasi KSSB kepada SPRM termasuk prosedur dan kaedah-kaedah yang dipratikkan dalam perlombongan pasir.
Selain itu, SPRM juga akan didedahkan dengan sistem-sistem yang diguna pakai oleh KSSB dan diajar untuk memahami urus niaga pasir yang dipratikkan oleh anak syarikat kerajaan Selangor ini.
Abdul Khalid (gambar kanan) berkata, kerajaan Selangor menyambut baik kesediaan SPRM kerana  kerajaan negeri mengamalkan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.
"Kita berterima kasih kepada SPRM kerana mahu bersama Kerajaan Negeri bagi memastikan operasi perlombongan dan perniagaan pasir bebas dari unsur rasuah," kata Menteri Besar.
Beliau berkata, apabila Pasukan Petugas Khas ini ditubuhkan, SPRM lebih bebas untuk memantau perjalanan operasi KSSB untuk mengesan sekiranya ada prosedur yang boleh membuka ruang kepada rasuah.
Pada pertemuan ini juga, Menteri Besar telah diberitahu bahawa SPRM sedang memantau lebih dekat operasi perlombongan pasir di beberapa negeri termasuk di Selangor.  Selain itu, SPRM berharap dapat membuat perbandingan prosedur dan praktis yang digunakan pakai di Selangor dengan negeri-negeri lain.
Menteri Besar berharap, SPRM boleh mencadangkan prosedur yang boleh mengurangkan berlakunya rasuah menerusi pemantauan dan pemerhatian yang dilakukan terhadap KSSB.
Pada awal pertemuan, Menteri Besar telah menyampaikan taklimat kepada SPRM berkenaan keselamatan dan penguatkuasaan yang diambil Kerajaan Negeri menerusi Pasukan Khas yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Ramli Mahmud.
Beliau telah menerangkan bahawa kecurian pasir gagal diatasi oleh kerajaan terdahulu kerana hanya menumpukan kepada tindakan penguatkuasaan tanpa melihat masalah tersebut dari aspek bekalan pasir kepada industri pembinaan.
"Kita tidak boleh menghentikan perlombongan pasir dan biarkan bekalan pasir di pasaran terjejas.  Ini hanya akan menggalakkan kecurian pasir kerana permintaan tinggi."
"Tindakan kita sekarang ialah kita bukan sahaja membanteras curi pasir tetapi pada masa yang sama mengawal bekalan pasir pasaran," katanya.
Katanya, sebab itulah kerajaan Selangor menubuhkan KSSB untuk memastikan industri mendapat bekalan pasir secara halal dan mencukupi dan ini akan membunuh permintaan terhadap pasir haram.
Menteri Besar menjelaskan, KSSB ditadbir Wan Halim dan Ramli yang mana kedua-duanya adalah pakar bidang kejuruteraan perlombongan yang akan memastikan perlombongan pasir mengikuti semua peraturan alam sekitar dan geologi yang ditetapkan.
*Kenyataan daripada Sekretariat Akhbar Pejabat Menter Besar Selangor.

Jangan heret agama, Jamaluddin kepada Chua Soi Lek

Agama diheret ke dalam isu stesen radio 98.8, antara pengacara rancangan call-in "Say Hi to Malaysia", Jamaluddin Ibrahim dengan Presiden MCA, Chua Soi Lek.  Isu ini bermula daripada pertikaian sama ada wujudnya campur tangan politik ke dalam media, tetapi kini pula beralih kepada identiti Jamaluddin sebagai muslim.
Ia berpunca daripada satu temuramah antara Jamaluddin Ibrahim dengan MerdekaReview, yang mana Jamaluddin mendakwa bahawa dalam satu pertemuan antara dirinya dengan Chua Soi Lek (gambar kiri) yang berlangsung kira-kira 45 minit, Chua telah memberi jaminan sekurang-kurangnya lima kali bahawa beliau tidak akan campur tangan dalam stesen radio 98.8 dan kebebasan akhbar.
Chua serang Jamaluddin
Bagaimanapun, kesilapan berlaku apabila kenyataan "jaminan sebanyak lima kali" oleh Jamaluddin tercatat sebagai "pertemuan sebanyak lima kali".  Maka, Chua Soi Lek mengeluarkan kenyataan semalam, "Dakwaan Jamaluddin bahawa beliau bertemu dengan saya sebanyak lima kali adalah kenyataan yang tidak benar.  Sebagai seorang muslim, Jamaluddin seharusnya lebih bertanggungjawab dan tidak patut mengeluarkan kenyataan yang salah dan mengelirukan, terutamanya dalam bulan puasa yang suci ini."
MerdekaReview sebenarnya telah memperbetulkan kesilapan tersebut pada pagi 20 Ogos (semalam), selepas menerima panggilan daripada Jamaluddin untuk menjelaskan keadaan sebenar.  Bagaimanapun, MerdekaReview meminta maaf atas kesilapan tersebut.
Dalam kenyataan yang sama pada petang semalam, Chua Soi Lek menegaskan bahawa pimpinan MCA tidak pernah campur tangan dalam urusan Star Publications (M) Bhd dan stesen 98.8 di bawahnya.  Malah, beliau mendakwa bahawa MCA menyedari realiti Star Publications (M) Bhd sebagai syarikat tersenarai, lantas perlu bertanggungjawab kepada pemegang sahamnya.
MCA tidak memberi sebarang arahan berhubung isu Jamaluddin Ibrahim, dan parti politik ini tidak akan campur tangan dalam hal siasatan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC) terhadap stesen radio 98.8, sebaliknya menyerah kepada pihak pengurusan yang berkenaan untuk mengendalikannya, tegas Chua Soi Lek.
Beliau menambah, "Saya yakin institusi media tidak harus diperalatkan dan disalahgunakan oleh sesiapa yang mempunyai agenda tersendiri."
Jamaluddin membalas Chua
Dalam satu kenyataan pada hari ini, Jamaluddin Ibrahim pula membalas, "Sebagaimana yang diperjelaskan Presiden MCA Chua Soi Lek, saya pernah bertemu sekali dengan Chua di pejabat Presiden MCA, tingkat sembilan ibu pejabat MCA pada 3 Mei tahun ini.  Dalam perbualan selama 45 minit, Chua mengulangi sekurang-kurangnya lima kali, bahawa beliau tidak akan campur tangan dalam stesen 98.8 dan kebebasan media."
"Sehingga hari ini, saya berharap beliau tidak pernah mungkir janji, malah berterima kasih kerana penjelasan beliau kepada media," sambung Jamaluddin (gambar kiri).
Beliau bersambung, "Namun demikian, apa yang saya kesal dan keliru, mengapa beliau memilih untuk mengaitkan isu ini dengan identiti muslim dan bulan puasa?  Kenyataan beliau berbunyi 'Sebagai seorang muslim, Jamaluddin seharusnya lebih bertanggungjawab dan tidak patut mengeluarkan kenyataan yang salah dan mengelirukan, terutamanya dalam bulan puasa yang suci ini', seolah-olahnya membawa maksud bahawa 'muslim seharusnya lebih bertanggungjawab daripada bukan muslim."
"Saya berharap beliau memberi penjelasan dan memohon maaf berikutan kenyataannya yang mendiskriminasi agama secara terang-terang ini.  Stesen radio 98.8 kini berdepan dengan detik saat yang paling genting, di mana kebebasan media ditindas.  Presiden Chua Soi Lek seharusnya bersama kami, dan bersama jutaan audiens yang meminati rancangan Say Hi to Malaysia," kata Jamaluddin.
Jamaluddin yang mengeluarkan kenyataan medianya dalam bahasa Cina menambah, "Pada hakikatnya, setiap warga negara harus bertanggungjawab, dan bukan hanya umat Islam.  Kita tidak harus membezakan antara siapa harus bertanggungjawab, atau tidak harus berbohong dengan identiti agama atau kaum seseorang.  Saya tidak berharap mereka yang mempunyai niat lain, untuk mengalih isu penindasan kebebasan media ini kepada isu agama atau kaum."

Ketua AMK saingan 3 penjuru

LOGO PKR 1 PETALING JAYA: Jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mungkin menyaksikan saingan tiga penjuru dalam pemilihan kali ini.
Mereka ialah ketua sekarang Samsul Iskandar Md Akin; tImbalannya Feriz Musa dan ahli majlis pimpinan pusat (MPP) Badrul Hisyam Shaharim.
Bagaimanapun, setakat ini hanya Feriz yang menyatakan kesediaan bertanding ketua AMK.“Saya akan bertanding jawatan  tersebut jika ahli melihat saya perlu berbuat demikian.

“Jika ada ahli AMK yang mahukan saya bertanding ketua, saya akan menerimanya.”
PKR akan membuat pemilihan secara langsung untuk semua jawatan membabitkan kira-kira 600,00 ahlinya dari seluruh negara.
Hanya dua pencalonan dari cabang (bahagian) untuk bertanding sebarang  jawatan dalam PKR.
Pemilihan jawatan-jawatan utama akan di Kuala Lumpur, November depan.
Feriz telah menjadi timbalan Samsul sejak kongres parti di Seremban pada 2007.
Badrul ketika dihubungi dari Sarawak menegaskan beliau tidak akan membuat pengumuman tentang perkara itu.
Katanya, biar ahli yang membuat keputusan terhadap kedudukannya dalam pemilihan nanti.
“Saya tahu ahli sudah matang dan bijak membuat keputusan. Biarlah orang lain mengumumkan pendirian mereka tetapi saya tidak mahu berbuat begitu.
“Adalah lebih baik kita memberi tumpuan kepada pilihanraya umum dan negeri Sarawak yang bakal menjelang,” katanya.
Samsul pula memberitahu ketika ini beliau belum mahu mengumumkan sama ada mempertahankan jawatan ketuya AMK atau tidak.
Katanya, pemilihan lambat lagi dan akan mengumumkannya  apabila tiba waktunya.

Pengetua 'rasis': Pasukan petugas tak serius, kata DAP

DAP menyifatkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang penubuhan pasukan petugas bagi menyiasat kenyataan seorang pengetua yang didakwa rasis sebagai tidak masuk akal "selepas berdiam diri selama seminggu".

Setiausaha publisitinya Tony Pua berkata, keputusan itu jelas merupakan pertimbangan yang datang kemudian setelah Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom mengeluarkan kenyataan bahawa isu itu "selesai" dan "disebabkan salah faham".

"Malangnya, orang awam tiada keyakinan langsung bahawa pasukan petugas itu mampu memberikan hasil yang memuaskan kerana menteri sendiri yang menetapkan kaedah perlaksanaannya," kata Tony (kanan) yang jug ahli parlimen Petaling Jaya Utara.

Muhyiddin semalam mengarahkan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor secara terbuka menghamburkan ucapan rasis pada pelajar.

Beliau berkata, pasukan petugas itu dibentuk bagi mendapatkan fakta berkaitan dan merancang tindakan lanjut ekoran emosi pelbagai pihak semakin bergelora.

Menurut laporan polis yang tersebar, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Siti Inshah Mansor didakwa mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos ketika mengulas masalah disiplin pelajar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Tony berkata, berbeza dengan timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran masih enggan mengecam kenyataan itu.

"Tindakannya, atau dalam kes ini, tiada tindakan, terus merosakkan konsep 1Malaysia yang dicadangkang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mempromosikan perpaduan nasional," katanya.

SABM: Laporan harus boleh diteliti orang awam
Tony juga mempertikaikan kenapa pasukan petugas yang dibentuk itu tidak menetapkan sebarang tarikh akhir bagi melengkapkan siasatannya.

Katanya, ini menunjukkan timbalan perdana menteri tidak serius menyelesaikan masalah ini daripada akar umbinya dengan cepat terhadap kakitangannya.

"Pembentukan pasukan petugas hanya bertujuan menenangkan sementara kemarahan dan kesedihan rakyat Malaysia sementara kementerian cuba membeli masa bagi 'menyelesaikan' isu ini untuk kali kedua," kata Tony lagi.

Tony juga membangkitkan persoalan sama ada kes terbaru melibatkan isu yang sama di Sungai Petani Kedah akan turut membentuk lebih banyak kali pasukan petugas bagi menyiasatnya.

Sementara itu, mengulas isu yang sama, sebuah kumpulan Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) pula mengalu-alukan penubuhan pasukan petugas yang diharapkan menjalankan siasatan yang adil, telus serta terperinci.

SABM juga berharap, laporan pasukan tersebut boleh diteliti oleh pihak awam.

"Kami menyeru pihak kerajaan untuk mengambil tindakan segera bagi melaksanakan cadangan yang dikemukakan oleh pasukan petugas tersebut," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan semalam.

"Kami menyeru setiap warganegara Malaysia untuk menyampaikan pesanan yang jelas bahawa kita sebagai masyarakat yang sivil dan bertamadun, tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk
diskriminasi perkauman yang dilihat agak ketara sejak kebelakangan ini."

Koh: Perlu jawatankuasa khas untuk agih peruntukan kepada sekolah

August 21, 2010
KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Sebuah jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk mengagihkan secara sistematik RM280 juta peruntukan kerajaan untuk sekolah vernakular, agama dan mubaligh, kata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Beliau berkata cadangan bagi penubuhan jawatankuasa itu untuk mengagihkan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina, SRJK Tamil, Sekolah Agama Rakyat dan sekolah mubaligh telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
“Saya kemukakan (cadangan itu) kepada perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan mereka, pada prinsipnya, bersetuju cadangan itu baik.
“Jadi, kita perlu lihat bagaimana ia dilaksanakan, untuk memastikan dana itu diagihkan secara telus dan adil, kerana status kewangan sesetengah sekolah adalah lebih baik daripada sekolah yang lain,” kata Koh (gambar) kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti di Menara PGRM di sini hari ini.
Di bawah RMK-10, setiap kategori sekolah akan menerima RM70 juta.
Koh berkata pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan pendidikan seperti Dong Jiao Zong, bersama-sama dengan badan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan persatuan Kristian, perlu mengadakan perbincangan dan merumuskan mekanisme itu.
Dalam perkembangan lain, Koh berkata Gerakan menyelar tindakan guru besar, masing-masing di Johor dan Kedah, yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman semasa perhimpunan sekolah. — Bernama

SEMUA ORANG TAHU - KECUALI KETUANAN MELAYU

NAK KATA BEROK BUKAN BEROK - NAK KATA ULAR BUKAN ULAR

ARJUNAN DEDAH DUA LAGI KES BABITKAN SARAVANAN - minsider

Ahli politik PKR, M.S. Arjunan hari ini mendedahkan beliau didampingi dua lagi wanita — bekas pelajar sebuah kolej swasta — mendakwa menjadi mangsa seksual seorang timbalan menteri dari MIC kira-kira sedekad lalu.

Arjunan, yang mencetuskan kontroversi dengan membuat aduan ke atas Datuk M. Saravanan Sabtu lalu, mendakwa salah seorang mangsa itu menghubunginya semalam manakala seorang lagi hari ini.

“Semalam seorang dan hari ini seorang... jadi setakat ini ada tujuh wanita yang menjadi mangsa dakwaan yang dibuat sebelum ini,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau belum menyerahkan maklumat terbaru itu kepada polis.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… TANYA SEMUA ORANG INDIA… SEMUA TAHU MALAON INI ORANG JAHAT…. kah kah kah..

woit..PERGI KE BRICKFEILD ATAU SENTUL… PERGI TANYA… kah kah kah..

kah kah kah… YANG PELIKNYA HANYA KETUANAN MELAYU TAK TAHU…. kah kah kah..’

kah kah kah… YANG PELIKNYA… PASAL APA POLIS TAK TAHU… kah kah kah..

woit… MACAM MANA MALAON GANGSTER INI BOLEH ADA KUASA…. kah kah kah

nota:
adalah saravanan pakai ilmu hitam
adakah bomoh giru ji membantu saravanan kah kah kah

TT.

Nakhaie: Semua orang tahu Perlis beza

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Nakhaie Ahmad mempertahankan tulisannya dalam sebuah majalah agama yang didakwa menghasut untuk menentang kedaulatan negeri Perlis.

Katanya, tulisannya berjudul "Penyelewengan Wahabi" dalam Milenia Muslim keluaran terbaru (Ogos) tidak langsung mempertikaikan perlembagaan negeri itu yang meletakkan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah sebagai akidah negeri itu.


"Perlembagaan semua negeri sama (nyatakan pegangan Ahli Sunnah). Yang saya sebut 'keluar daripada jemaah'.

"Bukan (maksudnya) jemaah Ahl Sunnah, (tetapi) jemaah fekah (mazhab) Shafie. Semua orang tahu pengalaman agama di Perlis berbeza," katanya sambil menyifatkan perkara itu sebagai subjektif.

Sebelum ini, menulis dalam ruangan 'Kembara Minda', Nakhaie - bekas pemimpin kanan PAS yang mencetuskan kontroversi kerana menyertai Umno pada 1989 - menulis di perenggan terakhir:

"Tindakan Perlis keluar daripada jamaah dan mengambil jalan sendiri, kononnya mengembangkan Islam tanpa mazhab adalah salah dan mesti ditentang."

Yang buta, yang tuli
Reaksi daripada tulisan yang diterbitkan sebuah agensi agama persekutuan itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menggesa pihak berwajib mengambil tindakan terhadap Milenia Muslim yang didakwa menghasut.

Menurut Dr Juanda, majalah agama itu diisi dengan "tuduhan palsu dan hasutan ganas untuk menentang negeri Perlis dan cemuhan terhadap amalan Islamnya".

Sebelum ini, lima NGO Perlis membantah artikel Mohd dengan alasan yang hampir sama.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Nakhaie menjelaskan beliau tidak menyebut langsung perkataan Wahabi dalam tulisannya itu.

Justeru, tambahnya, tidak timbul langsung soal beliau perlu meminta maaf.

Ditanya sama tentang tajuk artikel yang jelas menyebut aliran agama itu, sambil ketawa, Nakhaie berkata:

"Itu kena tanya ketua pengarang (majalah berkenaan)".

Nakhaie berkata, tulisannya itu hanya bertujuan memberikan pandangannya hasil daripada pengalaman dan perbincangan dengan ulama-ulama di Perlis sebelum ini.

"Masalahnya pada pengikut-pengikut dia. Yang alim-alim tak kata apa.

"Tetapi (masalahnya ada) pengikut yang fanatik, yang buta, yang tuli, yang suka menyifatkan amalan orang lain sebagai bidaah, sesat, kafir.

"Kalau macam ini berpecah-belahlah orang," katanya sambil menyarankan semua negari diseragamkan dengan menggunapakai mazhab Syafie dalam pengamalam fekahnya.

Bila penganiaya Melayu menasihati penipu Melayu

Menusuk sungguh nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa tapi makin ramai yang memanggilnya Perkosa) Datuk Ibrahim Ali - lihat berita Malaysiakini hari ini "Koh: Jangan obses pada kuota 30 peratus".

"Daripada mengatakan itu dan ini kepada kaum lain, sepatutnya Datuk Ibrahim Ali beri tumpuan untuk perkasakan kemahiran dan daya saing secara lebih mendadak lagi kepada Bumiputera," kata Presiden Gerakan itu.

Tanpa mengaitkan berita itu, entah kenapa tiba-tiba saya teringat kata-kata "Bila penganiaya Melayu menasihati penipu Melayu".

Kot-kot mana pun, sedap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu cakap. Dia tak tau ka bahawa setiap kali kita tengok muka dia, kita teringat peminggiran sistematik orang-orang Melayu Pulau Pinang ketika Gerakan mencengkam negeri itu bersama-sama Umno.

Hampa rasa kenapa Dr Koh kata "tumpuan untuk perkasakan kemahiran dan daya saing secara lebih mendadak lagi kepada Bumiputera"? Dia tau, Umno dan Barisan Nasional (BN) tak minat semua tu. Sebab tu la dia cakap benda yang dah depa kerat-kerat dan tekan-tekan itu.

Ca baca bawah ni:
Untuk tahun 2010 ini, peruntukan kepada MARA yang ditubuhkan untuk membantu orang-orang Melayu, dicantas-cantas sampai betul-betul ciput sehingga berjumlah RM374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta pada 2009.

Bagi IKM, peruntukan untuk 2010 hanya RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009. Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA pula, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009 (sila lihat juga rajah di bawah mengenai jumlah pelajar dan pelatih yang dicantas-cantas jumlahnya oleh kerajaan Umno BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak jumlahnya supaya betul-betul kecil dan tak payahlah keluar duit banyak-banyak untuk meningkatkan mutu pendidikan orang-orang Melayu).

Kenyataan Karpal tolak hukum hudud pandangan peribadi, kata Nik Aziz

August 21, 2010
KOTA BARU, 21 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadi pemimpin parti pembangkang itu.
Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu.
“Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz (gambar) berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal semalam yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau pada Khamis lepas bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.
“Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud,” kata Karpal.
Mursyidul Am PAS itu berkata beliau yakin Karpal menentang hukum hudud kerana tidak mendapat penerangan yang jelas mengenainya.
“Kebanyakan pemimpin DAP adalah terdiri daripada golongan berpelajaran, mereka sepatutnya mendapat penerangan mengenai perkara itu (hudud) daripada mereka yang arif di peringkat pusat,” katanya dan menurutnya beliau sedia memberikan penerangan mengenai hukum hudud kepada Karpal.
Ketika ditanya apakah tindakan PAS untuk mengelak wujudnya suara-suara sumbang daripada rakan politiknya berhubung isu hukum hudud itu, Nik Abdul Aziz berkata ia adalah sesuatu yang sukar.
“Nak mengelak tu memang tak boleh... tugas kita ialah memberi, menerangkan kepada manusia jalan ke arah kebaikan,” katanya. — Bernama

Tentera, polis tidak patut dipercikkan lumpur politik

Ramli Abdul Halim

August 21, 2010
21 OGOS — Berdasarkan kepada Perlembagaan negara, tentera dan polis serta jabatan-jabatan kerajaan persekutuan bernaung di bawah Yang di-Pertuan Agong. Justeru dalam urusan surat menyurat daripada pihak berkenaan dicatat dengan jelas "Urusan Seri Paduka Baginda."
Yang di-Pertuan Agong tidak berpolitik dan merupakan pihak yang berkecuali dan bertanggungjawab memperkenankan penubuhan kerajaan oleh parti politik atau pakatan parti-parti politik yang menerima mandat rakyat dan mendapat majoriti dalam pilihan raya.
Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menaungi kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dan kerajaan serta jabatan dan agensinya kena bekerja atas nama kerajaan untuk memberi perkhidmatan terbaik.
Jika rakyat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kerajaan dan jenteranya, rakyat berhak menarik mandat dan menukar kerajaan bila pilihan raya diadakan.
Selagi rakyat terus memberi mandat, maka kerajaan yang wujud kerana mandat kena dihormati dan ditaati. Jika dikhianati, maka yang dikhianati adalah rakyat dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong cuba dicabar.
Walaupun mungkin ada segelintir rakyat tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan kerajaan atas alasan dan faktor tertentu, namun ia tidak boleh melakukan sesuatu tindakan bersifat mengkhianati kerajaan, sebaliknya jika perlu dan terdesak kerajaan kena ditumbangkan melalui proses pilihan raya dan kena bergantung kepada mandat rakyat.
Saya melihat kejahilan dan ketidak-profesionalan Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar berpolitik apabila pasukan keselamatan cuba dipalitkan dengan lumpur politik apabila membuat dakwaan yang dikategorikan sebagai melemparkan perembohongan oleh Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berhubung dengan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang terdedah kepada kemungkinan disaman oleh TLDM mendakwa kapal selam pertama negara tidak boleh menyelam manakala Panglima Angkatan Tentera Laut berkata kapal selam Scopene merupakan aset strategik pertahanan negara bukan alat untuk meraih keuntungan politik murahan.
Bagi Tan Sri Abdul Aziz, kapal selam itu mempunyai keupayaan tinggi, diiktiraf sebagai antara yang tercanggih di dunia dan telah terbukti dalam operasi tembakan hakiki yang dijalankan oleh TLDM Julai lalu.
Dari segi lojiknya kalau tidak boleh menyelam mana mungkin kapal selam itu boleh menyertai kerana kapal selam kena berada di dasar laut, bukannya di permukaan air.
Yang bercakap tentang hakikat sebenar KD Tunku Abdul Rahman adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang ketenteraan dan beliau pasti lebih tahu tentang ketenteraan dan kelengkapannya, apatah lagi yang berkaitan dengan TLDM yang mana beliau adalah panglimanya.
Manakala yang memperlekehkan kapal selang itu adalah pemain politik yang masih terlalu muda dan mentah dalam gelanggang yang diceburinya dan tidak ada pengalaman dalam bidang ketenteraan, pertahanan dan keselamatan negara. Dakwaan Nurul Izzah barangkali hanya berdasarkan kepada dengar cakap.
Apa yang dilakukannya itu saya yakin boleh menyebabkan anggota keselamatan tidak akan ‘pecah liur’ untuk undi parti yang diwakili kerana bila TLDM dibohongi, semua unit tentera akan turut rasa dibohongi.
Pasukan tentera dalam pelbagai unit umpama satu anggota: bila paha kanan dicubit, paha kiri akan turut rasa sakitnya, kalau paha kiri dicubit pula paha kanan akan turut rasa sakit.
Bagi saya, silap besar kalau mana-mana tokoh politik sama ada yang menyokong kerajaan atau pembangkang cuba mempalitkan lumpur politik terhadap jabatan-jabatan kerajaan, khususnya pasukan tentera dan polis, lebih-lebih lagi kalau mereka diburuk-burukkan, ditohmah dan disalah sangka kerana mereka adalah penjunjung Perlembagaan yang akan mengutamakan keprofesionalan dalam memberikan perkhidmatan walaupun barangkali bertentangan dengan naluri sendiri. Tentera, polis tidak patut dipercikkan lumpur politik — Ramli Abdul Halim
21 OGOS — Berdasarkan kepada Perlembagaan negara, tentera dan polis serta jabatan-jabatan kerajaan persekutuan bernaung di bawah Yang di-Pertuan Agong. Justeru dalam urusan surat menyurat daripada pihak berkenaan dicatat dengan jelas "Urusan Seri Paduka Baginda."
Yang di-Pertuan Agong tidak berpolitik dan merupakan pihak yang berkecuali dan bertanggungjawab memperkenankan penubuhan kerajaan oleh parti politik atau pakatan parti-parti politik yang menerima mandat rakyat dan mendapat majoriti dalam pilihan raya.
Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menaungi kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dan kerajaan serta jabatan dan agensinya kena bekerja atas nama kerajaan untuk memberi perkhidmatan terbaik.
Jika rakyat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kerajaan dan jenteranya, rakyat berhak menarik mandat dan menukar kerajaan bila pilihan raya diadakan.
Selagi rakyat terus memberi mandat, maka kerajaan yang wujud kerana mandat kena dihormati dan ditaati. Jika dikhianati, maka yang dikhianati adalah rakyat dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong cuba dicabar.
Walaupun mungkin ada segelintir rakyat tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan kerajaan atas alasan dan faktor tertentu, namun ia tidak boleh melakukan sesuatu tindakan bersifat mengkhianati kerajaan, sebaliknya jika perlu dan terdesak kerajaan kena ditumbangkan melalui proses pilihan raya dan kena bergantung kepada mandat rakyat.
Saya melihat kejahilan dan ketidak-profesionalan Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar berpolitik apabila pasukan keselamatan cuba dipalitkan dengan lumpur politik apabila membuat dakwaan yang dikategorikan sebagai melemparkan perembohongan oleh Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berhubung dengan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang terdedah kepada kemungkinan disaman oleh TLDM mendakwa kapal selam pertama negara tidak boleh menyelam manakala Panglima Angkatan Tentera Laut berkata kapal selam Scopene merupakan aset strategik pertahanan negara bukan alat untuk meraih keuntungan politik murahan.
Bagi Tan Sri Abdul Aziz, kapal selam itu mempunyai keupayaan tinggi, diiktiraf sebagai antara yang tercanggih di dunia dan telah terbukti dalam operasi tembakan hakiki yang dijalankan oleh TLDM Julai lalu.
Dari segi lojiknya kalau tidak boleh menyelam mana mungkin kapal selam itu boleh menyertai kerana kapal selam kena berada di dasar laut, bukannya di permukaan air.
Yang bercakap tentang hakikat sebenar KD Tunku Abdul Rahman adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang ketenteraan dan beliau pasti lebih tahu tentang ketenteraan dan kelengkapannya, apatah lagi yang berkaitan dengan TLDM yang mana beliau adalah panglimanya.
Manakala yang memperlekehkan kapal selang itu adalah pemain politik yang masih terlalu muda dan mentah dalam gelanggang yang diceburinya dan tidak ada pengalaman dalam bidang ketenteraan, pertahanan dan keselamatan negara. Dakwaan Nurul Izzah barangkali hanya berdasarkan kepada dengar cakap.
Apa yang dilakukannya itu saya yakin boleh menyebabkan anggota keselamatan tidak akan ‘pecah liur’ untuk undi parti yang diwakili kerana bila TLDM dibohongi, semua unit tentera akan turut rasa dibohongi.
Pasukan tentera dalam pelbagai unit umpama satu anggota: bila paha kanan dicubit, paha kiri akan turut rasa sakitnya, kalau paha kiri dicubit pula paha kanan akan turut rasa sakit.
Bagi saya, silap besar kalau mana-mana tokoh politik sama ada yang menyokong kerajaan atau pembangkang cuba mempalitkan lumpur politik terhadap jabatan-jabatan kerajaan, khususnya pasukan tentera dan polis, lebih-lebih lagi kalau mereka diburuk-burukkan, ditohmah dan disalah sangka kerana mereka adalah penjunjung Perlembagaan yang akan mengutamakan keprofesionalan dalam memberikan perkhidmatan walaupun barangkali bertentangan dengan naluri sendiri. — Utusan Malaysia

Sekiranya kita ikhlas memberi mahasiswa peluang memilih

Woon King Chai (loyarburok.com)

August 21, 2010
21 OGOS — Perdebatan yang hangat antara Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dengan Tan Sri Ibrahim Abu Shah, bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengenai isu penglibatan mahasiswa dalam politik telah menjadi tumpuan mahasiswa, anak muda, para aktivis, politikus serta masyarakat awam di Malaysia. Tayangan debat tersebut dalam rancangan Soal Jawab TV3 pada 4hb Ogos 2010 telah membuka mata para penonton kepada pelbagai sisi dan sudut pandangan mengenai isu penglibatan mahasiswa dalam politik.
Tujuan saya menulis adalah untuk menyatakan beberapa pandangan alternatif yang boleh digunakan sebagai perbandingan dengan pendapat-pendapat serta tanggapan pra-matang yang telah diutarakan oleh beberapa pihak yang prihatin terhadap isu-isu mengenai mahasiswa yang “terlalu aktif” dan akan “kehilangan fokus dalam pelajaran” apabila dicocok dengan isu-isu luar kampus, seperti isu-isu kemasyarakatan.
Saya agak tertarik dengan hujah pertama yang telah disampaikan oleh Dato’ Saifuddin, iaitu soal penglibatan mahasiswa dalam politik merupakan satu soal mengenai kebebasan dan hak terlebih dahulu. Sama ada pemberian kebebasan tersebut adalah baik atau tidak, merupakan soal kedua. Menurut Dato’ Saifuddin, mahasiswa perlu dilihat sebagai golongan berpendidikan yang matang dan mampu menilai baik-buruk sesuatu perkara dan membuat keputusan yang terbaik.
Hanya jika hak dan kebebasan itu diberikan terlebih dahulu, barulah kita boleh berkata bahawa kita benar-benar memberi mahasiswa peluang untuk memilih dan justeru menentukan sama ada hak dan kebebasan yang diberi itu akan digunakan dengan baik atau buruk.
Pelbagai alasan telah digunakan oleh mereka yang tidak menyokong pandangan bahawa mahasiswa patut diberi kebebasan untuk memilih sama ada untuk menyertai politik atau tidak. Ada yang menggunakan alasan bahawa pemberian kebebasan ini merupakan satu risiko yang boleh menjejaskan proses penghasilan graduan yang berkualiti. Terdapat juga mereka yang berpendapat bahawa masa pengajian seseorang mahasiswa di universiti adalah sangat singkat dan harus ditumpukan sepenuhnya kepada pengajian bidang masing-masing.
Wujud juga segelintir yang tergamak untuk membuat tanggapan pra-matang bahawa pemberian hak dan kebebasan berpolitik kepada mahasiswa boleh menjejaskan pembangunan negara dan pembentukan modal insan untuk membangunakan masyarakat.
Jelas sekali terdapat pelbagai kontradiksi dan tanggapan stereotaip yang tidak tepat dalam alasan-alasan di atas mengenai keadaan sekiranya mahasiswa diberi peluang untuk melibatkan dalam politik atau tidak. Bagaimana hendak menyokong hujah bahawa pemberian peluang hak dan kebebasan ini boleh menjejaskan kualiti graduan yang dihasilkan, namun pada masa yang sama mengharapkan mahasiswa memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada pengajian akademik dalam universiti sahaja?
Selain itu, apakah rasionalnya sekiranya kita mengatakan bahawa pemberian peluang kebebasan kepada mahasiswa ini akan menjejaskan pembangunan modal insan dalam masyarakat; walaupun secara intipatinya, pemberian hak dan kebebasan berpolitik kepada mahasiswa merupakan pemberian suatu peluang kepada mahasiswa untuk terlibat dalam isu-isu kemasyarakatan?
Pada pendapat saya, penglibatan mahasiswa dalam politik merupakan satu keputusan peribadi yang hanya boleh ditentukan oleh mahasiswa itu sendiri dan tidak harus ditetapkan atau disusun oleh mana-mana pihak. Perjuangan untuk memulangkan kebebasan untuk memilih merupakan sebahagian daripada tema perjuangan mahasiswa yang lebih luas dan komprehensif, iaitu autonomi mahasiswa. Peningkatan integriti dan kualiti seseorang graduan yang dihasilkan sebenarnya berlandaskan kepada keputusan yang telah diambil serta pengalaman yang dia lalui semasa dalam pengajian.
Autonomi mahasiswa atau kebebasan mahasiswa sebenarnya menggarisbawahi tahap kualiti graduan yang boleh dihasilkan kerana semakin banyak had dan limitasi yang dikenakan ke atas kebolehan dan peluang seseorang mahasiswa untuk memilih dan membuat keputusan, maka peluang untuk mereka belajar daripada keputusan yang dibuat olehnya akan semakin berkurangan. Peluang untuk mereka belajar daripada keputusan yang mereka ambil, biarpun betul atau salah, akan berkurangan dan akhirnya mereka hanya belajar apa yang sudah diaturkan untuk mereka.
Mereka yang memandang skeptikal terhadap kebolehan mahasiswa untuk membuat pilihan yang bijak dalam apa-apa keputusan harus melihat perkara ini dari perspektif yang berbeza dan lebih optimis. Apabila kita meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada kebolehan mahasiswa untuk membuat pilihan yang matang, kita sebenarnya meletakkan satu tanggungjawab ke atas bahu mereka untuk menentukan dengan diri sendiri jalan hidup masing-masing.
Pengalaman yang dipelajari melalui proses membuat keputusan ini akan membantu mahasiswa ini pada masa hadapan apabila beliau diletakkan sebagai pemimpin dalam masyarakat, yang sepatutnya berpendidikan dan lebih berkebolehan daripada mereka yang tidak melalui proses pendidikan sedemikian, untuk membuat keputusan dalam masyarakat.
Cuba bayangkan, bagaimana seseorang itu boleh diberi kepercayaan untuk memimpin masyarakat atau membuat keputusan yang melibatkan masyarakat awam sedangkan seseorang itu tidak pernah mempunyai pengalaman membuat keputusan untuk dirinya sendiri dan tanggungjawab kepada membuat setiap keputusan dan pilihan itu tidak pernah diletakkan di atas bahu dia?
Persoalan penglibatan mahasiswa dalam politik sebenarnya lebih luas daripada politik kepartian semata-mata malah ia melibatkan pembinaan satu budaya pembelajaran yang lebih matang, tetapi malangnya semakin berkurangan di kalangan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.
Pulangkan hak dan kebebasan untuk memilih kepada mahasiswa dan kembalikan peluang kepada mereka untuk terus belajar daripada pengalaman hidup! - loyarburok.com

* Coretan Woon King Chai, Presiden Kelab Mahasiswa Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategi (PESEPSI), Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga merupakan seorang mahasiswa tahun terakhir, jurusan Sains Politik dan tidak suka DICOCOK

'Serangan' berterusan pada editor

Kini giliran editor majalah politik berbahasa Cina Special Weekly Xiao Hong Long mengalami nasib yang sama dengan penggantungan DJ Radio 988 atas alasan menyentuh isu sensitif melibatkan kaum.


Difahamkan, penyiaran kartun politik 'Mr U-turn' dianggap sebagai 'ancaman' kepada pihak berkuasa.

Difahamkan, Xiao, 37, dimaklumkan oleh pihak atasannya bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyenaraihitamkannya dan menuntut beliau dikeluarkan daripada majalah itu.

Bagaimanapun, syarikatnya memutuskan mengekalkan Xiao, yang kini sedang bercuti" sambil menunggu nasibnya.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks AL-Quran kementerian itu Datuk Zaitun Ab Samad bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Dalam jawapan balasnya kepada Malaysiakini melalui SMS semalam, Zaitun berkata kementerian hanya mengeluarkan amaran kepada majalah itu ekoran penyiaran iklan perjudian.

Rang undang-undang perbadanan Kg Baru dibentang pada Okt

Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru akan dibentangkan di Parlimen pada sesi Dewan Rakyat yang bermula Oktober ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata draf rang undang-undang itu telah diserah kepada kepada Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi sebelum dibentangkan.

"Kita baru selesai makmal untuk draf rang undang-undang perbadanan Kampung Baru yang mana pandangan semua pihak telah diperbincangkan secara mendalam.

"Saya rasa secara umum semua asas telah diterima pakai dan pihak Peguam Negara sedang merangkakan undang-undang yang menepati kehendak daripada maklum balas semasa lab yang diadakan Julai lepas," katanya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini.

Raja Nong Chik berkata antara inti pati draf ialah perbadanan itu dijadikan badan pengawal dan penyelaras terhadap pembanguan Kampung Baru dan ia akan beroperasi tahun depan.

"Perbadanan berfungsi untuk mempertahankan ciri-ciri Melayu termasuk penglibatan pemilik dan pewaris dalam peringkat lembaga pengarah dan lembaga penasihat," katanya.

Pada masa yang sama peranan agensi lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak ketepikan kerana ia masih bertanggungjawab daripada segi perancangan bandar raya Kuala Lumpur, kata Raja Nong Chik.

Kawasan Kampung Baru Kuala Lumpur yang berusia 110 tahun dan meliputi tujuh buah kampung terletak di atas tanah seluas 90.2 hektar. Kawasan itu kini didiami sekitar 35,000 penduduk.

Raja Nong Chik sebelum itu menyampaikan sumbangan duit raya dan kain pelikat serta kain batik kepada 783 fakir miskin dan anak yatim di Kuala Lumpur.

Pada majlis itu beliau turut menyerahkan bubur lambuk sumbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor kepada penduduk sekitar Kampung Baru.

Najib dan Rosmah menyumbangkan 50 periuk bubur lambuk kepada Masjid Jamek Kampung Baru yang diagih kepada masyarakat pada 18, 21 dan 25 Ogos.

--Bernama

Will 1Malaysia create a new political paradigm in 13th GE?

Mustapha Ong

Many people including former premier Tun Mahathir and other senior politicians from both the political divide have voiced their scepticism against the 1Malaysia concept. Various variations were perceived according to their own interpretations, for or against, the 1Malaysia initiative created by prime minister Najib Tun Razak not long after he took office in April 2009.

However, there were no significant launch to spearhead the 1Malaysia concept, although there were many related programs and activities through government, private and NGO initiatives.

The real objective behind the 1Malaysia concept is to create an awareness for all Malaysians of various communities, to work and live in total harmony that will lead towards increased patriotism in the present and future generation of Malaysians irrespective of their ethnic origins. However, sadly so Malaysians are not ready to accept the reality of such patriotism even after more than 5o years of our nation's independence.

Our political structure is still very much based on ethnic relationship, support and aspirations which the majority are not willing to sacrifice for sake of national interest. As such good government policies and initiatives were often taken for granted and being implemented unfairly in the eyes of patriotic Malaysians. No government legislature is capable enough to check and control these unfair and biased implementation of government projects, that only benefited those who are patronage to selected leaders of the ruling party.

In the words of J. B, Priestley, I quote: " We should behave toward our country as women behave toward the men they love. A loving wife will do anything for her husband except stop criticising and try to improve him. We should cast the same affectionate but sharp glance at our country. We should love it, but also insist upon telling it all its faults. The noisy, empty 'patriot' not the critic, is the dangerous citizen."

Prime minister Najib has his hands full as the 13th general election is to be held within the next 18 months as speculated. The component Barisan Nasional ruling party is not in good shape, as most of its major partners are in political squabble for power or tainted with corrupted leaders. BN in its present political structure is unable to attract the young professionals and educated Malaysians to join the party due to various reasons.

The Malaysian Chinese, in particular are still mistrusting the Malay leadership and their style of politics within the hierarchy of UMNO. The Malays are not ready to accept the Chinese as equal political partner or hold on to the economic supremacy of the nation. However, the Malays should not be in denial that the Chinese had never attempted to question the political power of the Malays, certain Malay and bumiputra privileges, Islam, and also the position of the YDP Agong as enshrined in the Constitution.

The Chinese and the other minority of this country had never participated in large scale demonstrations or street revolution in protest against the Malay rights and certain unfair government policies.

Apart from the above mentioned political issues that had been exploited by both sides of the political divide, Najib is also confronted by many unsettled problems that may sabotage his 1Malaysia concept, government transformation plans, political, economic and social transformation that will reduce the level of polarisation of the people based on ethnic considerations rather than absolute meritocracy. Najib has also to appease some of his own political critics and those of his powerful UMNO warlords, that are advocating adverse extremism in their demands for the Malays, at the expense of the non Malays.

In the political arena, Najib has to transform the stereotyped mind set of the extremist Malays within UMNO and also check the recent upsurge of extremism, both in UMNO and also some of the major partners of Barisan Nasional, especially the mistrust of the Malays against MCA. The current leaders in MCA, GERAKAN, MIC, PPP, PBS and SUPP are no longer likened by the people, as most of these leaders are tainted with alleged corruptions, nepotism and had served beyond their time.

It is envisaged that 1Malaysia slogan will create a new political paradigm to induce a favourable political platform for BN in time for the 13th general election. Najib's administration and advisers should be courageous enough to investigate and prosecute high profile corruption cases, without fear or favour and most of all to show its seriousness and result orientated.

MACC should be given unquestionable investigation authority and also to be given prosecution power at par with the Attorney General. Severe actions should be taken against the opposition leaders and members who are found blatantly abusing their political rights and freedom, in an outside parliament. The nation will survive if all Malaysians are willing to sacrifice and compromise on reasonable demands that will benefit the country on a long term basis, without any prejudice and suspect from any ethnic group.

Finally, I opined that the 13th general election will also determine the political career of Najib in restoring the fate of Barisan Nasional governance in ruling this country, which has been mauled by many political, economic and social issues since Najib became the 6th prime minister.

Najib will face the biggest challenges of his political career as he attempts to recapture the lost states from the opposition pact as well as to win back a 2/3 majority for the BN rule in the coming general election. Najib will ultimately take the blame and responsibility,should he fail to retain control of Putrajaya for the BN in the next democratically elected government.